Suhakam pandang serius Jais serbu premis Persatuan Bible
- Jan 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian dinyatakan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, Suhakam berpendapat bahawa adalah amat penting bagi pihak berkuasa dalam menjalankan tugas mereka, melaksanakan kuasa dan budi bicara mereka mengikut undang-undang dan sejajar dengan prinsip-prinsip hak kepada perbicaraan yang adil dan hak untuk mendapat perlindungan samarata di sisi undang-undang sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
Menurutnya lagi, Suhakam juga menyeru pihak berkuasa untuk menghormati dan memastikan hak semua rakyat kepada kebebasan beragama, termasuk hak semua komuniti untuk menganut dan mengamalkan agama mereka secara bebas, seperti yang dijamin di bawah Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 18 dalam UDHR.
“Memandangkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya dan agama, Suhakam berpandangan bahawa adalah penting bagi rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menunjukkan tahap toleransi agama dan rasa hormat yang lebih tinggi di dalam menangani isu agama dan kebudayaan,” katanya.
Sumber HD - 4-1-2014
Henti guna SOSMA halang himpunan aman
- Dec 31, 2013
- ANIS NAZRI
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Syukri Razab berkata tindakan kerajaan menggunakan SOSMA terhadap seorang aktivis, menggambarkan tindakan tidak logik pihak berkuasa, sedangkan akta itu perlu digunakan untuk mencegah keganasan.
Bercakap kepada Harakahdaily, Syukri menegaskan pihaknya dimaklumkan Mohd Zul Raidy Ahmad Tarmizi atau nama di laman sosial Facebooknya, Eddy Gordo diburu pihak berkuasa dan dikaitkan dengan himpunan Turun 31 Dis itu.
"Kami mendapat maklumat daripada keluarga dan rakan Eddy, pihak polis menjalankan siasatan ke atas aktivis tersebut di bawah peruntukan 124D Kanun Keseksaan yang dibaca sekali dengan SOSMA," kata beliau.
Tambah Syukri, Eddy yang menjalankan perniagaan percetakan dikatakan mencetak T-shirt yang berbaur hasutan yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen.
Harakahdaily difahamkan, sepasukan 10 anggota polis dari IPD Taiping telah ke rumah keluarga Eddy , bagaimanapun aktivis tersebut tidak berada di rumah.
"Apabila ditanya, polis terbabit hanya menyatakan Eddy akan disiasat di bawah SOSMA kerana mencetak baju berbaur hasutan yang menjurus kepada Himpunan Turun," jelas Syukri sebagaimana yang dimaklumkan oleh abang Eddy.
Setelah gagal menemui Eddy di Taiping, pihak polis dikatakan ke rumah sewa aktivis tersebut di Seri Kembangan dengan lebih kurang lima anggota polis dari IPD Serdang pada jam 1 pagi, namum Eddy tidak berada di rumah.
Pihak polis menggeledah rumah sewa berkenan dan merampas baju-baju milik Eddy dan rakan serumah Eddy dimklumkn mereka hanya menjalankan tangkapan dan kes tersebut akan diserahkan kepada pihak Bukit Aman.
Malah, teman serumah Eddy turut dibawa ke IPD Serdang untuk diambil keterangan pada jam 3 pagi dan hanya dibenarkan pulang ke rumah pada jam 7 pagi.
Katanya lagi, Suaram berpendirian tidak ada asas kukuh untuk pihak polis mengambil langkah ofensif terhadap himpunan ini, sebaliknya dilihat cuba mengalihkan isu sebenar yang ingin diutarakan rakyat.
Sehubungan itu, Suaram, tegas Syukri mendesak polis supaya menghentikn sebarang intimidasi terhadap himpunan aman 31 Dis ini, selain menuntut polis berhenti menggunakan SOSMA yang bercanggah dengan hak asasi manusia untuk menyiasat aktivis rakyat.
