Menanti Jebat si anak tani
- Jan 13, 2014
- AHMAD LUTFI OTHMAN
"Takkan kita pun nak jadi macam Umno dan NGO yang didalanginya, membuat ratusan malah ribuan report polis terhadap program besar rakyat turun ke jalan raya, seperti Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat dan baru-baru ini, Turun," kata seorang rakan, dalam usia 60-an, yang juga peneliti akhbar Harakah.
"Harussani, mufti paling kanan, dah lebih 30 tahun," saya membalas, "Walaupun itu hanya pandangannya, bukan satu fatwa rasmi dan tidak sandaran syarak yang jelas, tapi ia boleh mengelirukan, malah membahayakan ketenteraman masyarakat."
"Bukankah dulu Lutfi juga pernah menulis agar tidak perlu sibuk sangat melayan Mufti Perak ini, tajuk artikel itu pun sendiri sudah jelas," tambahnya, merujuk artikel saya bertajuk "Hang percaya Harussani?".
Ya, baru saya dapat mengimbau bahawa singgungan ringkas itu merujuk pengalaman menemubualnya sendiri, di Ipoh, semasa menerajui akhbar Siasah, berkisar antara lain, hal-hal murtad.
Banyak isu-isu sensasi yang diperkatakannya, termasuk berkaitan personaliti tertentu, sukar untuk dibuktikan dan kebanyakannya berdasarkan cerita rambang yang disampaikan dari mulut ke mulut.
Beliau nampak agar gopoh, tergesa-gesa, mudah percaya dengan khabar yang didengar dan tidak merujuk kepada pihak lain, atau rakan-rakannya sendiri dalam Majlis Fatwa, sebelum memutuskan sesuatu "fatwa".
Maaf, kalau dalam hal tertentu, dia nampak naif. Ya, sesiapa pun ada kelemahan, 'kan? Tetapi berbahaya jika seorang yang berkedudukan tinggi, berpengaruh, dihormati dan rapat dengan institusi istana bersikap begitu.
Saya yakin, dalam kes himpunan Turun pada malam tahun baru itu, Harussani percaya bulat-bulat apa yang dilaporkan Utusan Malaysia dan "media tali barut" lain, tanpa merujuk kepada sumber yang lebih sahih.
Ketua Penerangan KeADILan, yang juga bekas Presiden ABIM, Dr Muhammad Nur Manuty, dalam satu analisis yang menyeluruh, menyimpulkan:"Mufti Perak telah menampakkan kegopohannya dalam pembuatan fatwa. Beliau sewajarnya mengemukakan beberapa dalil syarak dengan panduan nas-nas qat’iy dalam al-Quran, al-Sunnah dan lain-lain sumber ilmiah yang muktabar.
"Tan Sri Harusani sewajarnya berbincang dahulu dengan pelbagai pihak terutama dengan Ahli Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Ahli Ahli jawatankuasa Fatwa Syar’iyyah Negeri Perak dan lain-lain pegawai di Jabatan Mufti Perak.
"Walau bagaimanapun, fatwa Mufti Perak jelas tidak merujuk kepada para ulama/ilmuwan lain. Islam menganjurkan amalan syura demi mendapatkan muafakat terbaik dan dapat keberkatan dari Allah SWT."
"Apa pun," tambah rakan saya itu, "Harakah janganlah terlampau banyak bantai, sampai hampir setiap muka surat membalun Harussani."
"Ya ke, takkan Harakah sampai macam tu, salah baca kot," usik saya.
Seorang pembaca Harakah dari Baling, yang kerap membuat teguran apabila kami melakukan kesilapan, turut memberikan reaksi melalui SMS: "Awat dok layan sangat orang tua Perak tu, baik kita bincang tentang GST."
Namun begitu, GST yang dimaksudkannya bukan cukai barangan dan perkhidmatan, tetapi "Getah Skrap Turun".
Dua hari sebelum itu, dia mencadangkan agar Harakah meletakkan tajuk besar, "Pak Lah jadi PM harga getah naik, Najib jadi PM harga barang naik".
"Penoreh getah, untuk dapatkan ayam sekilo, mereka terpaksa dapatkan enam kilo getah, terutama bagi yang pawah pokok orang," ujarnya lagi.
Saya tidak begitu jelas maksud beliau, tetapi sudah cukup untuk membayangkan kesukaran yang dihadapi penoreh getah sekarang, khususnya di Baling. Mengingati Baling tentu membawa kenangan kita kepada demonstrasi besar-besaran 1974, membabitkan orang-orang kampung yang tertekan hidupnya, terutama penoreh getah.
Kedah, negeri kelahiran saya, dengan kampung tanah tumpah darah yang dikelilingi bendang, juga mengingatkan tentang keperitan golongan pesawah berdepan kenaikan kos hidup. Serentak itu, saya mengharga usaha yang digerakkan oleh NGO BelaTani, bagi menaikkan harga padi, melalui kempen mereka di Kedah khususnya.
Facebook Aris Awang, aktivis PAS Kuala Kedah yang juga bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, banyak melaporkan hal ini. Saya tertarik membaca keterangan dalam satu hebahan tentang rasional harga padi perlu dinaikkan.
Sejak tahun 2006-2014, iaitu selama tujuh tahun, harga beras terus meningkat dari RM1.70 sekilogram kepada RM2.60, iaitu peningkatan sebanyak 53 peratus, tetapi dalam tempoh sama, harga padi hanya meningkat dari RM0.65 sekilogram kepada RM0.75, yakni kenaikan hanya 15 peratus.
"Kami petani ingin memaklumkan derita kami kepada rakyat yang tidak terlibat dalam industri padi bahawa kenaikan harga padi, walaupun sehingga 53 peratus sebenarnya tidak akan menyebabkan kenaikan harga beras kerana pihak pengeluar masih meraih keuntungan," kenyataan Pengerusi BelaTani, Mohd Subri Said, dipetik.
BelaTani, bersama Badan Bertindak Pesawah Malaysia, sudah memulakan kempen tandatangan menuntut kenaikan harga padi, antaranya, seperti dilaporkan dalam FB Aris Awang, di Masjid Kubang Siam dan Masjid Kg Huma, Alor Setar.
"Kami minta harga padi dari 7 kupang 5 duit (75 sen) naik jadi RM1.50 sekilo ... minta cara baik ni," keluhan "Ahli Jumaat" kedua-dua masjid itu, yang dirakam pada 10 Januari lalu.
Dalam satu wawancara khas Ketua Biro Harakah Kedah, Bashir Ishak dengan Subri Said, pertengahan November lalu, Pengerusi BelaTani itu menjelaskan tuntutan mereka: "Kerajaan perlu menaikkan harga padi yang ada sekarang. Secara dasarnya sekarang ini, harga jualan padi yang diperoleh petani adalah tidak stabil.
"Mereka juga perlu menanggung kos pengeluaran melibatkan input seperti kos bajak, upah, racun, baja dan sebagainya pula semakin meningkat. Sekarang, bagi setiap kilogram padi, harga jualannya adalah RM0.75. Manakalan insentif oleh pengilang pula sebanyak RM0.35 serta subsisidi oleh kerajaan sebanyak RM0.25. Insentif dan subsidi ini dikira sebagai apungan.
"Jadi, untuk menaiktaraf kehidupan pak tani, kita menuntut supaya subsidi dan insentif yang diberi ini diteruskan dan harga padi pula dinaikkan kepada harga baru RM1.50. Begitu juga, kami menuntut supaya kaedah potongan timbangan berat padi diubah dari amalan yang dibuat sekarang iaitu "potongan lantai: Tidak kurang dari 18%" kepada "potongan siling: Tidak Lebih Dari 18%". Ini perlu dibuat berdasarkan kualiti padi sebagai satu motivasi kepada pesawah untuk menghasilkan padi yang lebih berkualiti untuk potongan yang lebih rendah."
Saya turut tertarik dengan tinjauan pendapat Astro Aswani bersama petani di kawasanSungai Limau, semasa pilihan raya kecil Dun tersebut.
Seorang pesawah, Hashim Kadir, 70, berkata bantuan seperti insentif kepada petani dan pesawah sangat diperlukan oleh mereka: "Semua pengusahaan bendang di sini kebanyakannya disewa. Ada antaranya sebanyak satu relung dan dua relung, jadi kita minta kerajaan bantu dalam memberi insentif seperti menaikan subsidi harga padi dan selain itu, berilah baja yang benar-benar berkualiti kerana baja subsidi yang kita dapat kebanyakan tidak berkualiti."
Bagi Ghazali Salleh, 68, selain menaikan subsidi harga padi, kerajaan juga diminta peka dengan masalah pesawah seperti tanah bendang yang jerlus dan juga masalah padi angin.
Diharapkan gerak usaha BelaTani ini mendapat sambutan menyeluruh masyarakat tani sehingga keresahan mereka difahami elit penguasa dengan baik. Untuk memastikan suara pak tani didengar, ia memerlukan gema yang lebih bergemuruh, dan membingitkan telinga pihak berkuasa. Biar ada kejutan yang menyebabkan perhatian Putrajaya tertumpu dalam isu harga padi ini.
Bukankah subsidi padi hanya dinaikkan apabila pesawah turun berdemonstrasi di hadapan Wisma Negeri, Alor Setar, hampir 35 tahun lalu? Ekoran itu ramai juga yang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selama ini kita seperti ketandusan tokoh atau NGO yang serius (dan bersistematik) memperjuangkan nasib pesawah. Menjelang PRU13, semasa Himpunan Hijau di Bagan Serai, Perak, rasanya ada pertemuan di sebelah pagi membincangkan isu kritikal masyarakat bendang tetapi ia seperti tidak mempunyai momentum.
Walaupun tidak banyak puisi dapat menarik minat saya, namun karya Kasim Ahmad yang satu ini (saya menikmatinya pada tahap awal sekolah menengah), mempunyai keunikan tersendiri. Saya nukilkan kembali rangkap terakhirnya; mungkin ada kaitan dengan kegelisahan golongan petani yang lebih memendam rasa selama ini.
Ada esok maka pasti ada suria
aku akan pergi
dengan seribu jebat si anak tani
kian lama kita mati dalam setia
kali ini kita hidup dalam derhaka
Sumber HD - 13-1-2014
Mengisi posisi tengah politik Malaysia
- Jan 10, 2014
- AHMAD LUTFI OTHMAN
Kerajaan Umno-BN, yang mendapat sokongan minoriti dalam PRU13, sejak lama dikatakan memang licik mengalih tumpuan orang ramai, daripada isu yang real dan urgent, kepada hal-hal menggemparkan, yang mungkin sengaja dicipta atau dibesar-besarkan.
Keresahan rakyat, bandar dan desa, tidak terkecuali masyarakat kelas pertengahan, bukan sahaja terfokus kepada peningkatan kos yang menjerut kehidupan, tetapi juga kepincangan, kerakusan, pembaziran dan penyelewengan urustadbir pemerintah.
Kos sara hidup mencanak naik turut difaktorkan oleh budaya rasuah, kronisme dan salahguna kuasa yang tidak pernah diberikan perhatian serius untuk ditamatkan. Ia sudah mendarah-daging dalam kehidupan elit penguasa, dari hairaki paling atas hinggalah ke peringkat bawah, dan sukar untuk dicerai-tanggal lagi.
Butiran yang didedahkan setiap tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara hanyalah cebisan-cebisan kes, dan dipercayai banyak lagi "korupsi yang dilakukan secara berjemaah", tersembunyi dengan baik sekali. Setiap pihak yang berkepentingan, akan melindunginya secara penuh "profesional" sehingga sukar untuk dibawa ke pengadilan, apatah lagi untuk disabitkan kesalahan.
Namun begitu, BN bukan hanya dilihat gagal untuk mengurus ekonomi dan kewangan negara, sehingga dikatakan terpaksa menjual harta negara dan mengubah gadaian kerajaan untuk menampung defisit belanjawan, lebih parah lagi, ia sedang memandu tanahair tercinta ini ke jurang dalam yang cukup menakutkan.
(Baru-baru ini, kolumnis terkemuka, A Kadir Jasin terus menyinggung Najib Razak dan Abdullah Ahmad Badawi: "Saya menuduh pentadbiran Abdullah dan Najib boros dan cemerkap menguruskan kewangan negara dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat jelata.
Ketika rakyat dilanda banjir, Abdullah sibuk ke Perth, Australia untuk merasmikan pembukaan kedai makan. Beliau pulang sebentar menjenguk mangsa banjir di Johor dan terbang semula ke luar negara. Najib pula dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara ketika tahun baru dan kali ini, pada saat tahun baru menjanjikan khabar buruk kepada rakyat jelata akibat dasar beliau memansuhkan dan mengurangkan subsidi secara serentak.")
Isu-isu sensitif berkaitan agama dan kaum bagai dirancang rapi dengan skrip yang begitu teliti. Umno, demi survival kuasa yang kian terancam sekarang, secara terbuka menjadi penaja kepada gerakerja membakar sentimen masyarakat Melayu.
Jika majoriti rakyat, khususnya orang Melayu, tidak berlapang dada, bersikap tertutup, dan terpengaruh dengan adu-domba itu, mungkin keharmonian negara sudah lama hangus. Wasatiyah atau kesederhanaan, malah slogan 1Malaysia, tidak membawa makna apa-apa lagi.
Semasa Umno-BN meninggalkan kekuatan mereka selama ini, yang sebelumnya menjadi faktor pemersatu dan pengimbang, dan dapat menghimpunkan segala potensi dan keistimewaan kemajmukan negara, Pakatan Rakyat pula dilihat mengambil posisi strategik itu. Politik permuafakatan dalam BN sudah bercelaru.
Dan PAS sebagai salah satu komponen utamanya, terbukti meredah cabaran kritikal ini -- terutama berkaitan manipulasi isu-isu agama -- dengan penuh berhikmah, tenang dan bijaksana. Sukar untuk dibayangkan bagaimana situasinya jika ahli-ahli PAS dapat "dihasut" dengan paluan gendang perang yang berbahaya itu.
Tidak mudah PAS berdiri teguh mempertahankan pendekatan sederhananya itu. Pelbagai tohmahan dilemparkan, seperti menjadi kuda tunggangan DAP, rakuskan kuasa hingga sanggup meninggalkan asas perjuangan, dan pelbagai tuduhan liar lainnya.
Manakala, DAP, yang dulunya dianggap berada pada kutub bertentangan dengan PAS, juga menunjukkan kematangan berpencak silat politik, walaupun ada juga aksi pemimpinnya yang dilihat mengelirukan, dan boleh menajamkan salahfaham dan "warisan yang dipertahankan".
Ramai mengharapkan persefahaman Pakatan ini mampu dipertahankan, sekali gus membayangkan kesediaan gabungan tiga parti itu untuk menggantikan posisi Umno-BN. Tanpa sokongan masyarakat berbilang kaum dan agama, seperti yang dihadapi BN hari ini, apatah lagi dengan retaknya ikatan elit politik mereka sehingga saling tidak mempercayai, maka proses peralihan kuasa tidak perlu menunggu masa lebih lama.
Semasa DAP masih digambarkan sebagai seteru orang Melayu dan umat Islam, saya cukup tertarik dengan tajuk berita Rekodkini.com, 7 Januari lalu, "DAP gesa Kerajaan UMNO-BN asingkan cukai judi, demi kemaslahatan masyarakat Islam".
Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia harus dilakukan oleh Najib Razak selaku Menteri Kewangan untuk memastikan hasil cukai perjudian itu disalurkan kepada perbelanjaan tertentu yang tidak melibatkan masyarakat Islam.
Ahli Parlimen DAP Seremban itu juga mendesak kerajaan supaya segera membatalkan semua permit tambahan Cabutan Khas (Special Draw) agar dapat membuktikan bahawa mereka tidak bergantung kepada aktiviti perjudian untuk menambah hasil cukai.
Kerajaan baru-baru ini sekali lagi meluluskan tambahan permit kepada syarikat nombor ramalan (NFO) sebanyak 22 permit Cabutan Khas di Semenanjung Malaysia merangkumi Magnum, Damacai dan Sports Toto.
Menurut Anthony, pemberian itu juga menjadikan tambahan sebanyak 66 kali cabutan nombor ekor untuk diperjudikan di Semenanjung Malaysia untuk 2014.
“Kalau dijumlahkan sepanjang 2014, jumlah hari perjudian cabutan nombor ekor ialah 178 hari bersamaan 52 minggu darab 3 hari dengan 22 hari cabutan khas. Ini amat keterlaluan.
“Secara puratanya, aktiviti perjudian cabutan nombor ekor ini adalah setiap 2 hari di negara ini. Apakah ini caranya Najib mentadbir untuk menambah hasil cukai negara?” soalnya, seperti dilaporkan Roketkini.com.
Ya, apa khabar pejuang-pejuang Melayu dalam Umno, Perkasa dan NGO berkaitan?
Sumber HD - 10-1-2014
Apa pula selepas Turun ...
- Jan 02, 2014
- AHMAD LUTFI OTHMAN
Himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) pada malam 1 Januari 2014, bagi saya, memang istimewa. Jarang demonstrasi aman diadakan pada waktu malam, apatah lagi bersama sambutan ambang tahun baru, di Dataran Merdeka pula, yang turut menyaksikan konsert anjuran DBKL.
Tentu sekali ia bukan semata-mata perarakan santai melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan Raja Laut, dalam suasana agak kondusif -- tak perlu perlu berpeluh di bawah panas terik -- sambil bertemu ramai kenalan lama dan baru, bertukar-tukar cerita, di samping peniaga kecil mendapat laba lebih besar disebabkan permintaan meningkat dengan mendadak.
Isu kos sara hidup yang mencanak naik bukan hal remeh. Ia isu besar yang rgent, kritikal, menyentuh denyut nadi kehidupan majoriti rakyat, mengasak penghuni kosmopolitan dan juga menghimpit warga desa.
Justeru, sejak mendapat tahu Gabungan Mahasiswa Islam Mahasiswa (Gamis), diterajui Azan Safar, mahu mengangkat persoalan kenaikan kos sara hidup sebagai agenda nasional yang mesti diberi perhatian serius, tanpa ragu saya memberikan sokongan sepenuhnya.
Sesungguhnya saya sentiasa percaya bahawa golongan mahasiswa, dalam apa juga zaman dan situasi, mempunyai peranan terpenting, bagi membela dan memperjuangkan nasib rakyat yang menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan elit penguasa.
Ya, semangat dan inspirasi "demonstrasi Baling 1974" yang juga digerakkan mahasiswa rupanya belum berakhir. Kemiskinan yang dahulunya membarah di kawasan kampung terpencil kini menyesakkan nafas penduduk kota-kota besar.
Ada kalanya kemelaratan di bandar lebih menyeksakan. Dan itulah yang dialami sekarang. Pendapatan bulanan sekitar RM4,000 belum dapat membebaskan keluarga daripada jerutan kehidupan seharian.
Malah kenaikan barangan dan perkhidmatan, termasuk kadar tol, tarif elektrik, cukai pintu, juga keperluan dapur yang tidak pernah turun-turun lagi -- diikuti senarai kenaikan yang lebih panjang -- menyebabkan rakyat makin gelisah dan resah.
Isu yang dibangkitkan Turun ini benar-benar real dan mendesak sekali. Ia lekat kukuh di sanubari rakyat. Buktinya, meskipun "media talibarut", khususnya Utusan Malaysia dan TV3, melancarkan siri fitnah melampau -- lebih mengaibkan, ada sumbernya daripada pihak polis sendiri -- namun sambutannya luar biasa. Masyarakat terpanggil untuk turun menyuarakan hasrat hati yang terbuku.
Malam Rabu lalu, sebelum bertolak dari Ampang ke ibu kota, menggunakan perkhidmatan LRT, untuk menyaksikan dari dekat amarah rakyat di himpunan Turun, sempat saya menonton Buletin Utama, yang tentunya akan terus "menghasut".
Di saat-saat akhir, ketika Dataran Merdeka mula menjadi tumpuan, TV3 tetap cuba "memujuk" dan "mengugut" agar menghindari demonstrasi. Himpunan mendesak kerajaan supaya prihatin dengan isu kenaikan kos sara hidup dan bertindak menurunkannya digambarkan sebagai usaha menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik.
"Guling" tiba-tiba saja menjadi istilah yang cukup popular. "Mana tahu, dek kerana kerap sangat diratibkan oleh TV3 dan Utusan, maka dalam PRU14 nanti, terguling betul kerajaan BN ini!" sambut seorang rakan dalam Facebook.
Semasa tren LRT melintasi persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, berdepan Dataran Merdeka, saya melihat ke bawah, ada sekatan polis menghalang peserta Turun. Ramai juga berkumpul. Sengaja saya berhenti di stesen LRT Bandaraya, dan bukannya Masjid Jamek, untuk melihat suasana berdekatan Kompleks Sogo.
Mungkin ada perarakan dari Pejabat Agung PAS dan bertemu dengan orang ramai yang biasanya selesa dengan kawasan sekitar Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ia juga mengingatkan kenangan ledakan era reformasi 1998 yang bersejarah dan kemudiannya membuka lembaran politik baru tanahair.
Ditemani dua anak lelaki, saya yang masih bertongkat mengheret kaki perlahan, menikmati lingkungan yang cukup menyenangkan. Jalan tiga lorong sesak di kiri kanan, dengan gemuruh tiupan "trumpet plastik".
Rata-rata adalah anak-anak muda, lelaki dan wanita, pelbagai bangsa. (Saya kira sebahagiannya pelajar universiti dan agak ramai juga yang pernah saya temui). Tetapi tidak terkecuali keluarga besar -- saya perhatikan ada anak, ibu-ayah dan juga datuk-nenek -- yang berjalan secara berkumpulan, hatta ada ibu muda yang mendukung bayi kecil.
Wajah mereka nampak ceria dan gembira, seolah-olah bersiar-siar menghidup udara segar. Mungkin ada yang mahu menghabiskan cuti hujung tahun bersama demonstrasi aman, yang disifatkan Utusan Malaysia dan TV3 sebagai aksi menggulingkan kerajaan.
Seingat saya, malam itu, empat kali terserempak dengan sekawan pelancong asing, yang kelihatan ingin tahu apa yang berlaku. Adakah perhimpunan aman tanpa senjata menakutkan mereka? Bukankah demonstrasi bagi masyarakat maju adalah lumrah dan sebahagian daripada amalan demokrasi yang matang?
Beberapa anak muda bermotosikal, dengan sopan mempelawa saya membonceng, mungkin simpati melihat saya bertongkat berjalan perlahan. "Tak apa, terima kasih, dik, sengaja nak senaman dan ambik angin malam," saya menolak.
Sebenarnya sejak diserang strok, kaki saya sukar "dilentur" dan keadaan ini menghalang saya membonceng, apatah lagi menunggang motosikal.
Boleh dikatakan setiap kali menyertai perarakan besar, misalnya siri Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat dan Black 505, pasti ada anak muda, khususnya anggota Unit Amal PAS, yang menawarkan khidmat untuk memudahkan saya sampai ke destinasi, sedangkan saya lebih gemar menikmati kemeriahan berarak beramai-ramai.
Bukan sekadar terjumpa sahabat lama, yang puluhan tahun tidak ketemu, tetapi lebih mengujakan bila disapa pembaca Harakah yang datang dari seluruh pelosok negara dan dapat bertukar-tukar idea spontan dengan mereka Saya jangkakan, publisiti negatif media dan polis banyak membantu promosi Turun!
Ketika menghimpit masuk ke Dataran Merdeka, selepas diberi laluan oleh anggota polis yang budiman, seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 70-an, menarik tangan saya. Dari utara Perak dia datang. Bersemangat sekali berkongsi rasa, menegur gaya hidup PM dan isterinya.
Sebelumnya, berdepan Restoran Insaf, sempat bersembang dengan anak muda dari Pasir Puteh, Kelantan. Rombongan kecil dari Tanjong Karang turut menunjukkan tanda sokongan. "Kami dah tua, terpaksa duduk saja, tak larat nak jalan ke depan lagi," kata seorang daripadanya, walaupun nampak uzur, tetapi cerah wajahnya, bercahaya matanya.
Seorang Yang Dipertua PAS kawasan dari selatan tanahair membisik: "Kalau ada arahan rasmi pimpinan supaya kita turun malam ini, tentu lebih ramai, 'kan? Kenyataan Ketua Pemuda pun dibuat di saat-saat akhir. Saya tak nampak mengapa PAS perlu jarakkan diri dengan program rakyat ini."
Sebenarnya tiga atau empat orang juga yang bertanya saya, siapa pimpinan tertinggi Pakatan yang turun malam itu. "Rasanya ada Salahuddin Ayub dan Rafizi Ramli, selain Suhaizan Kaiat," jawab saya, agak ragu-ragu. Mereka seolah-olah tidak berpuas hati dengan kehadiran VVIP.
"Ini inisiatif anak muda, sebahagiannya pimpinan mahasiswa. Mungkin Pakatan ada perancangan lain, yang lebih besar, macam demo Bersih, juga tangani isu kenaikan kos hidup ini, dengar kata menjelang Hari Pekerja, 1 Mei nanti," saya cuba memuaskan hati mereka.
"Saya nampak kurang sangat banner, bunting dan poster yang dipamerkan malam ini, begitu juga risalah mengenai tuntutan kita," seorang daripada mereka mengeluh. "Jangan ambik mudah hal ini," katanya.
Saya terpaksa pulang awal, sebelum jam 12 tengahmalam. Pertama, untuk mengelak kesesakan berhimpit dalam LRT. Kedua, menyiapkan deadline Harakah sebelum Subuh 1 Januari 2014.
Tiba-tiba bertembung dengan seorang rakan, wartawan. "Kita sibuk menjerit dan marah dengan kenaikan kos hidup malam ini, tetapi siapa yang dengar? Najib (Razak) bukan saja tak ada di Dataran Merdeka untuk "countdown" tapi dia dan ramai lagi menteri lain masih bercuti di luar negara," ujarnya. "Khabarnya Najib ke Australia dan Amerika," tambahnya lagi.
Saya tidak kisah sama ada Najib dan isterinya, Rosmah Mansor bercuti di Sydney mahupun Los Angeles ketika lebih 50,000 berdemonstrasi pada malam tahun baru, namun yang pasti langkah yang diumumkannya untuk mengurangkan belanja kerajaan dan elaun keraian tidak dapat membendung rasa tidak puas hati rakyat.
Pemborosan, pembaziran dan rasuah masih tidak ditangani secara serius. Dana awam masih menjadi lubuk untuk para kroni dan elit penguasa membolot khazanah negara.
Cuma, jika Najib belum tersentak dengan himpunan Turun ini, maka perlu difikirkan langkah susulan dalam kadar segera. Dan lupakan tohmah dan mehnah media -- sekadar menurut skrip lama -- yang pastinya akan memburuk-burukkan secara berterusan apa jua himpunan rakyat sebagai "keganasan" meskipun ia berjalan aman.
Sumber HD - 2-1-2013
Bila lagi wartawan mahu bangkit?
- Dec 30, 2013
- Ahmad Lutfi Othman
Sebaik dipelawa sebagai pemberita Harakah pada Mac 1987, saya mula memahami bahawa tidak mudah untuk mendapatkan permit penerbitan KDN. Bukan saja kandungan Harakah perlu melalui tapisan sendiri, mencari pencetak juga memeritkan. Pernah Harakah terpaksa dicetak di Pulau Pinang kerana kilang cetak di Kuala Lumpur secara tiba-tiba keberatan.
Saya mencuba nasib memohon permit "Kini", majalah bulanan isu-isu semasa. Malangnya, tidak sampai dua minggu selepas itu saya ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Kini" ditolak mentah-mentah dan semua permohonan selepas itu, rasanya lebih 20 kali, tidak pernah dipertimbangkan pun.
Saya terpaksa "menyewa" permit rakan-rakan yang lain, misalnya majalah "Detik" dan "Wasilah" serta akhbar "Cabaran". Semasa di "Harakah", saya juga mengendalikan majalah "Muslimah", "Tamadun" dan "Dunia Islam"; semua permit majalah ini juga "disewa". KDN hanya memberikan permit kepada sesiapa yang mereka suka sahaja.
Selepas "Detik" dan "Wasilah" diharamkan KDN pada tahun 2000 (atas alasan tidak teknikal yang tidak munasabah), saya mengusahakan siri akhbar tidak berkala -- bagi saya, menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, ia tidak memerlukan permit -- bermula dengan tabloid "Haraki".
Pekerja saya (anak saudara) naik turun mahkamah atas dakwaan menjual akhbar tanpa permit, "Haraki". Mulanya kalah dan didenda RM5,000 tetapi akhirnya kami menang rayuan di Mahkamah Tinggi. Namun keputusan itu langsung tidak menghalang KDN untuk meneruskan siri rampasan akhbar-akhbar kami.
Hampir 50 judul akhbar tidak berkala, seperti "Haraki", yang saya terbitkan. Pelik juga apabila KDN tidak pernah menyeret saya ke mahkamah, tetapi menumpukan usaha mengganggu dan menyekat jaringan pengedaran akhbar "one-off" itu. Memang KDN hebat sekali, mereka berjaya melumpuhkan penerbitan saya tanpa perlu menghadapkan saya ke pengadilan.
"Biar Lutfi terbit sebanyak mana pun akhbar, biarkan ... tapi kita akan pastikan dia tak dapat jual," kata seorang pegawai penguatkuasa KDN.
Ya, saya berdepan rampasan demi rampasan, termasuk buku-buku politik popular saya, seperti "Anwar Ibrahim: Skandal Seks atau Konspirasi Seks?" Mahu tahu apa kesalahannya?
Memang buku tidak perlukan permit tetapi disyaratkan nama dan alamat pencetak tertera secara jelas. Mungkin anda sukar percaya, tapi begitulah ... tiada pencetak bersedia meletakkan nama mereka dalam buku saya.
Dan KDN melihat itu sebagai peluang untuk merampas buku-buku saya, hanya atas kesalahan tidak mempamerkan nama dan alamat pencetak!
Sengaja saya ulangi pengalaman itu untuk menunjukkan bahawa alasan sama juga akan digunakan untuk menekan penerbitan lain, bagi memastikan kelompok media bebas tidak mampu berkembang dan membesar. Kata kunci di sini ialah KDN akan bertindak proaktif menyekat penerbitan media independen daripada "membesar". Mereka pasti mematahkan tunas-tunas yang mahu tumbuh dan berputik.
Maka, apabila dianjurkan forum Bebaskan Media anjuran GERAMM (Gerakan Media Marah) pada malam 27 Disember lalu, membincangkan khusus kes penggantungan mingguan berita "The Heat", saya mengharapkan ada momentum baru ke atas usaha yang saya (bersama Kumpulan Aktivis Media Independen, KAMI) mulakan sejak 13 tahun lalu.
Melihat sosok seperti Fathi Aris Omar, yang memulakan inisiatif itu, saya cukup yakin GERAMM mampu menangani isu kebebasan media dengan baik.
Saya sampai agak lewat, selepas terperangkap dalam kesesakan lalulintas semasa menuju ke pejabat Harakah untuk membawa bersama wartawan-wartawan Ali Bukhari Amir, Arif Juhani dan Arif Atan.
Dewan KLSCAH di tingkat satu penuh sesak. Satu petunjuk positif. Kini, persoalan kebebasan akhbar mempunyai audien yang lebih ramai, tidak lagi seperti mana ketika "Detik" diharamkan pada tahun 2000, untuk mengusung keranda olok-olok pun saya tidak mampu mencari empat pengamal media yang berani!
Saya harapkan inisiatif GERAMM itu dapat menarik minat khalayak "di luar kotak", khususnya pengamal media "mainstream", dan bukan berlegar penyokong tegar, seperti ketika saya masih aktif dahulu.
Saya yang masih bertongkat tidak sanggup berdiri. Kebetulan rakan lama, di luar dewan, kartunis Zunar yang mempamerkan karya-karyanya mengajak bersembang.
"Kalau audiennya masih sama macam zaman hang dulu, bermakna isu kebebasan akhbar ini tidak ke mana, kecuali dapat melibatkan sama kumpulan baru, khususnya rakan-rakan dalam media yang lain," kata Zunar, memancing idea saya.
"Khabarnya pengarang The Heat juga ada di dalam, baguslah ... lebih elok kalau dia sendiri turut berucap, tak perlulah bersuara garang macam kita, cukup setakat mengulas menurut perspektif lunak syarikat yang menunggu pembebasan daripada penggantungan," saya menyambut, sambil ketawa kecil.
Saya perhatikan selama ini para wartawan di luar kelompok oposisi atau yang bertugas dengan syarikat akhbar utama seperti Media Prima, Utusan Melayu dan The Star, seolah-olah tidak berminat dengan isu kebebasan akhbar.
Walhal kebebasan mereka juga terjejas dengan teruk sekali. Kewartawanan bukan saja menjadi kerjaya yang membosankan, malah memalukan. Kita umpama kerbau yang dicucuk hidung, melaporkan apa yang dikehendaki taukeh-taukeh politik, sambil sesekali mengampu atau lebih dahsyat mengharapkan sampul atau envelop berisi!
Saya menaruh harapan besar agar kumpulan media yang nampak agak independen seperti The Edge Media Group dan HCK Media Group (yang menerbitkan akhbar-akhbar The Heat, Focus Malaysia dan laman theantdaily.com), termasuk Astro Awani, dapat keluar daripada kepompong media "mainstream" dan mampu memberi reaksi sewajarnya ke atas isu-isu kebebasan bersuara di negara ini.
"Semua anggota media "mainstream" mesti bangkit dan bantah tindakan KDN dan "Heat" dikira "mainstream". Lalu, media "mainstream" tak boleh marah-marah belakang tabir sahaja dan harapkan orang lain, macam KAMI, CIJ ataupun sekarang GERAMM, fight their war. Kena lawan bersama-sama NGO media yang lain," seorang rakan, editor portal berita berbahasa Inggeris, agak marah ketika melontarkan pandangan tentang sikap dingin pengamal media "arus perdana".
Manakala akhbar Sinar Harian, terbitan Karangkraf, yang menunjukkan laporan lebih seimbang dan menyeluruh, mungkin dapat menampilkan para karyawannya yang juga responsif terhadap persoalan kritikal ini.
Malangnya, bukan rahsia lagi apabila ada peneraju syarikat akhbar terkemuka yang intim dengan KDN, bertindak mendesak Menteri Dalam Negeri agar mengambil tindakan terhadap akhbar yang lebih bersifat terbuka, seperti Sinar Harian. Motif mereka didorong oleh saingan perniagaan.
Dan tidak mustahil, jika penggantungan "The Heat" juga berpunca daripada aduan saingan yang berasa terancam dengan penerimaan pembaca kepada akhbar yang lebih profesional dan bebas. Jika ini benar, ia amat memalukan sekali.
Luahan hati Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, dalam forum GERAMM malam itu wajar direnung oleh pengamal media. Dan saya sendiri sudah lama berkongsi rasa dengan Stevan terutama apabila beliau menegaskan para wartawan sendiri telah mengecewakan jutaan rakyat Malaysia.
Katanya, wartawan perlu memikul sebahagian daripada tanggungjawab atas kekurangan kebebasan media dalam negara ini.
"Saya rasa kita belum bertindak secukupnya ke arah kebebasan media. Kita secara bersama mengecewakan jutaan rakyat Malaysia yang berharap agar kita membawakan perubahan. Saya faham sebab di sebalik sikap ramai wartawan yang tidak mahu menongkah arus, terutamanya yang bekerja dalam media arus perdana. Tapi jika kita teguh bersama, kita boleh gugah taikun dan parti-parti politik yang memiliki sebahagian besar media hari ini," ujar Stevan.
Beliau menggariskan tiga syarat utama untuk "perubahan" berlaku -- pembangkang yang kuat, pertubuhan masyarakat sivil yang bugar, dan media yang bebas -- namun tegasnya syarat terakhir itu tegasnya masih belum jelas kelihatan.
Menurutnya, walaupun pembangkang telah menambah bilangan kerusi sebanyak lima kali ganda sejak pilihan raya 1999 dan pertubuhan masyarakat sivil seperti Bersih dan Hindraf telah muncul. suasana masih lagi kekal serupa.
"Kerajaan sedar akan hakikat ini dan kerana itulah mereka menambat dengan kemas 'ikatan' ke atas salah satu unsur ini (media) kerana mereka sudah hilang kawalan ke atas dua kuasa lain," kata Stevan.
Ya, tiada alasan lagi untuk menangguhkan agenda besar membebaskan media, dan tidak lagi menjadi perkakas untuk memperbodohkan rakyat, seperti yang pernah dinukilkan oleh Dr Siddiq Fadzil:
"Masyarakat semakin diresahkan oleh suatu uncomfortable truth, leluasanya media yang tidak mendidik, tidak memintarkan dan tidak mencerdaskan. Sebaliknya media sudah seringkali diperalat sebagai agen pembodohan rakyat.
"Kepentingan awam selalu dijadikan dalih untuk menjustifikasikan putar-belit media pengabdi kekuasaan. Hakikatnya, yang menjadi perkiraan bukan kepentingan awam, rakyat dan negara; tetapi kepentingan kekuasaan. Untuk kepentingan merekalah rakyat dihalang dari mendapatkan fakta yang sebenarnya dan maklumat yang secukupnya, agar dengan itu terbentuklah masyarakat yang bodoh dan patuh."
Dan berikut adalah kandungan petisyen wartawan dan pengamal media, yang digerakkan GERAMM:
Menggesa kerajaan Persekutuan untuk mendukung hak-hak kebebasan akhbar:
1. Tarik balik penggantungan akhbar mingguan The Heat dan benarkan ia beroperasi seperti biasa;
2. Siasat semula dengan rapi insiden-insiden keganasan anggota-anggota polis terhadap pengamal media sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 2012;
3. Mansuhkan permit penerbitan yang diwajibkan mengikut Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) yang tidak relevan lagi; malah ia dijadikan alat kawalan terhadap kebebasan pengamal media;
4. Membenarkan semua pengamal media membuat liputan di semua majlis kerajaan dan bangunan-bangunan awam untuk keperluan liputan berita;
5. Memohon maaf kepada pengamal-pengamal media atas tindakan-tindakan pencabulan hak kebebasan media selama ini;
Kepada parti-parti politik, kami menuntut:
6. Memberi akses yang sama rata kepada semua pengamal media, tanpa pilih kasih, untuk hadir untuk liputan berita dalam aktiviti atau sidang media masing-masing
Kepada semua media dan wartawan, kami menggesa:
7. Mengamalkan etika kewartawanan, yang dianggap piawaian dunia, demi memberikan liputan berimbang dan adil kepada semua;
8. Mendukung semangat kebebasan, keadilan dan hak-hak asasi manusia.
Sumber HD - 30-12-2013
KDN, Azan dan Turun
- Dec 26, 2013
- AHMAD LUTFI OTHMAN
(Gambar) Azan (dua dari kiri) berunding dengan seorang anggota polis semasa mengadakan flash mob Turun di Mid Valley, 23 Disember lalu.
Penggantungan permit penerbitan mingguan berita The Heat mungkin akan ditarik balik dalam waktu terdekat. Semakin lama dibiarkan isu ini berlanjutan, ia boleh menambahkan lagi senarai panjang beban yang ditanggung kerajaan minoriti Umno-BN.
Yang penting, bagi Kementerian Dalam Negeri dan menterinya Zahid Hamidi, mesej sudah disampaikan secara jelas kepada The Heat: Jangan usik isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan amarah dan kebencian rakyat kepada elit penguasa, apatah lagi membabitkan isteri tersayang Perdana Menteri!
Cuma, saya amat harapkan agar kempen membebaskan media, yang digerakkan beberapa teman melalui GERAMM misalnya, perlu diteruskan dengan momentum baru. Kongkongan, pembulian dan penindasan ini wajar ditamatkan meskipun isu The Heat bakal berakhir.
Sepanjang 15 kali penerbitannya, saya kira mingguan berkenaan telah berusaha mencapai satu kedudukan yang agak istimewa dalam dunia kewartawanan di negara ini. Pastinya bukan hanya saya seorang yang ternanti-nanti bagaimana bentuk laporan dan analisis The Heat selepas ia dibebaskan daripada penggantungan itu nanti.
Apakah ia bakal mengulangi nasib akhbar Watan dan The Star sendiri, selepas penggantungan permit dalam Operasi Lalang, Oktober 1998, ditarik balik? Terdapat syarat-syarat atau persefahaman tidak bertulis yang (terpaksa) dipersetujui sebelum keizinan terbit dikembalikan.
Penerbit The Heat berkata KDN memberi jaminan akan berlaku adil dalam mempertimbangkan rayuan penggantungan permit penerbitan akhbar tersebut. Satu kenyataan pengurusan The Heat, 23 Disember lalu menyebut, jaminan itu dibuat selepas pertemuan di antara pengarang akhbar itu dan pegawai-pegawai kementerian.
"Pihak pengarang bertemu dengan pegawai-pegawai KDN sekali lagi hari ini dan kami memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kementerian untuk menyelesaikan perkara ini. Pihak kementerian memberikan jaminan yang mereka akan mempertimbangkan rayuan untuk menarik balik penggantungan ini secara adil dan segera," kenyataan itu dipetik.
Tertanya-tanya juga, adil yang bagaimana, ya?
Suka saya mengulangi dan menekankan pengalaman berdepan pegawai KDN, termasuk bekas menterinya, Abdullah Ahmad Badawi (merangkap Timbalan Perdana Menteri waktu itu), membincangkan (sebahagiannya mendengar leteran) isu-isu berkaitan kandungan penerbitan yang dianggap bercanggah dengan mock-up asal dan menyentuh "persoalan sensitif".
Misalnya, pada hujung 1997, semasa menjadi Pengarang majalah Tamadun, saya, wartawan Suria Janib dan pemilik permit, Muttaqin Amaludin dipanggil menghadap pegawai kanan di Bahagian C, Unit Kawalan Penerbitan KDN di Tingkat 11, Bangunan Arab Malaysia Bank, Jalan Lumut, Kuala Lumpur.
Pegawai berkenaan merujuk beberapa artikel Tamadun, antaranya wawancara dengan Ustaz Ismail Kamus, yang bertajuk "Anwar Ibrahim Silap? Antara Pendekatan Dakwah dan Menyatakan Hukum". Kandungan interbiu itu disifatkan boleh mewujudkan suasana tidak tenteram dalam negara.
Malah, wawancara eksklusif saya dengan bekas Timbalan Presiden Semangat 46, Dr Rais Yatim, yang diberi tajuk "Rombak Sistem Kuasa" turut ditegur. Rupanya KDN lebih sensitif apabila saya memilih tajuk kecil di muka depan Tamadun, "Tumbangkan Kerajaan atau Tukar Sistem".
Tidak cukup dengan itu, wawancara kami bersama Mufti Perak, "Kontroversi KRU - P Ramlee: Kabinet Hina Majlis Fatwa" juga dijadikan kes oleh pegawai KDN berkenaan.
Kesimpulannya, saya dan rakan-rakan "dibuli" semahunya dalam pertemuan tersebut. Bukankah KDN berkuasa mutlak, boleh "menghidup dan mematikan"?
KDN akan cuba mengelak sedaya mungkin daripada mengemukakan surat tunjuk sebab yang boleh dikaitkan dengan isu-isu kontroversial. Penerbitan yang dilihat ghairah menimbulkan keburukan elit pemerintah atau mendedahkan salahlaku pemimpin BN yang korup akan digertak melalui kaedah lebih halus. Pengalaman saya mengendalikan tabloid Cabaran boleh dirujuk.
Namun begitu, kes pengharaman Detik lebih tragis. Majalah dua kali sebulan itu, yang pernah dicetak hampir 150,000 naskhah ketika kemuncak era reformasi, tidak diperbaharui permit hanya kerana tiga kesalahan yang lebih berbentuk teknikal.
Sebenarnya pembaharuan permit Detik sudah dikeluarkan pada 9 Disember 1999 bagi tempoh setahun (1 Disember 1999 sehingga 30 November 2000). Lazimnya, pihak Menteri Dalam Negeri menyerahkan tugas mengendalikan urusan permit majalah kepada pegawai kanannya. Menteri lebih berminat dengan permit akhbar.
Bagaimanapun, teguran yang timbul dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, sejurus selepas Pilihan Raya Umum 1999, dikatakan menjadi punca permit Detik itu segera ditarik balik. Dalam PRU10 itu, banyak kerusi Umno di kawasan majoriti pengundi Melayu jatuh kepada PAS (Barisan Alternatif).
Melalui surat KDN 1505(8757)(26) bertarikh 24 Disember 1999, dibutirkan tiga kesalahan Detik, yang membawa kepada pengharamannya:
1. Tidak mencetak alamat penerbit di majalah Detik.
2. Meletakkan permit penerbitan yang diberikan kepada Irrecon Corporation Sdn Bhd di bawah kawalan Penerbitan Pemuda.
3. Melantik Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, tanpa memaklumkannya kepada KDN
Dalam surat kepada pegawai KDN, Tengku Mahmood Tengku Ismail, pada 28 Disember 1999, saya memohon maaf atas kesalahan pertama dan kedua, tetapi menafikan kesalahan kedua.
Malangnya, Detik tetap diharamkan. Di bawah saya, ia hanya sempat bernafas setahun sahaja. "Adiknya", Wasilah, majalah remaja, juga dipancung tanpa kasihan pada tahun yang sama.
Sengaja saya timbulkan semula sejarah silam itu untuk membuktikan bahawa alasan-alasan KDN, seperti juga dalam kes The Heat, sengaja diada-adakan.
The Heat menerima dua surat tunjuk sebab KDN bertarikh 27 November dan 2 Disember 2013, atas kesalahan teknikal tidak mendapat kelulusan menukar kategori penerbitan "ekonomi/sosial" kepada "isu semasa", sedangkan sebenarnya perubahan itu telahpun diizinkan lebih awal lagi, iaitu pada 18 September 2013.
Justeru, dalih apa lagi yang mahu dikemukakan KDN untuk mengongkong dan memperbudakkan warga media negara ini?
II.
Keresahan rakyat menjelang tahun baru tidak dapat dibendung lagi. Rata-rata, di mana-mana, bukan hanya di kota besar, malah di desa dan di pinggir bandar, hampir semua berbicara dan mengeluh tentang bebanan tinggi kenaikan sara hidup.
Ia bukan hanya menghimpit golongan miskin dan kelas bawahan, tetapi juga menekan perit kelas menengah rendah di bandar-bandar, yang mungkin tergolong sebagai pembayar cukai tetapi tidak layak menerima BR1M dan bantuan lainnya.
Kedaifan middle class, yang tertumpu misalnya sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru ini mungkin seperti dilupakan. Imbuhan bulanan isi rumah sekitar RM5,000 di kota raya tidak dapat melepaskan diri daripada perangkap kemiskinan bandar.
Kadar elektrik, barangan dapur, bahan bakar, tol, tambang bas (khususnya bas sekolah), LRT, komuter dan teksi, sewa rumah, cukai pintu, juga harga makanan (siap dimasak dan mentah) sehinggalah yuran Astro, semuanya meningkat. Ungkapan "tiada yang turun melainkan hujan", tidak menjadi jenaka lagi.
Justeru, saya cukup tertarik dan terpikat sekali dengan langkah sekumpulan anak muda, diterajui Presiden Gamis, Azan Safar, yang menubuhkan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).
Memang tepat pada masanya dan langkah praktikal itu melambangkan komitmen tinggi golongan aktivis pelajar untuk turun mendekati degup jantung rakyat yang berdetup kencang sekarang.
Turun akan mengadakan perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup ketika sambutan ambang tahun baru 2014, khabarnya di Dataran Merdeka. NGO lain yang terbabit adalah Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.
Menurut laporan media pertengahan Disember lalu, Azan menegaskan, himpunan itu "sebagai suatu kuasa pendesak agar kerajaan dengar amaran rakyat dan fikir tentang kos sara hidup rakyat yang makin meningkat dan struktur semula kebajikan rakyat.”
Tiba-tiba dalam masa sama, media khususnya Utusan Malaysia dan TV3, mempromosikan secara luar biasa (tentunya dengan motif jahat) satu lagi gerakan, iaitu Himpunan Guling Kerajaan, dijadualkan pada tarikh dan tempat yang sama dengan Himpunan Turun.
Taktik lapuk ini tidak sukar untuk dikesan, bagi bertujuan memberikan gambaran jelik dan hodoh kepada usaha murni anak-anak muda Turun.
Strategi sama pernah digunakan media berkenaan menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, 12 Januari 2013, yang digelar Himpunan Shamsidar; satu propaganda terkutuk dan memalukan, sama sekali di luar batas etika dan adab.
Di tengah ibu kota, HKR berjalan secara aman dan lancar sekali. Tanpa gangguan polis dan FRU, langsung tidak timbul sebarang kekecohan. Dan cerita Himpunan Shamsidar itu lenyap begitu sahaja.
Turun sebenarnya digeruni pemerintah kerana ia erat berpadu bersama nurani rakyat yang resah-gelisah. Tidak hairanlah apabila himpunan itu dimomokkan sebegitu rupa, bagi menjauhkan rakyat dengan Turun, walhal yang berlaku adalah di sebaliknya.
Flash mob Turun di sebuah pusat membeli-belah, Mid Valley, Kuala Lumpur, 22 Disember lalu, makin menakutkan penguasa rakus. Sejumlah anggota polis mengejar dan merampas bahan-bahan yang digunakan dalam flash mob berkenaan, dan Azan serta rakan-rakannya turut dihalau keluar dari premis terbabit.
"Polis mengejar kami di sekitar pusat membeli-belah untuk memaksa kami keluar. Namun, Kami kembali di luar pusat membeli belah. Bagaimanapun, objektif flash mob telah kami capai," kata Azan. Mereka meneruskan demonstrasi di tepi jalan sekitar kawasan luar Mid Valley.
Sebelumnya, pada 20 Disember, Azan turut berucap dalam program "Faham GST, Lawan GST", di Kelab Sulaiman, Kampung Baru. Pidatonya itu kemudiannya dikatakan berbaur hasutan, menggugat keharmonian, sekali gus menggugar sistem demokrasi berparlimen.
Begitulah selalunya. Pihak polis sering mencetuskan tindakan provokasi, yang sebenarnya memberi impak negatif kepada pemerintah.
Jam 11 malam, 23 Disember, ketika Azan dan rakan-rakan sedang makan di Kedai Makan Kak Som, di Kampung Baru, sepasukan tujuh anggota polis menyerbu dan menahannya. Lebih pelik tangkapan itu dibuat di bawah Siasatan Khas D9, yang dikatakan siasatan ke atas jenayah berat seperti penggunaan senjata api.
"Hakikatnya, saya menyeru masyarakat turun dan menyatakan sokongan mereka supaya kerajaan tidak mengambil ringan dan memandang enteng masalah bebanan kos sara hidup rakyat menjelang 2014. Di manakah salahnya?" tegas Azan selepas dibebaskan di IPD Dang Wang, jam 7 malam, 24 Disember.
"Selain itu, saya disyaki terlibat dalam cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi menjelang 2014. Andaian serkap jarang dan tuduhan yang tidak berasas ini telah menampakkan ketempangan pihak berkuasa dalam proses pembuktian," ujar anak muda bersemangat waja itu.
Isu kenaikan kos sara hidup ini turut disentuh dengan baik oleh kolumnis Utusan, Salleh Buang, bekas profesor undang-undang, halaman 10, terbitan 24 Disember, bertajuk "Antara kesulitan rakyat dan minda menteri".
"... secara amnya kenaikan gaji rakyat kita (yang bekerja dengan majikan) adalah pada tahap 2.5% setahun sahaja, manakala kenaikan harga barang keperluan adalah lebih tiga kali ganda, iaitu 8.5% setahun," tulisan Salleh dipetik. Banyak lagi hujah dan contoh menarik dikemukakannya.
Sumber HD - 26-12-2013
Siapa peduli The Heat digantung
- Dec 23, 2013
- Ahmad Lutfi Othman
APABILA mingguan berita berbahasa Inggeris, The Heat, mula dipasarkan hampir empat bulan lalu, saya terlepas daripada mengikuti keluaran sulungnya.
Sebaik mendapatkan edisi kedua di sebuah pasaraya besar di Ampang -- rupanya tidak banyak gerai akhbar menjualnya -- The Heat berjaya mencuri perhatian dan minat saya. Ada usaha berani untuk melaporkan isu-isu kritikal dan mendesak dalam masyarakat, secara seimbang, adil dan menarik.
Sejak itu, saya melanggan akhbar berharga RM3.60, yang antara lain mempunyai penampilan grafik memikat, dengan sorotan analisis menyeluruh dan agak luar biasa apabila semua bahannya daripada kumpulan wartawan sendiri. Maknanya, tiada laporan yang dipetik atau dilangan daripada agensi berita.
"Tidak mudah menyediakan analisis isu-isu besar saban minggu, dan saya bimbang The Heat hilang stamina untuk mempertahankan kualitinya," ujar seorang rakan, editor kanan di sebuah stesen penyiaran.
Kami berkongsi cerita tentang kesukaran mencari wartawan atau penulis yang baik, khususnya untuk menyediakan ulasan yang matang dan kredibel. "Ya, kita amat ketandusan wartawan yang brilliant, khususnya dalam bahasa Melayu, bagi memimpin idea dan pemikiran, juga mengetengah, menyelongkar dan membongkar isu-isu yang berkecamuk dalam negara," tambah saya.
Rakan saya itu menghadiahkan buku yang cukup banyak membantu, "Sembilan Elemen Jurnalisme: Apa yang Seharusnya Diketahui Wartawan dan Diharapkan Publik", terjemahan Indonesia karya Bill Kovach dan Tom Rosenstiel.
Antara elemen penting yang ditekankan dalam buku itu ialah kewajiban pertama jurnalisme pada kebenaran; loyaltis pertama kepada masyarakat; jurnalisme harus menjadi pemantau kekuasaan; harus berupaya keras untuk membuat hal yang penting menarik dan relevan; harus menyiarkan berita komprehensif dan proporsional.
Apa pun, malang sekali, edisi kontroversi The Heat, bilangan ke-12, isu 23-29 November, dengan paparan muka depan "All eyes on big spending Najib", tidak sempat saya tetap, disebabkan keuzuran berulang alik ke hospital.
Dan naskhah yang sedia ditempah itu entah hilang ke mana .... Pastinya ramai meminati tajuk muka depannya, berkaitan perbelanjaan besar Perdana Menteri dan karenah isterinya, susulan perdebatan hangat di Parlimen, perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno dan komentar A Kadir Jasin.
Singgungan Kadir terhadap puja-puji terbuka Najib Razak kepada Rosmah Mansor, yang begitu berjasa besar kepada negara(!), sekali gus membawa mesej tersirat kegagalan beberapa menteri kanan, termasuk Muhyiddin Yassin, mengejutkan Pejabat Perdana Menteri.
"Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata," cadang Kadir. Isu Rosmah menggunakan jet eksekutif kerajaan turut dibidasnya.
Berita dalam laman web Astro Awani yang bersumberkan tulisan Kadir itu telah diarah ditarik balik. Khabarnya titah itu dari Pejabat Perdana Menteri. Satu bentuk penindasan dan pencabulan melampau ke atas kebebasan akhbar. Ya, bagai lawak jenaka di zaman transformasi politik yang heboh dicanangkan Najib.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah Zahid Hamidi, bertindak pantas mengeluarkan surat tunjuk dan Ketua Pengarang The Heat, David Lee Boon Siew dipanggil ke Putrajaya.
Berdasarkan pengalaman beberapa kali diundang ke KDN, seawal 1997 ketika mengendalikan majalah Tamadun, dan yang terakhir, ekoran promosi Harakah terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat 2012, saya dapat menjangkakan bagaimana pertemuan itu berlangsung.
Sememangnya KDN tidak akan memberikan alasan spesifik yang boleh menimbulkan polemik berpanjangan, apatah lagi untuk mengaitkannya dengan laporan yang boleh "menikamnya" balik. KDN hanya akan menyenaraikan kesalahan teknikal...
Itulah juga yang saya alami apabila KDN mengharamkan penerbitan majalah Detik dan Wasilah pada tahun 2000, selain memberi amaran keras kepada akhbar mingguan Cabaran. Alasannya, kami tidak mengikut mock-up penerbitan semasa mengemukakan permohonan permit dahulu.
Walhal, yang "digeruni" ialah paparan wajah jelik dan hodoh elit penguasa Umno-BN, yang tamak kuasa, takbur, membazir, korup, merompak khazanah negara, menghanguskan wang pembayar cukai.
Inilah bahananya apabila Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984) masih belum dimansuhkan sepenuhnya walaupun pada tahun lalu ada beberapa perubahan dibuat, termasuk menyentuh kuasa mutlak menteri dan semakin kehakiman.
Dalam kes The Heat, sekiranya ia dibawa ke mahkamah sekalipun, tentulah memakan masa yang panjang. Ini memberi impak besar terutama dalam aspek perniagaan.
Lebih penting, pemerintah telah menunjukkan siapa sebenarnya yang paling berkuasa dan risiko buruk jika cuba bertindak bebas, apatah lagi berhasrat untuk "mengusik" takhta pemerintah. Dan akta tersebut dilaksanakan secara terpilih.
Perlu diingat, penerbitan yang pernah digantung, misalnya akhbar The Star dan Watan pada 1987, selepas dipulihkan seakan-akan hilang jati diri dan bagai beroperasi dalam gelap.
Tepat sekali rumusan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa penggantungan The Heat menunjukkan tahap tidak bertolak ansur terhadap perbezaan dan kritikan. "Ia bertentangan sama sekali dengan janji Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk membenarkan ruang demokratik lebih besar," katanya.
Bertentangan sama sekali dengan langkah dan semangat transformasi politik Najib ketika dengan bangganya mengumumkan pemansuhan ISA dan pindaan AMCP.
Sementara itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) mengutuk keputusan KDN. Presidennya, Chin Sung Chew berkata hal itu tidak sepatutnya berlaku kepada media yang hanya menjalankan tugas kepada negara.
"Media itu sendiri hanya memainkan peranan dalam memantau segala salah laku kerajaan yang memerintah. Kita mesti memberi orang ramai akses kepada informasi sebegitu kerana mereka berhak, dan ia berkaitan kepentingan awam," tegas beliau.
Secara peribadi, saya lebih teruja untuk melihat reaksi rakan-rakan media, terutama yang bertugas dengan "media arus perdana" (termasuk dalam kumpulan The Heat) yang selama ini memandang sepi isu kebebasan akhbar. Begitu juga dengan respons masyarakat terhadap pencabulan keterlaluan yang menyempitkan lagi ruang awam kebebasan bersuara.
Sumber HD - 23-12-2013
KDN buktikan Mohamad Sabu prorakyat
- Dec 23, 2013
- AHMAD LUTFI OTHMAN
Iklim politik tidak pernah reda walaupun PRU13 baru enam bulan berlalu dan negara masih terkejut dengan banjir besar luar biasa di Kuantan dan Kemaman.
Masakan saya boleh berlepas diri daripada serangan besar-besaran Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi, bermula atas kapasitinya sebagai Naib Presiden Umno, yang cuba membunuh karektor Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, tidak lama selepas mendapat mandat baru dalam Muktamar PAS ke-59. Manakala Zahid kekal sebagai naib presiden paling popular dalam pemilihan sejurus sebelum itu.
Aksinya di hadapan perwakilan Umno dan jutaan penonton siaran langsung TV seolah-olah mengarahkan (atau mengajar) rakan sejawatnya dalam kabinet, Jamil Khir Baharom supaya menangkap Mat Sabu.
Satu tindakan angkuh (atau daripada satu segi seperti mahu mempermainkan Jamil). Seorang Perdana Menteri pun tidak wajar bertindak demikian kepada anggota kabinetnya.
Dua tiga teman wartawan bertanyakan saya, "benarkah Zahid ada masalah peribadi dengan Mat Sabu?" Mereka agak pelik mengapa menteri yang dilihat celupar dan berlagak samseng itu seperti sengaja mengapi-apikan perseteruan.
"Hairan ya, waktu Najib (Razak) mahu mewujudkan suasana lebih kondusif untuk perbincangan Umno-PAS, Zahid mengisytihar perang kepada orang no. 2 PAS," tambah seorang daripada wartawan tersebut.
Saya mengajukan soalan sama kepada Mat Sabu, walaupun saya sudah tahu jawapannya: "Tak ada masalah personal." Beliau tetap tenang tidak mahu melatah dengan perangkap. Dalam satu pertemuan dengan wartawan online, Mat Sabu sekadar berkata, isu-isu berkaitan Syiah hanya akan dijawabnya di mahkamah.
"Saya tak ada bergaduh personal, saya kalau jumpa mereka (pemimpin Umno) rapat semua termasuk yang paling kuat saya serang dahulu, Tan Sri Muhamad Muhd Taib (bekas Menteri Besar Selangor). Sekarang dia kawan baik. Macam Zahid Hamidi juga, tiada apa-apa personal dengan dia," katanya.
Seorang rakan karib, yang pernah rapat dengan Zahid, mempunyai persepsi lebih tajam: "Aku tak hairan kalau ada tokoh-tokoh Umno yang sedia gedebe berlagak samseng, tapi bagi orang macam Zahid, yang suka mempamerkan dirinya seperti watak beragama, selalu memetik satu dua ayat-ayat Quran, tetapi bertindak di sebaliknya, amat jelik sekali."
Penulis buku politik, Mohd Sayuti Omar dalam msomelayu.blogspot.com, ketika mengulas tindakan undang-undang Mat Sabu terhadap Zahid, merakamkan: "Zahid Hamidi harus diajar sama ada di mahkamah atau pun dalam politik. Orang seperti Zahid tidak boleh dibiarkan dan dimaafi lagi. Perbuatan, tingkah lakunya sudah cukup untuk mengenali siapa dia sosok ini dan banyak kenyataan dan aksinya mencederakan keharmonian orang Melayu."
Tuduhan dan label Syiah memang menjadi-jadi mutakhir ini. Bukan sahaja Mat Sabu, saya sendiri turut terpalit.
Puncanya kerana Harakah dilihat tidak bersedia untuk mengkafirkan Syiah dan beberapa kali turut merakamkan penghargaan tinggi kepada pemimpin Revolusi Islam Iran, Imam Khomeini dan Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan, Hasan Nasrallah.
Malah, apabila kami menyiarkan beberapa siri ulasan panjang dan menyeluruh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dengan hujah dan sanggahan konkrit, tetapi dianggap sebagai bersikap lunak kepada Syiah, Harakah juga dipersalahkan.
Saya tertarik dengan kebijaksanaan Tuan Guru menangani isu ini, bagaikan seorang negarawan ulung, melihatnya dalam konteks politik antarabangsa yang cukup matang, dan berupaya mendedahkan perancangan licik kuasa-kuasa Barat untuk memusnahkan negara-negara strategik Timur Tengah.
Ketika rakyat dihadapkan dengan pelbagai isu kenaikan kos hidup yang cukup menekan, terutama menjelang tahun baru, bermula peningkatan harga bahan bakar, rasionalisasi subsidi gula, kadar tarif elektrik dan tol, cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur serta harga barangan asas yang mencanak tinggi, perhatian umum cuba dialihkan kepada persoalan yang mudah membakar sentimen.
Pengalaman saya yang sering berurusan dengan hospital juga mendedahkan kenaikan kos rawatan perubahan begitu memeritkan. Tempoh menunggu yang panjang di hospital kerajaan, selain kekurangan pakar, membuatkan ramai yang terpaksa memilih hospital swasta, apatah lagi yang ditimpa penyakit kronik, seperti kanser. Klinik kerajaan juga tidak menyediakan semua ubatan yang diperlukan. Pesakit terpaksa membeli di luar dengan harga yang tinggi.
Apakah serangan berterusan kepada Mat Sabu bertujuan untuk memusnahkan potensi tokoh mobilisasi rakyat itu daripada memberi tumpuan menggembleng kekuatan akar umbi, yang semakin muak dan jelak dengan kegagalan kerajaan menunaikan janji-janji pilihan raya? Dipercayai beliau akan menerajui siri demonstrasi besar-besaran, termasuk melibatkan golongan pekerja, selain himpunan Bersih 4.0.
Dalam pada itu, saya baru menyedari hampir semua lebuh raya di sekitar Lembah Klang akan mengalami peningkatan kadar tol bermula 1 Januari depan. Dan untuk laluan ulang-alik saya dari Ampang ke pejabat di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, khabarnya cadangan kadar untuk Lebuhraya Bertingkat Ampang (Akleh) akan meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.50, iaitu kenaikan sekitar 67 peratus.
Lebih malang apabila menteri berkaitan, Abd Wahid Omar, meneruskan tradisi pemimpin gred B Umno-BN yang memberi kata dua kepada pengguna jalan raya agar tidak menggunakan jalan bertol jika tidak bersetuju dengan kenaikan kadar yang dicadangkan. Sudah hilangkah sentuhan nurani anggota kabinet Najib Razak terhadap penderitaan rakyat?
Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli baru-baru ini mendedahkan, tanpa kenaikan kadar tol sekalipun, pemegang konsesi tetap meraih keuntungan berganda.
"Tidak banyak perniagaan di negara ini yang mencapai peratus untung bersih sehinga 61 peratus seperti Plus Berhad. Kos untuk menyenggara lebuh raya hanyalah 6 peratus daripada jumlah kutipan tol," tegasnya.
Lebuhraya Kesas, tambah Rafizi, mencatatkan keuntungan berganda sehingga 121 peratus secara terkumpul di antara tahun kewangan 2008 hingga 2013. Pada masa sama, walaupun kadar tol tidak dinaikkan, jumlah kutipan tetap meningkat dan margin keuntungan kekal tinggi kerana jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya semakin meningkat.
Rupa-rupanya "bisnes tol" ini cukup menguntungkan! Kalau aliran trafik tidak seperti diunjurkan, pemegang konsesi akan diberikan pampasan, 'kan? Malah, dahulu dalam kes tol Jalan Kuching (kes klasik penswastaan lebuh raya yang cukup menguntungkan), tempoh konsesi dipanjangkan dengan alasan untuk melakukan penambahbaikan, seperti membanyakkan lorong, tetapi tidak dilaksanakan.
Terbukti elit Umno-BN memandang mudah dan meremehkan janji dan komitmen yang dilafazkan bagi membeli sokongan berterusan rakyat. Contoh paling nyata, dalam manifesto PRU13, BN menggariskan akujanji secara khusus untuk mengurangkan kadar tol dalam kawasan sekitar Lembah Klang secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Seperti juga kes penggantungan mingguan berita The Heat, yang bercanggah dengan janji-janji keterbukaan dan transformasi politik Najib. Semasa naik takhta menggantikan Abdullah Ahmad Badawi, dalam ucapan sulungnya, Najib turut membebaskan penggantungan permit Harakah tetapi kini akhbar yang mengkritik perbelanjaan boros beliau dan isterinya menerima padah.
Balik kepada tuduhan rasmi KDN terhadap Mat Sabu, yang menyenaraikan 10 bukti "gred B", melalui sidang akhbar Ketua Setiausaha, Abdul Rahim Mohamad Radzi, 12 Disember.
Banyak pihak meminta Harakah menyiarkan kembali tulisan Mat Sabu bertajuk Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini, yang tersiar dalam sisipan Fikrah, 15 Julai 2008.
Pertama, harus dijelaskan, seperti lazimnya, pihak editor (yakni saya sendiri) yang memilih tajuk kolum Membedah Demokrasi itu, bukannya Mat Sabu.
Artikel separuh halaman itu cuba menggambarkan pemerintahan prorakyat, yang mengambil berat penderitaan dan kesusahan setiap warga, tanpa pilih kasih. Misalnya, semasa Mesir menghadapi krisis ekonomi dan catuan makanan, Nabi Yusuf a.s. memberikan layanan sama kepada keluarganya sendiri.
Keadilan dan kebijaksanaan Nabi Yusuf mengendalikan masalah ekonomi dengan tujuh tahun berjimat cermat membawa kemewahan untuk tujuh tahun berikutnya.
Mat Sabu juga mengemukakan contoh pemerintahan Mao Tse Tung, yang terpaksa membuat catuan makanan di seluruh pelosok China, selepas revolusi 1949. Pemimpin mengikat perut bersama rakyat yang ditimpa krisis makanan. China kemudiannya menapak untuk terus maju.
Contoh ketiga yang ditonjolkan Mat Sabu adalah kejayaan Khomeini berdepan kepungan Amerika Syarikat dan sekutunya, serta regim Arab, termasuk Saddam Hussein yang melancarkan serangan ke atas Iran pada 1980.
Kehidupan Ayatullah yang begitu sederhana, yang tinggal di sebuah rumah teres di utara Tehran, cukup dekat dengan rakyat yang terhimpit. Bagaimanapun, penduduk Iran reda dengan kesulitan yang menimpa disebabkan pemimpin mereka sedia susah bersama.
Tulisan itu turut menyentuh soal kenaikan 40 peratus harga minyak di Malaysia yang membawa kesusahan kepada rakyat. Meskipun Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri menyeru rakyat mengubah cara hidup ke arah kesederhanaan, tetapi ia tidak berkesan disebabkan gaya hidup beliau sendiri. Ditambah pula Laporan Audit Negara yang mendedahkan pembaziran dan penyelewengan di Kementerian Pertahanan yang diterajui Najib.
"Rakyat tahu bagaimana isteri beliau berbelanja terutama bila berada di luar negara. Dari mana wang begitu banyak dibelanjakan. Bolehkan orang seperti Rosmah menyeru rakyat supaya bersederhana dan ikat perut?
"Jauh sekali seruan Najib dibandingkan dengan Imam Khomeini dan Mao Tze Tung. Amat tidak boleh dibanding langsung dengan catuan ekonomi dan bekalan dibuat oleh Nabi Yusuf semasa menghadapi krisis makanan dan krisis ekonomi," Mat Sabu menutup tulisannya, yang dijadikan bukti oleh KDN.
Bagi saya, Mat Sabu konsisten dalam tulisannya, yang begitu prihatin dengan nasib golongan bawahan dan kepentingan pemerintah yang berjiwa rakyat. Kalau lima tahun lalu beliau tersentuh dengan harga sepinggan nasi kosong RM1.50, baru-baru ini dia mengeluh harganya sudah meningkat sampai RM3.00.
Bukti "gred B" itu sebenarnya lebih menyerlahkan sosok Mat Sabu sebagai pemimpin yang merakyat dan berhasrat tinggi untuk menyediakan Malaysia yang lebih sejahtera, adil dan damai buat setiap warganya.
Dan beliau menghargai kebaikan dari mana saja, tidak kira bersumberkan Khomeini, Mao Tze Tung, apatah lagi teladan unggul para Nabi yang sewajibnya diikuti.
Sumber HD - 23-12-2013
Bukan rumah siap pahat berbunyi
- Dec 06, 2013
- AHMAD LUTFI OTHMAN
Pak Subky memberikan tumpuan terhadap majlis perasmian, yang wajar diringkaskan memandangkan aturcara padat menjelang solat Jumaat, menyebabkan terkejar-kejar mencari masjid terdekat. Beliau juga tidak selesa dengan gurauan dan jenaka Pengerusi Tetap.
Hadirin tidak dapat bersapa mesra dan bertanya khabar, sedangkan acara penting itu wajar memberi ruang agak kondusif untuk saling merapatkan ukhuwwah, terutama bagi tetamu jemputan tentunya tidak akan mengikuti sidang perbahasan seterusnya.
Penulis Nota Utara pula memperincikan kesilapan proses pemilihan, antaranya, berkaitan nama-nama atas kertas undi dan slip mengundi yang dilekatkan dengan stapler, khususnya 62 keping untuk pertandingan AJK PAS Pusat (yang disifatkan kertas undi terpelik di dunia).
"PAS banyak mengkritik SPR. Sepatutnya SPR diajar cara menguruskan pemilihan dengan adil dan terus serta dilihat adil dan telus. Tercedera pula nampaknya kali ini," rumus Zulkifli.
Kritikan Zul agak keras - mungkin Pak Subky lebih berhemah tetapi masih menyengat dan berbisa - tapi saya tidak bercadang untuk mengeditnya. Motif dan hasrat tulus mereka biar jelas difahami.
Saya percaya pimpinan PAS memandang serius komentar kedua-dua penulis itu, bagi memastikan bukan saja kesilapan sama tidak berulang, malah berusaha melakukan penambahbaikan bagi memajukan lagi parti.
(Harakah juga tidak sunyi daripada kesilapan! Tajuk berita Adun Sungai Limau mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat, dalam Harakah 2-5 Disember, "Ustaz Abd Samat angkah sumpah Adun" memang tidak sepatutnya berlaku. Sepatutnya "Ustaz Mohd Azam", bukan bapanya; tetapi itulah yang terjadi, tidak boleh diperbetulkan lagi, sekadar memohon maaf dan ralat).
Bukan bertujuan "rumah siap pahat berbunyi", tetapi saya kira beberapa pandangan berbeda ada manfaatnya jika diteliti.
Seorang pembaca, yang memperkenalkan diri sebagai Azlan, mempersoalkan, mengapa proses pengundian tidak boleh dijalankan serentak, dengan penjadualan yang lebih kemas dan sistematik, bersama dengan sesi perbahasan ucapan dasar Presiden PAS pada sebelah petang Jumaat.
"Masa terlalu suntuk, sedangkan tempoh lebih lama perlu diberikan kepada wakil negeri atau dewan-dewan untuk berucap. Seeloknya seorang 30 minit. Muktamar adalah peluang terbuka untuk suara akar umbi didengar," tegasnya dalam emel yang agak panjang.
Azlan kecewa apabila tiada tetamu kehormat gerakan Islam antarabangsa, "sedangkan," katanya, "PAS mempunyai hubungan erat dengan pelbagai pertubuhan di seluruh dunia, khususnya Ikhwanul Muslimin dan jemaah Islam di Turki."
"Saya cadang perbahasan ucapan dasar bermula petang Jumaat sampai senja Sabtu," kata seorang rakan dari Jitra yang turut ke Stadium Malawati. "Dan perbahasan usul bermula pagi Ahad hingga tengaharinya. Ucapan penggulungan biarlah bermula petang Ahad, dan tak perlu semua pimpinan nak berucap. Ramai sangat pimpinan mahu beri respons."
"Eloknya macam jadual aturcara Perhimpunan Agung Umno aja," usik saya. "Yang baik, dari mana pun, apa salahnya, 'kan? Kunci kata di sini, bagi ruang lebih panjang untuk perwakilan, bukannya pimpinan," cepat dia memintas.
Sahabat saya itu turut bertanya, mengapa tahun ini terasa macam tidak berseri program ceramah perdana besar-besaran. "Selalunya, semasa muktamar sebelum ini, pidato umum menjadi tarikan utama, termasuk apabila ada tetamu luar negara yang turut berceramah," tambahnya. "Mungkin orang PAS dah tak teruja lagi dengan ceramah, kot?" usiknya.
Apa pun, sekalung tahniah dan penghargaan buat semua petugas muktamar.
II.
Majoriti rakyat yang sedia mengikat perut ekoran kenaikan kos barangan keperluan dan perkhidmatan terpaksa menanggung beban berterusan.
Sejurus pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen dan peningkatan harga petrol, yang menyebabkan kesan berganda-berantai, kini taraf elektrik pula melonjak sehingga 17 peratus.
Ya, satu lonjakan dua digit, yang terlalu besar dan memeranjatkan.
Ketika orang ramai masih risau dan bimbang dengan cadangan perlaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan), yang akan melebarluaskan lagi kelompok pembayar cukai, beban baru pula sedia menunggu pada awal tahun baru, 2014.
Saya juga terganggu dengan ucapan Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming: "Saya telah buat suatu kajian untuk membandingkan barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan dan GST. Senarai penuh barang yang dikecualikan daripada cukai jualan boleh didapati dalam Jadual 1 “Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai No.2) 2012” ataupun Sales Tax (Rates of Tax No.2) (2012) dalam Warta Kerajaan Persekutuan ataupun Federal Government Gazette.
"Saya bukan pakar cukai tetapi mengikut Jadual 1, antara contoh barangan yang dikecualikan daripada Sales Tax adalah susu berkrim, teh, kopi, jem, buah-buahan di dalam tin, air mineral, teh dan kopi, barangan dapur, beg sekolah, majalah, surat khabar, telefon bimbit, dan lain-lain.
"Kebanyakan barangan ini bukan barangan luxury. Tetapi barangan tersebut yang sebelum ini tidak dikenakan Sales Tax akan dikenakan GST 6% sekiranya tidak dikecualikan daripada GST. Ada juga barangan yang dikenakan cukai jualan sebanyak 5% seperti simen dan buah-buahan dan kadar cukai ini akan dinaikkan kepada 6% selepas GST."
Seperti juga gula dan petrol, kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan kadar inflasi meningkat kerana ia mempunyai kesan berantai yang hebat apabila pengeluar dan peniaga memindahkan beban yang ditanggung kepada pengguna.
Menurut angka rasmi, kadar inflasi di Malaysia sekitar 2 hingga 3 peratus, tetapi bagi
Ong Kian Ming, bagi kawasan bandar ia mungkin pada paras 10 peratus. Mengulas kesan semakan tarif elektrik itu, Gabenor Bank Negara, Akhtar Aziz berkata, penilaian awal menjangkakan ia mungkin menyebabkan inflasi mencecah 3.0%, daripada kadar semasa 2.8%.
Impak kesan domino ini akhirnya adalah kepada pengguna, terutama rakyat yang berpendapatan rendah. Dianggarkan lebih 55 peratus penduduk negara ini mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM4,000 yang dijangka tidak dapat menyerap kenaikan tersebut.
Begitu juga dengan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS), mereka tiada perlindungan daripada kesan kenaikan tarif ini.
"Tenaga elektrik merupakan komponen penting kepada kos struktur operasi kami, iaitu sekitar 6 hingga 16 peratus daripada keseluruhan kos pembuatan," kata Presiden Kebangsaan Persatuan IKS Malaysia, Teh Kee Sin.
"Purata kenaikan 16.85% bagi pengguna komersial akan mengurangkan pendapatan perniagaan sebanyak 2% hingga 4% menjadikan kami untung hanya 1%," kata Teh sambil memaklumkan margin keuntungan mereka sebelum ini di antara 3 hingga 8 peratus.
"Sekiranya kami tidak memindahkan kos kenaikan ini kepada pelanggan, ia berkemungkinan akan gulung tikar," ujarnya.
Presiden Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia, Nelson Kwok berkata: "Kenaikan sekitar 5% mungkin masih boleh ditangani, tetapi kenaikan 16% ini terlalu tinggi dan saya tidak tahu bagaimana cara untuk menyerapnya, kemungkinan besar harga runcit akan dinaikkan."
Selalunya, tanpa amaran awal daripada industri pun harga barangan dan perkhidmatan boleh melonjak secara tiba-tiba, apatah lagi apabila mereka sendiri sudah membuat unjuran yang membimbangkan itu.
Pensyarah sains politik, Dr Mohamad Agus Yusof menekankan, kesan kenaikan tarif elektrik dan harga barang tidak kepada golongan bawahan sahaja, tetapi juga kepada kelas menengah yang gajinya antara RM5-10 ribu sebulan. "Bayangkan kos kehidupan dengan ansuran rumah, minyak kereta, ansuran kereta, duit persekolahan anak, bayaran pembantu rumah dan bil yang meningkat, golongan kelas pertengahan juga tidak mampu menanggung beban kenaikan harga barang," luahnya dalam FB.
Dalam "kekalutan" ini, saya kira polemik peningkatan gaji dan elaun Menteri Besar, Exco, Speaker, Timbalan Speaker dan Adun Selangor boleh mengundang rasa tidak senang rakyat. Kenaikan gaji yang dilaporkan (dan diperbesarkan) sehingga 373% itu memang ada justifikasinya tetapi dengan peningkatan mendadak dan dibuat ketika ini, ia memberi mesej yang salah.
Pada hemat saya, ramai dapat bersetuju agar gaji dan elaun itu dinaikkan, bagi memberi kemudahan untuk menyumbang khidmat terbaik kepada rakyat, tetapi kadarnya dilihat tinggi, sepertimana kenaikan tarif elektrik juga.
"Elaun wakil rakyat kita adalah antara yang terendah di rantau ini, tapi semua tahu, pimpinan BN selama ini mempunyai saluran lain yang jauh lebih lumayan. Gaji mereka cuma lekat di celah gigi saja," hujah seorang penganalisis politik.
"Masa yang sama, saya perhatikan ada wakil rakyat Pakatan terpaksa mengikat perut, malah menjual aset demi berkhidmat, sekali gus menggajikan pembantu mereka. Maaf kalau saya sebut seorang daripadanya adalah Allahyarham Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, sehingga akhir hayatnya, di atas katil hospital masih memikirkan dana untuk membantu masyarakat Titiwangsa. Lebih buruk, di Wilayah, tiada kerusi Dun," tambahnya.
"Benar, soalnya apakah gaji menteri yang tinggi, misalnya seperti di Singapura, boleh memastikan kadar rasuah rendah seperti berlaku di republik itu?" soal saya. "Apakah integriti mempunyai kaitan langsung dengan kadar elaun wakil rakyat atau menteri dan mereka tidak terlibat lagi dengan proksi perniagaan."
"Yalah, bagaimana mereka dapat bekerja dengan cemerlang jika keperluan hidup tak dapat dipenuhi, apatah lagi harapan masyarakat terhadap wakil rakyat tidak ubah seperti pegawai jabatan kebajikan. Anak sakit, nak buat kenduri, masuk sekolah, hatta bayar bil elektrik pun dicarinya wakil rakyat," jawabnya.
Sementara itu, ingatan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, lima tahun lalu, masih relevan untuk renungan bersama, bukannya merujuk isu kenaikan gaji ahli politik tetapi kemewahan dan gaya hidup membazir pembesar negara:
"Kita sepatutnya meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat di istana-istana raja dan sultan, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar keraian untuk orang-orang besar begitu mewah? Makanan yang dihidangkan, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.
"Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
"Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat."
Korupsi, salahguna kuasa, dan pembaziran melampau dana awam ini mesti dihentikan. Sesungguhnya rakyat mempunyai kuasa dan pengaruh luar biasa untuk memastikan Malaysia diurustadbir secara lebih baik, cekap, telus dan beramanah.
Sumber HD - 6-12-2013
Muktamar PAS, sepinggan nasi dan kejutan DBKL
- Nov 28, 2013
- Ahmad Lutfi Othman
Sebenarnya tempoh kepemimpinan PAS yang baru dilantik hujung minggu lalu tidaklah begitu lama. Difahamkan muktamar tahun depan mungkin akan dianjakkan lebih awal, iaitu sekitar pertengahan tahun, seperti lazimnya dahulu.
Muktamar 2013 terpaksa ditangguh bagi memberi laluan kepada PRU13, Mei lalu. Ini bermakna, sesi 2013/15 tidak sampai dua tahun, lebih kurang 18 bulan sahaja. PAS memilih pemimpinnya setiap dua tahun sekali, berbeda dengan Umno, tiga tahun.
Namun, secara praktiknya, penggal majlis tertinggi Umno mendekati lima tahun, apabila proses pemilihan sering ditangguh - perlembagaan parti membenarkan maksimum 18 bulan - sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.
Justeru, kepemimpinan Umno yang terpilih merupakan barisan yang bakal mengetuai parti berdepan PRU. Misalnya, pasukan yang menang baru-baru ini, iaitu gandingan lama, kecuali Ketua Puteri, dijangka mengemudi jentera kempen Umno untuk PRU14 nanti.
Bukanlah disebabkan banyak cacat-celanya tempoh dua tahun itu, tetapi dari satu segi ada pihak melihat ia agak singkat dan mungkin meletihkan jika terpaksa menghadapi proses pemilihan yang nampak tegang, seperti baru-baru ini.
(Keupayaan PAS menyerap impak negatif pertandingan jawatan tertinggi, khususnya posisi Timbalan Presiden, sejak 2003 sehingga 2013, boleh dibanggakan, tetapi ia tidak harus dipandang mudah kerana perselisihan dalaman sebuah parti berdasarkan ideologi, seperti PAS, jika tidak duruskan dengan baik, dikhuatiri membarah dengan cepat. Bermula dengan salah tanggapan, ia merebak menjadi keyakinan palsu yang disebarluaskan dalam program rasmi parti, yang kemudiannya menimbulkan salahfaham yang boleh membahagikan jemaah).
Positifnya, ia mendorong amanah dilaksanakan sebaik mungkin dalam masa terbatas, dengan pengurusan masa yang sistematik. Sekiranya saf kepimpinan perlu ditukar, disebabkan kegagalan atau kelemahan memikul tanggungjawab, maka ahli-ahli parti tidak perlu menunggu waktu lebih lama untuk melakukan pembetulan.
Dari sisi lain, segala penegasan dalam ucapan dasar Presiden PAS, apatah lagi berkaitan "Sepuluh Arahan" khusus kepada dewan-dewan, lajnah, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan, juga ahli-ahli parti yang dipertanggungjawabkan sebagai Adun, Ahli Parlimen, Ahli Majlis, anggota lembaga pengarah GLC, ketua kampung, perlu diperincikan untuk diterjemahkan secara praktik dalam waktu terdekat.
Ini bermakna majlis munaqashah ucapan dasar Presiden di setiap negeri harus diadakan secepat mungkin. Meskipun PRU14 mungkin berlangsung dalam tempoh empat tahun lagi - yang dianggap masih jauh - aktivis dan penggerak parti tidak boleh memandang mudah, malah ia harus dimanfaatkan untuk melakukan "eksperimen baru".
Apa pun, soal pengukuhan dan pemantapan parti adalah prioriti yang tidak boleh dikompromi.
Secara peribadi, saya tertarik dengan penekanan Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap usaha menangani cabaran psikologi politik orang Melayu di luar bandar dan pengundi atas pagar.
"Sikap kebergantungan kepada parti pemerintah, pegangan agama yang rapuh, tahap pendidikan dan ekonomi yang lemah, maklumat yang tidak sampai - semuanya memerlukan satu kerangka strategi yang khusus dari PAS," ujar Ustaz Abdul Hadi.
Beliau menarik perhatian para perwakilan muktamar dengan tanggapan songsang segelintir pengundi Melayu, antaranya kegagalan membezakan antara parti pemerintah dan sebuah kerajaan. Sehingga beranggapan Umno ialah kerajaan dan kerajaan ialah Umno, seterusnya menimbulkan ketakutan terutama kepada pegawai kerajaan dan keluarga mereka.
"Maka kita perlu merancang secara komprehensif dan tepat bagi membentuk tindakan dan gerakerja yang sesuai secara sistematik dalam mengubah psiko-politik orang Melayu," tegas Presiden PAS itu.
Tentunya ramai tertunggu-tunggu bentuk gerakerja khusus PAS berdepan cabaran sulit ini, apatah lagi menyedari sebahagian pengundi Melayu masih mudah dicuit sentimen perkauman, senjata utama Umno saat ini.
(Dan saya bagai tidak sabar menunggu hasil rumusan post-mortem PRU13, terutama membabitkan kekalahan PAS di Kedah. Jika Jelapang Padi itu kekal bersama Pakatan, saya yakin tidaklah heboh sangat isu kemerosotan undi PAS di kalangan pengundi Melayu, apatah lagi terdapat peningkatan memberangsangkan di Terengganu dan Selangor).
Kematangan politik pengundi Melayu - termasuk di bandar-bandar besar dan tergolong dalam kelas menengah - perlu ditingkatkan, sehingga mereka tidak lagi dapat dikelirukan oleh propaganda murahan, atas nama bangsa dan agama.
"Tugas PAS berat untuk memecahkan dominasi khurafat ini, bukan mudah. Jangan kata hanya orang kampung, malah di Shah Alam sendiri, tempat elit Melayu," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam wawancara khas bersama Harakah, 25 November lalu.
Dan beliau mencadangkan agar pimpinan PAS dan KeADILan turut sama membincangkan cabaran besar itu: "Pemimpin Pakatan Rakyat perlu ada retreat. Duduk, sidang dua tiga hari, dan bincang secara serius bagaimana hendak menguatkan Pakatan Rakyat."
Menurut Mohamad, sesi permukiman Pakatan ini tidak harus tertumpu di peringkat pusat. Selain mengukuhkan Majlis Presiden, ia juga mesti diperkemaskan di peringkat negeri. "Kita perlu bertemu dan berbincang selalu. Saya diberitahu, di negeri tertentu, misalnya Pulau Pinang, sudah lama tidak diadakan mesyuarat Pakatan. Ahli PAS, KeADILan dan DAP mesti belajar banyak bertemu dan bermesyuarat. Kalau kita berlawan dengan cara membuat sidang akhbar akhirnya yang untung Umno-BN," jelas Mohamad.
Dalam ucapan tahniah kepada rakan-rakan pemimpin PAS sempena muktamar, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang turut menekankan: "Perkara terpenting bagi Pakatan kini ialah untuk membentuk majlis strategik peringkat tertinggi untuk menyusun rancangan merampas kerajaan pusat dan menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang, selain mencatat keputusan terbaik untuk Pakatan di setiap negeri."
II
Ketika diwawancara petang Isnin lalu, Mohamad Sabu menceritakan dia terkejut apabila sepinggan nasi kosong di sebuah restoran nasi kandar, dekat Subang Jaya, berharga RM2.00.
"Tuan Haji baru tahu ke? Dah lama orang ramai merungut perihal mahalnya makanan dan barangan keperluan asas," saya cuba mengusiknya.
"Kami makan tujuh orang. Hanya lauk ikan, ayam berkongsi dan air kosong. Tapi bila dikira semuanya lebih RM14 seorang. Sekarang makan tengahari secara purata sudah cecah RM10," ceritanya lagi.
Segera saya teringat, sebaik selesai mengikuti sidang penggulungan muktamar, Ahad lalu, saya bersama rakan singgah di sebuah restoran, di Damansara. Hanya nasi separuh, sayur, sepotong ikan kari dan air suam. Harganya RM7.50. "Kira murahlah tu," bisik hati saya membandingkan dengan kisah Mohamad Sabu.
Balik ke rumah, saya mencicip taufufa yang dibeli isteri di sebuah pasar tani, Ampang. "Tadi bagi RM5, ingatkan penjual pulangkan RM3 untuk dua pek, rupanya satu sudah RM2, memanglah bekas nampak besar sikit, tapi isinya hampir sama saja," isteri saya merungut.
"Mihun bungkus untuk sarapan, kalau dulu dapat juga RM1 atau RM1.50, sekarang paling murah RM2, itu pun kosong saja, " tambahnya.
Dia kemudian bercerita panjang tentang harga ikan yang mahal. "Sekarang kalau nampak ikan sardin sekilo RM9, terus beli aja, kira murahlah tu, dah takada sekilo RM5 macam dulu, ikan kembong tak jatuh dari RM13," tambahnya.
Bagaimanapun, isteri saya yang agak kerap masak nasi Arab dalam jumlah hidangan yang besar mengakui: "Kesian orang berniaga, bahan-bahan mentah pun dah mahal. Itu belum dikira kos untuk menghasilkan juadah yang betul-betul sihat." Dia ketawa kecil apabila menyambung: "Telur dadar dalam nasi lemak bungkus jadi makin tipis, sebiji telur entah dibelah berapa."
Dia terkenangkan harga ikan dan bahan mentah makanan laut segar yang murah di Sandakan, semasa kami menziarahi keluarga bekas tahanan ISA di sana. Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah dan peguam muda berbakat, Haris Alimudin banyak membantu kami packing beku sebelum terbang bersama AirAsia.
Ya, kenaikan kos barangan dapur cukup membebankan. Isu ini tidak boleh dipandang remeh, 'kan?
III
Saya tertarik dengan analisis Tong Kooi Ong dalam akhbar mingguan The Edge, 25 November lalu, yang membandingkan bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerajaan Selangor, ekoran cadangan DBKL menaikkan cukai taksiran hartanah sebanyak 100% hingga 250%.
Saya suka dengan fakta perbandingan yang dikemukakan penulis, antaranya: "Bajet Selangor ditujukan untuk menangani penduduk yang jumlahnya 3.2 kali lebih besar daripada penduduk Kuala Lumpur, dan perkhidmatannya menjangkaui daerah yang 33 kali lebih luas daripada ibu kota.
"DBKL dijangka memperoleh pendapatan RM1.69 bilion, lebih kurang sama dengan Selangor, RM1.63 bilion. Tetapi DBKL ingin membelanjakan RM2.19 bilion sebagai perbelanjaan keseluruhan, 34% lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan hanya RM1.63 bilion. Ia membelanjakan RM1.406 bilion untuk perbelanjaan operasi, 41% lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM996.68 juta. Emolumen dan perbelanjaan lebih masa mencecah RM442.1 juta bagi DBKL, 19% lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM370.5 juta.
"Mengenai asas perkapita, DBKL membelanjakan RM907 bagi perbelanjaan operasi bagi setiap penduduk, empat kali lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM201. Bagi perbelanjaan operasi untuk setiap kediaman, DBKL membelanjakan RM3,348, hampir lima kali lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM738.
"Melihat kepada perbelanjaan operasi mengikut keluasan, Selangor membelanjakan RM122,986 bagi satu kilometer persegi berbanding DBKL RM5.79 juta. Dari sudut perbelanjaan pembangunan, Selangor membelanjakan RM633 juta berbanding DBKL RM782.6 juta. Selangor mempunyai bajet yang berimbang, malah dana dalam kantungnya meningkat daripada RM400 juta dalam 2008 kepada RM2.7 bilion.
"Adalah jelas berdasarkan statistik di atas, DBKL kurang cekap berbanding Selangor. Daripada meminta lebih banyak wang, DBKL sepatutnya mencari jalan untuk meningkatkan kecekapannya, mengurangkan kos dan permbaziran. Dan ia juga perlu bersikap telus dan bertanggungjawab dalam menunjukkan bagaimanakah wang kita dibelanjakan."
*Terjemahan tulisan berkenaan akan disiarkan sepenuhnya dalam Harakah akan datang
Sumber HD - 28-11-2013
Selongkar misteri Pejabat Peguam Negara
Ahmad Lutfi Othman, | 18 Nov 2013 |
Naratifnya seakan-akan filem James Bond. Sememangnya saya tidak berminat dengan cerita-cerita konspirasi, komplot atau pengintipan, yang didakwa berlaku di alam nyata. Saya juga tidak tertarik dengan kisah pengkhianatan atau seumpama double agent, kecuali menontonnya di kaca televisyen.
Tentu ada yang bertanya, kalau begitu, mengapa kontroversi berkaitan Pejabat Peguam Negara, yang dikatakan terdapat dua agen perisik CIA, dan sumbernya dipercayai datang daripada Dr Mahathir Mohamad, mendapat tempat utama pada muka depan Harakah, dua keluaran berturut-turut?
Agen CIA di Jabatan Peguam Negara, yang menyusup masuk membawa agenda jahat Amerika Syarikat? Adegan yang suspens, 'kan? Mengapa tiba-tiba Abd Gani Patail pula, yang selama ini bertindak mempertahankan kerajaan, terutama dalam kes-kes politikal, dijadikan sasaran dan nampak seolah-olah ada usah terancang untuk menyingkirnya.
Segera saya teringat babak-babak mendebarkan 15 tahun lalu, semasa Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatan dalam kerajaan dan Umno, seterusnya diaibkan, dengan bermacam-macam tuduhan. Anwar juga didakwa menjadi ancaman kepada negara apabila dikaitkan dengan CIA dan perisik asing.
Bukankah Dr Mahathir juga "pengarah filem" ketika itu? Tidak terhenti setakat itu, timbul isu terdedahnya rahsia negara kepada pihak luar, dan keselamatan nasional terancam, disulami dengan kisah sensasi tilam, lendir, pelacur datang haid yang dipaksa, lelaki memakai rambut palsu...
Ingatan saya tidaklah begitu kuat terutama selepas dua kali diserang angin ahmar, tetapi saya sukar melupakan adegan berkaitan percubaan Peguam Negara untuk "membeli" saksi, dengan mengancam membuat pendakwaan berkaitan senjata api yang boleh membawa hukuman bunuh.
Dan di situlah minat saya sebenarnya - kedudukan, keistimewaan dan kuasa tidak terbatas Peguam Negara, tetapi begitu berkait rapat dengan Perdana Menteri - sehingga menyebabkan kami memilih kontroversi terbaru ini sebagai laporan utama.
Peguam Negara bukan saja bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan - yang adakalanya bercanggah dengan fungsinya untuk mewakili kepentingan umum - tetapi kuasanya yang "menggerunkan" adalah seperti diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan: "... mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan ...."
Justeru, walaupun selalu timbul soal pendakwaan terpilih, terutama membabitkan kes yang berimpak politik, tetapi yang jarang diketahui ialah Peguam Negara juga boleh memilih untuk melakukan pendakwaan di bawah undang-undang atau akta yang difikirnya lebih sesuai.
Maknanya, bagi kesalahan yang sama oleh dua pelaku berbeza, misalnya memiliki senjata api tanpa permit, tetapi dengan memilih akta yang berlainan, seorang pesalah boleh dihukum gantung mandatori dan seorang lagi boleh terlepas daripada hukuman mati.
Saya sendiri tidak pasti bagaimana Dr Mahathir, yang sudah 10 tahun meninggalkan jawatan Perdana Menteri, tetapi bertindak sebagai aktor penting dalam drama tersebut, yang juga membabitkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah. Kedua-duanya, Mat Zain dan Shafee menyimpan misteri yang menarik untuk diselongkar.
Apabila peguam muda PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi mendedahkan perancangan Dr Mahathir sedang berjalan, bagi menyingkirkan Gani dan menggantikannya dengan Shafee, yang cukup rapat-intim dengan pemimpin Umno, saya terbayang sosok bekas Ketua Hakim Negara yang juga berperwatakan begitu.
Ya, apa saja boleh berlaku di tanah air tercinta ini. Malaysia Boleh, 'kan?
Maka, babak seterusnya mengekori; rekod dan sisi gelap Gani, terutama membabitkan kes-kes pendakwaan yang lemah dan ditolak mahkamah, termasuk di peringkat antarabangsa - tuntutan Pulau Batu Putih di ICJ - dibicarakan secara terbuka.
Pelik juga memikirkan, apakah pihak tertentu mahu menyampaikan mesej bahawa Gani telah "dibeli" oleh Singapura sehingga warga Malaysia berputih mata dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, atau sekadar mengingatkan kedaifan Jabatan Peguam Negara kita berdepan pasukan brilliant di seberang Tambak Johor?
Pastinya publik masih mengingati begitu banyak kes korupsi membabitkan VVIP boleh terlepas dengan mudah. Yang terakhir, bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dalam isu PKFZ (Port Klang Free Zone), dibebaskan pada 25 Oktober lalu.
Sebelumnya pada 2009, bekas menteri, Kasitah Gadam yang didakwa atas salahguna kuasa sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, juga dibebaskan. Seorang lagi, yang "bernasib baik", Eric Chia, bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, didakwa pada 2004 dan dibebaskn pada 2007.
Itu belum dikira kes-kes rasuah yang dibincangkan secara terbuka, misalnya membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, bukan saja melalui pendedahan Sarawak Report tetapi juga kemewahan keluarganya yang disebut di mahkamah. Tidak terkecuali kes Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Langsung tidak dibawa ke mahkamah!
Dan anda tentu mempunyai senarai lebih panjang, tentang ahli-ahli politik BN dan "jerung-jerung" yang boros kehidupan mereka, tidak segan silu mempamerkan kekayaan melimpah-ruah, tetapi langsung tidak diusik.
SPRM yang mahu diperkasa khususnya setelah diangkat menjadi suruhanjaya oleh pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi - tetapi tanpa kuasa pendakwaan walaupun telah menerima cadangan daripada Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Rasuah - mungkin dpat menyiapkan kertas siasatan dengan baik, tetapi siapa tahu, ia sengaja ketika pendakwaan dibawa ke mahkamah ia telah dilemahkan Peguam Negara sendiri?
Sebenarnya bukan hanya kredibiliti Gani terpalit tetapi seluruh warga Jabatan Peguam Negara tercemar, dan ia tidak boleh dibiarkan begitu saja. Mungkin penubuhan suruhanjaya siasatan diraja boleh membantu dan Mahathir tentu akan menjadi saksi utamanya!

