Kos hidup: Rakyat Malaysia berada di jurang kehancuran
- Jan 16, 2014
- HARAKAHDAILY
“Kerajaan Malaysia hari ini gagal menjadikan Malaysia negara berkebajikan dan hidayah tetapi menjadi negara ‘jibayah’ percukaian,” kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri kepada Harakahdaily.
Menurutnya, tiga perbelanjaan utama isi rumah menurut satu tinjauan meningkat pada tahun 2010 iaitu pertamanya utiliti, keduanya makanan dan ketiganya minuman termasuklah juga restoran dan hotel menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak dua digit.
Contohnya, kata beliau perbelanjaan isi rumah terhadap utiliti meningkat sebanyak 15.1%, manakala perbelanjaan terhadap makanan dan minuman tidak beralkohol meningkat sebanyak 13%.
Katanya lagi, pProgram rasionalisasi subsidi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri hakikatnya tidak releven dengan perkembangan sosio ekonomi semasa.
“Daripada pemerhatian kesan rasionalisasi subsidi ini, golongan menengah yang menetap di kawasan bandar adalah mereka yang menerima tekanan kuat perubahan ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Tambahan pula, kata beliau ia akan menunjukkan korelasi positif terhadap peningkatan kadar kemiskinan dan jenayah.
Sebagai contoh, jelasnya laporan KPMG Malaysia Fraud, Bribery and Corruption Survey 2013 menunjukkan faktor jenayah tersebut yang dilakukan majoriti golongan belia adalah disebabkan oleh tabiat buruk dan tekanan kewangan peribadi
“Bagaimana pula sekiranya pelaksanaan GST yang bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan zalim tetap akan berlaku pada tahun 2015?” tanya beliau.
Tentu sahaja, katanya rakyat akan terus terhimpit dalam krisis peningkatan kos hidup yang tidak dapat dibayangkan.
“Isu ini disokong dengan unjuran yang dilakukan oleh beberapa institusi penyelidikan komersial baru-baru ini seperti Standard Chartered Bank yang meramalkan kadar inflasi akan meningkat sehingga 3.4% bagi tempoh sembilan bulan pertama 2014,” katanya.
Justeru, tanya beliau bagaimana pada 2015 nanti.
Beliau menambah, bidang keberhasilan utama negara ‘menangani kos sara hidup’ tidak menyinggung secara efektif pemasalahan utama itu.
Apa yang lebih membimbangkan, kata beliau campur tangan kerajaan secara langsung dalam aktiviti bisnes peruncitan seperti mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) dan Kedai Kain 1Malaysia (KK1M) akan menggugat pengusaha industri kecil dan sederhana.
Tambahnya, walaupun ia dilihat mungkin berkesan, namun dijangka penyelesaian itu terlalu simplistik dan tidak berjangka panjang.
Menurutnya lagi, rakyat masih menunggu dalam tempoh terdekat, apakah langkah drastik yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk meringankan beban isi rumah selain daripada tindakan populis mengumumkan 11 langkah penjimatan perbelanjaan sektor kerajaan.
“Selagi mana pemasalahan utama tidak diselesaikan, apa jua solusi yang dikemukakan hanya kosmetik dan tidak efektif,” ujarnya.
Sumber HD - 16-1-2014
Politik bangkangan dalam Islam
- Jan 15, 2014
- Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
Politik merupakan satu perkataan yang merujuk kepada polisi pentadbiran dan pengurusan. Dalam konteks sebuah negara ia merupakan teknik dan kaedah pentadbiran dan pengurusan urusan kenegaraan. Politik pentadbiran negara merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dari Islam kerana seorang Muslim terikat dengan hukum hakam dan peraturan Ilahi dalam mengurus dan mentadbir sesuatu apatah lagi sebuah negara yang akan melibatkan pengurusan kehidupan manusia di dalam pelbagai aspek kehidupan seperti sosial dan ekonomi.
Konsep ini sesuai dengan keadaan manusia sebagai “khalifah” di muka bumi Allah. Persoalan “khilafah” ini merupakan matlamat penciptaan manusia di bumi yang telah ditegaskan oleh Allah kepada para Malaikat sebelum manusia pertama dicipta. Firman Allah bermaksud : “ Dan ingatlah peristiwa tatkala mana Tuhan kamu berfirman kepada para Malaikat : Aku pasti meletakkan di muka bumi ini “khalifah”. Para Malaikat lantas bertanya(hikmahnya): Adakah kamu akan jadikan di muka bumi ini orang yang akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah? Sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memuji kamu dan mensucikan kamu? Allah berfirman: Aku tahu sesuatu yang kamu tidak tahu”. Al Baqarah : 30.
Imam Tobari menghuraikan maksud “khalifah” berasaskan riwayat yang disebut oleh Ibnu Mas`ud dan Ibnu `Abbas dengan makna “wakil’ dariKu untuk mewakiliKu dalam memerintah antara makhlukKu. ( Tafsir Tobari juz 1, ms 237 ). Persoalan yang timbul adakah manusia bebas untuk memerintah bumi menurut perkiraan nafsu dan akalnya yang cetek? Jawapannya : Tidak! Malah manusia terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah kerana dia sendiri adalah “wakil” kepada Allah. Bolehkah seorang wakil menyalahi peraturan orang yang diwakilinya? Justeru konsep politik islam menuntut keterikatan manusia dengan hukum hakam Allah dalam mengurus dan mentadbir muka bumi ini.
Ayat di atas menjadi dalil utama para ulama untuk menegaskan kewajipan melantik seorang pemerintah yang akan ditaati untuk menjadi tempat kesepaduan suara dan melaksanakan hukum hakam pemerintahan( Tafsir Qurtubi juz 1, ms 251). Hukum kewajipan melantik pemerintah atau kerajaan ini tidak menjadi khilaf di kalangan ulama. Pemerintah ini diperlukan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian di kalangan makhluk dan melaksanakan peraturan Allah ke atas makhluknya. Kerana itulah Allah menegaskan kewajipan taat kepada para pemerintah di dalam firmanNYa bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!Dan taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul dan Uli al-Amr (yang mempunyai hak membuat arahan) di kalangan kamu. Seterusnya jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara, hendaklah kamu kembali merujuk kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Itulah yang terbaik dan seelok-elok tafisran”. Al-Nisa’: 59.
Imam Qurtubi menjelaskan ayat ini merupakan arahan kepada rakyat kebanyakan agar taat kepada Allah iaitu dengan melakukan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, kemudian di tahap yang kedua taat pula kepada Rasul dalam segala arahan dan larangannya, kemudian di tahap yang ketiga taat pula kepada para pemerintah menurut pandangan jumhur ulama” ( Tafsir Qurtubi, juz 5, ms 224-225).
Ada di kalangan para ulama di antaranya Ibnu `Abbas, Hasan bin Ali, Jabir bin Abdullah, Mujahid, al- Dohak, Abu `Aliyah dan Imam Malik yang mentafsirkan makna Uli Amri dengan makna ahli al-Quran dan ahli Ilmu atau para Fuqaha dan ulama agama (Tafsir Tobari, juz 4, ms 150-152 ).
Ketaatan kepada pemerintah tidak mutlaq kerana ia terikat kepada sejauh mana para pemerintah taat kepada Allah. Justeru itu ayat di atas menyebut perkataan taat sebanyak dua kali ketika menyebut arahan ketaatan kepada Allah dan Rasul manakala perkataan “taat” tidak disebut ketika menyebut arahan taat kepada pemerintah. Ibnu Khuwaiz menyebut: “Adapun ketaatan kepada pemerintah adalah wajib dalam perkara yang mentaati Allah dan tidak wajib dalam perkara ma`siat “. Kata al-Qurtubi : “kerana itulah kami mengeluarkan fatwa bahawa para pemerintah zaman kami tidak boleh ditaati , dibantu dan diagung-agungkan ( kerana mereka melakukan ma`siat), tetapi wajib berjihad bersama mereka..” ( Tafsir Qurtubi juz 5, ms 224).
Kewajipan taat kepada pemerintah ditegaskan oleh baginda di dalam banyak hadis di antaranya: “Sesiapa mentaatiku maka dia mentaati Allah. Sesiapa mentaati pemerintahku maka dia mentaatiku. Sesiapa yang menderhaka kepada ku dia telah menderhakai Allah. Sesiapa yang menderhakai pemerintahku dia telah menderhakaiku”. Malah baginda bersabda : “ Dengar dan taatlah kamu meskipun yang memerintah kamu itu seorang hamba berkulit hitam yang kepalanya bagaikan buah anggur kering”. Ali bin Abi Tolib menyebut: “Wajib ke atas pemerintah memerintah dengan adil dan menunaikan amanah. Apabila itu dilakukan wajib ke atas orang Islam mentaatinya kerana Allah memerintahkan kami mentaatinya dengan menunaikan amanah dan keadilan kemudian mengarah kami mentaati pemerintah”. ( Tafsir Qurtubi , juz 4, ms 224).
Apa yang dapat disimpulkan dari paparan di atas ialah:
1. Pemerintah wajib memerintah berdasarkan arahan dan hukum hakam Allah.
2. Apabila itu dilakukan menjadi kewajipan kepada rakyat mentaatinya.
Inilah konsep politik Islam. Bagaimanakah konsep ini boleh difahami? Seorang pemerintah diberi Bai`ah oleh rakyat untuk memerintah dunia berdasarkan kehendak Allah dan Rasul. Apabila Ba`iah ini tidak ditepati maka rakyat mempunyai hak untuk menurunkan pemerintah tersebut. Di sinilah datangnya konsep bangkangan dalam politik Islam. Kerana itulah Allah mengarahkan di akhir ayat di atas agar kembali kepada Allah dan Rasul dalam sebarang pertelingkahan.
Pemerintahan dalam Islam tegak di atas lima asas iaitu:
Pertama: Penggubal Undang-undang hanyalah Allah.
Ia diungkapkan sebagai “ kedaulatan adalah milik Syara`” kerana sumber perundangan untuk segala urusan manusia yang mukallaf adalah Allah. ( Abdul Wahab Khallaf, Usul Feqah, ms 96). Ia berasaskan ayat bermaksud “tidak ada perundangan melainkan milik Allah”. Al An`aam:57, Yusuf 40, 67. Oleh kerana Allah adalah sumber maka pemerintah terikat dengan peraturan Syara`agar manusia aman dari sebarang kezaliman dan sikap bermaharajalela dengan kuasa tanpa ada yang mampu membangkang.
Kedua: Melantik seorang pemerintah adalah wajib.
Melantik lebih dari seorang adalah haram kerana ia membawa kepada perpecahan ummah dan kelemahan negara.
Ketiga: Syura di antara Imam dan rakyat adalah wajib. Ia bertujuan mengawasi para pemerintah agar tidak tersilap langkah dengan melakukan kemungkaran.
Keempat: Pemerintah sahaja berhak untuk melaksanakan peraturan dan tindak-tanduknya berasaskan kepada kepentingan rakyat.
Kelima: Pengawasan dan penilaian terhadap pemerintah adalah satu kewajipan ke atas rakyat.
Dari paparan di atas dapat difahami konsep bangkangan di dalam Islam. Bangkangan politik merupakan satu kewajipan yang mesti ditunaikan oleh rakyat untuk memastikan para pemerintah sentiasa taat kepada Allah dan Rasul. Bangkangan ini berasaskan kepada konsep Amr ma`ruf dan Nahi mungkar iaitu “mengarah melakukan kebaikan dan mencegah sebarang kemungkaran”. Para Fuqaha silam yang membicarakan politik Islam mengungkapkannya dengan istilah “ Hisbah”.
Sifat bangkangan atas asas ini merupakan sifat asas bagi umat Islam. Inilah ciri keistimewaan yang ada pada mereka hingga mereka digelar oleh Allah sebagai “ sebaik-baik ummah”. Firman Allah bermaksud : “Kamu adalah sebaik-baik ummah kerana kamu memerintahkan agar melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran dan kamu pula beriman dengan Allah. Sekiranya ahli kitab beriman nescaya itulah yang terbaik untuk mereka. Sebahagian mereka beriman dan kebanyakan mereka itu fasiq”. Aali Imran: 110.
Bangkangan politik wajib kepada individu dan juga perkumpulan. Di antara dalil yang menunjukkan setiap individu berkewajipan berkecimpung dalam politik bangkangan ialah sabda baginda “ Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak mampu hendaklah dengan lidahnya. Sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman”.Hadis riwayat Muslim, Turmuzi, Ibnu Majah dan Ahmad.
Bangkangan politik juga dilakukan dalam bentuk perkumpulan agar memberi kekuatan suara dan pengaruh yang kuat kepada pemerintah untuk meninggalkan kemungkaran dan melakukan kebaikan. Arahan bangkangan berkumpulan disebut oleh Allah dalam firmanNya : “Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebaikan Islam, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah sebarang kemungkaran. Dan merekalah orang yang benar-benar berjaya”. Aali Imran : 104.
