Istilah bughah tidak relevan tanpa hudud - Teras
- Jan 07, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpendapat istilah bughah untuk dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan aman ‘Turun’ tidak relevan selagi hukum hudud tidak diterima oleh pemerintah.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ada perbedaan pendapat di kalangan ulama sama ada bughah termasuk dalam hukum hudud atau tidak.
“Jika darah mereka menjadi halal, mereka yang digolong sebagai bughah iaitu kelompok yang memberontak ke atas kerajaan di negara ini akan dikenakan hukuman hudud.
“Akan tetapi bughah tidak boleh digunakan selagi pelaksanaan hukum hudud tidak digubal dan diaplikasikan di Malaysia,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Sebab itu, jelasnya mereka yang dianggap halal darah kerana dituduh sebagai bughah tidak memberi kesan dari sisi hukum Islam di negara ini kerana undang-undang syariat iaitu undang-undang hudud tidak wujud di peringkat kerajaan Pusat.
Setakat ini, katanya enakmen hudud hanya terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Katanya lagi, di Kelantan enakmen tersebut digubal dan dilulus oleh Dewan Undangan Negeri di bawah kerajaan PAS termasuk mengenai bughah, manakala di Terengganu enakmen hudud ketika PAS memerintah tetapi tidak termasuk bughah.
Enakmen itu, ujarnya ialah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M.
Tambahnya, walaupun ada khilaf antara ulama mengenai sama ada bughah adalah di bawah hukuman hudud atau tidak namun yang pasti ialah bughah tidak dapat digolongkan terhadap kumpulan yang menyertai perhimpunan Turun kerana mereka tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk menggulingkan kerajaan.
Menurutnya, persoalan yang pasti harus dipertimbangkan ialah isu kos sara hidup yang disuarakan melalui perhimpunan rakyat itu perlulah diberi perhatian yang sewajarnya oleh pemerintah kerana ia adalah isu yang tulen menyentuh kebajikan rakyat.
“Kami berpandangan pendekatan menakutkan orang ramai bahawa suatu pemberontakan dan keganasan luar biasa akan berlaku dan dengan itu darah mereka menjadi halal adalah pendekatan yang tidak wajar dan merbahaya,” ujarnya.
Tambah beliau, tuntutan supaya didamaikan antara dua pihak juga tidak dilakukan oleh mana-mana pihak.
“Tidak ada sesiapapun yang mengambil insiatif untuk mengadakan perundingan dan mendamaikan antara penganjur Turun dan pihak kerajaan.
“Syarat menundukkan satu pihak supaya berdamai tidak berlaku dalam kes perhimpunan Turun,” jelasnya lagi.
Beliau menambah, apa yang berlaku ialah amaran oleh pihak keselamatan dan tidak ada daya usaha pihak kerajaan untuk berunding dengan penganjur.
Justeru, katanya label bughah menjadi suatu persoalan yang perlu diungkap dengan sangat berhati-hati agar kerumitan dan keresahan rakyat tidak menjadi bom jangka yang tidak didapat dikawalseperti yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat yang disaksikan sekarang.
Sumber HD - 7-1-2014
Kos sara hidup naik, ulama harus santuni resah rakyat
- Jan 07, 2014
- HARAKAHDAILY
“Di kala umat sangat mengharapkan kefahaman dan keprihatinan dari pemerintah dan apabila umat hilang arah untuk menyalurkan aduan agar masalah mereka didengari, ulama adalah tempat umat mengharap dan mengadu,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, rakyat mengharapkan ulama menegur umara supaya tidak terus mengenepikan keresahan rakyat.
Beliau berkata, untuk mendakwa penyaluran maklumat mengenai isu kos sara hidup kepada Perdana Menteri tidak diusahakan adalah tidak tepat.
Katanya lagi, suara rakyat, termasuk ahli akedmik dan pemimpin politik dari dalam dan luar kerajaan yang dikumpul dan disiar dalam media sepatutnya sudah cukup untuk PM memberi respons yang wajar terhadap keresahan rakyat.
Tambahnya, tidak timbul isu mahu menggulingkan kerajaan kerana rakyat hanya menuntut agar kos sara hidup diturunkan.
Menurut Azmi, sudah banyak pengajaran dari negara-negara di seluruh dunia apabila rakyat bangkit kerana pemerintah tidak telus dalam membuat keputusan dan akhirnya menambah beban rakyat.
Lagipun, ujar beliau perkataan mengguling kerajaan telahpun dinafikan oleh pihak penganjur perhimpunan dan siasatan telahpun dijalankan oleh pihak polis.
“Ternyata yang menjadi arahan polis ialah perhimpunan haram tidak boleh diadakan bukan soal hendak menggulingkan kerajaan.
“Jika tuduhan niat asal untuk menggulingkan kerajaan masih diungkit maka ia hanya persepsi yang perlu dibuktikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, perhimpunan Turun yang diadakan oleh pihak penganjur jelas bermakna mendesak pihak kerajaan menurunkan kos sara hidup bukan menggulingkan kerajaan.
Tegasnya, pilihan menubuh atau menukar kerajaan melalui pendekatan demokrasi masih menjadi pilihan rakyat.
“Rakyat sudah biasa dengan terlibat beramai-ramai dalam perhimpunan yang tidak dibenar oleh pihak keselamatan namun tidak berlaku usaha penggulingan kerajaan seperti yang diwar-warkan.
“Kerap ditegaskan bahawa perhimpunan yang hendak diadakan adalah perhimpunan aman,” ujarnya.
Namun, kata beliau jika ada pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk melakukan provokasi ganas dengan bertindak liar atau membawa senjata maka ia harus disiasat dan bukan terus didakwa ia bukti pihak penganjur mahu melakukan kekerasan.
Oleh yang demikian, kata Mohd Azmi adalah tidak wajar ulama bersikap simplistik dengan membuat rumusan dari maklumat yang tidak tepat dengan hanya bersandar kepada media lalu mengeluarkan pandangan yang boleh mengelirukan umat dan menegangkan suasana.
“Kami sangat mengharapkan ulama dan pemimpin politik menyantuni resah rakyat agar penyelesaian yang lebih bermakna dapat dicapai dan supaya mengelakkan emosi saling mencabar dan menuding berterusan,” katanya lagi.
Sumber HD - 7-1-2014
Dunia Islam perlu bertindak pembunuhan di Mesir
- Jan 06, 2014
- HARAKAHDAILY
Seramai 17 orang telah terbunuh dalam siri terbaru tindakan keganasan di Mesir ketika penyokong Ikhwanul Muslimin berdepan dengan anggota polis di Kaherah dan lain-lain bandar.
“Kami sangat terkejut dengan keganasan yang dilakukan oleh pihak tentera yang kian meluas dan menyebabkan kematian yang ramai direkodkan di Kaherah pada hari Jumaat pada 3hb Januari 2014,” ujarnya presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid, dalam satu kenyataan seperti di bawah.
Kami mengutuk sekeras-kerasnya terhadap pembunuhan secara beramai-ramai di Mesir yang kini masih berterusan oleh regim tentera Mesir yang semakin zalim.
Seramai 17 orang telah terbunuh dalam siri terbaru tindakan keganasan di Mesir ketika penyokong Ikhwanul Muslimin berdepan dengan anggota polis di Kaherah dan lain-lain bandar.
Kami sangat terkejut dengan keganasan yang dilakukan oleh pihak tentera yang kian meluas dan menyebabkan kematian yang ramai direkodkan di Kaherah pada hari Jumaat pada 3hb Januari 2014.
Di Fayoum 3 orang telah terbunuh, 2 orang terbunuh di Alexandria, manakala di Islamiya dan Minya masing-masing melaporkan satu mangsa yang terbunuh.
Para demonstran mengatakan bahawa jumlah sebenar kematian lebih tinggi dari yang dilaporkan.
Menurut pegawai perubatan dan keselamatan, ramai yang dilaporkan tercedera, dan sekurang-kurangnya 122 orang telah ditangkap.
Kami mengutuk tindakan kejam kerajaan Mesir yang kian berleluasa terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan gerakan untuk mengharamkan parti politik yang berasaskan keagamaan serta tindakan yang memberikan lebih kuasa kepada pihak ketenteraan Mesir.
Rakyat Mesir sangat jelas dengan pendirian mereka yang menolak apa-apa bentuk pemerintahan ketenteraan di Mesir. Seluruh dunia tidak boleh terus berdiam diri terhadap tindakan keganasan kerajaan Mesir terhadap penyokong Morsi semenjak Ogos 2013.
Pihak berkuasa yang didukung oleh tentera mengatakan bahawa tindakan merangka satu perlembagaan baru adalah sebagai satu langkah mengembalikan pemerintahan demokrasi di Mesir. Tetapi tindakan ini ternyata ditentang oleh rakyat Mesir.
Pembunuhan baru-baru ini menjadi bukti jelas situasi goyah yang sedang dihadapi regim tentera semenjak penggulingan Morsi sebagai presiden yang sah.
Kami sangat terkejut dengan polisi tembak untuk bunuh yang diguna pakai oleh pihak polis dan tentera ketika menghadapi para penunjuk perasaan.
Walaupun kemarahan rakyat terhadap rampasan kuasa oleh tentera begitu jelas, namun pihak tentera dengan kesombongan mereka terus menafikan segala protes yang ditunjukkan rakyat secara berterusan sehingga kini.
Kami percaya bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut agar demokrasi di Mesir dikembalikan.
Kami berasa marah dan kecewa dengan sikap berdiam diri masyarakat dunia apabila melihat keganasan yang tidak berpenghujung oleh regim tentera Mesir.
Keganasan tentera Mesir terhadap rakyat yang menentang mereka menyebabkan Mesir hari ini telah bertukar menjadi medan pertumpahan darah.
Tindakan hipokrit kuasa-kuasa Barat yang membenarkan pemerintahan diktator tentera Mesir merampas kuasa, jelas menunjukkan sikap double standard apabila berlaku kebangkitan politik yang bersifat islamik yang dilihat sebagai satu ancaman kepada Barat.
Kami mengutuk tindakan melabelkan kumpulan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas. Hal ini jelas menunjukkan tindakan untuk menghapuskan Ikhwanul Muslimin dari bumi Mesir.
Konspirasi antara golongan anti-demokrasi yang berkuasa di Mesir dengan kuasa-kuasa Barat untuk menjalankan satu rampasan kuasa dari Presiden secara haram jelas menunjukkan tujuan mereka untuk mencantas sebarang kemungkinan kemunculan politik Islam di Mesir.
Kami menyimpulkan bahawa pembunuhan para penunjuk perasaan secara beramai-ramai adalah selari dengan polisi kuasa Barat yang mahu menyekat sebarang kebangkitan umat Islam untuk mendapatkan kuasa di tengah-tengah kegawatan politik di Mesir.
Kuasa Barat telah melihat Arab Spring, yang telah menunjukkan keupayaan gerakan Islam mendapat kepercayaan rakyat, sebagai satu ancaman kepada kepentingan mereka.
Kami menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan OIC memberi tekanan kepada regim tentera agar mengembalikan hak-hak demokrasi kepada rakyat Mesir.
Kami menuntut agar hak kumpulan Ikhwanul Muslimin untuk menyertai tuntutan rakyat untuk mendapat hak kebebasan bersuara dan melakukan reformasi sistem politik di Mesir dikembalikan.
Tindakan melabelkan kumpulan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas hendaklah dibatalkan dan ditarik semula.
Semua tahanan politik juga mesti dibebaskan.
Kami menuntut agar semua yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan para penunjuk perasaan dibawa ke muka pengadilan.
Sumber HD - 6-1-2014
Tuduhan guling kerajaan alasan dangkal
- Dec 30, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut beliau, tuntutan rakyat supaya kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat menerusi perhimpunan 31 Disember ini adalah wajar.
“Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat tidak harus dipandang serong.
“Kami mengingatkan bahawa jika kerajaan terus menerus dengan sindrom menafi berlakunya kenaikan kos , dan kerajaan mendakwa bahawa kini kos sara hidup adalah manasabah dan meningkatnya kos tidak dapat dielakkan , maka rakyat pasti akan melihat kerajaan ini tidak bertanggungjawab,” tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Mohd Azmi berkata, jurang kaya miskin di negara ini masih ketara dan wujud kelompok berpendapatan tinggi di negara ini yang hidup mewah termasuk di kalangan pemimpin dan ahli keluarga pemimpin.
Beliau mempersoalkan kewajaran rakyat untuk berdiam diri apabila wujud kepincangan dalam pengurusan kewangan negara sedangkan para pemimpin dan keluarga mereka terus menonjolkan kemewahan dan tidak prihatin terhadap kenaikan sara hidup yang ditanggung rakyat bawahan.
“Tidak dapat dinafikan dengan kadar kenaikan sara hidup yang mendadak , keresahan rakyat akan beransur-ansur memuncak dan akhirnya keadaan tidak boleh terkawal lagi.
“Keresahan ini bukan suatu yang dibuat-buat , apatah lagi tidak boleh dengan mudah dituduh perhimpunan yang digembleng bertujuan untuk menggulingkan kerajaan,” jelas beliau.
Beliau menyifatkan dakwaan kononnya perhimpunan Turun pada 31 Disember ini bertujuan menggulingkan kerajaan adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab , malah menjadi petanda wujudnya sindrom nafi (denial syndrome) di kalangan pemimpin negara.
“Kesempitan hidup kini dirasai oleh semua peringkat rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang merupakan lebih 80 % dari keseluruhan penduduk di negara ini.
“Kesan berganda dan berangkai terhadap kos sara hidup pasti tidak dapat dielakkan bila kos pengangkutan naik serentak dengan kenaikan harga minyak mahupun tol lebuhraya,” tegas beliau.
Jika benar pemimpin kerajaan mengutamakan rakyat seperti yang sering didakwa , beliau menggesa supaya isu kos hidup ini ditangani segera.
“Langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan ialah menangani isu-isu utama ini dan menghormati suara rakyat yang mahu menyatakan keresahan mereka melalui perhimpunan aman,” katanya.
Sumber HD - 30-12-2013
Bukan rasionalisasi subsidi tetapi rasionalisasi boros
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, penyelesaian populis dengan memberi wang tunai kepada rakyat tidak boleh diterima sebagai penyelesaian yang betul kerana ia hanya suatu suntikan tahan sakit yang hanya bersifat sementara.
“Yang penting dan lebih asasi ialah mengatasi isu penyelewengan dan salah urus wang negara,” ujarnya dalam satu kenyataan, seperti di bawah.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendiran bahawa kenaikan kos hidup akibat pelbagai pengumuman kerajaan mengenai langkah mengurangkan subsidi dari satu barangan ke satu perkhidmatan dalam jangka waktu yang sangat singkat, sangat membebankan rakyat.
Walaupun alasan kenaikan kos tidak dapat dielakkan namun realiti ketirisan wang awam akibat perbelanjaan boros di peringkat kerajaan juga tidak dapat diterima sama sekali.
Akibatnya apa yang dikatakan rasionalisasi subsidi dalam perbelanjaan kerajaan ternyata memberi kesan yang semakin memburukkan ekonomi negara. Ia tidak lagi boleh dinamakan rasionalisasai subsidi tetapi adalah rasionalisasi pemborosan.
Sementara kami faham bahawa rasionalisasi subsidi ada alasannya namun ia tidak membawa makna apa-apa jika tidak berlaku serentak dengan itu rasionalisasi perbelanjaan.
Apa yang mengecewakan ialah kerajaan masih sepi ketika usul rasionalisasi perbelanjaan diketengahkan. Isu ketirisan, boros dan salah berbelanja oleh pemimpin kerajaan dan berlaku skandal seperti yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara sangat mengecewakan.
Kami tidak dapat menerima alasan kerajaan bahawa tidak ada pilihan untuk mengelak negara jadi muflis selain menghapuskan subsidi. Konsep subsidi adalah untuk mengurangkan beban rakyat.
Persoalan yang harus diketengahkan ialah ada subsidi yang tersalur kepada mereka yang tidak layak. Subsidi untuk rakyat berpendapat rendah adalah kewajaran yang mesti ditunai oleh kerajaan. Mekanisme subsidi itulah yang perlu diperbaiki.
Lebih serius lagi wang subsidi yang dijimatkan tidak pula diguna dengan berkesan untuk kebaikkan rakyat, malah gejala salah urus wang awam terus berlaku.
Keghairahan untuk melaksana projek yang tidak rasional seperti Menara Merdeka, konsesi yang berat sebelah kepada PLUS dan IPP, membenarkan Bernas dibolot sepenuhnya kepada seorang korporat, tidak pula dilihat sebagai membelakangi kepentingan rakyat.
Kerajaan mendakwa bahawa ia tidak mensubsidi IPP tetapi kenapa ia harus membeli bekalan eletrik dan gas dari IPP padahal TNB mempunyai lebihan tenaga elektrik.
Isu sebenar yang sepatutya ditumpukan ialah membersihkan salah urus dan salah guna kuasa yang telah menyebabkan wang awam dibelanjakan secara boros manakala rasuah tidak dikekang dengan berkesan.
Sementara itu pula, aliran wang keluar negara secara haram telah mencecah lebih USD285 bilion. Malaysia, menurut Global Financial Integrity adalah negara ketiga tertinggi di dunia mengenai gejala aliran keluar wang haram.
Ketika kerajaan mengumumankan rasionalisasi subsidi, apakah rakyat bawahan yang bergelut untuk mencari nafkah seharian dapat menerima rasional kenaikan kos hidup sedangkan mereka terus menyaksikan penyelewengan, kelemahan pengurusan wang dan pemborosan berlaku di kalangan pemimpin negara.
Kerajaan harus bersikap jujur dan sensitif dengan teguran yang diutarakan oleh pelbagai pihak yang menyatakan keresahan akibat pelbagai pengumuman kerajaan yang bertali arus yang telah menyebabkan kenaikkan harga barang dan perkhidmatan yang semakin terasa bebannya oleh rakyat.
Pelbagai pengumuman program transformasi yang diwar-warkan oleh kerajaan tidak membawa erti kepada rakyat bila kehidupan seharian mereka semakin terjejas akibat kenaikan kos hidup.
Kerajaan tidak boleh mengamalkan sindrom penafian apabila rakyat menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos hidup yang kini menyebabkan rakyat semakin resah.
Penyelesaian populis dengan memberi wang tunai kepada rakyat tidak boleh diterima sebagai penyelesaian yang betul kerana ia hanya suatu suntikan tahan sakit yang hanya bersifat sementara.
Yang penting dan lebih asasi ialah mengatasi isu penyelewengan dan salah urus wang negara.
Sumber HD - 19-12-2013
Najib salah anggap bantahan rakyat sabotaj pelaburan
- Dec 09, 2013
- HARAKAHDAILY
“Kami ingin menegur pandangan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyelar pihak tertentu dengan label pengkhianat yang dikatakan menakut-nakutkan pelabur Taiwan sehingga menyebabkan negara kehilangan peluang pelaburan asing bernilai RM40 bilion,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, secara simplistik menuduh bahawa menyuarakan pandangan kepada pelabur mengenai kesan yang akan diterima rakyat sebagai sabotaj kepada pelaburan kepada usaha kerajaan untuk dapat menjana pendapatan negara.
Kenyataan beliau seperti di bawah.
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengingatkan kerajaan bahawa tidak semua pelaburan dari luar bermanfaat untuk negara.
Kami ingin menegur pandangan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyelar pihak tertentu dengan label pengkhianat yang dikatakan menakut-nakutkan pelabur Taiwan sehingga menyebabkan negara kehilangan peluang pelaburan asing bernilai RM40 bilion.
Beliau secara simplistik menuduh bahawa menyuarakan pandangan kepada pelabur mengenai kesan yang akan diterima rakyat sebagai sabotaj kepada pelaburan kepada usaha kerajaan untuk dapat menjana pendapatan negara.
Perlu diingatkan ini bukan isu menyekat pelaburan kepada kerajaan pusat atau sabotaj tetapi ia adalah isu bantahan rakyat yang tidak mahu menerima kesan pengambilan tanah, implikasi kerosakan alam sekitar serta pemindahan penduduk yang akan menyusahkan rakyat.
Pelaburan ke Pengerang, Johor yang dikatakan akan membangun industri petroleum sepatutnya dirancang dengan menghormati inkuari awam mengenai kesan sosial dan alam sekitar.
Rakyat berhak menyuarakan bantahan dalam inkuari awam dan jika kerajaan tidak mahu mendengar bantahan itu, maka mereka berhak juga untuk memaklumkan kepada pelabur mengenai kesan yang penduduk akan terima jika projek itu dilaksanakan di tempat mereka.
Kami berpandangan Ahmad Zahid tidak menghormati proses inkuari rakyat bila isu alam sekitar dibangkitkan seperti yang berlaku dalam isu Lynas di Pahang.
Kami berpendirian bahawa isu gesaan beliau supaya Petronas perlu disokong tidak timbul sama ada ia sebuah syarikat dalam mahupun syarikat luar negara, semua projek yang boleh memberi kesan kepada penduduk perlu menghormati pandangan dan bantahan mereka.
Kehilangan peluang pelaburan Taiwan tidak sepatutnya menjadi isu kerana jika pihak pelaburan tahu penduduk tempatan tidak senang dengan apa yang bakal berlaku akibat persekitaran mereka yang akan terjejas, maka seharusnya pelabur perlu hormat kepada bantahan rakyat.
Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia yang dirancang di Johor itu tidak boleh dipaksa ke atas penduduk tempatan tanpa mendengar pandanganbalas awam dan bantahan penduduk tempatan.
Kami juga berpendirian bahawa pihak kerajaan tidak perlu terlalu ghairah dengan mendapatkan pelaburan dari luar kerana isu FDI (Foreign Direct Investment) sudah banyak dikritik oleh pelbagai pakar ekonomi dunia akibat berlaku ‘capital flight’ (pengeluaran modal keluar dari negara) yang telah menjatuhkan ekonomi negara pada krisis kewangan 1998.
Kerajaan harus berganjak dari pemikiran lama yang terlalu bergantung kepada FDI dan melihat usaha membangunkan pelaburan dalam negara dalam sektor yang strategik akan lebih menjamin ekonomi negara.
Ekonomi yang hanya bergantung kepada pelabur luar tidak menjamin pendapatan kepada negara secara langsung. Malah dengan penganugerahan status perintis untuk mengecualikan cukai selama 10 tahun, pekerja asing yang lebih diutamakan oleh pelabur luar berbanding pekerja tempatan, pemindahan teknologi yang tidak semuanya berlaku seperti yang diharapkan serta pembelian barangan industri dari luar negara lebih dari barangan tempatan, maka kami ingin bertanya benarkah negara akan meraih pendapatan seperti yang didakwa oleh kerajaan.
Sedangkan apa yang negara akan tanggung ialah tanah berpindah kepada milik asing, penduduk tempatan terpaksa dipindahkan, kesan kerosakan alam sekitar yang terpaksa ditanggung oleh negara dan rakyat dan limpahan pekerja luar yang menimbulkan masalah sosio-ekonomi kepada masyarakat tempatan.
Sumber HD - 9-12-2013
Banjir: Antara ujian dan kerosakan akibat tangan manusia
- Dec 09, 2013
- MOHD AZMI ABDUL HAMID
Kami berpendapat bahawa kebanyakan bencana alam berpunca daripada kerosakan yang dilakukan oleh manusia yang terdiri dari kerajaan, perancang, pelaksana, penguatkuasa dan gaya hidup rakyat .
