Mufti dengan fahaman bughahnya
- Jan 09, 2014
- SUBKY LATIF
Maksudnya menderhaka. Ia mesti menderhaka kepada Istana/kerajaan. Hukuman kepada penderhaka ialah bunuh atau antara Yahudi yang derhaka kepada perjanjian Madinah dengan Rasulullah SAW, ada yang perintah keluar dari wilayah Islam itu tanpa harta bendanya kecuali bekalan melapik perut untuk perjalanan ke tempat barunya.
Jika orang Memali itu bughah ke semuanya tentu dikukum mengikut hukum bughah seperti yang disebut oleh Mufti Perak, bukan sekadar yang terbunuh itu saja.
Yang menjadi lawak atas tohmah bungah itu Sultan Kedah, Yang Dipertuan Agong sekarang berangkat menziarahi pusara as-Syahid Ibrahim Libya dan rakan-rakannya. Ulil Amri tentu tidak mencemar duli ke kubur bughah. Di mana kita hendak letak maruah Jabatan Agama?
Sekarang Mufti Harussani dari Perak pula menghukum bughah terhadap penunjuk rasa terhadap kos sara hidup yang melambung kerana mereka dikatakan mahu menggulingkan kerajaan. Hukumnya darah mereka halal.
Adakah sabit tunjuk perasaan sedemikian sebagai bughah sekalipun motif dan agendanya menggulingkan kerajaan? Adakah penunjuk rasa di Thailand yang menentang Perdana Menteri wanitanya dari terus berkuasa sudah bughah? Apa juga tema dan slogan unjuk rasa adalah dihalalkan oleh demokrasi dan diiktiraf oleh PBB.
Mohamad Sabu, orang penting unjuk itu menolak ia mahu menggulingkan kerajaan. Unjuk rasa itu bagi membantah tanpa senjata tentang kenaikan kos rasa hidup yang melangit itu. Sekalipun ia permulaan kepada penggulingan kerajaan dalam PRU14 nanti, ia adalah proses penggulingan mengikut perlembagaan dan lunas demokrasi.
Mana ada tunjuk perasaan terhadap kerajaan dikira bughah dan didakwa di mahkamah selain dari di Mesir terhadap Ikhwanul Muslimin. Tindakan itupun bukan bughah tetapi justeru gerakan keganasan.
Gerakan mengguling kerajaan tidak disebut-sebut dan diwarwarkan dalam unjuk rasa seperti malam tahun baru itu. Tiada dipapar dalam kain rentang. Orang yang sungguh hendak merampas kuasa bergerak dalam diam-diam. Tiba-tiba berlaku saja penggulingan. Orang ramai tahu melalui siaran TV dan radio.
Biasanya yang buat kerja ini pemimpin-pemimpin tentera atau orang yang mendapat sokongan tentera.
Dr Mahathir tidak sukakan PM Abdullah Badawi dulu berpakat dengan orang-orang Umno yang dekat dengan PM itu. Mereka tidak runding dengan orang lain-lain. Mereka sesama Umno sepakat menggulingkannya dengan mendesaknya berundur.
Gerakan itu tidak dikatakan bughah. Walaupun kerja itu sudah macam bughah tetapi dari segi politik, ia biasa dilakukan oleh parti-parti yang memerintah. Ia buat cara diam-diam dulu dalam parti dan kemudian baru kerajaan dipaksa berndur.
Menggulingkan biasanya orang buat dalam tempoh yang segera supaya kerajaan yang ada tidak sedar.
Tetapi kalau dihebohkan dalam ceramah dan kain rentang, ia bukannya sungguh-sungguh mengguling kerjaan. Ia hendak meributkan saja. Tidak apa yang mereka buat untuk menjadikan kerajaan dalam waktu yang sesengkatnya.
Mufti Perak itu tiada pengalaman politik. Bagaimana rupa bughah dan bagaimana gendang-gendang saja.
Perak dihormati umum kerana kehabatan Raja Mudanya. Pandangannya mengkagumkan ramai orang.
Baginda berjaya mengatasi kehebatan Ayahanda baginda. Ayahanda baginda adalah Ketua Hakim pertama dalam dunia jadi Sultan atau Raja. Pandangannya sangat dihajati. Tetapi cara baginda menghadapi penggulingan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak, menyebabkan kebijaksanaan itu tidak menggambarkan wibawa Ketua Hakim. Maka yang menonjol di kalangan raja-raja ia Raja Muda. Ia mengkagum dan membanggakan.
Tiba-tiba dengan penonjolan Muftinya, tidak seimbang dengan kehebatan Raja Muda. Raja Muda menjulang ke angkasa. Mufti boleh menyamai lawak Abu Nawas dengan fahaman bughahnya..
Sumber HD - 9-1-2014
Malam tahun baru saya
- Jan 07, 2014
- SUBKY LATIF
Apa saya buat malam itu?
Saya ke surau untuk membaharui yuran khairat kematian bagi tahun 2014. Saya mahu menjadi orang pertama menjelaskan yuran itu dan saya jadikan menunaikan yuran itu sebagai kerja pertama saya bagi tahun baru itu.
Walaupun pada kiraan masihinya masa saya menjelaskan bayaran itu detik tahun baru belum tiba - beberapa jam lagi – tetapi pada kiraan hijrahnya, maghrib petang itu hari tahun baru itu sudah bermula. Maka permulaan tahu bagi saya kira dari maghrib itu.
Sesudah tanggungjawab itu saya tunaikan barulah saya menunaikan yang lain seperti membayar cukai tanah dan cukai-cukai yang lain.
Saya utamakan tentang hal-hal bersabit kematian dulu.
Saya dahulu ia kerana Islam mengajar kita supaya sentiasa mengingatkan kematian. Kadang-kadang masa lain tak teringatkan kematian, tetapi bagi memulakan tahun baru, saya dahulukan dengan mengingat mati.
Mengingatkan mati itu sunat dan diberi pahala. Bila kita mengingat mati, kita boleh mengurang kegiatan yang membawa kepada maksiat dan mengurangkan nafsu cintakan dunia. Ia mndorongkan kita bersedia menghadapi mati.
Saya syukur kerana dianugerah Allah usia yang panjang – sudah 73 tahun. Kalau usia saya 100 tahun, 27 tahun lagi baru saya mati. Kalau 90 tahun, 17 tahun lagilah hidup. Kalau 74 tahun, tinggal setahun lagi. Kalau cukup dengan 73, maka saya menunggu saat yang mesti dilalui oleh setiap yang bernyawa.
Mengapa saya cepatkan menunaikan bayaran khairat kematian? Saya takut yuran itu dinaikkan berikut kenaikan harga barang yang menggila sekarang. Saya sangat bimbang kain kapan naik harga dan semua keperluan kapan terpaksa dinaikkan.
Saya sangat bimbang khairat kematian tidak dapat menampung keperluan pengkebumian dengan bayaran yang dikenakan sekarang. Barayan van kematian mungkin naik berikutan dengan kenaikan harga minyak. Upah gali kubur mungkin naik dan batu nisan pun mungkin naik.
Baru-baru ini khairat kematian menghantar surat pekeliling bahawa penguasa kubur sudah mengenakan bayaran RM200 bagi satu kematian bagi menyediakan binaan benteng kubur masing-masing. Khairat kematian tidak menyediakan perkhidmatan itu tetapi duit itu mesti disediakan dan urusan adalah antara waris si mati dengan penguasa kubur.
Di Kuala Lumpur tiada lagi amalan waris bersedekah kepada setiap orang yang menunaikan solat jenazah. Tapi di setengah tempat masih meneruskan amalan itu. Masa saya kanak-kanak dulu sedekahnya seringgit. Masa bapa saya mennggal tahun tahun 1962 dulu keluarga memberi RM4. Sebabnya orang mulai memberi banyak itu, maka tidak sedap memberi kurang.
Orang yang solat tidak minta, tetapi orang semua sudah jadikan begitu. Saya tidak tahu yang orang kampung perlu tunaikan sekarang.
Maka sekarang bukan saja si mati menghadapi semua yang perlu dilalui di alam kubur, keluarga si mati pun menghadapi banyak masalah bagi penyengaraan kematian. Banyak masalah itu dilakukan oleh khairat kematian. Tetapi orang Melayu masih meneruskan majlis tahlil. Bila tidak tahlil, panas pula isu kaum muda kaum tua dan berbangkit pula isu Wahabi dan lain-lain.
Dengan harga barang naik ini belanja tahlil bertambah. Orang sekarang tidak masak sendiri untuk tahlil. Semuanya pakai catering.
Dengan suasana baru di negara kita, kematian pun sudah jadi perniagaan dan beban.
Sumber HD - 7-1-2014
Kenaikan tarif eletrik belum cukup
- Dec 23, 2013
- SUBKY LATIF
Ia masih terpaksa meminjam lagi bagi memenuhi keperluan suruhanjaya itu .
Ertinya jika kita mahu perkhidmatan elektrik negara berjalan lancar, maka pengguna terpaksa memikul sama beban yang ditanggung oleh TNB.
Dia telah memberikan penjelasan terperinci tentang beban yang dihadapi dan langkah yang diambil termasuk menstruktur semula perasana yang ada supaya ia berada di posisi yang terkini.
Dia ada alasan dan semuanya patut kesian atas beban dan amanah yang ditanggung oleh TNB.
Tetapi masalah kita ialah masalah dan beban penderitaan yang ditanggung oleh pengguna yang menjadikan mereka sebagai golongan yang tertindas. Adakah kerajaan dan masyarakat yang adil dapat membenarkan pengguna menderita bagi meneruskan kehidupan dan dapat menikmati hasil kemerdekaan.
Adalah benar pada zaman tidak membangun dulu rakyat tidak menghadapi banyak beban hidup. Kerajaan penjajah dan selepas merdeka menampung apa yang ia terdaya untuk memberi kebajikan kepada penduduk supaya tidak terbeban. Kerajaan memungut cukai dan kerajaan berikan apa yang ia boleh beri supaya rakyat tidak tertindas dalam negaranya sendiri.
Apabila kita menuju negara maju maka kerajaan mengambil langkah kapitalisma yang drastik melepaskan segala tanggungjawab sosial kepada swasta. Tujuannya kerajaan tidak lagi dibebankan tanggungjawab sebuah masyarakat adil dan supaya rakyat dapat menimkati kemewahan hidup yang lebih baik.
Maka perkhidmatan tenaga antara perkhidmatan sosial yang diswastakan. Apabila diswastakan maka kerajaan tidak perlu memiikirkan soal kewangan bagi memodenkan perkhidmatannya. Penswastaan akan menjadikan pengguna lebih selesa dan jaminan kebajikan dan kehidupan yang lebih baik.
Sebelum diswastakan, maka segala keperluan perkhidmatan dan kekurangan ditampung oleh kerajaan. Jika kerajaan kurang peruntukan, maka kerajaan bekerja mengikut cara orang yang kurang kecukupan, tetapi pengguna sentiasa dapat layanan adil.
Tetapi apabila ia diswastakan, maka swasta bebas menggunakan segala-gala yang terbaik dan untuk mendapat semua yang terbaik itu pengguna tidak lagi dapat bermanja, terpaksa membayar semuanya.
Kerajaan sedia untung dan sedia rugi. Swasta hanya sedia untung dan tidak sedia rugi. Apabila ia tidak sedia rugi, maka ia mesti dapatkan sebanyak-banyak dari pengguna. Mungkin perkhidmatan dalam kerajaan gaji ketua pengarah tidak tinggi, tetapi apabila ia jadi swasta, semua yang di atas itu gajinya lebih tinggi dari sara Sultan.
Contoh yang selalu disebut. CEO Syabas dikatakan berpendaptan RM400,000 sebulan. Apabila perbelanjaan tinggi, ia tidak sedia beri air murah seperti yang dikehendaki oleh kerajaan Selangor.
Yang disebut oleh pegawai suruhanja tenaga itu adalah contoh matlamat swasta tidak seindah yang Dr Mahathir sangka dan wawaskan.
Alhasilnya perkhidmatan pra swasta tidak menjadikan pengguna sebagai hamba dan rakyat dalam negara demokrasi boleh memilih kerajaan yang lebih baik, tetapi pengguna tidak boleh tukar persyarikatan yang memonopoli sesuatu perkhidmatan.
Kita sedang menyaksikan sukar kerajaan Selangor hendak memberi air murah kepada rakyat. Penswastaan tidak boleh dibatalkan kerana terikat dengan undang-undang dan perjanjian. Untuk mengambil alih perkhidmatan air, kerajaan terpaksa membeli syarikatnya dengan harga yang terlalu tinggi.
Kemelut yang dihadapi oleh negara dan pengguna atas krisis kenaikan tarif eletrik ialah tanda kegagalan penswastaan yang nyata. Dr Mahathir yang memperkenalkan dasar itu masih hidup dan dapat melihat pengguna terbelenggu dengan sistem penindasan.
Sumber HD - 23-12-2013
Adakah Mat Sabu syiah?
- Dec 18, 2013
- SUBKY LATIF
Setiap barang syak belum dipastikan betul. Ia boleh betul dan boleh jadi tidak betul. Orang nak percaya 100 peratus pun tak boleh, tidak percaya seratus peratus pun tak boleh.Yang didedahkan oleh sidang media KDN itu adalah berdasarkan apa orang kata tentangnya. Ia sendiri belum membuktikannya.
Macam menuduh orang rasuah. Kerajaan BN misalnya dirasakan rasuah oleh setengah orang. Nak percaya ia betul-betul rasuah, ia tidak pernah didakwa dan belum dibuktikan di mahkamah. Nak kata ia tidak betul, tak boleh juga kerana orang rasa ia begitu.
Macam yang dikatakan terjadi pada Tan Sri Rafidah Aziz ssemasa jadi menteri dulu. Dia dikatakan meluluskan saham untuk menantunya. Maka ada penyiasatan atas dakwaan itu. Tidak ada keputusan yang diambil tentangnya.
Demikian juga mendiang Tan Sri Erik Chia yang pernah jadi CEO Perwaja. Semua orang kata dia rasuah. Peguam Negara pun mendakwanya. Mahkamah membebaskannya kerana bukti tidak cukup. Meski pun dia terlepas, tetapi ramai juga orang yang tidak percaya dia tidak menyeleweng.
Apa pun Mat Sabu terpaksa berdepan dengan fitnah. Fitnah itu ialah kerana dia mendekati sarang fitnah yang menyebabkan dia difitnah. Dia mendekati Syiah dan mendekati Iran yang sememangnya mahu menyebarkan Syiah.
Seperti ajaran melarang mendekati zina. Orang yang digolongkan mendekati zina tidak semestinya berzina. Tetapi kalau orang jumpa kita di sarang pelacur, orang akan bercakap, apa kita buat dekat rumah pelacur? Payahlah hendak menjawabnya.
Untuk menuduh seorang berzina kena buktikan dengan empat saksi yang adil dan melihat kejadian mata pedang masuk dalam sarung pedang. Bukanlah senang untuk membuktikannya. Orang yang dituduh tentu berdepan dengan kepayahan. Maka kerana itu seorang bukan sekadar dilarng berzina, mendekati zina pun dilarang.
Mat Sabu kini berdepan dengan situasi fitnah seperti ini. KDN belum membuktikan malah belum dapat mendakwanya. KDN sekadar syak. Syaknya itu telah pun menyusahkan Mat Sabu. KDN memerlukan dakwaan A pula untuk menyokong syaknya itu.
Mat Sabu menolak dia penganut Syiah. Dia mengaku dia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mat Sabu menolak anjuran KDN untuk membuktikan dia bukan Syiah. Padanya KDNlah mesti membuktikannya.
KDN setakat ini belum menyelesaikan kerjanya. Pendedahan yang dibuatnya adalah kerja separuh jalan. KDN nampaknya hendak mnyerahkan kepada JAKIM dan Jabatan Agama negeri-negeri untuk menyelesaikannya. KDN kini terpaksa menyiapkan dakwaan A, kerana dakwaan B tidak boleh dijadi asas tuduhan.
KDN kena yakinkan bahawa ia bukanlah pihak fasik. Bagi orang beriman apabila ada sebaran dibuat oleh orang fasik, maka ia mesti disiasat dulu. Sebelum ia membuktikan dakwaannya terhadap Mat Sabu, ia mesti buktikan ia bukan fasik.
Apa pun Mat Sabu sudah menyerahkan kepada peguamnya bagi membuktikan dia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tidak perlu dia membuktikan dia bukan Syiah. Dia kena yakinkan dia ahli Sunnah Wal Jamaah. KDN dan wakilnya nanti yang mesti mengemukakan bukti ia tidak fasik dan Mat Sabu adalah Syiah.
Pihak ketiga menunggu dulu dalam keadaan percaya tidak, tidak percaya pun tidak. Itulah yang dinamakan waswas.
Sumber HD - 18-12-2013
Berdosa Ustaz Kazim tolak tawaran Umno
- Dec 13, 2013
- SUBKY LATIF
Apa jenis dosanya? Dosa besar atau dosa kecil?
Dr Asyraf adalah ahli ilmu dan berpengetahuan luas dari angkatan muda, dihormati dan diperhatikan oleh semua.
Dia antara dua agamawan yang dilantik oleh Presiden Umno untuk menjadi ahli Majlis Tertinggni Umno selain dari Ustaz Kazim Elias.
Dia logiknya tidak mahu berdosa telah menerima perlantikan bersama dengan yang lain kecuali Ustaz Kazim.
Apabila dia menerima tawaran itu, dia tentulah berpahala dan memang orang beriman berlumba-lumba untuk mendapatkan pahala dan berusaha sedaya mungkin mengelakkan dosa.
Tetapi Ustaz Kazim, jika kenyataan Dr Asyraf itu betul dan tidak diputar belit, tidak peka dengan peluang mendapat pahala, lalu menolak perlantikan itu, maka bukan saja hilang pahala, bahkan terjerumus ke dalam dosa.
Saya tidak bercadang untuk mentakwil pendapat Dr Asyraf kerana saya tidak ada keupayaan untuk menyalahkannya dan tentulah dia tidak bercakap sebarangan dan semborono, bahkan bercakap mengikut ilmu dan pengetahuannya.
Yang kita nak tahu katagori dosanya ialah dosa besar atau dosa kecil. Adakah dosa itu tidak boleh taubat seperti kesalahan syirik? Moga-moga dijauhkan dari dosa yang tak terampun itu. Lain-lain dosa selain syirik pintu taubat sentiasa terbuka.
Tiada cara bagi orang Islam untuk membebaskan dari dosanya melainkan bertaubat. Yang bukan Islam memang kosong pahala. Palilng nipis dosanya ialah seperti Abu Talib, bapa saudara Rasulullah SAW. Dia membantu Nabi SAW menegakkan Islam, tak ada sebarang dosa kecuali tak mahu masuk Islam saja.
Dosa yang paling ringan itu azabnya dikatakan berselipar api saja tetapi deritanya menggelegak hingga ke otak.
Adapun lain-lain dosa tiadalah yang lebih ringan dari itu.
Ustaz Kazim yang dikatakan berdosa itu mesti taubat untuk melepaskan dirinya dari dosa. Orang-orang soleh seperti aulia dan solihin dulu apabila mengetahui mereka berdosa, mereka bukan sekadar bertaubat, bahkan menangis selagi terasa dosanya belum diampun dan taubatnya belum diterima.
Dosa Ustaz Kazim ialah menolak tawaran menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno. Ustaz Kazim orang terkenal, maka taubatnya tidak boleh dibuat secara istighfar seorang diri. Ia mesti dibuat di depan umum. Dia ada peminat dan pengikut. Bagi mengelakkan peminatnya tidak melakukan dosa yang sama sepertinya, maka dia mesti mohon taubat di khalayak ramai, supaya tidak ada lagi orang yang ditawarkan jadi ahli Majlis Tertinggi Umno menolaknya atau sesiapa saja yang dilantik jadi ahli jawatankuasa Umno cawangan dan bahagian tidak menolaknya.
Tiada jalan lain bagi Ustaz Kazim untuk menebus dosanya, melainkan menerima tawaran itu sebelum ia diisi oleh orang lain. Dan dia mesti menyesali atas perbuatannya itu. Jika jawatan itu sudah diisi, dia tidak dilantik lagi kejawatan itu, adakah dengan dia mengabdikan diri jiwa raga kepada Umno seumur hidup dapat menebus dosanya?
Itu semua orang mahu tahu.
Sebagai orang yang menjalankan madrasah tahfiz sendiri yang ramai muridnya, dia mesti bertaubat supaya murid-muridnya tidak mengaji dengan orang yang berdosa. Sebagai pendakwah pula orang was-was mendengar pendakwah yang diketahui berdosa.
Itulah yang Ustaz Kazim perlu lalui apabila dia didapati berdosa kerana tidak mahu jadi ahli Majlis Tertinggi Umno.
Sumber HD - 13-12-2013
Ustaz Kazim bukan agamawan pertama Umno rekrut
- Dec 06, 2013
- SUBKY LATIF
Dengan mengambil agamawan Ustaz Kazim itu dikira Umno melakukan satu lagi transformasi politik mendekati dan meninggikan Islam. Kiranya Umno mula mengisi orang agama ke dalamnya.
Adakah pengambilan Ustaz Kazim dan Dr Asyraf Wajdi Dasuki itu Umno mula memberi tempat ulama dan Islam?
Ustaz Kazim bukanlah agamawan atau ulama pertama Umno rekrut dalam pimpinan tertingginya dan Najib bukanlah pemimpin pertama Umno mengambil lulusan tinggi Islam dalam Majlis Tertinggi Umno.
Tunku Abdul Rahman Putra membawa Tan Sri Syed Jaafar Albar yang bertarf ustaz sebagai Ketua Penerangan Umno dan Dato Haji Hassan Yunus lulusan Azhar dalam Majlis Tertinggi Umno. Hassan Yunus adalah Menteri Besar Johor pertama selepas merdeka.
Tunku juga melantik Datuk Dr Abdul Jalil Hassan, Timbalan Mufti Johor dan Dr Halim Ismail, ahli ekonomi dan lulusan Maahad Mahmud Alor Setar. Rakan-rakan Dr Halim melanjut pelajaran ke Mesir, dia melanjut pelajaran ke Universiti Malaya dan England.
Era Tunku dan Tun Razak juga merekrut Wan Kadir Ismail yang baru pulang dari Mesir duduk dalam MT Umno lalu diikuti oleh iparnya Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.
Dr Mahathir pula haijek Anwar Ibrahim. Anwar bukan ulama tapi fahaman dan pegangan Islam bagaikan Hassan Albana, Jamaluddin al-Afghani dan Mohamad Abduh. Semua pemimpin gerakan Islam dunia mengira Anwar jurubicara ummah. Habis orang berjiwa Islam di luar PAS dan sebahagian dalam PAS ikut dia menjunjung Umno.
Tak terkira lagi Yusuf Nor, Hamid Othman, Jeneral Hamid Zainal Abidin, Abdullah Zain, Dasuki Ahmad, Imam Firdaus dan lain-lain. Tetapi Umno tetap macam Golkar, Al-Fatah dan parti politik yang dipimpin oleh Hosni Mubarak. Kecut perut dengan hudud dan gerun jika ramai orang belajar sekolah agama.
Orang tak kisah sangat Dr Asyraf Wajdi dijadikan MT Umno. Orang terkejut kalau dia masuk PAS. Tapi Ustaz Kazim yang bukan ahli Umno jadi MTnya yang dilantik, maka orang pun terkejut. Orang tak pelik kalau dia jadi calon BN, tapi MT Umno adalah pembuat dasar Umno. Kalau komunis mengambil orang bukan ahli komunis duduk dalam Politburonya, maka payah nak dikira komunis itu masih komunis.
Tak adakah orang Umno yang kanan agamawannya lalu mengambil orang bukan Umno jadi MTnya? Dulu Najib guna bekas pemimpin PAS yang cemerlang untuk orang perantaraannya dengan ulama Mekah dan jadi jurubahasanya. Seolah-olah tiada ulama Umno yang cemerlang lalu minta bantuan dari bekas pemimpin PAS yang tidak cemerlang.
Sekarang ambil pula Ustaz Kazim yang tidak diketahui kepakaran politiknya dan pendiriannya dalam politik untuk jadi MT bagi mengisi quota agamawan dalam Umno. Jelaslah ia bukti Umno kekeringan agamawan.
Ustaz Kazim tak tahu dia dilantik dan mengapa dia dilantik kerana katanya, politik bukan minatnya. Tumpuannya ialah dakwah.
Tujuannya ialah untuk mengIslamkan Umno. Yusuf Nor, Abdullah Zin dan Dasuki Ahmad tak dapat jadikan Umno seperti Islam yang Najib mahu. Harapan itu ada pada Ustaz Kazim. Besar amanah yang diberi kepada Ustaz Kazim. Tugas ulama kiranya Ustaz Kazim ssetuju jadi MT ialah dakwah MT Umno setuju terima hudud dan nak jadi isteri Perdana Menteri mesti bertudung kepala.
Kalau ia tak dapat dibuat jadilah Ustaz Kazim seperti lain agamawan yang pernah direkrut.
Apakah yang Ustaz Kazim dapat buat yang Anwar dulu tak dapat buat? Dan boleh Ustaz Kazim boleh buat lebih baik dari yang Anwar dapat buat. Harapan semua ialah dia boleh jadi lebih baik dari Anwar.
* Ustaz Kazim Elias secara rasmi telah menolak pelantikannya sebagai MT Umno.
Sumber HD - 6-12-2013
Johor cuti Jumaat semula
- Nov 28, 2013
- Subky Latif
Sebaik berita Sultan Johor menitahkan di Muar bahawa Johor kembali cuti hari Jumaat semula, agenda Muktamar ditangguhkan bagi membawa satu usul tergempar.
Pesuruh Jaya PAS Johor, Dato Dr Mahfoz pun bertongkat ke pembesar suara mengemukakan usul menjujung kasih, menyembahkan tahniah, menyambut titah diraja mengembalikan cuti mingguan di Johor pada hari Jumaat setelah bertahun-tahun ditukar Tan Sri Muhyidin Yassin ke hari Ahad.
Muhyidin yang menjadi Menteri Besar Johor ketika itu mungkin tiada dasar tentang cuti hujung minggu itu. Dipercayai ia kemahuan Perdana Menteri Dr Mahathir yang sensistifnya kepada Islam dan Melayu agak nipis. Bukan saja Johor mengubah cuti dari Jumaat kepada Ahad, dua negeri di bawah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di zaman Inggenris dulu iaitu Terengganu dan Perlis, yang selama-lamanya cuti hari Jumaat juga digantikan dengan Ahad.
Kelantan yang diperintah PAS tidak dapat diubah, bahkan negeri Mahathir tidak mengubah hari cutinya. Mengapa? Kelantan mudah difahami kerana ia diperintah PAS. Tetapi Kedah di bawah BN.
Dipercayai Sultan Kedah yang berkuasa atas agama Islam tidak sedia mengganti Jumaat dengan Ahad.
Tidak dipastikan kerajaan Johor ada peranan menukar cuti mingguan itu. Kerajaan negeri tidak mungkin memandai-mandai menukar cutti mingguan itu tanpa restu kerajaan pusat. Kerajaan pusat yang selesa dengan cuti Ahad tentunya berfikiran kacau jika ia mahu Johor cuti Jumaat semula. Jika kerajaan pusat tidak bersedia, tiada sebab kerajaan negeri tiba-tiba menukarnya.
Adalah dipercayai ia persetujuan dan kemahuan Sultan sendiri. Johor terkenal tegas Islamnya lama sebelum datang Sir Stanford Raffles mebeli Singapura. Sekalipun Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang ikut Negeri Selatan cuti minggunya, Johor yang dekat dengan Singapura tidak ikut hari cuti Inggeris itu. Hanya setelah Mahaathir jadi PM barulah Johor ikut cuti Kristian.
Sultan Johor nampaknya berani. Kalau Sultan Selangor menitahkan orang lain dari Islam jangan guna Tuhan Allah, dan Sulltan Brunei Darussalam menitahkan lima bulan lagi undang-undang Islam dikuatkuasakan di Brunei, maka Sulltan Johor pula mahu cuti minggu dikembalikan hari Jumaat.
Apabila Sultan bertegas pada tempat yang betul tidak kerajaan berani angkat muka.
Perwakilan Muktamar PAS tanpa bahas, sekalian yang di stadium itu berdiri serentak bertakbir mensyabaskan titah Sultan Johor.
Bagaimana negeri lain? Selangor ditanya tentang perkara itu. Jawab Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, kerajaannya belum ada cadangan.
Memang ada masalah bagi kerajaan negeri untuk mengikut langkah Johor itu. Johor yang jadi begitu kerana Sultannya mahu begitu.
Ada pun Sultan negeri lain belum berfikir seperti Sultan Johor. Masing-masing sibuk dengan bola dan hoki. Tetapi kalau Sultan yanag lain itu mengikut keberanian Sultan Johor tiadalah Menteri Besar dapat membantah. Dan Perdana Menteri pun tidak berani campur tangan. Muhyidin Yassin yang menukar cuti itu dulu tidak pula mempertahankannya.
Jika ia betul datang atas kemahuan Dr Mahahtir, maka dia mula melihat apa yang diubahnya dulu balik seperti asal dalam masa hidupnya. Dia belum mati Johor tidak kekalkan cuti hari Ahad. Ikut Kelantan cuti Jumaat dan Sabtu.
Sumber HD - 28-11-2013
Dari mana dapat nama Agus?
- Nov 27, 2013
- Subky Latif
Antara Agus yang terkenal di negara kita ialah Prof Agus Yusuf, ahli akademik muda UKM yang tidak termasuk dalam kumpulan profesor kangkung.
Dari mana Pak Yusuf dapat nama Agus itu?
Tentunya dia seorang peminat Haji Agus Salim yang dapat jolokan sebagai Orang Tua Agung di kalangan orang yang mengikuti perjuangan kemerdekaan Indonesia.
Haji Agus Salim adalah orang penting menggerakkan gerakan Islam dan perjuangan kemerdekaan Indonesia.
Anak kelahiran Minangkabau ini adalah orang melahirkan ramai pejuang kemerdekakan beraliran Islam, antaranya Mohamad Natsir yang memimpin Masjumi dan Dr Mohamad Roem, seorang anggota kabinet dari Masjumi pada awal kemerdekaan Indonesia. Bahkan Dr Hatta, Naib Presiden Indonsia yang pertama adalah antara pemuda yang mendapat didikan perjuangan bersama Mohammad Natsir dan Mohamad Roem dari Haji Agus Salim.
Dia dianugerah Allah boleh menguasai banyak bahasa seperi Arab, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Turki termasuk beberapa bahasa suku Indonesia.
Maka dari mana atau dari bahasa apa dan apa ertinya Agus itu.
Masyarakat Minangkabau pada zaman datuk neneknya adalah kuat beragama, malah bapa saudara Agus Salim sendiri adalah ulama yang mengajar di Mekah bahkan antara pemberi kuliah di Masjidil Haram
Dalam Arab tidak ada huruf G atau Ga. Maka tentunya nama itu bukan dari bahasa Arab.
Nama Agus itu bukan nama yang diberi oleh bapanya atau ibunya. Bapanya Sultan Mohammad Salim memberinya nama Masyhusul Haq yang bererti pembela kebenaran.
Tetapi tiada yang memanggilnya Masyhudul Haq baik di mana-mana peringkat antarabangsa, bahkan tidak digula oleh keluarga terdekatnya. Yang mereka panggil ialah Agus.
Pembantu rumah yang mengasuh Masyhudul Haq sejak bayi memanggilnya Den Bagus, istilah Bahasa Jawa untuk anak laki-laki dari keluarga ningrat atau orang berkedudukan tinggi dalam masyarakat.
Akhirnya mereka tidak memanggilnya Den Bagus tetapi disingkatkan dengan Gus saja. Dalam keluarga itu pun memanggil Gus. Dari situlah akhirnya dia dipanggil Agus. Di rumah, di sekolah dan di alam pekerjaan orang kenal dia adalah Agus dari keturunan Salim.
Dia dikenali oleh semua orang. Di sekolahnya yang penuh dengan anak Belanda tiada yang dapat mengatasinya dalam semua mata pelajaran. Bahasa Belandanya lebih baik dari orang Belanda sendiri.
Maka masyarakat penjajah Belanda di kepulauan Hindia Belanda itu mengenalinya sebagai orang pintar hingga orentalis yang dibenci oleh seluruh Bangsa Indonsia, Snouck Hurgronje menasihatkan Konselat Belanda di Jeddah mengambil Agus menjadi jurubahasa dan akhirnya dia menjadi orang penting dalam pejabat konslat.
Snouck Hurgronje menjadikan tali barut Belanda kerana kesempatannya berada lama di Arab Saudi dan dia belajar dari ramai ulama hingga menjadikannya seorang yang menguasai ilmu Islam.
Sukarno memberi jolokan gelaran The Grand Old Man kepada Agus dan dia dikenal di dunia dengan gelaran itu iaitu Orang Tua Yang Agung.
Dari nama orang yang agung ini orang menamakan anaknya Agus yang asalnya diambil dari kalimah Bagus. Dari situlah Prof Agus Yusuf dapat namanya.
Sumber HD - 27-11-2013
Politk PAS ibadat, tak buat kerja anjing
Subky Latif, | 19 Nov 2013 |
PAS ditubuhkan untuk menjadikan politik satu ibadat, tidak membuat kerja anjing seperti yang dimomokkan oleh satu poster sebuah Facebook betapa gambar seorang calon Ketua Dewan Pemuda PAS, Zulhazmi Sharif digantikan dengan gambar kepala anjing. Sedang dua calon lagi Suhaizan Kayat dan Kamaruzzaman menggunakan gambar mereka sendiri.
Apa tujuan jahat di situ? Ia untuk mengatakan dalam PAS ada anjing. PAS adalah wadah suci bagi pejuang Islam. Ahlinya yang bukan Islam adalah penyokong perjuangan suci PAS. Semua ahlinya makhluk manusia. Malaikat pun tiada, apa lagilah anjing.
Kalau ada manusia itu dikatakan anjing mungkin yang tidak berjanggut dan tak bermisai seperti logik jenaka yang pernah diibaratkan oleh Al-Marhum Haji Agus Salim, pelopor gerakan Islam Indonesia dan menteri luarnya yang awal.
Dia orang tua yang berjanggut dan bermisai. Semaoen, seorang tokoh awal Parti Komunis Indonesia dalam satu rapat umum mengejek Haji Agus Salim dengan bertanya orang ramai, ‘Yang berjanggut itu apa?’
Jawab orang ramai, ‘Kambing.’
‘Yang bermisai apa?’ Sambut orang ramai, ‘Kucing.’
Giliran Haji Agus Salim naik pentas. Diulangnya, ‘Yang berjanggut itu kambing. Yang bermisai itu kuncing.’ Tapi yang tidak berjanggut dan tidak bermisai itu apa? Jawabnya, anjing. Tokoh komunis itu memang tidak berjanggut dan tidak bermisai.
Tiada manusia yang menyamakan manusia lain dengan anjing atau lain-lain binatang kecuali fahaman agama Yahudi. Baginya yang bukan Yahudi adalah sama dengn binatang.
Maka yang menggantikan gambar Zulhazmi dengan anjing itu adalah orang boleh diibaratkan telah dijangkiti oleh pemikiran Yahudi.
Perbuatan nakal yang tidak bertempat itu wajar dikecam. Kalau ahli-ahli politik sekular yang rakuspun tidak manis dianjingkan, maka amat tidak beradab orang berjuang dalam Islam diibaratkan sebagai haiwan.
Ia tidak boleh dilihat sebagai ditujukan kepda calon Zulhazmi saja. Ia seperti juga menempelak PAS. Memperolokkan perjuangan PAS itu berciri anjing.
Dua calon lagi eloknya membuat kecaman terbuka terhadap orang menempelak Zulhazmi, sebagai tindakan simpati dan membela nilai insan sempurna Zulhazmi. Sekalipun Zulhazmi tidak hirau akan apa yang dihalakan kepadanya, tetapi kita tidak boleh terima pelapis pimpinan dan bakal pemimpin masa depan dijenaka dan disenda sebegitu.
Sekalipun kerenah sedemikian adalah asam garam bagi politik duniawi. Sesuai dengan justifikasi politik itu kotor, barang siapa yang tidak tahan dengan ujian dan kerenah sedemikan jangan dekati dunia politik, tetapi ia perlu dibetulkan bahawa politik itu asalnya adalah manis. Hanya manusia yang kotor saja yang mengotorkan dunia politik.
Politik itu adalah misi suci yang Allah khususkan buat makhluk manusia. Manusia itu dijadikan untuk mengambil tanggungjawab politik di bumi sebagai satu ibadat. Ibadat itu tidak jadi tanggungjwab jin, malaikat dan lain-lain makhluk. Ia khusus tanggungjawab dan amanah buat manusia.
Maka manusia yang mukminlah mesti mendepaninya bagi menjamin politik itu adalah barang suci. Ketiga-tiga calon ketua Dewan Pemuda PAS itu adalah dalam misi mengisi ibadat poliltik yang manis dan bersih itu.
Yang cuba menganjingkan kerja-kerja mulia itu adalah gejala yang mahu menjauhkan pejuang suci di arena itu, supaya dunia itu dikekalkan dengan arena yang kotor. Ayuh! Mereka mesti maju supaya politik kita bebas dari yang cemar, bagi memastikan ia sentiasa bersih dan manis. Bukan yang menyalak.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-11-2013
Yang aneh dan lucu dalam kempen Sungai Limau
Subky Latif, | 15 Nov 2013 |
Apakah yang TPM Muhyidin kata dan maksud bajet berhubung gula dalam kempen Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, tanggapan umum mengenainya ialah gula yang murah dan mudah mendapatnya boleh menyebabkan ramai rakyat hilang kedua kaki.
Maka orang terasa ia menyentuh kejadian yang menimpa Almarhum Tan Sri Azizan Razak yang selepas tamat perkhidmatannya sebagai Menteri Besar Kedah hilang kedua kaki gara-gara penyakit kencing manisnya. Komplikasi itu membawa maut kepadanya dan PRK itu diadakan kerana mautnya.
Sama ada ia dimaksudkan atau tidak dimaksudkan, apabila dalam situasi berkabung di Sungai Limau, disentuh tentang gula, kencing manis, risiko hilang kaki, maka akan ingat Adun lima penggal Sungai Limau itu.
Kita tak boleh marah keluarganya tersinggung dan tidak boleh salahkan orang terasa ia menyindir orang tertentu apabila hal itu disebut.
Gula jadi mahal berkupang-kupang dari Bajet 2014 tiada kena mengena dengan menyelamatkan kaki rakyat, tetapi adalah kerana kerajaan tidak tertanggung beban sabsidi, yang mengikut Menteri Idris Jala lebih setahun lalu, beban sabsidi yang banyak menyebabkan risiko negara muflis menjelang tahun 2020.
TPM tahu hal itu, lalu mengapa gatal sentuh tentang gula menyebabkan kaki boleh hilang di tempat dan masa ada orang hilang kaki?
Anihnya ketika TPM merasionalkan gula terpaksa dimahalkan bagi menyelamatkan kaki rakyat, semasa kempen kerajaan di Sungai Limau menganjurkan pula kanival jualan murah beberapa makanan keperluan. Beras dan gula dijual kurang dari separuh harga. Gula seringgit sekilo. Macam harga lelong. Seperti pekedai hendak menghabiskan simpanan lamanya.
Kerajaan kempen jangan guna banyak gula supaya kaki tidak dipotong. Batalkan sabsidi dan mahalkan harganya supaya kaki dapat diselamatkan. Tiba-tiba rakyat Sungai Limau ditawarkan gula amat murah masa itu dan di situ saja. Bila gula murah dan mudah, adakah hendak memotong kaki semua rakyat di situ?
Karnival itu seolah anti kempen menyelamatkan kaki.
Mengapa tawaran itu dibuat di Sungai Limau saja dalam masa kempen itu saja? Karnival itu tidak adakan di tempat lain, baik masa itu atau masa lain?
Maka bukankah ia rasuah ketara untuk pilihan raya itu?
SPR kata ia tidak rasuah kerana lelong gula dan beras itu tidak menyeru pengundi mengundi calon tertentu dengan penjualan itu.
SPR tiada kata muktamat ada rasuah atau tidak. Yang lebih arif tentang rasuah ada atau tidak ialah SPRM. Dan berkuasa mensabitkan rasuah atau tidak ialah mahkamah. SPR tiada kuasa mendakwa dan menghukum perasuah.
Dan lucunya pula ialah jawapan Menteri Jamil Khir Baharom atas lelong karnival itu. Mengapa ia diadakan di situ saja dan tidak diadakan di lain-lain tempat? Mengapa ia diadakan masa kempen PRK itu saja dan tidak di masa lain?
Mengapa gula dan beras murah sangat?
Semua soalan itu adalah politik. Ia berlaku di tempat fiesta dan kempen politik. Implikasi soalan itu ialah tidakkah ia diadakan kerana politik? Tidakkah ia rasuah politik dan tidakkah ia untuk meraih undi dan faedah politik?
Jawab Jamil Khir ialah ‘Kebetulan.’
Orang tak tanya orang lain kerana orang lain bukan orang kuat agama dan tak tahu sangat agama. Yang tahu agama ialah dia. Orang hendak tahu jawapan dari seorang yang tahu agama. Orang tak tahu agama jawapannya karut saja. Jangan orang tahu agama bercakap macam orang tak tahu agama.
Itulah lucu dan anihnya.

