Pertempuran kuasai Putrajaya bermula & berakhir di Johor
- Jan 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Sehubungan itu beliau menyifatkan usaha menawan Johor bagi menawan Putrajaya dalam PRU14 adalah cabaran terbesar yang perlu ditanggapi Pakatan Rakyat dan menjadi isu penting dibincangkan dalam Konvensyen Negeri DAP di Batu Pahat, hari ini..
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Pakatan Rakyat telah meleburkan status Johor sebagai “negeri selamat” untuk BN dengan memenangi 5 kerusi parlimen dan 18 kerusi negeri.
Beliau menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian yang wajar dibanggakan jika diambil kira jumlah sumber yang dikeluarkan oleh BN untuk memenangi pilihan raya di negeri itu.
“Namun pencapaian itu tidak mencukupi. Untuk mencapai matlamat menawan Putrajaya dalam PRU14, Pakatan perlu menetapkan sasaran untuk memenangi separuh daripada kerusi parlimen di Johor.
“Untuk mencapai sasaran ini, kita perlu terlebih dahulu mempertahankan kawasan marginal kita (Bakri dan Batu Pahat) dan kawasan yang baru dimenangi (Kluang, Kulai dan Gelang Patah).
“Setelah itu, kita mesti melakukan gerak menyerang untuk menawan kawasan marginal BN, iatu Segamat, Sekijang, Labis, Ledang, Muar, Tebrau, Pasir Gudang dan Pulai,” ujarnya.
Menurut Kit Siang (gambar), jika Pakatan Rakyat berjaya memenangi semua kawasan marginal BN sebelum ini, ia mampu mengumpul 13 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU13.
Bagi mencapai matlamat itu, beliau menggariskan enam daripada 12 strategi yang pernah diutarakan sebelum ini iaitu:
- Komitmen penuh dan segera daripada ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat DAP, PKR, dan PAS di peringkat kebangsaan, negeri, atau tempatan, untuk meningkatkan sokongan orang awam sepanjang tempoh empat tahun mendatang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan di Putrajaya pada PRU14.
- Memastikan persempadanan semula yang adil.
- Memberi penekanan terhadap kempen di luar bandar.
- Meningkatkan kerjasama Pakatan di semua peringkat.
- Memberi penekanan terhadap kepimpinan antara-generasi.
- Mematahkan pembohongan dan propaganda BN.
“Tidak cukup jika pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Aziz hanya berjanji untuk tidak mewujudkan kerusi yang mempunyai lebih daripada 100,000 pengundi dalam proses persempadanan semula akan datang.
“SPR boleh memenuhi janjinya dengan melakukan persempadanan semula dan mengurangkan jumlah pengundi bagi kerusi seperti Gelang Patah, Pulai, dan Pasir Gudang yang mempunyai lebih daripada 100,000 pengundi kepada 80,000 hingga 90,000 pengundi, tetapi pada masa yang sama tidak adil dan tidak demokratik jika ia membentuk kerusi baru yang mempunyai kurang daripada 40,000 pengundi,” ujarnya.
Dalam persempadanan semula 2013, SPR jelas beliau telah membentuk kerusi Pengerang daripada parlimen Kota Tinggi, menghasilkan dua kerusi parlimen yang masing-masing mempunyai 32,484 dan 30,420 pengundi, sedangkan kerusi seperti Johor Bahru kekal dengan lebih 90,000 pengundi.
“Untuk memastikan persempadanan semula yang adil, SPR tidak boleh hanya menambah kerusi baru di kawasan yang mempunyai jumlah pengundi yang tinggi, khususnya kawasan selatan Johor yang sedang mengalami pembangunan dan peningkatan penduduk yang pesat. Ia mesti juga memberikan komitmen untuk mengurangkan kesenjangan antara kawasan bandar dan luar bandar,” tegas Kit Siang.
Beliau menyarankan SPR agar memastikan kerusi parlimen terkecil di Johor tidak mempunyai kurang daripada separuh jumlah pengundi berbanding kerusi terbesar di Johor.
Penggunaan nisbah maksimum 2:1 antara kawasan bandar dan luar bandar, ujarnya akan memberi sumbangan besar ke arah mencapai matlamat melaksanakan persempadanan semula yang saksama.
Sumber HD - 12-1-2014
Sekali lagi Zahid Hamidi, Utusan disaman fitnah
- Jan 10, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam saman itu, Pua menamakan Ahmad Zahid, yang ketika itu Menteri Pertahanan, Kumpulan Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Thomas Philip pada 9 Dis tahun lepas dan media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu semalam ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Norliza Hussin.
Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili Kumpulan Utusan Melayu, memberitahu pemberita bahawa Norliza menetapkan 11 Feb untuk pengurusan kes sementara menunggu kesemua defendan memfailkan pernyataan pembelaan mereka.
Dalam pernyataan tuntutannya, Pua mendakwa Ahmad Zahid menyebabkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Tony Pernah Ditahan di Singapura' itu diterbitkan, dan defendan kedua dan ketiga gagal untuk mengambil langkah menyiasat terlebih dahulu sebelum menerbitkannya pada 18 Mac 2011.
Beliau turut mendakwa artikel itu memberi gambaran seoalah-olah bahawa beliau pernah ditangkap oleh polis di Singapura kerana melakukan kesalahan jenayah dan pernah dituduh di mahkamah.
Pua yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, mendakwa ekoran artikel fitnah itu, reputasi dan kredibilitinya sebagai anggota Parlimen telah terjejas dan kesemua pihak gagal menarik balik artikel berkenaan walaupun notis tuntutan telah dihantar pada 17 Jun tahun lepas.
Beliau menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang kesemua defendan menerbitkan kata-kata fitnah yang sama terhadapnya selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai. - Bernama
Sumber HD - 10-1-2014
Bukan Islam pun mahu cukai judi diasingkan
- Jan 07, 2014
- MUHAMMAD TALIB
Syor ini telah lama dibuat oleh PAS namun tidak mendapat perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan Umno-BN. Kini, bukan sahaja PAS, malah DAP juga mencadangkan perkara yang sama – setelah memahami asas syariat Islam.
Anthony Loke, yang juga ahli parlimen Seremban menyatakan bahawa, dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima pada Oktober tahun lalu mendedahkan kutipan cukai pertaruhan sejak 2008 hingga 2012 berjumlah RM6.29 bilion.
Bagi saya pendedahan dan cadangan Anthony itu sepatutnya membuatkan Umno-BN berasa malu. Apatah lagi Umno-BN dengan lantangnya menonjokan diri sebagai juara pembela Islam di Malaysia. Ke mana perginya penasihat agama dalam Umno-BN? Takkan lah tunggu sehingga DAP mengajar tentang Islam kepada Umno-BN!
Sumber HD - 7-1-2014
- Jan 07, 2014
- HARAKAHDAILY
“Atau apakah sebenarnya Najib sendiri secara sengaja dan sedar cuba mensabotaj dasar utama beliau?” tanya Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.
Menurutnya, seminggu yang lalu, beliau telah mengemukakan sepuluh soalan kepada Najib, Menteri Kabinet dan para pemimpin Umno Barisan Nasional tentang pendanaan Perkasa oleh Kerajaan yang disifatkan sebagai “penipuan paling keji oleh kerajaan sepanjang sejarah 56 tahun negara ini”.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Dua minggu lalu terdedah maklumat bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan dana kepada kelompok ekstremis, rasis dan pendukung ketuanan Melayu Perkasa menerusi pelbagai agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN), dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), membolehkan Perkasa menjalankan kempen mengapi-apikan semangat perkauman dan menimbulkan ketegangan keagamaan untuk menyerang dasar 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perlu diakui bahawa kempen Perkasa menentang 1Malaysia dengan sokongan bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad selama ini agak berjaya memandangkan sejak tujuh bulan yang lalu, selepas Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013, Najib belum menegaskan semula 1Malaysia sebagai dasar utama beliau di atas sebarang platform umum.
Najib meneruskan gimik 1Malaysia seperti Kedai Rakyat 1Malaysia dan klinik 1Malaysia, tetapi beliau sentiasa berhati-hati untuk tidak menyebut tentang matlamat 1Malaysia untuk membentuk sebuah Malaysia di mana rakyatnya mengutamakan sifat mereka sebagai warga Malaysia mengatasi latar kaum, agama, daerah dan status sosioekonomi.
Pendekatan Malay first, Malaysian second Perkasa dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tampak lebih mendapat tempat dalam kerajaan Umno/Barisan Nasional, sehinggakan Perkasa berani untuk menyatakan secara terbuka, dalam mesyuarat agung tahunannya dua ninggu lalu, kemungkinan untuk pertubuhan itu menggantikan Umno di masa depan.
Dalam berbalas hujah antara para pemimpin Umno dan Perkasa berkenaan ancaman Perkasa untuk menggantikan Umno, secara tidak sengaja terdedah maklumat tentang penyaluran dana oleh kerajaan kepada Perkasa untuk beberapa kegiatan dan program anti-Najib.
Memang kebenaran lebih aneh daripada cereka. Tiada siapa pernah membayangkan bahawa kerajaan Malaysia sanggup mempermainkan Perdana Menteri sendiri yang ke sana ke mari di atas pentas dunia untuk mempromosi Global Movement of Moderates dan menonjolkan dirinya sebagai model bagi moderat seluruh dunia sedangkan di tanahair, kerajaannya sendiri menyalurkan dana kepada Perkasa untuk menjalankan kempen ekstrem dan perkauman untuk menyerang dasar 1Malaysia Najib yang moderat dan inklusif.
Mesyuarat pertama Kabinet bagi tahun baru ini perlu menilai semula soal penyaluran dana oleh kerajaan kepada Perkasa bagi mengenal pasti siapa yang mensabotaj dasar 1Malaysia dan Global Movement of Moderates Najib.
Atau apakah sebenarnya Najib sendiri secara sengaja dan sedar cuba mensabotaj dasar utama beliau?
Seminggu yang lalu, saya telah mengemukakan sepuluh soalan kepada Najib, Menteri Kabinet dan para pemimpin Umno/Barisan Nasional tentang pendanaan Perkasa oleh Kerajaan yang saya sifatkan sebagai “penipuan paling keji oleh kerajaan sepanjang sejarah 56 tahun negara ini,” termasuk:
1. Bila kerajaan secara rahsia menyalurkan dana kepada Perkasa, dalam bentuk apa dan di bawah penyeliaan siapa? Bila kelulusan diberikan oleh Kabinet atau apakah pendanaan itu begitu sulit sehinggakan Kabinet sendiri tidak mengetahui tentangnya?
2. Apakah rasional bagi penyaluran dana oleh kerajaan kepada Perkasa? Apakah Najib telah dipaksa oleh mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, penasihat Perkasa, untuk menyalurkan dana rahsia kerajaan kepada Perkasa?
3. Apakah ada agensi kerajaan yang lain selain MKN, BTN, dan Jasa di peringkat Persekutuan atau di peringkat negeri yang dikuasai BN yang telah menyalurkan dana kepada Perkasa sejak empat tahun lalu? Jika ada, kemukakan perinciannya.
4. Bagaimana penyaluran dana secara rahsia oleh kerajaan kepada Perkasa dan NGO lain, menerusi pelbagai agensi kerajaan, boleh terlepas daripada perhatian Ketua Audit Negara sejak empat tahun lalu?
5. Apakah Peguam Negara sedar tentang pakatan sulit kerajaan dengan Perkasa sehinggakan para pemimpin Perkasa kebal daripada pendakwaan dan penangkapan atas beberapa kegiatan jenayah, termasuk kenyataan dan ucapan menghasut yang pernah dikeluarkan oleh para pemimpin Perkasa, termasuk mengapi-apikan semangat perkauman, menimbulkan ketegangan keagamaan, mengancam berulangnya “13 Mei” dan untuk melancarkan “jihad” ke atas orang Kristian, selain mengeluarkan kenyataan tidak peka dan menghina agama Hindu?
Selain 10 soalan yang telah saya kemukakan dan masih belum dijawab, ada soalan kesebelas yang ingin diketahui oleh para pembayar cukai Malaysia selepas mesyuarat Kabinet esok – sama ada Kabinet telah mengeluarkan arahan kepada semua agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan agensi kerajaan negeri BN untuk menghentikan semua penyaluran dana kepada Perkasa.
Apakah Najib atau mana-mana menteri kabinet menjawab persoalan ini selepas mesyuarat Kabinet esok atau rakyat Malaysia perlu menunggu hingga bulan Mac apabila Parlimen bersidang semula dan soalan-soalan ini diajukan oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat?
Sumber HD - 7-1-2014
Biarkan BN bermain politik, bukan polis
- Jan 03, 2014
- LIM KIT SIANG
Pasukan polis wajar menerapkan prinsip demokratik dalam menjalankan tugas memelihara kesejahteraan orang ramai dan bukan hanya (menjaga kepentingan) kerajaan.
Sememangnya wajar pihak polis meminta maaf kerana tersilap mendakwa gambar seorang lelaki yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi polis adalah gambar seorang anggota polis yang cedera semasa bertugas ketika protes antikenaikan harga pada sambutan tahun baru di Dataran Merdeka.
Laman Facebook rasmi polis telah memuat naik gambar seorang lelaki tidak berbaju dan cedera di kepala yang disangka sebagai seorang pegawai polis yang bertugas ketika perhimpunan anti-kenaikan harga pada malam Selasa lalu.
Gambar itu disangkal oleh banyak pengguna internet yang mengatakan bahawa ia tidak konsisten dengan kenyataan polis sendiri bahawa tiga pegawai polis yang bertugas telah cedera di bahagian tangan.
Pihak polis telah mengakui kesilapan tersebut dan meminta maaf atas ketidakpekaan memuat naik sekeping gambar yang disangka sebagai anggota polis yang cedera semasa menjalankan tugas di malam ambang tahun baru.
Menurut kenyataan tersebut, "PDRM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeruhkan keadaan dan bahawa pegawai polis juga adalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan".
Ini adalah persoalan yang amat serius. Bagaimana kesilapan sedemikian boleh berlaku? Siapakah pegawai polis yang bertanggungjawab melakukan kesilapan itu dan apakah langkah yang diambil untuk memastikan kesilapan sedemikian tidak akan berulang?
Kita memang merasa lega melihat sikap rendah hati PDRM meminta maaf dan mengakui kesilapannya, walaupun tiada siapa tahu apakah polis akan mengakui kesilapan dengan begitu mudah jika tidak kerana kesilapan tersebut didedahkan oleh warga dunia internet dan juga lelaki dalam gambar itu sendiri, Mohd Zulhilmi Mustafar.
Zulhilmi cedera kerana diserang pada 29 Disember dan beliau telah membuat laporan polis untuk menjelaskan bahawa beliau tidak ikut serta dalam perayaan Tahun Baru atau protes.
Dalam apa jua keadaan – sama ada permintaan maaf itu adakah ikhlas atau dilakukan kerana dipaksa keadaan – pihak polis sepatutnya menunjukkan rasa kesal secara bersungguh-sungguh.
Perkara pertama yang boleh dilakukan polis ialah dengan berpegang pada prinsip demokrasi dalam menjalankan tugas bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan bukan hanya kepentingan kerajaan.
Sebagai contoh, polis tidak seharusnya mengambil sebarang pendirian politik terhadap rakyat Malaysia yang ingin menggunakan hak asasi mereka untuk melakukan protes secara aman terhadap kenaikan harga yang menjejaskan ekonomi majoriti rakyat Malaysia dengan membuat dakwaan tidak berasas tentang adanya rancangan sulit untuk “menggulingkan kerajaan”.
Malah, polis seharusnya meminta maaf kerana membuat dakwaan tidak berasas seperti itu untuk membuktikan bahawa mereka berpegang dengan prinsip demokrasi dalam menjaga kesejahteraan rakyat dan bukan hanya kepentingan kerajaan.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Salleh Mat Rashid telah membuat kenyataan mendakwa bahawa protes pada malam sambutan tahun baru itu "adalah topeng oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda lebih luas untuk mencemarkan sistem demokrasi negara".
Tiada siapa akan terkejut jika dakwaan sedemikian dibuat oleh cybertrooper BN/Umno atau salah seorang menteri BN/Umno.
Tuduhan liar sedemikian yang datang daripada seorang pegawai tinggi polis mencemarkan kebebasan, integriti, dan profesionalisme polis – seperti juga 'dongeng' Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tentang adanya rancangan sulit untuk "menggulingkan kerajaan", seolah-olah Malaysia berada dalam keadaan begitu rapuh sehingga politik dan ekonominya akan runtuh pada bila-bila masa saja.
Polis sepatutnya membiarkan para menteri, pemimpin, dan cybertrooper BN/Umno saja yang bermain politik secara tidak bertanggungjawab agar kebebasan, integriti, dan profesionalisme pihak polis terpelihara di mata rakyat Malaysia dan orang luar.
Sehubungan dengan ini, saya menyeru pihak polis untuk memberi keutamaan terhadap usaha membasmi jenayah agar kadar jenayah dalam negara dapat dikurangkan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia, para pelabur, dan juga pelancong, serta tidak menghabiskan wang dan tenaga polis untuk “memburu bayang” seperti yang ditunjukkan menerusi usaha menghukum kalangan yang terlibat dalam protes antikenaikan harga pada malam sambutan tahun baru.
______________
Lim Kit Siang adalah Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah
Sumber HD - 3-1-2014
Chin Tong sedia tanding pemilihan DAP Johor
- Jan 02, 2014
- HARAKAHDAILY
“Seandainya dipilih oleh para perwakilan sebagai salah seorang daripada 15 ahli jawatankuasa negeri, saya rela menawarkan khidmat sebagai Pengerusi Negeri.
“Sekiranya diterima, saya bersama setiap anggota kepimpinan yang baru akan membantu usaha melakar masa depan yang baru untuk Malaysia dengan memperkukuh DAP Johor bersama Pakatan Rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Ini ekoran beberapa minggu lalu, wartawan ada bertanya sama ada beliau bertanding untuk jawatan Pengerusi DAP Johor, memandangkan Konvensyen Biasa DAP Johor berlangsung 12 Januari.
Dalam jangka masa beberapa bulan ini, beliau begitu merasa rendah diri dengan ramai ahli DAP Johor serta penyokong-penyokong DAP dan Pakatan Rakyat yang terus memberi galakan supaya menawarkan diri sebagai calon Pengerusi DAP Negeri Johor.
Katanya, DAP disusun berdasarkan prinsip kepimpinan kolektif.
Jelasnya, para perwakilan akan memilih 15 ahli jawatankuasa negeri di Konvensyen Biasa DAP Negeri Johor dan mereka yang terpilih kemudian memilih pengerusi dan ahli jawatankuasa, dari kalangan mereka sendiri.
Menurutnya, pemilihan kepimpinan DAP Johor akan datang haruslah bertitik tolak daripada soal-soal idea, aspirasi dan hala tuju masa depan bagi parti di Johor.
Beliau berkata, pilihanraya Mei 2013 telah mengkuburkan sangkaan bahawa Johor adalah kubu kuat Umno BN.
“5 daripada 26 kerusi Parlimen serta 18 daripada 56 kerusi Dun Johor kini diwakili oleh parti-parti Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Justeru, ujarnya peluang dan cabaran besar bakal menanti DAP dan Pakatan Rakyat di Johor.
Katanya lagi, Negeri Johor pastinya merupakan lapangan pertarungan paling penting bagi semua rakyat Malaysia yang mahu melihat penghujung hayat pentadbiran kerajaan Barisan Nasional serta permulaan baru bagi Malaysia.
Dalam konteks ini, jelasnya kepimpinan DAP Johor yang baru bakal menempuhi tiga tugas besar:
Pertama, konsolidasi pencapaian pilihanraya DAP dan Pakatan Rakyat dalam PRU Mei 2013 dengan mengukuhkan tapak sokongan kita di dalam masyarakat;
Kedua, memperluas sokongan terhadap DAP Johor di kalangan pengundi Melayu dan India, serta di kalangan anak muda dan wanita;
Ketiga, meningkatkan kerjasama dengan PAS dan PKR bagi membina hubungjalin dan kerjasama bukan setakat di peringkat nasional tetapi lebih penting lagi di peringkat negeri dan kawasan parlimen.
Sumber HD - 2-1-2013
Elak politik lapuk, rintis politik baru sempena tahun baru
- Jan 01, 2014
- HARAKAHDAILY
KITA akan mengucapkan selamat tinggal kepada 2013 dengan dada yang lapang; dengan kesedaran bahawa pada setiap penghujung tahun adalah permulaan bagi hari-hari baru yang bakal menjelang. Kita harus sentiasa optimis bahawa segala yang terjadi sepanjang tahun lalu adalah batu-batu asas yang akan merintis jalan ke arah perubahan.
Perubahan itu sifatnya abadi. Setiap waktu, setiap hari; perubahan tidak berhenti. Tidak ada siapa yang mampu menahan perubahan daripada berlaku ketika ia datang tepat pada waktu.
2008 yang lalu Malaysia telah melihat tsunami politik yang begitu besar, dengan beberapa buah negeri berjaya ditadbir oleh koalisi politik parti-parti oposisi yang kini dikenali umum sebagai Pakatan Rakyat.
Lima tahun kemudian pada 2013, ombak perubahan politik yang lebih kuat terus membadai lantas berkesudahan dengan pertambahan kerusi Pakatan Rakyat di Parlimen, selain menafikan majoriti undi popular parti pemerintah.
Pasca 505, negara menyaksikan harapan dan impian baru yang selama ini jarang-jarang diyakini boleh tercapai. Meski pun harapan rakyat untuk melihat perubahan rejim tidak kesampaian, kita masih boleh merasakan kehendak rakyat yang semakin berkobar-kobar mahukan sebuah perubahan, dan tanggungjawab membawa perubahan ini haruslah digalas bersama.
Pilihanraya Umum ke 13 menyaksikan gerak gempur yang begitu berjaya; terutamanya di Selatan tanah air, di mana kubu-kubu UMNO dan BN selama ini luluh hasil daripada keazaman rakyat menuntut perubahan. Kita telah menafikan angan-angan politik perkauman BN apabila DAP bersama-sama Pakatan Rakyat menang di Gelang Patah sungguhpun ada cubaan oleh pemimpin UMNO untuk menjadikan pertandingan tersebut sebuah isu perkauman.
Begitu juga halnya dengan kerusi-kerusi seperti Raub dan Bukit Bendera di mana DAP telah meletakkan calon-calon Melayu yang menang di kawasan majoriti pengundi Cina. Ilusi politik perkauman yang dibikin UMNO hancur lebur, dan oleh kerana kegagalan itu mereka lantas mudah menyalahkan pengundi Cina.
Mereka barangkali lupa dengan kerusi Temerloh yang dimenangi mantan Ketua Pemuda PAS, Saudara Nasruddin Tantawi yang mengalahkah Dato Saifuddin Abdullah yang bukan calang-calang orangnya. Bukan sahaja di kerusi bandar, malah di kawasan luar bandar seperti Temerloh juga rakyat sudah kian berani menolak UMNO dan kuncu-kuncunya.
Semua ini adalah indikator bahawa segala propaganda kerajaan hampir sahaja tidak berjaya apabila berdepan dengan keazaman rakyat yang begitu kuat.
Keazaman ini lah yang bakal merintis jalan ke arah impian rakyat Malaysia yang mahu melihat sebuah negara yang demokratik, adil dan memberikan peluang saksama untuk semua; serta menolak kelakuan pelampau kaum dan agama serta mencela politik perkauman sempit yang memecahbelah perpaduan bangsa Malaysia.
Keazaman ini harus sentiasa diperbaharui dengan memperkukuhkan pendirian kita bersama ke arah sebuah masyarakat berbilang kaum yang tidak lagi fobia dan tidak mampu saling mempercayai akibat daripada operasi politik pembodohan dan perkelahian yang disemai UMNO dan BN selama puluhan tahun.
Saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk mengingat kembali segala pahit manis yang telah kita lalui sepanjang tahun lalu dan terus berusaha ke arah Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Generasi akan datang harus dipersiapkan dengan ilmu dan maklumat yang benar, selain dipastikan tidak menjadi mangsa pembodohan terancang pihak pemerintah yang tidak lain hanya mahu supaya rakyatnya tidak terlalu cerdik sehingga mampu melawan kezaliman dan salahguna kuasanya.
Zaman sudah berubah dan hari ini rakyat dari segenap lapisan usia kian celik dan sedar melalui jaringan maklumat di internet dan laman media sosial.
Politik pembodohan dengan menggunakan aparat-aparat perkauman dan agama tidak lagi relevan dan hanya membawa negara ke arah kemunduran. Adalah amat dayus bagi pihak pemerintah untuk mengaburi mata rakyat daripada melihat kegagalannya mengurus ekonomi sehingga mengakibatkan inflasi dan kenaikan kos sara hidup yang begitu teruk, dengan menyajikan penipuan, fitnah serta politik permainan sentimen agama dan perkauman sempit.
Di ambang tahun 2014 ini, saya menyeru semua warga Malaysia yang berakal waras untuk meneruskan usaha menolak politik lapuk dan merintis jalan politik baru demi sebuah negara yang lebih baik, Malaysia impian kita bersama.
LIM KIT SIANG
Sumber HD - 1-1-2014
Malaysia milik rakyat, bukan Umno
- Dec 30, 2013
- HARAKAHDAILY
Sambil menyifatkan kenyataan Zaiton sebagai ‘kurang cerdik’, Kasthuri berpendapat Zaiton sebagai jahil tentang sejarah negara dan ‘buta hati’ dengan propaganda partinya sendiri.
Menurutnya, sudah berkali-kali rakyat Malaysia terpaksa berdepan dengan pemimpin Umno-BN yang melaungkan kata-kata berbaur perkauman dan kini sarat dengan sentimen kepartian.
“Mengapa perlu mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan kerajaan diminta meninggalkan tanah airnya?” soal beliau.
Kasthuri berkata, kesetiaan rakyat adalah kepada kedaulatan negara ini dan bukannya kepada pemimpin politik yang hanya pandai berjanji tetapi tidak menghiraukan kepayahan rakyat akibat kos sara hidup yang melambung.
“Negara ini dibina oleh setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum etnik atau bahasa,” ujar beliau.
Beliau turut menyelar Zaiton yang mendakwa sebahagian rakyat tidak berterima kasih dengan “semua kebaikan yang diterima selama ini”.
“Bagaimana pula dengan sorakan manifesto PRU13 BN yang menjanjikan penambahbaikan kos sara hidup rakyat Malaysia bersama dengan stiker Perdana Menteri Najib yang senyum lebar di dinding komuter dengan ayat-ayat ‘Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup’?” soal Kasthuri sinis.
Menurut Kasthuri, negara demokrasi yang matang akan mendengar rintihan dan keluhan rakyat dan tidak bersikap “buat tidak tahu” terhadap kritikan dan cadangan untuk menambah baik sistem pentadbiran negara, mencegah penyelewengan dan menghormati hak asasi rakyat.
Beliau turut mendesak Perdana Menteri mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang menyuarakan pandangan seperti Zaiton dan mengarahkan mereka memohon maaf secara terbuka.
Sumber HD - 30-12-2013
Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru
- Dec 25, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk mengurangkan kerosakan besar yang timbul berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin membisukan diri selama tiga minggu tanpa memberi sebarang respons tentang tiga khabar buruk berkenaan kemerosotan mutu pendidikan negara ini, iaitu:
* Pencapaian buruk dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) 2011;
* Pencapaian buruk dalam PISA (Programme for International Student Assessment) 2012; dan
* Laporan buruk oleh Bank Dunia dalam Malaysia Economic Monitor yang bertema “High-Performing Education”.
Berikut kenyataan Lim yang juga Penasihat DAP Kebangsaan.
Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru yang sepenuhnya komited untuk menangani krisis pendidikan nasional menerusi pelan tindakan yang praktikal dan matlamat yang mampu dicapai bagi mengubah sistem pendidikan negara ini menjadi sistem pendidikan bertaraf dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk mengurangkan kerosakan besar yang timbul berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin membisukan diri selama tiga minggu tanpa memberi sebarang respons tentang tiga khabar buruk berkenaan kemerosotan mutu pendidikan negara ini, iaitu:
* Pencapaian buruk dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) 2011;
* Pencapaian buruk dalam PISA (Programme for International Student Assessment) 2012; dan
* Laporan buruk oleh Bank Dunia dalam Malaysia Economic Monitor yang bertema “High-Performing Education”.
Menerusi Facebook beliau kelmarin, Najib mengatakan bahawa Malaysia mampu menyediakan sistem pendidikan terbaik dengan kerjasama semua pemegang kepentingan, iaitu ibu-bapa, pendidik dan pelajar sendiri.
Beliau menyifatkan soal pendidikan sebagai perkara yang amat beliau ambil berat dan mengakui bahawa pelbagai usaha telah diadakan untuk memperkukuh sistem pendidikan negara yang “merangkumi semua aspek pembangunan modal insan secara menyeluruh, selain merapatkan jurang pendidikan antara pelajar di bandar dan luar bandar.”
Ujar beliau: “Kita hanya dapat menghasilkan modal insan yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang holistik. Kerana itu, saya menyokong sebarang usaha pembangunan pendidikan seperti yang dirumuskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan.”
Sistem pendidikan adalah salah satu daripada janji yang gagal ditepati oleh Najib menerusi slogan “Janji Ditepati”.
Perdana Menteri telah melakukan percubaan berani untuk memulihkan keyakinan orang awam terhadap sistem pendidikan kebangsaan dan khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang cuba untuk melonjakkan sistem pendidikan Malaysia dalam tempoh 13 tahun dari tangga sepertiga tercorot di peringkat antarabangsa ke arah menjadi sebuah sistem bertaraf dunia.
Namun usaha Najib untuk menangani krisis pendidikan tidak memadai memandangkan beliau mempunyai seorang Menteri Pendidikan yang telah menunjukkan sikap tidak peduli dan tidak endah tentang tahap pendidikan Malaysia yang semakin merosot apabila Muhyiddin membisu seribu bahasa sepanjang tiga minggu yang lalu ketika berdepan dengan tiga musibah pendidikan.
Muhyiddin mahu pun Najib belum mampu menjelaskan “ciri unik” sistem pendidikan negara di mana tahun demi tahun pelajar Malaysia menunjukkan peningkatan pencapaian dalam peperiksaan tempatan seperti UPSR dan PMR, dengan semakin banyak pelajar mendapat gred A dalam semua subjek, tetapi pada masa yang sama pencapaian mereka merosot berdasarkan ujian penilaian antarabangsa empat tahunan TIMSS dan tiga tahunan PISA.
Sebagai contoh, sewaktu Malaysia kali pertama ikut serta dalam TIMSS pada tahun 1999, mata yang diperolehi bagi subjek Matematik (519 mata) dan Sains (492 mata) berada di atas kadar purata antarabangsa dan kita menduduki tangga ke-16 dari 38 buah negara bagi subjek Matematik dan ke-22 bagi Sains.
Untuk TIMSS tahun 2003, pencapaian Malaysia hampir sama seperti di tahun 1999. Mata Sains meningkat sedikit dan kekal di atas kadar purata antarabangsa, manakala mata Matematik merosot sedikit, tetapi masih kekal di atas kadar purata antarabangsa, dan kedudukan negara ini meningkat ke tangga ke-10 di kalangan 45 buah negara.
Bagaimanapun, pencapaian pelajar Malaysia dalam TIMSS 2007 dan 2011 merosot teruk berbanding rakan-rakan sebaya mereka dari negara lain.
Bagi tahun 2011, mata Matematik jatuh ke 440 mata (tangga ke-26 di kalangan 42 buah negara) dan mata Sains jatuh ke 426 mata (ke-32 di kalangan 42 buah negara).
Dalam empat TIMSS dari tahun 1999-2011, Malaysia adalah negara paling teruk merosot matanya di kalangan negara yang terbabit dalam ujian bagi kedua-dua subjek matematik dan sains: mata matematik merosot sebanyak 79 mata dari 519 di tahun 1999 ke 440 pada tahun 2011; mata sains merosot sebanyak 66 mata dari 492 di tahun 1999 ke 426 mata di tahun 2011.
Muhyiddin dan juga Najib belum mampu mengemukakan penjelasan yang baik tentang kemerosotan standar pendidikan sekolah-sekolah kita, sama ada berdasarkan TIMSS atau PISA, yang sedemikian parah sejak sedekad yang lalu.
Tiada seorang pun di antara kedua-dua mereka menjelaskan tentang bagaimana kerajaan boleh membelanjakan RM20 juta untuk membayar khidmat perunding asing bagi menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mengandungi matlamat “dongengan” yang memerlukan pelajar Malaysia melakukan tiga keajaiban dalam tempoh 13 tahun Tiga Gelombang pelan pendidikan untuk melonjak dari tangga sepertiga tercorot dalam PISA dan TIMSS ke tangga sepertiga teratas – “lonjakan berganda” tahap pendidikan yang tidak pernah berjaya dilakukan oleh mana-mana negara atas muka bumi ini!
Saya telah berulangkali bertanya kepada Muhyiddin sama ada beliau benar-benar percaya bahawa pelajar Malaysia mampu mencipta rekod dunia melonjak dari tangga sepertiga tercorot ke tangga sepertiga teratas dalam PISA dan TIMSS dalam tempoh 13 tahun, namun beliau dan juga para perancang pendidikan di Kementerian Pendidikan membisu seribu bahasa, dan begitu juga McKinsey & Co, perunding asing yang menerima bayaran RM20 juta untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan!
Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru yang sepenuhnya komited untuk menangani krisis pendidikan nasional menerusi pelan tindakan yang praktikal dan matlamat yang mampu dicapai bagi mengubah sistem pendidikan negara ini menjadi sistem pendidikan bertaraf dunia dari kedudukan sekarang yang serba sederhana.
Jika Muhyiddin masih merasakan dirinya seorang Menteri Pendidikan yang baik, maka beliau seharusnya mengalu-alukan persidangan khas Parlimen dalam bulan Januari untuk membincangkan krisi pendidikan negara dan membuktikan beliau layak memegang teraju pendidikan negara ini.
Jika tidak, mungkin Najib patut mengambil peluang daripada rombakan Kabinet yang akan dibuat bagi melantik Menteri Pendidikan baru yang mampu memberi khidmat yang wajar kepada negara dan generasi masa depan memandangkan mutu sistem pendidikan negara adalah berkait rapat dengan masa depan ekonominya.
Sumber HD - 25-12-2013
Gantung The Heat: Demokrasi hanya proses pilih sibodoh jadi pemimpin
- Dec 23, 2013
- Haris Zuan
Sebagai latar untuk perbincangan ini, suka diingatkan, Malaysia berada di kedudukan 145 untuk Indeks Kebebasan Media yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders, ketinggalan di belakang Bangladesh, Kemboja, dan Indonesia, syukur sedikit baik berbanding negara komunis Korea Utara. Mengapa kita harus malu dengan rekod ini dan bagaimana kebebasan akhbar ini mempengaruhi tahap kecerdikan kita dalam membuat keputusan?
Apa kaitannya kebebasan akhbar dengan demokrasi?
Pertamanya bagi memahami perkara ini, kita harus pulang kepada idea paling asas dalam demokrasi perwakilan (representative democracy) yang kita amalkan kini. Oleh kerana penduduk Malaysia ini terlalu ramai, maka tidak semua orang mampu terlibat aktif dalam proses membuat keputusan. Bayangkan sahaja dalam sebuah kampung, setiap kali diadakan mesyuarat, hanya beberapa kerat sahaja yang mampu hadir. Apatah lagi untuk ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri bagi setiap sidang.
Perkara ini boleh kita fahami atas dua alasan. Pertama tidak semua orang mempunyai masa lapang untuk hadir mesyuarat dan keduanya tidak semua orang berminat dengan semua isu yang dibincangkan serta mungkin juga tidak mempunyai pengetahuan mendalam akan setiap isu yang ingin dibincangkan.
Oleh yang demikian, kita memilih wakil yang terbaik di antara kita untuk mewakili kita dengan anggapan mereka ini akan memastikan kepentingan kita dipertahankan. Maka kita memilih wakil setiap penggal pilihan raya tanpa gagal ke Dewan Undangan Negeri untuk pertahankan kepentingan kita di peringkat negeri dan Parlimen untuk peringkat Persekutuan. Mudah. (nota: malangnya kini kita tidak lagi memilih wakil ke kerajaan tempatan setelah hak ini digantung oleh Kerajaan Umno-BN sejak 1960-an).
Namun, bagaimana kita mahu memastikan mereka ini menjalankan tanggungjawab menjaga kepentingan kita atau mereka ini sebenarnya membuat keputusan yang menyusahkan kita pada akhirnya? Maka di sinilah pentingnya kebebasan media termasuk akhbar.
Kita mesti mengetahui apa yang mereka lakukan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Apa yang mereka bahas dan putuskan. Apakah setiap wakil yang kita pilih itu benar-benar berbahas demi mempertahankan kepentingan kita atau sebenarnya mereka hanya membuat lawak sarkis. Maaf, jangan silap sangka, saya tidak merujuk kepada Bung Mokhtar.
Malangnya di negara ini tiada siaran langsung untuk sidang Parlimen – Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara – apatah lagi Dewan Undangan Negeri. Hanya RTM yang menyiarkan siaran langsung untuk sesi jawapan Menteri daripada jam 10:00 pagi hingga 11:30 pagi. Hanya itu.
Maklumat ini sangat penting bagi memastikan kita tidak kekal memilih orang yang tidak layak untuk mewakili kepentingan kita. Demikianlah peri pentingnya maklumat yang datangnya daripada kebebasan media. Tanpa kebebasan media ini, kita mungkin bukan sahaja akan terus memilih orang bodoh untuk membuat keputusan untuk kita, malah kita akan kekal memuja kebodohan mereka.
Tapi bagaimana pula jika akhbar ini menipu?
Kebebasan media dan hak bersuara bukan bererti TV3 akan menyiarkan berita yang menyokong Pakatan Rakyat atau Roketkini berkempen untuk BN. Media tidak pernah neutral dan tidak mungkin akan neutral. Maka atas alasan inilah kita memerlukan lebih banyak media untuk mewakili kumpulan yang berbeza – bukan sahaja dalam soal parti politik.
Apabila ada banyak pilihan, kita boleh membandingkan maklumat yang ada dan membuat keputusan yang lebih baik. Tanpa maklumat daripada semua sudut, kita akan kekal menjadi bodoh.
Kebebasan datang dengan akibat dan tanggungjawab. Jika akhbar didapati menipu, saman sahaja mereka ini sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat yang menang berjuta ringgit kerana akhbar salah lapor kenyataan mereka. Malangnya berita ini tidak disiarkan demi membodohkan orang kampung.
Membawa isu salah lapor ini ke mahkamah jika tidak mahu dibiarkan kepada orang ramai untuk membuat keputusan sendiri adalah jauh lebih terhormat dan munasabah berbanding sistem kini yang membolehkan satu orang manusia di negara ini – Menteri Dalam Negeri – menentukan apa yang seharusnya 30 juta rakyat negara ini baca dan tahu.
Gunakan Hak Berfikir Sebelum Hak Bersuara?
Satu ayat yang gemar digunakan oleh mereka yang anti-kebebasan bersuara (mereka ini sebenarnya tidak pun faham erti kebebasan bersuara itu hanya anti kerana disuruh begitu) adalah lirik lagu Aku Maafkan Kamu nyanyian Malique dan Jamal Abdillah – guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara. Kenyataan yang sebenarnya bersifat falasi (kesalahan logik atau kesesatan hujah).
Bersuara adalah manifestasi fikiran kita. Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk menzahirkan fikiran kita dalam apa bentuk pun – tulisan, filem, musik, lukisan – dan dalam apa medium pun – akhbar, majalah, radio, playcard, kanvas. Hak berfikir bererti hak untuk menyampaikan idea kita kepada orang lain. Tanpa kebebasan paling asas ini oleh lain (termasuk kita) tidak mampu untuk berfikir kerana masing-masing tidak mampu meluahkan idea masing-masing dan saling bertukar pandangan.
Oleh itu, tidak mungkin wujud keadaan di mana kita dapat menggunakan hak berfikir tanpa mendapat hak bersuara kerana kedua-duannya adalah hal yang sama, melainkan jika ada yang bersuara tanpa berfikir – sekali lagi ini tiada hubungan dengan Bung Mokhtar.
Oleh kerana kini tiada lagi ruang untuk menzahirkan hak berfikir melalui medium konvensional seperti TV dan akhbar maka ramai yang telah menggunakan internet – Facebook, Twitter, Youtube dan portal berita.
Malangnya capaian internet di Malaysia ini maha pelahan (di tangga 122 dunia di belakang Angola menurut Household Download Index) dan liputannya belum benar-benar mencakupi luar bandar maka hanya mereka yang berada di bandar dan pinggir bandar yang mendapat akses kepada maklumat ini yang kemudiannya menciptakan jurang perbezaan maklumat yang besar antara bandar dan luar bandar, sebagaimana yang terjadi kini.
Akhirnya penduduk luar bandar (yang rata-ratanya Melayu Islam Sunni) kekal dibodohkan untuk terus memilih wakil yang memastikan kehidupan mereka yang sedia susah kian menderita. Maka tanpa adanya kebebasan bersuara sampai bila-bila demokrasi hanya proses menaikkan orang bodoh sebagai pemimpin. Sekali lagi saya ingin tegaskan, saya tidak merujuk Bung Mokhtar secara langsung mahupun tidak langsung. – Roketkini.com
Sumber HD - 23-12-2013
Cemerlang PMR, merosot peperiksaan antarabangsa
- Dec 20, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut Lim, sejumlah 30,988 calon atau 7.33 peratus dari 462,940 pelajar yang menduduki ujian PMR telah mencapai gred A dalam semua subjek – peningkatan sebanyak 0.41 peratus atau 514 pelajar dari tahun lepas.
Bagaimanapun, keputusan ujian TIMSS 2011 dan PISA 2012 menunjukkan tahap pencapaian pelajar Malaysia amat rendah menurut ukuran antarabangsa.
“Mereka (Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri) perlu menjelaskan mengapa terdapat perbezaan besar pada keputusan ujian PMR di peringkat tempatan berbanding keputusan ujian antarabangsa seperti TIMSS 2011 dan PISA 2012,” tegas Lim.
Beliau menjelaskan, sistem pendidikan Malaysia telah menghasilkan lebih dari tujuh peratus pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa berdasarkan pencapaian PMR 2013 namun keadaan ini tidak tercermin dalam keputusan TIMSS 2011 dan PISA 2012.
Menurut beliau, hanya dua peratus daripada pelajar Malaysia yang mengambil peperiksaan TIMSS 2011 berjaya mencatatkan gred tinggi “Advanced International Benchmark” dalam ujian matematik berbanding 49 peratus pelajar Taiwan, 48 peratus pelajar Singapura, 47 peratus pelajar Korea Selatan, 34 peratus pelajar Hong Kong, 27 peratus pelajar Jepun dan 14 peratus pelajar Russia.
“Lebih menggusarkan, keputusan ujian antarabangsa itu menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar Malaysia terus-menerus merosot, terutamanya sejak satu setengah dekad yang lalu memandangkan jumlah pelajar yang mencapai “Advanced International Benchmark” TIMSS dalam ujian matematik telah merosot dengan banyak dari 10% pada tahun 1999 ke 2% pada tahun 2011, sedangkan peratusan pelajar-pelajar cemerlang dari negara di tangga atas TIMSS semakin meningkat, misalnya peratus pelajar cemerlang Taiwan meningkat dari 37% pada tahun 1999 ke 49% pada tahun 2011; Singapura dari 42% ke 48%; Korea Selatan dari 32% ke 47% dan Hong Kong dari 28% ke 34%,” jelas beliau.
Beliau mempersoalkan mengapa tahap pencapaian sistem pendidikan Malaysia semakin merosot sedangkan pencapaian negara lain semakin jauh meningkat sejak satu setengah dekad yang lalu?
Menurut Lim, dalam PISA 2012 hanya 1.3 peratus pelajar Malaysia tergolong sebagai “pelajar cemerlang” bagi subjek matematik (iaitu mencapai Tahap 5 atau 6) berbanding Shanghai-China (55.4%), Singapura (40%), Taiwan (37.2%), Hong Kong (33.7%) dan Korea Selatan (30.9%).
Ujarnya, sekitar 15% hingga 25% pelajar Belgium, Kanada, Finland, Jerman, Jepun, Liechtenstein, Macao, Netherlands, New Zealand, Poland, dan Switzerland adalah pelajar cemerlang dalam PISA 2012 sedangkan pencapaian 5% pelajar terbaik Malaysia hanya setaraf pelajar biasa dari Korea dan Jepun.
“Lebih membimbangkan, lebih separuh pelajar Malaysia (51.8%) tidak mencapai tahap keupayaan asas dalam Matematik (iaitu di bahawa Tahap 2),” ujarnya.
Sehubungan itu beliau menggesa Perdana Menteri dan Timbalannya menjelaskan perbezaan besar antara keputusan ujian dalam negara dengan keputusan ujian antarabangsa yang berprestij.
“Ujian atau penilaian mana yang sepatutnya diyakini oleh rakyat Malaysia – ujian dalam negara atau penanda aras pendidikan antarabangsa?” katanya.
PISA ataupun Program Penilaian Pelajar Antarabangsa dilaksanakan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) membabitkan negara anggota dan bukan anggota.
Ia menilai pencapaian pelajar sekolah berumur 15 tahun dalam matapelajaran matematik, sains dan membaca.
Program ini bermula sejak tahun 2000 dan dilaksanakan tiga tahun sekali bertujuan menambah baik polisi dan hasil pendidikan.
Sejumlah 470,000 pelajar daripada 65 negara menduduki PISA 2009 manakala 50,000 pelajar mewakili sembilan negara menduduki ujian yang sama pada 2010.
TIMSS atau Trends in International Mathematics and Science Study adalah ujian bertaraf antarabangsa yang menyamai objektif PISA.
Sumber HD - 20-12-2013
Malaysia tidak mampu hasil pekerja berkemahiran tinggi
- Dec 13, 2013
- LIM KIT SIANG
Lee Chee Sung, penasihat kepada Institute of Labour Market Information and Analysis (ILMIA) – sebuah lembaga di bawah Kementerian Sumber Tenaga Manusia – menyebut dalam majlis perasmian portal ILMIA di Kuala Lumpur kelmarin bahawa walaupun 400,000 peluang kerja telah dibentuk tahun lalu, Malaysia masih belum menjadi sbuah negara berpendapatan tinggi kerana ia kekurangan pekerja berkemahiran tinggi.
Dalam majlis yang sama, Menteri Sumber Tenaga Manusia Datuk Richard Riot Jaem mengakui bahawa pada masa ini, sekitar 28 peratus dari 12.7 juta tenaga buruh dalam negara terdiri daripada pekerja berkemahiran tinggi dan kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan peratusan tersebut kepada 50 peratus menjelang tahun 2020.
Bagaimanapun, kedua-dua penanda aras pendidikan antarabangsa yang penting – Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 dan PISA 2012 – menunjukkan bahawa pencapaian Malaysia dalam membangunkan sumber tenaga manusia negara adalah lemah, sedangkan modal insan adalah pemacu asas bagi pertumbuhan ekonomi.
Seperti disebut dalam laporan Malaysia Economic Monitor Bank Dunia, sistem pendidikan membina kemahiran kognitif dan melengkapkan pekerja dengan pengetahuan yang dapat meningkatkan daya pengeluaran mereka dan memungkinkan inovasi untuk terjadi. Pengetahuan, dari peringkat asas seperti kemahiran membaca sehingga kejuruteraan maju, yang disalurkan menerusi sekolah adalah amat penting untuk kemajuan ekonomi dan sosial kita.
Pendidikan Malaysia bermasalah bukan dari segi kuantiti atau akses kepada pendidikan, sebaliknya mutu atau akses kepada pendidikan bermutu. Bank Dunia menyifatkan usaha membentuk sistem pendidikan berprestasi tinggi sebagai “satu unsur penting dalam transformasi Malaysia ke arah menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, lestari dan inklusif”.
Atas sebab inilah semua rakyat Malaysia perlu memandang berat krisis sistem pendidikan Malaysia dalam keadaan prestasi Malaysia menurut penilaian antarabangsa adalah di bawah tahap yang wajar bagi sebuah negara yang mempunyai pendapatan per kapita serta perbelanjaan untuk pendidikan seperti Malaysia, selain kerana prestasi Malaysia lebih buruk daripada negara-negara berpendapatan tinggi yang kita anggap sebagai pesaing dalam usaha menarik masuk pelaburan berasaskan inovasi dan pengetahuan.
Malaysia berdepan dengan dua masalah berkembar dalam usaha membentuk sistem pendidikan berprestasi tinggi, iaitu untuk memastikan:
1. Bahawa pelajar Malaysia berusia 15 tahun yang pencapaian mereka di bawah tahap purata antarabangsa serta ketinggalan empat atau lima tahun di belakang rakan-rakan mereka yang sebaya dari negara-negara berprestasi tinggi seperti Shanghai, Singapura, Korea Selatan, Hong Kong, dan Taiwan mampu membuat lonjakan berganda dalam PISA 2021 dari tangga sepertiga tercorot ke tangga sepertiga terbaik; dan
2. Peningkatan besar dari segi peratusan pelajar berprestasi tinggi dalam subjek matematik, sains dan bacaan.
Untuk subjek matematik dalam PISA 2012, Shanghai-China memiliki pelajar berpencapaian terbaik, iaitu pada Tahap 5 atau 6 (55.4%), diikuti oleh Singapura (40%), Taiwan (37.2%), Hong Kong (33.7%) dan South Korea (30.9%). Sekitar 15 hingga 25 peratus pelajar Belgium, Kanada, Finland, Jerman, Jepun, Liechtenstein, Macau, Netherlands, New Zealand, Poland, dan Switzerland mencatatkan prestasi terbaik dalam matematik.
Sebagai perbandingan, hanya 1.3% pelajar Malaysia tergolong sebagai pelajar berpencapaian terbaik, sedangkan lebih dari separuh pelajar Malaysia (51.8%) tidak mencapai tahap keupayaan asas yang memadai dalam bidang tersebut (di bawah Tahap 2).
Pelajar Malaysia dalam kumpulan 5% terbaik sekali pun menunjukkan pencapaian yang hanya setara dengan pelajar biasa dari Korea dan Jepun.
Suatu perkara yang perlu diperhatikan, pencapaian Malaysia berada di bawah Vietnam, sebuah negara berpendapatan rendah yang baru pertama kali menyertai PISA pada tahun 2012. Sebanyak 13.3% pelajar Vietnam digolongkan sebagai pelajar berpencapaian tinggi dan hanya 14.2% yang keupayaan asas dalam subjek Matematik mereka berada di bawah tahap asas.
Perbandingan mata PISA 2012 antara Vietnam dan Malaysia perlu diperhatikan secara lebih dekat oleh para pemimpin politik, perancang pendidikan dan ibu-bapa Malaysia:
Matematik Sains Bacaan
Vietnam 511 528 508
Malaysia 421 420 398
Apakah Malaysia mempunyai kesungguhan politik untuk mengubah sistem pendidikannya menjadi sistem pendidikan berprestasi tinggi demi mengejar kecemerlangan dan bukan hanya terbiar menjadi satu sistem ala kadar untuk membolehkan Malaysia mencapai matlamat untuk menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, lestari dan inklusif menjelang tahun 2020?
Sumber HD - 13-12-2013
Teruknya, aliran keluar wang haram RM1.2 trilion
- Dec 12, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut Setiausaha Agung DAP itu, bagi tahun tersebut, kedudukan Malaysia berada di belakang Rusia (USD191.14 bilion), China (USD151.35 bilion) dan India (USD84.94 bilion).
Katanya, menurut laporan pemerhati kewangan berpusat di Washington, Global Financial Integriti, walaupun populasi Malaysia kecil, ia memiliki aliran keluar wang haram yang lebih tinggi berbanding negara dengan populasi lebih besar di dunia antara tahun 2002-2011 dengan jumlah USD370.38 bilion.
“Jenayah, rasuah dan pengelakan cukai telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, dengan jumlah kerugian besar sebanyak RM1.2 trilion atau USD370.38 bilion dalam bentuk wang haram antara tahun 2002-2011, jelas sekali bahawa jumlah kerugian daripada wang haram ini adalah lebih besar daripada KDNK Malaysia untuk tahun ini mahupun tahun hadapan.
Menurutnya lagi, setiap negara di kedudukan 10 tertinggi dalam senarai terbabit mempunyai bilangan jumlah penduduk yang lebih ramai berbanding Malaysia.
Tambahnya, tidak dapat dinafikan bahawa secara perkapita, Malaysia muncul juara dunia dalam gejala rasuah dan mengesahkan gelaran yang diberikan Transparency International dan Wall Street Journal dalam jangka setahun yang lalu.
Justeru, ujarnya Kerajaan Barisan Nasional mesti mengambil tindakan ke atas penganugerahan gelaran yang begitu memalukan kepada negara ini dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab di atas skandal-skandal kewangan seperti skandal saham Bimputera bernilai RM52 bilion, di mana orang Melayu biasa terlepas peluang mendapatkan saham-saham ini yang barang kali ghaib ke tangan-tangan pemimpin BN.
Selain itu, katanya skandal RM14 bilion Port Klang Free Trade Zone serta pendedahan saban tahun pihak Ketua Audit Negara tentang kegagalan mengurus kewangan (yang melibatkan dana berjumlah RM6.5 bilion dalam tahun 2012).
“Sehingga ke hari ini, tidak ada seorang pun yang menerima sebarang hukuman,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Baginya, jelas sekali Bank Negara Malaysia (BNM) tidak efektif dan tidak cekap; malah langsung tidak bertanggungjawab dan lalai dalam menghentikan pengaliran keluar wang haram ini, walaupun telah mewujudkan jawatankuasa bertindak pada tahun 2010 untuk melaksanakan langkah-langkah bagi menghentikan aliran keluar wang haram.
Barangkali, katanya Malaysia harus mencontohi model British yang mewujudkan pendaftaran awam berpusat bagi maklumat pemilikan berfaedah korporat bagi menghentikan aliran wang haram.
Sumber HD - 12-12-2013
1Melayu ganti 1Malaysia, apa pendirian MCA dan MIC
- Dec 06, 2013
- HARAKAHDAILY
Demikian pertanyaan yang dilontarkan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar (gambar) dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, ketua Umno bahagian itu secara terbuka mengatakan bahawa 'bangsa-bangsa lain' telah menikam dari belakang dalam pilihanraya.
“Beranikah Presiden Umno itu menegur Ketua Bahagian itu dan menegaskan pendiriannya secara terbuka?” tanya beliau lagi.
Kenyataan penuh seperti di bawah.
Rasa sungguh kesal dan kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh perwakilan Umno yang begitu tebal semangat perkaumannya.
Ketua Bahagian Umno Bukit Mertajam menyarankan supaya slogan 1Malaysia ditukar kepada 1Melayu. Bukankah ini satu kenyataan yang menghasut dan berbaur perkauman?
Inilah taktik kotor Umno dan Barisan Nasional yang bijak menukar warna kulit seperti cicak kubing mengikut selera dan keadaan.
Sebelum PRU13 Umno mewar-warkan 1Malaysia. Selepas PRU13 tidak lagi segan untuk mencadangkan 1Melayu. Umno adalah satu parti perkauman yang sentiasa menindas kaum-kaum yang lain.
Semangat assabiyah Umno semakin membengkak selepas PRU13 apabila mereka merasakan sebahagian besar golongan bukan bumiputera tidak lagi menyokong Barisan Nasional.
Jika itu adalah benar, Barisan Nasional seharusnya mencari sebab musabab kehilangan sokongan itu.
Selepas mengenal pasti punca kegagalan, Barisan Nasional sepatutnya mencari jalan untuk memenangi semula hati orang-orang bukan bumiputera. Mencaci dan menghukum orang-orang yang tidak menyokong Barisan Nasional akan memudaratkan lagi penerimaan komponen itu yang sokongan kepadanya semakin hari semakin pudar.
Barisan Nasional harus sedar bahawa golongan bukan bumiputera telah dihimpit dan ditekan selama lebih 50 tahun.
Penindasan dilakukan secara terbuka oleh Barisan Nasional dalam semua aspek yang merangkumi ekonomi, sosial dan politik.
Nescaya itu, Barisan Nasional telah kehilangan undi populariti di kalangan golongan bukan bumiputera. Ini adalah suatu tindakan atau reaksi yang normal daripada manusia-manusia yang berfikiran waras dan beremosi.
Barisan Nasional tidak mempedulikan perasaan golongan bukan bumiputera selama ini. Tetapi secara tiba-tiba sebelum PRU, Barisan Nasional cuba berjinak dengan golongan bukan bumiputera dengan slogan retorik 1Malaysia.
Ini dilakukan dengan niat menipu semata-mata untuk memancing undi daripada semua lapisan masyarakat. Sebaik saja habis PRU, Barisan Nasional sudah mula menunjukkan belangnya sekarang.
Apa kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang cadangan Ketua Bahagian Umno Bukit Mertajam yang mahu menggantikan slogan 1Malaysia dengan 1Melayu dalam perbahasan Perhimpunan Agung Umno?
Beliau secara terbuka mengatakan bahawa 'bangsa-bangsa lain' telah menikam dari belakang dalam pilihanraya. Beranikah Presiden Umno itu menegur Ketua Bahagian itu dan menegaskan pendiriannya secara terbuka?
Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan PPP? Beranikah mereka ini mengutuk secara terbuka ucapan perkauman Ketua Bahagian Umno Bukit Mertajam? Atau seperti biasa menjadi 'Pak Angguk'' dan turut serta bertepuk tangan mengiktiraf ucapan sedemikian?
Saya pasti tidak akan ada apa-apa reaksi daripada puak-puak ini kerana terpaksa menjaga kepentingan politik masing-masing.
Sumber HD - 6-12-2013
MKPN: Kerajaan jangan syok sendiri, kata Kulasegaran
- Nov 27, 2013
- HARAKAHDAILY
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata, perubahan perlu dilakukan melalui keazaman politik oleh kerajaan untuk menjayakan hasrat itu.
“Adakah Najib boleh menerima segala cadangan dasar yang baik oleh majlis ini jika ia bertentangan dengan keputusan dan dasar kerajaan?” tanya beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.
Justeru, ujarnya kerajaan jangan bercakap syok sendiri sahaja kalau tidak menunjukkan keazaman untuk melakukan perubahan.
“Walaupun saya bersetuju sesetengah program mampu menyatukan rakyat pelbagai kaum melalui interaksi dan sebagainya, kita juga mahu tahu bagaimana Jabatan Perpaduan sendiri mengimplementasikan perkara ini,” ujar beliau.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggariskan tujuh perkara dasar penubuhan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional antaranya memperbanyakkan program yang membabitkan segenap lapisan kaum.
Najib juga mendedahkan bahawa kerajaan menganjurkan ‘pesta durian’ selepas Peristiwa 13 Mei untuk menyatukan rakyat dan mencadangkan agar majlis itu memperbanyakkan penganjuran program membabitkan alam sekitar, sukan dan kesihatan.
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw sebelum ini pula dilaporkan berkata, langkah untuk memupuk semangat perpaduan perlu dibuat tanpa ada bias sentimen berbaur perkauman.
“Perpaduan mestilah berteraskan kepada dasar dan kenyataan yang tidak menyebelahi sesuatu kaum, agama atau wilayah semata-mata,” katanya yang juga Ahli Parlimen DAP Kepong.
Perpecahan kaum di kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin parah setelah Pilihan Raya Umum ke-13 apabila kerajaan BN dilihat sengaja menutup sebelah mata terhadap tindakan melampau beberapa pertubuhan radikal berteraskan perkauman seperti Perkasa, Jati dan Isma.
Malahan, lebih malang lagi, akhbar Utusan Malaysia yang menjadi lidah utama kerajaan dan UMNO tidak teragak-agak terus membakar sentimen perkauman dengan laporan muka utama mereka “Apa Lagi Cina Mahu” pada 7 Mei 2013 lalu.- Roketkini.com
Sumber HD - 27-11-2013
Ingkar arahan parti, DAP pecat Adun Pujut
Harakahdaily, | 18 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP hari ini melucut keahlian parti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pujut, Sarawak, Fong Pau Teck (gambar) berkuatkuasa serta merta.
Pengerusi Lembaga Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata, keputusan memecat Fong itu dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin setelah mendapati beliau melakukan banyak tindakan yang melanggar disiplin parti.
Beliau berkata, Fong juga didapati gagal dan enggan memberi sumbangan wajib bulanan sebagai wakil rakyat kepada parti biarpun elaun Adun Sarawak telah dinaikkan.
“Ini bermakna beliau ingkar kepada arahan parti,” katanya yang juga Ahli Parlimen Cheras dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, ujar beliau, Fong diberi peluang membuat rayuan dalam masa 14 hari bermula daripada tarikh pemecatan merujuk kepada Perlembagaan Parti Fasa VII perenggan 3.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-11-2013
PRU14: Kit Siang bertanding di Sabah, Sarawak?
Analisis|Harakahdaily, | 18 Nov 2013 |
SEMALAM Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) telah mencadangkan agar tumpuan diberikan kepada Sabah dan Sarawak mulai sekarang jika ingin melihat BN tumbang di Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Pada PRU13, Lim dengan beraninya bertandang ke Johor berdepan dengan mantan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman untuk membuka jalan Pakatan Rakyat menembusi tembok simpanan tetap (fix deposit) BN di Johor.
Lim dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berganding dengan bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng berjaya meretakkan Johor apabila Pakatan Rakyat mendapat satu kerusi parlimen tambahan kepada lima dan 18 kerusi Dun daripada enam sebelum ini.
Selepas berjaya merobek Johor, Lim kini mensasarkan pula Sabah dan Sarawak untuk membantu Pakatan Rakyat menendang BN dari Putrajaya.
Menurut Lim, perang mendapatkan Putrajaya terletak di 80 kerusi marginal dengan 51 kerusi dipegang BN manakala 29 lagi Pakatan Rakyat.
BN memiliki 82 kerusi selamat manakala Pakatan Rakyat mempunyai 60 kerusi selamat, tambah Lim.
Pakatan Rakyat katanya perlu mensasarkan untuk memenangi 46 daripada 51 kerusi marginal BN supaya dapat memenangi 135 kerusi 222 keseluruhan kerusi Parlimen dengan majoriti 48 kerusi.
Perkara ini hanya boleh berlaku sekiranya ada 'orang besar' Pakatan Rakyat yang sanggup mengorbankan diri membawa mesej 'Ubah' ke Sabah dan Sarawak seperti mana yang dilakukan Lim di Johor.
Lim telah berjaya membina pelapis kepimpinan DAP yang amat handal untuk mentadbir parti yang membolehkannya bergerak sana sini dengan bebas.
Oleh itu, tidak mustahil untuk Lim sekali lagi berkorban dan bertanding di Sabah dan Sarawak di PRU14 demi matlamat membawa perubahan kepada rakyat Malaysia sebelum persaraan beliau dalam politik sekiranya kesihatan beliau mengizinkan.
Sama-sama kita nantikan.
Pada PRU13, Lim dengan beraninya bertandang ke Johor berdepan dengan mantan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman untuk membuka jalan Pakatan Rakyat menembusi tembok simpanan tetap (fix deposit) BN di Johor.
Lim dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berganding dengan bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng berjaya meretakkan Johor apabila Pakatan Rakyat mendapat satu kerusi parlimen tambahan kepada lima dan 18 kerusi Dun daripada enam sebelum ini.
Selepas berjaya merobek Johor, Lim kini mensasarkan pula Sabah dan Sarawak untuk membantu Pakatan Rakyat menendang BN dari Putrajaya.
Menurut Lim, perang mendapatkan Putrajaya terletak di 80 kerusi marginal dengan 51 kerusi dipegang BN manakala 29 lagi Pakatan Rakyat.
BN memiliki 82 kerusi selamat manakala Pakatan Rakyat mempunyai 60 kerusi selamat, tambah Lim.
Pakatan Rakyat katanya perlu mensasarkan untuk memenangi 46 daripada 51 kerusi marginal BN supaya dapat memenangi 135 kerusi 222 keseluruhan kerusi Parlimen dengan majoriti 48 kerusi.
Perkara ini hanya boleh berlaku sekiranya ada 'orang besar' Pakatan Rakyat yang sanggup mengorbankan diri membawa mesej 'Ubah' ke Sabah dan Sarawak seperti mana yang dilakukan Lim di Johor.
Lim telah berjaya membina pelapis kepimpinan DAP yang amat handal untuk mentadbir parti yang membolehkannya bergerak sana sini dengan bebas.
Oleh itu, tidak mustahil untuk Lim sekali lagi berkorban dan bertanding di Sabah dan Sarawak di PRU14 demi matlamat membawa perubahan kepada rakyat Malaysia sebelum persaraan beliau dalam politik sekiranya kesihatan beliau mengizinkan.
Sama-sama kita nantikan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumb HD - 18-11-2013
Mahathir mahu saya mati, saya berdoa Mahathir hidup
Lim Kit Siang, | 08 Nov 2013 |
Mahathir mahu saya mati, kerana itu beliau menjalankan misinya dalam Pilihanraya Umum ke-13 dengan berkempen di Gelang Patah untuk menjadikan kawasan itu “kubur” politik saya.
Sebelum pilihanraya umum ke-13, Mahathir menyeru rakyat Johor untuk mengerah tenaga bagi memastikan negeri Johor menjadi “kubur” saya. Seruan beliau itu diberi sambutan hangat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan bahawa saya “terperangkap” di Gelang Patah dan kerjaya politik saya telah “tamat”.
Persaingan di Gelang Patah dalam PRU13 adalah pertempuran politik “hidup dan mati” bagi saya kerana saya berdepan bukan saja dengan Datuk Abdul Ghani Othman yang telah menjadi Menteri Besar selama empat penggal, tetapi juga kerana saya terpaksa berdepan dengan tiga lagi orang kuat Umno – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin dan Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan di Malaysia, iaitu Tun Mahathir sendiri.
Tetapi saya bersedia mempertaruhkan nasib, meninggalkan kerusi parlimen selamat bagi saya, iaitu Ipoh Timur, yang telah saya menangi pada tahun 2008 dengan majoriti lebih dari 21,000 undi, untuk bertanding di Gelang Patah di mana MCA/BN telah menang hampir 9,000 undi majoriti pada tahun 2008 dan 21,666 undi majoriti pada tahun 2004.
Saya mahu berterimakasih kepada ahli-ahli parti, para penyokong dan semua pihak yang mendoakan kejayaan saya pada malam 5 Mei 2013 lalu. Menerusi lawatan saya ke seluruh negara sepanjang beberapa bulan lalu, saya mendapat tahu bahawa mereka bimbang tentang kedudukan parlimen Gelang Patah ketika pilihanraya umum dan bahawa mereka, seperti juga saya, sama sekali tidak dapat menjangkakan keputusan pilihanraya di kawasan parlimen itu. Ketika itu, saya menggantungkan masa depan politik saya sepenuhnya di tangan para pengundi di Gelang Patah.
Pada malam 5 Mei 2013 itu Mahathir kalah dan saya menang. Saya telah membuktikan Mahathir telah berbuat silap kerana bekas Perdana Menteri itu telah bermain politik rendah yang jelek dan tidak bermoral dengan menyebarkan pembohongan dengan mendakwa saya bertanding di Gelang Patah untuk meninbulkan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu dan bahawa saya mahu Cina membenci Melayu dan menolak kerjasama dengan Melayu.
Sedangkan hakikatnya berlawanan. Sepanjang kempen saya telah menggesa semua pengundi, tanpa mengira kaum, untuk bekerjsama sebagai satu bangsa Malaysia untuk mengejar Impian Malaysia dan menyokong Pakatan Rakyat sebagai pakatan politik pelbagai kaum dan agama yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS.
Dalam semua ceramah saya di Gelang Patah sepanjang kempen pilihanraya selama tiga minggu itu, saya telah menegaskan bahawa saya mahu menang bukan saja dengan undi Cina, tetapi juga dengan sokongan Melayu dan India.
Saya merasa lega pada malam keputusan pilihanraya kerana saya tidak mungkin menang di Gelang Patah dengan majoriti lebih 14,000 undi tanpa sokongan para pengundi Melayu – ini adalah bukti nyata bahawa orang Melayu di Johor tidak semudah itu menjadi mangsa pembohongan Mahathir yang mahu mewarnakan kempen Gelang Patah dengan unsur perkauman.
Kegagalan Mahathir dalam PRU13, khususnya di Gelang Patah, Shah Alam, dan Pasir Mas, di mana bekas Perdana Menteri itu telah mempertaruhkan seluruh reputasi politiknya atas keupayaannya untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya, bukan satu-satunya petanda kuasa dan pengaruh Mahathir dan Mahathirisme tidak lagi sehebat dan seperkasa yang cuba ditonjolkan.
Sebenarnya, telah ada beberapa tanda awal kemerosotan tersebut, misalnya kegagalan Mahathir pada tahun 2006 untuk menjadi perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno. Rentetan daripada itu beliau telah keluar daripada Umno dan meningkatkan kempen beliau untuk menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Tetapi kegagalan Mahathir dalam PRU13, khususnya di Gelang Patah, Shah Alam, dan Pasir Mas adalah petanda pertama daripada tiga petanda penting kemerosotan pengaruh Mahathir dan Mahathirisme sejak enam bulan lalu.
Dua petanda lain:
- Kegagalan anak beliau, Mukhriz Mahathir, untuk merebut salah satu dari tiga kerusi Naib Presiden Umno dalam pemilihan Umno bulan lalu, walaupun Mahathir menyalahkan politik wang sebagai punca kekalahan Mukhriz; dan
- Kegagalan beliau untuk membawa kemenangan kepada Muhkriz sebagai Menteri Besar Kedah dalam pilihanraya kecil Sungai Limau (kawasan yang termasuk dalam parlimen Kota Setar Selatan yang Mahathir adalah Ahli Parlimennya di tahun 1964 hingga1969) walaupun beliau turun berkempen di sana.
Mungkin kerana menyedari kemerosotan pengaruhnya, Mahathir menunjukkan kekecewaan dengan menulis dalam blog beliau bahawa saya takut pada “bayang” beliau dan bertanya: “When will Kit Siang retire? When he is dead?” (Bila Kit Siang hendak bersara? Setelah mati?)
Tiada sebab untuk sesiapa pun takut dengan “bayang” Mahathir dalam keadaan bayang itu sendiri telah mula pudar.
Rakyat Malaysia sepatutnya lebih bimbang dengan kesan buruk daripada Mahathirisme – warisan Mahathir setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
Kesan buruk Mahathirisme paling besar ialah apabila Mahathir sendiri meminggirkan Wawasan 2020 dan dasar Bangsa Malaysia beliau (selain dasar 1Malaysia Najib) dengan menjadi Godfather gerakan Ku Klux Klan Malaysia yang sarah dengan khutbah pemecah-belah dan politik kebencian dalam menjuarai ketuanan kaum dan bukannya ketuanan bangsa Malaysia. Ini menghasilkan jurang perkauman paling lebar dalam sejarah Malaysia.
Kesan buruk Mahathirisme yang lain:
- Terjejasnya kebebasan badan kehakiman dan prinsip kedaulatan undang-undang;
- Merosotnya keyakinan pihak di dalam dan luar negeri terhadap kecekapan, mutu, profesionalisme dan integriti institusi-institusi negara yang utama;
- Kemerosotan sistem pendidikan yang dulunya bertaraf antarabangsa – di peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi; dan
- Berleluasanya korupsi, kronisme, dan penyalahgunaan kuasa di jabatan politik tertinggi
Mahathirisme akan terus memberi kesan buruk kepada Malaysia dan tidak akan membantu negara ini mencapai cita-cita untuk menjadi sebuah negara yang rakyatnya bersatu, berjaya, dan berdaya saing di peringkat dunia.
Mahathir mahu saya mati, tetapi saya berdoa Mahathir akan hidup sehingga 100 tahun untuk menyaksikan kemerosotan dan berakhirnya Mahathirisme.
Untuk menjawab pertanyaan “Bila Kit Siang hendak bersara? Setelah mati?”, izinkan saya memetik kata-kata terkenal Wen Tianxiang, seorang sarjana dan panglima Dinasti Sung, untuk direnung oleh Mahathir: “Semua manusia akan mati, tetapi kesetiaanku akan menyinari catatan sejarah selama-lamanya.”
Untuk makluman Mahathir, “kesetiaan” yang saya maksudkan di sini adalah kesetiaan kepada Malaysia.