Dalam pada itu, Syukri memohon orang ramai yang mendapat maklumat mengenai tangkapan dan sebarang intimidasi daripada polis, sama ada sebelum, semasa atau selepas perhimpunan, untuk menghubungi Suaram di talian 03-77843525 atau menghantar SMS kepada Hotline 019-8013149 tau 013-3845740 dengan memasukkan butiran nama yang ditahan, nombor kad pengenalan, lokasi ditahan, balai polis tempat orang ditahan nombor telefon orang ditahan sekiranya ada.
Senarai penuh nombor Hotline Suaram akan dikeluarkan hari ini di laman sesawang www.suaram.net dan juga Facebook rasmi.
Tambah Syukri, Suaram kan berkerjsama dengan pasukan peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham), Lawyers For Liberty (LFL) dan juga individu peguam hak asasi yang akan bersedia memberi bantuan guaman jika berlaku tangkapan pada himpunan malam ini.
Sumber HD - 31-12-2013
Zahid, mana janji ‘berita baik terhadap tahanan ISA’
- Dec 17, 2013
- HARAKAHDAILY
Penyelarasnya, Syukri Razab berkata, desakan itu dibuat memandangkan Menteri Dalam Negeri pernah menjanjikan sesuatu yang disebut sebagai ‘berita baik terhadap tahanan ISA’ semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu, namun janji itu hanya tinggal janji kosong.
Kenyataan beliau selanjutnya seperti di bawah.
Baki tahanan ISA bertambah satu, menjadi 7 orang
Berdasarkan rekod SUARAM, masih terdapat 6 orang tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting yang terdiri daripada 4 orang warga tempatan, seorang warga Indonesia dan seorang warga Filipina.
Kesemua tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting akan dibebaskan pada 5 Januari 2014 berdasarkan Perintah Tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri.
Selain 6 orang tersebut, SUARAM mendapat maklumat mengenai terdapat seorang lagi tahanan ISA yang dikenakan Perintah Sekatan mengikut seksyen 8(5) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Berdasarkan Perintah Sekatan yang dikeluarkan, tahanan tersebut tidak dibenarkan keluar daripada Daerah Polis Petaling Jaya dan beliau wajib melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada setiap hari Isnin.
Perintah Sekatan terhadap beliau dikeluarkan pada Mac 2010 dan sepatutnya tamat pada Mac 2012.
Walaubagaimanapun Perintah Sekatan itu telah disambung pada Mac 2012 menyebabkan tempoh sekatan dilanjutkan sehingga Mac 2014. Maklumat terbaru ini menjadikan jumlah baki tahanan ISA seramai 7 orang.
Sembunyikan perintah sekatan, menteri cuba tutup kezaliman
Berdasarkan laporan Astro Awani bertarikh 19 November, semasa memaklumkan mengenai senarai terakhir tahanan ISA, pihak Kementerian Dalam Negeri hanya menyebut baki 6 orang tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting.
Pihak Menteri seolah-olah cuba menyembunyikan seorang tahanan yang dikenakan Perintah Sekatan memandangkan tahanan tersebut akan menjadi tahanan yang paling akhir dibebaskan.
Menurut maklumat yang diterima SUARAM, tahanan yang dikenakan Perintah Sekatan ini merupakan bapa kepada 4 orang anak yang masih bersekolah.
Beliau juga merupakan seorang pengajar yang sering memberi kuliah dalam kelas-kelas agama. Perintah Sekatan ini menyebabkan seluruh keluarga beliau berada dalam keadaan tertekan kerana hak beliau untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga telah dinafikan.
SUARAM ingin mengingatkan Menteri Dalam Negeri, 7 orang tahanan ISA ini tidak pernah dibuktikan bersalah oleh mana-mana mahkamah undang-undang. Mereka terus ditahan biarpun ISA telah dimansuhkan. Semakin lama mereka ditahan bermakna semakin lama juga kezaliman akan berterusan
Bebaskan segera, tamatkan kezaliman
Bagi menamatkan kezaliman akibat undang-undang drakonian tahan tanpa bicara ini, SUARAM mengutarakan tuntutan berikut:
1. SUARAM menuntut Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa kesemua tahanan akan dibebaskan segera. SUARAM percaya Menteri masih mempunyai kuasa budibicara untuk membebaskan kesemua tahanan ISA lebih awal berdasarkan Seksyen 32 (2)(a) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA).