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-11-2013
Jangan lupa isu subsidi harga padi
Ahmad Lutfi Othman, | 07 Nov 2013 |
Ketika membuat tinjauan singkat ke Sungai Limau, sembilan hari sebelum hari mengundi, bertemu rakan-rakan lama wartawan, teman-teman yang dekat dengan Almarhum Ustaz Azizan Abd Razak dan pimpinan parti yang bertanggungjawab langsung dengan kempen, saya yakin kubu kuat PAS itu sukar ditembusi.
Tidak dapat saya bayangkan bagaimana seandainya PAS kalah Sungai Limau selepas melalui kepiluan yang menyayat hati selepas gagal mempertahankan kerajaan negeri dalam PRU13.
Secara tradisinya, kedudukan Dun ini (dulunya Sala) adalah pada ranking kedua terkuat, selepas Tokai (dulunya Bukit Raya), walaupun keputusan pilihan raya umum Mei lalu menunjukkan kerusi Anak Bukit dan Pengkalan Kundor mencatatkan majoriti kemenangan lebih tinggi buat calon PAS; Amirudin Hamzah dan Phahrolrazi Mohd Zawawi. Dun Bukit Pinang (dulunya Langgar Limbong) juga dalam senarai kerusi selamat, lama sebelum masyarakat Tionghua mendekati PAS.
Semasa berehat di Markas PAS Jerai, saya cuba berkongsi kekhuatiran sambil mengambarkan situasi paling sulit. Tidak mudah berdepan pilihan raya kecil, apatah lagi jentera kempen BN yang diketuai Mukhriz Mahathir, yang baru kalah dalam pemilihan naib presiden Umno, pastinya bersedia melakukan apa sahaja untuk mencipta kejutan.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar, yang nampak letih menjelang Maghrib, tidak menunjukkan keyakinan tinggi untuk mempertahankan majoriti Ustaz Azizan. Walaupun beliau agak bimbang dengan kempen agresif BN menyalahgunakan jentera, kemudahan dan sumber kerajaan serta agensi berkaitan, termasuk kemungkinan rasuah politik berbentuk wang tunai, Mahfuz lebih selesa menyandarkan kepada kematangan pengundi untuk mengekalkan PAS.
"Ada maklumat kata Umno dah mula agih RM200 setiap pengundi," seorang petugas parti yang bersama kami mencelah.
Tentulah khabar itu langsung tidak mengejutkan, malah ia sekadar membayangkan lebih berganda rasuah secara terang-terangan akan dicurahkan. (Apa tidaknya, menjelang hari mengundi, gula yang naik harga ekoran Bajet 2014 pun boleh dijual RM1 sekilogram, sekampit beras 5 kg hanya ditawarkan harga Rm5).
Ya, tiada rancangan Felda di Sungai Limau tetapi pengerusinya, Isa Samad begitu bermurah hati turun membawa dana memperbaiki rumah! Pelbagai karnival dan pesta anjuran kementerian, yang turun khas dari Kuala Lumpur, semata-mata untuk meraih undi.
Secara peribadi fikiran saya segera terlintas kepada beberapa personaliti besar Sungai Limau, yang menyediakan tapak terbaik buat warganya mencintai ilmu dan menghayati ajaran agama, sekali gus menjadi pendinding kepada asakan dan umpan BN itu. Misalnya, Almarhum Tuan Guru Yahya Junid dan Pak Man Bukit Besar, selain dua bekas Adun, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Azahari Abd Razak dan Ustaz Azizan Abd Razak.
Petang Sabtu itu, saya turut menjentik idea Zulkifli Yahaya, kolumnis Harakah, yang turut bertanggungjawab dengan jentera penerangan kempen. Zul melihat kepentingan untuk "mengepung" penyokong PAS daripada membazirkan masa dan tenaga untuk melobi pengundi BN.
Namun, Zul kelihatan cuak dengan kemungkinan pengundi luar kawasan yang tidak balik mengundi. Majoriti mereka adalah penyokong PAS. Faktor cuti dan kewangan menjadi penghalang, lagipun PRU13 baru saja berlalu, dan kebanyakan mereka berhari raya haji di kampung. Dia juga bimbang dengan pengaruh rasuah politik.
"Kepada Umno, untuk menang mereka perlukan sokongan penyokong PAS," tambah seorang rakan, "dan sebenarnya cukup baik buat BN jika ada penyokong PAS yang tidak keluar mengundi. Hal ini sudah berlaku dalam PRU13 dan ia sememangnya dirancang oleh BN."
Mengetahui Dr Mahathir Mohamad turun berkempen, seorang kawan menelefon saya: "Kali ini Mahathir sengaja mahu susahkan anaknya, Mukhriz. Orang Sungai Limau kuat pegangan agama, Mahathir ada sejarah lampau yang buruk tentang Islam."
"Tapi Dr Mahathir nampak rapat dengan Ustaz Azizan, dia turun sampai ke kubur hari Ustaz dikebumikan," saya mengusiknya. "Ya, dia mungkin mahu mengelirukan penyokong PAS, tapi Mahathir silap tempat, masanya sudah berakhir," pintas cepat kawan saya itu.
Pada hari mengundi, saya ada rawatan rutin di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Menjelang petang, bertali arus SMS bertanyakan mood di Sungai Limau, mungkin mereka menjangkakan, sebagai anak Kedah saya berada di medan. Saya diamkan saja, tidak membalas.
Memang Sungai Limau kritikal dan cukup penting, bukan saja buat PAS Kedah, tetapi imej parti seluruhnya, terutama untuk mengukur kecenderungan mengundi masyarakat Melayu yang dikira tidak memberi sokongan padu dalam PRU13.
Pilihan raya kecil ini juga penting untuk menyuntik semangat dan keyakinan buat petugas parti di peringkar akar umbi. Kehilangan Kedah, Mei lalu, meninggalkan impak besar, terutama dari segi psikologi, sementalahan pula sudah menjadi rahsia umum "pergolakan dalaman" PAS yang agak serius.
Ada pihak cuba menafikan konflik dalaman Ustaz Azizan dan beberapa tokoh penting PAS Kedah, yang memberikan persepsi negatif dan turut menyumbang kekalahan. Bagaimanapun, seorang kenalan yang sempat saya temui di Sungai Limau mempunyai pandangan berbeda, dan serentak itu memberi amaran: "Ia bukan hanya berlaku di peringkat negeri, malah lebih teruk di peringkat kawasan. PAS jangan bermimpi berkuasa semula jika krisis ini tidak diatasi."
"PAS perlu kembali kepada kekuatan asalnya, seperti pada 1999, dengan mengambil berat sokongan pengundi bukan Melayu yang semakin bertambah. Jadilah iktibar pengalaman pahit lalu, untuk bersedia mengukuhkan jamaah. Jangan kita menembak kaki sendiri," tambahnya.
Dalam teksi, dari HUKM ke kediaman di Bukit Ampang, saya menerima SMS yang agak menggusarkan. "Dikesani agak ramai penyokong PAS tidak keluar mengundi, kalau menang pun di bawah 1,000 undi." Mesej itu agak selari dengan kebimbangan awal, tapi saya sendiri keliru, jika benar berlaku, atas faktor apa mereka tergamak "memboikot" parti. Tak mungkin, rungut saya sendiri.
Seorang lagi rakan wartawan berkongsi kerisauannya: "Jangan terkejut kalau kita kalah, ramai pengundi dah dibeli. Pengundi luar pula tak balik, Peratusan mengundi kurang."
"Bukan isu baru, Umno tabur duit, korup dan beli sokongan," balas saya. "Sampai bila kita nak berdepan dengan asakan rasuah politik ini. Mesti fikirkan untuk tamatkannya," saya membalas panggilan telefon rakan yang tidak berpuas hati itu.
"Masalahnya, kita sendiri, aktivis Pakatan, seolah-olah dapat menerima rasuah masa pilihan raya memang kelebihan kepada BN. Kita lawan pun tak bersungguh. Apatah lagi rakyat, majoriti mereka memang menunggu habuan jatuh dari langit masa kempen," saya terus berkhutbah.
Rakan saya di hujung talian tidak bersedia membalas. Mungkin dia, seperti juga saya, lebih risaukan kalau PAS kalah. "Majoriti tak penting, bawah 500 pun okey, asalkan menang," ujarnya sebelum menutup perbualan.
Dalam kesesakan lalulintas, saya semakin rimas. Amaran doktor tentang fungsi ginjal saya yang merosot teruk tidak membekas lagi. Kaki kanan yang kebas ekoran serangan angin ahmar setahun lalu juga tidak terasa.
Isteri yang menemani sekadar tersenyum di sebelah dan meyakinkan saya bahawa kebanyakan orang Sungai Limau mahir berpolitik dan tidak semudah itu mengalihkan sokongan.
Siti Hawa masih menggengam senaskhah Harakah, dengan tajuk utama "Naikkan Subsidi Padi". Katanya, sebagai anak bendang saya mesti memperjuangkan kebajikan masyarakat pesawah yang terbiar.
Isteri saya tertarik dengan gaya Presiden PAS menabur benih padi, seperti disiarkan di muka depan Harakah, yang turut diedarkan percuma kepada pengundi Sungai Limau.
"Kalau isu peneroka Felda banyak diketengahkan, dan kerajaan terpaksa pandang berat, kenapa masalah pesawah macam tak dipedulikan langsung. Jangan tunggu orang lain, Harakah mesti ke depan," dia seperti mencabar saya.
Segera saya teringat SMS pembaca Harakah yang saya terima 29 Oktober lalu: "Sungai Limau kawasan padi, dulu potongan padi paling tinggi 12%, sekarang paling rendah 18%, berapa ratus ringit petani rugi serelung, kalau 2 tan? Besarkan isu ini, tentu dapat perhatian pusat."
Harakah melaporkan kenyatan Pengerusi Lajnah Asas Tani PAS Pusat, Amiruddin Hamzah yang menekankan kadar subsidi harga padi sekarang hanya RM248 satu tan dan ia tidak pernah dinaikkan sejak 23 tahun lalu. Menjelang PRU13, PAS mencadangkan agar ia dinaikkan 50 peratus kepada RM372.10 satu tan, tetapi tidak dipedulikan kerajaan.
Berdasarkan kajian, ujar Amirudin, jika dinaikkan subsidi dalam kadar yang dicadangkan itu, kerajaan hanya perlu menambah RM250 juta sahaja setahun dan ia akan memanfaatkan hampir 2,200 keluarga pesawah.
Malam itu, sebelum jam 8, bertali arus SMS masuk memaklumkan keputusan tidak rasmi. "Menang, majoriti 1, 200." Alhamdulillah, lega dan menyenangkan sekali.
"Kenapa kurang majoriti, Lutfi?" tanya rakan lama dari Alor Setar, seorang jurutera. Dia tetap yakin Kedah di bawah PAS membawa pelbagai pembaharuan yang positif buat rakyat. Sampai hari ini beliau masih tidak memahami bagaimana PAS boleh kalah di Kedah.
"PAS berlawan bukan saja dengan dua kerajaan, tapi berdepan rasuah dan salahguna kempen BN," jawab saya sahaja, mengulangi alasan lazim.
"Tapi rakyat juga yang untung, 'kan? Sepatutnya Harakah berusaha tingkatkan ilmu dan kematangan politik orang kampung, terima segala bantuan dan hadiah, tapi undi tetap rahsia," jawabnya.
Sebelum tidur seorang wartawan internet meminta pandangan. Saya lebih berminat menimbulkan isu korupsi dalam kempen BN. "Apakah selamanya kita akan berterusan terperangkap dalam lingkaran setan ini, sentiasa berdepan isu sama setiap kali pilihan raya, yang bertungkus lumus berkempen untuk BN adalah orang kerajaan, agensi yang diperalatkan, termasuk perisikan polis dan tentera ... Dan sampai bila ini akan menjadi alasan rutin bila undi kita jatuh atau kita sendiri kalah dalam post mortem nanti ...."
Dia bertanya balik, bagaimana caranya? Apakah sekadar membangkitkan dalam perbahasan Parlimen, terutama mengungkit soal dana awam yang mudah dipergunakan tanpa kelulusan bajet atau membuat kenyataan akhbar menyerang SPR? Atau satu lagi demonstrasi Bersih? Ke mahkamah pun hanya membazirkan wang, yang jumlahnya bukan sedikit.
Saya tidak sedar ada aduan daripada Pemuda PAS Kedah agar Sultan Kedah sendiri "campur tangan" dalam isu salahguna agensi kerajaan negeri semasa kempen.
Belum lagi diperhalusi manipulasi media, khususnya TV. Ramai bosan mendengar isu sama dibangkitkan, tetapi itulah hakikatnya, tahap demokrasi kita masih dalam "liga peringkat bawahan" dan kita terus terperangkap dalam "lingkaran setan" yang tidak berkesudahan ini.
Seorang editor penyiaran memberi komen ringkas kepada SMS saya: "BN buang duit di Sungai Limau tapi rakyat untung. PAS perlu akui ada masalah dalaman di Kedah dan kena atasi segera."
Mengingatkan Sungai Limau yang kini ditinggalkan, di samping keperluan terus mendesak subsidi harga padi dinaikkan, saya terpaku dengan kunci kata rakan baik saya itu, iaitu "masalah dalaman PAS Kedah" yang harus diakui dan diselesaikan segera ...

