Timbalan Menteri kena tumbuk
- Jan 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata Kamalanathan membuat laporan itu di Balai Polis Bukit Beruntung selepas mengalami kecederaan di bahagian leher dalam kejadian pukul 2.30 petang itu.
"Selepas menerima rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Kubu Baharu, Kamalanathan seterusnya telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor untuk rakaman percakapan," kata Mohd Shukri semalam.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan polis sedang mencari suspek tersebut.
Menurut laporan polis itu, sebelum kejadian, bapa suspek berkenaan dikatakan menemui Kamalanathan di pejabat itu untuk meminta bantuan timbalan menteri itu bagi urusan memindahkan menantunya yang bertugas sebagai guru di Johor ke Hulu Selangor.
Kamalanathan bagaimanapun menerangkan beliau hanya mampu memberikan sokongan kepada permohonan itu, sebelum bapa suspek bertindak merayu hingga menyatakan sanggup mencium kaki anggota Parlimen Hulu Selangor itu.
Menurut laporan polis, Kamalanathan mendakwa suspek kemudian berjumpanya dengan sekumpulan pemuda lain di pejabatnya dan melepaskan satu tumbukan ke bahagian lehernya. - Bernama
Sumber HD - 14-1-2014
Di sebalik cadangan Mahathir kembali diberi kuasa
- Jan 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, kepada sesiapa yang belum mengenali Najib, Perdana Menteri itu seorang yang mahukan setiap orang menyukainya.
Justeru, jelasnya kalau ada 10 orang, maka Najib mahukan semua kesepuluh menyukainya, sesuatu yang mustahil.
“Saya pernah menyatakan kepada beliau, kenapa anda mahukan 100%, 60% sudah pun menang merujuk kepada kecenderungan nya menyukakan hati semua orang. Kebenarannya, ialah mustahil untuk please everyone.
“Elok kita berdepan dengan reaiti dan jangan berselindung dengan pahit yang digula-gulakan,” tulisnya lagi.
Justeru, bagi beliau apabila bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin menyarankan supaya Dr Mahathir kembali mengetuai kerajaan, ia mengesahkan bahawa Najib seorang pemimpin yang incompetent dan berkelas F, lebih teruk daripada Pak Lah.
“Apa punca masalah kepimpinan Najib?” soalnya.
Baca di sini
Sumber HD - 13-1-2014
Jamil Khir perlu pertahan SMA-MAIWP
- Jan 13, 2014
- BAPA PRIHATIN
Walaupun MAIWP menyerap dan mengambil tenaga pengajar SMA-MAIWP yang rata-ratanya masih muda dan terdiri daripada guru-guru yang tidak mendapat latihan secara formal daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, namun saya mendapati guru-guru SMA-MAIWP amat komited dan cemerlang dalam memberi serta menyeimbangkan pendidikan dunia dan akhirat di SMA-MAIWP.
Buktinya, SMA-MAIWP telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam siri keputusan-keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) mahupun Sijil Menengah Agama (SMA). Hinggakan, kedudukan ranking SMA-MAIWP secara konsisten mencatatkan kedudukan antara tiga sekolah terbaik di Wilayah Persekutuan.
Namun, saya amat terkejut apabila mendapati MAIWP telah menyerahkan SMA-MAIWP kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyebabkan ramai tenaga pengajar baru diambil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya tidak menafikan tenaga pengajar daripada Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berpengalaman dan terlatih, namun saya khuatir halatuju SMA-MAIWP sudah bertukar dan tidak selari dengan hasrat asal MAIWP ketika penubuhan sekolah ini.
Ketika awal penubuhan SMA-MAIWP, visi dan misi SMA-MAIWP adalah jelas untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dan seimbang antara dunia dan akhirat. Buktinya, SMA-MAIWP turut menitikberatkan pengajaran subjek Sijil Menengah Agama.
Namun, amat malang sekali apabila pihak bertanggungjawab tidak serius dalam memperkenalkan Sijil Tinggi Menengah Agama (STAM) walaupun menerima respon yang positif daripada pelajar-pelajar SMA-MAIWP sendiri. Sehingga kini, pihak bertanggungjawab gagal untuk mengambil pelajar untuk STAM walaupun SMA-MAIWP sudah tiga tahun melahirkan lepasan SPM. Ketidak-seriusan pihak bertanggungjawab mula terserlah sejak sekolah SMA-MAIWP ini diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ketika saya dan para ibu bapa yang lain mendaftarkan anak-anak ke SMA-MAIWP, hasrat kami tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melihat anak-anak kami menjadi insan yang cemerlang dalam akademik mereka. Namun, pada masa yang sama kami ingin melihat anak-anak kami ini menjadi insan yang cemerlang dari sudut akhlak dan ilmu agama. Inilah visi dan misi utama SMA-MAIWP ketika MAIWP melahirkan sekolah ini. Tetapi saya melihat halatuju sekolah ini sudah semakin hanyut dan tidak lagi menitikberatkan penyeimbangan dunia dan akhirat.
Terbaru, pihak yang bertanggungjawab telah menukar keseluruhan pentadbiran teratas SMA-MAIWP daripada Pengetua sehinggalah kepada Guru Penolong Kanan yang kesemuanya diambil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini seperti ini amat merunsingkan saya dan ibu bapa yang lain kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang senang serta tidak selesa kepada kami ibu bapa, anak-anak dan terutamanya guru-guru asal SMA-MAIWP yang dari awal bertungkus-lumus menjadikan SMA-MAIWP menjadi sekolah cemerlang dan menjadi perhatian ramai.
Pertukaran sebegini amat tidak munasabah tatkala SMA-MAIWP mencatatkan keputusan yang cemerlang saban tahun. Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak MAIWP adakah mereka tidak lagi menyayangi sekolah ini hinggakan menyerahkan sekolah ini begitu sahaja kepada pihak lain? Apatah lagi, penyerahan tanggungjawab sebegini bukan sahaja menyebabkan ketidakstabilan kepada warga dalaman SMA-MAIWP, malah telah menyebabkan halatuju SMA-MAIWP sudah tidak lagi seperti yang dimahukan.
Lebih menyedihkan, salah seorang daripada Guru Penolong Kanan SMA-MAIWP yang baru diserap daripada Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan perkataan 'berambus' kepada pelajar-pelajar SMA-MAIWP. Hal seperti ini langsung tidak pernah terjadi kepada SMA-MAIWP sebelum ini. Persoalannya, adakah akhlak seperti ini yang ingin MAIWP lahirkan?
Oleh itu, saya merayu agak pihak MAIWP memandang serius dan mengambil peduli tentang sekolah kebanggaan ramai ini. Lebih-lebih lagi, SMA-MAIWP merupakan satu-satunya sekolah menengah di Malaysia yang dilahirkan daripada sumbangan zakat dan boleh menjadi model yang baik kepada seluruh Majlis-majlis Agama di seluruh Negara.
Saya optimis MAIWP mempunyai sumber manusia mahupun kewangan yang lebih daripada mencukupi untuk mentadbir SMA-MAIWP dan seterusnya melahirkan model pelajar yang tersendiri dan boleh menandingi kehebatan produk sekolah menengah seliaan Kementerian PendidikanMalaysia. Seharusnya MAIWP berbangga dengan produk mereka sendiri yang berterusan cemerlang dalam kerangka model tersendiri, lebih-lebih lagi dalam melahirkan produk modal insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Sumber HD - 13-1-2014
Hard Rock: Bir RM8, kalau minum Coke RM16
- Jan 13, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Zuar atau nama sebenarnya Azuar Md Tasi, 48, menyifatkan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor agar Putrajaya membuka Hard Rock Cafe (HRC) yang tidak menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid sebagai tidak masuk akal.
Ketika diminta memberikan pandangan mengenai HRC dari kaca matanya sebagai bekas artis kumpulan Heavy Metal dan Hard Rock, Zuar berkata, mimuman keras merupakan hidangan wajib malah lebih murah berbanding minuman biasa.
"Hard Rock itu sendiri kita dengar pun dah tahu macam mana. Dalamnya dengan muzik, dengan liquor (minuman keras) dia, sebut sahaja Hard Rock orang akan terbayang benda-benda haram itu.
"Saya pernah masuk dulu, bir lebih murah daripada minuman biasa. Bir RM8, kalau minum Coke RM16.
"Dulu pernahlah masuk nak tengok persembahan tapi tak minum. Pesan Coke sahaja sudah RM16, sekali ganda mahal dari minuman keras.
"Kalau kata nak buka Hard Rock Islamik memang tak logik. Kena tukar konsep dan nama baru boleh," katanya ketika ditemui di sebuah restoran, dekat sini baru-baru ini.
Cawangan HRC kini terdapat di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.
Menurut Zuar yang sudah berhijrah dan menyertai PAS pada 2011 berkata, pada era 90-an, HRC memang mengutamakan artis dari luar negara.
"Dulu masa dengan XPDC pernah masuk Hard Rock tapi bukan showcase pun, cuma kita buat sidang media. Dulu kalau artis boleh buat sidang media di Hard Rock memang rasa banggalah.
"Hard Rock itu sendiri bukan artis-artis Malaysia yang buat persembahan, kebanyakan artis luar. Artis tempatan tak dapat tempat. Resident band pun dari Filipina, Indonesia, jarang pemuzik Malaysia," katanya lagi.
Bercerita lagi, Zuar berkata, kebanyakan pengunjung HRC ialah orang Melayu dari golongan korporat.
"Kebanyakan yang masuk Hard Rock dan jadi ahli kelab Orang Melayu Malaysia dan golongan VIP, korporat.
"80 peratus orang Melayu, 25 tahun ke atas. Pekerja pun ramai lelaki dan perempuan Melayu. Hard Rock buka 24 jam cuma siang cuma ada makan dan iringan muzik sahaja. Hiburan mula jam 10 malam hingga dua pagi.
"Kalau ada artis dia kenakan bayaran meja. Kalau ada show kena ada tiket. Kalau ada tiket minuman pertama percuma.
"Pengalaman saya, yang banyak lepak di Hard Rock ni golongan korporat. Jarang budak-budak muda sebab mahal. Yang datang mereka nak berhibur di tempat yang tertutup.
"Sebab itu nak buka di Putrajaya, targetnya pegawai-pegawai atasan kerajaan, korporat," katanya.
Di akhir perbualan, Zuar mencadangkan agar pusat hiburan berkonsepkan Islamik dibuka di Putrajaya dan sesuai untuk menjadi tempat bersantai bersama keluarga.
"Saya minta sangat kurangkanlah pusat hiburan berkonsepkan seperti Hard Rock. Kita nak hilangkan secara drastik tak boleh tapi kurangkanlah sebab kita nak menuju pentadbiran Islam.
"Bukalah restoran berkonsepkan hiburan Islam, utamakan ciri-ciri Melayu dan sesuai sebagai ruang santai bersama keluarga. Tak perlu Hard Rock," katanya yang masih mengekalkan imej rambut panjang.
Sumber HD - 13-1-2014
Jika Mahathir diberi kuasa, apa terjadi kepada Najib
- Jan 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Sebagai bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Zainudin Maidin yang lebih dikenali sebagai Zam seperti sedang mengiringi bekas Ketua Pengarang NST, Kadir Jasin yang sudah sekian lama bersikap lantang dan kritikal terhadap kepimpinan Najib, tulis blogger Shahbudin Husin.
Menurutnya, dengan idea Zam tersebut, bukan saja mengesahkan Najib sebagai Perdana Menteri yang paling lemah tetapi juga membuktikan seluruh anggota kabinet seolah-olah sudah lumpuh dan tidak mampu lagi menyumbang sebarang kebaikan kepada negara.
“Ia secara tidak langsung juga membenarkan segala gelaran yang diberikan kepada sesetengah menteri seperti cap ayam, cap sardin dan sebagainya,” tulis beliau di dalam blognya, semalam sebagaimana di bawah.
Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA dikembalikan bagi menangani kumpulan ekstrem yang mungkin menggugat kestabilan negara, bukan saja mengundang pro dan kontra terhadap keperluan akta tersebut, sebaliknya turut menyeret idea agar beliau dikembalikan dalam kabinet bagi membantu kepimpinan Najib Razak yang dianggap terlalu lemah ketika ini.
Bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin yang melontarkan idea tersebut di blognya berkata, pengalaman lebih 20 tahun Mahathir dalam memimpin negara dan mengendalikan soal keselamatan dengan jayanya, tidak seharusnya dibazirkan begitu saja oleh Najib.
Katanya, cadangan ini bukannya untuk mengembalikan Mahathir kepada kedudukan kerusi Perdana Menteri tetapi perlu diberkan kuasa dalam kabinet untuk membantu Perdana Menteri dan kerajaan dalam menangani isu keselamatan, perkauman, agama dah ekonomi yang kian meruncing sekarang ini.
Sebelum ini Mahathir telah mencadangkan agar ISA dikembalikan semula bagi menangani pelbagai isu berkaitan keselamatan, perkauman dan agama yang timbul satu persatu sejak kebelakangan ini. Cadangan itu telah mendapat sokongan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Kumpulan konservatif yang masih merupakan majoriti dalam UMNO juga jelas berdiri teguh di belakang Mahathir berkaitan ISA ini dan mereka merasakan salah sebab lemahnya Najib ialah kerana tindakannya menghapuskan ISA pada 2011 dahulu.
Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun dengan pantas menolak keperluan untuk menghidupkan semula ISA ini. Walaupun sebelum ini beliau agak bertegas dan tidak bersetuju dengan cadangan Najib mahu menghapuskan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat, dalam konteks ISA ini Zahid nampaknya memilih untuk berdiri di belakang transformasi Najib.
Sama ada pendirian itu kerana beliau benar-benar tidak setuju ISA dikembalikan atau kerana ketika ini pemilihan UMNO sudah berlalu dan tidak perlu lagi menunjuk-nunjuk sikap tegas, hanya beliaulah yang mengetahui isi hatinya yang sebenar.
Pihak pembangkang dan rakyat yang menyanjung hak asasi serta kebebasan bersuara sememangnya bersetuju apabila Najib bertindak menghapuskan ISA, namun tindakan itu tidak memberi impak besar daripada segi sokongan kepada kerajaan, terutama golongan terpelajar, pengundi muda, pengundi bandar dan seumpamanya.
Hakikat inilah yang menyebabkan golongan konservatif dalam UMNO merasakan tindakan Najib menghapuskan ISA adalah suatu pertimbangan yang salah kerana sementara sokongan rakyat tidak bertambah, kerajaan menjadi semakin tidak bertaring dalam menguruskan isu-isu kritikal.
Sementara cadangan Mahathir agar ISA dikembalikan terus mencetuskan reaksi yang berbagai dan mungkin menyebabkan sokongan terhadap kepimpinan Najib kian merosot, cadangan Zainuddin Maidin agar Mahathir diberikan kuasa dalam kabinet untuk membantu Najib dan kerajaan, jelas merupakan satu lagi terjahan yang bakal menyebabkan kedudukan Perdana Menteri semakin terhimpit ke dinding.
Sebagai bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Zainudin Maidin yang lebih dikenali sebagai Zam seperti sedang mengiringi bekas Ketua Pengarang NST, Kadir Jasin yang sudah sekian lama bersikap lantang dan kritikal terhadap kepimpinan Najib.
Dengan idea Zam tersebut, bukan saja mengesahkan Najib sebagai Perdana Menteri yang paling lemah tetapi juga membuktikan seluruh anggota kabinet seolah-olah sudah lumpuh dan tidak mampu lagi menyumbang sebarang kebaikan kepada negara. Ia secara tidak langsung juga membenarkan segala gelaran yang diberikan kepada sesetengah menteri seperti cap ayam, cap sardin dan sebagainya.
Di sebalik cadangan mengenai ISA, apa pilihan Najib sebenarnya?
Mahukah beliau mengembalikan semula ISA sedangkan ia umpama menguburkan program transformasinya sendiri? Atau beliau terus kekal agar ISA dihapuskan dan dalam masa yang sama rela sokongan terhadapnya, terutama daripada golongan konservatif semakin berkurangan?
Atau mungkinkah beliau bersetuju dengan cadangan Zainuddin untuk memberi tempat dan kuasa semula kepada Mahathir walaupun ianya bermakna beliau secara sedar mengakui kelemahan dan ketidak-upayaan anggota kabinetnya dalam mengurus negara selama ini sehingga Mahathir yang sudah lebih 10 tahun bersara perlu dibawa semula dalam kerajaan?
Pilihan lain yang boleh dibuat oleh Najib ialah segera merombak kabinetnya dengan mengeluarkan menteri-menteri cap ayam dan cap sardin serta menggantikannya dengan pemimpin lain yang lebih berwibawa dan berkelayakan. Pilihan ini mungkin mampu memberi nafas baru dari segi persepsi rakyat terhadap kepimpinannya dan mengelakkan kritikan yang berterusan.
Tetapi jika Najib merasakan idea Mahathir mengenai ISA dan kemudian disusuli dengan cadangan perlunya bekas Perdana Menteri itu dikembalikan dalam kabinet sebagai usaha tersusun mahu melemah dan kemudian menyingkirkannya daripada kerusi empuk Perdana Menteri, beliau mungkin boleh memilih jalan yang paling selamat iaitu mengundurkan diri secara baik dan terhormat.
Dengan trend majoriti rakyat tidak berpihak kepadanya, sokongan UMNO pula berpecah-pecah serta pelbagai isu yang kian menghimpit, adalah tidak berbaloi untuk Najib terus berlaga angin dengan Mahathir dan kumpulan yang ingin menyingkirkannya kerana kemungkinan beliau kecundang adalah lebih besar berbanding meraih kemenangan. Lagi pula, sejarah politik Najib dalam UMNO bukanlah berasaskan pertandingan dan persaingan, tetapi kerana diberi laluan dan kemenangan percuma yang sebahagian faktornya ialah kerana darah Tun Razak mengalir dalam tubuhnya.
Oleh itu, berundur diri mungkin pilihan terbaik bagi Najib dan membiarkan saja segala kekusutan yang sedang berlaku dalam negara ini diuruskan oleh pemimpin lain pula.
Sumber HD - 13-1-2014
Letak jawatan: Jamil Khir lebih malu dari Hasan Malek?
- Jan 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Tambahan pula dengan kedudukan Jamil Khir yang berlatar-belakangkan tentera yang seharusnya mempamerkan sikap tegas dan tidak mudah berkompromi.
“Jika mahu dikira aib dan malu, Jamil Khir jelas lebih malu berbanding Hasan,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya, semalam.
Kelmarin tersebar khabar angin mengenai perletakan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek sehingga sekumpulan Pemuda Umno yang diketuai oleh anaknya sendiri membuat laporan polis kerana menganggapnya fitnah yang mengaibkan.
Baca di sini
Sumber HD - 12-1-2014
HRC Putrajaya dedah hipokrit Umno
- Jan 10, 2014
- WAN SAUFI
Namun, dalam isu Hard Rock Cafe ini mereka hilang suara. Senyap, sunyi dan sepi.
Umum mengetahui bahawa di Hard Rock Cafe ada menjual arak (terpulang kepada pengunjung sama ada mahu minum atau tidak), berlaku percampuran bebas lelaki dan perempuan dan pelbagai lagi perkara yang tidak selari dengan syariat.
Jadi, walaupun ada cadangan untuk menjadikan Hard Rock Cafe di Putrajaya “bersifat Islamik”, tetapi cadangan itu tidapt dapat lari daripada asas kepada kewujudan Hard Rock kafe itu sendiri sebagai pusat hiburan yang melalaikan.
Sebagai contoh, restoran makanan segera McDonalds, KFC, Kenny Roggers, Restoran nasi kandar dan sebagainya – umumnya mengetahui asas perniagaan mereka ialah menjual makanan. Mereka mematuhi syarat-syarat tertentu dan mendapat status halal. Setiap yang datang ke restoran itu sudah tentu mahu makan makanan yang halal dan bukannya bersantai-santai. Selepas makan mereka akan pergi pulang atau pergi ke destinasi lain. Tidak mungkin ada orang yang datang ke KFC misalnya – lepak-lepak hingga dinihari!
Pergilah ke mana-mana negara pun, restoran makanan yang saya senaraikan di atas memang sifatnya begitu – datang untuk makan. Dan sifat sejagat Hard Rock Cafe pula – datang untuk berhibur, dalam jangka masa yang lama.
Oleh itu, kritikan dan penolakan orang ramai terhadap cadangan membuka Hard Rock Cafe di Putrajaya memang wajar atas sifatnya sebagai pusat hiburan. Umno dan NGO pro Umno juga patut menentangnya atas dasar dirinya Islam dan sebagai parti Islam terbesar di Malaysia – seperti yang didakwa!
Sumber HD - 10-1-2014
Aduan perkhidmatan komuter
- Jan 10, 2014
- SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Begitu juga dikawasan stesen itu sendiri masih nampak berkeadaan tidak terurus dan lantai yang berlumut serta sampah sarap boleh kelihatan di mana-mana. Kaunter jualan tiket pula ditutup lebih awal sebelum 10 malam sedangkan perkhidmatan komuternya tamat perkidmatannya jam 11.30 malam untuk perjalan kedestinasi terakhir mereka dan jadual perjalanannya juga selalu tergendala dan inilah puncanya mengapa penumpang terpaksa berhimpit-himpit macam ikan sardin apabila adanya kelewatan di setiap perjalanan komuter itu.
Walaupun setiap stesen disediakan lif untuk OKU dan warga tua serta mereka yang kurang sihat dan kanak-kanak tetapi lifnya selalu didapati tidak berfungsi dengan alasan masih lagi dalam penyelenggaraan dan ini menyusahkan mereka yang berkenaan untuk pergi ke seberang platform 2 kerana terpaksa menaiki tangga yang agak tinggi itu.
Dalam masa yang sama diharap pihak pengurusan komuter dapat sediakan tempat duduk khas sebagaimana koc khas untuk wanita nikmati bagi warga emas dan OKU yang menggunakan komuter. Juga kerana saya perhatikan ada juga kalangan mereka ini terpaksa berdiri dan berhimpit-himpit di sepanjang perjalanan tanpa sesiapa pun yang sudi untuk memberikan tempa duduk mereka sebagai masyarakat yang perihatin.
Sumber HD - 10-1-2014
Kumpulan kecil ekstremis tidak jejas kestabilan negara
- Jan 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata ini kerana tindakan mereka tidak menggambarkan isu arus perdana rakyat Malaysia.
"Rakyat Malaysia tidak perlu malu dengan pandangan yang dikeluarkan sesetengah golongan ekstrem atau agensi kerana mereka terdapat di tengah-tengah masyarakat kita dan ia merupakan isu yang Malaysia dan rakyatnya perlu tangani.
"Ia merupakan dimensi kecil dalam konteks Malaysia, tetapi akhirnya kita perlu cuba menyelesaikannya. Orang luar mungkin tidak faham keadaan ini, tetapi kita (rakyat Malaysia) perlu menyesuaikan diri dengan manifestasi drama psiko ini oleh orang yang mahu mendesak pendapat minoriti mereka dalam bentuk yang sangat ekstrem," katanya mengulas isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Khamis lalu.
Razali yang merupakan bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata demikian dalam sidang media sempena Persidangan ke-27 Academy of Latinity di sini semalam yang dirasmikan Wakil Tinggi Perikatan Tamadun PBB, Nassir Abdulaziz Al-Nasser.
Turut hadir Duta Brazil ke Malaysia, Maria Auxiliadora Figueiredo, Setiausaha Agung Academy of Latinity, Candido Mendes dan Pengarah Pusat Pengajian Amerika Latin Universiti Malaya, Evelyn Syamala Paul Devadason.
Terdahulu Razali berkata satu cara menangani ekstremisme dan pertembungan kebudayaan ialah dengan menyediakan persekitaran yang menggalakkan kesederhanaan, saling hormat menghormati, bertolak ansur dan memahami budaya.
"Asean juga melihat untuk merapatkan jurang dengan Amerika Latin yang menyaksikan Brazil selaku negara Latin pertama menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara semasa Sidang Kemuncak Asean di Kemboja tahun lalu," katanya semasa menyampaikan ucapan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.
Sementara itu Nassir berkata berikutan Tragedi 9/11, Academy of Latinity telah mengambil langkah bijak dengan menganjurkan persidangan di negara berkebudayaan Islam dengan menghantar isyarat betul bagaimana untuk menyatu padu dan mengurangkan salah faham budaya menerusi kepimpinan bertanggungjawab.
"Saya menghargai Akademi mahu mendekati dunia Islam dan Malaysia merupakan contoh negara yang mempunyai pelbagai budaya dan sederhana. Ini apa yang dunia perlukan untuk membawa keamanan dan kemakmuran," kata Nassir. - Bernama
Sumber HD - 9-1-2014
Erdogan lawat Malaysia mulai hari ini
- Jan 09, 2014
- HARAKAHDAILY
hari ke Malaysia mulai hari ini atas jemputan rakan sejawatannya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Erdogan akan diringi oleh isterinya Puan Emine Erdogan serta 97 anggota delegasi termasuk Timbalan Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Kesatuan Eropah, Menteri Ekonomi, Menteri Tenaga dan Alam Sekitar serta Menteri Belia dan Sukan.
Wisma Putra, dalam kenyataannya malam tadi, berkata lawatan ke Malaysia itu adalah sebahagian daripada misi lawatan Erdogan ke Asia termasuk Jepun dan Singapura.
Lawatan tersebut juga sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turki yang terjalin pada 1964, menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri Turki itu akan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat ini, disusuli mesyuarat tertutup dengan Najib sebelum kedua-dua pemimpin itu mengetuai delegasi masing-masing pada mesyuarat dua hala.
Wisma Putra berkata perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu dijangka tertumpu kepada soal meningkatkan dialog dan kerjasama dua hala, antara lain dalam bidang politik, perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Selain itu, kedua-kedua mereka juga dijangka membincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu kepentingan bersama serantau dan antarabangsa.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan majlis jamuan rasmi untuk meraikan Erdogan dan Emine di Seri Perdana.
Semasa lawatan itu, Erdogan dijadual menyampaikan kuliah utama bertajuk 'Mentranformasikan Asia Pasifik dan Turki' pada siri syarahan Tun Abdul Razak anjuran Yayasan Penyelidikan Mengenai Transformasi dan Razak School of Government (RSOG).
Wisma Putra berkata Perdana Menteri Turki itu akan menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dalam Pengurusan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). - Bernama
Sumber HD - 9-1-2014
Hard Rock: Bertambah lagi ‘menteri cap ayam’
- Jan 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Bagi blogger Shahbudin Husin, di ketika Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat turut menjelaskan tiada cadangan dan pengurusan Hard Rock pula menyatakan tiada perancangan ke arah itu, Tengku Adnan seperti membuka laluan semula mengenainya.
"Cadangan persembahan nasyid bagi menggantikan muzik rock bukan saja ternampak lucu, tidak masuk akal dan menyerlahkan keghairahan tanpa sempadan Tengku Adnan terhadap Hard Rock, malah dalam masa yang sama menyingkap kewibawaan dan tahap pemikirannnya yang sebenar sebagai seorang pemimpin.
Dalam erti kata lain, bertambahlah seorang lagi 'menteri cap ayam' dalam kabinet Najib sekarang ini," tulis beliau di dalam blognya semalam.
Baca di sini
Sumber HD - 9-1-2014
Jalan Mahameru ditutup jika runtuhan berlaku lagi
- Jan 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata ia bagi mengelak berlaku runtuhan seterusnya.
"Bomba masih memantau keadaan tebing itu dari semasa ke semasa dan kerja pembuangan tanah sedang dilakukan kontraktor," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata tiada pergerakan tanah dikesan buat masa ini.
"Apa yang membimbangkan kami ialah kerja pembuangan longgokan tanah, jika tidak diselesaikan secepat mungkin, kemungkinan besar petang nanti akan hujan dan berlaku runtuhan lagi.
"Jika petang nanti hujan dan berlaku runtuhan kali kedua, bomba akan mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menutup terus Jalan Mahameru kepada lalu lintas," katanya.
Samsol menasihati pengguna kenderaan yang melalui Jalan Mahameru agar berwaspada.
Dua daripada tiga lorong di Jalan Mahameru dari arah Parlimen ke Pusat Dagangan Dunia Putra yang ditutup semalam ekoran runtuhan tebing, dibuka kepada lalu lintas pagi ini.
Kejadian kira-kira 5.20 petang semalam susulan hujan lebat menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 10km. - Bernama
Sumber HD - 8-1-2014
Tanah runtuh: Jalan Mahameru dibuka dua lorong
- Jan 08, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga lorong Jalan Mahameru - dari arah Parlimen ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - yang ditutup semalam ekoran runtuhan tebing, dibuka kepada lalu lintas pagi ini.
Menurut jurucakap polis trafik, ekoran daripada pembukaan lorong-lorong itu, keadaan lalu lintas di kawasan berkenaan berjalan lancar.
Semalam, tebing bukit di tepi jalan itu runtuh pada kira-kira pukul 5.20 petang berikutan hujan lebat.
Runtuhan seluas 10x10 meter persegi itu telah menutupi jalan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang lebih 10 kilometer. - Bernama
Sumber HD - 8-1-2014
Kem Tahanan Kamunting jadi penjara agro
- Jan 08, 2014
- HARAKAHDAILY
PUTRAJAYA: Tempat Tahanan Perlindungan Taiping (TTPT), Perak yang dikekalkan sebagai pusat tahanan dengan konsep penjara agro akan memberi latihan vokasional kepada penghuni untuk menghasilkan produk pertanian dan penternakan.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohamad Khalid berkata TTPT yang lebih dikenali sebagai Kem Tahanan Kamunting (KEMTA) akan membekal kemahiran dalam bentuk pertanian dalam penanaman sayur-sayuran, penternakan haiwan dan ikan serta perladangan kenaf (penanaman dan pemprosesan).
Untuk mempelbagaikan latihan pemulihan diri penghuni dan bentuk kemahiran, beliau berkata penghuni juga didedahkan kemahiran dalam penyelenggaraan dan pengurusan golf di tempat tahanan tersebut yang mempunyai padang golf sembilan lubang dengan keluasan 40 hektar.
"Kawasan sesuai turut dikenal pasti untuk diaplikasikan konsep pelancongan agro dan konsep mesej dari penjara (pendidikan pencegahan jenayah).
"Konsep lawatan menyertai aktiviti pertanian, pendidikan pencegahan jenayah dan perkhidmatan restoran untuk pelawat dapat diketengahkan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
TTPT yang beroperasi sejak 1 Nov 1973 telah menempatkan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan banduan di bawah kategori Pra Bebas (baki hukuman bawah dua tahun).
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan TTPT tidak lagi menempatkan tahanan ISA sejak Ahad akan kekal sebagai pusat tahanan untuk menempatkan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 dan Langkah-langkah Pencegahan Khas.
Ahad lepas, enam tahanan terakhir ISA dibebaskan dari pusat itu berikutan pemansuhan ISA yang digantikan dengan SOSMA.
Kini terdapat seramai 314 banduan yang masih menghuni di bangunan berkenaan. Mereka yang tinggal di pusat itu boleh membuat kerja-kerja pertanian, ternakan dan bengkel perusahaan.
Mohamad Khalid berkata TTPT yang mempunyai keluasan tanah keseluruhan tempat tahanan berjumlah 93.3 hektar yang subur dan sesuai digunakan bagi aktiviti kemahiran yang melibatkan bidang pertanian dan penternakan.
Beliau berkata perancangan menjadikan TTPT sebagai penjara agro adalah memberi keutamaan memulih, membina semula diri penghuni serta membekalkan mereka dengan kemahiran yang diiktiraf merupakan tumpuan utama yang diberikan penekanan dan bukannya keuntungan semata-mata.
"Dengan pelaksanaan cadangan ini dijangkakan seramai 800 banduan yang ditempatkan di sini akan menerima kemahiran yang bersesuaian secara bersijil.
"Jabatan Penjara akan mengambil langkah positif dari segi keperluan latihan kepakaran dan peralatan untuk melaksanakan perancangan tersebut," katanya.
Berasaskan kapasiti keseluruhan, TTPT masih boleh menempatkan seramai 486 banduan lagi. Penjara ini tidak menerima kemasukan terus banduan dari mahkamah sebalik menerima mereka daripada penjara lain yang dipilih dan dipindahkan.
Selain digunakan untuk penempatan banduan yang menjalani kemahiran pertanian dan bengkel perusahan, TTPT juga digunakan untuk menempatkan sejumlah kecil banduan kes jenayah pecah amanah (CBT) iaitu di bawah pengkategorian penjara yang dilaksanakan.
Pengkategorian berkenaan bertujuan untuk penambahbaikan/pengkhususan pemulihan penjara bagi meningkatkan lagi keberkesanan pemulihan yang dilaksana berasaskan kesalahan. - Bernama
Sumber HD - 8-1-2014
Syarat 'nasyid' sekadar mahu reda kemarahan rakyat
- Jan 07, 2014
- SALMIYAH HARUN
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad berkata, kerajaan Umno BN akan berusaha sedaya untuk memenuhi keperluan pelabur termasuklah membuka Hard Rock Cafe di Putrajaya walaupun rakyat membantah.
"Kita sedia maklum Umno BN memang suka berjanji itu ini, kalau sebelum ini minyak tidak dinaikkan malangnya sebaliknya berlaku.
"Syarat di keluarkan kepada Hard Rock Cafe sebagai meredakan kemarahan rakyat, bermakna memang kerajaan benar-benar mahukan cawangan cafe itu di Putrajaya," katanya ketika dihubungi.
Bagi PAS, katanya pembukaan kelab-kelab dan cafe eksklusif seperti Hard Rock Cafe bukan sahaja tidak boleh dibuka di Putrajaya bahkan ditempat-tempat lain kerana ia boleh mengundang masalah sosial kepada anak muda negara ini.
Beliau percaya syarat yang dikeluarkan itu supaya tidak ada penentangan terbuka oleh rakyat tetapi akhirnya ada usaha untuk membuka cawangan di pusat petadbiran kerajaan itu.
"Sebab itu kerana pentingkan dasar mesra pelabur kerajaan tidak fikir apa yang mudarat kepada rakyat. Mereka akan terus fikir bagaimana mahu mendapatkan dana daripada pelabur, seberapa boleh mereka akan penuhi keperluan pelabur," katanya.
Justeru, beliau mendesak agar rakyat terus membantah penubuhan cawangan Hard Rock Cafe yang akan mencemarkan pusat pentadbiran kerajaan.
Isu pembukaan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya telah mendapat bantahan rakyat, namun bagi meredakan kemarahan itu hari ini Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi kenyataan bahawa permohonan cafe terkemuka itu perlu memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk tiada penjualan minuman keras dan menampilkan persembahan hiburan yang berlandaskan Islam.
Syarat itu bagi memastikan imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara yang mengamalkan sistem pentadbiran Islam terus dipelihara.
Tengku Adnan mengulas kemungkinan pengusaha Hard Rock Cafe membuka cawangan itu di sini berikutan perkongsian Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat mengenai perjumpaan beliau dengan pelabur Hard Rock Cafe di negara ini, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir, dalam laman sosial Facebook.
Aseh bagaimanapun menjelaskan tiada permohonan rasmi dibuat mengenainya, malah Hard Rock International turut menafikan mahu membuka cawangannya di Putrajaya.
Sumber HD - 7-1-2014
Hard Rock Cafe Putrajaya lulus jika ikut syarat - Tengku Adnan
- Jan 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia bagi memastikan imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara yang mengamalkan sistem pentadbiran Islam terus dipelihara.
"Kita ada garis panduan, dan kita akur pada garis panduan ini. Kita nak Putrajaya menjadi bandar yang lestari, ceria dan bandar yang menjadi contoh kepada seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tengku Adnan mengulas kemungkinan pengusaha Hard Rock Cafe membuka cawangan itu di sini berikutan perkongsian Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat mengenai perjumpaan beliau dengan pelabur Hard Rock Cafe di negara ini, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir, dalam laman sosial Facebook.
Aseh bagaimanapun menjelaskan tiada permohonan rasmi dibuat mengenainya, malah Hard Rock International turut menafikan mahu membuka cawangannya di Putrajaya.
Tengku Adnan berkata sebelum ini, rangkaian kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven yang membuka cawangannya di sini, telah mematuhi syarat-syarat itu dengan menjadi kedai pertama tidak menjual minuman keras di negara ini.
Beliau berkata banyak lagi pengusaha jenama terkenal lain termasuk pengusaha taman tema dan hospital swasta berminat membuka cawangan di Putrajaya, dan setiap permohonan itu akan dipastikan mematuhi syarat sebelum diluluskan.
"Kita tidak mahu menolak hasrat (para pelabur), tetapi kita akan memberitahu mereka syarat-syarat kita. Beliau (Aseh) melakukan perkara betul dengan berbincang dengan pelabur kerana kita mahu mereka melabur di Putrajaya. Kita tidak boleh harapkan kerajaan sahaja melabur pada setiap masa," katanya ketika ditanya mengenai perjumpaan Aseh dengan Syed Yusof.
Sambil meminta rakyat supaya tidak gelisah dengan perkara itu, beliau menyelar pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menimbulkan spekulasi mengenainya.
"Tolonglah jangan putar belitkan (perkara ini)...ia tidak wajar langsung. Saya sedih melihat apa yang berlaku, dan ini akan membentuk generasi masa depan Malaysia. Kita tidak mahu mereka menjadi seperti orang Barat. Kita mahu mereka mempunyai nilai-nilai Timur," katanya. - Bernama
Sumber HD - 7-1-2014
Samy Vellu bawa rombongan ke India
- Jan 06, 2014
- M. Saraswathi
Difahamkan semasa acara itu, Samy Vellu akan membuat kunjungan hormat ke atas beberapa menteri utama di India.
Perbincangan semasa pertemuan itu dijangka mengenai isu projek berkaitan infrastruktur kepentingan bersama antara Putrajaya dan New Delhi.
PBD diadakan sejak 9 Jan 2003 untuk mengiktiraf sumbangan komuniti India di luar negara bagi pembangunan India.
PBD ke-12 yang akan diadakan di New Delhi dari 7 hingga 9 Jan 2014 bertemakan 'Engaging Diaspora: Connecting Across Generations'.
Turut akan menghadiri persidangan itu ialah Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel, Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Naib Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan, Penyelaras Putera MIC Kebangsaan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan dan pegawai kerajaan pusat dan negeri.
Konvensyen ini menyediakan platform kepada masyarakat India di luar negara melibatkan diri dengan kerajaan dan rakyat dari negara nenek moyang mereka untuk aktiviti yang memberi manfaat bersama.
Ia juga berguna bagi tujuan perhubungan antara masyarakat India di luar negara yang menetap di serata dunia dan bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dalam pelbagai bidang.
Semasa acara itu, individu yang memiliki merit luar biasa akan menerima anugerah berprestij 'Pravasi Bharatiya Samman Award' untuk menghargai peranan mereka dalam pembangunan India.
PBD juga menyediakan forum untuk membincangkan isu-isu utama berkaitan diaspora India. - Bernama
Sumber HD - 6-1-2014
Bersalin di rumah: Antara hak dan tanggungjawab
- Jan 06, 2014
- ABU UMAR
Pada dasarnya, setiap ibu yang mengandung sewajarnya mempunyai hak untuk membuat keputusan mengenai diri dan kandungannya dengan berdasarkan kepada kefahaman yang sahih.
Pada masa yang sama, pengamal perubatan adalah orang yang paling sesuai dipertanggungjawabkan untuk membentuk kefahaman tersebut. Oleh itu, setiap ibu bertanggungjawab untuk mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan yang berhak untuk menentukan di manakah sempadannya apabila tiba masa untuk membuat keputusan. Firman Allah SWT, “Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43). Hadith Rasulullah SAW, “Jika setiap urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kedatangan Hari Kiamat tersebut." [HR: Al-Bukhari 59, 6496; dari Abu Hurairah].
Namun demikian, zaman teknologi hari ini dimana dunia umpama sebuah kampung, semua pihak haruslah berwaspada apabila bersuara, khuatir isu ini menjadi sebahagian daripada himpunan polemik masyarakat yang tidak berkesudahan dengan suatu penyelesaian yang jelas apatah lagi konkrit. Sewajarnya kita berusaha untuk meningkatkan taqwa kepada Allah SWT dan berfikir sedalamnya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Perkara paling ditakuti dalam menghadapai isu sebegini adalah ia menimbulkan reaksi yang menjadi barah fitnah kepada kesucian Islam dan ketamadunan ilmu, serta lebih mendukacitakan apabila yang menjadi mangsanya adalah wanita dan zuriat manusia seluruhnya.
Perlu disedari, kebanyakan negara membangun terlibat dalam usaha Millenium Developmental Goal oleh Pertubuhan Bangsa Besatu di mana pengurangan kadar kematian ibu dan kanak-kanak adalah pengukur utama kemantapan sistem kesihatan sesebuah negara. Setakat ini, lebih-lebih lagi kebelakangan ini, negara kita masih belum berjaya untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Malah, dengan kes kematian yang berlaku baru-baru ini, kita wajar untuk kembali menilai di manakah silapnya serta apakah ruang dan peluang untuk mencari penyelesaiannya.
Walaupun dunia Islam hari ini dan masa lampau tidak pernah tandus dengan budaya keilmuan yang unggul, namun merujuk kepada isu bersalin di rumah, kita perlu insaf kerana belum banyak yang dapat dinukilkan daripada khazanah ilmuan Islam. Oleh itu, dengan semangat untuk mencari hikmah yang hilang, tulisan ini cuba untuk mengulas dengan rujukan dari sistem kesihatan di negara maju. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan bahawa wanita boleh memilih untuk bersalin di rumah seandainya kandungan tersebut telah ditentukan oleh pengamal perubatan sebagai berisiko rendah, mendapat penjagaan kandungan yang sewajarnya serta wujud pelan kecemasan untuk memindahkan pesakit ke pusat rawatan yang lengkap, jika masalah timbul. American College of Obstetrician and Gynaecologist (ACOG) pula menyatakan bahawa hospital dan pusat bersalin adalah paling selamat namun menghormati hak wanita untuk membuat keputusan, setelah memahami penilaian oleh pengamal perubatan. Manakala, American College of Nurse Midwives dan American Public Health Association telah menggariskan polisi bersalin di luar hospital kepada ibu-ibu yang memenuhi kriteria tertentu.
Belanda adalah negara yang mempunyai kadar kelahiran terancang di rumah yang tertinggi di kalangan negara maju iaitu pada anggaran 30% daripada jumlah kelahiran, walaupun mencatatkan penurunan sebanyak 35% berbanding sedekad yang lalu. Antara ciri-ciri yang membolehkan ibu mengandung berisiko rendah di Belanda merancang untuk bersalin di rumah adalah:
1. Kewujudan bidan terlatih yang berupaya untuk mengenal pasti dan merawat komplikasi semasa bersalin di rumah, serta tahu bila untuk merujuk pesakit ke hospital. Bidan juga terlibat dengan penjagaan kesihatan sejak awal kandungan lagi.
2. Wujud konsensus di kalangan profession pengamal perubatan dari pelbagai bidang mengenai kes-kes yang dikategorikan sebagai berisiko rendah serta kes yang memerlukan rujukan kepada pakar perubatan sepanjang kandungan dan kelahiran
3. Pemindahan ke hospital untuk rawatan kecemasan adalah cepat di mana, 85% daripada kes yang memerlukan rujukan ke hospital, sampai dalam tempoh kurang setengah jam.
4. Sewaktu di rumah, suhu badan, nadi, tekanan darah dan jantung anak dalam kandungan diawasi dan direkod dengan lengkap. Kelengkapan bersalin yang bersih dan nyahkuman digunakan.
Hasilnya, kajian di negara maju menunjukkan kadar kematian ibu dan bayi adalah sama bagi kelahiran secara terancang di rumah mahupun di hospital; kecuali terdapat peningkatan kadar kematian bagi bayi yang dilahirkan di rumah, setelah berumur sekitar 2 hingga 4 minggu. Ini bermakna, walaupun ibu yang bersalin di rumah adalah daripada kategori berisiko rendah, namun kadar kematian adalah sama dengan ibu yang bersalin di hospital yang mengendalikan kelahiran berisiko tinggi. Kajian juga menunjukkan, seperti yang diharapkan, bagi ibu berisiko rendah yang merancang untuk bersalin di rumah, kadar pembedahan dan kecederaan pada kemaluan adalah rendah.
Justeru, kita mengakui bahawa sememangnya wanita mempunyai hak untuk merancang namun beban kebertanggungjawaban dan amanah amat perlu dititikberatkan. Wanita bertanggungjawab untuk memastikan pilihan yang dibuat adalah didasarkan kepada sebab yang munasabah. Wanita juga harus sedar secara amnya, sistem kesihatan di Malaysia belum bersedia untuk semua ini.
Masih banyak ruang dan lompang yang perlu diisi oleh kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan daya kepimpinan yang lemah dan kurangnya keazaman politik oleh Barisan Nasional terhadap isu-isu kesihatan, barangkali wanita terpaksa menunggu sehingga pilihan raya akan datang sebelum boleh menyimpan cita-cita untuk bersalin di rumah dengan selamat. Kita meyakini bahawa Allah SWT menjadikan pada wanita semangat dan jati diri yang kuat untuk menggalas amanah yang mulia ini, sebagai ibu mahupun pengundi. Bersama, kita fahami dan laksanakan hak dan tanggungjawab kita!
Sumber HD - 6-1-2014
Jamaluddin, Ong dan Samy hanya 'habiskan beras negara'
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Kecenderungan pentadbiran Najib melantik duta khas dan penasihat khas yang menelan perbelanjaan tinggi dan membebankan kewangan negara ditegur Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (gambar).
Dalam satu kenyataan media, Sim mempersoalkan kewajaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik empat duta khas dan 13 penasihat khas yang sebahagiannya bertaraf menteri.
Sambil menyifatkan perlantikan itu sebagai “teramai dalam sejarah negara”, beliau turut mempertikaikan kewajaran kerajaan melantik Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sin sebagai duta khas bertaraf menteri ke Asia Timur seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim di Bintulu, baru-baru ini.
Negara kini mempunyai beberapa duta khas lantikan politik antaranya Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang ditugaskan ke Amerika Syarikat, Dato’ Seri Ong Ka Ting (Republik Rakyat China) dan Dato’ Seri S Samy Vellu (India Selatan) yang kesemuanya bertaraf menteri.
Sim mempertikaikan pelantikan tiga individu terbabit yang tidak memberi pulangan yang ketara kepada negara, malah hasil kerja mereka tidak membawa lonjakan pulangan atas pelaburan (ROI) yang besar kepada negara.
“Saya ingin menyeru Perdana Menteri berhenti melantik duta-duta khas yang mahal dan memakan belanja yang besar dengan serta merta.
“Perlantik YB Dato Seri Tiong baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan. Kerajaan BN perlu menjelaskan rasionalnya melantik Duta Khas untuk hal ehwal Asia Timur,” ujarnya.
Sim menambah, Malaysia mempunyai duta-duta profesional yang berfungsi dengan baik di negara-negara Asia Timur seperti Korea dan Jepun manakala Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berupaya mengendalikan urusan perdagangan dengan negara-negara tersebut.
“ Apakah tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada Duta Khas? Kerajaan BN harus menjelaskan mengapa perlu melantik Duta Khas, sedangkan kita sudah ada menteri perdagangan antarabangsa dan duta besar?” soal beliau.
Beliau turut mempersoalkan kelayakan dan kepakaran Tiong sehingga dilantik duta khas dan adakah pelantikan itu satu ganjaran politik?
Isu yang paling penting, jelas Sim adalah pelantikan duta khas dan penasihat khas membabitkan kos yang tinggi dan membebankan kewangan negara.
Beliau turut membangkitkan jawapan kepada soalannya di Dewan Rakyat apabila kerajaan menjelaskan membayar gaji bulanan RM27,227.20 kepada duta khas yang lebih tinggi daripada gaji menteri.
“Oleh kerana mereka berstatus menteri maka mereka juga menikmati elaun dan kebajikan setaraf dengan menteri. Mereka diberi pejabat yang dibiayai kerajaan.
“Ada sesetengah duta khas diberi setiausaha kanan, pegawai khas, pembantu khas dan pegawai pengiring PDRM. Mereka juga sentiasa menjelajah ke seluruh dunia. Kesemua ini memakan belanja yang besar,” ujarnya.
Sim juga menganggar perlantikan duta-duta khas membabitkan kos RM2 juta setahun.
Pada sesi sidang Dewan Rakyat lalu, usul yang dibawa Sim untuk memotong gaji duta-duta khas ditolak setelah dibahaskan anggota Dewan.
“Dengan keadaan fiskal kewangan yang ketat dan hutang kerajaan pusat yang akan mencecah 55 peratus KDNK, apakah perlu kita berbelanja dalam melantik satu lagi duta khas?” soal beliau.
Sim turut mencadangkan Perdana Menteri menambah satu lagi langkah pengurangan kos kerajaan iaitu menghapuskan jawatan duta khas dan penasihat khas di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Najib baru-baru ini mengumumkan 11 langkah kosmetik untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebagai satu langkah ‘jimat cermat’.
Sumber HD - 5-1-2013
Hard rock di Putrajaya, tarikan atau kehidupan bebas?
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
“Apakah Hard Rock sedang diperalatkan untuk memancing anak-anak muda Melayu dan Islam di pusat pentadbiran kerajaan yang selama ini tenang dan damai waktu malamnya supaya beralih kepada kehidupan bebas, tanpa batas dan akses yang yang terbuka kepada minuman keras?” tulis Shahbudin di dalam blognya, semalam sebagaimana di bawah.
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya akan mempunyai satu lagi tarikan, terutama untuk anak-anak muda iaitu pembukaan Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya. Pengumuman mengenai pembukaan Hard Rock Cafe itu diumumkan sendiri oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Aseh Che Mat yang turut memberitahu, ia akan siap dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan daripada sekarang.
Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang senibina bangunannya banyak bercirikan Islam, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Lebih dari itu, di Putrajaya juga dibina masjid-masjid yang indah di tepi tasik dan sebuah lagi masjid pula menggunakan sistem penyejukan semulajadi yang menjadi tarikan serta kebanggaan semua.
Di Putrajaya, selain sebagai pusat pentadbiran kerajaan, juga terletak kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebahagian besar menteri-menteri kabinet. Kakitangan kerajaan di Putrajaya pula lebih 90 peratus adalah golongan Melayu dan Islam, begitu juga kakitangan kerajaan yang mendiami kuarters kerajaannya.
Malah Mahathir Mohamad yang mengasaskan Putrajaya juga mempunyai pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana. Imej Melayu dan Islam dengan Putrajaya sebenarnya begitu rapat dan hampir tidak dapat dipisahkan.
Selain itu, Putrajaya juga mempunyai beberapa tarikan lain yang sudah cukup menarik seperti tasik buatan, taman-taman, kapal persiaran, jambatan dan sebagainya.
Jadi, apa perlunya ada Hard Rock di Putrajaya lagi? Tidak cukupkah tarikan sedia ada untuk Putrajaya sehingga Aseh seperti pendek akal merestui kewujudan Hard Rock itu?
Walaupun Hard Rock hanyalah sebuah restoran tetapi ia bukan restoran biasa, ia juga menyajikan hiburan rock dan muzik keras, persembahan artis yang terkinja-kinja dan minuman keras. Sebagaimana empat buah restoran tersebut yang sudah dibuka di negara ini, itulah eleman wajibnya.
Tanpa hiburan, muzik tanpa batas, pergaulan bebas dan minuman keras, bukanlah Hard Rock Cafe namanya. Persinggahan mat-mat motor yang menunggang motor besar hanyalah salah satu tarikannya, tetapi tarikan utamanya ialah minuman keras dan hiburan yang mengkhayalkan.
Dengan kedudukan dan imej Putrajaya, selain penduduk dan warga kerjanya adalah majoriti Islam dan Melayu, membenarkan pembukaan Hard Rock adalah suatu penghinaan sebenarnya.
Apakah Hard Rock sedang diperalatkan untuk memancing anak-anak muda Melayu dan Islam di pusat pentadbiran kerajaan yang selama ini tenang dan damai waktu malamnya supaya beralih kepada kehidupan bebas, tanpa batas dan akses yang yang terbuka kepada minuman keras?
Sedarkah Aseh Che Mat yang menjadi Presiden Putrajaya mengenai perkara ini? Apakah Putrajaya sedang cuba dirosakkan secara perlahan-lahan dan kedudukan Najib dan kerajaan yang sudah sedia goyah dengan pelbagai isu dan kontroversi, cuba disabotaj lagi.
Sumber HD - 5-1-2014
Najib tidak harus dipertahankan lagi
- Jan 04, 2014
- SHAHBUDIN HUSIN
Rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan sederhana sedang memikul kos sara hidup yang lebih tinggi daripada biasa akibat kenaikan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini dan terus bertambah seiring dengan kedatangan tahun 2014.
Mereka yang ingin meluahkan perasaan terhadap kerajaan akibat kenaikan itu bertambah lagi tertekan hidupnya apabila digelar "bughah" atau penderhaka dan dikategori sebagai halal darahnya untuk dibunuh. Walaupun fatwa dan pendapat daripada Mufti Perak, Harussani Zakaria mengenai hal ini masih boleh dipertikai, diperdebat dan disangsikan, hakikatnya agama bukan lagi dipergunakan untuk menggembirakan umat, sebaliknya lebih dijadikan alat untuk membodek dan pengampu penguasa demi kepentingan peribadi.
Isu mengenai kalimah Allah yang muncul kembali dan diiikuti dengan serbuan Jais terhadap sebuah gereja serta disusuli pula dengan aksi demonstrasi UMNO Selangor mengenainya, turut menjadikan penganut Islam dan Kristian tidak lagi gembira dan harmoni kehidupannya. Berterusannya isu ini tanpa penyelesaian telah meletakkan kedua-dua penganut Islam dan Kristian hidup dalam kesangsian dan kegelisahan.
Dalam masa yang sama, pejuang-pejuang UMNO di peringkat bahagian dan cawangan pula terus dibebankan dengan kerja-kerja tambahan yang berpunca daripada kelemahan pemimpin di atas. Setelah satu demi satu isu muncul mengenai pemimpin di atas, terutama yang melibatkan Najib dan keluarganya, kini isu kemewahan dan pemborosan timbul kembali dengan pendedahan mengenai jet mewah Perdana 2 atau NR2.
Walaupun ada penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri mengenai penyewaan jet itu, ia tidak menafikan sama-sekali kewujudan jet yang sedang disewa itu. Penjelasan PMO lebih merupakan suatu pengakuan terhadap pendedahan mengenai jet itu yang disertakan dengan kewajaran mengapa penyewaan itu dilakukan.
Semua isu yang timbul berkaitan dengan pemimpin, keborosan dan kemewahan Najib serta kelemahan kerajaan, secara tidak langsung menambahkan lagi beban pemimpin akar umbi dalam berhadapan dengan rakyat. Mereka kini bukan saja sudah kekurangan masa untuk diri sendiri dan berusaha menambah keluatan UMNO, bahkan banyak masa asyik dihabiskan untuk menjawab pelbagai dakwaan yang timbul mengenai Najib, Rosmah dan keluarganya saja.
Ini menyebabkan adanya pemimpin UMNO di peringkat akar umbi yang mula mengambil sikap berkabung atau berdiam diri kerana merasakan sudah letih menjawab satu demi satu isu mengenai karenah pemimpin di atas, manakala sesetengahnya mula bersikap lantang dan kritikan terhadap Najib dan kerajaan.
Satu-satunya kelompok yang mungkin sedang gembira ialah golongan kroni yang menjadi pengampu dan penasihat Najib kerana semua isu yang timbul ini menambahkan lagi peluang untuk memenuhkan kantung dan membesarkan perut masing-masing.
Namun demikian, semua isu yang timbul ini jelas memperlihatkan hanya satu perkara iaitu kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri. Jika beliau mempunyai sikap tegas dan berprinsip serta tidak membiarkan elemen-elemen pelampau menguasai kepimpinannya sejak dari awal, banyak isu tidak akan muncul sebenarnya.
Dalam isu kalimah Allah dan kebenaran mengedar Bible dalam Bahasa Melayu, ia lebih berpunca daripada sikap double standard Najib dalam menguruskan isu tersebut serta terlalu dipengaruhi oleh keinginan untuk memperolehi sokongan politik daripada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak. Di suatu ketika, Kristian dilarang menggunakan kalimah Allah dan UMNO dipergunakan untuk bersuara bagi memperlihatkan perjuangan Islam UMNO tetapi di ketika yang lain, kalimah Allah dibenarkan untuk penganut di Sabah dan Sarawak, malah Bible dalam bahasa Melayu turut dibenarkan.
Dalam isu "bughah" yang dilemparkan oleh seorang mufti terhadap mereka yang berdemonstrasi di Dataran Merdeka, ia tidak lain berpunca daripada sikap Najib yang mempamerkan dirinya suka dibodek dan diampu. Kiranya daripada awal Najib sudah menunjukkan dirinya seorang yang tegas, menjulang kebenaran dan tak makan dek bodek, pastinya tidak sesiapa mahu membodeknya. Malah, tidak mungkin juga seorang mufti mahu menjual agama semata-mata untuk menjaga perut dan kedudukannya.
Dalam pelbagai isu yang muncul berkaitan diri dan keluarganya pula, ia juga memperlihatkan kelemahannya yang paling ketara sebagai pemimpin. Tidak pernah kita mempunyai pemimpin selemah beliau.
Sementara isu-isu sedia ada terus menimbun dan menjadikan kedudukan UMNO, BN dan kerajaan semakin lemah hari demi hari, tidak mustahil lebih banyak lagi isu-isu baru yang lebih kronik bakal muncul dan terus membebankan rakyat. Di ketika beliau mengumumkan 11 langkah berjimat cermat, tiba-tiba terdedah mengenai penyewaan jet baru dan penambahan seorang lagi duta khas iaitu Ahli Parlimen Bintulu sebagai Duta Khas bertaraf menteri ke Asia Timur, ia sekali lagi menampakkan wajah talam dua muka Najib dan seolah-olah banyak lagi pekung yang bakal terdedah.
Di ketika berbangga dengan penjimatan yang kecil, pemborosan yang lebih besar sedang dilakukan rupa-rupanya. Sebelum lebih banyak terdedah dan keadaan menjadi lebih parah, hakikatnya Najib tidak harus dipertahankan lebih lama lagi. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 4-1-2014
Tambang bas sekolah naik: TPM suruh runding
- Jan 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengusaha bas sekolah tidak seharusnya bertindak terburu-buru dengan menaikkan tambang tanpa persetujuan SPAD kerana ia akan menyusahkan ibu bapa pelajar.
"Walaupun mereka mempunyai asas-asas dan sebab yang kukuh untuk menaikkan tambang bas atas pelbagai faktor seperti kenaikan harga minyak dan kos penyelenggaraan kenderaan tetapi mereka tetap perlu merujuk kepada SPAD terlebih dahulu," katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan pengusaha bas sekolah di beberapa negeri yang telah menaikkan kadar tambang pada sesi persekolahan mulai bulan ini walaupun kadar baharu akan hanya ditetapkan oleh SPAD pada Mac nanti.
Sebelum itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di Dewan Persidangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), bangunan Perdana Putra di sini.
Pada 31 Dis lepas, SPAD dalam satu kenyataan berkata pihaknya sehingga kini belum meluluskan sebarang surcaj dan tambang baharu bas sekolah.
SPAD berkata hasil perundingan yang dicapai dengan wakil Persatuan-Persatuan bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) dan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) keputusan telah dicapai bahawa tiada surcaj atau kenaikan tambang bas sekolah sehingga SPAD mengumumkan skim baharu bas sekolah pada Mac ini.
Bagaimanapun, menurut laporan akhbar baru-baru ini, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Sarawak telah menaikkan tambang bas tanpa menunggu pengumuman SPAD.
Pengusaha bas telah bertindak menaikkan tambang antara RM5 hingga RM10 pada hari pertama persekolahan di empat negeri tersebut baru-baru ini.
Justeru itu, Muhyiddin berkata tindakan pengusaha bas menaikkan tambang dengan sewenang-wenangnya adalah satu tindakan berat sebelah kerana tidak berbincang dengan SPAD dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Ditanya mengenai ugutan pengusaha bas sekolah untuk menghentikan perkhidmatan mereka sekiranya permintaan menaikkan tambang tidak dipenuhi, beliau berkata tindakan mereka hanya akan mendatangkan kerugian kepada semua pihak termasuk pengusaha bas itu sendiri.
Sehubungan itu, Muhyiddin meminta pengusaha bas dan SPAD mengadakan rundingan dalam masa terdekat ini dan berusaha mencapai hasil 'menang-menang' kepada semua pihak. - Bernama
Sumber HD - 4-1-2014
Peguam Negara sangkal jabatannya lemah
- Jan 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata jabatan itu mengambil perhatian dan menghargai sepenuhnya kebimbangan orang ramai.
Beliau menegaskan bahawa pendakwaan terhadap orang tertentu bergantung semata-mata kepada sama ada wujud bukti yang cukup untuk membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh.
"Apabila didakwa, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kemudian mengemukakan keterangan yang ada dan yang boleh diterima bagi membuktikan kes pendakwaan. Apa yang perlu ditekankan di sini adalah bahawa tidak ada keterangan yang perlu untuk membuktikan tuduhan diabaikan.
Kewajipan untuk mengemukakan semua keterangan juga termasuk memanggil semua saksi penting. Bagaimanapun ini bergantung sepenuhnya kepada ketersediaan dan kerjasama saksi dalam memberi keterangan dalam mahkamah," tegas Abdul Gani dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata bahawa sama ada saksi memberi keterangan sebenarnya bagaimanapun bukan dalam kuasa pendakwa raya.
"Apa yang penting di sini ialah kita tidak pernah membumbui atau mereka-reka keterangan dan akhirnya apa yang kita lakukan sekiranya saksi belot, kita akan mencabar dan mendakwanya atas tuduhan sumpah bohong," katanya.
Abdul Gani berkata ia juga perlu ditegaskan bahawa sebaik sahaja semua keterangan kes pendakwaan dikemukakan maka terpulang kepada mahkamah untuk membuat keputusan sama ada pertuduhan terhadap tertuduh dibuktikan.
"Bagaimana dan apa yang mahkamah memutuskan adalah satu perkara di luar kawalan dan kuasa kami. Walau bagaimanapun, jika kita berpendapat bahawa keputusan itu cacat, maka kami akan menggunakan hak kami untuk merayu," katanya.
Mengenai pelantikan TPR, beliau menjelaskan bahawa kes ditugaskan untuk TPR mengikut kerumitan dan selok-belok sesuatu kes di mana kes-kes yang melibatkan tahap kerumitan yang lebih tinggi akan dikendalikan oleh TPR kanan.
Dalam kenyataan itu, Abdul Gani juga menyentuh mengenai kesukaran yang dihadapi oleh jabatan itu khususnya dalam kes-kes berprofil tinggi termasuk kes pembunuhan wanita Mongolia di mana alasan utama pembebasan oleh Mahkamah Rayuan adalah bukan arahan hakim perbicaraan mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh perayu dan tidak memanggil DSP Musa Safri.
Sambil menghormati Mahkamah Rayuan, beliau berkata bukan arahan atau salah arah mahkamah perbicaraan tidak harus dikaitkan kepada pihak pendakwaan sebagai "ia tiada kaitan dengan perilaku pendakwaan."
Beliau berkata jabatan itu menegaskan bahawa testimoni Musa tidak relevan kepada naratif kes pendakwaan.
"Oleh itu, Pejabat ini telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan," katanya.
Sementara itu, keterangan dua bekas menteri dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kes penipuan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, Abdul Gani berkata mahkamah memutuskan bahawa tidak ada elemen penyembunyian, penipuan, salah nyata atau dorongan oleh tertuduh berhubung soal pembelian tanah tersebut.
"Keputusan in jelas dapatan fakta berdasarkan kredibiliti bekas menteri.
"Mahkamah memutuskan bahawa berdasarkan tafsiran bekas menteri, ia adalah amat tidak kemungkinan bahawa Kabinet telah secara palsu didorong untuk meluluskan pembelian tanah itu," kata Abdul Gani. - Bernama
Sumber HD - 3-1-2014
Najib & Rosmah di Los Angeles dan Sydney di ambang 2014?
- Jan 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam tulisannya, Kadir menulis ketika orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka bagi memprotes kenaikan harga barang dan kos sara hidup, Najib tiada di Malaysia untuk mendengar tuntutan mereka.
“Ketika penunjuk perasaan, menentang kerajaan, menuntut itu dan ini, mereka perlu tahu bahawa perdana menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tiada di sini untuk mendengar tuntutan mereka secara langsung,” tulis Kadir diblognya, kadirjasin.blogspot.com.
Menurut Kadir, maklumat diperolehi menyatakan Najib berada di luar negara ketika sambutan tahun baru walaupun pada awalnya dinafikan kumpulan ‘Penasihat Komunikasi Najib’ (CAG).
Katanya, dalam satu kiriman di blognya bertajuk “Wanita Chief and the Grandmaster” pada 11 Disember lalu, seorang bernama Zainol memberi komen Najib dan isterinya, bercuti ke Los Angeles (LA) dan terbang ke Sydney, Australia sempena tahun baru.
“…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri… Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney.
“Jam itu kita masih tidur di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia,” komen itu dipetik Kadir.
Menurut Kadir, beliau mengirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada ‘anggota CAG’ untuk bertanyakan kebenaran perkara itu, namun ia dinafikan.
Bagi mengesahkan ia bukan sekadar gossip atau fitnah, Kadir pada 30 Disember lalu mengirim SMS kepada Setiausaha Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang mengesahkan Najib ke luar negara dan tugasnya diambil alih oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kadir menambah, beliau juga bertanya kepada editor dua buah akhbar, salah seorangnya juga anggota ‘CAG’ melalui SMS, bagi mengetahui sekiranya ada kenyataan rasmi dibuat.
Editor berkenaan kemudian mengesahkan bahawa tiada kenyataan rasmi dikeluarkan, namun enggan namanya dipetik.
Kadir yang sebelum ini dianggap bekas orang kuat Tun Mahathir Mohamad mencuri perhatian apabila menyindir Najib dan isterinya, Rosmah Mansor di blognya.
Secara sinis beliau mencadangkan Rosmah dilantik ke jawatan menteri, malah ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.
Ia ekoran pujian Najib terhadap isterinya itu pada Perhimpunan Agung Umno awal Disember lalu, selepas mendapat kritikan menggunakan jet kerajaan untuk lawatan peribadi ke luar negara.
Tulisan Kadir itu, dilihat oleh ramai pemerhati politik sebagai serangan awal terhadap kepimpinan Najib dan mewakili pandangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Keadilan Daily
Sumber HD - 2-1-2014
Sahol dilantik semula Naib Canselor UiTM
- Jan 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuat kuasa semalam untuk tempoh dua tahun.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, pelantikan semula Sahol Hamid bagi memastikan kesinambungan pelan pembangunan UiTM selain membantu universiti berkenaan melahirkan graduan bumiputera yang berkualiti tinggi dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
"Di samping itu, Kementerian Pendidikan berharap pencapaian UiTM dapat dipertingkatkan menerusi pemantapan barisan kepimpinan dan organisasi, kualiti staf akademik, kualiti pembelajaran dan pengajaran, dan pembangunan aplikasi sains dan teknologi," kata kenyataan itu.
Sahol Hamid yang akan menyambut ulang tahun ke-60 pada 9 Jan ini, pertama kali dilantik sebagai naib canselor UiTM pada Januari 2010 dan dilantik semula untuk tempoh dua tahun pada Januari 2011.
Bekas graduan Institut Teknologi Mara (sebelum dinaik taraf UiTM) itu memulakan kerjaya dengan UiTM sebagai pensyarah di Jabatan Kejuruteraan pada 1980 dan pernah menjadi dekan Fakulti Kejuruteraan, pengarah kampus UiTM Pulau Pinang dan timbalan naib canselor akademik dan pengantarabangsaan universiti itu.
Selain Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari UiTM pada 1977, beliau juga memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan awam dari Colorado State University, Amerika Syarikat dan ijazah doktor falsafah dari University of Sussex, United Kingdom.
Pada 2008, beliau dilantik sebagai pengarah di Pejabat Pengurusan Projek Kementerian Pengajian Tinggi.
Sahol Hamid juga merupakan orang Asia dan rakyat Malaysia pertama menerima ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari University of Stuttgart, Jerman. Beliau menerima ijazah itu pada 18 Nov, 2011. - Bernama
Sumber HD - 2-1-2013
KPM dicadang tangguh yuran sekolah kepada mangsa banjir
- Dec 31, 2013
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
Cadangan tersebut diutarakan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) bagi meringankan sedikit beban berganda yang ditanggung mangsa banjir.
Penyelaras Angkara Mohd Shukri Mohd Ramli dalam kenyataannya yang dihantar kepada media menyebut, wang gaji mangsa banjir bulan ini sebahagian besarnya terpaksa digunakan untuk membeli kelengkapan asas rumah yang lebih penting untuk membina hidup baru, selepas harta benda mereka ranap dilanda musibah itu.
“Justeru, kebanyakan mereka kesempitan wang untuk membuat persiapan persekolahan anak masing-masing sehingga ada yang hanya mampu beli pakaian sekolah sahaja, malah ada yang langsung tidak mampu dan terpaksa mengharapkan bantuan kerajaan.
“Yuran sekolah yang kini mencecah hampir RM200 pasti akan membebankan lagi hidup mereka. Bayangkan jika ada dua, tiga atau lebih anak yang bersekolah. Maka sudah pasti akan lebih menyiksa diri mereka. Oleh itu langkah penangguhan adalah wajar bagi meringankan bebanan mereka,” ujarnya.
Menurut Shukri, penangguhan bukan bermakna anak-anak mereka tidak diberi apa-apa malah pihak sekolah wajar memberikan segala peralatan seperti alat tulis, buku kerja serta barangan lain seperti biasa kepada pelajar mangsa banjir.
Tambahnya, cuma bayaran terbabit ditangguhkan sama ada secara ansuran bulanan atau sebagainya bagi membolehkan anak-anak mangsa banjir dapat belajar seperti biasa seperti pelajar-pelajar lain tatkala sesi persekolahan bermula minggu ini.
“Jika bank, Tekun serta lain-lain agensi boleh memberi kelonggaran dengan penangguhan bayaran pinjaman kepada mangsa banjir, maka adalah wajar KPM mengambil langkah yang sama.
“Semoga cadangan ini dapat diperhalusi dan diberi perhatian oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaknya di atas semangat slogan rakyat didahulukan,” katanya.
Sumber HD - 31-12-2013
Belum cadang bawa pulang pelajar Mesir
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata lebih 3,000 pelajar Malaysia di Mesir telah ditempatkan di universiti-universiti di Malaysia semasa berlakunya pergolakan sebelum ini di negara itu.
"Masih belum ada keputusan dibuat mengenai keperluan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan sekolah sumbangan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, menghadiri taklimat di Jabatan Pelajaran Pahang mengenai pasca banjir di negeri ini dan persediaan bagi memastikan kesemua 41 buah sekolah yang terjejas banjir baru-baru ini sedia untuk memulakan sesi persekolahan 2014 pada Khamis ini.
Pertempuran berlaku pada Ahad di seluruh kampus lelaki di Universiti Al-Azhar antara pasukan keselamatan Mesir dan pelajar yang menyokong bekas Presiden Mohammed Mursi.
Peperiksaan akhir semester akhir univesiti itu juga dilaporkan ditunda berikutan insiden berkenaan. - Bernama
Sumber HD - 31-12-2013
Langkah jimat cermat Najib hanya tiru Pak Lah
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Namun langkah itu tidak sedikit pun menghentikan pembaziran dan keborosan BN sehingga defisit berpanjangan selama 16 tahun berturut-turut, tegas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan sekali lagi bahawa punca utama masalah kewangan negara adalah pucuk pimpinan pentadbiran yang tidak serius membanteras rasuah malah terpalit dengan rasuah.
"Akibat amalan rasuah inilah banyak projek yang ditanggung kerajaan dibayar pada harga berkali ganda mahal atau pun menjadi pembaziran kerana tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mencabar pentadbiran Najib menghentikan perjanjian-perjanjian berat sebelah dan dasar kerajaan yang membebankan rakyat jika kerajaan BN serius mahu menangani krisis kenaikan kos sara hidup.
Empat tindakan yang perlu dilaksanakan secepat mungkin itu jelas beliau adalah:
1. Menurunkan cukai eksais kereta serta-merta sebanyak 30% ke arah menghapuskan cukai eksais kereta sepenuhnya. Hutang kereta adalah salah satu bebanan utama rakyat dan penurunan cukai eksais kereta akan mengurangkan tanggungan hutang bulanan;
2. Menghentikan kenaikan tol seperti yang dirancang dan merundingkan kembali perjanjian-perjanjian konsesi tol supaya lebuhraya yang sudah mendapat kembali modal pelaburan dikembalikan kepada rakyat;
3. Membatalkan peruntukan untuk projek yang bertujuan memberi ruang berbelanja kepada menteri-menteri tanpa matlamat yang jelas, contohnya peruntukan untuk National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang berjumlah RM278 juta seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2014;
4. Membekukan kesemua program penswastaan yang diusahakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) terutamanya penswastaan kampus-kampus UiTM di seluruh negara yang dijangka membebankan rakyat dan kerajaan dengan berbilion ringgit yang perlu dibayar sebagai sewa kepada pemegang konsesi di masa hadapan.
"Perkara-perkara yang saya senaraikan di atas adalah contoh-contoh langkah mudah yang boleh diambil sekiranya Dato’ Seri Najib benar-benar prihatin dengan kepayahan rakyat.
"Pengumuman beliau setakat ini hanyalah reaksi gentar kepada suara kemarahan rakyat yang semakin dizahirkan akhir-akhir ini, bukanlah satu langkah penyelesaian yang berkesan," tegasnya lagi.
Sumber HD - 31-12-2013
Selain penasihat, Najib juga perlu tukar menteri cap ayam
- Dec 31, 2013
- SHAHBUDIN HUSIN
Atas semua yang berlaku sehingga kerajaan dikritik sekarang ini, Najib sebagai nakhoda parti dan kerajaan adalah orang yang paling dipersalahkan mengenainya. Kelemahannya dalam memimpin negara, lambat bertindak dan perlahan dalam memberi respons terhadap sesuatu yang menjadi bebanan rakyat adalah antara punca semakin merosotnya sokongan rakyat ini.
Kelemahan Najib sebahagiannya adalah disebabkan karenah penasihat serta anggota kabinetnya yang turut lemah. Selain Najib sendiri mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan, kedudukan beliau diburukkan lagi oleh penasihatnya yang tidak memberi laporan betul atau hanya berdasarkan kajian di dalam bilik pejabat sahaja.
Dalam menguruskan negara, Najib dikatakan mempunyai paling ramai penasihat, daripada Idris Jala yang mengetuai Pemandu, Wahid Omar yang mengendalikan Unit Perancang Ekonomi atau EPU, Omar Ong sebagai pegawai khas utamanya, beberapa pegawai khas lain, beberapa setiausaha politik, perunding antarabangsa yang dibayar jutaan ringgit seperti Apco sehinggalah beberapa rakan lamanya seperti Jamaluddin Jarjis dan Elis Anor yang diberikan ganjaran lumayan melalui dana awam atau kedudukan dalam korporat.
Semua mereka ini merupakan watak penting dalam menentukan perjalanan parti dan kerajaan, walaupun Najib juga mempunyai barisan menteri kabinet dan anggota MT UMNO yang turut berperanan memberi pandangan serta idea kepadanya.
Sebelum pilihanraya 2013, Najib menjadi Perdana Menteri hanya menumpang atas mandat yang diperolehi oleh Pak Lah dan PRU13 adalah ujian pertama Najib. Keputusan pilihanraya itu memperlihatkan Najib lebih gagal daripada Pak Lah walaupun dengan perbelanjaan pilihanraya yang dipercayai jauh lebih besar daripada pilihanraya-pilihanraya sebelumnya.
Selepas keputusan pilihanraya itu, Daim Zainuddin adalah orang pertama yang meletakkan kesalahannya kepada penasihat-penasihat Najib yang dianggapnya gagal memberikan nasihat yang betul kepada Perdana Menteri. Daim seterusnya menyarankan agar penasihat-penasihat itu dibuang berikutan kegagalan mereka.
Malangnya Najib masih mengekalkan mereka, malah terus bergantung harap kepada penasihat yang gagal itu. Lantaran itu, beberapa kebejatan dalam pengurusan ekonomi dan negara terus berlaku. Pemotongan subsidi dan menaikkan harga barang dilakukan tanpa mengambil kira kesusahan rakyat.
Sekali lagi, dalam beberapa episod yang menjunamkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan, para penasihat ini dipersalahkan. Para penasihat ini bukan saja dianggap tidak memberi nasihat yang betul, bahkan didakwa bersalut agenda kepentingan peribadi. Sudah banyak desakan agar Najib menukar para penasihatnya yang gagal ini, termasuk terbaru oleh Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed.
Kelemahan lain Najib adalah berpunca daripada anggota kabinetnya yang turut lemah, tiada wibawa dan bercap ayam. Tidak perlu disenaraikan satu persatu menteri dan timbalan menteri yang bercap ayam ini kerana di media sosial sudah banyak diperkatakan mengenainya. Ramainya pemimpin cap ayam ini tidak membantu Najib, malah menjadikan kerajaan jadi bahan persendaan dan momokan rakyat.
Terlihat bahawa menteri dan timbalan menteri cap ayam ini tidak mempamerkan mereka lebih bijak daripada rakyat biasa. Cakapnya sering merapu, hujahnya ke laut dan seolah-olah bercakap dahalu, baru berfikir.
Walaupun kabinet yang ada masih baru tetapi oleh kerana kelemahan mereka yang terlalu ketara ini, Najib perlu memikirkan dengan serius untuk merombak kabinetnya. Beliau harus membuang menteri dan timbalan menteri cap ayamnya dan menukar dengan pemimpin yang lebih berwibawa dan diterima rakyat.
Dalam masa yang sama kerajaan juga dilihat lambat bertindak dan memberi respons terhadap sesuatu isu walaupun dunia kini sudah menjadi serba pantas dan tanpa sempadan. Tindakan Najib mengumumkan 11 langkah penjimatan termasuk pemotongan 10 peratus elaun menteri dan timbalan menteri, seharusnya dilakukan serentak atau pun sebelum beberapa langkah kenaikan dan pemotongan subsidi dilakukan.
Dalam beberapa siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan, sudahlah jawapan dan respons menteri menyakitkan hati, lebih buruk lagi ialah jentera kerajaan dan jentera parti yang sepatutnya memberi penerangan lebih jelas ke arah itu tidak pula dilakukan. Media sosial dan dunia maya yang diakui paling berkesan dan dekat dengan rakyat gagal dimanfaatkan sepenuhnya.
Walaupun menguasai kerajaan, jentera siber parti dan kerajaan sentiasa terkebelakang dan kecundang dalam persaingan dengan pihak lawan.
Hanya setelah keadaan semakin parah dan terpaksa memesongkan protes rakyat terhadap kenaikan harga barang pada malam tahun baru dengan agenda menggulingkan kerajaan serta setelah beberapa desakan ke arah itu dilakukan termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan ramai pihak lagi, Najib akhirnya mengalah dengan akur untuk turut sama berjimat.
Menghebahkan agenda mengguling kerajaan dan dalam masa yang segera mengumumkan langkah berjimat-cermat kerajaan hanyalah menunjukkan kerajaan dalam keadaan terdesak untuk mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat. Yang penting kini Najib sedang mengakui kerajaannya semakin lemah daripada sokongan rakyat.
Tetapi kedudukan kerajaan dan sokongan rakyat terhadap Najib tidak akan berubah selagi para penasihatnya terus dikekalkan dan menteri serta timbalan menteri cap ayam tidak disingkirkan. Hanya dengan dua langkah segera itu yang kemudian disusuli pula dengan tindakan pragmatik yang pro rakyat, barulah ternampak kemungkinan adanya cahaya di hujung terowong perjalanan politik Najib.
Jika tidak, Najib lebih mudah tersingkir sama ada dalam pilihanraya 2018 ataupun mungkin lebih awal daripada itu. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 31-12-2013
Najib umum 11 langkah jimat cermat
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalami.
Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.
Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.
Najib berkata kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.
Perdana menteri berkata kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
Beliau berkata cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.
Najib berkata kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - Bernama
Sumber HD - 31-12-2013
Tiada sebab ada pihak mahu guling kerajaan - Ahmad Maslan
- Dec 30, 2013
- BERNAMA
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pelbagai program bagi meringankan beban rakyat kerana ia adalah satu amanah.
"Tidak ada sebab pihak tertentu mahu menggulingkan kerajaan sedangkan kerajaan BN berusaha untuk memberi pelbagai bantuan kepada rakyat dengan menyediakan peruntukan dan subsidi bernilai berbilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat isu semasa kepada pelbagai pemimpin masyarakat di kawasan Parlimen Bagan Datoh hari ini.
Beliau berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercita-cita tinggi untuk membantu meringankan beban rakyat.
Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata Najib akan meneruskan 10 pakej bantuan kepada rakyat bagi mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat meskipun pemimpin negara itu menerima pelbagai tohmahan, terutama daripada pihak pembangkang.
Beliau berkata kerajaan memiliki kemampuan kewangan bagi melaksanakan semua program yang memerlukan peruntukan tinggi untuk rakyat sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka.
10 pakej itu termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan, subsidi kesihatan, dana perniagaan kepada usahawan serta bantuan kepada nelayan dan pesawah.
Sumber HD - 30-12-2013
Syarikat tidak berpengalaman punca longgokan sampah di MRR2
- Dec 27, 2013
- AFEEQA AFEERA
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata syarikat Umpan Jaya Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak mengurus Pusat Pemindahan Sampah Taman Beringin, Kepong itu hanya berpengalaman menaikkan paras tanah timbus di beberapa kawasan sebelum ini.
Katanya, syarikat itu juga dipercayai dimiliki bekas Ketua Umno Bahagian Batu Kawan bersama ahli keluarganya.
“Mengapa pihak kerajaan memberi kontrak kepada syarikat ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman luas untuk menguruskan pusat pemindahan sampah. Adakah kerana ia dimiliki bekas pimpinan Umno,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Katanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga didakwa gagal mengambil langkah awal bagi menangani masalah itu walaupun menyedari syarikat kontraktor berkenaan tidak beroperasi dengan baik.
Beliau berkata, sikap DBKL yang sengaja membiarkan situasi itu menyebabkan kejadianitu mengganggu lalu lintas dan keselesaan orang ramai.
“DBKL sedar Umpan Jaya menghadapi banyak masalah operasi di Taman Beringin tetapi kenapa tidak mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan sampah diuruskan dengan betul dan dipindahkan ke Pusat Pelupusan Sampah Bukit Tagar,” katanya.
Beliau turut mendesak Menteri Kesejahteran Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk mendedahkan kos kontrak pengurusan yang diberi kepada Umpan Jaya dan bagaimana syarikat itu boleh dilantik.
“Menteri juga diminta beri jaminan yang pihak terbabit disiasat dengan teliti dan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati bertanggungjawab, bahkan jaminan kontrak seterusnya akan diberi melalui tender terbuka,” katanya.
Pada 21 Disember lalu, kira-kira 2,000 tan sampah dilonggok sepanjang bahu jalan MRR2 menyebabkan kesesakan teruk dan penduduk serta pengguna jalan raya terpaksa menghidu bau busuk sepanjang jalan itu. - Selangorkini
Sumber HD - 27-12-2013
Kadar simpanan asas KWSP dirombak Januari ini
- Dec 26, 2013
- HARAKAHDAILY
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata kadar baharu itu ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam, yang bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari umur 55 hingga 75 tahun.
Beliau berkata ia akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan kepada keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup.
"Dengan mengambil kira faktor kos hidup yang semakin meningkat, jangka hayat rakyat Malaysia yang panjang serta kadar inflasi, KWSP telah membuat keputusan meningkatkan Simpanan Asas untuk memastikan 13 juta ahlinya mempunyai tahap simpanan yang mencukupi bagi menikmati persaraan yang mampan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Affendi berkata Simpanan Asas semasa ialah RM120,000 pada umur 55 (RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun) mungkin tidak mencukupi bagi menampung persaraan ahli kerana berada di bawah garis kemiskinan.
Selain itu, katanya, statistik KWSP menunjukkan 71 peratus ahli bersara pada umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP mereka.
Nik Affendi berkata kadar yang disemak semula ini memerlukan ahli mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP bagi membolehkan mereka layak menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP di mana simpanan mereka boleh dilaburkan dalam unit amanah.
"Ini untuk memastikan ahli mempunyai simpanan yang mencukupi dalam akaun KWSP apabila mereka bersara bagi membiayai keperluan asas persaraan sebelum boleh memilih untuk melabur dalam pelaburan lain," katanya.
Beliau berkata antara inisiatif yang diperkenal KWSP untuk mempertingkat simpanan persaraan ahli ialah kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus untuk pekerja yang bergaji RM5,000 dan ke bawah.
"Selain itu, kadar caruman penuh KWSP untuk pekerja sehingga umur 60 tahun dan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun yang membenarkan ahli untuk memanjangkan simpanan KWSP mereka bagi tempoh yang lama," katanya.
Bagi membantu ahli merancang persaraan mereka, Nik Affendi berkata KWSP akan memperkenal perkhidmatan penasihat kewangan kepada ahli mulai tahun depan dengan projek perintis di Lembah Klang sebelum diperluas ke seluruh negara dalam tempoh tiga tahun. - Bernama
Sumber HD - 26-12-2013
K'jaan gadai pinjaman perumahan kakitangan awam
- Dec 26, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut beliau, pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan ini dimulakan pada 2004 oleh Cagamas iaitu syarikat pinjaman perumahan negara.
"Pensekuritian melibatkan kerajaan menjual portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan kepada pelabur melalui penerbitan bon.
"Ini bermakna kakitangan kerajaan secara tidak langsung berhutang dengan pelabur-pelabur yang membeli bon yang diterbitkan melalui kaedah pensekuritian ini," jelas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Rafizi menambah, walaupun amalan ini telah dimulakan sejak 2004, pensekuritian pinjaman perumahan menjadi salah satu punca krisis kewangan subprima yang melanda Amerika Syarikat dalam tahun 2007 dan 2008.
Kaedah ini, ujar beliau mempunyai risiko tersendiri kerana rumah-rumah yang dibeli peminjam digadaikan pula kepada pelabur yang mereka tidak ketahui.
"Saya juga khuatir jika kaedah pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan terus digunakan sebagai jalan mudah untuk mendapatkan pendapatan tambahan," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau yakin penjualan aset negara dan tindakan menggadaikan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan melalui pensekuritian membuktikan betapa terdesaknya pengurusan kewangan negara di bawah pentadbiran Najib.
Sumber HD - 26-12-2013
Kerajaan BN tidak nafi jual aset negara
- Dec 26, 2013
- HARAKAHDAILY
Sebaliknya Kementerian Kewangan, ujar Rafizi hanya memberikan alasan bahawa penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah satu perkara biasa dan telah pun berlaku sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan menjelaskan kepada rakyat tiga perkara yang dilaporkan Bank Dunia iaitu:
Kerajaan tidak akan mencapai sasaran defisit yang diumumkan jika pendapatan tambahan yang tidak dirancang di dalam Belanjawan 2013 sebanyak RM11.8 bilion diperolehi;
Kerajaan terpaksa menjual aset negara sebanyak RM1.4 bilion untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu;
Kerajaan terpaksa menggadaikan portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan sebanyak RM4.2 bilion melalui pensekuritian pinjaman perumahan (securitization of mortgages) untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu.
Rafizi menambah, Kementerian Kewangan juga tidak boleh menafikan fakta-fakta yang dibentangkan Bank Dunia mengenai terdesaknya pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak dalam mencapai sasaran defisit, terutamanya apabila belanja mengurus Kerajaan Persekutuan telah melebihi belanjawan yang diluluskan sebanyak RM14.3 bilion atau 7.1% seperti terkandung dalam laporan Bank Dunia, bertarikh Disember 2013.
Bank Dunia juga, ujarnya melaporkan pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2013 lebih teruk dari dijangkakan semasa unjuran Belanjawan 2013 dan dua keadaan ini menyebabkan pendapatan negara berkurang dan defisit semakin teruk.
Sehubungan itu, jelas beliau satu-satunya cara untuk mencapai sasaran defisit 4% yang telah diumumkan Najib bagi tahun 2013 adalah dengan menjual dan menggadai lebih banyak aset kerajaan (yang tidak dirancang dan diunjurkan semasa Belanjawan 2013 dibentangkan).
"Jelas bahawa Kerajaan Persekutuan telah pun mengakui bahawa laporan Bank Dunia itu benar dan aset-aset negara telah dijual dan digadai untuk mendapat pendapatan tidak dirancang bagi mencapai sasaran defisit negara," ujar beliau.
Sumber HD - 26-12-2013
Joseph Kurup puji hubungan diplomatik Malaysia-Vatican
- Dec 26, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata langkah kerajaaan Persekutuan itu akan memanfaatkan banyak rakyat terutama dalam kalangan komuniti Kristian.
"Kita perlu bersyukur kita mempunyai Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang percaya dengan kepelbagaian dan menjunjung prinsip kebebasan beragama," katanya pada Rumah Terbuka Krismas Malaysia di sini semalam.
Majlis itu dirasmikan Najib dan turut hadir ialah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Joseph, yang mewakili komuniti Kristian, berkata perayaan Krismas mempunyai makna mendalam, bukan sekadar kewujudan Santa Claus dan memberi hadiah.
Beliau berkata Krismas adalah tentang semangat cintakan Tuhan dan sesama manusia, kegembiraan, keamanan, perasaan muhibah, persefahaman, saling menghormati, perpaduan dalam kepelbagaian dan memperingati mereka yang berkhidmat dan berkorban untuk negara.
Sementara itu, Lim berkata Rumah Terbuka Krismas juga membuktikan Perlembagaan Persekutuan memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negara namun agama lain bebas diamalkan tanpa sekatan dan halangan.
"Kita berharap semua rakyat, tanpa mengira kaum dan agama, dapat memupuk semangat permuafakatan dan persahabatan, hidup aman dan damai serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain," katanya.
Beliau turut memuji langkah menganjurkan Rumah Terbuka Krismas di Pulau Pinang kerana ini menunjukkan perhubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan boleh diletak dalam keadaan yang matang, sihat serta membina.
"Kami berasa bangga kerana negeri kami telah dipilih sebagai lokasi untuk sambutan rumah terbuka Krismas peringkat kebangsaan," katanya. - Bernama
Sumber HD - 26-12-2013
Berapa lama lagikah Najib mampu bertahan?
- Dec 25, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, jika sebelum ini kegagalan Najib menangani kenaikan harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini pula memperlihatkan suara dari dalam Umno sendiri semakin lantang mengenainya.
Katanya, selain Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, ahli akademik pro BN, Ridhuan Tee Abdullah yang sudah bersuara mengenainya, semalam pula bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut bersuara dengan nada yang serupa.
Tulisan penuh Shahbudin di dalam blognya sebagaimana di bawah.
Kritikan demi kritikan yang diterima Najib sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lemah dan ditolak oleh rakyat. Jika sebelum ini kegagalannya menangani kenaikan harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini pula memperlihatkan suara dari dalam UMNO sendiri semakin lantang mengenainya.
Selain Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, ahli akademik pro BN, Ridhuan Tee Abdullah yang sudah bersuara mengenainya, semalam pula bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut bersuara dengan nada yang serupa.
NGO Perkasa yang sejak penubuhannya dilihat pro kerajaan dan Najib juga sudah mulai berbeza nada, malah memberi amaran mahu mengambil alih peranan UMNO dalam membela nasih rakyat lantarah UMNO dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela nasib Melayu dan rakyat sejak kebelakangan ini.
Ada yang mengatakan di belakang Perkasa ialah Mahathir Mohamad dan jika dilihat hubungan Perkasa dengan Mahathir sejak sekian lama, malahan Ibrahim Ali dapat bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya umum lalu di Pasir Mas sehingga membuatkan calon UMNO, Johan Che Pa tidak mengemukakan borang pencalonannya, turut dikaitkan dengan campurtangan bekas Perdana Menteri itu.
Sementara pembangkang dan pelbagai NGO mereka terus menguatkan tekanan terhadap Najib dan kerajaan supaya lebih memikirkan kenaikan kos sara hidup rakyat yang sedang terhimpit sekarang, suara-suara dari dalam yang sebelum ini pro UMNO dan kerajaan juga sudah memperlihatkan rentak dan nada yang seirama.
Puncanya tentulah tidak lain kerana mereka juga sudah dapat mengesan kesengsaraan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup ini. Selepas ini, mungkin ada lagi yang turut bertindak sama.
Jika dulu Pak Lah mula menerima kesan penolakan rakyat akibat tindakannya menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen yang kemudian dihubung-kaitkan dengan pelbagai kelemahannya yang lain, Najib pula dilihat mula menerima kesan yang sama akibat tindakannya menaikkan beberapa jenis barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini.
Najib bukan saja sedang menuruti jejak Pak Lah, bahkan langsung tidak mengambil teladan daripadanya.
Satu demi satu kenaikan yang gagal dikawalnya telah menyebabkan populariti Najib kini hanya tinggal 52 mata berbandinpg 62 mata sebelumnya berdasarkan kajian Merdeka Center manakala Umcedel pula dalam kajian terbarunya turut mendapati kenaikan harga barang akan menjadi beban yang akan terus menurunkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.
Selain mendapati 42 peratus kemarahan rakyat adalah kerana kenaikan harga minyak, 34 peratus kerana kenaikan harga barang dan 24 peratus disebabkan kenaikan tarif letrik, kajian Umcedel juga mendapati bantuan BR1M tidak lagi berkesan dalam meringankan beban kehidupan rakyat.
Yang lebih buruk ialah, di sebalik kemarahan rakyat kian meningkat, pembangkang makin agresif meningkatkan prestasinya dan lebih banyak pula dari dalam UMNO dan kerajaan sendiri yang mengkritik kepimpinan Najib, tindakan mempertahankan Najib pula hampir tidak kedengaran.
Lebih ramai yang memilih untuk berdiam diri daripada mengeluarkan suara mempertahankan Najib. Najib seolah-olah mula keseorangan dalam menpertahankan diri dan kerajaan yang sedang dipimpinnya sekarang. Dalam isu melibatkan isterinya yang diserang baru-baru ini, Rosmah Mansor akhirnya terpaksa tampil sendiri mempertahankan diri dengan menulis surat yang panjang mengenainya.
Suara-suara dari sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO juga hampir-hampir tidak kedengaran membela dan menpertahankan Najib dan kerajaan sedangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru, masing-masing mengaku merekalah tulang belakang dan tulang depan kepada parti dan kerajaan.
Apakah tulang-tulang ini sudah bengkok dan hampir patah sekarang ini? Mana jentera siber Pemuda UMNO dalam hal ini?
Jentera media sosial yang diakui sebagai medium paling utama dalam menghadapi pilihanraya akan datang pula, dilihat sudah terkulai sebelum masuk medan perjuangan. Selain terdapat blog dan media sosial pro UMNO yang berdiam diri daripada mempertahankan Najib dan kerajaan, selebihnya turut juga lantang mengkritik. Yang mengaku sudah menjadi bebas dan tidak lagi mahu dikaitkan dengan pro mana-mana parti juga sudah ada.
Semua ini memperlihatkan kedudukan Najib sekarang ini sebenarnya lebih parah berbanding ketika Pak Lah diserang dan mahu dijatuhkan dulu. Ketika itu Mahathir terpaksa bekerja keras ke seluruh negara dan menghadiri pelbagai program di merata tempat untuk menjustikasikan perlunya Pak Lah diturunkan sebagai Perdana Menteri, namun menteri kabinet dan pemimpin UMNO ramai yang masih lantang mempertahankannya.
Namun sekarang ini, sementara tekanan kian meningkat, suara yang mempertahankannya juga hampir tidak ada. Kalau ada pun yang bersuara hanyalah daripada pemimpin yang semakin terhakis wibawanya seperti Isa Samad dan Ahmad Maslan, manakala yang lain-lain lebih selesa memilih berdiam diri dan menjaga hal masing-masing.
Ini menjadikan persoalan yang bermain di fikiran ramai orang ialah sampai bilakah Najib mampu bertahan menghadapi semua tekanan ini? Tetapi dengan sokongan yang semakin merosot hari demi hari ini, semakin ramai yang percaya bahawa Najib tidak akan dibenarkan terus mengetuai UMNO dan BN dalam PRU 14 nanti kerana kemungkinan BN hilang kuasa lebih besar jika beliau terus kekal
Yang paling tidak mahu melihat UMNO dan BN kalah pastinya Mahathir. Yang lain-lain ada yang merasakan hanya kekalahan dan hilang kuasa merupakan pengajaran bermakna bagi UMNO dan para pemimpinnya. Selebihnya pula merasakan apa salahnya PR diberi peluang pula.
Dan ramai juga yang percaya kerja Mahathir jauh lebih mudah kali ini. Berbanding ura-ura dan tohmahan bahawa kerajaan mahu digulingkan melalui demonstrasi, Najib sebenarnya lebih mudah tergolek jika Mahathir mulai bersuara. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 25-12-2013
Najib, ini sebabnya rakyat bayar tol
- Dec 24, 2013
- TIMMY SAY
“Ambil lebuh raya ini. Bayar tak apa. Lebih cepat sampai. Jimat minyak,” itulah kata-kata seorang rakyat jelata 10 tahun yang lalu ketika mengambil keputusan sama ada ingin menggunakan jalan yang biasa atau lebuh raya bertol.
Dulu, menggunakan lebuh raya bertol adalah satu pilihan kemewahan. Bayaran tol dikembalikan dalam bentuk servis “menjimatkan masa dan minyak.” Rakyat membayar tol untuk keselesaan jalan yang lebih luas, menjimatkan masa dan juga minyak.
Tapi kini, situasi sudah berlainan. Jumlah kereta di jalan meningkat dari hari ke hari. Jalan raya semakin sesak. Lebuh raya bertol telah bertukar menjadi sebahagian daripada jalan keperluan biasa untuk rakyat bekerja daripada satu tempat ke satu tempat yang lain, terutamanya di kota.
Menggunakan lebuh raya bertol pada hari ini, bukanlah lagi satu pilihan seperti dulu, tapi ia adalah satu keperluan. Tapi mutu servis yang dikembalikan daripada harga tol yang dibayar semakin kurang.
Lebuh raya bertol, ya ia masih lebih luas daripada jalan biasa, tapi ia juga sesak seperti jalan biasa. Masa dan minyak yang sepatutnya dapat dijimatkan, tidak lagi dapat dijimatkan kerana kesesakan. Maka nilai tambahan pada rakyat yang sanggup membayar tol semakin kurang.
Berdasarkan ini, mengapakah rakyat masih perlu membayar kadar tol yang semakin tinggi sedangkan nilai tambahan menggunakan lebuh raya bertol semakin berkurangan?
Lebih-lebih lagi apabila lebuh raya bertol kini bukan satu lagi pilihan kemewahan, tapi satu keperluan untuk kebanyakan rakyat di kota?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat ada dua pilihan, sama ada membayar tol yang lebih tinggi atau membayar cukai yang lebih tinggi.
Apa kaitan kadar tol dengan cukai rakyat? Bukannya dua-dua dibayar oleh duit rakyat? Bezanya jika rakyat membayar kadar tol yang tinggi, mereka membayar kepada syarikat konsesi tapi jika rakyat membayar cukai yang tinggi, mereka membayar pada kerajaan.
Persoalannya, mengapa perlu menaikkan kadar tol? Dari segi jumlah kenderaan yang meningkat dari hari ke hari, keuntungan syarikat konsesi tol sudahpun berlipat kali ganda.
Apakah ada syarikat konsesi tol yang mengalami kerugian, atau keuntungan menurun untuk tiga tahun kebelakangan ini?
Sebelum menaikkan tol, bolehkah kerajaan dapat membuktikan mana-mana penyata kewangan syarikat konsesi tol yang rugi dan mencapai keuntungan menurun untuk tiga tahun berturut-turut?
Jika ada syarikat konsesi tol yang rugi, kerajaan tidak perlu berdolak-dalih untuk menukar pengurusan atau mengambilalih syarikat konsesi tersebut, kerana masakan perniagaan yang pasti untung ini boleh diuruskan sehingga mencapai kerugian?
Jika tiada syarikat konsesi tol yang mengalami kerugian mahupun keuntungan menurun, MENGAPA perlu menaikkan kadar tol?
Perdana Menteri juga harus ingat bahawa perniagaan tol ialah satu perniagaan menawarkan khidmat servis, seperti juga servis telekomunikasi telefon.
Dalam perniagaan khidmat servis, jarang ada perniagaan yang menaikkan harga servis tatkala jumlah pelanggan bertambah setiap hari tanpa perlu melakukan apa-apa (kerana rakyat terpaksa menggunakan lebuh raya bertol masa kini).
Bagi perniagaan sebegini, sepatutnya harga servis semakin menurun apabila jumlah pelanggan semakin bertambah, lebih-lebih lagi syarikat konsesi tol yang diswastakan kerana infrastruktur jalan adalah satu tanggungjawab sosial.
Seperti juga syarikat telekomunikasi, telefon bimbit berdata internet kini sudah menjadi satu keperluan dan bukan lagi satu kemewahan, dan oleh itu kadar servis untuk menggunakan infrastruktur telekomunikasi bertambah murah, namun keuntungan syarikat telekomunikasi tetap berlipat ganda kerana jumlah pelanggan semakin meningkat.
Boleh untung, tapi haruslah berpatutan.
Berdasarkan hujah-hujah di atas, sememangnya tiada alasan untuk menaikkan kadar tol, terutamanya daripada sudut rakyat.
Jadi mengapa Perdana Menteri menyuruh rakyat memilih antara menaikkan kadar tol dan membayar cukai yang lebih?
Jawapannya tidak lain tidak bukan pada perjanjian yang ditandatangani kerajaan dengan syarikat konsesi tol.
Dalam kemelut mengawal kemarahan rakyat, Perdana Menteri dan barisan kabinetnya langsung tidak berani menyentuh mengenai perjanjian konsesi tol yang masih di bawah OSA.
Hal ini kerana apa yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi tol akan lebih membangkitkan kemarahan rakyat daripada kadar kenaikan tol yang dicadangkan.
Apakah Perdana Menteri akan berani menjelaskan kaitan sebenar kenaikan kadar tol dengan cukai rakyat, dengan pampasan yang harus dibayar kerajaan pada syarikat konsesi tol akibat perjanjian konsesi tol yang tidak berani didedahkan atas nama “subsidi” untuk rakyat?
Mengapa perlu naikkan kadar tol pada syarikat konsesi yang tidak AKAN mengalami masalah perniagaan seperti kerugian besar daripada perniagaan mengutip tol daripada jumlah pelanggan yang semakin bertambah?
Dan mengapa kerajaan sanggup menandatangani satu perjanjian untuk membenarkan kadar tol dinaikkan secara berkala oleh syarikat konsesi yang tidak AKAN mengalami masalah kerugian daripada perniagaan mengutip tol daripada jumlah pelanggan yang semakin bertambah?
Pada kerajaan Selangor yang mengarahkan pemegang sahamnya di syarikat konsesi lebuhraya untuk menghalang kenaikan harga tol: -- Jika betul dapat menghalang kenaikan harga tol, mengapa tidak cuba terus untuk mengubah perjanjian konsesi tol dengan kerajaan supaya tol boleh dimansuhkan dengan secepat mungkin setelah mencapai tahap keuntungan tertentu?
Cuma lontaran untuk difikirkan.
Sumber HD - 24-12-2013
Lepas Syiah, perang mulut tentang Wahabi pula
- Dec 23, 2013
- HARAKAHDAILY
“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan nama baik saya selaku penjawat awam,” kata Zamihan dalam satu kenyataan kepada laman portal berita itu.
Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN itu berkata, sekiranya Shahidan ada masalah dengannya, beliau seharusnya berhubung dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bukan menyerangnya melalui media.
“Menteri bermentaliti rendah tidak perlu ada dalam kerajaan transformasi. Menteri sepatutnya mendokong aspirasi kerajaan. Bukannya bersifat membuli saya.
“Jika beliau tidak mahu berbincang secara ilmiah, jangan lagi menyerang saya secara tidak berhemah. Berhentilah dari mempertikaikan kredibiliti saya dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam,” kata Zamihan.
Shahidan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menyelar Zamihan kerana turut melibatkan aliran Wahabi dalam serangan kerajaan terhadap umat Islam beraliran Syiah.
Bekas Menteri Besar Perlis itu mendakwa Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia tentang fahaman Wahabi, sambil berkata ramai ahli Umno marah dengan tindakan tersebut.
"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," kata Shahidan dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Zamihan membalas dakwaan itu dengan mengatakan beliau melakukan kerja berdasarkan arahan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri, serta berdasarkan permintaan dari jabatan agama dan jabatan mufti negeri.
“Dalam isu teologi dan ideologi kita perlu berbincang. Berdebat mencari kebenaran. Soalnya, apabila tohmahan diajukan kepada saya berkaitan ideologi agama, maka berdebat merupakan salah satu cara mendapatkan kebenaran.
“Memang saya berpangkat rendah. Setelah hampir 9 tahun berkhidmat masih ditangga S 41. Beginilah nasib penjawat awam agama. Kelihatan ada ciri double standard berbanding perjawatan lain,” katanya, merujuk kenyataan Shahidan yang beliau tidak mahu membuang masa melayan pegawai rendah seperti Zamihan.
Bagi Shahidan, fahaman Wahabi tidak sesat.
Beberapa hari lalu Zamihan mencabar Shahidan untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.
Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.
Zamihan sebelum ini meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk menafikan 10 bukti KDN yang mengaitkan beliau dengan fahaman itu, berikutan tuduhan Ahmad Zahid di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu, bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.
Zamihan bagaimanapun berkata 10 bukti itu hanyalah "gred B", dan mendakwa mempunyai bukti "gred A" yang belum didedahkan.
Antara 10 bukti yang disebut KDN termasuk sebuah rencana Mat Sabu yang melahirkan rasa terhadap pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Ruhullah Khomeini.
Sumber HD - 23-12-2013
Najib, Rosmah lawat Arab Saudi pula
- Dec 22, 2013
- HARAKAHDAILY
Kuasa Usaha Sementara di Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi 'Alauddin Mohd Nor berkata kunjungan ini menunjukkan hubungan erat yang sedia terjalin antara kedua-dua buah negara sejak lebih 50 tahun lalu.
Beliau bercakap dalam sidang media sempena lawatan kerja empat hari Perdana Menteri di Arab Saudi.
Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan yang dijadual tiba lewat petang Sabtu (semalam) akan menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi dan menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W yang terletak di dalam masjid itu.
Esok, Najib dijadual melawat beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Bukit Uhud dan Masjid Qiblatain di sini sebelum berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah.
Najib dijangka menghadap Penjaga Dua Rumah Suci Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud pada Isnin (tempat dan waktu akan ditetapkan) dan pada Selasa beliau akan menunaikan tawaf Wida' sebelum berlepas pulang.
'Alauddin juga berkata kerajaan Arab Saudi juga mengagumi kepimpinan Perdana Menteri yang mengetengahkan dasar-dasar pragmatik dan sesuai dengan rakyat Islam dan bukan Islam di Malaysia yang turut sama membantu kerajaan menjayakan agenda pembangunan negara selain usaha Najib mempromosi konsep kesederhanaan di pentas antarabangsa.
Konsep itu membantu membina keamanan sejagat.
Katanya kepakaran rakyat Malaysia dalam bidang IT dan kejuruteraan dan projek-projek infrastruktur mega bernilai berbilion ringgit mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi kerana ia banyak memberi sumbangan kepada ekonomi negara itu.
Nilai pelaburan kedua-dua buah negara setakat 2012 berjumlah RM11.7 bilion dengan 40 peratus daripada keseluruhannya oleh Malaysia, katanya.
Antara sembilan pelabur utama Malaysia di Arab Saudi ialah MMC Corporation Bhd, Felda Global Ventures Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad dan Khazanah Holdings terlibat dalam beberapa projek.
Tanpa menyebut nilai eksport kedua-dua buah negara, beliau berkata negara itu mengeksport minyak dan bahan berkaitan manakala Malaysia mengeksport sejumlah kecil barangan seperti besi, elektronik dan makanan.
Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Abdul Razak yang turut hadir pada sidang media itu berkata lawatan kerja Perdana Menteri amat dinanti-nantikan kerajaan Arab Saudi.
Lawatan ini juga menunjukkan hubungan erat Kuala Lumpur-Riyadh dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat kedua-dua buah negara terutama dalam sains, sosial dan IT, katanya.
Katanya antara kepakaran yang disumbangkan Malaysia ialah melalui kajian usahasama Universiti Teknologi Malaysia mengenai bekalan air bawah tanah yang membawa impak besar yang boleh dikongsi dua negara berkenaan.
Dalam bidang pelancongan, Mohd Khalid juga berkata Malaysia menyasarkan untuk menarik 110,000 pelancong negara ini yang gemar berbelanja besar dengan purata seorang pelancong membelanjakan RM8,000 seminggu, sempena Tahun Melawat Malaysia tahun depan.
Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kira-kira 80,000 pelancong negara ini berkunjung ke Malaysia. Lebih 102,000 pelancong Arab Saudi melawat Malaysia tahun lepas.
Katanya promosi program Malaysia Rumah Keduaku juga akan diperhebatkan di kalangan rakyat Arab Saudi dengan kelebihannya yang tersendiri iaitu sebuah negara yang indah, seimbang dan selamat, walaupun pesat membangun.
Ini juga mendorong ramai pelajar negara ini terutama wanita, untuk melanjutkan pengajian di Malaysia, katanya. - Bernama
Sumber HD - 22-12-2013
Kalau tak ada tol, kena naikkan cukai - Najib
- Dec 21, 2013
- .
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga sedang mencari jalan untuk
mengurangkan beban rakyat termasuk memberi pas bermusim dengan diskaun kepada pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya.
"Kita tak naklah pemegang konsesi dapat pulangan yang terlalu tinggi, ini kerajaan sedang teliti, jangan kenaikan ini beri keuntungan yang tak munasabah kepada pengusaha tol.
"...dan kita sedang mencari jalan bagaimana kalau ada cara lain mungkin bagi pengguna yang kerap, kita boleh bagi pas bermusim dengan diskuan kepada mereka. Ini langkah-langkah (yang) kita sedang fikirkan," katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA di Wisma MCA di sini hari ini.
Beliau berkata kutipan tol di lebuh raya adalah perlu dan tidak dapat dielakkan kerana syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai pembinaan lebuh raya yang ada.
"Bila sektor swasta buat lebuh raya, sektor swasta kena pinjam duit. Anda adalah peniaga...bolehkah anda keluarkan sendiri dana RM5 juta? Anda perlu meminjam, anda perlu ke pasaran bon, bila pergi ke pasaran bon, anda perlu membayar.
"(Duit) dari mana? daripada tol...kalau tak ada tol, kena naikkan cukai...itu pun tak kena juga....tol itu (kena) pada orang yang pakai jalan (sahaja)," katanya. - Bernama
Sumber HD - 21-12-2013
Tg Adnan pohon maaf samakan wanita dengan hartanah
- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kenyataan itu telah disalahertikan oleh pihak tertentu dan beliau tidak bermaksud membuat wanita tersinggung.
"Saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga...kalau mahu cantik pakai 'makeup'," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA di sini, hari ini.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno turut menafikan bahawa beliau tidak menghormati golongan wanita kerana beliau sendiri memiliki ramai anak perempuan.
"Saya tidak pernah tidak hormat perempuan...saya ada enam anak perempuan, bahkan dalam Umno, separuh daripadanya adalah golongan wanita...sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud," katanya.
Semalam, Tengku Adnan dilaporkan menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa 'hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun' ketika menjelaskan mengenai kadar cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur.
Mengulas tentang amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan itu, Tengku Adnan berharap ia (amanat) akan menyuntik semangat kepada semua anggota MCA terutama barisan kepimpinan tertinggi baharu parti itu yang akan dipilih hari ini.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata dalam usaha mengembalikan semula keyakinan masyarakat Cina di negara ini untuk memilih MCA, semua parti komponen BN akan berganding bahu dalam merealisasikan harapan itu.
"Kita BN sebagai satu parti yang berbilang bangsa akan teruskan apa juga kerjasama yang telah kita amalkan selama ini...kita akan bekerjasama dengan MCA dan berharap selepas pemilihan ini MCA akan bertambah kuat dan akan mewakili rakyat Cina," katanya.
Najib yang juga Pengerusi BN dalam ucapan perasmiannya hari ini menggariskan empat langkah untuk MCA mengembalikan sokongan rakyat kepada parti itu iaitu 'reunite', 'restrategies', 'reinvigorate' dan 'reestablish'. - Bernama
Sumber HD - 21-12-2013
Kegiatan curi pasir di pantai Negeri Sembilan
- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
Katanya siasatan beliau di lokasi itu mendapati ada beberapa buah jentera yang dipercayai diguna untuk kegiatan mengorek pasir tersebut.
"Saya mendapat laporan bahawa kawasan ini beroperasi tanpa permit dan lesen," katanya kepada pemberita yang mengikuti beliau ke lokasi berkenaan.
Turut menyertai beliau ialah pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Nilai, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta anggota polis. - Bernama
Sumber HD - 21-12-2013
Anggota PDRM terperangkap di Sudan Selatan diselamat
- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
"Syukur, Koperal Pritam Singh yang terperangkap di dalam sengketa etnik di Bor, South Sudan telah diselamatkan oleh Pasukan Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," katanya menerusi laman Twitter.
Anggota polis itu dilapor terperangkap di Akobo, Bor, sejak Rabu lepas.
Beliau antara anggota PDRM yang berkhidmat dalam Pasukan Pengaman PBB di negara berkenaan.
"Keadaan di South Sudan amat meruncing ekoran sengketa/pembunuhan di antara Etnik Nuer dan Dinka. Alhamdulillah Wira kita selamat," demikian catatan Khalid menerusi akaun Twitternya itu.
Usaha Bernama untuk menghubungi Khalid bagi mendapatkan maklumat lanjut bagaimanapun gagal.
Media melaporkan sejak 15 Dis lepas, lebih 500 terkorban manakala 800 lagi cedera dalam pertempuran membabitkan penyokong Presiden Sudan Selatan Salva Kiir dan penyokong bekas Naib Presiden, Riek Machar.
Pertempuran turut dilapor berlaku di Pibor, satu kawasan di Jonglei.
Etnik Dinka merupakan penyokong Kiir, manakala Nuer pula menyebelahi Machar. - Bernama
Sumber HD - 21-12-2013
Malaysia cadang rombak Majlis Keselamatan PBB
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Hussein Haniff berkata langkah sedemikian tidak saja mencerminkan dengan lebih baik realiti geopolitik abad ke-21, tetapi juga menjamin sebuah Majlis yang lebih demokratik, efisyen dan telus.
Beliau menarik perhatian bahawa pemimpin dunia dalam Dokumen Hasil Sidang Kemuncak Dunia 2005 telah mengikrarkan komitmen untuk melakukan rombakan awal Majlis Keselamatan.
"Rombakan Majlis Keselamatan sudah begitu lama tertangguh," kata beliau dalam satu kenyataan di rundingan antara kerajaan di New York berhubung soal perwakilan adil dan penambahan anggota Majlis Keselamatan.
Diplomat Malaysia itu berkata memandangkan hakikat bahawa lapan tahun sudah berlalu sejak tercapainya dokumen hasil, dan 20 tahun selanjutnya sejak permulaan proses ini, masyarakat antarabangsa tidak lagi sanggup bergerak lembab.
"Malaysia berpendapat bahawa 2015 adalah sasaran munasabah bagi negara-negara anggota mengemukakan hasil ketara yang menunjukkan keikhlasan dan tekad kita untuk rombakan yang kekal lama," kata beliau. - Bernama
Sumber HD - 19-12-2013
Populariti Najib merudum teruk, lapor Merdeka Centre
- Dec 18, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut Merdeka Centre, kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.
Menurut Malaysian Insider, kajian Merdeka Center juga menunjukkan isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan sehingga 67% daripada responden yang ditanya.
Kajian itu mendapati, 57% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia tidak faham bahagaimana GST berperanan dan memberikan kesan kepada mereka.
Sejumlah 54% daripada mereka juga tidak percaya kepada kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan berkenaaan keadaan ekonomi negara.
Jumlah yang melahirkan rasa gembira dengan kerajaan juga jatuh merudum kepada 38% berbanding 50% Ogos 2013 lalu, yang menunjukkan kejatuhan kepada sikap positif di kalangan semua peringkat di negara ini.
Merdeka Centre juga mendedahkan data yang tidak pernah didedahkan dalam kajian pendapat selama ini iaitu untuk bukan Jun 2013 dan Ogos 2013.
Kajian terkini ini dibuat serentak dengan Perhimpunan Agung Umno ke atas 1,005 orang pengundi berdaftar iaitu 60% di kalangan Melayu, 31% Cina dan 9% India yang dibuat melalui perbualan menerusi telefon.
Mereka dipilih secara rawak yang mewakili masyarakat Malaysia yang berbeza bangsa dan jantina.
Kajian bulan Jun 2013 mengandungi 1006 orag responden manakala 1008 orang responden untuk kajian Ogos 2013.
Sumber HD - 18-12-2013
Najib ditemani Rosmah tiba di Tokyo
- Dec 12, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai jadual yang ketat semasa berada di sini, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada pukul 6.15 pagi waktu tempatan (5.15 waktu Malaysia).
Ketibaan mereka disambut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Shaharuddin Md. Som, Duta Jepun di Malaysia Shigeru Nakamura dan pegawai dari kedua-dua negara.
Ketibaan Perdana Menteri dan isteri di hotel penginapan mereka, New Otani Hotel pada 7 pagi iaitu kira-kira 30km dari lapangan terbang, disambut Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia Datuk Othman Hashim, pegawai-pegawai kedutaan serta pegawai kementerian.
Sementara itu, Najib memulakan lawatannya dengan mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatan beliau, Shinzo Abe di Sori Kantei, kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun di sini, sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan siding akhbar bersama dan diikuti majlis makan tengah hari. - Bernama
Sumber HD - 12-12-2013
Najib, Rosmah ke Tokyo pula
- Dec 11, 2013
- HARAKAHDAILY
Najib akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut menyertai rombongan perdana menteri ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin serta pegawai kementerian dan agensi kerajaan berkaitan.
Sidang kemuncak pada Sabtu itu dianjurkan untuk memperingati hubungan dialog antara Asean dan Jepun yang terjalin sejak 40 tahun lepas.
Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, para pemimpin Asean dan Jepun dijangka memberi penekanan semula kepada hubungan rapat dan berpanjangan kedua-dua pihak, selain memperaku tiga dokumen yang akan menggariskan program serta aktiviti yang akan memperkukuhkan lagi hubungan sedia ada.
Dokumen itu adalah kenyataan mengenai wawasan bersama Asean dan Jepun, pelan pelaksanaan wawasan dan kenyataan bersama Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun.
Untuk memperingati sidang kemuncak tersebut, Maharaja Jepun Maharaja Akihito dan Maharani Michiko akan meraikan para pemimpin Asean dalam satu majlis minum teh di Istana Imperial pada Jumaat.
Selain itu, Najib dan Rosmah juga akan menghadiri majlis jamuan malam yang dihoskan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan isteri Akie Abe.
Sidang kemuncak itu akan bermula dengan acara bergambar serta ucapan aluan oleh Abe diikuti kenyataan daripada pemimpin-pemimpin Asean.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Abe dan diikuti sidang akhbar bersama.
"Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan persidangan ke-32 Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca)," menurut Kementerian Luar.
Najib juga dijangka menerima kunjungan hormat pegawai tertinggi syarikat Nikkei Inc, Sumitomo Corporation, Sekisui Chemical, Mitsui & Co. Ltd, Kawasaki Heavy Industry Ltd dan Toshiba Corp.
Selain itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Jepun dan melancarkan 1Malaysia for Youth (1M4U) cawangan Tokyo yang dijangka dihadiri lebih 150 pelajar.
Menurut Kementerian Luar program padat perdana menteri menunjukkan hubungan rapat yang sedia terjalin bukan sahaja antara Asean dan Jepun malah Malaysia dan Jepun dalam segenap bidang.
Najib dan Rosmah dijadual pulang ke Kuala Lumpur pada 15 Dis ini. - Bernama
Sumber HD - 11-12-2013
11 penuntut asas komando ditemui selamat tekad teruskan latihan
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata kesemua penuntut menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi meneruskan latihan yang dijalani mereka sejak hampir tiga bulan lepas.
"Dua pertiga daripada mereka (penuntut) telah terkeluar daripada latihan itu kerana tidak mampu menerima dugaan.
"Mereka ini menjalani latihan selama tiga bulan dan kesemua mereka akan dianugerahkan beret hijau (selepas tamat latihan) pada 28 Dis ini," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Sungai Udang di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abd Rahim Bakri.
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut meluangkan masa lebih sejam melawat mangsa.
Dalam kejadian kira-kira 9 malam Sabtu lepas, sebuah daripada tiga bot yang membawa dua pegawai dan 11 penuntut kursus asas komando Kem Sungai Udang bagi menjalani latihan mendayung dikhuatiri karam selepas gagal mendarat bersama kumpulan lain di Pulau Upeh, Melaka.
Kesemua mereka bagaimanapun ditemui selamat namun berada dalam keadaan lemah kira-kira 1.30 pagi ini di pesisiran Pengkalan Perigi, Melaka kira-kira 12km dari lokasi kejadian.
Raja Mohamed Affandi berkata ketabahan penuntut berkenaan boleh menjadi motivasi kepada generasi muda untuk menyertai angkatan tentera sekali gus berkhidmat untuk negara.
Sementara itu, Abd Rahim berkata kesemua penuntut terlibat masih bersemangat tinggi dan tiada seorang pun yang berhasrat untuk meninggalkan latihan yang dijalani mereka.
Beliau berkata dua jurulatih yang terlibat juga menunjukkan kemahiran yang tinggi sehingga berjaya mengemudi perahu ke daratan.
"Saya mewakili Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) mengucapkan syukur kerana semua mereka ditemui dalam keadaan selamat," katanya. - Bernama
Sumber HD - 10-12-2013
Ibu kepada tiga beradik yang dibunuh minta henti spekulasi
- Dec 08, 2013
- .
Siti Aisyah Arifin, 40, berkata orang ramai tidak tahu tentang apa sebenarnya yang berlaku dan tidak wajar membuat pelbagai andaian.
"Biarlah pihak polis menjalankan siasatan mereka sehingga selesai," katanya kepada pemberita di rumahnya di Jalan Datuk Kumbar di sini Ahad.
Beliau menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Suraya Yaacob yang turut menyampaikan sumbangan.
Siti Aisyah berharap pihak polis dapat menangkap penjenayah terbabit dengan segera dan dikenakan hukuman setimpal.
Menceritakan kembali tentang kematian anak-anaknya, beliau berkata mereka tidak menunjukkan sebarang perangai pelik sebelum kejadian.
"Cuma malam sebelum mereka nak keluar rumah, yang sulung (Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14,) minta kebenaran ayahnya untuk keluar. Sebelum ini kalau nak keluar, dia tak minta kebenaran pun.
"Dia juga tidak bawa telefon bimbitnya. Dia memang tidak boleh berenggang dengan telefon. Yang kecil sekali (Puteri Nurul Akma, 3,) asyik merengek mahu ikut kakak-kakaknya (termasuk seorang lagi Nur Izzati Husna, 12)," katanya.
Beliau berkata beliau akan mengikut ibu mertuanya pulang ke Besut, Terengganu dalam waktu terdekat bagi menenangkan fikirannya.
Suraya pula meminta anggota masyarakat agar prihatin dengan keadaan orang lain dan persekitaran mereka bagi mengelak tidak berlaku perkara tidak diingini.
Dalam kejadian itu, mayat Noor Syafikah Nadia ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong pada 30 Nov manakala mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma, ditemui di terusan Mada di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela pada 1 Disember.
Sebelum itu mereka dikatakan keluar rumah pada 29 Nov dengan menunggang motosikal kira-kira 7.30 malam. - Bernama
Sumber HD - 8-12-2013
Peluang kerja kurang akibat usia bersara meningkat
- Dec 04, 2013
- HARAKAHDAILY
Kenyataan beliau yang dipetik The Edge, edisi 21 Oktober lalu turut menjadikan penurunan hasil dan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sebagai faktor penyumbang.
Sejumlah 915,000 pekerja sektor swasta dikekalkan dalam perkhidmatan apabila tempoh persaraan dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun mulai 1 Julai.
Kira-kira 180,000 graduan baharu memasuki pasaran buruh setiap tahun.
Sumber HD - 4-12-22013
K-pop inspirasi belajar budaya dan bahasa asing?
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Belia boleh memanfaatkan konsert K-pop yang diadakan dalam program Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya tahun lepas sebagai sumber inspirasi mempelajari budaya dan bahasa asing negara itu.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Mohamad Shahrum Osman berkata ini kerana perspektif masyarakat kini mengganggap konsert yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan itu sebagai satu pembaziran.
"Ia tidak seharusnya dipandang negatif kerana konsert itu merupakan satu daripada tarikan kepada belia daripada 250 aktiviti yang dijalankan dan ditaja syarikat luar.
"Golongan belia boleh memanfaatkannya dengan mempelajari penguasaan bahasa asing dan tidak terhad kepada bahasa ibunda sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap, di Jalan Hang Jebat, di sini, semalam.
Mohamad Shahrum berkata mereka boleh mengenali budaya lain dengan lebih mendalam serta mengeratkan hubungan persahabatan, dan Korea kini terkenal dengan melahirkan artis-artis yang hebat serta menjadi ikutan di peringkat antarabangsa. - Bernama
Sumber HD - 3-12-2013
Ketua Hakim ingatkan hakim jauhi rasuah
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata ini kerana badan kehakiman memandang serius isu rasuah dan tidak mahu disebabkan segelintir yang mengamalkannya, seluruh badan kehakiman akan mendapat kesannya.
Arifin berkata banyak langkah pencegahan telah dikuatkuasakan sebagai usaha mengekang gejala rasuah dari merebak ke dalam institusi kehakiman.
"Proses pelantikan hakim dan pesuruhjaya kehakiman juga tidak terlepas daripada prosedur pencegahan rasuah. Penapisan rekod calon-calon ini akan dilakukan dengan merujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia," katanya.
Beliau berucap pada majlis mengangkat sumpah jawatan empat orang Pesuruhjaya Kehakiman di sini semalam.
Mereka terdiri daripada Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali; Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri Datuk Ab Karim Ab Rahman; Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Azhahari Kamal Ramli; peguambela dan peguamcara (Sabah) Mairin Idang @ Martin.
Arifin menegaskan penapisan rekod calon adalah bagi memastikan hakim dan pesuruhjaya kehakiman hanya dilantik dari kalangan individu yang mempunyai integriti yang tinggi.
Ketua Hakim Negara itu turut berkata beliau masih lagi mendengar desas-desus mengenai salah laku segelintir hakim dan pesuruhjaya kehakiman dan member jaminan setiap aduan yang diterima akan disiasat dengan rapi dengan pihak yang berwajib untuk memastikan kebenarannya.
Ditanya media kemudiannya mengenai salah laku itu, beliau berkata antaranya tidak menulis alasan penghakiman dan bercakap kasar di dalam mahkamah.
"Para hakim dan pesuruhjaya kehakiman hendaklah lebih bersopan dengan orang awam semasa prosiding di mahkamah," katanya.
Beliau menjelaskan pada masa ini tidak ada aduan mengenai kes rasuah melibatkan hakim dan pesuruhjaya kehakiman.
"Kalau ada kita (badan kehakiman) akan menyerahkannya kepada pihak-pihak yang berkenaan," katanya.
Di dalam ucapannya, Arifin juga menasihati pegawai badan kehakiman supaya mempertahankan maruah dan integriti badan itu dan tidak sesekali mengambil tindakan yang boleh mencemarkannya hanya semata-mata tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan.
Beliau berkata seseorang hakim itu juga merupakan manusia biasa yang tidak sunyi daripada kesilapan.
Beliau menyarankan supaya rasa ketidakpuasan itu disalurkan melalui cara yang berhemah kerana badan kehakiman sentiasa bersifat terbuka terhadap sebarang kritikan.
"Namun ingin saya tegaskan di sini bahawa mahkamah memandang serius sebarang tindakan yang boleh mencemarkan maruah dan integritinya dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya.
Arifin juga menegaskan kuasa untuk menghukum pesalah kerana menghina mahkamah bukan bertujuan untuk melindungi seseorang hakim, sebaliknya ia berperanan untuk melindungi maruah institusi kehakiman.
Beliau berkata ini bukan bermakna mahkamah tidak boleh dikritik, tetapi kritikan itu hendaklah dibuat dengan tertib dan bukan bertujuan menghina mahkamah.
Ketua Hakim Negara itu juga menasihati hakim dan pegawai kehakiman supaya mengelak daripada membenarkan penangguhan kes dengan sewenang-wenangnya melainkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
"Perbicaraan secara beransur-ansur perlu dielak sama sekali. Begitu juga keputusan dan alasan penghakiman hendaklah dibuat secepat mungkin," katanya.
Menurut beliau ini kerana rayuan di Mahkamah Rayuan tidak dapat diteruskan tanpa alasan penghakiman dari Mahkamah Tinggi begitu juga rayuan di Mahkamah Persekutuan tidak boleh dijalankan tanpa alasan penghakiman dari Mahkamah Rayuan.
Arifin turut menasihati pegawai badan kehakiman untuk terus bekerja keras bagi memastikan kecemerlangan yang berterusan dan meningkatkan kecekapan sedia ada walaupun badan itu berjaya melupuskan kes-kes tertunggak melalui beberapa langkah yang telah dilaksanakan.
Beliau juga mengingatkan orang awam termasuk peguam supaya tidak sesekali membuat sebarang kenyataan yang boleh diterjemah sebagai satu desakan ke atas mahkamah semasa sesuatu kes masih lagi dalam proses pertimbangan mahkamah.
"Ini kerana kenyataan sedemikian mungkin akan mengganggu kebebasan badan kehakiman di dalam membuat keputusannya dan untuk kepentingan semua pihak badan itu hendaklah diberi ruang untuk membuat keputusan tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak," jelasnya. - Bernama
Sumber HD - 3-12-2013
Rosmah bidas pengkritik program Permata
- Dec 02, 2013
- HARAKAHDAILY
PORT DICKSON: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor membidas tohmahan dan tuduhan segelintir pihak terutamanya pembangkang terhadap pelaksanaan Program Permata yang dakwa mereka sebagai pembaziran.
Rosmah, yang juga Penaung Program Permata, berkata malah ada pihak yang mendakwa program itu dilaksanakan demi keuntungan sendiri yang sebenarnya mempunyai peranan tersendiri dalam menyokong sistem pendidikan kebangsaan.
"Sekarang ini sudah kurang sikit kritikan pada saya sebab mungkin pilihan raya sudah habis, tetapi kalau sebelum pilihan raya banyak kritikan saya terima.
"Saya mahu tegaskan di sini bahawa saya memang tidak peduli kritikan dan tohmahan mereka terhadap saya dan program Permata kerana ia kini telah membuahkan hasil dalam memfokuskan pembangunan pendidikan kanak-kanak," katanya semasa berucap merasmikan program Horey-horey Permata 2013 di Dataran Telok Kemang, di sini semalam.
Beliau berkata pelaksanaan program Permata berkembang dengan pesat sejak penubuhannya apabila lima cabang khusus diwujudkan mencakupi potensi kanak-kanak iaitu Permata Negara, Permata Pintar, Permata Insan, Permata Seni dan Perkasa Remaja.
Rosmah berkata kejayaan itu tidak datang bergolek tanpa sokongan dan kerjasama padu daripada semua pihak khususnya agensi pelaksana yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.
"Dua lagi program sedang dalam proses pelaksanaan iatu Permata Kurnia bagi kanak-kanak autisme dan Hospital Pakar Kanak-kanak Permata," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan program Horey-horey Permata 2013 pula adalah sebagai platform bagi masyarakat mendekati serta mengenali lebih mendalam tentang fungsi dan peranan pelaksanaan sebenar Program Permata.
Katanya usaha itu bagi memberikan kefahaman serta gambaran sebenar tentang program itu, sekali gus menangkis khabar angin, tuduhan, dakwaan yang tidak benar berhubung Program Permata. - Bernama
Sumber HD - 2-12-2013
Ibrahim Ali pula jadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM
- Dec 01, 2013
- Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Proses ‘membalas budi’ pentadbiran Najib terhadap individu-individu tertentu yang membantu politik BN dan Umno berterusan apabila seorang lagi tokoh kontroversi dilantik menjawat jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan dan institusinya.
Terbaru, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang tewas sebagai calon Bebas mesra BN di kawasan Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum (PRU) Mei lalu, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.
Laman rasmi UiTM di http://www.uitm.edu.my/index.php/bm/kenali-uitm/canselor-procanselor-lembaga-pengarah-a-naib-canselor/lembaga-pengarah memaparkan foto Ibrahim sebagai Ahli Lembaga Pengarah namun tiada sebarang pengumuman dibuat mengenainya.
Lembaga Pengarah UiTM dipengerusikan Tan Sri Dato' Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan dianggotai Tan Sri Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang juga Naib Canselor UiTM, Dato' Maznah Abdul Jalil, Mohamad Omar Ali, Mohd Ali Mansor, Datuk Aishah Shaikh Ahmad, Dr Aminuddin Hassim, Datuk Prof. Dr Roziah Omar dan Dr Zahrah Mokhtar sebagai Setiausaha.
Apakah merit dan kelayakan Ibrahim untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM menjadi persoalan umum.
Bagaimanapun Ir Dr Sahol pernah mengejutkan dunia politik tanah air apabila mengumumkan sokongan terbuka UiTM kepada BN sebelum PRU13 lalu.
Sumber HD - 1-12-2013
Waran tangkap: Pesalah trafik masih ada peluang
- Dec 01, 2013
- HARAKAHDAILY
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata peluang itu diberikan sebelum Ops Warta dilancarkan tidak lama lagi.
"Tempoh peluang ini kita tidak akan dedahkan. Bila kita telah laksanakan penguatkuasaan menyeluruh nanti, mereka yang ada waran dan saman tertunggak kita akan terus bawa mereka ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen pencegahan jenayah komersial di ibu negara, Sabtu.
Mengenai Ops Cantas Khas Sempadan, beliau berkata tumpuan akan diberi kepada pintu masuk sempadan negara bagi mengintip dan bertindak terhadap penyeludupan senjata api.
"Kita perlukan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada polis (mengenai penyeludupan senjata api)," katanya mengulas laporan akhbar tempatan Sabtu mengenai senjata api yang mudah lolos masuk di sempadan negara. - Bernama
Sumber HD - 1-12-2013
Pasukan khas kaji isu kahwin bawah umur
- Dec 01, 2013
- Harakahdaily
SEBUYAU (Sarawak): Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan sebuah pasukan khas bagi mengkaji isu perkahwinan bawah umur di negara ini, kata menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Katanya pasukan khas di bawah Majlis Penyelaras Bagi Perlindungan Kanak-Kanak kementerian itu dipertanggungjawabkan untuk mengkaji kemungkinan mewajibkan penyediaan laporan kesihatan dan sosial sebelum permohonan untuk perkahwinan bawah umur ini dapat diluluskan.
"Kedua-dua laporan ini diyakini dapat membantu Mahkamah Syariah (untuk kes orang Islam) dan Mahkamah Anak Negeri (untuk kes orang bukan Islam) membuat pertimbangan yang sewajarnya," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Menurutnya kementeriannya memandang serius kes perkahwinan bawah umur di negara ini memandangkan isu ini banyak mengundang perkara negatif.
"Remaja bawah umur 18 tahun mesti diberi perlindungan dan pembelaan sewajarnya kerana mereka merupakan golongan yang mudah diesksploitasi," katanya. - Bernama
Sumber HD - 1-12-2013
Nuzul Al-Quran akhirnya jadi cuti umum WP
- Nov 29, 2013
- Harakahdaily
Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam mengumumkan hari kelepasan am tersebut telah pun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Selain itu, kerajaan turut menetapkan satu hari kelepasan am tambahan bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan tersebut pada 3 Feb 2014, iaitu pada hari Isnin, berikutan pertindihan cuti Hari Wilayah Persekutuan dengan hari kedua Tahun Baru Cina yang jatuh pada pada hari Sabtu, 1 Feb, 2014.
Menurut kenyataan itu, pengisytiharan cuti am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berdasarkan Seksyen 9(2) akta yang sama.
"Pengumuman ini diharapkan membolehkan orang ramai membuat perancangan awal," menurut kenyataan itu. - Bernama
Sumber HD - 29-11-2013
Sertai MKPN pengalaman berharga buat saya - Wardina
- Nov 28, 2013
- HARAKAHDAILY
Baginya, mungkin ramai yang melihat ada lagi orang lain yang lebih layak daripadanya tetapi beliau juga ada kelebihan.
"Mungkin ramai yang melihat ada yang lebih layak daripada saya, tetapi saya sebenarnya juga ada kelebihan tersendiri yang dikurniakan oleh Allah SWT,” ujarnya dipetik Sinar Harian online.
Beliau adalah antara 29 individu yang dilantik sebagai ahli majlis MKPN yang bakal diwujudkan menjelang akhir tahun ini untuk memberi nasihat kepada kerajaan berhubung penyatuan nasional rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, berkata Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan beberapa siri dialog dan perbincangan meja bulat dengan beberapa pihak bagi mendapatkan input berhubung penubuhan majlis itu.
Wardina juga berharap pelantikannya itu tidak dipertikaikan.
“Terharu dan rendah hati dilantik sebagai ahli... let's work together for a better Malaysia!” tulis Wardina di facebooknya, kelmarin.
Sumber HD - 28-11-2013
MAS rugi lagi, AirAsia terus untung
- Nov 27, 2013
- Harakahdaily
Kerugian itu dialami walaupun syarikat mencatat perolehan RM3.91 bilion, meningkat daripada RM3.47 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.
The Edge keluaran 25 Nov melaporkan bahawa kerugian MAS disumbangkan oleh peningkatan pesaing yang menjejaskan hasil dan peningkatan kos diakibatkan daripada kelemahan nilai ringgit (RM) berbanding dolar Amerika.
Sumber HD - 27-11-2013
MKPN: Ramai keliru mengapa Najib lantik Wardina
- Nov 27, 2013
- HARAKAHDAILY
Ini kerana Wardina diketahui memang mempunyai pandangan yang lebih mirip kepada pembangkang serta kerap kali mengkritik kerajaan dalam tulisannya di twitter.
“Kenapa tidak dilantik daripada kalangan pemimpin persatuan artis atau daripada kalangan penggiat seni yang lebih senior?” tanya blogger politik, Shahbudin Husin di dalam blognya.
Baginya, komposisi ahli-ahli majlis MKPN itu juga seperti tidak menggambarkan realiti kedudukan kaum yang sebenar di mana sepatutnya ahli daripada kalangan Melayu jauh lebih ramai berbanding ahli daripada kaum lain.
Menurutnya, Melayu dan Umno sebenarnya sama-sama dipinggirkan dalam MKPN.
“Selain Melayu dan Umno diketepikan dalam usaha membentuk perpaduan, Najib yang juga Presiden Umno nampaknya lebih menghargai dan memandang tinggi kewibawaan Ahli Parlimen dan AJK PAS Pusat berbanding parti di mana beliau sendiri menjadi ketuanya,” tulisnya lagi.
Ahli-ahli MKPN:
Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye
Ahli majlis:
Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh
Baca lagi
Sumber HD - 27-11-2013
PAC panggil Muhyiddin atau Idris beri keterangan
- Nov 27, 2013
- Harakahdaily
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata PAC belum memutuskan sama ada akan memanggil Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan atau Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh untuk membuat penjelasan itu.
Beliau memberitahu sidang media di bilik jawatankuasa itu di bangunan Parlimen hari ini bahawa penjelasan itu mungkin dibuat awal tahun hadapan.
"PAC berpendapat banyak kelemahan dari segi pelaksanaan dan sikap yang perlu diperjelaskan seberapa segera memandangkan kos perkhidmatan keselamatan di sekolah bertambah dari masa ke semasa," katanya.
Beliau berkata PAC mengenal pasti kelemahan itu semasa mesyuarat pagi ini.
"Pembayaran secara tidak betul, kurang cekap menjalankan tugas, pelaksanaan dan perkara-perkara pentadbiran akan menyebabkan kos lebih tinggi jika tidak ditangani segera.
"Walaupun ada tindakan yang diambil kementerian, namun PAC mendapati ia belum mencukupi memandangkan kos terus meningkat dari RM594 juta (2010) kepada RM812 juta tahun lepas," katanya.
Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata pengambilan pengawal keselamatan di sekolah-sekolah perlu dilakukan dengan teliti dan tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan aspek penjagaan keselamatan pelajar sepanjang berada di dalam kawasan sekolah.
Katanya pengawal keselamatan berperanan sebagai mata dan telinga kepada pihak sekolah dalam menyampaikan maklumat mengenai salah laku pelajar kepada guru besar.
"Pengawal keselamatan perlu mainkan peranan untuk kawal gejala tidak sihat malah pihak sekolah perlu mengambil pengawal keselamatan terlatih yang bukan sahaja berdiri dan mengawal sekolah tanpa terlibat dalam mencegah pelajar sekolah daripada terjebak dengan gejala tidak sihat," katanya. - Bernama
Sumber HD - 27-11-2013
Peguam Negara dan 10 lagi disaman RM47 juta
- Nov 26, 2013
- Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Seorang peguam telah memfailkan saman berjumlah lebih RM47 juta terhadap Peguam Negara, bekas Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kerajaan Malaysia dan tujuh lagi atas dakwaan mendakwanya secara salah.
Rosli Dahlan, memfailkan saman itu Jumaat lepas di Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Kumar Partnership.
Media memperoleh writ samannya hari ini.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menamakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, SPRM, Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, tiga Timbalan Pendakwa Raya, seorang pegawai penyiasat SPRM, dan seorang pegawai polis sebagai defendan.
Rosli mendakwa defendan-defendan dengan niat jahat menangkapnya dan mendakwanya di mahkamah berhubung kes di bawah SPRM.
Peguam itu berkata bagaimanapun beliau telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 Dis 2010.
Beliau mendakwa tindakan defendan-defendan telah menyebabkannya dan keluarganya mengalami trauma, penghinaan, cemuhan, ejekan, kesakitan dan penderitaan.
Rosli menuntut ganti rugi punitif, teruk dan teladan berjumlah RM47 juta dan ganti rugi khas berjumlah RM750,000, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. - Bernama
Sumber HD - 26-11-2013
Kerajaan enggan lanjut cuti haji penjawat awam
- Nov 26, 2013
- Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh cuti haji daripada 40 hari kepada maksimum 50 hari kerana jumlah peruntukan cuti sedia ada sudah memadai buat penjawat awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata kemudahan cuti haji itu meliputi tempoh menunaikan fardu haji di Makkah, lima hari persediaan sebelum berlepas ke tanah suci dan lima hari rehat, setelah kembali.
"Cuti haji sedia ada untuk penjawat awam adalah memadai dan dasar sekarang dikekalkan," katanya ketika menjawab soalan asal Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mohd Rafizi bertanyakan mengapa cuti ibadah haji untuk penjawat awam dihadkan kepada 40 hari sedangkan tempoh masa menunaikan haji di bawah kelolaan Lembaga Tabung Haji mencecah 45 hari.
Kepada soalan tambahan Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang), Shahidan menjelaskan kerajaan menyokong dan menggalakkan swasta memberi cuti haji kepada pekerja swasta tapi mereka perlu faham bahawa cuti haji tidak perlu sehingga 40 hari.
"Perkara paling penting dalam menunaikan fardu haji ialah rukun haji dan rukun itu boleh disempurnakan dalam masa 10 hari hingga 12 hari sahaja.
"Cuti haji 40 hari ialah keistimewaan yang diberikan kerajaan untuk penjawat awam," katanya. - Bernama
Sumber HD - 26-11-2013
Intipan: Duta Singapura dipanggil beri penjelasan
- Nov 26, 2013
- Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media berhubung dakwaan pembabitan negara lain, terutama Singapura, dalam kegiatan mengintip Malaysia.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan sangat bimbang mengenai laporan dakwaan pengintipan oleh beberapa negara terhadap Malaysia.
Katanya jika dakwaan terbabit dapat dibuktikan, Malaysia sudah pasti menganggap perkara itu sebagai suatu yang sangat serius yang ditolak dan dikecam keras oleh kerajaan.
Kementerian akan memanggil pesuruhjaya tinggi Singapura esok untuk mendapat penjelasan berhubung dakwaan itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"Keselamatan dan kedaulatan Malaysia menjadi perkara paling utama kepada kerajaan. Apatah lagi kegiatan mengintip terhadap kawan baik dan jiran yang sudah pasti tidak dapat diterima dan bertentangan dengan semangat dan komitmen dalam hubungan berjiran," kata Anifah.
Anifah menegaskan hubungan Malaysia dan Singapura pada masa ini adalah teguh dan saling memberi manfaat, seperti yang dicerminkan menerusi hubungan baik antara kedua-dua perdana menteri dan perluasan bidang kerjasama.
Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia. - Bernama
Sumber HD - 26-11-2013
Tak perlulah guna lilin, tapi tunjuklah nak berjimat
- Nov 25, 2013
- HARAKAHDAILY
“Persoalan yang dibangkitkan ialah kenapa bil elektriknya terlalu tinggi sedangkan di ketika yang sama hutang negara makin tinggi dan rakyat diminta berjimat cermat? Tidak bolehkah berjimat sedikit?” tanya penulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Ini, katanya kerana ramai yang tahu bahawa bil elektrik di Seri Perdana tidaklah terlalu tinggi ketika Mahathir dan Pak Lah tinggal di sana.
“Kenapa hanya sekarang bilnya tinggi? Adakah tiap-tiap malam tetamu luar diraikan di sana? Adakah kenaikan itu kerana banyaknya alat-alat elektrik dan lampu-lampu kristal dipasang di Seri Perdana sejak Najib dan Rosmah tinggal di situ?” tulisnya lagi.
Baginya, jawapan Najib bahawa "kalau Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin" pula ternyata keluar daripada tajuk yang diperdebatkan rakyat.
Menurutnya, kalau dalam peperiksaan, jawapan yang keluar tajuk tidak mendapat apa-apa markah.
Persoalan rakyat ialah kenapa bilnya terlalu tinggi dan tak bolehkah dikurangkan jumlahnya itu?
Baca di sini
Sumber HD - 25-11-2013
Menteri dakwa K-Pop bawa pulangan RM140 juta
- Nov 23, 2013
- Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Belia dan Sukan memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012 sebenarnya telah berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata itu antara kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada negara hasil keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajuinya tahun lepas.
Di sudut lain yang tidak dapat diukur dengan wang ringgit pula, ia merupakan suatu inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerajaan.
"Sambutan Hari Belia itu telah berjaya menarik lebih daripada 2.4 juta pengunjung," katanya pada persidangan akhbar selepas berjumpa dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di pejabat jawatankuasa itu di Parlimen pada Khamis.
Beliau berkata kerana daya tarikan K-Pop, ia telah menyemarakkan sambutan Hari Belia itu sehingga mendapat tajaan yang besar daripada pihak swasta.
Ahmad Shabery berkata ini termasuk tajaan yang memberikan nilai pulangan sehingga RM26 juta yang dianjurkan Telekom Malaysia dan ada pula tajaan yang memberikan pulangan RM1.9 juta atau keuntungan dalam bentuk tunai setinggi RM2.3 juta tetapi keuntungan sebenar datang dalam bentuk beransur-ansur.
"Saya beritahu mereka, jangan melihat tentang isu K-Pop secara berasingan, acara yang dibuat ialah hala tuju belia secara besar. K-Pop hanya menjadi satu daripada 500 acara yang dibuat sempena Hari Belia itu dan telah berjaya menarik lebih daripada 2.4 juta pengunjung.
"Kalau Brazil ada Karnival Rio, Jerman ada Oktober Fest, biarlah Malaysia mempunyai satu hari yang bersifat ikonik iaitu festival Hari Belia itu sendiri," kata Ahmad Shabery.
Beliau berkata tiga kumpulan K-Pop yang dipanggil itu merupakan antara 10 kumpulan paling popular di Korea Selatan tetapi untuk mendapatkan tempahan, sejumlah deposit daripada RM900,000 perlu dibayar.
Beliau menjelaskan isu yang dipolitikkan ialah isu deposit pendahuluan yang menggunakan duit kerajaan tetapi secara keseluruhan, program artis K-Pop itu berjaya mendapat tajaan daripada pihak swasta berjumlah RM2.3 juta.
PAC pada Khamis mendapati tiada sebarang salah laku dalam isu pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop dari Korea Selatan oleh Kementerian Belia dan Sukan semasa diterajui Ahmad Shabery tahun lepas.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini kerana segala pembayaran semasa sambutan Hari Belia 2012 itu mengikut prosedur pembayaran.
"PAC berpuas hati dengan penjelasan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek," katanya pada sidang akhbar lain.
Ahmad Shabery menemui jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bayaran itu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Ahmad Shabery secara sukarela berjumpa dengan PAC yang dianggotai Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk memberikan penjelasan dan bukannya dipanggil oleh PAC bagi memberi keterangan.
"PAC tidak bercadang untuk memanggil Ahmad Shabery kerana penjelasan yang diberikan sudah memadai," kata Nur Jazlan.
Nur Jazlan berkata jawatankuasa itu tidak mendapati sebarang salah laku dalam isu pembayaran K-Pop, cuma berlaku salah faham mengenai prosedur pembayaran.
"Saya rasa, jawapan daripada menteri memuaskan. Pada pandangan saya dan jawatankuasa saya yang terdiri daripada kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang, beliau (Ahmad Shabery) telah memberikan (penjelasan) secara keseluruhan mengenai dasar dan proses Hari Belia yang dijalankan," katanya.
Pengerusi PAC itu berkata bajet yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan semasa diterajui Ahmad Shabery untuk Hari Belia 2012 dahulu amat sesuai dengan dasar kerajaan yang mahukan setiap ringgit yang dibelanjakan perlu memberi pulangan sekali ganda atau lebih.
"Sejumlah RM1.6 juta telah dikeluarkan untuk membawa masuk tiga artis K-Pop dari Korea Selatan. Daripada jumlah itu sebanyak RM900,000 merupakan bayaran untuk artis dan bakinya merupakan kos dalam bentuk cukai, pengangkutan, penginapan yang diuruskan syarikat promoter," kata Nur Jazlan.
Masalahnya ramai pihak hanya melihat kepada skop yang sensasi iaitu artis K-Pop itu sendiri sedangkan kumpulan artis itu hanya menjadi modal tarikan untuk mendatangkan keuntungan yang lebih besar pada Hari Belia itu sendiri yang disifatkan oleh Nur Jazlan sebagai berjaya dan mencapai matlamat.
"PAC akan menyediakan perincian mengenai isu pembayaran artis K-Pop dan Hari Belia 2012 melalui satu laporan khas yang akan dibentangkan kepada umum selewat-lewatnya awal tahun depan," kata Nur Jazlan. - Bernama
Sumber HD - 23-11-2013
NFC: Suami Ketua Wanita Umno gagal batal tuduhan pecah amanah
- Nov 23, 2013
- Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail (gambar) semalam gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.
Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menolak permohonan Mohamad Salleh selepas mendapati pertuduhan yang dihadapi tertuduh tidak cacat dan mempunyai asas untuk didengar melalui proses perbicaraan.
Norsharidah berkata pemohonan itu juga bersifat mala fide dan mahkamah hanya boleh membatalkan pertuduhan apabila ia tidak berasas.
Beliau berkata mahkamah juga hanya boleh membatalkan pertuduhan berdasar tiga elemen iaitu sekiranya pertuduhan tidak menyatakan kesemua elemen kesalahan yang diperuntukkan undang-undang; pertuduhan tidak menyatakan kesalahan yang dilakukan; dan mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.
"Permohonan ini adalah pramatang. Pihak pendakwaan berhak mengemukakan dokumen dalam perbicaraan.
"Keterangan afidavit tidak boleh dijadikan asas. Jika ada isu yang dipertikaikan ia perlu didengar dalam perbicaraan penuh," kata Norsharidah.
Mahkamah menetapkan dua hari bermula 20 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes itu.
Pada 7 Jan lepas, Mohamad Salleh memfailkan permohonan untuk menggugurkan dua pertuduhan itu.
Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamad Salleh, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah RM9,758,140 untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di sini dan memindahkan RM40 juta ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd pada 2009. - Bernama
Sumber HD - 23-11-2013
Menteri Kesihatan cedera, pemandu parah dalam nahas
Harakahdaily, | 21 Nov 2013 |
MELAKA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera di bahagian leher manakala pengawal peribadinya parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Km220.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran kawasan Pedas-Linggi, malam tadi.
Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang secara tiba-tiba menukar laluan daripada laluan tengah ke laluan kanan lebuh raya itu.
"Kecederaan datuk seri (Dr Subramaniam) tidak serius manakala pengawal peribadinya dipercayai mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan masih berada dalam 'operating theater' (dewan bedah) Hospital Besar Melaka.
"Mereka pada awalnya dirawat di Hospital Alor Gajah dan dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Beliau berkata Dr Subramaniam dimasukkan ke wad hospital itu sebagai langkah berjaga-jaga serta mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta menteri berkenaan tidak cedera.
Chuah berkata lori yang terlibat dalam kemalangan itu melarikan diri dari tempat kejadian dan polis akan mengambil tindakan pantas untuk mengesan lori terbabit. - Bernama