2. SUARAM juga ingin menuntut Menteri Dalam Negeri memansuhkan peruntukan tahan tanpa bicara seperti yang terkandung di dalam Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas)
3. SUARAM juga ingin mendesak Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian Hak Asasi Antarabangsa iaitu International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) dan Convention Against Torture and Other Cruel, Inhuman or degrading Treatment or Punishment (CAT).
Perkara ini amat perlu bagi memastikan tidak ada lagi undang-undang yang bercanggah dengan Hak Asasi Manusia digubal di negara ini.
4. SUARAM juga menuntut pihak Kementerian Dalam Negeri menyiasat segala dakwaan salah laku dan penderaan yang dilakukan terhadap tahanan ISA seperti yang pernah didedahkan sebelum ini. Siasatan ini perlu dilakukan bagi membawa pihak yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan seterusnya membela pihak yang ditindas.
Sumber HD - 17-12-2013
Rekod hak asasi manusia Malaysia disemak 24 Okt
Harakahdaily, | 10 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyeru orang ramai untuk mengambil maklum tentang Rekod Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) Malaysia bagi semakan kedua, yang akan dijalankan pada 24 Oktober 2013 di Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva,
Switzerland.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agan berkata, UPR merupakan satu mekanisme yang ditubuhkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) pada tahun 2007 yang bertujuan untuk memperbaiki keadaan hak asasi manusia di setiap negara melibatkan 193 Negara Anggota PBB.
Di bawah UPR, jelasnya rekod hak asasi manusia negara-negara anggota akan dinilai semula setiap empat tahun setengah oleh Kumpulan Kerja UPR yang terdiri daripada 47 ahli HRC.
“Dalam tempoh ini, setiap negara ahli perlu menunaikan komitmen mereka terhadap masyarakat antarabangsa dengan melaksanakan syor-syor yang telah diterima semasa sesi UPR, dengan sasaran untuk mencapai rekod hak asasi manusia yang lebih baik sebelum penilaian seterusnya dijalankan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Malaysia telah dinilai dalam kitaran pertama UPR pada 11 Februari 2009 dan bakal dinilai bagi kali kedua oleh Kumpulan Kerja UPR pada 24 Oktober 2013.
Pada penilaian kitaran pertama, jelasnya Malaysia telah menerima 62 daripada 103 syor yang dikemukakan oleh Kumpulan Kerja UPR dalam pelbagai isu hak asasi manusia termasuklah, penyertaan kepada triti hak asasi manusia antarabangsa; kajian semula undang-undang yang sedia ada dan sistem kehakiman; hak asasi golongan rentan termasuk Orang Asli/Asal, wanita dan kanak-kanak; pekerja asing; pemerdagangan orang; serta hak-hak pendidikan, ekonomi dan kesihatan.
“Memandangkan bahawa Kumpulan Kerja akan menilai pelaksanaan Malaysia terhadap hasil penilaian sebelumnya dan juga syor-syor yang diterima serta perkembangan mengenai situasi hak asasi manusia di negara ini, Suruhanjaya ingin menarik perhatian Kerajaan bahawa inisiatif perundangan semasa yang dilakukan demi kepentingan keselamatan, ketenteraman awam atau pencegahan jenayah, khususnya pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperkenalkan peruntukan-peruntukan yang bersifat mundur dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip asas hak asasi manusia, akan membawa kepada penelitian dan kritikan masyarakat antarabangsa terhadap Negara yang secara tidak langsung akan menjejaskan rekod hak asasi manusia Malaysia di forum antarabangsa,” jelas beliau lagi.
