Semoga Mak Cik Yam damai di sana…
- Dec 24, 2013
- Dr Azman Ibrahim
Saya tak mengenali Mak Cik Yam, seorang wanita kurang upaya, peniaga sayur kecil-kecilan yang menjadi mangsa samun di Felda Tenang, Besut.
Dibelasah dengan kejam oleh penyamun pada 14 Disember lalu, bertarung nyawa di Hospital Kota Bharu, akhirnya lebih kurang jam 3 pagi tadi, Mak Cik Yam telah pergi kembali kepada Penciptanya.
Berita tragedi yang menimpanya saya baca dengan penuh simpati sambil mengirim sedikit sumbangan melalui sahabat PAS Besut yang menziarahinya di hospital.
Pagi ini apabila melihat gambar beliau ketika masih sihat sedang menjual sayur di pasar sehari yang dipaparkan di laman sosial seorang rakan dari Besut, tanpa dipinta air mata saya mengalir laju. Serta merta dada terasa sebak dan terharu.
Gambar seorang ibu yang sedang duduk menjual sayur sangat mendalam ertinya bagi saya kerana ibuku juga seorang peniaga sayur di pasar sehari seperti juga Mak Cik Yam.
Wanita tua yang tak berdaya sepertinya diperlakukan sebegitu. Benarlah kata-kata bahawa, di dalam kelompok haiwan tiada manusia, tetapi dalam spesis manusia ada binatang!
Dari segi logik akal seorang penyamun (kalaulah penyamun itu berakal), adalah munasabah beliau diperlakukan sebegini kalau Mak Cik Yam seorang kontraktor besar. Ada ratusan ribu pitih disimpan di dalam peti besi rumahnya.
Tetapi seorang peniaga sayur kecil-kecilan, kurang upaya pula, harta apa yang Mak Cik Yam ada? Saya tahulah memang tak kaya sebab saya pun anak penanam dan penjual sayur!
Jadi apa yang penyamun ini cari sebenarnya sehingga tergamak membunuh?
Apakah kita sebagai ahli masyarakat memerlukan manusia yang tak bertamaddun dan mempunyai naluri jahat sebegini terus bersama kita dalam masyarakat?
Zalimkah suatu undang-undang itu kalau perbuatan jahat sebegini diancam dengan suatu bentuk hukuman yang sangat keras sebagai pencegahan?
Atau penjenayah sebegini perlu dikasihani, diberikan kerja supaya mereka mempunyai sumber pendapatan sebab sebenarnya mereka melakukan jenayah kerana desakan hidup?
Perompak dan penyamun lebih mengancam manusia dari pencuri. Sebab itu dalam Islam, kalau pencuri yang cukup syarat pelaksanaan hukumannya dipotong tangan, seorang perompak dipotong tangan dan kaki secara bersilang. Kalau dia merompak dan membunuh, maka dia juga perlu dijatuhkan hukuman bunuh.
Kalau Mak Cik Yam yang diperlakukan sebegitu adalah mak kita, ada tak kita sebagai anak yang akan berkata, hukuman sebegitu terhadap perompak tersebut adalah tidak berperikemanusian dan tidak bertamaddun?
Kalau undang-undang Islam ini dikatakan tidak berperikemanusian, apakah perlakuan perompak kepada Mak Cik Yam itu berperikemanusiaan?
Dalam Islam, ada perkara yang dikira kemestian, tiada tolak ansur dan ianya wajib dipertahankan. Agama, akal, nyawa, harta, keturunan dan maruah. Islam datang untuk melindungi kepentingan dan keperluan ini.
Kalau ada manusia yang hidupnya dalam masyarakat mengancam agama, nyawa, akal, keturunan, harta dan maruah orang lain maka Islam hadir sebagai penyelamat.
Manusia yang merbahaya sebegini perlu disedarkan dengan hukuman keras. Hukuman keras ini bukan nak hukum orang baik seperti Mak Cik Yam!
Semoga Mak Cim Yam damai di sana dan ditempatkan di syurga.
Sumber HD - 24-12-2013
Enam rentung dalam kemalangan ngeri di Bulatan Kg Pandan
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur, mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki warga Britain, tiga wanita warga Filipina dan dua wanita Myanmar gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbakar.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Simon John Hall, 40, pengurus syarikat Leighton Offshore, di sini; dan warga negara Filipina ialah itu Siso Aileen, 30; Maileen Tentative Montejo, 26; dan Mary Grace Macaraig, 24.
Dua warga Myanmar itu yang memiliki pas United Nation High Commissioner for Refugees (UNHCR) dikenali sebagai Pi Pi, 20; dan Ester Sui, 26, katanya ketika dihubungi di sini.
Dalam kemalangan 12.45 pagi itu, kereta berkenaan yang dalam perjalanan ke Kampung Pandan dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas dan melanggar tiang jejambat jalan, sebelum terbakar.
Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira hampir 1.00 pagi sebelum dua jentera bersama 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. - Bernama
Sumber HD - 19-12-2013
Muslimat PAS ucap takziah buat keluarga Azean Irdawaty
- Dec 17, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Beliau berharap keluarga Allahyarham bersabar dengan ujian Allah dan berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri dan dimasukkan ke dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.
Katanya, Allahyarham merupakan primadona filem Melayu yang sukar ditandingi oleh pelakon masa kini.
Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama pimpinan DMPP akan menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya, di Damansara Utama esok sebelum dikebumikan.
Allahyarham meninggal dunia setelah menderita sakit kanser dan lymphedema yang dihidapi sejak lima tahun lalu.
Sumber HD - 17-12-2013
Datuk Fauzi Shaari kembali ke rahmatullah
- Dec 01, 2013
- HARAKAHDAILY
Jenazah allahyarham dibawa balik ke rumah No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor.
(lanjut menyusul)
Sumber HD - 1-12-2013
Ketua Dewan Muslimat PAS pertama meninggal dunia
- Nov 23, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Allahyarham merupakan isteri kepada bekas Exco Kerajaan Terengganu, Ustaz Ahmad Azam telah diamanahkan sebagai Ketua Muslimat PAS Pusat dari tahun 1956 hingga 1960.
Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmood berkata, Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-53 telah menyampaikan anugerah Saidatina Khadijah kepada allahyarham bagi mengenang jasa beliau yang banyak melakukan pengorbanan.
"Anak beliau Dr Firdaus memberitahu, allahyarham menitis air mata dan terharu apabila diberitahu Dewan Muslimat memberi anugerah Saidatina Khadijah," katanya.
Beliau berkata, Dewan Muslimat PAS tidak akan melupakan jasa allahyarham sebagai ketua pertama yang merintis jalan menubuhkan Dewan Muslimat demi membantu parti mencapai matlamat perjuangan Islam.
