FACE TO FACE:
Rampas injil: Kuasa hendaklah digunakan dengan hikmah
- Jan 03, 2014
- DR MUJAHID YUSOF RAWA
Tindakan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) dalam serbuannya ke atas premis Persatuan Bible Selangor hari ini walaupun berasaskan Enakmen 1988 (Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim) telah meninggalkan kesan yang berbekas dalam hubungan antara agama di negara ini. Sebanyak 300 naskhah injil telah dirampas menurut berita yang diterima.
Persoalan kebebasan agama yang termaktub dalam perlembagaan kita dengan mengambil kira Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seolah-olah tercemar dengan tindakan Jais dan mengisyaratkan sesuatu yang bercanggah dengan perintah dan firman Allah yang maksudnya ' tiada kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa Rahmat ke Alam ini (Al Anbiya: 107).
Hubungan Islam dengan bukan Islam adalah bersandarkan 'Tiada paksaan dalam agama' (Baqarah: 256) dan itu adalah janji dan jaminan kerahmatan Islam kepada penganut agama lain termasuk hak memiliki kitab agama masing-masing. Oleh kerana itu apa saja tindakan yang bertentangan dengan prinsip ini dianggap mencemari nama baik Islam. Maka dengan ini, saya menyeru supaya:
1. Kuasa hendaklah digunakan dengan hikmah apatah lagi yang melibatkan prinsip hubungan antara agama yang telah jelas digariskan oleh Syariat Islam. Dalam hal ini memelihara prinsip Islam lebih utama dari segala perkiraan sentimen atau kepentingan politik.
2. Jika ada apa-apa bukti bahawa pihak tertentu menyebarkan atau menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam dengan menggunakan kalimah 'allah' maka pihak yang terlibat hendaklah diambil tindakan kerana menyalahi semangat kebebasan agama dengan mengambil kira Islam sebagai agama resmi Persekutuan. Hanya dengan tertera perkataan 'allah' dalam injil bukan alasan untuk mengambil tindakan tanpa bukti kukuh unsur penyebaran dan menggugat akidah Tauhid umat Islam.
3. Merampas kitab suci penganut agama lain walaupun atas nama larangan menggunakan perkataan 'allah' perlu ditangani dengan hikmah dan teliti kerana ia akan memburukkan sifat Rahmat Islam kepada semua penganut beragama, antara lainnya ialah hak kebebasan beragama mereka termasuk kitab suci mereka.
4. Memaksa orang lain dalam agama bukan bererti secara fizikal sahaja tetapi menentukan apa yang boleh dan tidak boleh ke atas agama lain juga adalah bentuk paksaan yang dilarang oleh Islam seperti perintah Allah: "Jika Tuhan mu mengkehendaki(wahai Muhaamd) nescaya akan beriman seluruh manusia di mukabumi ini, apakah engkau (wahai Muhammad) mahu memaksa orang sehingga mereka menjadi beriman?, Tiada jiwa yang boleh beriman melainkan dengan izin Allah lalu Allah jadikan azab pada mereka yang tidak beraqal" ( Yunus: 99-100)
5. Pihak Gereja dan Majlis Kristian Persekutuan juga perlu tampil menyatakan pendiriannya dengan tegas bahawa mereka tidak ada agenda tersembunyi yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan beragama di Malaysia bagi menghilangkan keraguan pihak tertentu yang mendakwa proses Kristianisasi sedang berlaku.
Atas alasan di atas, saya menyeru dan merayu supaya hak kitab suci agama lain termasuk penganut Kristian hendaklah dipelihara haknya kepada penganutnya dan menjadi tanggungjawab autoriti agama Islam di Selangor memelihara prinsip ini seperti yang dituntut oleh Islam.
Sekian.
2 Jan 2014
Dr Mujahid ialah Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap AJK PAS Pusat.
Sumber HD - 3-1-2014
Rahmat Untuk Semua: PAS akan diuji dalam isu Melayu
- Dec 04, 2013
- TARMIZI MOHD JAM
HARAKAH: Tema Muktamar Tahunan PAS ke-59 menarik, unik - "Rahmat Untuk Semua". Apa respons YB keseluruhannya?
MUJAHID: PAS mengangkat tema yang menarik setiap kali muktamar dan ia adalah satu gagasan pemikiran dan gerak kerja parti mendepani arus dan menyusun langkah ke hadapan mencapai cita-citanya.
Tema kali ini melambangkan hasrat PAS ingin menyatakan kepada rakyat Malaysia bahawa perjuangannya merentasi semua kaum dan agama iaitu "Rahmat Untuk Semua".
Apa yang lebih menarik ialah, tema ini bukan sekadar retorik, tetapi PAS sebenarnya telahpun menghidupkan kata-kata itu sepanjang aktivitinya melalui usaha dialog dan perundingan tatkala komponen Umno-BN lain memilih jalan provokasi dalam isu-isu sensitif negara.
Presiden PAS dengan tegas menyatakan sikap "Rahmat Islam" dalam isu kalimah Allah, isu Sunni-Syiah dan perlaksanaan undang-undang Islam.
Uniknya ialah apabila PAS sebagai gerakan Islam yang berhadapan dengan komposisi 50-50 peratus, menjadi contoh bagaimana ia mampu meneruskan agendanya. Maka tema "Rahmat Untuk Semua" boleh dijadikan rujukan kepada gerakan Islam yang lainnya dari sudut dokumentasi dan pengajaran.
Temanya universal, bagaimana ia dapat direalisasikan dalam masyarakat?
Cabaran melaksanakan tema ini memang besar kerana ia adalah pengisytiharaan terhadap sistem dan cara pentadbiran negara yang bobrok dan boros. Iaitu nilai yang amat kontradik dengan sikap "Rahmat" yang diajukan Presiden PAS.
Secara mendasarnya sistem masyarakat hari ini yang melihat segala sesuatu dari lensa perkauman dan agama yang sempit telah memporak-perandakan asas keharmonian masyarakat kita.
Untuk merealisasikannya, ia bermula dengan memahamkan semua segmen masyarakat tentang keluasan dan kerahmatan Islam yang bertentangan dengan konsep Islam Melayu, Melayu Islam yang dijaja oleh Umno dan seumpamanya.
Kedua ialah menghidupkan budaya merentasi kaum dalam organisasi PAS melalui pengukuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP dalam budaya PAS.
Dan ketiga ialah menjurus fokus parti selain gerak politik iaitu mengenengahkan dasar sosial, ekonomi dan pendidikan yang memperlihatkan erti keadilan, kesaksamaan dan kedamaian.
Semua pihak dalam PAS berperanan mengoperasikan tiga daerah fokus di atas sebagai implikasi kepada tema yang dipersetujui oleh semua ahli PAS dalam muktamarnya tempoh hari.
Tapi rakyat nak tengok teladan yang praktikal. Soalnya mampukah PAS tonjolkan "Rahmat Untuk Semua" berdasarkan gelagat dan polisi parti, kerajaan yang diperintah?
Soalan itu terpulang kepada sikap yang diambil oleh kepimpinan PAS dalam isu-isu yang akan dinilai oleh orang ramai samada ia konsisten atau tidak dengan tema tersebut.
PAS akan diuji dengan isu bangsa Melayu contohnya, di mana Umno akan mengheret isu perpaduan Melayu. Apakah sikap PAS dalam konteks kerahmatan ini?
Begitu juga soal melaksakan syariah. Sejauh mana penilaian kepimpinan terhadap jurang antara samada ia perangkap atau keikhlasan.
Bagaimana ketegasan PAS terhadap hubungan antara agama di negara ini dengan benar-benar melaksakan konsep kerahmatan yang dianjurkan oleh Islam walaupun akan dipandang serong oleh Umno dan kelompok ultra-konservatif.
PAS harus tegas dalam sikapnya tanpa perlu diheret dengan nada sentimen yang dimainkan oleh puak-puak sempit perkauman dan NGOnya.
PAS akan diuji juga dari sudut hubungannya denga rakan-rakan strategiknya daripada KeADILan dan DAP. Pada waktu yang sama PAS perlu membawa mesej yang jelas kepada orang Melayu tentang kerangka perjuangan politik baharu.
Soalan-soalan tersebut akan menjawab tahap kemampuan PAS membawa tema besar ini dan saya yakin dengan kepimpinan yang ada hari ini, PAS akan berjaya menyerlahkan "kerahmatan Islam" dalam negara kita hari ini, insyaallah.
Kelantan adalah medium terbaik untuk PAS buktikan tema ini relevan dan praktikal. Macam mana Kelantan boleh membantu?
Kelatan sentiasa menjadi mercu tanda praktikaliti dasar Islam dalam pentadbiran. Pertama kerahmatan itu dilihat dalam kesederhanaan kepimpinannya, kedua bebas rasuah dan ketiga pembangunan seimbang fizikal dan material.
Dalam konteks perhubungan dengan kaum lain, walaupun Kelantan bukan sebuah contoh masyarakat yang tinggi kepelbagaiannya namun, Kerajaan Negeri Kelantan telah memperlihatkan kesungguhan dan komitmen memelihara kepelbagaian agama dan kaum yang ada.
Perlantikan ketua kampung dari berbagai lapisan masyarakat dan keterlibatan mereka dalam Urusetia Penerangan Negeri adalah contoh keterlibatan pelbagai kaum dalam pentadbiran kerajaan.
Ini adalah pengalaman bermakna untuk dijadikan bahan tontonan tentang keupayaan PAS mentadbir atas konsep "Rahmat Untuk Semua" jika ia diberi peluang.
Presiden PAS meninggalkan 10 arahan langsung. Bagaimana ia upaya dilaksanakan secara konkrit?
10 arahan adalah umpama "The Ten Commandment" yang wajib dilaksanakan oleh pihak yang menerimanya. Arahan mempunyai konotasi yang kuat tentang kebertanggungjawaban dan komitmen melaksanakan arahan dengan yang terbaik.
Ia merujuk kepada kesegaran semula gerak kerja parti melibatkan lajnah-lajnah, dewan-dewan dan ahli-ahli legaslatif PAS yang terlantik.
Kesemua mereka adalah pelaksana kepada tema "Rahmat Untuk Semua". Secara khusus DHPP perlu dipertingkatkan melalui modul-modul yang terancang bagi menjadikan mereka dewan yang lebih efektif dan lebih memahami dasar perjuangan PAS.
Saya melihat arahan Presiden PAS seolah menuntut supaya semua institusi pelaksana ini merejuvinasikan semula diri mereka agar kesepadanan harapan Presiden dan kemampuan dapat disinergikan. Saya mengharapkan mesyuarat awal Jawatankuasa PAS Pusat dapat meletakkan asas-asas pengorganisasian yang kukuh dan menginstitusikan perlaksanaan ini sebelum parti melakukan sepak awalnya untuk tahun 2014 nanti.
Sumber HD - 4-12-2013
Bahtera PAS pasca Muktamar Tahunan ke-59
- Dec 03, 2013
- DR MUJAHID YUSOF RAWA
Barah
Muktamar baru sahaja berlalu dan semua aktiviti seakan kembali normal bagi pimpinan dan ahli PAS. Kini mata tertumpu pada Perhimpunan Agung Umno walaupun pemilihan sudahpun dilakukan.
Namun tulisan saya bukan tentang Perhimpunan Agung Umno, saya lebih berminat untuk melihat pasca muktamar PAS kerana suasana kehadiran muktamar ke-59 baru-baru ini dipenuhi dengan pelbagai kempen dalaman oleh pihak-pihak tertentu yang boleh disifatkan sebagai agresif.
Saya menamakan suasana ini sebagai dinamika kumpulan dalam usaha untuk meletakkan kedudukan masing-masing dalam hieraki parti. Namun apa yang lebih utama dalam dinamika kelompok ini ialah kesannya yang jika tidak dikawal dengan baik oleh kepimpinan tertinggi akan berpotensi menjadi barah yang melemahkan dan membunuh parti.
Implikasi
Proses pembarahan tidak akan berlaku dengan cepat ia umpama killing me softly dan apa yang kita saksikan dalam kelincahan kempen sebelum muktamar adalah asakan kumpulan untuk mendapat pengiktirafan melalui para perwakilan.
Pada waktu yang sama ia adalah tanda kematangan dan perkembangan PAS, malangnya ia juga tidak berakhir dengan berakhirnya muktamar. Kesan keputusan muktamar tidak menyenangkan pihak tertentu dan mereka meneruskan asakan dalam pembentukan barisan kabinet khususnya di peringkat Dewan Pemuda.
Ia menandakan permulaan kepada satu cabaran besar kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS dan pasukannya berhadapan dengan proses perkembangan dan konflik dalaman parti.
Apa yang membimbangkan para pemerhati yang mahu melihat PAS maju ke hadapan ialah konflik dalaman berterusan akan mengalihkan tumpuan untuk membina kekuatan parti bagi persediaan PRU ke-14.
Setiap kelompok akan mengukuhkan lagi kedudukannya pada pemilihan dua tahun lagi dan isu-isu seperti pelaksanaan hudud dan perundangan Islam akan menjadi polemik dalaman yang pada hakikatnya tersemat mesej siapakah yang lebih kuat nadanya memperjuangkan isu-isu ini.
Dalam hal ini, pertembungan ide-ide pengoperasian Islam dalam konteks kuasa akan berterusan lewat garis-garis keras dan sederhana dalam perdebatan parti.
Ia akan memberi kesan kepada strategi parti kerana ide-ide itu akan memberi impak kepada persoalan komitmen dengan Pakatan Rakyat, persoalan demokrasi dan konteks dinamika kepelbagaian kaum di negara ini.
Terpulanglah kepada kepimpinan parti untuk mengendalikan gelora yang tidak dapat dielakkan ini mengikut perkiraan dan pertimbangan siyasah syarieyah yang bijak.
Tenang setelah gelora?
Tiada yang tenang dalam kehidupan sesebuah organisasi politik kerana organisasi kepartian ‘bernyawa’ atas gelora ini. Ia akan menguji kepimpinan kerana memimpin dalam cuaca tenang tidak memerlukan kehebatan manakala memimpin dalam ribut dan lautan bergelora memerlukan seseorang itu menggunakan segala kemahiran kepimpinan yang ada.
Tim kepimpinan yang akan membawa cabaran ini tidak boleh mengambil sikap sweep under the carpet seperti lazimnya dibuat oleh mereka yang lebih suka ‘lari’ daripada masalah, mereka terpaksa berhadapan dengan masalah dan untuk melakukan demikian ia memerlukan pemimpin yang berisiko tinggi meletakkan popularitinya terancam.
PAS tidak memerlukan pemimpin yang popular dalam mengharungi cabaran pasca muktamar ke-59, jika ia serius untuk melakar masa depan yang cerah dalam politik tanah air.
Pemimpin yang bertindak atas memenuhi kehendak kelompok tertentu dan tiada data yang bebas dan berkecuali untuk membuat keputusan hanya akan menyuburkan barah yang sedia ada sehingga pemimpin itu sendiri sendiri akan terancam kerana barah ini.
Pulau impian
Istilah ‘Pulau Impian’ menjadi sandaran harapan kepada mangsa gelora badai dan ribut taufan yang melanda sesebuah perjalanan.
Ia harapan kepada kelegaan dan idaman kepada ketenangan dan kerehatan. Walaupun ia satu harapan namun dalam melalui badai perjuangan, istilah rehat dan pulau impian hanyalah motivasi untuk melaui satu ujian kepada satu ujian yang lain.
