Dataran Merdeka yang tidak merdeka
- Jan 06, 2014
- ABD SHUKUR HARUN
Tetapi ia hanya sebidang tanah di tengah jantung Ibu Kota yang digelar Dataran Merdeka, sebuah dataran yang penuh sejarah, menyaksikan jatuh bangun rakyat, di atasnya dikumandangkan perisytiharan kemerdekaan 57 tahun lalu.
Di zaman penjajah British, ia dikenal sebagai padang Kelab Selangor kerana di situ ada kelab tempat golongan elit penjajah British berkumpul, minum-minum ada dan bermain hoki. Namun ada juga segelintir pegawai Melayu yang ‘tumpang semangkuk’ bersantai di kelab itu.
Di depan Dataran Merdeka itu ialah bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikkan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957. Sejak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah Citrawarna dan Larian Merdeka dan pelbagai pesta hiburan.
Namun sejak beberapa tahun lalu Dataran Merdeka telah digegarkan dengan pelbagai himpunan rakyat, antaranya Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 dan di sanalah rakyat meluahkan perasaan mereka, menuntut pengisian erti kemerdekaan dan kebebsan. Himpunan itu, yang sangat berwarna warni, terutamanya deklamasi sajak ‘Unggun Bersih’ oleh Sasterawan Negara, A Samad Said yang menyuarakan perjuangan rakyat menuntut demokrasi yang murni.
UNGGUN BERSIH
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
Ia adalah sebuah sejarah yang mungkin dilihat kecil, tetapi penuh erti. Suara seorang sasterawan ternama yang menuntut kebebasan dan demokrasi, diucapkan di malam yang kudus di Dataran Merdeka pada 9 Julai 2011, disaksikan awan, gugusan bintang di langit biru. Bahkan jam besar di Bangunan Sultan Sulaiman, mercu tanda yang pernah berbunyi di malam kesambutan kemerdekaan tanah air 31 Ogor 1957.
Selepas demonstrasi Bersih yang menuntut pilihan raya bersih itu, berlanjutanlah beberapa siri perhimpunan rakyat di dataran tersebut.
Terkini, pada malam 31 Disember lalu, ketika berada di ambang Tahun Baru 2014, suara rakyat, suara orang muda, tiba-tiba meledak di Dataran Merdeka itu. Apa yang telah terjadi, ada yang bertanya. Ya, rakyat membantah kenaikan harga barangan keperluan harian, puluhan ribu ramainya.
Inilah suara rakyat yang disampaikan melalui himpunan di Dataran Merdeka yang kebanyakannya anak muda, dengan tulus menuntut pemrintah berlaku adil kepada rakyat dan jangan menghimpunkan kekayaan kepada segelintir golongan elit semata-mata. Ini selaras dengan tuntutan Islam supaya pemerintah berlaku adil supaya kemakmuran negara dinikmati bersama.
Malangnya, tiba-tiba Mufti Perak, Harussani Zakaria mengeluarkan fatwa karut bahawa mereka yang berhimpun itu adalah ‘bughah’, iaitu menderhaka kerana menentang kerajaan, maka itu darah mereka adalah halal.
Adakah perjuangan rakyat menentang kenaikan harga barang yang menyusahkan kehidupan mereka dianggap penderhaka dan halal darah mereka? Adakah Islam yang mahu kita tonjolkan sama sekali tidak membenarkan kebebasan berhimpun dan bersuara hingga melaksanakan hak tersebut membolehkan negara mengambil nyawa kita?
Inilah reaksi himpunan rakyat di Dataran Merdeka itu di mana seluruh media yang dikuasai Umno/BN memberian gambaran buruk bahawa himpunan itu haram, jahat dan mahu menggulingkan kerajaan. Pada hal rakyat hanya menuntut penurunan harga barang.
Saya kira, jika Dataran Merdeka ini manusia yang boleh berfikir sudah tentu merasakan simpati dengan tangisan rakyat ini. Namun ia hanya sebuah dataran yang bisu bertemankan jam besar di bangunan Sultan Abd Samad, yang sepanjang sejarahnya, telah menyaksikan pelbagai peristiwa bersejarah.
Itulah Dataran Merdeka, sebuah medan penting tempat perisytiharan kemerdekaan tanah air untuk mendapatkan kebebasan bagi rakyat bagi membentuk jalan hidup mereka sendiri. Malangnya, kini, selepas 57 tahun tanah air kita merdeka, kebebasan rakyat untuk bersuara semakin sukar.
Bayangkan jika para pejuang rakyat yang mahu membela rakyat supaya kehidupan mereka tidak tertekan disebabkan kenaikan harga barang telah dianggap penderhaka dan halal darah mereka, maka kita bertanya apa yang telah terjadi kepada negara ini.
Sebelum ini himpunan rakyat di Dataran Merdeka berdepan dengan kawat berduri yang tajam, polis bertopi merah, gas pemedih mata, tetapi kini bentuk tekanan dan ancaman terhadap mereka yang berhimpun di situ ialah dengan mereka dianggap ‘bughah’, penderhaka dan halal darah mereka. Tentunya ini lebih dahsyat.
Selama ini tentu ada yang mengharapkan bahawa selepas merdeka, Dataran Merdeka akan menjadi medan rakyat untuk menyuarakan hak mereka, tetapi harapan mereka itu tidak kesampaian, justeru Dataran Merdeka dilihat hanya untuk program pesta hiburan, sukan dan memperingati ulang tahun kemerdekaan dengan permainan bunga api. Sekali lagi rakyat kecewa.
Di sini saya teringat ucapan A Samad Said di Himpunan Unggun Bersih pada 9 Julai tiga tahun lalu:
“Kita merindukan suara pemerintah yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan pemerintah yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum.
“Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan taufan.”
Itulah perihal Dataran Merdeka yang tidak merdeka. Namun ia dijangka akan menyaksikan lebih banyak lagi himpunan yang meneriakkan dengan nyaringnya suara rakyat.
Sumber HD - 6-1-2014
Himpunan Turun: Anak muda bangkit membela rakyat
- Jan 02, 2014
- ABDUL SHUKUR HARUN
Isyarat ini perlu difahami oleh semua pihak, khususnya pemerintah, bahawa dalam PRU ke-14 nanti, anak muda ini akan juga dijangka berada di barisan depan untuk membuat perubahan dalam menentukan haluan negara, atau dalam bahasa yang mudah difahami, menentukan siapakah yang akan memerintah negara ini nanti.
Perubahan ini tentunya melalui demokrasi pilihan raya, bukan dengan secara kekerasan, justru anak-anak muda ini adalah rakyat Malaysia yang terdidik, setia dan sangat sayangkan negaranya.
Tahniah kepada yang menyertai himpunan bersejarah malam itu, yang dilihat sangat dramatik, bukan dengan pertunjukkan bunga api dan riuh rendah persembahan Konsert Tahun Baru, tetapi dengan teriakan ‘Turunkan harga barang’.
Himpunan itu bermula dari beberapa lokasi berbeza di ibu negara, iaitu di hadapan kompleks membeli belah Sogo, Masjid Jamek sebelum kesemua peserta bertemu di Dataran Merdeka dengan aman dan santun serta tiada keganasan.
Mereka hanya membantah kenaikan kos sara hidup yang disebabkan oleh kenaikan harga beberapa barangan seperti bahan api, gula, kadar tarif elektrik dan juga pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Majoriti peserta yang menyertai himpunan itu memakai kemeja-T hitam tertera logo dengan perkataan ‘Turun’.
Turut menyertai himpunan anak muda itu termasuklah beberapa pemimpin politik daripada Pakatan Rakyat (PR) seperti Dr. Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mat Akin, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin lain serta badan bukan kerajaan yang pro pembangkang.
Walaupun kini diberitakan ada usaha pihak berkuasa untuk memahami rintihan rakyat, tetapi ramai meramalkan bahawa – seperti biasa - tidak mudah peniaga untuk menurunkan harga barang keperluan itu di mana mereka akan mengemukalan pelbagai hujah. Lebih-lebih lagi dilihat pihak penguatkuasaan kerajaan dalam memantau harga barangan begitu lemah.
Bagaimanapun rakyat prihatin yang dipimpin oleh golongan muda seperti yang ditunjukkan dalam Himpunan Turun di Kuala Lumpur itu telah menghantar isyarat jelas bahawa rakyat biasa merasakan kehidupan mereka sangat tertekan dengan kenaikan harga pelbagai barangan.
Tentu saja diharapkan semua rakyat, sama ada menyokong atau tidak menyokong himpunan anak muda itu supaya benar-benar memahami bahawa perjuangan mereka ialah untuk membela rakyat seluruhnya.
Sukar untuk mempercayai jika ada pendapat bahawa rakyat yang menyokong BN tidak terkesan dengan kenaikan harga barangan itu. Pendukung Umno/BN, kakitangan awam dan swasta, peniaga, petani dan nelayan secara lojiknya akan tetap terasa kesannya.
Jika di masa lalu, umpamanya, mereka ke pasar dengan hanya membawa wang $50, banyak dapat membeli pelbagai barangan. Tetapi kini, dengan harga barangan yang mahal, berapalah barangan keperluan yang dapat mereka beli dengan wang sebanyak itu.
Untuk menyuruh rakyat biasa berjimat, adakah bermaksud rakyat hanya perlu makan sekali sehari? Ini lojiknya.
Rakyat biasa tidak hidup bermewah-mewah, tidak seperti golongan elit, makan minum di restoran dan kelab ternama, memakai pakaian berjenama, shooping di London, Paris, atau bercuti di Hawaii.
Rakyat biasa yang hidupnya terhimpit inilah yang diperjuangkan oleh anak-anak muda dan masiswa/siswi di Himpunan Turun di Dataran Merdeka malam kelmarin.
Saya fikir, jika jam besar di depan Dataran nescaya Merdeka, rumput rampai dan gemerlapan lampu di sekitarnya bernyawa, akan turut bersimpati dengan kebangkitan anak muda ini untuk membela rakyat.
Dari itu mereka yang prihatin akan menyokong perjuangan anak muda ini.
Sumber HD - 2-1-2013
Pemikiran pelik pemimpin Umno
- Dec 30, 2013
- ABDUL SHUKUR HARUN
Kata-katanya ini menimbulkan kemarahan dan kritikan pelbagai pihak, termasuklah di kalangan sesetengah tokoh Umno sendiri yang tidak bersetuju dengan kata-kata tersdebut, yang sedar akan situasi yang ada sekarang.
Bayangkan, bagaimanakah rakyat Malaysia yang sah sebagai warganegara tiba-tiba mahu disuruh meninggalkan negara ini, hanya kerana rakyat prihatin ini tidak bersetuju dengan dasar dan langkah kerajaan terutamanya mengenai kenaikan harga barang, menyebabkan mereka mahu berhimpun membantah kenaikan tersebut.
Ini bukan pertam kali kata-kata karut marut dikeluarkan oleh orang Umno/BN, malah ada yang lebih dahsyat dari itu. Umpamanya ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini yang berkata, “Jika Umno tiada, bagaimanakah nasib orang Melayu, di mana mereka hendak mengadu.”
Ucapannya ini menyebabkan ramai orang bertanya, bagaimana dengan kuasa Rububiyah Allah yang menentukan nasib manusia, qada’ dan qadar, rezeki, umur, ajal dan maut hamba-Nya. Adakah nasib Melayu ditentukan oleh Umno, bukan kuasa Allah s.w.t.?
Maka itu kenyataan pemimpin Wanita Umno Kuantan ini yang menyuruh penentang Umno/BN supaya meninggalkan negara ini adalah analoji yang dangkal dan kuno. Inilah akibat mudahnya bercakap tanpa memikirkan lojik akal rasional.
Oleh itu, jika analogi dangkal ini hendak dipakai, maka kita bertanya bagaimana dengan mereka yang menentang Pakatan Rakyat yang mendiami negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Adakah mereka disuruh berpindah ke negeri lain yang diperintah oleh Umno?
Oleh itu apalah yang boleh kita harapkan dari kebanyakan orang Umno/BN yang berfikiran serupa ini, walaupun tidak semua.
Pendapat dangkal dan pelik serupa ini menimbulkan kritikan pelbagai pihak, baik pemimpin Pakatan Rakyat, penganalisis dan ahli politik, NGO dan rakyat prihatin yang lain, malah dari kalangan beberapa tokoh Umno sendiri.
Pendapat tokoh Wanita Umno ini malah menjadi bahan tertawaan ramai orang, bukan saja kerana ia tidak memahami rialiti masyarakat yang ada, tetapi juga kedangkalannya berpolitik.
Di sini nyatalah pemikiran kebanyakan orang Umno/BN benar-benar ketinggalan zaman pada ketika dunia moden dengan pelbagai kemajuan teknologi dan dunia intelek begitu pesat. Malangnya kebanyakan orang Umno berfikiran seperti 50 tahun dulu. Iaitu zaman belum begitu ramai orang celek huruf, zaman orang luar bandar menonton filem menerusi tayangan wayang pacak hitam putih di tepi jalan oleh Jabatan Penerangan.
Zaman itu telah berlalu lima puluh tahun lalu atau lebih, zaman selepas Perang Jepun, zaman ramai orang Melayu yang percaya pada khurafat. Malangnya pemikiran zaman itu tidak banyak berubah dikebanyakan orang Umno.
Sebab itu jika kita mendengar beberapa perwakilan yang berucap di Perhimpunan Agung Umno di PWTC beberapa bulan lalu, kita mendapati ucapan mereka itu benar-benar ketinggalan zaman dengan cetusan faham perkauman yang sempit.
Ia menggambarkan Umno seperti berada di alam fantasi, zaman nenek kebayan – wanita tua bongkok, bertongkat, terketar-ketar - bercakap dengan Tun Mamat, wakil Sultan Melaka untuk meminang puteri Gunung Ledang.
Sedangkan alam realiti, ialah suasana di luar PWTC itu sendiri, dengan simpang siur lalu lintas, pusat membeli belah yang riuh rendah, orang ramai hilir mudik siang dan malam dengan keperluan masing-masing, syarikat dan bank-bank yang bergelut dengan urusan perniagaan dan kewangan dan pelbagai lagi.
Oleh itu, tentunya seruan tokoh Wanita Umno Kuantan itu adalah ‘lanjutan alam fantasi’ yang dibawa dari PWRC itu.
Di sinilah, menurut saya, sudah sampai masanya dan memang sangat perlu pelbagai pihak, terutamanya golongan intelektual dan agamawan serta kalangan tokoh NGO yang sangat prihatin terhadap nasib rakyat supaya mengadakan dialog, malah pendidikan kepada orang Umno supaya berfikir sesuai dengan keadaan masa kini.
Islam yang kita pegang secara kukuh, dengan konsep mulia wasatiyyahnya – seimbang, pertengahan, menegakkan keadilan dan kesaksamaan dan sebagainya - boleh menjadi asas wahana yang penting untuk memberikan kesedaran kepada orang Umno. Bahawa Islam itu ialah agama yang berasaskan pemikiran, hujjah, bukan paksaan, bukan diasaskan kepada emosi dan pemikiran yang sempit.
Lebih dari itu, Islam menentang pemikiran dan sikap perkauman, justru hadis Nabi s.a.w. yang sangat kuat, mengungkapkan: “Bukan dari umatku mereka yang meneriakkan assobiyah (perkauman).”
Para agamawan yang berceramah baik di masjid, surau mahupun di kaca TV dan sebagainya, justeru boleh menghuraikan secara jelas akan maksud hadis ini, bukan saja kepada orang Umno, bahkan kepada siapa saja yang keliru dengan keluasan tawawuur Islam ini.
Sudah sampailah masanya segenap anggota masyarakat prihatin, khususnyan para agamawan, pemimpin NGO yang tidak menjadi pengampu, para pemimpin golongan muda, siswa-siswi yang prihatin dan rakyat yang merasa bertanggungjawab untuk tampil menjelaskan sejelas-jelasnya - dalam bahasa yang mudah difahami - mengenai tekanan hidup yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat sekarang ini.
Masalahnya terutama berpunca dari kenaikan harga barang yang benar-benar menghimpit kehidupan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.
Kita percaya, ada di kalangan penyokong biasa Umno sendiri yang merasakan kehidupan mereka sendiri tertekan dengan kenaikan harga barang ini.
Maknanya tiadak ada golongan yang terlepas dari hempetan kehidupan ini diakibatkan kenaikan tersebut, kecuali para pemimpin dan orang-orang besar, para tokoh korporat ternama, suku sakat kroni dan saudara mara yang hidup kaya raya, malah super kaya, bercuti dan shooping di luar negara dan membeli barangan berjenama.
Golongan elit yang hidup berwah-mewah ini tidak tersentuhpun dengan phenomena kenaikan harga barang ini. Tetapi yang amat tertekan ialah rakyat biasa, buruh dan nelayan dan rakyat berpendapatan rendah seluruhnya.
Inilah yang dibela dan diperjuankan oleh para NGO yang prihatin dan pendukung Pakatan Rakyat. Malangnya mereka inilah yang dicabar supaya ‘berambus’ keluar Malaysia jika tidak setuju dengan BN. Inilah wajah politik yang memulakan tahun 2014.
Sumber HD - 30-12-2013
Kritikan Za’aba dan Ku Li terhadap Melayu
- Dec 23, 2013
- ABD SHUKUR HARUN
Selama ini banyak cerdik pandai, tokoh masyarakat yang bercakap dan menulis mengenai kelemahan orang Melayu, termasuklah kritikan daripada Almarhum Pendita Za’aba setengah abad lalu, yang memberi pandangan kritikal terhadap orang Melayu.
Baru-baru ini Tengku Razaleigh menyatakan bahawa bilangan ‘key-personnel’ daripada kalangan orang Melayu di sektor korporat menurun dengan sangat signifikan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
“Industri produk halal yang besar juga difahamkan dikawal oleh orang bukan Melayu/Bumiputera, dan sangat mendukacitakan apabila pemilik asal beberapa syarikat orang Melayu yang sudah berjaya akhirnya menjadi pekerja kepada pemilik syarikat yang baru,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.
Perkembangan ini, katanya, tidak ada kaitan dengan isu perkauman atau hak orang Melayu yang dinafikan, tetapi lebih sebagai masalah orang Melayu yang tidak mampu bertahan dalam saingan dan kesulitan alam perniagaan yang semakin kompleks.
Menurut Tengku Razaleigh lagi, orang Melayu dan Bumiputera tidak boleh menyalahkan orang lain kalau mereka masih tidak berjaya.
Di sini saya bertanya, mengapa terjadi demikian kepada orang Melayu yang berada di bawah kerajaan Umno/BN sejak zaman-berzaman dan Umno sentiasa mendakwa sebagai pelindung dan pejuang bangsa Melayu.
Mengapa orang Melayu masih mundur lagi, pada ketika pelbagai bantuan dan habuan dihulurkan kepada orang Melayu oleh Umno/BN, terutama ketika menjelang setiap kali pilihan raya untuk mendapat undi mereka.
Ini adalah kesilapan dan kelemahan pemimpin Umno sendiri, yang hanya ‘membelai’ dan memberi peluang kepada segelintir orang Melayu yang menjadi kroni mereka, yang terdiri dari kaum keluarga dan sahabat handai mereka, menyebabkan hanya segelintir orang Melayu yang kaya raya, malah super-kaya, memonopoli pelbagai peluang untuk meluaskan lagi empayar perniagaan mereka. Sementara kehidupan majoriti orang Melayu masih dalam tahap ‘cukup-cukup makan’ saja.
Melayu biasa yang hidup ‘cukup-cukup makan’ ini sajalah yang menjadi tumpuan ketika pilihan raya oleh Umno/BN dengan mewar-warkan pelbagai janji manis, pemberian pelbagai habun untuk mendapat undi.
Malangnya kini orang Melayu, seperti, kata Tengku Razaleigh tadi, “masih gagal dan ketinggalan dalam aktiviti ekonomi.”
Umno sebenarnya tidak berminat mendorong dan mengajar orang Melayu berfikir, berusaha dan berdikari, kerana jika orang Melayu mulai berfikir jauh dan berdikari, maka dikhuatiri orang Melayu tidak lagi bergantung kepada Umno.
Ini akan menghakis pengaruh parti itu dalam kalangan orang Melayu, maka itu dibiarkanlah orang Melayu sentiasa merasakan pergantungan kepada Umno, lalu kini terjadilah apa yang terjadi. Kekallah orang Melayu ketinggalan baik di bidang ekonomi, pendidikan, kemahiran dan lain-lain.
Adapun kritikan terhadap sikap orang Melayu pernah disuarakan oleh Pendita Za’aba, seorang intelektual ulung Melayu, yang menulis dalam beberapa bukunya di tahun 50-an lagi.
Za’aba, anak kelahiran Batu Kikir, Negeri Sembilan pada bulan September 1895 dan meninggal pada 23 Oktober 1973 telah mengkritik dengan hebatnya sikap orang Melayu menerusi tulisannya di mana beliau melihat kelemahan orang Melayu ialah kerana enggan atau malas berfikir, malas berusaha keras untuk maju, sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain untuk maju dan pelbagai lagi.
Intelektual ulung ini menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban adalah orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan itu pada 1915.
Ketika di Negeri Sembilan, beliau juga belajar bahasa Arab dan Al-Quran di sebuah madrasah di negeri itu. Ertinya beliau menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Arab dan mengkaji Al-Quran.
Pada tahun 1918 mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan pada tahun 1923 bertugas di Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur. Selepas itu bertugas di Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim pada tahun berikutnya.
Pada tahun 1939 bertugas di Jabatan Maklumat, Singpura sehingga 1942. Kemudian di Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951. Selepas itu dari tahun 1954 bertugas di Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.
Dengan latar belakang dan pendedahan sedemikian rupa, Pendita Za’aba mempunyai autoriti untuk bercakap mengenai bangsa Melayu yang dilihatnya mempunyai banyak kelemahan di samping kekuatan.
Antara bukunya yang sangat tegas mengkritik sikap orang Melayu, ialah yang bertajuk ‘Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri’. Buku tersebut sangat menarik.
Za’aba bukan sekadar seorang ilmuwan bahasa semata, beliau juga seorang ilmuwan agama yang terbilang. Namun sikap agama yang begitu konservatif pada era beliau telah membunuh kewibawaan tokoh-tokoh yang seumpama beliau.
Buku Za’aba itu menceritakan serta mengulas sikap orang Melayu termasuk dalam hal beragama. Sikap suka bergantung kepada orang lain dan suka mengambil kesempatan atas nama agama.
Menurut Za’aba, cara beragama yang salah ini, dengan taklid buta, telah melemahkan bangsa Melayu. Sikap enggan menilai semula apa yang menjadi kebiasaan yang kadangkala dikaitkan dengan agama membentuk nilai diri yang enggan berubah dan lemah.
Beliau mengkritik sesetengah orang Melayu yang malas berfikir dan berusaha, mengharapkan bantuan orang lain semata-mata, anak Melayu enggan belajar bahasa Arab dan bahasa Inggeris, rasa rendah diri, cemburu kepada kejayaan orang lain, tidak ada ketahanan diri dan lemah semangat.
Hari ini, 50 tahun kemudian, kesan dari pandangan Za’aba itu dapat dilihat dengan nyata di mana orang Melayu tidak mampu menghadapi cabaran masa kini.
Lemahnya orang Melayu, khususnya di bidang ekonomi, seperti kata Razaleigh sangat menyedihkan.
Perkembangan ini, katanya, tidak ada kaitan dengan isu perkauman atau hak orang Melayu yang dinafikan, tetapi lebih sebagai masalah orang Melayu yang tidak mampu bertahan dalam saingan dan kesulitan dalam perniagaan yang semakin kompleks.
Itulah dia orang Melayu pada zaman Pendita Za’aba dan pada zaman Tengku Razaleigh. Jarak masa itu kira-kira setengah abad, tetapi perubahan belum juga berlaku, kecuali segelintir kecil orang Melayu elit yang menjadi kaya atau super kaya.
Orang Melayu biasa masih berdendang dengan lagu lama diiringi pantun klasiknya, “Kajang tuan, kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang tuan dagang bertempat, dagang saya terbuang lalu.”
Sumber HD - 23-12-2013
Linangan air mata mangsa banjir
- Dec 16, 2013
- ABD SHUKUR HARUN
Banjir sudah surut, hujanpun berhenti, cuaca cerah, matahari mulai bersinar, keluar dari tempat persembunyiannya, seperti memberikan harapan kepada mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan.
Selepas surut, mangsa banjir merenung kemusnahan harta benda mereka di mana-mana. Ada yang menitiskan air mata, namun kehidupan mesti diteruskan. Inilah ujian Allah s.w.t. yang hebat. Bagi mereka yang beriman ujian ini dihadapi dengan sabar dan tabah.
Ketibaan hujan dan banjir besar selama seminggu di Pahang, Terengganu dan Johor itu tidak dijangka oleh ramai orang, walaupun mereka memiliki segala kecanggihan ilmu kaji cuaca dan sebagainya.
Banjir itu menghantar natijah dan hikmah yang besar, menyerlahkan betapa puluhan ribu banyaknya warga PAS dari hampir seuruh negara - dari Presiden hingga ahli cawangan, khususnya dari Unit Amal - telah bertungkus lumus menolong mangsa banjir sejak mula hujan hingga banjir melimpah.
Kinipun mereka terus bertugas membersihkan sampah saraf dan kemusnahan yang diakibatkan oleh banjir di samping memberi bahan makanan, pakaian dan sebagainya.
Beribu-ribu banyaknya petugas PAS terus berkampung di kawasan yang ditimpa banjir besar itu. Ada yang mengambil cuti, yang bekerja sendiri terpaksa mengatur jadual kerja sendiri, ada yang pergi dan pulang bergantian dan pelbagai cara lagi.
Mereka menabur bakti di mana-mana dan bila-bika masa. Begitulah sifat pendukung jamaah Islam, seperti yang pernah disebut oleh Imam Hasan Al-Banna, “Pendukung jamaah Islam sifatnya seperti minyak wangi, sentiasa menebarkan bau harum dan menyenangkan, di manapun ia berada”.
Sebenarnya rakyat pelbagai kaum dan agama tahu akan kebaikan dan khidmat bakti PAS kepada rakyat sejak sekian lama. Malangnya, musuh-musuh politik PAS sentiasa menafikannya melalui misi propaganda mereka. Tidak akan muncul di media mereka, baik di TV mahupun di media mereka walau satu minitpun akan kebaikan PAS dan sahabatnya dalam Pakatan Rakyat. Begitulah juga apa yang terjadi ketika banjir besar berlaku baru-baru ini dan kita sangat memahaminya.
Namun begitu, rakyat yang tidak tertutup pintu hati mereka, yang masih oleh berfikir secara rasional, yang jumlahnya ramai, tahu akan khidmat bakti PAS dan tahu akan keluhuran PAS.
Pemimpin PAS tidak duduk bersenang hati dan menjalani kehidupan mewah, menghadiri jamuan mewah dipelbagai majlis di sana sini, tidak naik kapalterbang ke sana kemari, segala-galanya terhidang, tetapi mereka berhujan dan berpanas, sama-sama bertungkus lumus membantu rakyat di medan banjir. Sekujur tubuh dibasahi hujan, inilah khidmat bakti kepada rakyat.
Terasa sayunya hati menyaksikan bagaimana kanak-kanak mangsa banjir, dalam keadaan lapar, menggigil kesejukan, berteduh di penjuru sebuah bangunan. Begitu juga melihatkan barisan mangsa banjir yang mengunyah makanan apa saja, untuk mengisi perut, di sebuah tempat penempatan mangsa banjir yang bersesak-sesak di Terengganu.
Juga sangat sayu menyaksikan bagaimana ibu tua merenung harta bendanya yang bertebaran di luar rumahnya selepas dirempuh banjir. Dan lebih sayu lagi menyaksikan seorang lelaki tua bertongkat, bersandar di sebuah rumah yang hampir roboh dipukul ribut dan banjir. Bagaimanakah hendak membina semula kehidupan, walaupun kehidupan mesti diteruskan. Inilah antara kisah sedih rakyat di kawasan banjir.
Kini, banjir sudah surut, tiada lagi hujan turun. Tetapi ada ramalan kemungkinan banjir kedua pula akan menyusul. Itu hanya ramalan dan apa yang perlu dilakukan ialah membuat persiapan yang cukup untuk menghadapinya. Dalam masa yang sama berdoa kepada Allah s.w.t. semoga tidak berlaku banjir kedua itu seperti yang diramalkan.
Selepas banjir ini, ada pula khabar yang sangat merunsingkan, bukan bunyi guruh dan hujan dari langit menghantar alamat banjir akan datang lagi, tetapi perkhabaran dari bumi, di mana harga barangan keperluan harian semakin meningkat. Harga makanan dijangka akan meningkat 10%, suatu jumlah yang tidak kecil bagi rakyat biasa, terutama yang berpendapatan rendah.
Menurut sebuah kenyataan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), dijangkakan peningkatan sekurang-kurangnya 10 peratus bagi harga makanan dan minuman akibat kenaikan harga gula.
Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kadar kenaikan itu dijangka melibatkan jenis makanan siap di restoran dan kedai makan.
“Ada sesetengah kedai makan di Kuala Lumpur yang menaikkan harga makanan panas dan minuman. Nasi Goreng sehingga RM7 sepinggan. Ini kerana harga bahan masakan seperti gula dan bahan lain yang dibeli secara runcit oleh pemilik restoran telah meningkat,” katanya.
Kenaikan harga gula, turut mendorong kepada kenaikan harga barangan lain. Selepas ini kenaikan harga petrol dan terbaru pengumuman kerajaan menaikkan kadar tarif elektrik yang akan berkuatkuasa tahun depan.
Menurut Mohd Yusof harga barangan yang dipek dan bertin juga mungkin akan turut naik kerana gula adalah kandungan utama bahan makanan dan minuman.
Golongan paling terkesan akibat kenaikan ini sudah tentu golongan muda dan mereka yang tinggal di bandar. Ini kerana mereka bekerja sepanjang hari dan berada di pejabat. Mereka bergantung dan menjadi pengguna tetap,” tambahnya.
Sementara itu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz baru-baru ini berkata, beliau menjangkakan kadar inflasi negara kemingkinan meningkat daripada 2.8 kepada 3.0 peratus tahun depan ekoran kenaikan tarif elektrik yang diumum kerajaan.
Demikianlah sukarnya rakyat hendak meneruskan kehidupan dan semua ini menunjukkan bahawa jurang miskin kaya rakyat Malaysia semakin luas dan ini tidak baik bagi sebuah negara.
Rakyat biasa, bukan orang-orang besar, memang sangat terbeban dengan kos hidup yang demikian tinggi. Bukan saja mereka tidak mampu membeli rumah yang demikian mahal harganya, tetapi untuk menampung belanja harian untuk meneruskan hidup juga demikian sukar.
Untuk mengetahui semuanya ini pergilah meninjau kawasan kediaman rakyat biasa, bukan di kawasan elit di bandar-besar seluruh negara.
Sumber HD - 16-12-2013
Pemuda berbaju merah di tengah banjir
- Dec 10, 2013
- ABD SHUKUR HARUN
Seperti masa lalu, di mana-mana tempat berlaku bencana alam, banjir besar, tanah runtuh dan musibah yang lain, pemuda berbaju merah ini sentiasa datang lebih dulu memberikan pertolongan kepada mangsa bencana alam itu.
Walaupun tidak ada kamera TV yang memfokus usaha mereka, jauh sekali mendapat perhatian media tradisional milik Umno, tetapi pemuda berbaju merah ini terus mendahului memberikan bantuan.
Pemuda berbaju merah itu ialah anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS yang telah ditubuhkan sejak lama dulu. Mereka berkhidmat dengan cemerlang setiap program PAS, malah di tempat lain.
"I really salute (Saya angkat tabik) ini pemuda baju merah. Every time ada disaster you boleh nampak dia orang. They come in quietly, do their work, and then quietly they leave. No fanfare, no TV3," komen seorang bukan Melayu yang kini komennya itu tersebar luas dalam media sosial.
Pemuda berbaju merah ini ribuan jumlahnya dan mereka kini sedang membantu mangsa banjir khasnya di Kuantan dan Kemaman, Johor dan kawasan yang paling teruk dilanda banjir.
Unit Amal adalah sebuah entiti dalam Dewan Pemuda PAS dan menjadi tulang belakang setiap program PAS, besar dan kecil, di mana saja. Mereka adalah sukarelawan PAS yang bertugas dengan penuh ikhlas, baik di tengah panas mahupun di musim hujan, tidak pernah mengenal letih.
Dengan moto ‘Beramal kerana Allah’, Unit Amal menjadi barisan depan PAS dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir dan apa saja bencana alam di mana saja.
Selepas bertungkus lumus dengan kerja menyelamat dan membantu mangsa banjir di pusat pemindahan, kini mereka bertugas untuk membersihkan rumah mangsa banjir pula. Malah, mereka juga bersedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir ini.
Dalam beberapa kali perhimpunan Bersih, pemuda berbaju merah ini bertugas mengawal orang ramai. Dengan disiplin yang tinggi dan tanpa mengharapkan sebarang upah, mereka menjadi pasukan sukarela yang amat berkesan.
Yang amat menarik juga dalam suasana banjir, ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan PAS yang lain turun bertemu dan membantu mangsa dengan menaiki bot menyusuri kawasan banjir di Kemaman di mana Tuanku Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin juga turut melihat sendiri mangsa banjir di kawasan tersebut.
Di Kuantan, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin PAS Pahang yang lalu turut meredah banjir untuk membantu mangsa dan memberikan pelbagai bantuan.
Muslimat PAS, seperti juga Dewan Pemudanya, telah turut sama bertungkus lumus membantu mangsa banjir baik di Pahang, Kelantan, Terengganu mahupun di Johor.
Diberitakan dalam beberapa hari ini, demikian ramai pemimpin PAS bersama ribuan Unit Amal menggandakan usaha membantu mangsa banjir. Menyebabkan hampir-hampir tidak ada pemimpin PAS berada di Ibu Kota dalam beberapa hari ini kerana turun memberi bantuan banjir.
Namun tungkus lumus baik Unit Amal, mahupun pemimpin PAS dan Muslimat PAS serta seluruh tenaga PAS yang bekerjasama dengan para petugas Pakatan Rakyat tidak pernah mendapat liputan TV dan akhbar yang dimiliki Umno. Ini sangat difahami.
Ia memberikan gambaran umum seolah-olah Pakatan Rakyat tidak menolong pun mangsa banjir. Sungguh malang, dalam keadaan cemas beginipun Umno/BN masih mahu berpolitik dan mahu menangguk keuntungan politik saja.
Jika ada menteri, orang-orang besar Umno turun ke kawasan banjir, segala media milik mereka membuat liputan besar-besaran. Lebih-lebih lagi TV mereka sentiasa menghalakan kamera kepada menteri Umno yang hanya menggoreng mee di kuali untuk memberi makan mangsa banjir dan bergambar dengan kanak-kanak di situ.
Jika anda kebetulan menonton berita TV, anda tidak akan menyaksikan pihak PAS/Pakatan Rakyat memberikan bantuan banjir. Ini adalah usaha membina persepsi umum bahawa pembangkang tidak membantu mangsa banjir. Ini adalah penafian yang sangat ketara.
Tetapi rakyat umum, terutamanya di kawasan banjir sendiri, tahu mengenai tungkus lumus Unit Amal, pemimpin PAS bersama PKR dan DAP serta penyokong bertungkus lumus membantu mangsa di mana-mana.
Di kawasan Kuantan yang paling teruk dilanda banjir, Ahli Parlimen di situ, Fuziah Saleh dari PKR dan petugasnya sudah lama berada di kawasan Kuantan untuk menolong mangsa banjir. Namun tidak sebarispun media melaporkan, jauh sekali kamera TV untuk memfokus gerak kerja Fuziah dan petugasnya di kawasan itu. Malah ada suara orang Umno, pura-pura bertanya, “Di mana Fuziah, patutnya dia sudah berada di Kuantan.”
Ini adalah topikal orang Umno yang tidak pernah mengakui sumbangan orang lain. Di mana dalam apa keadaan pun mereka hanya mengira keuntungan politik semata-mata.
Kini banjir sudah surut, tetapi situasi belum lagi menjadi normal. Harta benda banyak yang musnah, malah ada rumah yang dihanyut banjir, perabot dan perkakas rumah yang lain seperti perkakas elektrik, musnah semuanya.
Kerugian tidak dapat dikirakan lagi, sementara kerja memulihkannya tidak mudah dan mangsa banjir menanggung kerugian yang sangat besar.
Hari ini mangsa merenung kemusnahan harta mereka, malah rumah mereka. Kepada siapa hendak mengadu. Kerajaan memberi bantuan RM500 setiap keluarga mangsa banjir, jumlah yang sangat kecil berbanding kerosakan yang ditanggung.
Kehidupan mesti diteruskan. Matahari mungkin menyinar kembali, ribut dan hujan sudah teduh, banjir sudah surut, tetapi kemusnahan besar telah berlaku. Untuk memulihkan kembali kehidupan tidak semudah itu.
Dalam keadaan cuaca mulai cerah, seperti memberi harapan kepada penduduk terlibat, anggota Unit Amal PAS dan warga PAS yang lain terus membantu membersihkan rumah mangsa, mengagihkan bantuan makanan dan sebagainya.
Saya rasa, dalam keadaan begini, mungkin ada di antara mangsa banjir itu nanti terkenangkan kumpulan pemuda berbaju merah dari Unit Amal PAS yang bertungkus lumus membantu mereka ketika dilanda banjir. Juga mungkin ada yang terkenang bagaimana pemimpin dan ahli PAS turut sama membantu mereka.
Bagi PAS, usaha mereka membantu banjir bukan untuk mendapat keuntungan politik, bukan untuk mendapat publisiti, tetapi berkhidmat kepada rakyat kerana Allah seperti yang dituntut oleh Islam.
Kesimpulannya, dalam suasana begini, ketika Allah SWT menguji manusia, maka pelbagai karenah dan perwatakan manusia terdedah. Namun, kesabaran dan ketabahan yang tinggi dimiliki oleh mangsa banjir adalah nilai yang sangat mulia. Mudah-mudahan mereka akan terus berada dalam kesabaran dan ketabahan.
Sumber HD - 10-12-2013
Tugas penting PJ baru Johor
- Dec 03, 2013
- Abd Shukur Harun
Kelmarin, mesyuarat jawatan kuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar telah mengumumkan perlantian beberapa Pesurujaya Negeri (PJ) yang baru, antaranya Aminolhuda Hassan (gambar), Adun Parit Yakni sebagai PJ Johor yang baru bmenggantikan Dr Mahfuz Muhamad.
Perlantikan ini tentunya sebagai amanah yang lebih besar dari parti. Maka itu, ketika saya menghubungi Aminolhuda kelmarin untuk mengucapkan tahniah, beliau segera berkata: “Ini amanah dan tanggungjawab yang lebih besar, doakanlah supaya saya dan pasukan saya berjaya meningkatkan lagi prestasi PAS Johor.”
Negeri tempat kelahiran saya itu telah mendapat pujian dari pimpinan di Muktamar kerana prestasi cemerlangnya dalam PRU yang lalu. Kepada saya pujian ini wajar kerana saya tahu bagaimana tungkus lumus semua petugas PAS pimpinan Dr Mahfuz menjelang pilihanraya ke-13 itu.
Bayangkan bagaimana sukarnya PAS/Pakatan Rakyat untuk meruntuhkan kubu Umno/BN yang terkuat sejak zaman berzaman.
Bahkan seingat saya, ketika kebanyakan calon Umno tewas di banyak negeri dalam pilihan raya umum tahun 1969, calon Umno di negeri itu masih terus menang.
Oleh itu tidak ada siapa yang boleh membayangkan bahawa tembok kekuatan Umno/BN itu akan runtuh juga akhirnya. Di dalam PRU yang lalu, ternyata tembok yang dianggap begitu tebal itu telah memperlihatkan tanda-tanda runtuhnya, apabila calon Pakatan Rakyat dari PAS, DAP, dan PKR dapat menawan beberapa kerusi Parlimen dan Dun Johor.
Dalam PRU itu, BN memenangi 38 kerusi Dun, DAP 13, PAS 4 dan PKR 1 kerusi.
Prestasi PAS Johor terus meningkat apabila berjaya menambah dua lagi kerusi DUN iaitu di Parit Yani dan Puteri Wangsa selain mempertahankan kerusi Maharani dan Sungai Abong yang dimenangi dalam PRU-12.
Menurut kajian, dari segi jumlah kerusi yang dimenangi di Johor dan jumlah pengundi yang ada di negeri itu, tidak mustahil PR hanya perlu menggandakan usaha di Semenanjung saja untuk ke Putrajaya. PRU13 menunjukkan dari 1,366,855 yang keluar mengundi di Johor, sangat mengejutkan di mana BN hanya berjaya mendapat 750,458 undi iaitu hanya 55 peratus saja. Ini bermaksud 'deposit tetap Umno/BN' di Johor telahpun runtuh.
Saya teringat kembali rumusan Aminolhuda dalam temu ramahnya dengan Harakah tempoh hari:
"Walaupun kita mensasarkan 17 kerusi Dun, dan hanya dapat 4 tetapi kita ada 8 kerusi dengan undi lebih 40% dan 5 lagi melebihi undi 37%. Maknanya, prestasi PAS Johor pada 17 kerusi yang menjadi target, tentulah termasuk empat yang sudah menang, begitu berpotensi sekali.
Pada 2008 di Parit Yaani, kita juga memperolehi 37% undi. Untuk PRU14, kita mesti sasarkan pengundi Melayu, jika pendekatan betul, Insya-Allah saya yakin Pakatan berjaya ke Nusa Jaya, kawasan pusat pentadbiran kerajaan Johor."
Di sinilah nampaknya Aminolhuda dan pasukannya menggalas tugas yang sungguh mencabar sebagai Pesuruhjaya PAS Johor yang menggantikan Dr Mahfuz yang berjasa itu.
Aminolhuda dan seorang lagi Adun baru PAS, Ustaz Abdullah Husin (Puteri Wangsa), yang juga Ketua Dewan Ulamak Negeri Johor telah lama berjuang dalam PAS Johor. Aminohuda adalah bekas Pesuruhjaya PAS Johor. Ustaz Abdullah pula pada 1986 bertanding di Dun Tanjong Puteri, Johor Bahru dan hilang pertaruhan, disebabkan penolakan masyarakat Cina. Lima kali beliau bertanding, kali inilah beliau menang.
Menariknya, pada PRU13 lalu, beliau menang di Puteri Wangsa, dengan majoriti hampir 3,500 undi, disebabkan sokongan besar pengundi Tionghua. Bayangkan seorang ustaz mendapat sokongan besar pengundi Tionghua hingga beliau mencapai kemenangan.
Sebab itu penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat memberikan keuntungan yang besar kepada PAS, khususnya di negeri Johor dan ini amat disedari oleh pemimpin PAS Johor.
Kini Aminolhuda muncul sebagai pemimpin harapan PAS Johor dan tentunya beliau boleh menggembeling tenaga bersama pasukannya dalam saf pimpinan negeri untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU akan datang.
Namun perlu diingat bahawa walaupun tembok kukuh Umno/BN Johor mulai runtuh tetapi pengundi sebahagian besar kawasan Parlimen dan Dun Johor masih ‘setia’ dengan Umno/BN, terutama pengundi wanita.
Oleh sebab itu, Muslimat PAS Negeri Johor dengan pimpinan barunya, Puan Nor Hayati Bachok dan timbalannya, Puan Norhayati Bidin serta pasukannya mempunyai tugas sangat penting untuk menggembeling tenaga bagi memugar pengundi wanita supaya melakukan perubahan dengan pengundi calon Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.
Memanglah selama inipun muslimat PAS, di mana-manapun, jauh ke depan dalam semua gerak kerja, khususnya berkempen setiap kali pilihan raya.
Namun Muslimat PAS Johor jauh lebih besar cabarannya memandangkan demografi pengundi demikian rupa, kerana pengundi wanita sangat ‘tebal’ sokongannya kepada Umno/BN di mana-manapun.
Inilah keadaan yang sangat mencabar Muslimat PAS umumnya dan kita yakin mereka berupaya melakukannya.
Sementera itu, Dewan Pemuda PAS Johor dengan peneraju barunya, Faizul Mohd Salleh menggantikan Suhaizan Kayat yang mengundur diri atas faktor usia dilihat mampu melaksanakan tugas penting untuk memperkasa tugas parti.
Bersama timbalannya, Ustaz Azam Abd Razak dan Saleh Tamyes sebagai Naib Ketua yang baru, maka pasukannya mempunyai tugas yang sangat penting dalam usaha merobohkan terus benteng kekuatan Umno/BN di negeri Johor.
Mereka ini mampu meneruskan tugas cemerlang tokoh PAS Johor Mazlan Aliman dan Suhaizan Kayat yang kini menjadi bintang menyerlah di peringkat PAS Pusat, tetapi masih amat concern dengan kemajuan PAS Johor.
Sangat diharapkan paduan kukuh antara Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat akan memperkukuh lagi PAS Negeri Johor di bawah pimpinan barunya, Aminolhuda Hasan.
Kesimpulannya, dengan kepimpinan lama dan baru, PAS Negeri Johor akan terus cemerlang dan jika prestasi cmerlang ini mampu diteruskan, maka tidak dapat tiada tembok Umno/BN akan dapat diruntuhkan sepenuhnya di negeri selatan Semenanjung itu. Segala-galanya tidak mustahil.
Sumber HD - 3-12-2013
Ahli PAS hadapi ‘kejutan budaya’
- Nov 26, 2013
- Abd Shukur Harun
Sikap keterbukaan ini mengundang warga PAS menghadapi suasana baru yang sangat mencabar, malah mencemaskan bagi kalangan agamawan di dalam PAS apabila mereka merujuk kepada pendekatan syara’. Umpamanya persembahan melibatkan kumpulan muzik Underground di Karnival Muktamar PAS, Jumaat lalu, dilakukan untuk menarik anak muda yang minat hiburan. Namun persembahan itu berlangsung secara terkawal.
Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam berkata, pengunjung mungkin terkejut dengan salah satu pengisian persembahan malam itu yang berkonsepkan rock metal.
Namun menurutnya, ia sesuai dengan tema karnival tahun ini, 'PAS For All' (PAS untuk semua) di mana persembahan Gig Grid Zon malam itu dikhususkan kepada golongan muda.
Dr Muhaimin mengukuhkan hujahnya bahawa persembahan serupa ini adalah menepati sikap keterbukaan PAS, tetapi tidak melanggar perinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Namun ada beberapa perwakilan di Muktamar itu yang menyebut bahawa ‘PAS perlu terbuka’ dengan harapan PAS menjadi parti yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan suasana dan zaman yang berubah.
Seingat saya, kata-kata ‘keterbukaan’ ini mulai dipopularkan oleh bekas Presiden PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor yang berusaha merubah imej PAS dari parti yang exclusive (tertutup) kepada inclusive (terbuka) iaitu berinteraksi lebih luas dengan masyarakat di luar PAS. Namun, Almarhum mengingatkan bahawa, “Betapapun keterbukaan dan toleransinya, PAS tetap berada dalam orbit Islam.”
Sejak sikap terbuka ini dilaksanakan oleh PAS, kesannya sangat nyata bahawa masyarakat bukan PAS mulai mendekati dan memahami PAS. Maka hasilnya telah terjalin hubungan baik antara warga PAS dengan masyarakat di luar PAS.
Bagaimanapun masih ada sesetengah warga PAS yang mengalami ‘kejutan budaya’ atau ‘culture shock’ dengan kesan sikap keterbukan PAS ini, misalnya, seperti apa yang berlaku di persembahan melibatkan kumpulan muzik Underground di Karnival Muktamar PAS ke-59 itu. Namun, menariknya, sesetengah ahli PAS dapat menerima persembahan seumpama itu.
Ini adalah antara contoh kecil bagaimana sikap ahli PAS berinteraksi dengan suasana baru ini. Jelas bahawa sesetengah ahli PAS dapat menerimanya, sementara yang lain menolak, malah berada dalam ‘kejutan budaya’ apabila menyaksikan semuanya itu.
Kejutan budaya adalah istilah yang digunakan bagi menggambarkan kegelisahan dan perasaan (terkejut, kekeliruan, dan lain-lain) yang dirasakan apabila seseorang atau golongan terpaksa duduk dalam kebudayaan atau persekitaran sosial yang berlainan sama sekali, seperti ketika berada di negara asing.
Ia timbul akibat kesukaran dalam asimilasi kebudayaan atau suasana baru, menyebabkan kesukaran bagi mengenali apa yang wajar dan tidak wajar. Seringkali ini digabung dengan kebencian moral atau estatik, malah agama yang kuat mengenai sesetengah aspek budaya berlainan atau budaya baru.
Sejak PAS membuka ruang sebagai parti yang inclusive (terbuka), warga PAS didedahkan dengan interaksi PAS dengan rakyat pelbagai bangsa, agama dan tradisi.
Tuan Guru Nik Abd Aziz memberikan angpau kepada mulut naga di tarian naga oleh kumpulan budaya belia Cina, pendukung PAS memberikan hadiah di Tahun Baru Cina, begitu juga sebaliknya. Sementara itu Majlis Hari Raya di Markas PAS, malah di masjid, dihadiri oleh masyarakat Cina dan India terutama di bandar besar. Demikian juga ketika kempen pilihan raya, ramai orang Cina dan India yang bukan saja mengibarkan bendera PAS, malalah menyelimutkannya di badan mereka. Ini phenomena yang sangat menarik, bahawa ahli PAS sudah menerima hakikat keterbukaan dan toleransi ini, bukan semata-mata untuk mendapat undi, tetapi sebagai tuntutan masa dan keadaan sesuai dengan sikap baru PAS. Banyak lagi contoh mengenai keterbukaan dan toleransi PAS ini.
Namun, menurut pengamatan saya, setelah mendengar perbahasan dan pelbagai percakapan yang di dengar di luar dewan Muktamar, saya terkesan bahawa masih ada sesetengah warga PAS yang mengalami ‘kejutan budaya’ apabila berdepan dengan suasana baru ini. Saya tidak tahu bagaimana sikap pimpinan PAS yang berada di atas pentas di Muktanar tersebut.
Sasana baru yang dihadapi oleh warga PAS ini akan terus berlanjutan, justeru semakin ramai - pelbagai golongan masyarakat - yang telah menyertai PAS, malah yang akan menyertai PAS. Semuanya ini menambah kepelbagaian di dalam PAS dan ini, bagi saya, adalah kekuatan PAS, tetapi menuntut kebijaksanaan pendukung PAS untuk mendepani situasi ini.
Perwakilan dan pemerhati yang menghadiri Muktamar baru-baru ini terdiri dari pelbagai golongan, latar belakang pendidikan yang mereka terima serta suasana persekitaran kehidupan mereka yang berbeza. Maka itu penerimaan golongan agamawan tentulah berbeza dengan penerimaan golongan bukan agamawan mengenai fenomena baru ini.
Ini tercermin dari reaksi penerimaan sesetengah perwakilan mengenai Program Karnival PAS For All selama tiga hari sempema Muktamar tersebut. Program tersebut dikritik kerana menampilkan persembahan kumpulan rock bersama artis yang kini bersama PAS – Sham Kamikaze dan Nazmi Karim.
Seorang perwakilan dari Kedah, mempertikaikan penganjuran Program ‘Karnival PAS For All’ selama tiga hari sempema Muktamar tersebut.
Dr Muhaimin Sulam segera menjawab bahawa persembahan melibatkan kumpulan muzik Underground itu dilakukan untuk menarik anak muda yang minat hiburan dan persembahan itu berlangsung secara terkawal.
Beliau berkata, pengunjung mungkin terkejut dengan salah satu pengisian persembahan malam itu yang berkonsepkan rock metal.
Namun menurutnya, ia sesuai dengan tema karnival tahun ini, 'PAS For All' (PAS untuk semua) di mana persembahan Gig Grid Zon malam itu dikhususkan kepada golongan muda.
"Kehadiran empat lima anak muda di atas pentas dengan rambut panjang, seluar jeans, kemeja-T tidak bersongkok dan terenjut di pentas menyebabkan penonton seakan-akan terkena serangan jantung.
Tetapi persembahan itu adalah salah satu cara kita menarik anak muda yang sememangnya sukakan hiburan rancak, namun tidak melanggar prinsip parti," katanya dalam ucapan penggulungan.
Beliau berkata, ahli PAS jangan tutup pemikiran mereka dengan isu-isu keagamaan saja, tanpa melihat persekitaran masyarakat yang luas untuk didekati.
Akhirnya, menurut pendapat saya, kehadiran para artis di dalam PAS yang dikira sebagai fenomena baru, akan mengambil masa untuk diterima oleh ahli PAS. Justeru kita perlukan sedikit kesabaran sehingga suasana ini berubah dan akhirnya tidak akan berlaku lagi ‘kejutan budaya’ di dalam PAS.
Sumber HD - 28-11-2013
Muktamar di Kota Permai Shah Alam
., | 16 Nov 2013 |
Kota permai Shah Alam yang indah
Akan menyambut ribuan pengunjungnya
Untuk menyertai Muktamar PAS ke-59
Dalam dakapan udara segar dan nyaman
Bersama burung-burung di Taman Tasik
Menyambut ramah dan bertanya ‘Apa khabar’ semuanya.
Muktamirin datang dari seluruh pelosok tanah air
Untuk menyertai pertemuan besar
Meneruskan perjuangan masa lalu
Para mujahid dengan keringat dan air mata
Untuk meneruskan perjuangan Islam
Di tengah gelora politik yang mencabar
Aku terkenang Muktamar masa lalu
Di Pusat Tarbiyah Taman Melewar
Sederhana dalam suasana kampung
Kokok ayam dan nyanyian burung-burung
Mengukir sejarah perjuangan politik Islam di tanah air
Di bawah pimpinan nama-nama besar
Almarhum Tuan Guru Yusof Rawa,
Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Hasan Shukri dan ramai lagi
Juga para pejuang di belakang tabir
Di meja pentadbiran PAS
Zubir, Taufik, Noriah, Anuar, Almarhum Syed Muhamad
Ustaz Rahim Saidin dan ramai lagi
Kini Muktamar di Shah Alam kota kosmopolitan
Bagai permata mahkota raja
Seri dan kilaunya memancar
Namun roh dan semangat Taman Melewar
Di bawa bersama oleh muktamirin
Kerana demikian harum semerbak baunya
Di Muktamar ini harapan dibina
Justeru ia bukan sekedar himpunan besar biasa
Tetapi untuk mengatur langkah perjuangan
Meneruskan perjalanan jauh dan sukar
Di depan duri di belakang api
Kita tidak boleh undur lagi
Perjuangan PAS seperti musafir
Mendaki dan menuruni bukit
Di kiri kanan belantara dengan binatang buasnya
Juga seperti mengharung padang pasir yang tandus
Tidak setitikpun bertemu air
Melainkan membawa bekalan sendiri
Para pendukung PAS
Sangat memahami getirnya perjuangan ini
Justeru PAS sudah berumur lebih 60 tahun
Sudah sekian lama diajar dari sirah Rasul
Mengenai istiqamah, sabar dan tabah
Kerana ia kemanisan sebuah perjuangan
Kota Shah Alam dengan tasik dan unggasnya
Langir biru dan Masjid Negerinya
Akan menyaksikan perjuangan ini
Salam kepada para muktamirin
Dan salam kepada Rakyat Selangor
Hiduplah PAS dan hiduplah Pakatan Rakyat.
Abd Shukur Harun
Subang Jaya
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-11-2013
JK Pemilih calon PAS setuju debat
Abd Shukur Harun, | 11 Nov 2013 |
Sebagai seorang profesional dengan latarbelakang sebagai seorang peguam, Asmuni Awi telah memperliharkan sikap terbukanya apabila beliau turut mengalu-alukan sebarang penganjuran debat secara terbuka di antara calon yang bertanding dalam Muktamar PAS ke-59.
Ini, katanya, bagi menggalakan kempen secara sihat. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat di mana beliau mengumumkan ini di sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Sabtu lalu.
Menurutnya, dengan debat terbuka, kedua-dua belah pihak akan dapat menjelaskan pandangan, pendirian serta visi mereka dalam usaha memenangi hati perwakilan.
Debat ini juga, katanya, akan memperlihatkan kematangan PAS dalam memilih pemimpin berbanding Barisan Nasional yang masih kekal dengan tradisi lama.
"Ia memberi ruang kepada calon untuk berkempen secara bersemuka untuk diteliti oleh perwakilan. Tidaklah seorang bercakap di sana, dan seorang lagi bercakap di sebelah sini," kata Asmuni.
Beliau percaya, mungkin ada calon yang bertanding pada pemilihan kali ini akan menganjurkan debat terbuka.
Dengan pengumumannya ini, kini pelbagai pihak sedang menunggu inisiatif menganjurkan debat tersebut, sama ada dianjurkan oleh pihak NGO atau pihak calon PAS sendiri di mana ia perlu diadakan sebelum Muktamar 22 Noember ini.
Pada pendapat saya, majlis debat seperti itu, tidak kiralah sama ada bersaiz besar atapun sederhana dan tentunya wajar dihadiri, antara lain, oleh perwakilan yang akan mengundi di Muktamar itu nanti.
Pengumuman Asmuni ini tentunya disambut baik oleh pelbagai pihak di mana dalam sistem politik moden yang sangat dinamik itu, debat terbuka adalah antara medan terbaik untuk menilai kewibawaan seseorang calon dalam pelbagai sudut, bukan berdasarkan dari golongan mana calon itu datang. Pengumuman ini dilihat sebagai langkah ke depan PAS yang penting.
Idea supaya PAS mengadakan debat ini telah dikemukakan pertama kali oleh AJK PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam suatu majlis forum tidak lama dulu. Kemudian seorang lagi AJK PAS Pusat, Dzulkefly Ahmad turut menyokong dengan berkata, debat serupa ini adalah baik supaya suara para calon dapat didengar iaitu bagaimana cara mereka hendak memajukan lagi parti.
Sehubungan itu, dalam tulisan saya di akhbar Harakah beberapa minggu lalu, saya menyebut bahawa forum atau debat bakal calon pemimpin menjelang Muktamar ini, yang tentunya dikawal oleh akhlak Islam, sama sekali tidak akan mendatangkan sebarang mudarat kepada PAS malah menyerlahkan imej keterbukaan dan dinamik PAS, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh parti lain di negara ini sebelum ini.
Saya percaya, tidak akan berlaku ‘perpecahan’ dalam parti jika diadakan forum seperti ini, justru PAS sudah berumur 60 tahun dan ahlinya sangat matang untuk menerima perubahan, malah ia menjadi bukti bahawa PAS telah melangkah ke depan sebagai parti arus perdana, terkini dan matang.
Forum atau debat serupa ini mendedahkan kepada perwakilan dan umum akan kemampuan, kelayakan, ilmu, prestasi kerja dan keterampilan seseorang tokoh yang menawarkan diri menjadi calon dalam pemilihan saf pimpinan di Muktamar nanti.
Wajarlah difikirkan sekarang adakah debat itu antara dua calon Timbalan Presiden (Haji Muhamad Sabu dan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah) saja, ataupun diadakan juga debat antara lima calon Naib Presiden. Tetapi untuk debat calon AJK PAS Pusat mungkin terlalu ramai dan sangat meriuhkan.
Dalam siding akhbarnya itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat itu mengingatkan semua calon untuk berkempen secara sihat tanpa menyerang mana-mana calon lain. Menurut beliau, mana-mana calon yang dilihat berkempen dengan menjatuhkan calon lain akan dirujuk ke Lembaga Disiplin parti untuk tindakan susulan.
"Calon, ahli dan penyokong boleh berkempen secara sihat, tapi kita tidak akan berkompromi jika terdapat mana-mana majlis yang dianjurkan bertujuan mempromosi diri dan dalam masa sama menjatuhkan calon lain, termasuk melalui media sosial,” tegas beliau.
Menurut Asmuni, sekiranya pihak jawatankuasa menerima aduan berkaitan perkara tersebut, calon berkaitan boleh dirujuk ke Lembaga Disiplin parti dan seterusnya boleh digugurkan kelayakan untuk bertanding jika disabitkan kesalahan. Malah, katanya, jika calon yang didapati melanggar tatacara pemilihan itu memenangi jawatan yang ditandinginya, kemenangan tersebut boleh digugurkan.
Justeru, Asmuni turut mengingatkan badan perhubungan negeri-negeri dan lajnah-lajnah parti untuk tidak menyalahgunakan majlis rasmi mereka untuk mempromosikan sebarang calon.
"Ini sudah berlaku, dengan aduan yang diperolehi. Kita sudah mengeluarkan garis panduan, kaedah 6 tatacara pemilihan bagi PAS yang sudah diluluskan baru-baru ini," kata beliau.
Oleh itu, pada pendapat saya, debat terbuka calon PAS ini boleh mengelakkan kempen negatif, justeru debat itu bukan medan untuk menyerang sesuatu pihak dan memburuk-burukkan peribadi calon, tetapi berdebat secara sihat. Iaitu menerangkan idea, wawasan atau hala tuju seseorang calon yang bertanding jika dipilih oleh perwakilan. Debat ini, tentunya akan menyerlahkan kewibawaan seseorang calon – ilmunya, keterampilannya, keterbukaannya, ideanya dan sebagainya.
Jika debat ini jadi diadakan, ia akan menyerlahkan betapa demokratiknya pemilihan PAS, di samping memperlihatkan ketokohan para pemimpin PAS yang berdebat. Tentunya ini memberi gambaran bahawa PAS sudah melangkah jauh ke depan sebagai parti politik arus perdana.
Bagaimanapun semuanya ini bergantung kepada kebijaksanaan perwakilan PAS yang akan memilih pimpinan PAS di Muktamar tersebut. Mereka ini yang terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan, suasana persekitaran dan pendedahan kepada politik masa kini tentunya sudah membuat perkiraan yang cukup siapakah yang akan mereka pilih dan hendaknya bukan berasaskan dari golongan mana calon itu datang, tetapi berdasarkan kemampuan mereka dari semua sudut.
Sementara itu, Muktamar ini tentunya menarik perhatian pelbagai pihak – dalam dan luar negeri - khususnya puluhan wakil media massa yang akan hadir membuat liputan. Maka itu ucapan pimpinan dan perbahasan perwakilan akan menjadi perhatian utama pelbagai pihak itu.