"Allahyarham merupakan seorang daie yang gigih dan tidak berhenti berjuang untuk mendidik masyarakat dalam ilmku agama," katanya.
Menurut beliau, walaupun dalam keadaan kurang sihat allahyarham begitu teruja apabila bercakap tentang perjuangan dan dakwah Islam.
Allahyarham Ustazah Zubaidah mendapat pendidikan Islam di Bukit Tinggi, Sumatera.
Allahyarham bersama Ustaz Azam bergiat dalam politik PAS sejak tahun 1950-an bermula di Perak.
Allahyarham berpindah ke Terengganu kerana berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Agama Khairiah Gong Kapas, Kuala Terengganu dan akhir di Klang, Selangor.
Sumber HD - 23-11-2013
- Last Updated on 23.11.2013
SHAH ALAM, 23 Nov - Dalam kehangatan pemilihan pucuk pimpinan sesi baru, muktamirin PAS dikejutkan dengan berita kehilangan seorang tokoh muslimat PAS iaitu Hajah Zubaidah Ali. Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 7.00 malam di kediamannya di Klang.
Allahyarhamah Hajah Zubaidah Ali, 84, merupakan Ketua Muslimat PAS yang pertama bermula dari tahun 1956 hingga 1960. Beliau memikul tanggungjawab menerajui Dewan Muslimat PAS Pusat selepas Puan Sharifah Rahmah.
Allahyarhamah Ustazah Zubaidah mendapat pendidikan di Bukit Tinggi, Sumatera, tempat yang banyak melahirkan pejuang-pejuang politik muslimat seperti Aishah Ghani dan Khatijah Sidek.
Allahyarhamah Ustazah Zubaidah berkahwin dengan Ustaz Ahmad Azam Hanafiah. Pasangan ini bergiat dalam politik PAS sejak tahun 1950-an bermula di Perak.
Selain itu, Allahyarhamah Ustazah Zubaidah pernah berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Agama Khairiah Gong Kapas, Kuala Terengganu.
Sumber HD - 23-11-2013
Jenayah bunuh: Kerajaan jangan tipu diri sendiri
Harakahdaily, | 10 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS merakam ucapan takziah kepada keluarga Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Mohd Rafli Ab Malik (gambar) yang terkorban dalam kejadian tembakan petang tadi.
“PAS mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam ini,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.
Katanya, pemergian Mohd Rafli merupakan satu kehilangan seorang pegawai penguatkuasa yang sentiasa tegas dalam menjalankan tugasnya.
“Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Tambahnya, tragedi itu sangat mengerunkan rakyat Malaysia dan amat dikesali dalam keadaan pihak kerajaan menjamin negara dalam keadaan aman.
Semalam, ujarnya rakyat dikejutkan dengan penculikan Freddie.
Sebelum ini, seorang pegawai operasi AmBank Norazita Abu Bakar terkorban dalam kejadian rompakan di bank oleh seorang warga asing yang memilik IC palsu.
Baginya, Malaysia sudah semakin tidak selamat tatkala polis dan Kementerian Dalam Negeri masih bermain angka statistik untuk menyakinkan rakyat bahawa negara selamat.
“Peningkatan kadar jenayah berat kini menuntut kerajaan agar meneliti kelemahan ketara dalam kawalan kemasukan senjata api ke negara ini,” ujarnya.
Katanya, kebanjiran warga asing dalam keadaan tidak terkawal juga menyumbang ke arah ini.
“Rakyat Malaysia kini sudah rasa tidak selamat.
“Apakah undang-undang dan hukuman serta sistem keadilan yang ada sekarang sudah tidak ditakuti para penjenayah sehinggakan penguatkuasa turut berani dibunuh kerana penjenayah tahu mereka mudah terlepas daripada tuduhan?” tanya beliau
Atau, katanya ketidakcekapan polis dan penguatkuasaan yang lemah menjadi puncanya para penjenayah dan pembunuh semakin berani.
Justeru, ujar beliau kerajaan diseru jangan lagi menipu diri sendiri dan berhenti daripada tidur dalam menangani masalah jenayah yang makin mudarat dan berleluasa di Malaysia.
“Satu mekanisme penyelesaian perlu dicari segera dan PAS menggesa agar perkara ini menjadi agenda utama negara untuk didebatkan di parlimen yang sedang berlangsung,” ujarnya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-11-2013
CEO TV Alhijrah meninggal dunia
Harakahdaily, | 10 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TV Alhijrah, Datuk Bukhari Che Muda telah kembali ke rahmatullah jam 6.08 pagi tadi akibat penyakit barah pada 57 tahun.
Allahyarham yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, meninggalkan seorang isteri, Datin Suriyati Daud, 52 serta tiga anak perempuan berumur 17 tahun, 16, 14 dan seorang anak lelaki berumur 12 tahun.
Bernama melaporkan jenazah Allahyarham Bukhari akan dibawa ke kediamannya di No 6, Jalan Hablur Satu, Seksyen 7, Shah Alam, pagi ini.
Semasa hayatnya Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting sebelum menyertai TV AlHijrah pada 2009, antaranya ialah ketua pegawai operasi TV9 milik Media Prima Berhad.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-11-2013
Suhaimi Said: Perjuangannya untuk rakyat
Belasungkawa |Dr Syed Husin Ali, | 10 Nov 2013 |
SEORANG pejuang tulen yang gigih untuk keadilan rakyat sudah meninggalkan kita buat selama-lamanya pada 5hb November 2013. Haji Suhaimi @ Sulaiman bin Said menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) kira-kira jam 6.08 petang, dengan disaksikan oleh isterinya Hajah Hendon Jaafar, anak-anak dan keluarga terdekat.
Pada hari itu saya mendapat mesej menyatakan keadaan Suhaimi tenat. Saya telefon Hendon dan apabila ditanya keadaan Suhami dia menangis dan hanya mengeluarkan perkataan “Teruk”. Dalam tiga kali saya melawatnya di HUKM dan HSAS saya lihat keadaannya semakin membimbangkan. Jadi kali ini saya terus bertolak dari rumah bersama empat orang kawan ke Temerloh.
Kami sampai di HSAS kira-kira jam 4.15. Walaupun belum waktu melawat lagi, kami dibenarkan ke wadnya di tingkat 7. Saya lihat matanya pejam dan nafasnya kuat; pada hidungnya terletak alat membekal oksigen. Saya membisikkan nama pada telinganya, mengucap beberapa kali dan mengingatkannya supaya terus mengucap. Saya percaya dia mendengar.
Setengah jam kemudian kami turun untuk melapangkan tempat bagi keluarga dan sahabat yang menunggu hendak naik. Lepas jam 5 kami beredar dari hospital untuk pulang. Semasa berhenti di Lancang untuk menunaikan solat Asar, kami ditelefon Suhaimi tiada lagi. Saya merasa pilu sekali.