Sebesar ujian ialah mengekalkan bahtera terus dikemudi dalam lautan ganas, nakhoda senantiasa meletakkan orangnya di tempat yang tepat dan menyemarakkan semangat untuk terus fokus sampai ke destinasi.
Kepimpinan pasca muktamar perlu menjadi nakhoda dan pengemudi yang cekap dan tiada kompromi kepada unsur yang menghalang fokus perjalanan ini.
Kepimpinan yang mementingkan populariti dan suka ambil jalan mudah tanpa sistem membuat keputusan yang adil dan bebas untuk menguruskan parti, hanya akan menyuburkan perbalahan dan bahtera mungkin akan tenggelam.
Dalam hal ini, saya sudahpun melihat perjalanan kali ini akan menjadi mencabar, parut terluka perlu masa yang lama untuk sembuh, pemimpin tak perlu menikmati masa bulan madu kerana seharusnya mereka sudahpun bekerja sejak kelmarin lagi. Kepada semua kepimpinan PAS di semua peringkat, selamat belayar…
Sumber HD - 3-12-2013
PAS gagah memimpin ummah ke medan siasah
- Nov 29, 2013
- Dr Mujahid Yusof
PERJUANGAN memakan masa yang lama, ia tidak dinamakan perjuangan tanpa perjalanan yang panjang dan sebuah pengorbanan yang mahal harganya. Perjalanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk kekal di persada perjuangan menyaksikan ramai pemimpin PAS yang datang dan pergi, tidak ketinggalan yang pergi ‘meninggalkan’ perjuangan atau yang istiqamah hingga di titik akhir nafasnya.
Patah tumbuh, hilang berganti, begitulah pewaris PAS meneruskan galas-ganti amanah menetapkan garis perjuangan supaya tetap di paksinya. PAS tidak pernah kemarau dengan pelapis yang senantiasa memenuhi ruang legar kepimpinan yang cukup untuk semua kerana setiap individu dalam parti dalam setiap posisinya ada peranan masing-masing, yang utama ialah mencurahkan kebaktian untuk parti.
Walau apapun yang diperkatakan orang tentang PAS dan sejarah panjangnya, muqaddimah ini adalah hakikat yang perlu difahami dan dihayati oleh semua pihak khususnya pejuang-pejuang PAS.
NAMA YANG TERUKIR
Walaupun dalam PAS senarai nama yang tidak diukir lebih ramai dari yang diukir, pun demikian nama yang terukir bukan atas permintaanya tetapi di atas penghargaan dan amanah yang dipikulnya sebagai pengemudi bahtera perjuangan lantas diberikan penghormatan.
Kepimpinan PAS terbentuk melalui daya juang yang tinggi dilatari suasana tekanan pesaingnya Umno yang selalunya memiliki kelebihan dari sudut kelicikan dan kuasa. Keupayaan pimpinan PAS menongkah arus dalam suasana demokrasi yang terhimpit wajib mendapat satu 'tabik spring'!
Tokoh-tokoh PAS boleh dibahagi kepada mereka yang memimpin pada zaman sebelum kepimpinan ulama dan selepas kepimpinan ulama. Kepimpinan Ulama adalah kemunculan PAS pasca Dato’ Asri yang memimpin PAS dari tahun 1971-1982.
Sebelum Dato’ Asri, Dr Burhanudin al Helmy telah membawa PAS ke persada kerana namanya yang besar itu sehingga PAS berjaya menguasai Terengganu dan kemudian Kelantan, seterusnya melebarkan sayapnya ke utara dan tengah tanah air.
KEPIMPINAN ULAMA
Keluar daripada konflik bukanlah satu usaha yang mudah apabila Allah SWT menguji bahtera perjuangan PAS dengan kocakan dalaman. Hikmahnya ialah Allah SWT mengkehendaki PAS terus maju dan ini terbukti dengan gagasan baru kepimpinan PAS yang menggelarkan dirinya sebagai 'Kepimpinan Ulama'.
Tokoh pertama yang menggalas tanggung jawab ini sebagai Presiden ialah Tuan Guru Haji Yusof Rawa. Namanya tidak tertonjol pada awalnya dan beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Yusof Rawa setia dengan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dari tahun 1959.
Namanya muncul untuk jawatan Timbalan Presiden pada tahun 1981 dan semasa Dato’ Asri meletakkan jawatan, Pak Yusof Rawa memangku dan kemudian diamanahkan sebagai Yang DiPertua PAS Pusat tahun berikutnya.
Gelaran itu kemudiannya ditukar kepada Presiden dan itulah yang diamanahkan kepadanya sehingga tahun 1987. Pak Yusof Rawa turut mencatat sejarah dalam PAS apabila menjadi Mursyidul ‘Am yang pertama pada tahun 1987.
Jawatan Mursyidul ‘Am diwujudkan selaras dengan terbentuknya Majlis Syura Ulama dalam perlembagaan baru parti. Jawatan tertinggi dalam PAS itu diamanahkan kepada Pak Yusof Rawa sehingga tahun 1989 dan kemudiannya beliau meletakkan jawatan kerana keuzuran.
PAS BANGKIT SEMULA
Kepimpinan Ulama menandai kesungguhan kepimpinan parti untuk membentuk platform baru kepada parti. Apabila ide kepimpinan ulama diketengahkan pada awal 80-an, permasalahan umat Islam pada waktu itu menjadi fenomena dunia.
Kejatuhan Soviet dan kekalahan yang memalukan kuasa komunis terbesar itu di tangan para Mujahidin di Afghanistan mengisyaratkan kebangkitan kuasa Islam yang tidak boleh dipandang ringan.
PAS mendefinisikan dirinya semula dalam suasana tersebut dan kerana itu kelantangan suaranya kepada jati diri umat pada persada alamiyah (antarabangsa) turut menyuntik semangat kebangkitan Islam di Malaysia.
PAS juga harus membina kekuatan dari arah dalam dengan membentuk program perkaderannya yang kini dikenali sebagai 'tarbiah'. Ahli disuntik dengan kekuatan dalaman dan mereka mesti melahirkan ciri-ciri muslim yang memilik sahsiah Islamiah lewat usrah, tamrin, mukhayyam dan ceramah.
Pada waktu yang sama PAS perlu mendapat semula sokongan rakyat setelah kejatuhan Kelantan yang merupakan kubu tradisinya. Ini bermakna PAS perlu mengekalkan pengundi tegarnya dan sambil menggamit pengundi baru melalui sikap politik yang diambilnya menentang BN melalui pendedahan salah laku pentadbiran kerajaan diselitkan dengan ketegasannya terhadap ideal Islam dalam pentadbiran.
Semasa PAS mendefinasikan semula kewujudannya, Pak Yusof Rawa menggalas tugas selaku arkiteknya, malah seorang jurnalis terkenal M.G.G Pillay menggelar Pak Yusof Rawa sebagai ‘arkitek’ yang bertanggungjawab membina semula PAS dalam era Kepimpinan Ulama.
Pak Yusof Rawa banyak tertumpu membina kekuatan baru PAS dari kalangan profesional muda yang baru kembali ke tanah air dari UK, US dan universiti tempatan manakala figurnya yang berlatarbelakangkan pengajian Islam amat disenangi oleh para ustaz yang mendapat pendidikan formal Islam dari dalam dan luar negara khusunya Al-Azhar.
MEMPROMOSI PAS
Tidak mudah kerja-kerja perhubungan awam dilakukan dalam suasana politik baru yang dilalui oleh PAS dalam era kebangkitannya. Tembok penghalang utama adalah tanggapan sinikal yang tersemat dalam persepsi masyarakat khususnya bukan Melayu yang menganggap PAS sebagai untuk orang Melayu sahaja.
Kesedaran yang tinggi di kalangan kepimpinan waktu itu terhadap fahaman bahawa Islam sebagai agama merahmati semua kaum mendorong kepimpinan PAS waktu itu menggapai sokongan masyarakat Cina khususnya melalui dialog dan ceramah untuk kelompok bukan Melayu.
Kesungguhan usaha ini memungkinkan terbentuknya CCC atau Chinese Consultative Council, malah calon-calon bukan melayu turut bertanding atas tiket PAS dalam persefahaman lewat CCC.
Sememangnya dilema antara mengekalkan pengundi Melayu sebagai asas dan mempromosi PAS kepada segmen pengundi bukan Melayu adalah umpama melakukan aksi berjalan atas tali yang halus.
Keseimbangan mengekalkan momentum untuk berjalan adalah keunikan kepimpinan dalam suasana Malaysia yang multi-kaum dan kepimpinan ulama yang awal telah mengambil risiko tersebut.
Namun hasilnya berbaloi dalam bentuk jangka panjang apabila suasana politik hari ini menyediakan platform yang selesa untuk menerima kelompok bukan Melayu sebagai sebahagian dari identiti PAS dengan terasasnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Kepimpinan di bawah Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini tidak mungkin melakarkan sejarah penting ini jika tidak diterokai lebih awal lagi oleh dua pemimpin awal kepimpinan ulamak iaitu Pak Yusof Rawa dan Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor.
PAS HARI INI DAN SETERUSNYA
Generasi PAS hari ini tidak mungkin menuai hasil tanpa penat jerih yang dirintis oleh generasi awal PAS. Dari Tuan Haji Ahmad Fuad kepada Dr Abbas Alias kemudian dikemudi oleh Dr Burhanudin dan diambil alih oleh Dato’ Asri Muda adalah bintang-bintang gemerlapan PAS.
Pada waktu orang melihat PAS akan berakhir setelah era Dato’ Asri, muncul pula Tuan Guru Haji Yusof Rawa lalu Dato’ Fadzil Noor memikul amanah dan kini PAS terus kukuh di bawah kepimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Pada setiap era, gandingan mantap pasukan kepimpinan sentiasa memastikan PAS terus mara ke hadapan. Hari ini PAS menyambut tahun ke-59 Muktamar Agung dalam suasana yang semakin mencabar.
Seperti semalam, ia berjaya melalui ombak dan badai laut politik yang bergelora. Dan seperti kata-kata semalam oleh pemimpin kita yang bijaksana; bahawa pemimpin datang dan pergi namun perjuangan akan tetap diteruskan dengan kepimpinan yang akan melakar masa depan parti yang gilang gemilang.
Di atas nama Islam, Insyaallah parti ini akan terus mekar mengharum membimbing umat ke medan siasah.
Betapa generasi hari ini harus mengambil pesanan daripada lagu PAS yang dikarang sendiri oleh Dato’ Asri:
“Bergeraklah ke medan jasa, kalah menang bukan alasannya, sucikanlah niat di hati, hingga nyata benarnya janji Rabbi...”
Sumber HD -29-11-2013
PAS cadang subsidi bersasar, bukan tersasar
Harakahdaily, | 07 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memberikan subsidi bahan api dan makanan secara bersasar jika benar-benar ingin melakukan penjimatan wang negara.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, subsidi bahan api dan makanan seharusnya hanya diberikan kepada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah manakala golongan berpendapatan tinggi membayar dengan harga asal.
Beliau berkata, subsidi yang diberikan sekarang dilihat tersasar daripada matlamat sebenar iaitu meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
"Subsidi petrol dan makanan contohnya, orang miskin dapat orang kaya pun dapat.
"Saya cadang bagi keberkesanan bajet kali ini apa salahnya kerajaan memikirkan subsidi yang lebih bersasar kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah supaya mereka menikmati subsidi bahan api dan makanan dan yang bergaji lebih yang tidak memerlukan subsidi mereka harus bayar harga pasaran.
"Tapi subsidi sekarang yang kaya gaji puluh ribu pun dapat dan yang banyak guna subsidi petrol ialah orang yang ada kemudahan," katanya ketika membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam.
Beliau mencadangkan agar golongan berpendapatan rendah diberikan kupon untuk digunakan ketika membeli petrol dan barangan yang diberikan subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi membayar secara tunai.
"Duit hasil penjimatan itu kita guna untuk pendidikan, tidaklah subsidi terbuang begitu sahaja," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Selain itu, beliau meminta agar tindakan tegas dikenakan ke atas pihak yang terbabit dalam ketirisan seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara.
"Saya cadangkan tindakan susulan yang tegas diambil susulan laporan audit negara. Jangan hanya ambil tindakan setengah jalan.
"Kita tak mahu intan dikalung ke leher anjing. Cakap tapi tak ada siapa yang dengar," katanya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-11-2013
Reformasi bajet dan subsidi
Dr Mujahid Yusof, | 04 Nov 2013 |
PERSIDANGAN parlimen bagi perbahasan Bajet 2014 pada minggu lepas hakikatnya tiada yang baru. Apa yang baru adalah sebelum Bajet 2014 dibentangkan, buku laporan audit diletakkan lebih awal di atas meja semua Ahli Parlimen.
Kami menerima laporan audit pada hari terakhir awal Oktober lalu sebelum masuk pada 23 Oktober 2013 untuk persidangan bajet.
Namun apa yang biasa adalah laporannya yang penuh dengan maklumat ketirisan berpandukan kepada pengauditan tertentu yang digunakan oleh Jabatan Audit Negara. Pendahuluan kepada pembentangan Bajet 2014 buat sekian kalinya dibayangi oleh kegagalan tatakelola kewangan negara.
Kenyataan bahawa buku laporan audit telah diberi lebih awal kali ini berbanding tahun lepas tidak dapat mengubah keadaan bahawa salah guna dana awam yang diamanahkan kepada kerajaan Barisan Nasional terus berlaku.
PEMIKIRAN BAJET BN
Bajet sebenarnya tidak boleh berfikir tetapi cara perencana bajet boleh dikesan dengan gaya boros dan tidak bertanggungjawabnya. Pemikiran bajet kerajaan BN adalah belanja dan beri selagi kita boleh ambil dari poket rakyat.
Sebenarnya tidak salah untuk mengambil dari poket rakyat tetapi yang salah adalah cara dan bagaimana kerajaan membelanjakan duit yang diambil itu.
Jikalau kita memberi duit kepada seseorang lalu mendapati duit itu digunakan dengan cara boros dan tidak bertanggungjawab, apakah kita rela atau reda duit kita diperlakukan demikian?
Sebaliknya jika duit kita digunakan dengan baik dan bertanggungjawab sudah tentu kita tidak ada masalah untuk memberinya lagi.
Dalam suasana kerajaan BN mengekalkan rekod tatakelola kewangan yang buruk, bajet kali ini memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula - dan ini tidak banyak membantu keyakinan rakyat terhadap moral kawalan kewangan pemimpin kerajaan BN.
APA SALAH GST?
Tiada salahnya GST, yang salah adalah keabsahan moral BN yang nak mengambil cukai daripada rakyat sedangkan isu ketirisan dan pemborosan tidak digarap dengan satu komitmen yang penuh bertanggungjawab.
Kerajaan BN tidak serius untuk menangani penyelewengan kewangan dana awam sedangkan adalah menjadi syarat utama mana-mana kerajaan yang melaksanakan dasar cukai yang bertanggungjawab untuk mengasaskan sebuah kerajaan yang telus dan cekap tatakelola kewangannya.
Dengan latarbelakang ini, kami dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bukan menentang GST, tetapi kami menentang suasana kerajaan yang boros dan membazir tidak patut menyelesaikan masalah dengan menggunakan pendekatan cukai menyeluruh atau GST.
Kerajaan dalam suasana ini seharusnya mereformasikan cara tatakelola kewangannya bukan melonggokkan masalahnya kepada rakyat!
