Yang saya maksudkan blogger Umno bukan Umno - Mustafa
- Jan 13, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Merujuk kepada kenyataan bertarikh 13 April 2013 bertajuk "Mustafa ceramah di Dungun dakwa Umno terdesak", adalah dinyatakan yang dimaksudkan di sini adalah "Blogger Umno" bukannya "Umno".
Demikian kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataannya hari ini.
Ia kemudiannya disahkan oleh peguam beliau Haji Asmuni Awi hari ini.
Ia merujuk kepada berita mengenai penyiaran video lucah menjelang pilihan raya umum lalu.
Dalam berita Harakahdaily ketika itu Mustafa dan Asmuni mendakwa Umno terlibat di belakang video itu.
Sumber HD - 13-1-2014
Transformasi Umno & gerak kerja PAS
- Dec 19, 2013
- Wan Nik Wan Yussof
Tujuan rencana tersebut, pertama sebagai penegasan betapa Umno sebuah parti yang membawa agenda membela bangsa dan agama, dan keduanya sebagai sesi muhasabah atas ucapan Presiden Umno akan pentingnya perkaderan sebagai teras perjuangan.
Wajar dinyatakan, sebagaimana penegasan ucapan dasar Presiden Umno (dileterkan sebagai pengisian transformasi), isu membela bangsa Melayu (baca: memperteguh ekonomi Melayu) adalah transformasi pertama, membela agama (baca: mempertegak maqasid syariah) adalah transformasi kedua dan perkaderan (baca: memperkukuh perkaderan parti) adalah transformasi ketiga.
Ini antara tiga daripada lima transformasi Umno (dua transformasi lagi adalah mempersiaga jentera dan menetap petunjuk prestasi utama). Semuanya dileterkan secara retorika demi menampilkan kepimpinan Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Najib) sebenarnya boleh diyakini ke arah memenuhi masa depan Umno.
UMNO PENGASAK UTAMA KEMARAAN PAS
Topik ini sengaja direncanakan bertujuan menghidupkan idea ucapan dasar Presiden Umno kepada suatu pembikinan strategi menuju realiti. Begitu pula, penulis berminat menelitinya kerana ia boleh dijadikan titik pemikiran bersama (para pemimpin dan jentera petugas PAS) untuk memahami perjalanan parti pesaing. Ini kerana Umno sebagai pengasak utama kemaraan PAS, khususnya di kawasan dominasi Islam-Melayu adalah sentiasa sedar bagi memastikan hegemoninya berada dalam situasi kukuh.
Sehubungan itu, PAS sewajarnya mengambil perhatian (dan tindakan) serius atas keazaman parti pesaingnya. Terutama dalam meneliti apa yang dileterkan Presiden Umno, antaranya menyebutkan tujuan perkaderan adalah, “untuk melahirkan pemimpin masa depan mengambil tempoh yang lama, maka parti Umno perlu mengkader ahli-ahli baru dan orang-orang muda supaya parti Umno ini menjadi sebuah parti yang lestari sampai bila-bila”.
Dalam hal ini, maksudnya sama dengan apa yang diolah oleh Dr. Asyraf Wajdi, iaitu “perkaderan bukan sekadar program menarik lebih ramai warga masyarakat khususnya dari kalangan generasi muda untuk menyertai Umno. Perkaderan juga tidak hanya berbentuk program indoktrinasi parti...sebaliknya...adalah satu pendekatan segar, dinamik dan komprehensif untuk melahirkan lebih ramai pewaris perjuangan parti yang benar-benar mampu menjiwai perjuangan berteraskan agama, bangsa dan tanah air”.
Di sini agak jelas, idea utama perkaderan cuba diterapkan ke dalam Umno adalah impian untuk menjadikan generasi pewaris Umno kental komitmen agamanya, tegar kebangsaannya dan mendalam mencintai negaranya. Malah mereka cuba menerapkan agenda Melayu-Islam (sepatutnya agenda umat Islam) menerusi konsep idealisme Islam sebagai teras perjuangan Umno.
Jika demikian maksudnya, sudah pasti Umno sekarang sedang bergerak (sebenarnya bersaing) rapat dengan PAS dari segi teras perjuangan. Justeru PAS tidak seharusnya memandang sepi dengan gelagat dalaman Umno (segelintir golongan muda) yang sedang bekerja keras untuk menampilkan keIslamannya di muka masyarakat.
Sementara PAS, sebagaimana hangat dibahaskan dalam Muktamar ke-59 lalu, kelihatan terperangkap dengan isu-isu untuk memenangi hati pengundi Melayu ekoran kemerosotan undi Melayu dalam pilihan raya lalu. Meskipun isu pengundi Melayu ini adalah sebahagian daripada sasaran untuk menang, namun isi sebenar bagi memenangi hati orang Melayu adalah perjuangan yang tetap di atas landasan Islam.
MENJUARAI ISU-ISU ISLAM
Dalam hal ini, komitmen tinggi PAS seharusnya berkeupayaan dalam menangani dan menjuarai isu-isu Islam yang melingkungi kehidupan orang Melayu. Sebagaimana dicatatkan oleh Dr Hamdan Mohamed dalam kajian doktor falsafahnya, sebenarnya PAS selama ini begitu terserlah dalam membangkit, memperjuang dan melaksanakan isu Islam. Terutama dalam usaha meningkatkan kesedaran, kefahaman dan pelaksanaan sistem masyarakat dan negara berteraskan Islam.
Justeru kajian ini telah dibukukan, maka dirasai amat relevan dan wajib dibaca oleh semua pimpinan dan ahli strategis PAS. Di dalamnya banyak idea segar ke arah memastikan pendekatan terbaik bagi menjuarai isu-isu keIslaman. Sekaligus dapat memperkukuhkan keyakinan orang Melayu (baca: umat Islam) kepada PAS.
Sehubungannya, munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi nanti seharusnya dapat memberi tumpuan kepada isu-isu Islam. Ia perlu diperhalusi dan dijadikan ramuan utama bagi menggerakkan aktiviti PAS sebagai sebuah jamaah Islam yang sedia membawa rahmat untuk semua.
______________
Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
Sumber HD - 19-12-2013
Kenapa masalah Sunni dan Syiah ditimbulkan sekarang?
- Dec 13, 2013
- HARAKAHDAILY
“Inilah sumber hukum para Ahli al Sunnah wal Jama’ah,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan, ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli al Sunnah wal jama’ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah waljama’ah dalam PAS.
“Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk Umno sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama’ah.
“Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah waljama’ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS,” jelas beliau lagi.
Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.
PAS tetap teguh dengan Ahli Al-Sunnah Wal Jama’ah, kenapa masalah sunni dan syiah ditimbulkan sekarang?
Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma’ Ulama dan Qiyas yang nyata. Inilah sumber hukum para Ahli al Sunnah wal Jama’ah. Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli al Sunnah wal jama’ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah waljama’ah dalam PAS. Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama’ah. Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah waljama’ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS.
Namun PAS yang teguh berpegang dengan Islam dan mazhab Ahli al Sunnah wal Jama’ah ini mengadakan hubungan dengan semua pihak lain, termasuklah di kalangan bukan Islam. PAS lebih ke depan dalam mengadakan hubungan dengan semua kumpulan Islam NGO yang berbeza pendekatan dan berbagai mazhab. PAS dapat membezakan dengan ilmu Islam, berdasarkan batas-batas yang diizinkan oleh syara’. Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara barat dan komunis.
Saya telah menulis satu kajian terperinci khusus kepada ahli-ahli PAS dan semua pihak yang ingin tahu. Kajian itu bertajuk : “Mazhab-Mazhab dan Firqah dalam Islam” (edisi tulisan jawi ) dan “Ensaiklopedia Mazhab dan Ideologi” (edisi rumi), dengan merujuk kepada sumber-sember ulama terdahulu dan terkini .
Para ulama telah menyenaraikan mazhab-mazhab yang keluar daripada agama Islam dan mazhab yang masih dianggap penganut Islam, kerana masih berpegang dengan rukun-rukun asas dalam perkara iman dan Islam walau pun salah ijtihadnya. Mereka membilangkan dua mazhab dalam Syiah, iaitu Imamiyyah dan Zaidiyyah, dan satu mazhab dalam Khawarij iaitu ‘Ibadiyyah dimasukan dalam kategori umat Islam.
Para ulama zaman dahulu dan kini meletakkan mazhab-mazhab ini dalam kajian feqah muqaran (perbandingan) dan disebut juga dalam kitab-kitab tafsir dan hadis. Sehingga kini penganut mazhab ini diizinkan menunaikan ibadat haji di Makkah bersama seluruh umat Islam yang datang daripada seluruh pelusuk dunia, walaupun mengikut cara mazhabnya, seperti mencabut bumbung bas dan kereta ketika berihram. Persidangan Kemuncak Negara-negara umat Islam (OIC) dua tahun yang lalu mengambil kira perkara ini dan menjadikan resolusinya.
Perkara ini sebenarnya sudah difahami oleh umat Islam sejak lebih seribu tahun yang lalu, sehingga tidak menghalang kemaraan perkembangan Islam di seluruh pelusuk dunia dan kerajaan Islam Ahli Sunnah menjadi kuasa besar tunggal yang paling hebat. Mazhab Ahli Sunnah terus berkembang tanpa takut kepada mazhab Syiah, Khawarij, Mu’tazilah dan lain-lain yang ada dalam masyarakat Islam sendiri, sehingga mampu juga menghadapi perang salib yang bertalu-talu sehingga beberapa abad.
Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah di abad yang lalu berlaku, setelah umat Islam meninggalkan ilmu Islam, dan ilmu Islam juga dilemahkan. Umat Islam dipecahkan dengan fahaman sekularisma yang memisahkan politik dan urusan duniawi daripada agama Islam, menyebabkan mereka menganut berbagai-bagai ideologi yang asing daripada Islam , khususnya Nasionalisma (semangat kebangsaan dijadikan aqidah) yang boleh menganut apa sahaja ideologi yang berikutnya. Aqidah nasionalisma menyebabkan umat Islam dipecahkan dengan semangat kebangsaan masing-masing, sehingga bangsa Arab menganggap kerajaan Uthmaniyah Turki adalah penjajah asing. Iran yang dikuasai oleh majoriti Syiah Imamiyyah dan Yaman yang dikuasai oleh raja syiah Zaidiyyah dan mazhab ‘Ibadhiyyah yang menjadi mazhab majoriti penduduk Oman dipisahkan daripada umat Islam.
Dalam masa yang sama perkara berbeza mazhab di dalam Sunni dan di dalam sama-sama Syi’ah dijadikan bahan untuk melagakan umat, sehingga boleh dilagakan oleh penjajah dan mendapat khidmat dan bantuan penjajah untuk menentang di antara satu sama lain. Berakhir dengan jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah dan seluruh tanah air umat Islam dibahagikan di kalangan negara penjajah Timur (komunis) di Asia Tengah dan penjajah Barat (kapitalis) di Asia dan Afrika.
Dahulunya para ulama yang mendalami ilmu Islam dapat menangani secara budaya ilmu yang tinggi yang disalin dalam kitab-kitab yang dikarang, walaupun pendapat yang paling lemah dan dikira salah dimasukkan juga didalam kitab dan dihujah secara ilmu, bahkan ada pendapat mazhab lain yang diambil kira sekiranya ada hujah yang kuat.
Kini kita berada dalam era kebangkitan Islam yang sangat mengembirakan pendukung Islam dan menakutkan musuhnya yang dengki. Umat Islam wajib kembali semula kepada budaya ilmu yang tinggi dengan menggunakan teknologi maklumat terkini bagi menolak mazhab yang lemah secara hujah, dalam masa yang sama menyedari adanya agenda penjajah baru yang mengulang tayang senario lama dengan solekan baru yang disesuaikan dengan situasi terkini.
Perlu difahami betapa kuasa besar timur dan barat mewujudkan negara haram Israel secara sepakat, sebagai strategi pengacau dalam dunia Islam, khususnya rantau Asia Barat. Semua negara kuasa besar juga berlumba menanam pengaruh di rantau yang mempunyai sumber tenaga minyak, gas dan uranium, paling besarnya ialah rantau Asia Barat dan Asia Tengah. Mereka memejam mata terhadap Israel yang telah mempunyai teknologi persenjataan yang diharamkan oleh masyarakat antara bangsa, seperti teknologi nuklear sejak tahun enam puluhan dengan bantuan negara barat dan zionis bekas Soviet, bahkan senjata haram itu telah digunakan secara kecilan dalam peperangan di Gaza dan Selatan Lubnan. Dalam masa yang sama tindakan diambil terhadap mana-mana negara Arab yang memajukan teknologi sumber nuklear, walaupun bertujuan keamanan seperti sumber tenaga elektrik. Loji di Iraq dan Libya pernah dimusnahkan dengan serangan udara di atas nama keamanan dunia dan keselamatan Israel.
Umat Islam sepatutnya melakukan muhasabah terhadap sikap double standard kuasa besar barat dalam tindakan ke atas menjatuhkan regim Mu’ammar Gaddafi di Libya dengan lebih keras, dibandingkan kedinginan dan tidak konsisten tindakan ke atas regim Basyar Asad di Syria yang sama zalimnya. Tidakkah kerana kedudukan yang berbeza bagi keselamtan Israel dan kepentingan barat ?. Sebelumnya barat membantu Taliban menjatuhkan Mujahidin di Afghanistan, kemudiannya menyapu Taliban habis-habisan, bagi menempatkan regim yang lebih baik kepada mereka. Adakah drama berdarah ini akan ditayangkan di Asia Barat ?. Menteri Pertahanan Israel membuat kenyataan terbaru, bahawa Basyar perlu dikekalkan kerana lebih baik daripada kumpulan pengganas yang menentangnya sekarang.
Mengapa perlunya kewujudan pengkalan tentera kuasa besar barat di rantau Teluk ?. Adakah kerana keselamatan negara yang diwujudkan pengkalan itu, atau kerana menjaga telaga minyak dan keselamatan Israel?. Umat Islam pula perlu membaca dan memahami percaturan politik antara bangsa. Mengapa sekarang dicetuskan peperangan terhadap mazhab Syiah yang telah wujud sejak lebih seribu tahun. Adakah kerana mazhab Syiahnya atau kemajuan teknologi Iran yang mencabar barat dan Israel ?. Maka negara serantau menjadi wakil kepada barat dan Israel untuk menyelamatkan mereka dengan mengulangi strategi pecah dan perintah.
Akhirnya ini menyebabkan peperangan secara proksi bagi menguji senjata Rusia dan China dan senjata Amerika dan Eropah dengan duit Arab dan Iran, di mana mangsanya ialah rakyat yang dibunuh dan menjadi pelarian di tanahair sendiri. Mengapa perlunya umat Islam mendengar fatwa Amerika dan sekutunya dalam masalah mazhab ?. Sedangkan para ulama boleh bermuzakarah dengan kitab-kitab yang telah sedia ada dan sumber ilmu Islam yang tidak mati bersama mukjizat Al Quran.
Adakah masih tidak faham betapa Islam tidak diizinkan menang secara demokrasi yang adil di Mesir, sehingga kerajaan yang dipilih melalui pilihanraya digulingkan oleh rampasan kuasa tentera yang disokong oleh kebanyakan Negara Arab. Sedang diganggu di Sudan, Libya dan Tunisia ?. Fahamlah betapa negara umat Islam bekas jajahan komunis diizinkan berkiblat ke barat Amerika dan Eropah dan negara bekas tanah jajahan barat diizinkan berkiblat ke Timur Komunis.
Apabila majoriti negara Arab memilih negara Barat menjadi rakan sejawat yang dipercayai dan bersikap negatif terhadap Iran, tiba-tiba Iran pula memilih strategi mendekati Barat, bermula dengan pintu belakang dibuka sedikit di zaman Ahmadinejad dan membuka lebih luas selepas kemenangan Presiden Rouhani, berakhir dengan persefahaman negara Barat yang lebih berlunak dengan Iran demi kepentingan mereka. Maka negara Arab akan tinggal tersengeh mengekorinya. Oman memulakan langkah meninggalkan sikap bersama dengan Kesatuan Negara-negara Teluk. Terkini persidangan negara teluk mengalu-ngalukan persefahaman Iran dan Barat . Apakah mazhabnya negara Arab itu ? Di mana pergi sunninya lagi?
PAS pernah dituduh Syiah apabila menyokong Iran dalam perang teluk yang pertama, ketika Saddam Husain menyerang Iran dengan senjata barat, dan PAS pula menentang campur tangan Amerika menyerang Iraq , sikap yang berbeza dengan Iran. Bukan kerana menganut ideologi Parti Ba’ath , tetapi dapat membaca permainan politik serantau.
PAS sudah mengerti betapa jahilnya masyarakat rantau ini dengan ajaran Islam, sehingga pengaruh Syi’ah telah pun mempengaruhi masyakat serantau alam Melayu secara bebal dengan menamakan harba tempatan yang dipercayai paling berkhasiat dengan panggilan Tongkat Ali dan KacipFatimah.