Allah telah memuji bentuk kerjasama yang ada di kalangan orang beriman dalam melakukan tugas besar ini. FirmanNya: “ Dan orang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka merupakan pembantu kepada yang lain. Mereka menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran”.al-Taubah: 71.
Allah melaknat golongan Yahudi kerana sikap mereka yang tidak menentang kemungkaran. Firman Allah: “Dilaknat orang yang kafir dari kalangan Bani Israel menerusi lidah Nabi Dawud dan Isa bin Maryam kerana mereka telah derhaka dan mereka telah melampaui batas. Mereka tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan. Amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan”. al-Maidah “ 78-79
Oleh kerana bangkangan politik dalam Islam merupakan satu tugas yang besar dan berasaskan kepada konsep amr ma`ruf dan Nahi mungkar, para ulama telah menggariskan beberapa adab yang mesti menjadi hiasan para pembangkang politik antaranya :
1. Mengikhlaskan niat untuk mencari keredhaan Allah dan menyedari bahawa bangkangan ini dilakukan demi menunaikan kewajipan ilahi.
2. Mempunyai ilmu yang boleh membezakan manakah perkara yang dilarang dan diperintah agar tidak berlaku bangkangan dalam perkara ma`ruf dan mendiamkan diri dalam perkara kemungkaran.
3. Bangkangan atas asas nasihat beragama.
Sabda baginda: “ Agama itu nasihat”. Para sahabat bertanya: untuk siapa?”. Jawab baginda: “ Untuk Allah, untuk RasulNya, untuk pemerintah Islam dan Rakyat”.
4. Bangkangan yang dibuat atas dasar kasih dan sayang kepada pemerintah Islam demi kebaikan Islam dan umatnya.
5. Sentiasa berdoa agar Allah memberi taufiq kepada para pemerintah untuk kembali bertaubat kepada Allah.
6. Memulakan dengan ungkapan yang lembut sebagaimana firman Allah kepada Musa dan Harun ketika diarahkan untuk berdakwah kepada Firaun: “ Pergilah kamu berdua kepada Firaun kerana dia amat melampaui batas. Seterusnya ucapkanlah oleh kamu berdua kata-kata yang lembut mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau merasa takut”. Toha : 43-44,
7. Berhikmah dalam mengatur strategi.
Hikmah ertinya kebijaksanaan melakukan tindakan berasakan suasana dan situasi. Sekiranya situasi menuntut keras perlu bersikap tegas manakala jika situasi menuntut berlembut menggunakan kelembutan. Firman Allah : “Serulah kamu ke jalan Tuhan kamu dengan penuh hikmah dan nasihat yang baik”.al-Nahl :125
8. Jangan takut kepada ancaman sepertimana sabda baginda “dan janganlah takut kepada celaan orang yang mencela”. Dan sabda baginda “Berkatalah benar meskipun ianya pahit”.
Bagi para pemerintah pula perlu berlapang dada dan beramal dengan konsep bangkangan yang telah digariskan oleh Umar al-Khattab selaku khlaifah Islam yang kedua: “ Tidak ada kebaikan kepada kamu jika kamu engan nyatakan bangkangan kamu. Dan tidak ada kebaikan pada kami jika kami enggan mendengarnya”.
Kesimpulannya, “politik bangkangan dalam Islam merupakan satu kewajipan ummah sekiranya berlaku penyelewengan di kalangan pemerintah dengan meninggalkan peraturan allah dan melakukan kemungkaran.
Bangkangan tidak bererti hanya menyertai parti pembangkang. bahkan ia perlu dilakukan oleh semua pihak samada ahli parti pemerintah, ahli parti pembangkang dan mereka yang tidak berparti menurut konsep demokrasi yang diamalkan pada hari ini, sekiranya berlaku kesilapan dan kesalahan di pihak pemerintah.
Bangkangan pula hanyalah dalam bentuk memberi nasihat dan teguran sama ada lembut atau keras dan tegas atau menggantikannya dengan pemerintah lain dengan kemampuan dan jalan yang ada tanpa mengangkat senjata menentang mereka kerana ia membawa pertumpahan darah dan perpecahan yang diharamkan.
Dalam perkara kebaikan dan ketaatan pula wajib kepada rakyat mentaati para pemerintah untuk menjaga perpaduan ummah.”
Justeru bangkangan tidak hanya terhad kepada politik kepartian malah ia perlu mendapat perhatian setiap lapisan masyarakat dan setiap individu.
Bughah : https://www.youtube.com/watch?v=E1bg63oa9jw
Artikel ini ditambahbaik daripada artikel asal yang disiarkan pada 15 Februari 2008 dalam blog Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.
Sumber HD - 15-1-2014
'Fatwa' Harussani songsang, menyesatkan - Dewan Ulamak
- Jan 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.
"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam.
"Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, 'bughah' atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam dan ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam.
Sedangkan katanya, peserta himpunan pada itu hadir dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup.
Tambah beliau lagi, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang dipertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia.
"Adakah peserta perhimpunan 31 dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah?
"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah," ujar beliau lagi.
Kenyataan mufti itu kata beliau lagi satu 'fatwa' yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat.
"Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat.
"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," tegasnya.
Sumber HD - 2-1-2014
Ustaz Nazri Chik dilantik setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Dewan itu juga telah melantik Ustaz Nazri Chik sebagai Setiausaha dan Ustaz Mohd Asri Mat Daud sebagai Bendahari.
Sementara itu Datuk Dr. Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali diamanahkan sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Pengarah Pilihanraya.
Dewan itu juga telah mebentuk lajnah, jabatan, majlis dan akademi dibawah mereka dengan melantik pengerusi dan pengarah masing-masing.
Dewan Ulamak PAS Pusat pada sesi ini membawa tema 'Ulamak Haraki Menangani Fasaad Mengisi Kemenangan', sebagai mendepani cabaran dakwah dan pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Berikut senarai penuh Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat sesi 2013-2015.
AHLI JAWATANKUASA HARIAN:
01. Ketua:
Dato' Tuan Guru Hj Harun B. Taib
02. Timbalan Ketua:
YAB. Dato' Us. Hj. Ahmad B. Yakob
03. Naib Ketua:
Dato' Dr. Us. Hj. Mahfodz B. Mohamad
04. Setiausaha:
Us. Hj. Nazri B. Chik
05. Penolong Setiausaha:
Us. Wan Ahmad Rasyidi B. Wan Othman
06. Penolong Setiausaha:
Us. Hj. Nazmi B. Nik Din
07. Penolong Setiausaha:
Dr. Us. Hj. Shahbudin B. Ngah
08. Bendahari:
Us. Hj. Mohd Asri B. Mat Daud
09. Ketua Penerangan:
YB. Dato' Dr. Us. Hj. Mohd Khairuddin B. Aman Razali At-Takiri
10. Pengarah Pilihanraya Ulamak:
Dato' Us. Hj. Nik Muhammad Zawawi B. Hj. Salleh
AHLI JAWATANKUASA KERJA BIASA:
01. YB. Dato' Dr. Us. Hj. Johari B. Mat
02. Dr. Us. Hj. Badruzzaman B. Yusof
03. Dr. Us. Hj. Abu Bakar B. Abdullah
04. Dr. Us. Hj. Azahari B. Aripin
05. Dr. Us. Hj. Abdul Zaki B. Hj. Mohd Ismail
06. YB. Us. Abdullah B. Husain
07. Us. Hj. Muhammad Zain B. Abdul Rahman
08. Us. Hj. Zulkifli B. Ismail
09. Us. Hj. Mohd Khairi B. Zainuddin
10. Us. Hj. Mokhtar B. Senik
11. Us. Hj. Khirul Muntanazar B. Ismail
12. Us. Hj. Azha B. Hj. Arsyad
13. Us. Mohd Lutfi B. Arifin
14. Us. Hj. Mohd Zainul Asri B. Ramli
15. Us. Hj. Mohd Ismi B. Taib
16. Us. Hj. Mustafa B. Shaari
17. Us. Hj. Abu Usamah B. Mohd Daud
18. Us. Hj. Mohd Kamal B. Osman
PENGERUSI & PENGARAH (LAJNAH/JABATAN/MAJLIS/AKADEMI)
01. Dato' Tuan Guru Hj Harun B. Taib (Pengerusi Lajnah Politik & Pilihanraya)
02. YAB. Dato' Us. Hj. Ahmad B. Yakob (Pengerusi Lajnah Ekonomi)
03. Dato' Dr. Us. Hj. Mahfodz B. Mohamad (Pengerusi Lajnah Tarbiyah)
04. YB. Dato' Dr. Us. Hj. Mohd Khairuddin B. Aman Razali At-Takiri (Pengerusi Lajnah Penerangan)
05. Us. Hj. Nazmi B. Nik Din (Pengerusi Lajnah IT & Media)
06. Dr. Us. Hj. Badruzzaman B. Yusof (Pengerusi Lajnah Hubungan Luar & Antarabangsa)
07. Dr. Us. Hj. Azahari B. Aripin (Pengerusi Lajnah Penyelidikan & Tafaqquh)
08. Us. Mohd Lutfi B. Arifin (Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan)
09. Us. Hj. Mohd Khairi B. Zainuddin (Pengerusi Lajnah Penerbitan)
10. Us. Hj. Khirul Muntanazar B. Ismail (Pengerusi Lajnah Keahlian & Ulamak Pelapis)
11. Dato' Us. Hj. Nik Muhammad Zawawi B. Hj. Salleh (Pengarah Jabatan Pilihanraya Ulamak)
12. Dato' Tuan Guru Hj Harun B. Taib (Pengerusi Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan)
13. Us. Hj. Nazri B. Chik (Pengerusi Majlis Setiausaha Ulamak)
14. Dr. Us. Hj. Nazri B. Mansor (Pengarah Akademi Latihan Kepimpinan Ulamak)
KETUA-KETUA DEWAN ULAMAK PAS NEGERI & WILAYAH PERSEKUTUAN
01. YB. Dato' Us. Hj. Hassan B. Mohamood (Ketua DUPN Kelantan)
02. Dato' Us. Hj. Hussin B. Awang (Ketua DUPN Terengganu)
03. Us. Hj. Mokhtar B. Senik (Ketua DUPN Pahang)
04. YB. Us. Abdullah B. Hussain (Ketua DUPN Johor)
05. Us. Hj. Zulkifli B. Ismail (Ketua DUPN Melaka)
06. Us. Hj. Mohd Khairi B. Zainuddin (Ketua DUP Negeri Sembilan)
07. Us. Hj. Muhammad Zain B. Abdul Rahman (Ketua DUPN Selangor)
08. Us. Hj. Azhar B. Yahya al-Batawy (Ketua DUP Wilayah Persekutuan)
09. Us. Hj. Kamaruddin B. Awang Basir (Ketua DUPN Perak)
10. Us. Fauzi B. Yusof (Ketua DUPN Pulau Pinang)
11. Us. Hj. Ismail B. Khamis (Ketua DUPN Kedah)
12. Us. Hj. Idris B. Yaakob (Ketua DUPN Perlis)
13. Dr. Us. Hj. Nuruddin B. Ibrahim (Ketua DUPN Sabah)
Sumber HD - 31-12-2013
Kenaikan kos hidup, segera mobilisasi kesedaran rakyat
- Dec 25, 2013
- HARAKAHDAILY
Demikian ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (gambar) merujuk kepada dapatan kajian yang dilakukan oleh University of Malaya Centre of Democracy and Elections (UMcedel) yang dibentgangkan semalam.
Kajian itu mendapati sekurang-kurangnya seramai 1,676 responden telah menggeneralisasikan keresahan rakyat terhadap perkembangan kenaikan kos sara hidup yang tinggi setelah 6 bulan Pilihan Raya Umum Ke-13 berlalu.
Tiga isu utama melatari kebimbangan mereka iaitu mengenai kenaikan harga minyak, peningkatan harga barang dan kenaikan tarif elektrik.
“Kita menolak keputusan kabinet untuk menubuhkan makmal kajian kerana ia hanya sekadar tindakan populis dan taktik membeli masa sehingga rakyat melupakan kezaliman yang dilakukan oleh mereka,” ujar Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Lagi membimbangkan tindakan kerajaan terkini yang membenarkan kenaikan tarif elektrik dan tol yang melibatkan keperluan dan kemudahan seharian rakyat serta cukai GST yang bakal diperkenalkan dan subsidi petrol yang ditarik balik pasti meletakkan rakyat dalam kesempitan kewangan.
Sebanyak 55% responden sama ada kaum Melayu atau Cina tidak terkesan dengan bajet melaksana janji kerajaan sebaliknya lebih merasai pengucupan nilai ringgit dalam kocek mereka.
Ini, kata beliau satu signal yang jelas bahawa fokus rakyat adalah hidangan sepinggan nasi untuk dijamah bukannya projek mega berskala besar yang tidak mengikut prioriti kepentingan dan pembaziran.
Menariknya, ujar beliau lagi walaupun responden menggunakan kaedah penyumberan maklumat politik daripada media konvensional kerajaan dan diseimbangkan dengan penggunaan media sosial seperti facebook dan twitter, namun sebanyak 79% daripadanya mengakui bahawa penyalahgunaan kuasa dan rasuah semakin meningkat di Malaysia.