Sumber HD - 8-11-2013
Sg Limau: Umno kalah teruk, MCA menang besar?
Harakahdaily, | 06 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Jika kita berpegang dengan dakwaan pemimpin MCA, Umno telah kalah teruk dan MCA pula menang besar dalam pilihan raya kecil Sungai Limau, Isnin lalu.
Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.
“Namun apakah kita boleh percaya kepada dakwaan para pemimpin MCA?” tanya beliau.
Katanya, pemimpin MCA, termasuk Dr. Leong Yong Kong yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah, telah memberitahu media berbahasa Cina bahawa Barisan Nasional berjaya meraih 75.27% undi kaum Cina, iaitu 892 dari 1,185 undi daripada kaum Cina dan bahawa BN gagal meraih walau satu undi tambahan daripada Melayu dalam pilihanraya kecil tersebut.
Ini, ujarnya bererti terdapat peningkatan 732 undi Cina untuk BN berbanding dalam pilihanraya umum ke-13, memandangkan sebelum ini MCA mendakwa BN mendapat hanya 10% dari 1,600 undi Cina pada 5 Mei 2013, iaitu hanya sekitar 892 hingga 160 undi.
Walaupun BN telah berbelanja lebih RM15 juta, calon Barisan Nasional, Ahmad Sohaimi Lazim hanya berjaya menambah 465 undi untuk BN dalam pilihanraya kecil kali ini berbanding piihanraya umum yang lalu, iaitu 10,985 undi dalam pilihanraya kecil, berbanding 10,520 undi dalam PRU13.
“Jika kita berpegang dengan dakwaan pemimpin MCA yang menyebut bahawa BN mendapat tambahan lebih 732 undi Cina dalam pilihanraya kecil kali ini berbanding PRU13, ertinya BN kehilangan sekurang-kurangnya 267 undi Melayu.
“Apakah ini bermakna dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, pihak yang kalah paling teruk adalah Umno dan pemenang paling besar adalah MCA?” tanya Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Justeru, beliau menyerahkan kepada para pemimpin Umno dan Barisan Nasional untuk memutuskan sama ada hendak menerima atau tidak analisis MCA ke atas trend pengundian dalam pilihanraya kecil Sungai Limau kerana mungkin ada tafsiran yang lain dalam keadaan tiadanya maklumat terperinci tentang pengundian (memandangkan undi adalah rahsia) dan melihat kepada peratusan pengundi Cina yang rendah di Sungai Limau.
Namun, katanya perkara yang nyata dan jelas adalah pilihanraya kecil Sungai Limau merupakan ujian besar buat PAS dan Pakatan Rakyat serta Umno dan BN enam bulan selepas PRU13.
Tambahnya, ternyata PAS dan Pakatan Rakyat telah menempuh ujian ini dengan baik sehingga mencapai kejayaan penting, apatah lagi mengambil kira faktor politik wang dan pembohongan yang disebarkan sewaktu kempen pilihanraya kecil tersebut.
“PAS dan Pakatan Rakyat perlu meraikan kemenangan dalam pilihanraya kecil Sungai Limau sambil tidak lupa untuk belajar daripada kelemahan yang dilihat dalam pilihanraya kecil ini, agar PAS dan Pakatan Rakyat menjadi lebih kuat dan ampuh untuk menempuh pilihanraya di masa depan, sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar, sama ada untuk memenangi hati pengundi Melayu mahu pun Cina, India, Kadazan atau Iban,” ujarnya lagi.

Sumber HD - 6-11-2013
RM480 juta untuk SRJK(C) Kuo Kuang Gelang Patah?
Harakahdaily, | 02 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memperuntukkan RM480 juta kepada dua SRJK(C) Kuo Kuang1 dan 2 di Gelang Patah berasaskan janjinya dalam Pilihan raya Kecil Sungai Limau?
Ini untuk membuktikan bahawa Barisan Nasional akan terus membantu sekolah rendah Cina dan Tamil ‘selagi ada matahari dan bulan’.
Demikian pertanyaan dilontarkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, semalam.
Ini ekoran pada pilihanraya kecil Sungai Limau, Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk SRJK(C) Aik Min, RM1 juta untuk SRJK(C) Yuk Meng di Sungai Limau dan RM50,000 untuk SRJK (C) Pek Hwa.
SRJK(C) Aik Min mempunyai 15 murid dalam lima kelas, iaitu Darjah 1( 2 murid), Darjah 2 (2), Darjah 3 (5), Darjah 4 (3), Darjah 5 (0) dan Darjah 6 (3).
SRJK(C) Yuk Meng di Sungai Limau pula mempunyai 41 orang murid dalam enam kelas, iaitu Darjah 1 (1), Darjah 2 (5), Darjah 3 (10), Darjah 4 (4), Darjah 5 (12) dan Darjah 6 (9).
Sewaktu mengumumkan peruntukan berkenaan dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, Muhyiddin menyebut bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus membantu sekolah Cina dan Tamil selagi ada matahari dan bulan.
Menurut beliau, dakwaan yang menyebut Barisan Nasional hanya memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah berbahasa ibunda ketika pilihanraya umum atau pilihanraya kecil adalah tidak benar.
Beliau mengatakan bahawa peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina di Sungai Limau telah diluluskan lebih awal dan bukan “gula-gula” untuk meraih sokongan pengundi Cina yang berjumlah 1,800 orang di sana.
Kata beliau: “Walaupun di waktu tiada pilihanraya, kami tetap akan membantu kerana kerajaan Barisan komited untuk memperbaiki tahap pendidikan.”
Justeru, Lim mengalu-alukan peruntukan berjumlah lebih RM2 juta kepada sekolah rendah Cina di Sungai Limau.
Katanya, berdasarkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada SRJK(C) Aik Min, atau RM66,666 bagi setiap seorang daripada 15 pelajar, dua buah SRJK (C) Kuo Kuang di Gelang Patah patut mendapat peruntukan sebanyak RM480 juta, atau RM213 juta untuk SRJK (C) Kuo Kuang 1 yang mempunyai 3,200 orang pelajar dan RM266 juta kepada SRJK (C) Kuo Kuang 2 yang mempunyai 4,000 orang pelajar.
Ini untuk membuktikan bahawa Barisan Nasional akan terus membantu sekolah rendah Cina dan Tamil ‘selagi ada matahari dan bulan’.
Demikian pertanyaan dilontarkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, semalam.
Ini ekoran pada pilihanraya kecil Sungai Limau, Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk SRJK(C) Aik Min, RM1 juta untuk SRJK(C) Yuk Meng di Sungai Limau dan RM50,000 untuk SRJK (C) Pek Hwa.
SRJK(C) Aik Min mempunyai 15 murid dalam lima kelas, iaitu Darjah 1( 2 murid), Darjah 2 (2), Darjah 3 (5), Darjah 4 (3), Darjah 5 (0) dan Darjah 6 (3).
SRJK(C) Yuk Meng di Sungai Limau pula mempunyai 41 orang murid dalam enam kelas, iaitu Darjah 1 (1), Darjah 2 (5), Darjah 3 (10), Darjah 4 (4), Darjah 5 (12) dan Darjah 6 (9).
Sewaktu mengumumkan peruntukan berkenaan dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, Muhyiddin menyebut bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus membantu sekolah Cina dan Tamil selagi ada matahari dan bulan.
Menurut beliau, dakwaan yang menyebut Barisan Nasional hanya memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah berbahasa ibunda ketika pilihanraya umum atau pilihanraya kecil adalah tidak benar.
Beliau mengatakan bahawa peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina di Sungai Limau telah diluluskan lebih awal dan bukan “gula-gula” untuk meraih sokongan pengundi Cina yang berjumlah 1,800 orang di sana.
Kata beliau: “Walaupun di waktu tiada pilihanraya, kami tetap akan membantu kerana kerajaan Barisan komited untuk memperbaiki tahap pendidikan.”
Justeru, Lim mengalu-alukan peruntukan berjumlah lebih RM2 juta kepada sekolah rendah Cina di Sungai Limau.
Katanya, berdasarkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada SRJK(C) Aik Min, atau RM66,666 bagi setiap seorang daripada 15 pelajar, dua buah SRJK (C) Kuo Kuang di Gelang Patah patut mendapat peruntukan sebanyak RM480 juta, atau RM213 juta untuk SRJK (C) Kuo Kuang 1 yang mempunyai 3,200 orang pelajar dan RM266 juta kepada SRJK (C) Kuo Kuang 2 yang mempunyai 4,000 orang pelajar.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-11-2013
Cermin kereta MP Seremban dipecah
Harakahdaily, | 20 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke menjadi mangsa terbaru kes pecah kereta miliknya dalam kejadian di Seremban malam tadi.
Dalam kejadian itu, kereta jenis Honda CRV miliknya pecah cermin belakang dan komputer riba yang diletakkan di bawah tempat duduk penumpang bahagian belakang hilang dipercayai dicuri.
Beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP, hanya menyedari kejadian itu kira-kira 9.15 malam ketika dalam perjalanan pulang dari menghadiri mesyuarat di sebuah firma guaman di Jalan Temiang, Seremban.
"Ketika dalam perjalanan, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta saya menyebabkan saya berhenti di tepi jalan untuk periksa," katanya dipetik Sinar Harian Online.
Ekoran kejadian itu beliau membuat laporan di Balai Polis Seremban 2.
Beliau berkata, kejadian kecurian membabitkan dirinya merupakan kali ketiga berlaku.
"Komputer riba itu saya beli beberapa bulan lalu. Kejadian itu menyebabkan saya rugi dalam RM2,500," katanya.
Dalam kejadian itu, kereta jenis Honda CRV miliknya pecah cermin belakang dan komputer riba yang diletakkan di bawah tempat duduk penumpang bahagian belakang hilang dipercayai dicuri.
Beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP, hanya menyedari kejadian itu kira-kira 9.15 malam ketika dalam perjalanan pulang dari menghadiri mesyuarat di sebuah firma guaman di Jalan Temiang, Seremban.
"Ketika dalam perjalanan, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta saya menyebabkan saya berhenti di tepi jalan untuk periksa," katanya dipetik Sinar Harian Online.
Ekoran kejadian itu beliau membuat laporan di Balai Polis Seremban 2.
Beliau berkata, kejadian kecurian membabitkan dirinya merupakan kali ketiga berlaku.
"Komputer riba itu saya beli beberapa bulan lalu. Kejadian itu menyebabkan saya rugi dalam RM2,500," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-10-2013
Tayangan Tanda Putera hina pelanggan MAS
Harakahdaily, | 14 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP mengecam Malaysian Airlines (MAS) kerana mengadakan tayangan khas ‘Tanda Putera’ bagi menyambut ulang tahun ke-41 sebagai satu ‘hadiah istimewa’ buat pekerja MAS.
“Apa jenis motivasi yang dapat dijadikan sumber inspirasi daripada filem yang begitu tidak popular dan diragui ini buat para pekerja MAS demi menjangkau prestasi yang lebih baik, terutamanya untuk merubah kerugian-kerugian besarnya selama ini?” tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.
Katanya, pengumuman Pengarah Urusan MAS mengenai tayangan khas ‘Tanda Putera’ bersempena sambutan ulang tahun ke-41 MAS menghina pelanggan MAS yang tersinggung dengan penipuan yang bukan sahaja salah dari segi sejarah malah merupakan penghinaan yang berbaur perkauman.
Malah, ujar beliau pihak ‘Tanda Putera’ sendiri telah mengaku bahawa ia berbohong dengan alasan lemah kononnya menggunakan lesen kreatif untuk membikin wayang gambar.
Sebagai contoh, kata Lim penerbit ‘Tanda Putera’ telah mengakui kesilapan yang mereka lakukan apabila menuduh kononnya pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang telah membuang air kecil pada tiang bendera dalam satu perkongsian Facebook tahun lalu.
Ahli Parlimen Bagan itu menambah, di Facebook, ‘Tanda Putera’ malah telah memohon maaf kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang yang dimalukan akibat daripada pembohongan sedemikian.
“Utusan Malaysia juga telah meminta maaf kepada Lim Kit Siang dan saya kerana membuat pembohongan yang serupa,” katanya lagi.
Tambahnya, tindakan MAS meraikan ulang tahun ke 41-nya dengan menayangkan ‘Tanda Putera’ sebagai ‘hadiah istimewa’ kepada kakitangannya adalah satu tindakan penafian terhadap krisis kewangannya yang begitu buruk, dengan hutang yang membukit dan simpanan tunai yang kian berkurang.
“Bagaimana mungkin Tanda Putera dapat menjadi sumber motivasi kepada kakitangan MAS pada hal filem tersebut adalah penuh penipuan?” tanya beliau.
Tambah Lim lagi, tidak hairanlah kenapa CIMB Research meletakkan penilaian prestasi rendah terhadap saham MAS.
“Atau adakah MAS kini begitu terdesak untuk bergantung kepada penipuan ‘Tanda Putera’ untuk mengelirukan orang awam dan dirinya sendiri bahawa MAS masih menjana keuntungan?” katanya.
Baginya, rakyat tidak akan mudah tertipu dan orang awam boleh membanding prestasi buruk MAS walaupun begitu banyak dana awam telah dilaburkan, berbanding dengan Air Asia Bhd.
Menurutnya lagi, meskipun tidak menerima satu sen dana awam, Air Asia begitu konsisten memperlihatkan prestasi cemerlang berbanding MAS dengan tambang yang lebih murah dan kini lebih hebat dari MAS dalam hal permodalan pasaran, pesawat dan harga saham.
Beliau menegaskan, rakyat berhak mempersoal nilai wang bagi RM19 bilion yang dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 1998 bagi memastikan MAS boleh membayar hutang-hutangnya, termasuk menjamin pinjaman MAS berjumlah RM12.3 bilion.
Menurut Lim lagi, ‘Tanda Putera’ dipenuhi kontroversi politik memandangkan ia diniatkan sebagai senjata ketakutan bagi membantu BN memenangi undi orang Melayu.
Justeru, ujarnya dengan menayangkan sebuah filem politik yang dipenuhi penipuan sebagai hadiah istimewa buat kakitangan MAS menyambut ulang tahun ke-41, MAS memberi isyarat yang salah bahawa ia sebenar-benarnya telah kehilangan arah.
“Jelas sekali MAS tidak tahu bagaimana untuk mengurus pemulihan korporat ini supaya dapat menjana keuntungan, tetapi sebaliknya bergantung kepada penipuan dan mencampur aduk politik dan bisnes demi menyelamatkan dirinya dengan mendapatkan lebih banyak bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya lagi.

Sumber HD - 14-10-2013
ASB2 untuk siapa?
Zairil Khir Johari Roketkini, | 13 Okt 2013 |
KETIKA Datuk Seri Najib Razak awal-awal menjadi Perdana Menteri, beliau menjanjikan perpaduan nasional melalui kempen 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru (MEB). Dasar ekonomi yang diuar-uarkan ini dikatakan akan mengambil pendekatan tindakan afirmatif berasaskan keperluan, yakni kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah tanpa mengira kaum.
Usaha ini menandakan pemisahan daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini yang berasaskan kaum. Dengan anjakan paradigma ini, Najib mengisyaratkan bahawa pembangunan ekonomi negara pada masa depan akan bertunjangkan prinsip keterangkuman sosial, di mana setiap rakyat Malaysia akan dihitungkan, khususnya mereka yang paling memerlukan bantuan.
Malangnya, janji Najib semua sudah terbatal. Konsep 1Malaysia kini menjadi tidak lebih daripada jenama bagi kedai runcit subsidi, klinik bergerak, skim perumahan mampu milik, menu makanan bajet, serta peruncit tekstil dan lain-lain lagi.
Pada masa yang sama, MEB pula jelas dipinggirkan oleh NEB versi baru yang dinamakan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB).
Dasar PEB yang baru dilancarkan ini membabitkan pelbagai inisiatif berasaskan kaum, termasuk pembentukan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, penubuhan Unit Pembangunan Bumiputera di setiap kementerian, jaminan bahawa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) utama akan meningkatkan penyertaan vendor Bumiputera, serta pelancaran 10 bilion unit saham baru Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Sementara MEB menawarkan liberalisasi pasaran dan tindakan afirmatif berasaskan keperluan yang akan memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang antara yang kaya dan miskin, PEB pula seolah-olah usaha untuk mengembalikan DEB yang terbukti gagal membela golongan Melayu miskin, tetapi sebaliknya lebih memanfaatkan golongan kapitalis Melayu yang mempunyai hubungan akrab dengan parti pemerintah.
Hakikat ini adalah jelas apabila kita pertimbangkan perangkaan yang menunjukkan bahawa setelah empat dekad bantuan yang kononnya disasarkan kepada Bumiputera, masih terdapat 40 peratus isi rumah Bumiputera yang hidup dengan pendapatan bulanan RM1,686 secara purata. Pada masa yang sama, si kaya yang mempunyai hubungan politik mampu untuk membeli rumah banglo RM7 juta dengan begitu sahaja.
Justeru, cadangan pelancaran 10 bilion unit ASB2 adalah sangat meragukan. Siapakah yang sebenarnya mendapat manfaat daripada saham ASB tambahan yang bakal disediakan? Adakah kumpulan 40 peratus isi rumah Bumiputera terendah dapat melabur dalam saham yang berhasil tinggi ini sedangkan pendapatan mereka hanya cukup makan dan pakai?
Menurut laporan tahunan PNB, pelaburan purata pelabur Bumiputera adalah RM14,097 seorang pada akhir 2012. Sekali pandang, angka ini tampak menunjukkan bahawa ramai orang Melayu sudah mencapai kadar simpanan yang agak selesa.
Bagaimanapun, apabila laporan ini diperhalusi, angka ini benar-benar mengelirukan. Setelah dicerakinkan, didapati bahawa 74 peratus atau hampir tiga perempat pelabur Amanah Saham Bumiputera sebenarnya mempunyai pelaburan purata hanya RM611 setiap seorang. Angka ini jauh berbeza dengan purata keseluruhan pelabur dan lebih mencerminkan realiti rakyat.
Dalam erti kata lain, hanya golongan pelabur elit Bumiputera yang mampu melabur dengan jumlah yang ketara, sementara majoriti pelabur Bumiputera yang lain ternyata tidak mampu menikmati tawaran saham ini. Oleh itu, bagaimanakah mungkin langkah Kerajaan untuk menyediakan lebih banyak unit ASB dapat memberi manfaat kepada Bumiputera kebanyakan?
Malah, satu kajian oleh pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid mendapati bahawa perbezaan kekayaan antara pelabur ASB adalah sangat mencolok, di mana 0.1 peratus teratas pelabur Bumiputera mempunyai portfolio terkumpul yang bernilai 1,526 kali lebih banyak berbanding gabungan 80 peratus pemegang saham terbawah. Oleh itu, tidak syak lagi bahawa kumpulan elit Bumiputera ini juga yang akhirnya akan mendapat manfaat daripada tambahan 10 bilion unit ASB2, dan bukannya Melayu biasa yang sekadar mampu untuk melabur sebanyak RM611.
Maka, persoalannya – untuk siapakah ASB2 ini sebenarnya? Pastinya bukan untuk Bumiputera kebanyakan.

Sumber HD - 13-10-2013
Zahid Hamidi, Cengkadak Buruk dan Pol Pot
Aliff Fikri Roketkini, | 10 Okt 2013 |
‘CENGKADAK Buruk’ adalah satu perkataan yang disebut dengan penuh bergaya dan angkuh sekali oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Melaka, Sabtu lalu untuk menyerang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy kerana mengkritik pasukan polis susulan insiden tembakan lima suspek penjenayah di Pulau Pinang, baru-baru ini.
'Cengkadak Buruk’ ini ternyata amat menarik perhatian dan mengganggu hidup saya sekitar dua, tiga hari ini, kerana pada saya ia adalah perkataan yang cukup ‘rare’ dan ‘cult’ untuk diguna malah diungkap dalam perbualan seharian atau pada acara keraian.
Oleh kerana keseksian serta kelunakan bunyinya, saya memaksa diri dengan bersungguh-sungguh mencari makna perkataan itu di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) walaupun amat menggelikan untuk berhubung dengan satu entiti bernama DBP.
Keberahian saya untuk mengejar makna perkataan ini berpusat pada rasa ghairah mungkin lahirnya satu lagi laungan seperti ‘sapere aude’ yang berlaku pada akhir abad ke-17 dan 18 iaitu petanda bermulanya zaman Enlightment di Eropah. Apakah ia akan membawa reformasi pemikiran dan intelektualiti? Menghapus dogma, taklid dan hegemoni lapuk?
Saya juga tertanya-tanya apakah ‘cengkadak’ ini serumit persoalan mengapa King Kong memanjat World Trade Center (WTC) demi cinta tidak masuk akalnya pada seorang wanita? Atau serumit mengapa pagar menjadi elemen seni bina yang begitu penting untuk warga Asia? Walhal pagar ini adalah cerminan masyarakat paranoid.
Demikian selepas beberapa minit proses carian, akhirnya saya menjumpai makna atau maksud ‘cengkadak’ ini yang dipecahkan kepada tiga takrif dalam tiga kamus.
Dalam Kamus Pelajar, ‘cengkadak’ ditakrifkan maksudnya sebagai nama sejenis serangga yang berkaki panjang; mentadak atau secara saintifiknya disebut Mantis Religiosa. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat pula ia bermaksud sejenis serangga seperti belalang hijau warnanya dan panjang kakinya, sentadu, mentadak, ketenun. Manakala Kamus Pelajar Edisi Kedua pula memberikan takrifan sama seperti yang tertera dalam Kamus Pelajar.
Kita berbalik pula pada ‘buruk’, DBP tidak mempunyai maklumat tesaurus untuk kata ‘buruk’. Tolak ketepi apa itu ‘buruk’ mengikut DBP, secara logiknya ‘buruk’ itu menjurus ke arah negatif, semua orang mengetahuinya.
Jadi bila digabungkan kedua-duanya perkataan itu ‘cengkadak’ dan ‘buruk’, maka ia secara literal dengan mengambil takrif daripada Kamus Dewan Edisi Keempat adalah sejenis serangga seperti belalang hijau dan panjang kakinya, sentadu, mentadak atau ketenun yang buruk. Aneh dan unik.
Jika kupu-kupu dan rama-rama masuk ke rumah, kita sering didongengkan dengan orang jauh akan datang, tapi jika mentadak masuk? Tidaklah pula diketahui. Mentadak atau cengkadak ini khabarnya hanya memiliki satu telinga, ia sekaligus bermaksud mendengar atau menerima pandangan hanya dengan satu hala.
Kembali pada tindakan Zahid mengcengkadak burukkan Waythamoorthy, ia sangat kontradik, kerana Zahid sepatutnya memegang gelaran satu hala itu dengan beberapa hal yang dilakukannya kebelakangan ini.
Tidak cukup dengan menghalal dan menggalakkan pembunuhan apabila menyatakan bahawa menembak suspek penjenayah sebagai langkah terbaik, secara tidak langsung memberikan kuasa penuh (kebebasan) kepada polis untuk melakukan apa saja, Zahid juga sebelum ini meluluskan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA), menyokong kehilangan senjata polis, menyifatkan kumpulan kongsi gelap Tiga Line sebagai rakannya, mengugut wartawan, tidak melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana kononnya bercanggah serta tersasar daripada perlembagaan dan pelbagai lagi amalan satu hala yang dilakukannya.
Sikap serampang dua mata dan tidak makan saman Zahid itu tidak semena-mena mengingatkan saya kembali pada tokoh cengkadak buruk nombor wahid iaitu saudara Salot Sar atau dikenali oleh dunia dengan nama Pol Pot. Pol Pot satu nama yang cukup sinonim dengan sejarah kelam Kemboja dan sehingga kini sosok kekejamannya masih tidak terhapus daripada ingatan rakyat di sana.
Apakah persamaan antara Zahid dan Pol Pot? Zahid masih belum mencapai tahap kekejaman Pol Pot, namun ada persamaan daripada segi perilaku iaitu ‘tidak ada kompromi’.
Atas kebencian kepada pemerintahan Lon Nol, Pol Pot mula menggembleng orang untuk melakukan satu perubahan drastik atau pembangunan menyeluruh Kemboja daripada titik awal, maka pada 17 April 1975, selepas menjatuhkan Lon Nol, beliau memproklamasikan negara baru dengan semangat ‘Year Zero’. Beliau turut menyebut tarikh itu sebagai Hari Pembebasan (Liberation Day) daripada taklukan Lon Nol yang teruk, korup dan dicemari rasuah. Ini telah membawa satu harapan baru kepada warga Kemboja untuk berkembang serta berjalan sebagai sebuah negara melalui cara sepatutnya.
Namun, pembebasan yang dijanjikan Pol Pot akhirnya bertukar daripada cahaya kepada awal kegelapan. Ketaksuban beliau kepada apa yang digelar sebagai perubahan melalui ideologi komunisme ekstrem membawa kepada pembunuhan massa besar-besaran terutama kepada penentang daripada kalangan rakyat biasa, cendekiawan, intelektual, doktor, tokoh ilmuwan dan golongan profesional yang menyanggah atau meragui keinginannya.
Tanpa memandang bulu, puluhan ribu rakyat yang diketahui memiliki idea dan pandangan politik berbeza ditangkap dan ditahan. Lebih daripada itu, sesiapa saja yang berpenampilan seakan-akan intelektual seperti boleh berbahasa asing, berkaca mata, memperoleh mata pencarian bukan sebagai buruh dan kerja kasar lain semuanya diheret untuk dihapuskan terus daripada muka bumi di Ladang pembantaian Choeung Ek dan pusat penyiksaan Tuol Sleng.
Jadi apa yang diungkapkan Zahid kebelakangan ini saya kira tidak boleh dipandang ringan kerana ia berkemungkinan merupakan satu simbol harapan yang akan bertukar kepada titik awal sejarah kelam negara. Atas nama transformasi dan meremajakan UMNO, berjuta harapan ditabur dan dijanjikan, kerakusan politik melampau ini boleh membawa kepada kehancuran. Mungkin tidak berupa pembunuhan fizikal, tapi pembunuhan minda, permulaannya sudah kelihatan.
Walau apa pun, pengakhirannya masih belum jelas, dongeng cengkadak buruk ini masih belum mencapai taraf kucing hitam lalu depan rumah. Untuk itu, cukuplah sekadar kita merenung satu paradoks yang diajukan tokoh falsafah dan novelis Russia, Fyodor Dostoyevsky dalam bukunya ‘Notes from Underground’ bahawa: “adakah manusia berani melakukan perkara berbahaya dan bodoh yang bakal menjejaskan keselamatan mereka sendiri, demi membuktikan bahawa mereka memiliki kebebasan mutlak untuk bertindak semahunya?”.