PAS juga memahami betapa Revolosi Islam Syi’ah di Iran tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia dan PAS dapat menangani ahlinya yang terpengaruh dengan perkembangan yang tidak setimpal dengan masyarakat setempat. PAS tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya. Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada PAS atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam Mazhab Ahli al Sunnah yang didukung oleh PAS secara istiqamah dan muhasabah.
PAS menjadikan politik sebahagian amal soleh dan menolak kemungkarannya. PAS meletakkan langkah politik termasuk dalam amalan berpahala dan berdosa dan tidak menjadikan politik hanya permainan untuk mendapat kuasa tanpa mengira dosa dan pahala.
Saya ulangi supaya pembaca mengambil iktibar daripada sebab nuzulnya surah al-Rom, petunjuk Allah kepada Rasulullah S.A.W. dan sahabatnya dalam menilai politik antarabangsa di zamannya.
Sumber HD - 13-12-2013
Muzakarah, isu bersama dan survival kerajaan PAS Kelantan
- Dec 09, 2013
- WAN NIK WAN YUSSOF
Kandungan maksud cetusan Presiden PAS itu bukanlah ke arah permuafakatan politik atau untuk membina jambatan PAS-Umno. Meskipun begitu, tajuk muzakarah tetap menghangatkan perbahasan dalam media sosial dan arus perdana. Malah turut menggemakan nada perbahasan Perhimpunan Umno ke-67 yang lalu.
Sebelum itu (sehari selepas cetusan Presiden PAS), pihak media ada melaporkan respons positif Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang bersedia dan menyambut baik. Sikap pertama beliau adalah bersetuju menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob ke pejabatnya di Putrajaya pada Khamis (28 November) lalu.
Walaupun hakikatnya, permohonan berkunjung itu telah dibuat melalui surat rasmi kira-kira dua bulan sebelumnya. Apa yang pasti, kunjungan itu telah menjadi realiti dan hasilnya agak positif. Mungkin ada hubung kait dengan cetusan muzakarah pihak Presiden PAS.
Kunjungan untuk kemajuan
Kunjungan tersebut dijelaskan oleh Ustaz Ahmad adalah (berbincang hal-hal) berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan Pusat kepada Negeri. Contohnya berkaitan infrastruktur dan juga hal-hal lain untuk kebajikan rakyat. Hal-hal ini kemudian dijelaskan oleh ahli exco kerajaan Negeri, Dato’ Dr. Mohamad Fadzli yang turut mengiringi Menteri Besar.
Menurutnya, pertemuan itu turut menyentuh hasrat dan cadangan atau rancangan berkaitan pelaksanaan Islam, pembinaan lebuh raya, meningkatkan bekalan air bersih, royalti, pembangunan infrastruktur yang diperlukan untuk negeri Kelantan seperti lapangan terbang, pelabuhan dan sebagainya. Kesemuanya adalah untuk kemajuan dan manfaat serta kebajikan rakyat Kelantan.
Apa yang utama maksud pertemuan itu sebagai memenuhi tanggungjawab betapa perlunya amalan Persekutuan diperkukuhkan menerusi hubungan antara kerajaan Negeri dengan kerajaan Pusat (baca hubungan G to G). Ini kerana hubungan dua kerajaan (Pusat dengan Negeri) tidak boleh tidak, perlu diurus oleh ketua kerajaan di peringkat Negeri dan Pusat.
Hal ini adalah suatu yang pasti bagi melaksanakan tuntutan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub dalam maksud merealisasi jadual bersama atau Jadual Kesembilan.Terutamanya realiti Kelantan, ada hak kerajaan Negeri yang tidak dilayan selunaknya, malah dilihat bersifat diskriminasi.
Contohnya bantuan bekalan air bersih telah menjadi isu diskriminatif apabila bantuan RM600 juta hakikatnya dikenakan syarat pinjaman berkadar bunga 4 peratus dan bukan berstatus geran. Di samping pengurusan kontrak projek bekalan air pula diuruskan langsung oleh kerajaan Pusat, sementara kerajaan Negeri tiada hak memutuskan penender projek.
Maka kunjungan Menteri Besar Kelantan itu secara tersiratnya adalah susulan daripada persetujuan sebelum ini yang telah dirintis oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan dengan kerajaan Pusat (ketika bertemu Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri). Justeru Ustaz Ahmad adalah untuk menarik perhatian Mohd Najib atas pinjaman bersifat berat di sisi kerajaan Negeri.
Isu bersama
Dalam konteks tersebut, kunjungan Ustaz Ahmad kepada Mohd Najib bukanlah bermaksud mencetus kerjasama kepartian. Sebaliknya ia suatu gerak kerja diplomasi dalam isu dan urusan melibatkan kepentingan bersama antara kerajaan Negeri dengan Pusat dalam mentadbir agenda pembangunan negeri.
Jika tujuan kunjungan itu atas kepentingan isu bersama (pembangunan negeri), mungkin ia boleh dianggap sebagai sebahagian daripada isi muzakarah yang dicetuskan Presiden PAS. Sementara banyak lagi isi muzakarah yang perlu diambil langkah secara lebih praktikal oleh kepimpinan tertinggi PAS dalam menterjemahkan isu muzakarah yang dimaksudkan (atas tapak Islam dan Melayu).
Isi muzakarah itu seharusnya diperincikan oleh kepimpinan tertinggi PAS dalam masa terdekat demi membimbing Ustaz Ahmad meneruskan kerjasama Negeri-Pusat di dalam banyak perkara lagi melibatkan kepentingan ‘G to G.’
Survival kerajaan
Di sebalik isu-isu kerjasama yang telah dinyatakan semasa kunjungan Menteri Besar Kelantan itu, ada lagi isu-isu tertangguh yang seharusnya dikongsi sama dengan kepimpinan PAS Pusat untuk dibangkitkan dalam muzakarah PAS-Umno. Ia dianggap penting bagi memastikan survival politik (baca sokongan rakyat) terhadap PAS kekal di hati warga negeri Kelantan.
Antara isu tertangguh ialah pembangunan tebing Sungai Golok untuk mengatasi limpahan air (menyebabkan banjir), pembinaan pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa, pendaratan hasil minyak dan gas di daratan Kelantan, peruntukan pembangunan rumah mampu milik dan kerjasama erat dengan bahagian Perumahan Negara, penyelesaian isu tuntutan royalti minyak dan gas.
Sementara isu yang paling penting adalah pendekatan bersama dalam pembiayaan peruntukan pembangunan sebagaimana termaktub bajetnya di dalam buku rancangan Malaysia. Mungkin sesuai dijadikan isu muzakarah juga ialah pemulihan kuasa Majlis Keselamatan Negeri Kelantan kepada Menteri Besar dan penutupan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dengan mengembalikan kuasa pelaksanaan rancangan dan projek pembangunan kepada Pejabat Pembangunan Negeri di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Sehubungan itu, penyelesaian bersama (melalui muzakarah) isu-isu pentadbiran dan pembangunan negeri Kelantan tersebut seharusnya dijadikan sandaran penting bagi pimpinan PAS yang bakal memikul amanah menjayakan muzakarah PAS-Umno nanti.
Semoga cetusan Presiden PAS untuk bermuzakarah itu tidaklah difahami sebagai cetusan negatif yang boleh memudaratkan survival perjuangan PAS. Apa yang utama, perjuangan PAS dipastikan kekal relevan dalam memartabatkan umat Islam di negara ini.
_________________________
Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
Sumber HD - 9-12-2013
PAS sudah lama tegas ASWJ sebagai akidah ahli
- Dec 09, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau menyatakan demikian sebagai respon kepada kenyataan Najib yang dilaporkan berkata perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah akan dimasukkan dalam Perlembagaan Umno iaitu sebagai takrifan kepada Islam.
"Kita sudah lama tegaskan perkara ini iaitu sejak PAS ditubuhkan, kita senantiasa menegaskan bahawa ASWJ adalah akidah yang wajib dianuti oleh seluruh ahli PAS dan penganutan kepada akidah selain ASWJ adalah satu kesalahan yang wajib diambil tindakan oleh PAS," tegas beliau ketika dihubungi hari ini.
Beliau juga turut melahirkan rasa pelik kenapa baru sekarang Umno meletakkan perkara ini dalam perlembagaan parti itu. PAS sudah jauh kehadapan dalam perkara ini. PAS sangat konsisten dalam isu ASWJ sebagai teras utama akidah ahlinya sejak penubuhannya lagi.
Sumber HD - 9-12-2013
PAS gesa Malaysia iktiraf Hamas untuk bebas Palestin
- Dec 04, 2013
- ANIS NAZRI
Malah, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar turut meminta kerajaan berpendirian secara rasmi bahawa Hamas bukan sebuah pergerakan pengganas seperti yang dimomokkan negara barat.
Ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini, Kamarudin berkata pendirian penting dari kerajaan bagi mengiktiraf Hamas perlu dilakukan bagi memastikan Malaysia mampu berperanan melalui Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).
Tegas Kamarudin, peranan OIC dalam menangani konflik di Palestin perlu lebih aktif dengan Malaysia mampu berperanan bagi mempengaruhi negara-negara Islam lain yang menganggotai OIC.
"Biarpun OIC begitu aktif dalam usaha memperkasakan rakyat dan negara anggota, namun kita sedar negara-negara Islam yang besar seperti Arab Saudi nampaknya tumpuan mereka hanya memastikan Iran semakin lemah, dan konflik kudeta di Mesir terus kekal.
"Oleh itu, peranan Malaysia amat penting dalam pengiktirafan Hamas dan pemimpinnya, Khaleed Meshal serta menumpukan usaha mengimbangi peranan OIC," kata beliau.
Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Luar Negara, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan umum mengetahui konflik yang berlaku di Palestin itu berbeza dengan konflik di negara lain.
Katanya, dunia telah menerima bahawa gerakan Hamas menguruskan sebahagian negara tersebut, sebagaimana Fatah juga berbuat demikian.
"Maka, Malaysia tidak melihat pergerakan Hamas itu sebagai sebuah gerakan 'terrorist', malah tindakan kerajaan menjemput wakil Hamas ke negara ini untuk sama-sama berkongsi pengalaman agar dapat menguruskan Palestin dengan lebih baik," kata beliau.
Malah, tambah beliau Malaysia turut mencadangkan agar Hamas dan Fatah untuk bergabung dalam usaha memastikan kemajuan Palestin.
Sumber HD - 4-12-2013
PAS telah pecat Kazim pada Ogos lalu - Mustafa
- Dec 02, 2013
- Harakahdaily
Menurut beliau, surat pemakluman pemecatan keahlian itu juga telah dihantar kepada Kazim sejurus selepas itu dan tiada sebarang rayuan dikemukakan kepada PAS.
Keputusan pemecatan itu dibuat dalam Mesyuarat PAS Pusat pada 25 Ogos lalu.
Katanya, selain Kazim, tiga lagi individu yang turut dipecat ialah bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri dan bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha.
"Kita dah pecat beliau Ogos lalu, dan kita telah hantar surat kepada beliau.
"Kita anggap sampai kepada beliau, kerana kita tidak menerima pengembalian surat itu dan kita juga tak dapat apa-apa respons daripada beliau," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kazim yang hari ini mengisytiharkan keluar dari PAS selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Parlimen hari ini.
Mustafa berkata, tidak timbul soal Kazim mengisytiharkan keluar dari PAS kerana sememangnya beliau sudah dipecat dan bukan lagi ahli PAS.
Sumber HD - 2-12-2013
PAS Wilayah gerak kempen tolak kenaikan cukai DBKL
- Nov 28, 2013
- azmi
Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi berkata, penduduk sebaliknya perlu mengambil peluang untuk mengadakan bantahan agar cukai pintu tidak dinaikkan.
"Pengumuman penangguhan kenaikan kadar cukai pintu bukan berita baik untuk rakyat jadi kita jangan keliru.
"Menteri umum untuk tangguhkan sahaja, lambat laun akan laksanakan juga," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa sedang mengadakan Kempen 'Jom Bantah Kenaikan Cukai Pintu' dengan mengumpul tandatangan penduduk untuk diserahkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Selain itu katanya, contoh surat bantahan juga akan diedarkan kepada penduduk supaya mereka dapat menyediakan surat bantahan kepada DBKL.
"Bantahan perlu dilakukan secara bertulis jadi kita edarkan contoh surat bantahan kepada penduduk dan kita juga minta penduduk isi nama, alamat dan nombor akuan cukai pintu sebelum ini untuk diserahkan kepada DBKL.
"Kita tak ada banyak masa kerana tarikh akhir bantahan sehingga 17 Disember. Jadi pusat khidmat perlu bergerak segera termasuk buka kaunter di pasar malam dan pasar pagi," kata bekas calon Parlimen Titiwangsa pada PRU13 lalu.
Semalam, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan berkata penangguhan itu diputuskan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dapat dilaksanakan bermula Januari hingga Mac depan.
Warga kota bagaimanapun katanya, masih boleh mengemukakan bantahan atau aduan seperti mana yang ditetapkan iaitu sehingga 17 Disember.
Tambah Ahmad Zamri lagi, cadangan kenaikan ini akan membebankan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
"Saya katakan, inilah pakej hadiah kemenangan BN untuk rakyat selepas menang PRU13. Cukai pintu mahu dinaikkan, tahun depan tarif elektrik pula akan dinaikkan.
"Isu ini isu rakyat, melangkaui isu politik jadi saya minta semua pihak memainkan peranan untuk menjayakan bantahan kita," katanya.
Sumber HD - 28-11-2013
Bukti idea penyatuan PAS Umno hanya tipu daya Umno
- Nov 28, 2013
- HARAKAHDAILY
“Apabila Umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang Melayu, mereka menindas umat Islam,” ujarnya dipetik blog Gendang Perang.
Berikut petikan tulisan daripada blog berkenaan.
Diharap dengan menonton video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!!" di bawah dapatlah semua ahli PAS yang menyokong penyatuan umno / PAS untuk berfikir semula.
Nilai keikhlasan mereka.
Menyedari tak semua suka tonton video, admin ambil inisiatif menulis semua isi penting yang menjadi hujah pemimpin PAS dalam video tersebut. YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan
Inilah hujah bernas beliau,
"Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit. Apabila umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang melayu, mereka menindas umat islam. Bagaimana umat Islam, orang Melayu...
"Tuan puan yang dihormati sekelian, saya nak bagi tahu.... apabila nak disatukan dengan umno, sentiasa menuding jari kepada PAS. Kononnya PAS tidak mahu bersatu.
"Saya nak bagi tahu kepada hadirin hadirat bahawa, yang menyebabkan melayu berpecah ... Dan juga cuba lihat sejarah. Sejarah menyebut bahawa setiap sepuluh tahun sekali, umno akan menyebabkan pepecahan melayu.
"Dan sebelum daripada kemerdekaan lagi, umat islam bersatu, orang melayu bersatu menentang penjajahan. Parti Kebangsaan Melayu Malaya bersatu dengan Hizbul Muslimin, bersatu dengan umno untuk memperjuangkan kemerdekaan.
"Tetapi, umno dengan tiba-tiba menjadi tali barut kepada British. Mengkhianati perjuangan umat Islam, mengkhianati perjuangan melayu. Mengkhianati perjuangan umat Islam dalam Hizbul Muslimin dan mengkhianati perjuangan melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya sehingga pimpinan-pimpinan tertangkap.
"Dr. Burhanudin Helmi kena tangkap, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir kena tangkap. Tengok-tengok dia yang naik jadi Perdana Menteri. Pengkhianatan pertama umno kepada orang melayu dan juga kepada umat Islam sebelum kemerdekaan.
"Apabila berlaku peristiwa 1969, 13 Mei.. Apabila umno merasakan bahawa kuasa mereka terjejas, sebab mereka kalah di Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain; mereka mengajak PAS bersatu atas dasar penyatuan umat islam. Kononnya ada ancaman daripada orang bukan Islam.
"Mengambil sikap dasar perpaduan Islam... terima kita... Selepas daripada itu, apa mereka kuat... mereka tendang PAS keluar.
"Pada tahun 1987, umno menyebabkan perpecahan melayu lagi sehingga lahirnya Semangat 46. Pada tahun 1998, sepuluah tahun kemudian...sekali lagi melayu berpecah disebabkan oleh umno.
"Kemudian berlakulah kononnya satu penyatuan melayu apabila Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah kembali kepada UMNO atas dasar semangat penyatuan melayu dan Islam.
"Rupa-rupanya dia ajak Tengku Razaleigh masuk umno kerana nak tendang Anwar Ibrahim keluar. Bukannya atas dasar nak menyatukan orang melayu tapi pecah belahkan.