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-11-2013
VDP Petronas: Dulu 77, kini tinggal 11 syarikat bumiputera
Harakahdaily, | 19 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Daripada 77 syarikat bumiputera bertaraf Program Pembangunan Vendor (VDP) yang dilantik, kini cuma tinggal 11 sahaja apabila pengurusan Petronas menutup sebelah mata penghapusan secara sistematik program itu yang kononnya terpaksa dilakukan akibat kegagalan beberapa syarikat serta aktiviti monopoli dan rasuah.
“Tetapi agak menghairankan apabila monopoli masih dibiarkan berlaku di luar program VDP,” dakwa Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, lebih memburukkan keadaan apabila syarikat asing diberi ‘lampu hijau’ 70% untuk menguasai sesebuah kontrak dengan mengguna-pakai perjanjian usahasama yang tidak saksama dan tidak menguntungkan syarikat tempatan.
Berikut ialah penuh kenyataan MTEM.
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mengucapkan syabas kepada Petronas yang telah begitu bermurah hati menganugerahkan kontrak sebesar RM10 billion kepada enam syarikat ‘tempatan’ selama 5 tahun bagi projek ‘Pan Malaysia Integrated Offshore HUC/TMM’ baru-baru ini. Sesungguhnya ia merupakan satu rekod diluar kebiasaan berdasarkan tempoh serta nilai kontrak yang diwar-warkan.
MTEM tidak berminat untuk mempersoalkan kelayakan mahupun status keMelayuan yang ada pada syarikat-syarikat yang telah dilantik oleh Petronas. Walaubagaimanapun, sekiranya dibandingkan jumlah tersebut dengan bajet perbelanjaan sebanyak RM200 billion Petronas, peruntukan RM10 billion cuma sekitar 5% sahaja.
Jika dibandingkan pula dengan amanat YAB Perdana Menteri yang mahu Petronas memperuntukkan sebanyak RM100 billion untuk Program Pembangunan Vendor (VDP) bagi 22 skop kerja melalui agenda pemerkasaan Bumiputera, sudah tentulah jumlah RM10 billion menjadi kecil sekali.
Jika agenda Pemerkasaan Bumiputera dijadikan ukuran, maka tugas Presiden dan CEO Petronas pasti sukar sekali. Program VDP bukan sahaja wajib diperkuatkan, bahkan mesti dijadikan penunjuk prestasi utama (KPI) kepada keberkesanan pentadbiran seorang Ketua Pegawai Eksekutif.
Semenjak mengambil alih teraju Petronas, beliau nampaknya kurang berkesan dalam memperkasakan usahawan Melayu di Petronas.
Dakwaan ini ada asasnya. Sebagai contoh, dalam rantaian kerja ‘Exploration & Production (E&P)’ skop untuk kerja-kerja upstream seperti Drilling & Completion, Seismic Monitoring dan sebagainya masih dimonopoli syarikat asing; manakala kerja-kerja Pembangunan seperti Engineering, Design & Construction (termasuklah skop kerja Hook Up Commissioning & Topside Major Maintenance yang baru dianugerahkan Petronas) yang dahulunya banyak diberi kepada syarikat Bumiputera kini dikuasai syarikat tertentu sahaja. Lebih memburukkan keadaan apabila Petronas mewajibkan usahasama dengan syarikat asing.
Akibatnya, syarikat-syarikat Melayu yang dahulunya begitu berjaya, tiba-tiba terkeluar daripada senarai pendek Petronas.
Petronas juga dilihat sukar untuk mengiktiraf kepakaran tempatan. Sebagai contoh, khidmat ‘chemical fluid for deepwater drilling’ bernilai RM700 juta boleh diberi kepada dua buah syarikat asing; tetapi khidmat ‘chemical fluid for shallow water drilling’ yang bernilai RM1.6 bilion hanya diberi kepada sebuah syarikat tempatan, sedangkan masih ada beberapa syarikat Bumiputera lain yang mampu melaksanakannya.
Bahkan dilaporkan ada syarikat Bumiputera yang telah membina kilang kimia mereka di Gebeng, Kuantan dengan mendapat pinjaman bank tetapi hampir ‘gulung tikar’ apabila peluang mereka dinafikan Petronas.
Hakikatnya, daripada 77 syarikat bertaraf VDP yang dilantik kini cuma tinggal 11 sahaja apabila pengurusan Petronas menutup sebelah mata penghapusan secara sistematik program VDP yang kononnya terpaksa dilakukan akibat kegagalan beberapa syarikat serta aktiviti monopoli dan rasuah. Tetapi agak menghairankan apabila monopoli masih dibiarkan berlaku di luar program VDP.
Lebih memburukkan keadaan apabila syarikat asing diberi ‘lampu hijau’ 70% untuk menguasai sesebuah kontrak dengan mengguna-pakai perjanjian usahasama yang tidak saksama dan tidak menguntungkan syarikat tempatan.
MTEM percaya bahawa masih terlalu banyak ruang untuk kontraktor dan pembekal Bumiputera memainkan peranannya di Petronas.
Program VDP sebagai contoh perlu diperkuatkan dan bukan disempitkan, manakala tempoh perlaksanaannya dilanjutkan daripada 5 tahun kepada sekurang-kurangnya 10 tahun.
Ini bagi memberi peluang kepada sesebuah syarikat melaksanakan modul perniagaan yang berkesan dan menyeluruh, merangkumi aspek pelaburan, pembangunan dan latihan.
Petronas juga tidak perlu takut untuk melaksanakan ‘carve-out’ suatu kaedah pembahagian kontrak yang terbukti berjaya dilaksanakan untuk projek KV MRT contohnya.
MTEM berharap agar Petronas lebih ikhlas dan lebih yakin kepada kemampuan usahawan dan kontraktor Minyak & Gas tempatan; terutama dalam melaksanakan kerja-kerja yang jauh lebih teknikal dan rumit.
Hal ini telah dibuktikan melalui kejayaan beberapa syarikat Bumiputera mendapat pengiktirafan antarabangsa setelah menyiapkan projek-projek upstream bersama syarikat minyak asing di Malaysia dan di luar negara.
Mereka dihormati kerana kualiti kerja yang bermutu dan efisien serta tawaran harga yang kompetitif. Malang sekali apabila mereka sering dianaktirikan apabila berurusniaga di Malaysia.
MTEM berpendapat bahawa polisi baru yang sedang direncanakan oleh Petronas harus dirombak semula agar kembali mengutamakan tenaga serta kepakaran anak watan.
Usahasama dengan syarikat asing, sekiranya perlu mestilah mengutamakan kebajikan syarikat tempatan disamping memastikan berlakunya proses pertukaran teknologi dan ilmu.
Akhir sekali, penglibatan vendor Melayu dan Bumiputera dalam melaksanakan kerja-kerja di Petronas harus digandakan agar mampu mencapai agenda pemerkasaan Bumiputera serta Wawasan 2020 sebagaimana yang diimpikan oleh pemimpin negara dulu dan sekarang.

