Tembakan: Musa Aman minta orang ramai tidak panik
- Jan 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Musa yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri berkata orang ramai perlu bertenang kerana polis sedang menyiasat dengan teliti dan memantau keadaan itu.
"Sekarang ini pihak polis sedang membuat siasatan lanjut. Yang penting orang ramai jangan panik tetapi mesti bertenang. Kita menaruh keyakinan terhadap kemampuan pasukan keselamatan untuk menangani masalah itu," katanya.
Musa bercakap kepada pemberita selepas membuat tinjauan terhadap pembinaan jambatan di Kampung Bandukan, Bingkor, di sini hari ini.
Turut hadir pada lawatan berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun dalam sidang akhbarnya berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tembakan menggunakan senapang angin berpeluru guli itu dilakukan kumpulan enam remaja nakal bermula jam 11.45 malam.
Jauteh berkata kumpulan remaja yang menaiki tiga buah kereta itu menyasarkan premis bank, hotel, pusat kecantikan, pusat hiburan, pejabat dan restoran makanan ringan sehingga menyebabkan 27 premis di sekitar bandaraya rosak termasuk cermin pecah.
Musa meminta pasukan keselamatan supaya meningkatkan lagi pemantauan mereka di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai bermasalah namun yakin anggota keselamatan dapat menyelesaikan masalah berkenaan dengan baik.
"Pihak polis tadi sudah membuat kenyataan (berkenaan kejadian itu). Jadi kita perlu dengar apa yang dikatakan pihak polis.
"Jangan dengar khabar angin atau cerita yang kadang-kadang dilebih-lebihkan. Polis akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa," katanya. - Bernama
Sumber HD - 11-1-2014
Anggota polis mati ditembak selepas kejar dua suspek
- Jan 06, 2014
Koperal Abdul Halim Mat Ali, 48, ditemui mati dengan kesan tembakan peluru jenis penabur di bahagian muka dan dada di kawasan ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) dekat Jaya Gading, di sini, kira-kira 9 pagi ini oleh pekerja ladang.
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata kira-kira 6 petang semalam, mangsa dan tiga lagi anggota yang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu terserempak dengan dua lelaki menaiki sebuah motosikal.
Dua lelaki itu didapati membawa dua laras senapang dan bertindak melarikan diri menyebabkan keempat-empat anggota polis dari Balai Polis Jaya Gading itu berpecah mengejar suspek, katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.
"Mangsa kemudiannya gagal dihubungi, gerakan mencari anggota dilakukan polis Kuantan selepas itu," katanya.
Sharifudin berkata polis turut menemui satu daripada dua laras senapang patah itu yang ditinggalkan berhampiran motosikal mangsa.
"Mayat anggota terbabit yang berasal dari Melaka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat," katanya dan menurutnya motif kejadian sedang disiasat.
Beliau berkata polis kini giat memburu kedua-dua suspek dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan. - Bernama
Sumber HD - 6-1-2014
2 Rela ditahan cuba pecah masuk rumah timbalan menteri
- Jan 04, 2014
- .
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, DSP Amihizam Abd Shukor berkata kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau.
"Suspek pertama yang berumur 34 tahun dan mempunyai 12 rekod jenayah lampau ditangkap di Meludam (kira-kira 250 km dari Kuching), manakala seorang lagi yang berumur 30 tahun mempunyai dua rekod jenayah.
"Suspek ketiga berumur 36 tahun dan mempunyai dua rekod jenayah," katanya kepada media.
Beliau berkata mereka akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman.
Wan Junaidi memuji tindakan pantas polis membuat tangkapan dan berkata beliau akan mengemukakan cadangan kepada kementeriannya untuk mengkaji semula kaedah pengambilan anggota Rela.
"Ini adalah untuk memastikan mereka yang memohon keanggotaan itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan benar-benar ikhlas untuk menjalankan tanggungjawab mereka secara sukarela.
"Penapisan yang lebih ketat perlu dibuat untuk memastikan jangan pagar makan padi," katanya.
Mengakui agak kecewa dengan penglibatan anggota Rela dalam kes itu, beliau bagaimanapun berkata organisasi Rela secara keseluruhannya tidak boleh dipersalahkan dalam perkara itu.
"Saya tak boleh marahkan (keseluruhan) satu organisasi oleh kerana konsep Rela adalah berbentuk kesukarelawan dan melalui pengalaman ini mungkin kita perlu adakan modul yang berlainan untuk pengambilan anggota Rela selepas ini," katanya. - Bernama
Sumber HD - 4-1-2014
Kalimah Allah: Polis ambil keterangan pengarang portal berita
- Jan 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata tindakan itu bertujuan bagi memastikan sama ada artikel berkenaan ditulis berdasarkan kenyataan sebenar yang dibuat oleh paderi tersebut.
Lawrence dilaporkan menyatakan bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.
"Polis telah rekodkan percakapan pengarang portal itu pagi tadi untuk memastikan sama ada artikel tersebut memang menyiarkan kenyataan sebenar yang dikeluarkan oleh paderi berkenaan.
"Ia akan digunakan untuk melengkapkan siasatan polis dan mungkin dalam dua atau tiga hari lagi kita akan panggil pula paderi itu untuk direkodkan percakapannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Shukri berkata sebelum ini polis juga telah merekodkan percakapan 10 individu bagi membantu siasatan susulan daripada 86 laporan polis yang diterima di seluruh negeri tersebut.
Katanya, kertas siasatan berhubung isu berkenaan dijangka dapat disiapkan selewat-lewatnya minggu depan dan akan dihantar kepada pihak Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Pada 27 Dis lepas, Lawrence menerusi 'The Malaysian Insider' berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.
Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata polis belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak berhubung cadangan membantah kenyataan paderi itu menerusi penganjuran perhimpunan pada hujung minggu ini.
"Kita tidak ada terima apa-apa permohonan untuk mereka melakukan sebarang perhimpunan dan saya minta mana-mana pihak dapat membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengambil sebarang tindakan kerana isu sebegini adalah isu sensitif yang boleh gugat keharmonian masyarakat," katanya.
Beliau juga berkata tindakan Jais yang menyerbu Persatuan Bible Malaysia semalam tiada kaitan dengan polis dan ia dilakukan sendiri jabatan tersebut mengikut bidang kuasa mereka.
Terdahulu, Mohd Shukri menyaksikan penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Shah Alam kepada ACP Azisman Alias yang bertukar jawatan dengan bekas ketua polis daerah itu, ACP Zahedi Ayob.
Azisman sebelum ini merupakan Ketua Unit Pengajian Sains Kepolisan di Maktab Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur. - Bernama
Sumber HD - 4-1-2014
Konstabel polis didakwa rompak pelajar
- Jan 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Konstabel Md Harris Abd Rashid, Azly Abd Aziz dan Rozali Ahmad bersama-sama tiga lagi yang masih bebas didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenis iPhone 5 milik Farith Rayyen Akop, 19, di sebuah bilik hotel di Jalan Cheras, di sini, pada 12.45 tengah malam 25 Dis lepas.
Md Harris, 35, dari Ibu Pejabat Polis Serdang; Azly, 33, kontraktor dan Rozali, 30, pekerja di syarikat pembinaan, didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Hakim Ahmad Bache membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Feb untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad manakala Azly diwakili peguam Mohammad Arifin Abdul Wahab dan Harris diwakili peguam Mohamad Zaidi Ismail. Rozali tidak diwakili peguam. - Bernama
Sumber HD - 4-1-2014
Wanita ditemui mati dikelar di dalam tab mandi
- Jan 04, 2014
- .
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mayat mangsa yang merupakan warga India berumur 28 tahun ditemui kira-kira 9.30 malam oleh majikan dan seorang lelaki yang dipercayai suami mangsa, selepas terhidu bau busuk ketika membuka pintu premis berkenaan.
"Mayat mangsa ditemui di dalam tab yang tidak berisi air dan dipercayai telah mati empat hari lepas berdasarkan bau busuk dan fizikal badan mangsa yang kebiru-biruan.
"Hasil pemeriksaan polis mendapati mangsa telah dikelar di leher dan ditikam di dada menggunakan senjata tajam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian kira-kira pukul 2 pagi.
Mohan berkata mangsa dipercayai bekerja di premis itu selama enam bulan manakala suaminya hanya menumpang di premis berkenaan tetapi menetap di tempat lain.
Katanya pemilik pusat kecantikan telah ke premis itu bagi menemani suami mangsa untuk mengambil pakaiannya di dalam bilik yang diduduki pasangan itu selepas gagal menghubungi isterinya.
Susulan itu polis menahan suami mangsa berusia 27 tahun, yang juga warga India, selepas dia didapati memberi jawapan meragukan ketika disoal siasat.
"Lelaki itu menimbulkan banyak persoalan berhubung kes itu dan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Setakat ini, polis hanya menahan seorang suspek sahaja yang akan direman bagi membantu siasatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat. - Bernama
Sumber HD - 4-1-2014
Peniaga parah ditembak dari jarak dekat
- Jan 02, 2014
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti di hadapan restoran tersebut dan seorang daripada mereka melepaskan beberapa das tembakan.
"Tembakan itu mengenai badan mangsa yang berumur 46 tahun dari Taman Jati di sini. Keadaan lelaki itu dilaporkan stabil setelah diberi rawatan di Hospital Kulim," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata peniaga itu yang menjalankan perniagaan di Taman Kempas sempat lari sejauh 40 meter untuk menyelamatkan diri selepas ditembak sebelum terjatuh manakala penyerangnya memecut motosikal dan melarikan diri.
Peniaga itu bernasib baik orang ramai berhampiran tempat kejadian membantunya dan menghubungi polis untuk dihantar ke Hospital Kulim, kata Ghuzlan.
Katanya polis yang menyiasat kejadian itu menjumpai lima kelongsong peluru pistol di kawasan restoran tersebut. Polis mengesyaki serangan itu bermotifkan dendam. - Bernama
Sumber HD - 2-1-2014
Kalimah Allah: Polis akan ambil keterangan Paderi Lawrence
- Jan 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata bagaimanapun sebelum berbuat demikian pihaknya akan terlebih dahulu berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor.
"Polis akan panggil paderi itu untuk direkodkan kenyataannya tapi tarikhnya belum diketahui lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Shukri menegaskan proses itu merupakan sebahagian daripada proses mengumpul maklumat bagi melengkapkan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat oleh pihak yang berkenaan.
"Berapa banyak laporan polis saya belum muktamadkan lagi tetapi sudah menjadi standard operasi polis iaitu setiap laporan kita terima, kita akan siasat termasuk laporan berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini," katanya.
Laporan polis itu dibuat susulan kenyataan paderi berkenaan yang disiarkan oleh sebuah portal berita pada 27 Dis lalu bahawa pihaknya tetap akan menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.
Kenyataan paderi itu dianggap biadab kerana bukan sahaja tidak mematuhi keputusan mahkamah tetapi juga mengingkari titah Sultan Selangor yang melarang orang bukan Islam di negeri berkenaan menggunakan kalimah Allah, selaras dengan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang membuat pelbagai tuduhan terhadap polis Selangor susulan penangkapan seorang lelaki yang memiliki bom buatan sendiri pada Selasa lepas.
"Segala maklumat yang polis keluarkan dalam kes lelaki ditahan bersama-sama bom buatan sendiri itu adalah benar dan tiada maklumat lain ditokok tambah," katanya.
Susulan penangkapan lelaki itu, laman Facebook Polis Selangor menjadi sasaran kecaman beberapa pihak yang antara lain mendakwa polis sengaja membuat provokasi dan kononnya bom tersebut tidak ada kaitan dengan rancangan perhimpunan pada sambutan tahun baharu.
Terdahulu Mohd Shukri menyaksikan penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Klang Selatan kepada ACP Kamarul Zaman Mamat, menggantikan ACP Mohamed Mad Yusof yang dilantik sebagai Timbalan Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Kamarul Zaman sebelum ini merupakan Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman. - Bernama
Sumber HD - 2-1-2013
Suspek bersama M16 ditahan 30 minit selepas merompak
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata lelaki itu ditahan ketika sedang minum bersama dua lagi rakannya yang turut terbabit dalam rompakan yang dilakukan mereka pada kira-kira 8.15 malam.
"Anggota polis telah mengesan kenderaan yang digunakan mereka iaitu hanya jarak dua kilometer dari tempat kejadian namun apabila mengetahui kehadiran polis, ketiga-tiga mereka yang minum di sebuah kedai makan berhampiran telah melarikan diri.
"Polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 51 tahun selepas bergelut dan terpaksa melepaskan tembakan ke udara manakala dua lagi rakannya telah melepaskan diri dalam semak berhampiran," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Mazlan berkata polis kemudiannya menemui senjata api jenis Colt M16 bersama-sama satu kelopak megazin dan sebilah parang, sabit serta pisau lipat dalam kereta itu.
Polis kini giat memburu dua lagi lelaki dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar menghubungi polis, katanya.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mazlan berkata sebelum itu ketiga-tiga lelaki yang memakai topeng itu telah merompak kedai berkenaan dan melarikan wang tunai sebanyak RM300 setelah seorang daripadanya melepaskan satu das tembakan ke arah peti sejuk di kedai itu.
"Mereka kemudiannya telah mengarahkan pekerja kedai membuka laci mesin tunai dan terus mengambil wang tunai tersebut dan kemudiannya melarikan diri bersama hasil rompakan dengan sebuah kereta," katanya.
Menurutnya lelaki yang ditahan itu merupakan rakyat tempatan. - Bernama
Sumber HD - 31-12-2013
Pencerobohan Lahad Datu episod hitam negara
- Dec 27, 2013
- Nur Adika Bujang
KOTA KINABALU: Pencerobohan kumpulan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari lepas bukan sahaja mengejutkan negara, tetapi turut menandakan episod hitam dalam sejarah Sabah.
Walaupun Sabah tidak terkecuali daripada percubaan keturunan kesultanan Sulu untuk menuntut tanah itu, pencerobohan berkenaan yang menimbulkan perasaan panik dalam kalangan orang ramai di seluruh negeri ini adalah yang terburuk.
Bagaimanapun, pengerahan segera anggota keselamatan dan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan menjadikan Lahad Datu sebagai pangkalannya memulihkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan mereka di kawasan itu.
Ia diikuti tindakan merobohkan beberapa perkampungan air dan petempatan haram yang berpotensi menjadi tempat persembunyian penceroboh dan pemeriksaan ketat dibuat di semua pintu masuk di negeri ini.
Pemantauan dan rondaan ketat di darat dan di laut, dengan mengenal pasti pintu masuk haram, mengurangkan cubaan warga asing menjejakkan kaki di Sabah secara haram, yang juga membantu membina keyakinan dalam kalangan rakyat Sabah.
Bagaimanapun, ketakutan menyelubungi kembali selepas pelancong lelaki Taiwan berusia 57 tahun ditembak mati di sebuah resort di Pulau Pom-Pom berhampiran Semporna, manakala teman senegaranya, Chang An Wei, 58, diculik awal pagi 15 Nov.
Pasangan itu bercuti di pantai timur Sabah apabila lelaki bersenjata yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf menyerbu vila mereka dan membawa wanita itu menggunakan bot ke Pulau Jolo di Filipina.
Pada 20 Dis, penculik Chang membebaskannya di selatan Filipina sebelum pihak berkuasa negara itu menemui mangsa pada hari yang sama di kawasan hutan antara Maimbung dan Indanan di Jolo.
Terdahulu, kerajaan Malaysia menguatkan keyakinan tentang keselamatan Chang kerana ia telah menghubungi rakan sejawatannya dari Filipina.
Pada masa sama, Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek menyeru pengusaha pusat peranginan di pulau di negeri ini terutama di pantai timur Sabah supaya bekerjasama dengan anggota keselamatan mengawal kawasan mereka.
Susulan insiden itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun berkata pasukan petugas khas terdiri daripada wakil kementeriannya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Jabatan Imigresen dan agensi lain yang berkaitan ditubuhkan bagi memastikan hanya pengusaha resort yang sah sahaja dibenarkan beroperasi di kawasan peranginan di Semporna.
Awal tahun ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan untuk menyiasat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah bersidang buat pertama kali pada 14 Jan.
Panel lima anggota RCI diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong selaku pengerusi suruhanjaya itu.
Penubuhan RCI dan pelantikan anggota suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha menyelesaikan masalah berpanjangan yang dihadapi Sabah, dengan terma-terma rujukan untuk dipatuhi termasuk siasatan bilangan pendatang di negeri itu yang ditawarkan kad pengenalan atau kewarganegaraan.
Pesuruhjaya lain yang dilantik ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Herman J. Luping, yang juga bekas Peguam Besar Sabah dan bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kee Mustapha.
Sejak itu beberapa siri prosiding diadakan dan berakhir pada 20 Sept lepas tanpa sebarang masalah dan pada hari terakhir prosiding itu Shim berseloroh: "Ia adalah proses yang lancar. Tidak berlaku pergaduhan, tiada yang baling kerusi. Semua hujah dijalankan secara beradab".
Prosiding RCI itu menyaksikan 211 saksi memberi keterangan termasuk ahli politik berprofil tinggi iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin kerajaan negeri seperti Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu Tan Sri Bernard Dompok.
Sementara itu, sebagai sebuah negeri yang kaya dengan biodiversitinya, Sabah dikejutkan dengan penemuan 14 bangkai gajah terancam pigmi di Hutan Simpan Gununung Rara di Tawau.
Pada mulanya, Pengarah Jabatan Hidupan Liar negeri Datuk Dr Laurentius Ambu berkata dua bangkai gajah ditemui pada awal Januari, manakala 12 bangkai lagi jenis spesies terancam gajah Asia ditemui selepas melakukan pemeriksaan di kawasan itu.
Dipercayai kesemua haiwan itu diracun.
Susulan penemuan kejam itu, pihak berkuasa menemui seekor anak gajah pigmi berusia tiga tahun yang cuba menggerakkan ibunya yang mati.
Kisah anak gajah yang kehilangan ibu itu, mengundang simpati orang ramai, tetapi khabar gembira menyusul kemudian apabila anak gajah itu yang diberi nama 'Joe' dilaporkan sihat selepas ditempatkan di Zoo Hidupan Liar Lok Kawi di sini di bawah penjagaan kakitangan zoo, Augustine David.
Sementara itu, berita pelajar perempuan berusia 12 tahun dirogol lelaki berusia 40 tahun di tepi jalan berhampiran Air Terjun Kionsom di Inanam pada Februari, menimbulkan kemarahan rakyat terutama pergerakan wanita di Sabah.
Kes itu dibawa ke mahkamah dan ia akan diputuskan pada 24 Jan.
Pada 19 Jun, negeri ini dikejutkan dengan berita tiga pelancong dari Hong Kong termasuk dua wanita, tercedera selepas kenderaan mereka dilanggar sebuah kereta api berhampiran Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di Jalan Lintas di Petagas di sini.
Dalam insiden 5.35 petang itu, pelancong berkenaan dalam perjalanan ke KKIA untuk menaiki pesawat pada malam berkenaan manakala kereta api itu dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Beaufort.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini tetapi seorang daripada mereka, lelaki berusia 50-an yang merupakan pemandu kenderaan itu meninggal. - Bernama.
Sumber HD - 27-12-2013
'Matruji' mati berbalas tembak dengan polis
- Dec 25, 2013
Geng yang diketuai suspek berusia 43 tahun itu aktif sejak 2005 dan terbabit dalam sekurang-kurangnya 27 kes di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, serta merupakan antara geng penjenayah warga asing paling dikehendaki.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 9 malam itu, suspek dikenali sebagai Mat Ting War @ Matruji dikesan oleh polis peronda yang melihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.
"Semasa polis hendak membuat pemeriksaan, suspek terus melarikan diri ke arah berlukar berhampiran. Suspek kemudian melepaskan beberapa tembakan ke arah polis menyebabkan anggota terbabit membalas tembakan berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Katanya suspek maut di tempat kejadian dan pemeriksaan polis menemukan sepucuk pistol automatik jenis Vzor 70 cal 7.65 serta tiga butir peluru.
Abdul Rahim berkata pemeriksaan dalam but kereta suspek menemukan satu pemotong besi besar dan kuku kambing, dipercayai untuk kegiatan jenayah.
Kereta itu juga dilapor hilang di Sikamat, Negeri Sembilan pada Mei lepas, katanya.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mengenai suspek mendapati lelaki itu dipercayai pendatang tanpa izin serta pernah dipenjarakan dari 2009 hingga 2011 atas kesalahan samun.
Polis kini sedang mengesan anggota geng itu yang dipercayai antara empat dan enam orang, disyaki bersembunyi di Selangor, katanya. - Bernama
Sumber HD - 25-12-2013
PDRM nafi Bukit Aman diserang
- Dec 24, 2013
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan catatan yang tersebar di laman sosial Facebook kononnya berlaku serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini yang menyebabkan kematian dan kecederaan.
Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Supt Lai Lee Ching berkata keadaan di Bukit Aman tenang dan ia beroperasi seperti biasa.
Beliau menegaskan bahawa penyebaran berita palsu adalah perbuatan keji dan polis akan bertindak tegas terhadap pelakunya.
"Susulan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kesalahan tersebut boleh membawa hukuman penjara dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali, kata Lai.
Beliau meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu seumpama itu atau berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian.
Catatan di Facebook itu antara lain mendakwa Bukit Aman diserang sekumpulan pengebom berani mati yang mengakibatkan kematian dan kecederaan anggota polis. - Bernama
Sumber HD - 24-12-2013
Rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri nyaris disamun
- Dec 24, 2013
- .
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, dalam kejadian 3.15 pagi itu, perbuatan penjenayah mengumpil tingkap menyebabkan penggera keselamatan di kediaman tersebut berbunyi.
"Sebaik mendengar bunyi penggera, dua anggota polis dan tiga anggota Rela yang sedang meronda di kawasan berhampiran bergegas ke lokasi dan ternampak dua suspek melarikan diri," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata suspek berjaya meloloskan diri ketika dikejar oleh anggota pasukan peronda berkenaan.
Menurutnya siasatan awal polis mendapati penjenayah membuat lubang pada pagar untuk masuk ke kawasan pekarangan rumah.
Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri itu, Wan Hamzah Wan Paee berkata Wan Junaidi sekeluarga tiada di rumah kerana sedang bercuti.
Saya akan berjumpa dengan pihak polis bagi mendapat laporan lengkap mengenai kejadian, katanya. - Bernama
Sumber HD - 24-12-2013
Pusat pemeriksaan Tebedu tidak ditutup - Polis
- Dec 24, 2013
Ketua Polis Daerah Serian DSP Mohd Jamali Uni berkata pusat pemeriksaan itu dibuka seperti biasa dan beroperasi selama 12 jam sehari dari pukul 6 pagi.
Beliau memberitahu Bernama bahawa perkhidmatan bas awam antara Kuching dan Pontianak juga kembali beroperasi seperti biasa selepas perkhidmatannya terjejas minggu lepas kerana dakwaan berlaku peras ugut dalam perjalanan (di wilayah Indonesia).
"Walaupun wujud dakwaan sedemikian, kami tidak menerima sebarang laporan lagi (daripada pengusaha bas) dan sungguhpun keadaan nampak kembali normal, kami akan terus membuat pemantauan," katanya.
Sementara itu, sumber dari Imigresen di sini bersetuju dengan Mohd Jamali dan berkata tiada arahan dikeluarkan untuk menutup pusat pemeriksaan itu buat sementara atas sebab keselamatan.
Pusat pemeriksaan Tebedu ialah satu daripada beberapa laluan yang menghubungkan Sarawak dan Kalimantan Indonesia. Perkhidmatan bas di laluan itu dikendalikan oleh empat syarikat bas ekspres Sarawak dan dua dari Indonesia.
Terdapat dakwaan daripada pengusaha bas bahawa bas yang memasuki Pontianak dari Sarawak dihalang oleh sekumpulan orang yang menuntut wang, untuk membolehkan mereka meneruskan perjalanan, dan berikutan itu beberapa pengusaha bas di Sawarak enggan menjalankan perkhidmatan di laluan itu. - Bernama
Sumber HD - 24-12-2013
Helikopter Nuri mendarat cemas di Pulau Perak
- Dec 23, 2013
- HARAKAHDAILY
Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.
Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber TUDM ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku.
Katanya siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin. - Bernama
Sumber HD - 23-12-2013
496 pengawal keselamatan warga asing ditahan
- Dec 21, 2013
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata daripada jumlah itu, 461 ditahan kerana menjadi pengawal keselamatan warga asing haram dan 35 orang lagi kerana menggunakan kad pengenalan palsu atau milik orang lain.
Beliau berkata kesemua ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu oleh KDN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara yang diselaraskan di bawah sebuah Task Force bermula 1 Nov sehingga suatu tempoh masa yang akan ditentukan kelak.
"Operasi dijalankan secara berterusan bagi menangkap pengawal-pengawal keselamatan warga asing haram dan juga bagi memantau kesalahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata KDN juga telah mengeluarkan 30 surat tunjuk sebab kepada syarikat kawalan keselamatan yang didapati melanggar peraturan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.
Katanya sejak 2010 hingga kini, KDN telah menggantung dan membatalkan lesen 43 buah syarikat kerana pelbagai kesalahan di bawah akta tersebut.
Menurutnya, antara kesalahan adalah menggunakan pengawal keselamatan yang memegang kad pengenalan palsu dan menggaji pengawal keselamatan warga asing haram.
Kesalahan lain adalah menggunakan pengawal keselamatan bersenjata yang tidak memiliki lesen membawa dan mengguna senjata api dan tidak melakukan tapisan keselamatan terhadap pengawal keselamatan warga tempatan, katanya. - Bernama
Sumber HD - 21-12-2013
Hilang Mykad akibat banjir tidak perlu laporan polis
- Dec 18, 2013
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said berkata kebiasaannya setiap dokumen peribadi yang hilang memerlukan laporan polis, namun memandangkan beban dan masalah yang dihadapi mangsa banjir, mereka dikecualikan berbuat demikian.
"Permohonan gantian dokumen pengenalan itu juga akan dibuat secara percuma bagi membantu mangsa banjir yang menghadapi kesukaran.
"Cuma ada soal jawab antara pegawai dan mangsa bagi memastikan mereka memang terbabit dengan banjir," katanya kepada pemberita dalam program 'JPN Di hati Rakyat' di Perkampungan Sungai Isap Dua, di sini, hari ini.
Katanya, program itu merupakan sebahagian daripada tindakan jabatan untuk merakyatkan perkhidmatan awam.
Beliau berkata, sekiranya mendapat sambutan, JPN akan melanjutkan tempoh pembukaan kaunter bagi permohonan Mykad baharu di Kuantan yang akan turut dilakukan di negeri-negeri lain yang terjejas banjir.
Katanya, proses permohonan Mykad baharu itu juga akan mengambil tempoh seminggu.
Banjir yang bermula 2 Dis lepas di Pahang membabitkan pemindahan lebih 40,000 mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan banjir di sembilan daerah yang terjejas selain turut meragut tiga nyawa. - Bernama
Sumber HD - 18-12-2013
Pelajar Politeknik Dungun yang hilang ditemui lemas
- Dec 14, 2013
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata mayat Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor dijumpai kira-kira pukul 7.50 pagi oleh pasukan penyelamat yang mencarinya sejak semalam.
Beliau berkata mayat pelajar tahun dua jurusan Diploma Kejuruteraan Automotif itu ditemui terdampar kira-kira 40 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.
Semalam mangsa bersama 12 rakannya yang lain pergi ke pantai itu untuk mandi-manda apabila seorang daripada mereka Ahmad Syukri Eiman Romainor, 18, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur turut menemui ajal akibat lemas.
"Selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam tempoh kurang daripada 24 jam, kita berjaya mengesan mayat mangsa yang terdampar berhampiran batu di pantai berkenaan.
"Terdapat kecederaan pada kepala Mohd Hanif. Mayatnya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama. - Bernama
Sumber HD - 14-12-2013
Pengikut 'Tuhan Harun' didakwa bunuh pegawai Jaip
- Dec 16, 2013
Seorang daripada pengikut ajaran sesat itu, Sumustapha Suradi, 39, dari Kampung Sibugal Besar, Sandakan, Sabah, didakwa membunuh Ahmad Raffli, 49, di hadapan rumah mangsa di Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota di sini jam 1.50 tengah hari 10 Nov lepas bersama dua orang lagi yang masih bebas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Ketua ajaran sesat itu, Harun Mat Saat, 47, isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, dan seorang lagi pengikutnya, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, pula didakwa bersama-sama dengan Sumustapha dan dua lagi yang masih bebas bersetuju antara satu sama lain melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli.
Kesalahan itu yang didakwa dilakukan pada waktu dan tempat yang sama yang bertentangan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 120B(1) dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Keempat-empat tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib@Hamid manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.
Ab Karim kemudiannya menetapkan 28 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kedua-dua kes berkenaan.
Terdahulu, keempat-empat tertuduh termasuk Harun yang berkerusi roda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini dan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali membenarkan permohonan Salim untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. - Bernama
Sumber HD - 16-12-2013
Menteri Muda Sarawak dirompak, kereta dilarikan
- Dec 16, 2013
Menurut jurucakap polis, dalam kejadian 6.10 pagi itu, Liwan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Belaga turut mengalami kecederaan pada paha kanan akibat terkena pisau ketika bergelut dengan perompak terbabit.
"Kejadian berlaku ketika mangsa berhenti untuk membeli surat khabar di Kota Sentosa selepas menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk balik ke Bintulu.
"Apabila beliau hendak keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya, datang dua lelaki bersenjatakan pisau dengan seorang memakai topeng, mengarahkannya keluar dari kenderaan," kata jurucakap itu kepada Bernama di sini.
Menurutnya, berlaku pergelutan antara Liwan dan suspek yang menyaksikan Menteri Muda itu mengalami kecederaan selepas terkena pisau sebelum ditarik keluar oleh suspek.
"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan milik beliau," kata jurucakap itu lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Pauzi Bujang mengesahkan kejadian dan polis sudah melancarkan gerakan mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan. - Bernama
Sumber HD - 16-12-2013
80 peratus penyeludup rokok warga asing
- Dec 15, 2013
- HARAKAHDAILY
Pengarahnya Badaruddin Mohamed Rafik berkata daripada jumlah itu 35 telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.
"Sepanjang tempoh berkenaan juga, jabatan merampas rokok putih dan rokok kretek bernilai RM4.9 juta melibatkan cukai RM28.5 juta dalam 313 serbuan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Bersepadu Membenteras Rokok Seludup 2013 di sini hari ini.
Operasi yang akan diadakan selama dua minggu itu turut melibatkan Jabatan Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Selangor.
Beliau berkata pada tahun lepas, pihaknya melakukan 226 serbuan dan merampas rokok putih dan kretek bernilai RM8.4 juta melibatkan cukai bernilai RM26.6 juta.
Katanya, perbezaan nilai rampasan rokok dan cukai yang terlibat dalam serbuan pada tahun ini dan pada tahun lepas adalah kerana kerajaan telah menaikkan cukai rokok pada tahun ini. - Bernama
Sumber HD - 15-12-2013
Suspek kes bunuh pegawai Jaip didakwa Isnin ini
- Dec 13, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan perkara itu dan berkata mereka akan menghadapi pertuduhan membunuh Mohd Raffli, 49, dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Isnin ini (dakwaan) akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuantan, tunggu di mahkamah, mereka akan didakwa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada anggota polis yang terbabit banjir di sini Jumaat.
Dalam laporan sebelum ini, polis mengesahkan suspek yang menembak mati Ketua Penguat Kuasa JAIP itu adalah antara 15 anggota kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang ditahan dalam beberapa siri tangkapan di seluruh negara baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata siasatan terperinci ke atas semua tahanan terbabit mendapati seorang daripada yang ditahan itu dipercayai suspek yang menembak mangsa, selain pistol yang dirampas juga berpadanan dengan jenis senjata yang digunakan dalam insiden berkenaan.
Mohd Raffli ditembak mati oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya dan kes berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat itu. - Bernama
Sumber HD - 13-12-2013
Pegawai penguatkuasa agama pakai senjata api
- Dec 12, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata adalah wajar mereka dibenar menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri walaupun tugas menjaga senjata api itu berat.
Beliau berkata demi keselamatan para penguat kuasa agama, perkara itu harus diperhalusi semua pihak berkaitan.
Sehubungan itu, beliau meminta semua Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri mempertimbang perkara itu kerana tugas penguat kuasa agama turut berhadapan dengan risiko.
"Namun, (ini bergantung kepada) kemampuan dan kesediaan negeri (Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri) untuk melaksanakannya kerana ia berada di bawah bidang kuasa negeri," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas kejadian bunuh Ketua Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Ab Malek, 49, pada November lepas.
Susulan kejadian itu, Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom mencadangkan supaya anggota penguat kuasa jabatan agama perlu dibekalkan senjata api ketika melakukan operasi. - Bernama
Sumber HD - 12-12-2013
Kenyataan rasmi TLDM berkaitan Asrul dikatakan mati dibunuh
- Dec 11, 2013
- http://www.ekeleh.com
Merujuk kepada berita dan gambar Asruf, anggota TLDM dikatakan mati dibunuh yang disebarkan di laman web dan juga laman sosial. Pihak TLDM sedang menjalankan siasatan dan ketika ini menunggu laporan Post-Mortem yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Sabah. Siasatan Terperinci akan diadakan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian LK 1 PAP Asrup Bin Raidin. Sekiranya kematian beliau diakibatkan perbuatan jenayah, Pihak TLDM akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dan dikenalpasti menyebabkan kematian beliau. Masyarakat dan orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan isu ini melalui portal http://www.navy.mil.my/index.php/e-aduan
Lihat di sini
Sumber HD - 11-12-2013
Perompak bersenjata larikan 30 ekor lembu
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
MELAKA: Kira-kira 30 ekor lembu bernilai RM75,000 dilarikan dalam satu rompakan bersenjata di sebuah ladang lembu milik seorang penduduk tempatan berhampiran Taman Bukit Rambai di sini, awal hari ini.
Dalam kejadian pada 2 pagi itu, lima pekerja ladang warga Nepal yang sedang nyenyak tidur di rumah pekerja didatangi beberapa lelaki bersenjatakan pistol dan parang.
Seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Budiman, 40, berkata dia diacukan parang malah lehernya turut terluka dalam kejadian itu.
"Pintu rumah kami ditendang dan beberapa lelaki bersenjata pistol dan parang masuk ke dalam rumah dan mengarah kami supaya tidak melawan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Katanya dia dan empat lagi rakannya kemudian diikat sebelum penjenayah melarikan telefon bimbit dan wang tunai kesemua berjumlah RM8,000 milik mereka selain lembu ternakan terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata siasatan awal mendapati terdapat kira-kira 15 penjenayah terbabit dalam rompakan berkenaan.
Penjenayah melarikan lembu tersebut menggunakan lori dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan menggunakan senjata berbahaya, katanya. - Bernama
Sumber HD - 10-12-2013
Masagos datang: kerajaan perlu bersuara!
- Dec 04, 2013
- JEPIARDI SEMENYIH
Malah Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertindak menolak usul Pakatan Rakyat untuk mengecam Singapura, bagi memberi laluan kepada siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Namun rakyat kehairanan tatkala Zahid pantas menyatakan bahawa isu tersebut telah selesai dan ditutup, sedangkan mengakui isu tersebut tidak pula dibincangkan di dalam pertemuannya bersama Masagos. Kerajaan Malaysia perlu menilai semula sejauhmanakah ketegasannya jika dibandingkan dengan reaksi negara-negara luar. Umpamanya Presiden Brazil telah membatalkan lawatan rasminya ke Washington. Canselor German, Angela Merkel telah mengeluarkan kenyataan yang keras mendesak Presiden Obama supaya menjelaskan aktiviti pengintipan ke atasnya. Manakala Presiden Indonesia pula menuntut permohonan maaf di samping memanggil pulang Duta Besar Indonesia dari Australia.
Oleh hal yang demikian, seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat, kerajaan perlu memastikan semua kegiatan pengintipan oleh Singapura dihentikan segera secara total, menuntut Singapura memohon maaf dan mendesak agar Singapura memberi jaminan tidak mengulangi pengintipan terhadap Malaysia lagi. Rakyat sedang menunggu kerajaan bersuara!
Sumber HD - 4-12-2013
Jenayah: Kerajaan perlu bentang pelan konstruktif
- Dec 03, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga tiga beradik yang mati dibunuh di Alor Setar Kedah Sabtu lalu, ahli jawatankuasa DMPP, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, pelan strategik ini merupakan peranan holistik yang sepatutnya digerakkan oleh kerajaan secara terarah.
"DMPP sangat berdukacita dengan peristiwa malang yang menimpa golongan kanak-kanak ini dan kanak-kanak sebaya mereka sepatutnya dilindungi dan berada dalam perhatian keselamatan yang tinggi daripada semua pihak lebih-lebih lagi dengan menularnya pelbagai kes jenayah yang semakin tidak dapat dikawal.
"Kita tidak mahu hanya respons reaktif yang berbau jawapan politik tetapi kita mahu tahu pelan strategi yang Konstruktif dalam memastikan keselamatan golongan wanita dan kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi.
"Kita tidak boleh biarkan apa jua ruang terbuka untuk sebarang tindakan yang mengancam keselamatan dua kelompok penting masyarakat ini," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Tiga beradik perempuan berusia tiga, 12 dan 14 tahun berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar Kedah dipercayai mati dibunuh.
Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong pukul 3.45 petang Sabtu selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna,12, kira-kira pukul 7.30 malam Jumaat lalu.
Mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang Ahad di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.
Aiman berkata, amat mendukacitakan lagi apabila remaja seusia Shafikah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja akibat tekanan dan kemisikinan hidup.
Katanya,ini bukan kes terpencil dan tidak sepatutnya berlaku dalam negara kita yang sering melaung-laungkan kemakmuran dan keamanan negara.
"Tidak sewajarnya masih wujud kemiskinan yang membawa kepada peristiwa-perustiwa tragis sebegini. Ia suatu yang sangat malang dan membangkitkn kemarahan rakyat.
"Jelas terlalu banyak kepincangan berlaku dalam segala usaha memastikan pelaksanaan apa jua dasar dan program kerajaan yang kononnya mesra kanak-kanak. Bagaimana boleh seorang kanak-kanak Malaysia tercicir daripada sistem pelajaran dan kemudiannya bekerja?" soalnya.
Beliau juga mempersoal peruntukan untuk Permata yang mencecah jutaan ringgit namun hak kanak-kanak miskin di negara ini tidak terbela.
"Di kala peruntukan untuk permata mencecah jutaan ringgit, maka apakah hak gol kanak-kanak miskin ini di mata pemimpin-pemimpin politik negara khususnya kerajaan?
"Tidakkah tragedi ini singgah di hati Datin Seri Rosmah Mansor yang selalu mendondangkan skrip lagu untuk rakyat bersyukur?
"Pemimpin Melayu Umno wajar malu dan insaflah. Ini maruah kanak-kanak perempuan berbangsa Melayu, yang berterusan berhadapan dengan pelbagai ancaman lazimnya daripada bangsa Melayu itu juga. Hilang ke mana hati budi bangsa ini walau 50 tahun Umno kekal menunjangi kuasa?" soalnya.
Sumber HD - 3-12-2013
76 lagi pengawal keselamatan warga asing ditahan
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Polis menahan seramai 76 pengawal keselamatan asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu di empat daerah iaitu Sentul, Brickfields, Dang Wangi dan Cheras semalam.
Operasi bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang itu dianggotai seramai 115 pegawai dan anggota dari kesemua jabatan di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) dan lapan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kesemua pengawal keselamatan itu yang masih lengkap beruniform, berumur antara 28 dan 45 tahun, telah dibawa ke IPPKL untuk siasatan lanjut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata kesemua mereka terdiri daripada 34 warga Nepal, 20 (Pakistan), 11 (India), enam (Indonesia), masing-masing dua (Sri Langka dan Bangladesh) dan seorang Filipina ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri sah, permit tamat tempoh, melanggar syarat permit kerja serta memiliki kad pengenalan orang lain.
"Operasi hari ini tertumpu kepada tujuh lokasi pemeriksaan iaitu di kawasan perumahan, kondominium, apartmen, pasaraya, hotel, tapak projek dan tempat meletak kereta di empat daerah itu kerana kami percaya ramai mereka bekerja di situ.
"Pemeriksaan dari semasa ke semasa akan terus dilakukan bagi membendung insiden tidak diingini membabitkan golongan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu di Serdang, seramai 57 orang daripada 62 tangkapan yang dibuat melalui Ops Bersepadu Cegah Jenayah (Ops Poket) dalam tempoh 10 hari lepas, merupakan warga asing yang terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias berkata dalam operasi yang bermula 21 Nov lepas itu, warganegara Nigeria menjadi penyumbang terbesar dengan seramai 25 lelaki dan lapan wanita ditahan.
"Dalam operasi melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan termasuk Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, tangkapan turut melibatkan warga asing Indonesia seraamai 10 lelaki dan 7 wanita, Thailand seorang wanita, Vietnam dua wanita, Myanmar empat lelaki manakala warga tempatan lima orang lelaki.
"Kebanyakan warga asing yang ditangkap sebahagian besarnya menjalankan aktiviti mengedar dadah, melakukan maksiat serta mengganggu ketenteraman awam di sekitar kediaman mereka," katanya kepada pemberita kepada selepas majlis perhimpunan khas IPD Serdang.
Dalam operasi itu, polis membuat rampasan dadah jenis syabu berjumlah RM12,000 seberat 73.5 gram di IOI Mall, Puchong pada Sabtu lepas yang melibatkan tiga warga Nigeria. - Bernama
Sumber HD - 3-12-2013
Remaja lelaki diburu bantu siasatan kes bunuh tiga beradik
- Dec 02, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata remaja itu dipercayai berada di Arau, Perlis diperlukan untuk membantu siasatan polis berhubung pembunuhan itu.
"Polis mempunyai bukti-bukti terkini dan saksi yang membantu siasatan kes itu yang diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Saya yakin remaja belasan tahun ini dapat dikesan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta Spanco Proton Preve kepada Ketua-Ketua Polis Daerah negeri ini di Ibu pejabat Kontinjen Kedah di sini, hari ini.
Mayat dua adik Nor Syafikah, Puteri Nurul Akma, 3; dan Nur Izzati Husna, 12; ditemui pukul 3.45 petang semalam dalam terusan Mada di Kampung Padang Tani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat Nor Syafikah ditemui di sawah Kampung Alor Senibong, Langgar pada petang Sabtu.
Tiga beradik itu berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini.
Tiga beradik itu keluar dari rumah mereka dengan motosikal dikendali oleh Nor Syafikah Nadia pukul 7.30 malam hari Jumaat lepas dan tidak balik selepas itu.
Ahmad berkata polis yakin tiga beradik itu tidak bunuh diri kerana terdapat unsur-unsur perbuatan jenayah berdasarkan keadaan mayat Nor Syafikah.
Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kejadian tersebut tampil membantu siasatan.
Sementara itu bedah siasat mayat Puteri Nurul Akma, dan Nur Izzati Husna dibuat pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, katanya.
Mengenai kereta polis, Ahmad berkata ia adalah bagi menggantikan kereta-kereta lama diserahkan oleh Ibu pejabat Polis Bukit Aman dalam dua peringkat berjumlah 115 buah.
Bagi peringkat pertama Polis Kedah menerima 80 buah dan daerah 'panas' diberi keutamaan iaitu Kuala Muda sebanyak 12 buah; Kota Setar (11); Kubang Pasu (9); Kulim (8) dan Langkawi (5) dan bakinya untuk daerah-daerah lain, katanya. - Bernama
Sumber HD - 2-12-2013
Siti Aishah janji akan pulang ke Malaysia selepas 9 bulan
- Dec 01, 2013
- HARAKAHDAILY
Kamar Mahtum, 79, yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari London berkata semasa pertemuan beliau dengan Siti Aishah di satu lokasi rahsia di sana Khamis lepas, adik bongsunya itu berjanji akan balik secepat mungkin selepas kerjanya di sana selesai.
"Dia banyak aktiviti di sana, di sana dia buat kerja-kerja sukarelawan membantu orang tapi saya sudah pujuk dia supaya pulang ," katanya yang tiba di KLIA bersama-sama aktivis politik Hishamuddin Rais kira-kira 7.40 pagi ini.
Katanya beliau lega apabila melihat adiknya sihat dan gembira berada di sana kerana menurut laporan akhbar seolah-olah Siti Aishah tidak sihat.
"Dia sihat fizikal dan lebih gemuk dari saya, dia juga merindui keluarga di Malaysia namun katanya keringatnya untuk membantu orang susah di sana masih diperlukan," katanya.
Sabtu lepas, media melaporkan wanita berusia 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan daripada perhambaan pada 25 Okt lepas di selatan London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.
Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School Economics di United Kingdom.
Namun ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pelajarannya.
Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai status agama Siti Aishah, Kamar Mahtum berkata:
"Dengan saya dia sudah bagi tahu tapi antara dia dengan Allah hanya dia sahaja yang tahu". - Bernama
Sumber HD - 1-12-2013
Britain sahkan wanita jadi hamba warga Malaysia
- Nov 28, 2013
- Harakahdaily
Menurut Kementerian Luar memandangkan kes itu masih di peringkat siasatan, akses bagi mendapatkan maklumat lanjut adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data 1998 di bawah undang-undang tempatan United Kingdom.
Pihak berkuasa tempatan masih belum memberikan akses terus kepada mangsa setakat ini.
"Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) akan menghulurkan kerjasama sepenuhnya kepada pihak-pihak terlibat dalam membantu urusan penyiasatan," kata Kementerian Luar dalam kenyataan di sini.
Kementerian Luar melalui STM di London memantau rapi status wanita itu yang sebelum ini dijadikan hamba selama 30 tahun di Selatan London.
Kenyataan itu menyebut STM juga akan mengambil langkah susulan bagi menentukan status mangsa tersebut dari segi undang-undang.
"Sekiranya beliau secara tidak disedari telah kehilangan kewarganegaraan Malaysia serta tidak mempunyai sebarang kerakyatan dalam tempoh 30 tahun yang lalu di bawah keadaan daif, STM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain bagi mengembalikan semula kerakyatan beliau.
"Bantuan konsular selanjutnya akan dihulurkan kepada mangsa dan ahli keluarga, sebagaimana sesuai dan perlu," kata Kementerian Luar.
Sabtu lepas, media melaporkan wanita berusia 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan daripada perhambaan pada 25 Okt lepas di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.
Aishah yang sebelum ini dikenali dengan nama Siti Aisyah, berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.
Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan identiti wanita itu sebagai Siti Aishah Abdul Wahab dan merupakan individu yang dikehendaki pada 1970-an di negara ini kerana aktiviti berhaluan kiri. - Bernama
Sumber HD - 28-11-2013
Hamba rakyat Malaysia bekas buruan polis
- Nov 27, 2013
- Harakahdaily
Mengesahkan identiti wanita itu, yang diselamatkan pada 25 Okt lepas di London sebagai Siti Aishah Abdul Wahab (gambar), Khalid berkata wanita itu terlibat dalam aktiviti pelampau komunis berhaluan kiri.
"Siti Aishah ketika itu ialah aktivis mahasiswa berhaluan kiri dan dipercayai ke London untuk melanjutkan pelajaran. Dia seorang daripada penuntut pelampau berhaluan kiri masa zaman 70-an dahulu dan kegiatan mereka berpusat di London.
"Pada masa tu London bebas, bebas bersuara, bebas segala-galanya, so dia berpusat di sana. Jadi masa 70-an kita memang nak dia tapi dia dah pergi ke sana," katanya pada sidang media di sini hari ini selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 156 anggota polis yang terlibat dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah, Februari lepas.
Khalid berkata setakat ini tiada keperluan untuk menangkap Siti Aishah sekiranya dia pulang ke negara ini.
Bagaimanapun, katanya, polis akan sentiasa memantau sekiranya terdapat sebarang kegiatan komunis selepas ini.
Sabtu lalu, akhbar melaporkan wanita 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan 25 Okt lepas di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.
Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dikatakan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.
Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya.
Berikutan pendedahan itu, kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum diterbangkan ke London malam tadi bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya.
Ketika dalam kurungan, Siti Aishah dan dua wanita itu dilaporkan hanya dibenarkan keluar seketika untuk menjemur pakaian atau menemani suspek membeli barang. - Bernama
Sumber HD - 27-11-2013
Malaysia jadi pusat transit seludup warga asing
- Nov 25, 2013
- Harakahdaily
Itu yang didedahkan pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini.
Kos antara US$5,000 hingga US$10,000 yang dibayar itu adalah untuk perjalanan mereka yang datang dari negara seperti Afghanistan, Pakistan, China dan Bangladesh menggunakan laluan air untuk ke negara destinasi iaitu Australia dan Kanada.
Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah APMM Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar berkata kebanyakan mereka memang dengan rela membenarkan diri mereka diseludup oleh sindiket ke negara lain dengan tujuan mendapatkan kehidupan lebih baik, selesa dan mewah berbanding negara asal.
"Kos yang tinggi itu dikenakan memandangkan perjalanan haram mereka ini jauh dan sukar serta melibatkan beberapa kali transit sebelum tiba di negara destinasi seperti Australia dan Kanada," katanya.
Beliau berkata bagi perjalanan ke Kanada mereka menjadikan sama ada Malaysia atau Thailand sebagai transit manakala untuk perjalanan ke Christmas Island, Australia biasanya Malaysia atau Indonesia akan dijadikan sebagai transit.
"Bagaimanapun sekiranya mereka diseludup terus dari negara asal ke negara transit kosnya mungkin lebih murah. Begitu juga dengan warga Rohingya atau Indonesia yang diseludup masuk ke negara (Malaysia) hanya memerlukan sekitar RM500 hingga RM1,000," katanya.
Zulkifili berkata berdasarkan soal siasat secara rawak dan perkongsian maklumat dengan Australian Border Protection Command (ACBPS) dalam kerjasama operasi membanteras pemerdagangan orang, tiga daripada 10 pendatang asing yang ditahan menyatakan mereka datang ke Australia melalui Malaysia dan Indonesia mengikut jalan darat, laut dan udara.
"Sindiket ini juga dilihat menggunakan kelebihan visa semasa ketibaan (VOA) dan Pas Lawatan Sosial bagi kemudahan kemasukan warga asing melalui pintu masuk yang sah yang hanya memerlukan passport dari negara asing untuk membolehkan seseorang berada di Malaysia dari tempoh 15 hari hingga 90 hari," katanya.
Beliau berkata dalam menjalankan aktiviti penyeludupan manusia, kebiasaannya sindiket akan menggunakan bot fiber dilengkapi tiga enjin dengan kelajuan 30 knot hingga 35 knot dan ada juga yang menggunakan bekas bot nelayan yang telah diubah suai.
Zulkifili berkata kebiasaannya mereka yang diseludup akan ditempatkan di negara transit sehingga 90 hari untuk tujuan dokumentasi atau menguruskan perolehan status pelarian bagi memudahkan mereka dibawa masuk ke negara destinasi.
"Sepanjang tempoh itu mereka ini akan berada di negara transit dan tidak bekerja bagi mengelakkan dikesan atau ditangkap malah ada yang ditempatkan di kawasan yang sukar dijejaki pihak berkuasa.
Dalam kejayaan operasi terbaru APMM, dua pasangan suami isteri rakyat Afghanistan dan tiga kanak-kanak yang cuba diseludup keluar dari Malaysia ke Indonesia menggunakan bot pancung diberkas di perairan Kuala Sepang Kecil Selangor.
Berdasarkan statistik Majlis Anti Pemerdagangan Orang (Mapo) sejak 2011, sebanyak 106 kes penyeludupan migran direkod dengan 28 kes daripadanya disiasat oleh APMM iaitu masing-masing lima kes pada 2011, 15 kes tahun lepas dan lapan kes sehingga Oktober tahun ini.
Mapo turut merekodkan 680 kes pemerdagangan orang yang telah disiasat agensi penguatkuasa dari 2008 hingga Oktober tahun ini dengan tujuh daripadanya disiasat oleh APMM iaitu enam kes pada 2010 dan satu kes pada 2011. - Bernama
Sumber HD - 25-11-2013
Pengawal warga asing didakwa bunuh pegawai Ambank
Harakahdaily, | 19 Nov 2013 |
PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan warganegara Indonesia hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh dan melepaskan tembakan kepada seorang pegawai Ambank Subang Jaya, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada La Ode Ardi Rasila, 36, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh Norazita Abu Talib, 37, di dalam bangunan Ambank No. 5 dan 7, Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya di sini antara 6 petang hingga 6.30 petang, 23 Okt lepas.
La Ode yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan itu didakwa mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan dari senjata api jenis 'pump gun' dengan niat menyebabkan kematian kepada Norazita pada tempat dan masa yang sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
K.B Elina memerintahkan kedua-dua kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta-merta selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan.
Kes melibatkan hukuman mati merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun dan Mohd Asyraf Md Kamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Seawal jam 8 pagi mahkamah dipenuhi media jurugambar dan orang awam bagi mengikuti kes itu.
Dalam kejadian pada 23 Okt, Norazita maut ditembak seorang pengawal keselamatan yang bertugas di bank itu ketika dia membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu.
Lelaki itu melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.
Pada 11 Nov, polis menemui senjata api jenis 'pump gun' yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari bank berkenaan. - Bernama

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-11-2013
Intipan Amerika: Apa yang mereka mahu?
Mohd Rizal Jaapar, | 14 Nov 2013 |
Tanpa disedari, tatkala dunia ketiga seronok menjadi pembeli dan pengguna kepada teknologi canggih, negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah pula seronok mengintip dan merancang untuk menakluk dunia menggunakan teknologi yang sama. Mereka mempunyai kelebihan yang besar kerana teknologi tersebut adalah hasil ciptaan mereka.
Kebiasaannya, setiap penemuan baru akan diuji dan digunakan ketika berperang. Perang Dunia Pertama menjadi bukti bagaimana jenama seperti Benz dan Porcshe mempelopori teknologi automotif untuk digunakan semasa peperangan, dan disokong pula oleh sumber getah yang banyak dari Brazil untuk menghasilkan tayar, dan penggunaan petrol dan diesel sebagai ganti kepada enjin wap. Britain lantas mengkoloni Asia dan Amerika Latin khusus untuk menguasai sumber asli tersebut. Apabila perang berakhir, Benz dan Porcshe mencipta kekayaan yang tidak terhingga, dan kemudian beralih kepada menghasilkan kenderaan awam dan menjualnya ke serata dunia. Mercedes Benz contohnya adalah pemegang paten kepada teknologi tali pinggang keselamatan, brek ABS, Beg Udara dan pelbagai lagi inovasi automotif.
Perang dunia kedua pula menyaksikan kehebatan jenama Amerika dan Britain seperti Boeing dan Rolls Royce mendominasi ruang angkasa. Boeing kekal sebagai pelopor kepada teknologi aeronautik sehingga hari ini. Penguasaan ruang angkasa membolehkan penjajahan yang lebih besar serta pemetaan semula sempadan negara di dunia mengikut kehendak dan cita rasa para penjajah. Lihat sahaja bagaimana mereka memeta semula benua Arab dan Asia Tengah.
