Takziah buat keluarga Allahyarham Siti Najwa
- Jan 15, 2014
- HARAKAHDAILY
“Kami turut sama-sama berdoa agar roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan mengharapkan keluarga Siti Najwa bersabar dengan dugaan yang menimpa ini,” ujar ketuanya, M Arifiriazul Paijo dalam satu kenyataan.
Kes itu merupakan kejadian kedua melibatkan pelajar IPT di Sarawak, justeru Pemuda PAS negeri mengharapkan agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menjalankan siasatan menyeluruh bagi yang melibatkan pelajar IPT itu agar pembelaan sewajarnya dapat dilakukan.
Katanya, oleh kerana dalam kes pembunuhan pertama pelajar IPT di Miri beberapa minggu lepas, masih belum ada tangkapan dilakukan oleh pihak PDRM, diharapkan siasatan dapat diselesaikan dengan segera kerana ia juga melibatkan keselamatan penduduk setempat.
“Pemuda PAS Sarawak menyarankan kepada IPT-IPT yang beroperasi di Sarawak dapat meningkatkan langkah-langkah keselamatan bagi menjaga keselamatan penuntut-penuntut di IPT masing-masing,” ujarnya.
Beliau berkata, antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah pemantauan terhadap kediaman-kediaman penuntut terutama yang berada di kolej kediaman universiti dan kediaman luar yang berdekatan dengan universiti.
Tambahnya, rondaan-rondaan oleh pihak keselamatan universiti dengan kerjasama PDRM perlu dikerapkan agar para penuntut di IPT akan berasa lebih selamat bukan sahaja daripada gangguan luar malah daripada anasir-anasir tidak sihat masuk ke dalam kampus.
Sumber HD - 15-1-2015
Pelajar Unimas mati mengejut - polis
- Jan 15, 2014
- HARAKAHDAILY
KUCHING: Polis setakat ini mengklasifikasi kematian seorang pelajar wanita yang mayatnya ditemui terapung dalam parit di kampus Universiti Malaysia Sarawak di Kota Samarahan di sini petang ini sebagai kematian mengejut.
Ketua Polis Samarahan DSP Lee Chong Chern berkata sebab kematian itu masih tidak dapat dipastikan oleh kerana mayat itu hampir reput bila ditemui pada jam 6 petang.
Katanya, mayat itu telah dihantar ke Hospital Besar Sarawak di sini untuk bedah siasat. - Bernama
Sumber HD - 15-1-2014
Pelajar kedua universiti di Sarawak dipercayai dibunuh
- Jan 14, 2014
- BERNAMA
Ini merupakan mayat kedua pelajar universiti di Sarawak dibunuh selang 10 hari.
OCPD Samarahan DSP Lee Chong Chern yang mengesahkan kes itu malam ini berkata mayat itu ditemuI kira-kira 6 petang dan telah dihantar ke hospital besar di sini untuk bedah siasat.
Pada 4 Jan, mayat pelajar lelaki tahun dua universiti ditemui dibunuh di sebuah rumah sewa di Miri.
Setakat ini belum ada tangkapan dibuat.
Sumber HD - 14-1-2014
Banjir: PAS Sarawak simpati, minta negeri lebih efisien
- Jan 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Justeru itu, Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden mendesak agar kerajaan negeri dapat bertindak segera di dalam aspek penyelamatan dan penyediaan penempatan banjir yang selesa.
Katanya, PAS negeri juga meminta kerajaan menyedia dan menyalurkan bantuan keperluan asas yang mencukupi sepertu makanan, lampin pakai buang, susu,selimut, pakaian dan juga air bersih di sepanjang mangsa banjir berada di pusat pemindahan atau mangsa yang masih berada di rumah mereka tanpa mengira fahaman politik dan birokrasi yang ketat.
Berikut kenyataan penuh.
Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat (4) bahagian di Sarawak dilanda banjir yang teruk.
Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri dalam laporan laman sesawangnya menyatakan beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air di antara 0.5 meter hingga satu meter.
Kebanyakan kawasan yang dinaiki air adalah kawasan yang rendah dan kawasan yang sedang dalam proses pembangunan.
Akhbar Borneo Post melaporkan kejadian perahu karam akibat paras air meningkat menyebabkan dua (2) orang hilang manakala tiga (3) orang lagi dapat diselamatkan di Sungai Sebiew Daerah Bintulu.
Sementara di Kota Samarahan, seorang ibu dan anak lelakinya yang berusia 11 tahun mati lemas akibat kereta yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam parit.
Kenyataan media oleh Timbalan ketua Menteri yang juga Pengerusi Bencana Negeri Tan sri Alfred Jabu Anak Numpang berkata beberapa laluan jalan perhubungan darat di antara daerah kecil di Bakong dan Bandaraya Miri turut terjejas.
Sebahagian kawasan di negeri Sarawak juga terputus hubungan jalan raya ekoran daripada banjir yang melanda dan kejadian tanah runtuh yang disebabkan hujan yang turun tanpa henti dan lebat sejak beberapa hari.
PAS Negeri Sarawak menzahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir dan ingin mengucapkan takziah ke atas kehilangan ahli keluarga dan kerosakkan harta benda atas musibah yang melanda mereka.
Justeru itu, PAS Sarawak mendesak agar kerajaan negeri dapat mengambil perhatian dan tindakan seperti berikut:-
1. Bertindak segera di dalam aspek penyelamatan dan penyediaan penempatan banjir yang selesa.
2. Menyedia dan menyalurkan bantuan keperluan asas yang mencukupi sepertu makanan, lampin pakai buang, susu,selimut, pakaian dan juga air bersih di sepanjang mangsa banjir berada di pusat pemindahan atau mangsa yang masih berada di rumah mereka tanpa mengira fahaman politik dan birokrasi yang ketat.
3. Mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan dan bekalan air bersih bagi mengelakkan berlakukannya wabak yang tidak diingini.
4. Khemah untuk satu keluarga agar dapat melindungi aurat wanita/gadis hatta lelaki dari tidur berselerakkan di pusat pemindahan dan boleh menimbulkan prasangka buruk. Ia bertepatan dengan rakyat Malaysia bumiputra yang masih mempunyai adat budaya serta kesopanan yang tinggi.
5. Membantu memudahkan penjawat awam atau swasta yang mempunyai akaun pinjaman perumahan maupun pinjaman yang lain bagi memudahkan mereka membuat tuntutan insurans/takaful terhadap harta benda mereka yang musnah.
6. Cuti khusus tanpa rekod kepada kakitangan kerajaan dan mengarahkan mereka dalam misi membantu kerja kerja menyelamat serta menghulur tenaga mereka bagi membantu mangsa banjir; dan
7. Memberi sumbangan kilat ke atas keluarga mangsa banjir yang mati akibat bencana ini.
Sehubungan dengan itu PAS Sarawak juga di dalam masa yang sama akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan bantuan menerusi berbagai jentera parti di dalam meringankan beban mangsa walaupun kami tidak mampu menyaingi dana/gerak kerja kerajaan negeri yang mempunyai akses kewangan dan agensi yang lebih besar dan luas.
Akhir sekali, PAS Sarawak berharap kerajaan negeri dapat menunaikan kewajipan mereka sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat yang memilih mereka.
Ini ditambah lagi dengan sumber kewangan dan dana rizab Negeri Sarawak yang sememangnya diketahui umum di antara yang tertinggi di Sarawak.
PAS Sarawak juga menyeru pihak Kerajaan Persekutuan yang mempunyai dana khas juga dapat lebih proakatif dan segera bertindak bagi membantu rakyat Sarawak yang sedang dilanda musibah ini.
Sumber HD - 2-1-2013
50% muka baru dalam Badan Perhubungan PAS S'wak
- Dec 29, 2013
- HARAKAHDAILY
Dengan mengekalkan tiga Timbalan Pesuruhjaya sebelum ini, perubahan dibuat bagi jawatan Setiausaha PAS Negeri yang diamanahkan kepada Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus menggantikan Mohd Fidzuan Zaidi yang dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri.
Berikut senarai penuh saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS Sarawak 2013-2015.
Pesuruhjaya
Haji ADAM AHID
Timbalan Pesuruhjaya 1
Ustaz SALMAN HISHAM (Kekal)
Timbalan Pesuruhjaya 2
Cikgu MD SHOKRI AHMAD FAUZI (Kekal)
Timbalan Pesuruhjaya 3
Haji JOFRI JARAIEE (Kekal)
Setiausaha
ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS (Baru)
Penolong Setiausaha 1
MOHD MUKHLIS SUHAILI (Baru)
Penolong Setiausaha 2
MUHAMMAD NIZAR AHMAD (Baru)
Penolong Setiausaha 3
ZAIDI SAID (Baru)
Bendahari
MOHD AZWANI ABDUL RANI (Sblm ini Ketua Penerangan)
Ketua Penerangan
ANDRI ZULKARNAIN HAMDEN (Baru)
Pengarah Pilihanraya
MOHD FIDZUAN ZAIDI (Sebelum ini SU)
Ketua Pemuda
MOHD ARIFIRIAZUL PAIJO
Ketua Muslimat
JURINA MUT
AJK-AJK:-
1. AZMAN FAIZ
2. AHMAD NAJIB ABDUL
3. AIZAN MOHD NOOR (Baru)
4. Haji KIPRAWI AMAN (Baru)
5. SALLEHAN MOHAMMAD (Baru)
6. HABSAH BUJANG
7. Ustazah SYARIFAH HANIM MOHD (Baru)
Pembentukan saf kepimpinan ini dibuat pada mesyuarat di Markas badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak di sini malam tadi.
Ia dibuat mengambil tema "Iltizam untuk Sarawak" sebagai gagasan persediaan berdepan pilihan raya negeri yang dijangka berlaku seawal November 2015.
Selain membentuk tanzim itu, PAS Sarawak juga membuat keputusan mensasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 10 kerusi Dun dalam pilihan raya itu nanti.
Sumber HD - 29-12-2013
Naik harga: Tiada aduan atau menteri tidak dengar
- Dec 29, 2013
- ABDUL HADI ALIAS
Ramai yang berpendapat, sebagai salah seorang penduduk Sarawak, pastinya kurang terasa dengan pengumuman demi pengumuman yang dibuat dan bakal dibuat mengenai kenaikan harga barang. Di Sarawak, tiada pengumuman kenaikan tariff elektrik dan tiada kenaikan tol.
Ya, secara umumnya, penduduk Sarawak tidak begitu terjejas dengan pengumuman-pengumuman ini. Ini kerana, sudah sekian lama, penduduk Sarawak dibebankan dengan kos sara hidup yang jauh lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia.
Tol-tol yang mahal di Sarawak
Cadangan kenaikan tol-tol dalam Bandar sekitar lembah Kelang memang merungsingkan. Bayangkan kenaikan sekitar RM0.30 hingga RM1.00 bakal meningkatkan perbelanjaan harian pengguna tol sebanyak RM 9- RM30 sebulan.
Namun, rakyat Sarawak tidaklah merasai kenaikan harga tol ini. Pertama, kerana ianya kenaikan harga tol dalam Bandar. Tol-tol sebegini tidak wujud di Sarawak. Kedua, kerana tol-tol Sarawak sudah jauh lebih mahal daripada itu. Seperti yang pernah diulas oleh Ketua Pemuda Sarawak, tol Jambatan Miri-Kuala Baram yang panjangnya hanya sekitar 1 kilometer, mengenakan tol RM10 bagi satu arah.
Begitu juga dengan Jambatan Lanang, Sibu, yang pernah dijanjikan ‘kajian’ untuk pemansuhan tol oleh Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada tahun 2011, masih mengenakan bayaran tol RM3. Panjang jambatan ini hanyalah 1.2 km. Harapnya ‘kajian’ Kementerian Kerjaraya ini bakal disiapkan dalam waktu terdekat kerana sudah ramai yang mengadu terbeban dengan bayaran tol ini.
(Nota: Jambatan Pulau Pinang, yang sepanjang 7.5 km, mengenakan bayaran tol RM9.40 bagi kenderaan kelas dua)
Tarif elektrik yang mahal
Pengumuman kenaikan tariff elektrik oleh TNB berkuat kuasa 1 Januari 2014 baru-baru ini adalah secara purata akan memberikan kenaikan 10.6% peratus kenaikan atau 3.03 sen/kWh. Namun kenaikan ini dikatakan tidak menjejaskan lebih 70% pengguna elektrik yang menggunakan elektrik dengan kadar minimum (kurang 300kWh).
Namun, sudah sekian lama, tariff elektrik yang dikenakan oleh kepada penduduk Sarawak ialah 34.00 sen/kWh bagi 100kWh pertama dam 29.00 sen/kWh bagi 100-200kWh kedua berbanding tariff elektrik semenanjung Malaysia ialah 21.80 sen/kWh bagi 200kWh pertama.
Mengambil peratus mudah perbandingan dengan penduduk semenanjung, sebanyak lebih 70% penduduk kelas bawahan dan sederhana terbeban dengan kadar tinggi ini.
Namun, yang lebih menarik,peratusan perbandingan dengan penduduk semenanjung sebenarnya tidak tepat, kerana masih ramai penduduk Sarawak yang tidak mendapat bekalan elektrik yang sempurna. Sebagai contoh, Kampung Pasir, Lutong yang terletak tidak jauh daripada pusat minyak dan gas Miri, masih menggunakan jenerator elektrik sehingga ke hari ini. Taraf kampung setinggan lebih menyukarkan mereka untuk mendapat kemudahan asas yang sempurna, ditambah pula kebimbangan dengan matlamat kerajaan negeri ke arah ‘Setinggan Sifar’ menjelang 2015 tanpa ada usaha ikhlas menempatkan mereka ke penempatan yang lebih sempurna.
Dasar Kabotaj – kenaikan berganda harga minyak
Pastinya kenaikan harga minyaklah yang paling membebankan rakyat Sarawak. Namun, kenaikan ini merupakan kenaikan berganda bagi kami penduduk Sarawak. Dasar Kabotaj, yang digunakan kerajaan sejak tahun 1990 melalui pindaan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, sudah lama menyebabkan harga barangan ke Sabah dan Sarawak jauh lebih mahal berbanding Semenanjung Malaysia. Kenaikan harga minyak ini pastinya meningkatkan kos logistik barangan pengguna. Bagi penduduk Sarawak, kenaikan ini seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Secara umumnya, dasar ini membantu melindungi industri perkapalan domestik, tetapi natijahnya, kos barangan yang lebih mahal di Sabah dan Sarawak.
Tiada aduan, atau menteri yang tidak mendengar?
Beberapa hari yang lepas, seorang Menteri dengan selamba menyatakan tiada aduan dan rungutan mengenai kenaikan harga barangan menunjukkan rakyat menyokong kenaikan ini. Tidak lama selepas itu, Menteri yang sama menyatakan rakyat jangan merungut mengenai kenaikan harga barangan.
Soalan saya kepada Menteri ini, adakah tiada aduan, atau rakyat dibisukan atau Menteri sendiri tidak mahu mendengar? Tidak lama selepas Menteri ini membuat kenyataan-kenyataan ini, saya melawat sebuah kampung di pinggir Bandar Miri. Mereka bukan sahaja mengadu, malah marah dengan kenaikan harga barang ini. Kata mereka, hanya gaji mereka yang tidak naik-naik!
Daftar masuk sahaja laman sosial Facebook atau Twitter atau apa-apa sahaja laman sosial, pastinya banyak luahan perasaan rakyat mengenai kenaikan harga barangan ini. Pelik, jika tulisan ‘main-main’ yang mungkin rekaan mengenai ‘Himpunan Jatuhkan Kerajaan’ dipandang serius dan dibuat aduan polis seluruh Malaysia oleh pengampu-pengampu kerajaan, masakan tidak pula mereka dan Menteri terpandang aduan dan luahan mengenai kenaikan harga barang?
Di mana Menteri ini ketika rakyat sedang merintih mengadu? Adakah Menteri ini tidak mendengar?
Nota kaki: Adakah saya juga diarah keluar Malaysia oleh Ketua Wanita UMNO Kuantan selepas ini? Mohon jangan diarah, saya masih sayangkan Malaysia. Cuacanya kurang enak akhir-akhir ini, tapi makanannya kelas pertama dunia!
Penulis ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Sarawak.
Sumber HD - 29-12-2013
PAS Bintulu sedia bersama gerak kerja penguatkuasaan
- Dec 20, 2013
- HARAKAHDAILY
“Tatkala banyak pihak bersungguh menghalang penularan program berorientasikan songsang melalui agenda seperti penolakan kumpulan LGBT, program sebegini jelas memperlekehkan usaha ini,” ujar Yang Dipertua PAS Kawasan Bintulu, Ir Mohd Azwani Abdul Rani (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, kerajaan melalui pihak berkuasa harus serius dalam menghalang program sebegini dilaksanakan di negara ini.
Bagi PAS kawasan, ujarnya tujuan kutipan amal dan meraikan minat pelancong asing ke bandaraya itu dengan pembukaan tempat-tempat hiburan seumpama itu bukanlah cara yang sesuai dengan budaya ketimuran rakyat Sarawak.
Menurutnya, bandaraya Bintulu memiliki banyak sumber daya tarikan yang lain bagi menarik kehadiran pelancong-pelancong bagi melawat Bintulu.
Beliau berkqata, pihak berkuasa perlu lebih kreatif dalam membangunkan sektor pelancongan di Bandaraya Bintulu dan dalam masa yang sama memastikan program program bertujuan amal hendaklah berorientasikan memurni misi kerajaan dan megelakkan penularan unsur unsur tidak sihat seperti hedonisme dan LGBT.
Oleh yang demikian, ujarnya PAS Bintulu ingin mencadangkan beberapa perkara bagi menangani perkara itu, iaitu lesen pembukaan pusat-pusat urut dan hiburan perlu diperketatkan lantas dikurangkan, penguatkuasaan bagi memeriksan pusat-pusat urut/hiburan ini perlu dilakukan sekerap mugkin dengan penglibatan pihak PBT, polis dan Jais.
“PAS Bintulu bersedia untuk bersama-sama dalam gerak kerja penguatkuasaan ini,” ujarnya lagi.
Justeru, katanya PAS Bintulu berharap Datuk Talib Zulpilip, Naib Presiden yang mendapat undian tertinggi pada pemilihan PBB baru baru ini merangkap Adun Jepak dan Menteri yang bertanggungjawab urusan pelancongan negeri, bersama sama Datuk Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu harus menggunakan kuasa mereka sepenuhnya bagi menghalang penularan program sebegitu lagi di Bintulu.
Sumber HD - 20-12-2013
Sudahlah harga barang naik, denda hilang MyKad naik juga?
- Dec 11, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee, tiada siapa pun suka atau sengaja menghilangkan MyKad.
“Adakah dengan menaikkan kadar hukuman terhadap individu yang kehilangan MyKad dapat menyelesaikan masalah kehilangan ribuan MyKad?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Misalnya, kata beliau penduduk di pedalaman Sarawak yang tinggal jauh dari bandar sudah tentu menyukarkan mereka untuk menukar atau membuat MyKad baru yang hilang.
Katanya, kos pengangkutan dan tempat tinggal mereka untuk sampai ke bandar memerlukan ratusan ringgit.
Tambahnya, bagi golongan yang kurang berkemampuan sudah pasti mereka tidak mampu untuk ke bandar semata-mata untuk menukar atau membuat MyKad baru.
Katanya lagi, kebanyakan kehilangan MyKad penduduk di pedalaman menurut salah seorang penduduk yang berasal dari pedalaman Baram ialah sebab kualiti MyKad dulu tidak begitu baik, mudah rosak dan akhirnya mereka buang begitu saja sebab sukar bagi mereka menukar dengan MyKad baru kerana kos perjalanan pulang balik dari kampung ke bandar begitu tinggi.
“Menurut mereka lagi antara sebab lain kehilangan MyKad penduduk di pedalaman ialah tercicir atau terjatuh ke dalam sungai ketika perahu karam dan sebagainya.
“Jadi pihak kerajaan harus menimbang semula cadangan untuk menaikkan kadar hukuman terhadap individu yang kehilangan MyKad,” ujarnya.
Justeru, beliau berharap masalah itu dapat dikaji semula memandangkan semua harga bahan keperluan asas sudah naik seperti petrol, gula dan tahun depan tarif elektrik juga naik.
Katanya, secara tidak langsung dengan kenaikan harga barang keperluan dan menaikkan denda hanya akan menyusahkan serta membebankan kehidupan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan mereka yang kurang berkemampuan.
“Kita tidak mahu kerajaan menghukum rakyat semata-mata untuk menjaga kepentingan pihak tertentu,” katanya lagi.
Beliau menambah, pihak kerajaan perlu memikir cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat bukan dengan cara menaikan harga barang keperluan dan menaikkan denda yang belum tentu boleh menyelesaikan masalah hutang negara.
Katanya, kerajaan harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku sekarang bukan dengan membebankan kehidupan rakyat yang telah memberi amanah untuk mereka terus memerintah negara ini.
“Kita menggesa pihak kerajaan mengkaji semula dan menyiasat apa punca sebenar berlaku kehilangan MyKad,” ujarnya.
Katanya lagi, kos untuk bayaran kehilangan MyKad kali pertama sekarang sebanyak RM110 pun dikira cukup mahal dan seterusnya akan dikenakan sehingga mencapai kepada RM310.
Menruutnya, bagi golongan yang berpendapatan rendah dan mereka yang kurang berkemampuan ianya sudah dikira mahal.
“Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengkaji semula denda keatas kehilangan MyKad amat dihargai,” katanya lagi.
Sumber HD - 11-122-2013
Malindo Air digesa sambung semula penerbangan ke Miri
- Nov 25, 2013
- HARAKAHDAILY
Di samping itu, kata Timbalan Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee nasib pekerja Malindo Air yang telah dipindahkan juga boleh balik semula dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang yang ingin melancong ke dalam dan luar negara dengan tambang murah yang berpatutan.
“Lebih banyak syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah, maka lebih banyak pilihan untuk penumpang memilih yang perkhidmatan terbaik untuk mereka,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Miri dalam satu kenyataan.
Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.
Malindo Air yang menggantung sementara penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri sehingga kini masih belum lagi menyambung semula penerbangannya ke Miri.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy dalam akhbar tempatan beberapa bulan yang lalu berkata: "Kami hanya melakukan penjadualan sementara dan penstrukturan semula perkhidmatan kami. Kami tidak menggantung laluan selama-lamanya tetapi hanya (sementara) mulai 1 – 15 Nov. Mudah-mudahan menjelang 15 Nov, kita boleh meneruskan perkhidmatan kami ke Miri”.
Sehingga kini janji pihak Malindo Air untuk menyambung semula penerbangan ke Miri masih dinanti-nantikan oleh orang ramai yang ingin menggunakan tambang murah dari Kuala Lumpur ke Miri masih tidak kesampaian.
Alasan pihak Malindo Air kerana kurang penumpang adalah alasan yang tidak begitu realistik sebab Miri merupakan pusat atau bandaraya peranginan yang menerima kunjungan pelancong yang ramai dari dalam dan luar negara.
Masalahnya bukan kurang penumpang tapi mungkin pihak Malindo Air kurang promosi untuk menarik penumpang dan tidak ada kemudahan untuk menarik penumpang menaiki pesawatnya.
Kementerian Pelancongan Sarawak menyasarkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong sebanyak 12 peratus bagi tahun 2014 berbanding 4.1 hingga 4.2 juta tahun ini.
Bagi menampung bilangan pelancong yang semakin meningkat, kementerian pelancongan akan berusaha menambahkan bilangan pesawat dan terbaharu pada 7 Disember depan sebuah pesawat AirAsia baharu akan memulakan penerbangan bagi laluan dari Miri ke Manila.
Sepatutnya Malindo Air menggunakan kesempatan promosi Tahun Melawat Sarawak 2014 sebagai peluang meningkatkan penerbangannya ke seluruh Sarawak terutama Miri.
Lapangan terbang Miri juga akan dinaiktarafkan sebagaimana dalam bajet 2014, ini adalah peluang yang lebih luas untuk syarikat penerbangan mempromosi dan menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk mencapai sasaran peningkatan pelancong ke Sarawak.
Kita menggesa pihak pengurusan Malindo Air dapat menyambung semula penerbangannya ke Miri Sarawak agar ianya memberi kemudahan kepada penumpang untuk memilih penerbangan yang murah serta memberi perkhidmatan terbaik untuk mereka.
Di samping itu, nasib pekerja Malindo Air yang telah dipindahkan juga boleh balik semula dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang yang ingin melancong ke dalam dan luar negara dengan tambang murah yang berpatutan.
Lebih banyak syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah, maka lebih banyak pilihan untuk penumpang memilih yang perkhidmatan terbaik untuk mereka.
Sumber HD - 25-11-2013
Kemalangan kerana sikap pemandu atau usia kereta?
Harakahdaily, | 19 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Sarawak berharap pihak kerajaan jangan terburu-buru dalam melaksanakan sesuatu peraturan baru, kerana ianya akan menyusahkan kebanyakan rakyat.
"Mungkin peraturan baru ini hanya akan memberi kebaikan dan keuntungan kepada penjual kenderaan baru tetapi kepada pengguna ianya pasti menjadi satu bebanan hutang yang berpanjangan," kata Timbalan Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee (gambar) dalam satu kenyataan.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya.
"Apakah jaminan pihak kerajaan yang kereta baru tidak mengalami kerosakan dan selamat di jalanraya?
"Adakah peratusan kemalangan berlaku sekarang berpunca dari kereta lama yang lebih dari 12 tahun?" tanya beliau.
Berikut ialah kenyataan beliau.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, tiba-tiba datang pula cadangan dari pihak kerajaan untuk menghadkan jangka hayat kenderaan di negara ini kepada 12 tahun.
Cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof. Dr. Wong Shaw Voon baru-baru ini yang merupakan suatu penemuan baharu. Pada Jumaat lalu, Dr. Shaw Voon memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya.
Adakah ini suatu penemuan baru cara untuk mendapatkan hasil pendapatan dari rakyat atau cara baru untuk menghabiskan stok kereta yang tidak laku? Apakah jaminan pihak kerajaan yang kereta baru tidak mengalami kerosakan dan selamat di jalanraya? Adakah peratusan kemalangan berlaku sekarang berpunca dari kereta lama yang lebih dari 12 tahun?
Sebelum melaksanakan sesuatu peraturan baru, adakah pihak kerajaan pernah mengkaji apa akan terjadi kepada kereta terpakai yang lebih dari 12 tahun dan juga rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli kereta baru yang sudah tentu mahal dan terpaksa menanggung hutang seumur hidup?
Sudahpun harga rumah mahal dan kos kehidupan yang tinggi sekarang terpaksa pula menanggung hutang kenderaan yang berpanjangan. Adakah ini dikatakan kerajaan menjaga kesejahteraan dan kebajikan untuk rakyat?
Ke manakah kerajaan hendak melonggok ratusan ribu atau jutaan kenderaan yang sudah melebihi had jangka hayat tersebut?
Adakah pihak kerajaan sudah membina kilang memproses besi buruk untuk digunakan semula sebagai bahan membina kenderaan baru agar ianya boleh dijual dengan harga yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat? Bagaimana pula dengan kereta antik yang lebih dari 12 tahun, adakah pihak kerajaan perlu melupuskannya juga?
Banyak lagi kenderaan pengangkutan awam yang melebihi 12 tahun juga akan jadi mangsa pelupusan ini dan di manakah mereka hendak menjual kenderaan ini sekiranya dipaksa untuk dilupuskan? Adakah pihak kerajaan sanggup membeli kenderaan lama dan menanggung semua kos dan hutang yang belum diselesaikan oleh pihak pengguna?
Kalau kerajaan terpaksa juga melaksanakan peraturan tersebut, pihak kerajaan perlu menurunkan harga kereta sehingga ke paling maksima. Harga kereta buatan Malaysia perlu diturunkan sampai ke 50 peratus begitu juga dengan kereta import.
Kereta lama yang melebihi 12 tahun akan digantikan dengan kereta baru dengan potongan harga 50 peratus maka rakyat tidak perlu menanggung bebanan hutang yang berpanjangan.
Walau bagaimanapun menetapkan had jangka hayat kenderaan mungkin sesuai di bandaraya metropolitan yang penuh sesak dengan kenderaan dan bukannya sesuai untuk dilaksanakan ke seluruh negara terutama sekali di Sarawak.
Di Sarawak ramai penduduk luar bandar yang masih menggunakan kenderaan lama untuk pengangkutan dan juga berulang alik ke bandar.
Lagi pun harga kenderaan di Sarawak mahal dan petrol di luar bandar juga dijual dengan harga yang mahal, adalah tidak realisitik untuk kerajaan melaksanakan peraturan tersebut ke seluruh negara terutama sekali kawasan bandar yang tidak mempunyai pengangkutan yang berkesan dan cekap untuk orang awam.
Punca sebenar kemalangan berlaku adalah atas sikap pemandu itu sendiri. Kalau ada pun masalah kenderaan ianya lebih kepada masalah teknikal bukannya usia kenderaan tersebut. Kalau kenderaan yang sudah melebih 12 tahun dijaga dengan baik ianya tetap selamat digunakan.
Kebanyakan kenderaan baru yang mempunyai CC yang tinggi menyebabkan pemandu ingin mencuba kelajuan kenderaan tersebut. Kalau pemandu itu cuai ketika memandu dengan kelajuan yang tinggi, walau bagaimana canggih kenderaan itu, kemalangan tetap akan berlaku. Semua ini adalah masalah dan sikap pemandu itu sendiri yang menjadi punca kemalangan berlaku.
Kita harap pihak kerajaan jangan terburu-buru dalam melaksanakan sesuatu peraturan baru, kerana ianya akan menyusahkan kebanyakan rakyat.
Mungkin peraturan baru ini hanya akan memberi kebaikan dan keuntungan kepada penjual kenderaan baru tetapi kepada pengguna ianya pasti menjadi satu bebanan hutang yang berpanjangan.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-11-2013
Zakat: TBS perlu bentang laporan kewangan
Syamsul Bahrie Mohd, | 17 Nov 2013 |
Sebagai badan tunggal pengurusan zakat di Sarawak, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS ) seharusnya memandang serius kenyataan-kenyataan oleh pelbagai pihak yang menegur aspek pengurusan wang zakat dan pengagihannya yang dilihat tidak menyeluruh dan kurang berkesan.
Atas premis ini, perlu ditegaskan bahawa TBS perlu komited dengan prinsip urustadbir yang baik (good governance) dan nilai ketelusan (transparency) dalam menguruskan hal-ehwal zakat umat Islam Sarawak selaras dengan nilai-nilai Islam yang kita junjungi.
Ini boleh dilakukan dengan mengeluarkan laporan kewangan tahunan yang lengkap dan terperinci bagi membolehkan umat Islam di Sarawak yang menjadi pembayar zakat melalui TBS mengetahui setakat mana wang zakat mereka disalurkan kepada para penerima zakat (asnaf) dengan berkesan.
Dalam program-program turun padang dan tinjauan mesra kami di peringkat akar umbi, realiti kemiskinan di kalangan umat Islam di negeri ini begitu ketara dan menyedihkan.
Di Tupong sebagai contoh, ramai penduduk yang kami kunjungi merungut bahawa walaupun mereka berada dalam kategori miskin serta mendiami rumah yang serba daif, TBS gagal meluluskan permohonan mereka untuk menerima bantuan zakat.
Kita sedar bahawa kadar insiden kemiskinan di negeri ini telah menurun kepada 2.4% pada tahun 2012 berbanding 5.3% pada tahun 2009, namun hakikatnya ialah bilangan isi rumah miskin di seluruh negeri masih tinggi.
Berdasarkan perangkaan terkini, terdapat 28,485 buah keluarga miskin di Sarawak dengan bahagian Samarahan mencatat jumlah keluarga miskin tertinggi iaitu 4,278 buah keluarga, diikuti dengan Miri (4,230 keluarga), Kapit (3,561 keluarga) dan Kuching (3,229 keluarga).
Perkara ini diakui sendiri oleh Menteri Muda Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah yang mengatakan bahawa Sarawak masih memerlukan masa yang lama untuk mensifarkan kemiskinan di negeri ini.
Malahan, beliau juga menambah bahawa, di Malaysia, hanya Sarawak dan Sabah yang masih mempunyai keluarga miskin tegar iaitu keluarga yang hanya hidup dengan pendapatan bawah RM 590 sebulan.
Angka-angka ini amat mengejutkan bagi sebuah negeri yang memiliki simpanan negeri (state reserve) tertinggi di Malaysia iaitu RM 22 bilion sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Menteri awal minggu ini.