Sumber HD - 19-11-2013
500,000 pekerja Bangladesh layak ke Malaysia
Harakahdaily, | 18 Nov 2013 |
DHAKA: Hanya 500,000 daripada 1.4 juta rakyat Bangladesh yang layak bekerja di Malaysia dalam sektor perladangan berdasarkan kepada pangkalan data kerajaan negara ini.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh Norlin Othman berkata sejak Malaysia dan Bangladesh menandatangani perjanjian persefahaman pengambilan pekerja asing dalam sektor perladangan pada hujung tahun lepas, kira-kira 1.4 juta rakyat Bangladesh mendaftar untuk bekerja di Malaysia.
"Setelah membuat tapisan, hanya 500,000 yang layak kerana terdapat permohonan yang tidak memenuhi kelayakan seperti usia yang terlalu tua dan terlalu muda," katanya kepada pemberita Malaysia di sini.
Norlin berkata ada juga permohonan yang ditolak kerana terlebih kelayakan seperti siswazah.
Namun, pihaknya hanya menerima 10,000 permintaan untuk pekerja perladangan daripada majikan di Malaysia.
Mengikut rekod, kira-kira 320,000 pekerja Bangladesh bekerja secara sah dalam pelbagai sektor di Malaysia ketika ini.
Sejak 2010, rakyat negara ini yang bekerja di Malaysia menghantar pulang wang sebanyak RM3 bilion, jumlah tertinggi berbanding pekerja Indonesia (RM2.9 bilion), Nepal (RM1.9 bilion), India (RM625 juta) dan Filipina (RM561 juta).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di sini untuk lawatan rasmi sulung beliau mulai 17 Nov hingga 19 Nov.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya Sheikh Hasina hari ini bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Bangladesh. - Bernama
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh Norlin Othman berkata sejak Malaysia dan Bangladesh menandatangani perjanjian persefahaman pengambilan pekerja asing dalam sektor perladangan pada hujung tahun lepas, kira-kira 1.4 juta rakyat Bangladesh mendaftar untuk bekerja di Malaysia.
"Setelah membuat tapisan, hanya 500,000 yang layak kerana terdapat permohonan yang tidak memenuhi kelayakan seperti usia yang terlalu tua dan terlalu muda," katanya kepada pemberita Malaysia di sini.
Norlin berkata ada juga permohonan yang ditolak kerana terlebih kelayakan seperti siswazah.
Namun, pihaknya hanya menerima 10,000 permintaan untuk pekerja perladangan daripada majikan di Malaysia.
Mengikut rekod, kira-kira 320,000 pekerja Bangladesh bekerja secara sah dalam pelbagai sektor di Malaysia ketika ini.
Sejak 2010, rakyat negara ini yang bekerja di Malaysia menghantar pulang wang sebanyak RM3 bilion, jumlah tertinggi berbanding pekerja Indonesia (RM2.9 bilion), Nepal (RM1.9 bilion), India (RM625 juta) dan Filipina (RM561 juta).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di sini untuk lawatan rasmi sulung beliau mulai 17 Nov hingga 19 Nov.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya Sheikh Hasina hari ini bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Bangladesh. - Bernama
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-11-2013
AG: Jangan lantik Shafee, Gani harus beri penjelasan
Harakahdaily, | 14 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Desas-desus berkaitan kemungkinan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan dilantik sebagai Peguam Negara, bukanlah cerita baru tetapi telah kedengaran di kalangan peguam, hakim dan di dalam Jabatan Peguam Negara sendiri sejak beberapa tahun lepas.
“Dalam hal ini, PAS membantah keras sekiranya Shafee hendak dilantik sebagai Peguam Negara,” tegas Timbalan Pengerusi II Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dalam satu kenyataan.
Katanya, hubungan dan kaitan rapat beliau dengan pemimpin-pemimpin Umno menjadikan Shafee tidak sesuai untuk menjawat jawatan penting dan strategik seperti Peguam Negara.
Berikut kenyataan media beliau.
Minggu lepas (7 November 2013), saya menegaskan bahawa walau apa pun agenda tersembunyi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekarang ini sedang membuat ‘gerakan’ untuk menyingkirkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang beliau sendiri lantik pada tahun 2002, Abdul Gani tetap wajib disiasat secara menyeluruh di atas segala dakwaan salah laku sepanjang memegang jawatan sebagai Peguam Negara.
Apa yang jelas, agenda sebenar Tun Mahathir ialah untuk menaikkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Gani. Kehadiran Shafee di dalam pertemuan khas membincangkan perilaku Gani di rumah Tun Mahathir pada Ogos lepas menunjukkan bahawa agenda ini sedang berjalan rancak.
Tun Mahathir berfungsi sebagai ‘jarum’ untuk menyucuk Perdana Menteri supaya segera menyingkirkan Gani bagi membolehkan Shafiee dilantik segera sebagai Peguam Negara yang baru.
Desas-desus berkaitan kemungkinan Shafiee akan dilantik sebagai Peguam Negara, bukanlah cerita baru tetapi telah kedengaran di kalangan peguam, hakim dan di dalam Jabatan Peguam Negara sendiri sejak beberapa tahun lepas.
Dalam hal ini, PAS membantah keras sekiranya Shafee hendak dilantik sebagai Peguam Negara. Hubungan dan kaitan rapat beliau dengan pemimpin-pemimpin Umno menjadikan Shafee tidak sesuai untuk menjawat jawatan penting dan strategik seperti Peguam Negara.
Pada masa yang sama, kami dimaklumkan bahawa Gani di dalam suatu pertemuan tertutup dengan pegawai-pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara pada minggu lepas, telah menjawab dan memberi penjelasan terhadap beberapa tuduhan yang dikaitkan dengan dirinya seperti insiden pemalsuan bukti kes ‘mata lebam’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemalsuan gambar di dalam perbicaraan tuntutan Pulau Batu Putih di ICJ dan juga kes pendakwaan ke atas Tun Dr Ling Liong Sik berkaitan skandal PKFZ.
PAS berpandangan penjelasan tertutup adalah tidak memadai. Gani harus berani untuk bertanggungjawab kepada umum dengan memberikan penjelasan kepada rakyat.
Buat permulaan, kami menuntut Gani supaya menjelaskan apakah status beberapa kes rasuah berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin-pemimpin Umno dan apakah alasan beliau untuk tidak memulakan pendakwaan di dalam kes-kes tersebut, iaitu:
1) Kes bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputra yang menerima dua keping cek bernilai RM30,000 dan RM80,000 daripada syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn. Bhd. yang dikatakan berkaitan dengan permohonan syarikat terbabit untuk melanjutkan kontrak penyelenggaraan bangunan JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar Johor Bharu.
Mengapa tiada pendakwaan dibuat ke atas Dr Awang Adek meskipun Dr Awang Adek tidak langsung mencabar Notis Perlucuthakan Harta (Forfeiture of Property) yang dikeluarkan oleh SPRM di atas perintah mahkamah di bawah Seksyen 41 (1) Akta SPRM 2009 bagi merampas wang tersebut?
2) Aduan yang dibuat oleh bekas Setiausaha Wanita Umno Bahagian Baling, Norhashiah Ibrahim terhadap Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkaitan dengan pembukaan akaun bank yang mencurigakan pada tahun 2010 di mana nama dan tandatangan pengadu telah digunakan tanpa pengetahuan pengadu dan terdapat pembayaran-pembayaran yang meragukan ke dalam akaun tersebut.
Jika Gani mengatakan beliau tidak menjalankan pendakwaan secara ‘terpilih’ dan melaksanakan tugasnya berdasarkan peruntukan undang-undang, maka rakyat perlu mendapat penjelasan yang jujur daripada Gani berkaitan dengan dua kes di atas.

Sumber HD - 14-11-2013
Bernas diswastakan, ketamakan bermaharajalela
Datuk Seri Anwar Ibrahim, | 12 Nov 2013 |
Akhir-akhir ini, syarikat yang dahulunya menjadi tarikan pelabur tapi kemudian dibuang-senarai (de-listed) dari pasaran saham lalu diswastakan bagai satu trend.
Satu contoh: Blackberry, di mana ia dibuang-senaraikan lalu diswastakan selepas kerugian hampir USD70 bilion dari nilai asal USD80 bilion lima tahun lalu.
Senario perniagaan yang semakin mencabar menyukarkan syarikat-syarikat yang tersenarai untuk memberi pulangan yang besar kepada para pelabur; penswastaan memberi peluang kepada pihak pengurusan sesebuah syarikat untuk fokus mengembangkan perniagaan jangka masa panjang.
Di Malaysia, penswastaan sesebuah syarikat sebegini sering kali mempunyai niat yang berbeza: tamak haloba.
Bernas tidak menghadapi masalah serupa Blackberry. Harga saham Bernas sedang meningkat malah nilainya kini hampir tiga kali ganda nilai lima tahun dahulu. Ia satu contoh syarikat yang stabil dengan keuntungan bersih tahunan konsisten sekitar RM135 juta setiap tahun sejak 2006, dengan hasil yang meningkat tahun demi tahun dari RM2.1 bilion (2006) ke RM3.6 bilion (2012).
Bernas memang sasaran pengambilalihan mana-mana individu yang sangat kaya. Apabila diambil kira keuntungan yang sihat, monopoli Bernas ke atas lesen AP import beras dan realiti bahawa beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia, individu-individu yang sangat kaya pastinya mengidamkan syarikat sebegini.
Niat asal
Kita patut ingat niat asal penswastaan Bernas bukan sahaja untuk memastikan keperluan beras negara dipenuhi (melalui pengurusan Simpanan Stok Negara dan Skim Harga Subsidi Padi) tapi juga untuk memastikan petani dan pengedar bumiputera serta pekerja Bernas mendapat manfaat dari milikan ekuiti daripada penswastaan tersebut.
Hal ini dibangkitkan Menteri Kewangan pada bulan Disember 1995 dalam jawapan kepada Lim Guan Eng di Parlimen, diikuti pembentukan konsortium Budaya Generasi Sdn Bhd pada Januari 1996. Konsortium tersebut membolehkan lebih dari separuh ekuiti Bernas dimiliki persatuan-persatuan petani (Kada, Mada, Nafas), nelayan (Nekmat) dan pekerja Bernas.
Pusingan 1
Hingga hujung 2009, milikan-milikan ini mulai dibeli seorang individu bernama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary melalui syarikat-syarikat milik beliau (Gandingan Bersepadu Sdn Bhd dan Tradewinds) mengakibatkan beliau memiliki 53.7% Bernas melalui pengambilalihan oleh Maybank Investment Bank Berhad bernilai RM526 juta.
Purata keuntungan bersih Bernas dianggarkan pada RM164 juta setahun dan hasil meningkat dari RM3.3 bilion (2009) ke RM3.6 bilion (2012).
Pusingan 2
Apabila kerajaan memanjangkan mandat Bernas untuk merangkumi pengurusan bekalan beras negara dan monopoli pengimportan beras dari 11 Jan 2011 ke 10 Jan 2021, Tan Sri Syed Mokhtar bertambah tamak.
Tawaran pembelian Bernas pada RM3.70/saham dibuat pada penghujung Feb 2013 melalui syarikat-syarikat lain milik beliau, iaitu other companies namely, Perspective Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd dan Acara Kreatif Sdn Bhd.
Pengambilalihan ini, yang juga dinasihatkan Maybank Investment Bank Berhad dikatakan bernilai RM477 juta.
Pada 6 Nov 2013, lembaga pengarah Bernas dinasihat menyahsenaraikan Bernas dari Bursa Malaysia kerana jumlah saham yang dimiliki awam telah jatuh ke 16.31% (iaitu dibawah nilai yang diperlukan untuk penyenaraian iaitu 25%) akibat pengambilalihan sistematik Tan Sri Syed Mokhtar.
Pada Feb 2013, Maybank Research membuat ramalan hasil dan keuntungan Bernas bagi 2013 hingga 2015:
Ini bermakna hasil dianggarkan meningkat hingga RM3.9 bilion pada 2015 dari RM3.6 bilion pada 2012. Keuntungan meningkat 40% ke RM165 juta pada jangkamasa pendek untuk mengurangkan harga beras antarabangsa akibat pengeluaran berlebihan di Thailand, Vietnam, India dan Pakistan. Hal ini akan menguntungkan sesiapa yang memiliki Bernas di masa hadapan.
Soalan yang diutarakan
Bagaimana seorang individu dibenarkan memiliki monopoli ke atas beras sebegini, yang mungkin mendatangkan kemudaratan terhadap kestabilan harga di masa hadapan, yang merupakan niat asal penswastaan Bernas?
Kenapa kerajaan telah tersasar dari niat asal penubuhan Bernas, iaitu untuk melindungi kepentingan petani dan pengedar bumiputera serta pekerja Bernas?
Adakah milikan ekuiti mereka ini tidak penting di mata kerajaan, berbanding kepentingan individu-individu maha kaya dan mempunyai "kabel" politik sebegini?
Bagaimanakah pengambilalihan saham Bernas bernilai RM477 juta, dan jumlah pengambilalihan melalui Tradewinds Plantation dan Bernas bernilai RM1.173 bilion oleh syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar (Perspective lane, Kelana Ventures, Seaport Terminal dan Acara Kreatif) dipermudah Maybank IB? Bagaimana seseorang individu boleh berterusan berjaya mendapatkan pinjaman dari bank yang sama?
Kami kecam pengambilalihan baru-baru ini yang bersifat oportunis oleh Tan Sri Syed Mokhtar sebagai satu langkah mengambilalih sepenuhnya Bernas pada ketika monopoli Bernas ke atas pengimportan beras dilanjutkan hingga 2021, disebabkan tindakan ini akan menguntungkan satu individu tertentu, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar sendiri.

Sumber HD - 12-11-2013
Minta GLC bantu Melayu, bukan tolong Utusan
Harakahdaily, | 12 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Dalam usaha membantu syarikat Utusan Melayu yang semakin kerugian kerana semakin kurang orang membaca akhbar terbitannya, Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan membuat keputusan menulis surat kepada semua syarikat berkaitan kerajaan atau GLC agar menyalurkan lebih banyak iklan di dalam akhbar tersebut.
Menurut Ahmad Maslan, daripada 35 GLC utama di negara ini, mereka membelanjakan hanya sekitar 3.7 peratus saja daripada keseluruhan peruntukan iklan untuk Utusan Malaysia.
“Secara jujurnya tindakan Ahmad Maslan dalam hal ini menampakkan kekeliruan dan kecelaruannya dalam memahami tugas serta peranan GLC kepada rakyat,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, dalam pembentangan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera tidak lama dulu, Najib sendiri ada membangkitkan peranan GLC dalam membantu ekonomi Bumiputera dan orang-orang Melayu.
“Dalam hal ini Perdana Menteri telah menetapkan usaha membantu orang Melayu ini sebagai salah satu KPI atau penunjuk prestasi pemimpin-pemimpin GLC terbabit yang dilantik oleh kerajaan menduduki jawatan tersebut,” tulisnya lagi.
Baca lagi
Menurut Ahmad Maslan, daripada 35 GLC utama di negara ini, mereka membelanjakan hanya sekitar 3.7 peratus saja daripada keseluruhan peruntukan iklan untuk Utusan Malaysia.
“Secara jujurnya tindakan Ahmad Maslan dalam hal ini menampakkan kekeliruan dan kecelaruannya dalam memahami tugas serta peranan GLC kepada rakyat,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, dalam pembentangan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera tidak lama dulu, Najib sendiri ada membangkitkan peranan GLC dalam membantu ekonomi Bumiputera dan orang-orang Melayu.
“Dalam hal ini Perdana Menteri telah menetapkan usaha membantu orang Melayu ini sebagai salah satu KPI atau penunjuk prestasi pemimpin-pemimpin GLC terbabit yang dilantik oleh kerajaan menduduki jawatan tersebut,” tulisnya lagi.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-11-2013
Gani atau Najib dan kabinet patut berundur
Harakahdaily, | 10 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Hari ini isu besar yang kita dengar ialah isu kewibawaan Peguam Negara, Gani Patail, tulis Aspan Alias.
Menurutnya, isu salah laku Gani Patail berhubung dengan isu kehadiran dua orang agen CIA di pejabat Peguam Negara menjadi hangat apabila salah seorang dari dua bekas Perdana Menteri kita telah bertindak merundingkan apa yang perlu di lakukan terhadap Peguam Negara di atas beberapa isu yang telah di timbulkan oleh beberapa pihak terhadap Gani.
“Di antara isunya, selain dari isu terbaru iaitu tentang kehadiran dua orang penasihat kepada Peguam Negara dari AS itu, ialah isu yang sering ditimbulkan oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim sejak beberapa tahun yang lalu,” tulis Aspan di dalam blognya.
Semuanya itu, ujarnya tidak ada tindakan yang diambil oleh pimpinan khususnya oleh Perdana Menteri dan sebahagiannya berlaku semasa pimpinan Dr Mahathir sendiri.
Tambahnya, tindakan Mahathir untuk mengetengahkan isu ini amatlah baik tetapi beliau juga perlu bertanggungjawab.
Ini, ujarnya kerana banyak juga isu terhadap Gani ini telah diketahui umum semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.
“Dalam kes Gani Patail ini, Najib sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyenangkan hati rakyat,” tulisnya lagi.
Baginya, jika Gani telah melanggar undang-undang negara, tetapi Najib tidak juga mahu mengambil tindakan, maka Najib sendiri sepatutnya mengundurkan dirinya secepat yang mungkin kerana Peguam Negara itu adalah accountability kerajaan.
Baca lagi
Menurutnya, isu salah laku Gani Patail berhubung dengan isu kehadiran dua orang agen CIA di pejabat Peguam Negara menjadi hangat apabila salah seorang dari dua bekas Perdana Menteri kita telah bertindak merundingkan apa yang perlu di lakukan terhadap Peguam Negara di atas beberapa isu yang telah di timbulkan oleh beberapa pihak terhadap Gani.
“Di antara isunya, selain dari isu terbaru iaitu tentang kehadiran dua orang penasihat kepada Peguam Negara dari AS itu, ialah isu yang sering ditimbulkan oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim sejak beberapa tahun yang lalu,” tulis Aspan di dalam blognya.
Semuanya itu, ujarnya tidak ada tindakan yang diambil oleh pimpinan khususnya oleh Perdana Menteri dan sebahagiannya berlaku semasa pimpinan Dr Mahathir sendiri.
Tambahnya, tindakan Mahathir untuk mengetengahkan isu ini amatlah baik tetapi beliau juga perlu bertanggungjawab.
Ini, ujarnya kerana banyak juga isu terhadap Gani ini telah diketahui umum semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.
“Dalam kes Gani Patail ini, Najib sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyenangkan hati rakyat,” tulisnya lagi.
Baginya, jika Gani telah melanggar undang-undang negara, tetapi Najib tidak juga mahu mengambil tindakan, maka Najib sendiri sepatutnya mengundurkan dirinya secepat yang mungkin kerana Peguam Negara itu adalah accountability kerajaan.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-11-2013
Penubuhan JPP tidak hormati kuasa negeri
Harakahdaily, | 08 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Cadangan penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) oleh kerajaan persekutuan adalah satu tindakan membuang masa dan peruntukan kerana ia hanya mengambil peranan anggota majlis PBT, kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (gambar).
Dalam satu kenyataan medianya, Sim berkata, kuasa-kuasa PBT terletak di bawah kerajaan negeri dan penubuhan JPP dengan fungsi yang terhad adalah melanggar perlembagaan.
"Kerajaan pusat harus akur bahawa kuasa PBT terletak di bawah kerajaan negeri dan elakkan daripada melanggar (encroach) kuasa-kuasa kerajaan negeri," tegasnya.
Pada 25 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengumumkan peruntukan RM63 juta untuk menubuhkan 24 zon JPP di setiap PBT.
Menurut Najib, JPP akan bertindak sebagai satu entiti yang dianggotai wakil masyarakat setempat bagi menyokong program pembangunan masyarakat, di samping menangani isu-isu perbandaran di kawasan PBT.
Pada 30 Oktober, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata, kerajaan pusat akan menubuhkan 148 JPP.
Inisiatif baharu itu, kata Abdul Rahman adalah hasil maklum balas semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menunjukkan rata-rata penduduk bandar tidak memahami dengan jelas tentang program dan dasar kerajaan.
Menurut Abdul Rahman, JPP akan diwujudkan di setiap kawasan bandar di bawah pentadbiran PBT di seluruh negara kecuali Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi memudahkan penduduk bandar mengutarakan permasalahan dan cadangan kepada kementerian atau agensi di bawahnya.
Menurut Sim, walaupun Pakatan Rakyat secara umumnya menyambut baik inisiatif kerajaan pusat itu, cadangan penubuhan JPP menimbulkan pelbagai persoalan.
Fungsi JPP yang sama dengan tugas ahli majlis, kata Sim menimbulkan syak bahawa ia adalah tindakan pemusatan kuasa kerajaan persekutuan dengan mewujudkan "Ahli Majlis Lantikan Persekutuan" (Federal Councillors).
"Ini mungkin satu cubaan rampasan kuasa dari Kerajaan Negeri dan PBT. Penubuhan JPP juga mungkin melanggar perlembagaan, sebab PBT merupakan bidang kuasa kerajaan negeri. Saya menyeru kerajaan tempatan dan kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap initiatif ini. Setakat ini, kurang perdebatan berkenaan initiatif ini dari kerajaan-kerajaan negeri," ujarnya.
Tujuan penubuhan JPP juga, jelas Sim penuh dengan tujuan politik ekoran kekalahan Umno/BN di kawasan bandar dalam PRU13.
"JPP mungkin bertumpu di PBT-PBT kerajaan Pakatan Rakyat bertujuan bersaing dengan ahli majlis lantikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
"Ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan pusat tidak menghormati mandat rakyat yang mengundi kerajaan negeri Pakatan Rakyat," ujarnya.
Sim menambah, kerajaan pusat harus akur bahawa kuasa PBT terletak di bawah kerajaan negeri dan mengelak daripada melanggar kuasa-kuasa kerajaan negeri.
"Kerajaan Pusat sebaliknya harus membenarkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang dicadangkan oleh pelbagai pihak untuk memberi mandat yang lebih besar kepada pentadbiran PBT.
"Kami percaya pilihan raya kerajaan tempatan akan menjadikan Ahli Majlis lebih efektif dalam urusan perbandaran," katanya.
Dalam satu kenyataan medianya, Sim berkata, kuasa-kuasa PBT terletak di bawah kerajaan negeri dan penubuhan JPP dengan fungsi yang terhad adalah melanggar perlembagaan.
"Kerajaan pusat harus akur bahawa kuasa PBT terletak di bawah kerajaan negeri dan elakkan daripada melanggar (encroach) kuasa-kuasa kerajaan negeri," tegasnya.
Pada 25 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengumumkan peruntukan RM63 juta untuk menubuhkan 24 zon JPP di setiap PBT.
Menurut Najib, JPP akan bertindak sebagai satu entiti yang dianggotai wakil masyarakat setempat bagi menyokong program pembangunan masyarakat, di samping menangani isu-isu perbandaran di kawasan PBT.
Pada 30 Oktober, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata, kerajaan pusat akan menubuhkan 148 JPP.
Inisiatif baharu itu, kata Abdul Rahman adalah hasil maklum balas semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menunjukkan rata-rata penduduk bandar tidak memahami dengan jelas tentang program dan dasar kerajaan.
Menurut Abdul Rahman, JPP akan diwujudkan di setiap kawasan bandar di bawah pentadbiran PBT di seluruh negara kecuali Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi memudahkan penduduk bandar mengutarakan permasalahan dan cadangan kepada kementerian atau agensi di bawahnya.
Menurut Sim, walaupun Pakatan Rakyat secara umumnya menyambut baik inisiatif kerajaan pusat itu, cadangan penubuhan JPP menimbulkan pelbagai persoalan.
Fungsi JPP yang sama dengan tugas ahli majlis, kata Sim menimbulkan syak bahawa ia adalah tindakan pemusatan kuasa kerajaan persekutuan dengan mewujudkan "Ahli Majlis Lantikan Persekutuan" (Federal Councillors).
"Ini mungkin satu cubaan rampasan kuasa dari Kerajaan Negeri dan PBT. Penubuhan JPP juga mungkin melanggar perlembagaan, sebab PBT merupakan bidang kuasa kerajaan negeri. Saya menyeru kerajaan tempatan dan kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap initiatif ini. Setakat ini, kurang perdebatan berkenaan initiatif ini dari kerajaan-kerajaan negeri," ujarnya.
Tujuan penubuhan JPP juga, jelas Sim penuh dengan tujuan politik ekoran kekalahan Umno/BN di kawasan bandar dalam PRU13.
"JPP mungkin bertumpu di PBT-PBT kerajaan Pakatan Rakyat bertujuan bersaing dengan ahli majlis lantikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
"Ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan pusat tidak menghormati mandat rakyat yang mengundi kerajaan negeri Pakatan Rakyat," ujarnya.
Sim menambah, kerajaan pusat harus akur bahawa kuasa PBT terletak di bawah kerajaan negeri dan mengelak daripada melanggar kuasa-kuasa kerajaan negeri.
"Kerajaan Pusat sebaliknya harus membenarkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang dicadangkan oleh pelbagai pihak untuk memberi mandat yang lebih besar kepada pentadbiran PBT.
"Kami percaya pilihan raya kerajaan tempatan akan menjadikan Ahli Majlis lebih efektif dalam urusan perbandaran," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-11-2013
APS: Penganggur berdaftar masih gagal dapat kerja
Harakahdaily, | 03 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Malaysia menghadapi masalah pengangguran yang serius tetapi kerajaan bersikap seolah-olah mencapai guna tenaga penuh.
Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, penganggur yang mencari kerja akan menggunakan pelbagai kaedah untuk memperolehi perkerjaan mengikut cita rasa dan kelayakan yang dimiliki.
Katanya, salah satu kaedah yang popular di negara kita ialah mencari pekerjaan melalui agensi pekerjaan.
“Agensi pekerjaan swasta sering menjadi pilihan kepada penganggur walaupun terdapat bayaran tertentu dan beberapa syarat yang perlu dipenuhi,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mengikut statistik Jabatan Tenaga Kerja (JKT) sehingga 30 September 2013 terdapat 2502 buah agensi telah berdaftar sebagai Agensi Pekerjaan Swasta (APS) di bawah peruntukan Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.
Katanya, daripada jumlah itu hanya 1,178 APS yang bergiat aktif pada masa ini.
Walaubagaimanapun, ujarnya pihak kerajaan telah menerima 81 permohonan baru dan 663 pembaharuan lesen APS dari bulan Januari hingga September 2013.
“Adakah APS yang sedia wujud memainkan peranan atau tanggungjawab dengan berkesan?” tanya beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.
Katanya, statistik yang dikemukakan oleh Kementerian Sumber Manusia tidak memberi satu gambaran yang baik berhubung dengan APS ini.
Beliau menambah, didapati 279,348 pendaftaran pekerjaan dibuat di keseluruhan APS negara kita dari bulan Januari hingga September tahun ini.
Daripada jumlah besar itu, kata beliau hanya 14,802 orang yang berjaya ditempatkan oleh APS.
Ini, ujarnya hanyalah 4.97% daripada jumlah yang didaftarkan oleh APS, sementara lebih 95% yang didaftarkan tidak dapat ditempatkan lagi.
“Kenapa perkara ini boleh berlaku? Adakah APS negara kita tidak cekap?
“Ataupun ada alasan-alasan lain berhubung dengan perkara ini?” ujarnya
Justeru, katanya lagi kerajaan harus mengkaji semula peranan APS dan mencari jalan untuk mempertingkatkan kemampuan APS supaya dapat menempatkan orang-orang yang berdaftar di bawahnya secara efektif.
Jika tidak, kata beliau APS tidak akan diberi kepercayaan oleh orang yang berdaftar mahupun pihak majikan.
“Kerajaan harus mengkaji semula undang-undang yang sedia ada untuk mempergiatkan lagi industri ini.
“Kewibawaan APS ini adalah penting untuk menyelesaikan masalah pengangguran di negara kita,” ujarnya lagi.
Katanya, kategori kerja yang paling banyak ditempatkan oleh APS ialah profesional iaitu 3,189 daripada 56,997 yang didaftarkan, manakala yang kedua perkeranian iaitu 3,156 daripada 42,085 yang didaftarkan untuk tempoh Januari hingga September 2013.
“Statistik-statistik yang diberikan oleh Kementerian Sumber Manusia adalah amat menakjubkan kerana terdapat ramai dari kalangan rakyat negara kita mencari pekerjaan tetapi pada masa yang sama warga asing pula telah melanda di bumi ini,” katanya.