Persempadanan geografi rupanya tidak mencukupi. Tiga puluh tahun yang lalu, teknologi internet mula digunakan oleh tentera Amerika untuk berhubung sesama mereka dengan lebih selamat dan bebas tanpa sekatan geografi. Kepesatan pembangunan teknologi komunikasi bermula apabila Amerika memenangi perlumbaan ke angkasa lepas dan telah mengaut keuntungan yang amat besar.
Pada hari ini, penggunaan telefon bimbit dan internet telah menjadi keperluan mustahak kepada hampir setiap penduduk dunia, tanpa menyedari bahawa teknologi ini masih dimiliki oleh penciptanya. Sempadan geografi sudah tidak memberi apa-apa makna. Hari ini senjata pemusnah besar-besaran atau Weapons of Mass Destruction telah terpasang di setiap rumah, sekolah dan pejabat; diolah dan ditempa menjadi produk untuk bersosial dan bersuka-ria.
Pada hari ini kita masih menganggap remeh akan bahayanya ancaman internet dan betapa mudahnya ia dijadikan alat untuk mencuri aset yang paling berharga iaitu maklumat. Justeru, program pengintipan Amerika ke atas negara-negara kawan dan lawan bukanlah perkara yang memeranjatkan kerana jika tiada teknologi komunikasi yang canggih pun, kuasa besar seperti Amerika tetap akan mencari jalan mengintip setiap gerak-geri sasaran mereka.
Sekiranya Malaysia mahu diintip maka sudah tentu komoditi yang menjadi idaman ialah Petronas. Petronas pada hari ini bukan sekadar ‘toukeh minyak’ di Malaysia, tetapi sudah memiliki hak untuk meneroka, memproses dan menjual minyak daripada banyak negara. Menguasai Petronas bermakna menguasai sebahagian besar sumber tenaga dan kekayaan dunia. Apatah lagi tatkala mengetahui syarikat ini cuma dimiliki oleh sebuah negara kecil yang aman, mewah, berpendidikan dan terletak di tengah-tengah Asia Tenggara; telah menjadikan Petronas begitu menyelerakan.
Sang penjajah tidak perlu bersusah payah mengirim bala tentera sebagaimana yang berlaku di negara Timur Tengah dan Amerika Latin. Perang zaman moden terlalu mahal dan skala kemusnahannya amat dahsyat. Penjajah terpaksa berbelanja besar untuk membina semula infrastruktur dan menyediakan tenaga kerja yang layak, rajin dan murah. Di Malaysia semuanya telah tersedia hasil titik peluh rakyat dan pemerintah dahulu kala.
Malangnya Petronas akhir-akhir ini semakin menjarakkan dirinya daripada rakyat Malaysia, seolah-olah ia bukan lagi produk tempatan. Kepakaran asing diagung-agungkan manakala kebolehan anak tempatan diperlekehkan. Membiarkan Petronas dijaga oleh bangsa asing tidak ubah seperti membiarkan negara ini dikawal oleh tentera penjajah yang niatnya hanya satu iaitu merompak setiap titik emas hitam yang ada pada Petronas.
Apakah perubahan polisi dan hala tuju mendadak Petronas pada hari ini hasil daripada kejayaan intipan kuasa besar, atau mungkin kerja ‘talam dua muka’ yang sepatutnya dihumban ke penjara, tiada siapa yang tahu.
Sekiranya Amerika tidak berminat dengan Petronas, tidak mustahil sekiranya mereka mahu mengintip dan menghambat komitmen negara dalam memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA); yang menjanjikan pulangan mencecah trillion dolar Amerika, dan mengimbangi semula ancaman daripada negara timur seperti China, Korea dan India. Para pelobi Amerika begitu bersungguh untuk menjual formula perdagangan bebas ala-Amerika seperti GATT, WTO, APEC dan terkini TPPA yang pada asasnya sama sahaja iaitu memastikan setiap kehendak para pedagang Amerika dipenuhi.
Apa yang digembar-gemburkan sebagai standard yang tinggi sebenarnya hanyalah rantai yang akan mengikat tangan dan kaki negara kecil seperti Malaysia. Kita tidak fikir mereka berminat untuk membeli kereta buatan Malaysia, tetapi sudah pasti mereka mahu menjual kereta mereka ke Malaysia. Mereka tidak mahu beras kita, sebaliknya mereka mahu menjual beras mereka ke Malaysia dengan memaksa kita menghapuskan sekatan tarif. Mereka sungguh-sungguh mahu memperkukuh penguasaan terhadap teknologi dan hasil kreatif seperti karya-karya filem Hollywood, termasuklah pornografi. Mereka mahu terus menjual ubat-ubatan pada harga yang tinggi dengan cara memperketat akta perlindungan paten dan hak cipta. Sekiranya gagal mematuhi, peguam-peguam yang sudah terlatih sentiasa bersedia untuk mengheret Malaysia ke tribunal antarabangsa yang tiada langsung nilai keluhuran atau kedaulatannya.
Selama ini kita begitu berhati-hati apabila berjanji dengan Amerika. Namun akhir-akhir ini Malaysia terlalu lembik di meja rundingan, seolah-olah sudah dipukau dengan prospek wang ringgit yang belum tentu. Apakah elemen intipan Amerika telah berjaya menerobos ke dalam Dewan Parlimen yang mulia juga? Tiada siapa yang tahu.
Kita bukan hendak mereka-reka cerita. Kita sudah begitu terbiasa dengan siri risikan yang bermula dengan komplot sulit, penggunaan alatan serba canggih, peranan si pembelot dan akhir sekali menggunakan maklumat yang dicuri ini untuk mengugut, membunuh karakter atau memaksa pemerintah agar mengikut telunjuk mereka. Skandal yang besar dan memalukan boleh menumbangkan pemimpin berpengaruh, menggantikannya dengan tokoh-tokoh boneka dan akhirnya menghuru-harakan kestabilan ekonomi dan sosial sesebuah negara.
Terlalu banyak contoh untuk dinyatakan, namun kita masih belum mahu mengambil teladan. Kita berharap Malaysia segera sedar dan bangkit daripada tidurnya. Kita melihat apa yang berlaku pada hari ini sebagai bukti kehadiran tangan-tangan ghaib Amerika yang saban hari semakin kukuh cengkamannya.
Jika tidak ditangani dengan bijak dan berani, tamadun Malaysia akan musnah dalam sekelip mata.

Sumber HD - 14-11-2013
Senjata api kepada pegawai agama: Apa penghujungnya?
Dr Mohd Fahmi Ahmad, | 14 Nov 2013 |
Apabila Nurin Jazlin binti Jazimin keluar rumah menuju ke kedai membeli klip rambut pada malam 20 Ogos 2007, anak perempuan berusia 8 tahun ini pasti tidak menyangka itu adalah hari-hari terakhir untuknya. Nurin hanya dijumpai dalam keadaan menyayat hati di dalam beg sukan pada pagi 17 September 2007.
Negara menjadi hangat dengan kes Nurin. Nurin adalah anak kita. Ia adalah sebahagian dari kita. Maka pelbagai langkah kesedaran mengenai keselamtan kanak-kanak diwujudkan oleh agensi kerajaan dan badan NGO.
Apabila Datuk Shaharuddin Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia keluar rumah bersiap ke pejabat beliau di Putrajaya pada pagi 26 April 2013, keluarganya juga pasti tidak menyangka itu adalah pagi yang terakhir. Datuk Sharuddin juga adalah sebahagian dari kita. Seorang suami kepada isteri, ayah kepada anak-anaknya, dan seorang penjawat awam yang menjaga kepentingan negara.
Itu juga yang berlaku kepada Puan Norazita Abu Talib, pegawai AmBank yang ditembak semasa bertugas oleh pegawai keselamatan bank sendiri. Kes terbaru ialah Haji Raffli bin Abdul Malek Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang yang ditembak ketika sedang berehat di rumahnya.
Mereka adalah ibu, ayah, suami, isteri, rakan sekerja dan sebahagian dari kita. Penulis tertarik dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Baharom yang mengumumkan akan membekalkan senjata api kepada pegawai penguatkuasa agama. Walaupun Jakim diberitakan sedang mengkaji cadangan itu, exco Terengganu, Pengerusi Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas Ghazali Taib sudah pun mengumumkan akan membekalkan senjata api kepada pegawainya dan menyeru negeri lain mengambil tindakan yang sama.
Persoalannya adakah ini jawapan kepada masalah yang berlaku? Justeru perlukah pegawai-pegawai bank pula selepas ini dibekalkan senjata api? Guru-guru disiplin di sekolah yang kadang kala diugut oleh pelajar yang terlibat dengan jenayah dan kongsi gelap, perlukah mereka dibekalkan senjata api dengan hujah yang sama? Pekerja-pekerja kiosk 24 jam seperti Seven Eleven yang sering menjadi sasaran penjenayah, perlukah mereka juga dibekalkan dengan senjata api?
Apakah penghujungnya?
Apa pula jaminan senjata api yang dibekalkan kepada mereka ini dapat dijaga dengan baik dan tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab? Sedangkan pihak polis yang sememangnya terlatih dalam senjata api dan keselamatan pun boleh hilang sebanyak 44 pucuk pistol, 133 gari dan 29 kenderaan polis? Ini berdasarkan laporan Ketua Audit Negara terbaru.
Adakah suatu hari nanti rakyat perlu dilengkapkan dengan senjata api untuk masing-masing menjaga keselamtan diri dan keluarga?
Jika masih berlaku jenayah tembak menembak, adakah pegawai agama akan dibekalkan dengan baju kalis peluru pula?
Kita perlu bertindak dengan teliti dan memikirkan kesan tindakan kita pada masa akan datang. Tanpa menafikan mungkin ada keperluan untuk pegawai agama membawa senjata api, kita perlu berbincang punca masalah senjata api ini semakin kerap berlaku. Senjata api dilihat terlalu accesible kepada orang awam. Mengapa? Siapa yang patut dipertanggungjawabkan? Jika ia diseludup dari jiran, adakah kerana kawalan sempadan terlalu longgar. Kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor bahawa faktor kelemahan pemeriksaan di kawasan sempadan punca penyeludupan senjata api semakin berleluasa.
Pihak menteri jangan mudah membuat keputusan terburu-buru tanpa kajian yang mendalam dari pihak berwajib. Penyelesaian masalah perlu dilihat pada punca masalah itu berlaku. Ia tidak harus berlaku secara terburu-buru. Penyelesaian juga harus bersifat jangka panjang.
Dr Mohd Fahmi Ahmad
Kumpulan Profesional Johor (GAPHOR)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-11-2013
PAS bimbang agen CIA intip rahsia negara
Harakahdaily, | 14 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS bimbang agen-agen CIA berkeliaran di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan (Mindef) berikutan pendedahan bahawa Amerika Syarikat melakukan pengintipan terhadap rahsia negara.
Timbalan Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Luar PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menegaskan, kebimbangan ini berasas berikutan dakwaan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini mendakwa ada dua agen CIA di Pejabat Peguam Negara.
Menurut Syed Azman, Pakatan Rakyat dalam beberapa tahun sebelum ini sudah mempertikaikan langkah kerajaan membayar puluhan juta ringgit kepada syarikat APCO yang didakwa ada kaitan dengan AS dan Israel.
Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS menegaskan, kes tersebut harus dipandang serius kerana, berikutan pendedahan 'whistleblower' Edward Snowden melalui Der Spiegel dan Sydney Morning Herald yang mendakwa risikan Amerika Syarikat menggunakan kedutaan-kedutaannya serta suruhanjaya-suruhanjaya tinggi milik Australia, termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi kedua-dua negara di Kuala Lumpur.
Katanya, operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi "STATEROOM" agensi perisikan AS yang memintas maklumat radio, telekomunikasi, dan Internet, dan rata-rata aktiviti.
"Kita mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas kepada Amerika kerana menggunakan kedutaan mereka di Kuala Lumpur untuk melakukan
intipan.
"Ini adalah kes yang cukup memberikan kesan kepada kedaulatan dan keselamatan negara Malaysia," tegas beliau.
Oleh sebeb itu katanya, PAS membantah sekeras-kerasnya tindakan AS dan kita menggesa Malaysia memastikan kedutaan AS tidak lagi menjadi sarang pengintipan yang hanya akan menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Dalam isu yang berkaitan, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat menegaskan, walaupun perkara tersebut sudah diperjelaskan di Parlimen, tetapi reaksi kerajaan tidak memadai kerana hanya menghantar surat kepada Duta AS.
"Kita mesti membuat protes yang bersungguh-sungguh kerana ini adalah isu yang amat berat dan kedutaan AS tidak seharusnya menjadi pangkalan negara asing untuk mencuri maklumat rahsia negara.
Terdahulu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "direhatkan" ekoran dakwaan terdapat dua orang ejen agensi perisikan AS di Pejabat Peguam Negara.
Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera memandangkan terdapat banyak dakwaan negatif terhadap Abdul Gani.
"Dakwaan oleh Dr Mahathir bahawa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua ejen Amerika adalah mengejutkan dan memerlukan tindakan serta merta daripada perdana menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," kata Anwar.
Timbalan Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Luar PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menegaskan, kebimbangan ini berasas berikutan dakwaan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini mendakwa ada dua agen CIA di Pejabat Peguam Negara.
Menurut Syed Azman, Pakatan Rakyat dalam beberapa tahun sebelum ini sudah mempertikaikan langkah kerajaan membayar puluhan juta ringgit kepada syarikat APCO yang didakwa ada kaitan dengan AS dan Israel.
Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS menegaskan, kes tersebut harus dipandang serius kerana, berikutan pendedahan 'whistleblower' Edward Snowden melalui Der Spiegel dan Sydney Morning Herald yang mendakwa risikan Amerika Syarikat menggunakan kedutaan-kedutaannya serta suruhanjaya-suruhanjaya tinggi milik Australia, termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi kedua-dua negara di Kuala Lumpur.
Katanya, operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi "STATEROOM" agensi perisikan AS yang memintas maklumat radio, telekomunikasi, dan Internet, dan rata-rata aktiviti.
"Kita mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas kepada Amerika kerana menggunakan kedutaan mereka di Kuala Lumpur untuk melakukan
intipan.
"Ini adalah kes yang cukup memberikan kesan kepada kedaulatan dan keselamatan negara Malaysia," tegas beliau.
Oleh sebeb itu katanya, PAS membantah sekeras-kerasnya tindakan AS dan kita menggesa Malaysia memastikan kedutaan AS tidak lagi menjadi sarang pengintipan yang hanya akan menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Dalam isu yang berkaitan, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat menegaskan, walaupun perkara tersebut sudah diperjelaskan di Parlimen, tetapi reaksi kerajaan tidak memadai kerana hanya menghantar surat kepada Duta AS.
"Kita mesti membuat protes yang bersungguh-sungguh kerana ini adalah isu yang amat berat dan kedutaan AS tidak seharusnya menjadi pangkalan negara asing untuk mencuri maklumat rahsia negara.
Terdahulu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "direhatkan" ekoran dakwaan terdapat dua orang ejen agensi perisikan AS di Pejabat Peguam Negara.
Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera memandangkan terdapat banyak dakwaan negatif terhadap Abdul Gani.
"Dakwaan oleh Dr Mahathir bahawa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua ejen Amerika adalah mengejutkan dan memerlukan tindakan serta merta daripada perdana menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," kata Anwar.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-11-2013
Cari perbezaan gambar ini?
http://naimnikmat.blogspot.com, | 12 Nov 2013 |
Inilah beza kes high profile dan low profile...
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-11-2013
Lakaran wajah suspek bunuh Ketua Penolong Pengarah JAIP didedah
http://www.wasukalu.com, | 12 Nov 2013 |
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kes bunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), mohon salurkan kepada Pegawai Penyiasat, ASP Zukri Muhammad di talian 013-9764999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5652222 atau talian hotline 09-5142999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Butir-butir Suspek:
Susuk tubuh : Sasa
Warna kulit : Sawo matang
Warna rambut : Beruban
Bulu kening : Halus
Hidung : Sederhana
Bangsa : Melayu
Mulut : Nipis
Warna misai : Beruban
Umur : Lingkungan 55 tahun
Jantina : Lelaki
Ketinggian : 170
sumber: fb Polis Diraja Malaysia
Jom kita sama-sama membantu pihak Polis DiRaja Malaysia untuk mengesan sehingga tertangkap suspek berkenaan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-11-2013
Tiru Amerika beri kerakyatan
Johari Mukhsan, |
Dahulu heboh tentang pemberian kad pengenalan secara mudah kepada warga asing di Sabah. Setelah masa berlalu isu itu senyap tanpa ada suatu tindakan yang jelas dari kerajaan.
Kemudian kita berhadapan kebanjiran pekerja dari Sabah dan Sarawak dalam pelbagai sektor di Semenanjung. Dan kini, kita berhadapan pula dengan jenayah bersenjata api termasuk kes bunuh.
Yang terbaru ialah kejadian yang menimpa Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek. Allahyarham bukanlah mangsa yang pertama yang terbunuh melalui kejadian ini. Pada tahun ini sahaja beberapa kes berprofil tinggi pembunuhan bersenjata api telah berlaku iaitu Timbalan Ketua pengarah Kastam, Datuk Shaharudin Ibrahim dan Pengasas Arab-Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi.
Kadang-kadang saya terfikir adakah ini kesan daripada pemberian kad pengenalan secara mudah yang pernah berlaku di Sabah suatu masa dahulu. Mungkin saya silap, namun jika diambil contoh yang membabitkan pembunuhan pegawai bank tempoh hari, di dapati pengawal keselamatannya dikatakan berasal dari Sabah dan mempunyai kad pengenalan.
Serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa kemudiannya mendapati ramai warga asing khususnya dari Indonesia mempunyai kad pengenalan yang berdaftar di Sabah. Jadi tidak mustahil kebanjiran pekerja dari Sabah ini sebenarnya bukanlah warga asal Sabah, tetapi warga asing yang mendapat kad pengenalan secara mudah tersebut.
Jika benarlah ini berlaku, saya beranggapan negara kita amat malang. Hal ini kerana, kebanyakan negara maju juga memberi kerakyatan kepada warga asing, namun antara syarat yang dikenakan ialah mempunyai kemahiran tinggi yang mampu menjana kemajuan negara.
Seorang rakan saya pernah ditawarkan kerakyatan Amerika kerana kepakaranya dalam bidang sains pertanian. Beliau mencipta bakteria yang mempu menggalakkan hasil pertanian berlipat kali ganda. Tetapi rakan saya menolaknya dan kembali ke Malaysia dan kini memnggunakan hasil kajiannya untuk memajukan sistem pertanian di negara ini.
Itu lebih baik daripada memberi kerakyatan “segera” kepada warga asing dan kepakarannya hanya layak menjadi pengawal keselamatan sahaja.

Ketua Penguatkuasa Jaip mati ditembak bukti jenayah makin teruk
Khairil Abdul Rahim, | 10 Nov 2013 |
KUANTAN: Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Nazri Ahmad meminta pihak polis dan kerajaan mengambil langkah serius membendung jenayah pembunuhan dan tembakan.
Katanya, kes terbaru pembunuhan Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raflie Ab Malik (gambar)
yang mati selepas terkena tiga das tembakan hari ini, membuktikan jenayah tersebut kini bukan sahaja berkaitan dengan gangsterisme malah melarat ke bidang agama.
Sambil melahirkan rasa sedih, beliau mahu pihak berkuasa segera memberkas penjenayah tersebut bagi menghormati isntitusi agama.
Nazri mengulas kes tembakan maut Pegawai Penguatkuasa Jaip Raflie yang berlaku di hadapan rumah Allahyarham di Indera Mahkota 2, dekat sini,
kira-kira pukul 2 petang hari ini.
Menurut sumber polis,
Raflie yang berasal dari Chenor, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 2 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad yang mengesahkan kejadian itu berkata, tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian.
Ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menambak mangsa.
Beliau berkata, polis masih menyiasat kejadian itu.
Sebelum ini Raflie dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang.
YB SZMY : https://www.youtube.com/watch?v=nr8Tn80HSWg
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-11-2013
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek, 47, maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan, kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback.
Mangsa mati di tempat kejadian dan salah seorang penjenayah memakai jubah berwarna hitam.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) ..... Moga rohnya dicucuri rahmat dan tempat di kalangan orang-orang yang beriman .. Alfatihah ..Amin.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jaip maut ditembak
http://omakkau.blogspot.com, | 10 Nov 2013 |
KETUA PENOLONG PENGARAH PENGUATKUASA JAIP MAUT DITEMBAK DI HADAPAN RUMAHNYA
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek, 47, maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan, kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback.
Mangsa mati di tempat kejadian dan salah seorang penjenayah memakai jubah berwarna hitam.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) ..... Moga rohnya dicucuri rahmat dan tempat di kalangan orang-orang yang beriman .. Alfatihah ..Amin.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-11-2013
Suspek bunuh pekerja Ambank berjaya ditangkap
Harakahdaily, | 10 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Suspek bunuh pekerja Ambank dalam tragedi rompakan nekad di cawangan bank tersebut di Subang Jaya baru-baru ini berjaya diberkas polis di Johor Bharu, pagi ini, umum Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesej pesanan twitternya.
Menurut Abu Bakar, suspek tersebut ditangkap pasukan ‘Ops Cantas Bukit Aman’.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus membantu polis (dalam membanteras jenayah).
Dalam kejadian di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya 23 Oktober lalu, pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37, berada bersama suspek serta empat lagi kakitangan bank di bilik kebal untuk menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.
Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.
Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.
Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-11-2013
Siapa mengaku negara ini selamat, angkat tangan
Harakahdaily, | 09 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Kejadian merampas dan melarikan kanak-kanak berumur 20 bulan di Jalan Terasik 7, Bangsar semalam adalah kejadian yang amat mengejutkan dan satu kemalangan besar bagi Sarah Joseph, seorang ‘expat’ bahasa itu, tulis Aspan Alias.
Baginya, jika diambil semasa berada di dalam kawasan rumah sekali pun tidak boleh menjamin keselamatan manusia, di manakah tempat yang benar-benar selamat untuk kita diami.
“Kadang-kadang kita mahu juga bertanya, di manakah yang dikatakan Malaysia sebagai negara yang selamat?
“Benarkah negara kita selamat untuk melindungi rakyatnya dari kemalangan seperti yang dialami oleh Sarah Joseph ini?” tanya Aspan Alias di dalam blognya.
Baginya, jika selalunya kita mendengar kanak-kanak hilang dicuri orang, sekarang tahap jenayah telah meningkat ke tahap yang paling tidak boleh difahami lagi, iaitu merampas anak yang sedang diberi makan oleh ibunya.
Menurutnya, kejadian buruk yang di alami oleh Sarah Joseph semalam menunjukkan betapa seriusnya isu keselamatan negara sekarang ini.
Baca di sini
Baginya, jika diambil semasa berada di dalam kawasan rumah sekali pun tidak boleh menjamin keselamatan manusia, di manakah tempat yang benar-benar selamat untuk kita diami.
“Kadang-kadang kita mahu juga bertanya, di manakah yang dikatakan Malaysia sebagai negara yang selamat?
“Benarkah negara kita selamat untuk melindungi rakyatnya dari kemalangan seperti yang dialami oleh Sarah Joseph ini?” tanya Aspan Alias di dalam blognya.
Baginya, jika selalunya kita mendengar kanak-kanak hilang dicuri orang, sekarang tahap jenayah telah meningkat ke tahap yang paling tidak boleh difahami lagi, iaitu merampas anak yang sedang diberi makan oleh ibunya.
Menurutnya, kejadian buruk yang di alami oleh Sarah Joseph semalam menunjukkan betapa seriusnya isu keselamatan negara sekarang ini.
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-11-2013
Luahan staf Kawalan Prima
http://www.ekeleh.com, | 08 Nov 2013 |
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-11-2013
Norazita pesan anak tekun belajar sebelum ditembak
Asri Sapfie Selangorku, | 08 Nov 2013 |
SHAH ALAM: “Mama pesan belajar rajin-rajin dekat saya dan adik,” kata anak sulung arwah pegawai bank, Norazita Abu Talib yang ditembak pengawal keselamatan, di Ambank USJ, pada 23 Oktober lalu.
Nurisa Nabilah Irwan, 12, berkata pesan arwah ibunya masih kekal dalam ingatan dia dan adiknya, Muhammad Hazimi Irwan, 8, dan akan terus dijadikan semangat untuk cemerlang dalam pelajaran.
Nurisa yang baru sahaja tamat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), berkata kehilangan Norazita adalah satu tamparan hebat buatnya dan Hazim, namun sokongan ayah mereka, Irwan Kamaruddin, membuat mereka tabah.
Sementara itu, Irwan, 37, yang juga bekerja sebagai pemandu peribadi turut melahirkan rasa syukur atas sumbangan dan keprihatinan kerajaan negeri yang cuba membantu meringankan beban keluarga mereka.
“Segala tugasan yang selama ini dipikul arwah isteri, kini menjadi tanggungjawab saya. Kini, saya memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak saya.
“Saya berharap pihak polis segera menyelesaikan kes ini dan mencari penyelesaian supaya tidak berulang dan tidak ada lagi keluarga lain menghadapi situasi ini,” katanya.
Irwan berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini sempena sesi penyerahan sumbangan kerajaan negeri bernilai RM5,000 yang disampaikan Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan Haniza Talhah, di kediamannya, di sini, semalam.
Rodziah berkata, kerajaan negeri sedia membantu dalam bentuk guaman jika Irwan ingin membawa perkara terbabit ke mahkamah bagi tujuan saman.
“Saman ini bukan bertujuan untuk membalas dendam tetapi lebih kepada memastikan bahawa semua pihak, terutama pengurusan sesebuah syarikat lebih peka dalam pemilihan anggota keselamatan supaya kejadian seperti sama tidak berulang.
“Kita juga akan memberi bantuan dalam bentuk nasihat guaman dan peguam supaya pihak Irwan dapat penjelasan menyeluruh berkenaan kes ini,” kata Rodziah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-11-2013
Bukan 24 bulan tapi 24 tahun pegang identiti palsu
http://atsixty-zakriali.blogspot.com, | 07 Nov 2013 |
Bukan 24 hari, bukan 24 bulan tapi dah 24 tahun pegang identiti palsu.
Nampak sangat kuat tidur kakitangan yang bertanggungjawab dalam hal ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-11-2013
Intipan AS permulaan kepada penjajahan
Salmah Mat Husain, | 07 Nov 2013 |
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan menggesa kerajaan Malaysia betindak tegas terhadap dakwaan negara ini sedang diintip oleh Amerika Syarikat melalui kedutaannya di sini.
Ketuanya, Ustaz Ahmad Fadzli Shaari berkata, kerajaan Malaysia perlu memperjelaskan isu pengintipan itu yang timbul berikutan laporan akhbar berhubung dakwaan pemberi maklumat perisikan, Edward Joseph Snowden yang mendedahkan Amerika Syarikat mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaannya di Kuala Lumpur.
“Saya menyifatkan intipan seperti itu sebagai satu bentuk penjajahan baru yang amat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana negara di zaman moden ini.
“Kita bukan lagi berada di zaman Perang Dunia di mana semua isu keselamatan dipantau oleh Amerika Syarikat yang mendakwa sebagai polis dunia,”ujarnya.
Katanya lagi, di zaman moden abad ke-21 ini, amat memalukan apabila sesebuah negara berdaulat masih diintip oleh negara lain atas sebab keselamatan.
