Wanita dan politik
- Jan 15, 2014
- NASRUDIN HASSAN
1. Politik adalah satu tuntutan syara' dan menjadi keperluan ummah. Ianya menepati satu bahagian agama yang wajib ditangani berlandaskan petunjuk Allah swt. untuk menyusun atur dan mengurus tadbir kehidupan ummah di atas muka bumi ini. Tanpa petunjuk Allah swt, politik menjadi kotor dan kejam. Inilah antara peranan utama khalifah Allah swt di atas muka bumi sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam Al Mawardi dalam kitabnya Al Ahkam As Sultaniyyah :
نِيابةً عن النبوة في إِقامة الدين و سياسة الدنيا به
"Menyambung tugas kenabian dalam urusan menegakkan agama (Islam) dan mentadbir dunia dengan menggunakan agama (Islam)
2. Tugas ini bukan hanya terpikul di bahu kaum lelaki tetapi juga di pundak kaum wanita. Justeru kaum wanita juga bertanggungjawab untuk melibatkan diri dengan perjuangan ini bagi menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran. Islam tidak mengenepikan wanita dan peranan mereka dalam kehidupan, perjuangan, mempertahankan hak serta berlumba - lumba menggapai pahala dalam setiap amal kebajikan. Firman Allah swt :
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah At Taubah: Ayat 71)
3. Janganlah kaum wanita menganggap bahawa urusan perjuangan khasnya di pentas politik hanya urusan kaum lelaki sebaliknya keperluan kaum wanita menangani kerencaman politik moden hari ini sangat diperlukan. Penglibatan wanita dalam kancah politik tanahair menjadi satu kewajipan kontemporary terutama bagi mengangkat maruah kaum wanita yang sering dieksploit oleh politik Machiavelli yang tidak mempunyai sempadan dosa dan pahala.
4. Wanita menjadi salah satu sayap penting kepada perjuangan untuk memartabatkan maruah ummah dengan menegakkan keadilan, kebenaran dan keluhuran aqal budi manusia berpaksikan petunjuk Allah swt Tuhan Yang Maha Mencipta. Wanita tidak lagi boleh terperuk di dapur tetapi bangkit menjadikan dapur mereka sebagai kilang untuk menyajikan segala keperluan ummah untuk tampil dan muncul sebagai ummat yang kuat dan terbaik sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Allah swt di dalam Al Quran :
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (Surah Ali Imran: Ayat 110)
5. Namun penegasan penting bagi kaum wanita sebagai susuk tubuh yang dimuliakan oleh Allah swt agar memelihara maruah diri apabila keluar ke medan juang. Jangan berjalan seorang diri melainkan ditemani mahram atau dalam kelompok wanita yang ramai dan selamat. Pelihara aurat wanita serta tidak melunakkan suara sehingga mencetus fitnah dalam bermuamalah dengan kaum lelaki yang bukan mahram. Sementara kaum lelaki yang bergelar suami atau ayah kepada wanita, benarkanlah mereka turun ke medan juang malah iring dan temani mereka menyertai perjuangan suci ini. Jangan "kurung" jasad dan pemikiran mereka sehingga memberi peluang kepada musuh terus keriangan "menjarah" dan "menjajah" pemikiran ummah khasnya kaum wanita.
Penulis ialah Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Sumber HD - 15-1-2014
Salur sumbangan semarak ‘Temerloh Pusat Ilmu’
- Jan 08, 2014
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, inisiatif tersebut diambil bagi membantu menyalurkan sumbangan orang ramai kepada pusat-pusat pengajian Islam di sini dalam bentuk kewangan dan juga keperluan lain.
“Kita mengharapkan sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada semua pusat pengajian ataupun kepada yang prihatin boleh menyumbang terus ke pihak pusat pengajian,” jelasnya ketika melawat Pusat Pengajian Al-Mukmin, semalam.
Katanya, Pusat Pengajian Al-Mukmin dalam proses membangun untuk menampung sekitar 126 pelajar termasuk pelajar yang mengambil program Hafiz Al-Quran.
“Ini kali kedua saya menziarahi Pusat Pengajian Al-Mukmin. Kali pertama sewaktu pusat pengajian ini ditenggelami air separas pinggang sewaktu banjir melanda Temerloh baru-baru ini,” katanya.
Jelasnya, sekarang kerja-kerja pemulihan masih berjalan dan kepada insan budiman yang berhasrat untuk menyumbang bolehlah disalurkan melalui akaun Sek. Ren. Agama Al-Mukmin 06028010009648 Bank Islam Malaysia Berhad.
Menurut Nasrudin, di Temerloh terdapat 12 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Tahfiz Al-Amin Berhala Gantang, Tahfiz Al-Furqan Paya Pulai, Tahfiz Intelek Sungai Gau, Tahfiz Al-Mukmin, Tahfiz Faqeh, Tahfiz Jergoh, SMA/Tahfiz Chatin, Pondok Ismailiah Paya Jauh, Pondok Paya Siput Lanchang.
Sementara itu ketika menziarahi Pasti Luqmanul Hakim di Kampung Pangsenam sebelum itu, Nasrudin berkata pusat pendidikan awal itu sedang dalam proses baik pulih bangunan bagi menampung pelajar yang semakin ramai. Angaran kos diperlukan untuk kerja pemasangan siling, mengecat bangunan dan membaiki tandas ialah sekitar RM2,500 sahaja.
Kepada siapa yang ingin menyumbang boleh salurkan ke Akaun Sekretariat P.088 Parlimen Temerloh MBB: 556057504238. Setiap sumbangan hendaklah dimaklum kepada pihak sekretariat untuk tujuan rekod melalui talian 019-9168182.
Sumber HD - 8-1-2014
Perjuangan bukan sekadar menyerang
- Jan 05, 2014
- NASRUDIN HASSAN
a} memahami Islam dan membina keutuhan aqidah berdasarkan ilmu Islam yang benar agar terhindar dari ancaman syirik dan gejala riddah.
b} mempertahankan kesucian Islam dan memperjuangkannya agar ia diterima dan dilaksanakan dalam diri dan masyarakat kita.
2. Islam adalah satu cara hidup ummat manusia yang sempurna. Ianya diutus dan dimuktamadkan oleh tuhan yang mencipta manusia. Tidak terhad kepada satu kaum sebaliknya seluruh ummat manusia berhak memahami dan menganutnya. Ia rahmat kepada semua tanpa mengira kaum, bangsa dan juga sempadan geografi malah tetap sesuai dan menepati semua zaman. Tidak lapuk dek zaman dan tidak luput dek ancaman.
3. Berjuang menegakkan Islam adalah tanggungjawab dan amanah setiap individu yang mengaku beriman kepada Allah swt. Namun perlu ditegaskan bahawa perjuangan Islam bukan hanya menyerang tetapi mesti banyak menerang dan menjelaskan keindahan Islam serta keadilannya.
Bawa Islam ini dengan cermat dan teliti. Tampil dengan imej berhemah dan peribadi terpuji.
Elakkan diri dari kaedah maki hamun meskipun terhadap pihak lawan dalam setiap pendekatan kita samaada dialog, kuliah, ceramah dan juga demonstrasi.
4. Hayati Firman Allah swt:
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Surah Ali Imran. Ayat 159)
5. Perjuangan kita adalah untuk memenangi hati ummah agar mereka jatuh hati pada Islam agama suci yang kita dokong ini. Kita bukan datang ke tengah masyarakat untuk memenggal leher siapa yang tidak menerima Islam. Usahkan membunuh bahkan mencederakan jasad dan perasaan mereka pun jangan, selama mana mereka tidak memusuhi dan menyerang Islam. Kita datang untuk memaut keyakinan mereka kepada perjuangan yang kita dokong dengan hujjah benar dan solusi pintar yang dibawa.
نحن دعاة و لا قضاة
Kita pendakwah bukan penghukum.
Penulis ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Sumber HD - 5-1-2013
Islam tidak hebat dengan halang agama lain
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam satu kenyataan medianya, Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat itu berkata, sebaliknya kehebatan Islam bertolak dari komitmen yang tinggi oleh penganutnya terhadap syiar dan syariat Islam itu sendiri.
“Kalaupun tidak berlaku penyebaran agama dan ideologi asing dari Islam, sementara umat Islam pula longgar dan lemah pegangan mereka terhadap syariat Islam, umat Islam tetap akan lemah dan tidak mampu berdiri sebagai umat yang kuat dan berwibawa,” ujarnya.
Beliau turut memetik kata-kata sahabat Rasulullah s.a.w. yang juga Khalifah ar-Rasyidin ke-2, Saidina Umar al Khattab r.a. bahawa: " Kita (umat Islam) adalah satu golongan yang dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT dengan Islam. Maka jika sekiranya kita mencari kekuatan selain daripada kekuatan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, nescaya kita dihina oleh Allah SWT.”
Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam untuk bangkit berdakwah dan berjuang, melibatkan diri dengan gerakan Islam, membasmi kejahilan dan mendidik serta membimbing masyarakat agar mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.
“Usahlah hanya berbimbang-bimbang pada kemaraan agama lain sedang umat sendiri terumbang- ambing tiada pegangan akidah yang betul dan mantap.
“ Kalau rumah kita hanya dibina dengan dinding kaca lalu kita risau dan resah setiap kali kenderaan melewati halaman kerana bimbang percikan batu, maka persoalannya sampai bila kita harus resah dan tidak lena tidur?
“Alangkah baik jika kita membina rumah berdindingkan batu, pastinya kita rasa selamat dan nyenyak tidur biar pun siapa yang melewati di halaman,” ujarnya member kiasan.
Ahli Parlimen Temerloh itu mengingatkan umat Islam akan keindahan Islam yang membawa rahmat kepada semua, namun setiap individu dan pemimpin Islam perlu memaparkan qudwah (contoh) yang baik dan bistari.
“Tunjukkan akhlak yang mulia bukan kekerasan persis seekor buaya, pamerkan kebijaksanaan bertindak bukan kegelojohan mengatur rentak dan kemukakan kebenaran serta kehebatan hujah bukan berbangga dengan kuasa untuk meredah,” tegas beliau.
Sumber HD - 5-1-2013
Ubah cara sambutan tahun baru – Nasrudin
- Dec 30, 2013
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
Nasrudin menyampaikan bantuan kepada seorang anak OKU ketika menziarahi rakyat di Temerloh.
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, kerajaan sepatutnya mendidik masyarakat secara positif dengan membina iklim sosial yang baik, bukannya mengundang kemurkaan Allah.
Serentak dengan itu, kerajaan diminta melakukan perubahan besar terhadap majlis sambutan tahun baru yang akan menjelang tidak lama lagi disamping memberi perhatian dan kawalan kepada penganjuran yang dilakukan pihak swasta.
“Tahun baru masihi negara kita sering disambut dengan pelbagai aktiviti maksiat dan pergaulan bebas dengan pesta muzik hingga ke larut malam kononnya ditunggu dengan penuh meriah.
“Namun tenggelam dalam kealpaaan dan keasyikan yang menjerumus ke lembah dosa dan noda.
“Saya menyarankan agar kerajaan pusat termasuk kerajaan negeri mengambil perhatian perkara ini dengan melakukan perubahan besar terhadap majlis sambutan tahun baru di samping memberi perhatian kepada penganjuran pihak swasta agar tidak mengheret negara dan rakyat ke kancah murka Allah,” katanya.
Katanya, terlalu banyak pendekatan, cara dan kaedah sambutan yang baik boleh dilakukan disamping berpeluang mendidik masyarakat secara positif membina iklim sosial yang solehah dan membentuk budaya positif serta semangat cintakan negara.
Tambahnya, pastinya kesan langsung daripada tindakan terebut boleh membantu negara bebas daripada mungkar dan jenayah sosial.
“Perubahan positif ini mesti bermula dari pemimpin dan dasar kerajaan yang dilaksanakan. Jangan hanya mendorong rakyat melakukan perubahan setiap kali menjelang tahun baru sedang kerajaan tidak pernah berubah dan serik dengan kesan langsung dan tidak langsung dari penganjuran aktiviti maksiat dan mungkar yang kian subur kebelakangan ini.
“Perubahan mesti dilakukan. Jangan biarkan budaya Barat dan doktrin mungkar ini terus bersarang dalam masyarakat negara kita,” katanya.
“Sungguhpun mahu mengejar kemajuan dan kemodenan, namun janganlah biarkan elemen negatif mempengaruhi pemikiran, keperibadian dan budaya masyarakat kita,” ujarnya.
Nasrudin selanjutnya mahu semua pihak mengambil penegasan atau peringatan melalui surah ar Ra'du ayat 11 sebagai ‘turning point’ untuk melakukan perubahan besar ini.
Sumber HD - 30-12-2013
Banjir: Warta kawasan berisiko, naik taraf penempatan
- Dec 27, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata, ia ekoran daripada tempuhan pengalaman menangani bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan, baru-baru ini.
Katanya, perubahan iklim yang berlaku secara drastik akhir-akhir ini termasuk makluman Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menggambarkan keperluan persediaan secara komprehensif yang wajar disegerakan oleh pihak pengurusan bencana sama ada di peringkat pusat, negeri dan daerah.
“Berdasarkan respons yang dilontarkan oleh rakyat, perkara yang perlu diberikan perhatian adalah daripada aspek pengurusan pusat pemindahan banjir dan penyaluran bantuan secara sistematik,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menambah, pewartaan kawasan-kawasan berisiko bencana banjir dapat memudahkan pengurusan di samping menyediakan infrastruktur kelas pertama di pusat pemindahan banjir.
“Keperluan ini dijangka sangat mendesak terutama bagi golongan wanita dan kanak-kanak dalam mengurus diri dan keluarga mereka seperti penjagaan aurat, ibadah, tempat tidur dan tandas,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian di beberapa pusat pemindahan mangsa banjir, perkara-perkara asas tidak dapat disediakan dengan baik sehingga menyukarkan urusan harian mereka.
Justeru, ujarnya kerajaan juga digesa untuk terus menaiktaraf pusat penempatan mangsa bencana ke tahap yang lebih berkualiti sepertimana yang telah ditunjukkan di Tokyo dan Bangkok.
Sumber HD - 27-12-2013
Pinjaman bank: PAS minta penjelasan PR1MA
- Dec 16, 2013
- Nasrudin Hassan
AJK PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata, walaupun rancangan PR1MA tidak bercanggah dengan Akta PR1MA 2012, namun terdapat beberapa perhatian yang perlu dijelaskan.
Menurut Nasrudin, kebiasaannya pihak bank menolak permohonan pembiayaan adalah disebabkan oleh kegagalan menepati tahap kredit (credit rating) yang telah ditetapkan.
Ini bermakna, pihak bank tidak mahu mengambil risiko kegagalan pembayaran semula oleh pemohon.
"Jika PR1MA menggunakan mekanisme lain untuk menampan pembiayaan permohonan mereka, dikhuatiri tetap akan berlaku masalah pembayaran semula terutamanya jika produk pembiayaan yang ditawarkan melibatkan instrumen riba'.
"Dalam hal ini, pihak PR1MA juga mesti menjelaskan berapa peratus jumlah pemohon yang gagal mendapatkan pembiayaan daripada bank meskipun telah dipilih untuk membeli rumah tersebut," katanya memohon penjelasan.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Mutalib Alias 14 Disember lalu, bahawa pihak Perbadanan PR1MA akan memperkenalkan program bantuan terhadap mereka yang tidak layak mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Temerloh itu juga mahu pihak PR1MA menyatakan apakah mekanisme yang digunakan untuk membantu golongan tersebut.
Ini kerana jika merujuk kepada Seksyen 42 (Kumpulan Wang Bantuan Orang Yang Layak) Akta PR1MA 2012, terdapat sembilan jenis sumber wang yang boleh dimanfaatkan untuk memenuhi obligasi ini, kata Nasrudin.
"Namun diharapkan agar pihak Perbadanan tidak menggunakan sumber pinjaman seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 45 kerana dibimbangi boleh memberikan impak gandaan negatif yang besar sekiranya pihak pembeli gagal untuk membuat pembayaran semula kepada pihak PR1MA," jelasnya lagi.
Dalam pada itu beliau menggesa pihak PR1MA menyusun prioriti bahawa projek perumahan yang ditawarkan adalah bagi membolehkan rakyat berpendapatan sederhana menikmati pemilikan rumah dengan kadar yang berpatutan.
Sehubungan itu katanya, PR1MA harus mengutamakan mereka yang layak mendapatkan pembiayaan untuk membeli berbanding untuk menyewa sahaja.
"Keutamaan juga adalah diberikan kepada golongan isi rumah yang masih belum memiliki kediaman sendiri," ujarnya.
Sumber HD - 16-112-2013
Baik terima gaji berbanding rasuah dan pecah amanah
- Dec 01, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau berkaya, kiranya kenaikan gaji yang tinggi itu sepadan dengan tugasnya yang berat dan banyak, membantu masyarakat miskin dan berkongsi sebahagian pendapatannya dengan rakyat yang memerlukan, pula menghadapi kos sara hidup yang tinggi, maka ia berhak memilikinya.
Tambahnya, semoga dengan gaji yang telah cukup tinggi tidak lagi mendorong mereka culas menjalankan amanah secara tekun dan dedikasi serta mencari makan secara haram melalui rasuah dan pecah amanah.
“Namun kiranya masih memamah harta secara batil dan haram sedang gaji telah diberikan dengan kadar yang tinggi dan sangat mencukupi, maka ia adalah selaknat-laknat pemimpin,” tulisnya menerusi facebook.
Ahli Parlimen Temerloh itu menambah, gaji yang diberi adalah berbeza keadaannya dari satu segmen penerima dengan satu segmen penerima yang lain.
“Contoh gaji seorang guru adalah 100 peratus kembali kepada guru kecuali potongan wajib seperti KWSP atau cukai pendapatan dan sebagainya berbeza dengan gaji seorang wakil rakyat khususnya wakil rakyat pembangkang, sebahagian besar gajinya terpaksa diguna untuk menjalankan tugas rasmi sebagai wakil rakyat seperti kos pusat khidmat, bantuan fakir miskin, aktiviti ziarah, kenduri kendara, sakit mati dan sebagainya,” ujarnya.
Sumber HD - 1-12-2013
Menghukum atas yang benar
- Nov 26, 2013
- NASRUDIN HASSAN
Daripada Ummu Salamah r.a, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda: "Bahawasanya aku adalah seorang manusia dan sesungguhnya kamu semua telah membawa pertelingkahan kepadaku. Barangkali sesetengah kamu ada yang lebih cerdik mengemukakan hujah serta alasannya daripada sesetengah yang lain. Maka aku akan menghukum mengikut apa yang aku dengar. Maka sesiapa yang telah aku putuskan untuknya mendapat kemenangan, sedangkan ia mengetahui bahawa itu adalah hak kepunyaan saudaranya, maka sesungguhnya aku tentukan untuknya sepotong daripada api neraka". (Riwayat: Muttafaqun ‘Alaih)
Huraian Hadith:
Janganlah menghukum suatu perkara dengan tidak mengikut hukum Islam sedangkan kamu mengetahui, kerana itu menjadikan kamu akan dihumbankan ke dalam api neraka.
Jauhkanlah sifat-sifat menyakiti hati manusia yang menyebabkan Allah SWT murka.
Buatlah keputusan mengikut apa yang dibenarkan Allah dan jangan buat keputusan mengikut apa yang tidak diredhai Allah.
Rasulullah S.A.W. ialah seorang manusia. Harus bagi dirinya sifat-sifat manusia kecuali apa yang dipelihara Allah daripadanya. Rasulullah S.A.W. terpelihara daripada tersalah dalam menyampaikan risalah termasuklah aqidah dan syariat, dan terpelihara daripada perbuatan haram dan keji.
Seorang hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan keterangan dan hujah yang dapat diterima seperti saksi, sumpah dan lain-lain. Dia tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan pengetahuannya.
Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim tidak menghalalkan yang haram walaupun hukum itu dilaksanakan pada zahir. Oleh itu, sesiapa yang memperoleh sesuatu melalui perintah mahkamah sedangkan dia mengetahui sesuatu itu bukan haknya maka tidak harus ia mengambilnya.
Sumber HD - 26-11-2013
Kritik tanpa fitnah, itu tiada halangan
Nasrudin Hassan, | 13 Nov 2013 |
Tidak salah mengkritik, malah saya juga sangat suka menerima kritikan, justeru kritikan itu juga akan memperlihatkan kepada kita kelemahan dan kekurangan diri. [Bab ini tidak bermasalah kepada saya]
Telah saya timbulkan semalam ialah surat khabar, facebooker dan blogger yang mahu mencatur keputusan muktamar PAS [pastinya tidak semua surat khabar, facebooker dan blogger yang terlibat] pula bersikap lebih-lebih iaitu melampau dalam membuat spekulasi, jauh pula dari kebenaran malah berbau fitnah.
Ini tidak selayaknya berlaku. Saya sebut, mujur mereka ini tidak menjadi perwakilan. Jika tidak, habislah PAS jadi lunyai seperti roti canai.
Adapun mana-mana pihak [surat khabar, facebooker dan blogger] yang mahu memberi kritikan, nasihat, teguran dan pandangan atau juga komentar yang positif dan membina tanpa melebarkan fitnah dan mengadu domba, itu tiada halangan.
Mereka boleh melakukannya malah sekian lama telah mereka lakukan dan saya gembira dengan perkembangan tersebut.
Berilah peluang perwakilan memilih pemimpin mereka secara tenang dan adil.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-11-2013
Kalau tidak, jadi roti canai parti ini - Nasrudin
Harakahdaily, | 13 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Pemilihan jawatankuasa peringkat Pusat dan dewan-dewan akan berlaku sempena Muktamar Tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam, minggu depan.
“Pemilihnya pula adalah perwakilan yang terpilih, terpilih pula dari kalangan anggota parti yang menjadi pilihan.
“Ertinya calon dan perwakilan telah mempunyai kualiti yang tersendiri,” tulis Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan menerusi facebook.
Hairannya, beliau yang menarik diri daripada mempertahakan jawatan itu bertanya, kenapa surat khabar, facebooker, blogger dan pemerhati dari luar pula yang lebih-lebih seperti mahu mencatur dan menentukan keputusan.
“Mujur bukan mereka yang jadi perwakilan, kalau tidak...jadi roti canai parti ni,” tulisnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
“Pemilihnya pula adalah perwakilan yang terpilih, terpilih pula dari kalangan anggota parti yang menjadi pilihan.
“Ertinya calon dan perwakilan telah mempunyai kualiti yang tersendiri,” tulis Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan menerusi facebook.
Hairannya, beliau yang menarik diri daripada mempertahakan jawatan itu bertanya, kenapa surat khabar, facebooker, blogger dan pemerhati dari luar pula yang lebih-lebih seperti mahu mencatur dan menentukan keputusan.
“Mujur bukan mereka yang jadi perwakilan, kalau tidak...jadi roti canai parti ni,” tulisnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-11-2013
Pegawai Jaip dibunuh kejam, Malaysia masih aman?
., | 11 Nov 2013 |
Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin merakamkan rasa sedih dan kesal dengan kejadian tembak bunuh ke atas Allahyarham Tuan Haji Ahmad Rafli Abdul Malek yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).
Kejadian dahsyat ini yang berlaku di kediaman Allahyarham, disaksikan pula oleh ahli keluarga almarhum merupakan satu lagi bukti bahawa insiden jenayah berat khususnya yang melibatkan senjata api semakin tidak terkawal dan telah menjadi lebih menggerunkan.
Untuk makluman, Allahyarham adalah abang kepada seorang petugas di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Dengan rentetan kes jenayah tembak dan culik sejak kebelakangan ini, maka apakah Malaysia kita ini masih aman?
Pemuda PAS tegas mengutuk insiden bunuh ini sebagai satu tindakan keji tidak berperikemanusiaan dan mendesak agar YAB Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan kepimpinan tertinggi PDRM tidak berdiam diri dan memberi respons segera terhadap kejadian ini.
Kedamaian dan keamanan awam telah terancam. Hakikatnya, tidak ada mana-mana individu atau keluarga yang kini boleh terlepas dari jangkauan perilaku jenayah.
Apa sahaja statistik dan indeks jenayah yang diangkat pemerintah untuk melukis gambaran-gambaran indah mengenai kesentosaan suasana cumalah angka kosong yang jauh dari realiti.
Cukuplah dengan sandiwara ini! Rakyat telah jemu dan kini rakyat sedang hidup dalam kebimbangan.
Saya merasakan sudah tiba masanya untuk Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja campur tangan di dalam perkara ini di atas kesedaran bahawa keresahan rakyat sedang memuncak.
Kesimpulan pemerintah dan PDRM mengenai situasi jenayah di dalam negara sudah menjadi bahan politik semata-mata dan tidak boleh dipercayai lagi. Maka suatu penilaian jujur diperlukan yang hanya boleh dicapai menerusi campur tangan Majlis Raja-Raja.
Selagi mana situasi jenayah ini tidak diperjelaskan secara jujur, maka selama itulah kita akan terus terperangkap di dalam polemik debat tidak berkesudahan dan penyelesaian yang jitu tidak dapat dicapai.
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-11-2013
Menjaga kerukunan hidup bermasyarakat
Nasrudin Hassan, | 04 Nov 2013 |
Hadis:
Dari Abi Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya. (Riwayat Muslim)
Huraian Hadis:
Mengharungi kehidupan pada zaman serba moden ini memperlihatkan kepada kita akan struktur hidup bermasyarakat Islam hari ini menjadi semakin terlalu individualistik.
Sesungguhnya sebagai agama keamanan', Islam sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia. Antara perkara yang harus diberikan perhatian ialah seperti menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku pembunuhan sesama sendiri, menjaga maruah di dalam masyarakat daripada segala fitnah, tuduh-menuduh dan hasad dengki, menjaga keselamatan harta benda dan sebagainya daripada kecurian, rompakan pencerobohan dan lain-lain.
Sebagai seorang Muslim kita mestilah menghormati maruah individu Muslim yang lain kerana setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain.
Antara sebab mengapa puak Yahudi suka melakukan kezaliman terhadap umat Islam adalah dek kerana sikap tidak ambil peduli yang berlaku antara sesama umat Islam hari ini.
Justeru musuh Islam berani bertindak sesuka hati menindas rakyat Palestin serta merampas tanah mereka sedangkan Israel pada hakikatnya dikelilingi negara Arab yang jumlah rakyatnya jauh lebih ramai daripada mereka.
Namun malangnya mereka hanya mampu melihat kezaliman rejim Zionis ini tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.
Sebetulnya umat Islam harus hidup sepertimana yang disebut dalam pepatah Melayu cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya.