Sehubungan dengan itu, kata beliau Suhakam menyeru kerajaan untuk menunjukkan pematuhan sepenuhnya dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa dan memenuhi janji dan komitmen secara sukarela yang dikemukakan semasa mempertahankan pencalonannya untuk keahlian HRC, yang mana kesemuanya adalah asas UPR.
Suhakam juga, kata beliau menyeru pihak-pihak berkepentingan yang lain, terutamanya media dan ahli-ahli pertubuhan masyarakat sivil untuk memainkan peranan masing-masing dalam menyokong usaha merealisasikan hasil penilaian ke arah meningkatkan situasi hak asasi manusia di Malaysia.
Bersempena UPR kali kedua Malaysia, ujarnya Suhakam dan 10 pihak berkepentingan yang lain telah mengemukakan laporan masing-masing kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) yang mana kesemuanya telah digabungkan sebagai salah satu daripada tiga dokumen utama yang akan dikaji semula oleh Kumpulan Kerja.
Dokumen-dokumen itu, kata beliau boleh didapati di laman web Majlis Hak Asasi Manusia di http://www.ohchr.org/EN/HRBodies/UPR/Pages/MYSession17.aspx.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-10-2013
Tembak dahulu: Suhakam kecewa kenyataan Zahid
Harakahdaily, | 10 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suham) melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa anggota gangster akan "ditembak dahulu" tanpa sebarang amaran, sekiranya bukti diperolehi oleh pihak polis.
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata "pendekatan yang digalakkan" oleh Ahmad Zahid itu adalah bertentangan sepenuhnya dengan prinsip-prinsip asas hak asasi manusia.
Ianya termasuk hak kepada nyawa dan hak-hak kepada perbicaraan yang adil dan mendapat perlindungan samarata di sisi undang-undang seperti yang dijamin oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perlembagaan Persekutuan.
"Pendekatan tersebut yang membenarkan pihak berkuasa melaksanakan undang-undang di tangan mereka sendiri, juga menjejaskan prinsip kedaulatan undang-undang dan sistem pengadilan jenayah yang wajib ditegakkan oleh pihak Kerajaan dengan niat baik dalam sistem demokrasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Menteri tersebut juga ujarnya amat dikesali di mana rekod hak asasi manusia Malaysia akan diteliti di bawah Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia pada hujung bulan ini.
"Kemungkinan besar (Malaysia) akan menerima kritikan yang serius oleh komuniti antarabangsa, begitu juga dengan pindaan kerajaan baru-baru ini ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang membenarkan penahanan individu-individu tanpa perbicaraan.," jelasnya lagi.
Ahmad Zahid pada satu majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di Ayer Keroh, Melaka pada 6 Oktober lalu, berkata bahawa anggota gangster akan "ditembak dahulu" tanpa sebarang amaran, sekiranya bukti diperolehi oleh pihak polis.
Kenyataan itu kemudian dikritik banyak pihak yang didakwa melanggar hak asasi manusia dan perlembagaan persekutuan.
Mengulas lanjut Hasmy berkata, Suhakam menggesa agar pihak kerajaan menegakkan piawaian yang tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dalam segala tindakannya yang bertujuan untuk melindungi keselamatan dan ketenteraman awam.
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata "pendekatan yang digalakkan" oleh Ahmad Zahid itu adalah bertentangan sepenuhnya dengan prinsip-prinsip asas hak asasi manusia.
Ianya termasuk hak kepada nyawa dan hak-hak kepada perbicaraan yang adil dan mendapat perlindungan samarata di sisi undang-undang seperti yang dijamin oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perlembagaan Persekutuan.
"Pendekatan tersebut yang membenarkan pihak berkuasa melaksanakan undang-undang di tangan mereka sendiri, juga menjejaskan prinsip kedaulatan undang-undang dan sistem pengadilan jenayah yang wajib ditegakkan oleh pihak Kerajaan dengan niat baik dalam sistem demokrasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Menteri tersebut juga ujarnya amat dikesali di mana rekod hak asasi manusia Malaysia akan diteliti di bawah Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia pada hujung bulan ini.