Sekadar menyenaraikan musibah yang sering dianggap bencana alam yang ditentukan Tuhan. yang telah berlaku dan terus berulang seperti tanah runtuh , jerebu, banjir besar , bangunan runtuh, kemarau melampau , ribut taufan, tsunami, gempa bumi, kerosakan tanaman dan wabak penyakit.
Tidak sedikit harta bernilai jutaan ringgit dan nyawa yang hilang akibat bencana alam. Kos operasi menyelamat dan bantuan kecemasan serta perbelanjaan pasca bencana juga menelan ratusan juta ringgit lagi.
Namun semua ini, kami teliti, adalah berkait dengan kecuaian dan keangkuhan manusia melanggar peraturan alam yang dicipta Tuhan.
Kesemuanya punya sebab musabab. Sangat naif jika ada yang berhenti pada kalimah takdir Yang Maha Berkuasa, padahal sejumlah ayat Illahi menjelaskan bencana alam adalah akibat perbuatan tangan manusia yang bertindak diluar batasan.
Sesungguhnya semua pihak perlu akur betapa alam ini dengan sistem dan aturannya berfungsi dengan kesimbangan yang amat sensitif. Kesimbangan yang takkan mampu difahami seluruhnya oleh akal manusia yang kerdil.
Setiap unsur alam ini dicipta Tuhan dengan tujuan dan hikmahnya yang tersendiri. Itupun takkan dapat dimengerti sepenuhnya semua nama-namanya, apatah lagi tujuan ia dicipta .
Sama ada berupa unsur alam maha besar dan gagah seperti gunung yang tersergam indah dan kukuh atau laut yang terbentang luas atau organisme yang sangat halus seskala mikro yang tidak dapat terlihat oleh pancaindera kasar.
Yang pasti semua yang dicipta oleh Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Tahu, sama ada yang nampak secara zahir mahupun yang halus, punya sistemnya dan tujuannya yang tersendiri dalam skima ciptaan yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segalanya.
Oleh hal yang demikian kita harus insaf bahawa sesungguhnya alam ini dengan segala keragamannya perlu diurus dengan teliti dan penuh hormat. Kita hanya faham secebis daripada keseluruhannya penciptaan Tuhan yang Maha hebat ini.
Tatkala sikap angkuh dan tamak menguasai manusia yang membentuk kerajaan atau konglomerat yang hanya mahu mengambil faedah semerta dan keuntungan lumayan dari alam yang sangat sensitif ini, pertembungan antara manusia dengan alam akan berlaku.
Akibat keangkuhan dan ketamakan manusia yang hanya mementingkan keselesaan, alam diperkosa dengan nafsu serakah.
Kerana menanggapi alam ini hanya untuk dieskploitasi semahunya, maka dengan sebab itu alam telah disalah urus. Akhirnya manusia akan menerima natijah buruk yang diperlihatkan oleh Pencipta alam ini secara zahir kepada manusia yang jelas melampaui batas.
Inilah yang diisyaratkan pada ayat 41 Surah ar-Rum.
“Telah tampak kerosakan di darat dan dilaut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar).”
Kenyataannya ialah sesuatu bencana alam tidak boleh hanya dirumuskan kepada kata-kata "ujian Tuhan" semata-mata. Akan tetapi yang harus dilihat juga ialah sebab ujian itu diturunkan Tuhan. Yang jelas ia adalah natijah daripada suatu perlanggaran manusia terhadap hukum alam yang ditetapkan Tuhan. Tuhan yang mencipta alam dengan segala kesimbangan, dirosakkan dengan rakus oleh tangan manusia yang digerakkan oleh hati dan akal yang angkuh dan tamak.
"..... Merasakan sebahgian dari (akibat) perbuatan mereka..." jelas adalah tempelakkan Tuhan yang mengisyaratkan agar manusia meneliti apakah yang telah dilakukan oleh mereka sehingga Allah mahu manusia merasa sendiri akibat keangkuhan dan salahurus sumber alam yang dianugerah oleh manusia.
Dengan inilah kami mengesa semua pihak melangkau lebih dari hanya bertindak menyampaikan bantuan kepada mangsa.
Respon yang juga sangat perlu diambil ialah melihat apakah punca yang menyebabkan banjir berskala ini boleh berlaku.
Soalnya banjir besar di Jitra dan Kota Tinggi sepatutnya menjadi asas untuk pihak berkuasa mencari punca kenapa ia boleh berulang di Pahang dan Terengganu.
Sememangnya ujud fenomena alam yang boleh diterima sebagai faktor diluar kuasa manusia untuk mengawalnya. Namun tidak juga boleh diketepikan bahawa pola pembangunan yang dilaksanakan serta penyelenggaraan yang lemah terhadap segala prasarana yang dibina telah menyebabkan fenomena bencana alam itu berlipat kali ganda kesannya .
Apabila bumi telah ditutupi konkrit, bukit yang sepatutnnya boleh menyerap air hujan kerana diliputi tumbuhan telah ditarah dan dibotakkan, perancangan pembangunan yang memadatkan kawasan penduduk dan kawasan industri, kapasiti perparitan untuk saluran air tidak mampu menampung air yang berlebihan, pemendapan sungai berlaku dengan kadar yang tinggi akibat pembalakan dan hakisan tanah bukit yang tersalur ke sungai, maka pasti, semuanya boleh menyumbang kepada banjir yang luar biasa.
Pelbagai langkah mitigasi banjir hanya boleh berkesan jika punca pemusnahan alam yang telah melemahkan daya tahan persekitaran untuk menyerap dan menampung sebahagian dari hujan yang berlebihan itu dapat ditangani lebih dahulu.
Projek pelebaran perparitan dan mendalamkan sungai serta mengukuhkan ban sungai tidak boleh bertahan lama untuk menampung hujan yang berlebihan.
Yang seharusnya dilihat ialah pembangunan bandar itu sendiri. Berapa banyak ruang yang telah dikonkrit , berapa banyak kawasan yang sudah dibangun dengan perumahan, pejabat dan kawasan industri serta berapa kawasan bukit dan hutan bakau yang telah dimusnahkan.
Semua perkara ini membawa kepada meningkatkannya potensi air sungai melimpah dikala musim hujan yang berlebihan.
Demikian juga harus diteliti pembalakkan yang berlaku dikawasan hulu yang menyebabkan hakisan dan pemendapan sungai berterusan berlaku sehingga langkah mendalamkan sungai tidak dapat diatasi dengan berkesan.
Kami menetapkan bahawa jika kerajaan bersungguh untuk mengambil iktibar dari banjir besar yang melanda bandar seperti yang berlaku sekarang di Kuantan dan Kemaman, maka segala kerosakkan alam sekitar yang berkaitan hendaklah ditangani. Bermakna segala projek pembangunan yang berkaitan dengan penambahan bangunan, perumahan , perindustrian dikawasan bandar hendaklah disemak semula.
Sumber HD - 9-12-2013
Hentikan retorika di PWTC, segera bantu rakyat - Mapim
- Dec 06, 2013
- Mohd Azmi Abdul Hamid
MAPIM kesal keadaan yang sedang sangat mendesak di Kuantan dan Kemaman yang ditenggelami air melibatkan puluhan ribu yang menunggu bantuan dan membayangkan bagaimana menghadapi penderitaan pasca banjir bila menghitung barangan rumah yang punah , namun, perhimpunan di PWTC yang selesa berhawa dingin , para Menteri dan perwakilan berbahas dan berpantun ditayang ke seluruh media kerajaan yang sebenarnya adalah milik rakyat.
Jika dipertimbangkan skala penderitaan yang sedang dihadapi rakyat , sepatutnya perhimpunan para pemimpin Melayu yang terus beretorika di PWTC itu , merengkas acara dan terus bergagas melihat penderitaan rakyat.
Apa yang dideritai rakyat itu bukan kecil. Melihat gambar yang dipapar dalam media menunjukkan bagaimana sebuah ibu negeri asal Perdana Menteri lumpuh oleh banjir yang luar biasa besar.
Cukup melihat keadaan rakyat kecil , muda , tua , yang uzur , wanita yang menggendong bayi , meredah air , sepatutnya menginsafkan para perwakilan bahawa ini bukan masanya mempamirkan kepetahan berbicara di PWTC yang disambut dengan tepukan dan gelak ketawa .
Apakah keadaan separah Kuantan dan Kemaman yang memperlihat rakyat berhadapan musibah besar , tiba-tiba para pemimpin dari sayap pemuda , wanita dan putri lantang dan sibuk bercakap soal menghentam parti lawan dan menuntut jawatan.
Tidak cukup dengan itu , berkeras suara pula menuntut orang Melayu bersatu bertindak memberi amaran kepada kaum lain yang dituding mengkhianati kerajaan.
Sementara itu Presiden dalam ucapan dasarnya , pula mengerah fikiran untuk melampiaskan serangan kepada seteru politik dan buat pertama kali dalam sejarah perhimpunan 67 kali perhimpunanparti tersebut menayangkan video pemimpin lawan ditengah-tengah ucapan dasar.
Dimanakah kematangan dan kedewasaan politik perhimpunan Melayu jika ketika rakyat menghadapi penderitaan yang berat , politik merasuk sanubari perwakilan dari presiden sehingga ahli biasa.
Kami kesal dengan sikap ini. Suara seorang Ahli Parlimen supaya diusulkan Kuantan diistihar dharurat diherdik dan ditolak mentah-mentah.
Kami mendesak para pemimpin perhimpunan Melayu yang gah dan mewah itu turun segera ke Pahang , Trengganu serta Kelantan kerana banjir kali ini menunjukkan tanda mala petaka yang berskala besar.
Janganlah membuat kenyataan bahawa keadaan dalam kawalan, sedangkan puluhan ribu rakyat yang menjadi mangsa terkapai-kapai mendambakan bantuan dengan segera.
Mapim telah melancarkan Skuad Misi Bantuan Mangsa Banjir dan telah mengantar bantuan makanan , keperluan kanak-kanak dan membuka saluran akaun Tabung Mapim untuk orang ramai menyalurkan sumbangan.
Keadaan sehingga hari ini maseh menunjukkan bantuan memang maseh sangat diperlukan .
Sila hubungi Ketua Misi Abdullah Ismail 019 989 3707 yang sedang berusaha mengujudkan Pos Kecemasan MAPIM di lokasi yang didapati tidak mendapati bantuan yang mencukupi kerana terputus hubungan.
_________________________
Penulis adalah Presiden MAPIM
Sumber HD - 6-12-2013
KPPM & Cikgu AAH : https://www.youtube.com/watch?v=6JtFEFsqoZY
Mapim gesa Malaysia boikot Sukan Sea di Myanmar
- Nov 27, 2013
- HARAKAHDAILY
“Mengambilkira tindakan kelompok sami Buddha yang terang-terangan berkempen membenci Islam dan menyebarkan permusuhan terbuka kepada Islam dan syiar agama Islam termasuk membunuh, membakar hidup-hidup mangsa yang diserang, membakar masjid, memusnah kubur dan madrasah Islam yang diserang berterusan, berbulan-bulan sejak Jun 2012, menunjukkan mereka tekad untuk melenyapkan Islam dari bumi Myanmar,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Menruutnya, demonstrasi yang terkini yang didorong sendiri oleh kerajaan Yangoon telah mempamerkan kempen membenci Islam dan masyarakat Islam secara jelas, terus disebar luas.
Katanya, setelah mereka membunuh, merampas, menyiksa, membakar dan menzalimi masyarakat Islam Rohingya, kini jelas mereka sudah secara terang-terangan menyerang Islam sebagai agama suci dan melancarkan kempen untuk menghapuskan seluruh simbol Islam di Myanmar.
Tambahnya, terkini mereka menghina Islam dengan melabelkan Islam sebagai agama haiwan ketika memprotes lawatan delegasi OIC ke Myanmar baru-baru ini untuk meninjau mangsa pelarian Rohingya Muslim yang terpaksa hidup dalam keadaan terancam.
Katanya lagi, kebencian terhadap umat Islam sangat meluap-luap sehingga seorang warga Muslim sama ada rakyat Myanmar atau orang luar akan sentiasa dipandang dengan mata permusuhan oleh semua penganut Buddha di Myanmar.
Kini, ujarnya Myanmar akan menjadi tuan rumah kepada kejuaraan Sukan Sea.
“Pada pendapat kami Myanmar hilang kelayakan untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan yang diadakan itu di Myanmar itu, setelah Myanmar menjadi tuan rumah sebanyak dua kali sebelum ini iaitu 1961 dan 1969.
“Dalam keadaan inilah kami menggesa Malaysia malah semua delegasi kejohanan Sea tahun ini membatalkan penyertaan mereka atas alasan kerajaan Myanmar bersikap anti Islam dan kehadiran atlet Islam yang tidak selamat di Myanmar,” ujarnya.
Katanya, Mapim menggesa semua olahragawan dan olahragawati Muslim dari Malaysia mahupun dari mana-mana negara Asean yang menyertai kejohanan ini berfikir dua kali untuk ke Myanmar.
Menurutnya lagi, mereka harus menilai keadaan keselamatan ketika berada di Myanmar yang tidak selamat dan tidak terjamin.
“Kami berpendirian memboikot kejohanan Sukan Sea di Maynmar itu adalah wajar kerana antara matlamat kejuaraan ini adalah untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Asean dan Myanmar tidak berhasrat menjayakan keharmonian itu,” katanya lagi.
Beliau menambah, dengan jelas Myanmar tidak berhasrat untuk berbuat demikian, malah dengan sangat tidak bertamadun, rejim Myanmar yang ada sekarang telah melaksanakan penindasan, penafian hak manusia etnik Rohingya Muslim dan seterusnya menyatakan sikap permusuhan terhadap Islam.
“Kami tidak nampak manfaat penyertaan dalam kejohanan Sea di Myanmar jika Malaysia serta semua anggota lain serius dengan slogan rantau aman, bebas dan neutral Asean (zone of peace, freedom and neutrality),” katanya.
Mohd Azmi berkata, Asean tidak boleh membiarkan Myanmar meneruskan polisi menindas dan mewujudkan ketegangan agama antara penganut Buddha dan Islam bertujuan untuk menghapuskan Islam dan umat Islam di negara tersebut.
Katanya, Mapim menegaskan peserta Malaysia yang mempunyai anggota dari kalangan orang Islam mungkin menjadi sasaran oleh puak ekstremis Buddha ketika berada di Myanmar.
“Kami mengambil berat terhadap ingatan yang diberikan oleh beberapa pertubuhan Islam Rohingya supaya peserta Islam di kejohanan Asean itu benar-benar menjaga keselamatan diri ketika di Myanmar kerana ada tanda-tanda bahawa mereka boleh diserang,” katanya.
Ini, kata beliau menunjukkan bahawa keadaan di Myanmar sangat terdedah kepada keganasan oleh penganut ekstremis Buddhis dan kekhuatiran etlit Islam akan menjadi sasaran adalah beralasan.
Sumber HD - 28-11-2013
Syariah: Mapim sokong usul Muktamar PAS
- Nov 24, 2013
- Harakahdaily
“Kami merakamkan tahniah ke atas perwakilan PAS yang berterus terang untuk menggesa supaya PAS memberi perhatian bersungguh-sungguh memastikan agenda pelaksanaan syariat diperjuangankan dengan konsisten,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Katanya, alasan bahawa jenayah tidak boleh dihapuskan berdasarkan undang-undang sivil yang sedia ada adalah asas yang kuat kenapa hukum syariat sangat perlu untuk diimplementasikan.
Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyokong usul PAS yang dilulus dalam Muktamar Tahunan ke-59 agar hukum syariah dimasukkan sebagai undang-undang negara dalam menangani kes jenayah.
Kami merakamkan tahniah ke atas perwakilan PAS yang berterus terang untuk menggesa supaya PAS memberi perhatian bersungguh-sungguh memastikan agenda pelaksanaan syariat diperjuangankan dengan konsisten.
Alasan bahawa jenayah tidak boleh dihapuskan berdasarkan undang-undang sivil yang sedia ada adalah asas yang kuat kenapa hukum syariat sangat perlu untuk diimplementasikan.
Kami tidak nampak kenapa usul ini tidak boleh diterima oleh pihak kerajaan kerana jelas undang-undang yang sedia ada dalam sistem undang-undang sivil berdasarkan common law tidak boleh mengatasi masalah jenayah yang semakin berleluasa.
Undang-undang common law sudah ketinggalan zaman dan ia tidak boleh dipertahankan untuk mengatasi isu jenayah dalam masyarakat.
Pihak kerajaan perlu akur bahawa trend jenayah yang kian bertambah dan semakin berat membuktikan bahawa undang-undang sivil yang sedia ada tidak berupaya membendung jenayah.
Usul yang disuarakan oleh perwakilan dalam Muktamar PAS kelmarin adalah tuntutan yang sepatutnya diberi peluang untuk dipertimbangkan oleh kerajaan Pusat dan diusahakan mekanisme yang terbaik bagi melaksanakannya.
Kerajaan harus akur bahawa dengan hukum syariat yang lebih berkesan dan lebih menyeluruh, jenayah dapat dibendung bukan sahaja berdasarkan hukuman yang diperuntukan malah ia mempunyai kekuatan aspek spiritual yang jauh lebih kukuh untuk menghalang jenayah.
Seluruh dunia kini terhalang untuk melihat kesempurnaan hukum syariat dalam mewujudkan keadaan masyarakat yang lebih aman disebabkan gambaran yang salah dan kempen Islamofobia yang sengaja ditonjolkan oleh golongan sekular Barat terhadap Islam.
Sayangnya pemimpin kerajaan pusat di Malaysia juga terpengaruh dengan kempen menakut-nakutkan golongan bukan Islam yang dituding terhadap hukum syariat.
Kami sangat kesal ada bekas pemimpin negara yang pernah mempersoalkan keadilan yang dijamin di bawah hukum syariat dan mendakwa bahawa hukum syariat tidak adil kerana orang bukan Islam terlepas dari hukuman.
Ternyata pandangan seperti inilah yang menjadi penghalang kepada pelaksanaan syariat di negara ini dan sayangnya ia datang dari pemimpin orang Islam sendiri.
Kami menggesa pihak kerajaan pusat menerima baik hasrat PAS untuk merealisasikan pelaksanaan hukum syariat dan memberi sokongan yang sewajarnya agar semua agensi di bawah kuasa kerajaan pusat seperti penjara dan polis memberi kerjasama untuk menjayakan pelaksanaan.
Sumber HD - 24-11-2013
K-Pop: Inovasi apa dengan pakaian tidak senonoh
- Nov 23, 2013
- Harakahdaily
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, lebih parah beliau menjustifikasikannya dengan menyatakan berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.
Beliau turut mempertikai kenyataan menteri yang menerajui KBS itu yang kini menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menganggap ini sebagai kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada hasil negara.
“Kami menyelar sikap Menteri tersebut yang sama sekali tidak menghormati Dasar Kebudayaan Kebangsan dan Islam sebagai agama Persekutuan yang sepatutnya menjadi pertimbangan utama lebih dari soal pulangan wang dan inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerajaan.
“Kami mempersoal inovasi apa yang beliau maksudkan dengan mempersembah penari Korea yang berpakaian tidak senonoh untuk menarik belia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) amat kesal dengan sikap kerajaan melalui Menteri Belia dan Sukan yang akhirnya mengaku memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012.
Lebih parah beliau menjustifikasikannya dengan menyatakan berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.
Menteri yang menerajui KBS kini menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menganggap ini sebagai kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada hasil negara.
Kami menyelar sikap Menteri tersebut yang sama sekali tidak menghormati Dasar Kebudayaan Kebangsan dan Islam sebagai agama Persekutuan yang sepatutnya menjadi pertimbangan utama lebih dari soal pulangan wang dan inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerajaan.
Kami mempersoal inovasi apa yang beliau maksudkan dengan mempersembah penari Korea yang berpakaian tidak senonoh untuk menarik belia.
Inikah darjat pemikiran seorang Menteri yang hendak menerajui pembentukan budaya generasi muda di negara ini?
Dengan berjaya menonjolkan budaya asing untuk menarik 2.4 juta pengunjung di Sambutan Hari Belia, ia bukan satu ukuran yang sepatutnya dibanggakan.
Menarik penaja untuk membiaya K-Pop yang jelas merupakan budaya asing yang bercanggah dengan nilai budaya negara, bagi kami adalah polisi yang sangat memalukan.
Kami tidak boleh menerima sama sekali alasan beliau bahawa soal K-Pop hanya salah satu dari 500 acara sambutan dan ia tidak perlu diperbesarkan.
Menteri beralasan untuk Malaysia ada satu acara ikonik kerana membandingkan dengan Brazil yang ada Karnival Rio, Jerman ada Oktober Fest, bermakna beliau mempunyai pemikiran yang suka plagiat budaya dan acara orang lain untuk dibawa ke Malaysia.
Bila beliau berkata tiga kumpulan K-Pop yang dipanggil itu merupakan antara 10 kumpulan paling popular di Korea Selatan tetapi untuk mendapatkan tempahan, sejumlah deposit daripada RM900,000 perlu dibayar, ini bererti beliau tidak terfikir sama sekali apa rasional untuk membawa penari bergaya tidak senonoh itu betapa popular sekalipun mereka itu.
Bagi kami ini bukan isu tiada salah laku dalam cara perbelanjaan tetapi adalah soal apa justifikasi beliau meluluskan membawa penari K-Pop itu.
Ini juga bukan isu politik. Bagi kami ini adalah isu kerosakan budaya dan percanggahan nilai dan moral rakyat dan negara yang dibawa sendiri oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.
Kami kesal PAC begitu dangkal dalam menangani isu ini yang hanya dilihat dari segi prosedur bayaran. Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed ternyata tidak memahami kemarahan rakyat bila wang rakyat dibelanja untuk membiayai penari yang tidak ada kena mengena dengan soal pembentukan sahsiah belia di negara ini.
Kami menyatakan bantahan kami kepada sikap kerajaan yang jelas tidak sensitif dengan soal kerosakan akhlak generasi muda dengan membawa artis luar negara yang tidak melihat kesan dan imej yang akan terbentuk kepada generasi muda.
Bila Pengerusi PAC itu berkata bajet yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan semasa diterajui Ahmad Shabery untuk Hari Belia 2012 dahulu amat sesuai dengan dasar kerajaan yang mahukan setiap ringgit yang dibelanjakan perlu memberi pulangan sekali ganda atau lebih, bermakna harga nilai moral bagi kerajaan adalah lebih rendah berbanding pulangan nilai wang ringgit.
Kami berpendirian kerajaan telah melakukan suatu jenayah dan pengkhianatan budaya yang sangat besar bila wang rakyat diguna untuk mengimport persembahan yang rendah moral dan sama sekali bertentangan dengan Dasar Budaya Kebangsaan dan Islam sebagai agama di negara ini.
Sumber HD - 23-11-2013
Hina Islam: Negara OIC perlu panggil duta Myanmar
Harakahdaily, | 17 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Negara Anggota OIC digesa memanggil duta Myanmar ekoran penghinaan dan serangan terhadap Islam yang dilancarkan oleh sami-sami Buddha esktrimis atas alasan membantah lawatan menteri-menteri luar OIC baru-baru ini.
Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata penghinaan dengan menyamakan Islam sebagai ideologi binatang bukan sahaja menghina akan tetapi membawa mesej mengistiharkan perang ke atas Islam dan kaum Muslimin.