Dengan perkataan lain, jika kita inginkan segala kebaikan untuk diri kita, maka kita juga ingin umat Islam lain juga menikmati kebaikan itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-11-2013
Detik paling sesuai saya berundur
., | 28 Okt 2013 |
1. Setelah 28 tahun saya berintima' dengan Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Bermula sebagai:
[AJK DPP Kawasan Rompin
Ketua DPP Kawasan Rompin
Exco DPP Negeri Pahang
Ketua DPP Negeri Pahang
Exco DPP Malaysia
Ketua DPP Malaysia]
2. Kini tibalah detik paling sesuai saya mengundur diri dari DPPM saat usia menjengah 43 tahun. Semoga segalanya menjadi amal soleh buat diri yang kerdil ini dan diterima oleh Allah swt. Ameen Ya Rabbal A'lamin.
3. Faktor pengunduran:
a] Telah tiba masa yang paling sesuai untuk saya berundur.
b] Memberi laluan kepada adik-adik seperjuangan untuk menyambung baton kepimpinan dan risalah perjuangan ini dengan baik dan jayanya berdepan cabaran yang semakin sengit.
c] Mahu meneroka ruang perjuangan [tarbiyah, dakwah dan siasah] di medan yang lebih luas dan berbeza setelah sekian lama berlumus dengan DPP sejak tahun 1985.
4. Selamat berjuang saya ucapkan buat semua adik-adik dalam DPP disemua peringkat agar berjaya lebih gemilang di masa depan, memacu perjuangan yang tiada sempadannya ini.
5. Maafkan saya atas salah dan silap jua pelbagai kelemahan dan kekurangan diri ini sewaktu sama-sama berjuang dan memimpin DPPM.
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
[sesi 2009-2013]
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur
Sumber HD - 28-10-2013
Tuntutan COMANGO sentuh sensitiviti umat Islam
., | 24 Okt 2013 |
1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.
2. The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini akan berlangsung hari ini (24 Oktober 2013) di Human Rights Council, Geneva, Switzerland.
3. Terdapat beberapa tuntutan dan desakan daripada COMANGO yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut. Berikut ialah tuntutan-tuntutan tersebut;
a. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
b. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
c. Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.
4. Kritikan kami:
a] COMANGO tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara.
b] COMANGO telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama Islam di bawah pantauan PBB.
c] COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.
5. Justeru itu kami DPPM tegaskan supaya Kerajaan jangan tunduk kepada desakan sedemikian. Pada sessi sidang yang lepas, YB Ust. Nik Mohamad Abduh telah memberi penegasan serupa dalam ucapan beliau di Parlimen Malaysia agar Kerajaan Malaysia tidak tunduk kepada desakan pihak COMANGO ini.
Nasrudin bin Hassan
Kenyataan di Bangunan Parlimen Malaysia
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-10-2013
Sahabatku, perjuangan bukan hanya...
., | 18 Okt 2013 |
1. Perjuangan bukan hanya buah fikir yang dilontar menerusi medium wacana.
2. Perjuangan bukan hanya lantunan suara tinggi yang dilambung menerusi pembesar suara.
3. Perjuangan bukan hanya tegang urat leher mempertahankan hujah yang dipamer menerusi medan debat.
4. Perjuangan bukan hanya silang lengan membentuk ribat yang disusun gagah menerusi demonstrasi.
5. Perjuangan bukan hanya tinggi rating dan hit viewer yang dihasilkan menerusi facebook dan twitter.
6. Perjuangan bukan hanya membalut tubuh dengan pakaian hebat yang diimejkan menerusi jubah serban atau kemeja bertali leher.
7. Perjuangan bukan hanya meriwayatkan ilmu yang diungkap menerusi kuliah, forum dan usrah.
8. Perjuangan bukan hanya seni berpencak di pentas politik menerusi penyertaan dalam pilihan raya, penampilan dan kenyataan media mengupas isu.
9. Perjuangan bukan hanya bergaya hebat memimpin jentera dan jamaah yang ditunjuk menerusi jawatan yang disandang.
10. Perjuangan bukan hanya merekodkan pelbagai aktiviti yang dianjur menerusi laporan muktamar tahunan.
Tetapi... perjuangan itu adalah merangkumi semua perkara tersebut dan ia diterjemah dalam diari rutin harian, justeru perjuangan juga adalah pelaksanaan kata-kata.
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-10-2013
Nilai korban dan solat Jumaat
Nasrudin Hassan, | 17 Okt 2013 |
Hadith:
Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah. (Riwayat: Bukhari).
Huraian Hadith:
Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Contohnya Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini.
Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu.
Hari Jumaat juga dinamakan ˜Yaumul-mazid' iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Allah mengurniakan rahmat yang banyak kepada hambanya.
Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ˜waktu mustajab'.
Betapa mulianya hari Jumaat ini hingga Allah juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yang dinamakan solat Jumaat di mana bagi setiap orang yang pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari-hari yang lain.
Tetapi malang sekali ada juga antara kita yang berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari-hari lain.
Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yang kosong, tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya.
Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah SWT.
Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah mereka lupa pada azab Allah yang bakal menimpa.
Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-10-2013
Kenapa aku?
Nasrudin Hassan, | 07 Okt 2013 |
1-Kenapa aku diuji?
Surat Al-Ankabut: 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”
2-Kenapa aku tidak mendapatkan apa yang aku idam-idamkan?
Surah Al-Baqarah ayat 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
3-Kenapa ujian seberat ini?
Surah Al-Baqarah ayat 286
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
4-Bagaimana menghilangkan rasa kekecewaan?
Surah Al-Imran ayat 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
5-Sungguh, aku tak dapat bertahan lagi…!
Surah Yusuf ayat 87
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir."
6-Bagaimana aku harus menghadapi persoalan hidup?
Surah Ali-Imran ayat 200
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung.”
7-Apa jawapannya?
Surah Al-Baqarah ayat 45-46
”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya.”
8-Siapa yang menolong dan melindungiku?
Surah Ali-Imran: 173
“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”
9-Kepada siapa aku berharap?
Surah At-Taubah ayat 129
“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgahsana) yang agung.”
10. Baca, amal dan hayati pada setiap saat dan detik kita berasa hidup ini payah dan sukar ...
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Ssumber HD - 7-10-2013
Ijtimak Tarbawi 3.0: Tarbiyah membina syakhsiah
., | 04 Okt 2013 |
1. Pagi ini sungguh mendamaikan. Hati pula berdebar-debar tidak sabar untuk musafir ke Pagoh Johor Darul Ta'zim bagi menghadiri program pengkaderan terbesar yang dianjurkan oleh DPPM saban tahun.
2. Ijtimak Tarbawi 3.0 adalah himpunan para pemuda dan pemudi Islam untuk membina serta membugar kombinasi aqidah, spiritual dan peribadi mulia sebagai anggota Gerakan Islam. Penuh dan sarat dengan pengisian dan amalan yang berpaksi kepada gandingan 3 elemen utama itu.
3. Kepada pemuda dan pemudi Islam yang pernah menghadiri Ijtimak Tarbawi siri pertama di Rusila dan kedua di Taman Melewar pasti masih menyimpan rapi kenangan manis dan indah menyertai program Amal Tarbawi ini dan saya yakin mereka pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai Ijtimak Tarbawi siri ketiga ini bagi menambah koleksi pentarbiyahan sekaligus meningkatkan prestasi diri sehingga mendekati noktah utama untuk benar - benar layak sebagai seorang pejuang Islam.
4. Ijtimak Tarbawi yang telah memasuki siri ke tiga ini akan menggarap beberapa unsur penting dalam pembinaannya seperti kefahaman Islam, ukhuwwah fillah, aqidah perjuangan dan lainnya sekaligus akan merawat pelbagai penyakit yang melanda individu atau jamaah Islam pada hari ini. Ia adalah himpunan untuk menghidup-ceriakan Amal Tarbawi dalam jamaah atau Parti PAS ini agar ia tidak malap dan lesu dicelah - celah jadual padat menangani isu semasa dan kemelut politik tanahair.
5. Ijtimak Tarbawi akan membekalkan sumber kekuatan dalaman buat pemuda - pemudi Islam yang bersedia untuk turun ke medan menyahut seruan perjuangan ke arah mendaulatkan Islam di bumi tercinta ini. Ia adalah satu bahagian besar dari 3 bahagian utama operasi Dewan Pemuda PAS. Tiga bahagian operasi DPPM yang saya maksudkan itu ialah :
a] Ijtimak Tarbawi itu sebagai pembina aqidah Ahlus sunnah, fikrah Islami dan akhlak yang soleh.
b] Himpunan 30K sebagai peledak semangat juang dan mengaktifkan gerakkerja pilihanraya agar siap dan sedia menempuh segala jenis cabaran memburu kemenangan.
c] Jambori AMAL mengungguli gerakkerja sukarelawan dan pemantapan skuad beruniform dengan AMAL Lillah untuk menyantun masyarakat dan menghulur khidmat bakti kepada semua tanpa kenal erti penat dan lesu.
6. Himpunan pada ketiga - tiga bahagian utama operasi Dewan Pemuda PAS Malaysia ini adalah bersifat program tahunan. Setiap bahagian operasi itu akan terus disemarakkan melalui aktiviti rutin dan semasa, secara berterusan melalui tindakan DPPM dan juga DPP negeri serta kawasan. Ia diselia dan diurus perlaksanaan gerakkerjanya oleh lajnah dan jabatan yang wujud di bawah DPPM seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] Akademi Tarbiyah, Jabatan Pilihanraya dan Lajnah penerangan. Ia mengadun 3 jalur besar yang disatukan iaitu:
Tarbiyah,
Dakwah,
Siasah.
3 jalur lebar itu turut diaktifkan oleh semua jabatan dan lajnah yang lain melalui aktiviti yang dirancang.
7. Ijtimak Tarbawi juga seperti mana Himpunan 30K dan Jambori AMAL, adalah program sepadu untuk melengkapkan agenda DPPM mengharungi dunia perjuangan ini sekaligus menjadi kilang untuk melahirkan anggota parti atau jamaah sebagai pemimpin berkarismatik dan ahli berkualiti tinggi. Justeru itu ia menyatukan semua segmen, latar belakang dan cara fikir pemuda dan pemudi Islam yang cintakan Islam dan perjuangannya.
8. Tarbiyah Membina Syakhsiyah adalah tema Ijtimak Tarbawi 3.0 membuktikan usaha serius DPPM mahu membina kualiti anggota parti yang unik dan tersendiri. Sasaran yang ingin dicapai ialah piawai standard anggota parti yang bergerak diatas Manhaj Perjuangan Islam yang tulen. Ianya adalah:
yakin pada perjuangan Islam,
indah pada penampilan imej,
bijak pada pemikiran aqal.
9. Ijtimak Tarbawi tidak memusuhi sesiapa sebaliknya ia kawan atau sahabat pada semua. Ia juga adalah mesin pembugar yang bergerak mengikut skima dan skil Amal Tarbawi terhadap pesertanya. Membawa agenda perdana parti tanpa sebarang dikotomi.
10. Selamat datang saya ucapkan kepada semua pemuda - pemudi Islam yang akan berkampung di Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi, Kampung Parit Medan Kundang Ulu, Ledang [dalam Parlimen Pagoh] selama 3 hari 2 malam bermula jam 3 - 5 petang ini dan akan berakhir pada petang hari Ahad. Kepada yang belum mendaftar, boleh terus ke kaunter pendaftaran ditapak program untuk mendaftarkan diri anda sebagai seorang pemilik kenangan terindah dalam hidup sebagai seorang pejuang Islam.
Nikmatilah program AMAL Tarbawi yang direalisasikan secara berjamaah.
Tarbiyah Membina Syakhsiah.
Nasrudin Hassan
Ketua DPP Malaysia
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-10-2013
Menjelang himpunan 'menyambut' Presiden Obama - Bah. 2
., | 25 Sep 2013 |
Membantah Perlaksanaan TPPA
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan pendirian menolak sebarang usaha memuktamad dan melaksanakan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) anjuran Amerika Syarikat.
2. TPPA jika dilaksanakan akan mengehad kuasa legislatif kerajaan, membuka ruang seluas-luasnya kepada kuasa korporat asing mengambil tindakan undang-undang menentang polisi awam yang bertentangan dengan kepentingan mereka serta meliberalisasikan sektor perusahaan kritikal pada skala besar yang boleh memudaratkan industri tempatan. Dalam erti kata lain, TPPA meningkatkan risiko ancaman kepada kedaulatan negara.
3. Ramai melihat kunjungan Presiden AS Barack Obama pada bulan Oktober ini akan mempercepatkan proses rundingan. Walaupun sumber dari MITI memberitahu bahawa TPPA tidak akan ditandatangani ketika lawatan Obama itu, kerajaan pastinya akan menggunakan ruang acara sampingan untuk merungkai isu-isu tertangguh yang hanya boleh dimuktamadkan oleh ketua kerajaan tertinggi.
4. TPPA merupakan kerangka utama bagi merealisasikan rencana Obama ke arah kewujudan “Pasifik AS”. Ianya merupakan strategi licik menggunakan instrumen perdagangan bagi mengekang kebangkitan drastik China. Oleh itu persetujuan segera YAB Datuk Seri Najib akan menjadikan beliau hero di mata pentadbiran Rumah Putih di Washington DC dalam masa yang sama mengkhianati amanah rakyat di halaman sendiri.
5. TPPA bukan sahaja ditentang oleh kumpulan masyarakat madani yang prihatin, malah ianya turut ditolak oleh segolongan usahawan yang selama ini menunjangi kekayaan UMNO. Ianya mendedahkan satu usaha licik kumpulan tertentu di belakang Najib yang menggunakan agenda TPPA bagi menyisihkan saki-baki penyokong kepimpinan UMNO yang terdahulu dengan merungkai penguasaan ekonomi mereka dan memindahkan penguasaan tersebut kepada kumpulan berkepentingan baru.
6. Hanya mereka yang berada di dalam linkungan perundingan yang benar-benar tahu kerangka kekayaan baru ini dalam apa yang disebut sebagai “akses istimewa” ke pasaran AS yang bernilai USD15 trillion! Sekiranya TPPA benar-benar menjanjikan peluang ekonomi baru, perencanaannya sepatutnya diangkat menjadi wacana nasional dan didebatkan secara terbuka bagi menjana kekuatan ekonomi yang lebih berdaya-maju.
7. Namun demikian dialognya dihadkan bagi membolehkan pihak tertentu memonopoli potensi baru yang dijangka wujud dari TPPA. Inilah hakikatnya mengapa perinciannya dirahsiakan. Amat menyedihkan kerana masyarakat awam termasuklah rakan-rakan parti komponen BN dari MCA dan MIC menjadi mangsa percaturan politik elitis UMNO.
8. Rakyat harus menggunakan peluang dari kunjungan Obama ke Malaysia bulan depan untuk menunjukkan respon sewajarnya kepada kedua-dua pemerintah; UMNO-BN dan pentadbiran Rumah Putih bahawa TPPA tidak diterima di Malaysia.
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia
merangkap Ahli Parlimen Temerloh
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-9-2013
Menjelang himpunan 'menyambut' Barack Obama – Bah. 1
., | 23 Sep 2013 |
Ketelusan Transaksi Program Pembelian Pesawat Tempur F/A 18 ATM.
1. Kehadiran Presiden AS ke Malaysia pada 11hb. Oktober kelak bukanlah untuk berlibur. Memetik kenyataan sumber Rumah Putih, kehadiran Obama adalah untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara ke-dua-dua buah negara, sekaligus memberi petanda wujudnya beberapa inisiatif besar yang telah sekian lama dirancang dan mungkin akan dimuktamadkan. Tekad Obama adalah untuk meningkatkan nilai eksport AS sebanyak 2 kali ganda pada akhir terma pentadbirannya. Kekuatan industri pertahanan AS dan program penjualan senjata adalah di antara strategi utama beliau.
2. Mengambilkira perkembangan mutakhir serta lawatan kerja 3-hari Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel bermula 24hb Ogos tempoh hari, Dewan Pemuda PAS menjangkakan pembelian pesawat tempur Boeing F/A 18 untuk TUDM akan dimasukkan ke dalam agenda lawatan beliau.
3. Pada harga tersenarai, sebuah Super Hornet dianggarkan berjumlah USD 52 juta. Malaysia dijangka akan membeli sehingga 18 pesawat tempur walaupun mungkin tidak kesemuanya dari Boeing.
4. Pembelian pesawat tempur F/A18 ini jika dimuktamadkan akan berlangsung ketika wujudnya keraguan mengenai ketelusan proses pembelian senjata yang diuruskan kerajaan pula disifatkan oleh sebuah NGO sebagai berisiko rasuah.
5. AS yang mempunyai mempunyai kod amalan perdagangan telus yang ketat dan urusniaga senjata dipantau pula oleh jawatankuasa Senat seharusnya peka dengan perkembangan ini dan menilai semula program penjualan senjatanya kepada Malaysia.
6. Di dalam hal ini, AS mempunyai tanggungjawab moral untuk memastikan integriti transaksi AS – Malaysia bersandarkan kepada piawaian nilai yang telah mereka tetapkan sendiri. Ini termasuklah pematuhan kepada Foreign Corrupt Practices Act (FCPA).
7. Dari perspektif kepentingan nasional pula, kita juga mempersoalkan kewajaran pemilihan F/A 18 yang programnya besar kemungkinan akan ditamatkan pada tahun 2015 jika tidak kerana kontrak dari Malaysia ini.
8. Apakah kerajaan telah membuat keputusan terbaik mengambilkira perbandingan kos dan kelangsungan teknologi bagi memenuhi keperluan multi-role combat aircraft (MRCA) negara?
9. Berdasarkan kepada pengalaman terdahulu; dari pembelian kapal selam, pesawat MIG29 sehinggalah kontrak kapal frigat, kesemuanya merekodkan permasalahan bajet dan teknikal.
10. Maka di dalam kes pesawat tempur F/A 18 ini, rakyat Malaysia berhak menuntut penjelasan lanjut mengenai program pembeliannya agar ianya tidak sekadar menjadi bahan perhubungan awam yang gah ketika kunjungan singkat Presiden AS tetapi akhirnya mendatangkan kerugian kepada negara bertahun lamanya.
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia
merangkap Ahli Parlimen Temerloh
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-9-2013
Kepimpinan
., | 19 Sep 2013 |
Hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya. (Riwayat Muslim)
Huraian Hadis:
i) Sekurang-kurangnya setiap manusia itu menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri. Oleh itu ia bertanggungjawab menjaga dirinya dan orang yang diamanahkan kepadanya seperti anak, isteri, keluarga, para pekerja dan sebagainya agar hidup mereka berjalan dengan baik dan sempurna.
ii) Setiap amanah mestilah diterima secara hak dan penuh kefahaman tentang tugas-tugas dan kewajipan yang terkandung di dalamnya. Seterusnya dipikul dengan ikhlas dan jujur serta berusaha sedaya upaya agar tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan.
iii) Sebaliknya sesuatu amanah itu jika dijadikan batu loncatan untuk kepentingan diri, bermegah dan berseronok maka kepimpinan itulah yang bakal menjadi punca penyesalan dan kehinaan di akhirat. Bahkan ketika di dunia lagi ia akan merasai kehinaannya terutama apabila kepimpinannya itu terlucut daripadanya.
iv) Oleh itu bagi orang yang benar-benar menyedari tentang hakikat sesuatu tanggungjawab kepimpinan, tidak mungkin akan meminta atau terlalu ghairah merebut sesuatu jawatan kerana setiap amanah itu perlu dipikul dengan berhati-hati kerana setiap kepimpinan adalah amanah dan setiap amanah adalah tanggungjawab yang akan disoal di hari akhirat kelak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-9-2013
Ketetapan Allah SWT, kenapa marah?
., | 11 Sep 2013 |
1. Apabila saya post satu subjek sebagaimana print skrin yang saya lampirkan di bawah, ramai juga yang marah kepada saya kerana memberi jawapan sedemikian kepada akak yang bertanya. Kenapa ustaz tidak beri jalan penyelesaian membantu muslimah yang memerlukan?
[ermm, sebetulnya akak itu sendiri pun tidak puas hati dengan jawapan saya. ustaz ni, orang cakap betul-betul, dia jawab begitu pulak, kata akak itu... dan selayaknya lah saya telah memberi pandangan serta jalan penyelesaian kepada akak tersebut...]
2. Benar, semua perkara adalah di atas ketetapan Allah swt. Namun ia tidak terhenti di atas hujjah itu. Justeru Islam datang dengan satu syariat yang sangat sempurna dengan meletakkan peraturan dan manhaj perlaksanaan bersama ketetapan dan ketentuan Allah swt dalam semua perkara yang telah berlaku dan akan berlaku.
3. Demikianlah apabila ditanya mengenai kenaikan harga barang, harga minyak dan sebagainya. Jawapannya tentu sahaja tidak terhenti dengan seruan supaya bersabar kerana ini semua adalah ketetapan Allah swt. Sebaliknya mestilah dilihat jua kepada penyelesaian dan tindakan untuk mengatasinya.
4. Sebagai contoh, miskin dan kemiskinan adalah ketetapan Allah. Ya benar! Ia adalah ketentuan Allah swt. Namun ia juga tertakluk kepada syariat dan manhaj hidup yang telah diwahyukan, sebagaimana Allah swt telah mewajibkan zakat dan menyenaraikan faqir miskin sebagai asnaf yang layak menerima zakat tersebut di mana ia adalah salah satu penyelesaian untuk mengatasi isu kemiskinan, sedang pada masa yang sama , orang-orang miskin juga tetap diharamkan mencuri. Bahkan Islam mengajar ummatnya berdikari dan keluar dari kelompok kemiskinan.
5. Ertinya salah jika kita hanya berpada dan berhenti dengan hujjah bahawa kemiskinan adalah ketetapan Allah swt sedang Islam telah mengatur program serta agenda yang komprehensif untuk keluar dari bahana kemiskinan yang tentu sahaja menyusahkan ummat malah mampu mengancam akhlak dan aqidah jika ia dibiarkan berleluasa.
6. Begitu juga dengan isu kenaikan harga barang. Sementara ia berada di dalam ketentuan Allah swt. namun Islam melarang perbuatan monopoli, pembaziran, penindasan dan penipuan dalam sistem ekonomi serta memberatkan timbangan termasuk menaikan harga sewenang-wenang yang memberi kesan buruk kepada pengguna.
7. Sebahagian langkah penyelesaian ialah kerajaan boleh TIDAK menaikkan harga minyak, kerana kenaikan harga minyak akan meningkatkan kos pengangkutan dan ianya akan membentuk aliran modal tinggi sebelum sampai kepada peruncit. Aliran kos bermula dari pembekal bahan mentah, pengilang, pemborong, pengedar dan peruncit. Akhirnya peruncit akan meningkatkan harga barang jualan mereka. Ini membebankan pengguna sedang ianya boleh dielakkan dari berlaku.
8. Kerajaan pula hanya memantau peruncit agar tidak menaikkan harga barang sekalipun harga minyak telah dinaikkan. Sekali lagi peruncit juga termasuk dalam kelompok golongan tertindas selepas pengguna kiranya mereka terpaksa diambil tindakan kerana menaikkan harga barang. Begitu juga mereka tetap tertindas jika tidak menaikkan harga barang sedang mereka terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi sebelum memindahkan produk ke tangan pengguna. Pengedar, pemborong dan pengilang sering lepas dari pemerhatian dan pemantauan kerajaan.
9. Negara kita kaya dengan sumber rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt. ianya adalah untuk seluruh penghuni negara ini. Sumber itu bukan hak kerajaan atau parti pemerintah. Pemerintah hanyalah pengurus, penyelia, pengelola dan penyelaras untuk mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat secara bistari. "Pembiayaan wajib" hasil kekayaan dan anugerah rezeki Allah swt kepada negara ini mesti sampai kepada rakyat. Maka harga minyak tidak perlu dinaikkan dengan alasan melaraskan semula subsidi kerana subsidi itu selayaknya menjadi pembiayaan wajib yang mesti disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat.
10. Sementara mengimbang antara perolehan kasar negara dengan perbelanjaan agar ekonomi negara diletak dalam keadaan stabil dan meyakinkan ialah dengan menampal semua sistem pengurusan dan penyelenggaraan ekonomi negara termasuk dana awam agar tidak tiris. Justeru yang tiris itulah membuatkan imbangan ekonomi tidak stabil. Begitulah juga dengan pembaziran dan pemborosan yang terhasil dari sikap tamak haloba, ianya mesti dibanteras. jangan hanya mengejar nama dan kemasyhuran, akhirnya kantung negara gersang.
Tapi kalau anda juga menjawab dan berhujjah bahawa ketirisan, pembaziran dan penyalahgunaan dana awam itu sebagai ketetapan Allah swt, maka anda memang layak dipulas telinga oleh rakyat!
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-9-2013
Hilangnya sifat amanah sedikit demi sedikit
., | 09 Sep 2013 |
Hadis:
Huzaifah Ibnu Yaman r.a berkata: Rasulullah SAW menceritakan kepada kami dua buah hadis, aku telah melihat salah satunya dan aku menunggu yang satu lagi. Nabi menceritakan kepada kami bahawasanya amanah itu turun ke dalam pangkal (akar) jiwa (hati) manusia, kemudian mereka pun mengetahui sebahagian al-Quran, sesudah itu mereka mengetahui sebahagian sunah. Dan nabi menceritakan kepada kami tentang pencabutan amanah. Sabdanya yang bermaksud: Seorang lelaki tidur lalu dalam keadaan tidur, dicabut amanah dalam hatinya, maka tinggal bekas amanah seperti kesan sesuatu warna yang menyalahi warna asal, warna yang agak hitam. Kemudian ia tidur lagi lalu dicabut lagi amanah, maka tinggallah bekasannya yang merupakan kembung-kembung di tangan lantaran banyak bekerja dengan menggunakan kapak seperti bara api yang engkau guling-gulingkan di atas kaki mu lalu kembunglah kaki itu dan engkau pun melihatnya sudah bengkak dan penuh dengan air, padahal tidak ada apa-apa di dalamnya. Kerana manusia berjual beli tetapi hampir-hampir tidak ada seorang pun yang amanah lalu seseorang pun berkata Sesungguhnya dalam golongan bani fulan ada seorang yang boleh dipercayai dan dikatakan kepada orang itu:
Alangkah tinggi akalnya, alangkah bijak bestarinya dan alangkah hebat ketabahannya. Padahal tidak ada di dalam hatinya sedikit pun keimanan walaupun seberat biji sawi. Dan sesungguhnya telah datang kepada ku suatu masa (telah berlalu suatu masa). Aku yang pada masa itu tidak peduli siapakah di antara kamu aku berjual beli dengannya. Demi Allah sungguh jika ia Muslim, nescaya keislamannya akan menolaknya kepada ku dan jika ia Nasrani, nescaya pengurus urusannya akan kembalikan kepadanya. Sedangkan pada hari ini aku tidak lagi berjual beli melainkan dengan si anu dan si anu. (al-Bukhari 81:35, Muslim 1:62)
Huraian hadis:
Amanah hilang dari hati manusia sedikit demi sedikit.
Pada awalnya ia hanya meninggalkan titik hitam dan semakin lama titik hitam tersebut menjadi semakin jelas hingga menggelapkan hati sekali gus menghilangkan sirnanya. Malah dikatakan amanah itu adalah nilai keimanan itu sendiri.