Sumber HD - 10-10-2013
1Malaysia mati, gagal bertindak kepada Zahid, Ali
Harakahdaily, | 08 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Kegagalan untuk bertindak terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam atas kenyataan berbaur perkauman terhadap orang bukan Melayu bukan sahaja menjadi bukti bahawa konsep 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sudah mati.
Malah, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuktikan bahawa Umno tidak akan meminta maaf di atas sifatnya yang korup serta menyebarkan penipuan bagi memburukkan pihak lawan.
Menurutnya, pada tahap di mana pemimpin Umno kelihatan mengabaikan impian negara Malaysia dan menyebarkan kebencian kaum, Umno pada masa akan datang tidak akan ada bezanya dengan tentera Nazi yang memperjuangkan keturunan dan ketuanan perkauman.
Justeru, katanya DAP tidak terkejut dengan sikap kebencian kaum yang diperlihatkan oleh pemimpin Umno yang ternyata korup seperti bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali yang sebelum ini tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan Umno kerana terlibat dalam rasuah politik.
Beliau berkata, Ali terus menyalahkan pengundi Cina di atas kekalahannya yang mengejutkan di kerusi Parlimen Bukit Katil dengan marjin yang begitu besar dalam PRU ke-13, walaupun pengundi Melayu di sana adalah majoriti seramai 53%.
“Kalau pun semua pengundi Cina tidak mengundi Ali Rustam, beliau akan tetap menang seandainya beliau tidak kehilangan sejumlah besar undi orang Melayu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam satu kenyataan.
Namun, katanya Ali Rustam dengan mudah menyalahkan masyarakat Cina bagi menyembunyikan hakikat sebenar kekalahannya kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar adalah kerana aktiviti rasuahnya dan salahguna kuasa untuk membuli penduduk Melaka sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri.
Bagi Ahmad Zahid pula, katanya tidak ada sebarang keperluan bagi beliau untuk membuat kenyataan berbaur perkauman dan kebencian terhadap masyarakat bukan Melayu apabila beliau sudah pun terkedepan dalam senarai calon Naib Presiden Umno dalam pemilihan akan datang.
Beliau memperpersoalkan beginikah perangai bakal Timbalan Perdana Menteri dan calon Perdana Menteri; membuat provokasi yang begitu mengejutkan, cuai, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima langsung:-
• menyifatkan pertubuhan gelap Tiga Line sebagai kawan dan menggalakkan mereka melakukan ‘apa yang perlu dilakukan’ berbanding mengambil tindakan terhadap mereka.
• mengancam wartawan yang hadir bahawa beliau akan menutup operasi akhbar mereka jika kata-katanya dilaporkan.
• mengabaikan hakikat bahawa orang bukan Melayu juga turut menjadi mangsa jenayah. Daripada 14,511 anggota kongsi gelap, 6,171 darinya Melayu, 1,701 Cina, 3,685 India sementara 2,954 dari keturunan lain; namun begitu pun orang Melayu selalu menjadi mangsa. Pengedar dadah terbesar adalah orang Cina, yang kecil sedikit India dan penggunanya orang Melayu. Dalam judi internet, bosnya Cina, operatornya India dan pelanggannya Melayu… “Oleh itu mangsanya adalah orang Melayu”
• menafikan proses undang-undang dengan menyuruh supaya menembak penjenayah terlebih dahulu jika polis ada bukti.
Menurut Lim, setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama adalah mangsa jenayah.
Katanya lagi, dengan menyebut bahawa hanya orang Melayu yang menjadi mangsa, adakah orang bukan Melayu yang menjadi mangsa sekadar tidak kelihatan atau patut hilang sahaja tanpa dilindungi daripada jenayah terhadap mereka.
“Susah untuk saya percaya bahawa Menteri Dalam Negeri yang diamanahkan untuk mendaulatkan undang-undang boleh dengan begitu bersahaja membuat kenyataan yang begitu menghasut, menggalakkan kehidupan tanpa hormat kepada undang-undang dan menggalakkan gangguan awam,” ujarnya.
Katanya, kegagalan daripada pihak Perdana Menteri untuk bertindak menyangkal kenyataan mereka dan menghukum tindakan perkauman dan kebencian mereka hanya akan memecahbelahkan Malaysia menjadi dua negara dengan double standard - satu negara dengan standard untuk orang Umno, dan satu lagi untuk orang bukan Umno yang tidak berhak mendapat perlindungan undang-undang yang saksama mahupun hak yang dijamin perlembagaan sebagai warganegara.
“DAP menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyatakan pendirian terhadap Umno dan menolak usaha memecahbelah, diskriminasi dan penghancuran maruah dengan menunjukkan kepada Umno bahawa kita semua ayah, emak, abang dan adik adalah warga Malaysia,” ujarnya.

Sumber HD - 8-10-2013
ROS 'berhutang' dengan DAP - Teresa Kok
Anis Nazri, | 03 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP menggesa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman perlu meletakkan jawatan atau dipecat kerana bertindak berpihak dan tidak cekap ketika menjalankan tugas.
Naib Pengerusinya, Teresa Kok berkata ROS yang mengganggu DAP sejak pemilihan Jawatankuasa Teringgi (CEC) Disember lalu, sebaliknya dilaporkan Jabatan Audit Negara sebagai tidak cekap dalam menjalankan penguatkuasaan.
Justeru, katanya sesiapa yang menyebabkan berlakunya ketidakcekapan itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya, selain dikenakan tindakan.
Dalam kenyataannya kepada media, hari ini Laporan Audit 2012 merekodkan sebanyak 90 pertubuhan di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang tidak menyerahkan laporan organisasi mereka seperti sepatutnya, tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.
Di bawah Seksyen 14 Akta Pertubuhan 1966, organisasi yang berdaftar di bawah ROS mesti menyerahkan laporan di antara 60 hari selepas mesyuarat agung tahunan diadakan.
"Namun, dalam kes CEC DAP, ROS bersikap terpilih apabila membuat pendakwaan berhubung aduan yang diterima dan sengaja membesar-besarkan perkara tersebut sehingga terpaksa diadakan kongres khas baru-baru ini," kata beliau.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan ROS bahawa jabatan itu 'berhutang' dengan DAP dan rakyat untuk memberikan penjelasan mengapa DAP digesa membuat pemilihan semula CEC, sedangkan parti itu telah memberikan kerjasama sebaiknya sepanjang siasatan.
Teresa, yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut mengecam ROS yang tidak memberikan sebarang respons terhadap permohonan yang dikemukakan Pakatan Rakyat untuk mendaftarkan gabungan tersebut, walaupun sudah melebihi tiga tahun membuat permohonan itu.
Malah, kata Teresa di dalam Laporan Audit 2012 itu, ROS dinilai secara keseluruhannya sebagai 'tidak memuaskan' oleh Jabatan Audit Negara dan Abdul Rahman perlu bertanggungjawab terhadap jabatannya itu.
Naib Pengerusinya, Teresa Kok berkata ROS yang mengganggu DAP sejak pemilihan Jawatankuasa Teringgi (CEC) Disember lalu, sebaliknya dilaporkan Jabatan Audit Negara sebagai tidak cekap dalam menjalankan penguatkuasaan.
Justeru, katanya sesiapa yang menyebabkan berlakunya ketidakcekapan itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya, selain dikenakan tindakan.
Dalam kenyataannya kepada media, hari ini Laporan Audit 2012 merekodkan sebanyak 90 pertubuhan di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang tidak menyerahkan laporan organisasi mereka seperti sepatutnya, tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.
Di bawah Seksyen 14 Akta Pertubuhan 1966, organisasi yang berdaftar di bawah ROS mesti menyerahkan laporan di antara 60 hari selepas mesyuarat agung tahunan diadakan.
"Namun, dalam kes CEC DAP, ROS bersikap terpilih apabila membuat pendakwaan berhubung aduan yang diterima dan sengaja membesar-besarkan perkara tersebut sehingga terpaksa diadakan kongres khas baru-baru ini," kata beliau.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan ROS bahawa jabatan itu 'berhutang' dengan DAP dan rakyat untuk memberikan penjelasan mengapa DAP digesa membuat pemilihan semula CEC, sedangkan parti itu telah memberikan kerjasama sebaiknya sepanjang siasatan.
Teresa, yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut mengecam ROS yang tidak memberikan sebarang respons terhadap permohonan yang dikemukakan Pakatan Rakyat untuk mendaftarkan gabungan tersebut, walaupun sudah melebihi tiga tahun membuat permohonan itu.
Malah, kata Teresa di dalam Laporan Audit 2012 itu, ROS dinilai secara keseluruhannya sebagai 'tidak memuaskan' oleh Jabatan Audit Negara dan Abdul Rahman perlu bertanggungjawab terhadap jabatannya itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-10-2013
Dr Ariffin dilantik Naib Pengerusi DAP
Harakahdaily, | 29 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Dr Ariffin Omar dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP bagi sesi 2013-2016 selepas Kongres Khas yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini.
Ibu pejabat DAP memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan, malam ini.
Beliau adalah antara 10 orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang dipilih pada kongres itu yang mengadakan mesyuarat setelah keputusan pemilihan diumumkan, malam ini.
Berikut ialah senarai Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2013-2016
Dilantik:
1. Dr Tan Seng Giaw
2. Dr P Ramasamy
3. Dr Ariffin Omar
4. Jimmy Wong Sze Phin
5. Vincent Wu
6. Dr John Brian Anthony
7. Dr Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah
9. V. Sivakumar
10. Su Keong Siong
Pengerusi: Karpal Singh
Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai
Naib Pengerusi:
1. Chow Kon Yeow
2. Chong Chieng Jen
3. M Kula Segaran
4. Teresa Kok
5. Dr Ariffin Omar
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng
Timbalan Setiausaha Agung:
1. Chong Eng
2. Ngeh Koo Ham
3. P Ramasamy
Bendahari: Fong Kui Lun
Timbalan Bendahari: Nga Kor Ming
Setiausaha Organisasi: Loke Siew Fook
Timbalan Setiausaha Organisasi: Thomas Su Keong Siong, Vincent Wu Him Ven
Setiausaha Publisiti: Tony Pua Kiam Wee
Timbalan Setiausaha Publisiti:
Teo Nie Ching
Zairil Khir Johari
Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar
Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong
Timbalan Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau
Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin
Ketua Vip Parlimen: Lim Kit Siang
Jawatankuasa Disiplin
Pengerusi: Tan Kok Wai
Ahli-ahli: M. Kula Segaran, Tan Seng Giaw, P. Ramasamy
Biro Pilihanraya
Pengerusi: Tan Kok Wai
Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee,
Liew Chin Tong
Pengerusi Biro Guaman: Gobind Singh Deo
Biro Pakatan Rakyat
Pengerusi: Teng Chang Khim
Ahli-ahli: Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee, Liew Chin Tong, Teresa
Kok, Gobind Singh Deo
Pengerusi Kebudayaan: P. Gunasekaran
Pengerusi Biro Buruh: A. Sivanesan
Pengerusi Majlis Perundingan Dayak: Dr John Brian Anthony
Pengerusi Majlis Kadazandusunmurut (KDM): Dr Edwin Bosi
Whip: Anthony Loke Siew Fook
Timbalan Whip: Teresa Kok, M. Kula Segaran
Jawatankuasa Keahlian
Pengerusi: Anthony Loke Siew Fook
Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong
Ibu pejabat DAP memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan, malam ini.
Beliau adalah antara 10 orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang dipilih pada kongres itu yang mengadakan mesyuarat setelah keputusan pemilihan diumumkan, malam ini.
Berikut ialah senarai Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2013-2016
Dilantik:
1. Dr Tan Seng Giaw
2. Dr P Ramasamy
3. Dr Ariffin Omar
4. Jimmy Wong Sze Phin
5. Vincent Wu
6. Dr John Brian Anthony
7. Dr Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah
9. V. Sivakumar
10. Su Keong Siong
Pengerusi: Karpal Singh
Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai
Naib Pengerusi:
1. Chow Kon Yeow
2. Chong Chieng Jen
3. M Kula Segaran
4. Teresa Kok
5. Dr Ariffin Omar
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng
Timbalan Setiausaha Agung:
1. Chong Eng
2. Ngeh Koo Ham
3. P Ramasamy
Bendahari: Fong Kui Lun
Timbalan Bendahari: Nga Kor Ming
Setiausaha Organisasi: Loke Siew Fook
Timbalan Setiausaha Organisasi: Thomas Su Keong Siong, Vincent Wu Him Ven
Setiausaha Publisiti: Tony Pua Kiam Wee
Timbalan Setiausaha Publisiti:
Teo Nie Ching
Zairil Khir Johari
Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar
Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong
Timbalan Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau
Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin
Ketua Vip Parlimen: Lim Kit Siang
Jawatankuasa Disiplin
Pengerusi: Tan Kok Wai
Ahli-ahli: M. Kula Segaran, Tan Seng Giaw, P. Ramasamy
Biro Pilihanraya
Pengerusi: Tan Kok Wai
Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee,
Liew Chin Tong
Pengerusi Biro Guaman: Gobind Singh Deo
Biro Pakatan Rakyat
Pengerusi: Teng Chang Khim
Ahli-ahli: Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee, Liew Chin Tong, Teresa
Kok, Gobind Singh Deo
Pengerusi Kebudayaan: P. Gunasekaran
Pengerusi Biro Buruh: A. Sivanesan
Pengerusi Majlis Perundingan Dayak: Dr John Brian Anthony
Pengerusi Majlis Kadazandusunmurut (KDM): Dr Edwin Bosi
Whip: Anthony Loke Siew Fook
Timbalan Whip: Teresa Kok, M. Kula Segaran
Jawatankuasa Keahlian
Pengerusi: Anthony Loke Siew Fook
Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-9-2013
CEC DAP kekal, Liew Chin Tong undi tertinggi
Anis Nazri dan Salmiyah Harun, | 29 Sep 2013 |
PETALING JAYA: Barisan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang kononnya dikatakan tidak sah oleh ROS terus membarisi kepimpinan bagi sesi 2013.
Bagaimanapun, keputusan kali ini menyaksikan satu-satunya calon Melayu, Zairil Khir Johari telah berjaya memenangi pemilihan ini.
Kepimpinan itu dipilih melalui Kongres Khas DAP 2013 yang diadakan hari ini di sebuah hotel, di sini hari ini.
Pegawai Pengurus parti, Dr Ong Kian Meng mengumumkan keputusan itu pada jam 8.15 malam selepas proses pengiraan undi selesai dilakukan.
Bagaimanapun, terdapat peningkatan undi bagi beberapa calon yang bertanding sebelum pada pemilihan kali ini, antaranya Liew Chin Tong (gambar) yang memperolehi undi paling tertinggi iaitu sebanyak 1,438 undi.
Sebelum ini, beliau dalam pemilihan lalu hanya memperolehi 984 undi.
Keputusan CEC DAP kali ini adalah ssperti berikut:
Liew Chin Tong - 1438 undi berbanding 984 sebelum ini.
Lim Kit Siang - 1436 (1607)
Karpal Singh - 1421 (1411)
Gobind Singh Deo - 1409 (1197)
Lim Guan Eng - 1304 (1576)
Chong Chieng Jen - 1294 (1211)
Anthony Loke - 1263 (1202)
Chow Kon Yeow - 1203 (986)
Fong Kui Lun - 1193 (1137)
Teng Chang Kim - 1164 (1152)
Tony Pua - 1158 (1162)
Zairil Khir Johari -1132
Teresa Kok - 1127 (925)
Chong Eng - 1111 (1006)
M. Kula - 1088 (984)
Tan Kok Wai - 1088 (1199)
Teo Nie Ching - 1081 (903)
Boo Cheng Hau - 961 (958)
Nga Kor Ming - 956 (1075)
Ngeh Koo Ham - 809 (824)
Pada pemilihan semula kali ini, sebanyak 1725 kertas undi dikeluarkan dan dikembalikan, 1663 undi sah, 62 undi rosak, dan 33 260 jumlah undi yang diperolehi semua calon.
Ketika ini, kesemua barisan kepimpinan yang dipilih sedang bermesyuarat bagi menentukan kedudukan jawatan dalam parti.
Bagaimanapun, keputusan kali ini menyaksikan satu-satunya calon Melayu, Zairil Khir Johari telah berjaya memenangi pemilihan ini.
Kepimpinan itu dipilih melalui Kongres Khas DAP 2013 yang diadakan hari ini di sebuah hotel, di sini hari ini.
Pegawai Pengurus parti, Dr Ong Kian Meng mengumumkan keputusan itu pada jam 8.15 malam selepas proses pengiraan undi selesai dilakukan.
Bagaimanapun, terdapat peningkatan undi bagi beberapa calon yang bertanding sebelum pada pemilihan kali ini, antaranya Liew Chin Tong (gambar) yang memperolehi undi paling tertinggi iaitu sebanyak 1,438 undi.
Sebelum ini, beliau dalam pemilihan lalu hanya memperolehi 984 undi.
Keputusan CEC DAP kali ini adalah ssperti berikut:
Liew Chin Tong - 1438 undi berbanding 984 sebelum ini.
Lim Kit Siang - 1436 (1607)
Karpal Singh - 1421 (1411)
Gobind Singh Deo - 1409 (1197)
Lim Guan Eng - 1304 (1576)
Chong Chieng Jen - 1294 (1211)
Anthony Loke - 1263 (1202)
Chow Kon Yeow - 1203 (986)
Fong Kui Lun - 1193 (1137)
Teng Chang Kim - 1164 (1152)
Tony Pua - 1158 (1162)
Zairil Khir Johari -1132
Teresa Kok - 1127 (925)
Chong Eng - 1111 (1006)
M. Kula - 1088 (984)
Tan Kok Wai - 1088 (1199)
Teo Nie Ching - 1081 (903)
Boo Cheng Hau - 961 (958)
Nga Kor Ming - 956 (1075)
Ngeh Koo Ham - 809 (824)
Pada pemilihan semula kali ini, sebanyak 1725 kertas undi dikeluarkan dan dikembalikan, 1663 undi sah, 62 undi rosak, dan 33 260 jumlah undi yang diperolehi semua calon.
Ketika ini, kesemua barisan kepimpinan yang dipilih sedang bermesyuarat bagi menentukan kedudukan jawatan dalam parti.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-9-2013
Biarpun dipecat, Jenice Lee hadir Kongres Khas DAP
Anis Nazri, | 29 Sep 2013 |
PETALING JAYA: Ahli DAP yang dipecat, Jenice Lee turut hadir ke Kongres Khas parti itu yang diadakan di sebuah hotel, di sini hari ini.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai itu kelihatan di tengah-tengah para perwakilan dan pemerhati parti itu yang memenuhi Imperial Ballroom, di mana tempat kongres itu diadakan.
Ketika ditemui Harakahdaily, Jenice berkata beliau hadir ke kongres itu bagi memastikan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) ini benar-benar diwakili oleh mereka yang benar-benar berkelayakan.
Beliau yang turut diberikan notis untuk menghadiri ke pemilihan ini, biarpun dipecat mengingatkan para perwakilan agar membuat pilihan terbaik bagi memastikan perjuangan parti itu benar-benar terpelihara.
"Tuhan memberi peluang, bukan sahaja kepada saya, tetapi juga kepada semua perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar berpegang kepada perjuangan parti. Walaupun mungkin selepas ini saya 'dibunuh' semula, saya tetap akan menyelematkan parti ini," kata beliau sambil menyifatkan pemecatan beliau sebelum ini sebagai tidak sah.
Bagaimanapun, tambah beliau kehadirannya hari ini di kongres khas itu sebagai usaha beliau menyelamatkan parti dari tergelincir dari garis perjuangan yang dipersetujui bersama.
Jenice, dipecat dari DAP setelah beliau bertindak bertanding sebagai calon bebas di Dun Teratai pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila namanya tidak dicalonkan semula bagi kerusi tersebut.
Tindakannya itu menyebabkan DAP mengambil keputusan memecat keahliannya memandangkan parti itu sudah mengeluarkan arahan awal kepada setiap ahlinya agar tidak bertanding menentang calon yang ditentukan parti.
Pemilihan semula hari ini diadakan berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengumumkan pemilihan sebelum ini tidak sah ekoran dakwaan kononnya terdapat perwakilan yang tidak diberikan notis untuk menghadiri kongres sebelum ini.
Pada pemilihan hari ini, semua senarai calon yang bertanding untuk 20 jawatan tertinggi parti kekal seperti mana pemilihan pada Disember 2012 yang lalu.
Bagaimanapun, terdapat 17 orang calon menarik diri dan dua meletak jawatan menjadikan bilangan yang calon yang bakal dipilih perwakilan berjumlah 47 orang berbanding 66 calon tahun lalu.

DAP tidak mahu jadi klon MCA, Gerakan - Guan Eng
Salmiyah Harun, | 29 Sep 2013 |
PETALING JAYA: DAP bercita-cita untuk menjadi sebuah parti bagi seluruh rakyat Malaysia dan tidak mahu menjadi klon MCA, Gerakan apatah lagi Umno BN, demikian menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Dalam ucapannya di Kongres Khas Kebangsaan DAP 2013, Guan Eng berkata, kemerosotan Umno BN dalam PRU13 lalu adalah petanda jelas bahawa politik berasaskan kaum tidak ada masa depan di Malaysia.
"Kami ingin bersuara bagi pihak semua kaum termasuk Iban dari Sarawak dan Kadazan dari Sabah.
"Kita telah membuktikan di Pulau Pinang dan Selangor bahawa Pakatan Rakyat boleh memelihara orang Cina lebih baik daripada MCA, menjaga orang Melayu lebih baik daripada UMNO, membantu orang India lebih baik daripada MIC," katanya.
Beliau turut mengajak ahli DAP bersatu padu dan buktikan bahawa mereka dapat lakukan yang lebih baik daripada BN untuk kesemua rakyat Malaysia.
"Tidak kira siapa, yang penting kita adalah rakyat Malaysia. Hidup rakyat! Hidup Malaysia!," katanya mendapat tepukan gemuruh para perwakilan yang memenuhi dewan sebuah hotel di sini hari ini.
Jelasnya, Malaysia boleh menjadi negara yang cemerlang seandainya mereka memperbaharui keyakinan mereka terhadap rakyat.
"Tanpa mengira masalah yang hadapi, selagi mana kita mengekalkan kepercayaan terhadap kemampuan dan kebijaksanaan rakyat, rakyat akan menemukan penyelesaiannya bagi kita," katanya.
Tambahnya, BN terancam dengan DAP kerana mereka menawarkan Impian Malaysia yang mendorong perdamaian nasional berbanding balas dendam nasional yang ditawarkan BN.
"Kita melaksanakan politik inklusif dan bukan eksklusif, kita mahu kerjasama dan bukan konfrontasi serta rundingan daripada diktat-diktat.
"Daripada memecah-belahkan rakyat Malaysia dengan fahaman ekstremisme kaum dan agama, kita menyeru ke arah keharmonian kaum dan rasa hormat terhadap kepercayaan masing-masing. Pakatan Rakyat menolak kebencian, keganasan, ancaman, rasuah dan politik wang; yang semuanya merupakan kepakaran BN," katanya.
Justeru katanya, DAP dan Pakatan Rakyat, mesti memperlihatkan kepimpinan alternatif yang lebih baik dan berprinsip, dan menyuarakan asas dasar yang jelas, sekata, inovatif dan berpandangan jauh terutamanya buat pengundi di kerusi-kerusi marjinal.
"Kita mengajak kesemua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam Impian Malaysia - demokrasi berjiwa rakyat menerusi urus tadbir maksima, kerajaan minima yang menumpukan usaha memenangi masa depan dengan pendidikan ke arah perpaduan, integriti dan kecekapan," katanya.
Turut hadir ke kongres ini sebagai jemputan Khas iaitu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
YB LGE : http://www.youtube.com/watch?v=siCewACnNrs

DAP sedia heret ROS ke mahkamah - Karpal
Anis Nazri, | 29 Sep 2013 |
PETALING JAYA: DAP mengingatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar tidak melakukan cubaan bagi menggagalkan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat parti itu yang diadakan hari ini.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata sekiranya badan itu cuba mencari jalan menggagalkan pemilihan dan ia dilakukan dengan melanggar undang-undang, pihaknya akan mengheret ROS ke mahkamah.
"Saya bagi amaran kepada ROS, jangan cuba main-main dengan parti ini yang begitu kuat. Saya sudah mula memperhatikan ROS ini sejak Disember lalu dan saya akan terus memerhatikannya. Ini amaran terakhir saya kepada ROS," tegas beliau ketika berucap di Kongres Khas DAP, di sebuah hotel di sini, pagi ini.
Menyifatkan kongres hari ini sebagai satu sejarah kerana diadakan dua kali, Karpal berkata kongres yang mencatatkan kehadiran kira-kira 85 peratus hari ini menunjukkan parti itu sebagai sebuah parti yang kuat.
Pemilihan PRU14
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu turut mengingatkan para perwakilan agar memilih satu jawatankuasa yang kuat bagi persiapan parti itu dan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum ke-14 kelak.
Saranan tersebut, katanya bukan menganggap kepimpinan yang dipilih sebelum ini tidak kuat, sebaliknya memperkuatkan lagi kepimpinan agar DAP bersama Pakatan Rakyat menawan Malaysia pada pru-14.
Karpal dalam masa yang sama turut memuji semangat yang ditunjukkan pimpinan muda dan mahu agar mereka menjadi pelapis yang kuat pada masa akan datang.
“Orang muda ini, anda adalah pelapis untuk menubuhkan kerajaan masa depan. Untuk Malaysia yang lebih baik.
“Apa yang saya lihat, kita jangan putus asa kerana kita ada peluang dalam pilihan raya akan datang. Kita dan Pakatan Rakyat (PR) akan berjuang merebut kuasa dari Barisan Nasional,” katanya.
Pada pemilihan hari ini, semua senarai calon yang bertanding untuk 20 jawatan tertinggi parti kekal seperti mana pemilihan pada Disember 2012 yang lalu.
Bagaimanapun, terdapat 17 orang calon menarik diri dan dua meletak jawatan menjadikan bilangan yang calon yang bakal dipilih perwakilan berjumlah 47 orang berbanding 66 calon tahun lalu.
Pemilihan semula hari ini diadakan berikutan ROS mengumumkan pemilihan sebelum ini tidak sah ekoran terdapat dakwaan kononnya terdapat perwakilan yang tidak diberikan notis untuk menghadiri kongres sebelum ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-9-2013
Dendam: DAP cabar menteri tegur Mukhriz
Harakahdaily, | 27 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP mencabar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegur Menteri Besar Kedah yang ingin balas dendam secara terbuka, untuk membuktikan bahawa balas dendam bukan nilai politik Umno.
Demikian penegasan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan.
Ini ekoran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan semalam membidas dan menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa kerajaan Persekutuan menghukum masyarakat Cina di kampung baru kerana tidak memilih Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu.
Katanya, walaupun Abdul Rahman menafikan bahawa rancangan kerajaan untuk memindahkan tanggungjawab pembangunan kampung baharu kepada majlis kerajaan tempatan hanya menambah masalah birokrasi, tetapi sebagai hakikatnya, rancangan beliau juga tidak disokong oleh MCA, salah satu parti komponen BN.
Beliau berkata, sekiranya rakan seperjuangan beliau juga tidak percaya bahawa rancangan beliau adalah berniat suci, bagaimana Abdul Rahman ingin seluruh masyarakat Cina percaya bahawa ini memanglah bukan satu hukuman atau balas dendam.
Menurutnya lagi, kalau BN, terutamanya Umno memang tidak berniat untuk menghukum masyarakat Cina kerana tidak memilih Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu, Datuk Abdul Rahman Dahlan juga perlu menjelaskan kenapa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir kebelakangan ini berkata bahawa kerajaan negeri kini tidak akan melayan sebarang permintaan daripada Sekolah Cina dan mahu menumpukan bantuan Sekolah Kebangsaan berikutan perubahan undi Cina semasa PRU13 Mei lalu yang membelakangkan MCA dan BN.
“Sekiranya Datuk Abdul Rahman Dahlan memang ingin mempercayakan orang ramai bahawa beliau memang tidak berniat untuk menghukum masyarakat Cina, saya mencabar beliau untuk menegur Menteri Besar Kedah yang ingin balas dendam secara terbuka, untuk membuktikan bahawa balas dendam bukan nilai politik Umno.
“Adakah beliau berani?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai.
Demikian penegasan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan.
Ini ekoran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan semalam membidas dan menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa kerajaan Persekutuan menghukum masyarakat Cina di kampung baru kerana tidak memilih Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu.
Katanya, walaupun Abdul Rahman menafikan bahawa rancangan kerajaan untuk memindahkan tanggungjawab pembangunan kampung baharu kepada majlis kerajaan tempatan hanya menambah masalah birokrasi, tetapi sebagai hakikatnya, rancangan beliau juga tidak disokong oleh MCA, salah satu parti komponen BN.
Beliau berkata, sekiranya rakan seperjuangan beliau juga tidak percaya bahawa rancangan beliau adalah berniat suci, bagaimana Abdul Rahman ingin seluruh masyarakat Cina percaya bahawa ini memanglah bukan satu hukuman atau balas dendam.
Menurutnya lagi, kalau BN, terutamanya Umno memang tidak berniat untuk menghukum masyarakat Cina kerana tidak memilih Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu, Datuk Abdul Rahman Dahlan juga perlu menjelaskan kenapa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir kebelakangan ini berkata bahawa kerajaan negeri kini tidak akan melayan sebarang permintaan daripada Sekolah Cina dan mahu menumpukan bantuan Sekolah Kebangsaan berikutan perubahan undi Cina semasa PRU13 Mei lalu yang membelakangkan MCA dan BN.
“Sekiranya Datuk Abdul Rahman Dahlan memang ingin mempercayakan orang ramai bahawa beliau memang tidak berniat untuk menghukum masyarakat Cina, saya mencabar beliau untuk menegur Menteri Besar Kedah yang ingin balas dendam secara terbuka, untuk membuktikan bahawa balas dendam bukan nilai politik Umno.
“Adakah beliau berani?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-9-2013
Baik sungguh hati Lim Kit Siang, DAP
http://duniacacamarba.blogspot.com, | 26 Sep 2013 |
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-9-2013
YB Karpal Singh : http://www.youtube.com/watch?v=OrHOcLbvQFY&feature=youtu.be
50 sen: Jangan samakan DAP dengan Umno
Harakahdaily, | 25 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemimpin Melayu dalam DAP hari ini tidak bersetuju dengan pandangan bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor yang mendakwa, calon Melayu dalam parti itu hanya berharga 50 sen yang tiada kepentingan dalam parti.
Dalam satu kenyataan hari ini, mereka yang terdiri dari ahli Melayu dari seluruh negeri itu berkata, agak mengecewakan apabila pihak yang sudah begitu lama terlibat dan menyumbang begitu banyak masa dan tenaga demi perjuangan parti akhirnya kalah dengan ego masing-masing demi merebut pengaruh dan kuasa politik.
"Hujah bahawa kononnya DAP tidak meletakkan nilai tinggi kepada kaum tertentu bukan sahaja dangkal, malah sangat jahat kerana tindakan sedemikian menggagalkan agenda parti ke arah sebuah negara yang menyediakan peluang saksama kepada semua pihak.
"Jika DAP juga menggunakan sentimen perkauman, apa yang membezakan ahli politik DAP dengan UMNO-Barisan Nasional," kenyataan itu dipetik.
Berikut kenyataan penuh mereka.
Aktivis DAP digesa henti sentimen perkauman kerana akan merencatkan aspirasi parti ke arah negara yang adil buat semua.
Menjelang pemilihan semula DAP hujung minggu ini, begitu hebat sekali kempen politik yang dijalankan pihak-pihak tertentu bagi menggagalkan kongres khas tersebut. Tidak kurang juga kempen politik sesetengah pihak lain yang barangkali tidak dapat lagi membendung rasa kecewa dan akhirnya meledak dengan melakukan perkara yang di luar kebiasaan serta amalan ahli parti.
Agak mengecewakan apabila pihak yang sudah begitu lama terlibat dan menyumbang begitu banyak masa dan tenaga demi perjuangan parti akhirnya kalah dengan ego masing-masing demi merebut pengaruh dan kuasa politik.
Parti Tindakan Demokratik adalah parti politik berbilang kaum yang tidak memandang kepada latar belakang keturunan.
Hujah bahawa kononnya DAP tidak meletakkan nilai tinggi kepada kaum tertentu bukan sahaja dangkal, malah sangat jahat kerana tindakan sedemikian menggagalkan agenda parti ke arah sebuah negara yang menyediakan peluang saksama kepada semua pihak.
Jika DAP juga menggunakan sentimen perkauman, apa yang membezakan ahli politik DAP dengan UMNO-Barisan Nasional?
Adakah dengan sekadar lahir sebagai kaum tertentu di negara ini maka mesti diberi hak berbeza dan istimewa dalam sebuah parti politik?
Tindakan pihak-pihak seperti saudara Zulkifli Mohd Noor yang sedang cuba menjaja isu perkauman di tengah-tengah ribut kencang pemilihan ini adalah amat memalukan dan harus dihentikan serta merta. Ini juga memberi bayangan bahawa masih terdapat segelintir pihak dalam kalangan aktivis parti yang gagal memahami aspirasi parti DAP.
DAP sedang berusaha keras untuk melahirkan imej parti yang lebih segar dengan membawa pendekatan politik baru dengan gaya berbeza untuk memperkukuh aspirasi politik dasar dan bukannya politik perkauman.
Kami sangat kecewa apabila aspirasi parti ke arah politik baru ini tidak dapat dihadam pihak-pihak tertentu yang sehingga ke hari ini menjaja keturunan kaumnya sebagai suatu modal politik demi mendaki tangga kedudukan politik. Seharusnya dengan pengalaman yang banyak, kesilapan-kesilapan politik yang begitu dangkal ini boleh dielakkan.
Oleh yang demikian kami menggesa supaya para aktivis parti berhenti menjaja sentimen perkauman yang akhirnya akan menjadi fitnah kepada parti dan membantut usaha bersama ke arah sebuah negara yang lebih baik tanpa batas-batas perkauman.
Sebaliknya setiap aktivis parti yang ingin dihargai oleh parti haruslah berusaha keras mengukuhkan agenda parti untuk membina Malaysia yang lebih sejahtera untuk semua tanpa mengira warna kulit, keturunan dan darjat.
Ditandatangani,
Mahdzir Ibrahim
Ahli MEK DAPSY Pusat
Hafiz Zainuddin
Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Jalan Brunei Pudu
Mohd Hariszuan
Ketua Pemuda DAPSY Bukit Bendera
Dyana Sofya
Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah
Rozaimin Elias
Bendahari DAP Cawangan Bangkok Lane
Edry Faizal Eddy Yusof
Timbalan Pengerusi pro-tem DAP Cawangan Bandar Utama
Nur Fitriah Abd Halim
DAP Bukit Bendera
Mohamad bin Samat
Setiausaha Organisasi DAPSY Selangor
Mohammad Firdaus Babh
Penolong Setiausaha DAPSY Selangor
Wira Andika A. Halim
DAP Cawangan Bukit Bintang Baru
Izmil Amri Ismail
DAP Cawangan Bangkok Lane

Sumber HD - 25-9-2013
Ekonomi selimut singkat
Izmil Amri Roketkini, | 25 Sep 2013 |
Saya tak ada anak. Mana lah saya tahu lampin pakai buang harganya berapa. Sehinggalah Ahad sudah.
Tapi sebelum itu mari kita ambil masa beberapa minit untuk merenung dompet masing-masing. Kira perlahan-lahan ada berapa ringgit dalam dompet anda. Fikirkan berapa lama anda dapat bertahan dengan wang yang anda ada itu.
Ambil kira perbelanjaan minyak kereta dan makan-minum serta perbelanjaan ‘tak semena-mena’ yang sering terjadi. Pandang isi kandungan dompet anda. Renung lama-lama. Sayunya rasa hati kan?
Berbalik kepada cerita saya.
Ada teman minta tolong saya belikan lampin pakai buang untuk anaknya yang belum pun lagi satu tahun usia. Itu petang Ahad lalu, waktu saya kebetulan pergi kenduri teman yang lagi satu. Saya pergi kenduri sebab mahu makan ‘free’. Ya lah, waktu-waktu cemas hujung bulan sebelum dapat gaji, tak berapa nak ada kemampuan. Harus jimat.
Elok suap makanan ke mulut, telefon berbunyi, minta tolong beli lampin. Selesai makan saya pun ke pasaraya terdekat. Dalam dompet cuma ada RM50.
Sekali lagi, manalah saya tahu lampin pakai buang harganya berapa.
Saya pun ambil troli, dengan niat nak beli barang-barang lain. Saya agak ‘sebungkus’ lampin begitu dalam dua puluh ringgit begitu.
Nyata saya salah.
Menghampiri rak yang menyusun bungkusan lampin pakai buang. Saya tenung harga satu-satu dan kemudian langsung mencari jenama yang disuruh beli. Terpampang harga ‘RM40.90’. Ah sudah. Saya tinggal troli di tepi, ambil bungkusan lampin dan terus berlalu pergi.
Ekonomi selimut singkat
Ini realiti ekonomi masyarakat Malaysia hari ini; apa yang disebut orang sebagai ekonomi selimut singkat. Bagi memahami istilah ekonomi selimut singkat ini, mari kita belajar apa itu ‘kos peluang’.
Kos peluang mudah difahami sebagai ‘kesempatan yang hilang’. Contohnya jika anda memiliki RM1,000, anda punya pilihan untuk melancong atau membeli telefon pintar. Kalau wang yang anda ada itu digunakan untuk melancong, maka hilanglah peluang untuk membeli telefon; begitu juga sebaliknya.
Analogi teori ini sangat puitis kalau disebutkan sebagai ekonomi selimut singkat.
Kalau ditarik selimut melepasi dada, kaki terdedah kesejukan. Kalau ditutup kaki pula, dada kesejukan. Begitulah. Akan ada yang menjadi korban demi yang lain.
Dalam ekonomi dunia nyata, saya sarankan anda melihat kembali situasi kenaikan harga minyak yang diumumkan beberapa hari sejurus negara menyambut Hari Merdeka ke-56. Sebenarnya ya, harga minyak tidak naik. Apa yang berlaku adalah subsidi minyak ditarik balik oleh pihak pemerintah dalam keadaan ekonominya yang seperti selimut singkat di atas tadi.
Subsidi petrol bukan sahaja dibayar kepada pengusaha syarikat petrol demi mengurangkan beban rakyat, malah turut diberikan kepada pengusaha tenaga elektrik swasta yang kemudian menjual elektrik kepada syarikat pembekal elektrik yang menyambungkan bekalan elektrik ke rumah dan pejabat anda. Syarikat ini tidak ditarik balik subsidi mereka.
Subsidi yang memudahkan anda itu yang ditarik balik oleh kerajaan. Maka harga minyak naik 20 sen.
Soalnya sekarang bukan sahaja harga minyak jadi bertambah mahal, tetapi subsidi yang ditarik balik itu disalurkan ke mana pula? Dan kemudian bagaimana anda yang kini terpaksa menanggung kenaikan ini akan terpaksa juga mengurus kewangan dengan kenaikan harga barang yang diakibatkan oleh kenaikan harga minyak ini?
Ya banyak persoalan yang akan buat kita sakit otak.
Sama keadaannya kalau anda diletakkan dalam bilik berhawa dingin dengan sehelai selimut singkat. Menggelabah.
Menguruskan sumber
Soal kos peluang ini timbul kerana dua perkara. Pertama, manusia mempunyai keinginan dan kemahuan yang tidak terbatas. Kedua, sumber yang ada sangat terhad.
5 debt-ratio-smallKeadaan sumber terhad ini amat dirasai sekarang apabila kerajaan United Malays National Organisation kelihatan bertungkus lumus mengimbangkan perbelanjaan demi memenuhi keperluan dan kehendak rakyat yang terpaksa berhadapan inflasi dan kos hidup tinggi. Pada masa yang sama ia masih perlu menampung lompang belanjawan akibat kerakusannya berbelanja sakan serta ketirisan yang berlaku lantaran korupsi.
Andaikan kos menurap jalan raya sepanjang 100 meter sekitar RM10,000. Andaikan saja lah; ini contoh. Saya mana tahu berapa kos menurap jalan. Disebabkan kewujudan korupsi, maka kos ini akan membelon barangkali dua kali ganda. Mahu dapat tender turap jalan sahaja sudah perlu rasuah pengeluar tender. Bila sudah dapat tender kerana guna pengaruh politik kawan-kawan, harus keluar duit lagi untuk jamu kawan-kawan politik.
Ini penyakit yang melanda negara akibat urus tadbir berasaskan untung tanpa sedikit pun sifat amanah dan integriti. Inilah dia penyebab kenapa wujud keterhutangan dan kenapa selimut yang asal itu kian bertambah singkat.
Tahun lalu Perdana Menteri Najib Razak telah membentangkan Belanjawan 2013 bernilai hampir RM250 bilion. Belanjawan pilihan raya yang begitu besar jumlahnya, dibentang dalam keadaan negara berhutang lebih separuh daripada KDNK.
Semalam di Parlimen dibentangkan satu lagi rang undang-undang perbekalan tambahan untuk memohon kelulusan Parlimen bagi perbelanjaan tambahan yang tidak masuk dalam Belanjawan 2013 yang dibentang hujung tahun lalu. Perbelanjaan berjumlah RM14 bilion ini barangkali sudah pun dibelanjakan.
Dalam sessi Parlimen sebelum ini, satu lagi rang undang-undang perbekalan tambahan dibentangkan, bagi tujuan sama: belanja dulu, baru minta izin. Cumanya yang itu dibuat berdasarkan belanjawan tahun fiskal sebelumnya.
Biar papa asal bergaya. Gali lubang, tutup lubang. Begini cara kerajaan pimpinan UMNO membelanjakan harta negara, sambil memberikan bantuan tunai setahun sekali setelah dirampasnya subsidi demi menutup mulut dan mata anda daripada menyedari bahawa selimut tebal yang melindungi anda selama ini kian mengecil dan mengecut. Akhirnya kita sekadar tidur dengan sehelai tuala ‘Good morning’ menutup muka.