Kami yakin sebahagian besar keluarga dari kategori miskin di Sarawak ini adalah keluarga Muslim dan di sinilah peranan TBS harus diperkasakan.
Penelitian kami terhadap angka-angka umum jumlah kutipan dan agihan zakat di Sarawak mendapati TBS hanya mengagihkan sekitar 60% daripada wang zakat kepada para asnaf.
Sebagai contoh untuk tahun 2006, hanya RM 1.1 juta ataupun 5.5% diagihkan untuk asnaf miskin dan fakir daripada lebih RM20 juta wang zakat yang diperolehi oleh TBS pada tahun tersebut.
Yang lebih menyedihkan ialah pada tahun yang sama terdapat lebihan sekitar RM 13 juta daripada wang zakat yang tidak diagih kepada para asnaf walaupun realitinya, masih ramai penduduk Islam di Sarawak yang masih terbelenggu dengan kemiskinan.
Pengurusan wang zakat seperti ini jelas bersalahan dengan prinsip asas institusi zakat dalam Islam yang meletakkan zakat sebagai instrumen utama pembasmian kemiskinan.
Pandangan kami ini dikukuhkan lagi dengan satu kajian oleh Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS pada tahun 2012, yang mendapati peningkatan kutipan zakat di Sarawak sejak 10 tahun yang lalu tidak menyumbang secara ketara kepada penurunan kadar kemiskinan negeri dalam tempoh yang sama.
Para pengkaji UNIMAS ini kemudiannya menyimpulkan bahawa antara sebab kenapa ini berlaku ialah kerana bantuan zakat oleh TBS kepada golongan miskin di kalangan umat Islam di Sarawak amat terhad dan tidak menyeluruh.
Kami juga amat sedar bahawa penyata kewangan Majlis Islam Sarawak (MIS) termasuklah TBS diberi penarafan cemerlang oleh Jabatan Audit Negara, namun apalah gunanya penarafan 5 bintang sekiranya kutipan wang zakat yang dijangka melebihi RM 60 juta untuk tahun 2013 ini gagal dimanfaatkan untuk membasmi masalah kemiskinan umat.
Jelas, TBS harus segera bermuhasabah dengan keberkesanannya dalam menangani masalah kemiskinan di kalangan umat Islam di negeri ini.
Perancangan-perancangan untuk menggunakan wang zakat bagi membina bangunan-bangunan tertentu atas premis pelaburan dan mengembangkan dana zakat untuk masa depan harus dinilai semula.
Keutamaan harus diberikan kepada usaha pembasmian kemiskinan yang menjadi objektif utama pensyariatan zakat oleh Allah kepada umat Islam. Beramanahlah dengan wang zakat itu, agihlah ia dengan adil dan janganlah cemari institusi zakat dengan kepentingan tertentu.
*Penulis adalah Naib Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-11-2013
4 kali p'raya, Kg Tukau Jaya belum dapat air bersih
Harakahdaily, | 17 Nov 2013 |
MIRI: Penduduk Kampung Tukau Jaya, Jalan Bakam di sini yang kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan memohon agar pihak kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih ke kampung mereka.
Sehinga kini mereka hanya bergantung dengan tadahan air hujan dan juga air kolam yang terdapat di situ bagi tujuan keperluan harian mereka.
Sekiranya berlaku musim kemarau yang berpanjangan, bekalan air mereka terputus dan air dalam tangki dan kolam tidak cukup untuk menampung keperluan harian mereka.
Mengulas perkara itu, Yang Dipertua PAS Miri Jofri Jaraiee berkata, penduduk di sini berharap bajet 2014 untuk membantu penduduk luar bandar yang tidak ada bekalan air bersih dapat digunakan untuk kampung mereka.
Selain isu bekalan air bersih katanya, penduduk di sini juga berdepan masalah jalan yang serba daif.
Menurutnya, jalan batu kerikil yang digunakan sekarang banyak lobang dan ianya menyukarkan penduduk kampung ketika hujan lebat, manakala jambatan yang menghubung ke tempat tinggal mereka sehingga kini masih lagi belum siap sepenuhnya.
Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Sibutir, mereka sudah lama memohon agar pihak pemerintah membaiki jalan dan jambatan usang itu tetapi sehingga kini sudah empat kali pilihanraya, tetapi tiada sebarang perubahan.
"Sudah empat wakil rakyat bersilih ganti tetapi tiada satu janji pun mereka tepati," katanya.
Menurutnya lagi mereka juga pernah memohon kepada kerajaan supaya dapat membuat Perimeter Survei atas tapak kampung Tukau Jaya, jalan Bakam Miri pada 17 september 2011 yang lalu tetapi sehingga kini mereka masih belum mendapat hakmilik kekal di tapak kediaman mereka.
"Kita bimbang sekiranya pihak kerajaan tidak memberi hakmilik kekal ke atas tanah penduduk asal di sini, kemungkinan suatu hari nanti kami akan dipaksa keluar dari tanah kami sendiri akibat pembangunan yang sedang rancak berlaku disekitar kawasan ini," katanya lagi.
Dalam pada itu, Jofri yang juga Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak mahu pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih, jalan dan infrastruktur di kampung Tukau Jaya.
"Kita harap pihak kerajaan dapat meninjau keadaan penduduk di kampung itu dengan memberi kemudahan asas seperti yang diperlukan oleh penduduk di situ," katanya.
Sehinga kini mereka hanya bergantung dengan tadahan air hujan dan juga air kolam yang terdapat di situ bagi tujuan keperluan harian mereka.
Sekiranya berlaku musim kemarau yang berpanjangan, bekalan air mereka terputus dan air dalam tangki dan kolam tidak cukup untuk menampung keperluan harian mereka.
Mengulas perkara itu, Yang Dipertua PAS Miri Jofri Jaraiee berkata, penduduk di sini berharap bajet 2014 untuk membantu penduduk luar bandar yang tidak ada bekalan air bersih dapat digunakan untuk kampung mereka.
Selain isu bekalan air bersih katanya, penduduk di sini juga berdepan masalah jalan yang serba daif.
Menurutnya, jalan batu kerikil yang digunakan sekarang banyak lobang dan ianya menyukarkan penduduk kampung ketika hujan lebat, manakala jambatan yang menghubung ke tempat tinggal mereka sehingga kini masih lagi belum siap sepenuhnya.
Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Sibutir, mereka sudah lama memohon agar pihak pemerintah membaiki jalan dan jambatan usang itu tetapi sehingga kini sudah empat kali pilihanraya, tetapi tiada sebarang perubahan.
"Sudah empat wakil rakyat bersilih ganti tetapi tiada satu janji pun mereka tepati," katanya.
Menurutnya lagi mereka juga pernah memohon kepada kerajaan supaya dapat membuat Perimeter Survei atas tapak kampung Tukau Jaya, jalan Bakam Miri pada 17 september 2011 yang lalu tetapi sehingga kini mereka masih belum mendapat hakmilik kekal di tapak kediaman mereka.
"Kita bimbang sekiranya pihak kerajaan tidak memberi hakmilik kekal ke atas tanah penduduk asal di sini, kemungkinan suatu hari nanti kami akan dipaksa keluar dari tanah kami sendiri akibat pembangunan yang sedang rancak berlaku disekitar kawasan ini," katanya lagi.
Dalam pada itu, Jofri yang juga Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak mahu pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih, jalan dan infrastruktur di kampung Tukau Jaya.
"Kita harap pihak kerajaan dapat meninjau keadaan penduduk di kampung itu dengan memberi kemudahan asas seperti yang diperlukan oleh penduduk di situ," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-11-2013
UPSR: Pemuda PAS Sarawak ucap tahniah
Harakahdaily, | 16 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sarawak dengan rasa berbesar hati mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar Sarawak yang telah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
“Kami juga ingin memberi penghargaan yang tinggi kepada SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hasan, Kuching kerana tersenarai sebagai sekolah terbaik d Sarawak berasaskan kepada Gred Pencapaian Sekolah (GPS),” ujar Ketuanya, Mohammad Arifiriazul Paijo (gambar) dalam satu kenyataan.
Katanya, berdasarkan laporan pencapaian berasaskan GPS yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Sarawak, 4 daripada 5 sekolah terbaik dI Sarawak adalah daripada sekolah rendah agama di bawah Majlis Islam Sarawak.
Menurutnya, pada tahun 2013 peruntukan yang diberi oleh kerajaan Persekutuan untuk bantuan kepada sekolah-sekolah agama hanya RM100 juta untuk semua sekolah agama di seluruh Malaysia, tiada peruntukan khusus yang lebih meyakinkan bagi sekolah-sekolah agama di Sarawak.
“Kami turut mengharapkan agar ada peruntukan khusus yang lebih banyak untuk sekolah-sekolah agama di Sarawak daripada keseluruhan jumlah peruntukan yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan 2014 berjumlah RM54.6 billion untuk sektor pendidikan,” katanya lagi.
Oleh sebab yang demikian, ujarnya PAS dalam manifesto PRU13 yang lepas, dalam dokumen 12 Tawaran PAS Sarawak telah memperuntukan RM170 juta khusus untuk pembangunan sistem pendidikan rendah dan menengah berteraskan Islam yang komprehensif di seluruh negeri di samping memperkenalkan sistem pendidikan tahfiz sains di negeri itu.
Ini, ujar beliau adalah amat penting kerana telah lama sistem sekolah berteraskan Islam telah lama dipinggirkan.
“Jumlah ini bukanlah suatu jumlah yang mustahil untuk disalurkan oleh kerajaan negeri memandangkan jumlah reserve Sarawak yang cukup besar iaitu RM22 billion,” ujarnya.
Pemuda PAS, katanya turut ingin mencadangakan agar kerajaan negeri menambah lebih banyak biasiswa bukan hanya melalui Yayasan Sarawak tetapi melalui agensi-agensi kerjaan negeri yang lain dalam usaha menambah bilangan pelajar yang dibiayai untuk melanjutkan ke sekolah-sekolah berasrama penuh dan kolej-kolej premier.
Beliau berkata, Pemuda PAS Sarawak turut melihat keperluan mendesak untuk Sarawak memiliki lebih banyak sekolah berasrama penuh sains dan Maktab Rendah Sains Mara.
Ini, ujarnya kerana dengan hanya 2 buah sekolah menangah sains dan sebuah Maktab Rendah Sains Mara tidak mencukupi bagi menampung pelajar-pelajar cemerlang yang boleh digilap potensi mereka khususnya dari luar bandar.
“Dalam masa yang sama, kami merasakan perlu ada usaha yang lebih serius oleh Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha meluaskan capaian kepada sistem prasekolah dan tadika ke kawasan tumpuan penduduk dan pedalaman,” katanya lagi.
Menurut beliau lagi, kajian dari The Institute for Fiscal Studies menunjukkan dengan pertambahan prasekolah dan pendidikan akan mengurangkan masalah keciciran murid di sekolah rendah.
Tambahnya, ini juga akan menyediakan suatu asas yang baik untuk kecemerlangan anak-anak Sarawak di masa akan datang.