Dahulu, jika dalam melakukan urusan jual beli seseorang yang Muslim bersifat amanah kerana agamanya yang menuntut ia bersifat demikian.
Seorang Nasrani pula bersifat amanah kerana pengurusnya menyuruh ia bersifat demikian. Namun pada masa kini, amanah seakan hilang.
Tidak ada sesiapapun yang layak diberi kepercayaan penuh sama ada Muslim mahupun kafir.
Semua ini disebabkan keimanan manusia yang semakin rapuh dan luntur, mudah digoda dan tergoda oleh habuan dunia.
Hilang amanah hingga sanggup menerima rasuah, menipu dan menyelewengkan harta.
Justeru sebagai manusia yang beriman hendaklah kita sentiasa memohon kepada Allah SWT agar dikekalkan dengan sifat amanah dan mempunyai keimanan yang teguh dan mantap.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-9-2013
Perbandingan pemurah dengan orang kedekut
Nasrudin Hassan, | 05 Sep 2013 |
Hadis:
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan ia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya; ia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar. (Riwayat: al-Bukhari)
Huraian hadis:
Memang telah dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa Allah akan sentiasa merahmati dan memberi kesenangan kepada hamba-Nya yang berhati mulia dan bersikap pemurah sesama manusia.
Manakala sesiapa yang mementingkan diri sendiri (kedekut) di muka bumi ini akan mendapat kehidupan yang tidak berkat dan tidak tenteram dalam hidupnya yang semakin hari menjadikan dia bertambah tamak dan tidak takut melakukan perkara yang salah dan berdosa sehingga sanggup menipu dalam berniaga, makan riba, menerima rasuah, menindas orang lain, dengki dan khianat.
Allah menjadikan dunia ini sebagai syurga untuk mereka manakala bila di akhirat nanti neraka akan menjadi balasannya.
Sesungguhnya harta merupakan ujian Allah SWT kepada umatnya dan kemewahan semata-mata bukanlah kayu pengukur kebahagiaan.
Oleh itu tidak kira banyak atau sedikit rezeki yang kita dapati, apa yang penting adalah keberkatan dan limpahan rezeki itu adalah dengan cara yang halal dan diredhai.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-9-2013
20 sen: Duit raya untuk rakyat
., | 03 Sep 2013 |
Perdana Menteri menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula dari hari ini. Kenaikan ini secara lazimnya akan menyebabkan kesan gandaan drastik kepada harga barangan dan perkhidmatan yang pastinya membebankan masyarakat khususnya golongan marhaen dan kelas menengah yang telah sedia tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.
DPPM kesal dengan tindakan kerajaan yang mengambil jalan mudah untuk mengurangkan kebergantungan subsidi dan defisit negara, dengan memindahkan beban tanggungan subsidi petrol dan diesel kepada rakyat keseluruhannya, tanpa mengemukakan langkah yang konkrit untuk meningkatkan pendapatan negara dan menghentikan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.
Kenyataan seperti "kenaikan harga minyak boleh ditampung dengan peningkatan BR1M", "orang berkereta besar boleh menampung kenaikan harga minyak", "kenaikan harga minyak tidak akan memberi kesan yang banyak kepada harga barangan" ternyata merupakan alasan yang merendah-rendahkan kebijakan masyarakat dan mencerminkan sifat elitis kepimpinan negara yang tidak lagi dapat menjiwai nurani rakyat.
Anggaran penjimatan RM 1.1 billion untuk 2013 dan RM 3.3 billion untuk 2014 (hatta RM 10 billion sekali pun!) dari pemotongan subsidi petrol/diesel ini tidak memberi makna sekiranya perbelanjaan fiskal negara tiris dengan keborosan, rasuah dan ketidakcekapan. Maka untuk siapa penjimatan ini?
PM hanya dilihat mengitar semula kenyataan bahawa kerajaan akan mewujudkan mekanisme subsidi yang lebih spesifik untuk manfaat masyarakat miskin. Hakikatnya perkara ini sudah disebut-sebut sejak kenaikan harga minyak pada tahun 2008 lagi tetapi apakah mekanisme tersebut? Selepas bertahun, kerajaan masih gagal memikirkan strategi mapan untuk melaksanakan aspirasi ini. Maka sepanjang tempoh itu, apakah yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan sebenarnya?
Memang benar kejatuhan nilai ringgit sehingga 7 peratus memberi tekanan kepada surplus akaun semasa negara. Memang juga benar konflik di Timur Tengah menyumbang kepada ketidaktentuan harga minyak. Tetapi keputusan ini menunjukkan kerajaan gagal belajar dari pengalaman. Seharusnya krisis ekonomi 1998 dahulu dan krisis-krisis ekonomi yang menyusul selepas itu telah mematangkan kerajaan di dalam membuat jangkaan senario bagi menyediakan pelan kontingensi fiskal yang lebih berhemah dan bukannya terus "potong sana-potong sini".
Dianggarkan dengan kenaikan 20 sen seliter, tambahan kos untuk mengisi penuh tangki minyak kereta 1.5 cc adalah sekitar RM25 seminggu, bersamaan tambahan RM100 sebulan atau tambahan RM1200 setahun. Nilai tambahan kos ini adalah bersamaan nilai BR1M 3.0 yang dijanjikan dalam manifesto BN.
Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak membatalkan pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM 0.20 sen berkuatkuasa semalam.
Pembatalan tersebut haruslah juga disusuli dengan pembentangan sekurang-kurangnya tiga alternatif lain untuk dipertimbangkan oleh rakyat bagi tujuan meningkatkan hasil dan seterusnya menambahkan penjimatan akaun negara.
Daripada menaikkan harga petrol RON95, adalah lebih baik kerajaan bertindak tegas terhadap pelaku rasuah termasuk mereka yang mempunyai kedudukan dan jawatan penting dalam kerajaan. DPPM menganggap rasuah menjadi punca ketirisan wang negara sehingga kerajaan tidak mampu menampung subsidi untuk rakyat. Dianggarkan nilai keitirisan wang negara ekoran aktiviti rasuah berjumlah berbilion ringgit. Rasuah juga menjadi punca integriti negara semakin merudum di mata rakyat bahkan di persada antarabangsa.
DPPM juga mendesak agar kerajaan menaikkan pembayaran royalti dari syarikat minyak antarabangsa seperti SHELL, Petron, BP dan lain-lain. Langkah ini berkesan bagi meningkatkan pendapatan negara disamping mampu menampung subsidi minyak kepada rakyat. DPPM yakin, syarikat-syarikat gergasi minyak antarabangsa mampu membayar dengan jumlah yang ditetapkan kerana keuntungan mereka setiap tahun berlipat kali ganda. Tindakan ini bagi mengelakkan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak sebaliknya memikirkan alternatif menyelamatkan wang rakyat.
Pada masa ini, referendum rakyat adalah satu keperluan. Sikap kerajaan meletakkan bebanan ekonomi terus ke bahu rakyat adalah satu kesilapan selepas kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi dengan lebih pruden tanpa mengambil kira aspek perancangan prioriti perbelanjaan dan sikap boros yang keterlaluan.
Sesungguhnya keputusan menaikkan harga petrol dan diesel ini adalah petunjuk bahawa kerajaan sudah kebuntuan idea untuk menyelamatkan ekonomi negara.
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Temerloh.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-9-2013
Semoga kita temui makna kemerdekaan hakiki
., | 01 Sep 2013 |
Perutusan Hari Kemerdekaan Negara ke-56
1. Kita sedia maklum walaupun Union Jack telah 56 tahun diturunkan, legasi sistem ciptaan manusia yang ditinggalkan penjajah masih terus menjadi amalan. Apa yang belum kita sedari sepenuhnya ialah sistem penjajah ini sedang terungkai, bukan sekadar di Malaysia malah boleh dilihat di mana-mana sahaja.
2. Kegagalan tersebut boleh disaksikan pada kecelaruan kapitalisme seperti yang berlaku di Wall Street, krisis keyakinan politik yang membungkam pentadbiran negara-negara Barat dan keruntuhan moral masyarakat yang secara wewenang mengamalkan budaya hidup liberal serta mencemuh nilai-nilai agama.
3. Malah di negara kita sendiri, peningkatan kadar hutang kerajaan dan isirumah, percukaian yang membebankan, peningkatan kadar jenayah, meluasnya rasa curiga rakyat terhadap tahap keselamatan awam, rasuah, peningkatan kos kehidupan dan gejala keruntuhan akhlak masyarakat juga merupakan simptom kepada kegagalan sistem legasi tersebut.
4. Yakinlah bahawa keruntuhan sistem legasi penjajah ciptaan manusia ini adalah satu kepastian maka perubahan akan menyusul. Persoalannya kini, apakah kita akan terus mencari sistem manusia lain untuk ditegakkan di atas keruntuhan tersebut atau kita kembali kepada fitrah dengan mengangkat sistem kehidupan bersyariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt yang Maha Mencipta?
5. Pengisian kemerdekaan Malaysia untuk tahun-tahun mendatang akan tertumpu kepada konflik perubahan sistem ini. Ianya adalah pertembungan di antara ketulenan Islam dan ideologi pragmatik yang bersifat lokal yang kononnya lebih sesuai dari ideologi barat tetapi sebenarnya masih merupakan ciptaan manusia semata-mata yang penuh dengan khilaf. Demografi masyarakat, dasar langit terbuka dan faktor teknologi antara lainnya akan menjadikan pertembungan di antara Islam dan kejahilan lebih mencabar dan kompleks.
6. Oleh itu, sejauh manakah iktikad dan persediaan kita, khususnya golongan pemuda yang bakal mewarisi negara ini mampu mendepani perubahan ini?
7. Pada masa yang sama, kuasa penjajah tidak akan berpeluk tubuh melihat orde dunia mereka berkubur! Mereka akan terus menjaja polisi neo-kolonialisme baru bagi meneruskan kelangsungan dominasi mereka ke atas masyarakat antarabangsa khususnya dunia Umat Islam. Penjajahan ekonomi melalui mekanisme perdagangan antarabangsa seperti TPPA sebagai contohnya boleh melemahkan keutuhan nilai kemerdekaan negara.
8. Sebab itulah kebangkitan rakyat khususnya dari golongan muda di Palestin, Mesir, Syria dan negara-negara Arab lain yang dilanda fenomena Arab Spring untuk mencari makna baru kemerdekaan negara mereka amat menginsafkan kita.
Yang pertama, kerana ianya menyerlahkan perilaku musuh-musuh agama Allah swt. yang sanggup membelakangkan proses demokrasi yang mereka taja asalkan Islam tidak dapat bertapak.
Yang keduanya, kerana nilai kemerdekaan negara pada akhirnya bukan lagi direbut dari tangan penjajah tetapi dari tangan anak-anak watan sendiri yang keliru dan hilang kewarasan untuk melihat kegagalan sistem tajaan penjajah tersebut yang mereka anuti.
9. Selaku pendokong gerakan Islam kita mengimani akan kemenangan yang telah dijanji Allah, jika tidak di dunia maka di akhirat. Apa jua kesudahan konflik di Timur Tengah kelak, kebangkitan rakyat dan keazaman mereka menuntut hak dan keadilan sesungguhnya amat mengujakan dan seharusnya menjadi piawaian kepada kesungguhan golongan pemuda Islam di dalam mengisi kemerdekaan kita sendiri.
10. Saya dan seluruh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 kepada seluruh rakyat Malaysia sambil mendoakan agar kita menemui makna kemerdekaan yang hakiki.
Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-9-2013
Memurnikan fikrah perjuangan
Ustaz Nasrudin bin Hasan Tantawi, | 28 Ogs 2013 |
Kekeliruan dan kecelaruan fikrah yang dialami oleh pemimpin dan anggota sebuah gerakan Islam adalah suatu penyakit kronik yang mengakibatkan berlakunya salah faham terhadap perjuangan dan matlamatnya. Sering kali tindakan yang tidak berasaskan kefahaman yang jelas dan tepat, menghasilkan natijah yang salah dan tersasar dari matlamat yang murni.
Lebih malang kiranya salah faham itu membentuk satu manhaj perjuangan yang salah sedang mereka merasakan itu adalah suatu yang benar. Akhirnya mereka berjuang di atas landasan yang salah untuk tujuan yang salah pula. Yang ingin saya tegaskan di sini ialah perlunya kita merungkai krisis kefahaman ini agar kekeliruan dan kecelaruan dapat diatasi dan kembali meletakkan mereka di atas landasan perjuangan yang benar bersama misi dan visi yang tepat. Seterusnya mendapat redha daripada Allah SWT.
Saidina Umar al-Khattab pernah menegaskan (mafhumnya), “Fahamilah olehmu (akan perkara agama dan urusan kepimpinan atau perjuangan) sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin.”
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (maksudnya), “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan nescaya diberi faham tentang agama.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pertama: Memahami Ghayah
Ghayah adalah tujuan yang ingin kita capai dalam perjuangan ini. Justeru, ghayah atau matlamat akhir kita ialah Allah SWT. Segala yang kita lakukan dalam perjuangan ini tidak boleh bermatlamatkan selain dari Allah SWT kerana kelak menjadikan kita menyeleweng daripada petunjuk Ilahi :
“Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan kamu mengikut jalan-jalan yang lain kerana kelak akan menyelewengkan kamu dari jalan Allah SWT.” (Al-An'am : ayat 153)
Apabila kita benar-benar memahami bahawa matlamat akhir kita ialah Allah SWT, maka kita akan memiliki jiwa yang optimis terhadap kemenangan Islam yang kita perjuangkan dan hati yang tenang sekalipun berhadapan dengan cabaran yang getir, lantaran tawakkal yang kukuh berpaut kepada Allah SWT.
Allah SWT sebagai matlamat akhir perjuangan ini meletakkan kita ikhlas dan tajarrud dalam perjuangan demi mencapai nilai dan standard tawajjuh (hanya mengharap redha Allah) kepada Allah SWT. Saat itu, tidak akan berlaku lagi pergelutan dingin merebut jawatan kerana “hubbur riyaasah” atau gila pangkat/ jawatan atau merasa resah dan penat sehingga mahu menarik diri daripada medan perjuangan yang serba mencabar ini.
Sebaliknya bangga dan puas dengan apa yang dilakukan untuk Islam ini, sekalipun hanya sebagai penampal poster dan pengedar risalah justeru matlamat akhirnya ialah Allah SWT, yang pasti memberikan ganjaran bernilai terhadap usaha untuk menegakkan agamanya.
Saya harap semua pemimpin dan anggota jemaah kembali menghayati slogan perjuangan kita yang saya lihat sedikit sebanyak makin diabaikan :
1. Allah sebagai Matlamat
2. Ar-Rasul sebagai Ikutan
3. Al-Quran sebagai Perlembagaan
4. Al-Jihad sebagai Jalan Perjuangan
5. Mati Syahid di atas Jalan Allah sebagai cita–cita tertinggi.
Kedua: Memahami Hadaf
Hadaf ialah objektif yang ingin dicapai bersama perjuangan ini. Gagal memahami hadaf atau objektif memungkinkan kita berjuang tanpa sebarang pencapaian atau paling tidak menjadikan kita sukar dan semakin jauh dari destinasi. Sebagai contoh, antara hadaf yang ingin kita capai ialah tertegaknya Daulah Islamiyyah di atas tanah air kita. Mereka yang memahami hadaf atau objektif perjuangan ini akan memastikan dirinya berjuang gigih tanpa lengah dan membazirkan waktu dengan perkara yang tidak mendatang faedah buat diri dan perjuangannya.
Apa yang lebih penting untuk tahqiqul hadaf (memastikan matlamat semasa dicapai), kita terlebih dahulu diwajibkan menghayati objektif yang ingin dicapai. Sebagai contoh tadi, Daulah Islamiyyah menjadi salah satu hadaf kita yang ingin dicapai, maka kita dituntut supaya memahami dan menghayati terlebih dahulu nilai dan ruh Daulah Islamiyyah di dalam jiwa dan kehidupan kita.
Al-Imam Hasan Hudhaibi pernah menyebut (mafhumdnya), “Tegakkan Negara Islam dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di atas tanah air kamu.”
Malang, andainya kita meletakkan Daulah Islamiyyah sebagai objektif perjuangan ini sedang kita bukan sahaja tidak memahami prinsip dan ciri–ciri daulah Islamiyah bahkan tidak menunjukkan sahsiah sebagai seorang pejuang yang berjuang untuk menegakkan syariat Islamiyyah. Manakan tidak, semangat berkobar-kobar untuk menegakkan Negara Islam tetapi ibadat kita tidak sempurna, tawakkal kita lemah dan fikrah kita hambar. Maka sudah tentu sahaja semangat tidak memadai untuk mencapai objektif yang telah kita gariskan.
Begitulah apabila kita turut meletakkan Dakwah Islamiyyah antara objektif kita. Kita mestilah terlebih dahulu menghayati kriteria da’ie atau pendakwah yang berkesan. Bahkan kita sewajibnya menguasai metodologi dakwah yang efektif berasaskan maudhu’ dakwah yang tepat dan bersesuaian dengan tahap mad’u.
Bertindak melulu dalam usaha dakwah tanpa memahami dan menghayatinya inilah yang melahirkan pelbagai polemik dan kontroversi. Ada yang menggunakan perkataan kesat dan kasar dalam ucapan atau ceramah tanpa mengira tempat dan kesesuaian, akhirnya menjauhkan mad’u melarikan diri perjuangan kita.
Demikian juga sebuah penampilan yang tidak sesuai dengan masyarakat atau audien sehingga menimbulkan rasa jengkel di hati mad’u. Firman Allah SWT, maksudnya:
“Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad SAW) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.” (Surah Ali-Imran : Ayat 159)
Sebagai pemimpin biarpun di mana jua peringkat kepimpinan kita dan sebagai anggota sekalipun kita hanya ahli biasa, berilah perhatian terhadap persoalan ini. Fahami objektif atau hadaf ini sedalam-dalamnya.
Para pendakwah bukan berdakwah dan berceramah untuk mencari publisiti, apalagi laba duniawi. Mereka berdakwah untuk membawa mesej perjuangan mereka kepada masyarakat agar mereka menerima Islam. Bertolak dari keinsafan ini, semua dua’t (pendakwah) hendaklah menghayati prinsip tersebut. Mereka hendaklah menyampaikan Islam dengan penuh penghayatan terhadap kandungan Islam itu sendiri dan jiwailah ia dalam penyampaian kita agar dakwah Islam yang kita sampaikan dapat menembusi jiwa mad’u.
Firman Allah SWT, maksudnya:
“Berdakwahlah mengajak manusia kembali kepada tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang terbaik.” (Surah an-Nahl : Ayat 125)
Ketiga: Memahami Manhaj
Landasan dan hala tuju perjuangan Islam sewajarnya difahami secara jelas sebagaimana jelasnya Islam itu sendiri sebagai cara hidup yang diwahyukan Ilahi. Al-Quran dan Sunnah mendasari manhaj perjuangan kita. Kita bergerak dan membentuk polisi perjuangan berasaskan wahyu dan sunnah bukan nafsu dan aqal yang terpisah dari wahyu Allah. Firman Allah SWT, maksudnya:
“Kemudian kami telah meletakkan engkau di atas syariat (peraturan agama), maka ikutlah peraturannya dan janganlah engkau mengikut nafsu mereka yang tidak mengerti.” (Surah al-Jaatsiyah : ayat 18)
Secara organisasinya, jamaah kita berperlembagaan dan dipimpin melalui konsep syura. Kita telah menggariskan polisi dan manhaj perjuangan ini serta menurunkannya kepada setiap peringkat jamaah. Ia mesti difahami dan dihayati. Pengamatan saya mendapati masih ramai yang kabur mengenainya biarpun mereka telah lama menyertai jemaah.
Fenomena ini berlaku kerana mereka menyertai jemaah tanpa memahami dan mendalami manhaj perjuangan. Sebagai contoh, Jemaah kita mengambil pendekatan “muwajahah bis-silmi” (berdepan dengan lawan melalui pendekatan aman) sebagai polisi perjuangan kita di Malaysia. Pendekatan ini merumuskan satu jawapan yang akhirnya membawa penyertaan kita dalam persada politik tanah air sekaligus menyertai pilihan raya.
Pihak yang tidak memahami manhaj kita sering menuduh bahawa kita salah dan bercanggah dengan syarak kerana menyertai pilihan raya dan demokrasi. Malangnya ada dalam kalangan ahli jemaah terpedaya dengan tuduhan tersebut. Hal ini adalah kerana mereka tidak memahami manhaj perjuangan sendiri.
Ada pemimpin yang turut keliru terhadap manhaj perjuangan mereka sendiri. Ini suatu yang sangat malang, namun satu realiti. Realiti ini berlaku kerana sebahagian mereka tidak menyertai usrah atau liqa’ fikri anjuran jemaah sebagai medan untuk memahami dasar dan manhaj perjuangan. Saya sifatkan mereka yang menyertai jemaah tetapi tidak menyertai usrah sama seperti mereka masuk sekolah tetapi tidak masuk kelasnya. Biarpun sekolah itu adalah sekolah yang ternama dan tersohor dengan kegemilangannya, tetapi keengganan memasuki kelas hanyak mengekalkan kejahilan mereka.
Tiada apa yang dapat mereka pelajari tanpa memasuki kelas. Ketidak fahaman terhadap manhaj perjuangan inilah menyaksikan pelbagai aliran yang bercanggah cuba disogok kepada ahli jemaah.
Ada yang cenderung membawa aliran syiah semata–mata kerana tersilau dengan kehebatan Iran, sedang Iran bukan hebat kerana mereka syiah dan kita lemah bukan kerana kita ahli sunnah wal jamaah. Mereka menjadi kuat kerana kesediaan pemimpin dan rakyat mereka menolak ideologi barat dan menggerakkan kebangkitan rakyat mereka di atas nama jihad untuk menentang kuasa besar dunia.
Sementara masyarakat kita yang mendakwa diri mereka sebagai ahli sunnah wal jamaah tetapi menganut faham dan ideologi barat serta mengikis semangat jihad daripada diri mereka. Ini menjadikan diri mereka lemah di bawah pengaruh barat. Lantaran itu, membawa masuk fahaman atau aliran syiah ke dalam jemaah ini untuk menjadikannya kuat adalah suatu langkah yang salah dan tidak membawa sebarang faedah. Sebaliknya apa yang penting ialah menyalakan semangat jihad dalam kalangan ummah dan mendidik mereka agar menolak fahaman dan ideologi asing dari terus menguasai minda dan jiwa ummah.
Begitu juga ada pihak yang cuba menyeludup aliran liberal memasuki jemaah untuk mengelirukan ahli dan terdapat juga yang anti ulama dengan tanggapan serong bahawa ulama tidak pandai dan mampu memimpin serta jahil berorganisasi. Yang mesti kita fahami dan hayati, ulama adalah benteng ummah dalam mempertahankan mereka dari pengaruh kejahilan.
Kebencian dan merendahkan imej ulama di mata masyrakat adalah terhasil daripada kekeliruan terhadap manhaj perjuangan sendiri. Demikian juga ada yang memandang serong terhadap penyertaan golongan profesional yang memiliki fikrah Islam yang baik lalu menganggap mereka adalah golongan sekular, sedang mereka memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan. Ini juga adalah manifestasi daripada kegagalan memahami manhaj perjuangan.
Keempat: Memahami Bi’ah (Realiti)
Kebenaran Islam mestilah disampaikan melalui kaedah dan cara yang benar, penampilan dan cara yang tepat dan sesuai. Perkara ini memerlukan kita memahami bi’ah atau realiti yang dihadapi dengan ijtihad yang tepat supaya Islam dapat disampaikan dengan baik ke setiap hati sanubari masyarakat, sementara dalam masa yang sama kita mestilah memelihara prinsip Islam.
Kita mestilah terbuka tetapi jangan hanyut dalam arus massa sebagaimana kita mestilah berprinsip tetapi jangan jumud dalam berfikir dan bertindak.
Tidak memahami bi’ah menyebabkan kita bertindak salah dengan meletakkan suatu yang benar pada tempat yang salah dan masa yang salah pula. Kajian terhadap tahap keupayaan minda masyarakat dan tuntutan ummah terhadap kehadiran perjuangan kita serta keperluan jemaah dalam mendepani cabaran masa kini menjadi syarat dan bukti kita memahami bi’ah.
Kita tidak boleh syok sendiri dan mementingkan diri serta mencari kepuasan sendiri tanpa memikirkan apakah pendekatan kita sesuai dengan zaman dan method kita diterima masyarakat umum?
Kelima: Memahami Isti’dad (Persediaan)
Allah SWT berfirman:
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu akan musuh Allah dan musuh kamu.” (Surah al-Anfaal : Ayat 60)
Kita tidak boleh berjuang secara sembarangan tanpa ilmu dan persiapan. Sungguhpun perjuangan ini membawa Islam sebagai dasar perjuangannya, kita tidak diajar menyerah kepada takdir tanpa usaha gigih untuk membawa Islam kembali ke orbitnya yang mengatasi segala ideologi yang dicipta oleh manusia.
Persediaan dan persiapan yang akan dilakukan mestilah pula mengambil kira kekuatan yang ada pada musuh dengan tidak lupa untuk menangani kelemahan yang ada pada kita. Saidina Umar al-Khattab menyatakan (mafhumnya), “Akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leher ummat Islam apabila berleluasa di dalam Islam mereka yang tidak mengetahui sepak terajang jahiliyyah (musuh).”
Persiapan kita mesti mantap terhadap dua faktor kemenangan; Faktor pertama ialah faktor penentu iaitu Allah Qadhi Rabbul jalil. Hubungan kita dengan Allah mestilah akrab guna meraih taufik dan nusrah buat perjuangan yang kita dokong ini justeru Dialah Tuhan yang akan menentukan kemenangan dan kejayaan kita. Jangan putuskan hubungan antara kita dengan Allah SWT malah jangan biarkan hubungan kita dengan Allah berlangsung dalam keadaan hambar.
“Wahai orang yang sedang berselimut! bangunlah pada malam hari kecuali sedikit iaitu separuh atau kurang sedikit dari itu atau lebih dari seperdua itu dan bacalah al-Quran dengan tartil, Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu.” (Surah al-Muzammil : ayat 1 – 5)
Manakala yang kedua ialah faktor membantu. Kita tidak boleh memandang sebelah mata terhadap faktor-faktor ini sekalipun hanya faktor yang membantu. Faktor ini tergolong dalam ikhtiar yang diwajibkan oleh syarak kepada kita. Faktor ini boleh jadi dalam bentuk dana ekonomi yang kukuh, organisasi dan jentera penggerak yang mantap, anggota yang ramai, pengaruh yang lebar, dan sebagainya.
http://www.tarbawi.my

Sumber HD - 28-8-2013
Multaqa Ulama 914: Ulama Haraki Benteng Izzah Islam
., | 27 Ogs 2013 |
1. Saya sangat gembira melihat perkembangan ini. Jelasnya ulama' yang melibatkan diri dengan Gerakan Islam [PAS] ini mestilah aktif dan meletakkan diri mereka sebagai penggerak utama segala aktiviti Amal Islami ke arah mendaulatkan Islam dan menobatkan gerakan perjuangannya. Justeru inilah tanggungjawab dan amanah penting yang digalaskan oleh al Mustafa saw ke atas bahu ummatnya yang berilmu sebagai pewaris mutlak untuk meneruskan perjuangan Islam ini merentas zaman.
