Demo bantah kezaliman regim Bangladesh esok
- Dec 26, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Katanya, umat Islam serta seluruh rakyat Malaysia mesti keluar membantah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap rakyat sendiri yang digantung dan dipenjara beramai-ramai.
Beliau berkata, rakyat seluruh dunia dikejutkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah.
Tindakan itu tegas beliau menunjukkan kerajaan Bangladesh tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat khususnya pemimpin dan anggota Jamaat-e-Islami.
"Kita akan menghantar memorandum membantah tindakan kejam kerajaan Bangledesh di pejabat Kedutaannya di sini," katanya.
Beliau berkata, semua peserta himpunan membantah kezaliman itu berkumpul di masjid Tabung Haji dan selepas solat terus berarak ke kedutaan Bangladesh.
Sumber HD - 26-12-2013
500 berhimpun tanda solidariti buat Abdul Qadir Mullah
- Dec 20, 2013
- KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
KUALA TERENGGANU: Lebih 500 umat Islam berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Pengadang Baru selepas solat Jumaat, sebagai tanda solidariti umat Islam terhadap kematian as-syahid Abdul Qadir Mullah.
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata tujuan perhimpunan secara aman selepas solat Jumaat ini sebagai tanda solidariti umat Islam di Terengganu dengan kematian pemimpin gerakan Jamaat-e-Islami Bangladesh itu.
Katanya, as-Syahid Abdul Qadir Mullah merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh yang dihukum gantung oleh pemerintah kerajaannya.
Menurutnya, pemimpin gerakan Islam tersebut ‘dibunuh’ atas pertuduhan yang dianggap palsu bagi dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
“Himpunan kita pada hari ini sebagai tanda solidariti dengan menyata dan menzahirkan kebencian kepada kerajaan Bangladesh yang bersikap kurang ajar kepada Allah SWT.
“Kenapa mereka begitu benci kepada Syeikh Abdul Qadir Mullah, pemimpin gerakan Jamaat-e-Islami, kerana dia (Abdul Qadir) telah menghabiskan masa dia, keringat dia, idea dia untuk menegakkan kalimah Allah SWT.
“Dia mengajak orang Islam untuk tunduk kepada Allah, begitu mudah Allah Taala menganugerahkan syahid di sisi Allah SWT, walau pun asalnya pertuduhan yang dijatuhkan ke atasnya itu penjara seumur hidup,” ujarnya.
Turut berucap ialah AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor.
Sumber HD - 20-12-2013
Solidariti Rohingya: Fikir gesa pakai kain sarung 22 Dis
- Dec 20, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
“Fikir berharap masyarakat Rohingya itu tidak dilupakan ketika Sukan Sea ke-13 berlangsung di negara tersebut,” ujar Koordinator Fikir, Yamin Yahya dalam satu kenyataan.
Katanya, kempen memakai kain sarung itu merupakan satu isyarat bahawa masyarakat Malaysia tidak redha dengan penindasan yang berterusan itu walaupun peserta negara telah mengambil bahagian di dalam sukan tersebut.
Menurutnya, Fikir yakin pada 22 Disember ini yang merupakan hari penutup Sukan Sea, rakyat Malaysia akan memakai kain sarung ke mana sahaja mereka pergi sebagai tanda solidariti.
Sehubungan itu, ujar beliau Fikir berharap Kerajaan Malaysia dan negara-negara Asean lain akan terus memberi tekanan ke atas pemerintah Myanmar agar menghormati hak-hak masyarakat Rohingya dan memastikan penindasan dan kezaliman ke atas mereka diberhentikan.
Sumber HD - 20-12-2013
Bantah kezaliman regim Bangladesh 27 Disember ini
- Dec 17, 2013
- MUHAMMAD FAIZAL
Himpunan tersebut akan diadakan pada hari Jumaat 27 Disember ini di hadapan bagunan kedutaan Bangladesh di Kuala Lumpur.
"Himpunan ini bagi menyatakan bantahan kita atas keputusan menjatuhkan hukuman gantung kepada Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e Islami Bangladesh.
