Penulis buku La Tahzan tegur umat Islam
Harakahdaily , | 08 Nov 2013 |
Dr Aidh Abdullah al-Qarni ialah seorang ulama Arab Saudi juga penulis motivasi Islam terkenal di dunia masa kini.
Antara karyanya yang paling terkenal ialah La Tahzan (Jangan Bersedih) yang mula ditulis ketika di dalam penjara. Buku ini sudah diterjemahkan ke dalam 29 bahasa dunia termasuk Indonesia dan Malaysia. Di Arab Saudi sahaja, buku ini sudah dicetak lebih kurang 1.5 juta naskah.
Semasa mendapatkan rawatan di Paris, beliau telah menukilkan suatu artikel yang menegur sifat-sifat umat Islam dan membandingkannya dengan sifat masyarakat yang ditemuinya ketika di Paris.
Antara nukilannya yang menarik ialah “(Di Paris) Ku lihat banyak hadis-hadis Nabi SAW diamalkan dan direalisasikan. Erti dan kehormatan yang berbalas, bahasa yang sopan dan gaya hidup bertamaddun khasnya dalam aspek pergaulan dan perhubungan sesama manusia.”
Tulisnya lagi;
“Sedangkan jika ingin dibandingkan dengan warga tanah Arab, ternyata berbeza. Jika sedang marah, pasti akan diselangi dengan kata-kata laknat, caci-maki, cercaan dan hinaan. Ke mana hilangnya manhaj al-Quran yang mengajar kita...”
Terjemahan tulisan penuh beliau boleh dibaca di laman web ini;
Sila baca

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-11-2013
Nyawa II
Idanradzi, | 01 Nov 2013 |
Nyawa II
Dari denyutan nadi ayah & ibu
bersatu janin seorang aku
yang bersemi dalam hembusan roh
bernafas jantungku ke dunia-Mu.
Isteri adalah kekasihku dunia akhirat
aku tidak pernah membahagikan cintaku
siang malam menanti kehadiranmu
dalam tidur & jagaku Bidadariku.
Iman adalah nyawaku nan ramah dalam diri
tidak pernah pun diri mengerti abadi
Dia memerhatiku dalam duduk atau berdiri
dalam solat doa ibadah atau kiblat-Mu
aku bak asyik buta hati lalai duniawi.
Nyawaku punya siapa jika bukanmu kekasihku
Nyawaku punya siapa jika bukan-Mu Ilahiku
Nyawaku punya siapa bila mati tak bernadi lagi.
(Hatta kenapa tamak dengan harta & kuasa
sementelah segalanya takkan kekal lama)
Idanradzi
Kota Bharu Perak.

Sumber HD - 1-11-2013
Budayawan dan kuasawan berpisah tiada
Ilhami Hisham | ibh6666@gmail.com, | 23 Okt 2013 |
MALAM 20 Oktober 2013 berlangsung satu lagi Majlis Dialog Budayawan dan Pimpinan anjuran Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat di Shah Alam.
Kehadiran ramai pimpinan tertinggi parti, penggiat budaya dan seni membawa harapan cerah kepada kebangunan budaya rakyat dalam negara ini.
Sebenarnya program seumpama ini telah acapkali diadakan di berbagai peringkat. Namun seperti juga majlis lain, ia perlukan kepada program susulan agar dapat menghimpunkan pandangan baru dan menilai perkembangan terkini.
Pimpinan kelihatan mencatat dan akhirnya menyimpulkan keperluan bagaimana bentuk, kandungan dan hala tuju kebudayaan yang sifatnya senantiasa berlegar di seputar kehidupan seharian kita.
Kehadiran Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden, Haji Salahudin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar, Ketua Muslimat, Ustazah Zailah Mohd Yusuf serta Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang lain menghantar isyarat jelas kepada budayawan bahawa kolaborasi kedua-dua pihak amat penting dan perlu diperkemaskan.
Kenyataan Dr Muhaimin Sulam yang mengetuai Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS ketika berucap malam itu menyentuh rangsangan paling dalam dan penuh makna.
“Di dada kiri ini, ada seni dan budaya. Di dada kanan ini, ada inspirasi politik,” persis pujangga muda yang penampilannya mirip A Samad Said.
Malah kesanggupan Exco-exco Selangor daripada PAS mendengar semua rintihan budayawan, mengambil dan menjelaskan sebahagiannya dikira memberangsangkan.
