JK khas temui petunjuk baru isu seleweng balak Tekih
- Jan 15, 2014
- HARAKAHDAILY
ALOR SETAR: Jawatankuasa Bertindak dan Mobilisasi Isu Kedah menemui petunjuk baru yang menguatkan lagi dakwaan berlaku penyelewengan balak di sepanjang lebuh raya Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH).
Dalam satu sidang media hari ini, jawatankuasa gabungan Dewan Pemuda PAS Kedah dan NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima) itu mendakwa, konsesi pembalakan itu telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat Cina pada tahun 2006.
Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, bagaimanapun berlaku masalah sehingga syarikat tersebut dikatakan telah menyaman anak syarikat kerajaan negeri Bina Darul Aman Berhad (BDB).
BDB merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
"Kami dimaklumkan bahawa jumlah saman mencecah RM23 juta. Pihak BDB telah melantik peguam. Kes berjalan dan BDB yakin boleh memenangi kes ini.
"Sebaik sahaja kerajaan bertukar 2013, BN kembali menerajui Kedah, satu keputusan yang amat mengejutkan yang pada kami mengkhianati amanah telah dibuat.
"Kes telah diselesaikan di luar mahkamah dan berjuta ringgit dibayar (kepada syarikat berkenaan)," katanya.
Tambah beliau lagi, apa yang dipertikaikan,BDB bukanlah sebuah syarikat yang teras perniagaannya adalah pembalakan.
"Pihak kami difahamkan kebanyakan keputusan hanya diputuskan oleh Managing Director BDB tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah BDB," katanya.
.
Ekoran itu, Mohd Nasir berkata, piahknya akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM serta Suruhanjaya Sekuriti bagi membuat siasatan.
"Kita juga menuntut Bursa Malaysia memberikan respon isu ini kerana BDB adalah sebuah syarikat tersenarai.
"Kita juga menuntut Kerajaan Negeri Kedah melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)- pemegang saham terbesar; yang dipengerusikan oleh Menteri Besar memberi jawapan segera isu pembayaran ini.
"Jelaskan juga kenapa wakil PKNK di dalam BDB tidak menentang penyelesaian luar mahkamah sedangkan peluang menang adalah besar," katanya.
Sumber HD - 15-1-2014
Akhirnya Mukhriz mengalah & Kuin kembali ke Kuala Ketil
- Jan 13, 2014
- ZULKIFLI YAHAYA
PROGRAM pertama Kolej Universiti Insaniah (Kuin) selepas kerajaan negeri bertukar tangan ialah memindahkan semula pusat pentadbiran dari kampus induk di Kuala Ketil kembali ke tapak asal yang sempit di Mergong.
Sebaik kampus induk Kuin dirasmikan pada Disember 2012 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pusat pentadbiran institusi pengajian yang menjadi kebanggaan kerajaan negeri itu berpindah dari Mergong ke Kuala Ketil.
Semua kuliah pengajian Kuin juga turut dipindahkan secara berperingkat. Walaupun pada peringkat awal terdapat pelbagai masalah kerana asrama pelajar belum sempat disiapkan namun akhirnya masalah tersebut diatasi dengan pelbagai usaha.
Ditakdirkan Pakatan Rakyak tumbang dalam PRU13, maka pentadbiran Kuin pun bertukar tangan selepas rektornya Prof Dr. Mohd Jamil Othman melepaskan jawatan.
Pemangku Rektor kemudian diserahkan kepada Dato’ Che Barni Mohd Nor, seorang yang bukan dari latarbelakang pengurusan akademik.
Melalui keputusan terburu-buru yang dibuat oleh kerajaan baru dan pentadbiran baru, pusat pentadbiran kembali dipindahkan di Mergong. Mereka memberi pelbagai alasan terhadap perpindahan tersebut. Antaranya kerana kos pengurusan yang terlalu tinggi dan kerajaan negeri tidak sudi membuat pelaburan dalam projek yang ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’.
Namun terdapat sumber dalaman menyebut bahawa antara sebab kembali ke Mergong adalah kerana terdapat pegawai yang tinggal di Alor Setar tidak sanggup berulang alik ke Kuala Ketil yang agak jauh. Jika benar dakwaan ini maka teruk sungguh pegawai tadbir di bawah kerajaan BN.
Manakala sebab kerajaan negeri mahu pusat pentadbiran berpindah ke Mergong, tidak lain tidak bukan berpunca dari sikap ego. Iyalah, jika mereka kekal di Kuala Ketil, ia macam pengiktirafan terhadap kejayaan yang dibuat oleh kerajaan lalu. Mukhriz yang pernah menjadi peserta demonstrasi haram bersama segelintir kakitangan Kuin menghentam kerajaan negeri tentulah rasa tercabar untuk mengiktiraf buah tangan Tan Sri Ustaz Azizan Razak. Sekalipun kembali ke Mergong adalah perbuatan 'kurang cerdik' tapi bagi kerajaan Mukhriz biarlah 'kurang cerdik' asal jangan iktiraf kecerdikan kerajaan lalu.
Di Mergong pelajar terpaksa kembali bersesak menghadiri kuliah. Siapa yang datang lewat terpaksa berada di luar kelas, mengikuti pengajian melalui tingkap. Di zaman siber ini semua gelagat lucu itu terakam dan tersebar dengan pantas ke alam maya. Teruknya kerajaan BN mentadbir Kuin menjadi bahan gelak ketawa dunia luar.
Kampus induk yang besar dan lengkap segala kemudahan tidak digunakan sebaliknya mereka memilih suasana penuh kedhaifan. BN dapat Kuin diibaratkan seperti kera dapat bunga.
Rektor baru
Kerajaan negeri kemudiannya memilih rektor baru iaitu Prof Datuk Mohd Yusof Kasim. Beliau adalah orang akademik dan bukan orang politik. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan campur, tolak, darab, bahagi – pengurusan akademik. Beliau memilih untuk kembali ke kampus induk di Kuala Ketil.
Nampaknya dalam menguruskan negeri, kerajaan Mukhriz jadi macam Lebai Malang sekejap ke hulu, sekejap ke hilir dan kembali ke hulu. Macam Pak Pandir, sentiasa salah dalam membuat keputusan. Macam Pak Kadok, jadi bahan gelak ketawa orang ramai dengan gelagat baju kertasnya.
Alhamdulillah, akhirnya kerajaan negeri memanfaatkan sepenuhnya kampus induk yang menjadi buah tangan Ustaz Azizan. Memang itu yang sepatutnya dilakukan dari awal.
Terbaru, Mukhriz berkata kerajaan negeri bersetuju menggunakan sepenuhnya kampus induk tahun ini, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai anak negeri yang dapat memimpin masyarakat serta mencorakkan kehidupan masa depan yang lebih berkualiti. Mukhriz terlewat tujuh bulan untuk mula berfikiran murni seperti itu. Tak apalah sekurang-kurangnya lebih baik dari tidak terfikir langsung mengenainya.
Tanggal 11 Januari baru-baru ini Istiadat Konvokesyen Ke 15 diadakan di kampus induk Kuin Kuala Ketil, disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong. Di hadapan Agong, Mukhriz menyebut perihal pelan transformasi Kuin menyasarkan pencapaian taraf universiti penuh menjelang tahun 2015. Sebenarnya itulah yang dihasratkan oleh Ustaz Azizan dahulu apabila membina kampus induk di atas tanah yang berkeluasan lebih 300 hektar itu dengan segala prasarana yang melayakkannya untuk diiktiraf sebuah universiti penuh.
Jika Kuin terus terperap bawah longkong tempurung macam di Mergong maka sampai bila-bila Kuin tidak jadi sebuah universiti penuh.
Ustaz Azizan juga pernah mensasarkan suatu masa Kuin akan mencapai kedudukan kewangan yang stabil serta tidak bergantung lagi pada kerajaan negeri, walaupun pada peringkat awal ia seolah menjadi bebanan kepada negeri.
“Kuin juga dijangka mencapai kelestarian kewangan dan mampu berdikari mulai 2017,” itu ucapan Mukhriz selepas tujuh bulan mendapat Kuin yang ditinggalkan Ustaz Azizan.
Mukhriz membuktikan kebenaran wawasan Ustaz Azizan walaupun terpaksa menempelak muka sendiri dengan sikap dan tindakan lalu.
Sumber HD - 13-1-2014
Pemuda Kedah bantu Panglima dedah pembalakan haram
- Jan 09, 2014
- HARAKAHDAILY
ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dan Mobilisasi Isu bagi bekerjasama dengan NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (PANGLIMA) untuk terus mendedahkan penyelewengan balak di lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway TEKIH.
Ketuanya, Mohd Nasir Zakaria berkata pihaknya memandang serius pendedahan Panglima semalam berhubung pembalakan haram yang berlaku.
Menurt beliau pendedahan tersebut mengejutkan kerana melibatkan sumber hasil utama negeri yang mungkin telah diseleweng untuk kepentingan pihak tertentu.
"Kami tegas menyatakan bahawa sebarang penyelewengan hasil sumber negeri adalah pengkhianatan terhadap hak dan kepentingan rakyat.
"Sehubungan itu kami menyatakan kesediaan untuk bersama para penduduk dan Panglima bagi menuntut ketelusan kerajaan negeri dan pihak terbabit berhubung pendedahan itu," katanya.
Semalam, Presiden Panglima, Sulaiman Ibrahim menunut penjelasan kerajaan negeri terhadap dakwaan hampir seribu hektar kawasan hutan ditebang bagi tujuan pembalakan sepanjang lebuhraya ini tersebut.
Beliau juga mahu menteri besar menjelaskan berapakah premium balak yang diterima oleh kerajaan negeri dan berapa premium untuk sehektar kawasan konsesi balak.
Sulaiman turut meminta kerajaan negeri menyatakan nama syarikat balak yang dikurniakan konsesi pembalakan tersebut serta untung rugi dialami syarikat itu.
Sumber HD - 9-1-2014
Individu dipertikai integriti terajui GLC Kedah?
- Jan 09, 2014
- IZWAN ABDUL HALIM
Menurut beliau, dari maklumat diperolehinya, perkhidmatan individu tersebut di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) yang akan tamat pada 31 Januari ini, mendapat rungutan banyak pihak.
"Terdapat rasa tidak puas hati terhadap beliau dari kalangan Ahli Lembaga Pengarah PNMB, pihak pengurusan PNMB serta kakitangan PNMB.
"Malahan terdapat 'ugutan' dikeluarkan pihak Kesatuan Sekerja PNMB bahawa sekiranya kontrak beliau dilanjutkan, mereka akan turun berpiket!
"Sudah tentu kesemua pihak tersebut mempunyai sebab mereka tidak mahu kontrak beliau dilanjutkan," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.
Jelas Amiruddin, beliau difahamkan individu sedang disiasat oleh pihak Juru Audit Khas Kementerian Kewangan atas beberapa salah laku.
Selain itu, kakitangan juga sanggup turun berpiket kerana didakwa beliau mempunyai masalah 'public relation' PR yang kronik dengan kakitangan.
"Kita tidak mengatakan bahawa beliau bersalah di atas kes-kes salah laku yang masih dalam peringkat siasatan.
"Namun pihak BDB atau Kerajaan Negeri Kedah yang merupakan pemegang saham terbesar dalam BDB melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) seharusnya mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga diputuskan sama ada beliau bersalah atau tidak.
"Ini adalah kerana beliau akan menjadi peneraju utama di BDB dan adalah amat malang sekiranya individu yang tercalar integritinya di syarikat lain diambil untuk mengepalai satu-satunya syarikat kerajaan negeri yang tersenarai dipapan utama Bursa Malaysia," ujarnya.
Terang Amiruddin lagi, beliau bertanya kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir (sekitar bulan Jun 2013) mengenai kedudukan Pengarah Urusan Kumpulan BDB yang lalu.
Ketika itu beliau masih berkhidmat serta berjaya meningkatkan prestasi BDB dari keuntungan sebanyak RM16.5juta pada tahun 2007 kepada RM30.1juta pada tahun 2012. Malah, kontrak perkhidmatannya hanya akan tamat pada Mac 2015.
Bagaimanapun, Mukhriz memberitahu yang Pengarah Urusan Kumpulan tersebut akan diberi notis untuk diberhentikan kerana sudah mempunyai calonnya sendiri dengan visi baru untuk BDB.
"Namun setelah hampir 7 bulan kemudian baru pengisian jawatan ini dibuat. Saya menjangkakan yang MB mempunyai calon yang 'extraordinary' dan mungkin berjaya menarik minat anak Kedah yang berada di luar negara melalui Talent Corp untuk kembali menabur bakti di Kedah.
"Apakah setelah 7 bulan berlalu, seorang yang integritinya dipersoalkan diambil untuk mengepalai BDB? Saya juga mendapat maklumat terdapat perkara yang 'aneh' berlaku setelah individu tersbut dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah BDB dan Pengerusi Exco sehingga BDB hilang hasilnya berjuta-juta ringgit.
"Saya belum bersedia untuk mendedahkan perkara ini kerana masih mengumpulkan maklumat. Saya menyeru kepada MB Kedah untuk menangguhkan pelantikan individu terbabit sebagai Pengarah Urusan Kumpulan BDB sehinggalah dibuktikan tiada kes salah laku semasa beliau di dalam PNMB.
"Sudah tentu Negeri Kedah yang berbangga menjadi negeri pertama yang menandatangani Janji Integriti dalam memerangi rasuah dan salahguna kuasa, seharusnya 'walk her talk' dengan tidak melantik mana-mana individu yang tercalar integritinya," pertikai Amiruddin.
Sumber HD - 9-1-2014
Panglima desak isu balak di Tekih diperjelaskan
- Jan 09, 2014
- IZWAN ABDUL HALIM
Presiden Panglima, Sulaiman Ibrahim berkata, penduduk dilaluan lebuh raya terbabit mengesyaki wujud penyelewengan balak di kawasan terbabit.
Ujar beliau, pihaknya telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke tapak mendengar sendiri aduan dari penduduk.
"Bagi kami bukan setakat terhenti dalam isu pembalakan tetapi ia juga melibatkan isu alam sekitar yang boleh membawa kepada pencemaran, banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Ia sudah pasti boleh mengganggu ekosistem kawasan sekitar.
"Kami juga ingin bertanya status balak-balak di situ ke mana di bawa pergi? Kerana ini projek Kerajaan Persekutuan, tetapi balak milik kerajaan negeri.
"Benarkah hampir seribu hektar kawasan hutan ditebang bagi tujuan pembalakan sepanjang lebuhraya ini? Berapakah premium balak yang diterima oleh kerajaan negeri? Berapa premium untuk sehektar kawasan konsesi balak?" persoalnya.
Sulaiman turut meminta kerajaan negeri menyatakan nama syarikat balak yang dikurniakan konsesi pembalakan tersebut serta untung rugi dialami syarikat itu.
Menurut beliau, penduduk turut mencurigai berlaku penebangan balak di luar kawasan yang diluluskan dan mendakwa berlaku kecurian balak yang serius.
"Adakah Kerajaan Negeri sedar perkara yang berlaku dan apakah tindakan yang diambil?" ujarnya menuntut penjelasan segera isu itu demi kepentingan rakyat.
Sumber HD - 9-1-2013
Rombakan kepimpinan PAS Kedah
- Dec 15, 2013
- ZULKIFLI YAHAYA
Ketika mengumumkan senarai kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar selaku Pesuruhjaya memberitahu, lantikan dibuat adalah dengan mengambil kira bakal pemimpin akan datang yang perlu dipersiapkan dari awal.
Bekas Presiden Kulim Hi-Tech Park, Muhd Sobri Osman dilantik sebagai Bendahari dan Che Had Dhali sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri.
Mereka berdua juga ialah muka baru dalam Dewan Harian.
Ustaz Musodak Ahmad dan Muhammad Sanusi Md Noor dikekalkan sebagai Setiausaha dan Ketua Penerangan.
Mahfuz turut mengumumkan tujuh ahli jawatankuasa tambahan yang terdiri dari Dato’ Abu Kasim Lebai Abdullah, Senator Dato’ Mohd Yusof Husain, Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman, Ustaz Ahmad Yahya, Ustaz Ahmad Izat Shauki, Taufek Baharom (peguam) dan Siti Rasazah Razak (peguam).
Sebanyak 23 lajnah/jabatan diwujudkan di bawah Badan Perhubungan PAS Kedah bagi melaksanakan semua aktiviti parti.
Mahfuz berharap, gandingan muka baru dan lama dari pelbagai profession akan memantapkan lagi kemimpinan PAS Kedah, khususnya untuk membuat persediaan menghadapi PRU14.
Sumber HD - 15-12-2013
- Dec 12, 2013
- BASHIR ISHAK
Program tersebut akan diadakan di Restoran Tepi Sungai, Lebuh raya Darul Aman (Jalan Bakar Bata), di sini bermula jam 8.30 malam.
Justeru, Bela Tani menjemput semua petani padi khasnya dari utara semenanjung terutama Pulau Pinang, Kedah dan Perlis untuk bersama hadir berkongsi maklumat dalam menuntut kenaikan harga padi.
Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi talian 019-4663377.
Isu harga padi merupakan isu yang sudah lama diperjuangkan oleh pesawah namun tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan.
Terbaru isu ini menjadi fokus utama ketika kempen PAS pada Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau baru-baru ini.
PAS membuat desakan tegas agar kerajaan menaikkan harga lantai padi yang tidak pernah disemak sejak 23 tahun lalu.
Kali terakhir harga laintai padi dinaikkan adalah pada tahun 1990 yang diperjuangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu masih dalam kerajaan.
Bagi PAS, mereka mencadangkan kadar kenaikan dari RM750 satu tan sekarang ini kepada RM1150 bagi membela nasib pesawah yang berdepan kos penanaman padi yang semakin meningkat.
PAS juga turut mendesak kerajaan agar menaikkan harga subsidi padi dari RM248 kepada RM372 untuk satu tan bersamaan RM3.72 sekilogram.
Sementara itu, baru baru ini Badan Bertindak Pesawah Malaysia hadir ke parlimen bagi menghantar memorandum kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Memorandum itu antara menuntut gesaan serupa agar kerajaan menaikkan harga laiantai dan subsidi padi dan membantah penswastaan Bernas.
Sumber HD - 12-12-2013
Surat terbuka kepada Zahid Hamidi
- Dec 10, 2013
- MOHD NASIR ZAKARIA
Kepada
Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiNaib Presiden Umno Malaysia
Pejabat Umno
Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur
TUDUHAN SYIAH TERHADAP PEMIMPIN PAS: INGATLAH KEPADA ALLAH DATUK SERI
Datuk Seri,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengecam sikap tidak konsisten Datuk Seri selaku Naib Presiden Umno dan seorang muslim berkenaan isu tuduhan syiah kepada pemimpin nombor dua PAS dalam ucapan penggulungan Datuk Seri di dalam Perhimpunan Agung Umno 2013.
