Murid bayar yuran guna syiling dapat perhatian Adun
- Jan 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Ekoran pendedahan itu, Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar negeri Selangor, tampil menghulur bantuan peribadi kepada waris pelajar terbabit.
Menurut Iskandar, pihaknya sebelum ini pernah menziarahi keluarga berkenaan sebanyak dua kali selain menghulur bantuan sumbangan.
“Mereka juga pernah menerima bantuan seperti Jom Shopping, bantuan Hari Raya dan membeli kasut sekolah, baru-baru ini,” katanya menerusi laman Facebook miliknya.
Selain itu, Iskandar turut memaklumkan perkara itu akan diketengahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk permohonan bantuan yang sesuai.
Kisah pelajar terbabit, Nurkhatijah Abdullah yang merupakan anak yatim, mendapat perhatian masyarakat apabila kisahnya membayar yuran sekolah menggunakan syiling yang dikumpulnya dimuat naik di facebook.
Beliau yang merupakan pelajar Sekolah Agama Integrasi Ar-Rahmaniah Taman Dagang dilaporkan membayar RM64 kepada pihak sekolah.
Namun, jumlah berkenaan tidak mencukupi untuk membayar jumlah yuran berkenaan dan atas inisiatif guru, mereka menambah wang untuk melengkapkan jumlah yuran.
Ibu pelajar berkenaan meninggal dunia sejak umurnya sebulan sementara bapa dipenjara kerana masalah dadah, manakala neneknya masih bekerja sebagai pembantu kebersihan dan akan tamat kontrak pada bulan Jun ini sementara datuknya sudah tidak berdaya hanya menerima bantuan PERKESO RM350.
Sumber HD - 8-1-2014
Roboh: Adun Sungai Rapat, Pasir Pinji tinjau setinggan
Harakahdaily, | 16 Nov 2013 |
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Radzi Zainon bersama dengan Adun Pasir Pinji, Lee Chuan How turun padang meninjau kehidupan penduduk perkampungan setingan di Sri Keramat, Sri Murni dan Tok Cendang.
Lawatan bersama tersebut bertujuan untuk memahami dengan lebih dekat perkembangan dan kemajuan penempatan semula bekas penghuni kampung-kampung setinggan tersebut seramai kira-kira 300 orang.
Penduduk sekeliling kampung-kampung setinggan tersebut telah menerima surat arahan untuk mengosongkan kediaman mereka dalam tempoh sebulan untuk membuka ruang kepada pemaju menjalankan perobohan.
Ia difahamkan bahawa tapak ketiga-tiga kampung telah diluluskan kepada sebuah syarkat untuk tujuan pembangunan taman perumahan.
Kawasan tiga kampung berkembar yang berkeluasan 84 ekar itu sangat strategik di tengah-tengah kawasan pembangunan baru Station 18 dalam Bandaraya Ipoh.
Oleh itu, ia menjadi kawasan hartanah bernilai tinggi.
Sebagai penyelesaian dan rancangan penempatan semula, para penghuni telah diberi tawaran satu lot tanah gantian bergeran.
Namun nasib bekas penghuni setinggan terus tidak menentu kerana untuk mendapatkan satu lot tanah, mereka terpaksa menyediakan hampir RM10,000 untuk penyediaan tapak dan bayaran premium.
Tambahan pula tapaknya jauh lebih kecil daripada yang dijanjikan, iaitu hanya berkeluasan 45 kali 70 kaki sahaja, sedangkan yang dipersetujui bersama-sama pada asalnya 50 kali 80 kaki.
Ada pula yang berkemampuan untuk membayar premium tanah, melalui pinjaman peribadi, tetapi tidak dilayan oleh bank dan institusi kewangan untuk mengambil pinjaman pembinaan rumah, sedangkan usia mereka sudah lanjut atau pendapatan rendah.
Ada yang menghuni di situ telah melebihi 30 tahun, namun semasa zaman Pakatan Rakyat mentadbir Kerajaan Negeri Perak, nasib mereka diambil peduli.
Pada ketika itu, Datuk Seri Nizar telah berkesempatan melawat kampung-kampung berkenaan dan memberi komitmen untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.
Namun kerajaan PR tidak bertahan lama.
Bagi golongan yang telah lanjut usia dan tidak berkemampuan, mereka mungkin ‘terpaksa’ melupakan angan-angan dan cita-cita untuk mendapat sekeping tanah bergeran di situ walaupun telah hidup dan turut membesarkan anak-anak mereka di kampung setinggan itu sejak sekian lama.
Masalah pokok yang timbul adalah kekurangan maklumat atau komunikasi di antara pihak pentadbir, pemaju dan penduduk.
Ramai yang terperangkap dalam suasana ketidakpastian yang sepatutnya tanggungjawab kerajaan dan juga pentadbir untuk memastikan bantuan dan maklumat wajar disampaikan kepada kesemua yang terbabit.
Jelasnya, tanggungjawab itu tidak ditunaikan.
Tiada siapa yang mampu membela mereka. Mereka bagaikan telah jatuh ditimpa tangga. Hanya kerajaan yang benar-benar berkebajikan dan prihatin akan nasib mereka mampu membela penduduk-penduduk terbabit.
Adakah kerajaan BN mampu, kita tunggu dan lihatlah kesudahannya.
Bagi Radzi dan Lee Chuan How, oleh kerana sistem peruntukan wang amalan kerajaan BN yang tidak adil dan berdasarkan parti, maksudnya Adun pembangkang tidak disalurkan peruntukan, pengurusan dan bantuan mereka hanya mampu membawa kisah duka penduduk ketiga-tiga kampung Melayu itu.
“Kami, Wakil Rakyat Pakatan Rakyat, akan turun padang melawat ketiga-tiga kampung itu semula minggu depan untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut supaya hakikat sebenar penduduk dapat dibawa ke Dewan Undangan Negeri pada persidangan 25 November nanti,” ujar mereka.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-11-2013
Bunga tarik pelancong kenali Dun Paya Jaras
Saidah Hairan, | 10 Okt 2013 |
Mohd Khairuddin mendengar keluhan penduduk yang kebanyakannya bekas pesakit kusta untuk mendapatkan kemudahan asas.
SUBANG: Melihat bunga tercetus di fikiran Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman untuk menjadikan Paya Jaras sebagai salah satu tempat pelancongan terkenal dengan jualan dan pameran pelbagai bunga.
Hasrat tersebut berlegar di fikirannya sejak beliau memegang jawatan Penyelaras Dun pada tahun 2012.
Langkah pertama yang akan dilakukan untuk menarik lebih ramai orang berkunjung ke Paya Jaras dengan mengadakan pesta bunga di Sungai Buloh setiap tahun dan akan dimulakan hujung tahun nanti.
"Kampung Melayu Sungai Buloh merupakan kawasan yang dipenuhi dengan pelbagai tanaman bunga. Saya mahu menjadikan Sungai Buloh ini, sebut sahaja Sungai Buloh, orang tahu bunga," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri telah mengadakan ekspo jualan bunga pada tahun 2009 dan mendapat sambutan di luar jangkaan.
Ekoran itu beliau yakin jika diadakan pesta bunga sudah tentu akan mendapat sambutan menggalakkan secara tidak langsung menaikkan nama Dun Paya Jaras.
