Semua perancangan Najib gagal, terhempas sebelum terbang
- Jan 16, 2014
- ASPAN ALIAS
Pendeknya tidak seorang pun dalam kabinet dan Majlis Tertinggi parti berani memberikan nasihat dan menegur pucuk pimpinan sedangkan itu adalah tanggungjawab mereka untuk melakukannya. Akhirnya seluruh barisan pimpinan tertinggi UMNO dan BN hanya membisu tetapi tidak pula menahan diri mereka dari mengumpat pucuk pimpinan mereka di belakang PM yang paling ‘controversial’ dalam sejarah negara.
Dalam lain perkataan seluruh pimpinan tertinggi UMNO terutamanya, tidak boleh diyakini mampu untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab. Mereka semua hanya berbuat tidak tahu sahaja seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan membiarkan sahaja perkara yang menderitakan rakyat berbilang kaum dalam negara ini. Justeru UMNO itu sendiri dijadikan benteng untuk melindungi semua kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan parti itu.
Sepatutnya UMNO menjadi pelindung kepada rakyat serta mempastikan pimpinan mereka tidak berlaku sumbang terhadap rakyat lebih-lebih lagi kepada bangsanya sendiri. Kita tidak dapat bayangkan betapa tidak bertanggungjawabnya UMNO terhadap bangsa Melayu itu sendiri kerana menyebabkan bangsanya dipandang rendah oleh bangsa-bangsa lain sehinggakan tidak lagi ada di kalangan barisan pemimpin tertingginya untuk mengembalikan kredibiliti bangsa kita sendiri.. Malahan pimpinan UMNO merupakan penyumbang terhadap kejatuhan tahap persepsi bangsa lain dan masyarakat antarabangsa di dunia ini terhadap orang Melayu.
Semua pimpinan kita berimejkan rasuah dan stigma ini tidak dapat dibuang lagi. UMNO itu rasuah, rasuah itu UMNO. Begitu lah persepsi rakyat terhadap parti itu. UMNO sedang menghadapi krisis keyakinan di tahap yang terendah sekarang ini. Berbagai-bagai persepsi yang ada kepada UMNO itu kini. UMNO dikaitkan dengan rasuah, jenayah yang berbagai-bagai dan salah guna kuasa yang tidak terbendung, malahan segala-gala yang buruk itu ada kepada UMNO.
Kita tidak tahu sama ada Najib sedar atau pun tidak yang kata-kata beliau serta barisan rakan pimpinan beliau sentiasa dipandang remeh oleh masyarakat negara ini termasuk bangsa Melayu yang sedar tentang keadaan kepimpinan dan negara kita kini. Kata-kata pucuk pimpinan kita sentiasa diremehkan oleh rakyat kerana tahap persepsi rakyat terhadap kepimpinan UMNO adalah yang terendah dalam sejarah merdeka kita.
Kita masih tertunggu-tunggu jawapan kepada masalah yang rakyat hadapi. Isu terhadap kerajaan sekarang terlalu banyak sehinggakan tidak dapat dibariskan dalam masa yang singkat jika hendak diingat dan selesaikan. Negara telah diabaikan oleh pimpinan yang memerintah hari ini dan rakyat yang ada sekarang ini terpaksa memberikan sokongan kepada pihak lain yang belum tentu boleh memberikan penyelesaiannya. Rakyat sudah sampai ke tahap tidak berdaya untuk menahan ragam dan sikap pimpinan kita terutamanya pucuk pimpinan di atas dan ramai di antara mereka memberikan sokongan kepada pihak pembangkang walaupun kita melihat pembangkang sendiri sedang menghadapi kecelaruan dalam parti masing-masing.
Hanya PAS nampaknya yang agak tenang dan PAS boleh menjadi penyejuk kepada perasaan panas yang dihadapi oleh rakyat di atas perlakuan pucuk pimpinan dan penyokongnya di dalam kabinet itu.
Kita memahami hakikat yang politik negara ini banyak ditentukan orang Melayu dan jika ada pihak-pihak yang cuba untuk berbohong kepada orang Melayu dengan berbagai-bagai retorik kosong mereka akan gagal untuk menarik perhatian mereka. Saya bermaksud jangan sekali-kali membohongi orang Melayu kali ini kerana orang Melayu sudah terlalu jemu dibohongi oleh parti mereka sendiri. Jika selama ini Melayu dikatakan mudah dibohongi kali ini mereka dirasakan tidak lagi mahu suapkan dengan retorik dan slogan kosong yang mereka sudah mual mendengarnya.
Nafsu Najib masih kuat untuk terus memegang kuasa, tetapi tidak bertenaga lagi. Sudah sampai masanya beliau mengangkat tangan dan mengakui yang beliau tidak berkemampuan untuk mentadbir negara ini. Semua yang dilakukannya gagal dan tidak selesai. Bak kata orang Negeri Sembilan, ‘ghoso eh ado, tapi kojo tak siap’…..yang bermaksud. ‘he has the urge and will, but with no more power’. Tidak ada kerja yang akan siap dan sempurna dilakukannya.
Hasilnya, oleh kerana beliau masih berada di kerusi itu beliau dikelilingi oleh ahli-ahli penasihat dan kabinet yang lemah sehinggakan tidak ada siapa yang boleh mengambil alih tugas beliau kerana seluruh anggota kabinet adalah dari acuan yang sama.
Gantilah Najib dengan salah seorang dari kabinet yang ada, keadaan akan serupa sahaja keadaannya, malahan mungkin lebih buruk lagi. Itulah dilema ahli-ahli UMNO sebenarnya, tetapi yang mana sudah sedar mereka tidak lagi bergiat dan memberikan sokongan kepada PAS dan mana-mana NGO yang lain.
Semua yang Najib rancang tiada apa yang berhasil. Beliau pun tidak faham apa yang beliau rancangkan kerana beliau hanya bergantung kepada nasihat PEMANDU yang tidak berfaedah dan beliau sendiri pula tidak faham apa yang dinasihatkan itu. Negara akan terus berpecah belah kerana kelemahan kepimpinan ini. Berbagai-bagai persepsi buruk yang lain yang dianggap oleh pimpinan seperti tiada apa yang berlaku.
Jenayah di sana sini. Rompakan harta rakyat berlaku sepanjang masa tetapi tidak pula terjumpa pesalahnya walaupun mereka berkeliaran di depan mata kita sepanjang masa. Yang dibunuh tiada pembelaan kerana yang membunuh dilindungi oleh kuasa yang ada di tangan mereka. Tetapi orang dan kumpulan yang sama yang mengaku hendak mempertahankan agama Islam. Islam apa yang mereka pertahankan kita pun tak tahu.
Najib tidak sepatutnya dibawa ke dalam politik negara dari awal lagi. Beliau layaknya duduk bersembang dengan saya dan yang lain yang tidak berkepimpinan ini di warung-warung dan kedai kopi minum teh tarik kalau malas hendak ke masjid. Tetapi malangnya kita berikan tanggungjawab besar negara kepada beliau dan kita minta beliau melakukan transformasi dan berbagai lagi. Kita telah memberikan tugas menjaga negara kepada yang tidak ahlinya.
Itu sebabnya semua program transformasi perancangan Najib terhempas sebelum terbang (crash before taking off). - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 16-1-2014
Tumbuk Timbalan Menteri: Umno keluar surat tunjuk sebab
- Jan 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata surat itu perlu dijawab individu terbabit, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi sebelum tindakan lanjut diambil.
"Umno memandang serius terhadap tindakan tersebut dan kepimpinan tertinggi parti berasa kesal dengan insiden itu dan menganggapnya sebagai tidak sewajarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Tengku Adnan berkata Umno menolak tindakan kekerasan dalam apa-apa penyelesaian masalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak terbabit terhadap Kamalanathan yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor.
Katanya dalam apa-apa hal pun, pendirian Umno tetap teguh kepada penyelesaian masalah secara bermesyuarat dan perbincangan tanpa ada pertelingkahan atau bentuk kekasaran yang tentunya hanya akan mengundang keadaan lebih buruk.
Pada kejadian Ahad lepas, Kamalanathan dilaporkan ditumbuk oleh seorang lelaki di pejabat wakil rakyat itu selepas satu program dianjurkan di kawasan berkenaan. - Bernama
Sumber HD - 16-1-22014
Najib lemah, bekas menteri mahu Tun M dikembalikan
- Jan 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Kelemahan itu katanya sangat ketara apabila tiada ketegasan dalam tindakan berdepan ancaman daripada sudut perkauman, agama dan tekanan ekonomi.
Kenyataan itu dilontarkannya bersekali dengan cadangan agar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dikembalikan dalam kerajaan.
Kata beliau, cadangan pihak tertentu agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula, bukan penyelesaian kepada kelemahan Najib itu.
Namun yang lebih tepat adalah membawa kembali Dr Mahathir ke dalam kabinet negara.
“Kehadiran Dr Mahathir bukan sahaja mampu memulihkan kekusutan yang timbul pada hari ini, tetapi juga kepada BN untuk menghadapi PRU14,” katanya dipetik Sinar Harian.
Zainuddin dipetik berkata, aura Dr Mahathir masih kuat sehingga ke hari ini apabila generasi muda juga tertarik dengan setiap pandangan yang diutarakan bekas perdana menteri itu.
“Sekalipun ISA dikembalikan, jika tiada ketegasan politik dalam melaksanakan secara bijak, berani dan tegas, maka ISA tidak berkesan,” katanya.
Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas mengenai apakah jawatan yang wajar diberikan kepada Dr Mahathir jika beliau duduk dalam barisan kepimpinan negara.
Sumber HD - 12-1-2014
Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?
- Jan 10, 2014
- SHAHBUDIN HUSIN
Ketika rakyat bising dengan kenaikan harga barang dan melakukan demonstrasi bantahan mengenainya, Najib yang menjadi Perdana Menteri lebih selesa menghabiskan masanya bercuti bersama keluarga. Sehingga kini ke mana percutian hujung tahun Najib, sama ada ke Sydney, Los Angelas atau hujung dunia yang lain, masih lagi menjadi misteri.
Tapi yang pastinya, ketika rakyat bising, merungut dan digelar bughah, beliau sedang bersenang-lenang di luar negara.
Ketika isu kalimah Allah muncul kembali dan menghangatkan pertikaman antara Islam dan Kristian, walaupun beliau ada di dalam negara tetapi keberadaannya tidak memberi erti. Sudah berminggu-minggu isu ini menjadi perdebatan, apa pendirian Najib sebagai Perdana Menteri langsung tidak diketahui.
Beliau bukan saja tidak mahu menyatakan pendiriannya, malah tidak mahu bercakap dengan media mengenainya. Begitu juga, walaupun beliau turut mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet ketika isu kalimah Allah ini sedang hangat diperkatakan, kita juga tidak tahu sama ada ia dibincangkan atau tidak. Yang kita tahu, sehingga ini Najib masih membisu mengenai isu Allah ini sedangkan sebahagian punca timbulnya masalah ini adalah daripada tindakannya menyetujuinya formula 10 perkara dengan penganut agama Kristian pada 2010 dahulu.
Begitu juga, ketika harga barang naik, kos sara hidup meningkat dan rakyat dipaksa mengikat perut, apa yang kita dengar perbelanjaan kerajaan untuk menampung kehidupan keluarga Perdana Menteri terus bertambah, termasuk bertambahnya jet mewah yang disewa.
Hutang negara yang semakin membesar dan hampir mencecah tahap 55 peratus iaitu kategori yang boleh dianggap muflis, ia langsung tidak menzahirkan perubahan kepada gaya hidup, gaya perbelanjaan dan langkah berjimat cermat Perdana Menteri dan kerajaan.
Dalam analogi yang mudah, Perdana Menteri adalah umpama nakhoda bagi sebuah kapal. Dalam pelayarannya kapal itu, nakhoda inilah yang semestinya memainkan peranan untuk memastikan perjalanan sentiasa selamat, cukup bekalan makanan, anak-anak kapal terpelihara, tiada kemalangan atau kecederaan apabila ribut dan badai melanda serta menentukan pelbagai perkara lagi. Yang penting, nakhoda mesti tahu peranannya dan sentiasa berperanan ketika saat-saat genting.
Tidak dikatakan nakhoda yang baik apabila seseorang nakhoda itu tidak memainkan peranan sepanjang pelayaran sehingga kapal sering terumbang-ambing, dimasuki air dah tidak tentu hala tujunya.
Dalam kedudukan Najib yang sering tidak berperanan, membisu dan mendiam diri terhadap berbagai isu yang muncul sedangkan beliau sebagai nakhoda begitu dituntut peranannya, beliau kini tidak ubah seperi nakhoda yang gagal dan tidak berguna. Tindakannya yang tidak mahu bersuara atau takut bersuara di ketika rakyat dibebankan dengan banyak permasalahan menjadikan beliau semakin tidak berperanan di mata rakyat.
Negara seolah-olah tiada Perdana Menteri ketika isu kalimah Allah ini hangat diperkatakan. Ia seperti dibiarkan begitu saja tanpa sebarang kawalan dan panduan. Semua orang boleh bercakap, menuduh, mengkritik, menghentam dan melemparkan tuduhan kepada sesiapa saja.
Amatlah malang dalam keadaan yang boleh mencetuskan perbalahan bila-bila masa ini, Mahathir terpaksa bersuara dan mengajar Najib seperti menyarankan supaya kerajaan berjimat cermat dan mengurangkan kos serta meminta pihak swasta menyuarakan kebimbangan dalam isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan mengembalikan ISA dalam menangani kemelut isu kalimah Allah yang kian memuncak sekarang ini.
Ini nyata berbeza ketika era Mahathir dulu. Semua perkara dalam kawalannya dan semua isu yang berbangkit akan mendapat perhatian daripadanya. Tidak pernah, walau sekecil mana sesuatu isu itu yang tidak mendapat perhatian daripadanya. Begitu juga ketika zaman Pak Lah, walaupun beliau dituduh lemah dan tidak sepantas Mahathir tetapi dalam semua isu yang berlaku, suaranya tetap kedengaran.
Apabila seorang Perdana Menteri bersuara dan memberi kenyataan dalam sesuatu isu, sekurang-kurangnya petunjuk kepada jalan penyelesaian dapat dilihat. Berbanding sekarang, dalam isu kalimah Allah misalnya, oleh kerana Najib memilih untuk berdiam diri dan membisu, ke arah mana penyelesaiannya masih lagi menjadi kabur dan tidak ketahuan. Semua orang seperti dibiarkan menyalakan api dan mencurahkan minyak.
Dalam hal ini, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri atau nakhoda kepada sebuah kapal, hampir tidak ada. Oleh kerana peranan Perdana Menteri lebih terlihat dalam aspek perbelanjaan mewah dan pemborosan sahaja, kelakuannya tidak ubah seperti nakhoda yang asyik tidur ketika kapal sedang belayar tetapi hanya muncul ketika waktu makan sahaja. Sungguh jelek nakhoda seperti itu.
Di mata rakyat, itulah kedudukan Najib sekarang. Ada atau tiada beliau, hampir tiada bezanya. Kedudukan Perdana Menteri sebagai nakhoda, penunjuk jalan dan pembimbing dalam meredakan keadaan apabila berlaku krisis, nampaknya sudah tidak berfungsi lagi. Malah dalam banyak keadaan, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri lebih merupakan beban dan masalah kepada rakyat.
Sudah ramai yang menyoal, apa gunanya seorang Perdana Menteri kepada kita sekarang ini?
Selagi Najib atau yang sefesyen dengannya menjadi nakhoda negara ini, jawatan Perdana Menteri bukan saja tidak memberi manfaat kepada rakyat, malah lebih dianggap beban yang hanya meningkatkan kos saraan semata-mata. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 10-1-2014
Kata Tun hudud tidak wujud dalam al-Quran
- Jan 10, 2014
- http://www.ustaznoramin.com
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran
Salam, ustaz baru-baru ni heboh pasai Tun cakap hudud tak wajib ke atas orang Islam sebab tiada dalam al-Quran katanya hanya kata-kata ahli fiqah saja. Apa pendapat ustaz pula, sedangkan para ulamak-ulamak memperjuang hukum hudud Allah kerana terdapat dalam al-Quran juga mengatakan wajib melaksanakan hukum Allah...
Jawapannya
Memang semua orang kenali bahawa Tun Mahadir adalah orang yang bijak. Banyak jasa-jasanya yang dilakukan terhadap pembangunan negara sewaktu ia menjadi perdana menteri Malaysia dahulu. Cuma kekurangan yang ada pada Tun adalah ilmu-ilmu agama, sebab itulah ada sebahagian hujah-hujah agama yang dikeluarkan oleh Tun sangat bertentangan dengan disiplin ilmu agama yang ada. Berlakulah pandangan-pandangan yang sangat meleset dari kebenaran yang telah dirungkaikan oleh ulama dari dua manhaj yang ditinggalkan Rasulullah SAW iaitu al-Quran dan sunah.
Mengenai kata-kata Tun bahawa hukum hudud tiada di dalam al-Quran itu merupakan satu kesalahan yang sangat besar. Kerana dari segi hakikatnya banyak ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang pelaksanaan hukum hudud. Untuk makluman pembaca budiman, hudud adalah sebahagian kecil undang-undang Islam yang terdapat di bab Jenayah Islam. Sebenarnya undang-undang Islam meliputi semua perkara yang dinamakan syariat Islam termasuklah hukum qisas, hudud dan takzir.
Mari kita singkap ayat-ayat al-Quran yang menceritakan kewajipan melaksanakan hukum hudud, antaranya ialah :
Kesalahan mencuri. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-dua mereka (sebagai) pembalasan terhadap apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan (kemurkaan)dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Maidah : 38)
Kesalahan berzina. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Perempuan-perempuan yang berzina dan lelaki-lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan dan janganlah belas kasihan kepada keduanya menghalang kamu dari menjalankan agama(hukuman) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan hendaklah perlaksanaan hukuman terhadap mereka berdua disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”. (Surah an-Nur : 2)
Kesalahan menuduh zina tanpa empat orang saksi. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik melakukan zina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (penuduh) dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selama-lamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasiq”. (Surah an-Nur : 4)
Kesalahan minum arak. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji dari perbuatn syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu ingin menimbulkan permusuhan dan kebencian di kalangan kamu dengan meminum arak dan berjudi, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang, maka adakah kamu mahu berhenti (dari melakukan perkara tersebut)”. (al-Maidah : 90-91)
Kesalahan murtad. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Barangsiapa yang murtad di kalangan kamu dari agamanya lalu dia mati dalam keadaan kekafiran itu, maka sia-sialah segala amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka inilah penghuni neraka dan kekal di dalamnya selama-lamya”. (Surah al-Baqarah : 217)
Kesalahan menderhaka kepada pemerintah Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja) atau di buang negeri (kalau mwereka mengganggu ketenteraman awam. Hukuman yang demikian adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.” (al-Maidah : 33)
Hudud ini bukan rekaan ahli fekah, tetapi sudah lama termaktub di dalam kitab al-Quran dan hadis. Jadi dakwaan mengenai rekaan ahli fekah itu adalah tuduhan yang salah tanpa menyelidiki dahulu sumber-sumber yang dibincangkan oleh ulama fekah. Inilah musibah yang dihadapi oleh kita semua apabila orang yang tidak ahli berhujah mengenai hukum-hukum Islam. Amat malang semua ini dirujuk pula kepada mereka yang jelas ingin menentang kebenaran Islam dengan menolak dalil-dalil hadis dan mereka berkata al-Quran sudah lengkap tidak perlu lagi hadis-hadis dan hujah ulama.
Gambaran yang dapat saya buat di sini seperti sebuah kapal yang berlayar di lautan luas, ia memerlukan satu enjin yang kuat, body yang tahan dari pukulan ombak, nahkodanya juga cukup arif dalam bidang pelayaran. Insyaallah semua anak kapalnya akan selamat tiba ke distinasi yang dituju. Cuba anda bayangkan bagaimana jadinya kapal tersebut apabila kurang salah satu dari tiga komponen yang penting ini. maka sudah pasti ia tidak boleh belayar, sekiranya belayar ia akan melencung jauh dari distinasinya.
Begitu juga Islam terdiri daripada beberapa asas utama iaitu al-Quran, al-Hadis dan ijmak ulama. Di sini bukan bermaksud al-Quran itu lemah, tetapi ia menjadi sokongan atau penguat antara satu sama lain. Sebenarnya setiap hadis dan ijmak ulama itu datangnya juga dari al-Quran. Jadi tidak ada satupun hukum Islam itu yang direka oleh ahli fekah. Buktinya boleh lihat di dalam kitab-kitab fekah setiap hujah dikuatkan dengan al-Quran dan hadis.
Akhir sekali, diharapkan Tun dan juga mereka yang berpandangan sama dengannya kembalilah bertaubat dan perbetulkan pandangan agar ia selaras dengan apa yang dinyatakan oleh al-Quran, hadis dan ijmak ulama. Sebelum mengeluarkan sesuatu hujah mengenai Islam, maka sebaiknya rujuklah kepada mereka yang ahli mengenainya, supaya setiap pandangan dibuat tidak sesat jauh dari jalan yang dibawa oleh Islam.
Sumber HD - 10-1-2014
Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara
- Jan 07, 2014
- SHAHBUDIN HUSIN
Isu kedua yang disentuh Najib ialah berkenaan subsidi dan dengan tegas beliau menyatakan bahawa rasionalisasi subsidi akan tetap diteruskan sebagaimana yang dirancang oleh kerajaan. Ini bermakna selepas pemotongan subsidi beberapa bulan lalu yang menyaksikan kenaikan harga minyak dan petrol, di masa mendatang ini akan berlaku lagi beberapa kenaikan akibat pemotongan subsidi yang akan dilakukan oleh kerajaan.
Ketika isu kalimah Allah mula meletus dan UMNO Selangor berhasrat mengadakan demonstrasi di depan gereja bagi menyatakan bantahan, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah menyatakan sokongan terhadap langkah itu dengan menyatakan ia merupakan hak UMNO Selangor untuk berbuat demikian.
Demo di depan gereja itu, walaubagaimanapun akhirnya dibatalkan setelah Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar tidak membenarkannya, sebaliknya telah diadakan di padang Kelab Sultan Sultan, Kelang yang turut dihadiri beberapa pemimpin UMNO negeri itu.
Tetapi sokongan Muhyiddin itu telah diketahui umum dan ia berlaku ketika ketiadaan Najib di dalam negara.
Ketika ketidaan Najib juga di mana setelah berlakunya demonstrasi membantah kenaikan harga barang di Dataran Merdeka pada malam sambutan sambutan tahun baru, Muhyiddin turut berkata bahawa kerajaan akan melihat semula dasar rasionalisasi subsidi secara holistik bagi memastikan ia benar-benar membantu golongan sasaran iaitu rakyat miskin dan golongan berpendapatan rendah.
Dalam kedua-dua perkara yang disentuh oleh Muhyiddin, ia jelas ada perbezaan dengan pendekatan Najib. Ketika Muhyiddin menyokong demonstrasi di depan gereja, Najib mahu semua pihak bertenang. Ketika Muhyiddin membuat kenyataan lunak bahawa rasionalisasi subsidi akan dilihat dan dikaji semula, Najib tetap bertegas dengan berkata "tidak" mengenainya.
Selain memperkenalkan dasar 1Malaysia, Najib juga memperlihatkan dirinya lebih toleransi dengan penganut Kristian. Beliau bukan saja mengunjungi Pope dan menjemput paderi Kristian beramah-mesra dengannya, malah menginisiatifkan penyelesaian 10 Perkara yang antara lainnya membenarkan penggunaan nama Allah dan pengedaran Bible berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak.
Muhyiddin pula, dengan melihat perkembangan semasa yang menunjukkan semakin membesarnya kemarahan golongan konservatif Islam berhubung penggunaan kalimah Allah ini, cuba menonjolkan dirinya bersama-sama dengan perjuangan mereka itu. Sokongannya terhadap demonstrasi di gereja (walaupun tidak menjadi) tetapi telah menunjukkan Muhyiddin lebih pro Islam berbanding Najib.
Begitu juga dengan kenyataannya untuk melihat semula dasar rasionalisasi subsidi, selari dengan kemarahan rakyat terhadap peningkatan kos sara hidup, Muhyiddin juga cuba menunjukkan beliau pro rakyat.
Namun, Najib nampaknya tidak menunggu lama untuk memangkah kenyataan Muhyiddin itu dan memberitahu bahawa beliau masih lagi Perdana Menteri dan nakhoda dalam negara ini, walaupun dalam suasana semakin banyak masalah dan penyakit yang timbul.
Najib, menurut ramai pemerhati, dengan meminta semua pihak bertenang berhubung isu kalimah Allah dan kemudian menyatakan subsidi tidak mungkin akan dikekalkan, walaupun menujukannya kepada semua rakyat tetapi seperti dalam masa yang sama sedang menyindir timbalannya itu.
Lebih-lebih lagi, kelihatan wajah Muhyiddin yang tidak ceria dan macam mencuka ketika berdiri di belakang Najib di perhimpunan itu. Di dalam akhbar dan beberapa portal berita, wajah Muhyiddin yang masam itu amat jelas kelihatan, malah mereka yang menonton berita di televisyen juga menyatakan perkara yang sama.
Bibit perbezaan antara Najib dan Muhyiddin ini bukan saja mula dirasai, malah sudah mula menjadi bualan di kalangan rakyat dan di dalam UMNO sendiri. Dengan pelbagai isu yang berlaku dalam negara sekarang, Najib bukan saja semakin kurang popular, malah keyakinan terhadap kepimpinannya sedang berada di tahap paling rendah sekali.
Berlakunya terus perbezaan antara pemimpin nombor satu dengan nombor dua memang sukar dielakkan, tidak terkecuali antara Najib dengan Muhyiddin tetapi kebijaksanaandan kecekapan akan menentukan bagaimana ianya akan berakhir nanti. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 7-1-2014
Umno khianati Melayu
- Jan 07, 2014
- HAMBALI AKRAM
Ketika menghadapi PRU13 yang lalu, pelbagai janji diberikan kepada pengundi dan pengundi Melayu khususnya bahawa nasib mereka akan terus terbela jika memilih Umno-BN sekali lagi memerintah negara. Bagi sebahagian orang Melayu, pesona janji itu menyebabkan mereka terus mengundi Umno-BN, walaupun telah diberi nasihat oleh Pakatan Rakyat tetang bahana yang bakal menimpa.
Kini, sebelum memasuki tahun baru 2014 lagi, segala telahan PR terbukti. Bermula dengan kenaikan harga minyak akibat pengurangan subsidi, kenaikan tarif elektrik, gula, dan seterusnya kenaikan pelbagai barangan keperluan harian – kesan berangkai – kos sara hidup meningkat mendadak. Itu belum lagi di kira kesan cukai barangan dan perkhidmatan, kenaikan tol dan sebagainya. Juga janji menurunkan harga kereta yang masih jauh dari jangkauan.
Yang jelas, segala janji manis sebelum pilihan raya menjadi masam dan pahit. Kesannya bukan sahaja kepada pengundi PR, malah pengundi Umno-BN juga terpaksa menanggung beban yang sama.
Sekali lagi Umno-BN mengkhianati pengundinya dan orang Melayu dengan segala kenaikan ini dan mencipta pelbagai alasan untuk mewajarkan tindakan. Jika anda rajin membuka lembaran sejarah silam, mungkin ada lagi pengkhianatan yang pernah dilakukan.
Namun, tiada apa yang perlu diperkatakan khususnya oleh pengundi Umno-BN sebab “nasi dah menjadi bubur”. Ingatan demi ingatan telah dilontarkan, nasihat demi nasihat telah diberikan. Pilihan telah dibuat. Rakyat terpaksa mengharungi lima tahun akan datang dengan segala kepayahan. Semoga bersabar dengan “ketentuan Allah” ini.
Sumber HD - 7-1-2014
MCA semakin hilang pengaruh di Kelantan
- Jan 03, 2014
- ASLANI M
Namun sekarang semuanya sudah berubah. Sebaliknya hari ini penyokong MCA pula seperti malu-malu untuk muncul di tengah-tengah masyarakat di Kelantan.
Bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua berkata, beliau masih ingat lagi orang Cina di kampung-kampung yang mendekati program PAS terpaksa dilakukan dengan sembunyi.
“Tidak boleh hendak cerita kepada orang lain. Orang Cina sokong PAS hanya di belakang tabir takut disisih masyarakat Cina.
“Tidak ada orang Cina yang berani bawa bendera PAS. Hendak pakai baju lambang bulan jauh sekali. Tekanan dan tohmahan terhadap PAS begitu juga ketika itu.
“Bagaimanapun keadaan itu berubah sama sekali. Hari ini orang MCA pula kelihatan seperti malu-malu untuk muncul di tengah masyarakat di sini,” katanya.
Menurutnya perubahan itu berlaku selepas usaha-usaha PAS mendekati masyarakat Cina secara berterusan, di samping keterbukaan kerajaan Kelantan.
Kata beliau ramai masyarakat Cina sudah faham dan dapat melihat sendiri pentadbiran kerajaan negeri di bawah dasar Membangun Bersama Islam.
Lau yang juga bekas guru besar sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri mendakwa MCA Kelantan seperti ketandusan penyokong sekarang sehingga jarang program parti itu diadakan di Kelantan berbanding sebelum ini.
“Orang Cina di kampung-kampung lebih ramai sokong Gerakan berbanding MCA. Orang Cina di kampung tidak faham bahasa Mandarin yang digunakan ketika mesyuarat MCA.
“Sedangkan dalam perjumpaan anjuran Gerakan mereka menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu, jadi Cina yang tinggal di kampung lebih faham,” ujarnya.
Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan.
Beliau juga memberitahu masyarakat bukan Islam di Kelantan bangga berada di bawah kepemimpinan ulama yang lebih cakna terhadap kehidupan rakyat.
Sumber HD - 3-1-2013
2014: Tahun gelap buat Najib, Umno dan BN
- Jan 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Baginya, ramai yang menganggap tahun 2014 ini adalah tahun sengsara buat rakyat berikutan kenaikan beberapa harga barang dan perkhidmatan yang berpunca daripada kelemahan Najib dan anggota kabinetnya dalam mengurus ekonomi dan negara.
Dalam masa yang sama, sambutan kedatangan tahun baru 2014 juga bagaikan suatu malapetaka buat Najib.
Menurutnya, jika tahun-tahun sebelumnya, kedatangan tahun baru disambut dengan kegembiran, keriangan dan percikan bunga api yang bergemerlapan tetapi pada tahun ini ia dimulakan dengan demonstrasi Turun di Dataran Merdeka bagi membantah kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang kian meningkat.
Katanya, kehadiran puluhan ribu orang, khususnya anak-anak muda dalam perhimpunan Turun adalah petanda jelas bahawa kerajaan pimpinan Najib semakin tidak popular di mata rakyat.
“Meskipun pelbagai dakyah dan propaganda cuba dialunkan sebelum ini termasuk mengaitkan kononnya perhimpunan itu bertujuan menggulingkan kerajaan sehingga hampir dua ribu golongan pendek akal turut membuat laporan polis mengenainya, hakikatnya rakyat tidak terpedaya dan goyah dengannya,” tulis Shahbudin di dalam blognya.
Beliau menambah, berlangsungnya perhimpunan dengan aman dan tanpa kejadian besar yang tidak diingini, bukan saja membuktikan kematangan rakyat dalam melakukan sesuatu yang dibenarkan oleh perlembagaan tetapi juga membuktikan agenda mengguling kerajaan dan mencetuskan huru-hara bukanlah perkara pokoknya.
Baca lagi
Sumber HD - 2-1-2014
Najib makin lemah, Muhyiddin mula mengorak langkah
- Jan 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Muhyiddin menyatakan subsidi kerajaan perlu dilihat semula secara lebih holistik dalam usaha meringankan beban kehidupan rakyat, terutama kumpulan sasaran.
“Ini bermakna bahawa Muhyiddin amat menyedari kenaikan harga barang ini amat membebankan rakyat dan menjadi utama kemarahan mereka terhadap kerajaan ini,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.
Lantaran itu, beliau menambah, Muhyiddin mahu mengkaji dan melihat semula dasar yang telah dilaksanakan itu. Ini dipercayai langkah awal meredakan kemarahan ramai terhadap kerajaan.
Baginya, walaupun sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sebenarnya turut bersetuju dengan dasar rasionalisasi subsidi yang dilakukan Najib sebelum ini, nampaknya beliau mula berubah nada.
“Muhyiddin mula menunjukkan beliau pro rakyat kerana menyedari rakyat tidak gembira dengan kenaikan harga barang sekarang ini,” tulisnya lagi.
Baca di sini
Sumber HD - 1-1-2014
Mahathir tolak hujah Isa, naik harga bukan salah Umno
- Dec 27, 2013
- HARAKAHDAILY
Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Beliau mengulas tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di blognya yang berkata, dalam menangani beban kewangan negara dan keperluan menambah sumber pendapatan, kerajaan sepatutnya mengurangkan kos pengeluaran dan bukannya menaikkan harga barangan yang tentunya akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat.
Ini kerana, dengan mengurangkan kos, tahu berjimat-cermat dan mengawal ketirisan, tiada sebab barangan tidak boleh dijual dengan harga yang sama atau lebih rendah lagi.
Jika kos tidak mahu dikurangkan dan langkah berjimat tidak diusahakan sedangkan sebagai sebuah kerajaan ianya boleh dilakukan oleh Umno melalui iltizan para pemimpinnya, sudah tentulah memang salah Umno jika harga barangan terus meningkat.
Baca lagi
Sumber HD - 27-12-2013
Soi Lek undur, Liow dan Wee pimpin MCA
- Dec 22, 2013
- HARAKAHDAILY
- KUALA LUMPUR: Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) dipilih sebagai presiden MCA yangbaharu manakala Datuk Dr Wee Ka Siong pula memenangi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu yang berlangsung hari ini Liow sebelum ini ialah timbalan presiden MCA, manakala Wee pula ketua Pemuda.
Dalam persaingan tiga penjuru, Liow memperoleh 1,186 undi mengatasi bekas naib presiden MCA Gan Ping Sieu (1,000 undi) dan bekas presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat (160 undi).
Wee pula memperoleh 1,408 undi berbanding saingannya Datuk Donald Lim Siang Chai yang menerima 927 undi.
Keputusan rasmi pemilihan itu diumum oleh Speaker parti Datuk Yik Phooi Hong pada pukul 7.15 malam.
Sebanyak 2,352 perwakilan mengundi dalam proses yang berlangsung dari 12.15 tengah hari hingga 2 petang, bagi memilih barisan kepimpinan baharu parti di ibu pejabat MCA di Jalan Ampang, di sini.
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak mempertahankan jawatannya sebagai presiden.
Desas-desus parti menyatakan gandingan Donald Lim dan Gan sebagai pasukan pilihan Dr Chua, manakala Wee pula gandingan Liow dalam pasukan lain.
Bagi empat jawatan naib presiden pula, mereka yang menang ialah Datuk Lee Chee Leong (1,642 undi), Dr Hou Kok Chung (1,475 undi), anak Dr Chua iaitu Datuk Chua Tee Yong (1,343 undi) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (1,230 undi).
Jawatan itu turut ditandingi oleh Setiausaha Agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Chong Itt Chew, Lee Wei Kiat, Anggota Parlimen Tanjung Piai Datuk Wee Jeck Seng dan Anggota Dewan Undangan Negeri Gurun Dr Leong Yong Kong.
Untuk 25 slot anggota jawatankuasa pusat (CC), antara yang berjaya mempertahankan jawatan ialah Datuk Toh Chin Yaw, Datuk Gan Tian Loo, Datuk Seri Ong Ka Chuan, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Koh Nai Kwong, Dr Por Choo Chor, Datuk Paul Kong Sing Chu, Yoo Wei How, dan Datuk Ti Lian Ker.
Turut memenangi pemilihan CC ialah Datuk Mah Hang Soon, Datuk Ei Kim Hock dan Datuk Tan Chin Meng yang sebelum ini anggota CC secara lantikan. - Bernama
Sumber HD - 22-12-2013
Inilah kerja pemimpin Melayu, negara kita
- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, orang Umno sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya DS Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyidin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara.
“Jika pemimpin ini ditukar yang menggantinya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu dari perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik,” tulis beliau di dalam blognya Sakmongkol Ak47 sebagaimana di bawah.
Hari hari pemimpin UMNO pekik sana dan sini, merekalah pejuang Melayu. PM pun sendiri tidak jemu2 menyebut bahawa dia dengar keluhan rakyat. Kepada pengakuan demikian, kita bolehlah menjawab, orang lain pun mendengar jugak. Soalnya, PM dengar apa dia hendak buat?
Isiu pokok negara kita hari ini ialah kepimpinan. Saya tidak tahu apa lagi yang kita mahu cakapkan - PM yang kita ada ini jadi MP sejak tahun 1976 lagi. Dah jadi timbalan menteri, menteri, duduk di bawah 3 PM, jadi TPM dan akhirnya jadi PM masih tidak membentuk jatidiri kepimpinan yang tersendiri dan kebijaksanaan seorang negarawan. Inilah PM Malaysia yang menyandarkan semua keputusan kepada rumusan consultants. Sejak tahun 2009, kerajaannya belanja RM7.2 billion untuk khidmat pakar runding. Tidak juga ekonomi Malaysia jadi lebih baik.
Kerajaan pimpinan DS Najib menjahanamkan masa depan negara. Habislah harta negara ini dijual. Dan pajakan kerajaan dijadikan cagaran pinjaman. Ini yang disebut oleh YB Rafizi Ramli yang memetik Laporan Bank Dunia: Malaysia Economic Monitor, December 2013 ms 10. Lapuran itu menyebut di bawah kepala tajuk:-
Fiscal and monetary policies still accommodative but shifting to neutral
The Federal government moves more decisively towards fiscal consolidation
15. The government is expected to meet its headline deficit target for 2013 as additional non-tax collections offset higher expenditures on subsidies
.
Despite estimated operating (current) expenditures exceeding their budgeted 2013 allocations by RM 14.3billion (7.1percent) and slightly worse GDP growth compared to the previous year’s forecast, the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0 percent of GDP vs. 4.5 percent in 2012).
This target will be achieved through additional tax revenues(Figure 13). Of the additional RM11.8billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4billion originated from non-tax sources, including M1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages. Moreover, the government has also continued to underspend on development expenditure.
Harta apakah yang dijual bernilai RM1.4 billion itu? Dan apa mortgages kerajaan yang digadai bernilai RM4.2 billion? RM5.6 billion daripada hasil bukan- cukai RM7.4 billion adalah 2 perkara ini.
Jadi ini rupanya kerja kau orang ya - belakang rakyat, harta kepunyaan negara dijual dan pajakan kepada kerajaan dijadikan gadaian. Depan orang bukan main lagi bersyarah mengenai kepimpinan yang terbaik untuk bangsa Melayu.
Inilah kerajaan yang cakap besar mengenai menepati janji dan belanja berhemah yakni belanja mengikut kemampuan. Mak bapak kita dahulu kalau takde duit jual itik ayam, kerbau lembu dan gadai tanah dan harta benda lain pada chettiar.
Setelah 56 tahun merdeka, kerajaan UMNO pun buat perkara yang lebih kurang sama-menandakan betapa merudum sekali kualiti kepimpinan negara ini. This is a country with mediocre leadership.
Harta benda rakyat ini dijual kepada negara asing atau kepada rakyat sendiri? Perbuatan ini adakah sah di sisi undang2 atau tidak? Constitutional atau tidak? Penjualan aset negara tidak boleh dilakukan oleh kerajaan DS Najib tanpa melanggar undang2 dan kebenaran mesti diperolehi dari parlimen. Penjualan aset tidak pernah dibentangkan dalam parlimen. Jika demikian, kerajaan telah menyembunyikan penjualan aset negara.
Rupa2 nya kerajaan yang tidak berkualiti kepimpinannya ini dalam senyap2 telah menjual dan bergadai untuk menutup lubang defisit yang mereka sendiri ujudkan.
Bagaimana kita mahu meletakkan masa depan negara dalam tangan kepimpinan mediocre ini? Ini bukan soal cina nak ambil kuasa Melayu, Melayu hilang kuasa atau tidak, raja2 Melayu dinyahkan, atau isiu agama Islam Melayu diancam. Ini ialah isu kepimpinan negara - noktah.
Janganlah kita terus menyokong kepimpinan UMNO membabi buta hanya semata mata pemimpinnya sebangsa dengan kita. Orang UMNO sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya DS Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyiddin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara. Jika pemimpn ini ditukar yang mengganti nya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu dari perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik.
Sumber HD - 21-12-2013
Ahli Umno kecewa pemimpin Umno sorok bantuan banjir
- Dec 11, 2013
- http://omakkau.blogspot.com
AHLI UMNO SENDIRI KECEWA BANTUAN BANJIR OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DIBERI SECARA TERPILIH DAN ADA YANG SOROK BARANG REMBAT UNTUK KEPERLUAN KELUARGA SENDIRI!!!
Nak tahu hebat dan baik sesebuah parti itu ketika kita berada dalam kesusahan ... siapa bantu cara ikhlas siapa yang sapu dan kebas hak rakyat.
Sumber HD - 11-12-2013
Khir Toyo mohon maaf daripada Ahli Parlimen DAP
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
Hakim Siti Khadijah S.Hassan Badjenid merekodkan penyelesaian itu selepas Dr Mohamad Khir, yang diwakili peguam M.Athimulan, membacakan permohonan maaf itu.
Dr Mohamad Khir ketika membacakan permohonan maaf itu berkata:"Saya, Mohamad Khir, defendan pertama dalam kes saman ini, tanpa pengakuan liabiti, memohon maaf kepada Teresa kerana menyiarkan penerbitan dalam blog saya www.drkhir.com pada 9 Julai 2008 seperti yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan.
Saya kesal menyiarkan artikel itu dan bersetuju untuk membayar kos".
Terdahulu, peguam S.N. Nair, yang mewakili Kok memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu bersetuju untuk tidak meneruskan samannya terhadap Dr Mohamad Khir.
Mahkamah juga membenarkan saman itu tidak diteruskan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula saman baharu.
Pada 23 Dis 2008, Kok memfailkan saman terhadap Dr Mohamad Khir dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung isu laungan azan di Masjid Kinrara di sini, yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 8 Sept 2008.
Dalam pernyataan tuntutannya, Kok mendakwa pada 26 Jun 2008, Dr Mohamad Khir telah memetik sebuah blog dan membuat tuduhan salah terhadapnya manakala Utusan Melayu telah menerbitkan kata-kata Dr Mohamad Khir berhubung perkara itu dalam akhbarnya yang bertajuk "Ada usaha larang azan di masjid Selangor".
Kok mendakwa tuduhan kedua-dua defendan adalah tidak berasas, berniat jahat dan membawa maksud bahawa plaintif bersifat perkauman, seorang ahli politik yang anti-Islam dan tidak bertoleransi.
Bagaimanapun, kes saman terhadap Utusan Melayu selesai apabila Kok menarik balik saman itu pada 27 Nov lepas. - Bernama
Sumber HD - 10-12-2013
Tolonglah, bukan salah Rosmah!
- Dec 10, 2013
- SHAHBUDIN HUSIN
Dalam memuji isterinya yang turut berjasa dan menyumbang sesuatu yang bermakna kepada rakyat dan negara, Najib telah mendedahkan dua perkara mengenai isterinya yang tidak pernah diberitahunya sebelum ini.
Pertama, mengenai peranan isterinya dalam membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir kerana disangka seorang pengintip manakala yang kedua, mengusahakan agar pelajar Malaysia yang mahu dibawa pulang semasa Ops Piramid dapat singgah di Arab Saudi tanpa visa, sebelum diterbangkan ke Malaysia.
Menurut Najib lagi, jasa pertama isterinya itu dilakukan dengan menghubungi Suzanne Mubarak, isteri Presiden Mesir ketika itu manakala jasa kedua pula dilakukan dengan menelefon keluarga diraja Arab Saudi yang mana Rosmah mempunyai "networking" dengannya.
Dalam kedua-dua jasa itu, ianya dilakukan atas permintaan Najib sendiri.
Selama ini, isu campurtangan Rosmah dalam pentadbiran kerajaan tidak begitu jelas bentuk dan keadaannya. Ada yang mengatakan campurtangannya dalam pelantikan beberapa pegawai kanan kerajaan, pemilihan anggota kabinet, pengagihan kontrak kerajaan sebagainya. Tetapi semuanya agak samar-samar.
Juga samar-samar, sama ada ianya berlaku kerana keghairahan isteri Perdana Menteri itu terhadap kuasa dan ingin mengawal UMNO serta kerajaan atau Najib yang terlalu bergantung kepada kelebihan dan kepandaian isterinya itu.
Bagaimanapun, dalam semua keadaan itu, Rosmah telah dikecam dengan pelbagai serangan, tafsiran serta gelaran serta dilihat sebagai beban yang berterusan kepada UMNO dan negara selagi Najib menjadi Perdana Menteri.
Namun dengan pendededahn Najib sendiri mengenai jasa dan sumbangan isterinya kepada rakyat dan negara, jelas membuktikan bahawa campurtangan Rosmah dalam kerajaan adalah kerana kelemahan Najib sendiri. Dalam tugas dan peranan yang sepatutnya beliau meminta Menteri Luar dan Menteri Pendidikan menyelesaikannya, sebaliknya Najib lebih mempercayai isterinya untuk melakukan tugas tersebut.
Najiblah yang sebenarnya memberi peluang dan membuka ruang untuk isterinya itu campurtangan dalam urusan kerajaan.
Najib hanya mendedahkan dua jasa dan sumbangan isterinya, tetapi tidak mustahil selama hampir lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri, barangkali sudah banyak kali permintaan untuk campurtangan dalam urusan kerajaan ini dilakukan. Jika ini dilakukan, sama ada kerana Najib lebih mempercayai isterinya berbanding menteri-menteri kabinetnya atau kerana beliau merasakan isterinya lebih bijak dan berwibawa, atau kerana sayangkan isteri, ia hanya mengesahkan lagi tentang kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri.
Sebagai Perdana Menteri dan suami, beliau seharusnya dapat membezakan peranan yang boleh dilakukan oleh isterinya. Sebagaimana isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini dan juga isteri pemimpin lain di seluruh negara, peranan mereka biasanya terhad kepada peranan sampingan dan tugas-tugas kemasyarakatan serta kebajikan saja.
Meminta isteri mencampuri urusan kerajaan atau membiarkannya berbuat demikian, hanyalah menyerlahkan kelemahan, kegagalan dan kehilangan-upaya seseorang pemimpin itu dalam kerjayanya.
Selain campurtangan dalan urusan kerajaan, Rosmah juga dikecam kerana penggunaan jet dan perbelanjaan kerajaan dalam lawatannya ke luar negara. Ia bukan saja berlaku dalam kunjungannya ke Qatar baru-baru ini, tetapi juga sudah beberapa kali wang pembayar cukai disedut untuk membiayai perbelanjaannya ke luar negara.
Setiap kali isu perbelanjaan ini berbangkit, berpintal-pintal lidah menteri yang bertanggungjawab mempertahankan kewajaran perbelanjaan itu di Parlimen. Kadang-kadang ternampak jawapan dan hujah yang diberi terlalu dangkal, lemah dan bukan jawapan dari hati. Mereka memberi jawapan dan mewajarkan perbelanjaan isteri Perdana Menteri itu semata-mata kerana tugas dan hanya ingin menjaga kerusi yang sedang diduduki.
Sekali lagi sebenarnya, penggunaan jet dan perbelanjaan wang kerajaan untuk membiayai lawatan Rosmah adalah juga menunjukkan kelemahan Najib sebagai pemimpin dan Perdana Menteri. Jika daripada awal beliau bertegas tidak membenarkan isterinya menggunakan jet dan perbelanjaan kerajaan, sudah tentulah isu ini tidak berlarutan sampai sekarang.
Beliau sepatutnya mencontohi PM-PM sebelumnya yang di era pentadbiran mereka tidak pernah berbangkit langsung mengenai penggunaan jet dan perbelanjaan menggunakan wang rakyat untuk menampung biaya isteri masing-masing ke luar negara. Di zaman Pak Lah, walaupun berbangkit isu campurtangan keluarga dalam kerajaan tetapi tidak mengenai penggunaan jet dan penggunaan wang kerajaan. Begitu juga, sepanjang 22 tahun Mahathir memimpin Malaysia, tidak pernah kedengaran mengenai penggunaan jet dan wang kerajaan oleh isterinya, Siti Hasmah.
Dalam isu Rosmah, sama ada campurtangannnya dalam urusan kerajaan atau penggunaan wang rakyat untuk membiayai perjalanannya, ia sebenarnya bukanlah salah beliau. Tolonglah, Rosmah tidak bersalah dalam hal ini.
Yang salah ialah orang yang meminta Rosmah untuk campurtangan dalam urusan kerajaan. Yang bersalah ialah orang lemah dalam mengawal keghairahan Rosmah. Yang salah juga ialah orang yang gagal mengawal Rosmah dan tidak berani bertegas dengannya sejak awal lagi.
Jika orang ini dapat ditukar, selamatlah kita semua. - http://shahbudindotcom.blogspot.com
Sumber HD - 10-12-2013
Sahabat saya kata Muhyiddin TPM 2, Najib TPM 1...
- Dec 09, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, rakan yang berjenaka dengan mereka dahulu itu menelefon dan berkata, “Ha bro, betui tak yang teman beritahu dulu? Najib sendiri ‘confirm’kan yang isterinya sememangnya mempunyai keupayaan yang lebih dari Najib.
Isterinya lebih hebat dari beliau sendiri. Ha…isterinya sememangnya bertaraf Perdana Menteri kemampuannya”.
“Maksud rakan saya tadi ialah Najib sebenarnya adalah seperti Timbalan kepada Rosmah Mansor. Maka Muhyiddin itu adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua,” tulis beliau di dalam blognya.
Baca di sini
Sumber HD - 9-12-2013
Buang menteri, ganti dengan Rosmah
- Dec 08, 2013
- HARAKAHDAILY
Katanya, melalui pelantikan itu, tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.
“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.
“Walaupun pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,” katanya dalam tulisan di blognya bertajuk “PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa”.
Najib semasa ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 semalam menyebut dua peristiwa jasa Rosmah kepada negara.
Katanya bantuan pertama adalah menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip dan kedua menggunakan hubungan baik dengan keluarga diraja Arab Saudi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara tanpa visa.
Kadir berkata, berdasarkan sumbangan Rosmah tersebut adalah lebih baik Najib menimbang semula kedudukan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Begitu juga kedudukan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim kerana Rosmah juga terlibat di sana sini dalam tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri berkenaan.
“Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri yang berprestasi rendah sekaligus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian,” katanya.
Kadir turut menolak hujah perwakilan Wilayah Persekutuan semasa perhimpunan Umno tempoh hari yang mendakwa semua lelaki tidak sayangkan isteri kecuali Najib.
Katanya, media melaporkan Affandi berkata isteri Perdana Menteri seharusnya dibenarkan menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya.
“Saya sangat berkecil hati dengan tuduhan ini. Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan itu. Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU 2013.
“Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki lain tidak sayang isteri, saya rasa itu satu penghinaan yang sangat dahsyat. Bayangkan tekanan emosi Najib jika sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya. Beliau sayangkan isterinya,” katanya.
Affandi dalam ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno berkata, jika Rosmah berada dalam jet eksekutif, Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah orang bodoh pun tahu penerbangan dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial tetapi ia perlu dilihat daripada aspek keselamatan.
“Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang akan Perdana Menteri tanggung sekiranya sesuatu buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?” kata Affandi.
Rosmah dikritik hebat oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif milik kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah. – The Malaysian Insider
Sumber HD - 8-12-2013
Rosmah dapat 'lesen besar' untuk terus guna jet kerajaan
- Dec 07, 2013
- SHAHBUDIN HUSIN
menenggelamkan segala isu lain dan menjadikan perkara-perkara lain tidak lagi menjadi perhatian.
Selain memuji sumbangan dan peranan Permata yang menurut Najib tidak dapat dipertikaikan lagi, beliau juga menceritakan dua jasa dan sumbangan lain yang pernah dilakukan oleh isterinya kepada negara yang tidak pernah diperkatakannya sebelum ini iaitu membebaskan pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir yang disangka pengintip dan membantu pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia melalui Arab Saudi walaupun tanpa visa.
Menurutnya, kerana hubungan isterinya yang baik dengan isteri Hosni Mubarak, Suzanne, pelajar tersebut dapat dibebaskan hanya dalam tempoh dua jam sementara kerana "networking" yang baik juga dengan keluarga diraja Arab Saudi, pelajar Malaysia bukan saja dapat pulang walaupun tanpa visa tetapi juga disediakan dua buah kapalterbang Jumbo dengan percuma.
Dengan puji-pujian yang membuatkan Rosmah kelihatan tersipu-sipu malu di tempat duduk VVIP, Najib bergurau lagi, "agaknya malam ini dapat bayaranlah", lantas membuatkan Rosmah sekali lagi tersipu-sipu.
Najib juga mengakui bahawa beliaulah yang meminta isterinya melakukan kerja itu. Tidak dapat dipastikan kenapakah Najib meminta isterinya melakukan kerja tersebut sedangkan sepatutnya beliau menggunakan saluran rasmi kerajaan iaitu Kementerian Luar Negeri untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Apakah ini menandakan beliau tidak meyakini Anifah Aman untuk melakukan tanggungjawab itu dan lebih mempercayai kemampuan isterinya?
Atau apakah ini mengesahkan lagi tanggapan umum sebagaimana tulisan Kadir Jasin yang berbunyi, "...jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa UMNO sudah menjadi parti orang bangsawan, parti 'warlods' dan parti laki-bini."
Tindakan Najib menceritakan tentang jasa dan sumbangan isterinya di pentas Perhimpunan Agung UMNO ini adalah dipercayai untuk menangkis serangan dan kecaman terhadap isterinya itu berikutan penggunakan jet eksekutif yang dibiayai oleh kerajaan untuk lawatan ke Qatar, baru-baru ini.
Ia sekurang-kurangnya untuk meyakinkan perwakilan UMNO bahawa di sebalik pelbagai dakwaan tentang pembaziran, pemborosan dan kehidupan mewah yang dijalani oleh isterinya, beliau juga sebenarnya ada melakukan sumbangan kepada negara yang mungkin tidak diketahui sebelum ini.
Najib sendiri berkata, inilah kali pertama beliau memaklumkan kepada umum tentang jasa dan sumbangan yang pernah dilakukan oleh isterinya itu.
Dan seperti biasa, perwakilan UMNO telah memberikan tepukan gemuruh mengenai sumbangan Rosmah kepada negara sebagaimana yang diceritakan suaminya sendiri itu. Mereka seolah-olah menghargai dan mengkagumi peranan yang telah dimainkannya itu.
Dan dengan tepukan gemuruh itu yang boleh dianggap sebagai "endorsment" terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh Rosmah, sama ada atas permintaan suaminya atau kehendaknya sendiri, isteri Perdana Menteri itu dipercayai akan terus aktif lagi selepas ini, walaupun serentak dengan keaktifannya, mungkin makin banyak pula kecaman dan serangan terhadapnya.
Yang lebih penting lagi, dengan pujian Najib terhadap isterinya dan perwakilan UMNO pula memberikan tepukan gemuruh, ia seolah-olah "lesen besar" untuk isteri Perdana Menteri itu terus menggunakan jet eksekutif kerajaan dan pelbagai kemudahan-kemudahan lainnya selepas ini, bahkan mungkin dengan skala yang lebih besar lagi.
Tahniahlah kepada perwakilan UMNO yang menganugerahkan "lesen besar" itu. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 7-12-2013
PAU: Tunjuk simpati, jangan lebih ketawa, lawak jenaka
- Dec 06, 2013
- HARAKAHDAILY
Baginya, sekadar duduk dalam Dewan Merdeka yang dingin sambil mendengar ucapan, lebih baiklah dipeluk dingin air hujan yang sedang turun tidak henti-henti di beberapa negeri sambil menghulurkan bantuan apa yang patut kepada mangsa banjir.
“Dan esok ketika ucapan penggulungan nanti, janganlah ada pemimpin yang berucap berlebih-lebih dalam melawak dan membuat para perwakilan ketawa,” tulis beliau di dalam blognya, sebagaimana di bawah.
Hentikanlah gelak ketawa, Zahid Hamidi pula janganlah melawak lagi
Perhimpunan Agung UMNO tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kali ini perhimpunan tahunan parti terbesar orang-orang Melayu itu diadakan dalam suasana beberapa negeri mengalami banjir besar dan puluhan ribu rakyat terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing serta tinggal di pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
Negeri-negeri yang paling teruk mengalami banjir tahun ini ialah Terengganu, Kelantan, Johor dan Pahang.
Namun demikian, sebagaimana lazim dan sudah menjadi kebiasaan sejak dulu lagi, Perhimpunan Agung UMNO adalah umpama hari raya bagi orang-orang UMNO. Di sinilah mereka bergembira, bertemu kawan-kawan lama daripada serata negeri, berbual-bual dan ketawa dengan penuh suka.
Bagi mereka daripada luar Kuala Lumpur pula, ada juga yang seperti "lembu baru lepas dari kandang" setiap kali tibanya perhimpunan tahunan ini. Sepanjang perhimpunan UMNO berlangsung, Kuala Lumpur macam orang UMNO yang punya, di mana ada kelibat mereka dan dapat didengar suaranya.
Jika yang menjadi pemerhati sibuk berkeliaran, berbual-bual dan bertemu rakan di sekitar PWTC ini, para perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka pula begitu asyik mendengar ucapan-ucapan perbahasan sepanjang tiga hari perhimpunan ini diadakan.
Perwakilan yang berpeluang berucap biasanya akan mengambil peluang ini menonjolkan kehebatan pidato masing-masing sambil membangkitkan pelbagai isu semasa yang sedang berlaku. Ada yang memuji pemimpin, mengecam pihak pembangkang, mempertikaikan peranan parti-parti komponen dalam BN serta menyerang kaum-kaum lain.
Di sebalik semua itu, biasanya akan diselitkan juga dengan lawak jenaka, gurau senda dan usik-mengusik kepada pemimpin tertentu. Sebagaimana biasa, tahun ini juga tidak terkecuali perkara yang sama turut berlaku. Dewan Merdeka sering kali bergema dengan hilai ketawa dan tepuk sorak apabila sesuatu isu yang dibangkitkan itu menyentap urat ketawa masing-masing.
Tambahan pula, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini merupakan perhimpunan pasca pilihanraya dan pemilihan UMNO. Jadi tiada lagi perkara-perkara yang boleh menyebabkan stress dan ketegangan. Yang menang pilihanraya, yang dapat jawatan dan yang menang pemilihan UMNO, semuanya sedang bergembira sekarang manakala yang kalah dan kecundang pula, sebahagian besarnya sudah dapat menerima hakikat kekalahan itu.
Mereka juga turut bergembira dalam perhimpunan kali ini, walaupun mungkin tidak segembira pihak yang menang dan sedang dijulang.
Namun dalam semua perwakilan, pemerhati dan pembahas bergembira dalam perhimpunan UMNO kali ini, sewajarnya mereka mengingati insan lain yang sedang berduka dan tidak dapat bergembira kerana ditimpa musibah banjir ini. Pemidato yang berucap hendaklah mengurangkan cerita-cerita lucu dan lucah yang membangkitkan berderainya ketawa para perwakilan.
Oleh kerana memang mustahil untuk menunda perhimpunan yang sudah lama dirancang, maka tumpukanlah sepenuhnya perbahasan kepada isu-isu yang membina dan untuk kepentingan bersama. Tahun ini bukanlah perhimpunan untuk bergelak ketawa dan berlawak jenaka kerana adanya manusia lain yang sebangsa, seagama dan sewarganegara sedang bergelut dan berjuang untuk memastikan keselamatan anggota keluarga serta harta benda.
Pemerhati pula, dalam riang berjumpa kawan lama dan mencari kawan baru, ingatlah juga rakan-rakan yang sedang ditimpa banjir ini. Berpada-padalah dalam mahu ketawa dan bergembira.
Kepada pemimpin, perwakilan dan pemerhati daripada negeri-negeri yang sedang ditimpa banjir, kalau boleh kembalilah segera ke tempat masing-masing dan bersama-samalah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Sekadar duduk dalam Dewan Merdeka yang dingin sambil mendengar ucapan, lebih baiklah dipeluk dingin air hujan yang sedang turun tidak henti-henti di beberapa negeri sambil menghulurkan bantuan apa yang patut kepada mangsa banjir.
Dan esok ketika ucapan penggulungan nanti, janganlah ada pemimpin yang berucap berlebih-lebih dalam melawak dan membuat para perwakilan ketawa. Jika semalam Najib terpaksa meninggalkan perhimpunan dan hari ini pula Muhyiddin berbuat demikian, janganlah di majlis penutup dan ucapan penggulungan petang esok, berlebih-lebih ketawa dan membuat lawak jenaka.
Tunjukkanlah simpati yang berterusan kepada mangsa banjir ini. Ketawa dan bergembira tentu saja boleh menyinggung perasaan mereka yang sedang bersedih meninggalkan rumah dan terpaksa tidur di pusat-pusat pemindahan.
Kalau dalam perhimpunan sebelum ini, pemimpin yang paling banyak membuat orang ketawa dan suka melawak ialah Zahid Hamidi yang baru saja menang Naib Presiden UMNO dua kali berturut-turut dengan undi terbanyak. Semua orang diusik dan dijadikannya bahan ketawa, dari perwakilan, pemerhati, orang hidup, orang mati, Shafie Apdal yang berketurunan Bajau Laut, Hishammuddin yang berketurunan Turki sehinggalah kepada Najib pun diusiknya.
Tetapi untuk tahun ini diharap Zahid tidak lagi membawa cerita-cerita lawak dan jenaka untuk menghiburkan warga UMNO yang mendengar ucapannya. Selain orangramai ingin melihat beliau bercakap tentang perkara-perkara yang penting dan tegas dalam pelbagai isu yang sedang berlaku berkaitan fungsi kementerian yang sedang diterajuinya, beliau juga seharusnya menunjukkan rasa simpati dan bersama-sama memahami penderitaan dan kesusahan yang sedang ditanggung oleh puluhan ribu mangsa banjir ini.
Kalau ada cerita-cerita lawak yang sudah disiapkannya, simpanlah untuk tahun depan. Kalau ada juga niat untuk mengusik mana-mana pemimpin UMNO dalam ucapan penggulungannya, batalkan sajalah hasrat itu. Lagi pula seorang rakan status qounya dalam Naib Presiden, Hishammuddin sedang terlantar di hospital kerana baru saja menjalani pembedahan arterinya yang tersumbat.
Jadi, memang tidak sesuai untuk bergelak ketawa dan membuat lawak jenaka. Tahun ini bukanlah perhimpunan untuk berhari raya sepertimana tahun-tahun sebelumnya.
Sumber HD - 6-12-2013
Isu Kazim: Zaharin bidas 'pembodek' Najib
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
Bloger Sang Kelembai atau nama sebenarnya Zaharin Mohd Yasin berkata, perlantikan Kazim yang dibuat tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu adalah perancangan salah.
Malah katanya, ia lebih kepada tindakan cuba mendapat kredit pribadi atau dengan kata lain 'membodek' boss.
"Akhirnya Ustaz Khazim Elias tolak di lantik MT Umno. Agaknya dia dah istiqirah malam tadi. Satu tamparan hebat pada Umno.
"Ini dia kerja mereka yg tidak merancang dan buat strategi, hanya kerana nak dapat kredit peribadi pada Boss," tulisnya di Facebook.
Semalam Kazim mengumumkan pendirian untuk menolak perlantikan menjadi MT Umno yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dengan mengemukakan tiga alasan.
Alasan-alasan tersebut adalah kerana komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.
Keputusan itu diumumkan beliau selepas mengadakan pertemuan selama sejam dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di bangunan Parlimen, beberapa hari lalu.
Sementara itu, Zaharin yang juga merupakan Setiausaha Penyelaras Barisan Nasional Bandar Tun Razak adalah antara ahli Umno yang mengkritik perlantikan Kazim sebagai MT Umno.
Beliau mendakwa perlantikan itu telah mengenepikan dan tidak menghormati perlembagaan Umno.
Ini kerana perlembagaan Umno mensyaratkan bahawa ahli yang tidak cukup tiga tahun menjadi ahli tidak layak bertanding jawatan dalam parti.
Sedangkan Kazim katanya bukan sahaja tidak cukup tiga tahun, malah tidak pun menjadi ahli Umno.
"Perlembagaan Umno mestilah di hurmati (dihormati). Masa bertanding jawatan dlm (dalam) Umno, kena ikut peraturan.
"Jika tak cukup 3 tahun jadi ahli tak layak bertanding sebarang jawatan. Hari ini tak jadi ahli dan tak cukup 3 tahun jadi ahli boleh pula di lantik jadi ahli Majlis Tertinggi Umno.
"Boleh tidak orang yg (yang) berkuasa di Ibu Pejabat Umno beri jawapan. Atau pembesar Umno buat Umno ini macam emak bapak dia punya," katanya.
Sumber HD - 5-12-2013
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
Dipetik daripada blog Shahbudin Husin, Rais Yatim menulis di Twitternya yang berbunyi, "Ustaz Kazim tolak jadi ahli MT UMNO, yang rekomen beliau tu kenalah jawab. Kenapa tak buat kaji selidik dulu. Terus-terus jadi MT salah di sisi peraturan."
Menurut blogger itu, kecaman daripada dalam Umno terhadap pelantikan Kazim juga semakin kuat kedengaran berikutan beliau bukanlah ahli Umno.
Ia dilihat bertentangan dengan semangat perlembagaannya yang mensyaratkan kelayakan bertanding sebagai ahli MT ialah sekurang-kurangnya pernah menjadi AJK Umno bahagian selama sepenggal.
Baca di sini
Sumber HD - 5-12-2013
Umno sudah jadi parti orang bangsawan, parti laki bini?
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk A Kadir Jasin seterusnya mempersoalkan, ataupun Mohd Najib Abdul Razak sebagai Presiden Umno mengakui selama ini parti itu tidak cukup mengutamakan rakyat jelata, terutamanya orang Melayu dan Bumiputera?
“Itulah yang terserlah ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 5 Mei lalu apabila Mohd Najib begitu menguar-uarkan undi Cina dan India sebagai pemangkin kemenangan Barisan Nasional (BN),” tulis beliau di dalam blognya, semalam.
Tambahnya, tetapi yang akhirnya menyelamatkan beliau daripada dihanyutkan oleh tsunami Cina adalah orang Melayu dan Bumiputera di kampung-kampung.
Baca di sini
Sumber HD - 5-12-2013
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
Penulis Aspan Alias mengibaratkan pakaian apa yang Najib pakai hari ini hanya baju basahan yang dipakainya setiap hari di rumah.
“Tiada yang baru dan tiada yang menakjubkan selain dari tepukan dari perwakilan yang sememangnya dijemput ke dewan persidangan untuk bertepuk tangan dan mendengar jenaka mega tahunan selama empat hari itu,” tulis beliau di dalam blognya.
Menurut beliaut, sememangnya tidak ada yang lain dari apa yang beliau sebutkan selalu kerana ucapan itu hanya merupakan ucapan-ucapan yang dikumpul dan disusun semula untuk dijadikan satu ucapan perasmian perhimpunan agung itu.
Tulisan penuh beliau seperti di bawah.
Siapa yang hendak membetulkan Umno itu, takkan pimpinan sekarang
UMNO sudah tidak tentu arah dan tidak mempunyai hala tuju perjuangan yang meyakinkan. Sesebuah pertubuhan itu hanya berubah sama ada untuk kebaikan atau sebaliknya kerana sikap dan nilai mereka yang memimpinnya. Saya tidak bersetuju sesiapa yang mengatakan UMNO itu tidak baik. UMNO itulah yang telah membina negara selama ini bersama rakan-rakan kongsi dalam Perikatan dan BN.
Tetapi UMNO itu kian jatuh dan lemah kerana manusia yang memimpinnya. Manusia yang menjadi pemimpinnya sekarang sudah hilang segala pedoman bagaimana hendak melangsungkan perjuangan parti itu, maka kian hari parti itu diketepikan dari pemikiran dan sokongan ramai.
Baju dan pakaian walaupun berharga murah tetapi jika si pemakainya mempunyai kedudukan dan dihormati, pakaian yang murah tadi akan nampak mahal dan berharga. Tetapi jika sipemakainya itu tidak baik dan tidak senonoh, pakaian yang mahal sekali pun akan nampak murah. Wanita yang langsing tubuhnya dan jinjang lehernya akan nampak anggun jika memakai pakaian yang tidak berapa mahal. Sebaliknya kepada wanita yang rendah, pakailah pakaian secantik dan mahal mana pun pakaian itu akan tetap nampak murah.
Begitu juga pertubuhan-pertubuhan termasuk parti politik akan dihormati jika pertubuhan itu dipimpin oleh manusia yang dihormati dan disanjung. Dulu-dulunya pemimpin setiap peringkat UMNO dihormati tetapi tidak lagi sekarang ini, kerana pemimpin-pemimpinnya tidak menjaga diri mereka dengan baik yang bersesuaian dengan kehendak niat dan matlamat pertubuhan itu.
Dulu pimpinan UMNO sangat dihormati kerana manusia dan rakyat memahami nilai seseorang atau kumpulan pemimpin itu. Dulunya UMNO berjuang dan nampak hasilnya secara ‘organic’ dan menjadi contoh kepada banyak negara membangun yang lain. tetapi sekarang ini pemimpin-pemimpin UMNO mempunyai ‘stigma’ buruk seperti rasuah yang tidak boleh tanggal lagi selagi parti itu dipimpin oleh pemimpin yang berimejkan elemen negatif.
Keruntuhan nilai pemimpin kita diketahui masyarakat antarabangsa dan banyak individu yang menulis tentang pimpinan kita secara terbuka di khalayak antarabangsa. Ini bukan isu dan masalah kecil buat negara. Tetapi kita masih lagi membiarkan isu negatif terhadap pimpinan kita seolah-olah itu adalah isu biasa yang tidak perlu diambil hal dan dipedulikan.
Sekarang UMNO sedang bertungkus lumus untuk memperbaiki persepsi ramai terhadapnya dan menganggap PRU ke-14 sebagai pilihanraya yang lebih sengit dari pilihanraya umum yang baru lepas ini. Tetapi kita sendiri telah melihat bagaimana penampilan TS Muhyiddin dan Najib dalam ucapan kedua-duanya setakat ini dalam perhimpunan sayap parti itu dengan ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO pagi tadi.
Tiada apa yang lainnya dalam ucapan Najib dengan ucapan harian beliau di mana-mana. Ibarat pakaian apa yang Najib pakai hari ini hanya baju basahan yang dipakainya setiap hari di rumah. Tiada yang baru dan tiada yang menakjubkan selain dari tepukan dari perwakilan yang sememangnya dijemput ke Dewan Persidangan untuk bertepuk tangan dan mendengar jenaka mega tahunan selama empat hari itu.
Sememangnya tidak ada yang lain dari apa yang beliau sebutkan selalu. Ucapan itu hanya merupakan ucapan-ucapan yang dikumpul dan disusun semula untuk dijadikan satu ucapan perasmian Perhimpunan Agung itu.
Saya tidak dapat mendengar ucapan beliau sampai ke penghujung ucapan beliau kerana saya telah tertidur agak agak ucapan beliau sudah sampai ke 70 peratus. Saya terkilan kerana tidak sempat hendak menyaksikan bagaimana perwakilan bangun dan memberikan tepukan gemuruh seperti yang berlaku sejak beberapa dekad dahulu.
Apa hasilnya dari ucapan Presiden UMNO itu pagi tadi? Saya pun tidak dapat untuk mengagaknya. Tetapi satu yang pasti, persepsi rakyat tentang sinonim rasuah dan pemimpin yang tidak boleh dipercayai tetap wujud. Seperti yang saya katakan selalu dahulu, pemimpin UMNO dan rasuah itu adalah seperti aur dengan tebing, saling memerlukan di antara satu dengan yang lain.
Tidak ada tanda-tanda yang meyakinkan yang Presiden UMNO dan barisan pimpinan teratas itu telah sedar yang mereka tidak lagi dihormati kerana mereka sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat hebat.
Tidak tahulah jika perwakilan yang melebihi 5 ribu orang itu dapat mengingatkan pimpinan di atas pentas itu tentang betapa tidak berkeyakinan rakyat ramai yang mendengar ucapan Presiden itu. Berikan cadangan untuk meminta barisan pimpinan itu berundur dan mengganti barisan pimpinan yang baru yang lebih meyakinkan rakyat ramai bukannya setakat meyakinkan ahli-ahli UMNO yang menjadi perwakilan sahaja.
Orang yang hendak melakukan perubahan dan membaik pulih keadaan mestilah dari orang atau barisan yang tidak terlibat memusnahkan perkara yang hendak dipulihkan itu. Bagaimana Najib dan keseluruhan pimpinan itu hendak memulihkan keadaan itu, sedangkan keadaan yang mesti dipulihkan itu adalah hasil kerja mereka sendiri.
Jika mereka ditugaskan untuk membetulkan kembali kerosakan itu, nescaya ia akan bertambah buruk lagi hasilnya. Saya teringat kata-kata seorang sahabat saya dari Afrika berkata, “If you want to break anything give it to the African to do the job, and if you want to make it worst, again, give it to the African to fix it back”.
UMNO sudah begitu sinonim dengan kerosakan negara, walaupun parti itu pernah membina negara dengan begitu baik. Apa yang telah dibangunkan oleh pimpinan UMNO yang baik dahulu sudah dirosakkan oleh pimpinan hari ini. Pimpinan UMNO hari ini merupakan kumpulan yang sentiasa mengamalkan ‘vandalism’ terhadap negara.
Semua sistem bernegara telah ranap dan institusi demokrasi telah terlacur dan semua rakyat termasuk mereka yang memimpin sekarang sudah hilang segala hala tuju perjuangan dan tanggungjawab mereka. Rakyat menjadi mangsa mereka dan rakyat pula yang menanggung segala kemudharatan hasil dari perlakuan orang-orang yang memimpin UMNO itu.
Bagaimana kita harus percaya janji-janji mereka untuk melakukan transformasi terhadap politik dan negara itu? Kalau kita padankan dengan perbilangan untuk orang Afrika tadi, ia akan berbunyi seperti berikut, ‘kalau hendak melihat kerosakan, berikan kepada UMNO tanggungjawab itu, kalau hendak melihat kerosakan yang lebih teruk lagi, berikan juga kepada UMNO untuk membetulkannya’
Sumber HD - 5-12-2013
Pemuda Umno mahu guru dipantau
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketua Pemuda Umno Melaka Zali Mat Yasin berkata sebagai golongan berpengaruh, tindakan guru terbabit mampu menggugat kestabilan negara jika dibiar berterusan.
Guru juga tidak harus menjadikan pelajar mangsa kebencian mereka terhadap kerajaan, sebaliknya luahkan secara terbuka mengenai masalah yang dihadapi, katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno, di perhimpunan agung sayap itu, di sini.
"...guru ini golongan yang suka melakukan 'silent protes'. Jangan begitu bincang sebaiknya demi kebaikan anak-anak kita," katanya.
Ketua Pemuda Umno Kangar Hamizan Hasan pula berkata pergerakan itu perlu menjadi rakan guru dan membantu mereka mendidik generasi baharu, terutama dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
"Pemuda Perlis mencadangkan setiap bahagian dan cawangan Pemuda seluruh negara mengambil sekolah dalam kawasan mereka sebagai sekolah angkat dan kami juga mencadangkan anggota Pemuda dilatih sebagai ejen untuk melaksanakan PPPM," katanya. - Bernama
Sumber HD - 5-12-2013
Umno tingkatkan pegangan dalam Utusan Melayu
- Dec 04, 2013
- HARAKAHDAILY
Urusniaga ini akan meningkatkan pegangan Umno dalam syarikat penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia itu daripada 49.8 peratus kepada 67.2 peratus jika lain-lain pemegang saham tidak berminat mendapatkan bahagian mereka dalam terbitan hak itu.
Umno juga dilapor memohon pengecualian daripada Suruhanjaya Sekuriti daripada membuat tawaran wajib (mandatory offer) terhadap baki saham syarikat.
Antara pemegang saham Utusan Melayu (M) Bhd ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary melalui Nilam Setar (M) Sdn Bhd dengan 14.8 peratus ekuiti.
Syarikat tersebut tidak membayar sebarang dividen sejak 2008 akibat kelemahan prestasi kewangan dan operasi.
Walaupun mendapat sokongan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diarah membeli ruangan iklan di akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, syarikat milik Umno itu mencatat kerugian RM9.63 juta bagi suku ke-4 tahun kewangan 2012.
Syarikat itu terus mencatat kerugian bagi suku pertama tahun kewangan 2013 berjumlah RM8.81 juta.
Keuntungan yang dicapai syarikat pada suku kedua tahun kewangan 2013 berjumlah RM1.92 juta lebih disumbangkan oleh faktor pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Keuntungan itu menjadikan kerugian bersih ditanggung syarikat bagi tempoh setengah tahun kewangan 2013 kepada RM7.56 juta berbanding kerugian bersih RM11.12 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia, Utusan Melayu memaklumkan bahawa suntikan RM40 juta itu akan digunakan bagi membiayai perbelanjaan modal dan modal kerja syarikat.
Utusan dikenali umum sering menerbitkan berita yang cenderung kepada Umno dan kerajaan BN dan kalah dalam banyak saman fitnah yang difailkan para pemimpin Pakatan Rakyat di mahkamah.
Populariti Utusan Malaysia merosot teruk berbanding empat akhbar berbahasa Melayu dan hanya meraih 11.1 peratus jumlah pembaca akhbar Melayu berbanding Harian Metro (46.2 peratus), Berita Harian (20.8 peratus), Sinar Harian (15.8 peratus) dan Kosmo! (15.2 peratus).
Sumber HD - 4-12-2013
Umno masih lagi berjanji dan akan terus berjanji
- Dec 04, 2013
- ASPAN ALIAS
UMNO katanya tetap mempertahankan Islam dan membangunkan Islam itu tanpa kompromi dan UMNO 'commited' untuk mempertahankan kesucian Islam dengan segala tenaga yang ada. Itu sebabnya kata Muhyiddin UMNO mengambil sikap jelas dan lantang tidak membenarkan fahaman songsang dalam Islam seperti syiah dan sebagainya dan beliau menzahirkan niat beliau untuk memasukkan ahli Sunnah wal jemaah di dalam perlembagaan negara.
Muhyiddin berkata UMNO menentang usaha mana-mana pihak untuk membenarkan kegiatan LBGT dan sebagainya secara bebas. UMNO tidak tahan dengan tindakan seks di luar tabii dan apa-apa yang menentang nilai dan syariat Islam yang suci itu. Banyak lain tentang Islam yang beliau sebut dalam ucapan beliau itu. UMNO tetap mempertahankan nilai Islam dengan tegas tanpa ada kompromi langsung, katanya.
Semua yang disebut oleh Muhyidin itu sememangnya isu dan tindakan yang baik untuk Islam, Melayu dan negara. Itu pun perjuangan UMNO dan menjadi sebutan oleh pemimpin UMNO sejak dari dahulu sampai sekarang kerana itulah kebenaran Islam dan landasan perjuangan UMNO itu. Muhyidin menyebut isu ini dengan panjang lebar kerana isu agama menjadi isu besar dalam politik tanahair dan dengan menyebut isu ini tentulah Muhyiddin cuba hendak bermain di padang PAS yang sedang mendapat sambutan ramai sekarang ini.
Mungkin dalam keadaan terdesak UMNO akan cuba untuk melangsungkan apa yang disebut oleh Timbalan Presiden parti itu. Tetapi itu sahajakah yang mahu disebut dan dicakapkan dengan jelas oleh Muhyiddin?
Bolehkah UMNO mempertahankan kesucian Islam dan memperbaiki persepsi agama Islam di mata rakyat berbilang kaum dan agama itu, kerana ia disebut oleh pemimpin parti yang begitu jumud jika dipandang dari sudut Islam, agama anutan seratus peratus ahli-ahlinya.
Sudah cukup bersediakah UMNO untuk mempertahankan Islam itu kerana banyak perkara yang bertentangan dengan Islam menjadi perkara biasa dalam UMNO dan dilakukan oleh hampir kesemua pemimpinnya. Perkara ini disebut dalam setiap perhimpunan agung UMNO sejak dari dulu lagi lebih-lebih lagi sejak negara memulakan budaya rasuah dan salah guna kuasa melebihi lebih sedikit dari tiga dekad yang lalu.
Percakapan tentang Islam ini sama naik dengan kebangkitan rasuah di dalam UMNO sejak awal lapan puluhan dahulu. Bagaimana kumpulan perasuah boleh mempertahankan kesucian agama Islam? Bukankah rasuah itu satu tindakan yang amat hina tidak terkira di sisi masyarakat, lebih-lebih lagi di sisi agama anutan kita. kenapa pimpinan UMNO mengaku sebagai perlindung agama Islam sedangkan apa yang mereka lakukan bertentangan secara ‘head-on’ dengan agama dan Tuhan kita?
Bagaimana kumpulan yang menentang syariat suci Islam mahu mempertahankan Islam itu tanpa kompromi sedangkan kesucian Islam yang paling penting sudah dikompromikan oleh UMNO.
Kita bukan ulamak besar malahan bukan ulamak kecil sekali pun. Tetapi sebagai seorang Islam yang masih jahil seperti saya memahami dengan jelas dan dan keyakinan saya agaknya sudah sampai ke peringkat haqul yakin yang perasuah tidak mungkin mampu membuat keputusan yang baik dan itu sendiri ada penentangan terhadap Islam itu. Malahan elemen rasuah inilah yang telah menjatuhkan kerajaan negara-negara Islam akhir-akhir ini di Asia Barat satu demi satu.
Kita juga memahami yang pemimpin yang bercakap tentang rasuah seperti apa yang disebut oleh Muhyiddin semalam itu, yang rasuah sememangnya berlaku di kalangan jemaah kepimpinan mereka. Tetapi bagaimana Muhyiddin begitu berani mengaku yang UMNO itu adalah benteng untuk Islam kerana beliau tahu UMNO tidak terlepas dengan isu tegahan mutlak Islam itu.
Mungkin yang ramai-ramai dalam UMNO itu tidak tahu apa itu komitmen terhadap agama itu kerana jiwa dan batin mereka telah tertutup hijab untuk mengenali yang mana yang layak untuk mempertahankan agama suci dan yang mana hanya pandai bercakap di pentas perhimpunan agung UMNO sahaja.
Kita mahu mendengar ucapan penangguhan Ustaz Kazim Elias dalam ucapan penangguhan Perhimpunan ini berhubung dengan orang yang mengetahui rasuah berlaku di kalangan mereka tetapi bergegar-gegar bercakap dan berjanji untuk kesucian agamanya. Kita tidak payah mendengar lagi ucapan Jamil Khir Baharom kerana kita sudah tahu apa yang hendak beliau katakan dan semua akan menjadi bahan cacian ramai semata-mata.
Kita hendak juga mendengar kata-kata Ustaz Kazim, yang sangat dihormati oleh UMNO itu. Kalau tidak tentunya beliau tidak dilantik menduduki ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama Azeeez Rahim dan JJ itu. Saya berharap Ustaz Kazim akan menunjukkan bakat kepimpinan beliau dan bukan lagi setakat menunjukkan bakat menyanyi dalam dakwah agamanya.
Janji-janji pimpinan sama sejak tiga puluh tahun dahulu, tetapi keadaan semakin hari semakin rumit. Alangkah indahnya kita mendapat kepimpinan yang pandai berjanji dan mampu melaksanakannya. Setakat ini kita hanya ada pimpinan yang berjanji seolah-olah dunia pun hendak dialih dan dianjaknya. Janji Muhyiddin semalam seolah-olah tidak ada UMNO tidak selamat Islam di dunia ini.
Ugutan UMNO kepada orang Melayu jika tidak menyokong UMNO, Melayu akan hilang di dunia ini. Tetapi selama ini orang Melayu menyokong UMNO, tetapi Melayu hampir hilang dunianya. Inilah yang terjadi kepada kita sekarang ini... UMNO masih lagi berjanji dan terus berjanji... - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD - 4-12-2013
Hishamuddin masih perlukan rawatan lanjut di hospital
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau kini berada di bawah pengawasan doktor di hospital itu.
Menurut kenyataan pejabat Menteri Pertahanan hari ini, doktor pakar menasihatkan Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno supaya berehat buat sementara waktu.
Hishammuddin, 52, menjalani prosedur angioplasti itu selepas disahkan mengalami masalah saluran arteri sempit. - Bernama
Sumber HD - 3-12-2013
Kenapa Mahathir lepaskan Petronas tapi Proton tidak?
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
"Saya hanya letak jawatan dalam Petronas. Proton bukan milik kerajaan, ia milik DRB-Hicom Berhad. Saya akan teruskan perjuangan saya bersama Proton," jelas bekas Perdana Menteri itu.
Bagi blogger Shahbudin Husin, keadaan itu menampakkan seolah-olah beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang jawatan dalam kerajaan tetapi akan terus berjuang bersama Proton.
“Maknanya, tidaklah beliau hanya akan berehat dan lebih banyak tidur saja selepas ini,” tulis beliau di dalam blognya, sebagaimana di bawah.
Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sudah sah mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas. Namun tindakannya berbuat demikian dengan menulis surat kepada Najib hanya beberapa hari menjelang Perhimpunan Agung UMNO, menimbulkan sedikit tanda-tanya walaupun diketahui umum beliau kini sudah berusia 88 tahun dan baru saja menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
Ramai yang bimbang jika tindakannya mahu meletakkan jawatan secara tiba-tiba kerana ada tujuan lain atau sebagai luahan rasa tidak puas hatinya yang semakin membesar terhadap kepimpinan Najib. Takkan tiba-tiba "burung tempua bersarang rendah", begitu reaksi banyak pihak mengenainya.
Dalam masa yang sama pengunduran Mahathir ini juga menimbulkan persoalan tentang siapakah pengganti yang akan mengambil alih tempatnya. Jawatan sebagai Penasihat Petronas biasanya diberikan kepada bekas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan sumbangannya kepada negara.
Sebelum Mahathir, jawatan itu pernah disandang oleh Hussein Onn. Apakah dengan pengunduran Mahathir ini, Najib akan melantik Pak Lah pula ke jawatan itu? Atau tokoh-tokoh lain seperti Tengku Razaleigh dan Daim Zainuddin turut dalam pertimbangan Perdana Menteri untuk diberikan jawatan tersebut?
Mahathir sendiri ketika bercakap kepada pemberita semalam berkata, pengundurannya adalah kerana beliau sudah tua dan perlu banyak berehat.
Beliau juga dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya agar mengurangkan aktiviti dan tidak terlalu aktif, sementara perjalanan ke luar negara pula hanya boleh dilakukan sekali saja dalam sebulan.
"Saya perlu lebih rehat dan banyak tidur," kata Mahathir lagi.
Walaupun faktor kesihatan dan perlu banyak berehat ini dapat diterima sebagai alasan pengundurannya, tetapi kesangsian tetap ada kerana jawatan sebagai penasihat itu bukanlah tugas sepenuh masa yang memerlukannya menguruskan perjalanan Petronas, pergi ke pejabat setiap hari atau menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting.
Kedudukannya sebagai Penasihat Petronas hanyalah kerana jasa dan kedudukannya ssbagai bekas Perdana Menteri. Beliau tidak perlu ke pejabat setiap hari dan jika hanya tidur di rumah saja pun, tiada siapa yang akan marah atau menegurnya.
Jadi, kenapa perlu meletakkan jawatan?
Dalam masa yang sama juga, sebagaimana yang dipetik daripada laporan Berita Harian, Mahathir memberitahu, beliau hanya meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas saja tetapi akan kekal sebagai Penasihat Proton.
Ramai juga bingung, boleh pula beliau kekal sebagai Penasihat Proton. Apakah bezanya Petronas dengan Proton?
"Saya hanya letak jawatan dalam Petronas. Proton bukan milik kerajaan, ia milik DRB-Hicom Berhad. Saya akan teruskan perjuangan saya bersama Proton," jelasnya.
Keadaan ini menampakkan seolah-olah beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang jawatan dalam kerajaan tetapi akan terus berjuang bersama Proton.
Maknanya, tidaklah beliau hanya akan berehat dan lebih banyak tidur saja selepas ini.
Malahan, semalam juga, ketika bercakap mengenai rasuah yang didakwanya masih berkembang dalam UMNO dan juga kerajaan, Mahathir juga berkata, beliau ada idea untuk membendung rasuah dalam UMNO dan juga kerajaan dan akan mencari platform untuk menjelaskan idea tersebut.
Maknanya juga, beliau akan lebih sibuk bercakap mengenai rasuah selepas mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas ini. Bahkan mungkin juga lebih aktif, lebih aktiviti dan lebih banyak bergerak berbanding sebelum ini.
Namun demikian, apa pun alasan mengenai pengunduran Mahathir ini, persepsi orang ramai, terutama ahli UMNO terhadapnya serta kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini, rata-rata mengharapkan beliau terus sihat, cergas dan panjang umurnya.
Sumber HD - 3-12-2013
Hishammuddin masuk hospital kerana saluran arteri sempit
- Dec 02, 2013
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Akhbarnya Azmi Akop berkata doktor telah menjalankan prosedur angioplasti pada 3 petang, semuanya berjalan dengan baik dan keadaan Hishammuddin, 52, stabil.
"Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada tengah hari tadi, dan telah diminta untuk berehat oleh doktor yang merawatnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Isnin.
Beliau bagaimanapun kurang pasti sama ada Hishammuddin akan menyertai Persidangan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang berlangsung mulai hari ini hingga Sabtu.
"Segalanya bergantung kepada tahap kesihatan Naib Presiden Umno itu dan atas kebenaran doktor yang merawatnya," katanya. - Bernama
Sumber HD - 2-12-2013
Najib sedang sulam benang merah untuk Hishammuddin?
- Dec 01, 2013
- HARAKAHDAILY
Namun, dengan mencicirkan nama Menteri Besar Kedah itu, Najib dilihat seperti meminggirkannya sekali lagi, tulis Shabudin Husin.
Menurutnya, dengan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin sudah berusia 66 tahun, Zahid Hamidi yang mendapat undi tertinggi Naib Presiden berusia 62 tahun manakala Shafie Apdal dari Sabah, tindakan Najib terus meletakkan Mukhriz "di kelas kedua" dalam barisan MT, tidak syak lagi bahawa beliau kini sedang menyulam benang-benang merah untuk dijadikan permaidani bagi dihamparkan sebagai laluan kepada sepupunya, Hishammuddin untuk mengambil alih tempatnya suatu hari nanti.
“Dalam hal ini, terlihat bahawa agenda membawa perubahan dan memperkuat Umno tidaklah sepenting agenda peribadinya,” tulis beliau di dalam blognya.
Baca lagi
Sumber HD - 1-12-2013
Ramai kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini
- Nov 30, 2013
- HARAKAHDAILY
“Sudah terbukti sebelum ini bagaimana begitu ramai golongan agama yang berada dalam Umno dan diberi kedudukan, akhirnya tenggelam dan hanyut,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, golongan terbabit akhirnya turut terpalit dengan budaya bermewah, memiliki rumah dan kereta besar serta dikaitkan dengan beberapa perlakuan yang berunsurkan rasuah.
“Inilah yang menyebabkan ramai yang kasihan dengannya kerana beliau dijangka akan menjadi golongan agama terbaru yang menjadi mangsa dan akan hanyut serta tenggelam selepas ini,” tulisnya lagi.
Berikut ialah tulisan penuh beliau.
Semoga Ustaz Kazim Elias tidak sekadar berperanan baca doa dalam Umno
UMNO semalam mengumumkan perlantikan sembilan ahli MT untuk melengkapkan barisan kepimpinan tertingginya, sesuai usainya pemilihan parti pada 12 Oktober lalu dan dalam menghadapj Perhimpunan Agung UMNO minggu depan. Perlantikan yang dibuat dan disahkan oleh Presiden UMNO, Najib Razak itu bagaimanapun hanya diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Mereka yang dilantik ialah Nazri Aziz, Hamzah Zainuddin, Sharkar Shamsuddin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias.
Sudah tentu yang paling mengejutkan ialah perlantikan Ustaz Kazim Elias manakala yang lain tidaklah begitu memeranjatkan seperti Dr Asraf dan Prof Ibrahim Abu Shah. Dr Araf, walaupun menjadi Pengerusi YADIM tetapi beliau memang orang UMNO. Ayahnya, Dusuki Ahmad ialah bekas Ahli Parlimen di Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Politik Mahathir dan Dr Asraf juga pernah menjadi calon pilihanraya mewakili BN.
Prof Ibrahim pula memang dikenali sebagai ahli akademik dan pernah menjadi Naib Canselor UiTM tetapi sejarahnya dengan UMNO sudah berakar umbi sejak zaman pelajar lagi di mana pernah menjadi pengasas sebuah kelab UMNO di luar negara.
Lantaran itu, perlantikan mereka menduduki kerusi MT tidaklah mengejutkan, ia tidak jauh berbeza dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang turut dilantik itu. Tetapi agak berbeza dengan Ustaz Kazim. Walaupun dalam banyak ceramahnya yang boleh ditonton melalui Youtube, kecondongannya kepada UMNO dan kerajaan agak jelas, tetapi keahliannya dalam UMNO masih belum pasti. Ramai yang mengatakan beliau bukanlah ahli UMNO dan dalam sebuah ceramahnya juga, Ustaz Kazim ada mengaku beliau bukanlah ahli UMNO.
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, beliau tidak peduli kepada hal-hal lain kerana dalam hatinya hanya ada Allah saja.
(Gambar: Ustaz Kazim bersama Ustaz Azhar Idrus dalam program Maal Hijrah bertajuk Hijrah Menuju Ilahi di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi pada 11 Disember 2011.)
Dalam UMNO sendiri kedengaran suara-suara yang mempertikaikan kewajaran perlantikan beliau itu. Sementara ada yang berpandangan bagaimana Najib boleh melantik seseorang yang bukan ahli UMNO menduduki kerusi MT dan ini seakan mengesahkan lagi bahawa pemimpin UMNO tiada harga di mata Presiden UMNO dan Perdana Menteri, ramai yang lain berasa kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini.
Mereka bimbang jika beliau tidak lagi dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan agama yang dimilikinya dengan sewajarnya selepas menduduki kerusi MT ini kerana tenggelam dalam persekitaran dan budaya UMNO yang tidak begitu sesuai dengan seseorang yang berlatar-belakangkan agama. Sudah terbukti sebelum ini bagaimana begitu ramai golongan agama yang berada dalam UMNO dan diberi kedudukan, akhirnya tenggelam dan hanyut.
Golongan terbabit akhirnya turut terpalit dengan budaya bermewah, memiliki rumah dan kereta besar serta dikaitkan dengan beberapa perlakuan yang berunsurkan rasuah. Ilmu agama yang dimiliki kerap kali tidak lagi menjadi pemandu dalam kehidupan dan kecintaan kepada dunia akan menenggelamkan kecintaan kepada akhirat.
Inilah yang menyebabkan ramai yang kasihan dengannya kerana beliau dijangka akan menjadi golongan agama terbaru yang menjadi mangsa dan akan hanyut serta tenggelam selepas ini.
Lebih daripada itu, dengan menerima perlantikan sebagai ahli MT juga, ramai yang percaya Ustaz Kazim tidak akan berperanan dalam dakwah Islam seperti dulu lagi. Beliau akan menjadi sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti dalam UMNO dan mungkin juga bakal diberi jawatan di mana-mana agensi kerajaan.
Akhirnya beliau hanya berperanan membaca doa di majlis-majlis berkaitan UMNO saja. Dan mungkin tugas pertamanya membaca doa ialah dalam mesyuarat MT sebelum Perhimpunan Agung UMNO minggu depan ini ataupun ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO di PWTC nanti.
Amatlah malang, daripada berdakwah, berceramah dan menyampaikan ilmu, akhirnya hanya berperanan membaca doa saja.
Lebih malang lagi, jika selepas bergaul lama dalam UMNO dan mula hanyut dalam persekitaran UMNO sebagaimana yang sudah terbukti berlaku kepada ramai golongan agama sebelum ini, nama Allah juga semakin kurang bertakhta di hatinya, sebaliknya sudah diganti dengan Najib dan Rosmah. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 30-11-2013
Najib lantik Kazim Elias sebagai Ahli MT Umno
- Nov 29, 2013
- HARAKAHDAILY
Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim.
Ketika mengumumkan lantikan sembilan anggota MT di pejabatnya di sini, Tengku Adnan berkata mereka melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan Umno.
"Pelantikan mereka adalah berdasarkan pengalaman mereka yang boleh memberi input yang baik kepada parti dan akan bergerak bersama 25 MT yang dipilih perwakilan pada pemilihan parti bulan lepas," katanya.
Tengku Adnan berkata surat pelantikan akan diedarkan kepada mereka hari ini dan mereka dijangka mengangkat sumpah pada 4 Dis ini.
"Status mereka adalah sama dengan MT yang dipilih perwakilan.
"Mereka akan menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi selepas Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada malam 4 Disember ini," katanya.
Pada mesyuarat pertama MT minggu lepas, Najib mengumumkan pelantikan empat pemimpin sayap parti sebagai ahli tambahan kepada 25 MT yang menang dalam pemilihan iaitu Naib Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun; Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar; Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.
Selain itu, tujuh Menteri Besar yang tidak bertanding jawatan MT pada pemilihan Umno akan dijemput menghadiri mesyuarat MT tetapi tidak dilantik untuk jawatan berkenaan. - Bernama
Sumber HD - 29-11-2013
Umno-Parti Komunis Cina eratkan hubungan
- Nov 25, 2013
- Harakahdaily
Delegasi itu, diketuai Sun Chulan, anggota Biro Politik, Jawatankuasa Pusat CPC, meluangkan masa kira-kira 30 minit dengan Najib, yang merupakan Presiden Umno.
Sun yang juga Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Tianjin CPC diiringi, antara lain, Naib Menteri Jabatan Antarabangsa, Jawatankuasa Pusat CPC Zhou Li, Naib Datuk Bandar Tianjin Ren Xuefeng dan Duta Besar China di Malaysia Chai Xi.
Duta Khas Malaysia di China Tan Sri Ong Ka Ting, Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, turut hadir pada pertemuan itu.
Delegasi itu yang tiba di sini semalam, berada di Malaysia sebagai sebahagian pertukaran lawatan antara Umno dan CPC. - Bernama
Terima kasih Rosmah, kami sangat bangga denganmu
Shahbudin Husin, | 19 Nov 2013 |
Surat Terbuka Dari Rakyat Malaysia - Tahniah Dan Terima Kasih Rosmah, Kami Sangat Bangga Denganmu
Yabhg Datuk Seri Datin Paduka Dr Rosmah Mansor
First Lady Of Malaysia
Seri Perdana, Putrajaya.
Yabhg Datuk Seri yang kami sayangi,
Setelah membaca kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim hari ini, kami rakyat Malaysia secara tiba-tiba berasa bersalah kerana telah tersalah anggap selama ini.
Benar kata Shahidan, rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih dengan pengorbanan yang Datuk Seri curahkan untuk negara selama ini.
Isu terbaru yang timbul berkaitan lawatan Datuk Seri ke Qatar bersama rombongan dengan menaiki jet eksekutif dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan setelah diluluskan oleh Perdana Menteri dan kabinet sebenarnya hanyalah isu remeh jika dibandingkan dengan nilai dan impak daripada lawatan tersebut.
Sebagai isteri Perdana Menteri, kami rakyat Malaysia sedar pengorbanan Datuk Seri dalam hal ini.
Jika Datuk Seri ingin bersenang-lenang sebagai isteri ketua kerajaan, Datuk Seri sebenarnya tidak perlu bersusah-payah melakukan lawatan ke sana sini, bertemu dengan ramai orang, menyampaikan ucapan dan sebagainya, sebaliknya Datuk Seri boleh saja duduk goyang kaki di Seri Perdana atau sesekali shopping sakan ke London, Milan atau Paris.
Tetapi Datuk Seri tidak mahu berbuat demikian, sebaliknya ingin turut serta menyingsing lengan menyumbang khidmat bakti untuk negara. Pengorbanan ini memang wajar dipuji. Kami sendiri tidak terbuat dengan apa yang Datuk Seri lakukan ini. Datuk Seri tidak seperti isteri-isteri penoreh getah atau pesawah padi atau sesetengah kakitangan kerajaan dan rakyat negara ini yang sanggup membiarkan suami seorang diri saja membanting tulang, sebaliknya Datuk Seri telah menunjukkan contoh teladan yang terpuji untuk kemajuan negara.
Barangkali ramai yang tidak sedar, lawatan ke Qatar baru-baru ini bukanlah makan angin saja tetapi menghadiri forum perniagaan dan berpeluang bertemu dengan pak-pak syeikh Arab yang kaya-raya.
Sudah tentu hasil dari lawatan Datuk Seri ini, banyak pelaburan daripada negara-negara Arab akan mencurah-curah selepas ini. Dalam masa yang sama juga, kami percaya, kecantikan dan keanggunan wajah Datuk Seri ini akan menyebabkan lebih ramai pelancong-pelancong Qatar dan negara-negara Arab lainnya akan melawat Malaysia selepas ini.
Dalam hal ini ini, Datuk Seri bukan saja telah membantu menambahkan pelaburan untuk negara, bahkan telah menyumbang sesuatu yang besar sempena Tahun Melawat Malaysia pada 2014 nanti.
Secara tidak langsung, Datuk Seri telah memudahkan lagi kerja-kerja Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz untuk menarik kedatangan pelancong ke negara ini.
Yabhg Datuk Seri, ibu kepada rakyat Malaysia,
Kami amat faham dengan tugas dan fungsi besar Datuk Seri kepada negara ini. Sebagai wanita yang cerdik, pintar dan "clever" yang telah menyumbang banyak kepada negara ini, kami faham keperluan Datuk Seri untuk ke sana sini dengan menaiki jet eksekutif. Hanya dengan menaiki jet eksekutif, barulah aura dan ketokohan Datuk Seri tambah menyerlah lagi, tambahan pula dengan menaiki jet eksekutif juga barulah pak-pak Arab yang berhidung tinggi itu memandang hormat kepada Datuk Seri dan juga negara ini.
Lagi pula, Datuk Seri, Malaysia bukanlah negara yang begitu dikenali di peringkat antarabangsa berbanding sesetengah negara Arab yang kaya dengan minyak itu. Hanya dengan menunjukkan sedikit kesombongan dan keangkuhan, barulah kehadiran Datuk Seri mewakili Malaysia dapat disedari. Pepatah Hindustan selalu menyebut, hanya dengan menunjuk-nunjuk kesombongan dan keangkuhan, kehadiran kita akan lebih disedari dan dihormati.
Kiranya Datuk Seri hanya menaiki pesawat komersil, walaupun lebih menjimatkan tetapi impak dan kesannya kepada negara pasti tidak sama. Hanya mereka yang tidak memahami perkara ini saja yang melalak dan melolong meminta Datuk Seri menaiki pesawat komersil untuk lawatan ke luar negara.
Bagi kami rakyat Malaysia yang sentiasa berdiri teguh di belakang Datuk Seri, bukan saja lawatan ke luar negara perlu diperuntukkan jet eksekutif, bahkan untuk lawatan dalam negeri sekali pun, Datuk Seri sebenarnya patut diberikan jet eksekutif juga.
Datuk Seri yang kami doakan kesejahteraannya siang dan malam,
Dalam isu jet eksekutif yang menjadi percakapan ramai sekarang ini, kesalahan juga sebenarnya terletak di tangan Perdana Menteri sebelum ini, terutama Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang begitu kedekut untuk membenarkan isteri masing-masing menggunakan kemudahan mewah itu semasa pemerintahan mereka.
Jika Tun Mahathir yang sentiasa mendapat kemenangan dua pertiga dalam pilihanraya membenarkan Tun Siti Hasmah menggunakan jet eksekutif ketika pemerintahannya dulu, tentulah ia tidak menjadi isu sekarang ini. Begitu juga jika selepas pilihanraya 2004 di mana Tun Abdullah membawa kemenangan paling cemerlang dengan 198 kerusi, telah bertindak ketika itu memberi kebebasan kepada isterinya aruah Tun Endon dan Tun Jeanne menggunakan jet eksekutif untuk ke mana-mana, pastilah tiada isu bila Datuk Seri menggunakannya sekarang ini.
Malangnya, kedua-dua bekas Perdana Menteri itu bukan saja kedekut tetapi juga tiada wawasan untuk masa depan. Jika ketika BN menang cemerlang, amalan menggunakan jet eksekutif ini sudah dimulakan, tentulah ianya tidak berbangkit lagi di ketika BN hanya menang dengan kelebihan 23 kerusi saja sekarang ini.
Kami juga mengharapkan Datuk Seri teruslah melakukan lawatan ke luar negara dan teruslah juga menggunakan jet eksekutif kerajaan. Sumbangan dan hasil lawatan Datuk Seri ke seluruh dunia sebenarnya amat besar untuk negara. Benarlah kata Shahidan Kassim, rakyat Malaysia harus berbangga dan berterima kasih dengan Datuk Seri.
Kami rakyat marhaen dan miskin yang sudah mula kurang makan gula sekarang sebenarnya amat berbangga dengan kehadiran Datuk Seri, sama bangganya dengan rakyat Filipina terhadap Imelda Marcos, rakyat Mesir terhadap Suzanne dan rakyat Tunisia kepada Lalia Ali suatu ketika dahulu.
Akhirnya atas segala sumbangan dan pengorbanan Datuk Seri untuk negara, kami juga mencadangkan agar sempena hari keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Agong tahun depan, Perdana Menteri dapat mengurniakan pingat kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri pula kepada Datuk Seri.
Sekian, semoga Datuk Seri terus panjang umur dan menyumbang untuk negara ini.
Daripada kami
Rakyat Malaysia yang memahami. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Kepada

