Pulau Pinang pantau perusahaan burung walit
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri Chow Kon Yeow berkata tugas pemantauan adalah penting dalam usaha mengekal nilai seni warisan di tapak tersebut seperti yang ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
"Kita telah menamatkan usaha yang telah dimulakan sejak tiga tahun lepas dalam usaha mematuhi arahan Unesco. Walaupun sudah ada tindakan yang diambil, aktiviti pemantauan perlu diteruskan untuk menjaga kedudukan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia.
"Sekiranya tidak ada tindakan yang diambil, ia akan menjejaskan kawasan warisan. Usaha ini juga bertujuan untuk mengekalkan pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia yang mempunyai keunikan budaya dan seni bina," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Chow berkata berkata proses pemutihan dan penguatkuasaan aktiviti perusahaan burung walit di premis sekitar Tapak Warisan George Town telah dimulakan sejak 1 Jan 2011 hingga 31 Dis 2013.
Terdapat 128 premis burung walit dalam senarai MPPP.
Premis berkenaan terdapat di kawasan seperti Lorong Chulia, Lebuh Carnarvon, Lebuh Acheh, Lebuh Klang, Lebuh Pantai dan Lebuh Victoria.
Chow berkata hanya 71 daripada 128 premis yang telah mempunyai aktiviti baharu manakala 57 premis lagi belum mempunyainya. - Bernama
Sumber HD - 7-1-2014
Pulau Pinang negeri dengan kos hidup paling tinggi?
- Jan 06, 2014
- ROKETKINI
Benar, kos hidup semakin meningkat di Pulau Pinang, sebagaimana juga berlaku di semua bandar raya di negara ini – Lembah Klang, Johor Bahru, Ipoh dan lain-lainnya. Kita semua maklum bahawa Malaysia kini mengalami proses urbanisasi (perbandaran) yang sangat pesat dengan 71% penduduk Malaysia (berdasarkan bancian 2010) merupakan warga kota berbanding hanya 34.2% pada tahun 1980. Malah, Pulau Pinang telah mencecah 90.8% kadar urbanisasi, hanya ketinggalan sedikit berbanding Selangor yang mencatat 91.4% pada tahun 2010.
Statistik yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ini menunjukkan bahawa dalam 30 tahun terakhir ini Malaysia mengalami proses perbandaran yang sangat pesat. Namun, seperti yang kita semua maklum banyak harapan warga kota ini gagal dipenuhi oleh kerajaan sedia ada – penjelasan mengapa parti pemerintah Kerajaan Persekutuan kalah teruk hampir di kesemua kota di negara ini termasuk hilang dua negeri paling ‘urbanized’ di negara ini.
Bandaraya utama negara ini mengalami kegagalan infrastruktur yang nyata, apa gunanya mempunyai rangkaian lebuh raya yang canggih dan bertingkat jika masih gagal untuk menggerakkan warga kota dengan cekap? 30 tahun terakhir ini juga menunjukkan kemerosotan kualiti pengangkutan awam di negara ini apabila perkhidmatan ini semakin dipusatkan kepada Putrajaya.
Pulau Pinang berbanding Bandaraya lain?
Ya, penjelasan di atas tidak menjadikan Pulau Pinang lebih baik daripada bandaraya lain tetapi sekadar memberikan gambaran besar situasi kota-kota utama negara ini. Terdapat dua faktor utama yang menjadikan kehidupan kota semakin menjerut di negara ini. Pertamanya adalah kos kediaman. Memiliki rumah menjadi isu yang sangat besar di negara ini, khasnya di kota-kota di mana harga hartanah sangat mahal – apatah lagi di sebuah pulau.
Kos rumah melambung tinggi bukan kerana permintaan sebenar tetapi unsur spekulatif yang menjadikan hartanah termasuk rumah kediaman sebagai perlaburan. Malangnya Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang benar-benar berkesan untuk mengawal perkara ini, termasuk daripada pembeli bukan warga Malaysia.
Bukan lagi rahsia bahawa banyak hartanah sederhana dan mewah di bandar raya negara ini termasuk di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang dimiliki oleh warga asing – bukan salah tetapi jika tiada kawalan, pastinya kos untuk memiliki rumah dalam kalangan warga kota akan semakin tinggi.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mencadangkan agar levi 3% harga penjualan ke atas semua transaksi hartanah oleh warganegara atau syarikat asing mulai 1 Februari 2014 dilaksanakan. Tindakan ini bagi mengawal amalan pembelian hartanah oleh warga asing.
Dalam tempoh lima tahun terakhir ini oleh kerana kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) mencatat rekod tertinggi dalam sejarah negeri; harga hartanah turut meningkat, termasuk rumah kediaman.
Kerajaan Negeri yang peka akan situasi ini pada Jun 2013 yang lalu telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Pemilihan Perumahan (Selection Process Enhances Committees (SPECS) dengan tujuan memastikan pemberian dan pengagihan rumah dibuat secara adil dan telus serta kepada golongan tidak berada yang perlukannya dengan diaudit bersama oleh sebuah syarikat perakaunan.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia sebuah syarikat perakaunan akan dilantik untuk tujuan sedemikian.
Kerajaan Negeri juga melalui Belanjawan Negeri yang dibentangkan baru-baru ini telah mencadangkan pindaan Dasar Penjualan Rumah Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah di negeri ini bagi permohonan penjualan dan pindah milik. Dasar rumah kerajaan tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun daripada tarikh surat perjanjian jual beli akan dikekalkan tetapi bagi rumah yang dibina oleh pihak swasta tempoh had larangan dijual akan dilanjutkan daripada 5 tahun sekarang kepada tempoh 10 tahun, sama seperti rumah kerajaan.
Malah, bagi memastikan penjualan dalam tempoh 10 tahun adalah kepada golongan yang perlukannya maka ia hanya boleh dijual kepada pembeli tersenarai (listed buyer) yang disahkan oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri sebagai layak memiliki Rumah Kos Sederhana Rendah atau Rumah Kos Rendah. Dengan kata lain penjualan tidak boleh dijalankan dalam pasaran terbuka tetapi hanya dengan pembeli tersenarai.
Harga jualan semula tidak akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri tetapi adalah berasaskan prinsip ‘willing buyer – willing seller’ dan boleh melebihi harga jualan asal antara kedua-dua penjual dan pembeli tersenarai. Langkah ini diharap akan mengurangkan unsur spekulatif dalam sektor perumahan.
Malah, buat pertama kalinya dalam sejarah, sebuah kerajaan negeri menyediakan dana khas berjumlah RM500 juta bagi membiayai pembinaan 20,000 unit perumahan mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang. Dana ini akan ditambah dari semasa ke semasa.
Ya, kita masih memerlukan masa untuk semua inisiatif ini berjalan dan menunjukkan hasilnya.
Pengangkutan dan kos sara hidup
Faktor kedua yang sering menghantui warga kota adalah kos dan kecekapan lalu lintas di bandar. Berbanding dengan bandar raya lain, jumlah tol di Pulau Pinang relatifnya masih rendah dan warga kota di negeri ini menikmati kadar istimewa bagi menggunakan Jambatan Pulau Pinang. Malah, di dalam kawasan pulau, tidak terdapat satu tol pun. Namun, adalah tidak benar untuk menafikan fakta bahawa pengangkutan awam di negeri ini masih jauh daripada memuaskan.
Kebanyakan warga Pulau Pinang bergantung kepada kenderaan persendirian – motosikal dan kereta – untuk bergerak dan hanya 4% warga kota ini yang menggunakan pengangkutan awam, angka yang terlalu jauh daripada sasaran iaitu 40%.
Malangnya, hampir keseluruhan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidak banyak yang dapat dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri. Pemusatan perkhidmatan ini telah menjadikan pengangkutan awam di semua kota negara ini amat tidak cekap.
Pengangkutan awam mempunyai hubungan signifikan dengan kos hidup masyarakat kota kerana hampir 25% hingga 40% daripada gaji bulanan kebanyakan isi rumah diperuntukkan untuk membayar ansuran bulanan kenderaan. Dengan menjadikan kenderaan persendirian sebagai sekadar pilihan bukan kewajiban sebagaimana kini, setiap isi rumah secara kasarnya mempunyai antara RM400 hingga RM1,000 untuk digunakan pada keperluan lain – pendidikan dan kesihatan umpamanya.
Oleh yang demikian kerajaan negeri memandang serius kepentingan pengangkutan awam yang cekap. Maka pada 25 Mac 2013, kerajaan negeri telah melancarkan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Negeri Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri akan mengkaji melaksanakan satu sistem jaringan TRAM dan sistem jaringan Light Rail Transit (LRT) atau Transit Aliran Ringan sepertimana yang telah dicadangkan dalam PIP. Kerajaan Negeri telah menulis surat kepada Kerajaan Persekutuan meminta janji mantan Perdana Menteri dan YAB Perdana Menteri sejak 2007 untuk membina dan membiayai sistem monorel ditunaikan.
Sekiranya janji ini adalah janji kosong maka Kerajaan Negeri meminta Kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa pengendalian demi membolehkan Kerajaan Negeri menjalankan operasi dengan kuasa sepenuhnya kepada sistem pengangkutan “tram” bersama dengan pihak swasta.
Jelas, sebagai sebuah kota yang diiktiraf oleh ECA International sebagai kota paling sesuai didiami atau the most liveable city di Malaysia pada tahun 2012 dan ke-8 di Asia (Kuala Lumpur di tangga 10 pada tahun yang sama), Pulau Pinang sudah tentu akan terus berusaha untuk menjadikan kota ini bukan sahaja mesra pelabur tetapi yang lebih penting mesra orang ramai. - Roketkini.com
Sumber HD - 6-1-2014
Kereta rasmi Guan Eng dibeli dengan diskaun 55%
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu pembelian Mercedes-Benz S300L untuk kegunaan rasmi beliau dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Guan Eng yakin kerajaan negeri pimpinannya bersih dan beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.
Kereta rasmi untuk kegunaannya itu, jelas Guan Eng dibeli dengan diskaun 55 peratus dan tidak melebihi harga pasaran apatah lagi membazirkan wang rakyat.
Sehubungan itu, kerajaan negeri jelasnya telah menjimatkan RM358,954.25 wang negeri hasil daripada diskaun yang diperolehi.
Kereta Mercedes Benz S300L model 2012 itu dibeli kerajaan negeri pada harga RM298, 263.75 berbanding harga asal RM657, 218.00.
“Saya mengalu-alukan sebarang siasatan yang dicadangkan oleh SPRM seperti yang dilaporkan oleh portal berita Fz.com… Sama ada SPRM akhirnya akan menyiasat atau tidak, kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang…” ujarnya.
Menurut Guan Eng, pembelian kereta rasmi itu dikendalikan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait dengan mematuhi semua prosedur dan undang-undang serta mempunyai dokumen yang sah.
Beliau turut membandingkan pembelian kereta rasmi itu dengan kes pembelian 14 kereta Mercedes E200 dengan harga RM 245,000 seunit oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2008 dengan kos keseluruhan RM 3.43 juta.
“ Mereka (Kerajaan Terengganu) tidak mendapat diskaun 55 peratus untuk 14 buah kereta Mercedes, tidak seperti diskaun 55 peratus yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila membeli sebuah kereta Mercedes Benz,” ujarnya.
Hanya di Malaysia akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membeli kereta dengan diskaun 55% dan menjimatkan wang rakyat tetapi SPRM jelas tidak berminat untuk menjalankan sebarang siasatan apabila ada pembelian melebihi harga pasaran dan membazirkan wang rakyat.
Ekoran keghairahan media massa pro-BN mempolemikkan isu pembelian kereta rasmi untuk kegunaan beliau, Guan Eng meminta semua pihak agar meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyatakan wujud pembaziran dan salahlaku wang negara berjumlah RM6.5 bilion membabitkan agensi kerajaan pusat antaranya:
- Peralatan pasukan polis yang bernilai RM1.3 juta hilang termasuk 156 buah gari, 44 pucuk senjata, dan 29 buah kenderaan.
- Pembelian 20 jam dinding pada harga RM 3,810 seunit oleh Jabatan Penyiaran yang 38 kali ganda lebih mahal daripada anggaran harga pasaran (RM100), dan tiga mesin pengimbas A4 pada harga RM14,670 seunit iaitu 70 kali ganda daripada anggaran harga pasaran (RM200).
- Penghapusan kasut bernilai RM600,000 oleh Jabatan Kastam kerana tidak sesuai dengan kegunaan pegawai.
- Bangunan Kompleks Kastam dan Kuarantin Imigresen di Melaka yang dibina atas tanah swasta mengakibatkan kos tambahan RM10.8 juta sebagai pampasan kepada pemilik tanah, ditambah RM40 juta kos pembinaan bangunan yang melonjak kerana kelewatan.
- Perbelanjaan mewah RM3 juta Kementerian Belia untuk sambutan Hari Belia Kebangsaan, termasuk RM1.6 juta untuk membawa kumpulan K-Pop dari Korea.
- Kos tambahan RM1.3 bilion bagi projek Empangan Bakun yang bernilai USD 2.3 bilon dan membayar USD 133 juta (RM430 juta) sebagai ganti rugi kepada dua kontraktor asing.
Sumber HD - 5-1-2014
Warga emas maut ditikam di Tanjong Bungah
- Jan 01, 2014
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Mazlan Kesah berkata mangsa yang dikenali sebagai Ang Cheng Hoo, 64, dijumpai terbaring di tepi jalan oleh orang awam dengan beberapa kesan tikaman serta kelaran di bahagian perut dan leher tidak jauh dari kediamannya pada pukul 6.30 pagi.
"Menurut anak lelakinya, mangsa biasanya keluar berjoging pada pukul 5 pagi dan biasa pulang sebelum pukul 8 pagi dan sering membawa sebilah pisau bersamanya," katanya kepada pemberita.
Katanya polis turut menemui kesan darah pada pisau milik mangsa di lokasi kejadian. Motif kejadian masih disiasat berikutan telefon bimbit dan dompet mangsa tidak diusik.
Beliau berkata beberapa jiran mangsa ada mendengar suara pergaduhan sebelum kejadian dan mereka percaya suspek adalah seorang lelaki.
Katanya mayat Ang dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.
Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama
Sumber HD - 1-1-2014
Sambut tahun baru dengan ibadah dan tazkirah
- Jan 01, 2014
- Mohd Sabri Said
Solat diimamkan Ustaz Mazlan Abdullah dari Kolej Islam Antarabangsa (KITAB) dituruti tazkirah Maghrib oleh Imam Muda, Asyraf.
Program anjuran kerajaan negeri itu turut mengundang ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus bersama beberapa selebriti seperti pengarah filem, Pierre Andre, kumpulan Shiro, Shamsul Yusuf dan kumpulan Nasyid Saujana.
Hadirin datang sejak sebelum Asar bagi menghindari kesesakan jalan raya dan mendapatkan sudut yang sesuai.
Padang berkenaan digunakan untuk perhimpunan menubuhkan PAS pada 1951.
Sementara itu, penceramah Ustaz Azhar Idrus sudah dua kali diundang kerajaan negeri untuk menyampaikan kuliah.
Program pertama beliau sempena Santai Anak Muda di Padang Kota Lama, Georgetown yang dihadiri lebih 40,000 orang.
Sumber HD - 1-1-2014
PAS Pulau Pinang bentuk jawatankuasa 2013-2015
- Dec 30, 2013
- MOHD SABRI SAID
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man (Timbalan Pesuruhjaya 2) manakala mantan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Soid Mohd Amin (Timbalan Pesuruhjaya 3).
Jawatan setiausaha diamanahkan kepada penolong setiausaha PAS negeri sesi lepas, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria, Bendahari diamanahkan kepada Yang Dipertua PAS Bayan Baru, Iszuree Ibrahim, Ketua Penerangan diamanahkan kepada Rosidi Husein manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya diserahkan kepada mantan Ketua Penerangan sesi lalu, Bukhori Ghazali.
Selain itu ahli jawatankuasa yang turut dilantik ialah Zulkifli Md Lazim, Zulkiply Ishak, Yusof Mohd Noor, Ahmad Jailani dan Fadhil Kemi.
Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu, dalam wawancara dengan Harakah baru-baru ini menyebut baginya yang penting ialah hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Sebab itulah, beliau mengambil sikap menyatukan semua aliran pemikiran dalam PAS untuk bersatu tenaga memajukan PAS negeri.
Sumber HD - 30-12-2013
P Pinang sasar kutip zakat RM100 juta tahun depan
- Dec 17, 2013
- .
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd Salleh Man (gambar) berkata kempen itu dipercayai dapat meningkatkan kesedaran umat Islam di negeri ini agar menunaikan tanggungjawab mereka menerusi pengeluaran zakat.
"Menerusi kempen, ZPP yakin dapat mencapai sasaran itu berdasarkan sasaran RM75 juta pada 2013 dan setakat ini kita berjaya kutip sebanyak RM62.8 juta," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Zakat Perdana 2013 yang diadakan di Dewan Besar Sungai Dua di sini, hari ini.
Pada majlis itu, ZPP menyerahkan bantuan pendidikan sebanyak RM263,000 kepada 302 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan bantuan sagu hati kepada 207 kariah masjid seluruh negeri bernilai RM315,200.