"Abdul Quader merupakan mangsa pertama Tribunal Perang Antarabangsa yang ditubuhkan oleh kerajaan Bangladesh pada Mac 2010 bagi membicarakan tragedi pembunuhan sewaktu perang kemerdekaan Bangladesh dari Pakistan pada tahun 1971," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Sementara itu pengarah himpunan Riduan Mohd Nor berkata, bantahan kali ini akan disertai dengan penyerahan memorandum terhadap duta negara itu bagi mendesak kekejaman terhadap rakyat khususnya ummat Islam di negara itu dihentikan segera.
"Pimpinan utama PAS serta rakan-rakan NGO akan hadir menyuarakan aspirasi ummah yang sedang meraung kesakitan.
"Luka mereka adalah duka kita kerana persaudaraan akidah melepasi batasan geografis dan negara bangsa. Semua ummat Islam negara ini dijemput ke himpunan sejuta ummah sebagai tanda solidariti kita," katanya kepada Harakahdaily.
Pasukan keselamatan regim menggunakan kekerasan termasuk peluru hidup terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun di beberapa kawasan di negara itu yang membantah hukuman gantung terhadap Setiausaha Agong Jamiat Islami, Abdul Quader Mollah 11 Disember lalu.
Sehingga kini puluhan penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh digempur pasukan tentera regim.
Regim juga sedang memburu pemimpin Jamiat Islami dalam usaha untuk mengharamkan pertubuhan gerakan Islam itu.
Difahamkan lebih 40,000 aktivis gerakan Islam itu kini meringkuk dalam penjara manakala puluhan lagi dibunuh.
"Regim Bangladesh telah memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap bantahan masyarakat antarabngsa.
"PAS dengan ini merasa terpanggil dan bertanggungjawab dengan penindasan sistematik regim tirani negara Bangladesh terhadap Jamiat Islami, juga sekatan misi bantuan kemanusiaan kepada muslim Rohingya," kata Riduan.
Sumber HD - 17-12-2013
Rejim Myanmar biadap, NGO Islam serah memorandum
- Nov 29, 2013
- MUHAMMAD FAIZAL
- Nov 29, 2013
- MUHAMMAD FAIZAL
KPPPM & AAH : http://www.youtube.com/watch?v=6JtFEFsqoZY
Suhaizan dan Mohd Azmi menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Kedutaan Myanmar. Foro: Mohd Nasir Sudin.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia digesa menyatakan pendirian tegas berhubung dengan kekejaman, pembunuhan beramai-ramai dan penghinaan terhadap Islam yang berlaku di Myanmar.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat yang turut sama pada penyerahan memorandum di Kedutaan Myanmar turut meminta kerajaan Malaysia memberi tekanan kepada Myanmar terutamanya tentang penyertaan Malaysia pada Sukan Sea yang akan berlangsung dari 11 hingga 22 Disember nanti.
"Hari ini kita bersama-sama rakyat Myanmar menyatakan pendirian tegas kita berhubung dengan apa yang berlaku terhadap masyarakat Rohingya (Islam) yang telah dibunuh secara kejam.
"Selain itu kita turut mengecam rejim Myanmar yang membenarkan pihak Rakhine Budha yang menghina Islam dengan mengatakan Agama Islam itu haiwan, ini satu kenyataan yang biadap.
"Atas tindakan tersebut kita gesa Kerajaan Malaysia mengambil tindak tegas dan menyatakan pendirian atas penghinaan tersebut dan tekanan yang perlu dilakukan sekarang adalah menarik diri dari menyertai Sukan Sea," jelas beliau selepas menyerahkan memorandum selepas solat Jumaat tadi. Lebih 1,000 umat Islam bersama etnik Rohingya menyertai bantahan itu.
Beliau dalam masa yang sama turut melahirkan kekecewaan apabila pihak kedutaan enggan memberi kerjasama ketika penyerahan memorandum tersebut.
Katanya, sebagai kedutaan yang berada di Malaysia, Myanmar seharusnya menghormati rakyat negara ini yang mewakili masyarakat Myanmar dalam menyatakan pendirian mereka.