'Apabila Pak Lah ajak kami bersatu, kami kata "boleh, tapi benda ini perlu dibuat secara berhati-hati. Nanti orang PAS tak faham, Pakatan Rakyat tak faham... kami juga yang jugak yang menanggung akibat. Kami jugak nanti akan difitnah.....
"Maka dibuat perjumpaan secara senyap-senyap. Orang semua tak tahu... Tiba-tiba Pak Lah yang umumkan "sudah tiga (3) kali PAS dan UMNO berbincang di belakang tabir." Mengkhianati sekali lagi perjanjian, persefahaman. Sehingga PAS terpaksa berhadapan dengan orang-orangnya sendiri. Sehingga PAS terpaksa menghadapi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
"Ini masalah dengan umno. ..." selebihnya sila tonton "Nak berpadu sangat...Ambikkau!!"
Sumber HD - 28-11-2013
Kekuatan PAS pada kepelbagaiannya
Syahir Sulaiman, | 19 Nov 2013 |
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (As-Saff: 4)
Mengurus kepelbagaian dalam organisasi (diversity management) adalah satu proses yang bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan budaya dalaman yang positif di mana persamaan dan perbezaan setiap individu dan kumpulan difahami dan dihargai.
Kajian berkaitan struktur dan strategi organisasi yang dijalankan oleh Miles dan Snow (1986) menyatakan bahawa sesebuah organisasi yang terbina daripada jaringan kepelbagaian antara kumpulan (inter-team linkages) untuk berhadapan dengan perubahan pasaran dan teknologi akan menjamin kelangsungan (survival) organisasi tersebut dalam jangka masa panjang.
Rekomendasi kajian yang dibuat pada dua dekad yang lalu telah diadaptasi oleh kebanyakan entiti perniagaan multinasional yang terbukti kekal bertahan dan terus berkembang sehingga kini dengan pembudayaan sinergi dalam kepelbagaian (unity in diversity) merentasi dimensi insani dan geografi.
Apabila sebuah kelompok individu berinteraksi dengan kelompok individu yang lain, ia pasti akan menimbulkan peluang yang dapat dimanfaatkan di samping cabaran konflik yang perlu diuruskan.
PAS sebagai sebuah organisasi tidak terkecuali dalam fenomena kepelbagaian ini. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang bersifat fundamentalis (Usuli), dinamis (Waqi’e) dan futuris (Istiqbali) telah melatari lanskap politik tanahair dan antarabangsa sejak 1951, malah turut dinasabkan seawal penubuhan Hizbul Muslimin (1948) sebagai kesinambungan perjuangan tokoh agama dan masyarakat yang mempertahankan kedaulatan tanahair pada era permulaan penjajahan.
Ia terus berkembang dengan dokongan oleh ahli dan pemimpin yang lahir dari latar belakang yang berbeza, memilih pendekatan yang berbeza mengikut kesesuaian realiti semasa demi merealisasikan hasrat perjuangan yang sama.
Terdapat dua dimensi kepelbagaian yang mempengaruhi sesebuah organisasi iaitu orientasi-hubungan dan orientasi-fungsi. Orientasi-hubungan melibatkan aspek jantina, bangsa dan umur, manakala orientasi-fungsi melibatkan aspek senioriti dan formaliti pendidikan.
PAS mengiktiraf peranan kaum hawa dengan diberikan tempat sewajarnya, baik dalam proses membuat keputusan tertinggi, menjadi calon pilihanraya, dan keterlibatan dalam penganjuran program dam aktiviti, malah jalinan antara-jantina ini akan kekal harmonis dan terus diberdayakan dalam pentas politik yang lazimnya didominasi kaum adam.
Jalinan antara kaum tidak pernah menjadi dikotomi di dalam PAS kerana PAS meletakkan kepentingan agama yang melangkaui batas perkauman dan bersedia berdialog dengan kumpulan bukan Islam bagi menyampaikan mesej dakwahnya, malah ijtihad yang diambil dengan mengiktiraf keahlian bukan Islam telah membuka ruang dakwah dan siasah yang lebih besar untuk PAS dalam lanskap demografi Malaysia yang majmuk sifatnya.
Segmentasi umur dan senioriti kekal menjadi pengikat kesinambungan mata rantai perjuangan PAS menempuhi cabaran lebih separuh abad, dengan PAS selayaknya digelar parti paling berpengalaman dalam proses demokrasi berparlimen di Malaysia.
PAS merekodkan penyertaan dalam setiap tiga belas pilihanraya umum secara aman - pernah menjadi kerajaan dan pembangkang, pernah memerintah kerajaan negeri dan pernah ditumbangkan, pernah berada dalam kerajaan Persekutuan dan pernah dibuang, serta pernah bergabung dengan parti dan NGO sekutu dan pernah berpisah.
Pengkelasan perbezaan latar pendidikan formal pula mewujudkan kelompok ulama’, professional dan aktivis, namun kepelbagaian ini sifatnya saling melengkapi dan bukan memusuhi - umpama tungku berkaki tiga, akan rebah jika satu tiada.
Ketajaman pengurusan strategi dan organisasi dipandu kefahaman wahyu Rabbani dan tauladan Nabi, dengan setiap ahli berlumba menyumbang ilmu, idea, harta dan tenaga bukan untuk kepentingan diri. Yang kaya menyumbang dari imbuhan gaji dan untung berniaga, yang miskin menyumbang dari jualan getah dan padi yang memerah tenaga.
Kejayaan PAS mengurus kepelbagaian ini bukan sahaja dicemburui lawan malah turut dikagumi kawan, dengan sinergi kerencaman jantina, bangsa, umur, senioriti dan pendidikan sesama ahli dan pimpinan di semua peringkat. Susunan batu-bata ini akan kekal menjadi formulasi keteguhan PAS dalam survival politik Malaysia dan antarabangsa.
PAS kini berada di ambang penerimaan nasional, berkat kekuatan yang ada pada kemajmukannya. Inilah sifat keadilan Islami, meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, sebagai prasyarat hampir pada taqwa-Nya.
Kini, kibaran bendera yang sama di Sungai Limau turut berkibar megah di tengah kota metropolis Petaling Jaya. Selamat bermuktamar wahai anak muda!
Penulis ialah Pengarah Kajian Polisi DPPM.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-11-2013
Tragedi Memali:The Star mohon maaf
Harakahdaily, | 19 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini menerbitkan kenyataan memohon maaf atas keterlanjuran menggelarkan Almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang terlibat dalam peristiwa Memali sebagai 'kumpulan ajaran sesat'.
Dalam Nota Pengarang pada artikel utama muka 40 ruangan Pendapat (View) akhbar berkenaan hari ini, The Star memohon maaf kepada ahli keluarga dan sahabat handai Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang bersedih atas dakwaan tersebut.
Pernyataan maaf The Star itu diterbitkan di akhir surat bertajuk "Memali incident a sad tragedy" (Peristiwa Memali adalah satu tragedi sedih) oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam Khirudin.
Khairil Nizam dalam tulisan tersebut menjelaskan, Mahkamah Tinggi Alor Setar sendiri telah memerintahkan kerajaan membayar pampasan kepada waris bagi individu yang terkorban dalam tragedi tersebut.
“Jadi bagaimana Allahyarham Ustaz Ibrahim dan pengikutnya boleh dipersalahkan atas tindakan kekerasan apabila kerajaan yang diminta membayar pampasan?,” soalnya.
Tambahnya, satu-satunya fatwa yang dikeluarkan berhubung kes tersebut adalah fatwa oleh Majlis Fatwa Kedah yang berpendapat bahawa kumpulan berkenaan tidak patut digelar sebagai para “syahid”.
Malah jelas Khairil, pandangan yang mengatakan Ustaz Ibrahim Mahmud dan para pengikutnya yang terbunuh dalam peristiwa Memali sebagai "syahid" datang daripada ulamak yang disegani, Mudir Sekolah Pondok Lanai, Tuan Guru Haji Omar Zuhdi dan disokong oleh dua anggota Majlis Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abdul Razak.
Dalam Nota Pengarang pada artikel utama muka 40 ruangan Pendapat (View) akhbar berkenaan hari ini, The Star memohon maaf kepada ahli keluarga dan sahabat handai Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang bersedih atas dakwaan tersebut.
Pernyataan maaf The Star itu diterbitkan di akhir surat bertajuk "Memali incident a sad tragedy" (Peristiwa Memali adalah satu tragedi sedih) oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam Khirudin.
Khairil Nizam dalam tulisan tersebut menjelaskan, Mahkamah Tinggi Alor Setar sendiri telah memerintahkan kerajaan membayar pampasan kepada waris bagi individu yang terkorban dalam tragedi tersebut.
“Jadi bagaimana Allahyarham Ustaz Ibrahim dan pengikutnya boleh dipersalahkan atas tindakan kekerasan apabila kerajaan yang diminta membayar pampasan?,” soalnya.
Tambahnya, satu-satunya fatwa yang dikeluarkan berhubung kes tersebut adalah fatwa oleh Majlis Fatwa Kedah yang berpendapat bahawa kumpulan berkenaan tidak patut digelar sebagai para “syahid”.
Malah jelas Khairil, pandangan yang mengatakan Ustaz Ibrahim Mahmud dan para pengikutnya yang terbunuh dalam peristiwa Memali sebagai "syahid" datang daripada ulamak yang disegani, Mudir Sekolah Pondok Lanai, Tuan Guru Haji Omar Zuhdi dan disokong oleh dua anggota Majlis Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abdul Razak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-11-2013
PAS relevan untuk masyarakat majmuk
Harakahdaily, | 19 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam yang membawa kesejahteraan dan keharmonian kepada masyarakat majmuk di negara ini tanpa mengira perbezaan warna kulit dan agama.
Beliau menegaskan demikian sebagai respons kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini yang dilaporkan menyaran agar parti-parti yang berasaskan agama tidak sesuai wujud di negara ini.
Menurut beliau lagi, sekiranya pemimpin itu memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, pasti beliau tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Katanya, ini adalah kerana perjuangan PAS adalah perjuangan Islam seperti mana yang yang termaktub di dalam Al Quran dan Hadis dan Allah menegaskan di dalam Al Quran, yang bermaksud: Kami tidak utuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam.
Tegasnya, perjuangan PAS membawa obor keadilan dan keejahteraan kepada seluruh bangsa dan agama di negara kita ini.
Tegas beliau lagi, keadilan dan kesejahteraan yang dibawa oleh Islam kepada seluruh bangsa umat manusia bukan suatu retorik bahkan ianya telah dibuktikan sejak zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w dan kemudiannya diteruskan oleh Khulafa Ar Rasyidin dan pemerintahan-pemerintahan selepas itu.
Tambahnya, ahli sejarah dan ilmuan telah mengiktiraf betapa adilnya Islam kepada seluruh bangsa manusia ketika diberikan peluang mentadbir dunia dengan telunjuk Al Quran dan Sunnah.
Beliau menegaskan lagi, PAS sejak awal penubuhannya lagi sentiasa menggalakkan perdamaian antara pelbagai bangsa dan agama sekali gus menolak pergolakan dan ketidakstabilan yang bertentangan dengan keharmonian sesebuah negara.
Justeru, beliau menolak dakwaan pemimpin tersebut kononnya parti yang berasaskan agama seperti PAS dikatakan tidak sesuai diamalkan di negara ini.
"Apa yang tidak sesuainya? Parti PAS tidak membahayakan sesiapa. PAS adalah sebuah parti yang berasaskan Islam yang membawa kesejahteraan untuk menyatupadukan rakyat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama,” jelasnya.
Malah, kata beliau sebelum datangnya Islam, manusia dalam keadaan berpuak-puak dan berpecah belah, sehinggalah Allah s.w.t menurunkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang akhirnya berjaya menyatukan umat manusia di bawah panji Islam.
"Inilah hakikat perjuangan PAS dan tidak benar sama sekali tuduhan yang menyatakan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak sesuai dinegara ini," jelas beliau lagi.
Beliau turut menyarankan agar pemimpin tersebut supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan dengan agama Islam yang merupakan perjuangan tertinggi PAS.
Beliau menegaskan demikian sebagai respons kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini yang dilaporkan menyaran agar parti-parti yang berasaskan agama tidak sesuai wujud di negara ini.
Menurut beliau lagi, sekiranya pemimpin itu memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, pasti beliau tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Katanya, ini adalah kerana perjuangan PAS adalah perjuangan Islam seperti mana yang yang termaktub di dalam Al Quran dan Hadis dan Allah menegaskan di dalam Al Quran, yang bermaksud: Kami tidak utuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam.
Tegasnya, perjuangan PAS membawa obor keadilan dan keejahteraan kepada seluruh bangsa dan agama di negara kita ini.
Tegas beliau lagi, keadilan dan kesejahteraan yang dibawa oleh Islam kepada seluruh bangsa umat manusia bukan suatu retorik bahkan ianya telah dibuktikan sejak zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w dan kemudiannya diteruskan oleh Khulafa Ar Rasyidin dan pemerintahan-pemerintahan selepas itu.
Tambahnya, ahli sejarah dan ilmuan telah mengiktiraf betapa adilnya Islam kepada seluruh bangsa manusia ketika diberikan peluang mentadbir dunia dengan telunjuk Al Quran dan Sunnah.
Beliau menegaskan lagi, PAS sejak awal penubuhannya lagi sentiasa menggalakkan perdamaian antara pelbagai bangsa dan agama sekali gus menolak pergolakan dan ketidakstabilan yang bertentangan dengan keharmonian sesebuah negara.
Justeru, beliau menolak dakwaan pemimpin tersebut kononnya parti yang berasaskan agama seperti PAS dikatakan tidak sesuai diamalkan di negara ini.
"Apa yang tidak sesuainya? Parti PAS tidak membahayakan sesiapa. PAS adalah sebuah parti yang berasaskan Islam yang membawa kesejahteraan untuk menyatupadukan rakyat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama,” jelasnya.
Malah, kata beliau sebelum datangnya Islam, manusia dalam keadaan berpuak-puak dan berpecah belah, sehinggalah Allah s.w.t menurunkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang akhirnya berjaya menyatukan umat manusia di bawah panji Islam.
"Inilah hakikat perjuangan PAS dan tidak benar sama sekali tuduhan yang menyatakan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak sesuai dinegara ini," jelas beliau lagi.
Beliau turut menyarankan agar pemimpin tersebut supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan dengan agama Islam yang merupakan perjuangan tertinggi PAS.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-11-2013
PAS harap Karpal berjiwa besar, akui jika silap
Harakahdaily, | 17 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS mengulangi desakan agar Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh bersikap jujur berdepan isu seruan pendaftaran PAS dibatalkan ekoran pendedahan terbaru rakaman kenyataan beliau itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Karpal selaku ahli politik senior seharusnya berjiwa besar dan berani mengakui kesilapannya jika dia benar mengakatan perkara itu.
"Dia (Karpal) kena jujur dan berjiwa besar. Sebelum ini dia nafikan, malah (Lim) Kit Siang juga menafikan selepas mendapat penjelasan Karpal itu.
"Dengan pendedahan ini bermakna Karpal bukan sahaja calar imej PAS tapi calar juga imej DAP apabila dia berbohong kepada Lim Kit Siang kata benda itu tidak berlaku. Dia telah heret Kit Siang buat kenyataan salah," kata Mahfuz.
Beliau mengulas penafian kedua karpal, yang terbaru terhadap Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr. Raja Ahmad Iskandar A-Hiss yang mendedahkan rakaman kenyataan yang telah dibuat Karpal itu.
Raja Ahmad Iskandar mendakwa dalam rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu itu, secara jelas ada menyeru supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk PAS dibatalkan kerana membahayakan negara.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mahu isu itu ditamatkan dengan Karpal sendiri tampil memohon maaf, bukan sahaja kepada PAS, tetapi juga kepada Kit Sinag dan DAP.
"Saya harap DAP boleh mendisiplinkan Karpal," katanya lagi.
Sebelum ini, ketika isu ini mula timbul, Kit Siang menjadi pemimpin DAP pertama menafikan apa yang didakwa telah diperkatakan Karpal itu.
Kemudian, Karpal sendiri tampil sendiri menafikan perkara itu selepas didesak banyak pihak.
Bagaimanapun, pendedahan terbaru bukti rakaman kenyataan Karpal oleh Raja Iskandar itu menuntut penjelasan kedua daripada ahli politik senior DAP itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Karpal selaku ahli politik senior seharusnya berjiwa besar dan berani mengakui kesilapannya jika dia benar mengakatan perkara itu.
"Dia (Karpal) kena jujur dan berjiwa besar. Sebelum ini dia nafikan, malah (Lim) Kit Siang juga menafikan selepas mendapat penjelasan Karpal itu.
"Dengan pendedahan ini bermakna Karpal bukan sahaja calar imej PAS tapi calar juga imej DAP apabila dia berbohong kepada Lim Kit Siang kata benda itu tidak berlaku. Dia telah heret Kit Siang buat kenyataan salah," kata Mahfuz.