Pada majlis yang sama, ZPP turut menerima zakat perniagaan sebanyak RM57,950.34 daripada Agro Bank Pulau Pinang dan RM130,648.85 daripada Sirim QAS International Sdn Bhd.
Mohd Salleh berkata pihaknya telah mengagihkan sebanyak RM61 juta hasil kutipan zakat tahun ini kepada beberapa golongan penerima termasuk bagi tujuan bantuan pendidikan. - Bernama
Sumber HD - 17-12-2013
Dun Pulau Pinang lulus RUU Perbekalan 2014
- Dec 13, 2013
- HARAKAHDAILY
Rang undang-undang Perbekalan 2014 itu memperuntukkan RM962.20 juta merangkumi perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Jumlah itu turut mengambil kira RM120 juta untuk caruman kepada Kumpulan Pembangunan Negeri.
Turut diluluskan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (Saraan), 1980, bertujuan menambah jumlah faedah kena bayar bagi kematian biasa dan kematian atau hilang upaya disebabkan oleh bencana yang ditanggung dalam kemalangan bagi Anggota Dewan Undangan Negeri kepada RM300,000, Ketua Menteri (RM1.875 juta) manakala speaker DUN dan ahli majlis mesyuarat negeri (RM1.25 juta).
Pindaan Enakmen Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri Pulau Pinang bertujuan membantu kerajaan negeri menyelenggara jalan-jalan negeri. - Bernama
Sumber HD - 13-12-2013
Malaysia ‘jaguh rasuah’, wakil BN berang
- Dec 13, 2013
- HARAKAHDAILY
Insiden tercetus apabila Lim mengaitkan kedudukan buruk Malaysia dalam laporan Integriti Kewangan Global (GFI) dengan Barisan Nasional (BN) dan negara ini "jaguh rasuah".
Lim yang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014, berkata berdasarkan GFI, Malaysia di tangga keempat dari segi pengaliran keluar wang haram dan paling tinggi di dunia dari segi per kapita.
"Itulah sebab Wall Street Journal dan GFI menggelar Malaysia the most corrupted country (negara paling korup)... tahniah BN," kata Lim.
Katanya berdasarkan GFI, sejumlah RM1.2 trilion wang haram keluar dari Malaysia dalam tempoh 10 tahun.
"Dari segi per kapita macam mana kita boleh tandingi China, India, dan Mexico sebab penduduk (Malaysia) tak ramai, tapi top ten (10 teratas). Malaysia apapun tak ada jaguh, tapi jaguh rasuah," kata Lim lagi.
(Laporan GFI itu menyenaraikan China di kedudukan pertama, diikuti Rusia, Mexico, Malaysia dan India).
Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendorong Jahara bangun mencelah dan mempertikaikan tindakan Lim mengaitkan perkara tersebut dengan BN.
Ini kerana katanya GFI menyenaraikan tiga faktor utama sebagai penyumbang aliran keluar wang haram iaitu aktiviti jenayah, lari dari cukai dan rasuah.
"Mengapa nak bebankan perkara seperti ini ke atas bahu BN, walhal kebanyakannya berlaku mungkin berkaitan dengan jenayah komersial, berlaku adil lah ketika menuduh," kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Teluk Tawar itu.- Bernama
Sumber HD - 13-12-2013
Pulau Jerejak ditukar Mazu Island, fitnah – Guan Eng
- Dec 13, 2013
- HARAKAHDAILY
Katanya, sehingga sekarang pihak pembangkang masih tidak dapat menunjukkan bukti bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah meluluskan penukaran nama Pulau Jerejak kepada Pulau Mazhu (satu dewa Buddha) dan juga untuk membina Tokong Mazhu di sana.
“Saya kesal perkara sensitif yang tidak benar dan palsu ini telah dimuatkan secara meluas dalam blog pro Umno untuk mencemarkan lagi imej Kerajaan Negeri dan saya sebagai Ketua Menteri di kalangan orang Melayu dan Islam,” ujarnya semasa mengulung perbahasan Belanjawan 2014 pada persidangan Dun, hari ini.
Tegsnya, dakwaan itu adalah sangat merbahaya kerana bersifat rasis dengan cubaan untuk menimbulkan isu agama dan perkauman.
Katanya, sebagai seorang peguam, Adun Teluk Air Tawar perlu tahu bahawa sebarang penukaran nama pulau mestilah melalui proses perundangan dan diwartakan.
Sebenarnya, jelas beliau bukan sahaja tidak ada sebarang penwartaan, malah tidak ada sebarang kelulusan oleh kerajaan negeri untuk penukaran nama tokong Mazhu seperti yang didakwa.
Katanya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pihak yang berkenaan berhubung perkara itu pada masa yang sesuai.
Roboh gerai
Tambahnya, satu lagi dakwaan rasis berhubung mengapa hanya mengeluarkan kompaun saman dan tidak mengambil sebarang tindakan perobohan ke atas gerai tidak berlesen Cina di Pantai Bersih, Butterworth seakan-akan tindakan penguatkuasaan perobohan hanya ke atas gerai Melayu tidak berlesen sahaja.
“Dakwaan ini adalah tidak bertanggungjawab kerana laporan awal daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menunjukkan bahawa ada 1 penjaja Cina dan 6 penjaja Melayu yang tidak berlesen di sekitar Pantai Bersih,” katanya.
Sebenarnya, jelas beliau MPSP tidak mengambil tindakan perobohan bukan sahaja ke atas satu gerai tidak berlesen Cina tetapi gagal juga bertindak ke atas 6 gerai tidak berlesen Melayu.
Lim berkata, sekiranya ditanya mengapa tidak ada tindakan diambil ke atas ketujuh-tujuh gerai haram di Pantai Bersih ini, ia adalah soalan munasabah.
Tetapi, katanya ia bersifat rasis apabila cuba mensasarkan hanya sebuah gerai tidak berlesen Cina dan bukan 6 lagi penjaja berlesen Melayu.
“Oleh kerana tanah Pantai Bersih adalah milikan kerajaan negeri maka kerajaan negeri bercadang menggunakan pendekatan yang lembut sebelum bertindak keras menjalankan penguatkuasaan untuk mengeluarkan mereka,” ujarnya.
Sumber HD - 13-12-2013
Jambatan kedua P.Pinang dibuka akhir Februari 2014
- Dec 12, 2013
- HARAKAHDAILY
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sistem tol Plus itu perlu dinaik taraf terlebih dahulu kerana pengguna dikehendaki membayar tol semasa keluar dari lebuh raya dan sebelum memasuki jambatan berkenaan.
"Kita masih lagi melakukan penambahbaikan dan akan membuka jambatan ini apabila sistem terbukti berjalan dengan baik selain disahkan selamat diguna oleh orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melawat jambatan itu di sini hari ini.
Beliau berkata pembinaan fizikal jambatan itu telah mencapai tahap 99.9 peratus dan plaza tol jambatan berkenaan adalah yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran.
Kerajaan masih belum memutuskan kadar tol yang akan dikenakan, katanya.
Jambatan sepanjang 24 kilometer iaitu 17 km di atas laut dan tujuh km di atas darat, direka dengan mengutamakan kelestarian alam.
Projek kerajaan persekutuan dengan kos RM4.5 bilion itu adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.
Menjawab isu berlainan, Fadillah berkata semua 29 lebuh raya di negara ini mempunyai tempoh konsensi yang berbeza dengan tempoh kadar tol disemak semula antara tiga dan lima tahun, bergantung kepada perjanjian konsesi. - Bernama
Sumber HD - 12-12-2013
Adun BN P.Pinang dirujuk ke Jawatankuasa Khas
- Dec 11, 2013
- Mohd Sabri Said
Roslan dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada persidangan Dun semalam berkata, terdapat doktor di hospital kerajaan yang berbangsa Cina tidak melayan atau mahu merawat pesakit Melayu.
Kenyataan itu merupakan kali kedua diungkapkannya selepas membangkitkannya pada perbahasan Julai lalu yang pernah dibantah oleh ahli dewan.
Ekoran kenyataan itu semalam, Dun Pulau Pinang sekali lagi gamat dengan desakan beberapa orang Adun Kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP supaya Roslan tetap dirujuk ke Jawatankuasa Khas dan Kebebasan kerana masih mengulangi dakwaan yang tidak berasas.
"Dengan ini, saya sebagai Speaker Dun Pulau Pinang akan membawa kes Adun Pinang Tunggal ke Jawatankuasa Khas dan Kebebasan sebelum apa-apa tindakan selanjutnya, " jelas speaker yang membuat keputusan itu pagi ini..
Beberapa hari lalu, Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid menyelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pakatan Raykat atas dakwaan meroboh gerai-gerai Melayu sebaliknya tidak meroboh gerai-gerai Cina sekitar Butterworth.
Guan Eng dan timbalanya, Datuk Rashid Hasnon dalam kenyataan media menyangkal dakwaan tersebut dan menggangapnya sengaja dicetuskan pembangkang dari BN.
Sumber HD - 11-122-2013
Lim mohon maaf gelar Jahara ‘nenek’
- Dec 11, 2013
- HARAKAHDAILY
Lim bagaimanapun menegaskan tidak menarik balik kenyataannya yang melabel Jahara sebagai rasis.
"Seandainya Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang terasa hati secara peribadi kerana saya memanggilnya seorang nenek yang rasis kerana ia terkait dengan gendernya, maka saya akan memanggilnya seorang rasis sahaja. Saya memohon maaf kerana menggunakan perkataan 'nenek'.
"Namun beliau tetap seorang yang rasis kerana memainkan api kebencian terhadap kaum dan agama melalui pembohongannya," katanya dalam kenyataan di sini.
Terdahulu dalam sidang media di sini, Jahara menyifatkan kenyataan Lim yang melabelnya 'racist grandmother' atau nenek rasis sebagai biadab dan mahu Ketua Menteri itu memohon maaf dengan serta-merta dalam persidangan DUN.
Lim dilapor melabel Jahara sebagai "nenek rasis" susulan dakwaan Ketua Pembangkang itu wujud pilih kasih dalam tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan terhadap peniaga Melayu dan Cina di Pantai Bersih, Butterworth. - Bernama
Sumber HD - 11-12-2013
Isu kucing kurap: Jeff Ooi mohon maaf
- Dec 01, 2013
GEORGE TOWN: Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menggunakan gelaran 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 16 Nov lepas.
Beliau membuat permohonan maaf itu pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang yang berlangsung di sini setelah digesa berbuat demikian oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh semasa menyampaikan ucapan pada konvensyen itu.
Sejurus selepas Karpal Singh selesai berucap, Ooi tiba-tiba berdiri dan berkata beliau dengan ikhlas membuat permohonan maaf kerana telah melukakan hati beberapa pihak.
"Saya akan ikut apa sahaja yang diminta Karpal Singh, 'the Lead Tiger said dan the Little Tiger will follow" (Bapak Harimau suruh, Anak Harimau ikut sajalah)," katanya.
Ooi kemudiannya bersalaman dengan Karpal Singh dan disambut dengan tepukan dan sorakan daripada 659 perwakilan yang hadir pada konvensyen bertemakan 'Terus Meneraju, Mendakap Masa Depan' itu.
Pada 24 Nov lepas, Ooi mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai MPPP pada 16 Nov atas alasan kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.
"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," kata Ooi.
Terdahulu, Karpal Singh dalam ucapannya telah menggesa Ooi membuat permohonan maaf kerana gelaran 'kucing kurap' merupakan satu penghinaan.
"Kucing kurap itu suatu penghinaan, apa maknanya...seorang insan yang tidak berguna, saya rasa itu yang dimaksudkannya, mesti hormat dan tiada sesiapa pun yang boleh dipandang rendah," katanya. - Bernama
Sumber HD - 1-12-2013
Jambatan Kedua P.Pinang dibuka ikut jadual
- Nov 29, 2013
- Harakahdaily
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik Negeri Chow Kon Yeow berkata siasatan yang dilakukan suruhanjaya ditubuhkan kerajaan negeri tidak melarang jambatan itu dibuka mengikut tarikh yang akan ditetapkan.
"Selain daripada siasatan suruhanjaya, agensi berkenaan telah pun mengemukakan siasatan dan laporan mereka, dan kementerian serta syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd bertanggungjawab dalam memastikan aspek keselamatan apabila 'ramp' (tanjakan) ini dibuka untuk lalu lintas kelak.
"Sebenarnya jalan di bawah 'ramp' itu sudah pun dibuka untuk laluan dan lalu lintas. Mereka akan bertanggungjawab terhadap keselamatan 'ramp' itu," katanya ketika menjawab soalan tambahan Wong Hon Wai (DAP-Air Itam) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Wong ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang melanjutkan tempoh siasatan insiden runtuhan di Jambatan Kedua Pulau Pinang. Jambatan itu dijangka dibuka September lepas tetapi ekoran insiden runtuhan tanjakan itu, tarikh pembukaannya telah ditangguhkan.
Chow berkata kerajaan negeri akan melanjutkan tempoh siasatan jika ada keperluan dan beliau berkata pihaknya tidak menetapkan tempoh tertentu untuk suruhanjaya itu menyiapkan siasatan.
"Tidak ada tempoh ditentukan, tetapi saya percaya suruhanjaya telah mengadakan sesi pendengaran dan siasatan dengan rapinya, dan siasatan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat," katanya.
Dalam kejadian 6 Jun lepas, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, runtuh dan mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga lagi cedera.
Pada 6 Julai, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Datuk Ir Dr Johari Basri mengesahkan siasatan pihaknya mendapati wujud unsur kecuaian dari segi prosedur dan teknikal oleh pihak kontraktor.
Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dibina dengan kos RM4.5 bilion merentangi sepanjang 23.5km dengan 16.9km di atas laut, akan menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di pulau. - Bernama
Sumber HD -29-11-2013
Pulau Pinang terus martabatkan Islam
- Nov 25, 2013
- Mohd Sabri Said
Berucap merasmikan Karnival Cinta Masjid anjuran Masjid Jamek Al Jalal Pajak Song, dekat sini, baru-baru ini, beliau berkata perhatian yang diberikan kerajaan Pakatan Rakyat negeri berhubung hal ehwal Islam jauh lebih baik berbanding era pentadbiran BN.
"Kerajaan Pakatan Rakyat tidak sedikit pun meminggirkan agama Islam seperti mana didakwa. Sebaliknya memberikan kebebasan dan menambahkan lagi peruntukan terhadap Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), " ujar beliau.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerjak, berkata di bawah pentadbiran BN, peruntukan tahunan yang diberikan kepada MAINPP adalah di bawah paras RM20 juta berbanding di era pentadbiran Pakatan Rakyat.
Malah peruntukan kepada MAINPP, ujarnya ditambah saban tahun dan kini telah mencecah RM60 juta.
Abdul Rashid juga berkata, masjid-masjid di negeri ini juga bertambah makmur dengan kuliah-kuliah agama berbanding di era pentadbiran BN yang mengenakan pelbagai syarat kepada penceramah agama.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Al Jalal Pajak Song, Ustaz Ahmad Subki Abdul Latif ketika ditemui berpuas hati dengan sambutan anak muda terhadap program Karnival Cinta Masjid itu.
Sokongan padu masyarakat tempatan, ujarnya memberikan semangat kepada Jawatankuasa Masjid untuk terus melaksanakan program kemasyarakatan.
Sumber HD - 25-11-2013
Pakatan P Pinang perlu selalu bersemuka - Saleh
Mohd Sabri Said, | 20 Nov 2013 |
PULAU PINANG: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man menegaskan, kepimpinan Pakatan Rakyat negeri wajar bersemuka selalu dalam pertemuan untuk menjernihkan sesetengah isu yang berbangkit.
Mengulas saranan akar umbi PAS yang dibangkitkan dalam sidang media tengah hari semalam di Seberang Jaya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir khuatirsekiranya tiada pertemuan antara parti DAP, PKR dan PAS di peringkat negeri sebagaimana sekarang, ia akan meninggalkan natijah yang kurang memberangsangkan terhadap kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
"Saya cadangkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang bertemu selalu untuk menjernihkan keadaan agar apa yang menjadi harapan ahli akar umbi diberikan keutamaan," jelasnya ketika dihubungi.
Menurutnya, memang terdapat beberapa persoalan atau tidak puas hati kalangan kepimpinan parti ekoran sikap sesetengah Exco namun ianya boleh diselesaikan menerusi pertemuan sesama Pakatan Rakyat.
Katanya, menjadi masalah sekarang, tiada langsung pertemuan kepimpinan Pakatan Rakyat di peringkat negeri sejak Pilihan raya Umum ke-13.
"Pertemuan antara parti gabungan Pakatan Rakyat di peringkat negeri kena diadakan supaya tidak timbul rasa tidak puas hati di kalangan ahli," terangnya.
Menyentuh berkaitan tuntutan dalam sidang media tersebut seperti campur tangan dalam pemilihan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) serta pemilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) beliau berkata, ia perlu ditangani dengan bijak dan penuh berhemah jangan tamak sehingga meninggalkan kesan sampingan yang boleh merosakkan persefahaman bersama.
Justeru itu, sebagai seorang yang berpengalaman berpolitik beliau menyarankan, pertemuan antara parti amat penting kerana semuanya pasti menjernihkan mana-mana yang keruh.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-11-2013
Jangan pinggirkan PAS walau hanya satu Adun
Harakahdaily, | 19 Nov 2013 |
PULAU PINANG: Walaupun PAS Pulau Pinang hanya memiliki satu kerusi Dun, tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat dan profesionalisma PAS di negeri ini dipinggirkan.