Ramai penggiat seni budaya hadir dengan harapan besar berdasarkan luahan rasa mereka yang berucap. Meskipun perkara yang dibangkitkan seakan klise sahaja sifatnya, kewajarannya adalah ia belum dapat dilakukan dengan baik oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Majlis bertambah meriah dan berseri dengan penyertaan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, CEO Kumpulan Perangsang, Raja Idris Kamarudin, tokoh budayawan, Raja Aminullah Ahmad, Ir Kassim Muhammad yang juga Setiausaha Paksi, pelakon Abu Bakar Juah dan Abu Bakar Omar, Penulis Lirik dan Pelakon, Bob Lokman, Penyanyi Aisyah Wan Ariffin dan Abby Abadi serta ramai lagi dalam kalangan artis.
Setiap mereka bebas menyuarakan pandangan malah ada yang merintih dan merayu, khalayak dapat menilai kesungguhan mereka mengalirkan harapan setingginya dalam majlis itu.
Antara yang ikhlas menyuarakan pandangan adalah Presiden Paksi Seniman Rakyat (Paksi), Dinsman, Zunar, Ronasina, Pak Bakar, Ustaz Shazli, Nasir dari Paksi, wakil Frinjan dan Nasyeed.com serta Aisyah.
Namun bagi pihak budayawan pula seperti ucapan Pak Dinsman, mereka mengharapkan lebih daripada itu.
"Paksi mempunyai bank program yang boleh diketengahkan pada bila-bila masa sahaja.
"Cuma pihak kerajaan negeri perlulah mengeluarkan sedikit belanja untuk menjayakannya,” tegas Dinsman.
Jawapan daripada Dr Halimah Ali yang banyak membantu usaha-usaha mengetengahkan program budaya sebelum ini seperti Jelajah Budaya Selangor dalam kerangka kaitan dengan bidang kuasa portfolionya amat menyentuh.
“Kehadiran kami Exco Kerajaan Negeri Selangor dalam majlis ini hanya sebagai tetamu dan bukan untuk ‘menjawab’ semua rintihan yang dinyatakan.”
Menjawab semua komen dan rintihan kalangan budayawan yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana acapkali diperlakukan itu ini begitu begini, Haji Mohamad Sabu mencelah cantik.
“Sistem budaya dalam negara kita ini sangat rendah. Jika pergi ke Iran, Paris atau London, lihatlah bagaimana rakyat berbaris untuk melihat teater Shakespeare, sebagai contoh.
“Tapi di Malaysia, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said boleh ditembak dengan gas pemedih mata. Seorang koperal polis boleh menahan Sasterawan Negara,” tegasnya.
Dalam ucapan gulungnya, Tuan Guru Abdul Hadi antara lain berkata; “Semua pejuang PAS sejak mula berjuang dalam keadaan tiada wang dan hidup dalam kemiskinan.
“Beruntunglah tuan puan yang berjuang sekarang dalam keadaan sudah ada Kerajaan Negeri Selangor namun memohon sumber kewangan juga perlu ada kaedahnya.”
Jelaslah majlis dialog yang cuba membahaskan gagasan besar Malaysia sebagai Kuasa Budaya Dunia idea Mahfuz tidak dapat diketengahkan pada malam itu kerana limitasi acara dan untuk melaksanakannya pula pasti menghadapi kekangan kewangan.
Program berakhir tanpa sebarang keputusan konkrit. Majlis dialog yang tiada siapa boleh berikan kata putus. Kerana semuanya melibatkan kewangan yang perlu ada kelulusan penjaga gudang laba itu. Apatah lagi dalam keadaan tiada exco khusus untuk tangani isu budaya. Semua pihak boleh terus dalam keadaan bijaksana bermain tarik tali. Nasib baiklah tali masih kukuh dan mantap!
Berlalulah biduk, entah bila kiambang akan bertaut semula.
Golongan Budayawan terpaksa menunggu untuk entah berapa lama lagi…
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-10-2013
SN Usman Awang, burung dan nasi durian
Hazayani Zakaria, | 29 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Saya tidak berpeluang bertemu atau mengenali susuk tubuh beliau secara dekat walaupun namanya sering disebut-sebut orang.
Namun sejak di sekolah rendah lagi, saya sudah mengetahui tentang beliau lewat biografi dan puisi-puisi beliau.
Selepas diberitahu bahawa Perbadanan Kota Buku akan mengadakan acara Jualan Buku @ But Kereta sempena memperingati karya Sasterawan Negara, Datuk Dr.Usman Awang, saya segera mengosongkan jadual pada tarikh tersebut.
Acara Jualan Buku @ But Kereta memang sudah menjadi acara bulanan Kota Buku namun acara semalam terasa lebih meriah apabila karya-karya Allahyarham Usman Awang atau nama penanya Tongkat Warrant ditampilkan.
