Kos sara hidup meningkat, kita berisiko bankrap
- Jan 10, 2014
- SALMIYAH HARUN
Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop (gambar) berkata, terdapat tiga item perbelanjaan besar yang ditanggung oleh rakyat negara ini iaitu pinjaman perumahan, kenderaan dan kad kredit.
Dengan itu, katanya sebahagian besar pendapatan individu tiap-tiap bulan digunakan untuk membayar pinjaman tersebut menyebabkan sedikit sahaja daripada pendapatan mereka digunakan untuk perbelanjaan harian yang lain.
Keadaan ini ditambah pula dengan kadar inflasi dan kos sara hidup meningkat, jelasnya ramai individu dan peminjam akan semakin terhimpit membawa kepada ketidakmampuan mereka membayar hutang.
"Tidak dinafikan akan bertambah ramai rakyat negara ini bankrap sekiranya tidak ada tanda-tanda pendapatan mereka akan bertambah.
"Harga barang meningkat khsusnya selepas penarikan subsidi minyak, gula dan tarif eletrik, kos hidup rakyat meningkat ditambah pula komitmen membayar hutang," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, jika keberhutangan ini diukur dengan nisbah jumlah hutang dengan KDNK pada masa ini iaitu 85% adalah situasi yang tinggi berbanding di kalangan negara-negara Asean.
"Bermakna kita sama ada kerajaan, sektor korporat atau individu bekerja yang berbelanja lebih besar daripada pendapatan akan menyebabkan kita terpaksa berhutang," katanya.
Bahkan katanya, bukan sahaja rakyat negara ini terjebak dengan situasi keberhutangan yang tinggi, malangnya kerajaan dan sektor perniagaan korporat pun turut sama.
"Nampaknya, negara kita dalam keadaan 'tidak menentu' kerana disebabkan fenomena berhutang ini," katanya.
Justeru bagi mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini bankrap, Rosli mendesak kerajaan agar subsidi gula dan petrol disemak semula dan membatalkan pelaksanaan GST nanti.
Di samping itu, katanya Bank Negara pula hendaklah mengenakan syarat ketat dalam penggunaan kad kredit bagi mengelakkan rakyat terjebak dengan hutang dan kebankrapan.
Terkini, Ketua Ekonomi Dr Yeah Kim Leng RAM Holdings mendedahkan bilangan rakyat negara ini akan terus bankrup berikutan langkah rasionalisasi subsidi kerajaan untuk menangani defisit bajet.
"Kami menjangkakan bilangan tunggakan meningkat, terutama di kalangan pekerja muda dalam sektor swasta yang mempunyai akses kepada kredit yang berlebihan melalui kad kredit dan pinjaman peribadi , tetapi tidak mencukupi bahawa ia akan menjadi setara dengan gaya hidup mereka.
"Persoalannya ialah , dengan berapa banyak, dan itu adalah sebahagian yang membimbangkan," katanya dipetik .
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pengurusan Kredit dan Kaunseling (AKPK) Koid Swee Lian berkata di Malaysia, hanya kira-kira separuh daripada pemegang kad kredit membayar jumlah minimum yang diperlukan sebanyak 5% daripada jumlah yang terhutang kepada bank setiap bulan, manakala di Jepun dan Korea, ia adalah 89% dan 87 masing-masing.
Sumber HD - 10-1-2014
Azam Pengarah Urusan Harakah yang baru
- Jan 06, 2014
- Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR: Dr Rosli Yaakop berazam akan memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan Harakah yang baru dengan penuh amanah yang akan menjanjikan pelaksanaan urus tadbir yang baik.
Beliau yang menggantikan Datuk Kamarudin Jaffar yang telah bersama Harakah selama tujuh tahun, mengakui tugas yang baru ini amat berat memandangkan Harakah adalah lidah rasmi PAS selain menjadi sumber kewangan kepada parti itu.
"Saya berterima kasih kepada Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk pikul tanggujawab baru ini," katanya dalam Majlis Penyerahan Tugas di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, hari ini.
Dr Rosli turut berjanji akan memberi komitmen sedaya upayanya dan cuba untuk memanfaatkan masanya dengan memberi tumpuan kepada Harakah.
"Saya boleh bagi tumpuan kepada Harakah, perniagaan saya akan diuruskan oleh isteri saya. Saya hanya memegang beberapa jawatan di peringkat negeri seperti Bendahari PAS Kawasan Rembau, dan Ketua Penyelidikan PAS Negeri Sembilan," katanya.
Selain mengembangkan dakwah dan politik Islam katanya, Harakah harus juga mampu menjana hasil yang cukup baik kepada parti dan menentukan habuan yang lebih baik kepada warga Harakah.
"Habuan yang lebih baik kepada warga Harakah, inilah yang mustahak. Kita akan kerja secara berpasukan yang menjanjikan barakah. 'Team Work' kita akan tekankan," katanya.
Turut bersama di dalam majlis ringkas itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta seluruh kakitangan Harakah.
Dalam pada itu, Kamarudin Jaffar yang mula berkhidmat sejak tahun 2006 merasakan perubahan di dalam Harakah itu antara lain ialah untuk perjuangan bersama di dalam PAS.
Katanya, hasrat untuk melepaskan jawatan Pengarah Urusan Harakah sekian lama diutarakan namun demi harapan parti kepadanya, beliau teruskan jua.
"Saya tidak mahu campur tangan dalam editorial sebab itu kita telah melantik penasihat editorial Harakah di kalangan AJK Harian. Saya turut berbincang beberapa kali siapa yang boleh ambil tugas ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.
Sepanjang perkhidmatan, beliau telah berusaha menyelesaikan beberapa masalah antaranya berjaya menyerap kakitangan TV PAS ke Harakah serta pengambilalihan Harakahdaily.
Kamarudin berharap pengunduran beliau ini perlu diambil positif oleh kakitangan Harakah dan tidak akan menjejaskan perjalanan Harakah selepas ini.
"Dr Rosli ini yang telah berjaya dalam bidang perniagaannya di Bangladesh, insya Allah Harakah akan terus berkembang dan berjaya di bawah beliau," katanya.
Sumber HD - 6-1-2014
GST: Belanja berhemah, jangan dera rakyat
Salmiyah Harun, | 09 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS meminta rakyat negara ini mengajak kerajaan agar memperbaiki serta mendisiplinkan mereka dalam menguruskan perbelanjaan negara sebelum mendera rakyat dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Pakar Ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata kerajaan mesti tentukan bahawa wang rakyat yang dipungut dalam bentuk cukai harus dibelanjakan dengan berhemah bukannya mendera rakyat dengan GST.