Dengan itu, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof, PAS negeri hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar dan polisi yang hendak dirancang oleh kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan.
“Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu,” ujarnya dalam sidang akhbar di Seberang Jaya, hari ini.
Berikut kenyataan penuh PAS Pulau Pinang.
Bagi memperkukuh & memberdaya Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang, Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang pada 14 November 2013 lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS P.Pinang YB Datuk Mohd Salleh Man, telah membuat beberapa ketetapan untuk makluman & tindakan Kerajaan Negeri serta Majlis Pakatan Rakyat Negeri P.Pinang, seperti berikut:-
1. Memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada YDP MAINPP sekarang (YB Datuk Mohd Salleh Man) untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio @ Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Kami difahamkan terdapat campur tangan yang tidak sewajarnya dari pihak Exco Kerajaan Negeri untuk menetapkan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat MAINPP untuk sesi akan datang. Jika benar, ianya adalah satu tindakan yang bertentangan etika & semangat Pakatan Rakyat. Tindakan campur tangan ini sangat dikesali.
2. Menambah bilangan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS P.Pinang dari 2 orang setiap PBT kepada 4 orang setiap PBT. Ini adalah manifestasi dari pandangan ahli peringkat akar umbi dalam mesyuarat-mesyuarat agung yang telah dijalankan sebelum ini.

Perlantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS ini hendaklah dilantik dengan cadangan & persetujuan PAS P.Pinang.
3. Memberi kuasa penuh kepada PAS P.Pinang untuk memilih & melantik JKKK di kawasan Dun/Parlimen yang ditandingi PAS (6 Dun, 2 Parlimen).
Kami difahamkan bahawa terdapat lantikan JKKK di kawasan yang ditandingi PAS dibuat secara terus kepada individu terlibat tanpa persetujuan & perbincangan melibatkan pihak PAS Kawasan.
Tindakan ini juga melanggar etika Pakatan Rakyat. Ia sangat dikesali.
4. Memperuntukkan kuota mewakili PAS bagi lantikan Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik/berkaitan kerajaan negeri (GLC). Sehingga kini, tiada mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS dengan persetujuan PAS P.Pinang. Tindakan ini juga tidak menggambarkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat.
Tuntutan/ketetapan ini dibuat berdasarkan beberapa justifikasi seperti berikut:-
1. Mesyuarat Agung PAS Kawasan-kawasan seluruh P.Pinang serta sayap parti (Dewan Ulamak, Dewan Pemuda & Dewan Muslimat) yang berlangsung baru-baru ini sebahagiannya membuat keputusan bahawa PAS P.Pinang perlu lebih bertegas dengan pihak rakan Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri P.Pinang supaya diberi peranan & posisi yang seimbang dalam kerajaan negeri.

Tuntutan ini dibuat berdasarkan maklumbalas ahli-ahli peringkat akar umbi bagi memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
2. Tuntutan & ketetapan ini adalah selari dengan semangat persefahaman & kerjasama yang digariskan dalam Pakatan Rakyat.
3. Ia juga adalah selaras dengan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) yang diamalkan Kerajaan Negeri. Kami mendapati bahawa slogan CAT ini tidak dipraktikkan dalam hubungan PAS bersama Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
4. PAS P.Pinang akan terus bertindak sebagai juru semak & imbang (check and balance) kepada Kerajaan Negeri & Pakatan Rakyat P.Pinang. Tuntutan & ketetapan ini adalah sebahagian dari fungi semak & imbang tersebut.
5. PAS P.Pinang bimbang dengan campur tangan yang tidak wajar oleh pihak kerajaan negeri terhadap MAINPP akan menyebabkan berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran & organisasi MAINPP yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
6. Walaupun PAS P.Pinang hanya memiliki 1 kerusi Dun, ia tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat & profesionalisma PAS di Pulau Pinang dipinggirkan.
Dengan ini, PAS P.Pinang membuat penegasan bahawa:-
1. PAS P.Pinang hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar & polisi yang hendak dirancang oleh kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan. Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu. Hal ini amat perlu kerana ahli-ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS tidak mengizinkan PAS dilihat seperti boneka rakan Pakatan Rakyat terutamanya di P.Pinang.
2. Sebarang pelantikan politik terhadap mana-mana jawatan, portfolio, posisi dalam kerajaan negeri yang melibatkan kuota PAS mahupun pimpinan atau mana-mana ahli PAS, mestilah dengan perbincangan dan persetujuan PAS P.Pinang. Jika tidak, PAS P.Pinang tidak mengiktiraf penglibatan individu tersebut sebagai mewakili parti dan akan mengambil tindakan ke atas individu berkenaan, serta menganggap tindakan ini sebagai mengenepikan PAS P.Pinang.
3. PAS P.Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri jika tuntutan & ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak Kerajaan Negeri & Majlis Pakatan Rakyat.
PAS P.Pinang juga akan mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat P.Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam kerajaan negeri, demi memelihara prinsip & maruah perjuangan.
2. Tuntutan & ketetapan ini adalah selari dengan semangat persefahaman & kerjasama yang digariskan dalam Pakatan Rakyat.
3. Ia juga adalah selaras dengan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) yang diamalkan Kerajaan Negeri. Kami mendapati bahawa slogan CAT ini tidak dipraktikkan dalam hubungan PAS bersama Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
4. PAS P.Pinang akan terus bertindak sebagai juru semak & imbang (check and balance) kepada Kerajaan Negeri & Pakatan Rakyat P.Pinang. Tuntutan & ketetapan ini adalah sebahagian dari fungi semak & imbang tersebut.
5. PAS P.Pinang bimbang dengan campur tangan yang tidak wajar oleh pihak kerajaan negeri terhadap MAINPP akan menyebabkan berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran & organisasi MAINPP yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
6. Walaupun PAS P.Pinang hanya memiliki 1 kerusi Dun, ia tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat & profesionalisma PAS di Pulau Pinang dipinggirkan.
Dengan ini, PAS P.Pinang membuat penegasan bahawa:-
1. PAS P.Pinang hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar & polisi yang hendak dirancang oleh kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan. Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu. Hal ini amat perlu kerana ahli-ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS tidak mengizinkan PAS dilihat seperti boneka rakan Pakatan Rakyat terutamanya di P.Pinang.
2. Sebarang pelantikan politik terhadap mana-mana jawatan, portfolio, posisi dalam kerajaan negeri yang melibatkan kuota PAS mahupun pimpinan atau mana-mana ahli PAS, mestilah dengan perbincangan dan persetujuan PAS P.Pinang. Jika tidak, PAS P.Pinang tidak mengiktiraf penglibatan individu tersebut sebagai mewakili parti dan akan mengambil tindakan ke atas individu berkenaan, serta menganggap tindakan ini sebagai mengenepikan PAS P.Pinang.
3. PAS P.Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri jika tuntutan & ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak Kerajaan Negeri & Majlis Pakatan Rakyat.
PAS P.Pinang juga akan mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat P.Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam kerajaan negeri, demi memelihara prinsip & maruah perjuangan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-11-2013
Solat jemaah di atas Jambatan Pulau Pinang kedua
http://kachipemas.blogspot.com, | 19 Nov 2013 |
Gempar !! Solat berjemaah Di Atas Jambatan Pulau Pinang Ke 2..Gambar ni Tiada Dalam Media Perdana
Gambar Pekerja UEM Sujud Syukur Selepas Selesainya Pembinaan Jabatan Kedua P.Pinang..Semoga Diberkati Allah Mereka Yg Menjalankan Tugas Ini..Amin.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-11-2013
Lagi berita yang tidak dihebahkan
http://omakkau.blogspot.com, | 11 Nov 2013 |
LAGI BERITA YANG TIDAK DIHEBAHKAN OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3 ..... 2,462 PELAJAR KE IPTA MENERIMA BANTUAN RM1,000 DARI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG.
Seramai 2,462 pelajar ke IPTA menerima bantuan RM1,000 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Majlis penyerahan sumbangan bantuan pendaftaran pelajar ke IPTA diadakan di beberapa daerah pagi semalam.
Kawasan Barat Daya (BD) mempunyai 297 permohonan tahun ini. Dua ratus tiga puluh dua orang pelajar peringat ijazah sarjana muda dari kawasan BD terima cek dari pemimpin negeri pagi semalam manakala 65 orang pelajar diploma telah terima cek mereka pada majlis yang lalu.
Upacara untuk Kawasan Barat Daya diadakan di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Kalau macam ini punya gaya dan cara YAB Lim Guan Eng mentadbir dan mengurus dana negeri .. alamatnya sudah pasti juak-juak UMNO terutamanya yang menjadi ahli PERKASA frust senonggeng ... dah puas macam-macam tuduh dan fitnah kerajaan PR Pulau Pinang tapi rakyat Pulau Pinang masih juga memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.
Bukan sedikit bilangan penerima dari golongan Melayu/Bumiputera.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-11-2013
P Pinang tangguh Merdeka Ride ® Jambatan Kedua
Harakahdaily, | 01 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Program Merdeka Ride ® Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dijadualkan pada 10 November ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola program berkenaan, Datuk Farizan Darus dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Sehubungan dengan penangguhan tersebut, katanya para peserta yang telah mendaftar untuk menyertai Program Merdeka Ride ® Jambatan Kedua Pulau Pinang boleh membuat pilihan untuk terus kekal menyertai program pada tarikh yang akan ditetapkan kelak, mendermakan keseturuhan bayaran penyertaan tersebut kepada penganjur selaras dengan hasrat program ini yang merupakan program kebajikan atau untuk tidak menyertai program ini tetapi mengambil jersi.
Katanya, program itu adalah sebahagian daripada program perasmian Jambatan Kedua di bawah naungan Yang di-Pertua Negeri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Lions Clubs of Penang Host serta Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB).
Tambahnya, tujuan program itu adalah untuk kayuhan amal yang akan disumbangkan kepada beberapa badan kebajikan yang ada di Negeri Pulau Pinang termasuk Tabung Bencana Alam TYT.
Katanya, segala kesulitan amatlah dikesali dan Jawatankuasa Penganjur amat berharap bahawa penyertaan kesemua peserta yang telah mendaftar dapat diteruskan atas semangat untuk memberi sumbangan kebajikan kepada Badan-Badan Amal yang ada di Negeri Pulau Pinang termasuk sumbangan kepada Tabung Bencana Alam Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola program berkenaan, Datuk Farizan Darus dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Sehubungan dengan penangguhan tersebut, katanya para peserta yang telah mendaftar untuk menyertai Program Merdeka Ride ® Jambatan Kedua Pulau Pinang boleh membuat pilihan untuk terus kekal menyertai program pada tarikh yang akan ditetapkan kelak, mendermakan keseturuhan bayaran penyertaan tersebut kepada penganjur selaras dengan hasrat program ini yang merupakan program kebajikan atau untuk tidak menyertai program ini tetapi mengambil jersi.
Katanya, program itu adalah sebahagian daripada program perasmian Jambatan Kedua di bawah naungan Yang di-Pertua Negeri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Lions Clubs of Penang Host serta Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB).
Tambahnya, tujuan program itu adalah untuk kayuhan amal yang akan disumbangkan kepada beberapa badan kebajikan yang ada di Negeri Pulau Pinang termasuk Tabung Bencana Alam TYT.
Katanya, segala kesulitan amatlah dikesali dan Jawatankuasa Penganjur amat berharap bahawa penyertaan kesemua peserta yang telah mendaftar dapat diteruskan atas semangat untuk memberi sumbangan kebajikan kepada Badan-Badan Amal yang ada di Negeri Pulau Pinang termasuk sumbangan kepada Tabung Bencana Alam Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-11-2013
Rakaman gambar yang bakal diputar
http://omakkau.blogspot.com, | 31 Okt 2013 |
Thursday, 31 October 2013
RAKAMAN GAMBAR DAN CERITA YANG BAKAL DIPUTAR OLEH MEDIA ARUS PERDANA.
Hari ini telah berlaku upacara serah menyerah kunci bagi kenderaan rasmi Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Speaker Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Semua Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Setiap dari mereka menggunakan kereta Toyota Camry 2.5 bagi menggantikan kenderaan yang sudah uzur dan usang.
Apakah nanti akan berlaku putaran berita dan cerita dari media arus perdana milik dan kawalan UMNO kononnya kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan YAB Sdr Lim Guan Eng tidak patriotik kerana tidak membeli kereta nasional keluaran Proton.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 31-10-2013
Apa kata pengkagum Mahathir dengan gambar ini
http://omakkau.blogspot.com, | 10 Okt 2013 |
RAKAMAN GAMBAR YANG BAKAL BUAT MAHATHIR DAN PARA PENGKAGUMNYA MEROYAN SAKAN!!!!!
Anak perempuan kesayangan Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir kelihatan bersama-sama dengan dengan Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dalam satu Persidangan Pelajar Antarabangsa 2013 anjuran KDU di Traders Hotel, Pulau Pinang pagi ini 10hb Oktober 2013.
Bukannya tidak tahu akan perangai para pengkagum Mahathir ni bila bertindak dan berbicara .. jenis pakai kepala lutut untuk berfikir gunakan otot untuk berhujah.
Jenis baka babarian.
Selama ini macam-macam puak babarian melabelkan YAB Lim Guan Eng .. dari anti Islam dan Melayu kepada sampailah nak wujudkan Kristian sebagai agama rasmi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-10-2013
P Pinang sudah buat, Adnan bila lagi – Guan Eng
Mohd Sabri Said, | 30 Sep 2013 |
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengulangi cabaran kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob untuk memberikan peruntukan kepada pembangkang.
Ini kerana Adnan pernah menegaskan sebelum ini bahawa Kerajaan BN Pahang akan memberikan peruntukan pada pembangkang negeri itu sekiranya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang terlebih dahulu melaksanakanya.
Lim berkata, tetapi sampai sekarang Adnan tidak mengeluarkan kenyataan untuk mengikut langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebaliknya membisu sahaja.
"Adakah Datuk Seri Adnan Yaacob menjadi seorang yang amanah yang memenuhi janjinya untuk memberikan peruntukan kepada pembangkang di sana atau masih dengan perangai Umno yang memecah belah, menyemai kebencian rakyat dengan menafikan hak pengundi Pahang?" tanya beliau.
Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, masanya telah tiba untuk mengamalkan politik baru yang mengangkat nilai kebersamaan dengan menghormati pilihan pengundi dan bukanya politik lama yang mengabaikan dan menghukum pengundi yang memilih pembangkang.
“Inilah perbezaan antara perdamaian nasional Pakatan Rakyat berbanding dengan Barisan Nasional terhadap 51 peratus pengundi yang memilih Pakatan Rakyat sewaktu Pilihan raya Umum ke-13 lalu,” ujarnya.
Ini kerana Adnan pernah menegaskan sebelum ini bahawa Kerajaan BN Pahang akan memberikan peruntukan pada pembangkang negeri itu sekiranya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang terlebih dahulu melaksanakanya.
Lim berkata, tetapi sampai sekarang Adnan tidak mengeluarkan kenyataan untuk mengikut langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebaliknya membisu sahaja.
"Adakah Datuk Seri Adnan Yaacob menjadi seorang yang amanah yang memenuhi janjinya untuk memberikan peruntukan kepada pembangkang di sana atau masih dengan perangai Umno yang memecah belah, menyemai kebencian rakyat dengan menafikan hak pengundi Pahang?" tanya beliau.
Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, masanya telah tiba untuk mengamalkan politik baru yang mengangkat nilai kebersamaan dengan menghormati pilihan pengundi dan bukanya politik lama yang mengabaikan dan menghukum pengundi yang memilih pembangkang.
“Inilah perbezaan antara perdamaian nasional Pakatan Rakyat berbanding dengan Barisan Nasional terhadap 51 peratus pengundi yang memilih Pakatan Rakyat sewaktu Pilihan raya Umum ke-13 lalu,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-9-2013
Kedai tomyam berbau kencing tikus diarah tutup
Mohd Sabri Said, | 28 Sep 2013 |
GEORGE TOWN: Sejumlah 17 daripada 28 premis menjual makanan Thai yang diperiksa Bahagian Keselamatan dan Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang diarah tutup kerana didapati mempunyai bau kencing tikus dan tahi tikus, kehadiran tikus dan lipas serta menggunakan makanan dalam tin yang berkarat.
Sehubungan itu, Pengerusi Pertanian dan Asas Tani, Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin (gambar) memuji langkah tegas jabatan terbabit yang mengarahkan premis makanan itu ditutup kerana gagal mematuhi amalan kebersihan dan peraturan ditetapkan.
Beliau berkata, usaha ini juga membuktikan kerajaan negeri cukup prihatin terhadap kebersihan premis makanan bagi memastikan rakyat dapat menikmati makanan yang bersih dan selamat.
"Sebagai negeri yang menitikberatkan aspek kesihatan, kita bukan sahaja memantau kebersihan alam sekitar bahkan kualiti makanan. Ini penting bagi mencegah kes keracunan makanan terjadi, " jelasnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya itu juga mahu premis yang diarahkan tutup segera melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum dibenarkan beroperasi semula.
Sekiranya gagal berbuat demikian, pemilik premis boleh dikampaun sebanyak RM10,000 di bawah Akta Kebersihan Makanan (2009).