Sumber HD - 15-11-2013
Islam adalah agama politik
Subky Latif, | 14 Nov 2013 |
Apa yang Karpal Singh kata politik dan agama hanya dia dan Allah saja yang tahu. Lim Kit Siang, bos partinya pun tak tahu, maka Lim terpaksa tanya dia apa yang dia kata?
Telah diberitakan dia minta parti yang berasalkan kaum dan agama jangan didaftarkan dan yang sudah didaftarkan dibatalkan saja. Dikatakan termasuklah yang dimaksudkannya ialah PAS, suatu yang dinafikannya.
Apabila saya ditanya tentang Karpal dikatakan mahu PAS dibatalkan pendaftarannya kerana ia parti agama, payah saya mempercayainya.
Pertama dia adalah seorang peguam yang terbilang dan tentu dia tidak bercakap loyar buruk atas perkara itu. Kedua dia seorang politik yang pintar dan partinya bersekutu dengan PAS, maka tidak sebodoh itu politiknya.
Telahan saya tepat apabila penjelasan Karpal tidak memasukkan PAS dalam parti-parti yang dimaksudkannya. PAS cukup kelayakan bagi mengekalkan pendaftarannya. Ia politik untuk semua kaum. Berbagai-bagai kaum menjadi ahlinya dan berbagai-bagai penganut agama menyertainya.
Reaksi awal saya tentang anggapan PAS adalah parti agama, ia tidak tepat.
Tidaklah ia didaftarkan sebagai parti Islam justeru pegangan ritualnya semata-mata. Islam bukan sekadar agama ritual, tetapi ia ada politiknya, ekonominya, sosialnya dan undang-undangnya.
Sekadar ia hendak memperkenalkan agamanya untuk solat, puasa dan zakat tak terdesak ia menubuhkan parti politik. Cara mana hendak membaca Quran dengan betul, bagaimana sah sembahyang dan puasa, memadai dengan mendirikan surau dan masjid, adakan kuliah dari semasa ke semasa.
Tetapi Islam itu ada politiknya, jika politiknya diabai dan tidak disempurnakan, maka tidak lengkap Islam itu sebagai agama. Di sinilah tidak sama Islam dengan agama-agama lain yang tidak ada tuntutan politiknya.
Atas tuntutan politiknya ia menubuhkan parti politik dan mendaftarkannya sebagai parti politik. Ia mendaftarkannya sebagai parti politik bukan di bawah peruntukan ritualnya tetapi melaksanakan tuntutan politiknya.
Tuntutan politiknya tidak dapat dilaksanakan kiranya ia tidak ada sayap politik. Bagaimana sebuah pemerintah yang hendak melaksanakan peraturan, undang-undang, ekonomi dan sebagainya jika tidak ditegak satu kerajaan yang melaksanakan aturan dan peraturan Islam. Untuk menegakkan kerajaan itu ia mesti ada jamaah atau parti.
Politiknya bukan sekadar menjaga kepentingan Islam dan umat Islam saja. Dalam mana-mana masyarakat Islam akan ada juga orang bukan Islam sama seperti dalam negara majoriti penduduknya bukan Islam akan ada masyarakat Islam. Maka masyarakat Islam yanag berkuasa, berkewajipan menjaga kebajikan semua rakyat termasuk yang bukan dan melindungi kepentingan mereka.
Dalam masyarakat yang pemerintahannya ditentukan oleh orang Islam saja seperti di Saudi dan di Brunei, ia tidak terdesak dengan masalah kemajmukan. Ia hanya memerlukan kebajikan dan hak bukan Islam itu ditunaikan sebak-baiknya.
Tetapi dalam masyarakat majmuk yang ketentuan dari masyarakat bukan Islam adalah penting, maka parti politik Islam amat diperlukan bagi memastikan kepentngan Islam dan umatnya terpelihara dengan memelihara segala hak orang bukan Islam.
Hak bukan Islam seperti hak Yahudi dan Kristian di Palestin yang dikuasai oleh Islam dulu terjamin, tetapi Islam dalam pemerintahan Yahudi dan Kristian tidak terjamin. Lihat saja apa yang terjadi pada tanah dan harta orang Islam di Israel?
Di negara-negara Islam sekular seperti Turki, tidak menjamin hak beragama bagi Islam, maka hak itu lagi tidak dipastikan di negara majoriti bukan Islam. Bagi memelihara Islam terjamin, maka di situlah letaknya keperluan politik Islam. Dalam Islam, ketahanan akidah atau spiritualnya ditentukan oleh kekuatan politiknya.

Sumber HD - 14-11-2013
Sungai Limau hadiah hijrah untuk semua
Subky Latif, | 07 Nov 2013 |
SPR mungkin sudah menduga landskap politik Sunai Limau tidak berubah dalam PRK 04 November lalu. Tetapi ia mungkin tidak merancang untuk menyediakan hadiah awal hijrah kepada PAS dan calonnya.
Yang terjadi ialah pengundi Sungai Limau menyambut kemenangan dua dalam satu dengan kemenangan majoriti calonnya 1,082 dalam PRK itu. Mereka menyambut kejayaan itu serentak dengan sambuntan Maal Hijrah.
Tiada yang lebih besar bagi semua buat awal Muharam dan awal tahun Hijrah kali ini selain dari kejayaan PAS berturut-turut sejak PRU 1995.
Ia kemenangan untuk semua – untuk PAS dan Pakatan Rakyat, untuk calonnya Ustaz Azam Abdul Samat, untuk Pesuruh Jaya PAS yang baru Datuk Mahfuz Omar dan untuk sekalian pengundi dan penduduk Sungai Limau termasuk 800 pengundi Cina di situ.
Mungkin nikmat awal Hijrah itu tidak ada apa-apa makna bagi penduduk Islam di situ dan pemimpin serta penykong DAP yang membantu kempen itu tetapi kedatangan Nabi Muhammad SAW itu sendiri adalah membawa rahmat kepada sekalian alam. Maka kemenangan PAS pada awal hijrah itu tentunya melilmpahkan rahmat juga kepada penduduk minoriti di situ.
Dengan nikmat kemenangan perjuangan Islam yang dibawa PAS itu penduduk minoriti tidak lagi dilihat terasing dengan kedudukannya tetapi sendiri telah menjadi sebahagian dari majoriti buat semua.
Tiada siapa yang rugi dan kalah dengan keputusan pililhan raya yang memihak kepada PAS. Berbeza dengan BN. Jika yang menang itu BN, maka ia kemenangan buat UMNO dan BN. Tetapi kemenangan PAS yang membawa obor rahmat untuk semua yang ada pada Islam dan telah dicernakan oleh legasi Ustaz Azizan sebagai wakil rakyat dan Menteri Besar, telah diakui oleh semua bahawa dia adalah pemimpin bagi semua.
Ustaz Azam tanpa diisytihar oleh mana-mana autoriti adalah tokoh Maal Hijrah yang tersendiri. Tidak ada orang PAS jadi Tan Sri tetapi Ustaz Azizan dapat Tan Sri. Tiada orang PAS dan Pakatan Rakyat jadi tokoh Maal Hijrah tetapi kehendak Allah dialah tokoh Maal Hijrah yang tidak diisytihar oleh sesiapa.
Tahniah buatnya, dan tanggungjwabnya adalah besar untuk menyambung missi Ustaz Azizan. Tentulah sukar baginya untuk menyamai Ustaz Azizan tetapi itulah cabaran yang dipikulnya kini.
Ia satu kemenangan buat Mahfuz. Dia dengan pertolongan semua berjaya mempertahan kubu PAS dan kubu Ustaz Azizan dan menaikkan semula moral PAS dan Pakatan Rakyat di Kedah. Mahfuz mewarisi pimpinan parti dan kerajaan yang kalah di Kedah dan PAS yang bermasalah menjelang PRU 13, maka besarlah beban yang dihadapinya bagi menguasai Kedah semula.
Dengan kemenangan itu Mahfuz mendapat kekuatan untuk membawa PAS dan Pakatan Rakyat memanjat puncak semula. Dia telah memimpin kempen partinya hingga memaksa TPM Muhyidin datang semula ke Kedah meminta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan kerana ingatannya orang boleh hilang kaki kerana gula. Dia telah menyusahkan BN dan UMNO atas peristiwa bergantungannya beberapa lembaga tidak berkaki menjelang PRK itu. Walaupun ia belum tentu angkara BN tetapi BN telah susah dengan serang saraf yang Mahfuz kepalai atas isu itu.
Mahfuz telah menyusahkan Ketua Umno Bahagian Brig (B) Ustaz Jamil Khir atas kunjungan rombongannya ke atas ayahnya Pak Baharum hingga ayah ketua Umno itu mendoakan kekalahan calon BN.
Kekuatan yang Mahfuz peroleh itu adalah amanah bagi menurunkan Mukhriz, moga dia juga seperti Ustaz Azizan dapat sepenggal saja sebagai MB Kedah.
Apakah kejayaan di Sungai Limau itu menjamin peluangnya menjadi Naib Presiden PAS semula? PRK itu bukan medan kempennya untuk jawatan dalam PAS. Dia tidak mengejar jawatan itu, dia sekadar menyertai bagi memeriahkan jamaah Islam itu. Kerjanya di Kedah yang menunggu pun sudah banyak.

Sumber HD - 7-11-2013
Siapa lebih berjiwa besar?
Subky Latif, | 06 Nov 2013 |
Banyak yang bercakap tentang berjiwa besarnya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang berani minta maaf kepada keluarga Tan Sri Al-marhum Ustaz Azizan Abdul Razak isu hilang kedua kaki gara-gara mengguna gula berlebihan.
Tidak kira dia bersalah atau tidak bersalah Tan Sri Muhyiddin minta maaf dulu. Kemudian baru dia menjelaskan kata-katanya dikatakan telah disalah lapor dan disalah ertikan maksud yang cuba disampaikannya.
Maka mohon maafnya itu kira tindaan berjiwa besar oleh penyokong-penyokongnya, moga-moga benar dia begitu.
Balu Tan Sri Almarhum segera memberi reaksi positif, memaafkannya kiranya benar Muhyidin berkata, apa lagi kalau dia tidak berkata dan tidak bermaksud bagai yang disangka.
Remuk redam hati keluarga yang masih kesunyian atas pemergian Azizan, terubat dengan penjelasan Muhyidin itu, maka balu Almarhum berkata, mungkin betul ia telah disalah lapor dan disalah erti, dia dan keluarganya terima seadanya dan tidak bersangka buruk kepada manusia yang dikiranya sahabat kepada suaminya itu.
Disebutkan oleh Puan Sri Faekah Hamzah, betapa suaminya telah bersahabat dengan pemimpin Umno itu ketika sama-sama berlajar di Mesir dengan kakaknya dulu. Keduanya saling mengenali melalui kakak Muhyidin itu.
Dengan reaksi Puan Sri kira bersihlah Muhyidin dari sangkaan buruk keluarga itu terhadapnya gara-gara laporan semua dengar itu.
Penjelasan Puan Sri itu kerana telah menjernihkan Tan Sri yang dikatakan berjiwa besar, dan jiwa besarnya itu seolah-olah disahkan oleh Puan Sri. Akan ada cacat dan kesannya jiwa besar Tan Sri itu jika tidak disokong oleh reaksi Puan Sri.
Reaksi Puan Sri itu menggambarkan Puan Sri juga berjiwa besar, bahkan lebih besar dari jiwa besar Tan Sri.
Jiwa besar Tan Sri adalah jiwa besar seorang ahli politik. Politiknya politik sekular pula. Sebaik-baik dan sebesar-besar jiwa politikus sekular dan duniawi tidak sama dengan jiwa besar pejuang ukhrawi.
Kita tidak hendak membandingkan antara politikus duniawi dengan politikus ukhrawi. Kita hendak membanding jiwa besar Muhyidin seorang ahli politik dengan jiwa besar seorang Isteri dan ibu yang pengalaman politiknya adalah suaminya berpolitik. Bukan sekadar rakyat umum tidak mengenalinya, orang PAS pun tidak ramai yang mengenalinya.
Tidaklah dia selincah Muhyudin yang telah memingirkan dua ketuanya, pertama Tan Sri Othman Saad, Menteri Besar Johor yang memilihnya menjadi calon Parlimen di Pagoh dan kedua, Tun Abdullah Badawi yang membantunya menjadi Naib Presiden Umno yang mula-mula dulu. Puan Sri hanya suri rumah, jururawat terlatih, baik suaminya tenaga akademik Islam dan wakil rakyat. Hanya terdedah ke tengah masyarakat setelah suaminya mnjadi Menteri Besar Kedah.
Tiada pengalaman pimpinan masyarakat, tiada pengalaman dan pengetahuan politik, dia membuat kenyataan politik tentang permintaan maaf seorang ahli politik pintar. Kenyataannya itu dan penerimaan maafnya itu menjadikan Muhyidin tidak ada apa-apa keraguan dengan keluarga si mati. Dia sudah dimaafkan baik dia berdosa mahu pun tidak. Bersih dosanya dari keluarga itu.
Jika Muhyudin sudah tidak ada apa-apa dengan keluarga si mati, maka orang luar tidak boleh kata buruk lagi pada Tan Sri.
Jiwa besar Muhyudin itu cuma sangkut dengan roh si mati. Kalau Tan Sri disalah lapor dan disalah erti, tiada apa-apalah dia dengan orang dalam kubur. Tetapi jika dia tidak disalah lapor cacatlah jiwa besarnya kerana orang mati tidak memaaf doa orang hidup baik semasa dia masih hidup dan selepas matinya kecuali dengan kehendak Allah.
Muhyudin diterima, Faekah pun diterima. Faekah lebih baik sikit atau banyak daripada Muhyudin.

Sumber HD - 6-11-2013
Reaksi awal Bajet 2014, bala dan pahit
Subky Latif, | 03 Nov 2013 |
Segala nikmat kecemerlangan dan syurga yang dijanjikan oleh Bajet 2014 belum dapat dikecapi atau jadi satu angan-angan, tetapi kesan awal yang bakal dihadapi segera oleh rakyat dan pengguna ialah bala dan pahit.
Berbagai-bagai janji yang disarankan dirasakan seperti memberi gula-gula yang tiada rasa pada lidah dan tekak melainkan terasa ada benda pada lidah dan tekak.
Apa yang ditawar yang boleh dapat segera seperti BRIM yang dinaikkan RM150 dari RM500 kepada RM650 sekali atau dua kali setahun bagi isi rumah yang berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan, pesara dapat RM250 sebulan, bonus pegawai awam antara setengah bulan gaji dan minima RM500, seramai 3,334 murid Taska anak orang berpendapatan kurang dari RM900 sebulan diberi bantuan RM250 sebulan dan macam-macam lagi.
Bunyi sedap dan menyeronokkan. Tetapi ia ibarat memberi gula-gula kerana benda yang bakal melanda pula seperti cukai GST dan mansuh subsidi gula akan menenggelamkan apa yang tawarkan itu. Yang melanda itu bala. Apabila bala itu menenggelamkan tawaran manis tadi jadilah tawaran itu ibarat gula-gula.
Gula-gula biasanya manis tetapi apabila gula naik 35 sen sekilo yang disebut sebagai mansuh subsidi gula, maka ia menjadi gula-gula tadi tawar. Nasib baik yang tidak bergula itu tawar tetapi ada yang tidak bergula yang pahit seperti kopi. Ada yang rasa kopi pahit itu nikmat, tetapi bagaimana kalau kek dan kuih muih pahit? Segala yang tawar dan payau tak tertelan oleh tekak, apa lagilah yang pahit.
Betullah berlebih gula menjadikan kencing manis, tetapi tiada yanag manis menyebabkan hilang tenaga dan terdedah kepada berbagai-bagai penyakit juga.
Orang Arab boleh tidak makan gula dan dapat tenaga dengan makan kurma, tetapi kurma di Malaysia tidak berbuah. Boleh kurma menggantikan gula bagi memelihara tenaga, tetapi lebih murah membeli gula tanpa subsidi daripada memberi kurma.
Manusia dari mula tidak terpisah dengan manis. Memansuhkan subsidi gula sama seperti mencatu atau menyekat menikmati manis. Bagi yang berada, gula tanpa sabsidi seperti mencatu manis, tetapi bagi yang tidak berada memansuhkan sabsidi seperti menyekatnya menikmati manis.
Gula ada tetapi mahal. Pilihan mereka antara gula dan beras. Dengan pendapatan belum tinggi seperti yang dijanjikan sejak empat tahun dulu, dengan pendapatan yang ada, kalau mereka beli beras secukupnya, mereka tidak boleh beli gula. Kalau beli gula dan barang yang bergula, tak boleh beli beras secukupnya.
Untuk makan nasi tidak cukup beli beras saja. Dia mesti beli lauk dan segala yang melengkapkan sistem lauk. Jika dia nak beli beras dan gula, maka dia mesti makan nasi kurang lauk atau makan nasi tak berlauk. Musim Jepun dulu kita makan nasi berlauk ubi atau pisang muda. Bagi ia diterima tekak, ia digaul dengan garam dan minyak.
Saya pernah terima tetamu dari Timur Leste. Mereka tidak sentuh lauk yang disediakan. Mereka makan nasi putih saja. Saya dapati mereka segar. Apakah tiba masa kita jadi seperti mereka makan nasi tak berlauk dan tak berkuah?
Dengan minyak naik sebulan dua dulu, tiada jaminan ia tidak naik lagi, kita dapati kesan kenaikan barang gara-gara kenaikan minyak, kini kita hadapi kenaikan gula dengan kesan kenaikan segera makanan manis, beberapa belas bulan lagi kita hadapi pula cukai GST sedang pendapatan masing-masing belum juga tinggi, maka belum nampak sesuatu yang manis dari bajet baru itu.
Yang nampak adalah bala sedang mara dan yang dirasa setakat ini bajet itu adalah tawar, pahit dan kepahitan. Setahun lagi ada pula Bajet 2015, apa pula bala kali itu? Bala! Bala! Balak!

Sumber HD - 3-11-2013
Syukur Pak Baharum ahli PAS Sg Limau
Subky Latif, | 01 Nov 2013 |
Jika tidak kerana Pilihan Raya Kecil Sungai Limau tidak ramai yang tahu bahawa Brig. Dato Jamil Khir adalah anak seorang ahli PAS Sungai Limau dan pernah jadi ahli jawatankuasa parti itu di kawasan Parlimen Jerai satu masa dulu..
Sehingga mulai Mei lalu, mengikut Dato Mahfuz Omar, PJ PAS Kedah, Pak Baharum telah menjelaskan yuran keahliannya.
Atas rasa kesyukuran, maka calon PAS Mohd Azam Abd. Samat bersama PJ Mahfuz mengadakan kunjungan hormat kepada pengundi veteran itu bagi meraikannya dan supaya dia tidak terasa dipinggirkan PAS disebabkan anaknya jadi orang besar Umno dan menteri.
Pak Baharum bukan alang-alang ayah. Dia boleh berbangga kerana dapat menduduk anak hingga ke Universiti Azhar, Mesir dan bila-bila pun anaknya dengan pengajian itu layak dimartabatkan sebagai ulama. Bukan sekadar bapa bangga atas pencapaian anak, bahkan masyarakat seluruhnya bangga akan pencapaian anak seperti itu.
Bukan semua orang dapat menghantar anak mengaji di Mesir, tetapi Pak Baharum adalah antara yang berjaya menghantar anak ke situ. Syabas!
Tetapi sebagai mana-mana bapa dan ibu dalam PAS mahu anak-anaknya bersama mereka dalam partinya, Pak Baharum tak dapat anaknya Jamil Khir untuk bersamanya. Anaknya dengan ilmu dan pencapaiannya ada pilihan lain.
Bukan Pak Baharum saja orang PAS yanag anaknya tidak jadi ahli PAS. Dua Pesuruhjaya PAS Pahang tahun 50-an dan awal 60-an dulu anaknya jadi pemimpin Umno. Pertama Dato Abu Samad, anaknya Dato Hamzah jadi orang kuat Umno dan menteri. Kedua Dato Mohd Yasin, anaknya Tan Sri Kamarul Arifin jadi peguam Umno.
Haji Cheek di Kemaman adalah keluarga PAS yang komited, anaknya Ahmad Shaberey Cheek jadi orang Umno yang lantang menentang parti ayahnya.
Sebenarnya tidak secara mutlak anak orang PAS mesti jadi PAS. Yang menentukan seseorang itu jadi PAS atau Umno ialah Allah. Nabi SAW tidak dapat memberi hidayat kepada bapa saudaranya Abu Talib, Allah saja yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Ramai orang lulus Mesir dan Madinah Allah tidak pilih jadi orang PAS. Pak Hamzah orang Umno tegar Kuala Kedah, anaknya Amiruddin tidak mengaji di institusi pengajian tinggi Islam sebaliknya menuntut ilmu kejuruteraan tetapi Allah pilih jadi orang PAS dan sekarang menjadi Pengarah Operasi PRK Pas Sungai Limau.
Bukan salah Pak Baharum anaknya jadi Umno dan bukan salah ibu mengandung Jamil Khir jadi Umno tetapi ia adalah pilihan anak yang pendidikannya lebih tinggi dari ibu dan bapa.
Tiadalah pula PAS kesal atas perkembangan itu kerana bukan pula sedikit anak orang Umno menjadi pejuang tegar PAS.
Kunjungan calon PAS ke atas ayah Jamil Khir tidak bertujuan untuk memalu dan mengelirukan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu tetapi bagi mengukuhkan semangat dan pendirian ahlinya supaya moga-moga istiqamah dengan jamaah Islam.
Terutama dalam masa pilihan raya, supaya seboleh-bolehnya tidak menukar undinya kepada calon parti yang dilawannya selama ini.
Kunjungan dibuat semasa kempen, maka tidak terlepas ia dari tuduhan berpolitik dan mengambil apa jua kesempatan berpolitik. Kalau calon PAS berpolitik dengan kunjungan itu apa salahnya kerana dia mengamalkan politik Islam. Tiada itu yang politik dan yang bukan politik. Yang ada masa politik dan ada masa tidak politik ialah politik dunia pegangan orang sekular seperti Umno dan MIC.

Sumber HD - 1-11-2013
Erti kekalahan Mukhriz
Subky Latif, | 30 Okt 2013 |
Dalam kempennya ketika merebut jawatan Naib Presiden Umno dulu, Datuk Mukhriz Mahathir menyebut akan peri perlunya dia bertanding dan memenangi jawatan itu, demi memudahkan Umno/BN menghadapi PRU 14 nanti.
Umno jangan melihat mudah PRU itu memandangkan prestasinya yang hambar dalam dua Pilihan Raya Umum sebelum itu. Demi demikianlah beliau perlu menembusi pimpinan tertinggi parti itu.
Yang Mukhriz sebut itu dapat diertikan sebagai kebimbangannya atau tidak yakinnya keupayaan Umno bagi memastikan Umno dapat kembali cemerlang, malah belum tentu dapat mempertahankan prestasi yang hambar sekarang.
Maka baginya dia mesti menang dan kalau mahu Umno tidak kecundang, maka pemilihan Umno itu mesti menerimanya sebagai salah seorang dari tiga Naib Presiden itu.
Dia tidak berjaya sekalipun pencapaian percubaan pertamanya itu dikira cemerlang, tetapi dia kalah. Dengan kekalahannya itu maka kebimbangannya terhadap kemampuan Umno menghadapi PRU 14 tidak hapus.
Ertinya, percubaan awalnya bagi menjamin kejayaan PRU14 itu gagal. Gagal jadi Naib Presiden tidak mengapa kerana dia boleh mencuba lagi, tetapi payah bagi memenangi PRU14 adalah suatu yang bukan mainan.
Pelan A Mukhriz bagi menawan PRU14 sudah rosak. Sekarang dia terpaksa memikirkan Pelan B bagi menghadapi suatu yang logik masa depan yang gelap.
Itu perspektif politik nasionalnya. Perspektif dalaman partinya dan politik peribadinya, kagagalan itu dia dapat memintas politik Khairy Jamaludin dalam perlumbaan menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri masa depan.
Jika dia memangi pemilihan itu dulu, dia sudah berada selangkah di hadapan Khairy. Dalam apa keadaan pun dia akan dilihat dulu dari Khairy.
Menyerti pertandingan Naib Presiden itu dulu pun adalah jalan pintasnya bagi menyekat Khairy. Bapanya pun juga dipercayai berfikiran begitu.
Tiada orang yang tidak disukai oleh bapanya selain dari Anwar Ibrahim ialah Khairy. Itu andaian semasa bapa mertua Khairy Perdana Menteri dulu. Mungkin sekarang sudah berubah.
Mengapa Mukhriz hendak merebut jawatan Naib Presiden yang sedia ada penyandangnya tetapi tidak sedia merebut jawatan Ketua Pemuda Umno yang juga ada penyandangnya?
Harapan untuk menewaskan Khairy adalah kosong. Khairy bukan lembik seperti Ketua Pemuda sebelumnya. Jika Khairy selembik itu, maka Mukhriz mudah masuk. Ketua Pemuda dulu tidak nampak sangat lembiknya kerana ada Khairy.
Prestasi Khairy setakat ini pada Pemuda Umno adalah kelas. Tambahan pula dia sudah jadi menteri. Bukan Mukhriz saja susah menghadapi Khairy, Presiden FAM pun susah.
Tiada harapan Khairy boleh digantikan masa ini. Maka akan membuang masa bagi Mukhriz mencubanya.
Peluang meninggalkannya ialah dengan mencuba satu dari kerusi Naib. Jika tunggu sekali lagi baru hendak mencuba, maka ia pasti meninggalkan Mukhriz jauh ke belakang.
Setakat ini, perlumbaan ke puncak itu antara Khairy dan Mukhriz saja sama seperti persaingan antara Musa Hitam dan Tengku Razleigh pada zaman Tun Razak dan Tun Hussein bagi tempat pertama dalam politik dan akan sama pula kedudukan Tengku Razaleigh dan Dr Mahathir setelah Tun itu menjadi Perdana Menteri. Ku Li sentiasa di belakang.
Kini Mukhriz masih di belakang. Bagaimana dia hendak ke depan? Caranya hanya satu iaitu Najib atau Mahyuddin melakukan apa yang Tun Hussein lakukan terhadap Mahathir apabila dia mengambil orang di belakang Ghafar Baba dan Ku Li untuk jadi TPM.