Sumber HD - 3-11-2013
Zahid kata manifesto PR sampah, kenapa BN ciplak?
http://greenboc.blogspot.com, | 31 Okt 2013 |
Jika Zahid Kata Manifesto PR Sampah, Kenapa BN Menciplaknya?
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas manifesto Pakatan Rakyat, meskipun Barisan Nasional sendiri menciplak idea yang terkandung dalam manifesto berkenaan, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang menyifatkan manifesto PR sebagai “sampah” dan “tidak berpijak di bumi yang nyata” dengan mendakwa hanya 15 peratus janji ditunaikan pada 2008.
“Ini sikap yang cukup memalukan apatah lagi ungkapan tersebut dibuat dalam dewan yang mulia dan ditonton secara ‘live’ oleh rakyat melalui internet dan televisyen di rumah.
“Peliknya, jika beliau menganggap manifesto itu sebagai sampah, kenapa Umno BN tetap menciplak beberapa isi kandungannya seperti janji menurunkan harga kereta?” soal Pengerusi KEADILAN Perak itu ketika dihubungi.
Pakatan Rakyat semasa kempen Pilihan Raya Umum lalu menunjukkan bukti sekurang-kurangnya sembilan perkara diciplak oleh BN daripada manifesto Pakatan Rakyat.
Antaranya memberikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak dan menurunkan harga kereta secara berperingkat.
Malah baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan membentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat lebih awal kerana bimbang ia diciplak BN.
Mengulas lanjut, Muhammad Nur berkata, sebagai pemimpin kanan negara, Zahid sewajarnya menjadikan dirinya contoh kepada rakyat dan bukan menunjukkan sikap emosional.
“Tetapi apa yang berlaku ialah Zahid lebih gemar melepaskan kemarahan dengan memberikan label-label negatif terhadap pihak lawan dan ini sekaligus menjatuhkan maruahnya sendiri di hadapan rakyat,” ujarnya. -KD
ULASAN GB
Hukum kebenaran dan keadilan akan menyaksikan kepada kita, oleh kerana isi kandungan manifesto PR yang banyak diciplak oleh BN, maka PRlah layak memerintah negara. Malah keputusan PRU13 telah membuktikan majoriti rakyat memihak kepada PR melalui undi popular. Kerajaan UMNO BN yang memerintah hari ini tidak mendapat sokongan majoriti rakyat, mereka hanya memenangi lebih banyak kerusi dengan bantuan penipuan SPR.
Namun satu hari, kerajaan UMNO BN telah jatuh dan musnah dan ketika itu Zahidlah yang menjadi sampah akhirnya!
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 31-10-2013
Perwakilan mahu Gerakan tinggalkan BN
Harakahdaily, | 27 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Ekoran kekalahan teruk dalam pilihan raya umum ke-13, beberapa perwakilan di persidangan perwakilan nasional Gerakan hari ini mempersoalkan hubungan parti itu dengan rakan komponen Umno dan ada juga yang menggesa parti itu supaya meninggalkan BN, lapor Malaysiakini.
Anggota perwakilan dari Johor, Tan Lai Soon merasakan Gerakan tidak diberi penghormatan sepatutnya sebagai rakan dalam BN.
"Kita tidak boleh lagi memberi alasan - bahawa jika kita diberi jawatan (dalam kerajaan), maka Umno melayan kita dengan baik. Ini tidak boleh diterima.
"Adakah resolusi Gerakan sedang dikaji dan diambil kira oleh kerajaan yang diterajui Umno untuk dilaksanakan sebagai dasar negara? Saya rasa tidak," tegasnya.
Jadi, tegas Tan, apa gunanya setiap tahun di mesyuarat agung tahunan, resolusi yang baik dan munasabah, selepas dicadangkan dan diluluskan, tidak diendahkan oleh kerajaan.
Selain itu katanya, apabila MCA memutuskan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan walaupun Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin telah memperuntukkan dua jawatan untuk MCA, maka tanggapannya salah satu daripada jawatan itu akan diberikan kepada Gerakan.
Bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan dan sebaliknya, Adun MCA Pulai Sebatang, Tee Siew Kiong dilantik ke jawatan itu, manakala Adun tunggal Gerakan di negeri ini, Lau Chin Hoon, tidak diberi sebarang jawatan .
Menteri besar Johor, tegas Tan, telah berkata 'tidak' kepada Gerakan dan Tan mendakwa Umno tidak pernah bekerja bersama-sama dengan Gerakan.
Oleh itu tegasnya, apabila mereka mengatakan tidak kepada Gerakan, maka mengapa parti itu masih mahu menyokong mereka secara membuta tuli.
Tan berkata, apabila Gerakan menyertai Perikatan untuk membentuk BN pada tahun 1974, parti itu membantu mengukuhkan kuasa parti pemerintah, namun kini perkara itu telah dilupakan.
Ketika ditemui selepas ucapannya, Tan menegaskan tidak ada sebab untuk Gerakan terus kekal dalam BN jika ia tidak dilayan sebagai rakan kongsi yang saksama.
Menurut Tan, ramai pemimpin akar umbi parti itu berkongsi pandangan beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-10-2013
6 tahun Angkasawan Negara, mana hasil penyelidikan?
Dr Azman Ibrahim, | 21 Okt 2013 |
Hari ini genap 6 tahun kepulangan rakyat Malaysia pertama dari angkasa. Tanggal 21 Oktober 2007, Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat kembali ke Bumi selepas 10 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Kapsul Soyuz TMA-10 mendarat di Arkylk, Kazakhstan pada pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia), selepas melalui perjalanan 3 jam 23 minit dari ISS.
Program yang didakwa menelan belanja ratusan juta ringgit tetapi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili ketika memberikan jawapan di Parlimen pada 6 Mei 2008 memaklumkan bahawa kos sebenar program angkasawan negara yang pertama ialah sebanyak RM39.11 juta.
Diberitakan bahawa sepanjang 10 hari semasa berada di ISS, Dr. Sheikh Muszaphar telah melakukan penyelidikan antaranya melibatkan sel kanser dan leukemia di stesen angkasa itu.
Penyelidikan yang diistilahkan sebagai ‘penyelidikan mikrograviti’ dikategorikan secara saintifiknya sebagai penyelidikan bermutu tinggi. Setelah kepulangan beliau ke bumi, dimaklumkan hasil penyelidikan tersebut telah dihantar ke Jepun untuk dianalisis.
Kalau pun kosnya bukan ratusan juta sebagaimana didakwa, hakikatnya hampir RM40 juta wang negara yang telah dibelanjakan adalah satu jumlah yang sangat besar.
Setelah enam tahun berlalu, saya mungkin antara ramai pembayar cukai yang berminat untuk mengetahui apakah finding (penemuan) hasil penyelidikan tersebut yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat?
Ketika saya berkhidmat sebagai tenaga akademik di sebuah universiti tempatan dulu, selalu saya nyatakan kepada rakan-rakan, apa sahaja penyelidikan yang kita lakukan dengan menggunakan geran penyelidikan yang diambil dari wang rakyat, pastikan kita mampu menghasilkan sesuatu untuk faedah rakyat, dengan makna kita mampu memulangkan kembali wang rakyat yang diambil dengan nilai manfaat yang bakal mereka perolehi.
Walaupun cara pemikiran saya agak kekampungan, tetapi secara tegas saya nyatakan, saya anti dengan penyelidikan yang cuma di atas kertas yang akhirnya dapat dimanfaatkan sekadar untuk rekod pencapaian peribadi penyelidik.
Bila nak memohon untuk kenaikan pangkat, kita akan kemukakan “Ini senarai research yang pernah saya buat!” lantas, dari seorang pensyarah biasa boleh naik pangkat jadi pensyarah kanan, professor madya dan seterusnya professor.
Kadang-kadang ada pensyarah yang langsung tak terlibat dengan sesuatu research tetapi tetap meminta supaya nama mereka dimasukkan sama dalam senarai penyelidik untuk projek tersebut.
Beginilah gambaran pentingnya nilai research bagi seorang tenaga akademik di universiti.
Sebenarnya bukan sedikit wang rakyat yang diperuntukan untuk geran penyelidikan.
Kalau geran jangka pendek, jumlahnya sekitar RM25,000 sementara geran jangka panjang boleh mencecah RM100,000 untuk satu-satu projek.
Bagi pihak pengurusan dan pentadbiran universiti pula, adalah suatu kebanggaan bagi mereka apabila universiti yang mereka tadbir diiktiraf sebagai ‘Universiti Penyelidikan’.
Berbalik semula kepada Projek angkasawan Pertama Negara, permintaan rakyat biasa seperti saya mudah sahaja. Diharapkan selepas enam tahun ianya berlalu, pihak yang berkenaan tolong umumkan hasilnya secara nyata dan bukannya teori semata-mata kepada kami. Terima kasih.
Penulis adalah Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu.
Kapsul Soyuz TMA-10 mendarat di Arkylk, Kazakhstan pada pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia), selepas melalui perjalanan 3 jam 23 minit dari ISS.
Program yang didakwa menelan belanja ratusan juta ringgit tetapi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili ketika memberikan jawapan di Parlimen pada 6 Mei 2008 memaklumkan bahawa kos sebenar program angkasawan negara yang pertama ialah sebanyak RM39.11 juta.
Diberitakan bahawa sepanjang 10 hari semasa berada di ISS, Dr. Sheikh Muszaphar telah melakukan penyelidikan antaranya melibatkan sel kanser dan leukemia di stesen angkasa itu.
Penyelidikan yang diistilahkan sebagai ‘penyelidikan mikrograviti’ dikategorikan secara saintifiknya sebagai penyelidikan bermutu tinggi. Setelah kepulangan beliau ke bumi, dimaklumkan hasil penyelidikan tersebut telah dihantar ke Jepun untuk dianalisis.
Kalau pun kosnya bukan ratusan juta sebagaimana didakwa, hakikatnya hampir RM40 juta wang negara yang telah dibelanjakan adalah satu jumlah yang sangat besar.
Setelah enam tahun berlalu, saya mungkin antara ramai pembayar cukai yang berminat untuk mengetahui apakah finding (penemuan) hasil penyelidikan tersebut yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat?
Ketika saya berkhidmat sebagai tenaga akademik di sebuah universiti tempatan dulu, selalu saya nyatakan kepada rakan-rakan, apa sahaja penyelidikan yang kita lakukan dengan menggunakan geran penyelidikan yang diambil dari wang rakyat, pastikan kita mampu menghasilkan sesuatu untuk faedah rakyat, dengan makna kita mampu memulangkan kembali wang rakyat yang diambil dengan nilai manfaat yang bakal mereka perolehi.
Walaupun cara pemikiran saya agak kekampungan, tetapi secara tegas saya nyatakan, saya anti dengan penyelidikan yang cuma di atas kertas yang akhirnya dapat dimanfaatkan sekadar untuk rekod pencapaian peribadi penyelidik.
Bila nak memohon untuk kenaikan pangkat, kita akan kemukakan “Ini senarai research yang pernah saya buat!” lantas, dari seorang pensyarah biasa boleh naik pangkat jadi pensyarah kanan, professor madya dan seterusnya professor.
Kadang-kadang ada pensyarah yang langsung tak terlibat dengan sesuatu research tetapi tetap meminta supaya nama mereka dimasukkan sama dalam senarai penyelidik untuk projek tersebut.
Beginilah gambaran pentingnya nilai research bagi seorang tenaga akademik di universiti.
Sebenarnya bukan sedikit wang rakyat yang diperuntukan untuk geran penyelidikan.
Kalau geran jangka pendek, jumlahnya sekitar RM25,000 sementara geran jangka panjang boleh mencecah RM100,000 untuk satu-satu projek.
Bagi pihak pengurusan dan pentadbiran universiti pula, adalah suatu kebanggaan bagi mereka apabila universiti yang mereka tadbir diiktiraf sebagai ‘Universiti Penyelidikan’.
Berbalik semula kepada Projek angkasawan Pertama Negara, permintaan rakyat biasa seperti saya mudah sahaja. Diharapkan selepas enam tahun ianya berlalu, pihak yang berkenaan tolong umumkan hasilnya secara nyata dan bukannya teori semata-mata kepada kami. Terima kasih.
Penulis adalah Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-10-2013
ASB: PNB perlu isytihar peratus pelaburan syariah
Salmiyah Harun, | 15 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Pemodalan Nasional Berhad (PNB) perlu mengisytiharkan jumlah peratus pelaburan yang patuh syariah di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau ASN bagi mengelakkan keraguan pelabur membabitkan umat Islam.
Oleh kerana PNB mempunyai pegangan saham yang besar di dalam ASB dan ASN maka badan itulah dikatakan mempunyai kuasa mengawal pelaburan di kedua-dua saham tersebut.
Panel Penasihat Syariah Standard Charted Abdul Latif Ahmad Subkyi berkata, apa yang berlaku hari ini PNB selaku pemegang saham yang terbesar dalam ASB hanya memaklumkan terdapat dua bentuk pelaburan sahaja iaitu Islamik dan konvensional.
Namun katanya, PNB tidak mengisytiharkan pula berapa peratus pelaburan di dalam konvensional dan berapa peratus di dalam pelaburan Islamik.
"Badan penyelia yang tertinggi di dalam pelaburan adalah Suruhanjaya Sekuriti dan Majlis Penasihat Syariah (MPS) menjelaskan pelaburan melebihi tanda aras lima peratus dan ke atas bermakna pelaburan itu sah tidak patuh syariah. Manakala 4.99 peratus dimaafkan," katanya kepada Harakahdaily.
Katanya, tanda aras inilah yang didesak oleh Suruhanjaya Sekuriti tetapi ianya tidak dijelaskan dengan baik oleh PNB menyebabkan pelbagai spekulasi timbul sehingga ada mengatakan ASB dan ASN adalah haram.
Tambah Abdul Latif, masalah yang timbul di dalam ASB dan ASN pula difahamkan pelaburan mereka melebihi tanda aras 5 peratus.
"Apabila tanda aras melebih lima peratus bermakna bermacam-macam pelaburan yang dibuat tidak mengikut syariah, termasuklah arak, judi, termasuk juga riba," katanya.
Bagaimanapun bagi mengelak Umat Islam membuat perkara syubahat, beliau menasihatkan agar umat Islam menggunakan 16 hingga 30 peratus dividen di dalam ASB dan selebihnya pulang semula kepada ASB.
"Ini jalan yang paling selamat buat Umat Islam yang ragu-ragu dengan pelaburan ASB. Sebagaimana sebut satu hadis 'yang halal pun jelas yang haram pun jelas maka ditengah-tengahnya perkara meragukan, perkara ini boleh jadi haram dan halal. Sesiapa elak perangai ragu-ragu maka sudah menyelamatkan agama dan maruahnya," katanya.
Pernah sebelum ini, ada yang mengatakan ASB dan ASN adalah haram malah Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April 2011 telah bersetuju memutuskan bahawa pelaburan ASN dan ASB dan seumpamanya adalah tidak halal.
Kedua-dua pelaburan ini secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
Malah ianya diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
MPS telah menetapkan beberapa tanda aras tertentu berasaskan ijtihad untuk menentukan sekuriti syarikat bercampur sebagai patuh Syariah atau sebaliknya dengan mengira sumbangan aktiviti tersebut kepada perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat.
Sekiranya sumbangan daripada aktiviti yang tidak selaras melebihi tanda aras yang telah ditetapkan, maka sekuriti syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh Syariah.
Tanda aras tersebut, yang ditetapkan oleh MPS berpandukan ijtihad iaitu proses mengeluarkan pendapat daripada sumber Syariah oleh ulamak yang layak, ialah tanda aras lima peratus, 10 peratus dan 25 peratus.
Tanda aras lima peratus digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya (tidak selaras dengan Syariah) seperti riba (syarikat berasaskan faedah seperti bank konvensional), judi, minuman keras dan daging babi.

Sumber HD - 15-10-2013
Kerajaan wajar kaji semua BR1M
Syed Abdullah Syed Osman , |
Saya mengesyorkan pemberian 'Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dikaji semula dan diubah kepada kaedah yang lain yang lebih bermanfaat. Hal ini kerana didapati berlaku ketirisan dalam bantuan tersebut yakni yang dimaksudkan ialah mereka yang bergaji atau berpendapatan tetap RM3,000 sebulan ke bawah sama ada pejawat awam ataupun swasta menerimannya. Juga peniaga yang kadangkala mempunyai pendapatan hingga RM2,000 atau RM3,000 sehari pun ada yang memohon – kerana tiada rekod pendapatan.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad turut menyarankan supaya BR1M dihentikan. Sebagai ganti saya syorkan supaya ditukarkan kepada pemberian cara bulanan RM300 kepada semua suri rumahtangga yang tidak berkerja disamping syarat gaji suami daripada RM7000 sebulan. Kepada ibu tunggal pula dicadangkan diberikan bantuan RM500 sebulan. Pada masa yang sama setiap penganggur yang belum mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian mereka diberikan imbuhan sebanyak RM100 sebulan pula.
Pada masa yang sama cadangan supaya memberikan kad khas kepada pelanggan Kedai Rakyat1Malaysia (KR1M) pula adalah dialu-alukan dan hanya warga negara Malaysia sahaja akan diberikan potongan harga istimewa. Diharap juga kad khas ini juga boleh digunakan kepada pelanggan stesen minyak yakni hanya pemilik kad berkenaan sahaja akan mendapat subsidi harga minyak dan yang lainnya dikenakan harga tanpa diberikan subsidi.
Begitu juga, dicadangkan hanya pemilik rumah yang mendaftar sebagai rakyat Malaysia yang sah di Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diberikan pengecualian bayaran bulanannya di bawah RM20 itu.
Kita kena tegas dalam perkara sebegini supaya jangan sampai warga asing dan pendatang haram pun dapat menikmati kemudahan sebagaimana yang diberikan itu. Tidak hairanlah kenapa pendatang asing tidak mahu pulang ke negara asal mereka walaupun permit pekerjaan mereka telah pun lupus kerana mereka menikmati saperti apa yang kita dapat.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad turut menyarankan supaya BR1M dihentikan. Sebagai ganti saya syorkan supaya ditukarkan kepada pemberian cara bulanan RM300 kepada semua suri rumahtangga yang tidak berkerja disamping syarat gaji suami daripada RM7000 sebulan. Kepada ibu tunggal pula dicadangkan diberikan bantuan RM500 sebulan. Pada masa yang sama setiap penganggur yang belum mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian mereka diberikan imbuhan sebanyak RM100 sebulan pula.
Pada masa yang sama cadangan supaya memberikan kad khas kepada pelanggan Kedai Rakyat1Malaysia (KR1M) pula adalah dialu-alukan dan hanya warga negara Malaysia sahaja akan diberikan potongan harga istimewa. Diharap juga kad khas ini juga boleh digunakan kepada pelanggan stesen minyak yakni hanya pemilik kad berkenaan sahaja akan mendapat subsidi harga minyak dan yang lainnya dikenakan harga tanpa diberikan subsidi.
Begitu juga, dicadangkan hanya pemilik rumah yang mendaftar sebagai rakyat Malaysia yang sah di Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diberikan pengecualian bayaran bulanannya di bawah RM20 itu.
Kita kena tegas dalam perkara sebegini supaya jangan sampai warga asing dan pendatang haram pun dapat menikmati kemudahan sebagaimana yang diberikan itu. Tidak hairanlah kenapa pendatang asing tidak mahu pulang ke negara asal mereka walaupun permit pekerjaan mereka telah pun lupus kerana mereka menikmati saperti apa yang kita dapat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
Aduan terbuka kakitangan kerajaan kepada MAS
http://amenoworld.blogspot.com, | 09 Okt 2013 |
Aduan Terbuka Kepada MAS [Malaysia Airlines] Oleh Kakitangan Kerajaan.
Assalamualaikum,
Saya melalui pengalaman buruk semasa ingin mendapatkan Tawaran Harga Promosi Kakitangan Kerajaan semalam di KL Sentral. Ternyata iklan yang diwar-warkan oleh pihak MAS untuk kakitangan kerajaan adalah tidak telus dan ternyata menipu. Bersama ini saya lampirkan surat aduan kepada pihak MAS.
Rujuk aduan kat bawah neh ;
Assalamualaikum,
Puan,
ADUAN KEKELIRUAN IKLAN TAMBANG MURAH MAS BAGI KAKITANGAN KERAJAAN DAN PERKIHMATAN DI KAUNTER JUALAN TIKET KL SENTRAL
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Saya merupakan seorang Pegawai Penyelidik di sebuah universiti awam. Saya sedia maklum berkenaan dengan tawaran tambang promosi bagi perjalanan domestik dan antarabangsa kepada semua warga kementerian dan jabatan kerajaan sepertimana yang tertulis dalam surat daripada pihak puan dengan nombor rujukan GST/AF/25/005 (sila rujuk Lampiran 1).
3. Sehubungan dengan itu saya telah mengambil kesempatan ini untuk membeli tiket penerbangan ke Osaka, Jepun bagi menghadiri seminar yang akan berlangsung pada 2hb Disember 2013 sehingga 5hb Disember 2013. Dari lampiran yang disertakan dalam surat tersebut (sila rujuk Lampiran 2), saya difahamkan bahawa jumlah tambang ke Osaka adalah DARI RM 1,029 bagi perjalanan dua hala. Ini adalah peluang baik bagi saya untuk menjimatkan wang peruntukan universiti sekaligus menjimatkan wang kerajaan agar dapat dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti penyelidikan yang lain.
4. Pada hari Sabtu 28hb September 2013, saya ke Kaunter Jualan Tiket MAS di KL Sentral bagi membeli tiket penerbangan tersebut dan mengambil nombor giliran pada jam 4.34 petang (sila rujuk Lampiran 3). Saya dapati suasana di kaunter tersebut sangat penuh dan sesak dengan orang ramai yang sedang menunggu giliran masing-masing. Akur dengan situasi tersebut saya keluar menunggu giliran di ruang legar Daftar Masuk bagi penerbangan MAS. Selang 20 ke 30 minit saya akan menjenguk nombor giliran di kaunter tersebut bagi memastikan nombor giliran saya tidak terlepas.
Setelah menunggu selama lebih 2 jam, saya mengambil keputusan untuk masuk semula ke dalam ruangan kaunter berkenaan. Saya berasa hairan apabila melihat terdapat banyak kerusi kosong sedangkan keadaan di sana sangat sesak dengan orang ramai. Saya bertambah hairan apabila melihat segelintir orang yang sedang beratur sehingga ke luar bahagian pintu ruangan kaunter jualan tiket berkenaan (Lampiran 4) sedangkan kaunter jualan tiket tersebut mengamalkan sistem giliran mengikut nombor. Tanpa menghiraukan suasana sesak tersebut, saya duduk menunggu giliran di kerusi yang disediakan di dalam ruangan kaunter tersebut. Setelah menunggu selama setengah jam, saya dapati tiada perubahan pada nombor giliran yang dipanggil tetapi terdapat ramai orang yang telah meninggalkan kaunter setelah selesai urusan masing-masing.
Saya dimaklumkan oleh petugas MAS yang bekerja di kaunter nombor 8 bahawa sistem giliran berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ antara mereka yang beratur dan yang mengambil nombor. Ini bermakna barisan panjang yang saya lihat sebentar tadi sebenarnya sedang memotong nombor giliran sedia ada!
Saya telah menyatakan rasa tidak puas hati saya kepada petugas kaunter tersebut kerana mereka yang beratur tersebut telah memintas nombor-nombor yang telah menunggu lebih dari 3 jam! Kakitangan tersebut cuba menenangkan saya dengan berjanji akan mempercepatkan urusan saya hampir serta merta selepas urusan ‘pemotong giliran’ di kaunter tersebut selesai. Saya menolak tawaran tersebut kerana ini sangat tidak adil bagi mereka yang telah menunggu lama lebih lama daripada saya. Saya mohon pada kakitangan tersebut agar menggunakan sistem nombor giliran semula kerana ianya lebih telus dan adil bagi semua orang. Setelah menunggu dalam masa 10 minit, barulah nombor giliran mula beranjak. Saya hanya dapat berurusan di kaunter selepas pukul 8.00 malam.
5. Setibanya saya di kaunter nombor 9, saya terus memaklumkan tarikh dan destinasi yang ingin dibeli tetapi malangnya saya diberitahu tarikh tersebut tersenarai sebagai “Blackout Period”. Saya dimaklumkan oleh kakitangan berkenaan bahawa tarikh “Blackout Period” adalah dari 14hb November 2013 sehingga 31hb Disember 2013 (Lampiran 5). Saya bertanya pula destinasi ke tempat lain seperti ke Bintulu pada Disember 2013 dan juga ke Kota Kinabalu pada Jun 2014 tetapi sekali lagi saya dimaklumkan bahawa tarikh-tarikh yang telah diberi tersenarai dalam “Blackout Period”. Ini bertentangan dengan tawaran iklan tersebut (sila rujuk Lampiran 2) yang menyatakan tarikh penerbangan bagi harga promosi ini adalah dari 28hb September 2013 sehingga Ogos 2014. Setelah itu barulah saya menyedari yang “Blackout Period” merupakan cuti sekolah bagi sekolah-sekolah di Malaysia.
6. Akhirnya saya pulang dengan tangan kosong setelah menunggu hampir 4 jam untuk berurusan di kaunter. Saya berasa sangat kecewa dengan perkhidmatan yang telah diberikan dan juga tawaran promosi yang telah diwar-warkan. Saya bertambah hairan setelah dimaklumkan oleh Ketua Jabatan saya yang beliau telah membeli tiket ke Osaka pada 30 November 2013 dengan harga promosi kakitangan kerajaan. Tambahan pula, seorang pensyarah yang telah membuat panggilan ke talian 1-300-88-300 menyatakan bahawa pihak MAS telah memaklumkan kepada beliau bahawa tiket ke Osaka pada 1hb Disember 2013 adalah pada harga promosi tersebut dan informasi ini bercanggah dengan apa yang telah saya terima semasa berurusan di kaunter jualan tiket pada hari tersebut.
7. Untuk makluman, terdapat aduan yang telah dibuat pada Fan Page Malaysia Airlines di Facebook tetapi aduan tersebut telah dihapuskan oleh pentadbir Fan Page berkenaan (sila rujuk lampiran 6).
8. Diharap semua perkara yang telah diutarakan ini mendapat perhatian dari pihak puan dan juga pihak pengurusan MAS bagi memastikan iklan dan informasi yang telus serta perkidmatan yang diberikan adil bagi semua pihak.
Pihak MAS perlu mengambil perhatian akan aduan yang disampaikan. Bukan delete komen2 orang. Syarikat kalau takut dengan aduan dan kritikan tak payah buat syarikat la.. MAS neh salah satu GLC. Cuba jaga sket nama baik Malaysia dah awak bawa nama MALAYSIA.. aduhai..
Moga2 MAS respon segera aduan di atas untuk tindakan selanjutnya yer.
Oke terima kasih.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
Kembalikan cuti Hari Raya Haji
Syed Abdullah Syed Osman , |
Tidak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji. Hari Raya Aidil Adha adalah salah satu hari kebesaran Islam yang amat penting dalam kalender Islam dan kita akan bertakbir dan bertahmid bermula pada malam 10 Zulhijjah selama 4 hari. Ditambahkan lagi dengan majlis korban di sana sini selama 4 hari berturut-turut. Sambutan Hari Raya Korban ini disambut dengan besar-besaran sebagai menandakan bahawa kita cinta kepada Islam.
Justeru, dicadangkan supaya cuti Hari Raya Aidil Adha ini dikembalikan kepada dua hari sebagai cuti umum negara yang diwartakan. Hal ini adalah kerana ramai antara umat Islam yang tidak dapat bersama-sama menyertai majlis korban pada hari kedua. Untuk meraikan bersama keluarga yang tercinta dan dapat pula bersama masyarakat setempat bergotong-royong mengadakan aktiviti majlis korban ini.
Jika cuti dua hari diberikan, umat Islam dapat meraikannya dengan mengadakan berbagai-bagai program bercorak keagamaan di Masjid dan Surau serta dapat merapatkan lagi hubungan umat tentang kebesaran 'korban' itu sendiri.
Justeru, dicadangkan supaya cuti Hari Raya Aidil Adha ini dikembalikan kepada dua hari sebagai cuti umum negara yang diwartakan. Hal ini adalah kerana ramai antara umat Islam yang tidak dapat bersama-sama menyertai majlis korban pada hari kedua. Untuk meraikan bersama keluarga yang tercinta dan dapat pula bersama masyarakat setempat bergotong-royong mengadakan aktiviti majlis korban ini.
Jika cuti dua hari diberikan, umat Islam dapat meraikannya dengan mengadakan berbagai-bagai program bercorak keagamaan di Masjid dan Surau serta dapat merapatkan lagi hubungan umat tentang kebesaran 'korban' itu sendiri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-10-2013
Antara disumbat dalam flat dan pekerja ladang dihalau
Jerit, | 07 Okt 2013 |
Deklarasi Hari Habitat Sedunia 2013
Sempena Hari Habitat Sedunia 2013, Jerit bersama kumpulan-kumpulan Organisasi Masyarakat menuntut kerajaan Malaysia;
1. Menyediakan perumahan mampu milik yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti
2. Hentikan ancaman kepada Habitat Rakyat dengan projek seperti Lynas, Lombong Emas di Bukit Koman & Projek Petrokimia di Pengerang
3. Kerajaan harus mengambil alih penyelenggaraan bagi flat kos rendah dan sederhana di seluruh Malaysia.
4. Mengubal Undang–undang Skim Perumahan Sendiri Pekerja Ladang
5. Iktiraf tanah adat orang asli/asal, hentikan rampasan tanah adat.
6. Hentikan pengusiran paksa dan iktiraf hak Peneroka Bandar
Pada 2012, dalam Budget 2013, Perdana Menteri beria-ia mengumumkan bahawa rakyat Malaysia kini dengan mudah dapat memiliki rumah mampu milik yang berharga RM100,000 hingga RM400,000. Kerajaan juga akan membina 123,000 unit rumah dengan kelonggaran maksimum dalam memiliki rumah pertamaku. Tapi apakah 70% rakyat Malaysia dengan pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM3,000 dapat memiliki satu rumah mampu milik? Adakah PR1MA ini telah menyelesaikan masalah perumahan di Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar.
Sejak 10 tahun kebelakangan ini harga hartanah di Malaysia melonjak sangat tinggi. Bukan itu sahaja, kos sara hidup juga telah meningkat begitu tinggi sekali sehingga gaji RM3,000 pun tidak cukup untuk hidup sekarang. Maka dalam keadaan ini apakah pilihan rakyat untuk memiliki satu rumah yang decent?
Bukan itu sahaja, keghairahan kerajaan dalam membelanjakan wang dalam projek-projek yang tidak memanfaatkan rakyat seperti pembinaan Menara Warisan yang akan menelan belanja lebih kurang 5 billion tidak membantu dalam penyelesaian isu perumahan rakyat.
Apakah fungsi Menara Warisan 100 tingkat kepada rakyat, manakala ramai rakyat Malaysia masih tidak mempunyai rumah yang selesa mahupun rumah untuk tinggal? Bukan setakat tiada rumah, tetapi tindakan kerajaan yang membenarkan syarikat seperti kilang Lynas beroperasi di Malaysia, merosakkan habitat rakyat dan mengancam nyawa rakyat.
Rumah Rakyat Sarang Burung! Menara Dibina Bagaikan Istana Kaca
Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) sempena Hari Habitat Sedunia pada 7 Oktober 2013 menuntut kerajaan mengimplementasi Deklarasi Agenda Habitat di Istanbul, 1986 yang ditandatanganinya. Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan keutamaan kepada Perumahan yang mencukupi dan selesa dan memberi komitmen untuk menyediakannya untuk rakyat. Akan tetapi apakah langkah-langkah yang diambil selain daripada polisi-polisi kosong?
Di peringkat antarabangsa hak perumahan dan petempatan untuk setiap manusia diberikan keutamaan dan dijamin melalui resolusi-resolusi antarabangsa. Resolusi-resolusi ini memastikan dan menjamin sesebuah kerajaan harus menyediakan perumahan yang mencukupi dan selesa kepada setiap rakyatnya. Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani beberapa resolusi antarabangsa. Antaranya yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia adalah Deklarasi Habitat Agenda 1992, Agenda 21 dan Resolusi Suruhanjaya Persatuan bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Perumahan 1993.
Di Malaysia polisi-polisi dan pelaksanaan perancangan perumahan oleh kerajaan seringkali dipertikaikan oleh rakyat mahupun badan-badan bukan kerajaan. Kerajaan Malaysia demi merealisasikan pembentukkan Negara maju telah dan sedang mengabaikan kepentingan perumahan dan petempatan golongan berpendapatan rendah seperti pekerja-pekerja ladang, masyarakat kampung, masyarakat peneroka bandar (setinggan), masyarakat Orang asli/orang asal, masyarakat nelayan, masyarakat petani, masyarakat miskin bandar dan juga kelas pertengahan bandar.
Akibat harga rumah yang melambung tinggi masyarakat miskin dan kelas pertengahan bandar tidak dapat memiliki sebuah rumah. Masyarakat peneroka bandar pula disumbat dalam flat-flat kos rendah bagaikan sarang burung yang mengundang pelbagai masalah sosioekonomi. Pekerja ladang dihalau dari ladang tanpa sebarang perumahan alternatif.
Polisi-polisi Kerajaan yang membenarkan pelaburan asing di Malaysia kini mengancam kehidupan rakyat. Perlombongan emas dengan menggunakan cynide dan nadir bumi projek LYNAS di Pahang banyak mengundang ancaman kepada kesihatan penduduk yang tinggal di sekitarnya. Kegagalan kerajaan Malaysia mengawal pembalakan haram serta pembangunan kawasan hutan (yang tidak terancang) menyebabkan masyarakat Orang Asli/Asal kehilangan tempat tinggal dan juga Tanah Adat yang sangat bernilai pada mereka.
Bukan itu sahaja, kelas pertengahan juga menghadapi masalah memiliki rumah kerana harga rumah melambung tinggi dan banyak spekulasi berlaku dalam sektor hartanah.
Dalam keadaan ini, kerajaan pula berbelanja dengan boros untuk perkara – perkara seperti pembinaan Menara Warisan – RM5 billion, rumah terbuka Perdana Menteri – RM2.88 dan menjadikan Pejabat PM bangunan hijau – RM110 million, Projek MRT (Lembah Kelang) – RM43 billion dan sebagainya. Kalau kerajaan menggunakan duit rakyat untuk projek mega sebegini, bagaimana ia boleh menyelesaikan isu perumahan rakyat?
Isu perumahan rakyat biasa semakin hari semakin teruk dimana harga rumah adalah terlalu tinggi sehingga rakyat biasa tidak dapat memilikinya, masalah rakyat homeless meningkat dan habitat rakyat diancam dengan projek mega ataupun projek yang membahayakan nyawa rakyat.
Adalah tugas sebuah kerajaan untuk memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi. Rumah adalah satu keperluan asas. Maka perlulah kerajaan Malaysia menggariskan satu polisi perumahan rakyat yang berfaedah dan mengutamakan isu ini daripada membelanjakan untuk projek mega. Kerajaan harus mengambil kira semua lapisan masyarakat dalam menangani isu perumahan dan bukan hanya fokus kepada vote bank.
Perumahan untuk semua!
Untuk maklumat lanjut hubungi Theva -0133845740. J/K Penggerak Habitat c/o JERIT
Kenyataan bersama ini disokong oleh:
1. ALIRAN
2. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
3. Angkatan Warga Aman Malaysia (WARGAAMAN)
4. Community Action Network (CAN)
5. Dapur Jalanan Kuala Lumpur
6. ENGAGE
7. Federation Of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
8. Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma(GMPP)
9. Himpunan Hijau
10. Jawatankuasa Penduduk Kg.Hakka Mantin
11. Jawatankuasa Penduduk Ladang Bangi
12. Jawatankuasa Penduduk Ladang Dunedin Semenyih
13. Jawatankuasa Penduduk Ladang Semenyih
14. Jawatankuasa Penduduk Taman Permata Dengkil
15. Kelab Bangsar Utama
16. KL Selangor Chinese Assembly Hall Youth
17. Lawyers for Liberty (LFL)
18. Malaysia Youth & Students Democratic Movement (DEMA)
19. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
20. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
21. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET)
22. Malaysians for Beng Hock
23. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
24. Pemuda Persatuan Murid- Murid Tua Sekolah Serdang Bharu
25. Pemuda Sosialis PSM
26. People's Welfare And Rights Coalition (POWER)
27. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan KL
28. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)
29. Persatuan Penduduk Taman Muhibah
30. Persatuan Prihatin Belia Malaysia (PRIHATIN)
31. Persatuan Sahabat Wanita , Selangor
32. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
33. Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC)
34. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
35. Selangor and KL Hokkien Association
36. Selangor and KL Hokkien Association Youth Section
37. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
38. Tamilar Action Force (TAF)
39. Tenaganita
40. Women's Aid Organisation (WAO)
41. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
42. Gindol Initiative for Civil Society Borneo
43. UK-based Borneo Right International [ BRI ]
44. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
45. Pahang Raub Ban Cyanide in Gold Mining Action Committee
46. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

Sumber HD - 7-10-2013
KWAP rugi RM209.55 juta labur dalam TdC
Muhammad Faizal, | 01 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dalam saham TIME dotCom Berhad (TdC) menyebabkan KWAP menanggung kerugian sebanyak RM209.55 juta.
Laporan Ketua Audit Negara memberitahu jumlah kerugian tersebut atas jualan saham TdC sepanjang tahun 2007 sehingga 15 Mac 2013.
Pelaburan Portfolio Khas saham TdC telah dibuat pada bulan November 2001 melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) TdC sebanyak 273.86 juta unit saham dengan kos berjumlah RM903.75 juta pada nilai IPO RM3.30 sesaham.
Mengikut Polisi dan Garis Panduan Pelaburan, penjualan sahan yang rugi hendaklah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan.
Ketua Jabatan Ekuiti juga boleh mencadangkan kepada Jawatankuasa Pelaburan untuk penjualan sahan yang mencatatkan rugi belum direalisasi melebihi 20 peratus secara konsisten melebihi enam bulan.
Semakan Audit mendapati Panel Pelaburan telah meluluskan penjualan unit sahan TdC secara berperingkat pada harga minimum RM0.90 sesaham.
Keputusan ini dibuat berikutan prestasi saham TdC yang tidak memuaskan dengan mencatatkan nilai pasaran lebih rendah daripada nilai IPO.
Semakan Audit turut mendapati KWAP tidak menerima pulangan dividen sepanjang pemilikan sahan TdC sehingga 15 Mac 2013.
KWAP hanya menerima capital repayment pada 30 Mei 2012 berjumlah RM3.65 juta berikutan aktiviti penstrukturan semula modal berbayar TdC.
Laporan Ketua Audit berpendapat, pelaburan KWAP dalam saham TIME dotCom Berhad menyebabkan KWAP menanggung kerugian kerana kejatuhan harga saham, tiada pulangan dividen, kerugian belum direalisasi yang tinggi serta rugi atas penjualan saham TdC.
Laporan Ketua Audit Negara memberitahu jumlah kerugian tersebut atas jualan saham TdC sepanjang tahun 2007 sehingga 15 Mac 2013.
Pelaburan Portfolio Khas saham TdC telah dibuat pada bulan November 2001 melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) TdC sebanyak 273.86 juta unit saham dengan kos berjumlah RM903.75 juta pada nilai IPO RM3.30 sesaham.
Mengikut Polisi dan Garis Panduan Pelaburan, penjualan sahan yang rugi hendaklah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan.
Ketua Jabatan Ekuiti juga boleh mencadangkan kepada Jawatankuasa Pelaburan untuk penjualan sahan yang mencatatkan rugi belum direalisasi melebihi 20 peratus secara konsisten melebihi enam bulan.
Semakan Audit mendapati Panel Pelaburan telah meluluskan penjualan unit sahan TdC secara berperingkat pada harga minimum RM0.90 sesaham.
Keputusan ini dibuat berikutan prestasi saham TdC yang tidak memuaskan dengan mencatatkan nilai pasaran lebih rendah daripada nilai IPO.
Semakan Audit turut mendapati KWAP tidak menerima pulangan dividen sepanjang pemilikan sahan TdC sehingga 15 Mac 2013.
KWAP hanya menerima capital repayment pada 30 Mei 2012 berjumlah RM3.65 juta berikutan aktiviti penstrukturan semula modal berbayar TdC.
Laporan Ketua Audit berpendapat, pelaburan KWAP dalam saham TIME dotCom Berhad menyebabkan KWAP menanggung kerugian kerana kejatuhan harga saham, tiada pulangan dividen, kerugian belum direalisasi yang tinggi serta rugi atas penjualan saham TdC.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-10-2013
Senang-senang kerajaan mahukan RM14 bilion lagi
Shirzad Lifeboat, | 28 Sep 2013 |
BERCAKAP di San Francisco pada 24 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mahu rasuah menjadi sebahagian daripada sejarah silam Malaysia dan bukannya amalan masa depan.
Tidak ada salahnya idea seperti itu.
Sebaliknya ia adalah satu idea baik, bernas dan pasti menyelamatkan banyak wang awam dari disambar para buaya lapar yang semakin banyak berkeliaran dalam komuniti kontrak pembinaan, perkhidmatan dan perolehan membabitkan wang awam.
Begitupun, sejarah menunjukkan idea seperti itu cukup bersifat retorik, jarang diimplementasikan sepenuhnya (dibaca sekadar batuk ditangga) dan sudah menjadi modal piawaian Perdana Menteri Malaysia sejak beberapa dekad lagi.
Hal seperti ini menimbulkan tanggapan umum betapa selagi amalan rasuah berterusan maka selagi itulah ia boleh dipergunakan oleh pemimpin kerajaan Umno-BN peringkat tertinggi untuk mempamerkan betapa serius dan ikhlasnya kerajaan mahu memerangi rasuah.
Rasuah wujud dalam bentuk ketara dan tidak ketara. Rasuah berbentuk ketara adalah ketara – bagi sekian banyak dapat itu dan ini. Rasuah (juga bermaksud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa) jenis tidak ketara barangkali lebih signifikan jumlahnya berbanding dengan rasuah ketara.
Apabila rakyat sendiri dirasuah dengan pelbagai pemberian one-off (sekali gus); dijanjikan pelbagai projek bidan terjun menjelang pilihan raya umum dan pilihan raya kecil dan janji tersebut ditunaikan sebagai habuan memilih parti kerajaan; kontrak mega dan bukan-mega kerajaan dianugerahkan kepada pihak tertentu secara rundingan terus tanpa apa juga bentuk ketelusan; maka amalan seperti ini ‘memakan’ dana awam baik dari sumber Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan ataupun Negeri, menjadikan peruntukan bajet dan memaksakan kedudukan kewangan kerajaan mendaftar angka ‘merah’.
Hutang kerajaan Persekutuan meningkat kepada 53.3 peratus dari KDNK pada akhir tahun fiskal 2012, bertokok dari 51.6 peratus pada akhir 2011 atau 39.8 peratus pada akhir 2008 tatkala Abdullah Badawi masih menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
Defisit am bajet kerajaan Persekutuan pula, sebagaimana yang dikira oleh agensi perkadaran Fitch meluas kepada 4.7 peratus dari KDNK untuk 2012 berbanding 3.8 peratus pada 2011.
Pada 24 September, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan telah membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan bagi jumlah RM14.12 bilion.
Rang Undang-Undang ini sekiranya diluluskan bakal menyaksikan Jabatan Perbendaharaan mendapat peruntukan terbanyak iaitu RM11.854 bilion untuk Perkhidmatan Am Perbendaharaan dan RM606.9 juta untuk kegunaan Jabatan itu sendiri.
Sukar untuk dipastikan sama ada peruntukan tambahan sebegini besar adalah berpunca dari kesilapan menyediakan bajet atau timbul dari pemberian berbentuk janji pemimpin politik kerajaan yang tidak termasuk dalam bajet 2013 ketika dibentangkan pada November 2012.
Sekiranya ia merupakan kesilapan menyediakan bajet, maka ralat 5.6 peratus dari angka asal bajet, RM251.6 bilion sudah tentu merupakan satu ralat besar dan mencerminkan ketidakefisien pihak yang menyediakan bajet tersebut.
Namun apapun punca berlakunya ralat tersebut (sekiranya ia benar-benar merupakan kesilapan), rakyat sudah tentu ingin mengetahui apakah perbelanjaan-perbelanjaan yang dilonggokkan ke dalam butiran Perkhidmatan Am Perbendaharaan sehingga angkanya mencecah lebih daripada RM11 bilion? Jika perbelanjaan tersebut merupakan perbelanjaan luar jangka mengapa tidak sahaja peruntukan luar jangka digunakan bagi menampungnya?
Lebih pelik lagi mengapakah Perbendaharan sendiri memerlukan pertambahan sebanyak itu sedangkan perkhidmatan penting lain bakal menerima jumlah lebih kecil sekiranya Rang Undang-Undang tersebut diluluskan – Kementerian Pendidikan, RM322.8 juta; Kementerian Kesihatan, RM300 juta, Kementerian Pertahanan RM239 juta, dan Kementerian Dalam Negeri RM205.1 juta.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-9-2013
Perlukah bawa masuk 1.4 juta Bangladesh?
Syed Abdullah Syed Osman, |
Pihak kerajaan diminta mengkaji semula kemasukan pekerja Bangladesh yang dijangka 1.4 juta pada awal tahun hadapan. Kita kini menghadapi berbagai masalah apabila jutaan pendatang asing dari berbagai-bagai negara yang berada di Malaysia ini yang enggan pulang kenegara asal walaupun tempoh permit mereka ini tamat, hingga terpaksa pula pihak Penguatkuasa berhempas pulas memburu mereka.
Sudahlah pendatang secara haram begitu mudah memboloskan diri di sempadan negara dan ditambahkan pula dengan pendatang asing yang lain begitu ramai hingga menjejaskan ekonomi rakyat Malaysia itu sendiri. Berbilon ringgit pengaliran keluar mata wang kita setiap tahun dan sepatutnya kita merasa bimbang dengan situasi begini.
Membawa 1.4 juta pekerja Bangladesh yang sebenarnya bukannya menyelesaikan masalah yang sedia ada tetapi mendatangkan masalah lagi. Bayangkan apabila sekarang ini sahaja disebabkan kelonggaran yang diberikan, pekerja asing di sini telah mencecah hampir 4 juta dan apabila ditambahkan lagi 1.4 juta pekerja Bagladesh ia akan mencecah 5.5 juta rakyat asing dinegara ini. Sedangkan jumlah penduduk rakyat Malaysia hanya 28 juta sahaja. Hal ini bermakna setiap 5 orang rakyat Malaysia akan dibayangi oleh seorang rakyat asing.
Inilah apa yang dikatakan perumpamaan Melayu 'kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’. Hal ini kerana masih ramai remaja Malaysia yang mengganggur dan apabila berkerja pula gaji mereka tidak seberberbanding pekerja asing.
Kalaupun hendak mengambil pekerja asing ini berpada-padalah sedikit dan soal keselamatan negara juga perlu juga diambil kira. Selain itu berbagai-bagai masalah sosial akan timbul apabila 95 peratus pekerja lelaki berstatus 'bujang' warga Bangladesh ini daripada 1.4 juta itu nanti diambil berkerja.
Buat masa ini tangguhkan dahulu dan dalam masa yang sama cari alternatif lain saperti memperkasakan lagi pusat kemahiran seperti kemahiran Giat Mara dan Kolej Vokasional.
Sekiranya kita dapat memecahkan benteng ini saya berpendapat ramai remaja yang akan berminat Berikan latihan berupa praktikal ini selama dua tahun dengan elaun yang memuaskan serta disediakan tempat tinggal dan kemudahan secukupnya.
Kalau kita dapat menarik sebilangan besar belia kita yang agak tercicir daripada melanjutkan pengajiannya ke pusat pengajian tinggi, sudah tentu masalah sosial remaja terutama sekali anak-anak Melayu ini akan terbela.
Sudahlah pendatang secara haram begitu mudah memboloskan diri di sempadan negara dan ditambahkan pula dengan pendatang asing yang lain begitu ramai hingga menjejaskan ekonomi rakyat Malaysia itu sendiri. Berbilon ringgit pengaliran keluar mata wang kita setiap tahun dan sepatutnya kita merasa bimbang dengan situasi begini.
Membawa 1.4 juta pekerja Bangladesh yang sebenarnya bukannya menyelesaikan masalah yang sedia ada tetapi mendatangkan masalah lagi. Bayangkan apabila sekarang ini sahaja disebabkan kelonggaran yang diberikan, pekerja asing di sini telah mencecah hampir 4 juta dan apabila ditambahkan lagi 1.4 juta pekerja Bagladesh ia akan mencecah 5.5 juta rakyat asing dinegara ini. Sedangkan jumlah penduduk rakyat Malaysia hanya 28 juta sahaja. Hal ini bermakna setiap 5 orang rakyat Malaysia akan dibayangi oleh seorang rakyat asing.
Inilah apa yang dikatakan perumpamaan Melayu 'kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’. Hal ini kerana masih ramai remaja Malaysia yang mengganggur dan apabila berkerja pula gaji mereka tidak seberberbanding pekerja asing.
Kalaupun hendak mengambil pekerja asing ini berpada-padalah sedikit dan soal keselamatan negara juga perlu juga diambil kira. Selain itu berbagai-bagai masalah sosial akan timbul apabila 95 peratus pekerja lelaki berstatus 'bujang' warga Bangladesh ini daripada 1.4 juta itu nanti diambil berkerja.
Buat masa ini tangguhkan dahulu dan dalam masa yang sama cari alternatif lain saperti memperkasakan lagi pusat kemahiran seperti kemahiran Giat Mara dan Kolej Vokasional.
Sekiranya kita dapat memecahkan benteng ini saya berpendapat ramai remaja yang akan berminat Berikan latihan berupa praktikal ini selama dua tahun dengan elaun yang memuaskan serta disediakan tempat tinggal dan kemudahan secukupnya.
Kalau kita dapat menarik sebilangan besar belia kita yang agak tercicir daripada melanjutkan pengajiannya ke pusat pengajian tinggi, sudah tentu masalah sosial remaja terutama sekali anak-anak Melayu ini akan terbela.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-9-2013
Menteri biasa pun guna pengiring, rakyat meluat
Harakahdaily, | 24 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kenapa tiba-tiba sekarang seorang menteri meminta rakyat memberi penghormatan dan laluan kepada golongan VIP sedangkan rakyat yang sedang terperangkap dalam kesesakan juga sudah cukup sengsara deritanya?
Bukankah lebih baik dan disanjung tinggi jika golongan VIP juga sanggup bersama-sama dengan rakyat biasa mengharungi kesesakan jalanraya tanpa sebarang keistimewaan?
“Atau kalau tidak mahu terperangkap dalam kesesakan, keluar awal dan rancang perjalanan dengan baik,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya, hari ini.
Baginya, bukankah terlihat angkuh dan sombong jika seorang pemimpin atau VIP diberi keistimewaan begitu
Lagi pula, ujarnya bukanlah sikap pengguna jalanraya begitu buruk sehingga permintaan sebegini dibuat.
Ini, katanya kerana mereka biasanya tiada halangan untuk memberi laluan jika melibatkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau golongan diraja tertentu lantaran memahami desakan tugas dan selalu berkejar dengan masa.

“Apa yang berlaku, ada menteri biasa pun turut menggunakan pengiring dan tidak sanggup bersesak bersama-sama dengan rakyat kebanyakan. Inilah yang menimbulkan rasa meluat rakyat,” tulisnya lagi.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-9-2013
Warga Sarawak, Sabah dan WP Labuan tak layak mohon pinjaman rumah?
http://omakkau.blogspot.com, | 22 Sep 2013 |
BETULKAH WARGA SARAWAK, SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TIDAK LAYAK MOHON SKIM PINJAMAN PERUMAHAN JABATAN PERUMAHAN NEGARA?????
Omak Kau terkejut besar apabila dimaklumkan bahawa di portal rasmi Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan terdapat suatu ruang untuk warga kita yang layak memiliki rumah di bawah skim Kementerian berkenaan untuk membuat pinjaman perumahan.
Tapi dimaklumkan bahawa untuk mengisi negeri pemohon tiada terdapat negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Persoalan yang cuba dilontarkan oleh si penanya ialah ... Adakah pemohon dari Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak layak untuk memohon?... Adakah rakyat Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dilayan secara berbeza?
Bukankah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ahli Parlimen dari Kota Belud, Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan?
Perlunya suatu tindakan yang pantas lagi segera untuk merungkai dan menyelesaikan permasalahan ini.
Untuk makluman sehingga blog ini ditulis masih lagi berkedudukan sama setelah diklik di bahagian perkhidmatan dan kemudian negeri.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-9-2013
Mantan KPN dedah kebodohan Najib, Umno, Perkasa & KPN
http://greenboc.blogspot.com, | 21 Sep 2013 |
Larang abu Chin Peng jadikan kita bahan ketawa, kata bekas KPN Bekas ketua polis memberi amaran Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tidak berganjak daripada keputusan `naif’ dengan enggan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara untuk ditanam.
Bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Mohd Noor, berkata tindakan itu juga akan menyebabkan bekas pemimpin komunis itu bertukar menjadi ikon dan ia adalah langkah terkebelakang dalam cubaan kerajaan untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya umum yang lalu.
Baca di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-9-2013
Apa yang kita patut belajar dari isu abu mayat Chin Peng?
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 21 Sep 2013 |
Dalam riuh rendah pemimpin-pemimpin dan juga rakyat membicarakan tentang abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng yang hendak dibawa pulang ke Malaysia ini.. ada sesuatu yang kita patut belajar..
Baca lagi
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD _ 21-9-2013
Mantan KPN kesal Chin Peng tidak dibenar pulang
Ahmad Tajdid, | 20 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor kesal dengan keengganan kerajaan membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia serta menganggap tindakan tersebut sebagai ganjil dan mengingkari perjanjian damai yang dicapai antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya pada 1989.
Bercakap dalam sesi wawancara dengan stesen radio Bfm petang tadi, Abdul Rahim yang terlibat dalam menggubal perjanjian susulan dengan PKM yang menggariskan terma dan syarat pelaksanaan perjanjian damai itu berkata, perjanjian antara kerajaan dan PKM sepatutnya terlaksana ke atas semua anggota PKM dari "kedudukan paling atas sehinggalah yang paling bawah".
Beliau melahirkan rasa hairan mengapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sedangkan pemimpin-pemimpin tertinggi PKM seperti Pengerusinya, Abdullah CD dibenarkan berbuat demikian.
Malah Abdullah CD dan isterinya Suryani Abdullah, ujar Abdul Rahim diperkenankan menghadap Sultan Perak sekembalinya mereka ke tanah air.
Seorang lagi bekas pemimpin komunis, Abdul Rashid Maidin yang menetap di sebuah perkampungan bekas anggota PKM di sempadan Malaysia-Thai, jelas Abdul Rahim menaiki penerbangan ke tanah suci Makkah dari Kuala Lumpur dengan keizinan Kerajaan Malaysia.
Kerajaan, ujarnya perlu menghormati perjanjian damai yang dimeterai dengan PKM seperti diamalkan negara-negara lain dan tidak dilihat sebagai mempersendakannya.
Beliau memberi contoh perjanjian damai yang termeterai antara Kerajaan Indonesia dan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) sejurus selepas bencana Tsunami melanda wilayah Acheh.
Para pemimpin GAM yang tinggal di luar negara kerana mendapat suaka politik, ujar Abdul Rahim dibenarkan kembali ke Acheh oleh pemerintah Indonesia selepas perjanjian damai dimeterai.
Chin Peng meninggal dunia di Bangkok 16 September lalu selepas usahanya untuk kembali ke Malaysia termasuk melalui prosedur perundangan tidak tercapai.
Hasrat anggota keluarganya untuk membawa pulang abu mayat bekas pemimpin PKM itu bagi disemadikan di kampung halamannya di Setiawan, Perak tidak dibenarkan kerajaan BN ekoran bantahan beberapa pihak termasuk Umno dan Perkasa.
Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai yang dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan PKM adalah anggota PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka dan PKM dibubarkan.
Chin Peng yang mewakili PKM juga berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agung dan anggota PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
Menurut Artikel 3 perjanjian, Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota PKM untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu dan kerajaan akan membantu bekas-bekas anggota PKM untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
Perjanjian yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 itu juga memberi kebebasan kepada bekas anggota PKM untuk memilih sama ada pulang ke Malaysia atau terus tinggal di Selatan Thailand.
Seramai 431 ahli PKM memohon pulang ke Malaysia tetapi 93 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah status kewarganegaraan.
Kerajaan Malaysia juga bersetuju membayar subsidi kehidupan sebanyak RM8,000 sekembalinya bekas anggota PKM ke Malaysia dan wang saraan hidup sebanyak RM300 sebulan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanah air.
Bercakap dalam sesi wawancara dengan stesen radio Bfm petang tadi, Abdul Rahim yang terlibat dalam menggubal perjanjian susulan dengan PKM yang menggariskan terma dan syarat pelaksanaan perjanjian damai itu berkata, perjanjian antara kerajaan dan PKM sepatutnya terlaksana ke atas semua anggota PKM dari "kedudukan paling atas sehinggalah yang paling bawah".
Beliau melahirkan rasa hairan mengapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sedangkan pemimpin-pemimpin tertinggi PKM seperti Pengerusinya, Abdullah CD dibenarkan berbuat demikian.
Malah Abdullah CD dan isterinya Suryani Abdullah, ujar Abdul Rahim diperkenankan menghadap Sultan Perak sekembalinya mereka ke tanah air.
Seorang lagi bekas pemimpin komunis, Abdul Rashid Maidin yang menetap di sebuah perkampungan bekas anggota PKM di sempadan Malaysia-Thai, jelas Abdul Rahim menaiki penerbangan ke tanah suci Makkah dari Kuala Lumpur dengan keizinan Kerajaan Malaysia.
Kerajaan, ujarnya perlu menghormati perjanjian damai yang dimeterai dengan PKM seperti diamalkan negara-negara lain dan tidak dilihat sebagai mempersendakannya.
Beliau memberi contoh perjanjian damai yang termeterai antara Kerajaan Indonesia dan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) sejurus selepas bencana Tsunami melanda wilayah Acheh.
Para pemimpin GAM yang tinggal di luar negara kerana mendapat suaka politik, ujar Abdul Rahim dibenarkan kembali ke Acheh oleh pemerintah Indonesia selepas perjanjian damai dimeterai.
Chin Peng meninggal dunia di Bangkok 16 September lalu selepas usahanya untuk kembali ke Malaysia termasuk melalui prosedur perundangan tidak tercapai.
Hasrat anggota keluarganya untuk membawa pulang abu mayat bekas pemimpin PKM itu bagi disemadikan di kampung halamannya di Setiawan, Perak tidak dibenarkan kerajaan BN ekoran bantahan beberapa pihak termasuk Umno dan Perkasa.
Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai yang dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan PKM adalah anggota PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka dan PKM dibubarkan.
Chin Peng yang mewakili PKM juga berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agung dan anggota PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
Menurut Artikel 3 perjanjian, Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota PKM untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu dan kerajaan akan membantu bekas-bekas anggota PKM untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
Perjanjian yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 itu juga memberi kebebasan kepada bekas anggota PKM untuk memilih sama ada pulang ke Malaysia atau terus tinggal di Selatan Thailand.
Seramai 431 ahli PKM memohon pulang ke Malaysia tetapi 93 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah status kewarganegaraan.
Kerajaan Malaysia juga bersetuju membayar subsidi kehidupan sebanyak RM8,000 sekembalinya bekas anggota PKM ke Malaysia dan wang saraan hidup sebanyak RM300 sebulan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanah air.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-9-2013
Pemerkasaan ekonomi petanda 1Malaysia gagal
Harakahdaily, | 19 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah petanda kegagalan dasar 1Malaysia yang diperkenalkan Najib dengan asas untuk membentuk rakyat Malaysia yang melihat diri mereka sebagai warga Malaysia, kata Lim Kit Siang.
Justeru, katanya sejak diisytiharkan sebagai cuti umum empat tahun lalu, sambutan Hari Malaysia ke-50 kali ini adalah sambutan yang paling menggusarkan rakyat.
Ini, ujarnya kerana dua hari sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membuat tindakan yang menunjukkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan sebagai peneraju transformasi negara dari segi tadbir urus kerajaan, politik mahu pun ekonomi.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut hari di mana Najib membuat pengumuman tentang Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera bernilai RM31 bilion sebagai “hari yang sungguh bertuah” dan pengumuman itu sendiri sebagai “acara paling dinanti-nantikan”.
“Tidak hairanlah Muhyiddin begitu gembira, kerana pengumuman itu menandakan kemenangan pendirian “Malay first, Malaysian second” beliau dan berakhirnya dasar 1Malaysia Najib yang belum pun mencecah usia empat tahun,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.
Katanya, pada bulan Mac 2010 beliau telah mencabar Muhyiddin dan semua Menteri Kabinet ketika itu untuk menyatakan sama ada mereka menyokong sepenuhnya dasar 1Malaysia Najib, mengingatkan mereka bahawa matlamat 1Malaysia seperti yang disebut dalam Program Transformasi Kerajaan 1Malaysia ialah “untuk menjadikan Malaysia ... sebuah negara lebih hebat:
sebuah negara yang setiap rakyatnya melihat diri mereka pertamanya sebagai warga Malaysia dan seterusnya menurut kaum, agama, daerah atau latar belakang sosioekonomi dan di mana prinsip 1Malaysia terjalin pada struktur ekonomi, politik dan sosial masyarakat”.
“Saya secara khusus meminta Muhyiddin dan semua Menteri Kabinet untuk menyatakan sama ada mereka sanggup mengisytiharkan diri mereka sebagai “warga Malaysia terlebih dahulu” dan kemudiannya menurut kaum,” katanya lagi.
Menurutnya, semua Menteri Kabinet ketika itu membisu seribu bahasa setelah Muhyiddin mengisytiharkan bahawa beliau menganggap dirinya “pertama sekali sebagai Melayu” dan setelah itu barulah sebagai warga Malaysia.
“Kita merasa hiba kerana sejak empat tahun lalu, hanya seorang Menteri Umno, iaitu Datuk Seri Nazri Aziz, yang berani mengakui secara terbuka bahawa beliau menganggap dirinya pertama sekali sebagai warga Malaysia dan seterusnya sebagai orang Melayu,” katanya.
Lim berkata, Najib sendiri tidak pernah mengakui bahawa beliau menganggap dirinya “pertama sekali sebagai warga Malaysia dan seterusnya sebagai Melayu”, walaupun menonjolkan 1Malaysia sebagai dasar utama kerajaan sejak empat tahun lalu.
Malah, ujarnya pada Julai 2011, Najib mengelak apabila ditanya dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia sama ada sanggup menyatakan apakah menganggap dirinya pertama sekali sebagai warga Malaysia dan apakah tanggapannya terhadap kenyataan Muhyiddin yang menganggap dirinya “pertama sekali sebagai Melayu dan seterusnya sebagai warga Malaysia”.
Menurutnya lagi, Najib tidak menjawab pertanyaan tersebut, sebaliknya berkata: “Saya tidak mahu memberi jawapan yang dapat menimbulkan perbezaan antara saya dengan timbalan saya. 1Malaysia adalah falsafah yang memandu kita. Tidak penting apa yang anda ucapkan, selagi anda patuh (pada konsep 1 Malaysia)”.
Baginya, Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera menjadi penolakan oleh Najib terhadap dua dasar paling penting yang diperkenalkannya setelah menjadi Perdana Menteri pada April 2009 – Model Ekonomi Baru (MEB) yang menjanjikan transformasi program afirmatif berasaskan keperluan dan merit untuk meningkatkan mutu kehidupan golongan yang pendapatan mereka berada pada tahap 40% terendah, tanpa mengira latar kaum, dan dasar 1Malaysia yang berasaskan konsep kesaksamaan untuk semua, tanpa meminggirkan sebarang kelompok, dengan sokongan dan peluang diberikan berasaskan keperluan dan merit.
Beliau menambah, Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah petanda kegagalan dasar 1Malaysia yang diperkenalkan Najib dengan asas untuk membentuk rakyat Malaysia yang melihat diri mereka pertamanya sebagai warga Malaysia dan seterusnya menurut kaum, agama, daerah atau latar belakang sosioekonomi, dengan prinsip 1Malaysia terjalin pada struktur ekonomi, politik dan sosial masyarakat.
Justeru, katanya Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera mesti ditolak atas dua asas: peminggiran kaum bukan-Melayu di Malaysia dan penerusan hegemoni Umno-putra sebagai penerima manfaat utama daripada Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang bernilai RM31 bilion itu sepertimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah menghasilkan kekayaan untuk segelintir manusia dalam Umno atas nama mengangkat dan memajukan bumiputera, sedangkan sebahagian besar kaum bumiputera masih kekal dalam golongan 40% rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Sumber HD - 19-9-2013
Komedi Ekonomi Bumiputera
Shirzad Lifeboat, | 16 Sep 2013 |
MEMPERKASAKAN ekonomi bukanlah macam memperkasakan seseorang dalam ilmu silat - lebih banyak berlatih, lebih mahir dalam pelbagai teknik. Malah dalam bidang ekonomi perkataan ‘pemerkasaan’ atau apa juga perkataan terbitan daripada perkataan ‘perkasa’ adalah sama sekali tidak relevan.
Begitupun, mengambil makna istilah ‘pemerkasaan ekonomi’ dalam semangat sebagaimana yang ditaksubkan oleh pemimpin Umno (agar setidak-tidaknya perihal tersebut berbunyi serius dan betapa sesungguhnya Perdana Menteri dan para menteri kabinet Melayu lain bertungkus-lumus siang malam bagi memastikan hasrat dan inspirasi orang Melayu dan kaum bumiputera lain tercapai dalam menemui apa juga sasaran tahap ekonomi yang telah ditetapkan), ramai yakin ia lebih merupakan strategi politik berbanding langkah afirmatif.
Bukan lagi satu fakta terselindung betapa perbincangan mengenai ekonomi bumiputera, setidak-tidaknya di peringkat kerajaan adalah sesuatu yang dalam bahasa pasarnya sudah boleh dianggap ‘basi’.
Sejak topik ini mula diperkenalkan di zaman Tun Razak pada awal 1970-an, semangat penglibatan orang Melayu dalam bidang ekonomi mengalami pelbagai ‘jump start’ dan ‘false start’.
Bagaikan komidi tragik, meminjam dalam konteks hampir serupa dengan novel klasik Shakespeare, Comedy of Errors, hampir setiap permulaan, sama ada secara lompat atau tersalah, apa juga permulaan ekonomi bumiputera tidak beranjak begitu jauh dari garisan permulaan.
Semuanya kerana ada sahaja kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan sama ada di peringkat dasar dan lebih-lebih lagi di peringkat pelaksanaan.
Kita akui pernah wujud segelintir tokoh korporat Melayu di zaman Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan buat pertama kalinya pada 1980-an. Namun generasi tokoh korporat melayu berkot designer jenama Ermenegildo Zegna dan menghisap cerut jenama Ashton buatan Republik Dominika berharga RM2000 sebatang sudah pupus ibarat pupusnya burung dodo atau harimau Java.
Sebenarnya agak kurang pasti apakah takrif sebenar ‘ekonomi bumiputera’. Kian ramai orang Melayu merasakan ia tidak lebih daripada perasa Ajinomoto politik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk menagih sokongan pengundi Melayu yang memanjang merosot sejak PRU12.
Namun bagi penyokong tegar Umno-BN, usaha mempertingkatkan ekonomi bumiputera adalah ‘benar’.
Benar ikut mana tak tahulah. Tentu sekali ada sahaja pihak menawarkan pelbagai carta dan perangkaan bagi membuktikan betapa berjayanya ekonomi bumiputera sejak istilah itu dilancarkan lebih 40 tahun lalu.
Begitupun, realitinya ekonomi bumiputera hanyalah diwakili oleh peniaga pasar malam, warung gerai pihak berkuasa tempatan, dan segelintir orang Melayu yang membuka restoran, kilang pembikinan barangan makanan dan sebagainya.
Bagi mereka yang melangkau batasan ini, pasti sebahagian besarnya mempunyai kaitan dengan Umno atau malahan pemimpin dan ahli Umno sendiri.
Justeru apa yang dimaksudkan dengan ekonomi bumiputera sebenarnya adalah ekonomi pemimpin dan ahli Umno sebagaimana yang diperhatikan oleh seorang penulis ekonomi sebuah portal berita tatkala mengulas ucapan Najib pada Pelancaran Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
Walaupun pemerhatian seperti itu masih berstatus tunggu dan lihat, namun kesudahannya sudah boleh diramalkan.
Menurut Najib dalam ucapannya pada majlis tersebut, fokus pemerkasaan pertama, kedua dan ketiga adalah masing-masing: Mendaya modal insan bumiputera antaranya meningkatkan kemahiran golongan muda dengan memberikan peruntukan tambahan kepada Mara;
memantap pemilihan ekuiti bumiputera dalam sektor swasta, dan memperkukuhkan pemilihan aset bukan kewangan bumiputera.
Semua ini memang sedap untuk didengar. Tetapi persoalannya bagaimanakah Najib mahu melaksanakannya? Apakah pelaksanaan itu nanti dapat disempurnakan oleh kakitangan kerajaan menurut kehendak Najib dan apakah program pemerkasaan ini akan kekal walaupun terdapat perubahan dalam pucuk pimpinan?
Lebih lazim dari tidak, kita sudah tahu akan jawapannya. Justeru, ramai merasakan sementara DEB yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Razak adalah usaha ikhlas kerajaan (tetapi dicemari oleh pemimpin Umno generasi selepas beliau), Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera tidak lebih dari satu strategi politik yang tidak semestinya mempunyai kaitan dengan kemajuan orang Melayu dan kaum bumiputera lain di bidang ekonomi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-9-2013
Pendidikan: Jangan hukum anak pelarian Rohingya
Harakahdaily, | 12 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan tidak boleh lepas tangan kerana tahap pendidikan kanak-kanak pelarian Rohingya akan memberi kesan kepada rakyat negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor berkata, statistik terkini menunjukkan terdapat lebih 30,000 pendatang Rohingya di negara kita.
Menurutnya, mereka terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak di dalam peringkat umur persekolahan.
Walau bagaimanapun, ujarnya kerana mereka berstatus pelarian, kanak-kanak tersebut tidak boleh memasuki sekolah-sekolah kerajaan.
Tambahnya, sudah tentu mereka juga tidak mampu memasuki sekolah-sekolah swasta.
“Akhirnya mereka sama ada tidak bersekolah atau menerima pendidikan di sekolah-sekolah yang diwujudkan oleh komuniti mereka sendiri.
“Tidak hairanlah jika sekolah-sekolah ini serba kekurangan,” ujarnya yang juga Adun Chempaka dalam satu kenyataan.
Sebagai Ahli Dewan Negeri, Iskandar sering menerima permohonan bantuan dari sekolah seperti itu di kawasan beliau.
Katanya, kekurangan kelengkapan adalah satu masalah tetapi perkara yang lebih besar adalah kurikulum sekolah-sekolah tersebut.
“Walaupun kanak-kanak ini bukan rakyat Malaysia tetapi mereka menetap di Malaysia dan menjadi sebahagian dari masyarakat tempatan.
“Lebih-lebih lagi kita tidak tahu berapa lama mereka akan menetap di negara ini kerana penindasan ke atas umat Islam di Myanmar tidak kelihatan akan berakhir dalam masa yang terdekat,” ujarnya.
Oleh itu, kata beliau kanak-kanak Rohingya itu wajar diberi pendidikan yang membolehkan mereka menjadi sebahagian dari masyarakat tempatan.
Menurutnya lagi, mereka juga mesti dididik akan nilai-nilai dan aspirasi rakyat negara ini agar mereka tidak akan menjadi satu masalah kepada negara kita.
Buat masa ini, jelasnya kurikulum sekolah mereka berteraskan pendidikan bahasa mereka dan pengetahuan agama Islam.
Tambahnya, terdapat juga di antara kanak-kanak ini yang tidak bersekolah langsung atau hanya bersekolah beberapa tahun sahaja.
Justeru, kata beliau masanya telah tiba bagi Kementerian Pendidikan memberi perhatian kepada kanak-kanak Rohingya ini.
Katanya, kementerian perlu memantau dan mengawal kurikulum sekolah-sekolah itu dan wajar menghulurkan bantuan.
“Sekarang ini terdapat pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Negeri yang memberi sumbangan.
“Kanak-kanak ini tidak memilih untuk menjadi pelarian dan mereka tidak seharusnya dihukum sepanjang hayat mereka,” katanya lagi.

