Media Sosial: Sembang Internet haram?
- Jan 16, 2014
- SUHAIMI EMBONG
Ketika melihat dari jauh muka depah BH khamis, 9 Januari, 2014 saya menjadi terkejut bila melihat tajuk utama “Sembang Internet haram” dengan tajuk kecil bukan mahram ‘chatting’ di media sosial disamping dua quote; pemimpin Iran, Ayotollah Ali Khamenei keluar fatwa di laman web dan Mufti Pahang, Pulau Pinang mahu fatwa diwarta cegah penularan kegiatan bertentangan Islam.
Apabila dibaca berita berkenaan pada mukasurat 10, apa yang difatwakan oleh pemimpin Iran tersebut, perbualan atau bersembang di media sosial antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram kerana boleh mendorong perbuatan maksiat.
Fatwa tersebut disokong Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, yang menurut mereka perbualan bukan muhrim menerusi media sosial tanpa batasan hingga mendorong perlakuan maksiat adalah haram.
Pada saya beginilah cara media mensensasikan sesuatu isu kerana kerana umumnya media sosial atau media baru hukumnya adalah harus. Tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan facebook, twitter dan lain-lain media sosial kerana ia mesti dimanfaatkan untuk menyampaikan mesej Islam yang interaktif secara kreatif dan inovatif secara tepat dan ringkas.
Media Sosial atau Media Baru?
Media Baru merupakan perkembangan baru daripada media-media yang telah digunakan manusia. Internet telah menghubungkan komputer dan berbagai akses ke data yang ada di komputer masing-masing seluruh dunia untuk saling berkomunikasi secara atas talian secara online. Pertemuan antara media cetak dengan komputer dan jaringan internet membuat kita mengenal apa yang dinamakan dengan media on-line atau media baru.
Media baru merupakan sebuah terminologi untuk menjelaskan gabungan antara pengkomputeran dan teknologi komunikasi elektronik/digital serta terhubung ke dalam jaringan (network, khususnya internet dan World Wide Web (WWW).
Media Baru adalah media yang memiliki tiga sifat utama iaitu integrasi, interaktif dan digital. Kemunculan media baru memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia kerana ia adalah 'teknologi informasi tanpa sempadan'.
Perkembangan media ini mendapat tanggapan yang pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif. Media Baru secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia terutama dikalangan Gen X (dilahirkan antara 1965-1976), Gen Y (dilahirkan antara 1977-1997) dan Gen Z (dilahirkan mulai 1998).
Sementara itu, media baru ini kerap kali juga dirujuk sebagai media sosial, yakni sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual.
Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran.
Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju maka media sosial pun ikut membangun dengan pesat. Jaringan sosial terbesar antara lain Myspace, Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.
Kepesatan perkembangan media sosial kini kerana semua orang seperti boleh memiliki media sendiri. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.
Kini untuk mengakses facebook atau twitter misalnya, boleh dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit.
Sumber HD - 16-1-2014
Pengamal media demo bantah penggantungan The Heat
- Jan 04, 2014
- Hazayani Zakaria & Anis Nazri
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pengamal media berhimpun di hadapan Menara Jam Besar, Lebuh Pasar hari ini bagi menggesa kerajaan, parti politik dan organisasi media mendukung hak-hak kebebasan akhbar.
Himpunan yang dinamakan Protes Pensel Merah ini sebagai solidariti kepada akhbar mingguan The Heat yang digantung penerbitannya baru-baru ini.
Himpunan ini dianjurkan Gerakan Media Marah (Geramm) yang ditubuhkan beberapa hari selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan The Heat.
Jurucakap Geramm, Fathi Aris Omar membacakan lapan tuntutan media sambil diperhatikan pihak polis.
Kumpulan kemudiannya mematahkan pensel merah sebagai simbolik membantah kekangan kerajaan ke atas media.
Kumpulan ini kemudiannya berarak dari Menara Jam ke Stesen LRT Masjid Jamek. Di hadapan stesen, lapan tuntutan dibacakan sekali lagi.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Pyan Habib yang mendeklamasikan sajak bertajuk 'Aku Sebatang Pensel' dan pemuzik Nik Jidan.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyokong tuntutan Geramm agar kerajaan memberikan kebebasan kepada media, termasuk memansuhkan Akta Penerbitan dan Media Cetak (PPPA).
Selain itu, Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata kerajaan juga perlu menghentikan sekatan terhadap penggantungan akhbar mingguan The Heat secara serta-merta.
Ditanya sampai bila kerajaan akan menyekat kebebasan media di negara ini, Kit Siang berkata kerajaan akan terus menyekat media apabila mereka terasa terjejas dan akan jatuh dengan laporan media.
"Kerajaan memang akan terus sekat apabila mereka rasa akan jatuh. Selain itu, selagi rakyat tidak ubah kerajaan, maka selagi itu mereka akan menggunakan kuasa untuk menyekat kebebasan akhbar," kata beliau yang ditemui di himpunan Pensel Merah.
Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha mendesak kerajaan bagi memberikan lebih kebebasan kepada media, selain memansuhkan PPPA dan mengembalikan permit The Heat serta-merta.
Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga ketika berucap di hadapan peserta himpunan berkata himpunan hari ini bukan semata-mata sebagai solidariti terhadap The Heat.
Tetapi, tegas beliau ia juga sebagai satu tanda tekanan terhadap kerajaan agar memberikan lebih kebebasan kepada media, termasuk kepada pembaca yang mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat.
Sumber HD - 4-1-2014
Wartawan, pembaca diseru sertai Protes Pensel Merah
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Gerakan Media Marah, atau ringkasnya GERAMM, menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar segera mengembalikan hak penerbitan kepada akhbar mingguan The Heat.
Gerakan itu dalam satu kenyataan berkata, alasan kementerian bahawa penggantungan ini hanya bersifat "sementara" tidak boleh dipakai sebab seharusnya permit penerbitan diberikan kepada semua sebagai hak asasi yang dijamin Perlembagaan.
Selepas mengembalikan lesen penerbitan The Heat, mereka juga menuntut kerajaan agar tidak mengulangi tindakan seumpama ini -- yang tidak demokratik dan anti-kebebasan media -- terhadap mana-mana penerbitan.
Kata mereka, semangat kebebasan media ini bukan sahaja diperjuangkan oleh GERAMM, wartawan dan aktivis-aktivis badan bukan kerajaan (NGO), tetapi juga ditegaskan dalam ucapan-ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Jadi, amatlah malang, sekiranya Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menjadikan penegasan janji-janji perdana menteri ini sebagai landasan tindakannya," kenyataan gerakan itu dipetik.
Tambah mereka, walaupun kementerian tidak menyebut nama "pihak-pihak yang memburuk-burukkan kerajaan berhubung penggantungan The Heat" dalam kenyataannya semalam, perlu ditegaskan bahawa keprihatinan mereka dan juga tokoh-tokoh masyarakat itu ada asasnya.
"Penggantungan The Heat, berselindung di balik alasan-alasan teknikal itu, jelas menunjukkan kementerian tiada bukti kukuh untuk bertindak.
"Malah, tindakan itu menguatkan lagi tanggapan umum (public perception) bahawa akhbar mingguan ini digantung akibat melaporkan perbelanjaan boros perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor," kata kenyataan itu lagi.
Menurutnya, GERAMM, dalam semua kempennya untuk kebebasan media, tiada niat memburukkan kerajaan atau pihak berwajib.
Kumpulan wartawan ini kata mereka, hanya menyuarakan lapan tuntutan adil yang harus dipertimbangkan oleh kerajaan demi kemajuan negara dan kebaikan kita bersama.
Lapan (8) tuntutan GERAMM boleh dirujuk di sini: http://www.change.org/en-GB/petitions/wartawan-dan-pengamal-media-sila-tandatangan
Bagi meneruskan kempennya, GERAMM mengumumkan satu demonstrasi bantahan diadakan pada Sabtu 4 Januari ini.
Demonstrasi yang dinamakan Protes Pensel Merah (Red Pencil Protest) itu akan bermula jam 2 petang di hadapan bangunan Majlis Peguam, Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur.
"Kami menyeru kepada semua wartawan dan pembaca agar menyertai kempen kami ini bagi menegaskan lagi lapan (8) tuntutan tersebut.