Sumber HD - 11-11-2013
PAS Kedah sudah pulih kembali
Abd Shukur Harun, | 05 Nov 2013 |
Tidak mudah bagi pembangkang seperti PAS, untuk menang dalam sesebuah pilihan raya kecil apalagi di kawasan pedalaman. Jika menangpun maka itu dikira ‘sangat luar biasa’.
Ini kerana, biasanya di mana-mana dalam pilihan raya kecil, Umno/BN akan mengerakan jenteranya seluruh negara, termask jentera kerajaan untuk berkempen habis-habisan. Bukan saja itu, tetapi mencurahkan pelbagai imbuhan serta pelbagai jenis bantuan dan bermacam-macam lagi, hingga dilihat seolah-olah pembangkang bukan bertanding dengan Umno/BN tetapi bertarung dengan kerajaan dengan seluruh jenteranya.
Sebab itu dalam pilihan raya kecil Sungai Limau kelmarin, ramai yang menjangka calon PAS – kalau menangpun - paling tinggi, mendapat majoriti sekitar 500 undi. Tetapi apabila Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat menang dalam PRK Sungai Limau malam kelmarin, mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi, bukan sekitar 500 mundi seperti yang diramal, maka itu dikira luar biasa. Calon Umno/BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.
Kemengan ini sangat besar ertinya, walaupun Umno/BN bersorak kerana dapat mengurangkan majoriti PAS di kubu PAS sendiri. Seramai 23,249 pengundi atau 85.5 peratus telah keluar mengundi.
Pengarah PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar memberi sebab kemerosotan undi PAS ini ialah kerana hari mengundi pada hari bekerja, maka itu ramai pengundi Sungai Limau yang bekerja di Kuala Lumpur, Perak, Selangor dan sebagainya tidak dapat pulang mengundi.
PRK Sungai Limau ini menjadi medan ujian kepada Datuk Mahfuz sendiri sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, Maka kemenangan di Sungai Limau ini adalah sesuatu yang amat manis, sebagai hadiah kepada kepimpinannya.
Bagi pemimpin PAS, kejayaan di Sungai Limau ini adalah kejayaan PAS menewaskan dua kerajaan yang bergabung menentang PAS di Dun tersebut.
"Kita berdepan dengan dua kerajaan dalam pilihan raya ini iaitu kerajaan negeri Kedah dan Kerajaan Pusat dan kita menang," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam perhimpunan di Dulang Kecil selepas calon PAS diumumkan menang.
Walaupun majoriti PAS berkurangan namun kegembiraan jelas terbayang di wajah hampir 10,000 penyokong PAS yang berkumpul di sebelah bendang padi itu.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang juga pengarah pilihan raya ini adalah antara orang yang paling gembira dengan kemenangan ini.
Ini kerana, pilihan raya ini adalah ujian pertama kepada kepimpinannya selaku Pesuruhjaya PAS Kedah selepas mengambil alih daripada Allahyarham Tan Sri Azizan Razak selepas pilihan raya umum lalu.
"Saya sangat bimbang kerana ini adalah cabaran kepada saya selaku Pesuruhjaya PAS Kedah untuk memimpin pilihan raya kecil ini kerana kita berhadapan dengan dua kerajaan," kata Mahfuz.
Sementara itu, Ustaz Azam ketika memberikan ucapan pertamanya berkata, kemenangan ini menambahkan keyakinan bahawa PAS mesti terus memperjuangkan mesej Islam yang dibawanya.
Kita mengucapkan tahniah kepada Datuk Mahfuz dan team jentera kempennya, khususnya Ir. Amirudin Hamzah serta pimpinan PAS Kedah seluruhnya. Juga pemimpin dan petugas PAS yang datang dari seluruh negara yang turut bertungkus lumus bertugas berminggu-minggu lamanya dalam cuaca panas dan hujan, siang dan malam, menunjukkan solidariti kepada perjuangan PAS Kedah.
Kemenangan calon PAS ini mempunyai makna yang besar bahawa PAS Kedah sudah pulih kembali dari kemelutnya dan memperlihatkan imej barunya yang segar serta mempunyai harapan masa depan setelah kalah teruk dalam PRU yang lalu.
Dengan kemenangan ini juga kiranya, masa suram PAS Kedah sudah bertukar menjadi ceria. Inilah harga kemenangan yang sangat mahal diperoleh oleh PAS dari keputusan PRK Sungai Limau itu.
Pada pendapat saya, PAS Kedah sudah pulih kembali dari krisis dalaman yang dideritainya selama betahun-tahun, yang antara lain menyebabkan kekalahannya dalam PRU yang lalu. Ini menjadi pengajaran yang sangat berguna bukan saja kepada PAS Kedah tetapi PAS seluruhnya.
Maka itu dengan pemulihan ini dan dengan imej barunya, PAS Kedah boleh memandang ke hadapan dengan optimis, berusaha sungguh-sungguh untuk merapatkan seluruh pendukung bagi memperkukuh parti, mengatur strategi setepat mungkin untuk menebus kembali kekalahan dalam PRU yang lalu, dengan izin Allah s.w.t.
Ini tidak mustahil justeru dalam sepanjang sejarah PAS sendiri, Negeri Kedah adalah antara negeri yang menjadi kubu kuat PAS di samping Kelantan dan Terengganu serta Perak. Oleh itu dengan kemenangan PAS di Sungai Limau ini, ia menjadi langkah pertama yang sangat penting untuk PAS kembali padu dan gagah.
Seperti Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semua pendukung PAS menyifatkan kemenangan calon PAS ini sebagai kemenangan di hari pertama tahun hijrah 1435. Hijrah adakah membawa mesej kemenangan dan pencerahan, maka itu kemenangan di Sungai Limau ini adalah mesej kemenangan yang sangat besar ertinya.
Dari pengamatan singkat saya ketika berada di Sungai Limau tempoh hari, kedatangan ribuan pendukung PAS seluruh negara untuk membantu kempen, memberi sokongan moral dan kewangan kepada jentera PAS Kedah di Sungai Limau, menghantar isyarat bahawa mereka sangat ingin PAS Kedah pulih kembali dari kemelutnya dengan menang di Sungai Limau ini. Harapan ini telah terpenuhkan.
Dengan kemenangan ini, pendukung PAS Kedah yang akan datang ke Muktamar PAS di Shah Alam pada 22 hingga 24 November ini dengan wajah berseri-seri bahawa PAS Kedah sudah pulih kembali. Mereka tidak lagi datang sebagai ‘orang kalah’, tetapi sebagai pemenang walaupun hanya dalam sebuah pilihan raya kecil.
Ini memandangkan dalam PRK Sungai Limau itu, seperti saya katakan, PAS menghadapi tantangan sengit dari Umno/BN dan jenteranya dari seluruh negara, dengan habuannya yang pelbagai bentuk dan sebagainya.
Kini semuanya mengharapkan PAS Kedah di bawah pimpinan Datuk Mahfuz supaya berjaya menawan kembali negeri jelapang padi itu dalam PRU akan datang.
Kepada Ustaz Mohd Azam, kita mengucapkan tahniah atas kemenangannya di Sungai Limau itu. Kita yakin, beliau yang berpendidikan agama, sangat sedar bahawa kemenangan ini adalah amanah, bukan prestej, bukan kemegahan, tetapi cabaran untuk bekerja lebih keras bukan saja kepada rakyat Sungai Limau, tetapi juga untuk kemajuan PAS sendiri di masa depan.