"Dun Paya Jaras akan menjadi pusat pelancongan. Keindahan bunga mampu menarik lebih ramai pelancong. Ini akan mendatangkan hasil kepada negeri. Hasil itu juga akan kembali kepada rakyat," katanya.
Ketika membuat lawatan di kebun bunga Mohd Kamal Mohd Zin seluas dua ekar, beliau berjanji akan berusaha mencari tanah untuk dijadikan ladang bunga yang lebih besar.
Dun Paya Jaras bukan sahaja istemewa kerana mempunyai banyak kawasan menjual bunga tetapi ia juga merupakan satu-satunya Dun yang ada Pusat Komuniti Wanita (Nur Baroqah).
Nur Baroqah merupakan tempat menyimpan pakaian wanita dan lelaki; kanak-kanak serta keperluan orang kurang upaya seperti kerusi roda; tongkat; bantal dan lampin pakai buang.
Pakaian tersebut bukan dilonggok tetapi digantung; sesiapa sahaja yang masuk ke Nur Baroqah umpama masuk ke butik pakaian. Ibu-ibu tunggal; orang kurang upaya; warga emas; fakir miskin dan anak-anak yatim boleh mendapatkan keperluan tersebut setelah mendaftar di Pejabat Wakil Rakyat Dun.
Nur Baroqah dilancarkan pada 10 Mac 2012 oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail. Pengarah Nur Baroqah, Suzie Aimi Samsudin dan Pengerusi, Umie Rohani Mohd Hashim berharap golongan korporat; usahawan dan sesiapa sahaja yang berhasrat menyumbang pakaian atau kewangan boleh datang terus ke Pejabat Wakil Rakyat Dun Paya Jaras.
Konsep KBSM iaitu Kahwin; beranak; sakit dan mati menjadi amalan yang perlu dilaksanakan berada di bawah satu pengurusan (Iqrar). Pengerusinya, Rabeah Aladawiyah sentiasa peka dengan laporan daripada Jawatankuasa kampung berhubung KBSM.
Kejayaan Khairuddin dalam tempoh empat bulan menjadi wakil rakyat, seramai 219 orang penduduk di kampung Seri Indah A dan B memperolehi geran tanah setelah menunggu lebih daripada 10 tahun.
Kampung tersebut merupakan penempatan semula penduduk yang terlibat dengan projek MRR2, Kepong pada tahun 1988. Kerajaan BN telah menempatkan mereka di Kampung Seri Indah A dan B. Namun, perjanjian untuk memberi geran tanah hanya dapat diselesaikan setelah PAS menawan Dun Paya Jaras.
Kesediaan beliau mendengar rintihan penduduk walaupun tanpa ada temujanji terlebih dahulu, menyebabkan kehadirannya di mana sahaja di senangi penduduk. Kemesraan melayan warga emas masyarakat Tionghua di Pusat Kusta Sungai Buloh cukup menggembirakan mereka.
Rintihan penduduk didengar dengan begitu tekun. Masalah mereka cuba diatasi walaupun tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh. Masanya dihabiskan bersama masyarakat, sehingga ada ketikanya beliau terpaksa tidur di pejabat wakil rakyat kerana melayan permintaan masyarakat sehingga larut malam.
Daripada tinjuan dan pemerhatian penulis, Paya Jaras boleh terkenal dengan adanya aset istimewa yang selama ini mungkin `terlepas pandang' untuk dijadikan tarikan pelancong.
Khairuddin bersama jentera pejabat Wakil rakyat dibawa melihat kebun bunga seluas dua ekar di Kampung Melayu, Sungai Buloh.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-10-2013
Berat nak beritahu 'mama sudah meninggal'
Salmiyah Harun, | 19 Sep 2013 |
KAJANG: 'Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul', mungkin kata-kata ini akan diluahkan sesiapa sahaja yang mengetahui nasib sebatang tubuh yang kini sudah bergelar bapa tunggal selepas kehilangan isteri dan tiga anaknya dalam satu kemalangan ngeri di Bangi 9 September lalu.
Mohd. Tauffid Kassim suami kepada Allahyarhamuha Rohaya Md Rabi, 35, yang maut bersama tiga anaknya dalam kemalangan tempoh hari kelihatan tenang dan pasrah dalam menerima qada' dan qadar Yang Maha Esa.
Dalam kunjungan saya bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Hospital Kajang, Tauffid setia menunggu dengan penuh harapan agar Nabil Lutfan, 3, satu-satunya anak beliau yang terselamat dalam kejadian itu agar pulih sedia kala seperti anak-anak yang lain.
Kini kanak-kanak itu berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kajang sejak kejadian 10 hari lalu.
Di hadapan pintu wad ICU, Tauffid sedang kusyuk membaca Al-Quran sementara menunggu anaknya selesai menjalani pembedahan yang melibatkan urat saraf mata dan tulang rahang.
Bagaimanapun, beliau tidak menyedari kehadiran kamera yang turut merakam gambarnya.
"Anak saya masih di bilik operation, dia kena buat pembedahan bahagian muka dan rahang, dah lama dia masuk jam 12.00 tengah hari sekarang jam 3.15 masih belum keluar," luahnya yang masih duduk di atas kerusi sambil memegang Al-Quran, sebaik mendengar saya menyapa.
Beliau yang mengenakan baju kemeja biru serta berkopiah putih tidak kekok untuk berbicara dengan rombongan Presiden PAS yang datang menziarah anaknya walaupun di raut wajahnya masih terserlah kesedihan yang ditanggung.
Saya sempat melihat sepasang mata bapa yang kini hanya tinggal empat cahayamata daripada tujuh orang, hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham Rohaya, kadang kala kelihatan berkaca ketika menceritakan kisah kejadian yang menyayat hati itu.
Berat rasanya saya untuk menanyakan bagaimana dengan tiga anaknya lagi adakah mereka boleh menerima kehilangan mamanya dan tiga adik-beradiknya yang lain.
Ternyata telahan saya tepat, Tauffid tersekat-sekat untuk menjawab pertanyaan saya, namun ketabahan yang dimilikinya dia seolah-olah bisa menyembunyikan perasaannya.
Sambil menggeleng-geleng kepada, Tauffid mengakui masih gagal untuk memberitahu kebenaran kepada anaknya yang berumur empat tahun.
"Saya tidak tahu nak cakap macam mana pada anak saya yang umur 4 tahun, dia telefon saya menanyakan mama mana? Kakak mana? Alang dan Angah mana? Itulah yang sering ditanya. Saya hanya diam membisu dan berpura-pura sibuk," ujarnya.
Anaknya yang berusia enam tahunlah yang memberitahu adiknya itu 'mama dah mati'.
Namun, jauh di sudut hati Tauffid satu harapan yang tinggi agar anaknya yang di ICU sihat semula agar beliau boleh menguruskan tanggungjawabnya kepada tiga lagi anaknya yang kini dijaga oleh emaknya yang berusia 70 tahun.
"Saya harap anak saya cepat-cepat sembuh, senang saya hendak uruskan hal anak-anak yang di rumah lagipun nenek mereka yang jaga pun dah tua," ujarnya lalu menundukkan muka ke bawah.
Mengimbau hari kejadian, Tauffid bersyukur kerana Allah mempermudahkan pengurusan janazah isteri dan anak-anaknya di kala beliau yang masih terkejut menerima berita sedih itu.