"GERAMM juga memohon kerjasama baik polis dan pihak berwajib agar memudahkan perjalanan Protes Pensel Merah agar ia dapat dilangsungkan dengan lancar dan aman," kata kenyataan itu.
Sumber HD - 31-12-2013
Media massa medium dakwah
- Dec 28, 2013
- NUR AZILAH MOHD RAZALI
Zaman moden ini, dakwah sangat diperlukan untuk membendung segala masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa. Kalaulah konsep dakwah ini tidak digunakan dengan penuh hikmah dan penuh kebijaksanaan, maka kemungkinan besar, ia belum tentu dapat mengatasi masalah sosial ini.
Dalam hal ini, media massa perlu dimanfaatkan sebagai medium dakwah termasuklah akhbar, radio, televisyen, majalah, buku, laman sosial ( facebook, Youtube, twitter, blog dan lain-lain) kerana media massa mempunyai pengaruh yang hebat.
Salah satu media yang boleh digunakan dalam kegiatan berdakwah adalah radio. Bayangkan, hampir seluruh siaran radio yang menyelenggarakan saiaran menyajikan informasi, pendidikan dan siaran keagamaan.
Selain itu,pesanan dakwah dapat disampaikan secara langsung kepada khalayak. Malah, siaran radio menjangkau wilayah yang luas, semakin kuat pemancarnya semakin jauh jaraknya.
Sebagai contoh, para penggiat seni perfileman memainkan peranan yang sebenar-benarnya di dalam filem mereka dengan menerapkan nilai-nilai murni serta ciri-ciri islamik di dalam kandungan filem.
Paparan lakonan yang mempunyai mesej sekaligus mengikut syariat sahaja yang sepatutnya ditayangkan di khalayak ramai. Kebanyakan filem sanggup menggadaikan syariat demi pembikinan sebuah filem yang dipandang di mata dunia.
Seterusnya, peranan akhbar dalam dakwah islamiah. Umumnya ahli-ahli akademik dan pengamal media terpengaruh dengan 'konsep kebebasan akhbar' dari Barat. Namun begitu. setiap negara mempunyai undang-undang tersendiri bagi mengawal 'kebebasan akhbar'. Pemikiran global khususnya dari Barat telah berpegang kepada gagasan kebebasan, liberal dan hak asasi manusia dalam menyampaikan mesej kepada orang ramai.
Di Malaysia, konsep kebebasan akhbar tidak wujud secara tersendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan sebahagian daripada apa yang dikenali sebagai kebebasan bersuara atau kebebasan bercakap.Maksud kebebasan bersuara di sini termasuklah juga kebebasan mengeluarkan fikiran. Konsep kebebasan bersuara ini diperuntukkan di bawah perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam arus modenisasi ini, media elektronik mahupun media cetak merupakan medium dakwah yang paling efektif khususnya bagi generasi muda masa kini.
______________
Nur Azilah Mohd Razali ialah pelajar program Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).
Sumber HD - 28-12-2013
Penggantungan The Heat undang kemarahan
- Dec 23, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Janet E. Steele, Profesor dari School of Media and Public Affairs, George Washington University berkata, tindakan penggantungan itu suatu tindakan yang memeranjatkan dan mengundang pelbagai persepsi negatif masyarakat khususnya pengamal media sendiri.
"Ini satu tindakan yang amat mengejutkan dan bagi saya, tindakan ini sangat tidak wajar kerana akhbar The Heat baru sahaja beberapa bulan beroperasi," kata beliau ketika ditemui di pejabat editorial Harakah, dekat sini hari ini.
The Heat sebelum ini dilaporkan mendapat surat tunjuk sebab bertarikh 2 Disember, dipercayai selepas menyiarkan artikel bertajuk “All Eyes On Big Spending PM Najib” di muka depan akhbar itu.
Bagaimanapun, KDN menafikan penggantungan itu ada kaitan dengan artikel yang dimaksudkan sebaliknya berkata, permit penerbitannya digantung kerana mereka melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.
Prof Janet juga menjangkakan penggantungan permit akhbar tersebut akan mengundang kemarahan pengamal media khususnya wartawan muda yang sangat aktif dalam perbincangan di media sosial seperti laman Facebook dan Twitter.
Minggu lalu, sekumpulan wartawan portal-portal berita utama bersama sokongan beberapa aktivis masyarakat menubuhkan kumpulan tidak rasmi bagi membantah tindakan kerajaan menggantung permit penerbitan akhbar tersebut.
Gerakan yang diberi nama Gerakan Media Marah (Geramm) menyeru semua pengamal media termasuk penulis sambilan dan penulis kolum serta kakitangan-kakitangan syarikat-syarikat media agar menyertai kempen mereka bermula 21 Disember bagi membangkitkan isu pencabulan serius kebebasan media di negara ini.
"Ya, saya mengikuti perkembangan GERAMM dan saya rasa kempen ini akan mendapat sambutan dari teman-teman wartawan khususnya mereka yang sentiasa mengikuti laman sosial Facebook dan sebagainya," katanya yang selalu diundang memberikan ceramah berhubung kewartawanan naratif di universiti dan organisasi media tempatan.
GERAMM turut menyeru segenap lapisan masyarakat khususnya penulis-penulis blog, aktivis-aktivis mahasiswa, pengguna media sosial dan ahli-ahli politik, termasuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional agar terus menyuarakan bantahan mereka kepada KDN agar menarik balik tindakan penggantungan tersebut.
Sebagai memulakan kempen bantahan ini, GERAMM menganjurkan kempen selama sejam di lama sosial Facebook dan Twitter, pada 9.30 malam bermula Isnin dengan memakai hashtag #theheat.
Mereka juga menyeru agar pengamal media memakai pakaian merah setiap hari Jumaat sebagai simbol solidariti.
Selain menganjurkan forum, GERAMM juga akan menjalankan kempen untuk menghantar petisyen kepada KDN selama dua minggu bagi mendesak kerajaan mengembalikan hak penerbitan kepada The Heat seperti biasa.
Sementara itu, dalam pertemuan yang sama, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman berkata, KDN tidak akan memberikan alasan spesifik yang boleh menimbulkan polemik berpanjangan, apatah lagi untuk mengaitkannya dengan laporan yang boleh 'menikamnya' balik.
"Itulah juga yang saya alami apabila KDN mengharamkan penerbitan majalah Detik dan Wasilah pada tahun 2000, selain memberi amaran keras kepada akhbar mingguan Cabaran. Alasannya, kami tidak mengikut mock-up penerbitan semasa mengemukakan permohonan permit dahulu.
"Walhal, yang 'digeruni' ialah paparan wajah jelik dan hodoh elit penguasa Umno-BN, yang tamak kuasa, takbur, membazir, korup, merompak khazanah negara, menghanguskan wang pembayar cukai," katanya.
Sumber HD - 23-12-2013
Gantung akhbar The Heat tidak tutup keborosan PM dan isteri
- Dec 20, 2013
- HARAKAHDAILY
Koordinator Panatia Tugas-Tugas Khasnya, Nikson Abdillah berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat semakin tidak relevan dan mempergunakan kuasa untuk mengekang amalan demokrasi dan kebebasan media di negara ini.
Akhbar The Heat dalam laporan bertajuk "All Eyes On Spending PM Najib" November lalu mempersoalkan perbelanjaan Perdana Menteri dan isteri beliau.
Ekoran daripada itu, akhbar tersebut menerima surat tunjuk sebab daripada KDN seterusnya digantung permit penerbitan.
Menurut Nikson, KDN sewajarnya tidak dipengaruhi atau dikawal oleh mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri,isteri Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tetapi bersikap profesional memandangkan laporan The Heat itu tidak dilihat sebagai menggugat keselamatan negara.
“Jingga 13 mendesak agar Kementerian Dalam Negeri menghentikan tindakan tidak demokratik dan menarik balik penggantungan permit akhbar The Heat. Tindakan Kementerian Dalam Negeri akan terus dilabel sebagai antidemokrasi dan sudah pasti memberikan kesan negatif kepada gerakan kebebasan media,” ujarnya.
Ujar Nikson, imej boros dan mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak boleh ditutup oleh tindakan terhadap akhbar The Heat.
“Di saat rakyat bergelut dengan pelbagai kenaikan , Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terus memberikan imej negatif kepada rakyat dan negara,” kesal beliau.