Sumber HD - 5-11-2013
Pemuda PAS dan cabaran baru
Abdul Shukur Harun , | 29 Okt 2013 |
Sangat menarik melihatkan demikian ramai yang bakal dicalonkan dalam pemilihan saf pimpinan Pemuda PAS Pusat di Muktamar Pemuda November ini, menunjukkan ramai yang berminat untuk mengambil peranan penting dalam kepimpinan Pemuda di masa depan.
Pemuda ialah sayap penting PAS, terutama kerana ia bakal mewarisi kepimpinan PAS akan datang, bukan saja kerana umur mereka yang masih muda, tetapi juga tentunya berilmu dan mempunyai daya juang yang tinggi, sanggup menghadapi cabaran dan sebagainya.
Pemuda PAS dalam sejarahnya pernah dipimpin oleh para tokoh yang berwibawa, antaranya Datuk Haji Mustafa Ali, Haji Muhamad Sabu, Ustaz Abu Bakar Cik, Ir. Khalid Samad dan lain-lain, membawalah kepada Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Ustaz Nasrudin Tantawi.
Tetapi suasana di zaman pimpinan Pemuda di masa lalu sangat jauh berbeza dengan suasana masa kini, baik mengenai cita rasa generasi muda, percaturan politiknya, malah keseluruhan cabaran masa kini. Justeru pimpinan Pemuda sewajarnyalah memahami dan menangani perubahan ini sebijaksana mungkin.
Dalam suasana begini, Dewan Pemuda PAS tidak wajar lagi dilihat menjadi bayangan Dewan Ulama, justeru Dewan Ulama mempunyai identiti dan fungsinya sendiri, sementara Dewan Pemuda pula sewajarnya mempunyai identiti dan peranannya sendiri. Ia perlu menjadi prime-mover, atau penggerak utama masyarakat, terutama generasi baru dengan gerak kerjanya yang tersendiri.
Ia tidak boleh lagi berfikir dan bekerja dengan pemikiran dan kerangka konvensional, memenuhi dan mengulangi cara bekerja yang biasa dilakukan di masa lalu tetapi ia perlu meneroka daerah baru, membuka dimensi baru di medan perjuangan. Bukan lagi sekedar menunjukkan protes di sana sini akan apa yang bertentangan dengan agama, tradisi dan sebagainya, tetapi bertindak dengan bijaksana menangani isu-isu yang berbangkit itu Malah Pemuda perlu memberikan pandangan alternatif untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam masyarakat.
Di sana pelbagai kelompok anak muda yang perlu disantuni. Ada golongan yang terpisah langsung dengan politik, ada golongan muda yang faham akan tanggungjawab mereka untuk membina sebuah masyarakat adil dan menghayati demokrasi, ada golongan muda yang sangat prihatin dengan agama, ada yang terjebak dengan pelbagai masalah tekanan di tempat kerja, masalah hutang yang memerangkap mereka, masalah keluarga dan pelbagai lagi.
Dalam masa yang sama Pemuda akan menyaksikan sistem nilai berbeza yang amat ketara antara golongan generasi baru dengan generasi lama yang tentunya sangat memerlukan segala kebijaksanaan Pemuda untuk menanganinya.
Di sini bukanlah masalah Pemuda PAS perlu memakai jubah dan ketayap, atau memakai kot dan tali leher, ataupun berbush-jeket untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang pelbagai itu. Tetapi yang penting ialah apa yang ada dalam kepala - pemikiran, idea dan kebijaksanaan Pemuda – untuk mendepani suasana yang ada di sekeliling.
Di sini saya menyebutkan dua contoh anak muda yang sangat warak, berani dan bijaksana - Tariq ibn Ziyad dan Muhammad al-Fatih. Dalam umur, 22 tahun menurut suatu riwayat, Tariq telah memimpin pasukan tenteranya dari Morocco menyeberang selat Gibraltar.yang dilatari bukit bukau lalu mendarat dan menawaan Andalusia/Kordova, Spanyol di zaman Khalifah Ummayah.
Bukan saja beliau membebaskan Andalusia dari pemerintahan Kristian, tetapi setelah menjadi gabenor di sana, beliau telah melakukan pencerahan dengan menegakkan keadilan dan kebebasan. Akhirnya demikian ramai orang Kristian di Andalusia memeluk Islam secara sukarela.
Demikian juga dengan Muhammad al-Fatih yang menjadi Sultan yang memerintah Daulah Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Keistimewaan Muhammad al-Fatih ialah menakluk Constantinople (Istanbul) pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Kristian Byzantine.
Sesudah membebaskan Constantinople beliau menerapkan nilai Islam, menegakkan keadilan dan hak asasi rakyat merentasi kepercayaan agama serta menjaga kebajikan rakyat.
Ini dua contoh bagaimana pimpinan pemuda yang warak, berani dan bijaksana melaksanakan perjuangan. Keduanya meneroka wilayah baru, mengadakan pencerahan, memberikan keadilan dan hak asasi rakyat tanpa mengira keturunan dan agama. Di samping itu sangat peduli akan kebajikan rakyat.
Oleh itu, yang perlu dicontohi oleh Pemuda PAS dalam dua peristiwa ini ialah kewarakan, keberanian dan kebijaksanaan. Ini kunci kejayaan Tariq Ibn Ziyad dan Muhammad al-Fatih. Oleh itu dalam semua hal, selain dari warak dan berani, yang juga sangat penting ialah kebijaksanaan. Kerana itu dalam usaha Pemuda PAS mahu mencapai kejayaan dalam perjuangan ia perlu memiliki kebijaksanaan. Semakin besar cabaran, maka semakin diperlukan kebijaksanaan.
Dengan suasana masyarakat majmuk di Malaysia demikian rupa maka tentunya sensitiviti semua pihak sangat perlu dijaga. Tetapi dengan sifat wasatiyah – sederhana, seimbang, pertengahan – yang dimiliki oleh Islam, saya kira, Pemuda PAS tidak sukar berinteraksi dengan pelbagai kaum dan agama di negara ini. Lebih-lebih lagi PAS sendiri bukan sebuah parti perkauman, malah berslogankan ‘PAS For All’.
Tentunya Pemuda PAS memahami maksud ‘PAS For All’ yang bermakna PAS terbuka kepada semua rakyat Malaysia, di mana mereka yang bukan beragama Islam ada ruang menyokong perjuangan PAS melalui ‘Himpunan Penyokong PAS’ di bawah Lajnah Perpaduan Nasional pimpinan Dr. Mujahid Yusof Rawa. Pemuda sewajarnya memanfaatkan lajnah ini untuk berinteraksi dengan golongan bukan Islam.
Memang Dewan Pemuda tetap kekal dengan fungsi utamanya - berada di barisan depan membela Islam, tetapi dalam masa yang sama ia juga mesti dilihat berjuang menegakkan keadilan merentasi kaum dan agama. Di sinilah sekali lagi sangat diperlukan kebijaksanaan Pemuda PAS dan di sinilah juga wajar diperlihatkannya dengan nyata pengertian wasatiyah yang disebut di dalam Al-Quran.
Jika ini berjaya dilakukannya, maka tidak dapat tiada Pemuda PAS memiliki kebijaksanaan, keberanian dan keunggulan.
Muktamar Pemuda dan seterusnya muktamar penuh akan menyaksikan siapakah bakal memimpin Pemuda yang akan dipilih, justeru mereka memikul amanah yang demikian penting. Maka itu di sinilah, hak perwakilan memilih saf pimpinan Pemuda yang paling terbaik dari yang sekian ramai yang terbaik.