Tentang usaha jahat untuk hancurkan DAP – Guan Eng
Harakahdaily, | 24 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Perlembagaan parti memberi kuasa untuk mengadakan pemilihan dalam Kongres Khas Kebangsaan,” tegas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Bagaimanapun, katanya mereka yang terlibat menggesa DAP untuk patuh kepada keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengadakan pemilihan semula kini terlibat pula dalam usaha menghalang dan mengkhianati pemilihan semula tersebut.
Menurutnya, mereka telah mencabar pelaksanaan pemilihan semula dengan memohon perintah injunksi dari mahkamah yang akan didengar pada 25 September 2013.
Beliau berkata, seandainya para pengkhianat (saboteur) itu berjaya, Kongres Khas Kebangsaan akan ditunda sebaliknya kongres khas akan diadakan pada 29 September ini.
“Kalau pun para pengkhianat ini gagal, mereka tidak akan berputus asa.
“Atas sebab ini, mesti ada kehadiran yang baik oleh para perwakilan parti untuk menolak dan menentang usaha jahat untuk menghancurkan DAP, yang gagal dilakukan BN dan Umno dalam pilihanraya umum,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, DAP adalah satu-satunya parti yang menepati kata-kata, melaksanakan apa yang disebut dan bertindak atas prinsip dan polisi.
“Jelas sekali bahawa kita mampu mentadbir dengan lebih baik berbanding BN,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Katanya, DAP mewakili harapan rakyat Malaysia dan masa depan anak-anak muda.
“Marilah kita berlaku adil terhadap harapan mereka untuk masa depan yang lebih cerah dengan memastikan survival DAP demi merealisasikan impian Malaysia untuk peluang saksama bagi semua orang untuk hidup makmur dalam keamanan serta berjaya dengan hasil usaha gigih.
“Kita jumpa di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor pada 29 September 2013,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, katanya mereka yang terlibat menggesa DAP untuk patuh kepada keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengadakan pemilihan semula kini terlibat pula dalam usaha menghalang dan mengkhianati pemilihan semula tersebut.
Menurutnya, mereka telah mencabar pelaksanaan pemilihan semula dengan memohon perintah injunksi dari mahkamah yang akan didengar pada 25 September 2013.
Beliau berkata, seandainya para pengkhianat (saboteur) itu berjaya, Kongres Khas Kebangsaan akan ditunda sebaliknya kongres khas akan diadakan pada 29 September ini.
“Kalau pun para pengkhianat ini gagal, mereka tidak akan berputus asa.
“Atas sebab ini, mesti ada kehadiran yang baik oleh para perwakilan parti untuk menolak dan menentang usaha jahat untuk menghancurkan DAP, yang gagal dilakukan BN dan Umno dalam pilihanraya umum,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, DAP adalah satu-satunya parti yang menepati kata-kata, melaksanakan apa yang disebut dan bertindak atas prinsip dan polisi.
“Jelas sekali bahawa kita mampu mentadbir dengan lebih baik berbanding BN,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Katanya, DAP mewakili harapan rakyat Malaysia dan masa depan anak-anak muda.
“Marilah kita berlaku adil terhadap harapan mereka untuk masa depan yang lebih cerah dengan memastikan survival DAP demi merealisasikan impian Malaysia untuk peluang saksama bagi semua orang untuk hidup makmur dalam keamanan serta berjaya dengan hasil usaha gigih.
“Kita jumpa di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor pada 29 September 2013,” ujarnya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-9-2013
ROS sengaja cari salah DAP, kata Gobind
Harakahdaily, | 24 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo mendakwa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sengaja mahu menyalahkan DAP berhubung pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu hujung minggu ini.
Ia merujuk kenyataan Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman semalam bahawa pemilihan anggota jawatankuasa parti tersebut memerlukan 'Kongres Kebangsaan' dan bukan 'Kongres Khas' seperti yang mahu dilakukan DAP.
Abdul Rahman juga berkata, ia bagaimanapun terpulang kepada DAP untuk mengadakan Kongres Khas bagi mengendalikan urusannya yang lain.
Mengulas kenyataan itu Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, pemilihan semula CEC DAP melalui Kongres Khas pada 29 September ini adalah mengikut peruntukan seperti termaktub di dalam perlembagaan parti.
"Kenyataan (Abdul Rahman) ini menunjukkan lagi sikap ROS yang jelas tidak menghormati proses undang-undang dan cepat menyalahkan DAP tanpa terlebih dahulu ingin mendengar penjelasan kami sebelum membuat keputusan.
"Abdul Rahman seharusnya tahu. Sekiranya ada aduan, beliau dikehendaki memaklumkan kami berkenaan aduan tersebut dan meminta kami untuk penjelasan sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.
Dalam pada itu beliau turut mempersoal kenapa Abdul Rahman membuat kenyataan seperti tersebut sehari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan isu yang sama esok.
"Saya nasihatkan Abdul Rahman supaya berhati-hati. Sebagai seorang ketua jabatan, beliau mesti faham dan menghormati proses undang-undang.
"Samada ataupun tidak proses pemilihan semula CEC boleh dibuat melalui Kongres Khas akan kami hujahkan dihadapan Mahkamah yang Mulia esok," katanya.
Ia merujuk kenyataan Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman semalam bahawa pemilihan anggota jawatankuasa parti tersebut memerlukan 'Kongres Kebangsaan' dan bukan 'Kongres Khas' seperti yang mahu dilakukan DAP.
Abdul Rahman juga berkata, ia bagaimanapun terpulang kepada DAP untuk mengadakan Kongres Khas bagi mengendalikan urusannya yang lain.
Mengulas kenyataan itu Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, pemilihan semula CEC DAP melalui Kongres Khas pada 29 September ini adalah mengikut peruntukan seperti termaktub di dalam perlembagaan parti.
"Kenyataan (Abdul Rahman) ini menunjukkan lagi sikap ROS yang jelas tidak menghormati proses undang-undang dan cepat menyalahkan DAP tanpa terlebih dahulu ingin mendengar penjelasan kami sebelum membuat keputusan.
"Abdul Rahman seharusnya tahu. Sekiranya ada aduan, beliau dikehendaki memaklumkan kami berkenaan aduan tersebut dan meminta kami untuk penjelasan sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.
Dalam pada itu beliau turut mempersoal kenapa Abdul Rahman membuat kenyataan seperti tersebut sehari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan isu yang sama esok.
"Saya nasihatkan Abdul Rahman supaya berhati-hati. Sebagai seorang ketua jabatan, beliau mesti faham dan menghormati proses undang-undang.
"Samada ataupun tidak proses pemilihan semula CEC boleh dibuat melalui Kongres Khas akan kami hujahkan dihadapan Mahkamah yang Mulia esok," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-9-2013
Berapa nilai Melayu dalam DAP, soalan bodoh
Harakahdaily, | 21 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Parti Tindakan Demokratik (DAP) secara nyatanya adalah parti yang buta warna. Itu maksudnya ia tidak peduli anda kaum apa. Borang keahlian parti juga tidak bertanya anda kaum apa.
“Untuk mempersoalkan nilai individu dalam sebuah parti buta warna dengan berasaskan penilaian kaum adalah kerja yang bukan sahaja bodoh, malah jahat,” tulis Izmil Amri di dalam Roketkini.com.
Baginya, persoalan sedemikian adalah strategi politik nakal untuk menimbulkan anasir politik perkauman dalam sebuah parti yang tidak peduli kaum.
“Biarlah apa pun yang dipropagandakan kepada anda melalui media tradisional; kita semua tahu bahawa DAP bukan parti satu kaum, dan ia tidak memandang soal kaum,” ujarnya.
Menurutnya, DAP menilai pemimpin dan anggotanya berdasarkan apa kerja yang dilakukan untuk parti, seperti juga mana-mana parti politik lain.
“Untuk mempersoalkan nilai individu dalam sebuah parti buta warna dengan berasaskan penilaian kaum adalah kerja yang bukan sahaja bodoh, malah jahat,” tulis Izmil Amri di dalam Roketkini.com.
Baginya, persoalan sedemikian adalah strategi politik nakal untuk menimbulkan anasir politik perkauman dalam sebuah parti yang tidak peduli kaum.
“Biarlah apa pun yang dipropagandakan kepada anda melalui media tradisional; kita semua tahu bahawa DAP bukan parti satu kaum, dan ia tidak memandang soal kaum,” ujarnya.
Menurutnya, DAP menilai pemimpin dan anggotanya berdasarkan apa kerja yang dilakukan untuk parti, seperti juga mana-mana parti politik lain.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-9-2013
Pemilihan CEC: DAP lantik firma akaun antarabangsa
Roketkini, | 20 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP hari ini mengumumkan pelantikan firma perakaunan antarabangsa ‘PKF Accountants and Business’ sebagai pemantau dan juruaudit untuk Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan diadakan pada 29 September ini.
Pegawai Pengurus Pemilihan Kongres Khas, Dr Ong Kian Ming berkata, pelantikan PKF adalah berdasarkan kredibiliti syarikat itu menyediakan khidmat nasihat perakaunan dan perniagaan yang terdiri daripada rangkaian 300 syarikat dan 440 lokasi koresponden di 125 negara.
Menurut beliau, PKF juga memiliki lebih daripada 23,000 rakan kongsi dan kakitangan yang menjana perolehan tahunan sebanyak USD2.6 bilion.
“PKF adalah ahli Forum Firma iaitu sebuah organisasi berdedikasi untuk standard kualiti konsisten dan laporan kewangan yang tinggi dengan amalan pengauditan di seluruh dunia.
“PKF buat masa sekarang telah mengkaji dan meneliti penghantaran notis yang dihantar kepada perwakilan untuk menghadiri pemilihan khas CEC.
“Mereka juga akan mengkaji semula formula aplikasi perisian yang akan digunakan dalam pengiraan dan penjumlahan undi. Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap peringkat pemilihan akan diserahkan kepada PKF sebagai bahan rujukan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP.
Kian Ming yang juga Ahli Parlimen DAP Serdang turut memaklumkan bahawa PKF turut akan meneliti pendaftaran perwakilan, pengagihan kertas, pembuangan dan pengiraan undi.
“Keputusan akhir pemilihan akan disemak terlebih dahulu oleh PKF sebelum diumumkan. Lima anggota mereka akan hadir menjalankan tugas sebagai pemantau.
“Sebagai tambahan kepada pembabitan PKF sebagai pemantau yang berbeza daripada pemilihan sebelumnya, dua prosedur akan diperuntukan dan diguna pakai untuk memastikan ketepatan keputusan akhir.
“Prosedur itu adalah ujian pada ‘spreadsheet’ yang akan digunakan dan penggunaan penjadualan sama ada manual atau berkomputer,” ujarnya.
Seramai 2,576 perwakilan yang layak akan menghadiri dan mengundi dalam pemilihan khas dan ia adalah senarai sama seperti mana pemilihan Disember lalu di Pulau Pinang.
“Sebanyak 68 calon akan bertanding, namun lima daripadanya menarik diri dan seorang lagi telah keluar parti.
“Keputusan mereka menarik diri dan keluar parti sudah diumumkan pada hari pemilihan tahun lalu.
“Saya juga telah maklum ke atas calon yang mengumumkan untuk menarik diri kali ini. Mereka bebas menyatakan penarikan diri dalam mana-mana saluran yang dirasakan sesuai, namun nama mereka tetap akan tertera dalam senarai calon pada 29 September ini,” katanya.
Kongres Khas DAP 2013 akan diadakan di Hotel One World, First Avenue, Petaling Jaya, Selangor, mulai jam 10 pagi, 29 September ini.
Kongres Khas itu diadakan bertujuan memilih semula 20 ahli CEC sebagai mematuhi arahan yang dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), 30 Julai lalu.
Pegawai Pengurus Pemilihan Kongres Khas, Dr Ong Kian Ming berkata, pelantikan PKF adalah berdasarkan kredibiliti syarikat itu menyediakan khidmat nasihat perakaunan dan perniagaan yang terdiri daripada rangkaian 300 syarikat dan 440 lokasi koresponden di 125 negara.
Menurut beliau, PKF juga memiliki lebih daripada 23,000 rakan kongsi dan kakitangan yang menjana perolehan tahunan sebanyak USD2.6 bilion.
“PKF adalah ahli Forum Firma iaitu sebuah organisasi berdedikasi untuk standard kualiti konsisten dan laporan kewangan yang tinggi dengan amalan pengauditan di seluruh dunia.
“PKF buat masa sekarang telah mengkaji dan meneliti penghantaran notis yang dihantar kepada perwakilan untuk menghadiri pemilihan khas CEC.
“Mereka juga akan mengkaji semula formula aplikasi perisian yang akan digunakan dalam pengiraan dan penjumlahan undi. Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap peringkat pemilihan akan diserahkan kepada PKF sebagai bahan rujukan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP.
Kian Ming yang juga Ahli Parlimen DAP Serdang turut memaklumkan bahawa PKF turut akan meneliti pendaftaran perwakilan, pengagihan kertas, pembuangan dan pengiraan undi.
“Keputusan akhir pemilihan akan disemak terlebih dahulu oleh PKF sebelum diumumkan. Lima anggota mereka akan hadir menjalankan tugas sebagai pemantau.
“Sebagai tambahan kepada pembabitan PKF sebagai pemantau yang berbeza daripada pemilihan sebelumnya, dua prosedur akan diperuntukan dan diguna pakai untuk memastikan ketepatan keputusan akhir.
“Prosedur itu adalah ujian pada ‘spreadsheet’ yang akan digunakan dan penggunaan penjadualan sama ada manual atau berkomputer,” ujarnya.
Seramai 2,576 perwakilan yang layak akan menghadiri dan mengundi dalam pemilihan khas dan ia adalah senarai sama seperti mana pemilihan Disember lalu di Pulau Pinang.
“Sebanyak 68 calon akan bertanding, namun lima daripadanya menarik diri dan seorang lagi telah keluar parti.
“Keputusan mereka menarik diri dan keluar parti sudah diumumkan pada hari pemilihan tahun lalu.
“Saya juga telah maklum ke atas calon yang mengumumkan untuk menarik diri kali ini. Mereka bebas menyatakan penarikan diri dalam mana-mana saluran yang dirasakan sesuai, namun nama mereka tetap akan tertera dalam senarai calon pada 29 September ini,” katanya.
Kongres Khas DAP 2013 akan diadakan di Hotel One World, First Avenue, Petaling Jaya, Selangor, mulai jam 10 pagi, 29 September ini.
Kongres Khas itu diadakan bertujuan memilih semula 20 ahli CEC sebagai mematuhi arahan yang dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), 30 Julai lalu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-9-2013
Ke arah mewujudkan generasi tanpa rumah?
Ibn Yusof Roketkini, | 20 Sep 2013 |
SETIAP orang mengimpikan untuk mempunyai rumah sendiri. Memiliki rumah sendiri merupakan suatu hasrat dan matlamat terutama oleh setiap anak muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan kerana dengan memiliki tempat tinggal, mampu menjamin keselesaan terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga.
Setelah membeli rumah, pembeli berpeluang meningkatkan nilai harta bersih sambil membayar balik pinjaman perumahan dan setiap pembayaran boleh mengurangkan baki pinjaman sekali gus meningkatkan ekuiti rumah yang dimiliki (berdasarkan kiraan lebihan antara harga pasaran rumah dengan baki pinjaman).
Namun kini bukan sekadar harapan memiliki rumah, untuk penduduk di kawasan bandar mendapatkan rumah impian dengan harga yang berpatutan juga sudah seakan mustahil.
Mungkin ada juga yang berfalsafah maruah kita tidak terjejas sedikit pun jika tidak mampu membeli rumah sekarang, kerana kita ada peluang menambah simpanan dengan lebih banyak.
Ini hanya cakap-cakap untuk sedapkan hati, kerana realitinya harga rumah memang semakin mahal berbanding purata kadar gaji dan kadar bayaran bonus saban tahun.
Kenaikan harga hartanah walaupun menyaksikan satu lonjakan yang besar pada 2010, tetapi kenaikan harganya telah bermula sejak 2000 diikuti peningkatan setiap tahun. Realiti membuktikan semua orang berhajat mempunyai rumah sendiri.
Jika yang berpandangan, golongan muda yang baru bekerja lebih wajar sekadar menyewa sahaja. Dan lupakan sahaja impian memiliki rumah jika pendapatan masih dianggap belum mampu.
Tulisan ini tidak berhajat membunuh impian memiliki rumah sendiri oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang masing-masing mewakili 40 peratus daripada penduduk negara ini. Kerana jika hidup menyewa seumur hidup, kadar sewa boleh meningkat dari tahun ke tahun.
Bukankah berbeza sekiranya golongan berpendapatan sederhana dan rendah ini masing-masing berpeluang dan mampu membeli rumah sendiri, baki pinjaman pokok akan berkurangan setiap kali pembayaran dibuat. Hatta cadangan mentakrif semula pendapatan (golongan pertengahan untuk sekadar melayakkan golongan ini memperoleh bantuan kerajaan, seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang lebih tinggi daripada tahun sebelum ini pun barangkali belum tentu membantu golongan berpendapatan sederhana ini mencapai matlamat dan impian mereka untuk memiliki rumah sendiri).
Golongan berpendapatan sederhana yang berhasrat memiliki kediaman namun bekerja di bandar, ada yang terpaksa berhijrah daripada kawasan bandar yang mempunyai permintaan yang tinggi dengan mencari rumah di kawasan luar bandar.
Semestinya ini dianggap tidak praktikal kerana pembeli rumah biasanya lebih suka dan cenderung untuk tinggal berhampiran dengan tempat kerja mereka. Akhirnya mereka terpaksa memilih, untuk menetap di kawasan bandar dengan keluasan rumah kaki persegi yang lebih kecil atau memilih tinggal di kawasan luar bandar dengan keluasan rumah kaki persegi yang lebih besar, itu belum lagi diambil kira tempoh masa perjalanan dan perbelanjaan pergi balik kerja.
Tidak hairanlah jika golongan kelas pertengahan selalu dianggap menjadi mangsa daripada menerima manfaat pelbagai dasar kerajaan sebelum ini berbanding golongan berpendapatan rendah.
Terkini menurut Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REHDA) harga rumah kediaman pula dijangka naik sebanyak 10% (walaupun kerajaan kemudiannya hanya menjangka peningkatan itu hanya pada paras 5%) dalam menghadapi kenaikan harga minyak dan operasi besar-besaran oleh Jabatan Imigresen negeri di tapak pembinaan (The Star, 05-09-2013).
Penang Master Builders and Building Material Dealers Association (PMBBMDA) juga menguatkan hujah REHDA mengenai kenaikan harga rumah apabila menganggarkan kos bahan binaan akan naik sebanyak 3% hingga 5%. Tidak hairanlah jika ramai berpandangan kerajaan sepatutnya mampu menampung jumlah subsidi dan mengelak kenaikan harga bahan api sekiranya rasuah berjaya ditangani secara efektif dan kawalan perbelanjaan yang efisien.
Akhirnya persoalan timbul, apakah peranan yang telah dan boleh pihak kerajaan lakukan untuk mengawal isu kenaikan harta tanah atau mengekang pembelian spekulatif yang semakin membimbangkan?
Sebuah skim pernah diumumkan dalam Bajet 2011. Pihak kerajaan mewujudkan skim yang membolehkan golongan muda mendapat pembiayaan perumahan sehingga 100% yang diberi nama Skim Rumah Pertamaku. Setelah mengetahui tiada permohonan dibuat di institusi kewangan terpilih akibat kesalahan strategi, kerajaan menaikkan aras pendapatan pemohon dalam Bajet 2013. Apakah dengan menaikkan aras pendapatan pemohon boleh menyelesaikan masalah skim ini?
Ketika kriterianya diubah daripada golongan muda yang merupakan pembeli rumah pertama yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 kepada pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam), dan daripada nilai maksimum hartanah RM200,000 kepada nilai maksimum hartanah RM400,000. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan terpaksa akur kepada nilai hartanah yang naik secara mendadak saban tahun.
Ironinya, apakah golongan muda yang berpendapatan RM3,000 sebulan mampu membeli rumah berharga RM400,000 yang mana bayaran ansuran bulanan kira-kira RM1,700 sebulan bagi tempoh pembayaran 35 tahun? Itu belum lagi jika diambil kira aspek jumlah deposit 10%, bayaran kos guaman untuk perjanjian sewa beli serta dokumentasi pinjaman, kos luar jangka dan sebagainya.
Seterusnya Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) diperkenalkan, dan kita tidak menafikan projek ini menepati harapan golongan kelas pertengahan. Projek ini ada menawarkan unit rumah teres dua tingkat dengan kawasan binaan antara 1,310 kaki persegi dan 1,380 kaki persegi dan dijual pada harga di bawah RM400,000. Cuma persoalan timbul untuk satu-satu kawasan yang mana pembinaan oleh pemaju swasta meliputi sebuah rumah teres dua tingkat yang dibina pada harga RM500,000 dengan keluasan 2,000 kaki persegi, dan rumah teres dua tingkat dengan 1,380 kaki persegi berharga RM400,000 di bawah projek PR1MA, yang manakah projek perumahan untuk rakyat mampu milik? Dan nasib golongan berpendapatan sederhana yang memohon akhirnya terpaksa bergantung nasib mengikut turutan cabutan undian, itupun sekiranya terpilih.
Akhirnya selepas beberapa tahun siri kenaikan harga rumah, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) semasa yang terlalu rendah merupakan mekanisma yang tidak efektif dalam mengekang kenaikan harta tanah atau mengekang aktiviti spekulasi harga rumah yang semakin meningkat. Di manakah silapnya? Walhal kerajaan mengambil keputusan bahawa semua keuntungan daripada urus niaga hartanah dikecualikan daripada CKHT pada April 2007 hingga Januari 2010 sebagai langkah untuk meningkatkan jualan hartanah ketika kelembapan ekonomi. Dan kemudianya memperkenalkan semula CKHT sebanyak 5 peratus untuk perolehan penjualan hartanah untuk tempoh kurang lima tahun dalam Bajet 2011.
Namun Indeks Harga Rumah Malaysia pada 2011 dan 2012 menunjukkan peningkatan paling tinggi sepanjang lima tahun sebelumya terutama di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Perak dan Terengganu (The Edge, 27-08-2013).
Dan apakah cadangan untuk menaikkan kadar CKHT sekali ganda berbanding 15 peratus pada masa ini boleh dianggap sebagai langkah terbaik bagi mengawal kenaikan harga rumah secara mendadak di negara ini khususnya di kawasan bandar? Kerana sekiranya pembelian rumah, yang selepas itu dijual dalam masa dua tahun dikenakan CKHT hatta setinggi 30 peratus, Perlu dikaji juga bahawa pembelian spekulatif umumnya berlaku pada tahun kedua dan ketiga selepas pemilikan. Tahun ketiga ialah tahun yang mana rumah di dalam pembinaan itu berjaya disiapkan pemaju. Maka tempoh untuk dikenakan cukai juga perlu dipanjangkan agar menepati sasaran yang dikehendaki yakni spekulator yang terbabit dalam melakukan pembelian spekulatif. Malah kerajaan mungkin boleh menggunakan duti setem untuk dikenakan ke atas penjual yang aktif menjual beberapa rumah dalam tempoh lima tahun.
Golongan berpendapatan sederhana kini hanya boleh terus mengharap dan menjangkakan isu rumah menjadi satu daripada fokus utama dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25 Oktober ini, kerana kehendak dan keperluan golongan ini yang dilihat begitu kritikal.

Dyana Sofya pengkhianat?
Kolar Putih, |
Usaha untuk memecahkan tembok perkauman tidak pernah menjadi satu usaha mudah. Universiti Teknologi MARA (UiTM) sepatutnya berbangga dengan pencapaian Dyana Sofya Mohd Daud yang menjadi Setiausaha Politik kepada penasihat DAP, Encik Lim Kit Siang. Umum mengetahui, DAP bukan parti yang berasaskan kaum walaupun parti itu didominasi oleh ahli berbangsa Cina (setakat ini).
Apabila ada seorang graduan UiTM yang beragama Islam dan berbangsa Melayu berjaya dipilih untuk menjawat jawatan itu, UiTM sepatutnya gembira dan bukan bertindak defensif mengenai perkara ini. Saya sendiri sebagai bekas graduan UiTM (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) amat mengenali dan faham mengenai UiTM. Semasa saya masih bergelar mahasiswa UiTM pengurusan dan pensyarah tidak pernah putus menyatakan impian UiTM adalah untuk melahirkan graduan yang berjaya saing dan boleh dipasarkan dalam kalangan kaum lain terutama berbangsa Cina. Nah!
Dengan ini, Dyana Sofya Mohd Daud adalah salah satu contoh terbaik graduan UiTM yang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam kalangan organisasi yang majoritinya bukan Melayu. Jadi, persoalannya di sini, apa lagi UiTM mahu?
Dalam isu ini, yang rasis bukanlah DAP apatah lagi Dyana Sofya Mohd Daud, tetapi yang rasis adalah beberapa pemimpin Umno yang cuba memalitkan isu perkauman dalam perkara ini. Perkauman bukan sahaja menjadi senjata ampuh, bahkan darah daging kepada Umno. Semua isu akan dilihat melalui perspektif kaum.
Ya, survival orang Melayu amat penting, tetapi bukan melalui cara adu-domba dan taktik menakutkan orang Melayu seolah-olah bangsa Melayu hanya lahir selepas lahirnya Umno. Realitinya, Umno akan mati tanpa orang Melayu, tetapi orang Melayu tidak akan mati tanpa Umno. Malangnya masih ramai lagi orang Melayu tidak menyedari perkara ini dan terus untuk memilih mempercayai teori karut Umno.
Apabila UiTM sendiri memalitkan warna perkauman di dalam isu ini, pastinya mahasiswa-mahasiswi dan graduan UiTM tertanya-tanya apakah justifikasi kepada slogan 'Mengubah Destini Anak Bangsa' yang diilhamkan oleh Naib Canselor sendiri? Sekiranya pendirian UiTM adalah menganggap Dyana Sofea Mohd Daud sebagai pengkhianat, maka wajarlah slogan tersebut ditukarkan kepada 'Mengekalkan Destini Anak Bangsa', iaitu supaya orang Melayu kekal berjaya di kalangan orang Melayu sendiri sahaja.
Bagi memastikan kualiti graduan UiTM terus meningkat, UiTM seharusnya keluar dari kepompong politik yang menjumudkan visi, misi dan gerak kerja UiTM. Selagi UiTM taat kepada tuan politiknya, selagi itu mahasiswa dan mahasiswinya tidak bebas daripada proses doktrinisasi.
Pendidikan sepatutnya bebas daripada sebarang unsur politik kepartian dan wajar bersifat sebagai apolitikal, non-partisan. Semangat inilah yang harus disemai dan dijiwai oleh semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia termasuk UiTM sendiri.
Akhir sekali, syabas dan tahniah kepada Dyana Sofya Mohd Daud. Ucapan penghargaan ini bukan sahaja kerana berjaya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, malah kerana sebagai graduan UiTM anda berjaya memecahkan dogma jumud dan klise UiTM.
Kepada UiTM, tahniah jua diucapkan kerana berjaya melahirkan graduan seperti Dyana Sofya Mohd Daud. Semoga lebih ramai lagi 'Dyana Sofya Mohd Daud' dapat dilahirkan. Apa lagi UiTM mahu?
Apabila ada seorang graduan UiTM yang beragama Islam dan berbangsa Melayu berjaya dipilih untuk menjawat jawatan itu, UiTM sepatutnya gembira dan bukan bertindak defensif mengenai perkara ini. Saya sendiri sebagai bekas graduan UiTM (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) amat mengenali dan faham mengenai UiTM. Semasa saya masih bergelar mahasiswa UiTM pengurusan dan pensyarah tidak pernah putus menyatakan impian UiTM adalah untuk melahirkan graduan yang berjaya saing dan boleh dipasarkan dalam kalangan kaum lain terutama berbangsa Cina. Nah!
Dengan ini, Dyana Sofya Mohd Daud adalah salah satu contoh terbaik graduan UiTM yang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam kalangan organisasi yang majoritinya bukan Melayu. Jadi, persoalannya di sini, apa lagi UiTM mahu?
Dalam isu ini, yang rasis bukanlah DAP apatah lagi Dyana Sofya Mohd Daud, tetapi yang rasis adalah beberapa pemimpin Umno yang cuba memalitkan isu perkauman dalam perkara ini. Perkauman bukan sahaja menjadi senjata ampuh, bahkan darah daging kepada Umno. Semua isu akan dilihat melalui perspektif kaum.
Ya, survival orang Melayu amat penting, tetapi bukan melalui cara adu-domba dan taktik menakutkan orang Melayu seolah-olah bangsa Melayu hanya lahir selepas lahirnya Umno. Realitinya, Umno akan mati tanpa orang Melayu, tetapi orang Melayu tidak akan mati tanpa Umno. Malangnya masih ramai lagi orang Melayu tidak menyedari perkara ini dan terus untuk memilih mempercayai teori karut Umno.
Apabila UiTM sendiri memalitkan warna perkauman di dalam isu ini, pastinya mahasiswa-mahasiswi dan graduan UiTM tertanya-tanya apakah justifikasi kepada slogan 'Mengubah Destini Anak Bangsa' yang diilhamkan oleh Naib Canselor sendiri? Sekiranya pendirian UiTM adalah menganggap Dyana Sofea Mohd Daud sebagai pengkhianat, maka wajarlah slogan tersebut ditukarkan kepada 'Mengekalkan Destini Anak Bangsa', iaitu supaya orang Melayu kekal berjaya di kalangan orang Melayu sendiri sahaja.
Bagi memastikan kualiti graduan UiTM terus meningkat, UiTM seharusnya keluar dari kepompong politik yang menjumudkan visi, misi dan gerak kerja UiTM. Selagi UiTM taat kepada tuan politiknya, selagi itu mahasiswa dan mahasiswinya tidak bebas daripada proses doktrinisasi.
Pendidikan sepatutnya bebas daripada sebarang unsur politik kepartian dan wajar bersifat sebagai apolitikal, non-partisan. Semangat inilah yang harus disemai dan dijiwai oleh semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia termasuk UiTM sendiri.
Akhir sekali, syabas dan tahniah kepada Dyana Sofya Mohd Daud. Ucapan penghargaan ini bukan sahaja kerana berjaya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, malah kerana sebagai graduan UiTM anda berjaya memecahkan dogma jumud dan klise UiTM.
Kepada UiTM, tahniah jua diucapkan kerana berjaya melahirkan graduan seperti Dyana Sofya Mohd Daud. Semoga lebih ramai lagi 'Dyana Sofya Mohd Daud' dapat dilahirkan. Apa lagi UiTM mahu?
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-9-2013
Ekonomi Bumiputera: Masalahnya bukan dasar tapi ketirisan
Mahdzir Ibrahim, | 15 Sep 2013 |
SECARA formalnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1970 sudah tiada selepas tahun 1990, ketika itu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Ia digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan kemudian, Najib menukarnya sekali lagi setelah BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen pada PRU ke-12, menjadi Model Ekonomi Baru (MEB) pada tahun 2010. Malah d izaman Najib juga, MEB disertai dengan Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programe (ETP).
Intipati kepada ketiga-tiga dasar ini tetap sama sungguhpun namanya berbeza.
Saya pernah bertanyakan perkara ini dengan rakan-rakan dari kaum Cina. Adakah beliau merasa tidak selesa dengan DEB atau DPN atau MED. Jawabnya secara umum, tidak.
Mereka sama sekali tidak merasa risau atau bimbang atau terganggu dengan agenda DEB, DPN atau MEB kerana beliau mengakui bahawa dasar tersebut punya sebab yang boleh diterima.
Realiti bahawa majoriti penduduk Malaysia, lebih dari enam puluh peratus adalah kaum Bumiputera (lebih lima puluh peratus adalah Melayu) dan kaum majoriti inilah yang paling diancam kemiskinan. Justeru katanya, kaum Cina atau India juga, tidak pun merasa cemburu atau merasa terancam, malah mereka boleh memahami dan menerimanya.
Namun, jelasnya lagi bukan niat atau objektif dasar-dasar ini yang dipertikaikan, tetapi bagaimana dasar ini dilaksana. Inilah juga yang disepakati oleh ramai rakan-rakan Melayu yang lain.
Rekod lampau
Ratusan billion ringgit telah dibelanjakan sejak Rancangan Malaysia kedua (1970-an) untuk melaksanakan semua dasar-dasar kerajaan ini. Namun, bukan sahaja objektifnya gagal dicapai malah jika ‘Melayu masih ingat’, ada direkodkan berlakunya pelbagai skandal penyelewengan dalam kerajaan, sejak dari zaman penswastaan Tun Mahathir ( kes MAS membabitkan Tan Sri Tajudin Ramli dan krisis ekonomi 1997), zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (Laporan Ketua Audit Negara seperti kerugian yang ditanggung kerajaan akibat kelemahan mengurus dalam projek keretapi berkembar Ipoh-Rawang) hinggalah ke zaman Najib (kes pembelian kapal selam, peralatan tentera dan kes NFC).
Jika ‘Melayu masih ingat’ pada tahun 2011, Global Financial Integrity melaporkan, sekitar RM888 bilion ringgit wang haram mengalir keluar negara dari tahun 2000 hingga 2008. Ini belum termasuk laporan Ketua Audit Negara tentang pelbagai lagi ketirisan akibat kecuaian pihak kerajaan, baik di peringkat kementerian, jabatan dan agensi-agensi kerajaan dalam pelbagai projek yang lain. Ini pun jika ‘Melayu masih ingat’.
Siri pendedahan dalam laporan Ketua Audit Negara setiap tahun masih gagal membuahkan tindakan drastik oleh kerajaan dalam menangani rasuah dan ketirisan dalam pengurusan kerajaan. Juga, tidak ada banyak tindakan konkrit yang diambil oleh pihak berkuasa, sebaliknya masih banyak kes dan pendakwaan yang berkaitan rasuah masih tertangguh.
Peruntukan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus meningkat dalam bajet setiap tahun, tetapi indeks persepsi rasuah oleh CPI Transparency International (TI), telah meletakan Malaysia ditangga ke 60 pada 2011 yang mendapat peruntukan sebanyak RM 203 juta berbanding RM 29 juta pada tahun 1996 ditangga ke 26. Semuanya senario ini bermula dengan dasar perlaksanaanya.
Apa jaminannya?
Ini memberi indikasi bahawa apa jua dasar dengan apa pun namanya, apa jua slogan yang indah-indah untuk apa jua tujuannya, tidak dapat menjamin tahap integriti dan akauntabiliti yang tinggi dalam aspek pengurusan dan perlaksanaannya. Transformasi dalam agenda sahaja tidak memadai sebaliknya Malaysia memerlukan reformasi sistem.
Dan kelmarin, PM Najib telah mengumumkan langkah untuk memperkasa ekonomi Bumiputera dalam bentuk dana dan latihan yang akan disalur dan digerakan menerusi pelbagai agensi seperti TEKUN, IKBN, JPA, MARA, UiTM, Yayasan Wakaf Malaysia dan banyak lagi, yang menelan belanja ratusan juta ringgit.
Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera ini dilaksana dalam suasana budaya rasuah, sikap cuai dan kronisme yang masih berleluasa, khususnya bagi mereka yang berkepentingan.
Ingin kita tegaskan lagi, apa pun dasar dan matlamatnya, rakyat tidak menolaknya secara membuta tuli. Persoalannya mudah, apakah ada jaminan dari PM bahawa kesemua dana yang akan disalurkan ini akan selamat sampai ke kelompok sasaran tanpa berulangnya lagi hal ketirisan dan rasuah?
Dan, adakah jaminan bahawa mereka yang disasarkan untuk mendapat latihan tambahan itu benar-benar dari golongan yang memerlukan?
Jika melihat dari reputasi kerajaan BN selama ini, pastinya kita merasa bimbang dan ragu. Lihat saja institusi seperti UiTM, dahulunya ditubuhkan fokus untuk membantu Bumiputera luar bandar yang miskin, tetapi kini praktiknya seakan telah berubah.
Maka, jalan paling berkesan untuk ‘memperkasa’ ekonomi Bumiputera adalah dengan ‘memperkasa’ aspek ketelusan (transparency), undang-undang dan integriti demi memastikan budaya rasuah dan ketirisan dapat diperangi habis-habisan.
Masalah ketirisan dan rasuah bukan sekadar mengurus persepsi dengan slogan atau kata-kata indah tetapi ia perlu dilaksana dan dikuatkuasa dengan segera. Tidak sukar, hanya memerlukan keberanian dan kesungguhan.
Apa guna pasang pelita, Jika tidak dengan sumbunya;
Apa guna bermain kata, Kalau tidak dengan sungguhnya.
Mahdzir Ibrahim ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat, Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), juga seorang peminat seni dan budaya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-9-2013
13 Mei: Bekas polis sahkan insiden ‘kencing’ rekaan
Harakahdaily, | 12 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas pegawai atasan polis, Tan Sri Yuen Yuet Leng mengesahkan bahawa insiden kencing di depan kediaman Menteri Besar Selangor pada 13 Mei 1969 itu adalah rekaan semata-mata.
Malah, kata Lim Kit Siang, Yuen mengatakan bahawa kalau memang ada orang yang berani berbuat demikian, tidak mungkin dia dapat meninggalkan kediaman Menteri Besar Selangor dalam keadaan bernyawa.
Demikian kata Penasihat DAP Kebangsaan itu dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Saya berterima kasih kepada bekas pegawai atasan polis Tan Sri Yuen Yuet Leng atas dua catatan beliau terhadap kenyataan blog saya kelmarin: “Yuen Yuet Leng is wrong – as the 1969 general election result was a greater blow to the MCP although it was a set back for the Alliance”.
Saya telah meluahkan bantahan saya terhadap laporan yang diterbitkan dalam akhbar Sun berjudul “’Communists helped opposition win seats’ in 1969” yang memetik Yuen sebagai berkata bahawa “komunis telah membantu parti-parti pembangkang, termasuk DAP, untuk memenangi sejumlah besar kerusi dalam pilihanraya tahun 1969.”
Saya telah menyebut bahawa dakwaan Yuen tentang komunis yang telah membantu pembangkang memenangi kerusi dalam pilihanraya umum 1969 itu suatu perkara baru bagi saya dan ia bertentangan dengan apa yang sebenarnya telah berlaku menjelang pilihanraya umum 1969 dan kajian-kajian serta bertentangan dengan hasil kajian para sarjana ke atas pilihanraya umum tersebut.
Ini kerana ketika itu komunis menyeru rakyat supaya memboikot pilihanraya umum 1969, manakala parti-parti pembangkang yang ikut-serta dalam pilihanraya tersebut telah dikecam oleh puak komunis sebagai “juak” dan “boneka” Perikatan kerana tidak menyambut seruan mereka untuk “menghancurkan jalan berparlimen” dan memilih “pergelutan massa.”
Tetapi kempen komunis yang menyeru pengundi memboikot pilihanraya tahun 1969 itu gagal kerana peratusan keluar mengundi tetap tinggi, iaitu pada kadar 72%. Meski pun angka ini lebih rendah daripada kadar keluar mengundi sebanyak 79% yang dicatatkan pada pilihanraya umum tahun 1964 dan 73% pada tahun 1959, ia lebih tinggi daripada peratusan keluar mengundi sebanyak 70% pada pilihanraya umum tahun 1986 dan 71% pada tahun 1999.
Atas sebab itulah dalam tulisan saya sewaktu berada dalam tahanan ISA pada tahun 1969 dan dalam ucapan-ucapan yang saya sampaikan sejurus setelah pembebasan saya pada tahun 1970, saya telah menyatakan keluhan kerana kita terlepas peluang besar untuk memartabatkan perjuangan demokrasi di negara ini.
Sebagai contoh, dalam ucapan di Pulau Pinang pada 22 November 1970, bersempena pembebasan saya daripada tahanan, saya telah menyebut:
• “Pilihanraya umum 10 Mei 1969 adalah mercu tanda demokrasi di Malaysia” yang telah “dihancurkan oleh keganasan dan pertumpahan darah” rusuhan 13 Mei 1969.
• Bahawa walaupun Perikatan telah kecewa besar, pihak yang paling teruk menanggung kekalahan berikutan pilihanraya umum 10 Mei itu adalah mereka yang giat berkempen menyeru orang ramai untuk memboikot pilihanraya umum atas alasan “demokrasi di Malaysia adalah palsu dan satu helah untuk memperdayakan rakyat.”
• Bahawa 10 Mei 1969 adalah perisytiharan oleh rakyat Malaysia bahawa mereka lebih memilih proses demokratik daripada kaedah-kaedah perjuangan politik yang tidak demokratik, dan bahawa untuk membawa perubahan sosial, ekonomi, dan politik yang mereka kehendaki, mereka lebih memilih penggunaan akal di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada penggunaan kekerasan dan keganasan.
Yuen dan saya (beliau dalam Cawangan Khas dan saya dalam DAP) mungkin tidak akan bersetuju tentang semua perkara yang berlaku 44 tahun yang lalu, kerana kami mempunyai sudut pandang yang amat berlainan tentang latar politik di tahun 1969, namun kami tidak saling meragui integriti dan semangat patriotik masing-masing.
Kerana itu sesuatu yang jijik, jelik, dan melampau apabila sebahagian juru propaganda dan cybertrooper Umno/BN mempergunakan laporan akhbar Sun itu untuk menyatakan secara tersirat bahawa saya adalah seorang komunis!
Semoga rakyat Malaysia belajar daripada tragedi di masa lalu, termasuk rusuhan kaum 13 Mei 1969, untuk tidak menuding jari menuduh sesiapa saja sebagai dalang kerana 44 tahun telah berlalu. Sebaliknya sampai masa untuk negara ini mengetahui perkara yang sebenarnya terjadi di masa lalu untuk membolehkan kita membina negara Malaysia yang bersatu-padu, harmoni, adil, dan makmur untuk semua bangsa Malaysia.
Kebelakangan ini, banyak pembohongan dan kepalsuan telah disebarkan tentang rusuhan kaum 13 Mei 1969, antaranya menuduh saya sebagai pencetus rusuhan kerana melaungkan slogan-slogan anti-Melayu dalam perarakan di jalanan Kuala Lumpur selepas pilihanraya umum 10 Mei 1969, sedangkan saya tidak berada di Kuala Lumpur ketika itu, selain pembohongan tentang insiden “kencing”.
Baru tadi saya bertanya kepada bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas tersebut menerusi telefon sama ada beliau pernah mendengar tentang insiden “kencing” pada tiang bendera di depan kediaman Menteri Besar Selangor, memandangkan beliau bertugas di Kuala Lumpur di hari-hari hitam 13 Mei 1969 dan kerana beliau sendiri mengakui dalam autobiografinya, Nation Before Self, bahawa “Saya bangga bertugas sebagai anggota polis pada 13 Mei 1969”.
Yuen bukan sekadar mengesahkan bahawa insiden kencing di depan kediaman Menteri Besar Selangor pada 13 Mei 1969 itu adalah rekaan semata-mata, malah beliau mengatakan bahawa kalau memang ada orang yang berani berbuat demikian, tidak mungkin dia dapat meninggalkan kediaman Menteri Besar Selangor dalam keadaan bernyawa!

Sumber HD - 12-9-2013
Dakwaan komunis bantu parti pembangkang PRU1966 bohong
Harakahdaily, | 12 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyanggah kenyataan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Tan Sri Yuen Yuet Leng kononnya parti-parti pembangkang termasuk DAP, telah dibantu oleh komunis untuk memenangi banyak kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) 1969.
Dalam kenyataan medianya Lim berkata, walaupun keputusan PRU 1969 mengecewakan Perikatan, ia juga sebenarnya memberi tamparan hebat kepada Parti Komunis Malaya (PKM) yang menggesa rakyat memboikot pilihan raya.
Yuen yang dipetik akhbar The Sun, 9 September lalu mendakwa kononnya komunis telah membantu parti pembangkang termasuk DAP memenangi banyak kerusi pada PRU 1969 dengan cara menyusup dalam parti-parti pembangkang sebelum pilihan raya umum berlangsung.
"Komunis telah menyusup masuk ke dalam banyak organisasi sah termasuk parti-parti politik dan ini membawa kepada kemenangan pembangkang (dalam PRU 1969)," dakwa Yuen pada majlis "Cerita Tanah Airku" sempena sambutan Hari Malaysia anjuran Syarikat Telekom Malaysia Bhd.
Parti-parti pembangkang yang mengambil bahagian dalam PRU 1969 adalah DAP, Parti Progresif Rakyat (PPP), Gerakan dan PAS.
PPP dan Gerakan kini menjadi parti komponen BN.
Mengulas lanjut, Lim menyifatkan dakwaan Yuen itu sebagai bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku menjelang PRU 1969 berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan kajian para sarjana.
"Saya tidak menafikan bahawa komunis, seperti juga Cawangan Khas, telah cuba untuk menyusup ke dalam barisan pembangkang, manakala DAP pula telah menjaga sebaik-baiknya parti ini agar tidak ditembusi oleh komunis atau Cawangan Khas.
"Bagaimanapun, Yuen membuat kesilapan besar apabila beliau menyebut komunis telah membantu pembangkang untuk menembusi kawasan-kawasan (pilihan raya) yang dipegang (dimenangi) oleh Perikatan dalam PRU 1969," jelas Lim.
Menurut ahli politik veteran itu, menjelang pilihan raya komunis telah menyeru rakyat supaya memboikot PRU 1969, manakala parti-parti pembangkang yang ikut-serta dalam pilihan raya tersebut telah dikecam puak komunis sebagai “juak” dan “boneka” Perikatan.
Ini kerana parti-pati pembangkang, ujar Lim tidak menyambut seruan komunis untuk menolak proses demokrasi dan mengadakan protes di jalanan bagi melakukan perubahan politik di luar garis perlembagaan.
"Komunis tidak membantu pembangkang, sebaliknya mereka mahu rakyat memboikot PRU 1969 dan mereka juga mahu pembangkang kalah teruk.
"Kerana itulah 44 tahun yang lalu, saya telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, iaitu pada 5 Ogos 1969 dari Pusat Tahanan Muar, ketika saya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), untuk meluahkan kebimbangan saya tentang masa depan Malaysia dan menggesa Tunku untuk memulakan usaha penyatuan dan perdamaian nasional," jelas Lim.
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu juga mempersoalkan asas yang dipakai Cawangan Khas untuk merumuskan bahawa pada tahun 1969 komunis telah membantu parti-parti pembangkang untuk memenangi sejumlah besar kerusi dalam pilihan raya, padahal komunis melakukan perkara yang sama sekali berlainan ketika itu dengan menyeru rakyat supaya memboikot pilihan raya umum.
"Di manakah 'sejumlah besar kerusi' yang didakwa telah dimenangi oleh DAP, Gerakan, PPP, dan PAS dalam pilihan raya umum 1969 dengan 'bantuan' komunis?" soal Kit Siang.
Dalam kenyataan medianya Lim berkata, walaupun keputusan PRU 1969 mengecewakan Perikatan, ia juga sebenarnya memberi tamparan hebat kepada Parti Komunis Malaya (PKM) yang menggesa rakyat memboikot pilihan raya.
Yuen yang dipetik akhbar The Sun, 9 September lalu mendakwa kononnya komunis telah membantu parti pembangkang termasuk DAP memenangi banyak kerusi pada PRU 1969 dengan cara menyusup dalam parti-parti pembangkang sebelum pilihan raya umum berlangsung.
"Komunis telah menyusup masuk ke dalam banyak organisasi sah termasuk parti-parti politik dan ini membawa kepada kemenangan pembangkang (dalam PRU 1969)," dakwa Yuen pada majlis "Cerita Tanah Airku" sempena sambutan Hari Malaysia anjuran Syarikat Telekom Malaysia Bhd.
Parti-parti pembangkang yang mengambil bahagian dalam PRU 1969 adalah DAP, Parti Progresif Rakyat (PPP), Gerakan dan PAS.
PPP dan Gerakan kini menjadi parti komponen BN.
Mengulas lanjut, Lim menyifatkan dakwaan Yuen itu sebagai bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku menjelang PRU 1969 berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan kajian para sarjana.
"Saya tidak menafikan bahawa komunis, seperti juga Cawangan Khas, telah cuba untuk menyusup ke dalam barisan pembangkang, manakala DAP pula telah menjaga sebaik-baiknya parti ini agar tidak ditembusi oleh komunis atau Cawangan Khas.
"Bagaimanapun, Yuen membuat kesilapan besar apabila beliau menyebut komunis telah membantu pembangkang untuk menembusi kawasan-kawasan (pilihan raya) yang dipegang (dimenangi) oleh Perikatan dalam PRU 1969," jelas Lim.
Menurut ahli politik veteran itu, menjelang pilihan raya komunis telah menyeru rakyat supaya memboikot PRU 1969, manakala parti-parti pembangkang yang ikut-serta dalam pilihan raya tersebut telah dikecam puak komunis sebagai “juak” dan “boneka” Perikatan.
Ini kerana parti-pati pembangkang, ujar Lim tidak menyambut seruan komunis untuk menolak proses demokrasi dan mengadakan protes di jalanan bagi melakukan perubahan politik di luar garis perlembagaan.
"Komunis tidak membantu pembangkang, sebaliknya mereka mahu rakyat memboikot PRU 1969 dan mereka juga mahu pembangkang kalah teruk.
"Kerana itulah 44 tahun yang lalu, saya telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, iaitu pada 5 Ogos 1969 dari Pusat Tahanan Muar, ketika saya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), untuk meluahkan kebimbangan saya tentang masa depan Malaysia dan menggesa Tunku untuk memulakan usaha penyatuan dan perdamaian nasional," jelas Lim.
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu juga mempersoalkan asas yang dipakai Cawangan Khas untuk merumuskan bahawa pada tahun 1969 komunis telah membantu parti-parti pembangkang untuk memenangi sejumlah besar kerusi dalam pilihan raya, padahal komunis melakukan perkara yang sama sekali berlainan ketika itu dengan menyeru rakyat supaya memboikot pilihan raya umum.
"Di manakah 'sejumlah besar kerusi' yang didakwa telah dimenangi oleh DAP, Gerakan, PPP, dan PAS dalam pilihan raya umum 1969 dengan 'bantuan' komunis?" soal Kit Siang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-9-2013
Ambil tindakan kepada Zainuddin, Fuad dan Utusan
Harakahdaily, | 09 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah mengarahkan para peguam mengambil tindakan perundangan terhadap Zainuddin Maidin, Fuad Zarkashi dan Utusan Malaysia untuk membersihkan namanya daripada semua pembohongan berkaitan 13 Mei 1969.
Namun, rakyat Malaysia dan perwakilan Umno sendiri perlu bertanya kepada diri mereka apakah mereka hendak membenarkan penyebaran pembohongan dan hasutan berunsur perkauman menjejaskan usaha pembinaan bangsa Malaysia.
Ini semata-mata kerana mereka percaya bahawa ia adalah cara yang paling dapat menjamin undi yang tinggi dan pengaruh meluas dalam pemilihan parti Umno yang bakal menjelang.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau.
Kebelakangan ini media Umno dan media sosial, termasuk facebook, twitter, dan blog, dibanjiri pembohongan dan hasutan berasaskan perkauman. Keadaan ini menimbulkan persoalan:
Apakah penyebaran pembohongan dan hasutan berunsur perkauman, tanpa mengambil kira kesannya terhadap usaha pembinaan bangsa Malaysia, adalah cara yang paling dapat menjamin undi yang tinggi dan pengaruh meluas dalam pemilihan parti UMNO yang bakal menjelang?
Dua hari lalu, akhbar rasmi UMNO Utusan Malaysia telah menerbitkan satu laporan yang memuatkan tuduhan bekas timbalan menteri UMNO Dr. Mohd Fuad Zarkashi yang menyebut bahawa kritikan DAP terhadap filem “Tanda Putera” “semata-mata ingin menyembunyi kebiadapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bertindak kencing di depan rumah Menteri Besar Selangor ketika peristiwa 13 Mei 1969.” (Utusan Malaysia 7.9.13 hal.13)
Mengapa seorang bekas menteri UMNO sanggup mengeluarkan kenyataan yang sedemikian palsu, tidak bertanggungjawab, dan penuh pembohongan, serta mengapa pula Utusan Malaysia sanggup menerbitkannya?
Saya tidak berada di Kuala Lumpur sepanjang tempoh terjadinya 13 Mei 1969 dan pengarah filem Tanda Putera Datin Paduka Shuhaimi Baba pula telah menyatakan yang adegan kencing dalam filem tersebut adalah rekaan beliau yang menggunakan “lesen kreatif” untuk mengkhayalkan babak rusuhan kaum 13 Mei 1969!
Ini bukan kejadian terpencil, memandangkan kebelakangan ini telah banyak pembohongan dan dusta disebarkan menerusi media UMNO dan media sosial, termasuk catatan dalam blog bekas menteri penerangan Zainuddin Maidin pada hari Selasa lepas (3 September 2013) yang menuduh saya terlibat mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 dengan katanya, “Racun yang mereka semai telah membunuh.”
Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan perundangan terhadap Zainuddin, Fuad, dan Utusan Malaysia untuk membersihkan nama saya daripada semua pembohongan ini. Namun, rakyat Malaysia dan perwakilan UMNO sendiri perlu bertanya kepada diri mereka apakah mereka hendak membenarkan penyebaran pembohongan dan hasutan berunsur perkauman menjejaskan usaha pembinaan bangsa Malaysia semata-mata kerana mereka percaya bahawa ia adalah cara yang paling dapat menjamin undi yang tinggi dan pengaruh meluas dalam pemilihan parti UMNO yang bakal menjelang!
Saya telah berulangkali menyebut bahawa saya tidak berada di Kuala Lumpur semasa rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku, tetapi nampaknya hakikat dan kebenaran tidak mempunyai makna di mata para pemimpin dan juru propaganda UMNO yang bersungguh-sungguh hendak menyebarkan pembohongan bahawa saya telah mencetuskan rusuhan kaum 13 Mei 1969 dengan mereka-reka cerita tentang peranan saya dalam perarakan jalanan pada 11, 12, dan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur serta mereka-reka cerita saya kencing pada tiang bendera di kediaman Menteri Besar Selangor.
Enam sebab mengapa saya tidak mungkin terlibat mencetuskan rusuhan kaum 13 Mei 1969:
Sekurang-kurangnya ada enam perkara yang membuktikan bahawa tidak mungkin saya boleh mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969.
Pertama, saya tidak bertanding untuk mana-mana kerusi di Kuala Lumpur atau Selangor pada pilihanraya umum 1969 yang lalu, sebaliknya saya bertanding untuk kerusi parlimen Bandar Melaka.
Kedua, saya tidak berada di Kuala Lumpur selepas pilihanraya umum 10 Mei 1969, sebaliknya ketika itu saya berkempen di Kota Kinabalu untuk seorang calon bebas bagi kerusi parlimen, kerana pilihanraya umum di Sabah untuk tahun 1969 diadakan selepas pilihanraya di Semenanjung pada 10 Mei 1969.
Ketiga, jika saya yang menyebabkan rusuhan kaum 13 Mei 1969, sudah tentu saya tidak akan berani balik ke Kuala Lumpur dari Sabah, apatahlagi jika benar bahawa saya yang telah melaungkan slogan-slogan anti-Melayu dalam perarakan jalanraya di Kuala Lumpur dan telah kencing pada tiang bendera di depan kediaman Menteri Besar Selangor.
Keempat, jika benar saya yang menyebabkan rusuhan 13 Mei 1969 dengan melaungkan slogan-slogan anti-Melayu dalam perarakan jalanraya di Kuala Lumpur dan telah kencing pada tiang bendera di depan kediaman Menteri Besar Selangor, sudah tentu dulu lagi saya telah dituduh dan didakwa di mahkamah, kerana pelaku perbuatan jijik sedemikian tidak mungkin dilepaskan begitu saja!
Kelima, jika saya adalah pencetus rusuhan tersebut, tentu saya tidak akan meminta, sejak 44 tahun lalu sehingga sekarang, supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasa kejadian 13 Mei 1969 bagi mengenalpasti sebab dan dalangnya.
Keenam, saya juga tentu tidak akan menulis surat kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dari Pusat Tahanan Muar pada 5 Ogos 1969 untuk meluahkan “kegelisahan tentang masa depan Malaysia” dan mengemukakan tiga cadangan untuk mengukuhkan perpaduan nasional berikutan rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Seperti yang saya sebutkan dalam surat saya kepada Tunku:
“Sejak awal lagi selepas kekacauan 13 Mei, DAP telah menawarkan bantuan untuk memulihkan keamanan dan keharmonian.
“Saya sendiri, pada 17 Mei, telah sempat mengemukakan tawaran dan kesanggupan yang sama bagi pihak parti saya dalam sebuah sidang akhbar di Singapura, sebelum saya pulang ke ibu kota Malaysia dari Sabah dan sebelum ditangkap.”
Tiga cadangan yang saya kemukakan itu ialah:
(1) Agar Parlimen bersidang dengan segera untuk (a) membolehkan semua Ahli Parlimen menegaskan sokongan mereka terhadap konsep dan ideal toleransi, persefahaman dan kemajmukan kaum; dan (b) memulihkan keyakinan rakyat terhadap proses demokratik dan menafikan peluang Parti Komunis Malaya untuk menangguk keuntungan politik daripada kekacauan tersebut.
(2) Penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat sebab-sebab terjadinya kekacauan 13 Mei serta menangkap dan menghukum para dalangnya; dan
(3) Penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti semua masalah perkauman di Malaysia dengan tujuan merumuskan penyelesaian jangka panjang.
Kita perlu menimba pengajaran daripada tragedi 13 Mei 1969 agar Malaysia dapat menjadi negara yang lebih bersatu, berjaya, serta makmur, dan bukannya menyelewengkan sejarah dan fakta-fakta tentang peristiwa tragis yang berlaku 44 tahun lalu itu untuk menangguk keuntungan politik demi mendapatkan undi yang lebih tinggi dan meraih pengaruh lebih besar dalam pemilihan parti UMNO yang bakal menjelang.