Bertempat di Perkarangan Perpustakaan Negara semalam, berlangsunglah acara jualan buku-buku, deklamasi puisi dan bedah buku Usman Awang.
Lebih menyentuh perasaan apabila anak Allahyarham, Haslina Usman sendiri tampil bercerita perihal kesusahan zaman kanak-kanak dan remaja bapanya yang disifatkannya sebagai sumber inspirasi beliau.
Beberapa kali bertemu dengan Haslina, melihat peribadinya yang lemah lembut dan selalu tersenyum, mengingatkan saya kepada pembacaan saya tentang Allahyarham.
Ya, Haslina mewarisi sifat bapanya, barangkali.
Menurut pembacaan saya, Allahyarham Usman Awang disenangi ramai kerana perwatakan dan peribadinya yang lemah lembut dan senang mesra serta simpatinya terhadap orang miskin.
Malah, Usman Awang disifatkan sebagai seniman yang berjiwa rakyat.
"Masa kanak-kanak Allahyarham bapa saya, dia hidup susah. Berjalan kaki ke sekolah beberapa kilometer jauhnya, memijak jalan tar yang panas hingga terpaksa berlari-lari anak," katanya yang mesra dipanggil Kak Lina.
"Kadang-kadang, bila nak makan, bapa saya lastik burung untuk dibuat lauk.
"Jadi di usia tuanya, dia sangat rasa bersalah pada binatang dan simpatinya pada haiwan sangat tinggi.
"Sebab itu dia selalu letak pisang dan nasi di tepi tingkap, supaya bila burung hinggap, burung boleh makan pisang dan nasi itu," sambungnya dan berhenti bercakap beberapa saat, menarik nafas panjang menahan sebak.
"Cukuplah kita bercakap tentang itu, tetapi saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat menjayakan acara memperingati perjuangan Allahyarham bapa saya ini.
"Semoga kita semua mendapat manfaat daripada karya-karya beliau," katanya mengakhiri ucapan.
Haslina juga sempat menunjukkan cara menyediakan makanan kegemaran Allahyarham bapanya iaitu nasi durian.
Allahyarham Usman Awang meninggal dunia tanggal 29 November 2001 pada bulan Ramadan akibat penyakit jantung, ketika umurnya 72 tahun.
Allahyarham dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor dan mendapat pendidikan awal di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani Muar (1940) sehingga lulus darjah enam.
Usman yang dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada 1983, penerima kedua selepas Sasterawan Keris Mas pernah berkhidmat sebagai anggota polis Inggeris (1946-1951), Pengarang Utusan Zaman dan Mastika (1952-1961) serta pengarang bahagian majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (1962-1985).
Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden, Allahyarham terkenal dengan tulisan-tulisan dalam pelbagai genre yang memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan, patriotisme dan moral.
Namun, beliau dalam sejarah kepengarangannya lebih dikenali dalam genre puisi yang mengangkat pelbagai persoalan di sekitar masyarakat kelas bawahan Melayu, khususnya para petani, buruh dan tukang.
Allahyarham mula menghasilkan sajak sejak tahun 1948. Kemudian aktif dalam penulisan cerpen, novel dan drama, dan telah menghasilkan lebih 100 buah buku, artikel, jurnal, puisi dan novel.
Sajak pertama beliau yang saya baca ialah Guru Oh Guru selain Makam Bonda, Kekasih, Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar dan Ketam Mengajar Anaknya Berjalan.
"Kak Ina, Hari lahir saya dan Allahyarham bapa kak Ina sama, 12 Julai," kata saya kepada Haslina sewaktu berbual-bual dengannya selepas beliau menyampaikan ucapan.
"Oh, ya? Mesti sensitif, kuat merajukkan? Ayah memang kuat merajuk, sensitif," katanya sambil tersenyum.
Saya senyum dan mengangguk, mengiyakan.

Sumber HD - 29-9-2013
Kenapa batal pengharaman “Allah, Kebebasan dan Cinta.”
Dr Fatimah Zaharah Rosli, |
Latarbelakang
Keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat pada tarikh 5hb September 2013 oleh Hakim Datuk Zaleha Yusuf bagi membatalkan pengharaman terhadap terjemahan buku Irsyad Manji “Allah, Liberty and Love” baru-baru ini amatlah dikesali.
Keputusan itu dibuat setelah pengharaman kepada buku terjemahan berbahasa Melayu yang telah berkuatkuasa pada bulan Mei 2012, dan ZI Publications memohon semakan kehakiman atas pengharaman tersebut.