Sumber HD - 20-12-2013
15 tahun IT PAS dan resolusi SBIT200 terbengkalai!
- Dec 10, 2013
- Published Date
- SUHAIMI EMBONG
Ada yang bertanya, bolehkah lima agenda IT tersebut boleh dilaksanakan dalam semua organisasi politik seperti PAS? Secara peribadi, saya akui ia sukar dilakukan sekiranya tiada orang yang sanggup menghambakan diri dan menekuninya satu persatu untuk melaksanakannya.
Sebelum saya melanjutkan perbicaraan ini, saya suka merenung kembali resolusi Seminar dan Bengkel IT 2000 (SBIT2000) yang diluluskan pada 7hb Oktober 2000 bersama-sama hampir 500 pemimpin kanan PAS di Kuala Terengganu pun tak dapat dilaksanakan lagi sehinga hari ini.
Ada yang bertanya, susahkah untuk melaksanakan resolusi tersebut? Pada saya ia tidaklah susah sangat. Yang penting, PAS mahu laksanakan atau pun tidak sahaja?
Resolusi kedua, SBIT2000 tersebut berbunyi, “Memastikan PAS menubuhkan Majlis IT PAS” diperingkat Pusat dengan segera, dimana anggotanya adalah terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang tersebut dan dipengerusikan oleh Presiden PAS”
Ketika resolusi ini diperbuat pada tahun 2000, Datuk Fadzil Mohd Noor menjadi Presiden PAS dan Malaysia baru sahaja mendapat ledakan ICT di mana-mana. Di peringkat Negara, Perdana Menteri sendiri mempengerusikan berbagai inisiatif IT seperti Malaysian Super Corridor (MSC), Majlis IT Negara dan sebagainya.
Diperingkat negeri pula, ditubuhkan Majlis IT Negeri yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Apakah janggal kalau diperingkat parti politik seperti PAS, inisiatif yang sama dipengerusikan oleh Presiden PAS?
Apabila saya toleh semula kebelakang, rupa-rupanya IT ini tidak mendapat tempat yang sewajarntya dalam sebuah organisasi politik kerana mungkin dianggap “orang belakang tabir” sahaja, dan tidak dapat membantu politik PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan berbanding dengan lain-lain sektor sepetrti Alam Sekitar, Seni dan Budaya serta lain-lain yang lebih penting untuk imej PAS.
Saya mengandaikan ini apabila menilai, perlantikan ahli jawatankuasa tambahan baru-baru ini. Tidak bolehkah, satu daripada enam kuota jawatankuasa tambahan diberikan satu kepada Pengerusi ICT, Ustaz Abd Gani Samsuddin yang tidak bertanding dalam pemilihan baru-baru ini.
Memang mudah untuk memikirkan sesiapa sahaja boleh terajui IT ini. Pengerusi ICT dalam PAS ini ibarat seperti “Menteri ICT” dalam kerajaan. Kabinet boleh disusun ikut keperluan semasa oleh Perdana Menteri (dalam konteks PAS adalah Presiden) tetapi sayugia diingatkan, IT ini bukanlah seperti potfolio seni dan budaya, boleh diadakan jika suka, dan boleh ditiadakan bila tidak suka. Tidak mudah bagi kami menangani masalah ini terutama bila memikirkan halatuju IT yang selanjutnya selepas ini.
Sekarang ini, IT telah menjadi keperluan asas kepada mana-mana organisasi. Sekadar sepintas lalu, Jabatan IT telah berjaya membangunkan satu persatu aplikasi IT secara inhouse, iaitu SPOKAS (Sistem Pengurusan Organisasi dan Keahlian PAS), SSDP (Sistem Semakan Daftar Pemilih), SiSPRO (Sistem Informasi Sepadu Pemilih, Rakyat & Organisasi), SisKAP (Sistem Kajian Awal Pilihanraya), emel @PAS, SMSPro, PAS Touch ‘n Get (TnG), webTV, radio internet (hijau.fm), Portal webPAS dan sebagainya yang beroperasi sepanjang masa.
Bagi kami, penggerak Jabatan IT PAS (JITP) sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik kepada pihak PAS untuk membangunkan sumber manusia, prasara dan Infrastruktur IT serta aplikasi dan kandungan (content) yang sesuai kepada PAS dalam masa 15 tahun ini - sejak diwujudkan menjelang PRU 1999 sebagai Unit IT, Pusat Penyelidikan PAS.
Itu baru satu resolusi yang dipetik daripada SBIT2000 yang hampir berusia 15 tahun. Kalau ibarat anak yang dilahirkan pada tahun tersebut, ia sudah hampir menduduki PMR (Penilian Menengah Rendah). PMR inilah yang akan menentukan halatuju seterusnya sama ada untuk Berjaya atau gagal. Begitu jugalah dengan JITP ini.
Selepas SBIT2000 tersebut, JITP mengadakan lagi Konvensyen IT PAS 2003 (KITP2003) pada 21 Jun, 2003 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK) dengan tema “Memperkasa & Menjana Kemenangan Jamaah melalui IT” dihadiri lebihkurang 600 perserta yang sebahagian besarnya pimpinan PAS disemua peringkat dan telah menghasilkan lima lagi resolusi berkaitan IT bagi menghadapi PRU 2004.
Ia tidak berakhir di situ. Selepas tidak berjaya dalam PRU 2004, satu jawatankuasa postmortem yang komprehensif dilakukan termasuklah juga IT. Beberapa rekomendasi telah dicadangkan dan antara yang penting adalah inisiatif JITP dan JPP (Jawatankuasa Pilihanraya PAS) menganjurkan Seminar SiSPRO (Sistem Informasi Sepadu Pemilih, Rakyat dan Organisasi) di sebuah hotel di Ipoh, Perak pada 2004 - sebagai satu usaha penambahbaikan yang perlu dilakukan segera ekoran persempadanan kawasan pilihan raya pada 2002 yang tidak ditangani dengan baik oleh PAS.
Hasil penuh, postmortem yang berkaitan dengan IT telah dibentangkan dalam Persidangan ICT 2007 (PICT2007) bertemakan Reformasi IT Pemangkin Kemenangan PRU ke12” yang diadakan setahun sebelum PRU12, iaitu pada 10hb Mac 2007 di Markaz PAS taman Melewar Gombak Selangor.
Sebelum itu, pada bulan Jun 2005 sesi kepimpinan PAS 2005/2007, organisasi IT telah diperkasakan dengan pertukaran konsep daripada Setiausaha Agong (Ustaz Nasaruddin Mat Isa) menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat JITP kepada lantikan seorang Pengerusi Lajnah ICT (Ustaz Abd Gani Samsuddin) yang fokusnya kepada bidang IT sahaja dengan Setiausaha Agong ketika itu, Dato’ Kamaruddin Jaafar menjadi Penasihat IT yang diteruskan hingga sekarang.
Sejak itu, Ustaz Gani Samsuddin menerajui IT PAS selama 4 penggal (2005/07 – 2011/2013) dengan beliau memberikan tumpuan utamanya membangunkan webTV. Dibawah kepimpinannya, selain webTV PAS Pusat, beliau menggalakkan JITN membangunkan webTV masing-masing dengan berbagai jenama seperti AmanTV (Kedah), PenangTV (Pulau Pinang), YopTV (Perak), webTV8/EhsanTV (Selangor), JangTV (Negri Sembilan), TVPASMelaka (Melaka), TVMakmur (Pahang), KelantanTV(Kelantan) dan KinabaluTV (Sabah).
Saya menceritakan ini kepada khalayak pembaca sebagai mengenang jasa mantan Pengerusi ICT PAS yang kedua, Ustaz Abdul Gani Samsuddin dalam usahanya tanpa mengenal penat lelah membangunkan agenda webTV PAS, yang kekadangnya kami JITP berseloroh dengan beliau, “IT ni bukan webTV sahaja, ustaz” merupakan antara kenangan pahit manis selama 4 penggal kepimpinan PAS.
Saya mengatakan mantan kerana Ustaz Abdul Gani tidak dilantik semula sebagai AJK Tambahan (lantikan baru-baru ini, melainkan kepimpinan PAS melantik merasakan beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agong sepertimana kes Dr Syed Azman yang tidak bertanding sebagai AJK Pusat tetapi dilantik sebagai Penolong SUA yang bertanggungjawab pada hal Ehwal Antarabangsa.