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-11-2013
Rosmah: Seremban-Foch Avenue naik Foh Hup, KL-Qatar jet eksekutif
Aspan Alias, | 19 Nov 2013 |
Dewan Rakyat kini, bergema tentang isu pembiayaan jet eksekutif swasta untuk lawatan isteri yang ayu dan genit kepada Perdana Menteri Najib ke Qatar baru-baru ini. Ramai yang meminta saya memberikan komen tentang isu ini kerana ia melibatkan wang rakyat yang berjuta ringgit.
Komen saya mudah. Sesungguhnya terbang dengan jet eksekutif itu adalah syurga bagi setengah orang. Ramai yang keluar dari kampung sememangnya susah hendak dikawal kerana mereka ini selalu akan mengusung sikap kekampungannya ke mana-mana dia pergi.
Rosmah, hanya seorang isteri dan menyibuk untuk melawat negara lain di atas nama lawatan rasmi itu, tidak kena dan sangatlah gila tindakan itu. Kita mesti ingat, dan saya ulangi, membawa keluar seseorang dari kampung itu kerja mudah, tetapi hendak mengeluarkan kampung dari dirinya itu adalah satu usaha yang susah.
Bagi wanita kampung ini, kalau hendak terbang mesti dengan jet eksekutif. Kalau hendak menginap di hotel, hotel itu mesti bertaraf sepuluh bintang dan sewaan biliknya mesti puluhan ribu ringgit semalam. Bilik sewaannya mesti besar-besar, bilik yang boleh berlari-lari dengan suami atau dengan anak dan cucu. Bagi saya, besar mana pun tubuh seseorang itu dia tidaklah perlu bilik yang sebesar itu.
Apa pun yang mereka seperti ini lakukan, selalunya mereka akan terlupa duit siapa yang mereka belanjakan itu. Bukan Rosmah seorang sahaja isteri Perdana Menteri di dunia ini. Dalam dunia ini ada ratusan isteri Perdana Menteri, tetapi tidak pula kita mendengar dengan isteri PM negara lain yang berbelanja seperti ini. Dulu ada kita dengar isteri seorang Presiden yang bernama Imelda dari Filipina yang berbelanja seperti membelanjakan harta mak bapak dia sendiri.
Kalau kita kaji dengan teliti, Imelda datangnya dari sebuah perkampungan di utara Manila yang jauh dari kawasan perbandaran. Rosmah pula datang dari kampung di Negeri Sembilan dan bukannya dari bandar mana pun. Jadi persamaan latar belakang ini membuatkan mereka berdua ini mempunyai ‘attribute’ yang sama. Mereka ini boros dan tidak mempunyai had apabila membelanjakan wang orang lain terutamanya wang rakyat.
Seperti juga Imelda, Rosmah tidak pula saya dengar yang beliau sememangnya terlalu biasa menaiki jet eksekutif sejak kecil. Tetapi kalau kita tengok cara beliau melawat ke mana-mana negara lain, beliau menaiki jet eksekutif dan tidak menaiki pesawat nasional kita MAS.
Kekerapan beliau berjalan dengan jet eksekutif ini seolah-olah beliau, sejak lahir ke dunia ini sememangnya terbang ke mana-mana dengan jet eksekutif dan tidak pernah menaiki pesawat MAS, SIA atau pesawat tambang murah seperti Air Asia dan Malindo Air.
Tetapi kalau tidak salah mata saya memandang, saya pernah melihat beliau ini pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bus Foh Hup sampai ke Foch Avenue dekat Jalan Silang Kuala Lumpur. Saya sendiri berada dalam bas itu. Orang-orang muda sekarang tidak pernah tahu di mana Foch Avenue itu. Hanya yang tua-tua seperti saya atau Rosmah sahaja yang mungkin masih ingat di mana Foch Avenue itu.
Betullah ramai orang yang berubah kehidupan mereka dan menjadi kaya raya. Tiger Woods, salah seorang daripadanya. Tetapi Tiger mendapat kekayaannya dengan kemahirannya bermain golf sampai beliau berjaya menjadi pemain golf nombor satu dunia. Beliau sekarang mempunyai jet eksekutif sendiri dan istananya sendiri sehingga beliau mempunyai sebuah pulau untuk beliau berehat dengan keluarga dan rakan-rakannya.
Tetapi yang seorang ini hanya seorang isteri Perdana Menteri dan boleh pula memohon kabinet meluluskan permohonan beliau untuk menggunakan jet eksekutif untuk keluar negara dan dibiayai oleh wang rakyat. Kabinet pula, kata Shahidan Kassim, telah meluluskan permohonan ini.

Persoalannya sekarang kenapa kabinet meluluskan permohonan seperti ini dengan mudah sedangkan lebih banyak lagi permohonan rakyat belum lagi diambil tindakan oleh kabinet.
Jika tindakan Rosmah ini menyalahi moral dan undang-undang kenegaraan maka kabinet keseluruhan wajar mengambil ‘accountability’ terhadap isu ini. Justeru itu seluruh kabinet wajar meletakkan jawatan kerana mereka adalah kabinet yang tidak bertanggungjawab.
Itulah bunyinya komen pendek saya. Harap mereka yang mendesak saya memberi komen itu berpuas hati. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Jika tindakan Rosmah ini menyalahi moral dan undang-undang kenegaraan maka kabinet keseluruhan wajar mengambil ‘accountability’ terhadap isu ini. Justeru itu seluruh kabinet wajar meletakkan jawatan kerana mereka adalah kabinet yang tidak bertanggungjawab.
Itulah bunyinya komen pendek saya. Harap mereka yang mendesak saya memberi komen itu berpuas hati. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-11-2013
Rosmah Mansor kembali 'mengganas'
Harakahdaily, | 19 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Setelah sekian lama agak menyepikan diri dari sorotan cerita-cerita sensasi, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor secara tiba-tiba kembali menjadi bahan bualan rakyat, tulis Shahbudin Husin.
“Puncanya hanyalah kerana beliau menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa ke 4 di Qatar, minggu lalu dengan menggunakan jet eksekutif,” tulis beliau di dalam blognya.
Di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim telah disoal bertalu-talu oleh Ahli Parlimen PR berkenaan isu tersebut sehingga banyak soalan gagal dijelaskannya dengan meyakinkan.
Beliau hanya menjelaskan pemergian Rosmah ke Qatar dengan menggunakan jet eksekutif itu adalah dengan kelulusan kabinet dan untuk kepentingan negara tetapi gagal memberi jawapan yang memuaskan tentang boleh atau tidak isteri seorang Perdana Menteri mewakili kerajaan dalam lawatan ke luar negara dan bagaimana Najib sebagai ketua kabinet telah terlibat dalam urusan yang melibatkan konflik kepentingan.
Sehubungan itu, tulis Shahbudin di media sosial, alam maya dan di alam nyata, isu Rosmah kembali menjadi perbualan dan rata-rata kecaman lebih banyak kedengaran berbanding kewajarannya mewakili negara dan menggunakan jet eksekutif itu.
“Dalam masa yang sama, Najib yang meluluskan penggunakan sejumlah wang rakyat untuk perbelanjaan isterinya itu turut dikecam manakala anggota kabinet yang menyokongnya pula dianggap tidak lebih umpama ‘kabinet dapur’ saja peranannya,” tulisnya lagi.
Baca lagi
“Puncanya hanyalah kerana beliau menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa ke 4 di Qatar, minggu lalu dengan menggunakan jet eksekutif,” tulis beliau di dalam blognya.
Di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim telah disoal bertalu-talu oleh Ahli Parlimen PR berkenaan isu tersebut sehingga banyak soalan gagal dijelaskannya dengan meyakinkan.
Beliau hanya menjelaskan pemergian Rosmah ke Qatar dengan menggunakan jet eksekutif itu adalah dengan kelulusan kabinet dan untuk kepentingan negara tetapi gagal memberi jawapan yang memuaskan tentang boleh atau tidak isteri seorang Perdana Menteri mewakili kerajaan dalam lawatan ke luar negara dan bagaimana Najib sebagai ketua kabinet telah terlibat dalam urusan yang melibatkan konflik kepentingan.
Sehubungan itu, tulis Shahbudin di media sosial, alam maya dan di alam nyata, isu Rosmah kembali menjadi perbualan dan rata-rata kecaman lebih banyak kedengaran berbanding kewajarannya mewakili negara dan menggunakan jet eksekutif itu.
“Dalam masa yang sama, Najib yang meluluskan penggunakan sejumlah wang rakyat untuk perbelanjaan isterinya itu turut dikecam manakala anggota kabinet yang menyokongnya pula dianggap tidak lebih umpama ‘kabinet dapur’ saja peranannya,” tulisnya lagi.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-11-2013
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN
Bernama, | 18 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada.
Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi.
"Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu.
Dr Mahathir, 88, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman.
Doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga. - Bernama
Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi.
"Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu.
Dr Mahathir, 88, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman.
Doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga. - Bernama
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-11- 2013
Umno salah guna RM40 juta selamatkan Utusan
Harakahdaily, | 16 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Tindakan Umno menyuntik dana tambahan RM40 juta kepada Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) adalah bukti nyata betapa terdesaknya parti itu untuk menyelamatkan syarikat seliaan mereka hingga sanggup menyalahgunakan wang kerajaan.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, tindakan itu harus ditentang oleh menteri berfikiran waras dalam Kabinet kerana ia jelas membabitkan wang pembayar cukai atau wang rakyat.
“Ini adalah konflik kepentingan apabila kita tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga merupakan Menteri Kewangan dan Presiden Umno,” ujarnya dipetik Roketkini.
Beliau berkata, berdasarkan peraturan, jika kepentingan Umno meningkat melebihi 2 peratus ia mesti membuat tawaran pembelian kepada pemegang saham lain.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam kenyataan, semalam berkata memandangkan usaha mereka untuk mendapatkan tawaran terbitan hak, parti itu perlu meningkatkan kepentingan sekurang-kurangnya 53.1 peratus dan ia sekaligus mewujudkan tawaran am mandatori.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas rancangan Umno menyuntik RM40 juta kepada Utusan melalui cadangan ‘two call rights issue’.
Pada 12 November lalu, Utusan mengumumkan kepada Bursa Malaysia akan meningkatkan terbitan hak kepada pemegang saham kira-kira RM40 juta.
Pua turut menyokong saranan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang menggesa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bertindak bebas tanpa campur tangan Kementerian Kewangan untuk mengecualikan Umno daripada menjalankan tawaran am mandatori agar dapat memberi saham minoriti Utusan.
“Apa yang paling penting, SC perlu melindungi integriti pasaran kewangan negara. Bukan sahaja bertindak dengan adil, tetapi perlu dilihat bertindak adil serta telus kepada semua pelabur dan rakyat Malaysia,” katanya.
Menurut makluman daripada Bursa Malaysia, tindakan itu akan melonjakkan pegangan saham Umno dalam Utusan daripada 49.8 peratus kepada 53.1 peratus.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, tindakan itu harus ditentang oleh menteri berfikiran waras dalam Kabinet kerana ia jelas membabitkan wang pembayar cukai atau wang rakyat.
“Ini adalah konflik kepentingan apabila kita tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga merupakan Menteri Kewangan dan Presiden Umno,” ujarnya dipetik Roketkini.
Beliau berkata, berdasarkan peraturan, jika kepentingan Umno meningkat melebihi 2 peratus ia mesti membuat tawaran pembelian kepada pemegang saham lain.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam kenyataan, semalam berkata memandangkan usaha mereka untuk mendapatkan tawaran terbitan hak, parti itu perlu meningkatkan kepentingan sekurang-kurangnya 53.1 peratus dan ia sekaligus mewujudkan tawaran am mandatori.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas rancangan Umno menyuntik RM40 juta kepada Utusan melalui cadangan ‘two call rights issue’.
Pada 12 November lalu, Utusan mengumumkan kepada Bursa Malaysia akan meningkatkan terbitan hak kepada pemegang saham kira-kira RM40 juta.
Pua turut menyokong saranan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang menggesa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bertindak bebas tanpa campur tangan Kementerian Kewangan untuk mengecualikan Umno daripada menjalankan tawaran am mandatori agar dapat memberi saham minoriti Utusan.
“Apa yang paling penting, SC perlu melindungi integriti pasaran kewangan negara. Bukan sahaja bertindak dengan adil, tetapi perlu dilihat bertindak adil serta telus kepada semua pelabur dan rakyat Malaysia,” katanya.
Menurut makluman daripada Bursa Malaysia, tindakan itu akan melonjakkan pegangan saham Umno dalam Utusan daripada 49.8 peratus kepada 53.1 peratus.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-11-2013
Isu AG: Wibawa penjawat tertinggi dipertikai
Harakahdaily, | 13 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Episod baru membabitkan Peguam Negara (AG), Abdul Gani Patail adalah antara kemelut yang dihadapi oleh kerajaan amnya dan Mohd Najib khususnya bersabit pelantikan pegawai-pegawai teratas atau penyambungan kontrak mereka yang berulang kali setelah tempoh mereka bersara lama berlalu.
Demikian tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya, semalam.
Baginya, amalan menjadikan beberapa jawatan teratas dalam Perkhidmatan Awam dan badan separa kerajaan, seperti Bank Negara, sebagai “personel-to-holder” (khas untuk penyandang) telah membawa kepada kealpaan, kelekaan dan persekongkolan di mana mereka saling lindung-melindungi.
Menurut beliau, ada pesara yang diberi lanjutan jawatan hingga lima tahun yang tidak pernah diamalkan sebelum ini.
Tambahnya, turut dikhuatiri ialah penjawat seperti itu menggunakan maklumat dan rahsia kerajaan sebagai senjata, penawar dan pendinding bagi memanjangkan usia kerjaya dan melindungi mereka daripada tindakan tata-tertib dan undang-undang.
Sementara itu, akibat monopoli jawatan oleh penyandang tertentu menyebabkan proses pewarisan jawatan terbantut atau terhenti terus.
Beliau menambah, banyak pegawai yang layak dan sampai waktu mengambil alih tidak dinaikkan pangkat atau dipindahkan ke tempat lain.
“Ada yang pencen tanpa sampai ke jawatan dan gred yang menjadi hak mereka. Ini adalah antara punca banyak kakitangan awam tidak puas hati terhadap kerajaan,” tulisnya lagi.
Baca di sini
Demikian tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya, semalam.
Baginya, amalan menjadikan beberapa jawatan teratas dalam Perkhidmatan Awam dan badan separa kerajaan, seperti Bank Negara, sebagai “personel-to-holder” (khas untuk penyandang) telah membawa kepada kealpaan, kelekaan dan persekongkolan di mana mereka saling lindung-melindungi.
Menurut beliau, ada pesara yang diberi lanjutan jawatan hingga lima tahun yang tidak pernah diamalkan sebelum ini.
Tambahnya, turut dikhuatiri ialah penjawat seperti itu menggunakan maklumat dan rahsia kerajaan sebagai senjata, penawar dan pendinding bagi memanjangkan usia kerjaya dan melindungi mereka daripada tindakan tata-tertib dan undang-undang.
Sementara itu, akibat monopoli jawatan oleh penyandang tertentu menyebabkan proses pewarisan jawatan terbantut atau terhenti terus.
Beliau menambah, banyak pegawai yang layak dan sampai waktu mengambil alih tidak dinaikkan pangkat atau dipindahkan ke tempat lain.
“Ada yang pencen tanpa sampai ke jawatan dan gred yang menjadi hak mereka. Ini adalah antara punca banyak kakitangan awam tidak puas hati terhadap kerajaan,” tulisnya lagi.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-11-2013
Kenapa bukan kaki masjid jadi AJK masjid, ini jawapan
http://naimnikmat.blogspot.com, | 13 Nov 2013 |
KORANG MESTI NAK TAU KENAPA ORANG YANG BUKAN KAKI MASJID DAN SURAU SELALU JADI AJK MASJID DAN SURAU? INI JAWAPANNYA (GAMBAR)
Patutlah yang bukan kaki masjid dapat jawatan AJK Masjid & Surau....
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-11-2013
Kecoh 76 cawangan Umno Sepang dibubar
http://omakkau.blogspot.com/, | 12 Nov 2013 |
KECOH SATU SELANGOR MENGENAI BERITA 76 CAWANGAN UMNO BAHAGIAN SEPANG AKAN DIBUBARKAN SERENTAK!!!!!
Heboh kini di laman sosial FB betapa 76 cawangan UMNO di Bahagian Sepang akan dibubarkan secara serentak dalam masa terdekat ini.
Ini ekoran dari ketidakpuashati para ahli dari 76 cawangan atas pemilihan pucuk pimpinan UMNO Bahagian Sepang sama ada dari sayap Pemuda, Puteri maupun induk.
Bantahan telah dibuat kepada Noh Omar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan Tengku Adnan Mansor Setiausaha Agung UMNO Pusat agar campur tangan tentang kemelut yang berlaku, namun kedua-duanya ambil sikap memeluk tubuh mendiamkan diri.
Kini mereka dikatakan sudah hilang sabar ... bertekad mau membubarkan 76 cawangan UMNO dalam Bahagian Sepang serentak.
Jika berita ini benar maka suatu pengkhabaran yang baik untuk rakyat Selangor ... tuduh Pakatan Rakyat berpecah belah akhirnya parti sendiri yang hancur lebur.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-11-2013
Jika akuan bersumpah Mat Zain jadi dokumen awam
Harakahdaily, | 12 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Isu yang dihadapi oleh Peguam Negara nampaknya bertambah serius apabila bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, akan menjadikan akuan bersumpahnya dokumen awam.
Bagi penulis politik, Aspan Alias, ini adalah kerana Putrajaya (Najib) tidak mengambil sebarang tindakan di atas akaun bersumpah itu terhadap Gani Patail.
Menurutnya, Putrajaya telah menerima akuan bersumpah Mat Zain lebih dari sebulan yang lalu tetapi tidak akan nampak sebarang tindakan diambil ke atas akuan bersumpah itu sampai ke hari ini.
Menulis di dalam blognya, menurut Aspan lagi, akuan bersumpah Datuk Mat Zain itu mengandungi semua salah laku Peguam Negara dan apa yang dibayangkan setakat ini hanyalah kandungan dalam 2 dari 31 muka surat akuan bersumpah itu.
Dr Mahathir berkata beliau akan memberikan reaksi setelah membaca semua isi kandungan akuan bersumpah yang setebal 31 muka itu.
Mahathir sendiri perlu membaca dengan teliti dahulu sebelum memberikan reaksi kerana Gani Patail telah menjadi Peguam Negara sejak pentadbiran beliau.
“Jika terbongkar kesemua kandungan akuan bersumpah itu ia akan menjadikan semua kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh Peguam Negara itu menjadi hak milik awam dan hanya memerlukan belanja RM5 sahaja untuk mendapatkan naskah setebal 31 muka itu,” tulisnya.
Baca di sini
Bagi penulis politik, Aspan Alias, ini adalah kerana Putrajaya (Najib) tidak mengambil sebarang tindakan di atas akaun bersumpah itu terhadap Gani Patail.
Menurutnya, Putrajaya telah menerima akuan bersumpah Mat Zain lebih dari sebulan yang lalu tetapi tidak akan nampak sebarang tindakan diambil ke atas akuan bersumpah itu sampai ke hari ini.
Menulis di dalam blognya, menurut Aspan lagi, akuan bersumpah Datuk Mat Zain itu mengandungi semua salah laku Peguam Negara dan apa yang dibayangkan setakat ini hanyalah kandungan dalam 2 dari 31 muka surat akuan bersumpah itu.
Dr Mahathir berkata beliau akan memberikan reaksi setelah membaca semua isi kandungan akuan bersumpah yang setebal 31 muka itu.
Mahathir sendiri perlu membaca dengan teliti dahulu sebelum memberikan reaksi kerana Gani Patail telah menjadi Peguam Negara sejak pentadbiran beliau.
“Jika terbongkar kesemua kandungan akuan bersumpah itu ia akan menjadikan semua kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh Peguam Negara itu menjadi hak milik awam dan hanya memerlukan belanja RM5 sahaja untuk mendapatkan naskah setebal 31 muka itu,” tulisnya.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-11-2013
Konspirasi jatuhkan Gani, tunggu pengesahan Mahathir
Harakahdaily, | 12 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi melibatkan diri dalam kontroversi berprofil tinggi kali ini dalam dakwaan wujudnya komplot menjatuhkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Ketika ditanya mengenai akuan bersumpah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa bahawa ada satu mesyuarat diadakan di rumah beliau membincangkan kesalahan Gani, Mahathir tidak menafikannya, tetapi hanya sekadar menegaskan bahawa beliau akan hanya memberi ulasan selepas membaca akuan bersumpah itu.
Di dalam akaun bersumpahnya, Mat Zain mengakui turut menghadiri mesyuarat tersebut bersama Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di rumah Mahathir ketika Hari Raya Aidilfitri pada 10 Ogos lalu.
Shafee bagaimanapun dilaporkan berkata bahawa mesyuarat berkenaan tidak berbincang untuk menggulingkan Gani dan mendakwa Mahathir tidak mungkin terlibat dengan komplot ini.
Justeru, beberapa persoalan timbul termasuk; antara Mat Zain dan Shafee, siapa yang sedang bercakap benar?
Apakah jawapan Mahathir tanpa sebarang penafian itu membuktikan apa yang Mat Zain ceritakan di akaun bersumpahnya adalah benar?
Sementara itu, dalam satu perkembangan lain, Mahathir turut mendakwa beliau terdengar berita bahawa di Jabatan Peguam Negara terdapat dua agen perisik CIA (Central Intelligence Agency) dari Amerika Syarikat.
"Saya dengar. Saya tiada bukti, dua agen CIA ada pejabat di Pejabat AG. Mungkin ada mungkin tidak. Saya tak tahu. AG pun belum sahkan lagi," kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider.
Ketika ditanya mengenai akuan bersumpah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa bahawa ada satu mesyuarat diadakan di rumah beliau membincangkan kesalahan Gani, Mahathir tidak menafikannya, tetapi hanya sekadar menegaskan bahawa beliau akan hanya memberi ulasan selepas membaca akuan bersumpah itu.
Di dalam akaun bersumpahnya, Mat Zain mengakui turut menghadiri mesyuarat tersebut bersama Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di rumah Mahathir ketika Hari Raya Aidilfitri pada 10 Ogos lalu.
Shafee bagaimanapun dilaporkan berkata bahawa mesyuarat berkenaan tidak berbincang untuk menggulingkan Gani dan mendakwa Mahathir tidak mungkin terlibat dengan komplot ini.
Justeru, beberapa persoalan timbul termasuk; antara Mat Zain dan Shafee, siapa yang sedang bercakap benar?
Apakah jawapan Mahathir tanpa sebarang penafian itu membuktikan apa yang Mat Zain ceritakan di akaun bersumpahnya adalah benar?
Sementara itu, dalam satu perkembangan lain, Mahathir turut mendakwa beliau terdengar berita bahawa di Jabatan Peguam Negara terdapat dua agen perisik CIA (Central Intelligence Agency) dari Amerika Syarikat.
"Saya dengar. Saya tiada bukti, dua agen CIA ada pejabat di Pejabat AG. Mungkin ada mungkin tidak. Saya tak tahu. AG pun belum sahkan lagi," kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-11-2013
Mahathir serang Umno, kerajaan masuk episod 5
Harakahdaily, | 09 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Jika dikira pendedahan mengenai tekanan yang sedang diberikan oleh Mahathir kepada Peguam Negara, Gani Patail dengan menjadikan kehilangan Pulau Batu Puteh dan salah lakunya ketika mengendalikan kes mata lebam yang melibatkan Anwar Ibrahim sebagai asas menekan pegawai tinggi kerajaan yang dianggap rapat dengan Perdana Menteri itu, serangan dan kritikan Mahathir kepada Umno, kerajaan dan Najib sudah menjadi episod yang bersiri sebenarnya.
Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Baginya, ia kini sudah memasuki siri kelima - bermula dengan luahan kecawa kerana anaknya bukan calon pilihan Najib, politik wang telah menyebabkan calon tidak layak terpilih, kerajaan Najib makin lemah kerana tunduk kepada tuntutan ekstrem pembangkang, tekanan kepada Gani Patail tetapi sasaran sebenarnya ialah Najib dan terbaru kritikannya mengenai pemberian wang dan hadiah yang dianggap pembaziran dalam kempen.
Dalam tempoh tidak sampai sebulan, sudah terlihat tanda-tanda bahawa semua yang ada dalam Umno dan kerajaan sekarang tidak lagi betul di mata Mahathir.
“Pastinya selepas ini banyak lagi kritikan dan serangan akan dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu,” tulisnya lagi.
Baca lagi
Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Baginya, ia kini sudah memasuki siri kelima - bermula dengan luahan kecawa kerana anaknya bukan calon pilihan Najib, politik wang telah menyebabkan calon tidak layak terpilih, kerajaan Najib makin lemah kerana tunduk kepada tuntutan ekstrem pembangkang, tekanan kepada Gani Patail tetapi sasaran sebenarnya ialah Najib dan terbaru kritikannya mengenai pemberian wang dan hadiah yang dianggap pembaziran dalam kempen.
Dalam tempoh tidak sampai sebulan, sudah terlihat tanda-tanda bahawa semua yang ada dalam Umno dan kerajaan sekarang tidak lagi betul di mata Mahathir.
“Pastinya selepas ini banyak lagi kritikan dan serangan akan dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu,” tulisnya lagi.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-11-2013
PRK Sungai Limau: Blogger Umno 'belasah' Khairy
Harakahdaily, | 06 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Walaupun para pemimpin Umno cuba memperkecilkan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November lalu, lain halnya dengan beberapa blogger Umno.
Paling teruk dikritik ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan kejayaan BN mengurangkan majoriti undi PAS sebagai satu 'tamparan hebat' dan 'kemenangan moral buat BN'.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan wakil rakyat baharu Dun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat 'tidak boleh duduk selesa' kerana kejayaan BN menembusi kubu kuat PAS itu.
Bagaimanapun pandangan Khairy disanggah blogger Umno, Alahai Si Luncai yang mahu Ahli Parlimen Rembau itu menarik balik kenyataan tersebut.
"Kalau menang dengan majoriti 1,084 undi dikatakan menerima tamparan hebat, yang kalah 1,084 undi dengan segala kekuatan maksima nak dikatakan apa?
"Aku sekali lagi harap akan ada pihak buat pencerahan. Kita nak mengadap kerja besar PRU14. Kalau kita tak betulkan cara berfikir orang Umno, khasnya pemimpin kanan parti, aku bimbang kita pakat-pakat rasa seronok dengan 'kejayaan' di Sungai Limau," tulisan Alahai Si Luncai dipetik.
Seorang lagi blogger Umno yang berasal dari Kedah muncul dengan komen yang lebih pedas melalui entri "Ini perangai Pemuda Umno kalau hangpa nak tahu".
"Bila majlis, merekalah ke depan, kat atas pentas dan sama VIP dan VVIP.
"Bila pemilihan, mereka lah yang nak kuasai hampir semua jawatan - dari cawangan hingga ke atas Majlis Tertinggi dan pucuk kepimpinan?
"Bila pilihanraya, mereka lah yang menguasai 80% senarai calon?
"Bila jawatan sebagai Menteri, Pengerusi Agensi dan GLC, Setiausaha-setiausaha dan pegawai khas Menteri dan lain-lain ... hampir semua jantan belaka!
"Tapi bila berkempen dan meraih undi, berperang dengan kumpulan provokasi pembangkang, perempuan yang berhempas pulas. Kenapa?
"Mana Pemuda Umno? Promote diri depan Menteri kah?
"NKP (Naib Ketua Pemuda Umno) siap janji dalam meeting nak bawa 2 ribu pemuda... Tapi semua tu cekelat angin..
"Kalau macam ni la SOP Pemuda, alamatnya lingkup BN PRU14... Gerak kerja pemuda Umno bawah KJ dan NKP fail..." tulis blogger tersebut.
Blogger The Unspinner pula menyifatkan Pemuda Umno gagal melaksanakan tugas pada PRK Dun Sungai Limau.
"Mereka hanya hooray hooray bila Khairy datang," tulisnya.
Kegagalan jentera Umno membawa keluar 2000 'pengundi putih' (penyokong BN) juga dijadikan faktor kekalahan BN.
"Pengangkutan adalah tugas Bahagian (Umno), dan sedikit sebanyak Wanita (Umno) dengan Pemuda (Umno) memainkan peranan utama. Takkan perempuan ditugaskan bawa kereta dan motor untuk bawa orang keluar mengundi.
"Pasti ada nak kata jentera tempatan tak bermaya. Memang difahami mereka agak takut sebab akan dipulau masyarakat selepas PRK, tapi Pemuda (Umno) luar di mana?" soal The Unspinner.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-11-2013
Najib, Muhyiddin usaha bendung kemarahan Mahathir
Analisa|Harakahdaily, | 21 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Anak Tun Dr Mahathir Mohamad tewas. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tewas meskipun ibunya terpaksa memberikan wawancara yang amat jarang untuk berkempen untuk anaknya.
Ini menyebabkan Mahathir marah walaupun beliau berkata sudah menjangkakan kekalahan Mukhriz.
Tapi itu tidak menyebabkan Mahathir menjadi lebih marah. Yang bakal membuat Mahathir 'meletup' adalah hakikat bahawa anaknya kini ketinggalan berbanding Khairy Jamaluddin, orang yang paling tidak disukainya dalam Umno.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengawal kemarahan ini.
Kemarahan Mahathir perlu dikawal daripada 'meletup'.
Pertama mereka kena yakinkan beliau bahawa tiada arahan spesifik kepada perwakilan untuk mengekalkan ketiga-tiga Naib Presiden.
Najib menafikan bahawa beliau ada campurtangan. Beliau juga menegaskan undi adalah sulit dan ia adalah hak setiap perwakilan.
"Tak ada, ini (melibatkan) 150,000 perwakilan, macamana nak campur tangan? Undi semua adalah sulit. Semua orang boleh beri pandangan di semua peringkat tetapi akhirnya undi itu adalah undi sulit dan ia hak setiap perwakilan," tegasnya.
Muhyiddin turut sama-sama menyatakan bahawa menafikan keputusan pemilihan di Bahagian Pagoh sebagai isyarat kepada bahagian-bahagian lain untuk mengekalkan tiga penyandang Naib Presiden Umno.
Perlu nafi supaya Mahathir tak 'meletup'. Jika Mahathir 'meletup' dan bertekad untuk membalas malu yang terpalit pada anaknya, Najib dan Muhyiddin akan mengalami mimpi ngeri sebagaimana Tun Abdullah Badawi dulu.
Betul telahan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pemilihan Umno kali ini adalah perang proksi.
Tapi ramai yang tersilap pandang, berkata ini perang Najib-Mahathir. Yang menang ialah orang Pak Lah.
Masa depan Umno kini dilihat jatuh di tangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy.
Mukhriz nak duduk di mana?
Mahathir tak sangka tewas pada Pak Lah yang mendiamkan diri. Ini bakal menyebabkannya bertambah marah.
Apakah masa depan Mukhriz dengan Khairy di depan? Ini kali kedua Khairy mengatasi Mukhriz di dalam Umno.
Pertembungan mereka bermula sejak 2009 yang lalu, Mukhriz yang tewas.
Walaupun Mukhriz kini menjadi Menteri Besar Kedah, Khairy tetap menang.
Untuk mengubati hati Mahathir, diyakini Mukhriz akan dilantik menjadi ahli MT.
Tapi apakah ia cukup untuk mengubati hati Mahathir yang terluka.
Di PRK Sg Limau, apakah pro-Khairy akan membantu Mukhriz? Kemenangan Mukhriz di sana bakal menaikkan Mukhriz semula. Kejatuhan Mukhriz di Sg Limau akan memalapkan kareer politiknya.
Era baru Umno bermula dengan Mukhriz dan Khairy bertarung untuk dekad-dekad akan datang jika Umno tak tumbang di medan pilihan raya.
Apa pula Mahathir akan lakukan untuk tahun-tahun akhir hidup beliau untuk ‘mengubah’ Umno?
Walaupun ditegur, ditulis sinis dan dimarah beliau, Umno tetap tidak mahu berubah sehingga terkorban anaknya di medan pertandingan.
Najib dan Muhyiddin tidak akan senang duduk tiga tahun ini sebab tiada siapa yang tahu apa yang Mahathir bakal lakukan.
Mereka tahu jika Mahathir tekad ingin lakukan sesuatu, tiada siapa yang boleh menghalangnya.