Alasan yang diberikan terhadap pembatalan merupakan buku asli yang berbahasa Inggeris telah berada di pasaran selama setahun sebelum itu, sejak 2011, dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada penganut agama Islam. Beliau juga mempersoalkan keputusan pengharaman buku tersebut oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya setelah keluar versi Bahasa Melayu.
Keputusan pengharaman oleh KDN yang diambil atas nasihat JAKIM selepas penerbitan dan pengedaran buku Bahasa Melayu oleh ZI Publications mengambil kira Bahasa Melayu sebagai bahasa nasional dan merupakan lidah rasmi penganut agama Islam di Malaysia. Edaran buku Bahasa Inggeris yang pada asalnya hanya mencapai sebahagian kecil masyarakat Malaysia akan dapat diperluaskan sekiranya edisi Bahasa Melayu disebarkan dengan mudah dan berleluasa.
Penilitian JAKIM berhubung dengan isu ini merupakan suatu yang perlu dihormati oleh masyarakat Malaysia sebagai sebuah badan yang mempunyai autoriti untuk membuat keputusan berkaitan hal-ehwal agama Islam.
Kaedah Feqah Kuliyyah yang ke-22 “Menutup pintu-pintu kerosakan.”
Dalam kes ini, pengharaman buku tersebut dapat membanteras daripada menularnya pemikiran Islam Liberal yang banyak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar dan menimbulkan banyak kontroversi kepada masyarakat. Pemikiran Islam Liberal yang menekan konsep berijtihad tanpa ilmu dan kajian dan mengikut pendapat logika akal semata-mata, menolak konsep balasan syurga dan neraka dan menganggap Islam dan semua agama lain sama dalam erti kata mengajak kepada kebaikan adalah jauh terpesong daripada asas dan fundamental agama ini.
Walaupun diakui, di zaman teknologi maklumat ini, apa sahaja jenis buku dan bahan bacaan boleh didapati dengan mudah melalui internet, namun kawalan dalaman adalah perlu sebagai sebahagian daripada usaha kita untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan saling hormat-menghormati.
Pada hakikatnya penulis Irsyad Manji menyampaikan gambaran agama Islam sepertimana yang beliau fahami dan lalui sepanjang hayat beliau dalam konteks yang sangat sempit tanpa mengambil kira kesyumulan islam itu sendiri. Perjuangan beliau menegakkan kasih-sayang dan mempromosikan sikap saling memaafkan hanyalah retorika yang ditulis dan disampaikan dalam bentuk yang cantik.
Mendokong Zionis
Hakikatnya beliau mendokong perjuangan zionis di tanah jajahan Israel yang langsung tidak menunjukkan belas ihsan mahupun kasih-sayang terhadap orang Arab Palestin dan terus-menerus mengintimidasi mereka saban hari dan waktu.
Latar belakang penulis yang pro zionis serta memperjuangkan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender,) pluralisma agama, ideologi yang hampir sama dengan Salman Rushdie dan pejuang-pejuang liberalis yang seangkatan boleh membawa kepada beberapa impak negatif seperti :
1.Kedangkalan orang bukan islam dalam memahami Islam sebenar kerana dikaburkan oleh penulisan Irsyad Manji. Hal ini boleh menjejaskan keharmonian masyarakat yang terbina atas dasar hormat-menghormati antara penganut agama lain dan penganut agama Islam.
2.Kegagalan orang Islam mahupun orang bukan Islam dalam memahami maksud agama wahyu yang Allah turunkan untuk memartabatkan umat manusia dan mengangkat mereka menjadi hamba Allah dan bukan hamba manusia dan hamba nafsu semata-mata.
3.Menularnya budaya seks songsang luar tabie kerana menganggap ia sesuatu yang sepatutnya boleh diterima oleh agama dan masyarakat sedangkan budaya ini tidak membawa kepada produktiviti malah membawa kepada kebejatan social dikalangan masyarakat.
4.Kesukaran masyarakat memahami Islam sebenar yang merupakan rahmatan lil alamin.
5.Menularnya budaya ijtihad tanpa ilmu dalam kalangan penganut agama Islam yang gagal memahami konteks ijtihad yang sebenar-benarnya menurut Islam.
6.Mengelirukan masyarakat terhadap nilai-nilai moral yang sudah sebati dengan mengatakan bahawa hukuman terhadap pesalah seolah-olah satu kesalahan sedangkan ia merupakan langkah untuk memelihara masyarakat umum daripada masalah sosial dan moral yang lebih tenat.