Sumber HD - 16-11-2013
PAS Miri, Unit Amal lawat mangsa kebakaran
PAS Miri, | 13 Nov 2013 |
Ketua Pemuda PAS Miri, Husni menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.
MIRI: PAS Kawasan Miri bersama Unit Amal Malaysia Miri telah melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sungai Dalam B, Batu 6, Lambir dekat sini semalam.
Dalam kejadian kebakaran yang berlaku jam 7.40 pagi beberapa hari yang lalu, seorang budak lelaki berusia tiga tahun, rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah keluarganya di Kampung Sungai Dalam, Batu 6, Lambir.
Ibu dan nenek mangsa turut melecur di beberapa bahagian badan mereka.
Datuk mangsa, Sebri Pawi, 81, yang ditemui memberitahu api berpunca daripada salah satu bilik di rumah kayu tersebut.
PAS Miri amat simpati akan nasib yang menimpa keluarga tersebut di mana mereka kehilangan anak dan juga rumah mereka musnah sama sekali.
PAS Miri menghulurkan sedikit bantuan kepada keluarga mangsa untuk meringankan sedikit bebanan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga mangsa kebakaran.
“Kita mengesa agar pihak kerajaan dapat memberi bantuan kecemasan dengan membina semula rumah mereka yang musnah dalam kebakaran tersebut,” ujar Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Jofri Jaraiee.
Katanya, antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah masalah keselamatan rumah kampung yang tidak ada pemadam api.
Beliau berkata, pihak kerajaan dan Bomba perlu memberi penerangan tentang cara-cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta memberitahu cara penggunaan pemadam api yang betul untuk mencegah kebakaran kepada penduduk kampung.
“Sekurang-kurangnya dengan adanya pemadam api dan juga pili bomba, ianya satu langkah awal untuk memadam dan mencegah api dari merebak dan juga dapat menyelamat nyawa serta kemusnahan harta.
“Harap perkara ini dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan dengan menyediakan setiap rumah kampung ada satu pemadam api demi keselamatan penduduk kampung yang kurang pengetahuan tentang pencegahan api dari merebak,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-11-2013
Projek SCORE mangsakan hak milik tanah pribumi Sarawak
Mohd Aizan Mohd Nor, | 12 Nov 2013 |
SARAWAK Corridor for Renewable Energy ataupun SCORE adalah program pembangunan ‘centre-piece’ kerajaan negeri Sarawak yang dikatakan bakal menjadi pemangkin transformasi Sarawak menjadi sebuah negeri maju menjelang 2020.
Projek yang merangkumi 70,000 km persegi daripada wilayah tengah negeri ini dijangka menempatkan 1.6 juta pekerjaan di samping mengembangkan ekonomi Sarawak 5 kali ganda jauh lebih besar daripada sekarang.
Satu wawasan yang amat ‘ambitious’ untuk sebuah negeri yang seringkali distigma sebagai ‘negeri miskin’.
Komponen utama SCORE sebenarnya adalah potensi penjanaan tenaga hidroelektrik yang dianggarkan berjumlah 20,000 MW. Untuk tempoh 2008 sehingga 2020, sejumlah 12 empangan hidroelektrik di Murum, Baram, Linau, Lawas, Baleh, Belaga, Metjawah, Belepeh, Tutoh, Limbang, Batang Ai (tambahan) dan Ulu Air bakal dibina untuk keperluan SCORE, meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik di negeri ini daripada sekarang sekitar 1,315 MW kepada 7,249 MW.
Berdasarkan perangkaan 2008 - 2010, pertumbuhan keperluan tenaga elektrik di Sarawak adalah sekitar 13% setahun dan permintaan beban puncaknya buat masa kini, adalah sekitar 1,100 MW.
Dengan adanya empangan Bakun (2,400 MW) dan Murum (944 MW), kapasiti penjanaan tenaga elektrik di Sarawak sebenarnya melebihi keperluan rakyat dan sektor komersial di negeri ini.
Malahan, jika diunjurkan berdasarkan kadar pertumbuhan yang sama dan mengambil-kira kedua-dua empangan di atas dan sebuah lagi loji janakuasa arang batu yang baru iaitu Balingian I di Mukah (600 MW), margin simpanan penjanaan tenaga Sarawak bakal mencecah 41% pada tahun 2020. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding rekomendasi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hanya pada kadar 25%. Jadi siapakah sebenarnya benefisiari utama daripada 20,000 MW yang bakal dijanakan nanti?
Dengan tawaran tarif elektrik yang amat murah sekitar 9-14 sen/kWh berbanding tarif purata untuk pengguna domestik dan komersial di Sarawak sekitar 33 sen/kWh, SCORE sememangnya menarik perhatian syarikat-syarikat peleburan aluminium, ferro-aloi dan besi dari seluruh dunia. Industri-industri ini amat berintensifkan tenaga dan mana-mana wilayah yang mampu membekalkan sumber tenaga yang ‘reliable’ dan murah tentunya menjadi pilihan. Mereka inilah sebenarnya benefisiari utama SCORE.
Setakat ini, Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menandatangani 7 perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan pemain-pemain industri ini dengan jumlah keperluan tenaga sebanyak 1,920 MW yang hampir keseluruhannya bakal datang dari empangan Bakun. Ironisnya, 10,000 orang rakyat Sarawak daripada masyarakat Penan telah disesarkan dan kawasan hutan hampir sebesar Singapura telah pun ditenggelamkan untuk semua ini. Adakah ini pengorbanan yang berbaloi untuk pelaburan RM 10.4 bilion daripada pemain-pemain industri itu?
Nasib yang serupa telah dialami oleh sekitar 1,600 orang Penan dan Kenyah di Murum yang bakal beroperasi tidak lama lagi. Projek empangan di Baram pula bakal mensesarkan sekitar 20,000 rakyat Sarawak daripada etnik Kenyah, Kayan dan Penan. Walaupun menerima penentangan hebat daripada rakyat di sana, kerajaan Sarawak terus tidak menghiraukan pandangan rakyat mereka sendiri tanpa rasa kesal. Pelabur-pelabur industri pelaburan ini terus dikejar dan ditawarkan seribu-satu insentif untuk bertandang ke SCORE. Kadangkala kita tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang memilih mereka di dewan yang mulia itu?
Inilah hakikat sebenar model pembangunan SCORE yang dibangga-banggakan itu. Pemusnahan kawasan hutan berharga dan perampasan tanah milik rakyat Bumiputera Sarawak juga cara hidup mereka atas nama pembangunan. Pembangunan untuk menjanjikan sumber tenaga yang amat murah buat industri-industri yang bukan sahaja ‘highly energy-intensive’ malahan yang jauh lebih merisaukan, ‘highly polluting’.
Inilah pembangunan tanpa jiwa, ia bukan untuk rakyat tetapi hanya untuk angka-angka besar ekonomi. Bakun dan Murum sudah menjadi saksi ‘hubris’ sang penguasa yang menjengkelkan, mungkinkah Baram akan terselamat dari gelombang SCORE yang maha deras ini?
______________
Mohd Aizan Mohd Nor ialah Pengarah, Sarawak Centre for Policy Studies (Sarawak Centre)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-11-2013
Protes pencabulan hak asasi Orang Asal Sarawak
Kumpulan Bertindak Menentang Pembinaan Empangan, | 06 Nov 2013 |
Masyarakat Sivil Malaysia memprotes pencabulan Hak Asasi Bumiputera Sarawak (Orang Asal) dalam pembinaan empangan janakuasa hidroelektrik di Bakun, Murum dan Baram, Sarawak.
Kerajaan Negeri Sarawak dibawah pemerintahan Ketua Menteri Taib Mahmud telah mencabuli Hak Bumiputera Sarawak secara konsisten dan berterusan melalui rampasan tanah milik bumiputera Sarawak untuk pembalakan haram pembinaan tiga empangan mega di Batang Ai, Bakun dan Murum serta pembinaan terancang sembilan lagi empangan di Baram dan daerah-daerah lain yang menyebabkan air sungai yang melimpah pemindahan monokultur minyak kelapa sawit secara berleluasa ke kawasan milik Bumiputera Orang Asal Sarawak penghasilan sisa toksik, pencemaran dan penggunaan tenaga yang banyak oleh industri-industri peleburan di kawasan industri (SCORE) di sepanjang pesisir pantai Sarawak.
Pemusnahan alam sekitar secara terancang dan dahsyat ini telah membawa kesan yang tidak dapat dibaikpulih kepada komuniti bumiputera Orang Asal. Mereka telah melindungi hutan sejak zaman-berzaman sebagai sumber makanan, kawasan ladang kecil-kecilan, tempat penempatan (rumah panjang), tempat penyembahan dan tanah pengebumian mereka. Kehidupan mereka dan adat resam mereka bergantung kepada tanah-tanah mereka serta hutan-hutan yang tidak diteroka. Tanah adalah jiwa Orang Asal.
Pengusiran Orang Asal daripada tanah-tanah mereka telah terbukti sebagai satu pemusnahan budaya. Penempatan semula secara paksa Orang Asal ke Sungai Asap untuk membuka jalan kepada pembinaan Empangan Bakun telah menyebabkan kemiskinan dan kesusahan dalam komuniti Orang Asal tersebut. Penempatan baru yang disediakan kerajaan adalah sebahagian daripada kawasan ladang kelapa sawit dan tidak sesuai untuk penanaman padi bukit dan pelbagai tanaman lain. Penempatan tersebut juga terletak jauh daripada kawasan hutan yang pernah didiami mereka. Sekolah-sekolah dan klinik-klinik yang dipohon oleh komuniti Orang Asal kepada pihak kerajaan tidak mencukupi. Di samping itu, kemudahan-kemudahan yang disediakan dibina secara tidak teliti dan sambil lewa serta kebanyakannya tidak berada dalam keadaan bersih dan selamat. Penempatan semula secara paksa ini boleh disamakan dengan penempatan “Kampung Baru” ketika Perintah Darurat pada tahun 1948 hingga 1960 di Persekutuan Tanah Melayu. Tambahan pula, keadaan hidup Orang Asal ini meyerupai keadaan di kem perlindungan orang pelarian.
Perlindungan Tanah Bumiputera Orang Asal (Blockade) di Murum, Sarawak
Sejak 23 September 2013, komuniti-komuniti Penan di Murum telah memulakan perlindungan/kepungan (Blockade) yang ketiga kali sebagai tindakbalas terhadap kegagalan Kerajaan Negeri Sarawak dan badan-badan berkaitan dengannya memberikan pampasan dan gantirugi yang adil. Seluruh komuniti Penan termasuk wanita dan kanak-kanak telah berkumpul dan bertahan di bawah terik matahari dan hujan lebat semenjak enam minggu lepas bagi menyuarakan protes mereka.
Perlindungan Tanah Bumiputera Orang Asal (Blockade) di Baram, Sarawak
Komuniti Orang Ulu di Baram juga telah memulakan perlindungan/kepungan (Blockade) mereka semenjak 23 Oktober 2013 bagi menghalang kerja-kerja pembinaan Empangan Baram daripada terus dijalankan. Mereka, secara aman, telah meminta para pekerja di Empangan Baram untuk meninggalkan kawasan tersebut. Para pekerja empangan telah memenuhi permintaan mereka dan meninggalkan lokasi pembinaan secara aman. Kerja-kerja pembinaan Empangan Baram yang dilakukan telah dihentikan.
Desakan Masyarakat Sivil Malaysia
Gerakan hak asasi Orang Asal di Malaysia secara umumnya, dan gerakan hak asasi Orang Asal di Murum dan Baram secara spesifiknya, adalah tidak terpisah dengan gerakan Masyarakat Sivil Malaysia dalam menentang sebarang ketidakadilan dan penindasan yang melibatkan masyarakat Malaysia secara seluruhnya. Kami memprotes dengan keras penindasan yang dilakukan ke atas kami seperti ini. Desakan-desakan Orang Asal di Murum dan Baram juga adalah desakan-desakan kami.
Masyarakat Sivil Malaysia mendesak Kerajaan Negeri Sarawak, badan-badan, kontraktor-kontraktor dan agen-agen berkaitan dengannya:
1. Serta-merta menghentikan proses penakungan air di Empangan Murum dan menghentikan pembakaran rumah-rumah panjang milik komuniti Penan di Murum. Seterusnya, mereka perlu mengadakan rundingan secara adil dan terbuka dengan komuniti Penan tanpa ada unsur-unsur ugutan, paksaan, korupsi dan salahguna kuasa atau percubaan untuk membahagi dan memisahkan komuniti tersebut kepada kelompok-kelompok kecil.
2. Serta merta menghentikan segala kerja berkenaan kaji selidik dan pembinaan Empangan Baram. Seterusnya, mereka perlu mengadakan rundingan secara adil dan terbuka dengan komuniti Penan tanpa ada unsur-unsur ugutan, paksaan, korupsi dan salahguna kuasa atau percubaan untuk membahagi dan memisahkan komuniti tersebut kepada kelompok-kelompok kecil.
Masyarakat Sivil Malaysia juga mendesak Polis Diraja Malaysia:
3. Perlu segera menghentikan sekatan-sekatan jalan raya yang dijalankan oleh anggota Polis bagi membolehkan bekalan makanan dan minuman, bantuan perubatan, sukarelawan, para wartawan dan pekerja-pekerja media alternatif dapat keluar masuk ke Murum tanpa sebarang gangguan. Polis Diraja Malaysia juga perlu memberikan khidmat yang paling profesional dalam melindungi Orang Asal di Murum dan Baram yang cuma mempertahankan Hak Asasi mereka yang dikurniakan dan dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia, untuk hidup dengan aman di Malaysia.
___________________________________________________
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Badan ‘Damn the Dams Action Group’ (Kumpulan Bertindak Menentang Pembinaan Empangan) dan dipersetujui oleh organisasi-organisasi Masyarakat Sivil Malaysia berikut:
List of individuals and organizations endorsing the Statement
Masyarakat Sivil Malaysia Menyokong Perlindungan Hak Asasi Bumiputera (Orang Asal) Sarawak daripada Pembinaan Empangan Hidroelektrik di Murum dan Baram, Sarawak.
Dikeluarkan pada 6hb November 2013 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sumber HD - 6-11-2013
Mengapa harga gula hanya turun di Sungai Limau?
Harakahdaily, | 06 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Sarawak mengucapkan tahniah kepada PAS Kedah dan pengundi Dun Sungai Limau kerana telah berjaya mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau semasa pilihanraya kecil yang lalu.
Semasa pilihan raya kecil Dun Sungai Limau harga gula diturunkan sehingga RM1 sekilo.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, walaupun kerajaan telah menghentikan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan alasan untuk mengelakkan penyakit diabetes (kencing manis) tetapi semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau gula dijual dengan harga yang murah.
“Sungguh beruntung penduduk di Sungai Limau kerana dapat membeli gula dengan harga murah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, mengapa hanya semasa kempen PRK Sungai Limau kerajaan dapat menurunkan harga gula tetapi selepas itu harga gula naik semula seperti biasa.
“Mengapa hanya semasa PRK harga gula boleh diturunkan sedangkan apabila tiada PRK harga gula susah hendak diturunkan walaupun harga gula dunia sudah jatuh?
“Di mana keikhlasan kerajaan untuk menjaga kesihatan rakyat?” tanya beliau lagi.
Di sini, katanya jelas menunjukkan betapa tidak ikhlasnya kerajaan BN terhadap rakyat kerana mereka hanya mementingkan undi dan kekuasaan dari menjaga kesihatan rakyat.
Tambahnya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat, sepatutnya kerajaan tidak mempermainkan perasaan rakyat dengan menipu rakyat semasa berkempen dengan menggunakan segala kemudahan jentera kerajaan dan menganggap rakyat Malaysia seolah-olah seperti anak-anak kecil yang tidak mengerti untuk menjaga kesihatan diri sendiri.
Contohnya, ujar beliau harga gula boleh diturunkan semasa PRK tetapi selepas itu naik semula tanpa memberi sebarang sebab mengapa harga gula hanya turun semasa pilihan raya saja.
Ini, kata beliau jelas satu penipuan yang nyata terhadap rakyat kononnya kerajaan menaikkan harga gula sebab hendak menjaga kesihatan rakyat tetapi semasa PRK semua masalah kesihatan diketepikan begitu saja.
“Kita menggesa pihak kerajaan segera menurunkan semula harga gula pada harga sebelumnya atau lebih murah lagi,” katanya.
Beliau berkata, penyakit diabetes tiada kena mengena dengan kenaikan harga gula.
Walaupun harga gula naik, ujar beliau penyakit diabetes masih juga berlaku selagi ada orang yang mengambil gula secara berlebihan dalam makanan dan juga minuman.
Tambahnya, adalah lebih baik pihak kerajaan memberi penerangan tentang menjaga kesihatan serta mengawal bahan makanan dan minuman yang menggunakan gula secara berlebihan daripada menaikkan harga gula.
“Akibat kenaikan harga gula, hampir semua makanan seperti roti dan minuman juga naik. Kenaikan harga gula hanya membebankan kehidupan rakyat biasa,” katanya lagi.

Mana janji BN turunkan harga kereta?
Harakahdaily, | 01 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Sarawak melihat Bajet 2014 masih jauh daripada menepati janji PRU13 yang lalu. Antara perkara yang dinyatakan dalam manifesto tersebut ialah menurunkan harga kereta secara berperingkat.
Namun, Bagi Timbalan Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee janji penurunan harga kereta langsung tidak disebut dalam pembentangan bajet baru-baru ini.
“Dalam pembentangan bajet 2014 yang lalu, kerajaan BN tidak menyentuh langsung tentang penurunan harga kereta dan motorsikal. Harapan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana hampa kerana semasa PRU13 lalu, BN berjanji hendak menurunkan harga kenderaan.” Katanya.
Kegagalan kerajaan BN melaksanakan salah satu janjinya itu tidak mencerminkan tema bajet 2014 “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi Dan Melaksana Janji”.
Berikut kenyataan beliau.
Dalam pembentangan bajet 2014 yang lalu, kerajaan BN tidak menyentuh langsung tentang penurunan harga kereta dan motorsikal. Harapan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana hampa kerana semasa PRU13 lalu, BN berjanji hendak menurunkan harga kenderaan.
Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan kata mantan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir kepada pemberita ketika diminta mengulas Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.
Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN tidak melaksanakan janji kepada rakyat seperti mana tema bajet 2014 “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi Dan Melaksana Janji”. Akibat kenaikan harga bahan api, pengguna terpaksa berbelanja lebih untuk kenderaan mereka dan ini sudah tentu membebankan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah hanya mampu membeli kereta yang dikeluarkan oleh Proton atau Perodua sahaja disebabkan cukai kereta impot adalah terlalu tinggi kerana dasar kerajaan Malaysia untuk melindungi Proton. Kereta impot lebih baik dari segi keselamatan dan kualiti kalau dibandingkan dengan kereta tempatan walaupun dikenakan cukai tinggi.
Kereta adalah keperluan asas untuk bergerak kemana-mana saja pada masa sekarang, ia bukan lagi barang mewah yang hanya mampu dimiliki oleh orang-orang yang berada tapi untuk semua golongan masyarakat. Walaupun golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana hanya mampu membeli kenderaan tempatan tetapi harganya masih juga tinggi dan kurang bermutu.
Umum tahu, selama ini kerajaan telah melindung kereta nasional dengan mengenakan regim tarif dan eksais yang tinggi atas kereta-kereta impot dan tempatan sehingga harga kereta-kereta impot termasuk kereta nasional kita contohnya model Waja tempatan adalah dua kali ganda harganya berbanding di Saudi Arabia. Di bawah sistem cukai sekarang, cukai adalah separuh dari harga kereta yang dibayar oleh rakyat maknanya jika anda membeli kereta pada harga RM50,000, sebanyak RM25,000 daripada harga tersebut adalah bayaran cukai kepada kerajaan.
Kita sebagai pengguna berhak untuk menyuarakan pendangan terhadap senario yang berlaku sekarang. Di manakah kedudukan AFTA yang pernah dicanangkan lebih 10 tahun yang lalu? Sampai bilakah kerajaan patut memberikan tongkat kepada Proton dan Perodua? Dan sampai bilakah rakyat Malaysia harus membeli produk dari pengeluar kenderaan lain yang harus berdepan cukai kereta import yang agak tinggi dan menekan golongan bawahan.
Kita mengesa kerajaan Malaysia mengkaji semula duti eksais keatas kenderaan impot agar tidak terlalu membebankan rakyat yang terpaksa menanggung kos yang tinggi sehingga harga kereta import berlipat ganda dari pasaran antarabangsa.
Kalau mahu kereta tempatan berdaya saing dengan kereta import, kerajaan perlu menambahbaik mutu serta tahap keselamatan dalam buatan kereta tempatan dengan harga yang berpatutan.
Kita tidak mahu dengar pemimpin kerajaan mengatakan kita terpaksa menaikkan harga kereta kerana kita tidak mahu rakyat mati kecelakaan. Kalau itu alasannya, adalah lebih baik Malaysia menggunakan kenderaan yang menggunakan tenaga solar dengan kelajuan yang tidak melebihi had laju 100 km sejam. Buat lebih banyak lagi lorong untuk basikal dan kenderaan yang mesra alam. Bukan saja boleh jimatkan minyak bahkan ianya selamat untuk pengguna dan alam sekitar.
Janganlah semua bebanan dipikul dan ditanggung oleh rakyat semata-mata ingin melindungi kepentingan pihak tertentu. Rakyat perlu diberi keutamaan, kalau kerajaan benar-benar ikhlas melihat rakyat hidup sejahtera dan aman.