BIJAK DAN BERHEMAH
Bagaimana rakyat boleh menerima percukaian baru GST jika ciri utama bajet iaitu ‘bijak’ dan ‘berhemah’ tidak ada dalam perbelanjaan kewangan negara. Pejabat Perdana Menteri seharusnya menjadi contoh kepada 'prudent spending' tetapi pada kadar peruntukan yang tinggi iaitu RM16 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri, PM kita tidak meletakkan asas yang baik kepada Kementerian yang lain.
Apa yang mengecewakan adalah sebahagian besar peruntukan melibatkan bayaran gaji mewah pegawai kontrak dari agensi yang ditubuhkan oleh Pejabat Perdana Menteri malah CEO agensi seperti PEMANDU, Talent Corp, Agensi Inovasi Malaysia, SPAD menikmati gaji lebih tinggi dari gred tertinggi penjawat awam.
Apakah rasional perbelanjaan yang besar ini?
Apakah dengan penubuhan agensi-agensi yang 'memakan' poket perbelanjaan awam, tata kelolaan kewangan dan projek kerajaan jadi lebih berkesan?
Tanyalah kepada laporan audit, anda akan berjumpa jawapannya.
Ketirisan tetap menjadi tema perbahasan bajet buat sekian kalinya, dianggarkan keseluruhan ketirisan mencecah RM20 hingga RM30 bilion, manakala projek yang sarat dengan pelbagai masalah seperti PLKN yang menelan belanja RM750 juta bagi tahun 2012.
Apakah ia perlu diteruskan atas akaun rakyat?
Apabila berhemah dan bijak tidak lagi menjadi ciri utama bajet BN, bagaimana kerajaan mengatakan mereka perlu melaksanakan cukai menyeluruh?
BERKESAN
'Jiwa besar’ BN tidak memberi alasan untuk mengatakan bajet kerajaan BN berkesan, ini adalah kerana niat baik satu hal tetapi keberkesanan membantu satu hal yang lain.
Dalam hal ini, isu subsidi menjadi perbahasan hangat apabila rasionalisasi subsidi mengisyaratkan persediaan kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan subsidi.
Selama ini subsidi menelan belanja yang besar dari keperluan bahan api dan makanan asas. Keberkesanan subsidi adalah apabila ia sampai tepat kepada kelompok yang memerlukan tetapi apabila ia dilaksanakan secara umum ia berpotensi untuk menjadi ketagihan kepada rakyat.
Subsidi secara umum tidak lagi berupaya untuk menampung suasana perbelanjaan kerajaan yang semakin meningkat sedangkan pendapatan semakin menguncup.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencadangkan peralihan kepada subsidi bersasar supaya perbendaharaan negara dapat melakukan penjimatan untuk disalurkan kepada peruntukan pembangunan dan modal insan.
Negara kita sedang menuju ke arah itu, namun data supaya sasaran kelayakan penerima subsidi dari rakyat Malaysia masih kabur. Pusat pengumpulan data yang komprehensif berpandukan pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000 adalah diperlukan.
Subsidi bahan api seperti petrol tidak berkesan kerana yang menikmati secara maksima ialah golongan mewah dan bukan golongan berpendapatan rendah, di sini berlaku pembaziran subsidi dari sudut kelompok sasaran.
Dengan sasaran, yang mampu terpaksa berkorban untuk membeli harga pasaran dan dengan itu kita dapat menyelamatkan peruntukan subsidi disalurkan kepada pembangunan dan pendidikan.
Malangnya struktur peralihan dari subsidi umum ke subsidi bersasar masih tidak kelihatan dalam bajet 2014 sedangkan inilah pendekatan terbaik untuk mengelakkan bebanan ke atas belanjawan kerajaan.
REFORMASI BAJET
GST bukan jawapan untuk menyelesaikan bajet seimbang yang diunjurkan oleh kerajaan menjelang 2020 selagi bajet tidak direformasikan.
Reformasi bajet melibatkan peningkatan pendapatan kerajaan melalui kaedah pencukaian yang lebih berkesan.
Antara yang boleh meningkatkan pendapatan dengan syarat kerajaan itu bertanggungjawab dan telus adalah dengan memperluaskan lingkungan pembayar cukai, memperkenalkan cukai keuntungan modal, meningkatkan duti stem untuk transaksi hartanah nilai tinggi.
Cukai yang 'dilarikan' perlu diambil balik termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan 'money laundering' di mana dianggarkan sejumlah RM220 bilion dilesapkan sejak tahun 2009.
Ini merupakan satu sumber pendapatan yang telah dikhianati untuk kepentingan sendiri dan perlu dijejaki dengan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Laporan audit perlu diambil serius dengan membuat tindakan pantauan dan lanjutan sepanjang perlaksanaan Bajet 2014 manakala SPRM bertindak ke atas para penjenayah bajet supaya memberi pengajaran kepada mereka yang berpotensi atau terlepas dari mengkhianati dana awam.
Hanya kesungguhan membanteras ketirisan dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap cara mana-mana kerajaan mengendalikan dana awam.
KOMPAS MORAL
Bajet bukan sekadar soal ekonomi pendapatan dan perbelanjaan negara ,ia bukan sekadar makro ekonomi tetapi ia juga adalah perkiraan politik yang penuh bertanggungjawab kerana ia ada kena mengena dengan peranan kuasa.
Apa yang kita tidak mahu lihat adalah politik yang membuat keputusan separuh masak dan mementingkan kelompok tertentu dan semata-mata mahu mengekalkan kuasa.
Azam politik menuntut mereka yang berkuasa dan yang akan berkuasa memiliki keikhlasan dan kejujuran untuk meletakkan diri mereka dalam kompas moral sebelum menurunkan angka-angka dan petunjuk ekonomi.
Mampukah kita menikmati bajet berpemikiran baru untuk rakyat Malaysia?
Jikalau melalui pemikiran Bajet BN, saya tiada komen.
Anda bagaimana?

Sumber HD - 4-11-2013
Kalimah Allah: Suburkan dialog dan debat
Dr Mujahid Yusof, | 24 Okt 2013 |
BUKAN mudah merungkaikan satu kerumitan tetapi amat mudah untuk mengkusutkan sesuatu yang mudah. Hanya ilmu dan kewarasan akan menentukan garis pemisah antara sentimen dan keilmuan.
Masyarakat kita suka merumitkan perkara yang mudah dan memudahkan perkara yang rumit, apatah lagi media dan kepimpinan politik tidak banyak membantu meredakan keadaan manakala ulama tidak banyak mendidik prinsip yang memahamkan orang awam dan pemerintah dalam suasana hubungan Islam dan bukan Islam yang hidup dalam suasana kepelbagaian hari ini.
Isu kalimah Allah termasuk dalam kategori yang perlu penghuraian yang tuntas dan bernas supaya diadunkan dengan berbagai premis hujahan yang akan mematangkan fahaman kita terhadap sesuatu isu.
DALAM PERSPEKTIF
Dengan meneliti hujahan para pengkritik di dalam isu kalimah Allah kita boleh merumuskan bahawa ia bukan antara yang menyokong dan tidak menyokong. Jikalau kita menyatakan demikian bahawa ada yang menyokong dan ada yang tidak, kita terjebak ke dalam perangkap 'mudah' dalam meneliti sesuatu masalah yang cuba menjelaskan sesuatu prinsip besar dalam Islam.
Dalam memahami isu ini ada beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk memahami konteks yang diperdebatkan melalui:
Pertama; urutan peristiwa dan isu
Ia bermula dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada hujung tahun 2009 secara tepat pada 31 Disember 2009. Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Herald Christian boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya setelah dilarang dan disekat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Keputusan itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam dan sepanjang tahun 2010 kes ini menguasai media sama ada pro dan kontra. KDN meneruskan saluran perundangan dengan mengemukakan ke Mahkamah Rayuan.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan KDN sebagai responden.
Gereja menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.
Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.
Pada Julai 2013, Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, The Herald.
Mahkamah Rayuan menolak dan menetapkan pendengaran penuh rayuan pada 10 September 2013. Keputusan 10 September untuk rayuan penuh ditangguh kepada 13 Oktober 2013. Keputusan rayuan pada 14 Oktober yang lalu menetapkan bahawa The Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Kedua; perkembangan isu dari satu tahap ke satu tahap menggambarkan momentum isu sentiasa mendapat perhatian dan sensasi media
Ia tidak berakhir dengan keputusan Mahkamah Tinggi tetapi alasan untuk mengemukakan rayuan memberikan impak isu ini seolah merupakan isu keselamatan negara (national security). Teori Kristianisasi semakin menjadi fokus utama dalam membincangkan isu kalimah Allah apabila permusuhan Kristian lwn Islam di Malaysia menjadi semakin menajam.
Media membesarkan isu, kononnya ada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian, adanya Gereja Methodis Damansara Utama yang mengadakan majlis memurtadkan orang Islam dan isu Ahli Parlimen Lembah Pantai dikontroversikan sebagai menyokong murtad, ucapan Krismas Ketua Menteri Pulau Pinang yang disensasikan dan terkini demonstrasi ke atas Ahli Parlimen Parit Buntar dan cubaan menghalang usaha dialog antara agama di Gereja Anglican Butterworth.
Perkembangan isu kalimah Allah seolah diperluaskan kepada isu-isu sensitif yang telah memburukkan hubungan antara agama di negara ini sepanjang negara ini mencapai kemerdekaan.
Perkembangan isu seolah-olah dibentuk momentumnya untuk memberi tekanan kepada penganut Katolik dan membentuk mesej supaya mempertahankan Islam dari konspirasi Kristian di Malaysia.
Ketiga; Suasana yang menguasai keadaan serta emosi yang mengiringinya
Suasana sepanjang kes ini dilanggani boleh dikatakan penuh emosi dan sensasi dari keilmuan dan objektiviti. Media berperanan untuk membentuk sentimen itu dan kenyataan pemimpin dibentuk begitu rupa oleh media untuk memberikan gambaran yang lebih bersifat permusuhan dan kebencian.
Keadaan ini menyebabkan ketegangan hubungan dengan penganut Katolik di mana rumah ibadat menjadi sasaran dan prejudis antara umat beragama semakin menjadi lebih jelas. Nilai ekstremisme seolah terbuka luas dengan sikap emosional yang diambil oleh kelompok ekstrem kanan dan kelompok liberal mendapati ianya peluang untuk menegaskan pendiriannya yang selama ini mungkin terpendam dan lebih berhati-hati.
Soalnya apakah sepanjang emosi ini dimainkan kita menggadaikan objektiviti tajuk dan meletakkan negara kita sebagai pertaruhan?
Keempat; Siapa aktornya dalam memimpin isu yang diperdebatkan
Setiap isu pasti ada aktornya yang memimpin isu, dalam hal ini media, parti politik dan kelompok masyarakat sivil dan institusi penganut Katolik dan umat Islam. Para aktor memilih jalur masing-masing untuk memberi makna kepada isu yang diperdebatkan atas apa jua matlamatnya.
Aktor yang mendapat liputan ialah golongan ekstrem kanan seolah-olah mereka mewakili kelompok umat Islam yang menyatakan jalur kerasnya kepada isu kalimah Allah. Aktor yang memilih jalur pertengahan dengan mengambil cara dialog dan wacana dilabel sebagai jalur liberal yang bersikap lunak kepada 'musuh Islam'.
Pada waktu yang sama kerajaan menunjukkan sikap 'toleran' dengan membenarkan kemasukan kitab Injil berbahasa Melayu, Al-Kitab yang tertera kalimah Allah di dalamnya. Sebelumnya pihak kastam menyekat kemasukan hampir 35,000 naskhah di pelabuhan Kelang dan Kucing tahun 2011.
Agak menarik siapa yang mengkaji sikap kerajaan BN kerana pada waktu yang sama mereka diam dengan tindakan golongan ekstrem kanan tetapi pada waktu yang sama 'berlunak' dengan pihak Katolik kerana pada waktu itu berlangsungnya Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang majoritinya adalah penganut Kristian.
Setelah meneliti isu kalimah Allah dalam perspektif peristiwa dan perkembangannya, kita akan memahami bahawa isu ini secara keseluruhannya bermula dengan perspektif perundangan kemudian berkembang kepada mobilasasi masyarakat dan media memberikan nilai-nilai sensasi dan emosi untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu manakala kelakuan toleran kerajaan BN menampakkan isu ini tidaklah terlalu sensitif apabila kerajaan mempunyai keazaman untuk berunding dengan pihak tertentu yang berkepentingan.
PREMIS HUJAHAN
Setelah meneliti premis hujahan mereka yang melanggan perdebatan ini, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menilai dan meletakkan pandangan dan pendapat masing-masing di atas neraca ilmu kerana tidak semua yang diperkatakan boleh diterima sepertimana tidak semuanya boleh ditolak.
Kita hanya perlu meletakkan apakah kerangka yang membentuk hujahan mereka dan dari sini kita boleh mengatakan pandangan yang lebih berobjektif apabila melihat isu ini secara menyeluruh. Saya membahagikan hujahan tentang kalimah Allah oleh kesemua pihak di atas beberapa premis iaitu Premis Teologi, Premis Prinsip dan Premis Perundangan.
PREMIS TEOLOGI
Dari sudut teologi ataupun disiplin kajian tentang Ketuhanan/Aqaid maka kalimah Allah adalah perdebatan antara konsep ketuhanan yang dipakai oleh penganut masing-masing. Secara asasnya perdebatan tentang ketuhanan dalam teologi Kristian ditegakkan atas konsep Triniti.
Walaupun pelbagai mazhab muncul dalam konflik intra mazhab Kristian tentang lambang Nabi Isa atau Jesus sebagai tuhan atau manusia namun mereka mempunyai kepercayaan yang sama tentang Jesus sebagai penebus dosa asal manusia dan bahawa Jesus ada unsur ketuhanan dan Jesus adalah penyelamat.
Konsep ketuhanan bagi mereka adalah dalam peribadi Jesus dan mulai tahun 325 Masihi, Konstantin seorang Raja Rom telah menganut agama Kristian dalam sidang Nicea telah menyatukan doktrin Kristian di atas triniti maka tersebarlah ajaran Roman Katolik dengan Gereja sebagai institusi yang mengawal doktrin ini sampai ke saat ini.
ISLAM MENOLAK KETUHANAN TRINITI
Sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi, iaitu jarak 600 atau 500 tahun dari kedatangan Nabi Isa a.s. kefahaman Triniti telah menular dan al Quran telah menyebut tentang kesesatan triniti yang dikaitkan dengan Allah. dalam surah al Kahfi:
“Dan memberi peringatan kepada mereka yang berkata: ambillah Allah sebagai anak, mereka tiada ilmu (yang benar) dan begitu juga dengan nenek moyang mereka, besarlah kemusnahan apa yang keluar dari mulut mereka, mereka hanya mengatakan kepalsuan.” (Al Kahfi: 4, 5)
Islam menegaskan Allah dalam nada ketauhidan mutlak sedangkan nabi Isa a.s. hanyalah rasul seperti Muhammad s.a.w..
Nabi Muhammad menegaskan Tauhid berasaskan surah Ikhlas iaitu;
"Katakanlah Allah itu itu Tunggal..." (Al-Ikhlas:1)
Umat Islam diajar untuk senantiasa mensucikan Allah daripada apa yang menodai-Nya daripada unsur syirik dengan menyatakan;
"Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan..." (Al Hasyr: 23)
RUMUSAN PREMIS TEOLOGI
Dari sudut teologi premis perbahasan tentang “Allah” adalah atas asas pertembungan antara ketauhidan mutlak melawan syirik dalam segala bentuknya termasuklah triniti yang menjadi doktrin akidah Kristianiti sehingga kini.