Sumber HD - 30-10-2013
Kalimah Allah, mana atas antara mahkamah dan kabinet?
Subky Latif, | 26 Okt 2013 |
Terkejut, takjub dan terkedu semua apabila Perdana Menteri Najib memaklumkan bahawa kabinet mentafsirkan larangan penggunaan kalimah Allah bagi agama lain selain Islam tidak terpakai di Sarawak dan Sabah.
Apa kaum dan agama di dua negeri itu boleh menggunakan kalimah itu.
Apakah tafsiran atas keputusan mahkamah itu tepat, mahkamah dan ahli undang-undang layak mentakwilnya.
Persoalannya sekarang pada tanggapan orang awam, siapa antara mahkamah dan kabinet menteri lebih atas atau lebih berkuasa dalam mentafsirkan persoalan perundangan.
Kabinet mendapati keputusan mahkamah yanag melarang orang lain selain dari Islam tidak menyentuh amalan di Sarawak dan Sabah. Sedang fahaman umum atas keputusan itu adalah untuk semua wilayah Malaysia.
Dari penjelasan Perdana Menteri itu boleh diertikan bahawa dalam penggunaan kalimah Allah, Malaysia menjadi stu negara dua sistem seperti komunis bagi Negeri China. Sistem komunis terpakai di semua wilayah China kecuali Hong Kong.
Selama-lamanya orang memahamkan bahawa mahkamah punya kuasa teratas dalam mentafsirkan undang-undang. Maka sekarang kabinet boleh mengatasi mahkamah.
Apakah keputusan terakhir mahkamah atas penggunaan kalimah Allah bagi agama lain itu tepat atau tidak, memang tiada reaksi yang sepakat. Ulama sendiri berbeza pendapat tentang penggunaannya.
Ulama konservatif di Malaysia rata-rata mengira ia ekskulusif untuk orang Islam saja, manakala pandangan kedua merujuk kepada pandangan ulama tersohor dunia sekarang Syikh Yusuf al-Qardawi ada hujah bahawa Ia boleh diguna oleh semua dengan syarat-syaratnya.
Kerajaan tiada pendirian atas masalah ini. Ia membenarkan perkara ini dirujuk kepada mahkamah. Sepatutnya kerajaan membuat kajian mendalam sebelum membenarkan mahkamah memutuskannya.
Ulama yang berbeza pandangan tidak diminta oleh kerajaan mengadakan muzakarah bagi menelilti isu ini. Ulama yang berbeza pandangan itu pula masing-masing tidak tampil memberi penjelasan dan keterangan yang secukupnya.
Universiti-universiti yang ada fakulti Islam tidak menganjurkan seminar atau multaqa membincang dari sudut ilmiah dan kemuslihatannya supaya sekalian yang terdidik dalam Islam dapat menelliti dan memahaminya.
Mufti tiap-tiap negeri sepatutnya membuat kajian mendalam menasihatkan Sultan membuat dikri melarangnya jika ia menimbulkan huru-hara. Raja yang memegang kuasa tertinggi tentang Islam boleh mengeluarkan dikri seperti yang cuba ditunjukkan oleh Sultan Selangor.
Jika ia dibimbangi boleh menimbulkan huruhara, maka Yang Dipertuan Agong berkuasa memerintahkan sesuatu mengenainya supaya orang tidak membuat keputusan pergi ke mahkamah atau mengeluarkan pendapat orang Islam murtad jika menolak keputusan mahkamah.
Kerajaan tidak sekadar membenarkan hal itu dibawa ke mahkamah, malah membenar umat Islam yang solat Jumaat menjelang sidang mahkamah solat hajat, mohon Allah membenarkan orang Islam saja boleh menggunakan kalimah itu di Malaysia. Ratus ribu umat Islam solat hajat. Saya tidak tahu di mana Najib, Muhyiddin Yasin dan menteri-menteri Islam solat Jumaat hari itu?
Allah pun membuka pintu hati hakim melarang orang bukan Islam menggunakannya. Semua pembesar Islam menasihatkan semua pihak menerima keputusan mahkamah. Noh Gadot, penasihat agama Islam Johor dikatakan berkata, siapa menolak keputusan mahkamah murtad.
Tiba-tiba kabinet kata, keputusan mahkamah itu laku di Semenanjung saja.
Apapun solat hajat tadi tetap satu ibadat. Semuanya dapat pahala. Ternyata kerajaan BN tak tahu apa yang dibuatnya. Setalah ia menyaksikan solat hajat dimakbulkan, ia kata buat ijtihad ia bukan untuk Sabah dan Sarawak.
Kita ingat mahkamah tak lut. Rupanya ia lut juga.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-10-2013
Wanita Umno bukti angkuh transformasi
Subky Latif, | 18 Okt 2013 |
Sekalipun sistem pemilihan baru Umno dikatakan bukti ia menunju alam transformasinya, tetapi dengan terpililh semula shahrizat Jalil sebagai ketua Wanitanya, bukan transformasi belum bermula, bahkan bertambah mundur dan kuno.
Kemenangan semula Shahrizat itu bukan saja tidak elok untuk dirinya sendiri, bahkan ia menjadikan Wanita Umno bukan mlakukan transformasi tetapi transormati.
Yang dikatakan transformasi itu bukan saja ia bertukar menjadi bertambah baik serba serbi, tetapi ia juga mesti keluar dari alam negatif yang tidak bermoral.
Sebuah politik yang baik dan dihormati ialah politik yang bermoral. Contoh yang paling baik ialah alasan yang diberi oleh Willy Brandt, Canselor Jerman Barat yang meletak jawatan walaupun belum sepenggal memegang jawatan.
Dia jadi Canselor tahun 1969. Dia jadi Canselor yang terbilang bagi Jerman Barat. Tiba-tiba seorang dari menterinya melakukan kesilapan memalukan negara dan kerajaan. Willy Brandt meletak jawatan atas alasan biar ada politik di Eropah yang bermoral.
Dengan segala yang menimpa keluarga Shahrizat hingga senatorshipnya tidak disambung dan tiada lagi menteri penuh dari Wanita Umno, bukan saja menjadi bencana moral kepadanya sebagai menteri dan pemimpin Wanita Umno, tetapi ia telah menjadikan moral Wanita itu tercemar.
Sepatutnya ketika perniagaan suami terbongkar sebagai satu skandal besar negara dan ketika senatorshipnya tidak disambung, dia meletak jawatan dalam Wanita Umno atau Wanita Umno bertindak menggantinya dengan seorang yang lain supaya sayap politik Umno boleh dilihat memenuhi transformasi yang orang luar kata ia adalah retorik.
Jika Wanita Umno ketika itu bertindak menggantikan ketuanya itu dengan orang Umno yang ada di Parlimen supaya boleh jawatan menteri yang ditinggalkannya diisi dengan Azalina Othman Said atau senator yang jadi Timbalan Menteri iaitu Masitah Ibrahim, maka moral Wanita Umno sebagai agen transformasi partinya dapat dibina dan dipertahankan.
Tetapi Shahrzat tidak berbuat demikian dan Wanita Umno menikus mengikut lenggoknya.
Kemudian dia mempertahankan jawatan itu dan Wanita Umno tidak mengambil langkah untuk menggantikannya dengan seorang lain seolah-olah tiada sesiapa dalam Wanita Umno yang boleh menyainginya atau sama dengannya bagi menggantikannya.
Tidak ada orang luar peduli apakah Wanita Umno bermoral dan ketuanya bermoral. Tetapi dengan dia kekal jadi ketua dan Wanita Umno pula berketuakan dia, maka tiada apa yang dia dan Wanita Umno dapat megahkan.
Mungkin dia dan Wanita Umno mengira dialah tokoh politik wanita paling berkaliber dari ketua wanita parti-parti lain, tetapi ketokohan itu tidak apa eloknya dibandingkan kecacatan moral politiknya.
Jadilah dia dan ia gandingan yang sedang dan hendak dibina oleh Khairy Jamaluddin dengan Pemuda Umnonya. Apakah Khairy dan Pemuda Umno itu elok sangat? Tetapi Khairy sedang membinanya untuk menjadi yang tercemerlang daripada ketua-ketua Pemuda sebelumnya.
Sukakah dan seronokkah Khairy dan Pemuda Umno beroleh Wanita Umno yang rendah moralnya dengan berketuakan orang politik yang moralnya dipersoal?
Mungkinlah Shahrizat itu hebat, tetapi dalam semua hal dia kalah dengan Nurul Izzah, Naib Presiden PKR. Jika orang hendak mencari politik wanita yang bermoral orang tidak tengok Wanita Umno, tetapi orang cari yang lain walaupun masing-masing ada kelemahan. Tiada apa untungnya Wanita Umno berketuakan orang integritinya dipersoal.

Sumber HD - 18-10-2013
Memanglah Khairy Jamaluddin menang
Subky Latif, | 17 Okt 2013 |
Memanglah Khairy Jamaluddin menang semula untuk menjadi Ketua Pergeerakan Pemuda Umno dalam pemilihan luar biasa pada 12 Oktober lalu.
Kalau dia tidak menang maka teruk sangatlah dia.
Menangnya semula itu tidaklah sehebat dia mula menjadi Ketua Pemuda Umno dulu. Dengan siapa dia menang dulu dan dengan siapa pula dia menang sekali ini?
Dulu dia menang, dia sekadar Naib Ketua saja dan dia menang mengalahkan dua gergasi yang setanding dengannya iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khair Toyo.
Sekalipun masa itu Khir Toyo sudah tidak lagi Menteri Besar Selangor, tetapi sebagai Menteri Besar dulu dia adalah Menteri Besar Selangor. Sebagai Menteri Besar Selangor biasanya terserlah dibandingkan dengan lain-lain Menteri Besar. Itulah aura yang pernah dibawa oleh Datuk Harun Idris dan Tan Sri Mohamad Mohd Taib.
Jika dia tidak lagi jadi Menteri Besar ketika dikalahkan oleh Khairy bukan kerana Khairynya tetapi kalau Najib sendiri jadi Menteri Besar Selangor, dia pun kalah juga kerana masa itu orang Selangor menolak BN.
Khairy juga mengalahkan anak Dr Mahathir, Mukhriz yang dicalonkan oleh banyak bahagian Pemuda Umno. Malah penampilan Mukhriz pada mulanya seolah-olah boleh menggerhanakan Khairy. Kalau tidak kerana Khairy Naib Ketua masa itu belum tentu nasibnya. Nama Khairy sebagai menantu Perdana Menteri Abdullah Badawi tidak elok sangat. Tempias tsunami yang dihadapi bapa mertuanya itu mengenainya saja.
Dalam keadaan seperti itu Khairy menang. Maka kemenangannya itu hebat dan bandingkan dengan kemenangan semulanya. Memang Khairy pun budaknya hebat.
Dengan dia jadi Ketua Pemuda yang dikira ada otak, sepatutnya dia tidak ditandingi. Mungkin sistem pemilihan baru itu menyebabkan dia ditandingi. Tetapi kalau sistem baru itu hendak disalahkan, mengapa Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menang tanpa bertanding.
Jika Khairy itu hebat sangat maka dia tidak dicabar.
Bagaimanapun kemenangan semulanya adalah kemenangan berlawan. Bukanlah kemenangan percuma. Tetapi perlawanan yang dialaminya bukan hebat. Perlawanannya mungkin boleh dikira pertandingan antara gergasi dengan Awang Kenit atau perlumbaan antara arnab dengan kura-kura. Tiada siapa menyangka arnab boleh kalah dan tidak masuk akal gergasi boleh dikalahkan oleh Awang Kenit.
Khailry kali ini ditentng oleh orang yang tidak dikenali. Yang orang hendak tahu sangat ialah anak Tan Sri Sanusi Joned. Saya tidak ingat namanya adakah pernah disiar di media sebelum dia menawar diri untuk jadi calon.
Kalau pun ada sengatnya ialah sengat bapanya, Sanusi Joned dulu. Pernah jadi Setiausaha Agung Umno dan jika tidak silap pernah jadi Naib Presiden. Harapannya sekadar menumpang aura bapanya dulu. Mungkin sekarang antara perwakilan Pemuda yang mengundi 12 Oktober lalu ada yang tidak tahu siapa Sanusi Joned.
Dan kalau Sanusi sendiri yang bertanding, Sanusi pun bukan tandingannya lagi. Dia pun akan kalah seperti anaknya.
Maka tidak banyaklah yang Khairy dapat banggakan dengan kemenangan semula. Sistem baru itu menyekat Khaiy untuk tidak dicabar. Ia menunjukkan ada juga orang tidak puas hati dengan Khairy.
Tetapi kalau dia menangi lagi dengan Mukhriz atau Menteri Ahmad Maslan atau Ketua Kelab Putera yang jadi pengerusi Tabung Haji, maka boleh dikira satu kemenangan berlawan yang sebenar. Dia menang semula dalam suasana ramai yang berpendapat sistem itu tidak adil untuk semua calon.

Sumber HD - 17-10-2013
Kembali ke tahun 1960
Subky Latif, | 15 Okt 2013 |
Selepas 53 tahun negara kembali semula ke tahun 1960. Masa itu Abu Chin Peng masih hidup. Sekarang Abu Chin Peng sudah jadi debu.
Selepas tiga tahun merdeka komunis sudah tidak lagi mengancam Tanah Melayu seperti pada zaman penjajah British. Bukan sekadar fahaman komunis lumpuh, parti komunis dalam negeri juga lumpuh.
Bagi mematikan terus komunis maka kerajaan Tunku Abdul Rahman Putra memperkenalkan ISA – akta keselamatan dalam negeri – antara peruntukan zalimnya ialah menahan sesiapa tanpa bicara dari 60 hari hingga dua tahun.
Akta itu dibuat bukan kerana komunis masih kuat dan masih mengancam, tetapi bagi memastikan Abu Chin Peng yang masih hidup tidak lagi dapat menghidupkan kembali perjuangan komunis. Sampai Abu Chin Peng mati 53 tahun kemudian bukan saja komunis mati di Malaysia, malah ia mati di sarangnya sendiri iaitu Rusia.
Matinya Abu Chin Peng dan matinya komunis tidak mematikan undang-undang zalim ISA. Dua minggu selepas Abu Chin Peng mati roh ISA dihidupkan semula dengan pakaian baru yang dinamakan DAC, Akta Pencegah Jenayah.
ISA bukanlah akta yang melumpuh dan menggagalkan komunis. Komunis sudah tinggal nyawa-nyawa ikan semasa rang ISA dibentangkan. Komunis lumpuh kerana kempen kerajaan memerangi kemiskinan mula menampakkan hasil dan kesedaran beragama khususnya dalam kalangan umat Islam mula bangkit.
Lalu ditentang oleh banyak pihak akan ISA kerana ia tidak diperlukan dan ia amat mudah disalah gunakan. Janji Tunku dan Tun Razak, ISA hanya ditujukan kepada komunis yang sudah lumpuh itu saja, tidak sekali-kali akan digunakan kepada orang politik yang lain khususnya seteru Umno.
Antara yang bimbang ia disalah gunakan ialah pegawai Orang Putih yang diupah oleh kerajaan merangka rangnya. Diingatkannya akan bahaya disalah guna itu tetapi kata Tun Razak, ‘Tidak.’ Akta itu untuk sekejap saja.
Percaya kepada janji manis itu Prof Zulkifli Mohamad, MP PAS Bachok mengundi menyokong rang itu selagi ia tidak ditujukan selain dari komunis. Tetapi sokongan PAS itu tidak dihargai. Akibatnya, ramai orang PAS termasuk Presidennya masa itu Dr Burhanuddin al-Hilmy jadi mangsa ISA.
Sebelum mati, Tunku menyesali kerana ISA juga digunakan kepada bukan komunis, sedang ia ditujukan kepada komunis saja. Jawab KPN ketika itu Tun Hanif Omar, kata Tunku itu tidak termasuk dalam akta, ia ada dalam hansat Parlimen saja.
Sekarang – tahun 2013 – ISA dihidupkan semula dengan DCA. Roh zalim ISA ada dalam DCA boleh menahan sesiapa disyaki jenayah tanpa bicara dari 60 hari hingga dua tahun. Semua promoter DAC memberi jaminan ia tidak disalah guna seperti ISA dulu.
PAS ada pengalaman ditipu pemimpin Umno tahun 1960 ISA tidak digunakan selain dari komunis, maka ia tidak mahu sekali lagi ditipu oleh Umno masa ini.
DCA satu akta paling dipertikai. Ia menggugat kepercayaan rakyat. Rang tidak popular ini tidak boleh dibentang pagi dan diluluskan petang. Kata Dr Mahathir dalam Malay Dilemma, undang-undang dibentang pagi dan dilulus petang akan jadi dokuman sampah. Rang itu mesti dibahas di semua peringkat dalam dan luar Parlimen sebelum ia dilluluskan.
Bagi memerangi jenayah hapuskan rasuah dulu. Selagi menteri-menteri menikmati jenayah rasuah yang terkutuk itu, jenayah lain dikira kecil. Basmi rasuah, gas segala ketirisan dan tingkatkan kefahaman Islam termasuk hudud, maka orang takut mencuri dan membunuh.
Zaman transformasi ini bukan lagi seperti tahun 1960. Sekarang bukan zaman Tun Razak tetapi adalah zaman anak Tun Razak. Jika sama saja zaman anak dengan zaman ayah, ertinya ia bukan transformasi tetapi adalah transformati.

Sumber HD - 15-10-2013
Syiah jadi isu politik
Subky Latif, | 09 Okt 2013 |
Sebelum Datuk Mukhriz membangkit isu Syiah di Kedah, Dr Mahathir ada membuat kenyataan bersama dengan bekas Presiden Qatami dari Iran betapa Islam jangan bertempur dan berbunuh sama sendiri atas perbezaan antara Syiah dan Sunni.
Ia adalah merujuk tentang perang saudara di Syria. Pergolakan di Syria itu adalah campuran antara kezaliman dan demokrasi, antara penindasan dan pembelaan keadilan, dan antara Syiah dan Sunni. Majoriti penduduk adalah Sunni dan mereka dikuasai sejak berdekad oleh minoriti Syiah yang terdiri sekitar 22 peratus rakyat.
Persefahaman Mahathir-Qatami itu tenggelam apabila anaknya Menteri Besar Kedah membangkit bahayanya penyerapan Syiah dalam kalangan rakyat.
Sejak zaman-berzaman pertentangan antara kedua penganut itu adalah masalah akidah. Sekalian Arab berbalah dengan Iran kerana Syiah orang Iran itu, bukan kerana Parsi dan Arabnya. Kalau kerana bangsanya, mengapa Arab tidak masalah dengan Pakistan sedang kedua-dua bukan satu rumpun bangsa.
Ia tidak jadi isu di Malaysia sehingga tercetusnya Revolusi Islam Iran kerana negara kita bukan tapak yang subur untuk Syiah. Tetapi pengaruhnya menyusup di tengah pengikut Sunni. Antara pendakwah kita memandang berat penyusupan itu. Justeru kepekaan tentang akidah itu oleh individu-individu, maka isu Syiah itu tidak meletup.
Tetapi yang meletupkannya Mukhriz seorang yang tidak terkenal sebagai pembelaan akidah Islami. Dia adalah seperti lain-lain orang awam Islam. Jika penonjolannya membela penindasan teerhadap Palestin, bukan dibuat atas jihadnya yang tinggi, tetapi atas dasar kemanusiaan, keadilan dan anti kekejaman.
Sebagai Menteri Besar dan tenaga politik baru muncul, dia menimbul isu Syiah yang berkembang itu. Dia mahu perkara itu disekat. Suaranya itu amat menyenangkan individu-individu yang risau tentang penyusupan Syiah itu. Dan kini ia jadi isu politik.
Mukhriz dan orang Islam awam dalam Umno mendapati sejak kelahiran Republik Islam Iran, rata-rata pimpinan PAS mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin-pimimpin Iran. Hubungan baik itu bukan justeru perkonngsian akidah, tetapi berkongsian worldviews, anti Amerika dan barat, anti mustakbirin, anti penjajahan bentuk baru barat.
Oleh sebab hubungan baik Dr Burhanuddin Al-Hilmy yang baik dengan Sukarno yang erat pula dengan komunis, dan orang PAS rapat dengan orang-orang Indonesia sebelum konfrantasi, maka PAS telah ditohmah menyokong komunis. Setiap kali pilihan raya Umno mengaitkan PAS dengan komunis. Amat payah bagi PAS membebaskan diri dari perangkap fitnah politik itu.
Sekarang PAS adalah tenaga pesaing Umno yang ketara. Perhatian kepada PAS itu lebih ke depan dari Umno. Sudah dua PRU BN gagal meraih kecemerlangan. Ia boleh jadi lebih buruk pula selepas ini.
Apa modal besar Umno bagi melumpuhkan PAS. Ia sedang menggambarkan kepada masyarakat PAS tidak menentang di luar parti dan di dalam parti. PAS tahu apa yang dibuatnya terhadap Syiah. Jika PAS boleh bekerjasama politik dengan DAP, indvidu Cina dan Hindu tanpa ada penyokong PAS masuk Kristian, Buddha dan Hindu, maka berbaik dengan Syiah yang berlain akidah itu bukan memberi pasport kepada penyokongnya untuk bertukar mazhab.
Dengan fahaman itu PAS menjelaskan tiada anggotanya yang Syiah. PAS jangan terperangkap oleh politik Umno dan pemuja-pemuja Amerika yang anti Iran dan Islam. Tetapi sebagaimana PAS di zaman Dr Burhanuddin dulu diperangkap dengan tohmah menyokong komunis, maka perangkap itu sudah dipasang iaitu PAS tidak menentang Syiah.
Sasaran perangkap itu tidak banyak atas penyokong yang setia, tetapi adalah untuk menjauhkan orang Melayu dari mendekati PAS. Tidak mudah bagi PAS keluar dari perangkap itu. Sekalipun ia adalah ikhtiar Umno supaya kempen PAS ganti Umno tidak berhasil.
Mungkin PAS boleh memberi penjelasan ilmiah yang layak dapat Phd, tetapi dari segi politiknya ia sudah dijerat.

Sumber HD - 9-10-2013
Wanita Umno tidak mahu integriti?
Subky Latif, | 08 Okt 2013 |
Ketika banyak pihak termasuk dalam kalangan penyokong tegar dan peminat Umno sendiri menyeru supaya Umno memilih pemimpin berintegriti dalam pilihan pimpinannyaa sudah dekat itu, seolah-olah Wanita Umno tidak peka dengan seruan itu.
Ia terus menyenaraikan Shahrzat Jalil sebagai salah seorang calon ketuanya dan dilihat dia adalah calon yang berada di depan sekali.
Tidak nampak dia akan kalah. Jika dia kalah ia adalah suatu yang ajaib.
Umno dikatakan punya ahli tiga juta. Jika separuh adalah wanita, maka Wanita Umno ada 1.5 juta ahli.
Tiadakah di antara 1.5 juta itu dapat menggantikan Shahrizat yang politiknya sudah tercemar.
Mungkin Shahrizat seorang wanita paling pintar mengalahkan jauh ke belakang Puteri Gunung Ledang yang menolak dengan bijak rombongan meminangnya diketua Laksamana Hang Tuah untuk Sultan Melaka. Atau mendiang Perdana Menteri Britain, Margret Thatcher, wanita besi yang mempelopori dasar penswastaan di negaranya.
Kepintaran yang hebat saja tidak menjadikannya pemimpin yang integriti dan jauh sekali dari menjadikan Wanita Umno sayap politik yang integriti.
Shahrizat telah diruntuhkan oleh perniagaan suami dan anak-anaknya tidak dapat memenuhi sasaran pada waktu yang sepatutnya. Kepincangan perniagaan keluarganya didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara.
Walaupun dia mengaku tidak terlibat dan tidak banyak menngetahui peniagaan suaminya dan bagaimana suaminya dalam pinjaman kerajaan beratus juta, tetapi orang tidak lagi dapat terima dia ada integriti. Tiada yang percaya dia tidak tahu sekalipun betul dia tidak tahu. Politik dan integriti ditentukan oleh persepsi, maka persepsi mengira dia sudah hilang integriti.
Orang Umno sendiri seperti Bung Mukhtar, MP BN dari Sabah menasihatkannya berundur saja kerana Umno tidak dapat jawap bahana persepsi atas perniagaan keluarganya itu.
Perdana Menteri Najib sendiri, malah tidak menyambung senatorshipnya menyebabkan dia hilang kelayakan untuk menjadi menteri. Dia ada sepenggal lagi untuk jadi senator. Kiranya Najib menyambung lagi kerusi senatornya dia boleh terus jadi menteri lagi sehinggalah tamat tempoh penggal kedua itu.
Jika Najib tidak peka integriti itu dipersoal, Najib sambung sambung senatorshipnya. Jika Najib tidak bertindak terhadapnya Shahrizat tentunya masih jadi menteri sekarng.
Walaupun Najib beri dia jawatan lain, tetapi dia adalah menteri yang Najib pilih dan Najib tamatkan perkhidmatannya.
Apabila integriti sebagai menteri terlucut, maka tiada lagi maruah politik baginya dan tidak pantas lagi untuk memimpin sebuah sayap politik terpenting seperti Wanita Umno itu.
Jika Shahriat bermaruah dia tidak tunggu lama sebagai menteri. Dia patut berundur semasa Bung Mukhtar dan Datuk Kamila Ibrahim, Naib Ketua Wanita pertamanya menyeru dia meletakjawatan.
Jika dia ketika itu mengosongkan kerusi Ketua Wanita Umno itu, maka dia dilihat bermaruah dan Wanita Umno sendiri bermaruah. Apabila dia ennggan berundur, sekali gus integritinya dan integriti Wanita Umno tercabut.
Mungkin keengganannya itu merasakan dia perlu menjadi Wanita Umno yanag dipimpinnya itu terus kuat. Mungkin betul Wanita Umno boleh bertambah kuat dengan pimpinannya. Tetap kekuatan itu sama seperti kuat gajah, boleh tarik apa saja, tetapi integriti Umno yang kuat itu seperti integrti gajah. Integiriti yang tidak berotak.
Jika mahukan Wanita Umno ditingkatkan integritinya, Shahrizat jangan bertanding lagi. Biar ada antara 1.5 juta wanita itu boleh menggantikannya. Apabila dia terus menjadi calon, maka dia tidak mahu sayap Umno ada integriti dan apabila Wanita Umno terus menyokongnya, maka Wanita Umno seandiri mahu hidup tanpa integriti.

Sumber HD - 8-10-2013
Betulkah Mukhriz naik tanpa aura bapa?
Subky Latif, | 03 Okt 2013 |
Datuk Mukhriz menolak bahawa kenaikan meandadaknya dalam politik hingga menjadi Menteri Besar Kedah justeru aura bapanya Tun Dr Mahathir.
Mungkin benar bapanya tidak menggalakkan dia menyertai pollitik semasa bapanya masih dalam kekuasaan, tetapi bagaimana Mokhzani boleh jadi rang kuat Umno Bahagian Merbok semasa ketuanya Tun Daim Zainuddin. Bahkan Mokhzani juga jadi orang kuat Pemuda Umno Malaysia masa itu.
Cuma Mokhzani tidak diberi kerusi. Mungkin juga Mokhzani mengira lebih menguntungkan kiranya aura bapanya untuk membolot berbagai-bagai peluang dalam perniagaan daripada mendapat kedudukan dalam politik.
Dengan aura itu dia sudah jadi orang terkaya di negara ini.
Mukhkriz memang pada peringkat awal tidak dapat menumpang aura bapanya. Dia kalah untuk mendapat tempat dalam Pemuda Umno Bahagian Kuang Pasu.
Bukan sekadar Mukhriz saja yang ditolak oleh warga Umno Kubang Pasu, tetapi masa itu Dr Mahathir sendiri gagal dalam usahanya untuk menjadi salah seorang perwakilan Umno Bahagian itu untuk ke Perhimpunan Agung Umno. Bahkan untuk mendapatkan Dewan di Jitra pun ditolak oleh pihak berkuasa tempatan semasa kerajaan BN.
Tetapi sesudah bapanya kembali berpengaruh, pengaruh Osman Arof pun kian pudar, aura politik bapanya itu mulai ada bagi anak bapa itu.
Payah orang percaya dia tidak dapat sedikit aura pun untuk duduk dalam exco Pemuda Umno Malaysia.
Mukhriz boleh dikira tidak banyak masa di Kedah dan dia dibesarkan di luar Kedah. Itu ada antara yang menyebabkan dia kalah peringkat awal untuk dapat kedudukan dalam Pemuda Umno Kubang Pasu.
Bagi orang biasa yang tidak banyak masa dengan Kedah, tidaklah mudah untuk dapat kedudukan dalam politik di negeri itu.
Bukan ganjil bagi anak orang besar Umno untuk dapat kedudukan dalam politik melalui aura bapanya. Najib belum sempat berpoliltik ketika bapanya Perdana Menteri Tun Razak meninggal dunia. Aura bapalah yang menjadikan dia calon bagi menggantikan bapanaya dalam Pillihan Raya Kecil Pekan.
Datuk Seri Hishamuddin juga belum berpolitik semasa bapanya bersara dari Perdana menteri. Pemuda Umno Ledang memberinya laluan. Perdana Menteri Mahathir juga tidak menghalangnya.
Kerana Tun Hussein Onn pernah memberi laluan kepada Abdullah Badawi untuk menjadi Setiauaha Parlimen Wilayah Persekutuan dan dinaikkan setingkat demi setingkat, maka apabila Abdullah dapat kuasa, dia rasa bertanggungjawab untuk membalas yang Hussein Onn pernah beri kepadanya.
Hisham pernah bergocoh dengan Pemuda Umno Ledang peringkat awal dia mendekati Umno. Tetapi aura melupakan semuanya, Hisham menjadi calon walaupun belum banyak pengalaman sebagai aktivis parti.
Jangan ditolak peranan bapanya membantu Mukhriz menjadi calon di Jerlun. Dia bukan aktivis Umno Jerlun. Dia baru ada tempat di Kubang Pasu.
Semua tahu bapanya yang selalu berulang alik ke Langkawi suka anaknya dijadikan calon di Langkawi kalau tidak di Kubang Pasu. Ia diketahui umum. Pak Lah tidak dapat tempatkan anak Mahathir itu di Langkawi dan di Kubang Pasu, maka dia terpaksa diberi di Jerlun yang dia tidak dari bahagian itu.
Kerana aura bapanyalah maka orang kuat Umno Jerlun tidak jadi calon Parlimen Jerlun kerana ia diberikan kepada anak Dr Mahathir. Jika Mukhriz sebagai orang luar dari situ bukan anak Dr Mahathir, adakah dia dijadikan calon di Jerlun?
Jangan sombong untuk kata Najib memberi laluan kepadanya untuk jadi Menteri Besar Kedah bukan kerana dia bukan anak Dr Mahatahir. Semua tahu bapanya mahu anaknya memimpin Umno Kedah. Dan sekarang aura itu juga diperlukan untuk merebut kerusi Naib Presiden Umno. Publisiti untuknya menonjol dari calon lain. Najib juga permainkan aura itu supaya Mahathir tidak banyak ganggu pentadbirannya.

Sumber HD - 3-10-2013
Abu Chin Peng pengganas tidak dikehendaki
Subky Latif, | 02 Okt 2013 |
Semasa saya sekolah Inggeris di Kampung Koh, Sitiawan tahun 1953 dulu ada kawan sekolah saya namanya Ah Boo. Dia anak Chin Peng. Seperti Chin Peng bukan nama sebenar, Ah Boo pun bukan nama sebenar. Maka boleh saya kenali kawan saya itu Ah Boo bin Chin Peng.
Selepas Chin Peng mati atmosfera negara kira penuh dengan jerebu abu Chin Peng. Maka Chin Peng pada saya boleh dinamai baru Abu Chin Peng. Anaknya pula boleh dikenali Ah Boo bin Abu Chin Peng.
Abu Chin Peng berjuang dalam komunis bagi menegakkan pemerintahan komunis. Kerajaan penjajah Inggeris mengharamkan partinya, maka partinya pun mengangkat senjata menentang kerajaan penjajah.
Sebagaimana komunis Rusia mengangkat senjata menentang kerajaan Tzar Rusia dan komunis China mengangkat senjata menentang kerajaan Cheng Kai Shek, komunis Malaya pun mengangkat senjata menentang kerajaan penjajah.
Maka kerajaan Inggeris menggelar anasir komunis Malaya itu pengganas. Di England pun ramai komunis tetapi mereka tidak dipanggil pengganas. Juga di Perancis tidak dipanggil pengganas.
Apabila Malaya merdeka, kerajaan merdeka pula menyambung gelaran pengganas itu kerana komunis tidak meletakkan senjata kerana kerajaan merdeka menyambung dasar Inggeris tidak menghalalkan parti komunis.
Selama-lamanyalah Abu Chin Peng menjadi pengganas. Baik semasa komunis kencang mahu sesudah komunis hancur, Abu Chin Peng tetap menjadi pengganas. Siapa saja yang jadi komunis adalah pengganas, baik yang mengangkat senjata mahupun yang tidak mengangkat senjata, sekadar menyokong saja terus diburu.
Orang yang digelar subersif komunis pun dikira pengganas dan ada akta boleh menangkap dan mengurung tanpa bicara terhadapnya. Orang yang disyaki membantu komunis seperti Tan Sri Abdullah Kok Lanas dan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Dr Mahathir, Siddiq Ghaus dikenakan ISA. Logiknya mereka juga pengganas.
Biasanya yang dianggap pengganas oleh mana-mana kerajaan menghendaki mereka dan memburu mereka hingga ke lubang cacing.
Seperti Amerika, rata-rata orang Islam yang tidak menyokong mereka dicurigai berpotensi mgenjadi pengganas. Dr Mahathir juah lebih pintar dari setengah Setiausaha Agung PBB, tetapi dia orang Islam walaupun sekular, tiada mungkin dijadikan Setiausaha Agung PBB, kerana Islam sekular pun boleh jadi pengganas juga. Apa lagi yang menentang mereka sahlah pengganasnya. Sekalian yang hendak mendaulatkan Islam adalah pengganas yang mesti ditentang dan dihancurkan.
Bagi Amerika, sekalian yang dikiranya pengganas mesti diburu walaupun mereka bukan warga Amerika. Mana pimpinan Taliban yang boleh ditangkap, dibawa ke teluk Cuba yang dikuasai Amerika. Usama Ben Laden tidak dapat ditangkap dan tidak dapat dikesan. Mereka cari hingga ke lurang cacing. Mereka tidak biarkan dia bebas atau menyorok di mana-mana.
Sekalipun Afghanistan sudah Amerika bebaskan dari Taliban dan al-Qaeda, tetapi Ben Laden terus dicari sebab dia dikira pengganas. Setelah dihendak di merata-rata, akhirnya dibunuhnya juga.
Stalin mengira musuh ketatnya Leon Trotsky pengganas yang mengancam kuasanya. Trotsky lari menyorok di Mexico, diburunya ke situ dan dibunuh.
Tiada dalam dunia membiarkan orang yang dianggap pengganas lepas bebas. Hanya Malaysia ada pengganas yang tidak dikehendaki. Semua pengganas selain Abu Chin Peng dikehendaki tetapi Abu Chin Peng saja pengganas yang tidak dikehendaki hidup atau mati. Setelah jadi debu dan abu, Abu Chin Peng tidak dikehendaki.
Terselamatlah Abu Chin Peng dari buruan dan dari pembunuhan. Mungkin seorang saja di dunia jadi sepertinya.

Sumber HD - 2-10-2013
Mengapa Mukhriz tidak pilih ketua pemuda?
Subky Latif, | 27 Sep 2013 |
Dato Mukhriz anak Dr Mahathir telah memilih untuk merebut satu dari tiga kerusi Naib Presiden dalam pemilihan pimpinan Umno. Mengapa dia tidak merebut jawatan Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda Umno yang pernah ditandinginya dalam pemilihan yang lalu?
Dia tidak dapat mengalahkan Khairy Jamaluddin dalam pertandingan tiga penjuru dalam pertandingan itu.
Adalah benar jawatan Ketua Pemuda itu dalam rangking pimpinan parti lebih rendah dari Naib Presiden, maka jika berlaku mana-mana kekosongan dalam dua jawatan teratas – Presiden dan Timbalan Presiden – di luar musim pemilihan, maka yang dipandang dulu untuk mengisinya ialah para Naib Presiden.
Meskipun Ketua Pemuda adalah calon yang layak, tetapi tidak dipandang dulu. Maka mungkin itu sebab Mukhriz berminat lagi. Tetapi adakah itu sebab dia tidak memilih jawatan Ketua Pemuda, malah membiarkan seorang yang dikira proksinya, anak Tan Sri Sanusi Joned untuk mencabar seteru ketatnya, Khairy?
Bagi kedua anak beranak tersohor itu, Mukhriz dan bapanya, orang yang paling dicemburuinya adalah Khairy sejak dia belum menjadi Ketua Pemuda lagi. Famili itulah yang mencipta jolokan budak di tingkat empat yang ditujukan kepada Khairy sejak pentadbiran Tun Abdullah dulu lagi. Malah tidak suka itu mungkin melebihi pada bapa mertua Khairy sendiri.
Jika boleh mereka mahu ketepikan Khairy dulu dari bapa mertuanya, sebab mereka percaya Khairy lebih sudu dari senduk dalam perang dingin antara bapa Mukhriz dengan mertua Khairy.
Maka dengan tidak mencabar Khairy kali ini, Mukhriz dan bapanya membiarkan Khairy terus berada dalam salur galur hiraki pimpinan Umno. Pandangan jauh mereka Khairy boleh menghalang peluang Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. Jika Khairy tidak dipinggirkan, maka itu adalah satu percaturan politik yang silap.
Menyekat Khairy dalam mood semua tidak senangkan bapa mertuanya adalah lebih senang sebelum dia bertapak dalam kuasa Umno.
Usaha menyekat Khairy itu gagal. Mukhriz tidak dapat menggantikan jawatan anak seorang bekas Perdana Menteri lagi apabila jawatan itu dikosongkannya. Khairy yang mengisinya.
Khairy sudah dikira bertapak kuat dalam Pemuda Umno sekalipun dia dipeti sejukkan sekitar empat tahun oleh pentadbiran pro Mahathir. Dengan dia jadi menteri belia dan sukan empat bulan lalu, dia dilihat lebih berwibawa dari menteri yang digantikannya.
Maka dengan keadaan yang terbaru itu adalah payah bagi Mukhriz untuk mengambil alih tempat Khairy itu. Kira Mukhriz hendak menebus kekalahan dulu, eloklah dilupakan. Gerenti Mukhriz akan dikalahkan.
Dengan menyedari peluang itu tipis dan jawatan itu pula rendah dibandingkan dengan Naib Presiden, maka risiko memilih jawatan Naib Presiden itu tidaklah setinggi mencabar Khairy. Mukhriz nescaya lingkup jika berdepan dengan Khairy.
Bukan semua penyandang Naib itu boleh dikecundangkan. Mungkin ada ruang bagi Mukhriz mencelah. Jika sentimen kelab Menteri Besar seperti yang pernah berperanan sejak 40 tahun dihidupkan lagi, peluang itu ada buat Mukhriz.
Sejak zaman Dato Harun Idris jadi Menteri Besar Selangor awal 70-an dan dilanjutkan oleh Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu, kelab Menteri Besar itu mahu ada di kalangan Naib Presiden itu dari Menteri Besar, tidak kira Menteri Besar mana negeri, maka kesempatan menjadi Menteri Besar Kedah adalah menjadi peluang baik buat Mukriz.
Dan kalau percubaan Mukhriz itu gagal, ia tidak terasa sangat, kerana yang kalah bukan dia saja. Ada dua lagi yang kalah bersamanya. Tapi kalau kalah di tangan Khiary, terasa sangat.