2. Amanah ilmu yang sedia terpikul di pundak mereka turut mewajibkan para alim ulama' ini berada di medan perjuangan, memimpin ummah mendepani cabaran dan ancaman musuh Allah swt. Ulama' sayugianya menjadi benteng kukuh mempertahankan kesucian Islam dan gerakan perjuangannya agar tidak tembus dan tiris dek serangan pelbagai anasir negatif yang mahu merosakkan jamaah dan meretakkan hubungan sesama pejuangnya.
3. Sifat ulama' yang diredhai oleh Allah swt. antaranya ialah Haraki. Sifat ini mengeluarkan mereka dari kelompok yang mengaku ulama' namun jumud dan beku. Sifat Haraki turut membebaskan para alim ulama' dari kumpulan mereka yang mengaku ulama' namun hidup dan aktiviti rutinnya tidak melandasi Manhaj Islam yang telah diwariskan oleh Nabi saw.
4. Ulama' Haraki inilah yang mahu kita lahirkan dalam PAS, guna menggerakkan bahtera perjuangan ini menepati hala tuju asas yang digariskan oleh Nabi saw ke arah mencapai keredhaan Allah swt. Ulama' Haraki ialah Ulama' yang bertolak dari kekuatan aqidah, ilmu dan peribadi justeru selayaknya mereka adalah:
~ Ulama' yang pantas menyahut seruan perjuangan tanpa lengah dan beralasan.
~ Ulama' yang tangkas menepis segala da'ayah yang merosakkan Islam dan jamaahnya.
~ Ulama' yang gagah meredah halangan mendepani cabaran luaran dan dalaman.
~ Ulama' yang peka menangani isu semasa dan menyelesaikannya dengan ilmu dan petunjuk Islam.
~ Ulama' yang berani menjuarai gerakkerja pembelaan aqidah, fikrah dan syakhsiyah.
~ Ulama' yang kental menghadapi fitnah lantas membersihkannya dengan tegas dan wibawa.
~ Ulama' yang cekal mengharungi karenah ummah lalu membimbing tangan mereka.
~ Ulama' yang mesra menjalani kehidupan bersama masyarakat dan bersifat inklusif.
~ Ulama' yang pro aktif dan sedia menguasai ruang terbuka selain markas, masjid dan surau.
~ Ulama' yang senantiasa memelihara kesolehan peribadi agar menjadi qudwah sepanjang masa.
5. Iklim politik tanahair kita hari ini kian kelam dan ditambah pula indeks sosial yang semakin parah ekoran suburnya aktiviti mungkar dalam negara kita. Pastinya ulama' tidak boleh berpada dengan kuliah maghrib dan khutbah jumaat semata - mata kerana itu menghadkan interaksi ulama' hanya dengan 'regular customers' sedang mereka yang terjebak dalam pelbagai kancah mungkar ini sebahagian besar mereka tidak pernah pun menjejak kaki ke tangga masjid dan surau, apa lagi markaz PAS.
6. Ulama' hari ini mesti mampu berdaya saing dalam mengurus dan mengatur tindakan menangani keperluan dan tuntutan zaman, agar ulama' dilihat pro aktif, kreatif, responsif dan agerasif dalam gerakkerja mereka dengan menepati sempadan dan batas akhlak serta manhaj an nabawi. Antara tuntutan dan keperluan zaman hari ini, ialah masyarakat mahu ulama' kita adalah ulama' kontemporary dan mudah didampingi sebagai konsultant am untuk menyelesaikan pelbagai masaalah yang dihadapi oleh mereka dalam kehidupan seharian.
7. Tegasnya, ulama' kita mesti bangkit ! inilah masanya bagi membuktikan bahawa ulama' bukan lagi kelompok belasahan yang boleh diherdik, dipertikai, dipersenda, dicatur, diperalat dan dipermainkan kewibawaan diri serta ilmu yang dimiliki. Ulama' mesti keluar dari zon selesa untuk melihat cabaran sebenar yang sedang dihadapi oleh ummat dan Gerakan Islam masa kini. Ulama' jua mestilah berpadu tenaga dan fikrah bagi mengembeling kekuatan untuk mempertahankan Islam dan gerakannya dari pelbagai anasir yang cuba untuk merobek dari segenap arah.
8. Sampai bila ulama' - ulama' kita mahu bersifat defensive berdepan dengan 1001 helah bermadah dari musuh - musuh Allah swt.? Lihat bagaimana ulama' di Mesir kini telah bangkit menggerakkan kesedaran rakyat dan memimpin pergerakkan mereka menentang kudeta yang zalim dan kejam. Ambillah contoh dari keberanian mereka menongkah cabaran. Namun jangan terlewat untuk bangkit. Jangan tunggu tergadah baru nak menadah. Bangkit sekarang untuk mengembalikan izzah Islam, menerajui perjuangan bergandingan dengan tokoh - tokoh profesional yang komited dengan perjuangan Islam jua para aktivis yang mukhlisin bagi menempa kemenangan bergaya buat islam.
9. Saya mengharapkan Multaqa Ulama' yang akan berlangsung pada 14 September 2013 ini akan menjadi turning point untuk menyemarakkan kebangkitan ulama' - ulama' Islam yang haraki sifatnya guna mendokong amanah perjuangan. Seimbang dan sepadu dengan kemaraan tokoh-tokoh profesional yang tidak dinafikan peranan dan sumbangan besar mereka terhadap perjuangan Islam serta diperkaya pula dengan kehadiran aktivis yang sedia sejuk berhujan dan panas berjemur demi memikul bersama amanah Islam yang berat ini.
10. Sayugianya lah Multaqa Ulama' menjadi nilai tambah kepada kekuatan Gerakan Islam [PAS] dan sekaligus menggerunkan musuh Allah swt dengan bangkitnya para alim ulama' seiring sejalan dengan tokoh profesional dan aktivis yang komited dengan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Maka , tunggu apa lagi ? saya kira Multaqa Ulama' yang akan diadakan di Kompleks PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut itu perlu dihadiri oleh alim ulama' kita khasnya ulama' - ulama' muda. Saya menganggap ini adalah program lanjutan dari Xpresi Ulama' Muda Haraki yang pernah dianjurkan oleh DPPM sebelum ini.
[Terdahulu Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan Xpresi Hijau Anak Muda di seluruh negara dan ianya telah dihadiri oleh puluhan ribu anak muda dari seluruh negara dan sebahagian besar mereka ialah aktivis. Berikutan itu, DPP Malaysia menganjurkan 2 kali Himpunan Xpresi Profesional Muda yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh profesional muda dari pelbagai bidang kemahiran untuk mereka bergerak selangkah kaki dan sehayun tangan dengan para alim ulama dan aktivis parti.
Insyaallah pada 4,5 dan 6 Oktober akan datang, DPPM pula akan menganjurkan salah satu aktiviti tahunannya iaitu IJTIMAK TARBAWI 3.0 di Pagoh Johor]
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 27-8-2013
Larangan gila kuasa
Nasrudin Hassan, | 24 Ogs 2013 |
Maksud hadis:
Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata, Nabi SAW berkata kepadaku: Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian hadis:
Nabi menegaskan bahawa kita tidak boleh mengajukan permintaan untuk diangkat menjadi pemimpin atau dengan perkataan lain menjadi orang yang gila kuasa.
Ini adalah kerana menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara yang mudah.
Kebiasaannya orang yang ghairah memburu pangkat dan kedudukan belum tentu dapat memikul sesuatu tanggungjawab itu dengan baik.
Apatah lagi jika kedudukan itu diberikan atas permintaannya sendiri yang kemungkinan besar akan menimbulkan banyak pertuduhan bahawa individu tersebut mempunyai kepentingan tertentu.
Kepimpinannya nanti akan menimbulkan banyak huru hara dan penentangan lantaran wujud golongan yang tidak berpuas hati.
Sebaliknya jika jawatan itu ditawarkan tanpa dia sendiri yang menginginkannya sedangkan dialah orang yang paling layak insya Allah bebanan tanggungjawab itu walau bagaimana berat sekalipun ia bukanlah akan dipikul sendirian melainkan akan mendapat bantuan daripada Allah SWT dan mereka yang menyokongnya di belakang kerana hakikatnya dia dilantik secara sebulat suara.

Sumber HD - 24-8-2013
Jenayah dalam kalangan pelajar semakin parah?
Harakahdaily, | 23 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Sejak tahun 2004 lagi, cadangan menempatkan pegawai polis di sekolah-sekolah untuk menangani masalah disiplin serta gansterisme di kalangan para pelajar telah dilakukan.
Malah, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan, Kor Kadet Polis juga telah ditubuhkan dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia bagi menjadi struktur sokongan dan mekanisme perhubungan menangani kebejatan berkenaan.
Katanya, cadangan yang sama juga berulang daripada Timbalan Menteri Pendidikan baru-baru ini untuk meminta kerjasama daripada pihak polis untuk ditugaskan di sekolah-sekolah seluruh negara bagi tujuan tersebut.
“Adakah wajar perkara ini dilakukan?
“Adakah peranan kaunselor-kaunselor terlatih dan para guru disiplin masih tidak mampu mengekang masalah disiplin di kalangan pelajar?” ujarnya dalam facebook beliau.
Tambahnya, pendedahan akhbar, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia pula mengambil inisiatif dengan kerjasama pihak sekolah untuk mencambahkan penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah yang dikatakan bertujuan untuk menangani penglibatan pelajar dalam kumpulan kongsi gelap.
“Adakah masalah disiplin dan kelakukan jenayah di kalangan pelajar semakin parah?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Menurutnya, maklumat yang diperolehi, statistik salah laku disiplin murid yang direkodkan oleh Kementerian Pelajaran dalam tempoh 5 tahun (2008 hingga 2012) menjangkau 107,191 orang yang merangkumi 10 jenis kesalahan.
Katanya, sebanyak 17,343 daripadanya adalah ponteng sekolah, 14,321 daripadanya adalah berunsurkan jenayah dan 14,298 daripadanya adalah merokok.
Beliau berkata, lebih membimbangkan, 73.09% merupakan pelajar sekolah menengah yang akan menduduki peperiksaan penting sebelum menjalani kehidupan sebagai seorang dewasa beberapa tahun selepas itu.
“Isu-isu ini bukan suatu yang baharu. Bahkan ia antara isu utama yang harus diberikan perhatian kritikal berbanding daripada flip flop decision kementerian yang merugikan pelbagai pihak sebelum ini termasuk penggabungan semula Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
“Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru pihak Kementerian Pendidikan untuk mendedahkan sejauh mana keseriusan salah laku disiplin di kalangan pelajar dan apakah-apakah sebenarnya langkah-langkah yang telah diambil,” ujarnya.
Ini kerana, kata beliau pihaknya mendapati Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah diterbitkan pada bulan September tahun lalu tidak menyentuh secara eksplisit berhubung isu ini.
Malah, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan, Kor Kadet Polis juga telah ditubuhkan dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia bagi menjadi struktur sokongan dan mekanisme perhubungan menangani kebejatan berkenaan.
Katanya, cadangan yang sama juga berulang daripada Timbalan Menteri Pendidikan baru-baru ini untuk meminta kerjasama daripada pihak polis untuk ditugaskan di sekolah-sekolah seluruh negara bagi tujuan tersebut.
“Adakah wajar perkara ini dilakukan?
“Adakah peranan kaunselor-kaunselor terlatih dan para guru disiplin masih tidak mampu mengekang masalah disiplin di kalangan pelajar?” ujarnya dalam facebook beliau.
Tambahnya, pendedahan akhbar, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia pula mengambil inisiatif dengan kerjasama pihak sekolah untuk mencambahkan penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah yang dikatakan bertujuan untuk menangani penglibatan pelajar dalam kumpulan kongsi gelap.
“Adakah masalah disiplin dan kelakukan jenayah di kalangan pelajar semakin parah?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Menurutnya, maklumat yang diperolehi, statistik salah laku disiplin murid yang direkodkan oleh Kementerian Pelajaran dalam tempoh 5 tahun (2008 hingga 2012) menjangkau 107,191 orang yang merangkumi 10 jenis kesalahan.
Katanya, sebanyak 17,343 daripadanya adalah ponteng sekolah, 14,321 daripadanya adalah berunsurkan jenayah dan 14,298 daripadanya adalah merokok.
Beliau berkata, lebih membimbangkan, 73.09% merupakan pelajar sekolah menengah yang akan menduduki peperiksaan penting sebelum menjalani kehidupan sebagai seorang dewasa beberapa tahun selepas itu.
“Isu-isu ini bukan suatu yang baharu. Bahkan ia antara isu utama yang harus diberikan perhatian kritikal berbanding daripada flip flop decision kementerian yang merugikan pelbagai pihak sebelum ini termasuk penggabungan semula Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
“Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru pihak Kementerian Pendidikan untuk mendedahkan sejauh mana keseriusan salah laku disiplin di kalangan pelajar dan apakah-apakah sebenarnya langkah-langkah yang telah diambil,” ujarnya.
Ini kerana, kata beliau pihaknya mendapati Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah diterbitkan pada bulan September tahun lalu tidak menyentuh secara eksplisit berhubung isu ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-8-2013
Adab bertamu
Nasrudin Hassan, | 13 Ogs 2013 |
Hadith:
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah." (Riwayat: At-Tabrani)
Huraian Hadith:
1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu tata tertib setiap perkara yang dilakukannya.
2. Islam mengambil kira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.
3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu:
i) Memberi salam terlebih dahulu
ii) Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali
iii) Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan muhrim
iv) Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan
v) Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah
vi) Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan rumah mereka.
4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-8-2013
Islam adalah penyelamat
Nasrudin Hassan, | 03 Ogs 2013 |
1. Terlalu lama negara kita tersangkar dalam sebuah kehidupan yang mengenepikan Islam sebagai cara hidup, akhirnya Islam menjadi asing kepada rakyat umum kecuali hanya dalam perkara ibadah rutin. Solat, puasa, zakat dan haji. Soal undang-undang Islam sangat jauh dari pemerhatian dan pengetahuan kebanyakan masyarakat kita hari ini. Malah terdapat sebahagian ummat Islam yang bersikap prejudis terhadap undang-undang Islam.
2. Pelbagai persepsi buruk dilemparkan kepada Islam. Kononnya laksana undang-undang Islam pun belum tentu jenayah dapat diatasi. Sedang mereka lupa bahawa bahawa undang-undang manusia ini sudah tentu tidak dapat mengatasi masaalah jenayah malah semakin parah.
3. Mereka mendakwa bahawa undang-undang Islam tidak akan dapat memberi keadilan kepada rakyat khasnya non muslim, sedang undang-undang Islam ini tidak pernah diberi peluang untuk berdaulat dan dikuatkuasakan dalam pemerintahan moden negara kita sebagaimana yang dikehendaki oleh yang Maha Pencipta Allah swt.
4. Mereka bimbang tiada keupayaan dan kemampuan melaksanakan undang-undang Islam lalu mendatangkan fitnah kepada Islam. Persoalannya negara kita telah merdeka lebih 50 tahun dan telah berjaya melahirkan ramai tenaga pakar dalam pelbagai bidang. Sama ada menerusi universiti dalam negara mahupun yang dididik di luar negara. Jika isu kepakaran tenaga menjadi halangan untuk perlaksanaan undang-undang, bukankah universiti dalam negara kita mempunyai fakulti undang-undang Islam? Manfaatkan pensyarah dan best studentnya untuk membantu perlaksanaan undang-undang Islam.
5. Negara kita adalah sebuah negara yang masyarakatnya majmuk. Pemerintahannya pula sekular. Bagaimana Islam boleh dilaksana sedang masih terlalu ramai yang jahil tentang Islam. Persoalannya, negara kita telah mengamalkan British Law sejak merdeka. Sedang ia bukan undang-undang Islam, kenapa pula boleh dipaksakan ke atas ummat Islam sejak sekian lama? Berapa peratus rakyat negara ini memahami British Law sehingga negara boleh amalkan British Law tersebut?
6. EO dan ISA adalah undang-undang primitif pula sebahagiannya bercanggah dengan Islam. Kenapa perlu menguatkuasakan kembali EO dan ISA sedang negara ada peluang untuk tangani jenayah dengan undang-undang ciptaan Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta.
7. Kerajaan boleh melakukan langkah ini:
~ panggil pakar undang-undang Islam untuk bantu rangka akta baru menggantikan EO dan ISA bagi menghadapi jenayah yang semakin menggila.
~ libatkan wakil parti-parti politik sebagai panel menggubal akta baru tersebut.
"Bersama Perangi Jenayah"
2. Pelbagai persepsi buruk dilemparkan kepada Islam. Kononnya laksana undang-undang Islam pun belum tentu jenayah dapat diatasi. Sedang mereka lupa bahawa bahawa undang-undang manusia ini sudah tentu tidak dapat mengatasi masaalah jenayah malah semakin parah.
3. Mereka mendakwa bahawa undang-undang Islam tidak akan dapat memberi keadilan kepada rakyat khasnya non muslim, sedang undang-undang Islam ini tidak pernah diberi peluang untuk berdaulat dan dikuatkuasakan dalam pemerintahan moden negara kita sebagaimana yang dikehendaki oleh yang Maha Pencipta Allah swt.
4. Mereka bimbang tiada keupayaan dan kemampuan melaksanakan undang-undang Islam lalu mendatangkan fitnah kepada Islam. Persoalannya negara kita telah merdeka lebih 50 tahun dan telah berjaya melahirkan ramai tenaga pakar dalam pelbagai bidang. Sama ada menerusi universiti dalam negara mahupun yang dididik di luar negara. Jika isu kepakaran tenaga menjadi halangan untuk perlaksanaan undang-undang, bukankah universiti dalam negara kita mempunyai fakulti undang-undang Islam? Manfaatkan pensyarah dan best studentnya untuk membantu perlaksanaan undang-undang Islam.
5. Negara kita adalah sebuah negara yang masyarakatnya majmuk. Pemerintahannya pula sekular. Bagaimana Islam boleh dilaksana sedang masih terlalu ramai yang jahil tentang Islam. Persoalannya, negara kita telah mengamalkan British Law sejak merdeka. Sedang ia bukan undang-undang Islam, kenapa pula boleh dipaksakan ke atas ummat Islam sejak sekian lama? Berapa peratus rakyat negara ini memahami British Law sehingga negara boleh amalkan British Law tersebut?
6. EO dan ISA adalah undang-undang primitif pula sebahagiannya bercanggah dengan Islam. Kenapa perlu menguatkuasakan kembali EO dan ISA sedang negara ada peluang untuk tangani jenayah dengan undang-undang ciptaan Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta.
7. Kerajaan boleh melakukan langkah ini:
~ panggil pakar undang-undang Islam untuk bantu rangka akta baru menggantikan EO dan ISA bagi menghadapi jenayah yang semakin menggila.
~ libatkan wakil parti-parti politik sebagai panel menggubal akta baru tersebut.
"Bersama Perangi Jenayah"
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-8-2013
Fitnah semakin marak
Nasrudin Hassan, | 30 Jul 2013 |
1. Terdapat satu artikel di The Malaysian Insider yang entah dari siapa tetapi menggunakan nama Mohamad Abdullah, melemparkan fitnah kepada saya dan YB Ustaz Nik Mohd Abduh. Penulis mengemukakan surat terbuka kepada Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat al Mursyidul Am PAS, kononnya saya mendapat dana dari Kontraktor Lynas. Penulis pun sebut "dimaklumkan ...." soalnya siapa yang memaklumkan perkara itu kepada beliau?
2. Saya telah mengisytiharkan harta. Saya menyertai pilihanraya baru-baru ini dengan wang sejumlah yang telah saya isytiharkan sebelum dibantu oleh rakan-rakan. Wang deposit pilihanraya sejumlah RM15K tu pun dibayar oleh YDP PAS Kawasan. Jika tidak, hilang kelayakan saya untuk bertanding.
3. Selepas pilihanraya , saya mengerjakan umrah atas pembiayaan An Nuur Travel kerana dalam masa yang sama saya bertugas sebagai mutawwif kepada ahli jamaah An Nuur Travel. Ertinya kehidupan saya sebelum dan selepas pilihanraya, dari dulu sehingga sekarang adalah serupa.
[cuma akan datang terasa juga nak pakai MPV sebuah sebab anak dah 6 orang, dah tak muat kami nak naik berlapan sumbat masuk dalam kereta. Maklumlah Ahli Parlimen dapat AP kan, hu hu .... tengoklah macam mana, sebab Hyundai Trajet yang saya guna tu insyaallah saya akan wakafkan buat perjuangan ini dan buat masa ini akan dijadikan kenderaan rasmi Pusat Komuniti Parlimen Temerloh.]
4. Saya sangat mengalu-alukan jika benar Lynas nak bagi dana kepada saya, silakan ... saya terima dengan terbuka, [pendirian saya ini tidak bermakna saya sokong Lynas] kerana kami sangat memerlukan wang bagi membantu rakyat di Temerloh. Demikian juga kalau ada orang-orang UMNO mahu menghulurkan sumbangan, kami terima dengan terbuka. Temerloh mempunyai berpuluh pusat pengajian Islam, ramai ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik. [ pendirian saya ini tidak bermakna saya sokong UMNO ]

Kami juga menerima wang "riba" yang dihendak dikeluarkan dari akaun masing-masing kerana banyak terdapat jalan-jalan kecil di kampung yang perlu diturap, tetapi kami tiada wang dan peruntukan untuk membantu rakyat.
5. Sebagaimana juga saya selaku Ahli Parlimen, dibayar gaji oleh kerajaan pimpinan UMNO dan BN, saya terima gaji itu bukan bermakna saya sokong pimpinan UMNO.
6. Buat masa ini saya ke hulu dan ke hilir mencari dana kebajikan rakyat Temerloh. Rata masjid dan surau saya jelajah menyampaikan tazkirah sambil buka peluang kepada orang ramai berbakti bagi mendapatkan sumbangan untuk Dana Kebajikan Temerloh. Saya menulis dan jual buku untuk isi poket. Prinsip saya, ada duit insyaallah kita agih kepada mereka yang memerlukan di Parlimen Temerloh ini dan jika tiada duit, kita duduk diam-diam, jangan merungut sebaliknya banyakkan berdoa kepada Allah swt. mohon murahkan rezeki.
7. Tidak ketinggalan api fitnah turut dipercikkan kepada sahabat saya YB Ustaz Nik Mohd Abduh sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup mewah. Sedang siapa jua yang rapat dan mengenali beliau akan mengetahui bahawa, sehingga kini beliau yang telah berkeluarga dan mempunyai 8 cahaya mata, masih tinggal sebumbung di teratak sederhana bersama ayahandanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
8. Kebiasaannya bagi pasangan anak dan menantu, apabila mereka telah mempunyai keluarga sendiri dan beranak pinak, mereka akan mencari kediaman mereka sendiri secara berasingan.
Banyak faktor yang mendorong sedemikian. Tetapi tidak kepada YB Ustaz Nik Mohd Abduh. Saya masih ingat kata-kata beliau kepada saya apabila saya bertaaruf secara tidak langsung sebagai seorang sahabat seperjuangan. Beliau menyebut:
"Semua orang berbangga dengan ayah ana sebagai Tok Guru, sedang Tok Guru tu ada dalam rumah ana, macam mana ana nak keluar tinggal di tempat lain! .... Ana nak didik anak-anak ana supaya melihat sendiri secara praktikal cara hidup datuknya seorang tok guru. Anak ana sedang membesar, ana pula banyak masa di luar ... elok sangatlah ana tinggal bersama ayah untuk memberi peluang kepada anak - anak terdidik dengan cara hidup seorang ulamak besar bergelar Tok Guru sebagaimana yang pernah ana alami semasa kecil-kecil dulu."
9. Kenyataan beliau memang menimbulkan rasa cemburu di hati kita yang tak ada Tok Guru dalam rumah kita kecuali televisyen dan komputer yang banyak didampingi oleh anak-anak kita.
10. Apa yang saya nak sebut ialah bagaimana mereka memfitnah kononnya YB Ustaz Nik Mohd Abduh mengamalkan gaya hidup mewah kalau tempat tinggal pun masih berkongsi rumah dengan orang tua. Sementara YB-YB lain berlumba-lumba mendirikan rumah sebesar mahligai. Kenapa penulis tidak menimbulkan isu pemimpin yang jelas terang lagi berlampu hidup dalam kemewahan? atau sememangnya pena diasah tajam untuk mensasarkan YB Ustaz Nik Mohd Abduh sahaja?
11. Kononnya itu adalah surat terbuka buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetapi realitinya sedang memfitnah ahli keluarga Tuan Guru sendiri sedang anakanda beliau yang dituduh mengamalkan kehidupan mewah tinggal serumah dengan beliau.
12. Kelihatan game semakin menarik selepas ini. Scud jenis apa pula akan dilancarkan selepas ini kepada saya dan rakan-rakan termasuk DPPM. Sekali lagi saya ambil pendekat berdoa kepada Allah swt supaya mereka insaf dan segera berhenti dari menabur fitnah dan membunuh karakter sedemikian rupa. Apa untung nak bunuh karakter saya? Saya hanya insan biasa.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 39-7-2013
Rakyat Mesir dibunuh, apa pendirian Malaysia
Harakahdaily, | 29 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk kekerasan dan pembunuhan rakyat Mesir yang berhimpun secara aman menyatakan sokongan kepada presiden sah yang digulingkan Dr. Mohamad Morsi.
Sehingga kenyataan ini dibuat, kata ketuanya, Nasrudin Hassan lebih 150 penyokong telah terbunuh menjadi mangsa tembakan curi dan tikaman manakala ratusan telah cedera akibat tindakan zalim tentera, polis dan militia Tamarod.
“Tragedi berdarah ini dicetuskan sebagai provokasi kepada pendukung gerakan Islam untuk mengambil tindak balas bersenjata.
“Inilah perancangan jahat AS dan Zionis yang bersekongkol dengan diktator-diktator Arab, bermain wayang dibelakang rejim haram Mesir untuk mencetuskan perang saudara seterusnya dijadikan alasan untuk pihak tentera kekal berkuasa,” ujarnya.
Katanya, rakyat Mesir yang menyokong kudeta ini sedang diperdaya melalui strategi geopolitik licik dengan memainkan sentimen ketakutan mereka terhadap Islam.
Beliau berkata, di kala rejim beralasan kudeta mereka bertujuan untuk memelihara revolusi Arab Spring, hakikatnya mereka sedang merungkai langkah demokrasi yang sudah dicapai bagi memenuhi dasar pecah dan perintah musuh-musuh Islam ke atas dunia Arab.