"Kita telah menyerahkan memorandum tetapi cara penerimaan itu saya amat tidak berpuas hati, hanya meletakkan di dalam peti surat.
"Sepatutnya sebagai sebuah negara yang dihormati dan kita sebagai rakyat Malaysia, wakil Kerajaan Myanmar menemui kita dan menerima memorandum yang kita serahkan itu dan bukannya seperti kita pos surat, tidak keluar menemui kita langsung," sambung beliau.
Sementara itu Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid meminta agar Asean tidak boleh membiarkan Myanmar meneruskan polisi menindas dan mewujudkan ketegangan agama.
Jelasnya tindakan Myanmar yang menghina Islam dengan melabelkan Islam sebagai agama haiwan ketika memprotes lawatan delegasi OIC ke Myanmar baru-baru ini adalah tindakan biadap.
Beliau yang turut menggesa agar Malaysia menarik diri dari menyertai Sukan Sea yang baginya akan mengancam keselamatan atlet Malaysia (Islam) terhadap sikap kerajaan Myanmar yang anti Islam.
Sumber HD - 29-11-2013
Syria: NGO serah memo, kedutaan Amerika angkuh
Muhammad Faizal, | 06 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS mengecam tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya yang telah membuat keputusan untuk menyerang Syria dengan menyifatkan campurtangan ketenteraan bukan penyelesaian kepada krisis dan kesengsaraan yang berlaku di negara itu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut sama dalam himpunan aman 'Jangan Serang Syria' di hadapan kedutaan Amerika menjelaskan, kuasa barat tersebut tidak boleh menggunakan alasan serangan senjata kimia bagi menghalalkan campurtangan mereka.
Katanya, campurtangan ketenteraan yang dilakukan oleh Amerika dan sekutunya di negara-negara seperti Afganistan, Iraq dan Libya, hanya membawa lebih banyak bencana pertumpahan darah serta meninggalkan perderitaan kepada jutaan rakyat.
"Kita mengecam keputusan Amerika dan sekutunya yang akan menyerang Syria dengan alasan pemerintahan negara itu menggunakan senjata kimia.
"Itu bukan satu alasan yang munasah, sebelum ini kita tengok campurtangan Amerika dan sekutunya dibeberapa buah negara, apa yang berlaku bukannya dapat menyelesaikan masalah tetapi rakyat negara itu terus menanggung penderitaan," jelas beliau.
Mohamad yang sebelum itu bersama empat orang wakil telah memasuki pejabat kedutaan bagi menyerahkan memorandum berhubung dengan bantahan keputusan Amerika.
Beliau turut mengulas berhubung sikap angkuh Amerika ketika menerima memorandum tersebut dengan menyifatkan mereka merasakan merupakan kuasa besar dunia.
"Sebentar tadi kita telah menyerah satu memorandum kepada pihak kedutaan tetapi apa yang kita perolehi adalah layan sombong dan angkuh mereka ketika menerima memorandum tersebut.
"Mereka merasakan Amerika merupakan kuasa besar dunia yang boleh bertindak sebagai kuasa pengaman dunia jika berlaku sesuatu pada negara-negara lain," jelasnya.
Tambah beliau lagi, Amerika dan sekutunya cuba memintas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melancarkan serangan ketenteraan ke atas Syria dan mengulangi apa yang dilakukan oleh mereka ke atas Iraq sebelum ini.
Tegas beliau, campurtangan kuasa-kuasa barat di Syria tidak akan menyelesaikan krisis kemanusian tetapi akan membawa lebih banyak kematian serta malapetaka untuk tempoh jangka masa yang panjang.
Lebih kurang seratus orang hadir pada himpunan aman tersebut yang terdiri dari Parti Sosialis Malaysia dan juga Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).
Himpunan yang bermula selepas solat Jumaat itu berakhir pada jam 3 petang.