Datuk Seri mengatakan. "Kita tahu siapa pemimpin syiah dalam PAS, PAS ketepikan perbezaan politik, ini soal akidah dan soal masa depan negara, Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin syiah itu untuk menjadi orang kedua dalam PAS". Video. http:// www.youtube.com/ watch?v=G5bp_BocXWE
Pada hari berikutnya Datuk Seri bersilat lidah mengatakan Datuk Seri tidak menyebut nama individu tertentu. Sedangkan ia boleh ditafsirkan dengan jelas bahawa bayangan (innuendo) yang digunakan sangat jelas bahawa tiada orang yang dirujuk selain Tuan Haji Mohamad Sabu yang dipilih menjadi orang kedua dalam PAS.
Datuk Seri,
1. DPPNK menyeru agar kita semua bertaqwa kepada Allah dalam segala urusan kita. Sama ada ucapan dan perbuatan kita. Semua itu akan dipertanggungjawab di hadapan Allah.
2. DPPNK berpendapat tuduhan itu adalah amat berat. Tuduhan itu yang ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia dan boleh ditonton oleh jutaan yang lain di dalam talian termsuk laman Youtube adalah amat besar dosanya sekiranya tidak disertakan dengan bukti. Pada masa yang sama si yang dituduh tidak berupaya membela diri di dalam majlis yang besar seperti itu.
3. Sekiranya ia adalah satu fitnah, maka Datuk Seri ingatlah firman Allah SWT di dalam Surah al-Buruj ayat ke 10, "Sesungguhnya orang yang memfitnah orang mukmin dan mukminat dan kemudiannya tidak bertaubat, maka bagi mereka neraka jahannam dan dan bagi mereka azam dari api yang membara."
4. Seterusnya di dalam sidang akhbar, Datuk Seri telah menafikan ucapan itu ditujukan kepada Haji Mohamad Sabu. Datuk Seri, kami tidak tahu apa yang ada di dalam hati Datuk Seri. Hanya Allah Yang Maha mengetahui. Namun begitu ingatlah akan Hadis Nabi SAW. "Abdullah bin Amr mengatakan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Empat yang barangsiapa terdapat pada dirinya keempat sikap itu, maka dia adalah seorang munafik yang tulen. Barangsiapa yang pada dirinya terdapat salah satu dari sifat sifat itu, maka pada dirinya terdapat salah satu sikap munafik itu, sehingga dia meninggalkannya. Iaitu, apabila dipercaya dia berkhianat (dan dalam satu riwayat: apabila berjanji dia ingkar), apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia menipu, dan apabila bertengkar dia curang." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
5. Datuk Seri, DPPNK menyeru agar kita berpegang kepada ajaran Islam. Kemukakanlah bukti. Cakaplah di tempat yang sepatutnya. Berilah keadilah kepada semua. Semoga Allah beri keadilan kepada kita di Mahkamah Keadilan Rabbul Jalil. Janganlah Datuk Seri ikat tangan orang yang tidak mampu pertahan diri, kemudian Datuk Seri pukul dan sorak lawan Datuk Seri. Lekeh sangatlah Datuk Seri.
6. Datuk Seri, DPPNK merasakan ucapan ini hanyalah sekadar sandiwara Datuk Seri bagi mengalih perhatian rakyat dari isu-isu negara yang lebih penting. Dengan kenaikan tarif eletrik yang tidak serius disentuh, kenaikan kos hidup, isu tol dan lain-lain yang membebankan rakyat.
7. Datuk Seri, yang lebih lawak ialah, Datuk Seri adalah seorang Menteri Kabinet, tetapi memberi arahan kepada Datuk Seri Jamil Khir yang juga Menteri Kabinet. Adakah ini caranya arahan dan gaya pengurusan negara kita. Ini bukan Kabinet dapur Datuk Seri. Adakah ia bermakna Datuk Seri Jamil Khir tak tahu bekerja? Lemah sangatkah beliau sehingga perlu diberi arahan dan diajar secara terbuka? Bagi kami ini adalah satu penghinaan kepada Datuk Seri Jamil Khir.
8. Datuk Seri, surat ini adalah pandangan ikhlas kami kepada Datuk Seri. Semoga surat ini Datuk Seri baca dengan tenang dan jauh dari prasangka. Sesungguhnya tiada seorangpun dari kita yang mampu menongkat langit.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar. Akhukum fillah
Mohd Nasir Zakaria
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Sumber HD - 10-12-2013
Lembah Bujang: Tinggalan sejarah merentas agama
- Dec 06, 2013
- HASRIZAL ABDUL JAMIL
Antara subjek paling susah yang saya pernah belajar ialah Ancient Indian Civilization yang diajar oleh Assc Prof Dr Arshad Islam. Subjek itu sangat susah bagi saya kerana ia merupakan maklumat yang hampir 100 peratus baru buat saya. Dalam masa yang sama Prof mengajar secara ‘old school‘ yang mana sebelum kami dibawa ke peringkat analisis, kami perlu sangat banyak menghafal. Peraturan nahu kitab Veda pun dipaksanya kami hafal.
Mengkaji Tamadun Indus awal, kami meneroka bersama data-data arkeologi dari Lembah Zhob di utara Baluchistan. Kami juga dikehendaki memahami tablet tembaga Mohenjo-daro hinggalah kepada menganalisis pengaruh Trio, Asvaghosa, Nagarjuna dan Aryadeva ke atas seni Gandharan.
Kajian-kajian di dalam subjek ini memahamkan kepada saya bagaimana perkembangan yang berlaku kepada agama Hindu, reformasi Buddha dan tajuk ‘assignment‘ akhir saya ialah “menganalisis kemasukan konotasi agama ke dalam sistem kasta pasca kedatangan kaum Aryan”.
Sejujurnya, banyak fakta yang saya sudah tidak ingat, namun subjek yang sangat perit ini banyak memberi pengetahuan kepada saya tentang perkembangan tamadun manusia di Benua India, yang merebak ke kawasan Teluk seperti Bahrain, hinggalah ke Lembah Bujang dan Borobudur.
Saya berkongsi cerita ini kerana tertampar oleh keangkuhan ahli politik, dan orang ramai yang merumuskan kemusnahan Candi 11 di Lembah Bujang sebagai remeh dan ia sekadar tinggalan HINDU.
AL-BIRUNI DAN TAMADUN INDIA
Mungkin kita terlupa atau tidak pernah tahu tentang Abū al-Rayhān Muhammad ibn Ahmad al-Bīrūnī. Beliau yang dikenali sebagai Alberonius atau Al-Biruni meninggal dunia pada 13 Disember 1048 di Ghazni.
Para pengkaji dalam bidang sejarah dan ketamadunan seperti Francis Robinson berpendapat bahawa al-Biruni yang merupakan seorang ulama Islam dan saintis terkenal, adalah pengasas kepada bidang INDOLOGY iaitu bidang yang mengkaji sejarah dan tamadun benua India. Al-Biruni menghasilkan kitab “Tarikh Al-Hind” (History of India) melalui sedekad keberadaan beliau di India di tengah-tengah masyarakat beragama Hindu.
Al-Biruni juga memberikan kepada kepada satu sampel kaedah penyelidikan yang adil. Kerana itu beliau juga dianggap sebagai pelopor kepada bidang anthropologi. Al-Biruni tidak bias dalam menilai malah menganalisis dapatannya untuk menjelaskan mengapakah kaum Hindu sangat bermusuh dengan umat Islam. Al-Biruni juga akhirnya disenangi oleh pemuka-pemuka tempatan yang melihat beliau sebagai seorang ‘orang luar’ yang jujur dalam mencari ilmu pengetahuan.
Sikap menjaga amanah ilmu beliau disebut:
I shall not produce the arguments of our antagonists in order to refute such of them, as I believe to be in the wrong. My book is nothing but a simple historic record of facts. I shall place before the reader the theories of the Hindus exactly as they are, and I shall mention in connection with them similar theories of the Greeks in order to show the relationship existing between them.(1910, Vol. 1, p. 7;1958, p. 5)
Al-Biruni juga menghasilkan sebuah kitab yang mengkaji pemikiran kaum Hindu. Kitab itu dikenali sebagai “Critical Study of what India Says, Whether Accepted by Reason or Refused“, yang juga lebih dikenali sebagai Indica.
KEPENTINGAN ILMU MERENTAS AGAMA DAN BANGSA
Sangat tidak wajar untuk kita berkata, “ah, itu tinggalan Hindu”, “itu benda syirik” apatah lagi kita sedang membangunkan sebuah negara yang penduduknya berbilang bangsa dan agama. Aqidah adalah urusan kita sesama umat Islam dan Aqidah Islam mempunyai pandangannya terhadap kepercayaan-kepercayaan yang lain. Agama yang lain juga mempunyai ulasan dan kritikan mereka terhadap kepercayaan kita sebagai umat Islam.
Tetapi aspek ketamadunan, pengalaman manusia dalam membina kehidupan, ia merentas bangsa dan agama. Kita mengkaji segala-galanya. Dan pemusnahan Candi 11 itu mestilah menjadi tragedi terakhir di negara kita, manakala sumber-sumber sejarah yang lain di Lenggong, di Beruas dan lain-lain mestilah dipelihara untuk ilmu.
Dan kerajaan yang bijak, akan memanfaatkan ia untuk tujuan pelancongan yang berfaedah.
Kerajaan Turki memelihara bandar Birgi di Ödemiş Izmir, serta diwartakan seluruh wilayahnya sebagai World Heritage Centre oleh UNESCO pada tahun 2012, tanpa sedikit pun menjejaskan kepentingan pendudukan seperti yang dihujahkan secara dangkal oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai, malah yang dirisaukan adalah kehilangan satu Dewan Undangan Negeri, jika kawasan Lembah Bujang digazetkan!
Khuatir sekali, apa sahaja isu yang timbul di Malaysia, ahli politik akan menyempitkan isu tersebut kepada sentimen parti, bangsa, dan agama. Mangsa sebenarnya adalah ilmu, akademik dan pembodohan jangka panjang masyarakat.
Ya, ia memang sebuah ujian.
Ujian yang menguji sistem nilai kerajaan dan keupayaan mereka mengekalkan khazanah dunia bersama pemeliharaan kepentingan penduduk tempatan. Jika tidak tahu, pergi ke luar negara dan belajar daripada yang tahu.
Ironi sekali pada tahun 2013, kerajaan memutuskan untuk menjadi subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus, pada tahun yang sama Lembah Bujang dimusnahkan untuk projek perumahan.
http://saifulislam.com/
Sumber HD - 6-12-2013
Tarif naik: Kilang guna elektrik, harga barang naik lagi
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, ini kerana kebanyakan kilang pengeluar barangan pengguna, kilang memproses makanan dan minuman, kedai-kedai runcit, stor simpanan makanan mentah dan beku, warung-warung dan perniagaan-perniagaan lain mempunyai kadar penggunaan elektrik yang sangat tinggi sebulan.
“Maka sudah tentu harga barangan dijangka akan meningkat lagi selepas ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyatakan rasa kecewa dan marah di atas pengumuman Datuk Seri Maximus Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkenaan kenaikan tarif elektrik yang diumumkan oleh kerajaan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.
Kenaikan sebanyak 4.99 sen sekilowatt dari 33.54 sen kepada 38.53 sen sekilowatt dijangka akan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana apabila ia dilaksanakan kelak.
Walaupun kerajaan menyatakan bahawa hanya penggunaan purata sebulan yang melebihi 300 kW (atau jumlah bil lebih RM77 sebulan) yang akan menerima kesan dari kenaikan ini, hakikatnya seluruh lapisan masyarakat pengguna di Malaysia akan menerima tempias kenaikan tarif elektrik ini.
Kebanyakan kilang-kilang pengeluar barangan pengguna, kilang memproses makanan dan minuman, kedai-kedai runcit, stor simpanan makanan mentah dan beku, warung-warung dan perniagaan-perniagaan lain mempunyai kadar penggunaan elektrik yang sangat tinggi sebulan. Maka sudah tentu harga barangan dijangka akan meningkat lagi selepas ini.
Rakyat sudah tentu akan menerima beban berganda (double whammy) apabila kerajaan menaikkan harga barang-barang keperluan asas seperti gula dan petrol sebelum ini, dan kini tarif elektrik pula yang mana bahan-bahan ini adalah membentuk struktur kos utama hampir semua perniagaan runcit, pemborong dan perbekalan barang-barang serta pembuatan dan pengilangan.
Ini akan memberi kesan berantai yang akhirnya beban ini akan ditanggung oleh pengguna akhir apabila pegilang, pemborong dan penjual memindahkan kenaikan kos ini kepada pengguna melalui kenaikan harga.
Manakala bagi pengguna elektrik yang melebihi dari RM77 bil sebulan sudah tentu terpaksa menanggung beban kenaikan tarif elektrik ini, dan bakal berdepan pula tambahan bayaran cukai GST yang bakal dilaksanakan pada April 2015 yang akan dikenakan untuk penggunaan elektrik lebih RM70 sebulan.
DPPNK juga mendesak kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan sepenuhnya supaya rakyat dapat mengetahui berapakah sebenarnya kos pembelian tenaga elektrik oleh TNB yang dijana oleh Penjana Tenaga Bebas (IPP) serta jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung Petronas apabila terpaksa menjual minyak di bawah harga pasaran kepada IPP untuk penjanaan elektrik berkenaan.
Dari rekod, IPP menikmati subsidi sebanyak RM6.4 billion pada 2011 dan RM9.5 billion pada 2012 dalam bentuk penjualan minyak oleh Petronas pada harga lebih murah dari harga pasaran.
Keuntungan yang dilepaskan Petronas ini menunjukkan bahawa perjanjian PPA adalah bersipat berat sebelah dan lebih menguntungkan Penjana Tenaga Bebas, merugikan TNB yang dipaksa membeli tenaga pada kadar semasa sebelum dibekalkan kepada pengguna. Ini sekaligus menjadikan rakyat yang terpaksa menanggung beban kenaikan tarif.
DPPNK dengan menuntut supaya kerajaan membuat kajian semula terhadap kenaikan tarif elektrik ini dan menyelesaikan isu pembelian tenaga dari IPP yang dilihat berat sebelah sebelum melaksanakan polisi kenaikan tarif yang membebankan rakyat ini.
Janji kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib untuk mendahulukan rakyat sebelum PRU13 dahulu rupa-rupanya bermaksud mengenakan beban kepada rakyat terlebih dahulu sedangkan bil elektrik kediaman PM di Seri Perdana sendiri berjumlah lebih RM2.2 juta setahun.
Sumber HD - 3-12-2013
Adun PAS gesa Kedah perkasa peranan GLC
Bashir Ishak, | 20 Nov 2013 |
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah digesa untuk memperkasakan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memainkan peranan besar memberikan sumbangan kepada ekonomi dan kewangan negeri.
Berucap membahaskan Bajet 2014 semalam, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor) berkata, GLC di Kedah perlu melihat ke hadapan untuk meneroka peluang-peluang perniagaan di luar daripada lingkungan negeri Kedah seperti yang dibuat oleh GLC di negeri-negeri lain.
"Kita lihat GLC seperti milik SEDC Johor yang berjaya mengembangkan perniagaan mereka melangkaui negeri mereka sendiri. GLC ni sekiranya dapat melantik ketua eksekutif yang berkeupayaan, sudah tentu kita dapat memecahkan pasaran yang berada di luar Kedah.
"Ini kerana selama ini GLC ini banyak berharap kepada peluang-peluang perniagaan yang ada di Kedah sahaja. Untuk berkembang jauh, GLC tak boleh berharap peluang yang ada dalam lingkungan projek kerajaan negeri sahaja.
"Sebab itu, kita mahu Makmal Transformasi Kedah ini kena duduk berbincang bagaimana untuk mengembangkan GLC ini," katanya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-11-2013
Tunai segera janji PRK Sg Limau – Ustaz Azam
Bashir Ishak, | 20 Nov 2013 |
ALOR SETAR: Isu berkaitan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau turut dibangkitkan semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang berlangsung semalam dan hari ini.
Bermula dengan Ketua Pembangkang, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Kubang Rotan) yang berkata kempen PRK Sungai Limau baru-baru ini amat menggerunkan PAS dan Pakatan Rakyat kerana bukan sahaja terpaksa berhadapan jentera BN dan kerajaan.
"Kita berasa cuak juga kerana bukan sahaja terpaksa berhadapan jentera BN dari seluruh negara bahkan jentera kerajaan persekutuan dan negeri," katanya berucap membahaskan bajet.
Ketika Exco Kerajaan negeri, Tajuddin Abdullah membuat ucapan penggulungan perbahasan bajet, beberapa ahli dewan bangun mencelah meminta penjelasan.
Antaranya,Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) dan Ustaz Mohd Azam Abd Samat (PAS-Sungai Limau) yang bangun bertanyakan soalan berkaitan kempen PRK tersebut.
Mohd Nasir mencadangkan jika berlaku PRK pada masa akan datang, tidak perlulah pihak kerajaan turun membuat janji pembangunan dan sebagainya, sebaliknya parti yang bertanding diberi peluang untuk tampil memberi penjelasan kepada pengundi dasar atau misi yang bakal mereka ketengahkan kepada pengundi.
Sementara itu, Ustaz Azam pula mempersoalkan isu lelongan barangan keperluan dalam karnival rakyat semasa PRK Sungai Limau bercanggah dengan pengumuman kerajaan pusat untuk menaikkan harga gula.
"Semasa PRK gula dijual dengan harga RM1.00 sedangkan rasional kenaikan harga gula adalah berkaitan dengan diabetes, tidakkah kedua-dua ini bercanggah?," soalnya.
Selain itu, Ustaz Azam sendiri meminta pihak kerajaan negeri yang "sejenama" dengan kerajaan pusat berusaha memastikan semua janji yang telah diumumkan semasa PRK Sungai Limau terutamanya membabitkan bantuan kepada pusat pendidikan dan sekolah Cina harus disegerakan.
Pada PRK Sungai Limau yang berlangsung 4 November lalu, Ustaz Mohd Azam Abd Samat menang mengatasi calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazin dengan majoriti 1,084.
Ustaz Azam mendapat 12,069 undi manakala Ahmad Sohaimi mengutip 10,985 undi.
Bermula dengan Ketua Pembangkang, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Kubang Rotan) yang berkata kempen PRK Sungai Limau baru-baru ini amat menggerunkan PAS dan Pakatan Rakyat kerana bukan sahaja terpaksa berhadapan jentera BN dan kerajaan.
"Kita berasa cuak juga kerana bukan sahaja terpaksa berhadapan jentera BN dari seluruh negara bahkan jentera kerajaan persekutuan dan negeri," katanya berucap membahaskan bajet.
Ketika Exco Kerajaan negeri, Tajuddin Abdullah membuat ucapan penggulungan perbahasan bajet, beberapa ahli dewan bangun mencelah meminta penjelasan.
Antaranya,Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) dan Ustaz Mohd Azam Abd Samat (PAS-Sungai Limau) yang bangun bertanyakan soalan berkaitan kempen PRK tersebut.
Mohd Nasir mencadangkan jika berlaku PRK pada masa akan datang, tidak perlulah pihak kerajaan turun membuat janji pembangunan dan sebagainya, sebaliknya parti yang bertanding diberi peluang untuk tampil memberi penjelasan kepada pengundi dasar atau misi yang bakal mereka ketengahkan kepada pengundi.
Sementara itu, Ustaz Azam pula mempersoalkan isu lelongan barangan keperluan dalam karnival rakyat semasa PRK Sungai Limau bercanggah dengan pengumuman kerajaan pusat untuk menaikkan harga gula.