Sumber HD - 9-9-2013
Salahkah bantu pelajar bukan Melayu miskin?
Harakahdaily, | 09 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Para pemimpin Umno disaran tidak cepat melatah dengan mengecam saranan untuk memberi peluang mendapatkan pendidikan khususnya bagi pelajar cemerlang yang datang daripada keluarga miskin.
Ahli Parlimen Raub, Dato' Mohd Ariff Sabri, berkata kecaman melulu beberapa pemimpin Umno terhadap Setiausaha Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud amat dikesali.
Dyana yang sedih terhadap nasib teman bukan Melayu yang miskin dan gagal melanjutkan pelajaran mencadangkan mereka dibantu.
"Sudahkah mereka ini membaca dan faham apa yang Dyana Sofya maksudkan? Dia hanya menceritakan kesedihannya melihat teman bukan Melayu yang miskin dan tidak dapat melanjutkan pengajian.
"Adakah pemimpin Umno tidak ada perasaan sedih melihat orang miskin? Mungkin kerana tidak ada perasaan sedih inilah, maka hari ini kita lihat ada 10 juta orang Melayu berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah!," ujar Mohd Arif ketika dihubungi Roketkini.com, hari ini.
Mohd Ariff menambah, orang Melayu mesti menerima kenyataan bahawa bukan semua orang Cina dan bukan Melayu itu kaya dan berkemampuan.
"Jika dilihat dalam kawasan saya, bila masuk ke kampung baru Cina seperti Kampung Baru Sempalit, Sungai Ruan, Sungai Lui, Cheroh, Sang Lee, Teras dan Sungai Chetang, kita akan dapat lihat ramai orang Cina yang miskin. Anak mereka tidak menyambung pelajaran pun. Kepada mereka yang seperti ini, siapa lagi mereka boleh memohon bantuan dan berharap? Di sinilah peranan kerajaan amat penting,” tegas beliau.
Sebelum ini, Dyana Sofya yang juga graduan jurusan undang-undang UiTM memberi pandangan supaya sebuah institusi seperti UiTM turut diwujudkan untuk bukan Melayu yang tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran.
Kenyataan Dyana itu disalah tafsir dan mendapat kecaman melulu beberapa pemimpin Umno termasuk Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sehingga menuduh Dyana Sofya sebagai seorang Melayu yang tidak kenal sejarah dan menjadi alat DAP.
Dyana ketika dihubungi Roketkini.com berkata, pandangan beliau itu berpijak kepada realiti dan harus dilihat daripada sudut positif dan matang.
"Alangkah baik jika wujud sebuah institusi yang mempunyai tujuan sebaik UiTM yang membantu pelajar miskin dan tidak berkemampuan dan ia terbuka untuk mereka yang layak tanpa mengira bangsa.
"Kontroversi itu adalah salah faham dan mainan politik semata-mata dan saya tidak pernah kata untuk buka UiTM kepada bukan Bumiputera. Kenapa pemimpin Umno begitu cepat melatah?,” soal Dyana Sofya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-9-2013
Kit Siang dakwa ROS ikut skrip Umno
Harakahdaily, | 06 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang mendakwa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman bertindak mengikut 'skrip' Umno BN untuk memusnahkan DAP.
Dalam satu kenyataan semalam, Penasihat DAP itu mendakwa, ianya boleh dilihat melalui kenyataan Abdul Rahman yang mengingatkan ahli DAP agar tidak menaruh “harapan palsu” untuk membentuk parti baru jika pendaftaran DAP dibatalkan.
Kit Siang berkata kenyataan Abdul Rahman itu membuatkan pemimpin dan ahli DAP tercengang kerana soal penubuhan parti baru tidak pernah dibangkitkan atau diperkatakan sesiapa dalam DAP kerana tidak ada sebab yang mewajarkan pembatalan pendaftaran DAP.
Beliau juga mendakwa tindakan untuk memusnahkan DAP juga dibuat menerusi kempen yang dinamakan sebagai skuad “DDD” (Demolish/Destroy DAP) dalam tujuh bulan pertama tahun ini termasuk yang ditulis oleh penulis hantu bernama “Father Augustus Chen” namun tiada sebarang pembuktian.
Ianta termasuk dakwaan bahawa “satu-satunya cara untuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dapat mengenepikan anggota parti yang tidak menyokongnya, khususnya ahli daripada kaum India, ialah menerusi pembatalan pendaftaran parti.”
Katanya, berdasarkan senario itu, ada cakap-cakap dalam parti yang menyebut bahawa Guan Eng lebih suka jika parti itu dibatalkan pendaftarannya daripada mengadakan pemilihan semula.
“Kerana itulah Ketua Pengarah ROS tidak sanggup menyatakan secara bertulis alasan mengapa beliau tidak berpuas hati dengan pemilihan CEC DAP dan mahu pemilihan semula diadakan,” katanya.
Beliau turut mempersoal tindakan ROS menyerahkan sijil pendaftaran pertubuhan kepada 20 parti politik baru pada Isnin, 2 September lalu iaitu 11 parti dari Sabah, lima dari Sarawak dan empat dari Semenanjung.
"Namun jelas bahawa keputusan meluluskan pendaftaran 20 parti politik itu telah diambil jauh lebih awal, iaitu sebelum beliau mengeluarkan peringatan kepada ahli DAP untuk tidak “menaruh harapan palsu.”
“Persoalan sekarang, apakah KP ROS terus menari mengikut rentak gendang skuad DDD UMNO/BN dan menjadi perkakas usaha mereka untuk memusnahkan DAP,” soalnya.
Dalam satu kenyataan semalam, Penasihat DAP itu mendakwa, ianya boleh dilihat melalui kenyataan Abdul Rahman yang mengingatkan ahli DAP agar tidak menaruh “harapan palsu” untuk membentuk parti baru jika pendaftaran DAP dibatalkan.
Kit Siang berkata kenyataan Abdul Rahman itu membuatkan pemimpin dan ahli DAP tercengang kerana soal penubuhan parti baru tidak pernah dibangkitkan atau diperkatakan sesiapa dalam DAP kerana tidak ada sebab yang mewajarkan pembatalan pendaftaran DAP.
Beliau juga mendakwa tindakan untuk memusnahkan DAP juga dibuat menerusi kempen yang dinamakan sebagai skuad “DDD” (Demolish/Destroy DAP) dalam tujuh bulan pertama tahun ini termasuk yang ditulis oleh penulis hantu bernama “Father Augustus Chen” namun tiada sebarang pembuktian.
Ianta termasuk dakwaan bahawa “satu-satunya cara untuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dapat mengenepikan anggota parti yang tidak menyokongnya, khususnya ahli daripada kaum India, ialah menerusi pembatalan pendaftaran parti.”
Katanya, berdasarkan senario itu, ada cakap-cakap dalam parti yang menyebut bahawa Guan Eng lebih suka jika parti itu dibatalkan pendaftarannya daripada mengadakan pemilihan semula.
“Kerana itulah Ketua Pengarah ROS tidak sanggup menyatakan secara bertulis alasan mengapa beliau tidak berpuas hati dengan pemilihan CEC DAP dan mahu pemilihan semula diadakan,” katanya.
Beliau turut mempersoal tindakan ROS menyerahkan sijil pendaftaran pertubuhan kepada 20 parti politik baru pada Isnin, 2 September lalu iaitu 11 parti dari Sabah, lima dari Sarawak dan empat dari Semenanjung.
"Namun jelas bahawa keputusan meluluskan pendaftaran 20 parti politik itu telah diambil jauh lebih awal, iaitu sebelum beliau mengeluarkan peringatan kepada ahli DAP untuk tidak “menaruh harapan palsu.”
“Persoalan sekarang, apakah KP ROS terus menari mengikut rentak gendang skuad DDD UMNO/BN dan menjadi perkakas usaha mereka untuk memusnahkan DAP,” soalnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-9-2013
Kami tak pernah 'berperang' dengan ROS - DAP
Harakahdaily, | 03 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP hari ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah "melancar perang" terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), sebaliknya mendakwa jabatan tersebutlah lebih dahulu menghukum DAP di media.
Ketua Whip DAP, Loke Siew Fook berkata, pihaknya telah berusaha semampu mungkin untuk mengadakan perbincangan dengan ROS berhubung isu pemilihan semula CEC, namun tiada ruang diberikan untuk mereka bersemuka.
"DAP tidak pernah melancarkan “perang” terhadap ROS melalui media. ROS sendirilah yang telah menjatuhkan hukuman ke atas DAP melalui media apabila mereka mengumumkan keputusan untuk mengarahkan DAP membuat pemilihan semula melalui media terlebih dahulu pada 29 Julai yang lepas," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman yang meminta DAP berhenti “perang” di media dengan ROS.
Menjelas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, sebelum ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta untuk bertemu dengan Ketua Pengarah ROS untuk membincangkan soal tersebut, namun ianya ditolak serta-merta dan langsung tidak memberikan ruang kepada mereka untuk berbincang secara bersemuka.
Beliau berkata, dalam surat ROS bertarikh 30 Julai 2013 untuk mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Ekskutif Pusat (CEC), ROS bukan sahaja tidak memberikan alasan, malah juga tidak meletakkan apa-apa syarat, prosedur atau jangkamasa dalam pemilihan semula tersebut dan tidak meminta surat jawapan daripada pihak mereka.
"Justeru itu, kenyataan Ketua Pengarah ROS yang mendakwa DAP tidak mematuhi prosedur pemilihan semula adalah satu kenyataan yang sangat mengelirukan," tegasnya lagi.
Jelasnya, dalam mana-mana proses pemilihan parti, laporan lengkap bersama dengan senarai jawatankuasa baru yang terpilih hanya akan dihantar kepada ROS selepas pemilihan tersebut.
Prosedur dalam proses pemilihan adalah tertakluk kepada Perlembagaan Parti masing-masing dan tidak ada syarat untuk memaklumkan ROS dalam perkara tersebut.
Beliau turut memaklumkan, DAP sedang dalam proses menghantar notis Kongres Khas kepada para perwakilan parti dalam minggu ini.
DAP juga katanya telah melantik sebuah firma audit antarabangsa untuk semua proses pemilihan tersebut.
"DAP komited untuk menjalankan proses pemilihan semula tersebut secara teratur dan telus.
"Memandangkan ROS sering mencari alasan untuk mengenakan tindakan ke atas DAP, surat makluman kepada ROS akan dihantar secara tangan ke Ibupejabat ROS dalam minggu ini juga," katanya.
Ketua Whip DAP, Loke Siew Fook berkata, pihaknya telah berusaha semampu mungkin untuk mengadakan perbincangan dengan ROS berhubung isu pemilihan semula CEC, namun tiada ruang diberikan untuk mereka bersemuka.
"DAP tidak pernah melancarkan “perang” terhadap ROS melalui media. ROS sendirilah yang telah menjatuhkan hukuman ke atas DAP melalui media apabila mereka mengumumkan keputusan untuk mengarahkan DAP membuat pemilihan semula melalui media terlebih dahulu pada 29 Julai yang lepas," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman yang meminta DAP berhenti “perang” di media dengan ROS.
Menjelas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, sebelum ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta untuk bertemu dengan Ketua Pengarah ROS untuk membincangkan soal tersebut, namun ianya ditolak serta-merta dan langsung tidak memberikan ruang kepada mereka untuk berbincang secara bersemuka.
Beliau berkata, dalam surat ROS bertarikh 30 Julai 2013 untuk mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Ekskutif Pusat (CEC), ROS bukan sahaja tidak memberikan alasan, malah juga tidak meletakkan apa-apa syarat, prosedur atau jangkamasa dalam pemilihan semula tersebut dan tidak meminta surat jawapan daripada pihak mereka.
"Justeru itu, kenyataan Ketua Pengarah ROS yang mendakwa DAP tidak mematuhi prosedur pemilihan semula adalah satu kenyataan yang sangat mengelirukan," tegasnya lagi.
Jelasnya, dalam mana-mana proses pemilihan parti, laporan lengkap bersama dengan senarai jawatankuasa baru yang terpilih hanya akan dihantar kepada ROS selepas pemilihan tersebut.
Prosedur dalam proses pemilihan adalah tertakluk kepada Perlembagaan Parti masing-masing dan tidak ada syarat untuk memaklumkan ROS dalam perkara tersebut.
Beliau turut memaklumkan, DAP sedang dalam proses menghantar notis Kongres Khas kepada para perwakilan parti dalam minggu ini.
DAP juga katanya telah melantik sebuah firma audit antarabangsa untuk semua proses pemilihan tersebut.
"DAP komited untuk menjalankan proses pemilihan semula tersebut secara teratur dan telus.
"Memandangkan ROS sering mencari alasan untuk mengenakan tindakan ke atas DAP, surat makluman kepada ROS akan dihantar secara tangan ke Ibupejabat ROS dalam minggu ini juga," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-9-2013
Tanda Putera: Filem sejarah atau fiksyen?
Mahdzir Ibrahim Roketkini, | 31 Ogs 2013 |
Filem Tanda Putera telah pun saya tonton di pawagam. Selain mahu melihat sendiri gembar-gembur tentang filem ini, ia juga saya anggap sebagai sumbangan peribadi saya kepada penerbit filem tersebut demi menyokong kemajuan filem tempatan. Mudah-mudahan dengan wang tiket yang saya bayar itu, sedikit sebanyak akan dapat membantu memajukan lagi filem tempatan.
Saya sebagai penonton mempunyai pandangan sendiri, saya akan cuba berlaku adil menilai filem ini.
Menurut laporan media, kos filem ini sekitar RM4.5 juta, ia dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebanyak RM2.5 juta dan RM2 juta lagi daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC). Tidak termasuk penajaan dari syarikat kerajaan seperti syarikat penerbangan Malaysia (MAS).
Dengan kos tersebut, saya fikir hasil dari aspek teknikalnya tidaklah begitu memuaskan. Penggunaan teknik CGI atau Computer Generated Image yang digunakan tidak sempurna dan tidak kemas malah jika difikir-fikirkan, ianya tidak perlu bagi filem sebegini. Namun terpulanglah kepada pengarah kerana itu haknya.
Begitu juga dalam dalam aspek rekabentuk produksi, props dan costume. Ia tidak cukup sempurna untuk menggambarkan suasana di zaman tersebut sedangkan filem ini berlatarkan suasana di era 60/70-an. Jauh bezanya dengan props dan costume filem Bukit Kepong atau Leftenan Adnan. Adakah kerana penerbitnya ingin berjimat, kita tidak pasti.
Selepas menonton, saya tertanya-tanya adakah filem ini mahu bercerita tentang sejarah 13 Mei atau apa?
Babak kencing tiang bendera Selangor ada dipaparkan. Tetapi tidak jelas adakah adegan ini benar-benar wujud dan bersumberkan dari fakta sejarah. Jika benar-benar bersumberkan dari sejarah, di mana dan apakah sumbernya? Sama ada dari laporan polis atau catatan sejarawan, saya ingin tahu.
Jika ia fiksyen, bendera Selangor itu bukan fiksyen. Malah, tiang bendera dalam babak tersebut tidak jelas berada di mana, di dalam kawasan rumah Datuk Harunkah (Menteri Besar Selangor ketika itu) atau di tepi longkang pejabat kerajaankah atau di sebelah warungkah?
Kita tak pasti sama sekali. Jika ada yang mengaitkan ianya di kawasan kediaman Menteri Besar Selangor, mungkin itu hanya tanggapan saja kerana bendera di tiang itu bendera Selangor atau banyak babak 13 Mei dalam filem itu berlaku di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Atau, adakah babak kencing tiang bendera itu sebenarnya adalah imaginasi pengarah berdasarkan dengar cakap dari sumber yang tidak jelas?
Jika kita rujuk penjelasan Sdr. Ahmad Habib dalam temubual oleh Roketkini di sini (http://www.roketkini.com/2012/09/14/kencing-tiang-bendera-kit-siang-difitnah-saksi-13-mei/) yang berada di lokasi rusuhan (Kampung Baru) pada ketika itu, jelas sekali bahawa hampir mustahil peristiwa kencing tiang bendera Selangor itu dilakukan di kediaman Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Jadi, jika bukan berlaku di kediaman Menteri Besar, maka ia berlaku di mana? Adegan ini bukan adegan lagak ngeri (stunt) yang boleh difiksyen-fiksyen sesuka hati. Adegan ini berkaitan langsung dengan sejarah 13 Mei.
Bagi saya, peristiwa 13 Mei yang digempakkan di awal babak dalam filem ini kelihatan hanya digunakan untuk memancing sentimen kemarahan dengan menggambarkan seolah-olah pembangkang dan komunis itu sama atau bekerjasama. Pembangkang dan komunis itu cuba digambarkan dengan imej satu kaum sahaja iaitu Cina di samping logo DAP terpampang di sana-sini dalam babak tersebut.
Sedikit selingan buat pengarahnya – DAP bukan komunis apatah lagi menyokongnya, malah penubuhan DAP adalah bukti penolakan DAP akan perjuangan komunis yang menggunakan senjata.
Bertolak dari imej-imej ini, maka pada awalnya saya menyangka filem ini ingin menceritakan kembali peristiwa 13 Mei mengikut kronologi dan laporan saksi-saksi secara jelas. Ketika menontonnya saya cuba bersangka baik dan mencari lojik tentang paparan imej tersebut yang mungkin dapat memberi gambaran jelas kepada penonton tentang apa sebenarnya yang telah berlaku dalam peristiwa 13 Mei ini.
Tetapi ia tidak berlaku begitu. Pengarah mematikan peristiwa 13 Mei ini setengah jalan (tak sampai separuh sebenarnya). Tinggalah imej-imej logo DAP, Cina dan Komunis melekat dimemori penonton tanpa apa-apa penjelasan dan pertanggungjawaban. Permulaan yang mendebarkan tiba-tiba hilang lenyap tak berkesudahan.
Yang lain hanya drama hubungan keluarga dan persahabatan Tun Razak dengan Tun Dr. Ismail dan beberapa babak pendek tentang usaha beliau mewujudkan Felda, usaha Tun dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kisah komunis yang diselitkan serba-sedikit.
Watak dan pemilihan pelakon (casting) Tun Razak dan Tun Dr Ismail agak berjaya, ia dilakonkan dengan baik dan berkesan, tahniah buat pelakonnya, Rusdi Ramli dan Zizan Nin.
Namun akhir semua ini, babak 13 Mei yang digempakkan itu terhenti, tergantung dan ghaib entah ke mana. Filem sejarah apakah ini? Saya tidak nampak atau memahami signifikan antara babak-babak 13 Mei dengan sejarah ketokohan Tun Razak dalam filem ini.
Jika ini bukan filem sejarah 13 Mei, adakah ia filem sejarah mengenai ketokohan Tun Razak dan rakannya Tun Dr. Ismail? Jika benar, pasti sumbangan terpenting Tun seperti penubuhan Felda digarap dengan lebih jitu lagi berbanding garapan peristiwa 13 Mei. Tetapi tidak begitu.
Filem ini tidak mengangkat dengan jelas sumbangan Tun dalam penubuhan Felda atau pun usaha Tun dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Maka kita keliru arah cerita ini.
Atau, adakah filem ini memang bukan filem sejarah langsung. Hanya filem fiksyen yang mencedok sedikit fakta sejarah dan ditempelkan ke atas susuk Tun Razak hingga menjadi filem fiksyen agar pengarah atau penerbitnya tidak perlu dipertanggungjawabkan oleh penghayat atau sesiapa.
Memang kita memahami bahawa adaptasi dari sumber pertama (asal) kepada medium lain akan diolah kembali dengan elemen-elemen fiksyen sebagai penyedap atau penarik. Ini kita bersetuju.
Namun demikian, nuansa antara fakta dan fiksyen seharusnya jelas. Dalam filem Tanda Putera ini, fiksyen dan fakta bercampur-baur dan berkecamuk, bagi yang tidak membaca atau menyelidiki sejarah 13 Mei ini, pasti akan menganggap semua babak dalam filem ini adalah seratus peratus berdasarkan fakta.
Akhirnya kita ingin sekali bertanya kepada pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba, filem ini filem apa? Filem sejarah atau fiksyen?
Saya fikir saya berhak mendapat penjelasan daripadanya kerana filem beliau ini dibiayai dari wang cukai rakyat, bukan sedikit tetapi banyak. Wang cukai rakyat ini dikutip oleh kerajaan dari semua kaum, Melayu, Cina India, ahli DAP, ahli Umno, PKR, orang Islam, bukan Islam, orang miskin dan kaya malah semuanya. Jika ia filem sejarah, maka ia milik rakyat dan rakyat berhak menuntut penjelasan. Jika fiksyen, maka penerbit harus bersedia bertanggungjawab atas paparan imej atau babak-babak dalam karyanya.
Saya mendukung prinsip kebebasan berkarya, berekspresi dan berkreativiti. Saya akan pertahankan hak saudari Shuhaimi Baba jika dia benar.
Di sebalik semua ini, saya juga tertanya-tanya, bagaimana Finas menjustifikasikan filem ini hingga sanggup melabur jutaan ringgit dengan mempertaruhkan prinsip keharmonian kaum. Untuk apa? Kebenaran?

Sumber HD - 31-8-2013
Penipu sebenar melaung nyaring ‘patriotisme’
Harakahdaily, | 29 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: “Ada sesuatu yang dirasakan amat tidak kena dalam kita menghampiri Hari Kebangsaan ke-56, Sabtu ini,” kata Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.
Ini ekoran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah menimbang-nimbang idea untuk memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan setiap premis mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bukan Merdeka, tetapi tiga hari kemudian hasratnya kendur setelah mengakui amat kecewa kerana mendapati ibu pejabat-ibu pejabat kerajaan di Putrajaya sendiri tidak menunjukkan contoh dengan mengibarkan bendera kebangsaan.
Beliau mengadu: “Mereka masih menunggu kerajaan memberikan mereka bendera.”
“Mengapa perkara ini terjadi sedemikian?” tanya Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan
Katanya, dalam perhimpunan-perhimpunan raksasa Pakatan Rakyat sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama, daerah, usia, atau jantina telah berdiri dengan bangga menyanyikan lagu kebangsaan apabila lagu itu dimainkan yang mempamerkan patriotisme dan kecintaan mereka terhadap negara.
“Apakah patriotisme sebegitu lesap begitu saja?” tanya beliau.
Katanya, sudah tentu tidak.
“Saya bersetuju dengan penulis Kee Thuan Chye bahawa ‘patriotisme adalah semangat yang kita sematkan dalam jiwa–kecintaan terhadap negara kita. Ia adalah semangat yang membuatkan kita memutuskan untuk mempertahankannya, barangkali juga untuk mati deminya’.
“Saya pernah mendapat kesempatan untuk menyebut di Parlimen bahawa disebabkan semangat patriotisme dan cinta saya terhadap negara, demi mengejar Impian Malaysia untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, dan daerah, saya bersedia hilang kebebasan apabila ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,” jelasnya.
Sebab itu beliau curiga dengan ‘patriotisme’ para pemimpin yang bersedia untuk memperkaya diri menerusi korupsi dan penyalahgunaan kuasa sehingga mengorbankan hak rakyat dan kepentingan negara.
Katanya, kalangan yang paling nyaring melaungkan ‘patriotisme’ selalunya adalah penipu sebenar dalam negara.
Justeru, ujar beliau ada benarnya ungkapan Dr. Samuel Johnson yang terkenal iaitu ‘patriotisme adalah jalan akhir bagi para bajingan’.
Kembali melihat realiti di Malaysia hari ini, beliau berkata, selepas lebih seratus hari setelah pilihanraya 5 Mei, majoriti rakyat Malaysia daripada semua kaum yang mengundi Pakatan Rakyat telah dipandang serong dan dijadikan sasaran fitnah.
Menurutnya lagi, selain menghentam kaum Cina dan India, Perdana Menteri dan kerajaannya telah gagal untuk membuktikan bahawa beliau dan kerajaannya berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia.
Justeru, kata Lim masih tidak terlambat untuk rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan ke-56 dalam perpaduan dan keharmonian tetapi langkah sulung yang perlu diambil ialah mengakui dan menghormati patriotisme 51% rakyat Malaysia yang telah mengundi Pakatan Rakyat dan 47% yang telah mengundi BN dalam PRU13 lalu.

Sumber HD - 29-8-2013
3 babak Tanda Putera boleh cetus kecurigaan – DAP
Harakahdaily, | 27 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata, berdasarkan ulasan, jelas filem Tanda Putera dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa rekaan dan yang tidak disahkan sebagai benar-benar terjadi ketika rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Katanya, babak-babak yang dipaparkan itu boleh menimbulkan salah faham dan mencetuskan kecurigaan, kebencian dan malah ketegangan antara kaum.
“Saya sebutkan di sini tiga babak yang disebutkan dalam ulasan filem tersebut,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Shuhaimi Baba seharusnya mempertimbangkan dengan serius nasihat saya agar beliau tidak menganggap filem berkenaan 13 Mei 1969, ‘Tanda Putera’, tergolong dalam genre ‘filem hantu’ seperti filem Pontianak yang beliau hasilkan sebelum ini.
Beliau seharusnya lebih prihatin tentang keadaan negara ini, khususnya keadaan generasi kini dan masa depan, demi mempertahankan dan meningkatkan hubungan baik antara kaum, serta keamanan dan keharmonian dalam negara.
Dengan itu, Shuhaimi perlu menyenaraikan babak-babak rekaan serta peristiwa-peristiwa 13 Mei 1969 yang dipaparkan dalam ‘Tanda Putera’ tetapi tidak disahkan sebagai peristiwa sebenar agar rakyat Malaysia tidak salah faham dan terhasut sehingga memburukkan hubungan antara kaum di negara ini.
Tindakan ini mesti diambil memandangkan Shuhaimi sendiri telah mengakui bahawa filem beliau menampilkan cerita-cerita rekaan di sekitar peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Pada 21 Februari tahun ini, Malaysiakini menerbitkan ulasan filem berjudul Tanda Putera a double-edged sword oleh seorang “penggila filem” yang telah berpeluang menonton filem berkenaan dalam salah satu sesi pra-tayangan yang diadakan untuk beberapa kelompok sejak beberapa bulan lalu.
Berdasarkan ulasan filem tersebut, jelas bahawa filem Tanda Putera dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa rekaan dan yang tidak disahkan sebagai benar-benar terjadi ketika rusuhan kaum 13 Mei 1969. Babak-babak yang dipaparkan itu boleh menimbulkan salah faham dan mencetuskan kecurigaan, kebencian dan malah ketegangan antara kaum.
Saya sebutkan di sini tiga babak yang disebutkan dalam ulasan filem tersebut:
1. Babak yang menunjukkan sekumpulan pemuda Cina telah kencing pada tiang bendera yang mengibarkan bendera Selangor, di luar rumah menteri besar ketika itu, Harun Idris.
2. Babak di pawagam yang menunjukkan layar panggung tiba-tiba digelapkan, digantikan dengan tulisan dalam bahasa Cina di layar yang meminta para penonton Cina meninggalkan pawagam. Seorang penonton berteriak menanyakan mengapa ada tulisan Cina di layar dan menuntut supaya tayangan filem diteruskan. Setelah itu, tiba-tiba, semua penonton yang masih tinggal dalam pawagam itu dibunuh.
3. Dalam babak-babak yang membawa kepada kemuncak ketegangan dan menimbulkan rusuhan kaum, ada seorang lelaki Cina misteri yang memerhati segala yang terjadi. Dia kemudiannya didedahkan sebagai seorang pemimpin komunis–mengisyaratkan bahawa komunis mungkin terlibat sebagai dalang kekacuan.
Saya telah mempersoalkan kesahihan peristiwa kencing berkenaan sebelum ini.
Apakah “peristiwa” kedua dan ketiga di atas benar-benar terjadi atau ia juga merupakan khayalan dan rekaan pembikin filem?
Dalam ucapan pertama saya di Parlimen 42 tahun lalu, pada 23 Februari 1971, saya menyeru agar ditubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat kejadian 13 Mei 1969 bagi menyelidik puncanya dan menilai sejauh mana buruknya hubungan antara kaum di negara ini, selain untuk mengemukakan saranan-saranan bagi mencegah kejadian 13 Mei 1969 daripada berulang dan juga memastikan jurang antara kaum tidak melebar.
Saya menyeru agar wang rakyat tidak digunakan untuk membolehkan seorang pengarah filem menggunakan “lesen kreatif” beliau untuk mereka-reka cerita tentang peristiwa-peristiwa yang kononnya membawa kepada rusuhan 13 Mei 1969. Sebaliknya, saya menyeru Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja esok bagi menyiasat kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969.
RCI berkenaan 13 Mei 1969 perlu diberi tugas untuk mengenalpasti peristiwa sebenar dan punca-punca rusuhan kaum 13 Mei serta pihak yang bertanggungjawab menimbulkan rusuhan tersebut, tetapi bukan untuk menyalahkan atau menghukum para pelakunya, memandangkan 44 tahun telah berlalu sejak tragedi itu, sebaliknya untuk mendedahkan sejarah sebenar supaya diketahui oleh generasi kini dan masa depan, selain untuk merawat luka lama perkauman yang parah dan mencegah 13 Mei daripada terus dijadikan momokan untuk menakut-nakutkan pengundi daripada menggunakan hak mereka yang sah dalam pilihanraya, seperti yang sering dilakukan dalam setiap pilihanraya selepas tahun 1969, atau untuk menghalalkan dasar-dasar yang memecah-belahkan dan tidak adil.

Sumber HD - 27-8-2013
Kes Altantuya dan jenama ‘Endless Possibilities’
Harakahdaily, | 23 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Tiga peristiwa sejak bulan lalu menjadi tanda pelancaran yang hebat bagi jenama baru Endless Possibilities yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantikan slogan 1Malaysia yang tidak bermaya.
Pertama, kata Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang Endless Possibilites membuka lembaran baru apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memaksa DAP untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat bagi mengelakkan pendaftaran parti itu daripada dibatalkan.
“Walaupun ROS tidak mampu memberikan sebarang sebab mengapa ia ‘tidak berpuas hati’ dengan pemilihan parti DAP yang diadakan pada bulan Disember tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Kedua, kata Ketua Parlimen DAP itu lagi, Endless Possibilities telah memulakan satu era baru dengan meluluskan tayangan filem Tanda Putera di pawagam seluruh negara pada 29 Ogos.
Katanya, filem itu mengandungi babak yang menunjukkan seorang pemuda Cina kencing di depan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor sehingga merangsang kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Tambahnya, tiada fakta sejarah, sama ada dalam bentuk gambar mahu pun dokumen lain, termasuk Kertas Putih yang dikeluarkan oleh Majlis Gerakan Negara pada 9 Oktober 1969 yang berjudul ‘Tragedi 13 Mei’ dan buku Tunku Abdul Rahman May 13–Before & After, menunjukkan bahawa peristiwa kencing itu benar-benar berlaku dan bukannya satu pembohongan yang keji dan menghasut dalam sebuah masyarakat berbilang kaum.
Lim berkata, jika babak itu adalah rekaan dan khayalan sekali pun, untuk memaparkannya dalam sebuah filem yang dibiayai oleh agensi kerajaan adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana ia dapat merangsang kecurigaan, pecah-belah, dan kebencian antara kaum.
Tindakan itu, ujarnya memudaratkan usaha pembinaan bangsa, khususnya ketika negara ini sedang bersiap untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-56.
Hari ini, katanya jenama Endless Possibilities Najib dibawa ke tahap lebih rendah apabila tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan pegawai Unit Tindakan Khas Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar daripada tuduhan membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.
“Rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah tiga peristiwa ini adalah maksud contoh bagi slogan baru Endless Possibilities yang menggantikan slogan 1Malaysia.
Pertama, kata Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang Endless Possibilites membuka lembaran baru apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memaksa DAP untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat bagi mengelakkan pendaftaran parti itu daripada dibatalkan.
“Walaupun ROS tidak mampu memberikan sebarang sebab mengapa ia ‘tidak berpuas hati’ dengan pemilihan parti DAP yang diadakan pada bulan Disember tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Kedua, kata Ketua Parlimen DAP itu lagi, Endless Possibilities telah memulakan satu era baru dengan meluluskan tayangan filem Tanda Putera di pawagam seluruh negara pada 29 Ogos.
Katanya, filem itu mengandungi babak yang menunjukkan seorang pemuda Cina kencing di depan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor sehingga merangsang kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Tambahnya, tiada fakta sejarah, sama ada dalam bentuk gambar mahu pun dokumen lain, termasuk Kertas Putih yang dikeluarkan oleh Majlis Gerakan Negara pada 9 Oktober 1969 yang berjudul ‘Tragedi 13 Mei’ dan buku Tunku Abdul Rahman May 13–Before & After, menunjukkan bahawa peristiwa kencing itu benar-benar berlaku dan bukannya satu pembohongan yang keji dan menghasut dalam sebuah masyarakat berbilang kaum.
Lim berkata, jika babak itu adalah rekaan dan khayalan sekali pun, untuk memaparkannya dalam sebuah filem yang dibiayai oleh agensi kerajaan adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana ia dapat merangsang kecurigaan, pecah-belah, dan kebencian antara kaum.
Tindakan itu, ujarnya memudaratkan usaha pembinaan bangsa, khususnya ketika negara ini sedang bersiap untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-56.
Hari ini, katanya jenama Endless Possibilities Najib dibawa ke tahap lebih rendah apabila tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan pegawai Unit Tindakan Khas Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar daripada tuduhan membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.
“Rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah tiga peristiwa ini adalah maksud contoh bagi slogan baru Endless Possibilities yang menggantikan slogan 1Malaysia.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-8-2013
DAP adakan pemilihan semula CEC 29 Sept
Harakahdaily, | 23 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP menetapkan 29 September depan sebagai tarikh pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan diadakan di Lembah Klang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti juga memutuskan bahawa calon-calon untuk pemilihan semula CEC kali ini adalah daripada senarai yang sama seperti dalam Kongres Kebangsaan 2012 lalu.
“Keputusan mesyuarat kali ini adalah sebulat suara mengadakan pemilihan semula pada tarikh 29 September 2013, bertempat di Lembah Klang dan ianya berkemungkinan berlangsung di Petaling Jaya. Kami akan putuskan lokasi tetapnya kemudian,” katanya dipetik Roketkini.
Menurutnya, calon-calon dalam pemilihan semula CEC nanti adalah berdasarkan senarai yang sama seperti Kongres Kebangsaan, Disember lalu, kecuali calon-calon itu dengan sukarela menarik diri.
“Ini kerana tidak ada sebarang kontroversi dalam senarai calon-calon dan ROS (Pendaftar Pertubuhan) juga menyatakan hanya pemilihan semula saja harus dibuat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, semalam.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan menegaskan, perwakilan yang telah digantung atau dipecat selepas Kongres Kebangsaan 2012 turut layak mengambil bahagian dalam pemilihan kali ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti juga memutuskan bahawa calon-calon untuk pemilihan semula CEC kali ini adalah daripada senarai yang sama seperti dalam Kongres Kebangsaan 2012 lalu.
“Keputusan mesyuarat kali ini adalah sebulat suara mengadakan pemilihan semula pada tarikh 29 September 2013, bertempat di Lembah Klang dan ianya berkemungkinan berlangsung di Petaling Jaya. Kami akan putuskan lokasi tetapnya kemudian,” katanya dipetik Roketkini.
Menurutnya, calon-calon dalam pemilihan semula CEC nanti adalah berdasarkan senarai yang sama seperti Kongres Kebangsaan, Disember lalu, kecuali calon-calon itu dengan sukarela menarik diri.
“Ini kerana tidak ada sebarang kontroversi dalam senarai calon-calon dan ROS (Pendaftar Pertubuhan) juga menyatakan hanya pemilihan semula saja harus dibuat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, semalam.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan menegaskan, perwakilan yang telah digantung atau dipecat selepas Kongres Kebangsaan 2012 turut layak mengambil bahagian dalam pemilihan kali ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-8-2013
Bilakah M’sia tampil negara kadar jenayah rendah?
Harakahdaily, | 21 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Rakyat perlu bertanya apakah yang perlu dilakukan agar Malaysia dapat ditampilkan di muka depan majalah dalam dan luar negara sebagai ‘negara bertuah’ dan ‘rendah kadar jenayah’.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan semalam berkata, laporan muka depan dua majalah antarabangsa bulan lalu seharusnya membuatkan rakyat Malaysia merenung perkembangan di Malaysia setelah selepas 100 hari pilihanraya umum yang baru berlalu dan ketika kita sedang bersiap untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-56 sebelas hari lagi.
Menurutnya, majalah The Economist edisi 20 Julai 2013 menerusi rencana berjudul The Curious Case of the Fall ini Crime melaporkan bahawa “kadar jenayah di negara kaya semakin turun walaupun berdepan dengan masalah kadar pengangguran yang tinggi dan kelembapan ekonomi.”
Berikut ialah kenyataan penuh beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Laporan muka depan dua majalah antarabangsa bulan lalu seharusnya membuatkan rakyat Malaysia merenung perkembangan di Malaysia setelah selepas 100 hari pilihanraya umum yang baru berlalu dan ketika kita sedang bersiap untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-56 sebelas hari lagi.
Majalah The Economist edisi 20 Julai 2013 menerusi rencana berjudul The Curious Case of the Fall ini Crime melaporkan bahawa “kadar jenayah di negara kaya semakin turun walaupun berdepan dengan masalah kadar pengangguran yang tinggi dan kelembapan ekonomi.”
Rencana “ringkasan berita” The Economist itu menyebut:
Di seluruh dunia maju, gelombang jenayah yang bermula pada tahun 1950an kini sedang surut.
Rekod polis (yang meremehkan beberapa jenis jenayah) dan tinjauan di kalangan mangsa (yang tidak selalunya tersedia sebagai sumber data) menunjukkan bahawa kadar jenayah terhadap orang perseorangan dan hartabenda semakin berkurangan sepanjang sepuluh tahun lalu di kebanyakan negara kaya.
Di Amerika, penurunan kadar jenayah bermula sekitar tahun 1991; di Britain, ia bermula sekitar tahun 1995, walaupun kadar jenayah pembunuhan hanya mula berkurangan pada pertengahan tahun 2000-an.
Di Perancis, jenayah melibatkan hartabenda meningkat sehingga tahun 2001–tetapi ia telah berkurangan sebanyak satu pertiga sejak itu. Beberapa jenis jenayah tidak lagi berlaku. Pada tahun 1997, sekitar 400,000 buah kereta telah dilaporkan dicuri di England dan Wales: pada tahun 2012, angkanya hanya 86,000.
Kadar pengurangan jenayah paling ketara di kota-kota utama. Kdaar jenayah ganas telah turun sebanyak 32% sejak tahun 1990 di seluruh Amerika; kota-kota besar mencatatkan kadar penurunan sebanyak 64%.
Di New York, di kawasan sekitar Times Square on 42nd Street, tempat yang dulunya dipenuhi pengedar filem lucah dan penyangak, kini menjadi tempat tumpuan pelancongan berkeluarga. Di kawasan-kawasan perumahan di London, kanak-kanak bermain di kaki lima konkrit yang dulunya menjadi medan penagih dadah. Di Tallinn, anda boleh berjalan kaki pulang ke rumah selepas menonton teater tanpa dicabul, tidak kira pada jam selewat mana pun anda pulang.
Sememangnya orang masih berbahas tentang sebab sebenar yang membawa kepada penurunan ketara kadar jenayah di negara-negara maju, tetapi di Malaysia, 100 hari selepas Pilihanraya Umum ke-13 dan 11 hari sebelum perayaan Hari Kemerdekaan ke-56, rakyatnya masih berdepan dengan ketakutan dan kebimbangan, apatahlagi senjata api kini mudah diperolehi dan kadar jenayah melibatkan senjata api kerap terjadi.
Apa yang tidak kena dengan Malaysia sehingga negara ini seolah-olah dikuasai hukum rimba?
Kulit depan majalah Time minggu lalu pula menampilkan laporan berjudul WE ARE AUSTRALIA: THE TRUE FACE OF THE LUCKY COUNTRY.
Bolehkah kita membayangkan Malaysia ditampilkan pada muka depan majalah dalam dan luar negeri dalam tempoh tiga bulan dan lalu sebagai “Wajah Sejati Sebuah Negara Bertuah”?
Perkara itu tidak dapat kita bayangkan di tengah marak bahasa dan politik kebencian yang berputar sekitar isu kaum dan agama yang seolah-olah cuba menafikan bahawa kepelbagaian kaum, bahasa, budaya, dan agama di Malaysia adalah aset negara ini yang terbaik, bukannya punca kelemahannya yang terbesar.
Setelah lebih seratus hari pilihanraya umum ke-13 dan sebelas hari menjelang perayaan Hari Kemerdekaan ke-56, rakyat Malaysia perlu bertanya bilakah dan apakah yang perlu kita lakukan agar Malaysia dapat ditampilkan di muka depan majalah dalam dan luar negara sebagai “negara bertuah” dan “rendah kadar jenayah”?

Sumber HD - 21-8-2013
DAP kesal PTPTN jadikan pelajar mangsa hutang
Roketkini, | 20 Ogs 2013 |
BUKIT MERTAJAM: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong membantah cadangan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh untuk penyenaraian peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) kerana menyebabkan anak muda menjadi mangsa dasar ekonomi kerajaan pusat.
Menurutnya, mereka yang belum membuat pembayaran balik pinjaman PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman dengan bank lain.
“Walaupun secara amnya, mengetatkan syarat kredit merupakan langkah yang baik, namun tindakan kerajaan dalam konteks ini tidak mengambil kira pokok pangkal permasalahan yang ada.
“Anak muda tiada pilihan kerana PTPTN bukan kemewahan atau kemudahan, tapi satu keperluan atau satu kemudahan kepada majoriti anak muda dan keluarga mereka kerana dasar ekonomi berunsurkan kapitalisme kroni yang diamalkan kerajaan pusat menyebabkan rakyat biasa terpinggir daripada kekayaan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Berdasarkan statistik penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), 80% isi rumah di Malaysia berpendapatan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dan 40% daripada isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Beliau berkata, keadaan ekonomi isu rumah yang suram bertambah buruk disebabkan dasar kerajaan yang mengkomersialkan sektor pendidikan tinggi di Malaysia.
“Pada hari ini, selain 20 institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), terdapat 365 institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang melahirkan kira-kira 200,000 siswazah setiap tahun.
“Jelas, kerajaan membenarkan sektor pendidikan tinggi ditransformasi kepada pasaran untuk mengaut keuntungan tanpa mementingkan kualiti serta kebajikan anak muda Malaysia.
“Dalam keadaan ini, anak muda tiada pilihan dan terpaksa berhutang pada usia muda melalui pinjaman PTPTN bagi membiayai pendidikan tinggi mereka dalam keadaan ekonomi keluarga yang suram.
“Dasar ekonomi kapitalisme kroni menghukum rakyat biasa terutama anak muda, justeru, tindakan kerajaan pusat bagaikan menghukum anak muda yang pada asalnya memang tiada pilihan selain berhutang,” tambahnya.
Steven Sim yang juga Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAPSY berkata, dasar kerajaan pusat nampaknya hanya menguntungkan pihak bank dan syarikat swasta seperti pengelola IPTS dan akhirnya anak muda menjadi mangsa ekonomi kapitalisme kroni.
Dalam ucapan Parlimen dan sempena Hari Belia Antarabangsa tahun ini, beliau juga membangkitkan tiga kemelut ekonomi yang terpaksa dihadapi anak muda iaitu aliran keluar kepakaran atau brain drain, pengangguran anak muda yang tinggi dan guna tenaga tidak penuh atau underemployment yang berleluasa.
Katanya, antara faktor menyebabkan kemelut itu termasuk sistem pendidikan berciri komersial yang tidak dapat menyediakan siswazah memasuki bidang pekerjaan dan dasar ekonomi kapitalisme kroni yang mementingkan keuntungan dan bukan kebajikan rakyat.
“Melaksanakan penyenaraian CCRIS, maka anak muda yang keluar bekerja akan menghadapi tekanan hidup yang lebih tinggi, contohnya, disebabkan kegagalan dasar pengangkutan awam kerajaan maka pengangkutan persendirian menjadi satu keperluan asas untuk anak muda terutama untuk berulang-alik ke tempat kerja.
“Melalui tindakan kerajaan mengetatkan syarat kredit untuk anak muda, maka pembelian motosikal atau kereta menjadi satu masalah.
“Saya berpendapat tindakan kerajaan adalah tindakan terburu-buru yang tidak mengambil kira kesan buruk kepada rakyat biasa. Ini merupakan langkah simplistik kerajaan yang bertindak semacam “ah long” memberi tekanan kepada anak muda untuk membayar balik pinjaman PTPTN sedangkan kerajaan sendiri gagal menaikkan ekonomi rakyat biasa termasuk anak muda bagi memastikan setiap rakyat dapat menikmati kekayaan negara dengan adil,” katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAPSY Pulau Pinang berkata, isu itu akan memberi kesan buruk kepada ramai anak muda, maka Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diminta campur tangan dan menginsafkan rakan beliau dalam Kabinet tentang kesusahan anak muda pada masa kini dan memansuhkan rancangan penyenaraian CCRIS itu.
Beliau juga menyeru kerajaan pusat mengkaji semula dasar mengkomersialkan sektor pendidikan dan mempertimbangkan dasar pendidikan tinggi percuma yang disaran dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Sumber HD - 20-8-2013
‘DDD’: Pergelutan antara hidup atau mati DAP
Harakahdaily, | 18 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP sedang berdepan dengan pergelutan yang akan menentukan hidup atau mati parti ini dengan bermulanya fasa ketiga kempen ‘DDD’ Umno BN untuk memusnahkan DAP.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata sejak beberapa bulan lalu, juru propaganda dan cybertrooper skuad ‘DDD – Demonise/Destroy DAP’ telah melancarkan dua fasa serangan ke atas DAP, iaitu:
- Pertama, menuduh DAP telah menaja “Tentera Kacang Merah” dengan peruntukan sebanyak RM100 juta hingga 1 bilion sejak enam tahun lalu untuk memburuk-burukkan para pemimpin Umno BN; dan
- Kedua, menyebarkan pembohongan tentang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung pada bulan Disember lalu, dan mencapai kemuncak dengan penerbitan risalah yang penuh pembohongan oleh seorang penulis rekaan bernama “Father Augustus Chen”. Risalah berkenaan antara lain mendakwa bahawa sebanyak “753 perwakilan (sebahagian besar berketurunan India)” tidak diberikan notis tentang Kongres DAP dan “543 perwakilan hantu (sebahagian besar dari Pulau Pinang)” telah mengundi dalam kongres berkenaan, padahal kedua-dua dakwaan itu semata-mata bohong dan dusta.
Menurutnya, dalam kedua-dua fasa kempen ‘DDD’ itu, juru propaganda dan cybertrooper Umno BN telah mereka-reka dan mengitar semula ratusan pembohongan dan pendustaan tentang DAP, khususnya dalam media Umno BN seperti Utusan Malaysia dan New Straits Times.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah, kempen ‘DDD’ tidak berakhir atau surut setelah DAP memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (RoS) daripada terus menyalahgunakan kuasa demi memenuhi kehendak ‘tuan politik’ Umno BN, khususnya untuk menghalang DAP daripada dibubarkan.
Katanya, kempen ‘DDD’ Umno BN kini telah memasuki fasa ketiga yang lebih sengit apabila:
- Pembohongan dan pendustaan tentang DAP terus-menerus direka dan disebarkan sejak tiga hari lalu oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times;
- Peluasan wilayah operasi DDD dari hanya media Bahasa Malaysia dan Inggeris ke media bahasa Cina dan Tamil; dan
- Pemberian restu secara rasmi terhadap kempen DDD oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno sendiri yang telah turut terlibat menyerang DAP dalam tempoh 48 jam setelah DAP memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula CEC dengan cara mengulang pembohongan dan pendustaan DDP tentang DAP.
Menurut Lim lagi, Datuk Seri Najib Razak mendakwa DAP bukan sebuah ‘parti politik yang berwibawa’ dan beliau menuturkan pembohongan tentang kegagalan DAP untuk memberi notis kepada 753 perwakilan untuk menghadiri Kongres dan pemilihan CEC DAP bulan Disember lalu, selain dusta berkenaan “547 perwakilan hantu (sebahagian besar dari Pulau Pinang)” sedangkan kedua-dua dakwaan itu tidak mempunyai asas sama sekali.
“DAP kini berdepan dengan ujian yang akan menentukan hidup atau matinya memandangkan batalion ‘DDD’ Umno BN kini sedang cuba menyempurnakan rancangan dan mengerah pasukan mereka untuk menguburkan DAP,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber HD - 18-8-2013
Mesir: DAP gesa rakyat M'sia sertai himpunan esok
Harakahdaily, | 16 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama menyertai Himpunan Munajat Perdana 100k esok bagi menunjukkan solidariti untuk rakyat Mesir.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, isu keamanan sejagat dan hak asasi manusia menjangkaui batasan kaum, agama dan fahaman politik dan perlu dipertahankan oleh seluruh umat manusia.
"Saya dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain akan turut menyertai himpunan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) itu akan diadakan di Padang Merbok bermula jam 4 petang hingga 9 malam esok.
Sementara itu, DAP turut menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil segera sidang khas Parlimen untuk mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai di Mesir.
Malaysia juga tegasnya perlu menyatakan pendirian yang tegas menuntut Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu bertindak mengembalikan keamanan di Mesir.
"Kekerasan melampau yang diambil oleh rejim tentera tersebut ke atas rakyatnya sendiri merupakan satu tindakan kekejaman yang tidak berperikemanusian.
"Masyarakat antarabangsa perlu bersolidariti bersama rakyat Mesir dan menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil apa sahaja tindakan yang sepatutnya untuk mengembalikan keamanan di Mesir," katanya yang juga Ketua Whip DAP.
Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat pernah menyokong usul yang dibawa kerajaan pada 2009 untuk mengutuk kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.
"Parlimen Malaysia pernah mengadakan sidang khas pada 12 Januari 2009 untuk mengutuk kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza. Dalam sidang khas tersebut, Pakatan Rakyat telah memberikan sokongan penuh kepada usul yang dibawa oleh Kerajaan untuk membuktikan pendirian tegas rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," tambahnya.
Loke yakin Pakatan Rakyat akan sekali lagi menyokong penuh sekiranya perdana menteri memanggil sidang khas Parlimen dan mengemukakan usul untuk mengutuk rejim tentera Mesir.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, isu keamanan sejagat dan hak asasi manusia menjangkaui batasan kaum, agama dan fahaman politik dan perlu dipertahankan oleh seluruh umat manusia.
"Saya dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain akan turut menyertai himpunan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) itu akan diadakan di Padang Merbok bermula jam 4 petang hingga 9 malam esok.
Sementara itu, DAP turut menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil segera sidang khas Parlimen untuk mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai di Mesir.
Malaysia juga tegasnya perlu menyatakan pendirian yang tegas menuntut Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu bertindak mengembalikan keamanan di Mesir.
"Kekerasan melampau yang diambil oleh rejim tentera tersebut ke atas rakyatnya sendiri merupakan satu tindakan kekejaman yang tidak berperikemanusian.
"Masyarakat antarabangsa perlu bersolidariti bersama rakyat Mesir dan menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil apa sahaja tindakan yang sepatutnya untuk mengembalikan keamanan di Mesir," katanya yang juga Ketua Whip DAP.
Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat pernah menyokong usul yang dibawa kerajaan pada 2009 untuk mengutuk kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.
"Parlimen Malaysia pernah mengadakan sidang khas pada 12 Januari 2009 untuk mengutuk kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza. Dalam sidang khas tersebut, Pakatan Rakyat telah memberikan sokongan penuh kepada usul yang dibawa oleh Kerajaan untuk membuktikan pendirian tegas rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," tambahnya.
Loke yakin Pakatan Rakyat akan sekali lagi menyokong penuh sekiranya perdana menteri memanggil sidang khas Parlimen dan mengemukakan usul untuk mengutuk rejim tentera Mesir.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-8-2013
Pemilihan semula CEC: DAP bidas Khairy
Harakahdaily, | 16 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP hari ini membidas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mendakwa kononnya parti itu "akhirnya mengaku bersalah" apabila memutuskan untuk membuat pemilihan semula CEC parti itu.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook (gambar), berkata dakwaan tersebut langsung tidak berasas kerana pucuk pimpinan DAP mengambil keputusan membuat pemilihan semula disebabkan mereka tidak ada pilihan lain untuk menyelamatkan parti.
"Sekiranya DAP tidak akur kepada arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), risiko yang perlu ditanggung ialah pembatalan pendaftaran parti.
"Inilah perangkap politik yang dipasang oleh Umno kerana objektif utama mereka ialah untuk memusnah dan melenyapkan DAP dari arena politik Malaysia. Di atas pertimbangan politik tersebutlah, DAP mengambil keputusan untuk akur kepada arahan ROS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang terkilan dengan dakwaan itu berkata, ulasan sebegitu tidak wajar keluar daripada mulut seorang menteri muda yang selalu menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin generasi muda yang berkaliber dan bijak.
"Hanya kerana nak memenangi hati ahli-ahli Umno menjelang pemilihan parti, beliau (Khairy) kini sanggup berpolitik sehingga tahap yang begitu rendah sekali," katanya.
Selain itu katanya, ada pula hujah yang mempersoal kalau DAP tidak bersalah, mengapa tidak menbawa kes tersebut ke mahkamah.
Menjawab hujah itu beliau berkata, DAP cukup yakin ada campurtangan politik di peringkat tertinggi dalam kes ini dan sukar mendapat satu penghakiman yang adil melalui mahkamah.
Tambahnya, sekiranya kes ini berlanjutan bertahun-tahun di mahkamah, maka sudah tentu perjalanan parti akan terbantut dan ini akan memberikan kesan buruk kepada perjuangan politik DAP untuk menuntut perubahan demi rakyat Malaysia.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban turut menjawab dakwaan Khairy kononnya mengambil masa terlalu lama bagi mengakui kesilapan tersebut.
Menolak dakwaan itu, Anthony berkata, pihaknya mengakui kesilapan teknikal dalam keputusan pemilihan CEC pada awal bulan Januari 2013, namun tempoh yang lama adalah disebabkan ROS mengambil masa lebih 7 bulan untuk membuat siasatan.
Mereka hanya menerima surat rasmi daripada ROS berkenaan arahan membuat pemilihan semula tanpa diberikan sebarang alasan pada 31 Julai 2013.
"Ini jelas menunjukkan bahawa Khairy sama seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain, masih bermain politik cara tradisi Umno iaitu menggunakan fitnah, penipuan, dakwaan tidak berasas dan penyalahgunaan kuasa kerajaan untuk mencapai tujuan politik sempit peribadi mereka tanpa sebarang pertimbangan nilai-nilai kebenaran dan keadilan.
"Bagi mereka, kebenaran tidak penting selagi ia memenuhi kepentingan mereka seperti pepatah kata Inggeris “the end justifies the means”," katanya.

