Himpunan guling kerajaan hanya fitnah - Khalid
- Dec 23, 2013
- Muhammad Faizal
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad pada satu sidang media pagi ini menjelaskan, himpunan tersebut hanya untuk menyatakan rasa tidak puas hati rakyat berhubung dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar harga beberapa perkhidmatan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Katanya lagi, tuduhan 'menggulingkan kerajaan' adalah satu tindakan kotor pihak tertentu untuk menggagalkan perhimpunan tersebut serta memastikan suasana yang tidak aman dan mendatangkan kekecohan.
"Tuduhan mengatakan himpunan pada 31 Disember itu sebagai usaha untuk menggulingkan kerajaan adalah fitnah yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggunhjawab.
"Ia sebagai usaha untuk menggagalkan himpunan dan secara tidak langsung bertujuan menimbulkan suasana yang tidak aman dan boleh mendatangkan kekecohan.
"Kita tegas himpunan tersebut hanya untuk menyatakan bantahan kepada keputusan kerajaan yang terus menekan rakyat dengan kadar kenaikan yang melampau serta pelaksanaan GST yang tidak sepatutnya," jelasnya.
Jelas beliau, Pakatan Rakyat sentiasa menghormati prinsip demokrasi bahawa setiap peralihan kerajaan dilakukan secara aman melalui pilihan raya.
Katanya, Pakatan Rakyat tidak sesekali mengambil alih kerajaan melalui kekerasan tanpa melalui sokongan serta mandat rakyat.
"Kita hormati demokrasi, setiap peralihan kuasa kita akan lakukan melalui proses pilihan raya yang aman.
"Bukan cara kita dalam Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dengan cara kekerasan, kita memerlukan mandat sepenuhnya dari rakyat barulah pemerintahan itu dapat dilakukan dengan adil, aman dan saksama," sambung beliau.
Beliau juga menasihati mereka yang hadir pada perhimpunan itu supaya mengawal tingkah laku dan tidak menimbulkan provokasi yang boleh mendatangkan ketegangan.
Jelasnya, kerjasama baik antara pihak berkuasa dan mereka yang hadir akan dapat memastikan luahan tidak puas hati kepada keputusan kerajaan itu dapat berjalan dengan baik, lancar dan aman.
Sumber HD - 23-12-2013
Pakatan Rakyat tubuh JK Khas Kempen Tolak GST
- Dec 03, 2013
- Anis Nazri
Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.
Tambah Anwar,jawatankuasa tersebut akan dianggotai ketiga-tiga wakil parti yang akan diketuai Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.
Kempen ini akan dilancarkan 20 Dis ini di Kelab Sultan Sulaiman oleh Anwar, bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Sementara itu, Abdul Hadi menegaskan GST yang diperkenalkan kerajaan ini bertentangan dengan keadilan apabila ia dikenakan ke atas semua pihak tanpa mengira kemampuan mereka.
"Berbeza dengan konsep zakat dalam Islam, hanya mereka yang berkemampuan diwajibkan untuk mengeluarkan zakat, tidak kepada mereka yang tidak berkemampuan. Tapi cukai ini akan dikenakan kepada semua pihak tanpa mengira kemampuan mereka. Sepatutnya cukai hanya dikenakan kepada yang mampu sahaja," kata beliau.
Dalam pada itu, kempen yang dilancarkan 20 dis itu akan diteruskan di seluruh negara bagi memberikan pendedahan kepada rakyat tentang kesan yang bakal dihadapi pengguna berkaitan GST itu.
Ditanya berkenaan mekanisme kempen tersebut, Anwar berkata Pakatan Rakyat menyerahkan kepada jawatankuasa khas tersebut untuk menentukannya, sama ada ceramah, edaran pamplet, forum atau yang bersesuaian dengan kempen itu.
YB DSAI, YB DSHH & YB LKS : https://www.youtube.com/watch?v=mZC9pRSuKLk
Sumber HD - 3-12-2013
Gaji S'gor: PR setuju naik, perlu semak semula kadar
- Dec 03, 2013
- Anis Nazri
Kajian semula berhubung kadar kenaikan itu penting bagi mendengar pandangan rakyat terbanyak, sebelum ianya dilaksanakan Januari tahun hadapan.
Perkara itu dinyatakan pada sidang media Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.
Dewan Negeri Selangor minggu lalu meluluskan kenaikan gaji untuk 56 Adun berkuatkuasa tahun depan, termasuk gaji menteri besar, speaker, timbalan speaker dan exco kerajaan negeri.
YB DSAI, YB DSTGHH & YB LKS : https://www.youtube.com/watch?v=Jz5JOefH6o4
[Lanjut Menyusul]
Sumber HD - 3-12-2013
PR tubuh JK Khas kaji persempadanan semula
- Dec 03, 2013
- Anis Nazri
Jawatankuasa itu akan dipimpin oleh wakil ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP Ong Kian Meng dan Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.
Perkara itu diumumkan pada sidang media Pakatan Rakyat di parlimen hari ini.
Dalam pada itu, Pakatan Rakyat turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengadakan rundingan termasuk dengan parti-parti politik terlebih dahulu sebelum persempadanan dilakukan.
Mereka tidak tidak mahu persempadan semula dilakukan bertujuan untuk memenangkan BN semata-mata, sebaliknya perlu dilakukan dengan lebih adil, demokratik dan telus.
YB DSAI, YBDSHH & YB LKS : https://www.youtube.com/watch?v=lsI3LwknTno
[Lanjut Menyusul]
Sumber 3-12-2013
Tiada mesyuarat tergempar PR Selangor isu naik gaji
- Nov 29, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, mesyuarat Pakatan Rakyat Selangor akan diadakan pada 3 Disember iaitu mesyuarat biasa yang diadakan setiap dua minggu sekali.
Beliau berkata, mesyuarat tersebut bukan mesyuarat tergempar untuk menyelesaikan masalah kenaikan gaji.
"Dalam mesyuarat itu, kita akan minta penjelasan daripada Menteri Besar apa kewajaran kenaikan gaji dengan jumlah yang tinggi. Ini kerana kita tidak dimaklumkan secara detail tentang kenaikan gaji," katanya.
Tambah beliau, sepatutnya Menteri Besar bincang terlebih dahulu tentang kenaikan gaji sebelum diumumkan di sidang Dun.
"Kita setuju dengan kenaikan gaji tetapi kita hendak dengar apa hujah MB dengan kajian yang munasabah," tegasnya.
Gaji menteri besar akan meningkat dari RM14,175.15 kepada RM29,250, bagi Exco dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker, dari RM6,109.29 kepada RM22,500, timbalan speaker, dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.
Ia dibentangkan pada persidangan Dewan Negeri Selangor baru-baru ini dan diluluskan.
Sumber HD - 29-11-22013
- Nov 29, 2013
- Harakahdaily
"Saya menghantar sendiri buku tersebut di kaunter pendaftaran Istana Kehakiman di Putrajaya pagi semalam (27 Nov)," ujar beliau.
Beliau berharap hakim-hakim tersebut akan membaca buku itu sekaligus lebih memahami kartun dan peranan kartunis politik dalam negara demokrasi.
Mesej yang ditulis dalam buku itu adalah:
"Hakim Abdul Aziz, Arif dan David Wong...
"Pada 1 November 2013, anda telah membuat penghakiman bahawa pihak polis mempunyai hak untuk menangkap saya di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan buku Cartoon-O-Phobia pada September 2010.
"Tolong baca buku ini dan anda akan dapati bahawa Melukis Kartun bukanlah Jenayah!!!"
Sumber HD - 29-11-2013
12 pelan induk Pakatan tawan Putrajaya pada PRU14
- Nov 29, 2013
- LIM KIT SIANG
Dalam kenyataan media saya sejak empat hari lalu, saya telah menjelaskan menerusi fakta dan angka bahawa ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat DAP, PKR, dan PAS telah mencapai keputusan terbaik di peringkat parlimen dan negeri di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak – dan untuk suatu tempoh berjaya menguasai lima negeri, iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak – menerusi kerjasama ketiga-tiga parti itu dalam Pilihanraya Umum tahun 1999, 2008 dan 2013.
Hari ini, saya ingin membentangkan strategi 12 mata berikut untuk Pakatan Rakyat sebagai pelan induk untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-14.
1. Komitmen penuh dan segera oleh ketiga-tiga parti DAP, PKR, dan PAS di peringkat kebangsaan, negeri, dan bahagian untuk meningkatkan sokongan orang ramai sepanjang tempoh empat tahun mendatang terhadap usaha Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan dalam PRU14.
Ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat DAP, PKR, dan PAS di semua peringkat –pusat, negeri, bahagian – dan semua sayap – pusat, pemuda, wanita – perlu memberikan komitmen penuh dan padu sepanjang empat tahun mendatang untuk meningkatkan sokongan dan keyakinan orang ramai terhadap usaha Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan dalam PRU14.
Perkara ini perlu menjadi agenda bersama dalam semua mesyuarat DAP, PKR, dan PAS di semua peringkat dan sayap dari sekarang sehingga menjelang PRU14 – untuk meningkatkan dan memaksimakan keupayaan politik dan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat ke arah menawan Putrajaya dalam PRU14, selain untuk meningkatkan sokongan dan keyakinan orang ramai terhadap matlamat politik ini.