"Saya tidak tahu dari mana datangnya orang di sekeliling saya yang menguruskan hal-hal jenazah isteri dan anak-anak saya termasuk membuat laporan polis, keadaan berlaku dengan pantas. Allhamdulillah tetiba sahaja jenazah mereka dah boleh bawa ke Kedah.
"Ya Allah. Saya terharu dengan sahabat-sahabat yang datang entah dari mana menolong saya. Mungkin senior-senior saya," katanya sambil merenung Al-Quran yang masih di tangan dan berterima kasih kepada mereka yang membantunya tempoh hari.
Sebelum itu, kelihatan empat orang wanita yang berbaju kurung dan bertudung lengkap turut berada bersama Tauffid, saya merasakan mereka mungkin kaum keluarga dan sanak saudara Tauffid.
Sebaik didekati saya, rupanya mereka adalah guru di sekolah tempat Tauffid dan Allahyarham isterinya mengajar. Bahkan mereka jugalah guru kepada arwah anak-anaknya.
"Kami mengajar di sekolah yang sama, dah kenal Ustaz (Tauffid) sejak awal beliau mengajar di sekolah tu tahun 2001. Kami tidak putus-putus datang melawat anak Ustaz. Habis mengajar kami singgah sekejap. Kami buat 'shiff' pagi kawan lain datang, petang orang lain pula," kata salah seorang guru wanita tersebut.
Sejak kejadian mereka sering datang menziarah anak Tauffid yang juga anak murid mereka, usaha mereka itu sebagai sokongan moral kepada rakan seperjuangannya yang tidak mahu melihat bapa tunggal itu terus bersedih dengan kejadian yang menimpa.
Tauffid bertambah terharu apabila ada mereka yang prihatin dan memberi sumbangan wang tunai kepadanya selepas kejadian itu.
Beliau menerima wang tunai RM50,000 daripada orang ramai hasi kutipan yang diusahakan oleh Muslimat PAS Serdang sejak berlakunya kejadian tragis itu.
"Terima kasih, terima kasih," ujar Tauffik sebaik saya memohon diri untuk beransur dari situ.
Dalam kejadian itu, Rohaya Md Rabi, 35, dan tiga anaknya - Nur Nabila Al Huda Muhammad Tauffid, 9; Nur Nabila Al Hanan, 7; dan Muhammad Nabil Lutfi Al Hadif, setahun, maut di tempat kejadian selepas kereta kancil yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori.

Sumber HD - 19-9-2013
Presiden PAS ziarah keluarga nahas 4 beranak
Salmiyah Harun, | 18 Sep 2013 |
KAJANG: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini meluangkan masa melawat adik Mohd Nabil Lutfan Al Husna, mangsa yang terselamat dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan empat beranak di jalan Kajang-Banting baru-baru ini.
Tuan Guru Abdul Hadi yang ditemani isteri, tiba di Hospital Kajang kira-kira jam 3.15 petang tadi disambut bapa mangsa Mohd. Tauffid Kassim.
Turut bersama dalam rombongan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Bangi) Shafie Ngah, Ketua Pemuda PAS Serdang Mohd Adram Musa serta Ketua Muslimat PAS Serdang Hamsatul Hamzah.
Adik Nabil Lutfan adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian 11.54 pagi, 9 September lalu itu.
Dalam kejadian itu ibunya Rohaya Md Rabi, 35, dan tiga adik beradiknya - Nur Nabila Al Huda Muhammad Tauffid, 9; Nur Nabila Al Hanan, 7; dan Muhammad Nabil Lutfi Al Hadif, setahun, maut di tempat kejadian selepas kereta kancil yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori.
Adik Nabil Lutfan terpaksa menjalani pembedahan di bahagian kepala dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kajang.
Dalam lawatan petang tadi Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, sempat menanyakan doktor yang bertugas berhubung situasi terkini kanak-kanak yang berusia 3 tahun itu.
Tuan Guru juga turut memberi kata-kata semangat kepada Tauffid yang kelihatan masih bersedih dengan kejadian yang menimpa isteri dan anak-anaknya.
Dalam kesempatan itu, Tuan Guru turut menyampaikan sumbangan mewakili pihak PAS sebanyak RM50,000 kepada Tauffid.
Sumbangan tersebut merupakan hasil derma daripada orang ramai yang diusahakan oleh Dewan Muslimat PAS Serdang.
Dalam pada itu, Ketua Muslimat PAS Serdang Hamsatul Hamzah ketika ditemui berkata, ramai yang menghubungi pihaknya untuk menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa.
"Kita berterima kasih kepada penyumbang dan hari ini kita sampaikan amanah orang ramai kepada keluarga mangsa," katanya ketika ditemui.
Beliau berkata sumbangan itu juga adalah hasil usaha Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Pusat yang menghebahkan maklumat keluarga berkenaan di laman sosial Facebook.
"Atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan terhadap anak-anak dan keluarga Allahyarhamuha yang masih lagi belajar memanggil kami untuk mengumpul sumbangan ini," katanya.
Selain empat anaknya itu, Allahyarhamuha Rohaya turut mempunyai tiga lagi anak yang masih bersekolah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-9-2013
Tolak motor bantah harga minyak
Basiron Abdul Wahab, | 14 Sep 2013 |
TEMERLOH: Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi turut bersama ratusan pemuda mengheret motosikal masing-masing sebagai simbolik membantah kenaikan harga minyak.
Nasruddin yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat berkata, sebelum ini berbagai bentuk bantahan telah dibuat tetapi kerajaan hanya memekakkan telinga enggan menerima pandangan rakyat.
“Hantar memorandum sudah, ‘flashmob’ sudah, demonstrasi sudah, semua bentuk bantahan sudah kita buat namun kerajaan tidak memperdulikannya.
“Heret motosikal ini adalah simbolik daripada anak muda yang turut merasai keperitan akibat kenaikan harga minyak,” katanya yang juga pengerusi Gerakan Selamatkan Ekonomi Negara.
Pada program anjuran Pemuda PAS Temerloh dan Jabatan Amal itu, mereka menolak motorsikal masing-masing dari Taman Kubang Gajah ke Bandar Temerloh sejauh kira-kira lima kilometer sambil mengecam langkah kerajaan menaikkan harga minyak.
Menurut Nasruddin lagi, kerajaan sewajarnya tidak menarik balik subsidi yang menjadi sebab harga runcit Ron95 dan diesel naik 20 sen sebaliknya mengekalkanya dengan mencari alternatif lain.
Turut hadir Adun Mentakab Tengku Zulfuri Raja Puji.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-9-2013
Minyak Naik: Peniaga, pembeli mula rasa terbeban
Basiron Wahab, | 12 Sep 2013 |
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Andansura Rabu berkata kesan kenaikan minyak sudah mula dirasai oleh rakyat apabila harga barangan keperluan harian mula naik mendadak.
Beliau berkata, dalam tinjuanya ke Pasar Balok baru-baru ini beliau dimaklumkan oleh peniaga mengenai kenaikan harga barangan apabila pembekal telah menaikkan harga ekoran kenaikan kos pengangkutan.
Mereka berkata, kenaikan harga bermula apabila kerajaan menaikan harga minyak baru-baru ini melibatkan petrol dan diesel,
“Dalam tinjuan saya bertanya khabar dan mendengar rungutan peniaga di pasar Balok. Rata-rata menyatakan harga barangan telah mula naik.