Tn Hj Mat Sabu 1 : http://www.youtube.com/watch?v=9mMOSg6L9II&feature=youtu.be
Tn Hj Mat Sabu 2 : http://www.youtube.com/watch?v=GTpFvNnB7o4&feature=youtu.be
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-9-2013
Syria: PAS, NGO demo di kedutaan Amerika esok
Anis Nazri, | 05 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS bersama beberapa NGO akan mengadakan perhimpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi membantah campur tangan negara itu ke atas konflik di Syria, selepas solat Jumaat, esok.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata perhimpunan itu juga sebagai satu desakan kepada AS agar tidak meneruskan hasrat mereka untuk melakukan serangan ke atas Syria.
"Isu ini isu anti-perang. Kita tidak mahu AS campur tangan dalam urusan dalaman Syria. Semua ahli PAS dan rakyat Malaysia diseru untuk menyertai himpunan aman ini esok," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau berkata,seperti biasa, para peserta diminta berkumpul di hadapan Bangunan Tabung Haji, sebelum berarak ke kedutaan untuk penyerahan memorandum oleh NGO.
Sementara itu, Lajnah Antarabangsa PAS Pusat turut mengutuk cubaan campur tangan ketenteraan Amerika terhadap Syria yang turut disokong beberapa negara besar lain.
Pengerusinya, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata sejarah telah membuktikan bagaimana campur tangan Amerika di negara lain tidak menyelesaikan masalah yang ada, sebaliknya mengeruhkan lagi keadaan.
"Sejarah membuktikan, bagaimana berlaku di Iraq dan Afghanistan bahawa campur tangan itu tidak menyelesaikan masalah, malah menjadikan krisis negara itu bertambah parah dan rakyat terus menderita," kata beliau.
Turut serta mengutuk cubaan itu Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang menyifatkan hasrat AS ini hanya 'menangguk di air keruh' sedangkan isu yang berlaku di Syria adalah isu dalaman negara itu sendiri.
"Niat AS untuk menyerang Syria ini hanya satu bentuk provokasi, untuk menguasai rantau Timur Tengah. Ia perlu dihentikan kerana tiada satu negara pun yang telah dicampur tangan AS menjadi lebih baik," tegas beliau.
Malah, kata beliau peranan yang dimainkan Liga Arab sebelum ini turut memberi tekanan kepada Syria walaupun regim Bashar Al-Assad masih berkuasa.
"Cukuplah dengan peranan Liga Arab yang dilihat turut memberi kesan, walaupun regim masih kekal. Tapi tekanan yang ada ini sudah menunjukkan Syria ada sedikit tolak-ansur terhadap krisis ini," tegas beliau.
Justeru, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat turut menyeru Pemuda PAS di seluruh negara untuk sama-sama menyertai perhimpunan aman esok bagi menyatakan pendirian bersama dalam isu ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-9-2013
300 demo di kedutaan AS bantah TPPA
Hazayani Zakaria, | 23 Ogs 2013 |
(Antara yang mengambil bahagian dalam bantahan TPPA di keduataan AS hari ini)
KUALA LUMPUR: Seramai kira-kira 300 orang mewakili gabungan NGO Bantah Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) berhimpun di ibu negara hari ini.
Mereka berkumpul di hadapan bangunan Kedutaan Amerika sejurus selesai solat Jumaat bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan.
Mereka menyeru 12 negara yang menyertai TPPA untuk menolak sebarang usaha ke arah 'Penjajahan Korporat' terhadap warga Asia Pasifik dan berusaha untuk melindungi, mengekalkan dan mempromosi sistem perdagangan yang benar-benar bebas, adil dan selamat di antara negara-negara yang terlibat.
KEKALKAN KEMERDEKAAN TOLAK TPPA :
http://www.youtube.com/watch?v=e1xr1gwxHDo
[Lanjut Menyusul]
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-8-2013
2,000 bantah rampasan kuasa Presiden Mesir
Nazri Abdullah, | 26 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 umat Islam hari ini bersolidariti menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh tentera Mesir ke atas Presiden yang dipilih secara sah Dr Muhammad Morsi.
Himpunan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kemudian berarak ke bangunan Kedutaan Mesir di Jalan Ru, Ampang Hilir yang berjarak tidak kurang 4 kilometer.
Mengepalai perarakan tersebut, pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Riduan Mohd Nor, Kamaruzzaman Mohamad, wakil muslimat Ustazah Nuridah Saleh dan lain-lain.