Beliau menegaskan, sejarah membuktikan bentuk penjajahan dan serangan ketenteraan yang berlaku di dalam sejarah pastinya akan dimulakan dengan proses intipan.
Kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu lagi, Jepun misalnya sebelum menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 telah memulakan proses intipan beberapa tahun sebelum itu melalui ejen-ejen yang menyamar sebagai orang awam.
“Demikian juga serangan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu beberapa bulan lepas juga dilaporkan dimulai dengan proses intipan begitu lama oleh ejen-ejen mereka yang bergerak di dalam masyarakat awam.
“Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk Amerika Syarikat melakukan sebarang kegiatan intipan sekalipun hanya intipan eletronik di negara ini,”ujarnya lagi.
Tambah beliau, selaku sebuah negara yang mempunyai kedaulatan sendiri disamping mempunyai hubungan diplomatik dengan Amerika, adalah sangat tidak wajar kegiatan seperti itu dilakukan.
Sehubungan itu, Fadzli menggesa kerajaan Malaysia melakukan tindakan yang lebih tegas selain daripada menghantar nota bantahan.
Katanya ianya termasuk juga menagguhkan serta merta rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pacific (TPPA) dengan Amerika dan juga Austraila yang dikatakan turut terlibat.
Selain itu, tegasnya lagi bantahan demi bantahan wajib disuarakan melalui Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia termasuklah menutup sementara Keduataan Amerika Syarikat jika perlu.
“Pada saya, tindakan sebegini wajib dilakukan demi menjamin kedaulatan negara tidak sewenang-wenangnya dicabul oleh negara asing,”ujarnya.

Gani Patail, Najib bakal kepanasan tak lama lagi?
Harakahdaily, | 06 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Berikutan pendedahan sebuah portal berita mengenai bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporkan sedang memberi tekanan kepada Peguam Negara, Gani Patail dengan memanggil bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan, Shafie Abdullah ke rumahnya untuk berbincang isu itu beberapa bulan lalu, penjelasan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu pastinya sedang ditunggu-tunggu sekarang ini.
Demikian tulisan Shahbudin Husin menerusi blognya.
Menurutnya, selain agen CIA yang didakwa berada di pejabat Peguam Negara, isu salah laku Gani dan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dilaporkan turut menjadi topik perbincangan.
Tambahan pula, ujar beliau isu adanya pengintip CIA bertugas di pejabat Peguam Negara ini timbul hampir bertepatan dengan tersebarnya berita bahawa Amerika Syarikat telah melakukan pengintipan di beberapa negara, termasuk Malaysia.
“Secara langsung ini bukan saja memberi tekanan kepada Gani Patail, tetapi kepada Perdana Menteri, Najib Razak juga,” tulisnya lagi.
Baca lagi
Demikian tulisan Shahbudin Husin menerusi blognya.
Menurutnya, selain agen CIA yang didakwa berada di pejabat Peguam Negara, isu salah laku Gani dan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dilaporkan turut menjadi topik perbincangan.
Tambahan pula, ujar beliau isu adanya pengintip CIA bertugas di pejabat Peguam Negara ini timbul hampir bertepatan dengan tersebarnya berita bahawa Amerika Syarikat telah melakukan pengintipan di beberapa negara, termasuk Malaysia.
“Secara langsung ini bukan saja memberi tekanan kepada Gani Patail, tetapi kepada Perdana Menteri, Najib Razak juga,” tulisnya lagi.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-11-2013
ISU NEGARA DIINTIP AS & AUSTRALIA:
YB MHM & DMO : https://www.youtube.com/watch?v=xykoijeDfAc
1,000 hilang kerja syarikat keselamatan digantung
Bekas pekerja, |
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang rompakan bersenjata yang dilakukan pengawal keselamatan di salah sebuah bank di ibu negara. Akibat daripada peristiwa tersebut syarikat kawalan keselamatan tersebut telah ditamatkan lesen oleh pihak Kementerian Dalam Negeri berkuat kuasa 31 Oktober 2013.
Saya salah seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan tersebut telah kehilangan kerja akibat tindakan KDN itu. Tidak adakah rasa belas kasihan pihak kementerian?
Sebelum ini banyak peristiwa-peristiwa seumpama yang berlaku tetapi tidaklah sampai menarik balik lesen syarikat tersebut.
Akibatnya hampir 1,000 orang telah kehilangan kerja. Bagaimana nasib kami dan apakah dosa kami.
Bukankah kementerian boleh memberi amaran terlebih dahulu dan memberi peluang?
Di dalam hal ini tidaklah patut menyalahkan pihak syarikat kami semata-mata. Memang pihak syarikat terlepas pandang isu pengambilan pekerja dan peraturan-peraturan berkaitan. Tetapi bagai mana orang asing sewenang-wenangnya memiliki IC (MyKad) palsu.
Adakah pihak KDN terlepas pandang juga ataupun mereka terlibat di dalam isu pemberian IC di Sabah? Adakah pihak kami disalahkan dan dijadikan kambing hitam?
Sekarang kami terpaksa mencari pekerjaan baru di dalam keadaan barang harian yang semakin meningkat, lebih kesian kepada kawan-kawan kaum India yang akan menyambut Deepavali.
Nampaknya ‘slogan rakyat didahulukan’ hanya retorik semata-mata. Nampaknya sistem negara telah menggredkan manusia golongan atas akan dibela tapi kelas bawahan macam kami tidak akan dipandang pun. Inilah Malaysia.
Saya salah seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan tersebut telah kehilangan kerja akibat tindakan KDN itu. Tidak adakah rasa belas kasihan pihak kementerian?
Sebelum ini banyak peristiwa-peristiwa seumpama yang berlaku tetapi tidaklah sampai menarik balik lesen syarikat tersebut.
Akibatnya hampir 1,000 orang telah kehilangan kerja. Bagaimana nasib kami dan apakah dosa kami.
Bukankah kementerian boleh memberi amaran terlebih dahulu dan memberi peluang?
Di dalam hal ini tidaklah patut menyalahkan pihak syarikat kami semata-mata. Memang pihak syarikat terlepas pandang isu pengambilan pekerja dan peraturan-peraturan berkaitan. Tetapi bagai mana orang asing sewenang-wenangnya memiliki IC (MyKad) palsu.
Adakah pihak KDN terlepas pandang juga ataupun mereka terlibat di dalam isu pemberian IC di Sabah? Adakah pihak kami disalahkan dan dijadikan kambing hitam?
Sekarang kami terpaksa mencari pekerjaan baru di dalam keadaan barang harian yang semakin meningkat, lebih kesian kepada kawan-kawan kaum India yang akan menyambut Deepavali.
Nampaknya ‘slogan rakyat didahulukan’ hanya retorik semata-mata. Nampaknya sistem negara telah menggredkan manusia golongan atas akan dibela tapi kelas bawahan macam kami tidak akan dipandang pun. Inilah Malaysia.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-11-2013
Rakyat makin gusar 111,020 kes jenayah indeks
Harakahdaily, | 31 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Dengan jumlah 111,020 kes jenayah indeks yang direkodkan sepanjang Januari hingga September 2013 ianya adalah angka yang menggerunkan sesiapa sahaja.
Daripada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu bererti rakyat tempatan lebih agresif, ganas dan kejam berbanding warga asing.
“Warga tempatan perlu lebih berhati-hati, gusar dan gerun dengan ‘saudara’ mereka sendiri kerana penjenayah sebenar majoritinya adalah warga tempatan,” ujar Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan.
Beliau menyatakan sebagai respos kepada kenyataan Zahid bahawa kadar jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing hanyalah 10 hingga 15 peratus bukanlah sesuatu yang boleh melegakan kebimbangan rakyat di negara ini.
Menurut kata menteri itu, peratusan besar jenayah dilakukan oleh penduduk tempatan.
Jika demikian, kata Suhaimi mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada penguatkuasaan dan undang-undang di negara ini.
Katanya, rakyat sudah tidak gentar dengan sebarang hukuman atau undang-undang yang ditetapkan dan mereka rela ditembak mati, diburu atau ditangkap kerana aksi jenayah mereka.
Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bersetuju semua pihak perlu berganding bahu memberikan pandangan, input dan buah fikiran agar jenayah dijadikan musuh nombor satu negara.
Menurutnya, daripada sistem pendidikan, penguatkuasaan, undang-undang, pencegahan, kempen kesedaran, kajian dan perbincangan, sesuatu perlu dilakukan segera dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan.
Tambahnya, kesempitan hidup, penyakit jiwa, kemurungan, kurang pendidikan agama, konflik keluarga, pergaulan bebas dan lain-lain adalah sebahagian faktor jenayah semakin berleluasa.
Justeru, kata beliau mengenali punca tersebut perlu diselarikan dengan jalan penyelesaian yang jitu agar jenayah semakin berkurangan dan mampu dicegah dalam tempoh beberapa tahun mendatang.
“Pastinya, ramai menginginkan agar Malaysia menjadi bebas jenayah. Selain sasaran menjadi negara maju, negara bebas atau kurang jenayah perlu dijadikan agenda utama,” ujarnya lagi.
Tambah beliau, tidak ada gunanya negara melangkah ke era kemodenan dengan pelbagai rekod kemajuan dicatat namun menjadi penyumbang terbesar kepada jenayah.
Sebaliknya, kata Suhaimi rakyat dan negara lebih bahagia hidup dalam negara yang sejahtera dan sentosa dengan keamanan dan kestabilan tanpa jenayah.
“Alangkah indahnya hidup jika rakyat di negara ini semakin mengenali erti kemanusiaan serta menghormati nilai dan hak insan lain tanpa melakukan jenayah,” katanya.

Sumber HD - 31-10-2013
Adakah MyKad palsu ada kaitan PRU13?
Harakahdaily, | 28 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan langkah kerajaan mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil tindakan segera memastikan semua pengawal keselamatan di lebih 600 syarikat kawalan keselamatan mengesahkan MyKad pengawal keselamatan masing-masing.
Ia berikutan kes pembunuhan seorang pengurus bank di ibu negara yang dilakukan oleh seorang pengawal bank yang menggunakan kad pengenalan palsu.
“Lebih dari itu, DPPM mendesak supaya kesemua syarikat keselamatan di negara ini mengesahkan pekerja mereka dengan mengenalpasti latar belakang, rekod perkhidmatan sebelum ini, keluarga dan lain-lain,” ujar ketua Penerangan DPPM, Dr Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Berikut adalah kenyataan beliau.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan langkah kerajaan mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil tindakan segera memastikan semua pengawal keselamatan di lebih 600 syarikat kawalan keselamatan mengesahkan MyKad pengawal keselamatan masing-masing.

Lebih dari itu, DPPM mendesak supaya kesemua syarikat keselamatan di negara ini mengesahkan pekerja mereka dengan mengenalpasti latar belakang, rekod perkhidmatan sebelum ini, keluarga dan lain-lain.
DPPM tidak boleh menerima mana-mana syarikat menerima pekerja secara ‘tangkap muat’ tanpa diketahui rekod dan latar belakang pekerjanya sehingga pekerja mereka melakukan jenayah di luar pengetahuan majikannya.
DPPM menganggap kejadian jenayah terbabit amat serius dan memerlukan siasatan rapi. Suspek perlu ditangkap segera bagi mengelakkan kejadian jenayah lain yang lebih serius berlaku di tempat lain.
Namun begitu, DPPM menganggap pemilikan kad pengenalan palsu oleh suspek lebih serius dari jenayah yang dilakukannya.
DPPM merasa kesal bagaimana syarikat terbabit tidak boleh mengenalpasti kesahihan kad pengenalan suspek terlebih awal sebelum diambil bekerja.
Kejadian jenayah yang dilakukan oleh suspek membuka maklumat bahawa ada segelintir rakyat Malaysia memiliki MyKad palsu dan merasa bebas melakukan jenayah kerana rekod mereka tidak diketahui atau dikenalpasti.
Ini juga menandakan sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu sudah beroperasi dan berleluasa di negara ini.
Mungkinkah terdapat ramai lagi golongan penjenayah berlegar-legar dalam negara ini dengan memiliki MyKad palsu seperti suspek?
Apakah ini juga menandakan terdapatnya sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu bertujuan untuk gerak kerja pilihanraya umum ke 13 tempoh hari?
Persoalan ini perlu disiasat dengan menyeluruh dan JPN perlu bertanggungjawab sekiranya perkara tersebut ada kaitannya.
DPPM mendesak supaya sindiket pengeluaran Mykad palsu segera ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan. Ia tidak boleh dibiarkan kerana ia faktor penyumbang jenayah berlaku di negara ini.
Akhirnya, DPPM juga mendesak kerajaan melakukan operasi menjejak pemilik Mykad palsu secara bersepadu dan menyeluruh.
Ia melibatkan semua agensi dan pasukan keselamatan dan beroperasi di seluruh negara.
Biar kerajaan dan rakyat berpenat membanteras sindiket ini daripada membiarkan penjenayah bermaharajalela melakukan aksi jenayah mereka tanpa dikesan identiti mereka kerana menggunakan Mykad palsu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjigYSjcQ7rHQUcbqTvHrMOKMSObJoSeBGHRb-M9Pl8Gei5r9KnWMRepYsYZkPRAJ_nqyxg0C1jc_icRE_5KwpD0tH7-OdW92Blsa2acwAHenwqlJtK3ioBky-6XP2_m8cs8VBLxT0bG90/s400/suspek.jpg
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-10-2013
Jenayah dah macam filem koboi
Syed Abdullah Syed Osman , |
Nampaknya rakyat Malaysia mesti menghadapi dugaan dan terpaksa mengharungi semuanya itu jika ingin teruskan hidup. Mahu tidak mahu kena nekad menempuhnya.
Apabila kita keluar sahaja dari, rumah bermakna kita akan menghadapi berbagai risiko yang membahayakan diri.
Pertama apabila kita terlibat dengan kemalangan jalan raya. Walaupun kita membawa kereta dengan cermat tetapi disebabkan pemandu lain yang tidak berkhemah dan tidak bertanggungjawab itu terbabas atau melanggar kereta kita – kita turut menjadi mangsa. Tidak cukup dengan itu apabila berlaku sesuatu kemalangan pun ada juga jenis manusia yang mengambil kesempatan yang mencuri barang berharga mangsa termasuk beg duit yang mangsa bawa bersama. Itu belum lagi adanya sindiket sengaja melanggar keenderaan dan apabila kita keluar dari kereta kita dirompak pula.
Kedua, kita berhadapan dengan risiko rompakan dan ragut barangan walaupun kita berhati-hati tetapi jenayah ini tetap berlaku. Peragut yang kejam itu akan meragut hingga tergamak menendang atau mencederakan mangsa walaupun mereka telah dapat apa yang mereka idamkan.
Ketiga, rasanya kita saperti berada didalam filem klasik 'cowboy' atau filem gengstar Mafia pula apabila sedang duduk sedap bersantai berbual dengan kawan di restoran mamak atau gerai tiba-tiba ada orang menembak ke arah kita tanpa sebab. Yang menyedihkan sasaran bukanlah kepada kita tetapi muka kita ada iras-iras yang hendak dibunuh itu oleh pembunuh umpahan maka kita jadi mangsa tanpa sebab.
Keempat, penculikan terutama sekali kanak-kanak begitu menakutkan. Jikia kita lalai sedikit ketika membawa anak-anak berjalan-jalan, bersantai atau sedang membeli belah boleh mengundangkan padah.
Kelima kecurian keenderaan terutama sekali kereta dan motosikal begitu menjadi-jadi hinggakan ada yang meletakkan keenderaan mereka di perkarangan rumah pun boleh lesap keesokan harinya.
Keenam,apabila kita keluar dari rumah kita juga terdedah dengan sindiket ilmu pukau walaupun ada yang tidak begitu percaya tetapi apabila sudah terkena barulah tersedar duit di dalam bank dan barang kemas boleh lesap kesemuanya dalam sekelip mata sahaja saperti pertunjukan silap mata pula. Apabila terkena pukau bukan sahaja barang yang hilang tetapi kalau silap haribulan maruah diri pun boleh hilang juga apabila dirogol secara 'rela paksa'.
Akhir sekali sekarang ini bukan sahaja bahang bahaya diluar rumah tetapi di dalam rumah kita sendiri pun sudah rasa tidak begitu selamat lagi apabila perompak dapat masuk ke dalam rumah dengan mengugut seisi rumah untuk menyerahkan segala barangan berharga. Ada juga perompak yang ganas mencederakan dahulu mangsa sebelum betanyakan harta benda di mana disimpankan.
Yang tidak sedapnya ialah ada pendatang asing yang datang ke negara ini semata-mata untuk berkerja sebagai peompak dan penyamun profesional dan apabila sudah cukup pendapatan rompakan mereka itu mereka akan kembali kenegara asal mereka. Mengapa mudahnya mereka masuk ke negara ini untuk merompak sedangkan di negara-negara lain tidak pula mereka berani sebegitu rupa?
Bajet Belanjawan Negara 2014 telah memperuntukkan berbilion-bilon ringgit semata-mata untuk pasukan Keselamatan bagi mengatasi jenayah yang semakin meruncingkan dinegara kita ini. Tetapi jika sekiranya jenayah masih tidak dapat ditangani dan bertambah buruk lagi sebaik-baiknya kita laksanakanlah Kanun Jenayah Syariah - kerana hanya hukum Islam sahaja yang paling tepat dan berkesan untuk mengatasi segala kemelut yang kita hadapi. Hal ini kerana Allah memberi jaminan jika kita ikut peraturan dan ajaran Islam sepenuhnya maka perlindungan Allah akan terserlah.

Sumber HD - 26-10-2013
Dedah syarikat keselamatan pengawal bunuh pegawai bank
Harakahdaily, | 25 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mendedahkan nama syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di USJ Subang, kelmarin.
“Tidak wajar untuk KDN dengan sekadar mengisytiharkan bahawa syarikat tersebut telah digantung lesen,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, banyak persoalan yang timbul daripada prosedur menggaji pengawai keselamatan itu.
Antaranya, kata beliau bagaimana pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mendedahkan nama syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di USJ Subang, Rabu lalu.
Tidak wajar untuk KDN dengan sekadar mengisytiharkan bahawa syarikat tersebut telah digantung lesen.
Banyak persoalan yang timbul daripada prosedur menggaji pengawai keselamatan itu, antaranya bagaimana pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu.
Berapa lagi orang yang memiliki IC palsu di negara ini – ini di bawah tanggungjawab KDN untuk menjawab kepada rakyat.
Kedua, bagaimana penjenayah ini dapat diterima kerja dengan IC palsu?
Apakah syarikat keselamatan berkenaan tidak tahu menyemak maklumat pekerja yang digajinya dengan Jabatan Pendaftaran Negara?
Bagaimana bayaran gaji dan KWSP dibuat? Apakah penjenayah itu mempunyai akaun KWSP?
Ketiga, yang paling membimbangkan ialah orang yang memiliki IC palsu ini diberikan kuasa dan kebenaran untuk memegang senjata api. Ini satu kejutan bagi rakyat Malaysia tatkala kejadian menembak masih menjadi-jadi.
Apakah rasional KDN untuk merahsiakan nama syarikat terbabit yang kini jelas menjadi satu ancaman kepada keselamatan rakyat kerana kecuaiannya?
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN, Datuk Alwi Ibrahim berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.
Katanya, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit.
Persoalannya apakah audit ini dilakukan berkala atau selepas kejadian berlaku.
Sekiranya audit ini dilakukan dengan konsisten, sudah tentu KDN dapat mengesan lebih awal pegawai-pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu telah digaji oleh syarikat-syarikat keselamatan.
KDN juga harus menyemak apakah ada senjata api yang hilang daripada syarikat-syarikat keselamatan ini sebagaimana anggota polis hilang senjatanya di dalam tandas dan di dalam kereta kerana terlupa dan dirompak.
Sebagai langkah permulaan untuk menunjukkan KDN serius menangani masalah ini, PAS mengesyorkan agar KDN mendedahkan nama syarikat terbabit sebagai amaran kepada syarikat-syarikat keselamatan yang lain untuk mematuhi peraturan yang sedia ada.
“Tidak wajar untuk KDN dengan sekadar mengisytiharkan bahawa syarikat tersebut telah digantung lesen,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, banyak persoalan yang timbul daripada prosedur menggaji pengawai keselamatan itu.
Antaranya, kata beliau bagaimana pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mendedahkan nama syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di USJ Subang, Rabu lalu.
Tidak wajar untuk KDN dengan sekadar mengisytiharkan bahawa syarikat tersebut telah digantung lesen.
Banyak persoalan yang timbul daripada prosedur menggaji pengawai keselamatan itu, antaranya bagaimana pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu.
Berapa lagi orang yang memiliki IC palsu di negara ini – ini di bawah tanggungjawab KDN untuk menjawab kepada rakyat.
Kedua, bagaimana penjenayah ini dapat diterima kerja dengan IC palsu?
Apakah syarikat keselamatan berkenaan tidak tahu menyemak maklumat pekerja yang digajinya dengan Jabatan Pendaftaran Negara?
Bagaimana bayaran gaji dan KWSP dibuat? Apakah penjenayah itu mempunyai akaun KWSP?
Ketiga, yang paling membimbangkan ialah orang yang memiliki IC palsu ini diberikan kuasa dan kebenaran untuk memegang senjata api. Ini satu kejutan bagi rakyat Malaysia tatkala kejadian menembak masih menjadi-jadi.
Apakah rasional KDN untuk merahsiakan nama syarikat terbabit yang kini jelas menjadi satu ancaman kepada keselamatan rakyat kerana kecuaiannya?
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN, Datuk Alwi Ibrahim berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.
Katanya, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit.
Persoalannya apakah audit ini dilakukan berkala atau selepas kejadian berlaku.
Sekiranya audit ini dilakukan dengan konsisten, sudah tentu KDN dapat mengesan lebih awal pegawai-pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu telah digaji oleh syarikat-syarikat keselamatan.
KDN juga harus menyemak apakah ada senjata api yang hilang daripada syarikat-syarikat keselamatan ini sebagaimana anggota polis hilang senjatanya di dalam tandas dan di dalam kereta kerana terlupa dan dirompak.
Sebagai langkah permulaan untuk menunjukkan KDN serius menangani masalah ini, PAS mengesyorkan agar KDN mendedahkan nama syarikat terbabit sebagai amaran kepada syarikat-syarikat keselamatan yang lain untuk mematuhi peraturan yang sedia ada.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-10-2013
30,000 jaga haram, Lembah Klang sudah tidak selamat
http://sisibukit.blogspot.com, | 24 Okt 2013 |
Rentetan seorang Pegawai Bank mati ditembak oleh Pengawal Keselamatan ,Lembah Klang juga dilaporkan mempunyai 30,000 jaga haram. (kes pegawai bank mati ditembak)"Tembakan dari jaga yang tak diketahui identiti itu mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," "Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod. |
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-10-2013
KPN tidak profesional, macam pemimpin Umno
Harakahdaily, | 15 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Cabaran yang dibuat Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mencabar Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran supaya turut menyertai operasi pasukan polis untuk menggempur penjenayah berbahaya adalah suatu tindakan yang tidak profesional dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bertaraf Ketua Polis Negara (KPN).
“Sebagai seorang penjawat awam, Khalid seharusnya bersikap matang dan terbuka terhadap sebarang kritikan yang dibuat ke atas pasukan polis yang berada di bawah kendaliannya,” ujar Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi dalam satu kenyataan.
.
Katanya, adalah menjadi tanggungjawab seorang Ahli Parlimen seperti Surendran untuk membangkitkan isu yang berkait dengan kepentingan umum apatah lagi yang membabitkan soal nyawa dan keselamatan rakyat.
“Dalam hal ini, kami tidak langsung mempersoalkan tugas hakiki polis menjaga keselamatan negara. Tetapi apabila Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas PDRM iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyebut dengan jelas bahawa polis akan mengamalkan polisi menembak terlebih dahulu (shoot first) terhadap suspek penjenayah.
“Ini adalah suatu yang perkara yang menakutkan dan turut memungkinkan mereka yang tidak bersalah akan menjadi mangsa di hujung senjata pasukan polis,” katanya lagi.
Maka, menurut beliau rakyat Malaysia apatah lagi seorang Ahli Parlimen berhak untuk mempersoalkan ‘arahan’ yang diberi Menteri Dalam Negeri tersebut.
Tambahan pula, jelasnya Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutan memperuntukkan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh diambil nyawanya dan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
Beliau menjelaskan, polisi shoot first, investigate later yang dilaungkan Menteri Dalam Negeri adalah sangat bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi negara.
Oleh yang demikian, katanya Ketua Polis Negara tidak perlu ‘melompat’ dengan membuat cabaran kebudak-budakan seperti itu.
Katanya, kebimbangan rakyat yang disuarakan Surendran sewajibnya ditangani dengan professional dan matang.
Tambahnya, tindakan Khalid itu sebenarnya saling tak tumpah dengan perangai tidak matang pemimpin-pemimpin Umno setiap kali mereka berdepan dengan kritikan dan persoalan rakyat.
“Tak lama dulu ada menteri dari Umno yang mencabar rakyat yang tidak setuju dengan sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia supaya berhijrah ke negara lain,” ujarnya.
Penyakit yang sama, katanya nampaknya berjangkit pula dengan Ketua Polis Negara.
“Namun kita harus sedar menteri tersebut adalah ahli politik, tapi Tan Sri Khalid adalah penjawat awam yang sepatutnya berfikir dan bertindak melangkaui soal politik,” katanya.
Justeru, kata beliau Juham dengan ini mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri dan juga cabaran yang dibuat oleh Ketua Polis Negara terhadap Surendran.
Katanya lagi, kerajaan dan PDRM khususnya, harus lebih professional dan mendengar apa yang dibimbangi rakyat.
Beliau menambah, PDRM tidak perlu bersikap seperti ahli-ahli politik Umno agar PDRM benar-benar menjadi sebuah pasukan polis yang dihormati rakyat, efektif dan meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan.
“Sebagai seorang penjawat awam, Khalid seharusnya bersikap matang dan terbuka terhadap sebarang kritikan yang dibuat ke atas pasukan polis yang berada di bawah kendaliannya,” ujar Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi dalam satu kenyataan.
.
Katanya, adalah menjadi tanggungjawab seorang Ahli Parlimen seperti Surendran untuk membangkitkan isu yang berkait dengan kepentingan umum apatah lagi yang membabitkan soal nyawa dan keselamatan rakyat.
“Dalam hal ini, kami tidak langsung mempersoalkan tugas hakiki polis menjaga keselamatan negara. Tetapi apabila Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas PDRM iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyebut dengan jelas bahawa polis akan mengamalkan polisi menembak terlebih dahulu (shoot first) terhadap suspek penjenayah.
“Ini adalah suatu yang perkara yang menakutkan dan turut memungkinkan mereka yang tidak bersalah akan menjadi mangsa di hujung senjata pasukan polis,” katanya lagi.
Maka, menurut beliau rakyat Malaysia apatah lagi seorang Ahli Parlimen berhak untuk mempersoalkan ‘arahan’ yang diberi Menteri Dalam Negeri tersebut.
Tambahan pula, jelasnya Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutan memperuntukkan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh diambil nyawanya dan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
Beliau menjelaskan, polisi shoot first, investigate later yang dilaungkan Menteri Dalam Negeri adalah sangat bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi negara.
Oleh yang demikian, katanya Ketua Polis Negara tidak perlu ‘melompat’ dengan membuat cabaran kebudak-budakan seperti itu.
Katanya, kebimbangan rakyat yang disuarakan Surendran sewajibnya ditangani dengan professional dan matang.
Tambahnya, tindakan Khalid itu sebenarnya saling tak tumpah dengan perangai tidak matang pemimpin-pemimpin Umno setiap kali mereka berdepan dengan kritikan dan persoalan rakyat.