Sumber HD - 21-10-2013
Kesian Ali Rustam, Umno Melaka pun tak sokong
Harakahdaily, | 21 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Nasib malang yang menimpa Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam berterusan. Beliau bukan sahaja gagal dalam usaha menjadi Naib Presiden Umno, malah jumlah undi yang diterimanya menggambarkan dirinya tidak lagi diperlukan oleh Umno. Mohd Ali kalah dalam PRU13 kepada Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin di kawasan Parlimen Bukit Katil.
Itulah yang dititipkan oleh Shahbudin Husin dalam blognya. Bukan itu sahaja, Ali hanya mendapat 1 undi sahaja dari Melaka, negeri yang pernah di terajuinya selama 13 tahun.
“Namun kekalahannya dalam pertandingan Naib Presiden UMNO baru-baru ini dengan hanya mengutip 7 undi, barangkali merupakan petunjuk yang jelas kepadanya bahawa memilih jalan persaraan adalah pilihan yang terbaik selepas ini,” tulis Shahbudin.
Malah Shahbudin menyifatkan nasib Ali hampir sama dengan Tun Mahathir selepas melepaskan jawatan perdana menteri suatu ketika dahulu.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-10-2013
Ada undi hantu dalam pemilihan Umno Marang?
http://ini-kalilah.blogspot.com, | 21 Okt 2013 |
TERBONGKAR!!! Ada Undi Hantu Dalam Pemilihan Umno Bahagian Marang? [SAKSIKAN...]
TERBONGKAR!!! Ada Undi Hantu Dalam Pemilihan Umno Bahagian Marang? [SAKSIKAN...]Lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-10-2013
Perang proksi’ Mukhriz dengan Khairy berterusan
Harakahdaily, | 21 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tentu kecewa dengan kekalahan anaknya, Datuk Mukhriz untuk merebut salah satu tempat Naib Presiden Umno.
Dengan kekalahan itu menyebabkan Mukhriz ketinggalan satu langkah daripada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana kedudukan ketua sayap parti adalah setara dengan Naib Presiden.
“Dengan kedudukan sekarang, Mukhriz ketinggalan satu langkah daripada Khairy,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily.
Beliau berpandangan tindakan Mukhriz yang dilihat sebagai proksi bapanya bertanding Naib Presiden Umno adalah sebagai usaha untuk ‘menyekat’ karier politik Khairy Jamaluddin.
Ini, katanya kerana Khairy juga dilihat sebagai proksi kepada bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Khairy berada satu langkah di hadapan kerana menang Ketua Pemuda Umno, sementara Mukhriz pula ketinggalan kerana kalah untuk merebut Naib Presiden Umno,” katanya lagi.
Justeru, pada beliau battle of the proxy (peperangan proksi) antara Khairy dengan Mukhriz boleh berlaku dalam jangka yang panjang.
Katanya, walaupun berlaku persaingan di antara Khairy dengan Mukhriz tetapi ia dilihat menjurus kepada pertembungan antara Mahathir dengan Abdullah yang kedua-duanya adalah bekas Perdana Menteri.
Menurut beliau, pertembungan antara Menteri Belia dan Sukan dengan Menteri Besar Kedah itu tidak dilihat pengaruh yang ada kepada kedua-duanya tetapi sebaliknya siapa yang berada di belakang mereka.
“Persaingan ini akan berterusan sekiranya Mukhriz dilantik ahli Majlis Tertinggi Umno,” ujar beliau lagi.
Sementara itu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika bercakap pada sidang media di IOI Golf Resort, Putrajaya, semalam memberitahu pelantikan Mukhriz sebagai ahli Majlis Tertinggi akan diberitahu kemudian.
Pada pemilihan Naib Presiden Umno, Sabtu lalu, tiga penyandang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjaya mempertahankan jawatan dengan menewaskan Muhkriz, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Umno tidak mahu lagi dengar cakap Mahathir
Harakahdaily, | 21 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Beberapa minggu yang lalu, Tengku Razaleigh Hamzah menyebut bahawa Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi untuk memenangkan Mukhriz. Orang tidak mahu dengar Dr Mahathir.
“Hari ini, pendapat Tengku Razleigh Hamzah telah dibuktikan benar. Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi. Mukhriz kalah lagi,” tulis Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz di dalam blognya, semalam
Menurutnya, beberapa tahun lalu, bila Mukriz lawan KJ untuk jawatan ketua pemuda, Mukhriz tewas, maknanya, Dr Mahathir pun tewas.
“Nampaknya, Umno tidak mahu dengar cakap Dr Mahathir lagi. Lebih elok Dr Mahathir menyokong gerakan yang benar-benar mahu menyelamatkan Malaysia dari pemimpin Umno yang tamak haloba,” tulisnya lagi.
Justeru, baginya Dr Mahathir boleh menebus segala salah laku selama 22 tahun jadi PM dengan bersama-sama menyelamatkan Malaysia.
Baca di sini
“Hari ini, pendapat Tengku Razleigh Hamzah telah dibuktikan benar. Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi. Mukhriz kalah lagi,” tulis Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz di dalam blognya, semalam
Menurutnya, beberapa tahun lalu, bila Mukriz lawan KJ untuk jawatan ketua pemuda, Mukhriz tewas, maknanya, Dr Mahathir pun tewas.
“Nampaknya, Umno tidak mahu dengar cakap Dr Mahathir lagi. Lebih elok Dr Mahathir menyokong gerakan yang benar-benar mahu menyelamatkan Malaysia dari pemimpin Umno yang tamak haloba,” tulisnya lagi.
Justeru, baginya Dr Mahathir boleh menebus segala salah laku selama 22 tahun jadi PM dengan bersama-sama menyelamatkan Malaysia.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-10-2013
Politik wang: Apa di sebalik kenyataan Saifuddin?
Harakahdaily, | 20 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah yang bahawa "redha dengan kekalahan kerana beliau tidak mengamalkan politik wang" memberi faham yang jelas apa sebenarnya yang berlaku dalam perebutan jawatan pada pemilihan Umno.
Beliau yang juga Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, mengeluarkan kenyataan itu selepas diumumkan tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh yang disandang beliau sejak 2009 lalu.
Beliau tewas dalam perebutan tiga penjuru kepada Azmi Mat Ludin yang kini dipilih untuk menjawat jawatan itu.
Saifuddin memperoleh undi sebanyak 204 undi berbanding Nor Azmi Mat Ludin 248 serta seorang lagi pencabar Datuk Akbar Abu yang mendapat 188 undi.
Saifuddin melalui laman mikro Twitternya bagaimanapun berkata beliau akur dengan keputusan itu, kerana beliau telah cuba membawa budaya politik baru iaitu berkempen tanpa sogokan dan politik wang.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. Saya akur dengan keputusan perwakilan.
"Saya kalah, tapi saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya melalui akaun Twitter @saifuddinabd.
Biarpun redha, kenyataannya itu dilihat banyak pihak seperti berbaur kesal dengan sesetengah pemimpin Umno yang masih mengamalkan politik wang membeli undi perwakilan.
Kenyataan itu juga dilihat selari dengan apa yang digambarkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui politik wang masih berleluasa dalam Umno termasuk pada pemilihan kali ini.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang kepada perwakilan.
"Saya dapati budaya rasuah masih berleluasa dan mereka yang mengundi dalam pemilihan hanya didorong oleh kerenah politik wang.
"Saya sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang. Jadi anda boleh bayangan berapa banyak yang telah dihabiskan sehingga saya menjadi Perdana Menteri," katanya dalam Majlis Sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau yang juga Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, mengeluarkan kenyataan itu selepas diumumkan tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh yang disandang beliau sejak 2009 lalu.
Beliau tewas dalam perebutan tiga penjuru kepada Azmi Mat Ludin yang kini dipilih untuk menjawat jawatan itu.
Saifuddin memperoleh undi sebanyak 204 undi berbanding Nor Azmi Mat Ludin 248 serta seorang lagi pencabar Datuk Akbar Abu yang mendapat 188 undi.
Saifuddin melalui laman mikro Twitternya bagaimanapun berkata beliau akur dengan keputusan itu, kerana beliau telah cuba membawa budaya politik baru iaitu berkempen tanpa sogokan dan politik wang.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. Saya akur dengan keputusan perwakilan.
"Saya kalah, tapi saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya melalui akaun Twitter @saifuddinabd.
Biarpun redha, kenyataannya itu dilihat banyak pihak seperti berbaur kesal dengan sesetengah pemimpin Umno yang masih mengamalkan politik wang membeli undi perwakilan.
Kenyataan itu juga dilihat selari dengan apa yang digambarkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui politik wang masih berleluasa dalam Umno termasuk pada pemilihan kali ini.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang kepada perwakilan.
"Saya dapati budaya rasuah masih berleluasa dan mereka yang mengundi dalam pemilihan hanya didorong oleh kerenah politik wang.
"Saya sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang. Jadi anda boleh bayangan berapa banyak yang telah dihabiskan sehingga saya menjadi Perdana Menteri," katanya dalam Majlis Sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur baru-baru ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-10-2013
Pilihan Najib berjaya tapi transformasi Umno gagal
Harakahdaily, | 20 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Sehingga lewat tengah malam tadi, keputusan pemilihan bagi jawatan Naib Presiden Umno menyaksikan ketiga-tiga penyandang berjaya mempertahankan jawatan mereka, termasuk Hishammuddin yang dianggap ‘lembik’ dan tidak tegas sebagai pemimpin.
Keputusan setakat jam 1.40 pagi tadi memperlihatkan Zahid mendapat 185 undi, Shafie Apdal (174), Hishammuddin (100), Mukhriz (91), manakala Isa dan Mohd Ali masing-masing 7 undi.
Undi daripada beberapa bahagian lagi belum diperolehi tetapi dengan undi minimum hanyalah 96 undi, bermakna Zahid, Shafie dan Hishammuddin berjaya dalam pemilihan kali ini.
Bagi penulis Shahbudin Husin, untuk tempoh tiga tahun akan datang dan mungkin dipanjangkan sehingga PRU14 yang akan diadakan sebelum 2018, status quo Naib Presiden yang merupakan pilihan dan orang kepercayaan Najib, juga berjaya dikekalkan.
“Dengan kekalnya ketiga-tiga mereka itu, bermakna hasrat untuk melakukan perubahan kepada lapis ketiga kepimpinan Umno beserta harapan wajah Umno yang lebih segar dapat ditampilkan dengan menyelitkan Mukhriz Mahathir yang merupakan antara faktor kejayaan BN dapat menawan semula Kedah, terlihat gagal dilakukan,” tulis beliau di dalam blognya.
Baca lagi
Keputusan setakat jam 1.40 pagi tadi memperlihatkan Zahid mendapat 185 undi, Shafie Apdal (174), Hishammuddin (100), Mukhriz (91), manakala Isa dan Mohd Ali masing-masing 7 undi.
Undi daripada beberapa bahagian lagi belum diperolehi tetapi dengan undi minimum hanyalah 96 undi, bermakna Zahid, Shafie dan Hishammuddin berjaya dalam pemilihan kali ini.
Bagi penulis Shahbudin Husin, untuk tempoh tiga tahun akan datang dan mungkin dipanjangkan sehingga PRU14 yang akan diadakan sebelum 2018, status quo Naib Presiden yang merupakan pilihan dan orang kepercayaan Najib, juga berjaya dikekalkan.
“Dengan kekalnya ketiga-tiga mereka itu, bermakna hasrat untuk melakukan perubahan kepada lapis ketiga kepimpinan Umno beserta harapan wajah Umno yang lebih segar dapat ditampilkan dengan menyelitkan Mukhriz Mahathir yang merupakan antara faktor kejayaan BN dapat menawan semula Kedah, terlihat gagal dilakukan,” tulis beliau di dalam blognya.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-10-2013
Sah, Umno alergik dengan undi popular
Shahbudin Husin, | 19 Okt 2013 |
Jawatankuasa Pemilihan UMNO akhirnya membuat pusingan u-turn berhubung keputusan untuk menentukan pemenang bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang tergantung sejak seminggu lalu berikutan jumlah undi yang diperolehi oleh dua calonnya iaitu Khairul Azwan Harun dan Jamawi Jaafar terikat dengan kedudukan 73-73 pada pemilihan 12 Oktober lalu.
Selepas keputusan seri itu, Jawatankuasa Pemilihan kemudiannnya memutuskan pengiraan berdasarkan jumlah undi popular akan dilakukan untuk menentukan pemenang sebenar. Bagaimanapun semalam, kaedah undi popular itu tidak jadi dikira tetapi pengundian semula tiga bahagian pula akan dilakukan.
Berikutan pendirian JK Pemilihan mahu mengira undi popular untuk menentukan pemenang itu, Khairy Jamaluddin yang baru menang sebagai Ketua Pemuda UMNO dengan meraih 189 undi telah meluahkan rasa tidak setujunya dengan kaedah itu, sebaliknya mahukan pemenang ditentukan melalui undi daripada Pemuda Gelang Patah yang belum bermesyuarat.
KJ juga dilaporkan telah membawa isu itu kepada pengetahuan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk dipersetujui.
Pendirian KJ itu telah mencetuskan dakwaan bahawa beliau menolak kaedah undi popular kerana lebih cenderung mahukan Khairul Azwan yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak sebagai naibnya. Walaupun terikat dengan undi 73-73 tetapi jika pengiraan dilakukan berdasarkan undi popular, kelebihan pastinya memihak kepada Jamawi kerana beliau mendapat banyak sokongan daripada Pemuda bahagian-bahagian di Sabah yang mempunyai jumlah perwakilan cawangan lebih ramai.
Selain dakwaan lebih mahukan Khairul Azwan sebagai naibnya, KJ turut didakwa menolak undi popular kerana tidak mahu dibayangi oleh Anwar Ibrahim yang mempopularkan kaedah itu berikutan keputusan PRU13 yang menyaksikan Pakatan Rakyat meraih 51 peratus undi popular berbanding BN yang cuma 47 peratus, walaupun kekuarangan 23 kerusi untuk menawan Putrajaya.
Sejak itu perkataan undi popular sering menjadi basahan mulut Anwar dan lain-lain pemimpin PR untuk menggambarkan mereka lebih mendapat sokongan daripada rakyat berbanding BN.
Kini dengan JK Pemilihan sendiri membuat u-turn dan menolak undi popular dan memutuskan penentuan pemenang Naib Ketua Pemuda akan ditentukan melalui pengundian semula daripada Pemuda UMNO Gelang Patah, Sabak Bernam dan Bachok, secara langsung mengesahkan lagi bahawa UMNO memang takut dan alergik dengan undi popular.
Undi popular bagaikan hantu atau benda haram yang bukan saja cuba dielakkan daripada disebut dan didekati.
Tajol Rosli selaku Pengerusi JK Pemilihan dan urusetia di ibu pejabat UMNO yang diketuai oleh Tengku Adnan barangkali terlupa bahawa sistem undi popular adalah sinonim dengan Anwar Ibrahim dan tanpa berfikir panjang terus memilih cara itu untuk menentukan pemenang apabila keputusan bagi jawatan nombor dua dalam Pemuda itu didapati seri. Maklumlah, mereka pernah rapat dan menjadi penyokong Anwar Ibrahim sebelum ini!
Namun keputusan yang berubah-ubah dan tidak tetap ini tentunya mencalarkan kewibawaan JK Pemilihan, lebih-lebih lagi penolakan terhadap kaedah undi popular itu dilakukan setelah ia turut tidak dipersetujui oleh KJ sebelum ini.
Adakah KJ campurtangan dan mempengaruhi keputusan itu? Atau adakah Tengku Adnan dan ibu pejabat UMNO juga ada peranan tidak mengguna-pakai undi popular itu?
Persoalannya, apakah jika berlaku keputusan seri juga dalam pemilihan peringkat MT hari ini, kaedah undi popular akan ditolak juga, bahkan akan dicari bahagian-bahagian yang boleh dipertikaikan untuk diadakan pengundian semula?
Dalam konteks Naib Ketua Pemuda ini, dengan penentuan melalui tiga bahagian yang pengundian akan dilakukan pada 23 Oktober ini, siapa pemenangnya sudah boleh dijangkakan sebenarnya. Walaupun pengundian turut melibatkan keempat-empat calon Naib Ketua Pemuda yang turut bertanding, persaingan sebenar hanyalah antara Khairul Azwan dengan Jamawi.
Dengan hanya undi daripada tiga bahagian sebagai penentu dan kecenderungan KJ selaku Ketua Pemuda yang sudah mendapat mandat besar 189 undi dengan mudah dapat dibaca tentang siapakah orang nombor dua dalam Pemuda UMNO yang lebih dimahukannya, kelebihan pasti lebih memihak kepada Khairul Azwan.
Ketiga-tiga bahagian yang bakal mengundi pada 23 Oktober ini, sebagaimana amalan biasa dalam UMNO, akan bergerak mengikut arus saja. Kebarangkalian untuk berani menentang arus sangat tipis.
Sebab itu, dalam gambar yang tersiar di media-media semalam, ketika masing-masing akur dengan keputusan u-turn JK Pemilihan itu, Khairul Azwan ternampak lebih lebar senyumnya berbanding Jamawi Jaafar. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Sumber HD - 19-10-2013
Umno rasuah dari dulu, setuju dengan Mahathir
Harakahdaily, | 18 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Penulis politik, Aspan Alias bersetuju dengan Dr Mahathir yang politik wang sememangnya satu fenomena lama dalam Umno.
Ia berlaku semasa beliau menjadi Presiden parti itu lagi, tetapi mereka tidak akan mengaku menerima atau memberi wang dalam pengundian itu.
“Jarang-jarang saya bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir ini, tetapi isu politik wang sekarang ini saya bersetuju dengan beliau,” tulis beliau di dalam blognya.
Menurutnya, politik wang masih berlaku tetapi tidak mempunyai bukti untuk diketengahkan.
Baginya, rasuah dan Umno itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar di antara satu dengan yang lain.
Tambahnya, tiada Umno tiada rasuah besar, dan jika tiada rasuah besar Umno akan hilang di muka bumi ini.
“Rasuah sahaja yang boleh menyelamatkan Umno itu. Jika ada pun cara lain untuk mengelakkan permainan wang dalam politik ini ialah dengan mengenepikan semua pemimpin Umno dalam pemilihan parti itu,” ujarnya.
Justeru, menurut Aspan, pemimpin-pemimpin Umno yang baik tidak mahu bertanding kerana ahli-ahli dan perwakilan sudah dibudayakan memberikan undi kepada mereka yang menghulur wang rasuah dalam pemilihan.
Oleh itu, ujarnya tidak ada ruang untuk pemimpin bersih untuk mengambil alih kepimpinan Umno itu jika tidak dibantu oleh parti-parti yang insaf dalam BN itu.
“Dalam hal ini Dr Mahathir kena bersetuju dengan saya pula,” ujarnya lagi.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-10-2013
Ada arahan supaya Naib Presiden Umno kekal?
Harakahdaily, | 18 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Dengan tempoh kempen yang semakin singkat dan detik membuang undi hanya tinggal beberapa jam saja lagi, sudah mula bertaburan di sana-sini cai atau senarai calon yang harus dipilih oleh para perwakilan dalam pengundian Sabtu ini.
Walaupun cai itu melibatkan calon Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi, tetapi dipercayai fokusnya ialah bagi jawatan Naib Presiden Umno, tulis Shahbudin Husin.
Menurutnya, beredarnya cai atau senarai calon ini mengukuhkan lagi tanggapan yang tersebar luas selama ini bahawa usaha yang agresif akan dilakukan di saat-saat akhir untuk memastikan ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden dapat mengekalkan jawatan masing-masing.
“Meskipun ternampak adanya arahan dan usaha tersusun di banyak bahagian untuk memastikan ketiga-tiga Naib Presiden ini dikekalkan, persoalannya cuma sejauh mana perwakilan benar-benar akur kepada arahan dan mengikut sepenuhnya cai yang diberikan itu?” tulis beliau di dalam blognya.
Baca lagi
Walaupun cai itu melibatkan calon Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi, tetapi dipercayai fokusnya ialah bagi jawatan Naib Presiden Umno, tulis Shahbudin Husin.
Menurutnya, beredarnya cai atau senarai calon ini mengukuhkan lagi tanggapan yang tersebar luas selama ini bahawa usaha yang agresif akan dilakukan di saat-saat akhir untuk memastikan ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden dapat mengekalkan jawatan masing-masing.
“Meskipun ternampak adanya arahan dan usaha tersusun di banyak bahagian untuk memastikan ketiga-tiga Naib Presiden ini dikekalkan, persoalannya cuma sejauh mana perwakilan benar-benar akur kepada arahan dan mengikut sepenuhnya cai yang diberikan itu?” tulis beliau di dalam blognya.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-10-2013
Mungkinkah Ali dan Isa dikambinghitamkan?
Harakahdaily, | 17 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Hanya tinggal tidak sampai dua hari lagi ruang masa untuk berkempen, kebarangkalian makin meningkat bahawa ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden Umno iaitu Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Mohd Shafie Apdal akan mengekalkan jawatan masing-masing.
Bagi penulis Shahbudin Husin, perkembangan itu tentunya paling menggembirakan Najib kerana pelan asalnya yang mahu ketiga-tiga penyokong setianya itu dikekalkan, menemui kejayaan akhirnya.
Dalam masa yang sama, dua lagi calon Naib Presiden iaitu Ali Rustam dan Isa Samad pula secara tiba-tiba terlibat dalam siasatan politik yang mungkin menghakis sokongan terhadap mereka.
Ali Rustam kini disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya berkaitan perniagaan kaum Cina yang dianggap menghasut dan tidak sesuai diucapkan dalam sebuah negara berbilang kaum.
Isa Samad yang juga Pengerusi Felda turut berhadapan laporan polis oleh sekumpulan peneroka berhubung kenyataannya yang berbeza kepada Bursa Malaysia berkaitan perletakan jawatan bekas CEO agensi itu, Sabri Ahmad.
"Apa yang berlaku kepada Ali dan Isa di saat-saat akhir ini memperlihatkan bahawa kedua mereka bakal menjadi mangsa dan dikambinghitam untuk memberi laluan yang lebih selesa kepada ketiga-tiga penyandang Naib Presiden sedia ada," tulis beliau di dalam blognya.
Baca lagi
Bagi penulis Shahbudin Husin, perkembangan itu tentunya paling menggembirakan Najib kerana pelan asalnya yang mahu ketiga-tiga penyokong setianya itu dikekalkan, menemui kejayaan akhirnya.
Dalam masa yang sama, dua lagi calon Naib Presiden iaitu Ali Rustam dan Isa Samad pula secara tiba-tiba terlibat dalam siasatan politik yang mungkin menghakis sokongan terhadap mereka.
Ali Rustam kini disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya berkaitan perniagaan kaum Cina yang dianggap menghasut dan tidak sesuai diucapkan dalam sebuah negara berbilang kaum.
Isa Samad yang juga Pengerusi Felda turut berhadapan laporan polis oleh sekumpulan peneroka berhubung kenyataannya yang berbeza kepada Bursa Malaysia berkaitan perletakan jawatan bekas CEO agensi itu, Sabri Ahmad.
"Apa yang berlaku kepada Ali dan Isa di saat-saat akhir ini memperlihatkan bahawa kedua mereka bakal menjadi mangsa dan dikambinghitam untuk memberi laluan yang lebih selesa kepada ketiga-tiga penyandang Naib Presiden sedia ada," tulis beliau di dalam blognya.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-10-2013
Pemuda Umno kian ketandusan pelapis
Harakahdaily, | 17 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Johor menyifatkan kemenangan borong 189-0 Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno sebagai petanda buruk untuk sayap parti itu.
Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, apa yang jelas dari suasana itu adalah pemuda Umno kian ketandusan pelapis kepimpinan yang berbakat yang mampu berhadapan dengan risiko menyaingi Khairy sendiri.
"Kesannya nanti, pemuda Umno bakal menyaksikan kekurangan suara kedua yang akan menjadi semak imbang dalam pemuda Umno itu sendiri pada masa hadapan.
"Bahkan, kegagalan menyatakan hujah serta misi perjuangan dengan jelas oleh calon-calon yang bertanding dalam pemilihan baru-baru ini sudah cukup memberikan gambaran kepada kita bahawa bakat kepimpinan pemuda Umno kian pupus," katanya dalam satu kenyataan.
Keputusan rami pemilihan pemuda Umno menyaksikan Khairy mengekalkan jawatan ketua pemuda menewaskan empat pencabar lain iaitu Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.
Khairy mendapat 189 undi iaitu jumlah dari keseluruhan bahagian, manakala empat pencabarnya tidak mendapat sebarang undi.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Khairy, Suhaizan berkata beliau kini sedang menunggu apa kata Tun Dr Mahathir yang pernah menyerang peribadi Khairy suatu masa dahulu.
"Khairy menyifatkan kemenangannya sebagai kemenangan kumpulan progresif dalam Umno.
"Tentunya kemenangan Khairy tidak disenangi oleh kumpulan konsevatif dalam Umno yang lebih selesa dengan keadaan yang sedia ada," katanya.
Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, apa yang jelas dari suasana itu adalah pemuda Umno kian ketandusan pelapis kepimpinan yang berbakat yang mampu berhadapan dengan risiko menyaingi Khairy sendiri.
"Kesannya nanti, pemuda Umno bakal menyaksikan kekurangan suara kedua yang akan menjadi semak imbang dalam pemuda Umno itu sendiri pada masa hadapan.
"Bahkan, kegagalan menyatakan hujah serta misi perjuangan dengan jelas oleh calon-calon yang bertanding dalam pemilihan baru-baru ini sudah cukup memberikan gambaran kepada kita bahawa bakat kepimpinan pemuda Umno kian pupus," katanya dalam satu kenyataan.
Keputusan rami pemilihan pemuda Umno menyaksikan Khairy mengekalkan jawatan ketua pemuda menewaskan empat pencabar lain iaitu Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.
Khairy mendapat 189 undi iaitu jumlah dari keseluruhan bahagian, manakala empat pencabarnya tidak mendapat sebarang undi.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Khairy, Suhaizan berkata beliau kini sedang menunggu apa kata Tun Dr Mahathir yang pernah menyerang peribadi Khairy suatu masa dahulu.
"Khairy menyifatkan kemenangannya sebagai kemenangan kumpulan progresif dalam Umno.
"Tentunya kemenangan Khairy tidak disenangi oleh kumpulan konsevatif dalam Umno yang lebih selesa dengan keadaan yang sedia ada," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-10-2013
Tidak perlu tunggu PRU14 untuk tumbangkan BN
Harakahdaily, | 17 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Kita tidak perlu menanti PRU14 untuk tumbangkan kerajaan Najib. Kita boleh lakukannya sekarang.
Demikian tulis Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz di dalam blognya.
Justeru, menurutnya biarkan Umno dan BN merasai penangan sokongan majoriti dan undi popular.
Menurutnya, mereka menang kerana manipulasi persempadanan dan kepadatan pengundi yang tidak adil, masih tidak sedar diri.
Baginya, pemimpin Umno masih angkuh dan membudak-budakkan orang lain.
Di Malaysia Timur, ujarnya BN ada 47 kerusi parlimen dan jumlah yang agak besar dalam tangan komponen bukan Umno.
“Jika parti-parti ini tinggalkan BN, bagaimana?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Raub.
Baca lagi
Demikian tulis Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz di dalam blognya.
Justeru, menurutnya biarkan Umno dan BN merasai penangan sokongan majoriti dan undi popular.
Menurutnya, mereka menang kerana manipulasi persempadanan dan kepadatan pengundi yang tidak adil, masih tidak sedar diri.
Baginya, pemimpin Umno masih angkuh dan membudak-budakkan orang lain.
Di Malaysia Timur, ujarnya BN ada 47 kerusi parlimen dan jumlah yang agak besar dalam tangan komponen bukan Umno.
“Jika parti-parti ini tinggalkan BN, bagaimana?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Raub.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-10-2013
Meremajakan Umno: Siapa yang nak meremajakan tu?
Aspan Alias, | 17 Okt 2013 |
Isu yang muda dan lama dengan yang muda dan remaja menjadi isu penting dalam pemilihanan parti UMNO Sabtu ini. UMNO yang kian mengempis sokongan dari rakyat kini mengeluarkan seolah-olah semacam fatwa yang parti itu wajar di sarati dengan yang muda. Saya bersetuju sebahagiannya dan tidak bersetuju sebahagian yang lain.
Di sana sini kita mendengar UMNO sepatutnya di remajakan bagi menempuh zaman baru yang penuh mencabar kini. Apa dia remaja itu? Adakah ia dimaksudkan parti itu dan pimpinannya mesti dipenuhi oleh mereka yang remaja sahaja. Ada pula yang berkata yang dewasa juga perlu dalam parti untuk mengimbangi kedudukan kepimpinan parti. Adakah ini bermaksud hanya yang tua-tua sahaja yang mesti berada dikepimpinan parti?
Kalau kita hendak meremajakan parti dengan mengumpulkan orang muda-muda sahaja dalam parti dan kepimpinannya, cuba beritahu kita apa yang mereka boleh melakukan perkara yang melebihi dari orang tua-tua dan dewasa? UMNO selama ini sememangnya dipenuhi oleh orang yang remaja tetapi ia tetap jatuh sokongan dari orang ramai.
Mukhriz memberikan alasan kejayaan merampas Kedah dari Pakatan Rakyat bukan isu yang kecil, maka beliau sepatutnya berada di jawatan Naib Presiden. Mukhriz jadikan kemenangan di Kedah itu sebagai penyebab yang beliau wajar dijadikan Naib Presiden partinya.
Tetapi perlu diingat pemimpin-pemimpin UMNO dahulu lebih besar kejayaan dan pencapaiannya. Malah pimpinan dahulu telah berjaya merampas kuasa bagi seluruh negara pada tahun 1957 dahulu dan ramai di kalangan mereka yang mengusahakan kejayaan itu tidak pernah menduduki jawatan Naib Presiden itu.
Sesungguhnya yang dimaksudkan meremajakan parti itu ialah pemimpin yang boleh memahami kehendak rakyat semasa mengikut kemahuan dan kehendak waktu sekarang. Itu yang dimaksudkan meremajakan parti itu. Remaja tidak semestinya datang dari orang muda. Saya selalu berbincang tentang isu ini, bukan untuk apa tetapi untuk keperluan sendiri kerana saya perlu ‘keeping abreast’ dengan keadaan masa sekarang dan yang akan datang.
Yang berumur lima puluh tahun tidak semestinya lebih muda dari mereka yang dalam umur enam puluhan. Kenapa saya berkata begitu? Yang menyebabkan seseorang itu tua atau muda bergantung kepada organ-organ seseorang itu. Ramai yang sudah lama hidup menjangkau umur tujuh puluh tahun tetapi organ-organnya masih muda dan berfungsi dengan baik. Organ yang terpenting tentulah otak dan pemikiran.
Mereka yang mempunyai organ-organ penting di dalam tubuhnya yang masih muda dan berfungsi dengan baik itu lebih baik dari mereka yang masih muda tetapi mempunyai banyak ‘dysfunctional organs’ dalam tubuhnya. Dalam kepimpinan kesihatan tubuh dan organ-organ dalam kepimpinan itu amat perlu, terutamanya orang seperti otak yang membolehkan seseorang itu berfikir dengan baik untuk meremajakan parti itu dan mana-mana parti sekali pun.
Kesihatan tubuh dengan mempunyai oragan-organ yang muda dan remaja amat perlu walaupun usianya sudah tinggi. Orang yang muda tidak semestinya boleh meremajakan parti kerana ramai di kalangan yang muda pada hari ini tidak mampu meremajakan parti dengan kelemahan pemikiran mereka. Ramai yang muda masih tidak dapat mengakui bahawa agama kita melarang kita bersikap rasis dan rasuah.
Bagaimana mereka ini boleh meremajakan parti jika masih bergelut dengan rasuah kerana mereka yang remaja pemikirannya akan menerima kejahatan rasuah itu merupakan sikap yang sudah tua dan jauh dari meremajakan parti. Jika pemimpin yang masih muda tidak memahami keadaan dunia sekarang ini, itu bukan pemimpin yang remaja, kerana pemimpin yang remaja akan memahami yang cara politik sekarang ini sudah berubah.
Saya terjumpa beberapa orang yang tidak menerima orang itu dan orang ini sebagai pemimpin kerana mereka sudah tua. Tetapi semasa saya bercakap dengannya saya tahu dia baru balik dari hospital dan akan melakukan pembedahan hati kerana organ hatinya sudah tua walaupun dia baru berusia lima puluh empat tahun. Ia bemakna dia lebih tua dari pemimpin yang masih sihat walaupun berusia enam puluh lima tahun kerana dia ini mempunyai organ yang terlalu tua dan memerlukan pembedahan.
Ada yang mengatakan orang itu sudah tua walaupun sihat tetapi yang mengata ini sudah kehilangan giginya lebih dari sepuluh batang. Oleh yang demikan siapa yang tua dan siapa yang remaja?
Tetapi organ yang terpenting yang perlu untuk remaja ialah pemikiran dan jiwa walaupun jiwa itu bersifat maknawi. Organ-organ yang remaja serta jiwa yang sentiasa bersih dan mampu berfikir dan melakukan sesuatu yang baik kepada rakyat dan negara itu merupakan pemimpin yang sentiasa remaja walaupun mereka sudah melampaui enam puluh tahun misalnya.
Ramai anak-anak muda masih dibuai dengan cara berfikir lama dan ini menyebabkan parti-parti yang mereka pimpin itu tidak remaja. Remaja atau sebaliknya kepimpinan itu terpulang kepada kemampuan organ-organ penting seperti otak dalam tubuh kita itu mampu berfungsi mengikut waktu dan zamannya.
Kalau disabitkan isu ini dengan UMNO, ia merupakan isu yang paling penting yang perlu ditangani oleh Pemudanya, kerana yang muda-muda dalam UMNO tidak mempunyai pemikiran untuk meremajakan partinya. Mereka lebih menumpukan bermain politik, aku orang ini, dia orang itu. Walaupun muda mereka masih tidak mampu meremajakan pemikiran mereka jauh sekali untuk meremajakan partinya.
Jika itulah alasan Mukhriz untuk menjadi Naib Presiden UMNO elok kita fikirkan apakah benar itu matlamatnya menjadi Naib Presiden itu? Apa bila orang bercakap tentang kerajaan parti masing-masing bercakap tentang keremajaan parti, sedangkan baik dari pimpinan tertinggi sehinggalah kepada kepimpinan terendah mereka masih berfikiran dengan tindakan yang ‘outmoded’ yang tidak selari dengan kehendak rakyat dan negara yang mereka kelolakan.
Pendeknya yang banyak umurnya tidak semestinya tidak mampu meremajakan negara dan parti, dan yang muda pula tidak semestinya mempunyai nilai dan kemampuan untuk meremajakan partinya atau pun negaranya.
Jiwa yang remaja itu tidak semestinya dipunyai oleh mereka yang baru dan muda umurnya. Apa yang berlaku dalam UMNO sekarang tidak memungkinkan mereka meremajakan UMNO itu kerana mereka masih mempunyai daya pemikiran tua yang disemai oleh UMNO itu sendiri.
Mereka masih memainkan isu perkauman dan berbagai-bagai isu yang memecah belahkan rakyat, dan tindakan ini sudah pastinya pemikiran yang kuno dan jumud, justeru ia amat jauh dari apa yang dikatakan sebagai keremajaan parti dan negara. Seperti biasa ia hanyalah retorik yang begitu kuno dan ‘outmoded’. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Isa agak terkebelakang berkempen di laman sosial
Harakahdaily, | 17 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Pemilihan Umno bakal diadakan pada 19 Oktober ini. Kerusi paling panas diperkatakan ialah Naib Presiden.
Semua calon bagi merebut jawatan itu ketika ini sedang sibuk berkempen ke seluruh negara menemui perwakilan, di samping turut sibuk muncul berkempen di televisyen melalui program bual bicara atau wawancara.
Bagi calon-calon Naib Presiden, hanya Isa Samad yang didapati tidak aktif dalam laman sosial dan didapati akaun Facebooknya sudah lama tidak dikemaskini, selain tidak mempunyai akaun Twitter mahupun Instagram, tulis Shahbudin di dalam blognya.
Calon-calon lain iaitu Ahmad Zahid, Hishammuddin, Mohd Shafie, Mukhriz Mahathir dan Mohd Ali, kesemua mereka didapati aktif dalam laman sosial dan sekurang-kurangnya mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun sama ada Facebook, Twitter ataupun Instagram.
Dengan Perdana Menteri, Najib Razak menggalakkan semua pemimpin Umno dan kerajaan agar aktif dalam laman sosial bagi memudahkan berinteraksi dengan rakyat, Isa Samad nampaknya tidak menyahut seruan itu dan menjadi pemimpin yang tidak mahu bergerak seiring dengan perkembangan zaman.
Ini menjadikan Isa agak terkebelakang dan hanya mengharapkan bantuan media tradisional atau komunikasi secara bersemuka dengan perwakilan untuk kempen-kempennya.
Jika calon-calon yang bertanding Naib Presiden kali ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu penyandang dan penentang, sehingga ini Isa Samad berada di kedudukan paling bawah dari segi keupayaan menggugat kedudukan tiga penyandang sedia ada.
Baca di sini
Semua calon bagi merebut jawatan itu ketika ini sedang sibuk berkempen ke seluruh negara menemui perwakilan, di samping turut sibuk muncul berkempen di televisyen melalui program bual bicara atau wawancara.
Bagi calon-calon Naib Presiden, hanya Isa Samad yang didapati tidak aktif dalam laman sosial dan didapati akaun Facebooknya sudah lama tidak dikemaskini, selain tidak mempunyai akaun Twitter mahupun Instagram, tulis Shahbudin di dalam blognya.
Calon-calon lain iaitu Ahmad Zahid, Hishammuddin, Mohd Shafie, Mukhriz Mahathir dan Mohd Ali, kesemua mereka didapati aktif dalam laman sosial dan sekurang-kurangnya mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun sama ada Facebook, Twitter ataupun Instagram.
Dengan Perdana Menteri, Najib Razak menggalakkan semua pemimpin Umno dan kerajaan agar aktif dalam laman sosial bagi memudahkan berinteraksi dengan rakyat, Isa Samad nampaknya tidak menyahut seruan itu dan menjadi pemimpin yang tidak mahu bergerak seiring dengan perkembangan zaman.
Ini menjadikan Isa agak terkebelakang dan hanya mengharapkan bantuan media tradisional atau komunikasi secara bersemuka dengan perwakilan untuk kempen-kempennya.
Jika calon-calon yang bertanding Naib Presiden kali ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu penyandang dan penentang, sehingga ini Isa Samad berada di kedudukan paling bawah dari segi keupayaan menggugat kedudukan tiga penyandang sedia ada.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-10-2013
Sedih campur gembira bila Khairy, Shahrizat kekal
Sabri Said, | 16 Okt 2013 |
KEPALA BATAS: Kemenangan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin dan Ketua Pergerakan Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil baru-baru mengundang kegembiraan dan kedukaan kata,Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
Menurut Mohamad, apa yang menggembirakan adalah kemenangan kedua-dua mereka itu memudahkan tugas Pakatan Rakyat dalam mencari isu bukan sahaja berdepan Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau awal bulan hadapan, tetapi juga menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi.
"Pertamanya, gembira sebab kita tak payah kempen teruk-teruk menjelang PRU Ke14 nanti manakala sedih kerana mereka kekal berkuasa terhadap Malaysia, " katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai menyampaikan khutbah Aidil Adha di surau kampung kelahirannya di Kampung Baru, Tasek Gelugor semalam.
Mohamad berkata, rakyat masih sukar untuk melupakan skandal lembu RM250 juta yang terpalit kepada keluarga Shahrizat satu ketika dahulu yang telah membuka mata rakyat bawahan.
Isu itu katanya, sehingga kini masih mendapat perhatian rakyat dan telah memberi sumbangan besar kepada peningkatan undi Pakatan Rakyat pada PRU13 lalu.
"Rakyat tentunya tidak lupa isu tersebut yang pernah menggemparkan negara," ujarnya.
Menurut Mohamad, apa yang menggembirakan adalah kemenangan kedua-dua mereka itu memudahkan tugas Pakatan Rakyat dalam mencari isu bukan sahaja berdepan Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau awal bulan hadapan, tetapi juga menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi.
"Pertamanya, gembira sebab kita tak payah kempen teruk-teruk menjelang PRU Ke14 nanti manakala sedih kerana mereka kekal berkuasa terhadap Malaysia, " katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai menyampaikan khutbah Aidil Adha di surau kampung kelahirannya di Kampung Baru, Tasek Gelugor semalam.
Mohamad berkata, rakyat masih sukar untuk melupakan skandal lembu RM250 juta yang terpalit kepada keluarga Shahrizat satu ketika dahulu yang telah membuka mata rakyat bawahan.
Isu itu katanya, sehingga kini masih mendapat perhatian rakyat dan telah memberi sumbangan besar kepada peningkatan undi Pakatan Rakyat pada PRU13 lalu.
"Rakyat tentunya tidak lupa isu tersebut yang pernah menggemparkan negara," ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-10-2013
Sistem pemilihan Umno tidak cerminkan suara akar umbi
Selangorku, | 16 Okt 2013 |
SHAH ALAM: Sistem pemilihan 'satu bahagian satu undi' yang dipraktikkan dalam Pemilihan Umno 2013 tidak menzahirkan kehendak majoriti ahli akar umbi parti itu.
Penganalisa politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata melalui sistem seperti itu, pemimpin yang menang perebutan jawatan tidak semestinya menang dari segi undi popular.
Ini berbeza dengan sistem pemilihan “satu ahli satu undi” yang diamalkan PKR dan memberi kuasa kepada setiap ahli untuk memilih pemimpin mereka hingga ke peringkat tertinggi.
“Saya tak begitu pasti sejauh mana sistem ini mampu memberi kesan transformasi pemilihan.
“Cuma yang digembar-gemburkan kononnya suatu suasana yang lebih demokratik sudah menjalar dalam kepimpinan dan pemilihan Umno tetapi apakah perasaan peringkat yang berbagai itu benar-benar dapat disalurkan dari segi pemilihan akhir, itu sukar untuk disukat,” kata pensyarah Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM) itu.
Sebelum ini penulis Blog terkenal pro Umno, Syed Akhbar Ali menganggap kemenangan yang diraih Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Wanita Umno dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Ketua Pemuda Umno bukan kemenangan mutlak kerana undi yang dibuang ahli-ahli Umno akhirnya dianggap satu undi sahaja di peringkat bahagian.
Selain itu beliau turut mempersoalkan ketelusan jawatankuasa Pemilihan Umno yang beliau dakwa merahsiakan jumlah undi popular seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.
Selain sistem pemilihan yang bercelaru, suasana pemilihan kali ini didakwa dicemari kewujudan pengundi hantu, kertas undi tidak cukup, jumlah undi melebihi perwakilan, insiden melempar mikrofon, kertas undi mengelirukan dan lain-lain.
Penganalisa politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata melalui sistem seperti itu, pemimpin yang menang perebutan jawatan tidak semestinya menang dari segi undi popular.
Ini berbeza dengan sistem pemilihan “satu ahli satu undi” yang diamalkan PKR dan memberi kuasa kepada setiap ahli untuk memilih pemimpin mereka hingga ke peringkat tertinggi.
“Saya tak begitu pasti sejauh mana sistem ini mampu memberi kesan transformasi pemilihan.
“Cuma yang digembar-gemburkan kononnya suatu suasana yang lebih demokratik sudah menjalar dalam kepimpinan dan pemilihan Umno tetapi apakah perasaan peringkat yang berbagai itu benar-benar dapat disalurkan dari segi pemilihan akhir, itu sukar untuk disukat,” kata pensyarah Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM) itu.
Sebelum ini penulis Blog terkenal pro Umno, Syed Akhbar Ali menganggap kemenangan yang diraih Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Wanita Umno dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Ketua Pemuda Umno bukan kemenangan mutlak kerana undi yang dibuang ahli-ahli Umno akhirnya dianggap satu undi sahaja di peringkat bahagian.
Selain itu beliau turut mempersoalkan ketelusan jawatankuasa Pemilihan Umno yang beliau dakwa merahsiakan jumlah undi popular seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.
Selain sistem pemilihan yang bercelaru, suasana pemilihan kali ini didakwa dicemari kewujudan pengundi hantu, kertas undi tidak cukup, jumlah undi melebihi perwakilan, insiden melempar mikrofon, kertas undi mengelirukan dan lain-lain.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-10-2013
Dr Mashitah dan Zed Zaidi masuk senarai yang tewas
http://www.ekeleh.com, | 15 Okt 2013 |
Beberapa nama sama ada dari kalangan keluarga politik atau individu yang ada nama besar kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan sayap Umno di peringkat bahagian dan nasional Sabtu lalu.
Senator Datuk Mashitah Ibrahim dan Datuk Paduka Seripah Noli Syed Hussin untuk jawatan exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia antara nama yang tewas.
Bekas Naib Puteri Umno Malaysia, Shahanim Yusoff juga tewas. Calon Ketua Puteri Umno Malaysia, Jamilah Hanim Othman juga termasuk senarai tewas.
Pemilihan Pergerakan Pemuda yang tewas mengejut ialah Pengerusi Tetap Pemuda Umno Malaysia yang juga Pengerusi Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah. Pelakon Zed Zaidi juga tewas dalam percubaan pertamanya untuk bergerak aktif dengan merebut salah satu kerusi Exco Pemuda Umno Malaysia.
Antara nama lain yang tewas ialah Ketua Penerangan Wanita Umno Pusat yang juga Pengerusi Tekun Malaysia, Datuk Hamidah Osman tewas jawatan Ketua Wanita Bahagian Gopeng. Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Baharu, Datin Nik Azizah Nik Yahya yang telah menyandang jawatan itu selama lapan penggal tewas. Begitu juga Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Puteh selama 33 tahun, Karimah Mohd Nor juga tewas.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-10-2013
PAS ramal Mukhriz kalah, penyandang kekal
Harakahdaily, | 14 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS meramalkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan tewas pada pemilihan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 yang bermula 19 Oktober nanti.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan trend yang ada dalam Umno sekarang, tidak banyak berlaku perubahan dalam pemilihan itu nanti.
Justeru, katanya, menurut sumber dalaman, tiga penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal mengekalkan kedudukan mereka.
Berdasarkan trend sekarang juga, tambahnya, dua lagi Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak boleh memanangi jawatan itu.
Menurutnya, walaupun muka-muka lama dikatakan akan mengalami kekalahan namun ada kempen yang cukup kuat di luar politik Umno untuk mengekalkan mereka.
“Ada campur tangan luar daripada politik Umno yang berkempen cukup kuat untuk mempengaruhi perwakilan bagi mengekalkan tiga Naib Presiden Umno sekarang,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, sumber itu mendedahkan satu perjumpaan telah diadakan oleh pihak berkenaan untuk mempengaruhi perwakilan Umno pada pemilihan nanti supaya memebrikan kemenangan kepada Hishammuddin dan menolak Mukhriz.
Katanya, menurut sumber itu lagi, jika Mukhriz berjaya pada pemilihan kali ini sudah tentu bapanya, Tun Mahathir akan terus campur tangan dalam urusan Umno.
“Jika Mukhriz menang, Mahathir akan campur tangan dengan lebih hebat lagi di dalam Umno kerana Mukhriz dilihat adalah proksi Mahathir,” ujarnya.
Justeru, ujarnya ‘orang-orang’ Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pasti akan bekerja secara all out untuk memastikan kekalahan Mukhriz bagi mengelakkan wujudnya campur tangan yang berterusan daripada Mahathir terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Najib sekarang.
Beliau menambah, atas perkiraan itu, Mukhriz mesti dikalahkan pada pemilihan Umno kali ini.
Pada pemilihan sayap yang diadakan kelmarin, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Jalil berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan Wanita Umno.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan trend yang ada dalam Umno sekarang, tidak banyak berlaku perubahan dalam pemilihan itu nanti.
Justeru, katanya, menurut sumber dalaman, tiga penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal mengekalkan kedudukan mereka.
Berdasarkan trend sekarang juga, tambahnya, dua lagi Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak boleh memanangi jawatan itu.
Menurutnya, walaupun muka-muka lama dikatakan akan mengalami kekalahan namun ada kempen yang cukup kuat di luar politik Umno untuk mengekalkan mereka.
“Ada campur tangan luar daripada politik Umno yang berkempen cukup kuat untuk mempengaruhi perwakilan bagi mengekalkan tiga Naib Presiden Umno sekarang,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, sumber itu mendedahkan satu perjumpaan telah diadakan oleh pihak berkenaan untuk mempengaruhi perwakilan Umno pada pemilihan nanti supaya memebrikan kemenangan kepada Hishammuddin dan menolak Mukhriz.
Katanya, menurut sumber itu lagi, jika Mukhriz berjaya pada pemilihan kali ini sudah tentu bapanya, Tun Mahathir akan terus campur tangan dalam urusan Umno.
“Jika Mukhriz menang, Mahathir akan campur tangan dengan lebih hebat lagi di dalam Umno kerana Mukhriz dilihat adalah proksi Mahathir,” ujarnya.
Justeru, ujarnya ‘orang-orang’ Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pasti akan bekerja secara all out untuk memastikan kekalahan Mukhriz bagi mengelakkan wujudnya campur tangan yang berterusan daripada Mahathir terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Najib sekarang.
Beliau menambah, atas perkiraan itu, Mukhriz mesti dikalahkan pada pemilihan Umno kali ini.
Pada pemilihan sayap yang diadakan kelmarin, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Jalil berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan Wanita Umno.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-10-2013
Pemilihan Shahrizat bukti Umno masih di takuk lama
Saidah Hairan, | 14 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Kejayaan Datuk Shahrizat Abdul Jalil mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan sayap Umno, Sabtu lalu membuktikan kegagalan parti itu untuk berubah.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Athirah Aiman Al-Jundi menegaskan, tiada perubahan yang berlaku dalam Umno sebagaimana dilaungkan pemimpin parti itu apabila individu yang bermasalah terus dipilih menerajui parti.
Menurut beliau, Shahrizat secara jelas mendapat sokongan dan bantuan daripada pemimpin tertinggi Umno khususnya menjelang pemilihan parti apabila dilantik sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri berkaitan isu Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Posisi itu sama taraf dengan kedudukan seorang Menteri," jelasnya.
Kedudukan istimewa yang diperolehi Sharizat, ujar Athirah memberi isyarat kepada perwakilan bahawa dia perlu dikekalkan sebagai pemimpin wanita Umno.
"Saya percaya ramai yang berkepentingan dengan kemenangan Shahrizat kerana dengan kejayaannya maka sebahagian besar proksinya akan terus terbela," tegasnya.
Shahrizat telah meletakkan jawatannya dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu ekoran kontroversi pembabitan suami dan anak-anaknya dalam penyelewengan dana Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatannya dalam parti dan tidak dipilih sebagai calon dalam PRU 2013.
Sebenarnya kata beliau, kemenangan Shahrizat telah dijangka berdasarkan corak pemikiran ahli-ahli Umno khususnya Wanita Umno yang lebih terikat dengan faktor kepentingan peribadi, proksi, kelompok dan 'mengenang budi'.
Beliau bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada ahli Wanita Umno yang menyokong Datuk Maznah Hamid dan Raihan Sulaiman Palestin walaupun keputusannya sangat mengecewakan.
"Saya berharap mereka tidak akan putus asa untuk terus memperbaiki dan membersihkan Umno daripada penyakit korup dan salah guna kuasa," tegasnya.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Athirah Aiman Al-Jundi menegaskan, tiada perubahan yang berlaku dalam Umno sebagaimana dilaungkan pemimpin parti itu apabila individu yang bermasalah terus dipilih menerajui parti.
Menurut beliau, Shahrizat secara jelas mendapat sokongan dan bantuan daripada pemimpin tertinggi Umno khususnya menjelang pemilihan parti apabila dilantik sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri berkaitan isu Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Posisi itu sama taraf dengan kedudukan seorang Menteri," jelasnya.
Kedudukan istimewa yang diperolehi Sharizat, ujar Athirah memberi isyarat kepada perwakilan bahawa dia perlu dikekalkan sebagai pemimpin wanita Umno.
"Saya percaya ramai yang berkepentingan dengan kemenangan Shahrizat kerana dengan kejayaannya maka sebahagian besar proksinya akan terus terbela," tegasnya.
Shahrizat telah meletakkan jawatannya dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu ekoran kontroversi pembabitan suami dan anak-anaknya dalam penyelewengan dana Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatannya dalam parti dan tidak dipilih sebagai calon dalam PRU 2013.
Sebenarnya kata beliau, kemenangan Shahrizat telah dijangka berdasarkan corak pemikiran ahli-ahli Umno khususnya Wanita Umno yang lebih terikat dengan faktor kepentingan peribadi, proksi, kelompok dan 'mengenang budi'.
Beliau bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada ahli Wanita Umno yang menyokong Datuk Maznah Hamid dan Raihan Sulaiman Palestin walaupun keputusannya sangat mengecewakan.
"Saya berharap mereka tidak akan putus asa untuk terus memperbaiki dan membersihkan Umno daripada penyakit korup dan salah guna kuasa," tegasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD 14-10-2013
Nasib baik Ku Li tak jadi lawan Najib
Shahbudin Husin, | 14 Okt 2013 |
Keputusan pemilihan bagi jawatan ketua sayap UMNO semalam yang menyaksikan Shahrizat Jalil, Khairy Jamaluddin dan Mas Ermieyati memenangi jawatan Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri bukanlah suatu keputusan yang memeranjatkan. Ia boleh dikatakan keputusan yang sudah diduga oleh kebanyakan orang dan bukan lagi suatu berita besar.
Sebab itu, kemenangan mereka tidak diraikan dengan meriah sebagaimana selayaknya. Berbanding kemenangan melalui sistem lama, ia lebih jauh nampak gahnya. Kemenangan mereka adalah umpama kita mengetahui berita seekor anjing yang didapati menggigit tuannya. Kemenangan mereka hanya dilaporkan sebagai berita biasa saja. Ia tidak seperti kita mendapat berita mengenai seorang pemilik anjing yang didapati menggigit anjing peliharaannya.
Kemenangan mereka bukanlah kerana mereka cukup bagus, terutama bagi Shahrizat yang begitu dipertikaikan dan merupakan beban bagi UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang. Kemenangan mereka adalah kerana sistem pemilihan "electoral college" dipilih kerana ia mampu memberi kelebihan kepada penyandang dan sesiapa yang ada jawatan.
Dalam sistem ini, walaupun lebih ramai yang diberi hak mengundi tetapi akhirnya undi hanya dikira berdasarkan 1 bahagian 1 undi. Ia tidak mengguna pakai undi popular dan ini memang memberi kelebihan kepada calon yang ada jawatan, terutama dalam persaingan jawatan yang memerlukan seorang saja pemenang seperti presiden, timbalan presiden, ketua wanita, ketua pemuda atau ketua puteri.
Dengan 1 bahagian dikira 1 undi, tidak banyak bahagian yang bersedia menunjukkan sikap penentangan secara terbuka, lebih-lebih lagi kepada calon yang ada jawatan. Mereka tidak mahu dicop sebagai penentang kepada kepimpinan kerajaan, lalu ia menyebabkan pimpinan bahagian akan turut berusaha memainkan peranan agar keadaan itu tidak berlaku.
Dengannya juga menyebabkan calon yang ada jawatan lebih mudah menawarkan imbuhan, bantuan atau pemberian projek kepada pemimpin daripada bahagian yang diketahui memberikan undi kepada mereka saja. Kalau pun ada bahagian yang sedia melawan arus, bilangannya tersangat kecil dan mungkin didorong oleh faktor-faktor yang lain yang lebih kuat.
Dalam Pemuda misalnya, walaupun KJ diakui popular tetapi tidaklah bermakna calon-calon pencabarnya bukan pemimpin yang baik. Tetapi melalui sistem electoral college ini, kelebihan nyata memihak kepada KJ yang ada jawatan dalam kerajaan. Walaupun sehingga ini dilaporkan KJ sudah memenangi 97 bahagian tetapi tidak mustahil beliau menyapu bersih kesemua undi daripada 191 bahagian.
Tetapi keadaannya tentu berbeza jika sistem undi popular yang dipakai dan undi dari semua bahagian dicampurkan untuk menentukan pemenang yang sebenar tanpa akhirnya mendedahkan kecondongan sesuatu bahagian itu memihak kepada siapa. Pengiraan berdasarkan undi popular lebih menampakkan keterbukaan, ketelusan dan keadilan.
Begitu juga dengan Wanita, walaupun semua orang tahu Shahrizat adalah beban kepada parti dan sudah digugurkan jawatan menterinya sebelum pilihanraya, tetapi menjelang pertandingan ini di mana Najib melantiknya pula sebagai penasihat bertaraf menteri dan beliau juga asyik mengendeng di sisi Perdana Menteri, tentunya tidak banyak Wanita bahagian yang bersedia menunjukkkan warna penentangannya.
Bukanlah bermakna pencabar Shahrizat iaitu Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin tidak cukup baik tetapi kegagalan mereka adalah disebabkan sistem baru ini memang direka untuk memberi kelebihan kepada penyandang dan mereka yang ada jawatan dalam kerajaan.
Keadaan yang sama juga sebenarnya akan berlaku jika Tengku Razaleigh dulu membuat keputusan menentang Najib bagi jawatan Presiden UMNO. Beliau bukan saja tidak mungkin memenangi jawatan itu, bahkan undi yang diperolehinya mungkin bakal memalukan dirinya sebagai seorang negarawan dan pemimpin yang banyak berjasa kepada negara. Ia juga bukan kerana Ku Li tidak cukup baik, tetapi memang sistem pemilihan yang memperlihatkan konon adanya transformasi dan keterbukaan Najib ini memang dipilih dan dilaksana untuk memberi kelebihan kepadanya.
Dengan sistem 1 bahagian 1 undi, UMNO bahagian manakah yang bersedia menunjukkan diri mereka sebagai penentang Najib secara terbuka?
Jika dulu Mahathir memperkenalkan sistem kouta pencalonan dan undi bonus untuk menghalang orang lain mencabarnya tetapi Najib memperkenalkan sistem baru ini dengan maksud yang sama. Melalui transformasi politik dengan memberi ruang lebih ramai mengundi serta sesiapa boleh mencabarnya, tetapi dalam masa yang sama berjaya menggambarkan pendekatan politik Mahathir untuk mengekalkan jawatan sebagai sistem yang sangat buruk dibandingkan dengan apa yang diperkenalkannya, keputusan pemilihan sayap ini mula menunjukkan bahawa niat dan matlamat Najib juga adalah sama dengan Mahathir. Beliau mahu dirinya kekal lebih lama lagi sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Walaupun dalam sistem yang diperkenalkan Mahathir ada kouta pencalonan tetapi ketika mengundi semua perwakilan menjadi bebas untuk membuat pilihan kerana undi mereka rahsia dan tidak menyebabkan dicop sebagai mengundi si polan atau si polan yang lain tetapi sistem electoral college ini menyebabkan undi perwakilan tidak lagi rahsia dan UMNO bahagian akan dikenali melalui undi yang diberi serta terbeban untuk membuat sesuatu keputusan menentang arus.
Berbanding dengan Mahathir, jelas bahawa Najib bukan saja lebih cerdik tetapi juga kelingkingnya jauh lebih berkait di sebalik jari telunjuknya yang sentiasa lurus itu.
Sistem electoral colllege ini hanya nampak adil, telus dan terbuka jika ia dikira mengikut sistem undi popular iaitu undi daripada semua bahagian dicampurkan untuk menentukan pemenang mutlak dan UMNO bahagian dibebaskan daripada diketahui pendiriannya selepas pengundian dikira dan diumumkan.
Selagi sistem ini digunakan, sesiapa pun yang cuba mencabar mereka yang ada jawatan dalam kerajaan, peluang untuk menang hampir tidak ada. Kelebihan tetap kepada penyandang, lebih-lebih lagi jika penyandang itu memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi Khazanah dan sebagainya dalam masa yang sama.
Jika hari itu Ku Li membuat keputusan menentang Najib, persaingan itu hanya akan digunakan sebagai alasan adanya keterbukaan, kesediaan Najib dicabar, sesiapa saja boleh mencabarnya, transformasi politik telah berjaya dan pelbagai pujian dengan kata-kata yang indah lagi akan kedengaran, walaupun sebenarnya sistem baru menjadikan UMNO lebih tertutup. Tidak ada peluang langsung untuk beliau di bawah sistem baru ini sebenarnya.
Memang keputusan yang tepat bilamana Ku Li memutuskan tidak mencabar Najib. Jika tidak, namanya pasti akan dijaja sebagai alat untuk memuji Najib saja. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Kalau tiada perubahan, tunggu sahaja saat kematian
Aspan Alias, | 13 Okt 2013 |
Saya amat percaya, setelah selesai pemilihan di peringkat sayap UMNO semalam, UMNO jauh dari penyelesaian dari masalah. UMNO tetap sebuah parti yang memerlukan penyelenggaraan yang rapat kerana terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Masalah datang satu persatu dengan cepat sedangkan penyelesaiannya datang dengan begitu lambat dan perlahan.
Kemenangan Khairy Jamaludin merupakan satu perkara yang baik dan ini sahajalah satu kejadian yang sangat jarang dan payah terlihat di dalam UMNO itu. Kemenangan Khairy macam mana positif pun kepada UMNO ia tidaklah boleh menjamin transformasi itu akan berlaku.
Transformasi dalam kontek penyelesaian UMNO memerlukan pucuk pimpinan UMNO berkorban untuk memastikan transformasi itu boleh dilaksanakan, kerana penyebab yang mendesak dilakukan transformasi itu adalah hasil kesalahan mereka juga. Pelaku-pelaku kepada kesalahan terhadap negara itu tidak mungkin boleh melakukan transformasi itu.
Itu sebabnya dalam posting semalam saya menyatakan yang tugas dan tanggungjawab Khairy amat berat, malahan lebih berat dari tanggungjawab pemimpin yang lain dalam UMNO itu yang sudah pasti akan terus menghalang apa-apa kemajuan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO itu. Malahan, Khairy terpaksa berhadapan dengan masalah barisan kepimpinan Pemuda (Exco) yang ada bersama beliau itu. Khairy akan menghadapi masalah memberikan kefahaman dan semangat untuk perubahan yang perlu dilakukan dan yang perlu dipelopori oleh pemuda itu sendiri.
Sebelum Khairy memberikan dan menyuntikkan semangat untuk melakukan perubahan itu Khairy sendiri mesti terlebih dahulu tahu apa yang hendak diubah itu. Dan sebelum memutuskan apa yang hendak diubah dan diselesaikan itu, Khairy perlu tahu apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh kepimpinan negara kita. Hanya apabila sudah difahami segala apa masalah yang ada yang perlu diselesaikan, barulah Khairy boleh menentukan arah dan cara untuk melakukan perubahan itu.
Kita semua faham yang masalah yang dihadapi oleh pimpinan UMNO itu melibatkan masa depan negara dan tentulah masalah yang hendak difahami itu mesti berkait dengan masalah negara dan rakyat. Negara sedang berhadapan dengan masalah yang besar dan kalau difikirkan dengan halus-halusan masalah yang wujud itu adalah ‘beyond computation’ dan bukannya isu yang semudah ABC untuk penyelesaiannya.
Khairy mesti faham untuk melakukan perubahan ini beliau perlu mencari pihak yang boleh memberikan jalan dan semangat untuk perubahan itu. Secara lojiknya beliau perlu mentelaah segala masalah dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO, tetapi ini juga menjadi masalah kepada Khairy. Masalah yang wujud pada hari ini adalah dihasilkan oleh pucuk pimpinan dan pemimpin-pemimpin yang lebih ‘senior’ dari beliau sendiri. Bagaimana orang yang membawa masalah kepada kepimpinan negara itu boleh dibawa untuk melakukan perubahan?
Masalah yang Pemuda mesti fahami ialah krisis keyakinan yang tidak ada tolok bandingnya terhadap kepimpinan negara. Apa sahaja yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tidak diyakini oleh semua pihak. Rakyat yang sedang merasakan keperitan hidup hasil dari kenaikkan harga barangan makanan dan perkhidmatan bukan isu kecil. Rakyat kecewa, walaupun ada terasa yang pimpinan hari ini tidak berkemampuan untuk membendung cabaran zaman ini. Rakyat masih memberikan kepercayaan untuk mentadbir negara dengan janji-janji yang manis beserta dengan permohonan maaf dan berbagai-bagai lagi pendekatan palsu yang dilakukan oleh pimpinan sebelum pilihanraya yang lalu. Akhirnya apa yang dirasakan sebelum memberikan mandat itu benar-benar berlaku dan rakyat sedang menghadapi kesusahan hasil dari kepercayaan mereka terhadap kepimpinan negara sekarang ini.
Jika Khairy benar-benar mahu menjadi pemimpin masa depan, beliau wajar melakukan tindakan yang pernah dilakukan sebelum ini. Yang wajar dilakukan ialah mencari sesiapa yang benar-benar mempunyai roh perjuangan UMNO dan yang telah banyak memberikan jasa kepada negara dan UMNO bagi mencapai matlamat perubahan sebenar. Cara untuk membetulkan permasalahan ialah dengan tindakan drastik tanpa takut dan silu.
Sebagai pemimpin muda Khairy wajar berani kerana sesiapa yang berani bertindak lain dari yang lain untuk kebenaran, maka dialah yang akan menjadi pimpinan utama di masa depan.
Jika Khairy mengambilnya sebagai cabaran untuk membetulkan dan memperkasakan UMNO itu, ia merupakan satu tugas yang teramat berat. Tetapi jika beliau mengambilnya untuk mendapat kedudukan dan ‘glamour’ hidup seperti pemimpin-pemimpin Pemuda dan UMNO yang lazim kita lihat, maka ia bukanlah tugas yang susah.
Jika politiking peribadi adalah pilihan Khairy, apa yang perlu beliau lakukan, hanya bermain politik ‘kau sokong aku, aku sokong kau’ atau bak kata Najib sebelum pilihanraya dahulu kepada orang Cina, ‘lu tolong gua, gua tolong lu’.
UMNO akan terus bermasalah sementara menunggu mati. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Sumber HD - 13-10-2013
Pelbagai senarai masalah semasa pemilihan Umno 2013
http://penburukonline.blogspot.com/, | 13 Okt 2013 |
Mesti tengok .. pelbagai senarai masalah semasa pemilihan UMNO 2013 .. !
Ini dia senarai kepincangan dan rasa tak puas hati di kalangan perwakilan UMNO seluruh Malaysia yang aku kutip dari laporan akhbar ..
Takkan macai nak kata aku buat cerita pulak .. aku kutip dari akhbar kesayangan UMNO dan para macai .. utusan online .. hehehehhe
Bagi yang menang mesti tidur lena .. bagi yang tak menang .. jangan merajuk na hahahhaha..
Kecoh Pemilihan UMNO : https://www.youtube.com/watch?v=QtVyC8yFu74
- bekalan elektrik terputus semasa pemilihan di Pekan
- Sidang di Tampin tegang, gara-gara kiraan undi (utusan)
- Pemuda: Mesin kira rosak, keputusan lewat di Bagan - (utusan)
- Pemuda: Pemilihan di Kulai tangguh kerana masalah teknikal
- Pemuda: Kecoh nombor calon hilang di K. Pilah - (utusan)
- Pemuda: Tiba-tiba jumlah perwakilan bertambah di Seremban - (utusan)
- Wanita: Perwakilan hempas mikrofon akibat tak puas hati di Gua Musang - (utusan)
- Wanita: Pemilihan di Baling tertangguh 2 jam, kertas undi hilang - (utusan)
- Puteri: Sidang di Rantau Panjang panas, tikam lidah - (utusan)
- Pemuda: Sidang di Pasir Gudang kecoh, media dihalau - (utusan)
- Wanita: Pengundian umpama simulasi, kurang serius di Kubang Kerian : kelam kabut - (utusan)
- Kertas undi kurang, pemilihan di Melaka sedikit terganggu - (utusan)
- Warna kertas undi sama jadi rungutan perwakilan - (utusan)
- Puteri: Kertas undi 'hilang', pemilihan di Sungai Besar tergendala - (utusan)
- Calon AJK Puteri Telok Kemang kecewa nama digugur
- Puteri: Pencalonan Noor Asikin ditolak di saat akhir di Rantau Panjang
- Pemuda: 75 perwakilan 'boikot' pemilihan di Ipoh Barat
- Wanita: Pemilihan di Ampang sedikit kecoh
Takkan macai nak kata aku buat cerita pulak .. aku kutip dari akhbar kesayangan UMNO dan para macai .. utusan online .. hehehehhe
Bagi yang menang mesti tidur lena .. bagi yang tak menang .. jangan merajuk na hahahhaha..
Kecoh Pemilihan UMNO : https://www.youtube.com/watch?v=QtVyC8yFu74
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-10-2013
Ketua Pemuda Umno: Tugas Khairy amat berat
Harakahdaily, | 13 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Khairy menang seperti yang dijangkakan dan kemenangannya lebih dari angka jangkaan saya, tulis Aspan Alias.
Menurutnya, kemenangan dan kejayaan Khairy mempertahankan Ketua Pergerakan Pemuda itu mengesahkan yang beliau sebenarnya layak dan diakui sebagai ketua yang legitimate tanpa sebarang was-was.
“Untuk itu blog ini mengucapkan tahniah yang setingginya dan diharap Khairy dapat membawa perubahan kepada parti yang sedang uzur itu,” tulis Aspan di dalam blognya.
Baginya, dalam apa-apa perubahan politik yang selalu menjana perubahan itu adalah dari puak yang muda.
“Kemenangan dan tanggungjawab Khairy bukannya tugasan yang mudah dipikul. Berlainan dengan zaman-zaman sebelum ini, Khairy terpaksa berhadapan cabaran yang sangat besar, iaitu untuk memperkasakan parti yang kini kian hari kian uzur dalam semua perkara,” tulisnya lagi.
Baca di sini
Menurutnya, kemenangan dan kejayaan Khairy mempertahankan Ketua Pergerakan Pemuda itu mengesahkan yang beliau sebenarnya layak dan diakui sebagai ketua yang legitimate tanpa sebarang was-was.
“Untuk itu blog ini mengucapkan tahniah yang setingginya dan diharap Khairy dapat membawa perubahan kepada parti yang sedang uzur itu,” tulis Aspan di dalam blognya.
Baginya, dalam apa-apa perubahan politik yang selalu menjana perubahan itu adalah dari puak yang muda.
“Kemenangan dan tanggungjawab Khairy bukannya tugasan yang mudah dipikul. Berlainan dengan zaman-zaman sebelum ini, Khairy terpaksa berhadapan cabaran yang sangat besar, iaitu untuk memperkasakan parti yang kini kian hari kian uzur dalam semua perkara,” tulisnya lagi.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-10-2013
Apa lagi Dr. Mahathir mahu?
Surat Terbuka| Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, | 13 Okt 2013 |
MANTAN Perdana Menteri ini telah pun bersara dengan penuh hormat.
Anak-anak beliau begitu 'menjadi'. Salah seorang daripadanya tersenarai dalam 40 jutawan dari Malaysia oleh majalah 'Forbes' dan 'Asian Week'. Begitu juga apabila seorang anaknya berjaya menjadi Menteri Besar. Ada antara anak-anaknya diberikan jawatan sebagai pengarah berberapa syarikat gergasi di negara ini.
Tun Dr. Mahathir sendiri adalah menjawat Penasihat Petronas, Proton, Perbadanan Putrajaya dan berbagai lagi jawatan terpenting dalam agensi kerajaan dan swasta.
Begitu berjaya nampaknya beliau. Namun mengapa beliau masih tidak berpuas hati dan mengkritik apa sahaja seolah-olah masih bertaring dan punyai kuasa. Sedangkan dirinya kini seorang pesara biasa saperti juga pegawai atau menteri lain?
Contohilah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lebih banyak masa bersama keluarga tersayang tanpa masuk campur sangat dalam hal ehwal politik.
Tidakkah lebih baik apabila sudah bersara menumpukan masa untuk ibadah sebagai bekalan akhirat? Buat apa peningkan kepala memikirkan hal-hal politik kerana apabila ada pengganti bermakna ada noktah di situ.
Diharap Tun Dr Mahathir fikirkanlah apa yang terbaik untuk diri sendiri sebelum terlambat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-10-2013
Pelajar UiTM dikerah kira undi Umno
Saidah Hairan, | 13 Okt 2013 |
SEGAMAT: PAS Kawasan Segamat mempersoalkan tindakan Umno Johor mengerahkan lebih 1,000 pelajar UiTM Segamat untuk berkhidmat sebagai pengira undi dalam pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri parti itu semalam.
Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat, Firdaus Masood ketika menghubungi Harakahdaily berkata, sejak awal pagi, puluhan bas memasuki kampus UITM Segamat untuk membawa keluar para pelajar bagi menjadi petugas pemilihan Umno.
"Umno negeri Johor juga telah memperuntukkan wang untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar UiTM Segamat dan Johor yang menjadi petugas pemilihan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di beberapa pusat pengundian di negeri ini.
Menurutnya, difahamkan setiap pelajar yang menjadi petugas akan menerima imbuhan lebih RM100 setiap seorang manakala makan minum dan penginapan sepanjang program disediakan Umno negeri.
"Perbelanjaan membayar pelajar-pelajar yang menjadi petugas ini berjumlah ratusan ribu ringgit dan sebahagiannya disalurkan kepada UITM Johor untuk membantu melancarkan proses pemilihan Umno kali ini," dakwanya.
Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Mas Ermieyati Samsudin masing-masing dipilih sebagai Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Umno setelah menewaskan pencabar masing-masing.
Keputusan rasmi pemilihan sayap parti Umno itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur menghampiri jam 4.00 pagi.
Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat, Firdaus Masood ketika menghubungi Harakahdaily berkata, sejak awal pagi, puluhan bas memasuki kampus UITM Segamat untuk membawa keluar para pelajar bagi menjadi petugas pemilihan Umno.
"Umno negeri Johor juga telah memperuntukkan wang untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar UiTM Segamat dan Johor yang menjadi petugas pemilihan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di beberapa pusat pengundian di negeri ini.
Menurutnya, difahamkan setiap pelajar yang menjadi petugas akan menerima imbuhan lebih RM100 setiap seorang manakala makan minum dan penginapan sepanjang program disediakan Umno negeri.
"Perbelanjaan membayar pelajar-pelajar yang menjadi petugas ini berjumlah ratusan ribu ringgit dan sebahagiannya disalurkan kepada UITM Johor untuk membantu melancarkan proses pemilihan Umno kali ini," dakwanya.
Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Mas Ermieyati Samsudin masing-masing dipilih sebagai Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Umno setelah menewaskan pencabar masing-masing.
Keputusan rasmi pemilihan sayap parti Umno itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur menghampiri jam 4.00 pagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-10-2013
Kalau Umno, UiTM boleh bantu
http://kachipemas.blogspot.com, | 12 Okt 2013 |
Perghhh ..Kalau Pasai UMNO..UITM Boleh Bantu Kempen
Menyedihkan ..bila UMNO buat pemilihan atau program .student UiTM boleh bantu atas alasan mereka perlu dilatih dari segi proses pengendalian pemilihan ,kalau bantu parti PR kena buang kampus...di mana keadilan? fikir fikirkanlah..
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-10-2013
Pemilihan Umno: Pemenang terpaksa bermain wang?
Harakahdaily, | 12 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Kita mesti mengakui tiada kelebihan istimewa di antara mereka yang bertanding Naib Presiden Umno pada pemilihan kali ini, tulis Aspan Alias.
Baginya, jika ada unsur permainan wang dalam pemilihan ini Mukhriz mungkin tercicir kerana bermain dengan wang juga memerlukan kemahiran dan pengalaman.
“Saya terlihat yang permainan wang berlaku dalam pemilihan ini seperti juga dalam pemilihan yang lalu-lalu.
“Kita mesti ingat, pemimpin Umno yang menang sejak dua lebih dekad yang lalu terpaksa bermain dengan wang. Itu sudah menjadi budaya dan budaya itulah yang menjahanamkan parti itu,” tulis beliau di dalam blognya.
Menurutnya, mereka pandai menambat hati perwakilan yang ramai itu.
Mereka percaya jika kambing ditambat, kambing-kambing itu mesti diberi makan.
Siapa yang menambat banyak kambing dan pandai pula memberi makan rumput dengan secukupnya, kambing itu tidak akan ke mana-mana.
Baca lagi
Baginya, jika ada unsur permainan wang dalam pemilihan ini Mukhriz mungkin tercicir kerana bermain dengan wang juga memerlukan kemahiran dan pengalaman.
“Saya terlihat yang permainan wang berlaku dalam pemilihan ini seperti juga dalam pemilihan yang lalu-lalu.
“Kita mesti ingat, pemimpin Umno yang menang sejak dua lebih dekad yang lalu terpaksa bermain dengan wang. Itu sudah menjadi budaya dan budaya itulah yang menjahanamkan parti itu,” tulis beliau di dalam blognya.
Menurutnya, mereka pandai menambat hati perwakilan yang ramai itu.
Mereka percaya jika kambing ditambat, kambing-kambing itu mesti diberi makan.
Siapa yang menambat banyak kambing dan pandai pula memberi makan rumput dengan secukupnya, kambing itu tidak akan ke mana-mana.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-10-2013
Hishammuddin sudah terbayang kekalahan?
Harakahdaily, | 12 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Menjelang pemilihan sayap dalam Umno yang akan diadakan dalam tempoh beberapa jam dan seminggu lagi sebelum pemilihan peringkat MT Umno, Naib Presiden Umno, Hishammuddin Hussein yang dikatakan ‘lembik’ dan paling mungkin kecundang dalam mempertahankan jawatannya, dilihat cuba menagih simpati agar penyingkirannya itu tidak menjadi kenyataan.
Bagi penulis Shahbudin Husin, dengan cuba menggambarkan dirinya seorang yang tidak mementingkan kedudukan dan pemimpin yang teguh kesetiaannya, Menteri Pertahanan itu berkata, sama ada kalah atau menang pada 19 Oktober nanti, beliau akan terus kekal bersama Umno.
Menurutnya, walaupun seperti sudah dapat membayangkan akan kekalahannya, dalam tempoh kempen yang semakin suntuk dan arus penolakan kepadanya tidak banyak berubah, Hishammuddin ternyata masih mengharapkan ada rasa simpati daripada para perwakilan.
“Katanya, apa yang dimahukannya dalam pemilihan kali ini ialah perwakilan akar umbi Umno memberikan Presiden Umno saf kepimpinan Naib Presiden yang paling baik untuk memastikan negara terus melangkah mahu ke hadapan,” tulis beliau di dalam blognya.
Baca lagi
Bagi penulis Shahbudin Husin, dengan cuba menggambarkan dirinya seorang yang tidak mementingkan kedudukan dan pemimpin yang teguh kesetiaannya, Menteri Pertahanan itu berkata, sama ada kalah atau menang pada 19 Oktober nanti, beliau akan terus kekal bersama Umno.
Menurutnya, walaupun seperti sudah dapat membayangkan akan kekalahannya, dalam tempoh kempen yang semakin suntuk dan arus penolakan kepadanya tidak banyak berubah, Hishammuddin ternyata masih mengharapkan ada rasa simpati daripada para perwakilan.
“Katanya, apa yang dimahukannya dalam pemilihan kali ini ialah perwakilan akar umbi Umno memberikan Presiden Umno saf kepimpinan Naib Presiden yang paling baik untuk memastikan negara terus melangkah mahu ke hadapan,” tulis beliau di dalam blognya.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-10-2013
Pemilihan Umno: Peluang Terakhir Selamatkan Diri
A Kadir Jasin, | 09 Okt 2013 |
MEMINJAM loghat P. Ramlee, tajuk berita utama akhbar Berita Harian 8 Oktober tidaklah “menggumbirakan”. Sebaliknya ia memalukan Umno khasnya, orang Melayu amnya dan penduduk Malaysia keseluruhannya.
Tetapi ia juga boleh dijadikan teladan dan mungkin juga petanda bahawa Umno telah bersedia berdepan dengan hantu yang sekian lama meracau dan mengacau tubuh badannya - puaka yang menyebabkan banyak ahli tawar hati dan meminggirkan diri.
Puaka yang menyebabkan sesiapa saja yang berani bersuara diketepikan. Puaka yang menjadikan pengampu, kaki bodek dan penghasut disukai dan berpengaruh di koridor kuasa.
Tahniah kepada BH atas tajuk berita “1,703 perwakilan, calon Umno muflis”.
Akhbar itu, antara lain, melaporkan: “Seramai 33,272 calon disahkan bertanding merebut pelbagai jawatan pada pemilihan Umno bulan ini selepas 869 calon gagal melepasi saringan Jawatankuasa Pemilihan parti, termasuk 334 yang didapati muflis.
“Selain itu, 1,369 daripada kira-kira 146,000 perwakilan yang telah dipilih, tidak layak kerana turut disenaraikan muflis oleh Jabatan Insolvensi.”
Syabas kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno kerana membuat tapisan yang teliti.
Saya tidak hairan sedikit pun dengan berita tersebut. Hari ini, walaupun banyak Melayu dan Islam begitu “judgmental” (suka mengukur orang) keimanan orang lain, banyak daripada mereka adalah hipokrit. Mereka sendiri lebih teruk daripada orang yang mereka ukur dan adili.
Hari ini banyak orang Melayu (dan orang Malaysia amnya) suka berhutang di luar kemampuan dan tidak berniat membayar balik hutang sedangkan Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang dan orang yang berhutang sama tarafnya dengan hamba abdi.
Orang yang berhutang, tetapi tidak membayar balik hutang, lagi-lagilah yang diisytiharkan muflis kerana tidak membayar balik hutang, tidak layak menjadi pemimpin. Memilih mereka sebagai pemimpin samalah dengan memilih hamba abdi menjadi pemimpin.
Saya bukan menghina hamba abdi. Tetapi adakah kita mahu dipimpin oleh hamba abdi yang berhutang? Tidak kira sama ada mereka muflis kerana berniaga, kerana tak bayar pinjaman pelajaran tinggi, tak bayar hutang kad kredit atau kerana menjadi penjamin orang yang berhutang, pokok pangkalnya mereka tetap muflis.
Lagi hina adalah orang yang rela diisytiharkan muflis daripada berusaha membayar balik hutang.
Tetapi bukan orang muflis sahaja wajib ditegah bertanding dan mengundi. Orang yang didapati bersalah kerana jenayah, rasuah dan politik wang juga wajib ditegah daripada bertanding dan mengundi.
Sekiranya ada orang seperti itu yang terlepas daripada pengawasan dan tindakan Jawatankuasa Pemilihan tetapi diketahui oleh pemilih dan perwakilan, mereka pun wajib ditolak juga.
Kalau Umno mahu pulih daripada dilema dan maladi (penyakit) yang dialaminya sekarang dan mahu kembali menjadi parti pilihan orang Melayu, ia memerlukan kepemimpinan yang bersih, telus, berwibawa, muda dan bertenaga.
Kepemimpinan yang hormat dan akur kepada ahli bukan yang takut dan utamakan anak bini, suku-sakat, para penasihat, peniaga minyak ular dan ahli sihir. Barang dijauhkan Allah!
Pemilihan kali ini adalah peluang terakhir Umno menyegarkan semula kepemimpinannya dan mengembalikan idealisme perjuangan. Sekiranya ini tidak berlaku, kemungkinan Umno menjadi parti rumput tengah jalan (hidup segan mati tak mahu) adalah amat besar. Wallahualam. http://kadirjasin.blogspot.com