Himpunan ini turut disertai wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Haluan Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gema dan Aqsa Syarif.
Peserta masing-masing membawa poster Morsi serta kain rentang yang mengutuk tindakan mencabul demokrasi tentera Mesir itu.
Antara lain poster tersebut tertulis 'The President kidnapped, now showing in Egypt'.
Sementara itu, polis bertindak menutup laluan di hadapan bagunan kedutaan.
Dianggarkan hampir 100 anggota polis termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) berkawal di jalan masuk menuju ke bangunan kedutaan.
Peserta perarakan yang tiba dihalang masuk ke jalan berhadapan bangunan kedutaan sebaliknya diberhentikan di jalan bersebelahan kira-kira 150 meter dari pintu masuk bangunan kedutaan.
Pihak keselamatan hanya membenarkan enam wakil untuk masuk mengadakan perbincangan dan menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan.
Sementara menunggu penyerahan memorandum selesai, beberapa wakil parti dan NGO memberi ucapan kepada peserta dari atas pacuan empat roda.
15 minit kemudian wakil-wakil yang mengadakan pertemuan dilihat keluar dari bangunan kedutaan dan menyertai himpunan.
Khairul Faizi dalam ucapannya selepas penyerahan memorandum itu berkata, mereka mengemukakan empat tuntutan kepada kerajaan sementara Mesir yang dikuasai tentera.
Ianya termasuk membebaskan dan mengembalikan segera Morsi, hentikan tindakan kekerasan terhadap rakyat dan benarkan mereka berhimpuan secara aman, membatalakan segala undang-undang dan ketetapn baru yang dibuat selepas kudeta serta membebaskan segera semua tahanan politik.
Najib membisu
Bercakap kepada media selepas itu, Khairul Faizi turut mempersoal sikap kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa masih membisu dalam isu ini.
"Kenapa beliau tidak mahu menyatakan pendirian dalam isu ini. Adakah Najib takut untuk tunjuk sikap kerajaan Malaysia dalam isu ini, takut kepada penentang Morsi?," soalnya.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia yang mendakwa mendokong demokrasi sewajarnya bersama rakyat Mesir yang membantah kudeta tersebut.
Persoalan sama turut dilontar Nuridah yang mendakwa perdana menteri bersikap double standard dalam isu ini.
"Dia (Najib) bukan mahu nyatakan pendirian, sebaliknya menggunakan isu rampasan kuasa Mesir ini untuk menakutkan rakyat bahawa inilah akibatnya bila berlaku perubahan kuasa," katanya.
Himpunan petang tadi berakhir kira-kira jam 3.45 petang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-7-2013
Himpunan solidariti umah 'Mesir berdarah' Ahad ini
Harakahdaily, | 12 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan satu program dinamakan Himpunan Solidariti Umah Mesir Berdarah pada Ahad, 14 Julai ini bertempat di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM Taman Melewar.
Program ini yang menampilkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan pidato serta mengupas isu terkini rampasan kuasa yang berlaku di Mesir.
Program ini dijadual bermula jam 8.30 malam dengan solat Isyak dan Tarawih sebelum pidato dimulakan.
Sheikh Abdul Ghani Al-Syahid Ahmed Yassin juga akan tampil menyampaikan pidato khas pada malam tersebut.
Selain beliau, turut akan menyampaikan pidato termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Tuan Guru Harun Taib, Ketua Dewan Pemuda Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Mohd Yusoff.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-7-2013
Warga MTT demo bantah tentera rampas kuasa Morsi
Khairul Azlam Mohamad, | 10 Jul 2013 |
KUALA TERENGGANU: Seramai 600 warga Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman terdiri dari pada pelajar dan gurunya berdemonstrasi secara aman sebagai tanda solidariti kepada Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi yang diguling oleh tentera.
Kumpulan warga MTT tersebut menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera Mesir serta mendesak kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kerajaan kudeta boneka Amerika.
Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal mendesak agar kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kerajaan kudeta tajaan Amerika di Mesir.
Katanya, rampasan kuasa kerajaan oleh tentera Mesir yang bersekongkol dengan pihak barat tidak dapat diterima oleh masyarakat dunia.