“Tak lama dulu ada menteri dari Umno yang mencabar rakyat yang tidak setuju dengan sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia supaya berhijrah ke negara lain,” ujarnya.
Penyakit yang sama, katanya nampaknya berjangkit pula dengan Ketua Polis Negara.
“Namun kita harus sedar menteri tersebut adalah ahli politik, tapi Tan Sri Khalid adalah penjawat awam yang sepatutnya berfikir dan bertindak melangkaui soal politik,” katanya.
Justeru, kata beliau Juham dengan ini mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri dan juga cabaran yang dibuat oleh Ketua Polis Negara terhadap Surendran.
Katanya lagi, kerajaan dan PDRM khususnya, harus lebih professional dan mendengar apa yang dibimbangi rakyat.
Beliau menambah, PDRM tidak perlu bersikap seperti ahli-ahli politik Umno agar PDRM benar-benar menjadi sebuah pasukan polis yang dihormati rakyat, efektif dan meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-10-2013
Senarai kes tembak sepanjang tahun ini
http://www.queachmad.com, | 12 Okt 2013 |
Senarai Kes Tembak Sepanjang Tahun Ini | [EKSKLUSIF] HIMPUNAN Kes-Kes Tembak | Disini Abe himpunkan Senarai Kes-Kes tembak sepanjang tahun ni
baca lagi & lagi senarai, klik TAJUK ENTRI ni
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tahan-seorang-lelaki-bantu-siasatan-kes-tembak-1.47708
Kes Tembak Terbaru :-
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-10-2013
Kenapa Zahid Hamidi terlalu emosional?
Shahbudin Husin, | 06 Okt 2013 |
Sejak timbulnya isu berkenaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan kemudian laporan audit yang mengaitkan wujudnya beberapa kelemahan dalam agensi Kementerian Dalam Negeri, Zahid Hamidi menjadi menteri yang paling kacau dan tidak tenteram jiwanya. Tindakan dan gelagatnya beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur dan hanya mahu berita yang baik-baik saja mengenai diri dan kementeriannya.
Melihatkan gelagatnya dalam video yang kini tersebar luas di blog dan media sosial bagaimana beliau begitu emosi dengan wartawan sebuah portal berita yang tidak disenanginya kerana didakwa sering memutarbelitkan kenyataan dan memberi laporan tidak baik mengenai kementeriannya, pasti ada yang menggeleng kepala dan mempertikaikan kematangannya sebagai seorang pemimpin.
Dalam video itu terlihat bagaimana Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berulangkali meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap portal berita berkenaan, bahkan mempertikaikan bagaimana wartawan berkenaan boleh dijemput dan hadir di majlis yang diadakannya. Lebih dari itu, Zahid juga tidak membenarkan wartawan berkenaan bertanya soalan kepadanya dan di akhir majlis pula beliau sekali lagi memberi amaran dan tidak mahu bersalam dengan wartawan berkenaan.
Sebagai pemimpin yang sepatutnya tahu peranan media menyebarkan maklumat kepada orangramai, tindakan Zahid dilihat agak keterlaluan dan tidak matang. Kalau pun beliau ingin menunjukkan ketegasan dan keberanian serta tidak mahu dibayangi Menteri Dalam Negeri terdahulu yang asyik memberi amaran tetapi tiada tindakan, tentulah bukan begitu caranya.
Media mempunyai peranannya yang tersendiri kepada masyarakat dan mereka seharusnya dilayan dengan baik dan sopan. Anggap saja kehadiran mereka sebagai tetamu. Jika tidak, maklumkan daripada awal bahawa sidang akhbarnya itu hanya untuk media tertentu saja dan selainnya diminta meninggalkan majlis dengan baik.
Jika laporan portal berita berkenaan didakwa sering memutar-belit kenyataan dan memberi laporan tidak tepat, Zahid bukan saja boleh membetulkannya, bahkan boleh saja mengambil tindakan mahkamah dan menuntut gantirugi sebagaimana sebuah akhbar arus perdana yang sering disaman dan terpaksa membayar banyak gantirugi kerana laporannya yang salah dan tidak tepat.
Namun, portal berita yang didakwa Zahid sering memutar-belit kenyataan itu, tidak pula kedengaran pernah disaman oleh mana-mana pihak sebelum ini.
Dalam majlis lain di Melaka hari ini pula, kerana menyedari ucapannya di majlis tertutup turut dihadiri wartawan, beliau turut melontarkan amaran agar tidak menyiarkan ucapannya berhubung isu keselamatan atau berhadapan dengan kemungkinan syarikat akhbar yang berbuat demikian ditutup.
Ramai juga pemimpin lain yang mengadakab majlis tertutup, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, dan tidak mahu maklumat dalam majlis itu disiarkan tetapi tidak pernah pula ada yang sampai memberi amaran mahu menutup akhbar yang menyiarkannya. Biasanya permintaan dibuat dengan baik supaya akhbar tidak menyiarkannya dan memaklumkan ianya adalah perjumpaan tertutup. Dan media tiada masalah untuk mematuhinya.
Apa perlunya sampai mahu menunjuk-nunjuk kuasa menutup syarikat akhbar?
Zahid adalah antara pemimpin yang dirasakan mempunyai masa depan yang cerah. Dalam pemilihan 19 Oktober ini, beliau dijangka tiada masalah mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya. Sesetengah penyokong meramalkan beliau bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ada juga yang meramalkan bakal Perdana Menteri suatu hari nanti. Tidak ada salahnya bagi penyokongnya meramalkan demikian, bahkan tidak ada salahnya juga jika Zahid turut menyimpan cita-cita sedemikian.
Tetapi untuk berada di kedudukan yang lebih tinggi, Zahid juga perlulah menunjukkan wataknya yang sesuai. Lihat sahaja Najib, Muhyiddin atau Mahathir misalnya, walaupun mereka juga dikririk teruk oleh media namun tidak pernah sesekali mereka menunjukkan sikap emosional yang berlebih-lebihan. Semua pemimpin berkenaan menghadapi media, sama ada yang menyokong atau yang kerap mengkritik, dengan cara yang matang, berhemah dan penuh budi bahasa.
Kalaulah mahu dibandingkan dengan Menteri-Menteri Dalam Negeri terdahulu yang sering dianggap mempunyai wibawa dan ketegasan tersendiri seperti Tun Dr Ismail, Ghazali Shafie atau Musa Hitam, mereka juga tidak pernah sama sekali menunjukkan sikap yang keterlaluan dalam menangani karenah media.
Sebagai pemimpin, seseorang itu perlulah menunjukkan sikap yang berbeza dengan orang kebanyakan yang mudah emosional, marah atau menunjuk-nunjuk, sebaliknya kematangan dan kedewasaan dalam menangani situasi sukar itulah yang membezakan seseorang pemimpin itu itu dengan rakyat yang dipimpinnya.
Banyak lagi luahan sikap yang tidak sewajarnya dipamerkan Zahid sejak menjadi Menteri Dalam Negeri ini. Jika dulu rakyat resah dengan menterinya yang asyik memberi amaran tetapi tiada tindakan, tetapi sekarang ini rakyat turut resah kerana Zahid seolah-olah menteri yang terlebih amaran dan tidak sabar-sabar mahu menggunakan kuasa yang ada padanya.
Meskipun ramai yang memahami perlakuan Zahid ini lebih untuk memancing perhatian perwakilan UMNO menjelang pemilihan parti 19 Oktober ini, namun berpada-padalah. Tindakan yang berlebih-lebihan atau "over do" boleh juga memakan dirinya sendiri.
Terutama ketika berhadapan dengan media dan jika ingin terus menyimpan cita-cita sebagai penimpin masa depan, sikap emosional itu hendaklah ditangani dengan baik. Jika tidak, cita-cita itu hanya tinggal angan-angan saja. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Sumber HD - 6-10-2013
Insiden isteri Mat Yo, penjelasan Azman
Muhammad Faizal, | 27 Sep 2013 |
SUBANG JAYA: Nama Azman Mohd Nayan tiba-tiba menjadi popular sejurus tersebarnya insiden pertengkaran antara beliau dengan isteri Norshahrul Idlan Talaha di laman sosial dan Youtube sejak Selasa lalu.
Azman, 49, seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) menjadi individu terbaru yang menjadi topik perbualan di laman sosial ekoran rakaman itu.
Dalam rakaman video selama 54 saat itu, Siti Aisya Adam iaitu isteri Nor Shahrul dirakam sedang berperang mulut dengan Azman.
Rakaman itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang dilihat menyaksikan pertengkaran itu.
Ketika ditemui Harakahdaily hari ini, Azman berkata beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang pengawal dan tiada niat langsung untuk berbalah dengan sesiapa.
"Ikut pada masa berlaku itu memang rasa nak hilang sabar, tapi fikir sebab saya menjalankan tugas, maka saya buat yang terbaik, saya cakap baik-baik," katanya.
Mengimbas kembali insiden itu, Azman berkata beliau paling sedih apabila dikatakan beliau akan disaman oleh pihak terbabit.
"Bila saya kena macam itu dan kata nak saman saya, saya sedih dan termenung, saya bukan orang senang, nak bayar dengan apa," katanya.
Menurut Azman yang berkerja di sini baru 10 bulan, beliau hanya mengetahui video tersebut selepas diberitahu oleh anaknya.
Tidak lama selepas itu katanya, ramai yang datang menyatakan simpati dan memberikan semangat kepadanya.
Ianya termasuk tawaran guaman percuma dari peguam-peguam yang bersimpati terhadapnya.
"Saya terharu dan sedih, ramai yang menyokong tindakan saya malah pihak majikan sentiasa bersama saya dalam hal ini," ujarnya.
Tambahnya, selain itu ada juga yang datang ke lapangan terbang tersebut mencarinya semata-mata untuk bergambar kenangan.
"Kepada orang di luar, kita kena kerjasama, jangan pandang hina kami yang bekerja seperti ini.
"Jangan menjatuhkan martabat kami, kami menjalan tugas untuk kesenangan semua, hormatilah kami sebagai pengawal," tegasnya.
Azman Mohd Nayan : http://www.youtube.com/watch?v=Rb5ZPwEDTZs&feature=youtu.be
Azman, 49, seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) menjadi individu terbaru yang menjadi topik perbualan di laman sosial ekoran rakaman itu.
Dalam rakaman video selama 54 saat itu, Siti Aisya Adam iaitu isteri Nor Shahrul dirakam sedang berperang mulut dengan Azman.
Rakaman itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang dilihat menyaksikan pertengkaran itu.
Ketika ditemui Harakahdaily hari ini, Azman berkata beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang pengawal dan tiada niat langsung untuk berbalah dengan sesiapa.
"Ikut pada masa berlaku itu memang rasa nak hilang sabar, tapi fikir sebab saya menjalankan tugas, maka saya buat yang terbaik, saya cakap baik-baik," katanya.
Mengimbas kembali insiden itu, Azman berkata beliau paling sedih apabila dikatakan beliau akan disaman oleh pihak terbabit.
"Bila saya kena macam itu dan kata nak saman saya, saya sedih dan termenung, saya bukan orang senang, nak bayar dengan apa," katanya.
Menurut Azman yang berkerja di sini baru 10 bulan, beliau hanya mengetahui video tersebut selepas diberitahu oleh anaknya.
Tidak lama selepas itu katanya, ramai yang datang menyatakan simpati dan memberikan semangat kepadanya.
Ianya termasuk tawaran guaman percuma dari peguam-peguam yang bersimpati terhadapnya.
"Saya terharu dan sedih, ramai yang menyokong tindakan saya malah pihak majikan sentiasa bersama saya dalam hal ini," ujarnya.
Tambahnya, selain itu ada juga yang datang ke lapangan terbang tersebut mencarinya semata-mata untuk bergambar kenangan.
"Kepada orang di luar, kita kena kerjasama, jangan pandang hina kami yang bekerja seperti ini.
"Jangan menjatuhkan martabat kami, kami menjalan tugas untuk kesenangan semua, hormatilah kami sebagai pengawal," tegasnya.
Azman Mohd Nayan : http://www.youtube.com/watch?v=Rb5ZPwEDTZs&feature=youtu.be
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-9-2013
Meminta bantuan orang ramai
http://tukartiub.blogspot.com, | 24 Sep 2013 |
MEMINTA BANTUAN
ORANG RAMAI
sesiapa ternampak
adik manja ini
sila hubungi rumah pasong terdekat
atau
sila talipon
019-332-26-17
012-243-54-64
019-600-26-17
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-9-2013
Betul-betul punya marah (gambar)
http://naimnikmat.blogspot.com, | 23 Sep 2013 |
BETUL-BETUL PUNYA MARAH NI (GAMBAR)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-9-2013
Kongsi gelap: Bukan babak orang jahat dilihat jadi baik
Harakahdaily, | 23 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Setiausaha Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) Pulau Pinang, Kumaresan Aramugam menggesa supaya jalan konkrit perlu diambil bagi menyelesaikan masalah kongsi gelap.
Menurutnya, pihaknya menyokong tindakan kerajaan untuk membasmi gangsterisme melalui Ops Cantas namun risau dengan keadaan tempoh hari ramai anak muda ditangkap mahupun ditembak mati.
Menurut Kumar, dengan operasi demikian ia bukannya satu penyelesaian yang menyeluruh terhadap kumpulan kongsi gelap kerana tanpa satu kaedah yang konkrit, maka cerita kongsi gelap tidak akan berakhir.
“Ini bukan cerita filem di mana dalam filem pada babak klimaks dilihat orang jahat menjadi baik dan karakter tersebut ditamatkan, namun dalam isu sekarang adalah berbeza kerana ianya adalah realiti dan bukan untuk sekadar tontonan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, pihaknya juga percaya bahawa isu kongsi gelap tidak akan berakhir kerana kumpulan tersebut tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Walaupun ketua-ketua mereka tiada lagi, namun katanya kumpulan kongsi gelap mampu bergerak aktif semula dengan diterajui muka baru.
Menurut beliau lagi, dalam tempoh sebulan Ops Cantas dilancarkan lebih 8,449 orang telah ditahan.
Perkara itu membimbangkan pihaknya kerana mereka yang bergiat aktif dalam aktiviti kongsi gelap kebanyakannya berumur kurang daripada 35 tahun iaitu dikategorikan sebagai belia.
“Apakah punca belia-belia ini yang sepatutnya menjadi tunjang kemajuan dan harapan negara ini terjerbak dalam dunia kongsi gelap?
“Di mana kesilapannya dan apakah sistem yang perlu dibetulkan?” tanya beliau.
Tambahnya, terdapat banyak lagi persoalan yang timbul, maka untuk mencari jawapan bagi segala persoalan ini pihaknya menyeru supaya satu jawatankuasa ‘ad hoc’ perlu dibentuk dengan segera dan jawatankuasa tersebut perlu dirangkumi oleh ahli-ahli politik daripada kerajaan, pembangkang dan juga badan-badan NGO belia.
Mipas juga, ujarnya menyeru agar semua pihak dapat ketepikan soal perbezaan politik untuk seketika dan bersatulah untuk mencari jalan penyelesaian yang konkrit terhadap masalah kongsi gelap.
“Tiada gunanya kita saling tuding-menuding menyalahkan antara satu sama lain kerana keadaan ini pastinya akan mengeruhkan lagi suasana,” katanya lagi.
Menurutnya, jawatankuasa ‘ad hoc’ yang dibentuk pula perlu menjadi badan pemikir untuk membetulkan apa jua kesalahan sama ada sistem kerajaan yang sedia ada atau pun sebaliknya.
Menurutnya, pihaknya menyokong tindakan kerajaan untuk membasmi gangsterisme melalui Ops Cantas namun risau dengan keadaan tempoh hari ramai anak muda ditangkap mahupun ditembak mati.
Menurut Kumar, dengan operasi demikian ia bukannya satu penyelesaian yang menyeluruh terhadap kumpulan kongsi gelap kerana tanpa satu kaedah yang konkrit, maka cerita kongsi gelap tidak akan berakhir.
“Ini bukan cerita filem di mana dalam filem pada babak klimaks dilihat orang jahat menjadi baik dan karakter tersebut ditamatkan, namun dalam isu sekarang adalah berbeza kerana ianya adalah realiti dan bukan untuk sekadar tontonan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, pihaknya juga percaya bahawa isu kongsi gelap tidak akan berakhir kerana kumpulan tersebut tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Walaupun ketua-ketua mereka tiada lagi, namun katanya kumpulan kongsi gelap mampu bergerak aktif semula dengan diterajui muka baru.
Menurut beliau lagi, dalam tempoh sebulan Ops Cantas dilancarkan lebih 8,449 orang telah ditahan.
Perkara itu membimbangkan pihaknya kerana mereka yang bergiat aktif dalam aktiviti kongsi gelap kebanyakannya berumur kurang daripada 35 tahun iaitu dikategorikan sebagai belia.
“Apakah punca belia-belia ini yang sepatutnya menjadi tunjang kemajuan dan harapan negara ini terjerbak dalam dunia kongsi gelap?
“Di mana kesilapannya dan apakah sistem yang perlu dibetulkan?” tanya beliau.
Tambahnya, terdapat banyak lagi persoalan yang timbul, maka untuk mencari jawapan bagi segala persoalan ini pihaknya menyeru supaya satu jawatankuasa ‘ad hoc’ perlu dibentuk dengan segera dan jawatankuasa tersebut perlu dirangkumi oleh ahli-ahli politik daripada kerajaan, pembangkang dan juga badan-badan NGO belia.
Mipas juga, ujarnya menyeru agar semua pihak dapat ketepikan soal perbezaan politik untuk seketika dan bersatulah untuk mencari jalan penyelesaian yang konkrit terhadap masalah kongsi gelap.
“Tiada gunanya kita saling tuding-menuding menyalahkan antara satu sama lain kerana keadaan ini pastinya akan mengeruhkan lagi suasana,” katanya lagi.
Menurutnya, jawatankuasa ‘ad hoc’ yang dibentuk pula perlu menjadi badan pemikir untuk membetulkan apa jua kesalahan sama ada sistem kerajaan yang sedia ada atau pun sebaliknya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-9-2013
Projek IC, Anwar jawab minggu depan
Muhammad Faizal, | 13 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus bersandiwara dengan menjadikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mangsa seterusnya setelah menuduh kakitangan awam terlibat sepenuhnya dalam projek IC di Sabah.
Dr Mahathir ketika memberi keterangan pada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pemberian kerakyatan kepada warga asing di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, 11 September lalu mendakwa tidak tahu menahu mengenai 'Projek IC' dan menyalahkan pegawai kerajaan kerana mengeluarkan dokumen kerakyatan kepada warga asing yang tidak layak.
Mengulas tindak-tanduk bekas Perdana Menteri itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, sebagai seorang yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan Dr Mahathir perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dalam pentadbirannya.
Katanya, tindakan Dr Mahathir menyalahkan orang lain dalam skandal projek IC itu membuktikan terlalu banyak kelemahan dalam pentadbiran beliau sebelum ini dan menjadikan orang lain sebagai mangsa untuk menutup kesalahan.
"Mahathir sewaktu itu sebagai Perdana Menteri, jawatan tertinggi dalam kerajaan. Beliau sepatutnya tahu apa yang berlaku dan bertindak menghalangnya.
"Sebagai bekas pemimpin negara, beliau sepatutnya bertindak adil serta bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dan bukannya menyalahkan orang lain.
"Projek IC kita tidak tahu siapa dalang, kenapa beliau tidak mengambil tindakan jika mengetahui dan kenapa perlu meletakkan atas bahu orang lain sedangkan beliau berkuasa pada waktu itu," soal beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar (gambar) akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan bekas majikannya, Dr Mahathir dalam sidang RCI di Kota Kinabalu minggu hadapan.
Dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh pejabatnya kepada The Malaysian Insider hari ini, Anwar memaklumkan beliau akan membuat kenyataan di RCI.
"Datuk Seri akan beri statement beliau depan RCI minggu depan," kata SMS itu.
Dr Mahathir mendakwa kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, bekas timbalannya itu pasti tahu jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dibuat secara rasmi oleh kerajaan.
Dr Mahathir ketika memberi keterangan pada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pemberian kerakyatan kepada warga asing di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, 11 September lalu mendakwa tidak tahu menahu mengenai 'Projek IC' dan menyalahkan pegawai kerajaan kerana mengeluarkan dokumen kerakyatan kepada warga asing yang tidak layak.
Mengulas tindak-tanduk bekas Perdana Menteri itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, sebagai seorang yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan Dr Mahathir perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dalam pentadbirannya.
Katanya, tindakan Dr Mahathir menyalahkan orang lain dalam skandal projek IC itu membuktikan terlalu banyak kelemahan dalam pentadbiran beliau sebelum ini dan menjadikan orang lain sebagai mangsa untuk menutup kesalahan.
"Mahathir sewaktu itu sebagai Perdana Menteri, jawatan tertinggi dalam kerajaan. Beliau sepatutnya tahu apa yang berlaku dan bertindak menghalangnya.
"Sebagai bekas pemimpin negara, beliau sepatutnya bertindak adil serta bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dan bukannya menyalahkan orang lain.
"Projek IC kita tidak tahu siapa dalang, kenapa beliau tidak mengambil tindakan jika mengetahui dan kenapa perlu meletakkan atas bahu orang lain sedangkan beliau berkuasa pada waktu itu," soal beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar (gambar) akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan bekas majikannya, Dr Mahathir dalam sidang RCI di Kota Kinabalu minggu hadapan.
Dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh pejabatnya kepada The Malaysian Insider hari ini, Anwar memaklumkan beliau akan membuat kenyataan di RCI.
"Datuk Seri akan beri statement beliau depan RCI minggu depan," kata SMS itu.
Dr Mahathir mendakwa kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, bekas timbalannya itu pasti tahu jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dibuat secara rasmi oleh kerajaan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-9-2013
Projek IC: Jangan mangsakan pegawai kerajaan
Muhammad Faizal, | 12 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Tindakan menuding jari dan menyalahkan pegawai kerajaan dalam isu pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Sabah adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar.
AJK PAS Pusat Dr. Mohd Hatta Ramli berkata, kakitangan kerajaan hanyalah menjalankan tugas mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan adalah mustahil untuk mereka melangkaui dasar tersebut kecuali mendapat arahan dari pihak tertentu.
"Bagi saya mustahil untuk mereka memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing apatah lagi melibatkan jumlah yang ramai, mereka hanya menjalankan tugas mengikut dasar yang ditetapkan melainkan ada arahan pihak atasan.
"Kita tidak mahu mereka sentiasa menjadi kambing hitam setiap kali berlaku perkara yang menyalahi undang-undang," jelas Ahli Parlimen Kuala Krai itu kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing Sabah semalam.
Tun Mahathir ketika memberi keterangan mendakwa “pegawai kerajaan” yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon tidak layak dan amalan seperti itu bukan satu dasar kerajaan semasa beliau menjadi perdana menteri.
Mengulas lanjut, Mohd Hatta yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS berkata, kenyataan Tun Mahathir itu seperti mahu berlepas diri dan kakitangan kerajaan wajar untuk menyatakan bantahan.
Sementara itu, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin turut membidas kenyataan bekas Perdana Menteri itu dengan menyifatkan ia adalah satu pembohongan.
Beliau berkata, adalah terlalu sukar untuk kakitangan kerajaan mengeluarkan kad pengenalan dan memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing kerana ia melibatkan soal keselamatan negara.
Dalam pada itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan memberi keterangan pada 19 September nanti.
AJK PAS Pusat Dr. Mohd Hatta Ramli berkata, kakitangan kerajaan hanyalah menjalankan tugas mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan adalah mustahil untuk mereka melangkaui dasar tersebut kecuali mendapat arahan dari pihak tertentu.
"Bagi saya mustahil untuk mereka memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing apatah lagi melibatkan jumlah yang ramai, mereka hanya menjalankan tugas mengikut dasar yang ditetapkan melainkan ada arahan pihak atasan.
"Kita tidak mahu mereka sentiasa menjadi kambing hitam setiap kali berlaku perkara yang menyalahi undang-undang," jelas Ahli Parlimen Kuala Krai itu kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing Sabah semalam.
Tun Mahathir ketika memberi keterangan mendakwa “pegawai kerajaan” yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon tidak layak dan amalan seperti itu bukan satu dasar kerajaan semasa beliau menjadi perdana menteri.
Mengulas lanjut, Mohd Hatta yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS berkata, kenyataan Tun Mahathir itu seperti mahu berlepas diri dan kakitangan kerajaan wajar untuk menyatakan bantahan.
Sementara itu, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin turut membidas kenyataan bekas Perdana Menteri itu dengan menyifatkan ia adalah satu pembohongan.
Beliau berkata, adalah terlalu sukar untuk kakitangan kerajaan mengeluarkan kad pengenalan dan memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing kerana ia melibatkan soal keselamatan negara.
Dalam pada itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan memberi keterangan pada 19 September nanti.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-9-2013
Jenayah: Usah jadikan ISA, EO sebagai alasan
Harakahdaily, | 11 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan khususnya Polis Di Raja Malaysia (PDRM) perlu mencari satu kaedah berkesan bagi menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa di negara ini.
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, berkata tindakan menyalahkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) tidak akan menyelesaikan masalah.
Bahkan katanya, sebelum ianya dimansuhkan, Malaysia masih juga pada tahap keselamatan yang membimbangkan.
"Justeru, suatu mekanisme dan kaedah membenteras kejadian jenayah yang semakin membarah ini harus diperkenalkan dan dilaksanakan sebaik mungkin.
"DPPWP yakin sekiranya ia dapat dilaksanakan sebaik mungkin, maka tidak perlulah suatu unit khas ditubuhkan dalam membantu pihak polis dalam membanteras jenayah," katanya.
Menurut beliau, pengumuman pihak polis baru-baru ini berkenaan bilangan kongsi gelap yang dikehendaki sudah cukup menggerunkan rakyat Malaysia.
Ia ditambah lagi dengan pembabitan ahli politik yang berselindung di sebalik kegiatan kongsi gelap ini.
"Ianya secara jelas menggambarkan situasi jenayah di dalam negara kini. Kegiatan kongsi-kongsi gelap ini bukanlah perkara yang wujud dalam tempoh sebulan dua. DPPWP yakin mereka ini telah lama bertapak dan mempunyai rangkaian kegiatan yang cukup meluas.
"Pemansuhan ISA dan EO bukanlah asbab bagi mereka ini mendedahkan diri. Ia adalah bukti bahawa selama ini mereka bebas melakukan aktiviti jenayah tanpa sebarang tindakan walaupun ketika itu ISA dan EO masih berkuatkuasa," katanya.
Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap tindakan lebih mengutamakan penagkapan bersifat politik berbanding tangkapan terhadap penjenayah.
"Apakah pemimpin pembangkang lebih berbahaya dan mengancam keselamatan rakyat berbanding penjenayah?
"Diharapkan kaedah yang baru ini tidak akan menjadikan pemimpin pembangkang sebagai sasaran tangkapan dan siasatan yang utama," katanya.
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, berkata tindakan menyalahkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) tidak akan menyelesaikan masalah.
Bahkan katanya, sebelum ianya dimansuhkan, Malaysia masih juga pada tahap keselamatan yang membimbangkan.
"Justeru, suatu mekanisme dan kaedah membenteras kejadian jenayah yang semakin membarah ini harus diperkenalkan dan dilaksanakan sebaik mungkin.
"DPPWP yakin sekiranya ia dapat dilaksanakan sebaik mungkin, maka tidak perlulah suatu unit khas ditubuhkan dalam membantu pihak polis dalam membanteras jenayah," katanya.
Menurut beliau, pengumuman pihak polis baru-baru ini berkenaan bilangan kongsi gelap yang dikehendaki sudah cukup menggerunkan rakyat Malaysia.