Wanita ISMA ingin menggesa agar Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kes ini supaya buku tersebut tidak terus diedarkan.
Buat ZI Publications pula, dinasihatkan agar menerbitkan buku-buku terjemahan tentang Islam dan Cinta hasil penulisan Abdullah Nasih Ulwan, Aidh Al-Qarni dan ramai lagi penulis yang dapat menyampaikan gambaran yang lebih tepat tentang Islam itu sendiri berdasarkan al-Quran dan Hadis, bukan hanya pandangan sendiri semata-mata.
Dr Fatimah Zaharah Rosli
Aktivis Wanita ISMA
AJK I-Medik Selangor/Wilayah Persekutuan

Sumber HD - 11-9-2013
Mana Janji
Hana al-Amin, | 09 Sep 2013 |
Kami orang kampung
yang sentiasa dibohong
yang tiada pelajaran
dan tiada harta
yang ada sebuah pondok kecil
ditanah tumpang
yang bila-bila masa
tuan tanah datang
dengan notis lelongan
Mana janji
rumah mampu milik
untuk orang macam kami
tiada tanah dan bumi lain
untuk anak berteduh dan bermain
kami hidup dan mati disini
bergantung tulang empat kerat
selagi ada kudrat
menyarai anak isteri
yang sentiasa setia
mengharungi pancaroba
Kami tinggal didesa
tanpa menoleh pilihanraya
kami tak risau
kerana tiada kereta
atau motosikal
tiada perlu petrol atau diesel
untuk sebuah basikal
hari-hari bergatih bergilir
menyantuni anak bersiar
tiada cita-cita – cuti-cuti Malaysia
hanya keliling kampong seputar
Kami orang kampong
yang termenung bila dilapur
barang naik melambong
yang risaunya barang dapur
ingatkan hari mendatang
yang muram jadi benderang
hidup akan berubah
barang menjadi murah
rezeki akan bertambah
tetapi sekarang makin parah
dikatakan keparahan tukaran ringgit
keekonomian dunia global yang sakit
kerana tiada pelajaran
kami dibohongi lagi
tapi tahu berkira bulan ini
tambang bas sekolah naik lagi
kerana minyak telah mahal
tetapi sebelum ini ada janji
harga petrol diesel tak akan naik
mereka yang berjanji
masa sibuk nak dapat undi
kami tak faham subsidi
kerana telaga minyak
milik kita sendiri
tak pernah rugi
tapi minyak naik lagi
mana janji.........
Hana al-Amin
792013 tumpat.

Sumber HD - 9-9-2013
Rahsia di sebalik kebangkitan lelaki sakit Eropah
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, | 09 Sep 2013 |
“Kedai ini agaknya,” saya berbisik.
“Mungkin. Cubalah tanya,” balas Wan.
“Assalamualaikum, tuan,” saya memberi salam.
“Wa alaikum al-salam wahai Malizi. Ahlan wa sahlan. Silakan, silakan. Banyak buku baru yang diterbitkan tahun ini,” kata tuan punya kedai berkenaan.
“Saya sedang mencari sebuah buku. Tetapi buku ini agak susah hendak ditemui. Tetapi sebab kedai tuan menjual buku-buku terbitan Dar al-Bayrak, mungkin saya datang ke tempat yang betul” saya menyatakan hajat.
“Oh, buku apakah itu? Jika ada, Insya-Allah saya akan bantu,” ujar beliau.
“Saya mencari buku Sahwah al-Rajul al-Maridh tulisan Muwaffaq Bani Marjah,” saya memberitahu.
Tuan punya gerai pameran buku tersebut berubah wajahnya. Beliau yang tadinya tersenyum, berkerut dahinya mendengar tajuk buku yang saya cari.
Sambil berpeluk tubuh, beliau memerhatikan saya. Matanya tajam merenung mata saya.
“Kamu pelajar?” tanya beliau, memecah hening perbualan kami yang terbantut.
“Ya, saya pelajar Syariah di Universiti Mu’tah” saya memperkenalkan diri.
“Mengapa kamu mahu buku tersebut?” tanyanya lagi.
Kali ini saya yakin, buku tersebut ada dalam simpanan beliau.
“Saya mengkaji Daulah Uthmaniah. Semua buku Daulah Uthmaniah saya cuba kumpulkan untuk bacaan sekarang dan masa hadapan. Buku Sahwah al-Rajul al-Maridh itu penting sebab ia asalnya sebuah tesis. Sudah tentu kesahihannya telah diuji” saya terus bercerita.