Sebab itu, kata Muzaihar seluruh umat Islam yang prihatin termasuk di negara ini wajar menentang konspirasi tersebut.
“Kami, warga MTT terdiri dari para pelajar, guru dan kakitangan sekolah amat tidak bersetuju dan menentang tindakan rampasan kuasa tentera terhadap kerajaan Islam Mesir di bawah Dr Mohamed Morsi.
“Ini tanda solidariti kita terhadap umat Islam dan jamaah Islam Ikhwanul Muslimin di Mesir yang sedang dibunuh dan dizalimi oleh pihak yang memusuhi Islam,” tegasnya ketika berucap di hadapan para pelajar yang berdemonstrasi secara aman di pekarangan MTT, Kampung Tok Jiring, hari ini.
Menurutnya, seramai 600 pelajar, guru dan kakitangan MTT menyertai demontrasi aman itu sebagai tanda solidariti kepada Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Pada perhimpunan tersebut pelbagai sepanduk dipamerkan antaranya ‘Kami bersama Presiden Mesir yang sah…Dr Morsi’, ‘Kembalikan Hak Rakyat’, ‘Ya Allah…Selamatkan Umat Islam Mesir’.
Antara pimpinan PAS yang hadir menyatakan sokongan ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-7-2013
PAS bersama NGO Islam kecam rampasan kuasa di Mesir
Anis Nazri, | 09 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini berarak dan berhimpun di Kedutaan Mesir di sini bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa serta tindakan kejam tentera negara itu terhadap rakyatnya.
Himpunan bermula kira-kira jam 12 tengah hari ini dengan mereka berkumpul berhampiran pusat membeli belah Ampang Point sebelum berarak ke bangunan kedutaan itu di Jalan Ru, Persiaran Ampang Hilir di sini.
Wakil PAS yang mengepalai perarakan tersebut termasuk Pengerusi Lajnah Antarabangsa Datuk Kamarudin Jaffar, timbalannya Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta AJK PAS Pusat Khalid Samad.
Wakil NGO terdiri daripada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) serta Gabungan Mansuhkan ISA (GMI).
Sementara itu, pihak kedutaan menghalang wakil PAS Dr Syed Azman untuk turut serta bersama NGO masuk menyerahkan memorandum.
Difahamkan alasan penolakan tersebut kerana menganggap PAS adalah Ikwan Muslimin di Malaysia.
[Lanjut menyusul]
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-7-2013
Demo bantah rampasan kuasa di Mesir esok
Harakahdaily, | 08 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS serta NGO Islam akan membuat perhimpunan aman esok bagi membantah rampasan kuasa tentera dan pembunuhan ramai-ramai yang sedang berlaku di Mesir sekarang.
Menurut sumber, himpunan itu akan diadakan jam 12 tengahari esok di pusat membeli belah Ampang Point dan mereka akan berarak menuju ke bangunan kedutaan Mesir selepas itu.
Satu sidang media pula akan diadakan oleh pemimpin PAS dan pemimpin NGO berkenaan di hadapan kedutaan Mesir itu.
Himpunan ini diadakan ekoran rampasan kuasa yang dibuat oleh tentera Mesir dengan menjatuhkan Presiden Mohamad Morsi yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir dalam pilihan raya sebelum ini.
Menurut media Barat termasuk BBC, Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika berada di belakang rampasan kuasa ini.
Ekoran rampasan kuasa ini, jutaan rakyat Mesir berhimpun di seluruh negara itu dan tentera menembak mereka yang enggan bersurai.
Menurut sumber, himpunan itu akan diadakan jam 12 tengahari esok di pusat membeli belah Ampang Point dan mereka akan berarak menuju ke bangunan kedutaan Mesir selepas itu.
Satu sidang media pula akan diadakan oleh pemimpin PAS dan pemimpin NGO berkenaan di hadapan kedutaan Mesir itu.
Himpunan ini diadakan ekoran rampasan kuasa yang dibuat oleh tentera Mesir dengan menjatuhkan Presiden Mohamad Morsi yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir dalam pilihan raya sebelum ini.