Katanya, dengan implikasi besar yang berpotensi memecah belahkan umat Islam, sikap membisu kerajaan Malaysia di dalam isu Mesir dan permasalahan rantau Arab amat mendukacitakan.
“Malaysia kononnya ditabal pemerintah sebagai Negara Islam tetapi parlimennya enggan membahaskan isu Mesir,” ujarnya yang juga Ahli parlimen Temerloh.
Menteri Luar pula, ujarnya tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk terlibat mencari konsensus berkaitan konflik di Mesir sedangkan ianya merupakan permasalahan Umat Islam yang seharusnya menjadi tonggak polisi luar sebuah negara Islam.
Beliau menambah, dengan dasar luar yang tidak berdaya menanggapi kepentingan ummah, menunggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib sekurang-kurangnya menunjukkan keprihatinan membela nasib umat Islam Mesir yang sedang ditindas ibarat pungguk menunggu bulan.
Sehubungan itu, tegasnya DPPM menggesa kerajaan segera menyatakan pendirian mengutuk pembunuhan rakyat Mesir oleh rejim tentera.
Di samping itu, tambah beliau Kementerian Luar perlu mengambil inisiatif untuk menjana konsensus di kalangan negara Umat Islam bagi mencari penyelesaian politik secara aman kepada konflik di Mesir dan rantau Arab.
“Ya Allah, Kau menangkanlah Islam dan golongan muslimin di Mesir,” ujarnya.
Sehingga kenyataan ini dibuat, kata ketuanya, Nasrudin Hassan lebih 150 penyokong telah terbunuh menjadi mangsa tembakan curi dan tikaman manakala ratusan telah cedera akibat tindakan zalim tentera, polis dan militia Tamarod.
“Tragedi berdarah ini dicetuskan sebagai provokasi kepada pendukung gerakan Islam untuk mengambil tindak balas bersenjata.
“Inilah perancangan jahat AS dan Zionis yang bersekongkol dengan diktator-diktator Arab, bermain wayang dibelakang rejim haram Mesir untuk mencetuskan perang saudara seterusnya dijadikan alasan untuk pihak tentera kekal berkuasa,” ujarnya.
Katanya, rakyat Mesir yang menyokong kudeta ini sedang diperdaya melalui strategi geopolitik licik dengan memainkan sentimen ketakutan mereka terhadap Islam.
Beliau berkata, di kala rejim beralasan kudeta mereka bertujuan untuk memelihara revolusi Arab Spring, hakikatnya mereka sedang merungkai langkah demokrasi yang sudah dicapai bagi memenuhi dasar pecah dan perintah musuh-musuh Islam ke atas dunia Arab.
Katanya, dengan implikasi besar yang berpotensi memecah belahkan umat Islam, sikap membisu kerajaan Malaysia di dalam isu Mesir dan permasalahan rantau Arab amat mendukacitakan.
“Malaysia kononnya ditabal pemerintah sebagai Negara Islam tetapi parlimennya enggan membahaskan isu Mesir,” ujarnya yang juga Ahli parlimen Temerloh.
Menteri Luar pula, ujarnya tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk terlibat mencari konsensus berkaitan konflik di Mesir sedangkan ianya merupakan permasalahan Umat Islam yang seharusnya menjadi tonggak polisi luar sebuah negara Islam.
Beliau menambah, dengan dasar luar yang tidak berdaya menanggapi kepentingan ummah, menunggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib sekurang-kurangnya menunjukkan keprihatinan membela nasib umat Islam Mesir yang sedang ditindas ibarat pungguk menunggu bulan.
Sehubungan itu, tegasnya DPPM menggesa kerajaan segera menyatakan pendirian mengutuk pembunuhan rakyat Mesir oleh rejim tentera.
Di samping itu, tambah beliau Kementerian Luar perlu mengambil inisiatif untuk menjana konsensus di kalangan negara Umat Islam bagi mencari penyelesaian politik secara aman kepada konflik di Mesir dan rantau Arab.
“Ya Allah, Kau menangkanlah Islam dan golongan muslimin di Mesir,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-7-2013
Kehebatan anak dan menantu dalam PAS
Nasrudin Hassan, | 28 Jul 2013 |
1. Sebentar tadi saya menerima e-mail dari seorang rakan yang merujuk saya kepada artikel bertajuk "Kebangkitan Pengaruh Menantu, Kali ini dalam PAS" oleh Amin Iskandar seorang pengarang berita di portal The Malaysian Insider.
2. Saya melihat artikel itu sarat dengan spekulasi yang mencetus fitnah. Ia dilihat sengaja dicetus untuk membantu pihak yang mahu menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang lalu merosakkan kredibiliti ulama tersohor yang kini sedang menerajui kepimpinan PAS. [Sebab itu gambar Tuan Guru Abdul Hadi menjadi penghias artikel dan nama Tuan Guru juga diserlahkan dengan ketara]. Saya memilih untuk respons artikel itu kerana nama saya turut diseret dalam spekulasi yang menumbuhkan fitnah rekaan pengarangnya.
3. Tiba-tiba sahaja nama Al-Fadhil Ustaz Zaharudin Mohamad menjadi hit dan diperkenalkan kepada umum sebagai menantu kepada Tuan Guru Presiden PAS, sedang menurut perspektif saya bahawa Ustaz Zaharudin Mohamad adalah seorang yang sangat low profile, justeru itu ia tidak dikenali umum sebelum daripada ini. Bahkan bukan beliau sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi yang pernah berstatus menantu kepada pemimpin utamanya sebelum ini malah ada yang berstatus anak kepada pemimpin utama. [saya tidak perlu menyenaraikannya]
4. Secara umumnya, semua bapa dan mertua akan berbangga dengan kehebatan anak dan menantu mereka. Sementelah anak dan menantu mereka aktif memperjuangkan Islam bersama jamaah. Malah menjadi idaman setiap bapa dan mertua yang berjuang menegakkan Islam untuk memiliki anak dan menantu yang hebat serta mempunyai karisma kepimpinan yang hebat juga dalam perjuangan suci ini.
5. Tambahan pula Islam tidak memandang salah pertalian anak dan menantu yang turut berintima' dalam Gerakan Islam lantas bergandingan dengan seluruh anggota jamaah yang lain untuk memperjuangkan Islam. Saidina Ali Karramallahu Wajhah antara contoh menantu Nabi s.a.w yang sangat hebat dalam sejarah Islam, berjuang dan mengisi saff kepimpinan ummah di belakang Nabi saw. Sebagaimana Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a sebagai bapa mertua Nabi saw. yang juga hebat berjuang dan mempertahankan Nabi saw. [Malah kesemua sahabat Khulafa' Ar Rasyidin mempunyai hubungan mertua dan menantu dengan Nabi saw. dan menduduki posisi kepimpinan utama sejak zaman hidupnya Nabi saw]
6. Perkara yang menjadi kesalahan ialah apabila berlaku penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa dan ini perlu dibuktikan apabila berlaku dakwaan. Bukan sahaja anak dan menantu, malah mereka yang tidak berbau bacang pun, jika melakukan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa mestilah dibuktikan apabila terdapat dakwaan dan jika sabit kes maka tindakan sewajarnya mesti diambil.
7. Pengarang artikel kebangkitan pengaruh menantu ini cuba mengaitkan Ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy Jamaludin dalam UMNO yang kononnya menjadi faktor kejatuhan pemerintahan Pak Lah Badawi. Teori konspirasi itu berlaku dan digerak kuat oleh Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah dengan memukul Khairy habis-habisan bagi membantu Najib menaiki takhta pucuk kepimpinan BN. Akhirnya Pak Lah terpaksa mengalah dan berundur lalu menyerahkan kuasa kepada Najib. Ironinya, apabila Najib berkuasa dan mendapat mandat baru melalui pilihanraya ke-13 sebagai Perdana Menteri Malaysia, Khairy kini dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan.
8. Ertinya kejatuhan Pak Lah adalah faktor kelemahan dirinya sendiri dan Khairy bukanlah sasaran sebenar. Realiti ini dapat dilihat sejak awal selepas peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib, Khairy tidak lagi menjadi papan sasar mana-mana pihak dalam UMNO mahupun dari pihak Tun Mahathir sendiri. Kerana matlamat utama mereka hanya mahu menjatuhkan Pak Lah dan Pak Lah sudah jatuh. Maka tidak mengapa Khairy terus mengukuhkan penguasaan dan kedudukan politiknya dalam UMNO dan BN.
9. Jika teori konspirasi ini diguna dan dimaksudkan oleh Amin Iskandar sebagai main point dalam artikel Kebangkitan Pengaruh Menantu, ertinya Ustaz Zaharudin Mohamad bukanlah sasaran utama tetapi sebaliknya Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sebagai sasaran mereka. Persoalannya siapakah yang menyasarkan Tuan Guru Abdul Hadi?
10. Saya tidak percaya Tuan Guru Abdul Hadi lemah sebagaimana Pak Lah walaupun telah wujud sebelum ini percubaan yang dilakukan oleh individu tertentu untuk melabelkan Tuan Guru Abdul Hadi adalah Pak Lah versi PAS. Sekali lagi saya kira tiada ahli PAS yang celik Gerakan Islam percaya dan menerima label yang diberi sedemikian rupa. Sebab itu percubaan tersebut bukan sahaja gagal tetapi terus lenyap ditelan jerebu yang melanda negara.
11. Apabila timbul isu kebangkitan pengaruh menantu ini dan percubaan menyamakan ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy dalam UMNO membuatkan saya tertanya-tanya dan tercari-cari siapa yang berperanan sebagai Tun Mahathir untuk memukul Ustaz Zaharudin seperti Tun Mahathir pukul Khairy dahulu dan siapa pula yang akan mengambil tempat Datuk Seri Najib untuk dinaikkan kalau mereka berjaya menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi kelak?
12. Saya berdoa dan bermunajat kepada Allah swt agar jamaah ini dipelihara oleh-Nya dari musibah dan porak peranda sedemikian rupa. Semoga mereka yang membangkitkan fitnah dan meniup segarkan fitnah itu dikurniakan petunjuk oleh Allah swt. Saya menafikan setiap spekulasi yang dikemukakan oleh Amin Iskandar dalam artikelnya dan ia adalah satu tanggapan salah jua merupakan satu fitnah.
13. Saya mengharapkan beliau menarik balik spekulasi yang beliau kemukakan kerana ia tidak berasas. Saya tidak tahu siapa yang salurkan maklumat sedemikian kepada beliau sedang beliau bukanlah pimpinan PAS yang boleh akses maklumat dalaman jamaah. Jika itu maklumat dipungut dari jalur internet atau ada individu tertentu yang salurkan maklumat kepada beliau, sekali lagi saya nafi kebenarannya bahkan ia adalah satu tohmahan yang tidak berasas. Jika Amin Iskandar ingin meneruskan spekulasinya, beliau boleh berbuat demikian tetapi mesti mengemukakan bukti. Jika tidak, ia kekal sebagai fitnah.
Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sumber HD - 28-7-2013
Tokoh muda menggalas cabaran
Nasrudin Hassan, | 28 Jul 2013 |
Mendepani cabaran untuk menguasai pasaran gerak kerja Amal Islami menuju PRU14 sekali gus menongkah arus pasca PRU13 memerlukan gandingan mantap tokoh veteran yang berpengalaman dengan tokoh muda yang bertenaga dan memiliki visi jelas buat perjuangan Islam yang suci dokongan Parti Islam Se-Malaysia [PAS]. Tanpa menafikan ketokohan, kehebatan dan keperluan tenaga tokoh veteran, masa depan jamaah memerlukan tokoh muda lebih ramai diberi laluan untuk mengambil posisi penting dalam kepimpinan.
Perkara paling asas ialah warisan dan proses peralihan kepimpinan jamaah. Ia perlu dilihat serius oleh semua peringkat organ jamaah Islam ini. Tanpa prejudis, jangan sampai laluan kepimpinan "tersumbat" gara-gara tokoh veteran ‘enggan’ atau ‘lengah’ memberi laluan kepada tokoh muda. Saya tidak menafikan bahawa perjuangan ini tidak dilihat serta tidak diukur dengan usia. Berjuang mestilah sampai ke mati dan saya tidak pernah mempersoalkan kedudukan ini.
Namun, apa yang saya bangkitkan ini ialah mengenai posisi kepimpinan. Laluan mesti diberikan secara terancang dan penuh strategik bersulamkan ukhuwwah islamiyyah yang tinggi. Justeru menjadi adab berjamaah secara tradisi, tokoh muda ‘segan silu’ menapak ke hadapan selama mana tokoh veteran masih ‘bertahan’ di posisinya.
‘Laluan sistematik’ perlu diberikan kepada tokoh muda pula beraksi menabur jasa kepada jamaah ini. Inilah langkah terbaik buat jamaah berbanding menerima pakai konsep ‘kepimpinan mesti direbut’ dan tokoh muda mesti bersaing atau bergelut untuk mendapatkannya.
Erti kata lain, tokoh muda mesti menjatuhkan tokoh veteran terlebih dahulu untuk mendapatkan posisi itu. Konsep sebegini agak asing malah negatif bagi jamaah Islam justeru kepimpinan adalah amanah untuk digalas bukan ghanimah untuk diperas. Saya melihat kepada dua aspek:
Pertama: Keperluan semasa yang mendesak
Gandingan Hikmatus Syuyukh wa Hamaasatusy Syabab atau "Kebijaksanaan Veteran dan Semangat Pemuda" perlu menjadi satu gandingan mantap kepimpinan jamaah di era ini. Suatu era yang dilihat penampilan dan dominasi anak muda menguasai ‘pasaran terbuka’.
Bermula dari iklim politik, saingan ekonomi, gentian siber sehingga landskap sosial semuanya dikuasai anak muda. Lantaran itu tanpa syak, sebagai sebuah jamaah Islam yang kontemporari sifat pergerakannya mesti menerima realiti ini dan mempraktiskannya dalam penstrukturan organisasi yang membabitkan penyusunan saf kepimpinan dan potfolio serta menampilkan imej segar dan kaya dengan variasi kepimpinan unik sepadan cabaran zaman.
Kedua: Transisi kepimpinan yang terancang
Kepimpinan mesti dirancang tanpa memperkecilkan bakat dan anugerah dimiliki individu yang lahir dari masa ke semasa untuk mengisi kerusi kepimpinan jamaah.
Secara prinsip, kepimpinan mesti dirancang kesinambungannya sekaligus bertujuan memelihara masa depan jamaah supaya pergerakannya terus dipimpin oleh saf kepimpinan berwibawa dan memiliki karisma tahap tertinggi yang dimiliki jamaah.
Jangan biarkan tenaga mampu dan upaya ‘dijeruk’ dalam jamaah tanpa meletakkannya di tempat yang sesuai dan wajar. Sikap mementingkan diri dan agenda sendiri selayaknya dilebur musnahkan, sebaliknya agenda perjuangan Islam mesti didokong dan pendukungnya yang layak dan wajar memimpin jamaah Islam ini.
Saya sengaja tidak menyenaraikan tokoh muda yang dimaksudkan kerana tidak mahu ia disalah erti dan dipolemikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semua pihak boleh bersikap positif dan melihat kewujudan tokoh muda berkaliber di kawasan jua negeri masing-masing untuk diberi ruang dan peluang dalam line up kepimpinan jamaah. Jangan tunggu mereka "tua dan luntur tenaga" untuk diberi tempat tanpa menolak bahawa muda yang gelojoh dan tidak matang juga tidak layak membarisi saf kepimpinan jamaah.
Justeru, saya tegaskan di awal artikel ini mengenai ‘laluan strategik’ dan ‘laluan sistematik’, bukan ‘laluan bebas tol’ yang boleh bolos dan lolos tanpa meneliti standard atau piawaian kepimpinan layak untuk memimpin jamaah Islam yang bergerak di pentas politik tanahair ini.
Sungguhpun begitu, tokoh muda sewajarnya perform dengan amanah perjuangan. Jangan harap untuk ditatang penuh sebaliknya peragakan keupayaan dan kemampuan dalam batas adab dan akhlak berjamaah. Tempat terhad dan kekosongan terbatas sedang senarai layak agak ramai. Tentu sahaja yang terbaik akan mendapat perhatian dan dipermudahkan urusan untuk ditempatkan pada ketika dan ruang yang sesuai.

Sumber HD - 27-7-2013
Mencari kemuliaan seorang anggota Gerakan Islam
., | 27 Jul 2013 |
LAILATUL QADAR
Mencari Kemuliaan Taqarrub oleh seorang anggota Gerakan Islam.
1. Kebiasaan orang melayu yang beragama Islam di negara kita ini akan pancit di akhir Ramadhan, sedang Nabi saw mengajar kita supaya memperbanyakkan ibadah di sepuluh akhir Ramadhan. Barangkali kerana di dorong oleh mood aidilfitri pula dimeriahkan dengan rancangan-rancangan mengasyikkan di televisyen.
2. Masjid dan surau akan kembali lengang dan jamaah semakin berkurang menjelang akhir Ramadhan. Tumpuan mula teralih kepada persiapan menyambut hari raya secara berlebihan. Objektif Ramadhan hilang begitu sahaja. ini adalah suatu fenomena yang merugikan ummat Islam dan perjuangannya.
Firman Allah swt:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
(Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5)
3. Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .
Sabda Rasulullah saw :[1]
وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .
“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan (mengharapkan redho Allah) nescaya diampunkan baginya segala dosa–dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
4. Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal–afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah (qiamullail) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat–alamat Lailatul Qadar, nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”
Rebutlah Peluang Taqarrub ini.
5. Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :[3]
عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .
“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam–malam sepuluh akhir Ramadhan .”
(Riwayat Imam Bukhari)
6. Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .
“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh–sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya (agar bangun beribadah)”
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.
7. Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.
8. Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .
“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”
(Surah al Waaqia’h . Ayat : 10–12)
[1] Imam Bukhari di dalam sohihnya : 253 / 2 dan Imam Muslim di dalam sohihnya 524 /1
[2] Raudhah at Tolibin 389 / 2 dan Fathul Baari 267 / 4
[3] Sohih Bukhari : 254 / 2
[4] Sohih Imam Bukhari : 255 / 2 dan Sohih Imam Muslim : 832 / 2

Wanita Islam haram sertai ratu cantik
Harakahdaily, | 22 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas bagi memastikan Pertandingan Ratu Cantik [Miss Malaysia World 2013] yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos akan datang dibatalkan bagi menghormati bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, sementelah 4 orang dari 20 orang finalis pertandingan ratu cantik itu adalah terdiri dari wanita Islam.
“Islam sangat menegah perbuatan yang tidak bermoral ini,” tulis beliau di dalam facebooknya.
Beliau menambah, selain ianya bertentangan dan fatwa yang telah digazet [Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan], ianya juga jelas dicela oleh syarak dan bertentangan dengan akhlak Islamiyyah.
“Kerajaan mesti mengemukakan undang-undang khusus untuk menyekat gejala tidak bermoral ini dari terus menjadi aktiviti yang mendapat sambutan dalam negara kita,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Beliau menegaskan, sebelum parah dan membarah, tindakan tegas dan berkesan mesti diambil.
Selain itu, tambah beliau bagi pihak DPPM dan NGO-NGO Islam yang lain akan terus menguatkan kerja-kerja dakwah bagi menyedarkan masyarakat agar menjauhkan diri dari program mungkar yang meruntuhkan moral dan akhlak.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, sementelah 4 orang dari 20 orang finalis pertandingan ratu cantik itu adalah terdiri dari wanita Islam.
“Islam sangat menegah perbuatan yang tidak bermoral ini,” tulis beliau di dalam facebooknya.
Beliau menambah, selain ianya bertentangan dan fatwa yang telah digazet [Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan], ianya juga jelas dicela oleh syarak dan bertentangan dengan akhlak Islamiyyah.
“Kerajaan mesti mengemukakan undang-undang khusus untuk menyekat gejala tidak bermoral ini dari terus menjadi aktiviti yang mendapat sambutan dalam negara kita,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Beliau menegaskan, sebelum parah dan membarah, tindakan tegas dan berkesan mesti diambil.
Selain itu, tambah beliau bagi pihak DPPM dan NGO-NGO Islam yang lain akan terus menguatkan kerja-kerja dakwah bagi menyedarkan masyarakat agar menjauhkan diri dari program mungkar yang meruntuhkan moral dan akhlak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-7-2013
TPPA: Kedaulatan negara tergugat kerana kecuaian rundingan kerajaan?
., | 22 Jul 2013 |
1. Keengganan kerajaan untuk memperincikan kandungan perundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) tajaan Amerika Syarikat amat dicurigai di kala rakyat menuntut suatu ketelusan.
2. Bagi sebuah kerajaan yang gah mengumumkan ketibaan era pentadbiran inklusif dan berakhirnya zaman “government knows best”, rundingan TPPA ini adalah manifestasi sikap gopoh dan tidak cermat kerajaan yang terus menerus membelakangkan penyertaan rakyat di dalam amalan pentadbiran.
3. Kegopohan kerajaan bersandarkan kepada alasan bahawa TPPA boleh melonjakkan pendapatan negara ke tahap yang lebih tinggi. Berpandukan
kepada kajian dari sebuah think tank ekonomi berpangkalan di Washington, Malaysia diunjur untuk mencatatkan penambahan tahunan sebanyak USD 40 billion dalam hasil eksport, USD 25 billion penambahan tahunan dalam pendapatan kasar, akses kepada ekonomi AS yang bernilai USD 15 trillion serta pasaran perolehan kerajaan yang bernilai USD 500 billion setahun.
4. Namun demikian, mengambilkira falsafah yang digunapakai kerajaan di dalam perlaksanaan ETP, kami percaya faedah pendapatan tinggi ini hanya akan dirasai oleh kumpulan pemodal dan elit-borjois manakala golongan marhaen terbanyak akan terus terpinggir sepertimana yang
berlaku sekarang.
5. Selagi mana faktor-faktor keadilan ekonomi tidak mendapat keutamaan, TPPA akan terus menjarakkan pendapatan sebenar dikalangan kelompok ekonomi masyarakat. Kajian awal beberapa NGO profesional turut mendedahkan perlaksanaan TPPA kelak akan memberi impak secara langsung terhadap kenaikan mendadak kos yang mesti ditanggung oleh pengguna di dalam sektor kesihatan, ICT dan perkhidmatan.
6. Sekiranya butiran TPPA didedahkan, kami percaya lebih banyak impak negatif terhadap isu-isu kepenggunaan diluar dari dua sektor ini akan dapat dikesan. Situasi inilah yang ingin dielakkan oleh kerajaan yang mahu rakyat
hanya menurut tanpa bantahan bagi membolehkan kerajaan menyegerakan pemuktamadan rundingan. Keadaan ini akan mengizinkan segelintir kumpulan pelobi mengejar keuntungan segera di samping membolehkan pemerintah mengukuhkan imej dan legitimasinya pada kaca mata Washington pasca PRU ke-13.
7. TPPA adalah adalah agenda yang boleh mengancam kedaulatan Negara secara “by design”. Pihak konglomerat Multinational Corporations (MNC) bebas melabur dan berniaga di pasaran tempatan dan pihak kerajaan tidak dibenarkan melindungi perusahaan tempatan kerana ini dilihat sebagai ‘kezaliman’ kepada MNC. Bahkan pihak MNC boleh menyaman pihak kerajaan sekiranya tindakan kerajaan dilihat ‘mengancam’ pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat mega tersebut.
8. Nah, apa yang akan berlaku kepada perusahan kecil dan sederhana (PKS) tempatan? Apakah selepas ini kerajaan perlu menjadi pak turut MNC kerana bimbang disaman dan sekiranya disaman berapa juta atau bilionkah yang terpaksa dibayar kepada pihak MNC tersebut? Inilah agenda halus yang diungkapkan oleh sesetengah pemikir sebagai agenda mewujudkan
America’s Pacific!
9. Sepatutnya kerajaan mempelbagaikan penyertaan meliputi pakar-pakar segenap bidang dengan perwakilan dari anggota-anggota parlimen dan kumpulan-kumpulan berkepentingan. Malah kepelbagaian ini sepatutnya diterapkan sehingga kepada jawatankuasa perunding antarabangsa dan bukannya dimonopoli oleh birokrat MITI dan kerajaan semata-mata.
10. Sekiranya kerajaan boleh menganjurkan perundingan nasional dengan menjemput kumpulan-kumpulan masyarakat madani untuk turut serta merangka bajet tahunan, kenapakah tiada pendekatan yang sama digunakan untuk TPPA?
11. Apakah yang begitu ingin dirahsiakan kerajaan? Berdasarkan kepada perkembangan ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendirian rundingan mestilah ditangguhkan sehinggalah kerajaan memperincikan butiran TPPA ini untuk penilaian awam dan membuka penyertaan di dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengemudi rundingan.
12. Draf akhir TPPA ini pula mesti dibahaskan secara terbuka dengan muktamad akhir penerimaan atau penolakannya dihakimkan oleh rakyat sendiri menerusi satu referendum bebas.
13. Bagi pihak DPPM insyaallah, melalui INFO [Institut Pemikiran Fadhil Noor] yang ditubuh bawah Lajnah Penerangan DPPM akan menganjurkan wacana bersiri mengenai TPPA : Kesan dan Ancaman kepada ekonomi negara dan ummah.

Banyakkan amalan sepuluh hari terakhir Ramadhan
Nasrudin Hassan, | 19 Jul 2013 |
Hadith:
Daripada Aisyah r.a. katanya: Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya. Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith:
1. Islam menuntut umatnya yang berpuasa agar berusaha untuk menambahkan amal ibadat mereka apabila masuk hari yang kedua puluh satu Ramadhan sehingga akhir, kerana di malam-malam tersebut akan berlaku Lailatul Qadar.
2. Oleh itu adalah sangat digalakkan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat beriktikaf di dalam masjid melakukan sembahyang-sembahyang sunat seperti sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat hajat dan sebagainya selain daripada sunat tarawikh, membaca al-Quran dan berzikir.
3. Bagi para suami, inilah saatnya merebut peluang beribadah bersama keluarga dengan mengajak isteri mereka bangun beribadat bersama-sama. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina sentisa aman dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-7-2013
Rakyat tidak perlukan ‘ahli parlimen kedai kopi’
Harakahdaily, | 17 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Negara hari ini amnya dan rakyat keseluruhan khasnya tidak memerlukan ‘ahli parlimen kedai kopi’ ke arah memacu negara mencapai standard dan piawaian negara maju.
Demikian pandangan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan sebagai respons kepada kekecohan yang tercetus di Dewan Rakyat semalam.
Berikut adalah tulisan beliau.
Parlimen adalah sidang para wakil rakyat yang dipilih melalui mandat rakyat teramai dalam pilihanraya. Ertinya mereka adalah figure terpilih seramai 222 orang mewakili rakyat seluruh negara. Sama ada mereka mewakili Barisan Nasional [ 133 ] ataupun Pakatan Rakyat [ 89 ].