"Semasa PRK gula dijual dengan harga RM1.00 sedangkan rasional kenaikan harga gula adalah berkaitan dengan diabetes, tidakkah kedua-dua ini bercanggah?," soalnya.
Selain itu, Ustaz Azam sendiri meminta pihak kerajaan negeri yang "sejenama" dengan kerajaan pusat berusaha memastikan semua janji yang telah diumumkan semasa PRK Sungai Limau terutamanya membabitkan bantuan kepada pusat pendidikan dan sekolah Cina harus disegerakan.
Pada PRK Sungai Limau yang berlangsung 4 November lalu, Ustaz Mohd Azam Abd Samat menang mengatasi calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazin dengan majoriti 1,084.
Ustaz Azam mendapat 12,069 undi manakala Ahmad Sohaimi mengutip 10,985 undi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-11-2013
Kedah digesa segera bina rumah mampu milik
Harakahdaily, | 20 Nov 2013 |
ALOR SETAR: Ketua Pembangkang DUN Kedah Datuk Ir Amiruddin Hamzah (gambar) mencadangkan agar kerajaan negeri melakukan penyelenggaraan infrastruktur di kawasan perindustrian sedia ada bagi menarik lebih banyak pelabur asing.
Adun Anak Bukit itu berkata beberapa kawasan perindustrian seperti di Bukit Kayu Hitam dan Sungai Petani memerlukan perhatian daripada kerajaan negeri agar setanding dengan Kulim Hi-Tech Park.
Katanya kawasan perindustrian sedia mampu untuk menarik lebih ramai pelabur baharu manakala pelabur sedia ada juga berminat memperbesarkan pelaburan mereka di kawasan tersebut sekali gus dapat meningkatkan pendapatan kerajaan negeri.
"Kulim Hi-Tech adalah kawasan perindustrian terbaik dari pelbagai sudut dan kerajaan negeri perlu tingkatkan kawasan perindustrian sedia untuk tarik pelaburan baharu," katanya.
Selain itu, Amiruddin berkata kerajaan negeri tidak perlu melengahkan projek pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat bagi mengelak tertangguh dan menelan kos yang banyak berbanding kos yang dirancang sebelum ini.
Katanya rumah mampu milik itu perlu dilaksanakan dengan segera oleh kerajaan negeri bagi membolehkan rakyat memiliki rumah seperti yang terkandung dalam akujanji BN pada pilihan raya umum yang lepas.
Jika dilengahkan, katanya, projek tersebut akan 'dihambat' oleh pelbagai masalah lain seperti pengambilan tanah sekali gus melambatkan lagi proses pembinaan rumah tersebut.
Seorang anggota pembangkang di Dewan Undangan Negeri mencadangkan kerajaan negeri Kedah supaya memberikan keistimewaan kepada wakil rakyat termasuk pembangkang untuk mendapat projek kecil yang boleh dimanfaatkan sebagai sumbangan kepada rakyat.
Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) (gambar) berkata projek-projek kecil ini boleh membantu wakil rakyat memperoleh wang tambahan yang akan digunakan untuk membantu rakyat.
"Rakyat ni dia tak kira... nampak Adun dia mintak macam-macam. Kalau nampak menteri besar dan exco lagilah dia mintak lebih," katanya ketika membahaskan Bajet Negeri Kedah 2014 pada persidangan DUN Kedah di sini hari ini.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mengumumkan penghapusan lesen kepada penjaja ketika membentangkan bajet itu semalam.
Sementara itu, Ali Yahya (BN-Pantai Merdeka) dalam perbahasannya meminta kerajaan negeri mempertimbangkan sejumlah peruntukan untuk semua Adun bagi membantu menukar bumbung rumah penduduk miskin yang rosak.
"Bumbung rumah bocor menyebabkan buku serta pakaian sekolah anak-anak mereka basah bila hujan. Jadi macam mana anak-anak mereka nak belajar kalau keadaan tak selesa," katanya. -
Bernama
Adun Anak Bukit itu berkata beberapa kawasan perindustrian seperti di Bukit Kayu Hitam dan Sungai Petani memerlukan perhatian daripada kerajaan negeri agar setanding dengan Kulim Hi-Tech Park.
Katanya kawasan perindustrian sedia mampu untuk menarik lebih ramai pelabur baharu manakala pelabur sedia ada juga berminat memperbesarkan pelaburan mereka di kawasan tersebut sekali gus dapat meningkatkan pendapatan kerajaan negeri.
"Kulim Hi-Tech adalah kawasan perindustrian terbaik dari pelbagai sudut dan kerajaan negeri perlu tingkatkan kawasan perindustrian sedia untuk tarik pelaburan baharu," katanya.
Selain itu, Amiruddin berkata kerajaan negeri tidak perlu melengahkan projek pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat bagi mengelak tertangguh dan menelan kos yang banyak berbanding kos yang dirancang sebelum ini.
Katanya rumah mampu milik itu perlu dilaksanakan dengan segera oleh kerajaan negeri bagi membolehkan rakyat memiliki rumah seperti yang terkandung dalam akujanji BN pada pilihan raya umum yang lepas.
Jika dilengahkan, katanya, projek tersebut akan 'dihambat' oleh pelbagai masalah lain seperti pengambilan tanah sekali gus melambatkan lagi proses pembinaan rumah tersebut.
Seorang anggota pembangkang di Dewan Undangan Negeri mencadangkan kerajaan negeri Kedah supaya memberikan keistimewaan kepada wakil rakyat termasuk pembangkang untuk mendapat projek kecil yang boleh dimanfaatkan sebagai sumbangan kepada rakyat.
Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) (gambar) berkata projek-projek kecil ini boleh membantu wakil rakyat memperoleh wang tambahan yang akan digunakan untuk membantu rakyat.
"Rakyat ni dia tak kira... nampak Adun dia mintak macam-macam. Kalau nampak menteri besar dan exco lagilah dia mintak lebih," katanya ketika membahaskan Bajet Negeri Kedah 2014 pada persidangan DUN Kedah di sini hari ini.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mengumumkan penghapusan lesen kepada penjaja ketika membentangkan bajet itu semalam.
Sementara itu, Ali Yahya (BN-Pantai Merdeka) dalam perbahasannya meminta kerajaan negeri mempertimbangkan sejumlah peruntukan untuk semua Adun bagi membantu menukar bumbung rumah penduduk miskin yang rosak.
"Bumbung rumah bocor menyebabkan buku serta pakaian sekolah anak-anak mereka basah bila hujan. Jadi macam mana anak-anak mereka nak belajar kalau keadaan tak selesa," katanya. -
Bernama
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-11-2013
Elaun Adun Kedah naik RM1,300
Harakahdaily, | 18 Nov 2013 |
ALOR SETAR: Elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah akan dinaikkan sebanyak RM1,300 sebulan mulai bulan depan, menjadikan elaun keseluruhan Adun di negeri ini sebanyak RM6,961.
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kenaikan elaun itu dibuat setelah meneliti dan mempertimbangkan cadangan yang dibangkitkan Adun pada sidang Dun sebelum ini.
"Saya berharap dengan kenaikan elaun ini, Adun di Kedah akan dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanah dengan lebih baik," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata bagi memastikan Bajet 2014 ini benar dan realistik, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak menyertakan cadangan caj penjualan air mentah kepada Pulau Pinang dan Perlis seperti yang dibuat kerajaan terdahulu tanpa persetujuan kerajaan negeri berjiran itu.
Beliau turut menyentuh mengenai isu penghijrahan Syarikat Air Darul Aman (Sada) kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), yang hanya akan dibuat selepas persetujuan dicapai antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengenai pembiayaan projek bekalan air luar bandar yang hendak ditukarkan daripada bentuk pinjaman kepada geran.
Mukhriz berkata perkara itu harus dilihat dalam skop yang lebih luas berhubung isu berkaitan kawasan tadahan menjadi sumber bekalan air mentah kepada negeri jiran seperti Pulau Pinang dan Perlis.
"Sebagai negeri yang menjadi pembekal kepada sumber makanan negara, Kedah sepatutnya mendapat pampasan disebabkan terpaksa mengorbankan kawasan hutan yang luas sebagai kawasan tadahan untuk sumber bekalan air bagi tujuan pengairan dan bekalan air minuman kepada negeri jiran," katanya.
Beliau turut menyentuh isu yang telah menjadi sejarah iaitu bayaran pajakan Pulau Pinang sebanyak RM10,000 setahun yang patut dikaji semula kerana kadar ini pada asalnya adalah sebanyak 10,000 Spanish Crown dan jika dinilai dengan kadar semasa, jumlah ini akan meningkat ke satu jumlah yang jauh lebih besar.
"Kita percaya, perkara ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan pertimbangan kerajaan persekutuan," katanya.
Beliau berkata walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia daripada 70 peratus pada 1971 hingga kurang tiga peratus kini, hakikatnya masih lagi wujud keluarga yang tidak mempunyai rumah yang sempurna dan tidak mampu menyara kehidupan kerana tidak ada sumber pendapatan mapan.
"Negeri Kedah masih mempunyai 23,000 isi rumah yang dikategorikan miskin. Sehubungan itu kerajaan negeri akan berusaha dengan segala kudrat yang ada dan dengan iltizam yang kental untuk membasmi kemiskinan secara langsung dan tidak langsung," katanya.
Sementara itu, Mukhriz menyeru Adun daripada Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang di Kedah menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan kematangan politik.
"Perkembangan politik negara semakin celaru dan tidak menguntungkan rakyat. Walaupun kita berbeza, perbezaan itu tidak sepatutnya diperbesarkan sehingga kita bermusuhan. Alangkah baiknya jika pihak BN dan Pakatan Rakyat Kedah dapat menongkah arus dengan memulakan persepaduan demi kepentingan negeri yang kita sayangi ini," katanya.
Persidangan Dun bersambung esok. - Bernama

Sumber HD - 18-11-2013
Kedah bentang bajet defisit, anggap hutang Kuin beban
Bernama, | 18 Nov 2013 |
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah hari ini membentangkan Bajet 2014 berjumlah hampir RM800 juta yang memberi penekanan kepada projek dan program berimpak besar dengan nilai yang tinggi.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (gambar) berkata daripada jumlah itu, lebih RM500 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan lebih RM230 juta pula bagi perbelanjaan pembangunan.
Katanya di bawah peruntukan mengurus, lebih RM240 juta disediakan untuk Emolumen, RM322,280,906 untuk Pemberian dan Kenaan Tetap, Perkhidmatan dan Bekalan sebanyak RM130,982,105 dan pembelian aset serta lain-lain perbelanjaan, masing-masing sebanyak RM32,252,183.
"Kerajaan Negeri Kedah mengunjurkan kutipan hasil lebih RM730 juta pada 2014. Walaupun anggaran perbelanjaan pada 2014 menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan anggaran pada 2013 tetapi terdapat lebihan sebanyak RM2,758,758 jika dibandingkan dengan anggaran hasil 2014," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri Kedah di sini.
Menteri Besar menggariskan lima teras dalam Bajet 2014 iaitu penyediaan infrastruktur bagi meningkatkan keselesaan rakyat, pembangunan modal insan, sosial dan agama, kemakmuran rakyat, menggalak pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh tadbir urus kerajaan negeri.
" Sebanyak RM40.7 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan, membina dan menaik taraf laluan jalan dan jambatan di laluan jalan negeri. Sebanyak RM3.3 juta diperuntukkan bagi membaik pulih perumahan awam rakyat dan menyediakan prasarana Program Rumah Aman Makmur.
" Sebanyak RM10.4 juta disediakan untuk Program Tebatan Banjir termasuk Program Pemuliharaan dan Pengindahan Sungai, Pembangunan Sistem Saliran serta lain-lain program berkaitan pengairan dan saliran di negeri ini," katanya.
Mukhriz berkata kerajaan memperuntukkan RM5 juta untuk Program Rumah Mampu Milik bagi tahun 2014 sebagai permulaan dan sebanyak RM9 juta bagi Program Membasmi Kemiskinan dan Bantuan Menaik Taraf Hidup.
Katanya bagi menggalakkan rakyat terutama golongan muda untuk menceburi bidang perniagaan, kerajaan menyediakan peruntukan RM10 juta dalam skim pinjaman mudah bagi usahawan kecil terutama yang berpendapatan rendah, selain menghapuskan bayaran lesen penjaja mulai 1 Jan 2014.
" Bagi golongan muda yang ingin memulakan hidup baharu dan bakal mendirikan rumah tangga, kerajaan negeri berhasrat untuk menghadiahkan Kursus Perkahwinan secara percuma," katanya.
Bagi menyediakan persekitaran yang sempurna, lengkap, mesra dan kondusif menarik pelaburan swasta sama ada dari dalam mahupun luar negara, Mukhriz berkata kerajaan negeri menyediakan RM15 juta untuk pembangunan usahawan dan program galakan pelaburan.
Katanya kerajaan negeri juga akan menubuhkan Lembaga Penggalakkan dan Pembangunan Pelancongan, yang akan beroperasi pada 2014, selain menyumbang RM1.7 juta untuk menaik taraf dan memulihkan produk pelancongan.
Beliau berkata RM239 juta disediakan untuk pembayaran emolumen kepada penjawat awam, termasuk pemberian bonus setengah bulan gaji yang akan dibayar pada Januari 2014.
Mukhriz berkata Bajet 2014 dilihat seolah-olah menunjukkan bidang pertanian tidak lagi menjadi keutamaan teratas tetapi sebenarnya ia disebabkan peruntukan besar terpaksa diberikan kepada bidang pendidikan akibat hutang yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.
"Pembayaran balik Kolej Universiti Insaniah (Kuin) adalah sehingga 2024 dan inilah keperitan yang ditanggung oleh kerajaan negeri hari ini. Amatlah malang apabila ia perlu dikongsi oleh rakyat walaupun kos pembangunan dan operasi sepatutnya ditanggung oleh institusi pengajian swasta itu," katanya.
Bagi menambah hasil kerajaan negeri, kutipan cukai hiburan, caj penggunaan ruang udara, lesen penggunaan kawasan hutan, caj warisan kepada per kapita pelancong yang selama ini diabaikan akan dikuatkuasakan selaras dengan peruntukan dan peraturan sedia ada.
"Pelaksanaan pendekatan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan ini akan menambah anggaran hasil pada 2014 menjadi RM731,401,075 berbanding anggaran hasil sebanyak RM640,552,269 pada 2013," katanya. - Bernama

Gambar menarik Ustaz Azam angkat sumpah Adun
http://orangni.blogspot.com, | 18 Nov 2013 |
Gambar-gambar menarik Ust Mohd Azam Abd Samat angkat sumpah sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
18/11/2013: Ust Mohd Azam Abd Samat Acara angkat sumpah sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Kedah |
...Maka sahlah bergelar YB
Tahniah buat pengundi Sungai Limau yang memilih YB Ust Mohd Azam sebagai wakil rakyat..
Orangni mengucapkan selamat menjalankan amanah dan tugas sebagai YB....
|
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-11-2013
BN harus jadikan Sg Limau Dun angkat walaupun kalah
Hazayani Zakaria, | 08 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dingatkan agar tidak mengabaikan Dun Sungai Limau walaupun BN kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun tersebut pada 4 November lalu.
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata, Mukhriz wajar meneruskan hasrat untuk menjadikan Sungai Limau sebagai Dun Angkat seperti yang dijanjikan ketika kempen PRK.
"Saya nak minta Datuk Mukhriz menunaikan janji untuk bersedia menjadi bapa angkat kepada Dun Sungai Limau walaupun tanpa kemenangan Barisan Nasional.
"Untuk jadi bapa angkat tak perlu tunggu BN menang. Kalau BN menang apa perlu untuk menjadi bapa angkat," katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.
Tambah beliau juga, Mukhriz sebagai Menteri Besar harus membangunkan Kedah secara sama rata tanpa mengira kawasan tersebut dimenangi parti mana.
"Saya minta dia memberi perhatian kepada perkara ini kerana ini adalah janji beliau jadi beliau mesti menunjukkan ketelusan beliau untuk membantu penduduk Sungai Limau dan membagunkan Sungai Limau khususnya untuk membangunkan petani padi," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Kerusi Dun Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.
Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim memperoleh 10,985 undi manakala Mohd Azam mendapat 12,069 undi.
Mukhriz sewaktu berkempen di Sungai Limau baru-baru ini berkata beliau akan menjadikan Dun Sungai Limau sebagai Dun angkat beliau sekiranya BN menang dalam PRK kawasan tersebut.
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata, Mukhriz wajar meneruskan hasrat untuk menjadikan Sungai Limau sebagai Dun Angkat seperti yang dijanjikan ketika kempen PRK.
"Saya nak minta Datuk Mukhriz menunaikan janji untuk bersedia menjadi bapa angkat kepada Dun Sungai Limau walaupun tanpa kemenangan Barisan Nasional.
"Untuk jadi bapa angkat tak perlu tunggu BN menang. Kalau BN menang apa perlu untuk menjadi bapa angkat," katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.
Tambah beliau juga, Mukhriz sebagai Menteri Besar harus membangunkan Kedah secara sama rata tanpa mengira kawasan tersebut dimenangi parti mana.
"Saya minta dia memberi perhatian kepada perkara ini kerana ini adalah janji beliau jadi beliau mesti menunjukkan ketelusan beliau untuk membantu penduduk Sungai Limau dan membagunkan Sungai Limau khususnya untuk membangunkan petani padi," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Kerusi Dun Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.
Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim memperoleh 10,985 undi manakala Mohd Azam mendapat 12,069 undi.
Mukhriz sewaktu berkempen di Sungai Limau baru-baru ini berkata beliau akan menjadikan Dun Sungai Limau sebagai Dun angkat beliau sekiranya BN menang dalam PRK kawasan tersebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-11-2013
Isyarat Mahfuz beri cabaran sengit kepada Mukhriz PRU14
Harakahdaily, | 05 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Kemenangan PAS pada PRK Sungai Limau, semalam memberi isyarat bahawa Datuk Mahfuz Omar bakal memberi cabaran yang sengit kepada Datuk Mukhriz Mahathir dalam pilihanraya umum akan datang.
Demikian pandangan penulis Shahbudin Husin di dalam blognya, semalam.
Setelah bertarung selama 12 hari dalam kempen pilihanraya yang sengit dan penuh dengan gula-gula politik, PAS akhirnya berjaya mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau melalui calonnya, Mohd Azam Abd Samat yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Suhaimi dengan majoriti 1,084 undi.
Menurut Shahbudin lagi, kemenangan PAS, walaupun dengan jumlah undi yang merosot berbanding PRU13 iaitu 2,774 undi tetapi seperti yang selalu diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, walau dengan kelebihan satu pun tetap dikira menang juga.
Baca di sini
Demikian pandangan penulis Shahbudin Husin di dalam blognya, semalam.
Setelah bertarung selama 12 hari dalam kempen pilihanraya yang sengit dan penuh dengan gula-gula politik, PAS akhirnya berjaya mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau melalui calonnya, Mohd Azam Abd Samat yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Suhaimi dengan majoriti 1,084 undi.