"Kecuali ikan yang masih bertahan dengan harga lama. Itupun kerana bekalan ikan yang agak banyak buat masa ini,” kata Andansura.
Menurutnya, para peniaga tiada pilihan lain kecuali terpaksa menaikkan harga jualan juga walaupun sedar, resiko jualan berkurangan.
Andansura berkata, para peniaga Pasar Balok menyatakan mereka kini terpaksa bersaing dengan pasaraya besar di sekeliling yang menjual barangan sama dengan harga lebih rendah menjadikan sebahagian mereka terpaksa mencari haluan lain kerana tidak mampu bersaing.
” Dalam tinjaun itu saya dapati.pasar balok lengang kerana pelanggan lebih gemar berbelanja di pasaraya besar yang mempunyai banyak pilihan.
Dalam hal ini, kerajaan perlu mengkaji dan mencari jalan penyelesaian terbaik kepada para peniaga kecil yang kebanyakanya Bumiputera supaya mereka mampu berdikari.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-9-2013
Kayuhan tunjuk solidariti buat rakyat Mesir
Muhammad Arif Ismail, | 10 Sep 2013 |
GOMBAK: Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan menyifatkan sambutan menggalakan dalam program kayuhan solidariti untuk rakyat Mesir mengambarkan keprihatinan golongan belia terhadap perjuangan rakyat negara itu.
Menurutnya, program yang dianjurkan Alternatif Cycle Club (ACC) bersama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) itu bertujuan menyatakan sokongan terhadap usaha rakyat negara itu mengembalikan lunas demokrasi yang sempurna.
"Ia menyampaikan mesej kepada masyarakat agar sedar bahawa kita juga merasai keperitan, kepahitan yang dialami oleh rakyat Mesir untuk mengembalikan keamanan dan demokrasi," katanya ketika merasmikan majlis tersebut yang diadakan di Dataran Greenwood baru-baru ini disini.
Turut hadir iaitu Pengerusi Ilmam Selangor, Mohd Farhan Madzlan dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak, Syarhan Humaizi Halim.
Seperti juga Alternatif Riding Club (ARC), ACC juga merupakan sebahagian daripada Dewan Pemuda PAS yang bertujuan mengalakkan semua aktiviti itu dikalangan belia negara ini.
Kayuhan basikal sejauh 28 kilometer menerusi laluan lama Gombak ke Bentong, Pahang itu telah disertai oleh 50 peserta daripada pelbagai lapisan usia.
Aktiviti riadah berbasikal itu dilepaskan oleh Hasbullah bermula di Dataran Pasar Malam Greenwood .
Hasbullah turut bersama-sama peserta mengayuh basikal menuju ke destinasi iaitu di Genting Sempah.
Sementara itu, AAC yang diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak, Syarhan Humaizi Abdul Halim turut menyerahkan sumbangan untuk disampaikan kepada rakyat Mesir menerusi Ilmam sebanyak RM1,000.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-9-2013
Penduduk bantah pencemaran lori amang
Basiron Wahab, | 09 Sep 2013 |
Andansura (tengah) turun padang bersama penduduk mengadakan flash mob.
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu turun padang bersama penduduk Kampung Selamat mengadakan ‘flash mob’ membantah pencemaran udara dan jalan raya oleh lori amang.
Andansura berkata, beliau telah menyuarakan isu berkenaan dalam persidangan Dewan Udangan Negeri (Dun) Pahang lalu namun belum ada tindakan dilakukan pihak berkuasa.
Katanya, pencemaran berlaku di jalan utama ke pelabuhan Kuantan dan ia menjadikan jalan berkenaan berwarna kuning dan berdebu yang membahayakan kepada pengguna jalan raya dan menjejaskan kesihatan penduduk.
Andansura mahu pihak berkuasa bertindak segera mencari jalan penyelesaian kerana kehadiran lori amang itu sudah sampai kepada tahap berbahaya.
Penduduk mendakwa, masalah yang mereka alami itu sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu.
Debu amang memasuki rumah menjadikan mereka tidak selesa, malah pokok-pokok turun terpalit dengan debu amang manakala penduduk terpaksa menghirup udara kotor setiap masa.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-9-2013
Exco, Adun rai empat pasangan pengantin
Muhammad Arif Ismail, | 05 Sep 2013 |
Sallehen dan Shafie menyampaikan hadiah kepada pengantin.
BANGI: Ahli Dewan Negeri Selangor (Adun) Bangi, Shafie Ngah meraikan empat pasangan pengantin dalam satu majlis walimatulurus yang dianjurkan bersama Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi dan Pertubuhan Kebajikan Prihatian Bangi (Bangi Care), kelmarin.
Beliau berharap supaya kejayaan pelaksanaan program tersebut bakal mengubah persepsi masyarakat terhadap urusan perkahwinan yang memerlukan belanja besar dan membebankan pasangan serta keluarga mereka.
"Pihak Adun juga memberi sedikit sumbangan bagi menjayakan program ini dan kita mensasarkan 15 orang pengantin pada majlis yang bakal diadakan kelak," kata beliau ketika berucap di majlis itu.
Majlis yang julung kali diadakan itu merupakan program perintis di peringkat Dun Bangi bagi menyemarakkan lagi usaha kerajaan negeri memberi insentif sebanyak RM500 kepada belia Selangor yang berkahwin.
Inisitif tersebut diilhamkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Serdang bagi memberi peluang kepada pihak pemimpin dan masyarakat sekitar melaksanakan tanggungjawab sosial dengan membantu meringankan beban kos majlis perkahwinan.
Dalam majlis itu seramai empat pasangan mempelai diraikan iaitu Hamizan Abdul Karim dan pasangannya, Norhaslina Zahari; Hazwan Che Muhamad dan, Nabilah Maiyidin; Mohd Nur Fahmi Nur Rajah dan Nur Farhain serta Zulhilmi Ahmad dan Nur Merza Bunguh.
Turut sama meraikan semua pasangan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi yang hadir bersama isterinya dan Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-9-2013
NGO baru bawa isu masyarakat Parit Buntar
Harakahdaily, | 29 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Cetusan positif semasa berkumpul bersama dan bertukar-tukar fikiran memungkinkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal ditubuhkan di Parit Buntar.
Menurut laman web rasmi PAS Parit Buntar, NGO yang bakal diberi nama Kelab Permuafakatan D’Lima akan dipengerusikan Mohamad Diah, seorang pesara guru.
Kelab Permuafakatan D’Lima akan menjadi sebuah NGO yang bukan hanya menumpukan kepada hal menjaga kebajikan ahli sahaja, malah kebajikan masyarakat awam termasuk golongan anak yatim dan fakir miskin.
NGO ini juga akan membangkitkan masalah dan isu-isu masyarakat di peringkat akar umbi termasuk yang melibatkan golongan pesara, pekerja kilang dan pemandu teksi.
Hasrat menubuhkan NGO berkenaan dimaklumkan kepada Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semasa kunjungan Ahli Parlimen berkenaan ke lokasi berkumpul mereka di belakang D’Lima Parit Buntar.
Semasa kunjungan berkenaan Mujahid menyumbang dua buah meja dan sepuluh buah kerusi kepada NGO yang bakal ditubuhkan itu.
Mujahid semasa ditemui menyokong usaha menubuhkan NGO yang sah dan berdaftar, mempunyai dasar dan peraturan pertubuhan seperti mana ditetapkan dalam perlembagaan dan undang-undang.