Beliau juga mempersoalkan tindakan kerajaan yang hendak mengenakan GST kepada rakyat sedangkan kerajaan sendiri menggunakan wang rakyat secara membazir, buktinya selama 16 tahun berturut-turut kerajaan sentiasa berbelanja defisit di samping keadaan hutang negara saban tahun meningkat.
"Buktinya kerajaan amat boros berbelanja dan tidak berhemah langsung dalam menggunakan wang yang dipungut daripada rakyat dalam bentuk cukai. Kena perbetulkan pengurusan ini dahulu, sebelum rakyat dikenakan GST," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengakui Singapura telah mengenakan GST tetapi pelaksanaan itu dibuat setelah mereka mencapai status negara maju.
"Kita masih negara membangun sebab perkapita kita masih di bawah USD 15,000. Perlu diingat, Singapura urus wang dengan berhemah dalam berbelanja. Mereka ada tender terbuka, dan ada akauntabiliti di pihak kerajaan. Ini semua halangan yang membawa kepada pembaziran wang rakyat," jelasnya.
Malahan katanya, apabila Singapura mengenakan GST dalam masa yang sama mereka mengurangkan cukai korporat dan personal sehingga 17 peratus.
"Kita nampak kerajaan tidak berhati perut langsung kerana cukai GST dikenakan tanpa perancangan untuk mengurangkan cukai korporat, cukai individu dan cukai-cukai lain. Ini kerana rakyat bayar cukai korporat, personal ditambah pula kena bayar GST tetap tinggi. Akhirnya rakyat jadi sengsara terbeban dengan cukai yang tinggi," tegasnya.
Sehubungan itu, menurut Rosli, ahli ekonomi telah membuat kajian dan bersetuju bahawa GST bersifat regresif iaitu beban cukai lebih tinggi kepada orang miskin dan berpendapatan rendah, semakin rendah pendapatan seseorang itu pendapatan yang digunakan untuk bayar cukai semakin tinggi.
GST bermakna kerajaan akan mengenakan cukai kepada semua rakyat memandangkan cukai akan dikenakan ke atas barang-barang yang digunakan oleh rakyat.
"Sesiapa sahaja beli barang terpaksa membayar cukai, tetapi rakyat Malaysia bukan hanya membeli barang keperluan sahaja mereka juga membeli barang-barang lain. Jadi cukai ini tidak boleh dielakkan daripada rakyat, mereka harus bayar tidak kira kaya atau miskin, pendapatan tinggi atau berpendapatan rendah. Semua kena bayar cukai," tambahnya.
Beberapa pihak khususnya dalam industri korporat dam percukaian menyokong pelaksanaan GST kerana ia mampu mengurangkan defisit bajet.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
Ekonomi Bumiputera hanya untuk elit Melayu?
Hazayani Zakaria, | 20 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera tidak akan membantu memajukan ekonomi orang Melayu jika pelaksanaannya tidak telus, kata Pakar Ekonomi PAS Dr Rosli Yaakop.
Beliau berkata, kejayaan sesuatu dasar itu bergantung kepada ketelusan pelaksanaannya iaitu bebas rasuah, salah guna kuasa dan tidak berlegar di kalangan kroni kepada pemimpin tertentu sahaja.
"Apa pun dasar ekonomi yang diwujudkan untuk memperkasa ekonomi bumiputera kalau pelaksanaannya sama sahaja seperti yang ada sekarang iaitu mementingkan kroni, memberi bantuan hanya kepada kroni, memberi projek hanya kepada golongan Melayu tertentu, sampai bila-bila pun ekonomi orang Melayu tidak dapat diperkasakan kecuali sekumpulan kecil kaum elit Melayu.
"Mungkin ada baiknya perkenalkan dasar ekonomi baru untuk memperkasa ekonomi Bumiputera tapi kalau pelaksanaannya cara lama natijahnya ekonomi bumiputera tak dapat diperkasa," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut beliau juga, kerajaan juga harus memberikan perhatian kepada Orang Asal yang merupakan golongan termiskin di Malaysia selain memberi fokus kepada keseimbangan ekonomi di setiap wilayah di negara ini.
"Kerajaan kena beri perhatian kepada orang asal kerana Orang Asal merupakan golongan yang paling miskin di Malaysia ini. Kena beri perhatian kepada Bumiputera di Sabah dan Sarawak kerana dua negeri itu kaya sumber asli tapi merekodkan kadar kemiskinan tertinggi.
"Dasar apa pun mesti mengambil kira kepentingan ekonomi kaum lain secara menyeluruh, pembangunan ekonomi setiap negeri. Ada negeri yang ketinggalan dalam pembangunan di Semenanjung misalnya Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan masih di belakang. Dasar yang perlu diadakan ialah keseimbangan pembangunan wilayah-wilayah di negara kita," katanya.
Dalam pada itu, beliau hairan apabila kerajaan tetap mahu memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) yang bertentangan dengan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
Katanya, kerajaan bersungguh-sungguh mahu memeterai TPPA walaupun tahu TPPA tidak membolehkan kerajaan memberi keistimewaan kepada satu-satu golongan serta tidak ada keistimewaan kepada rakyat dalam negeri dan luar negeri dalam ekonomi.
"Bila Malaysia beriya-iya nak menandatangani perjanjian TPPA, diperkenalkan dasar ekonomi yang pilih kasih. Ini bertentangan dengan dasar global yang ingin dibawa oleh TPPA.
"Ini bermakna kerajaan Malaysia sendiri tidak yakin terhadap perjanjian TPPA jadi kita mempersoalkan kenapa Malaysia sebagai negara yang begitu aktif dalam mempelopori draf TPPA tiba-tiba memperkenalkan program pemerkasaan ekonomi yang membantu satu golongan kaum sahaja di Malaysia yang mana dasar ini cukup bertentangan dengan dasar yang diperkenalkan di bawah TPPA," katanya.
Lima strategi dalam program pemerkasaan ekonomi yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu ialah mendaya modal insan bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan Bumiputera dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-9-2013
Ambil langkah segera tangani kejatuhan ringgit
Anis Nazri, | 09 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil langkah segera bagi menstabilkan nilai mata wang Malaysia dengan campur tangan dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan inflasi.
Pakar ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaccob, berkata BNM boleh mengambil langkah untuk campur tangan dalam pasaran mata wang antarabangsa dengan membeli mata wang negara.
"Jika BNM campur tangan dalam pasaran mata wang antarabangsa, nilai mata wang kita boleh distabilkan. Sayangnya, BNM tidak berbuat apa-apa. Dan ia masih belum terlambat untuk melakukannya," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Mengulas kejatuhan nilai mata wang negara, Dr. Rosli berkata negara terpaksa membayar beban hutang dengan kadar yang lebih tinggi, khususnya jika kerajaan berhutang ke luar negara.