"Kami melihat kebencian terhadap Muslim dan Islam ini sengaja direncanakan oleh pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri.
"Kami sangat kesal dengan sikap dan tindakan para sami ekstrimis yang membawa kain sepanduk yang menghina Islam dan mengaitkan Islam sebagai agama haiwan," katanya dalam satu kenyataan bersama Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura).
Menurutnya, maklumat diperolehi mendapati pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri yang memberi arahan dan mengeluarkan kebenaran supaya sami-sami tersebut berdemonstrasi membantah lawatan delegasi OIC.
Malah ujarnya ada seorang Menteri yang turut bersama dalam salah sebuah demonstrasi di satu bandar di Myanmar.
"Kami menuntut supaya kerajaan Myanmar menghentikan tindakan liar dan tidak bertamadun ini dan mengingatkan jangan cuba mencabar kesabaran umat Islam seluruh dunia .
"Kami juga mengingatkan kepada Myanmar bahawa negara umat Islam seperti Malaysia telah berjaya mengujudkan suasana harmoni antara orang Islam dan penganut agama yang lain termasuk penganut Buddha .
"Semua agama adalah dilindungi secara undang-undang dan semua agama di Malaysia hidup dengan aman," katanya lagi.
Beliau turut mempersoal kenapa Myanmar dan para sami berkelakuan sedemikian dan terus menyebarkan kempen membenci penganut agama lain di zaman seperti ini.
"Ancaman apa yang ditakuti oleh kerajaan Myanmar dari lawatan OIC? Kecuali jika kerajaan Myanmar sendiri mengamalkan polisi mendokong keganasan penganut Buddha oleh estrimis Buddha seperti yang ditunjukkan ke atas kaum Muslimin," katanya.
Sehubungan itu beliau mengesa semua negara Asean dan OIC mengutuk tindakan ganas ini dan menekan kerajaan Myanmar supaya tidak tunduk kepada estrimis Budhha yang menyebarkan kebencian terhadap agama lain dan bersikap rasis terhadap kaum lain.
Beliau juga menuntut supaya semua kedutaan Myanmar di negara-negara anggota OIC yang ada hubungan diplomatik dengan Myanmar dipanggil untuk menyatakan kutukan dan menegaskan pendirian masing-masing.
"Semua negara Islam perlu mengerakkan tindakan bersama untuk menekan Myanmar . Jika ini tidak berkesan memutuskan hubungan diplomatik adalah pilihan yang perlu dipertimbangkan," katanya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-11-2013
PPSMI: Mahathir ulang hujah yang sudah jadi sejarah
Hazayani Zakaria, | 13 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih terperangkap dalam pemikiran kolonial apabila mahu subjek sains dan matematik kembali diajar dalam Bahasa Inggeris, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid.
Beliau berkata, pandangan Dr Mahathir harus diketepikan kerana kerajaan sendiri akur dengan kehendak rakyat yang menolak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
"Dr Mahathir ulang dan ungkit isu yang sudah selesai dan keputusan sudah dibuat oleh kerajaan supaya dasar ini dimansuhkan.
"Pandangan Dr Mahathir yang mahu PSSMI ini dikembalikan adalah ke belakang dan Dr Mahathir terperangkap dengan pemikiran kolonial," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Dr Mahathir ketika berucap di Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru dalam Dunia Islam di Petaling Jaya semalam merayu agar subjek sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris kerana berpandangan Bahasa Melayu belum menjadi bahasa sains dan matematik.
Beliau juga dilaporkan berkata, tanpa penguasaan bahasa Inggeris peluang pekerjaan seseorang itu akan menjadi sempit walaupun cemerlang dalam akademik.
Mengulas lanjut, Azmi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi berkata, peluang pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris terbuka luas namun subjek sains dan matematik harus diajar dalam bahsa Melayu kerana sesuatu ilmu itu lebih senang difahami apabila diajar dalam bahasa ibunda.
"Dr Mahathir harus sedar bahawa kita tidak menyekat pelajar-pelajar mempelajari Bahasa Inggeris malah peluang untuk belajar terbuka luas dan ada di mana-mana.
"Namun dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, kita mahu Bahasa Melayu digunakan kerana bahasa Melayu ialah bahasa ilmu dan tunggak kepada pembangunan bangsa dan budaya," tegasnya.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Prof Shahrir Md Zin pula berkata, segala hujah yang digunakan dr Mahathir merupakan hujah lapuk dan sudah disanggah oleh banyak pihak.
"Dr Mahathir ulang hujah yang sama, hujah yang sudah jadi sejarah tapi surat khabar suka keluarkan pandangan beliau.
"Saya dan beberapa rakan yang lain sudah lama menjawab hujah-hujah beliau contohnya sains dan matematik tidak sesuai diajar dalam bahasa Melayu.
"Tapi hujah dan pandangan kita tidak dikeluarkan surat khabar, maka pandangan Dr Mahathir tetap menjadi perhatian orang," katanya yang juga dihubungi Harakahdaily.
Tambah beliau juga, tiada alasan untuk kerajaan meneruskan PPSMI sedangkan Kementerian Pendidikan sendiri membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar yang bermula pada 2003 itu.
"Tidak perlu peduli dengan pandangan Dr Mahathir kerana beliau dari dulu lagi mahu PPSMI dilaksanakan dan tak peduli dengan pandangan orang kebanyakan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berpegang teguh kepada pendirian kerajaan untuk menarik balik pelaksanaan PPSMI kerana statistik Kementerian Pendidikan membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar itu.
Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan dilaporkan berkata, PPSMI tidak mempunyai hala tuju selain Kementerian Pendidikan membuktikan keputusan pelajar merudum dalam subjek sains dan matematik dan Bahasa Inggeris.
Beliau berkata, pandangan Dr Mahathir harus diketepikan kerana kerajaan sendiri akur dengan kehendak rakyat yang menolak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
"Dr Mahathir ulang dan ungkit isu yang sudah selesai dan keputusan sudah dibuat oleh kerajaan supaya dasar ini dimansuhkan.
"Pandangan Dr Mahathir yang mahu PSSMI ini dikembalikan adalah ke belakang dan Dr Mahathir terperangkap dengan pemikiran kolonial," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Dr Mahathir ketika berucap di Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru dalam Dunia Islam di Petaling Jaya semalam merayu agar subjek sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris kerana berpandangan Bahasa Melayu belum menjadi bahasa sains dan matematik.
Beliau juga dilaporkan berkata, tanpa penguasaan bahasa Inggeris peluang pekerjaan seseorang itu akan menjadi sempit walaupun cemerlang dalam akademik.
Mengulas lanjut, Azmi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi berkata, peluang pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris terbuka luas namun subjek sains dan matematik harus diajar dalam bahsa Melayu kerana sesuatu ilmu itu lebih senang difahami apabila diajar dalam bahasa ibunda.
"Dr Mahathir harus sedar bahawa kita tidak menyekat pelajar-pelajar mempelajari Bahasa Inggeris malah peluang untuk belajar terbuka luas dan ada di mana-mana.
"Namun dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, kita mahu Bahasa Melayu digunakan kerana bahasa Melayu ialah bahasa ilmu dan tunggak kepada pembangunan bangsa dan budaya," tegasnya.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Prof Shahrir Md Zin pula berkata, segala hujah yang digunakan dr Mahathir merupakan hujah lapuk dan sudah disanggah oleh banyak pihak.
"Dr Mahathir ulang hujah yang sama, hujah yang sudah jadi sejarah tapi surat khabar suka keluarkan pandangan beliau.
"Saya dan beberapa rakan yang lain sudah lama menjawab hujah-hujah beliau contohnya sains dan matematik tidak sesuai diajar dalam bahasa Melayu.
"Tapi hujah dan pandangan kita tidak dikeluarkan surat khabar, maka pandangan Dr Mahathir tetap menjadi perhatian orang," katanya yang juga dihubungi Harakahdaily.
Tambah beliau juga, tiada alasan untuk kerajaan meneruskan PPSMI sedangkan Kementerian Pendidikan sendiri membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar yang bermula pada 2003 itu.
"Tidak perlu peduli dengan pandangan Dr Mahathir kerana beliau dari dulu lagi mahu PPSMI dilaksanakan dan tak peduli dengan pandangan orang kebanyakan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berpegang teguh kepada pendirian kerajaan untuk menarik balik pelaksanaan PPSMI kerana statistik Kementerian Pendidikan membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar itu.
Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan dilaporkan berkata, PPSMI tidak mempunyai hala tuju selain Kementerian Pendidikan membuktikan keputusan pelajar merudum dalam subjek sains dan matematik dan Bahasa Inggeris.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-11-2013
Bernas: Jangan perjudi sekuriti makanan negara
Harakahdaily, | 13 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengingatkan kerajaan agar jangan membenarkan pihak berkepentingan keuntungan semata-mata untuk memperjudikan sekuriti makanan utama negara.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, penswastaan LPN kepada Bernas sejak 1994 telah meletakkan bekalan, import dan pengedaran beras kepada monopoli sebuah syarikat konglomerat yang meletakkan beras sebagai komoditi perniagaan dalam pasaran saham.
“Kini Bernas dicadangkan dinyahsenarai dan kami melihat ini bakal menjejaskan bukan sahaja kebajikan seluruh industri pengeluaran padi negara iaitu petani, pengilang dan pengedar bumiputera, malah sekuriti makanan utama negara itu turut diperjudikan di tangan syarikat yang hanya mengutamakan keuntungan,” katanya.
Beliau berkata, Bernas sebagai sebuah syarikat tidak harus dibiarkan bertindak di luar kawalan kerajaan untuk memastikan sektor bekalan makanan utama sentiasa memenuhi keperluan negara dan bukan menjadi industri yang ditentukan oleh kehendak syarikat semata-mata.
Menurutnya, dengan menyahsenaraikan Bernas, ekuiti syarikat tersebut hanya berada dalam milik syarikat secara mutlak dan menyisihkan golongan terpenting dalam sektor tersebut iaitu petani.
Tambahnya, membiarkan makananan utama negara di tangan syarikat yang memonopoli semua rantai pengeluaran dan pembekalan beras bakal mendedahkan sektor tersebut kepada manipulasi pasaran yang merbahaya kepada sekuriti makanan negara.
Pada tahun 2009, ujarnya rakyat pernah dikejutkan apabila saham Bernas dibeli oleh syarikat asing berpusat di Hong Kong apabila ia menguasai 31% dari saham syarikat tersebut.
“Teras kesal sejak pengswastaan sektor padi, isu petani yang berkaitan sektor ini, banyak yang tidak terbela termasuk soal penentuan harga, pemotongan padi basah, nasib pengilang padi bumiputera, isu kos input pertanian yang semakin meningkat dan kekurangan infrastruktur kawasan pengairan yang banyak tidak dikelola dengan baik,” katanya.
Kini, ujar beliau sektor pengeluaran dan bekalan beras dibenarkan dimonopoli oleh seorang individu yang boleh menentukan harga berdasarkan pertimbangan keuntungan yang hendak diraih.
Menurutnya lagi, jika ekuiti Bernas dibenarkan dibolot semuanya oleh syarikat berkepentingan dari seorang individu melalui proksi pelbagai syarikat, sekuriti makanan negara akan terdedah kepada perhitungan dan manipulasi di tangan hanya seorang individu.
Justeru, tegasnya dalam satu kenyatan, Teras membantah sebarang tindakan untuk membenarkan Bernas diserah sepenuhnya kepada monopoli seorang atau syarikat.
“Kami berpandangan Bernas perlu kembali diletakkan kepada tujuan asal ia diwujudkan dan pihak kerajaan tidak boleh berlepas tangan untuk membenarkan sektor pembekalan beras dimonopoli berdasarkan pasaran semata-mata,” katanya.
Teras juga, tegas beliau lagi menuntut supaya sektor ini tidak boleh diperjudikan melalui kepentingan hubungan politik kerana bekalan makanan negara adalah soal keselamatan nasional bukan hanya soal industri perniagaan semata-mata.
Beliau menambah, melepaskan urusan bekalan beras negara dan import beras kepada monopoli sebuah syarikat dengan melupuskan ekuiti awam adalah suatu tindakan memperjudikan sekuriti makanan kepada manipulasi syarikat untuk meraih keuntungan lumayan.
Katanya, kerajaan tidak boleh membiarkan mandat yang diberi kepada Bernas untuk menjaga kepentingan petani dan pengilang bumiputera diperjudikan.
Menurut beliau, perhitungan untuk membolot keuntungan oleh satu syarikat sahaja sehingga 2021 adalah suatu pengkhianatan kepada mandat yang diberi oleh kerajaan dan pihak kerajaan akan turut bertanggungjawab jika sektor industri padi negara terlepas kepada kuasa asing.

Langkawi tidak perlu jadi seperti Bali atau Monaco
Harakahdaily, | 11 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Keghairahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan utama dunia ke tahap lebih tinggi sangat mengkhuatirkan.
Justeru, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendirian Langkawi tidak perlu sehingga mencapai tahap Bali dan Monaco iaitu pusat pelancongan mewah.
“Malah kami membantah jika pelancongan di negara ini mahu menurut rentak dan model negara lain,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Baginya, Najib nampak teruja benar menarik lebih ramai pelancong kelas tinggi namun tidak mengambilkira kesan sosio-budaya dan ekonomi tempatan seperti mana berlaku di kebanyakan destinasi pelancongan di dunia ketiga iaitu kerosakan budaya luar yang dibawa masuk ke dalam pusat pelancongan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Keghairahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan utama dunia ke tahap lebih tinggi sangat mengkhuatirkan.
Kami berpendirian Langkawi tidak perlu sehingga mencapai tahap Bali dan Monaco iaitu pusat pelancongan mewah. Malah kami membantah jika pelancongan di negara ini mahu menurut rentak dan model negara lain.
Beliau nampak teruja benar menarik lebih ramai pelancong kelas tinggi namun tidak mengambilkira kesan sosio-budaya dan ekonomi tempatan seperti mana berlaku di kebanyakan destinasi pelancongan di dunia ketiga iaitu kerosakan budaya luar yang dibawa masuk ke dalam pusat pelancongan.
PM mengatakan Langkawi mahu mencapai destinasi percutian nautika iaitu pelancongan mewah. Akan tetapi soalnya kemewahan itu untuk siapa dan apakah natijah yang akan berlaku kepada penduduk tempatan akibat kebanjiran pelancongan luar yang tidak menghormati sosio-budaya tempatan, sementara pelabur pelancongan mewah akan menelan usahawan tempatan.
Keadaan pelancongan sekarang pun sudah nampak kesan sosio-budaya yang negatif apabila anak muda sama ada yang berasal dari Langkawi mahupun yang datang dari luar mulai terlibat dengan gejala rosak akhlak.
Maksud pelancongan kelas dunia membawa implikasi bahawa standard kemudahan kelas dunia termasuk pelbagai acara hiburan dan kebebasan sosial oleh pelancong luar akan menjadi ciri yang dibawa masuk ke Langkawi.
Dengan mengatakan Langkawi mahu dijadikan setaraf Bali dan Monaco, maka ciri-ciri budaya pelancongan di destinasi tersebut akan dibawa ke Langkawi.
Padahal PM tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang di Bali. Akibat "mass tourism”, Bali kini sudah bertukar menjadi pulau yang hilang warisan alamnya. Dengan kebanjiran pembinaan hotel mewah dan residen yang mengambil tanah kawasan tadahan air yang semakin luas, Bali kini hilang keasliannya.
Penggunaan sumber alam seperti air oleh pelancongan kini menyebabkan Bali akan berhadapan dengan krisis air minum dan krisis alam sekitar yang amat serius. Setiap bilik dalam hotel 4 bintang mengguna 300 liter sehari.
Setiap tahun 700 hektar tanah ditukar kepada hotel dan residen mewah untuk warga luar yang kaya. Sekarang setiap hari 13,000 cubic meter sampah dibuang di kawasan publik. Kepadatan trafik semakin serius bila setiap tahun bilangan kenderaan bertambah pada kadar 13% setahun.
Apabila PM mengaitkan pelancongan ke tahap lebih tinggi dengan keperluan menarik jenama kelas tinggi bermakna yang akan didatangkan dan dipromosi adalah produk luar dan bukan mempromosi jenama negara.
Inilah yang menyebabkan model pelancongan yang diidamkan oleh PM menjadi sebagai model yang membunuh produk tempatan dan sosio-budaya tempatan.
PM nampaknya jahil mengenai konsep carrying capacity (keupayaan menampung) sesebuah pulau bila beliau mengumumkan mahu mensasarkan Langkawi menarik 3 juta pelancong setahun.
Dalam kajian impak alam sekitar sesebuah pulau punyai daya menampung pelawat yang terhad untuk mengelak kerosakkan kepada alam sekitar. Langkawi punya daya tampung yang terbatas. Jika berlebihan, kesan kepada sumber alamnya akan musnah.
Pelancongan Nautika Langkawi yang diumumkan oleh PM juga memerlukan pertimbangan yang teliti kerana sebarang aktiviti pelancongan yang berkait dengan laut harus mengambilkira soal kawasan ekologi laut yang sensitif.
Banyak kajian yang dihasilkan di peringkat antarabangsa mengenai Pelancongan Nautika sudah menunjukkan kesan kepada alam sekitar perlautan yang merosakkan jika pelancongan jenis ini tidak dikawal.

Sumber HD - 11-11-2013
Perisikan: Panggil duta Amerika beri penjelasan
Harakahdaily, | 07 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memandang serius pendedahan Edward Snowden mengenai perisikan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat (AS) yang memasukkan Malaysia dalam senarai operasi perisikannya.
“Kami melihat ini adalah suatu pencabulan AS terhadap kedaulatan negara yang tidak boleh dikompromi.
“Kami sudah mengingatkan berkali-kali betapa perhubungan dengan AS membawa risiko yang besar kerana pencerobohan AS dalam pelbagai cara telah lama dilakukan ke atas banyak negara,” tegas Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, AS menggunakan pelbagai medan atas nama perdagangan, kerjasama budaya dan pendidikan serta latihan ketenteraan untuk mendapatkan maklumat dalam sesebuah negara.
Kini, ujarnya AS menggunakan alasan untuk memerangi teroris untuk menjalankan operasi periskan tanpa mendapat keizinan dari negara di mana ia mempunyai hubungan diplomatik.
Mapim, kata beliau tidak boleh menerima sebarang alasan untuk mengizinkan pencerobohan ke atas Malaysia dilakukan atas nama membanteras pengganas.
“Kami mengambil perhatian terhadap kemarahan banyak kerajaan negara yang disenarai sebagai lokasi perisikan Amerika,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, kemarahan negara-negara itu berasas kerana AS tidak berhak memintas dan membuat operasi perisikan elektronik terhadap percakapan telefon mana-mana pihak dalam negara berkenaan terutama dikalangan pemimpin negara.
“Pihak kerajaan Malaysia tidak boleh memandang ringan pendedahan ini, kerana ia membawa implikasi besar kepada pertahanan dan kedaulatan negara,” katanya.
Justeru, kata Azmi, Mapim menuntut kerajaan Malaysia segera memanggil pihak kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk memberi penjelasan dan menyatakan sikap tegas jika mereka menyalahguna premis kedutaannya di Kuala Lumpur untuk menjalankan operasi perisikan.
“Kami mengambil perhatian bahawa operasi perisikan AS di seluruh dunia menunjukkan kuasa imperialis itu akan melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan kedaulatan sesuatu negara,” ujarnya lagi.
Tambah beliau, Kerajaan Malaysia ada hak untuk menyuarakan pendiriannya untuk memprotes jika benar aktiviti perisikan ini dijalankan di keduataan AS.
Tegasnya, Mapim berpendirian operasi itu mesti dihentikan dan Malaysia perlu memberi amaran kepada AS bahawa kegiatan itu bererti mengundang kemarahan rakyat Malaysia.
“Kami mempersoalkan adakah AS boleh berkompromi jika ada negara luar melaksanaan operasi perisikan di bumi AS oleh kedutaan negara lain,” kata Mohd Azmi.
Menruutnya, hipokrasi AS dalam dasar luarnya terhadap negara lain sangat jelas kerana ia sentiasa bersikap double standard dalam semua dasar luar negaranya.
“Kami melihat ini adalah suatu pencabulan AS terhadap kedaulatan negara yang tidak boleh dikompromi.
“Kami sudah mengingatkan berkali-kali betapa perhubungan dengan AS membawa risiko yang besar kerana pencerobohan AS dalam pelbagai cara telah lama dilakukan ke atas banyak negara,” tegas Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, AS menggunakan pelbagai medan atas nama perdagangan, kerjasama budaya dan pendidikan serta latihan ketenteraan untuk mendapatkan maklumat dalam sesebuah negara.
Kini, ujarnya AS menggunakan alasan untuk memerangi teroris untuk menjalankan operasi periskan tanpa mendapat keizinan dari negara di mana ia mempunyai hubungan diplomatik.
Mapim, kata beliau tidak boleh menerima sebarang alasan untuk mengizinkan pencerobohan ke atas Malaysia dilakukan atas nama membanteras pengganas.
“Kami mengambil perhatian terhadap kemarahan banyak kerajaan negara yang disenarai sebagai lokasi perisikan Amerika,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, kemarahan negara-negara itu berasas kerana AS tidak berhak memintas dan membuat operasi perisikan elektronik terhadap percakapan telefon mana-mana pihak dalam negara berkenaan terutama dikalangan pemimpin negara.
“Pihak kerajaan Malaysia tidak boleh memandang ringan pendedahan ini, kerana ia membawa implikasi besar kepada pertahanan dan kedaulatan negara,” katanya.
Justeru, kata Azmi, Mapim menuntut kerajaan Malaysia segera memanggil pihak kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk memberi penjelasan dan menyatakan sikap tegas jika mereka menyalahguna premis kedutaannya di Kuala Lumpur untuk menjalankan operasi perisikan.
“Kami mengambil perhatian bahawa operasi perisikan AS di seluruh dunia menunjukkan kuasa imperialis itu akan melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan kedaulatan sesuatu negara,” ujarnya lagi.
Tambah beliau, Kerajaan Malaysia ada hak untuk menyuarakan pendiriannya untuk memprotes jika benar aktiviti perisikan ini dijalankan di keduataan AS.
Tegasnya, Mapim berpendirian operasi itu mesti dihentikan dan Malaysia perlu memberi amaran kepada AS bahawa kegiatan itu bererti mengundang kemarahan rakyat Malaysia.
“Kami mempersoalkan adakah AS boleh berkompromi jika ada negara luar melaksanaan operasi perisikan di bumi AS oleh kedutaan negara lain,” kata Mohd Azmi.
Menruutnya, hipokrasi AS dalam dasar luarnya terhadap negara lain sangat jelas kerana ia sentiasa bersikap double standard dalam semua dasar luar negaranya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-11-2013
Teras saran naikkan cukai rokok dan arak
Harakahdaily, | 21 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) bertegas supaya cukai eksais arak dan rokok dinaikkan sehingga ke tahap mengekang tabiat menagih arak dan rokok yang semakin tinggi di negara ini.
Menurut Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar), kerajaan tidak mengenakan kenaikan cukai eksais kepada rokok sejak 2010 dan arak sejak 2005 sehingga usaha mencegah tabiat negatif berkait kedua-dua komoditi ini tidak berkesan.
"Demikian juga cukai eksais arak hanya dinaikkan pada 2005 yang telah menaikkan harga arak sebanyak 23.3 % kepada RM7.40 seliter," ujarnya.