Sumber HD - 9-10-2013
Pinjaman Tekun memang hanya untuk ahli Umno
Harakahdaily, | 09 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan (gambar).
Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu, lapor The Malaysian Insider.
Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.
"Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti.
"Namun tidak bermakna kita langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno," katanya dalam sidang media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala Lumpur, 7 Oktober lalu.
Kata Rahim, Tekun ditubuhkan semasa Konvesyen Umno Pulau Pinang pada tahun 1994.
"Kerana itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu menekankan perkembangan dan beliau sendiri berkata Tekun merupakan anak kandung Umno," katanya.
Dana tambahan RM700 juta merupakan antara salah satu dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Najib baru-baru ini.
Tekun akan menerima dana tersebut bermula tahun depan dan ia akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.
"Kita tidak dapat sekaligus ia secara berperingkat tapi memang setiap tahun kita menerima RM300 juta dan RM300 juta merupakan bayaran balik daripada peminjam yang kita terima.
"Tambahan dana itu adalah kerana seruan perdana menteri yang mahukan kita meningkatkan pinjaman sehingga ke RM100,000, jadi inilah wadah perjuangan Tekun iaitu membantu kaum Bumiputera tanpa mementingkan keuntungan," katanya lagi.
Beliau berkata Tekun juga mengalakkan permohonan pinjaman dari usahawan muda dikalangan siswazah yang baru menamatkan pelajaran.
"Golongan muda antara yang perlu diberi perhatian, terutama perkembangan trend sekarang ramai usahawan terdiri daripada lepasan siswazah dilihat lebih suka menjalankan perniagaan sendiri.
"Kerana itu kita beri ruang kepada mereka untuk berniaga dengan program seperti Sohonista ini supaya mereka kemudiannya tidak menentang kerajaan akibat kegagalan kerajaan yang tidak mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada semua lepasan mahasiswa dan inilah peranan Tekun," katanya.

Zahid pimpin Umno OK, kerajaan kurang sesuai
Harakahdaily, | 09 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Sebagai pemimpin Umno, tiada salahnya Zahid Hamidi menunjukkan sikap perkauman dan jiwa Melayunya.
Namun, oleh kerana dalam masa yang sama beliau merupakan seorang menteri dalam kerajaan BN, tindakan itu seharusnya dilakukan secara berpatutan dan tidak berlebih-lebihan, tulis blogger Shahbudin Husin.
“Ini kerana selain bertanggungjawab terhadap Umno, beliau juga ada tanggungjawab dalam kerajaan,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.
Menurutnya, lainlah jika yang menjerit-jerit mengenai perkara itu seorang ketua pemuda bahagian atau cawangan yang tidak tanggungjawab terhadap kerajaan atau jika yang melakukannya seorang pemimpin sebuah NGO yang memang memperjuangkan kepentingan Melayu.
Baginya, sebagai pemimpin Umno dan memegang jawatan dalam kerajaan dalam masa yang sama, kebijaksanaan dalam memainkan dua peranan ini adalah penting.
“Kegagalan berbuat demikian hanya akan menjadikan seseorang itu disukai oleh kaumnya saja tetapi dibenci oleh laum lain,” tulisnya lagi.
Baca di sini
Namun, oleh kerana dalam masa yang sama beliau merupakan seorang menteri dalam kerajaan BN, tindakan itu seharusnya dilakukan secara berpatutan dan tidak berlebih-lebihan, tulis blogger Shahbudin Husin.
“Ini kerana selain bertanggungjawab terhadap Umno, beliau juga ada tanggungjawab dalam kerajaan,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.
Menurutnya, lainlah jika yang menjerit-jerit mengenai perkara itu seorang ketua pemuda bahagian atau cawangan yang tidak tanggungjawab terhadap kerajaan atau jika yang melakukannya seorang pemimpin sebuah NGO yang memang memperjuangkan kepentingan Melayu.
Baginya, sebagai pemimpin Umno dan memegang jawatan dalam kerajaan dalam masa yang sama, kebijaksanaan dalam memainkan dua peranan ini adalah penting.
“Kegagalan berbuat demikian hanya akan menjadikan seseorang itu disukai oleh kaumnya saja tetapi dibenci oleh laum lain,” tulisnya lagi.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
Tekun: Bagi kepada Umno, modal habis begitu sahaja
Salmiyah Harun, | 08 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Pengakuan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Datuk Abdul Rahim Hassan mengesahkan lagi bahawa kerajaan tidak faham tanggungjawab dan tugasan yang sepatutnya dimainkan oleh mereka.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, parti yang diberi mandat mentadbir kerajaan wajar mengagihkan kekayaan negara kepada sesiapa sahaja tanpa memilih bulu.
"Bukan ahli Umno sahaja yang bayar cukai, kita pun bayar cukai. Tabung ini bukan untuk orang Umno, semua bumiputera layak dapat tidak kiralah parti mana pun," katanya.
Terdahulu, Abdul Rahim menegaskan Tekun ditubuhkan untuk ahli Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu.
Jelas Khalid, tindakan Umno yang memilih bulu itu sekaligus menghalang mereka yang benar-benar layak dan berminat untuk berniaga.
"Oleh kerana mereka adalah Umno, dan diberi pinjaman walaupun tidak layak dan tidak minat berniaga, akhirnya modal habis begitu sahaja. Orang yang berminat pula tidak mendapat peluang sebab mereka bukan ahli Umno.
"Lepas itu orang Umno yang dapat pinjaman tidak bayar, dalam masa yang sama Umno pula tidak ambil tindakan. Peruntukan berjuta-juta hilang begitu sahaja," katanya kepada Harakahdaily.
9 Februari 2013, Tekun telah meminjamkan dana berjumlah RM2.42 bilion kepada 237,173 orang usahawan.
Dari jumlah itu sebanyak RM1.6 bilion adalah dana yang diberi Kerajaan Pusat. Sejak ditubuhkan pada tahun 1998 hinggalah awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik.
Tekun Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan Tekun Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998.
Matlamat penubuhan Tekun Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, parti yang diberi mandat mentadbir kerajaan wajar mengagihkan kekayaan negara kepada sesiapa sahaja tanpa memilih bulu.
"Bukan ahli Umno sahaja yang bayar cukai, kita pun bayar cukai. Tabung ini bukan untuk orang Umno, semua bumiputera layak dapat tidak kiralah parti mana pun," katanya.
Terdahulu, Abdul Rahim menegaskan Tekun ditubuhkan untuk ahli Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu.
Jelas Khalid, tindakan Umno yang memilih bulu itu sekaligus menghalang mereka yang benar-benar layak dan berminat untuk berniaga.
"Oleh kerana mereka adalah Umno, dan diberi pinjaman walaupun tidak layak dan tidak minat berniaga, akhirnya modal habis begitu sahaja. Orang yang berminat pula tidak mendapat peluang sebab mereka bukan ahli Umno.
"Lepas itu orang Umno yang dapat pinjaman tidak bayar, dalam masa yang sama Umno pula tidak ambil tindakan. Peruntukan berjuta-juta hilang begitu sahaja," katanya kepada Harakahdaily.
9 Februari 2013, Tekun telah meminjamkan dana berjumlah RM2.42 bilion kepada 237,173 orang usahawan.
Dari jumlah itu sebanyak RM1.6 bilion adalah dana yang diberi Kerajaan Pusat. Sejak ditubuhkan pada tahun 1998 hinggalah awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik.
Tekun Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan Tekun Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998.
Matlamat penubuhan Tekun Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-10-2013
Patutlah hantar 'surat menangis' peminjam Tekun ahli Umno
http://greenboc.blogspot.com, | 08 Okt 2013 |
Patutlah sampai terpaksa hantar 'Surat Menangis', majoriti peminjam TEKUN ahli UMNO rupanya..
Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.
Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu.
Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-10-2013
Kalau pemimpin umpama durian, Isa durian apa?
Harakahdaily, | 07 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Dalam usaha memenangi semula jawatan Naib Presiden itu, Isa Samad kali ini menasihatkan para perwakilan agar memilih dengan berhati-hati serta teliti, umpama memilih buah durian.
Katanya, "apabila kita membeli durian, walaupun ia dijual longgok, kita perlu memeriksa setiap biji buah dengan teliti. Kita mesti bau dan goncang buah dengan teliti. Akhirnya kita hanya memilih yang baik. Prinsip yang sama digunakan apabila memilih pemimpin".
“Cumanya, kalau pemimpin umpama durian, Isa Samad dalam kedudukan dan usianya sekarang merupakan durian jenis apa?” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya http://shahbudindotcom.blogspot.com/.
Beliau seterusnya melontar pertanyaan.
Adakah beliau durian musang king, durian tembaga, durian D24 atau durian kampung? Atau adakah beliau sudah termasuk dalam kategori durian longgok yang berharga 3 biji RM10? Atau barangkali sudah boleh dianggap durian yang mahu dibuat tempoyak?
Berikut tulisan penuh Shahbudin.
Pengerusi Felda, Isa Samad adalah antara pemimpin UMNO yang suka melawak dan mempunyai banyak perumpamaan apabila bercakap mengenai sesuatu isu. Ada-ada saja perumpamaan atau contoh perbandingan yang keluar dari mulutnya dan selalunya pula ianya terlihat logik dan mudah diterima akal.
Sikapnya yang suka melawak, bergurau dan mudah didekati, selain banyak perumpamaan menarik dalam diari pemikirannya, menjadikan beliau antara pemimpin UMNO yang disenangi di peringkat akar umbi.
Beliau yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan kemudian dilantik Menteri Wilayah Persekutuan pada 2004 tetapi digugurkan kerana kesalahan politik wang, kini menjadi Pengerusi Felda dan sedang mencuba kembali untuk menduduk kerusi Naib Presiden UMNO yang pernah dimenanginya pada 2004 dahulu.
Kali ini persaingan nampak sengit. Ada enam calon yang bertanding termasuk dirinya. Ketiga-tiga penyandang iaitu Zahid, Hishammuddin dan Shafie memegang jawatan menteri di peringkat pusat, Mukhriz pula memegang jawatan Menteri Besar Kedah manakala beliau menjadi Pengerusi sebuah GLC dan Ali Rustam pula menjadi Pengerusi PUNB.
Dalam usahanya memenangi semula jawatan Naib Presiden itu, Isa kali ini menasihatkan para perwakilan agar memilih dengan berhati-hati serta teliti, umpama memilih buah durian.

Sekali lagi, Isa terlihat bijak menggunakan perumpamaan dan perbandingan supaya orang mudah membuat pilihan. Perbandingan Isa yang menyamakan memilih pemimpin dengan memilih buah durian ada logik serta benarnya.
Maknanya, dalam memilih pemimpin mestilah teliti dan mengambil kira beberapa aspek sebelum pilihan hendak dibuat. Tidak boleh memilih secara semberono atau berdasarkan ikut-ikutan saja. Tidak boleh juga juga pilihan dibuat kerana berdasarkan adanya pakatan atau rakit. Kekuatan dan kebolehan seseorang pemimpin itu harus dinilai dan diteliti demi masa depan parti itu.
Perumpamaan dan perbandingan Isa ini juga menggambarkan sikapnya yang sayangkan parti. Walaupun beliau bertanding, beliau tidak meminta secara langsung agar dirinya dipilih. Beliau hanya meminta dipilih pemimpin yang baik. Dengan kata lain, jika dirinya dirasakan baik, maka pilihlah tetapi jika tidak, pilihlah pemimpin yang lain.
Macam juga kita memilih buah durian, jika didapati baik, maka belilah. Kalau tidak baik, tak payahlah beli. Boleh mencari durian yang baik di tempat lain pula.
Cumanya, kalau pemimpin umpama durian, Isa Samad dalam kedudukan dan usianya sekarang merupakan durian jenis apa? Adakah beliau durian musang king, durian tembaga, durian D24 atau durian kampung? Atau adakah beliau sudah termasuk dalam kategori durian longgok yang berharga 3 biji RM10?
Atau barangkali sudah boleh dianggap durian yang mahu dibuat tempoyak?
Walaupun perumpamaan pemimpin dengan durian itu ternampak lojik tetapi apabila Isa yang memperkatakannya dan beliau pula merupakan antara pemimpin yang bakal dipilih itu, ia seolah-olah tidak mahu dirinya dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO kali ini. Perumpamaan ini jelas tidak memihak kepada dirinya.
Dengan rekod pernah menjadi Menteri Besar selama 22, pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, pernah juga bertanding dan menang pelbagai jawatan dalam UMNO, pernah didapati bersalah kerana politik wang dan kini memegang jawatan dalam GLC yang biasanya untuk orang-orang pencen, Isa ternyata bukan lagi durian musang king atau D24.
Kalau pun belum termasuk dalam kategori durian yang mahu dibuat tempoyak, Isa setidak-tidaknya adalah durian longgok yang berharga 3 biji RM10 atau 5 biji RM10 saja.
Ini kerana keperluan UMNO dewasa ini ialah kepada pemimpin muda yang berkebolehan serta boleh menampilkan wajah baru dan segar UMNO di pandangan rakyat biasa. Berbanding ketiga-tiga penyandang Naib Presiden yang lebih muda daripadanya serta boleh dianggap durian yang baik-baik, Isa ternyata di belakang mereka.
Begitu juga jika mahu dibandingkan dengan Mukhriz yang jauh lebih muda dan turut dianggap durian yang baik, Isa bukanlah durian yang lebih baik daripadanya.
Beliau mungkin menjadi pilihan kepada perwakilan tertentu saja sepertimana masih kedapatan ada orang yang membeli durian longgok yang berharga 5 biji RM10 di pasar-pasar malam.
Tambahan pula, selain Isa yang bertanding jawatan Naib Presiden, anaknya Najib Isa (sama nama dengan Perdana Menteri) turut juga bertanding Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kali ini. Dengan beliau anak-beranak menawarkan dirinya untuk berada dalam kepimpinan UMNO di peringkat Pusat, barangkali hanya seorang saja yang dianggap durian yang masih baik dan harum baunya.
Nampaknya perbandingan Isa Samad mengenai memilih pemimpin macam memilih buah durian merupakan perbandingan yang tidak menguntungkan dan tidak juga memihak kepada dirinya. Isa seolah-olah sedang berkempen agar perwakilan jangan memilih dirinya.

Sumber HD - 7-10-2013
Macam beruk dapat bunga, si kudung dapat cincin
Harakahdaily, | 07 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Sejak Dr Mahathir Mohamad sehinggalah Najib Razak, budaya Perdana Menteri terbang ke seluruh dunia dengan kerapnya ini terbentuk dengan jelas, seolah-olah seorang Perdana Menteri itu mesti keluar negara setiap bulan, tulis Aspan Alias.
Baginya, ini masalah biasa bagi pemimpin yang baru dan datang dari negara yang baru menjumpai kehidupan.
“Ada seorang pemimpin kita yang berkata, membawa keluar seseorang dari kampung itu senang, tetapi hendak mengeluarkan kampung dari orang itu sangatlah susah,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.
Justeru, ujarnya ada juga perbidalan yang lain yang sesuai digunakan untuk pemimpin-pemimpin seperti ini, iaitu 'seperti beruk dapat bunga'. Kadang kala boleh juga digunakan perbidalan 'macam sikudung mendapat cincin' dan beberapa perbidalan yang lain.
Tulisan penuh beliau seperti di bawah.
Rakyat tahu yang kerajaan sekarang merupakan kerajaan yang berbelanja secara membazir dan budaya ini sudah terbentuk hampir tiga dekad dahulu. Dari waktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri belanja untuk menyelenggarakan perbelanjaan seorang Perdana Menteri sangat besar dan semuanya itu dibayar dari wang rakyat.
Oleh kerana mereka tidak merasakan bagaimana susahnya rakyat berkerja dan membayar cukai maka mereka hanya membelanjakan wang rakyat itu mengikut hawa nafsu mereka masing-masing. Tidak ada perasaan bersalah dan tidak peduli dengan apa yang rakyat kata. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri mereka.
Baru-baru ini Dewan Rakyat di beritahu bahawa dalam tempoh tiga tahun sahaja belanja untuk perjalanan Perdana Menteri Najib dengan jet eksekutifnya memakan perbelanjaan sebanyak hampir RM100 juta. Hampir RM30 juta setahun dibazirkan dengan membayar bill jet peribadi Perdana Menteri dan ini merupakan satu budaya yang sangat gila dan tidak masuk akal.
Kita tidak faham kenapa Perdana Menteri kita mesti menggunakan jet peribadi untuk terbang ke merata dunia. Kenapa tidak menggunakan penerbangan komersial MAS misalnya seperti lazim digunakan oleh banyak pemimpin negara lain. Perdana Menteri Singapura hanya menggunakan penerbangan SIA sahaja dan beliau boleh juga sampai ke mana-mana dalam dunia ini.
Sejak Dr Mahathir sehinggalah Najib budaya Perdana Menteri terbang ke seluruh dunia dengan kerapnya ini terbentuk dengan jelas, seolah-olah seorang Perdana Menteri itu mesti keluar negara setiap bulan. Ini masalah biasa bagi pemimpin yang baru dan datang dari negara yang baru menjumpai kehidupan. Ada seorang pemimpin kita yang berkata, membawa keluar seseorang dari kampung itu senang, tetapi hendak mengeluarkan kampung dari orang itu sangatlah susah.
Ada juga perbidalan yang lain yang sesuai digunakan untuk pemimpin-pemimpin seperti ini, iaitu 'seperti beruk dapat bunga'. Kadang kala boleh juga digunakan perbidalan 'macam sikudung mendapat cincin' dan beberapa perbidalan yang lain. Baginya menjadi Perdana Menteri itu merupakan 'privilege' untuk berbelanja sesuka hati mereka tanpa bertanggung jawab seolah-olah wang itu adalah wang datuk nenek mereka.
Malahan apabila sudah berhenti menjadi Perdana Menteri pun mesti juga naik jet ke mana-mana seolah-olah dari kecil sampai ke tua mereka ini sememangnya naik jet ke mana-mana. Mereka sudah tidak boleh lagi terbang dengan penerbangan komersial dan cara perjalanan yang lain.
Mentaliti kekampungan inilah yang menjadikan kepimpinan itu tidak dihormati lagi dan akhirnya mereka ini menyalahkan rakyat kerana tidak menyokong mereka. Itu sebab di awal artikel ini saya mengingati seorang pemimpin yang berkata yang membawa keluar seseorang dari kampung itu senang dan mudah dilakukan, tetapi untuk mengeluarkan kampung dari diri mereka sangat susah.
Itulah keadaan kita yang sedang dipimpin dengan pemimpin seperti ini. Malunya kurang, adabnya tiada dan adatnya entah ke mana. Tidak ada langsung usaha untuk meninggalkan nama yang baik apabila sudah tiada nanti. Setidak-tidaknya harimau pun mati ditinggalkannya belang.

Menteri guna dana kerajaan lobi jawatan MT
Aslani M, | 03 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Sekarang bukan lagi ketua-ketua bahagian yang menjadi alat, sebaliknya pegawai dan kakitangan kerajaan juga “diarah” berkempen membantu menteri bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Jabatan atau agensi kerajaan kini difahamkan sibuk mengatur program untuk membolehkan menteri bertemu bahagian-bahagian Umno.
Menurut beberapa sumber, jabatan dan agensi berkaitan di bawah menteri diarah mengatur pertemuan dengan bahagian-bahagian Umno atas nama program kerajaan.
“Ada menteri yang datang ke sini sebelum ini meminta jabatan di bawahnya mengatur program bersama masyarakat, namun disyaratkan ada cawangan-cawangan Umno yang hadir.
“Boleh dikatakan menteri dan timbalan menteri datang bersilih ganti mengadakan program bersama cawangan-cawangan Umno yang berselindung di sebalik nama program kerajaan,” katanya.
Persidangan Umno peringkat cawangan diadakan sehingga 15 September lalu, manakala mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian akan diadakan serentak 12 Oktober ini.
Pemilihan MT dan wakil bahagian ke Perhimpunan Agung Umno 2013 akan diadakan serentak pada 19 Oktober.
Perhimpunan Agung Umno pula akan diadakan bermula 2 Disember 2013.
Sebelum ini Harakahdaily mendedahkan kegiatan menteri dan timbalan menteri menggunakan agensi kerajaan bagi melobi mendapat kedudukan kerusi MT Umno.
Sumber lain juga mendakwa ada menteri menggunakan sepenuhnya dana kerajaan bagi menghimpunkan seramai mungkin wakil-wakil bahagian Umno untuk melobi dirinya.
“Menteri mengarahkan supaya diadakan perjumpaan melibatkan seramai mungkin bahagian-bahagian Umno.
“Program itu diadakan atas nama kerajaan dan menggunakan wang rakyat. Pegawai dan kakitangan kerajaan pula dijadikan alat bagi mengatur pertemuan tersebut,” ujarnya.
Jabatan atau agensi kerajaan kini difahamkan sibuk mengatur program untuk membolehkan menteri bertemu bahagian-bahagian Umno.
Menurut beberapa sumber, jabatan dan agensi berkaitan di bawah menteri diarah mengatur pertemuan dengan bahagian-bahagian Umno atas nama program kerajaan.
“Ada menteri yang datang ke sini sebelum ini meminta jabatan di bawahnya mengatur program bersama masyarakat, namun disyaratkan ada cawangan-cawangan Umno yang hadir.
“Boleh dikatakan menteri dan timbalan menteri datang bersilih ganti mengadakan program bersama cawangan-cawangan Umno yang berselindung di sebalik nama program kerajaan,” katanya.
Persidangan Umno peringkat cawangan diadakan sehingga 15 September lalu, manakala mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian akan diadakan serentak 12 Oktober ini.
Pemilihan MT dan wakil bahagian ke Perhimpunan Agung Umno 2013 akan diadakan serentak pada 19 Oktober.
Perhimpunan Agung Umno pula akan diadakan bermula 2 Disember 2013.
Sebelum ini Harakahdaily mendedahkan kegiatan menteri dan timbalan menteri menggunakan agensi kerajaan bagi melobi mendapat kedudukan kerusi MT Umno.
Sumber lain juga mendakwa ada menteri menggunakan sepenuhnya dana kerajaan bagi menghimpunkan seramai mungkin wakil-wakil bahagian Umno untuk melobi dirinya.
“Menteri mengarahkan supaya diadakan perjumpaan melibatkan seramai mungkin bahagian-bahagian Umno.
“Program itu diadakan atas nama kerajaan dan menggunakan wang rakyat. Pegawai dan kakitangan kerajaan pula dijadikan alat bagi mengatur pertemuan tersebut,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-10-2013
Berapa lamakah Najib mampu bertahan?
Shahbudin Husin, | 02 Okt 2013 |
Walaupun Najib sudah disahkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO 2013 dan ini merupakan penggal keduanya selepas menang tanpa ditandingi juga pada 2004 lalu, masa depan beliau sebenarnya masih lagi dilihat tidak selamat. Kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri dilihat tidak sepanjang masa kukuh untuknya dan beliau seolah-olah bila-bila masa saja boleh tercampak daripadanya.
Jika di hati rakyat beliau tidak mendapat sokongan majoriti, di dalam UMNO juga popularitinya tidak berada ke kedudukan nombor satu sedangkan beliau sedang mengetuai parti dan kerajaan.
Dalam pilihanraya umum, meskipun BN kekal memerintah dengan kemenangan 133 kerusi berbanding PR yang hanya 89 kerusi, tetapi undi majoriti yang diperolehi BN hanyalah 47 peratus manakala PR meraih undi popular rakyat sebanyak 51 peratus.
Di dalam UMNO pula, kaji selidik terbaru yang dilakukan oleh Merdeka Center mendapati populariti Najib di kalangan ahli UMNO hanyalah sebanyak 69 peratus berbanding bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang mendapat 79 peratus undian.
Dengan kedudukan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri serta setiap hari berita dan gambarnya terpampang di akhbar dan tv, keberadaannya di kedudukan nombor dua di belakang Mahathir itu merupakan sesuatu yang malang dan memalukan. Ini menjadikan keadaannya adalah sama dengan kemenangan dalam pilihanraya umum lalu. BN yang dipimpinnya menang dalam pilihanraya tetapi kepimpinannya tiada dihati rakyat, di dalam UMNO pula beliau kekal sebagai Presiden UMNO tanpa ditandingi tetapi beliau tidak berada di hati ahli-ahli UMNO.
Tidak berada di hati rakyat dan tidak juga kukuh di hati ahli-ahli UMNO, ini menjadikan kedudukannya tidak selamat dan boleh dikuis pada bila-bila masa, selain perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang boleh menggugat kedudukannya.
Kepimpinan dan kewibawaan Mahathir ternyata masih kukuh melekat dalam jiwa ahli-ahli UMNO, tambahan pula dalam banyak aspek pencapaian sebagai Perdana Menteri, Najib bukan saja jauh berbeza dengan Mahathir, malah beliau juga dilihat lebih lemah berbanding Pak Lah.
Mengetahui bahawa kedudukannya lebih popular daripada Najib, Mahathir secara bergurau berkata, "Saya nak jadi PM lagi sekalilah."
Walau dengan nada bergurau, kata-kata Mahathir itu ternyata penuh sindiran. Ini kerana meskipun sudah lebih 10 tahun meninggalkan persada kuasa sebagai Perdana Menteri, Najib masih tidak mampu menandinginya.
Dan menjelang pemilihan UMNO 19 Oktober depan, kedudukan Najib tidak terlepas daripada pemerhatian banyak pihak. Dengan Mahathir dilihat mempunyai proksinya kali ini iaitu anaknya, Mukhriz yang bertanding jawatan Naib Presiden UMNO manakala Najib dipercayai masih mahu mengekalkan penyandang sedia ada iaitu Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Apdal, pertembungan pengaruh antara keduanya tidak dapat dielakkan lagi.
Apatah lagi, seiring dengan mood dan kehendak majoriti perwakilan yang seolah-olah mahukan Mukhriz menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO, Mahathir juga terlihat turut sibuk untuk mengelakkan anaknya bakal kecundang. Saranan dan gesaannya berulangkali yang mahukan UMNO membuka pintu kepada pemimpin muda yang berbakat untuk mengelakkan parti itu daripada mati serta terus relevan adalah sebenarnya untuk menyediakan ruang yang lebih terbuka untuk anaknya itu.
Menyedari bahawa wujud pertembungan kepentingan dengan Najib ketika ini, Mahathir juga dilihat mulai kritikal terhadap beberapa dasar dan pendekatan Najib. Selain mengekalkan rasa tidak setujunya dengan pemberian tunai kepada rakyat melalui BR1M, semalam beliau mengkritik lagi rancangan Najib mahu memberi BR1M sebanyak dua kali setahun dengan menyifatkan tindakan itu menyebabkan rakyat menjadi lebih malas dan terlalu bergantung kepada kerajaan.
Najib pula dilihat amat bergantung kepada dasar pemberian tunai untuk meningkatkan sokongan terhadapnya. Kritikan Mahathir sedikit-sebanyak tentunya mengganggu pelan asal Najib mengenai BR1M, sama seperti terganggunya beliau dengan kehadiran Mukhriz dalam pertandingan Naib Presiden UMNO. Sama ada mengekalkan BR1M, lebih-lebih lagi menjadikannya dua kali setahun, ia pastinya akan menjadikan kritikan Mahthir lebih pedas lagi kerana pemberian tunai itu akan dikaitkan dengan peningkatan hutang negara yang kini sudah mencecah 51 peratus berbanding KDNK negara.
Sebelum itu juga, Mahathir melontarkan sindiran dengan mengatakan seseorang pemimpin tidak harus memegang jawatan terlalu lama dan mesti tahu bila harus berhenti bagi mengelakkan parti terus dikuasai oleh orang-orang bodoh. Perjanjian Trans Pasifik atau TPPA juga tidak terlepas daripada kritikan Mahathir manakala Najib pula begitu beria-ia mahukan ia ditandatangani dan bersikap pro Amerika.
Di sebalik semua perlakuan Mahathir itu, persoalan yang mula bermain di kepala ahli-ahli UMNO ialah sampai bilakah Najib mampu mempertahankan kedudukannya? Walaupun sebelum ini Mahathir menyokong Najib terus dikekalkan tetapi sejarah lampaunya juga menunjukkan beliau pernah memainkan peranan menjatuhkan orang yang dulu merupakan pilihannya sendiri.
Semasa berkuasa, beliau menyingkirkan Musa Hitam, Tengku Razaleigh, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim tetapi setelah tiada kuasa, beliau juga mampu menjatuhkan Pak Lah.
Bibit-bibit perbezaan antara Najib dan Mahathir sudah mulai dikesan sekarang ini dan semakin menjadi percakapan ramai, baik di dalam mahu pun di luar UMNO. Kritikan terbukanya mengenai UMNO dan beberapa dasar Najib makin lantang kebelakangan ini memperlihatkan kecenderungan orangramai untuk mempercayainya.
Walaupun menang tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO, Najib dipercayai tidak akan kekal sehingga pilihanraya akan datang. Selepas pilihanraya lalu, tidak ada perubahan dalam kepimpinan Najib yang membolehkan sesiapa meyakininya mampu membawa kejayaan lebih cemerlang dalam PRU 14 nanti. Kritikan Mahathir mengenai UMNO dan dasar Najib adalah untuk membuktikan bahawa perubahan yang dijanjikan tidak berlaku sama-sekali sedangkan antara syarat beliau dikekalkan ialah untuk memberi peluang dan memastikannya berubah selepas keputusan terburuk BN dalam pilihanraya lalu.
Mahathir dipercayai sedang memantau dengan teliti semua keadaan yang berlaku dalam UMNO dan juga kerajaan dan keputusan pemilihan UMNO 19 Oktober depan akan menjadi titik-tolak kepada langkah beliau yang seterusnya. Dengan menjadi orang paling popular dalam UMNO, sementara Najib bukan saja tidak popular dalam UMNO tetapi juga tidak melekat dihati rakyat, usaha Mahathir itu tidaklah sesukar mana.
Kita akan melihat sama ada sejarah Pak Lah berulang kepada Najib ataupun beliau mampu mengelaknya tidak berada lama selepas pemilihan UMNO ini berakhir nanti. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Sumber HD - 2-10-2013
Jangan tak tahu, negara ini Mahathir yang punya
Harakahdaily, | 02 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Cita-cita Tun Mahathir untuk mencari pemimpin yang cerdik untuk menggantikan pemimpin-pemimpin yang beliau anggap bodoh sekarang ini, akan tercapai apabila Mukhriz mendapat tempat di tahap Naib Presiden Umno.
Bagi penulis politik Aspan Alias, rupa-rupanya pemimpin yang Mahathir maksudkan sebagai pemimpin cerdik dan pandai itu adalah anaknya sendiri.
“Barulah kami semuanya tahu. Kita pun tidak tahu setara mana cerdiknya Mukhriz ini, tetapi oleh kerana Mahathir maksudkan Mukhriz lah yang cerdik itu maka kita terimalah.
“Kalau kita tidak terima nanti Mahathir akan kata kita bodoh lagi. Untuk mengelak kita dari dikatakan bodoh marilah kita semua bersetuju bahawa Mukhriz itu seorang pemimpin cerdik,” tulis beliau di dalam blognya.
Menurutnya lagi, apabila Mukhriz menjadi pemimpin utama negara nanti nescaya kita tidak akan mendengar lagi Mahathir memanggil dan menganggap pemimpin Umno itu bodoh-bodoh lagi.
“Pendeknya kita akhirnya mesti mengakui yang negara ini adalah kepunyaan Mahathir. Beliau boleh mendapat apa yang beliau mahukan.
“Hanya orang Melayu khususnya orang Umno yang perasan negara ini kita semua yang punya,” tulisnya lagi.
Baca lagi
Bagi penulis politik Aspan Alias, rupa-rupanya pemimpin yang Mahathir maksudkan sebagai pemimpin cerdik dan pandai itu adalah anaknya sendiri.
“Barulah kami semuanya tahu. Kita pun tidak tahu setara mana cerdiknya Mukhriz ini, tetapi oleh kerana Mahathir maksudkan Mukhriz lah yang cerdik itu maka kita terimalah.
“Kalau kita tidak terima nanti Mahathir akan kata kita bodoh lagi. Untuk mengelak kita dari dikatakan bodoh marilah kita semua bersetuju bahawa Mukhriz itu seorang pemimpin cerdik,” tulis beliau di dalam blognya.
Menurutnya lagi, apabila Mukhriz menjadi pemimpin utama negara nanti nescaya kita tidak akan mendengar lagi Mahathir memanggil dan menganggap pemimpin Umno itu bodoh-bodoh lagi.
“Pendeknya kita akhirnya mesti mengakui yang negara ini adalah kepunyaan Mahathir. Beliau boleh mendapat apa yang beliau mahukan.
“Hanya orang Melayu khususnya orang Umno yang perasan negara ini kita semua yang punya,” tulisnya lagi.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-10-2013
Menteri guna kedudukan lobi cawangan Umno?
Aslani M, | 01 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Calon yang mempunyai kedudukan dalam kabinet dan ada jawatan agensi kerajaan mengatasi pemimpin Umno lain. Mereka dikatakan mempunyai rangkaian kempen melibatkan agensi kerajaan.
Jabatan dan agensi kerajaan tertentu difahamkan diarah mengatur program khas menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC dengan cawangan-cawangan Umno di seluruh negara.
Bagaimanapun program tersebut difahamkan dibuat atas nama aktiviti menteri bersama masyarakat.
“Namun yang dijemput hadir cawangan-cawangan Umno dan bukannya orang ramai. Menteri menggunakan hubungan rapat dengan ketua-ketua bahagian bagi menghimpunkan cawangan-cawangan.
“Baru-baru ini memang menteri kerap berkunjung ke kampung-kampung, namun khalayak ditemui cawangan-cawangan Umno,” dakwa beberapa sumber di sini.
Umno sebelum ini meminda perlembagaan parti dengan memberi kuasa kepada 150,000 perwakilan memilih pemimpin bagi mengelakkan gejala politik wang.
Bagaimanapun ramai berhujah format baru pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dianggap tidak mampu mengubah tabiat lama calon yang bertanding.
Persidangan Umno peringkat cawangan diadakan sehingga 15 September lalu, manakala mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian akan diadakan serentak pada 12 Oktober ini.
Pemilihan MT dan wakil bahagian ke Perhimpunan Agung Umno 2013 akan diadakan serentak pada 19 Oktober. Perhimpunan Agung Umno pula akan diadakan bermula 2 Disember 2013.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah cetak keluaran akan datang)
Jabatan dan agensi kerajaan tertentu difahamkan diarah mengatur program khas menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC dengan cawangan-cawangan Umno di seluruh negara.
Bagaimanapun program tersebut difahamkan dibuat atas nama aktiviti menteri bersama masyarakat.
“Namun yang dijemput hadir cawangan-cawangan Umno dan bukannya orang ramai. Menteri menggunakan hubungan rapat dengan ketua-ketua bahagian bagi menghimpunkan cawangan-cawangan.
“Baru-baru ini memang menteri kerap berkunjung ke kampung-kampung, namun khalayak ditemui cawangan-cawangan Umno,” dakwa beberapa sumber di sini.
Umno sebelum ini meminda perlembagaan parti dengan memberi kuasa kepada 150,000 perwakilan memilih pemimpin bagi mengelakkan gejala politik wang.
Bagaimanapun ramai berhujah format baru pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dianggap tidak mampu mengubah tabiat lama calon yang bertanding.
Persidangan Umno peringkat cawangan diadakan sehingga 15 September lalu, manakala mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian akan diadakan serentak pada 12 Oktober ini.
Pemilihan MT dan wakil bahagian ke Perhimpunan Agung Umno 2013 akan diadakan serentak pada 19 Oktober. Perhimpunan Agung Umno pula akan diadakan bermula 2 Disember 2013.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah cetak keluaran akan datang)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-10-2013
Mukhriz pemimpin pelapis, yang lain hanyalah pelapik
Harakahdaily, | 01 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Kehadiran Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno yang menampakkan satu permainan politik besar sering disebut sekarang.
Bagi penulis blog Aspan Alias, sesiapa sahaja yang membuatkan Mukhriz bertanding jawatan itu mempunyai motif yang sangat besar.
Menurutnya, Mukhriz tidak akan mengambil keputusan untuk bertanding jika tidak digalakkan oleh Dr Mahathir Mohammed.
Pada pandangannya, jika Mahathir cuba mempengaruhi segala-gala tindakan dalam Umno yang melibatkan pemimpin lain tidak ada sebab sesiapa untuk menafikan yang keputusan Mukhriz itu adalah hasil dari keputusan Mahathir sendiri.
“Permainan ini adalah permainan yang sangat mudah untuk di ikuti oleh sesiapa yang mempunyai sedikit sisik politik dalam dirinya. Lain-lain perkataan perebutan ini adalah perebutan diantara Mukhriz dengan mereka yang bertahan dan penyandang pada hari ini,” tulis beliau di dalam blognya semalam.
Baca lagi
Bagi penulis blog Aspan Alias, sesiapa sahaja yang membuatkan Mukhriz bertanding jawatan itu mempunyai motif yang sangat besar.
Menurutnya, Mukhriz tidak akan mengambil keputusan untuk bertanding jika tidak digalakkan oleh Dr Mahathir Mohammed.
Pada pandangannya, jika Mahathir cuba mempengaruhi segala-gala tindakan dalam Umno yang melibatkan pemimpin lain tidak ada sebab sesiapa untuk menafikan yang keputusan Mukhriz itu adalah hasil dari keputusan Mahathir sendiri.
“Permainan ini adalah permainan yang sangat mudah untuk di ikuti oleh sesiapa yang mempunyai sedikit sisik politik dalam dirinya. Lain-lain perkataan perebutan ini adalah perebutan diantara Mukhriz dengan mereka yang bertahan dan penyandang pada hari ini,” tulis beliau di dalam blognya semalam.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-10-2013
Saya taklah bodoh, CGPA 3.85, kata Ahmad Maslan
Harakahdaily, | 01 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Barangkali kerana tidak dapat menahan dada yang sentiasa membuak-buak berikutan banyak kenyataan dan hujah-hujahnya dipertikaikan, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan malam tadi menulis di Twitternya "Saya tak lah bodoh sangat. Ijazah pertama di Victoria University Wellington New Zealand. MBA di UKM pelajar terbaik drpd 177. CGPA 3.85".
Bagi penulis Shahbudin Husin, barangkali Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno merupakan satu-satunya ahli politik di dunia yang terpaksa menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semata-mata untuk membuktikan beliau seorang yang pandai dan butir-butir kata yang keluar daripada mulutnya bukannya omong kosong tanpa ilmu.
“Selalunya ahli politik akan berhujah dengan fakta dan angka dan apabila hujah itu dipertikaikan, fakta dan angka yang lebih kukuh akan dikeluarkan supaya ia tidak dapat disanggah lagi.
“Tetapi tidak bagi Ahmad Maslan, beliau cuba mematahkan hujah dengan menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semasa belajar dulu,” tulis beliau di dalam blognya.
Baginya, itu suatu pendekatan baru yang mungkin boleh ditiru ahli politik lain apabila hujah disanggah dan dipangkah.
Baca di sini
Bagi penulis Shahbudin Husin, barangkali Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno merupakan satu-satunya ahli politik di dunia yang terpaksa menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semata-mata untuk membuktikan beliau seorang yang pandai dan butir-butir kata yang keluar daripada mulutnya bukannya omong kosong tanpa ilmu.
“Selalunya ahli politik akan berhujah dengan fakta dan angka dan apabila hujah itu dipertikaikan, fakta dan angka yang lebih kukuh akan dikeluarkan supaya ia tidak dapat disanggah lagi.
“Tetapi tidak bagi Ahmad Maslan, beliau cuba mematahkan hujah dengan menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semasa belajar dulu,” tulis beliau di dalam blognya.
Baginya, itu suatu pendekatan baru yang mungkin boleh ditiru ahli politik lain apabila hujah disanggah dan dipangkah.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-10-2013
Mahathir tentunya tidak rela melihat Mukhriz kalah
Harakahdaily, | 30 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Isu kehadiran Mukhriz Mahathir sebagai ancaman kepada kedudukan Najib kini bukan saja terpaksa dinafikan oleh tuan punya badan sendiri tetapi turut dilakukan oleh Mahathir juga.
“Mukhriz, kata Mahathir lagi, tidak mempunyai apa-apa niat buruk terhadap Najib,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Sementara Mukhriz, ujarnya mulai menyedari bahawa kempen-kempen untuk menolaknya daripada memenangi jawatan Naib Presiden Umno mulai mengancam peluangnya, Mahathir pula tentunya terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu anak bongsunya itu kecundang dalam pemilihan kali ini.
Menurut Shahbudin, setelah kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Kubang Pasu kepada Haji Zulkifli dalam pemilihan 2004 dan kemudian kalah juga kepada Khairy Jamaluddin dalam pertandingan Ketua Pemuda Umno Malaysia pada 2009, Mahathir tentunya tidak rela melihat Mukhriz kalah lagi dalam pendakiannya menuju puncak hireaki dalam Umno dan juga kerajaan.
Baginya, walaupun Najib sudah menafikan beliau merestui calon-calon tertentu dan menyerahkan kepada para perwakilan membuat pilihan, namun ia didapati semakin kerap diperkatakan di mana-mana.