Sumber HD - 7-11-2013
Kenapa HEP tidak layak kendali PRK
Ahmad Lutfi Othman, | 13 Okt 2013 |
Anda tentu boleh faham mengapa proses dan perjalanan pilihan raya di negara ini sukar sangat dijalankan secara adil, telus dan bebas, 'kan?
Elit pemerintah, apatah yang sudah begitu lama "berkuku", terutama yang bergelumang dengan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa, malah menerajui takhta secara zalim dan menindas, tentu akan berusaha sedaya mungkin mempertahankan singgahsana dengan apa kaedah jua.
Biarpun siri perhimpunan dan perarakan tunjuk perasaan menuntut pilihan raya bersih sudah diatur sejak lebih lima tahun lalu dan dihadiri ratusan ribu orang menghantar mesej jelas, namun sistem yang pincang-tempang itu tetap diteruskan.
Sekurang-kurangnya kita dapat memahami apa yang berlaku. Ya, begitu dahsyatnya tarikan kuasa sehingga penyandang bermati-matian mengeksploitasi dan memanipulasi apa jua kemudahan kerajaan, media dan wang.
Peralihan tampuk pemerintahan, terutama di peringkat persekutuan, bukan saja membuka laluan untuk perubahan dan reformasi lebih menyeluruh, malah mungkin akan mengheret bekas pemimpin yang ditolak rakyat ke muka pengadilan, selain hilang segala keistimewaan dan kekebalan.
Tetapi saya agak kebingungan dengan situasi di IPTA, yang bakal melangsungkan pilihan raya kampus (PRK). Perkembangan demokrasi di universiti tempatan, khususnya dalam proses pemilihan majlis perwakilan pelajar, rupanya lebih tragis dan buruk berbanding suasana pilihan raya umum. Tiada istilah "padang permainan sama rata".
Pertama, tarikh PRK semacam menjadi misteri dan teka-teki. Begitu payah sekali pihak universiti (Hal Ehwal Pelajar) untuk membuat pengumuman awal. Dan apabila diisytiharkan, selalunya tarikh yang dipilih itu cuba memerangkap mahasiswa yang tidak cenderung kepada Umno-BN (Pro-Mahasiswa).
Manakala tempoh berkempen singkat sekali, mengambil kira helah cuti hujung minggu (terbaru di UKM, cuti Aidiladha) dan kesukaran calon memasuki kolej-kolej kediaman untuk bertemu pelajar. Tegasnya, Pro-M mahu diasak bertanding dalam keadaan tidak bersedia; ibarat kaki dan tangan diikat, seterusnya diajak bertinju!
(Di UKM, pengumuman tarikh PRK dibuat pada 11 Oktober ketika pelajar sudah mula pulang ke kampung untuk bercuti sehingga 16 Oktober sempena Aidiladha. Malah setiap calon bertanding mesti mempunyai sijil Bengkel Kepimpinan Pelajar HEP sedangkan bengkel tersebut hanya diadakan sebaik habis cuti iaitu 17 Oktober manakala keesokannya sudah penamaan calon).
Kedua -- sebenarnya inilah yang lebih utama -- pihak HEP yang sepatutnya bertindak bebas dan adil sebagai pengendali PRK, bukan sahaja mengambil sikap memihak atau pilih kasih, iaitu untuk memberi kemenangan mudah kepada kumpulan Aspirasi pro-Umno, malah berkomplot menyekat peluang Pro-M.
Lapan tahun dulu, saya pernah mendedahkan konspirasi HEP dengan Aspirasi, yang mengadakan mesyuarat mingguan di Ibu Pejabat Umno, di PWTC, melibatkan Timbalan-timbalan Naib Canselor HEP IPTA seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak, yang turut dihadiri sayap parti komponen BN, misalnya Puteri Umno dan Pemuda MCA. Ada kalanya pertemuan sulit itu dipengerusikan wakil Pemuda Umno!
Bayangkan, mesyuarat yang sering diketuai Menteri Pengajian Tinggi, dengan kehadiran TNC HEP dan wakil Aspirasi setiap universiti, membincangkan bagaimana kaedah terbaik untuk mengalahkan kumpulan pelajar yang lain, termasuk meminda peraturan PRK, bagi menutup potensi mahasiswa yang dilihat propembangkang.
Tahun lalu, terdedah Ops 2020, yang juga melibatkan HEP, Umno, Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri dan agensi kerajaan yang lain, bagi memastikan semua 20 IPTA dikuasai pelajar Aspirasi. Pelbagai taktik licik dibincangkan untuk mencapai target yang disasarkan.
Dan baru-baru ini, terbongkar satu lagi komplot jahat yang sama, turut membabitkan TNC HEP, khususnya di Universiti Malaya, melalui kursus pemantapan jentera dan calon PRK, di Melaka (cadangan awalnya di Negeri Sembilan) pada 18-20 September, membincangkan kaedah untuk mempertahankan penguasaan Aspirasi di universiti tertua itu.
Beberapa makalah diedarkan dalam kursus tersebut, antaranya bertajuk "Kenapa belia perlu tolak Pakatan Rakyat", "Akujanji Barisan Nasional adalah Islamik", dan "50 Dalil kenapa DAP mesti ditolak umat Islam".
Sekiranya kursus itu dianjurkan Umno, malah dirasmikan Presidennya, Najib Razak sekalipun, kita dapat menerimanya dengan senang hati. Ya, apa salahnya kalau Umno-BN, ataupun PAS, KeADILan dan DAP mahu menyediakan kursus buat kader-kader mereka di universiti; silakan ....
Isu besar di sini ialah pembabitan proaktif HEP dan Kementerian Pendidikan -- yang seharusnya bertindak bebas-adil sebagai pengendali PRK -- berkomplot bersama satu kumpulan pelajar (Aspirasi) bagi mengalahkan saingan mereka (Pro-M), dengan perbelanjaan dana awam, yang juga disokong dekan fakulti masing-masing.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang hebat dikritik Bersih itu pun tidak seburuk HEP dalam mengendalikan pilihan raya umum, 'kan? Lebih pelik, saban tahun Umno mendakwa hampir semua IPTA dikuasai Aspirasi kecuali beberapa kampus di Lembah Klang, misalnya UIAM, UKM dan UM. Biarkanlah pelajar bebas bereksperimen menentukan pemimpin yang dipilih. Lagi pun, apalah kuasa-pengaruh Pro-M jika mereka menang pun?
Saya amat menyokong gesaan rakan-rakan Pro-M, khususnya Presiden Gamis, Azan Safar, supaya HEP yang terjejas teruk kewibawaannya itu tidak lagi mengendalikan PRK. Sudah banyak bukti HEP mengkhianati amanah sebagai badan bebas, malah menggalakkan perpecahan di kampus.
"Saya cadang agar mahasiswa yang uruskan pilihan raya mereka sendiri. Tak susah, buka borang permohonan, adakan kursus pengurusan pilihan raya, pilih sukarelawan di kalangan mahasiswa dan HEP boleh menjadi pengurus kepada bahagian-bahagian teknikal dan logistik, selain sekadar pemantau daripada luar," kata Azan, sambil mengalu-alukan pemantauan badan luar.
Dan Presiden Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM), Razif Ahmad membuat kesimpulan yang baik tentang situasi di kampus-kampus tempatan hari ini: "Saya hendak rakyat di luar sana sedar kerja HEP universiti setiap hari membunuh intelektualisme dan kepimpinan yang menjadi harapan kepada Malaysia pada masa depan."
-- lutfi_detik@yahoo.com
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-10-2013
Misteri Sabah yang belum terbongkar
Ahmad Lutfi Othman, | 13 Sep 2013 |
Jadual kunjungan saya ke Sandakan selama tiga hari, bermula 6 September lalu, agak padat dan memenatkan. Walaupun tujuan asalnya hanya untuk melihat sendiri kediaman baru keluarga Jamal Azahari -- yang masih ditahan di Manila selepas dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting lebih lima tahun lalu -- saya turut dibawa Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah, mendekati kehidupan sukar di kawasan terpinggir.
Pengasas PAS Sabah itu, yang banyak membantu saya membeli makanan laut segar, mendedahkan sisi-sisi gelap warga Negeri di Bawah Bayu, khususnya kawasan penempatan di atas air yang sesak dan nasib hampir 100 keluarga setinggan yang ditimpa kebakaran besar pada tengahari 1 Syawal lalu. Ramai penduduk mengesyaki, dengan disertakan bahan-bahan bukti, bencana itu sebenarnya angkara perbuatan khianat terancang bagi menghalau penduduk; khabarnya satu amalan lazim sang penguasa bersekongkol dengan kapitalis berkepentingan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Ustaz Zaidi awal-awal lagi mempelawa saya turun padang ke daerah pendalaman yang serba kekurangan. Parlimen Kinabatangan diwakili Bung Mokhtar Radin yang menegaskan bahawa kenaikan harga minyak tidak menjejaskan kehidupan orang kampung kerana mereka tidak berkereta.
"Orang kampunglah yang paling terkesan dengan kenaikan itu disebabkan kos pengangkutan, termasuk dengan bot, untuk masuk jauh ke pendalaman segera melambung," kata Ustaz Zaidi.
"Selalunya saudara melawat lokasi di bandar, seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Kali ini elok juga, sempena 50 tahun Sabah merdeka di bawah Malaysia, saudara turun ke kawasan kampung, yang sebenarnya menyimpan begitu banyak masalah," cadang Rahimin Mustafa, Setiausaha Pilihan Raya PAS Sabah sebaik mengetahui saya berhasrat ke Sandakan untuk kali keempat.
Malang sekali, kenderaan rakan Ustaz Zaidi yang sepatutnya mengambil saya dan wartawan kanan, Azamin Amin, jam tujuh pagi Sabtu itu, tiba-tiba rosak. Kami hanya dapat keluar dari bandar Sandakan ketika Zuhur apabila Ustaz Zaidi sendiri turun dari Kinabatangan.
Disebabkan majlis kenduri dan doa selamat, di rumah baru Jamal Azahari, untuk enam keluarga bekas tahanan ISA dijadualkan jam 2 petang, saya hanya dapat bersetuju untuk meninjau kawasan kampung sekitar 50km dari Sandakan. Itupun, kami terlewat hampir tiga jam untuk sampai ke kediaman yang baru siap itu, di Batu 18, selepas solat Asar di masjid berdekatan, Masjid Darul Aman.
"Tak nampak pun suasana meriah Sabah akan menyambut ulangtahun ke-50 merdeka di bawah Malaysia tidak lama lagi," kata saya kepada Ustaz Zaidi, semasa melalui jalan utama, merujuk senario hampir tiada bendera Malaysia dikibar menjelang 16 September nanti. "Tengok itu, bendera BN macam menjadi azimat di sini," sambutnya, menunjukkan rumah dan gerai kecil di tepi jalan. "Tapi, BN itu jugalah yang mengkhianati rakyat di sini, termasuk memungkiri janji mereka semasa kempen PRU13 lalu," pintas saya, sambil kami ketawa kecil.
Kepenatan mengelilingi kawasan pendalaman sekitar Sandakan segera terubat melihat wajah ceria Norhatta Paraji, isteri Jamal Azahari bersama lapan anak-anaknya, termasuk seorang anak tirinya, gadis kecil yang manis (saya baru pertama kali bersua muka dengannya), sambil mereka menikmati hidangan nasi Arab yang disediakan isteri saya, Siti Hawa Samsam. Rempah khas dibawa dari Ampang!
Menu ayam masala dan beriani kambing agak pedas tetapi saya lihat lebih 20 anak-anak menjamu selera dengan asyik sekali.
Saya lebih teruja melihat rumah baru Norhatta yang dapat disiapkan menjelang Aidilfitri lalu, dengan bantuan sumbangan pembaca Harakah, bernilai lebih RM30,000. Su'aidah, adik kepada Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah menjadi pengantara kami dan begitu ringan tulang memantau proses pembinaan walaupun dalam keadaan sarat mengandung. Bayangkan, hanya selepas lima hari melahirkan anak, Su'aidah memaklumkan kepada saya perkembangan terkini rumah tersebut selepas menziarahi Norhatta.
Berbanding tiga kunjungan sebelum itu -- termasuk dua kali bersama Cikgu Norlaila Othman, aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) -- suasana nampak lebih meriah dan girang, apatah lagi dapat mengumpulkan hampir semua keluarga bekas tahanan. "Ibu tak pandai nak luahkan kata-kata tapi dia cukup terharu dengan bantuan yang kami terima, termasuk membawa kami sekeluarga berjumpa ayah di penjara Manila," kata salah seorang anak perempuan Norhatta.
Isteri bekas tahanan, Kontesa Ahadi, ibu Hummayroh Mohidin, pelajar yang dijangka ke Moscow awal Oktober depan, juga dengan sokongan kewangan sepenuhnya daripada pembaca Harakah, tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya.
"Maha Suci Allah, kami tidak pernah menduga pertolongan Allah, melalui usaha Harakah, datang secepat ini. Terima kasih banyak, Alhamdulillah," katanya ramah, dengan wajah berkaca. Kontesa memohon maaf kerana Hummayroh tidak dapat hadir meraikan jamuan kesyukuran. Anaknya berada di Kuala Lumpur ketika itu, mengikuti kursus pendek dan persiapan terakhir sebelum terbang keluar negara dan hanya pulang ke Sandakan pagi Ahad, 8 September.
Petang Ahad itu, Hummayroh dan kedua-dua ibu bapanya terlewat tiba beberapa minit ketika kami sudah pun masuk ke bilik menunggu di lapangan terbang Sandakan untuk berlepas ke KLIA. "Ustaz, minta maaf, kami terlewat, Hummayroh penat dan tertidur tadi. Bila kami sampai airport, nampak Ustaz dan isteri sudah masuk," kata Kontesa, melalui telefon, ketika saya berbaris panjang menuju pesawat.
Sempat saya membaca SMS Ustaz Zaidi: "Terima kasih dan jemput datang Kinabatangan untuk lain kali. Terima kasih juga dengan hidangan nasi Arab yang sedap kelmarin."
Ya, saya melihat keunikan Sabah dan Sandakan khususnya, bukan terhad kepada hidupan laut yang segat dan mengasyikkan, begitu juga keistimewaan tawaran alam semulajadinya, tetapi lebih kepada begitu banyak misteri kehidupan yang belum diselongkar, terutama yang menghimpit warganya dan pendatang, selain menyembunyikan kerakusan kuasa elit pemerintah. Majoriti penduduk negeri yang kaya dengan hasil bumi, khazanah hutan, destinasi pelancongan menarik dan sumber petroleum masih diasak kemiskinan dan kedaifan kemudahan awam.
Peluang menghadiri perasmian mesyuarat agung PAS Sandakan, yang disempurnakan Hamzah, pada pagi Ahad, juga menyuntik harapan tinggi bahawa peluang dan masa depan Parti Islam di Sabah begitu "menjanjikan". Kehadiran perwakilan anak-anak muda, lelaki dan wanita, membayangkan cabaran, tanggungjawab dan potensi besar yang menunggu.
Dan saya cuba, insya-Allah, untuk mengungkapkan isu-isu besar sosio-ekonomi-politik Sabah dalam tulisan akan datang, merujuk pengalaman di Sandakan.
Dalam pada itu, Harakah, dengan kerjasama PAS Batu Sapi bersedia untuk menyalurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Cenderamata, Sandakan. Orang ramai boleh menyumbang terus ke dalam akuan Maybank HARAKAHDAILY DOT COM 5640 7000 0336.