Menurut Azmi, rakyat Malaysia berbelanja USD500 juta setahun untuk arak menjadikannya antara 10 negara tertinggi di dunia yang minum arak dengan kadar 7 liter per kapita.
"Kini sepertiga mereka yang minum arak di Malaysia adalah mereka yang ketagih arak," kesal beliau.
Menurutnya, ketika cukai eksais rokok dinaikkan pada 2010 dan harga rokok naik antara 7.5% hingga 9% setiap kotak 20 batang , penjualan rokok telah menguncup hampir 3.5 % .
Malah tambah beliau, kajian di peringkat antarabangsa mengakui bahawa instrumen cukai sangat berkesan untuk mencegah tabiat merokok dan minum arak setidak-tidaknya di kalangan golongan remaja dan kelompok berpendapat rendah.
"Kami berpendapat kerajaan perlu menunjukkan kesungguhan untuk mengguna pendekatan menaikkan harga sebagai salah satu strategi untuk mengatasi tabiat yang bukan sahaja menjejaskan ekonomi rumahtangga malah menimbulkan jenayah sosial yang parah.
"Umum mengetahui bahawa walaupun bagi golongan perokok dan peminum arak tegar sukar untuk menghentikan tabiat buruk tersebut , namun paling tidak dengan mengenakan cukai yang tinggi ia boleh berperanan mengurangkan kemampuan untuk mereka membeli terutama di kalangan golongan muda," jelas beliau.
Azmi menjelaskan, tidak timbul masalah ketagihan arak dan rokok di kalangan orang Islam jika mereka mempunyai tahap kesedaran agama yang tinggi.
"Islam dari awal meletakkan kaedah antara manfaat dan kemudaratan yang menjadikan sesuatu hukum itu haram atau disebaliknya.
" Akan tetapi oleh kerana masyarakat Islam juga terdedah kepada pengaruh iklan dan kejahilan kepada hukum agama , selain mempunyai keimanan yang lemah , maka gejala ini kini berleluasa di kalangan umat Islam," kesal beliau.
Teras tambahnya, menyarankan kerajaan menerima pakai kaedah Islam sebagai asas mengatasi isu ketagihan rokok dan arak kerana kaedah selain Islam hanya boleh menyelesaikan isu arak dan rokok dalam jangka masa pendek.
"Penyelesaian yang jauh lebih berkesan dan mutlak adalah melalui syariat Islam," tambahnya.
Menurut Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar), kerajaan tidak mengenakan kenaikan cukai eksais kepada rokok sejak 2010 dan arak sejak 2005 sehingga usaha mencegah tabiat negatif berkait kedua-dua komoditi ini tidak berkesan.
"Demikian juga cukai eksais arak hanya dinaikkan pada 2005 yang telah menaikkan harga arak sebanyak 23.3 % kepada RM7.40 seliter," ujarnya.
Menurut Azmi, rakyat Malaysia berbelanja USD500 juta setahun untuk arak menjadikannya antara 10 negara tertinggi di dunia yang minum arak dengan kadar 7 liter per kapita.
"Kini sepertiga mereka yang minum arak di Malaysia adalah mereka yang ketagih arak," kesal beliau.
Menurutnya, ketika cukai eksais rokok dinaikkan pada 2010 dan harga rokok naik antara 7.5% hingga 9% setiap kotak 20 batang , penjualan rokok telah menguncup hampir 3.5 % .
Malah tambah beliau, kajian di peringkat antarabangsa mengakui bahawa instrumen cukai sangat berkesan untuk mencegah tabiat merokok dan minum arak setidak-tidaknya di kalangan golongan remaja dan kelompok berpendapat rendah.
"Kami berpendapat kerajaan perlu menunjukkan kesungguhan untuk mengguna pendekatan menaikkan harga sebagai salah satu strategi untuk mengatasi tabiat yang bukan sahaja menjejaskan ekonomi rumahtangga malah menimbulkan jenayah sosial yang parah.
"Umum mengetahui bahawa walaupun bagi golongan perokok dan peminum arak tegar sukar untuk menghentikan tabiat buruk tersebut , namun paling tidak dengan mengenakan cukai yang tinggi ia boleh berperanan mengurangkan kemampuan untuk mereka membeli terutama di kalangan golongan muda," jelas beliau.
Azmi menjelaskan, tidak timbul masalah ketagihan arak dan rokok di kalangan orang Islam jika mereka mempunyai tahap kesedaran agama yang tinggi.
"Islam dari awal meletakkan kaedah antara manfaat dan kemudaratan yang menjadikan sesuatu hukum itu haram atau disebaliknya.
" Akan tetapi oleh kerana masyarakat Islam juga terdedah kepada pengaruh iklan dan kejahilan kepada hukum agama , selain mempunyai keimanan yang lemah , maka gejala ini kini berleluasa di kalangan umat Islam," kesal beliau.
Teras tambahnya, menyarankan kerajaan menerima pakai kaedah Islam sebagai asas mengatasi isu ketagihan rokok dan arak kerana kaedah selain Islam hanya boleh menyelesaikan isu arak dan rokok dalam jangka masa pendek.
"Penyelesaian yang jauh lebih berkesan dan mutlak adalah melalui syariat Islam," tambahnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-10-2013
Politik wang adalah nyawa Umno - Teras
Harakahdaily, | 19 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) merakamkan pernyataan bahawa keperluan yang mendesak jika bangsa Melayu mahu selamat ialah dengan merehatkan Umno.
“Rehatkan Umno dari kuasa yang sudah menguasai seluruh darah daging, urat nadi dan saraf Umno sehingga nyawanya perlu dipulih bukan setakat melalui ‘sistem sokongan’ dengan rawatan ICU, malah perlu kepada pembedahan major dan penggantian organ dan darah yang sangat kritikal,” ujar presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Katanya, alternatif perlu dicari dari wadah yang tidak dijangkiti oleh virus politik Umno.
Beliau menyatakan demikian sebagai repons kepada kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa rasuah berleluasa di dalam pemilihan Umno.
Tambahnya, suatu ‘over haul’ total sekalipun , sukar dapat diharapkan dari pemilihan Umno di peringkat manapun.
“Wadah politik yang boleh mengganti Umno hanya boleh dihadirkan melalui wadah yang dipimpin oleh insan soleh dan berketerampilan kelas negarawan mukmin,” ujarnya lagi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
“Korupsi berleluasa. Letih sebab duit banyak turun. Tak turun duit, tak dipilih," inilah pernyataan Tun Mahathir yang dilaporkan oleh media yang akhirnya menjelaskan inilah penyakit Umno yang hampir mustahil dikikis.
Hari ini dikatakan suatu sejarah Umno dimulakan bila undian dari cawangan dan bahagian memilih ahli MT. Pada hakikatnya tidak ada yang baru dari segi politik Umno. Yang baru hanyalah kuantum politik wang yang beredar. Sekarang kos untuk meningkat kemungkinan calon menang menjadi lebih besar. Bilangan yang perlu “dibela" menjadi lebih berat.
Dari sistem mengundi MT melalui perwakilan dan bertukar kepada sistem mengundi langsung dari ahli di peringkat cawangan dan bahagian, politik wang sudah sebati dengan Umno. Politik wang adalah nyawa Umno.
Yang merunsingkan ialah pemimpin-pemimpin Umno tetap mendabik dada memperjuangkan bangsa Melayu.
Persoalannya apakah yang dapat diharapkan dari sebuah wadah politik yang melahirkan sejumlah pemimpin yang bergelumang dengan politik wang memungkinkan nasib bangsa Melayu dan maruah negara boleh terbela.
Politik wang adalah serupa dengan pasaran bebas. Di mana keuntungan paling tinggi dapat diraih ke situlah sokongan akan menumpu. Pertimbangan menjaga maruah bangsa, memelihara kepentingan negara pada hakikatnya adalah senarai terkebawah dalam keutamaan aktivis Umno.
Bukan sahaja calon terpaksa mengguna dana yang cukup tinggi malah pelbagai agen calon dan broker politik berkeliaran mencari peluang memanfaatkan keadaan terbaik untuk mendapat keuntungan lumayan.
Dalam Umno virus "percaturan politik" ( political profiteering ) tidak boleh dibunuh. Ia sudah menyatu dalam Umno bagaikan lagu dan irama, jiwa dan raga. Malah ia sangat menjadi-jadi sejak Mahathir mengambil alih. Ia barah terminal dan melumpuhkan seluruh daya tahan tubuh Umno persis Aids politik yang membawa maut.
Malangnya yang sangat dikesali, dengan virus yang menjangkiti tubuh Umno itu pula, ia mengheret bangsa Melayu dan negara sendiri ke ambang kebangkrapan nilai sosio-budaya dan politik sekaligus mengadai maruah negara dan meluncurkan negara menjunam ke gaung hina dan nista.
Politik Umno dibudayakan dalam pentadbiran negara dan tabiat bangsa Melayu. Penyakit Umno disuntik malah dalam dunia ilmu, media, intelektual dan ruang akademik itu sendiri. Malah dalam pentadbiran agama juga tidak selamat dari penyakit tabiat Umno yang merosakkan.
Inilah anehnya bila Mahathir melahirkan kekesalannya mengenai pilihan dalam Umno yang meletihkan.
Melabur dalam politik dan kemudiannya meraih "dividen politik" dalam bentuk projek dan peluang besar untuk mengkayakan diri adalah sebati dengan Umno. Perubahan untuk menyuntik darah baru dan angkatan muda yang lebih dinamik dan bermacam slogan yang muluk-muluk hanya retorik kosong.
Yang berleluasa ialah politik bodek, politik ampu dan politik kroni. Bukan politik ilmu, jauh sekali politik pengorbanan.
Jika adapun sedikit kesungguhan oleh mana-mana pihak untuk membawa perubahan sebenar, bakal pasti akan disingkirkan.
Sebab itu tidak ada yang mahu perubahan yang sesungguhnya boleh membanteras barah itu sampai ke akar. Kepentingan peribadi terlalu tinggi untuk dilepaskan jika perubahan benar-benar digerakkan.
Jauh sekali untuk menanam politik ‘takut Allah’ atau ‘politik takut hisab di akhirat’. Itu semua menyakitkan telinga dan dianggap hanya sesuai dileterkan di masjid dan surau semata-mata.
Politik sebenar dalam Umno adalah politik peluang. Peluang naik pangkat dan raih gelaran dan politik membolot kekayaan.
Kami merakamkan pernyataan bahawa keperluan yang mendesak jika bangsa Melayu mahu selamat ialah dengan merehatkan Umno. Rehatkan Umno dari kuasa yang sudah menguasai seluruh darah daging, urat nadi dan saraf Umno sehingga nyawanya perlu dipulih bukan setakat melalui ‘sistem sokongan’ dengan rawatan ICU , malah perlu kepada pembedahan major dan penggantian organ dan darah yang sangat kritikal.
Alternatif perlu dicari dari wadah yang tidak dijangkiti oleh virus politik Umno . Suatu "over haul" total sekalipun , sukar dapat diharapkan dari pemilihan Umno di peringkat manapun. Wadah politik yang boleh mengganti Umno hanya boleh dihadirkan melalui wadah yang dipimpin oleh insan soleh dan berketerampilan kelas negarawan mukmin.

Sumber HD - 19-10-2013
Jambatan Melaka-Dumai tidak rasional - Mapim
Harakahdaily, | 16 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menolak cadangan kerajaan Melaka untuk membina jambatan Melaka-Dumai sepanjang lebih 48 kilometer bernilai lebih RM44 bilion.
Menyifatkan ianya sebagai cadangan mengejutkan, NGO itu mendakwa rakyat tidak dapat menerima bagaimana idea yang sudah mati ini dihidupkan kembali dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu .
"Kami kesal dengan cadangan yang tidak rasional ini memandangkan kos dan risiko alam sekitar yang tinggi serta keperluan sebenar yang tidak jelas untuk membina jambatan yang dikatakan terpanjang di dunia ini.
"Apakah sebenarnya yang dikatakan jambatan ini berpotensi untuk pertumbuhan ekonomi ke dua negara, padahal apa yang lebih utama dan sepatutnya diperkemaskan ialah program pembinaan sumber manusia dan keperluan asas penduduk kedua negara," kata Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid.
Menurutnya, IMT GT yang mengeluarkan cadangan ini sama sekali tidak melihat perkembangan ekonomi serantau yang tidak memberangsangkan apatah lagi ekonomi dunia yang diandai akan mengelami pertumbuhan yang perlahan.
Betapa hebat sekalipun teknologi pembinaan jambatan itu katanya, tidak dapat menjamin risiko yang akan dihadapi di rantau ini yang sangat sensitif kepada gempa bumi.
Ini kerana, jambatan panjang seperti ini sangat tertakluk kepada kajian sismik selat Melaka yang sentiasa terdedah kepada kesan gempa bumi.
Mapim ujarnya, tidak melihat keperluan jambatan ini bukan sahaja kerana kos yang sangat tinggi akan tetapi juga implikasi alam sekitar yang bakal dihadapi di selat Melaka yang merupakan antara laluan selat antarabangsa yang paling sibuk di dunia.
"Kami tidak dapat menerima bahawa oleh kerana dikatakan 85% akan dibiaya oleh Bank Exim Import-Export China maka ia tidak akan membebankan ekonomi negara.
"Akan tetapi ia tidak semudah itu sebab sebarang kos penyelenggaraan akan akhirnya ditanggung oleh rakyat kedua negara," katanya lagi.
Selain itu, kajian Penilaian Risiko serta Life Cycle Cost yang diguna dalam pembinaan jambatan panjang seperti ini terutama dalam kawasan yang berisiko gempa bumi dikhuatiri akan mengguna sumber perbelanjaan yang tinggi.
Katanya, persoalan yang penting perlu diketengahkan ialah apa perlunya jambatan ini padahal fasiliti pengangkutan yang sedia ada hanya perlu diperkemaskan antara kedua negara untuk melancarkan lagi pertumbuhan ekonomi.
"Tidak perlu dibina projek mega seperti yang dicadang tersebut. Kecuali ada pihak yang akan mengaut keuntungan besar dari projek ini, kami tidak melihat keperluan yang mendesak mahupun rasional yang kukuh untuk projek ini diteruskan.
"Kami khuatir dengan projek mega seperti ini yang lebih bersifat " prime pumping " untuk merangsang ekonomi yang tidak berasaskan fundamental yang kukuh, negara akan terperangkap dalam ekonomi spekulatif semata-mata," tegasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-10-2013
Mapim tegaskan Obama tak perlu datang ke M’sia
Harakahdaily, | 02 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: “Pengumuman Presiden Barack Obama menangguh lawatan ke Malaysia adalah suatu maklumat yang kami sambut dengan lega.
“Akan tetapi ini tidak bermakna kami masih menerima bahawa beliau akan disambut untuk datang ke Malaysia sesudah isu dalaman negara Amerika Syarikat (AS) selesai,” ujar Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Justeru, beliau dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya tetap bertegas bahawa Presiden AS itu tidak dialu-alukan untuk datang ke Malaysia pada masa akan datang.
Katanya, rakyat Malaysia sangat tahu agenda AS dan kehadhiran Obama akan melambangkan negara menyambut seorang Presiden sebuah kerajaan AS yang berkonspirasi untuk menghancurkan umat Islam dan mengeksploitasi negara membangun seperti Malaysia.
Tambahnya, tidak ada sebab kenapa Malaysia harus bersedia menerima beliau sedangkan polisi luar negara AS sangat ganas terhadap negara-negara umat Islam atas nama membanteras terrorisme.
Sehubungan itu, ujarnya Mapim menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib membatalkan terus jemputan Obama untuk datang ke Malaysia.
Katanya, kuasa imperialis itu tidak seharusnya diberi muka untuk mengguna pengaruhnya bagi memujuk Malaysia agar ikut kehendak AS dalam apa agenda sekalipun.
“Kini beliau sendiri terpaksa menghadapi masalah dalaman negaranya sendiri yang membuktikan AS tidak layak menasihati mana-mana negara untuk mengadakan perjanjian dengannya semada dalam bidang ekonomi, keselamatan dalam negeri, ketenteraan mahupun politik.
“Kami menggesa PM Malaysia jangan terlalu takut untuk menyatakan pendirian tegas terhadap segala polisi AS yang bersifat hipokrit bila bercakap soal demokrasi dan hak asasi manusia,” tegasnya.
Beliau berkata, Mapim tidak akan teragak untuk sekali lagi merancang agar rakyat menunjukkan sikap tegas menolak kedatangan Obama jika beliau memutuskan untuk datang ke Malaysia pada tarikh yang baru.
“Akan tetapi ini tidak bermakna kami masih menerima bahawa beliau akan disambut untuk datang ke Malaysia sesudah isu dalaman negara Amerika Syarikat (AS) selesai,” ujar Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Justeru, beliau dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya tetap bertegas bahawa Presiden AS itu tidak dialu-alukan untuk datang ke Malaysia pada masa akan datang.
Katanya, rakyat Malaysia sangat tahu agenda AS dan kehadhiran Obama akan melambangkan negara menyambut seorang Presiden sebuah kerajaan AS yang berkonspirasi untuk menghancurkan umat Islam dan mengeksploitasi negara membangun seperti Malaysia.
Tambahnya, tidak ada sebab kenapa Malaysia harus bersedia menerima beliau sedangkan polisi luar negara AS sangat ganas terhadap negara-negara umat Islam atas nama membanteras terrorisme.
Sehubungan itu, ujarnya Mapim menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib membatalkan terus jemputan Obama untuk datang ke Malaysia.
Katanya, kuasa imperialis itu tidak seharusnya diberi muka untuk mengguna pengaruhnya bagi memujuk Malaysia agar ikut kehendak AS dalam apa agenda sekalipun.
“Kini beliau sendiri terpaksa menghadapi masalah dalaman negaranya sendiri yang membuktikan AS tidak layak menasihati mana-mana negara untuk mengadakan perjanjian dengannya semada dalam bidang ekonomi, keselamatan dalam negeri, ketenteraan mahupun politik.
“Kami menggesa PM Malaysia jangan terlalu takut untuk menyatakan pendirian tegas terhadap segala polisi AS yang bersifat hipokrit bila bercakap soal demokrasi dan hak asasi manusia,” tegasnya.
Beliau berkata, Mapim tidak akan teragak untuk sekali lagi merancang agar rakyat menunjukkan sikap tegas menolak kedatangan Obama jika beliau memutuskan untuk datang ke Malaysia pada tarikh yang baru.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-10-2013
Ustaz Azizan: Perginya seorang tokoh Islam
Harakahdaily, | 26 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Seluruh warga Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) merakamkan takziah kepada ahli keluarga Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di atas kembalinya beliau ke rahmatullah.
“Sesungguhnya kami mendoakan roh beliau akan tergolong bersama golongan siddiqin, solehin dan para mujahidin,” ujar Presiden Mapim dan Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Baginya, pemergian Ustaz Azizan adalah suatu kehilangan yang besar bukan sahaja buat rakyat Kedah malah seluruh negara, bahkan beliau seorang tokoh ilmuan dan ulama gerakan Islam yang akan menjadi teladan kepada banyak kalangan pencinta Islam.
“Kami kagum dengan keupayaannya dan jasanya berkhidmat kepada rakyat menyumbang kepada kemajuan dan kebajikan warga Kedah ketika beliau memegang amanah sebagai Menteri Besar,” katanya lagi.
Mohd Azmi menambah, sebagai ilmuan, ulama dan ahli politik, tidak dapat dinafikan khidmat cemerlang Ustaz Azizan memikul amanah mentadbir negeri Kedah yang mengutamakan ilmu dan kebajikan rakyat yang terpinggir.
“Ketika beliau menjadi ketua pentadbir negeri Kedah polisinya jelas mendahulukan rakyat dan sangat menekankan soal pendidikan Islam. Jasa beliau mewujudkan Kolej Universiti Insaniah amat dikagumi,” katanya.
Tambahnya, ternyata Ustaz Azizan telah menunjukkan kebolehan memimpin dengan teladan seorang pemimpin yang sederhana bukan sahaja dalam cara memimpin malah juga dalam kehidupannya sendiri.
Beliau berkata, Ustaz Azizan tidak menunjukkan kemewahan hidup sebagai MB malah terus hidup di rumahnya sendiri di Alor Setar seperti rakyat biasa.
“Takziah juga kami sampaikan kepada seluruh warga PAS yang telah kehilangan seorang pemimpin yang ulung dan akan terakam sebagai ahli yang sangat besar sumbangannya kepada perjuangan parti Islam.
“Moga segala contoh kepimpinannya dapat memberi inspirasi kepada seluruh perjuangan pencinta Islam dalam parti PAS yang menjadi wadah perjuangan beliau sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.
“Sesungguhnya kami mendoakan roh beliau akan tergolong bersama golongan siddiqin, solehin dan para mujahidin,” ujar Presiden Mapim dan Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Baginya, pemergian Ustaz Azizan adalah suatu kehilangan yang besar bukan sahaja buat rakyat Kedah malah seluruh negara, bahkan beliau seorang tokoh ilmuan dan ulama gerakan Islam yang akan menjadi teladan kepada banyak kalangan pencinta Islam.
“Kami kagum dengan keupayaannya dan jasanya berkhidmat kepada rakyat menyumbang kepada kemajuan dan kebajikan warga Kedah ketika beliau memegang amanah sebagai Menteri Besar,” katanya lagi.
Mohd Azmi menambah, sebagai ilmuan, ulama dan ahli politik, tidak dapat dinafikan khidmat cemerlang Ustaz Azizan memikul amanah mentadbir negeri Kedah yang mengutamakan ilmu dan kebajikan rakyat yang terpinggir.
“Ketika beliau menjadi ketua pentadbir negeri Kedah polisinya jelas mendahulukan rakyat dan sangat menekankan soal pendidikan Islam. Jasa beliau mewujudkan Kolej Universiti Insaniah amat dikagumi,” katanya.
Tambahnya, ternyata Ustaz Azizan telah menunjukkan kebolehan memimpin dengan teladan seorang pemimpin yang sederhana bukan sahaja dalam cara memimpin malah juga dalam kehidupannya sendiri.
Beliau berkata, Ustaz Azizan tidak menunjukkan kemewahan hidup sebagai MB malah terus hidup di rumahnya sendiri di Alor Setar seperti rakyat biasa.
“Takziah juga kami sampaikan kepada seluruh warga PAS yang telah kehilangan seorang pemimpin yang ulung dan akan terakam sebagai ahli yang sangat besar sumbangannya kepada perjuangan parti Islam.
“Moga segala contoh kepimpinannya dapat memberi inspirasi kepada seluruh perjuangan pencinta Islam dalam parti PAS yang menjadi wadah perjuangan beliau sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-9-2013
TPPA jejas industri makanan halal
Zulkifli Yahya, | 23 Sep 2013 |
ALOR SETAR: Kesan besar yang dialami negara hasil Perjanjian Perkongsian Trans Pasific (TPPA) adalah kehilangan daya saing khususnya di bidang perdagangan dan kewangan, kata Pengerusi Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Azmi Abdul Hamid ketika berucap di program jelajah membantah TPPA yang diadakan di Dewan Kar Har Tong, dekat sini, semalam.
"Perjanjian TPPA akan merugikan rakyat Malaysia, mereka kata ia perdagangan bebas tetapi hakikatnya ia adalah perdagangan yang tidak bebas dan tidak adil yang cuba mengawal ketat negara kita melalui undang-undang antarabangsa," ujarnya.