“Ia bukan hanya persepsi tetapi realiti yang sedang membarah. Ketempangan ekonomi ini dilihat menatijahkan kepada bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat,” katanya.
Justeru, kata beliau PAS harus lebih agresif menuntun kecelikan politik pengundi-pengundi Melayu terutamanya di kalangan golongan belia yang berada di kelas menengah.
Tambahnya, apa yang lebih penting ialah mengekalkan momentum kesedaran di samping meningkatkan kefahaman Islam yang sebenar bagi memaknakan kehidupan mereka.
Sumber HD - 25-12-2013
Jakim disaran guna label 'mengandungi bahan haram'
- Dec 20, 2013
- HARAKAHDAILY
Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, selain daripada faktor tuntutan syarak, peluang perniagaan dalam pasaran halal global telah mencecah AS$2.1 trilion dan dianggarkan unjuran pertumbuhan tahunan sehingga 15% untuk tempoh 10 tahun akan datang.
“Dalam memastikan orang Islam di Malaysia mudah mendapatkan produk kepenggunaan dijamin halal dan berkualiti, maka saya sarankan agar pihak Jakim menggunakan label 'mengandungi bahan terlarang dalam Islam atau haram' dalam produk-produk tertentu,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Saranan itu, katanya berasaskan kepada beberapa justifikasi iaitu, pertama, kaedah dalam perundangan Islam iaitu hukum asal bagi setiap sesuatu adalah harus.
Tambahan pula, kata beliau polisi Jakim ialah tidak mewajibkan ke atas setiap pengusaha untuk mendapatkan sijil halal.
Maka, tambahnya setiap produk yang tidak mempunyai logo halal tidak semestinya haram untuk digunakan.
“Kedua, kebiasaannya kandungan-kandungan yang terdapat dalam produk khususnya produk makanan dan minuman menggunakan istilah saintifik yang sukar difahami oleh kebanyakan pengguna,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Ketiga, kata beliau tiada peraturan khusus ke atas pengusaha untuk mereka memaklumkan kepada pengguna berhubung kandungan bahan-bahan terlarang yang telah digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk tersebut.
Oleh yang demikian, jelasnya penggunaan label 'mengandungi bahan terlarang dalam Islam atau label haram' akan lebih memudahkan pihak pengguna mendapatkan akses-aspek produk halal yang lebih luas produksinya, tiada keraguan malah dijamin dalam syarak dan undang-undang.
Sumber HD - 20-12-2013
Dewan Ulamak PAS lancar Gelombang II Misi Bantuan Banjir
- Dec 07, 2013
- HARAKAHDAILY
Khairuddin membantu mangsa banjir
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Datuk Dr Khairuddin At Takiri melancarkan Gelombang II Misi Bantuan Banjir.
Sebelum ini beliau sendiri telah mengetuai gelombang pertama misi bantuan banjir ke Pahang pada 5 Disember yang lepas. Pelbagai bantuan keperluan asas telah diserah sendiri kepada para mangsa banjir dilokasi-lokasi yang terjejas.
Menurut beliau, melihatkan kesengsaraan para mangsa perlu diberikan perhatian khusus, maka pihak Penerangan DUPP mengambil inisiatif untuk meneruskan bantuan kemanusian untuk gelombang yang kedua.
Namun pada kali ini, pengagihan bantuan kemanusiaan disasarkan kepada negeri Terengganu Darul Iman terutamanya di daerah Kemaman.
"Kami mengharapkan bantuan yang tidak seberapa ini dapat meringankan sedikit sebanyak kesusahan yang dihadapi oleh para mangsa, Dewan Ulamak melalui penerangannya insya Allah akan memantau perkembangan terkini banjir untuk memastikan kebajikan para mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya," ujar beliau.
Beliau juga turut menyarankan agar umat Islam memperbanyakkan doa dan solat hajat agar kesengsaraan mangsa banjir diberikan keringanan dan kemudahan oleh Allah s.w.t.
"Semoga dengan ujian banjir ini menambahkan keimanan dan pergantungan kepada Allah s.w.t, ianya pasti akan membuahkan pelbagai hikmah yang mungkin kita sendiri tidak menjangkakannya," katanya.
Beliau turut menyeru agar Dewan Ulamak PAS di negeri-negeri agar turut bersiap sedia mengumpulkan dana sebagai persiapan berhadapan dengan ujian banjir di samping menghantar misi-misi bantuan secara berterusan.
Turut menyertai gelombang kedua misi bantuan banjir pada kali ialah Pengarah Akademi Kepimpinan dan Latihan DUPP, Dr Nazri Mansur serta Penolong Setiausaha DUPP Nazmi Nik Din.
Sementara itu dalam masa yang sama, dilaporkan juga bahawa Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan menghantar misi bantuan ke kawasan yang terjejas di Pahang.
Misi bantuan Dewan Ulamak Wilayah untuk gelombang yang kedua insya Allah bermula pada hari esok, 8 Disember yang bakal diketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Ulamak Wilayah Persekutuan, Ustaz Md Ali.
Gelombang pertama DUPWP telah bermula pada hari ini yang diketuai oleh Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Dr Nazri Mansur serta Ketua Penerangan DUPWP, Ustaz Nazmi Nik Din.
Sumber HD - 7-12-2013
Banjir: Apa kewajipan kita?
- Dec 07, 2013
- DR KHAIRUDDIN AT-TAKIRI
Setakat semalam 6 Disember 2013 akhbar melaporkan di Pantai Timur seramai 42,626 telah dipindahkan.
Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera. Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera (61). Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan.
Di Terengganu setakat semalam jumlah mangsa banjir di Kemaman adalah sebanyak 2,372 (595 keluarga), Dungun 2,668 (670 keluarga), Hulu Terengganu 844 (242 keluarga), Setiu 99 (32 keluarga) dan Marang 63 (18 keluarga).
Bagaimanakah sikap kita dalam menghadapi situasi banjir ini? Saya mencadangkan beberapa perkara berikut:
1. Bagi mangsa banjir banyakkanlah bersabar dengan sentiasa menyebut innalillahi wainna ilaihi raji'un sebagaimana diajar oleh al-Quran kepada mereka yang menghadapi musibah (rujuk surah al-Baqarah ayat 155-156). Mudah-mudahan mereka diberikan ganjaran pahala yang banyak oleh Allah menerusi musibah dan segera diganti oleh Allah dengan yang lebih baik sebagaimana sabit dalam beberapa hadis.
2. Mereka juga perlu banyak berdoa agar Allah lepaskan segera mereka daripada kedukacitaan ini dengan membaca doa-doa yang diajar oleh Rasulullah saw seperti:
حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Cukuplah Allah bagi diriku dan Dialah sebaik-baik tempat menyerah diri
Surah Aali Imran ayat 173
Amalkan doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun dalam surah al-Anbiya ayat 87:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Tiada Ilaah yang ditaati melainkan Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku tergolong kalangan orang yang menzalimi diri.
3. Bagi bukan mangsa banjir inilah waktu kita menunjukkan keprihatinan terhadap mangsa banjir sebagai lambang ukhuwwah persaudaraan Islam dan persaudaraan kemanusiaan. Kesusahan mereka adalah kesusahan kita juga. Dicubit peha kanan yang kiri juga terasa. Rasulullah s.a.w. adalah yang paling prihatin terhadap umat sehingga Allah gambar baginda sebagai "merasa berat ke atas dirinya apa yang kamu semua deritai". Rujuk surah al-Taubah 128.
4. Mangsa banjir memerlukan sokongan moral. Maka marilah kita turun mengunjungi mereka dengan sekurang-kurangnya melemparkan senyuman kprihatinan dan tanya khabar yang pasti sahaja menggembirakan mereka. Nabi bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang melepaskan satu kedukacitaan daripada saudaranya di dunia maka Allah kepaskan kedukacitaannya di hari Akhirat". Hadis riwayat Muslim
5. Mangsa banjir di kala ini memerlukan bantuan makanan, selimut, tikar, pakaian, pampers anak. Maka marilah kita segera hulurkan bantuan kewangan kepada mereka sama ada menerusi pelbagai pihak yang sedang mengumpulkan dana dan menyediakan kelengkapan atau dengan turun sendiri menemui penyelia pusat pemindahan dengam membawa bahan-bahan keperluan.
6. Bantuan untuk mereka tidak boleh terhenti setakat berakhirnya banjir malah mereka memerlukan bantuan untuk kembali bangkit untuk hidup kerana mereka telah kemusnahan harta benda yang banyak sama ada rumah, kenderaan, pakaian, alatan rumah dan dokumen rasmi. NGO-NGO kebajikan perlu merancang bantuan kewangan untuk mereka menghadapi sekurang-kurangnya sesi persekolahan baru.
Moga banjir yang berlaku memberi hikmah yang besar. Moga musibah ini membawa kita semua kembali kepada Allah. Moga doa mangsa banjir dan kita semua kepada Allah serta keprihatinan kita terhadap mangsa banjir diganti oleh Allah dengan keberkatan hidup untuk rakyat Malaysia.
Allahu Akbar. Allahu Akbar Allahu Akbar walillahil hamd.
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen
Sumber HD - 7-12-2013
Mesyuarat pertama Dewan Ulamak PAS Pusat 30 Nov
- Nov 28, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Naib Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mesyuarat tersebut akan melantik jawatan-jawatan rasmi Dewan Harian iaitu Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihan Raya.
"Kita akan bermesyuarat pada Sabtu, 30 November ini di Pejabat Agung PAS, jam 9 malam untuk lantik jawatan-jawatan termasuk pengerusi-pengerusi lajnah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Pada pemilihan sempena Muktamar PAS kali ini, semua pemimpin utama DUPP menang tanpa bertanding dengan mengekalkan penyandangnya, Datuk Harun Taib.
Sumber HD - 28-11-2013
Jadikan Pakatan medan dakwah Dewan Ulamak
Harakahdaily, | 21 Nov 2013 |
SHAH ALAM: Dewan Ulamak PAS Pusat disaran supaya menjadikan Pakatan Rakyat sebagai medan dakwah sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Perwakilan dari Terengganu, Ustaz Alias Abu Bakar (gambar) berkata, PAS perli mencontohi pendekatan dakwah yang dilakukan Rasulullah s.a.w. berjaya menyatukan kabilah-kabilah Arab dan Yahudi untuk memberikan sokongan kepada Islam.
Katanya, walaupun kabilah-kabilah Arab musyrikin itu bermusuhan dan orang Yahudi golongan majoriti namun Rasulullah s.a.w. berjaya menyatukan mereka.
“Ini sewajarnya menjadi contoh teladan untuk kejayaan politik kita,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan penangguhan mewakili zon Timur pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-52 di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini petang ini.
Beliau juga mengharapkan para perwakilan dan ulama haraki supaya menangani kefasadan sama ada yang dicipta oleh Umno BN atau yang ditimbulkan mana-mana gerakan munafiqun sepanjang masa.
Bagaimanapun, katanya untuk menghadapi situasi itu memerlukan kepada ilmu.
“Kita tidak boleh hadapi suasana ini melainkan dengan ilmu,” ujarnya lagi.
Untuk itu, katanya majlis ilmu perlu dirancakkan sama ada di peringkat MTD, kawasan dan sebagainya.
Sehubungan itu, kata beliau pihak pemimpin perlu mengambil perhatian serius mengenai cadangan-cadangan dalam aspek tarbiah yang bukan sahaja dicatatkan dalam buku muktamar tetapi yang diadakan dari masa ke semasa.
“Kita perlu tambah ilmu sama ada ilmu usul fiqh, fiqh alawiyat, siasah syar’iyyah dan lain-lain,” ujarnya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-11-2013
Usul Ulamak: Kaji tahaluf perkukuh Pakatan
Harakahdaily, | 21 Nov 2013 |
SHAH ALAM: Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini menerima sebulat suara usul supaya Majlis Syura Ulamak dan PAS Pusat mewujudkan satu jawatankuasa bagi mengkaji Tahaluf Siyasi bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat menghadapi PRU14.
Usul tersebut dikemukakan bersama oleh Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.
Penjelasan usul berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Usta Abdul Hadi Abdul Halim.
Usul itu mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat mewujudkan jawatankuasa khusus bagi mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan Tahaaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syar'iyyah dengan niat dan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU ke 14.
Berikut usul-usul yang diterima untuk dibahas dan lulus tanpa bahas.
Usul-Usul yang diterima untuk dibahas:-
1. Usul Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang:
Maka Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang mendesak supaya PAS Pusat mewujud dan menggerakkan mekanisma penyelarasan polisi dan dasar bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat bagi memastikan segala dasar kerajaan negeri dan lantikan perjawatan di peringkat kerajaan negeri dibuat secara persetujuan bersama ketiga-tiga parti
2. Usul Dewan Ulamak PAS Negeri Perak:
Dewan Ulamak PAS Perak dengan ini mengemukakan usul berkenaan bahaya pemikiran liberal dan pluralisme yang menyesatkan pemikiran Umat Islam dan manusia sejagat. Ancaman pemikiran Liberal dan Pluralisme adalah satu ancaman pemikiran oleh sedang dihadapi oleh gerakan Islam di seluruh dunia.
Pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme adalah pemikiran yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam seluruh dunia. Dunia Arab dan negara jiran Malaysia iaitu Indonesia telah terlebih dahulu berhadapan dengan asakan pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme. Fenomena ini tidak dapat disangkal lagi kerana pengharaman pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme telah diwartakan.
Kini bahang pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme sudah sampai ke Malaysia. Sebelum ini, pihak berkuasa agama seperti JAKIM telah menyenaraikan Sister In Islam (SIS) adalah sebuah NGO Islam Liberal yang wujud di Malaysia. Kini, Islamic Renaisansse Front (IRF) didapati membawa dakyah Islam Liberal dan Pluralisme.
Bagi menghadapi dan membendung penularan gejala Islam Liberal dan Pluralisme yang semakin berleluasa ini, maka dengan ini kami daripada Dewan Ulamak PAS Perak mengusulkan beberapa perkara seperti berikut :
i) PAS sebagai Parti yang memperjuangkan dasar dan pemikiran Islam, wajiblah menghadapi IRF ini dengan tegas. Ketetapan perlu dibuat agar tiada pimpinan PAS samada di peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan yang didakwa terbabit dengan Islam Liberal dan Pluralisme yang didokong oleh IRF. Malah, organisasi-organisasi PAS seperti harakah, harakahdaily dan pengkaderan serta wacana-wacana PAS perlulah dijauhi dari IRF. Kita wajib memboikot aktiviti-aktiviti IRF dan segala pemikiran haddamah yang ditaja IRF.
ii) Pemimpin-pemimpin PAS yang terpalit dengan segala aktiviti-aktiviti Islam Liberal dan Pluralisme hendaklah menafikan penglibatannya secara telus dan terbuka. Malah, kita menghendaki pemimpin-pemimpin terbabit menarik balik sokongan moral kepada Islam Liberal dan Pluralisme terutama yang didokong oleh IRF dengan segera sebelum UMNO dan BN menjadikannya sebagai alasan dan senjata untuk menghentam PAS dan kepimpinannya.
iii) Melalui idea-idea asas Islam Liberal dan Pluralisme seperti penolakan negara Islam yang syumul, penolakan hukum hakam syariat dan memperlekeh ulama-ulama silam, maka hendaklah PAS dan seluruh pemimpin dan ahlinya menentang dengan segela kudrat yang ada. Tujuannya adalah untuk mengembalikan kekuatan PAS yang berteraskan Islam, matlamat menegakkan negara Islam, mendaulatkan syariat Islam dan memperjuangkan pemikiran Islam yang syumul. Semua ini adalah tunjang utama kekuatan PAS.
3. Usul Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat:
Menyedari bahawa konsep percukaian islam mensyaratkan perkara-perkara berikut:
i) Keperluan mendesak terhadap kewangan negara yang tidak cukup untuk belanja pengurusan negara.
ii) Kekurangan kewangan negara berlaku bukan kerana ketirisan dan pembaziran dalam pngurusan kewangan negara.
iii) Cukai tidak dikenakan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaya dan miskin.
Maka dengan ini muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang bersidang pada hari ini menegaskan bahawa cukai GST (Good & Service Tax) adalah bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan perlu ditolak.
Muktamar DUPP juga mengusulkan PAS Pusat menegaskan pendirian ini dan mendesak kerajaan Malaysia menarik balik keputusan untuk melaksanakannya pada pertengahan 2015.
4. Usul Bersama Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang
Menyedari bahawa Multaqa Ulamak Semalaysia anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan pada 14hb september 2013 dihadiri oleh para perwakilan dari Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Negeri-negeri dan Urusan Ulamak Kawasan maka Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang mencadangkan,
Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang bersidang pada hari ini:
Mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat mewujudkan jawatankuasa khusus bagi mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan Tahaaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syar'iyyah dengan niat dan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU ke 14.
Usul-usul yang diterima tanpa bahas
1. Usul Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan:
Menyedari bahawa Multaqa Ulamak Semalaysia anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan pada 14hb september 2013 dihadiri oleh para perwakilan dari Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Negeri-negeri dan Urusan Ulamak Kawasan maka Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang mencadangkan.
Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang bersidang pada hari ini menerima dan melaksanakan semua lapan resolusi Multaqa Ulamak Semalaysia untuk tujuan pengukuhan Dewan Ulamak PAS Pusat, Parti Islam Semalaysia dan Pakatan Rakyat.
2. Usul Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu:
i) Usul Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu,
Umat Islam di Malaysia hari ini berhadapan dengan ancaman berbagai ajaran sesat dan aliran fahaman yang merosakkan akidah dan meruntuhkan akhlak mereka.
Menyedari umat Islam di negara ini sedang menghadapi ancaman pengaruh dari berbagai aliran fahaman dan pemikiran yang merosakkan akidah dan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang memecahbelahkan perpaduan ummah, maka muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini mendesak PAS Pusat memainkan peranan secara lebih berkesan bagi membendung penularan fahaman/ajaran tersebut dan dalam masa yang sama memberi penjelasan tentang bahayanya fahaman/ajaran itu kepada umat Islam di Negara ini.
ii) Usul Urusan Ulama PAS Kuala Nerus,
a) Memandangkan ulama menjadi tonggak dalam kepimpinan PAS yang mesti didokong dan dipertahankan oleh semua ahli PAS, maka Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini mendesak PAS Pusat menaikkan taraf Urusan Ulamak PAS Kawasan kepada Dewan Ulamak PAS Kawasan. Oleh yang demikian Fasal 30 (1) Perlembagaan Parti Islam Se Malaysia (PAS) hendaklah dipinda dan dimasukkan satu peruntukan mengenai penubuhan Dewan Ulama PAS Kawasan, manakala Fasal 20 (3) (e) juga hendaklah dipinda bagi membolehkan Dewan Ulamak PAS Kawasan memilih dan mengangkat perwakilannya seramai 15 orang ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan. Fasal 30 (2) Perlantikan AJK hendaklah dilantik oleh Mesyuarat Agung Dewan Ulamak PAS Kawasan.
b) Menyedari kepimpinan ulamak menjadi tonggak kepada PAS yang digagaskan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat pada 1982, maka menjadi tanggung jawab kepada parti untuk mempastikan kelangsungan kepimpinan ulamak supaya difahami dan dihayati oleh seluruh ahli-ahli PAS. Supaya tidak timbul kecelaruan dalam pemikiran kita berhubung dengan kepimpinan di peringkat tinggi iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden, maka Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini mendesak PAS Pusat memasukkan satu fasal yang memperuntukkan Presiden, Timbalan Presiden dan sekurang-kurangnya salah seorang Naib Presiden terdiri dari ulamak.

KUIZM: Satu kawasan hantar seorang pelajar
Harakahdaily, | 21 Nov 2013 |
SHAH ALAM: Rektor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Dr Shahabudin Ngah (gambar) mencabar Urusan Ulamak PAS kawasan supaya menghantar seorang pelajar ke kolej berkenaan.
“Tak kan satu kawasan tak boleh hantar seorang pelajar,” ujarnya ketika menjawab pertanyaan perwakilan pada sesi perbahasan laporan tahunan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-52 di sini, hari ini.
Menurutnya, oleh kerana KUIZM adalah di bawah urusan Dewan Ulamak PAS Pusat, maka sewajarnya pihak Ulamak PAS kawasan dapat menghebahkan perkara itu kepada ahli-ahli.
Katanya, maklumat kemasukan ke KUIZM dibuat melalui akhbar Harakah.
Beliau juga berkata, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pengurusan dan pensyarah KUIZM yang ada sekarang, maka boleh ditukar dengan yang baru.
Begitupun, dengan keadaan KUIZM yang disifatkan ‘hidup segan mati tak mahu’, beliau menyeru para perwakilan supaya memberikan sumbangan bagi meneruskan program pengajian di kolej itu.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, KUIZM yang telah beroperasi sejak September 2010 lalu mengalu-alukan pelajar-pelajar lepasan 4 thanawi, SMU/SMA, SPM, STAM, pelajar tahfiz yang telah tamat hafalan 30 Juzu’ Al-Quran dan yang berkelayakan untuk menyambung pengajian dalam dua bidang yang ditawarkan iaitu Diploma Muamalat & Kewangan Islam Dan Diploma Dakwah & Komunikasi.
Sumbangan kepada KUIZM boleh dibuat atas nama Akademi Pendidikan Zulkifli Muhammad melalui akaun BIMB 14041010074783.
“Tak kan satu kawasan tak boleh hantar seorang pelajar,” ujarnya ketika menjawab pertanyaan perwakilan pada sesi perbahasan laporan tahunan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-52 di sini, hari ini.
Menurutnya, oleh kerana KUIZM adalah di bawah urusan Dewan Ulamak PAS Pusat, maka sewajarnya pihak Ulamak PAS kawasan dapat menghebahkan perkara itu kepada ahli-ahli.
Katanya, maklumat kemasukan ke KUIZM dibuat melalui akhbar Harakah.
Beliau juga berkata, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pengurusan dan pensyarah KUIZM yang ada sekarang, maka boleh ditukar dengan yang baru.
Begitupun, dengan keadaan KUIZM yang disifatkan ‘hidup segan mati tak mahu’, beliau menyeru para perwakilan supaya memberikan sumbangan bagi meneruskan program pengajian di kolej itu.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, KUIZM yang telah beroperasi sejak September 2010 lalu mengalu-alukan pelajar-pelajar lepasan 4 thanawi, SMU/SMA, SPM, STAM, pelajar tahfiz yang telah tamat hafalan 30 Juzu’ Al-Quran dan yang berkelayakan untuk menyambung pengajian dalam dua bidang yang ditawarkan iaitu Diploma Muamalat & Kewangan Islam Dan Diploma Dakwah & Komunikasi.
Sumbangan kepada KUIZM boleh dibuat atas nama Akademi Pendidikan Zulkifli Muhammad melalui akaun BIMB 14041010074783.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-11-2013
Calon p'raya untuk menang, tidak mesti ulamak
Harakahdaily, | 21 Nov 2013 |
SHAH ALAM: Setiap calon PAS yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya adalah calon untuk menang, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Ustaz Harun Taib.
Bercakap menjawab soalan di Muktamar Dewan Ulamak kali ke-52 di Dewan MBSA di sini hari ini, beliau berkata, oleh itu tidak menjadi isu sekalipun calon yang terpilih bertanding adalah bukan dari golongan ulamak.
"Kita buat kerja dengan dengan jujur dan ikhlas. Kalau orang rasa kita layak, sudah tentu kita akan ditonjolkan.
"Calon bukan syarat ulamak sahaja, tetapi calon yang masyarakat nak dan untuk menang," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Perwakilan dari Urusan Ulamak Ipoh Barat, Ust Norazli Musa.
Norazli ketika sesi pembentangan Laporan Tahunan Dewan Ulamak pagi ini membangkitkan persoalan berhubung ketidakseimbangan calon pilihan raya daripada golongan ulamak.
Beliau bertanyakan, apakah Lajnah Politik Dewan Ulamak ada menetapkan kuota tertentu untuk calon dari ulamak bertanding pada pilihan raya samaada calon parlimen atau Dun.
Menurut Ustaz Harun lagi, ada juga dikalangan calon itu sudah cantik dari segala segi, tetapi isterinya pula jenis tidak bergaul dengan orang ramai.
"Bila pergi ke muslimat, mereka kata kita tak kan undi calon ini sebab isteri dia jenis tak bergaul dengan orang. Jenis itu pun ada juga," jelasnya.
Mengulas lanjut, Ustaz Harun berkata, walapun dewan ulamak tidak menetapkan kuota tertentu, namun ulamak sering membuat penegasan bahawa calon dari ulamak jangan ditolak mentak-mentah.
"Maknanya jika ada colon dari ulamak, kawasan kena pertahan dan jangan ditolak mentah-mentah," katanya.
Bercakap menjawab soalan di Muktamar Dewan Ulamak kali ke-52 di Dewan MBSA di sini hari ini, beliau berkata, oleh itu tidak menjadi isu sekalipun calon yang terpilih bertanding adalah bukan dari golongan ulamak.
"Kita buat kerja dengan dengan jujur dan ikhlas. Kalau orang rasa kita layak, sudah tentu kita akan ditonjolkan.
"Calon bukan syarat ulamak sahaja, tetapi calon yang masyarakat nak dan untuk menang," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Perwakilan dari Urusan Ulamak Ipoh Barat, Ust Norazli Musa.
Norazli ketika sesi pembentangan Laporan Tahunan Dewan Ulamak pagi ini membangkitkan persoalan berhubung ketidakseimbangan calon pilihan raya daripada golongan ulamak.
Beliau bertanyakan, apakah Lajnah Politik Dewan Ulamak ada menetapkan kuota tertentu untuk calon dari ulamak bertanding pada pilihan raya samaada calon parlimen atau Dun.