“Semakin dekat hari pemilihan, dipercayai lagu yang mengatakan Najib mahu Zahid, Hishammuddin dan Shafie dikekalkan, pastinya lebih kerap didendangkan dengan pelbagai irama dan tempo oleh tukang-tukang kempen sama ada yang rasmi mahupun tidak rasmi,” tulisnya lagi.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-9-2013
2,600 calon pemilihan Umno di Pahang
Khairil Abdul Rahim, | 28 Sep 2013 |
KUANTAN: Sistem baru pertandingan terbuka (tanpa pencalonan) yang dimulakan Umno dalam pemilihan parti itu bermula kali ini, menyaksikan kebanjiran calon yang tampil menawarkan diri.
Di Pahang sahaja, 2,600 calon mengesahkan pertandingan selepas tutup tempoh penarikan diri.
Paling menarik ialah di bahagian Indera Mahkota yang mencipta rekod dalam pemilihan Umno kali ini apabila berlaku perebutan tujuh penjuru bagi merebut jawatan ketua bahagian.
Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Pahang Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim mengumumkan 8 lagi berlaku pertandingan jawatan Ketua Bahagian ialah Kuantan, Maran, Jerantut, Raub, Paya Besar, Indera Mahkota, Bera, Kuala Krau dan Cameron Highlands.
Manakala lima jawatan ketua bahagian dimenangi tanpa bertanding iaitu Pekan, Temerloh, Bentong, Lipis Dan Rompin. Bagaimanapun, semua jawatan lain dipertandingkan.
Di Indera Mahkota penyandang ketua bahagian Datuk Mohd Hazmi Yusof dicabar Setiausaha Umno negeri Datuk Abdul Rahim Abas, Bendahari Umno negeri Ngah Ismail, Pengerusi Veteran Umno Indera Mahkota Shahrom Zainuddin, Ketua Cawangan Indera Mahkota 16 Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid, Ketua Cawangan Indera Mahkota 6 Abdullah Syukur dan Naib Ketua Umno Bahagian Mahasan Hussain.
Mohd Hazmi kalah kepada calon PAS Andansura Rabu di Dewan Undangan Negeri Beserah dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
Bagi Cameron Highlands, penyandang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dicabar anggota Umno bahagian itu, Wan Rahaimin Wan Mustapha.
Penyandang Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usahawan Koperasi dan Kepenggunaan Pahang dicabar anggota bahagian itu Mohd Ghazali Kamaruzaman.
Penyandang bahagian Jerantut Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dicabar Ketua Penerangan Bahagian itu Ahmad Nazlan Idris yang juga anggota Parlimen Jerantut.
Bagi Bahagian Kuantan, penyandang Datuk Wan Adnan Wan Mamat dicabar anggota Jawatankuasa (AJK) Bahagian itu Ab Mutalib Shamsuddin dan Bahuri Geran (Ketua Cawangan Bandar Kuantan Pusat).
Di Bahagian Paya Besar, penyandang Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman ditentang AJK Bahagian Datuk Abdul Manan Ismail yang juga anggota Parlimen Paya Besar.
Di Maran, Pemangku Ketua Bahagian itu Datuk Ismail Abd Muttalib yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia dicabar Setiausaha Barisan Nasional Pahang Muhamad Abdullah dan AJK Bahagian Maran Ismail Mat Resat.
Di Kuala Krau, penyandang Datuk Ismail Mohamed Said dicabar anggota bahagian itu Nik Affendy Nik Abdul Rashid.
Di Bera, penyandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dicabar Ketua Pemuda bahagian itu Datuk Mohd Azizan Che Omar.

Sumber HD - 28-9-2013
Isytihar harta: Ayuh Najib, sahutlah cabaran Ku Li
Harakahdaily, | 27 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Sebagai pemimpin veteran yang penuh pengalaman, Tengku Razaleigh Hamzah sedar bahaya dan impak buruk daripada rasuah itu.
Kalau pun ia tidak menghancurkan Umno dan kerajaan dalam waktu yang terdekat ini, lambat-laun bala daripadanya pasti akan tiba.
Untuk mengembalikan keyakinan rakyat serta membuang persepsi rasuah itu, Tengku Razaleigh mencabar Najib Razak agar semua pemimpin dan bekas pemimpin, termasuk dirinya agar mengisytiharkan harta masing-masing supaya rakyat akhirnya boleh membuat penilaian.
“Dalam hal ini adalah wajar Najib menyahut cabaran Ku Li itu bagi membuktikan dirinya serta pasukannya dalam kerajaan adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar berwibawa, berintergeriti dan diyakini rakyat,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Baginya, dalam dunia moden yang menuntut ketelusan, pengisytiharan harta secara terbuka adalah kaedah paling baik menentukan bersih atau tidaknya seseorang pemimpin itu.
Baca di sini
Kalau pun ia tidak menghancurkan Umno dan kerajaan dalam waktu yang terdekat ini, lambat-laun bala daripadanya pasti akan tiba.
Untuk mengembalikan keyakinan rakyat serta membuang persepsi rasuah itu, Tengku Razaleigh mencabar Najib Razak agar semua pemimpin dan bekas pemimpin, termasuk dirinya agar mengisytiharkan harta masing-masing supaya rakyat akhirnya boleh membuat penilaian.
“Dalam hal ini adalah wajar Najib menyahut cabaran Ku Li itu bagi membuktikan dirinya serta pasukannya dalam kerajaan adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar berwibawa, berintergeriti dan diyakini rakyat,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Baginya, dalam dunia moden yang menuntut ketelusan, pengisytiharan harta secara terbuka adalah kaedah paling baik menentukan bersih atau tidaknya seseorang pemimpin itu.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-9-2013
Demi Mukhriz, Mahathir kata pemimpin Umno bodoh?
Harakahdaily, | 27 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Bagaimana Tun Mahathir pula yang bercakap mengatakan pimpinan Umno sekarang semuanya pemimpin bodoh dan wajar mengundurkan diri untuk memberi mereka yang lebih muda untuk tampil ke hadapan.
“Adakah apabila Mukhriz anak bongsu beliau sekarang sedang mencuba nasib bertanding Naib Presiden Umno baru beliau hendak bercakap tentang peranan penting orang muda?” tanya Aspan Alias di dalam blognya, semalam.
Baginya, Khairy Jamaludin merupakan anak muda dan beliau merupakan ‘budding leader’ yang kini menjadi perhatian ramai tidak mendapat sokongan Mahathir sedangkan Khairy jauh lebih muda dari anak bongsunya sendiri.
Mengulas lanjut, ujarnya sekarang apabila anak bongsu Mahathir mahu mencelah untuk menjadi Naib Presiden Umno, maka Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammudin pun sudah tua.
Bagi Mahathir, kata beliau pemimpin muda yang layak hanyalah anaknya Mukhriz.
“Kita tidak menafikan Mukhriz itu ada sedikit kemampuan tetapi tidak payahlah mengata orang itu tua dan orang ini sudah lanjut usia dan sebagainya.
“Sekarang ini Mahathir baru mengatakan yang Umno itu dipenuhi dengan pemimpin bodoh,” tulisnya lagi.
Baca di sini
“Adakah apabila Mukhriz anak bongsu beliau sekarang sedang mencuba nasib bertanding Naib Presiden Umno baru beliau hendak bercakap tentang peranan penting orang muda?” tanya Aspan Alias di dalam blognya, semalam.
Baginya, Khairy Jamaludin merupakan anak muda dan beliau merupakan ‘budding leader’ yang kini menjadi perhatian ramai tidak mendapat sokongan Mahathir sedangkan Khairy jauh lebih muda dari anak bongsunya sendiri.
Mengulas lanjut, ujarnya sekarang apabila anak bongsu Mahathir mahu mencelah untuk menjadi Naib Presiden Umno, maka Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammudin pun sudah tua.
Bagi Mahathir, kata beliau pemimpin muda yang layak hanyalah anaknya Mukhriz.
“Kita tidak menafikan Mukhriz itu ada sedikit kemampuan tetapi tidak payahlah mengata orang itu tua dan orang ini sudah lanjut usia dan sebagainya.
“Sekarang ini Mahathir baru mengatakan yang Umno itu dipenuhi dengan pemimpin bodoh,” tulisnya lagi.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-9-2013
Siapa Mahathir maksudkan bodoh dalam Umno
Harakahdaily, | 26 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terus melontarkan kritikannya terhadap Umno, tulis Shahbudin Husin.
Jika sebelum ini beliau mengatakan Umno sebagai parti yang sudah tua dan akan mati, kali ini pemimpin Umno yang sudah lama memegang jawatan pula dijadikan sasarannya.
Menurut Shahbudin, walaupun hujah Mahathir yang mengatakan Umno sudah tua dan bakal mati itu disanggah oleh Najib dengan mengatakan Umno sebenarnya semakin diterima rakyat berdasarkan lebih kerusi dimenanginya dalam pilihanraya lalu berbanding pilihanraya 2008, namun Mahathir nampaknya terus juga melontarkan kritikannya.
“Beliau yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun berkata, seseorang pemimpin tidak seharusnya memegang kuasa terlalu dan perlu mengetahui bila waktunya mahu berhenti.
“Langkah itu, menurutnya perlu dilakukan untuk mengelakkan parti daripada terus dikuasai oleh orang-orang bodoh,” tulis beliau di dalam blognya.
Namub, ujarnya tidak pasti siapa yang dimaksudkan oleh Mahathir sebagai golongan pemimpin yang tidak perlu memegang kuasa terlalu lama dan harus mengetahui waktu untuk berundur itu.
Baca lagi
Jika sebelum ini beliau mengatakan Umno sebagai parti yang sudah tua dan akan mati, kali ini pemimpin Umno yang sudah lama memegang jawatan pula dijadikan sasarannya.
Menurut Shahbudin, walaupun hujah Mahathir yang mengatakan Umno sudah tua dan bakal mati itu disanggah oleh Najib dengan mengatakan Umno sebenarnya semakin diterima rakyat berdasarkan lebih kerusi dimenanginya dalam pilihanraya lalu berbanding pilihanraya 2008, namun Mahathir nampaknya terus juga melontarkan kritikannya.
“Beliau yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun berkata, seseorang pemimpin tidak seharusnya memegang kuasa terlalu dan perlu mengetahui bila waktunya mahu berhenti.
“Langkah itu, menurutnya perlu dilakukan untuk mengelakkan parti daripada terus dikuasai oleh orang-orang bodoh,” tulis beliau di dalam blognya.
Namub, ujarnya tidak pasti siapa yang dimaksudkan oleh Mahathir sebagai golongan pemimpin yang tidak perlu memegang kuasa terlalu lama dan harus mengetahui waktu untuk berundur itu.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-9-2013
Sejarah pemilihan dan status quo Umno
A Kadir Jasin, | 24 Sep 2013 |
SEDIKIT mengenai sejarah. Kali terakhir Presiden Umno dicabar dalam pemilihan parti adalah pada tahun 1987. Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Dr Mahathir Mohamad. Tengku Razaleigh kalah. Umno berpecah.
Kali terakhir Timbalan Presiden Umno dicabar adalah pada tahun 1993 apabila Anwar Ibrahim mencabar Abdul Ghafar Baba. Abdul Ghafar menarik diri daripada bertanding. Anwar menang tanpa bertanding. Sebulan kemudian Abdul Ghafar meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Anwar menggantikan beliau.
Sejak itu, atas alasan perpaduan, dua jawatan teratas Umno itu tidak ditandingi lagi. Apabila Dr Mahathir bersara pada bulan Oktober 2003 dan digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi beliau juga mengambil alih sebagai Presiden Umno.
Apabila Abdullah dipaksa meletakkan jawatan pada bulan April 2009, Mohd Najib Abdul Razak menggantikan beliau dan dalam pemilihan Umno berikutnya disahkan sebagai Presiden dan Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Timbalan Presiden.
Selain Dr Mahathir, hanya Tunku Abdul Rahman Putra dan Hussein Onn pernah dicabar sebagai Presiden. Tunku dicabar oleh Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang ulama dan Pengerusi Badan Agama Umno, pada pemilihan tahun 1951.
Ahmad Fuad adalah sahabat akrab Onn Jaafar. Beliau keluar Umno, mengasaskan PAS dan menjadi Yang DiPertuanya yang pertama pada tahun 1951. Pada tahun 1953 beliau keluar PAS setelah cadangannya menggabungkan PAS dengan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Onn gagal. Beliau kemudian menyertai IMP dan selepas itu Parti Negara yang menggantikan IMP.
Hussein menghadapi cabaran kamikaze oleh Haji Sulaiman Palestin dalam pemilihan 1978. Beliau menang dengan mudah dengan memperoleh 898 undi berbanding Sulaiman sebanyak 250.
Kita lihat bagaimana, sejak pemilihan 1987, Umno begitu takut mempertandingkan jawatan Presiden dan sejak itu. Jawatan Perdana Menteri seolah-olah penentu kepada jawatan Presiden Umno.
Serentak itu juga, garis pemisahan antara Umno dan kerajaan menjadi semakin kabur. Maka tidak hairanlah apabila kerajaan tidak popular Umno turut tidak popular sebab orang ramai keliru antara Umno dan kerajaan, kerajaan dan Umno.
Pemilihan agung tidak lagi instrumental dalam menentukan siapa menjadi Presiden dan nasib Presiden sebagai Perdana Menteri.
Nasib Presiden Umno sebagai Perdana Menteri Malaysia ditentukan oleh pendapat umum dan oleh kebangkitan ahli seperti yang berlaku ke atas Abdullah pada tahun 2009. Hal yang sama akan menentukan kekal atau tidak Mohd Najib sebagai Perdana Menteri.
Naib Presiden tumpuan 2013
MEMANDANGKAN jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, aksi pemilihan pucuk pimpinan Umno kali ini tertumpu kepada tiga jawatan Naib Presiden.
Penyandang - Ahmad Zahid Hamidi (berusia 60 tahun), Hishammuddin Hussein (52) dan Shafie Apdal (55) - ditentang oleh Mohd Ali Rustam (64), Mohamed Isa Abdul Samad (63) dan Mukhriz Mahathir (48 tahun).
Dalam pertandingan jawatan nombor tiga ini, apa sahaja boleh berlaku. Daripada tiga penyandang, Ahmad Zahid nampak kukuh, tetapi Hishammuddin dan Shafie boleh dicabar.
Kalau pemilih tahu dan masih ingat, Mohd Ali dan Isa pernah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin dalam pemilihan parti sebelum ini.
Dalam pemilihan 2008, Mohd Ali cuba mempertahankan jawatan Naib Presiden yang dimenanginya pada tahun 2004, tetapi dihalang setelah Lembaga Disiplin mendapati beliau melanggar peraturan pemilihan berkaitan tuduhan politik wang.
Mohd Isa memenangi kerusi Naib Presiden dalam pemilihan 2004 dengan undi terbanyak tetapi dibatalkan setelah Lembaga Disiplin mendapati beliau terbabit dengan politik wang dan digantung keahlian selama tiga tahun hingga 2008.
Satu-satunya muka baru dan termuda dalam barisan calon Naib Presiden adalah Mukhriz. Selain usia, kelebihan Mukhriz adalah beliau berjaya memimpin Umno merampas balik Kedah daripada PAS dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.
Namun pengaruh Mohd Ali and Mohd Isa tidak boleh dipandang remeh. Kedua mereka mempunyai sokongan akar umbi yang kuat dan pemilihan kali ini, dengan bilangan pemilih kira-kira 150,000 orang, unsur akar umbi adalah kuat.
Khairy mempunyai jalan mudah
KETUA Pemuda, Khairi Jamaluddin, dicabar oleh empat orang iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak, Ketua Cawangan Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Abdul Karim Ali.
Walaupun beliau dibebani oleh tuduhan menjadi sebahagian daripada Budak Tingkat Empat era Abdullah, beliau berjaya mengalahkan Dr Khir Toyo dan Mukhriz dalam pemilihan 2008.
Beliau baru berusia 37 tahun dan telah menjadi menteri penuh. Apa pun persepsi umum terhadapnya, prestasi beliau sebagai Ketua Pemuda, pemimpin generasi pasca-DEB dan pemikir semasa adalah memberangsangkan.
Pencabar beliau, termasuk Akhramsyah, adalah pemimpin akar umbi. Tiga persoalan timbul.
Pertama, apakah kepemimpinan Pemuda yang ada sekarang sepakat bahawa Khairy adalah ketua yang baik justeru itu tidak perlu diubah?
Kedua, adakah penyertaan ramai pemimpin akar umbi dalam percubaan merebut jawatan Ketua Pemuda mencerminkan kebangkitan generasi muda Umno?
Ketiga, adakah Khairy tidak popular dengan kepemimpinan ajar umbi?
Apa pun, kecenderungan dan keberanian mereka menawarkan diri adalah dialu-alukan.
Ketua Wanita penuh kontroversi
SHAHRIZAT Abdul Jalil (60 tahun) menghadapi cabaran yang tidak diduga daripada bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah, Pahang. Turut mengemukakan pencalonan adalah Raihan Sulaiman, anak Allahyarham Sulaiman Pelestin.
Dengan beberapa kontroversi di sekelilingnya, kedudukan Shahrizat boleh disifatkan sebagai “goyah” tetapi masih sukar dijatuhkan.
Beliau seorang yang diplomatik dan pandai mengambil hati. Hati terakhir yang dipikatnya ialah hati Perdana Menteri yang baru saja melantiknya sebagai Penasihat Hal Ehwal Wanita bertaraf menteri, walaupun Mohd Najib sudah ada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Rohani Abdul Karim).
Jawatan Ketua Puteri yang ditandingi oleh Ahli Parlimen muda Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, dan Ketua Puteri Umno Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman, berupa persaingan sama rata.
Dengan bilangan calon yang mendaftar sebanyak 261 orang bagi jawatan Majlis Tertinggi dan tiga sayap parti, pemilihan kali ini menjanjikan persaingan yang hebat dan terbuka.
Ia boleh menjadi permulaan kepada berakhirnya politik wang atau memburukkannya lagi gejala itu. Tugas Lembaga Disiplin menjadi bertambah berat. Kewibawaan pemilihan bergantung kepadanya.
Wallahualam. - http://kadirjasin.blogspot.com/

Sumber HD - 24-9-2013
Presiden, timbalan tiada pertandingan, negara akan binasa juga
Aspan Alias, | 23 Sep 2013 |
Najib berkata dengan tiada siapa yang mencabar kedudukan beliau dan timbalannya dalam pemilihan parti kali ini menunjukkan yang UMNO bertambah kuat dan akan terus menjadi parti harapan untuk rakyat dan negara. Katanya lagi dengan memenangi kerusi Presiden tanpa bertanding itu adalah petanda arah yang parti semakin kuat bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.
Sebenarnya UMNO yang asal dan UMNO yang baru ini telah wujud selama 67 tahun dan dalam usia yang sebegitu lama hanya dua kali sahaja pertandingan di peringkat Presiden itu berlaku. Pertamanya pada tahun 1978 dalam mana Haji Sulaiman Palestin yang telah bertanding jawatan Presiden itu menentang Hussein Onn dan pada 1987 dalam mana Tengku Razaleigh Hamzah telah tampil memberikan saingan kepada Presiden UMNO semasa itu Dr Mahathir Mohammed.
Dalam Perhimpunan Agung yang lainnya tiada pertandingan di peringkat Presiden ini. Selepas pertandingan 1987 dahulu UMNO tidak pernah ada pertandingan di peringkat Presiden tetapi selepas itu pula lah UMNO bertambah lemah seperti yang kita lihat pada hari ini. Tiada pertandingan telah membuktikan yang UMNO itu bertambah lemah dan ini terbukti dengan jelas dan nyata.
Dalam erti kata lain pertandingan tidak semestinya melemahkan parti dan jika tidak ada pertandingan tidak bermakna parti UMNO itu akan kuat. Ia bergantung kepada tahap mana kita boleh menjaga semangat demokrasi itu dengan betul dan baik. Begitu jugalah jika tiada pertandingan ia tidak bermakna yang sedia ada itu adalah yang terbaik dan jika ada pula pertandingan ia tidak bermakna yang ada itu tidak baik.
Dalam kes UMNO ini yang menyebabkan tiada pertandingan itu ialah kerana masing-masing yang ada dalam barisan kepimpinan itu lebih mengira dan menjaga kepentingan serta keseronokan berkuasa dalam kerajaan. Jika kita dengar gossip dan pandangan ahli-ahli UMNO itu Najib itu adalah pemimpin yang sepatutnya tidak berada di puncak kepimpinan UMNO dan negara.
Tetapi oleh kerana manusia yang didalam kepimpinan parti itu tidak berani bertindak maka mereka terpaksa mengikut lenggang dan lenggok pucuk pimpinan itu sahaja. Mereka memberikan alasan yang biasa iaitu kesatuan dan perpaduan sebagai alasan untuk mengikut kehendak pucuk pimpinan yang berkuasa itu. Itu sebab saya selalu berkata UMNO sememangnya tidak boleh diperbaiki lagi kerana pemimpin yang baik berada di luar barisan kepimpinannya.
Bagi saya UMNO akan hanya boleh berubah apabila parti itu benar-benar tersungkur sahaja baru memulakan perubahan. Tiada apa yang akan berubah, dan ia akan tetap sama seperti UMNO sekarang dan semalam. Jika begitu lama kita menganggap UMNO mempunyai barisan pimpinan yang rasuah, maka itu jugalah keadaan selepas pemilihan ini. Tidak akan ada perbezaannya dalam apa perkara sekali pun.
UMNO akan menjadi parti yang kian hari kian buruk dan tidak ada apa yang hendak kita harapkan di masa hadapan selain dari penerusan budaya rasuah, menyalah gunakan kuasa, serta membina budaya kronism dalam pentadbiran negara.
Telinga kita akan disumbatkankan dengan puluhan malah ratusan slogan baru yang bertentangan nilainya di antara satu dengan lain. Kita akan berhadapan dengan perancangan-perancangan baru yang akan berubah dalam tempoh beberapa bulan sahaja dan Najib akan terus menerus melancarkan satu perancangan setiap beberapa bulan sekali.
UMNO akan tetap merancang banyak perkara sehinggakan tiada masa untuk melaksanakannya. Idris Jala ada di Jabatan Perdana Menteri, mengarang dan mencipta perancangan untuk Najib mengumumkannya melalui media masa dengan majlis-majlis pelancarannya. Semua perancangan-perancangan ciptaan Idris Jala itu ialah untuk Najib mengadakan majlis pelancarannya yang kita tahu dari awal tidak akan membawa negara ke mana-mana sekali pun.
Jika ada pun cara untuk merubah keadaan ini hanya parti-parti dalam komponen Barisan Nasional sahaja yang mampu melakukannya. Jika PAS dalam Pakatan Rakyat sudah mula berfikir untuk mengkaji semula gabungan dan perhubungan dengan rakan kongsinya PKR, parti-parti dalam BN juga boleh melakukan perkara yang sama demi untuk mencari jalan penyelesaian masalah-masalah ciptaan UMNO dan kepimpinannya terhadap negara dan kerajaan.
Itulah sebabnya saya tetap mengekalkan pendapat saya yang perubahan mesti dilakukan dari awal seolah-olah kita belum ada kerajaan. Kita mulakan sebuah negara baru dengan perubahan kepada sistem yang baru agar dapat kita membina kembali siasah negara ini ke tahap negara yang benar-benar demokrasi dan bersih dari dosa dan noda rasuah dan budaya kuning dalam pembangunan negara dan rakyatnya. Sesungguhnya kita sedang berada dalam kesulitan yang tiada penghujungnya.
Ramailah yang akan mengkritik pandangan saya ini tetapi yang penting bagi saya pandangan ini akan pasti menjadi kenyataan tidak berapa lagi. Sementara menunggu kebenarannya biarlah saya tanggung dahulu maki hamun dan kritikan yang bakal mendatang itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Sumber HD - 23-9-2013
Budaya samseng menjelang pemilihan Umno
Muhammad Faizal, | 23 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjelaskan kejadian pukul yang berlaku pada pemilihan Umno semalam membuktikan siapa sebenarnya mengamalkan budaya samseng.
Jelas beliau jika selama ini Umno menuduh PAS, PKR mahupun DAP yang mengamalkan politik samseng ternyata apa yang berlaku itu menunjukkan sikap sebenar Umno selama ini.
"Apa yang berlaku ini jelas membuktikan mereka mengamalkan budaya politik samseng, selama ini Umno menuduh Pakatan Rakyat tetapi sekarang telah membuktikan perkara yang sebenarnya," jelasnya kepada Harakahdaily.
Ahmad Zamrai yang turut memberitahu, Umno sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kuasa sama ada dalam pilihanraya mahupun pemilihan parti mereka sendiri.
Kata beliau, semua maklum bahawa jawatan di dalam Umno merupakan 'lubuk duit' dan mereka yang bertanding akan cuba mengatasi pihak lawan walau dengan apa cara sekali pun.
"Pegang jawatan dalam Umno adalah lubuk duit, masing-masing berebut nakkan jawatan dan inilah peluang untuk penuhkan poket.
"Jadi untuk dapatkan jawatan maka pelbagai perkara dilakukan termasuk samseng, ugut mahupun beli undi," kata beliau lagi.
Beliau yang juga calon PAS Parlimen Titiwangsa pada PRU13 lalu berkata, demokrasi di dalam Umno sudah lama terkubur.
Malah katanya, orang Umno percaya bahawa pemilihan secara demokrasi akan menyempitkan ruang mereka untuk memegang jawatan.
Sebelum itu, Seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mendedahkan kisah sebenar berhubung dakwaan beliau ketika menghantar borang pencalonan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, yang merupakan calon ke-24 MT itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang ketika beliau berjalan kaki menuju ke PWTC untuk hantar borang calon Ketua Bahagian Titiwangsa.
Beliau mendakwa dicekik, ditendang dan pukul di dada, ketika sedang berjalan dari Wisma Perkim menuju ke Dewan Tun Razak.
Jelas beliau jika selama ini Umno menuduh PAS, PKR mahupun DAP yang mengamalkan politik samseng ternyata apa yang berlaku itu menunjukkan sikap sebenar Umno selama ini.
"Apa yang berlaku ini jelas membuktikan mereka mengamalkan budaya politik samseng, selama ini Umno menuduh Pakatan Rakyat tetapi sekarang telah membuktikan perkara yang sebenarnya," jelasnya kepada Harakahdaily.
Ahmad Zamrai yang turut memberitahu, Umno sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kuasa sama ada dalam pilihanraya mahupun pemilihan parti mereka sendiri.
Kata beliau, semua maklum bahawa jawatan di dalam Umno merupakan 'lubuk duit' dan mereka yang bertanding akan cuba mengatasi pihak lawan walau dengan apa cara sekali pun.
"Pegang jawatan dalam Umno adalah lubuk duit, masing-masing berebut nakkan jawatan dan inilah peluang untuk penuhkan poket.
"Jadi untuk dapatkan jawatan maka pelbagai perkara dilakukan termasuk samseng, ugut mahupun beli undi," kata beliau lagi.
Beliau yang juga calon PAS Parlimen Titiwangsa pada PRU13 lalu berkata, demokrasi di dalam Umno sudah lama terkubur.
Malah katanya, orang Umno percaya bahawa pemilihan secara demokrasi akan menyempitkan ruang mereka untuk memegang jawatan.
Sebelum itu, Seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mendedahkan kisah sebenar berhubung dakwaan beliau ketika menghantar borang pencalonan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, yang merupakan calon ke-24 MT itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang ketika beliau berjalan kaki menuju ke PWTC untuk hantar borang calon Ketua Bahagian Titiwangsa.
Beliau mendakwa dicekik, ditendang dan pukul di dada, ketika sedang berjalan dari Wisma Perkim menuju ke Dewan Tun Razak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-9-2013
Naib Presiden Umno, restu Najib atau Mahathir?
Harakahdaily, | 21 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Dengan pertandingan Naib Presiden Umno kali ini menjadi enam penjuru dengan penyertaan Isa Samad dan Ali Rustam, gambarannya ialah ketiga-tiga penyandang Zahid, Hishammuddin dan Shafie mendapat restu daripada Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Menurut penulis blog, Shahbudin Husin, Mukhriz pula mendapat restu daripada Mahathir, bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri tetapi masih lagi berpengaruh manakala Isa dan Ali, mungkin hanya bersandarkan restu diri sendiri sahaja.
Beliau berpandangan, sekiranya dengan kesepakatan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga penyandang itu mereka terus kekal, bermakna restu Presiden masih ada harganya tetapi sekiranya seorang atau lebih daripadanya yang tewas, ia akan memberi erti bahawa restu Najib tidaklah lagi sekuat restu Mahathir.
“Jika Mukhriz berjaya mendapat undi tertinggi pula, isyaratnya restu Najib tidak membawa apa-apa makna lagi,” tulis Shahbudin di dalam blognya.
Sementara menunggu keputusan pada 19 Oktober untuk mengetahui restu siapakah yang paling ‘power’, tempoh kempen selama hampir sebulan untuk perebutan jawatan Naib Presiden Umno kali ini tentunya menjanjikan kehangatan yang luar biasa tetapi yang pastinya juga, Umno akan terus sarat dengan pergelutan, perebutan dan persaingan untuk tahun-tahun yang seterusnya.
Menurut penulis blog, Shahbudin Husin, Mukhriz pula mendapat restu daripada Mahathir, bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri tetapi masih lagi berpengaruh manakala Isa dan Ali, mungkin hanya bersandarkan restu diri sendiri sahaja.
Beliau berpandangan, sekiranya dengan kesepakatan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga penyandang itu mereka terus kekal, bermakna restu Presiden masih ada harganya tetapi sekiranya seorang atau lebih daripadanya yang tewas, ia akan memberi erti bahawa restu Najib tidaklah lagi sekuat restu Mahathir.
“Jika Mukhriz berjaya mendapat undi tertinggi pula, isyaratnya restu Najib tidak membawa apa-apa makna lagi,” tulis Shahbudin di dalam blognya.
Sementara menunggu keputusan pada 19 Oktober untuk mengetahui restu siapakah yang paling ‘power’, tempoh kempen selama hampir sebulan untuk perebutan jawatan Naib Presiden Umno kali ini tentunya menjanjikan kehangatan yang luar biasa tetapi yang pastinya juga, Umno akan terus sarat dengan pergelutan, perebutan dan persaingan untuk tahun-tahun yang seterusnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-9-2013
Editor dilarang tulis negatif tentang Umno - CIJ
Harakahdaily, | 21 Sep 2013 |
SUBANG JAYA: Beberapa saksi yang tampil pada prosiding Tribunal Rakyat hari ini turut memberi keterangan berkisar sikap media khususnya media arus perdana pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.
Antaranya, Pegawai Eksekutif Pusat Wartawan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah membentangkan kajian berhubung beberapa isu yang terpaksa dihadapi wartawan dan editor semasa pilihan raya.
Katanya, kebanyakan wartawan yang bekerja di media arus perdana tidak diberi kebebasan untuk menulis rencana negatif berhubung Umno BN.
Selain beliau, seorang lagi saksi, Profesor Zaharom Nain pula mendakwa, liputan berita oleh media arus perdana pada PRU13 lalu bersifat bias kepada BN berbanding portal online yamg lebih seimbang.
Sementara itu, ahli akademik dari Universiti Malaya Profesor Edmund Terence Gomez pula mendakwa tempoh 10 minit yang diberikan kerajaan kepada parti politik untuk membentangkan manifesto di televisyen sebagai sesuatu tindakan tidak adil.
Beliau yang bercakap melalui satu rakaman video berkata, adalah sesuatu yang mustahil bagi parti politik bertanding untuk meyakinkan orang ramai tentang tawaran manifesto pilihan raya mereka dalam tempoh singkat.
“Tidak adil cadangan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang hanya membenarkan tempoh 10 minit kepada parti politik untuk membentangkan manifesto mereka.
“Mesej yang ingin disampaikan sudah pasti tidak dapat difahami dan dihayati rakyat dalam tempoh singkat itu,” katanya seperti dilapor Selangorku.
Selain itu, katanya, pengedaran risalah berkaitan sesebuah parti politik juga tidak wajar dilakukan semasa berkempen kerana ia akan menindas pihak lawan yang lebih lemah.
Antaranya, Pegawai Eksekutif Pusat Wartawan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah membentangkan kajian berhubung beberapa isu yang terpaksa dihadapi wartawan dan editor semasa pilihan raya.
Katanya, kebanyakan wartawan yang bekerja di media arus perdana tidak diberi kebebasan untuk menulis rencana negatif berhubung Umno BN.
Selain beliau, seorang lagi saksi, Profesor Zaharom Nain pula mendakwa, liputan berita oleh media arus perdana pada PRU13 lalu bersifat bias kepada BN berbanding portal online yamg lebih seimbang.
Sementara itu, ahli akademik dari Universiti Malaya Profesor Edmund Terence Gomez pula mendakwa tempoh 10 minit yang diberikan kerajaan kepada parti politik untuk membentangkan manifesto di televisyen sebagai sesuatu tindakan tidak adil.
Beliau yang bercakap melalui satu rakaman video berkata, adalah sesuatu yang mustahil bagi parti politik bertanding untuk meyakinkan orang ramai tentang tawaran manifesto pilihan raya mereka dalam tempoh singkat.
“Tidak adil cadangan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang hanya membenarkan tempoh 10 minit kepada parti politik untuk membentangkan manifesto mereka.
“Mesej yang ingin disampaikan sudah pasti tidak dapat difahami dan dihayati rakyat dalam tempoh singkat itu,” katanya seperti dilapor Selangorku.
Selain itu, katanya, pengedaran risalah berkaitan sesebuah parti politik juga tidak wajar dilakukan semasa berkempen kerana ia akan menindas pihak lawan yang lebih lemah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-9-2013
Ada Naib Presiden Umno mula berpeluh dingin
Shahbudin Husin, | 20 Sep 2013 |
Sepertimana yang diduga dan diharapkan oleh banyak pihak, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir akhirnya mengumumkan penyertaannya dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan 19 Oktober depan. Ini menjadikan persaingan menjadi sah enam penjuru setakat ini.
Jika pengumuman Mukhriz ini dibuat setelah beliau mendapatkan nasihat daripada Najib sebagaimana yang disyorkan oleh salah seorang penyandang Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebelum ini, bermakna Mukhriz sudah mendapat restu dan izin daripada Presiden UMNO untuk bertanding jawatan itu. Dengan ini, peluangnya bukan saja cerah untuk menang tetapi juga berpotensi untuk mengambil alih tempat Zahid sebagai pemenang undi tertinggi.
Apatah lagi, pengumuman Mukhriz bertanding juga dibuat serentak pada hari yang sama dengan Najib dan Muhyiddin mengumumkan bahawa mereka akan mempertahankan jawatan presiden dan timbalan presiden masing-masing.
Sekali lagi, kelebihan seperti berpihak kepada anak bongsu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad itu.
Dengan penyertaan Mukhriz, ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO seperti tergugat dengan kehadirannya itu. Zahid Hamidi, walaupun popular dan menjadi pilihan akar umbi dan dalam pemilihan lalu mendapat undi tertinggi, kedudukannya tidak lagi seselamat dulu. Beliau mungkin tergelincir daripada kedudukan Naib Presiden nombor satu, bahkan tidak mustahil juga jika tewas.
Hishammuddin menjadi paling tergugat dengan kehadiran Mukhriz, bukan saja kerana wibawanya yang dipertikaikan sejak dulu, malahan dengan kehadiran Mukhriz mungkin membuatkan perwakilan UMNO hanya memilih seorang saja daripada anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri untuk menduduki kerusi itu.
Dari segi populariti, kehendak semasa dan adanya pengaruh bapanya, Mahathir, tidak diragui lagi bahawa Mukhriz lebih menjadi pilihan berbanding Hishammuddin. Tetapi, sebagaimana yang disebut sebelum ini dan diperkatakan oleh banyak pihak, Najib tidak mungkin membenarkan Hishammuddin tewas berikutan hubungan kekeluargaan antara keduanya.
Shafie Apdal juga turut terumbang-ambing kedudukannya. Walaupun Ketua Menteri Sabah, Musa Aman sudah mengumumkan tidak bertanding jawatan Naib Presiden kali ini, masalah Shafie ialah perwakilan UMNO tidak melihatnya sebagai pemimpin pelapis yang cukup berwibawa untuk mewarisi kepimpinan masa depan.
Kemenangannya sebelum ini adalah kerana beliau dikenali sebagai "budak Najib" di samping untuk memberi ruang kepada pemimpin Sabah. Jika ada pun simpati kepada beliau kali ini, ia adalah disebabkan Sabah telah menyumbangkan 22 kerusi daripada 133 kemenangan yang dicapai BN dalam pilihanraya lalu. Jika Shafie diketepikan kali ini, mungkin wujud tanggapan bahawa UMNO tidak mengenang budi terhadap sumbangan Sabah selama ini.
Bagi dua lagi pencabar, Isa Samad dan Ali Rustam, penyertaan mereka boleh dianggap sebagai "kacau daun" saja walaupun Ali Rustam mungkin mendapat simpati yang tinggi daripada para perwakilan berikutan kekalahannya dalam pilihanraya umum lalu. Tetapi memandangkan kedua-duanya sudah berusia 65 tahun dan sudah berada di era menapouse untuk mendaki tangga yang lebih tinggi sedangkan desakan kepada penyertaan golongan muda begitu meningkat, harapan untuk kedua-dua calon ini menggugat hampir tidak wujud lagi.
Dengan Mukhriz dilihat hampir pasti memenangi kerusi Naib Presiden, salah seorang daripada penyandang sedia ada pasti akan kecundang. Siapakah mereka? Mungkinkah Zahid, Hishammuddin atau Shafie Apdal?
Sementara Ali dan Isa tidak begitu kisah jika kalah, ketiga-tiga Naib Presiden sedia ada nyata sedang gelisah dan berpeluh dingin sekarang ini. Zahid nampak popular dan menjadi pilihan akar umbi tetapi beliau bukan lagi dalam kategori muda seperti Mukhriz, Hishammuddin dan Shafie Apdal.
Hishammuddin masih muda, anak bekas Perdana Menteri, berdarah bangsawan tetapi wibawa dan kepimpinannya sedang dipertikaikan. Namun Najib yang menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri adalah sepupunya dan mungkin menjadi pelampung yang boleh menyelamatkannya.
Begitu juga dengan Shafie Apdal, walaupun kepimpinannya sebagai bakal pelapis tidak begitu menonjol tetapi beliau masih muda dan sumbangan Sabah kepada BN dalam pilihanraya umum lalu menjadi sandaran utamanya untuk terus kekal sebagai Naib Presiden UMNO.
Dalam apa juga keadaan, bersama slogan "Berani Berubah" yang menjadi tunjang kempennya, Mukhriz menjadi satu-satunya calon paling selesa dan selamat manakala ketiga-tiga penyandang kerusi Naib Presiden, bukan saja sedang berpeluh dingin memikirkan untung nasib masa depan, bahkan juga mungkin sedang memerah otak memikir strategi untuk memenangi jawatan tersebut.
Ali pula hanya berharap pada simpati, manakala Isa Samad menjadi calon paling relaks dan tidak kisah sama ada menang atau kalah. Tiada apa lagi yang dikejarnya dan kedudukan sebagai Pengerusi Felda sudah cukup memadai buatnya ketika ini. - http://shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber HD - 20-9-2013
Tidak mustahil Akramsyah buat kejutan ke atas KJ
Harakahdaily, | 19 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Bahang perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno yang pada mulanya dirasa sejuk kerana Khairy Jamaluddin dijangka akan menang tanpa bertanding, tiba-tiba bertukar menjadi panas berikutan munculnya seorang bekas pemimpin belia, Akramsyah Sanusi yang menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan tersebut.
“Kini, orang ramai mula bercakap mengenai pertembungan antara KJ, menantu Pak Lah dengan Akramsyah, anak kepada Sanusi Junid, bekas pemimpin kanan Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan Mahathir sejak dari dulu lagi,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, walaupun di atas kertas, KJ yang memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan, dilihat lebih menonjol dan mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan perwakilan Pemuda Umno seluruh negara, tetapi kemunculan Akramsyah setidak-tidaknya menunjukkan masih ada anak muda berhati waja yang sudi tampil memeriahkan lagi demokrasi dalam Umno.
Baginya, daripada sekian ramai pemimpin muda, termasuk yang tidak henti-henti kurang bersetuju dan bercakap di belakang tetapi tidak berani mempertaruhkan diri mencabarnya di gelanggang yang sah, keberanian Akramsyah seharusnya diberikan pujian.
“Beliau dilaporkan hampir pasti akan mengemukakan borang pencalonannya manakala KJ pula bersikap terbuka terhadap sesiapa jua yang mahu mencabarnya,” tulisnya lagi.
Baca lagi
“Kini, orang ramai mula bercakap mengenai pertembungan antara KJ, menantu Pak Lah dengan Akramsyah, anak kepada Sanusi Junid, bekas pemimpin kanan Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan Mahathir sejak dari dulu lagi,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, walaupun di atas kertas, KJ yang memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan, dilihat lebih menonjol dan mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan perwakilan Pemuda Umno seluruh negara, tetapi kemunculan Akramsyah setidak-tidaknya menunjukkan masih ada anak muda berhati waja yang sudi tampil memeriahkan lagi demokrasi dalam Umno.
Baginya, daripada sekian ramai pemimpin muda, termasuk yang tidak henti-henti kurang bersetuju dan bercakap di belakang tetapi tidak berani mempertaruhkan diri mencabarnya di gelanggang yang sah, keberanian Akramsyah seharusnya diberikan pujian.
“Beliau dilaporkan hampir pasti akan mengemukakan borang pencalonannya manakala KJ pula bersikap terbuka terhadap sesiapa jua yang mahu mencabarnya,” tulisnya lagi.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-9-2013
Naib Presiden Umno mungkin enam penjuru
Harakahdaily, | 18 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Sementara jawatan Presiden Umno belum ada kepastian sama ada dipertandingkan atau tidak, sehingga ini posisi yang paling menjadi tumpuan dan dijangka berlaku persaingan sengit ialah jawatan Naib Presiden Umno.
Menurut penulis blog Shahbudin Husin, memandangkan ketiga-tiga penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal akan mempertahankan jawatan, manakala Isa Samad dan Ali Rustam sudah mengesahkan turut bertanding dan Mukhriz Mahathir pula dijangka akan membuat pengumuman dalam masa yang terdekat.
Justeru, baginya kebarangkalian ialah persaingan enam penjuru akan berlaku.
“Daripada keenam-enam nama tersebut, pemimpin yang paling dikehendaki memenangi jawatan itu ialah Mukhriz Mahathir,” tulis beliau di dalam blognya.
Baca di sini
Menurut penulis blog Shahbudin Husin, memandangkan ketiga-tiga penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal akan mempertahankan jawatan, manakala Isa Samad dan Ali Rustam sudah mengesahkan turut bertanding dan Mukhriz Mahathir pula dijangka akan membuat pengumuman dalam masa yang terdekat.
Justeru, baginya kebarangkalian ialah persaingan enam penjuru akan berlaku.
“Daripada keenam-enam nama tersebut, pemimpin yang paling dikehendaki memenangi jawatan itu ialah Mukhriz Mahathir,” tulis beliau di dalam blognya.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-9-2013
Lagi satu berita buruk untuk Khairy Jamaluddin
http://cenangau.blogspot.com, | 17 Sep 2013 |
Lagi satu berita buruk untuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin
Tapi dengan adanya sorang lagi bakal calon ni nampaknya Khairy terpaksa 'berbelanja' lebih besar untuk menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno tu.
mStar melaporkan:
Seorang lagi mungkin akan mencabar jawatan Ketua Pemuda Umno semasa pencalonan Sabtu ini.
Razman Hakimi Abdullah, merupakan seorang blogger dan bekas ketua unit komunikasi korporat sebuah kementerian pada Isnin berkata, beliau akan menyertai pertandingan itu sekiranya pencabar Akhramsyah Sanusi Akhramsyah Muammar Ubaidah tidak meneruskan hasratnya untuk menentang penyandang Khairy Jamaluddin bagi jawatan itu. - mStar.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-9-2013
Kenapa Mukhriz disyarat minta nasihat Najib?
Harakahdaily, | 15 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kenapa hanya Mukhriz Mahathir yang diminta oleh Zahid Hamidi mendapatkan pandangan daripada presiden terlebih dahulu untuk bertanding Naib Presiden Umno sedangkan ketika Isa Samad dan Ali Rustam mengumumkan bertanding, beliau mengalu-alukannya?
“Apakah Mukhriz tidak dialu-alukan untuk bertanding untuk sama-sama memeriahkan demokrasi serta transformasi dalam parti?” tulis blogger Shahbudin Husin.
Justeru, beliau mempersoalkan adakah kerana Zahid takut kalah apabila meminta Mukhriz mendapatkan nasihat presiden parti terlebih dahulu, atau barangkali bimbang kedudukan nombor satunya bakal terlucut.
“ Atau mungkinkah pada penilaian Zahid, Mukhriz masih terlalu junior dan belum layak lagi berada di kerusi nombor tiga itu?” tanya beliau di dalam blognya.
Beliau selanjutnya bertanya adakah juga Isa Samad dan Ali Rustam dialu-alukan kerana pada pandangan Zahid, orang pencen seperti kedua mereka itu tiada taring lagi dan tidak mengancam kedudukannya.
Baca lagi
“Apakah Mukhriz tidak dialu-alukan untuk bertanding untuk sama-sama memeriahkan demokrasi serta transformasi dalam parti?” tulis blogger Shahbudin Husin.
Justeru, beliau mempersoalkan adakah kerana Zahid takut kalah apabila meminta Mukhriz mendapatkan nasihat presiden parti terlebih dahulu, atau barangkali bimbang kedudukan nombor satunya bakal terlucut.
“ Atau mungkinkah pada penilaian Zahid, Mukhriz masih terlalu junior dan belum layak lagi berada di kerusi nombor tiga itu?” tanya beliau di dalam blognya.
Beliau selanjutnya bertanya adakah juga Isa Samad dan Ali Rustam dialu-alukan kerana pada pandangan Zahid, orang pencen seperti kedua mereka itu tiada taring lagi dan tidak mengancam kedudukannya.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-9-2013
Perdana Menteriku jadi jurujual Utusan pulak dah...
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 13 Sep 2013 |
Alahai Najib.. kalau belajar jadi jurujual sekalipun, belajarlah menjual benda lain.. ini tidak dipromosinya media cetak yang dah berkali-kali disahkan oleh mahkamah sebagai penyebar fitnah..
Baca apa Najib kata ni dulu..
Lihat di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-9-2013
Walaupun masih teka-teki, kempen Ku Li berjalan?
Harakahdaily, | 13 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketika ini, kedudukan sama ada Tengku Razaleigh Hamzah akan bertanding atau tidak jawatan Presiden Umno masih lagi samar dan tiada kepastian.
Menurut penulis blog politik, Shahbudin Husin, Ahli Parlimen Gua Musang itu juga dalam sidang akhbarnya minggu lalu meminta orangramai menunggu sehingga 28 September depan iaitu hari pendaftaran untuk mengetahui kedudukan sebenar mengenai dirinya.
Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tiadalah, demikian lebih kurang jawapan ringkas Tengku Razaleigh atau Ku Li kepada pemberita yang meminta kepastian daripadanya.
Bagi Shahbudin, jawapan Ku Li terus mengundang tanda-tanya kepada orangramai dan ahli-ahli Umno sendiri, lebih-lebih lagi kepada 150 ribu perwakilan yang pertama kali akan menentukan pucuk pimpinan Umno melalui sistem baru yang diperkenalkan ini, sama ada jawatan Presiden Umno dipertandingkan atau tidak, turut mengundang debaran.
Ku Li pula, selepas saja sidang akhbarnya pada Jumaat lepas, telah pun berlepas ke Eropah untuk bercuti bersama keluarganya.
Beliau hanya akan kembali ke tanah air pada 25 September, tiga hari sebelum hari pendaftaran yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat Umno.
Baca lagi
Menurut penulis blog politik, Shahbudin Husin, Ahli Parlimen Gua Musang itu juga dalam sidang akhbarnya minggu lalu meminta orangramai menunggu sehingga 28 September depan iaitu hari pendaftaran untuk mengetahui kedudukan sebenar mengenai dirinya.
Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tiadalah, demikian lebih kurang jawapan ringkas Tengku Razaleigh atau Ku Li kepada pemberita yang meminta kepastian daripadanya.
Bagi Shahbudin, jawapan Ku Li terus mengundang tanda-tanya kepada orangramai dan ahli-ahli Umno sendiri, lebih-lebih lagi kepada 150 ribu perwakilan yang pertama kali akan menentukan pucuk pimpinan Umno melalui sistem baru yang diperkenalkan ini, sama ada jawatan Presiden Umno dipertandingkan atau tidak, turut mengundang debaran.
Ku Li pula, selepas saja sidang akhbarnya pada Jumaat lepas, telah pun berlepas ke Eropah untuk bercuti bersama keluarganya.
Beliau hanya akan kembali ke tanah air pada 25 September, tiga hari sebelum hari pendaftaran yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat Umno.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-9-2013
Program tumpu ekonomi Bumiputera untuk pemilihan Umno
Salmiyah Harun, | 12 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Menjelang pemilihan Umno Oktober ini, pelbagai agenda dicanang pemimpin Umno termasuk program menumpukan pembangunan ekonomi Bumiputera.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Umno akan bercakap perkara yang melibatkan Bumiputera ketika tertentu sahaja iaitu musim pilihan raya umum dan musim pemilihan Umno.
"Umno cukup terkenal dengan Melayunya, dan ketika inilah mereka akan bercakap soal Bumiputera supaya perwakilan terus terbuai dengan dasar baru kononnya untuk pembangunan Bumiputera," katanya.
Idris tidak menolak, perkara ini cuba dibangkitkan untuk meraih sokongan di saat-saat pemilihan Umno yang akan berlangsung nanti.
Malah katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, banyak dasar yang diketengahkan Umno sebelum ini termasuklah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilihat hanya 'mengenyangkan' kroni dan akhirnya ia tidak sampai kepada sasaran.
"Sejak DEB dilancarkan tahun 1970 hingga tahun 1990 hanya 18 peratus sahaja pencapaian Bumiputera dalam ekonomi negara berbanding 30 peratus sasaran yang ditetapkan. Kini ekuiti itu baru mencecah 23 peratus. Inilah kegagalan Umno yang berpunca daripada dasar 'Umnoputra'," jelasnya kepada Harakahdaily.
Beliau juga percaya walaupun wujud dasar baru untuk pembangunan ekonomi Bumiputera tetapi sikap dan pemikiran lama diamalkan pemimpin Umno yang menerajui kerajaan akan menggagalkannya.
"Kalau betul-betul hendak bantu Bumiputera sepatutnya royalti Kelantan dikembalikan kerana 90 peratus rakyat Kelantan adalah Bumiputera. Kenapa hendak sekat hak rakyat Bumiputera di Kelantan? Kerana berbeza ideologi politik!" tegas Idris.
Sabtu ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan satu lagi dasar baru yang memberi fokus kepada tiga perkara utama iaitu pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan pemilikan hartanah oleh Bumiputera.
Dasar bagi membantu golongan Bumiputera telah dilaksanakan sejak 1970 melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dua strategi utama dalam DEB adalah mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia, serta menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.
Menyentuh tentang dasar baru yang diumumkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata ia adalah bagi membantu golongan Bumiputera mendapat peluang yang saksama dalam ekonomi negara supaya penglibatan mereka lebih tinggi dan dapat meningkatkan pemilikan hartanah dan sebagainya.