Konvensyen DAP Negeri yang akan diadakan sepanjang tempoh enam minggu ini, bermula dengan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hujung minggu ini, adalah kesempatan yang amat baik untuk melaksanakan perkara pertama dalam strategi 12 mata pelan induk Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam PRU14 ini.
2. Memastikan persempadan semula dilakukan seadil yang mungkin
Persempadan semula yang bakal diadakan boleh dianggap sebagai perkembangan politik terpenting yang akan membentuk dan mempengaruhi keputusan PRU14.
Buat kali pertama dalam sejarah, persempadanan semula akan melibatkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Buat kali pertama juga dalam sejarah, Barisan Nasional tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen untuk membolehkan persempadanan semula dilakukan sekehendak hati mereka.
Selain itu, Pakatan mempunyai majoriti dua pertiga di dalam dewan undangan negeri Kelantan, Pulau Pinang, dan Selangor dan lebih dari satu pertiga kerusi Dun di Kedah, Terengganu, Perak, dan Negeri Sembilan.
Bererti, jumlah kerusi di peringkat persekutuan dan di negeri-negeri berkenaan tidak boleh ditingkatkan tanpa sokongan dan persetujuan Pakatan Rakyat.
Pakatan perlu memastikan persempadanan semula dilakukan seadil yang mungkin dari segi pengagihan kerusi antara negeri-negeri agar selari dengan prinsip “satu orang, satu undi, satu nilai” dan pada masa yang sama mengakui keadaan unik Sabah dan Sarawak.
Prinsip satu orang, satu undi, satu nilai ini juga perlu dipatuhi dalam setiap negeri untuk kerusi Parlimen dan Dun.
Mekanisme paling berkesan untuk memastikan persempadanan semula dilakukan secara telus ialah dengan membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas untuk Persempadanan Semula.
3. Sasarkan kawasan yang gagal dipertahankan dalam PRU13
Pakatan telah berjaya menambah tujuh lagi kerusi parlimen dalam PRU tahun 2013 berbanding PRU tahun 2008 (89 kerusi, dari 82), namun kita telah gagal mempertahankan 15 kerusi parlimen yang kita menangi dalam PRU 2008.
Sekiranya kerusi berkenaan berjaya dipertahankan, Pakatan mampu mengumpul 104 kerusi. Jumlah ini masih belum mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan, tetapi ia mampu menempatkan Pakatan dalam kedudukan lebih kukuh.
Dengan itu, Pakatan perlu menetapkan sasaran untuk merebut semula kerusi yang gagal dipertahankan dalam PRU13: Padang Terap, Pendang, Sik, Merbok, Baling dan Kulim-Bandar Baharu di Kedah; Ketereh, Tanah Merah dan Machang di Kelantan; Balik Pulau di Pulau Pinang; Bagan Serai di Perak; Hulu Selangor dan Kuala Selangor di Selangor; dan Titiwangsa di Kuala Lumpur.
Strategi yang bertumpu kepada kerusi dan negeri diperlukan untuk merebut semula semua kerusi tersebut.
Sebagai contoh, pecah undi perlu dikurangkan di Ketereh, Tanah Merah, dan Machang. Di ketiga-tiga kawasan ini, undi untuk Pakatan di peringkat negeri lebih daripada undi untuk BN, tetapi Pakatan kalah di ketiga-tiga kerusi parlimen.
Di Kedah, barisan pembangkang yang berkesan, barisan pemimpin yang boleh diharapkan sebagai barisan bakal pentadbir kerajaan baru serta dasar negeri alternatif diperlukan untuk membolehkan Pakatan merampas semula negeri itu.
4. Sasarkan kerusi/kawasan marginal (yang mempunyai beza undi tipis)
Pakatan juga perlu mensasarkan kerusi/kawasan yang telah dimenangi BN dengan perbezaan undi yang tipis dalam PRU 2013. BN telah memenangi 24 kerusi parlimen dalam PRU 2013 dengan jumlah undi kurang dari 55% (tidak termasuk 15 kerusi yang telah disebutkan di atas dan telah dimenangi oleh PR dalam PRU 2008). Antara kerusi yang dimaksudkan adalah Cameron Highland (beza undi 462), Bentong (beza undi 379), Sungai Besar (beza undi 399), Labis (beza undi 353) dan Pasir Gudang (beza undi 935), semuanya telah dimenangi BN dengan perbezaan undi kurang dari seribu.
5. Pertahankan kerusi/kawasan yang baru dimenangi dalam PRU 2013
Pakatan telah memenangi 15 lagi kerusi parlimen di Semenanjung dalam PRU 2013. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa semua kerusi ini akan berjaya dipertahankan oleh Pakatan dalam PRU14. Penekanan perlu diberikan terhadap kerusi-kerusi ini, khususnya kerusi-kerusi yang dimenangi dengan perbezaan undi tipis, agar kita tidak mengulangi pengalaman PRU 2013 di mana kita gagal mempertahankan sejumlah kerusi yang kita menangi dalam pilihanraya sebelum itu. Antara kerusi yang memerlukan perhatian khusus adalah Kuala Nerus (beza undi 610), Sepang (beza undi 1142) dan Batu Pahat (beza undi 1524).
6. Pertahankan kerusi marginal PR
Seperti BN, PR juga mempunyai kerusi marginal. PR memenangi 17 kerusi parlimen dengan beza undi kurang dari 55% (tidak termasuk kerusi baru yang disebutkan di atas). Semua kerusi ini perlu dipertahankan, khususnya Bachok (beza undi 201) dan Bukit Gantang (beza 986). Jika PR mensasarkan kawasan di mana BN lemah, pasti BN juga akan melakukan perkara yang sama bagi kawasan-kawasan di mana PR dianggap goyah.
7. Tonjolkan negeri Pakatan sebagai contoh betapa Pakatan mempunyai gaya pentadbiran yang berbeza daripada BN
Kerajaan negeri Pakatan mengambil pendekatan dan gaya pengurusan yang jauh berbeza daripada kerajaan BN yang memerintah sebelumnya, khususnya di Pulau Pinang dan Selangor. Ini adalah aset besar Pakatan. Bermula dari sekarang sehingga menjelang PRU14, Pakatan perlu meningkatkan lagi prestasi di negeri-negeri yang dikuasainya untuk menonjolkan lagi perbezaan antara kerajaan BN dan kerajaan Pakatan, selain untuk memberi bayangan kepada orang ramai tentang bentuk kerajaan persekutuan di bawah Pakatan.
8. Berikan penekanan kepada kawasan luar bandar
Tidak dapat disangkal bahawa Pakatan telah mendapat undi besar di kawasan bandar dalam PRU13. Kekuatan BN/kelemahan Pakatan di kawasan luar bandar telah membolehkan BN kekal berkuasa. Untuk itu, Pakatan perlu mempunyai strategi yang mantap untuk menembusi kawasan luar bandar, khususnya kawasan/kerusi marginal BN.
Kos sara hidup dijangka akan meningkat berikutan pengurangan subsidi, tarif elektrik dan harga minyak dijangka naik, pelaksanaan GST pada tahun 2015 akan memberi kesan meluas – semua ini adalah peluang yang boleh digunakan Pakatan untuk menjelaskan kepada pengundi luar bandar bagaimana kerajaan BN telah meningkatkan beban kewangan dan mengurangkan jumlah pendapatan boleh guna mereka.
Pengundi luar bandar hanya akan menyokong Pakatan dan menolak BN jika mereka merasakan kesan buruk kerajaan BN terhadap saku mereka sendiri. Ini perlu menjadi salah satu strategi utama Pakatan untuk menjangkau kawasan luar bandar.
9. Strategi bertumpuan di Sabah dan Sarawak
Kerusi-kerusi yang disebutkan di atas (kerusi marginal BN dan PR) adalah kerusi di Semenanjung. Pakatan berdepan dengan cabaran berbeza di Sabah dan Sarawak, maka pendekatan yang berbeza perlu digunakan untuk kedua-dua negeri ini.
Pakatan Rakyat tidak boleh memandang ringan sokongan terhadapnya di kawasan bandar Sabah dan Sarawak. Empat dari 9 kerusi yang telah dimenangi Pakatan di Sabah dan Sarawak dalam PRU13 adalah kerusi marginal – Sarikei (beza undi 5050), Sibu (beza 2841) dan Miri (beza 1992) di Sarawak dan Sandakan (beza 1008) di Sabah. Semua kerusi ini perlu dipertahankan secara agresif.
Pakatan juga perlu mensasarkan kerusi marginal BN. Empat kerusi parlimen di Sarawak dimenangi oleh BN dengan undi kurang dari 55%. Salah satunya Baram yang dimenangi dengan beza hanya sebanyak 194 undi. Di Sabah, BN memenangi 10 kerusi parlimen dengan undi kurang dari 55%, antaranya Beaufort (beza undi 672) dan Kota Marudu (beza undi 842).
Bagaimanapun, tidak seperti di Semenanjung, PR di Sabah dan Sarawak perlu menangani parti-parti tempatan.
Majoriti pengundi telah menunjukkan bahawa mereka menganggap Pakatan lebih boleh diharapkan sebagai alternatif bagi BN berbanding parti-parti tempatan, namun parti-parti ini masih boleh bertindak sebagai ‘pengganggu’ dan menarik sejumlah undi untuk menggagalkan usaha Pakatan memenangi sebahagian kerusi berkenaan.