Sumber HD - 12-9-2013
Kenapa pemutihan pendatang tanpa izin gagal?
Ahmad Hamdan, |
Suka untuk saya ringkaskan bahawa usaha pihak kerajaan untuk membanteras pendatang asing tanpa izin yang sudah dan sedang dijalankan akan gagal. Percayalah apa yang saya katakan ini.
Kenapa?
Sikap pihak Jabatan Imigresen dan badan penguatkuasa lain yang hanya mensasarkan lokasi seperti kawasan pembinaan, kilang-kilang kecil, pasar borong dan kediaman tidak akan memberi kesan positif dalam usaha mengurangkan pendatang tanpa asing di negara kita.
Saya memandang perkara ini dari pengalaman saya sendiri yang pernah bekerja di sebuah syarikat pengeluaran barangan elektrik bertaraf antarabangsa.
Sepanjang saya bekerja, tidak pernah walau sekalipun syarikat ini ini di serbu oleh badan penguatkuasa kerana pada mereka "mustahil syarikat antarabangsa mengambil pendatang asing bekerja".
Mustahil bagi mereka, tidak mustahil bagi majikan.
Di dalam syarikat tersebut, tiada seorang pun pegawai dari bahagian Sumber Manusia yang faham tentang undang-undang pengambilan pekerja asing jadi jalan termudah adalah dengan melantik agensi pekerjaan untuk mengurus dan mencari pekerja asing.
Percaya atau tidak, hampir 80% dari pekerja asing bekerja di syarikat yang pernah saya bekerja itu adalah pendatang asing tanpa izin yang di kendalikan oleh agensi pekerjaan!
Pihak syarikat melakukan pembayaran gaji kepada agensi pekerjaan dan segala urusan diuruskan oleh agensi pekerjaan tersebut.
Bukan sekadar pekerja di bahagian pengeluaran, bahkan pengawal keselamatan juga terdiri dari pendatang asing yang diragui status permit pekerjaannya.
Kenapa sebegitu berani?
Memandangkan syarikat tersebut adalah syarikat bertaraf antarabangsa, maka pihak berwajib menganggap semua urusan pengambilan pekerja asing adalah melalui urusan yang sah.
Agensi pekerjaan pula mengambil kesempatan di atas kealpaan syarikat tersebut dan agensi pekerjaan juga merasakan adalah lebih 'selamat' kerana status 'antarabangsa' yang ada.
Oleh kerana itu, saya katakan operasi pembanterasan pendatang asing tanpa izin akan gagal, sama seperti operasi yang lepas-lepas kecualilah jika pihak Imigresen mahu membuat siasatan terperinci.
Kenapa?
Sikap pihak Jabatan Imigresen dan badan penguatkuasa lain yang hanya mensasarkan lokasi seperti kawasan pembinaan, kilang-kilang kecil, pasar borong dan kediaman tidak akan memberi kesan positif dalam usaha mengurangkan pendatang tanpa asing di negara kita.
Saya memandang perkara ini dari pengalaman saya sendiri yang pernah bekerja di sebuah syarikat pengeluaran barangan elektrik bertaraf antarabangsa.
Sepanjang saya bekerja, tidak pernah walau sekalipun syarikat ini ini di serbu oleh badan penguatkuasa kerana pada mereka "mustahil syarikat antarabangsa mengambil pendatang asing bekerja".
Mustahil bagi mereka, tidak mustahil bagi majikan.
Di dalam syarikat tersebut, tiada seorang pun pegawai dari bahagian Sumber Manusia yang faham tentang undang-undang pengambilan pekerja asing jadi jalan termudah adalah dengan melantik agensi pekerjaan untuk mengurus dan mencari pekerja asing.
Percaya atau tidak, hampir 80% dari pekerja asing bekerja di syarikat yang pernah saya bekerja itu adalah pendatang asing tanpa izin yang di kendalikan oleh agensi pekerjaan!
Pihak syarikat melakukan pembayaran gaji kepada agensi pekerjaan dan segala urusan diuruskan oleh agensi pekerjaan tersebut.
Bukan sekadar pekerja di bahagian pengeluaran, bahkan pengawal keselamatan juga terdiri dari pendatang asing yang diragui status permit pekerjaannya.
Kenapa sebegitu berani?
Memandangkan syarikat tersebut adalah syarikat bertaraf antarabangsa, maka pihak berwajib menganggap semua urusan pengambilan pekerja asing adalah melalui urusan yang sah.
Agensi pekerjaan pula mengambil kesempatan di atas kealpaan syarikat tersebut dan agensi pekerjaan juga merasakan adalah lebih 'selamat' kerana status 'antarabangsa' yang ada.
Oleh kerana itu, saya katakan operasi pembanterasan pendatang asing tanpa izin akan gagal, sama seperti operasi yang lepas-lepas kecualilah jika pihak Imigresen mahu membuat siasatan terperinci.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-9-2013
Pertahan kampung tradisi, 12 ditahan
Hazayani Zakaria, | 12 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang, lima penduduk Kampung Hakka, Mantin Negeri Sembilan dan tujuh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) masih ditahan di Balai Polis Mantin ketika ini.
Mereka ditahan pagi tadi kerana didakwa menganggu kerja polis sewaktu polis menghalang mereka daripada terus berada di tanah persendirian yang dikatakan milik pemaju perumahan, Mega Nine.
Menurut aktivis Jerit, E. Parameiswary, 40 keluarga di kampung tradisi Cina itu cuba menghalang pemaju perumahan daripada meneruskan projek kerana kes itu masih dalam rayuan.
"Penduduk bawa kes ini ke mahkamah tapi kalah dan penduduk buat rayuan di Mahkamah Rayuan. Jadi kes ini masih kes mahkamah, pemaju sudah mula robohkan rumah mereka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaiy hari ini.
Parameiswary juga berkata, penahanan itu tida sah kerana orang yang ditahan tidak dimaklumkan sebab mereka ditahan.
"Polis tak bagitahu sebab ditangkap cuma bagitahu mereka menghalang kerja polis. Ini pengakapan yang tidak sah," katanya yang masih berada di balai polis menunggu pegawai penyiasat dari IPD Nilai untuk menyoal siasat mereka.
Mereka ditahan pagi tadi kerana didakwa menganggu kerja polis sewaktu polis menghalang mereka daripada terus berada di tanah persendirian yang dikatakan milik pemaju perumahan, Mega Nine.
Menurut aktivis Jerit, E. Parameiswary, 40 keluarga di kampung tradisi Cina itu cuba menghalang pemaju perumahan daripada meneruskan projek kerana kes itu masih dalam rayuan.
"Penduduk bawa kes ini ke mahkamah tapi kalah dan penduduk buat rayuan di Mahkamah Rayuan. Jadi kes ini masih kes mahkamah, pemaju sudah mula robohkan rumah mereka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaiy hari ini.
Parameiswary juga berkata, penahanan itu tida sah kerana orang yang ditahan tidak dimaklumkan sebab mereka ditahan.
"Polis tak bagitahu sebab ditangkap cuma bagitahu mereka menghalang kerja polis. Ini pengakapan yang tidak sah," katanya yang masih berada di balai polis menunggu pegawai penyiasat dari IPD Nilai untuk menyoal siasat mereka.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-9-2013
Mediu sedia tempatkan pelajar daripada Al-Azhar
Harakahdaily, | 10 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) telah mengambil peranan bersama Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyelesaikan isu pelajar-pelajar Malaysia yang telah dibawa pulang dari Mesir.
Sebagai inisiatif untuk membantu dan mencipta platform terbaik kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang telah dibawa pulang ke tanah air, dengan jumlah sehingga kini ialah 2,700 orang pelajar ekoran daripada pergolakan yang meruncing di Negara Timur Tengah, Mediu telah menyatakan kesediaan untuk menempatkan pelajar-pelajar daripada Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
Kesediaan itu telah disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi melalui suratnya kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi juga telah menyatakan bahawa lebih 90% modul pengajian yang diguna pakai di Mediu bagi bidang pengajian Islam dan Bahasa Arab adalah dengan kerjasama daripada Universiti Al-Azhar.
Menurutnya, manakala sebahagian besar pensyarah pula adalah berasal daripada Timur Tengah dan Asia Barat yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan yang terdiri daripada lepasan pengajian peringkat Ph.D di Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Madinah, Universiti Islam di Jordan, Universiti tempatan dan beberapa universiti terkemuka didalam jurusan Pengajian Islam yang lain.
Beliau berkata, Mediu merasa amat berbesar hati di atas kepercayaan yang telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha Menangani perkara ini.
“Ucapan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia di atas kepercayaan terhadap Universiti Antarabangsa Al-Madinah, dan kami akan menggunakan peluang ini untuk kami menabur bakti terhadap warga tempatan yang terdiri daripada pelajar Universiti Al-Azhar bagi memastikan mereka mencapai cita-cita yang disemai seterusnya menjadi warga yang berjasa kepada agama bangsa, dan negara," ujarnya melalui surat tersebut.
Sehubungan itu, Mediu telah dijemput oleh Jabatan Pengajian Tinggi bagi menghadiri mesyuarat khas pada 6 September lalu bertempat di Dewan Ibn Hazm, Jabatan Pengajian Tinggi di Putrajaya dengan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Ibrahim Ali.
Mediu yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Hal Ehwal Akademik; Associate Professor Dr Wan Mat Sulaiman telah menyatakan tentang kesediaan untuk menempatkan pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar Mesir bagi menyambung pengajian mereka seramai 600 pelajar bagi pengajian secara konvensional (conventional learning) di bilik kuliah yang serba lengkap dengan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa yang berpusat di Shah Alam, Selangor.
Manakala pengajian secara e-pembelajaran (online learning) tiada had yang ditetapkan dan Mediu boleh menerima walaupun jumlah yang ramai.
Mediu dalam satu kenyataan merasa amat terharu di atas inisiatif dan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia dan meminta pelajar-pelajar yang terlibat untuk hadir pada hari terbuka Jabatan Pengajian Tinggi bersama pelajar-pelajar Mesir yang akan diadakan di Jabatan Pengajian Tinggi, Presint 5, Putrajaya pada 12 September ini.

Sumber HD - 10-9-2013
Surat terbuka anak kampung buat kerajaan
Anak Kampung, |
Semakin hari saya melihat ibu dan ayah saya mengah dengan kerja mereka. Orang kampung, kerja kampung, kerja itulah dari dulu sampai sekarang dan itulah satu-satunya sumber rezeki bagi menyara kehidupan. Pagi-pagi lagi sebelum subuh sudah berjalan pergi menoreh.
Sebelum tengah hari pulang dan tidur terkapar keletihan. Cukup empat hingga lima hari, getah sekerap dikutip dan dikumpulkan, lalu dijual dan duit itulah buat belanja harian. Itu tidak termasuk cuaca yang belum tentu cerah setiap hari.
Apabila kerajaan umumkan harga minyak naik 20 sen, ibu dan ayah ternganga sesama mereka. Orang kampung yang lain, yang memang pro-kerajaan berkata, "Kita orang kampung, bukan kena keluar pergi pejabat naik kereta hari-hari, bukan nak keluar jalan jauh-jauh." Ayah senyap. Kata ayah kepada saya, "Orang kampung kita ni sudah tak boleh buat apa." Saya mengangguk. Ayah terus buat kira-kira, bagaimana dengan belanja minyak yang hanya RM 20 seminggu untuk sebuah kereta kancil akan berubah?
Orang kampung kata lagi, "20 sen sahaja, biasalah. Negara orang lain semuanya mahal-mahal, itu biasalah kemajuan negara." Bila ayah bersuara mereka mula kata ayah mahu berkempen. Apabila ayah mahu beritahu bahawa kenaikan harga minyak akan menaikkan harga barang, mereka tidak dengar langsung. Mereka ini orang yang sokong kerajaan tetapi surat khabar Mingguan Malaysia dan Berita Harian pun, yang terang-terang surat khabar sebelah mereka pun tidak dibaca.
Surat ini saya mahu tujukan kepada Perdana Menteri, tetapi saya tahu Perdana Menteri kita sibuk dan mana ada masa mahu layan surat-surat remeh begini. Jadi saya tulis sahaja kepada kerajaan. Moga-moga apabila kerajaan bertukar nanti, yang memegang tampuk pemerintahan dan bernama kerajaan itu masih melihat surat saya dan masih sudi membacanya. Paling tidak pun, setiausaha-setiausaha dan kepada mereka yang menggeledah internet lalu terjumpa surat ini dan mengutusnya kepada PM.
Kerajaan saya yang saya hormati,
Saya sebenarnya kagum dengan negara kita. Negara kita sudah banyak berubah. Dulu negara kita hanya sekecil semut di dalam kumpulan serangga. Tapi kini negara kita sudah maju. Macam-macam perkara sudah berubah. Itu tidak dinafikan. Tapi saya khuatir perubahan itu hanyalah perubahan negara, perubahan infrastrukturnya, perubahan duitnya dan juga perubahan projek-projek meganya, bukan perubahan kehidupan rakyat marhaen seperti saya dan keluarga saya.
Dari dulu kami cuma hidup dengan pokok getah, sawah padi, hutan-belukang dan pohon-pohon kelubi. Kami pun teringin naik bangunan KLCC dan melihat Kuala Lumpur yang besar dan bercahaya itu.
Kenapa kerajaan saya tidak memikirkan tentang projek membangunkan kos sara hidup rakyat? Bukankah itu lebih membangunkan kehidupan rakyat? Mungkin kerajaan buat bangunan tinggi-tinggi walaupun kebanyakannya bukan milik rakyat tempatan untuk menunjuk-nunjuk kemegahan dan kemajuan negara kita. Jadi rakyat hanya mengikut dan merasa bangga yang tidak ke mana. Fikiran masih bergelut dengan kemunduran. Yang maju cuma bangunan, rakyat tetap tidak ke mana. Ayah saya tetap bergelut dengan hujan dan bermain teka-teki sama ada hujan mahu turun ke tidak. Kalau hujan turun, kena segera bubuh cuka untuk cepat bekukan susu getah. Kalau tidak, air hujan akan alirkannya pergi, jadi sia-sia mengerah keringat menoreh sepagi.
Ibu saya selalu bercerita, dia selalu mendoakan supaya harga getah naik. Harga getah pernah naik melambung tapi sekali sahaja. Sekarang harga getah sangat rendah. Sekilo getah harganya dalam RM2 ke RM3, kadang-kadang lebih sedikit. Dahulu harganya sekilo RM6. Untuk sekali kutipan getah sekerap, ayah boleh mengaut sebanyak RM900. Tapi sekarang, hanyalah RM400 paling tinggi. Tidak apalah, itukan rezeki juga.
Kerajaan terlalu sibuk memikirkan tentang sokongan rakyat terhadap parti politik yang mereka sandang daripada memikirkan tentang kemiskinan rakyat yang tidak berubah-ubah. Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang banyak itu semakin membodohkan rakyat. Sebagai seorang manusia, kita tidak perlu dididik dengan memberikan sejumlah wang yang banyak kerana ia hanya kesenangan yang sementara dan kecenderungan untuk menghabiskan wang itu sekali gus sangat mendesak.
Kerajaaan sepatutnya bantu rakyat dengan menyediakan banyak peluang pekerjaan buat orang kampung, menaikkan harga getah, kelapa sawit dan juga memajukan projek-projek pertanian yang
lain. Sumber rezeki yang melambung-lambung ialah dari tanah. Pertanian adalah sumber yang akan
membuatkan kerajaan tidak akan menghadapi masalah ekonomi seperti sekarang hingga terpaksa
menaikkan harga minyak dengan mendadak.
Kerajaan yang saya kasihi,
Pernahkan kerajaan meminta pendapat sarjana bebas walaupun mereka cenderung tidak menyokong kerajaan? Mereka adalah sarjana yang sangat bijaksana dan mereka cuma mengulang skrip sejarah yang sering mencatatkan bahawa tokoh-tokoh hebat semuanya mengkritik kerajaan. Kritikan mereka bukan kosong tetapi berisi, berangka dan penuh dengan hemah. Saya risau bagaimana kerajaan mahu selamatkan negara dengan hutang yang begitu bertambun? Setakat ini saya masih mencari usaha kerajaan melangsaikan hutang yang dibebani tanpa meletakkan bebannya
ke atas bahu rakyat. Tapi, tiada.
Kerajaan juga memandang enteng kepada tindakan-tindakan seperti menaikkan harga minyak dan barang. Kerajaan tidak sedarkah akan kesannya nanti? Sampai satu masa manusia akan bersatu, bukan lagi kerana faktor agama, politik dan bangsa, tetapi kerana faktor ekonomi. Masakan tidak, setiap orang, baik yang menyokong kerajaan atau pembangkang semuanya punya perut yang lapar. Semuanya akan bangkit apabila perut mereka tidak terisi dengan kenyang. Kalaulah kerajaan sedar.
Saya tidak tahu kenapa kerajaan saya ini tidak berjaya meyakinkan saya. Saya tidak mahu sentuh soal yang tidak nampak. Saya mahu lihat dari sudut ekonomi sahaja. Saya tidak yakin dengan pengurusan ekonomi kerajaan. Sebagai seorang yang boleh memahami angka dan huruf, saya adalah rakyat marhaen yang belajar tidak tinggi mana tetapi tidak yakin dengan pengurusan ekonomi negara kita. Kenapa tidak? Kerana kesemua tindakan kerajaan tidak memberikan hasil yang boleh dibanggakan.
Sehinggalah saya terfikir, orang-orang kerajaan sebenarnya mahu buat kerja atau tidak mahu lepaskan kerusi empuk dan pejabat berhawa dingin mereka di dalam jabatan menteri itu? Kenapa kerajaan tidak mahu meminta pendapat rakyat yang mungkin ada cadangannya tersendiri? Kenapa kerajaan tidak mengumpulkan ahli-ahli akademik yang mungkin lebih bijak dan sudah membuat kajian penuh bersertakan solusi yang paling praktikal. Kerajaan seperti buat-buat pandai sahaja. Saya sangat risau jika kerajaan kita terus begini.
Setakat ini dahulu surat saya. Saya akan tulis surat buat kerajaan lagi sampailah kerajaan buka kotak pos dan melihat surat saya bertimbun banyaknya. Saya seorang anak kampung yang sayangkan negara saya.
Saya ulangi, saya seorang anak kampung yang sayangkan negara saya. Titik.

Roboh Masjid Ar-Rahman, penjelasan Jawi dituntut
Harakahdaily, | 09 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini memuntut penjelasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung status Masjid Ar Rahman, Universiti Malaya yang sedang dalam proses perobohan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beberapa isu berbangkit termasuk tiada sebarang notis pemakluman berhubung tindakan perobohan dan pembangunan semula ditampal di masjid berkenaan.
Jawi juga katanya perlu menjelaskan setakat mana bangunan serta struktur asal masjid tersebut yang terlibat dalam perobohan dan proses pembinaan semula tersebut.
"Kami dimaklumkan bahawa projek pengubahsuaian yang bakal dilaksanakan oleh pihak Jawi di masjid itu melibatkan perobohan bangunan asal dan penutupan operasi masjid, sama ada tempat ibadah atau program lain.
"Jadi kami perlukan penjelasan daripada Jawi," katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat agar diadakan perbincangan berhubung perkara itu di ibu pejabat Jawi, di sini, hari ini.
Khalid juga melahirkan kebimbangan ekoran tindakan penutupan masjid itu akan menyukarkan mahasiswa Universiti Malaya khususnya untuk bersolat Jumaat kerana surau di Akademi Islam universiti itu juga dilaporkan dalam proses diubah suai.
Dalam pada itu, Khalid juga memberi dua tarikh untuk diadakan perbincangan dan mendapatkan penjelasan daripada Jawi.
Tarikh tersebut adalah 11 September atau 13 September ini.
1. YB KS : https://www.youtube.com/watch?v=4UAjlyAXwVU
2. Pengerusi JKB : http://www.youtube.com/watch?v=fPwDeUIhUpQ
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-9-2013
Rasuah punca minyak naik - Ku Li
Harakahdaily, | 07 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Bahang kenaikan harga minyak kini bukan sahaja dirasai pelbagai lapisan rakyat malah turut mendapat reaksi negatif tokoh politik Umno.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipetik akhbar Sinar Harian, 7 September, mengecam kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Razak kerana gagal membendung gejala rasuah dalam pwntadbiran negara hingga menjejaskan rakyat.
Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi diesel dan Ron95 seperti diumumkan Perdana Menteri, 2 September lalu, bekas Menteri Kewangan itu sebaliknya mahu gejala rasuah yang menjadi masalah terbesar pentadbiran negara ditangani segera.
"Amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi dan melibatkan jumlah wang yang banyak. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat daripadanya," tegas beliau.
Menurut bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 itu, kerajaan membiarkan rakyat bawahan membayar los tambahan akibat daripada kos projek yang terlalu mahal.
"Ini tak boleh diteruskan lagi. Kerajaan sepatutnya kena tanggung dan selesaikannya," tegasnya dalam satu sidang media.
Beliau yakin banyak masalah dapat diselesaikan jika gejala rasuah diatasi.
Tengku Razaleigh turut mencadangkan agar semua pemimpin kerajaan sama ada menteri atau bekas menteri mengisytiharkan harta masing-masing sebagai langkah berkesan membendung gejala rasuah.
"Ini termasuk juga isytihar duit (wang simpanan). Saya sendiri akan isytihar (walaupun sudah lama tidak menjawat menteri)," katanya.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipetik akhbar Sinar Harian, 7 September, mengecam kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Razak kerana gagal membendung gejala rasuah dalam pwntadbiran negara hingga menjejaskan rakyat.
Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi diesel dan Ron95 seperti diumumkan Perdana Menteri, 2 September lalu, bekas Menteri Kewangan itu sebaliknya mahu gejala rasuah yang menjadi masalah terbesar pentadbiran negara ditangani segera.
"Amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi dan melibatkan jumlah wang yang banyak. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat daripadanya," tegas beliau.
Menurut bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 itu, kerajaan membiarkan rakyat bawahan membayar los tambahan akibat daripada kos projek yang terlalu mahal.
"Ini tak boleh diteruskan lagi. Kerajaan sepatutnya kena tanggung dan selesaikannya," tegasnya dalam satu sidang media.
Beliau yakin banyak masalah dapat diselesaikan jika gejala rasuah diatasi.
Tengku Razaleigh turut mencadangkan agar semua pemimpin kerajaan sama ada menteri atau bekas menteri mengisytiharkan harta masing-masing sebagai langkah berkesan membendung gejala rasuah.
"Ini termasuk juga isytihar duit (wang simpanan). Saya sendiri akan isytihar (walaupun sudah lama tidak menjawat menteri)," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-9-2013
Harga minyak: Rakyat belasah Najib dalam FBnya
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 07 Sep 2013 |
Friday, September 6, 2013
Gara-gara naikkan harga minyak, Rakyat belasah Najib dalam FB miliknya..
Langkah terbaru kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, terus mendapat kecaman dari rakyat Malaysia yang berang dengan keputusan tersebut, lapor Keadilandaily.
Terbaru, di laman Facebooknya, orang ramai meluahkan rasa marah dan kesal di atas kenaikan harga bahan bakar tersebut yang dilihat menjerut leher mereka.
Malah ramai antara mereka meminta perdana menteri itu meletak jawatan kerana gagal menguruskan ekonomi ketika negara kini menanggung hutang lebih RM 622 bilion.
Tidak kurang yang mencadangkan agar gaji dan elaun beliau dan barisan kabinet dipotong, selain mengurangkan perbelanjaan untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Pengendali laman tersebut pada awalnya meminta rakyat Malaysia menyampaikan idea bagi pembentangan Belanjawan 2012 dengan menghantar idea berkenaan di laman 1Malaysia.com.
Bagaimanapun, kiriman status itu menerima kritikan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan diambil kerajaan, Isnin lalu.
Ada antaranya juga menyesal kerana memilih BN pada Pilihan Raya Umum, selain tidak kurang juga yang menyindir pengundi BN kerana memilih parti itu, pada PRU lalu.
Sehingga berita ini ditulis, lebih 3200 menulis komen di ruangan tersebut dengan 99 peratus mengecam keputusan kerajaan.
Berikut sebahagian daripada komen pengguna FB berkenaan yang sempat dipetik:
Azahar Md Said: Najib Razak PM xguna… Selagi kau jadi PM dkt Malaysia ni mmg rakyat susah smpai bila2.. Yg hidup senang kroni2 kau je bukan nye rakyat… Puih!!!
Mohd Talha: Bayar hutang negara la Najib, malukan Malaysia je” Jibam Jb: Kurangkan gaji dan elaun perdana menteri serta menteri2 kabinet malaysia…minyak isi pakaiduit poket sendiri…..ini minyak free jer rakyat plak yg kena tanggung kos korang
Mohd Ridhuan: Najib penipu! perompak! mu ingat semo rakyat mcm mu ko ??? mu ingat rakyat semua kaya mcm kroni2 mu ko??? mcm ni ko jnji ditepati dan rakyat didahulukan??? mu meme gilo Najib
Carrot Susu: Kurangkan perbelanjaan Rosmah Mansor
Muhammad Ezwan Hj Masuri: Turunkan harga minyak dan semua brg akan turun… Naik 20sen trun 15sen sama je tetap naik… Malaysia ade minyak sendiri… Knp harga minyak masih mahal?
Zaini Jai: Jgn la bebankn rakyat….kami dr BN akn sokong PR
Mohd Faizal Zali: Naikkan gaji pekerja swasta minima 1200 bkn 900 , kata nk jd negara berpendapatan tggi! Hrga myk naik brg nik sume naik, gaji kecik!!
Koo Cai: Mohon letak jawatan segera…
Juliana Adila: Mls nk layan bg cdgan pun bkn nk dgr… p duk naik lg hrga….. rasa tertipu sbg rakyat… sedihhhh sedih… semga ALLAH membalasnya. ..
Cik Ida Damia Isabella: Agak terkilan dengan keadaan skrg..rmai lagi yang susah..negara je maju..rakyat sengsara..harap dapat menyelami kehidupan kami rakyat biasa..
Puteri Joy Lim: Sila naikkan lagi harga minyak, harga barang runcit dan apa lagi mahu naik, naik la. 5 yrs later u tarak chance lagi dah. Sekian terima kasih.
Rabani Abd Rahman: korang semua letak jawatan.. idea korang semua dah lapuk x boleh pakai.. menyusahkan rakyat je
Al Fatah: dato, tlg naikan harga minyak 10 ringgit... barulah umno untung banyak
Zaini Saad; kenapa maki hamun pm kite kesian sama dia....doa bg cpt pergi lg bagos huh menyampah aku.
Lagi komen-komen tu sila lihat di (SINI)
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-9-2013
Dedah bagaimana hasil Petronas dibelanjakan
Harakahdaily, | 06 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Razak disaran meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 untuk menjadikan syarikat minyak negara Petronas bertanggungjawab kepada Parlimen dan bukan sekadar bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.
Langkah ini penting bagi menjamin ketelusan tadbir urus kewangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu di samping mempertahankan kepentingan Petronas daripada terus 'diperah' oleh kerajaan dengan dipaksa menyerahkan keuntungannya tanpa ketelusan, malah dapat menjawab persoalan mengapa harga runcit petrol tidak diturunkan apabila harga minyak mentah di pasaran antarabangsa mencatat kenaikan.
Gesaan ini dibuat sebuah badan pemikir bebas, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dalam kenyataan media dikeluarkan Pengarah Eksekutif Kajian Politiknya, Ooi Heng.
Menurut Oii, Najib ketika merasmikan Seminar Minyak dan Gas Asia 2013 (AOGC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 10 Jun lalu mengakui industri minyak dan gas menyumbang lebih 40 peratus kepada pendapatan negara.
Malah Petronas dijangka menjana RM131.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK).
Bagaimanapun pada 27 Ogos lalu, syarikat minyak itu mengumumkan bayaran dividen RM27 bilion kepada kerajaan bagi 2013, susut RM3 bilion berbanding tahun lalu.
"Ini bermakna pendapatan kerajaan akan menurun memandangkan Petronas adalah penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan kerajaan," ujar Oii.
Pada 2 September, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengumumkan harga diesel dan minyak petrol RON95 dinaikkan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam, 3 September.
Menurut Najib, ia salah satu langkah rasionalisasi atau penyusunan semula subsidi yang dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan dan bertujuan mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam menghadapi persekitaran ekonomi dunia yang mencabar.
Oii menambah, keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu diburukkan lagi dengan penurunan pendapatan kerajaan, penurunan eksport negara, kejatuhan nilai ringgit, defisit fiskal yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara yang gagal mencapai sasaran.
Pemotongan subsidi minyak, ujarnya bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di samping mengganti balik pendapatan kerajaan yang berkurangan.
"Penting sekali, kenaikan harga minyak ekoran penstrukturan semula subsidi ini bakal diikuti dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," tegasnya.
Petronas adalah pembayar cukai dan sumber hasil terbesar negara yang membentuk sekurang-kurangnya 30 peratus hasil kerajaan persekutuan.
Namun jelas Oii, butiran-butiran tentang bagaimana hasil yang disumbang itu dibelanja dan digunakan oleh kerajaan tidak ditunjukkan dalam akaun rasmi atau didedahkan.
"Berikutan itu KPRU berpendapat, Petronas harus bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak lagi disembunyikan daripada tatapan wakil rakyat dan rakyat Malaysia," ujarnya.
Langkah ini penting bagi menjamin ketelusan tadbir urus kewangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu di samping mempertahankan kepentingan Petronas daripada terus 'diperah' oleh kerajaan dengan dipaksa menyerahkan keuntungannya tanpa ketelusan, malah dapat menjawab persoalan mengapa harga runcit petrol tidak diturunkan apabila harga minyak mentah di pasaran antarabangsa mencatat kenaikan.
Gesaan ini dibuat sebuah badan pemikir bebas, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dalam kenyataan media dikeluarkan Pengarah Eksekutif Kajian Politiknya, Ooi Heng.
Menurut Oii, Najib ketika merasmikan Seminar Minyak dan Gas Asia 2013 (AOGC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 10 Jun lalu mengakui industri minyak dan gas menyumbang lebih 40 peratus kepada pendapatan negara.
Malah Petronas dijangka menjana RM131.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK).
Bagaimanapun pada 27 Ogos lalu, syarikat minyak itu mengumumkan bayaran dividen RM27 bilion kepada kerajaan bagi 2013, susut RM3 bilion berbanding tahun lalu.
"Ini bermakna pendapatan kerajaan akan menurun memandangkan Petronas adalah penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan kerajaan," ujar Oii.
Pada 2 September, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengumumkan harga diesel dan minyak petrol RON95 dinaikkan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam, 3 September.
Menurut Najib, ia salah satu langkah rasionalisasi atau penyusunan semula subsidi yang dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan dan bertujuan mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam menghadapi persekitaran ekonomi dunia yang mencabar.
Oii menambah, keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu diburukkan lagi dengan penurunan pendapatan kerajaan, penurunan eksport negara, kejatuhan nilai ringgit, defisit fiskal yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara yang gagal mencapai sasaran.
Pemotongan subsidi minyak, ujarnya bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di samping mengganti balik pendapatan kerajaan yang berkurangan.
"Penting sekali, kenaikan harga minyak ekoran penstrukturan semula subsidi ini bakal diikuti dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," tegasnya.
Petronas adalah pembayar cukai dan sumber hasil terbesar negara yang membentuk sekurang-kurangnya 30 peratus hasil kerajaan persekutuan.
Namun jelas Oii, butiran-butiran tentang bagaimana hasil yang disumbang itu dibelanja dan digunakan oleh kerajaan tidak ditunjukkan dalam akaun rasmi atau didedahkan.
"Berikutan itu KPRU berpendapat, Petronas harus bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak lagi disembunyikan daripada tatapan wakil rakyat dan rakyat Malaysia," ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-9-2013
Habuan jadi duta selepas serang Anwar
Salmiyah Harun, | 06 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan pelantikan Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Hashim sebagai duta ke Indonesia adalah ganjaran dan bayaran balik atas jasa pengkianatan yang dilakukan kepada PKR dan Pakatan Rakyat.
Katanya, itulah yang menjadi budaya di dalam Umno BN hari ini bukan memberi jawatan atas dasar kelayakan tetapi berdasarkan politik semata-mata.
Malah katanya, pelantikan ini memberi gambaran sebenar kepada negara luar kerana mereka sendiri akan menilai perkhidmatan berdasarkan penghantaran duta ke luar negara.
"Duta yang dilantik mestilah berintegriti bukan memberi ganjaran politik, ini kerana imej yang ditunjukkan adalah imej yang tidak baik," katanya kepada Harakahdaily.
Ketika ditanya adakah Zahrain layak dilantik sebagai duta, Khalid berkata, Zahrain tidak nampak ada kemampuan itu memandangkan di dalam Parlimen pun beliau kurang menyerlah dari segi idea pembangunan negara.
Melainkan, tambahnya Zahrain hanya lantang menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja di dalam parlimen.
"Kalau mesej itu sahaja yang nampak ia tidak ada benda yang boleh dibanggakan sepatutnya membawa idea-idea yang bernas untuk Malaysia," katanya.
Menteri Luar Datuk Anifah Aman mengesahkan Zahrain Hashim dilantik sebagai duta ke Indonesia.
Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib.
Katanya, itulah yang menjadi budaya di dalam Umno BN hari ini bukan memberi jawatan atas dasar kelayakan tetapi berdasarkan politik semata-mata.
Malah katanya, pelantikan ini memberi gambaran sebenar kepada negara luar kerana mereka sendiri akan menilai perkhidmatan berdasarkan penghantaran duta ke luar negara.
"Duta yang dilantik mestilah berintegriti bukan memberi ganjaran politik, ini kerana imej yang ditunjukkan adalah imej yang tidak baik," katanya kepada Harakahdaily.
Ketika ditanya adakah Zahrain layak dilantik sebagai duta, Khalid berkata, Zahrain tidak nampak ada kemampuan itu memandangkan di dalam Parlimen pun beliau kurang menyerlah dari segi idea pembangunan negara.
Melainkan, tambahnya Zahrain hanya lantang menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja di dalam parlimen.
"Kalau mesej itu sahaja yang nampak ia tidak ada benda yang boleh dibanggakan sepatutnya membawa idea-idea yang bernas untuk Malaysia," katanya.
Menteri Luar Datuk Anifah Aman mengesahkan Zahrain Hashim dilantik sebagai duta ke Indonesia.
Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-9-2013
Zahrain jadi duta, pejuang setia Umno dapat apa?
Harakahdaily, | 06 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Hashim dilaporkan akan dilantik sebagai duta ke Indonesia.
Perkara ini juga sudah pun disahkan oleh Menteri Luar, Anifah Aman petang semalam.
Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib.
Bagi penulis blog Shahbudin Husin, walaupun Zahrain menafikan perlantikannya sebagai ganjaran kerana meninggalkan Anwar dan menyokong kepimpinan Najib, tetapi rata-rata kalangan dalam Umno percaya tiada ada sebab atau merit lain yang boleh dijadikan sandaran kepada pelantikannya itu melainkan sebagai ‘upah’ atas pengorbanannya itu.
“Selain itu, perlantikannya sebagai duta ke Indonesia juga dikhabarkan untuk mengekang pengaruh Anwar di negara tersebut memandangkan Ketua Pembangkang itu dipercayai mempunyai pengaruh serta simpati yang besar di kalangan tokoh-tokoh politik di negara tersebut,” tulis beliau di dalam blognya semalam.
Baca di sini
Perkara ini juga sudah pun disahkan oleh Menteri Luar, Anifah Aman petang semalam.
Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib.
Bagi penulis blog Shahbudin Husin, walaupun Zahrain menafikan perlantikannya sebagai ganjaran kerana meninggalkan Anwar dan menyokong kepimpinan Najib, tetapi rata-rata kalangan dalam Umno percaya tiada ada sebab atau merit lain yang boleh dijadikan sandaran kepada pelantikannya itu melainkan sebagai ‘upah’ atas pengorbanannya itu.
“Selain itu, perlantikannya sebagai duta ke Indonesia juga dikhabarkan untuk mengekang pengaruh Anwar di negara tersebut memandangkan Ketua Pembangkang itu dipercayai mempunyai pengaruh serta simpati yang besar di kalangan tokoh-tokoh politik di negara tersebut,” tulis beliau di dalam blognya semalam.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-9-2013
Pak Samad ditahan polis awal pagi tadi
Muhammad Faizal, | 04 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said telah tahan di rumahnya dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 1 pagi tadi.
Beliau dalam satu kenyataan di twitter memberitahu telah dibawa oleh tiga orang anggota polis.
"Saya dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi. Saya dibawa 3 anggota polis," katanya di Twitter.
Penahanan tersebut dilakukan dipercayai berkaitan isu pengibaran bendera Sang Saka Malaya sewaktu beliau mendeklamasi puisi pada malam ambang kemerdekaan.
Peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen juga dilaporkan turut berada di IPD Dang Wangi bagi bantuan guaman kepada Sasterawan Negara itu.
Sementara itu, sasterawan negara itu memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa alasan yang diberikan untuk penahanan beliau adalah untuk "diambil keterangan".
Beliau dalam satu kenyataan di twitter memberitahu telah dibawa oleh tiga orang anggota polis.
"Saya dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi. Saya dibawa 3 anggota polis," katanya di Twitter.
Penahanan tersebut dilakukan dipercayai berkaitan isu pengibaran bendera Sang Saka Malaya sewaktu beliau mendeklamasi puisi pada malam ambang kemerdekaan.
Peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen juga dilaporkan turut berada di IPD Dang Wangi bagi bantuan guaman kepada Sasterawan Negara itu.
Sementara itu, sasterawan negara itu memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa alasan yang diberikan untuk penahanan beliau adalah untuk "diambil keterangan".
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-9-2013
Rupa-rupanya Najib berkecuali krisis di Mesir
Aslani M, | 03 Sep 2013 |
KOTA BHARU: Ketika rakyat dan pelbagai NGO mengutuk keras rampasan kuasa tentera di Mesir, sebaliknya Malaysia diberitahu Datuk Shahlan Ismail mengambil sikap berkecuali.
Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri malam tadi memberitahu kerajaan Malaysia mengambil sikap berkecuali tanpa menyokong mana-mana pihak yang sedang bertelagah di Mesir.
“Berbeza dengan pendekatan yang diambil perdana menteri dalam isu di selatan Thailand, Filipina dan bantuan kemanusiaan ke Acheh kerana telah mendapat keizinan kerajaan negara terbabit.
“Namun berlainan situasi di Mesir. Penyokong Ikhwan Muslimin gopoh mahu perubahan dilakukan lebih cepat sehingga akhirnya Dr Morsi jatuh,” katanya pada program bual bicara kendalian TV al-Hijrah.
Seorang lagi panelis pada program itu, ulama muda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya, manakala Amin Idris bertindak sebagai moderator.
Sedangkan sebelum ini pelbagai pihak mendesak kerajaan Malaysia mengambil sikap lebih jelas terhadap kudeta tentera di Mesir.
Shahlan biar pun nampak kepayahan menjawab soalan moderator tiba-tiba membongkar punca sebenar sikap membisu Datuk Seri Najib Razak terhadap krisis di Mesir.
Beliau yang memberitahu baru pulang dari Mesir bersama rombongan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh tidak mahu “melukakan hati” kerajaan sementara Mesir.
Sebaliknya hujahnya seakan-akan menyalahkan Ikhwanul Muslimin kerana disifatnya gagal bertindak seperti Erdogan di Turki, lebih bersikap sederhana selepas Justice and Development Party menang.
Bagaimanapun pandangan bekas calon BN di parlimen Pokok Sena itu jauh berbeza dengan seorang sarjana warga Mesir, Dr Alaa’ Hasni apabila menjelaskan pasukan polis dan tentera di Mesir paling brutal di dunia.
Beliau mendakwa tentera Mesir mendapat bantuan sebanyak RM1.3 bilion setahun daripada Amerika Syarikat.
Memberitahu forum anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia Cawangan Kelantan di Balai Islam malam kelmarin katanya, kira-kira 85 peratus keluasan bumi Mesir dikuasai pasukan tentera.
Dr Alaa yang juga pensyarah di UIAM berkata, kebangkitan Arab bermula di Mesir kerana rakyat tidak tahan dengan korupsi, penyelewengan dan kezaliman dilakukan Hosni Mubarak.
“Maka bermula Januari 2011 rakyat Mesir bangkit sehingga akhirnya Mubarak dijatuhkan dan rakyat selepas itu memilih pemimpin melalui demokrasi,” katanya.
Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus berkata, pendirian sebenar Malaysia terhadap konflik di Mesir terjawab sekarang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-9-2013
Awas tipu muslihat Amerika!
Syed Abdullah Syed Osman, |
Jangan terlalu awal kita bertepuk tangan apabila ratusan peluru barpandu Amerika Syarikat dan barat akan dilancarkan ke arah askar Presiden al-Assad. Hal ini kerana kita tidak tahu apa muslihat yang tersirat di sebalik 'Superman' hendak menyelamatkan rakyat Syria daripada kekejaman Presidennya itu.
Di atas kertas memang nampak cantik dan membantu tetapi sedarkah kita setiap kali Amerika Syarikat yang didalangi oleh rejim Yahudi itu melakukan sesuatu pasti akan menimpakan mala petaka kepada negara yang hendak diselamatkan itu.
Afghanistan, Iraq dan begitu juga Libya - pada mulanya rakyat negara-negara berkenaan begitu teruja dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Amerika Syarikat yang kononnya telah 'memerdekakan' mereka tetapi setelah beberapa tahun sahaja barulah rakyat negara berkenaan sedar bahawa mereka telah masuk kedalam perangkap permainan yang cukup licik dan terancang untuk memeras ugut dan menjajah secara tidak langsung negara tersebut. Pada masa yang sama negara yang telah dijajahkan itu akan dihuruharakan dengan masalah dalaman saperti perang saudara yang tidak berkesudahan itu.
Lihat semula sejarah bagaimana Amerika Syarikat memperalatkan Presiden Saddam Hussein. Iraq telah dibekalkan dengan senjata canggih termasuk senjata kimia untuk menyerang Iran dalam peperangan dari tahun 1980 hingga 1988 yang telah mengorbankan puluhan ribu nyawa kedua-dua belah pihak yang akhirnya peperangan itu dihentikan begitu sahaja apabila tentera Iraq gagal dalam misinya menawan Iran dibawah pimpinan Ayotollah Khomeni. Akhirnya Saddam Hussein itu sendiri menjadi mangsa percaturan dan perancangan jahat Amerika Syarikat.
Begitu juga huru-hara yang berlaku di Mesir ketika ini yang dipercayai bahawa dalang di belakang rampasan kuasa oleh pihak tentera Mesir itu sendiri adalah Amerika Syarikat dan Israel.
Soalannya adakah benar askar Syria menggunakan senjata gas kimia keatas penduduk Syria ataupun sebaliknya tentera rejim Yahudi yang melakukannya tetapi menuduh tentera Syria pula. Walauapapun sepatutnya diserahkan kepada pihak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat sebelum mengambil tindakan sewajarnya dan bukannya tentera Amerika yang cuba memandai-mandai menceroboh negara lain.
Di atas kertas memang nampak cantik dan membantu tetapi sedarkah kita setiap kali Amerika Syarikat yang didalangi oleh rejim Yahudi itu melakukan sesuatu pasti akan menimpakan mala petaka kepada negara yang hendak diselamatkan itu.
Afghanistan, Iraq dan begitu juga Libya - pada mulanya rakyat negara-negara berkenaan begitu teruja dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Amerika Syarikat yang kononnya telah 'memerdekakan' mereka tetapi setelah beberapa tahun sahaja barulah rakyat negara berkenaan sedar bahawa mereka telah masuk kedalam perangkap permainan yang cukup licik dan terancang untuk memeras ugut dan menjajah secara tidak langsung negara tersebut. Pada masa yang sama negara yang telah dijajahkan itu akan dihuruharakan dengan masalah dalaman saperti perang saudara yang tidak berkesudahan itu.
Lihat semula sejarah bagaimana Amerika Syarikat memperalatkan Presiden Saddam Hussein. Iraq telah dibekalkan dengan senjata canggih termasuk senjata kimia untuk menyerang Iran dalam peperangan dari tahun 1980 hingga 1988 yang telah mengorbankan puluhan ribu nyawa kedua-dua belah pihak yang akhirnya peperangan itu dihentikan begitu sahaja apabila tentera Iraq gagal dalam misinya menawan Iran dibawah pimpinan Ayotollah Khomeni. Akhirnya Saddam Hussein itu sendiri menjadi mangsa percaturan dan perancangan jahat Amerika Syarikat.
Begitu juga huru-hara yang berlaku di Mesir ketika ini yang dipercayai bahawa dalang di belakang rampasan kuasa oleh pihak tentera Mesir itu sendiri adalah Amerika Syarikat dan Israel.
Soalannya adakah benar askar Syria menggunakan senjata gas kimia keatas penduduk Syria ataupun sebaliknya tentera rejim Yahudi yang melakukannya tetapi menuduh tentera Syria pula. Walauapapun sepatutnya diserahkan kepada pihak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat sebelum mengambil tindakan sewajarnya dan bukannya tentera Amerika yang cuba memandai-mandai menceroboh negara lain.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-8-2013
Ketua Wira Perkasa terus serang PM
Abdul Aziz Mustafa, | 29 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris meneruskan serangannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membangkitkan isu murtad dan isu kalimah Allah pula.
Beliau mengaitkan kedua-dua isu itu dengan "betapa pentingnya kuasa yang menjadi penentu survival Islam Melayu di Malaysia ini".
"Kita dapat melihat betapa lemahnya pimpinan Hj Najib yang mana keputusan-keputusan Hj Najib banyak mmerugikan umat Islam Melayu di Negara ini.
"Ini adalah bibik-bibik sama seperti Kamal Antartuk yang menyebabkan kerajaan Uthmaniah (kerajaan Islam) tumbang.
"Apakah ini umat Islam mahukan?" tulis beliau dalam posting bertajuk "Akibat daripada pimpinan yang lemah" dalam blognya http://irwanfahmi.blogspot.com
Ahad lalu, Irwan menuntut Najib meletak jawatan kerana disifatkannya gagal mengurus negara dengan baik.
Tuntutan itu dibuatnya dalam posting blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan".
Dalam posting tersebut, Irwan membangkitkan kegagalan slogan "1Malaysia" Najib dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan".
"1Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti gagal.
"Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26 peratus dan undi kaum India. Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8 peratus. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat," tulis beliau.
Irwan juga dilaporkan berkata, Perdana Menteri sudah diberikan masa mencukupi, malah ketika pertemuan dengan Perkasa baru-baru ini, beliau menegaskan Perkasa menuntut Najib segera berubah dan mengutamakan kumpulan pengundi Melayu yang memilih untuk mengekalkan kerajaan.
"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius.
"Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga Akta Ordinan Darurat (EO) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
"Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," Malaysian Insider memetik beliau berkata.
Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil.
"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya.
"Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," kata Irwan lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka.
"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam pilihan raya umum (PRU) lepas," katanya.
Pendirian Irwan tidak memeranjatkan kerana umum melihat pendirian tidak banyak berbeza dengan pendirian Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Beliau menyatakan kekesalannya terhadap kerajaan yang disifatkannya tidak menghargai peranan mereka sebaik PRU berakhir.
"Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya," kata Ibrahim.
Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.
"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa.
"Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," kata Ibrahim lagi.