Sumber HD - 29-10-2013
Ustaz Hadi, 66 – Antara ombak dan perjuangan
Abd Shukur Harun, | 22 Okt 2013 |
Secara kebetulan Ahad lalu saya turut menyaksikan dua acara sederhana menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-66, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Siangnya di majlis penutup Konvensyen Tanah dan malamnya pada akhir Majlis Dialog Antara Budayawan dan Pimpinan PAS anjuran Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, di sebuah hotel di Shah Alam juga.
Walaupun sihat tetapi beliau kelihatan letih kerana memenuhi jadual kerja yang padat setiap hari sebagai pemimpin utama PAS. Beliau telah menghabiskan masanya lebih setengah abad dalam perjuangan Islam. Bermula sebagai pemimpin pelajar Islam di Timur Tengah, kemudian dengan Abim di Terengganu, seterusnya melangkah jauh melibatkan dirinya sepenuh dengan PAS.
Pada 1976, setelah tamat belajar di Madinah dan Mesir dan pulang ke tanah air beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Kemudian beliau memegang jawatan Timbalan Presiden PAS setelah Datuk Fadzil Mohd Noor (Almarhum) dipilih menjadi Presiden PAS.
Ustaz Hadi telah dilantik sebagai pemangku Presiden pada Jun 2002, ekoran Datuk Fadzil menjalani pembedahan pintasan pembuluh jantung yang kemudian meninggal dunia beberapa hari kemudian. Ustaz Hadi dipilih sebagai Presiden PAS pada pemilihan dalam Muktamar Agung ke-49 PAS 2003 hinggalah sekarang.
Beliau dilahirkan di Marang, Terengganu, sebuah perkampungan nelayan dan sebab itu beliau kenal benar dengan desir ombak dan gelombang, perahu nelayan. Apabila ada kekosongan waktu, Ustaz Hadi pergi ke laut memancing ikan justeru itu sebahagian dari dunianya. Demikianlah laut, kehidupan dan perjuangan mewarnai penghidupan pemimpin ini.
Pada Muktamar PAS ke-59 November ini di Shah Alam, tokoh ini dijangka akan dipilih semula sebagai Presiden dan tentunya ini menggambarkan keunggulannya sebagai pemimpin politik Islam di Malaysia. Menyerlahkan kemampuannya sebagai pemimpin yang amat istiqamah dan turut serta menyambung perjuangan menggerakkan PAS dari parti kampung yang miskin menjadi parti arus perdana yang dihormati oleh kawan dan lawan.
Ustaz Hadi meneruskan legasi pemimpin terdahulu, Tuan Guru Haji Yusuf Rawa, seorang profesional dan ulama, yang meneroka ruang berinteraksi dengan parti politik lain, tetapi bukan dengan parti nasionalis sekular Umno. Kemudian beliau berada di sisi kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor yang membawa gagasan mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama.
Tentulah pengalamanya berada di bawah dua Presiden yang berwibawa itu sangat berguna untuknya meneruskan perubahan dalam PAS. Maka itu, menurut pengamatan saya, Ustaz Hadi seorang pemimpin yang sangat memahami realiti dinamika politik masyarakat majmuk yang melatari negara ini.
Walaupun beliau biasanya berjubah dan bersarban, tetapi beliau sentiasa berada di tengah gelombang rakyat. Berdemonstrasi bersama rakyat menuntut keadilan, menentang kezaliman dan memulihkan demokrasi, pilihan raya yang telus dan bebas. Mercik peluh dijubah dan sekujur tubuhnya dibakar matahari ketika menyertai pelbagai himpunan rakyat. Beliau tidak sekadar berdakwah dan menyampaikan kuliah serta mengeluarkan fatwa, tetapi juga berada di tengah gelombang rakyat, sama-sama mengharungi perjuangan getir mereka.
Saya masih ingat, ada peserta di perhimpunan rakyat di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu yang menitiskan air mata menyaksikan bagaimana Ustaz Hadi bersama rakan-rakan yang lain ditahan dan diangkut ke dalam trak polis dalam satu peristiwa perhimpunan rakyat. Peristiwa ini sangat besar ertinya, bahawa seorang ulama, pemimpin politik Islam sanggup menghadapi situasi yang demikian rupa.
Inilah sebuah contoh terbaik bagaimana seorang pemimpin parti Islam bukan sekedar berceramah dan memberi kuliah – amar makruf nahi munkar – serta memberi fatwa itu dan ini, tetapi sanggup dibakar matahari dengan peluh sekujur tubuh bersama rakyat, berdepan dengan semburan gas pemedih mata dan pelbagai ancaman.
Maknanya jika sesiapapun yang mahu memimpin parti Islam seperti PAS, mestilah bersedia menanggung risiko yang tinggi, justeru jihad itu sangat mahal harganya. Mereka bukan saja diperlukan berilmu dan bersemangat tetapi sanggup berdepan dengan cabaran berat. Kemampuan ini telah ditunjukkan oleh Ustaz Hadi Awang.
Beliau kelihatan lancar dan tidak kaku menghadapi perubahan dan berjaya memperkukuh dalaman PAS, mengharmonikan pelbagai aliran pemikiran yang ada dalam kalangan pendukung PAS yang berjumlah lebih sejuta orang itu.
Memang ada ketikanya pemerhati luar, malah ada dalam kalangan sesetengah ahli PAS sendiri, mulanya bimbang malah cemas apabila pihak media musuh musuh melontarkan suasana ‘krisis palsu’ ke dalam jamaah PAS. Umpamanya, isu kononnya ada pemimpin PAS dituduh terlibat Syiah, isu ulama profesional, isu Kalimah Allah dan lain-lain.
Di sini terserlah keupayaan Ustaz Hadi yang dengan tenang mengendurkan isu ini hingga kelihatan tidak lagi menjadi ancaman kepada parti, walaupun media musuh akan meneruskan serangan kepada PAS dalam pelbagai isu, bentuk dan cara yang berlainan.
Di bawah pimpinan Ustaz Hadi, PAS melangkah jauh ke depan sebagai parti politik terpandang, memberi sumbangan penting kepada Pakatan Rakyat untuk menjadi parti gabungan yang mampu melakukan perubahan untuk rakyat dan negara.
Bagaimanapun beliau tidak keseorangan dalam pemimpin parti politik arus perdana ini ke arah perubahan yang diperlukan oleh rakyat. Saf pimpinan yang akan dipilih di Muktamar PAS November ini tentunya gabungan paling terbaik daripada sekian ramai yang terbaik. Mereka ini saya percaya, mampu menolong Datuk Seri Presiden menjadikan PAS sebagai parti yang gagah dan dominan di negara ini.
Oleh itu ketika beliau diraikan di dua majlis hari jadinya Ahad lalu itu, saya yakin semua mendoakannya supaya diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk meneruskan perjungan. Para jemaah masih memerlukan kepimpinannya justeru beliau pemimpin yang hidup dan mengalir.

Sumber HD - 22-10-2013
Makna penting PRK Dun Sungai Limau
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 16 Okt 2013 |
Pilihan raya Kecil Sungai Limau 23 Oktober ini tentunya menjadi tumpuan pendukung PAS dan Umno/BN kerana ia mempunyai makna penting selepas kerajaan PAS Kedah tewas dalam PRU yang lalu, walaupun dapat mengekalkan kemenangan di Dun tersebut.
Sekiranya PAS beroleh kemenangan dalam PRK kali ini, maka kemenangan itu kiranya menjadi ubat hati yang luka kerana kekalahan dulu itu. Selain itu menunjukkan pulihnya perpaduan di kalangan ahli PAS Kedah selepas perpecahan teruk menjelang PRU yang lalu.
Saya kira, PAS Kedah sudah cukup menderita dengan kekalahan tersebut dan belajar darinya untuk memulihkan kembali perpaduan sesama ahli. Maka itu, PRK Sungai Limau ini menjadi sebaik-baik tempat untuk menunjukkan perpaduan kembali dan seterusnya membina kembali kemenangan.
Boleh jadi ada hikmahnya apa yang terjadi di Kedah di masa lalu itu sebagai suatu pengajaran sangat berguna di masa depan bahawa perpaduan di kalangan ahli dan pemimpin sangat penting kerana kepentingan parti menjadi keutamaan lebih daripada pelbagai kepentingan lain.
Kini PAS seluruh negara, khabarnya, sedang bersiap-siap untuk datang membantu kempen PAS di Sungai Limau. PAS Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan negeri lain sudahpun menghantar sejumlah ahlinya untuk membuat tinjauan awal di samping membuat persiapan, menunggu kedatangan puluhan ribu atau boleh jadi ratusan ribu lagi.
PAS Pulau Pinang telah mengarahkan semua jentera pilihan rayanya turun membantu jentera PAS di Sungai Limau. Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man menegaskan, semua jentera Pemuda ataupun Muslimat perlu digerakkan membantu untuk memastikan kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.
Sementara itu, PKR Kedah juga sedang mengatur persiapan membantu kempen pilihan raya kecil itu. Bilik Gerakan Utama (BGU) PKR dibuka 17 Oktober ini, kata Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) PKR bagi Ir Zamri Yusoff.
Menurutnya, BGU akan dibuka di Pekan Sungai Limau. Pelancaran dibuat serentak dengan jentera Pilihan Raya Kecil Pakatan Rakyat,” kata Zamri kepada Keadilan Daily. Menurutnya, PKR akan menyusun program bersama PAS dan Pakatan Rakyat Kedah dengan menumpukan kepada beberapa kawasan Unit Pusat Undi (UPU).
Dari 19 UPU di seluruh DUN Sungai Limau, katanya, Pakatan tewas di tujuh UPU pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu. Antaranya UPU Sungai Kering, UPU Dulang Kecil dan UPU Dulang Besar. PKR, kata Zamri akan membantu menggempur tujuh UPU yang dikenalpasti sebagai kubu BN.
Beberapa progam sedang diatur dan tumpuan di kawasan itu, kata Zamri yang mengalu-alukan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dari seluruh negara.
PRK Sungai Limau ini dijangka begitu sengit, justru Umno akan berhempas pulas untuk menawan DUN tersebut, selepas mendapat suntikan semangat atas kemenangannya merampas Kedah dalam PRU lalu.
Maka itu, PAS Kedah jangan merasa terlalu yakin akan menang mudah hanya semata-mata berasaskan ia Dun tradisi PAS. Keadaan boleh saja berubah, sebab itu kita yakin jentera PAS Kedah di bawah pengarahnya, Datuk Mahfuz Omar dengan segala kebijaksanaannya akan dapat mempertahankan Dun tersebut.
Datuk Mahfuz adalah tokoh yang sangat memahami situasi politik Kedah kerana beliau tumbuh dan berkembang sebagai tokoh politik sejak zaman awal Almarhum Ustaz Fadzil Noor lagi dan kini beliau mengetuai kepimpinan PAS Kedah sebagai Pesuruhjayanya selepas kematian Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak.
Satu hal yang menjadi tradiri kempen Umno/BN dalam semua pilihan raya – sejak zaman berzaman - ialah taburan wang dan pelbagai bentuk habuan kepada pengundi. Sebahagian besarnya berkesan, terutama di kawasan pedalaman, kampung nelayan, penoreh getah dan sebagainya. Maknanya, semakin miskin kedudukan pengundi itu, maka semakin mudah Umno/BN mempengaruhi mereka dengan pelbagai habuan, janji dan segalanya.
Pengundi Sungai Limau dengan tiba-tiba akan menjadi ‘anak emas’ Umno/BN, yang akan diberi akan apa saja – yang diminta atau tidak diminta. Ini adalah biasa dan PAS Kedah sangat faham akan keadaan ini.
Dalam PRU yang lalu, calon PAS, Tan Sri Azizan Ab Razak mendapat 13,294, sementara calon BN 10,520, dua calon bebas pula mendapat 100 dan 84.Pecahan 27,287 Pecahan Kaum ialah: Melayu 93%, Cina 7%, lain-lain 0%.
Ini menunjukkan Dun Sungai Limau ialah sebuah kawasan luar bandar Melayu yang biasa, walaupun tidak jauh dari Alor Setar. Kerana itu, isu-isu nasional seperti isu Laporan Audit Negara, isu skandel projek lembu, isu saham Felda Global Venture, isu ketirisan wang negara, hak asasi rakyat, demokrasi dan keadilan dijangka tidak releven di Dun luar bandar seperti ini, demikian menurut sebuah kajian awal.
Sementara itu, dalam beberapa hari ini, mungkin ratusan ribu penyokong PAS dan Umno/BN sendiri akan membanjiri Sungai Limau menjelang PRK itu. Tetapi dalam pengalaman masa lalu, Umno/BN tidak banyak mengadakan ceramah umum besar-besaran seperti PAS, tetapi jentera pilihan raya mereka masuk ke kampung jauh lebih awal dan begitu kerap. Mereka bertemu langsung dengan pengundi dan di sanalah pelbagai ‘habuan’ dihulurkan kepada mereka.
PAS/Pakatan biasanya akan mengadakan ceramah perdana begitu kerap, mengundang para tokoh Pakatan, terutama yang ada nilai sebagai ‘crowd-puller’ untuk menarik orang ramai. Mungkin ia bermanfaat dan boleh menarik sebahagian pengundi. Tetapi mestilah difikirkan secara rialistik bahawa kempen pergi terus kepada pengundi adalah langkah paling wajar, walaupun ceramah perdana itu tidak dinafikan sebanyak sedikit ada manfaatnya.
Kita yakin, jentera PAS/Pakatan Rakyat, khususnya PAS Kedah, yang sangat kenal dengan demografi pengundi Dun Sungai Limau ini akan mampu membaca dan mengatur strategi yang tepat untuk mempertahankan Dun tersebut.
Insya Allah, jika PAS menang PRK kali ini, maka ia adalah isyarat awal bahawa PAS Kedah pulih semula dan akan memberi semangat kepada Muktamar PAS dari 22 hingga 24 November ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-10-2013
Dari Taman Melewar ke Shah Alam
Abdul Shukur Harun, | 08 Okt 2013 |
Walaupun serba sederhana, dengan ‘arkitek’ bangunannya Almarhum Ustaz Hassan Shukri, tetapi Markas Tarbiyah PAS Pusat, di Taman Melewar telah menempa pelbagai sejarah gerakan Islam Malaysia, khususnya PAS sejak lebih tiga abad yang lalu.
Walaupun dilingkungi suasana kampung, dengan derai kokok ayam, burung-burung dan segalanya, tetapi Taman Melewar telah mengukir sejarah penting, termasuk politik tanah air. Walaupun ia dibenci musuh politiknya, tetapi ia dikasihi dan dirindui oleh pendukungnya.
Hampir tiap kali Muktamar Tahunan PAS diadakan di situ dan walaupun dalam keadan serba sederhana, serta suasana kampung, tetapi di Taman Melewar itu telah lahir idea dan gagasan besar PAS yang hingga kini idea dan gagasan itu diteruskan oleh pemimpin dan pendukung PAS masa kini.
Antara idea besar itu ialah supaya PAS berada di bawah kepimpinan ulama. Idea ini dicetuskan oleh Dewan Pemuda PAS di mana saf pimpinannya, antara lain, Datuk Haji Mustafa Ali, Datuk Abu Bakar Chik, Haji Muhamad Sabu, Haji Khalid Samad dan lain-lain. Kemudian idea itu diterima oleh PAS yang mengadakan muktamarnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 21 Oktober 1982.
Maka sejak itu, secara rasmi, PAS di bawah kepimpinan ulama dan berikutnya ditubuhkan ‘Majlis Syura Ulama’ yang bersifat mengawal dan memandu dasar parti hingga kini.
Idea lain dicetuskan di Taman Melewar ialah PAS membuka ruang berinteraksi dengan non-Muslim melalui CCC (Majlis Perunding Cina) di mana yang menjadi penghubungnya ialah saudara baru, Kamal Koh dan Ridhwan Abdullah dan kawan-kawannya.
Selanjutnya idea dan gagasan besar lain ialah PAS bekerjasama dengan Parti Semangat 46, pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Semua ini berlaku ketika PAS di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Yusuf Rawa dan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor di mana kedua tokoh ini membawa PAS sebagai parti inclusive, terbuka dan perubahan ini berterusan hingga kini di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang apabila menyertai Tahalluf-Siasi dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Ertinya di sini, Taman Melewar mempunyai sejarahnya yang penting bukan saja di arena gerakan Islam, tetapi juga di pentas politik tanah air.
Taman Melewar juga menjadi tempat pertemuan pelbagai tokoh gerakan Islam sedunia, bukan saja di rantau ini bahkan dari Asia Barat, Asia Tengah, Afrika, malah dari Amerika dan Eropah.
Saya bertemu dengan seorang ulama terkenal dari benua kecil India, Abol Hasan Ali An-Nadawi ketika beliau berkunjung ke Taman Melewar dan berkata: “Allah telah mengurniakan kamu negeri yang sangat indah.” Demikian juga saya bertemu dengan Sheikh Mehdi Aqib, pemimpin tertinggi Ikhwanul-Muslimun yang kini dalam tahanan tentera Mesir, Almarhum Pak Hussein Omar, pimpinan Dewan Dakwah Indonesia dan beberapa pemimpin gerakan Islam lagi.
Tetapi jauh lebih mendalam ingatan saya ialah kepada para kakitangan PAS di Taman Melewar – Saudara Zubir, Taufik, Noriah, Anuar, Almarhum Syed Muhamad, Ustaz Rahim Saidin dan ramai lagi yang bekerja bertungkus lumus di belakang tabir untuk melicinkan pentadbiran PAS. Mereka ini, kata Almarhum Ustaz Fadzil Noor, adalah ‘jundullah yang tidak dikenal’.
Kini pusat pentadbiran PAS berpindah ke Jalan Raja Laut, di tengah jantung Ibu Kota beberapa tahun lalu, namun roh dan semangat Pusat Tarbiyah Taman Melewar tetap utuh dalam hari nurani setiap pendukung PAS. Kerana di sanalah jatuh bangunnya, kalah dan menangnya PAS dalam pertarungan politik pilihan raya. Adapun Pusat Tarbiyah kini dijadikan Kolej Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM).
Demikianlah dalam keadaannya yang serba sederhana itu, Pusat Tarbiyah Taman Melewar itu rupanya mempunyai kekuatan penting dan tarikan luar biasa.