Saya juga mendapat cadangan daripada rakan-rakan, apa salahnya Presiden jadi Pengerusi IT. Begitu juga saya tidak pasti sama ada Presiden sekarang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kami anugerahkan sebagai “Tokoh IT Pas” sempena Sambutan Sedekad (10 Tahun) JITP pada 2009 lepas bersedia untuk menyahut cabaran melaksanakan resolusi SBIT2000 yang terbengkalai sejak 15 tahun lepas.
Apapun, keputusannya terpulang pada pimpinan PAS. Kami hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab IT yang telah diberikan selama ini.
Sumber HD - 10-12-2013
Harakahdaily lancar versi Mandarin, dekati Tionghua
- Nov 27, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Seiring dengan perkembangan pesat teknologi maklumat, Harakahdaily maju setapak lagi dengan memperkenal versi bahasa Mandarin.
Pelancaran versi ini telah dibuat pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 lalu yang disempurnakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Versi ini adalah pelengkap kepada versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang telah beroperasi sebelum ini.
Versi Mandarin ini boleh dicapai dengan mengakses ke pautan www.cn.harakahdaily.net dan telah mula beroperasi secara rasmi bermula 1 November lalu.
Ianya turut mengandungi berita, rencana, kolum dan juga video bagi memudahkan pembaca khususnya warga Tioghua untuk lebih memahami dan mengikuti aktiviti PAS itu sendiri.
Selaku akhbar rasmi PAS versi dalam talian, Harakahdaily menyedari hakikat peri penting untuk PAS terus menyalur maklumat alternatif sekaligus mendekatkan diri kepada masyarakat Tionghua.
Sesuai dengan tema "Tepat Dari Sumber", Harakahdaily selaku lidah parti sentiasa memaparkan laporan dari sumber rasmi PAS itu sendiri di samping berita-berita lain.
Dengan tiga versi iaitu Bahasa Melayu, English dan Mandarin ini, diharap berita berhubung pendirian dalam satu-satu isu serta aktiviti PAS akan lebih diketahui oleh masyarakat.
Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan dari semua pihak khususnya pembaca setia Harakahdaily.
Terima kasih atas sokongan anda semua.
Sumber HD - 27-11-2013
HSBB beri kelebihan masyarakat luar bandar
Harakahdaily, | 20 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Suhaimi Embong berkata pengguaan internet jalur lebar diluar bandar sekarang ini merupakan satu keperluan untuk merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.
Katanya, jika Bajet 2014 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Oktober lalu dilaksana sepenuhnya, ia mampu memberi manfaat kepada rakyat terutamanya dalam mendapatkan maklumat alternatif.
“Sekiranya kerajaan komited melaksanakan peningkatan jalur lebar berkelajuan tinggi dalam tempoh 3 tahun seperti yang dijanjikan, kita yakin rakyat akan mendapat lebih manfaat terutamanya maklumat alternatif yang selama ini tidak mampu dicapai oleh mayarakat luar bandar," katanya.
Sebelum ini kerajaan mengumumkan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar-bandar utama.
Rangkaian HSBB akan diperluas ke kawasan pinggir bandar pada kos RM1.6 bilion, dengan capaian Internet ditambah kepada antara empat dan 10 Mbp
Menurut Suhaimi, beliau berharap kerajaan segera mengambil inisiatif meningkatkan capaian internet jalur lebar luar bandar kepada 10Mbp seperti yang dinyatakan oleh perdana menteri itu.
Beliau berkata, purata kelajuan internet antara 4 hingga 5Mbps sekarang ini sudah tidak memadai untuk melayari internet bagi permainan dalam talian, menonton di ‘you tube’ dan memuat turun video.
Sehubungan itu beliau berharap penyedia jalur lebar seperti Telekom Malaysia (TM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia lebih proaktif memperbaiki perkhidmatan masing-masing agar penduduk di luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan perdana.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-11-2013
Bengkel Radio dan TV Internet pada 9 Nov
Anis Nazri, | 07 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Radio Internet PAS, Hijau.fm akan menganjurkan satu bengkel yang dinamakan Bengkel Radio dan TV Internet, pada Sabtu, 9 Nov ini.
Bengkel yang akan disertai dua orang personaliti radio dan tv sebagai fasilitator itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.
Menurut Ketua Penyelaras Hijau.fm, Shuhaimi Embong, bengkel tersebut dianjurkan bagi memantapkan lagi siaran Hijau.fm sejak ia mula ditubuhkan pada 19 Mac lalu bersempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Hijau.fm yang dirasmikan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu telah diaktifkan semula siarannya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau pada 4 Nov lalu, selepas siarannya ditamatkan bersempena berakhirnya PRU13 pada 5 Mei lalu.
Kata Shuhaimi, bengkel sehari itu akan dirasmikan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, yang juga Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat.
Dalam pada itu, Shuhaimi turut mengalu-alukan sukarelawan Hijau.fm dan pasukan webtv dari rangkaian Jabatan IT PAS untuk turut bersama-sama menyertai bengkel ini kelak.
Bagi yang ingin mengikuti bengkel tersebut, bolehlah menghubungi Haznizul di talian 019-2630565 atau emel kepada hijau.fm@pas.org.my .
Bengkel yang akan disertai dua orang personaliti radio dan tv sebagai fasilitator itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.
Menurut Ketua Penyelaras Hijau.fm, Shuhaimi Embong, bengkel tersebut dianjurkan bagi memantapkan lagi siaran Hijau.fm sejak ia mula ditubuhkan pada 19 Mac lalu bersempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Hijau.fm yang dirasmikan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu telah diaktifkan semula siarannya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau pada 4 Nov lalu, selepas siarannya ditamatkan bersempena berakhirnya PRU13 pada 5 Mei lalu.
Kata Shuhaimi, bengkel sehari itu akan dirasmikan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, yang juga Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat.
Dalam pada itu, Shuhaimi turut mengalu-alukan sukarelawan Hijau.fm dan pasukan webtv dari rangkaian Jabatan IT PAS untuk turut bersama-sama menyertai bengkel ini kelak.
Bagi yang ingin mengikuti bengkel tersebut, bolehlah menghubungi Haznizul di talian 019-2630565 atau emel kepada hijau.fm@pas.org.my .
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-11-2013
Dah serik kena saman berjuta, Utusan mohon maaf
http://greenboc.blogspot.com, | 24 Okt 2013 |
Dah Serik Kena Saman Berjuta, Sekarang Utusan Guna Taktik Mohon Maaf...
Utusan Malaysia mohon maaf kerana fitnah Syed Husin Ali
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini membuat permohonan maaf kepada Senator Syed Husin Ali sebagai sebahagian daripada syarat penyelesaian kes tuntutan saman yang dikenakan terhadap akhbar harian Melayu itu oleh bekas Timbalan Presiden PKR berkenaan.
Penghakiman persetujuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Geok Yiam, hari ini.
Lihat di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-10-2013
Zello Suara Rakyat, saluran komunikasi interaktif
Harakahdaily, | 11 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Setelah beroperasi hampir dua tahun, Suara Rakyat.fm, radio internet yang membawa suara alternatif rakyat berhasrat melebarkan capaian aplikasi 'walkie talkie' internetnya, Zello Suara Rakyat.
Menurut Ketua Penyelaras Suara Rakyat.fm, Ripin Samat, jaluran Zello Suara Rakyat yang ditubuhkan pada 7 Oktober tahun lalu berhasrat menjadi gelanggang kepada rakyat untuk berhujah dalam hal politik, agama dan isu semasa secara berhemah, berhikmah, berilmu dan berfakta tanpa mengira fahaman politik.
"Jaluran ini adalah satu peralatan seakan-akan walkie talkie yang berkonsepkan 'perbualan langsung ' melalui internet. Jaluran Zello Suara Rakyat ini muncul dalam musim pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu dalam menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan perkembangan politik semasa tanah air.
"Jaluran ini juga diharap menjadi pemangkin kepada berita-berita yang benar dan telus dari sumber-sumber yang sah dan berwibawa," kata Ripin.
Menurut Ripin, jaluran Zello menggunakan aplikasi Android dan boleh diikuti melalui komputer di seluruh dunia.