Beliau mengulas penafian kedua karpal, yang terbaru terhadap Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr. Raja Ahmad Iskandar A-Hiss yang mendedahkan rakaman kenyataan yang telah dibuat Karpal itu.
Raja Ahmad Iskandar mendakwa dalam rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu itu, secara jelas ada menyeru supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk PAS dibatalkan kerana membahayakan negara.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mahu isu itu ditamatkan dengan Karpal sendiri tampil memohon maaf, bukan sahaja kepada PAS, tetapi juga kepada Kit Sinag dan DAP.
"Saya harap DAP boleh mendisiplinkan Karpal," katanya lagi.
Sebelum ini, ketika isu ini mula timbul, Kit Siang menjadi pemimpin DAP pertama menafikan apa yang didakwa telah diperkatakan Karpal itu.
Kemudian, Karpal sendiri tampil sendiri menafikan perkara itu selepas didesak banyak pihak.
Bagaimanapun, pendedahan terbaru bukti rakaman kenyataan Karpal oleh Raja Iskandar itu menuntut penjelasan kedua daripada ahli politik senior DAP itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-11-2013
Intipan: PAS serah memo kepada Kedutaan Amerika
Harakahdaily, | 13 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menghantar bantahan rasmi ke Kedutaan Amerika Syarikat berikutan pendedahan yang mengemparkan seluruh dunia, bahawa AS melakukan intipan terhadap 35 orang pemimpin negara dunia termasuk Malaysia.
PAS tidak sama sekali boleh menerima amalan pengintipan yang secara jelas melanggar etika persahabatan antara dua negara dan PAS menggesa AS meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas ketelanjuran mereka.
Rombongan PAS yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bertemu dengan pegawai kanan Kedutaan AS bagi pihak Duta Besar yang dikatakan tiada di pejabat mereka di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.
Timbalan Presiden PAS diiringi, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli, AJK PAS Pusat, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat.
Dalam memorandum yang dihantar kepada Setiausaha Negara Amerika, John Kerry itu, PAS dengan tegas membantah canmpur tangan AS yang jelas menjejaskan hubungan persahabatan di antara dua negara.
Sejurus selepas menemui pegawai kedutaan, bercakap kepada pemberita Mohamad menegaskan, PAS kesal dengan tindakan tidak bertamaddun Amerika yang mengintip pemimpin negara Jerman, Brazil dan termasuk Malaysia.
Katanya, dilaporkan berikutan pendedahan pengintipan itu, Presiden Brazil membatalkan lawatan ke AS, manakala Jerman menghantar wakil khas mereka ke Rumah Putih untuk membuat bantahan.
"Kita kesal dengan tindakan AS, mereka turut sama mengintip sekutu paling rapat mereka termasuk Great Britain, termasuk Malaysia.
"Bagi kita, jika Perdana Menteri kita diintip dalam soal politik sehingga ke kehidupan peribadi, ini merupakan suatu blackmail yang diboleh disalahgunakan untuk memerangkap seseorang pemimpin negara, ini amat membimbangkan kita," tegas beliau.
Beliau menegaskan AS seharusnya memberhentikan segera tindakan pengintipan, terutamanya Malaysia sudah bersahabat dengan mereka sejak sebelum merdeka.
Sementara Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai menegaskan pihak AS sudah menyalahgunakan persahabatan dengan Malaysia dengan membuat intipan dan mendapatkan maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
"Kita mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang lebih tegas bahawa, kita membantah sekeras-kerasnya tindakan jahat mereka yang mencabuli persahabatan ini.
"Tetapi malangnya kerajaan Malaysia agak lembut dalam reaksi PM sendiri, kalau sesetengah negara pemimpin negara sanggup membuat pembatalan lawatan ke AS.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan pegawai yang ditemui meminta wakil PAS berhubung semula dengan kedutaan untuk menyampaikan terus bantahan kepada Duta Besar.
"Pada dasarnya kedutaan ini dibuka kerana Malaysia bersahabat dengan Amerika, maknanya ada semangat berkawan dan dasar setiakawan ini sudah dikhianati AS," tegas beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-11-2013
Ibrahim Libya: Pemuda PAS desak The Star mohon maaf
Muhammad Faizal, | 12 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak akhbar The Star memohon maaf dan menarik balik artikel yang mengaitkan Almarhum Ibrahim Libya sebagai pengganas dalam masa tiga hari.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, akhbar The Star perlu bertindak segera dalam tempoh yang diberikan itu sebelum tindakan undang-undang diambil kerana telah memfitnah seorang ulama yang dihormati seluruh masyarakat.
"Melebalkan Ustaz Ibrahim sebagai penjenayah dan mengamalkan ajaran sesat adalah satu fitnah dan tidak berasas.
"Kami dari DPPM mengecam tindakan The Star yang menyiar artikel tersebut yang dlihat menghina seorang ulama yang dihormati.
"Atas tindakan tersebut, kami menggesa agar The Star menarik balik siaran itu dan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia dalam masa tiga hari, jika enggan kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap siaran fitnah tersebut," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen.
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali.
Menurut beliau lagi, Ustaz Ibrahim Libya atau Ibrahim Mahmud merupakan seorang ulama terkenal dan pernah bekerja di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta merupakan pemimpin PAS di Kedah.
Namun Ibrahim telah menjadi mangsa kekejaman sewaktu di bawah pemerintahan Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
"Ustaz Ibrahim pernah bekerja di Jakim dan beliau turut merupakan seorang pemimpin PAS di Kedah.
"Jadi apa yang dilakukan oleh akhbar tersebut adalah satu penghinaan yang tidak berasas, mereka sepatutnya tidak melebalkan Ibrahim sama dengan ajaran sesat yang lain.
"Saya tegaskan pemohonan maaf bukan sahaja kepada seluruh keluarganya tetapi turut kepada PAS yang mana pemimpin kita dituduh serta difitnah dengan cara yang tidak berakhlak," sambung beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh.
Akhbar The Star hari ini memetik nama Almarhum Ibrahim Libya dan mendakwa beliau salah seorang pengganas yang berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa pada 19 November 1985.
Di bawah tajuk Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia Almarhum Ibrahim Libya disenaraikan bersama pengganas dan kumpulan ajaran sesat yang lain iaitu kumpulan Imam Mahadi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun.
YB UNH : https://www.youtube.com/watch?v=6CEaTSPUeN8
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-11-2013
Pengganas: The Star biadap, tarik balik laporan
Salmiyah Harun, | 12 Nov 2013 |
Di bawah tajuk Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia Almarhum Ibrahim Libya disenaraikan bersama pengganas dan kumpulan ajaran sesat yang lain iaitu kumpulan Imam Mahadi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun.
Laporan itu mendapat kecaman daripada Pemuda PAS Malaysia dan Pemuda PAS Kedah yang menyifatkan The Star telah menghina Tuanku Sultan Kedah Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang pernah mencemar duli menziarahi kubur almarhum Ustaz Ibrahim Libya.
Malah menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria, laporan akhbar terbabit telah menggambarkan tahap mentaliti pemilik akhbar yang semakin memualkan.
"Petikan itu adalah satu provokasi untuk mewujudkan satu ketegangan agama di dalam negara dan di kalangan masyarakat.
"Petikan dan siaran itu adalah sesuatu yang amat jahat dan tidak beretika," katanya kepada Harakahdaily.
Tegasnya Dewan Pemuda Kedah, menuntut pihak The Star menarik balik dan memohon maaf segera kepada seluruh umat Islam dan ahli keluarga yang terlibat dalam isu Memali ini.
"Kita tidak teragak-agak akan membuat membuat laporan Polis dan dalam masa tiga hari sekiranya tiada tindakan daripada The Star.
"Kami akan memohon mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan memorandum bantahan kerana baginda adalah Ketua Agama Islam Malaysia," katanya.
Sementara itu, AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizat Kaiat dalam satu kenyataan menyifatkan tuduhan tersebut tidak tepat dan biadap.
Ini kerana peristiwa Memali yang dimaksudkan oleh The Star adalah peristiwa yang masih gagal disabitkan sebagai aktiviti pengganas melibatkan Almarhum Ust Ibrahim Libya sebagai pemimpin masyarakat di situ.
"Bahkan sejarahwan dan pengamat politik di Malaysia sendiri sebahagiannya menyatakan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa melalui arahan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu sebagai perdana menteri sebagai memiliki agenda tersembunyi," katanya.
Bahkan katanya, fakta sejarah sendiri telah menyaksikan bahawa status Almarhum Ibrahim Libya dan beberapa rakannya yang ditembak sebagai syahid dan turut disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak ketika itu.
Justeru, tegas Suhaizan untuk meletakkan kedudukan Almarhum Ibrahim Libya sebagai pengganas di Malaysia seperti mana dilaporkan The Star adalah tidak bertanggungawab dan biadap sama sekali khususnya kepada ahli keluarga dan kebanyakan rakyat yang mengenali Almarhum.
"Bahkan, kes Memali yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah ini masih gagal diputuskan kedudukannya sehingga ke hari ini," katanya.
Justeru, beliau mendesak The Star menarik balik berita tersebut dan memohon maaf terbuka kepada seluruh ahli keluarga dan kenalan Almarhum.
"Saya tidak teragak-agak untuk memobilisasi rakyat seramai mungkin untuk menyatakan bantahan ini sekiranya tiada sebarang tindakan tarik balik dan permohonan maaf dibuat oleh The Star," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-11-2013
Al-Wathan Mesir: Presiden PAS nafi, ambil tindakan
Hazayani Zakaria, | 12 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menafikan laporan akhbar pro kerajaan rejim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa beliau ialah Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslim.
Beliau berkata, walaupun beliau dan PAS mendukung demokrasi dan menentang kudeta di Mesir namun adalah tidak munasabah beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslim.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya dan berita ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur jauh melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir.
"Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja PAS tapi parti lain di barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan.
"Mereka nak heret kita terlibat dengan Ikhwan itu adalah tidak benar kerana kegiatan Ikhwan terlibat dengan Asia Barat dan orang Asia Barat di Eropah, jadi tak munasabah nak letak saya sebagai setiausaha agung," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Tuan Guru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun.
Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga menyifatkan laporan tersebut sebagai provokasi untuk mengganggu hubungan PAS dengan pihak luar.
"Ini satu berita provokasi untuk menyulitkan kita dalam hubungan antarabangsa," katanya.
Justeru, tegasnya PAS sedang mengkaji tindakan guaman yang boleh diambil ke atas akhbar tersebut.
"Saya telah hubungi rakan-rakan di Asia Barat termasuk rakan di UK untuk menafikan berita ini dan kita serah juga kepada pihak guaman untuk mengambil tindakan sewajarnya," tegasnya yang juga Adun Rhu Rendang.
Pada 22 Oktober 2007, Tuan Guru Abdul Hadi memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.
Daily Mirror dalam akhbar dan juga web mereka, secara terang-terangan menyiarkan gambar Datuk Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.
Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al-Qaeda, dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.
YB DSTGHH ; https://www.youtube.com/watch?v=NZ92VUAcAww
Beliau berkata, walaupun beliau dan PAS mendukung demokrasi dan menentang kudeta di Mesir namun adalah tidak munasabah beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslim.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya dan berita ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur jauh melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir.
"Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja PAS tapi parti lain di barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan.
"Mereka nak heret kita terlibat dengan Ikhwan itu adalah tidak benar kerana kegiatan Ikhwan terlibat dengan Asia Barat dan orang Asia Barat di Eropah, jadi tak munasabah nak letak saya sebagai setiausaha agung," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Tuan Guru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun.
Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga menyifatkan laporan tersebut sebagai provokasi untuk mengganggu hubungan PAS dengan pihak luar.
"Ini satu berita provokasi untuk menyulitkan kita dalam hubungan antarabangsa," katanya.
Justeru, tegasnya PAS sedang mengkaji tindakan guaman yang boleh diambil ke atas akhbar tersebut.
"Saya telah hubungi rakan-rakan di Asia Barat termasuk rakan di UK untuk menafikan berita ini dan kita serah juga kepada pihak guaman untuk mengambil tindakan sewajarnya," tegasnya yang juga Adun Rhu Rendang.
Pada 22 Oktober 2007, Tuan Guru Abdul Hadi memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.
Daily Mirror dalam akhbar dan juga web mereka, secara terang-terangan menyiarkan gambar Datuk Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.
Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al-Qaeda, dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.
YB DSTGHH ; https://www.youtube.com/watch?v=NZ92VUAcAww
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-11-2013
Al-Wathan Mesir: Kenyataan rasmi PAS petang ini
Harakahdaily, | 11 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini berhubung laporan akhbar prokerajaan rejim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslim.
Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Tuan Guru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun.
Beliau juga mendakwa, tanzim antarabangsa ikhwan telah meletakkan fasal baru dalam undang-undang tubuhnya iaitu jawatan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir yang disandang Dr Muhammad Badie hanya simbolik sahaja manakala yang sebetulnya adalah jawatankuasa pengurusan antarabangsa.
"PAS sedang meneliti kandungan laporan akhbar Al-Wathan dari Mesir yang menyiarkan berita mengenai Presiden PAS.
"Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan lewat hari ini mengenai hal ini oleh Setiausaha Agung PAS," kata setiausaha politik kepada Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kepada Harakahdaily.
Akhbar kawalan tentera pimpinan Abdul Fatah Al-Sisi itu juga menyebut bahawa ibu pejabat sekriteriat antarabangsa Ikhwan ini berpusat di Malaysia dan Abdul Hadi Awang, Muraqib Ikhwan Malaysia sebagai setiausaha agungnya.
Selain Abdul Hadi, akhbar itu juga mendakwa beberapa individu lain dalam anggota jawatankuasa itu termasuk Ibrahim Munir, Rashid Ghanaoshi dan Hamam Said yang merupakan anggota Maktab Irshad Dunia.
Selain itu akhbar itu juga mendakwa Ikhwan menerima dana antarabangsa, sebanyak 250 juta Gineih bagi menggerakkan demonstrasi menentang kerajaan kudeta.
Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Tuan Guru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun.
Beliau juga mendakwa, tanzim antarabangsa ikhwan telah meletakkan fasal baru dalam undang-undang tubuhnya iaitu jawatan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir yang disandang Dr Muhammad Badie hanya simbolik sahaja manakala yang sebetulnya adalah jawatankuasa pengurusan antarabangsa.
"PAS sedang meneliti kandungan laporan akhbar Al-Wathan dari Mesir yang menyiarkan berita mengenai Presiden PAS.
"Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan lewat hari ini mengenai hal ini oleh Setiausaha Agung PAS," kata setiausaha politik kepada Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kepada Harakahdaily.
Akhbar kawalan tentera pimpinan Abdul Fatah Al-Sisi itu juga menyebut bahawa ibu pejabat sekriteriat antarabangsa Ikhwan ini berpusat di Malaysia dan Abdul Hadi Awang, Muraqib Ikhwan Malaysia sebagai setiausaha agungnya.
Selain Abdul Hadi, akhbar itu juga mendakwa beberapa individu lain dalam anggota jawatankuasa itu termasuk Ibrahim Munir, Rashid Ghanaoshi dan Hamam Said yang merupakan anggota Maktab Irshad Dunia.
Selain itu akhbar itu juga mendakwa Ikhwan menerima dana antarabangsa, sebanyak 250 juta Gineih bagi menggerakkan demonstrasi menentang kerajaan kudeta.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-11-2013
PAS ucap terima kasih kepada Karpal Singh
Harakahdaily, | 11 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang telah tampil menjelaskan kenyataannya yang sebenar berhubung seruan agar pendaftaran PAS dibatalkan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, penafian Karpal itu bukan sahaja telah merungkai kekeliruan, malah telah mendedahkan pihak mana sebenarnya cuba memecah belah hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
"Dalam penjelasan itu, Karpal secara jelas mengiktiraf PAS yang menyedari dan meraikan masyarakat majmuk dengan penubuhan Kongres Penyokong bukan Islam PAS sebelum pilihan raya umum pada 2004 dan turut bersetuju meletakkan calon bukan Islam atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2013.
"Beliau juga tidak menyeru agar PAS dibubarkan pendaftaran, dan ini telah diputar belit oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas penjelasan Karpal yang tampil sendiri merungkai kekeliruan berhubung laporan media yang memetiknya sebagai berkata "menyeru pendaftaran PAS dibatalkan".
Sebaliknya, pemimpin veteran DAP itu berkata beliau menyatakan bahawa PAS mempunyai kesedaran mengenai keperluan masyarakat majmuk di negara ini dengan mengadakan Kongres Penyokong bukan Islam.
Ia tidak sama seperti Umno, MCA dan MIC, parti yang berasaskan perkauman dan perlu dibatalkan pendaftarannya.
Mahfuz sebelum ini antara yang mahu Karpal sendiri membuat penjelasan terhadap laporan media berhubung perkara itu.