Suhaimi dilahirkan di kampung Lubuk Kawah, Temerloh pada 8 Disember 1944. Beliau membesar dalam keluarga dan masyarakat yang kuat berjuang untuk kemerdekaan dari penjajah. Ayahnya seorang aktivis Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Bahkan boleh dikatakan seluruh kampung itu kuat dipengaruhi PKMM. Hampir semua anggota keluarganya terlibat dengan perjuangan parti kebangsaan itu.
Semasa dewasanya Suhaimi belajar di Koleh MARA dan ketika itulah saya sebagai pensyarah di UM mulai berkenalan dengannya. Kemudian Suhaimi bekerja di pejabat Menteri Besar Pahang, di bawah Datuk Razak Hussein. Beliau dapat memberitahu kami tentang banyak laporan bertulis SB (Cawangan Khas) kepada MB. Masa itu pengaruh Parti Rakyat (PRM) di Temerloh sangat kuat.
Suhaimi berhenti dari bekerja untuk melanjutkan pelajaran undang-undang di London. Semasa itu saya selalu berjumpa dengannya sebab saya juga berada di sana untuk membuat ijazah Ph.D. Di London beliau bergerak dalam PRM Ranting London dan cergas dalam gerakan pelajar. Beliau mengikuti juga pergerakan sosialis di sana.
Selepas dianugerah seorang anak perempuan dan berjaya mendapat ijazah, Suhaimi pulang ke tanah air dan tidak lama kemudian menceburkan diri dalam PRM. Dari masa itulah beliau mula bergerak di kalangan peneroka Felda. Di samping itu beliau cergas mendirikan atau menguatkan ranting-ranting PRM. Beliau seorang aktivis yang tidak kenal penat lelah.
Berikutan krisis dalam PRM Suhaimi meninggalkannya dan memasuki PAS. Beliau menghadapi masalah dalam parti itu dan berhenti pula untuk pindah sekejap ke dalam Umno, yang sentiasa dianggapnya sebagai kesilapan besar. Walaupun berpindah-pindah parti, beliau sentiasa berpegang kuat kepada asas perjuangan yang pro-rakyat. Beliau “bersara” dari politik seketika. Hanya pada 27 November 2007 Suhaimi memasuki Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), setelah diminta oleh Syed Husin, Anwar Ibrahim dan Nizam.
Beliau begerak dengan gigih hampir seorang diri mula-mulanya untuk terus membela nasib peneroka Felda dan menggerakkan jentera parti di Pahang. Beliau membuka Ranting Kuala Krau, yang ramai dianggotai oleh peneroka Felda dan Orang Asal. Selaku pemimpin Ranting itu, beliau tidur baring di rumah Orang Asal dan mempelajari bahasa mereka. Mereka sayangkannya, dan tidak peliklah ramai antara mereka hadir pada hari pengebumiannya.
Di dalam KEADILAN Suhaimi memegang beberapa jawatan penting di peringkat Negeri dan Pusat. Beliau dipilih menjadi Naib Pengerusi KEADILAN Pahang dan diangkat sebagai anggota Majlis Pimpinan Parti (MPP) dan Ketua Biro Peneroka Felda dan Orang Asal. Di bawah Biro ini beliau dan beberapa orang peguam, seperti Sivarasa, Kumar dan Latheefa telah memenangi beberapa kes saman mahkamah terhadap Felda untuk membela peneroka.
Suhaimi boleh dikatakan pekerja sepenuh masa parti tanpa bayaran daripadanya. Baginya perjuangan dalam politik bukan untuk kepentingan diri. Kerana perjuangan beliau ditahan dua kali di bawah ISA pada 1985 dan 1987. Beliau mempunyai sebuah syarikat guaman dan tidak pernah menggunakannya untuk mengumpul kekayaan. Oleh kerana bergerak cergas, beliau menyerahkan syarikat untuk diuruskan oleh anak perempuannya yang lahir di London dulu. Beliau bertanding dalam pilihanraya ke-13 akan tetapi gagal.
Semasa berkempen dalam pilihan raya itu Suhami sudah mula mengalami sakit yang bertambah tenat selepasnya. Beliau kembali ke RahmatulLah tanpa meninggalkan harta benda. Sebagai harimau mati meninggalkan belang, beliau meninggalkan nama yang harum. Nama itu berkaitan dengan kegigihan dan keikhlasannya dalam perjuangan demi rakyat. Suhami harus dijadikan teladan dan ikutan paling baik bagi semua anggota KEADILAN dan pejuang rakyat.
Alfatihah.

Mantan Exco PAS Terengganu meninggal dunia
Harakahdaily, | 10 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Mantan Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Awang Dagang Jusoh telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.30 malam, 8 November lalu.
Ketika penggal pemerintahan PAS di Terengganu (1999-2004), Ustaz Awang Dagang mempengerusikan portfolio Hal-Ehwal Wanita dan Bukan Islam.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Zohor di kampong halamannya semalam.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD _ 10-11-2013
Suhaimi terus bicara soal perjuangan walau terlantar
Khairil Abdul Rahim, | 06 Nov 2013 |
Tuan Ibrahim dan Nasrudin turut mengangkat jenazah Allahyarham Suhaimi.
TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mewakili PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Said dan berharap sabar dengan ujian yang ditempuh.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS turut merasakan kehilangan besar tokoh pejuang itu khususnya di negeri ini kerana arwah merupakan pencetus perjuangan membela warga Felda sehingga sanggup merengkok dua kali di bawah ISA.
“Arwah membela nasib rakyat sehingga ke akhir hayat, semasa saya menziarahi di hospital baru-baru ini beliau masih menyebut pasal perjuangan.
“Walaupun arwah merupakan pemimpin PKR, tetapi beliau amat sinonim dengan PAS, pernah menjadi aktivis PAS Temerloh dan mengasaskan markas PAS Darul Amin Sungai Gau. Malah Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) pertama di negeri Pahang dimulakan di rumahnya.
“Marilah berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para solehin,” katanya ketika ditemui menziarahi jenazah Allahyarham Suhaimi Said.
Tambah Tuan Ibrahim ramainya Orang Asli yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Suhaimi hari ini, membuktikan arwah diiktiraf oleh komuniti tersebut sebagai pemimpin mereka.
Ketua Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal PKR itu meninggal dunia pada 6.08 petang semalam di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada usia 68 tahun.
Allahyarham yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Krau, dikatakan menghidap barah hati dan reput tulang sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Pada PRU13 lalu, beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Jenderak.
Kira-kira 1,000 orang hadir memberikan penghormatan terakhir di rumahnya di Kampung Batu Empat, dekat sini hari ini sebelum disemadikan di tanah perkuburan kampung berkenaan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang hadir sejak awal pagi, menganggap pemergian Suhaimi sebagai satu kehilangan besar.