"Kemungkinan besar (Malaysia) akan menerima kritikan yang serius oleh komuniti antarabangsa, begitu juga dengan pindaan kerajaan baru-baru ini ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang membenarkan penahanan individu-individu tanpa perbicaraan.," jelasnya lagi.
Ahmad Zahid pada satu majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di Ayer Keroh, Melaka pada 6 Oktober lalu, berkata bahawa anggota gangster akan "ditembak dahulu" tanpa sebarang amaran, sekiranya bukti diperolehi oleh pihak polis.
Kenyataan itu kemudian dikritik banyak pihak yang didakwa melanggar hak asasi manusia dan perlembagaan persekutuan.
Mengulas lanjut Hasmy berkata, Suhakam menggesa agar pihak kerajaan menegakkan piawaian yang tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dalam segala tindakannya yang bertujuan untuk melindungi keselamatan dan ketenteraman awam.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-10-2013
Undang-undang mundur, Suhakam tuntut RUU Cegah Jenayah ditangguh
Harakahdaily, | 28 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melahirkan rasa bimbang terhadap cadangan pindaan Akta Pencegahan Penjenayah (PAC) 1959 seperti mana yang dicerminkan dalam Rang Undang-undang (RUU) Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 25 September lalu.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmi Agam (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini berkata, walaupun menyokong usaha berterusan kerajaan dalam menangani jenayah serius, hasil kajian Suhakam mendapati beberapa peruntukan dalam RUU tersebut terutamanya penahanan tanpa bicara dan perwakilan undang-undang, tidak selari dengan prinsip asas hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
“Walaupun adalah diperhatikan bahawa RUU tersebut mencadangkan satu pindaan ke atas Sesyen 9(1) menjadikannya satu keperluan untuk laporan-laporan siasatan dikemukakan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah (Lembaga) dan bukannya Menteri, Suruhanjaya memandang serius terhadap cadangan Seksyen 9(5) dan Seksyen 9A(2) yang menafikan hak seseorang untuk perwakilan undang-undang seperti yang terjamin di bawah Perkara 5(3) dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 7 dalam UDHR,” jelas Hasmy.
Suhakam juga, tambah beliau bimbang dengan cadangan Seksyen 7C yang memberi kuasa kepada Lembaga untuk mengeluarkan perintah tahanan terhadap seseorang yang telah melakukan dua atau lebih kesalahan yang serius, sama ada dia telah disabitkan atau tidak, dan semata-mata berdasarkan kecukupan bukti.
Tambah beliau, Suhakam berpendapat peruntukan tersebut mencabuli hak seseorang kepada perbicaraan yang adil, perlindungan terhadap perbicaraan berulang serta hak untuk kesaksamaan di sisi undang-undang dan hak untuk dipertimbangkan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 7(2) dan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.
“Suruhanjaya juga melahirkan rasa kecewa ke atas cadangan Seksyen 15A yang menghalang semakan kehakiman ke atas keputusan Lembaga melainkan perkara-perkara yang berkenaan prosedur seterusnya menafikan hak seseorang individu untuk mendapatkan akses kepada mahkamah dengan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.
“Dalam usaha kerajaan memerangi jenayah, adalah penting untuknya memastikan bahawa undang-undang yang digubal adalah progresif dan tidak mundur, menyedari akan kedudukan Malaysia sebagai ahli kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang mengkehendakinya menegakkan piawaian tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini,” tegas beliau.
Sehubungan itu, Suhakam jelasnya menyarankan kerajaan menangguhkan pembentangan kali kedua rang undang-undang tersebut dan menjalankan kajian semula ke atas cadangan-cadangan pindaan dengan mengambil kira prinsip-prinsip hak asasi manusia iaitu penahanan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya; penahanan mestilah berdasarkan sebab dan prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang; maklumat tentang sebab-sebab penahanan mesti diperuntukkan; dan hak untuk perbicaraan yang adil dan akses kepada perwakilan undang-undang mesti diperuntukkan.