Ia boleh dimuat turun di www.zello.com dengan membuat carian “Suara Rakyat” dan tagline “Suara Rakyat Suara Keramat”.
Ripin berkata, berita yang disampaikan jaluran Zello Suara Rakyat berkisar tentang isu politik, agama dan isu semasa .
Tambahnya, jumlah pengguna aplikasi ini telah mencecah hampir 13,000 dan jaluran Zello Suara Rakyat mengalami limpahan pengguna pada malam kiraan undi keputusan PRU13 sehingga mencapai had maksimum 300 pengguna pada satu-satu masa.
"Ini bermakna jaluran Zello Suara Rakyat telah menjadi pilihan utama dalam menyampaikan dan menerima maklumat yang benar oleh rakyat. Jaluran Zello Suara Rakyat bukan saja menjadi medium untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan malah menjadi wadah untuk menguatkan ukhwah sesama user," katanya.
Beliau menambah, pengguna Zello Suara Rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur termasuk para pemimpin utama Pakatan Rakyat yang telah bersuara secara langsung.
" Juga tidak ketinggalan segelintir pemimpin BN pernah bersuara di dalam jaluran ini untuk menyampaikan agenda parti," katanya.
Jaluran Zello Suara Rakyat juga, jelas Ripin sering membuat lintas langsung di majlis-majlis utama pakatan Rakyat dan melapor pelbagai peristiwa yang menggemparkan negara seperti perhimpunan Bersih 3.0.
Menurut Ripin (gambar), pengguna jaluran Zello Suara Rakyat boleh berinteraksi dan berkongsi maklumat melalui laman facebook di alamat www.facebook.com/radiosuararakyatFM?ref=hl
"Siaran di jaluran Zello Suara Rakyat ini berkumandang setiap hari selama 24 jam tanpa henti selagi ada pengguna yang setia berinteraksi sesama sendiri.
"Perbincangan semakin memuncak bermula jam 9 malam hingga ke jam 1 pagi setiap hari. Para pembaca dialu-alukan untuk memberikan maklumat dan pandangan bagi dikongsi bersama di dalam jaluran Zello Suara Rakyat," pelawa Ripin.

Sumber HD - 11-10-2013
Jawatan kosong jurukamera Harakahdaily
Harakahdaily, | 11 Okt 2013 |
KELAYAKAN
- Umur tidak melebihi 35 tahun
- Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan
- Boleh mengendalikan kamera video termasuk DSLR
- Kelebihan kepada yang mahir dalam penyuntingan video dan rekabentuk grafik
- Boleh mengendalikan mana-mana perisian editing seperti Edius Pro, Sony Vegas, Pinnacle Studio, After Effect dsb.
- Biasa dengan perisian grafik seperti Adobe Photoshop, In Design dsb.
- Berupaya bekerja secara berkumpulan, dalam keadaan tertekan, sentiasa menepati 'deadline' dan sanggup bekerja di luar waktu pejabat termasuk hari-hari cuti umum.
- Wajib mempunyai lesen memandu
Pemohon boleh menghantar resume lengkap ke alamat emel editorharakahdaily@gmail.com
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 Oktober 2012

CIJ kecam kenyataan Zahid ancam wartawan
Anis Nazri, | 07 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Centre of Independent Journalist (CIJ) mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat mengancam wartawan dan akhbar mereka.
Pegawai Eksekutifnya, Masjaliza Hamzah, berkata adalah tidak wajar bagi seorang menteri mengancam untuk menutup akhbar, walaupun Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) membolehkan kementerian terbabit membatalkan lesen dan permit sesebuah akhbar.
Bagaimanapun, kata Masjaliza undang-undang tersebut tetap memberi ruang dan hak kepada pihak terbabit untuk mendengar sebab penarikan, selain boleh mempersoalkan keputusan menteri di mahkamah.
"Namun, yang lebih penting bagi CIJ, semua pemegang jawatan awam, termasuk menteri, perlu mempunyai sifat kebertanggungjawaban (accountability).
"Zahid tidak boleh bercakap sewenang-wenangnya dan seolah-olah sesuka hatinya. Negara kita ada undang-undang dan walaupun undang-undang seperti PPPA tidak menghormati kebebasan media, namun prinsip rule of law mesti dihormati," kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.
Masjaliza berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahid yang mengancam kumpulan wartawan yang hadir pada satu majlis anjurannya di Melaka, Jumaat lalu.
Zahid sebagaimana dilaporkan Oriental Daily, telah mengeluarkan satu kenyataan “sensitif” dalam forum berkenaan dan memberi amaran kepada petugas media terbabit untuk tidak membuat laporan.
Beliau didakwa memberi amaran bahawa syarikat akhbar terbabit boleh ditutup sekiranya melaporkan perkara itu, lapor akhbar berbahasa Cina tersebut.
Laporan itu menyebut, menteri berkenaan bertindak demikian selepas menyedari kehadiran beberapa orang wartawan di kalangan hadirin.
Ahmad Zahid seterusnya dilaporkan “menjemput” para wartawan tersebut untuk meninggalkan acara tersebut.
Pegawai Eksekutifnya, Masjaliza Hamzah, berkata adalah tidak wajar bagi seorang menteri mengancam untuk menutup akhbar, walaupun Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) membolehkan kementerian terbabit membatalkan lesen dan permit sesebuah akhbar.
Bagaimanapun, kata Masjaliza undang-undang tersebut tetap memberi ruang dan hak kepada pihak terbabit untuk mendengar sebab penarikan, selain boleh mempersoalkan keputusan menteri di mahkamah.
"Namun, yang lebih penting bagi CIJ, semua pemegang jawatan awam, termasuk menteri, perlu mempunyai sifat kebertanggungjawaban (accountability).
"Zahid tidak boleh bercakap sewenang-wenangnya dan seolah-olah sesuka hatinya. Negara kita ada undang-undang dan walaupun undang-undang seperti PPPA tidak menghormati kebebasan media, namun prinsip rule of law mesti dihormati," kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.
Masjaliza berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahid yang mengancam kumpulan wartawan yang hadir pada satu majlis anjurannya di Melaka, Jumaat lalu.
Zahid sebagaimana dilaporkan Oriental Daily, telah mengeluarkan satu kenyataan “sensitif” dalam forum berkenaan dan memberi amaran kepada petugas media terbabit untuk tidak membuat laporan.
Beliau didakwa memberi amaran bahawa syarikat akhbar terbabit boleh ditutup sekiranya melaporkan perkara itu, lapor akhbar berbahasa Cina tersebut.
Laporan itu menyebut, menteri berkenaan bertindak demikian selepas menyedari kehadiran beberapa orang wartawan di kalangan hadirin.
Ahmad Zahid seterusnya dilaporkan “menjemput” para wartawan tersebut untuk meninggalkan acara tersebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-10-2013
Kaji semula kuiz Salam Baitullah TV1
Syed Abdullah Syed Osman, |
Saya merujuk rancangan Salam Baitullah yang disiarkan di TV1 dengan tajaan Bank Rakyat setiap malam jam 9.00 malam bermula 30hb September 2013 hingga 20 malam seterusnya. Rancangan ini mengadakan kuiz pada akhir rancangannya. Saya berpendapat bahawa soalan kuiz itu patut dihentikan walaupun hadiah yang agak lumayan saperti dapat mengerjakan umrah dan sebagainya. Hal iini kerana dibimbangi ada unsur-unsur subahah yakni perjudian kecil.
Mana tidaknya, setiap peserta mesti menghantar jawapan harian melalui sms dan dikenakan bayaran sebanyak 50 sen dan untuk 20 hari berturut-turut pula menjadi jumlahnya RM10. Jika sekiranya 100 ribu orang yang hantar sms bererti sebanyak 1 juta ringgit Malaysia dapat dikutip sedangkan hadiah untuk ketiga-tiga Umrah yang ditawarkan berserta hadiah-hadiah kecil yang lainnya tidak pun sampai RM50 ribu.
Mengaut untung dengan ada unsur-unsur riba' atau adanya unsur-unsur wang pertaruhan di dalamnya adalah haram kerana ia dianggap juga sebagai judi. Kajilah sedalam-dalamnya dan janganlah ambil risiko atau ambil mudah didalam soal halal haramnya lebih-lebih lagi berkaitan dengan ibadah umat Islam.