Maka itu, Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor dari 22 hingga 24 November ini walaupun bukan di Taman Melewar, tetapi roh dan semangat perjuangannya kiranya di bawa bersama oleh muktamirin.
Negeri Selangor, tuan rumah Muktamar, adalah sangat dinamik, kosmopolitan, kepelbagaian kehidupan, pusat ilmu, pusat kegiatan ekonomi, kaya dan ternama telah diperintah oleh Pakatan Rakyat di mana PAS memenangi 15 kerusi Dun di sana dan mendapat enam kerusi exco.
Ini adalah hasil Tahalluf-Siasi PAS dalam Pakatan Rakyat dan ini adalah hasil new politic, keterbukaan PAS yang ideanya dicetuskan oleh Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa, Almarhum Datuk Fadzil Noor, kemudian diteruskan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abd Hadi Awang.
Benar, kuasa bukan segala-galanya, tetapi dengan kuasa yang ada, PAS telah dapat menebarkan dakwah seluas-luasnya bukan saja kepada Muslim dan Non-Muslim di Selangor tetapi juga di seluruh negara. Antara lain, melalui hubungan rapat dengan DAP dan PKR. Di samping itu, ahli PAS juga berpeluang berkhidmat di pelbagai agensi di negeri yang diperintah oleh Rakyat Pakatan. Justeru bersama Pakatanlah PAS menyerlahkan kemampuannya memerintah negeri yang dinamik itu.
Ini menguatkan lagi hujah bahawa PAS sama sekali tidak rugi berada dalam Pakatan Rakyat khususnya dari aspek Islam. Sebagai bukti, sejak berkuasa di Selangor bersama Pakatan Rakyat, PAS telah menebarkan dakwahnya dengan amat luas dan berkesan. Masjid dan surau di Selangor sentiasa dipenuhi dengan pelbagai program agama, baik di waktu malam, mahupun di siang hari.
Malam-malam Ramadhan, masjid dan surau terang benderang dengan ribuan Muslim beriftar bersama, bertarawih, berqiamul-lail, mendengar tazkirah. Imam-imam hafiz dengan getaran suara mereka menambah hebat lagi Ramadhan di Selangor. Wang zakat merimpah ruah, faqir miskin dibantu. Malah pelbagai program keagamaan berkembang subur di mana saja. Orang PAS sendiri turut mengambil peranan penting menghidupkan program agama.
Semuanya ini adalah hasil strategi pimpinan PAS yang memandang jauh ke depan, tidak melayan pemikiran sempit yang tidak menguntungkan perkembangan Islam sendiri. Dengan itu, hasil pemikiran pemimpin PAS yang dinamik ini dapat disaksikan secara dekat oleh muktamirin apabila bermuktamar nanti di Shah Alam.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-10-2013
Persiapkan mental hadapi Muktamar
Abd Shukur Harun, | 02 Okt 2013 |
Ahli PAS yang melebihi sejuta orang kini sedang menyelesaikan mesyuarat agung 188 kawasan di seluruh negara, sementara Dewan Pemuda PAS yang mempunyai 173 kawasan dan Dewan Muslimat 167 kawasan sudahpun bermesyuarat.
Dewan Ulama pula tidak mempunyai di peringkat kawasan sebaliknya sayap itu hanya di peringkat negeri termasuk Wilayah Persekutuan.
Selepas selesai semuanya – di peringkat kawasan dan Ijtimak negeri - maka berlangsunglah Muktamar Tahunan PAS November nanti di Shah Alam, Selangor, sebuah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Kini, muktamirin yang akan menyertai Muktamar PAS ke-59 ini tentu sekali sedang membuat persiapan mental secukupnya untuk perbahasan dan pemilihan saf pimpinan peringkat tertinggi, yakni sudahpun digariskan etika pemilihannya yang dilihat munasabah.
Muktamar kali ini akan menjadi perhatian istimewa - dalam mahupun luar negeri, disebabkan terutamanya, kerana mereka mahu mendengar hala tuju PAS sebagai parti politik arus perdana. Kedua, kemampuannya mempersiapkan diri menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat yang akan bertarung di kancah politik Malaysia yang kelihatannya sangat dinamik dalam suasana luar biasa.
Saya menyertai pendapat beberapa penganalisis politik dan rakyat prihatin bahawa Muktamar PAS kali ini hendaknya bukan lagi sekadar membincangkan perihal hal ehwal rumah tangga dalamannya, tetapi memperlihatkan komitmennya sebagai parti arus perdana yang mengambil peranan penting membela rakyat, demokrasi dan keadilan.
Sebab itu saya percaya bahawa para muktamirin kini sedang membuat persiapan mental secukupnya untuk berhujah dengan rasional dan fakta serta serius memikirkan persoalan besar mengenai masa depan PAS. Bukan lagi isu dalaman dan sampingan yang jika dibangkitkan juga hanya menggambarkan kelesuan berfikir. Usia PAS 60 tahun sudah sangat matang kiranya.
Sementara para pemimpin di atas pentas Muktamar pula, saya yakin, akan menyerlahkan idea dan gagasan besar untuk memperkasa PAS sebagai sebuah parti arus perdana. Ia bukan lagi hanya dilihat sebagai parti kampungan yang hanya penuh dengan nostalgia, tetapi ia sebuah parti arus perdana yang ditunggu peranan besarnya di tengah masyarakat majmuk.
Seperti kata salah seorang ideologis PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa dalam bukunya ‘Rejuvenasi PAS’ bahawa ciri Islam yang menjadi asas kewujudan parti itu tidak syak lagi menjadikan PAS parti yang selesa berlegar di sekitar kepelbagaian masyarakat yang ada di Malaysia hari ini.
Katanya lagi, ruang Islam yang membuka seluas-luasnya konsep kepelbagaian meletakkan PAS sebagai parti yang tidak terperosok di ruang sempit perkauman seperti kebanyakan parti order lama. Bagaimanapun, kata Dr Mujahid, PAS belum lagi memaksimakan ruang selesa ini untuk ia benar-benar menjadi parti yang benar-benar memenuhi aspirasi semua kaum.
PAS telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kemudian diperluaskan dalam Lajnah Perpaduan Nasional yang dipengerusikan oleh Dr Mujahid sendiri. Menurutnya, sokongan bukan Islam terhadap Lajnah ini sangat memberansangkan.
Pada pendapat saya, Lajnah ini menjadi mekanisme penting PAS mengadakan huhungan dengan kalangan bukan Muslim, iaitu antara lain, telah dapat dilihat bahawa penyokong PAS dalam kalangan bukan Islam itu semakin bertambah.
Oleh itu, saya percaya, Muktamar PAS November ini hendaknya akan semakin memperkukuh hubungan dengan mereka, bukan semata-mata untuk tujuan menang pilihan raya, tetapi juga kerana kewajipan dan tuntutan dakwah.
Para muktamirin tentu sekali sangat berhajat untuk mendengar ucapan pemimpin dan perbahasan yang dinamik, yang memancarkan kecemerlangan berfikir para pemimpin dan pembahas Ucapan Dasar, di samping membahaskan usul-usul yang dibawa oleh perwakilan atau kalau ada usul mengejut yang amat penting dibahaskan.
Muktamar bukanlah sekadar menjadi tempat pertemuan rakan seperjuangan lama dan baru, bertemu dan bersalaman dengan pemimpin pelbagai peringkat, membeli belah, makan bersama dan sebagainya, tetapi lebih dari itu dapat dimanfaatkan. Iaitu, umpamanya, perbicangan sesama sendiri bagaimana sewajarnya pendukung PAS merancang membina hubungan dan penerangan kepada yang belum menyokong PAS dan sebagainya.
Seperti dikatakan, pendukung PAS melebihi sejuta ahli dari pelbagai latar belakang pendidikan, pengalaman, persekitaran dan sebagainya yang menelurkan pelbagai aliran fikiran dan persepsi yang berbeza.
Ini adalah dinamika PAS yang terus berkembang. Bagaimanapun semuanya ini tidak mengurangkan nilai sumbangan mereka kepada PAS dan hakikat ini mestilah diterima dan jangan sama sekali meletakkan pelbagai dikotomi sesama pendukung PAS.
Seperti kata, bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, bahawa semua pendukung PAS adalah mata rantai perjuangan parti Islam dan semua mereka amat berharga.
Katanya, ulama dengan peranan mereka memandu dasar parti, sementara jurutera, arkitek, doktor, peguam, ahli ekonomi dan seluruh amilin PAS lainnya dengan peranan masing-masing dan tidak ada golongan yang merasakan golongannya lebih istimewa dari yang lain, kerana parti sangat menghargai sumbangan mereka.
Sebab itulah, pada pendapat saya, semua mereka ini adalah paduan tenaga dan bakat terbaik di dalam PAS untuk dimanfaatkan semaksima mungkin. Maka itu, Muktamar PAS kali ini sewajarnya melakarkan rancangan besar ke arah itu.
Kepada para tokoh yang menang dalam pemilihan di Muktamar tersebut, saya yakin mereka sangat menyedari akan tanggungjawab yang diamanahkan oleh perwakilan yang memilih mereka. Mereka ini, bagaimanapun, seperti diketahui, sudahpun melaksanakan amanah ini di masa lalu dan mereka sangat sedar tanggungjawab lebih besar sedang menanti. Mereka yang tidak terpilih, saya yakin, mereka akan meneruskan perjuangan seperti di masa lalu, justeru inilah watak mulia pendukung PAS.
Semoga Muktamar PAS ke-59 ini akan menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk membuktikan PAS parti arus perdana iaitu rakyat Malaysia dengan tepukan gemuruh akan memberikan standing-ovation kepada PAS sebagai parti yang menjadi harapan rakyat.

Sumber HD - 2-10-2013
PAS dan dinamika politik
Abd Shukur Harun, | 23 Sep 2013 |
Politik ialah mengenai kuasa dan tidak ada siapapun yang berjuang di pentas parti politik yang tidak bermatlamatkan untuk mendapatkan kuasa iaitu bagi yang belum berkuasa dan mempertahankan kuasa bagi yang telah berkuasa.
Tetapi politik itu sangat dinamik sifatnya, iaitu cepat berubah dan memerlukan perubahan. Dinamik atau Dinamisme, berasal dari bahasa Latin dan sering digunakan oleh ahli falsafah Virginia Postrel untuk menjelaskan filosofi sosialnya yang melibatkan perubahan budaya, pilihan individual, kebebasan, demokrasi dan masyarakat terbuka.
Di negara ini, parti politik yang bernuansa Islam seperti PAS yang berinteraksi dengan masyarakat moden Malaysia maka ia tidak boleh lari dari apa yang dinamakan dinamik atau dinamisme, dengan huraiannya yang lebih tepat ia mestilah bersifat dinamik – memahami dan menerima realiti yang ada yang sentiasa berubah mengikut keadaan dan masa, walaupun sudah pastilah ia mesti kekal dalam orbit Islam.
Berbanding dengan negara lain, suasana politik dan sosial di Malaysia sangat jauh berbeza, iaitu dengan masyarakat majmuknya yang luar biasa di mana pegangan agama, nilai budaya dan tradisi antara kaumnya bersifat pelbagai.
Oleh itu demografi politik di Malaysia sangat berwarna warni kerana ia
berada di tengah masyarakat majmuk yang pelbagai ragam. Di sinilah PAS, sebagai sebuah parti politik bernuansa Islam, hadir untuk berpartisipasi di tengah kancah politik demokrasi di negara ini.
Walau apapun bentuk dan wajah demokrasi di negara ini, namun PAS terus berpartisipasi dalam PRU tiap lima tahun sekali. Ertinya, PAS hadir di tengah dinamik (perubahan) politik di Malaysia sejak 13 kali pilihan raya umum.
Tetapi persoalannya di sini bagaimana pula kedudukan dinamika politik PAS terutama dalam melakarkan masa depannya untuk berperanan sebagai parti politik yang dominan dalam Pakatan Rakyat dan menjadi parti arus perdana di pentas politik Malaysia.
Jenama sebagai parti Islam saja belum cukup untuk menjadi sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat dan parti arus perdana di Malaysia. Kesyumulan Islam yang didukung oleh PAS memang sangat hebat, tetapi bagaimana pengisian kepada kesyumulan Islam itu yang digerakkan oleh PAS jika ia mahu dilihat sebagai parti dominan dalam Pakatan. Ini bergantung kepada kemampuan pemimpin dan pendukungnya.
Masyarakat majmuk mahu melihat dinamika PAS dalam mengatur strategi supaya dilihat dominan dalam Pakatan, boleh memimpin masyarakat majmuk, menyusun strategi ekonomi, pendidikan, sosial dan mengukuhkan toleransi antara kaum dan agama. Untuk itu ia mesti menangani peluang yang ada (bukan merebut kekayaan dan jawatan), berfikir dan bertindak bukan di sekitar kampung halamannya saja. Ia mesti meneroka daerah baru, berinteraksi dengan masyarakat di luar lingkungannya, menyerlahkan kepimpinannya yang dinamik dan berintegriti.
Sebagai contoh, bagaimana PAS menjadikan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ yang dilancarkannya lama sebelum PRU ke-13 sebagai gagasan yang boleh dilaksanakan dalam masyarakat majmuk. Malangnya gagasan tersebut tidak lagi didengar khabar beritanya. Mengapa terjadi demikian, sedangkan ‘Negara Berkebajikan’ itu sangat dinamik dan praktikal untuk dilaksanakan - jauh lebih baik dari Dasar Ekonomi Baru dan pelbagai dasar ekonomi dan pendidikan yang dicipta oleh Barisan Nasional.
Demikian juga manifesto Pakatan – Buku Jingga – yang sewajarnya PAS berada di depan dalam melaksanakan program buku tersebut bersama PKR dan DAP. Justetu dengan Buku Jingga itu, ramai pengundi menaruh harapan terhadap Pakatan Rakyat agar manifesto itu dapat ditunaikan walaupun secara bertahap.
Oleh itu, sekali lagi dinamika politik PAS perlu diperlihatkan. Bahawa ‘Negara Berkebajikan’ dan ‘Buku Jingga’ itu bukan retorik atau janji kosong yang tidak boleh ditunaikan, tetapi sesuatu yang amat praktikal. Dengan demikian, jika PAS dapat lebih dulu mengenengahkan program ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain, saya kira PAS sudah memperlihatkan dinamika politiknya, bahawa ia mampu memimpin perubahan. Maknanya ia bukan lagi hanya mampu mendominasi bidang agama, tetapi juga pelbagai bidang yang lain.
Saya yakin kerana demikian ramai pimpinan PAS baik peringkat Pusat mahupun negeri dan kawasan, malah cawangan yang mampu melaksanakan program tersebut untuk memperlihatkan kehadiran PAS mendominasi Pakatan Rakyat. Inilah caranya PAS berperanan menambahbaikkan Pakatan Rakyat.
Oleh itu, kita berharap Muktamar PAS November nanti akan mendengar perbahasan yang dinamik, menyerlahkan luasanya pemikiran muktamirin PAS, keterbukaannya, memandang jauh ke depan dengan penuh harapan. Bukan lagi melayani emosi dan sentimen kelompok yang bukan saja mencerminkan politik yang tidak matang, bahkan menghantar isyarat yang salah kepada komponan lain dalam Pakatan malah menjadi isu yang menghairankan.
Saya yakin pemimpin yang akan dipilih oleh perwakilan di muktamar nanti adalah dari kalangan yang paling terbaik dari yang baik, dinilai dari ilmunya, termasuk ilmu agamanya, prestasinya, penguasaannya dalam dinamika politik, keterbukaannya, keterampilan dan kebijaksanaannya menghadapi musuh serta menyelesaikan masalah.
Inilah sebenarnya merit yang diperlukan bagi calon yang menawarkan dirinya untuk bertanding dalam pemilihan nanti walau dari golongan manapun ia datang. Justeru jenama golongan ‘Ulama’ dan ‘Profesional’ tidak menjadi perhitungan penting dalam pemilihan saf pimpinan. Meritnya yang sebenar ialah ilmu dan kemampuannya.
Hal ini kerana pimpinan yang dipilih akan memikul amanah menjadikan PAS sebagai parti politik Islam arus perdana yang dinamik, amanah dan berintegriti.
Perlu diingat bahawa harapan rakyat terlalu tinggi kepada PAS sebagai parti yang berintegriti.
Pada akhirnya, Muktamar akan datang ini perlulah memancarkan dinamika politiknya.

Sumber HD - 23-9-2013
Himpunan haji dan masalah ummah
Abd Shukur Harun, | 17 Sep 2013 |
Jemaah haji seluruh dunia sedang berdatangan ke Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk menunaikan Fardhu Haji mulai 9 Zulhijjah tahun ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kira-kira tiga juta setengah jemaah haji akan berhimpun di dua kota suci itu yang puncaknya berwukuf di Arafah dan melontar Jumrah di Mina, kemudian tawaf dan saie.
Suasana musim haji kali ini bertambah sibuk, terutama Bandaraya Makkah dan Madinah yang sedang diperbesarkan dan sudah tentu sibuk dengan kerja-kerja pembesarannya yang menelan belanja berbilion ringgit.
Bagi jemaah haji yang kaya atau super-kaya, terutama sheikh-sheikh Arab dari negara Teluk, mereka menyewa hotel mewah yang berdekatan dengan Masjidil-Haram atau Masjid Nabawi. Sementara jemaah haji biasa, tinggal agak jauh dari dua masjid tersebut. Kebanyakannya tinggal di apartmen yang kebanyakannya baru. Untuk pergi ke masjid, mereka boleh menggunakan bas dan teksi, tetapi bagi jemaah yang berbadan tegap, ada yang berjalan kaki saja ke masjid. Di samping itu, jualan pelbagai jenis barang kelihatan merata-rata dan biasanya jemaah haji juga mengambil kesempatan untuk membeli-belah.
Kerajaan Arab Saudi yang menjadi Khadam Al-Haramain (Pelindung Dua Tanah Haram) telah membuat persediaan dan kemudahan yang cukup untuk jamaah haji yang bertambah setiap tahun.
Wukuf di Arafah di mana semua jemaah berkhemah - menunaikan rukun utama ibadah haji - adalah manifestasi himpunan terbesar umat Islam seluruh dunia yang datang dari pelbagai negara, menyahut seruan Nabi Ibrahim AS dan di sana kita menyaksikan pelbagai bangsa, warna kulit, perwatakan, bahasa, budaya dan sebagainya.
Himpunan musim haji kali ini akan berlangsung ketika beberapa negara umat Islam menghadapi krisis kemanusiaan paling berat. Pebunuhan beramai-ramai oleh tentera Mesir terhadap rakyatnya sendiri akibat rampasan kuasa tentera di Mesir yang berterusan hingga kini, pebunuhan beramai-ramari rakyat Syria oleh rejim diktator Bashar Al-Assad, pertempuran berterusan antara pejuang pemisan Islam di Zamboanga, selatan Filipina, penderitaan Muslim Rohingya di Myanmar, derita kerana kemiskinan hidup umat Islam di mana-mana, termasuk di negara Arab sendiri dan juga kekeliruan umat akibat pelbagai kekeliruan yang ditimpakan oleh golongan sekular.
Di samping itu, demonstrasi berterusan puak sekular yang menentang kerajaan An-Nahdah yang sah dipilih oleh rakyat di Tunisia, pelarian rakyat Syria yang puluhan ribu jumlahnya di sempadan Syria-Turki, kehidupan rakyat Gaza yang sangat kritikal dan pelbagai peristiwa lagi.
Para jemaah haji tentunya terlalu sibuk dengan urusan melaksanakan rukun haji dan mungkin tidak sempat atau tidak tahu akan nasib malang saudara Islam mereka di pelbagai negara yang disebutkan. Oleh itu mungkin tidak ada masa pula untuk memikirkan masalah itu semua.
Maka himpunan musim haji di Tanah Suci itu akan berlansung seperti biasa hingga selesai para jemaah menunaikan fardhu haji, lalu merekapun pulang ke negara masing-masing.
Apakah kesan himpunan musim haji itu terutama terhadap pelbagai krisis kemanusiaan yang dihadapi oleh umat Islam di negara tersebut?
Lebih tiga juta umat Islam yang berhimpun itu adalah suatu jumlah yang dikira besar. Tetapi dengan jumlah itu kelihatan tidak menimbulkan sebarang impak atau kesan kepada kuasa-kuasa besar dalam membuat keputusan politik. Malah mereka tidak hiraupun himpunan umat Islam itu, lebih-lebih lagi bagi pemimpin negara Arab yang kaya sendiri yang tidak hiraukanpun apa yang terjadi kepada umat.
Bantahan dan ratap tangis umat Islam Mesir akibat rampasan kuasa itu yang mengorbankan puluhan ribu nyawa, cedera dan diseksa, pembunuhan beramai-ramai di Syria akibat kesan racun kimia yang disembur oleh rejim Bashar Al-Asaad dan lain-lain, tidak menggugah perasaan pemimpin negara Arab yang kaya raya itu.
Inilah yang terjadi apabila ibadah haji menjadi ibadah ritual yang sangat peribadi sifatnya. Pada hal himpunan ummah pada musim haji itu, sewajarnya menjadi himpunan yang turut membincangkan masalah ummah seperti yang dipesan oleh Rasulullah SAW dalam Khutbah Wada’ Baginda yang disampaikan di Jabal Rahmah di Arafah.
Khutbah itu, penuh dengan pelbagai pesan dan arahan kepada ummah untuk menghadapi cabaran masa depan. Khutbah itu mengandungi mesej politik kepada ummah. Ia disampaikan di Jabal-Rahmah, di tengah ribuan umat yang menunaikan haji bersama Rasulullah SAW.
Hal ini bermakna ibadah haji itu bukan sekadar ibadah yang sangat peribadi sifatnya, bahawa ibadah itu hanya untuk mencuci dosa peribadi, meningkatkan takwa peribadi, menambah pahala sebanyak mungkin untuk peribadi juga.
Anggapan ini tidak tepat dengan kehendak Islam yang sebenarnya, yakni setiap masalah ummah dirasakan dan difikirkan bersama kerana himpunan haji bersifat himpunan ummah yang sangat penting untuk membincangkan masalah ummah seluruhnya. Oleh itu, sewajarnyalah umat Islam mengambil contoh dan menghidupkan kembali roh dan semangat dari apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, khususnya amanat yang disampaikannya.
Selalu kedengaran ucapan oleh golongan sekular, “Jangan campur adukkan ibadah dengan politik”. Pada hal membincangkan masalah ummah adalah juga ibadah, justeru ibadah sangat luas pengertian dan bidangnya.
Tinggal lagi, bagaimana cara untuk membincangkan masalah ummah ini pada musim haji perlu dibincangkan dan dibina mekanismenya tanpa mengganggu perjalanan ibadah haji dengan segala rukun dan tertibnya. Hal ini tidak juga bermakna jemaah mengganggu urusan politik dan pentadbiran negara Arab Saudi yang telah menyediakan kemudahan untuk jemaah menunaikan Fardu Haji dengan sangat baik.
Oleh itu, yang penting bagi umat Islam, khususnya jamaah haji, ialah menghayati amanat Rasulullah SAW supaya umat Islam menjadi umat yang terpandang, dihormati, dirasakan kehadirannya dan dalam masa yang sama berperanan sebagai umat yang memandu manusia, sesuai dengan sifatnya sebagai ‘Ummatan Wasatan’, yang menjadi pengimbang, penegak kebenaran dan keadilan.
Kepada para hujjaj, diucapkan selamat menunaikan Fardhu Haji, semoga dikurniakan Allah SWT haji yang mabrur.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-9-2013
Fikirkan hala tuju PAS, bukan isu
Abd Shukur Harun, | 10 Sep 2013 |
Ketika PAS Kawasan seluruh negara sedang rancak mengadakan mesyuarat agung dan disusuli oleh mesyuarat Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat peringkat negeri, menjelang Muktamar Tahunan PAS November nanti, pelbagai isu telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak.
Terutamanya media massa, politikus Umno dan pihak yang menyokongnya yang sentiasa mencari salah PAS untuk menyerangnya. Ini biasa berlaku setiap menjelang Muktamar PAS.
Kini, isu yang hangat diperkatakan ialah isu Syiah iaitu ada pihak dengan segala prejudisnya menuduh PAS terlibat dengan Syiah, sedangkan Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abd Hadi Awang dan pemimpin PAS yang lain telah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya dan menafikannya.
Bagaimanapun, isu ini terus diperhangatkan atas kepentingan tertentu dengan melabelkan Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu kononnya sebagai ‘orang Syiah’, padahal beliau telah menafikannya berulang kali.
Kemudian ditimbulkan pula isu sampingan – melaga-lagakan golongan ulama dan profesional - menjelang Muktamar PAS dan beberapa isu lain yang saling bermunculan yakni dijangka akan semakin rancak ditimbulkan semakin dekat Muktamar.
Bagi pendukung PAS yang setia, mereka sangat faham bagaimana musuh PAS memanipulasi isu ini setiap kali muktamar untuk memecahbelahkan PAS.
Oleh itu, mereka tidak perlu melayannya, menjelang Muktamar tahu lalu – sebelum PRU ke-13, masyarakat dihangatkan dengan isu supaya PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan PAS dengan DAP, namun pendukung PAS yang amat setia tidak terpengaruh dengan hasutan ini, yakni akhirnya PAS terus bersama Pakatan menghadapi PRU tersebut.
Kini musuh politik PAS bangun kembali dan berusaha menimbulkan isu-isu yang disebutkan tadi dan tidak mustahil akan berusaha lagi merekacipta isu untuk memecahbelahkan PAS. Tetapi kita yakin, usaha musuh politik PAS ini akan terus gagal, sama seperti kegagalan mereka pada masa lalu, justeru pengalaman dan ilmu yang ada pada pendukung PAS mampu mempertahankan keutuhan parti.
Mengenai isu Syiah, Presiden PAS telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan agenda Barat yang hendak melemahkan Islam dengan masalah mazhab Sunni-Syiah. Beliau menyifatkan isu kontroversi ini perkara lama yang sengaja ditimbulkan kembali.
Justeru, katanya, secara sedar tetapi bodoh atau jahil, isu perbalahan mazhab tersebut telah melekakan umat Islam mengenai kebangkitan Islam di seluruh dunia. Kata beliau, kerana asyik dengan pertikaian mazhab hingga umat Islam sendiri lupa musuh sebenarnya iaitu Israel serta kuasa-kuasa besar dunia. Untuk itu, Presiden PAS menyeru supaya
umat Islam memahami bacaan politik antarabangsa yang dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dunia termasuk Israel.
Orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini, katanya, masih lagi berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah. Oleh itu, saya percaya isu Syiah ini tidak akan ‘menggegarkan’ Muktamar PAS November ini. Tetapi jika timbul juga, maka memang sangat malanglah.
Yang penting diberi fokas dalam Muktamar nanti ialah hala tuju PAS akan datang, melakarkan road-map parti dalam menghadapi politik baru negara ini iaitu PAS, sebagai parti politik Islam kontemporari, mesti menyediakan dirinya benar-benar kukuh dan berperanan penting dalam politik arus perdana Malaysia.
Ia tidak boleh lagi dilihat hanya ‘berlegar’ dalam kelompok atau lingkungan partinya saja, tetapi ia mesti menyerlah di mana-mana, mengambil bahagian penting dalam semua situasi, justeru sebagai parti dan gerakan Islam, ia menjadi ‘pengimbang’ atau dalam bahasa yang mudah difaham sebagai pengadil dalam semua pergolakan dan keadaan.
Ini sesuai dengan sifat Islam sebagai agama wasatiyah, pengimbang dan penyaksi kepada manusia dan Rasul menyaksikannya, seperti yang disebut di dalam al-Quran Surah Al-Baqarah, 143.
Oleh itu para muktamirin perlu menyediakan gagasan dan idea besar ke arah itu, tidak perlu lagi mengulang-ngulang retorik dan slogan serta frasa lama. Atau membangkitkan isu yang bersifat remeh-temeh atau kritikan dalaman yang hanya ‘mencederakan’ sesama pendukung parti. Lebih-lebih lagi, seperti biasa, ada puluhan wakil media massa – dalam dan luar negara – yang membuat laporan Muktamar di samping para tetamu.
Mungkin ada hujah mengatakan bahawa bila lagi hendak mengkritik atau mengemukakan pandangan kalau bukan di Muktanar. Pada pendapat saya, itu memang benar bahawa kritikan atau teguran serta pandangan berbeza itu boleh saja dilakukan, tetapi pandangan dan teguran itu jangan sampai ke tahap dilihat sebagai tidak releven, tidak faham isu, malah bodoh. Maknanya, kritikan atau pandangan berbeza mestilah didukung dengan fakta, kemunasabahan atau logik akal serta dibawa dalam lingkungan akhlak Islam.
Sementara itu, saya percaya dalam Muktamar kali ini, akan timbul perihal kekalahan PAS di Kedah, kekalahan hingga 15 kerusi PAS di Kelantan, peningkatan prestasi PAS Terengganu yang sangat menjanjikan, kemenangan 15 kerusi PAS di Selangor, kemenangan beberapa kerusi PAS di Johor, sebuah kerusi PAS di Melaka, prestasi PAS Perak yang dan lain-lain akan dibahaskan dalam suasana yang tenang dan matang.
Juga perlu dibahaskan dalam Muktamar itu mengenai usaha PAS untuk menawan kerusi Melayu lebih banyak di luar bandar, di samping mengekalkan sokongan yang ada. Dalam masa yang sama mengeratkan kerjasama dengan semua parti dalam Pakatan rakyat dan berusaha memperkukuhkan lagi Tahaluf-Siyasi.
Kesimpulannya, Muktamar PAS kali ini mesti menghantar isyarat jelas bahawa PAS sebagai parti politik Islam mampu berdiri gagah (Walking Tall) menghadapi cabaran yang ada betapapun kompeksnya. Ia bukan lagi parti yang berlegar di lingkungannya saja, tetapi ia parti yang hadir dan berperanan dalam arus perdana politik Malaysia. Untuk itu paduan antara ulama, profesional, veteran, tokoh aktivis dan pelbagai golongan lagi amat perlu.

