YB DrSMM : https://www.youtube.com/watch?v=1d89cvkSDKo
Pemuda PAS WP hulur sumbangan mangsa kebakaran
Zulkarnain Borhan, | 02 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Di saat warga kota mula sibuk bersiap membeli keperluan hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, lima buah keluarga di Kampung Pasir Baru, Lembah Pantai telah ditimpa musibah apabila rumah mereka hangus dijilat api dalam kejadian 29 Julai lalu.
Atas keprihatinan dan persaudaran, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan semalam telah mengunjungi mangsa-mangsa yang terlibat untuk memberi sedikit sumbangan.
Mengetuai ziarah itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS WP Mohamad Suhaimi Abdul Aziz serta ditemani rakan-rakan yang lain termasuk wakil daripada Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai Rone Faizal Isnin, timbalan ketuanya Nik Abdul Razak dan Fadhlullah.
Sumbangan telah disampaikan kepada wakil keluarga tersebut iaitu Haji Amin Sabari.
Selain memberikan sedikit sumbangan, rombangan pemuda PAS ini juga dibawa menjenguk tapak rumah yang terbakar.
Menurut salah seorang mangsa, Ahmad Hariri, ada di antara rumah yang terbakar ini telahpun wujud semenjak tahun 1960-an lagi.
Lebih malang lagi apabila tiga daripada lima keluarga ini telah hilang tempat tinggal manakala dua lagi menetap di rumah sewa masing-masing.
"Semoga dengan sedikit bantuan daripada pihak Pemuda PAS WP ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka menjelang lebaran yang bakal menjelma," kata Suhaimi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-8-2013
Ramadhan gerak Harakah santuni warga kota
Arif Atan Foto Wan Zahari , | 23 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Pekikan enjin kenderaan bertali arus pada waktu puncak ketika golongan pekerja di ibu kota pulang menjadi halwa telinga yang menggembirakan buat sekumpulan 15 sukarelawan Cakna Ramadan Harakah.
Persimpangan Jalan Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Chow Kit dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman yang menempatkan stesen monorail Chow Kit menjadi lokasi agihan sumbangan juadah berbuka puasa, 8 Ramadan lalu.
Satu demi satu daripada sejumlah 350 bekas nasi arab ayam yang istimewa dimasak oleh isteri Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dimasukkan ke dalam bungkusan plastik.
Air mineral dalam bekas bercawan dan dua butir kurma yang sudah sedia diasingkan dalam paket kecil ditambah dalam bungkusan berwarna merah itu.
Lengkaplah pakej iftar Harakah dengan tiga jenis bahan tersebut yang julung-julung kalinya diadakan tahun ini.
Di simpang trafik berdekatan pondok kawalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu juga, proses membungkus dilakukan dengan seberapa pantas tetapi cermat.
Apatah lagi, tinggal kurang dua jam untuk umat Islam di Wilayah Persekutuan dan kawasan sewaktu dengannya berbuka puasa.
Saya sendiri berpeluang menghulurkan tenaga bersama-sama anggota PAS Kawasan Batu diketuai Yang Dipertuanya, Cikgu Ishak Surin serta aktivis dari Yayasan Prihatin Titiwangsa (YPT).
Mantan calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa pada PRU13 lalu, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi juga melapangkan masa untuk menyantuni masyarakat kota.
Buat permulaan, tidak menang tangan juga dibuatnya tetapi segera jadi mudah selepas itu apabila masing-masing saling tahu berperanan.
Mengagihkan sumbangan kepada orang ramai jadi mudah apabila didahului pengagihan tugas daripada membungkus sehingga dipastikan sampai ke tangan golongan sasaran.
Mana bungkusan makanan yang lengkap pakejnya terus diedarkan kepada orang ramai. Mereka kebanyakannya penunggang motosikal yang datang dari arah Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Pahang dan Jalan Ipoh.
Ada juga yang berjalan kaki mendapatkan juadah Harakah termasuk penguna bas awam, individu kelainan upaya (OKU), warga emas, pengemis dan gelandangan.