Sumber HD - 29-8-2013
1.4 juta Bangla: 'Anak di rumah mati kelaparan'
Hazayani Zakaria, | 29 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan membenarkan 1.4 juta pekerja Bangladesh dibawa masuk secara berperingkat ke negara menjelang awal tahun hadapan seperti 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.
Pengerusi Lajnah Buruh PAS Pusat, Anuar Tahir (gambar) berkata, tindakan kerajaan itu menggambarkan sikap kerajaan yang lebih mengutamakan pekerja asing berbanding pekerja tempatan.
"Lajnah Buruh PAS membantah keras keputusan kerajaan ini kerana malang kepada pekerja Malaysia apabila lebih mempercayai warga bangladesh berbanding pekerja tempatan.
"Program ini tidak dapat menyelesaikan masalah ketiadaan pekerjaan dalam kalangan rakyat sendiri," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut beliau juga, pekerja Bangladesh yang akan diberikan kad pengenalan khas itu dibimbangi akan disalahgunakan pihak tertentu bagi kepentingan mereka.
"Kita bimbang mereka yang mempunyai kad pengenalan khas ini akan dibenarkan mengundi pada pilihan raya akan datang," katanya.
Selain itu, beliau tidak menolak kemungkinan pengambilan pekerja Bangladesh itu merupakan satu helah majikan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minima.
"Tidak mustahil ini satu helah bagi syarikat swasta untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minima kerana mereka fikir pekerja luar tida terlalu mementingkan gaji yang tinggi berbanding pekerja tempatan yang akan menuntut gaji minima antara RM900 hingga RM1,000," katanya lagi.
Justeru tegasnya, kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri harus memikirkan semula keputusan tersebut bagi mengelakkan kebajikan pekerja tempatan terabai.
"PAS harap kerajaan fikir semula baik buruk keputusan ini sebelum sebarang insiden buruk terjadi kerana kemasukan beramai-ramai warga asing ke negara kita akan mengundang pelbagai masalah sosial seperti jenayah dan sebagainya," katanya.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kad pengenalan khas itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch & Go).
Menurutnya, kemasukan pekerja Bangladesh tersebut telah dipersetujui semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Menteri Dalam Negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan dan perkhidmatan.
Pengerusi Lajnah Buruh PAS Pusat, Anuar Tahir (gambar) berkata, tindakan kerajaan itu menggambarkan sikap kerajaan yang lebih mengutamakan pekerja asing berbanding pekerja tempatan.
"Lajnah Buruh PAS membantah keras keputusan kerajaan ini kerana malang kepada pekerja Malaysia apabila lebih mempercayai warga bangladesh berbanding pekerja tempatan.
"Program ini tidak dapat menyelesaikan masalah ketiadaan pekerjaan dalam kalangan rakyat sendiri," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut beliau juga, pekerja Bangladesh yang akan diberikan kad pengenalan khas itu dibimbangi akan disalahgunakan pihak tertentu bagi kepentingan mereka.
"Kita bimbang mereka yang mempunyai kad pengenalan khas ini akan dibenarkan mengundi pada pilihan raya akan datang," katanya.
Selain itu, beliau tidak menolak kemungkinan pengambilan pekerja Bangladesh itu merupakan satu helah majikan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minima.
"Tidak mustahil ini satu helah bagi syarikat swasta untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minima kerana mereka fikir pekerja luar tida terlalu mementingkan gaji yang tinggi berbanding pekerja tempatan yang akan menuntut gaji minima antara RM900 hingga RM1,000," katanya lagi.
Justeru tegasnya, kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri harus memikirkan semula keputusan tersebut bagi mengelakkan kebajikan pekerja tempatan terabai.
"PAS harap kerajaan fikir semula baik buruk keputusan ini sebelum sebarang insiden buruk terjadi kerana kemasukan beramai-ramai warga asing ke negara kita akan mengundang pelbagai masalah sosial seperti jenayah dan sebagainya," katanya.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kad pengenalan khas itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch & Go).
Menurutnya, kemasukan pekerja Bangladesh tersebut telah dipersetujui semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Menteri Dalam Negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan dan perkhidmatan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-8-2013
Sebab rakyat Malaysia tidak memasang bendera sambut merdeka terbongkar
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 27 Ogs 2013 |
Malaysiakini telah melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek melahirkan kekesalannya yang amat berikutan di Putrajaya sendiri masih kurang bendera dipasang.
Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, katanya..
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-8-2013
Rakyat Bangladesh didahulukan, pekerja Bangla diutamakan
Truper Malaya, |
Langkah kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh adalah amat dikesali. Sudah banyak kali kerajaan tunduk kepada majikan dan pihak lain berkepentingan. Sering kali juga kerajaan memberi berita gembira kepada menteri dari Bangladesh yang datang melawat.
Adakah kita sebegitu lemah hingga mudah tunduk kepada desakan negara Bangladesh yang sememangnya ingin seberapa ramai rakyat mereka meraih faedah ekonomi di sini?
Sebelum ini kerajaan meringankan pelaksanaan skim gaji minimum walaupun tujuan asalnya ialah menggalakkan majikan mengambil pekerja tempatan. 1.4 juta pekerja asing baru adalah satu jumlah yang sangat besar menyamai jumlah seluruh kakitangan awam di Malaysia.
Bilangan 1.4 juta ini pekerja baru ini jika ditambah dengan jumlah hampir 2 juta pekerja asing sah dan 1 juta pekerja asing yang bekerja secara haram sudah melebihi angka 4 juta orang.
Berapa juta agaknya peluang pekerjaan baru yang dapat diwujudkan dalam setahun? Jika 1.4 juta pekerja Bangladesh dibawa masuk dan dibenarkan bekerja di sektor perindustrian dan perkhidmatan maka apa akan jadi kepada anak-anak tempatan yang tidak mempunyai kelulusan tinggi.
Mengapa pekerja Bangladesh sentiasa menjadi 'anak emas' kerajaan Malaysia?
Zaman Tun Dr Mahathir pekerja Bangladesh tidak pula dibenarkan bekerja di mana mereka suka. Zaman Tun Abdullah Badawi pengambilan pekerja asing Bangladesh telah dibekukan. Tapi di zaman kerajaan yang sentiasa mendahulukan rakyat ini bukan sahaja membenarkan pengambilan semula tetapi meningkatkan jumlahnya secara ketara.
Tidak cukupkan masalah yang timbul apabila jumlah warga Bangladesh ini menjadi majoriti di sesuatu kawasan?
Lihat sendiri Chinatown di Petaling Street pun boleh bertukar menjadi BanglaTown. Sekarang ini warga Bangladesh sudah ramai yang berniaga dan bekerja sendiri.
Malah ramai yang ada taraf penduduk tetap dan dapat berkahwin dengan wanita tempatan dengan mengenepikan peraturan yang melarang pekerja asing berkahwin dengan rakyat tempatan jika tidak mahu permit kerja dibatalkan. Itu belum dikira lagi kes-kes maksiat seperti zina dan khalwat yang melibatkan lelaki Bangladesh dan perempuan Melayu.
Apakah kerajaan nak merosakkan lagi akhlak perempuan Melayu yang mudah tergoda dengan pujuk rayu lelaki asing?
Rakyat Bangladesh ramai yang terlibat dengan kes culik rakan senegara demi mendapat wang. Fikrkanlah jika mereka sanggup mengkhianati rakyat senegara demi duit apa yang mereka boleh lakukan kepada rakyat kita.
Jumlah warga Bangladesh di Malaysia sangat ramai dan bekerja di hampir semua sektor kecuali sektor awam. Paling menyedihkan kerja peringkat penyeliaan dan memerlukan sijil juga diberi kepada mereka. Itu belum lagi yang curi-curi menjadi pemandu teksi dan pengawal keselamatan sekaligus melanggar peraturan. Pihak berkuasa cepat menangkap rakyat sendiri yang melakukan kesalahan tetapi sering terlepas pandang kesalahan warga asing ini.
Pengambilan terlalu ramai pekerja asing akan menyebabkan generasi muda yang tiada kelulusan tinggi hanyut dengan pelbagai masalah sosial akibat tiada pekerjaan tetap. Masih ramai anak-anak Melayu, Cina, India , Orang Asli, Sabah dan Sarawak yang mengganggur dan perlu pembelaan kerajaan.
Adakah kita sebegitu lemah hingga mudah tunduk kepada desakan negara Bangladesh yang sememangnya ingin seberapa ramai rakyat mereka meraih faedah ekonomi di sini?
Sebelum ini kerajaan meringankan pelaksanaan skim gaji minimum walaupun tujuan asalnya ialah menggalakkan majikan mengambil pekerja tempatan. 1.4 juta pekerja asing baru adalah satu jumlah yang sangat besar menyamai jumlah seluruh kakitangan awam di Malaysia.
Bilangan 1.4 juta ini pekerja baru ini jika ditambah dengan jumlah hampir 2 juta pekerja asing sah dan 1 juta pekerja asing yang bekerja secara haram sudah melebihi angka 4 juta orang.
Berapa juta agaknya peluang pekerjaan baru yang dapat diwujudkan dalam setahun? Jika 1.4 juta pekerja Bangladesh dibawa masuk dan dibenarkan bekerja di sektor perindustrian dan perkhidmatan maka apa akan jadi kepada anak-anak tempatan yang tidak mempunyai kelulusan tinggi.
Mengapa pekerja Bangladesh sentiasa menjadi 'anak emas' kerajaan Malaysia?
Zaman Tun Dr Mahathir pekerja Bangladesh tidak pula dibenarkan bekerja di mana mereka suka. Zaman Tun Abdullah Badawi pengambilan pekerja asing Bangladesh telah dibekukan. Tapi di zaman kerajaan yang sentiasa mendahulukan rakyat ini bukan sahaja membenarkan pengambilan semula tetapi meningkatkan jumlahnya secara ketara.
Tidak cukupkan masalah yang timbul apabila jumlah warga Bangladesh ini menjadi majoriti di sesuatu kawasan?
Lihat sendiri Chinatown di Petaling Street pun boleh bertukar menjadi BanglaTown. Sekarang ini warga Bangladesh sudah ramai yang berniaga dan bekerja sendiri.
Malah ramai yang ada taraf penduduk tetap dan dapat berkahwin dengan wanita tempatan dengan mengenepikan peraturan yang melarang pekerja asing berkahwin dengan rakyat tempatan jika tidak mahu permit kerja dibatalkan. Itu belum dikira lagi kes-kes maksiat seperti zina dan khalwat yang melibatkan lelaki Bangladesh dan perempuan Melayu.
Apakah kerajaan nak merosakkan lagi akhlak perempuan Melayu yang mudah tergoda dengan pujuk rayu lelaki asing?
Rakyat Bangladesh ramai yang terlibat dengan kes culik rakan senegara demi mendapat wang. Fikrkanlah jika mereka sanggup mengkhianati rakyat senegara demi duit apa yang mereka boleh lakukan kepada rakyat kita.
Jumlah warga Bangladesh di Malaysia sangat ramai dan bekerja di hampir semua sektor kecuali sektor awam. Paling menyedihkan kerja peringkat penyeliaan dan memerlukan sijil juga diberi kepada mereka. Itu belum lagi yang curi-curi menjadi pemandu teksi dan pengawal keselamatan sekaligus melanggar peraturan. Pihak berkuasa cepat menangkap rakyat sendiri yang melakukan kesalahan tetapi sering terlepas pandang kesalahan warga asing ini.
Pengambilan terlalu ramai pekerja asing akan menyebabkan generasi muda yang tiada kelulusan tinggi hanyut dengan pelbagai masalah sosial akibat tiada pekerjaan tetap. Masih ramai anak-anak Melayu, Cina, India , Orang Asli, Sabah dan Sarawak yang mengganggur dan perlu pembelaan kerajaan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-8-2013
Pemandu teksi di Malaysia paling bertuah?
http://wfauzdin.blogspot.com, | 22 Ogs 2013 |
DREBAR TEKSI DI MALAYSIA PALING BERTUAH !!
KITA masih tidak lupa sebelum PRU 13 yang lalu, bagaimana Persatuan Teksi telah mengangkat 'sumpah' di hadapan Najib untuk menyokong Bn di dalam PRU 13. Angkat 'sumpah' itu dilakukan mungkin kerana termakan budi kerana sebelum itu para pemandu teksi dapat BT1M (Bantuan Tayar 1 Malaysia).
Sebelum itu, Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim beberapa kali menegaskan bahawa sekiranya PR mengambil alih Putrajaya, bukan sahaja harga minyak petrol akan diturunkan bahkan pemandu-pemandu teksi akan mendapat permit sendiri dan ini boleh menguntungkan setiap pemandu teksi. Berapa kerat pemandu teksi yang percaya janji-janji Anwar? Mereka kebanyakan begitu percaya dengan Najib dan sebab itulah tidak ada rasa apa-apa sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada BN.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-8-2013
NGO serah memo ke kedutaan AS bantah TPPA
Anis Nazri, | 21 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan aman di hadapan Kedutaan Amerika, akan diadakan, Jumaat ini bagi menyatakan bantahan terhadap perjanjian Trans Pacific Partnership (TPPA) yang berada dalam pusingan akhir rundingan.
Perhimpunan itu dianjurkan sebuah badan NGO yang menamakan mereka sebagai 'Bantah TPPA' dengan tujuan menggerakkan tekanan masyarakat terhadap kerajaan untuk tidak menandatangani perjanjian tersebut.
Pada masa sama, satu memorandum bantahan akan diserahkan kepada wakil kedutaan bagi menyatakan pendirian rakyat Malaysia berhubung pelaksanaan TPPA ini.
Himpunan tersebut bermula jam 2.30 petang, selepas solat Jumaat dan peserta diminta berkumpul di hadapan Bangunan Tabung Haji sebelum berarak ke kedutaan.
Aktivis Pengupayaan Insan (Api), Nurfitri Amir, berkata memorandum yang bakal diserahkan ke kedutaan itu membawa mesej membantah TPPA tajaan Amerika campur tangan ruang polisi negar dan memperjudiakn masa depan negara.
"Bertemakan 'Stop Neo Kolonism, Kekalkan Kemerdekaan, Tolak TPPA', himpunan sempena persidangan terakhir di Brunei mengenai TPPA ini, para peserta dinjurkan untuk membwa bendera Malaysia bersama," kata beliau pada satu sidang media, di ibu kota hari ini.
Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai untuk turun serta menyertai himpunan tersebut bagi memastikan kerajaan tidak membuat keputusan tanpa mengambilkira pandangan rakyat Malaysia.
Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Positive Mlaysia Treatment Access and Advocacy Group (MTAAG), Edward Low; wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Abdul Muqit Mohamad, dan penyelaras Suaram, Shukri Ab Razab.
Isu berkaitan TPP ini timbul apabila sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tahu-menahu berhubung TPPA ini, sebelum lima perkara antara 29 perkara dalam TPPA itu dibocorkan baru-baru ini.
Beberapa NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) membantah rundingan yang dilakukan secara rahsia antara wakil Malaysia melalui MITI dengan AS kerana beranggapan rakyat Malaysia perlu dimaklumkan berkenaan kebaikan dan kesan dari TPPA itu.
Edwrd Low (Wakil SMM) : http://www.youtube.com/watch?v=nortwzgunuY&feature=youtu.be
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-8-2013
CCRIS: Cara BN hukum rakyat
Salmiyah Harun, | 21 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: BN dilihat tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat apabila mengambil mengambil pendekatan menghukum berbanding mencari mekanisme penyelesaian secara adil kepada rakyat dalam isu pendidikan di negara ini.
Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman berkata, pelaksanaan CCRIS kepada peminjam PTPTN akan menjadi beban kepada ibu bapa dan pelajar kerana memberi kesan terhadap kelulusan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli kenderaan, pembelian rumah dan sebagainya adalah amat mendukacitakan dan jelas menzalimi rakyat.
"Cuba bayangkan anak- anak yang masih belum mendapat peluang pekerjaan tetapi terpaksa membayar pinjaman PTPTN dan jika telah diklasifikasikan sebagai engkar , maka akan di 'black list' atau 'disenarai hitamkan' sekaligus berdepan dengan tindakan akibat pelaksanaan CCRIS yang jelas tidak prihatin dalam mengurangkan beban rakyat.
"Seolah - olah kerajaan BN tidak prihatin dan ingin menzalimi rakyat kerana seharusnya ada jalan penyelesaian atau mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah pelajar yang belum berpeluang mendapat pekerjaan selain daripada pelaksanaan CCRIS ini," tegas beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik kebangsaan( PENDIDIK) .
Jelasnya, mereka yang terlibat dalam membuat pinjaman PTPTN seharusnya mendapat pertimbangan atas faktor belum lagi mendapat pekerjaan, dan bukan sengaja tidak mahu membayar pinjaman PTPTN.
Misalnya kata beliau, kaedah pungutan kutipan pembayaran semula dengan mengambilkira insentif yang bakal diberi sekiranya membuat pembayaran PTPTN adalah salah satu cara menggalakkan peminjam melunaskan pembayaran, bukan dengan 'menghukum' mereka melalui pelaksanaan CCRIS.
"Barangkali, kaedah 'pembayaran lebih anjal'' perlu diperkenalkan kepada mereka," ujarnya.
CCRIS adalah mekanisme yang telah diwujudkan untuk menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan kepada institusi kewangan.
Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman berkata, pelaksanaan CCRIS kepada peminjam PTPTN akan menjadi beban kepada ibu bapa dan pelajar kerana memberi kesan terhadap kelulusan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli kenderaan, pembelian rumah dan sebagainya adalah amat mendukacitakan dan jelas menzalimi rakyat.
"Cuba bayangkan anak- anak yang masih belum mendapat peluang pekerjaan tetapi terpaksa membayar pinjaman PTPTN dan jika telah diklasifikasikan sebagai engkar , maka akan di 'black list' atau 'disenarai hitamkan' sekaligus berdepan dengan tindakan akibat pelaksanaan CCRIS yang jelas tidak prihatin dalam mengurangkan beban rakyat.
"Seolah - olah kerajaan BN tidak prihatin dan ingin menzalimi rakyat kerana seharusnya ada jalan penyelesaian atau mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah pelajar yang belum berpeluang mendapat pekerjaan selain daripada pelaksanaan CCRIS ini," tegas beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik kebangsaan( PENDIDIK) .
Jelasnya, mereka yang terlibat dalam membuat pinjaman PTPTN seharusnya mendapat pertimbangan atas faktor belum lagi mendapat pekerjaan, dan bukan sengaja tidak mahu membayar pinjaman PTPTN.
Misalnya kata beliau, kaedah pungutan kutipan pembayaran semula dengan mengambilkira insentif yang bakal diberi sekiranya membuat pembayaran PTPTN adalah salah satu cara menggalakkan peminjam melunaskan pembayaran, bukan dengan 'menghukum' mereka melalui pelaksanaan CCRIS.
"Barangkali, kaedah 'pembayaran lebih anjal'' perlu diperkenalkan kepada mereka," ujarnya.
CCRIS adalah mekanisme yang telah diwujudkan untuk menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan kepada institusi kewangan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-8-2013
CCRIS: Kerajaan lebih teruk daripada along
Harakahdaily, | 21 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: “Kerajaan lebih teruk daripada along,” luah Setiausaha Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) Pulau Pinang, Kumaresan Aramugam (gambar).
Menurut beliau, langkah kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar untuk membayar balik pinjaman adalah lebih teruk daripada along yang mengutip pinjaman.
Melalui CCRIS kerajaan akan berkerjasama dengan Bank Negara untuk mempengaruhi kelulusan permohonan peminjam PTPTN daripada institusi kewangan.
Mereka yang ingkar untuk membayar balik pinjaman PTPTN akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan yang lain terutamnya apabila membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, dan sebagainya.
“Maknanya bank akan menilai setiap rekod pembayaran sebelum memberi mereka pinjaman,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut Kumaresan, hal ini akan merunsingkan lagi peminjam PTPTN ketika mereka membuat permohonan pinjaman di institusi kewangan atau bank.
Katanya lagi, Kerajaan sepatutnya menggunakan kaedah yang lebih mesra untuk mengutip semula pinjaman PTPTN dan bukannya dengan cara kasar dan membebankan seperti itu.
Buat masa ini, ujarnya ramai dalam kalangan graduan yang baru habis belajar memperolehi pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000 dan mereka juga mempunyai perbelanjaan lain seperti tanggungan keluarga, pembayaran ansuran kereta, sewa rumah dan sebagainya.
Beliau menambah, dengan kadar inflasi negara yang tidak menentu harga barangan harian juga semakin mahal dan sekiranya kerajaan menekan peminjam PTPTN untuk membayar balik pinjaman tanpa sebarang mekanisma yang mesra, maka ia juga sama seperti along yang mengutip semula hutang mereka.
Menurut beliau, langkah kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar untuk membayar balik pinjaman adalah lebih teruk daripada along yang mengutip pinjaman.
Melalui CCRIS kerajaan akan berkerjasama dengan Bank Negara untuk mempengaruhi kelulusan permohonan peminjam PTPTN daripada institusi kewangan.
Mereka yang ingkar untuk membayar balik pinjaman PTPTN akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan yang lain terutamnya apabila membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, dan sebagainya.
“Maknanya bank akan menilai setiap rekod pembayaran sebelum memberi mereka pinjaman,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut Kumaresan, hal ini akan merunsingkan lagi peminjam PTPTN ketika mereka membuat permohonan pinjaman di institusi kewangan atau bank.
Katanya lagi, Kerajaan sepatutnya menggunakan kaedah yang lebih mesra untuk mengutip semula pinjaman PTPTN dan bukannya dengan cara kasar dan membebankan seperti itu.
Buat masa ini, ujarnya ramai dalam kalangan graduan yang baru habis belajar memperolehi pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000 dan mereka juga mempunyai perbelanjaan lain seperti tanggungan keluarga, pembayaran ansuran kereta, sewa rumah dan sebagainya.
Beliau menambah, dengan kadar inflasi negara yang tidak menentu harga barangan harian juga semakin mahal dan sekiranya kerajaan menekan peminjam PTPTN untuk membayar balik pinjaman tanpa sebarang mekanisma yang mesra, maka ia juga sama seperti along yang mengutip semula hutang mereka.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-8-2013
Berita cemas buat warga pekerja...
http://addin77.blogspot.com, | 20 Ogs 2013 |
Hutang Negara semakin membengkak... Wang Rakyat Jadi Habuan... BN Kata Kewangan Negara Mantap... Rakyat Tertipu Lagi....
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-8-2013
Mesir: Mahukah Najib ikut nasihat Bung, Khairy
Nazri Abdullah, | 19 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Mungkin agak mustahil bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendegar desakan pemimpin Pakatan Rakyat agar memanggil Sidang Khas Parlimen berhubung isu Mesir.
Terbaru, biarpun agak lambat sedikit dari Pakatan Rakyat, desakan serupa mula kedengaran dari pemimpin dan ahli parlimen BN sendiri dan terbaru oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.
Bung Mokhtar seperti dilaporkan sebuah akhbar versi online mendesak, ianya segera diadakan kerana agak terlambat jika menunggu persidangan Parlimen akan datang yang hanya akan bersidang 23 September depan.
"Sehari suntuk memadai bagi membincangkan perkara ini," katanya.
Sebelum ini, sejak berlaku insiden pembunuhan beramai-ramai yang menyaksikan lebih 2,500 terbunuh di Medan Raba'ah 14 Ogos lalu, pemimpin Pakatan Rakyat dengan nada tegas mengutuk kekejaman itu.
Mereka turut mendesak Najib selaku ketua parlimen Malaysia segera memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan kemelut itu.
Desakan itu sebelum ini dilontarkan Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar dan turut disokong Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pakatan Rakyat juga menyatakan kesediaan memberi sokongan kepada usul mengutuk kekejaman itu jika dibawa oleh kerajaan pada persidangan khas itu.
Namun, sehingga hari ini, kenyataan-kenyataan Najib tentang insiden itu dilihat bayak pihak sebagai lemah dan tidak menggambarkan pendirian dalam isu tersebut.
Pandangan itu turut disahkan Bung Mokhtar bahawa Malaysia perlu menyatakan pandangan lebih tegas, meskipun sebelum ini telah menyatakan pendirian menolak keganasan oleh kerajaan sementara Mesir.
Namun persoalannya kini tetap serupa, apakah Najib sedia mendengar desakan-desakan ini.
Selain Bung Mokhtar, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga sebelum ini tegas menyatakan pendirian mengutuk keras keganasan yang dilakukan pihak berkuasa terhadap masyarakat awam di sana.
Ahli Parlimen Rembau itu dalam satu kenyataan kelmarin berkata, kekecohan di negara itu adalah akibat rampasan kuasa yang dilakukan pihak ketenteraan terhadap pemerintahan Morsi yang dipilih sebagai Presiden melalui proses pilihan raya yang sah.
"Apabila pihak tertentu melanggar prinsip demokrasi dengan menggulingkan Mursi, itu secara jelas telah mengkhianati amanah rakyat," katanya.
Khairy dilihat satu-satunya pemimpin Umno setakat ini yang secara jelas mengiktiraf Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah, dan menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera.
Nada beliau cukup berbeza dengan pemimpin Umno lain termasuk Najib sendiri.
Kini rakyat sedang menunggu apa pula sikap Najib selepas ahli parlimen Umno sendiri melontarkan desakan serupa agar sidang khas parlimen segera diadakan.
Dalam Pada itu, PAS pada Sabtu lalu mengadakan Himpunan Munajat 100K, bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir yang sedang berdepan dengan kezaliman tentera.
Himpunan yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu menyaksikan lebih 10 ribu umat Islam hadir mendoakan keselamatan rakyat Mesir.
Dalam program itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri mengepalai munajat membantah kekejaman tentera Mesir tersebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-8-2013
Kenyataan Najib mengenai tragedi berdarah di Mesir...
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 15 Ogs 2013 |
Aku pasti ramai yang ternanti-nanti apakah kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengenai tragedi 'Syawal Berdarah' yang telah berlaku di Mesir semalam.
Apakah beliau yang juga Presiden UMNO yang kononnya memperjuangkan bangsa dan agama Islam akan mengutuk tindakan kejam pihak yang merampas kuasa di Mesir atau berdiam diri sahaja.
Baca lagi
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-8-2013
Garisan Merah: Malaysia tidak harus setuju TPPA
Harakahdaily, | 14 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak harus menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sekiranya ‘Garisan Merah' yang dikemukakan oleh kumpulan-kumpulan masyarakat sivil tidak diterima oleh negara-negara TPPA lain.
Kumpulan-kumpulan masyarakat sivil, termasuk CAP dan Sahabat Alam Malaysia dan lain-lain pertubuhan alam sekitar, sosial, kesihatan dan organisasi buruh telah mengeluarkan satu set ‘Garisan Merah' atas permintaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memberi maklumbalas pada hari terbuka yang diadakan pada 1 Ogos 2013.
Demikian ditegaskan Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, 'Garisan Merah' yang merangkumi banyak perkara dalam TPPA termasuk perdagangan barangan, perkhidmatan, pelaburan, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, perolehan kerajaan, persaingan dan perusahaan milik kerajaan, hak harta intelektual, kesihatan awam, keselamatan makanan dan pelabelan, produk halal dan lain-lain telah dihantar kepada semua Menteri Kabinet, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada 12 Ogos, 2013.
'Garisan Merah' tersebut, ujarnya mencerminkan kebimbangan utama kami mengenai kesan negatif TPPA kepada rakyat Malaysia, memandangkan TPPA adalah dimodelkan dari template Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Syarikat (USFTA) yang lain.
Beliau berkata, suatu perbandingan semua USFTA yang lepas menunjukkan bahawa US mempunyai template yang kuat dan mungkin hanya 5% daripada teks FTA yang dicadangkan boleh diubah.
Katanya, negara-negara lain yang merunding USFTA sering menyedari bahawa template US yang tidak fleksibel adalah tidak sesuai dengan mereka dan setelah memulakan rundingan USFTA, tidak melengkapkannya.
Menurutnya, daripada 63 buah negara yang telah memulakan rundingan USFTA, 43 negara telah tarik diri apabila mereka menyedari peruntukan US tidak memihak kepada kepentingan negara mereka.
Ini, ujar beliau termasuk Malaysia, di mana di bawah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memutuskan untuk tidak menandatangani USFTA. Menurut laporan, Kabinet dahulu mempunyai 58 Garisan Merah, berdasarkan tuntutan Amerika Syarikat.
Justeru, tegasnya Malaysia tidak harus menandatangani TPPA berdasarkan Garisan Merah yang dilampirkan, kerana pihaknya mempunyai keraguan serius US akan menerima Garisan Merah ini, setelah mempertimbangkan pengalaman lampau negara-negara lain dengan US.
“Dengan ini kami menyeru kepada kerajaan supaya tidak menandatangani TPPA. Malaysia harus keluar dari rundingan TPPA sekarang, memandangkan negara-negara lain juga telah menarik diri dari rundingan USFTA sebelumnya.
“Kerajaan Malaysia harus mementingkan rakyat jelata dan bukan menjaga kepentingan korporat/komersial. Kami menggesa kerajaan Malaysia untuk tarik diri daripada TPPA sekarang,” ujarnya lagi.
Garisan Merah (Red Lines) Masyarakat Sivil Malaysia dalam Rundingan TPPA
1. Bab Perdagangan Barangan (Trade in Goods)
(a) Tidak harus ada penghapusan tarif (tarif sifar) yang meliputi semua produk. Perlu ada pengecualian untuk produk sensitif (pengeluar tempatan akan terjejas jika terdapat penghapusan tarif atau pengurangan tarif yang curam). Oleh itu perlu ada pengecualian bagi beras, produk makanan yang lain, tanaman tembakau, alkohol, sektor automobil dan lain-lain produk industri sensitif di mana terdapat pengeluaran tempatan.
(b) Tidak harus ada pengharaman atau sekatan ke atas cukai eksport. Malaysia bergantung kepada cukai eksport untuk membolehkan pemprosesan tempatan dan pengeluaran beberapa komoditi, termasuk kayu-kayan, perikanan, minyak sawit. Cukai eksport juga merupakan sumber pendapatan kerajaan.
(c) Tidak harus ada "yarn forward rule" dalam industri tekstil dan pakaian (di mana pengeluar pakaian di Malaysia perlu mengambil stok benang hanya dari negara-negara TPP, sekali gus meningkatkan kos pengeluaran).
2. Bab Perkhidmatan (Services)
(a) Bab perkhidmatan perlu merangkumi liberalisasi secara senarai positif bukan secara senarai negatif seperti yang dituntut. Dalam rangka senarai negatif, semua sektor dianggap liberal sepenuhnya melainkan diletakkan di “senarai negatif”. Bahayanya termasuk semua sektor baru (yang tidak disenaraikan) secara automatik dibuka kepada syarikat-syarikat dari negara-negara TPP lain; dan sektor-sektor yang sedia ada yang kemudiannya negara memutuskan untuk dibangunkan di peringkat tempatan, sudah terbuka.
3. Bab Pelaburan (Investment)
(a) Tidak perlu bab pelaburan.
(b) Sekiranya bab pelaburan masih ada, Malaysia tidak harus bersetuju kepada mekanisme atau peruntukan penyelesaian pertikaian pelabur - negeri (Investor-to-State Dispute Settlement - ISDS) kerana kerajaan akan terdedah kepada tuntutan dan tindakan undang-undang daripada pelabur asing dari negara-negara TPP.
(c) Ia tidak harus menyekat peraturan aliran kapital; dan dengan itu bab ini tidak patut mengharuskan pergerakan bebas aliran kapital.
(d) Tidak harus ada peruntukan mengenai "layanan yang adil dan saksama."
(e) Tidak harus ada peruntukan pengambilalihan (expropriation). Sekurang-kurangnya, tidak harus ada peruntukan mengenai pengambilalihan/ rampasan yang merangkumi "pengambilalihan tidak langsung."
(f) Tidak harus ada sekatan ke atas keperluan prestasi di luar ketetapan WTO.
(g) Ia tidak mengikat kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan kerana sudah ada beberapa pertikaian pelaburan yang mengakibatkan kerajaan persekutuan untuk membayar ganti rugi wang bagi pelanggaran peruntukan perlindungan pelaburan oleh kerajaan negeri / tempatan.
4. Perolehan Kerajaan (Government Procurement)
(a) Tidak harus ada sebarang bab perolehan kerajaan.
(b) Jika masih terdapat bab ini, ia mesti mempunyai peruntukan atau pengecualian yang berkesan yang membenarkan kebebasan untuk Malaysia mengekalkan dasar memberi keutamaan untuk pembekal tempatan, dan untuk menetapkan keistimewaan untuk masyarakat tempatan tertentu, berdasarkan objektif negara.
(c) Jika terdapat bab perolehan kerajaan, ia perlu mempunyai tahap ambang yang cukup tinggi dan memadai.
(d) Ia juga perlu membenarkan ofset (penggantian) yang mencukupi.
5. Harta intelek (Intellectual Property – IP)
(a) Tidak harus ada bab harta intelek.
(b) Jika terdapat bab IP, ia tidak seharusnya melampaui Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai Perdagangan Berkaitan Aspek Hak Harta Intelek (World Trade Organization’s Agreement on Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights –TRIPS).
(c) Paling penting, sepatutnya tidak ada sebarang pelanjutan tempoh paten.
(d) Tidak perlu sebarang peruntukan yang memerlukan eksklusiviti data, hubungan antara status paten dan pendaftaran perubatan, paten utuk kegunaan baru atau pengharaman ke atas pra-geran pembangkang paten, dan lain-lain.
(e) Tidak harus ada lanjutan untuk jangka hak cipta.
(f) Tidak harus ada peruntukan yang memerlukan paten ke atas tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma yang berlaku secara semulajadi. (Ini akan menentang Akta Paten 1983.)
(g) Tidak harus ada sebarang peruntukan yang memerlukan Malaysia untuk menyertai Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 1991. (Convention for the Protection of New Varieties of Plants – UPOV). Malaysia sudah mempunyai Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 yang tidak mesti dipinda oleh kerana peruntukan TPPA).
(h) Tidak perlu apa-apa peruntukan yang memerlukan Malaysia untuk menyertai Perjanjian Budapest Mengenai Pengiktirafan Antarabangsa Penyerahan Mikroorganisma untuk Tujuan Prosedur Paten [Budapest Treaty on the International Recognition of the Deposit of Microorganisms for the Purposes of Patent Procedure] (1977), sebagaimana yang dipinda pada tahun 1980.
6. Persaingan and Perusahaan Milik Kerajaan (Competition & State Owned Enterprises)
(a) Tidak harus ada bab persaingan
(b) Sekiranya ada bab persaingan, ia tidak boleh dikuatkuasakan melalui penyelesaian pertikaian kerajaan-kerajaan.
(c) Tidak harus ada sebarang peruntukan atau seksyen mengenai perusahaan milik kerajaan,kerana ini akan menyekat operasi atau daya maju mereka.
7. Bab Perkhidmatan Kewangan (Financial Services)
(a) Bab ini tidak harus memerlukan Malaysia untuk meliberalisasikan perkhidmatan kewangan atau mengikat tahap keterbukaan kewangannya.
(b) Ia dalam apa jua cara tidak mengurangkan keupayaan atau ruang dasar Malaysia untuk mengawal selia sektor kewangan, terutamanya bagi tujuan kestabilan kewangan.
(c) Malaysia tidak boleh dihalang daripada mempunyai ruang dasar maksimum untuk memperkenalkan atau mengukuhkan kawalan kapital dalam aliran masuk dan aliran keluar dana.
(d) Bab ini tidak harus memerlukan Malaysia membuka kepada penubuhan atau penyebaran instrumen kewangan yang baru, terutamanya yang diperkenalkan oleh institusi asing, kerana risikonya kurang diketahui.
8. Telekomunikasi
(a) Tidak harus ada bab telekomunikasi.
(b) Sebarang bab telekomunikasi tidak harus mempunyai obligasi tambahan mensasarkan 'pembekal utama' seperti Telekom Malaysia (kerana keuntungan dan keupayaan untuk mencapai objektif sosial Telekom Malaysia boleh terjejas)
9. Keselamatan Makanan dan Pelabelan
(a) Tidak harus ada sebarang peruntukan (contohnya dalam bab mengenai technical barriers to trade (TBT) atau sanitary and phytosanitary (SPS) yang menyekat keupayaan Malaysia untuk mengawal selia bagi tujuan keselamatan makanan; khususnya TPP tidak harus mempunyai peruntukan perubahan kepada undang-undang yang sedia ada [iaitu Akta Biokeselamatan 2007 dan Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2010] yang memperuntukkan pengenalpastian dan pelabelan organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) dan hasilan organisma sedemikian, termasuk makanan GM.
10. Kesihatan Awam
(a) TPPA mestilah tidak mengandungi peruntukan-peruntukan yang mengurangkan keupayaan pesakit dan kerajaan untuk mendapatkan ubat-ubatan pada harga yang berpatutan.
(b) Ia tidak harus mempunyai sebarang peruntukan yang tidak menggalakkan atau menghalang daya maju dan pertumbuhan pengeluaran dan penggunaan ubat-ubatan generik.
(c) Langkah-langkah kawalan tembakau (seperti peraturan mengenai pembungkusan rokok, dan pengiklanan produk tembakau) harus jelas dikecualikan daripada TPP.
(d) TPP mestilah tidak menyekat keupayaan kerajaan untuk menghendaki pengisytiharan bahan kuantitatif atau label amaran kesihatan pada alkohol dalam cara yang besar dan menonjol seperti yang dihasrat untuk tujuan kesihatan pengguna
11. Produk Halal
(a) TPP tidak seharusnya mengurangkan keupayaan kerajaan untuk mengawal produk halal. Oleh itu perlu ada pengecualian dari TPP bagi peraturan-peraturan mengenai produk halal.
12. Pengecualian
(a) Bab pengecualian perlu mempunyai pengecualian berkesan (contohnya untuk krisis kewangan, kesihatan, alam sekitar, perlindungan pengguna, halal dan lain-lain) yang dikenakan kepada semua bab.

Sumber HD - 14-8-2013
Metallica: Surat terbuka buat YB Khairy
Ahmad Nazri Khamis, |
Buat YB, Menteri Belia dan Sukan
Salam buat YB, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan salam untuk kita sama-sama kekalkan semangat
Syawal. Kita sesama muslim dan kami pasti YB tahu batas-batas sebagai seorang muslim, itu harapan kami.
Kami ulangi, YB telahpun dinaikkan oleh Allah swt ke jawatan Menteri Belia yang mana di dalam kerajaan yang baru mendapat mandat ini YB adalah orang yang memegang amanah dan bertanggungjawab membentuk belia-belia dalam negara ini menjadi generasi berguna, acuan sekarang di tangan YB dan YB mampu mencorak warna putih ataupun warna hitam, “up to you”.
Pada 21 Ogos 2013 dikatakan Kumpulan Rock Keras iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka yang mana tiket akan dibuka jualannya pada Sabtu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadhan.
Saya melihat YB merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB “…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura..” kenyataan itu sangat bahaya buat kami sebab cara hidup ahli kumpulan tersebut jauh tersasar daripada manusia normal dan bayangkanlah bagaimana anak muda kita menjadi cara hidup mereka sebagai ikon?.
Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?. Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memaksa kami menyatakan pendirian, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?
Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah, hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat.
YB,
Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini akan lebih parah serta selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik.
Bantahan kami, ABC Band bukan Kumpulan Metallica sahaja malah semua artis yang mana pendekatan mereka jauh daripada adab dan akhlak. Mencegah lebih baik daripada Mengubati
Semoga Allah beri hidayah kepada YB.
Terima kasih YB
Ahmad Nazri Khamis
Penyanyi (1) ABC Band
Batu Pahat, Johor

Sumber HD - 13-8-2013
Kenapa Kuan Yew seronok BN terus perintah M’sia?
Harakahdaily, | 12 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini secara terbuka mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menyatakan beliau dan negara jiran yang dipimpin anak sulungnya itu lebih selesa dan seronok jika Umno BN terus menjadi parti pemerintah di Malaysia jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat.
“Beliau amat mengharapkan agar Umno BN terus menjadi parti pemerintah di Malaysia,” tulis blogger Omak Kau.
Justeru, blogger itu mencari alasan-alasan mengapa Lee Kuan Yew berkata sedemikian.
Mengikut tafsiran dan pandangan Omak Kau, dengan bersandarkan kepada sejarah dan pengalaman antara kedua buah negara, maka blogger itu membuat kesimpulan mengenai kenyataan Kuan Yew itu.
Baca lagi
“Beliau amat mengharapkan agar Umno BN terus menjadi parti pemerintah di Malaysia,” tulis blogger Omak Kau.
Justeru, blogger itu mencari alasan-alasan mengapa Lee Kuan Yew berkata sedemikian.
Mengikut tafsiran dan pandangan Omak Kau, dengan bersandarkan kepada sejarah dan pengalaman antara kedua buah negara, maka blogger itu membuat kesimpulan mengenai kenyataan Kuan Yew itu.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-8-2013
Generasi muda harus faham kesan TPPA
Hazayani Zakaria, | 03 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Golongan muda harus cakna dan memahami isu Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) atau Rundingan Perkongsian Trans Pasifik kerana mereka merupakan generasi yang akan menerima kesan daripada rundingan ini.
Pengasas bersama Badan Bertindak Bantah TPPA Anas Alam Faizli berkata, golongan muda tidak boleh lari daripada terkena tempias TPPA kerana rundingan ini akan akan memberi kesan kepada perolehan kerajaan, industri kecil dan sederhana iaitu TPPA memegang lebih 80 peratus industri di Malaysia.
"Sangat kritikal bagi belia di Malaysia menggalas isu TPPA kerana mereka sendiri yang anerima kesannya pada masa akan datang.
"Malah jika belia di luar sana tidak mengambil peduli hal ini, ia akan memberi kesan kepada masa hadapan mereka yang akan bekerja pada masa depan kerana TPPA akan membentuk ekonomi negara," kata beliau dalam rancangan bual bicara yang disiarkan di MobTV.
Anas berkata, antara kesan buruk TPPA ialah akan berlaku kenaikan harga ubat-ubatan kerana pemanjangan tempoh paten atau hak cipta ubat berjenama.
Sebagai contoh katanya, ubat berjenama untuk kanser dijual pada harga yang mahal RM9,600 ke RM10,000.
Akan tetapi TPPA akan menyebabkan ubatan generic (tidak punyai jenama) yang lebih murah sukar untuk dihasilkan.
"Mereka boleh ubah paten ubat dan ini akan memberi kekayaan lebih kepada industri mewah," katanya.
Justeru beliau menyeru lebih banyak pakar dalam pelbagai bidang tampil memberi penerangan kepada rakyat mengenai TPPA agar momentum bantahan TPPA ini berteusan seterusnya menghalang kerajaan daripada meneruskan perjanjian yang dijangka dilaksanakan pada Oktober tahun ini.
"Selepas beberapa NGO khususnya Blindspot mengadakan forum dan bantahan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), momentum sudah ada dan semua pihak nampaknya membincangankan mengenai TPPA kerana lebih banyak suara-suara yang membuat bising, kita akan lihat maklum balas daripada kerajaan.
"Badan bertindak TPPA melihat perlunya sokongan rakyat, sokongan NGO, ahli akademik, ahli perniagaan dan sebagainya. Kami menyeru semua NGO menyertai badan bertindak bantah TPPA dan pakar-pakar terus menulis mengenai TPPA. Pakar perubatan tulis mengenai perubatan, pakar undang-undang tulis dari aspek undnag-undang, perlembagaan dan begitu juga piha-pihak lain," katanya.
Dalam memorandum kepada MITI Julai lalu, Badan Bertindak Bantah TPPA menuntut kerajaan menunda penglibatannya dalam rundingan ini sehinggalah analisis kos dan manfaat serta kajian perbandingan faedah dilaksanakan, diumumkan dan diperdebatkan kepada awam.
Teks perjanjian perlu dikaji selidik dan ditimbang tara oleh parlimen untuk mewajarkan TPPA sebagai bermanfaat terhadap rakyat Malaysia.
Segala kebimbangan yang berkenaan diketengahkan dalam cadangan dan pendirian Malaysia dalam perundingan TPPA serta menyediakan referendum untuk menentukan tahap sokongan rakyat Malaysia terhadap keputusan kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini.
Pengasas bersama Badan Bertindak Bantah TPPA Anas Alam Faizli berkata, golongan muda tidak boleh lari daripada terkena tempias TPPA kerana rundingan ini akan akan memberi kesan kepada perolehan kerajaan, industri kecil dan sederhana iaitu TPPA memegang lebih 80 peratus industri di Malaysia.
"Sangat kritikal bagi belia di Malaysia menggalas isu TPPA kerana mereka sendiri yang anerima kesannya pada masa akan datang.
"Malah jika belia di luar sana tidak mengambil peduli hal ini, ia akan memberi kesan kepada masa hadapan mereka yang akan bekerja pada masa depan kerana TPPA akan membentuk ekonomi negara," kata beliau dalam rancangan bual bicara yang disiarkan di MobTV.
Anas berkata, antara kesan buruk TPPA ialah akan berlaku kenaikan harga ubat-ubatan kerana pemanjangan tempoh paten atau hak cipta ubat berjenama.
Sebagai contoh katanya, ubat berjenama untuk kanser dijual pada harga yang mahal RM9,600 ke RM10,000.
Akan tetapi TPPA akan menyebabkan ubatan generic (tidak punyai jenama) yang lebih murah sukar untuk dihasilkan.
"Mereka boleh ubah paten ubat dan ini akan memberi kekayaan lebih kepada industri mewah," katanya.
Justeru beliau menyeru lebih banyak pakar dalam pelbagai bidang tampil memberi penerangan kepada rakyat mengenai TPPA agar momentum bantahan TPPA ini berteusan seterusnya menghalang kerajaan daripada meneruskan perjanjian yang dijangka dilaksanakan pada Oktober tahun ini.
"Selepas beberapa NGO khususnya Blindspot mengadakan forum dan bantahan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), momentum sudah ada dan semua pihak nampaknya membincangankan mengenai TPPA kerana lebih banyak suara-suara yang membuat bising, kita akan lihat maklum balas daripada kerajaan.
"Badan bertindak TPPA melihat perlunya sokongan rakyat, sokongan NGO, ahli akademik, ahli perniagaan dan sebagainya. Kami menyeru semua NGO menyertai badan bertindak bantah TPPA dan pakar-pakar terus menulis mengenai TPPA. Pakar perubatan tulis mengenai perubatan, pakar undang-undang tulis dari aspek undnag-undang, perlembagaan dan begitu juga piha-pihak lain," katanya.
Dalam memorandum kepada MITI Julai lalu, Badan Bertindak Bantah TPPA menuntut kerajaan menunda penglibatannya dalam rundingan ini sehinggalah analisis kos dan manfaat serta kajian perbandingan faedah dilaksanakan, diumumkan dan diperdebatkan kepada awam.
Teks perjanjian perlu dikaji selidik dan ditimbang tara oleh parlimen untuk mewajarkan TPPA sebagai bermanfaat terhadap rakyat Malaysia.
Segala kebimbangan yang berkenaan diketengahkan dalam cadangan dan pendirian Malaysia dalam perundingan TPPA serta menyediakan referendum untuk menentukan tahap sokongan rakyat Malaysia terhadap keputusan kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-8-2013
Duta ke Perancis: Dari tentera kepada polis
Harakahdaily, | 02 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Duta Malaysia ke Perancis dijangka akan bertukar dari bekas Ketua Angkatan Tentera kepada bekas Ketua Polis Negara tidak lama lagi.
Menurut sumber, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) akan mengambil alih tugas sebagai duta ke negara itu dari bekas Ketua Angkatan Tentera Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal hujung September ini.
Perancis dikira negara penting untuk Malaysia kerana di sana mahkamahnya sedang membicarakan perdana menteri Malaysia ekoran skandal Scorpeane.
Ismail mula bersara wajib 17 Mei lalu selepas memberikan khidmat kira-kira 40 tahun sebagai anggota polis.
Bulan-bulan terakhir khidmatnya sebagai KPN adalah suasana yang penuh kontroversi dalam negara ini dengan pelbagai perkara yang berlaku.
Antaranya adalah pilihan raya umum ke 13 yang dianggap paling mendebarkan dan berakhir dengan kerajaan BN mendapat jumlah undi lebih kecil berbanding dengan Pakatan Rakyat.
Menurut sumber, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) akan mengambil alih tugas sebagai duta ke negara itu dari bekas Ketua Angkatan Tentera Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal hujung September ini.
Perancis dikira negara penting untuk Malaysia kerana di sana mahkamahnya sedang membicarakan perdana menteri Malaysia ekoran skandal Scorpeane.
Ismail mula bersara wajib 17 Mei lalu selepas memberikan khidmat kira-kira 40 tahun sebagai anggota polis.
Bulan-bulan terakhir khidmatnya sebagai KPN adalah suasana yang penuh kontroversi dalam negara ini dengan pelbagai perkara yang berlaku.
Antaranya adalah pilihan raya umum ke 13 yang dianggap paling mendebarkan dan berakhir dengan kerajaan BN mendapat jumlah undi lebih kecil berbanding dengan Pakatan Rakyat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-8-2013
DBKL perlu kenakan syarat sedia ruang solat selesa
Salmiyah Harun, | 01 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa mengambil pendekatan dengan mengenakan syarat lesen kepada premis perniagaan agar menyediakan ruang solat yang sesuai dan selesa kepada pekerja yang beragama Islam selaras dengan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Akta
Kerajaan Tempatan.
Ini kerana DBKL hanya boleh menasihati pemegang lesen premis perniagaan untuk menyediakan kemudahan ruang solat yang sesuai dan selesa bagi pekerja beragama Islam.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan sewaktu menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Khairiah Mohamed dalam sesi perbahasan Titiah Diraja baru-baru ini.
Menurut Khairiah, terdapat lebih kurang 5,000 premis makanan berlesen di Wilayah Persekutuan dan kebanyakan pekerja-pekerja di premis perniagaan makanan segera adalah beragama Islam.
"Sedangkan solat adalah rukun Islam kedua yang merupakan fardhu ain aiaitu wajib bagi orang Islam, solat juga boleh mengukuhkan jati diri umat Islam dan mencegah kemungkaran," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.
Beliau juga menggesa DBKL mengambil tindakan meminda peruntukan undang-undang kecil tersebut dengan memperuntukan secara jelas penyediaan ruang solat yang sesuai dan selesa bagi pekerja beragama Islam bagi membolehkan perkara ini dikuatkuasakan.
"Di dalam undang-undang kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan hanya menyatakan Datuk Bandar boleh dengan notis bertulis menghendaki mana-mana pemegang lesen supaya menyediakan bagi pekerjanya kemudahan yang sesuai dan yang secukupnya," kata beliau.
Kerajaan Tempatan.
Ini kerana DBKL hanya boleh menasihati pemegang lesen premis perniagaan untuk menyediakan kemudahan ruang solat yang sesuai dan selesa bagi pekerja beragama Islam.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan sewaktu menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Khairiah Mohamed dalam sesi perbahasan Titiah Diraja baru-baru ini.
Menurut Khairiah, terdapat lebih kurang 5,000 premis makanan berlesen di Wilayah Persekutuan dan kebanyakan pekerja-pekerja di premis perniagaan makanan segera adalah beragama Islam.
"Sedangkan solat adalah rukun Islam kedua yang merupakan fardhu ain aiaitu wajib bagi orang Islam, solat juga boleh mengukuhkan jati diri umat Islam dan mencegah kemungkaran," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.
Beliau juga menggesa DBKL mengambil tindakan meminda peruntukan undang-undang kecil tersebut dengan memperuntukan secara jelas penyediaan ruang solat yang sesuai dan selesa bagi pekerja beragama Islam bagi membolehkan perkara ini dikuatkuasakan.
"Di dalam undang-undang kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan hanya menyatakan Datuk Bandar boleh dengan notis bertulis menghendaki mana-mana pemegang lesen supaya menyediakan bagi pekerjanya kemudahan yang sesuai dan yang secukupnya," kata beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-8-2013
TPPA beri kesan teruk kepada industri hiliran
Muhammad Faizal, | 30 Jul 2013 |
PETALING JAYA: Pelaksanaan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) akan memberikan kesan yang lebih teruk kepada industri hiliran serta menjejaskan sektor pekerjaan dan pelaburan negara.
Pengenaan cukai eksport di atas bahan mentah adalah satu instrumen dasar yang asas bagi pembangunan industri hiliran utama Malaysia, iaitu petrokimia, produk kayu, getah dan minyak sawit.
Namun TPPA telah meletakkan larangan cukai eksport sebagai syarat utama perjanjian tersebut.
Jelas Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen seperti negara-negara membangun yang lain, cukai eksport digunakan oleh Malaysia untuk mengelakkan eksport bahan-bahan mentah yang tidak diproses.
"Tujuan ini adalah untuk menggalakkan pembangunan industri hiliran tempatan yang menghasilkan penambahan nilai ekonomi dan menjana pekerjaan untuk warganegara.
"Jika TPPA diteruskan dengan fasal larangan cukai eksport, ekonomi Malaysia akan kembali semula kepada perladangan asas dan pengeksportan komoditi," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Katanya lagi, cita-cita petrokimia negara akan dilambatkan, tambahan pula TPPA juga akan menyusahkan persaingan Malaysia dengan negara yang tidak menandatangani TPPA seperti Indonesia dan Thailand.
Perkara 2.11: Cukai-cukai Eksport menyatakan 'kecuali sebagai juga disediakan dalam Perjanjian ini, tiada pihak yang boleh mengamalkan ataupun mengekalkan sebarang duti, cukai atau caj di atas mana-mana barang yang dieksport kepada wilayah pihak lain, kecuali jika duti, eksport ataupun caj itu diamalkan atau dikekalkan di atas barang itu apabila ditakdirkan untuk kegunaan tempatan'.
"Sebaik sahaja kita mengalah kepada TPPA, semua rakan dagang lain terutamanya Kesatuan Eropah (EU) akan meminta fasal larangan cukai eksport yang sama juga.
"Menandatangani TPPA akan memaksa satu pengurangan industri pemprosesan yang berasaskan bahan asas dan kemudiannya akan memaksa pekerja Malaysia dan siswazah yang bekerja dalam sektor ini untuk mencari pekerjaan di tempat lain, seterusnya memburukkan lagi penghijrahan cendikiawan," sambung beliau.
PKR akan berunding dengan tiga sektor utama, industri produk kayu, getah serta minyak sawit dan akan mencabar Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menjelaskan bagaimana ia bercadang untuk melindungi perniagaan Malaysia yang terlibat dengan sektor ini khususnya dalam soal fasal cukai eksport.
Empat industri petroleum, minyak sawit, getah dan kayu yang mempunyai pendapatan gabungan dianggarkan berjumlah RM225 bilion dengan cukai eksport yang diperolehi kerajaan pada tahun 2012 berjumlah RM2.4 bilion.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman
Sumber HD - 30-7-2013
Ketirisan RM6.7 juta bayar penyelaras parlimen
Harakahdaily, | 26 Jul 2013 |
IPOH: Adalah tidak wajar untuk membayar gaji kepada penyelaras kawasan parlimen di kawasan-kawasan BN kalah dalam pilihanraya.
Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, pelantikan penyelarasan kawasan parlimen adalah pelantikan politik dan bukan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
“Oleh yang demikian, kerajaan tidak seharusnya membayar gaji kepada penyelaras-penyelaras kawasan parlimen itu,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya, pembayaran gaji kepada mereka adalah satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak Kementerian Kewangan yang mana wang kutipan cukai daripada rakyat disalahgunakan untuk tujuan politik BN.
Tambahnya, penyelaras-penyelaras kawasan itu hanya menganjurkan program-program politik untuk BN.
Tidak salah kalau parti-parti politik melantik penyelaras kawasan Parlimen dan dibayar gaji daripada dana politik masing-masing.
“Tetapi, membayar gaji mereka melalui dana kerajaan adalah satu salah laku dan penyelewengan yang patut dielakkan,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.
Menurutnya, sebelum 1 Jun 2012, gaji yang dibayar kepada penyelaras kawasan parlimen ialah RM5,680 sebulan.
Pada 13 Ogos 2012, kadar gaji itu dinaikkan kepada RM6,265 sebulan berkuat kuasa 1 Jun 2012.
Ini, kata beliau bermaksud kerajaan terpaksa membayar gaji kepada kesemua 89 penyelaras parlimen di kawasan-kawasan yang BN tewas.
Oleh yang demikian jumlah gaji yang perlu dibayar oleh kerajaan berjumlah RM557,585 setiap bulan, katanya.
Dalam tempoh satu tahun, kata beliau jumlah gaji yang dibayar kepada penyelaras-penyelaras kawasan parlimen ini berjumlah RM6,691,020 dan dalam tempoh lima tahun, beban kerajaan untuk pembayaran gaji itu ialah RM33,445,100.
Justeru, beliau berkata kerajaan harus berhenti membayar gaji kepada penyelaras kawasan parlimen dengan serta merta kerana RM33.5 juta dibelanjakan secara tidak amanah.
“Dalam jawapan yang diberikan di Dewan Rakyat, kerajaan tidak mengetahui atau mempunyai apa-apa rekod bagaimana wang yang dibayar itu dibelanjakan oleh penyelaras-penyelaras kawasan parlimen itu,” ujarnya.
Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, pelantikan penyelarasan kawasan parlimen adalah pelantikan politik dan bukan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
“Oleh yang demikian, kerajaan tidak seharusnya membayar gaji kepada penyelaras-penyelaras kawasan parlimen itu,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya, pembayaran gaji kepada mereka adalah satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak Kementerian Kewangan yang mana wang kutipan cukai daripada rakyat disalahgunakan untuk tujuan politik BN.
Tambahnya, penyelaras-penyelaras kawasan itu hanya menganjurkan program-program politik untuk BN.
Tidak salah kalau parti-parti politik melantik penyelaras kawasan Parlimen dan dibayar gaji daripada dana politik masing-masing.
“Tetapi, membayar gaji mereka melalui dana kerajaan adalah satu salah laku dan penyelewengan yang patut dielakkan,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.
Menurutnya, sebelum 1 Jun 2012, gaji yang dibayar kepada penyelaras kawasan parlimen ialah RM5,680 sebulan.
Pada 13 Ogos 2012, kadar gaji itu dinaikkan kepada RM6,265 sebulan berkuat kuasa 1 Jun 2012.
Ini, kata beliau bermaksud kerajaan terpaksa membayar gaji kepada kesemua 89 penyelaras parlimen di kawasan-kawasan yang BN tewas.
Oleh yang demikian jumlah gaji yang perlu dibayar oleh kerajaan berjumlah RM557,585 setiap bulan, katanya.
Dalam tempoh satu tahun, kata beliau jumlah gaji yang dibayar kepada penyelaras-penyelaras kawasan parlimen ini berjumlah RM6,691,020 dan dalam tempoh lima tahun, beban kerajaan untuk pembayaran gaji itu ialah RM33,445,100.
Justeru, beliau berkata kerajaan harus berhenti membayar gaji kepada penyelaras kawasan parlimen dengan serta merta kerana RM33.5 juta dibelanjakan secara tidak amanah.
“Dalam jawapan yang diberikan di Dewan Rakyat, kerajaan tidak mengetahui atau mempunyai apa-apa rekod bagaimana wang yang dibayar itu dibelanjakan oleh penyelaras-penyelaras kawasan parlimen itu,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-7-2013
Kuala Lumpur wajar gazet 17 Ramadan cuti umum
Anis Nazri, | 24 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Batu menggesa kerajaan mengisytiharkan hari Nuzul Quran sebagai hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur.
Yang Dipertua PAS kawasan tersebut, Ishak Surin berkata hari Nuzul Quran yang jatuh pada setiap 17 Ramadhan itu perlu diperingati dan dirayakan bagi menyatakan kegembiraan dan kesyukuran kita di atas rahmat Allah.
"Tanggal 17 Ramadan yang telah disepakati sebahagian besar ulama sebagai hari mula turunnya al-Quran kepada junjungan besar Muhammad SAW melalui malaikat jibril amatlah perlu diperingati dan dirayakan," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Namun, malangnya kata beliau pihak Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur yang menjadi pusat petadbiran negara sepatutnya menjadi contoh dan mendahului, tetapi sama sekali tidak prihatin dan ketinggalan.
Beliau beranggapan keadaan itu tidak sahaja menyedihkan bahkan amat mengaibkan, di saat kebanyakan negeri di Malaysia telah mengisytiharkan tanggal 17 Ramadan sebagai hari cuti umum.
Bagaimanapun, Ishak berkata masih belum terlewat wlaupun agak terlambat untuk pihak kerajaan persekutuan membetulkan kelalaian yang berlaku.
Justeru, katanya PAS Batu menuntut agar kerajaan persekutuan mengisytiharkan tanggal 17 Ramadan sebagai hari cuti umum bagi warga kerja Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur.
"Hakikatnya, ini kali ketiga PAS Batu menuntut agar kerajaan mengisytiharkan hari Nuzul Quran sebagai cuti umum, namun masih tidak berubah.
"Sekiranya kerajaan persekutuan bersedia membuat pengisytiharan tersebut, kami sememangnya berterima kasih atas keprihatinan tersebut," tegas beliau.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan menggerakkan masyarakat bersama-sama untuk ke Istana Negara atas tujuan itu sekiranya kerajaan masih tidak mengendahkan tuntutan tersebut.
Yang Dipertua PAS kawasan tersebut, Ishak Surin berkata hari Nuzul Quran yang jatuh pada setiap 17 Ramadhan itu perlu diperingati dan dirayakan bagi menyatakan kegembiraan dan kesyukuran kita di atas rahmat Allah.
"Tanggal 17 Ramadan yang telah disepakati sebahagian besar ulama sebagai hari mula turunnya al-Quran kepada junjungan besar Muhammad SAW melalui malaikat jibril amatlah perlu diperingati dan dirayakan," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Namun, malangnya kata beliau pihak Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur yang menjadi pusat petadbiran negara sepatutnya menjadi contoh dan mendahului, tetapi sama sekali tidak prihatin dan ketinggalan.
Beliau beranggapan keadaan itu tidak sahaja menyedihkan bahkan amat mengaibkan, di saat kebanyakan negeri di Malaysia telah mengisytiharkan tanggal 17 Ramadan sebagai hari cuti umum.
Bagaimanapun, Ishak berkata masih belum terlewat wlaupun agak terlambat untuk pihak kerajaan persekutuan membetulkan kelalaian yang berlaku.
Justeru, katanya PAS Batu menuntut agar kerajaan persekutuan mengisytiharkan tanggal 17 Ramadan sebagai hari cuti umum bagi warga kerja Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur.
"Hakikatnya, ini kali ketiga PAS Batu menuntut agar kerajaan mengisytiharkan hari Nuzul Quran sebagai cuti umum, namun masih tidak berubah.
"Sekiranya kerajaan persekutuan bersedia membuat pengisytiharan tersebut, kami sememangnya berterima kasih atas keprihatinan tersebut," tegas beliau.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan menggerakkan masyarakat bersama-sama untuk ke Istana Negara atas tujuan itu sekiranya kerajaan masih tidak mengendahkan tuntutan tersebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-7-2013
NGO Kluster Pembinaan Melayu bantah TPPA
Harakahdaily, | 23 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan NGO-NGO Kluster Pembinaan Melayu berpandangan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) bukanlah satu keperluan yang mustahak buat masa ini memandangkan Malaysia telahpun menandatangani perjanjian perdagangan dua hala dengan banyak negara ahli TPPA.
Gabungan itu menyatakan Malaysia pernah menolak FTA dengan Amerika pada tahun 2007, namun sehingga kini Amerika masih tetap merupakan rakan dagang terbesar Malaysia.
“TPPA tidak terbukti boleh menjana pendapatan yang lebih baik buat Malaysia, tetapi perjanjian ini sudah hampir pasti akan mengekang peluang serta kebebasan yang sedang dikecapi,” ujar Gabungan Persatuan NGO-NGO Kluster Pembinaan Melayu dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Kami selaku Gabungan Persatuan NGO-NGO Kluster Pembinaan Melayu; dengan ini bersepakat bahawa penyertaan Malaysia di dalam Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) harus diberhentikan serta-merta berdasarkan resolusi yang telah dipersetujui bersama seperti berikut:
1. TPPA tidak akan dapat menguntungkan kontraktor, pembekal, pengilang dan kumpulan profesional pembinaan Melayu terutamanya dan Malaysia amnya. Senario semasa telah menunjukkan betapa sengitnya persaingan sesama kontraktor dan pembekal tempatan, apatah lagi sekiranya peluang-peluang ini dibuka pula kepada syarikat asing. Manakala peluang untuk berniaga di negara-negara anggota TPPA hampir tidak pernah wujud lantaran pelbagai syarat dan terma ketat yang dikenakan. Sekiranya TPPA benar-benar berpotensi, data-data mengenainya tidak pernah diumumkan, bahkan intipati TPPA yang penuh berahsia ini dilihat terlalu memihak kepada pelabur dan syarikat asing. Tanpa maklumat yang lebih terperinci daripada MITI, kami lebih percaya bahawa TPPA mahu menutup terus pintu rezeki syarikat tempatan, sebaliknya akan membuka seluas-luasnya akses perniagaan kepada entiti asing yang mempunyai keupayaan modal dan sokongan lebih baik. Tidak ada data dan keyakinan bahawa pasaran untuk syarikat pembinaan di Malaysia dapat terbuka kepada negara-negara TPPA khususnya US, Singapura, Canada, New Zealand dan sebagainya malahan pasaran tempatan boleh dikuasai mereka.
2. Kami berpandangan bahawa TPPA bukanlah semata-mata berkaitan perdagangan bebas atau pembukaan pasaran, tetapi satu bentuk penjajahan baru yang cuba mengawal akses, mengaut untung dan menghukum Malaysia sekiranya enggan bekerjasama. 29 bab yang sedang dirundingkan bukan lagi bersangkut paut dengan perdagangan, tetapi turut cuba merombak perundangan negara agar lebih ‘pro-syarikat multinasional’. Kesan-kesan buruk perjanjian multilateral seperti kemasukan bahan binaan pada harga yang terlalu murah bakal mengancam kedudukan pembekal tempatan. Kontrak-kontrak kerajaan akan membenarkan penyertaan terus syarikat asing, tertutupnya peluang pekerjaan kepada kumpulan pengurusan dan profesional (penggunaan tenaga buruh tempatan sudah lama tertutup), kenaikan nilai hartanah yang tidak mampu dimiliki rakyat tempatan lantas memaksa mereka berhijrah ke luar bandar, pemilikan ekuiti asing tanpa had, tiadanya kawalan terhadap aliran keluar-masuk tunai oleh syarikat asing serta ancaman berterusan negara kepada tindakan undang-undang, hanya kerana cuba mahu menjaga nasib kontraktor tempatan.
3. Kami turut mempertikaikan kelayakan serta integriti para perunding TPPA Malaysia yang telah diamanahkan, terutamanya daripada MITI sebagai ketua perunding. Kealpaan dan sikap tidak profesional mereka amat mengecewakan. Sekiranya benar ada proses konsultasi sebagaimana yang didakwa MITI, ia sudah amat terlewat dan tidak mampu memberi apa-apa kesan signifikan terhadap perjanjian. Lebih memburukkan keadaan apabila jawapan serta alasan yang diberikan amat memihak kepada pelabur asing. Sebagai rakyat Malaysia, kami kecewa kerana wakil perunding kerajaan dilihat lebih cenderung melayan kehendak dan permintaan negara asing khususnya Amerika sepertimana permintaan mereka dalam FTA-FTA US sebelum ini dari mahu melindungi hak serta kepentingan warganegara. Perunding-perunding Malaysia kelihatan tergopoh-gapah mahu mempercepatkan rundingan. Kami mendesak agar pasukan perunding TPPA ditukar dengan individu yang lebih cekap, matang, berkelayakan dan prihatin kepada nasib semua pihak, bukan sesetengah golongan sahaja.
4. Kami berpandangan TPPA bukanlah satu keperluan yang mustahak buat masa ini memandangkan Malaysia telahpun menandatangani perjanjian perdagangan dua hala dengan banyak negara ahli TPPA. Malaysia pernah menolak FTA dengan Amerika pada tahun 2007, namun sehingga kini Amerika masih tetap merupakan rakan dagang terbesar Malaysia. TPPA tidak terbukti boleh menjana pendapatan yang lebih baik buat Malaysia, tetapi perjanjian ini sudah hampir pasti akan mengekang peluang serta kebebasan yang sedang dikecapi. Dengan TPPA, dasar-dasar kerajaan yang mendahulukan rakyat akan terpaksa dirombak berikutan ancaman tindakan saman daripada syarikat-syarikat transnasional yang hanya mementingkan keuntungan. Malaysia juga harus memberi lebih perhatian dan usaha untuk menjayakan ASEAN Single Market yang lebih sejiwa dan dinamik sifatnya. Kami bersetuju bahawa TPPA akan merencatkan kemajuan ASEAN sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Filipina Cesar V. Purisima.
5. Impak yang lebih buruk melalui TPPA secara jangka panjang bukan hanya melibatkan pihak swasta / usahawan sahaja malah pihak kerajaan dan generasi akan datang akan turut terkesan.
Kami mendesak Malaysia untuk keluar daripada rundingan TPPA serta-merta sebelum terlambat. Kita tidak akan menanggung apa-apa kerugian tanpa menganggotai TPPA, bahkan kita yakin bahawa peluang-peluang yang lebih besar, saksama dan bermakna masih terbuka luas, tanpa perlu menggadai maruah dan kedaulatan ibupertiwi.
Gagasan Persatuan NGO-NGO Pembinaan Melayu yang bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM):
Senarai nama persatuan:
1. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)
2. Persatuan Pengeluar, Pembekal Dan Pengedar Bahan Binaan Bumiputera Malaysia (PPBM)
3. Persatuan Usahawan Arkitek Melayu Malaysia (ARKIM)
4. Persatuan Pengusaha Kayu Kayan Dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA)
5. Persatuan Kontraktor-Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM)
6. Persatuan Pengilang,Pembekal, Kontraktor Industri Elektrikal, Elektronik, Mekanikal Dan ICT Melayu Dan Bumiputera Malaysia (PERKEM)
7. Gabungan Jurutera Perunding Bumiputra Malaysia (GJPBM)
8. Persatuan Perunding Jurukur Bahan Melayu Malaysia (PPJBMM)
9. Persatuan Pengilang Bahan Binaan Bumiputera Malaysia (PERBINA)
10. Persatuan Kontraktor Penyelenggaraan Dan Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PKPP)
11. Persatuan Kontraktor Jentera Melayu Malaysia (PKJMM)

Sumber HD - 23-7-2013
Bawa akta kawalan tembakau ke parlimen
Harakahdaily, | 22 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menyokong saranan pakar kawalan tembakau, Dr Zarihah Mohd Zain dari Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) supaya diperkenalkan lesen wajib ke atas semua urusniaga hasil tembakau dan peralatan tembakau untuk mengurangkan tabiat merokok di kalangan penduduk Malaysia.
“Perlesenan wajib ini dapat perkukuhkan penguatkuasaan dan perlaksanaan peraturan-peraturan lain seperti larangan jualan kepada/oleh orang bawah umur dan kanak-kanak; kawalan ke atas jualan rokok haram dan penyeludupan rokok,” ujar Timbalan Presiden Fomca, Muhammad Sha’ani Abdullah.
Katanya, ada pihak tertentu terus menimbulkan kesangsian ke atas cadangan naikkan cukai tembakau/rokok akan meningkatkan penyeledupan rokok dan penggunaan rokok haram.
Maka, kata beliau sewajarnya peruntukan perlesenan diwujudkan untuk semua bentuk urusniaga melibatkan tembakau termasuk di peringkat runcit supaya semua peruntukan Konvensyen Rangkakerja mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.
“Ke arah ini Fomca menggesa kerajaan supaya segera perkenalkan Akta Kawalan Tembakau untuk membolehkan perlaksanaan perlesenan jualan hasil tembakau,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, cadangan Akta Kawalan Tembakau hampir 10 tahun dibincang dan diputuskan melalui rundingan awam, bagaimanapun rang undang-undang itu masih belum dibawa ke Parlimen.
Justeru, ujarnya, Fomca berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segerakan pembentangan rang undang-undang Kawalan Tembakau pada sidang Parlimen akan datang.
Mengenai hak pengguna, jelasnya Malaysia sebagai negara pihak (party) kepada Konvensyen Rangkakerja mengenai Kawalan Tembakau (FCTC), ia harus digunakan oleh majoriti penduduk yang bukan merokok menuntut hak untuk persekitaran yang sihat dan selamat melalui perlaksanaan sepenuh FCTC.
“Perlesenan wajib ini dapat perkukuhkan penguatkuasaan dan perlaksanaan peraturan-peraturan lain seperti larangan jualan kepada/oleh orang bawah umur dan kanak-kanak; kawalan ke atas jualan rokok haram dan penyeludupan rokok,” ujar Timbalan Presiden Fomca, Muhammad Sha’ani Abdullah.
Katanya, ada pihak tertentu terus menimbulkan kesangsian ke atas cadangan naikkan cukai tembakau/rokok akan meningkatkan penyeledupan rokok dan penggunaan rokok haram.
Maka, kata beliau sewajarnya peruntukan perlesenan diwujudkan untuk semua bentuk urusniaga melibatkan tembakau termasuk di peringkat runcit supaya semua peruntukan Konvensyen Rangkakerja mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.
“Ke arah ini Fomca menggesa kerajaan supaya segera perkenalkan Akta Kawalan Tembakau untuk membolehkan perlaksanaan perlesenan jualan hasil tembakau,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, cadangan Akta Kawalan Tembakau hampir 10 tahun dibincang dan diputuskan melalui rundingan awam, bagaimanapun rang undang-undang itu masih belum dibawa ke Parlimen.
Justeru, ujarnya, Fomca berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segerakan pembentangan rang undang-undang Kawalan Tembakau pada sidang Parlimen akan datang.
Mengenai hak pengguna, jelasnya Malaysia sebagai negara pihak (party) kepada Konvensyen Rangkakerja mengenai Kawalan Tembakau (FCTC), ia harus digunakan oleh majoriti penduduk yang bukan merokok menuntut hak untuk persekitaran yang sihat dan selamat melalui perlaksanaan sepenuh FCTC.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-7-2013
TPP: Rakyat perlu tahu kos dan keuntungannya
Institut Rakyat, | 22 Jul 2013 |
Semenjak hari Isnin minggu lalu, Malaysia dan 11 pihak yang terlibat dalam rundingan pelaburan dan perdagangan Trans-Pacific Partnership (TPP) bertemu lagi dalam pusingan ke 18 di Kota Kinabalu untuk meneruskan proses rundingan bagi perjanjian yang penuh kontroversi tersebut. Selain daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat dan Vietnam, Jepun merupakan pihak terbaharu yang menyertai rundingan plurilateral ini.
Kota Kinabalu telah dipilih sebagai lokasi pertemuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya protes. Sebagai peneraju utama rundingan ini, Amerika Syarikat sememangnya sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kesan publisiti negatif.
Namun, pilihan lokasi tersebut bukanlah penghalang bagi rakyat yang prihatin.
Mereka yang berdemo di Kota Kinabalu pada hari Sabtu lepas telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum didakwa di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012.