Menurut Ustaz Harun lagi, ada juga dikalangan calon itu sudah cantik dari segala segi, tetapi isterinya pula jenis tidak bergaul dengan orang ramai.
"Bila pergi ke muslimat, mereka kata kita tak kan undi calon ini sebab isteri dia jenis tak bergaul dengan orang. Jenis itu pun ada juga," jelasnya.
Mengulas lanjut, Ustaz Harun berkata, walapun dewan ulamak tidak menetapkan kuota tertentu, namun ulamak sering membuat penegasan bahawa calon dari ulamak jangan ditolak mentak-mentah.
"Maknanya jika ada colon dari ulamak, kawasan kena pertahan dan jangan ditolak mentah-mentah," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-11-2013
Dewan Ulamak aktif gerak media baru
Harakahdaily, | 21 Nov 2013 |
Sebahagian perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS ke-52.
SHAH ALAM: Dewan Ulamak PAS Pusat telah menggerakkan media baru secara aktif sejak dua tahun yang lalu.
Ini kerana dakwah hari ini menuntut alim ulama sekalian bergerak lebih jauh melepasi rutin biasa dengan melihat ruang besar yang perlu diisi iaitu media baru menerusi penggunaan laman web dan laman sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain.
“Maka harapannya ia menjadi ikutan pula pada Dewan Ulamak Negeri untuk menubuhkan khusus jabatan media baru ini,” kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Datuk Ustaz Harun Taib.
Beliau juga menggesa peluang berkuasa perlu diambil untuk memperkukuhkan lagi institusi pendidikan rakyat yang diterajui oleh Ulamak Haraki PAS.
Katanya, bukan sahaja institusi yang sedia ada diperkukuhkan malah institusi pendidikan baru mesti dibina oleh alim-ulamak sama ada secara persendirian atau menerusi Urusan Ulamak Kawasan.
Menurutnya lagi, institusi pendidikan rakyat bermula di pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya pengajian tinggi menjadi aset untuk melahirkan generasi masa depan yang berakhlak dan berakademik.
“Di saat pendidikan kebangsaan lebih menumpukan pada pembinaan akademik berbanding sakhsiyah maka intitusi pendidikan rakyat selalu menjadi alternatif terbaik bagi masyarakat sekitar,” ujarnya dalam ucaptama pada Muktamar Tahunan DUPP kali ke-52 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini pagi ini.
Teks beliau dibacakan oleh timbalannya, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada muktamar yang bertemakan ‘Ulama Haraki Menangani Fasad Mengisi Kemenangan’.
Beliau menambah, institusi pendidikan rakyat bakal melahirkan insan berilmu dan bersakhsiyah tinggi dan amanah sebagai generasi masa depan yang menjadi tonggak kepada perjuangan bakal pemerintah negeri dan negara ini.
Begitu juga, ujarnya dengan institusi pendidikan peringkat negeri di bawah kerajaan perlu dibantu oleh para alim ulama dengan pelbagai idea penambahbaikan dan urus tadbir yang cemerlang.
Katanya, ia mesti dipacu dengan cemerlang dengan peningkatan bidang dan kursus yang ditawarkan sehingga akhirnya menjadi pusat ilmu Islam yang menjadi tumpuan.
Beliau juga menggesa Ulamak Haraki agar bergiat cergas dalam penulisan akademik secara personal atau secara berkumpulan di bidang politik, pengurusan dan ekonomi Islam.
Menurutnya, masyarakat memerlukan pencerahan dalam isu-isu semasa khususnya melibatkan persoalan ekonomi.
“Idea-idea pengurusan dan pembangunan negara yang terpendam dalam al-Quran dan al-hadis mesti dikemukakan kepada rakyat dalam bentuk tulisan ilmiyah dan akademik serta penghayatannya.
“Penulisan boleh mencakupi sistem politik, sistem ekonomi dan sistem sosial Islam,” katanya.
Justeru, katanya buku-buku ilmiah mesti diterbitkan secara berkala oleh Dewan Ulamak Negeri dan Pusat sementara diskusi perlu dibuat untuk merancakkan perbincangan ilmiyah.
Beliau menambah, penulisan berbentuk kertas kerja dan artikel mesti diperbanyakkan manakala seminar dan kolokium perlu dirancakkan.
Katanya kagi, kehadiran Majalah Fikrah yang telah diterbitkan oleh Lajnah Penerbitan ketika Multaqa Ulamak baru-baru ini boleh dijadikan medan mengasah bakat penulisan.
“Sebagai permulaan untuk sesi akan datang Dewan Ulamak mensasarkan penerbitan dua buah buku akademik bertajuk Pemerintahan Islam dan Perundangan Islam tulisan saya sendiri. Kedua-duanya sedang dalam proses suntingan,” ujarnya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-11-2013
Penegasan Dewan Ulamak isu batal pendaftaran PAS
Harakahdaily, | 21 Nov 2013 |
SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Datuk Ustaz Harun Taib ingin menegaskan kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang mencadangkan pendaftaran PAS dibatalkan kerana ia berasaskan agama bahawasanya PAS adalah parti yang paling sesuai dengan keadaan semasa dan masyarakat berbilang kaum dan agama.
Ini, tegasnya kerana Islam diturunkan oleh Allah kepada manusia yang berbilang bangsa dan agama.
“Kerana itu saya menyeru pimpinan Pakatan Rakyat agar menerima Islam sebagai dasar pemerintahan negara,” ujarnya dalam ucaptama pada Muktamar Tahunan DUPP kali ke-52 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini pagi ini.
Teks beliau dibacakan oleh timbalannya, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada muktamar yang bertemakan ‘Ulama Haraki Menangani Fasad Mengisi Kemenangan’.
Tambah beliau, tahaluf siyasi bertujuan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam dan menjelaskan bahawa Islam adalah penyelesaian terbaik untuk masalah manusia.
Pada kesempatan muktamar ini juga, beliau berhasrat merungkaikan kesamaran dan kekeliruan yang dilemparkan kepada DUPP yang perlu dihentikan.
Katanya, apabila DUPP menjelaskan hadis tentang ulama sebagi pewaris Nabi, ia tidak bermaksud ulama mengangkat diri dan mendabik dada tetapi merupakan penyataan tentang tugas dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh ulama sebagai pewaris tugasan Nabi s.a.w.
Beliau menjelaskan, apabila DUPP bercakap tentang kepimpinan ulama, ia tidak bermaksud ulama tamak untuk menjadi pemimpin tetapi ia adalah penegasan bagi apa yang ada dalam perlembagaan PAS yang meletakkan al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas sebagai sumber rujukan.
“Keempat-empat sumber ini hanya boleh dihurai dan dijelaskan oleh para alim ulama. Maka hendaklah mengambil pengajaran oleh orang-orang yang berakal,” ujarnya.
Ini, tegasnya kerana Islam diturunkan oleh Allah kepada manusia yang berbilang bangsa dan agama.
“Kerana itu saya menyeru pimpinan Pakatan Rakyat agar menerima Islam sebagai dasar pemerintahan negara,” ujarnya dalam ucaptama pada Muktamar Tahunan DUPP kali ke-52 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini pagi ini.
Teks beliau dibacakan oleh timbalannya, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada muktamar yang bertemakan ‘Ulama Haraki Menangani Fasad Mengisi Kemenangan’.
Tambah beliau, tahaluf siyasi bertujuan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam dan menjelaskan bahawa Islam adalah penyelesaian terbaik untuk masalah manusia.
Pada kesempatan muktamar ini juga, beliau berhasrat merungkaikan kesamaran dan kekeliruan yang dilemparkan kepada DUPP yang perlu dihentikan.
Katanya, apabila DUPP menjelaskan hadis tentang ulama sebagi pewaris Nabi, ia tidak bermaksud ulama mengangkat diri dan mendabik dada tetapi merupakan penyataan tentang tugas dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh ulama sebagai pewaris tugasan Nabi s.a.w.
Beliau menjelaskan, apabila DUPP bercakap tentang kepimpinan ulama, ia tidak bermaksud ulama tamak untuk menjadi pemimpin tetapi ia adalah penegasan bagi apa yang ada dalam perlembagaan PAS yang meletakkan al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas sebagai sumber rujukan.
“Keempat-empat sumber ini hanya boleh dihurai dan dijelaskan oleh para alim ulama. Maka hendaklah mengambil pengajaran oleh orang-orang yang berakal,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-11-2013
Syiah adalah Ahlul Bid'ah dan pelampaunya adalah kufur
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, | 07 Okt 2013 |
Pendirian saya tentang Syiah adalah jelas sejak dahulu hingga sekarang bahawa
1. Syiah merupakan satu aliran mazhab yang bercanggah dengan ahlu sunnah wal jamaah.
2. Pelampau Syiah boleh membawa kekufuran seperti mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi saw dan melampau dalam mengagongkan Ali r.a.
3. Atas kecelaruan dan kesesatan fahaman Syiah, ia tidak wajar dibiarkan tersebar di Malaysia. Pihak berkuasa perlu bertindak menurut lunas undang-undang bagi menyekat penyebaran fahaman ini
4. Penjelasan tentang ajaran dan kesesatan Syiah mesti sentiasa dilakukan supaya tidak ada kalangan ahli sunnah wal jamaah yang terpengaruh sama ada pada pemikirannya atau pada fiqhnya yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadis.
5. PAS sebagai gerakan Islam yang berpegang dengan fahaman ahli sunnah waljamaah tidak membolehkan ahlinya berfahaman Syiah.
* Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat
1. Syiah merupakan satu aliran mazhab yang bercanggah dengan ahlu sunnah wal jamaah.
2. Pelampau Syiah boleh membawa kekufuran seperti mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi saw dan melampau dalam mengagongkan Ali r.a.
3. Atas kecelaruan dan kesesatan fahaman Syiah, ia tidak wajar dibiarkan tersebar di Malaysia. Pihak berkuasa perlu bertindak menurut lunas undang-undang bagi menyekat penyebaran fahaman ini
4. Penjelasan tentang ajaran dan kesesatan Syiah mesti sentiasa dilakukan supaya tidak ada kalangan ahli sunnah wal jamaah yang terpengaruh sama ada pada pemikirannya atau pada fiqhnya yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadis.
5. PAS sebagai gerakan Islam yang berpegang dengan fahaman ahli sunnah waljamaah tidak membolehkan ahlinya berfahaman Syiah.
* Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-10-2013
Kaji Tahaluf Siyasi: Sisi retrospektif pacu kemenangan
Dr. Zahari Aripin, | 24 Sep 2013 |
Resolusi Multaqa Ulama mutakhir ini menghangatkan ruang politik tanah air dan bakal mengubah landskap politik apabila terma ‘Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula’ menjadi bualan hangat di semua peringkat terutama di arus media baru. Pelbagai pentafsiran dibuat atas kefahaman masing-masing, sama ada secara literal, kontekstual, istiqra’ (induktif) dan seumpamanya. Namun, kesemuanya memerlukan satu kefahaman yang jelas berpaksikan asas prinsip Islam dalam meletakkan dasar Al-Quran dan As-Sunnah memandu politik yang murni dan adil.
Sudah pasti, ‘mutual consent’ yang boleh kita letak ialah memastikan Islam tetap diletakkan sebagai asas gerak kerja, kerana sifat Islam itu menjadi rahmat kepada sekalian alam, bukan sahaja kepada umat Islam (Al-Anbia:107). Selain itu, politik Islam meletakkan konsep ‘Islah’ (perubahan ke arah kebaikan) yang menjadi prinsip gerakan Islam di sepanjang zaman, bahkan Al-Quran menyebut berkaitan dengan ISLAH sebanyak 44 kali menerusi 38 ayat dan 16 surah. Sama ada ISLAH ini berlaku dari dalam ataupun luar, bahkan ISLAH juga perlu dititikberatkan diantara hubungan vertical (hubungan dengan Allah) mahupun horizontal (hubungan dengan manusia).
Di atas pandangan universal ini, sepatutnya setiap insan terutamanya pengislah di dalam gerakan PAS melihat daripada kaca mata yang bersifat konstruktif, ditambah dengan pandangan retrospektif perjuangan nabi Muhammad SAW, para sahabat, dan mereka yang dijanjikan dengan kebaikan dalam memacu serta menggerakkan politik Islam.
Maka, sedarlah bahawa perjuangan hari ini telah kehilangan 'key factor' yang menjadi asbab kegemilangan Islam terdahulu, yakni kekuatan spiritual/ruhiyah umat Islam.