Sumber HD - 1-11-2013
Pemuda PAS Sarawak bersiap hadapi PRN12
Mahfuz Kamil , | 29 Okt 2013 |
BINTULU: Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) telah mengadakan mesyuarat agung kali ke-9 kelmarin bagi melaksanakan proses pemilihan kepimpinan sesi 2013-2015.
Mengangkat tema ‘Iltizam Untuk Sarawak’, ianya tergambar jelas bahawa fokus yang berterusan dan komitmen yang tinggi daripada DPPNS dalam menawarkan pakej kebajikan PAS di negeri Sarawak.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub merasmikan mesyuarat itu yang berlangsung pada jam 3.00 petang di sebuah hotel di sini.
Turut berucap ialah Ketua DPPNS, Mohd Arifiriazul Paijo yang menekankan muhasabah gerak kerja PRU13 yang lalu, penumpuan kepada Pelan Strategik 10 Tahun PAS Sarawak (Pesat), pemerkasaan promosi 12 Tawaran PAS Sarawak dan persiapan bagi menghadapi Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang akan datang.
Proses Pemilihan Jawatankuasa DPPNS yang baru juga telah berjalan dengan baik, serta seluruh perwakilan telah menunaikan amanah mereka untuk memilih kepimpinan DPPNS baru untuk mengemudi sayap pemuda Sarawak sesi 2013-2015.
Usai pemilihan kali ini, beberapa muka baru telah terpilih untuk menerajui kepimpinan Pemuda negeri, dengan menyaksikan Mohd Arifiriazul Paijo kekal sebagai Ketua Pemuda DPPNS untuk penggal kedua.
Timbalan pula ialah Zharudin Narudin, Syamsulbahrie Mohamad (naib) sementara ahli jawatankuasa terdiri daripada Afnan Aminudin, Akram Ismail, Syed Muhammad, Lokman Rahim, Muazzam Mohammad, Ihsan Halim, Abdul Hadi Alias, Hamdani Abdullah, Farhan Badaruddin dan Salman Razeni.
Mesyuarat agung kali ini diakhiri dengan amanat Ketua Pemuda yang meletakkan harapan tinggi agar DPPNS terus mengorak langkah dengan momentum yang kekal positif di persada politik Sarawak dalam rangka meraih kepercayaan rakyat akan kemampuan PAS Sarawak sebagai juara membela isu dan kebajikan rakyat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-10-2013
Bajet 2014: Sarawak terpinggir lagi?
Mohd Aizan Mohd Nor, | 28 Okt 2013 |
Bajet 2014 yang amat dinanti-nantikan itu sudahpun dibentangkan. Ramai menggelar belanjawan kali ini sebagai ‘Bajet GST’ dan ‘Bajet Gula’ merujuk kepada cadangan pelaksanaan sistem GST bermula pada tahun 2015 dan pemansuhan subsidi gula mulai Sabtu lepas. Jika ditinjau dari dua sudut ini, Bajet 2014 jelas sebuah belanjawan yang berani kerana ia cuba untuk tidak populis.
Mungkin ini adalah cerminan keyakinan Perdana Menteri dengan mandat baru beliau pada PRU13 yang lalu khususnya daripada Malaysia Timur.
Sekilas pandang, Bajet 2014 tampak lebih mesra Sarawak dan Sabah.
Berikut adalah projek-projek utama yang dikhususkan untuk Malaysia Timur dalam pembentangan Bajet 2014 yang lepas:
1. RM850 juta untuk kabel dasar laut bagi peningkatan capaian internet di Sarawak dan Sabah
2. RM500 juta untuk Lebuhraya Pan-Borneo
3. RM331 juta untuk penyeragaman harga barangan di Sarawak dan Sabah
4. RM312 juta untuk menaiktaraf beberapa lapangan terbang termasuk di Sarawak dan Sabah
5. RM130 juta untuk subsidi pengangkutan udara luar bandar di Sarawak dan Sabah
6. RM75 juta untuk bantuan tangki air di Sarawak
7. RM50 juta untuk kerja pengukuran dan pengesahan tanah adat bumiputera Sarawak dan Sabah
8. RM30 juta untuk 60 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia di Sarawak dan Sabah
9. 2 buah RTC untuk Sarawak dan Sabah
10. 1 buah UTC di Sarawak
Secara keseluruhan, projek-projek di atas berjumlah sekurang-kurangnya RM2.3 bilion. Jelas, suatu peruntukan yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ini. Tentunya rakyat Sarawak bersyukur kepada Allah atas peruntukan sebesar ini. Namun adakah cadangan-cadangan Perdana Menteri ini menepati keperluan sebenar rakyat di sebelah sini?
Sebagai contoh, peruntukan RM 850 juta untuk kabel dasar laut walaupun baik tetapi saya kira agak besar dan tidak menepati keperluan sebenar rakyat Sarawak khususnya di luar bandar.
Berdasarkan maklumat terkini daripada SKMM, capaian internet di Sarawak sudahpun mencapai tahap 55%, (melepasi sasaran kerajaan pada kadar 50%) dan ini sebenarnya jauh lebih baik berbanding Kedah, Kelantan dan Perak walhal capaian bekalan air paip terawat di luar bandar Sarawak hanyalah 57.4% dan dalam masa yang sama, Sarawak adalah negeri ketiga tertinggi insiden kemiskinannya (LaporanPenyiasatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012).
Peruntukan RM 500 juta untuk membaiki Lebuhraya Pan-Borneo pula sebenarnya terlalu rendah berbanding keperluan untuk menaiktaraf jalanraya tulang-belakang sistem pengangkutan darat di Borneo ini kepada ‘dual-carriage way’ yang dianggarkan berjumlah RM22.0 bilion (Pelan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya 2010).
Malahan, berdasarkan ulasan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi, Datuk Seri Michael Manyin, sebahagian besar daripada peruntukan ini hanya akan digunakan untuk pembinaan 95 buah laluan memotong sepanjang lebuhraya sejauh 2,239 km ini.
Jelas, komitmen kerajaan pusat untuk menyediakan sebuah lebuhraya yang baik dan selesa untuk rakyat Sarawak dan Sabah setanding dengan yang dinikmati oleh rakan-rakan di Malaysia Barat masih diragui.
Selain itu, strategi pemberian subsidi bagi menyeragamkan harga barangan pengguna di Sarawak dan Sabah berjumlah RM331 juta pula dilihat tidak lestari secara ekonominya.
Ini adalah kerana pendekatan yang jauh lebih efektif adalah semakan semula dasar kabotaj sedia-ada yang menghalang pemunggahan dan pengangkutan barangan secara langsung ke pelabuhan-pelabuhan di Sarawak dan Sabah.
Dasar kabotaj ini diakui oleh ramai penganalis sebagai antara punca utama perbezaan harga barangan di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur di samping masalah ketidakcekapan sistem pengangkutan darat yang disebabkan oleh keadaan Lebuhraya Pan-Borneo yang kurang memuaskan.
Dengan dasar yang lebih tepat, RMM331 juta ini mungkin lebih strategik digunakan untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan anak-anak bumiputera Sarawak khususnya di luar bandar.
Isu tanah adat bumiputera atau tanah NCR di Sarawak adalah isu besar yang menunjangi perasaan tidak puas hati sebahagian besar rakyat Sarawak khususnya orang Dayak terhadap kerajaan negeri sekarang ini.
Isu dasarnya bukanlah semata-mata tentang mempercepatkan pengukuran dan pengesahan status tanah NCR tersebut tetapi yang jauh lebih penting ialah pengiktirafan kerajaan negeri terhadap hak kaum bumiputera ke atas tanah adat turun-temurun mereka mengikut hukum adat mereka sendiri.
Mempercepatkan proses pengesahan tanah NCR atau juga disebut sebagai ‘perimeter survey’ ini pada asasnya akan mempercepatkan proses pengambilalihan tanah-tanah tersebut oleh kerajaan negeri dan agensi-agensi berkaitan tanpa perlu mengiktiraf status ‘pulau galau’ (hutan simpanan komunal) dan ‘pemakai menoa’ (domain wilayah rumah panjang) tanah-tanah rakyat ini sebagai tanah NCR.
Isu definisi tanah adat ini sebenarnya sudahpun diakui oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Nor Nyawai pada tahun 2001 yang menjelaskan bahawa tanah NCR bukanlah hanya ‘temuda’ (kawasan yang terdekat dengan rumah panjang yang juga digunakan untuk bercucuk-tanam dan lain-lain) sepertimana yang difahami oleh kerajaan negeri tetapi ia juga termasuklah ‘pulau galau’ dan ‘pemakai menoa’.
Ini adalah isu penghakisan hak rakyat bumiputera Sarawak oleh kerajaan negeri dan agensi-agensinya ke atas tanah-tanah adat mereka. Sebenarnya bukanlah RM50 juta ini yang diperlukan tetapi yang rakyat mahukan ialah reformasi undang-undang berkaitan tanah adat secara komprehesif agar hak mereka terus dipertahankan.
Tidaklah dinafikan bahawa rakyat Sarawak juga akan menerima manfaat daripada inisiatif BR1M, i-BR1M dan peruntukan-peruntukan untuk sistem kesihatan, pendidikan dan pembangunan luar bandar yang lain.
Namun demikian, apa yang cuba diketengahkan di sini ialah setakat manakah peruntukan-peruntukan besar untuk Sarawak ini menepati keperluan rakyat Sarawak itu sendiri? Atau adakah ia bakal direbut oleh mereka yang berkepentingan dan hanya dinikmati oleh kelompok elit tertentu di negeri ini? Moga-moga igauan ngeri Laporan Ketua Audit Negara 2012 tidak berulang lagi.

Sumber HD - 28-10-2013
Mayat tidak dituntut, penjelasan Hospital Miri
., |
Inilah jawaban dari pihak Hospital Miri berkenaan isu mayat tidak dituntut.
Miri General Hospital (Solved)
2013-10-18 04:39:10 PM
Tali khidmat received feedback from Hospital Miri:
PROSEDUR PENGURUSAN MAYAT YANG TIDAK DITUNTUT ATAU TIADA WARIS
A) Mayat bukan kes polis yang tidak dituntut dalam tempoh 72 jam selepas disahkan mati oleh Pegawai Perubatan, akan dikategorikan sebagai 'Mayat Tidak Dituntut'.
Dalam jangkamasa tersebut, tindakan-tindakan yang akan diambil adalah seperti berikut:
1. Pembantu Perubatan Yang Menguasa Bilik Mayat akan mendapatkan pengesahan daripada jururawat di wad Si Mati meninggal, samada waris Si Mati dapat dihubungi atau tidak.
2. Kes akan dirujuk kepada Pegawai Kebajikan Perubatan untuk mengambil tindakan selanjutnya seperti :
a. Menyiarkan butir-butir Si Mati di dalam akhbar-akhbar tempatan.
b. Meminta bantuan pihak polis mengesan waris Si Mati.
c. Menyiarkan berita Si Mati di radio dalam bahasa-bahasa tempatan utama.
B. Mayat-mayat kes polis yang tidak dituntut (selepas dilakukan post-mortem) kerana tidak diketahui identiti dan juga waris, akan dikeluarkan hanyalah setelah pihak polis mengeluarkan Surat Kebenaran Mengeluarkan Mayat untuk urusan pengkebumian.
Biasanya pihak polis akan mengeluarkan kebenaran untuk urusan pengkebumian setelah mendapat perintah daripadah mahkamah.
Setelah mendapat surat kebenaran daripada pihak polis, Pegawai Kebajikan Perubatan akan berhubung dengan Majlis Perbandaran Miri bagi memohon bantuan pengendalian pengkebumian mayat tersebut.
*Setiap penghantaran adalah dicaj sebagai perjalanan dua hala.
Contoh.
i)Kalau jarak 20km (kurang daripada 30km):
Jumlah caj ialah RM10.00 x 2 = RM20.00
ii) Kalau jarak 60km
Jumlah caj ialah RM0.35 x 60 x 2=RM42.00

2. Kes akan dirujuk kepada Pegawai Kebajikan Perubatan untuk mengambil tindakan selanjutnya seperti:
a. Menyiarkan butir-butir Si Mati di dalam akhbar-akbar tempatan.

PAS Miri gesa kebumi segera mayat tak dituntut
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-10-2013
Papan tanda digital ganggu pengguna jalan raya
Harakahdaily, | 22 Okt 2013 |
MIRI: Papan tanda digital yang dipasang di jejantas Taman Awam Miri menarik perhatian orang awam yang lalu lalang di situ.
Ini termasuk pemandu yang ingin melihat mesej terpapar pada skrin ketika memandu melalui jejantas tersebut.
Bagi Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee, papan tanda digital iitu boleh menarik perhatian pemandu dengan paparan mesej yang lebih cerah terutama pada waktu malam dan boleh dilihat dari jarak jauh dan memaparkan mesej yang sentiasa berubah-ubah.
Beliau berkata, ia juga boleh mengalih perhatian pemandu ketika memandu melalui jejantas tersebut di samping gangguan cahaya terang yang menyilau terutama pada waktu malam dan juga semasa hujan di malam hari.
“Kita juga menerima aduan dari orang ramai yang mengatakan kecerahan silauan dari cahaya papan tanda digital pada waktu malam boleh mengganggu penglihatan pemandu ketika melalui jejantas tersebut di malam hari,” ujarnya lagi.
Katanya, menurut kajian di negara barat, ia mendapati bahawa pemandu yang melihat papan tanda digital yang berwarna-warni serta mesej bergerak sering menarik perhatian pemandu di jalanraya selama lebih daripada beberapa saat.
Beliau menambah, sekiranya mereka leka atau lalai ketika membaca mesej tersebut ianya boleh mendatangkan risiko kemalangan sama seperti mereka yang melihat atau membaca mesej dalam telefon bimbit.
“Kalau pemandu dilarang mengunakan telefon bimbit semasa memandu, inikan pula pemandu yang membaca mesej yang terpapar bergerak di papan tanda digital melalui jejantas tersebut risikonya serupa bahkan lebih bahaya kepada pemandu dan juga orang lain,” katanya lagi.
Justeru, kata beliau pemandu juga perlu berhati-hati ketika membaca mesej yang terpapar dalam skrin tersebut untuk mengelak kemalangan.
“Kita menggesa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan mereka yang berkenaan perlu meletakkan papan tanda digital tersebut di tempat yang lebih strategik dan selamat untuk para pengguna melihatnya tanpa menggangu tumpuan mereka semasa memandu,” ujarnya.
Menurutnya lagi, walaupun papan tanda digital itu baik untuk mempaparkan mesej kepada orang ramai tetapi ianya tidak begitu sesuai diletakkan di bawah jejantas Taman Awam kerana ianya boleh mengganggu tumpuan pemandu, adalah lebih baik letakkan di kawasan yang mudah dilihat oleh orang ramai.
“Harap pihak yang berkenaan segera mengatasi masalah ini demi keselamatan para pengguna jalanraya yang melalui jejantas tersebut. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai,” katanya lagi.

Sumber HD - 22-10-2013
PAS Miri gesa kebumi segera mayat tak dituntut
Harakahdaily, | 17 Okt 2013 |
MIRI: Masalah mayat warga asing yang beragama Islam yang tidak dituntut di rumah mayat hospital Miri berminggu-minggu atau berbulan perlu diuruskan dengan segera oleh pihak hospital dan Jabatan Agama Islam sekiranya tiada waris yang datang menuntut.
“Masalah mayat yang tidak dituntut ini selalunya berlaku ke atas warga asing yang bekerja di Miri, mati akibat kemalangan atau terbunuh dan sebagainya,” ujar Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee.
Katanya, antara sebab lain si mati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap serta keluarga si mati sukar dihubungi.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau.
Masalah mayat warga asing yang beragama Islam yang tidak dituntut di rumah mayat hospital Miri berminggu-minggu atau berbulan perlu diuruskan dengan segera oleh pihak hospital dan Jabatan Agama Islam sekiranya tiada waris yang datang menuntut.
Masalah mayat yang tidak dituntut ini selalunya berlaku ke atas warga asing yang bekerja di Miri, mati akibat kemalangan atau terbunuh dan sebagainya.
Antara sebab lain si mati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap serta keluarga si mati sukar dihubungi.
Perkara ini pernah berlaku beberapa tahun yang lalu tetapi masalah ini sudah diselesaikan kerana ada seorang warga tempatan yang bermurah hati untuk menguruskan mayat yang tidak dituntut itu.
Sekiranya masih lagi terdapat kes semacam itu berlaku, pihak hospital perlu segera memberitahu pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Agama Islam untuk urusan pengkebumian sekiranya tiada waris si mati datang menuntut.
Begitu juga dengan masalah umat Islam dari luar daerah Miri yang meninggal dunia di Miri yang bukan penduduk Miri terpaksa menunggu terlalu lama proses penghantaran jenazah ke rumah si mati yang jauh dari Miri.
Pihak keluarga jenazah terpaksa menunggu doktor dan pihak hospital menandatangani surat dan sebagainya sebelum jenazah mangsa dibenarkan dibawa keluar oleh pihak keluarga si mati.
Masalah akan timbul apabila keluarga si mati miskin yang datang dari jauh terpaksa menggunakan jalan darat dan mengambil masa untuk sampai ke Miri sebelum dapat menuntut mayat seperti kes yang berlaku kepada seorang mangsa kemalangan yang mati di Miri, Sabtu lalu.
Seorang ibu tua yang terpaksa menunggu beberapa hari untuk membawa jenazah anaknya keluar dari Miri.
Perkara ini didedahkan oleh seseorang kepada pihak kami yang tidak mahu namanya didedahkan.
Katanya pihak hospital mengambil terlalu lama untuk menguruskan jenazah mangsa kemalangan sehingga mengambil masa beberapa hari barulah jenazah boleh dihantar balik ke kampung asalnya di Pusak, Saribas dalam bahagian selatan Sarawak.
Perjalanan ke Pusak melalui jalan darat mengambil masa lebih kurang dalam 7 jam dari Miri.
Sekiranya keluarga si mati tidak mampu menguruskan mayat tersebut pihak hospital atau pihak yang berkenaan boleh menghantar mayat tersebut terus ke kampungnya melalui jalan darat atau jika perlu dikebumikan saja di tanah perkuburan Muslim di Miri.
Begitu juga dengan masalah bilik mayat yang terhad di hospital Miri seharusnya diberi perhatian oleh pihak hospital kerana sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan warga asing atau orang luar yang terkorban, sudah tentu sukar bagi pihak hospital hendak meletakkan mayat tersebut sementara menunggu kaum keluarga atau waris mereka datang untuk menuntut.
Kita menggesa pihak Kementerian Kesihatan dan pihak hospital Miri memandang serius perkara ini dengan memberi peruntukan khas dalam pengurusan mangsa kemalangan maut atau yang mati terbunuh yang terpaksa disimpan dalam rumah mayat terlalu lama.
Bagi keluarga si mati yang kurang berkemampuan terutama bagi umat Muslim dan juga bangsa lain sepatutnya urusan pengkebumian dilakukan dengan segera mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Harap perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan.