Kritikan telah timbul kerana intipati rundingan tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan umum dan rakyat daripada kebanyakkan 12 negara yang terlibat bimbang bahawa TPP bakal mengancam kedaulatan ekonomi negara mereka.
Walaupun TPP dijenamakan sebagai perjanjian perdagangan bebas (FTA), tetapi bukan hanya isu berkaitan perdagangan yang menjadi topic utama rundingan. Rundingan berkaitan dengan perdagangan sepatutnya fokus kepada tarif dan halangan-halangan memasuki sesuatu pasaran, teras utama World Trade Organisation (WTO) yang mana TPP bakal menggantikannya.
Rundingan TPP merangkumi 29 perkara, termasuklah bagaimana pelaburan dikawal-selia , hak-hak syarikat milik kerajaan (atau lebih dikenali sebagai GLCs di Malaysia), industri kecil dan sederhana (IKS), piawaian makanan (yang mungkin menjejaskan kawalan ketat dalam industri halal), hak perlindungan intelektual dan paten – yang mungkin mengakibatkan kenaikkan harga ubat-ubatan – dan perkara yang paling dirisaukan adalah hak dan kelonggaran yang bakal dinikmati Syarikat Multi-Nasional (MNCs) untuk menyaman negara tuan rumah.
Sebagai contoh, perkara terakhir yang disebut dalam senarai kegusaran ramai ini bakal menyekat hak kerajaan untuk mengekang atau langsung mengusir syarikat-syarikat yang memudaratkan persekitaran dan masyarakat, seperti LYNAS Corp.
Para pengkritik dasar Barisan Nasional yang menggalakkan kontrak kroni dan kedudukan dominan GLCs mungkin melihat TPP sebagaisuatu cara untuk menstruktur semula ekonomi di Malaysia.
Syarikat asing bakal memdapat peluang yang saksama atau mungkin lebih berbanding syarikat tempatan. Ini akan memaksa syarikat tempatan untuk meningkatkan daya saing agar kekal teguh, sekaligus merangsang persaingan sihat dalam pasaran tempatan.
Walaubagaimanapun, campurtangan asing bukanlah jawapan terbaik untuk menyelesaikan masalah di Malaysia. Memberikan terlalu banyak hak kepada syarikat gergasi asing bakal merencatkan pembangunan usahawan tempatan sepertimana kepincangan sistem kroni.
Sekiranya para perunding tidak berhati-hati, TPP bakal mengakibatkan kegagalan ekonomi yang lebih dahsyat daripada sistem kroni kerana, ruang dan fleksibiliti bagi para penggubal dasar dalam membentuk halatuju ekonomi Malaysia berlandaskan kepentingan rakyat kemungkinan besar akan mengecil dengan drastik sekali.
Kekangan-kekangan sebegini akan dirasai oleh kerajaan sekarang dan mana-mana kerajaan pada masa hadapan. Sayugia diingatkan bahawa kejayaan syarikat-syarikat besar dari Jepun dan Korea Selatan adalah hasil kombinasi dasar afirmatif dan perlindungan, sepertimana sedia maklum, hak yang kita tidak seharusnya nafikan bagi syarikat-syarikat milik Malaysia yang layak.
Sebagaimana Ha-Joon Chang, seorang pakar ekonomi daripada Universiti Cambridge pernah simpulkan, kesemua negara-negara perindustrian baharu telah berjaya hasil dasar-dasar seumpama ini terutamanya di peringkat awal pembangunan.
TPP juga dilihat sebagai cubaan Amerika Syarikat untuk mengekang pengaruh negara Cina, yang tidak terlibat dalam rundingan ini, di rantau Asia-Pasifik.
Sememangnya sekarang, Malaysia telah pun menikmati hubungan dagang yang baik dengan Amerika Syarikat dan Cina. Sebagai contoh, sepanjang lima bulan pertama 2013, China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia (14.3%), manakala Amerika Syarikat (8.1%) berada di tangga kelima.
Institut Rakyat berpendapat bahawa Malaysia harus berwaspada dalam setiap tindakan yang diambil supaya Malaysia tidak menjadi pelanduk yang tersepit mati di tengah-tengah apabila dua gajah sama berjuang.
Para pemerhati yang arif bersetuju bahawa pendekatan Amerika Syarikat bagi sebarang FTAs lebih didorong oleh cita-cita geopolitik mereka berbanding kepentingan ekonomi. Amerika Syarikat mempunyai rundingan FTA hanya dengan 3 daripada 10 rakan perdagangan terbesar mereka.
Kebanyakkan daripada rakan FTA terbesar Amerika Syarikat merupakan negara yang menjalin hubungan ketenteraan, seperti Israel, Jordan, Korea, Singapura dan negara-negara Amerika Tengah.
Kedua-dua Amerika Syarikat dan Eropah sememangnya berlumba-lumba untuk menandatangani FTA dengan negara-negara Asia Pasifik, supaya mereka tidak ketinggalan di dalam ‘Great Game’ dunia politik abad ke 21.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menuntut agar kerajaan Malaysia mendedahkan analisa kos-faedah (CBA) yang dibuat sebelum menyertai rundingan TPP.
Tiada perunding patut menyertai sebarang rundingan tanpa perpektif atau wawasan yang jelas mengenai untung-rugi. Walaupun Kementerian Industri & Perdagangan Antarabangsa (MITI) berjanji untuk menyerahkan laporan penilaian TPP yang diselaraskan oleh United Nations Development Programme (UNDP) dalam masa dua minggu selepa mesyuarat di antara wakil MITI dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Institut Rakyat diadakan pada pertengahan bulan Jun 2013, namun sehingga kini, tiada sebarang maklumat yang telah diterima.
Malaysia perlu menimbangtara di antara peluang dan kos dari sudut ekonomi dan politik sebelum menandatangani sebarang perjanjian. Kerajaan Malaysia yang begitu berbangga dengan sistem demokrasi perwakilannya harus telus dengan rakyat mengenai TPP memandangkan perjanjian tersebut akan memberi impak terhadap masa depan Malaysia di rantau Asia-Pasifik.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-7-2013
Peguam Negara jangan aniaya Najib?
Shahbudin Husin, | 20 Jul 2013 |
Berikutan tindakan yang sudah diambil oleh Peguam Negara terhadap pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang didapati menghina Islam dan memuatkan perlakuan berunsur lucah mereka dalam internet, pihak kerajaan khususnya kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak sedang diasak untuk mengambil tindakan yang serupa terhadap pihak-pihak lain yang juga didapati menghina agama selain Islam.
Antara yang tersohor agar diambil tindakan oleh Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mahu membakar kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah dan Zulkifli Noordin yang didapati mempersenda penganut agama Hindu dengan mengejek tuhan agama itu tidak mempunyai kuasa walau untuk menghalang banjir sekali pun.
Sementara semua rakyat berbilang kaum dan agama mengalu-alukan tindakan tegas dan pantas yang diambil terhadap pasangan Alvin dan Vivian, rakyat juga sebenarnya mengharapkan tindakan yang serupa seharusnya diambil terhadap Ibrahim dan Zulkifli. Walaupun penghinaan yang dilakukan oleh Ibrahim dan Zulkifli mungkin tidak seserius dan seberat yang dilakukan oleh Alvin dan Vivian tetapi penghinaan walau dalam apa bentuk dan cara sekali pun, tetap merupakan penghinaan dan tidak boleh diterima sama-sekali.
Lebih-lebih lagi Ibrahim dan Zulkifli adalah "public figure" yang dikenali ramai dan mempunyai banyak pengikut, sudah tentu perbuatan mereka itu boleh mempengaruhi ramai orang.
Dalam hal ini, ketegasan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi semalam yang memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa saja dan yang menghina agama apa pun, seharusnya dibuktikan dengan perbuatan dan bukan sekadar amaran semata-mata.
Ini kerana mengambil tindakan yang menyeluruh dan sama rata bukan saja mencerminkan keadilan Islam yang menjadi agama rasmi negara tetapi juga mampu menyerlahkan cantiknya wajah Islam sendiri di mata rakyat pelbagai kaum. Dalam hal ini, Najib yang merupakan Perdana Menteri mempunyai tugas yang amat penting untuk memperlihatkan wajah Islam yang sebenar dan kepimpinannya yang adil itu kepada umum, sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Kegagalan mengambil tindakan yang tegas dan menyeluruh kepada semua kelompok yang didapati menghina agama akan memperlihatkan cacatnya Islam yang diamalkan di negara ini dan juga menampakkan kegagalan Najib sebagai pemimpin yang beragama Islam.
Desakan pelbagai pihak juga membuatkan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar bersuara bahawa siasatan terhadap Zulkifli sudah dilakukan oleh pihak polis dan telah diserahkan kepada Peguam Negara tetapi diberi respon NFA atau "no further action" (tiada tindakan lanjut) manakala bagi kes Ibrahim juga siasatan sudah dibuat tetapi tiada jawapan diberikan oleh Peguam Negara sehingga kini.
Dalam hal ini, maknanya pihak polis sudah menjalankan tanggungjawabnya, cuma Peguam Negara yang tidak melaksanakannya.
Soalnya kenapa kes itu NFA dan senyap? Apakah penilaian Peguam Negara berdasarkan keadilan sejagat atau kerana faktor-faktor lain?
Jika Peguam Negara boleh bertindak begitu tegas terhadap pasangan Alvin dan Vivian sehingga mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan terpaksa bermalam di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang, walaupun kesalahan hanyalah di bawah akta SKMM dan Akta Hasutan, tidak ada sebab sebenarnya sebarang tindakan, walaupun lebih ringan, tidak boleh diambil terhadap Ibrahim dan Zulkifli.
Penghinaan Zulkifli terhadap agama Hindu sudah dilakukan 10 tahun yang lalu dan baru didedahkan dua atau tiga tahun yang lalu, sementara kes Ibrahim mahu membakar kitab Injil pula berlaku setahun yang lalu. Sekiranya Peguam Negara dapat bertindak tegas lebih awal ke atas kedua-dua kes ini, mungkin penghinaan Alvin dan Vivian kepada Islam tidak muncul.
Keberanian dan kebiadapan mereka melakukan penghinaan kepada agama lain ialah kerana mereka melihat orang lain juga bebas melakukan perkara yang sama sebelum ini dan tidak diambil apa-apa tindakan.
Dalam usaha menegakkan keadilan dan menunjukkan kemurnian Islam itu sendiri, Peguam Negara tidak seharusnya bertindak memilih bulu. Tindakan harus sama rata dan menyeluruh, barulah semua orang takut untuk melakukannya.
Sekiranya Jabatan Peguam Negara dan Peguam Negara, Gani Patail asyik dengan NFA saja dalam banyak cara kerjanya, terutama dalam kes-kes seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin, tindakan beliau akan dilihat seperti menganiaya Perdana Menteri dan kepimpinan politik yang sentiasa cuba mewujudkan keharmonian kaum dan agama serta mahu melihat hubungan kaum kekal harmoni dan aman sepanjang masa.
Kepimpinan politik dan kerajaan sepanjang masa bercakap tentang keadilan Islam dan sikap kerajaan yang tidak memilih bulu walau melibatkan apa kaum dan agama sekali pun, namun banyak perkara tersekat apabila sampai ke Jabatan Peguam Negara.
Lainlah jika Peguam Negara memang mahu menyusahkan Perdana Menteri dan orang-orang politik. - http://shahbudindotcom.blogspot.com
Pandangan penulis tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 20-7-2013
1Negara 1Harga: Akujanji BN PRU13 tinggal janji
Khairil Abdul Rahim, | 20 Jul 2013 |
TEMERLOH: Kerajaan diminta meneliti semula dan memberi komitmen penuh melunaskan 17 akujanji BN yang diikrarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebulan menjelang pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.
Antara lain, Najib membentangkan manifesto BN itu berjanji untuk ‘menangani kos sara hidup’ untuk rakyat di samping memperkenalkan ‘Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas’.
Malangnya, janji-janji tersebut masih jauh daripada ditepati sekali gus terus memeritkan hidup rakyat terutama yang bergantung hidup dengan hasil komoditi pertanian.
Seorang pekebun kecil, Ahmad Mohd Yaman, 62, berkata harga getah pada masa ini hanya sekitar RM2.50 sekilogram dan harga tersebut tidak naik sejak hampir setahun.
“Dengan harga serendah itu sudah tentulah sangat memeritkan kehidupan pekebun kecil seperti kami yang bergantung sumber pendapatan dengan kebun getah. Apa lagi bagi yang memotong getah orang lain atau perdua.
“Ini disebabkan harga barangan keperluan harian yang melonjak naik sejak selepas PRU dulu, apatah lagi menjelang musim perayaan ini.
“Jika keadaan berterusan begini dan kerajaan tidak berbuat sesuatu, pendapatan kami akan terus merosot dan kami akan mengalami kesulitan untuk meneruskan kehidupan,” keluhnya.
Tambah Ahmad, belaiu percaya antara sebab orang kampung seperti beliau dan warga Felda yang rata-rata orang Melayu, mengundi BN pada PRU dulu ialah janji untuk membela nasib mereka dengan menangani kos sara hidup.
“Jika kerajaan benar-benar mendahulukan rakyat apa salahnya diwujudkan subsidi harga kepada pekebun atau paling tidak menurunkan harga barang keperluan. Sebab jika tidak kebanyakan pekebun akan terjerumus ke lembah kemiskinan kerana harga barang keperluan telah melambung sejak sekian lama dan tidak pernah turun”, katanya.
Selain daripada pekebun-pekebun kecil getah yang berada dalam kesulitan, pekebun yang bergantung dengan tanaman sawit juga turut terjejas teruk.
Seorang lepasan siswazah yang memilih kerjaya sebagai pengusaha sawit, Yusof Harun, 34, berkata harga setan sawit pada masa ini sekitar RM450 dan tidak naik sejak kira-kira setahun.
Katanya dengan kos baja, racun, pengangkutan yang meningkat pada masa ini, seorang pekebun sepertinya hanya beroleh pendapatan sekitar RM100 sebulan bagi se tan hasil sawit setelah ditolak kos buruh.
“Itulah sebabnya sekarang ini kerjaya dalam bidang pertanian tidak mendapat sambutan di kalangan belia kerana tidak menjamin masa depan. Saya pernah dengar dulu dasar kerajaan yang menggalakkan pertanian sebagai suatu perniagaan, tetapi kerajaan sendiri kurang komitmen,” ujarnya.
Bagi Yusof, harga yang sesuai untuk se tan sawit sekarang ialah sekitar RM600 hingga RM800 berdasarkan kos input pertanian yang tinggi, barulah petani boleh menarik nafas lega sedikit.
Yusof mahu kerajaan melihat permasalahan ini dengan serius apatah lagi sudah termaktub dalam Manifesto BN. Kerana jika terus dibiarkan kadar pengangguran boleh meningkat terutama di tanah-tanah rancangan Felda dan di kampung-kampung.
“Bila pengangguran meningkat dibimbangi gejala sosial seperti kecurian akan terus menjadi-jadi. Sebab itu saya katakan perkara ini serius dan kerajaan tidak sepatutnya terus menonton dan membiarkan suasana ini dalam keadaan berpeluk tubuh,” katanya.

TPPA: NGO usahawan ICT gesa Malaysia tarik diri
Harakahdaily, | 18 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan NGO usahawan ICT yang bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) membuat kesimpulan bahawa TPPA tidak memberi manfaat kepada industri ICT yang masih baru di negara ini.
“Justeru, Malaysia harus menarik diri daripada mengganggotai TPPA serta-merta,” ujar gabungan NGO itu dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.
Kami, gabungan NGO usahawan ICT yang bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) tidak bersetuju dengan rundingan dan perjanjian TPP atas dua dasar utama seperti berikut:
1) Perjanjian TPP dijalankan secara rahsia dan tidak terbuka kepada orang ramai terutamanya kepada pemain industri.
2) Tiada input atau pandangan dari orang ramai terutamanya pemain industri.
Kerisauan kami semakin memuncak apabila mengetahui 14 bab daripada 29 bab secara teknikalnya telah dimuktamadkan.
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian:
1) Intellectual Property Chapter
Bab Harta Intelek telah bertambah sehingga 80 muka surat. Menurut beberapa perunding luar New Zealand, ini adalah bab paling panjang sekali.
Harta Intelek ini merangkumi hak cipta, trademarks, paten dan kemungkinan besar juga Geographical Indication.
2) Isu Hakcipta (Copyright)
Apa yang menyebabkan kami bimbang adalah bab hakcipta ini tidak pernah dikeluarkan kepada umum dan tidak melibatkan pemain industri sendiri.
Tambah merisaukan, banyak cadangan dalam bentuk braket dan alternatif berdasarkan dokumen bocor dari negara seperti Australia, New Zealand, dan Chile.
Isu-isu utama yang membimbangkan adalah:
1. Tiada teks yang didedahkan kepada umum terutamanya kepada pemain industri.
2. Kegagalan tidak dijangka seperti DMCA (Digital Millennium Copyright Act) yang sepatutnya mengurangkan “lanun cetak rompak”, tetapi bertukar menjadi sekatan dan bahaya kepada pengguna, saintis, dan persaingan.
3. Naik taraf Anti-Counterfeiting Trade Agreement (ACTA) yang telah ditandatangani pada Oktober 2011. 11 buah negara yang terlibat adalah US, EU, Switzeland, Kanada, Australia, New Zealand, Mexico, Singapura, Morocco, Japan, dan Korea Selatan.
a. ACTA sangat kontrovesi kerana menggunakan penyedia servis Internet (ISP) untuk polis menangkap mereka yang melakukan jenayah hakcipta dengan melakukan penyaringan, atau sekatan kandungan digital atau menutup talian Internet pengguna.
b. ACTA juga melanggar privasi hak individu (due process) melalui manipulasi penguatkuasaan autoriti dan proses fasilitasi untuk mengenakan hukuman pada individu.
c. ACTA menggunakan Kunci Digital (Digital Lock) untuk kandungan digital. Sekaligus menjadikan mereka yang menukar format atau menyalin kepada alat lain daripada komputer ke e-readers (ipad dan sebagainya) sebagai penjenayah hakcipta.
d. ACTA meningkatkan penalti bagi kesalahan hakcipta walaupun tujuan peribadi dan bukannya komersil.
4. USTR (United State Trade Representative) berusaha ke arah semua negara yang telah menandatangani untuk menerima undang-undang hakcipta yang lebih kompleks dengan agenda utama memajukan industri hiburan dan farmasutikal mereka.
5. TPP juga memberi kesan kepada bukan sahaja negara TPP yang terlibat, tetapi kepada negara lain yang terpaksa menerima secara tidak langsung kesan perjanjian ini seperti yang dilakukan USTR melalui Special 301 Report.
Kerisauan terhadap TPP – kebebasan bersuara, hak individu (due process), inovasi, masa depan infrastuktur global Internet, hak negara berdaulat untuk membangunkan polisi dan undang-undang mengikut keutamaan domestik.
Gabungan NGO Usahawan ICT di bawah MTEM Tidak Bersetuju Dan Menolak Rundingan TPP Atas Sebab Berikut:
(1) Isu penyalahgunaan TRIPS melalui Policy Laundering.
Dalam ekonomi digital, kewujudan Trade-Related Aspects of Intellectual Property (TRIPS) yang asalnya digunakan untuk mewujudkan keseimbangan dalam harta Intelek membolehkan tidak keseimbangan berlaku jika ada pihak yang melalukan Policy Laundering dengan menghantar Bill pada Kongres, contohnya idea tidak baik seperti PIPA, SOPA, atau contoh dalam negara kita Seksyen 114A yang dibahaskan dalam parlimen.
(2) Isu Cloud Computing
Pengkalan data mesti dijaga dalam negara untuk menjaga keselamatan sosial dan kedaulatan. Jika pengkalan data laman web, pengurusan traksaksi dan sebagainya mesti dibuka dan dihos pada pengkalan data luar negara, ia akan menjadi isu.
(3) Isu DRM (Digital Rights Management)
1) Copyright Owner power over “Buffer Copies” (Salinan kecil dimana komputer memerlukan data tersebut untuk melakukan proses) menyebabkan banyak transaksi akan memerlukan pelbagai lesen daripada pemilik IP sekaligus apabila digunakan banyak kali akan meningkatkan liabliti kepada pengguna.
2) Digital Lock – mengawal pengedaran atau cara pengedaran, sebagai contoh digital produk hanya boleh digunakan lima kali, kemudian perlu bayar untuk mendapatkannya.
Kawalan format, penukaran format kepada alat pembaca lain juga merupakan kesalahan jenayah harta intelek.
3) Kick / Ban People From Internet – TPP boleh memberi arahan kepada ISP (Internet Service Provider) untuk memutuskan sambungan internet berdasarkan undang-undang “three strikes” yang digunakan di US sekarang jika pengguna tiga kali membuat kesalahan.
4) Criminalize small scale copyright infringement (Jenayah Hakcipta) – Contoh muat turun muzik sehingga polis merampas komputer atas alasan alat bantuan melakukan jenayah dan menghantar pengguna ke penjara.
Seorang pelajar menukar format untuk bacaan e-reader juga boleh dikenakan tindakan jenayah.
5) The TPP should include limitations and exceptions to copyright.
Proposal rundingan yang bocor menyatakan hak cipta perlu terhad dan bersyarat, untuk digunakan bertujuan adil sebagai contoh untuk kegunaan gedung maklumat dan digunakan oleh mereka yang tidak mampu.
Isu utama adalah kita tiada jaminan bahawa TPP akan memasukkan proposal terhad dan bersyarat ini untuk seimbangkan hak pengguna dan hak pemilik hakcipta.
(4) Creative Content
Isu creative content seperti animasi dalam negara yang semakin popular boleh diceroboh oleh negara yang besar seperti Hollywood.
Mereka boleh mengeluarkan cerita animasi lebih murah untuk dijual ke negara lain, kerana di negara sendiri sudah untung berjuta dolar dan nilai rendah dijual diluar. Sekaligus membolehkan filem animasi tempatan tidak dapat bersaing.
Kesimpulan:
1) Perkembangan e-commerce boleh merudum teruk dalam jangkamasa panjang.
2) Rejim baru berdaftar menguasai liabiliti ISP.
3) Duti Kastam atas Produk Digital
4) Perlindungan atau galakan produk digital tempatan
5) Penguatkuasaan Jenayah Harta Intelek melebihi WIPO Internet Treaties.
Kesan keseluruhan pada ekologi ekonomi digital ialah:
1) Sekatan hak bersuara rakyat.
2) Sekatan pencipta kandungan digital.
3) Sekatan kebolehan syarikat teknologi mencipta produk inovasi.
4) Sekatan kebolehan pengguna untuk gunakan kandungan digital dalam pelbagai cara.
Berdasarkan perkara-perkara di atas, kami membuat kesimpulan bahawa TPPA tidak memberi manfaat kepada industri ICT yang masih baru di negara ini. Justeru, Malaysia harus menarik diri daripada mengganggotai TPPA serta-merta.

Sumber HD - 18-7-2013
Mat Maslan kata Malaysia ke-8 petrol paling murah, bukti ini sebaliknya
http://www.ekeleh.com, | 18 Jul 2013 |
Oleh elleh pada 17 Jul, 2013
Hari ini Mat Maslan, Timbalan Menteri Kewangan berkata Malaysia adalah negara kelapan di dunia paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya. Katanya harga murah kerana pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak.
“Daripada 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya,” katanya.
Apa kata kalau kita lihat fakta di bawah, Petrol prices around the world, July 2013
Kenapa pula dari tempat ke-8 dah menjadi tempat ke-17 Mat Maslan oii…
Apa kata kalau kita lihat fakta di bawah, Petrol prices around the world, July 2013
Kenapa pula dari tempat ke-8 dah menjadi tempat ke-17 Mat Maslan oii…
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-7-2013
Himpunan bantah TPPA, serah memo ke Miti 19 Julai
Harakahdaily, | 17 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) bukan satu perjanjian yang adil dan juga bukan bebas tetapi hanyalah satu alat untuk memastikan perlindungan dan keutamaan diberikan kepada kepentingan korporat dengan mengenepikan kepentingan rakyat dalam hal kebajikan, keselamatan dan sosio-ekonomi.
“Intipati cadangan-cadangan dalam TPPA lebih mengutamakan peranan syarikat multinasional dan menafikan ruang kerajaan untuk bertindak demi kepentingan rakyat dalam hal menetapkan undang-undang dan peraturan,” ujar jurucakap Badan Bertindak Bantah TPPA, Azlan Awang dalam satu kenyataan.
Berikut ialah kenyataan bersama Badan Bertindak Bantah TPPA.
Ketika rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) berlangsung sekali lagi secara tertutup, kami Badan Bertindak Bantah TPPA Malaysia mengeluarkan kenyataan bersama ini untuk menyatakan pendirian kami dan ingin menarik perhatian rakyat terhadap isu–isu berikut:
Kedaulatan nasional dan ruang polisi negara-negara TPPA
Pelbagai bab dalam perjanjian TPPA ini menghadkan ruang untuk kerajaan menggubal polisi-polisi demi kepentingan masyarakat, termasuklah bab pelaburan dan kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia ada. Penyelesaian Pertikaian Pelabur – Negara (ISDS) dan Penyelesaian Pertikaian Negara-Negara (ISDS) adalah antara cara bagaimana TPPA menganugerahkan kuasa kepada syarikat antarabangsa (MNCs) untuk mereka mengenepikan dan meredah sistem perundangan negara dengan mereka boleh menuntut pampasan kewangan tanpa had melalui tribunal timbang-tara antarabangsa.
Akses terhadap ubat-ubatan
Amerika Syarikat telah mencadangakan peraturan yang mana jika diterima akan memudahkan syarikat-syarikat gergasi dalam bidang farmasi memperoleh tempoh paten ubatan yang lebih lama. Ini akan menyebabkan kesukaran atau kelewatan akses terhadap ubatan generic mampu milik seperti ubatan untuk kanser, HIV dan ubatan penting yang lain serta menaikkan harga ubat-ubatan.
Akses terhadap ilmu pengetahuan
Seperti mana langkah-langkah perlindungan harta intelek TPPA akan menyebabkan ubatan dan rawatan menjadi lebih mahal kepada rakyat, aktiviti pembelajaran dan penyelidikan negara-negara TPPA juga boleh terjejas dengan peningkatan kos apabila undang-undang hakcipta menjadi lebih ketat termasuklah hak-hak digital yang dikongsi bersama seperti Internet.
Perlindungan terhadap alam
Negara-negara TPPA didesak untuk bersetuju terhadap polisi yang menjurus kearah pro-industri, kawalan perundangan alam sekitar secara peribadi (self-regulated), kesukaran perpindahan teknologi mesra alam and langkah-langkah perlindungan pelaburan yang mendedahkan Malaysia kepada ancaman korporat terhadap polisi-polisi alam sekitar seperti mana yang telah dihadapi oleh negara-negara lain.
Hak-hak pekerja
Terdapat cadangan untuk menafikan langkah kerajaan memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap pekerja (seperti gaji minima dan piawaian kesihatan dan keselamatan) yang sedang dilaksanakan dan melarang arahan untuk perlaksanaan latihan dan syarat-syarat pengambilan pekerja oleh syarikat luar.
Industri kecil dan sederhana
Tindakan TPPA untuk mewujudkan pasaran bebas dan merendahakan tariff akan menyebabkan semua sektor yang berkaitan kehilangan pekerjaan secara mendadak. Ini menyebabkan penurunan gaji dan meningkatkan jurang ekonomi kaya – miskin. Penurunan tariff akan memberi kesan besar kepada 300,000 petani dari negeri-negeri utara , mereka akan terpaksa berhadapan dengan persaingan yang tidak saksama dengan pengeksport produk pertanian dari negara-negara TPPA seperti AS, Kanada dan Jepun - yang tidak akan mengurangkan susidi kepada petani mereka. Malaysia akan mengalami nasib buruk seperti Mexico melalui North American Free Trade Agreement dengan AS yang menyaksikan kehilangan sebanyak tiga juta daripada sepuluh juta pekerjaan dalam bidang pertanian.
Perjanjian TPP ini jelas memihak kepada aspirasi tamak komersial sejumlah kecil syarikat multinasional (MNCs) yang akan mendapat manfaat maksimum tanpa mengambil peduli kebimbangan masyarakat dan rakyat jelata di 12 negara TPPA terhadap kebajikan dan masa depan rakyat yang terancam.
TPPA bukan satu perjanjian yang adil dan juga bukan bebas tetapi hanyalah satu alat untuk memastikan perlindungan dan keutamaan diberikan kepada kepentingan korporat dengan mengenepikan kepentingan rakyat dalam hal kebajikan, keselamatan dan sosio-ekonomi. Intipati cadangan-cadangan dalam TPPA lebih mengutamakan peranan syarikat multinasional dan menafikan ruang kerajaan untuk bertindak demi kepentingan rakyat dalam hal menetapkan undang-undang dan peraturan.
Kami, Badan Bertindak Bantah TPPA dengan ini menuntut kerajaan Malaysia menunda penglibatannya dalam rundingan ini sehinggalah:

1. Analisis kos-dan-manfaat (cost-and-benefit) dan kajian perbandingan faedah (comparative advantage study) dilaksanakan, diumumkan dan diperdebatkan kepada awam.
2. Teks perjanjian dikaji selidik dan ditimbang tara oleh parlimen untuk mewajarkan TPPA sebagai bermanfaat terhadap rakyat Malaysia.
3. Segala kebimbangan yang berkenaan diketengahkan dalam cadangan dan pendirian Malaysia dalam perundingan TPPA.
4. Sebuah referendum dibuat untuk menentukan tahap sokongan rakyat Malaysia terhadap keputusan kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini.
Persidangan kali ke-18 perwakilan negara-negara TPPA sedang berlangsung di Sabah, di No. 1 Sutera Harbor Boulevard, Kota Kinabalu. Wakil daripada 12 negara Asia sedang berunding dengan delegasi Amerika 15 – 25 Julai 2013. Kami menuntut sikap telus kerajaan dan kami mahu kebimbangan rakyat dibawa masuk ke dalam persidangan atau batalkan sahaja perjanjian ini.
Kami Badan Bertindak Bantah TPPA (Bantah TPPA) menyeru rakyat Malaysia untuk berkumpul secara aman pada 19 Julai 2013 dalam himpunan bantah TPPA di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Jumaat jam 2.15 petang sebelum bersama bergerak ke Kementerian Perdangangan Dalam Negeri (MITI) untuk menyerahkan memorandum bantahan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-7-2013
Umno Baruputra: Rakyat juga yang ketinggalan
Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, | 17 Jul 2013 |
Isu ini terus dimainkan oleh UMNO. Kalau UMNO tewas maka masa depan orang Melayu akan musnah. Oleh yang demikian, orang Melayu mesti terus menyokong UMNO. Tapi untuk tujuan apa? Supaya mereka yang kita beri kuasa boleh terus mengayakan golongan UMNO Baruputra? Keadaan rakyat Melayu
ketinggalan di belakang. UMNO menjerit sana sini mengenai Melayu itu dan ini. Tapi yang merasai nikmat dari kuasa politik yang rakyat beri ialah putera bangsawan, putera pemimpin UMNO, putera dan puteri kroni UMNO dan putera pegawai tinggi kerajaan.
Perkara ini saya dengar juga selama saya berada dalam persidangan Dewan Rakyat. Teriakan Melayu itu dan Melayu ini lantang kita dengar. Kadang-kadang dalam nada yang bellicose dan mengajak kita bergaduh.
Yang berteriak Melayu ini dan Melayu itu lupa bahawa lebih ramai orang Melayu menolak mereka. Dari jumlah 11.23 juta yang keluar mengundi, jumlah Melayu ialah 65% atau 7.3 juta.
UMNO dan BN mendapat 3.4 juta undi Melayu. Ini bererti 3.9 juta orang Melayu menolak BN berbanding dengan 3.4 juta. UMNO sendiri secara keseluruhan mendapat 3.2 juta undi yakni sama dengan jumlah ahli UMNO.
Maka yang menjerit Melayu itu dan ini, menjerit atas autoriti apa? Majoriti Melayu tidak bersama kamu.
Kita nak tanya, apa parti Melayu yang terbesar lakukan selama mereka perintah. Sejak 1955 hingga hari ini, yang perintah kerajaan persekutuan ialah perikatan dan BN yang dikepalai oleh UMNO.
Pendapatan purata orang kampung yang majoritinya Melayu sekitar RM3,000 sebulan. Ini angka purata. Dalam kawasan saya Raub, saya tidak tahu bagaimana sebahagian besar rakyat Melayu mencari pendapatan. Mereka hanya bekerja kampung atau makan gaji sebagai buruh menoreh getah. Dengan harga getah yang amat rendah keluaga Melayu yang hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM200 sebulan pun ramai?
Maka pendapatan purata RM3,000 sebulan tidak bererti apa-apa kepada orang Melayu. Sebahagian besar berada di luar lingkungan pendapatan purata ini. Tapi, kebetulan itulah dianya tahap kelayakan menerima BR1M. maka BR1M sebetulnya pengesahan bahawa orang Melayu miskin selama berada dalam pemerintahan UMNO.
Pendapatan purata orang Melayu 70% dan 85% dari pendapatan purata Cina dan India. Ini bemakna, yang paling miskin ialah Melayu. Setelah berbilion dibelanjakan dan setelah puluhan dasar dijalankan. Setelah puluhan tahun memerintah, 7.2 juta Melayu berpendapatn kurang dan RM1,700. 8.7 juta dengan pendapatan RM1,500. Pekali gini atau gini coefficient Melayu sekitar 0.421 di kalangan Melayu menunjukkan perbezaaan pendapatan antara kaya dan miskin Melayu masih meluas walaupun sudah diperbaiki semenjak 2009. Pekali untuk Malaysia ialah 0.431. sehingga 2012, incidence of poverty di kalangan Melayu yakni peratusan Melayu yang jatuh di bawah garis kemiskinan ialah 2.2%.
Saya mengajak pembaca Melayu merenung perkara ini. Yang menerpa kepada kita memohon bantuan kebajikan ialah Melayu. Yang menerjah kita apabila ada malapetaka dan bencana alam ialah Melayu. Yang memohon bantuan kewangan untuk ke hospital untuk mendapaat rawatan khusus dan memerlukan wang nak hantar sekolah ialah Melayu. Jika mak dan bapa bermula sebagai penerima bantuan JKM, anak pun sama mewarisi status ini. Bahkan untuk bayar rumah dan bil api pun yang datang memohon pertolongan ialah orang Melayu.
Yang meraung tidak dapat hak milik tanah yang diusahakan 30-40 tahun ialah Melayu. Jadi, Melayu yang macam mana BN tolong?
UMNO tolong UMNO Baruputra. Ketua eksekutif yang bergaji 400 ribu ke atas dan 1.2 juta sebulan? Malah ada yang jadi menteri, tahun lepas mendapat gaji dan emolumen RM6-7 juta. Melayu jenis ini tidak kisah tak dapat hak milik, tak tahu pun apa JKM, tak tahu perasaan ditimpa bencana alam, tak peka hidup dalam gerobok usang, tidak tertekan mahu menyekolahkan anak dan sebagainya.
Jadi jeritan Melayu itu dan ini yang berkumandang dalam Dewan Rakyat selama saya bersidang hanya hipokrasi hendak menunjuk-nunjuk si penjerit menjuarai kepentingan Melayu. Bagaimana teriakan yang kuat menyelesaikan masalah kemiskinan dan keterbelakangan Melayu?
Jeritan bukan ganti kepada integriti, tataselia yang baik, kerajaan yang bersih dan cekap, pematuhan kepada pemerintahan ikut undang2 dan akauntabiliti. Jeritan dan pekikan bukan ganti kepada dasar yang jujur dan ikhlas. - http://sakmongkol.blogspot.com

Akta Hasutan 1948: Apa pendirian Zahid selepas ini
Shahbudin Husin, | 13 Jul 2013 |
Mesyuarat kabinet semalam memutuskan untuk kekal dengan pendirian mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional yang kini sedang digubal. Ini bermakna tiada apa-apa yang berubah berhubung keputusan pemansuhan akta itu sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri pada Julai 2012 lalu.
Menteri Kesihatan, S Subramanian ketika memberitahu demikian berkata, Akta Keharmonian Nasional yang menggantikannya akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Dengan keputusan kabinet ini, orangramai tentunya tertanya-tanya apakah pendirian Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi mengenai perkara itu selepas ini? Apakah beliau bersetuju dengan keputusan kabinet itu atau akan terus menentangnya sebagaimana kelantangan yang dipamerkan dua tiga hari sebelum ini?
Orangramai juga tentunya ingin tahu, apakah dalam mesyuarat kabinet semalam, Zahid Hamidi turut bersetuju bersama-sama pendirian kabinet itu atau beliau ada menyuarakan bantahan akta itu daripada dimansuhkan atau beliau hanya berdiam diri saja?
Semua ini menimbulkan persoalan. Zahid sebelum ini merupakan menteri yang paling ke depan membantah pemansuhan Akta Hasutan dengan menyelar sikap pihak-pihak tertentu yang mahu memansukan akta tersebut tanpa memikirkan kesan negatifnya walaupun sebenarnya perkara itu datang daripada mulut Najib sendiri.
Bahkan Zahid Hamidi juga mengingatkan dengan pemansuhan Akta Hasutan 1948 itu ia akan mendedahkan empat aspek dalam Perlembagaan kepada pertikaian umum iaitu kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu, kedudukan Raja-Raja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Zahid juga menyatakan ketegasannya untuk tidak berkompromi dan akan terus mempertahankan Akta Hasutan 1948 itu.
Pelbagai pihak dalam UMNO termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga memberi pandangan bahawa akta itu perlu dikekalkan namun pihak pembangkang pula mahukan Najib menunjukkan ketegasan dan tidak mengubah janji mahu memansuhkan akta itu. Najib diingatkan agar mengekalkan slogan Janji Ditepati dan tidak menukarnya menjadi Janji Dicapati!
Sementara Zahid Hamidi menunjukkan ketegasannya mahu mempertahankan akta itu, ramai yang skeptikal dengan pendirian Menteri Dalam Negeri itu yang seolah-olah menyanggah keputusan Perdana Menteri sendiri dan melihatnya tidak lebih daripada tindakan Zahid memainkan emosi orang Melayu dan perwakilan UMNO menjelang pemilihan parti hujung tahun ini.
Selain Zahid Hamidi tidak dikenali sangat sebagai pemimpin yang benar-benar tegas sebelum ini, malah tindakan beliau membangkitkan bantahan mengenai Akta Hasutan secara tiba-tiba sekarang ini juga menimbulkan persoalan memandangkan ketika Najib melontarkan cadangan mahu memansuhkan akta itu sejak Julai 2012 lalu, Zahid Hamidi tidak pula bersuara mengenainya.
Ramai yang melihatnya sekadar permainan emosi di media untuk melonjakkan populariti menjelang pemilihan UMNO semata-mata.
Lalu dengan keputusan kabinet ini, apakah sebenarnya pendirian Zahid Hamidi selepas ini?
Jika beliau terus bersuara dan komited dengan pendiriannya dan dalam mesyuarat kabinet semalam juga diketahui beliau didapati menyuarakan bantahannya tetapi terpaksa akur dengan keputusan majoriti, barang kali orangramai akan meyakini keikhlasannya tetapi jika beliau hanya berdiam diri saja seperti tikus yang berada dalam tong beras, tidak diragui lagi bahawa riuh-rendahnya selama ini hanyalah sandiwara saja.
Rakyat kini sedang menunggu Zahid Hamidi menyatakan jati dirinya. -
Menteri Kesihatan, S Subramanian ketika memberitahu demikian berkata, Akta Keharmonian Nasional yang menggantikannya akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Dengan keputusan kabinet ini, orangramai tentunya tertanya-tanya apakah pendirian Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi mengenai perkara itu selepas ini? Apakah beliau bersetuju dengan keputusan kabinet itu atau akan terus menentangnya sebagaimana kelantangan yang dipamerkan dua tiga hari sebelum ini?
Orangramai juga tentunya ingin tahu, apakah dalam mesyuarat kabinet semalam, Zahid Hamidi turut bersetuju bersama-sama pendirian kabinet itu atau beliau ada menyuarakan bantahan akta itu daripada dimansuhkan atau beliau hanya berdiam diri saja?
Semua ini menimbulkan persoalan. Zahid sebelum ini merupakan menteri yang paling ke depan membantah pemansuhan Akta Hasutan dengan menyelar sikap pihak-pihak tertentu yang mahu memansukan akta tersebut tanpa memikirkan kesan negatifnya walaupun sebenarnya perkara itu datang daripada mulut Najib sendiri.
Bahkan Zahid Hamidi juga mengingatkan dengan pemansuhan Akta Hasutan 1948 itu ia akan mendedahkan empat aspek dalam Perlembagaan kepada pertikaian umum iaitu kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu, kedudukan Raja-Raja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Zahid juga menyatakan ketegasannya untuk tidak berkompromi dan akan terus mempertahankan Akta Hasutan 1948 itu.
Pelbagai pihak dalam UMNO termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga memberi pandangan bahawa akta itu perlu dikekalkan namun pihak pembangkang pula mahukan Najib menunjukkan ketegasan dan tidak mengubah janji mahu memansuhkan akta itu. Najib diingatkan agar mengekalkan slogan Janji Ditepati dan tidak menukarnya menjadi Janji Dicapati!
Sementara Zahid Hamidi menunjukkan ketegasannya mahu mempertahankan akta itu, ramai yang skeptikal dengan pendirian Menteri Dalam Negeri itu yang seolah-olah menyanggah keputusan Perdana Menteri sendiri dan melihatnya tidak lebih daripada tindakan Zahid memainkan emosi orang Melayu dan perwakilan UMNO menjelang pemilihan parti hujung tahun ini.
Selain Zahid Hamidi tidak dikenali sangat sebagai pemimpin yang benar-benar tegas sebelum ini, malah tindakan beliau membangkitkan bantahan mengenai Akta Hasutan secara tiba-tiba sekarang ini juga menimbulkan persoalan memandangkan ketika Najib melontarkan cadangan mahu memansuhkan akta itu sejak Julai 2012 lalu, Zahid Hamidi tidak pula bersuara mengenainya.
Ramai yang melihatnya sekadar permainan emosi di media untuk melonjakkan populariti menjelang pemilihan UMNO semata-mata.
Lalu dengan keputusan kabinet ini, apakah sebenarnya pendirian Zahid Hamidi selepas ini?
Jika beliau terus bersuara dan komited dengan pendiriannya dan dalam mesyuarat kabinet semalam juga diketahui beliau didapati menyuarakan bantahannya tetapi terpaksa akur dengan keputusan majoriti, barang kali orangramai akan meyakini keikhlasannya tetapi jika beliau hanya berdiam diri saja seperti tikus yang berada dalam tong beras, tidak diragui lagi bahawa riuh-rendahnya selama ini hanyalah sandiwara saja.
Rakyat kini sedang menunggu Zahid Hamidi menyatakan jati dirinya. -
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-7-2013
Kabinet 2013 serius cegah rasuah atau retorik
Harakahdaily, | 11 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan gesaan unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri supaya perubahan lebih radikal dibuat dalam usaha memerangi rasuah di Malaysia di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah.
Bagi DPPM, usaha radikal Pemandu perlu digalakkan dan disambut baik semua pihak kerana Pemandu mewujudkan suatu kesedaran bahawa rasuah adalah jenayah dan musuh yang menghancurkan negara.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, jenayah rasuah tidak boleh dipandang ringan dan dibiarkan begitu sahaja sebaliknya perlu usaha bersungguh-sungguh bagi memeranginya.
“PAS dan Pakatan Rakyat telah lama memberikan komitmen terhadap perkara ini dan sanggup bekerjasama bagi memastikan pelaku rasuah diambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Malah, ujar beliau siri-siri pembongkaran terhadap kegiatan rasuah kerap dibuat bagi memastikan negara ini selamat dari gejala ini.
PR juga, ujarnya sering menyerahkan dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai bukti sayangnya PR bersama rakyat terhadap negara ini dari dicemari oleh pelaku rasuah.
“DPPM mencadangkan sekiranya Pemandu benar-benar mahu berusaha secara radikal dalam memerangi rasuah, maka tindakan susulan yang lebih agresif dan radikal juga wajar diambil termasuk terhadap semua golongan bermula dari pemimpin negara sehinggalah kepada rakyat biasa,” katanya lagi.
Tambahnya, tidak ada pihak yang terselamat di sebalik kuasa yang mereka miliki sekiranya mereka terlibat dengan rasuah.
Menurutnya lagi, membanteras rasuah perlu dilakukan bermula dari pemimpin negara kerana sebagai pemimpin kerajaan dan negara ini, pemimpin menjadi contoh teladan kepada rakyat untuk diikuti.
Beliau menegaskan, rasuah tidak akan berjaya sekiranya pelaksanaannya hanya pada rakyat dan orang kebanyakan sedangkan golongan elitis dan pemimpin atasan dibiarkan melakukan sewenang-wenangnya.
Tambah beliau, gejala rasuah akan menjadi barah dan budaya kerana rakyat mengikut kepemimpinan negara.
“Rakyat mahu melihat keberhasilan Pemandu dengan tindakan terhadap golongan sasar.
“Prestasi kabinet sesi 2013 dari kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri kali ini menjadi sandaran dan bukti benarkah rasuah benar-benar telah dicegah atau hanya sebuah lagi projek retorik untuk mengabui mata rakyat,” ujarnya.
Bagi DPPM, usaha radikal Pemandu perlu digalakkan dan disambut baik semua pihak kerana Pemandu mewujudkan suatu kesedaran bahawa rasuah adalah jenayah dan musuh yang menghancurkan negara.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, jenayah rasuah tidak boleh dipandang ringan dan dibiarkan begitu sahaja sebaliknya perlu usaha bersungguh-sungguh bagi memeranginya.
“PAS dan Pakatan Rakyat telah lama memberikan komitmen terhadap perkara ini dan sanggup bekerjasama bagi memastikan pelaku rasuah diambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Malah, ujar beliau siri-siri pembongkaran terhadap kegiatan rasuah kerap dibuat bagi memastikan negara ini selamat dari gejala ini.
PR juga, ujarnya sering menyerahkan dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai bukti sayangnya PR bersama rakyat terhadap negara ini dari dicemari oleh pelaku rasuah.
“DPPM mencadangkan sekiranya Pemandu benar-benar mahu berusaha secara radikal dalam memerangi rasuah, maka tindakan susulan yang lebih agresif dan radikal juga wajar diambil termasuk terhadap semua golongan bermula dari pemimpin negara sehinggalah kepada rakyat biasa,” katanya lagi.
Tambahnya, tidak ada pihak yang terselamat di sebalik kuasa yang mereka miliki sekiranya mereka terlibat dengan rasuah.
Menurutnya lagi, membanteras rasuah perlu dilakukan bermula dari pemimpin negara kerana sebagai pemimpin kerajaan dan negara ini, pemimpin menjadi contoh teladan kepada rakyat untuk diikuti.
Beliau menegaskan, rasuah tidak akan berjaya sekiranya pelaksanaannya hanya pada rakyat dan orang kebanyakan sedangkan golongan elitis dan pemimpin atasan dibiarkan melakukan sewenang-wenangnya.
Tambah beliau, gejala rasuah akan menjadi barah dan budaya kerana rakyat mengikut kepemimpinan negara.
“Rakyat mahu melihat keberhasilan Pemandu dengan tindakan terhadap golongan sasar.
“Prestasi kabinet sesi 2013 dari kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri kali ini menjadi sandaran dan bukti benarkah rasuah benar-benar telah dicegah atau hanya sebuah lagi projek retorik untuk mengabui mata rakyat,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-7-2013
Mahathir wajar letak jawatan Penasihat Petronas
Hazayani Zakaria, | 05 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Sekretariat Royalti Terengganu (R) di bawah Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) menggesa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai penasihat Petronas kerana melanggarAkta Kemajuan Petroleum 1974.
Pengerusi R Terengganu, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, kerajaan dan petronas harus meneliti semula pelantikan tersebut.
"R Terengganu berharap pihak Kerajaan dan Petronas boleh meneliti semula Akta Kemajuan Petroleum 1974 kerana berdasarkan akta tersebut Tun Dr Mahathir tidak menepati syarat kelayakan sebagai Penasihat Petronas sekaligus menyebabkan akta tersebut tidak relevan," kata beliau kepada Harakahdaly.
Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5 menyebut, kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan pertoleum itu.
Justeru R Terengganu menuntut kerajaan mengambil tindaan sewajarnya bagi memastikan tiada unsur penyelewengan dalam pelantikan tersebut.
"R Terengganu menggesa pihak Petronas melantik penasihat yang lebih layak tanpa ada kompromi dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Petronas," tegasnya.
Minggu lalu, Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu Raja Datuk Kamarul Baharin Raja Ahmad Shah yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menggesa Majlis Penasihat Petronas diwujudkan segera.
Majlis itu katanya harus meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan penting mengenai dasar petroleum dan cari gali minyak di negara ini.
Pengerusi R Terengganu, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, kerajaan dan petronas harus meneliti semula pelantikan tersebut.
"R Terengganu berharap pihak Kerajaan dan Petronas boleh meneliti semula Akta Kemajuan Petroleum 1974 kerana berdasarkan akta tersebut Tun Dr Mahathir tidak menepati syarat kelayakan sebagai Penasihat Petronas sekaligus menyebabkan akta tersebut tidak relevan," kata beliau kepada Harakahdaly.
Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5 menyebut, kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan pertoleum itu.
Justeru R Terengganu menuntut kerajaan mengambil tindaan sewajarnya bagi memastikan tiada unsur penyelewengan dalam pelantikan tersebut.
"R Terengganu menggesa pihak Petronas melantik penasihat yang lebih layak tanpa ada kompromi dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Petronas," tegasnya.
Minggu lalu, Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu Raja Datuk Kamarul Baharin Raja Ahmad Shah yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menggesa Majlis Penasihat Petronas diwujudkan segera.
Majlis itu katanya harus meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan penting mengenai dasar petroleum dan cari gali minyak di negara ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-7-2013
BR1M: RM500 boleh makan setahun RM1,200 hanya 2 bulan
Harakahdaily, | 03 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Pada 23 Febuari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 cukup untuk rakyat makan setahun.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.
Menurutnya, dengan RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.
“Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo, minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.
“Maknanya, kalau kita hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan,” ujarnya pada Majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.
Berlainan pula dengan jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sewaktu menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Dewan Rakyat, Isnin lalu.
Katanya, kalau tiba BR1M RM1,200, bermakna untuk orang kampung, kerajaan membantu dua bulan belanja hidup mereka, 10 bulan lagi mereka cari sendiri.
Berikut ialah petikan jawapan Ahmad.
Beginilah ya, kita ingin membantu rakyat. Kaedah membantu rakyat ini ada dua kaedah. Kaedah yang pertama ialah membantu secara mereka tidak sedar. Saya sudah bacakan tadi secara subsidi dan sebagainya. Ini ialah bantuan yang kita beri terus kepada rakyat. Kebaikan BR1M ini jika dibanding dengan hasrat pembangkang, dia hendak mansuhkan BR1M. Pembangkang kata lebih baik kalau digunakan wang BR1M itu untuk menurunkan harga petrol.
Akan tetapi, satu perkara yang penting dari segi BR1M ini ialah ia menumbuhkan dan memesatkan pertumbuhan ekonomi setempat. Itu yang penting. Ini kerana daripada Perlis sampai ke Sabah, kedai runcit laku. Segala jenis pasar laku. Pasar malam, pasar lambak, pasar tani, pasar apa lagi ada? Ya, semua sekali laku. Jadi, semua sekali itu meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat. Itu yang amat penting.
Ini kerana orang yang dapat BR1M RM500 dan RM250 ini dia tidak simpan duit itu dalam bank. Dia akan membelanjakan BR1M itu. Kalau tiba BR1M RM1,200, ini bermakna untuk orang kampung, kerajaan membantu dua bulan belanja hidup mereka. 10 bulan lagi mereka cari sendiri sebab RM600 sebulan cukup untuk membiayai kehidupan satu keluarga di kampung. Soalan tentang data statistik dan sebagainya itu kemudian lah.

Sumber HD - 3-7-2013
Adakah Azeez dilantik kerana cium tangan Rosmah?
Harakahdaily, | 03 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri melantik Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru terus menimbulkan persoalan dan menjadi perbualan ramai.
“Di blog dan laman-laman sosial, baik yang pro Umno mahukan pro pembangkang, perlantikan Azeez itu bukan saja mengundang kecaman dan kritikan, malah dijadikan bahan lawak dan momokan ramai,” tulis pemerhati politik, Shahbudin Husin di dalam blognya, http://shahbudindotcom.blogspot.com.
Menurutnya, gambar Azeez mencium tangan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menjadi topik perbualan paling hangat seolah-olah pelantikan beliau itu lebih bersandarkan kepada kekerapannya mencium tangan Rosmah dan bukannya berdasarkan kelayakan ataupun pengalaman yang dimilikinya.
Berikut tulisan penuh beliau.
Tindakan Najib melantik Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru terus menimbulkan persoalan dan menjadi perbualan ramai. Tidak saja Mahfuz Omar dari Pas dan Nurul Izzah dari PKR yang mempertikaikannya serta menuntut penjelasan Perdana Menteri tentang kriteria perlantikan seseorang sebagai Pengerusi GLC, bahkan rakyat pelbagai peringkat terus bercakap mengenainya.
Di blog dan laman-laman sosial, baik yang pro UMNO mahukan pro pembangkang, perlantikan Azeez itu bukan saja mengundang kecaman dan kritikan, malah dijadikan bahan lawak dan momokan ramai.
Gambar Azeez mencium tangan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menjadi topik perbualan paling hangat seolah-olah perlantikan beliau itu lebih bersandarkan kepada kekerapannya mencium tangan Rosmah dan bukannya berdasarkan kelayakan ataupun pengalaman yang dimilikinya.
Jika dibandingkan perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji dengan beberapa perlantikan lain yang dibuat oleh Najib, memang wujud tanda-tanya besar terutama mengenai kriteria, kelayakan dan kaitan wibawa seseorang itu dengan GLC atau agensi kerajaan yang diamanahkan kepadanya.
Azeez Rahim yang tidak sampai dua bulan menjadi Ahli Parlimen serta tiada pengalaman dalam dunia korporat, pengurusan serta perniagaan, telah dijadikan Pengerusi Tabung Haji, sebuah GLC yang mempunyai aset dan tabungan berbilion ringgit serta rangkaian perniagaan di seluruh dunia. Tabung Haji juga menjadi tabungan hampir semua umat Islam dan merupakan antara syarikat kebanggaan negara yang ditubuhkan oleh Prof Ungku Aziz bagi memudahkan umat Islam menunaikan rukun Islam kelima iaitu fardu haji ke Mekah.
Dr Latif Ahmad, Ahli Parlimen Mersing yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Johor dan timbalan menteri, hanya diberikan jawatan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad atau SPNB, sebuah syarikat milik kerajaan yang tumpuan khususnya lebih kepada projek perumahan kos rendah dan memulihkan projek terbengkalai.
Berbanding dengan Tabung Haji, SPNB jauh lebih kecil walaupun Dr Latif seorang yang lebih berpengalaman serta berpengetahuan dalam politik dan pengurusan.
Annuar Musa yang difahamkan akan dilantik sebagai Pengerusi MARA adalah tokoh hebat dari Kelantan dan pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Kepandaiannya dalam mengurus menjadikan Persatuan Bolasepak Kelantan atau KAFA yang dikendalikannya kini menjadi kuasa baru dalam bolasepak negara dengan memenangi beberapa kejuaraan utama.
Tetapi beliau hanya diberikan jawatan Pengerusi MARA yang kini semakin mengecil peranannya dalam membantu orang-orang Melayu di bidang perniagaan serta pendidikan berikutan peruntukan kerajaan yang semakin dikurangkan tahun demi tahun. Lebih-lebih lagi setelah Kementerian Pembangunan Usahawan dihapuskan oleh Najib pada 2009 lalu, MARA seolah-olah sudah tenggelam peranannya dalam membantu usahawan-usahawan Bumiputera.
Berbanding dengan Tabung Haji juga, MARA ternyata lebih keci meskipun Annuar Musa yang bakal dijadikan Pengerusi agensi itu adalah individu yang cukup pengalaman dalam politik, pengurusan serta banyak membantu rakyat di pelbagai peringkat sebelum ini.
Syed Hamid Albar yang pernah menjadi peguam dan berpengalaman sebagai menteri di pelbagai kementerian, apabila digugurkan daripada kabinet pada 2009, hanya diberikan jawatan Pengerusi SPAD yang secara kasarnya hanya menjaga bas, lori dan teksi saja. Bahkan pelantikannya sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum ini telah ditarik balik walaupun sudah menerima surat perlantikan itu.
Syed Hamid Albar juga dikenali seorang yang berintergeriti tinggi dan wibawanya diketahui ramai di dalam dan di luar negara. Dibandingkan dengan Tabung Haji juga, SPAD jauh lebih kecil dan seolah-olah tidak padan seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas seperti beliau hanya ditugaskan menjaga bas, teksi dan lori saja.
Begitu juga dengan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan kini Ahli Parlimen Kubang Pasu, Johari Baharom yang dikhabarkan telah dilantik sebagai penasihat di JPM. Perlantikan beliau itu lebih kepada untuk memberi jawatan semata-mata sedangkan tiada peranan khusus walaupun pengalaman dan pengetahuannnya dalam politik dan kerajaan selama puluhan tahun sebelum ini sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk peranan yang lebih besar lagi.
Jika dibandingkan dengan Pengerusi Tabung Haji, jawatan sebagai penasihat di JPM ini hampir tidak memberi makna kerana belum tentu ada nasihat Johari yang mahu diterima-pakai oleh Najib yang diketahui sudah pun mempunyai ramai penasihat sebelum ini.
Semua perlantikan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa semakin tinggi pengetahuan, pengalaman dan wibawa seseorang itu, semakin tidak penting dan kecil agensi kerajaan, GLC atau jawatan yang akan diberikan kepadanya manakala mereka yang tiada pengalaman, malah kewibawaannya dipertikaikan akan diberikan tanggungjawab mengendalikan syarikat yang bernilai berbilion-bilion ringgit pula.
Dalam hal ini jika Tengku Razalegh Hamzah, seorang yang mempunyai wibawa, pengalaman dan pengetahuan yang lebih tinggi, pernah menjadi Menteri Kewangan, Pengerusi IMF, Pengerusi Bank Dunia dan pelbagai jawatan lagi serta berperanan menubuhkan Bank Bumiputra dan Petronas, mahu diberikan jawatan oleh Najib, barangkali jawatan yang akan diberikan hanyalah Pengerusi Persatuan Beca Se-Malaysia saja.

1Malaysia: Tiada layanan Pusat untuk negeri PR?
Hazayani Zakaria, | 29 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan mempersoal konsep 1Malaysia yang didakwa berbeza pendekatan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Merujuk kepada Kelantan, Takiyuddin berkata pemberian wang ihsan daripada royalti petroleum disalurkan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Sebaliknya kata beliau, wang ihsan kepada rakyat Negeri Terengganu disalurkan terus kepada kerajaan negeri yang diperintah Kerajaan BN.
"Kita tahu bahawa Gagasan 1Malaysia ini namanya cantik. Mungkin matlamatnya juga baik. Akan tetapi dari segi aplikasinya atau penggunaannya, saya ingin bertanya adakah menjadi satu tata amalan dalam melaksanakan konsep 1Malaysia ini, apabila ia digunakan,penggunaannya dari segi pendekatannya berbeza antara negeri-negeri?
"Wang ihsan kepada Kelantan tidak diberi kepada kerajaan negeri. Diberi kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang mana JPP Kelantan ini yang membuat keputusannya dari segi penggunaan wang ihsan, bukan kerajaan negeri.
"Jadi saya hendak mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah ini pendekatan 1Malaysia antara negeri?" soal beliau kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rayat kelmarin.
Shabery dalam jawapannya bagaimanapun tidak memberikan jawapan yang tepat kepada soalan tersebut sebaliknya berkata perbezaan pendekatan itu boleh diuruskan.
Beliau menegaskan, rakyat Kelantan tetap mendapat bantuan walaupun bukan secara terus kepada kerajaan negeri.
Shabery juga cuba mengalih tajuk dengan menatakan bahawa Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang besar kepada Kelantan.
"Rakyatnya dapat (wang ihsan) cuma tidak setuju kalau tidak melalui kerajaan negeri. Itu boleh diuruskan dalam soal ini. Akan tetapi perlu dilihat banyak lagi perkara lain yang dibuat oleh Kerajaan Pusat (seperti) menyalurkan pelbagai lagi peruntukan dan sebagainya kepada kerajaan negeri.
"Soal air misalnya, soal membayar gaji imam, gaji guru-guru KAFA. Sepatutnya itu adalah urusan agama, urusan negeri tetapi peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri begitu besar sekali dan yang terbesarnya ialah di negeri Kelantan. Kalau dibandingkan negeri-negeri lain, Kelantan mendapat peruntukan yang besar," katanya.

Sumber HD - 29-6-2013
Saya yang menurut perintah
Mazelan Mansoor , | 27 Jun 2013 |
By Hook or By Crook - Saya Yang Menurut Perintah
Sekian lama kita mewarisi budaya kerja dari barat kerana kita dilatih dan dijajah oleh mereka yang menggunakan Bendera Union Jack dan berketuakan Seorang raja Wanita bergelar Ratu. Ini adalah sejarah yang membuatkan kita hidup dengan pelbagai tuah walaupun tidak semewah negara-negara eropah dan banyak minyak seperti di timur tengah. Namun kita sebuah negara merdeka yang ditubuhkan hasil proses perundingan yang diplomatik serta penerimaan beberapa perkara yang semuanya memerlukan pengorbanan. Maka wujudlah sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat keluhuran perlembagaan serta amalan perkongsian kuasa diantara raja, rakyat dan badan kehakiman.
Sejak itu kita mentadbir negara baru ini dengan semangat demokrasi dan hormat tidak berbelah bahagi kepada raja-raja dengan prinsip lima rukun negara dengan seadanya. Ia akan dijunjung dengan penuh setia terutamanya kepada mereka yang menjadi kakitangan atau lebih dikenali sebagai Anggota Perkhidmatan Awam. Di negara ini mereka ialah yang bernaung dibawah tiga perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam, Polis dan Tentera. Mereka tertakluk kepada beberapa peraturan yang mengawal segala tingkah laku melalui perintah-perintah am atau beberapa prosedur yang menjadi piawai dalam menjalankan sebarang tugas.
Namun apa yang sebenarnya berlaku agak berbeza apabila budaya pada zaman kolonial diterapkan serta menjadi amalan yang melekat bagi setiap pemikiran dan cara tindakan dalam sesuatu perkara. Dua ayat seperti yang menjadi tajuk artikel ini adalah contoh apa yang sebenarnya terjadi bagi ketiga-tiga perkhidmatan ini. Mahu atau tidak jika kita berada dalam kumpulan ketiga-tiga perkhidmatan ini terpaksa akur dengan manual tidak rasmi ini. Buat kerja walau apapun jua selagi ia akan mencapai matlamat dan maksud bagi merialisasikan sesuatu perkara walaupun dengan fikiran yang waras atau menolak dengan naluri serta fikiran logik seseorang manusia. Saya akur dan menurut arahan pihak atasan tanpa perlu melawan atau sebarang alasan sebagai bantahan.
Matlamat menghalalkan cara menjadi simbol atau pedoman bagi setiap pekerja atau kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan ramai demi mengikut sesuatu arahan. Demi menjayakan sesuatu perintah dari seorang ketua atau pemerintah mereka akan lakukan atau cuba jalankan tanpa sebarang bantahan walaupun ia melanggar norma-norma kehidupan dan hubungan sesama manusia.
Pemerintah seolah-olah tahu setiap arahan tidak akan dilanggar atau diingkar kerana setiap bantahan akan dilayan dengan hukuman yang akan membebankan kumpulan pelaksana. Kumpulan sokongan atau pekerja bawahan hanya perlu ikut apa jua arahan demi mencapai maksud kepada mereka yang mengaku menjadi tuan kepada sesebuah perkhidmatan. Tambahan pula mereka yang berkerja dalam perkhidmatan ini lupa antara perintah si tuan atau larangan daripada Tuhan kerana yang penting tiada hukuman yang akan dikenakan bagi selesa dalam perkhidmatan.
Demikianlah budaya kerja negara ini terbina apabila sifat berani membantah dalam sesuatu perkara dianggap sesuatu yang lemah dan goyah serta takut seperti ia suatu jenayah. Hilang integriti yang patut diteladani kerana hilangnya jati diri akibat bacul dan dayus dengan arahan-arahan yang diberi yang perlu dikotai. Budaya inilah yang menyebabkan sistem pengurusan dan penyampaian bagi kebanyakan perkhidmatan kerajaan menjadi separuh jalan atau hanya syok sendiri tanpa betul-betul menjadi manfaat kepada rakyat jelata dan hanya akan menjadi bualan akibat daripada beberapa kegagalan yang memalukan.
Sifat ego bagi setiap ketua yang merasakan mereka adalah tuan walaupun hanya seorang ketua jabatan menjadikan setiap arahan yang diberikan perlu dikotakan walaupun ia selalunya akan membawa kemusnahan atau keburukan kepada negara atas nama ia kerajaan. Oleh itu, jika sesiapa yang ingin menjadi kerajaan atau mahu melakukan perubahan perlu memandang budaya patuh arahan secara melulu walau apa jua cara dan keadaan ini adalah mamat bersalahan. Maka jadilah apa yang berlaku pada hari ini bila mereka yang menjalankan tugas sebagai 'hamba kerajaan' menjadi tuan dan pesuruh bawahan dengan bersekongkol dengan segala penipuan, ketirisan, kezaliman, ketidakadilan, penindasan serta bayang lagi perkara yang memudaratkan yang sememangnya amat menyalahi perintah dan menyimpang jauh dari amanah dan hubungan diantara insan dengan insan.