Pakatan perlu mencari jalan lebih baik untuk bekerjasama dengan sebahagian parti tempatan terbabit, sekurang-kurangnya untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru, khususnya untuk kerusi marginal BN.
Dari segi program luar bandar, kempen Impian Sarawak dan Impian Sabah yang baru dilancarkan akan membawa masuk beberapa projek pembangunan kecil di kawasan luar bandar. Ini boleh digunakan sebagai contoh untuk Pakatan menyusun strategi luar bandar. Jika berjaya, projek-projek terbabit perlu dilaksanakan di sebanyak-banyak kawasan yang mungkin, khususnya di kawasan/kerusi marginal BN.
Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 akan datang akan menjadi medan terbaik untuk menguji keberkesanan strategi yang bertumpu kepada Sarawak.
Pilihanraya negeri Sarawak tahun 2011 telah membuka ruang baru untuk Pakatan, khususnya di kawasan bandar, dan ia membolehkan Pakatan mencapai keputusan lebih baik dalam PRU 2013.
Perkara yang sama boleh berlaku dalam pilihanraya negeri Sarawak berikutnya. Jika Pakatan berjaya menembusi kawasan luar bandar dalam pilihanraya negeri Sarawak, ia akan memberi tekanan kepada BN dan Taib Mahmud serta memberi kelebihan kepada Pakatan dalam PRU14.
10. Tingkatkan kerjasama Pakatan di semua peringkat
Kerjasama Pakatan Rakyat telah berkembang sejak kerjasama antara parti pada tahun 2008. Di peringkat kebangsaan, Majlis Presiden Pakatan sentiasa bertemu untuk membincangkan isu-isu penting. PR kini telah meluluskan tiga belanjawan alternatif dan membentangkan manifesto bersama menjelang PRU13. PR juga telah bertempur bersama dalam banyak pilihanraya kecil sebelum dan selepas PRU13.
Kerjasama ini perlu ditingkatkan di semua peringkat, khususnya di negeri-negeri seperti Johor, Sabah, dan Sarawak yang tidak mempunyai sejarah kerjasama antara parti yang panjang.
Kenyataan bersama boleh dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin negeri Pakatan berkenaan isu-isu nasional dan isu-isu yang penting bagi sesebuh negeri. Kegiatan rentas parti perlu diadakan lebih banyak. Setiap parti boleh memanfaatkan kekuatannya untuk membuka pintu kepada pemimpin parti komponen yang lain.
Pada masa yang sama, Pakatan perlu menguruskan perselisihan dalaman antara parti komponen di peringkat kebangsaan dan negeri. Mekanisme perlu dikenal pasti di peringkat kebangsaan dan negeri untuk menangani perselisihan secara dalaman sebelum ia diperbesar-besarkan oleh media, khususnya saluran media yang dikawal BN.
11. Beri penekanan kepada hubungan antara dua generasi pemimpin
Salah satu kekuatan terbesar Pakatan ialah ia menggabungkan pemimpin berpengalaman dan pemimpin muda di peringkat negeri dan juga kebangsaan. Ini berbeza dengan barisan pemimpin BN yang kebanyakannya terdiri dari generasi lama dan lebih terbiasa dengan pendekatan politik lama.
Pakatan perlu memanfaatkan sepenuhnya kekuatan ini untuk meningkatkan kredibilitinya. Pemimpin-pemimpin berpengalaman memelihara keseimbangan dan kesinambungan, manakala pemimpin-pemimpin muda pula membangkitkan buah fikiran, idealisme dan dinamisme generasi muda.
Jika kedua-dua lapisan pemimpin ini digabungkan dengan baik, ia akan menjadi adunan yang sukar untuk dihadapi oleh BN.
12. Patahkan pembohongan dan propaganda BN
Salah satu senjata berkesan yang digunakan BN menjelang PRU13 ialah ‘gertakan’ yang menunjukkan bahawa Melayu di negara ini akan hilang hak di bawah kerajaan Pakatan.
Pengundi telah ditakut-takutkan dengan DAP dan para pemimpinnya dilemparkan dengan bermacam tuduhan – antaranya pemimpin DAP dituduh Komunis, mahu membentuk negara Kristian, anti-Islam dan anti-Melayu. Propaganda ini lebih jelas dilihat pada media arus perdana Melayu, iaitu Utusan dan stesen televisyen TV3 dan RTM.
Pakatan telah mula berusaha membasmi semua pembohongan dan propaganda yang disebarkan BN menerusi media sosial dan online. Tetapi masih banyak yang perlu dilakukan. Lebih banyak mesej kreatif dan saluran diperlukan untuk memadamkan kebimbangan sejumlah besar Melayu dan meyakinkan mereka bahawa hak dan kehidupan mereka tidak akan merosot di bawah PR sebaliknya akan menjadi lebih baik.
Rumusan
Jika Pakatan mampu menangani setiap satu cabaran yang digariskan di atas, saya yakin ia akan berada dalam kedudukan yang baik untuk menawan Putrajaya dalam PRU14 dengan setiap parti menyumbangkan kekuatan masing-masing dan meningkatkan daya tarik Pakatan secara umum.
Sumber HD - 29-11-2013
Pakatan berdepan 2 cabaran unik di Sabah, Sarawak
- Nov 28, 2013
- HARAKAHDAILY
Cabaran pertama, katanya ialah untuk berdepan dengan tuduhan bahawa parti-parti komponen Pakatan Rakyat DAP, PKR, dan PAS, bukan parti ‘tempatan’ tetapi hanya merupakan kepanjangan bagi parti-parti ‘utama’ yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia dan cenderung hanya pada kepentingan Semenanjung.
“Justeru itu, parti-parti ini dianggap tidak mampu menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, cabaran kedua melibatkan sejarah kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang termasuk DAP, PKR dan PAS di kedua-dua negeri.
“Kedua-dua cabaran ini belum dapat diatasi sepenuhnya, namun usaha mengukuhkan kerjasama di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat telah berjaya merungkai sebahagian isu dan perkara ini tercermin pada keputusan pilihanraya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan sepanjang tiga hari lalu, saya telah mengemukakan hujah, disertakan dengan fakta dan angka, bahawa ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat, iaitu DAP, PKR dan PAS telah mencapai keputusan terbaik di peringkat parlimen dan negeri dalam pilihanraya umum tahun 1999, 2008 dan 2013 menerusi kerjasama mereka.
Kerjasama itu bukan saja membuahkan kejayaan untuk Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia (kenyataan saya sepanjang tiga hari lalu memberikan tumpuan pada Semenanjung), malah juga di Sabah dan Sarawak. Ini menunjukkan dengan jelas faedah kerjasama di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat berdepan dengan dua cabaran unik di Sabah dan Sarawak.
Cabaran pertama ialah untuk berdepan dengan tuduhan bahawa parti-parti komponen Pakatan Rakyat DAP, PKR, dan PAS, bukan parti ‘tempatan’ tetapi hanya merupakan kepanjangan bagi parti-parti ‘utama’ yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia dan cenderung hanya pada kepentingan Semenanjung. Justeru itu, parti-parti ini dianggap tidak mampu menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak.
Cabaran kedua melibatkan sejarah kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang termasuk DAP, PKR dan PAS di kedua-dua negeri.
Kedua-dua cabaran ini belum dapat diatasi sepenuhnya, namun usaha mengukuhkan kerjasama di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat telah berjaya merungkai sebahagian isu dan perkara ini tercermin pada keputusan pilihanraya.
Pada tahun 2008, pembangkang gagal menghindari pertembungan tiga penjuru di Sabah dan Sarawak.
Pada tahun itu, DAP dan PKR bertanding merebut kerusi bandar Stampin dan Sibu. Pertembungan tiga penjuru di Stampin paling merugikan, kerana pembangkang mampu menang di kawasan itu jika tidak berlaku pertembungan sedemikian.
Keadaan lebih buruk di Sabah. DAP telah bertanding di 5 kerusi parlimen, 4 daripadanya pertandingan tiga penjuru melibatkan PKR. Pertandingan tiga penjuru dengan PKR juga berlaku di 9 dari 10 kerusi negeri yang ditandingi DAP.
Pembangkang bernasib baik kerana tetap berjaya memenangi satu kerusi parlimen dan satu kerusi negeri di tengah-tengah pertembungan tiga penjuru berkenaan. Namun, kita percaya bahawa lebih banyak kerusi boleh dimenangi jika pembangkang bekerjasama lebih erat.
Selepas pembentukan Pakatan Rakyat pasca PRU tahun 2008, keadaan semakin baik dan kerjasama lebih erat telah membuahkan hasil.
Dalam pilihanraya negeri Sarawak tahun 2011, Pakatan berjaya mengelakkan pertembungan tiga penjuru di semua kerusi, dengan PKR bertanding di 49 kerusi, DAP 15, dan PAS 5. Pakatan berjaya memenangi 15 kerusi (DAP 12, PKR 3) dan menawan hampir semua kerusi bandar.
Kerjasama dan prestasi Pakatan Rakyat membuka jalan untuk menghasilkan keputusan lebih baik dalam PRU tahun 2013 apabila pakatan pembangkang di Sarawak berjaya meningkatkan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi dari satu kerusi dalam PRU 2008 menjadi 6 kerusi (5 DAP dan 1 PKR).