Ia ditambah lagi dengan pembabitan ahli politik yang berselindung di sebalik kegiatan kongsi gelap ini.
"Ianya secara jelas menggambarkan situasi jenayah di dalam negara kini. Kegiatan kongsi-kongsi gelap ini bukanlah perkara yang wujud dalam tempoh sebulan dua. DPPWP yakin mereka ini telah lama bertapak dan mempunyai rangkaian kegiatan yang cukup meluas.
"Pemansuhan ISA dan EO bukanlah asbab bagi mereka ini mendedahkan diri. Ia adalah bukti bahawa selama ini mereka bebas melakukan aktiviti jenayah tanpa sebarang tindakan walaupun ketika itu ISA dan EO masih berkuatkuasa," katanya.
Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap tindakan lebih mengutamakan penagkapan bersifat politik berbanding tangkapan terhadap penjenayah.
"Apakah pemimpin pembangkang lebih berbahaya dan mengancam keselamatan rakyat berbanding penjenayah?
"Diharapkan kaedah yang baru ini tidak akan menjadikan pemimpin pembangkang sebagai sasaran tangkapan dan siasatan yang utama," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-9-2013
Kongsi gelap dahulu tiada kaitan orang politik – Fauzi
Anis Nazri, | 11 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Biarpun kegiatan kongsi gelap bukan merupakan satu ancaman baru kepada negara, kemunculannya kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.
Senario tembak-menembak di tempat awam dan terbuka yang semakin meruncing muktahir ini, sering dikaitkan dengan pembabitan kongsi gelap yang akhirnya satu operasi membanteras kegiatan ini digerakkan secara meluas.
Terdapat dakwaan yang mengatakan kegiatan kongsi gelap ini sukar dibendung dan dibanteras kerana ia dinaungi dan dilindungi oleh pihak tertentu seperti orang politik, malah pihak polis sendiri.
Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari (gambar), lebih-lebih lagi ketika beliau mengetuai jabatan tersebut, sebelum ini.
Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau berkata kegiatan kongsi gelap ini tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana orang politik ketika tempoh perkhidmatan beliau, berbanding yang didakwa hari ini.
"Jika dahulu, kegiatan kongsi gelap ini tidak pula dikaitkan dengan mana-mana orang politik. Tidak macam sekarang. Namun, kongsi gelap ini bukan ancaman baru kepada negara," kata beliau yang menyokong langkah kerajaan membanteras kegiatan kongsi gelap ini.
Berdasarkan pengalaman beliau, Fauzi berkata kumpulan kongsi gelap sebelum ini menjalankan kegiatan mereka secara bersembunyi, dan tidak secara terang-terangan seperti hari ini.
Kebiasaannya, mana-mana jenayah membabitkan kongsi gelap ini akan dibina kes untuk didakwa, yang biasanya dikaitkan dengan Kanun Keseksaan, selain dikenakan di bawah undang-undang pencegahan.
"Ketika ini, biarpun undang-undang seperti ISA, Akta Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad dimansuhkan, operasi membanteras kegiatan kongsi gelap ini masih boleh dilakukan dengan undang-undang yang ada," tegas beliau.
Sebelum ini, terdapat sesetengah pihak mendakwa pemansuhan akta-akta pencegahan seperti ISA, EO dan Akta Kediaman Terhad menyebabkan kegiatan kongsi gelap semakin berleluasa kebelakangan ini.
Isu kegiatan kongsi gelap ini mula mendapat perhatian umum apabila pihak polis menggerakkan operasi yang dinamakan Ops Cantas - yang mana menimbulkan kemarahan ahli kumpulan kongsi gelap apabila ketua mereka ditembak mati di Pulau Pinang, sebelum ini.
Senario tembak-menembak di tempat awam dan terbuka yang semakin meruncing muktahir ini, sering dikaitkan dengan pembabitan kongsi gelap yang akhirnya satu operasi membanteras kegiatan ini digerakkan secara meluas.
Terdapat dakwaan yang mengatakan kegiatan kongsi gelap ini sukar dibendung dan dibanteras kerana ia dinaungi dan dilindungi oleh pihak tertentu seperti orang politik, malah pihak polis sendiri.
Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari (gambar), lebih-lebih lagi ketika beliau mengetuai jabatan tersebut, sebelum ini.
Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau berkata kegiatan kongsi gelap ini tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana orang politik ketika tempoh perkhidmatan beliau, berbanding yang didakwa hari ini.
"Jika dahulu, kegiatan kongsi gelap ini tidak pula dikaitkan dengan mana-mana orang politik. Tidak macam sekarang. Namun, kongsi gelap ini bukan ancaman baru kepada negara," kata beliau yang menyokong langkah kerajaan membanteras kegiatan kongsi gelap ini.
Berdasarkan pengalaman beliau, Fauzi berkata kumpulan kongsi gelap sebelum ini menjalankan kegiatan mereka secara bersembunyi, dan tidak secara terang-terangan seperti hari ini.
Kebiasaannya, mana-mana jenayah membabitkan kongsi gelap ini akan dibina kes untuk didakwa, yang biasanya dikaitkan dengan Kanun Keseksaan, selain dikenakan di bawah undang-undang pencegahan.
"Ketika ini, biarpun undang-undang seperti ISA, Akta Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad dimansuhkan, operasi membanteras kegiatan kongsi gelap ini masih boleh dilakukan dengan undang-undang yang ada," tegas beliau.
Sebelum ini, terdapat sesetengah pihak mendakwa pemansuhan akta-akta pencegahan seperti ISA, EO dan Akta Kediaman Terhad menyebabkan kegiatan kongsi gelap semakin berleluasa kebelakangan ini.
Isu kegiatan kongsi gelap ini mula mendapat perhatian umum apabila pihak polis menggerakkan operasi yang dinamakan Ops Cantas - yang mana menimbulkan kemarahan ahli kumpulan kongsi gelap apabila ketua mereka ditembak mati di Pulau Pinang, sebelum ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-9-2013
Pak Samad OK, makin bersemangat selepas dibebas
Hazayani Zakaria, | 04 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berada dalam keadaan yang baik malah kelihatan lebih bersemangat selepas dibebaskan polis jam 2.30 pagi tadi.
A Samad atau lebih dikenali sebagai Pak Samad dibebaskan selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Penahanan tersebut susulan kepada soal siasat ke atas aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli yang disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948 Isnin lalu berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan Jumaat lalu.
"Pak Samad baik-baik sahaja. Malah saya boleh katakan dia lebih bersemangat kini. Tentang dipanggil balik atau didakwa masih tidak diketahui," kata anak beliau, Helmy Samad ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Bagaimanapun Helmy berkata, beliau belum bertanya mengenai soalan-soalan yang diajukan pihak polis kepada Pak Samad.
"Tidak saya tanyakan lagi (mengenai soal siasat)," katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan Pak Samad disiasat di bawah Akta Hasutan.
Penahanan Pak Samad itu mengundang reaksi tidak senang di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis memandangkan beliau ditahan di rumahnya di Bangsar jam 12.30 pagi.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pihak polis sebagai biadab.
“Tindakan biadap! (SN) A Samad Said umur 80 tahun diheret jam 12 malam?” tulis Anwar di twitter sebaik mengetahui Pak Samad ditahan.
Sementara itu, Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga turut mempersoal tindakan polis itu dan berpandangan polis boleh memilih waktu lain untuk menyoal siasat Pak Samad.
"Tergamak mereka buat begitu kepada seorang individu yang sangat dihormati.
"Perlukah ke rumah beliau pada jam 12.30 tengah malam semata-mata untuk menahannya bagi soal siasat dan membebaskannya dua jam kemudian?" soal Ambiga.
Sewaktu Pak Samad diambil keterangannya, sekumpulan anak muda berkumpul di luar balai polis sebagai tanda solidariti untuk Pak Samad yang dianggap 'Sasterawan Rakyat'.
Mereka menyalakan lilin dan membentangkan kain bertulis 'bebaskan Pak Samad'.
Pada Jun 2011, Pak Samad pernah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran Bersih 2.0.
Dalam majlis tersebut, Pak Samad mendeklamasikan sajak bertajuk 'Unggun Bersih'.
A Samad atau lebih dikenali sebagai Pak Samad dibebaskan selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Penahanan tersebut susulan kepada soal siasat ke atas aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli yang disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948 Isnin lalu berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan Jumaat lalu.
"Pak Samad baik-baik sahaja. Malah saya boleh katakan dia lebih bersemangat kini. Tentang dipanggil balik atau didakwa masih tidak diketahui," kata anak beliau, Helmy Samad ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Bagaimanapun Helmy berkata, beliau belum bertanya mengenai soalan-soalan yang diajukan pihak polis kepada Pak Samad.
"Tidak saya tanyakan lagi (mengenai soal siasat)," katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan Pak Samad disiasat di bawah Akta Hasutan.
Penahanan Pak Samad itu mengundang reaksi tidak senang di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis memandangkan beliau ditahan di rumahnya di Bangsar jam 12.30 pagi.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pihak polis sebagai biadab.
“Tindakan biadap! (SN) A Samad Said umur 80 tahun diheret jam 12 malam?” tulis Anwar di twitter sebaik mengetahui Pak Samad ditahan.
Sementara itu, Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga turut mempersoal tindakan polis itu dan berpandangan polis boleh memilih waktu lain untuk menyoal siasat Pak Samad.
"Tergamak mereka buat begitu kepada seorang individu yang sangat dihormati.
"Perlukah ke rumah beliau pada jam 12.30 tengah malam semata-mata untuk menahannya bagi soal siasat dan membebaskannya dua jam kemudian?" soal Ambiga.
Sewaktu Pak Samad diambil keterangannya, sekumpulan anak muda berkumpul di luar balai polis sebagai tanda solidariti untuk Pak Samad yang dianggap 'Sasterawan Rakyat'.
Mereka menyalakan lilin dan membentangkan kain bertulis 'bebaskan Pak Samad'.
Pada Jun 2011, Pak Samad pernah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran Bersih 2.0.
Dalam majlis tersebut, Pak Samad mendeklamasikan sajak bertajuk 'Unggun Bersih'.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-9-2013
Jenayah meningkat, di mana silapnya?
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail , |
Jenayah menjadi-jadi dan mengerunkan kita, begitu juga kemalangan jalan raya yang boleh dikatakan setiap hari berpuluh pengguna jalan raya dan lebuh raya terbunuh. Begitu juga masalah sosial yang semakin hari semakin menjadi-jadi terutama sekali dalam kalangan remaja.
Dimana silap dan salahnya kita hingga berlaku sedemikan rupa walaupun negara kita dikategorikan sebagai sebuah negara yang aman dan damai kerana tiada peperangan atau rusuhan kaum hingga membawa kepada perang saudara saperti dinegara-negara Islam yang lain di.
Adakah kerana kita tidak mahu menghayati agama Islam sepenuhnya atau seikhlasnya maka bala didatangi dari berbagai-bagai sudut supaya manusia balik kefitrah menginsafi dan kembalikan hak Islam itu kepesadanya kembali.
Atau kerana tiadanya penguatkuasaan yang tegas tentang pendatang yang dikatakan halal ataupun haram menjadikan salah satu sebab utama berlakunya jenayah. Kalau 30 tahun dahulu untuk melihat pendatang asing boleh dikira dengan jari dan itu pun pelancong dan pekerja yang benar-benar berkerja sebagai buruh binaan sahaja. Sekarang ini seolah-olah pendatang yang bermacam rupa dan bentuk manusia telah kelihatan lebih ramai dalam Komuter atau LRT dibandar-bandar besar daripada rakyat tempatan kita sendiri.
Jenayah bunuh membunuh, rogol, rompak dan samun seolah-olah telah menjadi amalan mereka hingga rakyat dinegara ini rasa terancam dan tidak begitu selamat lagi. Begitu juga kemalangan di jalan raya seolah-olah tunggu masa menunggu giliran siapa pula yang akan menjadi korban mati. Yang dikhuatiri orang yang memandu secara selamat menjadi mangsa kepada pemandu yang rakus dan tidak sayangkan nyawa.
Apa sudah jadi dengan remaja kita kerana ramai sudah memenuhi pusat serenti dan ramai lagi menunggu giliran untuk kesana. Penagih semakin hari semakin ramai dan untuk teruskan hidup dengan dadah mereka yang ketagih tegar ini terpaksa meragut, merompak dan ketahap membunuh serta menyamun keluarganya sendiri. Itu satu hal tetapi apa yang membimbangkan bukan lagi pergaulan bebas tetapi seolah-olah berlakunya seks bebas dimana-mana hingga ada sumbang mahram saperti bapa kandungnya merogol anaknya sendiri. Institusi kekeluargaan sudah longgar iaitu anak-anak tidak lagi menghormati ibu bapanya.
Walauapapun kita mesti kembali kepada syariat Islam untuk mengatasi semua ini. Pertama sekali benteras dahulu amalan rasuah secara total dan hukumkan seberat-beratnya kepada pelaku dan jangan hanya bermusim sahaja.Tegakkan balik segala ajaran Islam kerana ia benteng kuat daripada berlakunya musibah yang dihadapi sekarang ini.
Dimana silap dan salahnya kita hingga berlaku sedemikan rupa walaupun negara kita dikategorikan sebagai sebuah negara yang aman dan damai kerana tiada peperangan atau rusuhan kaum hingga membawa kepada perang saudara saperti dinegara-negara Islam yang lain di.
Adakah kerana kita tidak mahu menghayati agama Islam sepenuhnya atau seikhlasnya maka bala didatangi dari berbagai-bagai sudut supaya manusia balik kefitrah menginsafi dan kembalikan hak Islam itu kepesadanya kembali.
Atau kerana tiadanya penguatkuasaan yang tegas tentang pendatang yang dikatakan halal ataupun haram menjadikan salah satu sebab utama berlakunya jenayah. Kalau 30 tahun dahulu untuk melihat pendatang asing boleh dikira dengan jari dan itu pun pelancong dan pekerja yang benar-benar berkerja sebagai buruh binaan sahaja. Sekarang ini seolah-olah pendatang yang bermacam rupa dan bentuk manusia telah kelihatan lebih ramai dalam Komuter atau LRT dibandar-bandar besar daripada rakyat tempatan kita sendiri.
Jenayah bunuh membunuh, rogol, rompak dan samun seolah-olah telah menjadi amalan mereka hingga rakyat dinegara ini rasa terancam dan tidak begitu selamat lagi. Begitu juga kemalangan di jalan raya seolah-olah tunggu masa menunggu giliran siapa pula yang akan menjadi korban mati. Yang dikhuatiri orang yang memandu secara selamat menjadi mangsa kepada pemandu yang rakus dan tidak sayangkan nyawa.
Apa sudah jadi dengan remaja kita kerana ramai sudah memenuhi pusat serenti dan ramai lagi menunggu giliran untuk kesana. Penagih semakin hari semakin ramai dan untuk teruskan hidup dengan dadah mereka yang ketagih tegar ini terpaksa meragut, merompak dan ketahap membunuh serta menyamun keluarganya sendiri. Itu satu hal tetapi apa yang membimbangkan bukan lagi pergaulan bebas tetapi seolah-olah berlakunya seks bebas dimana-mana hingga ada sumbang mahram saperti bapa kandungnya merogol anaknya sendiri. Institusi kekeluargaan sudah longgar iaitu anak-anak tidak lagi menghormati ibu bapanya.
Walauapapun kita mesti kembali kepada syariat Islam untuk mengatasi semua ini. Pertama sekali benteras dahulu amalan rasuah secara total dan hukumkan seberat-beratnya kepada pelaku dan jangan hanya bermusim sahaja.Tegakkan balik segala ajaran Islam kerana ia benteng kuat daripada berlakunya musibah yang dihadapi sekarang ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-8-2013
Senarai kongsi gelap dan pertubuhan haram
http://duniacacamarba.blogspot.com, | 29 Ogs 2013 |
[PANAS] Senarai Rasmi Kongsi Gelap dan Pertubuhan Haram di Malaysia
[TMI] Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan 49 pertubuhan tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dalam tindakan kerajaan memerangi jenayah dan keganasan dalam negara.
Senarai dikeluarkan hari ini atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dan membabitkan pertubuhan terkemuka seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36, lapor The Star. – 29 Ogos, 2013.
Senarai penuh pertubuhan kongsi gelap haram adalah seperti berikut:
1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-8-2013
Masalah jenayah masalah hati
Majdan Dagang, | 27 Ogs 2013 |
Kita biasa mendengar dalam kuliah agama di masjid, surau, atau televisyen – hadis Rasulallah SAW yang maksudnya, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
Daging atau hati yang saya faham dari hadis ini merujuk kepada jiwa manusia. Jika sekadar daging atau hati organ manusia yang sakit, eloklah berjumpa doktor dan makan ubat. Tetapi jika jiwa yang sakit, memang banyak masalah yang bakal timbul.
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini sering diulas oleh para agamawan mahupun pakar motivasi dalam pelbagai majlis dan program. Namun, sejauh manakah kita sebagai pendengar memahami intipati hadis ini khususnya yang terkait isu jenayah yang makin berleluasa pada hari ini?
Ya, semua orang akur bahawa penjenayah yang melakukan jenayah itu hatinya “rosak dan kotor”. Jika berdasarkan statistik dan laporan kejadian jenayah yang disiarkan di media massa, kita dengan mudah membuat kesimpulan bahawa kadar jenayah semakin meningkat.
Perlu diingat jenayah bukan sekadar merompak dan mencuri – bahkan membuli, buang bayi, memukul isteri, menipu dan pelbagai macam.
Apakah penyelesaiannya?
Kosong! Tiada jawapan! Kerajaan pusat bercadang menambah bilangan anggota polis demi menyeimbangkan nisabah antara polis dan penduduk. Kerajaan negeri Selangor pula memohon mewujudkan pasukan polis tambahan.
Kerajaan juga melalui pelbagai agensinya bersiapkan untuk menambahkan lagi Closed-circuit television (CCTV). Selain itu, pelbagai kempen diadakan sama ada kerajaan mahupun swasta demi mencegah berlakunya jenayah.
Semua tindakan dan cadangan itu bagus dan saya sokong. Namun, pada masa yang sama, sehingga kini tiada tanda-tanda kejadian jenayah akan menurun. Di manakah kelemahan tindakan tersebut?
Jawapannya ialah kembali kepada agama dan fahami dengan jelas hadis di atas tadi. Barangkali ada sesuatu yang kita terlepas faham.
Yang pertamanya, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa hanya melalui Islam sahajalah segala permasalahan ini dapat diselesaikan. Tetapi bagaimana? Orang boleh berhujah bahawa di Kelantan yang dipimpin oleh seorang ulama pun masih kerap berlaku kejadian jenayah berat, sama seperti negeri-negeri lain.
Ya, betul hujah itu. Namun, kita perlu melihat bahawa kuasa yang ada pada Menteri Besar Kelantan begitu terhad. Pihak keselamatan tidak berada di bawah bidang kuasanya. Sejauh mana yang beliau mampu buat?
Jika kita melihat kembali sejarah silam, Umar Abdul Aziz pernah menjadi gabenor (sekarang kira-kira setara Menter Besar), banyak manakah yang beliau mampu buat untuk membetulkan kerajaan Bani Umaiyah. Hakikatnya, Umar Abdul Aziz bukan calang-calang tokoh dalam kerajaan. Beliau merupakan menantu Perdana Menteri/Khalifah. Selepas bapa mertuanya meninggal dunia, iparnya pula menjadi Perdana Menteri/Khalifah. Sebagai gabenor, kuasanya terhad seperti Menteri Besar Kelantan juga.
Hanya setelah beliau dilantik menjadi Perdana Menteri/Khalifah barulah keadilan Islam dapat dikembalikan danditegakkan dalam pemerintahan.
Jadi, permasalahan ini hanya dapat diselesaikan hanya apabila Islam memerintah bukan diperintah! Islam bukan sekadar memberi nasihat tetapi mengeluarkan arahan! Mari betulkan minda kita bahawa para ulama tugasnya bukan hanya memberi nasihat kepada umara tetapi ulama mesti menjadi umara. Ulama mesti memimpin, bukan hanya sekadar makan gaji! Dan Umar Abdul Aziz adalah contoh seorang individu berstatus ulama dan umara sekali gus.
Tetapi jangan salah faham, Perdana Menteri tidak semestinya ulama! Ramai kalangan umara yang berjaya seperti Harun al-Rasyid, Sultan Saifudin Qutuz, Salahudin al-Ayubi, dan Muhamad al-Fateh. Mereka berjaya menegakan keadilan Islam apabila tunduk dan hormat kepada ulama (ulama tersebut tidak makan gaji dengan mereka) – segala teguran dan nasihat ulama tersebut dipatuhi!
Yang kedua, hadis tersebut menyatakan hati yang “rosak dan kotor” – biasanya kita lebih nampak kaitannya dengan orang yang melakukan jenayah seperti merompak bank, meragut beg tangan dan sebagainya sahaja.
Namun, hadis tersebut menyentuh manusia secara umum, yakni hati yang rosak dan kotor tidak mengira darjat dan kedudukan. Kita jangan hanya berfikir hati penjenayah kecil-kecilan sahaja yang rosak.
Kita juga sewajarnya jangan lupa bahawa hati yang rosak dan kotor itu boleh terpalit kepada para penguasa, perdana menteri, wakil rakyat, ketua jabatan, ketua kampung dan yang seumpamanya. Jika golongan ini rosak dan kotor hatinya kesannya lebih buruk berbanding penjenayah biasa. Pemimpin yang hatinya yang rosak dan kotor juga akan melakukan jenayah atau merompak. Cuma mereka tidak bawa pistol dan serbu kedai emas atau sebagainya.
Mereka mungkin merompak hak rakyat atas nama projek pembangunan, rasuah, salah guna kuasa dan bermacam lagi. Ya, sudah tentu kesannya lebih besar daripada perompak biasa. Jika pemimpin sudah rosak dan kotor hatinya, tidak mustahil rakyat akan turut rosak dan kotor hatinya. Maka, terhidanglah pelbagai kisah jenayah setiap hari di media massa.
Jadi, pada pandangan saya, untuk mengatasi masalah jenayah yang berlaku wajarlah hati pemimpin yang rosak dan kotor itu dibersihkan dahulu. Jika ini berjaya dilakukan, maka secara beransur-ansur jenayah “orang kecil” menurun ke paras minimun, jika tidak dapat dihapuskan terus.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-8-2013
4 bulan berlalu, tapi belum ada pendakwaan
Muhammad Faizal, | 26 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Pihak polis perlu membuat penjelasan segera berhubung perkembangan siasatan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang sehingga kini seperti tidak ada sebarang perkembangan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, pembunuhan melibatkan pegawai tinggi Kastam itu sepatutnya ia menjadi keutamaan kepada pihak polis untuk menyelesaikannya.
"Pembunuhan pegawai tertinggi kerajaan itu merupakan satu kes berprofil tinggi, namun amat mengecewakan sehingga sekarang kita tidak mengetahui apa perkembangannya walaupun sudah empat bulan berlalu.
"Saya minta pihak polis memberi penjelasan yang sewajarnya berhubung kes tersebut dan kita tidak mahu kes tersebut ditutup begitu sahaja," jelasnya.
Beliau berkata demikian susulan anak kepada Allahyarham, Mohd Akhtar Saharuddin yang terpaksa meluahkan kekecewaan kepada pihak media kerana layanan dingin yang diberikan oleh pihak polis terhadap kes bapanya.
"Sudah wajar anaknya pergi meluahkan kekecewaan dan tidak puashati kepada media kerana kes tersebut sehingga sekarang tidak ada sesiapa pun yang ditangkap apatah lagi didakwa," kata Khalid.
Menurut beliau lagi, pihak keselamatan perlu mempamer kecekapan menangani kes berprofil tinggi seperti itu supaya penjenayah sebenar dapat dibawa ke muka pengadilan.
"Pihak polis perlu tegas dalam kes tersebut dan jika apa yang didedahkan oleh anaknya melibatkan orang dari jabatan itu sendiri ia perlu disiasat segera.
"Kita tidak mahu penjenayah ini terus berkuasa kerana ia dilindungi oleh mereka yang mempunyai kuasa, sehinggakan apa yang dilakukan oleh penjenayah akan dibiarkan begitu saja," kata beliau.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak mati di Putrajaya pada 26 April lalu.
YB IR KS - Isu Pembunuhan Timbalan KetuaPengarah Kastam:
https://www.youtube.com/watch?v=D64XWJZJsX4
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-8-2013
Modus operasi terbaru penjenayah di stesen minyak
Mohd Aiman, |
Berikut tulisan yang saya petik daripada beberapa blog berhubung dengan taktik penjenayah di stesen untuk diambil perhatian oleh pembaca.
Berhati-hati dengan jenayah terbaru di Malaysia!
Sila share kan sebanyak mungkin untuk kebaikan bersama.
Ini telah dihantar asalnya oleh seorang anggota polis Malaysia pada FB.
Berkongsilah dengan semua orang yang anda tahu, terutamanya isteri, adik-beradik anda, kawan-kawan perempuan dan rakan-rakan.
Di stesen minyak, akan seorang lelaki datang dan memperkenalkan diri beliau sebagai pelukis kepada wanita untuk menawarkan perkhidmatan mengisi petrol ke dalam kereta wanita itu dan meninggalkan biznes kad. Beliau tidak berkata apa-apa tetapi menerima kad beliau kerana kebaikan lelaki itu dan terus masuk ke dalam kereta. Lelaki itu kemudian masuk kedalam kereta yang dipandu oleh orang lain.
Apabila wanita meninggalkan stesen minyak, dia melihat lelaki tersebut keluar dari stesen itu pada masa yang sama. Hampir serta-merta, dia mula berasa pening dan tidak dapat manarik nafas dengan sempurna. Dia cuba untuk membuka tingkap dan menyedari bahawa bau adalah pada tangannya; tangan yang sama digunakan menerima kad dari orang di stesen minyak semasa menerima perkhidmatan dari lelaki tadi.
Berhati-hati dengan jenayah terbaru di Malaysia!
Sila share kan sebanyak mungkin untuk kebaikan bersama.
Ini telah dihantar asalnya oleh seorang anggota polis Malaysia pada FB.
Berkongsilah dengan semua orang yang anda tahu, terutamanya isteri, adik-beradik anda, kawan-kawan perempuan dan rakan-rakan.
Di stesen minyak, akan seorang lelaki datang dan memperkenalkan diri beliau sebagai pelukis kepada wanita untuk menawarkan perkhidmatan mengisi petrol ke dalam kereta wanita itu dan meninggalkan biznes kad. Beliau tidak berkata apa-apa tetapi menerima kad beliau kerana kebaikan lelaki itu dan terus masuk ke dalam kereta. Lelaki itu kemudian masuk kedalam kereta yang dipandu oleh orang lain.
Apabila wanita meninggalkan stesen minyak, dia melihat lelaki tersebut keluar dari stesen itu pada masa yang sama. Hampir serta-merta, dia mula berasa pening dan tidak dapat manarik nafas dengan sempurna. Dia cuba untuk membuka tingkap dan menyedari bahawa bau adalah pada tangannya; tangan yang sama digunakan menerima kad dari orang di stesen minyak semasa menerima perkhidmatan dari lelaki tadi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-8-2013
Sentimen agama: Jangan api-apikan suasana rapuh
azmi, | 15 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Pihak berwajib melalui peruntukan undang-undang yang ada diseru mengambil tindakan kepada mereka yang sengaja menimbulkan kebencian antara kaum dan agama.
Demikian penegasan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan pemimpin Pergerakan Buddhis VajraLink, Sherab Wong.
“Kami menyeru supaya semua pihak menghormati Perlembagan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan,” ujarnya mereka dalam satu kenyataan bersama, sebagaimana di bawah.