Tujuannya baik tetapi pelaksanaannya yang agak bercanggah dan bertentangan dengan apa yang Islam sarankan. Pertama ia ada katiannya dengan Rukun Islam yang lima. Keduanya mencampur-adukkan antara yang hak dengan yang batil dan ketiganya boleh merosakkan minda umat Islam itu sendiri apabila seoalah-olah mengajar umat Islam bertaruh berbentuk wang ringgit untuk mendapatkan sesuatu ganjaran yang belum tentu boleh dapat kerana ia mungkin 10 orang yang bernasib baik daripada 100 ribu orang yang bertaruh menghantarkan sms itu.
Dicadangkan, kuiz atau soal jawab diadakan secara terus kepada penonton apabila rancangan Salam Baitullah disiarkan secara langsung.
Saya berharap ahli-ahli agama meneliti perkara ini dan membuat teguran, saranan dan sebagainya kerana mereka lebih arif soal halal haram.
Mana tidaknya, setiap peserta mesti menghantar jawapan harian melalui sms dan dikenakan bayaran sebanyak 50 sen dan untuk 20 hari berturut-turut pula menjadi jumlahnya RM10. Jika sekiranya 100 ribu orang yang hantar sms bererti sebanyak 1 juta ringgit Malaysia dapat dikutip sedangkan hadiah untuk ketiga-tiga Umrah yang ditawarkan berserta hadiah-hadiah kecil yang lainnya tidak pun sampai RM50 ribu.
Mengaut untung dengan ada unsur-unsur riba' atau adanya unsur-unsur wang pertaruhan di dalamnya adalah haram kerana ia dianggap juga sebagai judi. Kajilah sedalam-dalamnya dan janganlah ambil risiko atau ambil mudah didalam soal halal haramnya lebih-lebih lagi berkaitan dengan ibadah umat Islam.
Tujuannya baik tetapi pelaksanaannya yang agak bercanggah dan bertentangan dengan apa yang Islam sarankan. Pertama ia ada katiannya dengan Rukun Islam yang lima. Keduanya mencampur-adukkan antara yang hak dengan yang batil dan ketiganya boleh merosakkan minda umat Islam itu sendiri apabila seoalah-olah mengajar umat Islam bertaruh berbentuk wang ringgit untuk mendapatkan sesuatu ganjaran yang belum tentu boleh dapat kerana ia mungkin 10 orang yang bernasib baik daripada 100 ribu orang yang bertaruh menghantarkan sms itu.
Dicadangkan, kuiz atau soal jawab diadakan secara terus kepada penonton apabila rancangan Salam Baitullah disiarkan secara langsung.
Saya berharap ahli-ahli agama meneliti perkara ini dan membuat teguran, saranan dan sebagainya kerana mereka lebih arif soal halal haram.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-10-2013
Hari-hari akhir di Harakahdaily
Zulkifli Sulong, | 30 Ogs 2013 |
31 Ogos 2013, sempena Hari Kemerdekaan negara esok, adalah hari terakhir saya bertugas sebagai Ketua Pengarang Harakahdaily. Ia juga hari terakhir saya bertugas dengan Harakah, selepas bersama organisasi hebat ini selama 26 tahun.
Berdasarkan surat tawaran jawatan (gambar atas), saya mula bertugas dengan Harakah pada 10 April 1987. Tulisan saya mula tersiar dalam Harakah edisi ketiga selepas Harakah mendapat permit penerbitannya pada 28 Februari 1987.
Setiap tahun saya akan ingat tarikh ini kerana ia mempunyai nilai tersendiri. Pada peringkat awal, permit Harakah akan tamat tempohnya pada hari 28 Februari ini. Ia perlu diperbaharui pada tarikh itu. Pada tarikh ini juga adalah hari lahir saya, yang akan diingati oleh orang-orang di sekeliling pada setiap tahun.
Masih ingat lagi, saya dilantik sebagai kakitangan sepenuh masa Harakah selepas menyertai satu kursus intensif sebagai pemberita selama seminggu. Ia dibuat untuk melatih bakal wartawan Harakah selepas permit diperolehi. Kursus ini diuruskan oleh Haji Subky Latif bersama dengan Ustaz Nakhaie Ahmad ketika itu.
Selepas kursus seminggu inilah, saya, Ahmad Lutfi dan Mohamad Nasir dilantik sebagai pemberita sepenuh masa di pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.
Sepanjang bertugas dengan Harakah, saya pernah berada di puncak kegembiraan dan sudah tentu terasa jatuh terselempot.
Menjelang pilihan raya 1999, Harakah cetak yang saya pimpin pernah mencatat rekod cetakan 380,000 naskah pada satu keluaran. Pada beberapa bulan menjelang pilihan raya 1999 itu, purata cetakan Harakah adalah 350,000 setiap keluaran, menjadikan Harakah akhbar yang paling popular ketika itu
Untuk Harakahdaily pula, media ini mencapai puncak popularitinya menjelang Pilihan raya Umum ke-13 lalu. Pada ketika itu, Harakahdaily menjadi media ke-4 paling popular di Malaysia. Harakahdaily hanya berada di belakang Malaysiakini, Sinar Harian dan The Star online pada ketika itu.
Kami berada di depan media-media online yang lain dari segi rankingnya termasuk Utusan, Berita Harian, Metro, The Malaysian Insider dan juga Kosmo.
Di sebalik kejayaan, sudah tentu ada kegagalan dan kesedihan yang saya hadapi. Paling terasa apabila akhbar Siasah yang saya pimpin terpaksa dibawa keluar oleh pemilik permitnya dari kumpulan Harakah.
Akibatnya sudah tentu ia meninggalkan beberapa kesan dan titik negatif kepada Harakah dan saya sendiri.
Kini saya sudah di penghujung karier saya dengan Harakah, media yang mendidik saya sebagai wartawan.
Saya telah menghantar notis kepada Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar pada 1 Julai 2013 lalu. Notis ini perlu saya berikan dua bulan sebelum saya berhenti.
Alasan yang saya berikan adalah, selepas 26 tahun bersama Harakah, saya perlukan pengalaman baru. Saya tidak pernah bekerja dengan lain-lain media selain Harakah. Apabila ada peluang, saya perlu memanfaatkannya.
Alasan ini juga saya berikan kepada Pengerusi Harakah, Datuk Mustafa Ali dan juga penasihat editorial Harakahdaily, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kepada ketiga-tiga mereka saya berkata, "Berilah peluang kepada saya untuk mencari pengalaman dengan media lain selain Harakah. Jika Harakah masih memerlukan saya, beritahu saya selepas dua tahun dari sekarang. Saya yakin ketika itu saya akan lebih baik berbanding sekarang. Itupun jika Harakah masih perlukan saya”.
Mulai 1 September 2013 ini, Pengarang Harakah cetak, Taufek Yahya akan mengambilalih tugas saya sebagai Ketua Pengarang Harakahdaily. Beliau akan memimpin pasukan editorial dan seterusnya menentukan hala tuju media ini.
Sebagaimana saudara-saudari memberikan kepercayaan kepada saya, saya pohon supaya perkara yang sama diberikan kepada saudara Taufek.
Kepada kakitangan Harakahdaily, saya ucapkan selamat berjaya dan yakinlah apabila kita buat sesuatu dengan hati yang penuh ikhlas kerana Allah dan tugas yang diamanahkan, Allah akan bersama kita walaupun pelbagai badai datang melanda.
Kepada pemimpin PAS dan kakitangan Harakah keseluruhannya, terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang saya menjalankan tugas selama 26 tahun ini.
Kepada pembaca, peminat dan pengkritik Harakahdaily, terima kasih banyak. Kerana anda semualah kejayaan dicapai oleh Harakahdaily dengan izin Allah jua.
Selamat membaca dan seterusnya berjaya di dunia dan akhirat.
Zulkifli Sulong
Rawang
29 Ogos 2013.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-8-2013
Iftar: Harakah santuni pemandu teksi, warga kota
Arif Atan, | 30 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Akhbar pilihan rakyat, Harakah terus mengorak langkah menyantuni warga Kuala Lumpur sempena Ramadan penuh keberkatan ini, khususnya masuk fasa keduanya.