“Saya yakin dengan kemampuan NGO yang bakal ditubuhkan ini kerana anggotanya terdiri dari pelbagai golongan termasuk golongan profesional dan pesara kerajaan.
“Sebelum ditubuhkan NGO pun, sudah ada aktiviti kebajikan yang dilakukan termasuk menyalurkan bantuan kepada fakir miskin melalui Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong,” katanya.
Beliau berharap NGO yang bakal ditubuhkan boleh membawa suara rakyat, menjadi mata dan telinga rakyat serta mampu membantu melancarkan pentadbiran Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-8-2013
Kementerian digesa jalin kerjasama dengan MP
Harakahdaily, | 26 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berharap agar terjalin kerjasama yang lebih erat di antara Kementerian Wilayah Persekutuan dan wakil rakyat di kesemua kawasan Parlimen.
“Semoga dapat bersama-sama memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat tidak mengira latar belakang parti,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, kata beliau antara saranan awalnya sebagai wakil rakyat Lembah Pantai adalah untuk menghidupkan konsep Pusat Bersepadu Perkhidmatan Kerajaan dan Masyarakat Kawasan Parlimen agar dapat meningkatkan kualiti serta keberkesanan perkhidmatan awam untuk penduduk setempat di bawah kawasan Parlimen masing-masing tanpa mengira sama ada wakil rakyat pemerintah atau pembangkang.
Naib Presiden PKR itu berkata, pusat bersepadu tersebut dapat memberikan rakyat perkhidmatan dari pelbagai jabatan termasuklah Jabatan Khidmat Masyarakat, Jabatan Pendidikan, PDRM, DBKL dan pejabat ahli parlimen pemerintah atau pembangkang berfungsi secara integrasi dengan koordinasi cekap sebagai sebuah ‘one-stop centre’, memberikan keutamaan kepada memenuhi keperluan dan kehendak rakyat dengan lebih berkesan.
Kenyataan penuh sebagaimana di bawah.
Harapan saya sebagai wakil rakyat adalah agar terjalin kerjasama yang lebih erat di antara Kementerian Wilayah Persekutuan dan wakil rakyat di kesemua kawasan Parlimen, semoga dapat bersama-sama memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat tidak mengira latar belakang parti.
Antara saranan awal saya sebagai wakil rakyat Lembah Pantai adalah untuk menghidupkan konsep - Pusat Bersepadu Perkhidmatan Kerajaan dan Masyarakat Kawasan Parlimen - agar dapat meningkatkan kualiti serta keberkesanan perkhidmatan awam untuk penduduk setempat di bawah kawasan Parlimen masing-masing - tanpa mengira sama ada wakil rakyat adalah dari pihak pemerintah atau pembangkang. Pusat bersepadu tersebut dapat memberikan rakyat perkhidmatan dari pelbagai jabatan termasuklah Jabatan Khidmat Masyarakat, Jabatan Pendidikan, PDRM, DBKL dan pejabat Ahli Parlimen pemerintah atau pembangkang berfungsi secara integrasi dengan koordinasi cekap sebagai sebuah ‘one-stop centre’, memberikan keutamaan kepada memenuhi keperluan dan kehendak rakyat dengan lebih berkesan.
Peranan DBKL di bawah naungan Kementerian Wilayah Persekutuan diharapkan memainkan peranan yang lebih aktif dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan saksama untuk warga Kuala Lumpur. Contohnya, penggunaan kemudahan-kemudahan DBKL seperti Dewan Serbaguna tidak seharusnya diberikan secara pilih kasih dan sebaiknya bebas digunakan oleh mana-mana pihak yang ingin menggunakannya tanpa diskriminasi. Oleh demikian satu Piagam Warga Kota Kuala Lumpur mesti dirangka yang menggariskan Hak Akses Saksama semua warga kepada perkhidmatan dan kemudahan kerajaan khususnya DBKL.
Peranan aktif DBKL dalam perkhidmatan pihak berkuasa tempatan harus dipertingkatkan agar dapat menyelesaikan masalah penyelenggaraan asas seperti membaiki jalan raya, longkang-longkang yang tersumbat dan serta lif-lif yang rosak dengan lebih berkesan. Harapan saya seperti warga Lembah Pantai yang lain agar kawasan Parlimen Lembah Pantai sentiasa terpelihara untuk kehidupan seharian. Oleh demikian, satu sistem Kad Laporan Perkhidmatan DBKL yang akan melibatkan maklumbalas semua penduduk setempat harus diwujudkan dalam mencapai hasrat ini.
Antara masalah-masalah yang dihadapkan kepada saya selaku wakil rakyat Lembah Pantai adalah masalah tunggakan bil air serta pembayaran sewa PPR agar diselesaikan secara lebih berhemah dan mengambil kira latar belakang para penghuni secara satu persatu. Sebagai penyedia perkhidmatan, kita seharusnya memberikan jalan penyelesaian dan mencapai kata sepakat bersama-sama para penghuni agar kehidupan seharian tidak terjejas oleh birokrasi.
Kuala Lumpur tidak terlepas dari bencana alam seperti ribut dan banjir yang mengakibatkan kerosakan pada harta benda peribadi serta infrastruktur. Terdapat juga para penghuni yang kehilangan tempat tinggal akibat malapetaka yang menimpa mereka. Ia adalah menjadi harapan saya agar layanan yang sama rata seperti khidmat kecemasan dan penyediaan tempat tinggal sementara tidak dipolitikkan dengan memberikan keutamaan berdasarkan sokongan kepada parti komponen BN ataupun PR. Ribut dan banjir juga berlaku akibat pembangunan pesat yang tidak terkawal. Hakisan serta keruntuhan yang melanda Bukit Gasing haruslah dipantau dan diambil tindakan serta-merta oleh DBKL - lebih-lebih lagi apabila DBKL punyai kepentingan menerusi perjanjian yang dimeterai dengan pemaju Amona Development Sdn Bhd dan IJM Land Bhd.
Sejauh ini, Peruntukan Tahunan Persekutuan Kawasan Parlimen yang bernilai RM1.5 hingga RM2.0 juta masih lagi disalurkan kepada selain dari ahli Parlimen pembangkang yang berkhidmat kepada rakyat. Sejauh ini, warga Lembah Pantai masih dinafikan hak demokratik mereka dalam hal ini. Pemangsaan terhadap rakyat melalui cara ini harus dihentikan agar mereka dapat diberikan bantuan dengan lebih saksama dan tanpa kompromi.
Status Tabung Keselamatan 1Wilayah bagi membiayai usaha membanteras jenayah di peringkat kawasan perumahan dan tempat awam, termasuklah dengan pemasangan rangkaian CCTV yang pernah dilancarkan Kementerian Wilayah Persekutuan harus dimaklumkan kepada wakil-wakil rakyat Kuala Lumpur dari masa ke semasa.
Kelulusan untuk kawasan perumahan, kompleks pejabat, pusat membeli belah mahupun kawasan parlimen menubuhkan pasukan Polis Bantuan (Auxiliary Police) yang mungkin dapat dibiayai sebahagiannya daripada Tabung Keselamatan 1Wilayah.