Saat di awal pentadbiran politik di dalam Perang Badar Al-Kubra, yang menunjukkan kekuatan fizikal yang tersangat kurang, persenjataan yang sedikit, namun Nabi SAW meletakkan asas spiritual yang sangat kukuh, sehingga meraih pertolongan Allah SWT, sepertimana yang dinukilkan di dalam Al-Quran: (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) malaikat yang datang berturut-turut. (Al-Anfal: 9)
Bahkan dalam ayat yang lain, dengan berkat kesabaran dan ketakwaan tentera Badr, Allah SWT memperkenankan doa mereka dan menambahkan lagi pertolongan:
(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): Tidakkah cukup bagi kamu bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera daripada malaikat yang diturunkan?. Bahkan jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. (Ali-Imran: 124-125)
Begitulah selanjutnya dalam siri kegemilangan Islam sehingga zaman para sahabat. Selepas itu muncul pejuang2 Islam seperti Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, dan ramai lagi yang boleh dijadikan argument konkrit bagaimana soal spiritual ini menjadi asas utama yang sering diabaikan mutakhir ini terutama ketika berjuang di medan demokrasi sehingga ada di kalangan orang-orang Islam yang hanya mengharapkan undi terbanyak kerana bayangan kejahilan dan keegoan yang menutup ruang-ruang pertolongan Allah SWT.
Dengan kaedah mengambil ibrah di atas umum ayat/peristiwa, bukan kerana sebab khusus (diturunkan) maka penyertaan gerakan Islam seperti PAS dalam sistem demokrasi yang menjadikan undi kepada penentu kemenangan juga mesti diyakini ianya masih terikat dengan kekuatan spiritual. Saranan resolusi Multaqa Ulamak Se-Malaysia untuk menyemak kembali Tahalluf Syiasi dengan rakan-rakan pakatan rakyat amat menepati saranan Al-Quran dan As-Sunnah supaya perjuangan Islam tidak menggadaikan prinsip-prinsip asas kepada perjuangan untuk menegakkan Islam.
Tanpa menafikan faktor yang lain, elemen ini perlu ditekankan kembali dengan nasihat dan praktikal yang berterusan supaya gerakan yang mendokong Islam sentiasa memimpin dunia dalam arus kebangkitan pada masa ini. Kerana itu, ulama’ haraki di dalam PAS memainkan peranan yang sangat penting lantas menepati ciri-ciri kumpulan yang telah Allah SWT sebutkan di dalam Al-Quran: Hendaklah diantara golongan berjuang itu ada sebahagian yang mendalami ilmu agama (tafaquh fiddin), dan memberikan peringatan kepada kaum mereka apabila pulang kepadanya semoga mereka memperoleh peringatan. (At-Taubah: 122)
Peringatan daripada Dewan Ulamak PAS Pusat berkaitan dengan Tahaluf Siyasi yang diberikan merupakan kritikan dalam memastikan usaha ISLAH politik negara akan lebih berkesan, tanpa menghadapi permasalahan dalaman yang merosakkan rencana siyasatul dakwah ini. Atas nama apa sekalipun, setiap sendi perlu memastikan Islam tetap menjadi asas pengislahan ummat.
Demokrasi yang didokong menjadi wasilah kepada kerana dakwah Islamiah di Malaysia ini perlu dijadikan matlamat utama, sebaliknya perkara yang lain termasuklah Tahalluf Siyasi hanya bersifat mutaghayyirat (fleksibel) yang boleh dikritik, diubah, disemak, selagi mendatangkan mashalah kepada Islam.
Majlis Syura Ulamak telah menggariskan 6 syarat penting bagi membolehkan PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama-sama dengan rakan-rakan pakatan yang lain. Tahalluf Syiasi itu dibenarkan di dalam PAS adalah datang melalui perbincangan ulama, justeru tidak menjadi konflik bagi ulama haraki PAS untuk bersuara bagi memberi peringatan berkaitan hal ini dan mengembalikan kepada ulama untuk menyemaknya kembali.
Kedudukan ulama umpama kuih yang sedang dimasak dalam periuk belanga. Api yang membakar di bawahnya ialah karenah keluhan rakyat. Bahang dari atas pula ialah harapan penguasa yang inginkan rakyat diinsafkan. Berat ke atas hilanglah sokongan rakyat, berat ke bawah putuslah hubungan dengan penguasa. TAQWA menjadi penyelesaian untuk ulama keluar daripada kesulitan supaya berhasil dalam mempertemu, mempertaut serta menserasikan antara rakyat dan penguasa.
Penulis ialah Ketua Majlis Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Sumber HD - 24-9-2013
Tahaluf Siyasi : Jauhkan sensasi dan kontroversi
Muhammad Ismi Mat Taib , | 23 Sep 2013 |
Resolusi Multaqa' Ulama' Se-Malaysia yang mahu mengkaji tahalluf siyasi perlu dijauhkan dari sensasi dan kontroversi kononnya para ulamak PAS mahu menamatkan kerjasama dengan PKR dan DAP apatah lagi untuk duduk semeja dengan UMNO.
Resolusi ini adalah bersifat cadangan dan penegasan untuk memastikan gerak kerja PAS dalam mendapatkan kuasa politik adalah berlandaskan panduan yang telah ditentukan oleh Majlis Syura Ulama' dan tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Cadangan ini bukanlah dilontar secara semborono oleh perwakilan multaqa' sehingga ia diangkat sebagai resolusi. Terdapat beberapa 'problem statements' dan 'trigger factors' yang melatari perbahasan seputar isu tahalluf siyasi di multaqa' yang lalu.
Antaranya ialah:
1. Perundingan kerusi dalam kalangan parti komponen PR yang tidak memberi lebih nilai kepada pengukuhan kedudukan dan pengaruh PAS dalam PR.
2. Terdapat ahli PAS yang menukar keahlian dan bertanding atas tiket PKR.
3. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang tidak memberi tsiqah dan wala' kepada kepimpinan jamaah bahkan lebih mematuhi keputusan dan arahan orang luar PAS.
4. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang keluar dari skop fikrah Islam dan ada juga yang berbaur fahaman pluralisme dan liberalisme.
5. Kemerosotan sokongan dan undi Melayu terhadap PAS berbanding PRU12 yang merupakan era sebelum wujudnya PR.
Tempoh 5 tahun tahalluf siyasi berlangsung adalah tempoh yang ideal untuk membuat penilaian prestasi terhadap strategi ini. Ia adalah normal bagi sesebuah organisasi untuk mengadakan audit bagi setiap strategi yang telah dilakukan.
Malangnya terdapat sebahagian ahli dan pimpinan PAS tidak cermat dalam memberikan respon dan komentar terhadap resolusi ini sehinggakan keluar dari skop asal cadangan dan bersalahan pula dengan akhlak serta adab berjamaah. Ia mungkin kerana kekurangan maklumat atau mendapat informasi yang silap atau juga kerana ada individu atau pihak tertentu yang tidak senang duduk dan panas punggung dengan isu ini.
Secara peribadi, saya menghormati dan bersetuju dengan keputusan dan pandangan yang diumumkan oleh Presiden PAS bahawa PAS mendapat banyak manfaat daripada tahalluf siyasi dan langkah-langkah tertentu perlu dibuat untuk penambahbaikkan tahalluf siyasi. Saya juga mengalu-alukan kenyataan Ustaz Nik Zawawi Salleh yang memaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama' akan meneliti resolusi itu.
Apa yang paling penting ialah ahli-ahli PAS perlu sedar dan faham bahawa tahalluf siyasi adalah buah fikir dan gagasan para ulamak kita dan cadangan mengkajinya juga adalah daripada para ulamak kita. Berilah kepercayaan kepada para ulamak kita untuk memimpin kita, sokong dan bantulah mereka. InshaAllah kita semua akan mendapat kebaikan di dunia dan kebahagian di akhirat.
* Penulis adalah Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
Resolusi ini adalah bersifat cadangan dan penegasan untuk memastikan gerak kerja PAS dalam mendapatkan kuasa politik adalah berlandaskan panduan yang telah ditentukan oleh Majlis Syura Ulama' dan tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Cadangan ini bukanlah dilontar secara semborono oleh perwakilan multaqa' sehingga ia diangkat sebagai resolusi. Terdapat beberapa 'problem statements' dan 'trigger factors' yang melatari perbahasan seputar isu tahalluf siyasi di multaqa' yang lalu.
Antaranya ialah:
1. Perundingan kerusi dalam kalangan parti komponen PR yang tidak memberi lebih nilai kepada pengukuhan kedudukan dan pengaruh PAS dalam PR.
2. Terdapat ahli PAS yang menukar keahlian dan bertanding atas tiket PKR.
3. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang tidak memberi tsiqah dan wala' kepada kepimpinan jamaah bahkan lebih mematuhi keputusan dan arahan orang luar PAS.
4. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang keluar dari skop fikrah Islam dan ada juga yang berbaur fahaman pluralisme dan liberalisme.
5. Kemerosotan sokongan dan undi Melayu terhadap PAS berbanding PRU12 yang merupakan era sebelum wujudnya PR.
Tempoh 5 tahun tahalluf siyasi berlangsung adalah tempoh yang ideal untuk membuat penilaian prestasi terhadap strategi ini. Ia adalah normal bagi sesebuah organisasi untuk mengadakan audit bagi setiap strategi yang telah dilakukan.
Malangnya terdapat sebahagian ahli dan pimpinan PAS tidak cermat dalam memberikan respon dan komentar terhadap resolusi ini sehinggakan keluar dari skop asal cadangan dan bersalahan pula dengan akhlak serta adab berjamaah. Ia mungkin kerana kekurangan maklumat atau mendapat informasi yang silap atau juga kerana ada individu atau pihak tertentu yang tidak senang duduk dan panas punggung dengan isu ini.
Secara peribadi, saya menghormati dan bersetuju dengan keputusan dan pandangan yang diumumkan oleh Presiden PAS bahawa PAS mendapat banyak manfaat daripada tahalluf siyasi dan langkah-langkah tertentu perlu dibuat untuk penambahbaikkan tahalluf siyasi. Saya juga mengalu-alukan kenyataan Ustaz Nik Zawawi Salleh yang memaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama' akan meneliti resolusi itu.
Apa yang paling penting ialah ahli-ahli PAS perlu sedar dan faham bahawa tahalluf siyasi adalah buah fikir dan gagasan para ulamak kita dan cadangan mengkajinya juga adalah daripada para ulamak kita. Berilah kepercayaan kepada para ulamak kita untuk memimpin kita, sokong dan bantulah mereka. InshaAllah kita semua akan mendapat kebaikan di dunia dan kebahagian di akhirat.
* Penulis adalah Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-9-2023
Ulamak bukan jenama eksklusif, penjelasan ilmiah
Abd Wahab Dawam, |
Dengan tajuk Ulamak Bukan Jenama Eksklusif, Setiausaha DUPP telah berjaya memaparkan 20 perkara yang berkaitan dengan ulamak dan kepimpinan. Ia merupakan penjelasan ilmiah secara beradab tentang kritikan keputusan Multaqa Ulamak yang baru berakhir.
Sesuai dengan PAS di era kepimpinan ulamak, maka amat wajar ulamak ke depan membuat penampilan tanpa rasa takut dan tanpa dipengaruhi kepentingan politik semata-mata.
Para ilmuan Islam dalam jamaah PAS selama ini seperti tidak senang dengan apa yang berlaku dalam parti. Maka mereka bersuara demi menegakkan kebenaran Islam sesuai dengan PAS sebagai Parti Islam Se-Malaysia.
Buat kata Mustafa Masyhur, di antara penyelewengan dalam jamaah Islam ialah mementingkan kaedah politik lebih dari syariat. Tok Guru Nik Aziz pada suatu ketika dahulu pernah berkata bahawa PAS hidup dengan majlis ilmu. Maka dalam apa jua hal, PAS mesti berpandukan ilmu Islam dalam menjalani liku-liku perjuangannya untuk mendapatkan keredhaan Allah lebih dari keredhaan manusia mengikut akal fikir politik.
Jangan ada hendaknya pengikut juga pemimpin yang berjuang berpandukan kepentingan politik semata-mata. Dan takut kedudukan mereka hilang kerana mereka berjuang tetapi tidak pernah hadir dalam majlis ilmu. PAS mesti genuine sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Sesuai dengan PAS di era kepimpinan ulamak, maka amat wajar ulamak ke depan membuat penampilan tanpa rasa takut dan tanpa dipengaruhi kepentingan politik semata-mata.
Para ilmuan Islam dalam jamaah PAS selama ini seperti tidak senang dengan apa yang berlaku dalam parti. Maka mereka bersuara demi menegakkan kebenaran Islam sesuai dengan PAS sebagai Parti Islam Se-Malaysia.
Buat kata Mustafa Masyhur, di antara penyelewengan dalam jamaah Islam ialah mementingkan kaedah politik lebih dari syariat. Tok Guru Nik Aziz pada suatu ketika dahulu pernah berkata bahawa PAS hidup dengan majlis ilmu. Maka dalam apa jua hal, PAS mesti berpandukan ilmu Islam dalam menjalani liku-liku perjuangannya untuk mendapatkan keredhaan Allah lebih dari keredhaan manusia mengikut akal fikir politik.
Jangan ada hendaknya pengikut juga pemimpin yang berjuang berpandukan kepentingan politik semata-mata. Dan takut kedudukan mereka hilang kerana mereka berjuang tetapi tidak pernah hadir dalam majlis ilmu. PAS mesti genuine sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-9-2013
Malaysia masih perlu ‘merdeka’ daripada Umno
Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib, | 04 Sep 2013 |
Sememangnya Malaysia sudah merdeka, tapi masih perlu bebas daripada Umno BN. Sejarah menceritakan segala-galanya. Jika sejarah diteliti, kita akan dapati bahawa Umno BN ini sebenarnya bukanlah parti orang Melayu, tetapi Parti British berbangsa Melayu. Orang-orang Melayu diperalat untuk kepentingan “pewaris” takhta penjajah ini.