“Apa yang kamu tahu tentang buku itu?” soal beliau lagi.
Terasa seperti disoal siasat pihak polis pula jadinya.
“Saya baru pulang dari Istanbul bulan lalu. Di sana, saya ternampak poster Sultan Abdul Hamid II dibaling batu oleh sekumpulan anak muda. Kasihan mereka. Membenci Sultan Abdul Hamid II, kerana salah faham. Buku seperti Sahwah al-Rajul al-Maridh itu penting untuk memahamkan orang seperti mereka, tidak kira Turki, Arab atau Melayu” saya menyambung kisah.
Beliau memandang ke kiri dan kanan.
Dalam nada berbisik beliau berkata, “wahai anak muda, saya boleh dapatkan kamu buku itu, tetapi dengan syarat kamu bersumpah dengan nama Allah yang kamu akan merahsiakan daripada siapa kamu membeli buku tersebut. Sumpah itu mesti dipegang sehingga kamu mati!”
Tergamam saya.
Begitu sekali risaunya beliau.
Namun saya faham. Isi kandungan buku itu amat sensitif. Ia mungkin sesuatu yang biasa bagi saya. Tetapi ia amat menggetarkan diri anak watan Jordan. Buku tersebut merupakan kajian tentang usaha mempertahankan Daulah Uthmaniah oleh Sultan Abdul Hamid II. Sahwah al-Rajul al-Maridh atau “Kebangkitan Lelaki Tenat” itu merujuk kepada Daulah Uthmaniah yang digelar sebagai The Sick Man of Europe oleh Tsar Rusia, Nicholas I kepada Sir George Hamilton Seymour, duta Inggeris ke St Petersburg.
Buku tersebut menceritakan tentang konspirasi Sharif Husin bin Ali bersama Inggeris, bersama pendedahan dokumen-dokumen asli dan foto nadir, sebagai sandaran bukti. Ia sangat berbau konspirasi, namun Muwaffaq Bani Marjah mengemukakan hal ini di dalam sebuah tesis akademik, yang telah diluluskan oleh panel penilai.
Banyak isi kandungan buku itu yang hangat.
Ada juga gambar Muhammad Abduh bersama rombongan Freemason.
Ada juga catatan berkenaan Hasan al-Banna, Sayyid Qutb dan pejuang-pejuang Islam yang gugur dalam perjuangan mempertahankan jati diri umat pasca kejatuhan Daulah Uthmaniah.
Buku itu memaparkan Jordan sebagai sebuah negara yang seperti anak lahir dari rahim ibunya yang mati dibunuh. Bukan dibunuh musuh semata, tetapi juga oleh anaknya yang merobek dari dalam. Ia menjelekkan. Namun sejarah, ada hitam dan ada putihnya. Kedua-duanya perlu diadili dan diinsafi bersama.
Seperti kata Arnold Toynbee, “Kebanyakan tamadun bukan mati dibunuh, tetapi mati membunuh diri”
Daulah Uthmaniah yang hilang keperwiraannya itu, diperkosa kuasa asing dan memberanakkan banyak ‘anak haram’. Antaranya adalah sebuah negara bernama Jordan.
“Wallahi, Wa Billahi, wa Tallahi, saya berjanji untuk merahsiakan daripada siapa saya membeli buku Sahwah al-Rajul al-Maridh ini hingga ke akhir hayat saya” saya bersumpah di hadapan beliau.
Lelaki itu masuk ke belakang gerai dan selepas kira-kira 10 minit, beliau muncul semula bersama sebuah bungkusan yang dibalut kertas serta plastik hitam beberapa lapis. Saya menerimanya dan membayar harga yang disepakati.
“Pergilah kamu balik. Esoklah datang semula kepada ekspo buku ini untuk membeli buku-buku lain” pintanya.
Saya mengangguk.
Sebelum beredar, beliau memeluk saya dan berbisik “fi amanillah”
Biar pun saya rasa kerisauan beliau seperti sebuah paranoid yang melebihi realiti, namun kerana menghormati kesanggupan beliau mengatasi ketakutannya, mempercayai saya dan seterusnya mendapatkan saya buku yang penting ini, saya memenuhi hajatnya dan terus pulang ke Sweileh bersama Wan.
Semenjak memiliki buku itu, saya terbiasa mengunci pintu bilik setiap kali saya ke kelas atau bermusafir ke mana-mana. Biar pun buku itu kini boleh diperolehi di mana-mana, malah boleh dimuat turun dalam bentuk pdf, ia kekal menjadi salah sebuah buku koleksi sejarah Daulah Uthmaniah saya yang unik.