Kehidupan warga kota tidak terhad kepada orang-orang yang dewasa sahaja. Tempat tinggal serta persekitaran pembelajaran untuk kanak-kanak harus berbentuk kondusif agar dapat melahirkan generasi yang berjaya dari segi pelajaran, kesihatan mental dan fizikal. Pembinaan Pusat Ilmu PPR seperti ruangan untuk belajar, perpustakaan mini dan tapak sukan di semua PPR boleh direalisasikan atau dipertingkatkan untuk kesejahteraan para penghuni warga kota.
Memperluaskan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dan Skim Prihatin 1WP termasuk melibatkan ahli parlimen di dalam perancangan koordinasi untuk kawasan parlimen masing-masing.
Adalah dicadangkan agar satu taklimat dan juga pembentukan sebuah Jawatankuasa Perundingan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan diwujudkan untuk penglibatan secara lebih bermakna didalam Pelan Greater KL/Klang Valley.
Apakah status Skim Pembiayaan Khas Program Penjualan Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL) serta menilai semula cadangan saya untuk skim alternatif iaitu ‘Sewa-Hingga-Milik, Tanpa Faedah’.
Akhir sekali, adalah diharap bahawa Majlis ini dapat dikekalkan sebagai majlis berkala setiap 3 bulan agar usaha mensejahterakan rakyat dapat diteruskan bersama.

Sumber HD - 26-8-2013
Mangsa kebakaran dapat perhatian wakil rakyat
Harakahdaily, | 30 Jul 2013 |
GOMBAK: Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan hari ini meluangkan masa hampir 45 minit meninjau rumah kedai yang terbakar di Pinggiran Batu Caves semalam.
Kebakaran dikatakan berpunca akibat litar pintas dan kerugian ditaksirkan sebanyak RM100,000.
Salah seorang pemilik kedai, Zulkifli Mohammad berkata, kebakaran berlaku kira-kira jam 8.30 pagi dan disedari oleh anak beliau.
Ketika itu beliau dan isteri tiada dirumah dan empat orang anak mereka pergi ke sekolah.
Rumah di bahagian atasnya juga terbakar 100 peratus dan beliau tidak sempat menyelamatkan barang-barang di dalamnya.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Dalam lawatan itu, Hasbullah turut menyampaikan sumbangan segera berupa wang tunai dan juga barangan dapur dari Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia.
“Kita sangat bersimpati kepada keluarga mangsa dan kita akan bantu apa yang mampu.
"Kita juga berharap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian yang menimpa mereka menjelang AidilFitri ini” jelas beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Selangor.
Kebakaran dikatakan berpunca akibat litar pintas dan kerugian ditaksirkan sebanyak RM100,000.
Salah seorang pemilik kedai, Zulkifli Mohammad berkata, kebakaran berlaku kira-kira jam 8.30 pagi dan disedari oleh anak beliau.
Ketika itu beliau dan isteri tiada dirumah dan empat orang anak mereka pergi ke sekolah.
Rumah di bahagian atasnya juga terbakar 100 peratus dan beliau tidak sempat menyelamatkan barang-barang di dalamnya.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Dalam lawatan itu, Hasbullah turut menyampaikan sumbangan segera berupa wang tunai dan juga barangan dapur dari Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia.
“Kita sangat bersimpati kepada keluarga mangsa dan kita akan bantu apa yang mampu.
"Kita juga berharap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian yang menimpa mereka menjelang AidilFitri ini” jelas beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Selangor.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-7-2013
Adun santuni masyarakat Bawean Gombak
Harakahdaily, | 25 Jul 2013 |
GOMBAK: Beberapa buah surau dan kampung masyarakat Bawean di Gombak menerima beberapa jenis sumbangan dari Adun Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Ridzwan semalam.
Majlis sumbangan tersebut diadakan bersempena Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat Bawean Surau Baburrahmah di Sungai Chincin, Gombak.
Antara surau yang menerima sumbangan semalam, Surau Hidayatussobyan, Kg. Kerdas 4, Surau Miftahulhuda, Pinggiran 3, Surau Baburrahmah, Pinggiran 1, Sg. Chincin dan Kampung Sri Harmonis.
Sumbangan Aidilfitri itu berupa barangan makanan termasuk wang bagi pembelian beberapa kelengkapan dan penyelenggaraan surau dan kawasan kampung.
Ianya termasuk permaidani, sistem pembesar suara, paip air, pembinaan longkang serta bagi tujuan pengindahan surau sempena menyambut 1 Syawal nanti.
“Kita berharap dengan sumbangan yang diberikan dapat meningkatkan lagi prasarana dan juga dapat mengimarahkan lagi surau-surau masyarakat Bawean.”
“Dengan sumbangan ini juga, dapatlah masyarakat Bawean Gombak menikmati kehidupan yang lebih baik dibawah Pakatan Rakyat Selangor” kata beliau ketika berucap di majlis berbuka puasa tersebut.
Dalam kesempatan itu juga, Hasbullah sempat melawat surau yang hampir siap dibina oleh masyarakat Bawean Pinggiran 4 dan masih memerlukan sumbangan.
Bawean merupakan satu kelompok kecil masyarakat Melayu yang berasal dari Pulau Bawean, Indonesia.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-7-2013
Mana perginya YB lompat parti?
Syed Abdullah Syed Osman , |
Mana perginya wakil rakyat yang isytiharkan diri keluar daripada Pakatan Rakyat semasa PRU12 dahulu. Mengapa senyap sunyi sahaja apabila nama mereka tidak lagi tersenarai lagi dan tidak dipilih untuk PRU-13 - walaupun mereka ini bersuara lantang menghentam kiri dan kanan parti yang mereka wakili dahulu. Begitu juga mereka yang 'dikutip' balik untuk dijadikan calon tetapi malangnya mereka ini juga kalah dengan 'bergaya', kerana rakyat dapat menilai siapa wajah-wajah mereka ini yang sebenarnya.
Perkara ini sepatutnya menjadi ikhtibar kepada mana-mana wakil rakyat agar tidak menipu atau mengkhianati pengundi anda yang memberikan mandat. Justeru, jangan mudah terpedaya dengan janji manis lawan kerana anda hanya akan dijadikan alat untuk beberapa ketika sahaja. Selepas berakhirnya pilihan raya tiada siapa yang akan melayan atau sudi mengambil orang seperti ini kerana sikap tidak setia dan tiada pendirian serta tidak mempunyai prinsip ini sukar dipercayai oleh sesiapapun.
Sayang seribu kali sayang apabila seseorang tokoh politik yang disifatkan berwibawa, bijak, berpengaruh, mendapat kedudukan yang baik dalam parti dan mempunyai harapan cerah pada masa hadapan tiba-tiba bertukar haluan berpusing 360 darjah cuba mengkhianati partinya sendiri yang mana seolah-olah seperti juga mengkhianati dirinya sendiri.
Inilah yang berlaku dalam beberapa PRU terdahulu dan masih tetap berlaku jika orang saperti ini yang tiada jati diri sanggup mengadaikan maruahnya sendiri kerana hanya kepentingan peribadi dan tidak memperdulikan apa-apa yang akan mereka hadapi selepas itu walaupun mereka tahu segala risiko yang menanti.
Perkara ini sepatutnya menjadi ikhtibar kepada mana-mana wakil rakyat agar tidak menipu atau mengkhianati pengundi anda yang memberikan mandat. Justeru, jangan mudah terpedaya dengan janji manis lawan kerana anda hanya akan dijadikan alat untuk beberapa ketika sahaja. Selepas berakhirnya pilihan raya tiada siapa yang akan melayan atau sudi mengambil orang seperti ini kerana sikap tidak setia dan tiada pendirian serta tidak mempunyai prinsip ini sukar dipercayai oleh sesiapapun.