Mulanya, 17 Julai, hampir 350 pek nasi arab diagihkan sekitar Chow Kit, diikuti petang Sabtu lalu, 11 Ramadan, lebih kurang 400 bungkusan nasi arab kambing dan ayam, beserta kurma dan air mineral disasarkan kepada segmen lebih khusus, antaranya pemandu teksi dan bas.
Di stesen monorail Titiwangsa, tidak jauh dari pejabat Harakah, jam 5.40 petang, 20 pemandu menerima pek makanan, termasuk akhbar Harakah, daripada Pembantu Khas Ketua Pengarang, Khairul Hartimi Tajudin.
Di sekitar Hentian Puduraya pula, kumpulan sukarelawan Harakah, diketuai Presiden Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (Bakkah), yang juga Pengurus Pemasaran, Ahmad
Faisal Tawang, mengedarkan sejumlah 150 pek.
Agihan diutamakan kepada gelandangan, pengemis dan pengunjung terminal bas popular di ibu kota itu.
Sementara itu, di hentian bas dan teksi, berdekatan kompleks beli-belah Sogo dan Kompleks Pertama, lebih 20 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah sudi berkerjasama.
Diketuai Penyelaras Negeri SAMM Wilayah, Azmir Mustapha, 29, operasi tertumpu kepada pemandu teksi serta pemandu bas dan konduktor yang menuju ke arah Jalan Raja Laut.
Menurut Azmir, pihaknya sebelum itu baru sahaja mengadakan program bersahur bersama gelandangan.
"Ada 100 bungkusan makanan kita bekalkan. Kami juga sumbangkan 10 kampit beras dengan makanan keperluan dapur untuk golongan miskin di sebuah kampung di Sungai Buloh, Selangor," katanya.
Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang juga Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) turut serta, selain wakil mahasiswa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, reformis, Norazimah Mohamad dan Gang Kotak, selain dua aktivis KAMI, Ali Bukhari Amir dan Rayusa.
Seperti program pertama pada 17 Julai, pek nasi arab disumbangkan oleh KAMI.
Juadah berbuka puasa itu turut diagihkan kepada pasukan polis IPD Dang Wangi, kira-kira 200 meter dari Sogo.
Sebenarnya, ada di antara sukarelawan itu pernah ditahan seketika di IPD Dang Wangi, ekoran siri himpunan rakyat di ibu negara.
Cakna Ramadan Harakah itu juga sempat menyantuni penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), amil dari Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan pengawal keselamatan.
Penguatkuasa DBKL, Hafiz Herman, 23, berkata, usaha Harakah patut terus diadakan pada masa-masa akan datang.
"Kami di sini ada tujuh pondok operasi sekitar Jalan Masjid India," jelasnya.
Sementara itu, Abd Basar Abd Hasin, 25, berkata, lazimnya orang ramai mengeluarkan zakat pada amil yang bertugas di sekitar kompleks beli-belah di saat-saat akhir.
"Sekarang masih terlalu awal. Lazimnya, minggu terakhir Ramadan baru sibuk," ujarnya sambil tersenyum.
Bagi pengawal keselamatan Sogo, Wan Ismail Wan Husin, 65, Ramadan ini tahun terakhir beliau bertugas sebelum pulang ke kampung.
Beliau menghargai sumbangan Harakah itu sambil menyeru kerajaan menguatkuasakan dasar gaji minimum RM900.
"Kerja guard ini berdepan bahaya. Kerja 12 jam. Patut benar kerajaan pelihara kebajikan kami," katanya.
Operasi tamat kira-kira jam 7 petang, dengan sesi bergambar kenangan.
"Alhamdulillah, dengan sokongan SAMM, Bakkah, KAMI dan rakan-rakan sekerja di Harakah, program Cakna Ramadan berjalan lancar. Jutaan terima kasih kepada mereka yang ringan tulang, dan tidak dulupakan khusus buat para penyumbang," kata Ahmad Lutfi, lega dan gembira.
Pada hari sama, hampir 100 pek nasi arab turut diserahkan kepada wakil mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), di kediaman Ahmad Lutfi, Taman Bukit Ampang untuk diagihkan kepada sebahagian pelajar yang menginap di asrama.
Sesiapa yang berminat untuk menaja iftar dan sumbangan Aidilfitri boleh menyalurkan terus kepada akaun Maybank KAMI MEDIA 514075606399.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-7-2013
500 naskhah Harakah dirampas di Temerloh
Khairil Abdul Rahim, | 19 Jul 2013 |
Kakitangan KDN sedang mengambil akhbar Harakah dan memasukkan ke dalam kotak.
TEMERLOH: Dianggarkan 500 naskhah akhbar Harakah keluaran terbaru dirampas daripada kedai-kedai sekitar bandar ini dalam operasi bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.
Pengedar Harakah Kawasan Temerloh, Arizaliza Othman berkata, akhbar tersebut baru sahaja dihantarnya ke kedai-kedai terlibat awal pagi semalam.
Beliau yang juga pengedar akhbar Suara Keadilan, berkata akhbar milik PKR itu juga turut dirampas.
“Pada sebelah pagi tadi (semalam) seperti biasa saya mengagihkan Harakah ke kedai-kedai yang menjual akhbar dan majalah, sehinggalah kira-kira pukul 11 pagi saya dihubungi pekedai mengatakan KDN dan polis datang merampas.
“Sudah pasti saya begitu terkejut kerana ini pertama kali berlaku sejak menjadi pengedar kawasan apa lagi selepas pilihan raya umum ini dan bertukar menteri,” katanya.
Beliau turut terkilan dengan tindakan tersebut kerana dalam bulan Ramadhan ini majalah-majalah lucah dan tahyul dibenarkan tetapi akhbar milik parti yang sah dirampas.
Sementara itu seorang pemilik kedai yang menjadi mangsa rampasan di Taman Temerloh Jaya dekat sini, William Ho terkejut kerana tindakan kakitangan KDN yang datang dengan dua buah kereta dan sebuah kereta polis.
“Mereka berhenti di hadapan kedai saya lalu menerpa dan merampas kira-kira 50 Harakah dan 30 Suara Keadilan yang terpamer bersama akhbar lain tanpa bertanya sesuatu.
“Ketika itu hanya ada seorang pekerja saya sementara saya berada di luar dan hanya kembali 10 minit kemudian setelah dihubungi pekerja, tetapi akhbar-akhbar itu sudahpun dirampas dan disimpan dalam kotaknya.
“Mereka paksa saya tandatangan sekeping borang dan berkata saya tidak termasuk dalam senarai nama pengedar-pengedar Harakah dan Suara Keadilan pula langsung tidak ada permit dan sebab itulah mereka rampas,” ujarnya.
William berkata, beliau memberitahu pegawai berkenaan bahawa beliau telah 8 tahun menjual Harakah, justeru kenapa sekarang baru mahu mempersoalkannya status pengedar.
Katanya, malangnya rayuan itu tidak dipedulikan.
Minggu lalu, KDN dalam operasinya telah merampas Harakah dan Suara Keadilan di sekitar bandar Kuantan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-7-2013
Akhbar Harakah, Suara Keadilan dirampas lagi
Harakahdaily, | 08 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 100 naskhah akhbar Suara Keadilan dan 26 naskhah Harakah dalam satu operasi di Kuantan, pagi tadi.
Menurut laporan Bernama, rampasan itu dilakukan di sebuah kiosk di Taman Tas, Batu 3 Jalan Gambang, Jalan Besar dan kedai runcit di Indera Mahkota 2.
Dilaporkan, rampasan itu dilakukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
Baca di sini
Harakah: Belum dijual, sudah dirampas
Menurut laporan Bernama, rampasan itu dilakukan di sebuah kiosk di Taman Tas, Batu 3 Jalan Gambang, Jalan Besar dan kedai runcit di Indera Mahkota 2.