“Suruhanjaya berpendapat bahawa selaras dengan matlamat ternyata kerajaan untuk menggerakkan negara ke arah mencapai status negara maju pada masa akan datang, adalah penting untuk Malaysia menunjukkan pematuhan sepenuhnya dengan norma-norma hak asasi manusia di samping memastikan penglibatan yang bermakna bersama pelbagai pihak berkepentingan di dalam proses kajian semula undang-undang dan perancangan dasar yang mana kerajaan komited untuk menjalankan,” tegas beliau lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-9-2013
Cegahlah jenayah, bukan cabuli hak asasi manusia
Suaram, | 27 Sep 2013 |
SUARAM menolak sebarang penggubalan atau pindaan undang-undang yang mengandungi elemen tahan tanpa bicara. Bermula dengan penggubalan SOSMA yang masih menjadi pertikaian banyak pihak, kini kerajaan sekali lagi mengambil langkah ke belakang apabila memasukkan elemen tahan tanpa bicara dalam pindaan terbaru Akta Pencegahan Jenayah 1959. Keadaan ini menjadikan hak asasi rakyat Malaysia terus diperjudikan oleh Kerajaan. Cadangan pindaan terbaru Akta Pencegahan Jenayah menjadi akta tersebut tidak ubah seperiti gabungan tiga akta drakonian iaitu SOSMA, ISA dan EO.
Menteri berbohong, pindaan dibuat tanpa konsultasi yang menyeluruh
SUARAM mempersoalkan ketulusan Menteri Dalam Negeri dalam menyiapkan draf pindaan Akta Pencegahan Jenayah. Sekiranya benar pihak menteri ingin menghasilkan satu undang-undang yang memberi manfaat kepada semua pihak, maka draf tersebut sepatutnya dibuat dengan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak. Namun setakat maklumat yang diterima oleh pihak SUARAM, draf tersebut langsung tidak melalui proses konsultasi yang menyeluruh termasuk tidak diperbincangkan dengan Majlis Peguam.
Perkara ini bercanggah dengan kenyataan beliau yang disiarkan Malaysiakini pada 6 julai lalu sebagai berkata, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk NGO dan Parti Pembangkang bagi memperkemas sebarang undang-undang baru yang akan diperkenalkan.
SUARAM menyifatkan tindakan membentangkan pindaan Akta Pencegahan Jenayah di parlimen tanpa konsultasi yang menyeluruh merupakan satu pengkhianatan dan pembohongan menteri terhadap rakyat.
Janji Perdana Menteri hanya tinggal janji
Pada 15 September 2011, semasa mengumumkan pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat, Perdana Menteri memberi jaminan tidak akan ada lagi undang-undang yang membenarkan tahanan lanjutan. Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa sebarang undang-undang baru yang akan digubal akan tertakluk sepenuhnya dibawah kuasa mahkamah.
Namun dalam cadangan pindaan terbaru Akta Pencegahan jenayah, terdapat peruntukan yang membenarkan seseorang itu dikenakan tahanan lanjutan sehingga dua tahun. Lebih menyedihkan apabila kuasa untuk mengenakan tahanan lanjutan itu terletak dibawah kuasa sebuah Lembaga Khas dan bukannya Mahkamah.
Walaupun ahli Panel Lembaga Khas itu akan dianggotai oleh Hakim samada dari Mahkamah Persekutuan, Rayuan atau Mahkamah Tinggi, namun seorang Hakim tidak memiliki sebarang kuasa untuk menjatuhkan sebarang hukuman ke atas mana-mana individu diluar mahkamah. Turut menjadi persolan ialah bagaimana proses lantikan panel Lembaga itu dibuat?. Apakah Lembaga ini akan benar-benar bebas daripada pengaruh eksekutif?