Sehubungan itu, Pengerusi Pertanian dan Asas Tani, Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin (gambar) memuji langkah tegas jabatan terbabit yang mengarahkan premis makanan itu ditutup kerana gagal mematuhi amalan kebersihan dan peraturan ditetapkan.
Beliau berkata, usaha ini juga membuktikan kerajaan negeri cukup prihatin terhadap kebersihan premis makanan bagi memastikan rakyat dapat menikmati makanan yang bersih dan selamat.
"Sebagai negeri yang menitikberatkan aspek kesihatan, kita bukan sahaja memantau kebersihan alam sekitar bahkan kualiti makanan. Ini penting bagi mencegah kes keracunan makanan terjadi, " jelasnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya itu juga mahu premis yang diarahkan tutup segera melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum dibenarkan beroperasi semula.
Sekiranya gagal berbuat demikian, pemilik premis boleh dikampaun sebanyak RM10,000 di bawah Akta Kebersihan Makanan (2009).
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-9-2013
Peruntukan pembangkang: Pusat patut ikut P Pinang
Harakahdaily, | 23 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa untuk mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan memberikan peruntukan tahunan kepada ahli parlimen pembangkang.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari membuat gesaan itu dalam satu kenyataan bersama.
Ini ekoran Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan bahawa semua Adun negeri tersebut, termasuk Adun pembangkang, akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil.
Justeru, 10 orang Adun pembangkang daripada Umno akan diberi peruntukan sebanyak RM40,000 bagi tujuan tersebut mulai 2014.
Bagi Sin dan Zairil, tindakan tersebut jelas merupakan satu langkah besar ke hadapan untuk mewujudkan sebuah demokrasi yang matang di negara kita.
Kata mereka, ia sekaligus juga membuktikan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak bermain politik dan sebaliknya serius dalam usaha pendamaian nasional yang tidak pernah diamalkan oleh kerajaan Persekutuan.
“Usaha ini patut dicontohi setiap kerajaan negeri di Malaysia dan sudah tentu sekali oleh kerajaan Persekutuan,” ujar mereka.
Pada tahun ini, sejumlah RM185.5 juta telah diperuntukkan kepada semua 222 kawasan parlimen, bersamaan dengan lebih kurang RM835,000 setiap kawasan.
“Malangnya, Ahli Parlimen pembangkang langsung tidak diberi kuasa untuk mengurus ataupun meluluskan sebarang projek menggunakan peruntukan tersebut,” kata mereka lagi.
Jelas, ujar mereka tindakan itu merupakan diskriminasi terhadap Ahli Parlimen pembangkang dan pencabulan terhadap prinsip demokrasi, juga boleh dilihat sebagai menghina rakyat di kawasan-kawasan pembangkang.
Justeru, mereka menggesa kerajaan Persekutuan terutamanya Najib untuk mengikut jejak langkah kerajaan negeri Pulau Pinang dan memberikan peruntukan tahunan kepada Ahli Parlimen pembangkang agar kami dapat melaksanakan kewajiban kami sebagai wakil rakyat yang dipilih secara sah.
“Kami juga berharap Perdana Menteri akan mengambil peluang ini untuk bertindak secara berhemah dan membelakangkan kepentingan politik sempit demi mencapai kematangan proses demokrasi di negara kita,” kata mereka.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari membuat gesaan itu dalam satu kenyataan bersama.
Ini ekoran Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan bahawa semua Adun negeri tersebut, termasuk Adun pembangkang, akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil.
Justeru, 10 orang Adun pembangkang daripada Umno akan diberi peruntukan sebanyak RM40,000 bagi tujuan tersebut mulai 2014.
Bagi Sin dan Zairil, tindakan tersebut jelas merupakan satu langkah besar ke hadapan untuk mewujudkan sebuah demokrasi yang matang di negara kita.
Kata mereka, ia sekaligus juga membuktikan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak bermain politik dan sebaliknya serius dalam usaha pendamaian nasional yang tidak pernah diamalkan oleh kerajaan Persekutuan.
“Usaha ini patut dicontohi setiap kerajaan negeri di Malaysia dan sudah tentu sekali oleh kerajaan Persekutuan,” ujar mereka.
Pada tahun ini, sejumlah RM185.5 juta telah diperuntukkan kepada semua 222 kawasan parlimen, bersamaan dengan lebih kurang RM835,000 setiap kawasan.
“Malangnya, Ahli Parlimen pembangkang langsung tidak diberi kuasa untuk mengurus ataupun meluluskan sebarang projek menggunakan peruntukan tersebut,” kata mereka lagi.
Jelas, ujar mereka tindakan itu merupakan diskriminasi terhadap Ahli Parlimen pembangkang dan pencabulan terhadap prinsip demokrasi, juga boleh dilihat sebagai menghina rakyat di kawasan-kawasan pembangkang.
Justeru, mereka menggesa kerajaan Persekutuan terutamanya Najib untuk mengikut jejak langkah kerajaan negeri Pulau Pinang dan memberikan peruntukan tahunan kepada Ahli Parlimen pembangkang agar kami dapat melaksanakan kewajiban kami sebagai wakil rakyat yang dipilih secara sah.
“Kami juga berharap Perdana Menteri akan mengambil peluang ini untuk bertindak secara berhemah dan membelakangkan kepentingan politik sempit demi mencapai kematangan proses demokrasi di negara kita,” kata mereka.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-9-2013
Pulau Pinang beri RM40,000 kepada Adun pembangkang
Harakahdaily, | 22 Sep 2013 |
GEORGE TOWN: 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang Umno BN di negeri ini diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun mulai 2014.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri pada 18 September lalu dan telahpun diluluskan secara prinsip.
“Selepas mekanisma peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dengan tambahan undi popular sebanyak 10 peratus kepada 68 peratus dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan Mei lepas, ada 30 Adun PR dan 10 Adun Umno BN.
Sebelum ini, kata Lim kerajaan negeri telah cuba menjemput Adun-Adun Umno untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka ada membuat kerja sambil menerima peruntukan.
Akan tetapi, ujarnya tawaran ikhlas kerajaan negeri telahpun ditolak sama sekali dengan begitu angkuh sekali oleh Adun Umno kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR.
Katanya, kerajaan negeri mahu Adun Umno menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang mereka tidak akan ikut standard operating procedure yang ditetapkan seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin-pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri pada 18 September lalu dan telahpun diluluskan secara prinsip.
“Selepas mekanisma peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dengan tambahan undi popular sebanyak 10 peratus kepada 68 peratus dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan Mei lepas, ada 30 Adun PR dan 10 Adun Umno BN.
Sebelum ini, kata Lim kerajaan negeri telah cuba menjemput Adun-Adun Umno untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka ada membuat kerja sambil menerima peruntukan.
Akan tetapi, ujarnya tawaran ikhlas kerajaan negeri telahpun ditolak sama sekali dengan begitu angkuh sekali oleh Adun Umno kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR.
Katanya, kerajaan negeri mahu Adun Umno menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang mereka tidak akan ikut standard operating procedure yang ditetapkan seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin-pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-9-2013
Satu lagi kampung Melayu bakal hilang
Mohd Sabri Said, | 14 Sep 2013 |
BUKIT MERTAJAM: Sebuah lagi Kampung Melayu di Pulau Pinang bakal hilang sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil pihak berwajib termasuk kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh yang terletak di belakang Taman IKS Bukit Minyak, dekat sini ketika ditemui berharap kerajaan negeri dapat membantu mereka memandangkan harapan yang disandarkan kepada Umno dan BN bagaikan menanti buah yang tidak gugur.
Rata-rata penduduk dengan 52 keluarga itu merupakan ahli dan penyokong tegar Umno sejak beberapa generasi.
Pengerusi Badan Bertindak Kampung Tok Subuh, Hamidah Che Embi (gambar) menjelaskan, ugutan pihak pemaju menyebabkan 20 keluarga terpaksa berpindah dengan pampasan antara RM7,000 hingga RM40,000.
Imbuhan sebanyak itu tambahnya, tidak memadai untuk mendapatkan rumah ganti tempat berteduh.
"Mana boleh diberikan pampasan sekadar itu sedangkan penduduk rata-ratanya susah. Lagipun mereka adalah peneroka awal sejak 1980-an ketika kawasan ini adalah hutan dan lembah," tegasnya.
Beliau berharap kerajaan negeri mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang melanda penduduk di sini.
Menurutnya, penduduk bukan menolak usaha pembangunan yang dirancang namun mengharapkan pampasan seperti rumah dan tanah di kawasan berdekatan.
Seorang peneroka awal, Shahrom Salimi, 60, terkejut mendapat surat arahan daripada peguam pemaju supaya merobohkan rumah yang telah didiami sejak 30 tahun lalu.
"Dulu waktu datang meneroka kawasan ini hutan rimba. Pokoknya besar antaranya pokok Saga dan Halban yang amat besar dan tinggi. Tetapi atas usaha keras ramai peneroka yang datang dari serata tempat akhirnya menjadi sebuah kampung, " ujarnya.
Mohd Yusuf Dollah, 76, pula berkata, setelah pencen dari bekerja di Kilang Bijih di Butterworth sekitar tahun 1995 beliau terus meneroka dan tinggal di sebuah bangsal usang.
Beliau masih ingat sambungnya, bagaimana terpaksa berhadapan dengan kesukaran menebang pokok besar termasuk terserempak dengan binatang buas.
"Waktu itu amat menakutkan jika tak kuat semangat atau keras hati dah lama lari sebab kena tebang pokok besar-besar serta berhadapan dengan binatang buas. Ular sawa tu biasalah bagi kami," ceritanya.
Ekoran kejadian arahan keluar itu, ramai pihak tampil memberikan bantuan termasuk mengatur pertemuan dan perbincangan antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, Timbalan Ketua Menteri, Dato' Abdul Rashid Hasnun, Pemangku Ketua Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Bukit Mertajam, Jab Samad dan badan bukan kerajaan (NGO) Rumah Ganti Rumah (RUGAS), Zolkifly Md Lazim.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-9-2013
Laporan dari Pulau Pinang yang tak akan disiar Utusan dan TV3
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 09 Sep 2013 |
Usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai “Global Halal Centre” semakin membuahkan hasil di peringkat antarabangsa.
Penang International Halal Hub (Halal Penang) semakin menerima pengiktirafan apabila saya selaku Pengerusi Halal Penang yang mewakili kerajaan negeri, telah diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan “4th Istanbul Halal Expo & Conference 2013 ” di Istanbul, Turki yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Turki; Yang Berbahagia Bulent Arinc.
Jemputan ini merupakan pengiktirafan dan penghormatan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas aspirasinya untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Pusat Halal Global (Global Halal Centre).
Sebelum ini, Halal Penang telah diberi penghormatan yang sama di persidangan Halal Antarabangsa di Kuwait, Pakistan, Thailand, Riyadh dan London.
Malah, pada 26 – 28 September 2013 nanti, sekali lagi Halal Penang diberi penghormatan di Persidangan Halal Antarabangsa Morocco diikuti pada Disember di Persidangan Halal Antarabangsa Belgium.
Usaha penjenamaan ( branding approach) selama 3 tahun sejak penubuhan Halal Penang pada Ogos 2008 sedang menuai hasilnya.
Sehingga akhir tahun 2012, Halal Penang telah berjaya menarik pelaburan dalam dan luar negara berjumlah RM484 juta.
“4th Istanbul Halal Expo & Conference 2013 ” anjuran CNR Expo telah berlangsung dari 5 hingga 8 September 2013.
Sebanyak 300 pemamer tempatan dan antarabangsa daripada 80 buah negara terutamanya dari Timur Tengah dan Eropah telah mengambil bahagian.
Perjumpaan bersama Timbalan Perdana Menteri Turki, Yang Berbahagia Bulent Arinc |
Sebagai pengiktirafan kepada Halal Penang, saya turut dijemput sebagai tetamu kehormat menyertai delegasi Timbalan Perdana Menteri Turki, melawat tapak pameran.
Dalam ucapan, saya menjelaskan tentang pencapaian Halal Penang dan usaha berterusan kerajaan negeri membangunkan industri halal di Pulau Pinang yang berkonsepkan ‘Halal Ecosystem’ sejak penubuhannya 5 tahun lalu.
Juga dijelaskan beberapa inisiatif oleh kerajaan negeri yang dinikmati para pelabur industri halal di Pulau Pinang.
Selain mengalu-alukan pemain industri halal, khususnya dari Turki, saya turut menzahirkan hasrat Pulau Pinang mewujudkan jalinan kerjasama dua-hala bersama Turki dalam membangunkan industri halal.
Pada kesempatan itu, saya telah menjemput CNR Expo untuk menyertai Pameran dan Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang 2014 yang akan berlangsung pada 17 sehingga19 Januari 2014.
Saya juga berkesempatan mengadakan pertemuan rasmi dengan beberapa syarikat dan agensi kerajaan Turki antaranya dengan Pengerusi Caprice Gold Groupe Encik Fadil Akgunduz.
Caprice Gold Groupe adalah syarikat industri perhotelan dan resort terkemuka di Turki.
Perbincangan awal berkisar usahasama dalam membangunkan industri perhotelan dan hospitaliti berkonsepkan Syariah di Pulau Pinang.
*Kenyataan media oleh Dato’ Haji Abdul Malik Kassim,EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang**
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-9-2013
Tumpahkan ilmu yang dipelajari di Mesir - Saleh
Mohd Sabri Said, | 07 Sep 2013 |
TASEK GELUGOR: Pulau Pinang mengalu-alukan ilmu yang ada dalam dada pelajar Mesir untuk membantu negeri ini menjadi sebuah negeri yang maju dan dinamik apabila kembali ke tanahair kelak.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Saleh Man berkata demikian semasa berucap pada majlis jamuan anjuran Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) yang diadakan di Dewan Besar Sungai Dua petang semalam.
Kepulangan mereka nanti, ujarnya menjadi harapan kakitangan khususnya di MAINPP kerana dapat mengganti generasi lama yang bakal pencen.
"Pulau Pinang senantiasa menanti kepulangan pelajar dari Mesir nanti untuk menumpahkan apa yang mereka pelajari di sana kerana negeri ini amat memerlukan ilmu yang ada dalam dada pelajar," jelasnya.
Generasi lama katanya, telah lumat dengan tribulasi, mehnah dan seumpamanya maka generasi muda yang kembali ke tanah air berpeluang memikul tanggungjawab bersama bagi merealisasikan apa yang masih belum dilaksanakan.
Katanya, pemergian Ustaz Ridwan Abdul Wahab sukar dicari ganti yang sememangnya baik ketika menguruskan pelajar ke Mesir atau kebajikan mereka di sana.
Sekarang, kata beliau tempatnya diganti oleh Ustaz Mohd Loqman Nur Hakim.
Pengalaman dan ilmu yang ada, tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, amat diperlukan untuk menambah baik keperluan pentadbiran yang ada supaya kepulangan pelajar tidak sia-sia.
"Apa yang ada seperti pengalaman boleh memperbaiki mana yang janggal agar pentadbiran agama Islam terus kental. MAINPP akan membantu mereka yang berhasrat kembali ke tanah air untuk bertugas merealisasikan impian kerajaan negeri dan MAINPP," tegasnya.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Saleh Man berkata demikian semasa berucap pada majlis jamuan anjuran Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) yang diadakan di Dewan Besar Sungai Dua petang semalam.
Kepulangan mereka nanti, ujarnya menjadi harapan kakitangan khususnya di MAINPP kerana dapat mengganti generasi lama yang bakal pencen.
"Pulau Pinang senantiasa menanti kepulangan pelajar dari Mesir nanti untuk menumpahkan apa yang mereka pelajari di sana kerana negeri ini amat memerlukan ilmu yang ada dalam dada pelajar," jelasnya.
Generasi lama katanya, telah lumat dengan tribulasi, mehnah dan seumpamanya maka generasi muda yang kembali ke tanah air berpeluang memikul tanggungjawab bersama bagi merealisasikan apa yang masih belum dilaksanakan.
Katanya, pemergian Ustaz Ridwan Abdul Wahab sukar dicari ganti yang sememangnya baik ketika menguruskan pelajar ke Mesir atau kebajikan mereka di sana.
Sekarang, kata beliau tempatnya diganti oleh Ustaz Mohd Loqman Nur Hakim.
Pengalaman dan ilmu yang ada, tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, amat diperlukan untuk menambah baik keperluan pentadbiran yang ada supaya kepulangan pelajar tidak sia-sia.
"Apa yang ada seperti pengalaman boleh memperbaiki mana yang janggal agar pentadbiran agama Islam terus kental. MAINPP akan membantu mereka yang berhasrat kembali ke tanah air untuk bertugas merealisasikan impian kerajaan negeri dan MAINPP," tegasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-9-2013
Kedah cadang sekat air, mana Umno P Pinang
Mohd Sabri Said, | 02 Sep 2013 |
GEORGETOWN: "Di manakah Umno Pulau Pinang apabila kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah berhasrat menyekat sumber air mentah ke negeri ini?
“Bagaimana pendirian parti itu apabila dicabar sedemikian rupa," kata Koordinator Badan Bertindak Kempen Umno Jangan Politikan Air Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim pada sidang media, kelmarin.
Isu itu timbul apabila Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mencadangkan agar kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, baru-baru ini kerana rakyat negeri ini menolak BN pada PRU13 lalu.
Zolkifly berkata, cadangan menyekat sumber air mentah itu adalah sesuatu yang bertentangan dengan maksud kemanusiaan dan semangat Malaysia.