Walaupun kita kecewa kerana gagal memenangi kerusi luar bandar, prestasi dalam PRU13 itu tetap memberangsangkan kerana ia dicapai di sebuah negeri yang telah lama dikuasai oleh BN.
Di Sabah, Pakatan berjaya menghindari pertembungan tiga penjuru di semua kerusi kecuali satu (kerusi Labuan ditandingi oleh PKR dan PAS).
Di peringkat parlimen, PKR bertanding merebut 20 kerusi, DAP 4 dan PAS 3. Di peringkat negeri, PKR bertanding untuk 43 kerusi, DAP 8 dan PAS 9.
Sekali lagi, keputusannya menggalakkan. Pakatan berjaya merebut 11 kerusi negeri apabila PKR memenangi 7 kerusi dan DAP 4 – peningkatan besar dari hanya satu kerusi pada tahun 2008.
Hakikat yang lebih memberangsangkan ialah bahawa 6 dari 11 kerusi yang dimenangi itu adalah bagi kawasan majoriti bumiputera.
Pada masa yang sama, Pakatan juga berjaya menafikan tanggapan bahawa ia kurang popular atau kurang boleh diharapkan berbanding parti-parti pembangkang Sabah dan Sarawak.
Dalam pilihanraya negeri Sarawak tahun 2011, parti pembangkang tempatan SNAP telah bertanding untuk 26 kerusi negeri, 25 daripadanya melibatkan PKR. Calon-calon SNAP bukan saja mendapatkan undi lebih sedikit berbanding calon-calon PKR di 25 kerusi negeri ini, malah SNAP juga telah hilang deposit di 24 kerusi.
Di Sabah, dalam PRU 2013, STAR yang diketuai oleh Jeffrey Kitingan telah bertanding di 21 kerusi parlimen, semuanya melibatkan pertembungan dengan parti Pakatan (16 dengan PKR, 3 dengan DAP, 2 dengan PAS). Kecuali di Keningau, kubu kuat Jeffrey Kitingan, calon Pakatan mendapat lebih banyak undi daripada calon STAR di semua 20 kerusi parlimen yang lain.
SAPP, sebuah parti yang berpangkalan di Sabah, telah bertanding merebut 8 kerusi parlimen dan gagal memenangi undi lebih banyak daripada Pakatan di semua 8 kerusi.
Corak yang sama boleh dilihat di peringkat negeri di Sabah.
Calon STAR bertanding di 49 dari 60 kerusi negeri dan mendapat undi lebih sedikit daripada calon Pakatan di 46 dari 49 kerusi berkenaan.
SAPP bertanding di 41 dari 60 kerusi negeri dan mendapat undi lebih sedikit dari calon Pakatan di 40 dari 41 kerusi. Antara kegagalan besar SAPP ialah apabila bekas Ahli Parlimen Sepanggar Eric Majimbun gagal mempertahankan kerusinya daripada direbut oleh Roland Chia, calon PKR. Untuk kerusi negeri Likas pula, Yong Teck Lee telah kalah di tangan Wong Hong Jun dari DAP.
Pilihanraya 5 Mei 2013 menjadi pengajaran buat Pembangkang di Sabah, kerana Barisan Nasional sebenarnya dapat dikalahkan di sekurang-kurangnya empat lagi kerusi parlimen dan lapan lagi kerusi Dun jika undi tidak pecah di kalangan calon Pembangkang.
Empat kerusi parlimen itu ialah P.168 Kota Marudu, P.180 Keningau, P.181 Tenom, dan P.182 Pensiangan, manakala lapan kerusi DUN terbabit adalah N.11 Kiulu, N.29 Kundasang, N.31 Paginatan, N.32 Tambunan, N.34 Liawan, No. 35 Melalap, N.38 Nabawan dan N.45 Elopura.
Malah, jika Pembangkang bersatu di Sabah, ia sepatutnya telah mampu mengumpul 11 kerusi parlimen (3 yang telah dimenangi, ditambah empat yang terlepas kerana undi pecah, dan empat lagi, iaitu P.177 Beaufort, P.170 Tuaran, P.179 Ranau dan P.169 Kota Belud) dan 26 kerusi Dun (iaitu 12 yang telah dimenangi, ditambah dengan lapan yang terlepas daripada genggaman kerana undi pecah dan enam lagi, iaitu N.2 Tanjong Kapor, N.30 Karanaan, N.36 Kemabong, N.37 Sook, N.44 Karamunting dan N.46 Tanjong Papat).
Keputusan di Sabah dan Sarawak jelas menunjukkan bahawa pengundi di kedua-dua negeri mahukan sebuah pakatan yang boleh diharapkan untuk menjadi pembangkang yang ampuh di peringkat negeri dan parlimen, selain sebagai sebuah pakatan yang boleh diharapkan untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.
Parti-parti yang sepenuhnya bersifat tempatan di Sabah dan Sarawak tidak mampu tampil sebagai satu pilihan yang ampuh. Pakatan yang menggabungkan kekuatan parti-parti komponennya adalah satu-satunya pilihan ampuh di kedua-dua negeri.
Masih berat cabaran yang perlu ditempuh Pakatan di Sabah dan Sarawak.
Walaupun kita telah mencapai beberapa kejayaan, kawasan luar landar yang ditakluk politik wang masih menjadi kubu kuat BN.
Masalah lompat parti yang kita lihat berlaku kebelakangan ini di Sabah dan Sarawak juga adalah sebahagian daripada lanskap politik yang perlu diatasi Pakatan.
Tetapi tidak dapat diragui sama sekali bahawa setiap parti dalam Pakatan telah mendapat faedah menerusi kerjasama mereka dan bahawa keputusan yang lebih baik hanya akan dicapai jika kerjasama Pakatan Rakyat dikukuhkan di Sabah dan Sarawak.
Masa depan politik Malaysia dalam PRU14 bergantung pada Sabah dan Sarawak. Itulah nilai cabaran politik yang sedang dihadapi Pakatan.
Sanggupkah Pakatan Rakyat bangkit untuk menyahut cabaran bagi menentukan masa depan bukan saja Sabah dan Sarawak, malah Malaysia secara keseluruhan dalam PRU14?
Sumber HD - 28-11-2013
Kerjasama: DAP, PAS dan PKR capai keputusan terbaik
- Nov 27, 2013
- LIM KIT SIANG
Umumnya, pengundi Melayu dalam pilihanraya tahun 1999 tidak terpedaya dengan helah tersebut, sedangkan pengundi Cina menjadi mangsa pembohongan dan gertakan Barisan Nasional. PAS lalu muncul sebagai pemenang terbesar dalam Barisan Alternatif apabila ia berjaya memenangi 27 kerusi parlimen, 98 kerusi negeri, dan membentuk kerajaan negeri Terengganu selain Kelantan yang memang telah dikuasainya, manakala DAP berdepan kekecewaan besar apabila berjaya mendapatkan hanya 10 kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN. PKR memenangi 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi DUN.
Dalam Pilihanraya Umum 2013, berdepan dengan cabaran Pakatan Rakyat, penyusun strategi dan propaganda Umno/BN kembali menggunakan pendekatan lidah bercabang dan menyebarkan pembohongan. Mereka mengingatkan Melayu bahawa PAS akan menjadi boneka DAP, manakala Cina pula diingatkan bahawa DAP akan menjadi alat PAS.
Tidak seperti Pilihanraya Umum 1999, pengundi Cina tidak termakan umpan Umno/BN dalam pilihanraya tahun 2013. Bagaimanapun, tidak seperti Pilihanraya Uum ke-10, pembohongan yang disebarkan oleh Umno telah memberi dampak pada pengundi Melayu.
Natijahnya, Umno berjaya mendapat keputusan lebih baik dalam PRU13 berbanding tahun 2009 dengan menambah 9 lagi kerusi, iaitu dari 79 kepada 88 kerusi, hasil daripada perubahan undi di kalangan pengundi Melayu luar bandar.
Berdasarkan sempadan kawasan pilihanraya sekarang, dengan mengambil kira undi 55 peratus sebagai “kerusi selamat”, BN kini mempunyai 82 kerusi selamat dan 51 kerusi majoriti tipis, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 60 kerusi selamat dan 29 kerusi tipis.
82 kerusi selamat BN itu merangkumi lima kerusi bandar dan 77 kerusi luar bandar, atau 53 kerusi majoriti Melayu, 0 kerusi majoriti Cina, empat campuran dan 25 kawasan bumiputera.
51 kerusi majoriti tipis BN merangkumi 30 kerusi majoriti Melayu, 0 kerusi majoriti Cina, 9 kerusi campuran dan 12 bumiputera.
60 kerusi selamat PR merangkumi 16 kerusi majoriti Melayu, 25 majoriti Cina, 18 campuran dan 1 bumiputera.
29 kerusi majoriti tipis PR merangkumi 20 kerusi majoriti Melayu, 4 majoriti Cina, 5 campuran dan 0 bumiputera.
Keputusan PRU13 yang menghasilkan 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat, merangkumi 38 ahli parlimen DAP, 30 PKR dan 21 PAS telah dieksploit dan diseleweng oleh konspirator Umno/BN untuk menyebarkan pembohongan, antaranya dengan membuat tuduhan tidak berasas bahawa PAS adalah boneka DAP.