Sumber HD - 27-9-2013
PAS sudah bersedia jumpa Umno
Subky Latif, | 27 Sep 2013 |
Selalunya PAS seperti kata al-Marhum Ustaz Fadzil Noor tak bulo’ (bulur) untuk berurusan dengan Umno apabila anjuran Umno mencadangkan supaya kedua-dua parti politik orang Melayu bertemu atas apa-apa tujuan jua.
Dalam suasana demikian tidak putus-putus orang dari berbagai kedudukan bersuara marilah PAS bersama Umno.
Yang terakhir Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin dengan serba galak mengajak lagi PAS supaya bersemuka atau duduk semeja dengan Umno tanpa mempedulikan semboyan kencang PAS belakang ini untuk PAS ganti Umno.
PAS menjelajah seluruh ceruk rantau mengumandangkan PAS ganti Umno dalam masa beberapa tahun ini. Dan PAS tidak main-main. Habis peluh dan air liur dari badan berkempen bagi mencapai PAS ganti Umno.
Seminggu selepas Muhyiddin mempelawa lagi, Presiden PAS Tok guru Haji Abdul Hadi Awang menjawab, ‘Ya PAS bersedia untuk bertemu Umno.
Jika ajak-ajak Muhyiddin itu tidak pernah ditakwil motif dan muslihatnya, maka jawapan Tok guru itu juga tidak perlu ditakwil niat dan politiknya.
Maka semuanya sekarang laksana bola berada di kaki Muhyidin. Tidak usah repot lagi. Mari berjumpa saja. Empat mata tak elok. Walaupun yang ketiga selain mereka berdua adalah Allah, tetapi Islam mengajar supaya ada saksi. Tak usah ditanyalah mengapa Allah menghendaki ada saksi.
Maka sekarang boleh diadakan pertemuan enam mata atau lapan mata atau beberapa orang Umno bersama beberapa orang PAS.
Tak usah ditanya apakah PAS akan tinggalkan Pakatan atau Muhyiddin mahu menyambung semula misi Tun Razak mengadakan hubungan Perikatan-PAS dalam suasana baru BN-PAS demi tujuan politik yang lebih besar.
Tak usah difikirkan itu semua. Kegagalan Razak-Asri itu adalah sejarah pahit untuk semua yang payah difikirkan untuk diulangi.
Tak usahlah masing-masing untuk memikirkan yang besar-besar dan yang mngkin meletupkan sesuatu.
Jangan ingatkan PAS akan tinggalkan Pakatan dan tiada kemungkinan dalam waktu yang terdekat ini sebaik saja Ustaz Hadi bertemu Najib atau Muhyidin, PAS akan keroyok Kit Siang dan DAP. Hanya orang gila akan ingat dan mimpikan itu.
PRU 1974 di mana PAS dan Umno tidak bertembung sama sendiri tak akan berulang lagi kecualilah Umno sudah dipadamkan dari ROS.
Kalau semua itu tidak mungkin, maka buat apa sebok-sebok untuk bertemu? Tentu Muhyiddin lebih tahu dan tidak perlu diberitahu. Tahulah dia apa yang patut dibuat jika ajakannya itu bukan ajak-ajak ayam. Ajak-ajak Muhyidin janganlah sama dengan ajak-ajak ayam.
Mungkin mereka dapat selesaikan isu orang PAS tidak dibenarkan jadi jawatan kuasa masjid boleh diselesaikan. Untuk permulaan mungkin payah sikit membuka jawatankuasa masjid dan surau kepada orng PAS, tetapi sekadar untuk menjadi tok siak tidak mengapa agaknya. Sekarang jadi tok siak pun tak boleh.
Mungkin orang PAS yang jadi guru tidak terhalang lagi untuk jadi guru kanan terutama ketika kementerian pelajaran mahukan guru-guru terbak. Bukan setiap yang jadi PAS akan jadi guru terbaik, tetapi ada antara ahli PAS itu guru yanag baik.
Maka tidaklah mereka akan disekat kenaikan pangkatnya.
Mahyuddin tentu tahu banyak yang perlu diharmonikan jika Umno tidak melihat PAS itu lebih teruk dar hantu raya.
Banyak yang Umno boleh bincangkan dengan PAS. Tidaklah PAS keras kepala. Pernah Anwar Ibrahim semasa jadi TPM bahawa Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor dan Syed Ibrahim Abdul Rahman bertemu denan Dr Mahathir dan Anwar di kediaman Dr Mahathir.
Tak usah bincangkan apa yang dicapai, tetapi PAS telah sambut pelawaan itu.

Chin Peng sudah diberi penghormatan
Subky Latif, | 23 Sep 2013 |
Apa pun status kerakyatan Chin Peng, pemimpin utama Parti Komunis Malaya lebih separuh abad sudah mati dalam buangan di Bangkok menjelang Hari Malaysia baru-baru ini.
Keduduannya dalam sejarah bagi penentang penjajah British, mahukan Malaya merdeka dan apakah dia orang berjasa atau musuh rakyat dan negara akan ditentukan oleh sejarah. Adakah dia rakyat Malaysia atau rakyat British atau rakyat tak bernegara, dia adalah kelahiran Sitiawan, satu daerah dengan saya.
Kami sama-sama orang Sitiawan. Dia berjuang dalam komunis, saya berjuang dalam Islam. Berjuang dalam komunis dikira pengganas, berjuang dalam Islam pun ada yang kata pengganas.
Dia tidak diterima oleh kerajaan pilihan rakyat sebagai orang yang dikehendaki. Dia pun mati di perantauan sama dengan Tun Razak yang juga mati dalam perantuan. Jenazah Tun Razak dibawa pulang dan diberi penghormatan. Mayat Chin Peng diharamkan dibawa pulang, bahkan abunya tida boleh dibawa pulang.
Kira-kira dia orang yang tidak berguna kepada negara dan logiknya tidak perlu dikenang dan diberi penghormatan.
Tetapi kematiannya telah mendapat liputan yang meluas. Berbeza dengan yang diberi kepada pemimpin China yang dikira menderhaka kepada komunis sekalipun mereka komunis. Lin Biao menderhaka kepada Mao Zedung. Orang China tak berapa tahu tentang kemadiannya. Balu Mao dikira mengkhianati perjuangan komunis selepas era Mao, tak tahu orang akan kematiannya. Demikian jaga Nikita Krushchev, Perdana Menteri Soviet yang digulingkan, berita kematiannya hanya sebaris saja.
Tetapi kematian Chin Peng mendapat reaksi oleh sekurang-kurangnya tiga pemimpin penting negara yanag bertanggungjawab atas keselamatan negara iaitu Perdana Menteri Najib, Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein.
Semua publisiti mengenainya adalah buruk, tetapi dalam ilmu komunikasi, publisiti buruk sekalipun adalah publisiti juga. Macam-macam ulasan dibuat tentangnya. Termasuk disebarkan adalah sejarah tidak rasminya.
Orang Malaysia yang tidak tahu mengenainya sebelum matinya, jadi tahu banyak kisah tentangnya. Di mana dia lahir, dibesarkan dan disekolahkan. Gambar rumah dia lahir dan sekolahnya disiarkan.
Cuma mayat dan abu mayatnya tidak boleh dibawa pulang dan tiada tugu dan patungnya didirikan. Tetapi orang tahu banyak mengenainya.
Perdana Menteri Najib muncul di kaca TV untuk tolong menyebarkan berita kematiannya. Walaupun dia bukan yang mula-mula memberitahu rakyat tentang kematian itu, yang diceritakannya ialah mayatnya tidak boleh dibawa pulang kerana rakyat tidak boleh terima yang diperjuangkannya.
Tetapi kesanggupan Perdana Menteri datang mengambil ruang siaran TV yang berharga untuk memberitahu dia tidak dibenarkan dibawa pulang, menunjukkan seolah-olah satu pengiktirafan kepadanya. Kenyataan dan pendirian Najib seolah-olah tidak memadai, bahkan menteri-menteri kanan kerajaan turut memberi reaksi seolah-olah yang mati itu adalah orang penting.
Ikut rentak marah masing-masng pada Chin Peng tiada perlu publisiti diberi oleh media rasmi kerajaan seperti TV dan radio.
Tidak perlu sangat mayatnyua dibawa pulang. Diberi publisiti meluas pun adalah memadai. Sedikit sebanyak, tanpa disedari oleh badan perang saraf, Chin Peng sudah dihormati bahkan oleh pemimpin kerajaan yang sekadar kata, Chin Peng adalah musuh rakyat.

Sumber HD - 23-9-2013
Siapa ulama ganti Mat Sabu?
Subky Latif, | 13 Sep 2013 |
Masyarakat di luar PAS sedang mencari siapa daripada kalangan ulama dalam PAS yang hendak dicalonkan bagi mengganti Mohamad Sabu?
Mungkin daripada kalangan PAS sendiri yang terdiri mereka yang berpendirian bahawa Timbalan Presiden mesti ulama juga mencari orang yang boleh menang menggantikan Mat Sabu. Apakah perwakilan PAS di era kepimpinan ulama bersedia menggantikan pimpinan tertingginya dengan seorang yang lain tidak dipastikan.
Bagaimana pun perwakilan PAS pernah menggantikan Timbalan Presidennya Ustaz Hassan Shukri dengan seorang yang lain, tetapi ada kalangan yang mengira keputusan itu tidak bijak kerana ganti Ustaz Hassan itu gagal memenuhi piawaian yang diperlukan. Ketiadaan Ustaz Hassan dirasakan satu kehilangan.
Ketahanan berpolitik, keupayaan pimpinan dan wibawanya tidaklah kurang dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain. Jika orang kata dia banyak merugikan PAS, belum ada hal-hal memungkinkan dia dikenakan tindakan disiplin atau tidak diingini berada dalam pimpinan seperti yang pernah berlaku kepada satu dua pimpinan sebelum ini.
Jika dia kalah dalam pillihan raya baru-baru ini bukan disebabkan dia ditolak oleh pengundi PAS, tetapi mungkin dia tidak dapat sokongan undi atas pagar yang menjadi penentu dalam kawasan seperti itu.
Jika kalah itu dikira dia ditolak, Tok Guru Nik Aziz pernah kalah di Bachok dalam PRU 1982, Ustaz Hadi pernah kalah di Marang dan Ustaz Fadzil Noor hanya sekali menang di Pendang. Kalau kerana kalah piliihan raya, maka Mat Sabu mesti digantikan, maka Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man juga kalah dalam PRU lalu.
Mengapa masing-masing mencari tokoh ulama bagi menyaingi Mat Sasbu bukan kerana keupayaan berpolitik dan kepimpinan Mat SAbu, tetapi dia bukan dari golongan ulama.
Biasanya selepas PAS mengatasi krisis kepimpinannya dalam awal tahun 1980-an jawatan nombor satu dan nombor dua itu disandang oleh ulama. Konsep kepimpinan ulama yang diketengahkan PAS tahun 1982 ditafsirkan oleh setengah kalangan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden mesti dari ulama.
Kerana itulah Dato Mustafa Ali, seorang yang disegani dalam PAS tidak berjaya menyaingi Ustaz Hassan Shukri untuk menjadi Timbalan Presiden. Tidak ada apa-apa masalah pada Mustapa tetapi perwakilan PAS masa itu mengira jawatan itu untuk ulama.
Tetapi antara yang mentafsirkan jawatan parti itu tidak semestinya ulama walaupun PAS berpegang kepada konsep kepimpinan ulama ialah Mustafa Ali sendiri kerana itulah dia pernah bertanding untuk jawatan itu. Mustafa adalah Ketua Dewan Pemuda yang bertanggungajwab mengemukakan usul konsep kepimpinan ulama itu tahun 1982 dulu.
Mat Sabu dan Husam Musa adalah antara yang sependapat dengan Mustafa Ali. Mat Sabu adalah Eksko Dewan Pemuda PAS Pusat ketika usul itu dibentangkan dulu.
Sekalipun kebanyakan orang PAS mengira jawatan Timbalan Presiden itu adalah untuk ulama, tetapi mereka juga memerhatikan wibawa politik tokoh ulama itu apakah kepimpinannya meyakinkan atau sebaliknya. Majoriti memberikan undi kepada Mat Sabu kerana mereka yakin Mat Sabu lebih berwibawa.
Walaupun ulama masih relevan untuk memimpin PAS, tetapi wibawa dan keyakinan tetap menjadi perhatian PAS.
Tokoh ulama yang berwibawa itu dipercayai ada dan ramai, buat masa ini belum ada yang menyerlah seperti golongan ulama yang mengambil alih pimpinan dari zaman Dato Asri dulu.
Ustaz Nik Aziz sudah lama berada dalam pimpinan Dato Asri, tetapi beliau hanya menyerlah selepas pucuk pimpinan bertukar. Apakah suasana seperti itu berulang?

Sumber HD - 13-9-2013
Mukhriz macam tidak beradab
Subky Latif, | 11 Sep 2013 |
Demi berpolitik dan menunjukkan ada kuasa, Dato’ Mukhriz yang baru menjadi Menteri Besar itu boleh bertindak apa saja bagi menidakkan langkah yang diambil oleh Menteri Besar Tan Sri Azizan Razak dulu.
Ketika beliau menemui Tan Sri Azizan di hospital sebaik mengambil alih kuasa, semasa Azizan masih boleh bercakap lagi, pesannya pada Mukhriz, usahakan apa jua kiranya menyambung pengurusan kolej Insaniyah yang kurang dana itu.
Tanpa bantuan kerajaan pusat, Tan Sri Azizan berjaya membangunkan kampus baru Insaniyah yang tersergam di Kuala Ketil dan dapat membangunkan fakulti perubatan untuk pelajar dalam dan luar negeri dengan modul menerapkan unsur rawatam Islam. Apabila mereka menjadi doktor nanti mereka ada pengetahuan tentang adab dan rawatan Islam.
Terserahlah kepada kerajaan baru menentukan tindakan selanjutnya.
Maka Mukhriz pun menggunakan kebijaksanaannya memindahkan kampus Insaniayah ke kampus lama dan berusaha menjual kampus Kuala Ketil itu kepada mana-mana pihak yang bersedia untuk membidanya.
Dia mulanya tidak bersedia mengambil tanggungjawab atas apa yang dirancang oleh pentadbiran dulu dan mahu manyambung usaha kerajaan yang mengasaskan institusi itu sebelum itu.
Yang dialami oleh pelajar yang terpaksa pindah ke kampus lama, adalah natijah yang terpaksa ditanggung apabila berubahan kuasa berlaku. Orang politik Maciavelli boleh menghalalkan apa saja dan boleh mengharamkan apa saja. Ia boleh tidakkan apa saja oleh pentadbiran lalu.
Tetapi sebagai orang Melayu yang mengaku menjunjung Raja, baik Melayu lama mahupun Melayu baru yang pernah diwawaskan oleh ayahndanya, sayugialah memelihara adab-adab Melayu beraja itu.
Mukhriz boleh persetankan apa yang Azizan buat tetapi Mukhriz tidak boleh perkecilkan apa yang raja pernah cemar.
Azizan tidak mempolitikkan apabila memberi penghormatan ke bawah Duli Yang Dipertuan selaku Sulltan Kedah untuk merasmikan kampus baru di Kuala Ketil itu. Sebagai orang politik Azizan boleh mengambil faedah politik merasmikan sendiri kampus itu. Tetapi adab orang Melayu Islam yang memuliakan raja dan raja itu pula adalah ketua agama Islam di negeri, maka Yang Dipertuan Agong telah mencemar duli melakukan perasmian kampus itu.
Dan adalah tanggungjawab mulia Raja menunaikan tugas itu. Insaniyah dan kampusnya bukan hak Azizan dan kerajaan partinya lagi tetapi ia adalah kepunyaan Sultan, rakyat dan kerajaan baik parti mana saja yang memerintah.
Mukhriz boleh benci Azizan dan boleh benci PAS, tetapi Mukhriz mesti beradab kepada Raja. Tidak sampai setahun Seri Paduka mencemar duli merasmikan kampus itu, kampus itu hendak dijual. Maka kehadiran Raja dulu tidak memberi apa-apa erti. Sekalipun kehadiran baginda dulu sebagai Sultan Kedah, tetapi baginda adalah Yanag Dipertuan Agong.
Untuk melaksanakan tanggungjawab itu, baginda telah meninggalkan lain-lain tugas Yang Dipertuan Agong.
Tidaklah dikira terlepas pandang Mukhriz itu memperkecil kehadiran Raja dulu sebagai menderhaka, tetapi ia cuma anak bekas Perdana Menteri yang tidak beradab.
Mungkin yang Azizan atur dulu berpolitik tetapi apabila Raja perkenan turun padang ia bukan politik lagi. Azizan barang dijauhkan Allah tidak memperalatkan Raja menetapkan baginda merasmikannya.
Sepatutnya seorang Menteri Besar beraja, dia jaga adab. Sebenci mana dia pada Aizan dan Pakatan Rakyat, dia patut jaga acara rasmi yang Raja perkenan tidak dibakul sampah. Jika ada tidak kena pada kehadiran Raja, dia mesti cari jalan supaya kehadiran Raja itu dilihat mulia.
Mukhriz perlu jaga juga nama baik bapanya, supaya jangan orang kata anak Perdana Menteri pun tak tahu adab.

Sumber HD - 11-9-2013
Khutbah kata, Dr Burhanuddin pejuang kemerdekaan
Subky Latif, | 05 Sep 2013 |
Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor menyarankan supaya sejarah kemerdekaan dikaji dan ditulis semula.
Ramai yang berkongsi pandangan dengannya kerana selama 56 tahun kemerdekaan, sejarah itu seolah-olah hak Umno saja. Perjuangan kemerdekaan digambarkan bermula dari penolakan Malayan Union dan dikepala oleh Tunku Abdul Rahman saja.
Kurang seminggu selepas Khalid menyuarakan pandangannya itu, saya bagaikan terasa sejarah itu sudah mulai ditulis semula.
30 0gos hari Jumaat. Saya solat Jumaat di Wilayah Persekutuan. Khutbah Jawi hari itu ialah tentang kemerdekaan negara.
Terkejut saya kerana khutbah yang dibaca khatib menyebut bahawa al-Marhum Dr Burhanuddin al-Hilmy adalah salah seorang dari pejuang utama kemerdekaan negara.
Khutbah itu adalah salah satu pandangan rasmi kerajaan. Tidak pernah sebarang kenyataan rasmi kerajaan selama 56 tahun lalu menyebut tokoh PAS itu pejuang atau pelopor kemerdekaan negara kita. Hanya Dato Kamaruddin Jaafar dan rakan-rakannya dalam PAS mengira bapa kemerdekaan sebenarnya ialah Dr Burhanuddin.
Khtubah Jumaat Jawi itu sekadar menyebut beberapa nama orang bersejarah sebagai pejuang kemerdekaan. Diakuinya antara pejuang itu ialah Mat Kilau. Tokoh Umno disebutnya seorang saja iaitu Tunku Abdul Rahman Putra dan tokoh pembangkang dari PAS seorang juga iaitu Dr Burhanuddin.
Yang lain-lain tidak disebut, memadai ia sekadar menyebut, ‘......dan lain-lain.’ Agaknya antara yang dimaksudkan ialah Pak Sako, Ibrahim Yaakub, Tun Razak dan Ahmad Boestamam.
Walaupun Malayan Union ada disentuh tetapi khutbah itu tidak menyebut nama Dato Onn Jaafar. Dia adalah orang penting yang menumbangkan Malayan Union jika Malayan Union itu hendak dimasukkan sebagai satu sejarah dalam sejarah kemerdekaan.
Kalau Umno itu dikira sebagai pelopor agen kemerdekaan, maka yang menubuhkan Umno ialah Dato Onn, tetapi namanya tidak disebut dalam khutbah Jawi itu. Yang disebut Tunku sebagai mewakili pihak Umno. Adapun Dr Burhanuddin tidak dipertikai oleh pembangkang bahawa dia memang terlibat memperjuangkan kemerdekaan lama sebelum Tunku muncul dalam politik.
Di luar masjid ramai orang yang dipercayai setuju sejarah kemerdekaan itu ditulis semula menyatakan terkejutnya nama Dr Burhanuddin disebut.
Moga-moga tiada Umno totok membantah Jawi mengedarkan khutbah yang memecahkan monopoli sejarah kemerdekaan itu adalah hak dan milik Umno saja. Moga-moga ia bukan yang pertama dan yang terakhir menyuarakan penilaian semula sejarah itu.
Tanda sejarah itu cuba dibaharui ialah apabila Yang Dipertuan Agong pada hari keputeraan baginda dua bulan lalu menganugerahkan gelaran Tan Sri kepada Ustaz Azizan Razak, menjadikan beliau orang PAS pertama dalam masa 56 tahun merdeka diberi pengiktirafan oleh kerajaan.
Tok Guru Nik Aziz 23 tahun jadi Menteri Besar Kelantan dan sepanjang hidupnya berdakwah, tidak terfikir sebelum ini kerajaan BN hendak merakam sejarahnya dengan memberi Tan Sri dan Tokoh Maal Hijrah kepadanya.
Bermula dengan sejarah Tan Sri Azizan itu, nampaknya sejarah sudah tidak wajar dan tidak boleh digelapkan lagi. Mungkin menggelapkan sejarah juga satu dari kerja kongsi gelap.

Sumber HD - 5-9-2013
Tun M terus tentang TPPA
Subky Latif, | 04 Sep 2013 |
Bukan saja pembangkang dan pimpinan NGO yang penting meneruskan kempen menentang gagasan Perkongsian Trans Pasifik, malah Dr Mahathir sendiri mengulangi gesaannya supaya Malaysia menolak muafakat yang dipercayai dikepai oleh Amerika itu.
Baginya menjadi sebahagian dari perkongsian akan menjadi negara ini hilang kemerdekaan, saudagar Amerika akan bolot kekayaan dan ekonomi negara kita, syarikat Amerika yang lebih banyak modal akan bukan sekadar jadi sama hak dengan orang/syarikat Malaysia, malah status mereka menyamai bumiputera.
Dari apa yang Dr Mahathir bayangkan itu saya terfikir dengan kedatangan pelayar Peringgi hendak membeli sebidang tanah di Melaka sebesar sebidang belulang lembu. Apa yang Peringgi dapat buat dengan tanah seluas kulit lembu?
Raja Melaka setuju jual tanah secuit itu dengan harga yang tinggi. Dengan persetujuan itu Peringgi tipu raja kita. Dijadikan belulang itu sepanjang-panjang tali, Bila tati dicantum jadilah tanah yang dibelinya itu seluas tali yang tercantum. Tiada dapat Raja Melaka berbuat apa-apa kerana perjanjian sudah disetujui.
Maka itulah mulanya Tanah Melayu dijajah. Agaknya demikian Malaysia akan dijajah semula dengan Pengkongsian Trans Pasifik yang dikepalai Amerika itu. Amerika akan jadi Peringgi baru dan Perdana Menteri Najib akan jadi seperti Raja Melaka.
Tentangan Dr Mahathir bukan sekadar dia dengar dan dia kaji dari sumber luar, dia terus tentang gagasan itu setelah mendengar penjelasan Tok Menteri Mustapa Mohamad. Menteri itu adalah orang paling banyak maklumat tentnang perkongsian itu. Dia dikira orang yang tahu akan untung rugi perkongsian itu.
Setelah dia dengar, Dr Mahathir menentang gagasan itu, dia datang mendapatkan Mahathir menerangkan tentang semua yang dilakukannya untuk menjadi TPP lebih menguntungkan Malaysia dan dia tentunya cuba meyakinkan Mahathir bahawa TPPA boleh menguntungkan dan Dr Mahathir tidak perlu bimbang.
Dia ingat Mahathir itu seperti orang Umno Jeli. Apa yang dia kata budak-budak Umno pun mengangguk. Tetapi Mahathir dalam hal TPPA ini adalah seperti pengundi di Kelantan. Apa Umno beri mereka terima, dan apa yang Mustapa kata depa tidak bantah, apabila mengundi mereka tak undi BN. Mahathir dengar apa Mustapa kata, apabila Mustapa keluar pejabatnya, Dr Mahathir ulangi supaya Malaysia jangan bodoh menyertai perkongsian itu.
Mahathir yang mengawal Umno supaya ia terus berkuasa lantang menentangnya kerana tidak mahu Malaysia dijajah semula. Mahathir adalah orang paling getik dengan pembangkang. Tapi dalam isu TPPA dia tidak boleh bersama kerajaan.
Pertama dia kenal Mustapa lebih dari orang lain. Menteri di bawahnya dulu. Dia boleh buat kerja apa yang disuruh, mungkin kira-kira seperti kerani. Tetapi untuk berunding dengan Orang Putih belum meyakinkan.
Pengetahuannya tentang perairan ekonomi Kelantan pun tak cukup tahu, justeru disangkanya Kelantan tiada hak atas royalti minyak. Jika hak rakyat Kelantan pun dia sanggup gadai, maka dia boleh jual apa yang Amerika hendak beli mengikut syarat Amerika.
Dia jadi pemimpin Umno Kelantan, apa yang dia dapat buat untuk menawan Kelantan setakat ini. Mungkin tiada orang lain yang cerdik untuk jadi ketua Umno Kelantan. Jika dibandingkan dengan Ibrahim Ali jauhlah Ibrahim Ali lebih lincak daripadanya. Mahathir kenal sangat keupayaannya untuk berunding dengan Amerika.
Mahathir menentang pembangkang sekarang kerana tak mahu Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Dia kata Anwar akan jual negara pada Amerika. Tapi sekarang Najib sedang berkira jual negera pada Amerika. Maka tentangan Mahathir terhadap TPPA tidak terhenti di situ saja. Dia mesti teruskan supaya jangan Najib jual Malaysia melalui TPPA. Lupakan Anwar bersama pembangkang, tetapi marilah bersama pembangkang sebagai usaha menghalang Najib sertai TPPA.

Sumber HD - 4-9-2013
MB selangor boleh tulis semula sejarah
Subky Latif, | 03 Sep 2013 |
Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor telah mengulangi apa yang pernah disuarakan oleh Dato Kamaruddin Jaafar, Jawatan Kuasa PAS Pusat supaya sejarah negara kita ditulis semula. Khalid bagaimana pun lebih spesifik menekankan sejarah kemerdekaan negara perlus dikaji dan ditulis semula.
Suara kedua-duanya adalah betul kerana sejarah yang dibukukan sesuai dengan selera pemimpin Umno. Ada yang mengira kemerdekaan itu mulai disuarakan bersama Malayan Union dan ada pula mengira ia dimulai oleh Tunku Abdul Rahman Putra setelah menggantikan Dato Onn sebagai pemimpin Umno tahun 1951 sedang pekikan MERDEKA itu mula dilaungkan oleh Ahmad Boestamam pada penubuhan Partai Kebangsaan Melayu Malaya tahun 1946.
Reaksi saya kepada Kamaruddin Jaafar dulu ialah jangan tunggu orang tulis semula tetapi dialah yang mesti mula menulisnya. Demikian juga reaksi saya kepada Khalid ialah dengan menyeru supaya sejarah itu ditulis semula, tidak ada yang akan menulisnya, dan bercadang untuk menulisnya juga ia tidak akan ditulis, tetapi jika kita mula menulisnya dan menulis hari-hari, insya-Allah penulisan semula sejarah kemerdekaan itu akan disempurnakan.
Saya percaya Khalid dalam keadaan yang berupaya untuk memulakan penulisan semula itu. Dia ada Menteri Besar Selangor dan Selangor mempunyai keadudukan ekonomi dan kewangan yang kuat berupaya melancarkan gerakan penulisan semula sejarah yang dimaksudkan dan juga lain-lain sejarah.
Selangor juga mempunyi syarikat yang gagah yang berupaya mengeluarkan peruntukan bagi mengumpulkan pakar sejarah bagi menulis sejarah yang tepat. Ahli-ahli sejarah yang berwibawa dan ada integriti tidak perlu membuat kajian semula. Sudah ada dalam pengetahuan mereka apa sejarah yang benar dan apa yang tidak tepat.
Yang perlu bagi mereka ialah untuk mula menulis. Jika Selangor boleh mengadakan peruntukan yang secukupnya, saya kira sebelum Khalid berundur dari MB Selangor empat lima buah buku sejarah dapat diterbitkan.
Jika Khalid sedia melambakkan duit di depan saya, seperti yang syarikatnya beri sekian juta untuk kemajuan golf atau memberi gaji beratus ribu sebulan kepada pemimpin Syabas, dengan belanja yang tidak boros, saya percaya kita boleh keluarkan bukan saja buku sejarah kemerdekaan negara, bermacam-macam sejarah Selangor dan raja-raja Selangor pun boleh diterbitkan.
Saya percaya Prof. Rithuan Othman, Prof. Dato Mohamad Abu Bakar, ahli sejarah Islam Kamaruzaman Yusof, Khoo Kay Kim dan lain-lain bila-bila masa bersedia memberikan masa untuk menyediakan buku masing-masing.
Dr Mazlee Malik dari UIA juga adalah seorang yang tahu sejarah. Dia pun ada hajat hendak menulis buku sejarah sebelum dia mati.
Masalahnya sekarang buku sejarah yang tidak dijadikan buku teks di sekolah tidak ada yang hendak menulisnya. Mungkin pasarannya tidak besar dan penerbit pula tidak minat jika pasarannya kecil.
Tetapi jika insentif dapat diadakan maka akan berlumba-lumbalah orang hendak menulis apa lagi yang ditulis itu adalah yang benar dan yang tepat.
Mungkin Khalid tidak cukup masa untuk membuat penyelidikan dan menulis setekun mungkin disebabkan tugas dan amanah besar mentadbir Selangor dan rakyatnya yang otak masng-masing tak sama, tetapi dengan membentuk satu badan amanah dengan dana yang secukupnya, memberi suasana yang kondusif kepada ahli-ahli sejarah untuk menulis subjek yang mereka sangat suka, kita akan dapat nanti lambakan buku sejarah yang bernilai.
Tapi sekadar suruh Ramlah Adam tulislah semula sejarah negara, belum tentu dia tulis. Jika dia tidak tulis, kita yang tulis.
Suara kedua-duanya adalah betul kerana sejarah yang dibukukan sesuai dengan selera pemimpin Umno. Ada yang mengira kemerdekaan itu mulai disuarakan bersama Malayan Union dan ada pula mengira ia dimulai oleh Tunku Abdul Rahman Putra setelah menggantikan Dato Onn sebagai pemimpin Umno tahun 1951 sedang pekikan MERDEKA itu mula dilaungkan oleh Ahmad Boestamam pada penubuhan Partai Kebangsaan Melayu Malaya tahun 1946.
Reaksi saya kepada Kamaruddin Jaafar dulu ialah jangan tunggu orang tulis semula tetapi dialah yang mesti mula menulisnya. Demikian juga reaksi saya kepada Khalid ialah dengan menyeru supaya sejarah itu ditulis semula, tidak ada yang akan menulisnya, dan bercadang untuk menulisnya juga ia tidak akan ditulis, tetapi jika kita mula menulisnya dan menulis hari-hari, insya-Allah penulisan semula sejarah kemerdekaan itu akan disempurnakan.
Saya percaya Khalid dalam keadaan yang berupaya untuk memulakan penulisan semula itu. Dia ada Menteri Besar Selangor dan Selangor mempunyai keadudukan ekonomi dan kewangan yang kuat berupaya melancarkan gerakan penulisan semula sejarah yang dimaksudkan dan juga lain-lain sejarah.
Selangor juga mempunyi syarikat yang gagah yang berupaya mengeluarkan peruntukan bagi mengumpulkan pakar sejarah bagi menulis sejarah yang tepat. Ahli-ahli sejarah yang berwibawa dan ada integriti tidak perlu membuat kajian semula. Sudah ada dalam pengetahuan mereka apa sejarah yang benar dan apa yang tidak tepat.
Yang perlu bagi mereka ialah untuk mula menulis. Jika Selangor boleh mengadakan peruntukan yang secukupnya, saya kira sebelum Khalid berundur dari MB Selangor empat lima buah buku sejarah dapat diterbitkan.
Jika Khalid sedia melambakkan duit di depan saya, seperti yang syarikatnya beri sekian juta untuk kemajuan golf atau memberi gaji beratus ribu sebulan kepada pemimpin Syabas, dengan belanja yang tidak boros, saya percaya kita boleh keluarkan bukan saja buku sejarah kemerdekaan negara, bermacam-macam sejarah Selangor dan raja-raja Selangor pun boleh diterbitkan.
Saya percaya Prof. Rithuan Othman, Prof. Dato Mohamad Abu Bakar, ahli sejarah Islam Kamaruzaman Yusof, Khoo Kay Kim dan lain-lain bila-bila masa bersedia memberikan masa untuk menyediakan buku masing-masing.
Dr Mazlee Malik dari UIA juga adalah seorang yang tahu sejarah. Dia pun ada hajat hendak menulis buku sejarah sebelum dia mati.
Masalahnya sekarang buku sejarah yang tidak dijadikan buku teks di sekolah tidak ada yang hendak menulisnya. Mungkin pasarannya tidak besar dan penerbit pula tidak minat jika pasarannya kecil.
Tetapi jika insentif dapat diadakan maka akan berlumba-lumbalah orang hendak menulis apa lagi yang ditulis itu adalah yang benar dan yang tepat.
Mungkin Khalid tidak cukup masa untuk membuat penyelidikan dan menulis setekun mungkin disebabkan tugas dan amanah besar mentadbir Selangor dan rakyatnya yang otak masng-masing tak sama, tetapi dengan membentuk satu badan amanah dengan dana yang secukupnya, memberi suasana yang kondusif kepada ahli-ahli sejarah untuk menulis subjek yang mereka sangat suka, kita akan dapat nanti lambakan buku sejarah yang bernilai.
Tapi sekadar suruh Ramlah Adam tulislah semula sejarah negara, belum tentu dia tulis. Jika dia tidak tulis, kita yang tulis.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-9-2013
Shahrizat pertahan ketua wanita Umno
Subky Latif, | 01 Sep 2013 |
Sekalipun rata-rata dalam kalangan Umno dan di luar Umno mengira Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah liabiliti kepada Umno dan khusus Wanita Umno sendiri, tetapi Shahrizat tetap tidak berganjak akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya.
Ramai pula dari kalangan pimpinan Wanita Umno menyokongnya dan mahu dia terus dengan jawatan itu.
Apakah dia seorang pimpinan yang baik atau sebaliknya, ia adalah masalah Umno khususnya Wanita Umno seandiri. Jika ia buruk ialah adalah masalah Umno dan Umno dan Wanitanyalah yang akan menanggung bebannya.
Jika ia baik pun, dengan segala masalah yang dihadapi, tidak perlulah hendak dibangkit apa yang berlaku yang dialami oleh keluarganya dan dia seandiri pun sudah menerima tempiasnya, maka tidaklah banyak yang menguntungkan partinya.
Pembangkang Pakatan Rakyat tidak pula rugi besar kalau dia menang lagi dan tidak pula banyak untungnya kalau dia melepaskan jawatan itu atau Wanita Umno memilih orang lain.
Untuk negara, Shahrizat tidak lagi mendatangkan apa-apa keuntungan. Tidak banyak lagi yang dapat dibuatnya dari segi politik kiranya dia menang. Dia sudah tidak menjadi calon dalam pilihan raya umum lalu dan kedudukannya sebagai senator pun tidak disambung. Setakat ini hanya satu keajaiban saja yang memungkinkannya jadi menteri semula.
Semua jawatan itu terlucut daripadanya pada masa dia masih ketua Wanita Umno lagi. Sejak wanita diangkat menjadi menteri hanya dalam lima tahun terakhir ini Wanita Umno tidak diwakili dalam kabinet. Mula-mula lepas PRU 2008 apabila Tun Abdullah Badawi menggugur Rafidah Aziz dan Shahrizat kalah dalam pilihan raya.
Wanita dalam kabinet tidak lagi diwakili oleh Wanita Umno. Kemudian Najib apabila mengambil alih Pedana Menteri menjadikan Shahrizat senator dan jadilah dia menteri semula. Tetapi kerana yang menimpa keluarganya, Najib tidak menyambung khidmat Shahrizat.
Itu latar belakanganya dan dia tidak banyak peranan lagi dalam kerajaan selain dari jadi Ketua Wanita Umno kalau dikekalkan.
Dengan imej yang ada padanya, akan jadi momok orang semua kepada Wanita Umno bahawa dalam era transformasinya, itulah rupa transfomasi Wanita Umno dan itulah nilai transformasi yang Najib dapat buat dalam Umno.
Dan apabila orang luar tanya siapa pemimpin Wanita Umno? Orang pun berkata begitu dan begini.
Pada pembangkang, ia adalah suatu yang baik. Saya tidak mahu mengatakan tokoh-tokoh wanita dalam Pakatan Rakyat baik dan bernilai belaka. Masing-masing ada kelemahan, tetapi dengan Shahrizat sebagai ketua Wanita Umno, maka ia dapat menguntungkan wanita Pakatan Rakyat kerana mereka setakat ini orang yang tiada masalah.
Mungkin orang tidak tertarik dengan wanita Pakatan Rakyat, tetapi kerana orang melihat ketua Wanita Umno adalah orang bermasalah dalam politik, maka jadi baiklah wanita-wanita Pakatan Rakyat.
Apabila calon Naib Presiden Umno pula antaranya Isa Samad dan Musa Aman, orang yang dikaitkan dengan banyak masalah, dan jika mereka semuanya menang, maka semuanya akan menjadikan Umno perlahan-lahan menjadi kayu buruk.
Kekuatan dan kehebatan yang ada pada Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin Pemuda Umno tidak terdaya membawa Umno berlari laju kerana ia terpaksa menarik gerabak usang.
Dari segi politik pembangkang eloklah Umno dipenuhi oleh kayu reput belaka. Orang kata, mereka bukan sokong pembangkang tapi Umno rata-rata kayu reput. Di situlah untungnya pembangkang.