Kini wakil-wakil rakyat ini sedang bersidang dan bermesyuarat sejak 24 Jun 2013 yang lalu.
Mesyuarat pertama adalah untuk membahaskan Titah Diraja, Rang Undang-Undang dan Bajet Tambahan serta menjawab lisan soalan-soalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen.
Masa sidang masih berbaki 2 hari sahaja lagi sebelum ia berakhir pada Khamis ini bersamaan 18 Julai 2013 bagi Mesyuarat Pertama pada Penggal Pertama.
Suasana sidang hari ini sangat mendukacitakan saya. Apabila terdapat Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan atau ungkapan yang sering disebut oleh Yang Dipertua Dewan sebagai ‘kalimah unparliamentary’.
Mungkin kerana saya junior di Parlimen ini tetapi ia tetap menjadi satu kesalahan yang tidak wajar diungkap oleh ahli parlimen atau seorang yang bergelar pemimpin.
Contohnya semalam MP Kinabatangan beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang saya anggap keterlaluan apabila melemparkan sangkaan jahat kononnya pasangan Alvin dan Vivian yang menghina Islam adalah tajaan DAP.
Lebih tidak beradab apabila beliau menyebut dengan nada yang tinggi perkataan ‘kafir laknat’ kepada seorang ahli parlimen yang lain meskipun ahli parlimen itu adalah seorang non muslim.
Saya menyaksikan situasi ini dengan penuh kesal. Usahkan saya, kelihatan Yang Dipertua Dewan juga sukar untuk mententeramkan mereka.
Berhujah menggunakan bahasa kesat dan nada suara memekik terlolong tanpa memperduli amaran Yang Dipertua supaya masing-masing duduk dan menumpukan kepada topik perbahasan.
Suasana parlimen semalam, kalaupun tidak menyerupai ‘pasar borong’ , tidak keterlaluan kalau saya katakan ianya tidak ubah seperti kedai kopi.
Selayaknya ahli-ahli parlimen sebegini mempertingkatkan disiplin diri, berbahas berasaskan hujah , fakta dan figur, bukan emosi yang tidak menentu disulam pula sangkaan jahat antara satu sama lain.
Memekik terlolong meningkah antara satu sama lain. Ia tidak menyelesaikan masaalah dan tidak membantu ahli parlimen membuat keputusan dengan baik.
Saya harap ia tidak dicontohi oleh ahli-ahli parlimen baru. Ia adalah sempadan yang wajar dihindari.
Senior sayugianya menunjuk contoh yang baik kepada ahli parlimen yang junior. Lebih penting untuk diinsafi betapa mereka sedang ditonton oleh rakyat bahkan sedang diperhatikan oleh dunia. Kualiti ahli parlimen ini masih rendah.
Justeru itu, negara perlukan perubahan besar untuk melahirkan ahli parlimen bertaraf dunia.
Sungguh saya sebut di sini bahawa negara hari ini amnya dan rakyat keseluruhan khasnya tidak memerlukan ‘ahli parlimen kedai kopi’ ke arah memacu negara mencapai standard dan piawaian negara maju.

Sumber HD - 17-7-2013
Cara PAS memperjuangkan Islam dalam politik
Ustaz Nasrudin bin Hasan, | 16 Jul 2013 |
Masih ada yang gagal memahami, bagaimana PAS berjuang sehingga masih kedengaran suara yang mengatakan perjuangan PAS salah, bida'ah, sesat, tidak mengikut sunnah, bercanggah dengan syariat, hanya mementingkan politik, meragukan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS.
Terlebih dahulu saya akui bahawa PAS tidak sunyi daripada kelemahan dan kesilapan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Namun kesilapan dan kelemahan itu tidaklah membawa PAS terbabas ke ‘gaung dalam’ yang membunuh aqidah dan mencederakan syakhsiyyah sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam.
Sebaliknya kelemahan dan kesilapan yang berlaku, bukan sahaja masih boleh diperbaiki dan disempurnakan tetapi nyata PAS mempunyai cara dan kaedah yang cukup baik untuk terus memantau perjalanan organisasinya agar menepati objektif dan ghayahnya (matlamat). Organisasi PAS juga mempunyai pelbagai medium untuk memastikan segala misi dan visi perjuangannya berjalan berasaskan syarak.
Kepimpinan Ulama, Jawatan Kuasa Disiplin Parti, Muktamar Tahunan, Majlis Syura Ulama, Mesyuarat Dewan Harian, Mesyuarat Bulanan, Mesyuarat Khas, Liqa’ Fikri, Tamrin, Mukhayyam, Kuliah Haraki, Usrah Mingguan, Konvensyen PAS Negeri, Ijtimak Pilihan Raya, Kuliah Agama dan banyak lagi cara dan kaedah untuk PAS mengawal organisasinya berjalan melandasi syariat Ilahi dan sunnah an-Nabawi.
Jika terdapat perbezaan dalam pendekatan atau method perjuangan PAS berbanding kumpulan Islam yang lain, ini tidak bermakna PAS salah dan bercanggah dengan syariat dan sunnah. Secara umumnya, wajar saya tegaskan bahawa PAS bergerak dalam ruang orientasi yang saya pecahkan secara kasar kepada 3 ruang utama iaitu :
* Tarbiyyah dan Pengkaderan (pembinaan dan pembentukan).
* Dakwah (penerangan).
* Lapangan Siasah (politik)
Asas Pertama: Tarbiyah dan Pengkaderan
Aset penting yang meletakkan PAS terus istiqamah dan komited dengan perjuangan ialah agenda tarbiyyah dan pengkaderan yang menjadi nadi kepada pergerakkan PAS. Tarbiyah digerak dan diaktifkan untuk membina :
1. Aqidah yang benar berasaskan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah.
2. Fikrah yang syumul sebagaimana syumulnya ajaran Islam itu sendiri.
3. Syakhsiyah yang solehah berasaskan akhlak mahmudah bimbingan Rasulullah SAW.
Sementara pengkaderan pula berfungsi untuk membina :
1. Kepimpinan yang berkarisma dan berwibawa.
2. Organisasi yang mantap dan hebat.
3. Tindakan yang strategik dan berkesan .
Memastikan perkara ini berlaku dalam PAS, Lajnah Tarbiyah dibentuk pada semua peringkat organisasi PAS, bermula dari peringkat Pusat, Negeri, Kawasan bahkan cawangan. Begitu juga di peringkat dewan-dewan seperti Dewan Ulama’, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut meletakkan Lajnah Tarbiyah antara Lajnah kanan yang diberi tumpuan utama.
Aktiviti asas bagi melaksanakan cita-cita tarbiyah banyak tertumpu kepada pembentukkan usrah di pelbagai peringkat (kepimpinan atau ahli), tamrin, liqa fikri dan pelbagai program atau aktiviti semasa yang dilihat perlu dari masa ke semasa dengan berbagai wajah yang menghormati kepentingan kepelbagaian approach.
Asas Kedua: Dakwah (Penerangan)
Berlandaskan perintah Allah yang mewajibkan setiap individu muslim menyampai dan menyebarkan Islam, dakwah telah menjadi aktiviti asas yang sangat prinsipal sifatnya. Biarpun PAS menghadapi aneka halangan dan ancaman yang menghalang kemaraan dakwah Islam ke tengah masyarakat, dakwah untuk menginsafkan ummah agar kembali kepangkuan Islam serta berjuang mendaulatkannya tetap diteruskan.
Ada dalam kalangan pemimpin PAS yang dibunuh, dipenjara, dibuang daerah dan dikenakan pelbagai tindakan kerana dakwah mereka. Namun, segalanya tidak menghalang PAS daripada terus melaksanakan amanah besar ini sebagai sebuah Gerakan Islam yang pastinya bertanggungjawab terhadap masa depan ummah.
Tugas dakwah ini digalas oleh semua, dari Presiden hinggalah ahli biasa dengan peranan masing-masing berasaskan keupayaan atau kemahiran mereka malah turut menghormati tahap keupayaan masing-masing.
Maudhu' (kandungan) dakwah PAS sangat jelas, menepati apa yang diajar oleh Allah Taala. Perkara ini dapat dipastikan pada Fasal 6 Perlembagaan PAS. PAS menggariskan usaha-usaha dakwah sebagai aktiviti teras dalam dalam perlembagaannya;
1. Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
PAS mendekati semua lapisan masyarakat. Bermula dengan masyarakat yang tertindas hinggalah pemimpin yang menindas dan umat yang lesu hinggalah ulama yang bisu. Pelbagai pendekatan diketengahkan dalam membawa mesej perjuangan. Dewan Pemuda PAS membawa pendekatan Pemuda sebagai Duta Kasih Sayang dan Penyelamat.
Pendekatan dakwah PAS melengkapi 2 kategori utama :
* Dakwah Ammah (umum).
* Dakwah Fardiyah (khas)
Dakwah PAS tidak bermusim dan tidak juga tertakluk kepada kepentingan pengaruh individu dan politik. Biarpun nanti selepas tamatnya pilihan raya, PAS tetap meneruskan aktiviti dakwahnya kepada masyarakat, demikian juga sehari selepas dibebaskan dari penjara pimpinan PAS terus melangsungkan dakwahnya. Inilah cita-cita PAS.
Sekalipun dakwah yang dibawa oleh PAS tidak popular malah menerima tentangan sengit daripada pelbagai pihak, PAS tetap menunaikan tanggungjawab dakwahnya dengan memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai peri pentingnya Negara kita melaksanakan undang-undang dan peraturan Islam itu.
Asas Ketiga: Lapangan Siasah (politik)
Islam adalah agama yang syumul, merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah politik. Mengasingkan politik dari perjuangan Islam ertinya mengurangkan sukatan perjuangan Islam yang telah diperjuangkan oleh Nabi Muhammad SAW.
PAS meletakkan politik sebahagian dari tanggungjawab perjuangan yang mesti diperjuangkan. Kini kuasa politik berada ditangan Umno dan BN yang enggan melaksanakan syariat meskipun berbuih mulut mereka mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.
PAS berkewajipan mengambil tampuk kuasa politik daripada golongan yang enggan melaksanakan syariat Islam dan PAS telah berijtihad untuk menggunakan pendekatan aman dan damai tanpa peperangan dan pertumpahan darah, dalam usaha PAS mahu mengambil alih kuasa politik tersebut.
Realiti ini membawa PAS mendaftarkan organisasinya di bawah Pendaftar Pertubuhan dan ia sah untuk bergerak di sisi undang-undang Negara waktu ini. Semua orang boleh mengakui bahawa Islam tidak boleh dilaksanakan tanpa kuasa politik. Justeru itu, penglibatan di bidang politik (siasah) adalah kewajipan besar untuk kembali mengangkat Islam ini ke tempat yang selayaknya sebagai agama suci.
Kesimpulan
Saya tidak nampak alasan yang munasabah bagi pihak yang menolak dan meragui hala tuju perjuangan PAS. Mereka barangkali boleh untuk tidak menyertai PAS, tetapi untuk mereka menolak dan menafikan perjuangan PAS adalah suatu yang sangat tidak adil.
Kelemahan dan kesilapan boleh diperbaiki jika ada. Menolak dan menafikan atau meragui perjuangan sucinya memerlukan alasan yang konkrit dan dalil yang pasti, bukan beralaskan emosi dan sentimen perbezaan ideologi. Saya selalu menegaskan kepada umum, jika terdapat suatu yang dilakukan oleh PAS bercanggah dengan syariat dan sunnah, sila nyatakan! Jika ia berbentuk dakwaan, sila kemukakan bukti!
Kita mencari kebenaran. Andai benar atau ada PAS melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat atau terkeluar daripada manhaj perjuangan Islam sehingga menimbulkan keraguan, saya dan seluruh ahli PAS yang ikhlas terhadap perjuangan pasti akan menyanggahinya. Namun begitu, janganlah tuduhan melulu tanpa lampiran bukti, dakwaan palsu tanpa kepastian dalil dan emosi berprasangka tanpa berlaku adil.

Sumber HD - 16-7-2013
Parlimen adalah universiti saya
., | 16 Jul 2013 |
Tepat jam 10.00 a.m, saya tiba di Dewan Parlimen untuk menyertai sidang hari pertama bagi minggu terakhir Mesyuarat Pertama pada Penggal Pertama ini. Mesyuarat Kedua bagi Penggal Pertama akan berlangsung pada 23 September hingga 3 Oktober 2013 kelak. Setiap pagi, selama 2 minit siren berdering sebelum Yang Dipertua memasuki dewan bagi memulakan mesyuarat. Ianya mengingatkan saya ke alam pengajian semasa di Maahad Fathul Islami Damascus Syria sebelum saya ke Mesir.
Pengalaman saya sejak 24 Jun Mesyuarat Pertama penggal parlimen ini bersidang, meletakkan saya betul-betul seperti kembali ke alam pengajian di Maahad dan Universiti satu ketika dulu. Manakan tidak, setiap kali menghadiri sidang dewan, saya terlebih dahulu terpaksa membuat kajian dan pembacaan pelbagai topik yang berkaitan. Mencari fakta dan hujjah sebelum menyertai setiap sesi perbahasan di parlimen. Mengamati peraturan dewan, soalan dan usul yang dikemukakan untuk dibahas.
Malah sepanjang masa antara jam 10.00 pagi hinggalah jam 5.30 petang [kecuali rehat antara jam 1.00 tengahari hingga 2.30 petang], meletakkan saya dan rakan-rakan ahli parlimen terpaksa mendengar, membaca dan membahaskan pelbagai isu, polisi dan dasar termasuk rang undang-undang yang dibentang oleh pihak kerajaan. Sepanjang minggu lepas, sidang dewan dilanjutkan masa hingga ke jam 9.30 malam.
Suasana ini sebetulnya cukup menyeronokkan saya. Ia membekalkan banyak ilmu dan maklumat. Saya sangat gembira mendapat peluang seperti ini biarpun sesekali suasana dewan kecoh dengan perdebatan beremosi dari ahli-ahli parlimen sama ada dari pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan. Minda saya menjadi aktif dan ligat berfikir serta memintas apa jua topik dan isu yang timbul untuk dibahas dan didebatkan secara spontan sebelum ia dijawab dan digulung oleh pihak menteri.
Setiap hari ahli parlimen akan dibekalkan handsard parlimen yang merekodkan semua butiran ucapan, perbahasan dan jawapan menteri. Ia seperti bahan assignment atau teks yang dibekalkan untuk rujukan dan bacaan. Sungguh saya akui, bahawa saya banyak belajar dan menambah ilmu terutama berkait polisi dan dasar pemerintahan. Kini saban hari, bukan sahaja saya akan ke parlimen bagi melunaskan tanggungjawab sebagai ahli parlimen, tetapi saya melangkah laju ke dewan parlimen seperti menghadiri kuliah di universiti layaknya.
Sebagai ahli parlimen baru, tentu sahaja terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari bagi mempersiapkan diri dan memantapkan ilmu di dada bagi tampil sebagai ahli parlimen dan pemimpin masyarakat yang baik. Buat masa ini, saya akui betapa saya masih dibelenggu rasa janggal dan sedikit gementar dalam setiap kali menyertai perbahasan di parlimen. Saya mengharapkan sedikit masa lagi, saya akan segera membiasakan diri dan menguasai situasi dan sekaligus dapat memperbaiki mutu perbahasan dan penampilan.
Skil perbahasan gaya parlimen masih belum 100 peratus dapat saya serap. Saya perlukan lebih banyak penyelidikan dan penampilan untuk mendapatkan standard ahli parlimen yang berkualiti. Pun begitu, saya sudah alami banyak perubahan positif dalam usaha mendapatkan rentak dan form sebagai ahli parlimen, sejak ia bermula sesi ini.
Nasrudin bin Hassan
MP Temerloh
Pengalaman saya sejak 24 Jun Mesyuarat Pertama penggal parlimen ini bersidang, meletakkan saya betul-betul seperti kembali ke alam pengajian di Maahad dan Universiti satu ketika dulu. Manakan tidak, setiap kali menghadiri sidang dewan, saya terlebih dahulu terpaksa membuat kajian dan pembacaan pelbagai topik yang berkaitan. Mencari fakta dan hujjah sebelum menyertai setiap sesi perbahasan di parlimen. Mengamati peraturan dewan, soalan dan usul yang dikemukakan untuk dibahas.
Malah sepanjang masa antara jam 10.00 pagi hinggalah jam 5.30 petang [kecuali rehat antara jam 1.00 tengahari hingga 2.30 petang], meletakkan saya dan rakan-rakan ahli parlimen terpaksa mendengar, membaca dan membahaskan pelbagai isu, polisi dan dasar termasuk rang undang-undang yang dibentang oleh pihak kerajaan. Sepanjang minggu lepas, sidang dewan dilanjutkan masa hingga ke jam 9.30 malam.
Suasana ini sebetulnya cukup menyeronokkan saya. Ia membekalkan banyak ilmu dan maklumat. Saya sangat gembira mendapat peluang seperti ini biarpun sesekali suasana dewan kecoh dengan perdebatan beremosi dari ahli-ahli parlimen sama ada dari pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan. Minda saya menjadi aktif dan ligat berfikir serta memintas apa jua topik dan isu yang timbul untuk dibahas dan didebatkan secara spontan sebelum ia dijawab dan digulung oleh pihak menteri.
Setiap hari ahli parlimen akan dibekalkan handsard parlimen yang merekodkan semua butiran ucapan, perbahasan dan jawapan menteri. Ia seperti bahan assignment atau teks yang dibekalkan untuk rujukan dan bacaan. Sungguh saya akui, bahawa saya banyak belajar dan menambah ilmu terutama berkait polisi dan dasar pemerintahan. Kini saban hari, bukan sahaja saya akan ke parlimen bagi melunaskan tanggungjawab sebagai ahli parlimen, tetapi saya melangkah laju ke dewan parlimen seperti menghadiri kuliah di universiti layaknya.
Sebagai ahli parlimen baru, tentu sahaja terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari bagi mempersiapkan diri dan memantapkan ilmu di dada bagi tampil sebagai ahli parlimen dan pemimpin masyarakat yang baik. Buat masa ini, saya akui betapa saya masih dibelenggu rasa janggal dan sedikit gementar dalam setiap kali menyertai perbahasan di parlimen. Saya mengharapkan sedikit masa lagi, saya akan segera membiasakan diri dan menguasai situasi dan sekaligus dapat memperbaiki mutu perbahasan dan penampilan.
Skil perbahasan gaya parlimen masih belum 100 peratus dapat saya serap. Saya perlukan lebih banyak penyelidikan dan penampilan untuk mendapatkan standard ahli parlimen yang berkualiti. Pun begitu, saya sudah alami banyak perubahan positif dalam usaha mendapatkan rentak dan form sebagai ahli parlimen, sejak ia bermula sesi ini.
Nasrudin bin Hassan
MP Temerloh
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-7-2013
Kampus tetap Pusat Asasi UIA belum wujud
Anis Nazri, | 15 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan melahirkan rasa terkilan berhubung kampus tetap bagi Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang masih belum wujud.
Keadaan itu, kata beliau memperlihatkan perancangan Kementerian Pendidikan yang tidak kemas dalam memastikan penubuhan kampus tetap pusat asasi UIAM itu.
Ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini, Nasrudin berkata perkara itu amat mengesankan, lebih-lebih lagi UIAM sendiri menjangkakan pertambahan pelajarnya.
"Ramai yang terkilan dengan kampus tetap UIAM yang masih tidak wujud, dan sering berpindah lokasi. Adakah kementerian telah memasukkan perkara itu dalam bajet atau mana-mana bajet?" soal beliau.
Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, berkata penubuhan kampus tetap Pusat Asasi berada dalam perancangan kementerian di Gambang, yang dijangka siap pada Januari 2016.
Terdahulu, dalam soalan asalnya, Ketua Pemuda PAS Malaysia itu meminta kementerian menyatakan apakah perancangan yang akan dilakukan terhadap bekas tapak pembinaan UIAM di Janda Baik, Pahang.
Dewan dimaklumkan tapak di Janda Baik itu akan dijadikan pusat latihan bagi kaki tangan UIAM dan juga kegunaan agensi luar, dan terpaksa berpindah ke Gambang ekoran ada gegaran lemah di kawasan tersebut sejak November 2007.
Keadaan itu, kata beliau memperlihatkan perancangan Kementerian Pendidikan yang tidak kemas dalam memastikan penubuhan kampus tetap pusat asasi UIAM itu.
Ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini, Nasrudin berkata perkara itu amat mengesankan, lebih-lebih lagi UIAM sendiri menjangkakan pertambahan pelajarnya.
"Ramai yang terkilan dengan kampus tetap UIAM yang masih tidak wujud, dan sering berpindah lokasi. Adakah kementerian telah memasukkan perkara itu dalam bajet atau mana-mana bajet?" soal beliau.
Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, berkata penubuhan kampus tetap Pusat Asasi berada dalam perancangan kementerian di Gambang, yang dijangka siap pada Januari 2016.
Terdahulu, dalam soalan asalnya, Ketua Pemuda PAS Malaysia itu meminta kementerian menyatakan apakah perancangan yang akan dilakukan terhadap bekas tapak pembinaan UIAM di Janda Baik, Pahang.
Dewan dimaklumkan tapak di Janda Baik itu akan dijadikan pusat latihan bagi kaki tangan UIAM dan juga kegunaan agensi luar, dan terpaksa berpindah ke Gambang ekoran ada gegaran lemah di kawasan tersebut sejak November 2007.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-7-2013
Dakwah Fardiyyah: Marhalah yang perlu dilalui para pendakwah
Ustaz Nasrudin bin Hasan, | 12 Jul 2013 |
Sebuah buku lama yang ditulis oleh Syeikh Abdul Halim Al Kinani, seorang pendakwah yang terkenal dengan keiltizamannya membawa Islam kepada ummah. Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib memuji karya Asy Syeikh Abdul Halim sebagai bingkisan yang kecil pada saiznya, tetapi sangat besar pada nilai dan pengertiannya. Terutama apabila beliau menjelaskan marhalah dakwah.
Suka saya berkongsi bahan dan hasil baca ini demi sama-sama kita merealisasikan satu usaha murni dalam perjuangan kita untuk membawa Islam sampai kepada setiap insan di mana sampainya cahaya matahari.
Beberapa Peringkat Dakwah Fardiyyah
Mewujudkan Kasih sayang, kepercayaan dan saling mengenali.
Ia merupakan peringkat (marhalah) pertama dan paling asas dalam dakwah. Ia perlu dilaksanakan dengan baik justeru ia akan memainkan peranan yang besar untuk menjayakan malah menyempurnakan peringkat seterusnya. Terutama dalam usaha untuk meyakinkan dan mempengaruhi sasaran dakwah kita (madu'u).
Pada peringkat ini mempunyai beberapa noktah yang perlu diberi perhatian oleh kita khasnya pendakwah :

1. Percaya kepada pendakwah daripada sudut keikhlasan amalan, dakwah, komitmen agama dan kebaikan yang diserunya.
2. Percaya kepada wibawa, pemahaman, pengalaman, kesesuaian pendakwah untuk diambil dan diterima segala nasihat dan pandangannya.
Kepercayaan ini tidak akan datang tanpa usaha atau secara spontan. Ia memerlukan pendakwah yang layak dipercayai. Sementara orang yang layak dipercayai ialah orang yang mempunyai akhlak dan adab-adab Islam serta komitmen yang tinggi terhadap hukum hakam Islam.
Mengenali sasaran dakwah (madu'u) secara mendalam dan jelas sehingga dia dapat mengenali personaliti dan kunci kepada peribadinya. Ini meletakkan pendakwah boleh menggunakan cara interaksi yang tepat dan berkesan dalam usaha mempengaruhi dan meyakinkannya. Antara noktah penting untuk mencapai objektif peringkat ini disebut oleh Syeikh Abdul Halim Al Kinani ialah:
1. Pendakwah mesti mengikhlaskan niatnya dan berdoa untuk sasaran dakwahnya semasa ketiadaannya agar Allah Taala membuka pintu kepada hidayah, melapangkan dadanya kepada dakwah dan menyelamatkannya dari neraka.
2. Memelihara adab-adab pergaulan dan berbicara dengannya.
3. Bersungguh-sungguh untuk melihat dan bertemunya secara berterusan serta bertanya khabarnya apabila dia tiada.
4. Berwajah ceria ketika bertemu. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, "Kamu tidak mampu mengembirakan manusia dengan harta kamu tetapi kamu dapat lakukannya dengan muka berseri dan akhlak yang baik."
5. Mulakan dengan salam dan berjabat tangan. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya, "Adakah kamu suka aku tunjukkan kepada kamu satu amalan, jika kamu lakukan akan mengeratkan lagi kasih sayang antara kamu? Sampaikanlah salam antara kamu."
Syeikh Abdul Halim al-Kinani menyebut lagi bahawa pengukur kepada kejayaan pada peringkat ini ialah melihat kepada bagaimana jawapan kepada soalan-soalan berikut:
1. Adakah sasaran dakwah menganggap pendakwah sebagai rakan yang lebih istemewa dari rakan-rakannya yang lain?
2. Adakah sasaran dakwah pernah bercakap dengan pendakwah menggunakan bahasa yang mesra dan biasa ataupun masih bersifat hipokrit atau waspada?
3. Adakah sasaran dakwah merasa atau memperlihatkan rasa jauh diri atau tidak selesa terhadap beberapa sifat, cara interaksi dan percakapan pendakwah?
4. Adakah sasaran dakwah merasa minat untuk menziarahi pendakwah? Adakah dia pernah menjemput pendakwah untuk menziarahinya?
5. Adakah pendakwah dapat merasakan sasaran dakwah memberi respons yang baik terhadapnya pada setiap kali pertemuan, salam, pergaulan, percakapan dan lain-lain?
6. Adakah sasaran dakwah mula berbicara tentang perasaan, keperihatinan, keadaan dan segala apa yang bermain dimindanya?
7. Adakah dia menemui pendakwah untuk menyelesaikan segala masalah dan situasi yang menimpanya?
8.Adakah dia merasakan bahawa pendakwah layak dan sesuai untuk ditanya dan diminta pandangan?
9. Adakah dia diam untuk mendengar percakapan pendakwah dan menyertainya atau dia akan membantah, membidas atau langsung tidak ambil peduli.
10. Adakah wujud kesan yang jelas dari amalan bertukar-tukar hadiah antara pendakwah dan sasarannya?
Dengan menjawab semua soalan-soalan ini pendakwah mampu mengukur sejauh mana kejayaannnya pada peringkat yang pertama ini dan sejauh mana ia mencapai matlamat yang diharapkan.
Syeikh Abdul Halim al-Kinani menyebut bahawa faktor utama kepada segala masalah yang melanda umat Islam bukannya kerana aspek kekurangan kuantiti (bilangan) penganut, harta benda, kekuatan material atau lain-lain aspek dan kemudahan.