Sumber HD - 17-10-2013
PAS S'wak rai Aidiladha bersama masyarakat
Harakahdaily, | 16 Okt 2013 |
MIRI: PAS Sarawak menyambut Aidiladha bersama rakyat tempatan dibeberapa kawasan di bahagian Sarawak.
Antara kawasan PAS Sarawak terlibat dalam aktiviti sempena Hari Raya Adiadha adalah Miri, Bintulu, Beting Maro dan beberapa bahagian lain dalam Sarawak.
Di Miri dua ekor lembu telah dikorbankan di sekitar kawasan Senadin dan juga Sibuti.
"PAS kawasan Miri telah mengagihkan daging korban tersebut kepada penduduk tempatan dalam kawasan tersebut. Sambutan penduduk tempatan sangat mengalakkan," kata Yang Dipertua PAS Miri Jofri Jaraiee.
Di Bintulu, mereka juga turut menumbangkan dua ekor lembu dan proses melapah dan jamuan ringkas berlangsung di Pusat Tarbiyyah Awlad (Putra) Jepak.
Daging korban hampir seratus bungkus tersebut turut diagih kepada penduduk di sekitar kampung seperti Kg Kamunting, Kg Baru dan Kg Jepak.
Di Beting Maro juga, bekas calon PAS Abang Ahmad Kerdee turun padang bersama masyarakat setempat untuk meraihkan Aidiladha.
Beliu turut bersama masyarakat setempat mengagihkan daging korban kepada penduduk.
"Inilah antara aktiviti PAS Sarawak bersama masyarakat tempatan sepanjang tahun. Dengan adanya aktiviti sebegini masyarakat tempatan akan faham bahawa PAS bukan sekadar sebuah parti politik tapi juga parti yang sentiasa bersama dengan rakyat tanpa mengira masa dan waktu.
"Mudah-mudahan dengan adanya aktiviti ini, masyarakat Sarawak dapat menilai perjuangan PAS dalam menjaga kebajikan rakyat dan juga sentiasa bersama rakyat tanpa mengira waktu," kata Jofri yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-10-2013
Jalan rosak dan berlubang ancam pengguna
Jofri Jaraiee PAS, Sarawak, |
Masalah jalan rosak dan berlubang memang sering menjadi isu utama bagi penduduk di kawasan perumahan di Senadin, Miri. Kebanyakan jalanraya yang dibina dalam kawasan perumahan menggunakan bahan binaan yang bermutu rendah dan terlalu tipis. Ianya mudah rosak apabila kenderaan sering berulang alik di atas jalan tersebut.
Begitu juga apabila pihak kontraktor menggali lubang atas jalan untuk memasang paip dan sebagainya, lubang tidak ditutup dengan sempurna dan lama kelamaan ianya akan rosak dan berlubang.
Mereka hanya menampung jalan tersebut dengan sedikit batu dan tidak meratanya dengan baik sehingga mengakibatkan jalan tersebut menjadi rosak.
Salah seorang penduduk di kawasan perumahan Senadin mengadu terdapat dua lubang ditutupi air dan sukar dilihat semasa musim hujan apabila menggunakan Jalan Jati Utama Desa Senadin.
Menurutnya lagi, kalau tidak berhati-hati melalui jalan tersebut terutama waktu malam dan hujan lebat, ianya boleh menyebabkan kemalangan atau kerosakan kepada kenderaan pengguna jalanraya. Bagi yang menggunakan motosikal atau basikal perlu berhati-hati kerana ianya juga boleh menyebabkan kecederaan sekiranya terjatuh dalam lubang tersebut.
Keselamatan penduduk dan pengguna jalanraya perlu diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam kawasan tersebut.
Kita mengesa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan mereka yang berkenaan segera mengatasi masalah ini dari berlarutan agar penduduk di kawasan perumahan tersebut tidak diancam oleh bahaya kemalangan akibat jalan berlubang tersebut.
Begitu juga apabila pihak kontraktor menggali lubang atas jalan untuk memasang paip dan sebagainya, lubang tidak ditutup dengan sempurna dan lama kelamaan ianya akan rosak dan berlubang.
Mereka hanya menampung jalan tersebut dengan sedikit batu dan tidak meratanya dengan baik sehingga mengakibatkan jalan tersebut menjadi rosak.
Salah seorang penduduk di kawasan perumahan Senadin mengadu terdapat dua lubang ditutupi air dan sukar dilihat semasa musim hujan apabila menggunakan Jalan Jati Utama Desa Senadin.
Menurutnya lagi, kalau tidak berhati-hati melalui jalan tersebut terutama waktu malam dan hujan lebat, ianya boleh menyebabkan kemalangan atau kerosakan kepada kenderaan pengguna jalanraya. Bagi yang menggunakan motosikal atau basikal perlu berhati-hati kerana ianya juga boleh menyebabkan kecederaan sekiranya terjatuh dalam lubang tersebut.
Keselamatan penduduk dan pengguna jalanraya perlu diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam kawasan tersebut.
Kita mengesa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan mereka yang berkenaan segera mengatasi masalah ini dari berlarutan agar penduduk di kawasan perumahan tersebut tidak diancam oleh bahaya kemalangan akibat jalan berlubang tersebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-10-2013
Setelah 2 tahun, Masjid Senadin belum dibina
Harakahdaily, | 11 Okt 2013 |
MIRI: Projek wakaf Masjid Senadin mula dilancarkan pada tahun 2011 namun setelah lebih 2 tahun, ia masih belum berjaya dibina.
Pada awal pelancaran projek ini, masjid Senadin dijangka disiapkan pada tahun 2013.
Justeru, Pemuda PAS Miri mencadangkan projek itu diberikan perhatian khusus oleh pihak kerajaan.
“Kami mencadangkan dana tambahan diberikan oleh pihak kerajaan untuk menjayakan usaha murni in,” ujar Ketua Penerangannya, Abdul Hadi Alias.
Katanya, ketiadaan masjid di kawasan Senadin menyukarkan penduduk sekitar untuk beribadah, terutama untuk mengerjakan solat fardhu berjemaah dan solat Jumaat.
Selain daripada itu, ujarnya masjid merupakan pusat komuniti, yang boleh dijadikan pusat masyarakat dan penyebaran ilmu Islam sesuai dengan peranan masjid dalam tamadun Islam.
“Kami mengharapkan pihak kerajaan terutama penaung projek yang juga merupakan Menteri Muda Sarawak, Datuk Ir Daud Abdul Rahman dapat memberikan perhatian terhadap projek ini,” katanya lagi.
Jelasnya, Pemuda PAS sentiasa menyokong projek-projek pembangunan ummah di Miri.
Pada awal pelancaran projek ini, masjid Senadin dijangka disiapkan pada tahun 2013.
Justeru, Pemuda PAS Miri mencadangkan projek itu diberikan perhatian khusus oleh pihak kerajaan.
“Kami mencadangkan dana tambahan diberikan oleh pihak kerajaan untuk menjayakan usaha murni in,” ujar Ketua Penerangannya, Abdul Hadi Alias.
Katanya, ketiadaan masjid di kawasan Senadin menyukarkan penduduk sekitar untuk beribadah, terutama untuk mengerjakan solat fardhu berjemaah dan solat Jumaat.
Selain daripada itu, ujarnya masjid merupakan pusat komuniti, yang boleh dijadikan pusat masyarakat dan penyebaran ilmu Islam sesuai dengan peranan masjid dalam tamadun Islam.
“Kami mengharapkan pihak kerajaan terutama penaung projek yang juga merupakan Menteri Muda Sarawak, Datuk Ir Daud Abdul Rahman dapat memberikan perhatian terhadap projek ini,” katanya lagi.
Jelasnya, Pemuda PAS sentiasa menyokong projek-projek pembangunan ummah di Miri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-10-2013
Penduduk Bintulu tidak selesa bau sampah
Harakahdaily, | 11 Okt 2013 |
BINTULU: Penduduk di sekitar kawasan perumahan di Bintulu mengadu kepada PAS Bintulu tentang masalah kutipan sampah yang tidak mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.
Keadaan bertambah teruk apabila syarikat Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, dengan kerjasama Sarawak Sisa Management Sdn Bhd, telah mengumumkan bahawa ia akan menyerahkan pungutan dan perkhidmatan pengangkutan sisa perbandaran kepada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bermula 1 Oktober lepas.
Salah seorang penduduk yang tinggal di Taman Angsana memberitahu pihak kami yang pihak BDA sudah lebih dari dua minggu tidak memungut sampah di kawasan perumahan mereka.
Kegagalan pihak BDA mengutip sampah tiga kali seminggu menyebabkan penduduk Taman Ansana tidak selesa dengan keadaan berbau busuk dari sampah yang tidak dikutip mengikut jadual.
Walaupun laporan serta aduan telah dibuat oleh penduduk kepada pihak BDA tapi jawapannya agak mengecewakan alasannya trak sampah rosak.
Sepatutnya pihak BDA menyediakan tong sampah yang lebih besar untuk menampung sampah yang terlalu banyak di kawasan perumahan.
Menurut mereka lagi setiap tahun mereka membayar cukai pintu tapi perkhidmatan yang diberi oleh pihak yang berkenaan amat mengecewakan.
Kebanyakan penduduk kesal dengan masalah itu sedangkan mereka membayar pelbagai jenis cukai perkhidmatan dan mengharapkan perkhidmatan yang setimpal diberikan kepada mereka.
“Kita menggesa pihak BDA dan mereka yang berkenaan segera mengatasi masalah ini dari berlarutan agar penduduk di kawasan perumahan tersebut tidak terus hidup dalam keadaan tidak selesa akibat bau busuk sampah yang tidak dikutip,” ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.
Katanya, amanah dan tanggungjawab pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera adalah amat dihargai.
Keadaan bertambah teruk apabila syarikat Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, dengan kerjasama Sarawak Sisa Management Sdn Bhd, telah mengumumkan bahawa ia akan menyerahkan pungutan dan perkhidmatan pengangkutan sisa perbandaran kepada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bermula 1 Oktober lepas.
Salah seorang penduduk yang tinggal di Taman Angsana memberitahu pihak kami yang pihak BDA sudah lebih dari dua minggu tidak memungut sampah di kawasan perumahan mereka.
Kegagalan pihak BDA mengutip sampah tiga kali seminggu menyebabkan penduduk Taman Ansana tidak selesa dengan keadaan berbau busuk dari sampah yang tidak dikutip mengikut jadual.
Walaupun laporan serta aduan telah dibuat oleh penduduk kepada pihak BDA tapi jawapannya agak mengecewakan alasannya trak sampah rosak.
Sepatutnya pihak BDA menyediakan tong sampah yang lebih besar untuk menampung sampah yang terlalu banyak di kawasan perumahan.
Menurut mereka lagi setiap tahun mereka membayar cukai pintu tapi perkhidmatan yang diberi oleh pihak yang berkenaan amat mengecewakan.
Kebanyakan penduduk kesal dengan masalah itu sedangkan mereka membayar pelbagai jenis cukai perkhidmatan dan mengharapkan perkhidmatan yang setimpal diberikan kepada mereka.
“Kita menggesa pihak BDA dan mereka yang berkenaan segera mengatasi masalah ini dari berlarutan agar penduduk di kawasan perumahan tersebut tidak terus hidup dalam keadaan tidak selesa akibat bau busuk sampah yang tidak dikutip,” ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.
Katanya, amanah dan tanggungjawab pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera adalah amat dihargai.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-10-2013
Penduduk Miri harap Malindo Air teruskan khidmat
Harakahdaily, | 10 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Sarawak menggesa pihak pengurusan Malindo Air agar dapat mempertimbangkan hasrat penduduk Sarawak, khususnya Miri agar terus memberi perkhidmatan penerbangan tambang murah ke seluruh destinasi baik dalam dan luar negara.
Timbalan Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee berkata, dengan adanya pesaingan yang sihat di antara Malindo Air dan sektor perkhidmatan penerbangan lain sudah pasti ianya memberi kemudahan kepada pengguna untuk memilih penerbangan yang murah serta memberi perkhidmatan terbaik untuk mereka.
“Lebih banyak syarikat penerbangan lebih banyak pilihan untuk pengguna memilih yang terbaik untuk mereka,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Miri dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Penerbangan hibrid di Malaysia, Malindo Air menggantungkan penerbangan sementara dari Kuala Lumpur ke Miri menyebabkan ramai penduduk di Miri agak terkejut kerana ianya berlaku tanpa pengetahuan mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan penerbangan tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy dalam akhbar tempatan berkata "Kami hanya melakukan penjadualan sementara dan penstrukturan semula perkhidmatan kami. Kami tidak menggantung laluan selama-lamanya tetapi hanya (sementara) mulai 1 Nov - 15. Mudah-mudahan menjelang 15 Nov, kita boleh meneruskan perkhidmatan kami ke Miri.”
Walaupun Chandran memberi jaminan penerbangan ke Miri akan disambung semula, orang ramai juga masih ragu dengan kenyataan tersebut kerana mereka tidak pasti sama ada mereka boleh meneruskan tempahan dalam talian atau terpaksa membatal niat menggunakan perkhidmatan penerbangan Malindo Air sebab mereka takut hilang wang tempahan sekiranya berlaku sebaliknya.
Pihak pengurusan Malindo Air juga perlu memikirkan akan nasib pekerjanya di Miri kerana mereka juga tidak pasti apa akan berlaku selepas bulan November nanti sekiranya pihak pengurusan terus menamatkan penerbangan Malindo Air ke Miri.
Kita ingin memberi cadangan kepada pihak pengurusan Malindo Air untuk dipertimbangkan sekiranya mereka ingin meneruskan serta mengembangkan perkhidmatan mereka ke Miri sebab Miri merupakan Bandaraya Peranginan di bahagian utara Sarawak.
Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduknya lebih daripada 350,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah ianya sebuah daerah yang kaya dengan sumber asli, terutamanya petroleum dan sepatutnya lapangan terbang Miri di naik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Pihak Kementerian Pelancongan Sarawak juga perlu memberi kebenaran kepada pihak penerbangan Malindo Air dan lain-lain penerbangan dari Miri ke luar negara untuk menarik lebih ramai pelancong melawat ke Sarawak.
Sebagai contoh pihak penerbangan boleh terus terbang ke luar negara seperti ke Australia dan transit ke Surabaya Indonesia 2 kali seminggu atau lebih mengikut keperluan orang ramai. Ini pasti akan menarik lebih ramai pelancong datang ke Miri Sarawak. Bukan saja menarik pelancong ke Sarawak tetapi ianya memberi kemudahan kepada mereka yang bekerja di Sarawak untuk berulang alik ke destinasi masing-masing.
Kita menggesa pihak pengurusan Malindo Air agar dapat mempertimbangkan hasrat penduduk Sarawak, khususnya Miri agar terus memberi perkhidmatan penerbangan tambang murah ke seluruh destinasi baik dalam dan luar negara.
Dengan adanya pesaingan yang sihat di antara Malindo Air dan sektor perkhidmatan penerbangan lain sudah pasti ianya memberi kemudahan kepada pengguna untuk memilih penerbangan yang murah serta memberi perkhidmatan terbaik untuk mereka. Lebih banyak syarikat penerbangan lebih banyak pilihan untuk pengguna memilih yang terbaik untuk mereka.

Sumber HD - 10-10-2013
Mengimpikan Lebuh raya Pan-Borneo yang baru
Mohd Aizan Mohd Nor, | 09 Okt 2013 |
Lebuh raya Pan-Borneo yang juga dikenali sebagai Pan-Borneo Trunk Road adalah laluan pengangkutan darat terpenting di Malaysia Timur. Lebuh raya sepanjang 2,239 km yang menghubungkan Sarawak dengan Sabah ini bermula di Sematan, Sarawak dan berakhir di Tawau, Sabah.
Di Sarawak, lebuh raya inilah satu-satunya rangkaian jalanraya yang menghubungkan Bandaraya Kuching dengan bandar-bandar utama lain di sini. Tiada alternatif lain kecuali ‘naik belon’ (istilah tempatan bagi menggunakan kapal terbang).
Sebenarnya lebuhraya ini mula dibina pada tahun 1986 lagi. Namun, sehingga kini, hanya 93% daripadanya berjaya disiapkan. Selain itu, hanya sekitar 13% daripada lebuhraya ini telah dinaiktaraf menjadi ‘dual carriageway’ (dua laluan).
Keadaan jalannya juga kurang memuaskan, banyak lubang dan tidak rata. Bagi ramai orang, memang substandard untuk menjadi sebuah lebuhraya.
Komen nakal banyak pihak, perjalanan melalui lebuhraya ini adalah seperti ‘naik roller-coaster’. Ia mungkin lucu tetapi inilah hakikat sedih yang diperlu ditempuhi oleh rakyat Sarawak saban dekad sebagai pengguna tegar Lebuhraya Pan-Borneo ini.
Perjalanan di waktu malam juga agak berbahaya kerana ketiadaan lampu jalan yang ekstensif di samping kekurangan tempat R&R. Bagi mereka yang beragama Islam, kemudahan untuk solat adalah terhad dan mencabar.
Kalau ingin dibandingkan dengan PLUS, ia bagaikan langit dengan bumi. Tetapi akan ada yang menempelak bahawa PLUS lebuhraya berbayar manakala Lebuhraya Pan-Borneo percuma sahaja.
Benar, cumanya adakah adil hanya kerana ia percuma, keadaannya harus begitu serba kekurangan? Dan yang paling ironis, di negeri paling kaya di Malaysia.
Jika ditinjau dari aspek keselamatan jalanraya, banyak perkara yang perlu diperbaiki lagi. Penghadang jalan, lampu jalan, ketiadaan tanda amaran, ketiadaan tempat rehat yang sesuai, jalan yang tidak lurus, tiada lorong memotong dan banyak lagi, semuanya menyumbang kepada keadaan kurang selamat di Lebuhraya Pan-Borneo ini.
Mengikut statistik terkini, sehingga pertengahan tahun ini sahaja, hampir 100 orang kehilangan nyawa akibat kemalangan di lebuhraya ini. Mengerikan.
Dalam laporan Pelan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya 2010, anggaran menaiktaraf lebuhraya tulang belakang Sarawak dan Sabah ini kepada dua laluan adalah sekitar RM 22 bilion.
Oleh kerana kos yang tinggi ini, kerajaan persekutuan bercadang untuk melaksanakan projek ini secara berperingkat-peringkat selama 14 tahun, bermula dari tahun 2011 sehingga 2025.
Saya kira tempoh 14 tahun adalah terlalu lama. Sebagai perbandingan, Fasa 1 bagi Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang yang juga menelan belanja sekitar RM 20 bilion dijangka siap pada akhir 2016. Hanya 5 tahun diperlukan untuk MRT tetapi lebih sedekad untuk Sarawak dan Sabah.
Kepentingan jaringan jalanraya termasuklah lebuhraya yang baik untuk kemajuan dan pembangunan ekonomi adalah satu fakta yang tidak boleh disangkal. Lebuhraya PLUS adalah ‘living example’ bagaimana limpahan ekonomi boleh dijana melalui lebuhraya yang baik.
Dalam kajian beberapa pihak, ada disebut bahawa setiap ringgit yang dilaburkan untuk pembinaan lebuhraya yang baik, mampu meningkatkan produktiviti sehingga 7.0%. Satu angka yang signifikan.
Ini mampu dicapai bukan sahaja dari aspek mempercepatkan perjalanan barangan dan lain-lain tetapi ia juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pengeluaran barangan khususnya di Sarawak yang kos sara hidupnya adalah 15%-25% lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia.
Agak malang apabila kita lihat pembangunan SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy) yang meliputi sebahagian besar keluasan negeri dari Tanjung Manis hingga Bintulu tidak diintegrasikan sebaik mungkin dengan inisiatif pembangunan dan penaiktarafan Lebuhraya Pan-Borneo itu sendiri.
Mana mungkin produk fokus baik dari segi barangan mahupun perkhidmatan di kelima-lima ‘growth nodes’ SCORE dapat dibekalkan dan manfaat ekonominya melebar ke seluruh negeri tanpa jaringan lebuhraya yang baik?
Logik potensi limpahan ekonomi dan pertumbuhan ini seharusnya mengujakan kerajaan persekutuan dan negeri untuk memberi perhatian selayaknya kepada lebuhraya ini.
Lebuhraya Pan-Borneo yang selesa dan selamat sudah lama tertangguh. Saya mengimpikannya sejak 2005 dan rakyat Sarawak telah mengimpikannya sejak 50 tahun yang lalu. Janganlah ditunggu sehingga 14 tahun, walhal 5 tahun sudah memadai.
Sekiranya logik kesejahteraan dan kebajikan rakyat dirasakan terlalu remeh, gunalah logik pertumbuhan ekonomi pula. Ini bukan meminta-minta tetapi rakyat Sarawak dan Sabah memang berhak ke atasnya.
Penulis ialah Pengarah, Sarawak Centre for Policy Studies (Sarawak Centre).

Sumber HD - 9-10-2013
Lampu HID ganggu penglihatan pengguna jalanraya
Jofri Jaraiee, PAS Sarawak, |
Ramai pengguna jalanraya mengadu yang mereka menghadapi masalah dengan pemandu yang menggunakan lampu HID (High-Intensity Discharge) terutama pada waktu malam. Penglihatan mereka terganggu akibat dari kenderaan yang menggunakan lampu tinggi kerana silau cahaya yang terlampau terang. Ini boleh mendatangkan bahaya kepada penglihatan pemandu lain sekaligus membawa risiko kemalangan di jalanraya.
Pemandu yang memandu kereta dengan lampu HID ini mungkin menyukainya sebab ianya terang dengan kecerahan yang tinggi namun bagi pemandu yang terpaksa berdepan dengan lampu HID ini terpaksa berhati-hati sebab lampu HID terlalu silau lebih-lebih lagi ketika mereka membuka lampu tinggi pada waktu malam. Begitu juga ketika waktu hujan lebat sukar untuk nampak cahaya lampu putih HID dan ini pasti boleh membawa kepada kemalangan sekiranya tidak berhati-hati ketika memandu.
Laman sesawang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara jelas menyebut bahawa penggunaan High intensity Discharged (HID) Headlamp iaitu lampu yang tidak menggunakan filament tetapi menggunakan Gas Xenon. Pemasangan lampu HID secara aksesori (Retrofit) adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.
Pada 19 November 2007, JPJ telah mengemaskini C&U dan memasukkan peraturan kawalselia terhadap penggunaan lampu HID di dalam Kaedah 96 (2) (i) yang menyatakan "sekiranya lampu HID digunakan, pemasangan,spesifikasi dan sistem lampu tersebut hendaklah mematuhi peraturan UNECE 48, UNECE 98 dan UNECE 99".
Penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori (Retrofit) boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau mungkin mengakibatkan berbahaya pada orang di dalam kenderaan atau di atas jalanraya', kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 2000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan dibawah seskyen 119(1) APJ 1987. Pemandu/pemilik akan diberi masa selama sepuluh hari (10) untuk memperbetulkan lampu tersebut kepada lampu asal
Bagaimanapun, peraturan ini tidak dikuatkuasa sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Semakin banyak kenderaan yang memasang lampu putih ini walaupun ia membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Mungkin lampu HID ini hanya sesuai untuk kenderaan yang masuk ke dalam pedalaman atau kawasan yang gelap. Kalau mereka hendak memasang juga, perlulah cari keadah yang terbaik seperti dipasang untuk lampu tinggi saja dan lampu rendah hendaklah dipasang dengan lampu biasa. Lampu ini hanya sesuai digunakan di tempat yang gelap yang tiada kenderaan menuju arah yang bertentangan agar ianya tidak merbahayakan pengguna jalan yang lain.
Pihak JPJ dan kerajaan sepatutnya mengawal lampu HID dijual secara bebas di kedai aksesori kenderaan dan kenderaan baru juga perlu mengikut spesifikasi asal bukannya boleh diubah-suai sesuka hati sehingga menyalahi peraturan pengangkutan jalanraya.
Walaubagaimana pun kepada mereka yang berkenaan seharusnya memikirkan juga pengguna jalanraya lain, jangan disebabkan mereka pentingkan diri sendiri sehingga ianya boleh mengancam nyawa pengguna jalanraya lain Jadilah pemandu yang bertimbang rasa ketika memandu di jalanraya agar pengguna jalanraya selamat sampai ke destinasi. Tindakan undang-undang adalah jalan terakhir untuk mereka yang ingkar mematuhi peraturan jalanraya.
Pemandu yang memandu kereta dengan lampu HID ini mungkin menyukainya sebab ianya terang dengan kecerahan yang tinggi namun bagi pemandu yang terpaksa berdepan dengan lampu HID ini terpaksa berhati-hati sebab lampu HID terlalu silau lebih-lebih lagi ketika mereka membuka lampu tinggi pada waktu malam. Begitu juga ketika waktu hujan lebat sukar untuk nampak cahaya lampu putih HID dan ini pasti boleh membawa kepada kemalangan sekiranya tidak berhati-hati ketika memandu.
Laman sesawang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara jelas menyebut bahawa penggunaan High intensity Discharged (HID) Headlamp iaitu lampu yang tidak menggunakan filament tetapi menggunakan Gas Xenon. Pemasangan lampu HID secara aksesori (Retrofit) adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.
Pada 19 November 2007, JPJ telah mengemaskini C&U dan memasukkan peraturan kawalselia terhadap penggunaan lampu HID di dalam Kaedah 96 (2) (i) yang menyatakan "sekiranya lampu HID digunakan, pemasangan,spesifikasi dan sistem lampu tersebut hendaklah mematuhi peraturan UNECE 48, UNECE 98 dan UNECE 99".
Penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori (Retrofit) boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau mungkin mengakibatkan berbahaya pada orang di dalam kenderaan atau di atas jalanraya', kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 2000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan dibawah seskyen 119(1) APJ 1987. Pemandu/pemilik akan diberi masa selama sepuluh hari (10) untuk memperbetulkan lampu tersebut kepada lampu asal
Bagaimanapun, peraturan ini tidak dikuatkuasa sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Semakin banyak kenderaan yang memasang lampu putih ini walaupun ia membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Mungkin lampu HID ini hanya sesuai untuk kenderaan yang masuk ke dalam pedalaman atau kawasan yang gelap. Kalau mereka hendak memasang juga, perlulah cari keadah yang terbaik seperti dipasang untuk lampu tinggi saja dan lampu rendah hendaklah dipasang dengan lampu biasa. Lampu ini hanya sesuai digunakan di tempat yang gelap yang tiada kenderaan menuju arah yang bertentangan agar ianya tidak merbahayakan pengguna jalan yang lain.
Pihak JPJ dan kerajaan sepatutnya mengawal lampu HID dijual secara bebas di kedai aksesori kenderaan dan kenderaan baru juga perlu mengikut spesifikasi asal bukannya boleh diubah-suai sesuka hati sehingga menyalahi peraturan pengangkutan jalanraya.
Walaubagaimana pun kepada mereka yang berkenaan seharusnya memikirkan juga pengguna jalanraya lain, jangan disebabkan mereka pentingkan diri sendiri sehingga ianya boleh mengancam nyawa pengguna jalanraya lain Jadilah pemandu yang bertimbang rasa ketika memandu di jalanraya agar pengguna jalanraya selamat sampai ke destinasi. Tindakan undang-undang adalah jalan terakhir untuk mereka yang ingkar mematuhi peraturan jalanraya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
Data pesakit: Malaysia wajar contohi Brunei
Harakahdaily, | 04 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Kalau dibandingkan dengan Brunei Darussalam nampaknya Malaysia agak ketinggalan dalam pengurusan data-data pesakit dan juga sistem pendaftaran di hospital-hospital kerajaan.
“Hampir semua hospital di Malaysia masih lagi mengguna cara lama dalam pengambilan data-data serta maklumat pesakit,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Miri berkata, kaedah itu bukan sahaja lambat dan kurang efisen tapi menyebabkan penyakit pesakit sukar dikesan pada peringkat awal.
Menurutnya, Brunei Darussalam telah memperkenalkan satu konsep sistem baru Bru-HIMS (Maklumat Kesihatan dan Sistem Pengurusan) Satu Pesakit Satu Rekod di mana data perubatan pesakit direkodkan daripada semua hospital, perkhidmatan pesakit luar, pusat-pusat rawatan dan klinik kerajaan dikumpulkan ke dalam satu Rekod Elektronik pesakit.
Berikut kenyataan beliau.
Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan satu konsep sistem baru Bru-HIMS (Maklumat Kesihatan dan Sistem Pengurusan) Satu Pesakit Satu Rekod di mana data perubatan pesakit direkodkan daripada semua hospital, perkhidmatan pesakit luar, pusat-pusat rawatan dan klinik kerajaan dikumpulkan ke dalam satu Rekod Elektronik pesakit.
Setiap orang di negara ini akan mempunyai Rekod Elektronik pesakit yang mengandungi sejarah-sejarah perubatan yang komprehensif mereka termasuk maklumat mengenai ubat-ubatan yang diberikan dan pemeriksaan yang dilakukan.
Projek Bru-HIMS ialah projek ICT Kementerian Kesihatan di mana semua pengurusan data pesakit dikendalikan secara elektronik melalui penggunaan Rekod Elektronik Pesakit.
Projek ini bukan sahaja akan menggantikan sistem-sistem berkomputer yang telah lalu tetapi juga ditambah lagi dengan sistem-sistem lain yang menjadikan Sistem Bru-HIMS sebagai sistem yang mengintegrasikan pengurusan maklumat-maklumat pesakit di perkhidmatan-perkhidmatan perubatan dan kesihatan.
Kalau dibandingkan dengan Brunei Darussalam nampaknya Malaysia agak ketinggalan dalam pengurusan data-data pesakit dan juga sistem pendaftaran di hospital-hospital kerajaan.
Hampir semua hospital di Malaysia masih lagi mengguna cara lama dalam pengambilan data-data serta maklumat pesakit. Bukan saja lambat dan kurang efisien tapi menyebabkan penyakit pesakit sukar dikesan pada peringkat awal.
Dengan adanya data dan maklumat yang lengkap akan memudahkan pihak hospital mengesan dan mengenal pasti penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Bukan itu saja bahkan orang awam tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan rawatan setelah segala maklumat mereka ada dalam sistem di talian.
Dengan adanya data dan maklumat yang lengkap tentang setiap pesakit, ini akan memudahkan pihak Kementerian Kesihatan mengesan serta memberi rawatan intensif kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan berdasarkan rekod yang diperolehi dari maklumat setiap pesakit.
Dengan adanya sistem data dalam talian, ini akan memudahkan urusan pendaftaran serta pesakit akan mudah dirawat semasa berlaku kecemasan.
Ini adalah salah satu cara terbaik dan lebih efisien bagi pihak kementerian kesihatan mengambil insentif dalam urusan pendaftaran orang awam yang memerlukan rawatan di hospital kerajaan atau swasta.
Kita menggesa kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan perlu menaik taraf cara pendaftaran pesakit dengan melaksanakan Sistem Maklumat Kesihatan dan Sistem Pengurusan yang berkonsepkan Satu Pesakit Satu Rekod seperti yang digunakan oleh kerajaan Brunei Darussalam.
Kita harap pihak Kementerian Kesihatan dapat mengkaji semula sistem pentadbiran dan dapat melaksanakan program yang bersistematik ini ke seluruh negara untuk memudahkan tugas kakitangan hospital dan orang awam dapat berurusan dengan cepat tanpa perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan.