Sayang seribu kali sayang apabila seseorang tokoh politik yang disifatkan berwibawa, bijak, berpengaruh, mendapat kedudukan yang baik dalam parti dan mempunyai harapan cerah pada masa hadapan tiba-tiba bertukar haluan berpusing 360 darjah cuba mengkhianati partinya sendiri yang mana seolah-olah seperti juga mengkhianati dirinya sendiri.
Inilah yang berlaku dalam beberapa PRU terdahulu dan masih tetap berlaku jika orang saperti ini yang tiada jati diri sanggup mengadaikan maruahnya sendiri kerana hanya kepentingan peribadi dan tidak memperdulikan apa-apa yang akan mereka hadapi selepas itu walaupun mereka tahu segala risiko yang menanti.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-6-2013
Rakyat jelak maklumat sehala tetapi apakan daya
Muhammad Nuruddin Bashah, |
Sejak tahun 1975, banyak kritikan yang diterima oleh RTM berkaitan mutu dan polisi rancangan penyiaran mereka. Natijah polisi kerajaan yang mengongkong RTM serta menampilkan siri rancangan yang sehala, tanpa wacana sihat, hanya mengenengah idea kerajaan dan propaganda sehala menyebabkan 'rating' RTM menjunam pada era 1970-an lagi.
Misalnya laporan The New Straits Times 2 Disember 1975 menyiarkan berita kritikan terhadap RTM.
"mengapakah orang yang mempunyai kepakaran tidak dijemput mengambil bahagian dalam rancangan dan perbincangan, mengapa rancangan ceramah amat membosankan? Dan asyik menyatakan persetujuan sahajakepada pandangan kerajaan, apakah yang diharapkan dengan hanya menyiar berita perasmian itu dan ini dengan adegan berjabat tangan dan mengapa rancangan tempatan begitu amatur dan tidak profesional?"
Pada tahun 1977, akhbar The National Echo membuat kaji selidik dan mendapati ramai pembaca bersetuju diwujudkan rancangan swasta yanag tidak 'dikongkong ' oleh kerajaan lagi.
Rakyat ketika itu sudah jelak dengan media yang hanya mempamerkan kejayaan kerajaan, projek kerajaan seolah-oleh hanya ahli politik kerajaan sahaja yang mampu mengurus dan betapa tidurnya ahli parlimen dan Adun pembangkang.
Dari propaganda RTM sebelum itulah yang mencipta toghut hanya BN sahaja mampu memerintah negara ini. Hanya BN tahu membina jalan, membina jambatan dan mengurus gaji para pekerja awam.
Hasil desakan ini mengakibatkan kemunculan TV3 yang diharapkan menjadi alternatif dan menepati cita rasarakyat bandar dan berpendidikan yang inginkan maklumat pelbagai dan terbuka.
Namun 'intelligen' kerajaan BN tidak diam begitu sahaja melainkan meletak ejen dan wakilnya dalam syarikat ini sehingga TV3 juga menjadi komponen RTM iaitu TV1, TV2 dan TV3 yang meneruskan agenda propaganda sehala yang bersifat dogmatik.
Lantas tidak hairan jika hingga kini berfahaman bahawa negara ini hanya maju jika ditadbir oleh BN dan berfahaman bahawa negara ini hanya perlu ada satu parti seperti negara-negara komunis iaitu BN sahaja tanpa perlu ada pembangkang kerana pembangkang itu tolol yang tidak tahu suatu benda pun.
Propaganda ini amat berjaya sehingga hampir setiap isu mampu didoktrin oleh media kawalan kerajaan sehingga rakyat juga tidak tahu membezakan kehadiran sebenar peserta sesuatu himpunan seramai 100,000 dengan jumlah 20,000 yang media kerajaan hebahkan.
Tindakan kerajaan Najib merampas akhbar Harakah sama sahaja dengan tindakan Tun Mahathir dahulu selepas menadapat tahu bahawa Harakah berjaya mernaikkan kesedaran kaum Melayu sekitar tahun 1999 dahulu. Media terus ingin dikawal dan para sarjana mana sekalimpun tidak mampu menafikan hal ini.
Tindakan ini jelas autoritarian.
Konsep kawalan media ala autoritarian yang terkenal sejak penciptaan mesin cetak oleh Gutenberg adalah konsep tertua mana-mana kerajaan untuk mengawal minda rakyat.
Penulis ialah anggota Unit Penerangan MTD Sungai Rapat, Perak.
Misalnya laporan The New Straits Times 2 Disember 1975 menyiarkan berita kritikan terhadap RTM.
"mengapakah orang yang mempunyai kepakaran tidak dijemput mengambil bahagian dalam rancangan dan perbincangan, mengapa rancangan ceramah amat membosankan? Dan asyik menyatakan persetujuan sahajakepada pandangan kerajaan, apakah yang diharapkan dengan hanya menyiar berita perasmian itu dan ini dengan adegan berjabat tangan dan mengapa rancangan tempatan begitu amatur dan tidak profesional?"
Pada tahun 1977, akhbar The National Echo membuat kaji selidik dan mendapati ramai pembaca bersetuju diwujudkan rancangan swasta yanag tidak 'dikongkong ' oleh kerajaan lagi.
Rakyat ketika itu sudah jelak dengan media yang hanya mempamerkan kejayaan kerajaan, projek kerajaan seolah-oleh hanya ahli politik kerajaan sahaja yang mampu mengurus dan betapa tidurnya ahli parlimen dan Adun pembangkang.
Dari propaganda RTM sebelum itulah yang mencipta toghut hanya BN sahaja mampu memerintah negara ini. Hanya BN tahu membina jalan, membina jambatan dan mengurus gaji para pekerja awam.
Hasil desakan ini mengakibatkan kemunculan TV3 yang diharapkan menjadi alternatif dan menepati cita rasarakyat bandar dan berpendidikan yang inginkan maklumat pelbagai dan terbuka.
Namun 'intelligen' kerajaan BN tidak diam begitu sahaja melainkan meletak ejen dan wakilnya dalam syarikat ini sehingga TV3 juga menjadi komponen RTM iaitu TV1, TV2 dan TV3 yang meneruskan agenda propaganda sehala yang bersifat dogmatik.
Lantas tidak hairan jika hingga kini berfahaman bahawa negara ini hanya maju jika ditadbir oleh BN dan berfahaman bahawa negara ini hanya perlu ada satu parti seperti negara-negara komunis iaitu BN sahaja tanpa perlu ada pembangkang kerana pembangkang itu tolol yang tidak tahu suatu benda pun.
Propaganda ini amat berjaya sehingga hampir setiap isu mampu didoktrin oleh media kawalan kerajaan sehingga rakyat juga tidak tahu membezakan kehadiran sebenar peserta sesuatu himpunan seramai 100,000 dengan jumlah 20,000 yang media kerajaan hebahkan.
Tindakan kerajaan Najib merampas akhbar Harakah sama sahaja dengan tindakan Tun Mahathir dahulu selepas menadapat tahu bahawa Harakah berjaya mernaikkan kesedaran kaum Melayu sekitar tahun 1999 dahulu. Media terus ingin dikawal dan para sarjana mana sekalimpun tidak mampu menafikan hal ini.