Saya tidak hairan apabila cybertrooper Umno menyelewengkan kenyataan saya selepas Muktamar PAS ke-59 untuk menonjolkan seolah-olah saya telah mengisytiharkan bahawa PAS tidak mungkin berkembang tanpa Pakatan Rakyat, sedangkan saya telah menyebut bahawa setiap parti dalam Pakatan Rakyat, DAP, PAS, dan PKR, telah mendapat manfaat daripada kerjasama mereka.
PAS telah berkembang daripada sebuah parti yang lebih berpengaruh di negeri-negeri utara, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu, menjadi sebuah “parti nasional” dalam PRU13 apabila berjaya memenangi kerusi parlimen dan negeri di setiap negeri dalam Semenanjung Malaysia, kecuali Negeri Sembilan.
Bagi DAP pula, penglibatan dalam Pakatan Rakyat telah membolehkannya memenangi 38 kerusi parlimen dan 107 kerusi DUN, termasuk 16 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia yang mempunyai kurang dari 60 peratus pengundi Cina (sembilan daripadanya mempunyai kurang dari 50 peratus pengundi Cina) dan 44 kerusi DUN yang mempunyai kurang dari 60 peratus pengundi Cina (15 daripadanya mempunyai kurang dari 50% pengundi Cina).
Prestasi PKR (1999 hingga 2013)
PKR memanfaatkan kekuatan Pakatan di kawasan “campuran”
Seperti DAP dan PAS, PKR juga telah mendapat manfaat daripada kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
“Kawasan campuran” – di mana tiada pengundi dari sesuatu kaum lebih dari 60% – dulunya merupakan kubu BN. Bagaimanapun, kecenderungan Umno terhadap isu perkauman dan rekod buruk BN dalam urus tadbir telah dimanfaatkan oleh pembangkang untuk menawan majoriti kerusi campuran di Semenanjung Malaysia.
PKR memanfaatkan mesej Pakatan yang inklusif serta keupayaan bergerak setiap parti dalam Pakatan untuk memenangi kerusi campuran sejak dua pilihanraya umum lalu.
Pada tahun 1999, satu-satunya kerusi parlimen dimenangi PKR yang mempunyai kurang dari 70% pengundi Melayu adalah Permatang Pauh (67% Melayu). Satu-satunya kerusi negeri dimenangi PKR yang mempunyai kurang dari 70% pengundi Melayu adalah Penanti (68% Melayu) yang terletak dalam parlimen Permatang Pauh.
Tsunami Abdullah Badawi pada tahun 2004 telah merebahkan PKR sehingga tinggal satu kerusi parlimen – Permatang Pauh.
Pada tahun 2008, PKR muncul sebagai parti pembangkang terbesar dengan memenangi 31 kerusi parlimen. 20 dari 31 kerusi parlimen yang dimenanginya (65%) itu adalah kerusi campuran di mana pengundi Cina atau Melayu kurang dari 60%. Dari 40 kerusi negeri yang dimenangi PKR pada tahun 2008, 29 (73%) adalah kerusi campuran.
Pada tahun 2013, PKR memenangi 28 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia. 22 (79%) daripadanya adalah kerusi campuran. 29 (69%) dari 42 kerusi negeri yang dimenangi oleh PKR pada tahun 2013 adalah kerusi campuran (lihat Jadual 1).
Jadual 1: Bilangan kerusi parlimen dan DUN yang dimenangi PKR (1999 hingga 2013) termasuk angka dan % kerusi yang mempunyai kurang dari 60% pengundi Melayu dan Cina (Semenanjung Malaysia).
Jadual 1: Bilangan kerusi parlimen dan DUN yang dimenangi PKR (1999 hingga 2013) termasuk angka dan % kerusi yang mempunyai kurang dari 60% pengundi Melayu dan Cina (Semenanjung Malaysia).
PKR Semenanjung
|
1999
|
2004
|
2008
|
2013
|
Parlimen
|
5
|
1
|
31
|
28
|
DUN
|
4
|
0
|
40
|
42
|
Parl, <60%M, <60%C
|
0
|
0
|
20
|
22
|
Negeri, <60%M, <60%C
|
0
|
0
|
29
|
29
|
Parl campuran %
|
64.5%
|
78.6%
| ||
DUN campuran %
|
72.5%
|
69.0%
|
Dari 4 kerusi parlimen yang dimenangi oleh PKR dalam PRU tahun 2013 dan tidak dimenanginya dalam PRU tahun 2008, 3 daripadanya boleh disifatkan sebagai kerusi campuran – Lumut, Bukit Katil dan Batu Pahat. Kerusi keempat, Alor Setar, tidak termasuk dalam kategori campuran, tetapi hanya 61% daripada pengundinya adalah Melayu (lihat Jadual 2 di bawah).
Jadual 2: Kerusi parlimen baru dimenangi PKR dalam PRU 2013
Negeri
|
Kod Parlimen
|
Kerusi Parlimen
|
% Melayu
|
% Cina
|
% India
|
% Lain-lain
|
KEDAH
|
P009
|
ALOR STAR
|
61.2%
|
33.6%
|
4.6%
|
0.5%
|
PERAK
|
P074
|
LUMUT
|
51.1%
|
35.4%
|
12.0%
|
1.5%
|
MELAKA
|
P137
|
BUKIT KATIL
|
52.6%
|
40.8%
|
5.7%
|
1.0%
|
JOHOR
|
P150
|
BATU PAHAT
|
51.5%
|
45.6%
|
1.4%
|
1.5%
|
Ini adalah sebahagian daripada rumus kemenangan PKR, iaitu kemampuannya untuk mengumpul sokongan pengundi dari semua kaum dengan memanfaatkan daya tarikan dan keupayaan mobilisasi ketiga-tiga parti Pakatan.
Rumus kemenangan ini paling menguntungkan PKR, namun ia boleh juga diterapkan kepada PAS dan DAP. Malah, dalam pilihanraya umum 2013, Pakatan telah memenangi 41 (66%) dari 62 kerusi parlimen yang mempunyai pengundi Melayu dan Cina kurang dari 60%. 22 dari 41 kerusi itu dimenangi PKR, 16 DAP dan 3 PAS.
Cabaran Pakatan dalam PRU akan datang ialah untuk mengambangkan rumus kemenangan ini ke 21 lagi kerusi parlimen campuran.
Johor memerlukan perhatian khusus memandangkan 12 dari 21 kerusi parlimen itu terletak di Johor.
Pakatan kalah tipis di beberapa kerusi campuran dalam PRU13, termasuk Cameron Highlands, Bentong, Labis, dan Pasir Gudang. Semua kawasan itu dimenangi BN dengan perbezaan undi kurang dari 1000.
Empat lagi kerusi – Setiawangsa, Segamat, Ledang, Tebrau – dimenangi oleh BN dengan perbezaan undi antara 1000 hingga 2000.
Satu lagi cara untuk menunjukkan bahawa ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat telah mendapat manfaat daripada kerjasama dalam pakatan ini ialah menerusi jadual di bawah yang menunjukkan keputusan pilihanraya sejak tiga belas pilihanraya umum yang lalu. Jadual di bawah menunjukkan bahawa kerjasama ketiga-tiga parti dalam pilihanraya umum tahun 1999, 2008, dan 2013 telah membolehkan DAP, PAS, dan PKR mencapai keputusan terbaik di peringkat parlimen dan negeri.
Parlimen
|
DAP
|
PAS
|
PKR
|
Jumlah kerusi
| |||
menang
|
bertanding
|
menang
|
bertanding
|
menang
|
bertanding
| ||
1959
|
-
|
-
|
13
|
58
|
-
|
-
|
104
|
1964
|
-
|
-
|
9
|
53
|
-
|
-
|
104
|
1969
|
13
|
24
|
12
|
62
|
-
|
-
|
144
|
1974
|
9
|
46
|
-
|
-
|
-
|
-
|
154
|
1978
|
16
|
53
|
5
|
88
|
-
|
-
|
154
|
1982
|
9
|
63
|
5
|
82
|
-
|
-
|
154
|
1986
|
24
|
64
|
1
|
98
|
-
|
-
|
177
|
1990
|
20
|
57
|
7
|
30
|
-
|
-
|
180
|
1995
|
9
|
50
|
7
|
45
|
-
|
-
|
192
|
1999
|
10
|
38
|
27
|
62
|
5
|
58
|
193
|
2004
|
12
|
44
|
6
|
86
|
1
|
59
|
219
|
2008
|
(1+) 28
|
47
|
(1+) 23
|
66
|
31
|
97
|
222
|
2013
|
38
|
21
|
30
|
222
| |||
DUN
|
DAP
|
PAS
|
PKR
|
Jumlah kerusi
| |||
menang
|
bertanding
|
menang
|
bertanding
|
menang
|
bertanding
| ||
1959
|
-
|
-
|
42
|
200
|
-
|
-
|
282
|
1964
|
-
|
-
|
25
|
158
|
-
|
-
|
282
|
1969
|
31
|
57
|
40
|
185
|
-
|
-
|
360
|
aSumber HD - 27-11-2013
GST atau tidak, negara berdepan risiko bankrap
- Nov 26, 2013
- HARAKAHDAILY
Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata, negara tidak akan terlepas daripada masalah bankrap selagi kerajaan tidak mengurus tadbir kewangan dengan baik dan pelaksanaan GST bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu.
Katanya, GST bukannya ‘miracle cure’, ia tidak bermakna dengan melaksanakan GST negara tidak akan bankrap.