Sumber HD - 1-9-2013
Siapa naib presiden baru Umno?
Subky Latif, | 30 Ogs 2013 |
Sekali pun Najib pernah menyatakan dia bersikap terbuka jika dia cabar dalam pemiliihan Presiden Umno hujung tahun ini, tetapi ruang yang dibuka itu seperti menutup jalan kemungkinan adanya cabaran itu. Secara spontan timbul sangkaan banyak pihak bahawa tidak terbuka hati melihatnya dicabar sekalipun prestasi PRU13 adalah lebih buruk daripada pencapaian Tun Abdullah Badawi sebelumnya.
Jika pencapaian buruk Pak Lah membuka medan dia dicabar. Jika tiada siapa mahu mencabar Pak Lah, Tengku Razaleigh sedia. Jika sekarang tiada yang hendak mencabar Najib, Ku Li juga bersedia. Tetapi dengan apa yang dikatakan Najib tentang keterbukaannya dicabar, menjadikan peluang Ku Li dapat mencabar Najib lebih payah dari mencabar Pak Lah.
Yang menyulitkan Ku Li dulu disebabkan adanya cabaran dalam selimut oleh Najib. Tetapi dengan kosong kemungkin Najib dicabar oleh Muhyidin Yasin, pun peluang itu tertutup bagi Ku Li.
Suasana selesa Najib itu ditumpang selesa sama oleh Muhyidin.
Cuma belum tentera selesa ialah kerusi Naib Presiden. Tidak semua pemegang jawatan sekarang selesa. Tidaklah ketiga-tiganya gugur, tetapi antaranya mungkin gugur.
Siapa antara Zahid Hamidi, Hishamuddin Husein dan Shafie Afdal akan gugur tidak dipastikan. Tetapi dengan tawaran yang dibuat oleh Ali Rustam, Isa Samad dan Musa Aman boleh menyebabkan ada yang menunggu itu gugur. Terutama apa yang mencabar itu Ketua Menteri Sabah sendiri.
Mungkin penyertaan Musa Aman itu tidak dirasakan mengancam penyandang dari Semenanjung. Ia lebih dillihat satu masalah bagi Shafie Afdal jika perwakilan Umno belum bersedia ada dua Naib Presiden dari Sabah.
Adakah Umno sudah bersih dari semangat kedaerahan? Jika semuanya sudah terbuka maka tiada sebarang keraguan buat Shafie Afdal. Shafie beroleh kedudukan itu dulu bukanlah disebabkan oleh ketokohannya yang menonjol, tetapi peluang itu dirasakan Umno memerlukan perhatian orang dari Sabah.
Kuasa Umno/BN terselamat dalam PRU 2008 adalah kerana sumbangan solid dari Sabah dan Sarawak. Dan kuasa itu sendiri goyang ketika itu adalah keinginan antara orang di Sabah mahukan perubahan dan siapa yang menilai sumbangan Sabah itu penting.
Sedar akan ancaman Sabah itu, BN berupaya menyelamatkan ancaman 16 September, 2008, tetapi bagi menjamin sokongan Sabah itu kekal, bukan sekadar memberi banyak tempat dalam kerajaan kepada orang Sabah, maka perlu diberi kedudukan penting dalam Umno kepada orang Sabah. Maka nasib memihak kepada Shafie.
Tetapi adakah Umno mahu dua orang Sabah jadi Naib Presiden? Jika Umno sudah terbuka, tiada apa yang membimbangkan Shafie, tetapi ia mengancam kedudukan dua Naib dari Semenanjung, Zahid dan Hishamuddin. Hanya seorang saja dari semenanjung boleh jadi Naib.
Itupun kalau Ali Rustam dan Isa Samad tidak menjadi cabaran yang berpotensi. Kalau keduanya atau salah seorang daripada mereka ada nasib, kedua-dua Naib dari Semenanjung yang ada itu mungkin terlepas peluang.
Kedua-dua Ali Rustam dan Isa Samad adalah orang yang pernah menjadi Naib Presiden bersama Mahyuddin dulu. Masa itu kedua-duanya lebih kanan dari Muhyiddin. Apakah kedua-duanya masih ramai orang yang seangkatan dalam perwakilan. Jika penyokong lama masih ramai, jika sentimen mahu wakil orang lama terus ada dalam Umno, ia mengurangkan peluang Zahid dan Hishamuddin untuk kekal.
Apakah pemimpin kali ini mengulang perlumbang yang sengit lagi? Memandang ramai orang-orang terkenal tidak sedia bertanding Majlis Tertinggi, mungkin di bawah Najib orang lebih sayangkan Umno dari mencari kedudukan ssendiri. Adakah ini kehebatan Nailb?
Jika pencapaian buruk Pak Lah membuka medan dia dicabar. Jika tiada siapa mahu mencabar Pak Lah, Tengku Razaleigh sedia. Jika sekarang tiada yang hendak mencabar Najib, Ku Li juga bersedia. Tetapi dengan apa yang dikatakan Najib tentang keterbukaannya dicabar, menjadikan peluang Ku Li dapat mencabar Najib lebih payah dari mencabar Pak Lah.
Yang menyulitkan Ku Li dulu disebabkan adanya cabaran dalam selimut oleh Najib. Tetapi dengan kosong kemungkin Najib dicabar oleh Muhyidin Yasin, pun peluang itu tertutup bagi Ku Li.
Suasana selesa Najib itu ditumpang selesa sama oleh Muhyidin.
Cuma belum tentera selesa ialah kerusi Naib Presiden. Tidak semua pemegang jawatan sekarang selesa. Tidaklah ketiga-tiganya gugur, tetapi antaranya mungkin gugur.
Siapa antara Zahid Hamidi, Hishamuddin Husein dan Shafie Afdal akan gugur tidak dipastikan. Tetapi dengan tawaran yang dibuat oleh Ali Rustam, Isa Samad dan Musa Aman boleh menyebabkan ada yang menunggu itu gugur. Terutama apa yang mencabar itu Ketua Menteri Sabah sendiri.
Mungkin penyertaan Musa Aman itu tidak dirasakan mengancam penyandang dari Semenanjung. Ia lebih dillihat satu masalah bagi Shafie Afdal jika perwakilan Umno belum bersedia ada dua Naib Presiden dari Sabah.
Adakah Umno sudah bersih dari semangat kedaerahan? Jika semuanya sudah terbuka maka tiada sebarang keraguan buat Shafie Afdal. Shafie beroleh kedudukan itu dulu bukanlah disebabkan oleh ketokohannya yang menonjol, tetapi peluang itu dirasakan Umno memerlukan perhatian orang dari Sabah.
Kuasa Umno/BN terselamat dalam PRU 2008 adalah kerana sumbangan solid dari Sabah dan Sarawak. Dan kuasa itu sendiri goyang ketika itu adalah keinginan antara orang di Sabah mahukan perubahan dan siapa yang menilai sumbangan Sabah itu penting.
Sedar akan ancaman Sabah itu, BN berupaya menyelamatkan ancaman 16 September, 2008, tetapi bagi menjamin sokongan Sabah itu kekal, bukan sekadar memberi banyak tempat dalam kerajaan kepada orang Sabah, maka perlu diberi kedudukan penting dalam Umno kepada orang Sabah. Maka nasib memihak kepada Shafie.
Tetapi adakah Umno mahu dua orang Sabah jadi Naib Presiden? Jika Umno sudah terbuka, tiada apa yang membimbangkan Shafie, tetapi ia mengancam kedudukan dua Naib dari Semenanjung, Zahid dan Hishamuddin. Hanya seorang saja dari semenanjung boleh jadi Naib.
Itupun kalau Ali Rustam dan Isa Samad tidak menjadi cabaran yang berpotensi. Kalau keduanya atau salah seorang daripada mereka ada nasib, kedua-dua Naib dari Semenanjung yang ada itu mungkin terlepas peluang.
Kedua-dua Ali Rustam dan Isa Samad adalah orang yang pernah menjadi Naib Presiden bersama Mahyuddin dulu. Masa itu kedua-duanya lebih kanan dari Muhyiddin. Apakah kedua-duanya masih ramai orang yang seangkatan dalam perwakilan. Jika penyokong lama masih ramai, jika sentimen mahu wakil orang lama terus ada dalam Umno, ia mengurangkan peluang Zahid dan Hishamuddin untuk kekal.
Apakah pemimpin kali ini mengulang perlumbang yang sengit lagi? Memandang ramai orang-orang terkenal tidak sedia bertanding Majlis Tertinggi, mungkin di bawah Najib orang lebih sayangkan Umno dari mencari kedudukan ssendiri. Adakah ini kehebatan Nailb?
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-8-2013
Pemilihan semula DAP bagi calon, perwakilan sama
Subky Latif, | 30 Ogs 2013 |
Akhirnya DAP tunduk atas kehendak ROS untuk mengadakan semula pimpinan tertingginya supaya tidak terikat dengan perbalahan yang berpanjangan dan ROS.
DAP mempunyai ramai peguam terutama anak-beranak Karpal Singh, dan Karpal sendiri adalah peguam yang dihormati oleh semua pengamal undang-undang tentu mampu mempertikai kemahuan ROS berhujah dari segi undang-undang dan perlembagaan.
DAP mengira pemilihan yang lalu betapa kesilapan penguman calon-calon yang menang telah dibetul adalah sah.
ROS tidak tahu ada kesilapan dalam pengumaman jika DAP tidak membuat pembetulan. Pengumuman yang silap itu telah tidak menyebut ada calon Melayu yang menang. Semua calon Melayu kalah.
Tetapi setelah disemak semula didapati ada calon Melayu yang menang. Sebagai parti yang mengaku ia telus dan adil, maka mengumuman pembetulan itu. Jika DAP tidak membetulkannya tiada siapa yang tahu akan kesilapan itu.
Berikutnya ROS tidak mengira pemilihan itu sah dan ia perlu mengadakan pemilihan semula. DAP yang merasa ia betul, ia menolak pemilihan semula itu sekali pun ada amaran ia boleh diharamkan.
ROS tidak memberikan tarikh akhir bila ia mesti mengadakan pemilihan semula itu. Pernah ROS mengugut tidak membenarkan DAP menggunakan simbol Roket dalam PRU13 dulu tetapi ia tidak bertindak membatalkan pendaftaran parti itu. Sehingga DAP membuat persetujuan dengan PAS supaya calon DAP dibenarkan menggunakan simbul Bulan.
Hingga pada saat yang genting itu DAP tidak membuat pengakuan untuk mengadakan arahan pemilihan semula selepas pilihan raya sekalipun ia diberi amaran tidak boleh menggunakan simbolnya.
ROS tidak pula menunjukkan ketegasan, larangan tidak menggunakan simbolnya tidak dikuat kuasakan dalam pilihan raya itu. Ia dibenar menggunakan simbolnya.
Tetapi setelah BN menang semula, maka ROS menuntut juga pemilihan semula itu. Bimbang ROS akan bertindak membatalkan pendaftaran DAP setelah BN kembali berkuasa, maka DAP tidak mengira ia perlu bertegang dengan ROS. Bagi mengelakkan ROS membatalkan pendaftarannya, maka ia setuju mengadakan pemilihan semula.
DAP tidak bercadang untuk memperikaikan betul atau tidak tindakan pembatalan itu dari segi undang-undang. Sekalipun ROS bertindak tidak betul, ia tetap memberi masalah kepada DAP. Bukan saja DAP berhadapan masalah membuat pendaftaran semula yang tentunya banyak pula kerenah yang terpaksa dihadapi, tetapi DAP tidak boleh menjalankan kegiatan terbuka dan biasa sebelum pendaftaran semula itu disahkan.
Apa kata kalau pendaftaran semula itu dilambat-lambatkan.
Tidak banyak gunanya bertegang leher dengan ROS, maka DAP setuju mengadakan pemilihan semula itu dengan menggunakan calon dulu dan perwakilan dulu. Temoph perkhidmatan pemenangnya nanti adalah mengikut peraturan tetap parti itu bermula dari tarikh pemilihan itu hinggalah kepada tempoh pemilihan baru selepas itu beberapa tahun lagi.
Macam-macam komen diberi tentang keputusan DAP tidak membuka peluang kepda calon-calon baru. Semua pandangan itu tidak mencacatkan demokrasi dan ketelusan DAP. Dan ROS sendiri belum menunjukkan cerewet dengan teknik dan kaedah yang diguna DAP itu.
DAP tidak akan ditolak oleh penyokongnya dengan apa yang hendak dibuatnya dalam pemilihan itu dan ia tidak pula merendahkan pandangan setukunya dalam Pakatan Rakyat tentang demokrasi dan urusan tadbir parti itu.

Bala menunggu peminjam PTPTN
Subky Latif, | 28 Ogs 2013 |
Gara-gara BN memenangi semula PRU 13, para peminjam PTPTN kini diancam bala sepanjang hidup jika gagal menjelaskan pinjaman itu selepas tamat pengajian di institusi pengajian tinggi nanti.
Mereka yang gagal melunaskan pinjaman itu sama ada kerana sengaja tidak mahu menjelaskannya atau tidak terdaya menunaikannya atas kesempitan hidup akan disenaraikan di bawah CCRIS itu Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.
Mangsa itu akan hilang kelayakan untuk memiliki kereta, rumah dan lain-lain sebagai tambahan kepada sekatan keluar negara. Status mereka mungkin sama dengan orang yang muflis. Jika mereka orang Islam tidak layak menunaikan haji dan umrah.
Kerana takut ugutan itu mengancam peluang Umno dalam PRU14, Pemuda Umno menentangnya. Kerajaan pun takut kesannya, maka tidak jadi ia kuatkuasakan setakat ini.
Seingat saya, si muflis sebelum merdeka dulu layak memiliki basikal. Dia tidak boleh memiliki motosikal. Masa itu belum ada motosikal kecil seperti Honda. Pakaian yang dibolehkan kain kaki iaitu kain tebal.
Mungkin tindakan terhadap peminjam PTPTN kurang sedikit zalimnya dari yang dialami oleh peminjam along. Tindakan yang dikenakan along menyiram cat merah pada kediaman, ancaman bunuh secara kejam. Jika peminjam melarikan diri, keselamatan keluarga terancam.
Peminjam PTPTN tidaklah dikenakan demikian tetapi deranya seperti lain-lain peminjam yang tidak dapat menjelaskan hutang yang pinjaman itu dibuat sebagai pilihan. Pinjaman pilihan itu ialah sebagai modal perniagaan, membeli harta/saham, rumah, kenderaan dan sebagainya.
Pinjaman PTPTN adalah keperluan asasi bagi melanjutkan pelajaran. Menuntut ilmu di institusi pengajian tinggi adalah keperluan. Ia bukan pilihan lagi. Tiada cara bagi rakyat cerdik dari keluarga yang tidak berada melanjutkan pelajaran melainkan pinjaman atau biasiswa. Zaman biasiswa mudah, maka alternatifnya ialah PTPTN.
Dera yang dicadangkan itu mungkin patut bagi dikenakan kepada penyangak yang mendaftar menjadi ahli Umno bagi meminjam duit dari Mara dan Bank Bumiputera dulu. Kerana mereka diterima jadi Umno, maka mereka berpeluang mendapat pinjaman yang banyak. Antaranya tidak membayar hutang itu dan ramai juga hutang itu dihapus kira.
Penyangak seperti itu patut dikenakan tindakan seperti yang dicadangkan kepada peminjam PTPTN. Tetapi pelanggan PTPTN malangnya ialah kerajaan yang ada mengira pelajaran tinggi untuk rakyat adalah satu perniagaan. Ia bukan hak asasi belia yang cerdik. Siapa yang hendak belajar tinggi mesti berbayar. Kerajaan bina univrsiti atau benarkan universiti dibina bagi dilanggan oleh belia yang cerdik. Mereka diberi pinjaman supaya mereka boleh menjadi pengguna kepada institusi pengajian tinggi itu. Dengan demikian profesor ada pekerjaan dan dapat gaji tinggi.
Jika tiada pinjaman seperti PTPTN, maka tiada orang yang belajar di universiti yang banyak itu. Dengan adanya PTPTN berlumba-lumbalah orang mendirikan universiti dan kolej. Seperti orang berlumba-lumba mendirikan tadika, kerana ia boleh dijadikan medan perniagaan.
Tetapi telah ada tawaran pengajian tinggi boleh diadakan percuma – tanpa PTPTN – seperti yang digagaskan oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu. Sumber yang ada, kawalan kewangan yang berhemah, kerajaan boleh mengadakan pengajian tinggi percuma.
BN tidak menyanggupi tanggungjawab itu kerana ketirisannya, bahkan ia bocor. Kebocoran itu menyebabkan negara bankrap, bukan sekadar mengadakan pengajian tinggi percuma.
Justeru, memasukkan PTPTN di bawah CCRIS itu satu penindasan, maka ia ditentang juga oleh Pemuda Umno. Tetapi tentangan Pemuda Umno lebih berbentuk politik. Ia menolaknya kerana takut kalah pilihan raya akan datang kerana adanya tawaran Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN itu. Sikap Pemuda Umno bukan disebabkan ia satu penindasan. Bagi PR, PTPTN adalah penindasan dan memasukkannya di bawah CCRIS pula adalah penindasan berganda.

Sumber HD - 28-8-2013
Ustaz Azizan angkat sumpah di wad!
Subky Latif, | 23 Ogs 2013 |
Saya tidak pasti tempoh akhirnya. Jika Ustaz Azizan Razak, bekas Menteri Besar Kedah yang masih uzur di wadnya tidak mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Limau dalam tempoh itu, maka kelayakannya sebagai ADUN gugur secara automatik.
Ia adalah peraturan dan undang-undang yang semua wajar akur.
Saya tidak bercadang untuk memperkatakan keupayaan Ustaz Azizan menjadikan tugasnya sebagai wakil rakyat dalam keuzuran dan kecacatannya yang ada sekarang. Kita tidak nampak dalam keadaan yang ada beliau boleh berperanan seorang ADUN seperti yang semua orang mahu atau seperti yang pernah ditunjukkannya selama beberapa pengggal menjadi ADUN di kawasan itu.
Dalam keadaannya yang ada tidak dapat dipastikan Ustaz Azizan dapat membuat keputusan sendiri sama ada beliau mahu melepaskan jawatannya atau tidak.
Atas alasan menghormati keuzurannya dan apa yang telah disumbangkannya kepada pengundi di kawasannya dan kepada rakyat negeri dan kerajaan Kedah baik sebagai Menteri Besar, sebagai ADUN sebelumnya dan sebagai tokoh masyarakat sepanjang hidupnya, undang-undang tentu boleh menimbangkan satu bentuk keistimewaan kepadanya dengan mengecualikan beliau mesti mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri dan di sisi cokmar kebesaran DUN.
Kadang-kadang kita menyaksikan dalam keadaan tertentu, apa bila yang dituduh tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah, hakim akan turun ke tempat yang dituduh itu berada seperti dalam wad misalnya bagi mendapatkan keterangannya.
Isu besar bagi kes yang dituduh itu ialah bagi menjamin keadilan itu dapat dilaksanakan atas nama undang-undang untuk semua dan khasnya bagi yang dituduh tadi. Mahkamah itu tidak semestinya di ruang bilik berhawa dingin dengan segala kelengkapan dan peraturannya. Keadilan itu boleh dilakukan di mana-mana.
Dalam kes Ustaz Azizan ini isunya ialah bagaimana keadilan untuknya dapat diberi supaya beliau dapat mengangkat sumpah sebagai ADUN dalam keadaannya yang ada itu. Dalam keadaan yang ada tidak dapat dibayangkan beliau boleh dihadirkan ke DUN atau ke bilik Speaker bagi mengangkat sumpah.
Jika beliau tidak diberi kemudahan mengangkat sumpah sesuai dengan keadaannya yang ada, kelayakannya sebagai ADUN akan gugur.
Persoalan kita bukan bagaimana hendak menggugurkan kelayakan seseorang tetapi bagaimana kita hendak memberikan peluang kepadanya dapat menikmati apa yang patut diperolehnya sebagai ADUN dan sebagai orang yang ada sedikit sebanyak khidmat kepada masyarakat dan negeri/negara.
Apa kiranya kalau Speaker dengan apa yang diperlukan turun ke wadnya menjalan ucapan cara angkat sumpah sesuai dengan keadaannya yang ada itu, moga-moga dengan demikian kedudukannya tidak terlucut dengan sendiri?
Mungkin beliau tidak mampu melafazkan sumpah seperti lain-lain orang yang sihat tetapi Speaker tentu arif dengan apa yang patut dilakukan supaya Ustaz Azizan dapat penghormatan sebagai ADUN hingga beliau dapat membuat keputusan untuk melanjutkan perkhidmatannya atau sebaliknya.
Keadaannya diberitakan sudah ada kemajuan lebih baik dari semalam. Dan mungkin akan lebih baik esoknya. Dulu sekadar dapat melihat dan boleh membaca tanpa suara pada kadar keupayaannya. Dia sudah pun sesuai dipindahkan ke hospital di negerinya sendiri. Ertinya dia ada kemajuan.
Mana tahu dalam masa enam bulan dari sekarang beliau boleh berkerusi roda ke DUN seperti Karpal Singh ke Parlimen sekarang.
Sesudah ADUN tidak dapat hadir ke sidang DUN, Speaker boleh membenar izin cuti setiap enam bulan kepadanya. Maka selepas beliau mengangkat sumpah, tentu beliau boleh diberi kemudahan kekal sebagai ADUN. Ada pun tugas ADUN itu kemajuan dan teknologi yang ada, ada cara untuk menyempurnakannya.
Sesudah beliau benar-benar dapat membuat keputusan sendiri, beliau boleh dengar rela dan tanggugjawab melepaskan jawatan atau mahu meneruskan khidmat dengan kemudahan dan keupayaan yang ada.
Yang penting kepada semua ialah kita dapat memberi penghormatan keapadanya.
Nota: Tan Sri Azizan Abdul Razak, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, di Hospital Sultanah Bahiyah pada hari Rabu, 21 Ogos 2013.

Sumber HD - 23-8-2013
Apa salah hari terbuka Idilfitri di Taman Melewar?
Subky Latif, | 20 Ogs 2013 |
Hari terbuka Idilfitri PAS Pusat tahun ini pada 25 Ogos ini akan diadakan lagi di padang Kelab Sulltan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Sebagaimana biasa hari terbuka itu dimakmurkan oleh semua dan meriah seperti biasa. Sebagaimana orang pergi ke Markaz PAS Taman Melewar, maka beagitu juga orang berduyun-duyun ke Kelab Sultan Sulaiman.
Tetapi apa lebihnya ia diadakan di Kelab Sultan Sulaiman daripada di Taman Melewar dan apa kurangnya sambutan pada tahun-tahun sebelum ini di Taman Melawar yang tidak ada di Kelab Sultan Sulaiman?
Jawapannya tidaklah banyak lebih Kelab Sultan Sulaiman itu dari kompleks PAS yang sudah bertukar menjadi kampus KUIZM – Kolej Islam Zulkifli Mohamad. Sama jugalah majunya PAS itu bila Pejabat Agung di Markaz Tarbiyah, Taman Melewar dengan pjabat agung di Jalan Raja Laut. Ia jadi sekutu penting Pakatan Rakyat bukan kerana markaznya berpindah ke tengah bandar sesak yang susah pakir.
Tidak ada lebihnya strategi ia berpusat di Jalan Raja Laut dengan Taman Melewar atau berhari terbuka di Kelab Sultan Sulaiman daripada Taman Melewar.
Yang saya tahu, Kelab Sultan Sulaiman itu bukanlah percuma. Ada sewanya. Mahal murah bergantung kepada ekonomi kita. Mungkin di KUIZM juga bersewa tidak percuma seperti dulu. Tetapi semahal mana pun sewanya, ia masuk ke dana institusi kepunyaan parti sendiri.
Dari segi kemudahan pula, bangunan Kelab Sultan Sulaiman itu bukan dapat digunakan. Kita guna padangnya saja. Dan banyaklah persiapan yang perlu disiapkan bagi memakmurkan padang itu. Jika diadakan di Taman Melewar tetap ia terpaksa menggunakan khemah juga, tetapi ia ada kemudahan dewan dan kemudahan pakir sepanjang jalan-jalan di taman itu.
Di KUIZM ada kemudahan musalla. Beratus orang boleh solat serentak satu masa. Orang tidak pergi terlalu jauh untuk solat. Hanya di sebelah dewannya saja.
Tahun dulu salat Zuhur di Masjid Jamek Kampung Baru. Kerana takutkan pakir susah, saya pakir motokar dekat masjid itu. Sekalipun ia dekat dengan Kelab Sultan Sulaiman hampir 15 minit juga berjalan kaki ke padang hari terbuka itu.
Hari terbuka itu bukan kerana hendak makan sangat. Keutamaannya ialah untuk bertemu semua orang yang setahun sekali dijumpai. Tak sedar berbual sesama sendiri sudah tiba waktu Asar. Eloklah solat awal daripada solat lewat. Apabila berjalan balik ke masjid mengambil masa 15 atau 20 minit, mengambil wuduk lagi, lebih setengah jam baru selesai solat.
Buang masa untuk pergi semula ke padang, maka balik adalah lebih selesa dari pergi ke padang lagi. Ia tidak saya alami selama ia di Taman Melewar.
Orang kata Cina dan India tidak ramai kalau diadakan di Taman Melewar. Siapa kata semua Cina Jalan Chow Kit pergi ke Kelab Sultan Sulaiman? Bagi Cina dan India yang berkawan dengan PAS, diceruk manapun diadakan mereka akan datang.
Orang kata Taman Melewar jauh dari bandar. Di mana di Kuala Lumpur ini dekat semua orang. Bagi kelab itu hanya dekat dengan orang Kampung Baru dan Datuk Keramat saja. Ia tetap jauh bagi orang Shah Alam dan Sungai Besi. Betullah Taman Melewar itu jauh dari Petaling Jaya dan Cheras. Tetapi kalau diadakan di Petaling Jaya, jauh pula bagi orang Gombak dan Selayang.
Ia adalah isu yang tidak berbangkit.
Saya tidak tengok akaun Bendahari, tetapi orang bagitahu saya, belanja di Kelab Sultan Sulaiman dulu jauh lebih tinggi dari sebelumnya. Mungkin kerana harga barang sudah berbeza dari dulu, tetap alangkah eloknya kita menggunakan tempat yanag boleh menjimatkan perbelanjaan.

Sumber HD - 20-8-2013
Bertindaklah tapi bukan roboh surau!
Subky Latif, | 15 Ogs 2013 |
Semua pihak yang berkenaan – polis, Jabatan Agama Islam Johor, istana dan lain-lain – telah mengambil langkah sewajarnya bagi menjernihkan kejadian menjolok mata di resort Sedili Besar, Kota Tinggi.
Memang menggemparkan surau yang disediakan untuk pekerja dan pelanggan Islam dari jauh dan dekat beribadat, telah dimanfaatkan oleh pelancong Buddha menyembah dan memuja tuhannya.
Ia kejadian yang tidak wajar berlaku, tetapi kejadian itu adalah satu perkara bagi mengkritik kecuaian umat Islam umum dan khusus yang tinggal berdekatan dengan resort itu. Semua bumi Allah ini tempat yang suci bagi didirikan rumah ibadat sesuai dengan keadaan sekitar. Ia wajar dimakmurkan. Apabila orang Islam tidak memakmurkannya, maka diisi oleh suatu yang lain.
Sama seperti rumah atau bangunan yang tidak dihuni, ia akan diisi oleh jin. Justeru jangan biarkan rumah kosong lama. Kalau jin tidak masuk di zaman ini, si rempit dadah akan bertenggek di situ.
Kiranya pekerja-pekerja resort dan jiran-jiran yang berdekatan selalu solat di surau itu, nescaya tiadalah orang lain mencemar bangunan suci.
Kejadian itu satu kritikan kepada kesibukan orang Islam mengisi pembangunan meterial, maka tempat ibadat yang disediakan telah terabai.
Pernah saya terbaca satu kisah pada zaman salah Nabi Daud AS atau Nabi Sulaiman AS. Justeru kesibukan dengan urusan pemerintahan dan isteri yang ramai, maka seorang isterinya telah mengadakan berhala sesuai dengan kawasan bilik kediamannya. Tidak wajar kediaman Nabi ada penyembahan menyengutukan Allah.
Kejadian ini adalah satu kritik bagi menyedarkan Nabi itu kejadian seperti itu boleh berlaku jika terdapat kecuaian sekalipun kecil. Kejadian ini bagi mengingatkan Nabi tadi supaya sentiasa berwaspada. Kejadian di Sedili Besar itu adalah ingatan kepada sekalian umat Islam khususnya penguasa umat Islam supaya sentiasa waspada terhadap semua urusan orang Islam.
Syukur kejadian di resort itu telah menyedarkan umat Islam supaya jangan mensia-siakan nikmat surau yang didirikan. Isi ia dengan ibadat sekalipun oleh seorang setiap waktu atau setiap hari. Jika ada orang memanfaatkannya, maka tidaklah ia dimanfaatkan oleh kegiatan agama lain.
Apa tindakan yang akan disambil terserah kepada pihak berwajib di situ, tetapi saya tidak setuju cadangan merobohkan surau itu atas sebab ia tidak didaftarkan atau kerana ia telah dicemar oleh kegiatan bukan Islam.
Surau itu tidak ada apa-apa kesalahan. Jika gereja Aya (Saint) Sofia di Konstantinopel ditukar menjadi masjid apabila kota itu menjadi Istambul, dan banyak gereja di England dibeli bagi dijadikan masjid, maka mengapa surau sekalipun pernah dicemar mesti dihukum roboh.
Isi ia dengan kegiatan Islam. Jangan cerewet kerana ia tiada sijil izin kadhi maka ia dikira haram lalu boleh diroboh. Isu kiblat tidak tepat bukan hujah surau diroboh atau tidak boleh buat surau. Pihak berkuasa tempat yang memberi izin pembinaan resort, hotel atau homestay wajar mengingatkan pemaju mendapat panduan arah kiblat yang tepat.
Resort kini bukan sekadar tempat makan angin atau penginapan bagi pengembara, tetapi ia menjadi tempat seminar dan mesyuarat. Maka pelanggan memerlu dewan solat dan lain-lain kegiatan. Jangan lihat pembinaan surau agak besar sebagai usaha menundakan masjid mukim. Perlu dimaklumkan bukan tempat solat Jumaat.
Adapun bagi pengunjung berkumpulan bagi agama selain Islam yang menginap di resort perlukan ruang kegiatan agamanya, resort boleh fikirkan satu tempat lain tetapi bukan mengisi surau yang tidak gunakan oleh umat Islam. Lainlah kalau umat Islam selluruhnya sudah tidak mahukan agamanya lagi.

Sumber HD - 15-8-2013
Bagaimana Shabery Cheek yakin tiada skandal kapal selam?
Subky Latif, | 08 Ogs 2013 |
Apakah urusan beli kapal selam Perancis, Scorpene suatu skandal atau tidak, boleh ditentukan oleh kenyataan seorang individu baik di luar mahkamah atau dalam mahkamah.
Sekalipun Suaram menggunakan bidang undang-undang dalam dan luar negeri bagi membuktikan ia adalah satu skandal menteri pertahanan pada masa itu masih ada yang berkata mereka tidak mempercayainya, maka sudah tentu seorang individu yang mengatakan ia bebas skandal tidaklah boleh dipegang 100 peratus.
Tetapi menteri Shabery Cheek membuat kenyataan bahawa dia seperti puas hati dengan kenyataan individu seperti sah urusan pembelian itu bebas skandal sekali gus mengira bahawa isu yang dipelopori Suaram dan disokong sekalian pembangkang itu adalah karut.
Pada menteri itu apa yang dibangkitkan selama ini sama ada oleh pembangkang di negara ini yang cuba menggunakan saluran undang-undang dan apa yang dilakukan oleh peguam Perancis bagi memastikan syarikat di Perancis tidak terbabit dalam skandal bolehlah dimasukkan saja ke bakul sampah.
Secara umum dari aspek undang-undang menteri dan mana-mana individu yang dikatakan jadi watak dalam skandal itu belum boleh dikata bersalah selagi tidak disahkan bersalah oleh mahkamah.