Katanya, berdasarkan pergaulan allahyarham sejak 1989, beliau seorang yang sangat komited dalam perjuangan memperjuangkan hak-hak peneroka.
“Bukan itu saja, beliau sendiri begitu luar biasa menempuh halangan-halangan besar. Tetapi beliau mampu melakukannya.
“Buktinya beliau dua kali ditahan di bawah ISA, kedua-duanya berkaitan dengan perjuangan Felda. Beliau tidak serik walau dihalang, dikepung dan ditohmah. Apa yang amat mengkagumkan, beliau bukan warga Felda atau anak peneroka. Inilah yang istimewanya.
“Arwah merupakan orang pertama menuntut hak milik tanah bagi peneroka pada tahun-tahun 1980-an. Beliau juga terkehadapan memperjuangkan keadilan kepada peneroka seperti jumlah hutang, isu perahan minyak sawit dan agihan pendapatan warga Felda,” katanya.
Menurut Mazlan, yang istimewanya allahyarham adalah peguam, pemidato, pemimpin yang turun padang dan mampu pula menyediakan kertas kerja seminar.
“Masalah yang kita hadapi sekarang ialah siapa lagikah tokoh lain selayak beliau yang mampu untuk berhadapan dengan Felda.
“Takziah saya kepada balu Allahyarham, Hendon Jaafar dan tiga anaknya,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-11-2013
Takziah buat keluarga Allahyarham Suhaimi Said
Harakahdaily, | 06 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR yang kembali ke rahmatullah semalam.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, DPPM menganggap pemergian allahyarham ke rahmatullah adalah suatu kehilangan kepada perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran di negara ini.
Menurutnya, sukar bagi generasi baharu untuk mencari bintang terbilang yang telah mengorbankan segala-galanya untuk perjuangan rakyat di negara ini.
“Beliau adalah insan dan tokoh hebat, melalui pelbagai ujian yang berat termasuk pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak dua kali di samping dibuang daerah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, allahyarham juga cekal berjuang terutama isu yang membabitkan Felda sehingga ditekan dan diambil tindakan berat.
Katanya lagi, allahyarham adalah insan contoh pemimpin berjiwa ikhlas dan sabar dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang.
“Seumur hidupnya diabadikan dengan perjuangan menegakkan kebenaran serta hidup bersama rakyat dan tidak mengejar pangkat, harta dan kekayaan untuk kepentingan dirinya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Justeru, kata beliau DPPM mengharapkan semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi ujian seberat ini dan mendoakan agar roh almarhum agar ditempatkan sebagai hamba yang diredhai di sisi Allah SWT.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi facebook semalam turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham. Al-Fatihah
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, DPPM menganggap pemergian allahyarham ke rahmatullah adalah suatu kehilangan kepada perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran di negara ini.
Menurutnya, sukar bagi generasi baharu untuk mencari bintang terbilang yang telah mengorbankan segala-galanya untuk perjuangan rakyat di negara ini.
“Beliau adalah insan dan tokoh hebat, melalui pelbagai ujian yang berat termasuk pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak dua kali di samping dibuang daerah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, allahyarham juga cekal berjuang terutama isu yang membabitkan Felda sehingga ditekan dan diambil tindakan berat.
Katanya lagi, allahyarham adalah insan contoh pemimpin berjiwa ikhlas dan sabar dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang.
“Seumur hidupnya diabadikan dengan perjuangan menegakkan kebenaran serta hidup bersama rakyat dan tidak mengejar pangkat, harta dan kekayaan untuk kepentingan dirinya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Justeru, kata beliau DPPM mengharapkan semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi ujian seberat ini dan mendoakan agar roh almarhum agar ditempatkan sebagai hamba yang diredhai di sisi Allah SWT.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi facebook semalam turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham. Al-Fatihah
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-11-2013
Suhaimi Said meninggal dunia
Harakahdaily, | 05 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said kembali ke rahmatullah lewat petang tadi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu.
Allahyarham dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu kerana disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakang.
Sebagai seorang peguam, Suhaimi banyak membantu memperjuangkan nasib warga Felda sejak tahun 1980-an dan terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Lubuk Merbau, Kedah ketika bergerak aktif dalam PAS.
Beliau pernah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika bergiat di dalam PAS.
Anak kelahiran Kampung Lubok Kawah, Temerloh, beliau dilahirkan pada 8 Disember 1944.
Anak kepada pejuang Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Allahyarham memulakan karier politik dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum menyertai PAS.
Ketika bergiat aktif dalam PAS, Suhaimi memperjuangkan hak pemilikan individu untuk peneroka Felda yang dibelenggu Akta Penempatan Berkelompok (GSA) .
Oleh kerana kesungguhan beliau untuk mengadakan Konvensyen Felda, akhirnya beliau ditahan dibawah ISA dan dibebaskan pada 1986 serta dibuang daerah ke Melaka.
Di Melaka beliau menubuhkan banyak cawangan PAS dan mewujudkan Gagasan Selatan-Selatan membabitkan PAS Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Keadaan ini amat merunsing pemimpin Umno Melaka yang ketika itu diterajui Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Beliau sekali lagi ditahan di bawah ISA dalam Operasi Lalang bersama 120 pemimpin parti pembangkang. Selepas 6 bulan kemudian beliau telah dibebaskan.
Konflik dalaman PAS ekoran tindakan bekas Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Nakhaei meninggalkan PAS dan menyertai Umno turut mengheret Suhaimi.
Allahyarham menyertai Umno dan bergiat aktif di peringkat bahagian tetapi kemudian menyepikan diri.
Menyifatkan penyertaannya dalam Umno sebagai satu kesilapan besar dalam kerjaya politiknya, Suhaimi kemudian meninggalkan Umno dan menyertai PKR pada 27 November 2007 atas pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nizam Hamid dan Dr Syed Husin Ali.
Jenazah Allahyarham Suhaimi akan dibawa ke rumahnya di Batu 4, Jalan Maran Temerloh.
Menurut anak bongsu Allahyarham, jenazahnya akan dikebumikan esok.
Takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Said. Alfatihah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-11-2013
Takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Hassan
Harakahdaily, | 26 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mantan Adun Temangan Allahyarham Datuk Ustaz Hassan Mohammad, yang kembali kerahmatullah awal pagi ini.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pemergian Allahyarham sangat dirasai oleh semua ahli gerakan Islam di mana Allahyarham sangat berjasa dalam bidang pendidikan di Kelantan.
"Sesungguhnya jasa beliau dalam memartabatkan pendidikan di negeri Kelantan adalah amat besar dengan melahirkan ribuan pelajar-pelajar aliran agama di negara kita ini.