Sumber HD - 13-9-2013
15 tahun Reformasi, RON95 dan menteri cap ayam
Ahmad Lutfi Othman, | 05 Sep 2013 |
Saya mulanya mahu mengimbau kembali nostalgia 15 tahun lalu: Refomasi. Tragedi pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan semua jawatan dalam kerajaan pada 2 September 1998, yang disusuli penyingkirannya daripada keahlian Umno, telah mengubah lanskap politik tanahair.
Majoriti rakyat, khususnya orang Melayu, yang sebelum itu nampak mudah "dijinakkan" dan kelihatan tidak sukar dilentur pendirian politik, tiba-tiba dengan berani bangun menyatakan sikap walaupun diketahui berbeda dengan elit penguasa. Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya, yang panas dengan tembakan gas pemedih mata dan belantan FRU, menjadi gelanggang bermulanya babak politik baru.
Waktu itu, awalnya, saya sendiri agak kebingungan untuk mentafsirkan, apatah lagi mendefinisikan fenomena yang berlaku. Anwar yang menjadi sasaran kritikan dan belasahan dalam siri tulisan saya semasa menjawat Timbalan Perdana Menteri, diangkat sebagai ikon istimewa; bukan sekadar simbol penentangan terhadap kediktatoran, kezaliman, korupsi dan penyalahgunaan kuasa.
Dalam masa singkat, hanya dalam tempoh kira-kira 18 hari, yakni sebelum ditangkap pada malam 20 September, Anwar berjaya menyampaikan "pendidikan politik" dengan cukup berkesan kepada audien yang membanjiri kediamannya di Jalan Setiamurni, Bukit Damansara dan yang memeriahkan siri jelajahnya di seluruh negara.
Muncul ramai aktor baru politik, yang selama ini bagai tidak peduli dengan perkembangan siasah, dan mungkin membencinya. Anak-anak muda, lelaki dan wanita, termasuk golongan berpendidikan tinggi dan kelas menengah, bersuara lantang di jalan-jalan raya. Gema "reformasi" seakan berjaya menggoncang Seri Perdana serta membingitkan telinga Dr Mahathir Mohamad.
Zaman rakyat akur apa saja titah pemerintah sudah berlalu. Daleh Dr Mahathir berkaitan kejijikan akhlak untuk memecat Anwar ditolak mentah-mentah. Umum dapat memahami bahawa punca kepada segala konflik dan pertembungan ketika itu adalah KUASA. Kuasa mewajarkan fitnah, penipuan, pembohongan, penindasan dan pengkhianatan. Seorang rakan karib boleh bertukar seteru ketat hanya kerana mempertahankan takhta.
Isu-isu yang sebelumnya dianggap abstrak dan sukar difahami (juga pernah mengecewakan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1995), seperti hak asasi manusia, kewibawaan badan kehakiman, manipulasi jentera kerajaan, kebebasan akhbar, rasuah, keadilan, kronisme, transparensi pengurusan dana awam dan integriti institusi awam, misalnya PDRM dan SPRM (waktu itu BPR), menjadi basahan bibir.
Namun begitu, berbanding dengan rakan sejawatnya, Sukarno di Indonesia, Dr Mahathir tetap dapat bertahan, malah penguasaan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dalam PRU10 pada November 1999 tidak terjejas.
Peningkatan sokongan kepada Barisan Alternatif (menggabungkan PAS, Keadilan, DAP dan PRM) di bandar-bandar besar -- yang selama ini sukar mendapat tempat -- terutama sekitar Lembah Klang memang ketara sekali, tetapi ia belum cukup untuk memenangkan kerusi Parlimen yang ditandingi.
Di kala pengundi Melayu sederap bangun memprotes, sehingga Terengganu tumbang (BN hanya tinggal 4 kerusi berbanding jumlah 32 Dun, manakala sifar di peringkat Parlimen), masyarakat Tionghua dan India menjadi penyelamat kepada BN. Sentimen perkauman dieksploitasi dan menjadi benteng kebal buat Umno-BN (bukan saja 15 tahun lalu, malah masih berbisa sehingga kini, seperti ditunjukkan dalam PRU13, walaupun dalam bentuk berbeda).
Apakah Reformasi yang dicetuskan pada hujung 1998 itu boleh disifatkan belum matang dan telah kecundang di tengah jalan? Seorang rakan berpendapat, Indonesia sememangnya berbeda dengan kemajmukan politik Malaysia untuk diimport 'kejayaan' reformasi mereka. Benarkah kerana Dr Mahathir gagal dijatuhkan, sama ada melalui tekanan demonstrasi ataupun pilihan raya 1999, maka bermakna Reformasi kini hanya terselit dalam lipatan sejarah?
Tiga bulan sebelum Anwar dipecat dan kemudiannya melancarkan Deklarasi Permatang Pauh pada 12 September 1998, saya menulis dan menerbitkan buku berjudul Layakkah Anwar Ketua Reformasi?: Mencari pemimpin berjiwa rakyat, perangi korupsi, hindari nepotisme, telus dan luhur akhlaknya.
Saya memang dilihat mencurigai keupayaan Anwar untuk menggerakkan perubahan seutuhnya memandangkan prestasi beliau dalam Umno, dan saya dikritik hebat penyokongnya. Saya dikatakan lebih menanggapi Anwar sebagai mangsa kezaliman yang teraniaya daripada sosok seorang wira atau pejuang keadilan.
Apa pun, dalam diam, saya tetap akur dan memandang tinggi faktor Anwar, yang mampu menggembleng setiap potensi kekuatan (walaupun selama ini "berbeda kutub") untuk bersama-sama merintis perubahan. Dan buku-buku saya, susulan pemecatan Anwar cukup laris di pasaran, sehingga jumlah cetak-rompak lebih tinggi berbanding naskhah tulen!
Ya, riuh-rendah bantahan kepada Umno-BN dan regim Dr Mahathir di lapangan tidak semestinya diterjemahkan dalam bentuk undi semasa pilihan raya. Ruang memperbaiki diri dimanfaatkan (sekurang-kurangnya untuk mengubah persepsi) dalam tempoh hampir lima tahun, termasuk pengunduran Dr Mahathir menjelang PRU2004. Dan rakyat lebih tersilau dengan paparan imej penggantinya, Mr Clean, Abdullah Ahmad Badawi
"Politik Malaysia selepas 2 September 1998 tidak akan sama lagi dengan sebelumnya." Saya masih ingat kata-kata penyanyi Ito, walaupun dilafazkan sejurus kekalahan besar Barisan Alternatif pada pilihan raya Mac 2004 yang menyaksikan BN di bawah Abdullah menang lebih 90 peratus jumlah kerusi Parlimen.
Saya tertarik dengan ungkapan Ito itu. Kemenangan luarbiasa Abdullah hanya sementara. Rakyat bersedia untuk memberi peluang kepada pimpinan baru, tetapi penghakiman mereka tetap kritis dan teropong penilaian semakin tajam. Proses pembodohan umat yang direncanakan para strategis Umno-BN tetap berjalan namun minda orang ramai kian terbuka.
Cuma, ada rakan-rakan penyokong Pakatan Rakyat agak keliru dengan situasi selepas PRU13. "Pencapaian kita jauh lebih baik berbanding PRU12 walaupun kalah di Kedah. Pakatan menang hampir semua ibu-ibu negeri. Najib Razak sendiri mengakui BN perlu bertindak proaktif dan melakukan penyesuaian sebelum disokong semula pengundi bandar. Soalnya, mengapa saya lihat ramai pemimpin dan aktivis Pakatan seperti patah semangat, hilang motivasi dan lebih bertembung sesama sendiri," kata seorang daripadanya.
"Kebimbangan saya bukan rakyat jemu dengan Pakatan tapi saya risau dengan komitmen pemimpin Pakatan untuk terus mendekati rakyat. Meningkatkan kesedaran politik orang Melayu, memahami sensitiviti dan minda terkurung mereka, terutama mengenai isu-isu kemelayuan dan keagamaan," tambahnya, separuh curiga.
"Masa depan Pakatan cerah," pintas seorang lagi rakan, "cuma takut kita terlalu mengambil mudah sehingga tidak berusaha melakukan penambahbaikan. Atau terlalu pesimis sehingga hilang semangat untuk bersaing dengan Umno-BN. Pakatan perlu tonjolkan lebih ramai pemimpin muda berketrampilan. Sampai masanya fikirkan generasi selepas Tok Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi Awang dan Lim Kit Siang."
Opps ... sebenarnya saya mahu menyinggung isu kenaikan harga petrol RON95 dan diesel (di kala rakyat menggelupur diasak kenaikan kos sara hidup), serta peningkatan hutang rasmi kerajaan daripada RM502 bilion kepada RM650 bilion. Padah buruk perbelanjaan boros kerajaan, termasuk yang bocor melalui amalan korupsi tidak terkawal, mahu dipindahkan menjadi bebanan rakyat.
Jaminan penjimatan subsidi untuk kesenangan majoriti rakyat, selain janji-janji kosong mahu meningkatkan efisiensi sistem pengangkutan awam, tidak dapat ditelan lagi. Ikrar untuk menambah bayaran saguhati BR1M dalam Bajet 2014 juga tidak dapat mengurangkan beban rakyat, selain menambahburuk lagi ekonomi negara. Apatah lagi sektor masyarakat yang tidak layak mendapat subsidi BR1M (berpendapatan lebih RM3,000 sebulan) juga terperangkap dalam lingkaran ganas kemiskinan bandar.
Mengenangkan pemilik kenderaan sanggup bergegas beratur panjang untuk mengisi tangki minyak pada malam Selasa lalu, beberapa ketika sebelum harga dinaikkan, saya tertanya-tanya apakah yang tersirat di sebalik "kesungguhan" itu ...
Lebih pelik apabila sang menteri pengguna, Hasan Malek, terus ghairah memperbodohkan rakyat apabila buat lawak-bodoh bahawa kenaikan harga minyak hanya menyebabkan peningkatan harga barangan hanya sebanyak 0.1 peratus!
Semasa Ramadan lalu, ketika harga ayam naik, menteri sama mencadangkan agar pengguna menukar selera kepada menu selain ayam!