Walaupun orang belum dijatuh hukum itu dikira bersih dari segi undang-undang, tetapi umum melihatnya tidak begitu bersih selagi mahkamah tidak membersihkannya.
Oleh sebab isu skandal ini adalah benda yang tergantung, maka tidaklah semua pihak boleh berpuas hati watak-watak itu bersih atau kotor. Dia boleh bersih dan dia boleh kotor.
Menteri yang berpuas hati dan yakin tidak ada skandal atas pengakuan seorang individu adalah seorang ahli akademik yang ada kelas sebelum berpolitik. Dan sebagai seorang ahli akademik selalu didengar sindiriannya yang tajak:
Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi menteri.
Menteri yang ada latar belakang akademik tentulah tidak sama dengan yang tidak ada latar belakang akademik. Tan Sri Rafidah Aziz misalnya, kerana dia juga dulunya orang akademik, maka dia tidak boleh sama dengan Shahrizat Jalil yang berdalil dan berdalih.
Shahidan Kassim, Tengku Adnan atau Mahfuz Omar tiada latar bakang akademik, maka orang pun tidak harap sangat mereka mempertahankan dunia akademik. Tetapi orang akademik tak boleh buat sebarangan. Kalau orang akademik tidak jaga nilai dan dunia akademiknya nescaya runtuhlah dunia ilmu. Ilmu yang mulia itu akan jadi sama dengan ilmu sihir.
Bagi ahli akademik, rencana dan buku yang tidak ada nota kaki, seperti tulisan dan buku saya, dikira buku picisan. Tak adalah tulisan saya dikira picisan kerana saya bukan orang akademik dan tidak pernah mendapat didikan akademik.
Orang akademik tak boleh buat begitu. Orang akademik sebelum dia sahkan sesuatu itu palsu atau benar, maka dia pastikan sumbernya. Dia buat penyelidikan. Jika tidak cukup bukti, ditawakuf dulu.
Hakimpun tidak percaya semua apa yang dicakap di mahkamah walaupun sudah didahulu dengan bersumpah. Dia kena pastikan saksi itu palsu atau tidak. Hakim tahu adanya loyar buruk dan hakim beruk. Maka sekadar dengar kenyataan seorang saksi, belum boleh dia buat keputusan.
Kemudian Suaram keluar kenyataan pertikai wibawa orang yang buat kenyataan tentang skandal itu. Lagilah saya tidak dapat bergantung kepada kenyataan seorang individu. Inilah Islam pesan apabila datang khabar dari orang munafik, pastikan kesahihannya. Itulah akademik dan ilmu.
Jika saya janda, wali saya itu dikata begitu dan begini, saya cari wali lain bagi menikahkan saya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-8-2013
Di mana bijaknya menteri sentuh anti raja?
Subky Latif, | 04 Ogs 2013 |
Saya tertengok laporan TV tentang laporan sidang Dewan Negara.
Yang saya kira menjolok mata ialah slot Dato’ Shabrey Cheek mengulang tentang gejala anti raja di kalangan penduduk yang saya adalah hal yang terpinggir oleh segelintir orang yang boleh dikira sampah masyarakat.
Dalam slot itu dia bercakap kawalan yang perlu dibuat bagi membendung kejadian yang dikiranya tidak patriotik. Lalu dipujinya patriotik bangsa Inggeris yang bangga dengan sistem berajanya hingga rakyat Australia yang terpencil dari England itu ikut bangga menyambut kelahiran putera yang jadi waris ke empat takhta England itu.
Tetapi gejala tidak patriotik ini dikatakan berkembang dalam masyarakat kita.
Saya tidak nafikan gejala itu. Di negeri Siam yang begitu keras kekangannya pun ada juga orang tiga sukunya. Jangan dikata di England, di Australia, Kanada dan lain-lain tiada orng tiga suku itu tetapi pembesar-pembesar Thailand dan Britain tidak menjadikannya isu murahan.
Mereka tidak ulas dalam media massa dan tidak bercakap mengenainya di khalayak ramai dan apa lagilah di Parlimen.
Anak-anak raja England itu bukanlah baik belaka. Banyak rumah tangga mereka yang pecah. Di sekeliling Ratu itu sendiri – adiknya, Puterinya, Putera Mahkotanya, menantunya dan cucunya ada kerenah belaka. Tetapi Ratu tidak dapat halang rakyatnya berkata buruk tentang semua kejadian itu.
Tetapi pembesar-pembesar tidak riuh hingga hendak mengadakan peraturan itu dan ini. Mereka biarkan saja orang-orang tiga suku itu bercakap apa yang dikehendakinya, sebaliknya pembesar-pembesar, media utamanya menganggap perkara itu tidak berlaku, dan mereka perbesarkan tentang rasa cinta dan bangga bangsa itu terhadap bangsawannya.
Dalam semua keadaan mereka tunjukkan semua rakyat jelata suka sangat kepada raja. Mereka berbaris menuggu kereta anak raja kahwin lalu, mereka menunggu berjam-jam nak tahu menentu raja melahirkan putera atau puteri.
Dengan tidak memperdulikan kejadian tiga suku, maka keseluruhan rakyatnya tidak melihat hal-hal tiga suku suatu yang besar dan mengancam sistem beraja dan patriotik mereka. Dengan kejadian tiga suku itu masyarakat luar Britain tidak mengira penyakit anti raja menular dalam masyarakat itu.
Tetapi apabila menteri kita suka sangat menyebut tentang orang itu anti raja, orang ini tidak berada dan biadab, dan yang lain pula anti nasional, maka ia menyebabkan orang tiga suku yang tidak terfikir dengan kedudukan raja itu akan ikut semangkuk.
Dengan orang besar kita berkata begitu dan begini tentang orang tiga suku itu orang mengira bertambah gejala itu dari semasa ke semasa.
Diamkan saja hal itu. Tidak usah dibesar-besarkan. Apabila ia tidak dihebah dan dihebohkan, orang tiga suku akan jadi perkara kecil yang mati sendiri dan orang tidak terasa bahawa sistem beraja menjadi masalah bagi semua rakyat.
Yang menjadi masalah ialah orang besar kita merasa dirinya saja yang cinta pada raja dan dia saja yang patriotik. Orang lain semuanya anti feudal dan anti nasional. Sebenarnya sikap itu menyusahkan ketenteraman para bangsawan kita seolah-olah orang tidak sukakan mereka menular.

Sumber HD - 4-8-2013
Mesir kerajaan haram yang ketiga
Subky Latif, | 03 Ogs 2013 |
Sudah lebih sebulan Mesir diperintah oleh kerajaan haram dan menjadikannya yang ketiga di rantau itu.
Yang pertama ialah Israel yang ditegakkan atas sebahagian besar bumi Palestin sejak tahun 1948 oleh Britain, Perancis dan Amerika. Yang kedua ialah kerajaan Palestin yang Tebing Barat yang dirampas Fatah dari Hamas di luar pilihan raya atas restu Amerika dan Israel.
Dan yang ketiga ialah yang di Mesir yang dirampas oleh tentera dipercayai atas arahan Israel dan direstui oleh Amerika.
Tentang Israel itu semua tahu ia tidak ditegakkan oleh orang Yahudi. Ia ditegakkan oleh kuasa barat - Eropah dan Amerika – orang yang dipanggil rakyat zaman kerajaan Melaka dulu sebagai Benggali Putih. Tentera Benggali Putih ini dari India dan lain-lain memerangi rakyat Palestin dan menyerahkan pemerinah kepada Yahudi.
Palestin baru yang dibentuk oleh dunia yang dikuasai oleh Benggali Putih dan diterima oleh Fatah pimpinan Yasser Arafat terdiri dari Tebing Barat dan Ghaza, dalam pilihan raya umumnya yang terakhir dimenangi oleh Hamas selepas kematian Arafat.
Penerimaan semua Benggali Putih terhadap kerajaan Hamas itu sama dengan penerimaan mereka terhadap kerajaan demokrasi pertama Mesir pimpinan Presiden Mursi yang disokong oleh Ikhwanul Muslimin.
Kerajaan-kerajaan Benggali Putih – Amerika dan Eropah - yang membiayai kerajaan Palestin Kecil itu menghentikan semua bantuan kepada kerajaan sah Hamas dan akhirnya mereka memperalatkan Fatah merampas kuasa tetapi gagal masuk ke Gaza. Selepas itu Tebing Barat menjadi kerajaan dan suara Palestin yang tidak sah.
Sekarang Mesir selepas tumbangnya era tentera dan Hosni Mubarak diperintah secara sah oleh Presiden Mursi yang disokong oleh Ikhwanul Muslimin. Benggali Pituh gembira kerajaan kuku besi tentera dan Mubarak ditumbangkan tetapi kecewa apabila rakyat Mesir memilih kerajaan demokrasi pro Islam.
Dalam kerajaan, Dr Mursi terkontang-kanting di tengah tentera, polis dan kaki tangan kerajaan peninggalan Mubarak. Tidak banyak yang dapat dibuatnya justeru kerenah orang pro Mubarak yang menjadi musuh dalam selimut kepadanya. Satu yang baik dari kerajaannya ialah memberi laluan bebas dan kemudian bagi rakyat Palastin mendapat bekalan melalui secara terang dan sebaliknya. Semua urusan adalah sah dan halal.
Benggali Putih dan Israel yang kenal lama dengan tentera upahannya di Mesir menggalakkan tunjuk perasaan anti Mursi sehebat yang ditunjukkan kepada Mubarak dulu. Tentera tidak buat apa-apa untuk menahannya dan dengan alasan rakyat menolak Mursi tentera, setuju mengkhianati kerajaan lalu merampas kuasa.
Kerja pertama yang dibuat oleh kerajaan haram itu ialah menutup dan mmbinasakan saluran rasmi bantuan kepada Ghaza.
Membanu Palestin adalah tanggungjawah wajib Mesir dan semua orang Islam dan Arab di mana-mana. Yang benci kepada Palestin, Islam dan Arab itu ialah Yaudi/Israel dan sekalian Benggali Putih. Jika tentera dan kerajaan haram Mesir mengira Mursi mengkhianati demokrasi Mesir yang baru itu mengapa mereka robohkan terowong laluan mudah antara Gaza dan Mesir?
Orang Palestin Ghaza tidak ada apa-apa kesalahan kepada rakyat dan kerajaan Mesir sejak dulu, mengapa mereka jadi mangsa pertama kerajaan haram Mesir?
Ia adalah bukti kerajaan haram Mesir itu bukan sekadar mengkhianati Mursi, ia mengkhianati demokrasi yang baru tumbuh, menghianati bangsa Mesir dan Arab dan Islam termasuk orang Palestin yang ditindas itu.
Tentera boleh menentang Mursi kerana dia manusia yang ada salah silap. Tetapi sebenarnya mereka khianat kepada Allah, yang selama-lamanya disukai oleh Yahudi dan agama yang dianuti oleh Benggali Putih.

Sumber HD - 3-8-2013
Najib gagal di Selangor
Subky Latif, | 02 Ogs 2013 |
Patutkah Najib melepaskan pimpinan Umno Selangor dengan menyerahkannya kepada Dato Noh Omar?
Sepatutnya dia tidak ambil Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu empat tahun lalu. Serahkan saja ia kepada penduduk Selangor sendiri.
Tetapi justeru dia berjaya merampas kuasa di Perak setelah menjadi Pengerusi Umno Perak sekejap, maka dia hendak jadikan Selangor macam Perak juga. Lalu dia lepaskan pimpinan Umno Perak, ambil alih Umno Selangor.
Dia tidak dapat apa-apa di Selangor. Tiada ADUN yang dapat dilarikan atau dibeli. Cuma dia dapat peningkan seorang ADUN PAS dan sebelum apa-apa berlaku PAS tak akui lagi dia suku sakat PAS. Pelaburan suku sakat Umno rugi saja.
Dia silap matakan penggantian SUK Selangor dan mana-mana pegawai PTD yang beri khidmat baik di Selangor ditariknya balik ke pusat serta merta dan lain-lain tetapi tetap Selangor tidak dapat dikucar kacirkan.
Setelah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak dapat dikuditat, dia tunggu PRU yang ditangguh jadi seperti buah gugur sendiri. Dan PRU itu telah memalukannya. Dia tidak dapat kembalikan Selangor ke pangkuan BN, malah tak dapat pertahankan prestasi PRU 2008. Prestasi Umno dan BN Selangor di tangannya lebih buruk dari yang dicapai oleh Khir Toyo dulu.
Kalau orang kata Dr Khir Toyo seorang yang gagal sebagai pemimpin Umno Selangor, maka Najib lebih koman dari Khir Toyo. Najib datang menggantikan Dr Khir kerana dia lemah. Akhirnya dia pun sama lemah malah seolah-olah lebih lemah dari Khir.
Sekarang dia malu kepada Umno dan BN Selangor dan dia juga malu kepada rakyat Selangor dan dia tidak dapat tunjukkan kehebatannya kepada Istana Selangor.
Maka dipulangkannya semua Umno itu kepada orang Selangor sendiri. Ia bukan haknya. Hak itu ialah hak orang Umno Selangor sendiri. Dia gatal sangat merampas hak Umno Selangor itu, maka tidak terganggung lagi malunya.
Semasa dia mengambil Selangor, mungkin dia terasa tiada orang Selangor yang boleh menggantikan Khir Toyo. Mungkin dia terasa Noh belum mampu menggantikannya orang itu. Maka dia latih Noh menjadi pembantunya supaya kemudian boleh menggantikan Khir Toyo.
Mungkin hingga saat terakhir keupayaan Noh seperti tidak meyakinkannya. Kiranya Noh itu layak tentu dia tidak digugurkan dari kabinet. Mungkin Noh gagal sebagai menteri industri berasas tani. Tak bolehkah dia diletakkan di mana-mana dalam Jabatan Perdana Menteri? Jika Shahidan Kassim dan beberapa orang Sarawak yang terkenal dijadikan menteri di Jabatan Perdana Menteri, apakah Noh lebih koman dari mereka?
Seekor pun tidak ada orang Umno Selangor dalam kabinet. Noh antara beberapa orang Umno yang menang dan orang lama pula. Sudahlah Umno tidak dapat apa-apa di Selangor kerana ia kalah. Dalam kebinet pun seolah-olah Umno Selangor kalah juga.
Jika Noh hebat, tidaklah digugurkan dari kabinet. Tetapi seperti tiada orang lain yang layak menggantikan Khir Toyo sebagai ketua Umno Selangor, maka diambilnya Noh. Noh bukan saja jadi ganti Khir Toyo tetapi dia juga dilihat sebagai ganti Najib yang tiada berdaya saing di Selangor.
Najib dilihat di Selangor sebagai orang yang kalah pada Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Dari satu segi dia patut lepaskan Selangor kerana dia gagal dan kerana bukan haknya. Ia hak orang Selangor sendiri. Tetapi dari segi lain dia tidak tinggalkan ia kepada Noh yang dibuangnya dari kabinet. Sepatutnya sekali kalah tidak semestinya kalah lagi kemudian. Kerana tidak yang jelas untuk memimpin Selangor, Najib patut bersabar, pegang sepenggal lagi, mungkin ia dapat kejayaan lebih baik.
Sekarang ditinggalkannya Umno Selangor yang hancur itu kepada Noh. Orang pun tidak tahu dia boleh buat lebih baik dari Najib dan Khir Toyo?

Sumber HD - 2-8-2013
Mohon maaf pada Ani Arope
Subky Latif, | 28 Jul 2013 |
Seorang pembaca telah menegur saya tentang sentuhan terhadap penamatan khidmat Tan Sri Ani Arope daripada menerajui TNB dalam satu tulisan saya di ruang ini sedikit hari lalu.
Dinasihatkan saya minta maaf kepada Tan Sri Ani Arope yang sekarang sedang dirawat kerana satu sakit yang serius. Dicadangkannya supaya saya menziarahinya.
Yang pertama saya menerima nasihatnya dengan ini minta maaf atas kekeliruan atas tulisan saya itu. Moga-moga Tan Sri dan keluarganya menerima permintaan maaf saya.
Saya sebenarnya menumpukan fokus terhadap khidmat cemerlang beliau sebagai pegawai kanan kerajaan. Kerana kecekapan pentadbirannya, maka setelah bersara daripada perkhidmatan dalam kerajaan, maka beliau diamanahkan antara lain mengepalai TNB.
Saya suka nyatakan bahawa saya tidak dekat sangat dengannya tetapi saya tahu tentang kecemerlangan perkhidmatannya.
Entah mengapa dalam tulisan saya itu saya tersentuh tentangnya yang tamat perkhidmatannya di TNB setelah berlaku blackout atau power failure agak panjang hampir seluruh Semenanjung.
Apabila putus tenaga selama itu memang boleh mengganggu keselamatan negara. Alhamdulilah tiada apa berlaku.
Tetapi saya telah menggunakan kalimah dia dipecat daripada jawatannya di situ. Kalimah itu dikira keras dan telah menimbulkan kekeliruan yang boleh diertikan menyalahkannya. Mungkin boleh dilembutkan kiranya digunakan kalimah lain seperti khidmatnya berakhir.
Memang khirmatnya di situ berakhir lepas kejadian itu. Apakah dia sendiri tidak mahu meneruskan khidmatnya, atau kontraknya tamat, atau khidmatnya tidak sambung lagi, tidak berbangkit sangat. Tetapi dari jauh orang tidak nampak dia bermasalah. Jika dia boleh berkhidmat dengan baik sejak zaman Tunku Abdul Rahman, maka boleh diberkhidmat lagi kecualilah kalau uzur.
Tiba-tiba lepas kejadian itu dia berhenti. Memang persepsi orang penamatan khidmatnya gara-gara kejadian putus bekalan yang lama dan merata itu. Penamatan itu boleh dilihat sebagai pemecatan atau hukuman dan tidak pula mustahil satu pengainayaan.
Kita dari luar tidak melihat apa yang berlaku itu sebagai satu kelemahan dan kegagalannya. Tentulah ada punca dan ada sebab kejadian itu berlaku. Ia boleh disebabkan kecuaian manusia. Tetapi tidaklah boleh kejadian itu diletakkan ke bahunya saja.
Semua kaki tangan di situ bertanggungjawab atas segala kelemahan dan kebaikan perkhidmatan itu. Sebagai ketua di situ tentulah Tan Sri Ani memikul tanggungjawab yang besar. Jika berlaku di Jepun atau Korea Selatan akan ada orang yang menawar berundur. Tetapi berundur itu bukanlah dia salah atau dialah punca kejadian itu.
Orang masa itu berandaian Perdana Menteri Mahathir menjadikannya kambing hitam. Ada persepsi seperti itu. Orang terasa dia dipecat.
Memang dalam pentadbiran Dr Mahathir ada kejadian yang dikira dilakukan secara keras dan tindakan Perdana Menteri. Orang melihat kerajaan telah mengenakan tindakan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan beberapa orang hakim kerana pendirian yang tidak disukai oleh Perdana Menteri.
Dan orang terasa bahawa Tan Sri Jamil Jan sebagai penegak asal Proton tiba-tiba terlucut kedudukannya di Proton kerana semuanya diserah kepada Tan Sri Yahya Ahmad, tokoh korporat yang terkenal pada masa itu.
Semua terasa Tan Sri Jamil Jan telah menjadi mangsa keadaan. Orang tidak tahu apa yang berlaku di dalam, tetapi persepsi orang Jamil Jan jadi mangsa. Maka dalam keadaan seperti itu orang tidak menolak Tan Sri Ani mengalami keadaan itu. Mungkin sudah ada perbezaan antaranya dengan kerajaan tetapi kejadian yang berlaku itu adalah kesempatan yang baik bagi menggantikannya dengan orang lain.
Mungkin persepsi saya silap tetapi bukan hendak meletakkan Tan Sri Ani Arope di tempat orang yang bersalah. Dia seorang yang dihormati.

Sumber HD - 28-7-2013
Bunuh hampir setiap hari
Subky Latif, | 27 Jul 2013 |
Dalam akhbar hampir setiap hari ada kejadian mati yang dipercayai dibunuh. Ia selain dari mati kemalangan jalan raya, lemas di laut/sungai dan mati biasa kerana sakit dan tiba ajal.
Ada berita mati kena tembak, ditetak dan lain-lain kejadian bunuh yang terjadi setiap hari. Dan banyak juga kejadian mayat ditemui di belukar, di parit dan sungai yang sudah reput atau sesudah beberapa hari mati.
Sebelum ini ragut diberitakan setiap hari. Ada juga mati gara-gara ragut itu. Sekarang seolah-olah berita mati dibunuh menggantikan berita ragut.
Mati dibunuh itu adalah puncak daripada pelbagai jenayah seperti pecah rumah, rompak, curi motokar/motosikal, tipu bank, rogol, culik dan macam-macam lagi.
Walaupun berjalan malam bersendirian atau berdua, biasanya selamat, tetapi ia tidaklah dikira selesa.
Agaknya ini yang menyebabkan Perdana Menter Najib hampir sebulan lalu menyebut, menghadapi jenayah adalah satu penjuangan. Tiada perkembangan lagi tentang perjuangan itu.
Menghadapi jenayah itu amat penting, Jangan negara kita sampai kepada peringkat berapa jenayah sehari dan berapa jenayah sejam. Tidak dihitung berapa bunuh dan rompak sebulan atau seminggu. Janganlah jenayah itu hendak ditangani tak termasuk rasuah baik pada skala kecil dan besar yang jadi budaya dalam kerajaan.
Jenayah yang menjadi-jadi itu bukan sekadar oleh penjenayah biasa, malah ada jenayah membabitkan nama personaliti besar seperti Ketua Polis Negara memukul Anwar Ibrahim yang matanya ditutup dan tangan terikat, ada yang dikaitkan dengan meletupkan mayat orang asing iaitu Altantuya serta penipuan menteri dalam pembelian kapal selam untuk pertahanan negara.
Sebelum Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri beliau mengadakan seminar pegawai-pegawai di Sarawak yang dihadiri sama bekas TPM Tun Musa Hitam yang temanya bagi memerangi rasuah sebagai satu perjuangan. Bukan saja perjuangan itu tidak mengurangkan rasuah besar dalam kerajaan Sarawak, bahkan rasuah pembelian persenjataan pertahanan oleh operator utama kementerian berlaku semasa pentadbirannya.
Sekarang PM Najib timbul dengan menghadapi jenayah sebagai satu perjuangan. Menjadikannya perjuangan adalah betul, moga-moga ia tidak mengulangi perjuangan memerangi jenayah oleh pentadbiran sebelumnya.
Kita tidak tahu apa langkah-langkah hendak diambil dalam kempen itu? Kita tidak tahu. Yang kita tahu ialah jenayah sudah sampai kepada hitungan hari dan jam, bukan lagi bulan dan minggu.
Tidakkah jenayah yang naik mendadak itu berkembang selepas timbulnya isu pelaksanaan hudud? Hudud itu dijanjikan Allah sebagai pembenteras jenayah yang hakiki. Tetapi hudud bukan saja ditolak oleh semua Perdana Menteri sejak Dr Mahathir, malah telah menjadi bahan gurauan setengah pembesar Islam.
Tiada undang-undang yang berkesan membendung jenayah selain daripada hudud, dan lain undang-undang ciptaan manusia boleh menyelesaikan jenayah. Maka menolak penyelesaian melalui hudud adalah untuk mencabar kesahihan ketentuan Allah itu. Kerajaan tolak hudud, kesannya jenayah meningkat mendadak.
Tiada siapa dapat memberi nasihat kepada PM Najib betapa pejuangan menghadapi jenayah tak sampai ke mana kalau tidak guna hudud. Inilah gunanya beberapa ulama muda yang masuk Umno dapat memberitahu Najib, jenayah tidak dapat bendung tanpa hudud.
Sebelum Karpal Singh percaya, Najib dan Dr Mahathir kena percaya dulu.

Sumber HD - 27-7-2013
Khairy mungkin tidak dicabar
Subky Latif, | 26 Jul 2013 |
Tiba-tiba meletup isu Khairy Jamaluddin tidak menghalang jika ada sebarang perkembangan mahu mencabarnya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu hujung tahun ini.
Rata-rata tidak terdengar di mana-mana ada usaha untuk mencabar pimpinannya setelah dia berjaya mengalahkan Dato’ Mukhriz dan Datuk Seri Khir Toyo dalam pemilihan lalu. Sepanjang pimpinannya tidak nampak sebarang pergolakan yang mahu dia digantikan.
Hanya Pemuda Umno saja yang dilihat tenang dibandingkan dengan badan induknya Umno dan Pergerakan Wanita.
Umno dikira bergolak dalam diam. Itulah sebabnya dipercayai timbul isu selepas PRU lalu, Perdana Menteri Najib tidak menolak pimpinan Umno itu dicabar dalam pemilihan nanti. Nada sedemikianlah yang diulangi Khairy baru-baru ini tentang kepimpinannya.
Najib keluar dengan suara itu kerana kebimbangannya akan ada reaksi dalam kalangan parti terhadap kegagalannya mencapai prestasi yang lebih dalam PRU13. Ingat akan reaksi Umno atas prestasi buruk Tun Abdllah Badawi dalam PRU 2008 hingga PM dipaksa berundur, maka tidak mustahil Najib menerima tekanan yang sama.
Najib ada asas untuk merasa bimbang kerana pertama, adakah Tengku Razaleigh tidak pernah tidak menawarkan diri untuk jadi Presiden Umno sejak dia kembali ke pangkuan Umno. Ku Li tidak bertanding kerana tiada pencalonan. Kiranya kali ini ada pencalonan, tidak mustahil dia menolak.
Dari kalangan dalaman parti pula ada yang melihat Muhyiddin Yasin sentiasa boleh menjadi pencabarnya.
Sama ada cabaran akan berlaku tidak diketahui tetapi Najib terpaksa bersedia menghadapi kemungkinan. Kesediaannya seperti yang dikatakan itu, tidaklah sebenar-benar satu keterbukaan tetapi ia adalah satu taktik bagi mengelakkan ada cabaran dalam dan berwaspada dengan cabaran yang menunggu dari Ku Li itu.
Jeratnya menjadi, reaksinya dilihat seolah-olah semua mahu Najib kekal. Maka isu Najib dicabar sudah diam.
Wanita memang bergolak. Dengan masalah dan kerenah yang menyelubungi Shahrizat, dia tidak dikira ketua yang berwibawa lagi. Tetapi berkeras tidak mahu berundur. Pencabar terdekatnya tidak ada kerana Dato’ Kamalia Ibrahim, timbalannya yang rasanya tidak dipercayainya telah terkeluar dari Umno kerana bertanding Bebas dalam PRU dulu.
Jadi dia tahu siapa pencabar yang terdekatnya. Pencabar yang ada adalah Azalina Othman bekas menteri, bekas dan pengasas Puteri Umno. Tetapi dia seperti tidak ada dalam parti.
Puteri pula masalahnya ketuanya cukup umur terpaksa beri laluan kepada yang baru. Mencari yang baru sajalah masalah.
Ada pun Khairy hanya ada masalah kerana dia diketepikan oleh pentadbiran Najib hingga dia tidak diberi jawatan kabinet. Ketua Pemuda yang terkeluar dari kabinet biasanya adalah masalah dengan pimpinan parti seperti Dato, Zahid Hamidi dulu. Itulah masalah Khairy tetapi tidak pula nampak impasan Najib buat sesuatu untuk menjauhkannya.
Pengasingan itu tidak berbangkit lagi apabila Khairy sudah jadi menteri. Orang-orang Pak Lah yang terpinggir dulu kebanyakannya ada balik dalam arus perdana. Pilihan sudah tidak lama lagi. Maka orang mulai bertanya siapakah pencabarnya? Khir Toyo sudah tiada. Mukhriz jika ada belum menampakkan dia berminat seperti dulu.
Jika dia berminat dan kalah pula, maka masa depan jadi payah. Mukhriz tampil dulu kerana jawatan itu dikosongkan oleh Dato, Hishamuddin Husain. Tetapi jawatan itu berisi sekarang. Lain-lain nama belum nampak.
Kesediaan yang dinyatakan Khairy itu ialah untuk melihat siapakah yang berminat untuk mencabarnya? Orang itu belum ada dan Mukhriz belum buka mulut. Khairy sebenarnya tiada saingan. Mungkin tiada yang mencabarnya.

Sumber HD - 26-7-2013
Mangsa ISA jadi Menteri Dalam Negeri
Subky Latif, | 24 Jul 2013 |
Mohamad Sabu selalu berkata, ‘Polis tahan aku di bawah ISA, kalau aku jadi Menteri Dalam Negeri nanti macam mana?’
Mat Sabu itu orang politik. Orang politik boleh jadi mangsa tahanan politik hari ini dan boleh jadi menteri yang memerintah polis yang menahannya menahan orang lain pula esoknya.
Apapun Mat Sabu hanya pernah ditahan polis di bawah ISA sekurang-kurangnya dua kali tetapi belum dapat jadi menteri yang ada kuasa untuk menahan orang lain.
Yang ada seperti yang Mat Sabu kata itu ialah Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, jawatan yang Mat Sabu ingin sangat kalau dia berkuasa.
Ingat tidak selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis selepas dipecat dari Timbalan Perdana Menteri dulu. Masa Anwar ditahan itu Datuk Zahid melepaskan dirinya keluar negeri. Bila dia pulang, dia ditahan polis di bawah ISA bersama beberapa orang lagi termasuk Menteri Besar Perak sekarang.
Tidak diketahui apa polis buat terhadapnya semasa dia ditahan untuk siasatan itu? Tetapi layanan yang diterimanya dipercayai tidak sama dengan penahanan yang dikenakan kepada Ibrahim Ali, Tajuddin Abdul Rahman dan Fahmi Ibrahim semasa Operasi Lallang dulu. Mereka ditahan bagi menunjukkan penyokong kerajaan iaitu Umno yang ekstrimis pun ditahan juga. Rasanya mereka tidak kena apa yang tahanan ISA lain kena. Selepas beberapa minggu ketiga-tiga pemimpin Pemuda Umno dibebaskan.
Zahid walaupun Ketua Pemuda Umno masa dia ditahan di bawah ISA itu tidak dikira orang yang kerajaan percaya pada itu. Bukan orang Dr Mahathir percaya.
Maka layanan tentu tidak sama dengan Ibrahim Ali dan Tajuddin terima. Tidak diketahui apa yang dibuat polis terhadapnya. Tetapi ada orang kena tahan bersamanya masa itu merasa terhina kerana dia ditelanjangkan yang boleh dilihat oleh sesiapa yang ada di situ.
Adakah Zahid disuruh lucut pakaiannya oleh polis seperti orang itu alami? Kalau orang itu alami hal itu, maka tentulah yang lain-lain termasuk Zahid kena buang baju dan seluar juga. Tentulah dijadikan sama macam bayi yang baru lahir tanpa seurat benang pun ditubuhnya.
Kalau bayi telanjang bulat elok rupanya dan tak geli dilihat. Kalau Zahid jadi macam itu, tak tahulah huduhnya. Siapalah yang sanggup melihatnya?
Kita tidak tahu apa yang terjadi padanya. Kita hanya bayang bahawa mangsa ISA boleh jadi macam-macam di hadapan polis.
Semua penyokong Anwar yang ditahan masa itu dibebaskan tanpa syarat tidak lama kemudian.
Dan kira-kira 15 tahun kemudian, lepas PRU 13 Zahid ditukarkan daripada Menteri Pertahanan menjadi Menteri Dalam Negeri. Kalau ISA ada lagi, maka Zahid berkuasa mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk menahan dan membebaskan seseorang di bawah ISA.
Moga-moga dia dapat mengendalikan kementeriannya dengan adil dan saksama sesuai dengan pengalamannya yang sekejap jadi mangsa ISA dan betapa pahitnya menjadi orang terkurung.
Kita tidak tahu apakah Zahid dapat jumpa polis yang menahannya dulu dan bersembang dengan polis-polis yang melayannya semasa kena tahan dulu. Pertemuan itu bukan untuk buat apa-apa tetapi sekadar mengenang secara sanntai hal-hal yang sama-sama mereka alami dulu.
Itulah politik. Dulu polis perintah dia. Sekarang dia pula perintah polis. Polis boleh buat apa-apa kepadanya semasa dia kena ISA dulu, dan dia sekarang boleh suruh polis yang melayannya dulu buat apa-apa pula.

Sumber HD - 24-7-2013
Orang kata macam-macam apabila pembekal dirahsiakan
Subky Latif, | 23 Jul 2013 |
SPR dan menteri yang dipertanggungjawabkan menjawab soalan mengenainya di Parlimen, Shahidan Kassim tidak marah sesiapa apabila timbul spekulasi tentang siapa yang membekalkan dakwat tipu kepada SPR dalam PRU13 dulu.
SPR terus merahsiakan pembekalnya dan Shahidan pula berkeras memberitahu Parlimen tidak akan mendedahkan pembekal itu.
Yang biasa dirahsiakan oleh kerajaan ialah sesuatu yang mengancam keselamatan negara atau yang mengaibkan yang boleh mendatangkan fitnah.
Pembekal dakwat dan segala alat yang diperlukan oleh SPR yang buat secara telus tidak perlu dirahsiakan.
Malah jika berlaku penipuan dalam pembekalan itu SPR boleh bertindak menyaman pembekal kerana gagal membekal dakwat yang dikehendaki.
Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusuf dalam satu wawancaranya kepada media menyebut betapa perkara yang amat mengecewakan dia dalam perkhidmatannya ialah dakwat yang dibekalkan kepada SPR tidak memenuhi apa yang dikehendaki.
Mengapa perkara yang mengecewakannya itu dipendamkan saja? Dakwat tipu itu bukan untuk kegunaan persendirian pemimpin-pemimpin SPR. Ia adalah untuk kegunaan orang ramai dan orang ramai perlu berpuas hati dengan apa yang dibekalkan, dan ia tidak memuaskan hati semua orang, maka orang perlu tahu mengapa dan kerja siapa?
Perdana Menteri Dr Mahathir pernah pecat CEO TNB, Tan Sri Ani Arope serta merta kerana kegagalan teknik yang memutuskan bekalan tenaga beberapa jam hampir di seluruh Semenanjung, mengapa pembekal dakwat tipu itu tidak boleh dikenakan tindakan?
Pengerusi SPR boleh diamkan saja kiranya bahan binaan tipu digunakan untuk rumahnya. Tetapi perkara yang melibatkan orang ramai, dia tidak boleh diamkan.
Mengapa dia tidak mahu bertindak dan tidak mahu mendedahkan pembekalnya? Seolah-olah ada benda yang hendak disorokkan.
Apabila tidak didedahkan maka ia menyebabkan orang membuat spekulasi dan menyangka itu dan ini.
Mula-mula SPR kata, petugas tidak goncang bekas dakwat itu. Lepas itu timbul pula alasan bahawa campuran bahan dalam dakwat itu tidak boleh berlebihan kerana boleh mendatangkan penyakit kepada pengguna. Ada pun keterangan bukan semua dakwat itu tipu. Ada yang kekal. Tetapi sehingga ini SPR tidak menunjuk jari siapa dan orang dari mana yang menggunakan dakwat yang betul.
SPR tidak pula membuktikan orang Mesir, India, Pakistan dan lain-lain yang menggunakan dakwat kekal telah mengidap penyakit bahaya gara-gara menggunakan dakwat kekal itu.
Kerana SPR bukan sekadar enggan bertindak dan enggan mendedahkan pembekal menyebabkan sudah menyangka pemimpin SPR ada hubungan baik dengan pembekal dan mereka mngkin ada kepentingan.
Mengapa ia hendak dirahsiakan sangat jika SPR telus dalam urusan pembekalan itu? Oleh menyangka yang bukan-bukan. Orang kata ia oleh kroni Perdana Menteri atau isteri Perdana Menteri dan ada kepentingan.
Pernah dikatakan, orang politik pernah menawarkan sesuatu kepada Raja bagi mengambil hati Raja. Apakah kemungkinan orang-orang bergelar terlibat dalam membekalkannya, justeru ia dirahsiakan sangat.
Tuntutan sudah dibuat di Parllimen supaya pembekal itu didedahkan. Menteri dengan ranggi memaklumkan tidak akan sekali-kali sedia mendedahkan pembekalnya.
Jelaslah pengendaliannya tidak telus. Kerana itulah orang bising. Dan jangan salahkan orang bising dan membuat berbagai-bagai andaian daripada sikap tidak telus itu. Tidak telus adalah seburuk-buruk laku bagi mana-mana kerajaan.