Sebaliknya segala masalah (konflik dan krisis) yang berlaku adalah disebabkan kelemahan yang menimpa jiwa dan penyakit al wahnu (cinta dunia dan takutkan mati) yang menguasai hati, di samping kelalaian (dengan kemewahan dunia) yang akhirnya melumpuhkan semangat serta mematikan kesungguhan dan keazaman mereka.
Umat pada hari ini seperti yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW dengan mafhumnya, "...Bahkan pada masa itu bilangan kamu sebenarnya amat ramai tetapi kamu hanyalah seperti bebusa buih."
Kelemahan umat hari ini sebahagiannya tidak mampu menghadapi godaan dan syahwat dunia. Hati juga tidak mampu menjadikan jiwa terlepas dari dosa dan kehinaan. Inilah penyakit yang paling dahsyat menimpa ummah dewasa ini.
Umat Islam tidak akan mampu menyelesaikan dan memadamkan gejala, kehinaan dan kebejatan yang dihadapi ini kecuali dengan melakukan perubahan total dalam peribadi seseorang Muslim.
Perubahan yang dilakukan hendaklah perubahan dasar dan mendalam, bukan hanya perubahan luaran dan kulit semata-mata. Titik mula kepada perubahan ini ialah membangkitkan iman dan aqidah di dalam hati. Apabila makrifatullah mula menyelinap di dalam hati seseorang manusia, pasti sahaja ia akan berubah menjadi insan yang bertaqwa dan soleh.
Syeikh Abdul Halim al-Kinani turut menggariskan langkah-langkah teknikal untuk mencapai matlamat dakwah diperingkat ini:
1. Pendakwah hendaklah menjadi ikutan yang baik, benar-benar komited dan terkesan dengan pengertian iman sebelum memindahkannya kepada sasaran dakwah.
2. Perbincangan secara langsung dan dua hala berlaku antara pendakwah dan sasaran dakwah (madu'u). Ia bertujuan untuk memindahkan pengertian-pengertian dan cetusan-cetusan iman ketika ziarah, pertemuan dan perbualan.
Syeikh Abdul Halim al Kinani turut menyarankan agar pendakwah memimpin sasaran dakwah (madu'u) secara praktikal :
1. Mendorong dan menggalakkan supaya bertaubat dan menjelaskan kepentingan untuk segera bertaubat.
2. Meninggalkan segala dosa, maksiat dan mungkar serta tidak lagi mengekalinya. Serentak itu merangsangnya untuk melakukan taat dan ibadat kepada Allah.
3. Mendorong agar mengikat diri dengan al-Quran dan sunnah. Mendengar, membaca, memahami, melaksana dan menghayatinya.
4. Memberikan peringatan (inzaar) dan galakan kepada madu'u (sasaran dakwah).
5. Memberi galakan dan ancaman agar tertanam rasa ingin mengabdikan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala hukum-hakam Allah dan dalam masa yang sama takut akan azab Allah akibat kecuaian dan kedegilan melaksanakan syariat Allah Taala.
6.Islam adalah cara hidup yang mesti diterima oleh semua. Tiada siapa yang berhak menghalang Islam ini dikembangkan sebagaimana tiada siapa yang berhak menghalang dirinya sendiri dari menerima Islam, cara hidup yang diwahyukan Allah Taala.
7. Memberi amaran dan ingatan supaya mengharapkan rahmat dan keampunan Allah sebelum mati sedang mati itu datang secara tiba-tiba dan azab Allah itu sangatlah pedih.
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta." (Surah Taha : ayat 124)
http://www.tarbawi.my
Syeikh Abdul Halim al-Kinani turut menggariskan langkah-langkah teknikal untuk mencapai matlamat dakwah diperingkat ini:
1. Pendakwah hendaklah menjadi ikutan yang baik, benar-benar komited dan terkesan dengan pengertian iman sebelum memindahkannya kepada sasaran dakwah.
2. Perbincangan secara langsung dan dua hala berlaku antara pendakwah dan sasaran dakwah (madu'u). Ia bertujuan untuk memindahkan pengertian-pengertian dan cetusan-cetusan iman ketika ziarah, pertemuan dan perbualan.
Syeikh Abdul Halim al Kinani turut menyarankan agar pendakwah memimpin sasaran dakwah (madu'u) secara praktikal :
1. Mendorong dan menggalakkan supaya bertaubat dan menjelaskan kepentingan untuk segera bertaubat.
2. Meninggalkan segala dosa, maksiat dan mungkar serta tidak lagi mengekalinya. Serentak itu merangsangnya untuk melakukan taat dan ibadat kepada Allah.
3. Mendorong agar mengikat diri dengan al-Quran dan sunnah. Mendengar, membaca, memahami, melaksana dan menghayatinya.
4. Memberikan peringatan (inzaar) dan galakan kepada madu'u (sasaran dakwah).
5. Memberi galakan dan ancaman agar tertanam rasa ingin mengabdikan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala hukum-hakam Allah dan dalam masa yang sama takut akan azab Allah akibat kecuaian dan kedegilan melaksanakan syariat Allah Taala.
6.Islam adalah cara hidup yang mesti diterima oleh semua. Tiada siapa yang berhak menghalang Islam ini dikembangkan sebagaimana tiada siapa yang berhak menghalang dirinya sendiri dari menerima Islam, cara hidup yang diwahyukan Allah Taala.
7. Memberi amaran dan ingatan supaya mengharapkan rahmat dan keampunan Allah sebelum mati sedang mati itu datang secara tiba-tiba dan azab Allah itu sangatlah pedih.
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta." (Surah Taha : ayat 124)
http://www.tarbawi.my
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-7-2013
Hati-hati menerima maklumat, ini penjelasan saya
Nasrudin Hassan, | 08 Jul 2013 |
"Berita terbaru: 9 pm waktu Mesir (3 am waktu Malaysia)
1) Jeneral Asisi mohon berunding dengan Dr Muhammad Morsi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.
2) Tentera Mesir terbahagi 2. Ketua Turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya.
3) Akhbar Chan...ell 2 mengulas - Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Mursi.
4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah: Dr. Muhammad Mursi.
5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.
5) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.
Sumber: Jurucakap Tentera."
Ini antara contoh sebaran yang diterima oleh saya yang menyandarkan sumber kepada Jurucakap Tentera.
Beberapa persoalan dan penjelasan dari saya:
- Setahu saya, Majlis Tentera menafikan apa yang disebut pada item (1) iaitu usaha berunding dengan Mursi.
- Akhbar "Channel 2"? Channel apa yang dimaksudkan?
- Angka 3 juta sedang berarak menuju Kaherah? Juga kesamaran? Berarak dari mana? Sedangkan bukan sumber tentera yang melaporkan angka ini tetapi jurucakap Ikhwan Muslimin memaklumkan selepas ucapan Mursyidul Am Ikhwan semalam di dataran Raba'ah bahawa angka rakyat yang berada di dataran Raba'ah melebihi 4 juta sementara di dataran Nahdhah, Giza pula menjangkau 3 juta.
- Tidak benar bahawa kereta kebal milik tentera menurunkan potret As-Sisi.
- Benar dilaporkan terdapat pertemuan antara As-Sisi, Mohammed Baradei dengan Duta Amerika tetapi tidak dimaklumkan isi pertemuan.
- Daripada 6 perkara yang disebut, saya setuju dengan perkara no. 2 bahawa askar telah berpecah dua antara yang menyokong As-Sisi dan Mursi. Adapun selain itu, banyak keraguan.

Sumber HD - 8-7-2013
Mudahnya jadi menteri
., | 05 Jul 2013 |
Sangka saya pada awalnya sukar untuk menjadi seorang menteri. Berdepan pelbagai soalan yang berbagai dari ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada pembangkang mahupun kerajaan. Nyata sangkaan saya meleset. Betapa mudah menteri dan timbalannya menjawab soalan-soalan dari ahli Yang Berhormat. Mereka membaca jawapan yang disediakan oleh pegawai dan memilih untuk jawab tulis bagi soalan tambahan yang tidak boleh dijawab lisan terutama yang melibatkan fakta dan figure.
Saya sempat mengemukakan soalan tambahan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan apabila timbul persoalan mengenai penubuhan balai bomba di Belaga dalam Bahagian Kapit. Soalan saya adalah berkait dengan isu kebakaran di Sibu dan lain-lain kawasan penempatan pendalaman serta padat penduduk. Kenapa bomba sering lambat tiba untuk menyelamat sehingga mengorbankan jiwa. Apakah faktor lambat dan sebenarnya berapakah jarak kedudukan wajar balai bomba dengan sesebuah penempatan?
Timbalan Menteri memilih tidak menjawab soalan saya semasa sidang sebalik mahu menjawabnya secara bertulis. Alhamdulillah selepas 3 jam saya menerima jawapan bertulis dari pihak kementerian.
Berbeza rakan sejawat saya YB Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, kini menggalas jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Beliau petah menjawab soalan tambahan dan saya lihat beliau kian matang dan tenang menjawab soalan berbanding sebelum ini.
Sidang hari ini menjadi ceria apabila rakan saya YB Ustaz Idris beberapa kali menyebut tuan-tuan dan puan-puan sedang sepatutnya disebut Ahli Yang Berhormat dalam dewan Parlimen ini. Kebiasaan berceramah sebelum ini menyebabkan beliau terbawa-bawa stylenya ke sidang dewan. Bukan sahaja beliau, bahkan saya sendiri beberapa kali tersasul menyebut "tuan-tuan dan puan-puan" dalam ucapan, cuma saya tidak sempat ditegur oleh Tuan Yang Dipertua Dewan, berbeza dengan YB Ustaz Idris.
Sahabat saya YB Ust Nik Mohamad Abduh juga sempat melontarkan ideanya dan mengambil bahagian dalam membahas titah DiRaja pada hari ini walaupun lewat petang. Saya turut teruja mengikuti isi kandungan bahas beliau persis mendengar ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sewaktu mudanya. Malang masa yang dimiliki oleh beliau hanya 15 minit untuk berbahas. Namun ucapan ringkasnya itu saya jangka akan menjadi hit di dada akhbar dengan isu dan penegasan yang dibuat oleh beliau. Begitulah aksi rakan-rakan dari Pakatan Rakyat yang lain seperti YB Rafizi Ramli dari PKR dan YB Datuk Arif Sabri dari DAP yang turut menggamatkan dewan dengan membaca beberapa ayat suci al-Quran. Beliau menyebut, hari ini YB DAP nak baca al-Quran !
Alhamdulillah hampir semua Ahli Parlimen baru dapat berucap. Terima kasih kepada ketua whip YB Dato' Haji Mahfuz Omar Naib Presiden PAS yang banyak memberi laluan kepada ahli-ahli Yang Berhormat junior sedang ramai pemerhati politik menanti-nanti ucapan beliau yang memang terkenal handal berpidato. Begitulah personaliti beliau yang saya kenal sejak dulu. Semenjak saya dibawa masuk oleh beliau menganggotai EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 2001 sedang beliau adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sementara saya menggalas amanah sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang pada waktu itu.
Dato’ Mahfuz Omar banyak memberi laluan kepada pelapis dan menonjolkan mereka sebagai peganti line up kepimpinan akan datang. Saya banyak belajar skil ini daripada beliau dan menerapkannya dalam kepimpinan saya pada hari ini apabila saya diamanahkan menggalas beban tanggungjawab sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Kini giliran saya membawa masuk dan menonjolkan tokoh-tokoh baru sebagai pelapis kepimpinan masa depan perjuangan ini melalui Dewan Pemuda PAS Malaysia. Antaranya YB. Ust Nik Mohd Abduh, Dr Raja Iskandar Al Hiss, Ir Hj Khairil Nizam, Al Akh Faizi Ahmad Kamil, Ust Syed Abdul Kader al Joofree, Ust Khalil Abdul Hadi, al Akh Syahir Sulaiman, Ust Ramadhan Fitri, YB Ust Mohd Nor Hamzah, Al Akh Sany Hamzan, Al Akh Zamri Asa'ad Khuzaimi, Al Akh Basri Din, Dr Amin ar Rasyid, Al Akh Halim Ahmad, YB Ust Ahmad Baihaki, Ust Ahmad Fadhli Saari, Abang Ahmad Kardee, Nurul Islam dan ramai lagi tokoh yang dibawa masuk menyertai DPPM era kepimpinan saya, yang mungkin saya terlepas dari menyenaraikan nama mereka di sini. Saya berdoa satu masa kelak mereka semua tampil sebagai tokoh besar memimpin bahtera perjuangan ini dengan ikhlas berpaksi aqidah, fikrah dan akhlak perjuangan Islam yang jitu lagi mantap.

Sumber HD - 5-7-2013
Diari P.088 di Parlimen 1 Julai 2013
., | 02 Jul 2013 |
Menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Parlimen Datuk Seri Shahidan Kasim telah mengemukakan usul supaya persidangan dewan hari ini dilanjutkan hingga jam 8.30 malam berbanding hari sidang sebelum ini hanya berakhir jam 5.00 petang.
Memang penat dan lesu memandangkan tumpuan penuh diberikan pada perbahasan ahli-ahli Yang Berhormat bermula seawal jam 10.00 am. Sementara setiap malam pula saya terpaksa membaca dan membuat persediaan untuk menghadiri sidang dewan pada keesokan hari.
Sungguhpun giliran saya membahaskan titah DiRaja telah berlalu tetapi saya terpaksa bersedia dalam apa jua keadaan untuk bangun mengemukakan persoalan dan memohon penjelasan berasaskan fakta dari perbahasan ahli-ahli Yang Berhormat. Termasuk menegur dan menangkis serangan dari Ahli Parlimen Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat.
Namun realitinya, tidak semua kesempatan berpihak kepada saya. Terlalu sukar untuk mendapatkan ruang. Sama ada saya tidak diberi laluan oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang membahaskan titah SPB YDPA atau Tuan Yang Dipertua tidak memberi kebenaran kepada saya untuk mengemukakan persoalan dan mencelah.
Berkali-kali saya bangun bagi mendapat izin dan laluan dari pihak Yang Dipertua dewan pada setiap hari, hanya 3 atau 4 kali sahaja peluang yang dapat saya miliki. Sungguhpun begitu, pada kesempatan lain, rakan-rakan saya yang lain bingkas dan pantas memanfaatkan setiap ruang. Kami tidak akan memberi laluan mudah kepada MP Barisan Nasional memperkotak katik Pakatan Rakyat.
Sehingga kini, MP Pakatan Rakyat aktif menyertai dan manfaatkan setiap ruang terutama bagi membawa idea Pakatan Rakyat dan menangkis apa jua kenyataan yang dilihat keterlaluan, salah fakta dan menyerang Pakatan Rakyat di samping membawa suara rakyat yang diwakili melalui kawasan parlimen masing-masing. Hari ini saya sempat mengemukakan persoalan berkait dengan isu pencerobohan Lahad Datu serta PATI dan isu larangan Tazkirah sewaktu solat Terawih di negeri Pahang.
Pengalaman ini agak menarik bagi saya sebagai Ahli Parlimen yang baru. Betapa peluang untuk bercakap dan bersuara sangat sukar dan setiap MP terpaksa berusaha keras bagi menarik perhatian Yang Dipertua agar mendapat laluan. Saya percaya Yang Dipertua Dewan juga melihat kepada MP-MP baru dan memberi peluang kepada yang belum berkesempatan bercakap.
Namun petua para MP senior ialah bangun segera dan acap kali akan lebih menarik perhatian Yang Dipertua. Pun begitu ada MP dari Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat yang bangun lalu terus bercakap tanpa peduli sama ada mereka mendapat laluan atau tidak daripada Yang Dipertua Dewan. Mereka berhujah, jika tidak berbuat demikian maka sampai ke akhirnya mereka tidak dapat peluang walaupun mereka tahu bahawa tindakan itu bercanggah dengan peraturan dewan. Lebih menarik, saya lihat Yang Dipertua Dewan banyak menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan untuk mengendalikan situasi ini dan sesekali membiarkan sahaja pelanggaran kecil itu berlaku.
Saya terus mempelajari selok belok ini dengan tekun. Sementara saya membiasakan diri dengan suasana pentadbiran, pengendalian dan perbahasan di dewan yang mulia ini. Namun begitu saya berazam untuk menjadi Ahli Parlimen yang baik dengan terus kekal mematuhi dan menepati peraturan yang telah ditetapkan. Meskipun tindakan saya tidak popular, tapi saya juga mahu mendidik diri dan juga Ahli Parlimen yang lain menerusi tindakan dan sikap saya. Semoga saya mampu melakukannya.
Saya juga tekun memerhati gelagat MP senior dari kedua-dua pihak iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk saya mempelajari sesuatu yang baru dari mereka dan juga membuat sempadan apa yang perlu. Demi memajukan diri saya, saya mesti meletakkan diri untuk senantiasa belajar sama ada daripada kitab-kitab yang sering saya tela'ah begitu juga dari pengalaman hidup termasuklah dari sidang dewan parlimen yang mulia ini.
Nasrudin bin Hassan
MP Temerloh
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-7-2013
‘Saya tetap teruskan tazkirah biarpun ditahan’
Harakahdaily, | 02 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah sempena Ramadan ini walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa dihadapi.
"Justeru ini adalah kerja nabi-nabi alaihissolaatuwassalam yang mesti saya sambung. Ini amanah perjuangan. Jika mereka mahu mengenakan tindakan ke atas saya, itu terpulanglah namun saya tidak berganjak dari pendirian saya ini.
"Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali," tegasnya dalam facebook.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berhubung larangan mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat terawih.
Exco itu sebagaimana dilaporkan media menyatakan jawatankuasa masjid yang didapati sengaja melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan.
Kenyataan penuh Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh seperti di bawah.
1. Larangan menyampaikan tazkirah adalah larangan yang tidak masuk akal malah bertentangan dengan Firman Allah swt:
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
Surah Azzaariyat : 55
2. Saya tidak faham kenapa Exco Dakwah Kerajaan Negeri Pahang mahu menghalangnya. Sedang rakyat dan masyarakat rata-rata dahagakan ilmu malah mereka mencari ilmu dengan mengunjungi masjid surau yang menganjurkan pakej tarawih dan tazkirah. Sehinggakan masjid dan surau yang tidak menganjurkan tazkirah kian tidak popular di hati rakyat.
3. Tazkirah adalah satu cabang dari aktiviti dakwah yang sepatutnya digerakmajukan oleh Exco Dakwah sebagaimana khutbah, kuliah dan lainnya. Tazkirah adalah berfungsi untuk menyedarkan ummah dari kelalaian dan ia membawa kebaikan kepada ummah, rakyat dan negara.
4. Menghalang tazkirah, pula tidak menyediakan alternatif lain untuk membasmi kejahilan ummah yang sedang berdepan dengan tahap gejala sosial yang parah, jenayah yang meningkat dan maksiat yang kian menular adalah merupakan perbuatan khianat terhadap amanah rakyat. Lebih baiklah Exco Dakwah mengeluarkan kenyataan untuk menghalang kelab malam daripada beroperasi di bulan Ramadhan, restoran yang dibuka pada siang hari untuk menjamu selera mereka yang mengaku muslim tetapi tidak berpuasa.
5. Saya akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa saya hadapi, justeru ini adalah kerja nabi-nabi alaihissolaatuwassalam yang mesti saya sambung. Ini amanah perjuangan. Jika mereka mahu mengenakan tindakan ke atas saya, itu terpulanglah namun saya tidak berganjak dari pendirian saya ini. Saman, saya ke mahkamah.
Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali.

PAS ada peluang baik di Kuala Besut
Khairil Abdul Rahim, | 30 Jun 2013 |
(Nasrudin sedang membantu kerja gotong-royong membina rumah salah seorang penduduk Temerloh)
TEMERLOH: Ketua Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan menganggap tidak mustahil PAS boleh memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut memandangkan parti itu pernah memenanginya sebanyak dua kali sebelum ini.
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, PAS menang pilihan raya umum (PRU) menewaskan BN di Dun berkenaan pada tahun 1969 dan 1999.
“Majoriti pengundi Kuala Besut adalah pengundi atas pagar dan sebahagian besarnya bekerja sebagai nelayan. Dewan Pemuda optimis PAS boleh melakukan kejutan jika maklumat yang tepat berjaya disampaikan,” ujarnya.
(Yusmi gembira rumahnya dibaiki)
Nasrudin berkata demikian ketika ditemui semasa bergotong-royong membina rumah seorang kampung, Yusmi Sofian,26, di Kampung Gajah Mati, Lanchang dekat sini hasil pungutan derma dari ahli-ahli PAS melalui PAS cawangan.
Yusmi yang tinggal seorang diri di rumah pusaka itu sejak beberapa tahun lalu, berkata beliau hanya mengambil upah bekerja kampung dan tidak mampu membina sendiri rumahnya yang telah rosak teruk.
“Setiap kali menjelang PRU pihak Umno datang berjanji untuk membina rumah baru tetapi tidak pernah ditunaikan. Akhirnya orang PAS yang tolong bina rumah setelah menang Parlimen Temerloh,” katanya.
Nasrudin dalam pada itu, turut mengucapkan tahniah kepada PAS Cawangan Gajah Mati kerana berjaya melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui sumbangan sekitar RM2,000 hasil derma ahli setelah dilancarkan pada Mesyuarat Agung Cawangan minggu lalu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-6-2013
Diari P.088 di Parlimen 27 Jun 2013
Nasrudin Hassan, | 29 Jun 2013 |
Hari terakhir bagi minggu pertama sidang Parlimen ke-13 ini sangat bersejarah bagi diriku. Kebetulan pula Yang Berhormat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS tidak hadir sidang hari ini kerana faktor kesihatan, maka saya telah diminta oleh ketua Whip YB Datuk Mahfuz Omar untuk mengambil giliran YB Datuk Seri Presiden bagi membahas Titah Diraja.
Setelah tiba giliran sekitar jam 3.30 petang, Timbalan Yang Dipertua memberi laluan kepada saya untuk menyempurnakan tugas bahas Titah Diraja dalam masa yang diperuntukkan selama 30 minit.
Saya akui, peluang ini membuatkan saya sangat teruja untuk mengemukakan pandangan dan membawa suara rakyat Temerloh ke dewan yang mulia ini.
Saya memulakan perbahasan dengan dengan membawa 3 topik besar iaitu:
a] Keabsahan Pembangkang
b] Temerloh Bandar Ilmu
c] Pendidikan Seimbang
Agak menarik gaya dan style perbahasan di Parlimen, di mana senantiasa ada ahli-ahli Yang Berhormat bangun memohon laluan untuk membalas hujah secara spontan dan sesekali ada ahli yang berhormat mengambil kesempatan untuk berucap panjang setelah laluan diberi. Justeru peruntukan masa yang sangat terbatas, saya hanya sempat memberi laluan kepada 6 orang ahli yang berhormat, termasuk dari Pakatan Rakyat.
Memang banyak kelemahan pada ucapan atau penyampaian saya dalam segenap segi, betapa saya masih perlu banyak masa, latihan dan persediaan untuk jadi yang terbaik. Abang-abang senior pasti menjadi pembakar semangat untuk terus maju menyahut cabaran. Saya tidak pernah mengimpikannya namun sedar bahawa saya mesti berusaha dan berjuang untuk melunaskannya.
Setakat ini dari pihak Barisan Nasional, saya memilih pembahas YB Tan Sri Annuar Musa dari Ketereh sebagai pembahas yang unik dan mempunyai kelebihan tersendiri sebagai pembahas yang hidup berbanding yang lain.
Dewan ditangguhkan ke hari Isnin depan tepat jam 5.35 pm.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-6-2013
Diariku dari parlimen: 24 Jun 2013
Nasrudin Hassan, | 24 Jun 2013 |
Jam 9.20 am saya mula melangkah kaki memasuki dewan mesyuarat di bangunan Parlimen. Satu detik bersejarah bagi diri saya sebagai ahli parlimen yang baru dari P.088 Temerloh. "Pertama kali" adalah detik debar yang akan dirasai oleh saya dalam apa jua aktiviti dan penglibatan. Apatah lagi "pertama kali" itu adalah majlis rasmi yang penuh formal dan mempunyai tatacara yang tersendiri.
Masih segar dalam lipatan sejarah, bagaimana pertama kali saya masuk sekolah, pertama kali saya masuk Madrasah Muhammadiah Sungai Durian dan kemudiannya Madrasah Ad Diniah Al Bakriah, pertama kali saya memasuki Maahad Fathul Islami di Syria dan pertama kali saya melangkah kaki ke gerbang Universiti al Azhar dan kini memasuki Dewan Rakyat dengan gelar sebagai Ahli Yang Berhormat sangat mendebarkan.
Situasi serupa saya alami semasa mula-mula ke gerbang perkahwinan, pertama kali diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan kini mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen bagi sessi parlimen ke 13.
Sejuk dinginnya suhu dewan parlimen ini tidak mampu meredakan debaran pertama ini. Perasaan saya berbaur antara gementar kerana tidak biasa dan berdebar kerana tidak sabar untuk menyertai perbahasan sebagai ahli parlimen yang baru.
Mengakui bahawa hati ini sangat teruja terutama melihat kelibat dan gelagat rakan-rakan ahli parlimen senior yang membawa pelbagai wajah dan rentak sesekali mamanaskan dewan.
Hari pertama parlimen bermesyuarat bagi edisi 2013 yang berlangsung hari ini telah menyaksikan kekecohan melibatkan proses pengundian untuk memilih Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Kertas undi diedar tetapi tidak rahsia kerana pengundinya mesti menulis nama dan menandatangani kertas undi tersebut.
Dua calon Yang Di Pertua Dewan telah dikemukakan. Pertama ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan disokong oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. Sementara calon kedua ialah Datuk Abdul Kadir Sulaiman atas cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan disokong oleh YB Karpal Singh.
Tan Sri Pandikar Amin terpilih sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat dengan memperolehi 133 undi berbanding Datuk Abdul Kadir memperolehi 89 undi.
Lebih menarik pada hari ini apabila Tan Sri Pandikar Amin selaku YDP Dewan Rakyat memashyurkan slogan "Ubah" dan "Ini kali lah" sebagai memulakan ucapan sulong beliau mengendali mesyuarat Ahli Parlimen.
Saat ini, jam telah menunjuk detik 11.40 am dan saya masih menunggu gilliran untuk mengangkat sumpah. Kini giliran ahli parlimen Barisan Nasional membaca teks angkat sumpah di hadapan Yang Di Pertua Dewan.
Semangat untuk terus memperjuangkan risalah perjuangan parti sekaligus membawa suara rakyat ke dewan parlimen ini makin berkobar...
Masih segar dalam lipatan sejarah, bagaimana pertama kali saya masuk sekolah, pertama kali saya masuk Madrasah Muhammadiah Sungai Durian dan kemudiannya Madrasah Ad Diniah Al Bakriah, pertama kali saya memasuki Maahad Fathul Islami di Syria dan pertama kali saya melangkah kaki ke gerbang Universiti al Azhar dan kini memasuki Dewan Rakyat dengan gelar sebagai Ahli Yang Berhormat sangat mendebarkan.