Di akhir-akhir ini hubungan antara agama semakin mencabar khususnya apabila persoalan sensitiviti tidak diambil kira sehingga menyebabkan hubungan antara agama tercemar.
Insiden terkini yang berlaku di Resort Deli, Kota Tinggi akibat daripada ketiadaan sensitiviti pihak tertentu menambahkan lagi ketegangan hubungan antara agama.
Persoalan hormat menghormati tidak lagi menjadi asas hubungan dan fabrik masyarakat majmuk yang membentuk keunikan negara ini semakin tergugat.
Apa yang membimbangkan ialah pada waktu yang sama sesetengah pihak mengambil kesempatan ini untuk mengapi-apikan lagi suasana rapuh ini dengan menimbulkan kebencian antara agama.
Kami menyeru supaya semua pihak menghormati Perlembagan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan dan pada waktu yang sama juga menyeru pihak berwajib melalui peruntukan undang-undang yang ada supaya mengambil tindakan kepada mereka yang sengaja menimbulkan kebencian antara kaum dan agama.
Oleh itu pihak kami berpendapat:
1. Semua pihak mesti mempunyai sensitiviti yang tinggi dalam memastikan tiada agama yang boleh dicerobohi haknya mahupun tempat ibadatnya.
2. Semua pihak tidak mengambil kesempatan atas insiden-insiden yang berlaku dengan mengapi-apikan suasana dan tidak mencari jalan penyelesaian.Dialog yang sehat hendaklah sentiasa dijalankan secara proaktif.
3. Kelompok agama masing-masing harus berperanan lebih proaktif memahamkan penganut masing-masing erti hormat menghormati dalam hubungan antara agama dan menjauhi sama sekali fahaman melampau yang merugikan asas-asas masyarakat berbagai kaum.
4. Jangan ada pihak yang mengada-adakan suasana yang mencipta insiden-insiden yang menimbulkan sensitiviti dengan sengaja dengan niat mencapai objektif sempit perkauman dan kebencian agama.
5. Insiden yang berlaku BUKAN merupakan masalah serius SEBENAR yang berlaku di antara kedua-dua agama atau pun penganut-penganutnya, tetapi sengaja ditonjolkan sedemikian oleh pihak-pihak yang bermotif jahat dan berkepentingan tertentu. Kami berharapan bahawa semua pihak dapat meneliti dan mendalami isu-isu kebelakangan ini dengan hati yang terbuka dan minda yang matang, supaya pemikiran dan tindak-tanduk kita tidak dipengaruhi atau dicemari oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
6. Kami juga berpendapat bahawa meskipun tugasan polis secara tegas perlu diambil ke atas pihak-pihak tertentu yang bertanggungjawab, dan siasatan lanjutan yang menyeluruh perlu dijalankan, tetapi kami juga menyeru supaya PDRM seharusnya berdikari daripada sebarang pengaruh politik, dan bertungkus-lumus dalam membanteras kes-kes jenayah yang semakin berleluasa pada masa kini.
7. Dialog yang sihat hendaklah sentiasa dijalankan secara positif dan proaktif, baik secara individu mahupun secara pertubuhan. Untuk menangani isu-isu sebegini pada masa depan, kami telah menubuhkan sebuah platform dialog di antara agama Islam dan Buddha yang bernama “Interfaith Dialogue for Peace”.
Kami menyeru supaya semua pihak menyokong pertubuhan ini, serta memberi pandangan dan cadangan yang bernas dan konstruktif kepada kami.
Semoga negara kita yang kita cintai dapat meneruskan perjalanannya yang masih panjang dengan senantiasa meletakkan harapan bahawa masa depan hubungan antara agama akan menjadi lebih matang di masa hadapan.

Sumber HD - 15-8-2013
Pemilik restoran nasi kukus di Paka pula dibunuh
Harakahdaily, | 13 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Pemilik restoran Nasi Kukus Paka dekat sini, dijumpai meninggal dunia dengan kesan tikaman berhampiran premis tersebut kira-kira jam 7.00 pagi tadi.
Mayat beliau dijumpai di kawasan tempat letak kereta di hadapan restoran miliknya oleh seorang pekerja kedai berdekatan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.
Adun Paka, Ustaz Satiful Bahari Mamat berkata, allahyarham yang dikenali sebagai Lutfi, biasa menunaikan solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam.
“Kena tikam masa nak gi sembahyang Subuh. Biasa dia solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam, tauke Kedai Nasi Kukus Paka, ada empat cawangan kedai termasuk di Mydin Kuala Terengganu, dua buah di Paka dan satu di Mesra Mall,” ujarnya dipetik Buletin Online ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu hadir ke lokasi sebaik diberitahu meminta keluarga allahyarham Lutfi yang berasal dari Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu, bersabar menerima ujian dari Allah itu.
Mayat beliau dijumpai di kawasan tempat letak kereta di hadapan restoran miliknya oleh seorang pekerja kedai berdekatan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.
Adun Paka, Ustaz Satiful Bahari Mamat berkata, allahyarham yang dikenali sebagai Lutfi, biasa menunaikan solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam.
“Kena tikam masa nak gi sembahyang Subuh. Biasa dia solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam, tauke Kedai Nasi Kukus Paka, ada empat cawangan kedai termasuk di Mydin Kuala Terengganu, dua buah di Paka dan satu di Mesra Mall,” ujarnya dipetik Buletin Online ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu hadir ke lokasi sebaik diberitahu meminta keluarga allahyarham Lutfi yang berasal dari Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu, bersabar menerima ujian dari Allah itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-8-2013
Disangka bunyi mercun rupanya ketua bounzer pulak kena tembak..
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 09 Ogs 2013 |
GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 43 tahun, dipercayai ketua pengawal sebuah kelab malam, ditembak sebanyak tujuh kali di hadapan pintu masuk pusat hiburan di pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat di sini.
Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana hanya satu peluru tunggal ditemui menepati sasaran iaitu di paha kirinya.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Siri pembunuh upahan tonjol kejahatan sempurna?
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 07 Ogs 2013 |
Sama ada ia suatu jenayah berat atau fononema baru dalam siri pembunuh upahan di Malaysia, apa yang berlaku memperlihat bentuk realiti menakutkan atau realiti yang `horror’.
Mungkin perkara ini boleh disimpulkan melalui tajuk akhbar Singapura, The New Paper iaitu `Welcome to Malaysia: Where Death is cheap and staying alive is costly’.
Ini juga berdasarkan kepada bayaran kepada pembunuh upahan dengan harga yang rendah sebanyak RM1,000 untuk mencabut nyawa manusia. (Sinar Harian, 5 Ogos 2013)
Lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-8-2013
Tembak, bunuh: Purata 2 kes seminggu - KPRU
Harakahdaily, | 02 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) yang membuat kajian berhubung kadar kes tembak-bunuh mendapati purata sejumlah dua kes berlaku setiap minggu sepanjang 7 bulan tahun ini.
Kajian yang dibuat itu mengutip kes bermula Januari hingga Julai tahun ini.
Berikut antara kes yang direkodkan dengan perkiraan "anggaran konservatif minimum berdasarkan liputan berita".
31/7/13 [Parit Buntar]
Seorang lelaki, N. Jeevandran, 26, yang dikehendaki polis kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau mati ditembak di persimpangan Jalan Permai Utama berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah mangsa dari Taman Seri Semarak di sini ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang kemudian melarikan diri.
29/7/13 [Bukit Mertajam]
G Santhanasamy, 30, berasal dari Kulim, Kedah, cedera di betis ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Mengkuang.,
29/7/13 [Kuala Lumpur]
Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan. Beliau berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian .
29/7/13 [Ipoh]
Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di akibat terkena tembakan di leher, manakala dua lagi mangsa yang berusia 55 dan 28 tahun cedera dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Difahamkan mangsa-mangsa sedang minum di restoran dekat Kampung Simee bersama kawan dan dua lelaki bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.,
27/7/13 [Jempol]
Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan.Mangsa dipercayai ditembak dibahagian rusuk dilakukan oleh dua lelaki kaum India ketika sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu. Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah.,
26/7/13 [Temerloh]
Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh cedera di lengan selepas ditembak ketika dalam perjalanan ke Jerantut, Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk dirawat.
24/7/13 [Kluang]
Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak.Kejadian itu berlaku apabila mangsa yang baru selesai berjoging didatangi suspek ketika dia sedang menaiki keretanya.
Bagaimanapun cubaan membunuhnya gagal apabila mangsa berjaya memecut keretanya kira-kira tiga kilometer sebelum mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang.
19/7/13 [Semanggol]
Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol. Nombor plat kenderaan dinaiki mangsa dilaporkan hilang di Puchong, Kuala Lumpur pada bulan Julai tahun lalu.,
18/7/13 [Kulim]
Seorang guru mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi.,
15/7/13 [Kampar]
Dua beranak parah ditembak ketika sedang berehat selepas berbuka puasa dalam satu kejadian samun bersenjata di Taman Sejahtera, mangsa berusia 51 tahun bersama anak lelakinya, 13 tahun, cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua perompak yang memecah masuk kediaman mereka.
Mangsa mengalami cedera diperut sementara anaknya mengalami kecedraan di paha sebelah kanan apabila peluru yang mengenai bapanya tembus sebelum mengenainya yang ketika itu berada di belakang mangsa.
12/7/13 [Pulau Pinang]
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa selepas ditembak seorang lelaki ketika dia menemani bapanya berjumpa rakan di bawah pangsapuri berkenaan malam kelmarin. Akibat kejadian itu, kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki selain kepalanya cedera akibat terkena serpihan peluru.
8/7/13 [Bachok]
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu.,
4/7/13 [Pulau Pinang]
Dua suspek yang memakai topi keledar ketika melakukan jenayah itu dipercayai melepaskan empat das tembakan terhadap mangsa, K Kuganeswaran, 30, dari jarak dekat.,
4/7/13 [Pasir Mas]
Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat cedera ditembak di bahagian leher. Guru yang berasal dari Kampung Tualang, Pasir Mas itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan keadaannya dilapor stabil.
14/6/13 [Kuala Kurau]
Seorang peniaga, Lim Kong Hai, 52 cedera parah di bahagian perut setelah ditembak salah seorang anggota kumpulan itu dalam kejadian samun berhampiran Stesen Bas Kuala Kurau.
6/6/13 [Muar]
Tan Chai Heng, 51, dengan kesan tembakan di muka ditemui terbaring di taman itu, kira-kira 30 meter dari rumahnya. Berdasarkan kepada kecederaan pada bawah mata kanannya, kita percaya mangsa telah ditembak dengan senjata pistol dari jarak dekat sebelum mayatnya dijumpai oleh jirannya.,
4/6/13 [Taiping]
Seorang pemilik bengkel kereta Govindaraju @ Murthy, 36 mati sementara rakannya A. Manivannan,cedera selepas ditembak di sebuah restoran di Taman Kota Jaya. Suspek dipercayai telah melepaskan tiga das tembakan dan mereka datang menggunakan motosikal serta bertopi keledar.
12/5/13 [Bukit Tambun]
Dua lelaki S. Kannan, 37 dan G. Suresh, 28 maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, dipercayai berkaitan perniagaan. keempat- keempat mereka datang dari Melaka untuk menghadiri upacara perkahwinan rakan mereka di sini. ,
11/5/13 [Seremban]
Dua lelaki mati, P Chalidass, 29 dan G Surentharan, 31, manakala dua rakan mereka parah ditembak dari jarak dekat ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat pusat bandar.,
11/5/13 [Cheras]
Polis sukarelawan, N. Saravanan dan kawannya Tamil Selvam, kedua-dua berumur 29 tahun ditembak tercedera selepas satu pertengkaran.,
11/5/13 [Lunas]
Seorang pembantu kedai barang-barang lusuh, Thangaraja, 31 ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.,
10/5/13 [Alor Setar]
Seorang penarik kereta, M. Nagenthiran, 30 maut akibat terkena tiga das tembakan berhampiran rumahnya di rumah pangsa Taman Setia Jaya. Satu tembakan dikesan di bahagian kepada dan dua lagi di bahagian belakang Nagenthiran.,
9/5/13 [Tangkak]
Seorang jurutera, Muthu Pillai, 41, dijumpai mati dengan tiga kesan tembakan di sebuah ladang sawit.
7/5/13 [Nibong Tebal]
Tan Hock Chin 47 tahun, seorang yang aktif dalam Ronda Keselamatan Sukarela kawasan taman - taman perumahan sedang minum bersama 2 orang rakannya di kawasan kaki lima restoran tersebut. Tiba - tiba muncul seorang lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa lalu menembak kearah kepala mangsa. ,
30/4/13 [Taiping]
Seorang peniaga barang lusuh yang berusia 26 tahun hampir maut terkena tembakan daripada individu tidak dikenali di hadapan rumahnya. Tembakan yang dilepaskan tersasar dan dalam keadaan kelam-kabut kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri.,
26/4/13 [Cheras]
Mangsa R. Karikaalan, 29, mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. Manakala ibu Karikaalan yang berusia 60 tahun cedera di lengan kanan.
26/4/13 [Putrajaya]
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya. Mangsa ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
25/4/13 [Tampin]
Seorang runner bagi JPJ, N. Ragunathan yang berumur 39 tahun ditembak mati dalam keretanya oleh salah sorang daripada dua orang yang bermotosikal.
16/4/13 [Taiping]
Mangsa, K Muthazagen, 47, maut apabila peluru yang ditembak dari jarak dekat menembusi kepalanya. Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang makan bersendirian di sebuah kedai di kawasan itu tanpa menyedari kehadiran suspek.
14/4/13 [Seremban]
Tan Kok Soon, 56, ditembak dari jarak dekat ketika makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland.,
12/4/13 [Seremban]
Mangsa, James John, 45, ditembak mati dalam keretanya di sekitar lampu isyarat Taman Sri Labu oleh dua orang penembak yang bermotosikal.

Sumber HD - 2-8-2013
Peniaga emas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat
Hazayani Zakaria, | 02 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, Selangor, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, dua lelaki menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada jam 8.45 pagi tadi.
"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan mangsa, Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya.
Beliau berkata, dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.
Amiruddin berkata, Wong yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilaporkan stabil.
Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.
Isnin lalu, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.
Pada 29 Julai,seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Rabu lalu pula, pemandu van kilang N Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, dua lelaki menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada jam 8.45 pagi tadi.
"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan mangsa, Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya.
Beliau berkata, dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.
Amiruddin berkata, Wong yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilaporkan stabil.
Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.
Isnin lalu, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.
Pada 29 Julai,seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Rabu lalu pula, pemandu van kilang N Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-8-2013
Jenayah: Sokong undang-undang Islam diperkenal
Harakahdaily, | 02 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong cadangan perlunya perlaksanaan undang-undang syariat Islam di Malaysia bagi menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa di negara ini.
Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad berkata, sudah tiba masanya undang-undang Islam diperkenal ekoran terbukti bahawa sistem perundangan yang digunapakai sekarang ini gagal untuk membendung masalah jenayah.
"Inilah yang dikatakan kegagalan sistem perundangan yang dianuti para pemimpin negara dari dulu sehingga kini. Walaupun perlabagai akta digubal dan diperkenalkan, namun ianya tidak mampu membendung kejadian-kejadian jenayah ini.
"Sudah tiba masanya bagi para pemimpin negara kembali ke landasan yang sebenar. Kembalilah kepada perintah Allah SWT. Sistem perundangan Islam ini adalah undang-undang yang ditetapkan oleh Allah SWT. Hukum-hukum yang terkandung di dalamnya adalah sesuai untuk semua manusia," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan kelmarin agar kerajaan Malaysia melaksanakan undang-undang syariat Islam ekoran terlalu kerap kes jenayah berlaku sejak akhir-akhir ini.
Mengulas lanjut, Kamaruzzaman berkata, sejarah negara ini telah membuktikan bahawa undang-undang Islam mampu dilaksanakan dalam masyarakat majmuk dan berbilang agama seperti ditunjukkan dalam sejarah Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
"Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Kedua-dua hukum ini mengambil contoh kepada undang-undang Islam. Hasil perlaksanaan kedua-dua hukum inilah, Melaka telah melalui zaman kegemilangannya iaitu menjadi pusat perdagangan dan juga menjadi pusat penyebaran agama Islam di nusantara.
"Bahkan bahasa Melayu ketika itu menjadi 'lingua franca'. Kegemilangan Melaka adalah disebabkan perlaksanaan syariat Islam yang menjadi tunjang kepada undang-undang Melaka ketika itu," katanya.
Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad berkata, sudah tiba masanya undang-undang Islam diperkenal ekoran terbukti bahawa sistem perundangan yang digunapakai sekarang ini gagal untuk membendung masalah jenayah.
"Inilah yang dikatakan kegagalan sistem perundangan yang dianuti para pemimpin negara dari dulu sehingga kini. Walaupun perlabagai akta digubal dan diperkenalkan, namun ianya tidak mampu membendung kejadian-kejadian jenayah ini.
"Sudah tiba masanya bagi para pemimpin negara kembali ke landasan yang sebenar. Kembalilah kepada perintah Allah SWT. Sistem perundangan Islam ini adalah undang-undang yang ditetapkan oleh Allah SWT. Hukum-hukum yang terkandung di dalamnya adalah sesuai untuk semua manusia," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan kelmarin agar kerajaan Malaysia melaksanakan undang-undang syariat Islam ekoran terlalu kerap kes jenayah berlaku sejak akhir-akhir ini.
Mengulas lanjut, Kamaruzzaman berkata, sejarah negara ini telah membuktikan bahawa undang-undang Islam mampu dilaksanakan dalam masyarakat majmuk dan berbilang agama seperti ditunjukkan dalam sejarah Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
"Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Kedua-dua hukum ini mengambil contoh kepada undang-undang Islam. Hasil perlaksanaan kedua-dua hukum inilah, Melaka telah melalui zaman kegemilangannya iaitu menjadi pusat perdagangan dan juga menjadi pusat penyebaran agama Islam di nusantara.
"Bahkan bahasa Melayu ketika itu menjadi 'lingua franca'. Kegemilangan Melaka adalah disebabkan perlaksanaan syariat Islam yang menjadi tunjang kepada undang-undang Melaka ketika itu," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-8-2013
Rampas mercun: Jangan kaitkan saya, kata Khalid
Muhammad Faizal, | 02 Ogs 2013 |
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad menafi dan mempertikaikan tindakan Pegawai Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mengaitkan beliau dengan rampasan mercun di Seksyen 20 kelmarin.
Khalid berkata, MBSA perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam soal tersebut dan mengkaitkan nama beliau adalah satu tindakan yang tidak wajar.
"Saya nak jelaskan tindakan Pegawai Penguatkuasa MBSA mengatakan saya mengarah agar merampas mercun yang dijual di Bazar Ramadhan adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.
"Saya tegaskan di sini saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan berhubung perkara tersebut, apa yang dikatakan itu tidak benar," katanya pada sidang media semalam.
Khalid sebelum itu menerima aduan dari seorang peniaga mercun Izwan Khairini Azahar, 19 tahun yang tidak dibenarkan berniaga di Bazar Ramadhan sedangkan lesen menjual mercun dan bunga api sudah diperolehi dari pihak polis.
Izwan yang telah berniaga di Bazar Ramadhan sejak lima tahun lepas tidak pernah ada sebarang masalah tetapi pada tahun ini terdapat kawalan yang ketat dari MBSA.
"Lesen kebenaran dari pihak polis telah diperolehi, kenapa MBSA tidak benarkan, lagipun mercun yang ingin dijual itu bukannya merbahaya," sambung beliau.
Khalid berkata, MBSA perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam soal tersebut dan mengkaitkan nama beliau adalah satu tindakan yang tidak wajar.
"Saya nak jelaskan tindakan Pegawai Penguatkuasa MBSA mengatakan saya mengarah agar merampas mercun yang dijual di Bazar Ramadhan adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.
"Saya tegaskan di sini saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan berhubung perkara tersebut, apa yang dikatakan itu tidak benar," katanya pada sidang media semalam.
Khalid sebelum itu menerima aduan dari seorang peniaga mercun Izwan Khairini Azahar, 19 tahun yang tidak dibenarkan berniaga di Bazar Ramadhan sedangkan lesen menjual mercun dan bunga api sudah diperolehi dari pihak polis.
Izwan yang telah berniaga di Bazar Ramadhan sejak lima tahun lepas tidak pernah ada sebarang masalah tetapi pada tahun ini terdapat kawalan yang ketat dari MBSA.
"Lesen kebenaran dari pihak polis telah diperolehi, kenapa MBSA tidak benarkan, lagipun mercun yang ingin dijual itu bukannya merbahaya," sambung beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-8-2013
Nisbah polis tak cukup, kenapa tolak cadangan S'gor
Muhammad Faizal, | 02 Ogs 2013 |
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengesa agar pihak polis memandang serius dengan peningkatan jenayah yang berlaku di sekitar Shah Alam dan Selangor amnya.
Jelasnya angka jenayah yang dinyatakan oleh pihak polis bagi sekitar Shah Alam dan Daerah Petaling dalam lingkungan 60 kes sehari adalah angka yang amat membimbangkan.
"Saya melihat jenayah di Shah Alam adalah satu perkara yang amat membimbangkan, saya jangka paling kurang akan terdapat lima atau enam kes sehari.
"Tetapi apabila kita bertanya kepada pihak polis mereka mengatakan lebih kurang 60 kes dalam sehari termasuk di Daerah Petaling, ini angka yang amat tinggi," jelasnya pada sidang media di pejabatnya semalam.
Katanya lagi, keputusan kerajaan negeri yang ingin membantu pihak polis membuat pemantau jenayah dengan mewujudkan polis bantuan dialu-alukan semua rakyat.
Namun keputusan tersebut telah ditolak oleh pihak polis dengan alasan akan ada pertindihan tugas dengan pihak polis.
"Mengikut angka yang diperolehi kurang 30 peratus dari jumlah anggota polis negara ini menumpukan tugas kepada pemantauan jenayah.
"Selebihnya lebih tumpu kepada kerja-kerja keranian di pejabat, tugas-tugas khas ataupun berada dalam pasukan simpanan," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.
Menurutnya lagi, kalau mengikut jumlah anggota polis yang ada, nisbah seorang anggota polis akan memantau 270 orang rakyat Malaysia (1:270).
Tetapi hanya 30 peratus sahaja anggota polis yang ditugaskan menjalankan kerja pemantauan, nisbah seorang anggota polis akan memantau lebih 2000 rakyat.
"Macam mana nak pantau kalau seorang anggota perlu memantau lebih 2000 orang.
"Saya harap polis lebih profesional dan mengambil serius dalam isu jenayah ini dan kurangkan kerja-kerja Cawangan Khas (SB) yang lebih tumpu kepada memantau ahli politik pembangkang," sambung beliau.
Khalid berharap kerajaan terutamanya Kementerisn Dalam Negeri (KDN) membuat penyelarasan semula tugas-tugas anggota polis yang ada sekarang dengan memberi penumpuan khusus kepada soal jenayah.
Sementara itu, Madzham Ahmad Nasir, 38 tahun yang tinggal di Seksyen 4 dan juga merupakan salah seorang mangsa pecah rumah kesal kerana peningkatan jenayah di kawasan tempat tinggalnya terus meningkat tanpa ada pemantauan khusus.
Beliau yang turut memberitahu dalam tempoh dua bulan tidak kurang 20 buah rumah di Seksyen 4 telah dipecah masuk yang mengakibatkan kerugian ribuan ringgit.

Berpadalah, jangan jadi gila kerana Akta Hasutan
Harakahdaily, | 01 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Sebenarnya, isu-isu perkauman dan agama yang timbul sekarang ini hanyalah isu kecil dan masih boleh ditangani jika semua pemimpin bertindak dengan akal fikiran yang waras, menyeluruh serta tidak dipengaruhi sentimen yang sempit.
Namun tidak mustahil ia akan terus menjadi besar dan marak serta memusnahkan keharmonian yang sudah terjalin selama ini sekiranya kita mempunyai lebih ramai pemimpin yang "gila" berbanding yang betul-betul waras.
Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Justeru baginya, kenyataan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar yang mahu seorang ibu yang memulakan kehangatan isu murid makan di bilik persalinan di SK Sri Pristana dengan memuatkan gambar berkenaan di laman sosial Facebook, disiasat di bawah Akta Hasutan memang dianggap keterlaluan dan seperti memercikkan minyak petrol ke atas api yang sedang terbakar.
“Sebagai pemimpin, meskipun baru digugurkan sebagai menteri dan dinaikkan pula sebagai Pengerusi Umno Selangor, beliau tidak seharusnya berlebih-lebihan dan menunjuk-nunjuk sebagai seorang pembela.
“Tindakan beliau bukan saja menimbulkan keresahan kepada kepada rakyat, bahkan Presiden MCA Chua Soi Lek pun tidak dapat menahan dirinya daripada memberi komen sehingga mengatakan ‘Noh Omar sudah gila’,” tulisnya lagi.
Baca lagi
Namun tidak mustahil ia akan terus menjadi besar dan marak serta memusnahkan keharmonian yang sudah terjalin selama ini sekiranya kita mempunyai lebih ramai pemimpin yang "gila" berbanding yang betul-betul waras.
Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Justeru baginya, kenyataan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar yang mahu seorang ibu yang memulakan kehangatan isu murid makan di bilik persalinan di SK Sri Pristana dengan memuatkan gambar berkenaan di laman sosial Facebook, disiasat di bawah Akta Hasutan memang dianggap keterlaluan dan seperti memercikkan minyak petrol ke atas api yang sedang terbakar.
“Sebagai pemimpin, meskipun baru digugurkan sebagai menteri dan dinaikkan pula sebagai Pengerusi Umno Selangor, beliau tidak seharusnya berlebih-lebihan dan menunjuk-nunjuk sebagai seorang pembela.
“Tindakan beliau bukan saja menimbulkan keresahan kepada kepada rakyat, bahkan Presiden MCA Chua Soi Lek pun tidak dapat menahan dirinya daripada memberi komen sehingga mengatakan ‘Noh Omar sudah gila’,” tulisnya lagi.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-8-2013
Lagi kes tembak mati, hari ini di Parit Buntar
Harakahdaily, | 31 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Dalam heboh masyarakat bercakap soal kebimbangan berikutan kejadian tembak di sana-sini, hari ini satu lagi kes sama berlaku di Parit Buntar.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi, seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2.
Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan.
Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 31-7-2013
Benarkah negara kita aman seperti diperkatakan?
Aspan Alias, | 30 Jul 2013 |
Benarkah negara ini negara yang aman? Benarkah yang rakyat negara kita bukan seperti setengah negara di Afrika dan banyak negara lain yang setiap rakyat bebas kesana kemari dengan selamat? Jika benar negara kita sebuah negara yang selamat untuk bergerak bebas kenapa setiap hari dan minggu kita mendengar tembakan dan pembunuhan berlaku terhadap manusia dan ia berlaku di mana-mana.
Yang terbaru ialah percubaan membunuh Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan yang berlaku di Bahau. Sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Kastam DiRaja Malaysia, Shaharuddin juga di tembak di persimpangan jalan di Putrajaya. Bunuh membunuh sudah menjadi begitu lumrah dan ia disyaki berlaku kerana pihak yang berkuasa terutamanya pihak penguasa seperti Polis dan lain-lain terlibat dengan kegiatan jenayah besar atau melindungi penjenayah kerana ada unsur rasuah yang tidak terkawal.
Apakah benar negara kita negara selamat? Ini persoalan yang sangat penting yang sehingga hari ini tidak ada pihak yang dapat diyakini yang kita semua berada dalam sebuah negara yang boleh di kategorikan sebagai negara yang aman..