Sumber HD - 4-10-2013
Benarkah Sarawak negeri miskin?
Mohd Aizan Mohd Nor, | 02 Okt 2013 |
Overcoming poverty is not a task of charity, it is an act of justice – Nelson Mandela
Kemiskinan dan Sarawak adalah dua perkara yang sering kali dikaitkan. Ketika PRU13 yang lepas, isu ini adalah modal utama para penceramah kedua-dua koalisi.
Bagi pihak pemerintah, oleh kerana negeri ini masih miskin dan serba kekurangan, maka politik pembangunan pemerintah adalah solusinya. Di pihak pembangkang pula, ini adalah bukti ketidakcekapan pemerintah selama ini makanya rakyat harus memberi mandat kepada mereka. Hakikatnya, benarkah Sarawak negeri miskin?
Sebelum menyinggung isu ini dengan lebih lanjut, saya ingin mencadangkan definisi yang lebih jelas tentang pelabelan ‘Sarawak negeri miskin’ ini. Saya tahu ramai rakan Sarawak yang sensitif dengan jolokan ini.
Bagi saya, untuk lebih objektif, secara umumnya, isu ini harus dilihat dari dua sudut iaitu pertama, aspek kekuatan ekonomi negeri itu sendiri dan kedua, tahap sosio-ekonomi rakyat di negeri tersebut. Kekuatan ekonomi negeri pula boleh dilihat dari sudut jumlah kutipan hasil negeri, kadar keluaran dalam negeri kasar (KDNK) dan juga pertumbuhannya manakala penilaian tahap sosio-ekonomi rakyat pula harus diperhatikan dari sudut kadar kemiskinan dan trend pengagihan pendapatan rakyat.
Salah satu cara pantas untuk kita menilai kekuatan ekonomi sesebuah negeri ialah melalui kutipan hasil negeri yang dibentangkan ketika sesi belanjawan negeri pada setiap tahun.
Penelitian terhadap pembentangan belanjawan negeri-negeri untuk tahun 2013 menunjukkan Sarawak membentangkan bajet negeri yang tertinggi di Malaysia dengan jangkaan hasil sekitar RM4.2 bilion.
Lebih 70% daripada anggaran hasil ini adalah hasil bukan cukai termasuklah royalti petroleum dan gas yang pada tahun 2012 sahaja berjumlah RM641 juta. Sabah berada di tangga kedua dengan bajet sekitar RM4 bilion manakala Terengganu di tempat ketiga dengan anggaran hasil negeri sekitar RM2 bilion. Negeri paling maju di Malaysia iaitu Selangor sebagai perbandingan hanya menganggarkan hasil negeri sekitar RM1.6 bilion untuk 2013.
Selain itu,berdasarkan data rasmi yang kita perolehi, jika dikaji dari aspek KDNK negeri, pada tahun 2012, Sarawak telah menyumbang 9.6% kepada KDNK Malaysia iaitu ketiga terbesar selepas Selangor dan WP Persekutuan Kuala Lumpur. Ini bermakna secara umum, hampir 10% daripada kekuatan ekonomi nasional datangnya dari Sarawak.
Sebagai perbandingan, kedua-dua negeri yang tertinggi kutipan hasilnya iaitu Sabah dan Terengganu hanya menyumbang secara total 8.5% kepada KDNK Malaysia.
Di samping itu, kadar pertumbuhan KDNK Sarawak terkini juga mencatat prestasi yang amat memberangsangkan iaitu pada kadar sekitar 5.0% melepasi jangkaan semasa untuk Malaysia dan angka ini diramal melepasi 6.0% pada tahun 2015. Seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini, mengikut rekod, Sarawak menyumbang sekitar 8% kepada pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahun lepas.
Jadi, benarkah Sarawak negeri miskin?
Sekarang mari kita lihat pula samada gambaran positif yang serupa boleh dinisbahkan kepada tahap sosio-ekonomi rakyat Sarawak pula. Menurut Laporan Penyiasatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012, Sarawak kini bukan lagi negeri kedua dengan jumlah insiden kemiskinan tertinggi di Malaysia. Negeri ini telah naik satu anak tangga dengan hanya 2.4% insiden kemiskinan di seluruh negeri berbanding Sabah (8.1%) dan Kelantan (2.7%).
Penurunan insiden kemiskinan ini daripada 5.3% (2009) dalam tempoh 3 tahun adalah satu pencapaian yang amat baik ditambah pula dengan kadar insiden kemiskinan tegar di Sarawak yang kini hanya 0.3% iaitu mendekati purata keseluruhan Malaysia pada kadar 0.2%. Malahan jika dilihat dari aspek pendapatan purata bulanan, Sarawak mencatatkan angka yang memberangsangkan iaitu RM 4,293, jauh lebih baik berbanding negeri Perdana Menteri sendiri yakni Pahang. Sekurang-kurangnya dari sisi ini, Sarawak tidaklah ‘semiskin’ seperti yang diwar-warkan selama ini.
Kemudian, mari kita teliti aspek pengagihan pendapatan rakyat Sarawak pula. Pekali Gini adalah indikator mudah untuk kita menilai pengagihan pendapatan yang tidak seimbang dalam sesebuah ekonomi. Ia menjadi petunjuk utama yang sering kali dirujuk oleh ahli-ahli ekonomi untuk menilai ketidaksetaraan ekonomi sesebuah negara atau negeri.
Semakin besar angkanya dalam julat 0 hingga 1 bermakna jurang pendapatan miskin-kaya dalam ekonomi tersebut secara relatifnya lebih ketara. Purata Malaysia pada tahun 2012 adalah 0.431 manakala Sarawak mencatat angka 0.440, iaitu di tangga ketiga tertinggi di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Perlis. Sebagai perbandingan umum, menurut Bank Dunia, Pekali Gini Indonesia hanyalah 0.381.
Dalam masa yang sama, kita juga mendapati hanya 35.8% daripada penduduk Sarawak yang sebenarnya memperoleh pendapatan melebihi RM4,000 sebulan dan yang lebih menarik ialah angka ini hampir menyamai peratusan penduduk bukan Bumiputera di negeri tersebut.
Selain itu, hampir 5% daripada rakyat Sarawak masih memperoleh pendapatan bulanan di bawah RM1,000 dan peratusannya adalah hampir dua kali ganda jika dilihat di kawasan luar bandar Sarawak.
Berdasarkan hansard sidang Dun Sarawak dalam tahun 2011, kerajaan negeri telah mendedahkan bahawa lebih 95% rakyat miskin tegar Sarawak adalah di kalangan penduduk Bumiputera dengan majoritinya di kalangan orang Iban (48.7%).
Sebenarnya, sebahagian besar rakyat Sarawak iaitu 48.5% memperoleh pendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan mereka hanya menyumbang sekitar 20% kepada keseluruhan agihan pendapatan di Sarawak.
Sebagai perbandingan, 7.6% penduduk Sarawak yang memperoleh pendapatan melebihi RM10,000 sebulan menyumbang 27.8% kepada agihan pendapatan keseluruhan di negeri ini.
Jadi, benarkah Sarawak negeri miskin?
Hakikatnya, masalah utama di Sarawak adalah pengagihan kekayaan negeri yang tidak seimbang di kalangan rakyat. Ia tidak seimbang di antara yang berpendapatan tinggi dan rendah dan yang lebih membimbangkan ia juga amat tidak seimbang di antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Malahan di kalangan penduduk Bumiputera sendiri, ketidaksetaraan ekonomi di antara kaum Iban dan suku-suku kaum yang lain juga amat serius. Jujur saya katakan Sarawak bukan negeri miskin tetapi persoalan yang jauh lebih mustahak ialah bagaimana pula dengan rakyatnya?
Pengarah ialah Sarawak Centre for Policy Studies (Sarawak Centre).