Katanya, walaupun hutang negara tidak bertambah, ekoran kejatuhan nilai mata wang akan menyebabkan kerajaan membayar lebih tinggi kadar pinjaman, sekaligus menyebabkan beban hutang meningkat.
Malah, kata bekas Timbalan Pengarah BNM itu, kejatuhan nilai mata wang turut memberi kesan kepada industri import, di mana Malaysia banyak bergantung ke atas industri terbabit.
"Kita banyak bergantung dengan import, khasnya makanan dan automotif. Apabila nilai jatuh, nilai import akan meningkat yang boleh menyebabkan inflasi. Apabila harga import meningkat, barangan import tersebut akan meningkat sekaligus kuasa membeli rakyat rendah kerana terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal," jelas beliau lagi.
Nilai ringgit jatuh melebihi tujuh peratus tahun ini, paling rendah berbanding tiga tahun lalu kepada 3.3 setiap dollar dan merupakan rekod terburuk di kalangan negara Asia lain.
Bank Negara juga menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 ini kepada antara 4.5 dan 5.0 peratus daripada antara 5.0 peratus dan enam peratus sebelum ini.
Pakar ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaccob, berkata BNM boleh mengambil langkah untuk campur tangan dalam pasaran mata wang antarabangsa dengan membeli mata wang negara.
"Jika BNM campur tangan dalam pasaran mata wang antarabangsa, nilai mata wang kita boleh distabilkan. Sayangnya, BNM tidak berbuat apa-apa. Dan ia masih belum terlambat untuk melakukannya," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Mengulas kejatuhan nilai mata wang negara, Dr. Rosli berkata negara terpaksa membayar beban hutang dengan kadar yang lebih tinggi, khususnya jika kerajaan berhutang ke luar negara.
Katanya, walaupun hutang negara tidak bertambah, ekoran kejatuhan nilai mata wang akan menyebabkan kerajaan membayar lebih tinggi kadar pinjaman, sekaligus menyebabkan beban hutang meningkat.
Malah, kata bekas Timbalan Pengarah BNM itu, kejatuhan nilai mata wang turut memberi kesan kepada industri import, di mana Malaysia banyak bergantung ke atas industri terbabit.
"Kita banyak bergantung dengan import, khasnya makanan dan automotif. Apabila nilai jatuh, nilai import akan meningkat yang boleh menyebabkan inflasi. Apabila harga import meningkat, barangan import tersebut akan meningkat sekaligus kuasa membeli rakyat rendah kerana terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal," jelas beliau lagi.
Nilai ringgit jatuh melebihi tujuh peratus tahun ini, paling rendah berbanding tiga tahun lalu kepada 3.3 setiap dollar dan merupakan rekod terburuk di kalangan negara Asia lain.
Bank Negara juga menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 ini kepada antara 4.5 dan 5.0 peratus daripada antara 5.0 peratus dan enam peratus sebelum ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-9-2013
Kenaikan harga minyak dorong inflasi berganda
Salmiyah Harun, | 03 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Pakar Ekonomi PAS Dr Rosli Yaakob berkata, kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen dalam suasana nilai Ringgit Malaysia yang sedang lemah dalam pertukaran antarabangsa akan memberi kesan kepada inflasi berganda.
Katanya, inflasi tinggi akan mendorong harga barang naik keadaan ini akan memberi kesan kepada penurunan nilai ringgit, kesannya rakyat akan terus tertekan kerana menanggung kenaikan harga yang besar
"Harga barang akan berterusan naik, peniaga akan kekal dengan harga baru selepas kenaikan harga minyak tetapi harga barang tidak akan turun walaupun harga minyak diturunkan selepas itu," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga bekas Pengarah Bank Negara Malaysia memberi jaminan harga barang akan naik selepas ini kerana minyak adalah input bahan mentah untuk perkhidmatan dan pengakutan seperti lori, bas dan teksi .
Malah katanya, dengan kenaikkan harga minyak ini kerajaan tidak boleh memberi alasan mudah kononya kerana harga minyak dunia telah naik.
"Alasan ini tidak boleh diterima pakai kerana harga minyak tidak naik sebesar itu. Tetapi kenapa minyak Malaysia tinggi, 20 sen itu tinggi lebih dari 10 peratus,"
soal beliau.
Justeru katanya, kerajaan telah menganiaya rakyat kerana mereka berbelanja boros untuk tampung kekurangan berlanjawan maka mereka menaikkan harga minyak.
"Kerajaan kita tidak bertanggungjawab kerana belanja boros! Belanjawan semakin besar, untuk mencari punca mendapatkan wang menaikkan harga minyak ini kerana pelaksanaan GST tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana mendapat bantahan rakyat.
"Tidak ada jalan lain untuk mendapatkan hasil lebih tinggi bagi membolehkan kerajaan terus berbelanja lebih boros jadi mereka naikkan harga minyak yang merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan pulangan," katanya.
Beliau turut menyifatkan kerajaan mungkir janji kerana dalam PRU 13 lalu mereka memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga minyak malangnya ia berlaku sebaliknya apabila rakyat terus memberi mandat kepada mereka.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.
Menurut Najib, kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.
Sehubungan itu, bermula hari ini RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.
Katanya, inflasi tinggi akan mendorong harga barang naik keadaan ini akan memberi kesan kepada penurunan nilai ringgit, kesannya rakyat akan terus tertekan kerana menanggung kenaikan harga yang besar
"Harga barang akan berterusan naik, peniaga akan kekal dengan harga baru selepas kenaikan harga minyak tetapi harga barang tidak akan turun walaupun harga minyak diturunkan selepas itu," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga bekas Pengarah Bank Negara Malaysia memberi jaminan harga barang akan naik selepas ini kerana minyak adalah input bahan mentah untuk perkhidmatan dan pengakutan seperti lori, bas dan teksi .
Malah katanya, dengan kenaikkan harga minyak ini kerajaan tidak boleh memberi alasan mudah kononya kerana harga minyak dunia telah naik.
"Alasan ini tidak boleh diterima pakai kerana harga minyak tidak naik sebesar itu. Tetapi kenapa minyak Malaysia tinggi, 20 sen itu tinggi lebih dari 10 peratus,"
soal beliau.
Justeru katanya, kerajaan telah menganiaya rakyat kerana mereka berbelanja boros untuk tampung kekurangan berlanjawan maka mereka menaikkan harga minyak.
"Kerajaan kita tidak bertanggungjawab kerana belanja boros! Belanjawan semakin besar, untuk mencari punca mendapatkan wang menaikkan harga minyak ini kerana pelaksanaan GST tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana mendapat bantahan rakyat.
"Tidak ada jalan lain untuk mendapatkan hasil lebih tinggi bagi membolehkan kerajaan terus berbelanja lebih boros jadi mereka naikkan harga minyak yang merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan pulangan," katanya.