Setiap buku, ada ceritanya…
http://saifulislam.com

PATI Peribumi
Idanradzi, | 02 Sep 2013 |
Siapa yang menjadi PATI kini
kudrat atau kuasa atau duit
terlalu ramai melepasi sempadan
tak sepadan dengan operasi
berulang kali paksi dibolosi.
Siapa yang menjadi PATI kini
bilamana rakyat marhaen terpinggir
duduk di tapak rumah tanpa geran
masih menyewa rumah amat mahal
tak mampu membeli harga meninggi.
Siapa yang menjadi PATI kini
lantaran tak cam lagi peribumi
masyarakat majmuk berkecamuk
di bumi yang merdeka kian kalut
akta persempadanan kian rapuh.
IDANRADZI
Kota Bharu Perak

Sumber HD - 2-9-2013
Mumia Firaun
Hana al-Amin, | 23 Ogs 2013 |
Sadarulkalam keberadaan si Maharaja
bersalasilah penaklukan , kuasa dan harta
zalim,mewah dan angkuh.......
tersemadi dimonumen piramid utuh
lambang hamba abdi rakyat yang patuh
dimumia dimuzium kaca
kebesaran si Maharaja pemerintah sahara
legenda susur galur purbakala
di sejarah berkurun masa
sekujur mayat mumia kaku
di keranda bersama perhiasan lalu
semasa kemewahan duniawi dinikmati
terahsia di piramid gurun kalahari
Hidup dibawah langit terbuka jalur lebar
tidak diawet seperti mumia kaku pejar
kerana keberanian tidak semestinya
diukur gagah perkasa laskarnya
tetapi berani pertahan hak yang dipipis
di dunia bertopeng demokrasi imperialis
bangun juang bersama jihad wira
mahsyar lautan manusia menuntut bela
seluruh pelosok dataran timur dan barat
senyum Raba’ah al-Adawiyah kafan syuhada
Ini bukan khabar khayalan
mereka pendukung jihad berdemonstran
di setiap dataran dan lorong
tidak hirau peluru dihambur
mensasar himpunan berkampong
hatta rakus sniper menabur
tak peduli bahkan bangga
mengusung syuhada terbujur
bergelumang darah yang membasah
pejuangnya tekad memecah benteng penipuan
walau ramai wiranya terkorban
tragedi terawih, subuh berdarah dan bersahur
solidariti tak akan undur, bahkan akur
menghambat junta penjarah bertopeng mumia
pewaris Mahararaja Firaun angkuh menipu dunia.
Hana al-Amin
Kota Bharu.
30 julai 2013.

Sumber HD - 23-8-2013
Jauhnya Mesir dari kita
Hjarib, | 19 Ogs 2013 |
Mesir
Jauhnya dari kita
Bukan jarak, masa atau ruang
Bukan warna atau tutur bicara
Bukan juga citra-budaya
Tapi rasa
Cinta dan benci
Takut dan berani
Hidup dan mati
Gimana mungkin di dekatkan
Mereka rela nyawa melayang,
Puasa zon selesa
Demi secebis Kemenangan yang dirompak
Himmah yang tinggi
Berdarah tak terperi
Dunia sepi tanpa inti
Khabar berita hanya cerita bersiri,
cerita basi
Versi konspirasi bertatah kasturi
Tangan-tangan keji memukul curi
Kala peluru menghujani masjid terbuka
Raya di jalan raya
jiwa entah bila disapa
Kita sama sahaja
Suka suka
Sahaja sahaja
Itu Mesir, kucar kacir
Kita hening, bening dan terus lena
Dibuai mimpi ngeri, ah... hanya mimpi
Peduli apa kita
Samakah kita dengan Mesir
Sama itu Satu
Sama itu Haq
Sama itu Cahaya
Sama itu redha Pencipta
Sama-sama sama
Sama-sama dekat
Dekat dalam doa
Hjarib
Kubang Kerian
2 Syawal 1434
8 Ogos 2013

Sumber HD - 19-8-2013
Puisi buat rakyat Mesir: Nil, kau tak sendiri
Hafizul Faiz , | 17 Ogs 2013 |
Ku terbangkan buatmu, Nil
kata-kata yang bersayap
berseru, bertitah, bergoncang di alam merah
semerah darah syuhadamu, memekari tanah gersang
yang roboh dipaku dendam
yang lebam diremuk kejam
Ku taburkan buatmu, Nil
benih-benih hijau berpohon Nazilah
mengharum di awan basah
lebih deras dari peluru bertirus
lebih agam dari mahkota al-yahud
Mereka itu hanya bertopengkan dendam
hatinya hitam kecut dan dayus
bila kau berseru "lailaha illAllah"
sebesar mana letupan terletus
seramai mana nyawa terhapus
semangatmu masih mengapung
keberanianmu masih gah di persada sejarah
Bukankah kau tak tahu, Nil
dihujungnya sudah ada janji
yang pasti, kau tak sendiri
Main Hall CAC, IIUM
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-8-2013
Nahdah dan Raba'ah, Rebah Berdarah
A Gafar Mahdi , | 16 Ogs 2013 |
Nahdah dan Raba'ah,
Terhampar di kota Kairo
dua dataran perjuangan
medan berhimpun para mujahidin
pemuda dan wanita
bocah kecil, juga ibu-ibu dan para bapa
pencinta kebenaran
penegak keadilan
penyeru kebangkitan
pemburu kemenangan
perindu kesyahidan.