Tindakan ini jelas autoritarian.
Konsep kawalan media ala autoritarian yang terkenal sejak penciptaan mesin cetak oleh Gutenberg adalah konsep tertua mana-mana kerajaan untuk mengawal minda rakyat.
Penulis ialah anggota Unit Penerangan MTD Sungai Rapat, Perak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-6-2013
Kecederaan Adun Tanjung Sepat tidak serius
Salmiyah Harun, | 26 Jun 2013 |
Mohd Haslin melawat jeti nelayan semalam.
KUALA LUMPUR: Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan yang dilaporkan terjatuh ekoran jeti runtuh semalam memaklumkan beliau tidak mengalami kecederaan serius.
Beliau yang dibenarkan keluar hospital jam 9.45 malam tadi, bagaimanapun kecederaan itu menyebabkan beliau tidak boleh rukuk, sujud dan melangkah kaki dengan sempurna.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyatnya yang membantu, prihatin yang menziarahi serta mendoakan kesihatannya.
"Beliau redha kerana itu Ilahi mungkin untuk menghapuskan dosa-dosa atau mungkin untuk rehat bersama keluarga seketika," katanya di laman Facebooknya.
Katanya sebaik sahaja berita kejadian yang menimpanya, beliau mengambil sikap untuk tidak memberitahu keadaannya sebenar sehinggalah beliau dijelaskan serba sedikit oleh doktor berhubung kecederaan yang dialaminya.
"Sesungguhnya saya harus sujud syukur kerana Allah masih beri peluang menikmati hujan yang membasahi udara jerebu, lantas insaf terhadap tugasan di bahu agar diurus dan ditangani sebaik mungkin," katanya.
Semalam kira-kira jam 2 petang Adun PAS itu jatuh apabila jambatan konkrit sepanjang 300 meter dari laut ke jeti Tanjung Sepat runtuh ketika beliau bersama jawatakuasa nelayan membuat lawatan ke kawasan terbabit.
Ekoran itu beliau telah dikejarkan ke Hospital Banting.
Dalam kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Kampung, Tan Hoo Chong turut mengalami kecederaan ringan manakala seorang nelayan patah kaki.
Difahamkan ahli jawatankuasa sudah memanjangkan masalah jeti yang sudah usang itu kepada pihak berwajib dan meminta peruntukan untuk membaiki kerosakan terbabit tetapi tiada tindakan diambil.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-6-2013
Kebajikan rakyat agenda besar Radzi Zainon
Muhammad Nuruddin Bashah, | 21 Jun 2013 |
GOPENG: Sememangnya Adun Sungai Rapat, Radzi Zainon yang cukup akrab dengan rakyat melalui panggilan Ustaz Radzi ini kekal di ingatan rakyat melalui agenda kebajikan berterusan yang beliau lakukan selama ini.
Malah stamina besar yang beliau peruntukkan untuk meneliti permasalahan asasi rakyat ini juga menggerunkan pesaing beliau daripada kalangan pimpinan Umno Gopeng mahupun pihak bekas Adun iaitu Datuk Hamidah Osman.
Radzi menyatakan dalam siri sidang yang akan datang beliau akan terus mengotakan janji kepada rakyat untuk membawa isu kebajikan dan keperluan rakyat terutama kawasan Dun yang diwakilinya.
Selain itu untuk memastikan pencapaian KPI beliau menangani isu rakyat, beliau akan bersama-sama pihak Adun Pakatan Rakyat lain bertindak memantau polisi dan agenda kerajaan BN negeri agar cocok dengan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat.
Beliau yang cukup serius serta cakna dengan isu tanah dan penyelewengan juga akan terus menjadikan sidang Dun sebagai medium terbaik untuk menjalankan tugas check and balance kepada polisi pentadbiran kerajaan BN Perak.
“Mana-mana kerajaan dan forum kepimpinan negara dunia memerlukan pembangkang atau suara alternatif agar sesuatu keputusan itu dilaksanakan secara adil dan tepat.
“Kerajaan yang menafikan suara pembangkang atau menjadikan pembangkang sebagai YB kelas kedua atau mendiskriminasikan rakyat di kawasan pembangkang adalah tidakan anti undang-undang manusia yang sihat.
“Politik perlu matang dan politik kita adalah untuk menjamin keamanan dan kesentosaan negeri melalui pengagihan kekayaan yang adil serta penumpuan keperluan rakyat melebihi aspek picisan yang membazir,” jelas beliau semasa temubual berkaitan misi dan visi beliau kali ini.
Beliau juga memandang serius hal persidangan Dun yang hanya dijadikan medium stamping order (pengesahan arahan) semata-mata tanpa perbahasan yang sihat.
Sidang yang terlalu pendek kadang kala sehingga hanya separuh hari cukup tidak logik dan hanya sesuai untuk negeri kecil seperti Perlis misalnya.
Ruang selama 3 hingga 7 hari adalah optimum untuk perbahasan adil semua Adun Perak seramai 59 itu berucap bagi mewakili rakyat masing-masing.
Malah stamina besar yang beliau peruntukkan untuk meneliti permasalahan asasi rakyat ini juga menggerunkan pesaing beliau daripada kalangan pimpinan Umno Gopeng mahupun pihak bekas Adun iaitu Datuk Hamidah Osman.
Radzi menyatakan dalam siri sidang yang akan datang beliau akan terus mengotakan janji kepada rakyat untuk membawa isu kebajikan dan keperluan rakyat terutama kawasan Dun yang diwakilinya.
Selain itu untuk memastikan pencapaian KPI beliau menangani isu rakyat, beliau akan bersama-sama pihak Adun Pakatan Rakyat lain bertindak memantau polisi dan agenda kerajaan BN negeri agar cocok dengan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat.
Beliau yang cukup serius serta cakna dengan isu tanah dan penyelewengan juga akan terus menjadikan sidang Dun sebagai medium terbaik untuk menjalankan tugas check and balance kepada polisi pentadbiran kerajaan BN Perak.
“Mana-mana kerajaan dan forum kepimpinan negara dunia memerlukan pembangkang atau suara alternatif agar sesuatu keputusan itu dilaksanakan secara adil dan tepat.
“Kerajaan yang menafikan suara pembangkang atau menjadikan pembangkang sebagai YB kelas kedua atau mendiskriminasikan rakyat di kawasan pembangkang adalah tidakan anti undang-undang manusia yang sihat.
“Politik perlu matang dan politik kita adalah untuk menjamin keamanan dan kesentosaan negeri melalui pengagihan kekayaan yang adil serta penumpuan keperluan rakyat melebihi aspek picisan yang membazir,” jelas beliau semasa temubual berkaitan misi dan visi beliau kali ini.
Beliau juga memandang serius hal persidangan Dun yang hanya dijadikan medium stamping order (pengesahan arahan) semata-mata tanpa perbahasan yang sihat.
Sidang yang terlalu pendek kadang kala sehingga hanya separuh hari cukup tidak logik dan hanya sesuai untuk negeri kecil seperti Perlis misalnya.
Ruang selama 3 hingga 7 hari adalah optimum untuk perbahasan adil semua Adun Perak seramai 59 itu berucap bagi mewakili rakyat masing-masing.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-6-2013
No comments:
Post a Comment