"Marilah kita berdoa agar rohnya dihimpunkan dikalangan para salafussoleh, dan mendapat rahmat dari Allah," kata Presiden PAS itu dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.
Allahyarham Datuk Hassan yang lebih dikenali sebagai Ustaz Hassan Kaabah meninggal dunia kira-kira jam empat pagi tadi.
Allahyarham pernah menjawat jawatan exco kerajaan Kelantan ketika hayatnya.
Jenazah Allahyarham difahamkan akan disolatkan pada jam 2 petang ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-10-2013
YDP PAS Bukit Bintang kembali ke rahmatullah
azmi, | 18 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua PAS Bukit Bintang, Radhi Hashim meninggal dunia kira-kira jam 12.00 malam tadi di rumahnya berhampiran Masjid Sri Rampai.
Beliau menghadapi komplikasi penyakit buah pinggang dan kencing manis.
Jenazah allahyarham akan dikebumikan pagi ini.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur
Sumber HD - 18-10-2013
Takziah buat keluarga Almarhum Datuk Adnan
Harakahdaily, | 16 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Adnan Othman, 69, yang kembali ke rahmatullah kira-kira jam 7.40 malam tadi di kediamannya di Kota Damansara.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan ringkas mewakili kepimpinan dan ahli parti itu merakamkan takziah buat keluarga almarhum dan berharap mereka bersabar di atas ujian Allah itu.
“Semoga Allah menempatkan almarhum bersama-sama dengan hamba-hamba-Nya yang soleh,” ujarnya.
Jenazah almarhum akan dibawa ke Masjid Kota Damansara untuk dimandi dan dikafankan sekitar jam 8.30 pagi dan seterusnya disembahyangkan jam 10.00 pagi.
Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk dikebumikan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan almarhum yang merupakan bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia secara rasmi menyertai parti itu pada 2 April lalu dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Agung PAS.
Bekas duta mahu beri khidmat terakhir dengan sertai PAS
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan ringkas mewakili kepimpinan dan ahli parti itu merakamkan takziah buat keluarga almarhum dan berharap mereka bersabar di atas ujian Allah itu.
“Semoga Allah menempatkan almarhum bersama-sama dengan hamba-hamba-Nya yang soleh,” ujarnya.
Jenazah almarhum akan dibawa ke Masjid Kota Damansara untuk dimandi dan dikafankan sekitar jam 8.30 pagi dan seterusnya disembahyangkan jam 10.00 pagi.
Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk dikebumikan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan almarhum yang merupakan bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia secara rasmi menyertai parti itu pada 2 April lalu dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Agung PAS.
Bekas duta mahu beri khidmat terakhir dengan sertai PAS
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-10-2013
Ustaz Azizan: Perginya seorang tokoh Islam
Harakahdaily, | 26 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Seluruh warga Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) merakamkan takziah kepada ahli keluarga Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di atas kembalinya beliau ke rahmatullah.
“Sesungguhnya kami mendoakan roh beliau akan tergolong bersama golongan siddiqin, solehin dan para mujahidin,” ujar Presiden Mapim dan Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Baginya, pemergian Ustaz Azizan adalah suatu kehilangan yang besar bukan sahaja buat rakyat Kedah malah seluruh negara, bahkan beliau seorang tokoh ilmuan dan ulama gerakan Islam yang akan menjadi teladan kepada banyak kalangan pencinta Islam.
“Kami kagum dengan keupayaannya dan jasanya berkhidmat kepada rakyat menyumbang kepada kemajuan dan kebajikan warga Kedah ketika beliau memegang amanah sebagai Menteri Besar,” katanya lagi.
Mohd Azmi menambah, sebagai ilmuan, ulama dan ahli politik, tidak dapat dinafikan khidmat cemerlang Ustaz Azizan memikul amanah mentadbir negeri Kedah yang mengutamakan ilmu dan kebajikan rakyat yang terpinggir.
“Ketika beliau menjadi ketua pentadbir negeri Kedah polisinya jelas mendahulukan rakyat dan sangat menekankan soal pendidikan Islam. Jasa beliau mewujudkan Kolej Universiti Insaniah amat dikagumi,” katanya.
Tambahnya, ternyata Ustaz Azizan telah menunjukkan kebolehan memimpin dengan teladan seorang pemimpin yang sederhana bukan sahaja dalam cara memimpin malah juga dalam kehidupannya sendiri.
Beliau berkata, Ustaz Azizan tidak menunjukkan kemewahan hidup sebagai MB malah terus hidup di rumahnya sendiri di Alor Setar seperti rakyat biasa.
“Takziah juga kami sampaikan kepada seluruh warga PAS yang telah kehilangan seorang pemimpin yang ulung dan akan terakam sebagai ahli yang sangat besar sumbangannya kepada perjuangan parti Islam.
“Moga segala contoh kepimpinannya dapat memberi inspirasi kepada seluruh perjuangan pencinta Islam dalam parti PAS yang menjadi wadah perjuangan beliau sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.
“Sesungguhnya kami mendoakan roh beliau akan tergolong bersama golongan siddiqin, solehin dan para mujahidin,” ujar Presiden Mapim dan Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Baginya, pemergian Ustaz Azizan adalah suatu kehilangan yang besar bukan sahaja buat rakyat Kedah malah seluruh negara, bahkan beliau seorang tokoh ilmuan dan ulama gerakan Islam yang akan menjadi teladan kepada banyak kalangan pencinta Islam.
“Kami kagum dengan keupayaannya dan jasanya berkhidmat kepada rakyat menyumbang kepada kemajuan dan kebajikan warga Kedah ketika beliau memegang amanah sebagai Menteri Besar,” katanya lagi.
Mohd Azmi menambah, sebagai ilmuan, ulama dan ahli politik, tidak dapat dinafikan khidmat cemerlang Ustaz Azizan memikul amanah mentadbir negeri Kedah yang mengutamakan ilmu dan kebajikan rakyat yang terpinggir.
“Ketika beliau menjadi ketua pentadbir negeri Kedah polisinya jelas mendahulukan rakyat dan sangat menekankan soal pendidikan Islam. Jasa beliau mewujudkan Kolej Universiti Insaniah amat dikagumi,” katanya.
Tambahnya, ternyata Ustaz Azizan telah menunjukkan kebolehan memimpin dengan teladan seorang pemimpin yang sederhana bukan sahaja dalam cara memimpin malah juga dalam kehidupannya sendiri.
Beliau berkata, Ustaz Azizan tidak menunjukkan kemewahan hidup sebagai MB malah terus hidup di rumahnya sendiri di Alor Setar seperti rakyat biasa.
“Takziah juga kami sampaikan kepada seluruh warga PAS yang telah kehilangan seorang pemimpin yang ulung dan akan terakam sebagai ahli yang sangat besar sumbangannya kepada perjuangan parti Islam.