“Isu bankrap bukan kerana sesebuah negara laksana GST atau tidak. Kita lihat Hong Kong, tidak ada GST tapi tetap bankrap. Negara maju lain seperti USA tidak ada GST.
“Najib kata laksana GST atau hadapi kemungkinan bankrap seperti Greece. Ini salah dan untuk pengetahuan Najib, Greece ada GST, GST mereka adalah 21 peratus tapi tetap bankrap,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Jadi, kata beliau isu asas sesebuah negara bankrap bukan dengan melaksanakan GST, isu pokoknya adalah akibat amalan rasuah, pemborosan, pembaziran dan ketirisan.
Pada sidang media sama, Rafizi Ramli (PKR-Pandan) pula meminta Najib lebih konsisten membuat penilaian kewangan negara.
“Saya pelik, bagaimana Najib boleh katakan kita akan menghadapi masalah bankrap, sedangkan semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyatakan betapa kukuhnya kewangan negara berbanding dengan negara lain. Ini bercanggah.
“Ahmad Maslan ketika diminta menjawab mengenai kadar hutang negara, beliau mengatakan kita tidak ada masalah, negara masih lagi kaya dan beliau sertakan senarai negara yang kononnya lebih teruk daripada Malaysia. Malaysia saja paling baik.
“Kita mahukan jawapan konsisten daripada beliau, adakah kita sedang menghampiri bankrap atau kewangan kita sememangnya kukuh? Kalau betul-betul kukuh maka tidak timbul soal pelaksanaan GST kerana mengikut Najib GST ini diperlukan apabila negara nak bankrap,” tegasnya.
Khalid Samad (PAS-Shah Alam) pula mempertikai tindakan Najib yang kononnya mahu menyelamatkan kewangan negara tetapi dalam masa sama mengamalkan pembaziran dengan menggunakan wang negara dalam rangka lawatan peribadi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor baru-baru ini.
“Apa guna bercakap soal kewangan negara jika pada masa sama boleh guna jet peribadi untuk menghantar ‘First Lady’, Rosmah Mansor ke luar negara menggunakan wang negara.
“Bercakap soal pelaksanaan GST yang kononnya akan menyebabkan negara bankrap jika tidak dilaksanakan, ini tidak masuk akal kerana pada masa sama guna wang negara untuk lawatan Rosmah.
“Saya setuju dengan Tony dan Rafizi, laksana GST bukan jalan penyelesaiannya, apa yang terbaik sebenarnya adalah ‘good governance’, iaitu bagaimana menguruskan kewangan negara dengan cara yang sepatutnya,” katanya. – Roketkini.com
Sumber HD - 26-11-2013
Keutamaan Pakatan Rakyat tawan Putrajaya
- Nov 26, 2013
- LIM KIT SIANG
Tahniah diucapkan kepada pimpinan dan perwakilan PAS atas kejayaan melaksanakan Muktamar ke-59 di peringkat kebangsaan, pemuda, dan wanita dengan lancar sehingga menggagalkan usaha para penyusun konspirasi Umno yang telah bekerja lebih masa menerusi media sosial di ruang siber untuk mewujudkan perseteruan dan perpecahan dalam PAS dan untuk menghancurkan kesatuan matlamat Pakatan Rakyat. Muktamar yang baru berlangsung itu memberi harapan kepada majoriti rakyat Malaysia yang percaya bahawa politik dua pakatan di Malaysia masih hidup dan bertenaga.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyedarkan semua orang apabila beliau menyebut dalam ucapan penggulungannya bagi Muktamar ke-59 itu bahawa PAS tidak akan berkembang ke luar pantai timur semenanjung jika parti itu tidak menyertai Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.
Kata Mohamad: “Kalau PAS berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (utara Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).
“Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan Insya Allah sampai ke Johor.”
Pada tahun 1999, PAS mendapat faedah besar daripada kemarahan orang terhadap BN berikutan krisis politik dan ekonomi 1998 sehingga ia memenangi 27 kerusi parlimen dan 98 kerusi DUN, menjadikannya parti pembangkang terbesar.
Bagaimanapun, 93% dan 86% kerusi parlimen dan negeri yang dimenangi PAS ialah di negeri “Utara”, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pada tahun 2004, berikutan “Tsunami” Pak Lah, PAS hanya berjaya memenangi 6 kerusi parlimen dan 33 kerusi negeri (100% kerusi parlimen dan 94% kerusi negeri di negeri-negeri utara).
Tahun 2008 menandakan anjakan besar sokongan terhadap PAS dari negeri-negeri di luar negeri utara. PAS menang 23 kerusi parlimen dan 83 kerusi negeri, hanya 70% kerusi parlimen dan 76% kerusi negeri di keempat-empat negeri utara.
Pada tahun 2013, PAS kerusi parlimen yang dimenangi PAS kurang dua (21 kerusi) berbanding pada pilihanraya 2008 (23 kerusi), tetapi parti itu berjaya menambah dua lagi kerusi negeri (85 kerusi) berbanding sebelum itu (83). Kali ini, hanya 67% kerusi parlimen dan 66% kerusi negeri adalah di keempat-empat negeri utara (lihat Jadual 1 di bawah).
Jadual 1: Taburan kerusi Parlimen dan Negeri PAS (1999 - 2013)
1999
|
2004
|
2008
|
2013
| |||||
Negeri
|
Parlimen
|
Negeri
|
Parlimen
|
Negeri
|
Parlimen
|
Negeri
|
Parlimen
|
Negeri
|
Perlis
|
0
|
3
|
0
|
1
|
0
|
1
|
0
|
1
|
Kedah
|
8
|
12
|
1
|
4
|
6
|
16
|
1
|
9
|
Kelantan
|
10
|
41
|
5
|
24
|
9
|
38
|
9
|
32
|
Terengganu
|
7
|
28
|
0
|
4
|
1
|
8
|
4
|
14
|
Penang
|
0
|
1
|
0
|
1
|
0
|
1
|
0
|
1
|
Perak
|
2
|
3
|
0
|
0
|
2
|
6
|
2
|
5
|
Pahang
|
0
|
6
|
0
|
0
|
0
|
2
|
1
|
3
|
Selangor
|
0
|
4
|
0
|
0
|
4
|
8
|
4
|
15
|
KL
|
0
|
NA
|
0
|
NA
|
1
|
NA
|
0
|
NA
|
Negeri Sembilan
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0
|
1
|
0
|
0
|
Melaka
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0
|
1
|
Johor
|
0
|
0
|
0
|
1
|
0
|
2
|
0
|
4
|
P.Msia
|
27
|
98
|
6
|
35
|
23
|
83
|
21
|
85
|
Perlis, Kedah, K'tan & T'gganu
|
25
|
84
|
6
|
33
|
16
|
63
|
14
|
56
|
Lain-lain
|
2
|
14
|
0
|
2
|
7
|
20
|
7
|
29
|
% di utara
|
92.6%
|
85.7%
|
100.0%
|
94.3%
|
69.6%
|
75.9%
|
66.7%
|
65.9%
|
% di negeri-negeri lain
|
7.4%
|
14.3%
|
0.0%
|
5.7%
|
30.4%
|
24.1%
|
33.3%
|
34.1%
|
Dengan menganggotai Pakatan, PAS telah berjaya melangkah melampaui empat negeri terasnya.
Kegagalan PAS di Kedah pada tahun 2013 tidak boleh dikaitkan dengan penyertaan PAS dalam Pakatan, sebaliknya kerana faktor dalaman. Penjelasan yang sama boleh dikemukakan untuk memahami kemerosotan sokongan terhadap PAS di Kelantan.
Jika sokongan terhadap PAS di negeri-negeri utama Melayu terjejas kerana keanggotaannya dalam Pakatan, sudah tentu pencapaiannya di Terengganu tidak akan meningkat.
Jelas bahawa pertambahan penduduk secara pesat di Semenanjung Malaysia akan berlaku di Selangor, KL dan Johor. Di negeri-negeri inilah kita akan melihat adanya peningkatan jumlah kerusi (parlimen dan negeri). Kebanyakan kerusi baru ini dari segi kaum adalah kerusi ‘campuran’.
Jika PAS hendak terus berkembang di luar 4 negeri utara, ia perlu bekerjasama dalam konteks Pakatan untuk meningkatkan sokongan Melayu dan juga bukan Melayu. Di negeri-negeri utara, PAS perlu memperkukuhkan diri dan Pakatan di peringkat dalaman.
Satu lagi cara untuk meneliti prestasi PAS berdasarkan negeri ialah dengan menganalisa peratusan undi yang diraih PAS di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS di setiap negeri.
Maklumat berkenaan boleh dilihat dalam Jadual 2 di bawah.
Sokongan terhadap PAS di Kelantan dan Terengganu mencapai tahap tertinggi pada tahun 1999 (iaitu masing-masing 60.5% dan 58.7%). Sokongan terhadap PAS di Kedah mencapai tahap tertinggi pada tahun 2008 apabila ia meraih 50.6% undi di kerusi-kerusi yang ditandinginya. Pada tahun 2013, walaupun sokongan terhadap PAS merosot di Kedah, Kelantan, dan Terengganu berbanding tahun 1999, peratusan undi yang didapatinya masih jauh lebih tinggi daripada yang didapati pada tahun 2004.