"Mungkin beliau sendiri keliru bahawa di Pulau Pinang juga ada rakyat Malaysia termasuk rakyat Negeri Kedah," katanya kesal.
Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Abdul Halim Saleh berkata, Ahmad Bashah tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerana ia akan memakan diri sekaligus merosakkan nama partinya sendiri.
Itulah. sambungnya muka sebenar Umno yang dikatakan memperjuangkan rakyat menerusi slogan ‘rakyat didahulukan’.
"Sebagai orang veteran dalam politik beliau seharusnya bijak memilik isu bukan ikut sentimen kenegerian," katanya.
“Bagaimana pendirian parti itu apabila dicabar sedemikian rupa," kata Koordinator Badan Bertindak Kempen Umno Jangan Politikan Air Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim pada sidang media, kelmarin.
Isu itu timbul apabila Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mencadangkan agar kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, baru-baru ini kerana rakyat negeri ini menolak BN pada PRU13 lalu.
Zolkifly berkata, cadangan menyekat sumber air mentah itu adalah sesuatu yang bertentangan dengan maksud kemanusiaan dan semangat Malaysia.
"Mungkin beliau sendiri keliru bahawa di Pulau Pinang juga ada rakyat Malaysia termasuk rakyat Negeri Kedah," katanya kesal.
Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Abdul Halim Saleh berkata, Ahmad Bashah tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerana ia akan memakan diri sekaligus merosakkan nama partinya sendiri.
Itulah. sambungnya muka sebenar Umno yang dikatakan memperjuangkan rakyat menerusi slogan ‘rakyat didahulukan’.
"Sebagai orang veteran dalam politik beliau seharusnya bijak memilik isu bukan ikut sentimen kenegerian," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-9-2013
Tanda Putera: Tiada tindakan siapa abai nasihat
Harakahdaily, | 30 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Dalam menegakkan kebebasan bersuara dan mengutuk keras kebencian kaum, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang mengabaikan nasihat berkenaan ‘Tanda Putera’ yang penuh dengan pembohongan, menyerang kumpulan minoriti dan beribu-ribu rakyat Malaysia yang tidak bersalah yang terbunuh semasa 13 Mei 1969.
“Memandang isu ini bersabit hal sejarah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai tanggungjawab moral untuk mengambil pendirian yang jelas dan nyata untuk menentang sebarang usaha bagi menulis semula sejarah yang terlalu tidak konsisten dengan kejadian dan fakta sebenar,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Sebaliknya, kata beliau mereka yang cenderung kepada Kerajaan Persekutuan BN telah mengambil pendekatan yang bertentangan dengan mengancam untuk menutup pengendali pawagam dan lain-lain bentuk tindakan undang-undang jika Tanda Putera tidak ditayangkan.
“Ini adalah perbezaan di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, di mana, di negeri ini, mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan negeri masih boleh memaparkan persembahan mereka tanpa gangguan.
“Inilah yang perlahan-lahan menjadikan Pulau Pinang kota seni Malaysia kerana artis menikmati kebebasan bersuara,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.
Walau bagaimanapun, katanya kebebasan bersuara tidak bererti kebebasan untuk berdusta.
Justeru, ujarnya kerajaan negeri telah mengambil langkah itu untuk mengeluarkan nasihat mengenai Tanda Putera kerana filem itu telah melintasi garis sempadan dengan menggunakan dana awam untuk menyebarkan pembohongan yang menggalakkan kebencian dan bukan keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia.
“Berikutan ancaman daripada kerajaan Persekutuan, kami telah dimaklumkan bahawa semua pengusaha pawagam akan menayangkan filem ini tidak lama lagi di Pulau Pinang,” katanya.
Justeru, jelasnya kerajaan memberi jaminan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak tetapi berharap semua pihak termasuk penonton dan pengusaha filem boleh melihat di sebalik pembohongan dan kebencian perkauman tertanam dalam filem itu.
“Memandang isu ini bersabit hal sejarah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai tanggungjawab moral untuk mengambil pendirian yang jelas dan nyata untuk menentang sebarang usaha bagi menulis semula sejarah yang terlalu tidak konsisten dengan kejadian dan fakta sebenar,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Sebaliknya, kata beliau mereka yang cenderung kepada Kerajaan Persekutuan BN telah mengambil pendekatan yang bertentangan dengan mengancam untuk menutup pengendali pawagam dan lain-lain bentuk tindakan undang-undang jika Tanda Putera tidak ditayangkan.
“Ini adalah perbezaan di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, di mana, di negeri ini, mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan negeri masih boleh memaparkan persembahan mereka tanpa gangguan.
“Inilah yang perlahan-lahan menjadikan Pulau Pinang kota seni Malaysia kerana artis menikmati kebebasan bersuara,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.
Walau bagaimanapun, katanya kebebasan bersuara tidak bererti kebebasan untuk berdusta.
Justeru, ujarnya kerajaan negeri telah mengambil langkah itu untuk mengeluarkan nasihat mengenai Tanda Putera kerana filem itu telah melintasi garis sempadan dengan menggunakan dana awam untuk menyebarkan pembohongan yang menggalakkan kebencian dan bukan keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia.
“Berikutan ancaman daripada kerajaan Persekutuan, kami telah dimaklumkan bahawa semua pengusaha pawagam akan menayangkan filem ini tidak lama lagi di Pulau Pinang,” katanya.
Justeru, jelasnya kerajaan memberi jaminan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak tetapi berharap semua pihak termasuk penonton dan pengusaha filem boleh melihat di sebalik pembohongan dan kebencian perkauman tertanam dalam filem itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-8-2013
Jangan termakan hasutan musuh - Saleh
Mohd Sabri Said, | 28 Ogs 2013 |
PERMATANG PAUH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man teruja dengan kehadiran orang ramai di majlis Rumah Terbuka Dun berkenaan, semalam.
Beliau dan Jawatankuasa Majlis Tindakan Dun bersama menyambut ketibaan orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk bertemu Adun kesayangan mereka yang juga merupakan ‘anak tunggal’ PAS Pulau Pinang.
"Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis rumah terbuka yang saya buat tahun ini. Saya rasa sungguh meriah bimbang takut makanan pula tak cukup," jelasnya.
Antara makanan yang dihidangkan oleh pihak cawangan PAS yang ada dalam Dun Permatang Pasir ialah laksa, bihun sup, mi kuah, ayam panggang di samping makanan yang popular sempena perayaan Aidil Fitri saban tahun seperti lemang, ketupat dan rendang.
Katanya, kehadiran rakyat sekaligus menggambarkan suasana muhibah terjalin erat sejak dahulu.
Walaupun sering dilempar tohmahan pihak lawan bahawa prestasinya merosot ekoran terlalu sibuk dengan tugasan kerajaan berbanding parti, namun semua itu dianggap satu cabaran.
Padahal jelasnya, semua tuduhan itu tidak berfakta sebaliknya sekadar mainan pihak musuh yang senantiasa mencari ruang untuk membentuk percakaran dalaman supaya PAS tidak maju ke hadapan.
"Yang peliknya orang kita pun termakan hasutan musuh. Kita harus faham persengketaan dalaman boleh memusnahkan impian PAS menambah kerusi pada masa akan datang," ujarnya.
Program berkenaan dihadiri oleh beberapa kepimpinan Pakatan Rakyat seperti Adun Penanti, Dr. Norlela Ariffin termasuk Exco Kebajikan negeri, Phee Boon Poh dan Exco Kerjaraya negeri, Lim Hock Seng.
Beliau dan Jawatankuasa Majlis Tindakan Dun bersama menyambut ketibaan orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk bertemu Adun kesayangan mereka yang juga merupakan ‘anak tunggal’ PAS Pulau Pinang.
"Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis rumah terbuka yang saya buat tahun ini. Saya rasa sungguh meriah bimbang takut makanan pula tak cukup," jelasnya.
Antara makanan yang dihidangkan oleh pihak cawangan PAS yang ada dalam Dun Permatang Pasir ialah laksa, bihun sup, mi kuah, ayam panggang di samping makanan yang popular sempena perayaan Aidil Fitri saban tahun seperti lemang, ketupat dan rendang.
Katanya, kehadiran rakyat sekaligus menggambarkan suasana muhibah terjalin erat sejak dahulu.
Walaupun sering dilempar tohmahan pihak lawan bahawa prestasinya merosot ekoran terlalu sibuk dengan tugasan kerajaan berbanding parti, namun semua itu dianggap satu cabaran.
Padahal jelasnya, semua tuduhan itu tidak berfakta sebaliknya sekadar mainan pihak musuh yang senantiasa mencari ruang untuk membentuk percakaran dalaman supaya PAS tidak maju ke hadapan.
"Yang peliknya orang kita pun termakan hasutan musuh. Kita harus faham persengketaan dalaman boleh memusnahkan impian PAS menambah kerusi pada masa akan datang," ujarnya.
Program berkenaan dihadiri oleh beberapa kepimpinan Pakatan Rakyat seperti Adun Penanti, Dr. Norlela Ariffin termasuk Exco Kebajikan negeri, Phee Boon Poh dan Exco Kerjaraya negeri, Lim Hock Seng.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-8-2013
Sekat air: Hukum rakyat kerana tidak pilih BN?
Harakahdaily, | 28 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Cadangan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah supaya Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang adalah kerana kepentingan politik sempit.
Demikian dinyatakan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Ghazali (gambar) sebagai respons kepada kenyataan Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata di dalam sidang Dun Kedah semalam.
“Kenyataan Ahmad Bashah adalah satu kenyataan yang dangkal, tetapi turut sama mencerminkan rupa sebenar pemimpin Umno.
“Mereka rela untuk menghukum rakya semata-mata kepentingan politik sempit mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, sebagai seorang Timbalan Menteri beliau bukan sahaja mewakili kepentingan kawasan Bakar Bata sahaja tetapi seluruh rakyat Malaysia.
Beliau menegaskan, rakyat Pulau Pinang dan Kedah hakikatnya mempunyai mempunyai hak yang sama terhadap air Sungai Muda.
Tambahnya, tidak pernah dalam sejarah penubuhan negara Malaysia semenjak merdeka, hak milik dan soal pembekalan air dari sumber air menjadi pertikaian.
Namun menjadi tugas pertama, katanya Menteri Besar Kedah adalah untuk menuntut sesuatu yang sangat penting untuk kebajikan rakyat Pulau Pinang, seolah-olah cuba untuk menghukum rakyat Pulau Pinang kerana tidak memilih Barisan Nasional.
“Demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan kebajikan kedua-dua negeri, saya menggesa agar Menteri Besar Kedah menarik saja balik tuntutan beliau yang tidak berasas, zalim dan tidak berperikemanusiaan ini,” katanya lagi.
Demikian dinyatakan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Ghazali (gambar) sebagai respons kepada kenyataan Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata di dalam sidang Dun Kedah semalam.
“Kenyataan Ahmad Bashah adalah satu kenyataan yang dangkal, tetapi turut sama mencerminkan rupa sebenar pemimpin Umno.
“Mereka rela untuk menghukum rakya semata-mata kepentingan politik sempit mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, sebagai seorang Timbalan Menteri beliau bukan sahaja mewakili kepentingan kawasan Bakar Bata sahaja tetapi seluruh rakyat Malaysia.
Beliau menegaskan, rakyat Pulau Pinang dan Kedah hakikatnya mempunyai mempunyai hak yang sama terhadap air Sungai Muda.
Tambahnya, tidak pernah dalam sejarah penubuhan negara Malaysia semenjak merdeka, hak milik dan soal pembekalan air dari sumber air menjadi pertikaian.
Namun menjadi tugas pertama, katanya Menteri Besar Kedah adalah untuk menuntut sesuatu yang sangat penting untuk kebajikan rakyat Pulau Pinang, seolah-olah cuba untuk menghukum rakyat Pulau Pinang kerana tidak memilih Barisan Nasional.
“Demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan kebajikan kedua-dua negeri, saya menggesa agar Menteri Besar Kedah menarik saja balik tuntutan beliau yang tidak berasas, zalim dan tidak berperikemanusiaan ini,” katanya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-8-2013
Keselamatan: Pulau Pinang kerjasama dengan polis
Harakahdaily, | 26 Ogs 2013 |
GEORGE TOWN: Sebanyak 125 buah CCTV dengan kos RM3 juta akan disiapkan pada akhir tahun ini, menjadikan keseluruhannya 229 CCTV di seluruh Pulau Pinang.
“Sepanjang ini, kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan polis dengan menawarkan sumber untuk melantik pekerja terlatih bagi memantau CCTV supaya polis boleh menumpukan usaha kepada pencegahan jenayah,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, hari ini
Katanya, penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dengan 6,000 anggota sekarang akan dinaikkan kepada sasaran 10,000 anggota untuk membantu pihak polis menjalankan rondaan keselamatan.
Menurutnya, kuliah khas daripada pakar jenayah daripada tempatan dan luar negeri akan diberikan kepada ahli PPS ini.
“Saya percaya dengan perancangan yang baik dan usaha yang gigih serta tahap integriti dan akauntabiliti yang tinggi, negeri ini akan bertambah makmur.
“Oleh itu, saya menyeru agar semua lapisan rakyat sentiasa bersatu padu, hormat menghormati dan bekerja sama di antara satu sama lain serta berusaha kuat bersama-sama dengan barisan kepimpinan kerajaan negeri sedia ada untuk memaju dan meningkatkan lagi kemakmuran negeri Pulau Pinang,” ujarnya lagi.
Beliau turut mengucapkan sekalung budi dan segunung intan kepada semua warga pentadbiran, pihak berkuasa keselamatan dan polis atas sumbangan memastikan Pulau Pinang terus aman, damai dan berfungsi lancar.
“Akhir kata, saya dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri serta seluruh rakyat negeri ini, sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas jasa bakti dan keperihatinan Tuan Yang Terutama Tun dalam menerajui pemerintahan negeri ini dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Jadi Yang Ke-75,” ujarnya.
“Sepanjang ini, kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan polis dengan menawarkan sumber untuk melantik pekerja terlatih bagi memantau CCTV supaya polis boleh menumpukan usaha kepada pencegahan jenayah,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, hari ini
Katanya, penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dengan 6,000 anggota sekarang akan dinaikkan kepada sasaran 10,000 anggota untuk membantu pihak polis menjalankan rondaan keselamatan.
Menurutnya, kuliah khas daripada pakar jenayah daripada tempatan dan luar negeri akan diberikan kepada ahli PPS ini.
“Saya percaya dengan perancangan yang baik dan usaha yang gigih serta tahap integriti dan akauntabiliti yang tinggi, negeri ini akan bertambah makmur.
“Oleh itu, saya menyeru agar semua lapisan rakyat sentiasa bersatu padu, hormat menghormati dan bekerja sama di antara satu sama lain serta berusaha kuat bersama-sama dengan barisan kepimpinan kerajaan negeri sedia ada untuk memaju dan meningkatkan lagi kemakmuran negeri Pulau Pinang,” ujarnya lagi.
Beliau turut mengucapkan sekalung budi dan segunung intan kepada semua warga pentadbiran, pihak berkuasa keselamatan dan polis atas sumbangan memastikan Pulau Pinang terus aman, damai dan berfungsi lancar.
“Akhir kata, saya dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri serta seluruh rakyat negeri ini, sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas jasa bakti dan keperihatinan Tuan Yang Terutama Tun dalam menerajui pemerintahan negeri ini dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Jadi Yang Ke-75,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-8-2013
Bantah kekejaman Mesir, 1000 berhimpun di P.Pinang
Sabri Said, | 16 Ogs 2013 |
PERMATANG PAUH: Kira-kira 1000 Umat Islam mengambil bahagian dalam perhimpunan membantah kudeta Mesir yang diadakan di perkarangan Masjid Jamek Permatang Janggus, di sini selepas solat Jumaat hari ini.
Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Mohd Noor Harun dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudin,
Turut serta, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Fauzi Mohd Yusuf, Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria dan Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ridwan Ramli.
Kedatangan Umat Islam hari ini bukan setakat menunaikan solat fardhu Jumaat namun juga untuk bersolidariti buat rakyat Mesir.
Tindakan Kerajaan Mesir melancarkan operasi ganas sejak dua hari lalu mengakibatkan kematian lebih 2500 orang yang tidak berdosa.
Berucap dalam perhimpunan itu, semua pemidato melahirkan rasa kesal dengan tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pemerintahan kudeta Mesir hari ini.
Apa yang digerakan oleh pemerintahan Mesir sejak berlakunya pengulingan Presiden Mohamad Morsi sebulan lalu bermatlamat membunuh demokrasi tulen setelah keputusan kemenangan Morsi disenangi rakyat manakala dalam masa yang sama mendukacitakan musuh terutamanya blok barat.
Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Mohd Noor Harun dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudin,
Turut serta, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Fauzi Mohd Yusuf, Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria dan Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ridwan Ramli.
Kedatangan Umat Islam hari ini bukan setakat menunaikan solat fardhu Jumaat namun juga untuk bersolidariti buat rakyat Mesir.
Tindakan Kerajaan Mesir melancarkan operasi ganas sejak dua hari lalu mengakibatkan kematian lebih 2500 orang yang tidak berdosa.
Berucap dalam perhimpunan itu, semua pemidato melahirkan rasa kesal dengan tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pemerintahan kudeta Mesir hari ini.