Sumber HD - 10-9-2013
Terimalah ‘hadiah’ atas kemenangan BN
Abd Shukur Harun, | 04 Sep 2013 |
Kenyataan seorang menteri bahawa, “jika harga ayam naik, jangan makan ayam,” kini menjadi kata-kata popular dalam kalangan orang ramai dan menjadi analogi baru pula, “jika harga minyak naik, jangan pakai minyak.”
Kata-kata ini banyak didengar di pasar-pasar, di warung roti canai, di hentian teksi, dan di banyak tempat rakyat biasa berada. Tetapi bukan dalam kalangan golongan ahli korporat kaya atau super kaya yang berlegar di padang golf, di lobi hotel mewah atau super mewah, di bilik mesyuarat para pembesar negara atau di bilik mesyuarat ahli korporat di kompleks mereka.
Golongan elit ini tidak tersentuh dengan harga minyak naik, justeru mereka disediakan segalanya percuma oleh syarikat mereka, sementara pembesar negara juga segalanya percuma disediakan oleh kerajaan.
Golongan elit ini kebanyakannya tidak pernah ke pasar, ke kedai barangan keperluan harian, tidak pernahpun ke stesyen minyak, jauh sekali hendak menjenguk meter harga minyak. Segalanya dilakukan oleh pemandu mereka. Keluarga mereka biasanya hanya menghantar orang gaji mereka untuk pergi ke pasar membeli barang keperluan, atau van khusus yang menghantar barang keperluan itu ke banglo mewah mereka.
Golongan super kaya ini tidak akan tersentuh dengan kehidupan rakyat biasa yang kini merasakan amat tertekan dengan kenaikan harga minyak. Kepada siapa rakyat ini hendak mengadu, melainkan derita itu ditelan sendiri.
Akibat kenaikan harga minyak ini, harga barangan yang sudah mahal akan bertambah mahal lagi. Kesan kenaikannya, maka pengusaha bas awam, bas sekolah, lori kontena dan lori biasa sudah menyatakan akan menaikan kadar sewa lori dan bas mereka kerana kenaikan harga minyak tersebut.
Hal ini bermakna seluruh sektor kehidupan akan menerima kesannya, kecualilah golongan elit yang disebutkan tadi. Maka kini bermunculanlah kata-kata sindiran dalam facebook, twitter, sms dan lain-lain, “Jangan guna minyak jika harga minyak naik.” Ini bukan kata-kata Raja Lawak, tetapi sindiran dari rakyat biasa kerana mereka merasa sangat tertekan.
Ada seorang tua pesara kerajaan yang setiap bulan menerima pencen pada suatu pagi berbual dengan seorang kenalannya di gerai nasi lemak sambil menghirup tea tarik:
“Apalah salahnya, minyak naik hanya dua puluh sen, bukan banyak. Kerajaan sudah banyak menolong rakyat, BR1M500 sudah dua kali beri, Ini nak bagi lebih lagi. Dalam pilihan raya macam-macam bantuan diberikan. Nak marah apa lagi.”
Kenalan itu yang mengambil upah sebagai tukang rumah, merenungnya dan berkata, “awak bercakap macam menteri pulak. Semuanya kerajaan elok belaka. Awak tak tahu sebenarnya macam mana kesusahan rakyat. Mengapa awak pejamkan mata dengan kesusahan rakyat, kerana awak terima pencen bulan-bulan, anak awak beri pulak duit. Tapi orang lain bagaimana?”
“Itu nasib masing-masinglah,” jawabnya dan beredar dari situ kerana nampaknya tidak sanggup lagi berhujah dengan situkang rumah itu.
Bagi golongan rakyat kelas menengah rendah kenaikan harga minyak ini akan mengakibatkan harga barangan lain akan turut ini. Bahkan, Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail telah menyatakan kesannya. Menurutnya, kenaikan itu memberi impak besar kepada syarikat pengangkutan perdagangan termasuklah pengusaha bas ekspres kerana ia akan meningkatkan caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan antara empat hingga lima peratus.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan pengusahanya menaikkan tambang atau sewa perkhidmatan pengangkutan bagi mengelakkan kerugian kerana terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api.
“Pengusaha pengangkutan perdagangan terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api yang lebih membebankan dan ini mungkinan mereka menaikkan tambang atau kadar sewa kos perkhidmatan pengangkutan. Dijangka caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan akan naik sebanyak 4 hingga 5 peratus," katanya Datuk Yusoff kepada media. Beliau adalah juga Pengerusi Persatuan Pengguna Kedah (Cake).
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, ketika mengulas berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak 20 sen adalah potongan 22 peratus daripada jumlah subsidi kerajaan kepada rakyat negara ini.
Baginya, tindakan itu dengan menaikkan harga minyak itu adalah jalan pintas Datuk Seri Najib. Bagi Raizi, tindakan ini tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi negara yang kian parah di bawah pentadbiran Najib dan ia satu tindakan tidak adil kepada rakyat.
Menurut Rafizi, pihak yang paling tertekan dengan tindakan ini adalah rakyat yang berpendapatan rendah. Mereka yang berpendapatan kurang RM500 sebulan membelanjakan 35 peratus daripada pendapatan mereka untuk membiayai petrol dan diesel.
Katanya, keluarga yang berpendapatan RM500 - RM1,000 sebulan (27 peratus), RM1,000 - RM2,000 (25 peratus), RM2,000 - RM3,000 (22 peratus), RM3,000 - RM4,000 (20 peratus) dan mereka yang berpendapatan lebiuh RM4,000 sebulan membelanjakan 10 peratus sahaja pendapatan mereka untuk petrol dan diesel.
Sementara itu, tindakan Najib mengumumkan kenaikan harga minyak itu telah memeriahkan laman sosial diinternet. Pelbagai cara bantahan dipamerkan di laman tersebut. Malah turut dipamerkan ialah kenyataan para menteri beliau yang memberikan jawapan yang lucu setiap kali timbul masalah yang menimpa rakyat.
Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berpendapat, berbanding dengan bajet tahun-tahun sebelum ini yang dilihat sebagai bajet mesra rakyat, tetapi bajet 2014 yang akan dibentangkan bulan Oktober nanti sebagai tidak bersifat mesra rakyat.
“Ramai yang menduga, selepas harga minyak naik, akan menyusul pula kenaikan tarif elektrik dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” ujarnya dalam satu kenyataan.
Oleh itu sama ada rakyat yang telah mengundi BN atau sebaliknya, terimalah ‘hadiah’ dari kerajaan BN ini walaupun ‘hadiah’ itu sangat pahit untuk ditelan rakyat.

Sumber HD - 4-9-2013
Ibu Jeneral As-Sisi keturunan Yahudi
Abd Shukur Harun, | 26 Ogs 2013 |
Pelbagai rahsia terdedah yang menunjukkan bahwa Israel terlibat langsung dengan rampasan kuasa tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Dr. Muhd Mursi lebih sebulan yang lalu.
Rancangan untuk menggulingkan Dr. Mursi ini telah lama dilakukan oleh tentera, walaupun ketuanya – Jeneral Abdel-Fattah As-Sisi – adalah orang yang dilantik oleh Dr. Mursi sendiri sebagai Menteri Pertahanan. As-Sisi berpura-pura menyokong presiden baru itu yang datang dari Ikhwan Muslimin, pada hal sudah ada rancangannya untuk meletakkan tentera sebagai pemegang kuasa mutlak Mesir sama seperti di zaman Hosni Mubarak dulu.
As-Sisi sendiri diberitakan adalah keturunan Yahudi. Ini telah disahkan oleh sebuah laporan oleh Al-Jazeera baru-baru ini. Laporan itu menyebut kenyataan bekas Setiausaha Media Murshidul Am Ikhwan Muslimin, Gamal Nassar, bahawa As-Sisi adalah keturunan Yahudi.
Menurutnya, sangat mengejutkan apabila membaca laporan akhbar Algeria, Al-Watan yang menyebutkan bahawa As-Sisi keturunan Bani Israil di Mesir. Ibunya seorang Yahudi bernama Mulaika Titani dan abang Mulaika adalah anggota Haganah, sebuah pertubuhan militan Yahudi di Israel yang turut bersama memerangi umat Islam di Palestin.
Menurut Al-Watan, dalam perhitungan apapun, nyatalah As-Sisi sedang melaksanakan tugas zionis yang hendak memecahbelahkan Mesir. Selanjutnya, menurut Gamal Nassar, dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang dilakukan oleh As-Sisi, nyatalah ia penjenayah paling kejam yang akan menghancurkan Mesir.
Gamal Nassar menambah, As-Sisi berpura-pura konon hendak menyelamatkan Mesir sebagai wira negara itu, tetapi dia sebenarnya hendak memecahbelahkan Mesir supaya negara itu lemah dan tidak akan mengancam Israel.
Sebab itu dilaporkan, seorang diplomat kanan Israel di Mesir, Yaakov Amitai memberitahu tentera Mesir bahwa “Rakyat Israel menganggap Abdel-Fattah As-Sisi adalah pahlawan nasional Israel kerana tindakannya terhadap Ikhwan Muslimin.” Selepas ini, kata diplomat kanan itu, Israel dan Mesir akan bekerjasama lebih erat di bidang pertahanan, ekonomi, pertanian dan lain-lain. Ini yang dikehendaki Israel di mana Amerika mengetahui hal ini.
Ada laporan di media dunia Arab mengatakan bahawa beberapa hari sebelum rampasan kuasa oleh tentera itu, As-Sisi telah berkunjung ke Tel Aviv dan mengadakan rundingan dengan pemimpin kanan Israel di mana Israel mendesak As-Sisi segera melumpuhkan kerajaan Ikhwan Muslimin pimpinan Dr. Muhd Mursi. Jika ini tidak dilakukan oleh tentera Mesir, pemimpin Israel menyatakan kebimbangan kerana Ikhwan menjadi ancaman besar kepada Israel.
Rampasan kuasa itu disokong oleh golongan sekular, Kristian Koktip, golongan sosialis yang masih memuja bekas presiden Mesir, Gemal Abd Nasser sebagai idola mereka. Rampasan kuasa itu juga disokong oleh golongan Salafi dan kumpulan An-Nur. Tetapi dua kumpulan ini menarik balik sokongan terhadap tentera apabila tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai dan membakar masjid baru-baru ini.
Menurut Ummah News, tentera As-Sisi bukan saja akan memerangi Ikhwan, tetapi juga kumpulan Mujahidin yang bergerak di Sinai yang telah menyerang dan membunuh beberapa orang tentera di wilayah itu.
Laporan media di dunia Arab menyebutkan bahawa senjata Israel telah digunakan oleh tentera Mesir untuk menyerang para penyokong Dr. Mursi.
Menurut laporan itu lagi, kapal terbang kargo Israel dilihat mendarat di lapangan terbang Mesir ketika tentera Mesir menggempur himpunan penyokong Dr. Mursi.
Wartawan Mi’raj News Agency di Kaherah Dany Novery, mengesahkan hal ini.
Senjata itu seperti gas beracun pemedih mata, kelonsong gas dan peluru bertulis dalam bahawa Ibrani, kata Dany Novery lagi yang dipetik oleh MINA.
Seorang lagi wartwan Mi’raj News di Kaherah, Amran Hamdani, juga menyebut, ada kenderaan yang datang ke medan Rab’ah Adawiyah membawa peluru bertulis bahasa Ibrani untuk tentera Mesir. Hal itu dilihatnya setelah pemandu kenderaan itu menolak untuk membawa keluar korban yang bergelimpangan.
Ketika Dataran Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera General Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain.
Demikianlah yang terjadi di Mesir yang selama ini dianggap sebagai hub intelektual dunia Islam yang telah melahirkan sekian ramai ulama. Namun dalam keadaan begini, masih ada ulama di sana yang keliru seperti yang terjadi kepada Sheikh Al-AlAzhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera yang didalangi oleh Israel.
Seperti kata Tuan Guru Nik Abd Aziz, barangkali, Sheikh Al-Azhar sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden, katanya, satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.
Ingatan Tuan Guru kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun yang bermaksud: “Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini saja,” – Surah Toha, ayat 72.
Kini selepas lebih sebulan rampasan kuasa tentera Mesir itu berlaku semakin banyak rahsia terdedah yang menunjukkan Israel terlibat secara lansung dengan rampasan kuasa itu. Namun masih ada pemimpin sekular negara umat Islam, malah segelintir umat Islam sendiri, yang juga berfikiran sekekular dan keliru melihat episode di Mesir ini dengan penuh keliru, malah ada yang memfitnah Ikhwan Muslimin konon sebagai gerakan Islam yang mendorong kekerasan. Inilah fitnah besar kepada pendukung gerakan Islam dan Islam sendiri di akhir zaman.

Sumber HD - 26-8-2013
Tentera fitnah Ikhwan lakukan keganasan
Abd Shukur Harun, | 20 Ogs 2013 |
Pihak tentera Mesir sedang memikirkan untuk mengharamkan Ikhwan Muslimin. Hal ini dibayangkan oleh Perdana Menteri kerajaan sementara tentera, Hazem el-Beblawi. Tetapi ramai yang percaya, Ikhwan tidak mungkin dapat dihapuskan.
Mereka percaya, jika Ikhwan diharamkan disegi undang-undang, gerakan Islam yang sudah berusia lebih 80 tahun itu akan bergerak ‘di bawah tanah’ dalam erti ia akan bergerak terus secara rahsia, seperti yang dilakukannya di zaman Presiden Gemal Abd Naseer dan Anwar Sadat.
Gerakan Islam Ikhwan yang diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928 itu bertujuan untuk menyebarikan dakwah Islam dan ketinggian moral, namun tujuan utamanya ialah melahirkan sistem politik Islam berasaskan syariat.
Pada tahun 1952, Ikhwan mulanya menyokong rampasan kuasa oleh General Gemal Abdel Nasser tetapi kemudiannya hubungan Abdel Nasser dengan Ikhwan telah putus, malah ramai pemimpin Ikhwan telah dibunuh dan dipenjarakan, kerana Nasser bimbang akan kekuatan Ikhwan.
Hal ini menyebabkan Ikhwan bergerak secara rahsia, namun pengaruhnya semakin kuat dan disayangi rakyat kerana banyaknya khidmat masyarakat yang dilakukan oleh anggota Ikhwan kepada rakyat.
Ikhwan terus polular hinggalah ia menyertai pilihan raya parlimen pada 2012 atas nama Parti Kebebasan dan Keadilan dan bergabung dengan golongan koservatif, Salafi dan An-Nur dan menang 70 peratus kerusi parlimem. Dr Muhd Mursi dari Ikhwan dilantik sebagai Presiden secara demokratik melalui pilihan raya tersebut.
Tetapi krisis berlaku yakni Salafi dan An-Nur keluar dari gabungan itu dan ketika rampasan kuasa tentera berlaku sebulan yang lalu yang menggulingkan Dr Muhd Mursi, Salafi dan An-Nur menyokong tentera. Bagaimanapun Salafi dan An-Nur menarik balik sokongan kepada tentera kerana menentang tindakan tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penyokong Dr Mursi serta membakar dua masjid di Medan Raba’a Adawiyah dan di Medan Ramses. Dalam masa yang sama kerajaan sementara tentera sedang berusaha untuk membebaskan diktator Hosni Mubarak.
Krisis di Mesir ini mencetuskan banyak persoalan dan mendedahkan kelemahan dan kekeliruan pemimpin negara umat Islam, lebih-lebih lagi bagi negara Arab yang dipayungi Liga Arab, pimpinan Abu Mousa.
Pertama, mengapa negara OIC membisu seperti dalam kekeliruan dan ketakutan untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Mesir itu. Juga suara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kedengaran begitu lemah sekali. Setiausaha Agungnya, Ban Ki-moon hanya mengutuk dan mendesak tentera Mesir menghentikan pembunuhan beramai-ramai itu. Tidak ada sebarang arahan darinya supaya diadakan Sidang Majlis Keselamatan untuk membincangkan krisis Mesir ini seperti yang dituntut oleh Turki.
Demikian juga Kesatuan Negara Berkecuali yang tidak mengambil sebarang langkah, kecuali suara daripada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang mengecam tindakan tentera Mesir dan seterusnya menuntut supaya pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Mesir itu dihentikan segera. Hanya Kesatuan Negara Afrika yang bertindak menggantungakn keahlian Mesir, sementara Negara Kesatuan Eropah mendesak supaya dipulihkan segera demokrasi di Mesir dan menghentikan segera pembunuhan beramai-ramai.
Pihak tentera Mesir kini mengalihkan perhatian dunia kononnya Ikhwan Muslimin yang melakukan kekerasan dan bertindak ganas menentang institusi kerajaan, seperti tentera dan polis iaitu media TV dan akhbar yang dikawalnya menyebarluaskan tuduhan ini. Bagaimanapun masyarakat dunia tidak percaya dengan propaganda tentera Mesir itu.
Siapakah yang membakar dan memusnahkan dua masjid, membunuh lebih 800 orang dan mencederakan ribuan rakyat? Dunia tidak percaya anggota Ikhwan yang tidak bersenjata boleh melakukan kerja jahat itu.
Dunia percaya tentera dan polis Mesir yang melakukan pembunuhan beramai-ramai dan terbaru membunuh lebih 30 orang yang ditahan dalam trak tentera dengan melepaskan gas pemedih mata menyebabkan mereka lemas dan mati. Demikian juga sekian ramai yang mati dalam penjara kerana diseksa.
Kini pihak tentera yang digelar oleh ramai sebagai ‘Firaun Moden’ memutarbelitkan fakta supaya dunia mengutuk Ikhwan dengan menyebarkan fitnah konon kekejaman yang dilakukannya, namun dunia menolak pembohongan ini, walaupun beberapa pemimpin negara Arab yang kaya mempercayainya.
Pada zaman dulu, Firaun mengerahkan lebih 350,000 rakyat Mesir supaya untuk mengangkut batu-batan dari Empangan Aswan untuk membina Piramid dan akhirnya begitu ramai yang mati kerana diseksa, lapar dan dahaga semasa membawanya. Hingga kini, Piramid itu menjadi kemegahan pihak berkuasa Mesir dan menjadi tarikan pelancong ke negara itu.
Oleh sebab itu, sesiapa yang berkunjung ke Mesir, dalam perjalanan dari lapangan terbang menuju ke bandar Kaherah, anda akan terbaca di pintu gerbangnya tulisan timbul yang berbunyi ‘Welcome To The Land of Farouh’ – Selamat Datang ke Bumi Firaun’.
Kini ‘Firaun Moden’ membunuh rakyatnya dengan menembak beramai-ramai di samping membakar masjid dan mencederakan serta memenjarakan ribuan rakyat.
Menurut laporan, General Abd Fatah As-Sisi yang merampas kuasa sangat memuji Gemal Abd Naseer dan mahu disetarafkan dengan Naseer yang juga amat kejam terjadap Ikhwan. Oleh itu, As-Sisi dipercayai tidak mudah menghentikan tindakannya.
Akibat krisis berat di Mesir ini, ekonomi negara itu hampir lumpuh. Pelancong tidak datang, stok simpanan gandum hanya tinggal beberapa hari saja lagi, aktiviti di Pelabuhan Iskandariah hampir lumpuh dan pasaran sahamnya menjunam. Yang memberi nafas kepada Mesir sekarang hanyalah bantuan dari negara Arab yang kaya yang amat takut dengan Ikhwan serta bantuan kelengkapan tentera oleh Amerika.
Tidak ada siapa yang boleh meramalkan masa depan Mesir, tetapi yang pasti tentera Mesir akan terus bermaharajalela. Justeru tentera beranggapan, pihaknyalah yang memegang kuasa selama-lamanya di Mesir. Namun kuasa Allahlah yang menentukan.