Sebagai umat yang meyakini ketauhidan mutlak ini, tidak mungkin mana-mana muslim boleh menerima “Allah” yang dicemari dengan konsep triniti. Dari sudut ini adalah betul untuk kita menerima bahawa Allah sama sekali tidak ada kena mengena dengan fahaman triniti dan perkara ini mesti dijelaskan dari sudut pandang sisi Islam.
PREMIS PRINSIP
Prinsip yang dimaksudkan adalah asas yang membentuk hubungan Islam dengan bukan Islam di mana prinsip-prinsip ini memantulkan kerahmatan Islam dan komitmen Islam kepada hak beragama. Prinsip inilah yang telah membawa Islam menjadi peneraju kepada tamadun manusia dan telah mengasaskan fondasi yang kukuh untuk dijadikan rujukan kepada manusia.
TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA
Prinsip ini mencakupi makna yang luas termasuklah tidak ada hak untuk kita umat Islam menentukan apa yang betul dan tidak dalam urusan ibadat mereka. Implikasi prinsip ini juga menetapkan bahawa penganut bukan Islam ada kebebasan untuk beribadat dan beramal dan faham agama mereka dengan cara mereka, serta menjadi tanggungjawab kepimpinan negara menyediakan keperluan mereka.
Rasulullah s.a.w. dilarang oleh Allah SWT untuk menggunakan taktik 'paksa' dalam apa jua bentuknya walaupun dengan niat yang baik supaya mereka menerima Islam. Allah menegaskan:
“Jika Tuhanmu berkehendakkan, maka berimanlah setiap jiwa kesemuanya di muka bumi ini, apakah engkau wahai Muhammad mahu memaksa manusia sehingga mereka menjadi orang yang beriman?” (Yunus: 99)
KEPELBAGAIAN
Islam memperakui kepelbagaian dan kerencaman kerana itu adalah tanda kebesaran Allah. Allah berkemampuan menjadikan semua manusia berada di atas agama yang sama tetapi Allah mahu menetapkan satu tanda kebesaran-Nya iaitu manusia berterusan berbeza-beza agama:
“Jika Tuhanmu berkehendakan, nescaya dijadikan kamu semua di atas agama yang satu(sama), namun hakikatnya mereka akan berterusan berbeza-beza (agama).” (Hud: 119)
Prinsip kepelbagaian ini menjadi teras kepada kekuatan Islam tersebar dengan cara yang terhormat dan jambatan yang menyambungkan antara kepelbagaian dan risalah Islam adalah jambatan kedamaian yang dihulurkan oleh Islam dengan penuh keikhlasan.
Islam meraikan kepelbagaian ini dalam segala bentuknya bagi mengelak konflik yang berpotensi tercetus atas nama kaum, bangsa dan agama yang mewarnai hubungan antara kuasa pada waktu itu, lantas mesej Kedamaian atau As Salam yang dipelopori oleh Islam telah menjadikan agama ini sangat dihormati oleh kawan dan lawan.
DIALOG DAN PERDEBATAN SIHAT
Prinsip ini menjadi rahsia Islam dapat diterima oleh pelbagai kaum dan manusia kerana asas menerima atau menolak adalah atas kesedaran dan keyakinan melalui dialog dan perdebatan yang sihat.
Dialog membuka ruang untuk masing-masing mempertahankan kekuatannya dan dari sini terserlah siapa yang lebih mantap hujahannya lalu memberi ruang kepada semua pihak untuk membuat penilaian.
Sebagai agama yang benar, Islam tidak sama-sekali melarikan diri dari berhadapan dengan hujahan agama lain, malah al Quran menggalakkan pendekatan dialog dan debat dengan berhemah dengan penentang-penentangnya.
“Serulah kamu ke jalan Tuhan mu dengan penuh hikmah dan memberi nasihat yang baik, dan debatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik, Sesungguhnya Tuhan mu mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan dia mengetahui siapa di kalangan yang mendapat petunjuk.” (an Nahl: 125-126)
“Janganlah kamu berdebat dengan Ahlul Kitab melainkan dengan cara yang baik (berhemah), kecualilah mereka yang menzalimi kamu.” (Al Ankabut: 46)
RUMUSAN PREMIS PRINSIP
Dari keterangan yang diberikan melalui prinsip tiada paksaan, prinsip kepelbagaian dan prinsip dialog, jelaslah bahawa di sebalik kesesatan teologi triniti, Islam tidak pernah menghalang apa juga keyakinan agama lain walaupun mereka mengaitkan doktrin mereka dengan kalimah Allah.
Prinsip ini lebih besar untuk dipelihara dari kesesatan mereka kerana ruang yang diberikan oleh Islam untuk membetulkan salah faham tentang Allah ialah melalui perdebatan sihat dan dialog bukan pendekatan ketetapan melarang kerana itu sudah masuk dalam daerah memaksa yang ditegah oleh prinsip "tiada paksaan dalam agama".
Kisah Kristian Najran yang mengunjungi Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah menjadi dalil betapa Rasulullah membela prinsip-prinsip di atas walaupun sudah berdebat dan berdialog dengan Nabi, mereka tetap dengan pendirian mereka dan Nabi membiarkan mereka malah mengirim pulang bersama mereka seorang sahabat untuk meneruskan usaha berdialog dengan Kristian Najran.
Nabi berbuat demikian sebagai ikutan kepada kita bahawa prinsip besar rahmatan lil alamin mesti dipelihara bukan melalui larangan kepada agama lain tetapi melalui dialog dan terserahlah kepada Allah ketentuan hidayahnya.
Inilah kekuatan Islam!
“Bagi Allah itu hujah yang kukuh, jika dikehendaki maka akan diberi hidayah kepada kamu semua” (al An'am: 149)
PREMIS PERUNDANGAN
Undang-undang diperlukan untuk menyelesaikan konflik antara rakyat dan kerajaan. Dari sudut kalimah Allah yang menjadi konflik, ketetapan undang-undang diperlukan bagi mendamaikan pihak yang berkonflik. Dalam hal ini ialah pihak Gereja dan Kerajaan dan isunya adalah; adakah kalimah Allah boleh digunakan oleh majalah Herald Christian dalam penerbitannya.
Ia akan menjadi kes duluan kepada apa sahaja isu yang asasnya adalah, apakah Kristian boleh menggunakan kalimah Allah atau tidak?
Bagaimana jika digunakan dalam Injil?
Bagaimana jika penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam perbualan mereka dengan rakan Muslim mereka?
Bagaimana dalam nyanyian lagu sesetengah negeri yang ada kalimah Allah dinyanyikan oleh penganut Kristian?
Bagaimana perkataan Allah dalam lambang (emblem) yang dipakai oleh penganut Kristian?
Jikalau alasan Allah adalah milik eksklusif umat Islam, maka bagaimanakah kes-kes yang disebutkan di atas?
Asas penghujahan adalah berpandukan kepada Artikel 3(1) yang mengatakan Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan agama lain bebas untuk diamalkan.
Artikel 11 yang secara khusus bercakap tentang kebebasan beragama untuk lain daripada Islam dengan kawalan dalam fasal 4.
Sebenarnya keputusan Mahkamah Tinggi 31 Disember 2009 telah meletakkan asas perundangan yang cuba memahami kerangka peruntukan di atas dan dengan jelas menunjukkan keterbatasan edaran Herald untuk penganut Kristian sahaja malah melarang edarannya kepada umat Islam.
Walaupun Herald boleh diakses melalui portal internet namun persoalannya jika umat Islam membacanya adakah umat Islam akan keliru?
MAHKAMAH RAYUAN
Namun Mahkamah Rayuan 4 tahun kemudian telah menambahkan unsur lain yang lebih meluas dengan membuat andaian teori kekeliruan, keresahan kristianisasi dan asas ketidaksepakatan Katolik pada kalimah Allah.
Mahkamah Rayuan telah membawa isu kalimah Allah kepada satu tahap perbahasan yang mendedahkan dirinya kepada perdebatan teori konspirasi dan kebimbangan yang tidak berasas sekaligus tanpa disedari menceroboh premis prinsip Islam dalam melihat hubungan antara agama yang mesti diasaskan atas prinsip kedamaian.
RUMUSAN PREMIS PERUNDANGAN
Mahkamah Rayuan juga telah memberikan gambaran bahawa Islam berhadapan dengan isu ini melalui ketetapan 'larangan' dan mensia-siakan peluang melaksanakan prinsip dialog dan perdebatan yang sihat.
Secara hujahan premis prinsip, Mahkamah Rayuan telah melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip besar Islam. Teori konspirasi dan kebimbangan mesti didatangkan dengan bukti supaya prinsip asal boleh dikecualikan (istithna') dengan kadar keperluannya.
Malangnya bukti yang ada hanyalah sensasi media dan tekanan golongan ekstrem kanan yang benar dalam hujah premis teologi mereka tetapi tersasar dari hujah premis prinsip, manakala dari premis perundangan, Mahkamah Rayuan mungkin terlepas pandang prinsip lebih besar yang dijunjung oleh Islam dalam konteks hubungan dengan bukan Islam.
FORMULASI PENDEKATAN
Isu kalimah Allah perlu dilihat secara objektif kerana kerapuhan isu ini berupaya menimbulkan ketegangan hubungan antara agama dan menggadaikan cita-cita negara yang berasaskan kematangan dan objektiviti dalam menyelesaikan konflik sebegini.
Kejelasan antara premis-premis yang dikategorikan dalam artikel ini bukan menggambarkan ia bercanggah antara satu sama lain tetapi ia melambangkan inisiatif untuk mencari formula pendekatan kepada masalah secara matang.
Oleh kerana itu, semua pihak perlu menjauhi sentimen dan semua kepimpinan politik harus mencari jalan satu dasar baru perpaduan nasional yang sudah tidak boleh lagi beroperasi atas kebencian dan prejudis, tetapi sebagai warganegara yang yakin dengan kerangka yang telah dibina oleh semua pemimpin awal yang berbincang panjang tentang apakah bentuk negara yang kita ingin wariskan kepada generasi akan datang.
Cara berfikir dan mengendalikan situasi seperti kalimah Allah seolah-olah kita berada dalam negara yang baru sahaja merdeka sedangkan ada cara lain yang lebih menggambarkan kematangan berfikir pemimpin dan rakyatnya.
Kita juga tidak boleh membiarkan golongan sempit menentukan masa depan negara ini dalam konteks hubungan antara agama, tetapi ia mesti ditentukan oleh kejelasan prinsip dan ketelusan kita menyelesaikan masalah.
MARA KE HADAPAN
Jalan ke hadapan bukan pilihan tetapi satu kemestian untuk mereka yang mahu melihat negara ini melonjak dari tahapnya hari ini. Isu kalimah Allah benar jika umat Islam berhujah atas premis Teologi yang amat bercanggah dengan tauhid yang diimani oleh umat Islam, tetapi ia salah apabila umat Islam menyatakan Allah hanya khusus untuk umat Islam dalam premis Prinsip kerana tiada perenggan daripada Al Quran atau As Sunnah yang mengizinkan larangan ini diwajarkan supaya prinsip besar dalam hubungan dengan bukan Islam tidak dicerobohi.
Adapun atas premis perundangan, Mahkamah Rayuan pada hemat saya terlepas pandang kerangka negara ini dibina dan dikukuhkan lagi dengan percanggahan ketara prinsip Islam yang mahu membuka ruang berdialog dan bukan peluang untuk melarang dalam konteks hubungan dengan bukan Islam.
“Tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam.” (al Anbiya': 107)
Undang-undang memberikan ruang untuk dibawa kes ini ke peringkat lebih tinggi iaitu Mahkamah Persekutuan. Apakah rakyat akan diheret lagi dengan kontroversi ini di peringkat lebih tinggi?
Saya tiada jawapan tetapi yang saya inginkan dan idamkan ialah semua rakyat Malaysia dengan satu seruan;
Marilah kita mara ke hadapan.
_____________________
Penulis ialah Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pengerusi Forum Dialog Antara Agama Asia Tenggara. Buku terbaru beliau adalah "Berdialog Dengan Gereja: Sebuah Travelog Kedamaian" iaitu sebuah catatan pengalaman beliau selaku Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat berdialog dengan lebih 30 gereja di seluruh negara sejak isu kalimah Allah meletus.

Sumber HD - 24-10-2013
Kalimah Allah: Apa selepas ini?
Dr Mujahid Yusuf, | 18 Okt 2013 |
TANGGAL 14 Oktober 2013 akan diingati oleh semua pihak kerana ia jatuh pada 9 Zulhijjah ketika para jemaah haji berwukuf dan mereka yang di luar Arafah bersiap untuk menyambut Aidiladha.
Pada hari yang sama Mahkamah Rayuan telah menetapkan penghakiman rayuan dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa majalah Kristian Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Penghakiman ini mendapat perhatian antarabangsa kerana Malaysia menjadi negara unik yang mengharamkan perkataan ini digunakan oleh penganut Kristian. Saya dihujani soalan daripada pemberita tempatan dan luar negara meminta respons keputusan mahkamah Malaysia.
Hari wukuf itu saya sibuk melayan soalan dan telah update status saya perkembangan terkini isu kalimah Allah dalam media sosial saya.
Saya juga dimaklumkan respons awal kelompok ekstrem kanan mahu melebarkan keputusan ini ke Sabah dan Sarawak kerana penganut Kristian di sana menggunakan Bible yang tertera dalamnya kalimah Allah sebagai terjemahan dari perkataan Elohim.
Di sebalik kegembiraan golongan ekstrem kanan dan sebahagian orang Melayu, masyarakat Kristian Katolik pula bersedih dan marah bahawa hak mereka dikecewakan oleh keputusan panel tiga hakim.
Suasana raya untuk saya pada hari itu dipenuhi dengan pelbagai soalan.
Kemanakah dasar kebebasan agama hendak dibawa?
Adakah negara kita kini dikuasai kelompok ekstrem kanan?
Apakah masa depan hubungan antara agama akan dipengaruhi unsur rasis daripada kesucian agama itu sendiri?
Adakah eksteimisme agama akan subur?
KEJUJURAN
Saya cuba bersikap jujur untuk menjawab persoalan di kepala saya. Kejujuran hanya boleh dipandu dengan prinsip dan prinsip terpandu dengan keilmuan, manakala keilmuan pula asasnya adalah objektiviti dan bukan sentimen.
Saya melihat sejak awal isu kalimah Allah ditunggangi prinsip yang salah maka kewajaran ilmu yang sepatutnya memandu prinsip dikuasai oleh sentimen lalu objektiviti tajuk menjadi tersasar dari perbincangan yang ilmiah dan mendasar.
PRINSIP
Prinsip Islam dalam hubungan dengan bukan Islam terbina atas asas Rahmatan lil ‘Alamin. Kesejahteraan yang Islam angkat dan usung mencakupi perlindungan kepada kebebasan beragama dan hak untuk agama lain melaksanakan keperluan agamanya.
Prinsip Islam juga mempertahankan hak agama lain dari dicerobohi kerana atas nama kemanusiaan tiada siapa yang berhak menodai atau memaksa umat lain menerima agamanya.
Dalil kepada prinsip di atas dipraktikkan sepanjang penguasaan tamadun Islam yang merentasi Timur dan Barat dunia. Kewujudan agama lain di bawah pemerintahan Islam tidak pernah dinafikan, khusus dengan pengikut ahlul kitab (Kristian dan Yahudi), Islam senantiasa menganggap mereka sebagai saudara Ahlul Kitab.