Peguam Negara perlu nyatakan pendirian jelas
SUARAM juga menuntut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menyatakan pendirian jelas mengenai pindaan terbaru Akta Pencegahan Jenayah ini. Peguam Negara sebelum ini dengan tegas mengatakan negara kita sudah tidak memerlukan undang-undang tahan tanpa bicara seperti EO dan ISA. Peguam Negara juga seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider bertarikh 25 ogos 2013 sebagai berkata, EO tidak akan menyelesaikan masalah jenayah tetapi Polis sudah ketagih untuk menggunakan EO.
Maka SUARAM ingin bertanya pendirian terkini Peguam Negara mengenai hal ini. Jika benar Tan Sri Abdul Gani Patail jujur dalam membela kepentingan hak asasi rakyat, maka beliau perlu menyatakan dengan tegas bahawa tindakan meminda Akta Pencegahan Jenayah merupakan satu kesilapan.
Cegah jenayah penting, tapi bukan dengan tahan tanpa bicara
SUARAM menyatakan pendirian jelas bahawa SUARAM menyokong sebarang usaha bagi mengekang kejadian jenayah yang semakin meruncing di negara ini. Namun usaha tersebut mestilah dijalankan dengan mematuhi prinsip hak asasi sejagat.
Polis Diraja Malaysia memiliki rekod yang cemerlang dalam mematahkan kejadian jenayah dan memburu penjenayah tanpa menggunakan undang-undang pencegahan. Sebagai contohnya, dalam tempoh Polis menggerakkan Ops Cantas dan Ops Cantas Khas yang bermula ogos lalu, kadar janyah indeks khususnya jenayah kekerasan telah berjaya diturunkan sehingga 42%. Hal ini menunjukkan pihak Polis berjaya mengendalikan kes-kes jenayah dengan menggunakan undang-undang sedia ada.
Oleh itu SUARAM ingin mempersoalkan tujuan sebenar yang terselindung di sebalik cadangan pindaan terbaru ini.
Menteri Dalam Negeri tidak boleh menyalahkan rakyat sekiranya rakyat mempersoalkan niat sebenar pindaan Akta Pencegahan Jenayah ini. Hal ini kerana sejarah telah banyak menunjukkan bagaimana ISA dan EO mencabuli hak asasi rakyat sepanjang akta tersebut berkuatkuasa. Pada tahun 1960, Kerajaan menjadikan keganasan komunis sebagai alasan untuk menggubal ISA. Hasilnya, dalam tempoh 30 tahun, lebih 10,000 aktivis politik dan NGO menjadi mangsa akta zalim tersebut. Bahkan sehingga kini, masih terdapat 7 orang tahanan ISA yang masih belum dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting.
Kali ini kerajaan menggunakan jenayah sebagai alasan untuk membenarkan penahanan tanpa bicara melalui pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959. Maka sudah pasti ramai pihak akan membimbangi masa depan demokrasi dan hak asasi rakyat Malaysia.

Sumber HD - 27-9-2013
Staf Komas didakwa kes tayang filem Sri Lanka
Harakahdaily, | 18 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Pegawai Program Komas Lena Hendry berdepan pendakwaan berhubung penayangan filem “No Fire Zone" sebuah dokumentari pembunuhan beramai-ramai di Sri Lanka, Julai lalu.
Menurut satu kenyataan Komas hari ini, Lena diminta hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari esok, 19 September, 2013.
"KDN telah mengeluarkan notis memaklumkan kepada Komas bahawa Lena Hedry akan didakwa dan dia diminta untuk hadir di mahkamah Majistret pada 19 September 2013 untuk didakwa di bawah akta penapisan filem," kata Tan Jo Hann, Pengarah Pusat Komas dalam satu kenyataan.
Pada 3 Julai lalu, Lena bersama Pengarah Eksekutif Komas Arul Prakkash dan seorang Ahli Lembaga Pengarah Komas Anna Har ditahan ketika tayangan filem “No Fire Zone, the Killing Fields of Sri Lanka”.
Penanahanan itu dibuat dalam serbuan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis dan Jabatan Imigresen.