Pada masa sama, penerima makanan juga dibekalkan senaskhah Harakah keluaran 1862. Itu bukan ibarat sambil menyelam minum air kosong semata-mata.
Paling penting mengajak masyarakat agar 'kenyang' melumati maklumat, ilmu dan kebenaran yang sekian lama disembunyikan dalam media perdana kawalan Umno BN.
"Terima kasih encik," ucap salah seorang lelaki OKU anggota berusia sekitar 40-an sambil tersenyum ketika suaranya seakan-akan tenggelam ditelan keriuhan trafik sejurus menerima bungkusan juadah.
Meskipun ringkas ucapannya tetapi riak wajah bersinar itu besar maknanya dalam kita berusaha mencari makna keberkatan di bulan Ramadan.
Ahmad Lutfi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas yang membantu, khususnya PAS Batu dan YPT.
Katanya, nasi arab itu disumbangkan oleh Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), yang dipengerusikan beliau sendiri. Sesiapa yang berminat untuk menaja iftar seterusnya boleh menyalurkan terus kepada akaun Maybank KAMI MEDIA 514075606399
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-7-2013
Dr Mariah santuni penghuni Lorong Haji Taib
Saidah Hairan , | 15 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Kemesraan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmood ketika menyantuni penghuni Lorong Haji Taib dan sekitar Chow Kit baru-baru ini membuktikan keseriusan beliau mahu membantu mereka turut menikmati kemeriahan Ramadhan al-Mubarak.
Walaupun ada yang tidak menutup aurat namun penghuni di Lorong Haji Taib tidak segan silu untuk berbual mesra bahkan ada yang berpeluk ketika bertemu Dr Mariah.
Beliau ditemui ketika menyampaikan makanan nasi tomato serta risalah keistimewaan bulan Ramadhan kepada penghuni di Lorong Haji Taib sempena Pelancaran Tabung Ihya Ramadhan untuk mengutip sumbangan yang akan diberikan kepada mereka.
"Bulan Ramadhan ni kita sediakan makanan untuk berbuka puasa. Datang ya...boleh sama-sama solat tarawih sekali. Macam tahun sebelum ini," katanya kepada penghuni yang ditemui.
Ada penghuni yang meluahkan mahu datang tetapi tidak mempunyai telekung baru untuk bersama-sama solat tarawih. Dr Mariah yang mendengar luahan itu terus mengatakan, "Ha...tak apa...kita sediakan telekung."
Program Ihya Ramadhan yang dijalankan selama lima tahun itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penghuni Lorong Haji Taib dan mereka mula menunjukkan minat untuk terus mengetahui program selanjutnya.
Setiap tahun sepanjang bulan Ramadhan, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat telah menyediakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih di dewan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Kemuncak program itu, Lajnah akan menyampaikan sumbangan kewangan; pakaian untuk kanak-kanak, orang dewasa serta makanan kepada anak-anak yatim; masyarakat setempat serta ibu-ibu tunggal sekitar Chow Kit.
Sehubungan itu bagi melicinkan perjalanan program Ihya Ramadhan, beliau merayu kepada seluruh pembaca Harakah dan umat Islam seluruh negara dapat menyalurkan sumbangan kewangan atau tajaan berbuka puasa dan sambutan Hari Raya kepada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.
Sumbangan boleh dihantar terus ke akaun Dana Kami Prihatin ke akaun Bank Islam “DANA KAMI PRIHATIN” di nombor 12113010026150 atau hubungi Dr Siti Mariah Mahmood 019-2361889.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-7-2013
Ramadan: S'gor peruntuk RM2.7 juta untuk masjid surau
Selangorku, | 11 Jul 2013 |
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM2.7 juta sempena sambutan Ramadan ini kepada masjid dan surau di seluruh negeri bagi melaksanakan program Ihya Ramadan pada tahun ini.
Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, peruntukan itu melibatkan kira-kira 392 buah masjid, 170 buah surau yang dinaikkan taraf yang digunakan solat Jumaat dan 1881 buah surau.
Katanya, bagi masjid ia diperuntukkan sebanyak RM1,650 manakala bagi surau dinaiktaraf memperolehi RM1,250 dan surau sebanyak RM1,000.