Beliau turut menyifatkan kerajaan mungkir janji kerana dalam PRU 13 lalu mereka memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga minyak malangnya ia berlaku sebaliknya apabila rakyat terus memberi mandat kepada mereka.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.
Menurut Najib, kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.
Sehubungan itu, bermula hari ini RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-9-2013
TPPA: M'sia perlu tolak, hanya untungkan AS
Anis Nazri , | 28 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Penasihat Ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakob mendakwa Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) meupakan projek Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan untuk menentukan AS menguasai perdagangan dunia.
Perjanjian itu juga katanya adalah cubaan untuk mengelirukan masyarakat rantau Pasific dengan menyatakan TPPA sebagai perjanjian perdagangan bebas untuk mewujudkan persaingan.
Sedangkan, dakwa Dr. Rosli, TPPA itu hanya akan memberi kuasa monopoli kepada AS untuk terus menguasai perdagangan dunia dengan meletakkan negara-negara peserta dalam keadaan bahaya.
Tambah Dr. Rosli, jika AS benar-benar ikhlas, rundingan itu tidak perlu dilakukan secara rahsia, selain tidak melibatkan masyarakat sivil yang telibat secara langsung dengan kesan TPPA ini.
Difahamkan, AS turut membawa 600 wakil syarikat korporat AS bersama-sama dalam rundingan TPPA itu, sedangkan negara peserta tidak mempunyai wakil sedemikian.
"Ekoran itu, timbul keraguan apabila penglibatan mereka itu dilihat untuk mengetengahkan agenda korporat mereka, sedangkan merugikan negara-negara peserta," dakwa Dr. Rosli.
Sementara itu, beliau mengalu-alukan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menghalang kerajaan menandatangani TPPA itu.
Beliau berkata biarpun berbeza pandangan politik dengan bekas Perdana Menteri itu, ia boleh berubah apabila menyentuh soal kepentingan rakyat.
Sementara itu, mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak yang memberi jaminan untuk tidak menandatangani TPPA jika memberi kesan mudarat kepada rakyat, Dr. Rosli berkata banyak perkara yang belum diselesaikan melalui rundingan tersebut.
"Biarpun rundingan sudah memasuki pusingan ke-19 yang dikatakan pusingan terakhir, banyak antara perkara utama masih tidak selesai-selesai seperti sistem penyelesaian pelaburan (ISDS) yang memberi kuasa kepada syarikat korporat untuk tidak mengadakan perbicaraan di negara peserta TPPA jika berlaku sebarang pertikaian kelak," jelas bekas Timbalan Pengarah Bank Negara itu.
Perjanjian itu juga katanya adalah cubaan untuk mengelirukan masyarakat rantau Pasific dengan menyatakan TPPA sebagai perjanjian perdagangan bebas untuk mewujudkan persaingan.
Sedangkan, dakwa Dr. Rosli, TPPA itu hanya akan memberi kuasa monopoli kepada AS untuk terus menguasai perdagangan dunia dengan meletakkan negara-negara peserta dalam keadaan bahaya.
Tambah Dr. Rosli, jika AS benar-benar ikhlas, rundingan itu tidak perlu dilakukan secara rahsia, selain tidak melibatkan masyarakat sivil yang telibat secara langsung dengan kesan TPPA ini.
Difahamkan, AS turut membawa 600 wakil syarikat korporat AS bersama-sama dalam rundingan TPPA itu, sedangkan negara peserta tidak mempunyai wakil sedemikian.
"Ekoran itu, timbul keraguan apabila penglibatan mereka itu dilihat untuk mengetengahkan agenda korporat mereka, sedangkan merugikan negara-negara peserta," dakwa Dr. Rosli.
Sementara itu, beliau mengalu-alukan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menghalang kerajaan menandatangani TPPA itu.
Beliau berkata biarpun berbeza pandangan politik dengan bekas Perdana Menteri itu, ia boleh berubah apabila menyentuh soal kepentingan rakyat.
Sementara itu, mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak yang memberi jaminan untuk tidak menandatangani TPPA jika memberi kesan mudarat kepada rakyat, Dr. Rosli berkata banyak perkara yang belum diselesaikan melalui rundingan tersebut.
"Biarpun rundingan sudah memasuki pusingan ke-19 yang dikatakan pusingan terakhir, banyak antara perkara utama masih tidak selesai-selesai seperti sistem penyelesaian pelaburan (ISDS) yang memberi kuasa kepada syarikat korporat untuk tidak mengadakan perbicaraan di negara peserta TPPA jika berlaku sebarang pertikaian kelak," jelas bekas Timbalan Pengarah Bank Negara itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-8-2013
TPP: Kerajaan akur desakan Amerika
Muhammad Faizal, | 19 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Penganalisis ekonomi, Dr Rosli Yaakop (gambar) menyifatkan kerajaan akur dengan desakan kuasa besar ekonomi Amerika Syarikat (AS) apabila meneruskan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada 15 hingga 25 Julai di Kuala Lumpur nanti.
Beliau berkata rundingan tersebut telah mencapai tahap 70 peratus dan dijangkakan akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu turut menekankan TPP akan memberi kesan yang teruk kepada pengguna selain turut menggadai maruah dan kedaulatan negara kepada sebuah negara yang mendapat keuntungan hasil perjanjian tersebut.
"Saya melihat kerajaan akur dengan desakan AS untuk melaksanakan TPP sehingga terus melakukan rundingan pada bulan Julai nanti tanpa ada alasan untuk menolak cadangan tersebut.
"Kita kena tahu apabila TPP ditandatangani ia akan terus memberi tekanan kepada pengguna atas kenaikkan harga terutama perubatan selain mengadaikan maruah kedaulatan negara kepada AS yang kita tahu sikap mereka untuk mendapatkan keuntungan dari TPP," jelas beliau yang ditemui hari ini.
Katanya, TPP dilihat memberikan kesan yang buruk kepada negara ini terutamanya dalam bidang perubatan dan juga industri makanan.
Jelas Dr Rosli lagi, pelaksanaan TPP merupakan satu penjajahan baru dunia melalui kuasa ekonomi sehingga sesebuah negara itu terpaksa akur dengan apa yang terkandung dalam perjanjian apabila mereka menandatangani.
Katanya lagi, jika Malaysia menandatangi perjanjian tersebut negara ini tidak ada lagi peluang untuk keluar serta membatalkan perjanjian itu mengakibatkan Malaysia berada di bawah sebuah kuasa besar AS.
Jika berlaku apa-apa tuntutan mahupun permasalah segalanya akan ditentukan melalui undang-undang lain dan mahkamah bukannya berada di Malaysia tetapi di sebuah negara yang mempunyai pengaruh kuat.