Sanjeevan dikatakan menjadi mangsa penjenayah apabila beliau memberi isyarat yang beliau akan membongkar sindiket kegiatan dadah yang mungkin melibatkan pihak Polis. Jika ianya benar tidak sepatutnya menteri bertanggungjawab awal-awal lagi menafikan yang pihak Polis terlibat dengan kejadian ini. Elok dilakukan penyiasatan dahulu.
Pembunuhan ke atas Timbalan Ketua Pengarah Kastam DiRaja Malaysia dahulu juga disyaki ada kaitan dengan tugas beliau sebagai seorang penguatkuasa kerajaan yang tinggi dengan kuasa yang tinggi berada di tangan beliau. Jika kita lihat dan pandang betul-betul mereka yang menjadi mangsa pembunuhan atau cubaan membunuh itu melibatkan orang yang berada dalam jabatan dan tugasan yang melibatkan perniagaan.
Selain dari itu di mana-mana berlaku jenayah yang menakutkan rakyat negara ini. Beberapa minggu yang lepas tidak jauh dari rumah saya berlaku usaha untuk membunuh seorang Dr di mana sekumpulan yang bersenjatakan parang telah menetak Dr Pakar Wanita itu sehingga putus empat jarinya serta hampir memutuskan lengannya.
Kalau disenaraikan perlakuan jenayah seperti ini ia amat menakutkan kerana terlalu banyak jenayah yang melibatkan nyawa manusia berlaku seperti ia perkara biasa sahaja. Kita hanya mendengar pembunuhan-pembunuhan seperti ini hanya berlaku di Columbia dan beberapa negara di Selatan Amerika sahaja. Saya percaya lebih ramai lagi manusia mati dibunuh penjenayah dari kematian anggota tentera yang berperang dengan musuh negara di hutan belantara dan persempadanan negara.
Setiap waktu dan masa kita membaca yang pembunuhan berlaku di mana-mana. Banyak di antara pembunuhan ini berlaku yang berkaitan dengan perniagaan dan wang ringgit. Itu jenayah kolar biru. Bagaimana pula dengan jenayah kolar putih?
Mendengar pemimpin itu rasuah di sana sini sudah menjadi pendengaran yang biasa. Itu pun jenayah yang tidak kurang bahayanya dari jenayah pembunuhan nyawa manusia. Jenayah berkolar putih ini amat merbahaya kepada rakyat negara dan jika ini tidak dapat dikawal ia akan menjadikan negara kita tidak aman lagi. Rasuah yang tidak henti-henti dilakukan ini akan membawa banyak mudaratnya kepada rakyat dan negara, kerana jenayah berkolar putih ini berlaku dalam skala yang besar dan akhirnya ia pernah melibatkan pembunuhan kepada manusia yang melakukan jenayah rasuah ini.
Jenayah-jenayah tidak kira ia berkolar putih atau berkolar biru adalah sama. Tidak ada bezanya penjenayah seperti Botak Chin dahulu dengan perasuah dan peragut harta awam yang banyak itu. Kita perlu menganggap sesiapa yang melakukan rasuah itu sebagai peragut atau penyamun dan perompak itu sama sahaja tarafnya dengan Botak Chin yang sangat terkenal dengan keganasannya merompak di akhir tujuh puluhan dahulu.
Semuanya ini melibatkan keselamatan awam. Malangnya kita tidak mahu memberikan pengiktirafan yang penyamun dan perompak kolar putih itu sama kategorinya dengan penyamun berkolar biru itu.
Jika benar percubaan pembunuhan terhadap Sanjeevan ini adalah kerana ada pihak yang tidak senang dengan tindakannya untuk membongkar sindiket dadah yang melibatkan pihak Polis ia adalah satu kejadian yang sangat menakutkan rakyat ramai. Yang mengesyaki tentang penglibatan Polis dalam isu ini adalah bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan sendiri dan ini bukan perkara yang mudah untuk diselesaikan jika apa yang beliau syaki itu adalah benar.
Ramai merasakan kehidupan mereka tidak lagi aman dan tenteram kerana kita telah mendengar yang pihak yang sepatutnya melindungi orang ramai sendiri sudah dipersoalkan kejujuran mereka memikul tanggungjawab melindungi rakyat itu. Jika Polis tidak boleh dipercayai, mahkamah tidak boleh diyakini serta pemimpin pula tidak boleh berlaku adil dan bersih ia amat menakutkan rakyat. Jika yang ditugaskan melindungi negara itu sendiri terlibat dengan jenayah yang mereka patut mencegahnya, maka tiada lagilah rakyat yang dahagakan keamanan itu tempat untuk berlindung.
Jika semuanya terlibat maka tidak akan ada pihak yang boleh melakukan apa-apa untuk menjaga kesejahteraan negara. Jika kita mengakui perkara-perkara yang berlaku ini melibatkan pihak penguat kuasa undang-undang, maka kita sekarang seolah-olah berada dalam sebuah negara yang tidak aman keseluruhannya.
Kadangkala ada kecederungan untuk mempercayai yang negara kita seolah-olah berada di dalam darurat. Darurat dari pemikiran dan darurat dalam segala-galanya. Harta benda rakyat tidak selamat, kesejahteraan rakyat tidak terjamin dan keselamatan negara sendiri pun belum pasti dapat dilindungi.
Jika semua pihak lebih mementingkan kedudukan dan kekayaan diri dan keluarga sendiri maka tidaklah lagi sempurna kehidupan dalam sebuah negara yang dikatakan sudah merdeka dan aman damai ini.
Lebih teruk lagi ada kumpulan yang hanya mementingkan bangsa dan warna kulitnya sendiri sahaja dengan menyanyikan lagu lama yang mengelirukan orang ramai. Tajuk lagu yang saya maksudkan itu ialah ‘multiracialism’.
Sampai bila kita tidak akan aman… - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Sumber HD - 30-7-2013
Siasat menyeluruh cubaan bunuh Sanjeevan
Harakahdaily, | 30 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak siasatan menyeluruh dibuat mengenai satu percubaan bunuh pengerusi NGO anti jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ini berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa percubaan bunuh terhadap R Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dalam sindiket jenayah.
“DPPM menganggap kenyataan Tan Sri Musa Hassan itu sebagai sesuatu yang serius,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, jika benar dakwaan tersebut, ia bermakna ada beberapa pihak yang ‘merasa panas’ dengan pendedahan R Sri Sanjeevan sehingga tergamak mengambil pembunuh upahan menembak beliau.
“Soalnya, siapakah yang berusaha membunuh beliau dan sipakah pula dalang yang mengarahkan beliau dibunuh?” soal beliau.
Katanya, pendedahan Sanjeevan dan jenayah yang berlaku ke atasnya pastinya menggemparkan negara.
“Cubaan bunuh ke atas beliau menunjukkan bahawa ada beberapa kes besar yang boleh memeranjatkan melibatkan individu atau pihak tertentu cuba untuk dilenyapkan.
“Mungkin beliau memiliki rahsia besar yang perlu disingkapkan bagi pengetahuan umum,” katanya lagi.
Beliau menambah, individu berprofil tinggi seperti R Sri Sanjeevan sepatutnya dilindungi daripada sebarang cubaan jenayah terhadapnya.
Katanya, Sanjeevan menghadapi risiko dibunuh ekoran keberaniannya mendedahkan bahawa pegawai polis sendiri terlibat dengan jenayah.
“Keberanian beliau wajar dicontohi dan seharusnya banyak pihak lain sanggup ke tengah dalam menegakkan kebenaran tanpa mempedulikan risiko yang bakal diambil,” ujarnya.
Akhirnya, ujar beliau DPPM mengharapkan penjenayah terbabit segera ditangkap untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
Katanya, kejadian ke atas R Sri Sanjeevan menunjukkan jenayah membunuh menggunakan senjata api adalah sesuatu yang serius dan Malaysia sudah tidak boleh dianggap selamat bagi warganya.

Kami sekeluarga bertambah bimbang - ayah Sanjeevan
Harakahdaily, | 30 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: “Saya dan keluarga masih dalam keadaan sedih dan terperanjat dengan apa yang berlaku kepada Sanjeevan,” kata Ramakrishnan Perianan, bapa Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan (gambar).
Katanya, kenyataan-kenyataan tidak tepat yang dikeluarkan mengenai anakanya itu membuatkan beliau sekeluarga bertambah bimbang dan kurang tenang.
“Saya dengan ini meminta supaya pihak media yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan anak saya Sanjeevan untuk terus menghubungi saya atau kakak beliau, Cik Maygala Ramakrishnan dan tidak menerusi mana-mana pihak lain,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam, sebagaimana di bawah.
Dalam tempoh beberapa jam yang lalu saya mendapati adanya kenyataan-kenyataan berhubung keadaan anak saya Sri Sanjeevan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak dan individu tertentu kepada pihak media.
Walaubagaimanapun, ada di antara kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan tersebut didapati tidak tepat dan mengelirukan.
Saya dan keluarga masih dalam keadaan sedih dan terperanjat dengan apa yang berlaku kepada Sanjeevan dan kenyataan-kenyataan tidak tepat yang dikeluarkan ini membuatkan kami sekeluarga bertambah bimbang dan kurang tenang.
Saya dengan ini meminta supaya pihak media yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan anak saya Sanjeevan untuk terus menghubungi saya atau kakak beliau, Cik Maygala Ramakrishnan dan tidak menerusi mana-mana pihak lain.
Saya juga meminta supaya pihak-pihak dan individu-individu yang tidak berkenaan untuk berhenti dari mengeluarkan apa jua kenyataan-kenyataan kepada media tentang keadaan Sanjeevan tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu.
Pada masa ini, anak saya sedang menerima rawatan di Hospital Serdang selepas dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban petang tadi. Keadaan beliau, seperti yang dimaklumkan oleh pihak Hospital Serdang kepada kami sebentar tadi adalah walaupun kritikal, tetapi lebih stabil.
Saya juga ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan doktor-doktor, pakar-pakar dan kakitangan perubatan di Hospital Jempol, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Serdang yang telah dan sedang bertungkus lumus berusaha untuk menyelamatkan anak saya Sanjeevan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia yang mengambil langkah berjaga-jaga dan memberi kawalan keselamatan penuh terhadap Sanjeevan sementara dia dirawat di hospital sekarang ini.
Saya dan keluarga turut menghargai ucapan simpati dan kata-kata sokongan dari keseluruhan rakyat Malaysia serta doa mereka untuk Sanjeevan.
Sekian, terima kasih.

Jenayah: Polis didesak siasat dakwaan Sanjeevan
Hazayani Zakaria, | 29 Jul 2013 |
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) didesak menyiasat dakwaan penglibatan PDRM dalam sindiket jenayah dan kegiatan haram seperti yang didedahkan pengerusi NGO MyWatch, R Sri Sanjeevan.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya menyambut baik janji Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas kes Sanjeevan ditembak namun siasatan ke atas dakwaan Sanjeevan tidak harus diketepikan.
"Kami mengalu-alukan kanyaaan pantas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji akan menjalankan siasatan terperinci dengan kadar segera tapi kami juga menuntut supaya pendedahan Sanjeevan bahawa PDRM terlibat dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana hari ini.
Sanjeevan ditembak di bahagian rusuk dipercayai dilakukan oleh dua lelaki India ketika sedang memandu kereta.
Kejadian berlaku dekat Bahau, Negeri Sembilan pada jam 4.30 pagi kelmarin.
Akibat kejadian itu, Sanjeevan dimasukkan ke Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Serdang.
Semalam, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata percubaan membunuh Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dengan sindiket jenayah.
"Kita tidak menolak kemungkinan penembakan Sanjeevan seperti yang dikatakan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa ada katan dengan hasrat beliau untuk mendedahkan penglibatan PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram," kata Anwar yang juga Ahli parlimen Permatang Pauh.
Justeru Anwar turut menggesa Khalid megarahkan anggotanya mengadakan kawalan yang ketat di hospital kerana mendapati kawalan di tempat Saneevan dirawat sangat longgar.
"Kawalan di hospital sangat longgar.Kalau kes yang begitu penting melibatkan pegawai-pegawai polis saya bimbang keselamatan Sanjeevan.
"Saya ingin menggesa ketua polis negara mengarahkan kawalan diperketatkan dan kawalan polis diadakan bagi menjamin keselamatan Sanjeevan," katanya.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya menyambut baik janji Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas kes Sanjeevan ditembak namun siasatan ke atas dakwaan Sanjeevan tidak harus diketepikan.
"Kami mengalu-alukan kanyaaan pantas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji akan menjalankan siasatan terperinci dengan kadar segera tapi kami juga menuntut supaya pendedahan Sanjeevan bahawa PDRM terlibat dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana hari ini.
Sanjeevan ditembak di bahagian rusuk dipercayai dilakukan oleh dua lelaki India ketika sedang memandu kereta.
Kejadian berlaku dekat Bahau, Negeri Sembilan pada jam 4.30 pagi kelmarin.
Akibat kejadian itu, Sanjeevan dimasukkan ke Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Serdang.
Semalam, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata percubaan membunuh Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dengan sindiket jenayah.
"Kita tidak menolak kemungkinan penembakan Sanjeevan seperti yang dikatakan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa ada katan dengan hasrat beliau untuk mendedahkan penglibatan PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram," kata Anwar yang juga Ahli parlimen Permatang Pauh.
Justeru Anwar turut menggesa Khalid megarahkan anggotanya mengadakan kawalan yang ketat di hospital kerana mendapati kawalan di tempat Saneevan dirawat sangat longgar.
"Kawalan di hospital sangat longgar.Kalau kes yang begitu penting melibatkan pegawai-pegawai polis saya bimbang keselamatan Sanjeevan.
"Saya ingin menggesa ketua polis negara mengarahkan kawalan diperketatkan dan kawalan polis diadakan bagi menjamin keselamatan Sanjeevan," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-7-2013
Tingkatkan keselamatan pengerusi MyWatch di hospital
Harakahdaily, | 29 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: PKR menuntut supaya pihak polis meningkatkan kawalan keselamatan pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan dipertingkatkan.
Ketua Umumm PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya berkata, PKR juga menuntut supaya pendedahan Sanjeevan berkaitan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Sri Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang dua hari lepas.
Ekoran itu, polis menubuhkan pasukan penyiasat berprofil tinggi bagi menyiasat kes itu. Percubaan Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dengan sindiket jenayah, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Kekerapan kes-kes bunuh secara tembakan ala mafia kebelakangan ini yang antara lain menjadikan penjawat awam sebagai mangsa.
Sebelum ini turut mengorbankan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim, yang mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya tiga bulan lalu.
"Merujuk kepada kes Sanjeevan, kami difahamkan bahawa beliau sebelum ini turut menerima ancaman pada 11 April 2013 apabila diserang oleh empat lelaki bersenjatakan parang di basemen aras bawah di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dan beberapa minggu lalu diekori oleh beberapa lelaki yang mencurigakan di Terminal LCC, Sepang.
"Insiden tembakan yang melibatkan beliau dua hari lalu turut berlaku beberapa jam selepas beliau memuatnaik tulisan di akaun Twitter miliknya bahawa beliau menerima ugutan tembak dipercayai dari anggota polis," kata Anwar.
PKR tidak menolak bahawa insiden yang menimpa Sanjeevan seperti yang telah dinyatakan oleh mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mungkin memiliki kaitan langsung dengan hasrat beliau untuk mendedahkan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram.
Sehubungan dengan itu, PKR menyambut baik tindakan pantas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap kes ini.
PKR juga menuntut supaya pendedahan Sanjeevan berkaitan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Syukur Malaysia aman, tidak ada peperangan
http://kerabubersuara.blogspot.com, | 22 Jul 2013 |
Assalamualaikum! Syukur Malaysia Aman, Tidak Ada Peperangan!
July 22, 2013
Polis rampas 5 senjata api
Kota Bharu: Polis Kelantan berjaya merampas lima pucuk senjata api, termasuk pistol dan rifel M16 dalam usaha membanteras jenayah kekerasan menggunakan senjata berbahaya itu sejak Januari lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata kejayaan itu adalah satu pencapaian membanggakan sekali gus membuktikan pihak polis sentiasa komited menjalankan tugas mencegah jenayah.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-7-2013
Alvin, Vivian: Yang lain mesti diambil tindakan
Harakahdaily, | 19 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Jika perkara tidak serius, masakan pasangan Alvin dan Vivian boleh melakukan perkara yang sejahat yang mereka lakukan terhadap agama kita?
Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Aspan Alias di dalam blognya.
Baginya, keburukan yang sangat jahat yang dilakukan oleh pasangan muda ini tentulah bersebab.
Justeru beliau mempersoalkan kenapa mereka yang masih muda sudah pandai menyentuh dan menyakitkan kita dengan provokasi yang mereka lakukan itu.

“Puncanya itulah yang wajib kita fahami dan diperbaiki. Kalau kita lihat dan pandang betul-betul, mereka yang menjadikan isu ini lebih panas.
"Betul, mengambil tindakan terhadap pasangan muda ini adalah amat wajib kerana tidak ada siapa yang beragama akan merestui perlakuan mereka. Tetapi saya tidak salah jika saya katakan yang keadaan ini berlanjutan kerana pihak yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan itu tidak bersikap adil,” ujarnya.
Tulisan penuh baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-7-2013
Antara bak kut teh dan kepala lembu
Harakahdaily, | 18 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Sikap berat sebelah dan pendakwaan terpilih yang telah lama diamalkan oleh pihak berkuasa dan kerajaan sendiri, hanya akan menyebabkan keharmonian antara agama di Malaysia tercemar.
Justeru, penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib menegaskan bahawa Islam tetap suci, namun sikap umat Islam yang tidak menjaga kehormatan diri sendiri menyebabkan salah faham umat bukan Islam terhadap Islam.
“Saya juga ingin mengingatkan pada kerajaan Malaysia agar tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk meneruskan Akta Hasutan yang telah lama disalahgunakan untuk kepentingan politik parti pemerintah,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Parit dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.
Isu Bak Kut Teh sebenarnya bukanlah isu yang baru sahaja berlaku di Malaysia. Mungkin kerana isu ini melibatkan khinzir, maka isu ini berjaya menarik perhatian dan sensitiviti umat Islam.
Umat Islam tentu tidak dapat melupakan peristiwa Bak Kut Teh dengan mudah.
Namun, pasangan yang sama sebenarnya telah memulakan penghinaan terhadap masyarakat Malaysia apabila memuat naik video aksi terlampau di Internet, sambil menjadikan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai idola mereka.
Jika pemimpin UMNO-BN menuding jari kepada pemimpin DAP, kononnya DAP dalang penghinaan tersebut, UMNO-BN sepatutnya membuat koreksi dan bermuhasabah terlebih dahulu.
Chua Soi Lek, selain menjadi idola video aksi terlampau, beliau juga sebenarnya yang telah memulakan siri penghinaan terhadap agama Islam. Terdahulu, dalam siri blog rasmi beliau, beliau sendiri mengutuk hukum hudud dengan menyatakan bahawa hukum tersebut adalah ketinggalan zaman, bahkan mengutuk Adun BN dari Johor yang ingin menegakkan hukum hudud sebagai hilang akal.
Namun begitu, setiap isu yang dibawa oleh pemimpin UMNO-BN dilihat seolah-olah tidak sensitif, dan tidak mempunyai sebarang unsur hasutan.
Adakah sensitiviti umat Islam hanyalah pada ‘haiwan kaki pendek’ ini sahaja?
Masyarakat Malaysia juga sebenarnya tidak mudah untuk melupakan peristiwa demonstrasi kepala lembu yang pernah diadakan di Shah Alam.
Demonstrasi kepala lembu sepatutnya menerima layanan yang sama oleh undang-undang di Malaysia.
Jika kita marah orang lain hina agama kita, mengapa kita tidak boleh dimarahi apabila menghina agama orang lain?
Bagaimana pula sikap dan pendirian kerajaan terhadap mereka yang menghina agama sendiri? Ramai yang melenting apabila Duta Vatican mencampuri urusan penggunaan kalimah Allah.
Ramai pula pihak yang beria-ia mahu mempertahankan kalimah tersebut daripada digunakan oleh orang bukan Islam.
Hakikat bahawa kalimah Allah adalah khusus merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, dan tidak boleh disalahguna adalah hakikat yang perlu diterima.
Namun, adakah Kerajaan benar-benar bersungguh mempertahankan hak Allah ke atas diri mereka yang telah dipilih untuk menerima amanah mentadbir Malaysia?
Benarlah sepertimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW, bahawa Umat Islam pada akhir zaman hanyalah ibarat buih di laut. Berbuih ketika dipukul ombak, hanya desirnya yang kedengaran, namun tidak sedikitpun memberikan kesan.
Sikap berat sebelah dan pendakwaan terpilih yang telah lama diamalkan oleh pihak berkuasa dan pihak kerajaan sendiri, hanya akan menyebabkan keharmonian antara agama di Malaysia tercemar.
Islam tetap suci, namun sikap umat Islam yang tidak menjaga kehormatan diri sendiri menyebabkan salah faham umat bukan Islam terhadap Islam.
Saya juga ingin mengingatkan pada kerajaan Malaysia agar tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk meneruskan Akta Hasutan yang telah lama disalahgunakan untuk kepentingan politik parti pemerintah.

Sumber HD - 18-7-2013
Malaysia selamat atau tidak, KPN sila jawab
Harakahdaily, | 06 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) dan Menteri Dalam Negeri tidak sepatutnya menyatakan Malaysia sebuah negara yang selamat dan kadar jenayahnya telah berkurangan sebanyak 26.8% sejak pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada tahun 2009 serta tergolong sebagai salah sebuah paling aman di Asia Tenggara menurut Peace Index.
Tetapi, kata Lim Kit Siang secara tiba-tiba mengaitkan peningkatan kejadian jenayah ganas dengan penghapusan Ordinan Darurat (EO) pada tahun 2011 yang membawa kepada pembebasan hampir 2,000 orang yang disyaki sebagai penjenayah tegar.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, jika pembebasan 2,000 orang yang disyaki sebagai penjenayah tegar disebabkan oleh penghapusan EO pada September 2011 telah membawa kepada peningkatan kadar jenayah, mengapa perkara ini tidak terlihat pada perangkaan jenayah polis.
Sebaliknya, kata beliau polis mendakwa secara umum kadar jenayah jalanan dan indeks jenayah telah berkurangan masing-masing sebanyak 41.3% dan 7.6% pada tahun 2012 jika dibandingkan dengan 2011.
“Atau apakah ketua-ketua sindiket jenayah ganas dan terancang tiba-tiba menjadi lebih giat setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan “perang menentang jenayah” sebulan selepas pilihan raya umum ke-13 yang menyebabkan kadar jenayah dan kebimbangan orang ramai meningkat sehingga buat kali pertama rakyat Malaysia merasa tidak selamat untuk makan di luar rumah berikutan beberapa kejadian rompakan bersenjata ke atas pemilik dan pelanggan gerai mamak dan restoran?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, tidak sampai setahun yang lalu, Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin bersungguh-sungguh menafikan peningkatan kadar jenayah adalah disebabkan pembebasan tahanan-tahanan EO.
Ujar Hishammuddin, “walaupun media melaporkan bekas banduan terlibat dalam jenayah, bagi saya angkanya tidak berada pada tahap membimbangkan.”
“Apakah Hishammuddin menyatakan perkara yang benar Julai tahun lalu atau beliau telah memperdayakan rakyat Malaysia?” tanay Penasihat DAP Kebangsaan itu lagi.
Tahun lalu, ujar beliau orang ramai diyakinkan bahawa polis mengawasi 1,473 tahanan di bawah Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad yang telah dibebaskan bagi membantu mereka mencari pekerjaan dan memastikan mereka tidak kembali kepada kebiasaan yang buruk.
“Apakah natijah program ini atau hanya cakap-cakap kosong yang tidak pernah dilaksanakan oleh polis di semua negeri dalam negara ini?” tanya Lim.
Justeru, katanya jika polis mahukan kerjasama penuh dalam perang menentang jenayah, ia perlu memberi keyakinan kepada orang ramai dan berkongsi maklumat dengan mereka.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-7-2013
Benarkah negara semakin selamat?
Harakahdaily, | 10 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bahawa rakyat Malaysia semakin berasa selamat dan suasana di negara kini sudah semakin tenteram dan harmoni tidak akan dapat berjaya memujuk hati rakyat Malaysia.
Justeru, Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat itu mempersoalkan jika angka dan statistik jenayah tidak dapat menjadi sandaran, maka apakah kayu ukur sebenar yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk menilai situasi dan tahap keamanan rakyat Malaysia.
Sejujurnya, kata beliau kenyataan Perdana Menteri bahawa Malaysia semakin selamat sebenarnya hanyalah dilihat dari kacamata orang kaya khususnya para pemimpin kerajaan yang berada di awangan.
Sedangkan, ujarnya rakyat marhaen yang kini sedang menanggung akibat daripada kecuaian pemerintah dalam mentadbir dan mengurus negara.
Benar, katanya angka dan statistik bukanlah kayu ukur yang tepat, kerana terdapat banyak faktor yang turut mempengaruhi angka tersebut, namun, saban hari rakyat didedahkan dengan pelbagai berita yang menyayat hati, meruntun hati nurani.
Katanya, kisah bayi yang tidak berdosa dibuang dan dicampak sehingga mati.
Selain itu, ujarnya berita si anak yang sanggup mengelar ibu dan ayahnya sendiri, tidak kurang juga ibu dan ayah yang menzalimi si anak.
Bahkan, tambah beliau segala kes pecah rumah, rompakan dan ragut secara terang-terangan dan terbaru guru merogol murid berumur 12 tahun.
“Adakah ini semua tanda negara semakin menuju kepada keamanan dan kestabilan?” tanya beliau lagi dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, rakyat sudah semakin hilang percaya kepada institusi kerajaan kerana setiap rancangan yang ingin dibawa oleh pihak kerajaan menerima kecaman hebat malah tidak mendapat sambutan yang baik daripada rakyat.
Ini, kata beliau menunjukkan rakyat sebenarnya dahagakan perubahan. Harapan mereka berkecai setelah berakhirnya Pilihanraya Umum Ke-13.
Beliau menambah, bermula dari saat Parlimen dibubarkan, sehinggalah hari keputusan diumumkan, rakyat berasa tertipu dan dipermainkan.
Sehingga ke hari ini, katanya kerajaan masih gagal mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan, khususnya para Menteri yang dilantik oleh Umno BN.
Menurutnya lagi, masalah sistem pendidikan yang berkecamuk, pihak berkuasa keselamatan yang dipergunakan untuk kepentingan politik, propaganda media arus perdana yang masih berlarutan sehingga ke hari ini, sistem penyampaian yang tidak telus dan korup.
“Rakyat Malaysia adalah rakyat yang celik dan tidak mudah ditipu,” katanya lagi.
Hakikatnya, kata beliau kempen perubahan yang sedang dibawa oleh Perdana Menteri pada ketika ini semuanya hanya sarat dengan satu mesej sahaja iaitu hiburan.
“Setiap kempen, bermula dengan Hari Bersatu Menentang Jenayah, pelancaran ABNXcess, semuanya sarat dengan mesej hiburan,” ujarnya.
Beliau berkata, walaupun hiburan itu adakalanya membawa kebaikan, akan tetapi sekiranya tidak dikawal hiburan hanya akan membawa satu wabak sosial yang juga mndatangkan keburukan.
“Nasihat saya kepada Perdana Menteri, sajian hiburan tidak dapat membuatkan rakyat Malaysia terlupa pada kejadian Jambatan Runtuh di Pulau Pinang, atau segala kes jenayah yang semakin berleluasa.
“Berubahlah Sekarang, Selamatkan Malaysia,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-9-2013
No comments:
Post a Comment