Apa yang dikehendaki dalam perjanjian tersebut adalah pihak asing akan berpeluang memonopoli perolehan kerajaan dan pasaran di Malaysia tanpa kawalan.
"Amerika Syarikat mempunyai institusi kewangan yang besar dan kukuh. Selepas ini dengan mudah mereka boleh melebarkan rangkaian bank mereka di Malaysia, tapi apakah Agro Bank (misalnya) boleh membuka cawangan serta mendapat sambutan di sana?" katanya.
Sekarang katanya, rakyat Malaysia mampu membeli ubat dengan harga murah kerana menggunakan ubat ramuan generik sama ada yang dihasilkan dalam negara atau mana-mana negara lain.
Mengikut undang-undang yang ada sekarang monopoli pengeluaran ubat oleh syarikat tertentu (bukan ubatan generik) dibenarkan selama 20 tahun.
Mengikut TPPA tempoh hak milik paten dilanjutkan untuk lima tahun lagi, bermakna dalam tempoh tersebut rakyat Malaysia tidak mampu membeli ubat tertentu dengan harga yang murah.
Menurutnya, industri makanan halal akan turut menerima kesan daripada pelaksanaan TPPA.
Sekarang ini, jelas beliau, pengeluar makanan atau barangan pengguna di Malaysia tidak boleh meletakkan tanda halal dengan sesuka hati tanpa sijil halal Jakim.
"Malangnya selepas TPPA, Jakim tidak lagi berhak memeriksa kandungan bahan dari luar kerana ia dianggap rahsia syarikat menurut perjanjian. Umat Islam tidak dapat mengetahui makanan dari luar sama ada halal atau haram," jelasnya.
Malaysia katanya, patut mengambil iktibar dari perjanjian FTA yang telah merugikan rakyat Equador.
Walaupun hutan Amazon telah dicemari oleh tumpahan minyak syarikat asing dan didenda oleh mahkamah Equador namun syarikat enggan membayar sebaliknya membawa kes ke mahkamah antarabangsa.
"Syarikat asing menang dan Equador pula yang terpaksa membayar sebanyak RM80 juta," ujar Cikgu Azmi .
Jelajah membantah TPPA turut disertai Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin @ Che'gu Bard, Bendahari Badan Perhubungan PAS negeri, Dato' Amiruddin Hamzah dan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Syed Araniri Al Idrus .
"Perjanjian TPPA akan merugikan rakyat Malaysia, mereka kata ia perdagangan bebas tetapi hakikatnya ia adalah perdagangan yang tidak bebas dan tidak adil yang cuba mengawal ketat negara kita melalui undang-undang antarabangsa," ujarnya.
Apa yang dikehendaki dalam perjanjian tersebut adalah pihak asing akan berpeluang memonopoli perolehan kerajaan dan pasaran di Malaysia tanpa kawalan.
"Amerika Syarikat mempunyai institusi kewangan yang besar dan kukuh. Selepas ini dengan mudah mereka boleh melebarkan rangkaian bank mereka di Malaysia, tapi apakah Agro Bank (misalnya) boleh membuka cawangan serta mendapat sambutan di sana?" katanya.
Sekarang katanya, rakyat Malaysia mampu membeli ubat dengan harga murah kerana menggunakan ubat ramuan generik sama ada yang dihasilkan dalam negara atau mana-mana negara lain.
Mengikut undang-undang yang ada sekarang monopoli pengeluaran ubat oleh syarikat tertentu (bukan ubatan generik) dibenarkan selama 20 tahun.
Mengikut TPPA tempoh hak milik paten dilanjutkan untuk lima tahun lagi, bermakna dalam tempoh tersebut rakyat Malaysia tidak mampu membeli ubat tertentu dengan harga yang murah.
Menurutnya, industri makanan halal akan turut menerima kesan daripada pelaksanaan TPPA.
Sekarang ini, jelas beliau, pengeluar makanan atau barangan pengguna di Malaysia tidak boleh meletakkan tanda halal dengan sesuka hati tanpa sijil halal Jakim.
"Malangnya selepas TPPA, Jakim tidak lagi berhak memeriksa kandungan bahan dari luar kerana ia dianggap rahsia syarikat menurut perjanjian. Umat Islam tidak dapat mengetahui makanan dari luar sama ada halal atau haram," jelasnya.
Malaysia katanya, patut mengambil iktibar dari perjanjian FTA yang telah merugikan rakyat Equador.
Walaupun hutan Amazon telah dicemari oleh tumpahan minyak syarikat asing dan didenda oleh mahkamah Equador namun syarikat enggan membayar sebaliknya membawa kes ke mahkamah antarabangsa.
"Syarikat asing menang dan Equador pula yang terpaksa membayar sebanyak RM80 juta," ujar Cikgu Azmi .
Jelajah membantah TPPA turut disertai Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin @ Che'gu Bard, Bendahari Badan Perhubungan PAS negeri, Dato' Amiruddin Hamzah dan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Syed Araniri Al Idrus .
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-9-2013
Malaysia terperangkap dalam TPP
Harakahdaily, | 20 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) adalah satu lagi hegemoni ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang mahu mengikat negara-negara dan berusaha mendominasi pasaran dunia, tegas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Menurut beliau, agenda geo-politik AS dalam TPP adalah jelas iaitu untuk menyaingi kebangkitan ekonomi kumpulan negara-negara BRICS ( Brazil , India, Rusia , China , Afrika Selatan).
"Kami menggesa agar kerajaan Malaysia menimbang semula untuk menerima kehadiran Obama. Beliau adalah simbol kuasa imperialis dunia yang tidak mungkin boleh diterima jika Malaysia mahu menegaskan kemerdekaannya dalam erti kata sebenar," tegas Azmi dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Menurut beliau, pemimpin Malaysia harus menunjukkan keberanian seperti Presiden Brazil, Dilma Rauseff yang baru-baru ini menolak lawatan Obama kerana perisik AS didapati secara rahsia mengesan dan merisik perbualan antara Presiden Brazil itu dengan pegawai tertinggi beliau.
"Jelas perhubungan dengan AS mendedahkan negara kepada operasi espionaj pada bila-bila masa.
"Kami menyeru rakyat Malaysia menyatakan sikap mereka dengan tegas dan jelas terhadap kedatangan Obama , bagi menzahirkan pendirian mereka untuk membantah kedatangan beliau dan menentang kezaliman , imperialisme dan dan penjajahan AS," ujar beliau.
Menurut beliau, agenda geo-politik AS dalam TPP adalah jelas iaitu untuk menyaingi kebangkitan ekonomi kumpulan negara-negara BRICS ( Brazil , India, Rusia , China , Afrika Selatan).
"Kami menggesa agar kerajaan Malaysia menimbang semula untuk menerima kehadiran Obama. Beliau adalah simbol kuasa imperialis dunia yang tidak mungkin boleh diterima jika Malaysia mahu menegaskan kemerdekaannya dalam erti kata sebenar," tegas Azmi dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Menurut beliau, pemimpin Malaysia harus menunjukkan keberanian seperti Presiden Brazil, Dilma Rauseff yang baru-baru ini menolak lawatan Obama kerana perisik AS didapati secara rahsia mengesan dan merisik perbualan antara Presiden Brazil itu dengan pegawai tertinggi beliau.
"Jelas perhubungan dengan AS mendedahkan negara kepada operasi espionaj pada bila-bila masa.
"Kami menyeru rakyat Malaysia menyatakan sikap mereka dengan tegas dan jelas terhadap kedatangan Obama , bagi menzahirkan pendirian mereka untuk membantah kedatangan beliau dan menentang kezaliman , imperialisme dan dan penjajahan AS," ujar beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-9-2013
Lawatan Obama 'malapetaka buat Malaysia' - Mapim
Harakahdaily, | 20 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) membantah kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barak Obama ke negara ini ekoran imej negatif Amerika Syarikat di sisi rakyat negara ini.
Malah badan bukan kerajaan (NGO) itu menyifatkan kehadiran Obama di Kuala Lumpur 11 Oktober hadapan sebagai "suatu malapetaka buat Malaysia".
Dalam satu kenyataan media yang diluarkan hari ini, MAPIM secara tegas tidak mengalu-alukan kedatangan Obama malah mendesak lawatan pemimpin kuasa besar dunia itu dibantah dan dikecam.
"AS dilihat sebagai kuasa imperialis Barat yang mempunyai cita-cita untuk mendominasi seluruh dunia melalui pelbagai strategi. Dari strategi menguasai Majlis Keselamatan PBB, Majlis Hak Asasi Manusia PBB, IMF, Bank Dunia, WTO, G8, APEC sehingga strategi memanipulasi media global, perjanjian ketenteraan, strategi menjatuhkan atau menaikkan seseorang pemimpin atau kerajaan," ujar Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Tambah beliau, AS menghadapi masalah integriti di kaca mata umat Islam dan seluruh pejuang hak asasi manusia sedunia malah ia adalah negara paling rasis dan paling hipokrit.
Menurutnya, jutaan umat Islam yang terkorban dan menderita di seluruh dunia adalah berpunca dari hegemoni ekonomi, ketenteraan dan politik AS dan oleh sebab itu kedatangan Presiden AS adalah suatu yang membangkitkan kemarahan rakyat.
"Umat Islam khususnya melihat dasar kerajaan Amerika yang dipimpin oleh beberapa Presidennya jelas telah menguris hati kaum Muslimin di Iraq, Pakistan, Iran, Al Quds, Gaza, Libya, Syria, Mesir dan Algeria.
"Seluruh polisi AS adalah untuk mengadu-domba dan memperalatkan pemimpin dan diktator negara-negara umat Islam sehingga umat Islam menderita akibat regim yang pro-Amerika dan anti-Islam," tegas beliau.
Mohd Azmi juga berpendapat bahawa AS tidak layak bercakap mengenai hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi.
"Malah ditangan Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama kini dipenuhi darah orang yang tidak berdosa akibat dasarnya untuk memelihara kepentingan Israel dan Zionis Yahudi.
"Mempertahankan kepentingan Israel adalah agenda utama AS walaupun melibatkan pencerobohan dan pemusnahan ke atas wilayah Palestin dan pembunuhan rakyat Palestin di Gaza," ujarnya.
Mohd Azmi turut mengecam tindakan Obama mengarah penghantaran kapalterbang perang tanpa pemandu (drones) ke Afghanisatan yang membunuh ribuan orang awam tidak berdosa.
AS juga, jelasnya dikenali sebagai "negara samseng" yang sarat dengan konspirasi untuk memporak-perandakan negara umat Islam dan mana-mana negara yang didapati mempunyai kerajaan yang bersikap kritikal terhadap dasar luarnya.
"Kami membantah keras kedatangan Barak Obama . Beliau adalah simbol kepimpinan hipokrit terulung didunia dan tidak layak disambut di bumi Malaysia," tegas Mohd Azmi.

Saham khas gagal tambah ekuiti Bumiputera
Harakahdaily, | 16 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Beberapa saham bumiputera yang telah diagihkan selama ini gagal meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat akibat harga saham yang menurun dan tidak menjana kekayaan yang diharapkan, ujar Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid.
Menurut beliau, suntikan pelaburan atas nama bumiputera harus dilihat dengan kritikal supaya daya tahan pemilikan saham tidak menurun.
“Dalam hal memperkukuhkan pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera , kami memerhatikan berlaku ketidaktelusan dalam pembelian dan penjualan aset oleh pelbagai agensi yang mengendali aset atas nama bumiputera,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.
Menurutnya, wujud kecenderungan membeli bangunan atau aset hartanah yang tidak telus sehingga menjadi beban kewangan kepada agensi terbabit, malah ada aset yang terbiar tanpa diurus secara produktif.
Apa yang lebih dikesalkan, tambahnya terdapat penjualan aset oleh agensi terbabit kepada bukan bumiputera.
“Kami menuntut agar semua agensi yang diamanahkan untuk mengurus aset hartanah dipantau secara profesional dan tidak dipengaruhi oleh gangguan politik,” ujarnya.
Teras turut menuntut agar Yayasan Wakaf Malaysia diperkemaskan dan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Bhd (AHB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawasan Nasional Bhd (Punb) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri dilakukan secara profesional.
Menyentuh aspek perumahan Bumiputera, Azmi menggesa agar pembinaan rumah mampu milik kepada bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) ditingkatkan dengan pemantauan menyeluruh aspek kualiti.
“Kedudukan kawasan perumahan yang tidak munasabah untuk kaum bumiputera tidak akan mencapai matlamat sepatutnya. Hakikikat bahawa masih banyak perumahan rakyat yang tidak ada pembeli kerana faktor kesesuaian tempat,” ujarnya.
Sehubungan itu, Teras mencadangkan agar kuota perumahan bumiputera di kawasan strategik hendaklah dikuatkuasakan dengan tegas dan tidak membiarkan pemaju melepaskan tanggungjawab sosial mereka untuk meningkat taraf kehidupan kaum bumiputera.
Ketika berucap pada majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 di UiTM Shah Alam, 14 September lalu, Dato’ Seri Mohd Najib Razak mengumumkan lima langkah bagi memperkasa ekonomi Bumiputera iaitu mempertingkatkan daya modal insan Bumiputera; memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap golongan Bumiputera.

Sumber HD - 16-9-2013
UDA gagal tingkatkan pemilikan hartanah Melayu
Harakahdaily, | 16 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dilihat gagal menyokong agenda bumiputera dalam menambah pemilikan hartanah bumiputera di kawasan bandar, membangun usahawan bumiputera berdaya saing dan mengukuhkan modal insan bumiputera.
Sehubungan itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid menggesa supaya peranan agensi kerajaan itu dinilai semula kerana banyak hartanah orang Melayu di kawasan bandar terlepas ke tangan bukan bumiputera ekoran kegagalan fungsi agensi terbabit.
“Peranan agensi seperti UDA Corporation untuk membangunkan hartanah di kawasan bandar hendaklah dinilai dengan kritikal kerana banyak hartanah orang Melayu yang terjual akibat pembangunan yang dijalankan oleh Uda yang akhirnya dimilikki oleh bukan bumiputera,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Kajian juga, tambahnya perlu dibuat terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pembangunan hartanah memandangkan pembangunan hartanah bumiputera perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana matlamat keuntungan tidak boleh dibiarkan mengatasi tujuan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi bumiputera.
Sehubungan itu, beliau mahu polisi "carve out" yang dicadangkan Perdana Menteri dinilai dengan teliti kerana perlaksanaannya terdedah kepada penyelewengan jika tidak dilakukan dengan telus.
Merujuk aspek pembangunan modal insan, Teras berpendapat usaha menambah pelajar dan kampus UITM tidak bermakna jika keupayaan pengurusan tidak dipastikan berjalan dengan baik .
“Kualiti pelajar UITM perlu dipastikan dengan menjaminkan pembinaan keperibadian dan jatidiri berjalan dengan sempurna,” ujarnya.
Modal Insan Bumiputera, tegas beliau tidak harus dilihat hanya kepada soal kemahiran dan pengijazahan semata-mata dengan mengabaikan jati diri yang kukuh untuk hidup berdikari.
“Kami berpendapat tidak wajar graduan hanya dilihat dari sudut kebolehpasaran sahaja. Apa yang sangat diperlukan ialah membina keperibadian graduan yang kuat sehingga boleh menjadi warga masyarakat yang bermanfaat.
“Apa yang menjadi persoalan utama ialah kedayaupayaan generasi muda yang lemah didorong oleh pelbagai pengaruh yang negatif dalam persekitaran sekarang.
“Kemahiran tanpa jat idiri insan yang kuat akan mengakibat lahir generasi muda bumiputera yang rapuh. Apa yang sangat diperlukan ialah melahirkan bumiputera yang mampu berfikir kritikal , berdaya upaya dan mempunyai kekuatan akhlak yang kukuh,” jelas beliau.
Menyentuh sistem penyampaian (delivery system), Azmi menggesa agensi-agensi berkaitan memastikan sistem penyampaian berlaku dengan lancar dan tidak terlalu birokratik.
“Agensi yang terlalu banyak dan mengguna peruntukan yang tinggi hendaklah dinilai semula,” tegasnya .
Pada 14 September lalu, Perdana Menteri mengumumkan lima langkah bagi memperkasa ekonomi Bumiputera iaitu mempertingkatkan daya modal insan Bumiputera; memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap golongan Bumiputera.

Kronisme & nepotisme halang kemajuan ekonomi Bumiputera
Harakahdaily, | 16 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Pelancaran program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, 14 September lalu oleh Perdana Menteri hanya sekadar menukar nama kepada program yang sama jika kerajaan tidak bersikap terbuka , telus dan membanteras amalan kronisme.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan medianya berkata, mentransformasikan program pelbagai skim hanya bermakna jika ia diuruskan dengan amanah dan tidak diganggu oleh keputusan politik yang akan menjejaskan ekuiti bumiputera .
“Para usahawan bumiputera perlu dibina dengan skim yang berbeza. Semua agensi yang sedia ada nampaknya tidak melahirkan usahawan bumiputera yang diharapkan.
“Prosedur perniagaan perlu dipermudahkan dan anugerah projek-projek kerajaan hendaklah dilakukan secara meritokrasi yang telus . Kaum bumiputera yang benar-benar menunjukkan daya perniagaan yang baik hendaklah diberi peluang meningkatkan perniagaan,” ujarnya.
Teras juga berpendapat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak harus menjadi pesaing kepada para usahawan bumiputera manakala peniaga sederhana dan kecil perlu diberi kemudahan dan lokasi perniagaan yang strategik.
“Penyeliaan perniagaan bumiputera yang mendapat pinjaman dari pelbagai agensi perlu dilaksanakan agar tidak berlaku salahguna modal perniagaan,” tambah Azmi.
Beliau menambah, ramai usahawan bumiputera yang terbantut dan gagal dalam perniagaan diakibat amalan kronisme dalam menganugerah projek.
“Mereka yang masih mengamalkan perniagaan atas angin tanpa menunjukkan daya kemahiran perniagaan yang layak masih berterusan diberi projek ,” ujarnya.
Ketika berucap di majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 di UiTM Shah Alam, 14 September lalu, Dato’ Seri Mohd Najib Razak mengumumkan lima langkah bagi memperkasa ekonomi Bumiputera iaitu mempertingkatkan daya modal insan Bumiputera; memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap golongan Bumiputera.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan medianya berkata, mentransformasikan program pelbagai skim hanya bermakna jika ia diuruskan dengan amanah dan tidak diganggu oleh keputusan politik yang akan menjejaskan ekuiti bumiputera .
“Para usahawan bumiputera perlu dibina dengan skim yang berbeza. Semua agensi yang sedia ada nampaknya tidak melahirkan usahawan bumiputera yang diharapkan.
“Prosedur perniagaan perlu dipermudahkan dan anugerah projek-projek kerajaan hendaklah dilakukan secara meritokrasi yang telus . Kaum bumiputera yang benar-benar menunjukkan daya perniagaan yang baik hendaklah diberi peluang meningkatkan perniagaan,” ujarnya.
Teras juga berpendapat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak harus menjadi pesaing kepada para usahawan bumiputera manakala peniaga sederhana dan kecil perlu diberi kemudahan dan lokasi perniagaan yang strategik.
“Penyeliaan perniagaan bumiputera yang mendapat pinjaman dari pelbagai agensi perlu dilaksanakan agar tidak berlaku salahguna modal perniagaan,” tambah Azmi.
Beliau menambah, ramai usahawan bumiputera yang terbantut dan gagal dalam perniagaan diakibat amalan kronisme dalam menganugerah projek.
“Mereka yang masih mengamalkan perniagaan atas angin tanpa menunjukkan daya kemahiran perniagaan yang layak masih berterusan diberi projek ,” ujarnya.
Ketika berucap di majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 di UiTM Shah Alam, 14 September lalu, Dato’ Seri Mohd Najib Razak mengumumkan lima langkah bagi memperkasa ekonomi Bumiputera iaitu mempertingkatkan daya modal insan Bumiputera; memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap golongan Bumiputera.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-9-2013
TPPA: Kerajaan mahu jaga kepentingan siapa
Harakahdaily, | 10 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa agar kerajaan mengadakan referendum jika bantahan rakyat dan pelbagai pihak mengenai isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) tidak mahu dilayan oleh kerajaan.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, dengan pelbagai persoalan yang telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang mewakili kerajaan masih mahu meneruskan perundingan dalam TTPA dan menentukan penyertaan Malaysia akhirnya akan turut menandatangani perjanjian tersebut.
“Kami tidak faham apa sebenarnya yang mendorong kerajaan bersungguh mahu meneruskan penyertaan dalam proses perundingan TTPA.
“Apakah ada pihak yang menekan Malaysia untuk terus menyertai TTPA?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Justeru, kata beliau kepentingan siapa yang sebenarnya yang mahu dijaga dan kenapa kerajaan seolah-olah terlalu terdesak untuk menyertai TPPA.
Tambahnya, Mapim juga mempersoalkan dan membantah penyertaan Malaysia dalam proses perundingan TTPA adalah kerana kita tidak perlu mengikatkan diri dengan mana-mana pihak untuk berdagang.
“Kita harus bebas mahu berdagang dengan mana-mana negara tanpa perlu terikat dengan perjanjian yang mensyaratkan negara kepada ikatan undang-undang,” ujarnya.
Oleh kerana terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab dan banyak pula yang dirahsiakan, ujarnya maka Mapim merumuskan perjanjian TPPA bukan suatu perundingan yang pro rakyat akan tetapi pro-bisnes semata-mata yang lebih menguntungkan kuasa besar dan melanjutkan proses penjajahan semula negara ini.
Katanya, apabila TTPA merupakan perundingan yang penuh kerahsian sehingga para penggubal undang-undang negara iaitu ahli parlimen sendiri tidak mengetahui perincian dalam perjanjian yang bakal ditandatangani itu.
Tambah beliau, Mapim berpendapat sudah sampai masanya suatu pengumpulan suara rakyat dilancarkan untuk menentukan sama ada rakyat mahu atau menolak TPPA.
“Kami mendapati kerajaan nampaknya tidak peka dengan suara rakyat sedangkan rakyat berhak membantah kerana ia mempunyai implikasi besar kepada kehidupan mereka.
“Kami dengan itu berpendapat referendum ini akan benar-benar menggambarkan kehendak rakyat terhadap isu TPPA dan kerajaan perlu mengambil sikap terbuka dalam hal ini,” katanya lagi.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, dengan pelbagai persoalan yang telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang mewakili kerajaan masih mahu meneruskan perundingan dalam TTPA dan menentukan penyertaan Malaysia akhirnya akan turut menandatangani perjanjian tersebut.
“Kami tidak faham apa sebenarnya yang mendorong kerajaan bersungguh mahu meneruskan penyertaan dalam proses perundingan TTPA.
“Apakah ada pihak yang menekan Malaysia untuk terus menyertai TTPA?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Justeru, kata beliau kepentingan siapa yang sebenarnya yang mahu dijaga dan kenapa kerajaan seolah-olah terlalu terdesak untuk menyertai TPPA.
Tambahnya, Mapim juga mempersoalkan dan membantah penyertaan Malaysia dalam proses perundingan TTPA adalah kerana kita tidak perlu mengikatkan diri dengan mana-mana pihak untuk berdagang.
“Kita harus bebas mahu berdagang dengan mana-mana negara tanpa perlu terikat dengan perjanjian yang mensyaratkan negara kepada ikatan undang-undang,” ujarnya.