"Inilah dikatakan penjajahan alaf baru melalui kuasa ekonomi, sekali kita terperangkap maka tidak ada jalan keluar untuk kita, apatah lagi jia berlaku sesuatu tuntutan dan untuk menyelesaikannya ia dilakukan oleh sebuah undang-undang lain yang mahkamah bukannya di Malaysia.
"Ini bermakna kedaulatan undang-undang negara ini telah tercabar secara tidak langsung, kuasa undang-undang bukan milik Malaysia tetapi milik kuasa ekonomi dunia dan adakah kita yakin dapat memenanginya," sambung beliau lagi.
Tambah beliau, Pakatan Rakyat akan terus menentang pelaksanaan TPP kerana ia akan melibatkan ekonomi tempatan akan rugi dan gulung tikar kerana tidak mampu bersaing selain faktor monopoli yang dilaksanakan AS.
Jelasnya, perjanjian tersebut bukannya berkonsepkan situasi menang menang (win win situation) tetapi lebih terjurus kepada perjanjian berat sebelah yang memberi keuntungan kepada AS sahaja.
"Kita perlu terima hakikat dengan pelaksanaan TPP ini menyebabkan harga barang akan naik berkali ganda terutamanya dalam perubatan apabila ia dimonopoli dan apa akan jadi kepada golongan berpendapatan rendah yang memerlukan perkhidmatan dalam kesihatan," katanya lagi.
Menurut kajian yang dilakukan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menunjukkan TPP akan menaikkan harga ubat-ubatan 60 hingga 80 peratus lebih tinggi dari harga sekarang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-6-2013
Harga kereta turun: Laporan Utusan tipu, kata PKR
Harakahdaily, | 13 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Penafian oleh syarikat pengeluar kereta terhadap laporan Utusan kononnya berlaku penurunan harga kereta oleh kerajaan BN, memperlihatkan akhbar Umno itu 'cuba menipu', kata Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno BN di dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan.
"Justeru, laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat. Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut. Portal berita Malaysian Insider turut mendedahkan dakwaan pengurangan harga Honda Jazz Hybrid juga tidak benar.
"Sekali lagi, Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika dahulu menjadi mendepani kewartawanan Melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang di dalam usahanya untuk menjaga kepentingan politik pemiliknya, Umno," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas laporan Utusan Malaysia sebelum ini kononnya kerajaan BN telah menurunkan harga kereta-kereta sehingga 11 peratus sejak Januari tahun ini sebagai sebahagian daripada pelaksanaan manifesto.
Menurut beliau lagi, apabila Pakatan mula-mula melancarkan kempen #TurunkanHargaKereta, Umno BN mendakwa bahawa mustahil untuk melaksanakannya di atas pelbagai alasan, termasuk untuk melindungi pembuat kereta tempatan dan kehilangan hasil kerajaan.
Namun katanya, hujah itu dengan mudah dijawab Pakatan dengan penjelasan bahawa skim ini melibatkan penurunan harga secara beransur-ansur untuk semua pembuat kereta.
Kemudiannya, selepas manifesto Pakatan dilancarkan, Umno BN pula meniru dengan menyertakan penurunan harga kereta di dalam janji mereka dengan tekad menyemak semula Dasar Automotif Negara untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dan meningkatkan daya saing kereta-kereta nasional.
Tetapi kata Nik Nazmi, kerajaan gagal memberikan butir-butir bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan dasar ini tanpa mengurangkan duti eksais, dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datu Seri Mustapa Mohamed menyatakan matlamat ini akan dicapai dengan ‘bersandarkan kuasa pasaran’.
"Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia di samping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini," Katanya.
Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno BN di dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan.
"Justeru, laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat. Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut. Portal berita Malaysian Insider turut mendedahkan dakwaan pengurangan harga Honda Jazz Hybrid juga tidak benar.
"Sekali lagi, Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika dahulu menjadi mendepani kewartawanan Melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang di dalam usahanya untuk menjaga kepentingan politik pemiliknya, Umno," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas laporan Utusan Malaysia sebelum ini kononnya kerajaan BN telah menurunkan harga kereta-kereta sehingga 11 peratus sejak Januari tahun ini sebagai sebahagian daripada pelaksanaan manifesto.
Menurut beliau lagi, apabila Pakatan mula-mula melancarkan kempen #TurunkanHargaKereta, Umno BN mendakwa bahawa mustahil untuk melaksanakannya di atas pelbagai alasan, termasuk untuk melindungi pembuat kereta tempatan dan kehilangan hasil kerajaan.
Namun katanya, hujah itu dengan mudah dijawab Pakatan dengan penjelasan bahawa skim ini melibatkan penurunan harga secara beransur-ansur untuk semua pembuat kereta.
Kemudiannya, selepas manifesto Pakatan dilancarkan, Umno BN pula meniru dengan menyertakan penurunan harga kereta di dalam janji mereka dengan tekad menyemak semula Dasar Automotif Negara untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dan meningkatkan daya saing kereta-kereta nasional.
Tetapi kata Nik Nazmi, kerajaan gagal memberikan butir-butir bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan dasar ini tanpa mengurangkan duti eksais, dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datu Seri Mustapa Mohamed menyatakan matlamat ini akan dicapai dengan ‘bersandarkan kuasa pasaran’.
"Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia di samping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini," Katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-6-2013
Panas: Peugeot, Volkswagen, Proton nafi turun harga kereta
http://wasukalu.blogspot.com, | 13 Jun 2013 |
Lagi panas - Peugeot, volkswagen dan proton nafi turunkan harga kereta
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.
“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.
Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.
Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.
“Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.
Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.
Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.
Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.
Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.
Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.
“Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.
Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza.TMI
Sementara itu proton pula menghantar memo kepada pengedar-pengedarnya
Ia menjelaskan, laporan akhbar itu tidak mendapat pengesahan daripada Proton.
“Laporan berkenaan mungkin berdasarkan potongan yang diberikan oleh Proton sebelum ini. Laporan dikeluarkan bukan daripada kenyataan Proton dan Proton tidak memberi maklumat harga seperti dinyatakan,” menurut memorandum itu.
Sebaliknya harga diskaun bagi model seperti Prevé, Exora dan BLM diturunkan sempena Kempen Jualan 1Malaysia pada bulan ini.
Malah peratusan penurunan harga yang ditawarkan Proton adalah lebih rendah daripada penuruan harga yang disiarkan akhar itu. - ASD
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-6-2013
Bolehkah harga kereta turun 20-30 peratus?
Dr. Rosli Yaakop, | 11 Jun 2013 |
Harga kereta di Malaysia adalah di antara yang tertinggi di kalangan negara-negara pesat membangun (emerging nations bloc), malah, ada yang mengatakan di dunia. Pastinya, rakyat negara-negara Arab, England, Amerika Syarikat, Jerman, Thailand, Indoneisa dan pelbagai negara lagi menikmati harga kereta yang lebih rendah.