Walaupun kebanyakan mereka menggunakan kalimah Allah dalam kitab Injil mereka dengan bahasa Arab, namun ia tidak pernah menjadi isu, bahkan tidak pernah umat Islam takut jika digunakan kalimah itu atas alasan akan berlaku kemurtadan.
Ia tidak menjadi isu kerana prinsip Rahmatan (Sejahtera) membenarkan, maka siapalah kita hendak menodai prinsip ini. Keagungan prinsip ini dalam konteks hak agama lain ditafsirkan oleh asas yang cukup suci dalam Islam iaitu ‘Tiada paksaan dalam beragama’.
Ia bukan sahaja bermakna kita tidak boleh memaksa orang lain ke dalam agama Islam tapi juga bermakna kita tidak boleh mencampuri urusan agama lain dalam kegiatan seharian mereka.
Siapalah kita hendak memaksa kalimah yang sama yang mereka guna seperti Allah mesti difahami menurut kehendak agama kita?
Antara tanda kebesaran Allah adalah menjadikan kewujudan agama berbeza-beza sebagai sesuatu yang berkekalan sifatnya. ‘Wala yazaluna mukhtalifeen‘ apabila ada perbezaan agama maka perbezaan teologi pasti akan berlaku.
Mampukah kita mengubah panduan Ilahi dengan melarang agama lain menggunakan perkataan yang kita pakai dengan penafsiran yang berbeza-beza?
Sebab itu prinsip ini senantiasa dipelihara oleh ulama dan umarak silam bagi memartabatkan Rahmatan Islam kepada manusia yang berbilang agama.
KEILMUAN
Kebenaran yang kita junjung tidak bererti kita harus mewajarkan ‘kesesatan’ orang lain dengan mencerobohi hak mereka. Jika perasaan itu tidak terkawal maka akan huru-hara perhubungan antara agama lantas keilmuan Islam memimpin hubungan ‘benar dan sesat’ ini melalui nilai peradaban yang tinggi iaitu dialog dan perdebatan yang sihat.
Maka Islam telah menggariskan pendekatan bil hikmah wal mauizatul hasanah (hikmah dan kata nasihat) dan jidal billati hia ahsan (berdebat secara sihat).
Inilah keilmuan yang memandu sentimen dan emosi demi memelihara tujuan Islam dibangkitkan oleh Allah iaitu Kedamaian dan Rahmatan kepada semua.
Sebab itu semua buku dalam daerah keilmuan yang mendebatkan sama ada kalimah Allah boleh dipakai oleh bukan Islam atau tidak adalah dalam aspek perdebatan intelektual dan bukan undang-undang yang menghalang maksud kebebasan agama yang dijunjung oleh Islam.
Memelihara kemurnian prinsip ini lebih utama dari melayani perasaan puak sempit agama dan rasis yang tidak bertanggungjawab. Adakah para hakim kita melayan prinsip Islam atau melayan kerenah sebahagian manusia bigot yang jahil?
SEMPIT AGAMA
Mereka yang membaca Islam atas sentimen kebencian pada agama lain harus memahami bahawa di sana Islam telah meletak disiplin dan kerangka yang jelas hubungan antara agama.
Pernyataan keras Islam terhadap ‘kesesatan’ adalah berpandukan kepada premis haq dan batil, tauhid dan kesyirikan. Begitu juga dalam membentangkan premis permusuhan yang berpotensi menggugat keberadaan Islam.
Adapun tanpa suasana yang disebutkan maka Islam meletakkan kembali asas kesuciannya memelihara hak kebebasan, hak beribadat agama lain dan hak keperluan mereka. Itu adalah asal dan asasnya.
Permusuhan Islam kepada orang lain adalah atas sikap permusuhan orang kepadanya kerana Islam juga perlukan kekuatan. Selain daripada alasan ini maka asasnya ialah kedamaian dan kesejahteraan.
Apakah kalimah Allah digunakan oleh penganut Katolik diwarnai konteks permusuhan? Ataukah ia konteks menyatakan haknya?
Golongan sempit agama terpaksa lebih teliti dalam melanggani isu ini. Teori memurtadkan orang Islam jika benar ada kerana kekeliruan perkataan mesti didatangkan dengan bukti yang jelas, dan saya yakin para hakim yang membuat keputusan jika membuat keputusan atas andaian yang hipopetikal dan dalam kes yang mungkin (jika ada) terlalu terasing.
Bolehkah hanya dengan andaian sesuatu hukum itu ditetapkan?
Mereka tidak akan bergelar hakim jika mereka bukan orang yang bijak dan berhikmah kerana kesan penghakiman akan memberi implikasi yang kepada prinsip besar Islam iaitu Prinsip Kesejahteraan.
APA SELEPAS INI?
Saya bangun awal pada hari raya pertama untuk membuat persediaan khutbah Aidiladha di Masjid Al Huda Sungai Ara, Pulau Pinang. Di waktu yang sama saya terdengar sebelum Subuh takbir raya dengan suara yang merdu dari corong masjid berdekatan rumah ayah saya iaitu Almarhum Haji Yusof Rawa di Gelugor.
Laungan Allahu Akbar saya sambut dalam hati saya sambil air mata saya berlinangan dan sempat saya berdoa.
“Ya Allah Engkau maha mengetahui hambamu, berikanlah aku kejelasan dan kekuatan untuk mengagungkan nama-Mu dengan menitipkan Rahmah-Mu di mata manusia, berikan aku kekuatan untuk berhujah dengan manusia melalui prinsip dan bukan melalui kemarahanku...”
Tanpa disedari kedengaran azan Subuh selesai doa saya pada hari raya Aidil Adha itu lantas saya terus tertanya apa selepas ini?
________________________
Penulis ialah pengerusi pertama bagi South East Forum for Interfaith Networking for Peace dan telah menulis pengalaman berdialog antara agama di dalam buku terbaru, Berdialog Dengan Gereja: Sebuah Travelog Kedamaian.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-10-2013
Persaingan konservatif dan reformis dalam parti
Dr Mujahid Yusof, | 23 Sep 2013 |
SETIAP kali muktamar menjelang, berbagai isu muncul untuk dijadikan bahan sensasi media mahupun kelompok yang bersaing dalam PAS. Khusus dua tahun sekali , para perwakilan akan mengadakan pemilihan kepimpinan, maka fenomena persaingan dan dinamika sebuah parti Islam akan terselah dalam bentuknya yang tersendiri. Bagi saya ia adalah fenomena biasa yang berlaku dalam mana-mana organisasi politik.
ISU MENDASAR
Persaingan dalam PAS adalah fenomena. Bagi yang pesimis ia akan melihatnya sebagai 'bala' yang akan menghancurkan parti manakala bagi yang optimis ia melihat ini sebahagian daripada dinamika evolusi perkembangan sebuah parti politik.
Bagi musuh politik PAS ini adalah peluang baik untuk melihat lawannya berpecah sesama sendiri walaupun sesekali dia akan melihatkan simpatinya pada pihak tertentu. Atas apa jua perspektif yang kita lihat, kita harus bertanya apakah isu yang mendasar dalam fenomena ini?
Isu yang mendasar adalah persaingan, merasionalkan kewujudan parti dan evolusi organisasi.
Persaingan adalah bentuk dinamika sesebuah organisasi, faktornya ialah kelompok-kelompok yang terbentuk dengan membawa idea tertentu dalam parti. Selalunya idea ini menampakkkan pihak yang mahukan pembaharuan manakala sebuah kelompok lagi melihat status-quo yang ada mencukupi malah meyakini bahawa keadaan yang ada yang telah membawa parti ke tahapnya hari ini.
Mereka melihat pembaharuan akan mengubah asas dan dasar parti sedangkan golongan pembaharuan mahukan lonjakan besar parti untuk terus mampu berada di persada.
PERSAINGAN DALAM PAS
Apa yang kita saksikan dari berbagai kenyataan dan sensasi majlis tertentu seperti Multaqa Ulamak baru-baru ini mengisyaratkan persaingan kelompok dalam PAS terdiri dari dua kategori besar para konservatif dan reformis.
Saya kurang setuju kategori ulama dan profesional, ia hanya label yang tidak banyak membantu perspektif yang tepat persaingan dalam PAS, tetapi konservatif dan reformis lebih membawa makna dalam memahami persaingan itu. Konservatif adalah golongan dalam parti yang melihat status-quo dan tidak berani keluar dari status-quo kerana menganggap itulah prinsip dan asas tertegaknya parti ini.
Kelompok reformis mahukan parti keluar dari keadaannya dan melonjak kepada identiti baru untuk menggamit perubahan yang ada di sekelilingnya. Berita baiknya adalah kedua-kedua kelompok yang bersaing ini mahukan kebaikan untuk parti dengan perspektif yang berbeza.
KEPIMPINAN ULAMA
Salah satu tajuk perdebatan kelompok yang bersaing adalah tentang kepimpinan ulama. Gagasan pemikiran organisasi yang diperkenalkan tahun 1980-an ini seiringan dengan krisis besar organisasi PAS yang berlaku semasa era Datuk Mohd Asri Muda. Sebab kepada krisis dan faktornya telah saya sentuh dalam buku 'Pas Baru' terbitan The Malaysian Insider.
Apapun, krisis itu membuka peluang kepada PAS melalui desakan kepimpinan pemudanya melahirkan idae gagasan baru iaitu 'Kepimpinan Ulama'. Ciri utama kepimpinan ulama adalah wujudnya kuasa baru dalam parti bernama Majlis Syura Ulamak di mana keanggotaanya secara eksklusif ialah mereka yang berstatus ulama.
Pengerusi Majlis Syura ialah Mursyidul Am. Sifat Majlis Syura Ulamak ini lebih kepada legislatif dan nasihat. Bahagian eksekutif parti seperti Jawatankuasa Pusat, Dewan-dewan dan lain-lain sampai ke cawangan kekal seperti sediakala.
Tetapi sepanjang 90-an hingga kini, tiba-tiba isu ulama tidak ulama menjadi perbahasan sampailah kepada persoalan sama ada bahagian eksekutif parti mesti juga di kalangan ulama atau tidak. Secara konvensionalnya juga Presiden, Timbalan dan salah seorang Naib mesti dari kalangan ulama.
Kecuali Mohamad Sabu, semua Timbalan Presiden PAS sebelum ini dalam kepimpinan ulama dikategorikan sebagai ulama. Kelompok yang bersaing tidak mempertikaikan keahlian ulama dalam Majlis Syura, mereka cuma mempertikaikan kenapa jawatan eksekutif lain mesti di kalangan ulama juga? Untuk mengenal pasti bukan ulama maka terciptalah label profesional.
Akhirnya isu sebenar yang boleh memajukan parti diabaikan dan isu ulama tidak ulama pula menjadi perdebatan yang tidak produktif.
TUNTUTAN ULAMA
Istilah ulama dalam PAS mesti difahami dari sudut operasinya sebagai mereka yang berlatarbelakangkan pengajian agama secara formal dalam atau luar negara, peringat rendah ataupun tinggi. Apa yang dituntut dalam Multaqa Ulama untuk diberi ruang kepada ulama agak mengelirukan kerana selama ini mereka ada Dewan Ulamak yang bersifat eksekutif.
Ketua Dewan Ulamak secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, begitu juga halnya di peringkat negeri dan kawasan. Malah ulama ada dalam jawatankuasa pusat dari sudut mereka yang berlatarbelakangkan pengajian agama, walaupun bukan dari kalangan anggota Dewan Ulamak.
MERIT
Persaingan dalam parti sepatutnya bukan berdasarkan latarbelakang pengajian tetapi adalah ditentukan oleh merit atau kelayakan. Dalam PAS corak pemilihan oleh para perwakilan akan terpengaruh dengan ciri tertonjol pada calon-calon antara aktivis, latarbelakang agama dan ilmuwan.
Masalahnya adalah tidak semua aktivis ustaz dan tidak semua ustaz adalah ilmuwan mahupun aktivis dan tidak semua ilmuwan itu ustaz dan aktivis. Corak ini kadang kala terlalu simplistik sehingga asas utama iaitu kelayakan atau merit diabaikan.
Merit atau kelayakan mesti dinilai dari sudut pencapaian dalaman dan luaran parti, kejelasan hendak membawa visi dan misi parti ke hadapan dan tahap pengorbanan dan susah-payah calon sebagai aktivis. Asas 'ulama lwn non-ulama' menjadi tidak relevan jika kita memahami asas kedudukan seseorang ialah kerana kelayakan yang dinilai oleh para perwakilan terhadapnya bukan kerana mereka ulama atau tidak.
Apatah lagi sebagai sebuah parti politik yang inginkan kuasa ke Putrajaya, isu merit sepatutnya menjadi persoalan pokoknya. Hal ini tidak bercanggah dengan kaedah Islam memilih seseorang kepada sesuatu tugasan iaitu al-Qawi dan al-Amin iaitu berkemampuan (berkelayakan) dan beramanah. Mengapa pula ulama dan non-ulama menjadi isu?
PERSAINGAN SIHAT
Persaingan yang sihat adalah persaingan yang berlumba untuk mengetengahkan idea kepada parti dan membuat perkiraan rasional bagaimana parti harus terus efektif memimpin orang ramai membentuk negara yang diidamkan.
Saya telah membawa idea dalam dua buku saya bagi mewajarkan lonjakan baru yang saya namakan sebagai 'keluk ke-3 untuk PAS'.
Dalam program 'Rejuvenasi PAS', saya telah memperkenalkan empat tingkap atau bahagian organisasi yang perlu diberi penyegaran iaitu Struktur dengan menawarkan Institusi Presiden yang kuat, manakala dalam Sumber Manusia saya mencadangkan Jabatan Sumber Manusia parti untuk mengurus perkembangan parti yang pesat.
Dalam budaya saya mencadangkan pengukuhan akhlak Islam dan profesionalisme manakala dalam persaingan dalaman saya mencadangkan ketelusan dalam proses pemilihan.
Dari sudut strategi luaran, kejelasan tentang penglibatan PAS dalam masyarakat sivil dan demokrasi serta advokasi dasar perlu kepada penyegaran semula. Malangnya parti diheret untuk membincangkan sama ada ulama atau tidak ulama yang layak memimpin PAS. Saya telah beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa jika ulama itu layak bukan kerana dia ialah ulama dan jikalau bukan ulama, dia layak bukan kerana dia tidak ulama.
Mereka diletakkan di situ kerana para perwakilan melihat Kemampuan (al-Qawi ) dan Amanah (al-Amin) yang mereka miliki untuk membawa bahtera perjuangan PAS di Malaysia. Sepatutnya kepimpinan mendidik ahli kepada budaya memilih kerana kelayakan dan bukan statusnya.
IMPLIKASI
Malangnya perkataan ulama telah diberi makna yang berbeza. Sepatutnya istilah ulama melambangkan keilmuan dan keterbukaan tetapi kini menjadi status yang dipertaruhkan untuk bersaing dalam parti. Apakah status ulama itu mewajarkan segala-segalanya dari sudut kelayakan?
Penglibatan seseorang yang berstatus ulama dalam sebuah organisasi parti politik Islam bukan menjamin jawatan dan kedudukan dalam parti, malah sebagai ahli parti , dia perlu menunjukkan keberkesanan dan kemampuan membawa visi dan misi parti.
Dalam buku saya, 'PAS Baru' dan 'Rejuvenasi PAS', isu dikotomi (pemisahan) ulama dan bukan ulama mesti diselesaikan segera melalui penyegaran sistem sumber manusia parti dengan membuat penarafan piawaian ahli yang ada dalam PAS dari berbagai latarbelakang kepada piawaian yang dipersetujui dan jangan biarkan pihak tertentu yang memandai-mandai menarafkan kelayakan hanya berbekalkan status semata-mata.