Mereka gagal mempertahankan kepentingan orang Malayu. Perlembagaan yang kita guna pada hari ini, segala akta draconian yang dilaksanakan, sebenarnya adalah antara warisan penjajah yang sangat hebat dipertahankan oleh Umno BN. Tulisan jawi dihapuskan, Bahasa Inggeris dimartabatkan, malah terus-menerus diam dalam menyatakan ketegasan terhadap isu Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Mesir.
Hari ini, seluruh rakyat Malaysia perlu bangkit untuk satu lagi perjuangan kebebasan, iaitu perjuangan membebaskan Malaysia daripada Umno BN. Mereka adalah petualang di muka bumi ini. Rakyat dizalimi dan ditindas. Paling ketara, maruah rakyat tergadai dek RM500, sedang kepahitan yang ditanggung adalah 5 tahun lamanya. Selama 55 tahun merdeka, nilai kepentingan rakyat di sisi Umno BN hanyalah RM500, itupun digula-gulakan.
Hakikatnya, penderitaan yang dialami oleh rakyat sudah lama bermula. Kini, ianya semakin bertambah. Kenaikan harga barang, pelbagai cukai dikenakan kepada rakyat bahkan hak untuk mendapatkan biasiswa kini menjadi punca utama anak muda berdepan dengan risiko muflis.
Sistem pendidikan negara kucar-kacir, bermula dengan penghapusan tulisan jawi (tulisan asal bahasa ibunda), memartabatkan Bahasa Penjajah, kini dengan pelbagai sistem yang karut menyebabkan potensi anak-anak merosot dan membimbangkan. Tidak kurang, tumbuh pula bagai cendawan pusat perniagaan ilmu, iaitu universiti yang hanya memikirkan tentang keuntungan.
Terbaru, kenaikan harga minyak yang mendadak, sebanyak 20 sen seliter. Jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Automotive Association, pada 2010 ialah sebanyak 536,905 buah kenderaan. Jika diambil purata setiap kenderaan (termasuk kenderaan berat) menggunakan hanya 10 liter sehari, maka jumlah kenaikan harga minyak ini mencecah RM1 juta sehari.
Kenaikan harga minyak bukanlah isu utama yang membangkitkan kemarahan rakyat, namun isu utama yang sebenar ialah kelemahan dan kegagalan urus tadbir negara yang sangat membimbangkan. Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik, dalam masa yang sama Malaysia juga gagal mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
Pelbagai sektor utama seperti penyelidikan dan pendidikan tidak diberikan bantuan secukupnya, sedangkan syarikat-syarikat besar tempatan dan luar negara dipelihara dengan sebaiknya, sehingga ada yang dikecualikan cukai selama 10 tahun.
Atas alasan apakah, rakyat Malaysia perlu menanggung beban hutang lebih setengah trilion akibat sifat boros dan kegagalan urustadbir Umno BN? Atas alasan apakah, rakyat terpaksa menanggung beban inflasi sedang pemimpin Kerajaan terus-menerus meningkatkan beban hutang Negara.
Tidak cukup dengan isu ekonomi, perpaduan Nasional juga teruk terjejas disebabkan oleh sentiment kebangsaan yang sangat tebal dalam Umno BN. Sejak Negara masih belum merdeka lagi, kita sudah pun menerima kaum cina dan india sebagai jiran.
Mengapakah tempoh yang begini lama masih belum dapat membuang prejudis dan prasangka antara kaum dan agama di Malaysia? Muncul pula filem “Tanda Putera”, seolah ingin menanam sejarah palsu yang hanya akan memanjangkan sengketa?
Jadilah kita bangsa Malaysia yang benar-benar merdeka, akal, jiwa, akal dan raga. Sudah sampai masanya kita bebaskan Malaysia daripada cengkaman Umno BN yang sama sekali tidak pernah simpati dengan nasib rakyat. Ayuh bangkit, selamatkan Malaysia!
Penulis ialah Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-9-2013
Pendirian tegas jika M'sia benar-benar Merdeka
Harakahdaily, | 02 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak perlu menyatakan pendirian yang tegas dalam isu kezaliman yang menimpa rakyat Mesir untuk membuktikan bahawa Malaysia benar-benar bebas daripada penjajahan.
Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, sebagai sebuah negara Merdeka Malaysia sewajarnya berani menyatakan pendirian tanpa perlu takut kepada mana-mana pihak.
"Apalah ertinya kita mencapai umur kemerdekaan yang ke-56, jika kita tidak mampu bersuara dan menyatakan pendirian sendiri dengan yakin dan berkesan?
"Sebagai Kerajaan yang berdaulat, Malaysia seharusnya mengambil langkah proaktif untuk membantu menyelesaikan konflik yang berlarutan di negara itu," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau lagi, perdana menteri perlu sedar, bahawa isu Mesir adalah isu sejagat, lebih-lebih lagi umat Islam di Mesir adalah saudara seagamanya.
Malaysia juga katanya, perlu berasa bersalah dan malu kerana tiada tindakan yang berkesan dan signifikan yang telah kita lakukan sebagai tanda prihatin kita terhadap nasib rakyat Mesir, khususnya umat Islam.
"Jika kita mendabik dada, kononnya Malaysia negara Islam contoh, maka inilah masa yang tepat untuk membuktikan kata-kata tersebut.
"Keamanan dan kemerdekaan bukanlah sekadar nikmat dan anugerah yang perlu disyukuri, bahkan ianya adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dipelihara serta dilaksanakan sebaik mungkin.
"Sebagaimana kita gembira dan berbangga dengan kemerdekaan, keamanan dan keharmonian yang kita kecapi, seperti itulah rakyat Mesir mahukan kemerdekaan, keamanan dan keharmonian untuk negara mereka," katanya.
Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, sebagai sebuah negara Merdeka Malaysia sewajarnya berani menyatakan pendirian tanpa perlu takut kepada mana-mana pihak.
"Apalah ertinya kita mencapai umur kemerdekaan yang ke-56, jika kita tidak mampu bersuara dan menyatakan pendirian sendiri dengan yakin dan berkesan?
"Sebagai Kerajaan yang berdaulat, Malaysia seharusnya mengambil langkah proaktif untuk membantu menyelesaikan konflik yang berlarutan di negara itu," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau lagi, perdana menteri perlu sedar, bahawa isu Mesir adalah isu sejagat, lebih-lebih lagi umat Islam di Mesir adalah saudara seagamanya.
Malaysia juga katanya, perlu berasa bersalah dan malu kerana tiada tindakan yang berkesan dan signifikan yang telah kita lakukan sebagai tanda prihatin kita terhadap nasib rakyat Mesir, khususnya umat Islam.
"Jika kita mendabik dada, kononnya Malaysia negara Islam contoh, maka inilah masa yang tepat untuk membuktikan kata-kata tersebut.
"Keamanan dan kemerdekaan bukanlah sekadar nikmat dan anugerah yang perlu disyukuri, bahkan ianya adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dipelihara serta dilaksanakan sebaik mungkin.
"Sebagaimana kita gembira dan berbangga dengan kemerdekaan, keamanan dan keharmonian yang kita kecapi, seperti itulah rakyat Mesir mahukan kemerdekaan, keamanan dan keharmonian untuk negara mereka," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-9-2013
PAS anjur Multaqa Ulama Se-Malaysia 14 Sept
Harakahdaily, | 27 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat akan mengadakan Multaqa Ulamak Se-Malaysia di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada 14 September bermula 8.00 pagi hingga 12.00 malam.
Pengarah Multaqa, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (gambar) berkata, program tersebut bakal menghimpunkan para ulama PAS di semua peringkat dari seluruh tanah air bagi memperkasakan peranan ulama dalam mengaktifkan diri kepada masyarakat.
Katanya lagi, multaqa itu penting untuk penyatukan fikrah, kefahaman dan tindakan para ulama ke arah yang lebih tersusun dan bersistematik.
“Multaqa ini akan memberi suntikan semangat kepada ulama pelapis dalam memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan ulama yang terdahulu yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah,” ujarnya yang juga Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
Katanya, konsep Multaqa Ulamak kali ini ialah ucaptama, pembentangan kertas kerja, taujihat pemimpin dan wacana dengan tajuk-tajuk semasa yang pastinya menarik perhatian semua dan kemuncaknya ceramah perdana pada sebelah malam.
Menurutnya, multaqa ini mensasarkan kehadiran semua peringkat dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulamak PAS, ahli-ahli jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat, AJK Kerja Ulamak PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan, seluruh ulamak kawasan, ahli Dewan Ulamak PAS, tuan-tuan guru pondok, Mudir-Mudir Sekolah Agama Rakyat serta alumni lepasan Pengajian Islam dalam dan luar negara serta seluruh lapisan masyarakat sebagai pemerhati.
Katanya lagi, Datuk Dr. Haron Din selaku Timbalan Mursyidul Am PAS akan merasmikan pembukaan Multaqa Ulamak dan majlis penutup akan dilakukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau menambah, antara yang akan turut memberikan pengisian dalam Multaqa Ulamak kali ini ialah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaaob, Datuk Dr Mahfuz Mohammad dan Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh.
Pengarah Multaqa, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (gambar) berkata, program tersebut bakal menghimpunkan para ulama PAS di semua peringkat dari seluruh tanah air bagi memperkasakan peranan ulama dalam mengaktifkan diri kepada masyarakat.
Katanya lagi, multaqa itu penting untuk penyatukan fikrah, kefahaman dan tindakan para ulama ke arah yang lebih tersusun dan bersistematik.
“Multaqa ini akan memberi suntikan semangat kepada ulama pelapis dalam memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan ulama yang terdahulu yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah,” ujarnya yang juga Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
Katanya, konsep Multaqa Ulamak kali ini ialah ucaptama, pembentangan kertas kerja, taujihat pemimpin dan wacana dengan tajuk-tajuk semasa yang pastinya menarik perhatian semua dan kemuncaknya ceramah perdana pada sebelah malam.
Menurutnya, multaqa ini mensasarkan kehadiran semua peringkat dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulamak PAS, ahli-ahli jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat, AJK Kerja Ulamak PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan, seluruh ulamak kawasan, ahli Dewan Ulamak PAS, tuan-tuan guru pondok, Mudir-Mudir Sekolah Agama Rakyat serta alumni lepasan Pengajian Islam dalam dan luar negara serta seluruh lapisan masyarakat sebagai pemerhati.
Katanya lagi, Datuk Dr. Haron Din selaku Timbalan Mursyidul Am PAS akan merasmikan pembukaan Multaqa Ulamak dan majlis penutup akan dilakukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau menambah, antara yang akan turut memberikan pengisian dalam Multaqa Ulamak kali ini ialah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaaob, Datuk Dr Mahfuz Mohammad dan Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Ssumber HD - 27-8-2013
Kutbah Idulfitri 1434H - http://www.youtube.com/watch?v=50B6GfeoelA
Ulamak haraki dicemuh dan difitnah
., | 28 Jul 2013 |
Ulamak adalah orang yang memenuhi 2 syarat iaitu:
1-Mempunyai pengetahuan tinggi tentang agama, mampu merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, dan
2-Mempunyai ketaqwaan kpd Allah s.w.t .
Mereka hidup dengan mewakafkan diri untuk kerja dakwah menyedarkan ummat menerusi surau masjid dan pelbagai medium. Apabila golongan berilmu dan bertaqwa ini menjadi sasaran kritikan dan penghinaan maka bermulalah siri-siri kerosakan umat. Amat malang jika ia berlaku di kalangan mereka yang menobatkan dirinya sebagai pejuang Islam dalam gerakan Islam.
Adakah kesedaran yang mereka dapat hasil usaha sendiri tanpa menerusi ulamak yang memberikan pencerahan dan ilmu kesedaran?
Inilah bibit kerosakan dalam gerakan Islam. Kalau dulu parti nasional yang memperkecil dan menghina ulamak namun sekarang suara-suara yang menasabkan mereka sebagai ahli gerakan Islam pula yang meniru aksi mereka. Adakah ini kejayaan musuh meresap masuk ke dalam saf gerakan Islam?
Serangan dibuat secara umum terhadap ulamak kononnya tidak turun ke padang untuk berdakwah, tiada daya kepimpinan dan tidak kompeten serta berselindung di bawah jubah ulamak untuk menjadi pemimpin.
Fitnah-fitnah seumpama ini sangat jahat, sedangkan secara realitinya ulamak-ulamak ini turun bersama masyarakat di waktu pagi dan petang dengan puluhan program dakwah 7 hari seminggu untuk bergerak menyampaikan Islam di pelbagai medium tanpa meminta secara peribadi untuk menjadi pemimpin. Di kala sebahagian kita sibuk dengan mencari nafkah, para ulamak turun berdakwah sama ada dengan imbalan dunia sebagai nafkah harian atau tanpa habuan hanya meletakkan Allah sebagai pergantungan rezeki.