Sumber HD - 12-9-2013
Teguran Ku Li bukti kepimpinan Umno sarat rasuah
Hazayani Zakaria, | 09 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kecaman veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah terhadap pemerintahan Kerajaan Umno BN kerana gagal membendung gejala rasuah dalam pentadbiran negara menggambarkan rasuah sudah berakar umbi dalam parti itu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, selagi masalah rasuah dalam kerajaan tidak dapat diselesaikan, rakyat akan terus menanggung bebannya.
"Semua orang tahu Umno korup. Veteran-veteran Umno seperti Tan Sri Muhammad Taib, Datuk Tamrin Ghafar yang menyertai PAS memang mengakui betapa busuknya Umno dengan rasuah.
"Bagaimana kita boleh laksanakan pemerintahan untuk rakyat jika pemimpin negara masih bergelumang dengan soal rasuah kerana rasuah ini berkait rapat dengan moral pemimpin," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tengku Razaleigh kelmarin bahawa amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi kerajaan dan melibatkan jumlah wang yang banyak.
Amalan rasuah kata bekas Menteri Kewangan itu, menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban khasnya dalam kenaikan harga RON 95, RON97 dan Diesel.
Menurut Mazlan juga, kenaikan harga minyak yang menyebabkan kesan berantai tidak akan berlaku jika pemimpin Umno BN benar-benar mengutamakan kebajikan rakyat, bukan mengutamakan poket mereka semata-mata.
"Setiap kali berlaku kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kerajaan akan nasihatkan rakyat supaya berjimat-cermat, berhemah tapi duit terus masuk ke poket mereka dengan rasuah dan sebagainya," tegasnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.
Tambah beliau lagi, formula memastikan pemerintahan negara memberikan kebaikan kepada rakyat adalah dengan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada orang yang berintegriti dan bermoral tinggi.
"Formulanya, kepimpinan harus diuruskan oleh orang yang ahli, orang yang mementingkan integriti, bermoral dan PAS sememangnya mengamalkan pemerintahan yang berintegriti," katanya.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, selagi masalah rasuah dalam kerajaan tidak dapat diselesaikan, rakyat akan terus menanggung bebannya.
"Semua orang tahu Umno korup. Veteran-veteran Umno seperti Tan Sri Muhammad Taib, Datuk Tamrin Ghafar yang menyertai PAS memang mengakui betapa busuknya Umno dengan rasuah.
"Bagaimana kita boleh laksanakan pemerintahan untuk rakyat jika pemimpin negara masih bergelumang dengan soal rasuah kerana rasuah ini berkait rapat dengan moral pemimpin," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tengku Razaleigh kelmarin bahawa amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi kerajaan dan melibatkan jumlah wang yang banyak.
Amalan rasuah kata bekas Menteri Kewangan itu, menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban khasnya dalam kenaikan harga RON 95, RON97 dan Diesel.
Menurut Mazlan juga, kenaikan harga minyak yang menyebabkan kesan berantai tidak akan berlaku jika pemimpin Umno BN benar-benar mengutamakan kebajikan rakyat, bukan mengutamakan poket mereka semata-mata.
"Setiap kali berlaku kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kerajaan akan nasihatkan rakyat supaya berjimat-cermat, berhemah tapi duit terus masuk ke poket mereka dengan rasuah dan sebagainya," tegasnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.
Tambah beliau lagi, formula memastikan pemerintahan negara memberikan kebaikan kepada rakyat adalah dengan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada orang yang berintegriti dan bermoral tinggi.
"Formulanya, kepimpinan harus diuruskan oleh orang yang ahli, orang yang mementingkan integriti, bermoral dan PAS sememangnya mengamalkan pemerintahan yang berintegriti," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-9-2013
Tinggal Ku Li satu-satunya pencabar Najib?
Harakahdaily, | 08 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kini membayangkan kemungkinan beliau bakal mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno dalam pemilihan pada 19 Oktober depan.
Bagi penulis blog Shahbudin Husin, walaupun memberitahu bahawa beliau belum memutuskan perkara itu tetapi katanya, " hasrat itu ada tetapi belum ada keputusan lagi".
“Namun katanya, segala-galanya akan terjawab pada hari pendaftaran pada 28 September nanti,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.
Menurutnya, memandangkan Mahathir sudah membuat kenyataan mahu kedua-dua jawatan tertinggi itu dikekalkan, kekuatan Muhyiddin untuk mencabar Najib juga turut tidak berkembang.
“Ini menjadikan hanya Tengku Razaleigh atau Ku Li yang tinggal sebagai satu-satunya pencabar Najib yang dirasakan sesuai,” tulisnya lagi.
Baca di sini
Bagi penulis blog Shahbudin Husin, walaupun memberitahu bahawa beliau belum memutuskan perkara itu tetapi katanya, " hasrat itu ada tetapi belum ada keputusan lagi".
“Namun katanya, segala-galanya akan terjawab pada hari pendaftaran pada 28 September nanti,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.
Menurutnya, memandangkan Mahathir sudah membuat kenyataan mahu kedua-dua jawatan tertinggi itu dikekalkan, kekuatan Muhyiddin untuk mencabar Najib juga turut tidak berkembang.
“Ini menjadikan hanya Tengku Razaleigh atau Ku Li yang tinggal sebagai satu-satunya pencabar Najib yang dirasakan sesuai,” tulisnya lagi.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-9-2013
Pemilihan: Apa orang Umno mahu, tanya Kadir Jasin
Harakahdaily, | 08 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kalau ahli Umno mahu kepemimpinan yang berjiwa perjuangan dan mampu menebus semula maruah parti dan kembali memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara, mereka perlulah memilih yang lebih baik.
“Kalau mereka mahu orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain diberikan peluang untuk membebaskan diri mereka daripada terus menjadi warga ekonomi kelas tiga, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang cerdik, berani, berilmu dan berwawasan,” tulis A Kadir Jasin di dalam blognya bertajuk ‘Pemilihan Umno: Antara Watak dan Dasar’ kelmarin.
Beliau berpandangan, kalau mereka berasa dasar pertumbuhan ekonomi yang disertai oleh pembahagian adil seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) baik untuk mereka, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang tidak “apologitic” memperjuangkan hak majoriti.
“Soalnya (soalnya), akan adakah dalam barisan calon Umno nanti orang seperti itu? Atau, seperti kata P. Ramlee, walhasil balik asal itu pasal tak hasil,” tulisnya lagi.
Baca lagi
“Kalau mereka mahu orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain diberikan peluang untuk membebaskan diri mereka daripada terus menjadi warga ekonomi kelas tiga, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang cerdik, berani, berilmu dan berwawasan,” tulis A Kadir Jasin di dalam blognya bertajuk ‘Pemilihan Umno: Antara Watak dan Dasar’ kelmarin.
Beliau berpandangan, kalau mereka berasa dasar pertumbuhan ekonomi yang disertai oleh pembahagian adil seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) baik untuk mereka, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang tidak “apologitic” memperjuangkan hak majoriti.
“Soalnya (soalnya), akan adakah dalam barisan calon Umno nanti orang seperti itu? Atau, seperti kata P. Ramlee, walhasil balik asal itu pasal tak hasil,” tulisnya lagi.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-9-2013
Musim pemimpin Umno berlumba tunjuk baik
Shahbudin Husin, | 07 Sep 2013 |
Dalam ribut-ribut orang bercakap mengenai harga minyak dan langkah kerajaan menaikkan harganya yang dilihat hanya membebankan rakyat, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein mengejutkan banyak pihak apabila memberi reaksi cukup pantas terhadap cadangan pemotongan elaun minyak untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan.
Idea pemotongan elaun itu pada mulanya dicadangkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sebagai menunjukkan para menteri turut menghayati langkah berjimat cermat kerajaan. Ia kemudian turut disokong oleh Perkasa dan pelbagai pihak lain turut juga menyambut baik cadangan itu.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno merupakan menteri pertama dan satu-satunya anggota kabinet Najib yang memberi reaksi positif terhadap cadangan itu setakat ini.
"Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya", demikian lebih kurang kata-kata yang diucapkan oleh Hishammuddin.
Baik betul ada pemimpin macam Hisham ni, walaupun anak bangsawan dia memahami derita rakyat, kata seorang ahli jawatankasa bahagian memberi komen tentang kemuliaan hati yang dilihatnya daripada kesediaan Hishammuddin itu.
Bukankah dia asyik bagi amaran saja sebelum ini, kata seorang teman yang lain.
Ini musim pemilihan, semua pemimpin kena tunjuk baik dan berjiwa rakyat, selalunya begitulah. Ada makna semua tu, pintas seorang ketua cawangan yang agak veteran menjelaskan kepada rakan-rakannya.
Mereka kemudian ketawa berdekah-dekah dan perbualan seterusnya meleret kepada pelbagai lagi karenah pemimpin yang cuba menunjuk baik yang mereka ketahui, bukan saja di musim pemilihan kali ini tetapi juga di musim-musim pemilihan sebelumnya.
Sementara idea pemotongan elaun minyak ini disanggah oleh seorang lagi menteri iaitu Nazri Aziz, bahkan menyifatkannya sebagai idea bodoh, Hishammuddin sebaliknya menunjukkan sikap baik dan budiman dalam hal ini.
Nazri tidak bertanding apa-apa jawatan dalam MT, bolehlah cakap begitu. Hisham pula perlukan undi, ketua cawangan veteran tadi menghuraikan dengan ringkas perbezaan kepentingan antara Hishammuddin dan Nazri Aziz. Mereka kemudian ketawa lagi dan gelihati apabila mengenangkan begini rupanya wajah pemimpin semata-mata untuk mendapatkan undi.
Itulah realitinya setiap kali menjelang pemilihan UMNO. Masing-masing pemimpin yang ingin menang dan merasakan kedudukannya tergugat cuba bersikap kreatif dan menonjolkan sesuatu yang berbeza mengenai diri mereka. Ada yang bersikap baik, budiman, terlebih Melayu, peramah, sentiasa senyum, membuka pintu pejabatnya kepada sesiapa saja dan macam-macam lagi.
Asalkan boleh menambah undi, itulah yang dilakukan.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi juga dilihat cuba menonjolkan dirinya secara berlebih-lebihan apabila agak lantang bersuara mengenai pemansuhan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat dan dilihat sanggup berbeza pendapat dengan Perdana Menteri.
Beliau juga bercakap mengenai bakas tahanan Ordinan Darurat yang berkeliaran dan rangkaiannya mengikut anggaran matematiknya, kemudian mendedahkan nama-nama kongsi gelap dan selepas ini dilaporkan mahu mendedahkan pula nama ketua-ketua kongsi gelap itu.
Meskipun usaha pencegahan jenayah dialu-alukan oleh semua orang tetapi Zahid dilihat seolah-olah cuba menonjolkan ketegasan dan meraih populariti dalam isu ini dengan bercakap terlalu kerap dan berlebih-lebihan mengenainya.
Ramai yang bertanya, setelah mendedahkan itu ini, tangkapannya mana?
Kedua-dua Zahid dan Hishammudin akan mempertahankankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilohan 19 Oktober depan. Selain seorang lagi penyandang yang turut mempertahankan jawatannya iaitu Shafie Apdal, tiga kerusi Naib Presiden UMNO kali ini juga cuba direbut oleh dua lagi pesaingnya iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Isa Samad.
Dengan Tengku Razaleigh masih belum memutuskan sama ada akan mencabar Najib atau tidak bagi jawatan Presiden UMNO, kerusi Naib Presiden setakat ini menjadi medan persaingan paling sengit. Pelbagai teori, andaian dan jangkaan sudah kedengaran tentang siapa yang dijangka menang dan siapa yang bakal kalah.
Selain berkempen menemui perwakilan yang berjumlah kira-kira 150 ribu orang kali ini, membentuk persepsi dan menonjol-nonjolkan diri juga dilihat sebagai strategi penting untuk menambah undi dan mendorong kepada kemenangan.
Zahid sudah memulakannya agak lama dan ratingnya agak baik ketika ini. Dalam waktu yang singkat Zahid berjaya menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang tegas dan boleh diharapkan. Perwakilan UMNO yang marah dengan sikap pengundi Cina yag enggan bersama dengan kerajaan serta sikap Najib yang terlalu memanjakan mereka, kini seperti meletakkan Zahid sebagai sandaran baru.
Di ketika Hishammudin kelihatan agak tenggelam popularitinya, terutama kerana pendekatannya yang agak lemah semasa menjadi Menteri Dalam Negeri, anak bekas Perdana Menteri, Hussein Onn ini rupa-rupanya tidak mudah putus akal mahu melonjakkan persepsi dan popularitinya.
Beliau kini dilihat satu-satunya anggota kabinet Najib yang berjiwa rakyat dan sanggup elaun minyaknya dipotong. Namanya kini turut melonjak dan menjadi sebutan walaupun belum diketahui pemotongan elaun minyak itu akan menjadi kenyataan atau tidak akhirnya.
Tetapi seorang lagi calon Naib Presiden UMNO, Ali Rustam dalam usahanya meraih undi dan populariti, lebih mengejutkan lagi ideanya. Beliau mahu menutup pusat judi Genting Highlands. Katanya, pusat judi itu mendatangkan banyak masalah kepada sosial dan jenayah yang sedang berlaku sekarang.
Walaupun Ali dikenali sebagai pemimpin yang mudah didekati, tiada protokol serta rajin menghadiri jemputan majlis mereka yang dikenalinya dan kekalahannya di Bukit Katil mungkin menzahirkan banyak undi simpati untuknya, idea dan gesaan menutup pusat judi itu bakal melimpahkan lagi undi daripada golongan agama dalam UMNO terhadapnya.
Dengan memperjuangkan sesuatu yang dilarang agama, Ali dilihat lebih Islamik berbanding calon yang lain, tambahan pula beliau juga kerap berbaju Melayu sejak kebelakangan ini. Bahkan sudah ada yang menganggap memberi undi kepada Ali sudah jatuh wajib hukumnya kerana niat murninya mahu menutup pusat judi Genting Highlands itu.
Orang juga seolah-olah terlupa untuk menyemak dan mengira berapa banyak kedai judi, pusat maksiat, kedai ekor dan pusat hiburan yang telah ditutup sepanjang Ali Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka sebelum ini.
Soal penutupan Genting Highlands boleh dibuat atau tidak bukanlah isunya, soalnya ialah Ali telah berjaya mencipta strategi untuk menambah undinya untuk mengisi salah satu kerusi Naib Presiden, jelas ketua cawangan veteran tadi apabila ditanya mengenai gesaan Ali Rustam yang mahu menutup pusat judi itu
Ketika ini dilihat Zahid, Hishammudin dan Ali Rustam berjaya menonjolkan diri masing-masing melalui strategi dan pendekatan yang berbeza. Matlamatnya ialah mereka mahu dilihat sebagai pemimpin yang baik dan boleh diharapkan. Menjelang hari pengundian, mungkin banyak lagi idea-idea penonjolan diri ini akan dilakukan.
Bahkan Shafie Apdal dan Isa Samad yang ketika ini agak diam juga barangkali turut tampil dengan kecerdikan masing-masing tidak lama lagi untuk menonjolkan diri dan kebaikan bagi merebut kerusi Naib Presiden yang diidam-idamkan itu. Tunggulah!
Tidak saja calon-calon Naib Presiden, calon-calon bagi jawatan lain juga akan dilihat berubah watak dan berbeza sikapnya. Semuanya akan kelihatan baik-baik, berjiwa rakyat, peramah, senang didekati, kuat Melayunya dan sayangkan Islam.
Begitu adanya, dulu, kini dan selamanya.

Sumber HD - 7-9-2013
Inikah muka-muka mampu meremajakan Umno?
http://omakkau.blogspot.com, | 05 Sep 2013 |
INILAH MUKA-MUKA PADA PANDANGAN PEMUDA UMNO YANG MAMPU MEREMAJAKAN UMNO YANG DIAKUI SUDAH TERLALU TUA DAN UZUR!!!
Pemuda Umno akui yang Umno kini sudah terlalu tua dan uzur maka perlu peremajaan bagi memberi Umno imej ada sedikit muda dan tidak terlalu uzur sangat...
Mampukah mereka berempat saja boleh meremajakan UMNO yang kelihatan sudah terlalu tua dan uzur itu?
Baca lagi
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-9-2013
Sebab ini Nazri marah Rafizi gamaknya?
http://wrlr.blogspot.com, | 04 Sep 2013 |
Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-9-2013
Muhyiddin selesa dengan jawatan sekarang?
Harakahdaily, | 29 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Walaupun belum membuat pengumuman rasmi tentang jawatan yang bakal ditandinginya, tetapi tidak ternampak pula kecenderungan untuk Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bersedia mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti 19 Oktober depan.
“Dengan tempoh pertandingan tidak sampai dua bulan dari sekarang, Muhyiddin nampaknya cukup selesa dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, jika sebelum pilihanraya dulu, kedengaran juga ura-ura daripada para penyokongnya bahawa keputusan PRU13 akan menentukan gerak langkah dan percaturan Muhyiddin yang seterusnya tetapi kini semua ungkapan itu sudah tidak kedengaran lagi.
“Walaupun masih ada yang mengharapkan Muhyiddin akan mencabar Najib berikutan beberapa perkembangan yang menunjukkan Najib masih tidak berubah, ditambah dengan keputusan PRU13 yang mengesahkan beliau lebih buruk daripada Pak Lah, di sebalik Muhyiddin masih menangguhkan untuk membuat pengumuman tentang jawatan yang bakal ditandinginya, beliau sebenarnya cukup selesa dengan kedudukan dan jawatannya sekarang,” tulisnya lagi.
Baca di sini
“Dengan tempoh pertandingan tidak sampai dua bulan dari sekarang, Muhyiddin nampaknya cukup selesa dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, jika sebelum pilihanraya dulu, kedengaran juga ura-ura daripada para penyokongnya bahawa keputusan PRU13 akan menentukan gerak langkah dan percaturan Muhyiddin yang seterusnya tetapi kini semua ungkapan itu sudah tidak kedengaran lagi.
“Walaupun masih ada yang mengharapkan Muhyiddin akan mencabar Najib berikutan beberapa perkembangan yang menunjukkan Najib masih tidak berubah, ditambah dengan keputusan PRU13 yang mengesahkan beliau lebih buruk daripada Pak Lah, di sebalik Muhyiddin masih menangguhkan untuk membuat pengumuman tentang jawatan yang bakal ditandinginya, beliau sebenarnya cukup selesa dengan kedudukan dan jawatannya sekarang,” tulisnya lagi.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-8-2013
Saifuddin layak tanding ketua UmnoTemerloh
Khairil Abdul Rahim, | 29 Ogs 2013 |
TEMERLOH: Gelora pemilihan Umno tahun ini terus terasa bahangnya ke segenap peringkat. Di Pahang paling hangat diperkatakan ialah nasib dan masa depan politik bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
Ini kerana beliau yang menyandang kerusi Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh, bakal bertembung dengan seorang ahli jawatankuasa Umno paling berpengaruh di sini iaitu Datuk Akbar VV Abu kali ini.
Akbar, 51, seorang ahli perniagaan dan Naib Pengerusi Persatuan Bolasepak Pahang, sudah tentu tidak tampil bersendirian kerana beliau selama ini dilihat sebagai ‘orang kuat’ Ketua Bahagian Umno sendiri iaitu Datuk Mohamad Sharkar Shamsudin.
Sharkar juga ialah Timbalan Pengerusi Umno Negeri Pahang dan merupakan Exco Kerajaan Negeri.
Sebelum ini sudah terdengar desas-desus mengatakan terdapat usaha ‘orang-orang’ Sharkar cuba menyekat Saifuddin daripada melangkah ke hieraki parti yang lebih tinggi.
Saifuddin bertanding pertama kali pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan menang sebagai Ahli Parlimen Temerloh. Bintangnya cerah apabila terus dilantik sebagai timbalan menteri. Kemudian menang pula jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, pada pemilihan 2009.
Namun kekalahan Saifuddin pada PRU13 kepada calon PAS, Nasruddin Hassan sekali gus gagal mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh, dilihat seolah-olah menjadi isyarat untuk melenyapkan kerjaya politik bekas Pengerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) itu.
Dari segi keperibadian, Saifuddin kelihatan amat disenangi penduduk Temerloh. Apatah lagi beliau juga mudah mesra dengan pemimpin Pakatan Rakyat setempat.
Namun beberapa kenyataan Saifuddin ada kalanya dianggap kontroversi oleh Umno kerana dilihat senada dengan pembangkang. Kesempatan ini telah dieksplotasi oleh kalangan Umno Temerloh untuk memburukkan beliau. Kerana tidak mudah bagi orang Umno untuk menerima seseorang yang berfikiran terbuka.
Di atas kertas memang kelihatannya Saifuddin yang juga tidak menghadapi masalah untuk mempertahankan jawatannya namun kelebihan Akbar pula ialah beliau menetap di Temerloh dan mempunyai hubungan yang rapat dengan perwakilan-perwakilan daripada Umno cawangan sedangkan Saifudin walaupun berasal dari Temerloh, tetapi menetap di Kuala Lumpur.
Bagi veteran Umno Alang Ahmad, beliau menjangkakan Akbar yang akan menang dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua itu.
“Pendapat saya Akbar akan menang kerana beliau duduk di Temerloh iaitu kerap mendampingi rakyat dan berpengaruh di kalangan perwakilan Umno Cawangan. Popularitinya lebih berbanding Saifuddin.
“Jika ini benar-benar jadi kenyataan, karier politik Saifuddin mungkin lenyap. Kecuali (Datuk Seri) Najib sendiri turun bertemu Umno Bahagian Temerloh dan mengisytiharkan masih mahukan Saifudin, kerana ketokohannya di peringkat pusat,” katanya.
Tambahnya, ini lebih baik jika dibiarkan boleh merugikan Umno sendiri kerana tidak mustahil Saifuddin andainya kecewa boleh menyertai PAS atau PKR memandangkan arwah kedua ibu bapanya juga merupakan orang PAS.
Keadaan ini mengesahkan bahawa politik cantas mencantas adalah amalan biasa dalam Umno. Ketokohan seseorang tidak menjadikan ukuran kerana yang penting siapa yang boleh ‘bagi banyak’.
Seorang ahli Umno, Jaffri Ramli, mempunyai pendapat yang agak berbeza apabila menyarankan supaya Saifuddin bertindak nekad bertanding jawatan Ketua Bahagian atau sebaliknya kerjaya politiknya ranap.
“Sayanglah tokoh muda macam Saifuddin yang selama ini disegani kawan dan dihormati lawan. Ketokohan beliau bukan saja di Temerloh, malah boleh diketengahkan di peringkat negeri menjadi Menteri Besar sekalipun pada masa akan datang.
“Sebaiknya Saifuddin sendiri tampil menentang Sharkar untuk jawatan Ketua Bahagian Umno Temerloh. Sudah tiba masanya Saifuddin yang berkarisma itu keluar daripada bayang-bayang dan perangkap peringkat bawahan,” ujarnya.

Rais Yatim boleh menangis bila baca status ni (gambar)
http://naimnikmat.blogspot.com, | 28 Ogs 2013 |
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-8-2013
Naib Presiden Umno: Hishammuddin, Mukhriz paling selamat?
Harakahdaily, | 27 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Dengan sentimen Umno yang mahu mewujudkan pelapis dan memberi peluang kepada orang muda dalam pemilihan tahun ini, Hishammuddin dan Mukhriz dijangka paling selamat untuk memenangi dua jawatan Naib Presiden Umno kali ini.
Manakala Zahid, Shafie Apdal, Ali Rustam, Isa Samad dan Musa Aman akan bersaing sesama sendiri untuk merebut satu lagi kekosongan yang tinggal, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Baginya, jika diukur dari segi populariti dan publisiti, Zahid ternampak menonjol tetapi jika undi simpati menguasai jiwa perwakilan Umno, mungkin Ali Rustam berupaya menonjolkan diri dan mengenepikan calon-calon yang lain.
Menurutnya lagi, jawatan Menteri Dalam Negeri benar-benar membawa untung lumayan buat Zahid Hamidi.
Berbanding jawatan Menteri Pertahanan yang membuatnya hampir tenggelam dan kurang menonjol, Zahid sebaliknya menuai publisiti hampir setiap hari melalui jawatan yang disandangnya sekarang.
Baca lagi
Manakala Zahid, Shafie Apdal, Ali Rustam, Isa Samad dan Musa Aman akan bersaing sesama sendiri untuk merebut satu lagi kekosongan yang tinggal, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Baginya, jika diukur dari segi populariti dan publisiti, Zahid ternampak menonjol tetapi jika undi simpati menguasai jiwa perwakilan Umno, mungkin Ali Rustam berupaya menonjolkan diri dan mengenepikan calon-calon yang lain.
Menurutnya lagi, jawatan Menteri Dalam Negeri benar-benar membawa untung lumayan buat Zahid Hamidi.
Berbanding jawatan Menteri Pertahanan yang membuatnya hampir tenggelam dan kurang menonjol, Zahid sebaliknya menuai publisiti hampir setiap hari melalui jawatan yang disandangnya sekarang.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-8-2013
Tidak tahu bila perubahan sebenar boleh berlaku
Harakahdaily, | 25 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Politik negara dikuasa oleh ‘warlords-warlords’ ini dan ahli-ahli Umno hanya dijadikan sebagai kaldai untuk memunggah segala kekayaan untuk mereka dan keluarga mereka sahaja.
“Politik dikuasai oleh kumpulan feudal baru hasil dari rasuah yang dilakukan secara sistematik. Rakyat ramai hanya melihat sahaja tanpa berdaya melakukan apa-apa,” tulis Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com.
Baginya, sistem itu akan terus berlaku kerana rakyat merelakannya berlaku.
Menurutnya lagi, kadang kala apabila diselidik dan dikaji halus-halusan, tiada pihak yang mampu merubahnya kerana pihak yang membangkang pun sudah terbit sikap untuk berkuasa semata-mata untuk berkuasa dan mempunyai nilai moral yang sama seperti yang sudah lama berkuasa.
Tulisan penuh sebagaimana di bawah.
Pemimpin yang sebenar dan yang 'natural', tidak akan bermatlamatkan untuk mengekalkan nama atau legasi mereka. Pemimpin seperti ini akan melaksanakan tanggungjawabnya secara jujur dan tidak akan melakukan sesuatu untuk legasinya sendiri. Legasinya akan dengan sendirinya wujud secara natural. Pemimpin seperti ini mempunyai sahsiah yang tinggi dan tidak akan mempunyai kesanggupan untuk menjatuhkan keunggulan negara dan rakyatnya serta nama buruk baginya selepas persaraan.
Pemimpin yang unggul bagi sesebuah negara itu tidak akan membenarkan dirinya dipengaruhi oleh unsur untuk kepentingan peribadi dan keluarganya. Pemimpin yang mempunyai unsur kepentingan peribadi yang tinggi ia akan membawa negara ke kancah perpecahan kerana setiap keputusannya tidak akan lagi keputusan yang betul dan tepat.
Selalunya pemimpin seperti ini adalah seorang yang ‘gentleman’ dan mempunyai etika yang tinggi. Pemimpin yang beretika itu tidak perlu bertindak atau tidak bertindak kerana takutkan kepada undang-undang kerana pemimpin yang beretika yang tinggi itu tidak akan mudah melanggar undang-undang. Etika yang tinggi itu dengan sendirinya mengelak mereka dari terlanggar undang-undang itu. Mereka seperti ini mempunyai maruah dan mempunyai sikap malu terutamanya kepada rakyat yang dipimpinnya itu.
Etika itu lebih tinggi dari undang-undang kerana ia terbit dari kemuliaan hati dan nuraninya dan sentiasa peka dengan apa yang baik dan yang tidak baik dalam segala tindakannya. Pimpinan yang mempunyai etika yang tinggi selalunya tidak menghadapi masalah besar kerana pemikiran mereka tidak mempunyai kepentingan peribadi yang tinggi.
Sesungguhnya itulah yang membezakan di antara sebuah negara yang maju dan yang belum maju. Ia bukan terletak kepada bangunan yang tinggi sampai ke langit, atau jambatan yang terpanjang di dunia atau mempunyai tiang bendera di antara yang tertinggi didunia ini. Pembangunan fisikal seperti ini hanyalah merupakan sekelumit dari apa yang dikatakan sebagai ‘nation building’ itu.
Pemimpin negara yang baik tidak diukur dari pembangunan fisikal yang besar dan cepat dialami oleh negara. Pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang baik dan terpuji itu tidak akan melakukan sesuatu untuk menunjuk-nunjuk kerana perlakuan pemimpin seperti ini akan melaksanakan pembangunan yang terlalu cepat itu akan terpaksa mengorbankan perkara dan elemen penting yang lain dalam negara itu.
Pimpinan negara yang beretika tidak tergesa-gesa berusaha untuk menunjukkan apa yang mereka boleh tunjukkan kepada rakyatnya. Mereka akan melaksanakan sesuatu itu mengikut kehendak waktu dan masanya. Mereka yang seperti ini mengakui jika dilaksanakan usaha pembangunan dalam masa yang singkat ia akan membawa masalah sampingan yang besar dan akhirnya memudharatkan negara.
Pemimpin yang tahu cara memimpin yang baik tidak akan mendongak ke langit sambil memberitahu rakyat, ‘aku sudah buat itu dan ini. Aku sudah membina bangunan tertinggi didunia, jambatan yang terpanjang di dunia dan segala-galanya yang pertama dan terhebat di dunia’. Pemimpin yang ‘natural’ tahu, melakukan pembangunan besar dengan kadar yang cepat itu akan membawa rakyat untuk bertanya satu persoalan yang sangat besar, iaitu “at what costs?”
Persoalan ‘at what cost’ inilah yang menjadikan salah satu isu besar bagi keseluruhan rakyat kini menilai kembali kewibawaan pimpinan itu dan rakyat sentiasa dalam pencarian (soul searching).
Pembangunan yang tidak terancang boleh mengakibatkan kerosakkan kepada keseluruhan fabrik politik dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Tun Dr Ismail jika dibaca kembali ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO terakhir bagi beliau sebelum meninggalkan kita, berkata, “Kita boleh membangunkan negara kita dengan ‘double digit growth’ tetapi jika pembangunan terlalu cepat dilakukan pertama, ia akan menambah jurang penguasaan ekonomi negara yang terdiri dari berbilang kaum, dan membuatkan kaum asal negara ini tidak mampu mencapai kemahuan pimpinan negara itu”.
Projek-projek pembangunan ‘express’ membawa bersamanya kegiatan rasuah yang sistematik terbentuk di dalamnya. Oleh kerana mahukan pembangunan melalui projek raksasa berjalan dengan pantas maka ‘tender-tender rundingan terus’ kerap dilakukan, maka terbitlah bibit-bibit rasuah terancang yang melibatkan wang negara dan rakyat dalam kadar yang terlalu besar. Banyak projek raksasa wujud kerana galakan kroni-kroni dan semuanya ini melibat wang rakyat yang tidak terhingga besarnya.
Ini juga telah mewujudkan budaya ingin menjadi kaya cepat dengan menggunakan dasar tidak terancang kerajaan ini melalui cadangan-cadangan projek raksaksa dan dilakukan melalui rundingan terus dengan pihak kerajaan. Harga dalam tender runding terus itu telah menambah kos yang melibatkan ‘kick-backs’ dan sebagainya yang akhirnya membebankan negara dan rakyat.
Tiada undang-undang yang mampu menangkap pesalah-pesalah di kalangan penggubal dan perlaksana dasar kerana kedua-dua pihak ini selalunya berkonspirasi untuk mendapatkan ‘duit luar’ dari projek raksasa secara runding terus ini. Semuanya diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan tidak ada siapa yang boleh mengetahui kandungan perjanjian dan dokumen yang berkaitan. Rasuah dilindungi oleh akta-akta ganas dan mungkin mengakibatkan pengadu sebagai pesalah.
Kalau ada pun bukti yang kita lihat hanyalah bukti yang ‘circumstantial’ dengan melihat rumah kediaman Menteri-Menteri dan pelaksana dasar yang berpangkat tinggi yang sebesar Istana Maharaja yang boleh kita lihat di Bukit Damansara dan tempat-tempat elit lain.
Politik negara dikuasa oleh ‘warlords-warlords’ ini dan ahli-ahli UMNO hanya dijadikan sebagai kaldai untuk memunggah segala kekayaan untuk mereka dan keluarga mereka sahaja.
Politik dikuasai oleh kumpulan feudal baru hasil dari rasuah yang dilakukan secara sistematik. Rakyat ramai hanya melihat sahaja tanpa berdaya melakukan apa-apa.
Sistem ini akan terus berlaku kerana rakyat merelakannya berlaku. Kadang kala apabila diselidik dan dikaji halus-halusan, tiada pihak yang mampu merobahnya kerana pihak yang membangkang pun sudah terbit sikap untuk berkuasa semata-mata untuk berkuasa dan mempunyai nilai moral yang sama seperti yang sudah lama berkuasa.
Hanya doa sahaja yang mungkin boleh memulihkan keadaan kerajaan yang bermoral seperti yang pernah kita alami dahulu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-8-2013
Ku Li hampir pasti tanding Presiden Umno
Harakahdaily, | 19 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Menjelang pemilihan Umno pada 19 Oktober depan, kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terus menjadi sebutan sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden Umno atau sebaliknya.
Menurut penulis Shahbudin Husin, meskipun beberapa negeri sudah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan, keadaan itu sebenarnya hanya berlegar-legar di peringkat atasan sahaja.
Tulisan beliau di dalam blognya http://shahbudindotcom.blogspot.com semalam sebagaimana di bawah.
Menjelang pemilihan UMNO pada 19 Oktober depan, kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terus menjadi sebutan sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden UMNO atau sebaliknya. Meskipun beberapa negeri sudah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, keadaan itu sebenarnya hanya berlegar-legar di peringkat atasan sahaja.
Sebaliknya, di peringkat bahagian dan cawangan, masih kedengaran suara-suara yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan. Ia bukan saja untuk menterjemahkan transformasi politik yang dilakukan oleh Najib yang sedia mengubah peraturan pertandingan tetapi juga untuk membuktikan amalan demokasi masih lagi subur dalam UMNO.
Dengan kedudukan BN yang hanya mempunyai 133 kerusi Parlimen saja, sementara kebanyakan pemimpin UMNO dilihat tidak mempunyai perubahan sikap yang ketara dengan sebahagiannya masih bersikap sombong, angkuh serta bangga diri, ramai ahli-ahli peringkat bawahan yang bimbang tentang nasib parti itu dalam pilihan raya ke 14 nanti.
Najib pula, walaupun menerima sokongan daripada Ketua-Ketua UMNO bahagian untuk terus mengekalkan jawatannya, sikap serta pendiriannya yang tidak tegas dalam beberapa isu berkaitan Melayu dan Islam, turut menambahkan lagi kebimbangan itu.
Setelah Najib tunduk dengan beberapa desakan pembangkang seperti pemansuhan ISA, Akta Hasutan dan Ordinan Darurat serta sikapnya yang terlalu lembut terhadap tuntutan kaum lain, semakin ramai yang bimbang nasib bangsa Melayu akan lebih tertekan dalam menghadapi fasa-fasa kritikal lima tahun akan datang ini.
Dalam konteks inilah yang menyebabkan suara-suara ke arah perubahan itu terlihat ketara. Memberi kemenangan percuma dilihat hanya akan membuatkan Najib terus selesa dengan sikapnya yang ada sekarang.
Golongan bawahan dan akar umbi juga menolak pertandingan kali ini boleh memberi membawa perpecahan kerana sebelum pilihanraya umum 2018 nanti, ada satu lagi pemilihan UMNO yang harus dihadapi iaitu pada 2016. Jika mahu mengekalkan perpaduan dan memantapkan kesatuan, pertandingan 2016 itulah yang harus dielakkan manakala pertandingan tahun seharusnya dibenarkan bagi memilih pemimpin sebenar dan mengukur tahap demokrasi yang sering dipertikaikan selama sejak sistem kouta diperkenalkan.
Meskipun Muhyiddin belum mengumumkan pendirian sebenar mengenai jawatan yang bakal ditandinginya, namun ramai yang percaya beliau lebih selesa untuk kekal dengan jawatan yang disandangnya sekarang.
Di sinilah yang membuatkan nama Tengku Razaleigh muncul sebagai tokoh yang sesuai untuk mencabar Najib. Walaupun beliau dilihat agak berusia berbanding Najib, rekod cemerlang dan imej bersihnya semasa berada di dalam kerajaan dulu, termasuk jasanya menubuhkan Petronas dan Bank Bumiputra, sentiasa menjadi rujukan dan sering dietakkan sebagai neraca perbandingan.
Dalam menghadapi cabaran yang seterusnya pula, Tengku Razaleigh yang popular dengan Ku Li juga dilihat mempunyai jiwa Melayu dan Islam yang lebih kukuh tetapi dalam masa yang sama dipercayai mampu juga menarik sokongan bukan Melayu untuk berada bersama-sama dengannya jika diberi peluang memimpin UMNO.
Sehingga ini, desakan daripada seluruh seluruh negara yang mahukan beliau bertanding ternampak memberangsangkan. Pelbagai pihak dan kelompok dalam UMNO yang mempunyai undi tidak putus-putus menemuinya menyatakan keperluan untuk beliau bertanding menentang Najib dan memikirkannya demi kepentingan Melayu dan Islam.
Meskipun belum ada kata putus yang keluar daripada mulutnya sama ada akan bertanding atau sebaliknya, namun desakan dan permintaan yang bertali arus mahukan khidmatnya itu mungkin membuatkan Ku Li akhirnya akur dengan semua permintaan dan desakan itu.
Namun kesediaan Ku Li bertanding itu bukanlah semata-mata kerana jawatan tetapi lebih kepada menyahut seruan perubahan yang dikehendaki oleh peringkat akar UMNO yang tidak putus-putus menemuinya sejak kebelakangan ini.
Dengan sistem baru pemilihan UMNO yang tidak lagi memerlukan kouta pencalonan dan perwakilan pula diperluaskan kepada hampir 150,000 orang, walaupun Pengerusi Perhungan UMNO negeri-negeri dan ketua bahagian lebih cenderung menyatakan sokongan terbuka kepada Najib tetapi arus perubahan yang sedang menggelegak di peringkat bawahan UMNO berikutan keputusan pilihanraya lalu dan sikap Najib sendiri yang tidak banyak berubah dalam beberapa isu, bahkan kekal dengan sikap tidak tegasnya, ianya mungkin memberi ruang kepada Tengku Razaleigh.
Sebelum tarikh pendaftaran pada 28 September depan, adalah dipercayai Ku Li akan membuat pengumuman mengenai jawatan yang bakal ditandinginya dan berdasarkan permintaan yang kian meningkat terhadap khidmatnya, kemungkinan beliau akan mencabar Najib bagi jawatan Presiden UMNO kali ini, sangat hampir menjadi kenyataan.

Sumber HD - 19-8-2013
Adakah Nazri Aziz mula jadi beban kepada Umno?
Harakahdaily, | 18 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Tindakan Najib Razak yang terpaksa mengubah pendirian dan menjadi flip-flop berhubung keputusan Nazri Aziz melantik anaknya itu, walaupun mengundang persepsi yang berbagai mengenai kefahaman Perdana Menteri sendiri berhubung pelantikan ahli keluarga oleh seseorang menteri, tetapi secara nyata menunjukkan bahawa apa yang dilakukan Nazri itu adalah salah.
Cumanya, bagi penulis Shahbudin Husin, mungkin atas sebab-sebab tertentu dan hubungan peribadi yang agak lama, Najib segan memberitahu secara terus-terang agar Nazri mengeluarkan anaknya daripada kementerian itu.
Menurutnya, dengan meletakkan anaknya duduk di kementerian, walaupun gajinya dibayar oleh bapanya sendiri tetapi sudah tentu pelbagai kemudahan kerajaan akan turut digunakannya.
“Lagi pula meletakkan anak dan ahli keluarga sendiri di di kementerian di mana bapanya menjadi menteri, turut juga mengundang persepsi yang tidak baik kepada rakyat dan kakitangan kementerian itu sendiri,” tulis beliau di dalam blognya semalam.
Namun, baginya Nazri nampaknya, baik sebelum pilihanraya, apatah lagi selepas pilihanraya ini apabila dipindahkan ke kementerian yang penuh warna-warni, sikapnya semakin jauh daripada amalan pemimpin yang diharapkan oleh rakyat.
Tambahnya, tidak hairanlah bukan saja parti lawan yang mengkritiknya, bahkan kritikan daripada dalam Umno sendiri ternampak semakin melebar.
Baca di sini
Cumanya, bagi penulis Shahbudin Husin, mungkin atas sebab-sebab tertentu dan hubungan peribadi yang agak lama, Najib segan memberitahu secara terus-terang agar Nazri mengeluarkan anaknya daripada kementerian itu.
Menurutnya, dengan meletakkan anaknya duduk di kementerian, walaupun gajinya dibayar oleh bapanya sendiri tetapi sudah tentu pelbagai kemudahan kerajaan akan turut digunakannya.
“Lagi pula meletakkan anak dan ahli keluarga sendiri di di kementerian di mana bapanya menjadi menteri, turut juga mengundang persepsi yang tidak baik kepada rakyat dan kakitangan kementerian itu sendiri,” tulis beliau di dalam blognya semalam.
Namun, baginya Nazri nampaknya, baik sebelum pilihanraya, apatah lagi selepas pilihanraya ini apabila dipindahkan ke kementerian yang penuh warna-warni, sikapnya semakin jauh daripada amalan pemimpin yang diharapkan oleh rakyat.
Tambahnya, tidak hairanlah bukan saja parti lawan yang mengkritiknya, bahkan kritikan daripada dalam Umno sendiri ternampak semakin melebar.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-8-2013
Peluang bersih Umno dari pemimpin 'cap ayam'
Harakahdaily, | 15 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Kalau diperhatikan, begitu ramai sebenarnya pemimpin Umno dan kerajaan yang bercakap dan bertindak ikut suka hati dan seolah-olah tidak lagi mempunyai sentuhan dengan kepentingan rakyat.
Menulis di dalam blognya, Shahbudin Husin menyifatkan mereka itu tidak ubah seperti pemimpin ‘cap ayam’ saja layaknya.
Tambahnya, terdapat pula seorang menteri telah melantik anaknya yang sebelum ini penuh dengan kontroversi sebagai pegawai khas di kementeriannya sendiri.
“Keadaan ini tentunya menambahkan lagi rasa jengkel rakyat terhadap Umno dan kerajaan dan seolah-olah kerajaan pimpinan Najib membenarkan amalan nepotisme secara terang-terangan.
“Dalam masa yang sama, situasi ini juga menambahkan lagi label ‘cap ayam’ dalam kabinet Najib,” ulasnya lagi.
Justeru, baginya, jika Umno ingin terus berada di hati rakyat, adalah menjadi tanggungjawab perwakilan Umno lebih 150,000 orang pada pemilihan kali ini untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin ‘cap ayam’ itu.
Baca lagi
Menulis di dalam blognya, Shahbudin Husin menyifatkan mereka itu tidak ubah seperti pemimpin ‘cap ayam’ saja layaknya.
Tambahnya, terdapat pula seorang menteri telah melantik anaknya yang sebelum ini penuh dengan kontroversi sebagai pegawai khas di kementeriannya sendiri.
“Keadaan ini tentunya menambahkan lagi rasa jengkel rakyat terhadap Umno dan kerajaan dan seolah-olah kerajaan pimpinan Najib membenarkan amalan nepotisme secara terang-terangan.
“Dalam masa yang sama, situasi ini juga menambahkan lagi label ‘cap ayam’ dalam kabinet Najib,” ulasnya lagi.
Justeru, baginya, jika Umno ingin terus berada di hati rakyat, adalah menjadi tanggungjawab perwakilan Umno lebih 150,000 orang pada pemilihan kali ini untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin ‘cap ayam’ itu.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-8-2013
Hanya penggali pisahkan Mahathir dengan politik
Harakahdaily, | 13 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Tun Mahathir tidak memahami Abdullah sepenuhnya, tulis Aspan Alias di dalam blognya.
“Saya sendiri mengenali Abdullah ini sebagai seorang yang lembut dan halus permainannya. Mahathir tidak sedar yang lembut Abdullah itu bukan untuk disudu. Kerasnya Abdullah bukan juga untuk ditakik,” tulisnya.
Menurutnya, Mahathir sedar sebelum ini Abdullah hanya berdiam diri dan tidak menentang Mahathir kerana mahukan jawatan Perdana Menteri itu terlebih dahulu.
Aspan menambah, Abdullah berbuat ‘bodoh’ sahaja sementara mendapatkan jawatan PM itu seperti beliau (Mahathir) lakukan kepada Hussein Onn semasa beliau menjadi timbalan kepada Hussein sebelumnya itu.
Justeru, beliau berpandangan Mahathir menyesal kerana melantik Abdullah seperti Hussein menyesal melantiknya sebagai timbalan.
“What goes around comes around kata perbidalan Inggeris. Mahathir terpaksa bermain politik lagi. Hanya penggali dan cangkul sahaja akan memisahkan beliau dengan politik,” ulasnya lagi.
Baca di sini
“Saya sendiri mengenali Abdullah ini sebagai seorang yang lembut dan halus permainannya. Mahathir tidak sedar yang lembut Abdullah itu bukan untuk disudu. Kerasnya Abdullah bukan juga untuk ditakik,” tulisnya.
Menurutnya, Mahathir sedar sebelum ini Abdullah hanya berdiam diri dan tidak menentang Mahathir kerana mahukan jawatan Perdana Menteri itu terlebih dahulu.
Aspan menambah, Abdullah berbuat ‘bodoh’ sahaja sementara mendapatkan jawatan PM itu seperti beliau (Mahathir) lakukan kepada Hussein Onn semasa beliau menjadi timbalan kepada Hussein sebelumnya itu.
Justeru, beliau berpandangan Mahathir menyesal kerana melantik Abdullah seperti Hussein menyesal melantiknya sebagai timbalan.
“What goes around comes around kata perbidalan Inggeris. Mahathir terpaksa bermain politik lagi. Hanya penggali dan cangkul sahaja akan memisahkan beliau dengan politik,” ulasnya lagi.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-8-2013
'The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' akan jadi panas
Harakahdaily, | 09 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: ‘The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia’ akan di pasaran tidak lama lagi dan ini satu penerbitan yang bakal menjadi topik hangat serta polemik besar mengikut jangkaan saya, tulis Aspan Alias.
Tulisnya lagi, the pre publication remarks yang kita nampak melihatkan satu polemik yang hebat kerana apa sahaja yang melibatkan Dr Mahathir terutamanya dalam UMNO dan kepimpinan negara akan menjadi tumpuan ramai.
Lebih-lebih lagi, menurutnya tentang isu perlagaan di antara Dr Mahathir dan pewaris kepimpinannya Abdullah Badawi.
“Dr Mahathir hanya bertahan selama setahun sahaja sebelum keluar ke depan untuk membidas pewaris kepimpinannya itu dan beliau terus menerus melemparkan segala aib kepimpinan negara kita kepada Abdullah Badawi,” tulisnya di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com sebagaimana di bawah.
'The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia’ akan di pasaran tidak lama lagi dan ini satu penerbitan yang bakal menjadi topik hangat serta polemik besar mengikut jangkaan saya. ‘The pre publication remarks’ yang kita nampak melihatkan satu polemik yang hebat kerana apa sahaja yang melibatkan Dr Mahathir terutamanya dalam UMNO dan kepimpinan negara akan menjadi tumpuan ramai.
Lebih-lebih lagi tentang isu perlagaan di antara Dr Mahathir dan pewaris kepimpinannya Abdullah Badawi. Dr Mahathir hanya bertahan selama setahun sahaja sebelum keluar ke depan untuk membidas pewaris kepimpinannya itu dan beliau terus menerus melemparkan segala aib kepimpinan negara kita kepada Abdullah Badawi.
Segala-gala kemudharatan yang negara hadapi bermula dari Abdullah Badawi dan tidak ada sedikit pun ia bermula semasa pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekarang Abdullah pula memberikan pandangan dari sudut pemikirannya walaupun beliau (Abdullah) berdiam diri sahaja apabila Mahathir menyalahkan segala-galanya kepada Abdullah.
Mahathir berkata yang beliau belum lagi membaca penerbitan itu tetapi beliau akan memberikan respons mengikut apa yang beliau akan baca dan sudah menjadi kepastian Dr Mahathir akan membalasnya dengan lebih sinis lagi. Saya pun belum membacanya lagi tetapi dari apa yang disebutkan oleh Abdullah dalam publisiti ‘pre-launching’nya itu Abdullah telah memberikan pandangan yang bertentangan dengan Dr Mahathir dan itulah tanda-tanda ia akan menjadi topik hangat di mana-mana nanti.
Abdullah selama ini berdiam diri apabila di‘seksa’ oleh Dr Mahathir tetapi kali ini Abdullah keluar dan waktu dan masa ini adalah waktu yang paling terbaik bagi Abdullah untuk menjawab segala tuduhan dan kata-kata penghinaan Dr Mahathir terhadap beliau. Di antara Dr Mahathir dan Abdullah ini ibarat dua orang yang sedang bermain gasing.
Sudah begitu lama Dr Mahathir hanya memangkah sahaja. Nampaknya kali ini Abdullah pula mengambil giliran memangkah dan Dr Mahathir mengambil giliran memusing gasing itu pula. Gasing siapa yang pecah tidak pula kita ketahui kerana masing-masing dari hakikatnya adalah saling sandar menyandar dalam membuatkan politik negara kita menjadi sedemikian rupa.
Bagi saya jika ada kesalahan Abdullah itu, ia juga adalah kesalahan Dr Mahathir kerana Abdullah adalah ciptaan Dr Mahathir dalam kepimpinan negara. Mahathir telah mencipta Abdullah untuk dijadikan pemimpin yang boleh disuruh arah dan dipandu oleh pengaruh beliau setelah bersara. Media telah memaparkan Abdullah sebagai orang baik. Tetapi dari awal tidak pula media ini memaparkan sebagai seorang pemimpin yang baik, hanya sekadar orang baik sahaja.
Tetapi ciptaan Mahathir tidak menepati kegunaan yang diharapkan oleh beliau (Dr Mahathir), iaitu untuk menyuruh arah Abdullah. Mahathir terlupa yang Abdullah yang lembut itu adalah seorang yang degil. Abdullah tidak mudah melakukan sesuatu kerana memandang kearah telunjuk pemimpin yang telah mencipta beliau dan pengganti beliau (Dr Mahathir). Bagi Abdullah jika beliau dijadikan PM, jadikanlah beliau sebagai PM yang sebenarnya dan bukannya sebagai PM boneka kepada seseorang yang lain.
Itulah sebab bermulanya perselisihan di antara Abdullah dengan Dr Mahathir dan Mahathir bertindak cepat untuk mengkritik Abdullah secara terbuka dan kesemua kesalahan terhadap negara beliau lemparkan kepada Abdullah untuk bertanggungjawab. Sejak dari saat itu semua kesalahan terletak di bahu Abdullah dan bermula dari zaman pentadbiran Abdullah. Di sebaliknya semua yang boleh dipersepsikan sebagai baik adalah kepunyaan dan menjadi tuntutan Dr Mahathir sebagai sumbangan beliau kepada negara.
Apabila Dr Mahathir sedar yang Abdullah tidak mahu tunduk kepada kemahuannya maka Abdullah terpaksa menerima segala keburukan walaupun perkara itu dilakukan oleh Dr Mahathir sendiri. Segala keburukan berlaku dari zaman Abdullah Badawi.
Rasuah yang berlaku secara besar-besaran mengikut pandangan Dr Mahathir berlaku dari zaman Abdullah. Mengisi kepimpinan yang berbudaya mengampu dan ‘burung balam’ itu bermula dari zaman Abdullah.
Tidak siapa boleh percaya rasuah yang begitu besar dan dilakukan secara sistematik oleh kerajaan itu berlaku dari zaman Abdullah. Lazimnya rasuah yang sampai ke tahap seperti yang dialami negara sekarang memakan masa paling kurang dua puluh tahun untuk berkembang seperti yang kita lihat sekarang.
Mahathir tidak memberikan tumpuan untuk membina dan menyuburkan benih kepimpinan di kalangan UMNO kerana membina kepimpinan bermakna akan membunuh niat beliau untuk berkuasa dalam tempoh yang lama terhadap negara. Sedangkan semua mereka yang berkepimpinan dan yang terbina di zaman Tun Razak dan Hussein Onn pun diketepikan oleh Dr Mahathir dengan begitu halus, bagaimana seseorang itu boleh mengharapkan beliau untuk membina dan membentuk barisan pemimpin yang berkepimpinan.
Akhirnya Abdullah Badawi yang dari awal tidak pernah dilihat sebagai orang yang berpotensi untuk menjadi PM pun boleh manjadi PM dan mereka yang ada disekeliling Abdullah itu adalah dari ciptaan Mahathir senditri. Mereka mempunyai ciri yang serupa, baik Abdullah, Najib dan akan berterusan dengan kepimpinan acuan yang sama, baik Muhyiddin atau kesemua Naib-Naib Presiden UMNO yang ada pada hari ini.
Saya selalu menyebut sesiapa yang mentadbir negara selepas Dr Mahathir merupakan dari kumpulan yang sama, tidak boleh diharapkan apa-apa yang besar dari mereka. Mereka adalah ‘tot’ dari Dr Mahathir dan tidak mungkin ada dikalangan yang berkuasa dalam UMNO sekarang mampu memimpin negara dengan betul.
Dr Mahathir itu sendiri menerima akibat kritikan dan pemimpin yang mengambil beliau sebagai pemimpin negara. Hussein Onn sendiri pernah menzahirkan penyesalan beliau kerana memilih Dr Mahathir sebagai pengganti beliau tetapi cara mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang baik mereka tidak mengkritik Dr Mahathir seperti Dr Mahathir mengkritik Abdullah dan sekarang kritikan beliau akan hinggap pula kepada batang tubuh Najib Tun Razak.
Walau bagaimana pun mari kita baca dahulu apa yang tertulis dalam ‘Awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia’ yang akan dilancarkan oleh pemimpin pembangkang Nurul Izah Anwar itu.
Selepas itu kita bahaskan sama-sama. Apa yang saya komen ini hanyalah merupakan ‘preamble’ terhadap apa yang mungkin saya komen setelah membaca buku itu dengan sepenuhnya nanti.
Isu ini pastinya merupakan satu topik yang di minati ramai. Kita tunggu. Tidak lari gunung dikejar.

Sumber HD - 9-8-2013
Kalau dah bersara tu, diamlah, kata Pak Lah
http://www.ekeleh.com, | 07 Ogs 2013 |
Buku Pak Lah, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia memaparkan masa-masa beliau menjadi PM Malaysia. Seperti dilaporkan, jelas dalam buku tersebut banyak bahagian yang Pak Lah terpaksa membalas balik terhadap kritikan Mahathir sebelum ini.
Pak Lah juga perli Mahathir, antaranya Pak Lah bertekad tak mahu menjadi seperti Dr Mahathir.
Pak Lah nak Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri.
Tulis Pak Lah, “Sebab itu saya kekal berdiam diri selama ini. Saya percaya bila kita sudah bersara, kita akan bersara. Tidak lagi perlu kita campurtangan. Jika ada yang tidak puas hati, kita luahkan secara tertutup. Kenapa perlu hebahkan kepada media?.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-8-2013
Mahathir-Pak Lah kembali ‘panas’ menjelang 1 Syawal
Harakahdaily, | 07 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Setelah bertahun-tahun berdiam diri dan memendam rasa dengan kritikan dan serangan yang tidak sudah-sudah daripada Mahathir, Pak Lah akhirnya memilih untuk menjawab sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan terhadapnya itu melalui penerbitan sebuah buku yang bertajuk "Awakening - The Abdullah Badawi Years In Malaysia" yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi.
Menurut penulis Shahbudin Husin, maklumat awal mengenai buku ini sudah dikeluarkan semalam, namun majlis pelancarannya dijangka akan diadakan selepas Hari Raya nanti yang akan dilakukan oleh Pak Lah sendiri.
“Buku ini nampaknya menjadi medan untuk Pak Lah menjawab sebahagian daripada kritikan oleh Mahathir terhadapnya terutamanya mengenai pentadbiran negara, kedudukan kewangan yang ditinggalkan oleh Mahathir, keadaannya yang sering tertidur dan diketahui oleh Mahathir sebagai suatu penyakit tetapi sering digunakan untuk menunjukkan kelemahannya dan lain-lain lagi berkaitan pelbagai perkara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri,” tulis beliau di dalam blognya http://shahbudindotcom.blogspot.com seperti di bawah.
Setelah bertahun-tahun berdiam diri dan memendam rasa dengan kritikan dan serangan yang tidak sudah-sudah daripada Mahathir, Pak Lah akhirnya memilih untuk menjawab sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan terhadapnya itu melalui penerbitan sebuah buku yang bertajuk "Awakening - The Abdullah Badawi Years In Malaysia" yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi.
Maklumat awal mengenai buku ini sudah dikeluarkan semalam, namun majlis pelancarannya dijangka akan diadakan selepas Hari Raya nanti yang akan dilakukan oleh Pak Lah sendiri.
Buku ini nampaknya menjadi medan untuk Pak Lah menjawab sebahagian daripada kritikan oleh Mahathir terhadapnya terutamanya mengenai pentadbiran negara, kedudukan kewangan yang ditinggalkan oleh Mahathir, keadaannya yang sering tertidur dan diketahui oleh Mahathir sebagai suatu penyakit tetapi sering digunakan untuk menunjukkan kelemahannya dan lain-lain lagi berkaitan pelbagai perkara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.
Terbitnya buku ini selepas berakhirnya pilihanraya umum yang paling sengit dalam sejarah dan menjelang pemilihan UMNO yang akan berlangsung kira-kira dua bulan lagi tentunya boleh mengundang tafsiran yang berbagai-bagai. Masa terbitnya buku ini tentunya bukan suatu kebetulan tetapi barangkali setelah ditapis dan dianalisa kesan buruk dan baik dalam pelbagai segi.
Apatah lagi sekarang ini anak Mahathir iaitu Mukhriz dan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, masing-masing telah mendapat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dan Menteri Belia dan Sukan dan dijangka akan bertanding jawatan kanan dalam pemilihan kali ini manakala Mahathir pula seakan mahu menunjukkan pengaruhnya yang berterusan dalam UMNO dengan keaktifannya bersuara dan menghadiri pelbagai perjumpaan di sana-sini.
KJ dijangka akan terus mempertahankan jawatan Ketua Pemudanya manakala Mukhriz yang kalah di tangan KJ dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda empat tahun lalu pula sedang diasak untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO setelah faktor Mahathir dikatakan menjadi kunci kemenangan BN menawan semula Kedah daripada tangan Pas.
Ini menjadikan sementara bapa dan bapa mertua kedua-dua pemimpin itu terus berbalah, anak dan menantu mereka pula sedang meneruskan pendakian dalam hireaki UMNO.
Terbitnya buku Pak Lah ini menjelang sambutan 1 Syawal turut mengundang rasa teruja banyak pihak kerana selepas ini tentunya akan menerima reaksi balas daripada Mahathir pula. Mengenali watak Mahathir yang tidak pernah mengalah dengan sesiapa yang cuba mencari pasal dengannya, adalah dijangkakan reaksi Mahathir mengenai buku ini dan apa-apa perkara yang melibatkan dirinya sebagaimana yang tertulis dalam buku itu pastinya lebih pedas dan panas lagi.
Sementara umat Islam lain menunggu untuk bermaaf-maafan dan melupakan persengketaan lama, episod pertelingkahan Mahathir dan Pak Lah ini nampaknya baru hendak meletus kembali menjelang sambutan 1 Syawal ini setelah agak lama ianya menyepi dan harapan untuk melihat kedua-dua negarawan ini berbaik-baik kembali turut menjadi semakin tipis.
Sekiranya pada peringkat awalnya, buku ini mungkin mengganggu emosi Mahathir dan mengurangkan kegembiraannya menyambut Hari Raya pada tahun ini, jawapan balas daripada Mahathir mungkin pula menyebabkan Pak Lah turut terganggu dengannya.
Jika sekiranya selepas itu berlaku episod berbalas-balas kenyataan antara Mahathir dan Pak Lah dan tukang sampuk atau nasi tambah pula turut mengambil kesempatan, pertelingkahan kedua-dua bekas Perdana Menteri ini mungkin terus berlarutan dan tidak ada titik kesudahannya.
Mukhriz dan KJ pula mungkin menjadi anak dan menantu yang paling tidak gembira kerana terpaksa menyaksikan pelbagai pendedahan dan londeh-melondeh daripada bapa dan bapa mertua masing-masing serta dalam masa yang sama mengundang pula reaksi daripada pihak-pihak yang mungkin lebih tidak menyenangkan mereka. Tetapi itulah harga yang perlu dibayar oleh mereka kerana memilih menjadi pemimpin dan dalam masa yang sama menjadi anak kepada Mahathir dan menantu kepada Pak Lah.
Sebelum ini Mahathir bukan saja kerap mengkritik Pak Lah, baik dalam majlis terbuka atau perjumpaan tertutup, bahkan dalam buku memoir "A Doctor In The House" yang ditulisnya, Mahathir juga banyak mengkritik kepimpinan Pak Lah yang disifatkannya lemah dan mengundang banyak masalah kepada parti dan negara.
Namun Pak Lah, sejak berundur daripada jawatan Perdan Menteri tidak pernah menjawab walau sepatah perkataan pun terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya manakala Mahathir pula seakan-akan tidak pernah puas melakukan serangan dengan sering mengaitkan apa saja masalah dalam UMNO dan negara sebagai berpunca daripada era kepimpinan Pak Lah.
Rupa-rupanya Pak Lah berdiam diri selama ini kerana beliau sedang mengumpulkan fakta untuk menjawab dan menyerang kembali semula kritikan terhadapnya dan beliau memilih untuk menjawabnya melalui penerbitan sebuah buku.
Dengan terbitnya buku ini dan pertelingkahan Mahathir dan Pak Lah kembali menjadi panas, sebenarnya menarik juga untuk melihat apakah pendirian dan sikap Najib mengenainya. Walaupun pengaruh Pak Lah tidak sekuat Mahathir di dalam UMNO tetapi Najib memang diketahui amat gembira dengan sikap dan pendirian Pak Lah yang sentiasa menyokongnya sedangkan Mahathir agak flip-flop terhadapnya, kadang-kadang menyokong dan kadang-kadang mengkririk.
Malah selepas berakhirnya pilihanraya umum lalu, walaupun menyokong supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak ditandingi tetapi Mahathir diketahui mulai bersikap membelasah Najib terutama dalam perjumpaan tertutup dengan mereka yang bertemu dengannya.
Mungkinkah Najib sebenarnya gembira dan sedang tersenyum dengan terbitnya buku ini kerana sekurang-kurangnya ada orang lain sekarang ini sedang mengkritik Mahathir yang secara belakang-belakang turut mengkritiknya juga. Dengan kemungkinan berlakunya berbalas-balas kenyataan antara Mahathir dan Pak Lah selepas ini, secara langsung Najib tidak lagi menjadi tumpuan serangan oleh Mahathir dan beliau juga sudah boleh melupakan belasahan Mahathir terhadapnya sebelum ini.
Menjelang ketibaan 1 Syawal ini, lihatlah senyuman Najib pasti lebih melebar lagi. Dalam hatinya mungkin berbisik, terima kasih Pak Lah.