Inilah yang akan berlaku apabila pengurusan parti tidak ada strategi Sumber Manusia parti yang melihat segenap aspek perkiraan bagi melahirkan kelayakan kepimpinan yang terbuka untuk semua.
MASA DEPAN PAS
Apa yang disaksikan hari ini adalah dinamika sebuah parti politik dan sebagai parti politik Islam, keunikannya menjadikan evolusi perkembangannya menarik untuk diberi perhatian.
Nama Islam pada parti politik tidak menjamin ianya suci dari kerenah manusia yang menggerakkan parti Islam. Apa yang perlu adalah kemahiran menguruskan dinamika ini kerana ia akan memberi peluang cerah kepada perubahan yang amat diperlukan PAS hari ini jika ia mahu kekal relevan.
Mengurus konflik dan krisis tidak memerlukan ulama atau tidak, ia memerlukan seseorang yang mampu melihat secara positif bahawa dalam krisis dan konflik ada peluang untuk penyegaran baru bagi PAS melonjak ke hadapan.
Sudahkah kita yan cintakan pada perjuangan ini memikirkannya?

Sumber HD - 23-9-2013
Biar diganggu dialog diteruskan
Mohd Sabri Said, | 18 Sep 2013 |
BUTTERWORTH: Segelintir penunjuk perasaan yang menentang dialog antara agama di Gereja St Mark, dekat sini, 16 September lalu terpegun mendengar penjelasan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dato' Dr. Mujahid Yusuf Rawa tentang kepentingan dialog itu di sudut dakwah.
Dialog yang pada awalnya dirancang diadakan di Gereja St Mark terpaksa dipindahkan ke sebuah restoran di Jalan Padang Benggali, dekat sini setelah dibantah sekumpulan penunjuk perasaan.
Namun program itu dipindahkan sekali lagi ke Gereja St Mark apabila tuan punya restoran enggan memberikan kebenaran kerana khuatir akan berlaku kekacauan.
Turut hadir pada majlis dialog itu Koordinator program, Abdul Rahman Kassim dan Paderi Gereja St Mark, John Kennady Samuel.
"Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat bertegas tidak akan tunduk dengan desakan segelintir pihak yang mempunyai agenda tersembunyi. Sebaliknya kami akan mengatur lebih banyak program seperti ini di masa-masa akan datang," jelas beliau.
Kehadiran kumpulan demonstran dalam dialog itu diambil kesempatan Dr Mujahid untuk menjelaskan tujuan program itu dilaksanakan.
Menurutnya, program dialog itu tiada kena mengena dengan keputusan mahkamah mengenai isu kalimah Allah tetapi adalah kesinambungan dialog yang pernah diadakan sejak 2010.
"Kita tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik NGO Islam yang menentang program dialog yang boleh merapatkan PAS dengan bukan Islam. Mereka sebenarnya cemburu terhadap kejayaan PAS mendekati masyarakat bukan Islam," ujarnya.
Dialog yang pada awalnya dirancang diadakan di Gereja St Mark terpaksa dipindahkan ke sebuah restoran di Jalan Padang Benggali, dekat sini setelah dibantah sekumpulan penunjuk perasaan.
Namun program itu dipindahkan sekali lagi ke Gereja St Mark apabila tuan punya restoran enggan memberikan kebenaran kerana khuatir akan berlaku kekacauan.
Turut hadir pada majlis dialog itu Koordinator program, Abdul Rahman Kassim dan Paderi Gereja St Mark, John Kennady Samuel.
"Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat bertegas tidak akan tunduk dengan desakan segelintir pihak yang mempunyai agenda tersembunyi. Sebaliknya kami akan mengatur lebih banyak program seperti ini di masa-masa akan datang," jelas beliau.
Kehadiran kumpulan demonstran dalam dialog itu diambil kesempatan Dr Mujahid untuk menjelaskan tujuan program itu dilaksanakan.
Menurutnya, program dialog itu tiada kena mengena dengan keputusan mahkamah mengenai isu kalimah Allah tetapi adalah kesinambungan dialog yang pernah diadakan sejak 2010.
"Kita tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik NGO Islam yang menentang program dialog yang boleh merapatkan PAS dengan bukan Islam. Mereka sebenarnya cemburu terhadap kejayaan PAS mendekati masyarakat bukan Islam," ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-9-2013
Dr Mujahid bukukan pengalaman dialog dengan gereja
Harakahdaily, | 14 Sep 2013 |
PETALING JAYA: Sebuah buku nukilan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa berjudul 'Berdialog dengan Gereja sebuah Travelog kedamaian' telah disempurnakan peluncuran awalnya oleh Pengarang Rencana dan Analisis The Malaysian Insider, Zulkifli Sulong.
Majlis berlangsung di Old Town White Coffee, Seksyen 13, dekat sini, petang semalam.
Buku terkini Dr Mujahid memaparkan pengalaman beliau selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional yang terlibat dalam dialog dengan pihak gereja, khususnya dalam isu kalimah Allah yang mencetuskan provokasi hubungan antara agama di negara ini.
Dalam ucapan ringkasnya Dr Mujahid menyatakan bahawa buku ini bersifat santai supaya semua pihak dapat membacanya berbanding dengan penulisan akademik yang agak ketat disiplinnya.
Prof Madya Mat Rofa, seorang pakar matematik yang banyak terlibat dalam dialog antara agama turut dijemput membuat ulasan buku.
Menurutnya, usaha berterusan perlu dilakukan untuk memahamkan orang ramai bahawa dialog antara agama adalah jalan ke hadapan dalam melihat hubungan antara agama terpelihara demi kedamaian.
Beliau juga menyebut sifat rahmat Islam adalah ciri utama keperluan dialog ini.
Zulkifli ketika berucap menyifatkan keterlibatan Dr Mujahid dalam dialog isu kalimah Allah bersifat proaktif dan menjelaskan keadaan di mana kisah perjalanan ini dikumpulkan dalam buku ini.
Pengerusi Eksekutif Ilham Books, Hisomudin Abu Bakar dalam ucapannya mengharapkan buku ini dapat memenuhi kehendak pasaran dalam buku-buku bertemakan dialog antara agama.
Majlis diakhiri dengan sesi tandatangan dengan berbagai pihak berpusu-pusu untuk mendapatkan buku dan tandatangan penulis.
Buku berharga RM 25.00 itu boleh diperolehi di laman www.facebook.com/ILHAMBooks atau hubungi 019 6740644 dan email ilhambooks@gmail.com .
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-9-2013
Mesir: Doktrin Islam-Politik dicabar
Dr Mujahid Yusof Rawa, | 25 Ogs 2013 |
Pertembungan doktrin
Kedudukan Mesir sebagai hub intelektual dunia Islam telah menyaksikan kelahiran berbagai aliran Islam yang berupaya menguasai kelompok yang bersaing atas nama Islam. Mendasari perkembangan di Mesir adalah pertembungan doktrin Sekular-Liberal dan Islam.
Salafiyah vs Islahiyah
Jika kita melusuri perjuangan pemikiran Islam pasca Khilafah, kelompok Islam membentuk dua aliran antara Salafiyah yang rigid interpretasi teksnya dan Islahiyah yang agak kontemporari fahaman teksnya mengikuti perkembangan semasa. Muncul dalam kelompok Islahiyah ini individi-individu di kalangan ulamak yang mempelopori pemikiran Islam terkini dengan suntikan makna pada zaman yang dilaluinya.
Tokoh seperti Mohd Abduh, Rasyid Redha dan sebelumnya Jamaludin Al Afghani menjadi mercu tanda pemikiran pada persimpangan umat Islam mencari identiti politik yang hilang dengan proses kejatuhan Khilafah sehingga tahun 1924.
Namun kemunculan seorang tokoh yang bernama Hassan Al Banna bukan sahaja meninggalkan bekas perbahasan intelektual tetapi yang lebih penting telah membentuk satu pergerakan yang mempunyai organisasi paling tersusun yang menguasai pemikiran massa di atas nama Ikhwan Al Muslimun atau Muslim Brotherhood.
Salafiyah
Golongan salafi yang fahaman teks Al Quran dan Hadisnya yang agak kaku tidak banyak melahirkan tokoh-tokoh besar kerana kemunculan mereka adalah merupakan status-quo kepada mainstream yang ada semasa kejatuhan Khilafah tetapi ia telah melahirkan kelompok yang anti kemodenan dan Barat lalu menjadi benih awal kepada kemunculan ekstrimism dan militan dalam perjuangan mereka.
Kelompok Gamaah Islamiyah, Hijrah Wa Takfir dan terkini Al Qaeda adalah sebenarnya manifestasi kebencian kepada Barat dan disokong dengan interpretasi totok kepada teks-teks Al Quran dan Hadis yang ada.
Liberal-Sekular
Kelompok ini mahukan Islam dalam bentuknya yang bebas dari hambatan institusi kawalan moral lantas meletakkan hak individu untuk memilih gaya dan cara hidupnya mengikut pilihannya dan tidak mahu dipaksa dan dipantau oleh polis moral.
Mereka melihat aspek syariah sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita. Mereka mahukan interpretasi Islam yang bebas dan menganggap politik dan Islam tidak boleh bersatu. Mereka tidak menolak agama, tetapi menolak parti Islam dan negara Islam yang mereka dakwa teokratik.
Mengisi revolusi rakyat
Kekosongan period transisi regim kuku besi kepada suara rakyat menyaksikan konfrontasi Sekular-Liberal dan Islam tidak dapat dielakkan. Perkembangan rampasan kuasa tentera disokong oleh kelompok Sekular-Liberal kerana menganggap pengaruh Ikhwan melalui kemenangan Morsi akan membawa negara Mesir kepada pemerintahan agama lalu menafikan hak demokratik rakyat menentukan halatuju negara.
Golongan Sekular-Liberal mewajarkan sokongan mereka terhadap rampasan tentera tempoh hari dengan membawa doktrin anti-political-Islam. Walaupun perbahasan ini jauh dari capaian rakyat awam yang rata-ratanya kais pagi makan pagi di Mesir, namun doktrin ini cuba dipaksakan kepada rakyat Mesir bahawa Morsi mewakili Islam-Politik yang akan menghuru-harakan Mesir dan membawa Mesir ke belakang.
Biarlah ini satu dakwaan kosong sebenarnya dan Tentera yang mencipta suasana huru-hara di Mesir namun implikasi doktrin anti-Islam Politik adalah mesej yang kuat kepada seluruh dunia Islam bahawa mereka harus menentang Islam-Politik dan ini bermakna menentang parti Islam dan cita-cita politik Islam walaupun tak semestinya mereka menantang Islam sebagai agama ritual dan spiritual.
Pemikiran political-Islam
Tesis ini dikemukakan pada awal 90-an oleh Oliver Roy dalam bukunya ‘”The Failure of Political Islam” di mana istilah Political-Islam itu dikaitkan dengan kemenangan kelompok Islam melalui politik yang melahirkan neo-fundamentalism. Politik yang diceburi oleh kelompok ini lebih banyak melahirkan sikap anti-Baratnya melalui kebimbangan mereka terhadap aspek moral dan keruntuhan akhlaq dan gagal membawa program ekonomi sosial dan politik yang mampu mengubah keadaan.
Oliver Roy amat berhati-hati untuk tidak melonggokkan kesalahan itu kepada Islam kerana di kalangan Islamist ada yang menggarap persoalan politik melalui adaptasi kepada perkembangan di Barat dan berpandukan kepada panduan Islam yang sebenar. Menarik dalam hujah Oliver ialah beliau menganggap kelompok neo-fundamentalism adalah anti-tradisi ilmu malah cuba menentukan peranan ilmu mengikut selera mereka melalui kuasa politik yang ada kepada mereka.
Rumusan Oliver ialah kemunculan Islam-Politik adalah gambaran kepada anti Barat dan kemodenan tanpa satu program sosio-ekonomi dan rakyat yang dikuasainya akan memberontak kerana mereka tidak dapat menikmati hasil kemodenan dan pembangunan maka negara akan huru-hara. Akhirnya lahirlah pemikiran ‘kegagalan Islam-Politik’ (the failure of political Islam) sebagai tema yang diangkat.
Mencabar tesis ini
Di kalangan intelektual Sekular-Liberal, ide ini sudah mula didengungkan bagi mewajarkan rampasan kuasa ke atas Morsi. Persoalannya ialah, adakah Morsi mewakili konsep Islam-Politik yang dikemukakan oleh Oliver Roy?
Adakah pemikiran rasmi Ikhwan mendasari neo-fundamentalism?
Adakah pengalaman Algeria, Sudan dan Afghanistan sama dengan proses demokrasi yang dilalui oleh rakyat Mesir?
Adakah kewajaran rampasan tentera kerana Mesir di kancah perang saudara dengan kemenangan Morsi?
Jawapan kepada persoalan yang banyak ini akan membawa kita untuk mencabar teori Oliver Roy yang diaplikasikan oleh golongan Sekular-Liberal dalam meyakinkan orang ramai bahawa menjatuhkan Morsi adalah menyelamatkan Mesir dari Islam-Politik.
Implikasi
Semua kelompok Islam yang bergerak di medan siyasah (politik) harus mengambil serius apa yang saya lontarkan dalam artikel ini kerana pertembungan doktrin merentasi batas geografi dan masa. Selagi Islamist di medan politik tidak membuktikan Islam adalah merentasi sekadar kuasa dan tidak menjurus kepada konsep ketamadunan yang lebih luas skopnya selagi itu tanggapan teori ‘kegagalan’ ini akan menghantui semua pihak.
Islam yang diusung dan diperjuangkan mesti memberi makna kepada keadilan sosial, erti kemanusiaan, erti kebebasan bersuara, keamanan hubungan antara agama dan erti kerajaan yang adil. Kemenangan parti Islam di medan politik bukan kemenangan anti-Barat tetapi ia kemenangan Keamanan Manusia Sejagat dan pastinya kemenangan Islamist perlu menghormati lunas-lunas demokrasi dalam melihat julat kepelbagaian yang ada.
Penegasan kepada suntikan makna Islam yang lebih luas cakupannya dan capaiannya akan menjadikan teori Oliver Roy dan pengusungnya dicabar untuk kita membentuk tesis baru iaitu “The Success of Political Islam”.
Pertembungan berterusan
Morsi telah diharamkan haknya untuk membuktikan teori sukses ini oleh Tentera yang disokong oleh golongan Sekular-Liberal. Saya meyakini bahawa pemikiran Morsi yang didasari oleh Rahmatan Lil Alamin sesekali bukan neo-fundamentalism. Ikhwan pula terkenal dengan sikap keterbukaan mereka kepada pertembungan Islam dan Barat.
Para ulamak dan ilmuan Ikhwan senantiasa mencari-cari titik pertemuan pembinaan tamadun dengan berdialog dan bertukar pandangan. Ikhwan juga tegas dalam soal menuntut hak dan menentang penindasan. Apa yang berlaku di dataran Nahda di Rabiah Adawiyah adalah suara menuntut Hak.
Tiada yang berani mengatakan tindakan rampas kuasa adalah wajar kecuali golongan Sekular-Liberal yang totok anti Islam-Politiknya. Mereka mendapati tentera akan memenuhi kehendak mereka kerana mereka tidak ada asas sokongan rakyat di akar umbi.
Dengan pembebasan Mubarak dari penjara dan dikenakan tahanan di rumah dan Morsi serta pimpinan Ikhwan dipenjarakan, kita hanya mampu bertanya apakah prinsip awalan ini yang hendak diasaskan dalam mengisi Revolusi Rakyat 2011 yang dahagakan kebebasan dan demokrasi?