‘Jika ROS percaya difitnah, mereka boleh dakwa kami’
Harakahdaily, | 14 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman untuk menuntut dua penjelasan mengapa parti itu perlu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) DAP baru-baru ini, sebagai usaha terakhir bagi menuntut dan mendesak supaya penjelasan diberikan.
“Tanpa dua penjelasan itu, pimpinan DAP tidak akan mampu menjelaskan kepada perwakilan DAP di kongres parti mengapa pimpinan parti mengalah dan menyerah begitu mudah," ujarnya dipetik Roketkini.
Beliau berkata, DAP bersedia untuk mengadakan pemilihan semula jika penjelasan yang diberikan munasabah, sah dan disertakan dengan fakta berasas.
“Kami juga tidak berpuas hati dengan tindakan ROS berulang kali berkelakuan tidak profesional, tidak beretika dan juga menyalahi undang-undang dengan membuat pengumuman media yang tidak mempunyai asas fakta. Jika ROS percaya bahawa mereka telah difitnah DAP, mereka boleh mendakwa kami di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut mengulangi pendiriannya bahawa pemilihan CEC yang diadakan Disember tahun lalu dijalankan secara teratur dan bersih serta dijalankan mengikut prosedur.
“CWC DAP mengulangi bahawa pemilihan CEC lalu dijalankan secara teratur dan bersih," jelasnya lagi.
Lim berkata, gangguan komputer telah menyebabkan pengumuman calon yang berjaya salah, namun DAP terus mengambil langkah segera membetulkannya dan turut memanggil sebuah firma perakaunan untuk mengesahkan keputusan yang diperbetulkan.
“Tidak ada sebarang kesilapan dalam pengiraan undi atau penjumlahan tetapi hanya dalam pengumuman keputusan,” tegasnya.
Sehingga hari ini, ROS masih gagal menjawab permintaan DAP untuk mengemukakan penjelasan atau bertemu serta berbincang berhubung isu ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) DAP baru-baru ini, sebagai usaha terakhir bagi menuntut dan mendesak supaya penjelasan diberikan.
“Tanpa dua penjelasan itu, pimpinan DAP tidak akan mampu menjelaskan kepada perwakilan DAP di kongres parti mengapa pimpinan parti mengalah dan menyerah begitu mudah," ujarnya dipetik Roketkini.
Beliau berkata, DAP bersedia untuk mengadakan pemilihan semula jika penjelasan yang diberikan munasabah, sah dan disertakan dengan fakta berasas.
“Kami juga tidak berpuas hati dengan tindakan ROS berulang kali berkelakuan tidak profesional, tidak beretika dan juga menyalahi undang-undang dengan membuat pengumuman media yang tidak mempunyai asas fakta. Jika ROS percaya bahawa mereka telah difitnah DAP, mereka boleh mendakwa kami di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut mengulangi pendiriannya bahawa pemilihan CEC yang diadakan Disember tahun lalu dijalankan secara teratur dan bersih serta dijalankan mengikut prosedur.
“CWC DAP mengulangi bahawa pemilihan CEC lalu dijalankan secara teratur dan bersih," jelasnya lagi.
Lim berkata, gangguan komputer telah menyebabkan pengumuman calon yang berjaya salah, namun DAP terus mengambil langkah segera membetulkannya dan turut memanggil sebuah firma perakaunan untuk mengesahkan keputusan yang diperbetulkan.
“Tidak ada sebarang kesilapan dalam pengiraan undi atau penjumlahan tetapi hanya dalam pengumuman keputusan,” tegasnya.
Sehingga hari ini, ROS masih gagal menjawab permintaan DAP untuk mengemukakan penjelasan atau bertemu serta berbincang berhubung isu ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-8-2013
Kampung Kepayang Ipoh bakal dirodok buldozer?
Hafiz Zainuddin Roketkini, | 14 Ogs 2013 |
DI CELAH kesibukan warga kota Ipoh mencari rezeki, di sebalik ghairah kerajaan dan pemaju membuka taman perumahan dan bandar baru, di situ bersemayam sepi sebuah tanah warisan, kampung tradisi Melayu yang hampir dilupakan, Kampung Kepayang.
Berusia lebih 100 tahun dengan catatan sejarah panjang dan lagenda lampau, kampung ini adalah satu-satunya Kampung Melayu tradisional di tengah kota yang masih bernyawa, hijau dan damai. Di sini juga duduk letaknya sekitar 300 keluarga yang menumpang teduh di atas tanah pusaka warisan nenek moyang mereka.
Mujurlah kampung ini tidak senasib seperti Kampung Paloh dan perkampungan Melayu lain di tengah bandar yang kini hanya terakam dalam sejarah masa dilahap jentolak dan buldozer atas nama pembangunan. Jika nasibnya serupa, maka Kampung Kepayang tidak terkecuali bakal meninggalkan jasa mencatat kelompok demi kelompok keluarga Melayu sebagai statistik yang pernah mendiami bandar Ipoh. Tidak lebih daripada itu.
Keluarga Keturunan Dato’ Panglima Kinta, Pasak Kepayang
Perdu rimbun buluh yang meliuk ditiup angin menyambut saya pada hari raya kedua berkunjung ke sini. Perasaan saya tidak lebih seperti pulang berhari raya ke kampung halaman, apa lagi saya tidak pernah merasa pulang ke kampung memandangkan kedua-dua arwah nenek dan datuk saya memang sudah lama berhijrah ke Ipoh.
Hari itu saya mengambil kesempatan memenuhi jemputan teman, Faizal Zainol ke majlis rumah terbuka keluarga besarnya; Himpunan Keluarga Keturunan Dato’ Panglima Kinta, Pasak Kepayang. Bagi saya, alangkah bertuah jika dapat saya jejak susur galur keluarga keturunan saya, sebab, baka keturunan ini boleh jadi kebanggaan. Walaupun tidak kenal saudara jauh, tidak pula terus hilang jejak mereka, abah saya pernah khabarkan bahawa keturunan keluarga kami berasal daripada suku Bugis yang merantau ke Tanah Melayu dan turut punya pertalian darah dengan Melayu Deli di Medan. Malangnya kami terputus hubungan dengan saudara mara di seberang sebaik sahaja datuk saudara saya, Pak Su yang menetap di Kampung Baru, Kuala Lumpur meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Suasana Kampung Kepayang hampir tidak berubah berbanding dua tahun lalu ketika saya berada di sini melainkan tersergam sebuah masjid baru yang menggantikan masjid lama berhampiran padang anak-anak bermain bola yang berhadapan dengan tanah perkuburan lama. Tidak pula saya perasan kalau-kalau sudah ada pusat kraftangan atau kompleks sejarah dibina. Selain itu, semuanya tak terusik, biasa sahaja kecuali beberapa rumah penduduk yang baru dicat.
Uniknya, biar pun kampung ini berada di tengah kota Ipoh, menjejakkan kaki ke sini menjanjikan satu suasana kontra. “Kampung ni macam satu kampung dekat Bakelalan, Sabah nu,” kata Cikgu Azmi dengan nada seloroh ketika duduk bersembang sambil menjamah kambing bakar.
Cikgu Azmi adalah seorang daripada waris keluarga besar itu. Di suatu ketika tatkala Lembah Kinta masyhur sebagai lubuk perusahaan bijih timah, Dato’ Panglima Kinta adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran daerah ini sebelum bertukar tangan kepada penjajah Inggeris.
Saya mengenali Cikgu Azmi ketika saya dan beberapa orang teman, saudara Kyl Mohamad, Ezham Mohd Noh, dan Faizal Zainol melakukan penyelidikan ketika aktif dengan komuniti bebas dua tahun lalu.
Selain Cikgu Azmi, tidak boleh dilupakan ialah Suhaimi Mohd Nazir atau lebih mesra dipanggil Udik. Beliau adalah Setiausaha Persatuan Keturunan Dato’ Panglima Kinta Pasak Kepayang. Udik adalah antara orang yang paling banyak memberi maklumat kepada kami mengenai sejarah kampung itu. Begitu juga Ketua Kampung, Kampung Kepayang ketika pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Perak, Haji Bakri atau lebih dikenali sebagai Pak Wer. Mereka adalah individu yang banyak membantu kajian kami selain ramai lagi responden penduduk kampung dan ahli akademik yang ditemui.
Peri penting survival Kampung Kepayang Ipoh
Kami (komuniti bebas) mengambil Kampung Kepayang sebagai subjek kajian dan penyelidikan memandangkan ia adalah sebuah kampung tradisional Melayu yang unik kerana berada di tengah bandar dan masih diduduki. Kebetulan, kampung ini juga bukan kawasan asing bagi saya, Kyl dan Faizal. Inilah tempat kami mencari buluh untuk sebarang aktiviti pasukan pengakap kami di zaman sekolah dulu – Pergerakan Pengakap 08 Kinta, Sekolah Menengah Anderson Ipoh.
Melalui kajian itu, hasilnya kami terbitkan melalui penulisan dan sebuah dokumentari berdurasi 32 minit 32 saat berjudul “Tanah Secupak: Di Sebalik Kampung Kepayang”. Dokumentari ini merungkai susur galur sejarah Lembah Kinta sebermula abad ke 15 lagi. Ia termasuklah Perang Perak pada 1875 membabitkan Sultan Abdullah, Sultan Ismail, Dato’ Maharaja Lela dan JWW Birch. Turut diselitkan bersama adalah lagenda popular yang diceritakan orang lama di situ secara lisan mengenai lagenda Gunung Mat Sirat dengan mitos Sang Kelembai dan istana raja yang menjadi batu.
“Tanah Secupak: Di Sebalik Kampung Kepayang” merupakan sebuah dokumentari mengenai sejarah dan survival sebuah kampung yang terletak di tengah bandaraya Ipoh. Bagaimanapun, melihatkan keadaannya sekarang, saya kurang pasti masih adakah pihak yang prihatin terhadap keberlangsungan survival kampung ini melainkan daripada perkhabaran penduduk, tanah di Kampung Kepayang ini sentiasa diintai pemaju untuk dibangunkan kawasan perumahan dan bandar baru.
Dokumentari mengenai Kampung Kepayang bukan satu lagi projek syok sendiri ‘wannabe-wannabe’ yang kononnya mahu jadi pembuat filem. Pada 25 November 2011, Tanah Secupak: Di Sebalik Kampung Kepayang turut serta dalam Festival Dokumentari Finas bersama 100 penyertaan individu dan syarikat penerbitan perfileman yang lain bertempat di Studio Sound Stage Finas dengan kerjasama Crossing Borders International Forum Pitching Forum dan The 1st Finas Documentary Campus Conference.
Kami tahu, dengan sumber tenaga dan peralatan yang sangat minimum, masakan kami boleh menyaingi pembikin dokumentari berpengalaman dan hebat lain untuk memenangi anugerah. Tetapi, barang diingat, tujuan Tanah Secupak: Di Sebalik Kampung Kepayang ini menyertai festival dokumentari ini semata-mata bagi mengetengahkan isu, permasalahan dan sejarah silam yang tidak diketahui orang walhal kampung itu adalah sebuah kampung tertua di Ipoh setaraf dengan kewujudan Kampung Baru di Kuala Lumpur.
Apa nasib Kampung Kepayang selepas ini?
Sehingga kini nasib dan survival Kampung Kepayang menjadi persoalan besar. Jika kampung ini terus terpinggir atau perlahan demi perlahan lenyap dalam keghairahan pemaju dan kerajaan meneroka bandar dan perumahan baru, warisan hanya akan tinggal nama, seperti mana Penjara Pudu yang menyembah bumi, Stadium Merdeka yang terancam, bangunan lama di Jalan Sultan yang tiada masa depan begitu juga dengan nasib Kampung Baru, Kuala Lumpur yang menjadi rebutan taukeh dan pelabur.
Dalam hal ini, masyarakat harus ambil kisah. Wakil rakyat harus peduli. Kerajaan harus cakna. Status tradisi dan warisan bukan hak milik mutlak kuih samperit lemang, ketupat mahu pun dodol.
Benar, Kampung Kepayang wajar dikekalkan imejnya dengan wajah kampung warisan. Tetapi, biarlah wajah kampung warisan ini dihargai, diwartakan sebagai kawasan pelancongan bersejarah seperti harumnya nama Pasir Salak dengan kompleks sejarahnya, begitu juga Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey dan beberapa tempat lain.
Kampung Kepayang perlu melalui sebuah modul pembangunan lestari. Industri desa seperti pembuatan makanan tradisi dan kraftangan harus dibangunkan. Kompleks sejarah walaupun kecil perlu dibina. Makam dan kubur lama biarlah bernisan.
Inilah Kampung yang menjadi saksi jatuh bangun Lembah Kinta sebagai hub bijih timah tersohor suatu ketika dulu. Ini juga kampung yang menjadi bukti kemandirian orang Melayu bersama masyarakat daripada suku dan kaum yang lain membangunkan bandar ini.
Bandar Ipoh yang terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih timah tidak akan sempurna dengan peminggiran Kampung Kepayang. Pohon Ipoh beracun yang ditanam berhadapan city hall tidak cukup kukuh untuk menanggung segala cerita suka duka, sejarah jatuh bangun bandar, kaum buruh, petani dan semua suku masyarakat di bumi Perak ini.
Matahari jam 12 sudah hampir condong dan dalam sejam lagi berlangsungnya sembahyang fardu Jumaat. Elok sahaja lepas puas bersembang dengan Cikgu Azmi dan teman, saya minta diri beransur pulang meninggalkan majlis perhimpunan keluarga besar itu. Rasanya, segala yang dikongsi, elok benar kalau ditulis. Terima kasih buat Faizal dan seluruh kaum kerabat Dato’ Panglima Kinta Pasak Kepayang yang menjemput saya. Buat wakil rakyat, jengah-jengahlah bertanya khabar orang di sini. Akhirnya, masih tidak terlewat lagi rasanya untuk saya ucapkan salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Jenayah berleluasa bukti tranformasi Najib gagal
Harakahdaily, | 14 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP menyifatkan kadar jenayah yang berleluasa merupakan bukti kegagalan kerajaan walaupun ia didakwa menjadi keutamaan dalam program tranformasi seperti dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menegaskan kerajaan sudah tidak mempunyai masa lagi untuk berdolak dalik, sebaliknya melakukan segera langkah penyelesaian dan memandang serius kejadian jenayah yang tidak berkesudahan itu.
Katanya, kerajaan harus segera menggerakkan lebih ramai anggota polis di jalanan yang mana kini hanya terdapat 9 peratus daripada 112,583 atau 10,150 pegawai beruniform di Malaysia di bawah Jabatan Siasatan Jenayah.
Beliau berkata, lebih dari 20 orang telah terbunuh dalam peristiwa tembakan sejak April lalu termasuk yang berlaku kepada Pengasas Bank Arab-Malaysian, Hussain Ahmad Najadi sehari selepas Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak.
“Rakyat ditembak di persimpangan jalan raya yang sibuk, di lampu isyarat dan restoran oleh lelaki bersenjata melepaskan tembakan sehingga dua dozen di mana-mana sahaja, di siang hari,” ujarnya dipetik Roketkini.
Justeru, katanya kenyataan Najib tahun lalu yang menyatakan Malaysia adalah negara paling selamat di rantau ini, jelas tidak ada kebenarannya.
Statistik polis yang dikeluarkan oleh agensi pembaharuan ekonomi negara, Pemandu, menunjukkan bahawa terdapat 15,098 kes jenayah kekerasan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, ianya meningkat dari 14,811 dalam tempoh yang sama tahun lalu. Pembunuhan juga meningkat kepada 322 dalam tempoh enam bulan berbanding dengan 291 pada 2011.
Beliau turut mempersoal dari mana datangnya senjata yang digunakan penjenayah yang seolah-olah begitu mudah diperoleh walhal Malaysia mempunyai undang-undang pemilikan senjata yang ketat.
Tambahnya, terdapat sekurang-kurangnya 370,000 senapang yang dimiliki di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 28 juta.
Katanya, Jepun mempunyai penduduk seramai 127 juta dan 710,000 senapang.
Menurutnya lagi, Malaysia mempunyai nisbah satu senjata untuk setiap 78 orang, lebih tinggi dari Vietnam yang mempunyai nisbah 80:1.
“Hanya mereka yang mempunyai lesen saja dibenarkan untuk mempunyai senjata sendiri, sesiapa yang ditangkap memiliki senjata tanpa lesen boleh menghadapi hukuman sehingga 14 tahun penjara dan hukuman mati sekiranya mempunyai peluru hidup.
“Jadi, dari manakah senjata yang digunakan dalam kejadian tembak-menembak baru-baru ini datang?” soal beliau.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menegaskan kerajaan sudah tidak mempunyai masa lagi untuk berdolak dalik, sebaliknya melakukan segera langkah penyelesaian dan memandang serius kejadian jenayah yang tidak berkesudahan itu.
Katanya, kerajaan harus segera menggerakkan lebih ramai anggota polis di jalanan yang mana kini hanya terdapat 9 peratus daripada 112,583 atau 10,150 pegawai beruniform di Malaysia di bawah Jabatan Siasatan Jenayah.
Beliau berkata, lebih dari 20 orang telah terbunuh dalam peristiwa tembakan sejak April lalu termasuk yang berlaku kepada Pengasas Bank Arab-Malaysian, Hussain Ahmad Najadi sehari selepas Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak.
“Rakyat ditembak di persimpangan jalan raya yang sibuk, di lampu isyarat dan restoran oleh lelaki bersenjata melepaskan tembakan sehingga dua dozen di mana-mana sahaja, di siang hari,” ujarnya dipetik Roketkini.
Justeru, katanya kenyataan Najib tahun lalu yang menyatakan Malaysia adalah negara paling selamat di rantau ini, jelas tidak ada kebenarannya.
Statistik polis yang dikeluarkan oleh agensi pembaharuan ekonomi negara, Pemandu, menunjukkan bahawa terdapat 15,098 kes jenayah kekerasan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, ianya meningkat dari 14,811 dalam tempoh yang sama tahun lalu. Pembunuhan juga meningkat kepada 322 dalam tempoh enam bulan berbanding dengan 291 pada 2011.
Beliau turut mempersoal dari mana datangnya senjata yang digunakan penjenayah yang seolah-olah begitu mudah diperoleh walhal Malaysia mempunyai undang-undang pemilikan senjata yang ketat.
Tambahnya, terdapat sekurang-kurangnya 370,000 senapang yang dimiliki di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 28 juta.
Katanya, Jepun mempunyai penduduk seramai 127 juta dan 710,000 senapang.
Menurutnya lagi, Malaysia mempunyai nisbah satu senjata untuk setiap 78 orang, lebih tinggi dari Vietnam yang mempunyai nisbah 80:1.
“Hanya mereka yang mempunyai lesen saja dibenarkan untuk mempunyai senjata sendiri, sesiapa yang ditangkap memiliki senjata tanpa lesen boleh menghadapi hukuman sehingga 14 tahun penjara dan hukuman mati sekiranya mempunyai peluru hidup.
“Jadi, dari manakah senjata yang digunakan dalam kejadian tembak-menembak baru-baru ini datang?” soal beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-8-2013
Adakah Zahid bertindak adil terhadap polis?
Harakahdaily, | 12 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu risau tentang orang awam berlaku tidak adil terhadap pihak polis dalam penentangannya terhadap penjenayah tegar di Malaysia.
Itu sebabnya, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kenapa rakyat Malaysia menuntut supaya lebih banyak sumber diperuntukkan dalam bentuk kelengkapan dan kakitangan; terutamanya apabila hanya 9% daripada kekuatan anggota polis berjumlah 112,583 orang atau 10,150 anggota sahaja yang memerangi jenayah.
“Sebaliknya rakyat turut menuntut supaya Ahmad Zahid menambahkan bilangan anggota polis yang menentang jenayah dan membuat rondaan sehingga 50% daripada jumlah keseluruhan anggota, atau 56,000 orang; demi memastikan tugas tersebut dapat dilakukan dengan sebaik mungkin,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Soalnya, kata beliau ialah sama ada Ahmad Zahid bertindak adil terhadap pasukan polis dengan mengalihkan kekuatan mereka daripada tugas utama membasmi jenayah dengan mengarahkan mereka melaksanakan tugasan lain, termasuklah memantau dan menangani pihak lawan politik BN.
Justeru, Lim mempersoalkan adilkah Ahmad Zahid terhadap pasukan polis yang kini dipersoalkan atas kegagalan menjaga keselamatan orang awam apabila pasukan polis pada masa-masa tertentu dihadkan kepada tugas-tugas tidak penting dengan mengalihkan tumpuan daripada penjenayah kepada wakil rakyat yang patuh kepada undang-undang, yang malangnya mewakili pihak pembangkang.
Katanya, untuk menjustifikasi pengembalian semula undang-undang pencegahan yang membenarkan penahanan tanpa bicara, Ahmad Zahid mendakwa bahawa pembebasan 2,600 orang penjenayah lantaran pemansuhan Ordinan Darurat pada tahun 2011 telah mengakibatkan terbentuk sebuah pasukan penjenayah seramai 260,000 orang berkeliaran di jalanan Malaysia.
“Angka yang datang daripada Menteri Dalam Negeri ini sangat mengejutkan; malah kiraannya dalam menganggar bilangan penjenayah bukan sekadar berasaskan syak malah dibesar-besarkan secara melampau,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Namun, kata Lim lagi jika benarlah dakwaan Zahid Hamidi bahawa terdapat 260,000 penjenayah bebas di jalanan negara, maka usaha menghidupkan semula undang-undang seakan-akan Ordinan Darurat tidak akan membantu polis, malah Angkatan Tentera Malaysia bersama pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) harus membantu pihak polis menghadapi ketumbukan 260,000 orang penjenayah ini.
Menurutnya, angka mengejutkan 260,000 orang penjenayah adalah jauh melampaui bilangan jumlah anggota polis seramai 112,583 serta pasukan angkatan tentera seramai 124,000 orang.
“Atas sebab ini, DAP bukan sahaja menyeru angkatan tentera untuk membantu pasukan polis, malah supaya pasukan pengaman PBB juga diundang bagi membantu pasukan polis Malaysia daripada dikalahkan pasukan penjenayah berbilangan 260,000 orang ini,” ujarnya lagi.

Sumber HD - 12-8-2013
2 hari lagi untuk Father Augustus Chen muncul
Harakahdaily, | 11 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Hanya tinggal dua hari masa yang diberikan untuk “Father Augustus Chen” yang kononnya menulis risalah “The Equity Report CEC Election Fraud” yang penuh pembohongan itu untuk menampilkan diri dan membuktikan dia benar-benar wujud.
Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, sehingga saat ini, belum ada tanda-tanda bahawa “Father Augustus Chen” akan muncul kerana sememangnya orang sedemikian tidak wujud bukan saja di Malaysia, malah di dunia ini.
“Mustahil dan tidak masuk akal ada orang seperti itu yang sanggup membenarkan namanya digunakan untuk penerbitan penuh pembohongan seperti itu tetapi takut untuk tampil ke depan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan.
Kenyataan penuh seperti di bawah.
Hanya tinggal dua hari masa yang diberikan untuk “Father Augustus Chen” yang kononnya menulis risalah “The Equity Report CEC Election Fraud” yang penuh pembohongan itu untuk menampilkan diri dan membuktikan dia benar-benar wujud.
Sehingga saat ini, belum ada tanda-tanda bahawa “Father Augustus Chen” akan muncul kerana sememangnya orang sedemikian tidak wujud bukan saja di Malaysia, malah di dunia ini.
Mustahil dan tidak masuk akal ada orang seperti itu yang sanggup membenarkan namanya digunakan untuk penerbitan penuh pembohongan seperti itu tetapi takut untuk tampil ke depan!
Siapa saja yang tampil ke depan untuk mengakui dirinya sebagai penulis “The Equity Report” perlu bersedia bukan saja untuk berdepan dengan beberapa saman fitnah tetapi juga perbicaraan kes jenayah atas segala pembohongan yang terdapat dalam risalah itu.
Jika “Father Augustus Chen” tidak tampil untuk membuktikan kewujudannya, maka media Umno/BN perlu bersedia untuk berdepan dengan saman fitnah kerana mereka telah menggunakan risalah tersebut sebagai asas untuk meneruskan fitnah terhadap DAP dan pimpinannya, seolah-olah segala dusta dan nista di dalamnya adalah kebenaran yang hakiki (walaupun risalah itu diterbitkan secara haram tanpa mencatatkan nama pencetak dan penerbit seperti yang diwajibkan undang-undang).
Bagaimanapun, persoalan lebih penting ialah mengapa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS) bertindak terhadap DAP dengan tidak memperakui pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan mengarahkan supaya diadakan pemilihan semula berasaskan pembohongan dan kepalsuan yang terdapat dalam risalah “Father Augustus Chen” itu?
Apakah setelah 56 tahun dan 13 piihanraya umum, pentadbiran kerajaan di Malaysia telah berubah menjadi tadbir urus yang berasaskan penipuan, pembohongan dan kepalsuan?
Atas sebab ini DAP telah meminta agar Ketua Pengarah RoS tidak bertindak sembarangan dan menjelaskan mengapa beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berkenaan pemilihan CEC parti ini pada bulan Disember lalu.
Tiada apa yang hendak DAP sembunyikan dan malah parti ini bersedia untuk menjawab secara terbuka semua pembohongan yang telah direka oleh juru propaganda dan cybertrooper Umno/BN berkenaan pemilihan CEC DAP pada Disember lalu.
Sejak minggu lalu, juru propaganda dan cybertrooper skuad pemusnah DAP Umno/BN (sampai ke peringkat anggota Kabinet) telah menggunakan “Father Augustus Chen” sebagai sumber maklumat berwibawa untuk menghalalkan tindakan RoS terhadap DAP:
• Bahawa “753 perwakilan DAP (kebanyakan berketurunan India)” yang layak untuk mengundi dalam pemilihan CEC DAP telah TIDAK diberikan notis untuk hadir dan mengundi dalam Kongres DAP.
• Bahawa “547 perwakilan hantu (kebanyakannya dari Pulau Pinang)” telah mengundi dalam Kongres DAP Disember lalu, menjadikan pemilihan itu tidak sah.
Dakwaan berkenaan 547 “perwakilan hantu” ini adalah fitnah yang baru dibuat selepas pilihanraya umum 5 Mei lalu dan tidak pernah sekali pun dibangkitkan oleh RoS sejak enam bulan sebelum itu, manakala dakwaan tentang 753 perwakilan DAP (yang tidak hadir kongres dan mewakili 29% daripada jumlah perwakilan yang berhak hadir) yang tidak diberikan notis untuk hadir dan mengundi juga tidak berasas sama sekali.
Selain itu, perwakilan India yang tidak hadir hanya sekitar 100 orang dan bukannya membentuk sebahagian besar daripada “753 perwakilan DAP” yang kononnya tidak hadir.
DAP sanggup menjawab secara terbuka semua pembohongan yang direka oleh skuad DDD Umno/BN. Apakah RoS sanggup melakukan perkara yang sama untuk menegakkan kebenaran?
Tidak ada satu aduan pun diterima oleh pimpinan DAP sejak enam bulan lalu tentang pemilihan CEC Disember lepas.
Mengapa RoS tidak menyuruh anggota parti yang tidak berpuas hati tentang pemilihan CEC DAP Disember lalu untuk membuat aduan dan menggunakan saluran parti terlebih dahulu dan hanya membuat laporan kepada RoS jika mereka tidak berpuas hati dengan respons yang diterima daripada parti?
Tinggal dua hari saja lagi untuk “Father Augustus Chen” menampilkan dirinya. Siapa berani bertaruh bahawa ia akan muncul?

Penstrukturan PDRM: 4 langkah cegah jenayah
Steven Sim Chee Keong, | 10 Ogs 2013 |
JENAYAH boleh berlaku dalam banyak keadaan. Di mana sekali pun kita berada, kerap kali, kes jenayah seperti samun, rompakan, pembunuhan dan sebagainya terus berlaku dan menjadi laporan utama di dada akhbar negara ini.
Sudah tentu, kejadian jenayah yang berlaku bukan disebabkan satu faktor tetapi faktor kolektif yang mungkin tidak dapat dielak apalagi Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun menuju matlamat negara maju pada 2020.
Faktor ini antara lain boleh dikaitkan dengan dendam, khianat dan faktor ekonomi. Tekanan hidup akibat belenggu kemiskinan, kos sara hidup yang makin tinggi, keciciran dalam pendidikan yang boleh menjerumuskan seseorang itu dalam kegiatan jenayah adalah hal yang lazim kita dengar.
Apa pun faktornya, pihak keselamatan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal dan mencegah jenayah. Dengan kesiapsiagaan dan profesionalisme anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), kadar kejadian jenayah dapat dikurangkan.
Sudah tentu, negara memerlukan jumlah anggota pasukan polis pencegahan jenayah yang wajar.
Tetapi apa yang berlaku dan menjadi persoalan saya ialah mengapa anggota polis Cawangan Khas (termasuk pasukan Petugas Khas) mencatat peningkatan mendadak iaitu lebih kurang 2,423 pegawai atau peningkatan 46.43 peratus daripada 2011 sehingga 2013, sedangkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pula hanya meningkat seramai 583 orang iaitu kira-kira 6.24 peratus. Fakta ini membingungkan kita semua.
Ia pada masa yang sama mencerminkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak serius menangani jenayah. Justeru, saya mencadangkan empat kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan pasukan polis kita yang lebih efektif melalui penstrukturan semula PDRM.
1) Menjadikan “melawan jenayah” sebagai fungsi utama PDRM
Antara saranan saranan Laporan Tun Dzaiddin ialah supaya kekuatan polis ditumpu kepada melawan jenayah dan bukan tugas lain seperti mendakwa, forensik, sokongan logistik dan operasi para-militari. Tugas ini boleh dilaksanakan agensi lain seperti Pejabat Timbalan Pendakwaraya, pakar forensik bukan polis, pihak tentera dan sebagainya.
Justeru, Akta Polis 1967 perlu digubal agar peranan, tugas dan misi PDRM diperhalusi untuk menumpu kepada melawan jenayah dan bukannya tugas yang tidak memerlukan kuasa polis.
2) Memansuhkan pasukan Cawangan Khas
Bagi mencapai misi “melawan jenayah”, maka saya menyarankan semua pegawai Cawangan Khas yang mempunyai kemahiran risikan dan siasatan disalur kepada JSJ. Objektif asal Cawangan Khas adalah untuk melawan komunis tetapi kini, ancaman komunisme sudah tiada lagi di negara kita. Kerajaan dan parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO dan MCA juga menjalinkan hubungan diplomatik yang rapat dengan Parti Komunis terbesar di dunia iaitu Parti Komunis China.
Justeru, tidak masuk akal untuk mempunyai pasukan Cawangan Khas yang dianggar berjumlah lebih 7,000 anggota pada masa kini. Kementerian Dalam Negeri enggan mendedahkan angka rasmi keanggotaan Cawangan Khas yang terkini.
Anggota Cawangan Khas yang mempunyai latihan khas dalam risikan patut disalur kepada kerja melawan penjenayah termasuk aktiviti jenayah berat dan ancaman aktiviti keganasan (terrorism).
3) Seorang polis mengendalikan kes jenayah, lima polis mengendalikan urusan pejabat
Pada masa kini, 40.82 peratus atau 45, 995 pegawai polis terlatih ditugaskan di Jabatan Pengurusan. Ini bermakna bagi setiap seorang pegawai polis dalam JSJ melawan jenayah, ada lima anggota lain yang menjalankan kerja pengurusan termasuk kerja pentadbiran.
Kerja sebegini boleh dilaksana oleh pegawai awam bukan anggota polis. Ini bukan sahaja membolehkan polis terlatih disalur kepada tugas “core business” PDRM iaitu melawan jenayah, malah meringankan bebanan kewangan kerana pegawai awam (civilian officer) tidak diberi insentif elaun khas untuk anggota polis.
4) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)
Bagi menjamin kebebasan PDRM daripada campur tangan politik seperti yang didakwa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, IPCMC perlu segera ditubuhkan. Seperti yang saya cadangkan sebelum ini, IPCMC juga perlu diubahsuai untuk memberi kuasa kepada badan bebas terbabit membuat keputusan dalam hal ehwal kenaikan pangkat dalam PDRM supaya kenaikan jawatan dalam polis bukan berdasarkan campur tangan politik tetapi berdasarkan prestasi.
Dengan cadangan empat kaedah ini saya percaya, kadar jenayah dapat dikurangkan dengan baik sekaligus mengembalikan semula keyakinan awam terhadap PDRM. - Roketkini.com

Roketkini.com#sthash.hOWimgsZ.dpuf
Roketkini.com#sthash.hOWimgsZ.dpuf
Roketkini.com#sthash.hOWimgsZ.dpuf
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-8-2013
‘Cina mahu zakat’ satu hasutan bahaya – Teresa
Harakahdaily, | 09 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menolak sekeras-kerasnya hasutan yang menimbulkan kebencian itu, saya juga tidak pernah terfikir supaya wang zakat diberi kepada orang Cina (yang bukan Islam).
Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, kelmarin terhadap blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang memfitnah dengan tuduhan tanpa asas mahu agar wang kutipan zakat ‘diberi kepada orang Cina’.
Pada satu sidang media, Pengerusi DAP Selangor itu menegaskan bahawa artikel ‘Cina pun mahu duit zakat – Teresa Kok’ yang disiarkan dalam blog, bnbesut.blogspot.com adalah hasutan daripada ‘orang gila’ dan boleh menimbulkan kebencian orang Islam terhadapnya.
“Ia telah disiarkan di laman sosial secara meluas. Ini adalah jenayah penipuan dan hasutan. Polis perlu menyiasatnya,” katanya dipetik Roketkini.
Menurutnya, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap penulis blog itu yang masih belum dikenal pasti.
Teresa menjelaskan, laporan itu amat penting kerana ia adalah tindakan pencegahan daripada ‘dihambat’ polis sambil merujuk kepada insiden 2008 berhubung isu ‘azan’.
Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, kelmarin terhadap blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang memfitnah dengan tuduhan tanpa asas mahu agar wang kutipan zakat ‘diberi kepada orang Cina’.
Pada satu sidang media, Pengerusi DAP Selangor itu menegaskan bahawa artikel ‘Cina pun mahu duit zakat – Teresa Kok’ yang disiarkan dalam blog, bnbesut.blogspot.com adalah hasutan daripada ‘orang gila’ dan boleh menimbulkan kebencian orang Islam terhadapnya.
“Ia telah disiarkan di laman sosial secara meluas. Ini adalah jenayah penipuan dan hasutan. Polis perlu menyiasatnya,” katanya dipetik Roketkini.
Menurutnya, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap penulis blog itu yang masih belum dikenal pasti.
Teresa menjelaskan, laporan itu amat penting kerana ia adalah tindakan pencegahan daripada ‘dihambat’ polis sambil merujuk kepada insiden 2008 berhubung isu ‘azan’.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-8-2013
Mari kita fikir pertanyaan, apa lagi Malaysia mahu
Harakahdaily, | 07 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Aidilfitri adalah kesempatan yang baik untuk bukan Muslim di Malaysia menyertai rakan-rakan mereka dari kalangan Muslim dalam perayaan yang disambut di seluruh negara ini bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan, keharmonian dan rasa kebersamaan yang telah dibina selama 56 tahun usia Malaysia.
Demikian dinyatakan oleh Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam mesej ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua Muslim di Malaysia.
Beliau berkata, beberapa peristiwa mutakhir ini telah membangkitkan kebimbangan tentang masa depan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, agama, budaya dan daerah.
Lim mengimbas kembali sejurus selepas pilihanraya umum ke-13, Utusan Malaysia terus menerbitkan tajuk muka depan: Apa Lagi Cina Mahu?
“Soalan ini tidak sepatutnya ditanya, demikian juga soalan-soalan lain seperti Apa lagi Melayu mahu? Apa lagi India mahu? Apa lagi Kadazan mahu? atau Apa lagi Dayak mahu?”
“Kita boleh faham kalau soalan-soalan sedemikian ditanya di dekad pertama penubuhan negara ini. Ada sesuatu yang tak kena kalau ia masih diajukan di dekad keenam usia negara ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Justeru, katanya soalan yang lebih tepat untuk ditanya adalah: Apa lagi Malaysia mahu?.
Maka, jelas beliau jawapannya adalah, Malaysia mahukan tadbir-urus yang baik, kejayaan dalam usaha membasmi korupsi, keamanan dalam negara dan kadar jenayah yang rendah; keadilan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran untuk semua warga serta sistem pendidikan bertaraf dunia dari peringkat rendah sampai ke universiti.
Baginya, ada sesuatu yang amat tidak kena jika dalam proses pembinaan negara ini kita berulangkali mendengar ungkapan ‘Balik Cina’, ‘Balik India’ malah ‘Balik Indonesia’.
“Inilah kesempatan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini dan tidak mempunyai hasrat untuk berhijrah ke negara lain merenung bagaimana hendak menjadikan Malaysia lebih bersatu, lebih harmoni, lebih kukuh, lebih membangun dan lebih makmur untuk semua rakyatnya tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.
“Marilah semua kita rakyat Malaysia memikirkan pertanyaan ‘Apa lagi Malaysia mahu?’,” kata beliau.
Demikian dinyatakan oleh Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam mesej ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua Muslim di Malaysia.
Beliau berkata, beberapa peristiwa mutakhir ini telah membangkitkan kebimbangan tentang masa depan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, agama, budaya dan daerah.
Lim mengimbas kembali sejurus selepas pilihanraya umum ke-13, Utusan Malaysia terus menerbitkan tajuk muka depan: Apa Lagi Cina Mahu?
“Soalan ini tidak sepatutnya ditanya, demikian juga soalan-soalan lain seperti Apa lagi Melayu mahu? Apa lagi India mahu? Apa lagi Kadazan mahu? atau Apa lagi Dayak mahu?”
“Kita boleh faham kalau soalan-soalan sedemikian ditanya di dekad pertama penubuhan negara ini. Ada sesuatu yang tak kena kalau ia masih diajukan di dekad keenam usia negara ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Justeru, katanya soalan yang lebih tepat untuk ditanya adalah: Apa lagi Malaysia mahu?.
Maka, jelas beliau jawapannya adalah, Malaysia mahukan tadbir-urus yang baik, kejayaan dalam usaha membasmi korupsi, keamanan dalam negara dan kadar jenayah yang rendah; keadilan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran untuk semua warga serta sistem pendidikan bertaraf dunia dari peringkat rendah sampai ke universiti.
Baginya, ada sesuatu yang amat tidak kena jika dalam proses pembinaan negara ini kita berulangkali mendengar ungkapan ‘Balik Cina’, ‘Balik India’ malah ‘Balik Indonesia’.
“Inilah kesempatan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini dan tidak mempunyai hasrat untuk berhijrah ke negara lain merenung bagaimana hendak menjadikan Malaysia lebih bersatu, lebih harmoni, lebih kukuh, lebih membangun dan lebih makmur untuk semua rakyatnya tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.
“Marilah semua kita rakyat Malaysia memikirkan pertanyaan ‘Apa lagi Malaysia mahu?’,” kata beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-8-2013
DAP teliti lebih 200 laporan untuk saman Utusan
Harakahdaily, | 04 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Biro Undang-undang DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo perlu meneliti lebih 200 laporan dan rencana dalam Utusan Malaysia yang menyerang DAP sejak Januari lalu untuk mengemukakan beberapa saman terhadap akhbar Umno itu.
Demikian ditegaskan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.
Menurutnya, dalam laporan dan rencana yang diterbitkannya, Utusan Malaysia telah berulang-kali menyebarkan pembohongan dan kepalsuan tentang DAP dan pimpinan DAP, terutamanya berkenaan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semasa Kongres Kebangsaan DAP bulan Disember lalu, tanpa mempedulikan prinsip-prinsip asas kewartawanan yang berkaitan dengan etika, kejujuran dan kebenaran.
Katanya, serangan yang diarahkan oleh “war room” Umno/BN dengan tujuan memburuk-burukkan dan memusnahkan DAP ini mencapai kemuncaknya pada bulan April, sejurus sebelum Pilihanraya Umum ke-13, dan walaupun rentaknya menjadi perlahan selepas pilihanraya umum Mei lalu, momentumnya meningkat kembali pada bulan Jun dan Julai, sehinggalah Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan arahan agar DAP mengadakan pemilihan semula CEC.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, walaupun Pendaftar Pertubuhan tidak mengemukakan sebarang alasan kepada DAP mengapa ia mahu pemilihan semula CEC diadakan, dua tuduhan palsu telah ditonjolkan dalam Utusan sejak enam bulan lalu untuk menghalalkan tindakan RoS:
1. Bahawa 753 perwakilan DAP tidak diberikan notis tentang Kongres DAP dan dinafikan hak untuk memilih CEC baru.
2. Bahawa Kongres DAP Disember lalu telah disertai oleh 547 perwakilan hantu yang sebahagian besarnya dari Pulau Pinang dan mengundi dalam kongres berkenaan
“Arahan RoS untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu boleh difahami jika salah satu dari dua dakwaan itu adalah benar. Tetapi kedua-duanya adalah pembohongan yang nyata,” ujarnya lagi.
Menurut Lim lagi, Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman secara terbuka telah menyebut pada awal tahun ini bahawa beliau hanya boleh mengarahkan supaya pemilihan semula CEC diadakan jika ada “bukti kukuh” tentang percanggahan dalam proses pemilihan.
“Tuduhan liar ‘753’ dan ‘547’ itu terbukti sebagai pembohongan, maka apa ‘bukti kukuh’ yang Pendaftar Pertubuhan miliki untuk menghalalkan arahannya supaya DAP mengadakan pemilihan semula CEC?” soal Lim.
Demikian ditegaskan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.
Menurutnya, dalam laporan dan rencana yang diterbitkannya, Utusan Malaysia telah berulang-kali menyebarkan pembohongan dan kepalsuan tentang DAP dan pimpinan DAP, terutamanya berkenaan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semasa Kongres Kebangsaan DAP bulan Disember lalu, tanpa mempedulikan prinsip-prinsip asas kewartawanan yang berkaitan dengan etika, kejujuran dan kebenaran.
Katanya, serangan yang diarahkan oleh “war room” Umno/BN dengan tujuan memburuk-burukkan dan memusnahkan DAP ini mencapai kemuncaknya pada bulan April, sejurus sebelum Pilihanraya Umum ke-13, dan walaupun rentaknya menjadi perlahan selepas pilihanraya umum Mei lalu, momentumnya meningkat kembali pada bulan Jun dan Julai, sehinggalah Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan arahan agar DAP mengadakan pemilihan semula CEC.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, walaupun Pendaftar Pertubuhan tidak mengemukakan sebarang alasan kepada DAP mengapa ia mahu pemilihan semula CEC diadakan, dua tuduhan palsu telah ditonjolkan dalam Utusan sejak enam bulan lalu untuk menghalalkan tindakan RoS:
1. Bahawa 753 perwakilan DAP tidak diberikan notis tentang Kongres DAP dan dinafikan hak untuk memilih CEC baru.
2. Bahawa Kongres DAP Disember lalu telah disertai oleh 547 perwakilan hantu yang sebahagian besarnya dari Pulau Pinang dan mengundi dalam kongres berkenaan
“Arahan RoS untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu boleh difahami jika salah satu dari dua dakwaan itu adalah benar. Tetapi kedua-duanya adalah pembohongan yang nyata,” ujarnya lagi.
Menurut Lim lagi, Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman secara terbuka telah menyebut pada awal tahun ini bahawa beliau hanya boleh mengarahkan supaya pemilihan semula CEC diadakan jika ada “bukti kukuh” tentang percanggahan dalam proses pemilihan.
“Tuduhan liar ‘753’ dan ‘547’ itu terbukti sebagai pembohongan, maka apa ‘bukti kukuh’ yang Pendaftar Pertubuhan miliki untuk menghalalkan arahannya supaya DAP mengadakan pemilihan semula CEC?” soal Lim.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-8-2013
Kemuncak kewartawanan Umno, bohong jadi benar
Harakahdaily, | 03 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Kewartawanan Malaysia dalam negara Umno BN mencapai ‘kemuncak’ baru di peringkat antarabangsa apabila pembohongan menjadi kebenaran dan khayalan sebagai kenyataan.
Bagi Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, akhbar harian milik Umno, Utusan Malaysia, menjadi contoh bagi “transformasi” kewartawanan Malaysia kelmarin apabila ruangan komentar rasminya, “Bisik-Bisik”, yang ditulis oleh Awang Selamat, iaitu nama samaran bagi pusat perang saraf Umno-Utusan, telah melancarkan satu lagi serangan terhadap DAP yang telah meminta Pendaftar Pertubuhan menyatakan sebab mengapa ia memutuskan untuk mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti.
Kata Awang Selamat: "Awang teringat desakan orang politik termasuk bekas orang DAP sendiri yang mahukan DAP mengadakan semula pemilihan CEC ekoran dakwaam berlaku penyelewengan dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan".