“Duit tersebut akan disalurkan terus kepada akaun masjid dan surau masing-masing yang diharap akan digunakan untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan program ibadah,” kata Sallehen semasa sidang media di pejabatnya di sini.
Katanya, pada tahun ini wang peruntukkan itu disalurkan terus kepada pihak masjid dan surau agar penyampaiannya lebih pantas dan dapat digunakan terus.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-7-2013
‘My Best Ramadhan’, peluang tingkat amal ibadah
Harakahdaily, | 11 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor mengadakan karnival ibadah besar-besaran ‘Kariah Ramadhan Perdana’ bermula hari ini (11 Julai) hingga 5 Ogos dengan pelbagai program Ihya’ Ramadhan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeru, Sallehen Mukhyi berkata, program itu dibuat sebagai nafas baru dengan tema ‘My Best Ramadhan’.
Katanya, karnival tersebut akan diadakan di Tapak Bazarena Stadium Malawati Seksyen 13 Shah Alam dengan Majlis Tazkirah Ramadhan yang bermula jam 6.00 petang.
Tambahnya, ia diikuti dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah yang akan diimamkan oleh imam hafiz dan bilal khas serta beberapa orang imam dari Syria.
Majlis berbuka dan moreh untuk 500 orang turut diadakan pada setiap malam.
Setiap hujung minggu pula akan diisi dengan program Gamitan Syahdu Ramadhan yang memaparkan zikir munajat, selawat dan kuliah perdana oleh penceramah terkenal.
Turut diadakan Bazar Ramadhan Mega anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam yang juga menyediakan jualan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Kombinasi kewujudan bazar tersebut mampu menarik minat seluruh warga penduduk Shah Alam untuk hadir ke tapak tersebut.
“Di samping memberi nilai promosi kepada program yang dijalankan,” kata beliau dipetik Selangorku.
Sallehen menambah, program Tazkirah Santai dan Iftar bersama belia di Dataran Kemerdekaan Shah Alam akan diadakan bermula 2 Ramadhan hingga 27 Ramadhan yang dimulai dengan program bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
“Kita juga akan turun kepada warga industri dengan program tazkirah dan berbuka bersama-sama dengan solat secara berjemaah.
“Kita mahu memberikan kesedaran kepada warga industri untuk menghidupkan Ihya Ramadhan secara santai supaya menukar ‘mind set’ masyarakat bahawa hanya melakukan ibadah hanya di masjid,” kata beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-7-2013
Membantu penghuni ‘lorong mati’ menjelang Ramadhan
Saidah Hairan, Harakah, | 19 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Sebut sahaja Lorong Haji Taib orang akan mengaitkannya dengan ‘lorong mati’ kerana di sinilah destinasi pekerjapekerja seks murahan mencari nafkah untuk menyara hidup.
(Dr Siti Mariah...pelopor bantuan untuk golongan glandangan bersama rakannya Allahyarham Dr Lo' Lo')
Menyelusuri kawasan di lorong itu cukup menakutkan terutama di waktu malam. Bermula jam 9 pagi hingga dinihari kelihatan pekerja-pekerja seks berada di tepi jalan mencari pelanggan.
Di lorong ini juga menjadi ‘syurga’ golongan gelandangan.
Suasana kehidupan mereka suram walaupun tinggal di ibu kota yang gah dengan bangunan mencakar langit.
Jauh di sudut hati mereka, pembangunan dan kemajuan yang menjadi kebanggaan negara itu langsung tidak dikecapi.
Setiap tahun menjelang Ramadhan, Dewan Muslimat PAS membantu golongan ini. Tahun ini, ia akan dilakukan lagi dengan bantuan pembaca semua.
Anda boleh menyumbang untuk menjayakan program ini dengan menyalurkannya ke akaun “Dana Kami Prihatin” 1211 3010 0261 50 atau hubungi Dr Siti Mariah Mahmood di nombor 019 236 1889.
Dapatkan laporan lanjut dalam Harakah edisi Jumaat ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-6-2013
No comments:
Post a Comment