Apakah ini kes awalan yang hendak diasaskan oleh golongan Sekular-Liberal bahawa demokrasi hanya untuk mereka dan bukan untuk gologan Islam?
Wajar bagi Islamist di medan siyasah mencabar semua prinsip ini dengan kekuatan hujah dan intelektual yang ampuh. - http://drmujahid.com
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-8-2013
Krisis berterusan di Mesir
Dr Mujahid Yusof Rawa, | 19 Jul 2013 |
Tiada siapa yang boleh memberi jaminan bahawa krisis di Mesir akan berakhir dalam jangka masa yang pendek. Seperti yang dijangkakan sejak dari awal lagi Mesir tidak akan mencapai kata sepakat mudah kerana beberapa faktor yang menjadi penghalang kepada proses demokrasi serta faktor dinamika politik dalaman, walaupun langkah awal ke arah proses pendemokrasian itu sudahpun bermula.
Artikel saya sebelum ini tentang Mesir, khususnya di bawah tajuk ‘Tahrir Square Sekali Lagi‘ telah mengandaikan beberapa perkara antara lainnya ialah antik (saki baki) Mubarak masih berkuasa termasuklah tentera, keraguan politikal Islam menguasai keadaan dan isu referendum tentang perlembagaan. Krisis akan terus menghantui Mesir jika isu sebenar belum dapat digarap dengan dengan tuntas. Isu yang terpenting selepas revolusi rakyat ialah pemulihan ekonomi dan rekonsialisasi nasional bagi membuka jalan kepada suasana stabil di Mesir.
Kuasa Tentera
Faktor utama ialah penguasaan tentera yang hingga kini masih lagi berkuasa. Revolusi 25 Januari 2011 terbentuk dengan hasrat menggulingkan Mubarak melalui sokongan tentera yang berpihak kepada rakyat. Walaupun pada zahirnya rakyat dilihat berjaya melaksanakan tugas ini namun hakikatnya kuasa tentera yang menentukan siapa yang naik dan siapa yang turun.
Malah ada teori yang mengandaikan tentera melihat Mubarak perlu ditukar dan mereka melihat orang baru diperlukan. Apabila tentera melihat Morsi tidak banyak membantu penguasaan mereka kerana Morsi mahu mengurangkan penguasaan tentera yang mempunyai kepentingan yang banyak maka tiba giliran untuk menggulingkan Morsi pula. Ini dibuktikan dengan berita di Le Monde dan International Herald Tribune masing-masing pada tarikh 5 dan 6 Julai 2013 yang memberitahu tentang keputusan untuk menurunkan Presiden Morsi melalui perbualan antara Jeneral al Sisi dan Morsi.
Morsi enggan tunduk dan tentera terpaksa menimbulkan berbagai masalah yang menekan rakyat seperti kekurangan gasoline dan masalah bekalan makanan sehingga rakyat bangkit. Tentera hanya perlu campur tangan setelah isyarat dari rakyat disampaikan dan ia seolah-olah dilihat sebagai kehendak rakyat dan Morsi pun digulingkan. Hakikatnya ialah tentera masih memerintah Mesir melalui topeng awam.
Keperluan Strategik Tentera
Terlalu ramai pihak yang berkepentingan terjejas dengan kejatuhan Mubarak. Pertama ialah tentera dan kerana itu kejatuhan Mubarak hanyalah merupakan ‘changing of guard’ kepada generasi baru jeneral-jeneral yang lahir di atas dulang emas. Kepentingan 40% penguasaan ekonomi Mesir dan bantuan tahunan US 1.5 Bilion yang disalurkan terus kepada tentera sukar untuk dilepaskan oleh kuasa tentera.
Amerika pula memerlukan tentera untuk melaksanakan dasar mesra dengan Israel. Kemenangan Morsi tidak banyak membantu memelihara kepentingan ini. Memastikan tentera terus berkuasa di Mesir adalah keperluan strategik utama kuasa besar di rantau ini. Amerika dilihat berhati-hati untuk tidak menyebut bahawa apa yang berlaku di Mesir ialah sebuah kudeta kerana ini bertentangan dengan dasar demokratik Amerika dalam menentukan pemimpin negara, mereka menggunakan istilah ‘regim change’ bagi menggambarkan apa yang berlaku walaupun sebenarnya penggulingan Morsi yang tidak demokratik itu memenuhi kehendak strategik Amerika.
Politikal Islam Teruji
Penglibatan politikal Islam dalam proses demokrasi bukanlah baru di dunia Arab dan Islam. Sebelum ini, Algeria menyaksikan kemenangan FIS (Front Islamic Salvation) kemudian dirompak kemenangan rakyat itu melalui penglibatan tentera lalu mengheret Algeria kepada peperangan saudara yang panjang. Kemenangan Parti Refah di Turki yang digulingkan setahun kemudian juga mengisyaratkan bahawa penglibatan politikal Islam sentiasa dicurigai.
Dalam semua keadaan penglibatan dan kemenangan Politikal Islam yang kemudiannya digulingkan muncul dalam suasana kerangka negara yang terlalu kuat sekularnya. Kemunculan Morsi dilihat sebagai siri penglibatan politikal Islam yang sentiasa diragui apatah lagi Ikhwanul Muslimin (IM) yang diwakili oleh Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) pimpinan Morsi dilihat sebagai ibu kepada segala gerakan Islam sedunia.
Morsi atau IM Yang Berkuasa?
Tanggapan bahawa IM berada dibelakang untuk mempengaruhi keputusan Presiden adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Struktur IM yang mempunyai kuasa syura yang kuat sering dilihat sebagai bayangan yang menentukan keputusan Morsi. Seperkara lagi ialah kemenangan Morsi dilihat tidak mewakili hasrat semua segmen dalam masyarakat Mesir yang rencam itu.
Malah ada dakwaan yang mengatakan pembentukan perlembagaan baru Mesir yang menimbulkan kocakan awal tempoh hari tidak melibatkan pelbagai pihak dan ia dilakukan secara tergesa-gesa dengan mengunakan kuasa dekri Presiden yang turut dianggap sebagai penyalahan guna kuasa Presiden. Dakwaan tiada kesepakatan nasional untuk menentukan perlembagaan negara juga telah menimbulkan bangkangan terhadap kepimpinan Morsi.
Kesemua tindakan Morsi yang yang dipertikaikan tidak boleh dipandang ringan dengan hanya teori konspirasi. Apa yang lebih pantas untuk diambil kira ialah sejauh manakah pemikiran politik IM dalam membawa dasar keterangkuman (inclusiveness) dan menyediakan wahana mewujudkan rekonsialisasi nasional bagi membentuk masadepan Mesir yang lebih mewakili semua pihak. Tapak pemulihan ekonomi juga gagal digarap oleh Morsi yang dilihat lebih sibuk menjenamakan semula IM yang selama ini bergerak secara bawah tanah.
Ikhwan Akan Bangkit
Ikhwan sepanjang sejarahnya telah membuktikan bahawa ia sebuah organisasi yang mampu hidup dalam semua situasi dan keadaan. Ini memandangkan bahawa ia mempunyai rangkaian yang kukuh dari semua segmen masyarakat termasuklah di kalangan tentera sendiri. Rahsia keupayaan Ikhwan ini ialah kerana mereka mengambil ideologi mereka dari akar umbi Islam itu sendiri. Sukar untuk mereka didiamkan apatah lagi menghapuskan mereka. Mereka akan terus menggunakan legitimasi Morsi yang dilantik secara sah sebagai slogan penentangan Ikhwan.
Hujah ini akan mendapat simpati dari berbagai pihak dan tanggapan revolusi dikhianati akan mengukuhkan lagi simpati orang ramai terhadap ikhwan malah ia akan mengumpulkan kekuatan baru para simpatian.
Anti-Amerika dan Keganasan
Selain itu sentimen anti-Amerika akan terus meningkat dan tanggapan Amerika menjadi dalang tidak dapat dielakkan lagi. Ini amat bahaya kerana di kalangan kelompok Islami ada yang agak radikal dan mungkin kepentingan Amerika akan terus terjejas dan tentera akan ditanggap bersengkongkol dengan kuasa besar untuk menghancurkan kehendak rakyat.
Alasan ini akan memberi laluan percuma kepada kebangkitan radikal dan militan Islam. Keupayaan kumpulan radikal Al Gamaah Al Islamiyah yang terkenal dengan keganasan di Mesir berkemungkinan akan bangkit semula malah pengalaman Algeria awal 80an mungkin akan berulang di Mesir. Lebih buruk ialah implikasi kudeta di Mesir akan menyuburkan lagi keganasan merentasi sempadan walaupun dunia memerangi habis-habisan unsur-unsur keganasan.

Sumber HD - 19-7-2013
Mesir dan kejatuhan Morsi
Dr Mujahid Yusof Rawa, | 04 Jul 2013 |
Morsi Diguling
Semasa artikel ini ditulis Morsi iaitu Presiden Mesir pertama yang dilantik secara demokratik telahpun digulingkn oleh tentera. Ini berpandukan kepada kenyataan pihak Tentera bahawa Morsi sudahpun berada dalam tahanan rumah manakala pemimpin Ikhwan yang lain juga turut ditahan.
Di Medan Tahrir, penentang Morsi merayakan berita tersebut manakala perhimpunan pro-Morsi dan penyokong Ikhwan di Rabaa’ Adawiah masih terkejut dengan perkembangan ini. Namun respons penggulingan ini tidak akan berakhir begitu mudah malah Mesir dijangka akan berada dalam keadaan krisis yang panjang dan sekali lagi akan mendapat perhatian dunia.
Demokrasi Melampau
Adakah istilah ‘demokrasi melampau’? Sebelum revolusi rakyat pada 25 Jan 2011 rakyat Mesir tidak pernah memahami erti demokrasi kerana sejak penggulingan Raja Farouk oleh Gamal Abdul Naser dan kemudian Anwar Saddat yang mati di bunuh, Hosni Mubarak meneruskan legasi penguasaan tentera yang membenam demokrasi di Mesir.
Penguasaan tentera tidak hanya dalam bidang politik dan menentukan kepimpinan negara tetapi tentera menguasai hampir 40% agihan ekonomi Mesir. Penguasaan tentera hampir sukar untuk dihapuskan bagi membuka jalan kepada demokrasi untuk menentukan masa depan politik Mesir. Dua tahun setelah Mubarak dijatuhkan dengan kekuatan rakyat demokrasi seolah masih mencari wajahnya yang sebenar apabila Morsi menjadi mangsa demokrasi melampau.
Gambaran penggulingan Morsi seolah-olah memberi isyarat bahawa rakyat boleh buang siapa sahaja Presiden yang mereka rasa tidak layak walaupun Presiden Morsi dilantik secara demokratik dan terma perlantikannya hanya akan berakhir 3 tahun lagi.
Para analisis menggambarkan kebimbangan mereka apakah jaminan Presiden akan datang tidak akan diperlakukan dengan cara demokrasi melampau ini? Adakah di atas nama demokrasi, Mesir akan menuju ke arah anarki? Atau adakah kebangkitan rakyat dalam revolusi 25 Jan yang mahukan kuasa tentera dikurangkan hanya akan mengukuhkan lagi cengkaman tentera? Berbagai persoalan yang memerlukan jawapan kepada masa depan peneraju Arab Spring di Mesir.
Ikhwan Gagal?
Salah satu faktor yang dikatakan menyebabkan kepimpinan Morsi dipertikaikan ialah tanggapan bahawa Ikhwan telah mendominasi politik Mesir sedangkan kebangkitan rakyat adalah terjemahan berbagai pihak. Tanggapan bahawa Morsi tidak mewakili kehendak rakyat dan hanya mewakili kelompoknya adalah asas yang menjadi kempen penentang Morsi. Perlu diingatkan bahawa Morsi memenangi Pilihanraya Presiden dengan meraih 52% sahaja sokongan rakyat. Golongan liberal sekular tiada pilihan calon mereka kerana Morsi yang mewakili parti Kebebasan dan Keadilan adalah cabang politik Ikhwan yang dilihat lebih tersusun dan mempunyai penyokong akar umbi yang kuat.
Kemenangan Morsi dilihat sebagai terjemahan kepada kekuatan Ikhwan yang wujud sekian lama (hampir 85 tahun) dan berjaya kekal dalam suasana politik yang tidak menyebelahinya sepanjang proses itu. Kegagalan Ikhwan mentadbir negara yang cuba digambarkan oleh musuh politiknya dari kalangan liberal sekular akan meninggalkan bekas yang buruk kepada Ikhwan malah ia adalah isyarat kepada potensi kegagalan mana-mana parti Islam yang mahukan kuasa politik di mana-mana negara lain.
Ikhwan Muslimin dianggap sebagai paling kanan dan menjadi idola kepada hampir semua gerakan Islam dunia malah mempunyai cawangannya di hampir seluruh dunia Islam khususnya. Propaganda ini berjaya membunuh dua burung dengan satu batu atau serampang dua mata untuk meranapkan cita-cita politikal Islam yang menyertai proses demokrasi hari ini.
Masa Depan Partisipasi Islamis
Istilah Islamis menggambarkan kelompok penyertaan gerakan Islam dalam gerakan politik dan sivil sebagai salah satu komitmen terhadap proses demokrasi. Ia berbeza dengan istilah teroris yang bergerak di luar kerangka demokrasi yang mengimani cara keganasan sebagai mencapai matlamat Islamnya.
Ikhwan di Mesir selama ini menegaskan dirinya sebagai entiti yang meyakini cara aman untuk memenangkan cita-citanya, malangnya sebelum Revolusi 25 Jan, Ikhwan tiada banyak pilihan melainkan terpaksa berhadapan dengan tekanan yang kuat dari regim tentera. Walaupun tertindas begitu lama, namun ia mampu menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa hilang pengaruh dan kekuatan prinsipnya.
Setelah Revolusi Rakyat, Ikhwan muncul sebagai entiti yang paling berpengaruh dan tersusun berbanding dengan golongan lain. Pasti nya penyertaan dalam proses demokrasi post Revolusi memberikan Ikhwan kelebihan lantas memenangi Pilihanraya Presiden setahun yang lalu. Dari sudut prinsip demokrasi, Ikhwan telah memenangi pilihanraya melalui Parti Kebebasan dan Keadilan secara demokratik namun kemenangannya terus diragui dari sudut keyakinan dan tindakan politiknya yang sering disalahtanggap.
Malah kemenangan Ikhwan tempoh hari dianggap sebahagian sebagai kebangkitan Islamic Fascism. Kejatuhan Morsi pasti akan memberi kesan yang besar kepada persoalan partisipasi politikal Islam dalam proses demokrasi.
Memberi Keadilan
Adakah benar dakwaan terhadap Morsi? Ataukah ianya tuduhan yang tidak berasas malah sengaja direka secara terancang untuk mengapuskan pengaruh Islam yang terlibat dalam proses demokrasi? Morsi sering mengulangi aduannya bahawa saki baki regim Mubarak masih menguasai beberapa kementerian di mana Morsi gagal untuk membentuk struktur barunya. Ini tidak termasuk dakwaan sabotaj kepada kerajaannya dengan menimbulkan krisis kekurangan tenaga, minyak yang membawa kesan kepada keselesaan rakyat. Rakyat menuduh Morsi gagal dan alasan membuangnya menjadi semakin kukuh pada pandangan awam yang rata-rata berada pada pendapatan US 2.5 dollar seorang.