Mengulas lanjut, Mahfuz sekali lagi menggesa Karpal agar mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit yang telah memutar belit kenyataan beliau.
"Kita mahu media yang sering memutar belit kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat ini diberi pengajaran.
"Karpal seorang peguam, dan senior dalam politik negara ini tentu lebih maklum dengan permainan media ini, dan dia wajar mengambil tindakan saman terhadap media terbabit," katanya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, penafian Karpal itu bukan sahaja telah merungkai kekeliruan, malah telah mendedahkan pihak mana sebenarnya cuba memecah belah hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
"Dalam penjelasan itu, Karpal secara jelas mengiktiraf PAS yang menyedari dan meraikan masyarakat majmuk dengan penubuhan Kongres Penyokong bukan Islam PAS sebelum pilihan raya umum pada 2004 dan turut bersetuju meletakkan calon bukan Islam atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2013.
"Beliau juga tidak menyeru agar PAS dibubarkan pendaftaran, dan ini telah diputar belit oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas penjelasan Karpal yang tampil sendiri merungkai kekeliruan berhubung laporan media yang memetiknya sebagai berkata "menyeru pendaftaran PAS dibatalkan".
Sebaliknya, pemimpin veteran DAP itu berkata beliau menyatakan bahawa PAS mempunyai kesedaran mengenai keperluan masyarakat majmuk di negara ini dengan mengadakan Kongres Penyokong bukan Islam.
Ia tidak sama seperti Umno, MCA dan MIC, parti yang berasaskan perkauman dan perlu dibatalkan pendaftarannya.
Mahfuz sebelum ini antara yang mahu Karpal sendiri membuat penjelasan terhadap laporan media berhubung perkara itu.
Mengulas lanjut, Mahfuz sekali lagi menggesa Karpal agar mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit yang telah memutar belit kenyataan beliau.
"Kita mahu media yang sering memutar belit kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat ini diberi pengajaran.
"Karpal seorang peguam, dan senior dalam politik negara ini tentu lebih maklum dengan permainan media ini, dan dia wajar mengambil tindakan saman terhadap media terbabit," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-11-2013
Saya tidak menyeru PAS dibatal pendaftaran – Karpal
Harakahdaily, | 08 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: “Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang akhbar itu,” tegas Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.
Justeru, beliau yang juga dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor agak terkejut dengan serangan yang dilakukan terhadapnya oleh beberapa pemerhati politik, mereka yang kononnya ahli akademik dan para pengulas tertentu terhadap kenyataan saya pada Selasa lalu berkenaan parti-parti politik dan badan-badan profesional yang ditubuhkan dengan garis perkauman harus membuka pintu kepada semua kaum atau dibatalkan pendaftarannya, khususnya kenyataan beliau yang dikatakan bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya.
“Ia sememangnya satu penghinaan teruk kepada Utusan Malaysia kerana membuat tuduhan keji ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Saya agak terkejut dengan serangan yang dilakukan terhadap saya oleh beberapa pemerhati politik, mereka yang kononnya ahli akademik dan para pengulas tertentu terhadap kenyataan saya pada Selasa lalu berkenaan parti-parti politik dan badan-badan profesional yang ditubuhkan dengan garis perkauman harus membuka pintu kepada semua kaum atau dibatalkan pendaftarannya, khususnya kenyataan saya yang dikatakan bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya. Ia sememangnya satu penghinaan teruk kepada Utusan Malaysia kerana membuat tuduhan keji ini.
Terence Netto telah benar-benar termakan dengan putar belit Utusan Malaysia bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya; yang kemuncaknya menyifatkan saya sebagai seorang yang cuai serta tidak cermat dan saya tidak bertambah matang seiring dengan usia dan pelbagai kata-kata buruk lain di dalam artikelnya. Saya terkejut bagaimana Terence Netto yang telah meningkat usianya tetapi tidak banyak mengambil pengajaran. Tidak mahu kalah, sesetengah orang kuat PAS pun turut terjun ke dalam kancah yang buruk ini melalui kritikan mereka terhadap saya tentang dakwaan seruan saya ke atas PAS itu. Sudah tentu, terdapat ramai lagi, termasuklah seorang profesor, yang turut mempamerkan ketidakmatangan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa memastikan kebenaran fakta atau memastikan saya telah benar-benar membuat dakwaan itu terhadap PAS.
Benar, saya telah menyeru agar Persatuan Peguam-Peguam Muslim dibatalkan pendaftarannya kerana mengecam Majlis Peguam bahkan, melakukan ugutan jenayah, terhadap majlis itu kerana menyokong mingguan Katolik Herald berkenaan penggunaan kalimah Allah. Presiden kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim mengugut akan bertindak ke atas Majlis Peguam. Saya tegas dengan pendirian saya menyeru agar dibatalkan pendaftaran Persatuan Peguam-Peguam Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1988 ketika kemuncak pemecatan Tun Salleh Abas dan terang-terang mendapat sokongan penuh perdana menteri waktu itu Dr. Mahathir, yang langsung membawa kepada perhimpunan dan demonstrasi agak ganas di hadapan pejabat Majlis Peguam berdekatan stesen Masjid Jamek.
Benar, saya telah menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum yang malang sekali termasuklah PAS, sepatutnya membuka pintu kepada kaum lain; akan tetapi saya lekas menambah bahawa PAS telah pun memperakui keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan sayap penyokong bukan beragama Islam.
Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang akhbar itu.
Terence Netto dan mereka yang seangkatan dengannya jelas telah terlepas pandang akan perkara itu. Sama ada disengajakan atau disebabkan oleh nurani personaliti-personaliti ini.
Bolehkah PAS menafikan ia telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebelum pilihan raya umum 2004?
Bolehkah PAS menafikan ia telah bersetuju untuk meletakkan calon bukan beragama Islam di dalam pilihan raya umum 2013?
Bolehkah PAS menafikan bahawa Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, pada 13.10.13 telah berkata, ketika ditanya sama ada keahlian penuh akan diberikan kepada bukan beragama Islam berikutan sokongan besar yang PAS terima daripada DHPP di dalam pilihan raya umum, beliau berkata,
‘Buat masa ini, kami mempunyai sayap penyokong PAS (DHPP) untuk yang bukan beragama Islam. Ia adalah cara yang baik untuk kami meletakkan di kami di kalangan bukan beragama Islam. Seterusnya, cabaran kami ialah untuk menjadikan diri kami releven di kalangan semua rakyat Malaysia. Cabaran kami sekarang adalah untuk mengekalkan sokongan yang kami terima daripada bukan beragama Islam dan meningkatkan sokongan daripada umat Islam’?
Bolehkah PAS menafikan pada pilihan raya umum 2008, ia meletakkan calon dari masyarakat India, R. Kumutha, untuk bertanding kerusi dewan undangan negeri Tiram di kawasan parlimen Johor Bharu?
Bolehkah PAS menafikan pada 6.11.2013, DHPP melalui setiausahanya K. Deepakaran dalam membahaskan ucapan dasar Presiden sewaktu Muktamar PAS di Pengkalan Chepa menggesa ahli parti supaya tidak melihat DHPP dengan rasa curiga sebaliknya menganggap golongan bukan beragama Islam di dalam PAS sebagai sebahagian daripada jenteranya.
‘Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS. Saya selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo PAS For All’.
Beliau juga menekankan, ‘Kalau dahulu memang PAS untuk orang Islam sahaja tapi sekarang PAS sudah terbuka kepada semua yang mahu menjadi sebahagian daripada perjuangan Islam’
Di sidang akhbar pada hari Selasa, saya menekankan sekali lagi, saya tidak meminta PAS dibatalkan pendaftarannya malah memberikannya talian hayat dengan menyatakan bahawa PAS telah sedar keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan DHPP tidak seperti Umno, MCA dan MIC yang jelas-jelas merupakan parti rasis yang perlu dibatalkan pendaftarannya. Saya tidak meletakkan PAS di dalam bakul yang sama apabila saya menentang parti politik dan badan profesional yang ditubuhkan atas dasar kaum. Saya telah menyatakan kebenaran. Tuntutan memohon maaf oleh pemimpin-pemimpin PAS tidak akan dipenuhi. Itu saya boleh jamin.
PAS seharusnya sudah boleh menunjukkan keikhlasannya dengan menjadikan DHPP sebagai ahli penuh parti. Jauh daripada dibatalkan pendaftaran, tindakan sedemikian akan menjadikan PAS salah satu parti politik berbilang kaum di negara ini.

Sumber HD - 8-11-2013
PAS gesa Karpal sendiri beri penjelasan
Harakahdaily, | 07 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh tampil memberi penjelasan terbuka terhadap tuduhan kononnya beliau mahu pendaftaran PAS dibatalkan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu penting bagi merungkai segala kekeliruan yang timbul akibat laporan media yang memetik kenyataannya sebelum ini.
"Apa yang penting beliau (Karpal) sendiri perlu tampil beri penjelasan, bukan melalui pihak lain.
"Ini untuk kita semua dapat gambaran sebenar," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang semalam yang tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Dalam penjelasannya, Kit Siang berkata, beliau telah bercakap dengan Karpal dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menjelaskan tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan.
Justeru, Kit Siang meminta semua pihak mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat.
Isu ini timbul ekoran laporan kononnya Karpal mahu pendaftaran PAS dibatalkan atas cadangannya agar parti politik atau pertubuhan berasaskan kaum dan agama boleh menghalang perpaduan kaum di negara ini.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jika kenyataan itu dimanipulasi media, maka Karpal perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit.
"Sebaliknya, kalau laporan itu betul, Karpal harus berlapang dada dan berjiwa besar untuk tampil memohon maaf kepada PAS dan seluruh ahli dan penyokong.
"Kita yakin beliau boleh berbuat demikian kerana beliau adalah seorang ahli politik senior," katanya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu penting bagi merungkai segala kekeliruan yang timbul akibat laporan media yang memetik kenyataannya sebelum ini.
"Apa yang penting beliau (Karpal) sendiri perlu tampil beri penjelasan, bukan melalui pihak lain.
"Ini untuk kita semua dapat gambaran sebenar," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang semalam yang tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Dalam penjelasannya, Kit Siang berkata, beliau telah bercakap dengan Karpal dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menjelaskan tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan.
Justeru, Kit Siang meminta semua pihak mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat.
Isu ini timbul ekoran laporan kononnya Karpal mahu pendaftaran PAS dibatalkan atas cadangannya agar parti politik atau pertubuhan berasaskan kaum dan agama boleh menghalang perpaduan kaum di negara ini.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jika kenyataan itu dimanipulasi media, maka Karpal perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit.
"Sebaliknya, kalau laporan itu betul, Karpal harus berlapang dada dan berjiwa besar untuk tampil memohon maaf kepada PAS dan seluruh ahli dan penyokong.
"Kita yakin beliau boleh berbuat demikian kerana beliau adalah seorang ahli politik senior," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-11-2013
PAS bantah kenyataan Karpal Singh
Harakahdaily, | 06 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang meminta parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan, dan menganggap ianya serius dan membahayakan.
“PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal tidak memahami perjuangan PAS,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Justeru, beliau bertanya apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyarakat majmuk di Malaysia.
Beliau menambah, nilailah sendiri kepada PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim.
“Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan?” tanya Tuan Ibrahim lagi.
Beliau berkata, Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kata-kata mengikut sedap hati.
“Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam suasana rakyat menolak BN dan mulai yakin dengan kepimpinan PR,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Karpal sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini. Kenyataan sebegini juga merugikan DAP secara amnya.
Sehubungan itu, kata beliau PAS menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut.
“Di atas nama parti, PAS membantah keras kenyataan beliau,” tegas beliau.
“PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal tidak memahami perjuangan PAS,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Justeru, beliau bertanya apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyarakat majmuk di Malaysia.
Beliau menambah, nilailah sendiri kepada PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim.
“Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan?” tanya Tuan Ibrahim lagi.
Beliau berkata, Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kata-kata mengikut sedap hati.
“Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam suasana rakyat menolak BN dan mulai yakin dengan kepimpinan PR,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Karpal sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini. Kenyataan sebegini juga merugikan DAP secara amnya.
Sehubungan itu, kata beliau PAS menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut.
“Di atas nama parti, PAS membantah keras kenyataan beliau,” tegas beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-11-2013
Datuk Fauzi masih dirawat di Hospital Selayang
Harakahdaily, | 28 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari masih dirawat di Hospital Selayang.
Ketua Pemuda PAS Kawasan Larut, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin memberitahu, Fauzi yang merupakan calon PAS bagi Parlimen Larut pada PRU13 lalu sudah lapan hari berada di hospital tersebut.
“Pihak hospital mengambil darah beliau setiap hari tetapi punca penyakit masih belum diketahui,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Fauzi, 63, selain menjawat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, pernah menjadi Ketua Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Selangor.
Setelah bersara dari PDRM, beliau telah menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu majlis di Perak pada 20 Mei 2012.
Ketua Pemuda PAS Kawasan Larut, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin memberitahu, Fauzi yang merupakan calon PAS bagi Parlimen Larut pada PRU13 lalu sudah lapan hari berada di hospital tersebut.
“Pihak hospital mengambil darah beliau setiap hari tetapi punca penyakit masih belum diketahui,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Fauzi, 63, selain menjawat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, pernah menjadi Ketua Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Selangor.
Setelah bersara dari PDRM, beliau telah menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu majlis di Perak pada 20 Mei 2012.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-10-2013
Tiada tindakan terhadap Husam - Presiden PAS
Salmah Mat Husain, | 23 Okt 2013 |
KOTA BAHARU: PAS tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa (gambar) yang mengkritik pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dalam sidang Dewan Undangan Negeri, baru-baru ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, teguran Naib Presiden PAS itu dilihat sebagai perkara biasa sebaliknya diperbesarkan pihak media.
Tuan Guru Abdul Hadi menjawab soalan wakil media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Lajnah Politik PAS Pusat dan Dewan Harian PAS Pusat di JKR 10, dekat sini, semalam.
Husam turut hadir pada mesyuarat itu.
Hadir sama Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dan para pemimpin PAS Pusat dan negeri.
Pada masa yang sama Tuan Guru Abdul Hadi turut menyifatkan kritikan terbuka Husam dalam sidang Dun Kelantan baru-baru ini tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.
PAS Pusat juga, tambah beliau tidak menerima permohonan PAS Kelantan agar tindakan disiplin diambil terhadap Husam.
Dalam sidang Dun Kelantan 8 Oktober lalu, Husam yang juga bekas Exco kanan kerajaan negeri menarik perhatian ramai apabila mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.
Antara yang disentuh adalah permohonan aktiviti pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang oleh sebuah syarikat melalui proses runding terus dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang diminta mengulas isu berkenaan, berkata mesyuarat turut mendengar penjelasan daripada Husam.
"Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan baik dan kita rasa beruntung kerana dapat penjelasan secara langsung daripada Husam dan kerajaan negeri," katanya.
Husam dalam jawapan ringkasnya kepada media selepas perjumpaan itu memberitahu berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan.
“Perbincangan kita hari ini seperti antara keluarga bukan macam orang luar,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-10-2013
Rakyat lihat rasuah macam dengar alunan muzik
Mohd Sabri Said, | 15 Okt 2013 |
Mohamad bersalaman dengan para jamaah selepas selesai solat hari raya.
TASEK GELUGOR: Umat Islam hari ini melihat rasuah, penyelewengan kerajaan, penindasan terhadap rakyat tidak ubah seperti mendengar alunan muzik di corong radio.
Demikian intipati khubah Aidil Adha yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Surau Kampung Baru, Tasek Gelugor pagi tadi.
Menurutnya lagi, walaupun mengetahui indeks rasuah di Malaysia meningkat rakyat tidak mempedulikannya malahan terus memberikan mandat Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.
Tabiat tersebut katanya, macam dengar lagu atau muzik pada mulanya sedap dan terikut mendendangkanya tetapi apabila agak lama sudah muak.
Tetapi, katanya apabila muncul lagu baru lagu lama terus dilupakan.
"Tabiat rakyat Malaysia terutamanya umat Islam bagaikan dengar irama lagu bila muncul lagu baru ramai yang minat tetapi bila dah lama masing-masing buat tak tahu," tegasnya.
Contohnya apa yang dedahkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini bahawa Kementerian Dalam Negeri menghadapi masalah kehilangan senjata api seperti pistol, gari, teropong dan paling mengejutkan apabila pernah berlaku kehilangan enjin jet.
Paling baru, tambah beliau ialah pembiayaan kerajaan terhadap program Hari Belia Negara 2012 yang membayar artis K-Pop dengan kos RM1.6 juta.
"Sepatutnya umat Islam mempedulikan isu ini dengan menghukum kerajaan yang sengaja menyalahgunakan kuasa yang ada,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-10-2013
Ops Bubar: Ceramah bantu OKZ di Melewar esok
Muhammad Faeez Azahar, | 03 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Perak akan menganjurkan satu program ceramah bagi menyatakan solidariti terhadap 13 peserta demontrasi Ops Bubar di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan ketika krisis politik perak 2009 lalu.