Sumber HD - 20-8-2013
Ikhwan siap sedia, Tunisia bertahan
Abd Shukur Harun, | 13 Ogs 2013 |
Pergolakan di Mesir dan Tunisia menggambarkan bahawa demokrasi sesuatu yang sangat jauh dalam pemikiran pemimpin politik dunia Arab. Sebab itu pihak tentera Mesir dan golongan sosialis, nasionalis, liberalis, sekularis dan kelompok tariqat yang mendukungnya mudah merampas kuasa dari Presiden Dr. Mohd. Mursi. Namun kekuatan Ikhwan Muslimin yang mendukung Mursi sangat luar biasa.
Dalam masa yang sama di Tunisia, kerajaan popular Ennehdah, pimpinan Rashid Ghannouchi, juga sedang menghadapi ancaman dari golongan sekular. Namun tentera Tunisia tidak campur tangan.
Kini, Ikhwan Muslimin sedang memperkukuh kedudukannya dengan berjuta-juta rakyat yang menyokongnya sedang membanjiri kota Kaherah dan bandar lain untuk menghadapi serangan tentera dan polis yang mahu melumpuhkan penyokong Dr. Mohd Mursi.
Laporan terkini mengatakan, pertumpahan berdarah akan lebih banyak berlaku dalam beberapa jam lagi di mana setakat ini sudah 300 orang terkorban. Laporan itu mengatakan tentera dan polis yang disokong oleh golongan sekular Tamarod, sedang mengepung dataran Rabe’ah Adawiyah sejak kelmarin dan bila-bila masa untuk menggempur penyokong Dr. Mursi.
Bagaimanapun, pihak Ikhwan dan penyokong Dr. Mursi sedang bersiap untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan diberitakan mereka berazam untuk bertahan.
Di Tunisia, walaupun tentera setakat ini tidak terlibat, tetapi golongan sekular sedang memperhebat tekanan supaya kerajaan Ennehdah meletakkan jawatan untuk digantikan dengan kerajaan sekular. Jika berlaku di Tunisia bermakna tiga negara Arab – Syria, Mesir dan Tunisia - berada dalam kancah perang saudara. Namun kedudukan kerajaan Ennehdah di Tunisia masih utuh, terus popular dan sukar golongan sekular untuk menggulingkannya.
Menurut pemerhati , pihak Barat melihat kedudukan politik di negara di Afrika Utara itu berbeza dengan Mesir di mana Amerika sangat bimbang jika Ikhwan Muslimin berkuasa, ia adalah ancaman besar kepada Israel dan Amerika sendiri.

Tunisia pula, tidak berdepan dengan Israel dan menurut pemerhati, kerajaan Ennehdah pimpinan Rashad Ghanoushi yang sederhana sekurang-kurangnya dapat diterima oleh Amerika dan Eropah.
Bagaimanapun jika tekanan pihak sekukar Tunisia terhadap kerajaan Ennehdah, tidak mustahil akhirnya Amerika akan memberikan sokongan kepada pihak sekular untuk menggulingkan kerajaan Ennehdah.
Golongan sekular Tunisia mencadangkan seorang ahli ekonomi wanita yang juga ahli perniagaan, Wided Bouchamaoui, 52, dilantik sebagai perdana menteri dalam ‘kerajaan alternatif’ yang sedang dirancang oleh golongan sekular - Salvation Front - untuk diumumkan minggu ini.Tetapi Wided Bouchamaoui menolak.
“Saya tidak berminat dengan jawatan itu atau jawatan politik yang lain. Saya kini menumpukan usaha untuk memulihkan ekonomi Tunisia yang kini dalam keadaan kritikal,” kata beliau yang kini memegang jawatan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Tunisia.
Bouchamaoui berperanan sebagai tokoh perniagaan yang penting selepas Revolusi Jasmine 2011 yang menyingkirkan banyak golongan elit tradisional.
Beliau memberitahu Reuters, bahawa kedudukan tidak menentu negara menghampakan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi Tunisia.
The Salvation Front yang mengandungi lebih sedozen golongan sekular menubuhkan pakatan bersama selepas terbunuhnya pemimpin politik pembangkang, Mohamed Brahmi pada 25 Julai, enam bulan selepas pembunuhan seorang lagi pembangkang, Jilani Hammami, seorang pemimpin kanan Salvation Front.
Golongan pembangkang ini menolak idea untuk berunding dengan kerajaan Ennehdah, malah menuntut kerajaan Islam itu meletak jawatan.
Dalam masa yang sama, Ketua Kesatuan Buruh Tunisia yang berpengaruh, Hussein Abassi, berusaha untuk berunding dengan Ghannouchi bagi menamatkan krisis politik di negara itu.
Keadaan krisis yang berlaku di Mesir dan Syria dilihat oleh pemerhati sebagai suatu bentuk peralihan dari pemerintahan diktator – Hosni Mubarak dan Hafez/Bashar Al-Assad – kepada pemerintahan anarki yang menumpahkan darah begitu banyak sekali. Dengan itu tidak ada sebarang harapan untuk melihat demokrasi berkembang di negara Arab. Lebih malang, ada beberapa negara Arab yang kaya memberi bantuan besar-besaran kepada tentera Mesir untuk melumpuhkan Ikhwan Muslimin.
Sementara itu, suasana paling mencemaskan sedang berlaku di Mesir, ketika tentera dan polis Mesir bersedia untuk melancarkan serangan berdarah besar-besaran bila-bila masa terhadap Ikhwan Muslimin dan penyokong Presiden Dr. Muhd Mursi.
Tentera dan polis sedang menunggu lampu hijau dari General Abd Fatah as-Sisi untuk menggempur menyokong Dr. Muhd Mursi. Pemerhati bimbang, serangan tentera dan polis kali ini akan memakan korban lebih banyak di mana setakat ini lebih 300 orang telahpun terkorban.
Di Medan Raba’ah Adawiyah dan bandar-bandar lain, berjuta-juta pendukung Ikhwan Muslimin dan penyokong telah berhimpun di flashpoints tersebut sejak beberapa hari lalu. Mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Ikhwan kini menghadapi tantangan yang paling mencabar dalam sejarahnya, melebihi zaman ketika ikut menggempur tentera Israel 50 tahun lalu.
Walaupun berdepan dengan muncung senjata tentera, tetapi mereka terus menuntut supaya dikembalikan kedudukan Dr. Muhd Mursi sebagai presiden.
Ada laporan mengatakan beberapa negara Arab dan pihak Barat ‘memujuk’ pemimpin tentera supaya jangan menggunakan kekerasan terhadap penyokokong Dr. Muhd Mursi. Tetapi menurut sumber tentera, Ketua Tentera General Abdel Fattah as-Sisi yang merampas kuasa sedang, didesak oleh para pegawai tinggi tenteranya yang bersikap keras supaya bertindak segera terhadap penyokong Dr. Muhd Mursi.
Pendukung Ikhwan dan penyokong Dr. Muhd Mursi mendirikan khemah dan membetuk pasukan kawalan sendiri, membaca Al-Quran dan kuliah agama serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-8-2013
Tunisia: Tentera tidak campur tangan
Abd Shukur Harun, | 05 Ogs 2013 |
Belum lagi reda pergolakan rampasan kuasa di Mesir, kini golongan sekular yang disokong oleh Barat sedang berusaha untuk mengkhianati kerajaan Islam yang didukung oleh gerakan Islam Ennahdah pimpinan Rashid Ghannouchi.
Bagaimanapun, tidak seperti di Mesir, tentera Tunisia masih tidak campur tangan politik, sementara majoriti rakyat Tunisia menyokong kerajaan Islam. Malah rakyat Tunisia mengadakan perhimpunan besar-besaran yang disertai oleh Rashid Ghannouchi sendiri untuk menyokong kerajaan. Ternyata Ennahdah masih popular dan disokong kuat oleh majoriti rakyat negaranya.
Lebih 200,000 orang telah berhimpun di Dataran Kasbah, di ibu negara Tunisia kelmarin untuk menyokong kerajaan yang ada. Bagaimanapun
pembangkang yang terdiri dari golongan sekular pro-Barat bersama segolongan kecil pelampau Islam mengadakan bantahan berterusan, menuntut kerajaan Islam yang didukung oleh Ennahdah meletakkan jawatan.
Perhimpunan besar-besaran yang menyokong kerajaan pula diadakan sebagai jawapan kepada desakan pembangkang yang berterusan supaya kerajaan mletakkan jawatan. Pihak pembangkang mengadakan demonstrasi hampir setiap hari.
Mereka yang berhimpun menyokong kerajaan meneriakkan slogan, “Rakyat Tunisia mahukan Ennahda, Allah Maha Besar.” Menunjukkan solokongan kepada kerajaan yang didukung oleh Ennahdah.
Bantahan golongan pembangkang ini berikutan pembunuhan seorang tokoh pembangkang, ahli parlimen, Mohamed Brahmi, yang juga ahli parti nasionalis Arab, Popular Front Party, pada 25 Julai lalu. Sebelum itu terjadi pembunuhan ketua parti tersebut, Chokri Belaid Februari lalu.
Anggota polis telah mengawal keadaan dan tidak kelihatan sebarang kegiatan tentera dan setakat ini belum ada korban jiwa. Bagaimanapun pembangkang dikatakan akan meneruskan bantahan.
Revolusi Jasmin oleh Ennahdah di Tunisia lebih dua tahun lalu dianggap sebagai ‘Arab Spring’ demokrat yang berjaya menggulingkan diktator Zine el-Abidine Ben Ali. Bagaimanapun golongan sekular dan Salafi menentang kerajaan yang didukung oleh Ennahdah.
Berbeza dengan Mesir, setakat ini pihak tentera tidak campur tangan dan tidak mahu terlibat dalam pergeseran politik di Tunisia itu. Rashid Ghannouchi memberitahu perhimpunan yang menyokong kerajaannya: "Mereka yang berfikir bahawa senario yang berlaku di Mesir akan juga berlaku di Tunisia adalah salah.Tunisia adalah inspirasi bersama dengan revolusinya dan tidak akan mengimport rampasan kuasa dari mana-manapun,” katanya.
Sebuah pakatan pembangkang telah menuntut pengunduran kerajaan yang didukung oleh Ennahdah dan membubarkan Dewan Perlembagaan Nasional. Pembangkang merancang demonstrasi Selasa ini bertepatan enam bulan pembunuhan Belaid. Ennahdah menolak tuntutan supaya kerajaan meletak jawatan kerana berlaku pembunuhan Belaid dan Brahimi serta gagal menyekat gerakan Islam radikal.
Bagaimanapun, dalam sidang medianya Sabtu lalu, Perdana Menteri Ali Larayedh menekankan mengenai perlunya dipulihkan perpaduan kebangsaan dan bertegas bahawa kerajaannya tidak akan meletakkan jawatan.
Partinya yang didukung oleh Ennahdah memenangi pilihan raya umum Oktober 2011 setelah berlaku Revolusi Jasmin yang menggulingkan diktator Zine el-Abidine Ben Ali. Beliau telah mencadangkan supaya diluaskan lagi kerajaan campurannya meliputi pelbagai golongan masyarakat.
Pembangkang menuduh Ennahdah ‘berlembut’ dengan golongan Islam radikal yang melancarkan serangan hingga terbunuh Mohamed Brahmi dan Chokri Belaid in. Tetapi menurut Perdana Menteri Ali Larayedh, pembunuh kedua-dua tokoh pembangkang itu sudah dapat ditangkap oleh pihak keselamatan.
Pihak tentera Tunisia kini sedang memburu militan di pergunungan Chambi yang bersempadan dengan Algeria selepas serangan militan yang membunuh seorang tentera minggu lalu. Tentera kemudian telah membunuh 10 anggota militan di pergungan tersebut.
Tunisia adalah negara utara Afrika dengan presidennya Moncef Marzouk. Apabila gerakan Islam Ennahdah mengambil alih kuasa setelah Revolusi Jasmine, usaha pertamanya ialah memulihkan demokrasi, menegakkan keadilan dalam semua bidang kehidupan, memulihkan ekonomi dan membaiki kehidupan rakyat.
Menurut Rashid Ghannouchi usaha ini ialah untuk memenuhi tuntutan rakyat Tunisia sendiri yang selama ini menderita di bawah diktator Zine el-Abidine Ben Ali, hingga seorang seorang peniaga kecil di tepi jalan di Tunisia membakar diri kerana dizalimi oleh pemerintah waktu itu. Peristiwa itu akhirnya mencetuskan revolusi rakyat yang dipanggil Revolusi Jasmin yang menggulingkan Ben Ali.
Sepanjang pemerintahan yang didukung oleh Ennahdah, bukan tidak ada masalah, terutama sabotaj dan penentangan dari golongan sekular yang menolak Ennahdah. Dalam masa yang sama golongan pelampau Islam yang bersikap keras juga menentang Ennahdah yang bersikap sederhana dan berusaha mengelakkan pertembungan dengan Barat, terutama Amerika.
Namun oleh kerana Tunisia bukan jiran Israel seperti Mesir, maka kedudukan politik dan pertahanan Tunisia tidak sama dengan Mesir. Bagaimanapun Barat, khususnya Amerika, sentiasa tidak selesa dengan Ennahdah, betapapun sederhananya gerakaan Islam Tunisia itu.
Selama 20 tahun Rashid Ghannouchi menjadi orang pelarian politik dan menetap di London serta beberapa negara Eropah dan pulang selepas Revolusi Jasmine. Beliau antara pencetus pemikiran demokrasi Islam yang bersikap terbuka dan menerima pelbagai idea, hasil dari pendedahannya di dunia Barat dan Timur serta berusaha mengharmonikannya dengan syariat Islam yang menjadi asas kukuh pegangannya.
Seperti Perdana Menteri Turki, Recep Toyeeb Erdogan, Ghannouchi mengemukakan pendekatan baru politik demokrasi Islam dan setakat ini memberikan harapan cerah.

Sumber HD - 5-8-2013
Jeneral As-sisi bangga setaraf Gemal Naseer
Abd Shukur Harun, | 29 Jul 2013 |
Walaupun tentera Mesir telah membunuh lebih 200 orang dan mencederakan beribu-ribu lagi, namun Jeneral Abd Fatah As-sisi yang memimpin rampasan kuasa daripada Presiden Mohd Mursi itu sangat bangga apabila ia disamakan dengan ketokohan bekas Presiden Gemal Abd Naseer, diktator yang juga sangat memusuhi Ikhwanul Muslimin.
Gemal Abd Naseer yang pro-Soviet terkenal sangat kejam iaitu telah menggantung hingga mati Almarhum Syed Qutb dan ramai pemimpin Ikhwan yang lain pada tahun 60-an, mendera ribuan pendukung Ikhwanul-Muslimin, termasuk Zainab Al-Ghazali yang diseksa dengan kejamnya di penjara Mesir.
As-sisi sangat berbangga disamakan dengan Gemal Naseer, walaupun rampasan kuasanya itu telah mengorbankan demikian ramai. Serangan tentera terhadap penyokong Ikhwan Muslimin itu bukan saja berlaku di tengah panas terik siang hari, tetapi juga ketika umat Islam beriftar, tarawikh dan sahur serta ketika solat Subuh.
Media pro tentera di negara itu dan gambar yang dipamerkan dalam himpunan sekumpulan kecil rakyat Mesir yang pro-tentera di Medan Tahrir baru-baru ini telah menjulang gambar As-Sisi dan Gemal Abd Naseer.
Demikianlah kekejaman tentera Mesir yang dilihat separa dengan kekejaman tentera Syria yang membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Dan ini seperti membenarkan kata-kata bekas Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Boutros- Boutros Ghali bahawa rejim pemerintah umat Islam jauh lebih banyak membunuh umat Islam berbanding dengan jumlah pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan bukan Islam terhadap umat Islam.
Sementara itu, rampasan kuasa tentera di Mesir itu menimpakan kesan paling buruk terhadap penduduk Gaza apabila terowong Gaza yang menghubungi Gaza dengan Mesir telah ditutup oleh tentera Mesri baru-baru ini selepas rampasan kuasa.
Penduduk Gaza kini semakin menderita kerana selama ini umat Islam di sana banyak bergantung kepada bantuan dunia luar melalui trowong Gaza dan sangat bergantung harapan kepada Dr Mohd Mursi.
Apabila trowong Gaza ditutup oleh tentera Mesir dan disambut baik oleh Israel, maka segala bantuan makanan, perubatan, pakaian dan segala keperluan untuk penduduk Gaza telah terputus. Dalam masa yang sama juga ekonomi kerajaan Hamas pimpinan Ismael Hayniyeh di sana di sana hampir lumpuh. Demikian juga kerajaan Hamas telah terpencil dan terputus dengan dunia luar. Ini dilihat sangat memudahkan Israel untuk menggempur Hamas dan melumpuhkan kerajaannya bila-bila masa.
Berita-berita dari Gaza mengatakan bahawa bekalan perubatan dan makanan yang selama ini diterima oleh penduduk Gaza melalui terowong telah hampir kehabisan.
Menurut penganalisis Gaza, Mohsen Abu Ramadan, sejak penutupan trowong Gaza, kehidupan penduduk Gaza kini sangat sukar dan bertambah buruk setiap hari. Bantuan makanan dan keperluan lain dari luar sekitar 80 peratus dan Hamas tidak berupaya mengatasi masalah ini.
Hamas bertanggungjawab kepada kehidupan 1.7 juta rakyat Palestin di Gaza iaitu menyediakan sumber makanan, minyak dan keperluan lain. Israel tidak membenarkan import makanan dan keperluan lain ke Gaza. Dan umat Islam Gaza merasakan kesan paling buruk akibat rampasan kuasa pimpinan Jeneral Abd Fatah As-sisi itu. Rampasan kuasa tersebut juga mengakibatkan ekonom Mesir lumpuh, terutama sektor pelancongan di mana tidak ada lagi pelancong yang melawat Mesir sekarang, sedangkan sektor pelancongan menjadi sumber utama ekonomi Mesir.
Berapa lamakah keadaan gawat ini akan terus berlaku, tidak ada siapa yang boleh menjangkakan dan kini Mesir bergantung sepenuhnya kepada bantuan Amerika serta beberapa negara kaya Arab yang menyokong rampasan kuasa itu.
Sementara itu dalam perkembangan selanjutnya, Syeikh Hasan asy-Syafi’i, penasihat Syeikh Al-Azhar dan anggota Dewan Ulama Mesir, menyatakan bahawa serangan terhadap para peserta himpunan di lapangan Rabiah al-Adawiyah, di Kaherah pada Subuh Sabtu lalu adalah kezaliman dan kebiadaban yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah Mesir, demikian menurut laporan TV Al-Jazeera.
Syeikh asy-Syafi’I menyatakan bahawa penjajah sekalipun tidak pernah melakukan kebiadaban seperti yang dilakukan junta Mesir pada Subuh berdarah itu. Beliau menyeru kepada ‘orang-orang mulia’ di Mesir dan seluruh dunia supaya bertindak menghentikan siri pembunuhan beramai-ramai di Mesir.
Menurut Syeikh asy-Syafi’I, junta tentera Mesir tidak membunuh sekejam itu ketika berperang melawan zionis yang merampas tanah suci Palestin, tetapi mereka membunuh beramai-ramai umat Islam yang tidak bersenjata.
“Mana organisasi Hak Asasi Manusia (HAM)? Di mana Muhamad El-Baradi, boneka Amerika yang memusuhi Dr Muhd Murshi,” tanyanya.
Kini El-Baradi dilantik sebagai Naib Presiden dalam kerajaan haram Mesir.
Sementara itu, hari-hari mendatang – Malam Lailatul-Qadar dan seterusnya Edul-Fitri – dijangka akan terus disambut dengan darah dan air mata oleh pendukung Ikhwan Muslimin dan para simpatisannya, justeru tentera tidak menunjukkan sebarang isyarat untuk menghentikan kekejamannya, membunuh dan mencederakan begitu ramai rakyat Mesir sendiri.
Walaupun kononnya ada tekanan daripada Amerika dan negara Kesatuan Eropah supaya tentera menghentikan serangan terhadap rakyatnya, namun tentera kelihatan tidak bersedia untuk ‘berdamai’ dengan anggota Ikhwan Muslimin.
Oleh itu, kemungkinan serangan demi serangan akan terus berlaku dan banyak lagi rakyat Mesir akan terkorban, sementelah lagi, menurut pemerhati Mesir, Jeneral As-sisi sangat membenci Ikhwan, egonya besar dan sangat bengis.

Sumber HD _ 29-7-2013
5,696 pengundi berjiwa besar di Kuala Besut
Abd Shukur Harun, | 25 Jul 2013 |
Seperti yang dijangka ramai orang - berdasarkan situasi pilihan raya kecil Dun Kuala Besut itu sendiri, demografi pengundi dan limpahan pelbagai janji, imbuhan pelbagai bentuk - maka calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menewaskan lawannya dari PAS, Endut@Azlan Yusof dengan majoriti 2,592 undi. BN memperolehi 8,288 undi, manakala PAS pula memperolehi 5,696 undi.
Pada pendapat saya, mereka yang mengundi PAS seramai 5,696 itu adalah pengundi yang sangat luar biasa, mempunyai daya pemikiran politik yang menjangkau jauh walaupun berada di kawasan nelayan miskin. Mereka berfikiran matang dan mempunyai harga diri, tidak mudah dibeli, tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai janji yang ditaburkan sepanjang kempen.
Boleh ditafsirkan bahawa dalam situasi yang sedemikian rupa, masih ada sejumlah 5,696 pengundi yang berjiwa besar dan pengundi inilah menjadi kekuatan asas kepada PAS sendiri untuk merancang masa depannya di kawasan ini.
Pilihan raya kecil Kuala Besut memang sangat luar biasa walaupun hanya 17,679 pengundi – 98 peratus Melayu – kerana pilihan raya kecil tersebut telah mencapai rekod tertinggi peruntukan, pelbagai habuan, janji projek dan pelbagai lagi daripada Barisan Nasional.
Jumlah semuanya RM337 dan sekiranya jumlah itu dibahagikan di kalangan 17,679 pengundi berdaftar, ini bermakna undi di Kuala Besut bernilai RM19,000 setiap satu. Demikian menurut badan reformasi pilihan raya Bersih 2.0.
Bagaimanapun, menurut Ahli Jawatankuasa Induk PRK Kuala Besut Dr Dzulkefly Ahmad pula, jumlah peruntukan yang digunakan oleh Umno BN sehingga hari terakhir kempen tersebut mencecah RM476.19 juta. Jumlah ini sekaligus meletakkan nilai PRK Kuala Besut antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya.
Dalam hubungan ini Bersih 2.0 membidas berleluasanya kejadian pancing undi dengan dana awam yang dilakukan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pada kempen pilihan raya kecil itu.
Kuala Besut adalah sebuah kawasan nelayan miskin yang bersempadan dengan Negeri Kelantan. Selama kempen itu, Umno/BN menaburkan pelbagai janji projek, khususnya perumahan untuk nelayan miskin, serta pelbagai habuan lain yang tidak terpermenai banyaknya dan tentunya pengundi di situ ‘sangat beruntung’ justeru hari raya akan menjelang dua minggu lagi.
Seperti saya katakan dulu bahawa sepanjang sejarah pilihan raya di Malayasia, kawasan miskin, lebih-lebih lagi yang jauh di pedalaman, maka Umno/BN begitu mudah mencapai kemenangan setiap pilihan raya. Bahkan ada persepsi umum bahawa kawasan miskin menjadi ‘simpanan tetap’ kepada Umno/BN.
Ertinya, Umno/BN tidak bimbang kedudukannya jika pilihan raya di adakan di kawasan miskin, bukan kerana ia benar-benar pembela golongan tersebut, tetapi ‘pengundi menerima habuan dan membalas budi’. Beri saja mereka habuan, mereka mudah mengundi Umno/BN. Kaedah ini yang dilakukan oleh mereka sejak ‘zaman berzaman’, dijangka akan berterusan, justeru cara ini mudah dilakukan dan kesannya lumayan.
Pengundi Kuala Besut dan kawasan pedalaman miskin yang lain tidak memerlukan isu besar dan canggih seperti kegawatan ekonomi, kronisme, nepotisme, pembaziran, pelanggaran hak asasi manusia, demokrasi, kebebasan bersuara dan lain-lain.
Pengundi di kawasan miskin hanya memikirkan sekitar kehidupan harian mereka. Maka golongan seperti inilah menjadi ‘lubuk’ yang sangat mudah Umno/BN mengekalkan pengaruhnya yakni mereka membawa habuan yang banyak dari kota dan menaburkan janji pelbagai projek.
Sebab itu, hampir setiap hari sepanjang kempen pilihan raya kecil di Kuala Besut ini janji demi janji diumumkan, di samping pelbagai habuan lain. Saya melihat pelbagai gambar jamuan demi jamuan di malam hari di kawasan itu dan di siang hari pelbagai bantuan lain dihulurkan.
Inilah suasana ketika kempen pilihan raya di Dun tersebut. Beberapa pengundi yang ditemui berkata: “PAS bagus, tapi dia tidak boleh beri wang.” Ini menggambarkan hampir keseluruhan suasana di situ.
Menurut kajian Ilham Centre, kedudukan sosioekonomi pengundi di Dun tersebut yang berada di bawah garis kemiskinan menyebabkan kebergantungan kepada manipulasi bantuan pihak BN.
Sebab itu saya mengatakan dari awal bahawa PAS menghadapi pilihan raya kecil Kuala Besut ini dalam situasi up-hill battle, sepeprti mendaki bukit. Bagaimanapun jentera PAS/Pakatan rakyat sewajarnya dipuji kerana telah bertungkus-lumus siang dan malam, tidak kira walaupun pada bulan Ramadhan.
Dalam pilihan raya kecil Kuala Besut itu tercipta sejarah hitam yang akan diingat lama, apabila pihak pengurusan kem tentera Gong Kedak, di Besut, seperti yang dilaporkan, menghalang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menunaikan solat Maghrib di masjid TUDM. Itulah antara wajah buruk pilihan raya kecil Dun tersebut.
Sementara itu, sewajarnya kita mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah PRK PAS Kuala Besut, Dato’ Husam Musa, Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad, Pengurus Kempen PRK Kuala Besut Hanapiah Mat dan pimpinan semua peringkat yang bekerja keras semasa kempen tersebut.
Yang sangat penting difikirkan di sini ialah supaya PAS/Pakatan Rakyat menumpukan perhatian mendidik pengundi, memberikan kefahaman dan kesedaran politik bukan saja kepada pengundi di Dun Kuala Besut tetapi juga di seluruh negara terutamanya di kawasan pedalaman.
PAS/Pakatan Rakyat mempunyai harapan masa depan. Pakatan telah menawan pengundi bandar dalam PRU yang lalu. Oleh itu, perhatian serius perlu diberi kepada pengundi luar bandar, di samping mengekalkan sokongan pengundi bandar.