Menurut media Barat termasuk BBC, Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika berada di belakang rampasan kuasa ini.
Ekoran rampasan kuasa ini, jutaan rakyat Mesir berhimpun di seluruh negara itu dan tentera menembak mereka yang enggan bersurai.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-7-2013
Lebih 1,000 sertai bantahan di kedutaan Syria
Anis Nazri, Foto: Nasir Sudin, | 14 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 umat Islam hari ini berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Syria, Kuala Lumpur bagi membantah kekejaman tentera regim Bashar Assad terhadap rakyat negara itu.
Bantahan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu turut disertai wakil NGO Islam serta hak asasi manusia yang turut sama membantah kekejaman berterusan di negara bergolak itu.
Antaranya, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), NGO Muslim Care serta Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis).
Mengetuai bantahan itu Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan, Timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Aziz, Ketua Penerangan Pemuda Riduan Mohd Nor dan pimpinan serta exco dewan itu yang lain.
Sebelum itu, mereka berarak hampir dua kilometer dari Masjid Tabung Haji menuju ke bangunan kedutaan sejurus selesai solat Jumaat bagi menunjukkan solidariti kepada rakyat Syria..
Biarpun cuaca ada ketikanya panas, para peserta himpunan aman itu tidak berganjak sementara menunggu enam wakil selesai menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Syria.
Malah, turut kelihatan menyertai himpunan solidariti itu juga bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia, tetapi juga beberapa rakyat Syria ada ketikanya mendominasi perhimpunan dengan slogan perjuangan mereka.
Sementara itu, pada sidang media yang diadakan sejurus selesai urusan penyerahan memorandum, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan berkata kesal dengan tindakan kedutaan Syria yang enggan menerima memorandum yang diserahkan mereka.
Malah, delegasi mereka juga tidak dibenarkan masuk.
"Memorandum ini antara lainnya membantah kekejaman yang dilakukan kerajaan Syria terhadap penduduknya hampir tiga tahun. Kita juga tidak mendapat satu sumber maklumat yang jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di Syria. Malangnya, kita tidak dapat bertemu pada hari ini untuk mendapatkan gambaran sebenar.
"Tapi apa yang penting, banyak campur tangan dari kerajaan luar yang menyebabkan rakyat makin tertindas dan akhirnya menjadi pelarian. Justeru, kerajaan Syria perlu menolak campur tangan asing yang tidak membantu ke arah pendamain dan keamanan negara itu," tegas beliau.
Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Rahman, berkata tindakan kedutaan Syria yang enggan menerima memorandum bantahan itu menunjukkan sikap tidak demokratik negara itu dalam menangani isu sensitiviti semua pihak membabitkan rakyatnya sendiri.
Katanya, ia berbeza dengan sikap yang ditunjukkan kedutaan Turki di Malaysia yang turut menerima memorandum daripada delegasi berhubung pembinaan Taman Gezi, di Istanbul yang mewujudkan konflik di kalangan rakyat yang menyebabkan ribuan rakyat mengadakan protes ke jalan raya.
Tegas Amidi, berdasarkan pertemuan dengan wakil Turki tadi, delegasi itu dimaklumkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, bertindak menemui para demonstran dan kemudiannya memulangkan isu taman tersebut ke mahkamah bagi memutuskan sama ada taman itu boleh dibina atau sebaliknya.
"Kami memuji sikap Perdana Menteri Turki yang sanggup turun berbincang dengan demonstran, bukan hanya mengadakan pembantaian semata-mata. Sayangnya, ia tidak berlaku di kedutaan Syria yang bukan sahaja tidak mahu menerima memorandum kami, tetapi tidak membenarkan kami masuk ke kedutaan," tegas beliau.
Sementara itu, peserta himpunan bersurai kira-kira jam 3.35 petang tadi dengan suasana aman.
1. KDPPM : http://www.youtube.com/watch?v=7unaXKe0QrM&feature=youtu.be
2. NPP : http://www.youtube.com/watch?v=KyR6IV1lLT0&feature=youtu.be
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-6-2013
No comments:
Post a Comment