Lidah mereka seharian basah dengan zikir dan ayat-ayat Allah. Malam-malam mereka dipenuhi dengan munajat kepada Allah. Berhati-hatilah dengan fitnah yang sedang dinyalakan oleh mereka yang bertopengkan aktivis dakwah tanpa ilmu dan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Nabi saw bersabda dalam hadis sahih: من عادى لي وليا فقد آذنته بالحرب
"Sesiapa yang memusuhi waliku (orang yang hampir dengan-Ku) maka Aku isytiharkan perang terhadap mereka".
YB Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-7-2013
Rampasan kuasa tentera Mesir merobek demokrasi
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, | 07 Jul 2013 |
4 Julai 2013 mencatatkan sejarah hitam bagi sejarah demokrasi dunia moden apabila tentera Mesir bertindak merampas kuasa daripada seorang presiden negara yang dipilih secara demokrasi seterusnya menggantung perlembagaan negara Mesir.
Untuk menjustifikasikan tindakan tidak demoratik mereka, tentera Mesir dari awal lagi cuba mengelabui mata antarabangsa dengan 3 tindakan.
Pertamanya, tentera Mesir cuba menggambarkan bahawa tindakan mereka merampas kuasa adalah demi menunaikan kewajipan bernegara dan bukan kerana bermotifkan politik. Justifikasi ini sangat penting kerana tindakan mereka merampas kuasa terhadap kerajaan yang sah dipilih secara demokrasi adalah salah di mata dunia. Ia juga bertujuan mengelakkan Mesir dari disekat bantuan ekonomi oleh negara-negara Eropah dan Amerika.
Kedua, melantik orang awam menjadi Presiden sementara Mesir.
Rampasan kuasa oleh tentera bukanlah cara yang sah untuk mendapat kuasa. Namun sejarah dunia moden menunjukkan banyak kerajaan baru dibentuk menerusi rampasan kuasa oleh tentera seperti pernah berlaku di Libya, Syria, Iraq dan Pakistan. Selalunya Pemerintah tentera melantik jeneralnya sebagai pemerintah baru negara seterusnya berlakulah siri pemerintah autokrasi yang tidak demokratik. Namun, tentera mesir dilihat cuba bertindak bijak apabila tidak melantik jeneralnya yang merampas kuasa sebagai pemerintah sementara. Sebaliknya tentera melantik seorang awam yang mempunyai latar belakang perjawatan kerajaan sebagai presiden sementara iaitu seorang hakim mahkamah.
Meskipun begitu tindakan mereka gagal mendapatkan sokongan bulat negara-negara besar dunia kerana hakikatnya ia merupakan perancangan jahat terhadap sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi. Hari ini 4 buah negara besar barat iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jerman mula mempertikaikan tindakan rampasan kuasa ini kerana ia bercanggah dengan demokrasi yang mereka perjuangkan.
Ketiga, tentera menjanjikan pilihanraya umum terdekat bagi memilih presiden baru.
Namun, Janji manis tentera untuk mengadakan pilihanraya umum dalam masa terdekat tidak mampu mengelabui mata masyarakat antarabangsa. Sebabnya ialah untuk apa dibuat pilihanraya baru sedangkan kerajaan Dr Morsi adalah terpilih menerusi pilihanraya bersih yang sangat demokratik. Tidak ada justifikasi yang kuat untuk tindakan tentera melainkan sekadar memuaskan keinginan pihak tertentu yang inginkan kuasa di kalangan pembangkang Mesir. Tentera hanyalah alat kepada golongan sekular dan liberal yang mencari jalan menjatuhkan kerajaan Ikhwan Muslimin ini atau rakan kongsi strategik yang mempunyai kepentingan politik tersendiri. Jeneral Abas Sisi apabila dilantik menjadi menteri pertahanan oleh kerajaan Dr Morsi, maka beliau juga telah menjadi orang politik. Tanpa dilandasi iman dalam berpolitik seorang ahli politik akan bertindak apa sahaja. Dalam bahasa demokrasi digunakan istilah "binatang politik" (animal ????) Yang akhirnya bertindak menghalalkan apa sahaja cara demi kelangsungan cita-cita politik.
Dalam isu Mesir perspektif negatif rampasan kuasa oleh tentera bertambah negatif kerana ia dilakukan terhadap sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi menerusi pilihanraya yang diiktiraf sebagai bersih. Justeru, tindakan tentera mula menjadi bahan pertikaian dunia barat yang mengagongkan demokrasi. Dunia barat mungkin tidak bersetuju dengan Dr Morsi kerana beliau datang dari sebuah parti Islam. Namun tindakan merampas kuasa kerajaan yang dipilh secara demokrasi merosakkan demokrasi yang mereka perjuangkan.
Tindakan kerajaan Turki yang dipimpin oleh Erdogan menolak tindakan jahat tentera sangat bijak dari sudut politiknya. Ini kerana Turki juga berhadapan dengan usaha menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi menerusi demonstrasi awam yang ditaja oleh pembangkang daripada golongan sekular dan liberal. Dan tidak pelik jika tentera Turki juga campur tangan sepertimana dilakukan oleh tentera mesir dengan hujah kerajaan Erdogan cuba mencanggahi inspirasi perlembagaan sekular yang diasaskan oleh Kamal Atartuk. Namun, menariknya, Bukan sahaja kerajaan, malah pembangkang Turki juga berkongsi pandangan yang sama dengan kerajaan.
Bagaimana "mood" dunia barat yang tidak selesa dengan tindakan tidak demokratik ini dapat dimanfaatkan untuk menggerakkan sokongan antarabangsa terhadap keabsahan kerajaan Dr Morsi?
Persoalan ini perlu difikirkan bersama.
Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-7-2013
Langkah proaktif tangani jerebu
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, | 25 Jun 2013 |
Allah SWT telah berfirman (bermaksud), “Telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan perlakuan tangan manusia untuk Dia merasakan kepada mereka (keperitan) sebahagian apa yang telah mereka lakukan, mudah-mudahan mereka kembali (kepada Allah)” - Surah Ar-Rum : ayat 41.
Walau apa pun faktor tercetusnya jerebu, tidak dapat dinafikan, kita sama-sama boleh merujuk kepada firman Allah SWT di atas supaya kita mengambil peringatan atas tindakan keterlaluan yang dilakukan oleh manusia terhadap ekosistem alam ini. Selayaknya, mereka yang melakukan kerosakan (jerebu) secara sengaja dan hanya kerana kepentingan peribadi, maka seharusnya mereka dilabelkan sebagai penjenayah antarabangsa.
Sehingga semalam, Jabatan Alam Sekitar telah melaporkan sekurang-kurangnya dua kawasan di Malaysia iaitu di Muar dan Ledang, Johor telah diisytiharkan Darurat Bencana Jerebu berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah mencatatkan kadar 700 ke atas.
Meskipun kadar ini tidak mencecah kadar 860 sepertimana yang pernah berlaku di Sarawak pada tahun 1997, namun ia memberikan kesan besar kepada rakyat Malaysia khususnya di beberapa kawasan Selatan, Pantai Timur dan Pantai Barat, Malaysia.
Insiden fenomena jerebu yang melanda pada tahun 1997, seharusnya menjadi iktibar kepada semua pihak khususnya Republik Indonesia. Dalam satu kajian yang dilaporkan, dikatakan hampir 10 juta hektar hutan musnah serta dianggarkan 40,000 telah mendapatkan rawatan di hospital.
Menyedari pengulangan fenomena ini, maka sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah-langkah proaktif bagi mencegah berlakunya krisis jerebu seumpama ini.
1. Kerajaan Malaysia perlu bertindak proaktif agar menggesa negara-negara anggota ASEAN kembali merujuk dan bersepakat terhadap agenda resolusi daripada Persidangan Antarabangsa Mengenai Bahaya Kebakaran Hutan dan Tanah yang telah dilakukan di Kuala Lumpur pada bulan Jun 2002.
Dalam persidangan tersebut, satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan 2002 telah dimeterai. Namun, apakah tindakan susulan dan strategi bersama yang telah dilakukan dikalangan 10 negara anggota yang telah hadir termasuk impak penubuhan Pusat ASEAN itu?
Sewajarnya, rentetan daripada persidangan tersebut memberi lebih banyak penambahbaikan dan mencegah lebih banyak pembakaran-pembakaran hutan supaya ia tidak dilanda krisis jerebu dan saling mengecam negara-negara yang terbabit seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Hari ini, ramai pihak pula yang menggesa sekiranya terdapat mana-mana syarikat perladangan khususnya Malaysia yang mencetuskan krisis jerebu hendaklah diambil tindakan yang tegas. Ini akan mengakibatkan kesan diplomatik antara tiga negara berkenaan.
2. Seharusnya, kajian-kajian akademik perlu giat dilakukan bagi mengatasi punca dan menyediakan solusi agar teknik ‘slash and burn’ dapat dielakkan daripada pengoperasian syarikat perladangan mahupun pekebun kecil.
3. Selain itu, pihak kerajaan juga disaran untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan yang terlibat untuk menyalurkan dan menyelaraskan maklumat yang sistematik kepada rakyat. Ini termasuk menyediakan pelbagai langkah rawatan kesihatan jika dihinggapi penyakit akibat jerebu.
4. Keselamatan jalanraya dan pengangkutan udara dan laut juga perlu diberikan perhatian yang serius kerana jerebu menyebabkan jarak penglihatan yang agak terhad dan berpotensi berlakunya kemalangan.
5. Perkara yang agak pelik juga apabila tiada langkah proaktif yang dilakukan oleh kerajaan dan masih lagi membuat pelbagai pertimbangan dalam menangguhkan aktiviti-aktiviti luar terutamanya sukan. Kita harus mencontohi negara Singapura yang tegas menangguhkan program-program sukan di negaranya kerana mengutamakan kesihatan dan kebajikan warganegaranya.
Secara kesimpulannya, kerajaan Malaysia mesti menyediakan satu Pelan Tindakan peringkat nasional untuk mencegah dan mengatasi krisis jerebu ini agar persiapan serta tindakan yang lebih sistematik boleh diambil pada masa akan datang.
Dr Khairuddin ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-6-2013
Jerebu: Dewan Ulamak saran baca 'Qunut Nazilah'
Harakahdaily, | 25 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat mencadangkan agar seluruh umat Islam khususnya ahli PAS membaca doa Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu bagi memohon keselamatan daripada Allah ekoran jerebu yang melanda negara.
Setiausahanya Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ianya memandangkan situasi jerebu yang semakin meruncing melanda negara pada hari ini.
"Sesungguhnya doa adalah senjata muslim di samping usaha-usaha pencegahan yang dijalankan.
"Selain itu disarankan juga mengadakan Solat Istisqa memohon hujan sebagai satu cara meredakan jerebu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, para alim ulamak yang menyampaikan kuliah di masjid dan surau pula perlu mengambil kesempatan untuk memberi peringatan kepada umat dengan menjelaskan punca-punca berlakunya situasi yang seumpama ini sebagaimana ditegaskan oleh al-Quran.
Beliau turut memetik firman Allah dalam Surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud; "Telah zahir kerosakan di daratan dan lautan disebabkan perlakuan tangan manusia untuk Dia merasakan kepada mereka (keperitan) sebahagian apa yang telah mereka lakukan mudah-mudahan mereka kembali (kepada Allah)".
"Perlu diambil ingat juga bahawa jerebu dan ujian bala seumpamanya boleh menjadi lebih parah lagi apabila umat tidak merasakan dosa sebagai dosa dan ujian Allah dalam bentuk bala juga tidak dirasakan sebagai bala lalu peringatan tidak diambil," katanya.
Setiausahanya Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ianya memandangkan situasi jerebu yang semakin meruncing melanda negara pada hari ini.
"Sesungguhnya doa adalah senjata muslim di samping usaha-usaha pencegahan yang dijalankan.
"Selain itu disarankan juga mengadakan Solat Istisqa memohon hujan sebagai satu cara meredakan jerebu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, para alim ulamak yang menyampaikan kuliah di masjid dan surau pula perlu mengambil kesempatan untuk memberi peringatan kepada umat dengan menjelaskan punca-punca berlakunya situasi yang seumpama ini sebagaimana ditegaskan oleh al-Quran.
Beliau turut memetik firman Allah dalam Surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud; "Telah zahir kerosakan di daratan dan lautan disebabkan perlakuan tangan manusia untuk Dia merasakan kepada mereka (keperitan) sebahagian apa yang telah mereka lakukan mudah-mudahan mereka kembali (kepada Allah)".
"Perlu diambil ingat juga bahawa jerebu dan ujian bala seumpamanya boleh menjadi lebih parah lagi apabila umat tidak merasakan dosa sebagai dosa dan ujian Allah dalam bentuk bala juga tidak dirasakan sebagai bala lalu peringatan tidak diambil," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-6-2013
No comments:
Post a Comment