Lim berkata, pembohongan tentang 547 perwakilan hantu di Kongres DAP di Pulau Pinang Disember lalu, dengan dakwaan lebih mengarut bahawa semua 547 perwakilan hantu itu datang dari Pulau Pinang, adalah salah satu kepalsuan paling jelek pernah direka oleh wartawan-wartawan yang menjadi soldadu perang saraf Umno/BN. Mereka tidak memerlukan walau pun secebis bukti.
“Para propagandis Umno BN ini berharap kepalsuan itu boleh diterima oleh rakyat Malaysia dengan cara menerapkan doktrin Goebble, menteri propaganda Nazi, yang menyatakan bahawa jika pembohongan diulang seribu kali, ia akan menjadi satu fakta,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, DAP dan rakyat Malaysia berhak untuk tahu sama ada pembohongan tentang ‘547 perwakilan hantu DAP’ di Kongres DAP di Pulau Pinang Disember lalu adalah salah satu sebab mengapa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan arahan kepada DAP untuk mengadakan pemilihan semula CEC dan, jika bukan, apakah sebab RoS mengeluarkan arahan sedemikian.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menjelaskan, DAP bersedia mengadakan semula pemilihan CEC jika Ketua Pengarah ROS boleh memberikan sebab yang munasabah dan bukannya berasaskan pembohongan dan kepalsuan yang direka oleh Skuad Perang Saraf Goebbel Umno BN, terutama oleh cawangannya di Utusan Malaysia.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD _ 3-8-2013
Pemilihan semula DAP, ROS perlu terus terang
Harakahdaily, | 02 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bermakna ROS menafikan hak 753 perwakilan menghadiri kongres itu, Disember tahun lalu.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata ROS perlu berterus-terang mengenai perkara itu kerana DAP dan rakyat Malaysia berhak mengetahui mengapa dan dengan kuasa apa ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC yang dipilih pada kongres parti.
Beliau juga mencabar Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman menyatakan sebab sebenar arahan itu secara jelas supaya DAP boleh mendedahkan pembohongan berkenaan.
“Bilik Perang UMNO/Barisan Nasional (BN) melaburkan banyak sumber, kakitangan dan puluhan juta ringgit sejak enam bulan lalu untuk melaksana strategi dua mata iaitu “memburuk-buruk dan memusnahkan” DAP (kempen “DDD”).
“Mereka juga menyebar pembohongan mengenai DAP yang kononnya membiayai “Tentera Kacang Merah” yang dianggotai 3,000 cybertrooper dengan peruntukan antara RM100 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu untuk memburuk-burukkan peribadi pemimpin UMNO/BN dan menghidupkan cerita palsu mengenai penyelewengan dalam pemilihan CEC ketika Kongres DAP Disember tahun lalu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Menurut Kit Siang, sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, penggerak UMNO/BN meneruskan kempen mendesak ROS bertindak terhadap DAP, antaranya menuntut agar pemilihan CEC diisytihar tidak sah supaya pendaftaran DAP dibatalkan atas alasan penyelewengan dan penipuan pada pemilihan CEC Disember tahun lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, mereka juga mendakwa kononnya 753 perwakilan DAP tidak dimaklumkan mengenai Kongres DAP pada Disember tahun lalu seperti yang disyaratkan dalam perlembagaan parti dan kerana itu mereka dinafikan hak untuk menghadiri kongres berkenaan dan memilih anggota CEC.
“Isu “753” itu diguna untuk menuduh DAP sebagai anti-kaum India kerana kononnya sebahagian besar daripada '753' perwakilan terbabit berketurunan India dan sebab itu mereka didiskriminasi dan dinafikan hak untuk menghadiri Kongress serta mengundi pada pemilihan CEC.
“Kedua-dua tuduhan berkenaan sama sekali tidak tepat. 71 peratus perwakilan menghadiri Kongres Parti (untuk mencukupkan korum, hanya 25 peratus daripada ahli yang layak menjadi perwakilan) daripada jumlah keseluruhan 2,576 perwakilan. Ini adalah rekod kehadiran yang tinggi dan amat tidak benar jika ada pihak mendakwa ketidakhadiran perwakilan kerana konspirasi yang digerak dengan tidak memberi notis yang wajar. Jika asas itu digunakan, nescaya kesahihan persidangan semua parti politik atau pertubuhan boleh dipertikaikan,” katanya.
Kit Siang juga berkata, DAP telah bekerjasama dengan ROS dan memberikan bukti bahawa notis kongres diberikan kepada semua perwakilan seperti yang dituntut oleh perlembagaan parti, manakala perwakilan berketurunan India yang tidak hadir hanya kira-kira 100 orang, bukan 700 seperti yang didakwa propagandis UMNO/BN.
Katanya, pembohongan kedua yang paling ditonjolkan dalam kempen ialah tuduhan liar bahawa pemilihan CEC DAP itu disertai 'perwakilan hantu' yang pada mulanya jumlah mereka dikatakan seramai 300 orang tetapi kemudiannya meningkat kepada 547 orang.
“Adakan Ketua Pengarah ROS menganggap pembohongan mengenai 547 “perwakilan hantu” pada Kongres DAP di Pulau Pinang itu sebagai suatu dakwaan kukuh dan jika benar, maklumkan kepada DAP.
“Selain dua pembohongan itu, alasan yang dimiliki ROS hanya gangguan kecil membabitkan komputer sewaktu Kongres DAP, di mana gangguan itu tidak membawa kepada kesilapan pengiraan atau penjadualan undi, sebaliknya cuma pada tahap pengumuman keputusan, iaitu apabila seorang calon, Vincent Wu, diumumkan sebagai pemenang, sedangkan pemenang sebenar adalah Zairil Khir Johari," katanya lagi.
Tambah beliau, kesilapan itu sudah dibetulkan dan DAP telah memberi penjelasan penuh mengenai kesilapan itu kepada pegawai ROS dan mengemukakan semua dokumen dan bahan berkaitan.
“Jadi, apa asas untuk Ketua Pengarah ROS mengarahkan agar pemilihan semula CEC diadakan. Ketua Pengarah ROS harus menjelaskan kepada DAP dan negara ini mengapa beliau tidak berpuas-hati dengan penjelasan yang diberi DAP, selain menerangkan kuasa apa yang beliau gunakan untuk mengarahkan pemilihan semula CEC,” ujarnya.

Sumber HD _ 2-8-2013
Pemilihan semula: Kerisauan DAP jadi kenyataan
Harakahdaily, | 31 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerisauan terbesar DAP bahawa arahan supaya diadakan pemilihan semula yang diberikan kepada DAP adalah bermotifkan politik telah menjadi kenyataan berdasarkan surat ringkas yang dihantar oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke ibu pejabat DAP yang diterima pada jam 4:48 petang semalam.
"Ini merupakan tindakan pemangsaan politik serta salahguna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat disangkal memandangkan tidak ada alasan dan sebab diberikan untuk arahan ROS ini," kata Setiausaha Agungnya, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, seperti di bawah.
Kerisauan terbesar DAP bahawa arahan supaya diadakan pemilihan semula yang diberikan kepada DAP adalah bermotifkan politik telah menjadi kenyataan berdasarkan surat ringkas yang dihantar oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke ibu pejabat DAP yang diterima pada jam 4:48 petang semalam (lihat lampiran). Ini merupakan tindakan pemangsaan politik serta salahguna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat disangkal memandangkan tidak ada alasan dan sebab diberikan untuk arahan ROS ini.
ROS sekadar menyatakan dalam suratnya bertarikh 30 Julai 2013 bahawa ia tidak berpuas hati dengan penerangan DAP, tanpa memberikan sebab-sebab dan alasan kenapa. DAP telah pun memberikan penjelasan serta kerjasama penuh kepada ROS. Semua dokumen sokongan turut diberikan bagi membuktikan bahawa pemilihan parti Disember tahun lalu telah dijalankan dengan baik, sah dan demokratik di mana semua perwakilan yang layak telah dimaklumkan tanpa sebarang perlakuan tidak jujur dan politik wang.
Satu-satunya kesilapan adalah dalam hal penyiaran keputusan oleh ketua pegawai pemilihan yang mengakibatkan jumlah undi yang salah diumumkan untuk beberapa calon dan hanya memberi kesan kepada satu calon yang berjaya. Kesilapan ini mengakibatkan seorang calon, Vincent Wu, yang telah diumumkan sebagai calon yang berjaya secara silap digantikan dengan calon yang sepatutnya, Zairil Khir Johari. Apabila kesilapan ini disedari, ia terus diperakui dan diperbetulkan oleh pihak parti secara sukarela tanpa didedahkan oleh mana-mana pihak luar. Pihak parti sekarang sedang dihukum kerana enggan menutup kesilapan, dan kerana berlaku jujur dan berkata benar.
Ahmad Zahid Hamidi mengamalkan double-standard apabila beliau tidak pun menuntut diadakan pilihanraya umum sekali lagi apabila Suruhanjaya Pilihan Raya tidak pun membuat sebarang pembetulan tentang dakwat kekal yang boleh tanggal segera, tetapi mahu DAP melakukan pemilihan semula walaupun DAP telah membetulkan kesilapan dalam keputusan pemilihan.
Surat yang begitu singkat daripada ROS memberikan arahan tersebut tanpa memberikan sebab mahupun memberikan bukti yang menyokong keputusan ROS itu sangat tidak profesional, serta merupakan salahguna kuasa secara terang-terangan yang mengakibatkan ketidakadilan terhadap DAP. Di manakah keadilan apabila sebuah pertubuhan mahupun individu dihukum tanpa dimaklumkan sebab dan ditunjukkan apa-apa bukti terhadapnya? Jika begitu, semua orang yang disabitkan kesalahan hanya akan mengetahui hukuman denda atau penjara terhadapnya tanpa mengetahui sebab kenapa dia dihukum.
Rakyat Malaysia kini hanya boleh membuat kesimpulan bahawa ROS telah pun membuat keputusan politik secara subjektif yang memihak BN untuk terlebih dahulu menghakimi isu tersebut bagi mengkhianati DAP, tanpa peduli akan fakta dan peraturan. Hakikat bahawa ini adalah suatu keputusan politik ditekankan lagi dengan pengumumuman pra-matang yang dibuat oleh Datuk Ahmad Zahid dua hari lalu sewaktu majlis berbuka puasa ROS di Putrajaya di saat pihak ROS belum menyediakan surat tersebut.
Apabila Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke melawat ibu pejabat ROS di Putrajaya pagi semalam, beliau dimaklumkan bahawa surat tersebut masih belum siap untuk dihantar. Jelas sekali terdapat niat jahat antara Ahmad Zahid dan ROS terhadap DAP. Keputusan terkini oleh ROS ini akan dibincangkan sepenuhnya dalam mesyuarat tergempar CEC di ibu pejabat DAP malam ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 31-7-2013
Sekat internet: Tiada beza dengan kerajaan diktator
Harakahdaily, | 29 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP menentang keras langkah BN untuk menyekat penggunaan internet yang dilihat sebagai cubaan mengekang kebebasan maklumat demi mengekalkan kuasa.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendakwa penyalahgunaan internet berada pada tahap kritikal di Malaysia akibat terlampau diberi kebebasan dan tidak teragak-agak untuk menyemak semula kemudahan akses internet adalah tindakan terdesak untuk mengekalkan status quo.
Beliau dalam satu kenyataan menegaskan, tindakan itu juga bertentangan dengan Undang-Undang Siber dan Koridor Raya Multimedia yang menjamin tidak akan ada penapisan internet.
“Bagaimana pengharaman internet boleh membantu untuk mengelak kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada fitnah internet seperti yang dinyatakan Ahmad Shabery, terutamanya apabila terdapat ‘double standard’ dengan hanya menghukum orang yang menentang BN tetapi apabila pimpinan PR mengalami nasib yang sama dituduh sebagai fitnah,” katanya dipetik Roketkini.
Ini, ujarnya jelas menunjukkan BN tidak memahami kemahuan rakyat yang sentiasa menginginkan kebenaran, kebebasan dan pencarian ilmu tanpa ditapis oleh propaganda, perkauman dan ideologi pelampau.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan, menyifatkan langkah ke arah menyekat internet dan media sosial oleh BN itu tiada bezanya daripada kerajaan yang bercorak diktator autokratik.
Menurutnya, BN melihat internet sebagai satu ancaman kerana kebebasan dan kebenaran dalam internet membenarkan pembohongan, benci dan takut akan cepat terdedah.
“Sebagai contoh, BN sebelum ini memfitnah dengan mendakwa anak lelaki saya mencabul rakan perempuan sekelasnya, namun pembohongan berniat jahat itu berjaya didedahkan melalui internet, kita dapati beliau adalah juara catur Hong Kong yang tidak pernah ke Pulau Pinang, tidak pernah bertemu dengan saya atau anak saya.
“Adakah ini sebenarnya yang menakutkan BN, takut pembohongan, kebencian dan rasuah mereka didedahkan dengan kebebasan internet?” ujarnya.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendakwa penyalahgunaan internet berada pada tahap kritikal di Malaysia akibat terlampau diberi kebebasan dan tidak teragak-agak untuk menyemak semula kemudahan akses internet adalah tindakan terdesak untuk mengekalkan status quo.
Beliau dalam satu kenyataan menegaskan, tindakan itu juga bertentangan dengan Undang-Undang Siber dan Koridor Raya Multimedia yang menjamin tidak akan ada penapisan internet.
“Bagaimana pengharaman internet boleh membantu untuk mengelak kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada fitnah internet seperti yang dinyatakan Ahmad Shabery, terutamanya apabila terdapat ‘double standard’ dengan hanya menghukum orang yang menentang BN tetapi apabila pimpinan PR mengalami nasib yang sama dituduh sebagai fitnah,” katanya dipetik Roketkini.
Ini, ujarnya jelas menunjukkan BN tidak memahami kemahuan rakyat yang sentiasa menginginkan kebenaran, kebebasan dan pencarian ilmu tanpa ditapis oleh propaganda, perkauman dan ideologi pelampau.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan, menyifatkan langkah ke arah menyekat internet dan media sosial oleh BN itu tiada bezanya daripada kerajaan yang bercorak diktator autokratik.
Menurutnya, BN melihat internet sebagai satu ancaman kerana kebebasan dan kebenaran dalam internet membenarkan pembohongan, benci dan takut akan cepat terdedah.
“Sebagai contoh, BN sebelum ini memfitnah dengan mendakwa anak lelaki saya mencabul rakan perempuan sekelasnya, namun pembohongan berniat jahat itu berjaya didedahkan melalui internet, kita dapati beliau adalah juara catur Hong Kong yang tidak pernah ke Pulau Pinang, tidak pernah bertemu dengan saya atau anak saya.
“Adakah ini sebenarnya yang menakutkan BN, takut pembohongan, kebencian dan rasuah mereka didedahkan dengan kebebasan internet?” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-7-2013
Melayu jangan taruh harapan tinggi pada Umno
Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, | 28 Jul 2013 |
Saya menulis sebagai seorang pemerhati politik. Dan sebagai orang Melayu mengenai parti Melayu yang terbesar. Saya dapati berada dalam DAP memudahkan saya bercakap mengenai kepentingan orang Melayu yang tidak berani disuarakan oleh ahli UMNO. Jika Cina DAP tidak menyuarakan kepentingan Melayu, itu tidak jadi masalah kepada saya selagi saya sendiri boleh melakukannya. Apa yang diharap pada bangsa lain untuk menyuarakan kepentingan Melayu? Yang orang UMNO sibuk hendak paksa Cina bercakap dan menjuarai Melayu, mengapa?
Kitalah yang bertanggungjawab atas masa depan bangsa kita. Dan bila saya sebut ‘kita’ tidaklah bermakna, Melayu itu mesti Melayu dalam UMNO. Orang Melayu dalam PAS, PKR bahkan DAP pun berhak menyuarakan hal-hal kepentingan bangsa Melayu.
Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang mengaku menjuarai bangsa Melayu mengkhianati kepentingan bangsa mereka sendiri. Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang menggunakan nama bangsa Melayu untuk kepentingan peribadi. Ini kita tak terima.
Najib sebagai pemimpin terrtingi UMNO memperlihatkan betapa lemahnya dia dalam menjaga kepentingan Melayu. Dalam masa pentadbiran PM yang dulu-dulu MIC hanya diperuntukkan satu kerusi menteri. Yang lain hanya layak jadi timbalan menteri. Sudah parti tersebut minoriti, tapi Najib memberi mereka tempat prominent dalam kabinet. Berapa orang India mesti dihadirkan dalam pentadbiran negara?
Mana ada wanita UMNO jadi menteri penuh? Najib meletakkan wanita dari Sarawak jadi menteri penuh yang tak tahu latar belakang di Semenanjung. Apa sudah jadi dengan Najib?
Ada orang UMNO yang sanggup mendedahkan rasuah di kalangan pimpinan UMNO? Ada yang sanggup mendedahkan soal kemiskinan di kalangan orang Melayu? Ada orang UMNO berani mendedahkan keperitan hidup orang Melayu? Jika tak berani, ketepi - saya boleh buat demikian. Saya boleh bercakap dan bersuara untuk bangsa saya di mana orang UMNO bacul dan tak berani.
Dari segi perjuagan UMNO sudah banyak menyimpang. Pimpinannya mementingkan diri sendiri. Aset orang Melayu seperti tanah, harta benda, saham tidak dijaga malah dibaham oleh pimpinan UMNO. Saham RM54 billion yang diperuntukkan di bawah DEB habis dijual oleh golongan elit Melayu untuk mengkayakan diri mereka. Pimpinan UMNO tak pandai mengurus aset bagi pihak orang Melayu. Tanah rezab Melayu tinggal sebahagian kecil dari yang asal dan tidak diganti. GLC banyak yang rugi walaupun dikendalikan oleh orang Melayu. GLC rugi tapi pimpinan GLC kaya raya.
PNB misalnya mahu membina menara dan bangunan yang tinggi menelan belanja berbilion ringgit. Perlukah PNB kepada bangunan baru? Kalau berbilion ringgit itu diagihkan dalam bentuk dividen bukankah itu lebih baik untuk orang Melayu?
Komitmen dan dedikasi pada perlaksanaan dasar-dasar yang menguatkan orang Melayu tidak mengiringi deklarasi dan pengucapan. Pimpinan UMNO lebih mengutamakan jeritan dan pekikan slogan daripada memberi isian kepada pengucapan. Najib terutamanya, lebih menyerlah pada segi melaungkan itu dan ini, tapi laungan tersebut tidak berisi.
Menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Disember ini, pelbagai spekulasi telah dibuat. Adakah Najib akan dicabar? Jawapan ringkasnya, ya dia akan dicabar. Pencabarnya ialah Muhyiddin Yassin. Walaupun Muhyiddin dilaporkan sebagai berasa letih untuk berlawan, dia tidak ada pilihan lain. Jika dia tidak mencabar, dia akan dipinggirkan sedikit demi sedikit. Bukan rahsia lagi, Najib membarisi tenaga-tenaga untuk mengepung dan mengekang Muhyiddin. Jika Muhyiddin tidak berbuat sesuatu, masa depannya akan gelap dan masa depan UMNO sebagai sumber pengharapan orang Melayu pun akan muram.
Ketika Pak Lah hanya memenangi 140 kerusi parlimen tapi undi popularnya 51%, Muhyiddin mengepalai gerakan untuk mengusir Pak Lah. Akhirnya Pak Lah terpaksa berhenti jadi presiden UMNO dan PM. Menantunya tinggal dalam kegelapan manakala pimpinan setara dengan KJ mendapat tempat dalam pentadbiran negara.
Jika Muhyiddin tidak menggesa Najib berhenti, maka dia akan dilihat sebagai tidak konsisten. Ternyata Najib gagal dalam banyak hal. Twitternya dan blognya tidak akan dapat menyembunyikan kekosongan dalam diri Najib. Dia hanya lebih dari segi bentuk, tapi kurang dalam segi isi.
Dia gagal bila berjaya mendapat hanya 133 kerusi parlimen berbanding dengan Pak Lah 140 kerusi. Undi popular dalam tangan Najib hanya 47% berbanding Pak Lah dengan undi popular 51%. Betul UMNO menang lebih banyak kerusi tapi kemenangan itu disebabkan gerrymandering. Kepadatan pengundi yang kurang dalam kawasan yang ditandingi oleh UMNO membenarkan Najib memenangi lebih banyak kerusi untuk UMNO. Bawah pimpinan Najib, parti MCA hanya menang 7 kerusi parlimen berbanding dengan di bawah Pak lah di mana MCA menang 15 kerusi.
Najib gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen. Najib gagal menawan Selangor. Perak hanya menang tipis. Terengganu menang tipis juga. Buat pertama kali di Negeri Pahang, ada 12 Adun pembangkang dalam dewan undangan negeri.
ETP, GTPnya lebih indah khabar dari rupa. Dari jauh kelihatan jelita, bila dekat mendukacitakan. Itu kita bincang di bahagian lain. - http://sakmongkol.blogspot.com/
Penulis ialah Ahli Parlimen Raub.

Sumber HD - 28-7-2013
Perkasa-Mirac, satu lagi muslihat politik perkauman
Harakahdaily, | 27 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac) adalah satu lagi usaha untuk memperbodohkan rakyat dengan strategi halus untuk mencapai agenda politik perkauman yang sudah sebati dengan Perkasa.
“Adalah sungguh memalukan apabila terdapat juga NGO-NGO yang sanggup menggadai maruah mahu menjalin hubungan dengan Perkasa ini,” ujar Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.
Katanya dalam satu kenyataan, mereka telah melupakan segala kerja-kerja kotor Perkasa dengan menghina dan memalukan kaum-kaum yang lain selama ini.
Beliau berkata, Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia sebagai satu kumpulan ekstrimis dan menjadi alat Umno untuk permainan perkauman yang kotor.
Katanya, banyak isu kontroversial telah ditimbulkan oleh Perkasa yang telah menggugat perpaduan kaum di negara ini.
“Kumpulan ini sengaja menimbulkan perasaan marah dan salah faham di antara kaum supaya Umno mendapat memperolehi manfaat daripada isu tersebut,” ujarnya.
Menurutnya lagi, pemimpin-pemimpin utama Perkasa seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin adalah watak-watak pelampau yang sentiasa menyuntik racun perkauman di dalam minda rakyat Malaysia.
Mereka, ujarnya tidak pernah memikirkan atau mempunyai agenda perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara kita.
Timbalan Pengerusi DAP Perak itu menambah, segala gelagat atau tingkah laku mereka itu adalah bertujuan menghancurkan perpaduan rakyat untuk kepentingan politik Umno.
Katanya, kenyataan-kenyataan Zulkifli Noordin yang menghina orang-orang India dan agama Hindu masih lagi dalam ingatan rakyat Malaysia.
Tambahnya, pendirian Perkasa yang mahu mengekalkan novel Interlok yang menghina kaum India dan Cina juga tidak dilupakan lagi.
Tambahan pula, ujar beliau Perkasa juga membela akhbar Utusan Melayu yang terang-terang mengkritik kaum Cina dengan ungkapan 'Apa lagi Cina mahu' sebaik sahaja selepas PRU13.
Tiba-tiba, kata Sivakumar Perkasa mahu mengubah watak antagonisnya dengan mendapatkan sokongan bukan Melayu.
“Pelik dengan strategi Perkasa yang kini mahu mengadakan hubungan baik dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu semata-mata untuk membuktikan bahawa ia bukanlah satu organisasi rasis,” katanya.
“Adalah sungguh memalukan apabila terdapat juga NGO-NGO yang sanggup menggadai maruah mahu menjalin hubungan dengan Perkasa ini,” ujar Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.
Katanya dalam satu kenyataan, mereka telah melupakan segala kerja-kerja kotor Perkasa dengan menghina dan memalukan kaum-kaum yang lain selama ini.
Beliau berkata, Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia sebagai satu kumpulan ekstrimis dan menjadi alat Umno untuk permainan perkauman yang kotor.
Katanya, banyak isu kontroversial telah ditimbulkan oleh Perkasa yang telah menggugat perpaduan kaum di negara ini.
“Kumpulan ini sengaja menimbulkan perasaan marah dan salah faham di antara kaum supaya Umno mendapat memperolehi manfaat daripada isu tersebut,” ujarnya.
Menurutnya lagi, pemimpin-pemimpin utama Perkasa seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin adalah watak-watak pelampau yang sentiasa menyuntik racun perkauman di dalam minda rakyat Malaysia.
Mereka, ujarnya tidak pernah memikirkan atau mempunyai agenda perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara kita.
Timbalan Pengerusi DAP Perak itu menambah, segala gelagat atau tingkah laku mereka itu adalah bertujuan menghancurkan perpaduan rakyat untuk kepentingan politik Umno.
Katanya, kenyataan-kenyataan Zulkifli Noordin yang menghina orang-orang India dan agama Hindu masih lagi dalam ingatan rakyat Malaysia.
Tambahnya, pendirian Perkasa yang mahu mengekalkan novel Interlok yang menghina kaum India dan Cina juga tidak dilupakan lagi.
Tambahan pula, ujar beliau Perkasa juga membela akhbar Utusan Melayu yang terang-terang mengkritik kaum Cina dengan ungkapan 'Apa lagi Cina mahu' sebaik sahaja selepas PRU13.
Tiba-tiba, kata Sivakumar Perkasa mahu mengubah watak antagonisnya dengan mendapatkan sokongan bukan Melayu.
“Pelik dengan strategi Perkasa yang kini mahu mengadakan hubungan baik dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu semata-mata untuk membuktikan bahawa ia bukanlah satu organisasi rasis,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-7-2013
DAP arah peguam kaji saman ROS dan The Star
Harakahdaily, | 27 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang ke atas Ketua Pengarah Pendaftaran, Datuk Abdul Rahman Othman dan akhbar The Star ekoran dakwaan ahli DAP sedang berusaha menubuhkan parti baru.
Ini berikutan kenyataan Abdul Rahman, Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak akan melayan permohohan ahli DAP untuk mendaftarkan parti baru.
"Ini adalah dakwaan palsu kerana tidak pernah berbangkit isu ini di kalangan pemimpin DAP dalam atau luar dari mesyuarat Jawatankuasa Eksekutuf Pusat (CEC)," kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.
DAP, kata Lim, kesal kerana Abdul Rahman membuat kenyataan ini di bulan puasa.
Bagi beliau, ROS telah membenarkan dirinya digunakan oleh Umno selepas Umno gagal mengalahkannya dalam pilihan raya dengan cara membatalkan pendaftaran DAP secara haram.
Bagi Lim, Abdul Rahman membuat keputusan awal sebelum menyelesaikan siasatan ke atas DAP sebagaimana yang dijanjikan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang sebelum ini.
Ini berikutan kenyataan Abdul Rahman, Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak akan melayan permohohan ahli DAP untuk mendaftarkan parti baru.
"Ini adalah dakwaan palsu kerana tidak pernah berbangkit isu ini di kalangan pemimpin DAP dalam atau luar dari mesyuarat Jawatankuasa Eksekutuf Pusat (CEC)," kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.
DAP, kata Lim, kesal kerana Abdul Rahman membuat kenyataan ini di bulan puasa.
Bagi beliau, ROS telah membenarkan dirinya digunakan oleh Umno selepas Umno gagal mengalahkannya dalam pilihan raya dengan cara membatalkan pendaftaran DAP secara haram.
Bagi Lim, Abdul Rahman membuat keputusan awal sebelum menyelesaikan siasatan ke atas DAP sebagaimana yang dijanjikan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang sebelum ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-7-2013
Utusan mesti diambil tindakan kerana buat laporan palsu
Harakahdaily, | 26 Jul 2013 |
PETALING JAYA: DAP menuntut tindakan tegas diambil terhadap akhbar Utusan Malaysia di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyiarkan berita palsu bahawa pihak polis akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi.
Ini berikutan laporan palsu Utusan kononnya Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata pihak polis tidak akan teragak-agak untuk menggunakan Akta Hasutan terhadap mereka yang menyebarkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, kerana gambar itu boleh menimbulkan provokasi dan konflik perkauman.
Menurut A. Thaiveegan, beliau tidak ada pun menyebut demikian sehingga mahu menggunakan Akta Hasutan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar).
Di bawah Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, hukuman bagi menyiarkan berita palsu adalah denda maksimum RM20,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali;

manakala di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, denda maksima tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
"DAP sangsi tindakan akan diambil terhadap Utusan Malaysia kerana menyebarkan berita palsu kerana BN mengamalkan ‘double standard’ dan pendakwaan terpilih dengan hanya menghukum lawannya tetapi bukan mereka yang menyokong BN.
"Lihat sahaja kegagalan untuk menghukum pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin yang masing-masing menyeru untuk membakar kitab Bible dan menghina penganut Hindu.
"Lebih buruk lagi, menteri Umno seperti keengganan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman untuk mengutuk seruan Ibrahim Ali untuk membakar Bible mahupun supaya Ibrahim Ali meminta maaf dan dihukum," kata Lim Guan Eng.
Katanya, orang awam sudah tidak tahan lagi dengan penipuan yang disebarkan Utusan Malaysia bagi membangkitkan ketakutan dan kebencian di antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Sebagai akhbar yang menipu tentang pemimpin Pakatan Rakyat, ia dilakukan dengan begitu mudah sekali, seperti bernafas, dakwanya.
"Pemimpin pembangkang seperti saya, yang menang saman fitnah terhadap utusan tidak juga menghentikan akhbar itu daripada meneruskan budaya berbohongnya.
"Tidak ada sesuatu yang melampau bagi Utusan Malaysia, sehinggakan ia boleh menyeru supaya rusuhan kaum 13 Mei yang telah mengorbankan ribuan rakyat Malaysia yang tidak bersalah disambut sebagai sebuah hari suci," kata Lim.
DAP juga, kata Lim Guan Eng, mencela ugutan bunuh terhadap pihak yang memberi maklumat serta ibu bapa pelajar SK Seri Pristana yang mendedahkan kes murid disuruh makan di bilik mandi sekolah, saudari Guneswari, serta guru besar sekolah tersebut, Mohamad Nasir Mohd Noor.
Ugutan ganas sedemikian adalah perbuatan jenayah dan sama sekali bertentangan dengan budaya Malaysia yang menggunakan rasional serta penyelesaian yang munasabah bagi menyelesaikan masalah.
"DAP berharap agar pihak polis bertindak ke atas pihak yang bertanggungjawab menyebarkan budaya keganasan ini," kata Lim.
"DAP sangsi tindakan akan diambil terhadap Utusan Malaysia kerana menyebarkan berita palsu kerana BN mengamalkan ‘double standard’ dan pendakwaan terpilih dengan hanya menghukum lawannya tetapi bukan mereka yang menyokong BN.
"Lihat sahaja kegagalan untuk menghukum pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin yang masing-masing menyeru untuk membakar kitab Bible dan menghina penganut Hindu.
"Lebih buruk lagi, menteri Umno seperti keengganan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman untuk mengutuk seruan Ibrahim Ali untuk membakar Bible mahupun supaya Ibrahim Ali meminta maaf dan dihukum," kata Lim Guan Eng.
Katanya, orang awam sudah tidak tahan lagi dengan penipuan yang disebarkan Utusan Malaysia bagi membangkitkan ketakutan dan kebencian di antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Sebagai akhbar yang menipu tentang pemimpin Pakatan Rakyat, ia dilakukan dengan begitu mudah sekali, seperti bernafas, dakwanya.
"Pemimpin pembangkang seperti saya, yang menang saman fitnah terhadap utusan tidak juga menghentikan akhbar itu daripada meneruskan budaya berbohongnya.
"Tidak ada sesuatu yang melampau bagi Utusan Malaysia, sehinggakan ia boleh menyeru supaya rusuhan kaum 13 Mei yang telah mengorbankan ribuan rakyat Malaysia yang tidak bersalah disambut sebagai sebuah hari suci," kata Lim.
DAP juga, kata Lim Guan Eng, mencela ugutan bunuh terhadap pihak yang memberi maklumat serta ibu bapa pelajar SK Seri Pristana yang mendedahkan kes murid disuruh makan di bilik mandi sekolah, saudari Guneswari, serta guru besar sekolah tersebut, Mohamad Nasir Mohd Noor.
Ugutan ganas sedemikian adalah perbuatan jenayah dan sama sekali bertentangan dengan budaya Malaysia yang menggunakan rasional serta penyelesaian yang munasabah bagi menyelesaikan masalah.
"DAP berharap agar pihak polis bertindak ke atas pihak yang bertanggungjawab menyebarkan budaya keganasan ini," kata Lim.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-7-2013
DAP: Kerajaan BN sedang siapkan kejutan hari raya
Harakahdaily, | 26 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Soal mendaftarkan sebuah parti baru jika pembatalan DAP dibatalkan tidak pernah dibangkitkan atau dilayan oleh sesiapa dalam DAP, sama ada di peringkat pimpinan mahu pun ahli biasa, memandangkan tiada asas yang munasabah untuk membatalkan pendaftaran DAP.
Demikian ditegaskan oleh Ketua Parlimen DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
“Senario bahawa para pemimpin DAP dan ahli-ahlinya bersedia untuk menubuhkan sebuah parti politik baru sama sekali tidak berasas dan ia adalah rekaan propagandis, cybertrooper, dan agen-agen Umno BN untuk mencemarkan peribadi pemimpin DAP,” jelasnya.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Akhbar The Star hari ini memaparkan tajuk berita “Dont harbour false hope” (Jangan gantung harapan tidak bertempat) yang memetik kata-kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman. Ini petanda paling jelas bahawa kerajaan Umno/BN sedang menyiapkan kejutan Hari Raya – pembatalan pendaftaran DAP atas alasan mengarut dan tidak berasas.
Laporan The Star itu diisi dengan premis-premis yang palsu dan tidak berasas, menunjukkan Ketua Pengarah ROS itu bertindak dengan cara yang sama sekali tidak wajar, tidak saksama, dan tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab awam.
Mengapa Ketua Pengarah ROS mengulas tentang sebuah senario yang direka-reka sepenuhnya dan tidak lain merupakan khayalan para propagandis, cybertrooper dan agen-agen Umno/BN seolah-olah ia satu fakta?
Di bawah ini berita bertajuk “Don’t harbour false hopes” berkenaan:
‘Don’t harbour false hopes’
PETALING JAYA: DAP members have been told not to harbour hopes of forming a new party if the Registrar of Societies (ROS) decides to de-register it.
ROS director-general Datuk Abdul Rahman Othman said they would not likely entertain requests to set up a new party.
“They can apply. But the right to approve is with the ROS. We did not even entertain 29 applications to set up new parties submitted over the last five years,” he said yesterday.
He was asked to comment on the move by DAP members to look into establishing a new political party if de-registration was inevitable following complaints of election fraud in the DAP’s central executive committee (CEC) election in December.
Soal mendaftarkan sebuah parti baru jika pembatalan DAP dibatalkan tidak pernah dibangkitkan atau dilayan oleh sesiapa dalam DAP, sama ada di peringkat pimpinan mahu pun ahli biasa, memandangkan tiada asas yang munasabah untuk membatalkan pendaftaran DAP.
Senario bahawa para pemimpin DAP dan ahli-ahlinya bersedia untuk menubuhkan sebuah parti politik baru sama sekali tidak berasas dan ia adalah rekaan propagandis, cybertrooper, dan agen-agen Umno/BN untuk mencemarkan peribadi pemimpin DAP.
Apabila pembohongan dan kepalsuan seperti itu diterima sebagai hakikat dan kebenaran sehingga layak mendapat ulasan daripada Ketua Pengarah ROS, maka kebebasan, kesaksamaan, dan profesionalisme Ketua Pengarah ROS segera menjadi persoalan, memunculkan pertanyaan sama ada Ketua Pengarah ROS sendiri terlibat dalam segala pembohongan dan kepalsuan yang dilemparkan oleh propagandis, cybertrooper, dan agen-agen Umno/BN yang telah menuduh DAP dengan segala macam tindakan tidak wajar dalam pemilihan parti sewaktu Kongres Kebangsaan DAP Disember lalu.
Ketua Pengarah ROS telah membuat ulasan yang seolah-olah menyiratkan sesuatu dalam laporan Star itu ketika beliau ditanya sama ada “parti itu patut membuat pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat semula”. Ujar beliau:
“It is better for the party members and leaders to take the initiative to save the party rather than harbour false hopes of setting up a new one.”
(Lebih baik jika anggota dan pimpinan parti mengambil inisiatif untuk menyelamatkan parti daripada menggantung harapan tidak bertempat untuk menubuhkan sebuah parti baru.)
Abdul Rahman perlu menjelaskan apa yang beliau maksudkan dengan “inisiatif untuk menyelamatkan parti” kerana sejak sepanjang tujuh bulan sehingga kini DAP belum menerima sebarang tuntutan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat. Hanya propagandis, cybertrooper, dan agen-agen Umno/BN yang bising-bising tentang perkara ini sejak beberapa bulan lalu.
Dengan semakin hampirnya pemilihan parti Umno di hujung tahun ini, semakin jelas bahawa ROS tidak akan membuat keputusan profesional tentang DAP, sebaliknya keputusan politik.
Ketua Pengarah ROS dan kerajaan Umno/BN harus sedar bahawa DAP sedetik pun tidak akan berhenti menentang sebarang penyalahgunaan kuasa yang akan menjejaskan masa depan DAP, termasuk penyalahgunaan kuasa dalam bentuk membatalkan pendaftaran DAP secara tidak berasas.

BN patut terima kasih kepada SPR kerana undi hari Rabu
Harakahdaily, | 25 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Umno mesti berterimakasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya kerana menetapkan pengundian pada hari Rabu atas peningkatan majoriti undinya dalam pilihanraya kecil Kuala Besut yang menyaksikan peratusan keluar mengundi merosot sebanyak 1,193 orang atau pada kadar keseluruhan 79.78% berbanding 87% pada pilihanraya umum 5 Mei lalu.
Kerana itulah, calon Umno/BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman telah mendapat 8,288 undi, manakala calon PAS Endot@Azlan Yusuf mendapat 5,696 undi–beza undi sebanyak 2,592 undi, iaitu 158 undi lebih tinggi daripada majoriti 2,434 yang dicapai oleh Umno/BN dalam pilihanraya umum.
Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya hari ini.
Lim mendakwa, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendakwa bahawa BN gagal mencapai sasaran 4,000 majoriti undi di Kuala Besut kerana para penyokong BN merasa terlalu yakin akan menang dan lalu tidak keluar mengundi.
Beliau juga mensabitkan kemerosotan peratusan keluar mengundi sebanyak 7 peratus disebabkan oleh rentak hidup yang lebih perlahan di bulan Ramadan.
"Bagaimanapun, kemungkinan besar faktor sebenar yang menyebabkan peratusan keluar mengundi merosot ialah kerana hari mengundi ditetapkan pada hari bekerja, menyebabkan banyak pengundi yang tinggal di luar Kuala Besut tidak dapat pulang untuk mengundi," kata Lim.
Bagi beliau, jika peratusan keluar mengundi tinggi seperti pilihanraya umum lalu dan sebahagian besar pengundi yang tidak pulang ke Kuala Besut untuk mengundi dalam pilihanraya kecil mengundi calon PAS, majoriti Umno/BN kali ini kemungkinan besar lebih rendah daripada majoriti 2,434 yang dicapainya dalam pilihanraya umum lalu.
Kemerosotan majoriti undi Umno/BN, walaupun ia masih mengekalkan kerusi tersebut, akan dilihat sebagai satu kegagalan khususnya setelah pelbagai pemberian yang bernilai sekitar RM500 juta telah dicurahkan ke kawasan itu dan untuk pengundi di sana oleh kerajaan pusat dan negeri dalam tempoh pilihanraya kecil ini–menjadikan pilihanraya kecil Kuala Besut salah satu pilihanraya kecil termahal dalam sejarah.
Bagi Lim, PAS mencatatkan pencapaian yang baik di Kuala Besut kerana tiada siapa yang benar-benar menjangka bahawa calon Umno/BN akan kalah di kubu kuat mereka.
Pihak yang kalah paling besar adalah Umno/BN kerana ia gagal mencapai sasaran undi majoriti 4,000 dalam pilihanraya kecil kali ini, katanya.
Kerana itulah, calon Umno/BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman telah mendapat 8,288 undi, manakala calon PAS Endot@Azlan Yusuf mendapat 5,696 undi–beza undi sebanyak 2,592 undi, iaitu 158 undi lebih tinggi daripada majoriti 2,434 yang dicapai oleh Umno/BN dalam pilihanraya umum.
Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya hari ini.
Lim mendakwa, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendakwa bahawa BN gagal mencapai sasaran 4,000 majoriti undi di Kuala Besut kerana para penyokong BN merasa terlalu yakin akan menang dan lalu tidak keluar mengundi.
Beliau juga mensabitkan kemerosotan peratusan keluar mengundi sebanyak 7 peratus disebabkan oleh rentak hidup yang lebih perlahan di bulan Ramadan.
"Bagaimanapun, kemungkinan besar faktor sebenar yang menyebabkan peratusan keluar mengundi merosot ialah kerana hari mengundi ditetapkan pada hari bekerja, menyebabkan banyak pengundi yang tinggal di luar Kuala Besut tidak dapat pulang untuk mengundi," kata Lim.
Bagi beliau, jika peratusan keluar mengundi tinggi seperti pilihanraya umum lalu dan sebahagian besar pengundi yang tidak pulang ke Kuala Besut untuk mengundi dalam pilihanraya kecil mengundi calon PAS, majoriti Umno/BN kali ini kemungkinan besar lebih rendah daripada majoriti 2,434 yang dicapainya dalam pilihanraya umum lalu.
Kemerosotan majoriti undi Umno/BN, walaupun ia masih mengekalkan kerusi tersebut, akan dilihat sebagai satu kegagalan khususnya setelah pelbagai pemberian yang bernilai sekitar RM500 juta telah dicurahkan ke kawasan itu dan untuk pengundi di sana oleh kerajaan pusat dan negeri dalam tempoh pilihanraya kecil ini–menjadikan pilihanraya kecil Kuala Besut salah satu pilihanraya kecil termahal dalam sejarah.
Bagi Lim, PAS mencatatkan pencapaian yang baik di Kuala Besut kerana tiada siapa yang benar-benar menjangka bahawa calon Umno/BN akan kalah di kubu kuat mereka.
Pihak yang kalah paling besar adalah Umno/BN kerana ia gagal mencapai sasaran undi majoriti 4,000 dalam pilihanraya kecil kali ini, katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-7-2013
Surat terbuka untuk Ahmad Said
Edry Faizal Eddy Yusof Roketkini, | 22 Jul 2013 |
Datuk Seri Ahmad Said,
Sejurus selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-13, sebuah akhbar arus perdana melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu yang diperintah Barisan Nasional (BN) tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang tidak dimenangi BN. Saudara turut dipetik berkata tidak akan membina rumah mampu milik di kawasan DUN yang BN kalah. Sebaliknya rumah mampu milik itu hanya akan dibina di kawasan yang dimenangi parti saudara saja.
Tindakan itu menampakkan tanda-tanda membalas dendam terhadap rakyat yang memilih untuk tidak menyokong BN. Sedangkan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak seorang warganegara Malaysia untuk memilih wakil mereka, sesiapa saja yang rakyat rasakan cocok. Terbaru, muncul video ucapan saudara menghuraikan maksud “adil” dengan pengertian yang sangat dangkal. Sekaligus menggambarkan pendirian politik saudara dan mungkin juga keseluruhan parti saudara.
Di dalam video itu saudara menyatakan, “Adil ertinya memberi dan menerima. Tuan-tuan beri undi (pada) kita, kita beri bantuan pada tuan-tuan. Tuan-tuan tak undi kita, kita tak berilah. Betul tak? Inilah politik. Politik mendahulukan pengikut dia.”
Pendirian politik sedemikian bukan saja bercanggah dengan semangat perlembagaan dan demokrasi. Tetapi juga mencerminkan pemahaman politik yang bejat. Nampaknya saudara tidak faham prinsip demokrasi yang menjadi tapak asas negara ini dan peranan sesebuah kerajaan di dalam negara demokrasi. Maka saya terpanggil menulis warkah ini untuk menjelaskan kepada saudara, moga-moga hilangnya gelap pembodohan dengan cahaya pencerahan.
Demokrasi dan Kuasa Rakyat
Enam tahun selepas Kemerdekaan tanah air kita, Tunku Abdul Rahman menegaskan di dalam Pemasyhuran Malaysia pada 16 September 1963 dengan ikrar bahawa Malaysia “akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat…” Di dalam sistem demokrasi yang ideal kuasa dan pembabitan politik tidak berpusat kepada mana-mana individu atau kumpulan kecil sebaliknya dikongsi bersama semua rakyat. Sekiranya saudara hendak memahami dengan mudah bentuk kekuasaan rakyat ini, mungkin saudara boleh rujuk kartun politik dari akhbar Majlis pada Februari 1948 yang melakarkan slogan dilaungkan parti UMNO lama (bukan UMNO Baru yang saudara sertai sekarang) iaitu, “Rakyat itu raja!”
Sekalipun kuasa itu di tangan semua, leluhur kita telah memilih sistem yang dirasakan lebih menjamin semak dan imbang untuk melancarkan urusan pentadbiran. Maka dibahagikan kuasa kepada tiga badan; badan penggubal undang-undang, pelaksana undang-undang dan badan yang menjalankan urusan pentadbiran mengikut undang-undang. Beralasankan praktikal bahawa mustahil setiap seorang rakyat boleh terbabit dalam membuat keputusan atau mungkin mahu meniru saja sistem Westminster, maka leluhur kita telah memilih sistem demokrasi perwakilan dan berparlimen. Tiap seorang rakyat yang dikatakan ‘raja’ itu perlu memilih wakil mereka untuk urusan penggubalan undang-undang dan orang yang akan menguruskan negara bagi pihak mereka dalam hal pentadbiran. Sebab itulah saudara digelar wakil rakyat dan bukannya wakil UMNO atau wakil juak-juak Mat Said.
Rakyat perlu memilih seseorang atau sekumpulan manusia untuk mewakili mereka. Ketepikan dulu soal adil atau tidak, pemilihan dibuat berdasarkan undi dan siapa yang memiliki lebih banyak undi daripada pesaingnya akan menang. Namun ini pemilihan, bukan pertandingan kalah mati yang mana pemenang hidup dan yang kalah mati. Ibaratkan satu keluarga dengan tujuh orang anggota dan cuma satu kenderaan. Pening memikirkan mahu balik ke kampung sebelah ayah atau sebelah ibu pada Hari Raya pertama. Akhirnya mereka bersetuju memutuskan dengan undian ala first past the post. Tiga undi memihak kepada kampung si ayah dan empat undi memihak kampung si ibu. Maka berapakah bilangan ahli keluarga yang akan pulang ke kampung sebelah ibu?
Tentulah semua tujuh ahli keluarga kerana pengundian itu hanya bertujuan memudahkan pilihan, bukan mengetepikan sesiapa. Cuma kalau mengikut rumus keadilan saudara yang bermasalah, empat ahli keluarga akan pulang ke kampung sebelah ibu dan tiga lagi tinggal di rumah, terhukum!
Hak Rakyat
Kembali kepada apa yang dikatakan “rakyat itu raja”. Saudara hendaklah sedar bahawa apabila disebut rakyat, ia merujuk kepada warga sesuatu negara atau negeri, yang terdiri daripada mereka yang menyokong saudara dan tidak menyokong saudara. Apabila dikatakan “rakyat itu raja” maka ia juga membawa makna negara ini milik setiap rakyatnya, tidak kira apa pandangan politik mereka. Bukan seperti zaman dahulu kala apabila negara dan segala hasilnya adalah milik mutlak individu tertentu baik dengan gelaran Maharaja, Raja, Pembesar dan sebagainya. Sekiranya saudara boleh faham ini, maka saudara akan tahu bahawa setiap hasil negara mahu pun negeri adalah hak rakyat dan bukan hak saudara serta juak-juak saudara.
Kuasa dan harta rakyat telah diamanahkan kepada saudara untuk diurus dan ditadbir, dengan harapan kebaikannya akan dirasai semua tidak kira siapa. Maka bolehlah dikatakan perbuatan menyalahgunakan amanah itu untuk kepentingan politik sendiri, UMNO dan penyokong saudara semata adalah pengkhianatan terhadap hak rakyat. Tidak kira parti mana yang melakukannya, yang salah tetap salah. Kecurangan seperti ini sedikit demi sedikit mencabut nyawa demokrasi yang sememangnya sudah nyawa-nyawa ikan serta membiakkan feudalisme.
Barangkali kegagalan saudara untuk memahami sistem negara ini membuatkan pengertian “adil” saudara herot. Atau mungkin kacau-bilau pandangan saudara berpunca daripada pemahaman politik saudara, yang melihat politik tidak lebih daripada sekadar perebutan kuasa demi terus berkuasa dan membolot segala kepentingan diri. Sekiranya saudara seorang yang budiman dan memiliki pemahaman politik yang jernih, tentu saudara akan berjiwa besar mewakili seluruh rakyat -sesuai dengan gelaran wakil rakyat- dan tidak hanya memikirkan puak-puak sendiri dan survival politik sendiri. Saya menyeru saudara Ahmad Said supaya saudara dan parti saudara meninggalkan amalan korup sebegitu dan jadilah ahli politik berjiwa besar dan demokrat.