Baik berbuka di rumah dari di restoren
Subky Latif, | 18 Jul 2013 |
Tidak ada salah berbuka puasa di hotel mewah atau di restoren, bagi mereka yang berupaya sekalipun belanjanya besar. Sekalipun Islam mahukan semuanya sederhana termasuk berbuka, tetapi atas sebab tertentu ada yang sekali sekala berbuka dengan keluarga di hotel-hotel sebagai meraikan isteri dan anak-anak yang sentiasa berpenat lelah menyediakan juadah berbukan di rumah.
Walaupun sekali ke restoran sepanjang sebulan puasa, soal berbuka secara sederhana tidak berbangkit lagi. Sekali berbuka di hotel mungkin belanjanya dengan sepuluh hari berbuka di rumah.
Masyarakat kita di bandar-bandar telah biasa dengan hidup yang begitu, tidak mengapa berbuka di restoran sekalipun lebih sikit belanja.
Kita tidak melarang.
Tetapi saya memilih berbuka di rumah dan di masjid atau surau. Memang ajaran berbuka sederhana itu mudah diamalkan di rumah dan di surau.
Pertama kita berbuka secara sederhana, makan apa yang ada.
Sebaik berbuka kita hendak segera solat waktu. Ada yang memillih makan yang manis-manis dulu dan terus solat. Lepas solat barulah betul-betul makan.
Masa tidak banyak selepas berbuka kerana masing-masing terpaksa bergegas ke surau dan masjid bagi menunaikan solat tarawih. Surau dan masjid tidak menunggu lama untuk memulakan tarawih. Masing-masing mahu segera selesai untuk lain-lain ibadat dan suri-suri pula lebih suka pulang cepat bagi lain-lain kerja rumah.
Ada restoren dan hotel menyediakan musalla untuk solat, tetapi biasanya masing-masing makan dulu baru mengadakan solat. Biasanya orang tidak duduk sekejap semasa berbuka di restoran. Masing-masing datang dengan keluarga atau tetamu tidak menempah makanan begitu minima. Yang ditempah lebih mewah dari yang biasa dimakan di rumah.
Tidak mungkin berbuka sekejap, lepas itu masing-masing solat dan kemudian datang semula menghabiskan makanan yang dipesan.
Ke bilik air sebelum solat pun mengambil masa kerana bilik air dikongsi dengan lain-lain pelanggan. Biasanya semua solat dekat nak luput waktu. Kemudian bagaimana dengan solat tarawih?
Tarawih itu hanya ada dalam bulan Ramadhan. Kecenderungan sekarang orang-orang yang taqwa tidak mahu meninggalkan tarawih bahkan untuk semalam. Mereka mahu memenuhi setiap malam Ramadhan itu dengan taarawih dan witir.
Puasa itu sendiri adalah ujian taqwa seseorang. Bersungguh-sungguh seseorang mengisi siang dam malam Ramadhan itu ada bagi meningkatkan taqwa. Maka berlumba-lumbalah semua untuk beramal pada bulan taqwa itu. Orang yang taqwa rasa amat menyesal jika tertinggal tarawih sekalipun satu malam.
Jika berbuka dengan keluarga di restoran, maka akan beregopoh-gapah untuk ke surau atau masjid, dan tidak mustahil tidak sempat tarawih berjamaah.
Walaupun tarawih itu boleh dilakukan sendirian di rumah, umumnya orang yang rendah taqwanya jika tidak ke surau, payahlah tarawihnya. Bukan semua tidak tarawih di rumah, tetapi ada yang kalau tidak ke surau tidak tarawih di rumah.
Memang kadang-kadang kita tidak suka menunai jemputan berbuka di rumah orang lain, terutama jauh pula, kerana takut terlepas tarawih. Nasiblah juga tuan rumah memasukkan tarawih dalam pekej berbukanya.
Tetapi yang selesa pada saya ialah tidak ke mana dalam bulan Ramadhan, memilih berbuka di rumah atau di surau dari ke restoran. Sebabnya mudah menyegerakan solat waktu dan tidak terburu-buru ke masjid.
Walaupun sekali ke restoran sepanjang sebulan puasa, soal berbuka secara sederhana tidak berbangkit lagi. Sekali berbuka di hotel mungkin belanjanya dengan sepuluh hari berbuka di rumah.
Masyarakat kita di bandar-bandar telah biasa dengan hidup yang begitu, tidak mengapa berbuka di restoran sekalipun lebih sikit belanja.
Kita tidak melarang.
Tetapi saya memilih berbuka di rumah dan di masjid atau surau. Memang ajaran berbuka sederhana itu mudah diamalkan di rumah dan di surau.
Pertama kita berbuka secara sederhana, makan apa yang ada.
Sebaik berbuka kita hendak segera solat waktu. Ada yang memillih makan yang manis-manis dulu dan terus solat. Lepas solat barulah betul-betul makan.
Masa tidak banyak selepas berbuka kerana masing-masing terpaksa bergegas ke surau dan masjid bagi menunaikan solat tarawih. Surau dan masjid tidak menunggu lama untuk memulakan tarawih. Masing-masing mahu segera selesai untuk lain-lain ibadat dan suri-suri pula lebih suka pulang cepat bagi lain-lain kerja rumah.
Ada restoren dan hotel menyediakan musalla untuk solat, tetapi biasanya masing-masing makan dulu baru mengadakan solat. Biasanya orang tidak duduk sekejap semasa berbuka di restoran. Masing-masing datang dengan keluarga atau tetamu tidak menempah makanan begitu minima. Yang ditempah lebih mewah dari yang biasa dimakan di rumah.
Tidak mungkin berbuka sekejap, lepas itu masing-masing solat dan kemudian datang semula menghabiskan makanan yang dipesan.
Ke bilik air sebelum solat pun mengambil masa kerana bilik air dikongsi dengan lain-lain pelanggan. Biasanya semua solat dekat nak luput waktu. Kemudian bagaimana dengan solat tarawih?
Tarawih itu hanya ada dalam bulan Ramadhan. Kecenderungan sekarang orang-orang yang taqwa tidak mahu meninggalkan tarawih bahkan untuk semalam. Mereka mahu memenuhi setiap malam Ramadhan itu dengan taarawih dan witir.
Puasa itu sendiri adalah ujian taqwa seseorang. Bersungguh-sungguh seseorang mengisi siang dam malam Ramadhan itu ada bagi meningkatkan taqwa. Maka berlumba-lumbalah semua untuk beramal pada bulan taqwa itu. Orang yang taqwa rasa amat menyesal jika tertinggal tarawih sekalipun satu malam.
Jika berbuka dengan keluarga di restoran, maka akan beregopoh-gapah untuk ke surau atau masjid, dan tidak mustahil tidak sempat tarawih berjamaah.
Walaupun tarawih itu boleh dilakukan sendirian di rumah, umumnya orang yang rendah taqwanya jika tidak ke surau, payahlah tarawihnya. Bukan semua tidak tarawih di rumah, tetapi ada yang kalau tidak ke surau tidak tarawih di rumah.
Memang kadang-kadang kita tidak suka menunai jemputan berbuka di rumah orang lain, terutama jauh pula, kerana takut terlepas tarawih. Nasiblah juga tuan rumah memasukkan tarawih dalam pekej berbukanya.
Tetapi yang selesa pada saya ialah tidak ke mana dalam bulan Ramadhan, memilih berbuka di rumah atau di surau dari ke restoran. Sebabnya mudah menyegerakan solat waktu dan tidak terburu-buru ke masjid.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-7-2013
Tak salah PRK bulan puasa
Subky Latif, | 17 Jul 2013 |
Tidak salah Pilihan Raya Kecil Kuala Besut diadakan dalam bulan puasa. Sama juga tiada salahnya dibuat lepas puasa. Ia boleh diadakan bulan puasa dan ia juga ada masa bagi mengadakannya selepas puasa.
Kalau ia tidak salah diadakan dalam bulan puasa atau bukan dalam bulan puasa, mengapa tidak diadakan selepas puasa?
Pilihan Raya Kecil Kuala Besut itu bermula 12 Julai ini, hari penamaan calonnya dan mengundi pada 24 Julai.
Bulan Ramadhan adalah bulan ibadat. Walaupun ibadat itu kewajipan sepanjang tahun tetapi tumpuan digandakan dalam bulan al-Mubarak itu. Maka seboleh-bolehnya ahli ibadat mahu menumpukan masa sebulan itu dengan ibadat yang boleh merapatkan silaturrahim sekalian umat Islam. Puasa itu adalah bagi meningkatkan taqwa semua orang.
Tetapi pilihan raya adalah ibadat bagi setengah orang iaitu yang taqwanya memang kuat yang solatnya untuk taqwa, ibadatnya untuk taqwa, hidupnya untuk taqwa dan matinya demi taqwa. Bagi yang menerima agamanya sebagai addin maka Pilihan Raya Kecil itu adalah ibadat yang dapat mengukuhkan taqwanya.
Jika orang Islam di zaman Rasulullah boleh berperang dalam bulan puasa, tidak terganggu semua ibadatnya, bahkan perang dalam bulan puasa itu meningkatkan taqwa para mujahidin itu, maka Pilihan Raya Kecil yang diadakan dalam bulan puasa tidaklah berperang yang banyak kali berlaku dan hidup baginda.
Perang tidak ditentukan masanya. Walaupun pada Arab dulu ada bulan tertentu cuti berperang, tetapi perang yang disertai Nabi tidak dapat ditentukan masanya. Apabila perang itu sudah berada di ambang, maka tidak kira bulan puasa atau sebaliknya mereka mesti berperang.
Jika ia dalam bulan puasa, maka tiada pilihan bagi orang Islam terpaksa berperang sambil puasa.
Tetapi PRK Kuala Besut boleh diadakan semasa puasa dan selepas puasa. Tiada fikahnya mengatakan ia lebih afdal bulan puasa atau kurang pahalanya bulan Syawal nanti.
Adakah kerana ia diadakan dalam bulan ibadat maka tiada penipuan oleh SPR diadakan masa itu? Kerana rasuah politik itu adalah satu jenayah dan berdosa, maka tiada rasuah berterangan oleh BN?
Adakah rasuah pilihan raya itu berdosa pada politik saja dan tidak berdosa pada syarak? Kalau BN dan SPR mengira begitu, maka ia adalah fahaman sekular, PRK tidak jadi sebahagian dari ibadat. Apabila ia tidak ibadat, maka ibadat puasa boleh diganggu oleh kegiatan PRK.
Rasanya tiada fatwa tentang pilihan raya itu ibadat. Jika ia bukan ibadat maka tumpuan ibadat sudah terganggu. Jika ia bukan ibadat, maka tidak dapat dibandingkan langsung PRK itu dengan perang di zaman Nabi SAW. Jika ia tidak dikira ibadat, maka mengadakannya dalam bulan puasa boleh dikira mahu mengganggu ibadat orang PAS.
Tetapi pada PAS yang dalam ikrar iftitah solatnya semua kegiatan hidup selepas dilahirkan hingga matinya adalah ibadat, maka penyartaan adalah ibadat. Sekalipun kegiatan PRK itu mengganggunya melakukan lain-lain ibadat biasa dalam bulan itu, maka tiada ibadatnya walaupun tidak dapat banyak bertadarus, bertahajud dan lain-lain ibadat siang dan malam, tetapi ia diisi dengan PRK yang dilakukan sebagai ibadat.
Apapun kempen tidaklah banyak dapat merapatkan silaturrahim sesama umat Islam yang terllibat dalam PRK itu, maka boleh dikatakan tidak banyak bijaknya SPR mengadakannya dalam bulan puasa kerana Ramadhan itu orang Islam BN terpaksa bertempur dengan orang Islam PAS.
Bertempur antara keduanya memang tidak dapat dielak, maka mengapa SPR dedahkan masing-masing dengan pertempuran dalam bulan yang mubarak itu? Mengapa tidak dibuat di luar bulan itu?

Sumber HD - 17-7-2013
Tugas payah Amerika tanpa Mursi
Subky Latif, | 16 Jul 2013 |
Amerika dengan segala keajaibannya mengira membuang Presiden Mursi daripada kekuasaan adalah kerja yang senang dan kerja-kerja poliltik dan diplomasi di Mesir akan senang selepas Mursi disingkirkan.
Tentera yang menjadi khadam Amerika itu merasa senang kerana tentera punya banyak pengalaman senang selama Mesir menjadi republik. Tentera tidak menghadapi apa-apa masalah apabila ia mengguling Raja Farouk daripada takhta. Tentera tidak berdepan dengan kepayahan apabila Kolonel Gamal Abdel Nasser menggulingkan Presiden pertama Mesir Jeneral Mohammed Naguib beberapa bulan kemudian.
Rakyat Mesir terus tunduk di bawah tentera selama-lamanya. Sekalipun tentera tidak dapat menundukkan rakyat yang bangkit menggulingkan Hosni Mubarak, tetapi tentera tidak banyak masalah apabila ia memihak kepada rakyat. Kerja tentera membuang Mubarak menjadi lebih senang.
Maka dengan pengalaman itu Amerika dan khadam tenteranya percaya membuang Mursi juga senang dan melumpuhkan Ikhwanul Muslimin sekali lagi juga senang. Lepas itu senanglah kerja Amerika dan tentera di Mesir.
Maka tentera yang jadi Menteri Pertahanan yang dilantik Mursi, Jeneral Fattah al-Sisi menggulingkan Presidennya dan membawanya entah ke mana. Dia mengangkat ketua hakim menjadi Presiden sementara.
Rupanya penyokong Mursi dan Ikhwanul Muslimin sudah tidak seperti Ikhwanul Muslimin zaman Raja Farouk, Nasser, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak dulu. Mereka adalah bersama rakyat yang menggulingkan Mubarak dulu, lalu mereka pula mengisi jalan raya, tidak akan pulang selagi Mursi tidak dikembalikan berkuasa.
Ketika rencana ini ditulis, puasa Ramadhan sudah bermula, tidak nampak kelengkapan perang yang dibawa untuk menghadapi bantahan rakyat itu dapat menghalang mereka terus berada di jalanraya.
Tindakan tentera dan Amerika itu mewujudkan perpecahan besar semasa rakyat Mesir. Tentera diwujudkan untuk menjaga kemerdekaan negara, bukan menjadikan rakyat bertempur sama sendiri.
Ternyata bukan senang mencari kesenangan dan bukan susah mewujudkan kesusahan. Tentera cuba menyenangkan kerjanya dengan menyembelih berpuluh penyokong Mursi dan mencederakan beratus orang. Kata jurucakap tentera dan polis, penunjuk rasa memulakan penembakan, tetapi apa justifikasi tentera membalas hingga ia dikira penyembelihan.
Ia menambah payah kerja tentera dan Amerika. Dunia ada yang mendiam diri atas penggulingan Mursi, seperti Malaysia, tetapi mengutuk penyembelihan beramai oleh tentera.
Amerika tidak pernah cenderung kepada Ikhwan, tetapi ia menghubungi Ikhwan supaya bersedia bekerjasama membentuk kerajaan sementara bagi mengadakan pilihan raya. Apa jadahnya Amerika memujuk Ikhwan juga kerja penggulingan Mursi itu senang dan boleh mendatangkan kesenangan?
Ikhwan menolak pujukan diplomasi Amerika itu sambil menolak penggulingan Dr Mursi. Mereka tidak mengiktiraf penggulingan itu dan tetap berperang Mursi adalah Presiden yang sah dan menuntut dia dikembalikan. Mereka tidak akan berganjak dari jalan raya dan padang selagi Mursi tidak dikembalikan.
Tidak mudah bagi Mursi dikembalikan, tetapi ternyata Amerika belum mencapai kesenangan yang disangkanya. Paling payah bagi Amerika ialah untuk menghadapi kesan penyembelihan oleh tentera terhadap penyokong Mursi. Adakah Amerika seronok melihat angkaranya menyebabkan khadamnya menyembelih rakyat Mesir? Adakah seronok Amerika melihat demokrasi Mesir mati? Adakah ia seronok melihat Mesir huru-hara? Dan adakah ia seronok apabila ia berdepan dengan kepayahan daripada permainan kotornya?
Tentera yang menggulingkan Mursi tentulah terus dibenci oleh setengah rakyat dan pencinta demokrasi. Seronokkah tentera membunuh rakyatnya? Seronokkah tentera melihat negara dan rakyat huru-hara? Dan seronokkah tentera apabila kesenangan yang dicari tidak dapat? Yang dapat adalah kepayahan dan kutukan.

Sumber HD - 16-7-2013
Pro, anti Mubarak anti Mursi sejak awal
Subky Latif, | 08 Jul 2013 |
SEKALIAN pro Mubarak di Mesir dan seluruh dunia khususnya Israel dan Amerika hancur hati masing-masing dengan cara Mubarak digulingkan. Justeru itu membuka laluan kepada Ikhwanul Muslimin mengisi kekosongan kuasa.
Kuasa di akar umbi adalah bersama revolusi demokrasi pro Islam gerakan Ikhwan Muslimin.
Maka anasir pro dan anti Mubarak sepakat untuk menghalangi parti pimpinan Mursi yang pro Ikhwan memenangi pillihan raya Parlimen dan pillihan raya Presiden.
Mereka gagal menyekat parti Mursi memenangi pilihan raya Parlimen. Menjelang pilihan raya Presiden mahkamah agung yang diketuai Adly Mansor yang menjadi Presiden sementara menggantikan Dr. Mursi membatalkan keputusan pilihan raya itu.
Kecenderungan rakyat ketika Mubarak digulingkan tiada ruang bagi ansir pro Mubarak boleh diberi muka dalam politik, tetapi pemerintah tentera membenarkan bekas Perdana Menteri zaman Mubarak menjadi calon Presiden menentang Dr. Mursi. Khadam Mubarak itu gagal.
Sebelum Dr. Mursi mengangkat sumpah Presiden, pemeritahan sementara meluluskan undang-undang mencabut kuasa tentera dari Presiden. Apa akan jadi pada Presiden tanpa kuasa atas tentera? Dan apa erti semuanya.
Mursi masuk pejabat tanpa kuasa tentera tetapi beliau mula-mula sekali menggantikan pemimpin tentera yang menjadi khadam pro dan anti Mubarak sedunia yang anti Mursi dan Ikhwan.
Tindakan keduanya ialah cuba mengganti ketua hakim yang membatalkan keputusan pilihan raya Parlimen. Tindakan ini tidak dapat dibuat oleh Mursi dengan sekalian hakim adalah khadam Mubarat dan anti Ikhwan.
Dari awal hakim dan mahkamah adalah tidak bersama Mursi dan masyarakat diwarwarkan Mursi menentang hakim dan mahkamah.
Ketua hakim yang menjadi Presiden sementara sekarang bukan saja sekular anti Islam yang menjadi khadam Mubarak, saya dimaklumkan dia adalah penganut mazhab Kibti. Kibti adalah kaum asal Mesir purba sebangsa dengan Firaun. Firaun adalah anti Nabi Musa dan anti Tuhan Nabi Musa di zamannya dan Firaun ada pemerintahan anti Tuhan dan anti kemanusiaan zaman berzaman.
Mesir yang menjadi boneka barat sejak zaman beraja hingga hari terakhir pemerintahan Mubarak – kecuali di zaman Gamal Abdel Nasser yang anti-Amerika – ia bukan saja memupuk fahaman sekular yang tebal di kalangan elit rakyat Islam, bahkan ia memberi layanan tertentu kepada penganut Khibti tertentu.
Apabila giliran Afrika menjadi Setiausaha Agung PBB, barat menyokong pencalonan warga Mesir untuk jawatan itu tetapi dia adalah seorang penganut Khibti iaitu Boutrus-Boutrus Ghali.
Sekalipun barat mempercayai golongan sekular Islam Mesir tetapi ia lebih percaya kepada Khibti kerana Khibti bukan Islam.
Sebagai boneka Mubarak juga lebih percaya kepada Khibti dari orang Islam kerana Islam sekular boleh khianat kepadanya seperti yang dilakukan oleh setengah golongan sekular yang menjayakan revolusi penggulingannya dulu.
Sekalipun dari mula Mursi cuba menjadi pemimpin yang adil dan saksama untuk semua – Islam, Kristian, Khibti dan lain-lain, tetapi semua usahanya telah ditentang oleh gejala anasir anti Ikhwan.
Sejak dia berkuasa, dia membuka laluan mudah bagi Palastin mendapatkan bekalan melalui terowong di sempadan Gaza. Dia memperkenal dasar pro Islam yang tidak bercanggah dengan nilai kemanusiaan sejagat.
Israel dan khadam Amerikanya mahu Mursi dan Ikhwan dihapuskan tetapi tidak mahu tentera mengambil kuasa. Tentera melakukan kudeta dan memberi kuasa Presiden kepada ketua hakim yang membatalkan keputusan pililhan raya Parlimen yang pertama yang dimenangi oleh parti Mursi. Sandiwara yang Amerika tidak dapat bersihkan.
Langkah pertama tentera dan Presiden sementara sebaik Mursi digulingkan selain menahan beratus pemimpin Ikhwan, ia membinasa terowong bantuan ke Gaza. Mengapa anti Mursi dan anti Ikhwan juga menjadi anti Palestin? Ia adalah tindakan anti Mesir, anti Arab dan anti demokrasi Islam.

Sumber HD - 8-7-2013
Pengundi Kuala Besut Mesti cerdik
Subky Latif, | 05 Jul 2013 |
BETUL seperti yang ditulis oleh Selena Tay dalam Harakah harga barang makanan naik melambung selepas PRU13.
Dia menyebut tentang bawang merah di sekitar Kepong yang sekitar RM8 sekilogram sebelum 5 Mei sudah jadi RM13 sekilogram selepas pilihan raya.
Saya pernah menulis tentang kedai runcit dekat rumah saya. Sebelum pilihan raya pekedai itu berbelanja kurang dari RM2,000 sehari untuk melengkap barang jualannya. Sekarang dia terpaksa berbelanja RM3,000 sehari untuk membeli barang jualan yang sama dengan kuantiti yang sama.
Dia tidak lagi boleh jual dengan harga yang sama.
Pendapatan kami tidak bertambah. Cili yang seringgit separuh dari yang dibeli dulu. Untuk beli pisang sebanyak yang dibeli dulu, kena bayar hampir sekali ganda sekarang.
Dalam seminggu dua tiga petang saya membeli pisang goreng. Ia kegemaran dua cucu yang baru bersekolah. Dulu saya beerbelanja RM3 sekali beli untuk semua keluarga. Sekarang dengan lima ringgit sudah tidak sebanyak dulu.
Penjual itu tidak salah sebab dia dapat bekalan dengan harga yang baru.
Saya tidak fikir ia berlaku di Kuala Lumpur saja. Ia juga dipercayai berlaku di Kuala Besut yang akan menghadapi pilihan raya kecil tidak lama lagi. Adakah pengundi di Kuala Besut sedar kenaikan yang mendadak dan adakah mereka sudah mengalaminya?
BRIM RM500 sebelum PRU dulu bealum tentu diberi lagi dalam masa beberapa bulan ini. Duit sebesar itu tidak dapat menampung keperluan tambahan harga barang bagi tempoh dua bulan. Sebulan pun tidak berapa cukup.
Kita tidak tahu apa yang kerajaan dapat buat untuk membantu pengundi membeli barang keperluan dalam tempoh yang terdekat?
Kenaikan itu sudah diduga sebelum PRU itu. Kalau BN berkuasa lagi harga barang tidak dapat disekat dari naik. Sementara beberapa bulan kempen itu dapat pula dihalang kenaikannya. Tetapi bila ia menang semula, barang pun naik mendadak.
Oleh kerana wujud kesebokan bantahan SPR dikatakan membantu penipuan pilihan raya, maka kerajaan dapat mengelakkan orang bising tentang kenaikan harga mendadak itu.
Hal ini kena hebahkan kepada pengundi Kuala Besut. Pengundi PRK boleh gunakan kecerdikan mengundi calon pembangkang bagi menekan kerajaan memberi perhatian kepada kenaikan semua barang itu. Belum tentu harga itu boleh diturunkan seperti dulu kiranya calon BN kalah. Tetapi kalau ia kalah, ia akan memikirkan untuk melakukan sesuatu, sekurang-kurangnya dihalang ia dari naik lagi.
Pada masa ini, jika ia tidak dinaikkan lagi adalah yang terbaik. Kita tahu kerajaan yang ada tidak dapat menurunkan yang sudah naik. Dan adalah diragukan ia dapat menghalang kenaikan lagi.
Jika dibiarkan nak jadi kepada kita semua kerana kerajaan sudah tidak boleh ditukar dalam masa lima tahun ini.
Tetapi kerajaan yang lemah ini boleh diajar dengan mengalahkan calon BN di Kuala Besut. Soal siapa hendak memerintah Terengganu sekarang tidak lagi penting sangat. Jika BN menang semula, ia tidak menjadikan kerajaan yang ada itu kuat sangat. Jika ada mati lagi selepas ini, kekalutan yang sama akan berulang lagi.
Harapan semua rakyat di seluruh negara adalah kepada pengudi Kuala Besut sekarang. Perubahan di Kuala Besut dapat membantu masalah rakyat di seluruh negara yang menghadapi kenaikan harga barang itu menjadi perbincangn panas. Kenaikan itu dirasa oleh semua.
Kebanyakan orang tidak peduli kes Altantuya. Tapi barang naik melambung menyakit dan mencekik semua orang. Undi orang Besut bukan sekadar kerana kepenting mereka saja, bahkan ia adalah kepentingan sekalian rakyat yang tertindas.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-7-2013
Gelap 505 di parlimen?
Subky Latif, | 04 Jul 2013 |
Dua hari selepas rapat Gelap 505 di Padang Merbok 22 Jun, pada 24 Jun Dewan Rakyat mengangkat sumpah penggal barunya.
Gambar yang tersiar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk semeja berpakaian hitam lengkap bersama Perdana Menteri Najib dan TPM Muhyidin Yasin juga berpakaian hitam. Semua anggota Parlimen yang mengangkat sumpah hari itu berpakaian hitam belaka.
Saya terfikir sedarkah mereka dua hari dulu hitam seluruh Kuala Lumpur orang turun membantah manipulasi SPR dalam pengundian 5 Mai lalu. Tidakkah bagi pembantah berpakaian hitam di sesi angkat sumpah di Parlimen itu menyambung unjuk rasa Gelap 505 di Padang Merbok?
Bantahan terhadap SPR itu boleh disambung di Parlimen dengan sekalian MP Pakatan Rakyat terus menerus berpakaian hitam seperti hari pembukaan sidang Parlimen itu. Sekalian penyokong Pakatan yang singgah ke Parlimen berpakaian gelap.
Tok Guru Haji Abdul Hadi boleh berserban hitam seperti yang digunakan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam acara rasmi negeri semasa menjadi Menteri Besar Kelantan dulu.
Tidak kira hari apa, setiap kali sidang Parlimen sekaliannya berpakaian hitam hinggalah SPR dirombak.
Setiap orang yang bangun bercakap selepas menyebut hormat kepada Tuan Speakar atau Yang Dipertua, sebutkan salam Black 505. Sehinggalah ada larangan dari Speaker.
Saya tidak menduga Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan Parlimen, Shahidan Kasim akan membuat peraturan dilarang masuk ke bangunan Parlimen berpakaian rasmi hitam. Dan Speaker dan Presiden Dewan Negara dapat melarang orang masuk ke Dewan berpakaian hitam dan melarang orang memberi salam Gelap 505 ketika memulakan ucapan.
Mungkin Speaker boleh menegur tetapi apa yang dapat dibuatnya bagi menahan YB menuturkan salam itu? Kecuali dia membuat peraturan baru, sesiapa yang menutur begitu dilarang masuk sidang sehari atau dua hari. Atau Speaker menggunakan budi bicaranya menghalang YB masuk Dewan.
Seperti yang dibuat oleh Al-Marhum Tan Sri Syed Jaafar Albar dalam acara angkat sumpah Dewan Rakyat tahun 1959. Sekalian MP Front Sosialis masuk ke bangunan Parlimen tanpa kot dan tali leher. Peraturan pakaian belum ada masa itu.
Tan Sri Albar menunggu di pintu masuk Dewan. MP pembangkang sekalian disekatnya memasuki Dewan. Berlaku kekecohan. Selagi mereka tidak berpakaian lengkap, tidak dibenarkannya masuk. Tidak pula mereka berpecah masuk melalui pintu yang tiada Albar. Akhirnya mereka keluar bangunan datang semula dengan pakaian lengkap.
Bolehkah Tan Sri Pendekar Amin Mulia dan Shahidan Kasim sekat orang berpakaian hitam masuk ke Dewan sedang mereka menggunakan pakaian rasmi?
Saya tidak dapat mengagak apa yang bentara Parlimen dapat buat jika semuanya datang dengan pakaian hitam. Selagi peraturan dan larangan itu belum ada, boleh masing-masing tunjukkan bantahan itu hinggalah ke suatu masa yang tidak ditentukan.
Sekalian orang yang tidak puas hati dengan SPR boleh datang ke Parlimen dengan pakaian begitu tetapi tidak pula membuat bising dan tidak kacau ketenteraman Parlimen.
Orang tidak akan kata pembangkang sudah jadi macam budak-budak. Kebijaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat tidak terjejas dan tidak boleh dikira rendah dengan berpakaian begitu. Sebaliknya ia adalah bantahan yang berterusan.
Hingga bila unjuk rasa Hitam 505 hendak diadakan? Boleh berterusan, tetapi tidak selalu boleh datang beramai-ramai. Para YB boleh terus berpakaian begitu sebagai menyatakan bantahan itu tidak bermusim.

Sumber HD - 4-7-2013
Pastikan Shahidan tidak berbohong di parlimen
Subky Latif, | 02 Jul 2013 |
SAYA tidak pasti apa sebenarnya yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim katakan di Parlimen ketika menjawab soalan tentang dakwat kekal dalam PRU13 dulu.
Yang saya fahami dari berita mengenainya ialah bergantung pada individu apakah dakwat itu akan kekal atau tidak kekal. Maksudnya ada individu dakwat itu kekal beberapa hari dan ada jari individu tidak lekat dakwat itu.
Katanya jika laporan itu tepat, ia sudah diuji pada jari kakitangan SPR beberapa hari sebelum hari mengundi. Ertinya SPR puas hati dengan ujian itu.
Saya tidak bersangka buruk dengan jawapan menteri itu. Tetapi laporan yang disiarkan menampakkan jawapan itu berunsur jenaka. Berjenaka di Parlimen tidak salah, bahkan ia boleh menyegar Anggota Parlimen dari mengantuk dan bosan dengan ucapan yang tak henti-henti. Tetapi jenaka itu mesti benar, bukan diada-adakan.
Parlimen bukan tempat berbohong. Bahkan bukan di situ saja dilarang berbohong. Di mana-mana saja manusia tidak boleh berbohong. Islam menentukan dosa atas setiap bohong. Tetapi tiada yang banyak dibuat terhadap kaki bohong yang dibuat di merata-rata. Masjid adalah Rumah Allah. Ia adalah tempat suci yang orang mengelak dari berdosa. Tetapi tidak undang-undang yang dapat menghukum orang berbohong.
Parlimen ada peraturannya. Orang yang berbohong tidak layak menganggotai Parlimen. Guru wartawan saya, wartawan senior dari Britain, Mr. Brown memberitahu kuliah tahun 1963, John Profumo, Menteri Perang Britain hilang kelayakannya menjadi menteri dan anggota Parlimen bukan kerana skandal seks Kristian Keeler yang melibatkannya tetapi kerana dia berbohong di Parlimen.
Demikian seriusnya hukum terhadap MP yang berbohong.
Jawatankuasa Tata Tertib Parllimen perlu melihat jawapan Shahidan tentang dakwat itu betulkah Shahidan berkata benar atau dia bergurau bohong di Parlimen. Siapa yang menyediakan jawatan itu adalah hal yang lain, penuturnya adalah seorang anggota Parlimen dan menteri.
Pastikan dari hansard Parlimen apa yang diucapkannya. Pastikan betul ada ujian dilakukan atas jari petugas SPR sebelum tarikh mengundi. Betul dakwat itu tidak padam hingga beberapa hari. Ujian itu mesti dibuat sebelum dakwat itu dibeli. Bukan dua tiga hari sebelum mengundi hingga dia tidak layak mengundi kerana dakwat itu masih lekat di jari pada hari mengundi.
Ke atas berapa jari yang diuji. Adakah semua orang yang diuji dakwat itu lekat belaka? Ertinya tidak orang yang diuji dakwat itu tidak lekat.
Parlimen atau SPRM yang berminat tentang kesahihan dakwat itu mesti mendapatkan pandangan pakar dakwah tentang ada jari manusia dakwat itu boleh lekat lama hingga tempoh yang ditentukan dan ada jenis jari dan kulit tangan manusia yang tidak lekat dakwat.
Dan bila SPR dan kerajaan sedar adalah jari yang boleh lekat dakwat dan ada jari yang kalis dakwat.
Pastikan bahawa Shahidan telah dibekalkan dengan bukti yang betul sebelum dia membuat jawapan di Parlimen dan dia sendiri yakin tentang ada jari manusia yang kalis dakwat dan yang lekat dakwat.
Sama ada Shahidan telah dikelirukan oleh pegawainya dan oleh orang-orang SPR adalah perkara kedua. Jika dia dikelirukan oleh orang lain, itu adalah kebodohannya. Jika dia menyamai jawapan atas bndak yang tidak betul atas nasihat orang lain, dengan sendirinya ada kecacatan untuk jadi ahli Parlimen yang berwibawa.
Jika dipastikan dia berbohong, baik atas otak dan lidahnya, atau dia dinasihat orang, bercanggah dengan fakta sains ada jari lekat dakwat dan ada jari kalis dakwat, maka kalayakan Shahidan jadi MP sudah tidak dapat dipertahankan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-7-2013
Bermula demo tanpa gangguan polis
Subky Abdul Latif, | 02 Jul 2013 |
Unjuk rasa Gelap (Black) 505 Jun 22 lalu berjaya dijayakan atas separuh kerjasama polis dan para penunjuk rasa yang kecewa terhadap kerja SPR.
Penunjuk rasa tidak lagi peduli atas apa polis rasa dan kata tentang demo mempersoal kerajaan selama ini. Polis beri permit atau tak beri permit tidak lagi penting bagi para pro demokrasi. Mereka dengar polis atas segala yang menasabah tetapi tidak lagi peduli dengan dalih polis sekadar melanggar undang-undang dan menimbulkan kekacauan dan kepayahan.
Gelap 505 Jun 22, 2013 memenuhi beberapa jalan besar dan utama pusat bandaraya Kuala Lumpur dari beberapa lokasi menuju Padang Merbok tanpa cabaran polis, bahkah kehadiran sepenuh hati atau terpaksa adalah bagi memudahkan kelancaran lalu lintas.
Tidak lagi polis sepert di bawah Rahim Nor, Norain Mai dan Musa Hasan yang amat sensitif dengan tunjuk perasaan. Tidak lagi seperti Musa Hasan dan peanggantinya TS Ismail Omar yang baru pencen menangani Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan demo anti pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh Tan Sri Hasan Ahmad dan A Samad Said.
Dalam semua demonstrasi, pejuang pro demokrasi ditunggu oleh trak PRU, lori meriam air dan lain-lain kelengkapan senjata polis seperti hendak menghadapi serangan penceroboh asing. Semua yang polis buat itu atas alasan menjaga keamanan dan keteneraman. Mati demokrasi, mati kebebasan menyuarakan kedaulatan rakyat tidak menjadi pertimbangan.
Kerana apa jua yang polis rasa tidak lagi dipeduli orang, maka beberapa rapat selepas 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka tidak lagi polis membazirkan tenaga dan peruntukan untuk terlalu sensitif dengan apa yanag dinamakan tunjuk perasaan.
Alasan peniaga kerugian tidak dapat berjual oleh banjiran demonstran dan pelancong takut ke Malaysia, ekonomi tergencat hari itu tidak dapat dibuktikan. Demo aman Gelap 505 itu mewujudkan gerai haram orang berniaga makan, minuman dan lain-lain keperluan puluhan ribu penunjuk rasa.
Mereka mangaut untung yang banyak hari itu. Gerai makan dan minum di jalan-jalan sekitar yang dilalui orang buat duit. Konsesi tol boleh mengeluarkan penyata, banyak mana beza pungutan tol hari itu di seluruh laluan ke Kuala Lumpur di bandingkan dengan hari-hari lain. Banyak mana bertambah jualan runcit petrol dua tiga hari sebelum dan selepas Gelap 505 itu?
Semuanya durian runtuh buat mereka. Kalau boleh bagi peniaga segera ini, selalu demonstrasi adalah rezeki mudah untuk mereka. Jika polis bersara tiada pekerja tetap, boleh buka gerai dan mengaut untung kalau selalu ada demo besar begitu.
Apa rugi polis apabila tidak pukul memukul dan tiada huru hara dalam rapat Gelap 505 itu? Apa rugi negara bila polis tidak ganggu demo? Tidak rugi apa-apa, bahkan polis mulai dilihat ada maruah, ia boleh gunakan masa dan fikiran untuk menghadapi jenayah yang perdana menteri kata, transformasi baru negara ialah menghadapi jenayah adalah satu perjuangan.
Dengan sikap baru polis dalam beberapa demo sejak tahun 2013, tanpa menurunkan kelengkapan anti demo, terbukti reaksi sensitif polis berlebihan tidak diperlukan.
Dengan beberapa perkembangan itu moga-moga polis tidak lagi perlu sensitif dengan sebarang yang dinamakan demo. Selain dari demo itu, ada keperluannya untuk semak dan imbang perjalanan kerajaan dan pemimpin politik, ia juga perlu untuk menurunkan rasa geram umum terhadap penyeleweng pentadbiiran.
Orang kata kalau geram dibiarkan pecah di perut, ia menyebabkan orang boleh gila. Bila ia dapat dipecahkan di mulut, angin emosional turun dari badan.
Sudah bermula nampaknya polis tidak perlu lagi berperang dengan rakyat yang turun berdemo. Bermula kejayaan baru bagi polis dan demonstran.