Ia berpunca dari dasar perlindungan yang diamalkan di negara ini sejak awal tahun 1980an bagi melindungi projek kereta nasional, Proton yang ditubuhkan pada tahun 1983 dan memulakan operasi berskala komersial dalam tahun 1985. Apabila projek kereta nasional kedua – Perodua - ditubuhkan dalam tahun 1993, ia juga berikan perlindungan yang sama. Dasar perlindungan itu mengambil bentuk kadar cukai yang tinggi ke atas kereta import menyebabkan harga kereta import menjadi berkali ganda lebih tinggi dari harga asalnya dan lebih mahal dari kereta jenama nasional, Proton dan Perodua.
Dasar “harga kereta import mahal, harga kereta nasional murah” mendorong rakyat Malaysia yang mampu memiliki kereta membeli kereta berjenama Proton, melariskan jualannya sehinggalah ia menguasai 60-70% pasaran kereta di Malaysia dalam tahun 1980an dan 1990an (paling tinggi 74% dalam tahun 1993) sebelum merosot ke paras di bawah 20-30% dalam tahun tahun- tahun akhir 2000an bila ia terpaksa bersaing terutamanya dengan Perodua dan kereta buatan Jepun terutamanya Toyota. Pada tahun 2012, bahagian pasaran Proton ialah 26% berbanding Perodua (30%) dan Toyota (17%). Pembeli-pembeli kereta Proton ini majoritinya terdiri dari rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan ke bawah dan mereka yang membeli kereta untuk kali pertama. Pemasaran yang agresif dan tiupan semboyan patriotisme – “tidak patriotik sesiapa yang tidak membeli kereta berjenama Proton” - juga melonjakkan jualan Proton. Rakyat Malaysia yang berpendaptan tinggi membeli Proton sebagai “kereta tambahan” (kereta yang keempat atau kelima) untuk digunakan oleh isteri dan orang gaji ke pasar.
Walaupun sudah ada kelihatan langkah liberalisasi dalam industri otomobil Malaysia - misalnya, di bawah ASEAN AFTA dan bilateral AFTA (yang ditadantangani Malaysia dengan sebuah negara lain), duti import bagi kereta telah dikurangkan beransur-ansur, malah ada yang sudah dihapuskan – namun, harga kereta import masih terlalu tinggi. Ini disebabkan terutamanya oleh cukai dalam negara yang tinggi. Kesannya, ia menghalang majoriti rakyat Malaysia daripada memiliki kereta import dari negara-negara pengeluar kereta utama dunia seperti Jepun, Korea, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat dan sebagainya. Oleh itu, pasaran kereta jenama import hanya terhad di kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi. Maka, wujudlah dua pasaran kereta di Malaysia – pasaran kereta nasional yang majoriti pembelinya adalah rakyat Malaysia berpendapatan sederahana dan ke bawah dan pasaran kereta import yang majoriti pembelinya adalah rakyat Malaysia berpendapatan tinggi.
Dasar melindungi kereta nasional ini masih diteruskan walaupun Proton sudah wujud selama 30 tahun. Tidak ada tanda-tanda jelas bahawa tembok perlindungi ini akan dirobohkan sepenuhnya. Nampaknnya, masa perlindungan selama 30 tahun yang diberikan kepada Proton telah tidak berapa berjaya melonjakkan kereta nasional itu ke jenama antarabangsa. Ia kekal dalam status “kereta pengganti import” tanpa mampu menembusi pasaran kereta antarabangsa dengan signifikan. Pada suatu ketika memang kelihatan pemasaran kereta Proton di peringkat antarabangsa itu agresif sehingga berjaya menembusi pasaran di lebih daripada 70 negara di dunia. Namun, sejak kebelakangan ini pengekalan dan penembusan seterusnya pasaran antarabangsa Proton banyak mengalami setback. Maka kekallah jenama Proton dengan nama “kereta jagoh dalam negara.” Kedudukan ini pun semakin tergugat sekarang.
Tekanan memang semakin tinggi menghendaki pihak berkuasa merobohkan tembok perlindungan ke atas kereta nasional ini tetapi pihak berkuasa setakat ini masih terus bertahan dengan memainkan persoalan: Jika pasaran kereta Malaysia diliberalisasikan apa akan jadi kepada nasib 300,000 pekerja Proton dan kalau cukai eksais diturunkan maka kutipan hasil cukai kereta yang kini menyumbang RM7 bilion se tahun kepada tok kerajaan akan terjejas. Pada pemikiran pihak berkuasa ruang pertandingan yang lebih luas boleh memudharatkan syarikat Proton malah boleh mengakibatkan Proton tutup kedai meyebabkan 300,000 pekerjanya menganggur. Kesan sosio-politik juga ada jika kemungkinan ini berlaku. Juga digunakan hujjah bahawa harga kereta yang murah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di bandar, pekan, kampong dan lebuhraya.
Akibatnya kebimbangan ini, struktur cukai ke atas kereta impot masih tinggi dan pasaran kereta Malaysia kekal dikuasai olih kereta nasional, khususnya Proton dan Perodua, bukan atas dasar pertandingan di padang sama rata tetapi kerana ada kuasa monopoli terhasil dari tembok perlindungan yang kebal. Oleh itu, selagi kereta nasional memerlukan tongkat untuk terus bernafas maka selama itulah harga kereta akan kekal tinggil di Malaysia.
Dasar melindungi kereta nasional menyebabkan pengeluarannya tidak efisyen-kos, bermakna kos setiap unit kereta jenama nasional yang dijual kepada pengguna relatif tinggi menyebabkan pemiliki kereta di Malaysia menanggung beban harga kereta yang tinggi. Beban harga kereta yang tinggi berpunca dari ketidakefisyenan pengeluaran ini di tambah oleh pengenaan cukai yang tinggi telah ditanggung oleh rakyat Malaysia selama hampir 30 tahun. Kecuali sesuatu yang drastik dilakukan bagi meliberalisasikan industri otomobil Malaysia dan melebarkan ruang pertandingan, sukar untuk diduga sampai bilakah rakyat Malaysia harus memikul beban ini?
Sebaliknya, Thailand memilih strategi menggalakkan pembuat kereta dari luar negara untuk membuka kilang kereta di negara itu. Pelbagai insentif menarik diberikan. Akhirnya, Thailand menjadi pengeluar dan pengeksport kenderaan yang terbesar di kalangan negara-negara ASEAN sehingga ia digelar “Detroit of the East“ meninggalkan Malaysia di belakang dalam perlumbaan membangunkan industri otomobil. Thailand menjadi pengeksport keenderaan sementra Malaysia terpaksa berpuashati dengan pasaran dalam negara sahaja. Ertinya, dasar pembangunan industri otomobil Thailang berjaya dan Malaysia tidak berapa berjaya, malah ada pihak yang menyatakan gagal. Apa pun, beban dari “under-performance” ini ditanggung oleh pengguna kereta Malaysia.