Sumber HD - 5-9-2013
Lesunya Merdeka, integriti polis dan pembunuh upahan
Ahmad Lutfi Othman, | 05 Sep 2013 |
Tidak ramai yang terkejut -- malah mungkin kebanyakan kita tidak lagi ambil peduli -- tentang suasana sambutan kemerdekaan ke-56, khususnya apabila kempen mengibarkan Jalur Gemilang begitu lesu sekali.
Orang ramai menjalani kehidupan seperti biasa, bagai tidak terusik dengannya, walaupun Perdana Menteri telah melancarkan kempen tersebut di Sungai Petani, Kedah pada 16 Ogos lalu.
Seminggu menjelang 31 Ogos, sarjana politik, Dr Mohamad Agus Yusoff melalui akaun Facebook beliau, selepas menggambarkan situasi meriah menyambut merdeka di beberapa negara, berdasarkan pengalamannya sendiri, seperti Indonesia, Singapura, Korea Selatan dan Liechtenstein (semuanya dalam bulan Ogos), telah menyimpulkan realiti di Malaysia: "Saya dapati inilah tahun paling lembab dan lambat kita menguruskan soal mengibarkan bendera kemegahan kita. Saya kesal."
Pada 30 Ogos, sehari sebelum tarikh keramat, aktivis sosial Hishamuddin Rais dalam kolumnya di Malaysiakini mengungkapkan dengan lebih "tragis" hal kibaran bendera itu: "Lihat di jalan raya. Buka mata dan pandang. Amati betul-betul. Di jalan raya tidak ada teksi. Tidak ada kereta persendirian. Tidak ada bas. Tidak ada van. Tidak ada bas sekolah. Tidak ada mat rempit. Tak ada kenderaan apa pun yang sedang mengkibarkan Jalur Gemilang.
"Pada tahun ini lori bawa pasir pun tidak mengibarkan bendera. Selalunya lori pasir akan memasang bendera agar dilihat patriotik. Pasang bendera untuk menghindarkan dari ‘kena pau' oleh mata-mata yang sentiasa mencari kesalahan lori pasir."
Walaupun patriotisme dan kecintaan kepada tanahair tidak boleh diukur hanya melalui kibaran bendera, namun hati kecil sebahagian kita tentu diasak persoalan (tapi saya kira lebih ramai lagi yang tidak kisah pun), mengapa keadaan suram ini berlaku?
Apakah majoriti rakyat, khususnya anak muda, sudah tidak menghargai atau jahil untuk menilai nikmat kemerdekaan, ataupun benarkah mereka sudah muak dengan kempen tersirat kerajaan yang mahu mengaitkan perjuangan membebaskan negara daripada penjajah dibolot mutlak oleh Umno?
"Umno adalah anak emas penjajah, yang melakukan perundingan dan bukannya perjuangan kemerdekaan," kata seorang aktivis mahasiswa dalam satu pertemuan di Harakah tidak lama dahulu. "Sejarah pembinaan negara wajar ditulis semula," tambahnya. "Apakah anda setuju," saya mencelah, "bahawa pemimpin Umno cukup licik memperalatkan semangat kebangkitan orang Melayu sehingga mereka dilihat sebagai pemenang?" Pintasnya cepat: "Penjajah memang mahukan Umno dan sekutunya menjadi pewaris."
Saya tidak mahu mengulangi pengkisahan semula perjuangan memerdekakan Tanah Melayu, yang bukan hanya bermula dengan penentangan Malayan Union, malah sejak awal penjajahan lebih 500 tahun lalu, dengan pembabitan kelompok lebih meluas, termasuk para ulamak dan tok-tok guru, berdasarkan konsep dan falsafah kemerdekaan yang lebih kudus. Bagi saya, semua pahlawan bangsa harus diiktirah
Cuma, ada kritikan, dan fenomena ini berlaku pada banyak negara, iaitu pejuang sebenar kemerdekaan dilihat agak naif, senang mempercayai dan mudah dieksploitasi ketika "buah mahu dipetik". (Tiba-tiba saya terkenangkan anugerah Pahlawan Umat yang dikhususkan buat Dr Burhanuddin Al-Helmi pada 2011. Apakah ahli-ahli PAS sendiri menghayati perjuangan luhur tokoh agungnya itu?)
Apa pun, sekurang-kurangnya peringatan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam perutusannya pada 30 Ogos lalu elok untuk direnung: "Merdeka memiliki makna yang lebih dalam berbanding perkataan ‘Kebebasan’. Ia bukan sekadar persoalan dibebaskan dari cengkaman penjajahan atau penindasan asing jika ia kemudian digantikan dengan penindas di tanah air sendiri yang barangkali lebih rakus dan tamak. Merdeka bermaksud bebas dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk dan negara dipacu ke arah baru menuju keadilan, kebebasan, demokrasi dan kemuliaan insan."
Dalam perutusan sama sempena kemerdekaan, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menekankan: "Misi yang amat berat masih terpundak di bahu kita. Memerdekakan negara dari penjajah seterusnya memerdekakan jiwa manusia dari penjajahan pemikiran. Marilah kita menyatakan ikrar kesungguhan membebaskan diri dari belenggu penjajahan minda yang masih berlangsung. Perjuangan kita belum tamat. Selagi wujud kuasa yang menafikan Islam sebagai solusi, selagi itulah penindasan tetap akan berlaku."
Saya turut tertarik dengan laporan Bernama; Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' A Thaiveegan berkata, semangat patriotik bukan hanya sekadar mengibar Jalur Gemilang tetapi perlu ditunjukkan dengan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti bertentangan dengan undang-undang. Beliau yakin seseorang insan yang cintakan tanah air, tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan tidak bermoral, malah akan sentiasa berbakti kepada negara.
Thaiveegan berbicara dalam konteks masyarakat India yang dikaitkan dengan kegiatan kongsi gelap, tetapi saya kira aktiviti tidak bermoral juga mempunyai pengertian lebih meluas, termasuk korupsi, salahguna kuasa, pecah amanah dan penipuan (demi mengekalkan kuasa pemerintahan).
Kartunis Zunar, dalam wawancara dengan portal radio internet, Durian FM, mengenai Merdeka dan Patriotisme. merumuskan bahawa "patriotisme paling tinggi adalah menentang pemerintah zalim dan rasuah." Nah, bagus sekali, kan?
Tapi, bagaimana dengan cadangan kerajaan mewujudkan undang-undang mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan, hatta swasta, mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan bulan kemerdekaan? Itulah mentaliti penguasa yang hanya tahu memaksa dan menguatkuasakan peraturan, seterusnya menghukum.
II.
Ops Cantas yang dilancarkan PDRM merupakan tindakan proaktif yang wajar dipuji, walaupun bagi sesetengah pihak, ia dianggap agak terlewat. Keselamatan rakyat dan ketenteraman awam tidak boleh dikompromi sehingga seolah-olah keamanan bergantung kepada ehsan penjenayah.
Kawasan kejiranan sudah menjadi tempat larangan, yang harus dikawal 24 jam. Dan saya dimaklumkan, masih ada kawasan penempatan tertentu, termasuk di sekitar ibu kota, yang kelihatan seperti menjadi 'sarang penjenayah' apabila pihak polis sendiri "gerun" untuk memasukinya.
"Kalau ada keperluan, bukan polis yang masuk ke kawasan tersebut disebabkan risiko keselamatan, tetapi wakil penduduknya yang dipanggil keluar untuk berjumpa polis," dakwa sumber. Saya sukar mempercayai situasi seumpama zaman darurat itu masih berlaku, apatah lagi di negeri termaju!
Saya mengharapkan ia suatu imiginasi liar dan bukannya realiti walaupun sumber itu cuba meyakinkan saya bahawa itu memang bukan ilusi.
Pasukan keselamatan kita mesti diperkasa, bukan saja daripada segi pertambahan jumlah anggota (terutama yang terlibat langsung dalam pencegahan jenayah) dan modenisasi keperluan logistiknya, tetapi juga dalam aspek integriti dan kewibawaan.
Laporan Sin Chew Daily 28 Ogos, meskipun dinafikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, cukup merisaukan. Akhbar itu melaporkan Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.
"Siapa kata? Setakat ini saya tidak pernah dengar penglibatan sebarang ahli politik dalam kumpulan kongsi gelap," kata Khalid. Saya tertarik dengan istilah yang digunakannya, "tidak pernah dengar".
Isu integriti pihak polis belum berjaya ditangani dengan baik, sementalahan cadangan IPCMC yang dikemukakan suruhanjaya diraja yang dianggotai, antaranya oleh tiga bekas Ketua Hakim Negara, belum direalisasikan. Orang mudah mempercayai jika ada tuduhan rambang bahawa pasukan polis kita mudah "cair dengan rasuah" walaupun tidak disertakan bukti. Kenapa ya?
Pasukan narkotik pula dilabelkan "mudah dibeli" sehingga penyeludupan dan pengedaran dadah terus menjadi-jadi. Senjata api pula mudah bolos daripada negara jiran. Penjara bukan lagi tempat pemulihan dan bahan-bahan terlarang, seperti dadah, bebas keluar-masuk. Ya, malang sekali jika dakwaan ini benar.
Insiden Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Dato' Shaharuddin Ibrahim, yang mati ditembak di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi, dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, akhir April lalu, menimbulkan tanda tanya tentang keselamatan pegawai awam yang berintegriti.
Sehingga kini, penembaknya belum dapat dikenal pasti dan dibimbangi pembunuhan nekad itu ada kaitan dengan sikap Allahyarham yang tegas membanteras jenayah. Anak Shaharudin, Mohd Akhtar memberitahu media bahawa bapanya telah ditembak mati selepas menyiasat sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
Mohd Akhtar juga mendakwa bapanya telah memberi amaran kepada pegawai atasan mengenai rasuah sambil menambah Shaharuddin menerima surat pemindahan selepas tindakannya itu. Presiden Persatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Ibrahim Ahmad mengesahkan bahawa Shaharuddin dijadualkan akan dipindahkan sebulan sebelum beliau dibunuh.
Lebih digeruni jika satu ketika nanti, wartawan yang membongkar kes jenayah pula menjadi sasaran pembunuh upahan!
Seperti orang lain, saya amat mengharapkan, integriti pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan dapat dipulihkan segera dan usaha ke arah itu harus disokong sepenuhnya, termasuk komitmen menangani percambahan kongsi gelap.