Umno sudah ada 'future PM' rupanya...
Shahbudin Husin, | 04 Ogs 2013 |
Di sebalik kemeriahan umat Islam menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitri yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi, ahli-ahli UMNO juga sibuk dengan pemilihan parti yang akan diadakan pada 5 Oktober depan. Sementara ada cawangan-cawangan UMNO dalam fasa mengadakan persidangan tahunan masing-masing dan memilih pemimpin di peringkat bahagian selepas itu, tumpuan sebenarnya tetap terarah kepada pemilihan pemimpin di peringkat pusat.
Berbagai nama sedang dijaja untuk dinaikkan pangkat, dikekalkan kedudukan dan tidak kurang juga ada beberapa nama yang lain mahu disingkirkan. Coffee house, lobi hotel, kopitiam dan restoran mamak mula menjadi tempat mengatur untuk menaik dan menjatuhkan pemimpin.
Walaupun jawatan Presiden dan Timbalan Presiden belum pasti sama ada akan dipertandingkan atau tidak dan desakan kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan terus kedengaran di sana sini, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin masih lagi membisu mengenai jawatan yang bakal ditandinginya.
Ini menjadikan kedudukan dua jawatan tertinggi itu terus menjadi teka-teki, meskipun pada hakikatnya ramai yang sangsi akan keupayaan Muhyiddin untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Dari segi keupayaan, kemampuan dan wibawa sebagai pemimpin, Muhyiddin tidak ada kurangnya berbanding Najib, cuma masalah utama yang membelenggu Muhyiddin ialah sikapnya yang tidak kenal orang, sedikit sombong dan tidak ramai penyokong setia.
Penyokong dan pengikut Muhyiddin sering datang silih berganti mengikut keadaan dan penyokongnya yang benar-benar setia pula hanya boleh dibilang dengan jari. Perjalanan politik Muhyiddin selama ini hampir 70 peratus ditentukan oleh nasib semata-mata, bukan kerana kesetiaan penyokong terhadapnya.
Beliau pernah menang dan kalah jawatan Naib Presiden UMNO. Beliau juga pernah hampir keseorangan dan ditinggalkan ramai kawan-kawan politiknya. Tetapi nasib sentiasa menyebelahinya. Jika tidak kerana tindakannya mendesak Pak Lah berundur awal dan Ali Rustam pula dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 2009 dulu, kedudukannya hari ini mungkin bukan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Setelah empat tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri, kedudukan penyokongnya tidak juga bertambah dengan mendadak. Masih ramai ahli dan pemimpin UMNO yang menganggapnya sebagai sombong. Berbanding ketika Pak Lah menjadi Timbalan Perdana Menteri, ghairah ahli UMNO terhadap bekas Perdana Menteri itu jauh lebih tinggi berbanding Muhyiddin.
Semuanya kerana sikap dan sifat semulajadinya. Beliau jarang tersenyum dan lebih sering mempamerkan wajah masamnya sehingga dilihat tidak mempunyai kemesraan dengan orang ramai. Beliau juga selalu tidak kenal dengan orang walaupun orang itu pernah ditemuinya sebelum ini.
Satu-satunya nasib yang mungkin menyebelahinya sekali lagi ialah jika Mahathir dan Daim menyebelahinya. Tetapi sehingga ini keadaan itu ternampak sukar kerana Mahathir dan Daim, walaupun mengkritik dan tidak setuju dengan banyak perkara mengenai Najib, namun masih lagi menyokong kepimpinannya sebagai Perdana Menteri.
Kebarangkalian yang hampir pasti setakat ini ialah Muhyiddin tidak mempunyai cukup keberanian dan kekuatan untuk mencabar Najib walaupun mungkin nafsu dan ghairahnya mahu menetap di Seri Perdana sentiasa ada. Beliau mungkin memilih untuk terus kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri saja.
Tengku Razaleigh yang disebut oleh banyak pihak mungkin mencabar Najib, juga turut belum memberi kata putusnya sehingga ini. Dalam masa yang sama, ada juga pihak lain mencadangkan agar Ku Li bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini kerana peluangnya dianggap lebih baik lagi bagi jawatan itu.
Dengan keadaan ini, jawatan yang paling menjadi tumpuan setakat ini ialah Naib Presiden UMNO. Sementara Zahid Hamidi dilaporkan oleh media sebelum ini bahawa beliau, Hishammudin dan Shafie Apdal hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden dan tidak membenarkan diri masing-masing bergerak ke atas atau ke bawah, perebutan jawatan itu nampaknya tetap menjadi tumpuan beberapa pemimpin UMNO yang lain.
Antara yang dilaporkan berminat ialah Pengerusi Felda, Isa Samad, bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan Salleh Tun Said Keruak. Beberapa pemimpin UMNO yang lain seperti Menteri Besar Johor, Khaled Nordin, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob, turut disebut-sebut akan turut menyertai persaingan Naib Presiden UMNO kali ini.
Meskipun di antara ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi dikatakan berada di kedudukan paling selesa untuk mengekalkan jawatannya berikutan kemesraannya yang tinggi dengan orang-orang UMNO, sikapnya yang pemurah dan suka menolong sesiapa saja yang datang menemuinya. Perubahan jawatannya dari Menteri Pertahanan kepada Menteri Dalam Negeri yang kemudian diiringi dengan pendirian terbukanya terhadap pengekalan Akta Hasutan dan Undang-undang Darurat, telah melonjakkan lagi sokongan terhadapnya daripada kalangan akar umbi UMNO.
Kebijaksanaan Zahid menunjukkan dirinya lebih pro Melayu dalam pelbagai isu yang muncul kebelakangan ini turut menambahkan lagi cahaya terang di hujung terowong perjalanan politik Ahli Parlimen Bagan Datoh itu berbanding lain-lain pesaingnya.
Bagaimanapun, kedudukan Hishammuddin tidak boleh dipandang mudah untuk menyaingi Zahid Hamidi. Beliau bukan saja mempunyai ramai penyokong dan pengikut setia tetapi kedudukannya sebagai anak bekas Perdana Menteri dan sepupu kepada Najib, turut memberi kelebihan kepadanya.
Lebih-lebih lagi, dalam tempoh masa hanya dua bulan saja lagi sebelum tarikh pemilihan pada 5 Oktober depan, sudah ada tukang-tukang kempen yang menjaja cerita tentang perlunya Hishammuddin terus dikekalkan bagi jawatan Naib Presiden UNNO kerana beliau dikatakan bakal PM masa depan Malaysia selepas ini.
Kedudukan Muhyiddin yang lebih berusia daripada Najib dijadikan sandaran untuk menonjolkan Hishammuddin lebih layak sebagai pengganti. Di kalangan Naib Presiden yang lain, walaupun Zahid lebih popular tetapi beliau juga dikatakan lebih berusia daripada Najib. Shafie Apdal pula, kerana beliau datang dari Sabah, peluangnya untuk menjadi pemimpin pelapis negara dikatakan hampir tipis.
Ini menjadikan Hishammuddin dikatakan satu-satunya pelapis terbaik untuk menggantikan Najib. Beliau lebih muda daripada Najib, sekarang memegang dua portfolio kementerian iaitu Pertahanan dan Pengangkutan yang menggambarkan signal jelas daripada Najib ke arah itu, selain darahnya sebagai sepupu Najib dan anak bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dianggap sebagai kelebihan juga.
Menjelang hari-hari terakhir kempen, adalah dipercayai kempen mewar-warkan Hishammuddin sebagai calon bakal Perdana Menteri akan lebih jelas kedengaran lagi, walaupun terdapat juga sesetengah kalangan dalam UMNO yang tidak menggemari beliau dan mahukan beliau diketepikan kali ini. Namun dengan beberapa kelebihan memihak kepada Hishammuddin, selain beliau juga memiliki kekuatan penyokong dan sumber kewangan yang kukuh, menyingkirkan beliau tidaklah semudah yang dijangka.
Apatah lagi terdapat juga kecenderungan untuk menjadikan pemilihan UMNO kali ini sebagai proses memilih pemimpin pelapis bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14 nanti. Dan di sinilah Hishammuddin mengambil peluang untuk menonjolkan dirinya.Tetapi jika Mukhriz Mahathir juga menyertai pertandingan Naib Presiden kali ini, bermakna bertambah seorang lagi anak bekas Perdana Menteri sedang meneroka laluan untuk berada di barisan utama kepimpinan UMNO.
Dengan Najib sudah mencapai kedudukan klimaksnya, Hishammuddin dan Mukhriz seperti sedang dipersiapkan untuk mengambil alih baton yang seterusnya dalam UMNO dan negara. - http://shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber HD - 4-8-2013
Muhyiddin Yassin selamat sampai di Tehran, Iran
http://atsixty-zakriali.blogspot.com, | 04 Ogs 2013 |
Tan Sri Muhyiddin Yassin Selamat Sampai Di Tehran, Iran
Pagi Tadi TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin Selamat Sampai Di Tehran,Iran Bagi Menghadiri Upacara Pelantikan Presiden Iran Yang Baru...Lawak2 Kat Tanah Air Sendiri Gerombalan Media Tali Barut UMNO/BN Duk Kutuk2 Syiah, Siap Kait Kan Pemimpin Dan Penyokong PAS Sebagai Syiah Bagai, Tetapi TPM Sanggup Pergi Disana Dan Menghadiri Upacara Pelantikan Presiden Iran Yang Baru Dimana Negara Itu Terkenal Demgan Bapa Segala Syiah...
Itupun Ramai Jugak Yang Buta Kayu...Kihkihkih....
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-8-2013
Gila: MCA, Gerakan dan MIC patut keluar BN S’ngor
Harakahdaily, | 01 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Selagi MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan Umno dalam BN Selangor dengan Noh Omar sebagai pengerusi, sebarang kritikan terhadap Noh mengatakannya gila hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu.
Ini hanya memperlihatkan hakikat bahawa parti komponen BN tidak berkongsi sebarang nilai kerana mereka adalah parti politik perkauman yang mewakili satu kaum sahaja,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.
Namun, ujarnya parti politik perkauman mono-etnik yang mengasingkan kaum lain masih boleh bekerja bersama-sama dalam BN kerana mereka mempunyai objektif yang sama dalam membiarkan rasuah, salah guna kuasa dan kapitalisme kroni.
Justeru, tegas beliau MCA, Gerakan dan MIC patut keluar daripada BN Selangor bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk tidak dikaitkan dengan pemimpin gila seperti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar yang mahu Guneswari, ibu kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata, ia jelas tidak wujud keyakinan dalam kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang memanggil Noh sebagai ‘gila’ kerana mahu Gunewari disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mendedahkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, apabila MCA masih lagi bekerjasama dengan Umno di Selangor.
“Untuk sebab ini, keengganan MCA untuk menerima permohonan maaf daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah di Shah Alam kerana menyuruh pelajarnya balik ke tanah leluhur masing-masing (balik India, balik China) dan seruan mereka supaya beliau didakwa atas kesalahan menghasur tidak akan diambil serius oleh masyarakat Malaysia, terutamanya Umno,” katanya lagi.
Menurutnya, memberi cadangan sedemikian di saat semua orang tahu anda tidak bermaksud mencadangkan, samalah seperti tidak memberi cadangan langsung.
Tambah beliau terdapat perselisihan sama ada pengetua tersebut turut menyuruh pelajar Melayu supaya ‘balik Indonesia’ memandangkan ia tidak didengari oleh pelajar bukan Melayu.
“Begitu pun jika kita memberinya manfaat keraguan, menyuruh pelajar supaya balik ke Indonesia bukanlah justfikasi yang betul untuk turut menyuruh pelajar lain balik ke India atau China. Tidak perlulah untuk menegakkan benang yang basah,” katanya beliau.
Ini, katanya bukanlah kali pertama kata-kata berbaur perkauman melampau digunakan oleh mana-mana pengetua terhadap pelajar bukan Melayu.
Katanya lagi, kegagalan Kementerian Pendidikan untuk bertindak terhadap pengetua-pengetua yang bersifat perkauman sejak dahulu hanya tambah membenarkan sebuah tabiat yang tidak sihat untuk terus berleluasa.
“Di mana semangat 1Malaysia di sekolah-sekolah, dan kenapa pula ibu bapa bukan Melayu mahu dipersalahkan apabila mereka tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah menengah kerajaan apabila masih wujud golongan pendidik yang bersifat perkauman,” katanya.
Ini hanya memperlihatkan hakikat bahawa parti komponen BN tidak berkongsi sebarang nilai kerana mereka adalah parti politik perkauman yang mewakili satu kaum sahaja,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.
Namun, ujarnya parti politik perkauman mono-etnik yang mengasingkan kaum lain masih boleh bekerja bersama-sama dalam BN kerana mereka mempunyai objektif yang sama dalam membiarkan rasuah, salah guna kuasa dan kapitalisme kroni.
Justeru, tegas beliau MCA, Gerakan dan MIC patut keluar daripada BN Selangor bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk tidak dikaitkan dengan pemimpin gila seperti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar yang mahu Guneswari, ibu kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata, ia jelas tidak wujud keyakinan dalam kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang memanggil Noh sebagai ‘gila’ kerana mahu Gunewari disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mendedahkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, apabila MCA masih lagi bekerjasama dengan Umno di Selangor.
“Untuk sebab ini, keengganan MCA untuk menerima permohonan maaf daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah di Shah Alam kerana menyuruh pelajarnya balik ke tanah leluhur masing-masing (balik India, balik China) dan seruan mereka supaya beliau didakwa atas kesalahan menghasur tidak akan diambil serius oleh masyarakat Malaysia, terutamanya Umno,” katanya lagi.
Menurutnya, memberi cadangan sedemikian di saat semua orang tahu anda tidak bermaksud mencadangkan, samalah seperti tidak memberi cadangan langsung.
Tambah beliau terdapat perselisihan sama ada pengetua tersebut turut menyuruh pelajar Melayu supaya ‘balik Indonesia’ memandangkan ia tidak didengari oleh pelajar bukan Melayu.
“Begitu pun jika kita memberinya manfaat keraguan, menyuruh pelajar supaya balik ke Indonesia bukanlah justfikasi yang betul untuk turut menyuruh pelajar lain balik ke India atau China. Tidak perlulah untuk menegakkan benang yang basah,” katanya beliau.
Ini, katanya bukanlah kali pertama kata-kata berbaur perkauman melampau digunakan oleh mana-mana pengetua terhadap pelajar bukan Melayu.
Katanya lagi, kegagalan Kementerian Pendidikan untuk bertindak terhadap pengetua-pengetua yang bersifat perkauman sejak dahulu hanya tambah membenarkan sebuah tabiat yang tidak sihat untuk terus berleluasa.
“Di mana semangat 1Malaysia di sekolah-sekolah, dan kenapa pula ibu bapa bukan Melayu mahu dipersalahkan apabila mereka tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah menengah kerajaan apabila masih wujud golongan pendidik yang bersifat perkauman,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-8-2013
Selepas Soi Lek, Prof Agus pula belasah Noh Omar
http://wasukalu.blogspot.com, | 01 Ogs 2013 |
Termasuk Prof Agus, sudah dua orang mengkritik kenyataan Noh Omar yang meminta polis menyiasat kenytaan seorang ibu dalam isu makan dalam bilik persalinan. Seblum ini Chua Aoi Lek membidas Noh Omar sehingga terkeluar perkataan "beliau sudah gila" merujuk kepada Noh Omar.
Inilah kenyataan Prof Agus
Saya terkejut apabila membaca kenyataan Pengerusi Umno Selangor menggesa polis menyiasat seorang ibu yang memuatnaik gambar yang menunjukkan murid SK Seri Pristina makan di bilik persalinan di bawah Akta Hasutan. Mengapa sampai begitu? Kenapa perlu kita menyiasata beliau di bawah Akta ini? Apakah tindakan ibu murid tersebut ada sifat menghasut? Yang mustahak, adakah ini fitnah supaya rakyat saling membenci antara satu sama lain?
Pada saya, tindakan ibu yang muat naik gambar tersebut adalah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati cara anak-anak makan dalam bilik persalinan sahaja. Tidak ada kaitan dengan tujuan menghasut dan seumpamanya, apatah lagi melibatkan soal perkauman.
Betul ibu itu sepatutnya mengadu kepada PIBG terlebih dahulu sebagai saluran yang betul, tetapi adakah wajar untuk kita menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan dengan tindakannya itu? Ini isu pokoknya yang perlu kita bahaskan. Pada saya, tidak wajar untuk ibu tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan kerana nantinya akan membuatkan rakyat takut untuk mengadu. Tetapi saya setuju jika ibu dan guru besar sekolah disiasat untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada kedua-dua pihak.
Inilah yang meriaukan saya dengan keadaan sekarang? Mengkritik dan mengadu dianggap sebagai tidak berterima kasih, lalu keluarlah kenyataan yang pelik-pelik dari pemimpin kita. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam; harga beras naik, makan ubi kayu; jika tidak puas hati dengan sistem politik negara, berhijrah ke negara lain? Pertanyaannya, apakah itu jawapan pemimpin kita kepada luahan rakyat?
Sepatutnya jawapannya mudah sahaja. Pihak berkuasa perlu menegaskan akan menyiasat aduan tersebut supaya memberi keadilan kepada semua pihak. Sepatutnya kita cari yang benar, atasi kelemahan dan kekurangan supaya murid dapat belajar dengan selesa. Jangan kita ancam aduan yang dibuat dengan Akta Hasutan?
Saya merayu supaya kita jangan hanya melihat isu kantin sekolah, isu pengetua suruh murid balik ke China dan India sebagai soal parti dan kaum semata-mata. Kita juga perlu lihat dari aspek lain. Soal kantin misalnya, kita boleh lihat berlakunya aduan seperti ini kerana kita menghadapi masalah prasarana sekolah yang tidak mencukupi, maka ini bermakna kita perlu cari peruntukan untuk meengkapkan kekurangan ini. Kita perlu selesaikan masalah dengan melihat kepada akar rumputnya, bukannya dengan memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan masalah pokok.
Dalam soal pendidikan janganlah kita berpolitik 24 jam. Dalam soal perkauman dan agama, kita perlu berhati-hati dengan kenyataan. Teringat saya kata-kata Khir Johari dulu apabila merujuk kepada hubungan antara kaum di negara kita: Cina itu ibarat pasir, India ibarat air dan Melayu ibarat simen. Apabila ketiga-tiganya digaul bersama, ia akan membentuk satu blok konkrit yang kukuh.
Apakah kenyataan Tan Sri Khir Johari 50 tahun dulu itu masih relevan lagi dengan kenyataan hubungan kaum kita hari ini? Kitalah yang menjawabnya.
Mohammad Agus Yusoff

Soi Lek: Noh Omar sudah gila
Betul ibu itu sepatutnya mengadu kepada PIBG terlebih dahulu sebagai saluran yang betul, tetapi adakah wajar untuk kita menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan dengan tindakannya itu? Ini isu pokoknya yang perlu kita bahaskan. Pada saya, tidak wajar untuk ibu tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan kerana nantinya akan membuatkan rakyat takut untuk mengadu. Tetapi saya setuju jika ibu dan guru besar sekolah disiasat untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada kedua-dua pihak.
Inilah yang meriaukan saya dengan keadaan sekarang? Mengkritik dan mengadu dianggap sebagai tidak berterima kasih, lalu keluarlah kenyataan yang pelik-pelik dari pemimpin kita. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam; harga beras naik, makan ubi kayu; jika tidak puas hati dengan sistem politik negara, berhijrah ke negara lain? Pertanyaannya, apakah itu jawapan pemimpin kita kepada luahan rakyat?
Sepatutnya jawapannya mudah sahaja. Pihak berkuasa perlu menegaskan akan menyiasat aduan tersebut supaya memberi keadilan kepada semua pihak. Sepatutnya kita cari yang benar, atasi kelemahan dan kekurangan supaya murid dapat belajar dengan selesa. Jangan kita ancam aduan yang dibuat dengan Akta Hasutan?
Saya merayu supaya kita jangan hanya melihat isu kantin sekolah, isu pengetua suruh murid balik ke China dan India sebagai soal parti dan kaum semata-mata. Kita juga perlu lihat dari aspek lain. Soal kantin misalnya, kita boleh lihat berlakunya aduan seperti ini kerana kita menghadapi masalah prasarana sekolah yang tidak mencukupi, maka ini bermakna kita perlu cari peruntukan untuk meengkapkan kekurangan ini. Kita perlu selesaikan masalah dengan melihat kepada akar rumputnya, bukannya dengan memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan masalah pokok.
Dalam soal pendidikan janganlah kita berpolitik 24 jam. Dalam soal perkauman dan agama, kita perlu berhati-hati dengan kenyataan. Teringat saya kata-kata Khir Johari dulu apabila merujuk kepada hubungan antara kaum di negara kita: Cina itu ibarat pasir, India ibarat air dan Melayu ibarat simen. Apabila ketiga-tiganya digaul bersama, ia akan membentuk satu blok konkrit yang kukuh.
Apakah kenyataan Tan Sri Khir Johari 50 tahun dulu itu masih relevan lagi dengan kenyataan hubungan kaum kita hari ini? Kitalah yang menjawabnya.
Mohammad Agus Yusoff
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-8-2013
Sistem pemilihan baru Umno transformasi palsu
Shahbudin Husin, | 31 Jul 2013 |
UMNO sudah menetapkan tarikh pemilihan pucuk pimpinannya tahun ini pada 5 Oktober depan. Kali ini pemilihan pemimpin di peringkat bahagian akan diadakan serentak dengan pemilihan pemimpin di peringkat nasional. Ia sesuai dengan kaedah pemilihan baru yang diperkenalkan Najib sebaik mengambil alih teraju kepimpinan UMNO pada 2009 lalu dengan tujuan menjadikan ruang demokrasi dalam parti menjadi lebih subur dan supaya UMNO lebih diminati oleh lebih ramai orang Melayu.
Sebelum UMNO diharamkan pada 1988, sesiapa yang ingin bertanding hanya memerlukan dua pencalonan daripada bahagian-bahagian UMNO tetapi sejak Mahathir menang hanya dengan kelebihan 43 undi di tangan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 dan kemudian menubuhkan UMNO Baru, beberapa peraturan untuk mengetatkan pertandingan telah diperkenalkan.
Antaranya ialah dengan memperkenalkan kouta pertandingan di mana mereka yang ingin bertanding apa-apa jawatan diperlukan melepasi kouta tertentu terlebih dahulu sebelum dibenarkan bertanding. Kouta pencalonan bagi jawatan Presiden ialah 30 peratus, Timbalan Presiden 25 peratus, Naib Presiden 20 peratus manakala Ahli MT 10 peratus. Bagi jawatan lain di peringkat sayap dan bahagian juga ada peratusan tertentu yang ditetapkan sebelum layak bertanding. Itulah yang menjadi antara sebab Mahathir mampu kekal selama 22 tahun sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Berikutuan keputusan buruk pilihanraya 2008 yang kemudian diikuti dengan pengunduran Pak Lah dan Najib mengambil alih teraju parti dan negara, beliau telah memperkenalkan peraturan baru dengan menghapuskan sistem kouta dan memberi ruang kepada lebih ramai ahli UMNO di peringkat bawahan hak memilih pemimpin. Ia sebahagian daripada transformasi politik Najib yang diperkenalkan oleh Najib.
Jika dulu pemilihan pemimpin hanya ditentukan oleh kira-kira 2,500 perwakilan sahaja tetapi kini ia lebih meluas dengan melibatkan seramai 146,500 perwakilan cawangan dari seluruh negara. Pemilihan juga diadakan serentak di seluruh negara untuk menjadikannya lebih adil dan tidak saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya Najib sering menjaja sistem baru ini menunjukkan keterbukaannya terhadap pertandingan serta pendirian yang tidak takut terhadap cabaran, selain sebagai usaha untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang lebih inklusif dan subur sistem demokrasinya.
Ahli dan pemimpin UMNO peringkat cawangan dan bawahan pula bagaikan tidak sabar untuk melaksanakan sistem baru kerana sebelum ini sebahagian besar mereka hanya menjadi golongan tumpang tengok saja dalam pemilihan pucuk pimpinan, malah ada yang hanya mengenali pemimpin melalui tatapan wajahnya di akhbar dan tv saja.
Dengan sistem pemilihan baru yang diperkenalkan Najib, ramai yang tidak sabar untuk menggunakan hak mengundi masing-masing, selain merasakan inilah masanya untuk mereka mengenali pemimpin kerana percaya ramai pemimpin atasan akan turun ke peringkat bawahan atau cawangan untuk melobi undi serta sokongan daripada perwakilan.
Soalnya benarkah sistem baru ini menjadikan demokrasi dalam UMNO lebih subur dan pewakilan seramai 146,500 itu benar-benar bebas memilih pemiimpin?
Apakah 146,500 itu boleh mengundi secara langsung pemimpin pilihan mereka sebagaimana tanggapan ramai?
Jika ditanya kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO peringkat cawangan mengenai sistem pemilihan baru itu, ramai di antaranya yang masih kabur, keliru dan tidak pasti bagaimanakah kaedah pemilihan baru itu berfungsi. Apa yang mereka tahu, kali ini bukan lagi 2,500 perwakilan yang menentukan kedudukan pemimpin di atas tetapi sudah menjadi 146,500. Kebanyakannya hanya mempunyai pengetahuan setakat itu saja.
Walaupun UMNO telah mengadakan siri taklimat ke negeri-negeri mengenai sistem pemilihan baru ini tetapi tidak semua ketua-ketua cawangan menghadirinya. Yang hadir pula kadangkala mempunyai pemahaman yang terbatas, lalu usaha untuk menerangkannya dengan lebih jelas kepada ahli-ahli menjadi terhalang.
Media-media pula seperti tidak memberi liputan atau huraian yang sejelas-jelasnya mengenai sistem baru ini. Pemimpin UMNO juga tidak bercakap banyak mengenainya, sekadar suka menyebut angka 146,500 perwakilan sebagai bukti keterbukaan dan transformasi yang mahu dibawa oleh Najib.
Hakikatnya, ramai yang tidak sedar bahawa walaupun 146,500 perwakilan diberi ruang mengundi atau memilih pemimpin dalam sistem baru ini tetapi mereka bukanlah boleh mengundi secara langsung pemimpin pilihan mereka. Meskipun mempunyai 146,500 perwakilan kali ini tetapi sistem yang digunakan ialah satu bahagian satu undi dan bukannya undian langsung perwakilan cawangan-cawangan.
Ini bermaksud jika sekiranya calon A dan B bertanding jawatan Presiden UMNO dan sebagai contoh UMNO Bahagian Pekan mempunyai perwakilan seramai 500 orang, sekiranya calon A memperolehi 400 undi manakala calon B memperolehi 100 undi, bermakna calon A telah memperolehi satu undi. Begitulah seterusnya berlaku di semua 191 bahagian-bahagian UMNO.
Sistem baru ini dikatakan adalah campuran daripada sistem pilihanraya di Amerika Syarikat dan United Kingdom atau dipanggil "electoral college".
Difahamkan juga, sistem baru ini hasil daripada beberapa pencarian serta pengubahsuaian dan hanya dimuktamadkan baru-baru ini sahaja. Yang nyatanya, sistem ini tetap memberi ruang kepada Ketua Bahagian melakukan kawalan dan Presiden atau sesiapa yang ingin kemenangan pula hanya perlu menjaga tembolok ketua-ketua bahagian untuk memastikan survivalnya terjamin.
Isunya ialah adakah kaedah satu bahagian satu undi ini benar-benar menunjukkan keterbukaan dan keinginan melihat demokrasi lebih subur atau sekadar transformasi palsu sedangkan matlamatnya tetap untuk melindungi mereka yang diatas terus kekal sebagai pemimpin.
Melalui satu bahagian satu undi, kawalan oleh mereka yang berjawatan lebih mudah terhadap bahagian-bahagian. Untuk mempertahankan jawatannya, Presiden atau Timbalan Presiden misalnya, perlu menemui semua 146,500 perwakilan cawangan-cawangan untuk mendapatkan undi tetapi cukup sekadar menjaga dan memberi jawatan atau habuan kepada Ketua-Ketua Bahagian saja.
Itulah antara sebabnya, walaupun tarikh pemilihan hanya tinggal kira-kira 2 bulan saja lagi tetapi kemeriahan dan kesibukan pemimpin turun ke peringkat bawahan masih tidak kelihatan lagi. Hanya ketua-ketua bahagian yang sibuk turun naik ke Kuala Lumpur menemui pemimpin atasan sambil diberikan pelbagai jenis habuan, kontrak dan jawatan.
Walaupun sistem ini dikatakan untuk memberi keadilan kepada bahagian-bahagian kerana jumlah cawangan setiap bahagian adalah berbeza-beza tetapi hakikat yang nyata ialah sistem "electoral college" ini juga bertujuan melindungi penyandang jawatan daripada digugat kedudukannya.
Kaedah ini nampak macam terbuka tetapi sebenarnya bukaannya hanya kecil saja. Ia tidak terbuka sepenuhnya sebagaimana yang disangka. Di sebalik transformasi dan keterbukaan yang dijaja, maksud tersiratnya untuk melindungi kepentingan sendiri nampaknya tetap lebih utama. - http://shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber HD - 31-7-2013
Apa dia dilema Umno?
Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, | 30 Jul 2013 |
Nampaknya ramai pembaca tidak dapat membezakan antara sokongan kepada pimpinan UMNO dengan sokongan terhadap idea menjuarai kepentingan orang Melayu. Inilah masalah pokoknya. Walhal, ianya dua perkara berbeza.Mempertahankan kepimpinan UMNO tidak sama dengan mempertahan idea menjuarai kepentingan orang Melayu. Idea atau konsep memperjuangkan kepentingan Melayu adalah hak semua orang Melayu. Dan idea itu bukan hak milik persendirian dan mutlak pimpinan dan ahli UMNO sahaja. Ianya boleh disebut, suarakan dan dilaksanakan oleh semua orang Melayu.
Melayu UMNO tidaklah ada kelebihan daripada Melayu bukan-UMNO. Kebetulan mereka berada dalam UMNO yang mempunyai ahli seramai 3.4 juta di seluruh negara. Mungkin ini yang memberi perasaan angkuh kepada ahli UMNO bahawa mereka sahaja yang berhak bercakap untuk kepentingan Melayu. Jika dalam PRU13 lalu, calon-calon UMNO secara direct mendapat 3.4 juta undi secara keseluruhan, ini baru sama dengan jumlah ahlinya. Ertinya, UMNO tidak mendapat sokongan dari rakyat yang melata. Dalam PRU lalu, jumlah orang Melayu yang keluar mengundi ialah 7.3 juta. Bermakna, kita boleh bercakap bagi pihak 3.9 juta Melayu yang tidak menyokong UMNO.
Mempertahankan pimpinan UMNO adalah kerja orang UMNO. Mempertahankan kepentingan orang Melayu adalah kerja SEMUA orang Melayu. Sementara orang UMNO boleh mempertahankan kepentingan orang Melayu kerana mereka Melayu, kerja dan tanggungawab itu, bukan hak mutlak mereka.
Sebaik sahaja kita faham perbezaan antara dua perkara ini, barulah kita akan faham bahawa berjuang dan bercakap mengenai hal-hal yang penting bagi orang Melayu boleh dilakukan dari platform mana-mana sahaja dan tidak semestinya UMNO. Jika ahli UMNO merasakan bahawa UMNO merupakan platform yang terbaik, saya tidak ada masalah dengan pandangan tersebut.

Saya hanya ada masaalah dengan pandangan bahawa hanya UMNO sahaja platform untuk menjuarai hal-hal yang penting untuk orang Melayu. Faktanya, UMNO mungkin boleh bercakap bagai 3.4 juta Melayu. Bagi pihak 3.9 juta Melayu yang lain bagaimana?
Dalam artikel yang terdahulu, sasaran asas ialah ialah kepimpinan UMNO, bukan parti tersebut.

Proposisi saya yang asas ialah kepimpinan yang lemah yang disokong oleh barisan pimpinan yang sepemikiran dengan pemimpin yang lemah, mencederakan kepentingan orang Melayu UMNO. Ini bermakna, Najib dan mereka yang sepemikiran dengan dia, tidak baik untuk orang Melayu UMNO.
Mereka akan menyebab orang Melayu menolak UMNO.
Nampaknya ada dua pendekatan mengembalikan keutamaan dan kedahuluan Melayu dalam politik negara. Pertama, golongan yang merasakan kaedahnya ialah dengan meningkatkan right wingism dalam UMNO. Guna cara agresif. UMNO mesti memilih mereka yang lebih Melayu dari orang lain.

Pendekatan ini dipelopori oleh the man who can walk on water - Dr Mahathir Mohamad. Itu tesis utama Dr Mahathir dalam artikelnya mengenai dilemma Cina. Dr Mahathir menyebutkan dilemma Cina ialah menimbangkan sama ada mahu mengambil alih kuasa politik dari orang Melayu setelah memiliki kuasa ekonomi.
Dengan sebutan tersebut, orang Melayu berdepan dengan isu yang sudah dipermudahakan oleh Dr Mahathir - siapa yang berani dan lebih Melayu? Sesiapa yang mengkaji pemikiran Dr Mahathir mestilah sudah tahu bahawa cara untuk memahami Dr Mahathir ialah mencari perkara yang tidak dizahirkan oleh Mahathir. Dan dalam artikel Dilema Cina - perkara yang tidak disebut ialah kebangkitan Cina mesti diperiksa dan diimbangi oleh right wingism Melayu UMNO. Itu sahaja penyelesaiannya. Bukan cara lembik dan berkompromi sana sini seperti yang dilakukan oleh Najib.
Dengan melakukan demikian, Mahathir telah pun meletakkan terms of reference untuk pemilihan UMNO tahun ini. Mesej Mahathir ialah ahli UMNO mesti memilih tokoh UMNO yang kelihatan lebih Melayu dari yang lain. Artikel Mahathir sebetulnya suatu sindiran tajam terhadap kepimpinan Najib.
Siapa lebih Melayu dan pada masa yang sama menimbulkan rasa tenteram di kalangan orang Melayu? Jawabnya Muhyiddin. Muhyiddin lebih Melayu dari Najib. Maka Muhyiddin secara tidak lansung telah mendapat perakuan dari Mahathir. Dan Muhyiddin mempunyai sokongan dari Kelantan, Terengganu, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Pahang. Dan mungkin secara keseluruhan. Najib pula dilihat sebagai pemimpin yang terhegeh-hegeh meraih ehsan dari Cina dan India. Ini pendekatan yang berlawanan dengan pendekatan Mahathir. UMNO yang lemah di bawah pimpinan yang lemah akan memberi konsesi yang berlebihan kepada bangsa lain. Itu mesej Mahathir.
Mungkin orang Melayu masih tidak sedar perkara ini. Ke mana Najib mahu bawak kita? Ekonomi kita ada lah contractor – driven. Projek besar semuanya dicadangkan oleh kontraktor dan pihak kerajaan memperakuinya. Apa yang kerajaan miliki ialah kuasa perakuan dan kuasa tersebut dieksploitasi oleh ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan untuk mengkayakan diri sahaja.
Agenda kerajaan dengan demikian tidak lain dan tidak bukan adalah agenda golongan peniaga yang mahu menghimpunkan kuasa ekonomi dan kekayaan dalam tangan mereka. Apa dia ETP jika tidak lain dan tidak bukan himpunan perancangan pihak swasta yang diperakui oleh kerajaan? Dan apa pula GTP - government transformation plan selain daripada menghimpunkan kuasa membuat keputusan dalam tangan oligarki pentadbiran?
Dilema UMNO pula ialah menimbangkan sama ada mengekal atau menolak Najib yang dilihat sebagai pemimpin yang banyak berkompromi akan kepentingan Melayu. Dr Mahathir sudah pun memberi petunjuk dalam hal ini. - http://sakmongkol.blogspot.com
Dengan sebutan tersebut, orang Melayu berdepan dengan isu yang sudah dipermudahakan oleh Dr Mahathir - siapa yang berani dan lebih Melayu? Sesiapa yang mengkaji pemikiran Dr Mahathir mestilah sudah tahu bahawa cara untuk memahami Dr Mahathir ialah mencari perkara yang tidak dizahirkan oleh Mahathir. Dan dalam artikel Dilema Cina - perkara yang tidak disebut ialah kebangkitan Cina mesti diperiksa dan diimbangi oleh right wingism Melayu UMNO. Itu sahaja penyelesaiannya. Bukan cara lembik dan berkompromi sana sini seperti yang dilakukan oleh Najib.
Dengan melakukan demikian, Mahathir telah pun meletakkan terms of reference untuk pemilihan UMNO tahun ini. Mesej Mahathir ialah ahli UMNO mesti memilih tokoh UMNO yang kelihatan lebih Melayu dari yang lain. Artikel Mahathir sebetulnya suatu sindiran tajam terhadap kepimpinan Najib.
Siapa lebih Melayu dan pada masa yang sama menimbulkan rasa tenteram di kalangan orang Melayu? Jawabnya Muhyiddin. Muhyiddin lebih Melayu dari Najib. Maka Muhyiddin secara tidak lansung telah mendapat perakuan dari Mahathir. Dan Muhyiddin mempunyai sokongan dari Kelantan, Terengganu, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Pahang. Dan mungkin secara keseluruhan. Najib pula dilihat sebagai pemimpin yang terhegeh-hegeh meraih ehsan dari Cina dan India. Ini pendekatan yang berlawanan dengan pendekatan Mahathir. UMNO yang lemah di bawah pimpinan yang lemah akan memberi konsesi yang berlebihan kepada bangsa lain. Itu mesej Mahathir.
Mungkin orang Melayu masih tidak sedar perkara ini. Ke mana Najib mahu bawak kita? Ekonomi kita ada lah contractor – driven. Projek besar semuanya dicadangkan oleh kontraktor dan pihak kerajaan memperakuinya. Apa yang kerajaan miliki ialah kuasa perakuan dan kuasa tersebut dieksploitasi oleh ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan untuk mengkayakan diri sahaja.
Agenda kerajaan dengan demikian tidak lain dan tidak bukan adalah agenda golongan peniaga yang mahu menghimpunkan kuasa ekonomi dan kekayaan dalam tangan mereka. Apa dia ETP jika tidak lain dan tidak bukan himpunan perancangan pihak swasta yang diperakui oleh kerajaan? Dan apa pula GTP - government transformation plan selain daripada menghimpunkan kuasa membuat keputusan dalam tangan oligarki pentadbiran?
Dilema UMNO pula ialah menimbangkan sama ada mengekal atau menolak Najib yang dilihat sebagai pemimpin yang banyak berkompromi akan kepentingan Melayu. Dr Mahathir sudah pun memberi petunjuk dalam hal ini. - http://sakmongkol.blogspot.com
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-7-2013
Mahathir sanggah Najib, tapi apa kesudahannya
Shahbudin Husin, | 29 Jul 2013 |
Apabila Mahathir terus menunjukkan sikap perkaumannya, dengan terbaru menyatakan mengenai dilema orang Cina sama ada mahu berkongsi kuasa atau merebut kuasa, bekas Perdana Menteri itu secara jelasnya menunjukkan beliau semakin berbeza dengan Najib. Najib yang memperkenallan 1Malaysia untuk mendapatkan undi kaum Cina, setelah ditolak oleh mereka pun tetap dengan sikap toleransi dan merintih terhadap sokongan kaum itu.
Berbeza dengan Mahathir, bermula dengan buku Dilema Melayu yang memperlihatkan sikap ultra Melayunya, kemudian 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan dan kini menjadi pesara paling berkuasa, sikapnya terhadap Melayu tidak banyak berubah. Walaupun memperjuangkan Melayu tetapi semasa menjadi Perdana Menteri, beliau sentiasa mendapat sokongan daripada pelbagai kaum termasuk Cina.
Tulisan terbaru Mahathir mengenai dilema kaum Cina negara ini yang telah menguasai ekonomi dan perniagaan dan kini berada dalam dilema sama ada mahu berkongsi kuasa atau merebut kuasa daripada Melayu, boleh dibaca dengan tafsiran yang pelbagai tetapi yang jelasnya ia menunjukkan perbezaannya yang makin ketara dengan Najib.
Mahathir juga tidak menyetujui dasar 1Malaysia yang diperkenalkan Najib sebelum ini dan beberapa kritikannya terhadap sikap pengundi kaum Cina sebelum kni menguatkan perbezaannya dengan Najib.
Meskipun dalam pilihanraya lalu Mahathir berkempen kuat untuk kemenangan BN tetapi selepas itu, beliau mula menunjukkan sikap kritikalnya. Beberapa pendekatan dan pembaharuan yang cuba diperkenalkan Najib mengundang kritikan terbuka daripadanya.
Antaranya, Mahathir tidak bersetuju dengan cadangan Najib mahu memansuhkan Akta Hasutan kerana berpendapat akta itu masih perlu untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ini. Beliau juga tidak setuju dengan penghapusan Ordinan Darurat dan mengaitkannya dengan kadar peningkatan jenayah dan jenayah berulang.
Mahathir juga mengkritik perjanjian TPPA yang dianggapnya sebagai penjajahan bentuk baru kuasa besar kepada negara serta lebih merugikan berbanding untung yang bakal diharapkan sedangkan Najib lebih melihat keuntungannya semata-mata.
Ayah kepada Menteri Besar Kedah, Mukhriz itu juga tidak bersetuju dengan cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal berbilang kaum dan berpendapat parti berasaskan kaum masih relevan lagi bagi negara ini. Najib bagaimanapun meneruskan penubuhan makmal untuk mengkaji perkara itu dan seperti tidak memperdulikan pendirian Mahathir.
Mahathir juga tidak bersetuju dengan pemberian tunai BR1M bernilai RM500 yang diperkenalkan Najib kerana katanya, ia merupakan pendekatan yang tidak baik untuk pertumbuhan negara, selain menyebabkan rakyat tidak berterima kasih dengan pemberian itu kerana menganggapnya sebagai wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat. Bagi Mahathir juga, pemberian BR1M adalah bentuk kempen Najib yang gagal.
Sekali lagi kritikan Mahathir itu sedikit-sebanyak mengundang dilema kepada Najib menjelang pembentangan Belanjawan 2014 Oktober depan, sama ada mahu menerus atau menghentikan pemberian tunai itu sedangkan dalam kempen pilihanraya lalu, BN juga berjanji untuk menaikkan BR1M kepada RM1,200 setahun jika terus diberi mandat oleh rakyat.
Hakikatnya Mahathir tidak saja menunjukkan perbezaan dan penyanggahannya terhadap beberapa pendekatan Najib, bahkan penentangan dan sikap kritikalnya terhadap Najib juga diluahkan kepada orang-orang berkunjung menemuinya.
Antara kritikan Mahathir yang dipercakapkan oleh ramai orang ialah mengenai kepimpinan yang lemah, mengabaikan Melayu serta cenderung meniru gaya kepimpinan Pak Lah yang menyerahkan banyak perkara mengenai pentadbiran kerajaan untuk dinilai dan diputuskan oleh penasihat-penasihat yang dipercayainya.
Ada kumpulan tertentu bertemu dengan Mahathir dikatakan telah bertanya kepadanya sama ada elemen "Tingkat 4" ketika pentadbiran Pak Lah sedang berulang dalam pentadbiran Najib sekarang, Mahathir dengan tegas dan yakin berkata, "yes".
Kumpulan penasihat Najib ini turut dikritik oleh Daim Zainuddin, sekutu rapat Mahathir dan menegaskan mereka perlu berundur kerana sering memberi nasihat yang salah kepada Perdana Menteri. Selepas pilihanraya, antara penasihat Najib yang terus menjadi sasaran ialah Omar Ong yang dikatakan banyak memberi cadangan mengenai keperluan Najib untuk terus bersikap liberal dan terbuka, terutamanya kepada kaum Cina.
Malah dalam perjumpaan Perkasa dengan Mahathir minggu lalu, dikhabarkan juga beliau banyak menyentuh mengenai kelemahan kepimpinan dan pentadbiran Najib serta mahukan NGO yang sudah berubah menjadi Perkasa 1Malaysia itu memainkan peranan lebih aktif menyerang dan mengkritik Najib.
Namun demikian, persoalan yang timbul mengenai sikap Mahathir itu, terutamanya di kalangan rakyat dan ahli-ahli UMNO ialah apakah penyudahnya? Apakah kritikan dan sanggahan itu hanya sekadar kritikan dan sanggahan semata-mata? Apakah ianya bakal membuatkan Najib tersingkir dari kerusi Perdana Menteri sebagaimana yang dilakukan terhadap Pak Lah dulu?
Apakah kepimpinan tertinggi UMNO yang bakal mengadakan pemilihannya pada 5 Oktober depan bakal berubah dengan adanya kritikan dan sanggahan Mahathir itu?
Rata-rata ramai yang keliru dengan sanggahan Mahathir terhadap Najib dan apakah tujuan sebenar beliau melakukannya. Kekeliruan itu tambah mengukuh apabila Mahathir juga sebelum ini menyokong agar tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.
Mahathir dikatakan keberatan untuk mengasak Muhyiddin agar mencabar Najib kerana menyedari Timbalan Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi berbanding Najib yang mempunyai rangkaian penyokong tegar di berbagai peringkat dalam UMNO berbanding Muhyiddin yang hanya mempunyai penyokong bermusim dan silih berganti. Selain ketiga-tiga Naib Presiden UMNO sekarang adalah orang Najib, di dalam barisan Majlis Tertinggi pula mereka yang dikenali sebagai orang Muhyiddin juga hanyalah boleh dibilang dengan jari.
Dalam hal ini, walaupun Muhyiddin belum memutuskan jawatan yang bakal ditandinginya dan terus menyebabkan timbulnya spekulasi beliau bakal mencabar Najib, laluan Muhyiddin sebenarnya tidaklah mudah jika beliau memutuskan untuk menentang Najib, kecuali jika dibantu oleh keajaiban Tuhan.
Seorang lagi pemimpin UMNO yang berpotensi mencabar Najib ialah Tengku Razaleigh tetapi Mahathir memang tidak sekata dengannya sejak Ahli Parlimen Gua Musang itu mencabar beliau pada 1987 dan agak mustahil Mahathir mahu menyokong beliau.
Dengan hanya dua bulan lebih saja lagi sebelum tarikh pemilihan UMNO, sikap dan pendirian Mahathir dan kaitannya dengan kedudukan Najib terus menjadi bualan di mana-mana. Dalam masa yang sama, Najib pula dilihat terus tidak memperdulikan kritikan Mahathir dan meneruskan apa juga yang sedang dirancangnya seolah-olah suara Mahathir hanyalah umpama gangguan nyamuk di tepi telinga.
Selain meneruskan pemansuhan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat serta meneruskan kajian untuk menjadikan BN parti tunggal pelbagai kaum, Najib juga terus meminta dan mendengar cadangan daripada para penasihatnya yang dikritik itu.
Najib juga, walaupun dengan sistem pemilihan yang baru diperkenalkan di samping adanya kritikan daripada Mahathir, nampaknya tidak tergugat dan mempunyai keyakinan untuk terus mempertahankan kerusi Presiden UMNOnya itu.
Ke manakah seterusnya kritikan dan sanggahan Mahathir itu? Mungkinkah ianya hanya untuk menyedarkan Najib dan bukan untuk menjatuhkannya? Atau mungkinkah Najib akan diundurkan dengan cara yang lain selepas pemilihan UMNO nanti, tetapi sebelum PRU14 menjelang tiba? - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Sumber HD - 29-7-2013
Pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan - Mahathir
Disusun semula dari Thechulan.blogspot.com, | 29 Jul 2013 |
(Pertemuan Tun Dr Mahathir dengan ahli KelabCheDet - Thechulan.blogspot.com)
PUTRAJAYA: “Kalau pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet Sabtu lalu di pejabatnya.
“Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti,” tambahnya.
Bagi beliau, ahli Umno sudah tidak berkualiti lagi,apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam Umno.
“Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa baru lah diluluskan, begitu seterusnya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semuanya tidak berkelayakan.
“Orang-orang yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin Umno ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan,” ujarnya.
“Dulu waktu saya jadi Presiden, MT Umno berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa," katanya.
Bagi beliau, kerosakan Umno bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin Umno, dan kemudian Datuk Seri Najib gagal memperbetulkannya menjadikan keadaan bertambah buruk.
“Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang Cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk Cina, ini sudah pun berlaku sekarang.
“Lihat sahaja isu EC (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat begitu jugalah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan," katanya.
“DS Najib nak jadi 'BRAND' dan juga slogan '1Malaysia' kerana dia fikir nama Umno sudah tidak bagus lagi,” dakwa Mahathir.
Bagi beliau, 1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain.
Pada orang Cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan Cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah Cina dan sebagainya.
“Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang didengar oleh pemimpin,” getus Mahathir.
“Pemuda Umno sekarang tidak semacam dulu,” ujar Tun Mahathir.
Ini amat ketara kerana Pemuda Umno ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu.
“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam,” katanya lagi.
“Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya,” jelas Tun Mahathir. “Saya di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantaranya mencadangkan DS Najib di langgar (dalam pemilihan parti),” tambahnya.
Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengannya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang Cina.
Malah mereka ini sangat di layan dengan istimewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya.
Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan, tambahnya.
Tentu sekali pemimpin Umno bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.
Tun Mahathir juga turut menyatakan bahawa apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu.
Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada.
“Adakah sebarang kontrak orang Cina akan serah kepada Melayu?" tanya Tun Mahathir.
“Orang Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga tapi malangnya apa yang dapat kepada orang Cina tidak pernah dapat kepada orang Melayu," katanya.
Tun juga memberi contoh antara institusi milik bukan orang Melayu dan apa yang dibuka oleh orang Melayu untuk bukan Melayu sebagai contoh.
“Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada Umno dan DS Najib,” kata Tun lagi.
“BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya,” kata Tun lagi.
“Saya Ultra Malay tapi orang Cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka. Pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi,” kata Tun.
“Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang Cina," ujarnya.
Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, Ya saya akan kata saya rasis”.
Dalam sesi dialog ini nama-nama tertentu dengan kedudukan tertentu juga disebut oleh Tun, tetapi kerana bertaraf “sulit” dan terlalu sensitif, maka tidak perlu di perjelaskan di sini.
KelabCheDet juga telah diberitahu oleh Tun tentang hal-hal keselamatan negara dan kedudukan politik individu Umno serta pendapatnya berkenaan tokoh-tokoh tertentu.
Pertemuan di akhiri dengan pesanan dan arahan tertentu yang mana pastinya NGO seperti KCD akan berusaha keras untuk merealisasikannya demi kepentingan Alif Ba Ta.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-7-2013
Muhyiddin lebih popular dari Najib, isterinya lagi popular
Harakahdaily, | 23 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa kini populariti timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengatasi bosnya Datuk Seri Najib Razak di dalam Umno.
“Malah isteri Muhyiddin (Hajjah) Norainee (Abd Rahman) lebih popular daripada (Datin Seri) Rosmah (Mansor),” kata sumber Umno itu yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi.
Ditanya apa bukti beliau untuk menyatakan demikian, berikut ialah jawapannya.
“Ada orang terkenal daripada Universiti Malaya maklumkan kajiannya pada Muhyiddin. Dan beliau sangat gembira. Terbukti keputusannya untuk membisu tatkala orang war-war tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi dalam Umno adalah tepat,” kata sumber Umno itu lagi.
Menurut sumber Umno itu lagi, Najib kini semakin hilang pengaruh sepenuh di dalam Umno. Najib, katanya, kini terus diasak Tun Daim Zainuddin dan Tun Mahathir Mohamad.
“Ada orang sangat besar mengingatkan Najib bagaimana semua orang kanannya tewas di PRU13, tapi orang lain boleh menang. Contoh yang paling ketara ialah di Kedah, di mana Setiausaha Politiknya Datuk Sahlan Ismail tewas pada Datuk Mahfuz di Pokok Sena, tapi yang lain menang termasuk mengalah Mat Sabu. Najib terduduk apabila diingatkan perkara itu dan diberi amaran bahawa nyawanya sebagai presiden Umno kini di hujung tanduk,” tambah sumber Umno.
Beliau turut berkata sehingga kini perbincangan masih hangat samada perlu menggunakan pilihanraya kecil Kuala Besut sebagai titik permulaan menjatuhkan Najib.
Blogger pro-Mahathir dan bekas editor NST A Kadir Jasin menulis pada hari Ahad yang lalu bahawa Umno hanya akan berubah sekiranya mereka tewas di Kuala Besut.
“Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis. Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU. Wallahualam,” tulis Kadir.
Kadir turut berkata BN mungkin kalah di Kuala Besut sebagaimana ia tewas di Kuala Terengganu selepas pilihanraya 2008.
“Ahli Parlimen BN Kuala Terengganu, Razali Ismail, meninggal dunia. Allahyarham menang PRU 2008 dengan kelebihan undi 628 saja.
"BN meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, orang kanan Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Media menguar-uarkan kemenangan besar bagi BN. Dia kalah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan defisit undi sebanyak 2,631.
"Tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 Julai ini. Cuma kelebihan undi bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, adalah besar. Dia memperoleh 8,809 undi manakala calon PAS, Napisah Ismail, mendapat 6,375, memberikan majoriti 2,434,” tambah beliau.
Sumber Umno menyatakan bahawa Kadir sememangnya berharap agar Muhyiddin akan mencabar Najib sebagaimana beliau.
“Kadir dalam tulisannya menulis Muhyiddin 'tidak berminat' mencabar Najib kerana 'sudah penat' dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM sebenarnya sedikit tersasar.

Muhyiddin cuma sedikit terkilan apabila Mahathir berkata tiada dalam Umno yang layak menggantikan Najib. Tapi Daim telah memberikan keyakinan semula padanya kerana kuat melobi jawatan presiden dipertandingkan.
"Bagi Muhyiddin, sekiranya Tan Sri membaca ini, tolong bertanding untuk selamatkan Umno daripada terus reput. Kami perlu kepimpinan yang baru. Kami hendakkan juga Puan Sri Noraini menggantikan tempat Rosmah. Semua ahli Umno kini hanya menunggu isyarat daripada Tan Sri.

Asalkan Tan Sri bagi signal, kita semua akan bersatu di belakang Tan Sri untuk memaksa Najib mengundur diri daripada tewas di tangan Tan Sri,” rayu sumber Umno itu sebelum menamatkan perbualan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-7-2013
Azalina, Shahrizat: Pilih satu atau tolak kedua-dua
Harakahdaily, | 22 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Sama ada mengekalkan Shahrizat Jalil atau memilih Azalina Othman Said sebagai Ketua Wanita Umno yang baru, masalah Wanita Umno sebenarnya tidak akan selesai dan tidak juga mampu menjadi cerminan bahawa pergerakan itu menjadi lebih cantik dan menarik.
“Shahrizat ada bebannya yang tersendiri, begitu juga dengan Azalina,” tulis Shah budin Husin di dalam blognya.
Justeru, baginya untuk menyolek dan menghias dirinya menjadi lebih menarik, Wanita Umno sebenarnya perlu mencari pemimpin baru yang bukan saja berwibawa tetapi juga tidak mempunyai beban yang dibawa bersamanya ke dalam pergerakan itu.
Menurutnya, mereka yang layak itu boleh dicari di kalangan Exco Wanita Umno atau pun yang di luar daripadanya.
“Tetapi sehingga ini rasanya gandingan Halimah Siddiqe dan Norian Kasnon yang mana kedua-duanya sudah menjadi timbalan menteri dan Ahli Parlimen, boleh dipertimbangkan untuk memberi nafas baru kepada pergerakan itu,” tulisnya lagi.
Baca lagi
“Shahrizat ada bebannya yang tersendiri, begitu juga dengan Azalina,” tulis Shah budin Husin di dalam blognya.
Justeru, baginya untuk menyolek dan menghias dirinya menjadi lebih menarik, Wanita Umno sebenarnya perlu mencari pemimpin baru yang bukan saja berwibawa tetapi juga tidak mempunyai beban yang dibawa bersamanya ke dalam pergerakan itu.
Menurutnya, mereka yang layak itu boleh dicari di kalangan Exco Wanita Umno atau pun yang di luar daripadanya.
“Tetapi sehingga ini rasanya gandingan Halimah Siddiqe dan Norian Kasnon yang mana kedua-duanya sudah menjadi timbalan menteri dan Ahli Parlimen, boleh dipertimbangkan untuk memberi nafas baru kepada pergerakan itu,” tulisnya lagi.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD _ 22-7-2013
Ditandingi atau tidak jawatan, Umno tetap sama
Aspan Alias, | 21 Jul 2013 |
Ramai yang meminta saya memberikan komen tentang perhimpunan agung UMNO Oktober ini yang kini sudah sampai ke fasa kempen mengempen yang kuat diantara pemain politik UMNO hari ini. Tahun ini adalah tahun pemilihan parti dan tentulah ia mendapat tumpuan istimewa dari orang ramai.
Tumpuan ini di sebabkan ia berkait dengan UMNO. Pertamanya UMNO itu adalah parti pemerintah dan tidak hairan ia menjadi tumpuan ramai. Tumpuan terhadap parti itu lebih kuat lagi kerana parti itu telah menjadi isu besar kepada rakyat dan negara. Lagi pula UMNO baru sahaja selesai bersama dengan parti-parti lain melaksanakan tuntutan perlembagaan persekutuan untuk mengadakan pilihanraya setiap lima tahun.
Keputusannya sudah diketahui umum. UMNO mendapat kelebihan sedikit kerusi dari PRU ke-12 tetapi jika dihitung dari kemenangan yang diperolehi oleh ahli-ahli parti dalam BN, ‘coalition’ itu telah kekurangan sebanyak tujuh kerusi berbanding dengan PRU ke-12 dahulu.
Mahu tidak mahu kita terpaksa akui yang UMNO masih menjadi pilihan rakyat khususnya orang-orang Melayu. Orang Melayu yang keluar menyokong kempen pilihanraya yang begitu ramai sebelum PRU ke-13 itu diadakan, kembali berduyun-duyun memberikan sokongan kepada UMNO kerana orang di atas pagar terutamanya orang Melayu merasa kehilangan keyakinan yang kekal terhadap Pakatan Rakyat di saat-saat akhir.
Sebab kenapa mereka berkurangan keyakinan kerana ada parti dalam Pakatan Rakyat hanya dikuasai oleh kaum Cina sahaja. Maka perjuangan kita untuk mencapai matlamat perpaduan kaum yang hampir terjadi akhirnya tidak tercapai juga. ‘It crashed before taking off’. Jika dihitung-hitung dalam keadaan dan situasi sekarang ramai yang yakin UMNO akan tetap menang dalam pilihanraya yang akan datang walaupun dengan majoriti yang lebih kecil dari PRU 2008 dan 2013.
Jika dikira dari kemenangan parti secara individu UMNO merupakan parti yang akan menang lagi dalam PRU yang akan datang. Jika sekarang UMNO memenangi 89 kerusi, jika parti itu melalui pilihanraya sekali lagi UMNO mungkin memenangi 70 kerusi pula. Dari segi itu UMNO tetap akan memenangi jumlah kerusi yang terbesar.
DAP tidak mungkin memenangi 70 kerusi dan lagi pun hampir kesemua kerusi yang dimenangi oleh DAP sudah pun mereka menangi. Jika pada keseluruhannya BN kalah tetapi sebagai sebuah parti secara individunya UMNO akan tetap diminta menubuhkan kerajaan. Hanya apabila UMNO gagal menubuhkan kerajaan melalui rundingan-rundingan dengan parti-parti lain untuk menubuhkan kerajaan campuran, barulah Pakatan Rakyat dengan gabungannya mungkin mampu untuk menubuhkan kerajaan alternatif.
Itu sebabnya UMNO menjadi perhatian ramai terutamanya apabila pemilihan parti sampai. UMNO sudah hilang keyakinan ramai walaupun parti itu mungkin dapat bertahan dengan keadaan yang lebih lemah lagi pada masa yang akan datang.
Yang mendapat perhatian khusus ialah tentang pemilihan dua kerusi tertinggi parti itu. Ada pihak yang mahukan kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dan ada yang mahu jawatan itu dipertandingkan. Tidak payah kita bersusah payah memberikan pandangan sama ada jawatan-jawatan itu patut dipertandingkan kerana samada ia ditandingi atau tidak ia tidak akan memberikan apa-apa faedah tambahan kepada parti itu.
Pertandingan selalunya dilakukan untuk mencari siapa yang paling layak untuk memimpin. Najib telah gagal dengan jelas maka ada suara-suara meminta Muhyiddin mengambil alih kedudukan Najib dengan beliau menandingi Najib dalam pemilihan ini. Tetapi apa kelebihan Muhyiddin dari Najib dan apakah nilai tambahan yang Muhyiddin boleh sumbangkan kepada parti?
Blog ini tidak lekang dari memberikan pandangan yang jika Najib diambil alih oleh mereka yang ada dalam Majlis Teringgi parti itu ia tidak akan membawa apa-apa perubahan. Muhyiddin atau mana-mana di antara Naib Presiden parti itu datangnya dari acuan yang sama. Nilainya sama, sikapnya sama dan imejnya sama. Jika kita hendak bukti yang Muhyiddin pun tidak akan dapat menyumbang kepada perubahan bolehlah UMNO menggantikan Najib dengan Muhyiddin.
Dalam tempoh yang sekejap sahaja akan terbukti keadaan akan sama sahaja kerana mereka adalah sama. Itu bukan perubahan namanya. Mereka dari resepi yang sama. Ibaratnya seperti kuih bahulu. Kuih bahulu itu rasanya sama sahaja walaupun ia berbeza bentuknya. Kalau dibuat kueh bahulu dengan bentuk ikan pula kali ini ia akan tetap sama rasanya dengan yang berbentuk buah manggis misalnya. Ia tetap bahulu. Rasanya tetap rasa bahulu.
Dari membazir masa berkelahi dan berpuak biarkan sahaja Najib terus menjadi pemimpinnya. ‘Consequence’ nya akan sama juga sama ada Najib atau Muhyiddin yang memerintah dan mengetuai kerajaan. UMNO akan terhempas juga akhirnya.
UMNO itu juga ibarat kereta tua yang selalu rosak dan terkandas. Kereta yang belum terlalu teruk kerosakannya boleh ditukar alat-alat ganti di bengkel. Tetapi jika hampir kesemua komponen dalam enjin kereta itu terpaksa diganti dengan ‘spare-parts’ nya maka lebih baik kereta itu dilakukan 'overhaul' samasekali. Atau ditukar kereta itu terus dengan kereta yang baru. Kalau sayang kepada ‘brand’ kereta itu, ditukar sahaja kereta dengan jenama yang sama yang baru.
Pendeknya jika dalam Perhimpunan Agung UMNO pemilihan dibuat di antara mereka dalam Majlis Tertinggi sekarang sebagai seorang yang memandang dari luar ini, elok dilupakan sahaja niat untuk menandingi jawatan tertinggi parti itu.
Kalau sekadar untuk bertanding semata-mata untuk bertanding sahaja bolehlah bertanding. Kalau bertanding pun elok juga kepada setengah penggiat parti itu. Setidak-tidaknya perwakilan mungkin dapat “BRIM” pemilihan UMNO.
Dapat juga mereka menukar kereta atau setidak-tidaknya dapat juga menukar ‘sport-rim’ kereta mereka. Perwakilan semasa pemilihan tinggi nilainya.
Setakat seramai 146,000 perwakilan sekarang pimpinan yang kaya raya masih boleh dan masih berupaya untuk ‘kawtim’ di sana sini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Sumber HD - 21-7-2013
Mat Said lebih pentingkan zoo dari Taman Ilmu?
Harakahdaily, | 20 Jul 2013 |
BESUT: PAS mempersoal tindakan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang didakwa telah mengabaikan projek Taman Ilmu di kampung Tembila di sini sehingga gagal disiapkan.
Projek bagi menempatkan beberapa buah institusi pengajian tinggi di atas tanah seluas 700 ekar itu dimulakan sewaktu Datuk Seri Idris Jusoh menjadi menteri besar selepas pilihan raya umum 2004 lalu.
Dalam projek itu, tapak untuk pembinaan universiti disediakan manakala kerajaan negeri akan menyediakan pejabat pentadbiran, dewan konvokesyen, pusat pelajar, perpustakaan, asrama serta kompleks sukan.
Namun difahamkan, selepas Ahmad Said dilantik menteri besar selepas PRU 2008, projek tersebut tidak menjadi keutamaan kerajaan negeri sehingga ianya tidak siap sampai ke hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pihak kontraktor juga menghadapi masalah tidak menerima bayaran terhadap kerja-kerja yang 80 peratus telah disiapkan.
Malah katanya sehingga 2012 kontraktor-kontraktor ini tidak lagi meneruskan kerja-kerja ditapak malah bersetuju untuk "mutual termination".
Menurut beliau, dianggarkan kos diperlukan untuk menyiapkan baki 20 peratus lagi projek tersebut hanya sekitar RM50 juta.
"Apa yang dikesali, sementara projek Taman Ilmu tidak diberi perhatian sepatutnya dari aspek kewangan, dalam masa sama Menteri Besar (Ahmad Said) memberi tumpuan pula kepada projek Zoo di Kemaman yang memakan belanja berjuta-juta ringgit.
"Dalam masa sama juga kerajaan sedang berbelanja beratus juta ringgit membina kompleks bebas cukai di Pulau Bayas di tengah ceruk hutan Tasik Kenyir di mana 'viabiliti' projek tersebut di persoalkan," katanya.
Beliau mendedahkan perkara itu pada sidang media di Markas Besar PAS PRK Kuala Besut hari ini.
Tambah beliau lagi, terdapat dua blok bangunan yang hampir siap itu juga telah mengalami masalah kerosakan struktur dan kemungkinan perlu dirobohkan semula.
Sementara itu, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media sama berkata, beliau tidk menolak kemungkinan masalah projek itu disebabkan pergeseran antara Ahmad dengan Idris.
Namun katanya, adalah tidak wajar pertelingkahan dua pemimpin itu sehingga memperjudikan keperluan dan kepentingan rakyat.
"Saya tak mahu ambil bahagian isu pergaduhan mereka, tapi tindakan ini telah mengainaya rakyat Besut dan Kuala Terengganu ini," katanya.
Projek bagi menempatkan beberapa buah institusi pengajian tinggi di atas tanah seluas 700 ekar itu dimulakan sewaktu Datuk Seri Idris Jusoh menjadi menteri besar selepas pilihan raya umum 2004 lalu.
Dalam projek itu, tapak untuk pembinaan universiti disediakan manakala kerajaan negeri akan menyediakan pejabat pentadbiran, dewan konvokesyen, pusat pelajar, perpustakaan, asrama serta kompleks sukan.
Namun difahamkan, selepas Ahmad Said dilantik menteri besar selepas PRU 2008, projek tersebut tidak menjadi keutamaan kerajaan negeri sehingga ianya tidak siap sampai ke hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pihak kontraktor juga menghadapi masalah tidak menerima bayaran terhadap kerja-kerja yang 80 peratus telah disiapkan.
Malah katanya sehingga 2012 kontraktor-kontraktor ini tidak lagi meneruskan kerja-kerja ditapak malah bersetuju untuk "mutual termination".
Menurut beliau, dianggarkan kos diperlukan untuk menyiapkan baki 20 peratus lagi projek tersebut hanya sekitar RM50 juta.
"Apa yang dikesali, sementara projek Taman Ilmu tidak diberi perhatian sepatutnya dari aspek kewangan, dalam masa sama Menteri Besar (Ahmad Said) memberi tumpuan pula kepada projek Zoo di Kemaman yang memakan belanja berjuta-juta ringgit.
"Dalam masa sama juga kerajaan sedang berbelanja beratus juta ringgit membina kompleks bebas cukai di Pulau Bayas di tengah ceruk hutan Tasik Kenyir di mana 'viabiliti' projek tersebut di persoalkan," katanya.
Beliau mendedahkan perkara itu pada sidang media di Markas Besar PAS PRK Kuala Besut hari ini.
Tambah beliau lagi, terdapat dua blok bangunan yang hampir siap itu juga telah mengalami masalah kerosakan struktur dan kemungkinan perlu dirobohkan semula.
Sementara itu, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media sama berkata, beliau tidk menolak kemungkinan masalah projek itu disebabkan pergeseran antara Ahmad dengan Idris.
Namun katanya, adalah tidak wajar pertelingkahan dua pemimpin itu sehingga memperjudikan keperluan dan kepentingan rakyat.
"Saya tak mahu ambil bahagian isu pergaduhan mereka, tapi tindakan ini telah mengainaya rakyat Besut dan Kuala Terengganu ini," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-7-2013
Muhyiddin diingatkan jangan makan umpan Khairy
Harakahdaily, | 18 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Ramai pemimpin Umno berharap timbalan presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak termakan dengan umpan ketua pemudanya, Khairy Jamaludin yang memberikan amaran kekalahan BN di Kuala Besut akan menggugat kedudukan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Sumber Umno menghubungi Harakahdaily setelah membaca kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Muhyidin tidak wajar jatuh dalam perangkap ini.
“Harap Tan Sri Muhyiddin tidak makan umpan Khairy. Pengarah pilihanraya kecil Kuala Besut ialah dia dan bukannya Najib. Jangan cuba ambil peluang ini untuk menjatuhkan Najib. Kerana sekiranya tewas, Najib akan salahkan dia dan bukan Najib dipersalahkan,” ujar sumber Umno kepada Harakahdaily.
Di parlimen semalam, Ketua Pemuda Umno itu meramalkan keadaan akan menjadi tidak menentu sekiranya PAS berjaya merampas kerusi Kuala Besut menjadikan kedua-dua parti menguasai jumlah kerusi yang sama banyak iaitu 16-16.
"Sekiranya kita tewas di sini, dan kalau sekiranya ada pilihan raya negeri Terengganu dan DUN Terengganu dibubarkan, satu gelombang – bukan biru – tetapi suatu gelombang, suatu gerakan, suatu goncangan akan berlaku sampai ke Dewan Rakyat.
"Dan kita tak mahu melihat kedudukan BN, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pengerusi BN, presiden Umno digugat, oleh kerana apa yang berlaku di Kuala Besut.
"Oleh demikian saya merayu. Saya merayu dan saya mengajak anak muda Kuala Besut supaya memastikan kemenangan, bukan hanya Kuala Besut, bukan hanya masa depan Kuala Besut, bukan hanya pembangunan Kuala Besut, tetapi memastikan BN terus memerintah Malaysia," katanya.
Sumber Umno tersebut turut bertanya pada Harakahdaily samada telah membaca artikel terbaru John Berthelsen di Asia Sentinel.
John mendakwa kini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin sedang menguasai Umno dan Najib kini semakin tidak berkuasa.
Menurut sumber yang diperoleh beliau, rata-rata ahli Umno berpendapat politik perkauman Mahathir yang menyelamatkan Umno-BN di PRU13.
Sebaliknya, mereka merasakan tema 1Malaysia Najib yang cuba mencari undi bukan Melayu adalah punca kekalahan teruk pada BN.
Kini kata John, blog-blog Umno juga sedang mendesak agar Najib dihukum – termasuklah Zainuddin Maidin dan A Kadir Jasin, bekas ketua editor NST.
Namun begitu, kata John, Najib akan kekal sebagai presiden Umno kerana mendapat sokongan Mahathir, yang berkata tiada siapa yang layak menggantikan beliau.
“Diharap Tan Sri Muhyiddin dapat melihat semua ini sebagai muslihat untuk mengelirukan beliau sambil menyelamatkan Najib. Muhyiddin kena menang di Kuala Besut. Tapi Umno sedang disabotaj secara dalaman. Keputusan PRK Kuala Besut amat berkait rapat dengan pemilihan Umno akan datang,” kata sumber Umno lagi.
Ketika ditanya mengenai pandangan beliau mengenai PRK Kuala Besut, beliau berkata persaingan yang mula-mulanya nampak mudah bagi BN kini sudah bertukar sengit.
“Umno sememangnya menjangkakan PAS menurunkan seorang ustaz ataupun kekalkan calon Muslimat. Tapi tidak, PAS kali ini lebih bijak kerana memilih Che Long, sesuatu yang tidak dijangka Umno. Di Kuala Besut, susah nak cari orang yang tidak pernah dengar kemurahan hati Che Long dari segi membantu orang susah.
"Faktor Che Long seorang sudah menjadikan persaingan yang mudah ini menjadi sengit. Bertambah dengan kempen 16-16, penduduk Kuala Besut dan terutamanya penyokong Umno mungkin akan memberikan undi pada PAS kali ini,” tegas beliau.
Ditanya samada beliau ingin melihat 16-16 terjadi, sumber Umno dengan selamba berkata, “Teringin sangat. Ramai di Umno juga berpendapat yang sama. Tapi di Kuala Besut, duit raya masih menjadi faktor penting menentukan hala undi.
"Tapi yang lebih menarik, lihatlah tangan-tangan gelap Umno di PRK Kuala Besut yang sudah tersedia mencatur untuk sabotaj keputusan PRK Kuala Besut untuk menguatkan diri dan mencantas musuh masing-masing. Jangan kelip mata daripada pertembungan Ahmad Said dan Idris Jusoh,” kata sumber Umno sebelum talian terputus.