Sumber HD - 25-7-2013
Ramadhan kareem di bandar Rasul
Abd Shukur Harun, | 15 Jul 2013 |
Di tengah hening malam Ramadhan Kareem
Aku terkenang Madinah Bandar Rasul
Penuh cahaya gemerlapan
Bandar yang dibina dari keringat dan air mata
Bagaikan kilauan mutiara di malam purnama
Tidak sedar air mataku mengalir menyaksikannya.
Kutulis puisi ini untuk merakamkan
Rasa cinta kasih sedalam-dalamnya
Kepadamu ya Rasul, pemimpin umat
Masjidmu yang penuh sejarah seolah-olah berkata
Di sinilah Rasul dan para sahabat memancarkan Islam
Menebarkannya ke seluruh alam.
Aku seperti terdengar engkau berkata dengan penuh kasih sayang
Selamat datang umatku, selamat datang umatku
Kasihmu kepada umat seperti air mengalir dari gunung
Bersih, jernih dan tenang tidak putus-putusnya.
Di Raudhatul Jannah aku berdiri di tepi maqammu
Seperti tidak mahu beredar dari situ
Terkenang perjuanganmu, kepimpinanmu,
Jihadmu, tarbiyah dan dakwahmu
bagai arus mengalir dan terus mengalir
ke seluruh alam sepanjang zaman.
Azan yang berkumandang di malam Ramadhan di masjidmu
Mengingatkan aku Bilal Ibnu Rabah
Insan berkulit hitam bersuara merdu.
Bilal yang sabar dan tabah menjadi sahabat karibmu
Dan aku juga terbayangkan
Engkau menyampaikan pesan di mimbarmu
Supaya umat ini mempertahankan Islam
Dengan nyawa dan harta
Jangan seorangpun yang menyerah kalah
Kerana umat ini pewaris agama ini hingga akhir zaman
Engkau bekalkan kami al-Quran dan Sunnahmu
Untuk menjadi penyuluh malam gelita
Bukanlah lapar dan dahaga yang menjadi derita umat
Tetapi kejahilan dan dorongan nafsu serakah menewaskan mereka
Ya Rasul, kami menyahut amanatmu
Gemerlapan purnama di langit Madinah ini menjadi saksi
Kesetiaan kami, Ya Rasul yang mulia
Kami memohon syafaatmu.
Abd Shukur Harun, Subang Jaya 5 Julai 2013

Sumber HD - 15-7-2013
Guling Morsi bawa kesan paling buruk buat Mesir
-, | 09 Jul 2013 |
Rampasan kuasa di Mesir yang menggulingkan presiden yang sah dipilih oleh rakyat secara demokratik, Dr. Mohd Morsi minggu lalu meninggalkan kesan paling buruk terhadap negara tersebut sama ada dalam jangka pendek mahupun jangka panjang.
Negara tersebut yang selalu dimegahkan sebagai warisan Farouh (Firaun) dengan Piramid dan Sungai Nilnya dan lain-lain adalah antara negara tertua di benua Afrika dengan sejarah kediktaroran penguasanya. Bermula dari zaman Firaun membawalah ke zaman Hosni Mubarak dengan tenteranya hingga ia terguling dua tahun lalu.
Rampasan kuasa minggu lalu itu adalah yang kesekian kalinya berlaku di negara yang tidak pernah stabil itu. Apa yang berlaku di Mesir selama ini menunjukkan bahawa kuasa tentera mendominasi negara miskin itu, di mana menurut pemerhati, tentera menguasai sebanyak 40% penghidupan rakyat Mesir.
Rampasan kuasa terbaru minggu lalu itu menimbulkan beberapa akibat:
1) Menyebabkan lebih banyak pertumpahan darah berlaku di mana pihak Ikhwanul Muslimin telah mengerahkan seluruh ahli dan penyokongnya supaya tampil menentang rejim tentera yang menggulingkan Dr. Mohd Morsi. Dalam masa yang sama pemimpin ulama dunia, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa bahawa haram menggulingkan kerajaan yang sah, Dr. Mohd Morsi.
2) Menyebabkan negara itu terbahagi dua, iaitu golongan pertama yang mahukan Islam memerintah dan satu lagi drnaliknya.
3) Ekonomi Mesir yang parah akan lebih parah dan sukar dipulihkan. Ini sudah tentu ia tidak dapat membayar hutang yang begitu banyak kepada Amerika.
4) Umat Islam sangat kecewa bahawa Mesir tidak menjadi negara umat Islam contoh walaupun ramai ulama dan wujudnya Universiti Al-Azhar di negara itu.
5) Memberikan gambaran bahawa demokrasi memang tidak serasi dengan Islam dan menimbulkan kepercayaan banyak pihak bahawa negara umat Islam tidak dapat menerima demokrasi.
6) Tentera akan terus memusuhi Ikhwanul Muslimin, justru Dr. Mohd Morsi adalah datang dari Ikwanul Muslimin.
7) Mengesahkan bahawa rampasan kuasa ini ditaja oleh Amerika dan disokong kuat oleh Israel.
Ini terbukti dari hubungan rapat antara tentera Mesir dengan Amerika dan Israel disebabkan bantuan kewangan yang diterima angkatan tentera Mesir dari Amerika setiap tahun berjumlah 1.3 billion dollar sejak 1987. Sejumlah 71.6 billion dollar telah diberikan oleh Amerika sejak 1948 sehingga 2011.
Untuk tahun 2014, Presiden Obama menyediakan 1.55 billion dollar untuk Mesir, di mana 1.3 billion untuk angkatan tentera dan 250 juta dollar untuk sektor ekonomi Mesir, sebagaimana dilaporkan di dalam laporan kongres Amerika Syarikat bertarikh 27 Jun 2013, di mana menyebut:
“With the President of Egypt hailing from the Muslim Brotherhood, some lawmakers and U.S. citizens are concerned that continued U.S. military aid and sales of U.S. equipment could be one day used by a government and military that is controlled by Islamist forces hostile to U.S. national security interests and to peace with Israel. Some opponents of U.S. military aid to Egypt may apply further scrutiny in the months ahead to proposed U.S. arms sales to Egypt financed by U.S. taxpayer dollars.”
Dengan Dr. Mohd Morsi dan Ikhwanul Muslimin dipilih oleh rakyat Mesir selaku kerajaan yang sah melalui pilihanraya, ia menjadi ancaman kepada Amerika Syarikat dan Israel. Justeru, kerana ‘dosa’ inilah, Morsi akhirnya digulingkan dengan jalan yang sangat licik, oleh pihak pihak yang berkepentingan. Inilah ‘dosa’ terbesar Morsi dan Ikhwan yang menyebabkan mereka disingkirkan.
Penasihat Keselamatan Amerika, Susan Rice menghubungi Dr. Mohd Morsi, memaklumkan bahawa rampasan kuasa oleh tentera akan berlaku sekiranya beliau terus berdegil enggan meletak jawatan sejam sebelum ia digulingkan.
Dengan itu seluruh dunia telah mengetahui bahawa siapapun yang memerintah Mesir mestilah tunduk kepada arahan Amerika dan ini bermakna Mesir tidak bebas sebagai sebuah negara merdeka.
Ikhwanul Muslimin sangat sedar akan hal ini. Namun sebagai sebuah gerakan Islam yang sudah berumur 80 tahun, ia tidak ada pilihan lain melainkan menentang rejim serupa ini.
Hingga kini, semakin ramai penyokong Dr. Morsi telah terbunuh di samping beratus-ratus telah cedera dan ditahan oleh tentera Mesir yang menggunakan peluru hidup dalam pertempuran di Kaherah dan di bandar lain.
Penyokong Dr. Morsi, khususnya dari Ikhwanul Muslimin diberitakan semakin mara dibanyak bandar walaupun berdepan dengan tentera. Menurut pemerhati, ini adalah pertempuran paling sengit yang telah pernah berlaku di negara itu di mana pihak tentera dilihat berusaha keras untuk menghapuskan Ikhwanul Muslimin.
Tetapi bolehkah ia menghapuskan Ikhwanul Muslimin? Jawabannya tidak walau sebesar manapun tentangan.
Dari pengalaman sejarah sejak Ikhwanul Muslimin ditubuhkan 80 tahun lalu, pendukung gerakan Islam itu mempunyai semangat jihad yang sangat tinggi, istiqamah terhadap perjuangan mereka sangat luar biasa, justru mati syahid adalah cita-cita mereka.
Sepanjang sejarah Ikhwan, ribuan pejuangnya telah mati syahid dan ratusan ribu dipenjarakan kerana menentang rejim dektator Gemal Abd Naseer, Anwar Sadat membawa ke zaman Hosni Mubarak.
Dengan itu, menurut mereka yang tahu benar mengenai kekuatan Ikhwanul Muslimin bahawa gerakan Islsam itu tidak akan dapat dikalahkan walaupun ribuan akan shahid.
* Penulis boleh dihubungi melalui shukurharun@yahoo.com
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-7-2013
Memahami kebangkitan anak muda
-, | 18 Jun 2013 |
Tidak terlalu sukar untuk memahami kebangkitan anak muda, termasuk pelajar sekarang, terutama menjelang dan selepas PRU yang lalu. Oleh itu, sebarang kegagalan memahaminya, sama ada pihak individu atau pemimpin parti politik dan pendukungnya, akan mengundang masalah yang sangat besar.
Ini kerana, sama ada kita bersetuju atau tidak bersetuju dengan pemikiran dan sikap generasi baru ini, mereka tetap hadir dalam masyarakat, bahkan mewarnai kehidupan masyasrakat, khususnya jalur politik tanah air.
Sebab itu Pakatan Rakyat sangat perlu terus berada di tengah-tengah golongan anak muda, dalam masa yang sama juga berada di tengah masyarakat biasa.
Memang ada sesetengah anggota masyarakat merasa jengkel atau mencebik melihatkan demikian ramai anak-anak muda di samping golongan veteran yang menyertai Himpunan Bersih 0.2 dan 0.3 serta pelbagai himpunan lain sebelum PRU, baik di Kuala Lumpur mahupun di seluruh negara.
Malah selepas PRU, juga himpunan berterusan - yang dinamakan Himpunan Black 505 – di mana anak-anak muda dan golongan pelajar ini menuntut tiga perkara:
Pertama: Tidak akan menerima keputusan PRU13. Kedua: Menuntut ditubuh SPR baru. Ketiga: Mengadakan pilihan raya semula di kawasan apa yang didakwa berlaku penipuan.
Puluhan ribu anak muda telah menyertai himpunan tersebut. Mereka terdiri dari pelbagai kaum dan agama dan pelbagai latar belakang keluarga serta pendidikan. Menunjukkan kebangkitan anak muda ini tidak dilatari sebarang elemen perkauman dan sebagainya. Mereka datang secara sukarela dengan kenderaan dan belanja sendiri.
Sebelum itu, para hari mengundi, 5 Mei yang bersejarah itu, anak-anak muda semua bangsa – terutamanya di bandar-bandar besar dan semi bandar – telah berbaris panjang di saluran enam dan tujuh, di tempat mengundi. Ini menunjukkan anak-anak muda telah full-force pergi mengundi dan ini adalah manifestasi kesungguhan mereka untuk menentukan haluan politik negara di mana menurut kajian, anak muda ini kebanyakkannya menyokong Pakatan Rakyat.
Mengapa mereka menyokong Pakatan, justru kerana mereka melihat Pakatan mampu membawa perubahan jika menang.
Sementara itu ratusan ribu, terutama anak muda (perantau) yang bekerja di bandar besar, seperti di Kuala Lumpur, telah pulang mengundi di negeri masing-masing, malahan ada pendapat yang mengatakan bahawa calon Pakatan Rakyat yang menang sebahagian besarnya adalah disebablan undi anak muda perantau, seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu.
Dari Singapura, ratusan ribu anak muda Malaysia, pelbagai bangsa, yang bekerja di negara itu, telah pulang ke Malaysia untuk mengundi menyebabkan selama dua hari kesesesakan di Tambak Johor dan Link-Kedua di Gelang Patah.
Apa yang menyebabkan berlaku phenomena kebangkitan anak muda ini yang dilihat jarang sangat berlaku dalam sepanjang sejarah PRU di negara ini.
Wartawan Veteran, Datuk A. Kadir Jasin dalam tulisan di blognya The Scribe berkata, antara isu besar yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan undi Cina, undi bandar dan undi pemilih muda ialah kerana isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa di mana imej BN semakin dipertikaikan, sama ada kerana persepsi atau realiti.
Menurutnya, dengan bertambahnya bilangan wakil pembangkang dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri, cabaran terhadap Kerajaan BN berkaitan isu ini akan meningkat. Tetapi ‘peperangan’ terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukanlah untuk menyelamatkan Kerajaan BN, tetapi adalah untuk menyelamatkan negara.
Kepada saya, ini pandangan yang sangat objektif dan sewajarnya diterima oleh semua pihak, iaitu suatu pandangan berdasarkan pengamatannya yang tajam.
Sebuah lagi pandangan yang menarik, ialah dari bekas Ketua Polis Negara (KPN) dari Tan Sri Musa Hassan, yang menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya supaya serius memerangi isu rasuah sekiranya mahu menghentikan sentimen tersebut dari berlarutan.
Menurut Musa, apabila orang Melayu terlibat dalam rasuah, masyarakat Cina akan melihatnya sebagai satu bentuk pengkhianatan kerana menjual hak kepada orang lain.
Pada pendapat saya, bukan saja masyarakat Cina yang menentang rasuah dan penyelewengan, bahakan bangsa Melayu yang prihatin juga menentang rasuah dan penyelewengan. Lebih-lebih lagi Islam sangat tegas menentang rasuah, atau mengumpul harta secara haram.
Di sinilah anak muda prihatin, yang tidak tenggelam dengan segala macam program hiburan di TV dan yang ada di tengah masyarakat, telah menzahirkan penentangan yang nyata terhadap pelbagai kemungkaran yang berlaku.
Ramai di kalangan anak muda beragama Islam yang turut serta solat berjamaah di tengah padang sebelem perhimpunan, sesuatu yang sangat mengharukan.
Mereka ini adalah anak semua bangsa yang cinta damai, tetapi dalam masa yang sama menentang rasuah, penyelewengan, penipuan, perkauman dan segala bentuk kemungkaran.
Oleh itu, adalah sangat wajar pemimpin politik, khususunya dari Pakatan Rakyat serta pelbagai golongan masyarakat memahami phenomena anak muda ini dengan menyedari bahawa mereka ini adalah generasi masa depan negara.
Sekiranya Pakatan rakyat, secara sedar atau tidak sedar, menjauhkan diri atau berjauhan dengan generasi muda ini, maka mereka akan kehilangan sokongan dari suatu angkatan yang penting dan ini sangat merugikan.
Dari itu dekatilah golongan anak muda ini, belajar mengenal aspirasi mereka, cita-rasa mereka. Pakatan Rakyat sangat memerlukan sokongan berterusan golongan anak muda ini kerana mereka adalah pengundi masa depan, di mana suara mereka adalah penting dalam menentukan kuasa dan masa depan negara.
*Penulis boleh dihubungi melalui shukurharun@yahoo.com .
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-6-2013
Bertemu Aishah, Atirah selepas PRU
-, | 10 Jun 2013 |
Ketika menghadiri Majls Keshukuran PAS di Jelebu Negeri Sembilan kelmarin, saya masih terkenang suasana ketika kempen PRU di kawasan parlimen di Negeri Sembilan itu.
Majlis kesyukuran di Felda Pasoh, Jelebu itu diadakan untuk meraikan bekas dua calon PAS - Wan Aishah Wan Ariffin, bekas calon PAS di Jempol dan Aimah Atirah Al-Jundi, bekas calon PAS di Jelebu, serta bekas calon PAS Dun Sungai Lui, Nur Hanif Selama. Ramai peneroka Felda turut menghadiri majlis malam itu.
Dengan keramahan tuan rumah, beserta hidangan masakan ‘Orang Nogori’, mengingatkan saya ketika berada di Jelebu dan Jempol mengikuti kempen PRU sebulan yang lalu – menarik dan mencabar.
Di majlis yang meriah malam itu seperti tidak terasa akan kekalahan calon-calon PAS di situ dan sebab itu Wan Aishah memberitahu saya:
“Nampaknya PAS ni, sama ada kalah atau menang tetap buat kenduri kesyukuran. Hubungan dengan Allah sangat kuat.”
Pada PRU yang lalu itu, saya dan teman-teman mengikuti kempen calon PAS di Jempol, Wan Aishah dan calon PAS di Jelebu, Aiman Atirah Al-Jundi – dua di antara calon dari Dewan Muslimat yang diketengahkan. Kedua-dua kawasan parlimen itu wujud tanah rancangan Felda yang luas.
Namun sepanjang kempen yang saya ikuti menyerlahkan sambutan yang baik dari pengundi, kebanyakannya hendak bersalaman dan bergambar dengan Aishah, demikian juga Aminah Atirah. Bagaimanapun keputusan pada 5 Mei itu, ialah calon BN di Jelebu menang dengan mendapat undi 22,114 mengalahkan Aiman Atirah (PAS) yang mendapat undi 15,013. Sementara di Jempol pula, Aishah (PAS) mendapat undi 22,495, manakala calon BN mendapat undi 31,109.
Mengkaji keputusan dua kawasan yang didominasi oleh Felda ini menunjukkan tidak semua peneroka menyokong BN, malah sudah ada isyarat bahawa calon Pakatan Rakyat boleh meraih lebih banyak sokongan jika daripada sekarang Pakatan berusaha mendekati akar umbi bukan saja di dua kawasan parlimen ini, bahkan di kawasan Felda seluruh negara.
Sebab itu baik Aishah mahupun Aiman Atirah nampaknya tidak kecewa walaupun kalah, malah meneruskan azam untuk mendekati terus pengundi di kawasan tersebut, sama ada keduanya akan dipilih lagi atau tidak oleh PAS, untuk bertandng dalam PRU akan datang.
Pada majlis Kesyukuran malam itu yang dihadiri oleh Aishah dan Aiman Atirah sendiri, Timbalan Pesuruhjaya PAS NS, Dr. Rosli Yaakub, Pesuruhjaya PAS NS, saudara Taufik dan lain-lain tetamu.
Aishah dan Aiman, walaupun kalah, namun keduanya kelihatan tidak kecewa, malah kedua calon Muslimat itu bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memberikan pengalaman baru, berada di tengah masyarakat luar bandar, khususnya masyarakat Felda.
“Kami bersyukur,” kata Aishah dalam ucapannya, “kerana dapat beramah mesra, berkenalan dengan mereka dan saya berhasrat untuk terus mendekati mereka, memberikan kesedaran politik kepada mereka.”
Aishah kini rajin mengkuti usrah dan tamrin bagi menambah lagi ilmu Islam untuk kemudian menyampaikan dakwah kepada masyarakat, khususnya di kawasan Jempol, tempat beliau bertanding dulu.
Menurut Aishah, para peneroka Felda ini sangat baik, budi bahasa mereka sangat mengesankan. Beliau mempunyai ramai kenalan bukan saja di Jempol bahkan di Jelebu, tempat Aiman Atirah bertanding.
“Orang Negeri Sembilan sudah kenal saya dan Amian Athirah dan kami kenal mereka. Pilhan raya baru-baru ini merapatkan lagi hubungan kami dengan mereka, malah saya ingin terus berada di tengah mereka,” kata Aishah dan disetujui oleh Atirah sendiri.
Menurutnya, masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda ini ialah mereka dikelirukan oleh pihak tertentu supaya menolak PAS/Pakatan Rakyat dengan hujah sempit dan tidak masuk akal. Kerana itu, kata Aishah, "kita mesti didik mereka, beri kesedaran kepada mereka supaya mereka tidak mudah dikelirukan."
Kedua-duanya berazam untuk meningkatkan fahaman politik Islam kepada pengundi di situ supaya mereka tidak terjebak dengan kekeliruan dan fitnah yang dilemparkan oleh musuh.
“Kami mulai bekerja dari sekarang untuk mendekati mereka. Saya akan menganjurkan beberapa kumpulan pengajian agama supaya mereka faham akan kesyumulan Islam. Dalam masa yang sama gerak kerja parti mesti diteruskan daripada sekarang,” kata Aishah.
Beliau pada mulanya terkejut apabila pimpinan mencadangkan namanya sebagai calon PAS di kawasan parlimen kampung halamannya sendiri kerana belum sampai setahun menyertai PAS sudah hendak dicalonkan.
“Hati berdebar juga mulanya, tapi saya berserah dan bertawakkal kepada Allah, lalu saya menerima tawaran itu dan berterima kasih kepada pemimpin,” katanya.
Maka bertandinglah Aishah di Jempol, di mana terletak pekan Batu Kikir yang terletak Teratak Pendita Za’ba, cendekiawan terbilang tanah air, sementara tidak jauh dari situ masih wujud rumah nenek Aishah dengan kolam kecil, tempayan dan lansir yang selalu berkibar ditiup angin. Memang ada saudara mara Aishah yang menjaga rumah itu.
Saya membayangkan andainya nenek Aishah masih hidup tentu dia akan menyaksikan pertarungan cucunya yang satu ini di tengah medan politik dengan berani dan tabah. Bahawa dengan memilih wadah PAS, cucunya ini membuat pilihan yang sungguh tepat dan tentunya rumah serta kampung halaman neneknya itu menjadi saksi keberanian Aishah ini.
Wan Aishah tidak menabur ‘janji manisnya’ kepada pengundi Jempol, tetapi menebarkan harapan akan masa depan yang jauh lebih baik menerusi politik Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Beliau dan Aiman Atirah hanya tewas di peti undi dalam PRU kali ini, tetapi semangat dan daya juang keduanya tidak akan dapat dikalahkan. Perjalanan masih jauh dan panjang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-6-2013
No comments:
Post a Comment