Politik Kedah dan buku Pak Lah
Ahmad Lutfi Othman, | 17 Ogs 2013 |
Cuti Aidilfitri lalu, saya tidak sempat beraya lebih lama di kampung halaman - Kg Raja, Tunjang, Kubang Pasu. Hanya dua hari satu malam. Agak kalut menyusun jadual. Apa pun, terubat juga kerinduan walaupun dua tiga temujanji dengan rakan-rakan lama terpaksa ditangguhkan.
Ia kunjungan pertama saya -- balik kampung -- selepas PRU13, yang menyaksikan Kedah dirampas semula BN. Sebelumnya, sehari sebelum mengundi, saya ditemani isteri meninjau rambang situasi politik sekitar Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra dan Jerlun, dalam keadaan bimbang Kedah terlepas kepada BN. Peliknya, teman-teman dalam PAS yang "berhempas-pulas" di lapangan tidak langsung berkongsi kerisauan itu. Mereka kelihatan yakin Pakatan Rakyat mampu bertahan.
Semasa menghadiri Seminar Pemikiran Ustaz Fadzil Noor, di Alor Setar, 19 Jun lalu, saya gagal untuk mencuri peluang singgah di desa kelahiran. Polemik punca kekalahan Pakatan menerajui Jelapang Padi buat penggal kedua hanya riuh di meja makan semasa seminar berhenti rehat. Pandangan lebih menjurus kepada kelemahan diri.
Saya sebenarnya lebih teruja untuk menyelami getaran rasa penyokong akar umbi berbanding analisis kepemimpinan parti. Sama-sama merasai kepedihan apabila kemenangan gagal dipertahankan. Dan tekaan saya tidak jauh tersasar; aktivis di peringkat bawah lebih senang untuk mengkoreksi diri dan bermuhasabah, tanpa menafikan sistem dan proses pilihan raya berjalan penuh ketempangan.
"Tidak mudah untuk kita bangkit semula selepas kalah ketika berkuasa," kata seorang daripadanya sambil mengharapkan bedah-siasat terperinci dilakukan secara jujur. "Kelantan memerlukan 12 tahun, itu pun hasil Angkatan Perpaduan Ummah dan Terengganu hampir 40 tahun melalui Barisan Alternatif," tambahnya. Dua tiga orang yang lain cuba meyakinkan saya bahawa kekalahan di Kedah banyak berpunca daripada masalah dalaman, termasuk perebutan menjadi calon.
Saya menyanggah dengan meminta sokongan fakta atas dakwaan mereka itu. "Kami tak mahu berdebat, tapi tengoklah sendiri apa perubahan di Kedah. Semangat ahli-ahli juga jatuh merosot, pada petang hari mengundi pos-pos kita lengang sedangkan markas BN penuh," jelas seorang jiran yang ternyata kecewa apabila masyarakat Melayu tidak dapat "dijinakkan" selama lima tahun PAS menerajui kuasa.
"Dulu hang sendiri tulis, di Kedah, PAS kalah bukan kerana pengundi Melayu tak sokong tetapi disebabkan orang bukan Melayu tetap setia dengan BN. Peratusan Cina dan India agak besar berbanding negeri-negeri Melayu, Kelantan dan Terengganu. Tapi, sekarang bila masyarakat Cina habis-habisan menyokong Pakatan, kenapa kita boleh kalah? Mengapa orang Melayu beralih undi?" sambungnya, mengharapkan jawapan.
Mulanya mahu saja berhujah terus tetapi saya memilih untuk mendengar dan mengamati keluhan mereka. Bukankah kita seringkali mengambil mudah rungutan dan suara hati mereka? Saya agak terpukul bila salah seorang mencelah: "Takkan takda langsung kelemahan dan kesalahan kita? Dulu kita minta mandat lima tahun dan pengundi sudahpun menunaikannya. Jadi, tentu ada sebab mengapa sekarang kepercayaan itu ditarik balik?"
"Betul Lutfi, pengundi terpengaruh dengan janji-janji BN, terutama untuk menaikkan kadar bayaran BR1M hingga RM1,2000, dan lain-lain bantuan," sambut rakannya yang lebih muda, "tetapi kita pun pegang kerajaan juga, sudah tentu ada kemudahan untuk lebih mendekati rakyat, turun bersama mereka, tapi bagaimana pula dengan prestasi wakil-wakil rakyat kita? Ataupun, apakah rakyat Kedah jahil tentang apa yang kita buat selama ini, jadi di mana salahnya jentera penerangan kita?"
Dan sembang-sembang malam raya ketiga itu berlarutan melewati dinihari. Semua setakat menyuarakan keresahan, meluahkan impian, tetapi tidaklah sampai menyerah kalah. Tetap optimis bahawa kemenangan boleh saja berulang asalkan segala kelemahan diperbaiki dan sistem pilihan raya yang penuh tipu daya ini segera dipulihkan.
"Macamana dengan desakan Pengerusi SPR dan timbalannya letak jawatan? Dah senyap tak berbunyi? Lagi satu, aku dengar dari jauh, masa depan Pakatan Rakyat seperti ada masalah aja?" Saya agak tersentak dengan soalan provokasi itu. Tapi rasa mengantuk amat sangat menyebabkan saya tidak terdaya untuk membalasnya. Ya, tidak semestinya setiap soalan dijawab segera, 'kan?
II.
Saya belum membaca buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia. Gagal mencarinya di toko-toko buku. Seperti orang lain, saya tertarik dengan promosi percumanya. Bagus juga. Sekurang-kurangnya masyarakat menyedari kehadiran buku yang dikendalikan dua penganalisis politik berwibawa, Dr Bridget Welsh dan Prof James Chin.
Jika tidak dikritik secara terbuka dalam media Umno, mungkin koleksi esei 620 halaman itu sukar mendapat tempat di hati pembaca, apatah lagi di musim perayaan ini. Daya penariknya dikatakan merujuk wawancara bersama bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, terutama berkaitan jawapannya terhadap perselisihan dengan Dr Mahathir Mohamad.
Semasa giat menjelajah seluruh tanah air untuk "membelasah" Abdullah, saya sempat mengikuti empat ucapan Mahathir, termasuk di Alor Setar dan Kota Bharu. Tentulah bidasan terbuka Mahathir itu memberikan banyak ilham kepada saya tetapi -- seperti gaya lazim Mahathir -- kandungan ucapannya, terutama menyerang Khairy Jamaluddin, boleh dikira keterlaluan, emosional dan boleh dipertikai rasionalitinya.
Abdullah memilih untuk tidak menjawab. Mungkin disebabkan personalitinya yang tidak gemar berdepan kontroversi, apatah keupayaannya untuk bertembung langsung dengan Dr Mahathir agak terbatas. Saya yakin jika Abdullah juga pendebat yang baik, seperti Anwar Ibrahim misalnya, banyak argumen Dr Mahathir mudah untuk diremehkan begitu saja. Ataupun Abdullah yang masak dengan perangai Dr Mahathir tidak bersedia membazir waktu untuk melayan karenah bekas bosnya yang hanya mahu memaksa pandangan beliau kepada orang lain.
Sikap Mahathir terhadap Abdullah berubah hanya kerana pewaris takhtanya itu cuba menjarakkan diri (proses de-Mahathirisation), selain menangguhkan projek meganya dan kelihatan mempunyai caranya tersendiri untuk mentadbir negara. Abdullah bukan lagi budak yang boleh disuruh-suruh Mahathir dan ini begitu mengejutkannya.
Keterbukaan Abdullah tidak boleh dinafikan walaupun dalam masa sama ia dilihat sebagai sisi lemahnya. Kekerapan Harakah sendiri, yang dipancung penerbitannya oleh Dr Mahathir, daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan selepas Pilihan Raya Umum 1999, telah dikembalikan oleh Abdullah pada pertengahan 2008. Ya, ketika BN mendapat tamparan paling hebat dalam PRU12.
Dalam buku Wacana Baru Politik Malaysia (2012), Muhammad Takiyuddin Ismail dan Dr Ahmad Fauzi Abd Hamid dalam esei Umno dan Konservatisme mencatatkan: "Selain dari personalitinya yang tidak seagresif Mahathir dan gemar menggunakan pendekatan lunak, beliau (Abdullah) berikrar untuk bersikap lebih mendengar, membawa tenaga-tenaga muda sebagai penasihatnya, melakukan liberalisasi ekonomi, melakukan pertautan dengan masyarakat sivil dan golongan proreformasi, melancarkan agenda integriti dan pembanterasan rasuah, membuka lebih banyak ruang kebebasan dan memperbaiki tadbir urus demokratik."
Beberapa perubahan yang ingin diusahakan Abdullah, seperti mengurangkan projek mega menerima rasa tidak senang daripada elit ekonomi dan juga perwakilan dalam Umno. Pembebasan Anwar juga menerima reaksi negatif daripada Umno sendiri. Reformasi institusi terpenting iaitu Suruhanjaya Bebas dan Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) tidak dapat dilaksanakan ekoran tentangan pasukan polis dan Umno.
Dua badan lain yang ditubuhkan -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC) terpaksa dilaksanakan dalam versi yang dilembutkan berikutan tentangan Umno. Permohonan terhadap badan kehakiman (ekoran kes pemecatan Tun Salleh Abas dan Hakim Mahkamah Agung, 1988) juga ditolak oleh kabinet.
Namun begitu, Abdullah juga terperangkap dengan putaran ganas politik wang, rasuah dan kronisme. Beliau turut tenggelam dengan penyakit yang menimpa elit penguasa walaupun ada usaha untuk melakukan pembaharuan.
Dalam Umno, Abdullah dilihat bukan seorang strategis yang taktikal-licik dan kesalahan terbesarnya ialah membubarkan Parlimen sewaktu terlalu banyak isu kritikal yang mencengkam rakyat belum diselesaikan. Lagi pula Umno merasakan mereka lebih memerlukan pemimpin yang mempunyai watak keras, seperti Mahathir, bukannya bersikap lunak dan terbuka kepada pembangkang.
Kita menunggu episod seterusnya, terutama reaksi Dr Mahathir terhadap Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia dan bagaimana pula respons Najib Razak yang dianggap budak suruhannya. Selama ini faktor Abdullah bagai sudah dilupakan; mampukah kontroversi buku ini menimbulkan gelombang baru dalam Umno atau pun riak kecil di permukaan akan mudah hilang?

Sumber HD - 17-8-2013
Apabila polis berkomplot dengan penjenayah...
Ahmad Lutfi Othman, | 02 Ogs 2013 |
Bumi Mesir terus menggelegak. Darah syuhada di bumi para anbiya itu mengalir deras. Pesta pembunuhan seolah-olah baru bermula. Rakyat dengan tangan kosong ditembak di kepala, bertujuan untuk membunuh.
Ikhwanul Muslimin kembali meniti liku-liku sukar sepertimana 60 tahun dulu. Tuduhan palsu berulang untuk mensabitkan pemimpinnya, termasuk Morsi, dengan jenayah berat, yang mungkin membawa hukuman mati.
Kudeta tentera yang menguburkan suara rakyat mendedahkan bukan saja hipokrasi Barat yang selama ini kononnya mempamerkan imej wira demokrasi tetapi menyerlahkan sikap lapuk kerajaan Malaysia sendiri, yang "tidak mahu campur tangan". Dua ahli Parlimen DAP, V Sivakumar dan Liew Chin Tong membidas: "Jika Malaysia tidak bersuara untuk kebenaran, keamanan, hak asasi manusia dan demokrasi di dunia Muslim, negara mana lagi yang akan bersuara?"
(Sikap negara Islam khususnya di Timur Tengah lebih aneh lagi. Seperti kata Prof Dr Redzuan Othman, ketika saya menemubualnya, pertengahan Julai lalu: "Anehnya, rampasan kuasa di Mesir bukannya dikutuk, tetapi sebaliknya dijanjikan dengan bantuan kewangan. Arab Saudi dan beberapa negara Teluk yang merupakan sekutu kuat AS dan amat khuatir dengan perluasan pengaruh Ikhwanul Muslimin menjanjikan bantuan sebanyak USD12 billion kepada Mesir sebaik-baik sahaja Morsi dilucutkan jawatan oleh tentera.")
Najib Razak seperti menunggu restu Amerika Syarikat dan kuasa Eropah sebelum memberi respons lebih tegas. Tiga isu besar didiamkan: Kerajaan yang dipilih secara demokratik digulingkan; presiden terus ditahan secara misteri; dan penyokongnya yang memprotes dibunuh.
Gerakan Islam dan masyarakat sivil, termasuk di Malaysia perlu lebih proaktif. Justeru, saya menyokong sepenuhnya gesaan Cikgu Azmi Abd Hamid dan gabungan NGO Muslim agar digerakkan satu demonstrasi besar-besaran di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur, setidak-tidaknya menyamai himpunan raksasa Bersih.
Ya, salurkan juga bantuan kewangan, sekurang-kurangnya untuk membiayai juadah iftar dan sahur demonstran di Dataran Rabaah Adawiyah, Kaherah, sambil merebut kelebihan 10 hari terakhir Ramadan, selain pahala berlipat ganda memberi makan orang berbuka puasa. Ada rakan-rakan di sana yang boleh menyampaikan terus kepada aktivis yang istiqamah berkhemah menuntut keadilan, insya-Allah.
Dalam negara pula, maruah dan integriti pihak polis - juga keupayaan kerajaan persekutuan untuk menjaga keselamatan - terjejas dengan cukup teruk-dahsyat apabila siri tragedi pembunuhan dan tembakan di siang hari menggunakan senjata api, tanpa motif rompakan atau samun, semakin berleluasa.
Lebih buruk jika ada anggapan bahawa keselamatan kini seolah-olah terletak di atas ehsan penjenayah! Pelik bunyinya tetapi kita bimbang jika benar negara hanya selamat kerana penjenayah tidak mahu membuat onar, tetapi sekiranya mereka mengamuk, ketenteraman akan punah.
Malah, kes tembakan "whistleblower" Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan di satu persimpangan jalan di Bahau, 27 Julai lalu, juga dikaitkan hubungan polis dengan kongsi gelap dan pembunuh upahan. Beberapa jam sebelum ditembak, Sanjeevan menulis di Twitter, seorang anggota polis mengancam memberi senjata kepada anggota sebuah sindiket untuk menembak rumahnya.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang juga Penaung MyWatch tidak menolak kemungkinan percubaan membunuh Sanjeevan itu ada kaitan dengan pendedahannya mengenai komplot polis-penjenayah. Khususnya berkaitan sindiket pengedaran dadah, sudah menjadi rahsia umum mengapa jenayah tersebut sukar dibendung, dan antara puncanya ialah "pakatan sulit" yang terus terjalin...
Secara peribadi, saya pernah mendengar perbualan sesama pegawai polis, "daripada sibuk dengan tugas mengawasi pergerakan dan aktiviti pemimpin politik pembangkang, lebih baik aku dipindahkan ke bahagian narkotik, senang buat duit..." Alamak, terkejut beruk saya dengan bicara itu, sekitar 24 tahun lalu, dan saya tidak menganggapnya satu jenaka.
Ia turut mengingatkan kita kepada insiden Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Dato' Shaharuddin Ibrahim, 58, yang maut ditembak tiga das di leher dan kepala, akhir April lalu, dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi, di persimpangan lampu isyarat.
Shaharuddin dikatakan seorang pegawai awam yang berintegriti tinggi dan tidak bersedia berkompromi dengan jenayah berkaitan kastam. Allahyarham akhirnya membayar harga mahal dengan prinsip yang digigitnya itu.
Soalnya, apa mesej atau isyarat jelas daripada kes tembakan dan pembunuhan secara terbuka, di siang hari, menggunakan senjata api ini? Bagaimana senjata berbahaya tersebut dapat beredar dengan mudah dalam negara yang mengenakan penalti cukup berat, iaitu mati mandatori?
Dalam masa sama, bandar-bandar di Malaysia, khususnya Kuala Lumpur mungkin akan tersenarai di antara kota paling tidak selamat di dunia, dan tanggapan itu tidak lagi satu persepsi, malah terkandung dalam tinjauan internet. Pasukan polis kita akan dicurigai; tentunya ia memburukkan lagi situasi, termasuk pada kacamata pelabur dan pelancong asing. Manakala krisis keyakinan ke atas kecekapan, independen dan profesionalisme polis amat sukar disekat lagi.
Kenyataan Lim Guan Eng mengenai jawapan Menteri Dalam Negeri bahawa hanya 9 peratus anggota polis terlibat langsung dalam membanteras jenayah juga mengejutkan. Katanya, bilangan itu patut dinaikkan ke tahap 50 peratus. (Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching, Menteri Dalam Negeri berkata, "sejumlah 112,583 anggota polis berpakaian seragam, 10,150 (9 peratus) berada dalam Jabatan Siasatan Jenayah, 4224 (3.8 peratus) dalam Siasatan Jenayah Narkotik dan 1,663 (1.4 peratus) di Jabatan Siasatan Komersial.")
"Penekanan utama Kerajaan Persekutuan menumpukan semula pasukan polis dalam membanteras jenayah dan bukannya berurusan dengan musuh politik BN," kata Setiausaha Agung DAP itu. Dan jawapannya masih tersangkut di atas penangguhan IPCMC, seperti dicadangkan Suruhanjaya Diraja, 2006, yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaidin Abdullah. (Antara ahli-ahli lain suruhanjaya tersebut ialah dua lagi bekas ketua hakim, Tun Salleh Abas dan Tun Zaki Azmi, serta bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar).
Sejak merdeka, Perikatan dan kemudiannya BN sentiasa memanipulasi isu keselamatan bagi menjamin survival kuasa mereka, seolah-olah parti oposisi lain langsung tidak berperanan untuk menstabilkan tanah air. Apakah dengan peningkatan kadar jenayah berat, yang kini menimbulkan suasana cemas rakyat - apatah lagi polis dikatakan berkomplot dengan penjenayah - bagai aksi filem Tamil-Hindi, maka ia turut memberi kesan kepada lanskap politik negara, meskipun PRU13 baru saja berlalu?
Bagi saya, faktor keselamatan dan ketenteraman awam bukan suatu permainan atau bahan dagangan politik. Kerajaan Persekutuan yang dipertanggungjawabkan gagal menunaikan amanah maha penting ini. Apakah kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat perlu mengambil inisiatif tersendiri bagi mengatasi krisis serius ini, selain membekal dan memasang lebih banyak CCTV di lokasi strategik dan kritikal?
Soalnya, bolehkah kerajaan negeri, menggunakan sumber kewangan sendiri untuk membentuk pasukan beruniform bagi memastikan keselamatan orang awam daripada jenayah? (Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar Unit Agama PDRM dapat ditransformasikan kepada Kor Agama).
Di Mesir, tentera yang diharap mempertahankan kedaulatan rakyat - dan dipercayai pemerintah, khususnya Morsi yang cukup bersangka baik - akhirnya telah mengkhianati dan menikam balik. Sementara polis Malaysia dibimbangi terjebak dalam perangkap "harapkan pagar, pagar makan padi". Ya, sungguh menakutkan jika itu benar-benar berlaku!
Secara peribadi, saya amat mengharapkan Najib, dalam sidang Parlimen September akan datang, dapat mengemukakan rang undang-undang bagi memastikan IPCMC benar-benar dapat direalisasikan. Titik!

Sumber HD - 2-8-2013
Apa khabar fasa akhir Ramadan?
Ahmad Lutfi Othman, | 29 Jul 2013 |
Mulanya saya tidak berhasrat mengisi kolum Catatan Hujung ini. Keuzuran memang membataskan. Tetapi, letih dan penat pada bulan Ramadan sebenarnya satu kenikmatan, sekurang-kurangnya menyuntik rasa kebersamaan dengan golongan tidak bernasib baik, yang sering lapar dan dihimpit kesusahan, 'kan?
Teringat pada hari-hari awal Ramadan ini, sebaik balik dari sekolah, anak bongsu saya dengan wajah ceria bercerita: "Hari ini Nurin tak rasa lapar pun, macam tak puasa saja, kat sekolah tadi main seperti biasa."
Saya sekadar membalas: "Alhamdulillah, Nurin dapat berpuasa dengan baik, tahniah, tapi ayah lebih suka kalau kita rasa lapar apabila berpuasa, dengan itu kita akan mudah ingat nasib orang lain yang selalu susah, yang tak cukup makan, sentiasa kerja berat untuk cari rezeki." Sukar dipastikan apakah Nurin dapat menangkap mesej yang saya cuba sampaikan.
Namun begitu, sekadar melakar nota kecil ini, dengan azam cuba mengambil iktibar, diharapkan ada manfaat yang boleh dikongsi bersama.
Keputusan PRK Kuala Besut tidaklah memeranjatkan. Malah, saya mengira mungkin majoriti kemenangan BN jauh lebih besar, mendekati sasaran Idris Jusoh. Difahamkan, mood pengundi dan penduduk setempat masih belum dirangsang secukupnya bagi mencetuskan perubahan, apatah lagi curahan projek dan janji-janji pembangunan ditabur.
Seperti lazimnya, walaupun sudah disebut berulang kali - tentang manipulasi media dan eksploitasi kemudahan kerajaan - tetapi begitulah taraf dan mutu demokrasi di Malaysia, masih dalam liga paling bawah. Manakala tafsiran rasuah politik disempitkan, ya, dengan tujuan untuk menghalalkan "jenayah" berterusan BN.
Namun, saya dan pastinya lebih ramai lagi tentu lebih terkesan dengan madrasah Ramadan yang dilalui. Ketika catatan ini dirakam, puasa sudah melepasi hari ke-17. Cuti Nuzul Quran. Balik dari pejabat tadi, walaupun jam menghampiri watku Jumaat, jalan raya sekitar Kuala Lumpur sesak teruk. Khabarnya, memang begitulah setiap tahun apabila warga Selangor menyerbu ibu kota membuat persiapan terakhir Aidilfitri pada hari cuti 17 Ramadan.
Lazimnya, mendekati fasa terakhir Ramadan, meskipun menjanjikan seribu satu tawaran dan anugerah hebat Ilahi, masyarakat Islam kerap terleka dan terabai. Masya-Allah, apakah kita begitu sombong dan tidak terusik nurani dengan bulan penuh keberkatan yang semakin ditinggalkan ini.
Kita sentiasa diperingatkan bahawa setiap Muslim yang baik cukup berat hati untuk meninggalkan Ramadan, dengan iktibar mungkin tidak ketemu lagi tahun hadapan. Daripada kita menangis kesedihan pada malam Aidilfitri, lebih baik, dengan sisa berbaki 10 hari-hari akhir ini, kita melakukan muhasabah dan koreksi diri lebih awal.
Pokoknya, masih ada kesempatan dan ruang seluasnya untuk tulus mengabdikan diri kepada Allah, dengan meningkatkan amalan soleh, berzikir, bertaubat, beriktikaf, bersedekah, memberi makan orang fakir, menyantuni anak yatim, bangun menghidupkan malam, bertadarus, bertarawikh dan solat sunat yang lain, juga mengehadkan atau tidak menyibukkan diri dengan aktiviti keduniaan yang tidak pernah berakhir itu.
Cubalah kita semak aktiviti sepanjang hampir 20 hari berpuasa. Mungkin semasa meninggalkan Syaaban, ada tekad dan azam membara untuk menjadikan Ramadan kali ini jauh berbeda (dan cemerlang) daripada sebelumnya, tetapi sehingga kini masih jauh daripada sasarannya.
Seorang rakan dari Johor Bahru sering mengingatkan melalui SMS: "Dah berapa juzuk al-Quran? Agaknya dapat khatam tiga kali tahun ini?" Sahabat yang lain pula kerap bertanyakan agenda menolong fakir dan keluarga tahanan ISA. Beliau ringan tulang mengumpulkan sumbangan untuk meringankan bebanan orang lain.
"Kebahagiaan adalah berkongsi nikmat dengan lebih ramai orang, walaupun yang tidak dikenali, apatah lagi dengan keluarga rapat. Saudara elok salurkan juga derma ini kepada para demonstran penyokong Morsi di Mesir, terutama untuk juadah berbuka dan sahur mereka," cadangnya berkali-kali, dan memaksa saya bertanyakan teman-teman yang akan pulang ke Kaherah kaedah terbaik untuk menyalurkannya kepada Ikhwan Muslimin di sana.
Terkenang juga seorang rakan yang sentiasa mengambil "cuti raya" lebih awal, iaitu sepuluh hari terakhir Ramadan, untuk beriktikaf di masjid-masjid sekitar Kelantan. Dia - yang tidak pernah kalut untuk mencari tiket balik kampung sejak zaman kampus lagi - mengingatkan tentang cadangan saya sendiri, 20 tahun lalu, agar cuti raya digantikan dengan cuti akhir Ramadan.
"Sedih aku tengok, ramai antara kita yang berpusu-pusu balik kampung, tersangkut di perhentian bas atau terperangkap di jalan raya, atau bersesak-sesak di stesen keretapi, selain sibuk membeli-belah keperluan raya dengan tawaran harga murah, pada malam-malam akhir Ramadan, yang menjanjikan Lailaitulqadar, yang lebih baik daripada 1,000 bulan," pernah sekali dia meluahkan.