Apa yang digerakan oleh pemerintahan Mesir sejak berlakunya pengulingan Presiden Mohamad Morsi sebulan lalu bermatlamat membunuh demokrasi tulen setelah keputusan kemenangan Morsi disenangi rakyat manakala dalam masa yang sama mendukacitakan musuh terutamanya blok barat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-8-2013
Lagi satu kes pembaziran Kerajaan PR Pulau Pinang?
http://omakkau.blogspot.com, | 05 Ogs 2013 |
LAGI SATU KES PEMBAZIRAN OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG????.....MEMBERI BANTUAN RM1,000 SETIAP PELAJAR ANAK PULAU PINANG YANG BERJAYA KE IPTA!!!!!
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE IPTA PERINGKAT DIPLOMA BAGI SESI AKADEMIK 1 TAHUN 2013/2014 & PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH BAGI SESI AKADEMIK 2 TAHUN 2012/2013
PADA 3 OGOS 2013 DI DEWAN SRI PINANG
Turut hadir, T/KM I dan II, Setia Usaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Dari tahun 2008 sehingga tahun 2010, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang hanya menetapkan kuota 500 pemohon sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk menerima bantuan pendaftaran RM500 ini setiap tahun. Sejak i-Beta diperkenalkan secara talian pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah menaikkan bantuan pendaftaran ini sebanyak RM1,000 tanpa sebarang kuota ditetapkan.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun lepas telah mengumumkan pemberian bantuan pendaftaran RM1,000 kepada bakal-bakal mahasiswa-mahasiswi yang terpilih melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan syarat salah seorang ibu bapa merupakan pengundi berdaftar di negeri Pulau Pinang dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000 sebulan. Pemberian bantuan ini hanyalah untuk pelajar tahun pertama sahaja.
Bantuan pendaftaran IPTA RM1,000 ini dibuka kepada semua bakal mahasiswa-mahasiswi yang terpilih melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda IPTA dengan syarat salah seorang ibu bapa merupakan pengundi berdaftar di negeri Pulau Pinang dan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000 sebulan.
Ini merupakan salah satu daripada program kebajikan emas yang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah putuskan dalam usaha untuk menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang hasil urus tadbir CAT yang kerajaan PR Pulau Pinang amalkan sejak tahun 2008. Program- program kebajikan ini telah membuktikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengotakan setiap janji yang dibuat tanpa mengira latar belakang keluarga dan warna kulit.
Semua pemohon dikehendaki mengisi permohonan secara talian di i-Beta dan seterusnya menghantar dokumen-dokumen yang berkaitan di Pejabat Daerah masing-masing.
Dimaklumkan seramai 924 pemohonan telah terima dalam sistem i-Beta yang telah dibuka permohonannya pada 21 Mei 2013 sehingga 1 Julai 2013.
Walaubagaimanapun seramai 351 pemohon sahaja yang berjaya menerima bantuan pendaftaran RM1,000 ini. Ini disebabkan terdapat pemohonan-pemohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuk kegagalan menghantar salinan dokumen-dokumen yang diperlukan ke Pejabat Daerah masing-masing.
Pemberian bantuan pendaftaran RM1,000 kepada pelajar hari ini merangkumi pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma bagi sesi akademik 1 (first intake) tahun 2013/2014 dan juga pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah bagi sesi akademik 2 (second intake) tahun 2012/2013.
Pendaftaran i-Beta masih dibuka untuk pengambilan peringkat ijazah bagi sesi 1 tahun 2013/2014 sehingga 30 September 2013.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-8-2013
Apa yang kau dah buat ni Guan Eng?
http://greenboc.blogspot.com, | 27 Jul 2013 |
Guan Eng bergambar bersama sebahagian pemandu teksi yang menerima insentif Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh.
Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh
GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, semalam.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.
Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan.
“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.
"Jika ada aduan mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," katanya pada majlis penyerahan insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Timur Laut, di sini, hari ini.
Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak menerima insentif berkenaan.
Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. -SH
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-7-2013
Sisa kumbahan khinzir diwarisi sejak zaman BN
Mohd Sabri Said, | 18 Jul 2013 |
TASEK GELUGOR: Exco Pertanian dan Asas Tani Negeri Pulau Pinang Dr. Afif Bahardin menyangkal dakwaan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kononnya kerajaan negeri mengabaikan pencemaran akibat sisa kumbahan di sekitar Kampung Selamat dan mencemarkan Sungai Kerek yang berada dalam Parlimen Tasek Gelugor.
Katanya, isu tersebut bukan isu baru tetapi telah lama di mana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mewarisi masalah yang gagal diatasi oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum Mac 2008.
Sejak pengambil alihan tampuk pemerintahan dari BN ujarnya, tahun ini sahaja kerajaan negeri telah memperuntukkan RM90,000 dengan tujuan menurunkan kadar pencemaran najis khinzir yang dilepaskan terus ke sungai berkenaan.
"Saya menafikan kenyataan Menteri Pertanian dan Asas Tani dalam penggulungan beliau semasa menjawab persoalan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahya bahawa kerajaan negeri mengabaikan pencemaran sisa kumbuhan khinzir sehingga mencemarkan sungai.
“Masalahnya sekarang kami dah lakukan yang terbaik maka sebagai Kerajaan Persekutuan haruslah ada semangat membantu hasil peninggalan BN," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undagan Negeri (Adun) Seberang Jaya.
Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Pulau Pinang (JPV) jelas beliau, melalui Unit Kawalan Pencemaran telah ditugaskan mengawal kadar efluen ladang khinzir yang mana bacaan BOD dari ladang tersebut akan dilaporkan kepada pihak MPSP untuk tindakan penguatkuasaan.
Sekiranya ada sambungnya, ladang yang melebihi bacaan BOD 50 akan ditahan permit pemindahan ternakan oleh JPV.
Tegas Dr Afif lagi antara aktiviti menghindarkan pencemaran dari tahun 2009 ialah mengagihkan bantuan effective microbe kepada penternak dan inovasi bahan murah bagi mengawal pencemaran.
Pada 2010 mengagihkan tong bagi menghasilkan Microbe sebagai galakan mempertingkatkan usaha mengawal pencemaran dan penghasilan inovasi Umas dan mengadakan kursus penggunaan Umas kepada penternak bagi tujuan pengawalan pencemaran.
Tahun 2011 pula aktivitinya, mengadakan kursus penghasilan Umas bagi membolehkan penternak menghasilkan sendiri dengan kos yang murah serta permohonan belanjawan di bawah RM-10 bagi tujuan menjalankan projek kawalan Sungai Kerek.
2012 mengadakan bengkel dengan penternak khinzir Kampung Selamat dalam usaha pencemaran projek pemuliharaan kualiti air Sungai Kerek di bawah RM-10 dan mewujudkan indek pencemaran ladang bagi mengatahui tahap sebenar pencemaran disetiap ladang khinzir.
Manakala tahun 2013 meneruskan aktiviti pemuliharaan kualiti air Sungai Kerek di bawah belanjawan pembangunan negeri.
Katanya, isu tersebut bukan isu baru tetapi telah lama di mana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mewarisi masalah yang gagal diatasi oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum Mac 2008.
Sejak pengambil alihan tampuk pemerintahan dari BN ujarnya, tahun ini sahaja kerajaan negeri telah memperuntukkan RM90,000 dengan tujuan menurunkan kadar pencemaran najis khinzir yang dilepaskan terus ke sungai berkenaan.
"Saya menafikan kenyataan Menteri Pertanian dan Asas Tani dalam penggulungan beliau semasa menjawab persoalan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahya bahawa kerajaan negeri mengabaikan pencemaran sisa kumbuhan khinzir sehingga mencemarkan sungai.
“Masalahnya sekarang kami dah lakukan yang terbaik maka sebagai Kerajaan Persekutuan haruslah ada semangat membantu hasil peninggalan BN," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undagan Negeri (Adun) Seberang Jaya.
Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Pulau Pinang (JPV) jelas beliau, melalui Unit Kawalan Pencemaran telah ditugaskan mengawal kadar efluen ladang khinzir yang mana bacaan BOD dari ladang tersebut akan dilaporkan kepada pihak MPSP untuk tindakan penguatkuasaan.
Sekiranya ada sambungnya, ladang yang melebihi bacaan BOD 50 akan ditahan permit pemindahan ternakan oleh JPV.
Tegas Dr Afif lagi antara aktiviti menghindarkan pencemaran dari tahun 2009 ialah mengagihkan bantuan effective microbe kepada penternak dan inovasi bahan murah bagi mengawal pencemaran.
Pada 2010 mengagihkan tong bagi menghasilkan Microbe sebagai galakan mempertingkatkan usaha mengawal pencemaran dan penghasilan inovasi Umas dan mengadakan kursus penggunaan Umas kepada penternak bagi tujuan pengawalan pencemaran.
Tahun 2011 pula aktivitinya, mengadakan kursus penghasilan Umas bagi membolehkan penternak menghasilkan sendiri dengan kos yang murah serta permohonan belanjawan di bawah RM-10 bagi tujuan menjalankan projek kawalan Sungai Kerek.
2012 mengadakan bengkel dengan penternak khinzir Kampung Selamat dalam usaha pencemaran projek pemuliharaan kualiti air Sungai Kerek di bawah RM-10 dan mewujudkan indek pencemaran ladang bagi mengatahui tahap sebenar pencemaran disetiap ladang khinzir.
Manakala tahun 2013 meneruskan aktiviti pemuliharaan kualiti air Sungai Kerek di bawah belanjawan pembangunan negeri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-7-2013
Warisan Dunia: P Pinang belum terima peruntukan
Harakahdaily, | 16 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Setelah Melaka dan George Town menerima pengiktirafan Unesco sebagai Tapak Warisan Dunia, kerajaan persekutuan, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berjanji akan memberikan RM20 juta masing-masing kepada Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town demi membantu kerja-kerja pemuliharaan, perlindungan dan promosi warisan.
Namun bagi Tapak Warisan Dunia George Town, jumlah peruntukan sebanyak RM20 juta tidak disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti mana yang dijanjikan.
“Sehingga hari ini kerajaan negeri tidak menerima sebarang peruntukan, sebaliknya negeri Melaka memperolehi RM30 juta,” ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam surat kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz.
Berikut ialah kandungan surat berkenaan mengenai permohonan geran RM20 juta yang dijanjikan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memulihara, melindungi dan mempromosikan Tapak Warisan Dunia Unesco George Town.
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perbualan di ruang legar Parlimen berkaitan dengan perkara di atas.
2. Sempena lawatan YB Dato’ Seri ke Taiping baru-baru ini dan kenyataan YB Dato’ Seri tentang kepentingan usaha-usaha untuk mengekal, memelihara dan melindungi aset-aset warisan kita yang bersejarah daripada dihapus oleh arus pembangunan moden, saya dengan tulus hati amatlah menyokong dan menyahut seruan YB Dato’ Seri untuk memelihara dan mempertahankan aset-aset warisan kita yang tak ternilai demi kepentingan generasi-generasi kita yang akan datang.
3. Untuk makluman YB Dato’ Seri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak dahulu lagi telah bertekad dan berusaha gigih dalam perancangan serta pelaksanaan kerja-kerja memelihara dan memulihara aset-aset warisan negeri yang dibanggai dan dikagumi ramai. Tambahan pula kini dengan pengiktirafan status Tapak Warisan Dunia UNESCO kepada George Town pada 7hb Julai 2008, usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan di Pulau Pinang amnya dan khususnya Tapak Warisan Dunia George Town telah giat berkembang dan pelbagai program/aktiviti pemuliharaan warisan telah dirancang dan dijalankan oleh Pihak Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang) dan agensi-agensi/persatuan lain.
4. Untuk makluman lanjut YB Dato’ Seri, setelah Melaka dan George Town menerima pengiktirafan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, kerajaan persekutuan, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berjanji akan memberikan RM20 juta masing-masing kepada Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town demi membantu kerja-kerja pemuliharaan, perlindungan dan promosi warisan. Namun bagi Tapak Warisan Dunia George Town, jumlah peruntukan sebanyak RM20 juta tidak disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepertimana yang dijanjikan. Sehingga hari ini kerajaan negeri tidak menerima sebarang peruntukan, sebaliknya negeri Melaka memperolehi RM30 juta.
5. Memandangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi komitmen penuh kepada pihak UNESCO dalam usaha memelihara dan melindungi aset-aset warisan dalam Tapak Warisan Dunia George Town, yang merangkumi aset warisan ketara dan tak ketara, maka kami ingin memohon sokongan dan kelulusan khas YB Dato’ Seri agar janji peruntukan RM20 juta. Wang tersebut yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat meneruskan lagi perancangan-perancangan dan program-program pemuliharaan warisan yang telah dijalankan dan bakal dijalankan di Tapak Warisan Dunia George Town demi manfaat semua pihak seperti yang dijanjikan dalam Pelan Pengurusan Pemuliharaan dan Rancangan Kawasan Khas George Town.
6. Setakat ini, projek-projek pembangunan dan pemuliharaan warisan yang sedang giat dijalankan dalam Tapak Warisan Dunia George Town adalah seperti disenaraikan dalam lampiran.
7. Adalah menjadi harapan kami dan semua rakyat jelata Pulau Pinang bahawa Kerajaan Persekutuan dapat berganding bahu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama-sama menerajui usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan aset-aset warisan Pulau Pinang agar budaya warisan negara kita dapat diturun-temurunkan kepada generasi-generasi kami yang akan datang serta Tapak Warisan Dunia George Town dapat dimajukan sebagai satu tapak warisan dunia UNESCO yang betul-betul unik, unggul dan bandar warisan hidup (“Living Heritage City”) yang sebenarnya.
8. Segala pemberian sokongan dan kerjasama YB Dato’ Seri dalam penyaluran peruntukan baru ini amatlah dihargai dan dialu-alukan. Jasa baik YB Dato Seri adalah dihargai.

Sumber HD - 16-7-2013
Gadis Melayu dilantik Ahli Majlis MPPP, blogger Umno naik angin
http://omakkau.blogspot.com, | 10 Jul 2013 |
PERLANTIKAN GADIS MELAYU SEBAGAI AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP) YANG MEMBUAT PARA BLOGGER UMNO NAIK ANGIN SATU BADAN!!!
Seorang gadis Melayu ahli DAP dari Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam, yang dikenali dengan nama Sdri Nur, hari Isnin lepas telah dilantik secara rasmi sebagai salah seorang Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyebabkan beberapa blogger pro UMNO naik angin satu badan dengan melemparkan pelbagai tuduhan kononnya Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang di bawah kepimpinan YAB Sdr Lim Guan Eng cuba nak bersandiwara.
Perlantikkan Sdri Nur jelas membuktikan tiada diskriminasi kaum dalam pemilihan Ahli-ahli Majlis di Majlis Perbandaran Pulau Pinang dimana Yang Dipertuanya adalah seorang wanita Melayu YBhg Hajah Patahiyah binti Ismail.
Perlantikkan Sdri Nur telah menutup ruang para juak-juak UMNO menjaja cerita yang Kerajaan PR Pulau Pinang anti Melayu.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD _ 10-7-2013
P Pinang sokong Kedah lindungi hutan Ulu Muda
Harakahdaily, | 07 Jul 2013 |
GEORGE TOWN: Jika perlu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyokong permohonan Kedah untuk pembiayaan Persekutuan untuk melindungi hutan Ulu Muda.
“Saya yakin Kerajaan Negeri Perlis juga akan menyokong permohonan itu. Lagipun, dalam Bab 6, muka surat 305, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015), di bawah tajuk ‘Membina Persekitaran yang Meningkatkan Kualiti Hidup’, Kerajaan Persekutuan akan ‘menjalankan inisiatif untuk menggalakkan negeri-negeri mewartakan hutan terutamanya kawasan tadahan air sebagai kawasan perlindungan’,” ujar Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, sebagaimana di bawah.
Pulau Pinang akan menyokong usaha Kerajaan Negeri Kedah mendapatkan dana Persekutuan untuk membantu memulihara lembangan Sungai Muda dan kawasan tadahan air untuk faedah ketiga-tiga negeri - Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Kita perlu jelas bahawa Sungai Muda bukan sahaja memberi manfaat kepada Pulau Pinang. Kedah juga menggunakan air dari sungai yang sama untuk bekalan air mereka dan keperluan pengairan. Sungai Muda juga merupakan sumber air penting bagi kawasan selatan Perlis.
Oleh itu, pemeliharaan kawasan tadahan Ulu Muda di Kedah adalah isu Persekutuan kerana melibatkan bekalan air tiga negeri serta pemuliharaan kawasan hutan semula jadi untuk faedah semua rakyat Malaysia.
Seperti yang dinyatakan oleh laman web Friends of Ulu Muda (FoUM) (saveulumuda.com), kawasan tadahan di Ulu Muda, yang meliputi kawasan seluas 160,000 hektar, kini diancam pembalakan sejak tahun 2002, serta penukaran hutan, pengeluaran sumber hutan haram dan tanpa kawalan serta pembangunan pelancongan yang tidak mapan.
Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa: -
• Semua pembalakan di hutan Ulu Muda hendaklah dihentikan serta-merta, dan arahan Kerajaan Persekutuan pada 18 Mei 2003, yang melarang pembalakan di Hutan Ulu Muda, harus dikuatkuasakan;
• Memandangkan hutan Ulu Muda menghasilkan air bersih bagi kebanyakan negeri-negeri utara di pantai barat untuk pertanian, domestik, pelancongan dan perindustrian, Kerajaan Negeri Kedah perlu mewartakan hutan sebagai hutan tadahan air di bawah Akta Perhutanan Negara 1984;
• Demi memelihara biodiversiti hutan yang kaya (tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar), perlindungan yang lebih besar hutan Ulu Muda akan dipertingkatkan dengan menubuhkan atau Taman Negara atau Negeri; dan
• Kerajaan Persekutuan harus menunaikan janji untuk membayar pampasan kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana tidak melakukan pembalakan di hutan Ulu Muda.
Sebanyak 96% bekalan air di Pulau Pinang dan 80% bekalan air Kedah berasal dari hutan Ulu Muda. Skim Pengairan Muda yang mencakupi 40% daripada jumlah pengeluaran beras di Malaysia, juga amat bergantung kepada air yang diperoleh dari hutan Ulu Muda.

Oleh itu, Kedah perlu bertindak dengan cepat dan mendapatkan dana Persekutuan untuk memelihara sumber Sungai Muda. Pembiayaan persekutuan adalah wajar kerana kawasan hutan Ulu Muda adalah:
• Tadahan air mentah yang kritikal untuk ketiga-tiga negeri,
• Sumber pengairan penting bagi Kedah sebagai 'Jelapang Padi Malaysia', dan
• Kawasan biologi hijau dan pelbagai yang perlu diwartakan sebagai Hutan Taman Negara atau Negeri untuk kebaikan semua pencinta alam semulajadi Malaysia bagi masa kini dan pada masa hadapan.
Jika perlu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyokong permohonan Kedah untuk pembiayaan Persekutuan untuk melindungi hutan Ulu Muda.
Saya yakin Kerajaan Negeri Perlis juga akan menyokong permohonan itu. Lagipun, dalam Bab 6, muka surat 305, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015), di bawah tajuk ‘Membina Persekitaran yang Meningkatkan Kualiti Hidup’, Kerajaan Persekutuan akan “menjalankan inisiatif untuk menggalakkan negeri-negeri mewartakan hutan terutamanya kawasan tadahan air sebagai kawasan perlindungan”.
Jika Kedah ikhlas dalam memulihara Ulu Muda yang mapan, adalah perlu untuk mendapatkan pampasan atau pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan atas dua sebab.
Kedua, Kerajaan Persekutuan sudah pasti mempunyai sumber kewangan untuk membayar Kedah, terutamanya berikutan pengambilalihan aset air oleh kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan Aset Air Bhd (PAAB).
PAAB telah sepakat untuk memastikan bekalan air mentah yang mencukupi apabila Pulau Pinang menandatangani perjanjian pemindahan air dengan PAAB pada 2 Jun 2011, yang disaksikan oleh Perdana Menteri sendiri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-7-2013
Adun BN tidak bijak tolak pelantikan negeri
Mohd Sabri Said, | 03 Jul 2013 |
GEORGETOWN: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang daripada BN menolak untuk menganggotai Jawatankuasa MMK Kebajikan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang sangat mendukacitakan.
Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh (gambar) mengulas penolakan tersebut sebagai tidak bijak dan menghampakan.
Katanya, walaupun surat telah dihantar namun dua daripadanya iaitu Adun Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria dan Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad telah menolak cadangan menduduki MMK Kebajikan dan Alam Sekitar Negeri bersama kerajaan negeri.
"Saya amat kesal mereka yang boleh membantu MMK Kebajikan dan Alam Sekitar Negeri tidak dapat bersama tanpa memberikan apa-apa alasan yabg kukuh," terangnya.
Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Abdul Hamid dan Adun Pinang Tunggal masih tidak menjawab surat yang dihantar pada 14 Mei lalu.
Phee Boon Poh yang juga Adun Sungai Puyu menambah, sepatutnya mereka bersetuju seperti mana yang dilakukan sewaktu Pakatan Rakyat menjadi pembangkang sebelum 2008.
"Sewaktu jadi pembangkang dulu, kami daripada Pakatan Rakyat sanggup menduduki MMK demi memastikan politik tidak menghalang untuk kemajuan negeri yang dicintai," jelas beliau pada sidang media bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh (gambar) mengulas penolakan tersebut sebagai tidak bijak dan menghampakan.
Katanya, walaupun surat telah dihantar namun dua daripadanya iaitu Adun Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria dan Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad telah menolak cadangan menduduki MMK Kebajikan dan Alam Sekitar Negeri bersama kerajaan negeri.
"Saya amat kesal mereka yang boleh membantu MMK Kebajikan dan Alam Sekitar Negeri tidak dapat bersama tanpa memberikan apa-apa alasan yabg kukuh," terangnya.
Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Abdul Hamid dan Adun Pinang Tunggal masih tidak menjawab surat yang dihantar pada 14 Mei lalu.
Phee Boon Poh yang juga Adun Sungai Puyu menambah, sepatutnya mereka bersetuju seperti mana yang dilakukan sewaktu Pakatan Rakyat menjadi pembangkang sebelum 2008.
"Sewaktu jadi pembangkang dulu, kami daripada Pakatan Rakyat sanggup menduduki MMK demi memastikan politik tidak menghalang untuk kemajuan negeri yang dicintai," jelas beliau pada sidang media bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-7-2013
Kaji semula SOP elak tragedi runtuh
Mohd Sabri Said, | 02 Jul 2013 |
GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Persekutuan diminta mengkaji semula standard operating procedure (SOP) yang diguna pakai dan menekankan kepada pematuhannya agar kejadian penyambung susur Jambatan Kedua dan runtuhan rod besi penebat kilat di Menara Umno, Jalan Macalister tidak berulang lagi.
Yang Dipertua negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abbas membuat gesaan itu sewaktu merasmikan Mesyuarat Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-13 pagi tadi.
Beliau berkata, kedua-dua pihak harus bekerjasama dalam siasatan yang akan dijalankan demi memastikan tragedi yang menyayat hati itu tidak berulang serta memastikan ia selamat kepada pengguna jalan raya.
Katanya, Pulau Pinang telah terbukti berjaya sebagai bandaraya pilihan utama pelancong, maka hindari kejadian yang boleh mengundang kebimbangan pelancong dan pelabur.
“Kedua-dua keruntuhan itu pasti memberi impak buruk terhadap pembangunan Pulau Pinang,” ujar beliau lagi.
Katanya, kejayaan menarik seramai 6.09 juta pelancong terbukti satu kejayaan yang sukar dilakukan sekiranya tiada usaha yang bersungguh-sungguh daripada pemimpin dan rakyat.
Yang Dipertua negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abbas membuat gesaan itu sewaktu merasmikan Mesyuarat Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-13 pagi tadi.
Beliau berkata, kedua-dua pihak harus bekerjasama dalam siasatan yang akan dijalankan demi memastikan tragedi yang menyayat hati itu tidak berulang serta memastikan ia selamat kepada pengguna jalan raya.
Katanya, Pulau Pinang telah terbukti berjaya sebagai bandaraya pilihan utama pelancong, maka hindari kejadian yang boleh mengundang kebimbangan pelancong dan pelabur.
“Kedua-dua keruntuhan itu pasti memberi impak buruk terhadap pembangunan Pulau Pinang,” ujar beliau lagi.
Katanya, kejayaan menarik seramai 6.09 juta pelancong terbukti satu kejayaan yang sukar dilakukan sekiranya tiada usaha yang bersungguh-sungguh daripada pemimpin dan rakyat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-7-2013
Speaker baru hanya gembira 1 minit sahaja
Mohd Sabri Said, | 28 Jun 2013 |
GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tambun, Law Chow Kiang (gambar) dan Adun Sungai Bakap, Maktar Shafee dilantik sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dun Pulau Pinang pagi tadi.
Majlis angkat sumpah berlangsung di Dun bermula pukul 9.30 pagi disaksikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Manakala Adun Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid buat pertama kalinya dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dun yang akan bersidang pada 2 Julai akan datang.
Ketika mengulas perlantikan ini, Law berkata, memang hatinya melonjak kegembiraan namun hanya satu minit kerana yang paling utama ialah tugasan yang ditanggungnya.
"Mustahil saya tidak gembira. Saya cukup gembira tetapi hanya untuk satu minit tidak lebih daripada itu kerana yang penting ialah tugasan yang sedang menunggu," terangnya.
Mesyuarat Pertama Dun Ke 13 akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Dr Abdul Rahman Haji Abbas pada 1 Julai iaitu sehari sebelum berlangsungnya sidang Dun.
Law yang juga mantan Exco Pertanian Negeri Pulau Pinang sessi lalu memberitahu media bahawa beliau akan memberi penuh usaha untuk memperbaiki dan memperhebatkan Dun agar lebih
ke hadapan.
Majlis angkat sumpah berlangsung di Dun bermula pukul 9.30 pagi disaksikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Manakala Adun Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid buat pertama kalinya dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dun yang akan bersidang pada 2 Julai akan datang.
Ketika mengulas perlantikan ini, Law berkata, memang hatinya melonjak kegembiraan namun hanya satu minit kerana yang paling utama ialah tugasan yang ditanggungnya.
"Mustahil saya tidak gembira. Saya cukup gembira tetapi hanya untuk satu minit tidak lebih daripada itu kerana yang penting ialah tugasan yang sedang menunggu," terangnya.
Mesyuarat Pertama Dun Ke 13 akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Dr Abdul Rahman Haji Abbas pada 1 Julai iaitu sehari sebelum berlangsungnya sidang Dun.
Law yang juga mantan Exco Pertanian Negeri Pulau Pinang sessi lalu memberitahu media bahawa beliau akan memberi penuh usaha untuk memperbaiki dan memperhebatkan Dun agar lebih
ke hadapan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-6-2013
Selepas dipindah, lagi hukuman tunggu Kapten Zaidi
Mohd Sabri Said, | 25 Jun 2013 |
PULAU PINANG: Pegawai Pemerintah Skudron 12 Pengkalan Tentera Udara Malaysia Butterworth Kapten Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis kes dakwat tidak kekal kini berhadapan dengan satu lagi tindakan iaitu melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972.
(Kapten Zaidi, isteri dan rakannya selepas membuat laporan polis apabila mendapati dakwat kekal tidak kekal. Kerananya, pelbagai masalah ditujukan kepada beliau)
Jika sabit kesalahan beliau akan kehilangan kelayakan untuk terus menerima elaun penerbangan sebanyak RM4000 sebulan.
Kapten Zaidi, isterinya, Puan Shafinah Abdul Hamid serta Juruteknik TUDM Butterworth, Jamal Ibrahim tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD) Kepala Batas Pada 1 Mei lalu iaitu selepas mengundi awal pada Pilihanraya Umum ke 13.
Lapuran dibuat di hadapan L/Kpl Sharil Aida Sabu pada jam 10.58 pagi berkaitan cap jari pengundi yang mudah hilang bila dibasuh menggunakan sabun atau pencuci pingan mangkuk.
Kapten Zaidi membuat laporan polis selepas dakwat yang sepatutnya kekal dijari beliau tidak kekal selepas membuang undi awal.
Hari ini, Zaidi telah dimaklumkan oleh pihak atasan bahawa Panglima Tentera Udara telah mengarahkan agar beliau dikenakan pertuduhan melakukan kesalahan bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972.
Jika pertuduhan itu dikenakan terhadap beliau dan didapati bersalah mengikut peraturan sedia ada secara automtik beliau akan hilang kelayakan untuk terus menerima elaun penerbangan RM4000 sebulan (walaupun pembicaraan belum bermula).
Minggu lepas beliau ditukarkan kembali ke Pengkalan TUDM Butterworth dari Kuala Lumpur dan diarahkan membuat tugas-tugas selain penerbangan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-6-2013
P Pinang lancar Briged Wanita untuk dekati wanita
Mohd Sabri Said, | 24 Jun 2013 |
GEOGRETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyasarkan 10,000 orang menyertai Briged Wanita untuk membantu pelaksanaan beberapa objektif berhubung kepentingan wanita kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Jelasnya, segala permohonan untuk menyertai briged ini dibuat di Pusat Perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Penyelaras KADUN.
Wanita berumur 18 tahun serta bermestautin di negeri ini digalakkan menyertai briged ini.
"Sekarang ini kita baru ada 314 orang yang berdaftar sebagai Briged Wanita di hari perasmiannya. Saya yakin ianya akan bertambah secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai sasaran kita iaitu 10,000 orang, " tegasnya dalam sidang media selepas merasmikan Briged Wanita di Auditorium A, KOMTAR semalam.
Kata beliau, selain dari membantu secara turun ke kampung- kampung mencari warga emas, ibu tunggal, anak emas dan seumpamanya mereka juga dapat bertanya khabar golongan wanita yang masih belum didekati.
Briged Wanita juga akan memfokuskan kepada satu lagi tugasan baru iaitu mendaftar wanita yang berumur 35 tahun ke atas untuk tujuan 'Ibu Emas' yang menjadi surirumaah sepenuh masa berumur 60 tahun ke bawah.
Perkhidmatan percuma itu adalah sebagai satu langkah penghargaan dan mengiktiraf sumbangan wanita yanag bekerja dalam rumah secara tidak formal, kepada kesejahteraan dan kemakmuran sosio ekonomi Pulau Pinang.
Menurut Lim lagi, ia adalah program sulung bagi pengiktirafan golongan terlibat dengan menumpukan pendaftaran kepada mereka yang menjalankan perniagaan kecil kecilan untuk menerima mikrokredit kerajaan negeri dibawah Projek Titian Saksama Rakyat (PTSP) PDC.
"Melalui kaedah ini Briged Wanita lebih berpeluang menerangkan kepada golongan terbabit tentang dasar dan program kerajaan negeri yang telah dan akan dilakukan.
"Tidak dinafikan golongan sasaran tidak terdedah dengan perkembangan semasa tambahan lagi wanita lebih tahu apa yang diperlukan oleh wanita, " kata beliau.
Briged Wanita juga jelas Lim, akan didedahkan dengan corak kepimpinan serta menggalakan wanita tampil ke depan berurusan sebagai pendedahan untuk membina kekuatan 'network' wanita lain dalam komuniti bagi melahirkan lebih ramai kepimpinan wanita yang lebih berkalibar.
Hadir sama dalam program berkenaan ialah , Timbalan Ketua Menteri 1, Haji Abdul Rashid Hasnun, Exco Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti Negeri, Chong Eng dan Pengerusi Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Agama, Datuk Haji Abdul Malik Kasim.
Jelasnya, segala permohonan untuk menyertai briged ini dibuat di Pusat Perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Penyelaras KADUN.
Wanita berumur 18 tahun serta bermestautin di negeri ini digalakkan menyertai briged ini.
"Sekarang ini kita baru ada 314 orang yang berdaftar sebagai Briged Wanita di hari perasmiannya. Saya yakin ianya akan bertambah secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai sasaran kita iaitu 10,000 orang, " tegasnya dalam sidang media selepas merasmikan Briged Wanita di Auditorium A, KOMTAR semalam.
Kata beliau, selain dari membantu secara turun ke kampung- kampung mencari warga emas, ibu tunggal, anak emas dan seumpamanya mereka juga dapat bertanya khabar golongan wanita yang masih belum didekati.
Briged Wanita juga akan memfokuskan kepada satu lagi tugasan baru iaitu mendaftar wanita yang berumur 35 tahun ke atas untuk tujuan 'Ibu Emas' yang menjadi surirumaah sepenuh masa berumur 60 tahun ke bawah.
Perkhidmatan percuma itu adalah sebagai satu langkah penghargaan dan mengiktiraf sumbangan wanita yanag bekerja dalam rumah secara tidak formal, kepada kesejahteraan dan kemakmuran sosio ekonomi Pulau Pinang.
Menurut Lim lagi, ia adalah program sulung bagi pengiktirafan golongan terlibat dengan menumpukan pendaftaran kepada mereka yang menjalankan perniagaan kecil kecilan untuk menerima mikrokredit kerajaan negeri dibawah Projek Titian Saksama Rakyat (PTSP) PDC.
"Melalui kaedah ini Briged Wanita lebih berpeluang menerangkan kepada golongan terbabit tentang dasar dan program kerajaan negeri yang telah dan akan dilakukan.
"Tidak dinafikan golongan sasaran tidak terdedah dengan perkembangan semasa tambahan lagi wanita lebih tahu apa yang diperlukan oleh wanita, " kata beliau.
Briged Wanita juga jelas Lim, akan didedahkan dengan corak kepimpinan serta menggalakan wanita tampil ke depan berurusan sebagai pendedahan untuk membina kekuatan 'network' wanita lain dalam komuniti bagi melahirkan lebih ramai kepimpinan wanita yang lebih berkalibar.
Hadir sama dalam program berkenaan ialah , Timbalan Ketua Menteri 1, Haji Abdul Rashid Hasnun, Exco Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti Negeri, Chong Eng dan Pengerusi Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Agama, Datuk Haji Abdul Malik Kasim.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-6-2013
Jerebu: Pulau Pinang larang pembakaran terbuka
Mohd Sabri Said, | 22 Jun 2013 |
GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang melarang sebarang pembakaran terbuka mulai hari ini oleh mana-mana pihak sebagai langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan keadaan jerebu daripada bertambah teruk.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, walaupun keadaan negeri ini masih terkawal namun rakyat harus berwaspada agar masalah jerebu tidak menjadi halangan utama untuk kegiatan luar sepertimana yang berlaku di Johor dan Melaka.