Situasi serupa saya alami semasa mula-mula ke gerbang perkahwinan, pertama kali diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan kini mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen bagi sessi parlimen ke 13.
Sejuk dinginnya suhu dewan parlimen ini tidak mampu meredakan debaran pertama ini. Perasaan saya berbaur antara gementar kerana tidak biasa dan berdebar kerana tidak sabar untuk menyertai perbahasan sebagai ahli parlimen yang baru.
Mengakui bahawa hati ini sangat teruja terutama melihat kelibat dan gelagat rakan-rakan ahli parlimen senior yang membawa pelbagai wajah dan rentak sesekali mamanaskan dewan.
Hari pertama parlimen bermesyuarat bagi edisi 2013 yang berlangsung hari ini telah menyaksikan kekecohan melibatkan proses pengundian untuk memilih Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Kertas undi diedar tetapi tidak rahsia kerana pengundinya mesti menulis nama dan menandatangani kertas undi tersebut.
Dua calon Yang Di Pertua Dewan telah dikemukakan. Pertama ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan disokong oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. Sementara calon kedua ialah Datuk Abdul Kadir Sulaiman atas cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan disokong oleh YB Karpal Singh.
Tan Sri Pandikar Amin terpilih sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat dengan memperolehi 133 undi berbanding Datuk Abdul Kadir memperolehi 89 undi.
Lebih menarik pada hari ini apabila Tan Sri Pandikar Amin selaku YDP Dewan Rakyat memashyurkan slogan "Ubah" dan "Ini kali lah" sebagai memulakan ucapan sulong beliau mengendali mesyuarat Ahli Parlimen.
Saat ini, jam telah menunjuk detik 11.40 am dan saya masih menunggu gilliran untuk mengangkat sumpah. Kini giliran ahli parlimen Barisan Nasional membaca teks angkat sumpah di hadapan Yang Di Pertua Dewan.
Semangat untuk terus memperjuangkan risalah perjuangan parti sekaligus membawa suara rakyat ke dewan parlimen ini makin berkobar...
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-6-2013
YB Ustaz Nasrudin HAssan (KDPPM) :
http://www.youtube.com/watch?v=gsygMtL-8nc&feature=youtu.be
Sumber HD - 22-6-2013
Muslimah, berhati-hati ketika keluar rumah
Nasrudin Hassan, | 21 Jun 2013 |
Teman-teman Muslimah, berhati-hati ketika mahu keluar dari rumah. Jaga aurat. Berpakaian dan berhijab adalah kerana pengabdian kita kepada Allah. Untuk menutup kecantikan bukan untuk menzahirkan kecantikan.
Apatah lagi nak menunjukkan bahawa walapupun berhijab tidak menghalang kita untuk berfesyen-fesyen dan bercantik-cantik. Bersederhanalah jangan berlebih-lebih sehingga lari tujuan berhijab.
Kita adalah aurat yang perlu disembunyikan kecantikannya melainkan kepada yang berhak melihatnya.
الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ
“Wanita itu adalah aurat, jika ia keluar dari rumah, maka syaitan akan menghiasinya. (Riwayat al-Tirmizi)
Aurat adalah kalimah Arab yang bermaksud kekurangan dan sesuatu yang mendatangkan keaiban. Disebut aurat, kerana aib bila terlihat akannya.
Wanita itu diibaratkan dengan aurat bukanlah kerana ia buruk atau aib tetapi kerana ia adalah makhluk yang indah dan selalunya kefasadan (kerosakan) berlaku adalah berpunca dari melihatnya dan mendengar kata-katanya.
Justeru itu aurat wanita merupakan perhiasan yang wajib ditutupi dari orang-orang yang tidak berhak untuk melihat atau menikmatinya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-6-2013
TEMURAMAH DENGAN SH:
Sumber TVH - 20-6-2013
Saya diminta jernihkan Sungai Pahang - Nasrudin
Harakah, | 18 Jun 2013 |
TEMERLOH: Menjadi wakil rakyat bukan mudah. Namun diminta oleh rakyat agar berbuat sesuatu untuk menjernihkan air Sungai Pahang bukan satu kerja yang mudah dan satu saranan yang memeranjatkan.
Itulah yang dialami oleh anggota Parlimen Temerloh yang baru, Ustaz Nasrudin Hassan di hari-hari awal beliau menjadi wakil rakyat.
Sungai Pahang adalah sungai terpanjang di semenanjung Malaysia dan melalui tengah-tengah bandar Temerloh. Airnya yang keruh menjadi tempat paling di gemari ikan Patin menjadikan Temerloh sangat terkenal dengan ikan Patin.
"Saya didatangi seorang penduduk di parlimen yang saya wakili iaitu Temerloh, meminta supaya saya melakukan sesuatu untuk menjernihkan air sungai Pahang.
"Ini satu contoh hendak menggambarkan bagaimana, pelbagai aduan, pelbagai rupa, harapan rakyat yang sebegitu," cerita Nasrudin kepada wartawan Harakah.
Baca wawancara sepenuhnya dengan beliau dalam Harakah edisi Jumaat ini.
Itulah yang dialami oleh anggota Parlimen Temerloh yang baru, Ustaz Nasrudin Hassan di hari-hari awal beliau menjadi wakil rakyat.
Sungai Pahang adalah sungai terpanjang di semenanjung Malaysia dan melalui tengah-tengah bandar Temerloh. Airnya yang keruh menjadi tempat paling di gemari ikan Patin menjadikan Temerloh sangat terkenal dengan ikan Patin.
"Saya didatangi seorang penduduk di parlimen yang saya wakili iaitu Temerloh, meminta supaya saya melakukan sesuatu untuk menjernihkan air sungai Pahang.
"Ini satu contoh hendak menggambarkan bagaimana, pelbagai aduan, pelbagai rupa, harapan rakyat yang sebegitu," cerita Nasrudin kepada wartawan Harakah.
Baca wawancara sepenuhnya dengan beliau dalam Harakah edisi Jumaat ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-6-2013
'Kekadang hati menangis kerana terhiris'
Harakahdaily, | 17 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan mengakui kadang-kadang hatinya terhiris dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan di ruangan komen di laman sosial facebooknya.
Berkongsi pengalamannya bersosial di alam maya hampir tiga tahun, beliau berkata, biarpun kritikan itu pedas dan tajam, namun dia suka untuk melihatnya dari sudut yang positif.
"Sungguhpun pada saat - saat tertentu, kritikan mereka membuatkan hati saya menangis sendirian kerana terhiris, namun saya tetap akan mengagahkan diri untuk mempelajari sesuatu dari kritikan tersebut," katanya dalam entri bertajuk "3 tahun sahaja" di akaun laman peminat facebooknya.
Bercerita lanjut, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, sepanjang mengndalikan facebooknya sejak tiga tahun lalu pelbagai warna posting dan gaya status ditemuinya.
Baginya, ia mencerminkan rencamnya pemikiran manusia yang ada di dunia ini yang seharusnya diterima.
"Saya telah temui 1001 satu jenis dan kategori pemikiran manusia melalui komen, ulasan, kritikan, teguran, nasihat, sokongan, herdikan, cacian dan nista yang dihamburkan. Begitulah rencamnya pemikiran masyarakat diluar sana. Aneka karenah dan ragam pembaca yang melintas di laman sosial milik saya ini.
"Saya banyak mempelajarinya malah mengambil iktibar darinya. Meskipun saya tidak punya banyak masa untuk menjawab, tetapi paling tidak saya akan membaca keseluruhan komen dan bahagian yang paling saya suka ialah bahagian kritikan pedas dan keras," luahnya lagi.
Biarpun begitu, beliau tetap mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung samaada terdiri dari rakan-rakan seperjuangan mahupun "pengkritik tetap".
Malah katanya, ada sesetengah tindakan yang dibuat khususnya dalam dewan pemuda adalah hasil daripada komen-komen yang diterinya melalui facebook.
"Insyaallah, ada masa kelak dan mungkin di musim cuti sekolah akhir tahun ini, saya nak anjurkan gathering fan club saya yang terdiri dari sebahagian besar pengunjung facebook ini.
"Kita santai sambil beramah mesra meskipun berbeza latar politik dan akademik. Are you ready?," soalnya menutup coretan entri itu.
Untuk rekod, sehingga berita ini ditulis, laman peminat Nasrudin Hassan kini mempunyai sejumlah 89,405 peminat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-6-2013
Kuku Mahathir masih mencengkam musuh politik
Harakahdaily, | 15 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan ‘belang’ beliau dengan cuba menjadi hero apabila menggesa kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada Pakatan Rakyat yang menurutnya berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.
Justeru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menyifatkan bekas Perdana Menteri yang sudah bersara lebih sepuluh tahun membuktikan kuku beliau masih lagi mencengkam dan gigi taring beliau masih lagi tajam untuk menusuk musuh-musuh politiknya.
“Amat malang bagi Perdana Menteri sekiranya masih mendengar dan tunduk dengan kata-kata bekas PM itu. Sepatutnya Tun Dr Mahathir duduk diam dengan melihat perkembangan politik tanah air,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Bagi Ahli Parlimen Temerloh itu, di depan ayah Menteri Besar Kedah itu ada barisan kepemimpinan baharu PM bersama anggota kabinetnya yang menjalankan tugas ketika itu.
“Berikan sepenuh kepercayaan kepada mereka dan beliau tidak perlulah ‘ringan mulut’ membuat sebarang kenyataan kerana semua pihak merasa rimas dengan kemunculan beliau, seolah-olah, dari segi jawatan rasminya beliau telah melepaskannya namun dari segi tugas beliau masih lagi menguasai dasar-dasar kerajaan,” katanya.
Beliau juga menyifatkan Mahathir mahu kerajaan sekarang mengulangi sikap keras semasa zaman pemerintahannya.
Justeru, kata beliau tidak hairanlah di zamannya, rakyat menggelarkannya sebagai diktator atau pemimpin kuku besi.
Di zamannya, kata Nasrudin, ISA paling aktif digunakan dengan beratus-ratus rakyat kebanyakannya pemimpin pembangkang dihumban ke penjara itu.
Apa yang menghairankan, ujarnya kaedah berlembut yang dikatakan Mahathir digunakan oleh kerajaan sekarang sudah menahan ramai aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat, ada yang diheret dan didakwa di mahkamah.
“Bagaimana pula jika pendekatan keras digunakan?” tanya beliau.
Dalam keadaan berlembut itu, ujar beliau kerajaan sukar melepaskan Padang Merbok untuk dijadikan lokasi perhimpunan 22 Jun 2013, sesetengah lokasi perhimpunan di negeri-negeri terpaksa diubah saat akhir, media hampir mustahil dapat digunakan oleh semua pihak terutama Pakatan Rakyat, akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Roket dirampas di kebanyakan negeri, pegawai-pegawai kerajaan diugut dan disogok supaya jangan menyokong PR, jentera kerajaan dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan manakala sistem pilihanraya dimanipulasi sedemikian rupa oleh SPR dan lain-lain agensi kerajaan.
“Apakah itu masih berlembut?” tanya beliau lagi.
Sehubungan itu, ujarnya cukuplah kenyataan Mahathir menjadi peringatan keras buat Perdana Menteri supaya jangan mengulangi kesilapan bekas pemimpinnya itu.
Tambahnya, Mahathir pelopor kebangkitan rakyat sehingga tercetusnya peristiwa reformasi 1998 dan beliau antara punca Umno ditolak dan dibenci oleh rakyat sehingga sekarang.
“Abaikan nasihat bekas PM dan sebaiknya PM tumpukan kepada usaha membangunkan negara di samping mendengar pandangan dan keluhan rakyat di bawah,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-6-2013
Gerakan amal tarbawi wajib diperkasa
., | 13 Jun 2013 |
1. Sebagai sebuah Gerakan Islam, Amal Tarbawi menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan. Malah Amal Tarbawi melengkapi segala zat dan galian yang diperlukan oleh Gerakan Islam bagi menguatkan otot serta memperkasakan stamina guna menggalas berat beban perjuangan mendaulatkan Syariat Allah swt.
2. Tanpa Amal Tarbawi atau perlaksanaan Amal Tarbawi yang lemah serta tidak konsisten bakal mengundang 1001 masaalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis. Besar kemungkinan bahawa segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran dari lemah dan lembabnya perlaksanaan Amal Tarbawi.
3. Amal Tarbawi sangat berkait rapat dengan pengkaderan serta pembinaan aqidah, fikrah dan syakhsiyyah. Agar setiap anggota Gerakan Islam sama ada pemimpin atau ahli biasa, wakil rakyat atau staff pejabat memiliki skima pentarbiyyahan yang mantap dan lengkap.
4. Aqidah mereka aqidah yang tulen, fikrah mereka fikrah Islamiyyah dan syakhsiyah mereka pula adalah syakhsiyyah yang soleh. Inilah rahsia kekuatan Gerakan Islam sehingga ia mampu bertahan dalam menangkis dan mengelak serangan musuh yang bertubi arus dari segenap sudut.
5. Apabila Amal Tarbawi mula tidak diendah atau perlaksanaannya bersifat acuh tidak acuh lantaran memberi keutamaan kepada skil politik seperti penampilan imej, kenyataan media, penampilan di tengah-tengah kemelut masyarakat, mengupas dan menjuarai isu, enggagement dengan pelbagai pihak dan sebagainya lagi yang saya tidak nafikan kepentingannya, maka ia membawa implikasi yang besar dan sukar buat masa depan perjuangan.
6. Kita kelak mungkin dilihat hebat dan gah pada zahirnya dek penampilan dan penonjolan imej politik yang luar biasa tetapi individu anggota dan jamaah itu sendiri terdedah kepada hakisan nilai fundemental dan spiritual Harakah Islamiyyah.
7. Contoh mudah yang boleh saya ketengahkan ialah merosotnya nilai ukhuwwah fillah lantaran sejak lama dulu, usrah diabaikan, tamrin ditinggalkan , qiamulail dilupakan, ziarah diketepikan. Mungkin kerana kita nak beri tumpuan kepada ceramah umum, pertemuan-pertemuan politik dengan rakan saingan politik yang lain, hubungan dengan pihak media agar menyiarkan kenyataan politik kita, mesyuarat merangka strategi untuk saling mendahului antara satu sama lain terutama menjelang musim muktamar yang ada pemilihan kepimpinan.
8. Sedang usrah memberi peluang kita mempertaut hubungan atau ukhuwwah fillah di kalangan kita melalui bertanya khabar, makan setalam, bertentang mata, bahu membahu, sama-sama mengaminkan doa rabitah dan lain-lain elemen [di samping usrah menggarap fikrah melalui tasawwur Amal Islami yang jelas] yang mungkin kita lihat ianya kecil tetapi nilainya besar dalam mengukuhkan silah dan rabitah perjuangan antara anggota Gerakan Islam.
9. Tanpa usrah, tamrin dan lain - lain aktiviti Amal Tarbawi , dapat dilihat kesannya hari ini . Bermula dengan renggang hubungan antara anggota sesama anggota mahu pun anggota dengan pimpinan , ianya mengheret kita kepada suasana yang lebih sukar iaitu mudah berburuk sangka dan mudah tercetus pergeseran sesama sendiri hanya dengan sedikit khilaf atau isu kecil yang saya percaya ianya tidak akan mencetus pergeseran apalagi pertegkaran jika ukhuwwah diantara kita tebal dan kebal .
10. Sementara itu , tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ukhuwwah sangat penting bagi sebuah Gerakan Islam . Ianya menguatkan benteng atau kubu perjuangan dari asakan musuh yang mahu memcahbelahkan saf kita , semangat kerja berpasukan , melancarkan orientasi gerakkerja yang dirancang , mengelak krisis dan perpecahan dalaman dan sebagainya .
11. Lebih bermakna jika perjuangan yang kita dokong ini bertunjangkan ukhuwwah fillah yang mantap lantas ia menghasilkan kemanisan berjuang dan kelazatan berjamaah . Kemanisan dan kelazatan ini bagai formula yang paling kental bagi mengelak berlakunya futur dalam perjuangan apalagi insiden keluar jamaah meninggalkan perjuangan atau pecah wala' dan retak thiqah kepada pimpinan .
12. Itu baru kita bercakap soal ukhuwwah . Masih banyak lagi perkara lain yang juga penting seperti soal wala' , thiqah , dengar dan taat , iltizam atau komitmen , istiqamah atau pro aktif , tadhiyyah atau pengorbanan dan banyak lagi , yang hanya mahu dihasilkan melalui Amal Tarbawi .
13. Kesimpulannya , adalah menjadi kewajipan kita di semua peringkat , cawangan , kawasan , negeri , pusat bahkan dewan - dewan untuk melihat semula isu Amal Tarbawi yang sedikit sebanyak mengalami gangguan perlaksanaannya masa kini .
14. Mudah untuk dikesan , saya sebutkan disini betapa jika kita cadangkan program bermalam seperti 2 hari satu malam atau lebih , akan ada pandangan yang menolaknya dengan alasan kalau kita buat program melibatkan aktiviti bermalam , bimbang penyertaan kurang atau program itu bakal tidak mendapat sambutan . Lebih parah , pandangan seperti ini mewakili ramai dikalangan ajk mesyuarat tersebut .
15. Aktiviti Amal Tarbawi tidaklah sekadar usrah dan tamrin justeru Tarbiyyah bukan suatu yang rigid . Kita boleh menampilkan apa jua bentuk aktiviti asal sahaja membawa kita ke arah pencapaian yang menepati piawaian sebuah Gerakan Islam dengan elemen - elemen yang saya sebutkan tadi .
16. Kreativiti dalam menganjurkan aktiviti agar tidak dilihat stereo type atau jumud dan sebagainya sangat diperlukan . Yang penting kita perkasakan Amal Tarbawi. Harap gesaan ini mendapat sambutan semua pihak organ parti atau jamaah.
17. Segala kelemahan jangan dibiarkan berlarutan kelak ia membarah. Segala kekurangan jangan dipandang sebelah mata kelak ia membusung. Segala masalah jangan dianggap remeh kelak ia meruncing.
Selamat memperkasakan Amal Tarbawi.
Nasrudin Hassan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-6-2013
Ayuh, selepas solat Jumaat di Kedutaan Syria
., | 11 Jun 2013 |
1. Krisis Syria telah berlanjutan 2 tahun. Sejak 15 Mac hingga 15 Mac 2013.
2. Kini lebih 1.6 juta rakyat Syria menjadi pelarian dan hampir 100 ribu rakyat terbunuh.
3. Para alim ulama menegaskan kebangkitan rakyat Syria adalah jihad dan mati mereka kerananya adalah syahid.
4. Justeru itu, saya menyeru agar seluruh rakyat dan warga prihatin di negara ini tanpa mengira perbedaan agama, kaum dan politik berkumpul di hadapan Kedutaan Syria pada hari Jumaat ini bersamaan 14 Jun 2013 sejurus selesai solat Jumaat bagi menyatakan bantahan dan kutukan keras kita terhadap campurtangan asing, keganasan, pertumpahan darah dan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Syria
5. Sewajarnya kita menunjukkan solidariti kita terhadap insan yang tertindas menjadi mangsa kekejaman dan gas beracun. Sungguhpun Syria nun beribu kilometer, namun kekejaman dan keganasan yang berlaku tidak mungkin membuatkan kita kaku membatu diri.
6. Saya juga menyeru agar sebelum turun berhimpun dan menyerahkan memorandum kecaman ke Kedutaan Syria, seluruh masjid mengadakan solat hajat memohon pertolongan Allah swt dan sekaligus memusnahkan mereka yang kejam, ganas dan tidak berhati perut.
7. Penyertaan dan solidariti dari pihak NGO dan orang perseorangan sangat dialu-alukan bagi meningkatkan tekanan ke atas pihak berkuasa Syria supaya segera mengambil langkah menghentikan keganasan dan menerima campur tangan asing. Juga tekanan ke atas badan-badan dunia yang berautoriti agar mengusahakan kedamaian dan keselamatan rakyat Syria dan mengambil tindakan tegas kepada penjenayah kejam yang membunuh rakyat Syria.
8. Diulangi:
Tarikh: 14 Jun 2013
Hari: Jumaat
Masa: Sejurus selesai solat Jumaat.
Tempat: Kedutaan Syria Kuala Lumpur.
9. Kita juga mendesak agar ketajaan Malaysia segera menyatakan sikap untuk mengutuk kekejaman ini dan mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi membincang dan mengambil keputusan dan tindakan rasmi kerajaan Malaysia terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di bumi Syam itu.
10. Ayuh nyatakan kebersamaan dan penyertaan saudara untuk menentang kezaliman dan kekejaman manusia banjingan ini. Temui anda di sana.
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-6-2013
Hayati dan laksana 5 prinsip amal jamaei
., | 10 Jun 2013 |
Sebahagian dari usaha untuk memperkasakan PAS agar Islam yang menjadi asas dan dasar perjuangan dapat dilaksanakan dengan cemerlang , kita sewajarnya memastikan intima' atau penglibatan kita dengan PAS ini benar - benar dihayati bersama 5 prinsip Amal Jamaei.
5 Prinsip yang saya maksudkan itu ialah:
1. Iltizam
Memberikan komitmen yang tinggi terhadap setiap aktiviti amal Islami yang dianjurkan oleh PAS demi menjayakan gerakkerja pengkaderan atau pembinaan :
Aqidah yang sohih ,
Fikrah yang syumul dan
Syakhsiyyah yang soleh .
Dakwah yang benar
Tanzim @ Organisasi yang mantap
Jangan abaikan setiap keputusan jamaah apalagi membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang telah diputuskan secara jamaei melalui prosedur mesyuarat yang sah . Pastikan juga kita tidak mengakibatkan aktiviti jamaah lumpuh atau terbiar dengan sikap yang acuh tidak acuh dalam menjayakannya .
Terapkan rasa wajib ke atas diri dalam menunaikan semua peraturan dan arahan jamaah yang tentunya untuk kepentingan perjuangan Islam yang suci dan bersih dari sebarang elemen yang bersifat kepentingan diri sendiri .
Rasa diri terpanggil untuk menyelesaikan apa jua tanggungjawab dan amanah perjuangan yang terbengkalai walaupun bukan kita pemegang amanah yang bertanggungjawab langsung terhadapnya .
2. Wala'
Kesetiaan dan kejujuran kita terhadap perjuangan Islam yang didokong dengan PAS sebagai platform untuk menjayakannya , lalu menggapai objektif dan matlamat .
Tidak berlaku curang atau tidak mengkhianati perjuangan dengan melakukan sesuatu yang bukan sahaja bercanggah dengan dasar perjuangan tetapi juga mendedahkan jamaah kepada risiko ekoran tindakan kita yang kurang berhati - hati seperti mengakibatkan kebocoran rahsia dan lainnya .
Jangan sekali - kali bermain kayu 3 dengan jamaah yang akhirnya mencetus dilemma dalam melaksanakan arahan pimpinan . Antaranya sikap menyertai 2 atau 3 jamaah sekali gus kononnya didirikan atas kefahaman bahawa yang penting ialah Islam bukan jamaah , maka boleh menyertai mana - mana jamaah yang mahukan Islam .
Tindakan ini membawa kepada pecah wala' lalu timbul pula 'fatwa' kononnya wala' tidak wajib kecuali kepada Allah dan Rasul demi menghalalkan tindakan mereka menyertai 2 atau 3 jamaah secara serentak .
Menyertai 2 atau 3 jamaah serentak sebenarnya menggangu proses pembinaan secara terancang dan mencetuskan kekeliruan fikrah serta membawa kepada dilemma dalam ketaatan dan komitmen . [ perbincangan panjang dan jelas telah saya tulis dalam kertas kerja saya yang bertajuk Ummah Centric : satu kekeliruan . ]
3. Dengar dan Taat.
Melancarkan misi dan operasi yang telah dirancang demi mencapai objektif dan matlamat perjuangan suci ini pastinya dengar dan taat adalah mekanisme yang tidak dapat tidak mesti dihayati dan dilaksanakan .
Kita tidak selayaknya mengklasifikasikan ketaatan kita kepada pimpinan dan jamaah selama mana ia tidak mengheret kita dan jamaah ke kancah maksiat dan mungkar . Sekalipun pemimpin yang mengeluarkan arahan hanya seorang junior atau pimpinan bertaraf cawangan , jika kita bertanggungjawab langsung dengan arahan tersebut maka hendaklah ianya dilaksanakan dengan penuh amanah .
4. Ukhuwwah fillah
Jalinan persaudaraan antara ahli PAS mestilah diikat dengan semangat berlapang dada , berbaik sangka , tawadhu' atau merendah diri antara satu sama lain , kasihkan saudara sebagaimana kita kasih kepada diri sendiri , mengutamakan kebaikan buat saudara kita mengatasi diri sendiri .
Eratnya jalinan antara ahli sesama ahli dan ahli dengan pimpinan membentuk benteng kukuh buat jamaah dari sebarang anasir yang merosakkan struktur kepimpinan dan pentarbiyahan jamaah .
Usaha dan aktiviti yang menumbuhkan kemesraan sesama ahli atau program yang menanam rasa kasih yang mendalam mestilah diberikan keutamaan . Justeru ukhuwwah yang terbina utuh antara ahli dan pimpinan akan meminimakan ruang khilaf dan menutup peluang krisis .
5. Tadhiyyah [pengorbanan]
Tiada perjuangan tanpa pengorbanan malah pengorbanan antara pra syarat kemenangan . Sukar untuk kita jayakan misi dan visi perjuangan besar ini tanpa pengorbanan semua pihak . Mengorbankan tenaga , harta benda dan nyawa demi perjuangan Islam ini sememangnya telah diwartakan oleh Allah dalam al Quran sebagai sunnah perjuangan sejak zaman Nabi saw.
Kegagalan berkorban memerangkap diri dan jamaah dalam kelemahan yang tidak mungkin boleh diatasi .
Terutama kita berjuang di era menang , kedengaran akhir - akhir ini suara yang mahu titik peluh dan penat lelahnya untuk perjuangan ini dibayar dengan imbuhan dunia . Tanpa imbuhan atau perolehan lumayan maka tiada tenaga jauh sekali nyawa untuk perjuangan . Ini satu musibah !
Pengorbanan adalah tuntutan perjuangan yang sama samaada sebelum atau selepas menang . Tanpa pengorbanan terlalu sukar untuk kita mencapai kemenangan sebagaimana jua tanpa pengorbanan pasti sahaja kemenangan yang dicapai tidak akan bertahan lama .
Ringkasan ini sebagai satu nota kecil buat petugas , ahli dan pimpinan PAS yang saya dedikasikan buat semua khasnya diri saya sendiri yang masih perlu dibimbing dan dibina dengan apa yang telah saya notekan di sini .
Saya harap perbincangan lanjut dibawa ke usrah atau liqa fikri berkait 5 prinsip amal jamaei ini dan dilengkapkan dengan nas qura'ani dan dalil sunni berasaskan manhaj perjuangan an nabawi.

Sumber HD - 10-6-2013
No comments:
Post a Comment