Oleh kerana terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab dan banyak pula yang dirahsiakan, ujarnya maka Mapim merumuskan perjanjian TPPA bukan suatu perundingan yang pro rakyat akan tetapi pro-bisnes semata-mata yang lebih menguntungkan kuasa besar dan melanjutkan proses penjajahan semula negara ini.
Katanya, apabila TTPA merupakan perundingan yang penuh kerahsian sehingga para penggubal undang-undang negara iaitu ahli parlimen sendiri tidak mengetahui perincian dalam perjanjian yang bakal ditandatangani itu.
Tambah beliau, Mapim berpendapat sudah sampai masanya suatu pengumpulan suara rakyat dilancarkan untuk menentukan sama ada rakyat mahu atau menolak TPPA.
“Kami mendapati kerajaan nampaknya tidak peka dengan suara rakyat sedangkan rakyat berhak membantah kerana ia mempunyai implikasi besar kepada kehidupan mereka.
“Kami dengan itu berpendapat referendum ini akan benar-benar menggambarkan kehendak rakyat terhadap isu TPPA dan kerajaan perlu mengambil sikap terbuka dalam hal ini,” katanya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-9-2013
Pemimpin mewah, pegawai bawahan disuruh berjimat
Harakahdaily, | 09 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengingatkan bahawa menyeru kakitangan agensi kerajaan supaya berjimat cermat hendaklah dicontohi terlebih dahulu oleh pemimpin kerajaan di peringkat atasan.
“Tidak ada gunanya seruan kepada pegawai bawahan supaya berjimat cermat dikeluarkan, padahal pegawai di peringkat tertinggi berbelanja mewah,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Justeru, beliau mengalu-alukan pengumuman oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa supaya semua agensi kerajaan mengurangkan perbelanjaan masing-masing.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa dasar berbelanja berjimat cermat dalam perbelanjaan kerajaan hendaklah menjadi dasar yang kekal.
Arahan berjimat cermat sepatutnya menjadi komponen yang integral dalam prosedur berbelanja dalam agensi kerajaan, tidak perlu menunggu sehingga keadaan kewangan menjadi terdesak.
Kami menegaskan seruan berjimat cermat kepada semua agensi kerajaan tidak boleh bermusim atau ketika kewangan kerajaan menghadapi krisis.
Pengumuman oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa supaya semua agensi kerajaan mengurangkan perbelanjaan masing-masing sangat dialu-alukan.
Akan tetapi hal ini sudah beberapa kali diulang ketika kerajaan berhadapan dengan masalah defisit yang semakin membesar dan hutang negara dan hutang domestik terus meningkat. Malangnya arahan ini hanya menjadi retorik yang tidak mempunyai kesan.
Kami mendapati seolah-olah seruan berjimat ini hanya dilakukan ketika keadaan kewangan terhimpit padahal berjimat adalah prinsip yang sepatutnya kekal menjadi prosedur yang tetap dan berterusan di semua peringkat.
Terlalu banyak tabiat berbelanja oleh agensi kerajaan yang tidak dikawal dengan rapi. Kerap berlaku perbelanjaan berlebihan dikeluarkan kerana ada arahan dari pihak atasan sedangkan pegawai pelaksana tahu bahawa ada perkara yang tidak perlu dibeli atau dibelanja.
Kami tidak faham apakah sebenarnya mekanisme perbelanjaan yang ditetapkan oleh kerajaan. Prosedur yang ditetapkan oleh perbendaharaan sepatutnya sudah cukup untuk mengenalpasti bahawa perbelanjaan membazir di luar prosedur tidak boleh dilakukan.
Malah sistem pengesanan pembaziran juga sepatutnya dapat dikenalpasti lebih awal di semua peringkat agensi kerajaan.
Sebenarnya terlalu banyak pembaziran yang dapat dikesan oleh Audit Negara. Seperti dalam laporan tahunan Audit Negara mendedahkan perbelanjaan banyak agensi kerajaan yang tidak rasional semada dalam pembelian dan juga dalam urusan perbelanjaan keraian kerajaan.
Malah berlaku kemudahan kerajaan disalahguna untuk urusan parti politik dan menghabiskan wang kerajaan untuk menyambut pelbagai acara politik atas nama acara agensi kerajaan.
Kami ingin mengingatkan dasar jimat cermat tidak boleh menjadi retorik kosong hanya untuk menyedapkan telinga rakyat. Padahal amalan bermewahan dalam berbelanja dipelbagai agensi kerajaan sangat ketara.
Kerajaan bertanggungjawab memastikan semua perbelanjaan mengikut prosedur yang ketat dan rapi. Ia meliput perbelanjaan dari sekecil seperti berjimat dalam penggunaan kertas, penggunaan telefon sehingga soal membawa pegawai ke luar negara.
Kami mendapati menjadi kelaziman acara sambutan dan program rasmi yang dianjur oleh kerajaan sering mewah dan membazir. Tidak logik acara sambutan hanya untuk menerima lawatan seorang menteri terpaksa berbelanja mewah.
Kami menuntut supaya kesederhanaan dijadikan suatu dasar yang rasmi dalam semua acara kerajaan. Mekanisme membanteras ketirisan dalam perbelanjaan hendaklah dikuatkuasakan dengan bersungguh-sungguh.
Kami mengesa supaya kerajaan menilai semula semua rancangan projek mega yang akan menyebabkan hutang kerajaan meningkat. Kajian semula rasional dan keperluan projek-projek tertentu yang hanya bersifat simbolik hendaklah dilaksanakan.
Kami juga mengingatkan bahawa menyeru kakitangan agensi kerajaan supaya berjimat cermat hendaklah dicontohi terlebih dahulu oleh pemimpin kerajaan di peringkat atasan. Tidak ada gunanya seruan kepada pegawai bawahan supaya berjimat cermat dikeluarkan, padahal pegawai di peringkat tertinggi berbelanja mewah.

Sumber HD - 9-9-2013
SPM: Wajib lulus BI, pelajar luar bandar jadi mangsa
Harakahdaily, | 08 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) tidak setuju Bahasa Inggeris (BI) dijadikan subjek wajib lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia bukan pendekatan yang boleh menjamin pelajar dapat menguasai BI.
“Kami berpendapat syarat BI lulus akan menyebabkan ramai pelajar yang akan terkandas dalam SPM dan dengan itu menyebabkan masa depan mereka terjejas.
“Kami dengan itu juga mendapati pihak Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mewajibkan lulus BI dalam SPM pada 2016 tidak menjelaskan kenapa penguasaan BI masih lemah dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau mempersoalkan apakan kajian yang telah dilaksanakan untuk merasionalkan keputusan tersebut.
Justeru, ujarnya, pihak kementerian perlu membuktikan perkaitan mensyaratkan lulus BI untuk mendapat sijil SPM dengan keupayaan pelajar untuk menguasai BI.
Menurutnya, penguasaan BI sepatutnya boleh dilakukan secara berterusan dan tidak perlu ia menjadi faktor yang menghadkan seseorang pelajar mendapat sijil SPM dan dengan itu merumitkannya untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan.
Katanya, harus diingatkan pelajar di sekolah luar bandar akan menjadi mangsa kepada dasar yang baru ini jika ia tidak diteliti dengan halusi.
Beliau berkata, suasana masyarakat di luar bandar bukan persekitaran pelajar yang kondusif untuk mengguna BI.
“Adalah lebih bijak semakan dilakukan ke atas teknik pengajaran dan pembelajaran serta kualiti guru yang mengajar BI daripada mensyaratkan BI mesti lulus untuk mendapat sijil SPM,” ujarnya lagi.
Menurutnya, dalam jangka panjang adalah sangat penting dipertimbangkan mereka yang tidak lulus dan gagal mendapat sijil SPM mungkin akan menghasilkan ramai pelajar yang tercicir dari arus perdana.
“Kami berpendapat syarat lulus BI akan menjadi beban kepada pelajar kerana fokus yang seharusnya diberi perhatian iaitu menguasai ilmu dalam bahasa ibunda perlu diutamakan.
“Lulus BI tidak boleh dijadi merit untuk menggagalkan seseorang pelajar dalam SPM,” katanya.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia bukan pendekatan yang boleh menjamin pelajar dapat menguasai BI.
“Kami berpendapat syarat BI lulus akan menyebabkan ramai pelajar yang akan terkandas dalam SPM dan dengan itu menyebabkan masa depan mereka terjejas.
“Kami dengan itu juga mendapati pihak Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mewajibkan lulus BI dalam SPM pada 2016 tidak menjelaskan kenapa penguasaan BI masih lemah dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau mempersoalkan apakan kajian yang telah dilaksanakan untuk merasionalkan keputusan tersebut.
Justeru, ujarnya, pihak kementerian perlu membuktikan perkaitan mensyaratkan lulus BI untuk mendapat sijil SPM dengan keupayaan pelajar untuk menguasai BI.
Menurutnya, penguasaan BI sepatutnya boleh dilakukan secara berterusan dan tidak perlu ia menjadi faktor yang menghadkan seseorang pelajar mendapat sijil SPM dan dengan itu merumitkannya untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan.
Katanya, harus diingatkan pelajar di sekolah luar bandar akan menjadi mangsa kepada dasar yang baru ini jika ia tidak diteliti dengan halusi.
Beliau berkata, suasana masyarakat di luar bandar bukan persekitaran pelajar yang kondusif untuk mengguna BI.
“Adalah lebih bijak semakan dilakukan ke atas teknik pengajaran dan pembelajaran serta kualiti guru yang mengajar BI daripada mensyaratkan BI mesti lulus untuk mendapat sijil SPM,” ujarnya lagi.
Menurutnya, dalam jangka panjang adalah sangat penting dipertimbangkan mereka yang tidak lulus dan gagal mendapat sijil SPM mungkin akan menghasilkan ramai pelajar yang tercicir dari arus perdana.
“Kami berpendapat syarat lulus BI akan menjadi beban kepada pelajar kerana fokus yang seharusnya diberi perhatian iaitu menguasai ilmu dalam bahasa ibunda perlu diutamakan.
“Lulus BI tidak boleh dijadi merit untuk menggagalkan seseorang pelajar dalam SPM,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-9-2013
Kerajaan digesa fail rayuan kes buku Irshad Manji
Harakahdaily, | 06 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memfaikan rayuan terhadap keputusan mahkamah kelmarin yang membatalkan pengharaman sebuah buku yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam.
Gesaan itu disuarakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malysia (Mapim) ekoran keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang membatalkan pengharaman buku "Allah , Freedom and Love" yang diterjemah kepada bahasa Melayu iaitu "Allah, Kebebasan dan Cinta" karangan seorang warga Kanada, Irshad Manji.
Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof berkata bahawa buku yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu itu tidak boleh diharamkan pengedarannya kerana edaran dalam Bahasa Inggeris sebelum ini tidak diharamkan.
Beliau turut mempersoal kenapa buku itu diharamkan selepas ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan diterbit oleh ZI Publication Sdn Bhd.
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata isunya bukan sekadar kerana ia diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu, tetapi ialah isu isi kandungan buku itu yang jelas menjadi sebab KDN mengharamkannya kerana mengandungi isi mempromosi amalan hidup songsong dikalangan masyarakat.
"Malah pengarangnya Irshad Manji adalah seorang penyokong kuat kepada Israel dan seorang yang mengamalkan seks songsang.
"Kami mendesak Peguam Negara dengan segera menfailkan rayuan terhadap keputusan itu kerana keputusan Mahkamah Tinggi itu meletakkan prisiden yang bahaya terhadap kemungkinan pelbagai pihak lain yang ghairah menyerang kesucian Islam dengan pandangan liberal sekular Barat," katanya dalam satu kenyataan.
Buku tersebut sebelum ini mencetus kontroversi ekoran Irshad Manji didakwa mempromosi gaya hidup dan pemikiran yang bertentangan dengan Islam sehingga ianya diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Mei tahun lalu.
Mengulas lanjut, Mohd Azmi menegaskan bahawa keputusan mahkamah itu mesti dicabar supaya buku ini seperti buku-buku lain yang menyentuh sensitiviti umat Islam serta memelihara keharmonian antara rakyat beragam agama di negara ini tidak berleluasa.
"Kami dengan ini mengesa Peguam Negara bertindak segera supaya rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi agar pengharaman buku itu diedar dikalangan masyarakat oleh KDN dapat dikekalkan," katanya.
Gesaan itu disuarakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malysia (Mapim) ekoran keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang membatalkan pengharaman buku "Allah , Freedom and Love" yang diterjemah kepada bahasa Melayu iaitu "Allah, Kebebasan dan Cinta" karangan seorang warga Kanada, Irshad Manji.
Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof berkata bahawa buku yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu itu tidak boleh diharamkan pengedarannya kerana edaran dalam Bahasa Inggeris sebelum ini tidak diharamkan.
Beliau turut mempersoal kenapa buku itu diharamkan selepas ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan diterbit oleh ZI Publication Sdn Bhd.
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata isunya bukan sekadar kerana ia diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu, tetapi ialah isu isi kandungan buku itu yang jelas menjadi sebab KDN mengharamkannya kerana mengandungi isi mempromosi amalan hidup songsong dikalangan masyarakat.
"Malah pengarangnya Irshad Manji adalah seorang penyokong kuat kepada Israel dan seorang yang mengamalkan seks songsang.
"Kami mendesak Peguam Negara dengan segera menfailkan rayuan terhadap keputusan itu kerana keputusan Mahkamah Tinggi itu meletakkan prisiden yang bahaya terhadap kemungkinan pelbagai pihak lain yang ghairah menyerang kesucian Islam dengan pandangan liberal sekular Barat," katanya dalam satu kenyataan.
Buku tersebut sebelum ini mencetus kontroversi ekoran Irshad Manji didakwa mempromosi gaya hidup dan pemikiran yang bertentangan dengan Islam sehingga ianya diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Mei tahun lalu.
Mengulas lanjut, Mohd Azmi menegaskan bahawa keputusan mahkamah itu mesti dicabar supaya buku ini seperti buku-buku lain yang menyentuh sensitiviti umat Islam serta memelihara keharmonian antara rakyat beragam agama di negara ini tidak berleluasa.
"Kami dengan ini mengesa Peguam Negara bertindak segera supaya rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi agar pengharaman buku itu diedar dikalangan masyarakat oleh KDN dapat dikekalkan," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-9-2013
Subsidi rakyat ditarik, pemimpin hidup mewah
Harakahdaily, | 05 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengambil perhatian kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan menarik subsidi minyak secara mengejut.
Alasannya adalah untuk mengelakkan aktiviti spekulasi harga yang dijangka akan menimbulkan pelbagai isu sampingan yang lain.
Namun, kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, yang menjadikan kejutan rakyat ialah apabila pengumuman itu tidak menjelaskan kenapa ia harus berlaku secara mendadak.
“Jika tujuannya adalah untuk merasionalisasikan aliran perbendaharaan kerajaan bagi menangani bajet defisit, maka bagi kami apabila PM menyatakan bebanan rakyat boleh ditampung melalui menambah kuatum BR1M, bagi kami ini adalah polisi yang salah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, BR1M hanya merupakan ubat ‘tahan sakit’ yang boleh menghilang rasa sakit untuk waktu yang sebentar.
Namun, ujarnya dalam jangka masa panjang ia bukan satu ubat yang mujarab terutama bila pesakit berada dalam keadaan yang kritikal.
“Kami berpandangan rasionalisasi subsidi dengan cara menambahkan BR1M tidak bijak dan bukan pendekatan yang berkesan untuk mengatasi isu kenaikan kos hidup seharian di kalangan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.
“Kami mengambil perhatian apabila PM mengumumkan penjadualan semula beberapa projek mega berdasarkan kos barang import yang diguna,” katanya lagi.
Justeru, katanya Mapim berpandangan seharusnya hal ini sudah dipertimbangkan sejak dari awal, menangguh projek yang sedang dibina sebaliknya akan menambahkan kos kerana pemaju tidak akan mahu menanggung beban kos akibat penangguhan.
Tambah beliau, pihaknya menerima hakikat subsidi bukan suatu cara yang boleh bertahan lama kerana wang rakyat yang tidak diurus dengan baik sehingga dihabiskan untuk membayar subsidi yang tinggi adalah tidak produktif untuk jangka masa panjang.
Walau bagaimanapun, katanya jika suatu pentadbiran tidak bijak mengawal ketirisan dan tidak mampu mengawal perbelanjaan yang membazir dan boros, maka penarikan subsidi tidak akan memberi manfaat yang sepatutnya kepada rakyat.
Sebab itu, jelasnya Mapim berpendapat penarikan subsidi jika tidak diimbang dengan peningkatan integriti pengurusan kerajaan, akan mengakibatkan sebarang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pasti akan memberi kesan yang parah kepada rakyat marhaen.
“Kami mendapati rakyat masih tidak berpuashati terhadap uruskelola kewangan negara. Terlalu banyak perbelanjaan yang tidak rasional seperti BR1M, berbelanja untuk hari perayaan dan acara peresmian persidangan dan mesyuarat kerajaan yang melampau oleh hampir semua agensi kerajaan, lawatan keluar negara oleh pemimpin negara yang mengguna wang awam yang sangat tinggi dan tidak beretika dan pembeliaan alatan kerajaan yang melanggari prosedur sehingga membazir seperti dicatat dalam Laporan Ketua Audit Negara,” katanya.
Semua itu, kata Mohd Azmi dilihat oleh rakyat sebagai ketidakwajaran kerajaan membeban rakyat dengan kenaikan harga minyak.
Katanya, di satu pihak rakyat diminta memahami beban subsidi adalah tidak rasional untuk ekonomi negara, di satu pihak yang lain rakyat melihat pemimpin negara hidup mewah, tidak perlu berbelanja wang sendiri untuk membayar bil bulanan dan tidak perlu risau berfikir berapa wang tunai yang ada untuk mengisi minyak kenderaan.
Najib pada petang 2 September lalu mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter menjadikan harganya RM2.10 daripada RM1.90 berkuatkuasa tengah malam itu.
Bermula tengah malam tadi, petrol RON97 pula dinaikkan harga 15 sen seliter kepada RM2.85 berbanding RM2.70 sebelumnya.

Sumber HD - 5-9-2013
Jenayah: Dakwa rejim Mesir di Mahkamah Antarabangsa
Harakahdaily, | 03 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Persidangan Serantau dan Antarabangsa Mengenai Pembunuhan Massa, Demokrasi dan Hak Rakyat di Mesir memutuskan untuk menyediakan mobilisasi antarabangsa untuk Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk menubuhkan Suruhanjaya Inkuari untuk memfail bukti jenayah yang dilakukan oleh tentera Mesir dan dibawa kes dakwaan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Demikian antara deklarasi persidangan tersebut yang diadakan di Dewan Masjid Al-Falah USJ 9, baru-baru ini.
Deklarasi penuh sebagaimana di bawah.
Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Rampasan Kuasa di Mesir
Kami, Penganjur Utama iaitu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan penganjur bersama Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Masjid Al-Falah USJ 9, Citizens International (CI), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH), Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysian Malabari (MM) dan Inspirasi Muhibbah India Muslim (IMIM) serta Peserta Persidangan Serantau dan Antarabangsa Mengenai Pembunuhan Massa, Demokrasi dan Hak Rakyat di Mesir, yang terdiri dari 200 peserta dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipina, Perancis, Turki, Myanmar, Libya, Palestin, Mesir, pada hari ini 30hb Ogos 2013 di Kuala Lumpur, Malaysia.
1. Berazam untuk mengangkat matlamat keadilan dan keamanan untuk kepentingan semua bagi kemanusiaan seluruh dunia.
2. Dengan satu surau, kami menyatakan dengan tegas, mengutuk sekerasnya pembunuhan beramai-ramai, penahanan, penyiksaan orang awam oleh tentera Mesir. Walhal orang awam hanya menyatakan penolakan rampasan kuasa dengan aman dan mendesak pemulihan demokrasi awam untuk rakyat Mesir.
3. Kami menolak label teroris yang digelar oleh tentera kepada para demonstrator yang menentang rampasan kuasa dan mengutuk serangan ganas tentera terhadap mereka yang sedang solat serta yang cuba berlindung di Masjid Fatah, yang mengakibatkan orang awam terbunuh.
4. Kami menyatakan kemarahan dan kekesalan kami bersama jutaan rakyat Mesir terhadap keengganan US menerima tindakan tentera sebagai kudeta yang menggulingkan Presiden Dr Mohamad Morsi yang dipilih oleh rakyat secara demokratik dan sah. Malah US tidak mahu menghentikan bantuan kepada tentera Mesir dan kerajaan yang tidak sah sedangkan undang-undang US tidak membenarkan bantuan kepada negara yang diperintah oleh tentera.
5. Kami percaya US mempunyai hubungan dengan tentera Mesir untuk memastikan tugas penting Mesir selepas Perjanjian Kem David 1978 ialah untuk menjamin sekuriti Israel.
6. Kami kesal media milik kerajaan Mesir yang menghasut rakyat untuk melakukan keganasan terhadap anggota Ikhwan Muslimin dan kumpulan penentang kudeta. Keganasan tentera tidak mungkin berlaku jika tidak dengar restu US.
7. Kami yakin demonstrasi 30 Jun 2013 yang melanjut kepada kudeta adalah counter revolution" yang didalangi oleh Old Guards rejim Mubarak untuk merampas kuasa dari Presiden yang dipilih secara demokratik selepas Revolusi 25hb Januari 2011.
8. Kami memperakui suara rakyat Mesir dan di seluruh dunia yang menentang kudeta Mesir 3 Julai 2013 dan kami mengkagumi keberanian menentang rejim diktator militari.
9. Kami memperakui status hak rakyat Mesir telah dapat diperkasakan, selepas revolusi 25 Januari 2011 tetapi telah dibajak oleh tentera Mesir yang didukung oleh US dan beberapa pemimpin negara Arab yang menggerakkan konspirasi bersama penyokong Hosni Mubarak untuk mengkhianati kehendak rakyat.
10. Kami kesal dan mengutuk dengan sekerasnya pembunuhan massa dan penindasan ke atas rakyat Mesir digalakkan apabila agensi seperti PBB dan Majlis Keselamatan PBB tidak berbuat apa-apa , yang mengakibatkan majoriti rakyat Mesir menjadi mangsa.
11. Kami kesal banyak negara Islam kecuali hanya beberapa negara seperti Turki membisu dan tidak mengecam kudeta dan keganasan tentera Mesir yang dilancarkan atas nama “interim government” memerangi " teroris ".
12. Kami kesal dan mengutuk hipokrasi US yang masih secara langsung menyokong regim tentera untuk menjaga kepentingannya terutama untuk menguasai sumber minyak di Timur Tengah dan menjaga kepentingan Israel
13. Kami yakin rampasan kuasa di Mesir adalah agenda besar kuasa Barat untuk menghalang dan membataskan keupayaan gerakan Islam dengan memecahbelahkan umat Islam. Kebangkitan Islam dianggap ancaman kepada kuasa Barat sekular.
14. Kami mengambil perhatian berat terhadap tindak rejim tentera Mesir telah menutup pintu Rafah, satu-satunya pintu masuk ke Gaza melalui Mesir melalui darat. Kini Gaza terputus bekalan makanan, ubatan, minyak dan keperluan harian yang mendapat sebahagian besar bekalan dari Mesir. Tindakan tentera menutup pintu Rafah dan memusnahkan terowong adalah tindakan yang tidak berperikemanusian.