Menurut Shahbudin lagi, kemenangan PAS, walaupun dengan jumlah undi yang merosot berbanding PRU13 iaitu 2,774 undi tetapi seperti yang selalu diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, walau dengan kelebihan satu pun tetap dikira menang juga.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-11-2013
Doakan untuk kesihatan Ustaz Azizan
Anis Nazri, | 25 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang sebelum ini agak stabil, mula merosot sejak jam 3.30 pagi tadi.
Keadaan itu dilihat melalui bacaan tekanan darahnya yang mula menurun, selain kadar jantungnya yang juga perlahan.
Ketika bercakap kepada Harakahdaily, setiausahanya, Muzaini Azizan berkata ruang wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar yang menempatkan Azizan juga dipenuhi ahli keluarga dan pimpinan PAS Kedah.
"Ketika ini ruang wad dipenuhi dengan keluarga dan pimpina Kedah yang bersama-sama membacakan surah Yasin. Biarpun demikian, doktor masih terus berusaha," kata beliau lagi.
Hujung bulan lalu, Azizan menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan.
Ustaz Azizan, 69, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.
Keadaan itu dilihat melalui bacaan tekanan darahnya yang mula menurun, selain kadar jantungnya yang juga perlahan.
Ketika bercakap kepada Harakahdaily, setiausahanya, Muzaini Azizan berkata ruang wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar yang menempatkan Azizan juga dipenuhi ahli keluarga dan pimpinan PAS Kedah.
"Ketika ini ruang wad dipenuhi dengan keluarga dan pimpina Kedah yang bersama-sama membacakan surah Yasin. Biarpun demikian, doktor masih terus berusaha," kata beliau lagi.
Hujung bulan lalu, Azizan menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan.
Ustaz Azizan, 69, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-9-2013
PAS tak mahu sekongkol, Mahfuz jawab Mukhriz
Muhammad Faizal, | 25 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Persuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar meminta agar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir memberi keadilan serta menghormati wakil Pakatan Rakyat yang dipilih opada pilihan raya umum yang lalu.
Jelas beliau, pemberian jawatan exco bukan satu penyelesaian dan PAS tidak mahu bersekongkol dalam kegagalan mahupun penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran sekarang.
"Bagi saya menawarkan jawatan exco itu bukan satu penyelesaian dan kita dari PAS tidak mahu bersekongkol dengan kerajaan BN dalam penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan hari ini.
"Jika Muhkriz telus mereka perlu berikan keadilan kepada wakil-wakil dari Pakatan Rakyat terutama dalam menjadi sebagai wakil yang boleh menentukan 'check and balance' pentadbiran kerajaan terutamanya dari soal memberi pendapat dan cadangan," jelas beliau.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mukhriz bahawa pernah membayangkan ingin melantik Adun PAS ke dalam barisan exco negeri itu ketika awal kemenangan Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu, Mahfuz juga mengesa agar kerajaan turut menyediakan peruntukan kepada kawasan-kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat bagi memastikan setiap aktiviti serta pembangunan dapat dijalankan di kawasan tersebut.
"Kerajaan Kedah juga perlu menyediakan peruntukan kepada kawasan-kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat agar rakyat yang memilih calon dari pembangkang akan turut sama dapat menikmati pembangunan.
"Kita tidak boleh menganaktirikan mereka yang mengundi, sebagai negara demokrasi hak mereka perlu kita penuhi, Muhkriz perlu menjadi contoh kepada negeri-negeri BN yang lain," sambung beliau.
Mahfuz yang secara berseloroh sempat menyatakan sepatutnya Mukhriz menawarkan jawatan Menteri Besar bukannya exco kepada PAS, agar adun Umno tidak terpilih memegang jawatan exco tidak berasa kecewa.
Jelas beliau, pemberian jawatan exco bukan satu penyelesaian dan PAS tidak mahu bersekongkol dalam kegagalan mahupun penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran sekarang.
"Bagi saya menawarkan jawatan exco itu bukan satu penyelesaian dan kita dari PAS tidak mahu bersekongkol dengan kerajaan BN dalam penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan hari ini.
"Jika Muhkriz telus mereka perlu berikan keadilan kepada wakil-wakil dari Pakatan Rakyat terutama dalam menjadi sebagai wakil yang boleh menentukan 'check and balance' pentadbiran kerajaan terutamanya dari soal memberi pendapat dan cadangan," jelas beliau.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mukhriz bahawa pernah membayangkan ingin melantik Adun PAS ke dalam barisan exco negeri itu ketika awal kemenangan Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu, Mahfuz juga mengesa agar kerajaan turut menyediakan peruntukan kepada kawasan-kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat bagi memastikan setiap aktiviti serta pembangunan dapat dijalankan di kawasan tersebut.
"Kerajaan Kedah juga perlu menyediakan peruntukan kepada kawasan-kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat agar rakyat yang memilih calon dari pembangkang akan turut sama dapat menikmati pembangunan.
"Kita tidak boleh menganaktirikan mereka yang mengundi, sebagai negara demokrasi hak mereka perlu kita penuhi, Muhkriz perlu menjadi contoh kepada negeri-negeri BN yang lain," sambung beliau.
Mahfuz yang secara berseloroh sempat menyatakan sepatutnya Mukhriz menawarkan jawatan Menteri Besar bukannya exco kepada PAS, agar adun Umno tidak terpilih memegang jawatan exco tidak berasa kecewa.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber - 25-9-2013
Pemilihan di Kedah: PAS tenang, Umno tegang
Zulkifli Yahya, | 24 Sep 2013 |
ALOR SETAR: Sembilan dari 15 kawasan PAS di Kedah yang selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan setakat ini memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan.
Hanya satu kawasan memilih Yang Dipertua baharu, selainnya mengekalkan muka lama. Sementara hanya terdapat dua pertandingan Timbalan Yang Dipertua dan satu pertandingan untuk Naib Yang Dipertua.
Di kalangan yang belum mengadakan mesyuarat agung, kemungkinan hanya terdapat satu sahaja kawasan yang memutuskan jawatan Yang Dipertua melalui pertandingan, sementara lima lagi dijangka tiada pertandingan.
Senario ini membayangkan bahawa isu perpecahan yang dikatakan melanda akar umbi PAS Kedah sebelum dan semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kini tidak berbangkit lagi selepas Pakatan Rakyat hilang kerajaan di negeri ini.
Sementara itu di pihak lawan, Umno Kedah menghadapi ketegangan dalam pemilihan apabila 11 dari 15 bahagian berlaku perebutan untuk jawatan ketua. Begitu juga untuk pelbagai jawatan yang terdapat di semua entiti, hampir kesemuanya terdapat perebutan dan persaingan sengit.
Kawasan PAS yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung dan keputusan untuk empat jawatan tertinggi adalah seperti berikut:
Jerai - Tan Sri Ust Azizan Abd Razak (Yang Dipertua), Ust. Azizan Talib (Timbalan Yang Dipertua), Ismail @ Che Mei Ahmad (Naib Yang Dipertua), Ust. Madzlan Mansor (Ketua Urusan Ulamak).
Pokok Sena - Dato’ Mahfuz Omar (YDP), Wan Romaini Wan Salim (TYDP), Omar Awang (NYDP), Ustaz Daud Ahmad (KUU).
Merbok - Ustaz Azizan Hamzah (YDP), Ustaz Fakohruddin Fakhrurazi (TYDP), Fadzil Ali (NYDP).
Kuala Kedah - Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi (YDP), Dato’ Ir. Amirudin Hamzah (TYDP), Mohd Nasir Mustafa (NYDP), Ustaz Omar Saad (KUU).
Kulim Bandar Baharu - Hassan Abd Razak (YDP), Amer Suffian Yusuf (TYDP), Mohd Khairi Salleh (NYDP), Nordin Abd Rahman (KUU).
Padang Serai - Hj Mohd Fauzi Md Tahir (YDP), Abd Razak Salleh (TYDP), Mahamud Saad (NYDP), Ustaz Shahrudin Ibrahim (KUU).
Langkawi - Zubir Ahmad (YDP), Mazlan Ahmad (TYDP), Subri Yahaya (TYDP), Ust Rapingi Yusuf (KUU).
Jerlun - Ust. Abd Ghani Ahmad (YDP), Abd Wahab Abd Rahman (TYDP), Abd Rahim Jusoh (NYDP), Ust Md Rejab Md Akhir.
Sungai Petani - Abdullah Jusuh (YDP), Muhammad Sobri Osman (TYDP), Ustaz Ahmad Fazli Hashim (NYDP), Ust Zulkifli Mutalib (KUU).
PAS Kawasan Sik, Padang Terap, Pendang, Baling dan Kubang Pasu akan mengadakan mesyuarat pada 28 September ini dan Alor Setar pada 12 Oktober.
Hanya satu kawasan memilih Yang Dipertua baharu, selainnya mengekalkan muka lama. Sementara hanya terdapat dua pertandingan Timbalan Yang Dipertua dan satu pertandingan untuk Naib Yang Dipertua.
Di kalangan yang belum mengadakan mesyuarat agung, kemungkinan hanya terdapat satu sahaja kawasan yang memutuskan jawatan Yang Dipertua melalui pertandingan, sementara lima lagi dijangka tiada pertandingan.
Senario ini membayangkan bahawa isu perpecahan yang dikatakan melanda akar umbi PAS Kedah sebelum dan semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kini tidak berbangkit lagi selepas Pakatan Rakyat hilang kerajaan di negeri ini.
Sementara itu di pihak lawan, Umno Kedah menghadapi ketegangan dalam pemilihan apabila 11 dari 15 bahagian berlaku perebutan untuk jawatan ketua. Begitu juga untuk pelbagai jawatan yang terdapat di semua entiti, hampir kesemuanya terdapat perebutan dan persaingan sengit.
Kawasan PAS yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung dan keputusan untuk empat jawatan tertinggi adalah seperti berikut:
Jerai - Tan Sri Ust Azizan Abd Razak (Yang Dipertua), Ust. Azizan Talib (Timbalan Yang Dipertua), Ismail @ Che Mei Ahmad (Naib Yang Dipertua), Ust. Madzlan Mansor (Ketua Urusan Ulamak).
Pokok Sena - Dato’ Mahfuz Omar (YDP), Wan Romaini Wan Salim (TYDP), Omar Awang (NYDP), Ustaz Daud Ahmad (KUU).
Merbok - Ustaz Azizan Hamzah (YDP), Ustaz Fakohruddin Fakhrurazi (TYDP), Fadzil Ali (NYDP).
Kuala Kedah - Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi (YDP), Dato’ Ir. Amirudin Hamzah (TYDP), Mohd Nasir Mustafa (NYDP), Ustaz Omar Saad (KUU).
Kulim Bandar Baharu - Hassan Abd Razak (YDP), Amer Suffian Yusuf (TYDP), Mohd Khairi Salleh (NYDP), Nordin Abd Rahman (KUU).
Padang Serai - Hj Mohd Fauzi Md Tahir (YDP), Abd Razak Salleh (TYDP), Mahamud Saad (NYDP), Ustaz Shahrudin Ibrahim (KUU).
Langkawi - Zubir Ahmad (YDP), Mazlan Ahmad (TYDP), Subri Yahaya (TYDP), Ust Rapingi Yusuf (KUU).
Jerlun - Ust. Abd Ghani Ahmad (YDP), Abd Wahab Abd Rahman (TYDP), Abd Rahim Jusoh (NYDP), Ust Md Rejab Md Akhir.
Sungai Petani - Abdullah Jusuh (YDP), Muhammad Sobri Osman (TYDP), Ustaz Ahmad Fazli Hashim (NYDP), Ust Zulkifli Mutalib (KUU).
PAS Kawasan Sik, Padang Terap, Pendang, Baling dan Kubang Pasu akan mengadakan mesyuarat pada 28 September ini dan Alor Setar pada 12 Oktober.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-9-2013
16 fakta beza dua Menteri Besar Kedah
http://www.wartautara.com, | 23 Sep 2013 |
Sudah lebih 100 hari usia pentadbiran BN Kedah dan Dato' Mukhriz Mahathir menjawat Menteri Besar Kedah namun, rakyat negeri sudah bercerita kelainan corak pentadbirannya berbanding Kerajaan Pakatan Rakyat. Sama ada mengorak langkah melawan arus atau melakukan pembaharuan, hanya rakyat bijak menilai.
Kontroversi dan sensasi, mula tercetus sejak Mukhriz mengangkat sumpah 6 Mei lalu, mencacatkan BN Kedah dengan perilaku dan tindakan melulu serta terburu-buru dalam membuat sesuatu. Bermula dari hal peribadi sehinggalah kepada pentadbiran kerajaan negeri, pendedahan mula membuka mata semua.
Berikut antara 16 fakta, membezakan dua Menteri Besar Kedah antara kerajaan BN dan kerajaan Pakatan Rakyat. Pendedahan ini, merupakan antara senarai panjang yang hangat diperkatakan sehingga hari ini:
1. 14 hari dilantik menjadi Menteri Besar Kedah, Mukhriz bersama isteri dan anak bercuti ke London yang mana tiket penerbangan dibayar oleh Pejabat Menteri Besar Kedah berbanding Tan Sri Ustaz Azizan Razak, hanya ke luar negara setelah tiga tahun memerintah dan ianya atas urusan rasmi.
2. Menangguhkan tarikh angkat sumpah ADUN di Sidang DUN, yang mana surat rasmi telah dikeluarkan. Penangguhan atas urusan peribadi iaitu bercuti ke London.
3. Menyewa bot ekslusif ke Langkawi bertarikh 2 Jun 2013 untuk hadir Program LADA berbanding Ustaz Azizan sepanjang pentadbiran hanya menaiki feri biasa yang dinaiki orang awam. Raja Permaisuri Agong juga menaiki feri biasa untuk tujuan rasmi.
4.Memberi arahan menukar segera Perabot dan pinggan mangkuk baru di Kediaman Rasmi Seri Mentaloon berbanding Ustaz Azizan yang mengekalkan bagi tujuan berjimat cermat.
5.Memberi hadiah pen berjenama mahal kepada lebih 100 pegawai kerajaan negeri (KSC) seminggu selepas menjadi MB berbanding berbanding Ustaz Azizan yang mahu mengelakkan pembaziran.
6.Semua pegawai khas Mukhriz disediakan pemandu khas oleh pejabat MB berbanding Pakatan Rakyat, yang mana pegawai khas Ustaz Azizan hanya memandu sendiri kenderaan, walaupun atas urusan rasmi.
7.Mahu menjual dan mengakji semula keperluan Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta mengurangkan subjek pengajian setelah tiga tahun dibina kerajaan Pakatan Rakyat bagi menampung keperluan 7,000 pelajar yang mengikuti 47 bidang pengajian.KUIN juga telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
8.Menangguhkan pembinaan Pusat Tahfiz Sains, Pulau Tuba sedangkan tanah, kelulusan telah diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang berusaha menambahbaik dan menumpukan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pendidikan.
9. Memalukan pegawai KCS yang telah hadir raptai angkat sumpah sebagai Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, dengan menukar nama lain di saat hari berlangsungnya acara rasmi.
10. Mendapat teguran selama 1 jam di Istana Anak Bukit oleh salah seorang Jemaah Pemangku Sultan Kedah atas insiden memalukan pegawai KCS tersebut.
11.Membeli kain berharga RM15,000 di salah sebuah gedung pakaian pada 12 Jun 2013 berbanding Ustaz Azizan yang adakalanya membeli baju di sebuah kedai Cina dengan harga RM19.00 sahaja.
12.Mukhriz ingin meneruskan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) berbanding Ustaz Azizan yang menangguhkan sebaik angkat sumpah MB kerana mahu menyelamatkan tanah dan rumah penduduk kawasan tersebut yang dianggarkan lebih 1,000 kediaman akan terlibat.
13.Melarang dan tidak membenarkan Pakatan Rakyat menggunakan Stadium bagi tujuan perhimpunan sedangkan ketika Pakatan Rakyat memerintah, kebenaran diberikan kepada BN yang turut dihadiri oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN.
14. Kuliah agama pertama di Dewan Seri Mentaloon, sebaik Mukhriz angkat sumpah hanya di hadiri 30 orang sahaja dan Kem Modal Insan yang memberi latihan untuk anak-anak bersolat dan memahami agama yang mana yurannya hanya RM20.00 sahaja tidak diteruskan oleh kerajaan BN. Termasuklah pemberian skim Kafalah untuk golongan miskin yang berlaku kematian.
15. Mukhriz membelanja sejumlah RM200,000.00 wang kerajaan negeri untuk kediaman bapanya di Titi Gajah bagi kegunaan dirinya.
16.Seramai 268 kakitangan anak syarikat KUIN sehingga Ogos ini, sudah empat bulan gaji mereka tidak dibayar.

Sumber HD - 29-9-2013
Menjerat Kedah dalam isu air
Zulkifli Yahaya, | 18 Sep 2013 |
SEWAKTU di bawah Pakatan Rakyat, kerajaan Negeri Kedah berusaha keras menyelamatkan hak-hak negeri berhubung air, dari menjadi mangsa 'penjajahan' oleh kerajaan Persekutuan. Kini apabila Kedah bertukar teraju kepimpinan kerajaan negeri, dengan mudah pula hak tersebut diserahkan kepada Pusat di samping negeri terpaksa menanggung beban tanggungan tertentu.
Akibat yang tidak dapat dielakkan dan hampir pasti akan berlaku ialah kenaikan tarif air untuk rakyat!
Sepanjang 50 tahun BN mentadbir Kedah (1957-2007), negeri ini dibebani hutang sebanyak RM2.4 bilion, yang mana RM1.7 bilion daripada jumlah itu adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perkhidmatan bekalan air.
Setelah mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008, kerajaan Pakatan mendapati selain bebanan hutang yang sangat tinggi, infrastruktur dan perancangan perkhidmatan ini jauh ketinggalan di belakang keperluan semasa dan unjuran keperluan masa hadapan.
Hal ini berlaku kerana pihak kerajaan negeri waktu itu lebih cenderung membuat pinjaman daripada kerajaan Persekutuan, berbanding memohon geran (yang menjadi hak rakyat Kedah yang juga rakyat Malaysia) gara-gara keinginan mereka menentukan projek-projek itu dapat diagihkan berdasarkan kepentingan politik mereka.
Hal ini dapat dikesan dengan ketara dalam projek pembinaan loji air di Padang Sanai yang telah dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos 2010.
hutang tidak berbayar
Pusat sedar akan kelemahan negeri-negeri untuk menjelaskan hutang berhubung pinjaman berkaitan air lantas menggunakan taktik 'penjajahan' melalui pindaan akta Persekutuan. Akta Perkhidmatan Air Negara (Water Sevices Industry Act – WASIA) diluluskan di Parlimen Malaysia dan diwartakan pada 2006 telah membawa kepada pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai entiti pengawal (regulatory) perkhidmatan air seluruh negara.
Melaluinya juga diwujudkan Perbadanan Aset Air Negara (PAAB) sebagai sebuah entiti milik penuh Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Incorporated), khusus untuk menyediakan capital/dana untuk pembinaan aset bekalan air (loji, paip, tangki, pusat rawatan dan lain-lain). PAB juga ditugaskan membeli dan menguruskan semua hutang tidak berbayar (NPL) kerajaan-kerajaan negeri.