Dalam Manifesto PRU13, UMNO-BN berjanji kepada rakyat Malaysia akan menurunkan harga kereta sebanyak 20-30% dalam tempoh lima tahun. Manifesto Pakatan Rakyat, yang diumumkan lebih awal juga menjanjikan perkara yang sama. Jalan yang dipilih oleh PR ialah dengan menurunkan cukai eksais ke atas kereta. UMNO-BN masih belum menunujukkan jalan menurunkan harga kereta kerana cukai eksais ke atas kereta menghasilkan RM7 bilon pungutan cukai dan menurunkan kadar cukai eksais bermakna “membunuh itik angsa yang mengeluarkan telur emas.”
Jadual 1: Struktur Cukai bagi Kenderaan Penumpang Persendirian (Termasuk Station Wagon, Kereta Sport dan Kereta Perlumbaan) dari ASEAN*
Jadual 2: Struktur Cukai bagi Kenderaan Penumpang Persendirian (Termasuk Station Wagon, Kereta Sport dan Kereta Perlumbaan) dari Negara Terpilih (Most Favored Nations)
Kereta yang dimport dari negara-negara ASEAN ke Malaysia kini tidak lagi mengundang duti import. Namun, masih ada dua jenis cukai dalam negara yang dikenakan ke atas kereta import dari anggota-anggota ASEAN, iaitu, cukai eksais dan cukai jualan. Cukai eksais kadarnya menaik semakin tinggi kapasiti injin kereta, bermula dari 75% bagi injin berkapasiti di bawah 1800cc hinggalah ke 105% bagi injin berkapasiti 2500cc dank e atas.
Tetapi kenderaan yang diimport dari negara-negara bukan anggota ASEAN mengundang tiga jenis cukai - duti import, cukai eksais dan cukai jualan. Kadar cukai-cukai yang berkenaan ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Jadual 2.
Bagaimanakah cukai ke atas kenderaan import di kira? Cukai dikira atas nilai import yang termasuk harga kereta, kos pengangkutan dan kos insurans. Kaedah pengiraan menyebabkan adanya kesan “cukai atas cukai” bermaknan kadar cukai efektif menjadi lebih tinggi. Kalau kadar duti import ialah 30%, cukai eksais 75% dan cukai jualan 10%, maka kadar cukainya bukan 115% (30% + 75% + 10%) tetapi lebih tinggi, iaitu, 150%. Contoh pengiraan cukai ke atas kereta di tunjukkan dalam Jadual 3.
Dari contoh ini jelas bahawa, pertama, cukai yang dipungut oleh kerajaan jauh melebihi nilai import kereta berkenaan (RM168,280 berbanding RM112,000, iaitu, 150.2% lebih tinggi). Kedua, akibat daripada kadar cukai yang tinggi dan kesan “cukai atas cukai,” maka harga kereta yang dibayar oleh rakyat Malaysia menjadi hampir tiga kali ganda dari harga asal kereta itu (RM280,280 berbanding RM112,000) dan ini belum lagi “on the road price” yang menambahkan harga kereta. Ketiga, pembeli kenderaan juga membayar cukai perkhidmatan, iaitu, atas perkhidmatan perkapalan dan insurans pada kadar cukai efektif 150.2%.
Jadual 3: Pengiraan Cukai ke atas Kereta yang diimport dari Most Favored Nation (Misalnya Jepun
Walaupun harga kereta ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan, kos pengeluaran dan mark-up keuntungan, yang ketara di Malaysia ialah kadar cukai yang tinggi dan cara pengiraan cukai yang membawa kepada kesan “cukai atas cukai” adalah komponen utama harga kenderaan di Malaysia. Kecuali sesuatu dilakukan ke atas struktur cukai berkenaan, khasnya dalam keadaan kos pengeluaran yang terus meningkat, sukar untuk harga kereta diturunkan sebanyak 20-30% sebagaimana yang dijanji. Tetapi, rakyat Malaysia pasti akan tetap menagih janji ditepati. Lebih baik lagi bila penurunan cukai dipakej dengan langkah-langkah seperti menangani isu AP, pembaikan sistem pengangkutan awam, pembaikan dalam kawalan dan penyuraian trafik dan sebagainya. Cukai ke atas import kereta mewah boleh dikekalkan tinggi tetapi jenis kereta yang rakyat terbanyak mahu beli dan guna biarlah harganya cukup rendah.
Rembau NS
Selasa, 11 Jun 2013

Kapasiti Enjni (cc) | Duti import (%) | Cukai Dalam Negera atas CBU dan CKD (%) | |||
CBU | CKD | MSP | Cukai Eksais | Cukai Jualan | |
< 1,800 | 0 | 0 | 0 | 75 | 10 |
1,800 - 1,999 | 0 | 0 | 0 | 80 | 10 |
2,000 - 2,499 | 0 | 0 | 0 | 90 | 10 |
2,500 dan ke atas | 0 | 0 | 0 | 105 | 10 |
* ASEAN dianggotai 10 negara. Enam negaraa yang awal ialah Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan /Thailand. Empat anggota yang masuk kemusdian terdiri dari Vietnam (1995), Laos (1997), Myanmar (1997) dan Kemboja (1999). |
Jadual 2: Struktur Cukai bagi Kenderaan Penumpang Persendirian (Termasuk Station Wagon, Kereta Sport dan Kereta Perlumbaan) dari Negara Terpilih (Most Favored Nations)
Kapasiti Enjni (cc) | Duti import (%) | Cukai Dalam Negera atas CBU dan CKD (%) | |||
CBU | CKD | MSP | Cukai Eksais | Cukai Jualan | |
< 1,800 | 30 | 10 | 10 | 75 | 10 |
1,800 - 1,999 | 30 | 10 | 10 | 80 | 10 |
2,000 - 2,499 | 30 | 10 | 10 | 90 | 10 |
2,500 dan ke atas | 30 | 10 | 10 | 105 | 10 |
Kereta yang dimport dari negara-negara ASEAN ke Malaysia kini tidak lagi mengundang duti import. Namun, masih ada dua jenis cukai dalam negara yang dikenakan ke atas kereta import dari anggota-anggota ASEAN, iaitu, cukai eksais dan cukai jualan. Cukai eksais kadarnya menaik semakin tinggi kapasiti injin kereta, bermula dari 75% bagi injin berkapasiti di bawah 1800cc hinggalah ke 105% bagi injin berkapasiti 2500cc dank e atas.