Kami bertekad dan beriltizam:
Untuk respon secara efektif kepada kezaliman tentera Mesir dan mengutuk tindakan Jeneral Abdul Fattah Al Sisi sebagai penjenayah yang mengakibatkan ribuan rakyat awam terbunuh, tercedera, ditahan dan diseksa,
Kami menegaskan komitmen:
15. Untuk memperjuangkan hak dan martabat rakyat Mesir mendapatkan kerajaan awam yang bebas dan adil seperti yang diungkap dalam Piagam PBB dan Deklarasi Hak Manusia PBB dan pelbagai pernyataan oleh agensi undang-undang hak manusia yang lain.
16. Untuk memperkasa pemerintahan awam, demokrasi dan aspirasi rakyat Mesir yang dijamin oleh prinsip Islam dan Piagam PBB.
17. Mengecam beberapa pemimpin Arab seperti Arab Saudi, Emirate Arab Bersatu, Qatar dan Kuwait yang bersekongkol dengan Israel mengisytiharkan menyokong kerajaan regim tentera.
Mereka memperhambakan diri kepada kehendak US dan Kuasa Eropah. Malah mereka membiayai konspirasi rampasan kuasa serta menyalurkan berbilion dolar untuk menyokong regim tentera Mesir.
18. Berkomitmen untuk memberi fokus kepada kesatuan ummah untuk menghadapi cabaran kepimpinan negara-negara dan institusi yang menyokong regim diktator tentera. Kami sedar agenda memecahbelahkan umat Islam akan terus dilaksanakan sebagai suatu strategi untuk menguasai sumber bumi umat Islam dan menyekat kebangkitan Umat di negara-negara Islam.
Kami yakin:
19. Pilihanraya parlimen dan Presiden pada tahun 2012 yang dilakukan secara demokratik selepas revolusi 2011 adalah keputusan yang sah oleh majoriti rakyat.
20. Pembatalan kemenangan ahli parlimen oleh Hakim Mahkamah yang dipilih dalam piliihanraya yang sah pada Julai 2012 serta rampasan kuasa oleh tentera pada 3 hb Julai 2013 adalah bertentangan dengan kehendak rakyat dan prinsip demokrasi dan menafi hak rakyat Mesir.
Akibat penahanan Dr. Muhammad Morsi sebagai Presiden yang dipilih secara sah dan demokratik yang merupakan tuntutan rakyat dalam Revolusi 2011 untuk menjatuhkan Hosni Mubarak, regim tentera telah mengkhianati semangat revolusi tersebut.
Kami berazam:
21. Melancarkan kempen antarabangsa untuk menuntut pemerintahan tentera Mesir mesti ditamatkan dan demokrasi perlu dipulih serta penindasan mensasarkan kelompok anti kudeta mesti dihentikan.
22. Menyatukan dan menunjukkan solidariti dengan rakyat Mesir yang kini sedang bangkit menentang regim tentera yang tiranikal.
Kami menetapkan:
23. Memastikan hak rakyat Mesir untuk menuntut agar Dr Mohammad Morsi diletakkan semula sebagai Presiden yang sah adalah tuntutan yang betul,
24. Menyokong semua usaha untuk membantah dan menentang penindasan regim tentera Mesir yang mensasar Ikhwan Muslimin dan kelompok penentang kudeta.
Kami menyeru:
25. Pemulihan demokrasi yang mengabsahkan pemilihan secara demokratik yang memenangkan Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden mesti dipertahankan dan pihak yang menghasut dan memulakan keganasan hendaklah dibawa ke muka Keadilan dan yang didapati bersalah dihukum mengikut undang-undang negara Mesir.
26. Supaya semua intimidasi yang didalangi oleh tentera Mesir yang mengupah kelompok samseng dan mafia untuk mencetuskan huru hara dan dengan itu menuding kelompok anti kudeta melakukan keganasan adalah sangat terkutuk dan perlu dihentikan.
27. Supaya semua tahanan dan yang disiksa secara kejam dibebaskan dan semua mangsa tersebut perlu dibayar ganti rugi yang setimpal dan adil
28. Ketika President Morsi sudah diletakkan semula sebagai Presiden yang sah, proses rekonsiliasi perlu diusahakan.
Kami menuntut:
29. Usaha secara sepadu dari masyarakat sivil diseluruh dunia khususnya serantau untuk mengembeleng rakyat membantah secara meluas dengan menganjurkan demonstrasi untuk menyatakan sikap menolak kudeta dan pembunuhan massa di Mesir.
30. Rakyat Mesir bangkit menentangkan kuasa tentera dan menjatuhkan regim diktator tentera dan menuntut pembunuhan massa oleh pihak keselamatan.
31. Kami menuntut Setiausaha Agong PBB untuk memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan Perkara 7 dalam Piagam PBB supaya menghentikan serte merta pembunuhan orang ramai dan memulih demokrasi di Mesir. perkara 7 untuk memberi kuasa Majlis Keselamatan mengenakan sanksi ke atas tentera dan Mesir.
Kami mengesa OIC dan Liga Arab untuk mengutuk jenayah tentera Mesir dan menggantung keanggotaan Mesir seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Afrika.
32. Kami mengesa kerajaan Malaysia dan Indonesia mengambil sikap yang lebih jelas dan mengambil inisiatif untuk mengutuk dan mendesak PBB dan OIC menggunakan pengaruh mereka menghentikan pembunuhan oram awam dan memulih demokrasi di Mesir.
33. Kami menyeru semua NGO dan masyarakat sivil melancarkan demostrasi besar-besaran di kedutaan Mesir di seluruh dunia supaya jenayah tentera Mesir di bantah sekeras-kerasnya.
Mendesak semua ahli parlimen dan pertubuhan ahli parlimen di seluruh rantau dan dunia supaya menekan Mesir menghentikan pembunuhan dan penindasan ke atas kelompok anti kudeta dan golongan Ikhwan Muslimin dan menuntut kerajaan sivil dikembalikan sebagaimana yang telah dipilih orang rakyat dalam pilihanraya yang sah.
Kami mendesak UN mengarahkan supaya pintu Rafah dibuka untuk rakyat Gaza mendapat semula bekalan keperluan dan pendudukannya boleh mempunyai akses kepada laluan ke Mesir dan dunia luar.
Kami memutuskan:
34. Menubuhkan sekretariat bersama antarabangsa untuk menangani isu kudeta Mesir dan melancarkan kempen antarabangsa secara terkoordinasi untuk membebas Mesir dari rejim diktator tentera.
35. Mengusahakan gesaan kepada kerajaan untuk menuntut Majlis Keselamatan PBB supaya mengenakan sanksi ke atas Mesir.
36. Melancarkan advokasi kepada kerajaan-kerajaan untuk menyemak semula perhubungan resmi dengan Mesir sehingga hak demokrasi dan kebebasan rakyat dipulihkan.
37. Menyediakan mobilisasi antarabangsa untuk Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk menubuhkan Suruhanjaya Inkuari untuk memfail bukti jenayah yang dilakukan oleh tentera dan dibawa kes dakwaan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-9-2013
Ahli politik guna gangster, M’sia tidak selamat?
Harakahdaily, | 31 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Majis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memandang serius kenyataan Datuk Seri Suleiman Muhamed, bekas Menteri Penerangan yang mendakwa wujud ahli politik yang mengguna gangster di negara ini.
Malah beliau mendakwa terdapat 70,000 gangster di seluruh negara sekarang.
“Jika benar, maka persepsi negara ini tidak selamat adalah juga benar,” ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Ini juga, katanya bermakna gejala jenayah berat yang kini berleluasa di negara ini ada hubungan dengan kewujudan kumpulan gangster yang demikian banyak.
“Kami mengambil maklum juga betapa jumlah anggota pasukan polis yang terlibat dalam menangani jenayah masih tidak mencukupi di negara ini,” katanya lagi.
Ini, ujar beliau pernah didedahkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata, biarpun jumlah keseluruhan pegawai dan anggota dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 112,583 orang, namun jumlah itu meliputi mereka yang terlibat dalam kerja-kerja pengurusan.
Jelas Wan Junaidi, daripada jumlah itu, tiga jabatan di bawah pasukan itu terlibat khusus dalam pembanterasan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (10,150 anggota), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (4,224) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (1,663).
Beliau juga memaklumkan jumlah keseluruhan tiga jabatan ini iaitu 16,037 anggota juga termasuk mereka yang berada di pejabat sebagai kerani dan sebagainya, oleh itu tidak ramai yang betul-betul bertugas khusus menangani jenayah.
Dengan fakta itu, kata Mohd Azmi maka pihaknya kami mempersoalkan bagaimana gangster boleh menjadi suatu realiti di negara ini.
Tambahnya, operasi kumpulan haram ini tidak mungkin bermaharajalela jika ia tidak dilindungi oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan sindiket gangster.
“Adakah ini menggambarkan bahawa Malaysia sudah semakin tidak selamat sehingga kumpulan gangster wujud untuk mengawal keselamatan orang kenamaan dan ahli politik di negara ini?” tanya beliau.
Malah beliau mendakwa terdapat 70,000 gangster di seluruh negara sekarang.
“Jika benar, maka persepsi negara ini tidak selamat adalah juga benar,” ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Ini juga, katanya bermakna gejala jenayah berat yang kini berleluasa di negara ini ada hubungan dengan kewujudan kumpulan gangster yang demikian banyak.
“Kami mengambil maklum juga betapa jumlah anggota pasukan polis yang terlibat dalam menangani jenayah masih tidak mencukupi di negara ini,” katanya lagi.
Ini, ujar beliau pernah didedahkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata, biarpun jumlah keseluruhan pegawai dan anggota dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 112,583 orang, namun jumlah itu meliputi mereka yang terlibat dalam kerja-kerja pengurusan.
Jelas Wan Junaidi, daripada jumlah itu, tiga jabatan di bawah pasukan itu terlibat khusus dalam pembanterasan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (10,150 anggota), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (4,224) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (1,663).
Beliau juga memaklumkan jumlah keseluruhan tiga jabatan ini iaitu 16,037 anggota juga termasuk mereka yang berada di pejabat sebagai kerani dan sebagainya, oleh itu tidak ramai yang betul-betul bertugas khusus menangani jenayah.
Dengan fakta itu, kata Mohd Azmi maka pihaknya kami mempersoalkan bagaimana gangster boleh menjadi suatu realiti di negara ini.
Tambahnya, operasi kumpulan haram ini tidak mungkin bermaharajalela jika ia tidak dilindungi oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan sindiket gangster.
“Adakah ini menggambarkan bahawa Malaysia sudah semakin tidak selamat sehingga kumpulan gangster wujud untuk mengawal keselamatan orang kenamaan dan ahli politik di negara ini?” tanya beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 31-8-2013
Mesir: PAS gesa Malaysia beri signal tegas
Anis Nazri, | 30 Ogs 2013 |
SUBANG JAYA: PAS menggesa Kerajaan Malaysia memberikan signal tegas dan jelas kepada pemerintahan Mesir agar mengembalikan semula hak rakyat republik itu yang dirampas kudeta, sejak hampir tiga bulan lalu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata pentadbiran Mesir perlu disedarkan tentang hak rakyat negara itu yang telah memilih presiden mereka melalui proses pilihan raya yang adil dan demokratik.
Sehubungan itu, Mohamad berkata hak rakyat Mesir yang dirampas tentera negara itu perlu dikembalikan bagi memastikan krisis Mesir dapat ditamatkan secepat mungkin.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Tergempar Peringkat Serantau: Pembunuhan Awam, Demokrasi dan Hak Rakyat Mesir, di Dewan Seminar Masjid Al-Falah, di sini, pagi tadi.
Tambah Mohamad, kemenangan yang diperoleh Presiden Dr.Mohamad Morsi merupakan satu kemenangan mutlak apabila dipilih melalui pilihan raya yang demokratik buat kali pertama setelah sekian lama berada dalam pentadbiran diktator.
"Apabila berlaku rampasan kuasa ke atas satu sistem yang demokrasi, ia merupakan petanda demokrasi itu terhapus dan menafikan hak rakyat yang telah memilih pemimpin mereka sebelum ini," tegas beliau lagi.
Ia juga, katanya sebagai satu kesilapan apabila Panglima Tentera Mesir, Jeneral Fatah Al-Sisi mula berpihak ketika menyeru rakyat Mesir untuk berdemonstrasi bagi membantah himpunan aman para penyokong Morsi.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata isu di Mesir bukan merupakan isu Mesir semata-mata, sebaliknya ia membabitkan isu umat Islam serantau.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS Pusat, berkata Mesir merupakan sebuah negara yang memainkan peranan penting terhadap negara-negara Islam lain.
"Mesir antara negara yang banyak menyumbang kepada negara Palestin yang ditindas sekian lama, khususnya di bawah pentadbiran Morsi. Jadi, menjadi tanggungjawab kepada negara Islam untuk berperanan mengutuk serangan yang dilakukan tentera Mesir, selain membantu untuk mencari penyelesaian terhadap krisis tersebut," tegas Ahli Parlimen Tumpat itu.
Malah, katanya terdapat juga negara barat seperti Eropah yang mengambil tindakan bagi menyatakan pendirian mereka yang menentang keganasan yang berlaku di Mesir.
Turut berucap pada majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS Pusat.
Persidangan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) bersama Lajnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS Pusat serta beberapa NGO lain itu dihadiri kira-kira 100 peserta.
Persidangan itu turut membariskan beberapa wakil dari negara serantau seperti Indonesia, dan Kemboja, selain wakil dari Turki, dan Mesir.
Program petang ini dijangka lebih hangat apabila wakil Ikhwanul Muslimin, Ahmad Fahmi Al-Watidi yang juga Jurucakap Freedom and Justice Party (FJP) akan turut hadir.
Antara pimpinan PAS yang hadir pada persidangan ini ialah AJK PAS Pusat, Khalid Samad, dan Penasihat Ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakop.
YB Dr SASZ : http://www.youtube.com/watch?v=DTkYCR32ZYk&feature=youtu.be
Mahasiswa : http://www.youtube.com/watch?v=dtMHsibubrE&feature=youtu.be

Sumber HD - 30-8-2013
Anak muda berhak dapat pendidikan tanpa hutang
Harakahdaily, | 27 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi.
Akibatnya, kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghasilkan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu.
“Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi.
Akibatnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghasilkan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan.
Kami berpandangan tanggungjawab asasi sesebuah kerajaan ialah untuk memastikan pendidikan rakyat disempurnakan dengan kaedah yang tidak membebankan dan tidak mengikat seseorang anak muda dengan hutang sebelum mendapat pekerjaan.
Adalah silap besar apabila polisi yang digunapakai untuk memberi peluang anak muda melalui pendidikan tinggi pada kali pertama, sistem hutang diperkenalkan.
Sememangnya kos untuk menampung pendidikan tidak dapat dielakkan namun kami mempersoalkan komersialisasi pendidikan dan membenarkan pendidikan menjadi suatu industri mengaut keuntungan telah menyebabkan penyebaran dan menuntut ilmu menjadi suatu yang sangat mahal dan membebankan.
Lantaran itu mereka yang majoriti tidak berkemampuan terpaksa berhutang di awal usia muda walaupun belum sempat untuk mendapat sebarang pekerjaan.
Kami mengambil perhatian peningkatan kos hidup akan menambah beban generasi muda yang terikat dengan hutang PTPTN berpotensi mengurangkan kualiti hidup rakyat apabila wang baki pendapatan untuk dibelanja (take home pay) menjadi sangat sedikit apabila pendapatan yang tidak menentu terpaksa menanggung pembayaran hutang.
Alasan bahawa pendidikan pengajian tinggi adalah suatu urusan yang melibatkan kos tinggi bukan alasan yang boleh diterima apabila banyak pembaziran dalam pengurusan lain berlaku di depan mata rakyat.
Sebenarnya jika ada sektor yang seharusnya diturunkan kos malah diringankan beban rakyat, kami berpendapat sektor pendidikanlah yang sepatutnya dijadikan sektor tumpuan.
Malangnya pihak kerajaan masih tidak melihat strategi jangka panjang untuk memberi ruang seluasnya kepada rakyat untuk mendapat pendidikan yang murah dan tidak perlu dibebankan dengan hutang.
Kami berpendapat membuka ruang rakyat mengilmukan diri masing-masing dengan perbelanjaan yang paling murah adalah strategi jangka panjang yang berkesan berdasarkan pengalaman banyak negara maju.
Kami tidak faham kenapa segala aspek pendidikan negara dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi harus mengelami peningkatan kos. Melainkan kerana salah perancangan, unjuran yang tidak tepat, salah laku dalam perbelanjaan dan membenarkan perubahan sistem pendidikan yang menelan kos yang tinggi, sepatutnya kos pendidikan tidak seharusnya meningkat.
PTPTN pada dasarnya adalah untuk menampung kos pendidikan yang perlu dibayar oleh pelajar. Akan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah akar iaitu kenapa pendidikan harus menjadi sektor yang terlalu terdedah kepada perbelanjaan yang tinggi.
Kami bersetuju supaya PTPTN perlu disemak semula sama ada ia perlu dimansuhkan atau tidak.
Penilaian untuk menentukan semada PTPTN sebenarnya meningkatkan kelancaran dan kualiti pendidikan atau di sebaliknya perlu dilaksanakan.
Kajian sama ada hutang yang terbeban kepada seorang pelajar yang terpaksa ditanggung dalam keadaan mereka belum mendapat kerja, menjejaskan kualiti hidup rakyat keseluruhannya atau tidak.

Sumber HD - 27-8-2013
Persidangan Tergempar Krisis Mesir 30 Ogos
Harakahdaily, | 27 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Mapim dan jaringan organisasinya menganjurkan Persidangan Tergempar Pembunuhan Massa, Demokrasi dan Hak Rakyat Mesir pada 30 Ogos ini di Dewan Seminar Masjid Al Falah, USJ Seksyen 9, Subang Jaya.
Persidangan itu dianjurkan oleh Komiti Bertindak Bebaskan Mesir (REACT Free Egypt) dengan kerjasama, Mapim, Citizens International, Universal Justice Network dan rakan kerjanya termasuk Abim, Shura, PUM, Ilmuan, Salimah, Teras dan Lujnah Antarabangsa Parti Islam Se-Malaysia.
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tema persidangan itu ialah ‘Hentikan Pembunuhan, Pulihkan Demokrasi Mesir’ ekoran tindakan ganas tentera Mesir terhadap kelompok pro Morsi dan anti kudeta yang membunuh dan mencederakan ribuan yang telah mengejutkan dunia.
“Senario ini tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa tindakan. Kemungkinan Mesir menjunam kepada perang sivil sangat besar jika keganasan tentera tidak dihentikan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, objektif persidangan itu ialah untuk mendesak pembunuhan massa, penangkapan penunjuk perasaan aman dihentikan dan semua tahanan dibebaskan.
“Pemimpin Ikhwan hendaklah dibebaskan dan mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah pembunuhan massa dihukum,” ujarnya.
Ia jugam katanya untuk melancarkan kempen antarabangsa di kalangan ahli parlimen dan NGO Asean untuk menuntut tentera berhenti dari meneruskan kezaliman terhadap rakyat Mesir selain membincangkan perkembangan terkini pergolakan Mesir dan merumuskan agenda bertindak untuk mengembalikan hak demokrasi rakyat negara itu.
Persidangan juga, katanya untuk melancarkan kempen peringkat Asean untuk mendesak kerajaan interim Mesir memulihkan demokrasi dan mengembalikan semula kedudukan Morsi sebagai Presiden Mesir.
Menurutnya, 200 peserta di kalangan ahli parlimen Asean, pemimpin politik dan NGO, aktivis sosial, pemikir dan cendikiawan, ahli media dan jurnalis dijangka menyertai persidangan itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-8-2013
Jangan biar negara jadi sarang mafia
Harakahdaily, | 02 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa kerajaan benar-benar berusaha untuk membanteras jenayah berat yang kini menjadi fenomena di negara ini supaya tidak membiarkan negara ini menjadi sarang kepada sindiket mafia melakukan jenayah upah bunuh.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, insiden yang berlaku kebelakangan ini menunjukkan adanya petanda bahaya sindiket penjenayah yang terlibat dengan jenayah pembunuhan secara terang- terangan semakin menjadi-jadi.
Katanya, pengalaman negara Barat dan di beberapa negara lain yang dijangkiti dengan sindiket mafia yang bersedia melakukan operasi pembunuhan harus disekat dari berkembang di negara ini.
“Bukan sahaja isu perundangan yang perlu dipertingkatkan malah yang lebih utama ialah penguatkuasaan yang didapati lemah dan tidak berkesan.
“Pelbagai langkah seperti memasang CCTV juga bukan penyelesaian satu-satunya untuk mencegah jenayah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau menggesa pihak kerajaan mengadakan dialog nasional untuk melibatkan pelbagai pihak agar dapat melihat trend jenayah yang berlaku di negara ini.
Katanya, jenayah kolar putih dan jenayah berat sudah dikenal pasti, tetapi kenapa pencegahannya kelihatan lemah.
“Kami khuatir dengan berkembangnya jenayah bunuh dan rompak bersenjata yang semakin kerap di negara ini, masyarakat semakin hilang keyakinan terhadap institusi polis sama ada mampu atau tidak menjadikan negara ini selamat,” katanya.
Malah, ujar beliau jaminan kepada 'whistle blowers' untuk dilindungi ternyata tidak berlaku apabila pihak yang memberi maklumat sering terdedah kepada ancaman disasar oleh penjenayah yang diupah.
“Kami berpendirian meningkatkan bilangan anggota polis bukan jalan terbaik seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi,” ujarnya.
Beliau menambah, bilangan anggota polis serta meningkatkan kemudahan polis sudah pun dilulus dalam bajet beberapa tahun yang lalu, namun jelas insiden jenayah berat terus berlaku.
Teras, ujarnya mengusulkan agar pihak kerajaan juga mengambilkira perkembangan sosio-ekonomi masyarakat serta budaya hidup yang juga menyumbang kepada tren jenayah.
Oleh kerana itu, katanya strategi yang lebih menyeluruh harus dilaksanakan.
Katanya lagi, perkembangan kehidupan yang semakin tertekan dengan pelbagai masalah sosio-ekonomi menyuburkan kecenderungan orang melakukan jenayah untuk mencari jalan pintas mengatasi masalah.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, insiden yang berlaku kebelakangan ini menunjukkan adanya petanda bahaya sindiket penjenayah yang terlibat dengan jenayah pembunuhan secara terang- terangan semakin menjadi-jadi.
Katanya, pengalaman negara Barat dan di beberapa negara lain yang dijangkiti dengan sindiket mafia yang bersedia melakukan operasi pembunuhan harus disekat dari berkembang di negara ini.
“Bukan sahaja isu perundangan yang perlu dipertingkatkan malah yang lebih utama ialah penguatkuasaan yang didapati lemah dan tidak berkesan.
“Pelbagai langkah seperti memasang CCTV juga bukan penyelesaian satu-satunya untuk mencegah jenayah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau menggesa pihak kerajaan mengadakan dialog nasional untuk melibatkan pelbagai pihak agar dapat melihat trend jenayah yang berlaku di negara ini.
Katanya, jenayah kolar putih dan jenayah berat sudah dikenal pasti, tetapi kenapa pencegahannya kelihatan lemah.