Semasa Ustaz Azizan memimpin kerajaan, beliau cuba mempastikan supaya status pinjaman terhadap semua yang berkaitan dengan perkhidmatan air dikaji semula. Projek perkhidmatan air untuk kawasan luar bandar, sepatutnya berstatus geran Pusat bukan pinjaman. Misalnya pembinaan loji pembersih di Padang Sanai (RM155 juta), Lubuk Buntar (RM65 juta), Empangan Ahning (RM48 juta) sepatutnya mendapat peruntukan geran. Semua perkhidmatan luarbandar di Kedah bernilai RM1.3 bilion.
'Cerdiknya' kerajaan BN Kedah selepas mengambilalih pentadbiran adalah menghentikan perbincangan dan mengiktiraf kesemuanya sebagai pinjaman. Apakah negeri mampu membayar balik pinjaman yang besar itu?
Berdasarkan Akta SPAN, Kerajaan Pusat berhak mengambil alih sepenuhnya perkhidmatan bekalan air di mana-mana negeri – melalui arahan Menteri berkaitan - bila mana satu laporan audit oleh SPAN mendapati kedudukan kewangan agensi air negeri tidak berupaya menampung operasinya.
migrasi aset air
Pinjaman kerajaan Pusat yang sebelumnya diberikan kepada kerajaan negeri, kini akan dipindahkan kepada PAAB dan agensi ini berkuasa penuh ke atas sumber tersebut. Semua aset yang dibina/diambil alih oleh dana PAAB akan disewakan kepada syarikat/operator bekalan air pada kadar yang ditentukan oleh PAAB. Sewa ini digunakan untuk membayar hutang kerajaan negeri.
Kini kerajaan negeri dalam proses untuk menandatangai migrasi aset air negeri kepada PAAB. PAAB membeli hutang/NPL kerajaan negeri daripada kerajaan pusat dan bayaran dibuat secara lump-sum (sekaligus) melalui pembiayaan dana antarabangsa. Negeri akan jadi 'hamba hutang' PAAB.
Dilaporkan selepas ini kerajaan negeri, melalui Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan membayar kepada PAAB sebanyak RM65 juta setahun, di samping bayaran pajakan RM5 juta setahun; menjadikan jumlah RM70 juta selama 45 tahun!
Kerajaan BN negeri bukan ada kekuatan untuk membayar hutang. Untuk membayar hutang kampus induk KUIN pun mereka terkial-kial mencari helah (bukan mencari sumber), sehingga terpaksa memburukkan kerajaan lalu. Pilihan terbaik untuk Mukhriz dan kerajaan BN Kedah adalah menaikkan tarif air.
Percayalah, kenaikan tersebut tak dapat dielakkan lagi!

Sumber HD - 18-9-2013
Insaniah: MB perlu dedah bukti, jangan main politik
Muhammad Faizal, | 11 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Kedah bersedia tampil untuk memberi keterangan berhubung isu Insaniah Holding Sdn Bhd (IHSB) jika Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir sanggup mendedahkan bukti-bukti penyelewengan yang didakwa beliau sebelum ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, Muhkriz boleh mendedahkan bukti terhadap dakwaan penyelewengan tersebut dan ia bukannya menjadi satu masalah yang besar kepada PAS Kedah untuk berdepan dengan isu-isu tersebut.
"PAS mendokong sikap ketelusan yang tinggi serta mempunyai tanggungjawab dalam amanah yang diberikan, sebab itu kita dari Pakatan Rakyat khususnya PAS sanggup untuk menghadapi situasi ini.
"Jika benar Mukhriz kata ada unsur-unsur penyelewengan, beliau perlu berani memdedahkan penyelewengan itu dalam apa jua bentuk dan kita sendiri ingin tahu apa bentuk penyelewengan serta siapa yang terlibat," jelasnya.
Mukhriz sebelum ini mendakwa, audit forensik yang dibuat jelas menunjukkan kemelut yang berlaku dalam Insaniah dan IHSB.
Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri tidak berhajat mengeluarkan kertas putih mengenainya.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS melahirkan rasa hairan berhubung keengganan kerajaan negeri yang tidak berani mengemukakan kertas putih.
Sedangkan katanya, Mukhriz sendiri sebelum ini mengatakan banyak unsur-unsur penyelewengan telah berlaku.
"Tetapi bagi saya jika betul ada bukti penyelewengan perkara ini perlu dibawa untuk tindakan undang-undang dan setiap yang bersalah itu perlu dibuktikan serta dihukum.
"Namun apa yang saya lihat kenyataan Mukhriz itu hanya propaganda politik murahan, dan beliau tidak sepatutnya bercakap tanpa bukti yang kukuh," sambung beliau lagi.
Jelasnya Mahfuz lagi, Muhkriz tidak sepatutnya menyembunyikan penyelewengan tersebut apatah lagi jika cuba melindungi individu-individu yang terlibat.
"Kalau dia tidak berhasrat untuk mendedahkan atau menyediakan apa-apa kertas putih lebih baik dia duduk diam dan jangan mengeluar apa-apa kenyataan tentang Kuin ataupun IHSB.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berpendapat tindakan Mukhriz itu hanyalah untuk menutup kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah menguruskan masalah Kuin dan IHSB.
Katanya, Menteri Besar itu ingin mengalihkan isu kegagalan menyelesaikan masalah tunggakan gaji 268 orang kakitangan IHSB yang sudah memasuki bulan keempat.

YB DMO : http://www.youtube.com/watch?v=UEAEZzS2b3Q&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-9-2013
Mahfuz ucap tahniah kepada Adun PR Kedah
Bashir Ishak, | 29 Ogs 2013 |
POKOK SENA: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada semua Adun Pakatan Rakyat negeri kerana berjaya memainkan peranan masing-masing dengan baik semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 25 hingga 27 Ogos lalu.
Katanya, barisan Adun Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah telah berjaya memainkan peranan masing-masing pada sidang tersebut.
"Ini menampakkan kebolehan dan keupayaan kita walaupun sebahagian dari kita adalah muka baru, tetapi berjaya mengambil bahagian untuk menyentuh perkara-perkara yang membabitkan isu rakyat termasuk yang meyentuh tentang isu Islam itu sendiri.
"Tahniah dan syabas untuk mereka.Adun Pakatan Rakyat selepas ini akan buat pemantauan kepada setiap portfolio Exco kerajaan negeri untuk menyediakan kad laporan yang bakal di sajikan kepada rakyat kelak," katanya pada sidang media yang berlangsung di Markas PAS Pokok Sena, Jalan Langgar dekat sini hari ini.
Pada sidang tersebut, semua Adun Pakatan Rakyat hadir ke sidang Dun kecuali Adun Sungai Limau yang juga mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang masih menjalani rawatan kesihatan di hospital Sultanah Bahiyah.
Katanya, barisan Adun Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah telah berjaya memainkan peranan masing-masing pada sidang tersebut.
"Ini menampakkan kebolehan dan keupayaan kita walaupun sebahagian dari kita adalah muka baru, tetapi berjaya mengambil bahagian untuk menyentuh perkara-perkara yang membabitkan isu rakyat termasuk yang meyentuh tentang isu Islam itu sendiri.
"Tahniah dan syabas untuk mereka.Adun Pakatan Rakyat selepas ini akan buat pemantauan kepada setiap portfolio Exco kerajaan negeri untuk menyediakan kad laporan yang bakal di sajikan kepada rakyat kelak," katanya pada sidang media yang berlangsung di Markas PAS Pokok Sena, Jalan Langgar dekat sini hari ini.
Pada sidang tersebut, semua Adun Pakatan Rakyat hadir ke sidang Dun kecuali Adun Sungai Limau yang juga mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang masih menjalani rawatan kesihatan di hospital Sultanah Bahiyah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-8-2013
PAS Kedah minta Mukhriz tidak alih isu Kuin
Bashir Ishak, | 29 Ogs 2013 |
POKOK SENA: PAS Kedah meminta kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Mukhriz Mahathir supaya tidak mengalihkan isu pokok berkaitan kemelut Kolej Unversiti Insaniah (Kuin) sepertimana penjelasan yang dibuat pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini.
Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, dua isu utama yang telah dibangkitkan selama ini ialah berkaitan masalah gaji dan status kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) dan masalah perpindahan semula pelajar ke kampus lama Mergong.
"Walaupun Mukhriz dan Exco Pendidikan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memberikan jawapan pada seis penggulungan, bagi Pakatan Rakyat, kami tiada masalah dengan segala pendedahan itu.
“Kalau kerajaan dapati ada apa-apa masalah salahgunakuasa atau penyelewengan dalam pengurusan Kuin mahupun apa jua bidang pentadbiran semasa Pakatan Rakyat memerintah Kedah, kerajaan diminta untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan.Kita akan turut memberikan kerjasama,” katanya pada sidang media yang diadakan di Markas PAS Pokok Sena, Jalan Langgar dekat sini hari ini.
Persoalannya sekarang, kata beliau ialah berkitan IHSB iaiatu berkaitan kakitangan yang telah diambil bekerja.
“Mereka yang diambil bekerja pada masa itu diambil secara sah, kontrak kerja mereka adalah sah. Jadi tidak ada hak untuk kerajaan dan pengurusan Kuin untuk menahan gaji mereka.
“Tapi kalau ada perincian tentang siapa sahaja yang berlaku salah sama ada dari pihak pengurusan atau orang politik, silakan untuk diambil tindakan.
“Jadi dalam isu ini kita minta penjelasan daripada Mukhriz," katanya.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata jawapan pada sidang Dun oleh Menteri Besar dan Exco berkenaan menampakkan kelemahan dan kebodohan mereka sendiri untuk cuba mengalihkan isu besar yang melanda Kuin dan IHSB.
Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, dua isu utama yang telah dibangkitkan selama ini ialah berkaitan masalah gaji dan status kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) dan masalah perpindahan semula pelajar ke kampus lama Mergong.
"Walaupun Mukhriz dan Exco Pendidikan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memberikan jawapan pada seis penggulungan, bagi Pakatan Rakyat, kami tiada masalah dengan segala pendedahan itu.
“Kalau kerajaan dapati ada apa-apa masalah salahgunakuasa atau penyelewengan dalam pengurusan Kuin mahupun apa jua bidang pentadbiran semasa Pakatan Rakyat memerintah Kedah, kerajaan diminta untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan.Kita akan turut memberikan kerjasama,” katanya pada sidang media yang diadakan di Markas PAS Pokok Sena, Jalan Langgar dekat sini hari ini.
Persoalannya sekarang, kata beliau ialah berkitan IHSB iaiatu berkaitan kakitangan yang telah diambil bekerja.
“Mereka yang diambil bekerja pada masa itu diambil secara sah, kontrak kerja mereka adalah sah. Jadi tidak ada hak untuk kerajaan dan pengurusan Kuin untuk menahan gaji mereka.
“Tapi kalau ada perincian tentang siapa sahaja yang berlaku salah sama ada dari pihak pengurusan atau orang politik, silakan untuk diambil tindakan.
“Jadi dalam isu ini kita minta penjelasan daripada Mukhriz," katanya.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata jawapan pada sidang Dun oleh Menteri Besar dan Exco berkenaan menampakkan kelemahan dan kebodohan mereka sendiri untuk cuba mengalihkan isu besar yang melanda Kuin dan IHSB.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-8-2013
Gaji: Kakitangan Insaniah serah memo kepada Mukhriz
Bashir Ishak, | 26 Ogs 2013 |
Mudzafar (enam dari kanan) bersama rakan-rakan sebelum menyerahkan memorandum kepada Mukhriz.
ALOR SETAR: Bagi menyelesaikan kemelut membabitkan kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd (Insaniah Holdings), sebuah anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Badan Bertindak Staf Insaniah Holding menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Memorandum tersebut diserahkan di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman di sini selepas selesai sesi pagi Sidang Dewan Udangan Negeri hari ini.
Selepas menunggu kebenaran untuk bertemu Mukhriz, akhirnya 10 orang wakil badan terbabit dapat berbuat demikian dalam pertemuan ringkas selama kira-kira 15 minit.
Menurut setiausaha badan tersebut, Mudzafar Aliyasak, memorandum yang diserahkan itu meminta pertimbangan Mukhriz untuk melihat isu pembayaran gaji kakitangan Insaniah Holdings yang tertunggak sejak Mei lalu.
Selain itu, mereka juga merayu supaya Mukhriz melihat isu membabitkan para pensyarah yang dilantik di bawah Insaniah Holdings di mana pihak Kuin tidak menyatakan secara rasmi status mereka yang tidak diberikan jadual waktu serta diarahkan mengosongkan pejabat.
"Begitu juga, pihak Kuin juga sehingga kini masih belum memberikan jaminan dan kata putus ke atas kesinambungan kewujudan Insaniah Holdings yang menyebabkan terganggunya operasi syarikat sehingga gagal menguruskan perjalanan kuliah-kuliah yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar," jelasnya.
Mengulas lanjut, Mudzafar berkata Mukhriz telah menyatakan kesediaannya untuk menyelesaikan isu ini dengan segera.
"Beliau meminta pihak kami bersabar sehingga pelantikan Rektor baru Kuin pada awal September nanti. Beliau juga berjanji melihat isu ini dari sudut perundangan.
"Walaupun kami lihat Mukhriz masih bercelaru dalam isu ini, namun kami berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera terutamanya pembayaran gaji dan status kami sebagai staf," katanya lagi.
Insaniah Holdings ditubuhkan pada tahun 2009 dan menjalankan pelbagai aktiviti termasuk penyenggaraan bangunan dan pembangunan infrastruktur; menguruskan kuliah-kuliah akademik di bawah anak syarikat, menguruskan pendidikan menengah dan lain-lain lagi.
Sehingga kini Insaniah Holdings mempunyai lebih 200 orang kakitangan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-8-2013
Staf IHSB cadang serah memo kepada Mukhriz
Harakahdaily, | 25 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak bagi kebajikan staf Insaniah Holdings Sdn. Bhd. (IHSB) bercadang untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir esok.
Memorandum tersebut adalah berkaitan tuntutan gaji dan kebajikan staf Insaniah Holdings & anak-anak syarikat IHSB yang tertunggak hampir empat bulan.
Penyerahan itu juga bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan bermula esok.
Menurut satu kenyataan oleh jawatankuasa bertindak itu itu kepada Harakahdaily, tindakan tersebut diambil bagi memohon perhatian serius dari menteri besar selepas isu ini dilihat tidak diambil serius oleh kerajaan negeri.
"Kita sudah mencuba sedaya-upaya memohon tuntutan kita diselesaikan tetapi masih tidak mendapat perhatian MB.
"Mungkin dengan penyerahan memorandum kali ini di hadapan Pejabat MB Kedah boleh mendapat perhatian bukan sahaja MB tetapi orang ramai," kata kenyataan itu.
Memorandum tersebut adalah berkaitan tuntutan gaji dan kebajikan staf Insaniah Holdings & anak-anak syarikat IHSB yang tertunggak hampir empat bulan.
Penyerahan itu juga bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan bermula esok.
Menurut satu kenyataan oleh jawatankuasa bertindak itu itu kepada Harakahdaily, tindakan tersebut diambil bagi memohon perhatian serius dari menteri besar selepas isu ini dilihat tidak diambil serius oleh kerajaan negeri.
"Kita sudah mencuba sedaya-upaya memohon tuntutan kita diselesaikan tetapi masih tidak mendapat perhatian MB.
"Mungkin dengan penyerahan memorandum kali ini di hadapan Pejabat MB Kedah boleh mendapat perhatian bukan sahaja MB tetapi orang ramai," kata kenyataan itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-8-2013
Dah ramai nak beli, tokey tutup kedai pulak!
http://sanusimdnor.blogspot.com, | 24 Ogs 2013 |
Ramai pelajar Medic kena balik di zaman krisis di Mesir. Kerajaan Pusat kata nak beralih ke Rusia dan negara-negara lain yg kosnya tentu jauh lebih tinggi. Apa akan jadi kepada pelajar tanggungan sendiri?
Fakulti Perubatan KUIN di mulakan dgn 23 pelajar dan fasiliti pengajian di fakulti ini memang disediakan dengan perbelanjaan besar, kos pengajian pun mahal, tapi tak semahal di Rusia atau negara-negara lain. Malah, pelajar kita kena mulai semula dengan belajar bahasa.
Pada saat seperti ini, sayang sekali, Kuin swastakan pulak fakulti perubatannya kepada Mahsa College, yang juga sebuah IPT swasta yang pasti berbeza dari byk sudut, termasuk menanggalkan falsafah Islam dalam melahirkan doktor yg dirancang di KUIN.
Saya berpendapat KUIN akan jadi opsyen terbaik pelajar medic yg terpaksa balik... Falsafah pendidikan utk melahirkan doktor-doktor di KUIN hampir sama dengan di Mesir - Doktor yang lahir dari acuan Islam- Dari 23 org pelajar mungkin boleh jadi 50-100 orang. Ada fakulti perubatan IPTA negara ini bermula dgn 17 org sahaja di awalnya, kini menjadi 'kilang doktor'.
Demikian juga kursus-kursus baru yang lain, bermula dengan 5-6 orang bukan satu masalah besar bagi sebuah IPT yg sedang berkembang. Kata bekas Timbalan Rektor UIAM, ada kursus yang kami mulakan di UIAM dulunya, hanya dengan 5 pelajar, sekarang sudah sesak dan terpaksa dihadkan. Demikian KUIN, bertatih dahulu barulah berlari. Lama kelamaan dgn promosi dan kualiti yg baik, ia boleh berkembang.
Kalau dah dpt pemimpin dan pentadbir yang 'bukan ahli' dalam bab univerisiti, jadilah spt apa yg terjadi kpd KUIN di Era Mukhriz. Mau segera untung! Kesian!
Fakulti Perubatan KUIN di mulakan dgn 23 pelajar dan fasiliti pengajian di fakulti ini memang disediakan dengan perbelanjaan besar, kos pengajian pun mahal, tapi tak semahal di Rusia atau negara-negara lain. Malah, pelajar kita kena mulai semula dengan belajar bahasa.
Pada saat seperti ini, sayang sekali, Kuin swastakan pulak fakulti perubatannya kepada Mahsa College, yang juga sebuah IPT swasta yang pasti berbeza dari byk sudut, termasuk menanggalkan falsafah Islam dalam melahirkan doktor yg dirancang di KUIN.
Saya berpendapat KUIN akan jadi opsyen terbaik pelajar medic yg terpaksa balik... Falsafah pendidikan utk melahirkan doktor-doktor di KUIN hampir sama dengan di Mesir - Doktor yang lahir dari acuan Islam- Dari 23 org pelajar mungkin boleh jadi 50-100 orang. Ada fakulti perubatan IPTA negara ini bermula dgn 17 org sahaja di awalnya, kini menjadi 'kilang doktor'.
Demikian juga kursus-kursus baru yang lain, bermula dengan 5-6 orang bukan satu masalah besar bagi sebuah IPT yg sedang berkembang. Kata bekas Timbalan Rektor UIAM, ada kursus yang kami mulakan di UIAM dulunya, hanya dengan 5 pelajar, sekarang sudah sesak dan terpaksa dihadkan. Demikian KUIN, bertatih dahulu barulah berlari. Lama kelamaan dgn promosi dan kualiti yg baik, ia boleh berkembang.