Tetapi kenderaan yang diimport dari negara-negara bukan anggota ASEAN mengundang tiga jenis cukai - duti import, cukai eksais dan cukai jualan. Kadar cukai-cukai yang berkenaan ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Jadual 2.
Bagaimanakah cukai ke atas kenderaan import di kira? Cukai dikira atas nilai import yang termasuk harga kereta, kos pengangkutan dan kos insurans. Kaedah pengiraan menyebabkan adanya kesan “cukai atas cukai” bermaknan kadar cukai efektif menjadi lebih tinggi. Kalau kadar duti import ialah 30%, cukai eksais 75% dan cukai jualan 10%, maka kadar cukainya bukan 115% (30% + 75% + 10%) tetapi lebih tinggi, iaitu, 150%. Contoh pengiraan cukai ke atas kereta di tunjukkan dalam Jadual 3.
Dari contoh ini jelas bahawa, pertama, cukai yang dipungut oleh kerajaan jauh melebihi nilai import kereta berkenaan (RM168,280 berbanding RM112,000, iaitu, 150.2% lebih tinggi). Kedua, akibat daripada kadar cukai yang tinggi dan kesan “cukai atas cukai,” maka harga kereta yang dibayar oleh rakyat Malaysia menjadi hampir tiga kali ganda dari harga asal kereta itu (RM280,280 berbanding RM112,000) dan ini belum lagi “on the road price” yang menambahkan harga kereta. Ketiga, pembeli kenderaan juga membayar cukai perkhidmatan, iaitu, atas perkhidmatan perkapalan dan insurans pada kadar cukai efektif 150.2%.
Jadual 3: Pengiraan Cukai ke atas Kereta yang diimport dari Most Favored Nation (Misalnya Jepun
Kereta Penumpang Persendirian <1800cc | RM | Cukai (RM) | |
Kos Kereta | 100,000 | ||
Kos Perkapalan | 10,000 | ||
Kos Insurans | 2,000 | ||
Nilai import | 112,000 | ||
Duti Import % | 30% | ||
Duti import RM | 33,600 | 33,600 | |
Nilai Import + Duti Import | 145,600 | ||
Cukai Eksais % | 75% | ||
Cukai Eksais RM | 109,200 | 109,200 | |
Nilai import + Cukai eksais | 254,800 | ||
Cukai Jualan % | 10% | ||
Cukai Jualan RM | 25,480 | 25,480 | |
Harga Kereta Selepas Kenaan Semua Cukai | 280,280 | ||
Jumlah cukai RM | 168,280 | ||
Kadar Cukai Efektif | 150.2% | ||
Walaupun harga kereta ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan, kos pengeluaran dan mark-up keuntungan, yang ketara di Malaysia ialah kadar cukai yang tinggi dan cara pengiraan cukai yang membawa kepada kesan “cukai atas cukai” adalah komponen utama harga kenderaan di Malaysia. Kecuali sesuatu dilakukan ke atas struktur cukai berkenaan, khasnya dalam keadaan kos pengeluaran yang terus meningkat, sukar untuk harga kereta diturunkan sebanyak 20-30% sebagaimana yang dijanji. Tetapi, rakyat Malaysia pasti akan tetap menagih janji ditepati. Lebih baik lagi bila penurunan cukai dipakej dengan langkah-langkah seperti menangani isu AP, pembaikan sistem pengangkutan awam, pembaikan dalam kawalan dan penyuraian trafik dan sebagainya. Cukai ke atas import kereta mewah boleh dikekalkan tinggi tetapi jenis kereta yang rakyat terbanyak mahu beli dan guna biarlah harganya cukup rendah.
Rembau NS
Selasa, 11 Jun 2013
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-6-2013
BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!!
ReplyDeleteFeyilfatma nama saya, tinggal di malaysia, saya adalah seorang Muslim yang taat Saya mahu menggunakan
Media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati dengan penipu kerana mereka everywhere.Few bulan yang lalu saya dari segi kewangan ke bawah, dan kerana keperluan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh beberapa syarikat yang dipanggil pinjaman dalam talian. Saya tidak berputus asa sehingga kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dipanggil Puan theresa yang memberi pinjaman pinjaman tidak bercagar $ 57,000 dalam masa 24 jam tanpa tekanan, pada mulanya ia adalah seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat ansuran pertama saya amaran 2 jam selepas saya pakai. Saya menggalakkan rakan-rakan malaysia yang memerlukan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui: theresaloancompany@gmail.com
Berhati-hati! Anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui: feyzilfatma@gmail.com
TAHUN BARU PINJAMAN TAWARAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA DARI JESSICABROWNFINANCEFIRM !!!
ReplyDeleteKami ingin semua pelanggan kami yang dihormati tahun baru gembira, dan mengalu-alukan anda semua untuk syarikat pinjaman pinjaman global kami. Adakah perniagaan anda memerlukan pembiayaan? Adakah anda memerlukan wang untuk membeli peralatan, skala strategi pemasaran anda, atau mengambil pekerja-pekerja baru? Tidak kira apa keperluan anda, ada satu perkara yang anda perlu ingat: mencari pinjaman perniagaan adalah lebih mudah hari ini dalam tahun 2017 berbanding sebelum ini. Kami adalah sebuah organisasi syarikat pinjaman global; kita adalah yang paling cepat bahawa apa-apa pinjaman kepada individu yang layak, syarikat swasta dan orang ramai pada kadar faedah 4% tanpa cagaran.
Hubungi kami hari ini untuk permintaan pinjaman anda melalui e-mel: jessicabrownfinancefirm@gmail.com PINJAMAN Perkhidmatan yang disediakan termasuk:
========================== ======
* Commercial Lending.
* Pinjaman peribadi.
* Perniagaan Kredit.
* Pinjaman Pelaburan.
* Pinjaman Pembangunan.
* Pinjaman Hasil.
* Pembinaan Pinjaman.
* Pinjaman Perniagaan Dan lain-lain lagi:
BORANG PINJAMAN:
=================
DATA PERMOHONAN
1) Nama Penuh:
2) Tempoh pinjaman:
3) Alamat:
4) Seks:
5) Status perkahwinan:
6) Tempat Kerja:
7) Nombor Telefon:
8) Pendapatan bulanan:
9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
10) Nama Facebook:
11) Agama:
12) Tarikh lahir:
13¬) Kemudian kaum kerabat
Selamat sejahtera.
Pengarah Pinjaman: MRS JESSICA BROWN
Regional kepala ibu pejabat Alamat: Nehru Place 13th Floor Eros Corporate Tower New Delhi 110 019.INDIA
Jessicabrownfinancefirm - Copyright © 2017. Hak Cipta Terpelihara
kesaksian nyata dan kabar baik !!!
ReplyDeleteNama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan
Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar
Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda
untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com