Tidakkah SPR khianati amanah Agong?
Subky Latif, | 25 Jun 2013 |
TIDAK dipastikan apakah rakyat bertambah celik atau kian mundur kerana banyak aduan dan protes tentang orang itu menghina raja dan orang ini mengkhianati raja.
Itulah demokrasi kita bertambah banyaknya orang yang mendakwa peka tentang kesetiaan kepada raja.
Anak yang beradab dan bijak tidak menghebohkan adik beradiknya menderhaka kepada bapanya, kerana ia boleh mengaibkan bapanya sekalipun bapa itu terkenal beramal soleh. Anak yang bijak tadi menyorokkan keburukan itu supaya ayahnya tidak malu.
Begitu juga tidak bijaknya masyarakat yang setia kepada raja menghlebohkan orang itu melawan raja dan orang ini derhaka, kerana ia akan menyebabkan timbul pertanyaan apa sudah jadi dengan rakyat dan apa sudah jadi dengan raja? Apa sudah jadi pada orang Melayu?
Dalam yang panas tentang pengkhianatan ini orang heboh dengan apa yang dikatakan kepincangan SPR melaksanakan tugasnya.
Antara PRU12 hingga PRU13, terdapat sekurang-kurangnya tiga kali tunjuk perasaan besar-besaran di Kuala Lumpur membantah perjalanan SPR. Setiap unjuk rasa melibatkan ratus ribu orang. Semuanya menyoal kebebasan dan kebersihan SPR melaksanakan pilihanraya yang bebas dan bersih.
Bahkan selepas PRU13, SPR sedang dibicarakan oleh rakyat betapa ia dikatakan telah melakukan penipuan dan mengkhianati keputusan pilihan raya. Siri Gelap (Black) 505 berlangsung di setiap negeri mempersoal kejujuran SPR dan pemimpin-pemimpinnya.
51 peratus pengundi popular merasa mereka telah ditipu dan dikhianati.
Persepsi umum sejak sekian lama sejarah pilihanraya penipuan telah berlaku. Penyelewengan itu tidak pernah dipersoal sepanas yang terjadi selepas PRU 505 itu. SPR didakwa umum mengkhianati amanah yang diberi kepadanya.
Ia tidak melaksanakan dengan telus, adil, bebas dan bersih.
Siapa yang memberi amanah kepada SPR? Ialah Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong yang membentuk suruhanjaya itu dan bagindalah yang perkenan melantik Pengerusi dan lembaganya.
Amanah yang diberikan kepadanya ialah jadilah ia suruhanjaya yang bebas, bersih, adil dan telus.
Tetapi adalah SPR sudah melaksanakan amanah yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong itu? Jawabnya ialah ia meragukan. Persepsi semua ialah ia tidak bebas dan ia penuh dengan penyelewengan.
SPR mengikut kata setengah penyokong UMNO yang buta pentadbiran berkata, SPR dibayar gaji oleh kerajaan, maka ia mesti patuh kepada kerajaan yang ada. Maka ia mesti dengar apa saja yang dihendaki oleh kerajaan.
Maka dengan ini SPR telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, menjalankan tugas seperti lain-lain badan di JPM, patut dengan apa yang dikehendaki oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO. Lalu SPR dilihat seperti satu biro dari UMNO dan BN.
Setiap Perdana Menteri mahu SPR jadi begitu, bekerja untuk kepentingan dan kekuasaan UMNO, tanpa mengira amanah yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tiada Presiden UMNO mahu SPR bebas dari pengaruhnya. Dengan PM berbuat begitu, menjadikan SPR tidak bebas dan tidak menjalankan amanahnya, maka yang memalsukan amanah Agong itu mulanya PM sendiri dan selepas itu SPR yang patuh keapda tekanan PM dan UMNO.
Tidakkah memalsukan amanah Agong itu tidak dianggap mengkhianati Agong? Apakah ia tidak menderhaka dan apakah ia tidak menghina institusi raja-raja?
Pakar undang-undang dan perlembagaan mesti tampil memberi huraian, tidakkah SPR sudah mengkhianati raja. Walaupun mereka tidak tunjukkan mereka menentang raja, dengan tidak amanah kepada amanah raja, adalah pengkhianatan kepada raja dan perlembagaan. Bolehkan Peguam Negara bersetuju dengan tafsir itu dan melakukan pendakwaan?

Sumber HD - 25-6-2013
Tidakkah jerebu juga tentera Allah?
Subky Latif, | 24 Jun 2013 |
APAPUN kerosakan di laut, di darat dan di udara seperti jerebu adalah justeru gatal tangan manusia, demikian kira-kira maksud ayat 41 surah ar-Rum.
Maka jerebu yang melanda Singapura, Malaysia dan apa lagi Sumatera sebagai pusat punca yang mengeluarkan asap itu adalah hasil perbuatan manusia rakus mahu memunggah kekayaan bumi Sumatera yang sebanyak-banyak secara senang melakukan pembakaran.
Siapa manusia itu tidak penting, biarlah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkannya.
Pembakaran yang mulanya untuk tujuan ekonomi telah bertukar menjadi bala umum bagi sekurang-kurangnya tiga buah negara Asean berbentuk asap. Asap yang banyak itu memenuhi udara menjadi jerebu siang sentiasa redup dan di setengah tempat siang itu sentiasa seperti senja.
Tidakkah jerebu itu pula satu bentuk tentera Allah yang dikirim-Nya bagi memberi amaran kepada manusia?
Seperti Allah menjadikan tenteranya dalam bentuk seekor nyamuk bagi membinasakan Namrud, maka jundullah dalam bentuk jerebu itu adalah amaran awal kepada kemaksiatan manusia dan ujian bagi orang yang amal soleh. Bala untuk umat Muhammad SAW tidaklah membinasakan manusia seluruhnya seperti yang dialami oleh umat sebelumnya, justeru janji Allah kepada baginda sebagai pengirimannya adalah rahmat kepada seluruh, maka umatnya tidak akan mengalami bala sepahit kaum Nuh, Aad, Tsamud dll.
Tentera asap telah dirakamkan dalam al-Quran dalam surah Ad-Dukhan, betapa asal tebal berkepul-kepul telah melanda bumi mengancam musyrikin Makkah. Tentera asap itu bukan sekadar menyesakkan nafas manusia dan boleh mendatangkan penyakit, malah asap atau jerebu itu, memanaskan udara sekalipun redup, tetapi ia mengakibatkan kemarau bagi wilayah yang Allah hukum.
Apakah gara-gara yang dialami oleh kemarau? Tumbuhan dan tanaman tidak menjadi. Ia menyempitkan rezeki manusia dan binatang. Manusia putus minuman kerana tiada sumber air, putus bahan makanan kerana tanaman tidak menjadi. Apabila binatang baik ternakan dan yang liar mati kelaparan, akhirnya tiada apa yang manusia dapat makan kecuali pasir.
Tentera jerebu yang melanda tiga wilayah Asean itu mungkin memulakan proses kiamat. Ia mungkin dapat diatasi atas penguasaan manusia atas ilmu teknologi, dan atas doa orang-orang soleh, tetapi ia adalah ayat-ayat Allah sebagai amaran kepada kerakusan manusia.
Orang yang melakukan pembakaran itu tentulah berdosa. Mereka bukan sekadar dihukum Allah semasa di dunia dan di akhirat, kerajaan juga akan menghukum mereka. Tetapi dosa mereka yang membakar itu menimpa lain-lain orang yang tidak membakar dan orang yang tidak merebut kekayaan di Sumatera.
Orang miskin Singapura dan Malaysia tidak ada apa-apa kepentingan dengan pembakaran di Sumatera itu, tetapi apakah dosa mereka, maka mereka menerima azab dari kesan jerebu itu?
Pemimpin dan pemerintah ke tiga wailayah yang terlibat perlu bertanya apakah dosa masyarakat masng-masing, dosa kerajaan dan dosa para pemimpin itu sendiri menyebabkan Allah turunkan jerebu itu. Orang yang membakar hutan itu adalah penyebab kepada jerebu itu, jerebu itu adalah bala yang Allah turunkan berpunca dari pembakaran itu.
Kadang-kadang kebakaran bukan kerana ada pembakaran, tetapi oleh gara-gara pembuangan puntung rokok. Apakah manusia selain dari menghukum orang yang gatal tangan dan mengikhtiarkan kaedah mengatasinya, sedia muhasabah akan sebab Allah turunkan bala itu?
Pakar teknologi boleh menanam benih awan dan hujan, orang soleh boleh solat minta hujan, tetapi apa peranan ulama dan sekalian orang yang beriman menyamaikan dakwah, bahawa jerebu itu bkan sekadar gara-gara Riau terbakar, tetapi ia adalah mesej Allah supaya manusia kembali kepada ajarannya. Sebelum yang tidak beriman mndapat petunjuk, orang yang beriman itulah yang mesti insaf dan taubat dulu.

Sumber HD - 24-6-2013
Turki di bawah Erdogen tak sama dengan negara Arab
Subky Latif, | 20 Jun 2013 |
SEMUA negara Arab baik yang terlibat dengan Arab Spring dan tidak, tidak sama dengan Turki yang ditadbir oleh Perdana Menteri Recep (Rejab) Tayyip (Taib) Erdogen dan partinya AK.
Rata-rata negara Arab dan pemerintahannya diktator baik ia monarki atau republik. Rakyat tidak dapat bersuara, tidak dapat menikmati keadilan sosial, bagi yang tidak berminyak hidup dalam kemiskinan sedang pemerintahannya kaya raya. Rata-rata rasuah dan tiada negara yang dapat dijadikan contoh negara Islam.
Dengan segala yang ada di negara-negara Arab itu tiada yang terkejut jika Arab Spring berlaku.
Semua tahu Turki sejak kalahnya khilafah Osmaniyah. Ia negara sekular anti-Islam dan anti-Arab. Sekularisma adalah fahaman yang tidak hidup dan ditadbir secara agama tetapi ia tidak anti mana-mana agama. England adalah sekular tetapi Queennya boleh menjadi ketua agama Kristian dan gereja. Ia boleh membantu keperluan rakyat secara agama tetapi kerajaan dan politiknya tidak dijalankan mengikut kehendak agama.
Kerajaan Turki tidak ada bajet tentang Islam. Tiada surau di mana-mana bangunan kerajaan. Siapa yang hendak solat di waktu pejabat, solatlah secara curi. Kerajaan dan kaki tangannya dikira jenayah jika melibatkan diri dengan Islam. Islam adalah dalam rumah dan masjid. Sekularismanya adalah anti Islam.
Ia tidak pernah ada kerajaan yang stabil setelah ketiadaan Kamal Ataturk. Ia demokrasi tetapi tiada parti politik yang dapat majoriti sebelum parti dan kerajaan Erdogen. Kebanyakan kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan campuran. Ekonominya buruk, inflasi tinggi. Nilai mata wang Liranya berubah mengikut minit. Nilai petang sudah tidak sama dengan nilai tengah hari. Harga barang berubah setiap minggu.
Wajib bagi Istanbul putus bekalan air paling kurang dua hari seminggu.
Parti Ergoden adalah yang pertama dapat membentuk kerajaan majoriti Turki. Pertama kali partinya menyertai pilihanraya, ia menang.
Semua mengaku kerajaan Erdogen berjaya memulihkan politik, ekonomi, memendung inflasi, mengukuhkan Lira dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Bekalan air di Istanbul tidak putus lagi. Kerajaannya adalah antara yang terbaik di dunia dan berada di depan dibandingkan kebanyakan negara Arab dan Islam.
Stesyen TV CNN pun bertanya apa yang rakyat Turki mahu dengan tunjuk perasaan anti kerajaan yang merebak ke seluruh negara sejak lebih dua minggu lalu? CNN mengakui kerajaan Erdogen telah melakukan yang terbaik yang belum dapat dicapai oleh kerajaan yang terdahulu. Erdogen telah menyelamatkan negara dan rakyatnya dari kehancuran.
Turki cuba menyertai pakatan komuniti Eropah untuk membolehkannya menikmati kejayaan ekonomi dan sosial yang Eropah capai. Tetapi ia tidak tolek sebabnya komuniti itu adalah untuk Kristian dan Turki adalah Islam sekalipun pegangan agamanya senipis kulit bawang sebelum Erdogen berkuasa. Dan apa lagi Erdogen itu dikenali orang beragama dan pro agama, tidak ruang diterima oleh EU.
Ketika Grecce, Itali, Sepanyol dan beberapa negara Eropah berdepan dengan ancaman muflis, Turki adalah terselamat.
Turki sekarang bersaing dengan Jepun dan beberapa negara untuk menganjurkan Sukan Olimpik. Ia menyediakan bajet yang jauh lebih besar dari persediaan Jepun.
Tidak ada yang mewajarkan rakyat Turki untuk melakukan Arab Spring. Keadaan di Turki adalah lebih baik dan dijangka menuju masa depan yang lebih cemerlang jika parti Erdogen terus berkuasa. Tetapi mengapa ada tunjuk perasaan berlanjutan?
Jawabnya sekalipun Erdogen mengaku mempertahankan dasar sekular tetapi dunia barat tidak percaya kepada pegangan Islam dan mereka cemburu dengan Islam. Turki sudah ke depan dalam menghadapi isu Palestin dan amat tidak disenangi Israel. Negara-negara Arab yang dilanda Arab Spring melihat Turki di bawah Erdogen sebagai contoh yang baik.
Sukar bagi lain parti di Turki untuk menang selagi Erdogen menjadi pemimpin rakyat. Mereka yang menyokong Erdogen di barat tidak menyatakan tentngan kepadanya kerana dia demokrati dan pimpinannya baik. Tetapi mereka lebih suka sekular anti Islam berkuasa di Turki sekali mereka tidak mampu memajukan Turki.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-6-2013
Perjuangan baru perangi jenayah
Subky Latif, | 19 Jun 2013 |
APA yang baru yang hendak dibuat oleh Datuk Seri Najib setelah menjadi Perdana Menteri semula?
Mula-mula menjadi Perdana Menteri empat tahun lalu ialah kata-kata hikmah transformasi berbagai lapangan. Transformasi itu dan transformasi ini. Kalau P.Ramlee ada masa ini dia akan berkata, ‘Berapa banyak transformasilaaaaa?’
Yang terbaru ini dia berkata kira-kira, menghadapi jenayah satu perjuangan. Tentu ia juga dalam rangka transformasi juga.
Kita sudah ada perjuangan membasmi kemiskinan, membasmi buta huruf, mendaulatkan bahasa, perjuangan memperkasa penggunaan bahasa Inggeris, perjuangan meningkat pelajaran orang Melayu, membasmi rasuah, politik wang dll. Kini menghadapi jenayah pula.
Adakah ia tanda jenayah sudah jadi ancaman paling atas sekarang?
Memang jenayah sekarang menjadi-jadi. Tiada hari yang tiada laporan jenayah dalam akhbar.
Bukan sekadar satu jenayah sehari, bahkan beberapa kejadian jenayah sehari. Kalau bunuh di Amerika bukan berapa pembunuhan sehari tetapi berapa pembunuhan sejam. Sama kita pula tidak patut bertanya berapa penagih dadah sehari tetapi tanya berapa penagih baru sejam?
Dengan kempen perjuangan anti jenayah yang sepatutnya dilancarkan segera, maka apakah kempen mencegah rasuah sudah berjaya? Rasuah masih berada di tahap yang tinggi. Mungkin tidak setinggi Indonesia dan Filipina, tetapi boleh kita berbangga rasuah kita tidak setinggi negara-negara jiran?
Tetapi jenayah rasuah kita amat teruk dibandingkan dengan pemerintahan sebelum merdeka dulu.
Berjuang memerangi jenayah adalah baik tidak kira jenayah di peringkat rendah atau apa lagi sudah di tahap yang tinggi. Jenayah bukan saja di luar balai polis tetapi sudah berlaku dalam lokap yang di sekitarnya tiada orang lain selain dari polis dan suspek.
Tiada di dunia jenayah meletup hancurkan mayat tetapi di Malaysia berlaku mayat diletup hancurkan seperti yang berlaku dalam pemerintahan Pak Lah terhadap mayat Altantuya, nyonya dari Mongolia.
Sepatut menghadapi jenayah sebagai satu pejuangan bermula dari waktu itu. Walaupun kejadian itu sudah hampir sepuluh tahun dan belum selesai, sekali pun terlambat, tetap tidak terbiar langsung dengan kenyataan Perdana Menteri itu. PM sudah ada ingatan sekarang untuk memulakan perjuangan memerangi jenayah.
Tetapi jenayah yang hendak ditangani itu sekadar mencegah jenayah yang hendak berlaku selepas kempen dilancarkan, tetapi mestilah juga menangani jenayah lampau yang belum diselesaikan seperti meletupkan mayat Altantuya itu.
Dalam rangka kempen itu kerajaan, Perdana Menteri dan kempen anti jenayah yang hendak diperjuangkan itu mesti respons terhadap tindakan mahkamah Perancis yang sedang menangani rasuah pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia dengan pengeluarnya di Perancis.
Loyar dari Perancis pernah datang ke negara ini untuk melakukan penyelidikan. Pihak berkuasa bukan sekadar tidak memberi kerjasama, tetapi menghambatnya dari negara kita.
Jika yang ini pun tidak diberi reaksi yang menggalakkan, maka yang dikatakan perjuangan terhadap jenayah itu adalah satu propaganda murahan sama seperti kata-kata kosong yang sudah selalu didengar.
Apapun jenayah mesti ditangani oleh semua. Menjadi-jadinya jenayah itu adalah isyarat Allah kepada umat dan kerajaan negara ini, betapi jenayah itu tiada dapat diperangi dengan mana undang-undang selain dari peraturan jenayah Islam iaitu hudud.
Isu hudud timbul dalam negara kita. Kita tolak sedang yang menolak itu adalah pemerintah dan pembesar Islam. Bila kita memilih undang-undang lain, maka jenayah tidak akan terhapus, bahkan ia menjadi-jadi.
Najib dan kerajaannya, bukan saja agak gagal dalam kempen itu kerana ia mengenepikan hudud, dan dengan segala imej yang ada padanya, kenyataannya menjadikan anti jenayah sebagai satu perjuangan adalah kata-kata kosong, malah mahu menyorokkan segala macam jenayah yang melibatkan para pembesar.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-6-2013
Kempen Najib tidak ditentang bermula
Subky Latif, | 14 Jun 2013 |
Jika Datuk Najib pemimpin yang bearwibawa dan diterima oleh semua, apa perlunya ketua Puteri dan ketua Pemuda Umno menyeru supaya belilau tidak ditandingi dalam pemilihan Presiden Umno yang akan datang?
Bahkan Tan Sri Muhyidin Yasin juga tidak perlu dicabar bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti itu.
Seolah-olah telah bermula kempen dalam kalangan parti itu supaya jangan ada yang mencabar kedua-dua pemimpin itu untuk mengekalkan jawatan masing-masing.
Apakah telah ada kemungkinan dia dicabar berikut prestasi buruk Barisan Nasional dalam PRU yang lalu, malah pencapaiannya lebih buruk dari PRU 2008 di bawah Tun Abdullah Badawi dulu. Ia bukan sekadar buruk di peringkat Parlimen, bahkan pimpinan langsungnya dalam BN dan Umno Selangor juga lebilh buruk daripada sebelumnya.
Jika prestasi buruk Tun Abdullah Badawi dulu diikuti oleh kebangkitan Umno secara langsung diketuai oleh Najib sendiri, menuntut Pak Lah berundur, maka bukanlah Najib kebal sangat hingga dia dibiarkan saja.
Maka Najib sendiri memahami apa yang dilakukannya terhadap ketuanya dulu, bukan ia mustahil melandanya. Telah pun ada yang mahukan Tan Sri Muhyidin berperanan bagi membangunkan semula kuasa Umno dan BN.
Dr Mahathir selepas dicabar oleh Tengku Razaleigh mengambil tindakan supaya jawatan presiden jangan dicabar kerana ia dikatakan mengundang perpecahan parti seperti yang terjadi selepas pemilihan yang dia menang tipis. Dia berjaya mengelakkan dari tidak dicabar lagi selepas itu.
Abdullah Badawi selepas prestasi buruknya itu cuba mengelakkan dari tidak dicabar. Dia membuat rancangan untuk berundur dalam jangka waktu terdekat iaitu supaya sempat dia dipilih semula sebagai Presiden sebelum melepaskan jawatan. Tetapi Umno tidak menerimanya dan mahu beliau pergi lebih cepat. Itulah yang terhadi kepadanya.
Najib sedar nasib yang menunggunya. Maka sebelum timbul suara supaya dia pergi, dia menyuarakan dulu bahawa dia sedia dicabar. Sebagai seorang pengamal demokrasi, maka dia membenarkan dirinya dicabar.
Dia seperti membuka kepada Umno untuk membuat pilihan sama ada mahu dia dicabar atau sebaliknya.
Tentunya dia tidak mahu dia dicabar. Tetapi dia tidak dapat larang ahli-ahli Umno bertindak.
Sebelum dia dicabar, dia seolah-olah membuka peluang kepada sesiapa dalam pimpinan Umno untuk mencabarnya. Kenyataannya itu adalah mencabar orang yang tidak senang dengan pretasinya mencabarnya.
Mungkin Muhyiddin dan lain-lain pimpinan Umno yang berada di baris depan tidak mencabarnya. Tetapi tidak mustahil kejadian Tun Huseain Onn tidak dicabar oleh Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh. Dia telah dicabar oleh Haji Sulaiman Palestin.
Apa pun Tengku Razaleigh yang pernah menawar diri dicalonkan dipercayai akan menawarkan diri sekali lagi. Jika Ku Li tampil, maka penampilannya tidaklah seperti penampilan Haji Sulaiman.
Walaupun peluang Ku Li tidak begitu cerah, tetapi dia boleh mendapat perhatian yang lebih dari yang Haji Sulaiman dapat. Orang tidak mengira Haji Sulaiman sebagai calon Perdana Menteri yang sesuai, tetapi tiada yang mengira Ku Li tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Sebelum cabaran itu berlaku, Najib cabar Umno membuat pendirian. Disuarakannya dia sedia ditentang. Spontan Umno seluruhnya bangun menyuarakan supaya dia jangan dicabar. Bahkan kalau Muhyidin sedia mencabarnya, mereka sarannya dia juga tidak dicabar. Suara itu mencabar Muhyidin jangan cabar Najib.
Kempen sudah bermula supaya Najib jangan dicabar. Orang lain mungkin tidak berani, tetapi tiada yang menghalang Ku Li untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Sumber HD - 14-6-2013
Bukan masa bincang persempadanan baru
Subky Latif, | 11 Jun 2013 |
MESKIPUN perlembagaan membenarkan persempadanan baru kawasan pilihan raya dibuat sekali selepas sepuluh tahun, tidak bererti ia mesti dilakukan setiap sepuluh tahun.
Lazimnya persempadan baru dibuat tidak disebabkan faktor persempadanan itu perlu dirombak tetapi ia dibuat bagi memastikan UMNO dan sekutunya memenangi pilihan raya.
Memandangkan persempadan baru yang terakhir sepuluh tahun tidak adil khususnya buat Kelantan, Terengganu dan Johor, mungkin tiba waktunya ia dibetulkan.
Kelantan dan Terengganu dalam penyusun itu tidak diberi tambahan kerusi bagi menyekat PAS mendapat manfaat dalam pilihan raya, sedang Johor mendapat tambahan kerusi bagi meramaikan YB BN baik di Parlimen mahupun DUN.
Tetapi buat masa ini perbincangan utama bukan untuk merombak kawasan pilihan raya tetapi bagi membetulkan pengendalian pentadbiran SPR yang tidak lagi mendapat keyakinan umum.
Sekalipun institusi polis, kehakiman, jabatan peguam negara dan SPRM tidak mendapat keyakinan umum, SPR lagi tidak diyakini dan perlu direformasi atau ditransformasi segera. Pembetulannya perlu diutamakan dari yang lain-lain.
Apabila SPR dapat disempurnakan, maka jadi kunci kepada pembetulan yang lain. SPR yang telus, bebas dan adil boleh membuka kepada perubahan pemerintahan. Jika pertukaran kuasa tidak dapat dilakukan, maka tidak ada ruang bagi melakukan di semua institusi yang lain. Jika dengan SPR yang telus dan adil itu membuka peluang perubahan, maka pertukaran kerajaan itu akan meletakkan polis, kehakiman, jabatan peguam negara dan SPRM pada kedudukan yang betul.
Pada masa ini kita tidak mahu persempadanan baru, kita tidak sedia membincangkan pemindahan SPR dari Jabatan Perdana Menteri kepada jawatankuasa khas di Parlimen. Bukan ia tidak penting, tetapi yang aula ialah merombak bagi memulihkan SPR.
Yang pertama kita mahu pengerusi dan timbalan pengerusi meletak jawatan secara sukarela atau dipaksa. Jika mereka ada maruah jalan terbaik ialah meletak jawatan. Jika tidak bermaruah, mereka terpaksa dipecat.
Pembentukan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan tentang kecurangan SPR adalah langkah terbaik dan perlu didahulukan dari yang lain-lain. Kecurangan itu bukan baru. Ia sudah berlaku dalam setiap kali pilihanraya umum dan pilihanraya kecil.
Justeru rakyat sebelum ini tidak berdaulat, tidak apa yang dapat dibuat. Kita tidak berminat kepada Arab Spring. Jika tidak mahu penyakit Arab itu tiba ke sini, buang segera pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, adakan pemulihan segera.
Majoriti rakyat khusus pengundi mengutuk SPR dan pengendalinya. Semua meludah mereka dari belakang.
Cari makanlah di tempat lain untuk menanggung anak bini. Dunia ini luas untuk mencari rezeki. Atau bersara saja. Duit pencen pun cukup makan hingga akhir hayat. Jangan khianati harapan rakyat dan demokrasi.
Sebarang cadangan untuk mengadakan persempadanan baru biar datang dari rakyat, bukan dari SPR yang pincang itu. Apa saja yang datang dari SPR yang pincang tidak akan diterima oleh suara perubahan.
Dan apakah persempadanan baru itu yang memerlukan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh kerajaan yang tidak ada majoriti dua pertiga? Adakah boleh persempadanan dibuat dengan majoriti mudah kerajaan. Jika ia memerlukan sokongan MP Pakatan Rakyat, tidak nampak persempadanan baru itu boleh dibuat.
Buatlah apa yang boleh dan apa yang senang dulu. Dan keutamaam ialah kita memerlukan SPR yang telus, bersih dan adil. Lepas itu baru kita fikirkan membawanya di bawah seliaan Parlimen dan membentulkan persempadanan yang tidak dilakukan secara jujur sepuluh tahun lalu.

Sumber HD - 11-6-2013
Mentakwil titah atau menghina raja
Subky Latif, | 11 Jun 2013 |
TIADA siapa boleh membiarkan sesiapa menghina Raja, bahkan mengina sesiapa yang bukan raja pun tidak boleh diterima akal. Itu adalah adab dalam Islam dan adalah dikongsi oleh semua tamadun.
Tetapi mentakwil sesuatu pendapat manusia termasuk mentakwil titah terbuka kepada keadaan. Sesiapa dibenarkan untuk tidak bersetuju dengan apa yang tidak disetujuinya. Terpakaikah tidak persetujuannya itu bergantung kepada hujahnya.
Justeru kita tidak boleh lihat secara sempit atas kejadian beberapa orang yang mentakwil titah Yang di-Pertuan Agong. Ia mesti diadili seadil-adilnya bagi mengelakkan berlaku ketidak-adilan.
Bertindak dan menghukum mesti adil, jika tidak ia menjerumuskan kepada kezaliman.
Kita jangan mudah untuk berpersepsi beberapa kerat orang tidak setuju dengan Raja atas sesuatu seperti takwil seorang facebooker, bahawa itu mahu menukar sistem beraja kepada republik.
Kalau pun ada beberapa kerat orang Malaysia yang tiga suku tergila-gila hendakkan republik, apakah kita wajar berperang dengan orang tiga suku itu?
Semuanya tidak suka kepada suasana tragedi Al-Marhum Mangkat Dijulang dalam kesultanan Melaka dulu. Orang tidak suka kepada tindakan raja yang menyebabkan ada reaksi sehingga adalah Raja mangkat dijulang. Tetapi tidaklah orang masa itu mahu menjadikan Melaka sebuah republik dan orang zaman ini pun berkongsi rasional tidak menerima sistem republik itu.
Saya katakan, tidak ada orang Malaysia yang rasional baik Melayu, Cina dan lain-lain mahu menukar sistem beraja yang sudah diterima itu kepada republik kecuali yang tiga suku saja. Maka tidak wajarlah kecoh seluruh negara disebabkan oleh dua tiga orang tiga suku itu.
Apa yang berlaku wujud dalam masyarakat anasir yang mengada-adakan dan membesar-besarkan konon orang itu anti raja dan orang ini mahu menegakkan republik. Tujuannya ialah supaya orang yang disasarkan itu ditolak oleh masyarakat dan boleh memecah belahkan masyarakat.
Tidak ada orang yang memperjuangkan republik dalam negara ini. Secara umumnya semua menerima sistem beraja yang ada dan semuanya mahu menunjukkan kesetiaan kepada raja walaupun sebagai manusia Raja tadi ada kelemahan di sana sini. Kelemahan itu tidak menyebabkan rakyat tidak setia kepada raja.
Tetapi dengan membesar-besarkan orang itu mahu republik dan orang ini tidak mahu raja menyebabkan ada yang terasa orang sudah tidak mahu kepada raja. Itu bahayanya membesarkan perkara tiga suku itu.
Amat bahaya kalau yang dikatakan yang mahu republik itu adalah kaum itu dan suku ini. Manakala yng lain pula dikira lebih setia kepada Raja dan negara. Apabila isu ini dihebohkan ialah yang menggugat perpaduan dan keselamatan di Malaysia.
Hingga ada istana resah dan orang-orang yang tidak berbelah bagi kesetiaannya kepada raja mahu diadakan undang-undang baru bagi memperkasa institusi raja dan sebagainya. Peraturan yang sedia adalah sudah memadai. Kedudukan sistem beraja adalah terjamin. Tiada sebarang kebangkitan mahu menumbangkan raja.
Tunjuk perasaan di sana sini dan secara besar-besaran adalah untuk membetulkan kepincangan politik negara, tidak tentang kewujudan sistem beraja. Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah hanya wujud dalam peribahasa dan kata-kata hikmat, tetapi tidak wujud dalam gerakan massa dan politik.
Yang menjadi kecoh ialah bila media massa mengheboh dan membesarkan konon orang itu pro republikan dan orang ini pro raja. Orang itu pun membuat aduan polis, minta hukum orang itu dan tangkap orang ini.
Jika orang tiga suku ini tidak dilayan, kisah anti raja ini tidak berbangkit. Dan apabila raja membuat kenyataan berbau politik, politik itu adalah topik mengundang ulasan, suasana terpaksa terima secara terbuka bahawa politik tidak lari dari polemik dan takwil. Takwil boleh diterima. Yang tidak boleh diterima ialah penghinaan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-6-2013
Pelantikan Saifuddin Nasution bukan isu
Subky Latif, | 10 Jun 2013 |
SEPERTI pelantikan semula Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor setelah kerajaan pimpinannya mendapat kejayaan besar dalam pilihanraya, bukan suatu isu besar, maka perlantikan Saifuddin Nasution sebagai pegawai politik yang penting dalam kerajaan Selangor juga tidaklah satu isu besar yang luar biasa bagi sebuah kerajaan.
Apatah lagi kerajaan dan negeri Selangor adalah sebuah negeri dan kerajaan yang penting di Malaysia, yang terkedepan dalam banyak masalah dan kemajuan, maka terbuka baginya untuk memanfaatkan tenaga yang diperlukannya.
Saifuddin adalah Setiausaha Agung PKR, pernah menjadi pegawai kepada Datuk Najib semasa di Kementerian Pertahanan dan pembantu beberapa menteri semasa dalam UMNO, malah pernah menjadi pegawai politik kerajaan PAS Kelantan sebelum Selangor jatuh ke tangan Pakatan. Jika dia ditawarkan satu jawatan politik dalam kerajaan Selangor, bukan dia seorang yang asing dengan tugas yang diberi kepadanya.
Jika Kelantan yang dikuasai PAS sepenuhnya pernah memanfaatkan tenaga sedang dia bukan seorang ahli PAS, tidaklah pelik sebagai seorng pemimpin tertinggi PKR menjadi pembantu kepada kerajaan Pakatan yang dipimpin oleh seorang Menteri Besar PKR.
Sebuah kerajaan politik wajar dibantu oleh pembantu dan penasihat politik. Selangor sejak ditadbir Pakatan tidak punya banyak pembantu politik selain Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi yang tidak bergaji dan Setiausaha Politik Menteri Besar sendiri. Tidak menakjubkan jika Menteri Besar dan Ketua Menteri BN mempunyai pegawai politik yang lebih ramai.
Khalid sebagai pentadbir profesional dikenali sebagai seorang pegawai eksikutif yang tidak memberi gaji buta kepada orang-orang di bawahnya. Dia beri gaji RM5 ribu kepada seseorang, orang itu mesti bawa pulangan lebih banyak dari gajinya.
Jika Perdana Menteri Najib mempunyai penasihat zionis Apco dan berpuluh pembantu politik untuk membantunya, sesuai dengan Negeri Selangor yang tidak sepenting Malaysia, punya tidak sampai lima orang pembantu dan penasihat politik.
Sesuai dengan kemenangan semula Pakatan Selangor dengan lebih cemerlang, maka tentulah beban dan tanggungjawabnya bertambah bagi menghadapi cabaran politik luar yang begitu besar. Sepanjang lima tahun kerajaan Khalid, tidak putus dengan tunjuk perasaan dan kritik, kerajaannya diancam oleh Perdana Menteri sendiri yang menjadi ketua untuk menjatuhkan Khalid dan Pakatan.
Maka jangan fikir Najib akan berdiam diri setelah kegagalannya untuk merampas Selangor. Dia akan menggandakan serangannya dengan taktik baru. Maka cabaraan Selangor lima tahun akan datang adalah lebih besar dari lima tahun yang lalu. Kebetulan Saifuddin pula tiada jawatan lain selain dari Setiausaha Agung PKR setelah dia tidak jadi anggota Parlimen lagi, maka dia tentu ada masa bagi membantu Menteri Besar menangani pentadbiran negeri yang termaju itu.
Ada dua tohmah yang pengkritik dalaman dihadapkan kepadanya. Pertama dia kedekut untuk membelanja kekayaan kerajaan dan kedua dengan melantik Saifuddin menjadi pembantu politik, akan membazirkan duit kerajaan.
Pada Khalid, kedekutnya adalah terhadap kekayaan kerajaan. Duit kerajaan diguna pada tempat yang betul. Kerana kedekutnya, kerajaannya dipuji oleh Ketua Audit Negara. Tetapi dia tidak kedekut memberi berlori lembu korban untuk kawasan pilhanraya Parlimennya di Bandar Tun Razak.
Dan jika elaun untuk Saifuddin yang ditohmah membazir, tentulah tidak sampai RM400 ribu sebulan seperti yang dinikmati oleh CEO sebuah agensi di Selangor yang dekat dengan kerajaan pusat.
Adalalh benar Saifuddin bukan anak jati Selangor, tetapi Khalid tidak mengambil penasihat Yahudi. Cuba tanya Dr. Mahathir dan Najib, adakah mereka tidak pernah menggunakan penasibat Yahudi. Khalid mengambil penasihat dari PKR sendiri dan dia belum mengisi penuh apa yang diperlukan oleh kerajaan Selangor dan Jabatan Menteri Besar.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-6-2013
No comments:
Post a Comment