Dilaporkan, rampasan itu dilakukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
Baca di sini
Harakah: Belum dijual, sudah dirampas
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-7-2013
Sila lukis dengan betul!
http://www.wartautara.com, | 27 Jun 2013 |
Oleh Selena Tay Jika keadaan negara ini terutamanya dengan media arus perdananya terus dikawal oleh kerajaan, maka demokrasi negara ini boleh dianggap sebagai demokrasi yang tempang. Tetapi apa yang sedang berlaku ialah kerajaan sedang mencuba sedaya-upaya untuk memberikan satu gambaran bahawa di Malaysia wujudnya demokrasi yang sihat dengan sistem pilihanraya yang telus, adil dan bersih. Oleh itu, kerajaan juga harus memberi perhatian yang serius dan menyeluruh kepada sistem pilihanraya yang masih tidak memuaskan ini. Satu daripada faktor yang amat tidak memuaskan dan tidak betul ialah berkenaan dengan persempadanan kawasan Parlimen serta kerusi yang berkaitan. Umum perlu mengetahui bahawa jumlah kerusi tidak pernah ditambah di kawasan pembangkang misalnya di negeri Kelantan sejak PAS mentadbir negeri tersebut manakala banyak kerusi-kerusi diwujudkan di kawasan kubu kuat BN. Persempadanan yang dilukis oleh Surunhanjaya Pilihanraya (SPR) pula pelik-pelik belaka. Misalnya kawasan Parlimen Titiwangsa yang meliputi Kampung Baru di KL hingga ke Taman Cempaka di Cheras yang sebenarnya sudah masuk ke dalam sempadan negeri Selangor walhal kawasan Parlimen Titiwangsa ialah sebuah kerusi Parlimen di KL. Begitu juga dengan kawasan Parlimen Batu di KL yang mula di Jalan Ipoh, KL dan dilanjutkan hingga ke Taman Selayang Jaya di Selangor. Ada banyak lagi contoh yang boleh diberi mengenai lukisan persempadanan yang aneh ini tetapi sekadar cukuplah disini diberi dua contoh sahaja. Kalau hendak diberi semua contoh yang terdapat, maka Harakah edisi ini tidak perlu mengandungi berita lain pula. Adakah situasi ini akan diperbetulkan sebelum pilihanraya umum yang akan datang? |
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-6-2013
6 wartawan NST sertai TMI?
Harakahdaily, | 18 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Kakitangan akhbar New Straits Times hari ini terkejut apabila menyedari ramai rakan-rakan mereka meninggalkan akhbar berumur 167 tahun itu untuk menyertai laman The Malaysian Insider (TMI).
Menurut bekas editor kanan akhbar itu, Rocky Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan, antara yang mungkin meninggalkan akhbar itu adalah Lionel Morais, editor jenayah kanan akhbar itu.
Enam orang wartawan NST dijangka menyertai Morais untuk memenuhi kelompongan di TMI yang ditinggalkan oleh Leslie Lau dan lebih dua puluh yang lain yang meninggalkan TMI.
"Berita baiknya, sehingga mereka mendapat pengganti Lionel dan pemberitanya, akan berlaku kejatuhan dalam kadar jenayah, sekurang-kurangnya di muka-muka akhbar NST," tulis Rocky (gambar).
Beliau juga mendapat maklumat, beberapa wartawan dari Singapura juga akan menyertai TMI.
Ketua Pegawai Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan perkara ini namun tidak menyatakan siapa yang akan menyertai beliau di TMI.
"Kita ambil sebahagiannya...semua orang nak masuk sini sekarang," kata Jahabar kepada Harakahdaily.
Seorang wartawan kanan NST ketika dihubungi mengesahkan mengenai hal ini.
"Terkejut jugalah kami kerana kita tidak tahu apa-apa sebelum ni," kata wartawan berkenaan.
Baru-baru ini, kira-kira 25 wartawan, perekabentuk dan jurugambar TMI dengan diketuai Eksekutif Editornya, Leslie Lau berhenti secara berkumpulan dari TMI.
Mereka akan menyertai satu laman baru yang dibentuk kumpulan The Malay Mail iaitu Malay Mail Online (MMO).
Namun, Jahabar berkata, beliau tidak akan berhenti bahkan akan meneruskan TMI.
TMI kini media online yang ke enam dari segi rankingnya sebagaimana yang dicerap oleh Alexa.com.
Malaysiakini nombor satu diikuti Sinar Harian (2), The Star (3), Harakahdaily (4), Utusan Online (5) dan TMI.
Menurut bekas editor kanan akhbar itu, Rocky Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan, antara yang mungkin meninggalkan akhbar itu adalah Lionel Morais, editor jenayah kanan akhbar itu.
Enam orang wartawan NST dijangka menyertai Morais untuk memenuhi kelompongan di TMI yang ditinggalkan oleh Leslie Lau dan lebih dua puluh yang lain yang meninggalkan TMI.
"Berita baiknya, sehingga mereka mendapat pengganti Lionel dan pemberitanya, akan berlaku kejatuhan dalam kadar jenayah, sekurang-kurangnya di muka-muka akhbar NST," tulis Rocky (gambar).
Beliau juga mendapat maklumat, beberapa wartawan dari Singapura juga akan menyertai TMI.
Ketua Pegawai Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan perkara ini namun tidak menyatakan siapa yang akan menyertai beliau di TMI.
"Kita ambil sebahagiannya...semua orang nak masuk sini sekarang," kata Jahabar kepada Harakahdaily.
Seorang wartawan kanan NST ketika dihubungi mengesahkan mengenai hal ini.
"Terkejut jugalah kami kerana kita tidak tahu apa-apa sebelum ni," kata wartawan berkenaan.
Baru-baru ini, kira-kira 25 wartawan, perekabentuk dan jurugambar TMI dengan diketuai Eksekutif Editornya, Leslie Lau berhenti secara berkumpulan dari TMI.
Mereka akan menyertai satu laman baru yang dibentuk kumpulan The Malay Mail iaitu Malay Mail Online (MMO).
Namun, Jahabar berkata, beliau tidak akan berhenti bahkan akan meneruskan TMI.
TMI kini media online yang ke enam dari segi rankingnya sebagaimana yang dicerap oleh Alexa.com.
Malaysiakini nombor satu diikuti Sinar Harian (2), The Star (3), Harakahdaily (4), Utusan Online (5) dan TMI.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD -18-6-2013
Saya akan terus pertahankan TMI - Jahabar
Harakahdaily, | 15 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang yang juga Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider (TMI), Jahabar Sadiq (gambar kanan) tidak bercadang untuk menutup laman itu bahkan akan mempertahankannya.
Jahabar ketika bercakap kepada Harakahdaily berkata, nama baik yang ada pada laman ini akan dipertahankan.
"Saya sudah ada pelabur dan saya sedang mengambil kakitangan baru untuk menjalankan laman web berita ini," kata Jahabar ketika dihubungi Harakahdaily.
Kira-kira 25 kakitangan editorial, perekabentuk dan kewangan TMI meninggalkan laman itu mulai semalam untuk menyertai Malay Mail Online (MMO).
Kini hanya Jahabar, tiga wartawan bahasa Malaysia serta bahagian jualan bersama TMI.
Menurut Jahabar, TMI memang sejak beberapa bulan lalu mendapat kontrak dari Malay Mail untuk mengisi kandungan MMO.
(Tulisan Jahabar tentang perkembangan terbaru dalam TMI)
Beliau pula sejak dua minggu lalu terpaksa memberikan tumpuan kepada ibunya yang terpaksa masuk hospital dan hanya baru membukakan matanya mulai semalam.
"Memang susah untuk menjaga kandungan dan serentak dengan itu mencari wang untuk membayar gaji kakitangan," kata Jabahar.
Namun, katanya, nama baik yang ada pada laman itu akan dijaga dan dipertahankan sebagai sebuah media yang berwibawa.
Jahabar, bekas penerbit kepada syarikat media antarabangsa Reuters memang berminat untuk memberikan tumpuan balik kepada bidang yang dibuatnya bersama Reuters iaitu video.
"Namun ia tidak boleh dibuat dengan segera tetapi saya akan berusaha ke arah bidang yang saya minat itu," kata Jahabar ketika membincangkan halatuju peribadinya.
Beberapa tahun lalu Jahabar menyertai sepenuhnya TMI sebagai Ketua Pengarang dan CEO setelah menjadi penasihatnya sejak ia ditubuhkan beberapa bulan menjelang pilihan raya umum 2008.
TMI kini media online yang ke enam di Malaysia selepas Malaysiakini (1), Sinar Harian (2), The Star (3) Harakahdaily (4) dan Utusan Online (5).
Sebelum ini pernah ada ura-ura pemiliknya menjual TMI dengan harga RM20 juta kepada syarikat yang memiliki The Malays Mail, namun berakhir dengan semua kakitangannya menyertai MMO.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber - 15-6-2013
No comments:
Post a Comment