Kesemua Orang Kena Zalim (OKZ) itu telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun serta denda RM5,000 oleh Mahkamah Seksyen Kuala Kangsar.
Namun kesemua 13 mereka telah dilepaskan setelah hampir seminggu meringkuk dalam Penjara Tapah apabila Mahkamah Tinggi Taiping menerima permohonan peguambela untuk ditangguhkan hukuman sementara proses rayuan dijalankan.
Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, ceramah tersebut dijadualkan akan berlangsung di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm), Taman Melewar, Kuala Lumpur jam 9.00 malam pada hari Jumaat ini (esok).
Katanya, ceramah tersebut adalah kemuncak program setelah menjelajah ke seluruh negeri Perak dalam masa dua minggu lalu.
Ceramah tersebut katanya bertujuan untuk mengumpul dana bagi bersama-sama membantu mengurangkan beban terhadap mereka.
"Kesemua 13 OKZ terpaksa menanggung sebilangan kos yang agak tinggi termasuklah denda RM5 ribu yang dijatuhkan, jaminan pelepasan dan kos perbicaraan.
"Malah ada dari kalangan 13 tahan itu kehilangan pekerjaan disebabkan hukuman yang telah disabitkan ke atas mereka," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Ceramah tersebut akan dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, peguam, Hanipa Maidin, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Mantan Speaker Dun Perak, V Sivakumar, dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien.
Beberapa OKZ juga katanya akan turut hadir ke majlis itu disamping sokongan daripada beberapa NGO termasuklah Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).
"Saya mengajak seluruh rakyat khususnya anak Perak disekitar Lembah Klang untuk hadir ke program ini dan dalam masa yang sama dapat membantu kami mengumpul dana bagi membela nasib 13 pejuang ini," jelasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-10-2013
Bahaya kecelaruan istilah dalam parti
Dr Angin Budiman, | 30 Sep 2013 |
MEMULAKAN dengan terma ‘ konservatif’ dan ‘reformis’ dalam membincangkan persaingan dalaman PAS memungkinkan suasana yang kurang selesa pada sesetengah pihak. Saya ingin merujuk tulisan sahabat saya, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
Saya memahami beliau cuba membawa keluar daripada kerangka dikotomi ulama-profesional yang memerangkap sebahagian besar khalayak parti. Usaha memecah-mecahkan tekstur anggota parti kepada kepingan kertas ijazah, warna jubah, lokaliti dan sebagainya harus disokong. Walau bagaimanapun, pengkategorian pemikiran atau pendekatan ahli kepada kutub konservatif dan kutub reformis secara tidak cermat akan mengelirukan akhirnya.
Istilah ‘konservatif’ bermaksud bersikap mempertahankan adat, nilai yang menjadi tradisi ataupun kelaziman. Bahkan istilah ini juga membawa maksud tidak mudah menerima perubahan. Makna itu sendiri meletakkan konservatif pada sudut kelompok yang ‘bermasalah’ dengan perubahan. Tidak mesra perubahan. Berada pada takuk lama. Mandom.
Manakala istilah ‘reformis’ adalah golongan yang menganjurkan atau mengusahakan perubahan dan pembaikan dalam bidang-bidang tertentu. Akar kata reformis ini mempunyai nilai yang asing dengan budaya kita tetapi telah diberi nafas tempatan sehingga diterima sebagai suatu istilah yang baik. Jika dikorek dalam-dalam lagi, istilah ini adalah masalah agama Kristian!
Sayapun tidaklah berhasrat menambah-nambah kecelaruan yang sedia ada melainkan cuba memberi sedikit ruang untuk menjadi sebuah perbahasan yang mematangkan pimpinan dan ahli parti. Mungkin sebagai satu bata-bata bagi mewujudkan persekitaran parti yang sihat dan merangsangkan pemikiran.
Dalam aspek kepimpinan politik, kita boleh melihat bagaimana kupasan James Mac Gregor Burns memahami pendekatan pemimpin. James Gregor Burns memang bukan seorang Muslim tetapi anggapkan ideanya sebagai suatu ‘hikmah’ yang tercicir. Sebagai pengutip hikmah, tidak salah untuk mengambil manfaat untuk kepentingan bersama.
Beliau membahagikan gaya dan pendekatan pemimpin secara umum dibahagikan kepada dua; transformational leadership dan transactional leadership. Saya tidak sempat untuk mencari dalam Kamus Dewan. Istilah itu masih muda dalam kamus pemikiran orang Melayu.
Secara umumnya, transformational leadership adalah seorang pemimpin yang memiliki keupayaan melebarluaskan ideanya, memberi inspirasi, mendidik ataupun membentuk pengikutnya dan memiliki tahap toleransi yang seimbang. Pendekatan kelompok ini tidak berkembang dengan keupayaan berpidato, retorika ataupun susuk tubuh pemimpin yang memiliki aura tersendiri. Perlu diakui, setiap pemimpin yang karismatik memiliki daerah auranya yang tersendiri. Semakin luas daerah auranya, semakin tinggilah nilai karismatiknya.
Inti kepada kepimpinan transformational adalah kekuatan idea dan proses pengembangan idea itu sendiri. Idea itu menjadi sumber kuasa yang merangsang para pengikut bekerja dan berjuang. Pemimpin yang baik bukan sekadar mampu melontarkan idea yang bagus tetapi memahami proses menyampaikan idea secara berkesan. Pemimpin bukan sahaja perlu ‘alim’ atau berpengetahuan secara asas agama tetapi dalam sebuah organisasi politik dan dakwah, PAS sebenarnya lebih memerlukan pemimpin yang ‘alim sosial’.
Alim sosial adalah salah satu kualiti kepimpinan transformational. Mereka memahami keperluan sosial semasa dan mampu merangsang masyarakat bergerak sama. Kepimpinan transformational sentiasa bertolak ansur bagi memastikan idea besar mereka berkembang. Ini dapat dilakukan melalui sessi penerangan, pengajaran, pendidikan ataupun dalam konteks PAS disebut tarbiyah.
Kepimpinan transformational ini tidak sangat bergantung kepada kuasa karismatik seorang pemimpin. Kekuatan mereka adalah bergantung kepada kekuatan idea yang dibawa oleh mereka. Idea inilah yang membentuk dan mewarnai pemikiran para pengikutnya.
Manakala, transactional leadership pula adalah seorang pemimpin yang memiliki keupayaan menggunakan kuasa dan kedudukannya dalam menggerakkan organisasi (jamaah atau parti) ke arah yang menjadi objektif perjuangan mereka.
Pemimpin kelompok ini memiliki nilai karismatik melalui keupayaannya berpidato, berkomunikasi dengan pengikut mereka. Tentu sekali pemimpin ini memiliki daerah aura yang lebih luas. Daerah aura mereka dibentuk oleh tradisi pemikiran yang sedia ada. Secara tradisinya, ia agak berbau feudal tetapi bukan kerana faktor darah tetapi kerana kedudukannya sebagai pemimpin.
Untuk akhirnya, maaflah kerana mengajak sidang pembaca membaca nota universiti!

Sumber HD - 30-9-2013
PAS sertai persidangan meja bulat gerakan Islam
Abu Marwan, | 30 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Pimpinan gerakan Islam sedunia telah mengadakan satu sidang meja bulat di Lahore, Pakistan bagi membincangkan isu-isu ummah terutamanya cabaran dan konflik yang sedang berlaku di dunia Islam, baru-baru ini.
Pertemuan tertutup itu telah menemukan pimpinan gerakan Islam dari seluruh dunia Islam seperti Pakistan, Mesir, Algeria, Syria, Sudan, Indonesia, Jordan, Tunisia, Maghribi dan Malaysia.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad, mewakili parti itu di dalam pertemuan tersebut bagi membincangkan cabaran yang sedang dihadapi oleh ummah.
Ia turut di hadiri oleh Amir Jamaat Islami Pakistan Dr. Munawar Hassan, Sheikh Hammam Said, Muraqib Am Ikhwan Muslimin Jordan, Dr. Abdul Fattah Moro dari Nahdah Tunisia dan Dr. Mohamed Hamdawi dari parti Islah Morocco.
Menurut Syed Azman, dalam pertemuan itu, pimpinan gerakan Islam sependapat bahawa cabaran yang sedang dihadapi kini terutamanya di Syria dan Mesir adalah merupakan 'konspirasi global' bagi menghancurkan Islam dan gerakan Islam.
Katanya, konflik dan ketidakstabilan yang sedang berlaku di kebanyakan rantau Islam kini didalangi oleh kuasa besar terutamanya Amerika Syarikat dan Zionis Israel.
Katanya lagi, konflik berdarah yang sedang berlaku di Syria kini adalah merupakan 'peperangan proksi' kuasa besar antara Amerika Syarikat dan sekutunya berhadapan dengan Rusia dan sekutunya yang mengakibatkan lebih 100,000 ribu rakyat awam Syria yang terbunuh.
Sementara itu rampasan kuasa tentera yang berlaku di Mesir adalah merupakan rancangan bagi memastikan keselamatan negara Israel dan juga kepentingan strategik minyak dan gas serta terusan Suez.
“Pertemuan pimpinan gerakan Islam itu juga mengambil ketetapan untuk menilai semula strategi dan penglibatan di negara masing-masing bersesuaian dengaan cabaran semasa yang sedang di hadapi oleh ummah kini,” ujarnya.
Beliau berkata, cabarannya adalah amat besar dan memerlukan kesatuan ummah bagi menghadapi konspirasi musuh yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun bertentangan dengan landasan hak asasi dan demokrasi yang mereka sendiri sanjungi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-9-2013
Peluang sertai korban Lajnah Kebajikan PAS
Saidah Hairan, | 24 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat menjemput orang ramai untuk melaksanakan ibadah korban yang akan dilakukan pada Aidil Adha tahun ini.
Pengerusinya, Dr Siti Mariah Mahmood menjemput ahli PAS, pembaca Harakah serta sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melakukan korban bagi diagihkan kepada Lajnah Kebajikan PAS di setiap negeri.
Menurut beliau, tahun ini pihaknya telah menerima permohonan untuk mendapatkan haiwan korban daripada Lajnah Kebajikan PAS negeri-negeri.
Bagi mereka yang berhasrat untuk menyertai ibadah korban Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, kos bagi sebahagian lembu korban adalah RM450 sahaja.
Bakal peserta boleh menghubungi terus Dr Siti Mariah di nombor 019 236 1889 dan Zainal (012 313 5471).
Wang juga boleh disalurkan terus ke akaun DANA KAMI PRIHATIN, BIMB 1211 3010 0261 50 dan selepas itu hantar pesanan ringkas (SMS) ke nombor 019 357 5857 (Raja Rozita).
"Saya merayu supaya kawasan-kawasan dan masjid yang mendapat ramai peserta ibadah korban mendapatkan izin peserta untuk mengagihkan korban mereka di luar kawasan," katanya.
Ini kerana tambah beliau, adakalanya masjid-madjid dan persatuan penduduk mendapat ramai peserta dan mengorbankan berbelas atau berpuluh ekor lembu sehingga sukar untuk mengagihkan daging korban tersebut.
Tambahan pula katanya, ramai penduduk di kawasan perumahan kelas sosioekonomi tinggi bukan dari golongan miskin atau memerlukan sangat daging korban.
"Lajnah Kebajikan boleh membantu untuk mengagihkkan daging korban ke seluruh negara," katanya.
Sementera itu, Lajnah Kebajikan turut mengadakan kenduri daging korban untuk penghuni kawasan lorong Haji Taib, Jalan Chow Kit dekat sini dan menjemput pekerja-pekerja di sekitar kawasan Pejabat Agung PAS hadir ke program tersebut.
Katanya, sebahagian lagi daging mentah akan diagihkan kepada mereka yang layak menerimanya.
Pengerusinya, Dr Siti Mariah Mahmood menjemput ahli PAS, pembaca Harakah serta sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melakukan korban bagi diagihkan kepada Lajnah Kebajikan PAS di setiap negeri.
Menurut beliau, tahun ini pihaknya telah menerima permohonan untuk mendapatkan haiwan korban daripada Lajnah Kebajikan PAS negeri-negeri.
Bagi mereka yang berhasrat untuk menyertai ibadah korban Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, kos bagi sebahagian lembu korban adalah RM450 sahaja.
Bakal peserta boleh menghubungi terus Dr Siti Mariah di nombor 019 236 1889 dan Zainal (012 313 5471).
Wang juga boleh disalurkan terus ke akaun DANA KAMI PRIHATIN, BIMB 1211 3010 0261 50 dan selepas itu hantar pesanan ringkas (SMS) ke nombor 019 357 5857 (Raja Rozita).
"Saya merayu supaya kawasan-kawasan dan masjid yang mendapat ramai peserta ibadah korban mendapatkan izin peserta untuk mengagihkan korban mereka di luar kawasan," katanya.
Ini kerana tambah beliau, adakalanya masjid-madjid dan persatuan penduduk mendapat ramai peserta dan mengorbankan berbelas atau berpuluh ekor lembu sehingga sukar untuk mengagihkan daging korban tersebut.
Tambahan pula katanya, ramai penduduk di kawasan perumahan kelas sosioekonomi tinggi bukan dari golongan miskin atau memerlukan sangat daging korban.
"Lajnah Kebajikan boleh membantu untuk mengagihkkan daging korban ke seluruh negara," katanya.
Sementera itu, Lajnah Kebajikan turut mengadakan kenduri daging korban untuk penghuni kawasan lorong Haji Taib, Jalan Chow Kit dekat sini dan menjemput pekerja-pekerja di sekitar kawasan Pejabat Agung PAS hadir ke program tersebut.
Katanya, sebahagian lagi daging mentah akan diagihkan kepada mereka yang layak menerimanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-9-2013
DSTGHHA : http://www.youtube.com/watch?v=aFNo63DKpsk&feature=youtu.be
Dr Shahbudin Ngah / Rektor KUIZM :
http://www.youtube.com/watch?v=x31ATDPqIos&feature=youtu.be
Ulasan Siswa KUIZM : http://www.youtube.com/watch?v=JFSLzheHlDo&feature=youtu.be
PAS dalam Pakatan perkukuh sistem dua parti
Anis Nazri, | 17 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat memandangkan hubungan parti itu lebih kukuh dan baik berbanding hubungan antara parti dalam Barisan Nasional.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata hubungan dalam Pakatan Rakyat itu perlu diteruskan sebagai sistem dua parti.
"Memang semua parti politik dalam Pakatan Rakyat mempelajari cara parti masing-masing. Sehingga kini kita teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN," tegas beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, petang ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kerjasama PAS dalam Pakatan rakyat, khususnya dengan PKR.
Mengulas isu sama ada PAS bersedia untuk mengkaji semula tahaluf siasi kerana kononnya menjadi sebab kemerosotan undi terhadap PAS, beliau bagaimanapun menafikannya.
"Tahaluf siasi bukan penyebabnya. PAS dapat meningkatkan undi di Selangor. Dari tiga exco kepada empat exco dan dari lapan kerusi kepada 15 kerusi. Begitu juga di Terengganu. Kita juga dapat tambah kerusi di Melaka, juga Johor," tegas beliau.
Tambah beliau, jika kemerosotan undi dijadikan penanda aras kekuatan sesebuah parti, BN lebih mengalami kemerosotan undi pada pilihan raya umum lalu.
"Kalau nak tengok undi merosot, BN lagi merosot undinya di Terengganu, Selangor dan Johor," kata beliau sambil menyatakan sebab kemerosotan undi terhadap BN menyebabkan parti itu teraba-raba mencari kawan.
DSTGHHA : http://www.youtube.com/watch?v=d5RgXbaaG7s&feature=youtu.be
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata hubungan dalam Pakatan Rakyat itu perlu diteruskan sebagai sistem dua parti.
"Memang semua parti politik dalam Pakatan Rakyat mempelajari cara parti masing-masing. Sehingga kini kita teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN," tegas beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, petang ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kerjasama PAS dalam Pakatan rakyat, khususnya dengan PKR.
Mengulas isu sama ada PAS bersedia untuk mengkaji semula tahaluf siasi kerana kononnya menjadi sebab kemerosotan undi terhadap PAS, beliau bagaimanapun menafikannya.
"Tahaluf siasi bukan penyebabnya. PAS dapat meningkatkan undi di Selangor. Dari tiga exco kepada empat exco dan dari lapan kerusi kepada 15 kerusi. Begitu juga di Terengganu. Kita juga dapat tambah kerusi di Melaka, juga Johor," tegas beliau.
Tambah beliau, jika kemerosotan undi dijadikan penanda aras kekuatan sesebuah parti, BN lebih mengalami kemerosotan undi pada pilihan raya umum lalu.