Sumber HD - 22-7-2013
Karpal buat laporan polis terhadap Tajuddin
Roketkini, | 17 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee berikutan kenyataan hasutan Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Tajuddin Abdul Rahman terhadap dirinya.
Beliau menegaskan, tindakan tegas harus diambil terhadap Tajuddin kerana mengeluarkan satu kenyataan berunsur serangan peribadi yang sama sekali tidak benar.
“Saya membuat laporan ini supaya satu siasatan polis secara menyeluruh dapat dilaksanakan dan beliau boleh didakwa di mahkamah di atas kelakuan jahatnya itu.
“Saya menggesa polis menyiasat Tajuddin mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, serta mengikut Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di luar Balai Polis Tun HS Lee, tengah hari tadi.
Seksyen 4 (1) menyatakan bahawa adalah satu kesalahan jenayah untuk mengeluarkan sebarang perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan dan lain-lain yang mempunyai kecenderungan menghasut. Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Tajuddin sebelum ini dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut memberi amaran kepada pengundi di sana dengan mendakwa Karpal akan menjadi Presiden pertama Malaysia jika DAP dibenar menerajui tampuk pemerintahan negara melalui PAS.
Karpal berkata, beliau percaya bahawa kenyataan itu mempunyai kecenderungan menghasut dan berunsur fitnah.
“Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dibenar dan digalakkan sama sekali dalam negara,” tegasnya.
Turut hadir menemani Karpal membuat laporan polis itu ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto.
Kit Siang turut mengecam kenyataan itu yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan orang yang melakukannya tidak boleh terlepas daripada hukuman.
“Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, jentera keadilan negara bukan sahaja perlu adil tetapi dilihat adil di mata umum dan sesiapa saja yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan seperti dilakukan Tajuddin mesti didakwa.
“Apa yang dilakukan Tajuddin itu adalah satu daripada beberapa siri kenyataan berunsur hasutan yang dibuat dalam tempoh enam minggu lalu,” ujarnya.
Beliau menegaskan, tindakan tegas harus diambil terhadap Tajuddin kerana mengeluarkan satu kenyataan berunsur serangan peribadi yang sama sekali tidak benar.
“Saya membuat laporan ini supaya satu siasatan polis secara menyeluruh dapat dilaksanakan dan beliau boleh didakwa di mahkamah di atas kelakuan jahatnya itu.
“Saya menggesa polis menyiasat Tajuddin mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, serta mengikut Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di luar Balai Polis Tun HS Lee, tengah hari tadi.
Seksyen 4 (1) menyatakan bahawa adalah satu kesalahan jenayah untuk mengeluarkan sebarang perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan dan lain-lain yang mempunyai kecenderungan menghasut. Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Tajuddin sebelum ini dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut memberi amaran kepada pengundi di sana dengan mendakwa Karpal akan menjadi Presiden pertama Malaysia jika DAP dibenar menerajui tampuk pemerintahan negara melalui PAS.
Karpal berkata, beliau percaya bahawa kenyataan itu mempunyai kecenderungan menghasut dan berunsur fitnah.
“Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dibenar dan digalakkan sama sekali dalam negara,” tegasnya.
Turut hadir menemani Karpal membuat laporan polis itu ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto.
Kit Siang turut mengecam kenyataan itu yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan orang yang melakukannya tidak boleh terlepas daripada hukuman.
“Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, jentera keadilan negara bukan sahaja perlu adil tetapi dilihat adil di mata umum dan sesiapa saja yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan seperti dilakukan Tajuddin mesti didakwa.
“Apa yang dilakukan Tajuddin itu adalah satu daripada beberapa siri kenyataan berunsur hasutan yang dibuat dalam tempoh enam minggu lalu,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-7-2013
Ke mana hala Malaysia?
Lim Kit Siang, | 16 Jul 2013 |
Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk Kinabatangan Bung Mokhtar Radin di Parlimen kelmarin mengakui bahawa pemimpin-pemimpin Umno bahagian menuntut kontrak daripada kerajaan dan mana-mana pemimpin bahagian yang tidak berbuat demikian adalah pengecut. Pengakuan ini merupakan satu lagi kenyataan mengejutkan daripada sekian banyak kenyataan mengejutkan yang telah dikeluarkan oleh menteri, pemimpin, dan penyokong Barisan Nasional sejak enam minggu lalu, iaitu selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei 2013.
Antara kenyataan lain sepertinya yang telah dikeluarkan oleh menteri/pemimpin/penyokong BN sejak enam minggu lalu:
• Datuk Tajuddin Abdul Rahman mencemarkan politik Ramadan malam Ahad lalu dengan menyebarkan pembohongan dan dusta dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Besut dengan mendakwa DAP adalah anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-raja Melayu, dan bahawa DAP ingin menghapuskan sistem raja berperlembagaan untuk menubuhkan sebuah republik serta melantik Karpal Singh sebagai Presiden pertama Malaysia;
• Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam wawancara dengan Sin Chew Daily bulan lepas memberi nasihat songsang kepada kaum Cina di Malaysia dengan menyeru mereka agar meninggalkan “perkauman ekstrem” yang dibawa oleh DAP agar “Malaysia suatu hari nanti akan mendapat Perdana Menteri berketurunan Cina.” Shahidan membuat dua kesilapan memandangkan DAP tidak pernah mengajak kaum Cina di Malaysia ke arah “perkauman ekstrem” dan isu Perdana Menteri berketurunan Cina tidak pernah persoalan penting bagi kaum Cina kerana bagi mereka yang lebih penting ialah mendapat Perdana Menteri yang berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia.
• Dongeng “Tentera Kacang Merah” yang ditaja DAP dan dianggotai oleh 3,000 cybertrooper serta mendapat peruntukan sebanyak RM100 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu untuk menyerang peribadi dan memburuk-burukkan para pemimpin UMNO/BN mendominasi ucapan Ahli-ahli Parlimen UMNO/BN dalam perbahasan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Parlimen. Malah seorang Menteri telah mencadangkan supaya Kabinet mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk menyiasat “Tentera Kacang Merah”, padahal RCI sepatutnya ditubuhkan untuk menyiasat sekian banyak pembohongan dan provokasi yang diterbitkan dalam media kawalan UMNO/BN, khususnya Utusan Malaysia.
Kebelakangan ini dongeng “Tentera Kacang Merah” digunakan untuk menjustifikasi tuntutan para cybertrooper Umno/BN untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM350 juta bagi memerangi “Tentera Kacang Merah” bagi jangka masa lima tahun lagi.
• Respons apologetik “bukan hanya Malaysia yang berdepan masalah rasuah” daripada Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio integriti dan urus-tadbir baik, apabila tinjauan Global Corruption Barometer 2013 yang dijalankan oleh Transparency International mendapati hanya 31 peratus responden merasakan kerajaan Malaysia telah memerangi rasuah dengan berkesan, merosot daripada 49 peratus di tahun 2011.
• Kenyataan-kenyataan perkauman yang berulang kali dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sehingga melebarkan jurang perkauman, antaranya apabila beliau berdusta dengan menuduh DAP menolak konsep “kongsi” Melayu/Cina/India dan mendakwa kaum Cina mahu menghapuskan kuasa politik Melayu.
• Ucapan perkauman dan menghasut oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah yang mengingatkan kaum Cina di Malaysia agar bersedia menerima tindak balas daripada masyarakat Melayu atas “pengkhianatan” mereka dalam PRU-13.
• Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sewaktu baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri, apabila beliau menyuruh pihak yang mengkritik pilihan raya umum ke-13 agar meninggalkan negara ini jika mereka tidak suka dengan sistem pilihan raya yang ada.
Jika tidak disangkal, semua kenyataan ini mampu mengheret negara ini ke masa depan Malaysia yang mundur, berpecah-belah dan sengsara – sama sekali bertentangan dengan aspirasi 1Malaysia, “Global Movement of Moderates” dan “perdamaian kebangsaan”.
Ke mana hala Malaysia?
Antara kenyataan lain sepertinya yang telah dikeluarkan oleh menteri/pemimpin/penyokong BN sejak enam minggu lalu:
• Datuk Tajuddin Abdul Rahman mencemarkan politik Ramadan malam Ahad lalu dengan menyebarkan pembohongan dan dusta dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Besut dengan mendakwa DAP adalah anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-raja Melayu, dan bahawa DAP ingin menghapuskan sistem raja berperlembagaan untuk menubuhkan sebuah republik serta melantik Karpal Singh sebagai Presiden pertama Malaysia;
• Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam wawancara dengan Sin Chew Daily bulan lepas memberi nasihat songsang kepada kaum Cina di Malaysia dengan menyeru mereka agar meninggalkan “perkauman ekstrem” yang dibawa oleh DAP agar “Malaysia suatu hari nanti akan mendapat Perdana Menteri berketurunan Cina.” Shahidan membuat dua kesilapan memandangkan DAP tidak pernah mengajak kaum Cina di Malaysia ke arah “perkauman ekstrem” dan isu Perdana Menteri berketurunan Cina tidak pernah persoalan penting bagi kaum Cina kerana bagi mereka yang lebih penting ialah mendapat Perdana Menteri yang berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia.
• Dongeng “Tentera Kacang Merah” yang ditaja DAP dan dianggotai oleh 3,000 cybertrooper serta mendapat peruntukan sebanyak RM100 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu untuk menyerang peribadi dan memburuk-burukkan para pemimpin UMNO/BN mendominasi ucapan Ahli-ahli Parlimen UMNO/BN dalam perbahasan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Parlimen. Malah seorang Menteri telah mencadangkan supaya Kabinet mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk menyiasat “Tentera Kacang Merah”, padahal RCI sepatutnya ditubuhkan untuk menyiasat sekian banyak pembohongan dan provokasi yang diterbitkan dalam media kawalan UMNO/BN, khususnya Utusan Malaysia.
Kebelakangan ini dongeng “Tentera Kacang Merah” digunakan untuk menjustifikasi tuntutan para cybertrooper Umno/BN untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM350 juta bagi memerangi “Tentera Kacang Merah” bagi jangka masa lima tahun lagi.
• Respons apologetik “bukan hanya Malaysia yang berdepan masalah rasuah” daripada Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio integriti dan urus-tadbir baik, apabila tinjauan Global Corruption Barometer 2013 yang dijalankan oleh Transparency International mendapati hanya 31 peratus responden merasakan kerajaan Malaysia telah memerangi rasuah dengan berkesan, merosot daripada 49 peratus di tahun 2011.
• Kenyataan-kenyataan perkauman yang berulang kali dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sehingga melebarkan jurang perkauman, antaranya apabila beliau berdusta dengan menuduh DAP menolak konsep “kongsi” Melayu/Cina/India dan mendakwa kaum Cina mahu menghapuskan kuasa politik Melayu.
• Ucapan perkauman dan menghasut oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah yang mengingatkan kaum Cina di Malaysia agar bersedia menerima tindak balas daripada masyarakat Melayu atas “pengkhianatan” mereka dalam PRU-13.
• Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sewaktu baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri, apabila beliau menyuruh pihak yang mengkritik pilihan raya umum ke-13 agar meninggalkan negara ini jika mereka tidak suka dengan sistem pilihan raya yang ada.
Jika tidak disangkal, semua kenyataan ini mampu mengheret negara ini ke masa depan Malaysia yang mundur, berpecah-belah dan sengsara – sama sekali bertentangan dengan aspirasi 1Malaysia, “Global Movement of Moderates” dan “perdamaian kebangsaan”.
Ke mana hala Malaysia?
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-7-2013
Letak jawatan sebelum PRK Kuala Besut
Harakahdaily, | 01 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Sudah sampai masa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut diadakan.
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto (gambar) berkata, ini kerana Abdul Aziz didapati gagal mengurus selia Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan telus.
Katanya, Abdul Aziz wajar meletakkan jawatan seiring dengan Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan barisan ahli lembaga SPR yang dilantik Yang di-Pertuan Agong perlu mendapat keyakinan awam.
“Beliau kena letak jawatan supaya dengan kepimpinan baru, proses pilihan raya mendapat kepercayaan rakyat sekaligus dapat mengembalikan demokrasi di atas landasannya,” ujarnya dipetik Roketkini.
Beliau turut mempertikaikan adakah SPR yang ditunjangi Abdul Aziz mampu berlaku telus dan adil pada PRK yang bakal diadakan nanti.
“Selepas pelbagai laporan penipuan, tidak adil dan tidak bebas dilemparkan terhadap SPR, adakah mereka mampu meraih keyakinan umum pada PRK Kuala Besut, di Terengganu nanti?” tanya beliau.
Menurutnya, semua protes dan perhimpunan aman yang diadakan di seluruh Malaysia sebelum ini adalah kerana kegagalan agensi itu melaksanakan pilihan raya secara adil, telus dan bersih.
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto (gambar) berkata, ini kerana Abdul Aziz didapati gagal mengurus selia Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan telus.
Katanya, Abdul Aziz wajar meletakkan jawatan seiring dengan Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan barisan ahli lembaga SPR yang dilantik Yang di-Pertuan Agong perlu mendapat keyakinan awam.
“Beliau kena letak jawatan supaya dengan kepimpinan baru, proses pilihan raya mendapat kepercayaan rakyat sekaligus dapat mengembalikan demokrasi di atas landasannya,” ujarnya dipetik Roketkini.
Beliau turut mempertikaikan adakah SPR yang ditunjangi Abdul Aziz mampu berlaku telus dan adil pada PRK yang bakal diadakan nanti.
“Selepas pelbagai laporan penipuan, tidak adil dan tidak bebas dilemparkan terhadap SPR, adakah mereka mampu meraih keyakinan umum pada PRK Kuala Besut, di Terengganu nanti?” tanya beliau.
Menurutnya, semua protes dan perhimpunan aman yang diadakan di seluruh Malaysia sebelum ini adalah kerana kegagalan agensi itu melaksanakan pilihan raya secara adil, telus dan bersih.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-7-2013
GST: Kerajaan BN hanya tangguh saja
Harakahdaily, | 30 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Keikhlasan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah dalam memberi jawapan di Parlimen pada 27hb Jun 2013 berkenaan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST amat dicurigai.
Majoriti rakyat tidak mahu GST dilaksanakan tetapi Husni disyaki bersikap tidak jujur dalam jawapan Parlimen beliau, kata Liew Chin Tong (gambar), ahli Parlimen DAP kawasan Kluang.
Husni memaklumkan Dewan Rakyat bahawa “Kerajaan sekarang sedang melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ianya berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat pada tahun 2009, adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pada masa tersebut.
"Oleh kerana terdapatnya perubahan kepada keadaan ekonomi dan perubahan harga, maka kajian semula perlu dijalankan. Sehubung dengan itu, Kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan dilaksanakan.”
Bagi Liew, dua masalah besar timbul dari jawapan beliau tersebut.
Pertama, jawapan Husni ini boleh dibaca sebagai tanda Kerajaan hanya menagguhkan sementara pelaksanaan GST. Ini bererti GST boleh dilaksanakan pada bila-bila masa difikirkan perlu oleh Kerajaan BN.
"Kerajaan perlu ingat bahawa ia akan membangkitkan kemarahan rakyat jika GST dilaksanakan. Kita semua tahu bahawa melalui bayaran BR1M sebelum ini, Kerajaan telah memaklumkan bahawa 60 peratus rakyat Malaysia mempunyai pendapatan tidak melebihi RM 3,000 sebulan," katanya dalam satu kenyataan.
Ini bermakna 60 peratus rakyat Malaysia berpendapatan rendah rendah. Hujah kononnya barangan rakyat berpendapatan rendah dikenakan kadar sifar GST adalah tidak realistik, katanya.
Walaupun barangan kadar sifar GST, golongan berpendapatan rendah - golongan 60 peratus penerima BR1M – akan dikenakan GST untuk barangan dan perkhidmatan lain.
Bagi beliau, pelaksanaan GST tentu akan menyebabkan taraf kehidupan golongan 60 peratus ini terjejas kerana mereka yang selama ini tidak dikenakan cukai pendapatan akan terpaksa membayar cukai melalui GST.
Justeru, pendapatan boleh guna (disposable income) golongan ini akan berkurangan akibat kutipan GST. Apabila pendapatan boleh guna golongan 60 peratus ini terancam ia bermakna pertumbuhan ekonomi kita akan terjejas.
"Ini adalah kerana dalam keadaan eksport kita yang menurun, perbelanjaan dan penggunaan tempatan amat penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
"Jadi jika Kerajaan tetap mahu melaksanakan GST, ia bererti bukan sahaja Kerajaan akan menambah derita golongan berpendapatan rendah, ia juga akan membebankan Kerajaan sendiri kerana ia memberi kesan buruk kepada ekonomi negara," katanya.
Kedua, jawapan Parlimen dari Husni yang mengatakan bahawa kajian GST hanya dilakukan pada tahun 2009 juga tidak benar.
Menurutnya, di atas nama “Panel Kajian Semula Cukai (GST)”, sejumlah RM22 juta diperuntukkan pada tahun 2010, RM13 juta pada tahun 2011, RM11 juta pada tahun 2012 dan RM5 juta pada tahun 2013, iaitu jumlahnya RM51 juta dalam empat tahun, telah digunakan dalam Belanjawan-Belanjawan sejak 2010 untuk kajian perlakasanaan GST.
Pada tahun 2013, satu perkara perbelanjaan bertajuk “Perluasan Dasar Cukai” (Kod 100600) yang bernilai RM 50 juta juga disyaki ada kena-mengena dengan pelaksanaan GST.
Sehubungan itu, beliau menggesa Menteri Kewangan supaya:
Mengumumkan hasil kajian panel tersebut sejak 2009; kerana kami Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak mahu lagi Kerajaan merahsiakan kajian GST kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat terbanyak;
Mengumumkan pihak konsultan yang terpilih untuk menjalankan kajian tersebut kerana ini juga perlu diketahui oleh rakyat Malaysia;
Memberi penjelasan lanjut sama da jawapan Parlimen dari Husni hanya bertujuan menyembunyikan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan GST atau tidak;
"Dan kalau jika Kerajaan BN benar-benar mahu melaksanakan GST, satu jawatankuasa pilihan Parlimen yang merangkumi Ahli-ahli parlimen dari kedua-dua pihak – BN dan Pakatan Rakyat – perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan meneliti pandangan rakyat Malaysia," katanya.

Sumber HD - 30-6-2013
Dalam 48 jam, kredibiliti Khalid, Zahid hancur lebur
Lim Kit Siang, | 29 Jun 2013 |
Apakah Najib akan mengambil tindakan ke atas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara? Tahap kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu KPN dan Menteri Dalam Negeri, sedang berjerebu
Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.
Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur.
Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009.
Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam.
Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah berikutan serangan yang berlaku pada tahun 2006.
Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim menyebut bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam Zahid, Shamsul Bahrain Ibrahim, adalah berfakta dan perlu didengar dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Dengan keputusan mahkamah tertinggi dalam negara ini, saman sivil oleh Amir Bazli Abdullah terhadap menteri dalam negeri akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos nanti.
Baru dua minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, iaitu bahawa mereka mahu kerajaan bersikap tegas mempertahankan institusi-institusi penting dalam negara, “menguatkuasakan undang-undang, menegakkan Perlembagaan”. Malangnya dua insiden melibatkan Menteri Dalam Negeri dan KPN ini menyampaikan mesej yang berlawanan, iaitu betapa kredibiliti, integriti, dan kewibawaan institusi-institusi negara sedang diancam hebat selepas PRU13.
Sukar untuk Menteri Dalam Negeri meminta KPN memikul tanggungjawab penuh atas kematian Kugan sedangkan pada masa yang sama persoalan timbul mengapa polis tidak membuat penyiasatan dan mendakwa Zahid atas serangan terhadap Amir Bazli pada tahun 2006.
Pada masa yang sama juga, KPN tidak boleh menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memikul tanggungjawab penuh atas kes serangan pada tahun 2006 itu kerana Khalid sendiri sedang dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan dalam tahanan polis pada tahun 2009.
Langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri.
Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?
Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah.
Rakyat Malaysia berhak tahu bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hendak menyelesaikan jerebu terbaru ini yang menjejaskan tahap kebertanggungjawaban, integriti, dan tadbir-urus yang baik oleh dua pegawai keselamatan tertinggi negara. Rakyat mahu tahu sama ada beliau akan menamatkan perkhidmatan mereka, menggantung, atau mengarahkan kedua-dua mereka mengambil cuti sehinggalah mereka berjaya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka.

Sumber HD - 29-6-2013
Jerebu: Tanggungjawab Shahidan atau Palanivel?
Harakahdaily, | 21 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memanggil mesyuarat khas Menteri Alam Sekitar Indonesia, Singapura dan Malaysia untuk membincangkan langkah segera Asean bagi menangani masalah jerebu yang melanda ketiga-tiga negara ini.
Jerebu di Johor, khususnya di Johor Baru, berada di peringkat mencemaskan dengan bacaan aras pencemaran udara (API) di Kota Tinggi dan Pasir Gudang masing-masing mencecah 314 dan 323 pada jam 11 pagi ini.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata rakyat Malaysia masih ingat mereka diberitahu bahawa kerajaan akan mengisytiharkan darurat jika API mencecah 301, tetapi nampaknya tidak ada keseriusan sama ada di pihak Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Alam atau Kementerian Alam Sekitar dalam menangani jerebu sekarang walaupun ratusan buah sekolah telah ditutup sejak beberapa hari lalu disebabkan jerebu.
Justeru, beliau mempersoalkan dalam menangani keadaan cemas akibat jerebu ini, siapa sebenarnya menteri yang bertanggungjawab.
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, yang bertanggungjawab atas Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Alam, atau Menteri Alam Sekitar? Datuk Seri Shahidan Kassim atau Datuk Seri G. Palanivel?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Tambahnya, tiada siapa tahu kerana kedua-dua menteri berkenaan membisu seribu bahasa, seolah-olah jerebu yang menyumbat pernafasan penduduk Johor bukan masalah mereka.
Menurutnya, masa telah tiba untuk kedua-dua menteri bersuara, bukan setakat untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia tentang rancangan mereka untuk menangani masalah mutu udara di Johor khususnya.
Katanya, tetapi juga untuk memaklumkan langkah bersama akan akan mereka ambil bersama kerajaan Indonesia dan Singapura untuk mengawal dan mengakhiri kebakaran gambut dan hutan di daerah Riau, Sumatera tengah.
Ini, ujar Lim lagi termasuk untuk mendedahkan identiti syarikat-syarikat berasal dari Malaysia yang terbabit dalam kegiatan pembakaran terbuka demi keuntungan segera sehingga menjejaskan kesihatan dan persekitaran para penduduk di ketiga-tiga buah negara terbabit.
Jerebu di Johor, khususnya di Johor Baru, berada di peringkat mencemaskan dengan bacaan aras pencemaran udara (API) di Kota Tinggi dan Pasir Gudang masing-masing mencecah 314 dan 323 pada jam 11 pagi ini.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata rakyat Malaysia masih ingat mereka diberitahu bahawa kerajaan akan mengisytiharkan darurat jika API mencecah 301, tetapi nampaknya tidak ada keseriusan sama ada di pihak Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Alam atau Kementerian Alam Sekitar dalam menangani jerebu sekarang walaupun ratusan buah sekolah telah ditutup sejak beberapa hari lalu disebabkan jerebu.
Justeru, beliau mempersoalkan dalam menangani keadaan cemas akibat jerebu ini, siapa sebenarnya menteri yang bertanggungjawab.
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, yang bertanggungjawab atas Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Alam, atau Menteri Alam Sekitar? Datuk Seri Shahidan Kassim atau Datuk Seri G. Palanivel?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Tambahnya, tiada siapa tahu kerana kedua-dua menteri berkenaan membisu seribu bahasa, seolah-olah jerebu yang menyumbat pernafasan penduduk Johor bukan masalah mereka.
Menurutnya, masa telah tiba untuk kedua-dua menteri bersuara, bukan setakat untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia tentang rancangan mereka untuk menangani masalah mutu udara di Johor khususnya.
Katanya, tetapi juga untuk memaklumkan langkah bersama akan akan mereka ambil bersama kerajaan Indonesia dan Singapura untuk mengawal dan mengakhiri kebakaran gambut dan hutan di daerah Riau, Sumatera tengah.
Ini, ujar Lim lagi termasuk untuk mendedahkan identiti syarikat-syarikat berasal dari Malaysia yang terbabit dalam kegiatan pembakaran terbuka demi keuntungan segera sehingga menjejaskan kesihatan dan persekitaran para penduduk di ketiga-tiga buah negara terbabit.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-6-2013
Dap & Islam ( Fawzia Ariff - Ahli Dap seumur hidup) :
https://www.youtube.com/watch?v=uiZZZKzueME
Sumber VDAP - 20-6-2013
Shahidan boleh jadi PM, jika tidak perkauman
Harakahdaily, | 19 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa suatu hari nanti akan ada Perdana Menteri berbangsa Cina jika mereka bersedia melangkaui sempadan kaum, bercampur dengan pelbagai kaum di Malaysia dan mengamalkan perkongsian kuasa dianggap permainan politik yang sangat licik dan nakal.
Setiausaha Politik kepada Pengarah Pendidikan Politik DAP, Mahdzir Ibrahim berkata, kenyataan itu seolah cuba menggambarkan masyarakat Cina di Malaysia ini begitu bersifat perkauman sehingga sanggup menjadikan jawatan Perdana Menteri sebagai umpan untuk orang Cina jika mereka tidak rasis sebagaimana gambaran beliau itu.
Katanya, Shahidan seolah-olah memberi motivasi kepada kaum Cina, kononnya sebagai balasan untuk tidak bersifat perkauman.
“Ini bukan sahaja satu gambaran buruk dan salah, malah ia satu penghinaan terhadap masyarakat terbabit ini kerana bukan sahaja Cina, Melayu atau kaum lain, tidak semestinya mahukan jawatan Perdana Menteri itu diisi berdasarkan keturunan, tetapi berdasarkan merit yakni karisma, kebolehpercayaan dan sifat amanah.
“Inilah kriteria untuk seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri selain harus mendapat sokongan rakyat terbanyak, sebagaimana yang diperlihatkan dalam jumlah undi popular kepada Pakatan Rakyat sebanyak 51% pada PRU13 lalu,” katanya dipetik Roketkini.
Katanya, Shahidan juga salah jika menganggap kaum Cina menolak BN kerana termakan hasutan DAP sedangkan semua rakyat tidak kira Melayu, Cina atau India menolak Umno BN kerana politik kotor dan budaya rasuah dalam parti itu di samping yakin dengan PR yang menunjukkan prestasi kerajaan PR cemerlang di Selangor dan Pulau Pinang.
Beliau berkata, rakyat Malaysia mahukan Perdana Menteri dan barisan menteri Kabinet yang amanah, bersih dan tidak perkauman dan percaya Shahidan juga boleh menjadi Perdana Menteri jika beliau tidak perkauman.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-6-2013
Pemilihan CEC: Apa lagi ROS mahu, tanya DAP
Harakahdaily, | 18 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Kenyataan demi kenyataan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) melalui media hanya bertujuan untuk menimbulkan persepsi negatif orang ramai terhadap DAP dan mengugat keyakinan ramai terhadap kredibiliti pimpinan DAP.
“Kami telah berkali-kali mengatakan bahawa kami bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada ROS dalam siasatan mereka dan setiap dokumen yang mereka minta dalam tempoh beberapa bulan ini telah pun kami bekalkan kepada mereka,” ujar Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, sekiranya ROS masih tidak dapat menyelesaikan siasatan tersebut, ini hanya menunjukkan kelemahan dan ketidakcekapan mereka dalam menjalankan siasatan.
“Apa lagi ROS mahu?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban yang merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman semalam yang meminta DAP mengemukakan bukti mengenai silap kira undi dalam pemilihan CEC pada bulan Disember lepas.
Yang pertama, tanya beliau apakah ia telah menjadi satu prosedur untuk ROS mengeluarkan kenyataan media setiap kali mereka meminta DAP untuk memberikan keterangan atau bukti.
“Mengapakah hanya siasatan terhadap DAP diberikan perhatian oleh ROS sedangkan siasatan terhadap parti-parti politik yang lain tidak diwar-warkan untuk pengetahuan umum dalam media?” tanya beliau lagi.
Abdul Rahman dilaporkan berkata ROS perlu membuat kenyataan untuk pengetahuan umum tentang kemajuan proses siasatan ROS untuk mengelakkan manipulasi fakta seperti kandungan surat ROS bertarikh 17 April 2013 yang didakwanya telah dimanipulasi oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
“Saya ingin bertanya kepada Abdul Rahman dan ROS, apakah kandungan surat pada 17 April lalu yang telah dimanipulasi oleh DAP?” tanya Loke lagi.
Tegasnya, dakwaan tersebut adalah satu dakwaan yang melulu dan tidak berasas sama sekali.
“Setiap kali kita mengadakan sidang akhbar untuk memberikan reaksi terhadap ROS, salinan surat dari ROS diedarkan kepada para wartawan sebagai bukti,” ujarnya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-6-2013
Lagi cubaan Umno takutkan Melayu, hina Cina
Roketkini, | 18 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP menafikan tuduhan jahat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan masyarakat Cina negara ini berjaya didoktrinkan dengan ‘perkauman melampau’ oleh parti itu.
Dalam wawancara bersama Sin Chew Daily semalam, Shahidan antara lain mendakwa jika masyarakat Cina negara ini boleh membuang mentaliti ‘perkauman melampau’ seperti yang ditanam DAP, beliau percaya suatu hari nanti Malaysia akan mempunyai seorang Perdana Menteri berketurunan Cina.
Menjawab tuduhan itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, ini tidak lain hanya satu kempen propaganda jahat Umno untuk menakut-nakutkan rakyat serta memecah-belahkan perpaduan.
“Mereka (pemimpin Umno) terus menakut-nakutkan orang Melayu dengan dongengan akan kehilangan kuasa.
“Sangat jelas ini juga satu perbuatan menghina masyarakat Cina negara ini. Mereka seolah-olah digambarkan Umno sebagai sekumpulan masyarakat yang gila kuasa dan tamak untuk merebut jawatan Perdana Menteri,” katanya.
Sebaliknya, menurut Pua, perkara sebenar yang menjadi kekhuatiran pemimpin Umno yang sebenar ialah seluruh rakyat Malaysia yang bersatu menentang amalan rasuah dan kronisme di kalangan elit parti pemerintah itu.
“Sebab itu mereka takut, sangat terdesak dan perlu pecah-belahkan perpaduan rakyat,” kata Pua.
Beliau berkata, Umno harus sedar bahawa orang Cina memberi undi kepada PAS bukan kerana parti itu parti Cina, begitu juga dengan orang Melayu yang mengundi DAP.
Ini termasuk sokongan Pakatan Rakyat untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Sehubungan itu, beliau juga mempertikaikan mengapa ketika orang Cina kuat bersama MCA mereka tidak dicop perkauman.
“Sekarang, bila orang Melayu semakin ramai memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), Tun Mahathir pula menuduh ianya merupakan kejayaan propaganda DAP terhadap golongan terpelajar Melayu,” ujarnya.
“Ini semua karut,” kata Pua yang mengulangi pendirian bahawa DAP merupakan parti pelbagai kaum yang mengamalkan ideologi demokrasi sosial dan bukannya berasaskan kaum seperti Umno, MCA atau MIC.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-6-2013
Perdamaian nasional: Najib gagal, Umno BN kalah
Lim Kit Siang, | 17 Jun 2013 |
‘Perdamaian nasional’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan gagal dan Umno BN akan benar-benar kalah dalam PRU14 jika beliau terus menganggap bahawa Barisan Nasional memenangi PRU13 tetapi kalah dalam ‘perang persepsi’ sepertimana yang beliau sebutkan dalam pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kelmarin.
Menurut Najib, Barisan telah menjalankan banyak transformasi dari segi pelaksanaan perkhidmatan sejak empat tahun lalu dan telah memenangi PRU13, tetapi ia kalah dalam perang persepsi berikutan fitnah dan pembohongan yang telah disebarkan oleh Pembangkang menerusi media alternatif yang lebih dipercayai orang berbanding kebenaran dalam media arus perdana.
Kata Najib: “Untuk pilihan raya umum berikutnya, Barisan mesti mempersiapkan diri untuk terlibat dalam perang persepsi”.
Apakah Najib sebenarnya menjanjikan lebih banyak pembohongan Umno BN di ruang siber dalam masa lima tahun mendatang, walaupun 10,000 cybertrooper Umno BN yang dilatih dalam siri Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang dianjurkan di seluruh Malaysia, melibatkan ratusan juta ringgit wang rakyat, telah gagal sama sekali?
Saya tidak ingin membela media alternatif, tetapi apakah Najib sanggup menubuhkan suruhanjaya penyiasatan bebas untuk mengenalpasti mengapa media arus perdana telah hilang kredibiliti dan wibawa sehingga media alternatif lebih mendapat tempat?
Biarkan suruhanjaya bebas itu meneliti pembohongan media arus perdana Umno BN, termasuk Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian, atau Star yang mendakwa DAP telah mendanai “Tentera Kacang Merah” yang mempunyai 300 hingga 3,000 cybertrooper dan membelanjakan RM108 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu untuk memburuk-burukkan para pemimpin Umno BN.
Sampai sekarang ini lidah Umno Utusan Malaysia masih terus menerbitkan pembohongan tentang DAP yang kononnya mendanai ‘Tentera Kacang Merah’!
Dalam PRU13, Umno BN kalah undi majoriti tetapi menang majoriti kerusi parlimen kerana bagi para pengundi Umno BN gagal menangani isu nasional tentang Malaysia yang selamat, bersih, telus dan moderat. Najib masih berjaya memegang kuasa kerana tiadanya sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.
Cakap-cakap Najib tentang ‘transformasi’ semuanya kosong, seperti yang dapat kita lihat pada hakikat bahawa rakyat Malaysia kini tidak merasa selamat di tempat-tempat awam dan bahkan dalam rumah sendiri berikutan peningkatan kadar jenayah yang tidak terkawal, sehinggakan buat kali pertama rakyat Malaysia tidak merasa selamat untuk keluar makan di restoran dan kedai makan terbuka.
Mampukah Najib, Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bersimpati dengan komen berikut yang ditulis oleh pengunjung blog saya?
“Darah saya mendidih hari ini apabila membaca berita tentang polis yang menyediakan pemeriksaan setiap jam ke atas mesin ATM!!!
“Mengapa? Keselamatan mesin ATM adalah tanggungjawab pihak bank.
“Di mana keutamaan PDRM? Orang ramai dirompak, ditetak, dirogol, dan bermacam-macam lagi cara harta benda dan tubuh-badan mereka dijejaskan, tetapi polis lebih bimbang tentang mesin ATM kepunyaan bank?
“Bank membayar lebih banyak cukai? Mesin ATM lebih penting daripada nyawa manusia?
“Kita telah sampai ke peringkat di mana jalan-jalan awam ditawan oleh penjenayah dan kita tidak lagi berani keluar rumah.
“Bagi saya kalau polis meronda setiap dua jam sekali di kawasan awam yang menjadi tempat tumpuan jenayah pun sudah cukup.
“Dan di mana sekian banyak motosikal yang baru-baru ini diberikan kepada polis dengan segala publisiti, untuk membantu mereka melakukan rondaan?
“Saya TIDAK PERNAH melihat walaupun seorang anggota polis di jalan berhampiran rumah saya, sama ada polis bermotor atau berkereta, sejak enam bulan lalu. Padahal rumah saya hanya berjarak 2 km dari sebuah stesen polis yang pembukaannya dirasmikan dengan penuh meriah tidak sampai 3 tahun lalu.”
Boleh Zahid atau Khalid menjawab persoalan-persoalan ini?
Maka hairankah kita jika buat kali pertama dalam sejarah negara kita yang berusia 56 tahun ini dan setelah 13 pilihan raya umum, legitimasi seorang Perdana Menteri dipertikaikan secara meluas di kalangan rakyat Malaysia?
Lim Kit Siang ialah Penasihat DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen Gelang Patah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-6-2013
Zahid disaran cuti hingga 2 kes memalukan BN selesai
Harakahdaily, | 15 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selesai.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang (gambar) berkata, dua kes yang memalukan BN itu kerana Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta, melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada PRU13 lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman webnya sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu.
Katanya, dalam video terbabit, Zahid juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram beras.
Menurutnya, selain politik wang pada pilihan raya, Ahmad Zahid mengupah 24,000 ‘pekerja pilihan raya’ sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Bagan Datoh hanya 34,670 pengundi dan jumlah undi yang diraih Ahmad Zahid sendiri hanya 17,176 undi.
Ini bererti lebih daripada seorang ‘pekerja pilihan raya’ diperlukan Zahid untuk memenangi satu undi dan perkara itu boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
“Saya bersetuju dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyatakan dalam surat terbuka bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memerintahkan Ahmad Zahid menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan tuduhan itu kukuh dan menimbulkan pertikaian mengapa polis gagal mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas kesalahan itu,” kata Kit Siang dipetik Roketkini.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang (gambar) berkata, dua kes yang memalukan BN itu kerana Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta, melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada PRU13 lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman webnya sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu.
Katanya, dalam video terbabit, Zahid juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram beras.
Menurutnya, selain politik wang pada pilihan raya, Ahmad Zahid mengupah 24,000 ‘pekerja pilihan raya’ sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Bagan Datoh hanya 34,670 pengundi dan jumlah undi yang diraih Ahmad Zahid sendiri hanya 17,176 undi.
Ini bererti lebih daripada seorang ‘pekerja pilihan raya’ diperlukan Zahid untuk memenangi satu undi dan perkara itu boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
“Saya bersetuju dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyatakan dalam surat terbuka bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memerintahkan Ahmad Zahid menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan tuduhan itu kukuh dan menimbulkan pertikaian mengapa polis gagal mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas kesalahan itu,” kata Kit Siang dipetik Roketkini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-6-2013
Umno akan jual bangsa Melayu untuk kekal kuasa
Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, | 15 Jun 2013 |
Hanya orang UMNO sahaja yang boleh memegang dua fikiran yang bercanggah pada masa yang sama. Hanya Najib saja yang boleh bercakap mengenai 1Malaysia dan bukan 1Malaysia ketika yang lain. Pada malam keputusan PRU, dengan muka yang bera, dia menyalahkan bangsa Cina kerana tidak menyokong UMNO. Siapa nak sokong parti yang pemimpinnya semua korup dan rasuah?
Hanya UMNO boleh bercakap mengenai perpaduan orang Melayu, tapi mendiskriminasi Melayu yang tidak menyokong mereka. Ketua kampung UMNO (pengerusi JKKK) bercakap besar mengenai menolong orang Melayu, tapi menyekat bantuan kepada Melayu yang tidak menyokong mereka. Hanya pemimpin UMNO yang malas pergi masjid dan surau, tapi menyekat Melayu lain menyemarakkan masjid dan surau.
Hanya pemimpin UMNO sahaja yang bercakap mengenai memberi tanah kepada orang Melayu tapi menyekat pemberian kepada Melayu yang tidak menyokong nya. Di Raub ada ribuan orang Melayu yang hidup atas tanah lebih dari 40 tahun, masih tidak mendapat hakmilik. Pemimpin dan penyokong UMNO mempunyai tanah di serata tempat.
Jadi, kepentingan yang UMNO jaga dan kukuhkan ialah bukan kepentingan Melayu keseluruhan nya tapi kepentingan kelompok dan puak mereka. Maka apa perlu orang Melayu menyokong UMNO?
Yang kita kena sokong ialah penubuhan sebuah kerajaan yang memerintah dengan tegas dan menjaga kepentingan masyarakat keseluruhan nya. Jika Melayu itu sudah majoriti, tidak dapat tidak, kepentingan Melayu lah yang diutamakan. Memahami ini tidak memerlukan ilmu hisab yang tinggi. Hanya orang UMNO sahaja yang menganggap orang Melayu di kampung-kampung bodoh dan hanya pemimpin UMNO sahaja yang menggelarkan orang Melayu lain haramjadah.
Orang UMNO memang tak tahu malu. Lebih ramai orang Melayu menyokong PR dari UMNO, pemimpin UMNO masih tidak faham-faham. Calon-calon UMNO, yang menang dan kalah mendapat 3.2 juta undi. Ada faham? 3.2 juta ini adalah undi keseluruhan kepada semua calon-calon UMNO.
Dari 3.2 juta undi ini, bukan semua yang mengundi terdiri dari orang Melayu. Cina dan India ada juga menyokong UMNO. Sekitar 10%. Ertinya, orang Melayu yang menyokong calon-calon UMNO secara lansung ialah 2.9 juta. Tak tahulah saya hendak ajar kalau tidak faham ilmu hisab mudah ini.
Jumlah ahli UMNO pun lebih banyak dari itu. Jika semua ahli UMNO menyokong calon UMNO dan semua calun BN, 3.2 juta penyokong mesti tidak dapat tidak ada 3.2 juta angka asas. Ahli UMNO pun tidak menyokong UMNO.
Faktanya ialah adalah menjadi kerugian besar jika orang Melayu memilih UMNO untuk menjaga kepentingan mereka. Wakil UMNO pemalas dan penipu. Saya amat senang hati mendedahkan mutu kerja wakil UMNO di Raub misalnya. Tunggulah.
Kerja membalun UMNO ini tidak akan selesai sehingga mereka bukan lagi kerajaan. Selagi UMNO menghalang kejayaan bangsa Melayu, kita mesti bantai mereka. kita tidak boleh terima keangkuhan UMNO mengaku bahawa mereka wakil tunggal kepentingan Melayu. Kepentingan orang Melayu ialah mendapatkan keperkasaan ekonomi dan perkongsian kuasa. Kepentingan ini bertentangan dengan kepentingan feudal UMNO.
Ya , UMNO itu parti bersifat feudal. UMNO distrukturkan supaya sekumpulan kecil yang terpilih menungang di atas belakang rakyat yang diperhamba abdikan. Kepentingan UMNO ialah membolot kekayaan dan memusatkan kuasa dalam tangan elit. Kepentingan bangsa Melayu berlawanan dengan kepentingan UMNO. Pertentangan ini menyebabkan orang Melayu tidak lagi boleh menerima kepimpinan UMNO.
Dalam kawasan yang tidak ditandingi oleh calon UMNO, orang Melayu tetap ada menyokong parti BN.
Kita akui ini. Tapi berapa ramai sangatlah orang Melayu yang menyokong mereka. Dari 899,000 undi yang diperolehi oleh calon MCA (menang dan kalah) berapa ramai Melayu yang menyokong mereka? Katalah 20% Melayu menyokong calonn MCA. Baru ada sekitar 180,000 orang. Melayu yang menyokong MIC? 10% dari 292,000 ialah kira-kira-kira 29,000. Melayu yang menyokong PBB di Sarawak? 40% dari 232,000=91,000.
Wal hasil balik asal, jumlah orang Melayu yang menyokong UMNO secara langsung dan tidak langsung (melalui sekutu-sekutu BN) ialah 3.2 juta. 3.2 juta sama jumlahnya dengan jumlah ahli UMNO. Jadi apalah yang hendak dibanggakan oleh UMNO.
Setelah belanja berbilion ringgit dan setelah menyogok dan merasuah orang Melayu terutamanya, dari 2.2 juta undi Melayu dalam tahun 2008, UMNO hanya dapat menambahkan 1 juta sahaja pengundi Melayu.
Ringkasan keputusan PRU13- data terpilih.
PARTI | UNDI(JUTA) | % UNDI | KERUSI | %KERUSI |
BARISAN NASIONAL | 5.24 | 47.4 | 133 | 59.9 |
UMNO | 3.24 | 29.32 | 88 | 39.64 |
PUBB | 0.23 | 2.10 | 14 | 6.31 |
MCA | 0.89 | 8.14 | 7 | 3.15 |
PRS(swak) | 0.06 | 0.54 | 6 | 2.7 |
MIC | 0.29 | 2.64 | 4 | 1.8 |
Pakatan Rakyat | 5.62 | 50.88 | 89 | 40.09 |
DAP | 1.74 | 15.71 | 38 | 17.12 |
PKR | 2.25 | 20.39 | 30 | 13.5 |
PAS | 1.63 | 14.77 | 21 | 9.46 |
TOTAL | 11.27 | 100 | 222 | 100 |
Sumber: SPR
Kalau MIC, PBB dan yang lain-lain tinggalkan UMNO, UMNO akan mati. Penyokong UMNO faham signifikans perkara ini tidak? Ini akan menyebabkan Najib akan melakukan apa sahaja untuk menjual harga dirinya untuk memastikan UMNO kekal sebagai kerajaan. Ini termasuklah menggadaikan kepentingan bangsa Melayu. Apa dia peduli? Selagi dia terus kekal jadi PM.
Marilah bangsa Melayu sedar bahawa masa depan mereka bukanlah bergantung pada UMNO. UMNO kojol pun, bangsa Melayu tetap hidup. UMNO perlukan bangsa Melayu, bukan bangsa Melayu perlukan UMNO. - http://sakmongkol.blogspot.com
Tulisan di atas dipetik daripada blog penulis. Beliau ialah Ahli Parlimen Raub.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-6-2013
Taklimat: DAP beri amaran keras kepada Teck Hwa
Harakahdaily, | 12 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa (gambar) tidak mematuhi arahan parti dengan menghadirkan diri di taklimat Parlimen semalam adalah satu tindakan yang telah melanggar disiplin parti.
Ketua Whip DAP, Loke Siew Fook berkata, pihak kepimpinan parti memandang serius terhadap perkara tersebut dan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Teck Hwa semalam untuk memberikan penjelasan kepada parti.
Bagaimanapun, jelasnya Teck Hwa telah memberikan penjelasan secara bertulis dan memohon maaf di atas tindakannya itu.
“Setelah berbincang dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, saya selaku Whip DAP akan memberikan satu surat amaran keras kepada Er Teck Hwa supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut.
“Namun, memandangkan beliau telah mengakui kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka, saya mengambil keputusan untuk tidak merujuk beliau ke Jawatankuasa Disiplin DAP,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Seremban dalam satu kenyataan.
Tegasnya, perkara itu perlu dijadikan sebagai satu pengajaran kepada Teck Hwa dan semua Ahli Parlimen DAP supaya sentiasa bertindak secara kolektif dan mematuhi keputusan pucuk pimpinan parti dalam menjalankan tugas mereka sebagai Ahli Parlimen DAP.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-6-2013
PR gagal ke Putrajaya kerana tak sepakat di Sabah
Harakahdaily, | 10 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya adalah hasil kegagalan gabungan pembangkang untuk mencapai matlamat menawan 1/3 kerusi parlimen di Sabah.
“Supaya tiga ‘deposit kekal’ negeri Sabah, Sarawak dan Johor, PR boleh mendapat 33 kerusi parlimen untuk membantu PR dalam jumlah kerusinya untuk menawan Putrajaya untuk PR,” kata Lim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
PR hanya berjaya memenangi 16.9 peratus kerusi di Sabah, Sarawak dan Johor, iaitu 14 kerusi parlimen (tiga di Sabah, enam di Sarawak dan lima di Johor) daripada 83 kerusi yang ada pada pilihanraya umum ke 13 yang diadakan pada 5 Mei yang lalu.
Lim berkata walaupun demikian, PR telah berjaya melunturkan istilah ‘deposit kekal’ BN di Sabah, Sarawak dan Johor.
“Pertandingan untuk memenangi hati dan minda rakyat Sabah, Sarawak dan Johor kini terbuka,” tegas ahli parlimen Gelang Patah tersebut.
Keputusan PRU13 di Sabah, kata Lim, adalah satu pengajaran yang pahit untuk pembangkang yang gagal bersatu.
“BN sepatutnya tewas di empat kawasan parlimen dan lapan lagi kerusi DUN jika undi pembangkang tidak berpecah,” katanya.
Kerusi parlimen yang dimaksudkan ialah P.168 Kota Marudu, , P. 180 Keningau, P. 181 Tenom dan P. 182 Pensiangan, manakala kerusi DUN pula ialah N. 11 Kiulu, N.29 Kundasang, N. 31 Paginatan, N. 32 Tambunan, N. 34 Liawan, No. 35 Melalap, N.38 Nabawan dan N.45 Elopura.
Pembangkang kini mempunyai 11 kerusi DUN di Sabah, DAP 4 dan PKR 7. Star pula mendapat satu kerusi.
“Malah sebenarnya, pembangkang jika dapat bersatu boleh membawa jumlah kerusi parlimen dan DUN di Sabah kepada 11 (3 masa kini, 4 kerani undi pecah dan 4 lagi P. 177 Beaufort, P. 170 Tuaran, P. 179 Ranau dan P. 169 Kota Belud) dan 26 DUN (12 masa kini tambah 8 kerana undi pecah dan 6 melalui N.2 Tanjong Kapor, N.30 Karanaan, N.36 Kemabong, N. 37 Sook, N. 44 Karamunting dan N.46 Tanjong Papat),” tegas Lim.
Di PRU13, Lim berkata beliau percaya menawan Putrajaya lebih mudah daripada menawan negeri Sabah. Namun perkara itu berubah di PRU14, di mana menawan Sabah dan Putrajaya akan menjadi objektif utama PR.
DAP katanya akan menumpukan tenaganya kepada 13 kawasan di Sabah iaitu Elopura, Karamunting, Tanjong Papat, Tanjong Aru, Karanaan, Paginatan, Tanjong Kapor, Melalap, Kemabong, Liaiwan, Sook, Tambunan dan Merotai mulai sekarang untuk membantu PR ke Putrajaya pada PRU14 nanti.
Lim sendiri akan mengambil Karanaan sebagai kawasan angkat selepas melawat Ranau untuk Pesta Kaamatan di Kg Sarapong baru-baru ini.
“Supaya tiga ‘deposit kekal’ negeri Sabah, Sarawak dan Johor, PR boleh mendapat 33 kerusi parlimen untuk membantu PR dalam jumlah kerusinya untuk menawan Putrajaya untuk PR,” kata Lim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
PR hanya berjaya memenangi 16.9 peratus kerusi di Sabah, Sarawak dan Johor, iaitu 14 kerusi parlimen (tiga di Sabah, enam di Sarawak dan lima di Johor) daripada 83 kerusi yang ada pada pilihanraya umum ke 13 yang diadakan pada 5 Mei yang lalu.
Lim berkata walaupun demikian, PR telah berjaya melunturkan istilah ‘deposit kekal’ BN di Sabah, Sarawak dan Johor.
“Pertandingan untuk memenangi hati dan minda rakyat Sabah, Sarawak dan Johor kini terbuka,” tegas ahli parlimen Gelang Patah tersebut.
Keputusan PRU13 di Sabah, kata Lim, adalah satu pengajaran yang pahit untuk pembangkang yang gagal bersatu.
“BN sepatutnya tewas di empat kawasan parlimen dan lapan lagi kerusi DUN jika undi pembangkang tidak berpecah,” katanya.
Kerusi parlimen yang dimaksudkan ialah P.168 Kota Marudu, , P. 180 Keningau, P. 181 Tenom dan P. 182 Pensiangan, manakala kerusi DUN pula ialah N. 11 Kiulu, N.29 Kundasang, N. 31 Paginatan, N. 32 Tambunan, N. 34 Liawan, No. 35 Melalap, N.38 Nabawan dan N.45 Elopura.
Pembangkang kini mempunyai 11 kerusi DUN di Sabah, DAP 4 dan PKR 7. Star pula mendapat satu kerusi.
“Malah sebenarnya, pembangkang jika dapat bersatu boleh membawa jumlah kerusi parlimen dan DUN di Sabah kepada 11 (3 masa kini, 4 kerani undi pecah dan 4 lagi P. 177 Beaufort, P. 170 Tuaran, P. 179 Ranau dan P. 169 Kota Belud) dan 26 DUN (12 masa kini tambah 8 kerana undi pecah dan 6 melalui N.2 Tanjong Kapor, N.30 Karanaan, N.36 Kemabong, N. 37 Sook, N. 44 Karamunting dan N.46 Tanjong Papat),” tegas Lim.
Di PRU13, Lim berkata beliau percaya menawan Putrajaya lebih mudah daripada menawan negeri Sabah. Namun perkara itu berubah di PRU14, di mana menawan Sabah dan Putrajaya akan menjadi objektif utama PR.
DAP katanya akan menumpukan tenaganya kepada 13 kawasan di Sabah iaitu Elopura, Karamunting, Tanjong Papat, Tanjong Aru, Karanaan, Paginatan, Tanjong Kapor, Melalap, Kemabong, Liaiwan, Sook, Tambunan dan Merotai mulai sekarang untuk membantu PR ke Putrajaya pada PRU14 nanti.
Lim sendiri akan mengambil Karanaan sebagai kawasan angkat selepas melawat Ranau untuk Pesta Kaamatan di Kg Sarapong baru-baru ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-6-2013
No comments:
Post a Comment