Kalau dah dpt pemimpin dan pentadbir yang 'bukan ahli' dalam bab univerisiti, jadilah spt apa yg terjadi kpd KUIN di Era Mukhriz. Mau segera untung! Kesian!
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-8-2013
Ustaz Azizan selesai angkat sumpah Adun
Anis Nazri, | 21 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, di Hospital Sultanah Bahiyah.
Majlis angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Rozai Shafian, dengan disaksikan Timbalan Speaker, Datuk Azmi Che' Hussain dan Penasihat Undang-undang Kerajaan negeri, Datuk Anas Mohd Zakie.
Turut hadir menyaksikan majlis itu Ketua Pembangkang Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah.
Menurut bekas Setiausaha Akhbar Azizan, Helmi Khalid, rombongan tiba di HSB kira-kira jam 12.30 tengah hari dan memaklumkan kepada Azizan tujuan kehadiran mereka.
"Pada jam 12.45, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah, Syed Isa Syed Ibrahim membacakan ikrar taat setia dan diperdengarkan kepada beliau. Beliau kemudiannya menganggukkan kepala dan Speaker menerima anggukan tersebut sebagai sumpah, sebelum mengambil cap jari Azizan sebagai tanda selesai mengangkat sumpah," kata Helmi kepada Harakahdaily, hari ini.
Berhubung perkembangan kesihatan Azizan, Helmi berkata doktor telah menukar tiub yang berada di kerongkong Azizan dengan tiub yang baru pagi tadi.
Katanya, jika tiub sebelum ini membuatkan suara Azizan tidak kedengaran, tiub kali ini membolehkan suara beliau didengari.
Ustaz Azizan, 69, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.
Majlis angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Rozai Shafian, dengan disaksikan Timbalan Speaker, Datuk Azmi Che' Hussain dan Penasihat Undang-undang Kerajaan negeri, Datuk Anas Mohd Zakie.
Turut hadir menyaksikan majlis itu Ketua Pembangkang Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah.
Menurut bekas Setiausaha Akhbar Azizan, Helmi Khalid, rombongan tiba di HSB kira-kira jam 12.30 tengah hari dan memaklumkan kepada Azizan tujuan kehadiran mereka.
"Pada jam 12.45, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah, Syed Isa Syed Ibrahim membacakan ikrar taat setia dan diperdengarkan kepada beliau. Beliau kemudiannya menganggukkan kepala dan Speaker menerima anggukan tersebut sebagai sumpah, sebelum mengambil cap jari Azizan sebagai tanda selesai mengangkat sumpah," kata Helmi kepada Harakahdaily, hari ini.
Berhubung perkembangan kesihatan Azizan, Helmi berkata doktor telah menukar tiub yang berada di kerongkong Azizan dengan tiub yang baru pagi tadi.
Katanya, jika tiub sebelum ini membuatkan suara Azizan tidak kedengaran, tiub kali ini membolehkan suara beliau didengari.
Ustaz Azizan, 69, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-8-2013
Sudah 4 bulan kakitangan Kuin tidak dibayar gaji
Muhammad Faizal, | 19 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah sehingga sekarang gagal menyelesaikan gaji kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang telah tertunggak selama empat bulan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media menjelaskan tindakan tersebut umpama mendera 268 orang kakitangan yang terpaksa berdepan dengan kesulitan kerana tidak mendapat gaji.
Menurut beliau lagi, Kerajaan Kedah sepatutnya lebih perihatin dan mengambil tindakan segera untuk menyelesai tunggakan gaji yang memasuki bulan keempat.
"Saya kesal dengan tindakan kerajaan BN Kedah yang sehingga sekarang gagal menyelesaikan tunggakan empat bulan gaji kepada 268 kakitangan KUIN.
"Ini merupakan satu penderaan kepada mereka, yang mana kebanyakkan mereka terpaksa berhadapan dengan tunggakan hutang, apatah lagi pada Hari Raya lepas mereka menyambut dalam keadaan kewangan yang tidak mencukupi," jelasnya di Pejabat Agung PAS pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang berdiam diri tanpa memberitahu jawatan mereka yang berada di dalam Kuin.
"Kita juga ingin mengetahui pendirian kerajaan negeri mengenai kedudukan jawatan kakitangan mereka di dalam Kuin.
"Ini perlu dijelaskan bukannya berdiam diri, kalau mereka hendak dipecat ia perlu diberitahu tetapi perlu diingat pemecatan mereka mestilah mengikut kontrak perjanjian bukan dengan cara membeku gaji mereka," sambung beliau lagi.
Jelasnya lagi, tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengatakan Insaniah Holding Sdn Bhd tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri adalah amat mendukacitakan.
"Macam mana Mukhriz boleh kata Insaniah Holding tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sedangkan ia merupakan anak syarikat kepada Kuin yang merupakan syarikat kepada kerajaan negeri.
"Ini jelas terkandung dalam minit mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin pada 29 Mei 2009 yang meluluskan penubuhan Insaniah Holding.
"Saya tak tahu dari mana maklumat beliau dapat, sebagai Menteri Besar beliau perlu lebih perihatin dan mengkaji dalam soal ini," sambung beliau lagi.
Mahfuz menegaskan kerajaan negeri perlu menyelesaikan segera pembayaran tunggakan gaji kakitangan serta lebih prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Katanya lagi, jika ingin melakukan rombakan segalanya perlu mengikut perjanjian kontrak yang telah dipersetujui.
YB DMO : https://www.youtube.com/watch?v=XrlPxvexrHE
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media menjelaskan tindakan tersebut umpama mendera 268 orang kakitangan yang terpaksa berdepan dengan kesulitan kerana tidak mendapat gaji.
Menurut beliau lagi, Kerajaan Kedah sepatutnya lebih perihatin dan mengambil tindakan segera untuk menyelesai tunggakan gaji yang memasuki bulan keempat.
"Saya kesal dengan tindakan kerajaan BN Kedah yang sehingga sekarang gagal menyelesaikan tunggakan empat bulan gaji kepada 268 kakitangan KUIN.
"Ini merupakan satu penderaan kepada mereka, yang mana kebanyakkan mereka terpaksa berhadapan dengan tunggakan hutang, apatah lagi pada Hari Raya lepas mereka menyambut dalam keadaan kewangan yang tidak mencukupi," jelasnya di Pejabat Agung PAS pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang berdiam diri tanpa memberitahu jawatan mereka yang berada di dalam Kuin.
"Kita juga ingin mengetahui pendirian kerajaan negeri mengenai kedudukan jawatan kakitangan mereka di dalam Kuin.
"Ini perlu dijelaskan bukannya berdiam diri, kalau mereka hendak dipecat ia perlu diberitahu tetapi perlu diingat pemecatan mereka mestilah mengikut kontrak perjanjian bukan dengan cara membeku gaji mereka," sambung beliau lagi.
Jelasnya lagi, tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengatakan Insaniah Holding Sdn Bhd tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri adalah amat mendukacitakan.
"Macam mana Mukhriz boleh kata Insaniah Holding tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sedangkan ia merupakan anak syarikat kepada Kuin yang merupakan syarikat kepada kerajaan negeri.
"Ini jelas terkandung dalam minit mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin pada 29 Mei 2009 yang meluluskan penubuhan Insaniah Holding.
"Saya tak tahu dari mana maklumat beliau dapat, sebagai Menteri Besar beliau perlu lebih perihatin dan mengkaji dalam soal ini," sambung beliau lagi.
Mahfuz menegaskan kerajaan negeri perlu menyelesaikan segera pembayaran tunggakan gaji kakitangan serta lebih prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Katanya lagi, jika ingin melakukan rombakan segalanya perlu mengikut perjanjian kontrak yang telah dipersetujui.
YB DMO : https://www.youtube.com/watch?v=XrlPxvexrHE
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-8-2013
Ustaz Azizan makin pulih, dipindah ke HSB
Anis Nazri, | 14 Ogs 2013 |
Jutaan terima kasih kepada Pengarah Hospital Pulau Pinang Dato' Dr. Yasmin, Timbalan-Timbalan Pengarah Hospital terdiri dari Dr Jamaliah, Dr Elizabeth, Tn Hj Idris, staff Jabatan GICU & Anes Ketua Jabatan Dato' Dr Jahizah, Dr Lim Cho Har, Ketua Jururawat Pn Kelilijah, Penyelia Jururawat Pn. Khatijah, seluruh staff nurse GICU & Anes, seluruh staff CCU Ketua Jabatan Kardiologi Dato' Dr Omar, Dr. Ali, Ketua Jabatan Kardiotrasik Dato' Dr Hamzah, seluruh staff OT. [Muzaini Azizan]
KUALA LUMPUR: Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak semakin pulih dan baik hingga membolehkan beliau dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pagi tadi.
Bekas Setiausaha Akhbarnya, Helmi Mohd Khalid berkata Adun Sungai Limau itu juga semakin ceria dan banyak bercakap, biarpun suaranya masih belum jelas kedengaran.
"Kesihatan Ustaz semakin baik, kelihatan sihat sangat-sangat. Itu antara sebab beliau boleh dipindahkan ke HSB, berbanding sebelum ini kerana kekurangan pakar dan peralatan perubatan di Alor Setar," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, petang ini.
Biarpun Ustaz Azizan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB, Helmi berkata ia bertujuan memudahkan para doktor melakukan pemantauan. lebih-lebih lagi ia merupakan hari pertama di HSB.
Bagaimanapun, tambah Helmi pihak hospital masih menutup ruang untuk rakyat awam melawat Ustaaz Azizan, sebaliknya hanya membenarkannya kepada keluarga terdekat.
Dalam masa sama, Helmi turut menafikan gambar yang tersebar di internet itu merupakan gambar Ustaz Azizan yang terkini.
Gambar tersebut dikesan sejak tiga hari lepas yang dimuatnaik di internet, di mana kelihatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi seorang pesakit.
Menurut Helmi, difahamkan Ketua Pembangkang itu menziarahi seorang pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), bagaimanapun terdapat sesetengah pihak yang mengatakan gambar tersebut merupakan gambar terkini Azizan.
"Kalau lihat kepada fizikal Ustaz, sama sahaja macam dia sihat dahulu. Tiada perubahan. Memang itu bukan gambar dia," tegas beliau lagi.
Ustaz Azizan, 69, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah dimasukkan ke HPP selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-8-2013
NGO Islam Kedah sokong Kuin kekal di Kuala Ketil
Harakahdaily, | 14 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendesak Kerajaan Kedah dan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) agar menyemak keputusan untuk memindahkan semula KUIN kembali ke kampus Mergong.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan langkah pemindahan itu dan kedudukan sebenar kampus KUIN Kuala Ketil yang masih disembunyikan oleh pihak kerajaan negeri sama ada ia akan dijual atau disewa kepada pihak lain.
Katanya, langkah untuk menyembunyikan kedudukan sebenar masa depan kampus KUIN Kuala Ketil adalah suatu tindakan yang membelakangi hak mahasiswa dan rakyat Kedah sebagai pendukung kepada pembinaan kampus ini.
“Tindakan untuk menjual atau menyewa Kampus KUIN Kuala Ketil yang tersergam indah dan kembali ke kampus lama Mergong adalah suatu usaha langkah ke belakang yang sangat merugikan dan mengecewakan rakyat negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan media.
Kenyataan media bersama Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Ustaz Ahmad Yahya, Naib Pengerusi Salimah Kedah, Masadah Sajadi, Yang Dipertua ABIM Kedah, Zulazri Mohd Sani, Presiden Pertubuhan Darul Mustafa Kedah, Hafiz Mustafa Lubis dan Pengarah Pusat Santuni Rakyat (PSR) Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman itu sebagaimana di bawah.
Umum mengetahui bahawa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) merupakan institut pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri Kedah yang telah berkembang pesat sejak penubuhan lebih 15 tahun.
Ia adalah pusat pengajian tinggi yang membanggakan seluruh rakyat negeri Kedah dan ianya menjadi pemangkin kepada pengembangan dunia pendidikan dan keilmuan di negeri ini.
Dalam fasa 5 tahun lepas, dalam mencapai prestasi yang cemerlang untuk dianugerahkan mandat Universiti penuh, pihak KUIN telah melaksanakan pelbagai program pembangunan sama ada dalam bidang akademik, pembangunan syahsiah dan kelengkapan kampus pembelajaran.
Pihak MAPIM telah menerima memorandum dari mahasiswa KUIN Kampus Kuala Ketil yang mendesak pihak Kerajaan Negeri Kedah untuk terus kekalkan Kampus Kuala Ketil sebagai pusat pembelajaran mahasiswa KUIN.
Memorandum itu juga meminta Kerajaan Negeri Kedah yang bertanggungjawab penuh keatas pentadbiran KUIN untuk membatalkan hasrat mengarahkan mahasiswa berpindah ke kampus lama Mergong.
MAPIM bersama beberapa NGO Islam negeri Kedah termasuk Teras Pengupayaan Melayu (TERAS),Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Abim negeri Kedah, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah), Pusat Santuni Rakyat (PSR) Sik dan Pertubuhan Darul Mustafa Negeri Kedah dengan ini menyokong penuh tuntutan mahasiswa KUIN Kuala Ketil yang terkandung dalam memorandum tersebut.
MAPIM juga bersetuju diatas langkah Jawatankuasa Bertindak Mahasiswa untuk bertemu mengadap bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah selaku Cancelor KUIN yang telahpun pada 29 Januari 2013 lalu menjunjung kasih hadir perkenan merasmikan kampus KUIN Kuala Ketil.
Hasil pemantauan dan tinjauan yang telah dilakukan oleh pihak MAPIM, beberapa faktor penting yang menjadi pemasalahan besar kepada kebajikan mahasiswa sekiranya mahasiswa kampus Kuala Ketil dipindahkan ke kampus Mergong.
Mahasiswa berdepan dengan risiko keselamatan yang sangat kritikal di kampus Mergong dan Asrama Farabi.
Seperti yang sedia maklum keadaan bangunan yang sangat uzur dan serba kekurangan dari segi kelengkapan dan kemudahan.Kehidupan seharian mahasiswa terpaksa berada dalam keadaan bahaya, infrastruktur bangunan asrama dan kuliyyah kampus Mergong adalah tidak memenuhi syarat kelulusan (CF) seperti yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan(PBT).
Seharusnya pihak pentadbiran mengambil cakna dengan keadaan bangunan yang sangat tidak selesa untuk diduduki dan risiko berlakunya kebakaran sangat tinggi. Selain daripada itu, kawasan kampus Mergong yang terlalu kecil tidak mampu menampung kuantiti pelajar yang ramai dan semakin bertambah.
2. Mahasiswa akan mengalami gangguan emosi dan mental dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya keputusan perpindahan ini diteruskan juga, ianya sangat menggangu emosi mahasiswa yang telahpun berpindah tiga kali sebelum ini di pelbagai lokasi bermula daripada kampus Mergong ke kampus Stargate Alor Setar kemudian ke kampus Kuala Ketil dan akhirnya kembali ke kampus Mergong semula .
Proses jadual kelas yang tidak teratur, bebanan tugasan pembelajaran bagi menghabiskan silibus yang tergesa-gesa dan pembelajaran dalam masa yang singkat akan mengganggu emosi dan mental pelajar untuk belajar dengan tenang dan teratur.
3. Mahasiswa terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi.
Situasi ini berlaku apabila kebanyakkan mahasiswa yang telah mengikat perjanjian sewa rumah dengan tuan rumah untuk menyewa rumah di kawasan Kuala Ketil.
Ini menyebabkan deposit serta kos perbelanjaan yang tinggi perlu ditanggung oleh mahasiswa berdasarkan perjanjian yang telah dibuat. Berdasarkan soal jawab yang telah dibuat sewaktu perjumpaan mahasiswa Kuliyyah Muamalat, seorang mahasiswa telah memaklumkan meraka terpaksa membayar hampir RM4,000 baki sewa rumah sekiranya ingin meningglkan rumah tersebut sebelum tamat tempoh perjanjian selama setahun yang ditetapkan oleh pemilik rumah.
4. Tempat belajar yang kurang kondusif di kampus Mergong.
Penilaian MQA bagi setiap kursus yang telah dipohon mewajibkan pentadbiran sesebuah IPTS menyediakan kemudahan-kemudahan bagi melancarkan proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Jika perlu dibandingkan antara kelas yang cukup untuk menampung keperluan dengan kelas yang besar dan selesa, pastilah kelas yang besar dan selesa yang akan dipilih.
MAPIM mendapati kelas yang akan digunakan oleh pelajar apabila berpindah ke kampus Mergong sangat tidak kondusif untuk proses pembelajaran yang selesa dan baik. Sedangkan kelas pembelajaran di KUIN Kuala Ketil adalah terbaik dan setanding dengan kampus IPT terbaik di Malaysia.
5. Penginapan pelajar yang tidak selesa dan bebanan kos deposit rumah.
Situasi di bangunan Asrama Al-Farabi, kampus Mergong yang telah dipetik dari kenyataan rasmi pengerusinya menyatakan bangunan tersebut adalah banggunan rumah flat empat (4) tingkat. Setiap rumah akan dihuni oleh lapan (8) orang pelajar. Untuk menampung bilangan pelajar dari Kampus Kuala Ketil ke Mergong, pentadbiran telah menyediakan 200 tempat untuk pelajar lelaki dan 600 tempat untuk pelajar perempuan di bangunan asrama yang bersebelahan dengannya.
Malangnya, bangunan tersebut yang di laporkan; tiada Certificate Safety (CS), sistem pendawaian dan air yang perlu diselenggara kembali, sudah pasti akan memakan masa yang lama dan menelan sejumlah kos yang tinggi serta mengganggu kosentrasi pelajar untuk belajar dengan lebih selesa.
6. Kampus KUIN Kuala Ketil adalah terbaik, strategik dan kondusif dari segi kemudahan prasarana dan tempat pembelajaran yang telah dan sedang dibangunkan bagi memenuhi syarat-syarat sebuah universiti berbanding kampus KUIN di Mergong yang masih di tahap lama.
Cadangan Mapim Untuk Peningkatan Kualiti P&P Dan Usaha Penafaran Mahasiswa Kuin Sebagai Mahasiswa Bertaraf Mumtaz.
Memohon agar dikekalkan kampus KUIN Kuala Ketil dan menjadikan ia sebagai kampus tetap kerana Infrastruktur yang telah dibangunkan memenuhi syarat-syarat sebuah universiti jauh lebih baik, selesa dan lengkap dengan kemudahan berbanding kampus KUIN di Mergong.
Memohon agar penempatan asrama dalam kampus KUIN Kuala Ketil yang telah diberhentikan operasi pembinaanya diteruskan.
Mencadangkan agar pihak pentadbiran KUIN mencari penempatan sementara untuk menunggu asrama di dalam kampus Kuala Ketil siap sepenuhnya.
Pentadbiran perlu mengariskan pelan jangka masa panjang kolej untuk mencapai taraf universiti penuh.
Meningkatkan usaha pemasaran dan publisiti untuk peningkatan kuantiti pelajar pada masa akan datang dengan jumlah yang kompetatif untuk kampus Kuala Ketil.
Meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti kakitangan dalam fasa menjadikan KUIN sebagai tapak medan dakwah Islamiah yang memerlukan daya usaha yang tinggi dan bersungguh-sungguh.