Sumber HD - 18-7-2013
Kenapa KJ kait Kuala Besut dengan kedudukan Najib?
Shahbudin Husin, | 18 Jul 2013 |
Dalam usaha kempen untuk memastikan kemenangan calon BN di Kuala Besut, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (KJ) telah mengaitkan kemungkinan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak akan tergugat jika BN tewas dalam pilihanraya kecil ini.
Menurut beliau, jika BN tewas di Kuala Besut dan kedudukan jumlah kerusi DUN Terengganu menjadi seri serta kemungkinan akan diadakan pilihanraya peringkat negeri, suatu gelombang, gerakan dan goncangan yang akan menggugat kedudukan Najib akan berlaku.
Sehubungan itu, beliau beberapa kali merayu anak-anak muda Kuala Besut agar memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil ini bagi mengelakkan kedudukan Najib ssbagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN daripada tergugat.
Sekali imbas ternampak macam KJ mahu mempertahankan kedudukan Najib apabila beliau menyebut mengenai perkara itu tetapi siapa yang dimaksudkan oleh KJ boleh menggugat kedudukan Perdana Menteri itu?
Selama ini orang ramai hanya selalu mengaitkan keputusan pilihanraya Kuala Besut dengan kedudukan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said saja kerana jika PAS menang, kedudukan jumlah kerusi BN dengan PR menjadi seri dan akan membuat Ahmad Said menjadi goyah.
PAS sendiri dalam kempennya menggunakan slogan 16-16 Terengganu Baru iaitu mengenai kemungkinan mereka mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga yakin jika kedudukan menjadi 16-16, kerusi Menteri Besar Terengganu akan menjadi milik mereka.
Dalam kempen-kempen yang lain juga, PAS lebih banyak menyerang pentadbiran kerajaan negeri terutama berkaitan tanah, pembangunan, rasuah dan sebagainya.
PAS sendiri tidak melihat ada kaitan keputusan di Kuala Besut ini dengan kedudukan dan masa depan politik Najib dan menjatuhkan Perdana Menteri melalui Kuala Besut bukanlah matlamat PAS. Matlamat PAS dan PR memenangi Kuala Besut ialah untuk mengambil alih kerusi Menteri Besar saja.
Jadi, siapa yang dimaksudkan KJ boleh menggugat kedudukan Najib itu?
Kalau dengan kedudukan seri dan kemudian diadakan pilihanraya negeri pula, kalau pun PAS dan PR memenanginya, yang tumbang hanyalah kerajaan negeri dan hilang jawatan pula hanya Ahmad Said.
Dengan jatuhnya negeri Terengganu, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri tidak tergugat sama-sekali kerana kalah di peringkat negeri tidak menjejaskan 133 kerusi BN di Parlimen.
Kalau begitu, siapa yang sebenarnya boleh menggugat Najib seperti yang dimaksudkan KJ?
Mungkinkah dengan kekalahan BN di Kuala Besut dan jika diadakan pilihanraya peringkat negeri dan BN juga kalah kemudiannya, akan berlaku undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen?
Nampak macam tidak logik perkara itu akan berlaku kerana kekalahan di satu kerusi DUN atau kehilangan satu negeri tidak merupakan alasan yang kuat untuk membawa undi tidak percaya terhadap Najib.
Habis, siapa lagi yang boleh menggugat Najib?
Mungkinkah KJ sebenarnya ingin memberitahu bahawa kekalahan BN di Kuala Besut bermakna penolakan terhadap kepimpinan Najib sebagai Presiden UMNO dan ia seharusnya dilanjutkan kepada pemilihan UMNO yang akan diadakan hujung tahun ini. Desas-desus memang sudah lama bertiup bahawa Muhyiddin atau Tengku Razaleigh akan masuk gelanggang untuk mencabar Najib kali ini.
Tetapi menjadi persoalan juga jika KJ mengaitkan kekalahan BN di Kuala Besut dengan pertandingan jawatan Presiden UMNO sedangkan Pemuda UMNO sudah membuat keputusan sebaik saja PRU 13 lalu agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan. Kalau sudah bersetuju jawatan Najib tidak ditandingi, apa yang ditakutkan dengan kedudukan Najib akan tergugat?
Atau adakah ini bermakna KJ sudah mengubah keputusan dan bersetuju jawatan Presiden UMNO ditandingi pula? Atau juga ini merupakan signal beliau bahawa sekiranya BN kalah di Kuala Besut, maka bermakna kedudukan Najib wajar menjadi pertimbangan semula 146,500 perwakilan UMNO yang akan mengundi pada kali ini?
Secara logiknya, apabila KJ mengaitkan Kuala Besut dengan kedudukan Najib yang bakal tergugat, ia tentunya lebih menjurus kepada pemilihan UMNO berbanding gugatan daripada PR dan Anwar Ibrahim. Dalam waktu yang terdekat ini juga, bahang pemilihan UMNO lebih memanas sementara ancaman daripada PR dan Anwar sudah kelihatan mulai sejuk.
Anwar dan PR selain menumpukan kepada proses membantah keputusan pilihanraya di mahkamah, mereka juga sudah mulai bergerak untuk memenangi PRU 14 lima tahun akan datang. Maknanya, Anwar bukan lagi ancaman kepada Najib.
Apabila KJ mengatakan kedudukan Najib bakal tergugat, apakah juga bermakna situasi Najib sekarang makin lemah? Apakah kedudukan Muhyiddin yang dikatakan akan mencabar Najib makin kuat dalam pemerhatian KJ?
Kemenangan BN di Kuala Besut mungkin mampu menyelamatkan Najib tetapi harus diingat kemenangan yang sama juga akan melonjakkan nama Muhyiddin kerana beliau merupakan Pengarah pilihanraya dan menghabiskan banyak masanya, bukan saja menemui rakyat, menjadi imam bahkan juga memberi banyak projek pembangunan segera untuk Kuala Besut.
Kuala Besut lebih menaikkan nama Muhyiddin, walaupun kemenangannya menggembirakan Najib dan Ahmad Said.
Dengan KJ secara tiba-tiba mengaitkan Kuala Besut dengan kedudukan dan masa depan Najib sedangkan PAS hanya ingin menumbangkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar, bahang kempen mungkin akan menjadi bersimpang-siur dalam hari-hari terakhir menjelang 24 Julai ini. Kempen untuk calon BN akan menjadi bercampur-campur dengan kempen untuk mempertahan atau menyingkirkan Ahmad Said dan Najib.
Sama ada gelombang kempen untuk menukar kepimpinan Ahmad Said akan bertaut dengan usaha untuk menyingkirkan Najib atau gelombang menolak Najib menjadi lebih kuat akhirnya dan turut meresapi pemikiran pengundi Kuala Besut atau pengundi Kuala Besut tidak terkesan dengan semua permainan itu, kebarangkalian Kuala Besut bakal mencipta pelbagai arus politik untuk UMNO dan negara selepas ini tidak boleh dinafikan begitu saja.
Dan KJ mungkin sedang memerhati semua arus itu dan memikir-mikir arus manakah yang tidak akan menyebabkan hanyut dan kelemasan. - http://shahbudindotcom.blogspot.com

Najib meraban kaitkan Mesir dengan Malaysia
Zulkifli Yahaya, | 13 Jul 2013 |
DATUK Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Akhirnya, kata Najib, ia menyebabkan rakyat menuntut perubahan sekali lagi.
Siapa pun yang menjadi pemimpin kepada kerajaan tua BN tidak akan mensia-siakan peluang untuk mengeksploit kemelut di Mesir perihal bahayanya menukar kerajaan. Tun Mahathir Mohamad sewaktu berkuasa sehingga kini pun masih bercakap dalam nada yang sama; bahaya menukar kerajaan. Sekalipun, katanya, kerajaan yang ada (BN) bukanlah sempurna.
Walhal situasi di Mesir berbeza sama sekali dengan Malaysia. Pertama kali rakyat bangkit menentang rejim Hosni Mubarak dua tahun lalu setelah merasakan kerajaan pimpinannya tidak membawa apa-apa perubahan dalam menjaga kebajikan rakyat, sedangkan pada ketika itu rakyat mengalami tekanan ekonomi yang sangat teruk.
Isu utamanya masih persoalan ‘bread and butter’ atau periuk nasi, bukan perjuangan berteraskan ideologi. Cuma solidariti kebangkitan rakyat dibantu oleh pelbagai golongan, antaranya yang memperjuangkan keadilan sosial, menuntut demokrasi, yang menolak sekular dan memperjuangkan Islam, pejuang kebebasan bersuara, golongan miskin serta yang sekadar hadir untuk mencatat sejarah. Tanpa dipimpin oleh sesiapa, mereka semua bersatu menumbangkan rejim Mubarak yang tidak pernah mempamerkan model demokrasi sebenar di negaranya.
Di Malaysia, kerangka dan landasan demokrasi sudah pun wujud. Sebahagian rakyat cuma menuntut demokrasi itu dimurnikan supaya pertarungan merebut kuasa berlaku atas padang yang sama rata. Perubahan kepimpinan kerajaan diharapkan berlaku di Malaysia untuk sebuah negara yang lebih baik. Model perubahan dalam skala yang lebih kecil pernah berlaku di peringkat negeri.
Pertukaran kerajaan langsung tiada membawa huru hara atau keadaan yang lebih buruk. Rakyat yang sudah terbiasa dengan sistem demokrasi di Malaysia tahu bahawa pertukaran hanya untuk tempoh sepenggal. Rakyat Malaysia tidak pernah berkira-kira mahu menjatuhkan melalui kekerasan. Mereka hanya turun di jalan raya untuk menuntut demokrasi yang bersih, tanpa senjata di tangan, hanya berbekalkan garam dan air mineral.
Ulasan penuh dalam Harakah 6-9 RAMADAN 1434 / 15-18 JULAI 2013
Siapa pun yang menjadi pemimpin kepada kerajaan tua BN tidak akan mensia-siakan peluang untuk mengeksploit kemelut di Mesir perihal bahayanya menukar kerajaan. Tun Mahathir Mohamad sewaktu berkuasa sehingga kini pun masih bercakap dalam nada yang sama; bahaya menukar kerajaan. Sekalipun, katanya, kerajaan yang ada (BN) bukanlah sempurna.
Walhal situasi di Mesir berbeza sama sekali dengan Malaysia. Pertama kali rakyat bangkit menentang rejim Hosni Mubarak dua tahun lalu setelah merasakan kerajaan pimpinannya tidak membawa apa-apa perubahan dalam menjaga kebajikan rakyat, sedangkan pada ketika itu rakyat mengalami tekanan ekonomi yang sangat teruk.
Isu utamanya masih persoalan ‘bread and butter’ atau periuk nasi, bukan perjuangan berteraskan ideologi. Cuma solidariti kebangkitan rakyat dibantu oleh pelbagai golongan, antaranya yang memperjuangkan keadilan sosial, menuntut demokrasi, yang menolak sekular dan memperjuangkan Islam, pejuang kebebasan bersuara, golongan miskin serta yang sekadar hadir untuk mencatat sejarah. Tanpa dipimpin oleh sesiapa, mereka semua bersatu menumbangkan rejim Mubarak yang tidak pernah mempamerkan model demokrasi sebenar di negaranya.
Di Malaysia, kerangka dan landasan demokrasi sudah pun wujud. Sebahagian rakyat cuma menuntut demokrasi itu dimurnikan supaya pertarungan merebut kuasa berlaku atas padang yang sama rata. Perubahan kepimpinan kerajaan diharapkan berlaku di Malaysia untuk sebuah negara yang lebih baik. Model perubahan dalam skala yang lebih kecil pernah berlaku di peringkat negeri.
Pertukaran kerajaan langsung tiada membawa huru hara atau keadaan yang lebih buruk. Rakyat yang sudah terbiasa dengan sistem demokrasi di Malaysia tahu bahawa pertukaran hanya untuk tempoh sepenggal. Rakyat Malaysia tidak pernah berkira-kira mahu menjatuhkan melalui kekerasan. Mereka hanya turun di jalan raya untuk menuntut demokrasi yang bersih, tanpa senjata di tangan, hanya berbekalkan garam dan air mineral.
Ulasan penuh dalam Harakah 6-9 RAMADAN 1434 / 15-18 JULAI 2013
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-7-2013
Apa punya kenyataan Shahidan Kassim keluarkan ni?
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 13 Jul 2013 |
Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik kedalam kabinet oleh Najib ini membuatkan aku merasa rugi sama sekali membayar cukai pendapatan untuk membayar gajinya..
Baca di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-7-2013
Lagi ahli parlimen Umno dapat habuan dari Najib
Shahbudin Husin, | 10 Jul 2013 |
Proses pemberian habuan jawatan dan kedudukan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang tercicir dalam perlantikan kabinet kini diteruskan dengan dua lagi Ahli Parlimen diberikan jawatan dalam syarikat GLC. Mereka yang terbaru menerima habuan ialah Ahli Parlimen Pulai, Nurjazlan Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia dan Othman Abdul, Ahli Parlimen Pendang dilantik sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur.
Nurjazlan sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Pulai dan merupakan anak sulung Allahyarham Mohamed Rahmat, bekas Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Penerangan yang begitu dikenali dalam UMNO manakala Othman Abdul pula adalah ahli politik veteran di Kedah tetapi dibawa semula bertanding dalam pilihanraya baru-baru ini dengan misi untuk menewaskan Mat Sabu di Pendang.
Beberapa laporan sebelum ini menyebut bahawa Najib akan mengagih-agihkan pemberian jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang tidak dilantik ke jawatan kabinet sebagai sebahagian daripada proses membalas budi dan juga untuk memastikan kesetiaan mereka tidak berbelah bagi terhadapnya.
Ia bukan saja dari kemungkinan beliau ditentang dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini tetapi juga kebarangkalian berlakunya undi tidak percaya di Parlimen. Untuk jawatan Presiden UMNO, Najib kemungkinan disebut-sebut akan dicabar sama ada oleh Muhyiddin atau pun Tengku Razaleigh Hamzah manakala undi tidak percaya juga kemungkinannya akan memunculkan Tengku Razaleigh sebagai pilihan untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri yang sedia di Parlimen.
Antara Ahli Parlimen yang sudah dilantik ialah Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif sebagai Pengerusi SPNB, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji, Rais Yatim sebagai Presiden UIA dan penasihat bertaraf menteri bagi kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan, Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA serta Ng Yen Yen sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan dan juga penasihat pelancongan kerajaan bertaraf menteri.
Dipercayai Najib akan terus mengagih-agihkan habuan dan ganjaran ini kepada ramai Ahli Parlimen lagi untuk mencapai matlamat melindungi kepentingan politik dan masa depannya itu.
Beberapa perlantikan sebelum ini, terutamanya Azeez Rahim dikecam oleh banyak pihak kerana kelayakannya yang diragui manakala peribadinya pula disifatkan tidak sesuai untuk menerajui institusi besar seperti Tabung Haji yang mempunyai aset sejumlah RM35 billion dan terlibat dalam urusan berkaitan ibadah umat Islam. Perlantikan penasihat kerajaan bertaraf menteri pula dipertikai kerana ia dianggap suatu pembaziran dan menambahkan lagi beban perbelanjaan kerajaan.
Semalam Pakatan Rakyat juga membangkitkan isu yang sama dan mahukan Perdana Menteri melihat dari segi keperluannnya kepada kepentingan kerajaan serta beban perbelanjaan, dan tidak semata-mata kepada keuntungan dari segi politik sahaja.
Perlantikan Nurjazalan sebagai Pengerusi Telekom dan Othman Abdul sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur adalah yang terbaru dibuat oleh Najib. Nurjazlan difahamkan sudah menerima surat perlantikan dan akan memulakan tugasnya awal Julai depan manakala Othman Abdul sudah pun memulakan tugasnya beberapa hari lalu.
Namun tidak seperti perlantikan Azeez Rahim yang dipertikaikan kerana kelayakannya serta Rais Yatim dan Ng Yen Yen yang dianggap pembaziran, perlantikan Nurjazlan dan Othman Abdul diterima dengan baik oleh banyak pihak.
Nurjazlan, seorang akauntan bertauliah yang sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Pulai di Johor dianggap berpatutan diberikan jawatan itu berikutan senioritinya sebagai Ahli Parlimen dan kedudukannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Telekom Malaysia sebelum ini. Perlantikan sebagai Pengerusi umpama kenaikan pangkat saja.
Dari sudut politik pula, Nurjazlan dianggap menyumbang kemenangan berharga kepada BN dalam pilihanraya lalu berikutan kemampuannya menewaskan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub di kerusi Parlimen Pulai. Namun ada pihak juga merasakan berikutan kelayakan dan sumbangan besarnya itu, Nurjazlan sepatutnya lebih awal diberikan ganjaran oleh Najib dengan dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri sebaik BN memenangi PRU 13 lalu.
Begitu juga dengan Othman Abdul, selain kelayakan dan senioritinya tidak dipertikaikan dengan perlantikannya sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur, sumbangannya kepada politik BN juga dianggap besar kerana beliau dibawa keluar daripada dunia persaraan dan ditawarkan menjadi calon sekali lagi di Pendang ialah menahan kemaraan orang nombor dua PAS, Mat Sabu daripada menang di kerusi itu. Othman Abdul akhirnya berjaya menewaskan Mat Sabu dan kekal menjadikan Timbalan Presiden PAS itu tidak mampu membawa suaranya ke dalam Parlimen sejak dua penggal yang lalu.
Bagaimanapun sumbangannya yang agak besar itu dilihat tidak sepadan dengan sumbangan politiknya kepada BN berikutan Menara Kuala Lumpur yang dipengerusikannya hanyalah sebuah anak syarikat kecil milik Telekom Malaysia yang menguruskan Menara KL yang merupakan salah satu kawasan kunjungan popular untuk pelancong. Meskipun Menara KL popular di mata pelancong tetapi syarikat yang menguruskannya itu dianggap "syarikat miskin" saja dalam Telekom Malaysia.
Mungkin juga perlantikan sebagai Pengerusi Manara Kuala Lumpur ini hanyalah permulaan dan ganjaran kedua yang lebih besar sedang menunggunya selepas ini. http://shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber HD - 10-7-2013
Banner potong stim sudah dinaikkan di Kuala Besut
http://omakkau.blogspot.com, | 10 Jul 2013 |
PRK DUN N 01 KUALA BESUT....BANNER POTONG STIM SUDAH MULA DINAIKKAN DI KUALA BESUT!!!!
Kini sudah mula kedengaran dan rungutan betapa rakyat tempatan Kuala Besut naik mual dan muak dengan ungkapan I Love PM berwajahkan Najib Razak.
Banner I Lov PM berwajahkan Najib Razak kini sudah mula dipasang merata tempat di Kuala Besut sebagai tanda kononnya rakyat Kuala Besut cukup sayang dan kasihkan Najib Razak.
Wajah Najib Razak kini cuba sekali lagi dijaja dan dijual kepada penduduk Kuala Besut untuk meraih undi dan tarik simpati.
Hakikatnya penduduk Kuala Besut dah naik menyampah dengan banner sedemikian rupa dari apa risikan yang diterima.
Mereka mauka apa yang UMNO/BN telah lakukan demi kebaikkan penduduk Kuala Besut setelah diberi kemenangan dan mandat pada PRU 13 lalu dan bukannya kain rentang mengampu Najib Razak.
Penduduk Kuala Besut mahukan nasib mereka dibela bukannya rentangan banner yang hipokrit yang tidak berpijak di bumi nyata.
Kuala Besut kawasan DUN luar bandar dan bukannya kawasan urban..Kalau kawasan urban bolehlah kain rentang maupun banner sedemikian boleh dianggap relevan.
Kalau berterusan UMNO/BN berkempen secara sebegini maka harapan DUN Terengganu menjadi 16-16 amatlah cerah sekali.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-7-2013
Muhyiddin ditekan kuat dari dalam untuk bertanding
Harakahdaily, | 08 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang ditekan kuat dari pelbagai arah untuk mencabar presidennya Datuk Seri Najib Razak dalam pemilihan parti yang akan datang.
Sumber Umno memberitahu Harakahdaily sekarang arus memprotes panggilan untuk tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi Umno semakin kencang.
“Anta dah balik tulisan terbaru Kadir Jasin? Sekarang itulah moodnya dalam Umno sekarang – mereka nak Muhyiddin bertanding melawan Najib. Sebab 1Malaysia dah gagal, dan yang menyelamatkan Umno masa pilihanraya umum ke 13 ialah sikap ‘Malay first’ Muhyiddin yang menyakinkan orang Umno luar bandar terus bersama Umno di PRU yang lalu,” kata sumber Umno yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Dalam tulisannya, bekas ketua editor News Straits Times A Kadir Jasin seolah-olah menyeru Muhyiddin tidak bersikap hipokrit dengan tidak mencabar Najib.
Di dalam tulisan tersebut, Kadir menggelar Muhyiddin sebagai ‘Kingmaker’.
“Umum tentu masih ingat peranan Muhyiddin dalam gerakan mempercepatkan peletakan jawatan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang sekali gus menaikkan Mohd Najib selepas Abdullah mencatat pencapaian buruk dalam PRU 2008.
Adakah Muhyiddin yang menunjukkan pintu keluar kepada Abdullah yang memenangi 140 kerusi Parlimen terlepas pandang bahawa prestasi Mohd Najib lebih buruk daripada itu?” tulis Kadir.
Kadir turut menyeru para pemimpin Umno untuk berani mengakui siapa yang sebenarnya menyelamatkan Umno dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.
“Adakah Presiden Umno atau penyokong Umno di luar bandar yang bimbang apa akan terjadi kepada orang Melayu kalau Pakatan Rakyat menang dan DAP menjadi parti terkuat?” tanya beliau.
Menurut sumber Umno, Muhyiddin kini turut diasak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Satu-satu caranya Zahid boleh menyelamatkan diri daripada persepsi buruk dan kes mahkamahnya dan juga ancaman daripada Tun Dr Mahathir Mohamad ialah menjadi salah satu daripada dua orang tertinggi Umno atau sekurang-kurangnya kekal sebagai Naib Presiden. Beliau sedang menunjukkan kepada para ahli Umno ‘kekerasan’ dan ‘kelelakian’nya sebagai pemimpin Umno yang sepatutnya kerana Najib dilihat lembut dan Muhyiddin semakin hari dilihat sebagai penakut,” katanya.
Apa yang diperkatakan sumber Umno adalah sejajar dengan laporan The Malaysian Insider yang juga memetik sumber berkata Zahid sedang menunjukkan kepimpinan keras sejak kejadian Sulu sebagai interviu untuk pemilihan parti.
Beliau turut baru-baru ini dilihat berani melanggar Najib dengan mengumumkan bahawa Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan.
“Jika ahli Umno mula merasa Zahid lebih berani membuat keputusan daripada Muhyiddin dan Najib, maka habislah Muhyiddin, kerana Zahid hanya berani cabar tempat nombor 2. Untuk Muhyiddin, dengarlah kata ana sebelum terlambat – terlambat itu bermaksud apabila ahli Umno merasakan Tan Sri sebagai seorang pengecut – dan pada masa itu, kareer politik Tan Sri akan tamat,” kata sumber Umno itu lagi.
Apakah signal yang perlu dibuat Muhyiddin untuk menyakinkan ahli Umno bahawa beliau ialah pemimpin harapan mereka?
“Jangan diam diri pada kelakuan isteri Najib dan Permatanya,” jawab sumber Umno tanpa mengulas lanjut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-7-2013
Azalina pun Azalina lah, asalkan ada perubahan
Harakahdaily, | 03 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno yang mendatang sudah menampakkan keretakan dalam Umno yang menunggu masa untuk berpecah, tulis pemerhati politik, Aspan Alias.
Jika dahulu, tgulis beliau ahli-ahlinya mempunyai segan silu untuk mengkritik pimpinan tetapi sekarang sudah ada unsur-unsur yang menunjukkan budaya segan silu itu sudah mula hilang selepas pilihanraya yang lalu.
Menurutnya, Wanita Umno akan melihat pertandingan di antara Shahrizat Jalil yang sentiasa menjadi orang kesayangan Presiden Umno pada hari ini.
“Azalina Othman Said akan menandingi beliau sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno,” ujarnya.
Baginya, Azalina beranggapan yang Najib tidak memberi komitmen secukupnya dalam pembangunan wanita sebagai sebab beliau akan menandingi Shahrizat yang telah terjurumus dalam isu National Feedlot Corporation (NFC).
Tetapi, ujarnya yang hendak melawan Shahrizat ini pun bukannya tidak ada isu dan isu yang masih di dalam ingatan ramai ialah Pembangunan Pusat Sukan di Herdforshire England semasa beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dahulu dan isu itu bukannya isu yang kecil.
“Tetapi apakan daya, seperti yang selalu saya sebut sejak beberapa tahun dahulu Umno sudah ketiadaan pimpinan yang tidak mempunyai isu rasuah. Maka yang hendak membetulkan keadaan pun tidak betul, apatah lagi pimpinan yang hendak dibetulkan itu,” tulis Aspan lagi.
Menurutnya, mesti satu di antara kedua belah pihak itu akan memenangi pertandingan itu, tetapi keadaan tidak juga akan berubah.
Mahu tidak mahu, katanya terpaksa jugalah Umno menggunakan nama-nama yang sama tahap imej mereka untuk mengganti pihak yang ada sekarang, kata pepatah ‘tidak ada rotan akar berguna juga’.
“Ada di kalangan wanita sendiri bercakap, ‘Azalina pun Azalina lah, asalkan ada perubahan. Mana nak cari lagi pemimpin wanita yang berwibawa?’,” tulis beliau lagi.
Tulisan penuh Aspan boleh dibaca di sini.
Jika dahulu, tgulis beliau ahli-ahlinya mempunyai segan silu untuk mengkritik pimpinan tetapi sekarang sudah ada unsur-unsur yang menunjukkan budaya segan silu itu sudah mula hilang selepas pilihanraya yang lalu.
Menurutnya, Wanita Umno akan melihat pertandingan di antara Shahrizat Jalil yang sentiasa menjadi orang kesayangan Presiden Umno pada hari ini.
“Azalina Othman Said akan menandingi beliau sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno,” ujarnya.
Baginya, Azalina beranggapan yang Najib tidak memberi komitmen secukupnya dalam pembangunan wanita sebagai sebab beliau akan menandingi Shahrizat yang telah terjurumus dalam isu National Feedlot Corporation (NFC).
Tetapi, ujarnya yang hendak melawan Shahrizat ini pun bukannya tidak ada isu dan isu yang masih di dalam ingatan ramai ialah Pembangunan Pusat Sukan di Herdforshire England semasa beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dahulu dan isu itu bukannya isu yang kecil.
“Tetapi apakan daya, seperti yang selalu saya sebut sejak beberapa tahun dahulu Umno sudah ketiadaan pimpinan yang tidak mempunyai isu rasuah. Maka yang hendak membetulkan keadaan pun tidak betul, apatah lagi pimpinan yang hendak dibetulkan itu,” tulis Aspan lagi.
Menurutnya, mesti satu di antara kedua belah pihak itu akan memenangi pertandingan itu, tetapi keadaan tidak juga akan berubah.
Mahu tidak mahu, katanya terpaksa jugalah Umno menggunakan nama-nama yang sama tahap imej mereka untuk mengganti pihak yang ada sekarang, kata pepatah ‘tidak ada rotan akar berguna juga’.
“Ada di kalangan wanita sendiri bercakap, ‘Azalina pun Azalina lah, asalkan ada perubahan. Mana nak cari lagi pemimpin wanita yang berwibawa?’,” tulis beliau lagi.
Tulisan penuh Aspan boleh dibaca di sini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-7-2013
Zahid disaran berehat sehingga kes selesai
Hazayani Zakaria, | 27 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus berehat daripada tugas beliau sehingga siasatan ke atasnya selesai, kata Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.
Beliau berkata, Zahid harus berbuat demikian bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kes membabitkan saman seorang ahli perniagaan ke atas beliau.
"Oleh kerana beliau seorang menteri apabila ada satu tuduhan atau kes saman yang mempunyai asas, paling kurang beliau diminta untuk bersara atau lebih baik beliau sendiri meletakkan jawatan.
"Tapi kalau beliau rasa beliau sendiri nak pertahankan jawatan, beliau kena berehat dahulu seperti mana yang dilakukan oleh menteri-menteri Umno yang lain," kata beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh seorang ahli perniagaan.
Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat juga berharap Peguam Negara melakukan pendakwaan ke atas Zahid dan tidak mengamalkan pendakwaan terpilih.
"Kuasa pendakwaan di bawah Peguam Negara. Jadi saya harap Peguam Negara mengamalkan budaya pendakwaan terpilih terutama apabila melibatkan menteri," katanya.
Zahid dituduh menyerang dan melakukan cubaab bunuh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, dalam satu kejadian pada 2006.
Beliau berkata, Zahid harus berbuat demikian bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kes membabitkan saman seorang ahli perniagaan ke atas beliau.
"Oleh kerana beliau seorang menteri apabila ada satu tuduhan atau kes saman yang mempunyai asas, paling kurang beliau diminta untuk bersara atau lebih baik beliau sendiri meletakkan jawatan.
"Tapi kalau beliau rasa beliau sendiri nak pertahankan jawatan, beliau kena berehat dahulu seperti mana yang dilakukan oleh menteri-menteri Umno yang lain," kata beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh seorang ahli perniagaan.
Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat juga berharap Peguam Negara melakukan pendakwaan ke atas Zahid dan tidak mengamalkan pendakwaan terpilih.
"Kuasa pendakwaan di bawah Peguam Negara. Jadi saya harap Peguam Negara mengamalkan budaya pendakwaan terpilih terutama apabila melibatkan menteri," katanya.
Zahid dituduh menyerang dan melakukan cubaab bunuh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, dalam satu kejadian pada 2006.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-6-2013
Bila 6 masuk untuk ruang yang hanya ada 5?
Harakahdaily, | 26 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Jawatan tertinggi dalam kepimpimpinan Umno ada lima sahaja iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden, oleh itu kekecohan bakal berlaku apabila enam orang yang ingin mengisinya.
Namun, angin bertiup kencang di dalam Umno sekarang bahawa presidennya Datuk Seri Najib Razak telah mendapat sokongan bersyarat Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu anaknya Datuk Mukhriz mesti menjadi naib presiden parti itu.
Semalam sumber Umno memberitahu, untuk memberikan respon balas kepada ahli parlimen Kulai Liew Chin Tong di Malaysiakini yang menyatakan bahawa Mahathir sedang mengorak langkah membawa Mukhriz ke persada naib presiden.
Dan yang bakal menjadi mangsa antara tiga naib presiden sekarang adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.
Ini kerana, menurut Liew, Zahid tidak berada dalam ‘senarai baik’ kepada Mahathir.
“Liew betul separuh sahaja. Beliau terlupa melihat mengapa Zahid begitu keras apabila menjadi Menteri Dalam Negeri. Zahid sedang ‘audition’ untuk jawatan timbalan presiden dan dia sedang menunggu reaksi ahli-ahli Umno.
"Antara tiga naib presiden, sebenarnya yang paling lemah sokongan ialah (Datuk Seri) Hishamuddin (Hussein), bukannya Zahid.
"Cuma seperti yang saya bagitahu dulu, ada lima tempat untuk enam orang dengan kemasukan Mukhriz.
"Dalamnya ada seorang dari Kedah (Mukhriz), dua dari Johor (Muhyiddin dan Hishamuddin), seorang dari Sabah (Datuk Seri Shafie Apdal) dan seorang dari Perak (Zahid), jadi seorang dari Johor kena dikambing hitamkan untuk memenuhi kemasukan Mukhriz,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.
Sumber Umno itu turut berkata beliau mendapat maklumat bahawa Muhyiddin tidak berani untuk mencabar Najib pada pemilihan parti Umno kali ini.
(Antara Zahid dan Muhyidin...siapa timbul dalam perhimpunan kali ini)
“Dengar kata Muhyiddin tak berani cabar setelah Mahathir tidak mahu bersamanya. Namun penyokong Muhyiddin sangat tidak gembira dengan keputusan tersebut.
"Ketika PRU13, Muhyiddin juga tidak pernah dilibatkan dalam bilik perang Najib yang diketuai (Datuk Seri) Jamaluddin Jarjis – ini menyebabkan para penyokong Muhyiddin merasakan Najib patut dipersalahkan sepenuhnya dalam keputusan PRU13 yang semakin merosot bagi BN.
"Lebih-lebih lagi, semua calon yang kononnya winnable bagi Najib – iaitu setiausaha-setiausaha beliau hampir tewas kesemuanya. Muhyiddin dikatakan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan calon-calon pilihanraya.
"Perkara yang paling biadap bagi penyokong Muhyiddin ialah kuasa JJ (Jamaluddin) dilihat melebihi Muhyiddin dalam hal kempen pilihanraya,” kata sumber Umno itu lagi.
(Mukhris....anak bapak)
Namun, sumber Umno itu tetap berpendirian bahawa Muhyiddin sepatutnya mencabar Najib kerana ini masa terbaiknya dan saat Najib paling lemah bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
“Muhyiddin dikatakan sedang melobi untuk mendapatkan kata putus Najib dan pewakilan Umno untuk kedua-dua jawatan teratas tidak dipertandingkan sebagai jalan keluar.
"Sesiapa yang melanggar arahan tersebut akan dikira khianat untuk memaksa Hishamuddin, Zahid, Shafie dan Mukhriz untuk berlawan sesama sendiri dan memilih salah seorang daripada mereka menjadi mangsa.
"Akan tetapi, saya nak bagitahu Muhyiddin, berhentilah ke arah jalan ini, kerana akhirnya pembelotan akan berlaku dan Tan Sri yang bakal terkorban mengejut,” ujar sumber Umno sebelum menamatkan perbualannya.
Mahathir sebelum ini sudah menukar pendiriannya dan menyaran agar kedua-dua jawatan teratas untuk tidak dipertandingkan. Ini bermaksud Mahathir sudah mempunyai sasaran naib presiden mana yang perlu diturunkan untuk membolehkan anaknya menang selesa.
Antara Zahid, Hishamuddin dan Shafie, siapakah pilihan Mahathir? Apakah betul kata Liew, Zahid akan dikorbankan atau sumber Umno yang berkata Muhyiddin yang akhirnya terkorban?
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-6-2013
Berita baik untuk penyokong BN, wajib baca
http://kachipemas.blogspot.com, | 14 Jun 2013 |
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-6-2013
Lawan atau tidak: Muhyiddin masih dalam dilemma
Harakahdaily, | 14 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Sumber Umno memaklumkan kepada Harakahdaily untuk menasihatkan agar berhati-hati dengan perang saraf di media yang dikhaskan untuk tatapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumber Umno itu merujuk kepada dua perkara pelik yang berlaku di alam maya baru-baru ini.
Perkara yang pertama ialah tindakan di kalangan blogger Umno yang membuat kajian online sendiri mengenai soalan “Apakah Datuk Seri Najib Tun Razak harus kekal sebagai presiden parti Umno?”
Kajian yang sengaja dipublisitikan oleh blogger Rocky Bru dan OutSyed the Box berkata lebih 70 peratus tidak bersetuju untuk Najib kekal sebagai presiden Umno.
Menurut tulisan OutSyed the Box, pada 12 Jun 2013, seramai 1,291 atau 75 peratus daripada 1,702 pengundi mengundi ‘Tidak Setuju’ manakala seramai 411 mengundi ‘setuju’ untuk Najib kekal sebagai presiden Umno.
Dalam pol terbaru yang blogger ini buat dengan soalan, "Apakah anda setuju tidak perlu diadakan pemilihan untuk jawatan tertinggi UMNO?, 95 peratus respondan atau 1264 mahu pemilihan Umno diadakan untuk peringkat tertinggi.
Ia berdasar dua pilihan jawapan yang diberi iaitu tidak perlu pemilihan (4%) dan Tidak setuju - pemilihan mesti diadakan (95%).
“Ini cuma perang saraf pada team Muhyiddin. Jika Muhyiddin membaca Harakahdaily selama ini, beliau patut lebih tahu bahawa geng-geng Najib sedang merekacipta satu keadaan bahawa presiden Umno diserang untuk menagih simpati ahli-ahli Umno untuk mempertahankannya,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, ramai orang Najib yang tidak senang dengan laporan Harakahdaily mengenai seruannya menyuruh Muhyiddin untuk mencabar Najib.
“Sebab itu perang saraf terhadap Muhyiddin dimulakan. Selain itu, serangan pada adik Najib (Datuk Seri Nazir Razak) semua itu hanyalah satu wayang untuk mengajak Muhyiddin atau orangnya turut menyerang sama untuk mengundang simpati pada Najib dan mendedahkan hasrat Muhyiddin untuk merampas takhta Umno,” katanya.
Permainan saraf juga terus dimainkan dengan ura-ura bahawa terdapat sebilangan besar ahli parlimen BN mengambil keputusan untuk bertemu dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
“Psywar ini bukan sekadar pada laporan media. Lawatan jumpa Ku Li juga adalah psywar. Mesejnya jelas untuk memancing Muhyiddin menunjukkan belangnya lebih awal samada beliau akan mencabar Najib. Najib perlukan jawapan ini. Muhyiddin masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat keputusan,” kata sumber Umno itu lagi.
Apakah Muhyiddin sedar pada perkara ini?
“Beliau sedar tak sedar tak pasti. Yang pasti, pasukan Muhyiddin dah seperti masuk perangkap. Sekarang Muhyiddin masih dalam dilemma. Tiga Naib presiden Umno masih tidak menunjukkan sebarang petanda jelas antara Najib dan beliau, mereka akan berada di pihak siapa.
"Sudah tentu, orang Umno hanya nak berada di pihak yang akan menang. Tapi siapa yang akan menang? Sudah ada yang sengaja menghantar mesej bahawa dua gajah bergaduh, kancil di tengah-tengah mendapat keuntungan dengan menjual tiket,” katanya sambil gelak.
Namun begitu, sumber Umno tetap dengan pendiriannya agar Muhyiddin mencabar Najib.
“Muhyiddin perlu mencabar untuk menyelamatkan dirinya. Saya masih berpendapat asalkan ada Datin Seri Rosmah Mansor, peluang beliau untuk memenangi hati orang Umno dan Tun Dr Mahathir masih cerah,” katanya sebelum menamat perbualan.

Ali Rustam pun fail petisyen jugak!
Dari blog Greenboc, | 12 Jun 2013 |
AYER KEROH: BN Melaka memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.
Petisyen berkenaan difailkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di mahkamah tinggi di sini menerusi Rosfinah Rahmat dari Tetuan Rosfinah & Co serta Adli Ithnin dari Adli & Co kira-kira jam 3 petang semalam.
Klik untuk baca tulisan penuh blogger ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-6-2013
Bantai Nazir umpama pukul anak sindir menantu
Harakahdaily, | 12 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Kecaman demi kecaman diterima oleh adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak oleh NGO-NGO Melayu pro Umno kerana membela Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani disifatkan sebagai 'pukul anak sindir menantu'.
(Nazir dibantai..pukul anak sindir menantu)
"Siri kecaman ini dilihat seolah-olah 'pukul anak sindir menantu' di sebalik mempertahankan laporan Utusan Malaysia.
"Hakikatnya, kecaman ini ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib yang merupakan abang kepada Datuk Seri Nazir Razak," kata Timbalan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Aziz.
Terkini, Nazir turut dikecam oleh bekas menteri Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Umum mengetahui, Pilihanraya Umum 13 berlalu dengan meninggalkan kesan pedih yang amat mendalam kepada UMNO/BN.
UMNO/BN bukan sahaja masih tidak berjaya memperolehi 2/3 majoriti tetapi juga mengalami kemerosotan undi popular. Ini ditambah lagi dengan kegagalan pembantu-pembantu politik Najib dalam memenangkan UMNO/BN.
Namun di atas dasar 'demi menjaga keharmonian parti', para pemimpin Umno/BN terpaksa menikuskan diri dari mendesak Najib berundur, kata Suhaimi.
"Ibarat orang yang dipaksa makan julap tapi dihalang membuang air besar, begitulah hakikatnya para pemimpin Umno/BN kini," dakwa beliau.
Kata Suhaimi, Pemuda PAS Wilayah melihat alternatif kepada suara desakan ini dibuat adalah melalui NGO-NGO pro UMNO/BN.
"Merekalah yang menjadi pembesar-pembesar suara untuk tangan-tangan ghaib ini dalam meberi tekanan kepada Datuk Seri Najib.
"Seseorang perlu dijadikan sasaran. Maka, sasaran yang terdekat ialah Datuk Seri Nazir Razak!" katanya.
Beliau juga yakin, semakin ramai para veteran UMNO/BN akan bangkit dan lantang mengecam Datuk Seri Nazir Razak sebagai tanda protes kepada Datuk Seri Najib.
Walaupun bibir merah Najib mengukir senyuman sentiasa namun hakikatnya, tekanan yang diberikan kepada beliau untuk berundur adalah amat hebat, tambahnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-6-2013
Jambatan runtuh: PM hanya bermain tweet saja
Mohd Sabri Said, | 12 Jun 2013 |
BAYAN BARU: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin kesal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum menjejakkan kaki meninjau sendiri keruntuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang berdekatan Batu Maung beberapa hari lalu sebaliknya sekadar 'bermain tweet' sahaja, itupun hanya sekali sahaja.
Sikap yang ditunjukanya jelas, bukti ketidak perhatinan orang nombor satu negara terhadap petaka yang berlaku hasil 'hadiah' Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Pulau Pinang.
"PM sampai sekarang tidak turun lagi melihat sendiri keruntuhan penyambung Jambatan Pulau Pinang walaupun sudah berlaku beberapa hari. Beliau hanya bertweet dalam tweeternya sahaja dengan perkataan 'authority will investigate tragic insident on penang bridge, let’s focus on rescue effort and pray for victims and their families', tegasnya.
Begitu juga Menteri Kerjaya, Datuk Fadilah Yusof serta Pengerusi Panel Penasihat Projek Persekutuan di bawah ICU, Teng Chang Yeow langsung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Beliau menambah, sebuah akhbar, Sinar Harian dalam laporannya baru-baru ini memuji dengan melaporkan, hanya pemimpin Pakatan Rakyat yang turun padang meninjau kejadian itu dan cuba menyelesaikan permasalahan yang berbangkit.
Sim dalam kenyataanya juga mendesak Perdana Menteri menubuhkan segera 'Independent Technical Investigation Committee” dengan ketelusan dalam kuasa penyiasat, untuk menyiasat segala punca tragedi ini.
Sambungnya, ia perlu dianggotai oleh pakar-pakar teknikal yang terulung di negara ini mahupun dari luar negeri. Jawatankuasa ini, katanya, harus mencontohi jawatankuasa yang ditubuh untuk tragedi Highland Tower sebelum ini.
Buat masa sekarang katanya, siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa adalah sulit dan tidak akan dipaparkan kepada rakyat melainkan di makhamah.
"Cepatkanlah tubuh Indenpent Technicial Investigation Committee dengan telus supaya mengesan punca kejadian kerana kelewatan akan menyukarkan pemulihan kepercayaan rakyat terhadap keselamatan jambatan kedua itu, " jelas beliau.
Rakyat Pulau Pinang sekarang mengalami krisis kepercayaan terhadap projek-projek kerajaan persekutuan setelah berlakunya beberapa kes projek persekutuan menghadapi pelbagai masalah seperti Stadium Kuala Terenganu runtuh dua kali, Hospital Shah Alam tidak dapat digunakan, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu yang berkuman, KLIA2 dan projek naik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang ditunda.
Sikap yang ditunjukanya jelas, bukti ketidak perhatinan orang nombor satu negara terhadap petaka yang berlaku hasil 'hadiah' Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Pulau Pinang.
"PM sampai sekarang tidak turun lagi melihat sendiri keruntuhan penyambung Jambatan Pulau Pinang walaupun sudah berlaku beberapa hari. Beliau hanya bertweet dalam tweeternya sahaja dengan perkataan 'authority will investigate tragic insident on penang bridge, let’s focus on rescue effort and pray for victims and their families', tegasnya.
Begitu juga Menteri Kerjaya, Datuk Fadilah Yusof serta Pengerusi Panel Penasihat Projek Persekutuan di bawah ICU, Teng Chang Yeow langsung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Beliau menambah, sebuah akhbar, Sinar Harian dalam laporannya baru-baru ini memuji dengan melaporkan, hanya pemimpin Pakatan Rakyat yang turun padang meninjau kejadian itu dan cuba menyelesaikan permasalahan yang berbangkit.
Sim dalam kenyataanya juga mendesak Perdana Menteri menubuhkan segera 'Independent Technical Investigation Committee” dengan ketelusan dalam kuasa penyiasat, untuk menyiasat segala punca tragedi ini.
Sambungnya, ia perlu dianggotai oleh pakar-pakar teknikal yang terulung di negara ini mahupun dari luar negeri. Jawatankuasa ini, katanya, harus mencontohi jawatankuasa yang ditubuh untuk tragedi Highland Tower sebelum ini.
Buat masa sekarang katanya, siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa adalah sulit dan tidak akan dipaparkan kepada rakyat melainkan di makhamah.
"Cepatkanlah tubuh Indenpent Technicial Investigation Committee dengan telus supaya mengesan punca kejadian kerana kelewatan akan menyukarkan pemulihan kepercayaan rakyat terhadap keselamatan jambatan kedua itu, " jelas beliau.
Rakyat Pulau Pinang sekarang mengalami krisis kepercayaan terhadap projek-projek kerajaan persekutuan setelah berlakunya beberapa kes projek persekutuan menghadapi pelbagai masalah seperti Stadium Kuala Terenganu runtuh dua kali, Hospital Shah Alam tidak dapat digunakan, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu yang berkuman, KLIA2 dan projek naik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang ditunda.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-6-2013
Mahathir pelopor hina Agong - Tamrin
Harakah, | 12 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu pelopor yang mengaibkan institusi beraja di negara ini, tegas Tamrin Tun Ghafar (gambar).
Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu mempersoalkan mengapa Mahathir yang suatu masa dahulu melakukan tindakan berupa penghinaan ke atas sultan tidak pula

dikatakan menderhaka.
Beliau membangkitkan kisah Mahathir “membelasah” institusi beraja ekoran muncul semula isu Kerajaan Umno-BN yang galak mengaitkan kenyataan beberapa orang awam di laman sosial sebagai kononnya menderhaka kepada sultan atau Yang di-Pertuan Agong.
Baca laporan penuh dalam Harakah edisi Jumaat esok.
Baca laporan penuh dalam Harakah edisi Jumaat esok.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-6-2013
Najib goyang, Ahli Parlimen Sabah & Sarawak jumpa Ku Li
http://greenboc.blogspot.com, | 11 Jun 2013 |
Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13
KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-6-2013
Mahathir, Utusan juarai isu perkauman
Salmah Mat Husain, | 11 Jun 2013 |
KOTA BHARU: DAP menyifatkan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhbar Utusan Malaysia sering membangkitkan isu-isu berbau perkauman di negara ini.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, tindak tanduk mereka selepas Pilihan raya Umum ke-13 lalu sengaja mengentengah isu tersebut, biar pun secara jelas berselindung di sebalik pembohongan dan kepalsuan bagi menakutkan orang Melayu terhadap Cina.
“Dalam blog terbarunya, Dr Mahathir menuduh orang Cina di Malaysia pada PRU lalu mahu menggulingkan kuasa politik Melayu bagi menguasai politik Malaysia.
“Ini adalah satu tuduhan yang paling tidak bertanggungjawab, melulu dan tidak berasas dalam sepanjang kerjaya politiknya.
“Malah beliau juga melemparkan dakwaan yang tidak bertanggungjawab dan melulu kononnya saya bertanding di Gelang Patah untuk mewujudkan konfrontasi kaum dan menghasut orang Cina untuk membenci orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.
Sebelum itu beliau menghadiri pengkebumian mendiang Tan Seng Ren iaitu ayah kepada Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw di Sungai Keladi dekat sini.
Kit Siang berkata, tidak ada satu inci pun kebenaran dalam setiap dakwaan keterlaluan dilemparkan bekas Perdana Menteri itu.
Katanya, sepatutnya beliau dapat membawa apa-apa bukti untuk menyokong tuduhan melulunya terhadapnya.
“Adakah beliau dapat membuktikan untuk menyokong dakwaannya bahawa saya telah menghasut orang Cina di Gelang Patah untuk membenci orang Melayu.
“Sedangkan pada hakikatnya dalam mana-mana ucapan saya di Gelang Patah serta di tempat lain semasa kempen PRU 13, saya menekankan penting rakyat Malaysia tanpa mengira agama bangsa bersatu bagi melahirkan negara yang demokratik, bersih, makmur dan berdaya saing,” katanya.
Sementara itu, Lim Kit Siang berkesempatan mengunjungi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di JKR10 sebelum Tuan Guru mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-6-2013
3 bersaing rebut anugerah ‘kenyataan politik paling aib’ bulan ini
Lim Kit Siang, | 10 Jun 2013 |
Anugerah “Kenyataan Politik Paling Aib” untuk bulan ini menjadi rebutan tiga pesaing, iaitu Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir, yakni apabila:
- Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mempersoalkan mengapa beliau dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya perlu meletakkan jawatan sedangkan mereka telah menjalankan tugas mengadakan pilihan raya sambil mengabaikan sama sekali kekecohan di dalam dan luar negara tentang PRU13 yang gagal memenuhi kriteria asas sebagai sebuah pilihan raya yang bersih, bebas, dan adil, sehinggakan buat kali pertama dalam tempoh 56 tahun sejarah negara orang ramai meragui keabsahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
- Ancaman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan minoriti 47% BN akan menghukum dan mendiskriminasi majoriti 51% pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberikan kelebihan kepada minoriti 47% yang menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib Razak – ini menimbulkan persoalan sama ada Najib dan Kerajaan BN adalah Perdana Menteri dan kerajaan untuk cuma 47% rakyat Malaysia atau untuk semua rakyat Malaysia.
- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan rasis beliau yang terkini mendakwa keputusan PRU13 adalah bukti kaum Cina di Malaysia hendak menghapuskan kuasa politik Melayu dan mendominasi politik Malaysia. Ini menunjukkan sejauh mana beliau sanggup berbohong dan melakukan perkara keji untuk mengedepankan matlamat-matlamat perkaumannya.
Juri masih belum dapat membuat keputusan siapa di antara mereka bertiga yang berhak meraih anugerah “Kenyataan Politik Paling Aib” kerana ketiga-tiga kenyataan berkenaan hampir sama mengejutkan dan jauh daripada kebenaran.
Ketiga-tiga kenyataan itu juga merupakan sentimen umum di kalangan rakyat Malaysia yang rasional dan patriotik serta meminggirkan Impian Malaysia yang menyatukan bangsa Malaysia yang patriotik, khususnya generasi muda Malaysia.
Anugerah “Kenyataan Politik Paling Aib” untuk bulan lalu kerana ia dengan mudah telah dimenangi oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi, yang memberitahu rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini agar “berpindah ke negara lain” – bayangkan seorang menteri dalam sebuah kerajaan yang hanya mendapat 47% undi begitu tebal mukanya hingga sanggup menyuruh 51% pengundi dalam negara ini untuk “berpindah ke negara lain”!
Bukankah Zahid yang sepatutnya “berpindah”?
- Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mempersoalkan mengapa beliau dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya perlu meletakkan jawatan sedangkan mereka telah menjalankan tugas mengadakan pilihan raya sambil mengabaikan sama sekali kekecohan di dalam dan luar negara tentang PRU13 yang gagal memenuhi kriteria asas sebagai sebuah pilihan raya yang bersih, bebas, dan adil, sehinggakan buat kali pertama dalam tempoh 56 tahun sejarah negara orang ramai meragui keabsahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
- Ancaman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan minoriti 47% BN akan menghukum dan mendiskriminasi majoriti 51% pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberikan kelebihan kepada minoriti 47% yang menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib Razak – ini menimbulkan persoalan sama ada Najib dan Kerajaan BN adalah Perdana Menteri dan kerajaan untuk cuma 47% rakyat Malaysia atau untuk semua rakyat Malaysia.
- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan rasis beliau yang terkini mendakwa keputusan PRU13 adalah bukti kaum Cina di Malaysia hendak menghapuskan kuasa politik Melayu dan mendominasi politik Malaysia. Ini menunjukkan sejauh mana beliau sanggup berbohong dan melakukan perkara keji untuk mengedepankan matlamat-matlamat perkaumannya.
Juri masih belum dapat membuat keputusan siapa di antara mereka bertiga yang berhak meraih anugerah “Kenyataan Politik Paling Aib” kerana ketiga-tiga kenyataan berkenaan hampir sama mengejutkan dan jauh daripada kebenaran.
Ketiga-tiga kenyataan itu juga merupakan sentimen umum di kalangan rakyat Malaysia yang rasional dan patriotik serta meminggirkan Impian Malaysia yang menyatukan bangsa Malaysia yang patriotik, khususnya generasi muda Malaysia.
Anugerah “Kenyataan Politik Paling Aib” untuk bulan lalu kerana ia dengan mudah telah dimenangi oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi, yang memberitahu rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini agar “berpindah ke negara lain” – bayangkan seorang menteri dalam sebuah kerajaan yang hanya mendapat 47% undi begitu tebal mukanya hingga sanggup menyuruh 51% pengundi dalam negara ini untuk “berpindah ke negara lain”!
Bukankah Zahid yang sepatutnya “berpindah”?
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-6-2013
Dasar Kerajaan Umno Terengganu Meneruskan Dasar merobohkan Pasar Payang mendapat bantahan rakyat trerbanyak:
http://www.youtube.com/watch?v=HNISiXbyYc0
Sumber TVP - 10-6-2013
Muhyiddin perlu buang sifat ‘lidah bercabang’
Harakahdaily, | 10 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuang sifat ‘lidah bercabang’ memandangkan ugutan terbukanya yang mewakili kerajaan minoriti 47% untuk menghukum majoriti 51% pengundi sebenarnya menggugat institusi-institusi utama negara ini.
“Kita hairan melihat bagaimana Muhyiddin boleh menunjukkan sifat ‘lidah bercabang’ beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang sama sekali bertentangan dalam majlis yang sama, iaitu majlis penghargaan pengundi BN di Kundang Ulu, Johor,” kata Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.
Katanya, walaupun Muhyiddin mendakwa para pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam PRU13 bahawa mereka mahu kerajaan bersikap lebih tegas dan jelas dalam mempertahankan institusi-institusi yang penting di negara ini, “menguatkuasakan undang-undang, menegakkan perlembagaan, memerangi jenayah secara berkesan dan membasmi rasuah,” Muhyiddin kemudiannya membatalkan sama sekali semua sentimen itu.
Beliau berkata, Muhyiddin mengeluarkan ancaman untuk mendiskriminasi dan menghukum 51% pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memberi kelebihan kepada 47% pengundi yang menyokong BN dan Datuk Seri Najib Razak.
Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menambah, sudah tentu perisytiharan Muhyiddin bahawa kerajaan BN akan menyalurkan ‘lebih banyak bantuan’ kepada masyarakat yang menyokongnya sewaktu pilihan raya umum menyiratkan suatu dasar yang bersifat menghukum dengan cara mengabaikan dan mendiskriminasi majoriti 51% pengundi.
“Dan ini merupakan bukti paling jelas bahawa masih banyak yang perlu Najib lakukan untuk membuktikan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan bukan hanya 47% rakyat Malaysia.
“Atau apakah kita sedang berdepan dengan keadaan di mana Najib mahu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, manakala Muhyiddin pula hanya mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk 47% rakyat Malaysia?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Menurut Lim lagi, ketika Muhyiddin menyebut tentang ‘mesej jelas’ rakyat yang mahukan kerajaan untuk mempertahankan institusi-institusi yang penting dalam negara ini, beliau gagal melihat gajah di depan matanya sendiri.
Ini, katanya kerana sebenarnya Umno BN perlu memikul tanggungjawab penuh atas kemerosotan institusi-institusi utama negara ini sejak tiga puluh tahun yang lalu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-6-2013
Muhyiddin betul-betul dalam dilema
Harakahdaily, | 10 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Seruan untuk kedua-dua jawatan tertinggi Umno untuk tidak dipertandingkan betul-betul membuatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam dilema.
Menurut sumber Umno yang menghubungi Harakahdaily, Timbalan Presiden Umno itu tidak berani menyambut seruan tersebut kerana terasa ada perangkap menantinya.
“Jika Muhyiddin sambut, bermaksud beliau tak akan mencabar bosnya (Datuk Seri) Najib (Razak). Tapi siapa yang boleh beri jaminan beliau tidak akan dicabar oleh (Datuk Seri) Ali Rustam dan (Tan Sri) Isa Samad.
"Jika Muhyiddin sambut sahaja, maka Najib sudah terselamat. Dan ini membuka peluang kepada semua musuhnya untuk menggulingkannya. Akhirnya seruan hanya akan tinggal seruan, hanya jawatan Presiden Umno tidak dipertandingkan,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.
Semalam, Muhyiddin menegaskan bahawa hak menentukan pertandingan dua jawatan tertinggi Umno untuk berlangsung atau tidak, tidak terletak pada tangan individu pemimpin tapi ahli-ahlinya.
“Saya akan komen apabila tiba masa yang sesuai,” kata Muhyiddin ketika ditanya samada beliau menyokong kedua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan.
Sebelum itu, Muhyiddin turut mengikut langkah untuk mematikan 1Malaysia Najib dengan mengisytiharkan bahawa (BN) akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum.
"Mesej jelas sebahagian besar Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, Siam dan sebahagian besar masyarakat di Sabah dan Sarawak masih mendukung BN," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.
“Orang Umno paling sayangkan jawatan. Muhyiddin tidak terkecuali. Tapi beliau sedar beliau dalam bahaya. Sokongan yang diharapkan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika di pemilihan Umno 2009 di mana beliau mengetuai kempen turunkan Tun Abdullah (Badawi) tidak kuat kali ini.
"Najib akan diam diri – wartawan akan serang bertubi-tubi pada Muhyiddin. Najib hanya memerlukan jawapan daripada seorang saja iaitu Muhyiddin untuk menyelamatkannya daripada dicabar. Tapi berlainan dengan Muhyiddin, beliau memerlukan banyak jawapan untuk yakin bahawa kedua-dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan itu akan direalisasikan,” kata sumber Umno lewat malam tadi.
Beliau turut mengulangi pendapatnya bahawa Muhyiddin memilih jalan maut sekiranya mengambil keputusan untuk mempertahankan kerusi timbalan presiden.
“Jika itu keputusan Muhyiddin, maka itulah titik noktah bagi karier politik beliau yang hanya sampai peringkat Timbalan Perdana Menteri sebelum digantikan dengan orang yang lebih muda dan tidak mengugat Najib.
"Di dalam Umno, ramai yang menganggap beliau sebagai layak menjawat presiden Umno sekurang-kurangnya kerana senioriti dan sumbangannya kepada parti. Lagipun isteri Muhyiddin low profile seperti isteri Tun (Dr Mahathir) yang wakil-wakil Umno lebih suka berbanding (Datin Seri) Rosmah (Mansor),” kata beliau sebelum mengakhiri perbualan telefon.

No comments:
Post a Comment