Pada masa yang sama, sokongan terhadap PAS di luar 4 negeri utara telah meningkat dengan banyak sejak tahun 1999, khususnya di Pulau Pinang (peningkatan sebanyak 16.8%), Selangor (peningkatan sebanyak 11.0%), Negeri Sembilan (5.1%) dan Johor (7.2%). Ini menunjukkan bahawa keanggotaan PAS dalam Pakatan telah menguntungkannya di ketiga-tiga buah negeri.
Jadual 2: % undi dimenangi PAS di kerusi parlimen yang ditandingi PAS (1999 hingga 2013)
Parlimen (% undi di kerusi PAS)
Negeri
|
1999
|
2004
|
2008
|
2013
|
Perbezaan 1999 hingga 2013
|
Perbezaan 2004 hingga 2013
|
Perlis
|
44.5%
|
35.6%
|
44.5%
|
44.7%
|
0.2%
|
9.1%
|
Kedah
|
48.4%
|
42.1%
|
50.6%
|
46.4%
|
-1.9%
|
4.4%
|
Kelantan
|
60.5%
|
47.2%
|
55.1%
|
54.4%
|
-6.2%
|
7.2%
|
Terengganu
|
58.7%
|
44.2%
|
44.9%
|
48.9%
|
-9.8%
|
4.7%
|
Penang
|
30.0%
|
28.2%
|
38.4%
|
46.8%
|
16.8%
|
18.6%
|
Perak
|
44.3%
|
35.0%
|
48.1%
|
43.6%
|
-0.7%
|
8.6%
|
Pahang
|
44.0%
|
32.6%
|
39.7%
|
42.1%
|
-1.9%
|
9.5%
|
Selangor
|
43.3%
|
Sumber HD - 26-11-2013
Taufan Haiyan: Pakatan Rakyat rakam simpati dan dukacita
Harakahdaily, | 14 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat merakamkan perasaan simpati dan dukacita kepada rakyat Filipina yang menghadapi kehilangan nyawa, kacau bilau dan kemusnahan akibat Taufan Haiyan yang melanda bahagian tengah republik tersebut.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, tragedi ini sesungguhnya adalah bencana terburuk dalam sejarah negara tersebut.
Pada saat yang genting ini, tambahnya Pakatan Rakyat menyokong usaha dilakukan pelbagai pihak di Malaysia termasuk oleh negeri yang diperintah Pakatan Rakyat untuk menghulurkan bantuan sedaya mungkin kepada mangsa terlibat.
Taufan Haiyan membadai tengah Filipina, di wilayah Leyte, Tacloban dan Pulau Samar beberapa hari lalu mengakibatkan kemusnahan tempat tinggal dan harta benda serta mengorbankan lebih 10,000 nyawa.
Ribuan penduduk lagi dilaporkan masih hilang ekoran kesan taufan yang juga dikenali di Filipina sebagai Yolanda.
Taufan itu turut melintasi Laut China Selatan dan melanda Vietnam dan China.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-11-2013
Karpal mahu PAS dibatal hanya putar belit
Harakahdaily, | 07 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: “Saya telah bercakap dengan Karpal dan beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan,” jelas Lim Kit Siang dalam kenyataan kepada Harakahdaily, malam tadi.
Justeru, Ketua Parlimen DAP itu meminta semua pihak mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat.
Berikut kenyataan beliau.
Semua orang mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat.
Terbaru ialah dakwaan bahawa Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mahu pendaftaran PAS dibatalkan.
Saya telah bercakap dengan Karpal dan beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan.
Beliau mengkritik Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengugut Majlis Peguam lantaran sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, Herald; sambil menekankan bahawa demi kepentingan perpaduan nasional, badan-badan politik atau profesional tidak wajar beroperasi dalam kerangka perkauman atau keagamaan.
Rakyat Malaysia yang rasional dan patriotik kian bertambah runsing dengan melonjaknya kadar retorika perkauman, kurangnya toleransi agama serta kebencian di negara ini.
Kerisauan sebegini tidak wajar dibiar terpinggir dan diputarbelitkan dengan dakwaan-dakwaan tidak berasas kononnya Karpal mahu PAS dibatalkan pendaftarannya.
Apa yang diperlukan kini ialah supaya warga Malaysia yang rasional dan patriotik untuk mengekalkan fokus mereka menuntut supaya segala retorika perkauman kebencian dan kurangnya toleransi agama ini kian berkurang kerana ia jelas berlawanan dengan nilai-nilai wasatiyah dan inklusif yang dirangkum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam polisi 1Malaysianya, selain di kempen antarabangsanya ke arah ‘Global Movement of Moderates’.
Justeru, Ketua Parlimen DAP itu meminta semua pihak mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat.
Berikut kenyataan beliau.
Semua orang mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat.
Terbaru ialah dakwaan bahawa Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mahu pendaftaran PAS dibatalkan.
Saya telah bercakap dengan Karpal dan beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan.
Beliau mengkritik Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengugut Majlis Peguam lantaran sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, Herald; sambil menekankan bahawa demi kepentingan perpaduan nasional, badan-badan politik atau profesional tidak wajar beroperasi dalam kerangka perkauman atau keagamaan.
Rakyat Malaysia yang rasional dan patriotik kian bertambah runsing dengan melonjaknya kadar retorika perkauman, kurangnya toleransi agama serta kebencian di negara ini.
Kerisauan sebegini tidak wajar dibiar terpinggir dan diputarbelitkan dengan dakwaan-dakwaan tidak berasas kononnya Karpal mahu PAS dibatalkan pendaftarannya.
Apa yang diperlukan kini ialah supaya warga Malaysia yang rasional dan patriotik untuk mengekalkan fokus mereka menuntut supaya segala retorika perkauman kebencian dan kurangnya toleransi agama ini kian berkurang kerana ia jelas berlawanan dengan nilai-nilai wasatiyah dan inklusif yang dirangkum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam polisi 1Malaysianya, selain di kempen antarabangsanya ke arah ‘Global Movement of Moderates’.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-11-2013
Tangguh PLKN sehingga kajian semula dibuat
Harakahdaily, | 18 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menggesa kerajaan mengkaji semula matlamat asal Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang sehingga kini telah mengakibatkan 22 kematian pelatihnya sejak diperkenalkan.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program itu juga wajar ditangguhkan sementara kajian semula dibuat.
Menurutnya, program yang menelan belanja ratusan juta ringgit itu sehingga kini menimbulkan pelbagai masalah serta matlamatnya meragukan.
Sehubungan itu, Pakatan Rakyat juga menggesa satu jawatankuasa khas Parlimen dibentuk untuk memberi ruang membincangkan sama ada meneruskan program berkenaan atau membatalkannya.
“Matlamat perpaduan negara, matlamat disiplin dan keselamatan kerana setakat ini dari awal dah terdapat 22 kematian dalam perlaksanaan PLKN,” katanya pada media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR semalam.
Sementara itu, pada persidangan Dewan Rakyat yang lalu, PAS telah menyatakan pendirian tegas agas keberkesanan PLKN itu dikaji semula.
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin ketika membangkitkan perkara itu berkata, kes kematian pelatih yang terus berlaku itu perlu dibincangkan secara serius kerana ia membimbangkan rakyat Malaysia, khususnya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke PLKN.
Malah, tambah beliau, selain kematian dalam latihan PLKN, terdapat juga dakwaan berkaitan kes rogol yang berlaku di kem tersebut.
Beliau juga turut mengemukakan usul bagi membincangkan isu tersebut di bawah Peraturan mesyuarat 18 (1) dan (2), bagaimanapun ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat di dalam kamar kerana dikatakan isu itu sedang dalam siasatan pihak polis.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program itu juga wajar ditangguhkan sementara kajian semula dibuat.
Menurutnya, program yang menelan belanja ratusan juta ringgit itu sehingga kini menimbulkan pelbagai masalah serta matlamatnya meragukan.
Sehubungan itu, Pakatan Rakyat juga menggesa satu jawatankuasa khas Parlimen dibentuk untuk memberi ruang membincangkan sama ada meneruskan program berkenaan atau membatalkannya.
“Matlamat perpaduan negara, matlamat disiplin dan keselamatan kerana setakat ini dari awal dah terdapat 22 kematian dalam perlaksanaan PLKN,” katanya pada media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR semalam.
Sementara itu, pada persidangan Dewan Rakyat yang lalu, PAS telah menyatakan pendirian tegas agas keberkesanan PLKN itu dikaji semula.
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin ketika membangkitkan perkara itu berkata, kes kematian pelatih yang terus berlaku itu perlu dibincangkan secara serius kerana ia membimbangkan rakyat Malaysia, khususnya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke PLKN.
Malah, tambah beliau, selain kematian dalam latihan PLKN, terdapat juga dakwaan berkaitan kes rogol yang berlaku di kem tersebut.
Beliau juga turut mengemukakan usul bagi membincangkan isu tersebut di bawah Peraturan mesyuarat 18 (1) dan (2), bagaimanapun ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat di dalam kamar kerana dikatakan isu itu sedang dalam siasatan pihak polis.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-10-2013
Isu kalimah Allah: Pakatan Rakyat kekal pendirian
Muhammad Faizal, | 17 Okt 2013 |
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini menjelaskan mereka terus kekal dengan pendirian sebelum ini dalam isu yang membabitkan kalimah Allah.
Kenyataan tersebut dijelaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi.
"Pendirian Pakatan Rakyat kekal sepertimana pendirian yang dikeluarkan sebelum ini.
"Kita juga turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah.