Meningkatkan inisiatif kebajikan dikalangan mahasiswa dan seluruh kakitangan dan tidak menafikan hak untuk mereka menyuarakan sebarang pandangan dan teguran kepada pihak pengurusan tertinggi KUIN.
Menjadikan kampus Kuala Ketil sebagai kampus utama dan tunggal sebagai langkah ekonomik untuk mengurangkan bebanan kos pembiayaan dua buah kampus.
MAPIM mendesak pihak Kerajaan Negeri Kedah dan pihak pengurusan tertinggi KUIN untuk menyemak semula keputusan untuk memindahkan semula KUIN kembali ke kampus Mergong.
MAPIM mempersoalkan langkah pemindahan ini dan kedudukan sebenar kampus KUIN Kuala Ketil yang masih disembunyikan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah sama ada ia akan dijual atau disewa kepada pihak lain.
Langkah untuk menyembunyikan kedudukan sebenar masa depan kampus KUIN Kuala Ketil adalah suatu tindakan yang membelakangi hak mahasiswa dan rakyat Kedah sebagai pendukung kepada pembinaan kampus ini.
Tindakan untuk menjual atau menyewa Kampus KUIN Kuala Ketil yang tersergam indah dan kembali ke kampus lama Mergong adalah suatu usaha langkah ke belakang yang sangat merugikan dan mengecewakan rakyat negeri Kedah.
Kami dengan ini mengesa agar isu kampus KUIN di Kuala Ketil diselesaikan dengan bijak dan keutamaan diberi kepada mengekalkan kampus yang telah dibina di Kuala Ketil.

Kenapa IHSB tuntut dari kerajaan negeri?
Taufik Naaim, | 07 Ogs 2013 |
Sepertimana terbitnya keterangan saya yang lepas tentang masalah tuntutan tunggakan gaji yang diajukan kepada YAB Menteri Besar Kedah, saya ingin memberikan pencerahan kenapa isu tuntutan itu ditujukan kepada beliau.
Dengan rasa rendah diri, kami ingin melahirkan rasa kesal apabila YAB Menteri Besar yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN yang kami hormati, membuat kenyataan bagaikan entiti IHSB dan setiap kakitangan yang bekerja di dalamnya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Kerajaan Negeri.
Seperti yang saya jelaskan di dalam keterangan sebelumnya, punca kegagalan IHSB membayar gaji kami adalah kerana berlaku masalah aliran kewangan. IHSB dan anak syarikat lain menyediakan kemudahan pembelajaran dan sumber tenaga manusia untuk membolehkan pelajar-pelajar KUIN mendapat servis dan kemudahan yang mereka bayar.
Segala apa yang disediakan oleh IHSB untuk pelajar KUIN telah diperincikan di dalam invois bayaran kepada Bendahari. Invois itu telah dipersetujui dibayar oleh KUIN sebagaimana pembayaran yang dibuat sehingga sekurang-kurangnya April lalu. Namun tiada bayaran dibuat untuk invois bulan Mei hingga kini.
Dengan ini, saya tidak menafikan apa-apa jenis masalah pengurusan dan halatuju syarikat. Tetapi saya menerangkan bagaimana kami dibayar, untuk apa kami dibayar dan siapa yang perlu menjelaskan bayaran.
Penerangan ringkas:
1. IHSB sediakan servis dan kemudahan kepada pelajar KUIN
2. Pelajar bayar yuran kepada KUIN
3. KUIN akan membayar invois yang tertakluk kepada servis dan kemudian yang disediakan IHSB
Oleh sebab itulah kami sebulat suara, cuba membawa isu ini kepada perhatian YAB Menteri Besar sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN. Kerana kami percaya YAB Menteri Besar akan menjaga kebajikan pelajar dan kakitangan yang berkhidmat untuk INSANIAH.
Seiring dengan status KUIN sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri. Maka tidak menjadi sesuatu yang janggal untuk mengajukan isu tuntutan ini kepada Kerajaan Negeri sendiri.
Ketahuilah, bahawasanya kami hanyalah kakitangan yang diamanahkan tugas untuk mengoperasikan IHSB dan memastikan segala bentuk servis dan kemudahan disampaikan kepada pelajar KUIN. Untuk menafikan hak kami untuk dibayar gaji, adalah sesuatu yang amat dikesali.
Berkenaan penjelasan status perjawatan kami, sememangnya kami bukanlah di ambil bekerja di bawah Kerajaan Negeri. Kami semua tertakluk kepada perjawatan di bawah IHSB. Namun begitu, penyelesaian masalah bayaran invois dan halatuju anak syarikat oleh YAB Menteri Besar akan dapat memberi gambaran kepada status perjawatan kami.
Sepertimana hari ini, status kami tergantung kerana tiada maklumbalas yang spesifik terhadap kelangsungan halatuju syarikat daripada Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar menerusi KUIN. Dan tunggakan bayaran menyebabkan kami tidak mendapat hak kami untuk dibayar gaji.
Maka dengan itu kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera untuk membolehkan masalah pembayaran ini diselesaikan sebelum 30 Ramadhan sempena sambutan Hari Raya.
Penerangan ini tertakluk kepada pemahaman saya melalui rujukan invois dan perjanjian di antara IHSB dan KUIN. Penerangan ini juga tidak berniat untuk menunding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya cuba mencari menyelesaian untuk membolehkan Kolej Universiti INSANIAH terus maju dan berkembang.
Saya terbuka untuk dihubungi oleh sesiapa jua yang prihatin dan ingin turut sama menyelesaikan masalah ini. Saya percaya isu ini mempunyai penyelesaian, dan keterbukaan di antara kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan adalah amat dialu-alukan.
Sekali lagi saya alu-alukan sesiapa juga dari mana-mana organisasi prihatin, badan-badan kerajaan, individu atau pihak Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar sendiri untuk menghubungi saya sekiranya memerlukan penjelasan ataupun perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya boleh dihubungi melalui talian telefon 012 424 6269.
Terima kasih di atas keprihatinan anda semua, kami amat menghargai segala usaha anda untuk menyelesaikan masalah ini.
Salam Ramadhan, Salam Syawal yang bakal tiba. - http://www.taufiking.com

Sumber HD - 7-8-2013
Kuin: Mukhriz cuba lepas tangan, kenyataan bercanggah
Sarina Ismail, | 07 Ogs 2013 |
POKOK SENA: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkenaan status Kolej Universiti Insaniah (Kuin), bertentangan dari fakta sebenar dan menjerat leher sendiri.
Menurut Mahfuz, Menteri Besar Kedah itu seperti mahu menyembunyikan fakta sebenar dan mahu lepas tangan apabila mendakwa status Kuin adalah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan bukan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
"Kita kesal dengan kenyataannya yang tidak berpijak dibumi nyata. Kenyataan ini amat menyimpang dari fakta sebenar dan saya amat kesal seorang MB boleh mengeluarkan kenyataan seumpama ini," bidasnya ketika mengadakan sidang media di Pokok Sena, semalam.
Mahfuz sebelum ini membangkitkan isu pembekuan gaji kakitangan Insaniah Holding selama tiga bulan yang cuba di ketengahkan oleh Mahfuz baru-baru ini dan meminta Mukhriz selaku Menteri Besar menyelesaikannya.
"Apabila kita bertegas akan membawa hal tersebut kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, beliau (Mukhriz) mengeluarkan kenyataan 'lepas tangan' seolah-olah kerajaan negeri tidak terlibat atau bertanggungjawab dalam hal demikian.
"Kolej Universiti Insaniah Sdn Bhd merupakan milik penuh kerajaan negeri dan Lembaga Kuin sendiri dilantik oleh kerajaan negeri. Malah Pengerusi Lembaga Insaniah adalah Menteri Besar sendiri.
"Oleh itu adalah tidak wajar sekiranya dikatakan masalah yang dihadapi oleh kakitangan Insaniah Holding bukan masalah kerajaan negeri," tegasnya lagi.
Sambung beliau lagi, Kuin didaftarkan di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta dan akan tamat tempoh pada 17 Mei 2016. Walau pun Kuin milik kerajaan negeri namun statusnya adalah IPTS bukan IPTA.
Apabila Mukhriz mengatakan masalah kakitangan Insaniah Holding bukan bidang kuasa kerajaan negeri, beliau menyifatkan kenyataan itu sangat pelik dan tidak berasas.
"Insaniah Holding merupakan milik penuh Kolej Universiti Insaniah Sdn Bhd kerana apabila sesebuah institusi pengajian yang didaftarkan sebagai institusi swasta, antara syaratnya ianya memerlukan syarikat yang mengendalikannya.
"Oleh itu Insaniah Holding mempunyai kaitan serta pemegang 'share' dengan Kolej Universiti Insaniah Sdn.Bhd. Kenyataan beliau yang menyifatkan Kuin bukan universiti swasta dan menafikan kelayakan mendapat ganjaran seperti kakitangan swasta amatlah dikesali.
"Kerana setakat ini kerajaan negeri masih gagal membuat keputusan secara rasmi berhubung status kakitangan Insaniah Holding dan mereka masih dinafikan hak untuk menerima gaji," ujarnya.
Mahfuz juga mempersoal kenapa Mukhriz secara tiba-tiba mengatakan wujudnya penyelewengan di Insaniah Holding.
Jika betul dakwaan itu, beliau meminta Mukhriz melaporkan hal demikian kepada pihak polis atau SPRM untuk menyiasat, tetapi dalam sebarang situasi, gaji pekerja tetap perlu dibayar.
"Dia kata ada kakitangan yang tak layak (tidak cukup syarat) bekerja di situ, ok, kerajaan negeri boleh buang mereka tetapi perlu ikut prosuder mengikut undang-undang yang ditetapkan. Tetapi menafikan hak dan gaji mereka tanpa bersebab adalah tidak wajar dan tidak berperikemanusian," terjah Mahfuz.
Beliau berharap Mukhriz tidak melepaskan geram atau dendam politiknya kepada pihak tertentu kepada kakitangan Insaniah Holding.
Malah, Mahfuz juga mempertikaikan kewajaran Mukhriz mahu menyelesaikan masalah berkenaan secara ehsan, sedangkan kakitangan itu mempunyai hak mengikut perjanjian untuk menerima gaji mereka yang dinafikan sejak Mei lalu.
"Saya berharap, Menteri Besar dapat menterjemahkan erti berpuasa di bulan Ramadan. Jangan tunggu sehingga tindakan undang-undang diambil kerana ini boleh menjatuhkan nama baik sesebuah kerajaan kerana gagal memberi hak sewajarnya kepada pekerja tanpa sebab yang munasabah," sambungnya lagi.
Kesal kenyataan MB
Sementara itu, wakil Insaniah Holding, Fadli kesal dengan kenyataan MB, kononnya mereka diambil tidak mengikut prosedur dan tidak mempunyai kelayakan sepatutnya.
Kenyataan berkenaan katanya, seolah-oleh menghina kewibawaan sesetengah pensyarah yang diambil terus dari universiti awam di Malaysia seperti Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
"Pengambilan pekerja mengikut 'Labour Law' dan kita mengadakan temuduga terlebih dahulu, kalau tak layak macamana kita boleh adakan program perubatan dan multimedia serta lain-lain.
Adakah pensyarah yang kita tawarkan ke sini tidak mempunyai kelayakan? Macam mana yang kita ambil dari USM dan UKM, adakah mereka juga tidak layak? " soal beliau kesal.
Beliau merayu agar gaji kakitangan Insaniah Holding dibayar segera memandangkan Eidul Fitri juga semakin dekat.
"Jangan pula yang berpiket dan berdemontrasi dibela dan mendapat hak sedangkan yang betul-betul bekerja tidak mendapat perhatian," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah menyatakan, adalah sesuatu yang memalukan apabila seorang Menteri Besar sanggup menyelewengkan fakta semata-mata untuk menidakkan hak kakitangan Insaniah Holding.
Maklumnya, sebelum ini Kuin didaftarkan sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah (Insaniah Sdn Bhd).
"Walau pun sekarang, Kuin diletakkan di bawah Badan Berkanun namun ianya tetap IPTS bukan IPTA kecuali Kerajaan Pusat ambil alih. Kalau dah tak mahu anak-anak syarikat yang berada di bawah Kolej Universiti Insaniah Sdn Bhd, tak ada masalah tetapi gaji pekerja dan kakitangan kena bayar. Perkara ini tidak boleh
didolak dalih.
"Sebelum ini kerajaan negeri telah meluluskan RM14 juta setahun peruntukan kepada Kuin dan pada tahun 2013 pula dinaikkan sehingga RM17 juta setahun dan disalurkan melalui Kolej Universiti Insaniah Sdn Bhd," jelasnya.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Adun Tokai, Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul, Adun Alor Mengkudu, Ustaz Ahmad Yahaya dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-8-2013
Kolej Universiti Insaniah vs Insaniah Holding Sdn Bhd
Harakahdaily, | 05 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Sempena hiruk pikuk isu permasalahan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), seorang kakitangan Insaniah Holding Sdn Bhd (IHSB), ingin memberikan keterangan sebagai pencerahan kepada beberapa pihak.
Menulis di dalam blognya, penulis menyatakan bahawa kenyataan ini dibuat di atas pemerhatian, pengalaman dan perbincangan bersama rakan-rakan lain selama mana saya masih ditakrifkan sebagai salah seorang staff IHSB.
"Saya akan hanya menyentuh isu staf dan pengurusan. Buat masa ini saya tidak akan menyentuh pelajar, tidak bermakna isu pelajar tidak berhak mendapat keutamaan, walaupun isteri saya sendiri adalah salah seorang graduan KUIN yang agak kurang bernasib baik," tulisnya.
Ini, ujarnya kerana masalah pembayaran gaji ini secara tidak langsung akan turut menyumbang kepada kerumitan masalah pelajar yang lebih teruk sekirannya tidak dibendung.
Selain dari masalah tidak dibayar gaji, kakitangan juga menghadapi masalah status gantung tidak bertali. Kami berdepan dengan situasi yang mudah digambarkan sebagai “Constructive Dismissal”. Di mana majikan gagal membayar gaji dan gagal memberi penjelasan tentang status penjawatan kami. Keadaan ini membawa tekanan kepada kakitangan dan membuatkan ramai yang ingin meletakkan jawatan.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-8-2013
Kuin: Macam bunga jatuh ke tangan kera
Zulkifli Yahaya, | 04 Ogs 2013 |
AKHIRNYA Kulliyah Muamalat yang menjadi kelompok terakhir bertahan di kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kuala Ketil juga diarah berpindah kembali ke Alor Setar. Bermakna selepas Aidilfitri nanti kosonglah kembali kampus induk Kuin yang telah dirasmikan oleh Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong penghujung tahun lalu.
Apa ertinya apabila kampus induk Kuin yang tersergam indah di Kuala Ketil itu dikosongkan oleh kerajaan negeri? Pertama, ia bermaksud kerajaan Umno tidak berminat lagi untuk menjadikan kampus induk tersebut untuk kegunaan Kuin. Kampus di Kuala Ketil adalah simbol kejayaan kerajaan lalu membangunkan sebuah institusi pendidikan tanpa sesen pun bantuan Pusat.
Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar, BN cuba mematikan pembangunan yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dahulu.
Secara tidak langsung mereka tidak mahu lima tahun Pakatan memerintah Kedah meninggalkan kesan fizikal terhadap Kedah.
Kedua, bermakna kampus induk Kuin akan dilelong atau disewa. Masakan kerajaan Umno akan membiarkan kampus yang bernilai RM330 juta, hampir lengkap dengan prasarana sebagai sebuah kampus pengajian terbiar begitu sahaja sedangkan kerajaan negeri perlu mencari sumber untuk membayar balik pinjaman terhadap institusi kewangan.
Terdapat khabar angin yang menyebut, timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).
Jika ia benar, maka ia berita malang bagi rakyat Kedah, khususnya penduduk sekitar Daerah Baling yang mengharapkan Kuala Ketil menjadi sebuah bandar universiti.
Lantaran dapat menghidu kemungkinan tersebut maka kira-kira 500 penduduk setempat bersama para waris dan pelajar Kuin mengadakan himpunan aman di hadapan kampus induk membantah arahan perpindahan pelajar kembali ke Alor Setar.
Himpunan demi himpunan yang diadakan oleh pihak pembangkang (BN) dahulu, termasuk yang dihadiri Mukhriz Mahathir mendapat liputan hampir semua media di tanah air.
Kini himpunan oleh pelajar waris dan pelajar Kuin langsung tidak mendapat tempat dalam media.
Sumber tidak rasmi kerajaan negeri menjelaskan bahawa sebab utamanya ialah kerana kos penyelenggaran terlalu tinggi, di samping terpaksa mencari dana membayar balik pinjaman membina kampus tersebut.
Sewaktu mengambilalih pentadbiran dari BN tahun 2008 dahulu, kerajaan Pakatan dibebankan dengan kos pembinaan bangunan tambahan Wisma Darul Aman bernilai RM90 juta.
Sebenarnya bangunan tersebut tidak diperlukan kerana bangunan sedia ada sudah mencukupi untuk menampung bilangan kakitangan yang ada.
Lagipun sebaik sahaja kompleks kerajaan Persekutuan di Anak Bukit siap, beberapa jabatan kerajaan Pusat yang menumpang di Wisma Darul Aman berpindah ke sana, jadi berlaku kekosongan.
Namun pentadbiran Ustaz Azizan Abdul Razak tidak mengambil langkah kurang cerdik untuk tidak menggunakan bangunan tersebut sebaliknya mahu menyewanya kepada pihak lain. Hutang yang terpaksa dijelaskan kepada Pusat sebanyak RM25 juta setahun, selama lima tahun, juga berjaya dilunaskan oleh kerajaan Pakatan, walaupun yang berhutang BN.
Sebenarnya isu pembayaran balik atau kos penyelenggaraan bukanlah perkara besar kerana BN memerintah secara pakej - Pusat dan Negeri. Semasa Pakatan tanpa bantuan Pusat pun tahu mencari sumber kewangan untuk menguruskan negeri, macam mana BN yang mengaku kaya raya di peringkat Pusat tidak mampu membantu Kedah menjayakan sebuah projek pendidikan yang boleh memberi pulangan dunia dan akhirat. Sebenarnya jika Kuin diuruskan secara profesional dengan bilangan pelajar yang mencukupi untuk setiap kulliyah maka kutipan yuran pengajian cukup untuk mentadbir IPTS tersebut.
Bayangkan kerajaan Pusat mampu menyalurkan pelbagai peruntukan yang berjumlah hampir separuh bilion ringgit hanya untuk sebuah kawasan Dun di Kuala Besut dalam usaha ‘merasuah’ rakyat mengundi BN, maka apa sangatlah dana yang perlu disalurkan untuk membantu kerajaan negeri Kedah menjayakan Kuin.
Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Jika kampus induk Kuin dapat dijayakan seperti yang dirancang oleh pengasasnya maka ia bukan setakat dapat mencipta kegemilangan pendidikan, bahkan juga dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dengan terbangunnya sebuah bandar universiti seperti mana Bandar Baru Bangi dapat hidup dan berkembang kerana adanya UKM, walaupun asalnya sekitar Bangi hanyalah dipenuhi hutan rimba dan kawasan berpaya.