“Moga segala contoh kepimpinannya dapat memberi inspirasi kepada seluruh perjuangan pencinta Islam dalam parti PAS yang menjadi wadah perjuangan beliau sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-9-2013
PAS Pusat rakam takziah buat keluarga Ustaz Azizan
Harakahdaily, | 26 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, mantan Menteri Besar Kedah yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi parti dan rakyat negeri Kedah khususnya.
“Beliau merupakan Ahli Majlis Syura telah berjaya memimpin parti sehingga berjaya menawan negeri Kedah dalam PRU ke-12,” ujarnya dalam satu kenyataan, selanjutnya sebagaimana di bawah.
Kesihatan beliau mulai merosot dalam kempen menghadapi PRU13 dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani pembedahan dan kaki beliau terpaksa dipotong.
Namun, kesihatan beliau mulai pulih sehingga beliau dibawa pulang ke Kedah, namun dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Alor Setar.
Kegagalan PAS mengekalkan kemenangan di Kedah merupakan suatu tamparan besar bagi parti.
Beliau masih sempat berpesan kepada Datuk Muhriz, Menteri Besar baru agar mempastikan Kolej Insaniah dapat dijaga dan dijayakan.
Beliau sepanjang menjadi Menteri Besar banyak menumpukan usaha membangunkan kolej tersebut di samping pelbagai kemajuan yang telah dilaksanakan.
Kematian beliau akan membuka ruang bagi mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Dun Sungai Limau. Parti akan menghadapi PRK ini dalam suasana persiapan menghadapi muktamar. Dengan PRK ini diharap akan memperkukuh lagi jentera parti bagi memastikan kejayaan.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya. Al-Fatihah.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi parti dan rakyat negeri Kedah khususnya.
“Beliau merupakan Ahli Majlis Syura telah berjaya memimpin parti sehingga berjaya menawan negeri Kedah dalam PRU ke-12,” ujarnya dalam satu kenyataan, selanjutnya sebagaimana di bawah.
Kesihatan beliau mulai merosot dalam kempen menghadapi PRU13 dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani pembedahan dan kaki beliau terpaksa dipotong.
Namun, kesihatan beliau mulai pulih sehingga beliau dibawa pulang ke Kedah, namun dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Alor Setar.
Kegagalan PAS mengekalkan kemenangan di Kedah merupakan suatu tamparan besar bagi parti.
Beliau masih sempat berpesan kepada Datuk Muhriz, Menteri Besar baru agar mempastikan Kolej Insaniah dapat dijaga dan dijayakan.
Beliau sepanjang menjadi Menteri Besar banyak menumpukan usaha membangunkan kolej tersebut di samping pelbagai kemajuan yang telah dilaksanakan.
Kematian beliau akan membuka ruang bagi mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Dun Sungai Limau. Parti akan menghadapi PRK ini dalam suasana persiapan menghadapi muktamar. Dengan PRK ini diharap akan memperkukuh lagi jentera parti bagi memastikan kejayaan.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya. Al-Fatihah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-9-2013
Ustaz Azizan kembali ke rahmatullah
Harakahdaily, | 26 Sep 2013 |
ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kembali ke rahmatullah jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.
Jenazah almarhum akan disemadikan di Muasasah Darul Ulum, di sini petang ini.
(lanjut menyusul)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-9-2013
Takziah buat keluarga pelumba Mohammed Izzat
Harakahdaily, | 26 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa terkejut dan sedih di atas kehilangan sebutir permata sukan permotoran, Mohammed Izzat Hakim, 17, akibat terlibat di dalam satu kemalangan pada Sabtu lepas semasa sesi latihan perlumbaan motosikal Super Siri Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allayarham dan mengharapkan semoga pihak keluarga Allahyarham redha di atas kehilangan ini dan bersabar dengan ketentuan Ilahi,” ujar ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pihaknya menyifatkan allayarham sebagai seorang bakat baru sukan permotoran yang mempunyai peluang besar untuk mencipta nama sebagai bintang sukan permotoran Malaysia.
Allahyarham juga, jelasnya pernah menjadi johan di dalam salah satu kategori acara permotoran Karnival Selangor Motor Race (SMR) Track Day 2012 anjuran WADACS Resources, syarikat promoter sukan permotoran berlesen dengan kerjasama ARC Selangor dan DACS Negeri Selangor.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendoakan semoga roh allahyarham diberkati dan dicucuri rahmat oleh Allah Taala serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.
Mohamed Izzat Hakim adalah pelumba superbike telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam1 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur.
Pada insiden Sabtu lepas, beliau melanggar Satish Suppiah selaku marsyal perlumbaan ketika dalam latihan.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allayarham dan mengharapkan semoga pihak keluarga Allahyarham redha di atas kehilangan ini dan bersabar dengan ketentuan Ilahi,” ujar ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pihaknya menyifatkan allayarham sebagai seorang bakat baru sukan permotoran yang mempunyai peluang besar untuk mencipta nama sebagai bintang sukan permotoran Malaysia.
Allahyarham juga, jelasnya pernah menjadi johan di dalam salah satu kategori acara permotoran Karnival Selangor Motor Race (SMR) Track Day 2012 anjuran WADACS Resources, syarikat promoter sukan permotoran berlesen dengan kerjasama ARC Selangor dan DACS Negeri Selangor.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendoakan semoga roh allahyarham diberkati dan dicucuri rahmat oleh Allah Taala serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.
Mohamed Izzat Hakim adalah pelumba superbike telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam1 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur.
Pada insiden Sabtu lepas, beliau melanggar Satish Suppiah selaku marsyal perlumbaan ketika dalam latihan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-9-2013
Chin Peng meninggal dunia pagi ini
Harakahdaily, | 16 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun, lapor The Malaysian Insider.
Menurut laporan Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Setiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.
Memetik Wikipedia, Chin Peng yang dilahirkan pada 21 Oktober 1924 sebagai Ong Boon Hwa merupakan seorang ketua Parti Komunis Malaya. Beliau telah dianugerahi Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.
Beliau merupakan seorang Cina berketurunan Kantonis yang mendakwa dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak.
Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon dibenarkan masuk Malaysia, dia gagal mengemukakan sijil kelahirannya.
Dia merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.
Menurut laporan Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Setiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.
Memetik Wikipedia, Chin Peng yang dilahirkan pada 21 Oktober 1924 sebagai Ong Boon Hwa merupakan seorang ketua Parti Komunis Malaya. Beliau telah dianugerahi Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.
Beliau merupakan seorang Cina berketurunan Kantonis yang mendakwa dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak.
Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon dibenarkan masuk Malaysia, dia gagal mengemukakan sijil kelahirannya.