Filem “No Fire Zone, Killing Fields Sri Lanka" adalah sebuah filem dokumentari yang memaparkan pencabulan hak asasi manusia di Sri Lanka yang dikenakan oleh kerajaan dan ketenteraan terhadap rakyat.
Menurut Komas, ketika serbuan pada hari tayangan tersebut 3 Julai lalu, wakil kedutaan Sri Lanka turut hadir untuk menghentikan penayangan.
"Ini adalah satu bentuk gangguan dan pelanggaran langsung kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan oleh pihak berkuasa Malaysia.
"Adalah menyedihkan bahawa Malaysia yang merupakan anggota Majlis Hak Asasi Manusia sebenarnya harus menjadi pembela bukannya menzalimi aktivis hak asasi manusia," kata Jo Hann.
Menurut satu kenyataan Komas hari ini, Lena diminta hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari esok, 19 September, 2013.
"KDN telah mengeluarkan notis memaklumkan kepada Komas bahawa Lena Hedry akan didakwa dan dia diminta untuk hadir di mahkamah Majistret pada 19 September 2013 untuk didakwa di bawah akta penapisan filem," kata Tan Jo Hann, Pengarah Pusat Komas dalam satu kenyataan.
Pada 3 Julai lalu, Lena bersama Pengarah Eksekutif Komas Arul Prakkash dan seorang Ahli Lembaga Pengarah Komas Anna Har ditahan ketika tayangan filem “No Fire Zone, the Killing Fields of Sri Lanka”.
Penanahanan itu dibuat dalam serbuan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis dan Jabatan Imigresen.
Filem “No Fire Zone, Killing Fields Sri Lanka" adalah sebuah filem dokumentari yang memaparkan pencabulan hak asasi manusia di Sri Lanka yang dikenakan oleh kerajaan dan ketenteraan terhadap rakyat.
Menurut Komas, ketika serbuan pada hari tayangan tersebut 3 Julai lalu, wakil kedutaan Sri Lanka turut hadir untuk menghentikan penayangan.
"Ini adalah satu bentuk gangguan dan pelanggaran langsung kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan oleh pihak berkuasa Malaysia.
"Adalah menyedihkan bahawa Malaysia yang merupakan anggota Majlis Hak Asasi Manusia sebenarnya harus menjadi pembela bukannya menzalimi aktivis hak asasi manusia," kata Jo Hann.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-9-2013
Pemerdagangan manusia: Malaysia gagal patuhi standard minimum
Harakah, | 01 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manu
sia Malaysia melahirkan kebimbangan bahawa sekali lagi, bagi tahun keempat berturut-turut, Malaysia diletakkan di kedudukan ke-2, senarai pemerhatian (tier 2, watch list) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam laporan Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2013.
Ini kerana kegagalan Malaysia mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras pemerdagangan bawah Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA).
Pihak Jabatan Negara AS mengaitkan kedudukan Malaysia dengan kekurangan kemajuan signifikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam menangani pemerdagangan orang di Malaysia berbanding tahun sebelumnya.
Demikian tulis Tan Sri Hasmy Agam (gambar) adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sebagaimana yang disiarkan Harakah dalam keluaran Rabu ini.
Dapatkan naskah anda untuk membaca tulisan yang menarik ini.
sia Malaysia melahirkan kebimbangan bahawa sekali lagi, bagi tahun keempat berturut-turut, Malaysia diletakkan di kedudukan ke-2, senarai pemerhatian (tier 2, watch list) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam laporan Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2013.
Ini kerana kegagalan Malaysia mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras pemerdagangan bawah Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA).
Pihak Jabatan Negara AS mengaitkan kedudukan Malaysia dengan kekurangan kemajuan signifikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam menangani pemerdagangan orang di Malaysia berbanding tahun sebelumnya.
Demikian tulis Tan Sri Hasmy Agam (gambar) adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sebagaimana yang disiarkan Harakah dalam keluaran Rabu ini.
Dapatkan naskah anda untuk membaca tulisan yang menarik ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-7-2013
No comments:
Post a Comment