Sumber HD - 29-7-2013
Mengharapkan eksperimen baru politik 16:16
Ahmad Lutfi Othman, | 23 Jul 2013 |
Walaupun tidak dapat turun ke Kuala Besut merasai sendiri getar dan debar PRK yang kritikal itu, saya cuba membayangkan para pengundi di sana mungkin sedang dilayan bagaikan raja. Senario jumlah kerusi Dun Terengganu, 16:16. menjadi igauan negeri pemimpin tertinggi BN.
Selain bermacam-macam projek segera dicurahkan, ditambah dengan pelbagai janji dan tawaran, kempen merayu undi BN sudah pasti berlegar rancak dengan rasuah politik. Bukankah Terengganu mempelopori bantuan tunai melalui wang ehsan dalam usaha menggulingkan kerajaan PAS selepas 1999, lama sebelum BR1M dan segala insentif lain dikemukakan Najib Razak?
Prestasi Pakatan Rakyat, khususnya PAS di Terengganu dalam PRU13 cukup mengejutkan. Ketika rata-rata penganalisis dan pemerhati politik tidak meletakkan harapan tinggi BN mungkin tumbang -- malah secara sinikal ada pihak meramalkan sekiranya BN kalah di Putrajaya sekalipun, ia tetap sukar digugat di Terengganu -- pencapaiannya dianggap luar jangkaan dan tidak terduga.
Justeru, bagi PAS, Terengganu masih merupakan antara kubu terkuatnya, sekali gus menepis tohmahan bahawa Parti Islam itu hanya boleh menang dengan bantuan dan sokongan masyarakat Tionghua. PAS tetap menjadi pilihan orang Melayu.
Saya yakin episod gelap kekalahan mengejut 2004 tidak lagi menganggu langkah PAS Terengganu untuk terus mendekati gelodak rasa rakyat, menyantuni masyarakat terpinggir dan akhirnya kembali menaungi pemerintahan negeri, insya-Allah.
Sememangnya kali ini pengundi Kuala Besut begitu istimewa dan bertuah sekali. Eksperimen politik 24 Julai nanti tidak pernah dilalui oleh pemilih di kawasan lain. Tiba-tiba saja mereka diangkat menjadi penentu -- bukan saja memutuskan siapa wakil rakyat baru, malah mampu menukar kerajaan baru -- di bulan Ramadan pula, menjelang Syawal yang selalunya dihiasi dengan, duit raya, tawaran bonus dan seumpamanya! Pengundi Kuala Besut berupaya mengukir sejarah tersendiri dalam landskap politik dunia sebenarnya.
Situasi impian 16:16 wajar direalisasikan, antara lainnya, demi kepentingan dan manfaat rakyat Terengganu sendiri. Keadaan genting seumpama itu tidak semestinya menjerumuskan negeri ke dalam perangkap yang memudaratkan, apatah lagi suasana huru-hara, malah sebaliknya ia boleh mendorong kerajaan BN untuk mengangkat martabat rakyatnya yang rata-rata masih terkepung dengan kemiskinan.
Suasana "seri" dapat memaksa kerajaan BN agar lebih berhemat dan cermat, terutama dalam mengurus-tadbir khazanah kekayaan negeri dan dapat menamatkan babak luka "negeri dan pemimpin kaya, tapi rakyat terus papa". Tanpa peralihan kerajaan, tapi dalam situasi 16:16, rakyat akan mendapat banyak manfaat dan kelebihan.
Fungsi "semak dan imbang" dapat berjalan secara cukup berkesan, malah lebih penting anggota kerajaan dan pembangkang akan diuji permuafakatan mereka dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat agar dapat berkerjasama dan bertolak ansur, jauh mengatasi kepentingan politik kepartaian.
Naib Presiden PAS, Husam Musa, yang juga Pengarah PRK, dilaporkan berkata kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan BN masih boleh dikekalkan. "Cumanya nanti BN tidaklah boleh bertindak sesuka hati. Kami sebagai pengimbang mempunyai peranan yang konstruktif untuk mencadangkan pengurusan negeri yang berorientasikan kebaikan rakyat jelata Terengganu," katanya.
Fenomena runtuh -- bermula dengan stadium, dan terkini masjid -- yang menjadi-jadi di Terengganu adalah manifestasi kepincangan ketara kerajaan negeri, yang sarat dengan elemen rasuah serta salahguna kuasa, dan situasi 16:16 boleh membantu Terengganu menganjak kepada kedudukan yang lebih baik.
Bagaimanapun, peranan strategik itu tidak mudah dilakukan pengundi Kuala Besut. Umpan, rayuan, sogokan dan rasuah bertindan-tindih. Dari jauh, jika meneliti halaman akhbar dan siaran berita TV, seperti selalunya, seolah-olah yang bertanding hanyalah calon BN. Sesekali keluar berita calon PAS, Che Long; itu pun hanya sisi-sisi gelap saja yang disiarkan.
Eksploitasi jentera, kemudahan dan sumber kerajaan untuk diperkakaskan semahunya oleh BN dalam kempen seolah-olah bukan lagi satu isu besar. Begitu juga manipulasi media. SPR seolah-olah harimau tiada taring dan SPRM pula hilang kata-kata melihat penyalahgunaan kuasa dan rasuah mega. Bagi saya korupsi terbesar ialah usaha membeli undi dalam pilihan raya sepertimana yang lazim dilakukan BN.
Oleh itu, tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak, di Besut, yang dilaporkan menghalang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat Maghrib di masjid TUDM itu tidaklah memeranjatkan. Semuanya mungkin gara-gara kebimbangan Tok Guru boleh mempengaruhi kecenderungan mengundi.
Pilihan raya adil dan bebas bukan berlegar sekitar kontroversi riuh-rendah dakwat kekal yang mudah tanggal itu. Banyak lagi persoalan asas dalam sistem demokrasi yang terus dipersendakan, dan jarang-jarang diberi perhatian serius, termasuk oleh pihak yang menjadi mangsa; sepertimana Black505 yang sudah dilipat sejarah!
Secara peribadi, melangkah ke fasa kedua Ramadan, saya masih terkesan dengan insiden rampasan kuasa tentera di Mesir, yang menggulingkan presiden yang dilantik secara demokratik, Dr Mohamed Morsi. Saya sempat mewawancara Prof Dr Redzuan Othman di kediamannya, Ahad lalu, dan ulasannya cukup menarik untuk dikongsi bersama.
Sepatah katanya, apa yang berlaku di Mesir bukannya revolusi, tetapi hanya peralihan kuasa daripada Hosni Mubarak kepada Morsi, sedangkan institusi lainnya, seperti tentera, polis, hakim, kakitangan awam, media dan lain-lain, tetap tidak terusik.
"Ikhwan Muslimin yang ditindas dahsyat sejak 1952 dan baru bergerak bebas pada 2011, harus mampu bertahan di jalan-jalan raya, dengan kehadiran 2, 3 juta penyokong. Jika mereka undur datau berpecah, habis ... tentera akan bertindak lebih zalim, dengan skrip yang sama seperti 60 tahun lalu," katanya.

Sumber HD - 23-7-2013
Ramadhan diganggu Kuala Besut, Morsi?
Ahmad Lutfi Othman, | 15 Jul 2013 |
Kali ini, bulan ibadah penuh keampunan dan rahmat Ilahi, agak terganggu. Madrasah Ramadan, yang menjanjikan seribu satu nikmat dan peluang memburu keredaan Allah, bertambah mencabar gugatannya.
Mungkin saja oleh tragedi rampasan kuasa -- diikuti pembunuhan jemaah yang sedang solat -- menjatuhkan Presiden Mesir yang dipilih secara demokratik dalam pilihan raya yang diakui bersih dan adil ketika krisis di Syria belum menunjukkan tanda-tanda akan reda. Tragis sekali mengenangkan siri tribulasi berterusan terhadap Ikhwanul Muslimin, pelopor gerakan Islam zaman moden, yang dianiayai hampir enam dekad.
(Saya pernah mengulas hal tersebut dalam kolum ini juga, ketika kemenangan Morsi setahun lalu: "Segera saya teringat pengalaman pedih dan perit generasi awal Ikhwan ketika bersama elit tentera menumbangkan regim Raja Farouk. Mohamad Naguib dan Gamal Nasser bertindak mengkhianati sokongan Ikhwan, sehingga ramai pemimpin dan aktivisnya dipenjara, diseksa dan dibunuh. Prof Dr Redzuan Othman pernah membuat kajian khusus mengenai kegagalan Ikhwan dalam Revolusi Julai 1952, Nasser merencanakan drama pembunuhan ke atas dirinya semasa berucap di Iskandariah, pada 26 Oktober 1954. Penembaknya dikatakan anggota pertubuhan bersenjata Ikhwan. Peristiwa itu digunakan regim tentera untuk menghapuskan gerakan Islam itu. Sebelum subuh 27 Oktober 1954, lebih 7,000 penyokong dan pemimpin Ikhwan ditangkap. Tujuh pemimpinnya dihukum gantung dan tujuh lagi dipenjarakan seumur hidup.")
Di dalam negara, pilihan raya kecil Kuala Besut, yang menyaksikan bukan hanya persaingan di antara PAS dan Umno untuk mengisi kekosongan Adun, tetapi juga merakamkan pahit getir dua parti tersebut, dalam situasi kekuatan agak seimbang di Terengganu.
Saya lebih tertarik untuk melihat apakah pengendalian proses PRK ini benar-benar telus, bersih dan adil -- daripada membincangkan siapa bakal pemenangnya -- dengan tumpuan bahawa ketempangannya bukan disebabkan pengundian berganda ataupun kertas undi yang dipalsukan. Tetapi isu besarnya adalah, apakah manipulasi media, penyalahgunaan jentera-kemudahan kerajaan dan rasuah politik masih berleluasa dan langsung tidak diberi perhatian serius oleh SPR?
Secara peribadi, saya cuba mengelak daripada menimbulkan persoalan lazim yang selalu kita bangkitkan sepanjang 11 bulan lalu, termasuk mengenai hal-ehwal politik yang nampak memenatkan.
Kesempatan mendakap bulan Ramadan -- siapa tahu, mungkin ini kali terakhirnya, ya... perhatikan di sekeliling kita, tentu ada insan yang dekat dan bersama kita semasa puasa lalu, kini telah dipanggil Ilahi -- harus dimanfaatkan sepenuhnya, siang dan malam, pagi dan petang, agar setiap detik tarikan nafas tidak terbuang sia-sia. Ganjaran yang menanti sememangnya besar, namun yang dituntut adalah keredaan Ilahi, sehingga tercapai kenikmatan paling agung berada dekat di sisi-Nya.
Maksud sabda Nabi s.a.w.: "Orang yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh harapan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
Bukan bererti kita mahu beruzlah bersendirian, tetapi Ramadan dapat mendidik dan membersihkan jiwa, melakukan pengabdian setulusnya, memuja-muji Allah, berzikir, membaca dan menghayati makna al-Quran, beristighfar menyesali dosa-dosa menimbun (terutama di waktu sahur) dan masa yang sama memaafkan kesalahan orang lain, merapatkan silaturrahim, menyantuni golongan fakir dan terpinggir, beriktikaf terutama pada sepuluh hari terakhir, bertarawikh, qiyamullail dan mengerjakan amalan-amalan sunat, mengikuti kuliah ilmu juga menekuni pembacaan, serta banyak lagi aktiviti ibadah lainnya.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Orang yang memberikan makanan untuk orang lain berbuka, dia akan memperolehi balasan seperti pahala orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikit pun."
Kesibukan dunia memang tiada penghujungnya dan seringkali pula mengelirukan, kalaupun tidak semestinya melalaikan. Ramadan sewajarnya melapangkan kita daripada rutin ketat seharian tanpa melupakan tanggungjawab untuk terus melakukan pembaikan buat umat.
Ya, sepanjang sebulan berpuasa menuntut kita memperuntukkan masa eksklusif untuk bermuhasabah, merenung dan mengkoreksi diri, seikhlasnya intensif beribadah, dengan sasaran atau target yang lebih khusus, misalnya tentang khatam al-Quran dan memberi makan untuk iftar. Juga mengetuk kotak pemikiran saya bahawa kerja-kerja kebajikan harus diinstitusikan, bukan dibuat secara spontan di waktu Ramadan.
Sekilas menonton berita TV, semasa bersiap-siap untuk bertarawikh, hanya membuktikan bahawa media kita tidak pernah berubah, apatah lagi di waktu kritikal semasa kempen PRK. Sejurus Timbalan Perdana Menteri mengumumkan calon BN di Kuala Besut, yang dipamerkan hanyalah sokongan mencurah-curah buatnya. Kempen ke seluruh negara -- walaupun yang akan mengundi hanya penduduk lokal -- bermula lebih awal daripada hari penamaan calon lagi.
Saya tidak perlu ditunjukkan bukti bagaimana dana awam dihanguskan untuk merasuah pengundi, sama ada dalam bentuk tunai mahupun limpahan projek segera (yang lebih menguntungkan kontraktor dan kroni pemerintah. Itu semua sudah tidak menjadi bahan berita; begitu juga jentera kerajaan, termasuk perisikan polis-tentera, yang dikerah ke sana.
Walaupun agak lama tidak membeli akhbar-akhbar harian, seperti Utusan Malaysia dan BH, pagi tadi (Jumaat, 13 Julai), saya tertarik dengan tajuk muka 10 BH, "Bantuan sambut Ramadan", yang memaparkan gambar calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menyampaikan sumbangan Program Bakti Remaja, di Kampung Baru, Jertih.
Seramai 2,300 remaja di kawasan Dun Kuala Besut menerima RM200 seorang; syaratnya mereka mestilah menjadi pemilih berdaftar dengan SPR, berpendapatan tetap tidak melebihi RM1,500 sebulan dan belum berkahwin.
Apa pun justifikasi diberikan terhadap program berkenaan, seperti juga BR1M dahulu, saya cenderung untuk melihatnya sebagai rasuah politik yang ketara sewaktu kempen. Seperti juga kes manipulasi media dan salahguna jentera-kemudahan kerajaan, SPRM dan SPR kehilangan taring bagi memastikan proses pilihan raya benar-benar bersih.
Maaf, kerana menganggu Ramadan anda dengan isu-isu lapuk ini; agenda reformasi yang sepatutnya sudah lama diselesaikan!
(Sebenarnya saya lebih tersentuh dengan perkembangan di Mesir daripada Kuala Besut; mampukah penyokong Morsi bertahan di jalan-jalan raya, bagi mengembalikan pemerintahan rakyat yang dikhianati ini, atau aktivis Ikhwan akan menerima nasib sama, seperti dialami sepanjang 58 tahun lalu?)

Sumber HD - 15-7-2013
Situasi PAS 'bukan dominan'
Ahmad Lutfi Othman , | 09 Jul 2013 |
Semasa menunggu pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur pagi Ahad lalu, selepas menghadiri Seminar Pemikiran Ustaz Fadzil Noor sehari sebelumnya di Alor Setar, saya diingatkan oleh seorang teman bahawa usaha untuk menarik PAS daripada Pakatan Rakyat tidak harus dipandang ringan.
Saya ketawa kecil mendengarnya. "Takkan sampai begitu sekali?" tanya saya, serius. "Ketua Pengarang patut lebih tahu," balasnya pantas. Saya mengesan wajahnya; dia juga serius. "Sukar nak percaya ada usaha mahu PAS undur ke belakang dan bertanding secara solo," saya tidak sempat meluahkannya. Dia sudah berjalan ke depan.
Mutakhir ini, banyak persoalan yang timbul, terutama berkaitan isu-isu dalaman parti, termasuk kerjasama dalam Pakatan, juga menyinggung hal-hal sensitif PAS, patut diselidik dan dipastikan kesahihan terlebih dahulu.
Terdapat trend atau kecenderungan yang agak negatif, sehingga perbincangan atau diskusi yang sepatutnya membawa penambahbaikan kepada parti telah tersasar jauh, apatah lagi jika menyangkut faktor-faktor kekalahan dalam PRU13 (atau ada yang menyifatkannya sebagai kemenangan yang tertangguh).
Sesekali apabila melayari media sosial, Facebook, saya tidak dapat mengelak daripada menatap komen-komen nakal, dan ada kalanya serangan peribadi yang agak melampau, sekali gus menyebarkan bahan-bahan fitnah atau 'fakta' yang boleh menimbulkan ketegangan atau permusuhan sesama sendiri. Ruang siber menjadi gelanggang terbuka wacana kritikal, yang bisa "mendedahkan segalanya".
Perbedaan pendapat, hatta membentuk "kumpulan" atau "pasukan" dalam parti, adalah lumrah dan tidak sepatutnya merungsingkan kita, terutama menjelang proses pemilihan kepemimpinan.
Ya, PAS kini sebuah parti besar, berkembang pesat dan mendapat perhatian istimewa masyarakat, selaras slogan "PAS for All". Walaupun mempunyai jumlah ahli Parlimen terkecil berbanding DAP dan KeADILan, tetapi PAS tetap diakui parti paling tersusun, teramai keahlian, manakala aktivisnya lebih berdisiplin dan komited.
Sedihnya, perdebatan (untuk melonjakkan kemajuan parti) yang sepatutnya berlangsung secara beradab telah dicemari elemen hodoh di luar batasan, dengan bahasa kesat dan terperosok dalam jurang label-melabel. Ia juga terbuka kepada "acara londeh-melondeh".
Keterbukaan media menjadi gergaji bermata dua atau pisau yang boleh membunuh.
Walaupun saya yakin fenomena negatif ini masih terkawal dan lebih ramai yang rasional-waras, namun ia tidak boleh dipandang mudah, bukan hanya disebabkan mampu menggugat keutuhan parti ataupun membantutkan lagi kemenangan, tetapi dibimbangi dapat menghakis ciri-ciri unik gerakan politik Islam.
Apa pun, fikiran saya lebih terganggu dengan peringatan rakan saya tadi - jika benar ada usaha untuk membawa PAS keluar Pakatan. Bagi saya, ia bukan saja langkah songsang ke belakang, malah mendedahkan kepada "kutukan" penyokong Pakatan yang memberikan sokongan kepada PAS dalam PRU13, dan lebih penting boleh memudarkan integriti Parti Islam.
AJK PAS Pusat, Khalid Samad, ketika membentangkan kertas kerja Tahaluf Siyasi: Ijtihad semasa, teori dan aplikasi, di Seminar Pemikiran Ustaz Fadzil Noor, mengemukakan beberapa persoalan menarik, khususnya mengenai kerajaan campuran dan kongsi kuasa Pakatan di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.
Di negeri-negeri berkenaan, kerajaan tidak dapat dibentuk oleh mana-mana parti secara bersendirian, tidak sepertimana realiti di Kelantan pada 1990 (Angkatan Perpaduan Ummah) dan Terengganu 1999 (Barisan Alternatif), apabila PAS berupaya menerajui kerajaan secara solo.
Lebih unik selepas PRU12 ialah situasi di Perak, Pulau Pinang dan Selangor; mungkin tidak pernah diduga sebahagian pemimpin PAS bahawa dapat berkongsi kuasa bersama DAP dan KeADILan.
"Bagi pimpinan seperti Dr Hasan Ali, bekerjasama dengan KeADILan dan DAP semasa pilihan raya merupakan perkara biasa, tetapi tidak sekali-kali pernah terlintas di pemikiran mereka bahawa PAS akan berkongsi kuasa dengan KeADILan, apatah lagi DAP, dalam keadaan kerusi PAS adalah yang paling kurang," ujar Khalid, merujuk keputusan PRU 2008 di Selangor, PAS hanya memperoleh 8 kerusi, DAP, 13 dan KeADILan, 15.
Bagaimanapun, pada 2013, Pakatan bukan saja terus menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen, malah meletakkan BN sebagai kerajaan minoriti apabila undi popularnya hanya sekitar 47 peratus. Lebih istimewa di Selangor, bilangan Adun PAS bertambah menjadi 15.
"Memandangkan Tahaluf Siyasi PAS bersama KeADILan dan DAP melalui Pakatan memungkinkan keadaan kongsi kuasa tanpa 'PAS dominan', sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan, amatlah perlu untuk semua khususnya pimpinan PAS meyakini bahawa 'risiko yang sudah diperhitungkan' sememangnya telah benar-benar diperhitungkan dengan tepat dan teliti. Kita perlu yakin, dalam keadaan tidak 'dominan' sekalipun, PAS, dan dengan itu perjuangan Islam, tetap akan mendapat manfaat atau keuntungan," tegas Khalid.
Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menjawab kebimbangan jika Pakatan dapat membentuk kerajaan dengan bilangan ahli Parlimen PAS paling kecil. Bagi saya, pandangan Khalid itu wajar ditelaah, termasuk oleh pihak yang mungkin mempunyai pendapat berbeda.

Sumber HD - 9-7-2013
Suara hati penyokong PAS
Ahmad Lutfi Othman, | 05 Jul 2013 |
Saya cuba mencari ruang untuk merakamkan pandangan penyokong akar umbi PAS dan Pakatan Rakyat, termasuk yang temui semasa perarakan Black505, 22 Jun lalu. Kebanyakan mereka datang dari luar ibu kota, mewakili hampir seluruh pelosok tanahair, dan mempunyai keprihatinan yang cukup tinggi dalam usaha memperkasakan parti menjelang PRU14.
"Kita memang patut teruskan bantahan terhadap SPR dan lebih bertegas mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya meletakkan jawatan, tetapi jangan lupa pula bahawa masih banyak yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi parti, terutama di kawasan majoriti Melayu," kata seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai aktivis PAS dari Johor. Beliau datang berkumpulan, bersama lebih 20 rakan yang mahu Parti Islam terus diperkasakan, dengan disiplin ahli-ahli yang lebih ketat.
"Eloklah dalam tempoh empat atau lima tahun ini, terutama untuk dua tahun pertama," tambah rakannya yang kelihatan lebih muda, mungkin dalam usia awal 20-an, "kita perbetulkan apa yang silap, koreksi kelemahan diri, periksa mengapa sokongan pengundi Melayu masih terbatas. Ia bukan hanya menyentuh PAS tetapi juga rakan-rakan dalam Pakatan. Persepsi negatif pengundi juga disebabkan oleh kenyataan dan tindakan kita sendiri."
Beliau sempat membisikkan rasa terganggu dengan situasi menjelang muktamar PAS, November ini. "Tapi lebih elok bersaing secara sihat dalam pemilihan kali ini, daripada berbalah dekat PRU14 nanti," katanya, ketawa kecil. "Saya nampak ada bibit-bibit perpecahan disebabkan isu-isu yang ditimbulkan agak personal dan kontroversial," sambungnya, perlahan.
"Biasalah," pintas saya, "PAS sebuah parti besar, ahli-ahlinya mewakili masyarakat yang lebih kompleks, kita patut lebih profesional menguruskan perbedaaan pendapat dan kemajmukan idea. Kalau nak menang, PAS tidak boleh terpisah daripada kerencaman dalam negara kita, itu belum kira Sabah dan Sarawak lagi."
Seorang anak muda dari Jerlun, beria-ia meminta pendapatnya, terutama mengenai kekalahan Pakatan di Kedah, dapat dikongsi bersama dengan pembaca kolum ini. Walaupun menyedari saya agak keletihan selepas berjalan lebih 2km, dan terpaksa mencari tempat duduk di tengah pembahagi jalan, dia tetap bersemangat untuk "mempengaruhi" saya.
"Kita sepatutnya lebih menumpukan fokus untuk membina dan membangunkan insan di Kedah sepanjang lima tahun berkuasa, seperti yang ditunjukkan Tok Guru Nik Nik Aziz di Kelantan selama lebih 23 tahun. Saya tak pasti apakah surau dan masjid dapat diimarahkan sebaiknya sejak 2008," ujarnya.
"Saya rasa kita sedikit terabai dalam aspek tarbiyah, untuk memperkukuhkan kesinambungan parti, terutama bagi memastikan anak-anak ahli PAS tetap menyokong perjuangan kita. Nampak agak kurang program ke arah itu, yang banyak ditekankan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor dulu," tambahnya, sambil mengharapkan tidak wujud sikap saling menyalahkan di atas kemenangan BN di Kedah pada PRU13 lalu. Beliau tetap mengkagumi Ustaz Azizan Abd Razak dan realistik dengan sumbangan besarnya.
Semasa saya berjalan balik dan menunggu kereta yang dipandu anak saya, berhampiran Bank Negara, tiba-tiba seorang sahabat lama muncul. Beliau pernah bersama-sama memeriahkan alam kampus pada 1980-an dan kini seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Setelah bertanya khabar dan berkongsi pandangan mengenai keputusan PRU13, dia meluahkan kebimbangan: "Aku risau dengan anak-anak muda yang bersemangat menuntut perubahan, bersedia mempertaruhkan masa depan, komited dengan idealisme, tetapi nampak macam tidak begitu rapat dengan PAS. Kenapa ya?"
Sebelum saya menjawab, dia mempersoalkan prestasi dan nasib Parti Islam di Indonesia. "Kau mungkin lebih tahu tentang PKS, mengapa banyak sangat kes negatif yang melandanya sedangkan satu ketika dulu PKS nampak cukup berpotensi? Benarkah mereka tidak tahan uji dengan sedikit kuasa yang dipinjamkan?"
"Aku harap PAS tak begitu, 'kan?" katanya sambil tersenyum. "Alhamdulillah, aku perhatikan kawan-kawan lama dalam PAS masih berprinsip. Harapnya, ahli-ahli Parlimen PAS, terutama yang baru, rajin buat kajian, tekun menelaah, dan ada jaringan yang kuat dengan sumber maklumat. Orang lebih puji seorang dua bintang dalam KeADILan dan DAP, dan tak sebut pun dari PAS ... kena ambil perhatian berat itu."
Saya cuba mengajaknya ke sebuah restoran nasi kandar di Jalan Tunku Abdul Rahman, untuk melanjutkan perbincangan pada petang Sabtu itu, terutama untuk menjawab kerisauannya tentang PAS, tetapi dia mengelak. Ada majlis yang penting yang mesti dihadirinya sebelum jam 6 petang. Saya terpaksa menyimpan dahulu jawapan di atas persoalannnya itu ....