"Kalau nak tengok undi merosot, BN lagi merosot undinya di Terengganu, Selangor dan Johor," kata beliau sambil menyatakan sebab kemerosotan undi terhadap BN menyebabkan parti itu teraba-raba mencari kawan.
DSTGHHA : http://www.youtube.com/watch?v=d5RgXbaaG7s&feature=youtu.be
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-9-2013
Ekonomi Bumiputera: Bantu juga kaum lain
Hazayani Zakaria, | 17 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS mengemukakan tema Negara Berkebajikan dengan melihat seluruh masyarakat majmuk, bukan sahaja bumiputera tanpa menafikan bahawa majoriti kaum di Malaysia ialah bumiputera.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bantuan kepada kaum lain juga harus diberi perhatian untuk mengatasi masalah kemiskinan.
"Pada masa yang sama konsep keadilan dan kebajikan yang diperjuangkan PAS mestilah adil.
"Bantuan kepada kemiskinan kaum lain mesti sama untuk menyelesaikan kemiskinan dengan bumiputera walaupun bumiputera itu lebih ramai.
"Tidak betul jika di atas nama hak bumiputera kita biarkan kaum lain walaupun golongan yang paling minoriti. Ini konsep yang diperjuangkan oleh PAS," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu.
Menurut Ustaz Hadi juga, PAS tidak mengenepikan Perlembagaan Negara berhubung keistimewaan bumiputera namun melaksanakan keadilan ke atas kaum lain juga.
"Perlembagaan melihat realiti yang ada. Jumlah majoriti kemiskinan adalah bumiputera sebab itu peruntukan lebih banyak (kepada bumiputera).
"Dalam masa yang sama Kampung Baru yang sama taraf dengan setinggan sebagai contoh hendaklah diberi hak. Penduduk estet yang tak ada tanah mesti diberi tanah macam bumiputera jugalah. Ini tak bercanggah dengan perlembagaan kerana hak asasi manusia dan ini perkara asasi yang dihormati perlembagaan seluruh dunia," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini memberikan fokus kepada 5 strategi utama iaitu mendaya modal insan bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera, dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.
DSTGHHA : http://www.youtube.com/watch?v=fZxqHVutZjo&feature=youtu.be
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bantuan kepada kaum lain juga harus diberi perhatian untuk mengatasi masalah kemiskinan.
"Pada masa yang sama konsep keadilan dan kebajikan yang diperjuangkan PAS mestilah adil.
"Bantuan kepada kemiskinan kaum lain mesti sama untuk menyelesaikan kemiskinan dengan bumiputera walaupun bumiputera itu lebih ramai.
"Tidak betul jika di atas nama hak bumiputera kita biarkan kaum lain walaupun golongan yang paling minoriti. Ini konsep yang diperjuangkan oleh PAS," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu.
Menurut Ustaz Hadi juga, PAS tidak mengenepikan Perlembagaan Negara berhubung keistimewaan bumiputera namun melaksanakan keadilan ke atas kaum lain juga.
"Perlembagaan melihat realiti yang ada. Jumlah majoriti kemiskinan adalah bumiputera sebab itu peruntukan lebih banyak (kepada bumiputera).
"Dalam masa yang sama Kampung Baru yang sama taraf dengan setinggan sebagai contoh hendaklah diberi hak. Penduduk estet yang tak ada tanah mesti diberi tanah macam bumiputera jugalah. Ini tak bercanggah dengan perlembagaan kerana hak asasi manusia dan ini perkara asasi yang dihormati perlembagaan seluruh dunia," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini memberikan fokus kepada 5 strategi utama iaitu mendaya modal insan bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera, dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.
DSTGHHA : http://www.youtube.com/watch?v=fZxqHVutZjo&feature=youtu.be
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-9-2013
Formasi kepimpinan PAS
Nasrudin Hassan, | 13 Sep 2013 |
1. Saya telah ditanya wartawan Sinar Harian: Apakah ustaz setuju Timbalan Presiden adalah dari kalangan ulama'?
Saya jawab, Ya! Saya setuju. Tetapi ulama' yang haraki. Ulama' yang perform dan ulama' yang benar-benar menguasai dasar, prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan ulama' as Suu' [buruk sikap]
2. Saya bina pandangan ini tanpa menafikan hak sesiapa. Sementelah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah menyebut bahawa "semua ahli PAS adalah ulama'. Semua ahli PAS adalah orang ulama'. Membezakan mereka ialah tinggi rendah penguasaan ilmu Islam mereka." Maka tiada siapa yang terjejas dan tiada siapa yang perlu terasa panas dengan kenyataan saya. Saya tidak memburukkan sesiapa. Saya menyatakan pandangan saya. Suatu pandangan yang boleh diterima dan boleh ditolak selama mana penerimaan dan penolakan itu bersandarkan hujjah yang benar.
3. Saya konsisten sejak awal meletakkan Formasi Kepimpinan PAS adalah "Trio Formasi" yang menggandingkan Ulama' , Profesional dan Aktivis. Malah saya pernah menyifatkan trio ini sebagai 3 tungku yang menjadi pengimbang kepada keutuhan dan kestabilan formasi kepimpinam PAS. Ulama', Profesional dan aktivis mestilah saling kukuh mengukuh bukan runtuh meruntuh, saling bina membina bukan hina menghina dan saling bentuk membentuk bukan kutuk mengutuk.
4. Saya tidak pernah membantah dan menghalang hasrat sesiapa jua untuk menyertai pemilihan kepimpinan parti justeru itu adalah hak mereka masing-masing selama mana mereka layak menyertainya. Malah saya sendiri tidak pernah menolak apa lagi menghalang siapa jua yang mahu menyertai pemilihan posisi ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
5. Justeru saya yakin bahawa ahli PAS mahupun pemuda akan membuat pilihan yang baik dan tepat untuk kebaikan parti. Mungkin saya tidak terpilih malah mungkin tiada pencalonan pun. Segalanya hak anggota jamaah dan mereka telah dididik untuk bijak dan benar memilih mengikut skima yang diajar oleh Islam.
6. Sekiranya wartawan itu atau siapa jua yang bertanya: "apakah ustaz bersetuju profesional menjadi timbalan presiden?" Nescaya saya juga akan menjawab: Ya! Saya setuju. Tetapi profesional yang haraki. Profesional yang perform dan profesional yang benar-benar mendalami dan menguasai dasar, prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan profesional yang jahil tentang Islam.
7. Ulama' atau profesional atau aktivis mestilah memiliki kriteria layak sebelum menjadi pemimpin jamaah. Asas utama kelayakan itu ialah ilmu Islam lantaran perjuangan yang kita dokong ini adalah perjuangan Islam. Sangat tidak munasabah jika perjuangan Islam ini dipimpin oleh mereka yang tidak memahami dan mendalami manhaj perjuangan Islam. Apatah lagi yang menyanggahi nas dan ketetapan syara'.
8. Kita mahu pemimpin yang memelihara asolah [ketulenan] manhaj perjuangan Islam warisan peninggalan Rasulullah saw. kerana PAS adalah Parti Islam Se Malaysia dan ia menepati sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk mendaulatkan syariat Islam di atas tanahair tercinta ini. Tentu sahaja kita tidak mahu mereka yang membawa pengaruh negatif apalagi menodai ketulenan manhaj perjuangan Islam biarpun ia datang atas nama pembaharuan. Pembaharuan tidak semuanya betul sebagaimana tradisional tidak semuanya salah.
9. Posisi dalam parti ini banyak, bukan hanya posisi sebagai presiden dan timbalan presiden. Paling penting kesepaduan, kesefahaman dan keseimbangan trio formasi kepimpinan ini terus dipelihara dan dipertahankan. PAS bergerak secara kolektif atau jamaei.
10. Usahlah semuanya bimbang. Pasti ahli PAS memilih dengan betul dan tepat berasaskan apa yang diajar oleh Islam. Mereka tentunya sedar dan faham mengenai dosa pahala. Tidak perlu kita merendahkan nilai keintelektualan anggota parti. Hanya saya berpandangan bahawa
a - pemimpin parti Islam ini mestilah yang mendalami dan menguasai ilmu Islam, bertaqwa dan dekat dengan Allah swt pula perform dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin.
b- Mampu membaca gerak musuh yang menentang Islam serta bijak mengesan tindakan anggota parti yang merugikan Islam.
c - Memahami uslub dakwah dan menguasai approach politik semasa dalam kerangka atau frame al Quranul Karim dan sunnah An-Nabawi dengan sifat kontemporary pada tindakan, fundamental pada pegangan dan futuristik pada pemikiran.
Maka berasaskan pandangan itu , saya meletakkan keutamaan dan kesesuaian kepada alim ulama' kita yang berjuang untuk mengisi posisi dua kepimpinan tertinggi tanpa menafikan kelayakan profesional dam aktivis dalam parti, sementara profesional dan aktivis adalah rakan ganding yang mantap untuk mengisi posisi-posisi yang sesuai pula bagi membentuk formasi hebat membawa parti berjaya dan memenangi PRU akan datang sekaligus berjaya mendaulat dan menobatkan Islam di atas tanahair tercinta.

Sumber HD - 13-9-2013
Pemilihan: Garis panduan tidak sekat ahli PAS
Nazri Abdullah, | 13 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Garis panduan kempen pemilihan parti bukanlah bertujuan menyekat ataupun mahu mengongkong hak ahli dan perwakilan PAS.
Sebaliknya, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, berkata ianya bertujuan melancarkan proses pemilihan supaya tidak timbul masalah pada kemudian hari.
"Pernah berlaku, ada bantahan selepas pemilihan selesai, yang mendakwa ada di kalangan perwakilan adalah bukan ahli di kawasan.
"Ini menyebabkan keputusan di kawasan tersebut tergantung," katanya kepada Harakahdaily.
Garis panduan yang disebut sebagai "Peraturan dan Tatacara Pemilihan" kata Mahfuz, bukanlah satu perkara baru dalam PAS kerana ia sudah sememangnya sedia wujud sebelum dari ini.
"Ia memang sudah sedia ada, cuma sekarang kita mahu kemaskini kerana ada beberapa perkara yang tidak begitu kemas sebelum ini," katanya lagi.
Bagi tujuan itu katanya, PAS telah mewujudkan satu jawatankuasa berhubung peraturan dan tatacara pemilihan yang diketuai Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi.
"Ada beberapa perkara lagi yang belum selesai, dan kita akan perincikan dalam mesyuarat Lajnah Politik sebelum dibawa ke mesyuarat PAS Pusat bulan depan," katanya lagi.
Mengulas suasana dan bahang pemilihan pada waktu ini pula, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang ulasan.
Namun katanya, Jawatankuasa Pemilihan serta Jabatan Setiausaha Agung sedang dalam pemerhatian terhadap trend pemilihan kali ini.
"Saya percaya kepada tahap kematangan dan kebijaksanaan ahli PAS. Tanpa kempen menjaja kebaikkan calon pun, mereka sudah tahu untuk memilih kerana mereka sudah kenal pimpinan mereka.
"Dan garis panduan ini sebenarnya adalah untuk menghormati hak dan kebijaksanaan ahli supaya mereka boleh menilai tanpa dipengaruhi dengan elemen negatif," ujarnya.
Beliau dalam pada itu juga turut berharap agar kempen pemilihan kali ini kekal dalam suasana murni, harmoni dan mesra jamaah.
"Berkempen di media sosial tiada masalah selagi tidak bertentangan dengan nilai Islam.
"Perlu jaga etika dan akhlak jamaah kita, jangan sampai memburukkan orang," katanya.

Integriti pudar punca rasuah berleluasa
Muhammad Faizal, | 07 Sep 2013 |
SUBANG JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu melahirkan kerisauan terhadap soal integriti dan juga etika dalam sistem pentadbiran di negara ini yang secara jelas jauh tersasar.
Katanya, soal integriti tidak lagi dipandang serius oleh pihak pentadbiran khususnya pemerintah dan juga parti-parti politik yang ada sekarang.
"Apabila nilai integriti dan etika tidak dapat dipupuk serta dijadikan amalan, maka gelaja rasuah serta penyelewengan terus berleluasa tanpa ada perasaan bersalah ataupun bertanggungjawab.
"Ini yang berlaku, nilai ini telah hilang dan kita dapat lihat isu rasuah mahupun penyelewengan terus meningkat tanpa dapat dibendung walaupun penguatkuasaan undang-undang dilakukan," kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutup Forum Pengukuhan Integriti Politik 'Pemantapan Integriti Politik Negara : Isu dan Cabaran' anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat hari ini.
Beliau juga turut menggesa agar setiap pihak dapat mengembalikan nilai-nilai ini, kerana baginya kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara itu bergantung kepada nilai-nilai tersebut.
"Saya akan berbesar hati dan gembira kerana dijemput dalam forum ini, walaupun IIM merupakan salah satu badan dari pihak kerajaan tapi bila bercakap soal integriti ia menjadi tanggungjawab semua.
"Perbezaan pendapat itu adalah ideologi politik tetapi tanggungjawab serta etika yang berintegriti dalam pentadbiran, sikap bertanggungjawab adalah hak semua yang ada tanpa mengira fahaman politik," sambung beliau.
Turut hadir sebagai ahli panel adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Zakaria Jafaar, Pengarah Latihan PKR, Mustafa Kamil Ayub, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan juga Timbalan Dekan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM)n, Prof Madya Dr Shaharussin Badaruddin.
Manakala moderatornya Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.
Bagi pihak IIM pula ia diwakili oleh Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia, Dr Abu Bakar Sarpon.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-9-2013
PAS diberi penghormatan rasmi forum integriti IIM
Harakahdaily, | 04 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS diberi penghormatan untuk merasmikan Forum Pengukuhan Integriti Politik anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) yang dijadualkan pada 7 September ini.
Mewakili PAS untuk perasmian tersebut adalah Timbalan Presidennya Mohamad Sabu yang turut dijadual menyampaikan ucaptama pada majlis itu nanti.
Program ini akan diadakan di Ruemz Hotel, Subang Jaya bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari Sabtu ini.
Forum tersebut bakal dibarisi panel seperti Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Sutinah Sutan, Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi UiTM Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin, Pengarah Latihan PKR Mustafa Kamil Ayub dan Ahli Parlimen (DAP) Kepong Dr Tan Seng Giaw.
Dihubungi Harakahdaily semalam, Mohamad berkata beliau amat berbesar hati kerana PAS diberi penghormatan untuk merasmikan kursus tersebut.
“Kali ini mereka mahu PAS terlibat, saya amat gembira," katanya.
Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, anda boleh mendaftarkan diri melalui pautan seperti berikut:
https://www.facebook.com/events/142006732675552/?ref=22
Mewakili PAS untuk perasmian tersebut adalah Timbalan Presidennya Mohamad Sabu yang turut dijadual menyampaikan ucaptama pada majlis itu nanti.
Program ini akan diadakan di Ruemz Hotel, Subang Jaya bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari Sabtu ini.
Forum tersebut bakal dibarisi panel seperti Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Sutinah Sutan, Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi UiTM Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin, Pengarah Latihan PKR Mustafa Kamil Ayub dan Ahli Parlimen (DAP) Kepong Dr Tan Seng Giaw.
Dihubungi Harakahdaily semalam, Mohamad berkata beliau amat berbesar hati kerana PAS diberi penghormatan untuk merasmikan kursus tersebut.
“Kali ini mereka mahu PAS terlibat, saya amat gembira," katanya.
Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, anda boleh mendaftarkan diri melalui pautan seperti berikut:
https://www.facebook.com/events/142006732675552/?ref=22
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-9-2013
Perkauman masih tebal, merdeka gagal direalisasi
Muhammad Faeez Azahar, | 30 Ogs 2013 |
IPOH: Kemerdekaan yang sebenar belum lagi dapat direalisasikan apabila hubungan antara pelbagai kaum di negara ini masih belum berjaya untuk diharmonikan.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, suasana ini berikutan semangat perkauman masih ditanam oleh kerajaan ketika ini.
Menurutnya, semangat perkauman masih diapi-apikan oleh BN demi meraih kepentingan politik mereka.
"Kita dapat lihat sekarang, pelbagai perkara yang berlaku di negara ini berikutan sikap tidak bertanggungjawab sesetengan pihak yang mengapi-apikan perkauman bagi menjayakan hasrat peribadi mereka.
"Tindakan ini menggambarkan negara ini masih belum benar-benar merdeka," katanya kepada Harakahdaily.
Oleh itu, kata beliau, rakyat perlu bersama-sama berusaha untuk membuang sentimen perkauman seterusnya berganding bahu mewujudkan sebuah negara yang aman makmur dan harmoni serta saling bermasyarakat.
Perpaduan antara kaum ini, katanya sangat penting bagi menjadikan negara ini lebih maju.
"Kami (Pakatan Rakyat) tidak ada langsung sentimen perkauman kerana ianya adalah tidak berketepatan dengan konsep perpaduan masyarakat dan ianya sangat dilarang oleh Allah," jelasnya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, rakyat juga perlu membebaskan negara ini daripada dibelenggu kejahilan.