Kuin mempunyai keunikan kerana muncul sebagai IPTS yang telah mengislamisaikan program-program konvensional seperti Program Perniagaan, Perbankan, Perancangan Kewangan, Risiko dan Takaful, Hospitaliti dan Pemakanan Halal dan lain-lain lagi.
Ia mendapat perhatian dari masyarakat antarabangsa, khususnya jiran di Thailand dan Indonesia yang mengadakan pelbagai kerjasama khususnya dalam berkongsi manfaat perbankan Islam. Hairan, mengapa kerajaan Umno tidak nampak semua ini.
Mereka hanya mahu mengurus Kuin dalam keadaan statik tanpa wawasan besar? Malang sungguh Kedah jatuh ke tangan BN, macam bunga terlepas ke tangan kera.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-8-2013
Kakitangan Insaniah Holding mahu mengadap Agong
Sarina Ismail, | 04 Ogs 2013 |
ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar menegaskan pihaknya bersama kakitangan Insaniah Holding bercadang mengadap Yang DiPertuan Agong jika Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir gagal menyelesaikan isu pembayaran gaji kakitangan syarikat berkenaan.
Bercakap pada sidang media di Markas PAS Pokok Sena, beliau melahirkan kekesalan terhadap tindakan kerajaan negeri yang telah membekukan gaji kakitangan Insaniah Holding sejak Mei lalu sehingga sekarang.
"Kita teramat kesal dengan tindakan berkenaan, apatah lagi di saat menjelangnya Aidil Fitri. Bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan setelah hak mereka dinafikan sejak bulan Mei lalu.
"Tiga bulan tidak diberi gaji, mereka mengalami tekanan hidup,untuk membayar sewa rumah, insuran bulanan kereta,persekolahan anak-anak, makan minum dan
lain-lain keperluan," ujar beliau kesal.
Tambah beliau lagi, pihaknya telah menghantar makluman kepada Menteri Besar Kedah melalui Ketua Pembangkang, Datuk Amiruddin Hamzah untuk mengadakan temujanji menyelesaikan masalah ini tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas daripada beliau.
Menurutnya, situasi dihadapi oleh kakitangan Insaniah Holding ketika ini tidak menentu dan dua isu pokok yang harus dilihat kerajaan negeri khususnya oleh Menteri Besar ialah mengenai status mereka dan tunggakan gaji tiga bulan tersebut.
"Walaupun dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Mukhriz menegaskan, perpindahan pelajar Mualamat ke Mergong adalah atas nama kebajikan kepada pelajar- pelajar, selain mengambil kira masalah tenaga pengajar yang terpaksa berulang alik dari Alor Setar ke Kuala Ketil, tetapi mengapa dalam soal kebajikan kakitangan Insaniah Holding dikesampingkan?
"Nasib 268 orang ini, perlu diselesaikan secepat mungkin. Bagaimana kedudukan dan status mereka. Apa yang mereka hadapi, tidak dibayar gaji tetapi tiada sebarang surat pemecatan yang dikeluarkan," sambungnya lagi.
Mahfuz juga berkata, adalah tidak wajar jika kerajaan negeri enggan menyelesaikan bayaran gaji tertunggak tersebut yang dianggar sebanyak RM2,000,750 sedangkan kebajikan dan hak mereka sebagai pekerja adalah tanggungjawab majikan.
"Walau pun Insaniah Holding ditubuhkan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dahulu, tetapi ianya mengikut prosedur perundangan dan perjanjian yang sah. Insaniah Holding bukan ditubuhkan atas dasar politik.
"Apabila Kedah diambil alih oleh BN, agenda yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum itu perlu diteruskan, seperti mana dahulu kita meneruskan semua agenda yang telah ditetapkan oleh mereka. Malah hutang yang mereka tinggalkan pun kita langsaikan. Kenapa kita tak 'cuci tangan' kerana itu bukan hutang kita?" soal Mahfuz.
Harapan beliau agar kerajaan negeri dapat menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin iaitu sama sepertimana kakitangan kerajaan menerima bonus hari raya sekaligus nasib mereka ini juga dapat pembelaan pada waktu yang sama.
"Jangan pula nanti, mereka semua berpakat berkhemah di hadapan rumah Menteri Besar kerana tiada penginapan kerana dihalau dari rumah sewa akibat gagal membayarnya," ujarnya.
Sementara itu, wakil dari Insaniah Holding, CEO Insan Sistem, Ir Mansur Mahmud, juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri terhadap mereka.
Beliau berharap kerajaan negeri perlu mengenang kembali jasa-jasa Insaniah Holding kepada pembangunan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
"Insaniah Holding banyak membantu dalam soal pembangunan KUIN di Kuala Ketil serta membantu mengendalikan asrama dan kebajikan pelajar.
"Kita dah minta MB datang jumpa kami tapi bukan saja MB tak datang, wakilnya pun tak ada. Bagi saya sebahagian yang tunjuk hero membela KUIN kononnya, sebenarnya hanya mempunyai kepentingan peribadi.
"MB patut tengok masalah kami, jangan ada dendam kesumat. Kakitangan Insaniah Holding adalah 'free political', bukannya hanya memihak pada satu-satu parti sahaja," katanya yang juga merupakan Pengerusi Badan Bertindak masalah berkenaan.
Sementara itu, Pengawai Operasi Insaniah Holding, Aidi Ahmad menegaskan, mereka telah mengadakan pertemuan dengan Exco Pendidikan Negeri, Dato' Tajul Urus Mat Zin tetapi sehingga kini tiada sebarang jawapan atau tindakan yang diambil.
Maklum beliau, pada akhir bulan Jun lalu, dua kali surat permohonan dihantar kepada Menteri Besar untuk mengadakan perjumpaan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan.
Selain itu Mahfuz juga memberitahu, memo kepada Yang diPertuan Agong juga telah diserahkan kepada istana.
Turut serta pada sidangmedia tersebut kira-kira 200 orang kakitangan dan keluarga Insaniah Holding.
Dalam pada itu, Mahfuz turut menyampaikan sumbangan peribadi duit raya kepada anak-anak kakitangan berkenaan.
Turut hadir bersama, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Senator Datuk Muhamad Yusuf Husin dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-8-2013
500 demo bantah pindah kampus KUIN
Harakahdaily, | 30 Jul 2013 |
(Pelajar, ibu bapa, kakitangan dan penduduk kampung demo bantah perpindahan KUIN dari Kuala Ketil)
KUALA KETIL: 500 pelajar, waris dan penduduk Kuala Ketil berkumpul di hadapan pintu gerbang utama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kampus Kuala Ketil petang semalam bagi mendesak agar kampus itu dikekalkan.
Ini berikutan arahan berpindah yang mereka terima dari pihak pentadbiran KUIN 16 Julai lalu yang mengarahkan semua pelajar berpindah semula ke kampus Stargate, Alor Setar.
(Pelajar, ibu bapa dan penduduk Kuala Ketil membantah perpindahan KUIN dari sini)
KUIN merupakan sebuah kolej yang telah mengislamisaikan program-program konvensional seperti Program Perniagaan, Perbankan, Perancangan Kewangan, Risiko dan Takaful, Hospitality dan Pemakanan Halal dan lain-lain lagi.
Kampus KUIN Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta itu adalah lagenda tinggalan Menteri Besar Kedah sebelum ini, Datuk Seri Azizan Razak.
Bagi ustaz Azizan, pembinaan kampus KUIN di sini akan menjadikan Kuala Ketil satu bandar baru yang bakal membangun dengan pesat selepas ini.
Kampus ini mula digunakan kira-kira setahun lalu dan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada bulan Mei lalu.
Ekoran itu, pelajarnya dan kakitangan dipindahkan dari kampus sementaranya yang terletak di Stargate dan Mergong sebelum itu.
Namun selepas Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) dan Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar, kampus ini dikatakan mahu dijual.
(Kampus tetap KUIN di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang dibina ketika ustaz Azizan menjadi MB Kedah)
Ia juga mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti ITM (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).
Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.
Sejak beberapa bulan lalu, selain pelajar yang menjadi mangsa, kakitangan Insaniah juga tidak mendapat gaji mereka.
Dalam perhimpunan semalam, wakil pelajar yang turut berucap mengesa pentadbiran kolej mengeluarkan pekeliling pindah untuk rujukan pihak pelajar selepas pengumuman yang telah di umumkan pada 16 julai yang lalu dibuat tanpa disusuli dengan pekeliling perpindahan.
Beliau juga menyatakan agar pihak pentadbiran dapat mengekalkan KUIN Kuala Ketil.
Perpindahan yang akan melibatkan 1200 orang pelajar Fakulti Muamalat akan bermula 1 Ogos sehingga 17 Ogos akan datang.
Ia akan disusuli dengan 600 orang pelajar kulliyyah lain menyebabkan banyak menganggu proses pembelajaran dan pengajaran mereka malah melibatkan masalah kebajikan juga.
(Seorang wakil pelajar berucap dalam perhimpunan itu)
Memorandum yang telah dihantar ke peringkat pentadbiran kolej dan Pejabat Menteri Besar pada 25 Julai yang lalu belum mendapat jawapan sehingga kini.
Manakala pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pula akan mengambil tindakan terhadap memorandum yang telah dihantar oleh mahasiswa.
Wakil waris juga meminta pihak pentadbiran kolej dan pihak kerajaan negeri mengambil serius berkaitan masalah ini kerana melihat kepada kebajikan pelajar yang akan terganggu dengan perpindahan kali ke tiga ini.
Selepas perpindahan kali pertama dari Mergong ke Stargate dan perpindahan kali kedua dari Stargate ke Kuala Ketil, kini mereka akan berpindah lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-7-2013
Agong lawat Ustaz Azizan di hospital
Harakah, | 30 Jun 2013 |
(Yang Dipertuan Agong menziarahi bekas MB Kedah buat kali kedua di hospital baru-baru ini)
PULAU PINANG: Gambar lawatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah ke atas bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Hospital Pulau Pinang, petang Khamis, 2 Jun lalu menjadi gambar muka depan Harakah.
Tuanku dan kerabat baginda begitu mengikuti perkembangan semasa Ustaz Azizan sejak menjalani rawatan di situ awal Mei lalu.
Lihat laporan lanjut dalam Harakah edisi Isnin.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-6-2013
Cari alternatif dekati golongan wanita
Harakah, | 26 Jun 2013 |
ALOR SETAR: “Muslimat pernah bekerja di kala kita belum menang, muslimat juga pernah bekerja ketika kita menang dan kini kita perlu meneruskan kerja kita dalam situasi kita kalah,” ucap Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali di hadapan kira-kira 600 aktivis Dewan Muslimat PAS negeri, dekat sini, baru-baru ini.
(Ustaz Siti Ashah sedang berucap)
Menurut beliau, walaupun Muslimat PAS telah bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan ganjaran, namun mereka mungkin terlepas pandang beberapa perkara yang dianggap remeh tetapi penting bagi menawan hati rakyat.
“Kita melihat gelombang kemenangan pada PRU ke-13 memihak kepada kita namun terlupa bahawa BN juga membina kekuatan untuk mengambil semula Kedah daripada kita,” kata beliau pada Majlis Muhasabah dan Kesyukuran PRU13.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak mencari alternatif baru dalam mendekati golongan wanita.
Ikuti laporan penuh dalam Harakah cetah edisi Jumaat ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-6-2013
PAS kesal Maahad Tahfiz ditangguh
Harakah, | 19 Jun 2013 |
ALOR SETAR: Alasan kerajaan BN negeri menangguhkan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) di Pulau Tuba dianggap tidak munasabah dan seolah-olah sengaja melumpuhkan pembangunan sekolah berkenaan.
Exco Agama negeri, Mohd Rawi Abd Hamid dilaporkan berkata, pelaksanaan projek MTSD di Pulau Tuba perlu dinilai semula sebelum kerja-kerja pembinaannya dibuat.
Alasan utama beliau adalah bekalan elektrik di kawasan terbabit tidak mencukupi dan perlu bergantung kepada jana kuasa, kekurangan sumber bekalan air serta teknologi yang terhad.
Laporan penuh dalam Harakah cetak Jumaat ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-6-2013
PAS Kedah gerakkan ahli turun himpunan 22 Jun
Harakahdaily, | 17 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Kedah menyatakan sokongan penuh terhadap himpunan Black505 yang dijadual berlangsung di Padang Merbok 22 Jun ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS negeri itu akan mengumpul seramai mungkin ahlinya untuk hadir ke ibu negara pada hari tersebut.
"Sebagai pesuruhjaya, saya menyeru semua kawasan untuk mengumpul dan menggerakkan ahli untuk hadir ke himpunan tersebut.
"Kita di pihak PAS Kedah menyokong penuh himpunan bagi membantah penipuan dalam pilihan raya lalu," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Himpunan Black505 merupakan himpunan bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Ianya dianjurkan oleh gabungan NGO serta mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat.
Himpunan ini juga telah diadakan diseluruh negeri dengan kehadiran yang sangat memberangsangkan dan kemuncaknya dijangka pada 22 Jun ini di ibu negara.
Sementara itu, penganjur himpunan bertegas untuk mengadakan himpunan tersebut di Padang Mebok biarpun tidak dipersetujui oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Hasil pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib 14 Jun lalu, penganjur berkata buat masa ini mereka kekal "status quo" untuk mengadakan himpunan itu di padang tersebut sekalipun DBKL tidak membenarkannya.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS negeri itu akan mengumpul seramai mungkin ahlinya untuk hadir ke ibu negara pada hari tersebut.
"Sebagai pesuruhjaya, saya menyeru semua kawasan untuk mengumpul dan menggerakkan ahli untuk hadir ke himpunan tersebut.
"Kita di pihak PAS Kedah menyokong penuh himpunan bagi membantah penipuan dalam pilihan raya lalu," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Himpunan Black505 merupakan himpunan bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Ianya dianjurkan oleh gabungan NGO serta mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat.
Himpunan ini juga telah diadakan diseluruh negeri dengan kehadiran yang sangat memberangsangkan dan kemuncaknya dijangka pada 22 Jun ini di ibu negara.
Sementara itu, penganjur himpunan bertegas untuk mengadakan himpunan tersebut di Padang Mebok biarpun tidak dipersetujui oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Hasil pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib 14 Jun lalu, penganjur berkata buat masa ini mereka kekal "status quo" untuk mengadakan himpunan itu di padang tersebut sekalipun DBKL tidak membenarkannya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-6-2013
Saya akan lompat meja jika...
Mohd Sabri Said, | 17 Jun 2013 |
(Kampus tetap KUIN yang terletak di Kuala Ketil yang dibina dengan belanja lebih RM330 juta)
TASEK GELUGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kuala Ketil, Cikgu Zuki Mohd Yusuf (gambar bawah) sanggup 'lompat atas meja' pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah sekiranya kerajaan negeri bertindak menjual Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada masa depan.
Menurutnya lagi, KUIN harus menjadi kebanggaan kerajaan negeri tidak kira siapa yang memerintah kerana di situlah hak pendidikan yang harus dijagai sampai bila-bila.
Sekarang ini, timbul kemungkinan kerajaan negeri Kedah yang baru tidak akan mengambil tanggungjawab untuk mempertahanakan pendidikan tambahan lagi ianya diasaskan oleh PAS.
"Saya akan jadi Adun pertama menentang penjualan KUIN sebab KUIN amat bermakna bagi kita dan rakyat Kedah terutamanya," tegas beliau.
Semasa Pakatan Rakyat mentadbir Kedah, tumpuan diberikan untuk membangunkan bidang pendidikan sehingga menjadi satu masalah kepada Barisan Nasional (BN).
Beliau yakin BN tidak akan duduk diam sebaliknya tetap menentang semua projek yang dilaksanakan oleh PAS walaupun ianya merupakan hak rakyat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-6-2013
PAS kedah fokus penyusunan semula parti
Hazayani Zakaria, | 13 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Kedah sedang memberi tumpuan kepada persiapan mesyuarat agung tahunan di peringkat cawangan dan kawasan yang tentunya akan memberi fokus kepada penyusunan semula parti di semua peringkat.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, setiap cawangan dan kawasan akan menyusun semula jawatankuasa memandangkan tahun ini merupakan tahun pemilihan.
"Tahun ini tahun pemilihan jadi mungkin akan ada perubahan kepimpinan di cawangan dan kawasan.
"Mesyuarat agung di peringkat cawangan dan kawasan akan selesai pada September ini dan fokusnya sudah tentulah kepada penyusunan semula parti," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Bagi peringkat PAS cawangan, tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan adalah bermula 25 Mei sehingga 15 Julai manakala peringkat kawasan pula 12 Ogos hingga 30 September.
Peringkat dewan-dewan negeri pula, tarikh muktamar tahunan yang ditetapkan adalah bermula 1 hingga 31 Oktober ini.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga, PAS Kedah akan mengadakan pertemuan dengan jentera parti yang baru bagi mengumpulkan idea untuk memantapan gerak kerja PAS di negeri itu.
"Selesai semua mesyuarat agung, kita akan adakan pertemuan untuk sesi sumbang saran idea-idea baru bagi PAS Kedah," katanya.
Tambah beliau juga, mesyuarat agung juga akan membincangkan post mortem kekalahan PAS di Kedah.
Bagamanapun katanya, keputusan keseluruhan post mortem akan diketahui dalam masa empat bulan lagi selepas jawatankuasa post-mortem pilihan raya peringkat negeri ditubuhkan Mei lalu.
Jawatankuasa itu dipengerusikan Timbalan Yang Di-Pertua (YDP) PAS Sg. Petani Sobri Osman manakala timbalannya Dr Hayati Othman yang juga Timbalan YDP PAS Pendang.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, setiap cawangan dan kawasan akan menyusun semula jawatankuasa memandangkan tahun ini merupakan tahun pemilihan.
"Tahun ini tahun pemilihan jadi mungkin akan ada perubahan kepimpinan di cawangan dan kawasan.
"Mesyuarat agung di peringkat cawangan dan kawasan akan selesai pada September ini dan fokusnya sudah tentulah kepada penyusunan semula parti," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Bagi peringkat PAS cawangan, tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan adalah bermula 25 Mei sehingga 15 Julai manakala peringkat kawasan pula 12 Ogos hingga 30 September.
Peringkat dewan-dewan negeri pula, tarikh muktamar tahunan yang ditetapkan adalah bermula 1 hingga 31 Oktober ini.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga, PAS Kedah akan mengadakan pertemuan dengan jentera parti yang baru bagi mengumpulkan idea untuk memantapan gerak kerja PAS di negeri itu.
"Selesai semua mesyuarat agung, kita akan adakan pertemuan untuk sesi sumbang saran idea-idea baru bagi PAS Kedah," katanya.
Tambah beliau juga, mesyuarat agung juga akan membincangkan post mortem kekalahan PAS di Kedah.
Bagamanapun katanya, keputusan keseluruhan post mortem akan diketahui dalam masa empat bulan lagi selepas jawatankuasa post-mortem pilihan raya peringkat negeri ditubuhkan Mei lalu.
Jawatankuasa itu dipengerusikan Timbalan Yang Di-Pertua (YDP) PAS Sg. Petani Sobri Osman manakala timbalannya Dr Hayati Othman yang juga Timbalan YDP PAS Pendang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-6-2013
No comments:
Post a Comment