Purata anak muda punyai tujuh kad kredit
Ahmad Tajdid, | 22 Sep 2013 |
SHAH ALAM: Purata anak muda bekerjaya di negara ini memiliki tujuh kad kredit, angka yang menggambarkan tahap berbelanja generasi muda yang membimbangkan.
Malah Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Muhammad Rapidi Mohd Darus (gambar) mendedahkan pernah memberikan kaunseling kepada seorang pekerja wanita bank tempatan yang memiliki 42 kad kredit!
“Ini bermaksud wanita itu memohon kad kredit daripada semua bank komersial yang beroperasi di negara ini,” kata beliau ketika membentangkan tajuk ‘Fenomena Muflis Dalam Golongan Muda di Malaysia’ pada Seminar Maqasid Syariah Kebangsaan anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) di Auditorium Karangkraf, dekat sini, petang semalam.
Menurut Rapidi, keadaan ini berlaku kerana permohonan kad kredit tidak dikawal Bank Negara dan institusi perbankan komersial bersaing menawarkan perkhidmatan tersebut ekoran pulangan yang menarik.
Mengulas lanjut, beliau berkata dari 2010 hingga 2012 berlaku peningkatan 8 peratus jumlah individu yang diisytiharkan bankrap oleh mahkamah iaitu 18,119 pada 2010 dan 19,575 (2012).
Daripada jumlah keseluruhan individu yang diisytiharkan muflis, 84 peratus diakibatkan kegagalan menjelaskan pinjaman termasuk kad kredit.
“Hutang sewa beli (kenderaan) dank ad kredit adalah paling tinggi di kalangan generasi muda,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, ramai anak muda Melayu yang mengalami kebankrapan setelah dua atau tiga tahun bekerja.
Fenomena ini, ujarnya diakibatkan daripada sikap berbelanja boros dan tidak mengikut kemampuan.
Rapidi memberi contoh kecenderungan anak muda Melayu bekerjaya memakai kereta berjenama mewah walaupun baru memiliki pekerjaan.
“Dengan gaji yang tidak seberapa, mereka dibebankan dengan bayaran semula pinjaman, minyak dan kos penyelenggaraan,” katanya.
Kejahilan dalam memahami syarat-syarat perjanjian jual beli juga, jelas beliau mengakibatkan mereka menghadapi tindakan undang-undang oleh syarikat perbankan apabila menyorokkan kereta yang tidak mampu dijelaskan bayaran sedangkan kaedah yang betul adalah menyerahkan kereta itu kepada pihak bank.
Statistik yang diperolehi AKPK sehingga Mei 2009, ujar Rapidi menunjukkan 50 peratus individu muflis ialah mereka yang berumur di bawah 30 tahun.
Pada 2005 sejumlah 49.39 peratus mereka yang diisytiharkan muflis berumur di bawah 30 tahun, 46.32 peratus (2006), 55.79 peratus (2007), 48.17 peratus (2008) dan 46.04 peratus (hingga Mei 2009).
Rapidi yang telah berkhidmat lebih enam tahun di AKPK menasihati ibu bapa supaya menanamkan sikap berjimat cermat dan belanja berhemah kepada anak-anak mereka.
AKPK, ujarnya sedia membantu individu yang bermasalah kewangan dengan mengatur pembayaran semula hutang kepada institusi kewangan berdasarkan kemampuan kewangan individu terbabit.
Pihak AKPK juga, jelasnya bersedia member khidmat nasihat kewangan kepada mereka yang menghadapi bebanan kewangan sedangkan sumber pendapatan tidak mencukupi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-9-2013
Beri peranan anak muda membina bangsa
Mohammad Syazwannuddin Shaharuddin, |
Sejak PRU13 berakhir, begitu banyak rasa tidak puas hati diluahkan. Ada yang melalui tulisan, di dalam temuramah atau yang lebih popular melalui demonstrasi.
Kebanyakan yang terlibat dalam demonstrasi itu pula adalah anak muda. Oleh sebab itu banyaklah yang mengkritik anak muda terlampau mengikut emosi dan tidak matang.
Dalam pilihanraya kali ini kita lihat partisipasi anak muda sangat tinggi. Mereka bukan sekadar menjadi pengundi malah terlibat juga dalam kempen. Pada hemat kami, ini adalah satu perkara yang sangat positif dan perlu diberi pujian.
Ini menunjukkan bahawa anak muda mahu dilibatkan bersama dalam perancangan dan pelaksanaan polisi negara. Apatah lagi banyak dasar-dasar yang diputuskan memberi kesan langsung dalam kehidupan mereka seperti ekonomi, pendidikan dan kesihatan.
Memang tidak dinafikan ada sesetengah anak muda mungkin meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara tidak betul. Malah ada yang terlalu radikal sehingga membawa kepada penangkapan.
Tindakan ini kami fikir tidaklah membawa keuntungan kepada sesiapa malah menambah rasa tidak percaya kepada pihak berkuasa.
Anak muda akan sentiasa mengikut emosi, tinggal lagi pihak yang lebih berpengalaman perlu memberi ruang kepada mereka untuk menyalurkan tenaga anak muda ini ke jalan yang betul.
Di sinilah peranan NGO-NGO belia untuk membimbing dan memastikan perjuangan anak muda sentiasa mengikut lunas undang-undang dan memberi manfaat kepada masyarakat. Kuasa anak muda yang tidak terkawal hanya menyebabkan kekacauan yang berpanjangan.
Pihak berkuasa juga telah mengumumkan satu perdamaian kebangsaan. Tindakan ini kami fikir akan membawa kepada pengukuhan Bangsa Malaysia. Di sinilah pihak berkuasa perlu memberi anak muda lebih banyak peranan untuk memastikan kejayaan dasar ini.
Tidak tepat sekiranya perbincangan tentang Bangsa Malaysia hanya berkisar di antara generasi lama walhal generasi muda yang akan menentukan bentuk mana yang sesuai untuk dilaksanakan pada masa hadapan.
Pemimpin sekarang baik dari parti pemerintah atau pembangkang perlu memberi kerangka manakala pelaksanaan pula biarlah anak muda yang menentukan.
Dengan memberi peranan yang lebih besar, maka rasa tidak puas hati anak muda kini dapat disalurkan pada perjuangan yang lebih membina.
Penulis ialah Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Sumber HD - 11-6-2013
No comments:
Post a Comment