Sumber HD - 27-6-2013
Kembalikan istilah “Bahasa Melayu”
Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong, | 25 Jun 2013 |
Istilah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Itulah antara persoalan yang membelenggu masyarakat kita pada hari ini. Yang mana dua istilah ini perlu diguna pakai, Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia dan istilah manakah yang lebih betul penggunaannya. Jika kita teliti dalam perlembagaan negara, bahasa rasmi yang iktiraf dan termaktub di dalam perlembagaan negara adalah Bahasa Melayu.
Namun, tiada pula istilah Bahasa Malaysia disertakan dalam perlembagaan negara. Mengapa istilah Bahasa Malaysia wujud dan mengapa pula istilah Bahasa Melayu perlu ditukar kepada istilah Bahasa Malaysia. Umum mengetahui bahawa pada awal Jun 2007, Datuk Zainuddin Maidin yang ketika itu Menteri Penerangan telah mengumumkan bahawa bahasa Melayu dirujuk kepada Bahasa Malaysia atas arahan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri dan keesokan harinya perkara tersebut disahkan oleh Datuk Seri Najib Razak Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri. Alasan penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia ini adalah untuk tujuan perpaduan kaum dan juga integrasi nasional. Terjejas atau tidak Bahasa Melayu jika penukaran istilah bahasa ini dilakukan? Penulis berpendapat penukaran istilah ini boleh membawa satu bencana yang besar kepada Bahasa Melayu. Walaupun kita tidak merasai kesan daripada tindakan kita hari ini, namun percayalah generasi akan datang merasai kesan tersebut.
Profesor Teo Kok Seong, profesor Sosiolinguistik Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan bahawa penukaran Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia atas tujuan perpaduan dan integrasi nasional dengan matlamat murni hanya segi zahirnya sahaja, tetapi pada hakikatnya boleh merosakkan dalam banyak hal khususnya orang Melayu yang empunya bahasa terbabit.
Penulis amat bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh sarjana berkenaan. Mungkin kita melihat penukaran istilah daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia ini tidak mendatangkan apa-apa masalah kerana hanya sebaris kata dan istilah, dan mana mungkin boleh membawa akibat negatif terhadap Bahasa Melayu dan jauh sekali bangsa yang empunya bahasa terbabit. Hal ini disebabkan, anggapan sebilangan besar masyarakat kita yang suka mengambil mudah, acuh tidak acuh serta tidak mengambil penting tentang perihal dunia kebahasaan menyebabkan Bahasa Melayu rela dirobek-robek dan ditukar-tukar istilahnya tanpa rasa bersalah oleh pihak tertentu.
Walaupun kita bukan dalam kalangan ahli dunia kebahasaan, jauh sekali bergelar aktivis bahasa, itu tidak penting, yang penting adalah sikap kita sebagai pengguna dan penutur Bahasa Melayu yang perlu ada rasa kesedaran, kasih serta sayang terhadap Bahasa Melayu. Oleh itu, sikap sensitif terhadap Bahasa Melayu seharusnya tinggi walaupun kita seorang ahli perniagaan, juruterbang, doktor, peguam yang kiranya fasih berbahasa Inggeris dan menggunakannya untuk urusan sehari-harian.
Ditambahkan lagi, sekiranya penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia ini disebabkan ingin mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia, penulis beranggapan ia bukanlah tata cara yang praktikal untuk dilakukan iaitu dengan mengubah istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Umum mengetahui, negara telah pun mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun, namun isu perpaduan kaum ini masih lagi hebat diperdebatkan oleh pelbagai pihak terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Negara juga turut dikejutkan dengan tsunami politik yang menyebabkan suasana politik negara tidak begitu stabil terutama negeri-negeri yang menerima peralihan kuasa daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Secara tidak langsung hubungan kaum di Malaysia mulai menerima bibit-bibit keretakan, disebabkan beberapa isu berbangkit.
Ironinya isu perpaduan ini bukan satu isu yang mudah untuk diselesaikan kerana ia memerlukan tolak ansur semua pihak dalam menyelaraskan beberapa isu mahupun tuntutan. Malah, mana-mana negara sekali pun, isu perpaduan pelbagai ras dan kesukuan ini adalah satu isu yang masih lagi belum mencapai kata putus yang mutlak, walaupun negara berkenan sudah mencapai taraf negara maju. Soal perpaduan ini bukanlah satu soal yang mudah untuk ditangani, seperti penulis katakan sebentar tadi bahawa tolak ansur antara semua pihak amat diperlukan dalam merealisasikan perpaduan di Malaysia.
Jika kita betul bersungguh-sungguh ingin melaksanakan perpaduan di Malaysia, persoalannya mengapakah Bahasa Melayu perlu diusik dan ditukar-tukar namanya? Istilah Bahasa Melayu sudah cukup meluas penggunaannya bermula dari peringkat rendah hingga peringkat tertinggi. Jika ingin mengukuhkan perpaduan di Malaysia, adalah lebih molek jika kita menggunakan elemen lain tanpa mengganggu gugat Bahasa Melayu yang cukup terbudaya dalam masyarakat ketika ini.
Pelaksanaan sekolah wawasan, pembinaan bangsa Malaysia, serta slogan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak antara program yang berteraskan perpaduan yang perlu diperkukuhkan peranan serta fungsinya, tanpa Bahasa Melayu perlu diusik atau diganggu gugat istilahnya daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia dan seumpamanya dengannya.
Menurut Profesor Teo kok Seong, dalam bahasa diyakini Bahasa Melayu turut terkandung dan terangkum artifak, institusi dan organisasi, sikap, falsafah, pemikiran dan emosi, budaya, sejarah, sistem kepercayaan dan nilai bangsa Melayu yang terhimpun sejak turun menurun lamanya. Malah, menurut pendapat Profesor Nor Hisham Osman, pensyarah linguistik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Malaysia sewajarnya menggunakan pendekatan negara-negara lain seperti Australia, England, Kanada dan New Zealand yang menggunakan istilah standard iaitu Bahasa Inggeris dan bukannya menggunakan istilah negara-negara berkenaan untuk merujuk kepada Bahasa Inggeris.
Jika kita lihat dari sudut sejarah perkembangan Bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu bukan hanya setakat dituturkan di sekitar wilayah politik Malaysia sahaja malah turut dituturkan oleh sebilangan besar masyarakat lingkungan rantau kepulauan Melayu yang merangkumi, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Selatan Thailand. Penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bukanlah satu penyelesaian yang holistik dalam mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Istilah Bahasa Malaysia diwujudkan pada hakikatnya bagi membolehkan ia tidak melambangkan mana-mana suku kaum di Malaysia, namun kita perlu berpijak di bumi yang nyata dan realitinya hasrat tersebut tidak akan tercapai walaupun bangsa Melayu sanggup menggugurkan nama bangsanya pada istilah Bahasa Melayu.
Menurut Kamal Abdullah Sani, semua warga Malaysia tidak seharusnya curiga pada penggunaan istilah Bahasa Melayu. Hal ini kerana rasa curiga itu mungkin menimbulkan pelbagai kesan yang negatif. Malah, kita sebagai warga negara Malaysia yang mengaku warga setia di bumi tercinta ini perlu merasa bangga dengan bahasa kebangsaan kita walaupun kita berlainan kaum, suku, mahupun keturunan. Abang Patdeli Abang Muhi melalui makalahnya “Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia”, Pelita Bahasa 1995 telah melontar beberapa persoalan tentang kewajaran penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Adakah dengan penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia menjadikan masyarakat lebih prihatin terhadap Bahasa Melayu dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bahasa teknologi yang terpenting di negara ini?

Untuk membincangkan Bahasa Melayu dari segi keupayaan sebagai bahasa ilmu, ia memerlukan satu perbincangan yang cukup panjang dan melibat pelbagai aspek. Hal ini kerana pada hari ini secara dasarnya Bahasa Melayu menerima hambatan yang begitu hebat daripada pelbagai sudut terutama dari sudut cabaran Bahasa Inggeris dan dunia globalisasi tanpa sempadan.
Mungkin dalam benak fikiran kita timbul satu persoalan, mengapa Indonesia menggunakan istilah bahasa Indonesia sedangkan rakyat Indonesia juga turut bertutur di dalam Bahasa Melayu serupa dengan rakyat Malaysia? Menurut Profesor Teo, kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia berbeza daripada Indonesia. Hal ini kerana bahasa rasmi negara jiran tersebut diangkat daripada kumpulan minoriti berbanding suku Jawa yang mendominasi wilayah Indonesia dan tidak timbul soal bantahan kerana ia suatu penghormatan besar kepada empunya bahasa tersebut. Dr Nor Hisham menambah, bahawa bahasa mewakili bangsa, dan situasi Bahasa Malaysia di negara ini berbeza daripada Indonesia yang mengangkat bahasa berdasarkan nama negara itu kerana sudah terbukti mereka sudah berjaya mengwujudkan bangsa Indonesia. Bahasa Indonesia tambah beliau lagi tidak sama dengan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu di Indonesia difahami sebagai bahasa yang diucapkan di Riau, satu wilayah di negara jiran itu. Manakala, di Malaysia bahasa Melayu merujuk kepada bahasa bangsa Melayu.
Oleh hal yang demikian, sudah sampai masanya kita warga Malaysia yang tidak kira ras mahupun keturunan perlu berbangga dengan bahasa kebangsaan tanpa menukarkan namanya. Oleh itu, kita jangan lagi ragu-ragu untuk menyatakan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Hal ini disebabkan Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan dan telah diterima oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi negara kita.
Mungkin dalam benak fikiran kita timbul satu persoalan, mengapa Indonesia menggunakan istilah bahasa Indonesia sedangkan rakyat Indonesia juga turut bertutur di dalam Bahasa Melayu serupa dengan rakyat Malaysia? Menurut Profesor Teo, kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia berbeza daripada Indonesia. Hal ini kerana bahasa rasmi negara jiran tersebut diangkat daripada kumpulan minoriti berbanding suku Jawa yang mendominasi wilayah Indonesia dan tidak timbul soal bantahan kerana ia suatu penghormatan besar kepada empunya bahasa tersebut. Dr Nor Hisham menambah, bahawa bahasa mewakili bangsa, dan situasi Bahasa Malaysia di negara ini berbeza daripada Indonesia yang mengangkat bahasa berdasarkan nama negara itu kerana sudah terbukti mereka sudah berjaya mengwujudkan bangsa Indonesia. Bahasa Indonesia tambah beliau lagi tidak sama dengan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu di Indonesia difahami sebagai bahasa yang diucapkan di Riau, satu wilayah di negara jiran itu. Manakala, di Malaysia bahasa Melayu merujuk kepada bahasa bangsa Melayu.
Oleh hal yang demikian, sudah sampai masanya kita warga Malaysia yang tidak kira ras mahupun keturunan perlu berbangga dengan bahasa kebangsaan tanpa menukarkan namanya. Oleh itu, kita jangan lagi ragu-ragu untuk menyatakan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Hal ini disebabkan Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan dan telah diterima oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi negara kita.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-6-2013
Panduan menghadapi jerebu
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, | 24 Jun 2013 |
Saya selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyarankan orang ramai supaya menjaga kesihatan masing-masing semasa kita menghadapi situasi jerebu ini dan ikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Saya juga mohon jasa baik semua untuk sama-sama berkongsi ("share") maklumat yang dimuatkan di dalam Facebook ini dari semasa ke semasa sebagai tanda kita sebagai satu masyarakat mengambil berat terhadap satu sama lain.
GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yg merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya, sejauh mana yang boleh, berada di dalam bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
* Penulis adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Saya juga mohon jasa baik semua untuk sama-sama berkongsi ("share") maklumat yang dimuatkan di dalam Facebook ini dari semasa ke semasa sebagai tanda kita sebagai satu masyarakat mengambil berat terhadap satu sama lain.
GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yg merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya, sejauh mana yang boleh, berada di dalam bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
* Penulis adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-6-2013
Perlu tegas halang jerebu berulang
Syed Abdullah Jamalullail , |
Lain kali syarikat di Malaysia perlu berhati-hati apabila hendak melabur dalam sektor perladangan di Indonesia. Jangan disebabkan membuka ladang kelapa sawit ratusan ribu ekar di sana, kita juga yang menerima padahnya apabila jerebu yang boleh membawa padah melanda negara kita sendiri.
Tiada alasan dan kompromi apabila menyatakan bahawa kebakaran besar-besaran di ladang-ladang adalah berpunca daripada cuaca panas yang terbakar secara sendirinya. Inilah apa yang terjadi apabila rasa tamak dan mengambil jalan mudah kerana mahu menjimatkan kos - membakar ladang bertujuan untuk menanam semula - selain menjimatkan kos kali ganda dan mudah juga menjadikan tanah bertambah subur.
Natijahnya, yang akan menjadi mangsa adalah kita sendiri dan negara-negara dirantau ini. Bukan sahaja kesihatan rakyat terutama sekali kanak-kanak, ibu mengandung, warga emas tetapi juga mereka yang mempunyai berbagai-bagai penyakit kronik saperti sakit lelah, darah tinggi dan jantung yang sedia ada akan menambahkan peritnya lagi.
Selain itu ekonomi kita akan terjejas yakni kedatangan pelancong luar akan berkurangan dan banyak aktiviti yang berkaitan dengan ekonomi akan juga terjejas serta pejabat dan sekolah akan juga terlibat sama.
Kita selalunya bising dan marah tetapi setelah jerebu itu hilang dalam masa dua atau tiga bulan kita lupa kembali dan membiarkannya berlalu sehinggalah ada pembakaran dan berlaku jerebu lagi maka kita meraung lagi. Hal itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah kalau kita dan negara-negara jiran yang lain yang ada kepentingan dengan sektor perladangan ini tidak melakukan sesuatu agar perkara sebegini tidak lagi berlaku dimasa hadapan. Untuk membantu memadamkan api saperti negara Singapura cadangkan itu tujuannya baik tetapi mengapa setelah segala-galanya misi pembakaran ini selesai baru hendak kita bersusah payah membantu mereka?
Berikan amaran supaya dan menarik balik pelaburan. Walaupun mendatangkan keuntungan tetapi kita akan rugi berlipat kali ganda lagi dalam hal-hal lain pula. Kita kena tegas dalam hal ini kerana kesihatan dan nyawa orang ramai lebih kita utamakan.
Tiada alasan dan kompromi apabila menyatakan bahawa kebakaran besar-besaran di ladang-ladang adalah berpunca daripada cuaca panas yang terbakar secara sendirinya. Inilah apa yang terjadi apabila rasa tamak dan mengambil jalan mudah kerana mahu menjimatkan kos - membakar ladang bertujuan untuk menanam semula - selain menjimatkan kos kali ganda dan mudah juga menjadikan tanah bertambah subur.
Natijahnya, yang akan menjadi mangsa adalah kita sendiri dan negara-negara dirantau ini. Bukan sahaja kesihatan rakyat terutama sekali kanak-kanak, ibu mengandung, warga emas tetapi juga mereka yang mempunyai berbagai-bagai penyakit kronik saperti sakit lelah, darah tinggi dan jantung yang sedia ada akan menambahkan peritnya lagi.
Selain itu ekonomi kita akan terjejas yakni kedatangan pelancong luar akan berkurangan dan banyak aktiviti yang berkaitan dengan ekonomi akan juga terjejas serta pejabat dan sekolah akan juga terlibat sama.
Kita selalunya bising dan marah tetapi setelah jerebu itu hilang dalam masa dua atau tiga bulan kita lupa kembali dan membiarkannya berlalu sehinggalah ada pembakaran dan berlaku jerebu lagi maka kita meraung lagi. Hal itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah kalau kita dan negara-negara jiran yang lain yang ada kepentingan dengan sektor perladangan ini tidak melakukan sesuatu agar perkara sebegini tidak lagi berlaku dimasa hadapan. Untuk membantu memadamkan api saperti negara Singapura cadangkan itu tujuannya baik tetapi mengapa setelah segala-galanya misi pembakaran ini selesai baru hendak kita bersusah payah membantu mereka?
Berikan amaran supaya dan menarik balik pelaburan. Walaupun mendatangkan keuntungan tetapi kita akan rugi berlipat kali ganda lagi dalam hal-hal lain pula. Kita kena tegas dalam hal ini kerana kesihatan dan nyawa orang ramai lebih kita utamakan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-6-2013
PAS tuntut dedah nama dalam masa 48 jam
Harakahdaily, | 24 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS menuntut agar Menteri Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel mendedahkan nama Syarikat Malaysia di Indonesia yang dikatakan terlibat dengan krisis jerebu dalam masa 48 jam.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia Haji Zulkefly Mohamad Omar (gambar) berkata, jika menteri yang berkenaan gagal untuk mendedahkan nama Syarikat itu dalam tempoh masa yang berkenaan, PAS akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Ia bertujuan untuk mendesak tindakan drastik semua pihak yang terlibat agar krisis ini dapat dihentikan seberapa segera demi kepentingan kesihatan dan keselamatan seluruh rakyat di Negara ini.
Beliau melahirkan kekecewaan kerana kegagalan Kerajaan UMNO/BN untuk mencegah insiden ini kerana masalah jerebu bukanlah satu isu yang baru.
“Kita pernah beberapa kali menghadapi masalah yang sama tetapi sampai bilakah isu ini dapat diselesaikan?
"Saya mahu tindakan drastik yang lebih awal dari pihak Kerajaan UMNO/BN khususnya menteri yang berkenaan untuk menangani isu ini bukannya sibuk dengan masalah Beruang Panda dari Negara China.
"Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang seharusnya lebih diutamakan dari binatang," ujar beliau dengan nada kecewa.
Ketua Menteri Pulau Pinang juga melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap Menteri Alam Sekitar itu ketika majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang semalam.
Zulkefly juga menyeru agar seluruh rakyat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi diri dari ancaman Jerebu khususnya kepada anak-anak yang menghidap lelah atau asthma.
“Banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar buat masa ini," ujar beliau dengan harapan agar krisis jerebu ini dapat diatasi secepat mungkin demi Kesihatan dan Keselamatan Rakyat.
Beliau melahirkan kekecewaan kerana kegagalan Kerajaan UMNO/BN untuk mencegah insiden ini kerana masalah jerebu bukanlah satu isu yang baru.
“Kita pernah beberapa kali menghadapi masalah yang sama tetapi sampai bilakah isu ini dapat diselesaikan?
"Saya mahu tindakan drastik yang lebih awal dari pihak Kerajaan UMNO/BN khususnya menteri yang berkenaan untuk menangani isu ini bukannya sibuk dengan masalah Beruang Panda dari Negara China.
"Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang seharusnya lebih diutamakan dari binatang," ujar beliau dengan nada kecewa.
Ketua Menteri Pulau Pinang juga melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap Menteri Alam Sekitar itu ketika majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang semalam.
Zulkefly juga menyeru agar seluruh rakyat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi diri dari ancaman Jerebu khususnya kepada anak-anak yang menghidap lelah atau asthma.
“Banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar buat masa ini," ujar beliau dengan harapan agar krisis jerebu ini dapat diatasi secepat mungkin demi Kesihatan dan Keselamatan Rakyat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-6-2013
Jerebu: Palanivel lebih pentingkan panda, kata Guan Eng
Harakahdaily, | 23 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel lebih mementingkan keselamatan panda berbanding rakyat negara ini yang sedang berdepan ancaman kesihatan ekoran jerebu.
Menurut Guang Eng, Palanivel selaku menteri bertnggungjawab sewajarnya memberi keutamaan kepada masalah pencemaran jerebu yang semakin serius.
"Palanivel lebih pentingkan panda-panda dari Cina berbanding jerebu.
"(Padahal) lebih penting dari panda adalah manusia, iaitu rakyat Malaysia," kata Guan Eng pada sidang media selepas majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang hari ini.
Guang Eng dipercayai mengulas tindakan palanivel semalam menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai perlindungan dua ekor beruang panda gergasi dari Cina di Zoo Negara.
Difahamkan kedua-dua beruang panda itu akan tiba di Zoo Negara pada Disember ini.
Sedangkan menurut Guang Eng, dalam keadaan meruncing seperti ini, Palanivel seharusnya perlu fokus kepada bagaimana mencari penyelesaian untuk menjaga keselamatan rakyat.
"Kita mengharapkan tindakan lebih cepat, dan kita di pihak Pakatan Rakyat sedia untuk memberi kerjasama.
"Pada masa sekarang sekurang-kurangnya kerajaan sudah boleh mengedarkan topeng muka percuma kepada rakyat," katanya.
Tindakan kecemasan
Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sama menggesa kabinet Datuk Seri Najib Razak segera bersidang bagi membincangkan pelan kecemasan bagi mengelakkan masalah jerebu semakin teruk.
"Kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia juga perlu mengadakan persidangan segera mengatasi masalah ini.
"Malayisa tidak boleh berdiam diri, meskipun yang terlibat (membuat pembakaran terbuka) adalah syarikat-syarikat kroni," kata Anwar.
Kerajaan Indonesia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.
Dalam perkebangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 pagi ini.
Menurut Guang Eng, Palanivel selaku menteri bertnggungjawab sewajarnya memberi keutamaan kepada masalah pencemaran jerebu yang semakin serius.
"Palanivel lebih pentingkan panda-panda dari Cina berbanding jerebu.
"(Padahal) lebih penting dari panda adalah manusia, iaitu rakyat Malaysia," kata Guan Eng pada sidang media selepas majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang hari ini.
Guang Eng dipercayai mengulas tindakan palanivel semalam menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai perlindungan dua ekor beruang panda gergasi dari Cina di Zoo Negara.
Difahamkan kedua-dua beruang panda itu akan tiba di Zoo Negara pada Disember ini.
Sedangkan menurut Guang Eng, dalam keadaan meruncing seperti ini, Palanivel seharusnya perlu fokus kepada bagaimana mencari penyelesaian untuk menjaga keselamatan rakyat.
"Kita mengharapkan tindakan lebih cepat, dan kita di pihak Pakatan Rakyat sedia untuk memberi kerjasama.
"Pada masa sekarang sekurang-kurangnya kerajaan sudah boleh mengedarkan topeng muka percuma kepada rakyat," katanya.
Tindakan kecemasan
Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sama menggesa kabinet Datuk Seri Najib Razak segera bersidang bagi membincangkan pelan kecemasan bagi mengelakkan masalah jerebu semakin teruk.
"Kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia juga perlu mengadakan persidangan segera mengatasi masalah ini.
"Malayisa tidak boleh berdiam diri, meskipun yang terlibat (membuat pembakaran terbuka) adalah syarikat-syarikat kroni," kata Anwar.
Kerajaan Indonesia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.
Dalam perkebangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 pagi ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-6-2013
Ini punca Malaysia tak marah jerebu teruk?
http://addin77.blogspot.com, | 23 Jun 2013 |
Rupanya Ini Punca Malaysia Tak Marah Pasal Jerebu Teruk
Ladang milik Malaysia terbakar di Riau
PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari Malaysia adalah antara yang terbakar di wilayah itu.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-6-2013
Tambang bas naik 10%, kerajaan BN lepas tangan
Harakah, | 21 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Keputusan yang dibuat ke atas kenaikan tambang bas sebanyak 10 peratus pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini, jelas menunjukkan kerajaan Umno BN tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin dengan nasib rakyat.
Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Pusat, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, sebaliknya, kerajaan Umno BN hanya berlepas tangan dalam perkara itu, sehingga memaksa pengusaha-pengusaha bas atau syarikat pengangkutan awam menanggung sendiri bebannya.
Menurut beliau, kenaikan harga tambang dengan kadar 10 peratus itu tidak boleh disalahkan kepada syarikat-syarikat pengangkutan awam, malah ia selaras dengan keperluan dan kos semasa yang ditanggung oleh mereka.
Katanya, selain mendapatkan sedikit keuntungan, syarikat pengangkutan awam terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menggantikan pelbagai peralatan kenderaan mereka termasuk brek, tayar dan sebagainya.
“Dalam masa yang sama, mereka juga terpaksa mengeluarkan lebih untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna termasuk menambah pemandu, bagi menjamin keselamatan pengguna. Semua itu memerlukan perbelanjaan.
“Apatah lagi dalam masa yang sama, harga minyak di negara kita masih kekal tinggi. Mereka juga terpaksa membayar tol. Untuk menampung semua itu, mereka terpaksa menaikkan kadar tambang. Kerajaan pula mengatakan kenaikan tambang boleh dilakukan lima tahun sekali,” katanya.
Ulasan beliau selanjutnya dalam Harakah cetak Edisi Isnin ini.
Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Pusat, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, sebaliknya, kerajaan Umno BN hanya berlepas tangan dalam perkara itu, sehingga memaksa pengusaha-pengusaha bas atau syarikat pengangkutan awam menanggung sendiri bebannya.
Menurut beliau, kenaikan harga tambang dengan kadar 10 peratus itu tidak boleh disalahkan kepada syarikat-syarikat pengangkutan awam, malah ia selaras dengan keperluan dan kos semasa yang ditanggung oleh mereka.
Katanya, selain mendapatkan sedikit keuntungan, syarikat pengangkutan awam terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menggantikan pelbagai peralatan kenderaan mereka termasuk brek, tayar dan sebagainya.
“Dalam masa yang sama, mereka juga terpaksa mengeluarkan lebih untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna termasuk menambah pemandu, bagi menjamin keselamatan pengguna. Semua itu memerlukan perbelanjaan.
“Apatah lagi dalam masa yang sama, harga minyak di negara kita masih kekal tinggi. Mereka juga terpaksa membayar tol. Untuk menampung semua itu, mereka terpaksa menaikkan kadar tambang. Kerajaan pula mengatakan kenaikan tambang boleh dilakukan lima tahun sekali,” katanya.
Ulasan beliau selanjutnya dalam Harakah cetak Edisi Isnin ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-6-2013
Pulau p'raya: Soalnya BN mana ada maruah
Zulkifli Yahaya, | 21 Jun 2013 |
Mata masyarakat dunia kini tertumpu pada Syria. Perkara besar yang berlaku di Syria ialah keganasan regim Basyar Al-Assad membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Ada sumber melaporkan jumlah kini melepasi 200 ribu.
Basyar berjaya memecahkan rekod keganasan bapanya Hafiz Al-Assad. Dalam konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari regim Hafiz mengorbankan hampir 46 ribu penduduk.
Pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat sendiri itulah sebenarnya peristiwa besar. Peristiwa yang melatari dan menghiliri kemelut itu seperti Hezbullah, Iran, Syiah, Amerika, Israel hakikatnya bukan perkara untuk difokuskan di kala nyawa rakyat sendiri tidak dapat dipertahankan oleh kerajaan yang sepatutnya melindungi rakyat.
Mengapa sanggup membunuh rakyat sendiri untuk mempertahankan kuasa?Tanpa rakyat tiada ertinya kuasa. Itu persoalan yang ditimbulkan oleh golongan rasional dan berakal. Namun orang yang tamakkan kuasa seringkali hilang akal. Regim Pol Pot di Kemboja membunuh lebih sejuta rakyatnya, sebahagian besarnya terdiri dari bijak pandai lantaran Pol Pot tidak mahu golongan yang lebih pandai darinya akan menguasai kerajaan.
Zaman Firaun, bayi yang baru dilahirkan mestilah jangan lelaki. Kerana ada Ahlulnujum diraja beritahu, orang yang akan mencabar kuasa Fiaraun ialah Nabi Musa. Maka Firaun mengarahkan mna-mana bayi lelaki yang muncul hendaklah dibunuh. Jika semua bayi lelaki dibunuh, yang tinggal hanya perempuan, mana nak bersambung zuriat selepas itu? Peraturan Firaun adalah gila namun orang yang terdesak pertahankan kuasa akan buat apa saja kerja gila.
Kezaliman terhadap rakyat di Syria disemarakkan apabila sekumpulan kanak-kanak menjadikan dinding sekolah mereka tempat mengutuk kerajaan Basyar Al-Assad. Apabila sampai ke pengetahuan regim Basyar, 28 kanak-kanak ditangkap tentera regim Basyar dan didera sedahsyatnya sehingga ada yang mati. Kemarahan rakyat marak dengan pantas. Mereka hanya mampu marah tanpa senjata, dijadikan pula mangsa keganasan Basyar. Keganasan terhadap rakyat semakin merebak dengan meluas ke seluruh negara. Peristiwa itu bukanlah permulaan keganasan tentera Syria. Sejak regim Asad lagi mereka sudah mengganas terhadap rakyat.
Bezanya dahulu mereka mengganas kerana keangkuhan tetapi kini mengganas kerana ketakutan. Semua tahu bahawa dunia Arab diledakkan oleh kebangkitan rakyat sehingga kerajaan yang dilihat gagah perkasa jatuh satu demi satu. Basyar ketakutan, tak mahu senasib dengan Zein El-Abidin Hosni Mubarak dan Muammar Ghadafi. Kebangkitan rakyat mesti dikekang dengan apa cara sekalipun.
Senario yang sama dapat dilihat pada semua kerajaan yang berkuasa terlalu lama. Mereka akan lakukan apa saja, di luar kerasionalan manusia, asal dapat pertahankan kuasa. Macam BN di Malaysia juga!
Kepincangan demokrasi di negara ini bukan perkara baru. Sudah lebih separuh abad. Semasa Almarhum Ustaz Fadzil Noor menjadi Presiden PAS, beliau pernah diajukan cadangan supaya parti-parti pembangkang memboikot saja pilihanraya. Biar dunia tahu kepincangan demokrasi di Malaysia.
Jawab Ustaz Fadzil, kalau di negara demokrasi lain pemulauan pilihanraya oleh pembangkang akan memberi pukulan hebat untuk parti yang memerintah kerana ia melibatkan maruah kerajaan. Soalnya, kata Ustaz Fadzil, BN mana ada maruah. Pemboikotan pilihanraya tidak akan beri apa-apa kesan. Malah BN mungkin akan lebih gembira kerana dapat menang percuma.
Adakah Basyar Al-Asad merasa tertekan dengan kutukan dunia terhadap keganasan yang mereka lakukan terhadap rakyat sendiri? Jawapannya, sama macam BN, regim Basyar tidak akan rasa apa-apa kerana yang penting ialah akibatnya mereka dapat pertahankan kuasa.
Laporan perihal demokrasi Malaysia yang pincang menjadi sebab BN berjaya mengekalkan kuasa untuk kali ke 13 tersiar seantero dunia. Dunia tahu bahawa BN menang dengan undi pos, media berat sebelah, BN salahguna jentera kerajaan, BN beli undi guna duit rakyat dan BN menang dengan sokongan 47 peratus berbanding Pakatan 51 peratus - namun mereka hanya perlu buat pekak badak dan menebalkan kulit muka kepada masyarakat dunia.
Sekarang, selepas menang tipis secara kotor dalam PRU13 BN mengambil beberapa langkah untuk menyempitkan lagi ruang demokrasi. Akhbar Harakah, Suara KeADILan dan Roket dihadkan penyebaran. Khabarnya media maya akan turut alami sekatan kerajaan. Pejuang jalanraya menuntut demokrasi adil mula terima tekanan. Malaysia mungkin kembali ke era Mahathir di zaman 'diktator'nya. Adakah BN tidak rasa bersalah untuk melakukan itu semua terhadap rakyat? Jawapan yang sama kalau soalan itu diajukan pada regim Basyar Al-Asad.

Penumpang bas penuh musim perayaan, kenapa naik tambang
Harakahdaily, | 20 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menggesa SPAD dan Kementerian Pengangkutan mengkaji semula mekanisme kenaikan tambang bas 10% bagi musim perayaan yang diumumkan kelmarin.
Setiausahanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, kenaikan tersebut adalah satu jalan mudah yang diambil oleh kerajaan dengan membiarkan kenaikan kos ditanggung sepenuhnya oleh pengguna awam di kala kerajaan sering kali mencanangkan slogan ‘rakyat didahulukan’ dan gagal mengemukakan penyelesaian dengan nilaian transformasi di dalam isu itu.
Pada masa yang sama, katanya kerajaan masih gagal menjelaskan pendiriannya mengenai permintaan PMBOA yang menuntut kenaikan tambang 30% setelah kenaikan yang terakhir dilakukan pada tahun 2008 sedangkan isu ini telah tertangguh sejak 2012 lagi.
Katanya, dihimpit dengan kenaikan kos dan dikekang pula dari meningkatkan perolehan, pengusaha dikhuatiri akan mengambil jalan pintas dengan menurunkan tahap pengurusan risiko jalanraya dan kualiti kepenggunaan atas alasan meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.
Ini, kata beliau secara langsung meletakkan nyawa pengguna dalam bahaya dan meningkatkan kadar kemungkinan berlaku kemalangan yang bakal meragut nyawa pengguna.
Katanya lagi, kewajaran mekanisme kenaikan tambang 10% ketika musim perayaan yang menjadi rutin tahunan boleh dipersoalkan memandangkan syarikat bas ekspres pastinya mencatatkan kapasiti penumpang penuh dan berada pada tahap paling efisien.
Menurutnya, kenaikan tambang ketika waktu puncak sebegitu seolah-olah seperti memeras ugut pengguna yang terdesak mencari pengangkutan untuk pulang ke kampung di musim perayaan.
Justeru, ujarnya amat mendukacitakan apabila kementerian dan SPAD mengizinkan perilaku kartel sebegini tanpa sebarang kawalan.
Pada masa yang sama, kata beliau kajian semula tambang bagi penggal 5 tahun memerlukan keputusan segera.
Langkah awal, katanya ialah dengan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji sebarang rasional kenaikan tambang bas termasuklah menilai kesaksamaan tambang dan kualiti serta mengemukakan pelan alternatif jangka panjang bagi menangani kesan inflasi ke atas perkhidmatan pengangkutan awam.
Pada masa yang sama, ujarnya SPAD digesa untuk tekad menangani isu ini dengan penuh ketelusan dengan memberikan akses kepada jawatankuasa tersebut fakta untung-rugi sub sektor pengangkutan bas ekpress bagi mengkaji dan menentusah dakwaan kenaikan kos operasi yang dijadikan alasan kepada kenaikan tambang tersebut.
“Sebagaimana yang telah ditegaskan sebelum ini, kerajaan juga perlu memikirkan strategi alternatif dan bukannya secara mudah memaksa rakyat menanggung kenaikan kos khususnya apabila terdapat polisi kerajaan yang menyumbang kepada kenaikan tersebut,” ujarnya lagi.
Antaranya, kara beliau dengan mengembalikan subsidi petrol dan diesel serta melaksanakan diskaun jalan bertol bagi bas ekpress.
Pada masa yang sama, tambahnya potongan cukai atau voucher boleh diperuntukkan kepada pengusaha bagi pembelian peralatan dan casis.
“Secara asasnya, insentif-insentif ini boleh mengurangkan kos operasi sekaligus mengurangkan tekanan untuk menaikkan tambang bas,” katanya.

Sumber HD - 20 - 6-2013
Kaji semula jumlah biasiswa dan pinjaman
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail , |
Akhir-akhir ini ramai pelajar yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi sama ada dalam negara atau pun luar negara merungut dengan pembiayaan yang diterima. Hal ini kerana pinjaman ataupun biasiswa yang diterima tidak mencukupi apabila barang keperluan, sewa rumah termasuk, kos pengangkutan dan kos peralatan bagi pengajian naik begitu mendadak.
Ada yang mengikat perut sampai ketahap bertahan tidak bersarapan pagi ataupun makan malam demi menjimatkan perbelanjaan harian. Makanan yang tidak begitu berkhasiat sangat saperti mee segera kembali mendapat tempat sebagai menu utama. Bagi keluarga yang berada sedikit dapatlah bantuan tambahan tetapi bagi pelajar daripada keluarga susah terpaksalah melalui masalah ini untuk mengatasi kehidupan kampus yang serba serbi memerlukan wang ringgit.
Sudah sampai masanya pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), PTPTN, Kerajaan Negeri, Jabatan Agama dan lain-lain yang ada sangkut paut dengan segala pinjaman dan biasiswa mengkaji balik segala keperluan terutama sekali untuk menaikkan lagi tambahan bagi biasiswa yang diberikan itu serta apa juga jenis pinjaman untuk belajar ketahap keperluan yang sepatutnya dimasa kini.
Kalau gaji kakitangan awam dan swasta dikajikan setiap 3 atau 4 tahun sekali untuk kenaikkannya kenapa diabaikan pembiayaan para pelajar kita? Adalah wajar ditambahkan lagi segala bentuk pinjaman dan biasiswa mengikut keadaan semasa untuk semua pelajar IPT termasuk mereka yang berada diluar negara kerana memandangkan kenaikan kos yang serba serbi mahal sekarang ini.
Ada yang mengikat perut sampai ketahap bertahan tidak bersarapan pagi ataupun makan malam demi menjimatkan perbelanjaan harian. Makanan yang tidak begitu berkhasiat sangat saperti mee segera kembali mendapat tempat sebagai menu utama. Bagi keluarga yang berada sedikit dapatlah bantuan tambahan tetapi bagi pelajar daripada keluarga susah terpaksalah melalui masalah ini untuk mengatasi kehidupan kampus yang serba serbi memerlukan wang ringgit.
Sudah sampai masanya pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), PTPTN, Kerajaan Negeri, Jabatan Agama dan lain-lain yang ada sangkut paut dengan segala pinjaman dan biasiswa mengkaji balik segala keperluan terutama sekali untuk menaikkan lagi tambahan bagi biasiswa yang diberikan itu serta apa juga jenis pinjaman untuk belajar ketahap keperluan yang sepatutnya dimasa kini.
Kalau gaji kakitangan awam dan swasta dikajikan setiap 3 atau 4 tahun sekali untuk kenaikkannya kenapa diabaikan pembiayaan para pelajar kita? Adalah wajar ditambahkan lagi segala bentuk pinjaman dan biasiswa mengikut keadaan semasa untuk semua pelajar IPT termasuk mereka yang berada diluar negara kerana memandangkan kenaikan kos yang serba serbi mahal sekarang ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-6-2013
Rosmah Mansor 'Wanita Paling Berkuasa di Malaysia' menurut akhbar milik MCA
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 19 Jun 2013 |
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pernah dilaporkan turut serta dalam mesyuarat Kementerian Kewangan yang menyediakan belanjawan negara.
Dan menjelang Pilihanraya Umum yang ke 13 lalu, beliau juga telah dikatakan memainkan peranan yang besar dengan menentukan sipakah yang layak untuk menjadi calon bagi Barisan Nasional dalam PRU itu..
Bagaimanapun beliau telah menafikannya katanya "Menjelang PRU ini saya telah banyak difitnah dan ditohmah... inilah yang saya rasa sebagai isteri pemimpin negara dan perkara itu sememangnya tidak boleh dielakkan.
"Antara yang saya dengar, ada pihak yang bercakap saya masuk campur dalam pemilihan calon...itu tidak benar kerana kalau saya masuk campur pasti saya tahu siapa yang dicalonkan atau digugurkan,"
Meskipun beliau menafikan peranan besar itu, akhbar milik MCA iaitu The Star telah menobatkannya sebagai wanita paling berkuasa di Malaysia..
Baca lagi
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-6-2013
Tolonglah KPM, kami sangat tertekan
Z Ramli, |
Saya merupakan seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di Sarawak semenjak 2007. Sudah tahun ke-7 saya di sini. Dan setiap kali permohonan untuk pertukaran guru yang dibuka dua kali setahun, saya tidak pernah tertinggal membuat permohonan. Biarpun permohonan tetap juga mendapat jawapan gagal.
Cuma kali ini, saya dan rakan begitu rasa terseksa menunggu keputusan yang ditangguhkan yang sepatutnya disiarkan dua hingga tiga minggu lepas. Kami di sini umpama hidup tanpa nyawa menunggu jawapan tersebut. Barang-barang sudah dikemas di dalam kotak, malah ada yang sudah dihantar pulang.
Motivasi untuk datang bekerja juga sudah hilang sama sekali. Ini bukan kes saya seorang, beratus-ratus rakan-rakan mengalami situasi begini.
Saya sangat kesal dengan pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak dahulu gagal mengatasi perkara begini. Kami boleh terima berjauhan untuk suatu tempoh tertentu, tetapi tiada had limit ditetapkan untuk kami berada jauh dari keluarga.
Dan situasi sekarang makin menzahirkan lagi kegagalan KPM mengurus masalah penempatan guru. Kami hanya mahu keputusan itu dipercepatkan, dan tolonglah faham situasi manusia yang berjauhan dengan keluarga. Tolong bawa pulang kami yang sudah tujuh hingga sembilan tahun di sini.
Tolonglah KPM. Kami sangat tertekan.
Cuma kali ini, saya dan rakan begitu rasa terseksa menunggu keputusan yang ditangguhkan yang sepatutnya disiarkan dua hingga tiga minggu lepas. Kami di sini umpama hidup tanpa nyawa menunggu jawapan tersebut. Barang-barang sudah dikemas di dalam kotak, malah ada yang sudah dihantar pulang.
Motivasi untuk datang bekerja juga sudah hilang sama sekali. Ini bukan kes saya seorang, beratus-ratus rakan-rakan mengalami situasi begini.
Saya sangat kesal dengan pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak dahulu gagal mengatasi perkara begini. Kami boleh terima berjauhan untuk suatu tempoh tertentu, tetapi tiada had limit ditetapkan untuk kami berada jauh dari keluarga.
Dan situasi sekarang makin menzahirkan lagi kegagalan KPM mengurus masalah penempatan guru. Kami hanya mahu keputusan itu dipercepatkan, dan tolonglah faham situasi manusia yang berjauhan dengan keluarga. Tolong bawa pulang kami yang sudah tujuh hingga sembilan tahun di sini.
Tolonglah KPM. Kami sangat tertekan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-6-2013
Pengguna rayu tambang bas tidak dinaikkan
Muhammad Faizal, | 18 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Rata-rata pengguna tidak bersetuju dan melahirkan kebimbangan dengan cadangan Persatuan Penguasa Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus.
Tinjauan Harakahdaily di Hentian Bas Greenwood, Gombak mendapati, mereka kebanyakan mereka berpendapat tindakan itu memberi bebanan teruk kepada mereka khususnya bagi yang selalu menggunakan perkhidmatan bas.
Menurut seorang pengguna Zainal Ahmad Yusof, cadangan kenaikkan tambang tersebut adalah tidak wajar kerana masyarakat kini sudah pun terbeban dengan pelbagai kenaikan.
"Saya melihat kenaikkan tambang ini amat mengejutkan serta membebankan kepada pengguna.
"30 peratus bukan satu angka yang kecil rakyat tidak mampu, sepatutnya persatuan bas tumpukan kepada keselesaan pengguna dan faktor keselamatan penumpang bukannya untuk meraih keuntungan semata-mata," katanya.
Yulianis Ibrahim pula yang akan ke Kota Bharu pagi ini merasa terkejut dengan cadangan tersebut dan berharap ia tidak dilaksanakan.
"Saya tidak mengetahui langsung cadangan tersebut, kalau sebelum ini saya hanya perlu membayar lebih kurang RM40 untuk ke Kota Bharu sahaja.
"Tetapi dengan cadangan tersebut saya mungkin terpaksa mengeluarkan RM50, memang terlalu berat untuk saya, kerajaan perlu perihatin dengan masalah serta beban rakyat di bawah," jelasnya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Abdullah Awang Ahmad pula mendesak agar kerajaan mengekalkan had sedia ada.
Katanya lagi, rakyat sekarang bukannya mempunyai pendapatan yang tetap dan kebanyakkan mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri terutama kalangan pelajar.
Tindakan ini ujarnya memberi kesan yang teruk dalam soal kehidupan mereka.
"Saya desak harga tersebut dikekalkan sepertimana hari ini, kenaikkan ini meningkatkan beban rakyat.
"Dengan keadaan ekonomi sekarang masih ramai rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan kebanyakkan mereka memerlukan perkhidmatan bas untuk ke sesuatu tempat kerana tidak mampu membeli kereta sendiri.
"Yang paling terkesan adalah pelajar-pelajar yang menjadikan bas sebagai pengangkutan mereka untuk balik ke kampung, bebanan yang teruk terpaksa mereka tanggung," jelas beliau.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan kerajaan perlu bertegas dan tidak tunduk kepada desakan PMBOA yang mahu menaikkan tambang bas.
Beliau memberitahu rakyat perlu dibela serta dijaga kebajikan mereka bukannya dibebani dengan kenaikkan harga.
"Kita dalam Pakatan Rakyat akan memansuhkan tol, menurunkan harga minyak serta hapus PTPTN bagi mengurangkan beban rakyat jika diberikan mandat sebelum ini.
"Tapi perkara itu tidak berlaku apabila Barisan Nasional (BN) menang pada pilihanraya lepas, jadi sebagai sebuah kerajaan yang kata perihatin kepada rakyat perlu bertegas serta tidak tunduk kepada desakan PMBOA yang mahukan kenaikkan tambang," jelasnya.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat turut menyatakan, isu sekarang bukan pada kenaikkan 30 peratus tambang tetapi dalam keadaan ekonomi sekarang tidak wajar berlaku sebarang kenaikkan tambang ataupun harga barang keperluan.
Komen OR : http://www.youtube.com/watch?v=_RpCcqtBvFg

Sumber HD - 18-6-2013
Kawal selia industri intensif tenaga
Piarapakaran S, |
Menurut Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (US Department of Energy), industri-industri intensif tenaga (energy intensive industry) adalah berkaitan dengan aluminium, acuan logam (metal casting), kimia, perlombongan, produk hutan, penapisan petroleum, kaca dan besi.
Berdasarkan Projek Peningkatan Kecekapan Tenaga Perindustrian Malaysia (MIEEIP), terdapat 8 sub-sektor industri intensif tenaga iaitu, besi dan keluli, simen, kayu, makanan, kaca, pulpa & kertas, seramik dan getah. Kajian ini kemudian telah memperkenalkan 3 tambahan sub-sektor iaitu oleo-kimia, plastik dan tekstil.
Berdasarkan Imbangan Tenaga Kebangsaan 2010, permintaan gas asli telah meningkat daripada 476 ktoe (kilo ton oil equivalent) pada tahun 1990 ke 4310 ktoe pada tahun 2010 bagi sektor industri.
Pada masa yang sama, sektor industri telah menggunakan sebanyak 44.4 % daripada jumlah keseluruhan penggunaan tenaga elektrik iaitu 104521 GWj (Giga Watt Jam) pada tahun 2010.
Kedua-dua gas asli dan tenaga elektrik adalah diberikan subsidi yang tinggi dan adakah ini merupakan subsidi yang disasarkan dengan betul? Jika kebanyakan daripada produk yang dihasilkan adalah untuk pasaran antarabangsa, siapakah yang diberikan subsidi?
Industri intensif tenaga menimbulkan risiko besar kepada jaminan tenaga dan harga tenaga. Ada juga kemungkinan di mana tiada pulangan modal yang diperolehi daripada membawa masuk industri jenis ini ke Malaysia atau mengekalkan gergasi-gergasi yang tidak cekap tenaga seperti ini di sini.
Kerajaan perlu mengenalpasti jumlah industri intensif tenaga di Malaysia dan mengkategorikan mereka dengan sewajarnya. Ia juga harus merangkumi penggunaan tenaga industri-industri ini dan status operasi semasa mereka. Penggunaan tenaga per unit produk yang dihasilkan akan dapat membantu melakukan penanda aras dengan cepat.
Kami ingin mencadangkan bahawa langkah ini diketuai oleh Suruhanjaya Tenaga. Kami telah mengutarakan perkara ini dalam memorandum kepada kerajaan dan wakil-wakil rakyat baru-baru ini.
Pada masa ini, proses membawa masuk operasi baru industri intensif tenaga adalah tidak jelas. Sebelum industri intensif tenaga baru dibawa masuk, Suruhanjaya Tenaga mesti menilai prestasi kecekapan tenaga industri tersebut untuk memastikan ia adalah lestari.
AWER ingin mengingatkan bahawa Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA) dan Penilaian Kesan Alam Sekitar Awalan (PEIA) tidak menjalankan apa-apa kajian kecekapan atau penilaian bagi tenaga atau air. Kedua-dua dokumen ini (DEIA dan PEIA) adalah ‘buta’ kecekapan air dan kecekapan tenaga!
Sifat (nature) industri-industri ini akan memberikan impak yang tinggi kepada alam sekitar. Oleh itu, kerajaan perlu mengenakan cukai alam sekitar terhadap operasi industri ini bermula tahun 2014.
Cukai ini harus berdasarkan ketidakcekapan setiap jenis industri intensif tenaga. Malah, banyak negara telahpun mula mengenakan cukai yang tinggi kepada ketidakcekapan oleh industri intensif tenaga.
Kami juga berharap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dapat menambahbaik Pelan Induk Perinduatrian Negara Ketiga. AWER tidak menentang penambahan industri di Malaysia.
Untuk menjadi negara perindustrian dan maju seperti Jepun, Jerman dan Korea Selatan, kita memerlukan industri-industri tetapi bukannya melalui kerugian pada sumber-sumber negara.
Jaminan tenaga adalah tunggak penting dalam keselamatan negara, ia adalah mengenai kewujudan negara kita. Sediakan payung sebelum hujan.
Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Universiti bukan tempat lahirkan robot
Zakaria Abdul Majid, |
Saya tertarik dengan komen Datuk Mokhzani Mahathir yang menyelar graduan yang enggan mengotorkan tangan dan lebih suka kerja di pejabat.
Memang diakui ramai kalangan graduan yang bersikap demikian. Saya melihat perkara ini berlaku akibat doktrin pengajian di pusat pengajian tinggi yang membentuk pemikiran sehingga menjadi begitu. Bahkan tidak dinafikan bahawa sebahagian masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu yang berpesan kepada anaknya supaya belajar rajin-rajin supaya tidak jadi macam ayah atau. Bekerja di bendang, kebun getah dan sebagainya.
Saya melihat doktrin dan budaya ini perlu ditukar.
Yang utama sekali ialah doktrin pengajian di universiti itu sendiri mestilah mampu membentuk daya fikir pelajarnya agar tidak jumud dan terkokong dengan peperiksaan dan markah semata-mata. Kita tidak mahu adanya graduan yang lulus cemerlang mendapat kelas pertama tetapi langsung tidak mampu mengendalikan mesyuarat.
Selain itu, teringat saya suatu masa dahulu, sebuah universiti mewajibkan setiap pelajarnya berpakaian lengkap memakai tali leher, berbaju kemeja untuk ke kelas. Seluar jeans dilarang sama sekali. Selepas empat tahun didoktrin sedemikian rupa, adakah kita fikir mereka mahu turun ke sawah? Sudah tentu agak sukar.
Universiti bukan tempat melahirkan robot. Sistem penilaian wajar dikaji dan dirombak agar tidak hanya menilai kejayaan di bilik peperiksaan. Sebagai contoh, kegiatan kokurikulum memainkan peranan dalam membentuk sikap, jati diri, pengalaman luar kelas, pergaulan dan keyakinan diri. Antara contoh kegiatan kokurikulm di universiti yang bagus ialah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dan Sukarelawan Polis (Suksis).
Saya mencadangkan juga kegiatan kokurikulum ini mempunyai 30 peratus - 40 peratus dalam penilaian mahasiswa untuk layak mendapat kelas pertama.
Selain itu sistem peperiksaan yang ada pada hari ini perlu dikaji semula, agar tidak terlalu mengongkong pelajar sehingga tidak dapat berfikir, berhujah, dan bergerak menggunakan akal. Berikan mereka sedikit ruang untuk mereka merasai keseronokan belajar dan menimba ilmu, bukan hanya menghafal untuk lulus periksa.
Di samping itu, para menteri, korporat dan golongan yang seangkatan dengannya, jangan hanya pandai mengkritik para graduan ini. Sedangkan pada masa yang sama mereka sendiri tidak sanggup melakukan apa-apa yang dikritik – sebab mereka ini dibesarkan dalam suasana tidak pernah merasai kesusahan orang lain. Sekali-sekala cuba letakkan diri anda ditempat graduan tersebut!

Sumber HD - 17-6-2013
Minta kaji balik perbankan Islam
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, |
Saya berpendapat bahawa pinjaman secara kaedah Islam perlu dikaji semula. Hal ini kerana saya berasa was-was dan mendapati dalam perjanjian terutama sekali melalui Institusi kewangan atau Bank konvensional masih terdapat unsur-unsur pinjaman secara kaedah kapitalis - segala syarat dan kaedah jual beli didalamnya.
Katakanlah seseorang Muslim hendak membuat pinjaman peribadi ataupun pinjaman perumahan, setelah disaringkan dan menepati syarat sapertimana yang dikehendaki itu maka Pegawai Bank berkenaan akan memanggil sipeminjam untuk menandatangani segala dokumen yang selalunya dibuat dalam Bahasa Inggeris. Syarat dan terma perjanjian hanya diberikan beberapa minit sahaja untuk pelanggan menyemak sebelum menandatangani surat perjanjian tersebut.
Pinjaman ini menggunakan perkataan Islam agar nampak Islamik sedikit pada hal tidak ubah sapertimana pinjaman konvensional juga apabila disebutkan bahawa pinjaman untuk membeli sebuah rumah katakanlah harga asal rumah tersebut RM200 ribu dan disyaratkan bayar secara ansuran selama 30 tahun dengan harga berubah kepada jumlahnya RM600 ribu. Alasannya bahawa itu adalah ikut harga pasaran rumah tersebut pada 30 tahun akan datang.
Kalau diperhalusi secara rasional adakah logiknya dan adakah itu apa yang Islam ajar dan praktikkan? Agama Islam tidak pernah dan jauh sekali cuba menindaskan dan membuat penganiayaan dalam keadaan apa sekalipun kepada umatnya. Bayangkan kalau kita terlewat sedikit untuk membayar ansuran bulanan kerana ada masalah kewangan sedikit dimasa itu sudah tentu pihak Bank yang dikatakan membawa kaedah Islam itu akan menghantar surat amaran beserta dengan jumlah denda yang perlu dibayarkan dengan seberapa segera dari pejabat peguam tertentu. Inilah hakikatnya risiko yang pelanggan akan terima.
Pernah saya kemukakan kepada bank yang dikatakan mempraktikkan pinjaman secara islam ini untuk melangsaikan hutang pinjaman perumahan yang saya telah pun membayar ansurannya selama 10 tahun dan baki pinjaman selama 20 tahun lagi untuk dilangsaikan. Alangkan kecewanya saya apabila Pegawai bank itu berkata bahawa saya dikenakan bayar bukan dengan harga asal pinjaman itu tetapi ianya mesti dibayar sekali dengan faedah selama 20 tahun sebagai dijanjikan itu juga dan hanya beberapa RM sahaja dibenarkan untuk dikurangkan sahaja. Ini bermakna apabila sudah terikat dengan pinjaman walaupun namanya secara kaedahnya atas nama Islam tetapi penindasannya tetap ada dan unsur-unsur riba' terang lagi nyata tetap tidak berubah. Akhirnya saya lupakan sahaja hasrat murni saya itu kerana terasa diri ini telah terperangkap diatas nama Islam mereka yang tidak berhati perut ini.
Dialam ajaran al-Quran yang dibawa oleh Rasulullah SAW, telah memberikan amaran yang keras dan berkali-kali disebutkan tentang ancaman kepada mereka yang melakukan riba' dalam apa keadaan sekalipun. Apatah lagi jika mengeksploitasikan hukum yang ditetapkan itu seolah-olah mempersendakan hukum Allah dan seolah-olah juga mereka tunjukkan bahawa mereka lagi pandai mengaturkan apa yang telah ditetapkan itu. Tidakkah kita mahu ambil iktibar dari cerita yang terdapat didalam al-Quran bagaimana sekumpulan kaum Yahudi dizaman Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan Allah supaya tidak menangkap ikan pada hari Sabtu tetapi mereka mencari akal dengan menggunakan kaedah memasangkan pukat pada malam hari Jumaat dan habuannya akan diambil pada pagi Ahad. Apa terjadi dengan mereka ini? Ia bukan sahaja dilaknati tetapi ditimpakan musibah kepada keseluruhan puak itu.
Para alim ulama dan cendiakawan dalam urusan ekonomi Islam yang telah belajar dengan berbagai-bagai ijazah sama ada dari luar negara dan dalam negara dalam bidang tersebut janganlah berpeluk tubuh sahaja dan biarkan perkara sebegini berterusan kerana amanah anda adalah untuk menjaga kepentingan umatnya dan anda akan dipertanggunjawabkan diakhirat kelak. Perbetulkan balik supaya kembalikan kelandas Islam yang sebenarnya.

Kalau tak patuh ni, maka derhakalah Najib...
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 17 Jun 2013 |
Sebahagian dari petikan Titah KDYMM SULTAN MUHAMMAD V sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Ketiga Belas Tahun 2013..
"BETA MENYARANKAN SUPAYA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BERKERJASAMA DALAM MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INFRASTUKTUR DAN ULTILITI DI NEGERI INI. ANTARANYA PEMBINAAN 'CENTRAL SPINE ROAD', LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU-KUALA KRAI DAN KEMUDAHAN BEKALAN AIR."
"BETA JUGA BERHARAP SUPAYA PENYELESAIAN ISU TUNTUTAN BAYARAN TUNAI ROYALTI PETROLEUM DAPAT DISELESAIKAN MENGIKUT PERJANJIAN YANG TELAH DITANDATANGANI."
Kalau tidak patuh.. maka derhakalah Najib..
Baca lagi
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-6-2013
Lu fikir lah sendiri
Syed Abdullah Jamalullail, |
Hanya untuk makluman dan renungkanlah sepuas-puasnya bagaimana untuk mengubah persepsi bahawa apa juga pertandingan mempunyai berbagai hadiah yang menanti mengikut apa yang ditandingkan dinegara kita ini.
1. Pertandingan bercorak hiburan nyanyian realiti TV 'One in a million' mendapat RM1 juta untuk pemenang.
2.Pertandingan Maharaja Lawak menerima hadiah RM500 ribu untuk johannya dan bagi pertandingan Raja Lawak pula menghadiahkan RM100 ribu kepada pemenangnya.
3. Pertandingan nyanyian untuk warga emas dalam 'Kilauan Emas' mendapat hadiah RM50 ribu untuk pemenangnya.
4. Bintang RTM dan Bakat TV telah menghadiahkan RM20 ribu kepada Johannya.
5. Akhir sekali sekali dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan johannya mendapat hadiah RM15 ribu.
Renung-renungkanlah.
1. Pertandingan bercorak hiburan nyanyian realiti TV 'One in a million' mendapat RM1 juta untuk pemenang.
2.Pertandingan Maharaja Lawak menerima hadiah RM500 ribu untuk johannya dan bagi pertandingan Raja Lawak pula menghadiahkan RM100 ribu kepada pemenangnya.
3. Pertandingan nyanyian untuk warga emas dalam 'Kilauan Emas' mendapat hadiah RM50 ribu untuk pemenangnya.
4. Bintang RTM dan Bakat TV telah menghadiahkan RM20 ribu kepada Johannya.
5. Akhir sekali sekali dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan johannya mendapat hadiah RM15 ribu.
Renung-renungkanlah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-6-2013
Kajian: Majikan di M’sia lebih gembira dari pekerja
Harakahdaily, | 15 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Sebuah kajian mendedahkan bahawa majikan Malaysia lebih gembira daripada pekerjanya di tempat kerja, namun begitu kedua-duanya secara dasarnya lebih gembira berbanding negara membangun seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Menurut pembekal tempat kerja antarabangsa Regus, 80 peratus pemilik bisnes di Malaysia menikmati kerja mereka berbanding hanya 72 peratus pekerja yang merasai perkara yang sama.
Secara keseluruhannya, Malaysia mencatat 124 mata di Index Nisbah Kerja:Keseimbangan Hidup, 4 mata lebih tinggi daripada purata global 120.
Kajian itu melibatkan 26,000 professional di lebih 90 negara serata dunia.
Selain itu, kajian itu turut mendapati bahawa pekerja muda lebih menikmati kerja mereka berbanding golongan yang dilahirkan pada tahun antara 1946 dan 1964.
Namun begitu, semangat tinggi mereka tidak bermaksud mereka akan setia bersama kepada majikan mereka, kata John Roy daripada satu firma kajian Galoc Production Company.
“Ia adalah mustahak untuk membolehkan mereka untuk bekerja dalam keadaan yang sesuai dengan mereka, daripada menyesuaikan mereka kepada cara anda melakukan sesuatu. Nisbah Kerja:Keseimbangan Hidup ialah agenda mereka yang utama, dan generasi yang celik teknologi ini melihat kerja sebagai satu benda yang anda lakukan, dan bukan tempat anda pergi,” kata beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-6-2013
Saya Widya Okta, saya ingin bersaksi tentang pekerjaan baik Tuhan dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata itu, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka mencari pinjaman di antara Anda? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman palsu di sini di internet, tetapi mereka masih asli sekali di perusahaan pinjaman palsu.
ReplyDeleteSaya telah menjadi korban penipuan pinjaman 6-kredit, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari hutang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan seorang teman saya yang saya jelaskan situasinya kemudian memperkenalkan saya ke perusahaan pinjaman yang dapat diandalkan yaitu SANDRAOVIALOANFIRM.
Saya mendapatkan pinjaman saya sebesar Rp900.000.000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam 24 jam yang saya lamar, Jadi saya memutuskan untuk membagikan karya baik Tuhan melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta saran Anda jika Anda membutuhkan pinjaman, Anda sebaiknya menghubungi SANDRAOVIALOANFIRM.
Email: sandraovialoanfirm@gmail.com
Nomor kontak dewan direksi: +12512278012
Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (widyaokta750@gmail.com) jika Anda merasa kesulitan atau menginginkan prosedur untuk mendapatkan pinjaman.
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ReplyDeleteWhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
email:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663