“Kami khuatir dengan berkembangnya jenayah bunuh dan rompak bersenjata yang semakin kerap di negara ini, masyarakat semakin hilang keyakinan terhadap institusi polis sama ada mampu atau tidak menjadikan negara ini selamat,” katanya.
Malah, ujar beliau jaminan kepada 'whistle blowers' untuk dilindungi ternyata tidak berlaku apabila pihak yang memberi maklumat sering terdedah kepada ancaman disasar oleh penjenayah yang diupah.
“Kami berpendirian meningkatkan bilangan anggota polis bukan jalan terbaik seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi,” ujarnya.
Beliau menambah, bilangan anggota polis serta meningkatkan kemudahan polis sudah pun dilulus dalam bajet beberapa tahun yang lalu, namun jelas insiden jenayah berat terus berlaku.
Teras, ujarnya mengusulkan agar pihak kerajaan juga mengambilkira perkembangan sosio-ekonomi masyarakat serta budaya hidup yang juga menyumbang kepada tren jenayah.
Oleh kerana itu, katanya strategi yang lebih menyeluruh harus dilaksanakan.
Katanya lagi, perkembangan kehidupan yang semakin tertekan dengan pelbagai masalah sosio-ekonomi menyuburkan kecenderungan orang melakukan jenayah untuk mencari jalan pintas mengatasi masalah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD _ 2-8-2013
Kekejaman tentera Mesir mesti ditentang habis-habisan
Harakahdaily, | 28 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam dan mengutuk dengan keras pembunuhan sekali lagi rakyat Mesir oleh tentera yang berlaku pada Jumaat, baru-baru ini.
“Tindakan terbaru oleh tentera Mesir ini tidak dapat dikompromi sama sekali,” tegas Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsudin dan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan bersama.
Bagi mereka, ia adalah isyarat jelas bahawa demokrasi yang diperjuangkan oleh Revolusi 25 Jun 2011 sudah dirampas oleh tentera.
Menurut mereka, pada hakikatnya tentera tidak pernah memihak kepada rakyat kerana institusi tentera sejak Mesir merdeka dari sistem monarki telah menjadi komponen yang selama ini hanya memelihara kepentingan golongan elit pegawai tinggi yang menjadi budak kepada kuasa Barat terutama Amerika Syarikat untuk mencengkam dan menindas rakyat dengan zalim.
Kenyataan penuh Shura dan Mapim sebagaimana di bawah.
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam dan mengutuk dengan keras pembunuhan sekali lagi rakyat Mesir oleh tentera yang berlaku pada Jumaat baru-baru ini.
Tindakan terbaru oleh tentera Mesir ini tidak dapat dikompromi sama sekali. Ia adalah isyarat jelas bahawa demokrasi yang diperjuangkan oleh Revolusi 25 Jun 2011 sudah dirampas oleh tentera.
Pada hakikatnya tentera tidak pernah memihak kepada rakyat kerana institusi tentera sejak Mesir merdeka dari sistem monarki telah menjadi komponen yang selama ini hanya memelihara kepentingan golongan elit pegawai tinggi yang menjadi budak kepada kuasa Barat terutama Amerika Syarikat untuk mencengkam dan menindas rakyat dengan zalim.
Tentera yang bergabung dan berkospirasi dengan kehakiman, golongan liberal dan sekular serta Kristian Koptik dan kelompok mafia tamarroud adalah bertanggungjawab di atas pembunuhan ini.
Atas alasan menolak pemerintahan Ikhwan Muslimin, mereka menerima bantuan Amerika untuk mengguling Morsi dan membunuh rakyat Mesir.
Tentera yang mengguna kononnya mandat dari rakyat dalam perhimpunan anti Morsi yang didalangi oleh tentera sendiri di Tahrir Square telah dengan sengaja menyerang peserta perhimpunan pro Morsi di kawasan Universiti Al-Azhar menjelang waktu sahur pada Jumaat tersebut.
Kini angka kematian meningkat kepada lebih 100 orang dan lebih 1,000 cedera dalam insiden Jumaat itu akibat serangan tembakan rambang tentera dengan peluru hidup ke arah peserta demonstrasi.
Jelas tentera kini terang-terangan mahu mencetuskan perang sivil dengan rakyat sendiri yang boleh mengheret Mesir ke arah situasi seperti Syria.
Ketua tentera, Fatteh Al-Sisi yang melantik dirinya sebagai Menteri Pertahanan selepas menggulingkan Morsi juga telah secara terbuka mengistiharkan akan ‘membersihkan’ Mesir dari ‘teroris’ yang ditujukan kepada Ikhwan Muslimin dan penyokong Morsi.
Dengan tindakan membunuh rakyat Mesir sendiri melalui serangan brutal ke atas peserta yang tidak mempunyai sebarang daya berhadapan dengan tentera Mesir yang dilengkapi dengan senapang, keretal kebal dan pemancut gas dan air pancut yang beracun, bermakna peralihan kepada demokrasi yang diidamkan oleh rakyat Mesir hancur sama sekali.
Sangat jelas kelompok anti Islam didalangi oleh tentera dan kuasa luar untuk menolak kemenangan Mohammad Morsi yang terpilih secara pilihanraya yang demokratik. Ini sangat jelas membuktikan demokrasi yang dilaksanakan tentera adalah demokrasi penuh hipokrasi.
Dengan melakukan jenayah paling hina iaitu membunuh rakyat sendiri yang menuntut demokrasi di kembalikan selepas piliharan parlimen dan Presiden Mesir telah memenangkan calon-calon Ikhwan Muslimin, ternyata tentera yang menerima lebih USD1 bilion daripada US setiap tahun menjadi alat untuk membunuh demokrasi yang memihak kepada kelompok Islam.
Kami mendesak komuniti antarabangsa jangan mendiamkan diri. Rakyat Mesir tidak boleh dibiarkan dibunuh dengan zalim dan mereka yang bertanggungjawab dibiarkan terlepas dari dihukum.
Kami menegaskan Ketua Tentera Mesir mesti dipertanggungjawabkan di atas pembunuhan kejam tersebut dan beliau perlu dibicarakan atas kesalahan jenayah membunuh dan genosid.
Kami menuntut Malaysia mengantungkan hubungan diplomatiknya dengan Mesir untuk menyampaikan mesej yang tegas bahawa tindakan tentera Mesir tidak boleh diterima sama sekali.
Kami bertegas bahawa tuntutan rakyat Mesir untuk Morsi dibebaskan dan beliau dikembalikan sebagai Presiden yang sah adalah tuntutan yang wajar disokong oleh seluruh masyarakat dunia.
Kami mengusulkan gerakan Islam sedunia bersidang segera untuk merumuskan tindakan yang berkesan untuk menghalang pertumpahan darah berterusan di Mesir.

Sumber HD - 28-7-2013
Rakyat Palestin sengsara ekoran konflik di Mesir
Anis Nazri, | 10 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Konflik yang melanda Mesir dengan rampasan kuasa pihak tentera terhadap Presiden Dr. Mohamad Morsi menambah kesengsaraan penduduk di Palestin.
Ini kerana penduduk Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza bergantung kehidupan dengan Mesir dalam aktiviti seharian mereka, dalam mendapatkan pelbagai sumber kehidupan.
Malangnya, sejak rampasan kuasa di Mesir 3 Julai lalu, tentera Mesir telah mengarahkan agar satu-satunya pintu keluar dari Palestin di Rafah, Mesir ditutup.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, yang mengecam penutupan sempadan Rafah itu, berkata sempadan Rafah adalah talian hayat untuk Gaza yang bertarung hidup dengan bekalan asas.
"Tindakan menutup sempadan Rafah ini telah mendedahkan penduduk Gaza kepada keperitan dan penderitaan yang baru, di samping kemungkinan Israel akan melancarkan serangan adalah satu senario yang tidak bileh diketepikan," tegas beliau.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media, di pejabat Mapim, di sini, hari ini. (Gambar)
Tambah beliau penutupan sempadan Rafah dengan alasan tentera Mesir sering diserang anasir dari tentera Hamas yang tidak terbukti kebenarannya, tidak boleh diterima.
Dengan pergolakan di Mesir, katanya tidak sepatutnya menjadi sebab penutupan pintu Rafah kerana rakyat Gaza perlu mendapatkan akses keluar, yang kini difahamkan lebih 1000 penduduk Gaza yang keluar untuk ke Mekah, telah terkandas di lapangan terbang di Kaherah.
Dalam masa sama, Mapim menyeru dunia agar tidak mendiamkan diri untuk melihat implikasi ke atas Gaza akibat rampasan kuasa di Mesir.
Sehubungan itu, beliau mendesak PBB dan Majlis Keselamatan PBB tidak menutup mata kepada kemungkinan Israel melancarkan serangan mengejut ke atas Gaza.
"Kami dimaklumkan wakil kami di Gaza, tanda-tanda kemungkinan berlaku serangan sudah kelihatan seperti persiapan tentera Israel di sempadan, operasi tinjauan udara dan media Israel yang memanaskan semula laporan bahawa Gaza adalah ancaman kepada Israel," tegas beliau.
Susulan itu, beliau menyeru semua NGO di Malaysia untuk membuat persiapan bersama Mapim untuk operasi kecemasan yang diperlukan jika Gaza diserang sekali lagi.
Dalam pada itu, Mapim turut melahirkan kekesalan dengan penutupan Rafah ini memandangkan banyak projek-projek kemanusiaan ke Gaza yang dikelolakan Mapim turut tergendala.
Mapim, katanya bercadang untuk menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) selain menuntut pasukan pengaman PBB ditempatkan laluan Sinai-Gaza yang dikatakan lokasi serangan ke atas tentera Mesir.

Sumber HD - 10-7-2013
Mapim lancar rayuan Ramadhan untuk Rohingya
Harakahdaily, | 01 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melancarkan rayuan Ramadhan untuk umat Islam Rohingya di Arakan Myanmar bermula pada 24 Jun lalu.
Misi Mapim yang akan berangkat ke Sittwe Arakan pada awal Julai ini adalah bertujuan untuk melihat keperluan yang mendesak di kalangan umat Islam Rohingya yang menjadi mangsa genosid oleh esktremis Rakhine Buddhist di Myanmar.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keadaan yang masIh belum reda sepenuhnya sejak keganasan tercetus pada Mei 2012 yang lalu telah mengakibatkan ribuan terbunuh dan ratusan ribu yang menjadi pelarian dalam negeri (IDP).
“Mapim menjangka keadaan mangsa keganasan di Arakan khususnya Muslim Rohingya akan menjadi lebih rumit tatkala umat Islam tidak dibenarkan melaksanakan kewajipan berpuasa dengan selesa,” ujarnya dalam satu kenyataan, seperti di bawah.
Ramadhan kali ini adalah kali kedua umat Islam Rohingya akan berada dalam keadaan tertekan apabila pihak berkuasa tidak membenarkan umat Islam mengguna masjid untuk melaksanakan solat terawih. Malah mereka juga tidak dibenarkan melakukan solat Idulfitri di masjid di seluruh Myanmar.
Mapim dengan itu melancarkan rayuan Ramadahn kali ini untuk menghantar bantuan kemanusiaan untuk meringankan kesengsaraan yang dihadapi di kem-kem pelarian yang menempatkan ratusan ribu mangsa keganasan esktremis Rakhine.
Mapim mendapati umat Islam Rohingya sehingga kini tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya kerana pihak berkuasa Myanmar terus mendalangi serangan terhadap umat Islam dan dunia masih tidak bertindak tegas untuk menghentikan genosid yang dilancarkan.
Mapim bercadang untuk menghantar keperlauan seperti makanan, ubatan dan pakaian yang akan diagihkan di beberapa kem pelarian. Program kemanusiaan Mapim termasuk untuk mengusaha bekalan air bersih serta rumah perlindungan di beberapa kawasan yang dikenalpasti.
Bulan Ramadhan adalah saat umat Islam mengutamakan infaq yang perlu disampaikan kepada saudara mereka yang tertindas dan dizalimi.
Mapim mengesa agar umat Islam di Malaysia khususnya perlu dengan bersungguh mempertahan maruah umat Islam dan memastikan segala perbelanjaan pada bulan yang mulia ini memberi fokus kepada nasib umat Islam di Myanmar yang berhadapan dengan penindasan luar biasa.
Misi kemanusiaan Mapim akan bergerak ke Yangon dan selanjutnya ke sittwe pada 1 hb Julai ini dengan delegasi seramai 6 orang petugas. Setakat ini ada beberapa permintaan pihak NGO dari luar negara mahu menyertai misi ini dan Mapim sedang berurusan dengan pihak berwajib Myanmar untuk memudahkan delegasi Mapim masuk ke Arakan.
Misi kemanusiaan Mapim ke Arakan kali ini adalah kali yang ke 5. Tujuannya adalah melaksanakan penyampaian bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubatan dan pakaian.
Sementara itu juga Mapim sudah melancarkan beberapa projek pembinaan rumah perlindungan kepada pelarian di Sittwe yang menempatkan pelarian yang tertinggi di dalam Arakan.
Projek yang berskala besar yang digerakkan oleh Mapim ialah membina Asean Peace Village. Ia merupakan pembangunan suatu penempatan pelarian yang besar dilengkapkan rumah perlindungan, bekalan air dan elektrik, dewan multi guna yang juga digunakan untuk solat dan pusat pembelajaran anak-anak pelarian.
Kepada mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai rayuan ini sila berhubung dengan Abdullah: 019-9893707, Tarmizi: 017-5606131.
Mapim telah menyediakan sebuah Tabung Khas: ROHINGYA HUMANITARIAN FUND MAPIM di bank akaun Rajhi Bank bernombor 1540 0188 0630 441.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-7-2013
Jerebu: Masa bertindak tegas peringkat serantau
Harakahdaily, | 25 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan sudah sampainya persoalan jerebu akibat pembakaran terbuka diambil tindakan tegas bukan sahaja mengikut undang-undang nasional tetapi juga diperingkat undang-undang antarabangsa.
“Kerajaan semua rantau Asean perlu memahami jika isu rasuah dan salah guna kuasa tidak dibendung, ia akan memberi kesan kepada kerosakan alam sekitar,” kata Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, keadaan yang sangat meruncing yang menjejaskan kualiti udara sehingga ke tahap sangat merbahaya di Ledang, Muar dan Kuala Lumpur dan merebak ke Port Dickson dan Klang membuktikan bahawa isu pencemaran udara bukan boleh dianggap ringan.
Bedliau berkata, bukan sahaja ia ada kaitan dengan soal kesihatan akan tetapi juga persoalan keselamatan dan ekonomi serta perhubungan antarabangsa.
Menurutnya, mengatasi masalah kerosakan alam sekitar jelas tidak boleh dianggap hanya berlaku secara terpisah antara negara.
"Pencemaran tidak mengenal sempadan sama ada pencemaran udara mahupun air," katanya.
Mapim, ujarnya melihat isu jerebu yang melanda Malaysia dan Singapura yang berpunca dari pembakaran terbuka di Indonesia membuktikan alam sekitar tidak mempunyai batas.
Katanya lagi, keghairahan pelabur dalam dan luar negara terhadap sesuatu sektor di dalam sesebuah negara biasanya mengambil kesempatan daripada kelonggaran undang-undang dan kawalan di negara tersebut.
Beliau menambah, apabila pelabur mendapat kemudahan yang terbuka untuk melakukan sesuatu yang boleh meminimakan tanggungan kos, sama ada kos buruh, kos penghapusan sisa atau kos pembersihan tanah, jalan singkat dan murah akan dipilih.
Inilah yang berlaku di kebanyakan negara membangun, ujarnya.
“Oleh kerana satu negara mempunyai kelonggaran dari segi penguatkuasaan undang-undang maka pihak pelabur akan mengambil kesempatan.
“Kami dengan itu menggesa agar pihak kerajaan memberi perhatian serius untuk mengujudkan undang-undang yang berkesan di dalam negara dan sekaligus memastikan agar undang-undang antarabangsa dipatuhi,” katanya lagi.
Jelas, tambah beliau soal kerosakan alam sekitar terutama yang bersifat trans-sempadan akan memerlukan suatu perjanjian yang mengikat supaya pihak pelabur tidak memandang ringan terhadap hukuman yang mereka akan hadapi jika melanggar undang-undang negara mahupun undang-undang antarabngsa.
Oleh kerana itu, katanya kerjasma anatara negara menjadi prasyarat jika isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar mahu ditangani.
Justeru, ujarnya Mapim mengesa semua negara Asean yang telah mendatangani perjanjian mengenai pencemaran trans-sempadan menggubal perjanjian yang lebih mengikat dan berkesan.
“Jerebu akibat pembakaran hutan untuk pembersihan di Indonesia tidak akan reda kecuali Indonesai atas nama menjaga perhubungan dengan jiran tetangganya, mengujudkan undang undang tempatan yang ketat dan penguatkuasaan yang tegas,” ujarnya.
Sehubungan itu, kata beliau Mapim mengingat semua pihak di kalangan pemimpin kerajaan agar berlaku telus apabila menangani isu pencemaran dan kerosakkan alam sekitar.
Beliau berkata, semangat untuk melaksanakan strategi yang berkesan berdasarkan perjanjian yang dimeterai mengenai pencemaran udara sekurang-kurangnya dalam rantau ini perlu dipenuhi.
“Kerajaan semua rantau Asean perlu memahami jika isu rasuah dan salah guna kuasa tidak dibendung, ia akan memberi kesan kepada kerosakan alam sekitar,” kata Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, keadaan yang sangat meruncing yang menjejaskan kualiti udara sehingga ke tahap sangat merbahaya di Ledang, Muar dan Kuala Lumpur dan merebak ke Port Dickson dan Klang membuktikan bahawa isu pencemaran udara bukan boleh dianggap ringan.
Bedliau berkata, bukan sahaja ia ada kaitan dengan soal kesihatan akan tetapi juga persoalan keselamatan dan ekonomi serta perhubungan antarabangsa.
Menurutnya, mengatasi masalah kerosakan alam sekitar jelas tidak boleh dianggap hanya berlaku secara terpisah antara negara.
"Pencemaran tidak mengenal sempadan sama ada pencemaran udara mahupun air," katanya.
Mapim, ujarnya melihat isu jerebu yang melanda Malaysia dan Singapura yang berpunca dari pembakaran terbuka di Indonesia membuktikan alam sekitar tidak mempunyai batas.
Katanya lagi, keghairahan pelabur dalam dan luar negara terhadap sesuatu sektor di dalam sesebuah negara biasanya mengambil kesempatan daripada kelonggaran undang-undang dan kawalan di negara tersebut.
Beliau menambah, apabila pelabur mendapat kemudahan yang terbuka untuk melakukan sesuatu yang boleh meminimakan tanggungan kos, sama ada kos buruh, kos penghapusan sisa atau kos pembersihan tanah, jalan singkat dan murah akan dipilih.
Inilah yang berlaku di kebanyakan negara membangun, ujarnya.
“Oleh kerana satu negara mempunyai kelonggaran dari segi penguatkuasaan undang-undang maka pihak pelabur akan mengambil kesempatan.
“Kami dengan itu menggesa agar pihak kerajaan memberi perhatian serius untuk mengujudkan undang-undang yang berkesan di dalam negara dan sekaligus memastikan agar undang-undang antarabangsa dipatuhi,” katanya lagi.
Jelas, tambah beliau soal kerosakan alam sekitar terutama yang bersifat trans-sempadan akan memerlukan suatu perjanjian yang mengikat supaya pihak pelabur tidak memandang ringan terhadap hukuman yang mereka akan hadapi jika melanggar undang-undang negara mahupun undang-undang antarabngsa.
Oleh kerana itu, katanya kerjasma anatara negara menjadi prasyarat jika isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar mahu ditangani.
Justeru, ujarnya Mapim mengesa semua negara Asean yang telah mendatangani perjanjian mengenai pencemaran trans-sempadan menggubal perjanjian yang lebih mengikat dan berkesan.
“Jerebu akibat pembakaran hutan untuk pembersihan di Indonesia tidak akan reda kecuali Indonesai atas nama menjaga perhubungan dengan jiran tetangganya, mengujudkan undang undang tempatan yang ketat dan penguatkuasaan yang tegas,” ujarnya.
Sehubungan itu, kata beliau Mapim mengingat semua pihak di kalangan pemimpin kerajaan agar berlaku telus apabila menangani isu pencemaran dan kerosakkan alam sekitar.
Beliau berkata, semangat untuk melaksanakan strategi yang berkesan berdasarkan perjanjian yang dimeterai mengenai pencemaran udara sekurang-kurangnya dalam rantau ini perlu dipenuhi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-6-2013
Mapim gesa TPPA dibahas di parlimen
Harakahdaily, | 14 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa isu Trans Pasific Partnership Aggreement (TPPA) dibahas pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Presidennya Azmi Abdul Hamid berkata, memandangkan ia ada kaitan dengan persoalan kedaulatan ekonomi dan kesan kepada pelbagai industri negara, maka wajar ia diusulkan sebagai isu yang segera, berkepentingan awam dan relevan dengan pelbagai dasar kepentingan negara.
"Oleh kerana penglibatan Malaysia dalam perundingan TPPA dilakukan tanpa pengetahuan awam, parlimen adalah wadah yang sewajarnya diguna untuk membahaskan mengenai baik buruknya negara diheret dalam hegemoni ekonomi kuasa besar seperti Amerika.
"Kami mengingatkan bahawa isu ini sangat serius kerana ia akan mendedahkan pelbagai industri negara kepada persaingan yang tidak adil. Jauh lebih berat ia juga akan mengakibatkan pelbagai dasar negara seperti status syarikat bumiputera dipinda atau dimansuhkan kerana dianggap sebagai penghalang kepada pasaran bebas," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mempersoal, kenapa perundingan yang sangat berisiko ini tidak melibatkan proses konsultasi awam.
Lebih mengejutkan apabila perundingan itu sedang masuk ke fasa terakhir dan Malaysia akan turut menandatangani suatu perjanjian yang mempunyai implikasi besar kepada ekonomi dan kedaulatan negara.
"Kenapakah TPPA menjadi rahsia kepada kerajaan sehingga rakyat tidak tahu menahu apa yang dirundingkan sedangkan ia sangat berkait dengan nasib mereka," katanya.
"Parlimen dan orang awam seharusnya dimaklumkan mengenai terma-terma syarat sebenar perjanjian itu. Ia tidak sepatutnya menunggu sehingga prosesnya berakhir. Jika itu berlaku, maka sebarang input yang akan dicadangkan selepas itu tidak bermakna lagi," tegasnya.
Beliau turut menggesa ahli parlimen memainkan peranan tidak membenarkan isu TPPA diputuskan tanpa dibahaskan walaupun ia dianggap sebagai isu yang boleh diputuskan oleh badan esksekutif iaitu Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa .
Pihak kerajaan katanya tidak sepatutnya membelakangkan pandangan awam, seolah mereka yang menjadi perunding di TPPA tahu semua untuk membuat keputusan yang sangat besar.
Menurutnya, dengan membenarkan Malaysia terus terlibat dalam perundingan TPPA dan akhirnya menandatanggani perjanjian itu, rakyat Malaysia akan menerima natijah jangkapanjang yang parah akibat kedaulatan ekonomi negara digadai dalam perjanjian tersebut.
"Seluruh agenda melindungi industri Malaysia akan gagal dipertahankan kerana perjanjian TPPA memberi penekanan kepada prinsip kuasa pasaran terbuka dan pasaran bebas," ujarnya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman
Sumber HD - 14-6-2013
No comments:
Post a Comment