Katanya, BN sentiasa mahukan rakyat jahil dengan tidak membebaskan pemikiran mereka agar dapat terus diperdayakan dengan momokan yang tidak bertanggungjawab.
"Bebaskan negeri negara kita daripada dibelenggu kejahilan dan perkara-perkara yang tidak membebaskan kita.
"Pastikan negara ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berintegriti, tolak pemimpin yang rasuah dan bermasalah," jelasnya lagi.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, suasana ini berikutan semangat perkauman masih ditanam oleh kerajaan ketika ini.
Menurutnya, semangat perkauman masih diapi-apikan oleh BN demi meraih kepentingan politik mereka.
"Kita dapat lihat sekarang, pelbagai perkara yang berlaku di negara ini berikutan sikap tidak bertanggungjawab sesetengan pihak yang mengapi-apikan perkauman bagi menjayakan hasrat peribadi mereka.
"Tindakan ini menggambarkan negara ini masih belum benar-benar merdeka," katanya kepada Harakahdaily.
Oleh itu, kata beliau, rakyat perlu bersama-sama berusaha untuk membuang sentimen perkauman seterusnya berganding bahu mewujudkan sebuah negara yang aman makmur dan harmoni serta saling bermasyarakat.
Perpaduan antara kaum ini, katanya sangat penting bagi menjadikan negara ini lebih maju.
"Kami (Pakatan Rakyat) tidak ada langsung sentimen perkauman kerana ianya adalah tidak berketepatan dengan konsep perpaduan masyarakat dan ianya sangat dilarang oleh Allah," jelasnya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, rakyat juga perlu membebaskan negara ini daripada dibelenggu kejahilan.
Katanya, BN sentiasa mahukan rakyat jahil dengan tidak membebaskan pemikiran mereka agar dapat terus diperdayakan dengan momokan yang tidak bertanggungjawab.
"Bebaskan negeri negara kita daripada dibelenggu kejahilan dan perkara-perkara yang tidak membebaskan kita.
"Pastikan negara ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berintegriti, tolak pemimpin yang rasuah dan bermasalah," jelasnya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-8-2013
Mesir: Surat terbuka buat Barack Obama
Dr Dzulkefly Ahmad, | 17 Ogs 2013 |
Benarkah demokrasi untuk semua?
Presiden Barack Obama,
Semoga Tuan dan pentadbiran Tuan tahu bahawa seluruh warga dunia yang mencintai keamanan, khasnya orang Islam, berada dalam kejutan serta sangat marah terhadap pembunuhan beramai-ramai secara kejam yang berlaku di Dataran Raba’ah dan Nahda di Mesir.
Sumber Ikhwan Muslimin mutakhir meletakkan lebih 1,000 terbunuh dengan lebih 10,000 yang cedera secara serius termasuk orang awam, wartawan dan jurugambar.
Pendirian Tuan yang tidak keruan mengenai penyingkiran Presiden Morsi sebelum ini dan kegagalan yang disengajakan untuk tidak mengutuknya sebagai ‘rampasan kuasa tentera’ sangat dikesali dan amat membingungkan dunia.
Tanpa menidakkan usaha pentadbiran Tuan yang ditanggapi sebagai tindakan tertekan tetapi terlambat mutakhir ini, khasnya percubaan John Kerry dan Senator John McCain, bagi menjayakan perdamaian.
Namun, langkah lebih awal yang tegas dari pihak Tuan mengutuk rampasan kuasa tentunya mampu mengurangkan, kalau pun tidak dapat menghindari keseluruhan impak buruk tragedi ini.
Sikap ketidaktentuan Tuan mengakibatkan kebuntuan sekaligus menjadi pemangkin tercetus satu bencana nasional bahkan tragedi kemanusiaan yang bakal meninggalkan dampak geo-politikal yang besar di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.
Terkini, pelbagai laporan Diplomat asing mengisyaratkan bahawa ketidaktentuan pendirian pihak Tuan adalah antara penyebab utama kegagalan mengurus kemelut ini sementara pihak Morsi dan pentadbirannya bersedia melakukan apa jua bagi mengelak tragedi dan kini pembunuhan atau 'massacre' ini.
Presiden Obama,
Perbuatan media Barat, secara berterusan, melabelkan Ikhwan Muslimin sebagai kumpulan ‘Islamis’ adalah sesuatu yang disengajakan dengan berniat buruk. Percubaan terbaru media Barat memburukkan mereka dengan lebel ‘violent’ atau ‘ganas’ dan ‘bekas pengganas-terroris’ adalah lebih jahat lagi.
‘Islamis’ dan ‘Islamisme’ adalah label jelek dalam pemikiran politik Barat yang bertujuan membezakan dan mengasingkan kelompok itu daripada orang ‘Islam biasa’ lain atau ‘ordinary Muslims’.
Mentakrifkan politik Islam sebagai ‘gerakan kontemporari yang berhasrat mengetengahkan Islam sebagai sebuah ideologi politik dan projek penubuhan Negara Islam’ dan orang yang berpegang dengan pandangan ini sebagai kumpulan ‘Islamis’ adalah silap sejak dari mula lagi.
Hakikatnya bahawa ‘orang Islam biasa’ yang memberi mandat dan sokongan kepada kumpulan Islam di Tunisia, Maghribi, Mesir dan di negara dunia Islam lain, mengisyarat serta mengesahkan bahawa ‘orang Islam’ umumnya mengiktiraf dan sangat memahami kehadiran, kepentingan dan peranan Islam dalam ruang awam dan pengurusan pemerintahan atau tata-kelola sosio-politik negara masing-masing.
Kemenangan pihak Islamis sama ada bersendirian atau bersama rakan kerjasama mereka adalah bukti atau testimoni jelas sokongan hakikat ini.
Presiden Obama,
Pemimpin Islamis dan organisasi politik mereka mahu mempercayai bahawa mereka boleh serta mampu sama-sama bertanggungjawab dan berperanan sebagai peserta atau aktor politik penting, bukan sahaja dalam proses pembangunan semula negara, tetapi juga menyumbang kepada pemurnian semula peradaban manusia.
Pengalaman gerakan Islam dan parti politik mereka, membuktikan bahawa kumpulan Islamis boleh memikul peranan itu, sekaligus mendukung objektif demokrasi.
Tidak dapat disangkal bahawa Presiden Morsi dan Ikhwan Muslimin serta rakan kerjasama mereka terpaksa berdepan dengan tugas maha berat bagi menebus kecamuk ekonomi dan keburukan politik sebuah negara yang baru sahaja mengalami pasca revolusi dengan segala macam kegiatan subversif bagi menjatuhkan kerajaan mereka.
Cabaran ini adalah sangat berat sifatnya serta menuntut keupayaan dan kemampuan kepemimpinan yang tajam dan pengalaman luas. Kepimpinan ‘Islamis’, khasnya di Mesir dan Timur Tengah, sesungguhnya adalah kelompok yang belum pernah mengurus kuasa dan pemerintahan untuk sekian lamanya. tentunya mereka memerlukan masa yang menasabah bagi merealisasikan cita-cita mereka.
Ternyata Presiden Morsi dan pentadbiran pimpinannya tidak terlepas daripada kekhilafan itu dan perlu mengambil tanggungjawab atas beberapa kelemahan dan tanggapan kegagalan pelbagai pihak. Morsi juga mengakui bahkan memohon maaf atas kesilapan pentadbirannya beberapa kali kepada rakyat Mesir.
Presiden Obama,
Namun, secara jujur, bolehkah Tuan berharap bahawa orang Islam, terutama kelompok yang dinamakan kumpulan Islamis itu, akan berterima kasih dan terhutang budi kepada Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Mesir kerana ‘menyelamatkan negara itu daripada tragedi persengketaan serta mahu memulihkan demokrasinya’?
Apakah Tuan mahu dunia mempercayai bahawa Mohammed Morsi ancaman kepada demokrasi lalu mewajarkan berlakunya rampasan kuasa tentera?
Bagaimanakah Tuan mahu jelaskan kepada dunia akan hakikat bahawa Tuan menyokong penyingkiran secara ganas serta tidak demokratik seorang presiden yang memenangi pilihan raya bebas dan adil oleh angkatan tentera dan sekumpulan ahli politik yang kecundang dalam pilihan raya Mesir sebelum itu?
Apakah Tuan mahu kami mempercayai bahawa sebaik sahaja beliau dilantik sebagai presiden, Morsi menunggangi dan memperalat proses serta institusi politik yang berada di tangannya bagi mencapai objektif sempit kepartiannya sekali gus membelakangi kemaslahatan rakyat?
Apakah persoalan ini mampu Tuan sendiri yakini dan dijawab secara tuntas sehingga mewajarkan penggunaan kuasa dan kekerasan melampau terhadap rakyat Mesir yang bertekad memperjuangkan keamanan dan kemurnian demokrasi negara mereka itu?
Presiden Obama,
Dengan Mesir sekali lagi berada di bawah pemerintahan dan undang-undang tentera, kami semakin menyedari akan sudut gelap percaturan pentadbiran Tuan serta Barat vis-à-vis demokrasi dan pemerintahan yang sah di Timur Tengah dan tempat lain di dunia membangun.
Malang sekali, obor harapan dan demokrasi yang anda hulurkan ke Dunia Ketiga semakin menyuram kini dan gelap dek racun serta bisa hipokrasi dan dwi-standard Tuan.
Rupa-rupanya ada satu ‘Standard’ bertujuan membiayai rakan subahat Tuan dalam Angkatan Tentera Mesir dan ahli-ahli politik sekularnya, sementara standard yang kedua bermatlamat melemahkan Ikhwan Muslimin yang terpilih secara popular, sekali gus memetik picu dendam dan senjata tentera yang muncungnya dihalakan ke jantung rakyat Mesir.
Hari ini, hati kami luluh dan tekak kami terasa mual ketika menyaksikan betapa demokrasi diganyang semau-maunya melalui pembantaian rakyat seperti sedang berlaku di Mesir hasil subahat Tuan dengan junta tentera dan ahli politik sekular yang gagal dipilih serta kuncu-kuncu pemimpin Arab yang sangat cemburu kepada kejayaan kepimpinan Gerakan Islam.
Setelah sekian lama kami, kelompok yang Tuan label ‘Islamis’ berusaha mendekati dan terlibat sama dalam proses demokrasi dengan jujur dan harapan menggunung, maka hari ini tentu menjadi begitu sukar untuk meyakinkan kelompok yang skeptik atau sangat sangsi di kalangan orang Islam akan kejujuran demokrasi itu sendiri kerana mereka kerap menjadi mangsa atau acapkali menyaksikan perkara sebaliknya serta kecewa dengan dwi-standard Tuan dan pihak Barat.
Biar pun Tuan tampak bersungguh memperkenalkan dan berkempen untuk demokrasi di seluruh dunia, tanggapannya kini adalah “Benarkah Demokrasi Untuk Semua?”
*Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-8-2013
PAS kemuka pelan tindakan atasi jenayah berat
Abdul Aziz Mustafa, | 12 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS akan berusaha mengemukakan pelan tindakan yang praktikal bagi menghadapi berleluasanya jenayah berat termasuk yang melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
"Saya akan berusaha untuk mencadangkan langkah-langkah yang sewajarnya dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkaitan perkara itu," katanya.
Apa yang penting, kata beliau, ialah PAS mesti mengemukakan pelan tindakan mengatasi jenayah yang praktikal sama ada kepada pihak berkuasa atau rakyat.
"Bagi mencapai tujuan itu, antara langkah pertama yang akan dilaksanakan oleh PAS ialah menggemblengkan pengalaman dan pemikiran bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera yang kini berada di dalam PAS dan Pakatan Rakyat untuk menggariskan pelan tindakan yang benar-benar responsif kepada masalah tersebut," kata Salahuddin.
PAS, katanya lagi, tidak akan mengemukakan pelan tindakan itu kepada kerajaan sahaja malah kepada rakyat seluruhnya bagi memastikan manfaatnya yang meluas.
"Kita akan menggunakan medium-medium yang ada pada PAS seperti majlis-majlis ceramahnya, medianya dan lain-lain untuk membangkitkan kesedaran rakyat serta memastikan manfaat yang meluas pelan tindakan yang akan dikemukakan itu," kata beliau.
Bagi Salahuddin, sikap hanya menudung jari dan tidak bersifat pro-aktif dalam menangani masalah seperti masalah jenayah berat yang melanda negara kini tidak boleh lagi diamalkan, memudaratkan dan ketinggalan zaman.
Meskipun begitu, katanya, kerajaan juga mesti memainkan peranan dengan mengemukakan sistem dan strategi baru mencegah dan mengawal jenayah, penambahan anggota dan kelengkapan serta penambahbaikan kecekapan.
"Bagaimanapun semua langkah itu tidak lengkap dan bermakna tanpa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
"IPCMC sudah disepakati oleh sebahagian besar rakyat sebagai antara mekanisme yang diyakini untuk memperbaiki dan meningkatkan integriti pihak polis sebagai penguatkuasa yang dihormati dan disegani," kata Salahuddin.
Sejak Julai lalu, kes tembakan semakin berleluasa di negara ini.
Dua hari lalu, dalam masa 24 jam sahaja, sehingga empat kes tembakan dilaporkan berlaku, iaitu dua di Pulau Pinang, satu di Ipoh dan satu di Kuala Lumpur.
"Saya akan berusaha untuk mencadangkan langkah-langkah yang sewajarnya dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkaitan perkara itu," katanya.
Apa yang penting, kata beliau, ialah PAS mesti mengemukakan pelan tindakan mengatasi jenayah yang praktikal sama ada kepada pihak berkuasa atau rakyat.
"Bagi mencapai tujuan itu, antara langkah pertama yang akan dilaksanakan oleh PAS ialah menggemblengkan pengalaman dan pemikiran bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera yang kini berada di dalam PAS dan Pakatan Rakyat untuk menggariskan pelan tindakan yang benar-benar responsif kepada masalah tersebut," kata Salahuddin.
PAS, katanya lagi, tidak akan mengemukakan pelan tindakan itu kepada kerajaan sahaja malah kepada rakyat seluruhnya bagi memastikan manfaatnya yang meluas.
"Kita akan menggunakan medium-medium yang ada pada PAS seperti majlis-majlis ceramahnya, medianya dan lain-lain untuk membangkitkan kesedaran rakyat serta memastikan manfaat yang meluas pelan tindakan yang akan dikemukakan itu," kata beliau.
Bagi Salahuddin, sikap hanya menudung jari dan tidak bersifat pro-aktif dalam menangani masalah seperti masalah jenayah berat yang melanda negara kini tidak boleh lagi diamalkan, memudaratkan dan ketinggalan zaman.
Meskipun begitu, katanya, kerajaan juga mesti memainkan peranan dengan mengemukakan sistem dan strategi baru mencegah dan mengawal jenayah, penambahan anggota dan kelengkapan serta penambahbaikan kecekapan.
"Bagaimanapun semua langkah itu tidak lengkap dan bermakna tanpa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
"IPCMC sudah disepakati oleh sebahagian besar rakyat sebagai antara mekanisme yang diyakini untuk memperbaiki dan meningkatkan integriti pihak polis sebagai penguatkuasa yang dihormati dan disegani," kata Salahuddin.
Sejak Julai lalu, kes tembakan semakin berleluasa di negara ini.
Dua hari lalu, dalam masa 24 jam sahaja, sehingga empat kes tembakan dilaporkan berlaku, iaitu dua di Pulau Pinang, satu di Ipoh dan satu di Kuala Lumpur.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-8-2013
3 pemimpin PAS sertai dialog dengan PSM
Harakahdaily, | 14 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Satu pertemuan antara pemimpin PAS dengan PSM akan diadakan minggu depan bagi menyelesaikan beberapa isu yang berbangkit pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pertemuan tersebut akan diadakan pada 18 Jun ini bertempat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.
"Bagi PAS, yang akan hadir pada pertemuan itu adalah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, dan saya sendiri.
"Presiden PAS tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri persidangan Dun Terengganu, dan akan diwakili setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yang dilaporkan media semalam berhubung pertemuan tersebut.
Arutchelvan berkata, pertemuan itu antara lain berhubung beberapa isu berbangkit termasuk isu Dun Kota Damansara dan isu ideologi parti itu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pertemuan tersebut akan diadakan pada 18 Jun ini bertempat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.
"Bagi PAS, yang akan hadir pada pertemuan itu adalah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, dan saya sendiri.
"Presiden PAS tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri persidangan Dun Terengganu, dan akan diwakili setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yang dilaporkan media semalam berhubung pertemuan tersebut.
Arutchelvan berkata, pertemuan itu antara lain berhubung beberapa isu berbangkit termasuk isu Dun Kota Damansara dan isu ideologi parti itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-6-2013
No comments:
Post a Comment