Dia merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-9-2013
Takziah buat Dr Syed Husin dan keluarga
Harakahdaily, | 13 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: PKR merakamkan ucapan takziah buat mantan Timbalan Presiden parti itu, Senator Dr Syed Husin Ali dan keluarga di atas pemergian isteri beliau yang tersayang, Puan Sabariah Abdullah yang telah meninggal dunia jam 7.40 malam ini.
PKR dalam satu kenyataan berharap semoga Dr Syed Husin dan keluarga sentiasa tabah, sabar dan redha.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
PKR dalam satu kenyataan berharap semoga Dr Syed Husin dan keluarga sentiasa tabah, sabar dan redha.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-9-2013
Fauzi Ghadzali meninggal, hilangnya seorang pejuang
Muhammad Faeez Azahar, | 24 Ogs 2013 |
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak merakam takziah kepada keluarga bekas tekong pasukan kebangsaan Sukan Asia Busan 2002, Mohd Fauzi Ghadzali yang menghembuskan nafas yang terakhir jam 5.40 pagi tadi.
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, beliau meninggal dunia selepas selepas berbulan-bulan menanggung derita akibat mengalami kanser liforma.
Beliau berkata, Fauzi pernah menghangatkan negara khususnya arena sukan apabila kemenangan pasukannya dalam Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Liga Siri Super Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) 2011 ditarik balik kerana Allahyarham memakai pakaian menutup aurat.
Menurutnya, Allahyarham yang mewakili pasukan Negeri Perak ketika itu memakai seluar panjang 'sut trek' dalam pertandingan tersebut.
Jelas Raja Iskandar, akibatnya daripada 'kedegilannya' demi mempertahankan prinsip Islam, pengadil perlawanan telah membatalkan kemenangan Pasukan Perak dan Fauzi dikenakan kad merah serta dibuang daripada kejohanan.
"Pemuda PAS menyifatkan kehilangan Fauzi Ghadzali adalah sangat besar buat negara khususnya dalam arena sukan.
"Keberanian beliau mempertahankan prinsip Islam sangat dipuji dan harus diiktiraf sebagai pejuang," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu menjelaskan, Pemuda PAS Perakn telah menobatkan Fauzi sebagai Ikon Anak Muda dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Perak tahun lalu.
Ini katanya berdasarkan keberaniannya sebagai seorang pemain sukan muslim mempertahankan serta berkata benar dalam mengangkat martabat Islam dan ianya harus dicontohi oleh generasi muda negara kini.
Fauzi katanya teruja ketika dimaklumkan bahawa beliau terpilih menjadi seorang ikon dan sangat terharu dengan keprihatinan Pemuda PAS Perak dalam mengambil perhatian tentang kisahnya.
"Kami berharap jasanya akan diiktiraf dan menjadi tauladan kepada masyarakat di Malaysia khususnya kepada semua atlet
"Marilah bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buatnya agar ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," jelasnya.
Jelasnya, bagi yang ingin menyalurkan sumbangan kepada keluarganya, bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank 157091034688 atas nama Mohd Fauzi Ghadzali.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-8-2013
Rahsia bilal mati bersujud, dikisahkan isterinya
http://greenboc.blogspot.com, | 04 Ogs 2013 |
[TELADAN] "Rahsia" Siak Dapat Mati Dalam Keadaan Bersujud Dikisahkan Isterinya
Alhamdulillah...Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau Tmn Desa Surada pagi tadi.
Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah tentang kehidupan yang telah dikemudi selama ini.
Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah dan Rasul yang dapat dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) untuk tatapan bersama...
Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu Beliau bersama-sama bekerja untuk jamaah dan bertugas sebagai siak surau di tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri.
Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 & kuliah yang diikutinya.
Oleh kerana itu beliau:
1. Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau dengan menaiki motor dan berpayung.
2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dalam hari2 kehidupan beliau. Di surau itu lah tpt beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau.
3. Menyampaikan apa yang didengar ketika kuliah kepada anak-anak dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah di surau.
4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada anak2nya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita kelak.
5. Kata beliau lagi jangan sibuk2 harta dunia kerana hanya 3 benda sahaja yang kita bawa bila mati - "ayah tidak ada harta nak infaq, ini lah saja.... ke surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau.... (amal soleh.... & insya Allah anak2 beliau yang soleh).
6. Kurang melayan kehendak dunia - tidak suka berjalan jauh2 kerana kata Allahyarham nanti solat jamaah beliau (surau) macamana pula...
Itu lah antara amalan beliau yang istiqamah kerana Allah. Beliau tidak bekerja lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup dengan beramal soleh.
Beliau pernah berkata rentetan peristiwa kematian di Mekah/Madinah (tidak berapa ingat) yang meninggal dalam keadaan sujud.... kata beliau....orang biasa macam kita tidak boleh dapat ke macam tu....maka hajat dan doa beliau dimakbulkn Allah SWT. Rakan beliau yang pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata2 Allahyarham.
Kata kak Mar hujan renyai2 ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa diluruskan & ditanggalkan pakaian untuk dimandikan dan seperti tidur.
Melihat kepada kak Mar yang sederhana dan lembut orangnya... yang sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak Mar basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini.
Hanya kak Mar sedikit terkilan kerana hari itu...rutin hidup seperti biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda2 kelainan dan kak Mar tidak banyak bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya.... dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi. Tapi beliau redha atas ketentuan Allah dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT... Al fatihah...
Semoga kita yang hidup beroleh iktibar dalam melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila2 masa kita akan dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta... fb PHR
Laporan sebelum ini
klik untuk baca
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-8-2013
Bilal surau di Bangi meninggal ketika sujud
http://azmieyusoff.blogspot.com, | 02 Ogs 2013 |
Thursday, August 1, 2013
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un Bilal surau di Bangi meninggal dunia ketika sujud!!!zohor tadi. +Gambar
Allah permudah perjalanan ke "sana".Al fatihah..
Segalanya atas ketentuan Yang Maha Esa.
Sahabat ini, seorang petugas PAS yg gigih, menghembuskan nafas terakhirnya dalam husnul khatimah insyaAllah. Beliau ketika ada hayatnya juga telah banyak menghabiskan masa dan tenaga menjaga kebersihan surau Al-Mujaahideen, Desa Surada, Bangi. Orang panggil 'abang Lan'.
4 sebab zahiriah kita percaya dia mendapat Husnul Khatimah, meninggal dunia;
1. Ketika sujud solat sunat ba'diah zohor
2. Sedang berpuasa
3. Petang khamis
4. Di dalam rumah Allah.
Ya, Allah, tamatkan riwayat kami nanti dengan Husnul Khatimah juga ya Allah, dan masukkan kami ke syurga-Mu tanpa hisaab.
Lagi Berita Di SINI
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-8-2013
Takziah buat keluarga Allahyarham Dr A. Rahman
Harakahdaily, | 27 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Terengganu yang telah meninggal dunia semalam.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, menganggap pemergian Allahyarham ke rahmatullah adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak ada siapa menyangka Allahyarham pergi secepat ini.