Sumber HD - 2-10-2013
Peniaga Melayu/Bumiputera Sarawak perlu pembelaan
Harakahdaily, | 30 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Sepatutnya pihak Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Miri menyediakan tapak sementara atau membina bangunan baru sebelum meroboh bangunan lama agar para peniaga dapat meneruskan perniagaan mereka sementara menunggu bangunan baru siap.
“Mereka juga tidak pasti berapa lama bangunan baru itu siap kerana mereka tidak diberitahu oleh pihak yang berkenaan,” kata Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Jofri Jaraiee dalam satu kenyataan.
Menurutnya yang Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, antara kawasan yang bakal diroboh adalah gerai makan dan 'Tamu' yang sederet dengan bangunan SEDC.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Bangunan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang telah mencecah suku abad dan tidak selamat digunakan akan diroboh dan akan dibangunkan semula untuk memberi keselesaan kepada peniaga menjalankan urusan niaga di situ.
Pihak SEDC Miri telah memberi notis kepada para peniaga untuk mengosongkan premis berkenaan berikutan ianya tidak selamat dan boleh mengancam keselamatan mereka sekiranya mereka meneruskan perniagaan dalam bangunan tersebut.
Menurut para peniaga yang tidak mahu namanya disiarkan mengatakan, dahulu mereka dijanjikan dengan tapak sementara dengan sewa yang berpatutan di sekitar kawasan bangunan 'Center Point' tetapi sekarang mereka tidak dibenarkan berniaga di situ dan dipaksa berpindah ke kawasan lain.
Tempat sewa baru sekarang terlalu mahal dan bagi mereka yang berpendapatan kecil sukar untuk berniaga di kawasan baru setelah mereka diarahkan berpindah oleh pihak SEDC.
Sepatutnya pihak SEDC menyediakan tapak sementara atau membina bangunan baru sebelum meroboh bangunan lama tersebut agar mereka dapat meneruskan perniagaan mereka sementara menunggu bangunan baru siap.
Mereka juga tidak pasti berapa lama bangunan baru itu siap kerana mereka tidak diberitahu oleh pihak yang berkenaan.
Antara kawasan yang bakal diroboh adalah gerai makan dan 'Tamu' yang sederet dengan bangunan SEDC.
Walaupun tujuan mereka hendak membina bangunan baru ini suatu kebaikan untuk para peniaga tetapi cara mereka melayan para peniaga di situ agak keterlaluan tanpa memikir masa depan para peniaga yang sukar untuk mencari tapak sementara dengan sewa yang berpatutan.
Di sinilah satu-satunya tempat para peniaga Melayu/Bumiputera berniaga dalam kawasan bandaraya Miri, sementara menunggu bangunan baru siap ada diantara mereka terpaksa berpindah ke tempat yang tidak begitu strategik untuk berniaga.
Mereka memohon kepada pihak SEDC dan pihak yang berkenaan agar menyediakan tapak sementara dengan sewa yang berpatutan untuk mereka meneruskan perniagaan di kawasan itu.
Bagaimana hendak memperkasakan ekonomi Bumiputera jika masalah peniaga Melayu/Bumiputera tidak dibela dan terus terpinggir dari arus pembangunan terutama sekali para peniaga kecil yang berniaga dalam kawasan bandaraya.
Kita mengesa pihak SEDC dan mereka yang berkenaan perlu bersikap toleransi dengan para peniaga yang sudah lama berniaga di situ dengan memberi mereka tempat sementara yang bersesuaian dengan sewa yang berpatutan agar mereka tidak hilang mata pencarian sekiranya terpaksa pindah dan menyewa tempat baru yang agak mahal sekarang ini di bandaraya Miri.
Harap masalah ini dapat diselesaikan secara baik diantara kedua belah pihak demi masa depan para peniaga di bangunan SEDC khususnya para peniaga Melayu/Bumiputera yang masih memerlukan tempat yang sesuai untuk meneruskan perniagaan mereka.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-9-2013
Realiti duka pembangunan Sarawak
Mohd Aizan Mohd Nor, | 28 Sep 2013 |
SAYA baru pulang dari Bintulu seminggu lepas. Ia sememangnya suatu pengalaman yang mengimbau kenangan lama bertugas di sini selama hampir sedekad. Jika dibandingkan dengan zaman terdahulu sememangnya ‘gas town of Sarawak’ yang masyhur ini telah jauh berubah. Saya yakin SCORE adalah penyebabnya.
Saya singgah sebentar di sebuah kedai kopi di sini untuk meluangkan masa berbual-bual dengan sahabat lama saya. Kami berbual panjang daripada peluang bisnes sehinggalah harga udang di sini. Kesimpulannya, Bintulu semakin maju dan membangun. Saya sedikit cemburu saya ditakdirkan bertugas di sini sekitar awal 2000-an dan bukan sekarang.
Namun, fikiran saya sedikit terganggu. Bagaimana pula dengan bahagian-bahagian lain di Sarawak? Adakah ini fenomena di bandar-bandar semata atau bagaimana?
Kunjungan ke kampung-kampung dan rumah-rumah panjang sekitar sedikit-sebanyak menjawab persoalan saya tadi. Ada jalan-jalan yang sudah ditar dan beberapa buah kampung dan rumah panjang sudah menerima bekalan elektrik. Namun, masih ramai yang bersungut tiada bekalan air bersih dan masih menggunakan air hujan untuk keperluan harian. Tidak kurang juga yang mengeluh klinik kesihatan terlalu jauh. Nampaknya perubahan di daerah ini tidak sepantas yang disangka.
MENGEJUTKAN!
Jika diteliti daripada perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Negara dalam Laporan Penyiasatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012, hanya 57.4% daripada penduduk luar bandar Sarawak menerima bekalan air paip di rumah-rumah mereka. Mengejutkan! Padahal purata luar bandar Malaysia adalah sekitar 81.8%.
Dari segi bekalan elektrik pula, 1.7% daripada penduduk luar bandar di Sarawak masih belum menikmati bekalan elektrik walhal purata luar bandar Malaysia hanyalah 0.7% iaitu mendekati elektrifikasi penuh!
Kemudian jika ditinjau dari sudut kemudahan kesihatan, lebih setengah iaitu 51.0% penduduk luar bandar Sarawak tinggal lebih 9 km daripada pusat-pusat kesihatan awam. Ini adalah angka paling tinggi di Malaysia. Suatu keadaan yang mungkin terlalu asing untuk kita di seberang sini.
Malahan, trend yang sama juga dapat dilihat dari aspek kemudahan sekolah rendah dan menengah di luar bandar Sarawak di mana 12.6% pelajar sekolah rendah dan 62.9% pelajar sekolah menengah tinggal lebih 9 km daripada kediaman masing-masing. Purata luar bandar Malaysia hanyalah 3.6% untuk sekolah rendah dan 20.5% untuk sekolah menengah!
KADAR PERTUMBUHAN TINGGI
Tidaklah dapat dinafikan bahawa Sarawak telah membangun dengan pesat selama 50 tahun bersama Malaysia. Negeri ini mempunyai kadar pertumbuhan antara yang tertinggi di Malaysia dan tahun lepas telah menyumbang 8% kepada pertumbuhan keluaran negara kasar Malaysia. Sarawak adalah penyumbang terbesar hanya di belakang Selangor, Pulau Pinang dan Johor!
Namun, apa yang merunsingkan saya ialah bagaimana dalam jangkamasa yang sama, penduduk Malaysia di seberang sini menikmati kualiti hidup yang jauh berbeza dengan rakan-rakan di Malaysia Timur?
Ya, memang benar ‘Sarawak Harmoni’ tetapi adakah benar ‘Kemakmuran Dinikmati’ jika inilah realiti sebenar yang perlu diredahi rakyat Sarawak khususnya di luar bandar sejak sekian lama?
Mungkin ada yang akan menjelaskan bahawa angka-angka ini perlu dinisbahkan kepada keluasan Bumi Kenyalang itu sendiri dan keadaan geografinya yang mencabar, namun persoalannya, kenapa ketidakseimbangan pembangunan itu terlalu ketara seolah-olah kita berada di negara yang lain? Mungkin inilah sebabnya ada sesetengah rakyat Sarawak yang mempunyai sentimen negatif terhadap ‘orang Malaya’. Malahan, jangan terkejut jika anda terbaca komentar-komentar daripada rakan-rakan Sarawak yang mahukan Sarawak meninggalkan Malaysia.
Integrasi nasional bukanlah semata-mata menyanyikan lagu kebangsaan yang sama atau menggunakan kurikulum nasional yang serupa, tetapi yang juga sama penting ialah peluang pembangunan yang saksama tanpa mengira batasan geografi.
Saya yakin pemerintah di persekutuan mempunyai niat yang ikhlas untuk Sarawak. Namun, niat yang baik tidak memadai jika realiti hidup serba kekurangan ini perlu dihadapi oleh penduduk luar bandar Sarawak saban tahun. Saya belum bercerita tentang isu-isu lain. Pemerintah di persekutuan perlu insaf hakikat ini. Keadilan pembangunan di Sarawak harus ditegakkan!
Mohd Aizan Mohd Nor ialah Pengarah, Sarawak Centre
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-9-2013
Siasat dakwaan salah guna wang Baitulmal Sarawak
Harakahdaily, | 21 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Sarawak menggesa pihak berwajib menyiasat isu dakwaan penyalahgunaan wang zakat TBS seperti yang dilaporkan dalan Sarawak Report secara telus dan adil tanpa berselindung.
“Pihak TBS juga perlu dedahkan laporan audit kepada pembayar zakat dan siasatan terperinci perlu disegerakan terhadap mereka yang terlibat agar wang zakat tersebut benar-benar digunakan sepenuhnya untuk kebajikan 8 asnaf,” ujar Timbalan Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee.
Menurutnya, isu penggunaan wang zakat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menjadi persoalan setelah Sarawak Report melaporkan wang TBS yang merangkumi hasil kutipan zakat wajib, yang dikutip dari dari umat Muslim yang ikhlas untuk membantu golongan miskin telah disalahgunakan untuk projek-projek utama bangunan komersil.
Pada Jun lalu, katanya bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada lapan asnaf adalah kesalahan dan dosa besar.
“Apa pula pandangan Mufti Sarawak dalam masalah penggunaan wang zakat ini selain dari 8 asnaf?” tanya beliau dipetik blog PAS Kawasan Miri.
“Pihak TBS juga perlu dedahkan laporan audit kepada pembayar zakat dan siasatan terperinci perlu disegerakan terhadap mereka yang terlibat agar wang zakat tersebut benar-benar digunakan sepenuhnya untuk kebajikan 8 asnaf,” ujar Timbalan Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee.
Menurutnya, isu penggunaan wang zakat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menjadi persoalan setelah Sarawak Report melaporkan wang TBS yang merangkumi hasil kutipan zakat wajib, yang dikutip dari dari umat Muslim yang ikhlas untuk membantu golongan miskin telah disalahgunakan untuk projek-projek utama bangunan komersil.
Pada Jun lalu, katanya bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada lapan asnaf adalah kesalahan dan dosa besar.
“Apa pula pandangan Mufti Sarawak dalam masalah penggunaan wang zakat ini selain dari 8 asnaf?” tanya beliau dipetik blog PAS Kawasan Miri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-9-2013
Mengapa Sarawak mundur dalam Malaysia?
Jofri Jaraiee , | 20 Sep 2013 |
Kehadiran peserta seramai 120 orang ke Itijimak PAS Sarawak baru-baru ini di Bintulu mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Kehadiran perserta dari Miri, Bintulu, Petrajaya, Kota Samarahan, Saratok dan Tanjung Manis telah menunjukkan suatu perkembangan yang cukup baik untuk PAS Sarawak mengembangkan pengaruhnya ke seluruh pelosok negeri Sarawak. Antara agenda Itijimak PAS Sarawak adalah untuk menawan sekurang-kurang dua Dun dalam PRN ke11 yang akan datang.
Pembentang kertas kerja disampaikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Ustaz Anuar Ali Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, YB Alan Ling, ADUN Piasau, YB Dr Hatta Ramli, ahli parlimen Kuala Krai merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat dan YB Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam/AJK PAS Pusat. Kertas kerja yang dibentangkan semasa itijima PAS Sarawak lebih fokus pada post mortem PRU13 yang lalu.
Selain daripada itu kita juga ingin mengulas tentang kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang memberi jaminan pembangunan sama rata untuk semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak semasa sambutan Hari Malaysia baru-baru ini di Sarawak menegaskan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinannya tidak akan meminggirkan Sabah dan Sarawak, malah sentiasa berusaha memastikan pembangunan sama rata untuk semua negeri di Malaysia.
Perdana Menteri berkata, satu kompromi sudah dicapai bagi melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dalam penubuhan Malaysia. Katanya, hak autonomi dan kedudukan kedua-dua negeri ini turut dinyatakan dalam Perkara 20, Suruhanjaya Cobbold.
Masalah pembangunan yang tidak sama rata antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia memang sangat ketara sejak dari dulu lagi. Kita ambil contoh Sarawak yang kaya dengan sumber asli dan bahan galian tapi rakyatnya masih ramai yang hidup dalam kemiskinan terutama yang hidup di luar bandar dan pedalaman.
Antara beberapa faktor yang menyebabkan Sarawak mundur adalah seperti berikut:-
- Jalan perhubungan yang tidak elok dan sukar untuk menembusi kawasan pedalaman - Struktur geografi Sarawak yang berbukit cerun dipenuhi dengan rangkaian sungai-sungai yang berliku-liku antara faktor utama mengapa pengangkutan yang paling utama di negeri ini adalah melalui sungai dan udara. Tambahan pula Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia. Adakah sebab ini Sarawak tidak dapat dibangunkan? Mengapa Semenanjung Malaysia boleh dibina semua jaringan jalanraya yang baik walaupun keadaannya hampir serupa dengan Sarawak, sedangkan Sarawak masih ketinggalan jauh berbanding Semenanjung Malaysia. Kemana perginya peruntukan berbilion ringgit yang disalurkan oleh kerajaan pusat selama ini untuk pembinaan jalanraya dan infrastruktur di Sarawak? Adakah berlaku ketirisan dan penyalahgunaan dana dalam hal pengurusan peruntukan tersebut?
- Kekurangan infrastruktur dan kemudahan awam terutama dalam kawasan luar bandar dan pedalaman
- Kekurangan perumahan kos murah dan mampu milik menyebabkan ramai penduduk luar bandar yang berhijrah ke bandar tinggal di kawasan setinggan
- Kekurangan sistem pusat Pendidikan awam seperti pusat pengajian tinggi untuk menampung pelajar yang kurang berkemampuan untuk belajar ke luar negara.
- Kekurangan sistem pusat Kesihatan awam termasuklah hospital-hospital awam di luar bandar
- Peruntukan berbilion-bilion ringgit tidak sampai ke golongan sasaran terutama untuk pembangunan di luar bandar dan pedalaman.
- Projek untuk rakyat kurang diberi perhatian dan kebanyakkan projek-projek Mega hanya dikuasai oleh kroni-kroni yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa
- Tiada perancangan khas yang sistematik untuk menaiktaraf dan meningkatkan ekonomi kehidupan penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman
Itulah antara beberapa faktor yang boleh kita senaraikan dan kemukakan, sebenarnya masih banyak lagi yang tidak dalam senarai tersebut. Sekarang persoalannya mengapakah selama 50 tahun Sarawak dalam Malaysia masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan?
Adakah penduduk Sarawak boleh diberi jaminan yang pembangunan di Sarawak sama rata macam di Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat seperti yang dijanjikan oleh PM? Sebagai sebuah negara penyumbang terbesar sumber galian seperti petrol dan balak sepatutnya masalah infrastruktur dan kemudahan jalan penghubungan tidak berlaku di Sarawak kalau peruntukan tersebut diguna sepenuhnya. Adakah mungkin disebabkan ada ketirisan serta penyalahgunaan peruntukan dan kuasa menjadi punca negara Sarawak mundur?
Antara beberapa cadangan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan Pusat dan kerajaan Sarawak lakukan untuk memajukan Sarawak adalah seperti berikut:-
- Jalan perhubungan ke seluruh pelosok Sarawak perlu diperbaiki sepenuhnya dengan adanya kemudahan pengangkutan yang membolehkan penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman dapat menjual produk dan hasil petanian mereka ke bandar dengan kos yang berpatutan
- Memberi lot-lot tapak perumahan kepada penduduk yang tidak memiliki rumah sendiri termasuk membina lebih banyak lagi rumah kos rendah dan mampu milik
- Membina infrastruktur dan kemudahan awam di semua tempat yang stratigik agar semua penduduk yang memerlukan dapat manfaatnya
- Membina lebih banyak pusat pengajian tinggi seperti universiti di kawasan luar bandar agar pelajar yang kurang berkemampuan dapat belajar dengan kos yang berpatutan
- Membina pusat kesihatan seperti hospital dan klinik di kawasan luar bandar
- Membina lebih banyak balai polis dan bomba di kawasan luar bandar agar keselamatan penduduk di luar bandar terjamin dari ancaman bahaya
- Membina jaringan perhubungan telekomunikasi seperti internet agar memudahkan penduduk di luar bandar dapat maklumat terkini
- Memberi perkhidmatan dan latihan secara percuma kepada penduduk luar bandar supaya dapat berdikari dan menaikkan taraf kehidupan dengan menjanakan ekonomi sendiri
- Manfaatkan tanah Sarawak yang luas sebagai Hub atau pusat peladangan dan pertanian cara moden (Penduduk tempatan diberi keutamaan untuk menjalankan projek ini)
- Baitulmal Sarawak sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk membantu golongan 8 asnaf bukan digunakan untuk perniagaan dan untuk kepentingan sesuatu pihak. (pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakiran itu.)
- Setiap peruntukan yang disalurkan dari kerajaan pusat hendaklah telus dan perlu dipantau dan diaudit agar ianya tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu yang ada kepentingan
- Jawatankuasa Penyelaras Program Tinjauan Hak Tanah Adat Negeri perlu dilaksanakan dengan melantikkan Jawatankuasa yang profesional, bebas dari pengaruh sebarang parti politik dan khusus bagi menyelaras pelaksanaan tinjauan tanah bagi pengeluaran geran komunal serta mengkaji dana yang diperlukan bagi tujuan sesuatu projek.
Ini adalah beberapa cadangan yang perlu ditangani oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak untuk membangunkan Sarawak supaya sama atau intensiti yang lebih besar dari Semenanjung dari segi pembangunan ekonomi dan taraf kehidupan rakyat tempatan. Kalau hasil kekayaan sumber asli Sarawak digunakan dengan sebaik mungkin dan digunakan secara adil sudah pasti Sarawak sudah lama membangun dari Semananjung Malaysia.
Mungkin masih banyak lagi isu-isu atau faktor-faktor yang boleh menyebabkan Sarawak mundur selain dari yang tersebut di atas. Walaupun tidak nafikan pembangunan di kawasan bandar ada kemajuan dengan adanya 'Politik Pembangunan' tetapi kawasan di luar bandar dan pedalaman masih jauh ketinggalan dari arus pembangunan. 'Politik Pembangunan’ hanya menguntungkan pihak tertentu saja sedangkan pembangunan di luar bandar masih terabai. Banyak tanah-tanah Orang Asal digunakan oleh syarikat peladangan hanya untuk kepentingan peribadi tanpa mengira nasib penduduk tempatan yang kehilangan hak atas tanah adat mereka.
Di mana punca kesilapan tersebut? Adakah disebabkan oleh projek pembangunan tersebut hanya dinikmati oleh golongan tertentu atau mereka sengaja membiarkan penduduk luar bandar terus bergantung dengan subsidi kerajaan agar mereka ini terus patuh dan taat setia kepada pihak pemerintah.
Sepatutnya rakyat Sarawak yang melabur (mengundi) BN dapat menikmati hasil pelaburan mereka dengan pembangunan yang memberi manfaat dan menguntungkan mereka tetapi sebaliknya berlaku. Sampai bila rakyat Sarawak mahu sedar dan memberi peluang kepada mereka ini terus memerintah? 50 tahun atau 100 tahun lagi barulah hendak berubah dimana ketika itu anak, cucu, cicit kita hidup merempat di negara sendiri.
Sarawak dianggap sebagai deposit untuk kemenangan BN di peringkat pusat, sepatutnya kerajaan pusat yang dikuasai oleh BN berterima kasih kepada rakyat Sarawak yang telah memberi kemenangan besar sehingga kerajaan BN dapat berkuasa semula. Sebagai balasan Sarawak perlu diberi keutamaan dalam membangunkan kawasan luar bandar dan pedalaman agar ianya setanding dengan Semenanjung Malaysia.
Janji PM untuk pembangunan sama rata kepada semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak hanya indah khabar dari rupa sekiranya masalah yang tersebut tidak diatasi dan dilaksanakan dengan segera secara adil, jujur dan ikhlas.
Sebagai kesimpulannya, kalau tidak berlaku penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa, kita yakin Sarawak boleh maju setanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia. Sama-samalah kita berfikir cara yang terbaik untuk membangunkan Sarawak. Kejayaan sesuatu dasar itu bergantung kepada ketelusan pelaksanaannya iaitu bebas dari rasuah, salah guna kuasa dan setiap projek tidak berlegar di kalangan kroni yang ada kaitan dengan pemimpin tertentu sahaja.
Secara dasarnya, Sarawak perlu berubah dengan adanya pemimpin yang jujur,amanah dan ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat Sarawak dan berlaku adil kepada semua agar semua rakyat Sarawak dapat menikmati hasil yang sama rata tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman poltik.
Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak merangkap Yang Dipertua PAS Miri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-9-2013
Kuih bulan: PAS berjuang keadilan untuk semua
Harakahdaily, | 18 Sep 2013 |
MIRI: Kehadiran PAS ke Sarawak bukan hendak memecah belahkan masyarakat berbagai kaum dan agama seperti dakwaan sesetengah pihak tetapi lebih kepada menyatukan masyarakat dan menegak keadilan untuk semua seperti mana yang dituntut oleh agama Islam.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Baru-baru ini, katanya PAS Miri bersama dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kawasan telah mengedarkan kuih bulan kepada masyarakat Cina di kawasan Senadin, sekitar bandaraya Miri dan juga di Niah, Sibuti.
“Pengagihan kuih bulan ini telah diketuai oleh Setiausaha DHPP Mr Yeo Kian Leong, khas untuk masyarakat Cina di sekitar kompleks membeli-belah, bazar di bandaraya Miri dan juga Sibuti,” ujarnya selaku Yang Dipertua PAS Miri.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Menurut kepercayaan orang Cina, kuih bulan adalah salah satu kek tradisional Cina yang dimakan ketika Pesta Pertengahan Musim Luruh. Kuih bulan dianggap makanan istimewa penting pada ketika itu, menurut "Li-Ji", sebuah buku Cina purba rakaman adat dan upacara, Maharaja Cina harus mempersembahkan korban kepada cahaya matahari pada musim bunga dan bulan pada musim luruh.
Kuih Bulan ditawarkan antara rakan-rakan atau perhimpunan keluarga ketika meraikan perayaan itu, salah satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting. Perayaan kuih bulan akan diadakan pada 19hb September tahun ini.
Baru-baru ini PAS Miri bersama dengan DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) Miri telah mengedarkan kuih bulan kepada masyarakat Cina di kawasan Senadin, sekitar bandaraya Miri dan juga di Niah Sibuti. Pengagihan kuih bulan ini telah diketuai oleh Setiausaha DHPP Mr Yeo Kian Leong, khas untuk masyarakat Cina di sekitar kompleks membeli-belah, bazar di bandaraya Miri dan juga Sibuti.
Mr Yeo Kian Leong, seorang Cina yang komited dengan perjuangan PAS, beliau yang banyak membantu PAS memberi penerangan tentang perjuangan PAS kepada masyarakat Cina.
Penerimaan masyarakat Cina terhadap PAS amat menggalakkan dan mereka menerima PAS sebagai sebuah parti yang boleh menerima semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama.
Walaupun pada mulanya mereka agak takut dengan kehadiran PAS tetapi setelah mereka mengenali PAS dengan adanya aktiviti PAS bersama masyarakat setempat, membolehkan mereka mengenali lebih dekat lagi tentang perjuangan PAS selama ini.
Apabila kita mengenali antara satu sama lain dan memahami adat resam dan budaya pelbagai kaum maka tiada timbul masalah perkauman. Perkara inilah yang PAS hendak dedahkan kepada masyarakat Cina dan yang bukan Islam bahawa agama Islam menyeru kepada keamanan agar mereka tahu bahawa PAS bukan memaksa mereka menganut agama Islam seperti dakwaan sesetengah orang yang memang tidak suka dengan PAS.
Soal kepercayaan adalah hak peribadi seseorang individu bukan boleh dipaksa-paksa tetapi oleh kerana ada segolongan manusia yang takut kehilangan kuasa dan kedudukan maka mereka sanggup melakukan fitnah terhadap PAS agar masyarakat Cina dan bukan Islam jangan menyokong atau bekerjasama dengan PAS.
Walaupun berbagai fitnah dan tohmahan buruk diberi oleh pihak lawan terhadap PAS namun masyarakat yang sudah mengenali PAS tidak mudah termakan dengan hasutan mereka yang tidak suka dengan kehadiran PAS di Sarawak.
Kita berharap masyarakat Cina dan yang bukan Islam dapat memberi kerjasama dengan PAS kerana PAS bukan hanya sebuah parti Islam tetapi lebih kepada parti yang berjuang keadilan untuk semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama.
Begitu juga dengan masyarakat Melayu Muslim tempatan yang masih lagi takut atau tidak bersedia untuk bersama dengan PAS seharusnya terasa malu dengan masyarakat bukan Islam yang berani berjuang bersama PAS.
Kehadiran PAS ke Sarawak bukan hendak memecah belahkan masyarakat berbagai kaum dan agama seperti dakwaan sesetengah pihak tetapi lebih kepada menyatukan masyarakat dan menegak keadilan untuk semua seperti mana yang dituntut oleh agama Islam.
Isu-isu moral yang diperjuangkan oleh PAS lebih tertumpu kepada masyarakat Muslim yang menghadapi masalah moral di kalangan remaja Muslim dan bukan hendak memecahkan masyarakat Islam di Sarawak tetapi hanya untuk menyelamatkan aqidah mereka yang sudah mulai menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya.
Berkenaan dengan masalah moral dan sosial dikalangan remaja Muslim, PAS amat perihatin dengan isu ini, sebab itulah PAS tidak mengalakkan penganut Islam terutama remaja Muslim terlibat dengan hiburan melampau yang boleh merosakkan aqidah mereka dan cara hidup mereka. Ini bukan isu politik semata-mata tetapi lebih kepada nasihat kepada semua terutama remaja Muslim agar tidak terjebak dengan masalah sosial yang boleh merosakkan masa depan mereka.
Jadi fahamilah tujuan sebenar PAS, bukan hanya memainkan isu politik tetapi semua isu yang melibatkan rakyat terutama rakyat yang tertindas dan perlu bantuan. Kita akan terus perjuangkan nasib rakyat, demi menegak keadilan untuk semua.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-9-2013
PBS: PAS Sarawak khuatir nasib guru, murid pedalaman
Harakahdaily, | 16 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Sarawak menggesa pihak Kementerian Pelajaran mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) agar dapat membantu guru dan memberi kebaikan kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Jofri Jaraiee (gambar) berkata, perkara itu harus dipandang serius oleh pihak kementerian terutama nasib guru dan pelajar yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak yang masih jauh ketinggalan dari segi infrastruktur dan kemudahan talian internet.
“Harap pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian yang sewajarnya untuk mengatasi masalah PBS ini dari terus berlarutan yang boleh membebankan tugas guru dan prestasi pelajar juga boleh terjejas akibat perlaksanaan PBS yang tidak sistematik, teratur dan sempurna,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) adalah bentuk holistik penilaian yang menilai aspek kognitif (intelektual), afektif (emosional dan spiritual), psikomotorik (fisik) dan sosial iaitu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS menilai proses dan produk dalam penilaian formatif dan sumatif dari konsep assessment for learning and assessment of learning.
PBS yang dilaksanakan oleh pihak kementerian pelajaran ini mendapat beberapa pandangan dari kalangan warga guru. Di sini kita menerima beberapa pandangan dari warga guru yang mahu PBS dibaik pulih sepenuhnya agar ianya tidak membebankan tugas harian guru.
Pada dasarnya pelaksanaan PBS ini adalah suatu yang baik jika dilihat dari fikiran yang positif, tidak membebankan, cuma masih ramai di kalangan warga guru yang belum memahami konsep pelaksanaan PBS ini secara mendalam.
Prasarana untuk pelaksanaan PBS ini masih kurang diberi perhatian, jika PBS dapat dilaksanakan dengan berkesan negara kita dapat melahirkan rakyat kelas pertama yang terbaik di dunia. PBS bukan dibuat oleh orang politik tetapi oleh tokoh-tokoh pendidik sesuai dengan perkembangan semasa menurut pandangan seorang guru yang tidak mahu namanya disiarkan.
Kita juga menerima pandangan guru yang mahu PBS dikaji semula agar ianya tidak membebankan tugas harian mereka. Bebanan kerja bertambah kepada guru yang mengajar pada dasarnya ia bertujuan untuk mewujudkan keadaan persekolahan murid-murid yang bukan lagi berorentasikan peperiksaan.
Namun begitu guru-guru kena menyediakan fail setiap murid diisi dengan hasil kerja murid tersebut dan akan disimpan dari tahun 1 hingga tahun 6. Cuba fahami tugas seorang guru yang mengajar, aktiviti kokurikulum, latihan sukan dan lain-lain menyebabkan PBS menjadi tugas tambahan bagi mereka. PBS cantik andai guru diberi pembantu dalam melaksanakannya.
Untuk memberi lebih gambaran/perkongsian pengalaman dan pemerhatian seorang guru, di sini kita beri contoh tugas harian yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru.
1. Guru mengajar 24 waktu seminggu, 8 kelas, 1 kelas 36 orang pelajar.
2. Selesai menilai 1 penyataan bertulis, guru perlu memasukkan penyataan ke dalam fail individu pelajar, setiap kelas (36 pelajar x 8 kelas = 288 fail setiap kali hendak masukkan dan keluaran penyataan)
3. Waktu memasukkan penyataan adalah pada masa waktu cikgu ada luang.
4. Kelas guru mengajar 24 waktu (1 waktu = 30 - 40 minit) kadang-kadang ditambah waktu menggantikan kelas guru yang tidak hadir menjadikan 28 waktu seminggu.
Dengan tugasan yang bertambah tersebut, PBS secara tidak langsung menjadi bebanan kepada guru. Warga guru mengesa PBS dikaji semula agar ianya boleh memberi manfaat kepada semua.
Antara cadangan warga guru untuk penambaikan PBS adalah seperti berikut.
- Memberi kefahaman yang jelas kepada guru tentang PBS.
- Sediakan prasarana yang cukup dan baik seperti ICT (Informasi Komunikasi dan Teknologi) talian internet di kawasan luar bandar juga perlu diperbaiki.
- JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) dan PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) harus membantu sekolah dan guru yang perlu bantuan dalam melaksanakan PBS
- Pengurusan sekolah perlu sentiasa membantu masalah guru yang tidak mempunyai kemudahan internet.
- Guru-guru jangan dibebani dengan kerja-kerja pekeranian.
- Sediakan pembantu tambahan yang boleh membantu guru masukkan data online.
Perkara ini harus dipandang serius oleh pihak kementerian pelajaran Malaysia terutama nasib guru dan pelajar yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak yang masih jauh ketinggalan dari segi infrastruktur dan kemudahan talian internet.
Kita menggesa pihak kementerian pelajaran mengkaji semula PBS agar ianya dapat membantu guru dan memberi kebaikan kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran.
Harap pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian yang sewajarnya untuk mengatasi masalah PBS ini dari terus berlarutan yang boleh membebankan tugas guru dan prestasi pelajar juga boleh terjejas akibat perlaksanaan PBS yang tidak sistematik, teratur dan sempurna.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Sumber HD - 16-9-2013
PAS sasar menang 2 kerusi PRN Sarawak
Harakahdaily, | 15 Sep 2013 |
BINTULU: PAS Sarawak dikira berjaya pada Pilihan raya Umum ke-13 dan pilihan raya negeri (PRN) ke-10 pada 2011 lalu.
Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, walaupun PAS Sarawak tidak memenangi sebarang kerusi pada kedua-dua pilihan raya itu tetapi jumlah undi diperolehi semakin meningkat.
“Tak menang satu kerusipun, tapi tengok tahaplah. Negeri yang PAS sudah lama pun tak menang,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Post Mortem Pasca PRU13 Fokus Kepada Borneo’ pada Ijtimak PAS Sarawak di sebuah hotel di sini, petang ini.
Justeru, katanya para petugas parti di negeri ini perlu meningkatkan usaha untuk mendapat kejayaan yang lebih baik dalam PRN dan PRU akan datang.
“Ada hasil yang dicapai dalam PRU13, fikirkan cara untuk menang,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Justeru, tegasnya walaupun PAS bercadang untuk bertanding tujuh parlimen di negeri ini pada PRU13 tetapi mendapat lima pun dikira munasabah dengan kekuatan yang ada pada PAS termasuk mendaftar kawasan, mempunyai kekuatan kewangan dan lain-lain.
Beliau menambah, kejayaan memperolehi 38 peratus di kerusi Parlimen Sibuti sudah amat bagus jika melihat kepada kekuatan PAS di situ.
“Pernahkah kita bayang dapat 35 peratus undi, setakat ini 35 peratus di Sibuti adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya PAS mensasarkan memenangi dua kerusi pada PRN11 yang dijangka diadakan pada 2016.
“Kita sedia, kita bincang mengenai Sarawak untuk menang dua kerusi Dun Sarawak, (pilihan raya) tiga tahun lagi, boleh jadi lebih dekat,” katanya.
Dr Hatta menegaskan, rekod PAS di Beting Maro amat bagus apabila mendapat 48 peratus undi pada PRN10 lalu.
“Pencapaian ini yang sangat baik bagi PAS Sarawak,” tegasnya.