Mereka,
menunggu dan tetap menunggu
menanti dan terus menanti
sedari mula kudeta tentera
yang merampas posisi Morsi
mengangkat Assisi
meruntuhkan suara demokrasi
Ikrar mereka laungkan,
"Hidup mulia atau syahid menuju syurga!"
Nahdah dan Raba'ah,
Sudah sepekan Syawal dirai di sini
Namun, suka seketika beralih duka derita
Kekejaman merasuk segenap kota perjuangan ini
Kezaliman meranapkan medan kebangkitan ini
Tanpa rasa kasihan belas insani
Siapa sahaja menjadi mangsa
Ditembak, dibunuh dan dibakar
Masjid dan rumah sakit juga
musnah hancur berderai menjadi puing-puing
menebarkan abu, menimbunkan batu
Lalu, warna-warna panjinya berubah:
Merahnya darah
Putihnya kafan
Hitamnya arang.
Apakah ini harga sebuah keadilan dan kebebasan
yang dikhianati sendiri oleh penyembah tuhan demokrasi?
Nahdah dan Raba'ah,
Di sini rebahnya ribuan syuhada
Darah yang mengalir menjanjikan syurga
Sungguh!
Walau rebah, takkan goyah
Perjuangan suci tidak akan terhenti
Tidak akan pernah mengalah
Syahadah demi menegakkan syari'ah Allah
menenggelam kesesatan syiah dan golongan kuffar
membenamkan parah liberal dan barah sekular
moga tiada tersisa lagi, walau seinci.
A Gafar Mahdi
Aktivis PEMBINA
16 Ogos 2013 | 12.00 am
Balingian, Sarawak

Ingkar
Idanradzi, | 30 Jul 2013 |
Ingkar
Dirantai oleh bara dendam sengketa
menyeringai ego ke medan bencana
bergalaskan janji melata memujuk rasa
berpagarkan penyokong membawa rebah
terbenamlah tunggak iman di maya gundah.
Di lembah serba mewah berhias laba
bertintakan emas sejarah agong dicipta
nasib rakyat marhaen berulang nestapa
dikerah tenaga secara sadis lagi sengsara
menyambung hayat sekadar secukup sara.
Agihan yang tak seimbang membawa padah
habis diselongkar khazanah alam terpunggah
sampaikan dirampas empunya hak mutlak
terhakislah sifat keprihatinan menjadi onak
tak lagi hiraukan diri berlaku kejam dan tamak.
(Tanpa ada yang menyedarkan pun mahu
disedarkan; waima terusan berlaku ingkar)

Sumber HD - 30-7-2013
Pasti Terhakis
Idanradzi, | 17 Jun 2013 |
Terpanggil untuk menyelam dasar wawasan
yang terpenjara dek segala fitnah petualang
semua perundangan semakin sirna hilang
berlaku curang tanpa siapa pun menghalang
kejatuhan nilai moral menolak seri pesona
diri tidak dapat lagi menjana piagam mulia.
Bila warga alam kian bertuhan kebendaan
tiada lagi nilai simpati pun nilai keintiman
yang licik terang-terangan meratah enak
juadah yang miskin tanpa teragak-agak
merompak segala kemewahan milik diri
tiada lagi nilai murni memagari jauhari.
Terpanggil untuk memalu tabuh kesedaran
tak siapa lagi menghirau amanat Tuhan
memilih mana yang dapat membawa rahmat
melanggar ajaran yang mengekang visi kudrat
tunggulah pembalasan tanpa dapat menangkis
kuasa terkini sekadar pinjaman pasti terhakis.
Idanradzi
Kota Bharu Perak
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-6-2013
No comments:
Post a Comment