Sumber HD - 5-7-2013
Keluarga tahanan ISA rayu bantuan bina penghidupan
Ahmad Lutfi Othman, | 01 Jul 2013 |
Pada hujung minggu, anak-anak Jamal Azahari dibimbing di rumah; mereka tidak pernah mendapat pendidikan formal sejak kecil.
Reaksi pembaca Harakah begitu membanggakan sekali. Alhamdulillah. Setiap kali rayuan disiarkan, kami tidak pernah kecewa. Ya, sejak tabung keluarga tahanan ISA dilancarkan lebih enam tahun lalu, ia banyak membantu dan sokongan orang ramai jarang terputus.
Secara peribadi, saya berasa lega dan lapang. Misi ke Sandakan, 19 Mei lalu, hampir tercapai. Saya yakin, Jamal Azahari yang kini terkurung di penjara Manila, selepas dibebaskan lima tahun lalu dari Kamunting, tentu dapat menarik nafas panjang.
Empat dari tujuh anak-anaknya, yang menetap bersama ibu mereka, Norhatta Paraji, di Batu 18, Sandakan, sudah mula bersekolah. Ramai terusik dengan kisah anak-anak malang yang tidak pernah mendapat pendidikan formal itu. Mereka menyalurkan sumbangan untuk memastikan anak-anak Norhatta tidak terus ketinggalan dan terpinggir.
Saya merakamkan penghargaan setingginya terutama buat seorang dermawan budiman dari Jabi, Besut dan puluhan lagi penyumbang, termasuk seorang wanita dari Klang. Mereka tidak pernah mengenali Jamal Azahari dan Norhatta, tetapi dana yang disalurkan begitu melegakan kami. Moga ia dinilai sebagai amal soleh di sisi Allah dan mendapat ganjaran sebaiknya di akhirat.
Ada pengetua sekolah agama dan tahfiz menawarkan tempat secara percuma. Cuma, bebanan sebagai warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri membataskan mereka untuk ke Semenanjung. Dan anak-anak ini perlu dibimbing secara khusus dan personal, terutama di peringkat awal.
Tidak mudah buat anak-anak tercicir ini untuk menyesuaikan diri dengan alam persekolahan. Justeru, hari-hari pertama di Sekolah Agama Rakyat Nurul Ihsan, Kg Tinusa 1, Sandakan pasti mencabar, malah hanya anak perempuan, 11 tahun, dapat bertahan di asrama, sementara dua abang kembar, 14, dan adik lelakinya, 10, memerlukan lebih banyak masa; mereka mahu berulang-alik ke sekolah, jaraknya 20km dari rumah!
Sejak awal saya jangkakan mereka akan diasak kejutan budaya dengan dunia baru. Selama ini, di kediaman usang yang cukup daif, mereka terpisah daripada lingkungan. Mereka hidup dalam persekitaran sendiri yang terasing.
Oleh itu, bagi saya, anak-anak ini wajar dijinakkan terlebih dahulu dengan suasana persekolahan yang dinikmati rakan sebaya. Mereka perlu diberi tuisyen pemulihan khas yang lebih santai supaya dapat ditingkatkan keupayaan belajar dalam kadar segera.
Dalam masa sama, rumah berteduh harus dipulihkan agar menjadi kediaman yang dapat membantu kecerdasan anak-anak ini. Rakan saya di Sandakan, Suaidah, sentiasa memaklumkan perkembangan ubahsuai rumah itu. Harapnya, menjelang Ramadan ini, ia dapat disiapkan.
Sumbangan anda masih diperlukan, bukan saja untuk keluarga Norhatta, malah buat mangsa yang terus teraniaya di Tawau, yang mengunjungi pejabat Harakah baru-baru ini, selain keluarga bekas tahanan yang wajar terus dibantu. Salurkan terus akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM, no 5640 7000 0336.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-7-2013
Antara aksi jalanan dan sidang dewan
Ahmad Lutfi Othman, | 27 Jun 2013 |
Semasa saya duduk melepaskan lelah di atas pembahagi jalan, di depan Ibu Pejabat Bank Rakyat, sambil tunduk memejam mata, selepas menapak perlahan dari Medan Tuanku, Jalan Tunku Abdul Rahman ke Padang Merbok, petang Sabtu, 22 Jun lalu, terasa seseorang memegang erat tangan saya.
Saya mendongak. Rupanya Adam Adli Abd Halim, aktivis mahasiswa yang selalu "bikin gempar". Wajahnya merah bercahaya disimbah peluh. Nampak agak penat. Jerebu tebal turut membuatkan pernafasan saya terganggu.
Adam yang berarak dari Universiti Malaya memeluk saya. Ya, agak lama kami tidak berjumpa. Beberapa kali dia bertamu ke rumah saya, termasuk bersama ayah dan ibunya semasa cuti Aidilfitri tahun lalu.
Perbualan pendek kami kerap terputus. Ramai anak-anak muda, yang hampir sebaya dengan Adam, yang melintasi kami, berhenti untuk merakamkan gambar kenangan bersamanya.
Saya akui, dia memang popular, tidak putus-putus berjabat salam. Ada seorang kenalan Cina turut menawarkan air mineral kepada kami. (Hari itu saya perhatikan tidak ramai masyarakat Tionghua, malah amat ketara penurunan jumlahnya berbanding himpunan pertama di Kelana Jaya, mungkin disebabkan gertakan pihak polis yang mahu melibatkan tentera, dan ramalan berlaku huru-hara, selain masalah jerebu).
Seorang wanita muda yang kelihatan begitu bersemangat bertanyakan Adam, bila himpunan Black505 petang itu akan berakhir? "Sampai Pengerusi SPR, timbalannya dan semua anggota SPR letak jawatan," pintas Adam, bersahaja.
Mulanya saya tersenyum dan ketawa kecil, tetapi melihatkan mereka serius, saya terasa Adam dan rakan-rakannya cukup serius mahu mencetuskan perubahan. Mereka memang benar-benar bertekad untuk "mencipta kelainan dan bukannya hanya meneruskan rutin berdemonstrasi".
Sebelum itu, saya mendengar keluhan beberapa anak muda berbaju hitam yang berpatah balik, menuju ke arah bulatan depan Bank Rakyat. "Bosan, asyik-asyik ceramah, pidato, berteriak, bersorak, lepas itu balik rumah ...," salah seorang daripadanya meluahkan rasa terkilan dengan acara di Padang Merbok.
"Dan SPR tetap di situ juga, dan kemudiannya isu lain pula yang timbul, maka hal penyelewengan SPR akan hilang dan dilupakan," rakannya menyambut pantas. Dia kemudiannya mengecam keras pendirian Pakatan Rakyat yang dilihatnya tidak bersungguh-sungguh mahu memulihkan demokrasi dan membetulkan perjalanan pilihan raya negara kita.
Esoknya, Ahad, saya mengirim SMS kepada Safwan Anang, seorang lagi aktivis pelajar, yang lantang dan vokal. Safwan dan Adam dilihat ikon kepada gerakan pelajar semasa. Mereka serius dan komited dengan apa yang dilakukan.
Safwan menceritakan suasana "perkhemahan" di Padang Merbok. Saya memintanya menulis untuk Harakah, catatan pengalaman bertahan di situ. Dinihari Isnin, saya mendapat khabar, mereka digempur pasukan keselamatan lengkap bersenjata. Khemah-khemah dirampas dan Padang Merbok dibersihkan.
Anak-anak muda ini mengotakan janji mereka. Walaupun Padang Merbok dikosongkan, tekad dan azam mereka tidak luntur. Mereka mahu menghantar mesej jelas, bukan sahaja kepada SPR dan kerajaan BN, tetapi juga pemimpin dan aktivis oposisi, bahawa gerakan memulihkan demokrasi dan mendesak anggota SPR berundur, tidak terhenti dengan himpunan petang Sabtu lalu.
Dan mereka tidak mahu ada waktu senggang untuk meneruskan kempen secara lebih intensif. Cuti rehat belum diperlukan! Ya, ketika seterika masih panas, 'kan?
Justeru, saya boleh memahami mengapa para demonstran ini memilih untuk berarak ke bangunan Parlimen ketika wakil-wakil rakyat yang dipilih dalam PRU13 sedang mengangkat sumpah.
Anak muda kerap diingati dengan semangat yang berkobar-kobar, pantang undur apatah lagi menyerah, berani menanggung risiko dan terus berjuang tanpa sebarang kepentingan. Namun mereka bukan bertindak semata-mata atas dorongan emosi, atau mengetepikan rasional dan logika. Lagak dan aksi orang muda memang sepatutnya begitu ... lasak dan mengejutkan!
Dalam pada itu, tidak sedikit yang marah dan kecewa dengan paparan gambar ahli-ahli Parlimen Pakatan, termasuk Anwar Ibrahim, dalam suasana mesra-ceria dengan Najib Razak dan pemimpin utama BN, pada hari pertama sidang Parlimen.
Ada yang membandingkan foto para demonstran, tangan diikat ke belakang, meniarap ke tanah, yang dilayan bagai penjenayah, dan ada juga yang dicederakan, dengan situasi gelak-tawa ahli-ahli Parlimen di dalam dewan berhawa dingin.
Sekali lagi saya dapat memahami dua senario berbeda itu. Sebenarnya ia bukan satu percanggahan pun, malah mungkin boleh dilihat sebagai "keseimbangan" Hubungan mesra sesama wakil rakyat di Parlimen, termasuk di antara pemimpin-pemimpin kanan oposisi-pemerintah, tidak bermakna idealisme perjuangan sudah tergadai.
Anak-anak muda yang diberkas - juga dibelasah - sebenarnya membawa aspirasi yang sama dengan wakil rakyat Pakatan. Pentasnya berlainan, rentak dan tempo juga mungkin berbeda, 'kan?
(Saya tetap yakin bahawa sistem, proses dan amalan pilihan raya di negara ini memerlukan reformasi menyeluruh, bukan hanya disebabkan kecurangan dalam PRU13, tetapi lama sebelum itu lagi).
Walaupun berkongsi gelanggang yang sama semasa siri jelajah Black505 di seluruh negara, termasuk di Padang Merbok, dua hari sebelumnya, namun ada ketikanya medan berbeda memerlukan pendekatan lebih spesifik. Masing-masing sepatutnya memperkukuhkan gerak langkah demi matlamat yang sama; sekurang-kurangnya memastikan keanggotaan SPR dirombak segera, dengan personaliti lebih berwibawa, teruji dan berintegriti.
Demonstran Padang Merbok berhak menyuarakan kekecewaan mereka, tapi wakil rakyat Pakatan juga akan membuktikan sidang Parlimen ini akan menjadi saksi bahawa mereka sebenarnya sentiasa serius dengan tuntutan pilihan raya adil dan bersih.
"Pakatan Rakyat semestinya mengagumi dan menghargai semangat lebih 200 anak muda gabungan badan NGO yang melakukan bantahan PRU13 di depan jalan masuk ke bangunan Parlimen itu pada pagi majlis angkat sumpah lalu," kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, sambil menegaskan ahli-ahli Parlimen Pakatan akan melanjutkan amarah rakyat itu dalam sidang Dewan Rakyat.
"Saya lebih suka demonstrasi dianjurkan pula di depan pejabat SPR, memaksa Tan Sri Aziz Yusuf dan Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan, tetapi saya juga mahu beri peluang untuk ahli-ahli Parlimen Pakatan mengotakan janji, menghangatkan sidang menjayakan tuntutan Black505," kata seorang mahasiswa dari utara, lewat emel kepada saya.
Apa pun, kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, pada 23 Jun, sehari selepas himpunan di Padang Merbok, di depan pemimpin Pakatan Rakyat, menjentik imginasi saya. Beliau mahu persepsi kononnya Umno pejuang Melayu dihapuskan menjelang PRU14, termasuk dengan bantuan DAP. Beliau turut mengakui Umno kadang-kadang mendapat lebihan kerusi, disebabkan kesilapan Pakatan sendiri, yang mengukuhkan persepsi songsang itu.

Sumber HD - 27-6-2013
Black 505 dan realiti menarik di selatan
Ahmad Lutfi Othman, | 20 Jun 2013 |
Tumpuan saya -- sekurang-kurangnya sehingga Sabtu ini -- masih terfokus kepada Himpunan Black 505, di Padang Merbok, agar ia dapat mencatat sejarah, terutama dari segi jumlah kehadiran, dan dengan itu memberikan tekanan semaksimum mungkin kepada elit pemerintah untuk segera melakukan perubahan menyeluruh ke atas sistem dan proses pilihan raya di negara ini.
Sepatah kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0, A Samad Said: "Kita merayu supaya ahli-ahli (penyokong Pakatan Rakyat) lebih banyak untuk menyertainya." Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga memutuskan menyokong perhimpunan tersebut. "Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat," kata Naib Presiden PAS, Husam Musa, yang menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS turun ke lokasi.
Ya, ini bukan kali pertama perhimpunan seumpama itu dianjurkan. Agak saya kali kelima; membawa mesej dan tuntutan yang sama tapi seperti tidak dipedulikan walaupun penguasa cuba menunjukkan sikap proaktif dengan menampilkan, misalnya penggunaan dakwat kekal yang kemudiannnya terbukti mudah ditanggalkan, dan akhirnya diakui sendiri oleh Pengerusi SPR. (Dan Pak Samad mencadangkan, Abdul Aziz Mohd Yusuf secara terhormat meletakkan jawatan atas pengakuannya itu).
Apa pun perbedaan tanggapan terhadap reaksi keputusan PRU13, acara 22 Jun itu harus diusahakan sebaik mungkin supaya dapat mencapai sasaran, iaitu bukan hanya berkumpul santai atau berarak di sekitar Padang Merbok dan Tasik Perdana, tetapi perlu membayangkan impak positif terhadap amalan demokrasi yang selama ini berjalan penuh ketempangan. Target utama: Hitamkan seluruh ibu kota petang Sabtu ini.
II.
Sabtu lalu, saya ke Melaka, memulakan kunjungan ke negeri-negeri, melihat realiti politik selepas PRU13. Saya memilih arah selatan tanahair, disebabkan, antara lain, perubahan landskap politik Malaysia empat atau lima tahun akan datang banyak bergantung kepada keupayaan Pakatan mempengaruhi mood pengundi di wilayah yang selama ini dikuasai Umno-BN, selain Sabah dan Sarawak.
PAS mencipta sejarah apabila calonnya, Dr Khalid Kassim, bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, menang di kerusi Dun Bukit Baru, yang dahulunya disandang Mohd Ali Rustam, bekas Ketua Menteri Melaka.
Kelahiran sulung yang ditunggu begitu lama itu disifatkan Dr Khalid sebagai "legenda yang masih hidup" dan "pembuka mata kepada seluruh rakyat Melaka".
Di Pejabat Perhubungan PAS Negeri, kami berbicara hampir dua jam dan Dr Khalid kelihatan begitu ceria dan bertenaga semasa bercerita, bukan saja tentang pengalaman berkacanya semasa berkempen, tetapi juga sempat meluahkan pandangan (dan kritikan) bernas untuk PAS terus melakar sejarah lebih gemilang di Melaka.
Misi dan visinya untuk mengisi kemenangan diungkapkan dengan penuh yakin, lebih tertumpu kepada kerja-kerja sosial kemasyarakatan, terutama berkaitan penjagaan kesihatan, bidang yang diceburinya sejak sekian lama sehingga bersara awal tahun ini. Banyak ideanya melekat dalam kotak fikiran saya, mungkin difaktorkan oleh laluan hidup saya sendiri yang menempuh pelbagai penyakit kronik!
Saya turut tertarik dengan analisis ringkasnya mengenai "watak politik" masyarakat Tionghua, lelaki dan wanita. Baginya, komitmen orang Cina untuk berubah begitu tinggi, serius dan terfokus. Justeru, sukar diganggu-gugat oleh apa jua usaha kerajaan, walaupun atas nama transformasi.
Kami bergegas ke Batu Pahat selepas terpaksa menamatkan sesi wawancara itu lebih awal. Rakan-rakan saya, Wan Nordin Wan Yaacob, Zaili Muhammad dan Wan Zahari Wan Salleh mengakui teruja, terutama dengan idea-idea baru Dr Khalid, yang banyak memetik ungkapan motivasi yang memberangsangkan.
Pagi Ahad, di Pejabat Perhubungan PAS Johor, kami tidak sempat membuat kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya, Dr Mahfodz Mohamad kerana terleka berbual dengan dua Adun baru PAS, Ustaz Abdullah Husin (Puteri Wangsa), yang juga Ketua Dewan Ulamak Negeri dan Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Timbalan Pesuruhjaya. (Dr Mahfodz mempengerusikan mesyuarat perhubungan negeri pagi itu).
Ustaz Abdullah yang kaya dengan senyuman seronok bercerita tentang pengalaman awalnya berdepan reaksi dan sambutan pengundi dan masyarakat di Puteri Wangsa, termasuk detik-detik indah, juga melucukan, semasa beliau mengunjungi beberapa sekolah pada Hari Guru. Kesimpulannya, masyarakat pendidik mengalu-alukan keprihatinan tinggi yang ditunjukkan Ustaz Abdullah kepada guru-guru.
"Saya mula bertanding pada 1986 di Dun Tanjong Puteri, Johor Bahru dan hilang pertaruhan, disebabkan penolakan masyarakat Cina. Menariknya, pada PRU13 lalu, saya menang di Puteri Wangsa, dengan majoriti hampir 3,500 undi, disebabkan sokongan besar pengundi Tionghua," katanya sambil ketawa kecil.
Beliau kerap menyebut tentang kepatuhan terhadap keputusan jamaah sebagai prinsip dalam perjuangan khususnya apabila diminta bertanding dalam pilihan raya. "Di mana pun kerusi yang diarahkan jamaah, saya akur," katanya, menjelaskan bagaimana beliau dipilih bertanding di Puteri Wangsa.
Ustaz Abdullah berpuas hati dengan prestasi PAS Johor walaupun harapan awal lebih besar untuk digalas. "Tahun 2004 kita dapat satu kerusi, meningkat dua kali ganda pada 2008 menjadi dua, dan bertambah 100 peratus lagi pada 2013 dengan 4 kerusi, tambah menarik kerusi dahulu, Sungai Abong di Bakri dan Maharani di Muar, bertahan dengan majoriti bertambah," tambahnya.
Aminolhuda selesa menggambarkan keazamannya untuk memberi tumpuan meningkatkan kualiti pendidikan di Parit Yaani. "Keluarga yang terkepung dengan masalah kemiskinan hanya dapat bebas dengan pendidikan," ujarnya. Beliau yakin ramai tenaga pengajar bersedia membantu pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM, dengan penekanan kepada subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.
Berbicara soal PRU13, Aminolhuda merumuskan: "Walaupun kita mensasarkan 17 kerusi Dun, dan hanya dapat 4 tetapi kita ada 8 kerusi dengan undi lebih 40% dan 5 lagi melebihi undi 37%. Maknanya, prestasi PAS Johor pada 17 kerusi yang menjadi target, tentulah termasuk empat yang sudah menang, begitu berpotensi sekali. Pada 2008 di Parit Yaani, kita juga perolehi 37% undi. Untuk PRU14, kita mesti sasarkan pengundi Melayu, jika pendekatan betul, insya-Allah saya yakin Pakatan berjaya ke Nusa Jaya."

Sumber HD - 20-6-2013
Usah biarkan Black 505 berkubur!
Ahmad Lutfi Othman, | 18 Jun 2013 |
Perlukah saya tukar topik lain, daripada terus membincangkan isu ketempangan sistem dan perjalanan pilihan raya di negara ini yang telah berulangkali dibangkitkan? Mungkin ada pihak menganggapnya sudah sejuk, malah basi, dan banyak lagi perbahasan penting yang perlu ditekankan, termasuk menggariskan persiapan berdepan PRU14.
Ingin saya betulkan kemungkinan salah tanggapan. Saya mahu terus melontarkan isu asas mengenai amalan demokrasi di negara ini bukan didorong oleh kekalahan Pakatan Rakyat dalam PRU13. Semasa kes ini, khususnya berkaitan Black 505, masih hangat diperkatakan (walaupun ada yang melihatnya sudah suam-suam kuku), ibarat seterika yang masih panas, usah dipesongkan perhatian masyarakat, terhadap isu-isu sampingan lain.
Tekanan agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan - tidak terkecuali lima lagi anggotanya - harus terus ditingkatkan ke tahap maksimum. Kempen "menghitamkan seluruh negara' sudah terasa bahangnya. Ketujuh-tujuh mereka sudah tidak lagi mendapat kepercayaan awam.
Dalih yang dikemukakan Abdul Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad Wan Omar ibarat menegakkan benang basah itu mesti disanggah dengan fakta dan bukti kukuh yang meyakinkan publik. Tidak syak lagi, proses persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003 jelas membuktikan SPR adalah alat dan perkakas paling efektif untuk menjayakan kepentingan politik Umno-BN. Begitu juga pandangan lazim dua orang kuat SPR itu, yang jarang memperlakukan parti-parti Pakatan Rakyat sebagai pelanggan mereka yang patut diraikan.
Saya menyokong penuh pandangan sarjana politik, Dr Agus Yusof, yang menafikan dakwaan Wan Ahmad bahawa SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus PRU13. "Pada saya SPR gagal... Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505. Jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan," kata Agus dalam status Facebook, 9 Jun lalu.
Soalnya, apakah suara dan amarah rakyat itu dianggap tidak lebih daripada "anjing menyalah bukit" sahaja? Tidak jauh bedanya dengan siri perhimpunan Bersih dan Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara apabila segala desakan dan tuntutan agar pilihan raya dijalankan secara bersih, bebas dan adil langsung tidak dipedulikan.
Oops lupa... sebenarnya saya mahu tekankan bahawa keprihatinan saya terhadap isu "menyediakan padang permainan sama rata dengan pengadil yang adil" - lama sebelum Parlimen dibubarkan - bukan sangat berkaitan kalah menang parti-parti yang bertanding tetapi didorong oleh hasrat yang tinggi untuk melihat Malaysia berada dalam liga negara-negara demokrasi divisyen A.
Sampai bila kita harus menyaksikan amalan demokrasi yang songsang, tempang, berat sebelah dan memalukan ini berterusan? Sebagai pengamal media, malu bukan kepalang dengan realiti kongkongan yang cukup dahsyat; janji akses media seperti pembentangan manifesto melalui tv tambah melucukan. Belum dikira bagaimana rasuah politik dihamburkan bagi membeli undi orang susah. Usah disebut soal ugutan terhadap kakitangan awam dan manipulasi segala kemudahan kerajaan berkempen untuk BN.
Saya risau, seperti desakan lain sebelumnya, kes Black 505 ini akan surut dan akhirnya dilupakan, terutama selepas 22 Jun di Padang Merbok, dan beransur-ansur menipis kehangatannya menjelang Ramadan. Malah, sekatan melampau terhadap pengedaran Harakah pun seperti langsung tidak dipedulikan sejak hari pertama lagi, walaupun hampir semua bersetuju bahawa antara faktor utama kekuatan Umno-BN ialah media, 'kan?
Atas faktor itu, secara peribadi, saya lebih suka ahli-ahli Parlimen Pakatan memulaukan majlis angkat sumpah, 24 Jun ini. Persetankan ugutan dan gertakan tidak berasas Speaker, Pandikan Amin Mulia dan hebahan media bahawa langkah itu menghina demokrasi, Parlimen, Agong, malah boleh melucutkan keahlian.
Menurut Dr Agus: "Perintah Tetap 5(2) Peraturan-Peraturan Mesyuarat menyatakan bahawa ahli yang belum mengangkat sumpah boleh menghadirkan diri dalam sidang Dewan dan boleh mengangkat sumpah di bawah Peraturan ini. Setiausaha Dewan Rakyat terikat untuk mengendalikan sumpah kepada mana-mana Ahli Parlimen yang belum lagi mengangkat sumpah."
Bagi saya, ia salah satu langkah praktikal untuk menghidupkan terus isu asas kepincangan demokrasi di Malaysia, dengan membangkitkan kesedaran awam melalui polemik panas!
Maaf, kalau anda sendiri sudah bosan dengan leteran ini....

Sumber HD - 18-6-2013
Potensi menang perang media PRU14
Ahmad Lutfi Othman, | 14 Jun 2013 |
Apa faktor terbesar Umno-BN masih mengekalkan kuasa dalam PRU13 lebih sebulan lalu? BagiDr Mahathir Mohamad, kuncinya terletak kepada ketakutan majoriti pengundi Melayu terhadap kemungkinan Anwar Ibrahim bersama DAP menguasai Putrajaya. Rasa takut "kehilangan hak-hak Melayu" yang sengaja dicipta ini disuntik melalui propaganda berterusan sehingga membentuk persepsi hodoh kepada Pakatan Rakyat.
Namun begitu, ramai tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir itu. Tentulah lebih banyak pihak menyalahkan sistem, proses dan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Dan ketempangan amalan demokrasi itu bukan hanya bermula daripada tarikh pembubaran Parlimen, tetapi sudah berakar umbi sejak lama, malah dianggap suatu kelebihan buat mana-mana parti pemerintah, yang jarang dibantah secara berkesan.
Saya sedaya upaya tidak mahu mengulangi hujah-hujah basi, tetapi terpaksa juga membawa penekanan hampir sama. Kadang-kadang isu-isu stereotaip terpaksa diulang selagi ia belum ditangani dengan tekun, berhemah dan serius. Kita memang menyenaraikannya sebagai faktor utama kekalahan dalam setiap kali pilihan raya, tetapi ia terus "terbiar" begitu sahaja, dan mengulangi punca-punca itu sebagai daleh tanpa mengatur pelan tindakan lebih bermakna.
Bagi saya, begitu juga anggapan ramai pemerhati politik - kekuatan Umno-BN masih terletak kepada penguasaan dan manipulasi media. Tentu ramai yang spontan mengangguk lesu, mengiakan hakikat "padang permainan masih tidak sama rata" ... tetapi apa perancangan strategik Pakatan untuk berdepan dengan serangan, ancaman dan pujukan kuasa media ini?
Dalam pada itu, tidak sedikit penyokong Pakatan akan menyatakan, kita sendiri sudah memiliki senjata paling berkesan, iaitu media baru -- termasuk media sosial yang lebih demokratik dan mudah dicapai -- yang dapat menyalurkan maklumat alternatif, menyanggah tohmahan media tradisional dan seterusnya membentuk persepsi masyarakat.
Saya tidak mahu terperangkap dalam polemik tidak berkesudahan ini. Kesimpulan mudah saya, meskipun capaian dan akses internet lebih menyeluruh, namun pengaruh akhbar, radio dan televisyen tetap menyerlah dan menyengat. Kalaupun anda mempunyai perbedaan pandangan - dan tetap berkeras bahawa kian ramai rakyat Malaysia yang tidak lagi melanggan akhbar harian, jarang-jarang sekali menonton siaran berita TV3, apatah lagi terkesan dengan berita radio - ketepikan sekejap. Ya, mengapa kita tidak boleh sama-sama bersetuju bahawa kita juga berpeluang untuk membangunkan "sistem media" sendiri, yang lebih sofistikated atau sekurang-kurangnya setanding dengan BN?
Baru-baru didedahkan dalam satu forum mengenai persempadanan semula, berdasarkan kawasan
pilihan raya sedia ada, Umno-BN boleh mendapat majoriti mudah di Parlimen hanya dengan menguasai kerusi-kerusi yang mempunyai sekitar 20 peratus saja. Dan kebanyakan kerusi terbabit adalah di luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak. Soalnya, setakat mana pengaliran maklumat secara cepat dan mudah di kawasan tumpuan atau "simpanan tetap" BN itu?
Mungkin DAP tidak menghadapi kesukaran berdepan karenah akhbar-akhbar Cina, sepertimana PAS dan KeADILan yang dianggap oleh harian berbahasa Melayu sebagai seteru yang mesti dimusnahkan. Pemimpin DAP masih diberikan liputan sewajarnya oleh akhbar Cina berbanding rakan-rakan mereka dalam Pakatan yang "dihenyak semahunya" oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Okey, saya tidak perlu membazirkan masa melukiskan kembali situasi berat sebelah ini, yang diwarisi zaman berzaman. Kita harus ada pelan bertindak. Semua akur bahawa ketiga-tiga lidah rasmi parti-parti dalam Pakatan, terutama Harakah dan Suara Keadilan, amat tidak memadai untuk memikul tanggungjawab yang begitu besar.
Dengan kekerapan penerbitan yang terbatas - dua kali seminggu untuk Harakah, dan bertaraf mingguan untuk SK - apatah lagi begitu mudah dijejaskan rangkaian pengedarannya disebabkan peruntukan undang-undang sedia ada, pengaruh kedua-dua media ini dapat dihadkan.
Justeru, saya menggesa agar tekanan dapat ditingkatkan bagi memastikan semua lidah rasmi parti politik tidak lagi dibataskan hanya kepada ahli-ahli parti sahaja, dan peraturan "karut-marut" itu dimansuhkan. (Pelik memikirkan, mengapa Pakatan seakan-akan memandang sepi gangguan berterusan - dan sistematik - terhadap pengedaran lidah rasmi masing-masing).
Serentak dengan itu, rangkaian pengedaran harus diperluaskan dengan pelbagai inovasi baru. Pada hemat saya, selama ini, jaringan itu terbina dengan sendiri atau semulajadi, dengan segala kelemahan dan kekurangan. Pimpinan Pakatan seolah-olah tidak memberi perhatian serius untuk meningkatkan jumlah cetakan (rekod semasa masih terlalu jauh daripada target), termasuk memastikan Harakah dan SK, mengetuk setiap pintu rumah pengundi, khususnya di kawasan tumpuan.
"PAS dan KeADILan harus merancang untuk terbit akhbar harian, sekurang-kurangnya kombinasi di antara kekerapan Harakah dan SK," kata seorang bekas editor kanan, yang percaya masih banyak potensi dalam dunia media yang belum diteroka oleh Pakatan.
"Mungkin Harakah tiga kali seminggu dan SK juga begitu, berselang-seli. Bagi Harakah yang ada permit, boleh difikirkan judul lain, seperti Bangkit dan Inikalilah yang diterbitkan masa kempen PRU13 yang lalu," ujarnya.
"Jangan tunggu PRU14 baru nak aktifkan penerbitan, waktu itu sudah crowded, pengundi pun mungkin pening dengan begitu banyak asakan media, ditambah surat layang atau risalah tidak bertanggungjawab. Lebih penting, usaha mempengaruhi pengundi Melayu memakan masa dan perlu dilakukan secara berterusan dan halus seninya," tambah rakan saya itu, yang kini bersara dari alam kewartawanan.
Seorang pembaca Harakah, berkelulusan jurnalisme, memberi komentar melalui emel: "Kualiti akhbar lebih penting. Laporan Harakah dan Suara Keadilan perlu lebih bermutu, tidak mengulangi kesilapan sama, dan harus ditadbir seperti industri akhbar yang profesional. Karyawannya tidak boleh tangkap muat, mesti hebat dan dihormati, dan pastinya perlu diganjari setanding akhbar-akhbar utama. Brain dan skill terbaik tidak datang menggolek."
Beliau turut menyokong penuh cadangan yang pernah saya luahkan, agar sistem penajaan percuma kepada audien terpilih dilaksanakan. "Saya yakin ramai penyumbang bermurah hati untuk beramal secara lebih praktikal, menaja terus naskhah Harakah kepada sasaran yang dipilih mereka."
Pengalaman saya membuktikannya. Kutipan dana yang dipelopori Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) amat memberangsangkan. Saya terfikir, jika inisiatif mengumpul kewangan untuk penerbitan akhbar seumpama Bangkit dan Inikalilah ini dimulakan daripada sekarang, dan disokong oleh pimpinan tertinggi Pakatan, tentu sambutannya lebih menakjubkan.
Apa pun, bukan hanya penerbitan akhbar parti perlu disusun semula, tetapi dimensi lain yang juga begitu penting, misalnya TV internet dan potensi klip video, belum diteroka sepenuhnya. Aspek kandungan media baru juga seperti terabai walaupun penguasaan teknologi begitu baik sekali.
Setakat ini, saya lebih suka menyalahkan diri sendiri jika peluang untuk menyaingi media UMno-BN tidak diberi perhatian serius. Kita seolah-olah membiarkan sekelompok pengundi yang cukup penting dan kritikal - kini, pengundi Melayu dan Bumiputera Sabah/ Sarawak - terus diperbodohkan. Ironinya, kita terus menyalahkan orang lain, tanpa menampilkan gerak kerja luarbiasa untuk memetik hasil yang lebih manis.

Sumber HD - 14-6-2013
No comments:
Post a Comment