"Pastinya rakyat Terengganu lebih terkejut kerana mereka baru sahaja mengangkat Allahyarham sebagai pemimpin mereka dan kehilangan beliau meninggalkan suatu kesedihan yang mendalam buat rakyat di sana.
"Sudah menjadi suratan, Allahyarham mendahului kita semua dan ketentuan ini menghendaki kita menginsafi bahawa kematian tidak mengenal siapa jua," katanya.
Beliau turut mengharapkan isteri dan keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian yang melanda ini dan mendoakan semoha Allah SWT mengampuni Allahyarham dan ditempatkan sebagai orang-orang yang soleh disisiNya.
Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar yang juga Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi semalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru.
Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyatakan kesediaan menggerakkan jentera mereka berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun itu yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.
Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Aziz berkata, semua jentera PAS sentiasa bersiap sedia sekalipun PRK itu nanti diadakan dalam bulan Ramadhan.
"Bulan Ramadan adalah bulan rahmat buat umat Islam. Umat Islam juga mengenali bulan ini sebagai bulan perjuangan dan bulan kemenangan.
"Semangat Ramadan akan mengalir dalam diri setiap anggota dan Insya-ALLAH setiap petugas akan berkorban bagi memastikan kemenangan tercipta di Dun tersebut dan seterusnya memberi peluang buat Pas memerintah kembali Terengganu," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, allahyarham Dr A. Rahman menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, menganggap pemergian Allahyarham ke rahmatullah adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak ada siapa menyangka Allahyarham pergi secepat ini.
"Pastinya rakyat Terengganu lebih terkejut kerana mereka baru sahaja mengangkat Allahyarham sebagai pemimpin mereka dan kehilangan beliau meninggalkan suatu kesedihan yang mendalam buat rakyat di sana.
"Sudah menjadi suratan, Allahyarham mendahului kita semua dan ketentuan ini menghendaki kita menginsafi bahawa kematian tidak mengenal siapa jua," katanya.
Beliau turut mengharapkan isteri dan keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian yang melanda ini dan mendoakan semoha Allah SWT mengampuni Allahyarham dan ditempatkan sebagai orang-orang yang soleh disisiNya.
Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar yang juga Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi semalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru.
Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyatakan kesediaan menggerakkan jentera mereka berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun itu yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.
Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Aziz berkata, semua jentera PAS sentiasa bersiap sedia sekalipun PRK itu nanti diadakan dalam bulan Ramadhan.
"Bulan Ramadan adalah bulan rahmat buat umat Islam. Umat Islam juga mengenali bulan ini sebagai bulan perjuangan dan bulan kemenangan.
"Semangat Ramadan akan mengalir dalam diri setiap anggota dan Insya-ALLAH setiap petugas akan berkorban bagi memastikan kemenangan tercipta di Dun tersebut dan seterusnya memberi peluang buat Pas memerintah kembali Terengganu," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, allahyarham Dr A. Rahman menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-6-2013
Husam antara pemimpin PAS yang ziarah jenazah Dr Rahman
Salmah Mat Husain, | 27 Jun 2013 |
BESUT: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, antara pimpinan tertinggi PAS yang turut menziarahi jenazah allahyarham anggota exco kerajaan Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, 55 yang meninggal dunia pagi semalam.
(Husam membacakan Alfatihah untuk Allahyarham Dr Rahman)
Selain Husam turut merakamkan ucapan takziah kepimpinan PAS Kawasan Besut yang diketuai Yang Dipertuanya Wan Azhar Wan Ahmad tengahari semalam.
Kunjungan Adun Salor itu juga, membuatkan isteri allahyarham Azizah N. Omar merasa terharu serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian Husam menziarahinya.
Husam ketika memberitahu Harakahdaily selepas kunjungan itu berharap keluarga Adun Kuala Besut itu juga bersabar menghadapi ujian yang begitu memilukan itu.
“Kematian adalah sesuatu yang pasti, kita berharap keluarga allahyarham serta anggota keluarga bersabar menghadapi ujian ini.
“Moga allahyarham mendapat tempat terbaik di sisiNya,”ujarnya semalam.
Allahyarham meninggal dunia meninggal pukul 10.18 pagi semalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kegagalan pernafasan selepas seminggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital itu.
Beliau meninggalkan isteri Azizah dan empat anak iaitu Mohd Zaihan, Mohd Razhan, Mohd Zaffuan dan Nurul Najihah.
(Jenazah Dr Rahman disembahyangkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Bayu)
Pada pilihan raya umum ke-13 bulan lepas, beliau mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS Napisah Ismail.
Allahyarham kemudian dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam barisan exco kerajaan negeri Barisan Nasional.
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Teluk Bayu petang semalam.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-6-2013
Adun Kuala Besut meninggal, pilihan raya kecil pertama
Anis Nazri, | 26 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.
Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.
Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.
PAS rakam takziah
Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.
"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.
"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.
Pilihan raya kecil
Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.
Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.
Jika Pakatan menang dalam pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan.
Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.
Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.
Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN).
Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR), Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN).
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-6-2013
Takziah buat keluarga Aiman
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, |
Takziah buat keluarga mangsa kebakaran, Allahyarham Aiman Nurhakim Yahya, 13 tahun pelajar pengajian pondok Tahfiz di daerah Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Mati kerana sedang mengikuti jalan Allah dianggap syahid. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman atas keikhlasan menuntut ilmu terutamanya bidang agama.
Dalam pada itu saya menyeru agar pihak yang menyediakan pondok sekolah agama supaya meningkatkan lagi taraf bangunan dan tempat tinggal pelajar dengan keselamatannya terjamin dan benar-benar selamat serta kemudahan sapertimana sekolah berasrama yang lain. Pihak tertentu yang bertanggungjawab khususnya kerajaan wajarlah mengadakanlah lawatan dan menghulurkan bantuan yang secukupnya, tidak kira apa status pengajian pondok itu asalkan untuk kebaikan agama. Al-Fatihah untuk Allahyarham Aiman Nurhakim Yahya.
Dalam pada itu saya menyeru agar pihak yang menyediakan pondok sekolah agama supaya meningkatkan lagi taraf bangunan dan tempat tinggal pelajar dengan keselamatannya terjamin dan benar-benar selamat serta kemudahan sapertimana sekolah berasrama yang lain. Pihak tertentu yang bertanggungjawab khususnya kerajaan wajarlah mengadakanlah lawatan dan menghulurkan bantuan yang secukupnya, tidak kira apa status pengajian pondok itu asalkan untuk kebaikan agama. Al-Fatihah untuk Allahyarham Aiman Nurhakim Yahya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-6-2013
No comments:
Post a Comment