"Kerajaan negeri telah mengarahkan semua pihak jangan membuat sebarang pembakaran terbuka kerana boleh mempercepatkan masalah jerebu di negeri ini," tegasnya.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa Kerajaan Pusat agar segera memberi kebenaran kepada mereka yang pakar untuk mewujudkan pembenihan hujan di Johor dan Melaka bagi mengelakkan keadaan lebih teruk.
Pembenihan hujan jelas Lim, tidak akan mencetuskan masalah baru kerana Johor, contohnya adalah negeri yang mempunyai keluasan yang padu serta hutan yang tebal.
“Buatlah sesuatu yang memberikan manfaat kepada rakyat kerana rakyat telah memberi peluang pada kerajaan negeri untuk menyambung pemerintahan kepimpinan lama.
"Jangan tunggu sebagai mana yang berlaku di Singapura yang terpaksa menutup banyak kegiatan rakyat ekoran jerebu yang tidak pernah dijangkakan menjadi isu besar sekarang ini," katanya.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, walaupun keadaan negeri ini masih terkawal namun rakyat harus berwaspada agar masalah jerebu tidak menjadi halangan utama untuk kegiatan luar sepertimana yang berlaku di Johor dan Melaka.
"Kerajaan negeri telah mengarahkan semua pihak jangan membuat sebarang pembakaran terbuka kerana boleh mempercepatkan masalah jerebu di negeri ini," tegasnya.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa Kerajaan Pusat agar segera memberi kebenaran kepada mereka yang pakar untuk mewujudkan pembenihan hujan di Johor dan Melaka bagi mengelakkan keadaan lebih teruk.
Pembenihan hujan jelas Lim, tidak akan mencetuskan masalah baru kerana Johor, contohnya adalah negeri yang mempunyai keluasan yang padu serta hutan yang tebal.
“Buatlah sesuatu yang memberikan manfaat kepada rakyat kerana rakyat telah memberi peluang pada kerajaan negeri untuk menyambung pemerintahan kepimpinan lama.
"Jangan tunggu sebagai mana yang berlaku di Singapura yang terpaksa menutup banyak kegiatan rakyat ekoran jerebu yang tidak pernah dijangkakan menjadi isu besar sekarang ini," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-6-2013
Mahaad Tahfiz terbakar
Mohd Sabri Said,
|
16 Jun 2013
|
TIKAM BATU, SUNGAI PETANI: Seorang pelajar Mahaad Tahfiz Al Barakah (MANTAB) Kampung Tikam Baru, adik Aiman Nurhakim Yahya 13 meninggal dalam keadaan rentung dalam kebakaran asrama tahfiz berkenaan pukul 1.45 pagi tadi.
Semasa kejadian seramai 16 pelajar sedang nyenyak tidur di rumah kampung dua tingkat yang diubah suai menjadi asrama bahagian belakang sekolah sempat lari keluar kecuali adik Aiman Norhakim yang masih tidur di tingkat atas walaupun dikejutkan oleh beberapa rakanya namun gagal.
(Bangunan MANTAB yang terbakar)
Sebelum ini Allahyarham merupakan pelajar paling awal bangun untuk solat subuh di Masjid Al-Barakah yang hanya beberapa meter dari asrama tersebut.
Menurut Pengerusi MANTAB, Ustaz Mazlan Osman beliau bergegas menuju ke asrama setelah dimaklumkan tetapi apakan daya bila sampai api begitu kuat membakar rumah kayu yang baru dibeli dengan harga RM100 bersama sebidang tanah.
“Bila sampai saya terus bertanya bagaimana keadaan pelajar sebab setahunya hanya empat orang yang masih bercuti di kampung masing- masing. Yang kembali ke asrama hanyalah 16 orang tetapi bila dikira hanya 15 sahaja yang lari menyelamatkan diri seorang daripada mereka ditemui rentung," terang beliau.
Jelas Ustaz Mazlan, tugas paling berat dirasainya apabila hendak memaklumkan kepada keluarga adik Aiman Nurhakim yang tinggal di Taman Penaga Seberang Perai Utara.
(Pengerusi MANTAB, Ustaz Mazlan Osman)
apabila sampai ke kediaman ibu bapa Aiman Nurhakim beliau yang ditemani seorang pembantu mudir, Abdul Karim Abdul Wahab dimaklumkan keluarganya ke Gerik, Perak.
Tetapi akhirnya, keberatan meluahkan isihati kepada keluarga adik Aiman menjadi ringan apabila mereka telah mendapat makluman kematian anak oleh rakan dan sedang menuju ke Hospital Sungai Petani.
"Saya tidak sangka ibu bapanya sangat tabah menghadapi situasi sebegini. Ayahnya tenang manakala ibunya sanggup melihat wajah anaknya yang rentung," ujarnya dengan nada sayu.
Kerugian akibat kebakaran tersebut di anggarkan RM90 ribu manakala punca kebakaran masih disiasat oeh pihak Bomba.
Sekolah Mahaad Tahfiz berkenaan mula beroperasi pada tahun 2011 dengan kos pembinaan RM500 ribu.
Jenazah adik Aiman Nurhakim disembahyang selepas solat Asar di Masjid Jamek Penaga diimamkan oleh Mudir MANTAB, Ustaz Zamri Arshad dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Penaga.
(Allahyarham, Adik Aiman Nurhakim Yahya 13 yang terkorban dalam kebakaran asrama MANTAB semalam)
Kepada sesiapa yang bersimpati dan mahu menyumbangkan kewangan membantu memulihkan asrama berkenaan bolehlah menghubungi pihak MANTAB di talian 044380227 atau terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 07043011030975 atas nama Maahad Tahfiz Al Barakah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-6-2013
Lagi gambar pasca Antena 'Umno' runtuh
Dari blog Omak Kau, | 14 Jun 2013 |
Antena di bangunan 21 tingkat yang tingginya 93.6 meter turut menempatkan Pejabat Perhubungan Umno Negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang runtuh adalah kepunyaan JKP Sdn Bhd anak syarikat Menteri Kewangan DiPerbadankan.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 petang semalam, seorang maut manakala lapan cedera selepas rod penebat kilat yang ditempatkan di menara itu tercabut dan terjatuh.
Klik untuk baca laporan lanjut blogger ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-6-2013
MAINPP timbang ada bangunan sendiri
Mohd Sabri Said, | 14 Jun 2013 |
PULAU PINANG: Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Saleh Man akan mempertimbangkan saranan sesetengah pihak supaya MAINPP mempunyai kompleknya sendiri daripada terus menyewa di tingkat 8 dan 9 bangunan Umno, Jalan Macalister.
(Kawasan bangunan Umno Pulau Pinang berkaparan apabila antena di atasnya runtuh. MAINPP menyewa dua tingkat di bangunan ini)
Ramai mendakwa sudah sampai masanya, MAINPP mempunyai bangunan sendiri sekaligus mengambarkan keutuhan agama Islam yang menjadi teras Malaysia.
"Sebenarnya sebelum ini pun ada cadangan untuk berbuat demikian tetapi kita akan tengok hasil siasatan tentang tahap keselamatan bangunan tersebut dulu. Kalau tidak selamat kita akan fikirkan sesuatu, " terangnya ketika dihubungi sebentar tadi.
Malam tadi sekitar pukul 7.00 petang menara antena di bangunan Umno Pulau Pinang runtuh ekoran ribut yang melanda negeri ini. Akibatnya seorang meninggal dan beberapa individu cedera dan kenderaan rosak teruk.
Harakahdaily menerima cadangan Dewan Pemuda PAS Negeri menerusi kenyataan Setiausahanya, Ustaz Afnan Hamimi Taib yang mahukan MAINPP membina Kompleknya sendiri daripada terus menyewa bangunan Umno yang mungkin tidak selamat lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-6-2013
Selepas Umno P Pinang, kini menara pula runtuh
Dari Blog Omak Kau, | 14 Jun 2013 |
Sebuah antena lomunikasi yang ditempatkan diatas Menara Umno di Jalan MacAlister, Pulau Pinang tercabut dan jatuh selepas dipukul ribut yang berlaku disini kira-kira jam 6.30 petang tadi.
Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 23 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.
Akibat dari kejadian itu, diberitakan hampir 11 kenderaan rosak akibat dihempap antena yang tercabut itu dan tiga orang dilaporkan cedera parah.
Saksikan gambar-gambar sekitar runtuhan ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-6-2013
Suri rumah P. Pinang bakal dapat bantuan khas
Mohd Sabri Said, | 14 Jun 2013 |
GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang merangka skim khas kepada suri rumah sepenuh masa bagi menghargai jasa golongan itu yang tidak pernah mengenal erti penat lelah menguruskan rumah tangga seharian.
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Haji Rashid Hasnon berkata, bantuan itu juga sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap golongan wanita yang memilih untuk bergelar suri rumah sepenuh masa.
"Selepas bantuan sekolah kepada anak-anak, bantuan warga emas, ibu tunggal, kini rakyat Pulau Pinang bakal menikmati satu lagi skim iaitu bantuan kepada surirumah sepenuh masa.
"Di harap skim ini mampu untuk membantu khususnya golengan berpendapatan rendah. Kita mahu pulangkan hak rakyat kepada rakyat," katanya.
Bagi merealisasikan hasrat itu katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan pasukan Briged Wanita yang akan bergerak ke kampung-kampung bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) bagi mendapatkan data peserta yang layak.
Bagaimanapun jelasnya, nilai serta jumlah pemberian itu katanya akan diperincikan kemudian.
"Sekali lagi kita tegaskan, bantuan ini adalah untuk semua wanita bergelar suri rumah sepenuh masa tanpa mengira apa latar belakang politik mereka," katanya.
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Haji Rashid Hasnon berkata, bantuan itu juga sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap golongan wanita yang memilih untuk bergelar suri rumah sepenuh masa.
"Selepas bantuan sekolah kepada anak-anak, bantuan warga emas, ibu tunggal, kini rakyat Pulau Pinang bakal menikmati satu lagi skim iaitu bantuan kepada surirumah sepenuh masa.
"Di harap skim ini mampu untuk membantu khususnya golengan berpendapatan rendah. Kita mahu pulangkan hak rakyat kepada rakyat," katanya.
Bagi merealisasikan hasrat itu katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan pasukan Briged Wanita yang akan bergerak ke kampung-kampung bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) bagi mendapatkan data peserta yang layak.
Bagaimanapun jelasnya, nilai serta jumlah pemberian itu katanya akan diperincikan kemudian.
"Sekali lagi kita tegaskan, bantuan ini adalah untuk semua wanita bergelar suri rumah sepenuh masa tanpa mengira apa latar belakang politik mereka," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-6-2013
Antena menara Umno P.Pinang runtuh, MAINPP diminta pindah
Mohd Sabri Said, | 14 Jun 2013 |
GEORGETOWN: Ekoran keruntuhan menara antena yang berada di atas Menara Umno Negeri Pulau Pinang di Jalan Macalister menjelang waktu magrib malam tadi, PAS mencadangkan penyewa di bangunan itu berpindah.
Antaranya pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) yang menyewa di dua tingkat di menara itu.
Kejadian itu sekaligus mencacatkan menara yang melambangkan kekuasan Umno Pulau Pinang yang selama ini bercakap besar serta sering mempertikaikan kebaikan yang Kerajaan Pakatan Rakyat lakukan demi memperbaiki rakyat tanpa mengambil tahu latar belakang politik serta merentasi batas perkauman.
"Walaupun hanya menara antena di bangunan Umno saja yang tumbang bukannya bangunan Umno setinggi 23 tingkat itu namun harus diingatkan ini merupakan satu peringatan dari Allah s.w.t bahawa jangan terlalu sombong dan angkuh dengan kebesaranya.
"Kepimpinan Umno sering bercakap tidak berlapik ketika berkempen pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu, " kata Yang DiPertua PAS Jelutong, Mohd Yusof Mohd Noor.
Beliau mengulas kejadian yang mengakibatkan kecederaan tujuh pengguna jalanraya dua daripadanya parah manakala tujuh kereta turut rosak.
Keruntuhan antena mirip keris seiras yang berada di atas bumbung menara Umno itu sekaligus mencacatkan pemandangan dan kedudukan Umno di Pulau Pinang yang terus dipandang sepi masyarakat Melayu apabila kerusi milik dan majoriti Umno dapat dikurangkan.
Sambung Yusof (gambar kiri) , sebenarnya pembinaan bangunan Umno tersebut juga mempunyai sejarah hitam yang tersendiri.
Tambahnya, sekarang ini hampir 70 peratus bangunan tersebut tidak di sewa oleh mana-mana pihak cuma ada pejabat Umno dan dua tingkat pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP).
"Apa pun yang terjadi kita kena muhasabah diri di manakah kesalahan kita dan banyaknya dosa yang kita kumpulkan, " kata beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Ini kejadian kedua berlaku dalam bulan Jun 2013 di Pulau Pinang setelah sebelum ini berlaku keruntuhan sebahagian Jambatan Ke Dua Pulau Pinang berdekatan Batu Maung.
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengucapkan takziah dan menyarankan UMNO Pulau Pinang mengambil tanggungjawab memberikan pampasan sewajarnya kepada pemilik kenderaan yang rosak teruk serta orang awam yang cedera.
Umno tidak cukup sekadar mendoakan kesembuhan sahaja sebagaimana yang diluahkan Ketua Pemuda Umno negeri, Shaikh Husin dalam Malaysiakini.
Setiausahanya, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden (gambar kanan) berkata, ini membuktikan keselamatan bangunan Umno itu tidak lagi terjamin dan perlu sesuatu langkah diambil termasuk menyiasat supaya tidak lagi mengundang bahaya.
"Umno kena bertanggungjawab memberikan pampasan sewajarnya kepada individu yang cedera serta yang mengalami kerosakan kenderaan akibat terkena runtuhan menara antena di bangunan Umno bukan sekadar mendoakan kesembuhan mereka sebagaimna yang dinyatakan oleh Ketua Pemudanya, Shaikh Husin pada Malaysiakini," ujarnya dalam satu kenyataan.
Dewan Pemuda juga meminta Pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) yang berada di menara tersebut dipindahkan segera ke premis lain yang lebih selamat, terjamin, luas dan selesa.
Justeru itu, beliau mencadangkan agar MAINPP membina kompleknya sendiri tanpa menyewa lagi kepada Umno Pulau Pinang yang turut menunggu masa untuk runtuh.
"Inilah masa yang paling sesuai MAINPP mempunyai kompleknya sendiri tanpa menyewa lagi kepada Umno Pulau Pinang di menara yang turut menunggu masa untuk runtuh, " tegasnya.

Ribut: Umat Islam digesa berdoa dan bermuhasabah
Mohd Sabri Said, | 14 Jun 2013 |
GEORGETOWN: Semua pihak wajar melakukan muhasabah ekoran ribut kuat yang melanda Pulau Pinang sehingga menara antena yang berada di atas bangunan Umno di Jalan Macalister runtuh petang semalam.
Menurut Yang DiPertua PAS Jelutong, Mohd Yusof Mohd Noor, kejadian itu bagi orang Islam tentunya memberi pengajaran tertentu iaitu sebagai ujian dari Allah SWT.
"Apa pun yang terjadi kita kena muhasabah diri di manakah kesalahan kita dan apa dosa yang kita sudah lakukan, " kata beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Dalam kejadian ribut petang semalam, menara antena pemancar telekomunikasi di atas bumbung bangunan Umno itu runtuh, mengakibatkan sembilan orang cedera.
Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 21 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.
Ianya jatuh menghempap tujuh kenderaan termasuk sebuah lori yang membawa muatan tong gas.
Difahamkan kejadian ribut sama melanda 21 kawasan di seluruh Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.
“Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.
Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.
Menurut Yang DiPertua PAS Jelutong, Mohd Yusof Mohd Noor, kejadian itu bagi orang Islam tentunya memberi pengajaran tertentu iaitu sebagai ujian dari Allah SWT.
"Apa pun yang terjadi kita kena muhasabah diri di manakah kesalahan kita dan apa dosa yang kita sudah lakukan, " kata beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Dalam kejadian ribut petang semalam, menara antena pemancar telekomunikasi di atas bumbung bangunan Umno itu runtuh, mengakibatkan sembilan orang cedera.
Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 21 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.
Ianya jatuh menghempap tujuh kenderaan termasuk sebuah lori yang membawa muatan tong gas.
Difahamkan kejadian ribut sama melanda 21 kawasan di seluruh Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.
“Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.
Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-6-2013
Kerajaan P Pinang tidak berhati perut?
Dari Blog Omak Kau, | 12 Jun 2013 |
Bukankah Lim Guan Eng diselar dan digelar oleh para blogger UMNO sebagai anti Melayu dan benci Islam?....
Yang dia sibuk dok bagi sumbangan bagi meringankan beban kepada kedua-dua balu mangsa runtuhan susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam petang tadi di pejabatnya di Bangunan Komtar apa hal.
Ini yang buat Perkasa dan pemuda UMNO Pulau Pinang naik angin satu badan sebab takde modal nak serang beliau...Takde peluang nak beri hadiah kek berbentuk najis maupun hadiah coli dan seluar dalam.
Klik untuk baca tulisan penuh blogger ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-6-2013
No comments:
Post a Comment