"Dan kita (Pakatan Rakyat) tak perlu beri apa-apa komen, segala pendirian yang dikeluarkan boleh dirujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini," jelasnya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media itu juga turut menegaskan isu kalimah Allah tidak akan menjadi agenda kempen PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.
"Isu kalimah Allah itu bukan satu agenda kempen PAS pada PRK nanti dan kita tidak mahu ia dilakukan oleh jentera kempen.
"Kalau Barisan Nasional (BN) mahu menjadikan itu sebagai agenda kempen utama mereka, ia terpulang kepada mereka dan saya pasti rakyat sudah mengetahui," jelasnya.
Kenyataan tersebut dijelaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi.
"Pendirian Pakatan Rakyat kekal sepertimana pendirian yang dikeluarkan sebelum ini.
"Kita juga turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah.
"Dan kita (Pakatan Rakyat) tak perlu beri apa-apa komen, segala pendirian yang dikeluarkan boleh dirujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini," jelasnya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media itu juga turut menegaskan isu kalimah Allah tidak akan menjadi agenda kempen PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.
"Isu kalimah Allah itu bukan satu agenda kempen PAS pada PRK nanti dan kita tidak mahu ia dilakukan oleh jentera kempen.
"Kalau Barisan Nasional (BN) mahu menjadikan itu sebagai agenda kempen utama mereka, ia terpulang kepada mereka dan saya pasti rakyat sudah mengetahui," jelasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-10-2013
PAS ucap tahniah, DAP tidak belakangkan ROS
Salmiyah Harun, | 29 Sep 2013 |
PETALING JAYA: PAS mengucapkan tahniah kepada DAP kerana mengambil langkah tidak membelakangi gesaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) hari ini.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, DAP akur dengan apa yang dikehendaki oleh ROS dan hari ini terbukti mereka berkumpul beramai-ramai semula.
Hatta yang hadir sebagai tetamu Khas ke Kongres Khas Kebangsaan DAP itu percaya parti itu teraniaya hanya kerana mereka bercakap benar.
"Apa yang dibuat oleh ROS, itu satu usaha berdendam, saya pun tidak pasti apa puncanya," katanya ketika ditemui Harakahdaily sebaik sahaja selesai ucaptama pimpinan DAP.
Beliau juga berharap pemilihan khas ini berjalan dengan baik dan diterima oleh ROS supaya ianya berjaya menyelesaikan episod yang tidak senang di kalangan ahli DAP.
Sementara itu, Hatta memuji ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang sentiasa menegaskan sikap parti itu terhadap Perlembagaan Negara dan mengangkat sistem demokrasi berparlimen dan Raja-Raja Melayu.
"Saya rasa perkara ini perlu diperingatkan dan diulang berkali-kali kerana masih ada rakyat yang sangsi dan menganggap DAP parti cauvinis tidak boleh disokong.
"Keadaan begitu baik sekarang mereka berada di pentas politik Malaysia bersama-sama Pakatan Rakyat untuk mengajak ke arah perubahan," katanya.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, DAP akur dengan apa yang dikehendaki oleh ROS dan hari ini terbukti mereka berkumpul beramai-ramai semula.
Hatta yang hadir sebagai tetamu Khas ke Kongres Khas Kebangsaan DAP itu percaya parti itu teraniaya hanya kerana mereka bercakap benar.
"Apa yang dibuat oleh ROS, itu satu usaha berdendam, saya pun tidak pasti apa puncanya," katanya ketika ditemui Harakahdaily sebaik sahaja selesai ucaptama pimpinan DAP.
Beliau juga berharap pemilihan khas ini berjalan dengan baik dan diterima oleh ROS supaya ianya berjaya menyelesaikan episod yang tidak senang di kalangan ahli DAP.
Sementara itu, Hatta memuji ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang sentiasa menegaskan sikap parti itu terhadap Perlembagaan Negara dan mengangkat sistem demokrasi berparlimen dan Raja-Raja Melayu.
"Saya rasa perkara ini perlu diperingatkan dan diulang berkali-kali kerana masih ada rakyat yang sangsi dan menganggap DAP parti cauvinis tidak boleh disokong.
"Keadaan begitu baik sekarang mereka berada di pentas politik Malaysia bersama-sama Pakatan Rakyat untuk mengajak ke arah perubahan," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-9-2013
JK khas rangka Belanjawan Alternatif 2014
Harakahdaily, | 23 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat seperti tahun-tahun sebelum ini, akan melancarkan Belanjawan Alternatif 2014 sebagai perbandingan terhadap bajet yang akan dibentang kerajaan.
Bagi tujuan itu, satu jawatankuasa khas telah dibentuk yang dianggotai golongan profesional, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan akan dibantu Institut Rakyat, sebuah badan pemikir yang dibarisi pakar ekonomi dan akademik.
Turut serta dalam jawatankuasa itu adalah Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajuddin.
Selain beliau, ahli-ahli JK khas itu termasuklah Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Dr Ong Kian Ming (Serdang), Dr Azman Ismail (Kuala Kedah), G.Manivanan (Kapar), Datuk Dr Idris Jauzi (Batu Pahat), Julian Tan (Stampin) dan Datuk Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju).
Beberapa sektor akan dinilai termasuk Antarabangsa dan Kebangsaan; Ekonomi dan Kewangan; Keselamatan; Pendidikan dan Pekerjaan; Pertanian, Perladangan dan Pembangunan Luar Bandar; Pengangkutan dan Pembangunan Bandar; Pengurusan sumber Alam; Masyarakat, Kebajikan dan Gender; serta Polisi melibatkan Sabah dan Sarawak.
Bagi Raja Kamarul, sekretariat katanya memfokuskan keberkesanan belanjawan kepada rakyat dan bukannya semata-mata berapa banyak jumlah wang yang diumum sebagaimana amalan Umno BN.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-8-2013
SPR peranannya suruhanjaya bukan "suruhan Umno"
Harakahdaily, | 23 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan seluruh pimpinan Pakatan Rakyat terus bersuara memperjuangkan agar peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kembali kepada landasan asal.
Berucap pada majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang hari ini, Mohamad berkata, peranan SPR yang ada hari ini sudah menyimpang jauh dan dilihat seperti berkerja hanya untuk memenangkan Umno BN.
Bukti paling jelas katanya, boleh dilihat dengan pelbagai kepincangan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sehingga menyaksikan sejumlah 60 petisyen dikemukakan oleh Pakatan Rakyat dan juga BN.
Ianya tidak termasuk lagi kepincangan-kepincangan lain seperti penggunaan dakwat yang diyakinkan sebagai kekal, tetapi boleh tanggal sejurus selepas pengundian.
"Yang penting peranan SPR perlu dikembalikan. Peranan SPR adalah menjadi sebuah suruhanjaya, bukan "suruhan Umno"," katanya.
Turut menyampaikan ucapan pembukaan pada majlis itu adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mesej himpunan sampai
Sementara itu, pada sidang media selepas itu Anwar berkata kehadiran rakyat ke Himpunan Aman Black 505 semalam cukup memberangsangkan biarpun berdepan pelbagai ugutan disamping masalah jerebu.
Pihak penganjur himpunan itu semalam mengumumkan kehadiran adalah melebihi 55,000 orang.
Menurut Anwar, soal kehadiran yang didakwa sesetengah pihak sebagai tidak mencapai sasaran bukanlah perkara besar, sebaliknya apa yang lebih penting adalah mesej yang telah disampaikan.
"Sambutan baik, penganjur umum (himpunan) berjaya.
"Yang penting mesej itu jelas. Kecurangan pilihan raya dihebahkan. Orang yang merompak, menipu, tidak boleh dilupakan begitu sahaja," katanya.
Berucap pada majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang hari ini, Mohamad berkata, peranan SPR yang ada hari ini sudah menyimpang jauh dan dilihat seperti berkerja hanya untuk memenangkan Umno BN.
Bukti paling jelas katanya, boleh dilihat dengan pelbagai kepincangan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sehingga menyaksikan sejumlah 60 petisyen dikemukakan oleh Pakatan Rakyat dan juga BN.
Ianya tidak termasuk lagi kepincangan-kepincangan lain seperti penggunaan dakwat yang diyakinkan sebagai kekal, tetapi boleh tanggal sejurus selepas pengundian.
"Yang penting peranan SPR perlu dikembalikan. Peranan SPR adalah menjadi sebuah suruhanjaya, bukan "suruhan Umno"," katanya.
Turut menyampaikan ucapan pembukaan pada majlis itu adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mesej himpunan sampai
Sementara itu, pada sidang media selepas itu Anwar berkata kehadiran rakyat ke Himpunan Aman Black 505 semalam cukup memberangsangkan biarpun berdepan pelbagai ugutan disamping masalah jerebu.
Pihak penganjur himpunan itu semalam mengumumkan kehadiran adalah melebihi 55,000 orang.
Menurut Anwar, soal kehadiran yang didakwa sesetengah pihak sebagai tidak mencapai sasaran bukanlah perkara besar, sebaliknya apa yang lebih penting adalah mesej yang telah disampaikan.
"Sambutan baik, penganjur umum (himpunan) berjaya.
"Yang penting mesej itu jelas. Kecurangan pilihan raya dihebahkan. Orang yang merompak, menipu, tidak boleh dilupakan begitu sahaja," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-6-2013
No comments:
Post a Comment