Sumber HD - 15-9-2013
Ijtimak PAS Sarawak kongsi idea hadapi PRN11
Harakahdaily, | 15 Sep 2013 |
BINTULU: Ijtimak PAS Negeri Sarawak 2013 yang diadakan di sebuah hotel di sini, hari ini menjadi medan kepada pimpinan dan ahli-ahli berkongsi idea untuk pergerakan yang lebih berkesan bagi menghadapi pilihan raya negeri ke-11 (PRN11) yang dijangka berlangsung pada 2016 nanti.
Pengarah ijtimak, Fiderus Husaini berkata, selain itu antara objektif utama ijtimak ialah untuk merubah dan terus bersemangat memperjuangkan Islam di negeri ini khususnya dari segi politik, akhlak dan sebagainya.
Ini, katanya sesuai dengan tema ijtima tahun ini iaitu ‘Iltizam Untuk Sarawak’ di samping tidak lupa memperkasakan hubungan dalam Pakatan Rakyat.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Bintulu melahirkan rasa bangga dengan jumlah kehadiran peserta seramai 120 orang kerana pada anggaran hanya sekitar 80 peserta sahaja.
Sehubungan itu, beliau berharap para peserta dapat memberikan tumpuan dan pandangan serta idea yang bernas sebagai persediaan menghadapi PRN11 nanti.
“Saya kira ijtimak ini juga merupakan persediaan kepada para peserta terutama perwakilan yang akan menyertai Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Shah Alam, Selangor nanti,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Sebanyak enam kertas kerja dibentang iaitu ‘Perkongsian Pengalaman di Sabah’ oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ustaz Mohd Anwar, ‘Perkongsian Pengalaman dari DAP’ oleh Setiausaha DAP negeri, Alan Ling Sie Kiong, ‘Post Mortem Pasca PRU13 Fokus Kepada Borneo oleh Ketua pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, ‘Pengalaman Kekalahan’ oleh AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, ‘Senario Belia Masakini – Ruang & Peluang’ oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar dan ‘Pengalaman Kemengangan’ oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-9-2013
Pesta budaya asing cemari sambutan Hari Malaysia?
Jofri Jaraiee PAS Sarawak, | 14 Sep 2013 |
MIRI: Hari Malaysia tahun ini akan menjadi lebih besar dan meriah dengan adanya pesta hiburan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Miri bersama-sama dengan Shin Yang Group dan Kelab Selebriti, parti jalanan akan diadakan di hadapan Imperial Palace Hotel pada 15 Sept dari pukul 6 petang sehingga 2 pagi. Acara lapan jam itu akan dihoskan oleh Jin dan Ryan dari hitz.fm menampilkan Mizz Nina, Madu DJ G dan Mocha Girls.
Sarawak bergabung dengan Malaya pada 16 September 1963 maka dengan itu terbentuklah sebuah Negara Malaysia. Walaupun pada hakikatnya negara kita belum merdeka sepenuhnya kerana sistem perundangan negara kita masih mengamalkan dan dipengaruhi oleh sistem koloni British. Sepatutnya Malaysia bebas mengamalkan undang-undang sendiri tanpa perlu terikat dengan sistem penjajahan British.
Acara sambutan Hari Malaysia di Sarawak khususnya Miri amat tidak bersesuaian dengan adat resam dan budaya tempatan. Para penganjur lebih memberi tumpuan kepada ‘Street Party’ hiburan yang melalaikan serta mengalakkan gelaja sosial berlaku di kalangan remaja yang berlepak sehingga larut malam.
Sepatutnya pihak yang berkenaan lebih memberi tumpuan dengan mempromosi kebudayaan tempatan bukannya bangga dengan hiburan asing yang melalaikan rakyat tempatan.
Masalah sosial yang banyak melibatkan remaja-remaja Muslim semasa perayaan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa seperti Jakim, Jais dan sebagainya. Mereka harus dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan iman dan akhlak terutama remaja Muslim yang mudah terpengaruh dengan budaya asing sebagai cara hidup.
Bagi yang bukan Muslim terserah dengan budi bicara mereka sendiri untuk menasihat penganut agama mereka masing-masing. Sekiranya agama mereka tidak melarang penganut mereka melibat diri dengan program hiburan yang melampau, itu adalah hak mereka tetapi yang jelas Islam melarang keras penganutnya terlibat dengan sebarang hiburan yang melampau dan berbentuk maksiat.
Kita sedia bekerjasama dengan pihak Jakim, Jais dan pihak keselamatan untuk membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan umat Muslim dalam negara ini terutama golongan remaja. Mereka yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini boleh merosakkan masa depan negara, agama dan bangsa. Negara boleh terjajah semula sekiranya golongan remaja tidak menghargai kemerdekaan yang dikecapi masakini.
Kita menyeru agar umat Muslim terutama golongan remaja, jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan atau program hiburan yang melampau dan melalaikan seperti ‘Street Party’. Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar agar kita dapat mencapai kemerdekaan yang sebenarnya menurut ajaran Islam.
Sarawak bergabung dengan Malaya pada 16 September 1963 maka dengan itu terbentuklah sebuah Negara Malaysia. Walaupun pada hakikatnya negara kita belum merdeka sepenuhnya kerana sistem perundangan negara kita masih mengamalkan dan dipengaruhi oleh sistem koloni British. Sepatutnya Malaysia bebas mengamalkan undang-undang sendiri tanpa perlu terikat dengan sistem penjajahan British.
Acara sambutan Hari Malaysia di Sarawak khususnya Miri amat tidak bersesuaian dengan adat resam dan budaya tempatan. Para penganjur lebih memberi tumpuan kepada ‘Street Party’ hiburan yang melalaikan serta mengalakkan gelaja sosial berlaku di kalangan remaja yang berlepak sehingga larut malam.
Sepatutnya pihak yang berkenaan lebih memberi tumpuan dengan mempromosi kebudayaan tempatan bukannya bangga dengan hiburan asing yang melalaikan rakyat tempatan.
Masalah sosial yang banyak melibatkan remaja-remaja Muslim semasa perayaan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa seperti Jakim, Jais dan sebagainya. Mereka harus dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan iman dan akhlak terutama remaja Muslim yang mudah terpengaruh dengan budaya asing sebagai cara hidup.
Bagi yang bukan Muslim terserah dengan budi bicara mereka sendiri untuk menasihat penganut agama mereka masing-masing. Sekiranya agama mereka tidak melarang penganut mereka melibat diri dengan program hiburan yang melampau, itu adalah hak mereka tetapi yang jelas Islam melarang keras penganutnya terlibat dengan sebarang hiburan yang melampau dan berbentuk maksiat.
Kita sedia bekerjasama dengan pihak Jakim, Jais dan pihak keselamatan untuk membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan umat Muslim dalam negara ini terutama golongan remaja. Mereka yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini boleh merosakkan masa depan negara, agama dan bangsa. Negara boleh terjajah semula sekiranya golongan remaja tidak menghargai kemerdekaan yang dikecapi masakini.
Kita menyeru agar umat Muslim terutama golongan remaja, jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan atau program hiburan yang melampau dan melalaikan seperti ‘Street Party’. Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar agar kita dapat mencapai kemerdekaan yang sebenarnya menurut ajaran Islam.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-9-2013
Sarawak perlu 100,000 unit Rumah Mampu Milik
Harakahdaily, | 06 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Sarawak menggesa kerajaan BN membina lebih banyak rumah mampu milik di negeri itu memandangkan Sarawak mempunyai keluasan tanah yang luas sedangkan ramai rakyatnya masih tidak mempunyai rumah.
Dalam kenyataan medianya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee (gambar) berkata, harga rumah di Sarawak adalah antara yang termahal di Malaysia sedangkan ramai penduduk tempatan yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah sendiri kecuali mereka yang terpaksa membeli rumah kos rendah yang kecil dan kurang berkualiti.
Jelasnya, BN telah berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit di bawah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang digerak oleh sektor awam dan swasta.
"Menurut laporan akhbar tempatan baru-baru ini, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertekad membantu negeri Sarawak memenuhi keperluan perumahan mampu milik untuk rakyatnya dalam perancangan untuk lima tahun akan datang," ujar beliau.
Kerajaan BN negeri, jelas beliau berjanji untuk membina 50,000 unit rumah dengan kerjasama JPN, Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) selain agensi negeri yang berkaitan.
Sambil mengalu-alukan hasrat kerajaan negeri itu, beliau bagaimanapun mahu jumlah unit rumah itu ditambah kepada 100,000 unit bagi menampung keperluan penduduk tempatan Sarawak yang masih belum memiliki rumah sendiri.
"Syarat untuk memiliki rumah mampu milik juga perlu dipinda dari umur 21-50 tahun kepada 21-55 tahun dengan pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM5000 ke bawah.
"Harga rumah mampu milik juga perlu dikaji semula sekurang-kurangnya dari RM200,000 ke bawah dengan konsep rumah mesra seperti skim perumahan rakyat di zaman Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub (1970-1981) memerintah Sarawak dulu, di mana rakyat diberi se-lot sebuah rumah," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-9-2013
Minyak naik: Rakyat terus jadi mangsa
Jofri Jaraiee, | 04 Sep 2013 |
Setiap kali kenaikan harga minyak berlaku, sudah pasti ramai pengguna kenderaan akan berpusu-pusu membeli minyak di stesen minyak yang berdekatan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Akibat pengumuman secara mengejut dari pihak kerajaan tentang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter pada 2 september yang lalu, ramai pengguna menjadi kelam kabut di saat akhir untuk mendapatkan bahan bakar itu.
Mereka terpaksa beratur panjang di semua stesen minyak semata-mata mahu memenuhkan tangki petrol mereka agar dapat mengurangkan sedikit pembelanjaan disebabkan harga petrol akan naik keesokkan harinya.
Ada diantara pengguna yang mengadu, mereka yang hendak membeli minyak pada waktu petang disekat kononnya minyak sudah habis. Mengapa perkara semacam ini boleh berlaku?
Sepatutnya pihak kerajaan membuat pengumuman lebih awal agar pengguna tidak menjadi kelam kabut akibat tergesa-gesa hendak membeli minyak di saat akhir.
Penduduk yang tinggal di luar bandar dan pedalaman Sarawak yang masih belum mendapat bekalan elektrik sepenuhnya juga akan menerima kesan dari kenaikan harga bahan api ini.
Di mana masih ramai pengguna di luar bandar yang menggunakan genset atau penjana yang menggunakan diesel atau petrol untuk mendapatkan bekalan elektrik sudah pasti kehidupan golongan ini akan bertambah susah disebabkan kenaikan kos minyak untuk menjana tenaga elektrik akan meningkat.
Walaupun mungkin mereka hanya boleh menggunakan RON95 yang berharga Rm1.90 untuk beberapa hari tetapi cara pihak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak di saat akhir amat dikesali.
Kesan dari kenaikan harga diesel dan petrol RON95 ini akan menyebabkan kenaikan semua barangan keperluan harian, ini sudah pasti akan menyusul terutama di kawasan pedalaman disebabkan kos pengangkutan akan naik akibat harga diesel dan petrol naik.
Apakah hanya dengan alasan untuk menaikkan BR1M dari RM500 ke RM1,200 menyebabkan rakyat jadi mangsa, bukan semua rakyat yang berpendapatan rendah mendapat BR1M tapi hanya segelintir saja yang menikmatinya itupun kalau dikira mereka hanya dapat RM100 sebulan kalau dibandingkan kesan harga barang keperluan naik melebihi dari pemberian BR1M.
Sepatutnya perkara ini perlu dikaji semula agar masalah kenaikan harga petrol tidak menyusahkan dan membebankan kehidupan rakyat biasa terutama golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bagi golongan kaya dan jutawan masalah ini boleh dipandang remeh sebab pendapatan mereka melebihi dari kenaikan harga petrol tersebut. Apakah jaminan pihak kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barang keperluan harian disebabkan kenaikan harga minyak?
Kita mengesa agar pihak kerajaan dapat menurun semula harga petrol ke tahap yang minimum agar ianya tidak menyusahkan kehidupan rakyat biasa. Apa kerajaan BN lupa kepada pengundi mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman yang sudah pasti menerima akibat lebih teruk kesan dari kenaikan harga minyak ini.
Harga barang keperluan harian di luar bandar dan pedalaman Sarawak lebih tinggi dibandingkan dengan harga barangan keperluan di bandar disebabkan kos pengangkutan yang tinggi. Kerajaan yang perihatin sudah pasti akan mengutamakan kepentingan rakyat dulu dari kepentingan pihak kapitalis yang hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.
*Penulis adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak merangkap YDP PAS Miri

Sumber HD - 4-9-2013
Blackout Sarawak: PAS cadang bekalan alternatif atau sandaran
Harakahdaily, | 28 Jun 2013 |
MIRI: PAS mencadangkan agar kerajaan negeri menyediakan bekalan elektrik alternatif atau sandaran bagi memastikan kejadian bergelap seluruh negeri Sarawak semalam tidak berulang.
(Jam seluruh bandaraya Kucing apabila bekalan elektrrik terputus seluruh Sarawak semalam)
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam kenyataannya berkata, usaha perlu dibuat dari sekarang melaksanakan cadangan itu.
"Kita harap masalah ini dapat diatasi dengan segera untuk kesejahteraan rakyat dan juga keselamatan negara," kata Jofri dalam kenyataannya.
Bekalan tenaga elektrik terputus semalam (27.06.2013) telah menyebabkan seluruh negeri Sarawak bergelap (Blackout) apabila litar tersandung di talian transmisi Kemena-Bintulu.
“Blackout” yang berlaku pada jam 17:40 semalam menyebabkan kesesakan lalu lintas di seluruh bandar di Sarawak.
Manakala Lawas tidak terjejas dan menikmati bekalan kuasa tanpa gangguan kerana ia tidak bersambung dengan grid elektrik utama.
Akibat terputusnya bekalan tenaga elektrik menyebabkan ramai para peniaga menutup premis perniagaan mereka lebih awal dan manakala mereka yang mempunyai penjana kuasa sendiri terus membuka premis perniagaan seperti biasa.
Sebelum ini jarang berlaku bergelap di seluruh Sarawak tetapi sejak ianya disambungkan terus ke grid elektrik utama menyebabkan bekalan tenaga elektrik terputus ke seluruh Sarawak kecuali kawasan yang tidak bersambung dengan grid elektrik utama.
"Kita mengesa pihak berkuasa harus bertindak segera mengatasi masalah ini dari berulang kerana sekiranya berlaku bergelap seperti ini lagi, ini boleh mengancam keselamatan negara dari ancaman serangan pihak musuh dari luar," kata Jofri (gambar) dalam kenyataannya.
Pihak berkuasa, kata beliau, jangan memandang ringan masalah ini, sepatutnya pihak berkuasa menyediakan bekalan kuasa alternatif atau bekalan kuasa sandaran untuk mengatasi masalah bergelap ke seluruh negara berlaku lagi.
Dalam kes kecemasan pihak berkuasa perlu bersedia untuk menghadapi apa-apa penyelesaian yang cepat untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku kepada penduduk negara ini, katanya.
"Jangan hanya ingin mengaut keuntungan tetapi keselamatan negara terabai disebabkan oleh bekalan tenaga elektrik terputus menyebabkan rakyat kerugian dan keselamatan negara terancam," tambah beliau.
Ini berlaku apabila rumah terbakar di Miri kerana bergelap akibat menggunakan lilin dan sebagainya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-6-2013
Harga rumah di Bintulu terlalu mahal
Jofri Jaraiee, | 11 Jun 2013 |
(Perlabuhan Bintulu...pesat membangun dan memerlukan perhatian)
BINTULU: Rumah merupakan salah satu keperluan asas bagi setiap individu yang hidup di dunia ini. Tidak kira di mana manusia berada, pasti rumah akan dijadikan tempat untuk berteduh dan berlindung dari panas siang dan sejuknya malam.
Boleh dikatakan jumlah rumah di Malaysia dari masa ke masa bertambah dengan semakin bertambahnya populasi rakyat Malaysia. Jika jumlah rumah tidak cukup menampung populasi rakyat yang semakin bertambah, maka timbullah pelbagai masalah seperti tiada tempat tinggal dan kenaikan harga rumah.
Perkara inilah yang berlaku di Bintulu, sebuah bandar di Sarawak yang terkenal dengan hasil petroleumnya. Semakin hari semakin banyak projek yang akan dibangunkan di sekitar Sarawak ini. Seperti projek di MLNG, projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di Taman Perindustrian Samalaju dan lain-lain.
Secara sifirnya, penambahan projek-projek baru akan meningkatkan jumlah kemasukan pekerja-pekerja baru bagi melaksanakan projek yang dibangunkan. Sudah pasti pekerja yang baru datang ke Bintulu ingin mencari tempat berteduh sementara mereka bekerja disini.
Namun begitu, jumlah rumah yang sedia ada tidak cukup banyak untuk menampung situasi ini. Projek perumahan baru juga disifatkan baru bermula dan tidak cukup banyak bagi menampung keperluan mereka yang ingin tinggal disini.
Rumah yang dijual pula terlalu mahal dimana harga jualan yang dimaklumkan adalah sekitar RM380,000 ke atas bagi rumah teres tengah dua tingkat.
Harga ini tidak munasabah bagi mereka yang baru bekerja selama 5 ke 10 tahun dengan berpendapatan RM2000 ke RM3500 sebulan. Ini kerana, bagi sebuah rumah yang berharga sebegini, wang pendahuluan yang harus dikeluarkan adalah RM40,000 dan bayaran bulanan adalah sebanyak RM1900 ke atas baki pinjaman selama 30 tahun.
Bagi mereka yang ingin menyewa rumah pula, masalah yang dihadapi adalah harga sewa rumah juga sangat mahal. Bila disebut ‘rumah sewa’, perkara pertama yang menghantui minda adalah harga sewa yang sangat tinggi. Tuan rumah terpaksa menaikkan harga sewa ke RM1000 dan ke atas sebulan bagi menampung bayaran rumah yang mereka miliki.
Rumah sewa yang berharga sedemikian bukanlah berperabot lengkap, bahkan ada yang kosong dan tiada perabot. Harga sebegini jika dibandingkan dengan harga sewa rumah di Semenanjung amatlah jauh bezanya. Dengan harga RM1000, rumah teres dua tingkat berserta dengan perabot mampu dimiliki sementara.
(Industri minyak dan gas menghasilkan peluang pekerjaan yang banyak dan memerlukan perumahan yang baik)
Rata-rata yang baru mula bekerja disini mengalami kesulitan untuk mencari rumah sewa. Itu baru cerita berkenaan harga sewa rumah. Masalah harga sewa bilik juga tidak jauh beza iaitu diantara RM300 ke RM500 merupakan harga ‘standard’ bagi satu bilik disini.
Tidak dinafikan isu ini menjadi berita hangat sehingga terpampang di salah sebuah akhbar tempatan baru-baru ini. Di dalam berita yang bertajuk “Harga rumah di Bintulu paling mahal di Sarawak”, Menteri Perumahan Sarawak ada menyebutkan beberapa tindakan susulan akan diambil bagi mengatasi masalah ini. Namun, sehingga kini masalah ini masih berlarutan seolah-olah tiada penghujungnya.
Beliau juga ada menyatakan bahawa perkara ini hanya sementara sahaja kerana projek perindustrian yang akan dimajukan masih dalam fasa pembinaan dan ia kembali pada kadar biasa dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Justeru itu, kita ingin mendesak pihak yang berwajib untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan dengan kadar segera bagi mengatasi masalah harga rumah yang semakin melambung tinggi ini. Jika harga rumah yang dijual adalah rendah, sudah pasti penyewa tidak akan menaikkan harga sewa rumah dengan sewenang-wenangnya.
Pihak kementerian sewajarnya campur tangan dalam urusan menetapkan harga maksimum pada setiap satu jenis rumah yang dimajukan. Jika pihak kementerian hanya menyatakan masalah ini hanya akan berlarutan 2 hingga 4 tahun sahaja, bererti kerajaan Barisan Nasional memang tidak memperdulikan nasib rakyat dan sanggup mengorbankan kehidupan rakyat demi kepentingan projek yang sedia ada. Jelas, keperihatinan kerajaan BN terhadap pengundi yang mengundi mereka selama ini tidak diendahkan.
Impak atau kesan kenaikan harga rumah ini bukan sahaja terkesan kepada warga bukan Bintulu, bahkan rakyat jati 'vaee' atau Bintulu juga merana kerana kesusahan yang mereka hadapi untuk memiliki rumah sendiri.
Tenaga pengajar juga turut terkesan dengan situasi yang membebankan ini. Bagi warga guru yang datang jauh dari semenanjung dan sanggup berkorban untuk mengajar anak bangsa di Bintulu, pihak Kementerian Pelajaran wajib mengambil perhatian yang secukupnya kepada mereka dengan menjaga kebajikan mereka dengan sebaiknya.
Dalam keadaan Bintulu yang kekurangan guru di Sarawak dan masih memerlukan tenaga guru dari Semenanjung, pihak kementerian harus memberi yang terbaik bukan hanya dengan elaun perumahan untuk mereka, bahkan pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu mencadangkan agar dibina kuarters atau perumahan guru yang secukupnya. Ini penting supaya tenaga pengajar merasa dihargai atas pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa di sini. Jangan dibezakan antara warga Semenanjung dan Sarawak dalam isu ini.
Kita tidak mahu slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang sering dilaungkan kerajaan hanya menjadi omongan kosong dalam keadaan rakyat Bintulu masih dibelenggu dengan masalah-masalah ini.
Walaupun pihak kerajaan ada bercadang membina perumahan mampu milik tetapi harganya masih lagi menjadi isu kerana siapakah pemilik sebenarnya yang mampu memiliki rumah tersebut kerana kalau harga rumah mampu milik dibina dengan banyak sudah pasti harga perumahan swasta dengan sendirinya akan menurun.
Kita mengesa agar perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan kerana masalah ini bukan sahaja berlaku di Bintulu bahkan hampir seluruh kawasan bandar di Sarawak.
*Penulis adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-6-2013
No comments:
Post a Comment