Faktor ekonomi menjadi tekanan terhadap Morsi namun ramai yang mempertikaikan kemampuan untuk reformasi ekonomi dalam jangka masa setahun dan Morsi tidak boleh dipersalahkan.
Kementerian Dalam Negeri masih dalam penguasaan saki-baki Mubarak menyebabkan sukar bagi Morsi mengembalikan keadaan stabil dalam negara kerana terlalu banyak sabotaj ke atas inisiatif Morsi.
Reaksi Pro-Morsi
Penganalisis masih menanti reaksi penyokong Morsi yang kebanyakannya ialah dari anggota Ikhwan dan para aktivisnya dan simpatisannya. Kebimbangan para analisis berpandukan kepada keupayaan Ikhwan untuk menggerakkan penyokongnya yang bertebaran di seluruh Mesir bagi membalas tindakan terhadap penggulingan Morsi.
Ikhwan terkenal dengan keberanian, disiplin ahlinya dan kesediaan mereka untuk mempertahankan ideologinya dan sebarang kenyataan yang provokatif mampu untuk menambahkan minyak ke atas api yang sedang membara. Walaupun demikian hingga saat ini, Ikhwan masih senyap dan tetap menyatakan bahawa mereka akan terus membantah tindakan penggulingan Morsi dengan cara aman.
Namun siapa yang boleh beri jaminan bahawa kerapuhan yang ada di Mesir berupaya untuk mencetuskan kekacuan kelompok yang sukar untuk dikawal.
Amerika Bersuara
Obama mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika mengambil berat apa yang berlaku dan meminta supaya demokrasi dikembalikan dalam suasana yang telus dan mahukan penguasaan tentera dikembalikan kepada kuasa awam.
Malah Obama mahukan tindakan undang-undang tidak dikenakan ke atas Morsi dan penyokongnya. Sudah tentu Amerika akan bertindak balas kerana Amerika mempunyai kepentingan besar di Mesir. Mesir adalah negara Arab pertama yang mengiktirafi Israel pada tahun 1979, sebelum ini Mesir mendapat bantuan ekonomi dan ketenteraan yang besar. Setelah revolusi, bantuan awal US 250 juta diberikan atas semangat reformasi demokrasi dan US 1 billion dijanjikan untuk perkembangan selanjutnya ketika Morsi membuat lawatan ke Amerika baru-baru ini.
Amerika juga berharap Mesir terus kekal menjadi rakan bagi mengimbangi kuasanya memelihara kewujudan Israel. Morsi tidak dilihat dapat memenuhi kehendak ini berpandukan kepada sikap Ikhwan yang keras terhadap Israel.
Definisi Kuasa Rakyat
Pelik memahami perkembangan di Mesir kerana Revoulusi Rakyat 25 Jan mahukan kuasa tentera dikawal tetapi perhimpunan terkini di Tahrir Square menjemput kuasa Tentera untuk menggulingkan Morsi.
Apakah matlamat awal revolusi dikhianati dengan memberikan kuasa kepada tentera hanya setelah 2 tahun revolusi? Apakah kehendak rakyat hanya boleh disampaikan melalui tentera? Lebih penting ialah apakah makna demokrasi jika perlantikan seseorang boleh dibatalkan di jalanraya tanpa peti-peti undi?
Para penentang Morsi menegaskan bagaimana mereka tidak turun ke jalanraya sedangkan Morsi gagal membentuk kerajaannya secara demokratik? Mesir akan melalui fasa-fasa yang menyukarkan dalam menemui wajah sebenar demokrasi setelah terlalu lama dicengkam otokrasi.
Kesan reaksi selanjutnya sukar dibayangkan kerana selagi tentera terus mempunyai kata putus dan kedua kelompok berkonflik mahu menyatakan sikapnya, Mesir akan menyaksikan konflik berterusan.
Menarik kata-kata Qaradhawi seorang ulamak besar yang menjadi penyokong terkuat revolusi rakyat di Mesir bahawa “Bagaimana kita boleh bersabar dengan Mubarak selama 30 tahun, tapi tidak boleh bersabar dengan Morsi setahun? - http://drmujahid.com
Penulis ialah AJK PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Sumber HD - 4-7-2013
Syria terus bergolak – siri II
Dr Mujahid Yusof Rawa, | 03 Jul 2013 |
Pendahuluan
Setelah artikel saya yang pertama keluar dalam usaha untuk memahami konflik Syria, ramai yang meminta supaya artikel susulan ditulis bagi mencerakinkan lagi alasan bahawa isu di Syria bukan soal ‘sectarian violence’ antara Sunni vs Syiah tetapi ia lebih merupakan masalah kepincangan kepimpinan dan kepentingan geo-politik yang mengancam kepentingan kuasa besar.
Kezaliman Melepasi Mazhab
Tidak ada mana-mana mazhab samada Sunni atau Syiah yang mewajarkan sebarang bentuk kezaliman. Pemeliharaan nyawa adalah merupakan titik persetujuan Sunni dan Syiah melainkan mana-mana Sunni dan Syiah tidak menghormati prinsip ini maka tindakannya tidak boleh dianggap sebagai amalan Sunni atau Syiah tetapi amalan individu yang merosakkan nama mana-mana mazhab. Basyar Al Assad hanya mewarisi kezaliman dari ayahnya Hafez Al Assad apabila suara bangkangan terus ditindas. Kebangkitan rakyat sudah sampai ke kemuncaknya di mana mereka melepasi garis takut dan Basyar bertindak balas dengan terus mengancam dan membunuh rakyatnya.
Logik yang mudah difahami dalam konflik hubungan pemimpin dan rakyat ialah keganasan hanya akan melahirkan keganasan seumpamanya. Basyar tidak melihat dalam kerangka demokrasi yang dituntut oleh rakyatnya tetapi Basyar memburukkan keadaan dengan menjadi lebih diktator dalam menghadapi situasi ini. Implikasi reaksi dalam konteks pergolakan politik adalah punca utama dan bukan kerana golongan Sunni memberontak terrhadap golongan Syiah.
Ironi Majoriti vs Minoriti
Jika kita mengandaikan asas konflik berdarah di Syria ialah kerana pertembungan minoriti vs majoriti, keadaan di Iraq pada zaman Saddam Husin menyaksikan golongan Sunni yang minoriti memerintah Iraq yang majoritinya ialah Syiah. Di Syria pula golongan Syiah yang minoriti dari Alawiyin menjadi pemimpin untuk golongan rakyat yang majoritinya ialah Sunni.
Apakah kebangkitan rakyat di Iraq tempoh hari dengan kehadiran tentera penjajah Amerika merupakan kebangkitan Syiah ke atas Sunni?
Ataukah di Syria kebangkitan Sunni ke atas Syiah?
Saya tidak berfikir demikian tetapi kedua-dua pemimpin sama ada Saddam atau Basyar berkongsi satu sebab mengapa rakyat memberontak iaitu penindasan ke atas rakyatnya sendiri. Jadi isunya ialah penindasan dan penindasan boleh berlaku majoriti menindas minoriti mahupun minoriti menindas majoriti seperti kesnya di Iraq era Saddam dan Syria kini.
Kepentingan Kuasa Besar
Ada dua kepentingan kuasa besar di Timur Tengah, pertama minyak dan kedua ialah kewujudan Israel mesti dipelihara. Syria berada pada kepentingan kedua Kuasa Besar. Amatlah kurang bijak untuk kita mengandaikan Amerika yang mewakili Kuasa Besar tidak mengambil kesempatan kebangkitan rakyat di Syria.

Pendekatan Amerika selama ini ialah untuk memastikan ‘regime change’ berlaku supaya kepentingan Israel dipelihara dan penentangan terhadap Israel dari pejuang Palestine dapat dikawal. Syria dalam perspektif Amerika adalah jiran Israel yang buat masa ini tidak banyak membantu dasar Amerika terhadap Israel.
Malah Syria menjadi tempat perlindungan kepada pejuang Hamas yang Sunni dan Hizbullah yang bermazhabkan Syiah. Perlindungan itu bukan kerana mazhab kerana Hamas bukan dari mazhab Syiah, ia lebih merupakan dasar Syria yang tidak mengiktirafi Israel malah menuntut Bukit Golan yang ditawan Israel. Amat jelas perlindungan Syria ke atas Hamas dan Hizbollah adalah tentang kepentingan keselamatan dan memelihara kedaulatan bukan melindungi mana-mana mazhab.
Keganasan Kepuakan
Terma ‘Keganasan Kepuakan’ atau ‘Sectarian Violence‘ dipakai untuk menggambarkan konflik antara fahaman atau mazhab atau agama dari penduduk dalam negeri yang sama. Pertembungan Sunni dan Syiah bukanlah isu yang baru, ia bermula sejak peristiwa pembunuhan Saidina Ali dan berterusan pertembungan itu sepanjang sejarah umat Islam.

Masalahnya ialah ketika proses konflik ini berlaku muncul ajaran-ajaran sesat sehingga setiap mazhab mempunyai ajaran sesat masing-masing. Basyar adalah daripada Syiah Alawiyin yang bagi golongan Syiah sendiri menganggapnya sebagai sesat. Jadi ungkapan Syiah lawan Sunni itu sendiri perlu diberi fahaman yang jelas malah Basyar juga seorang yang mengamalkan dasar negara yang berfahaman Baath Nasiriyiah (Sosialis Arab).
Teori Sunni vs Syiah perlu dilihat dalam konteks pertembungan bersifat politik lebih daripada kepuakan. Kepuakan dijadikan alat sahaja untuk mengukuhkan kepentingan politik pihak tertentu sebagai sentimen untuk kepentingan mengekalkan kuasa atau merebut kuasa. Cetusan semangat mazhab dalam hal ini lebih mudah dibangkitan berbandingkan isu ekonomi mahupun politik.
Amat jelas di Syria isu mazhab hanyalah sentimen untuk mendapat simpati namun kesannya amatlah buruk kerana ia menjadi satu medan pertempuran yang lebih luas menjangkau luar bumi Timur Tengah. Usaha dialog demi keharmonian mazhab pasti akan terbantut kerana syak wasangka semakin meningkat dan sentimen prejudis menguasai keadaan.
Apakah Penyelesaiannya?
Jelas dalam hal ini remedi mesti berpandukan kepada masalah sebenarnya yang berlaku di Syria. Pastinya Basyar perlu berundur kerana kezalimannya untuk mempertahankan kuasa berada di kemuncak. Negara Islam mesti memberi tekanan dengan memutuskan hubungan dengan regim Basyar.

Penyelesaian politik melalui kesatuan semua pihak yang memberontak supaya bersetuju untuk menumpukan tekanan pada rekonsiliasi nasional mesti digerakkan oleh negara Islam dan masyarakat antarabangsa. Kesalahan jenayah perang dari kedua belah pihak hendaklah dihadapkan ke mahkamah antarabangsa manakala isu pelarian semestinya perlu mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Dengan menumpukan kepada permasalahan sebenar kita boleh menghindari sentimen Sunni vs Syiah yang kini menguasai polemik isu di Syria.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-7-2013
TG Nik Aziz wajar diberi penghargaan - Mujahid
Hazayani Zakaria, | 03 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) mencadangkan kepada kerajaan agar memberi penghargaan kepada bekas Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dr Mujahid sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agung di Dewan Rakyat semalam berkata, Tuan Guru Nik Aziz wajar menerima penghargaan tersebut atas kejayaan beliau mentadbir negeri lebih 20 tahun tanpa rasuah.
"Beliau telah menyumbang kepada satu pengertian kepimpinan yang bermoral tinggi, yang merendah diri dalam kehidupan seharian dan kepentingan yang menunjukkan 'good governance'.
"Apalah good governance itu tanpa seorang pemimpin bebas rasuah dan dalam saat kita membicarakan tentang negara dan pemimpin yang rasuah tiba-tiba di celah-celah itu muncul seorang pemimpin yang memimpin negeri Kelantan mempunyai intergriti dan tidak ada rasuah," katanya ketika ditemui Harakahdaly semalam.
Dr Mujahid juga berkata, penghargaan tersebut boleh dirakamkan dala pelbagai bentuk contohnya mewujudkan Institut Pemikiran Nik Aziz dan sebagainya.
"Bagi saya ini satu rakaman sejarah, dalam pada kita menuntut good governance dan di hadapan kita ada contoh yang hidup yang menjadi kerajaan dan mendapat sokongan yang padu rakyat.
"Saya telah lontarkan di dewan sebagai satu hasrat untuk menjadikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai ikon tidak kiralah sebuah institut pemikiran atau apa sahaja yang merakam jasa Menteri Besar Kelantan ini," katanya.
Dr Mujahid sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agung di Dewan Rakyat semalam berkata, Tuan Guru Nik Aziz wajar menerima penghargaan tersebut atas kejayaan beliau mentadbir negeri lebih 20 tahun tanpa rasuah.
"Beliau telah menyumbang kepada satu pengertian kepimpinan yang bermoral tinggi, yang merendah diri dalam kehidupan seharian dan kepentingan yang menunjukkan 'good governance'.
"Apalah good governance itu tanpa seorang pemimpin bebas rasuah dan dalam saat kita membicarakan tentang negara dan pemimpin yang rasuah tiba-tiba di celah-celah itu muncul seorang pemimpin yang memimpin negeri Kelantan mempunyai intergriti dan tidak ada rasuah," katanya ketika ditemui Harakahdaly semalam.
Dr Mujahid juga berkata, penghargaan tersebut boleh dirakamkan dala pelbagai bentuk contohnya mewujudkan Institut Pemikiran Nik Aziz dan sebagainya.
"Bagi saya ini satu rakaman sejarah, dalam pada kita menuntut good governance dan di hadapan kita ada contoh yang hidup yang menjadi kerajaan dan mendapat sokongan yang padu rakyat.
"Saya telah lontarkan di dewan sebagai satu hasrat untuk menjadikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai ikon tidak kiralah sebuah institut pemikiran atau apa sahaja yang merakam jasa Menteri Besar Kelantan ini," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-7-2013
Tahalus siasi: Bebaskan diri dari kongkongan Umno
Harakah, | 01 Jul 2013 |
ALOR SETAR: Seluruh ahli dan kepimpinan PAS diminta agar tidak terpengaruh dengan kongkongan pemikiran Umno dalam melihat dan melaksanakan tahaluf siyasi yang disepakati kini.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, PAS harus melihat keberanian yang pernah ditunjukkan bekas Presidennya, Almarhum Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam mendepani tahaluf siyasi yang diadakan pada zamannya.
Beliau berkata demikian semasa Seminar Pemikiran Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor di Hotel Starcity dekat sini 29 Jun lalu.
Ikuti pandangan penuh beliau mengenainya dalam Harakah cetak.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, PAS harus melihat keberanian yang pernah ditunjukkan bekas Presidennya, Almarhum Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam mendepani tahaluf siyasi yang diadakan pada zamannya.
Beliau berkata demikian semasa Seminar Pemikiran Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor di Hotel Starcity dekat sini 29 Jun lalu.
Ikuti pandangan penuh beliau mengenainya dalam Harakah cetak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-7-2013
Pendidikan: PAS sambut baik titah Agong
Salmiyah Harun, | 25 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menyambut baik titah ucapan Yang di-Pertuan Agong berhubung keperluan pendidikan dalam negara supaya Malaysia lebih ke depan dari sudut inovasi.
Dalam masa yang sama jelas Mujahid, universiti-universiti yang ada dapat memenuhi keperluan-keperluan teknologi dan penyelidikan yang terkini.
Katanya, aspek ini penting di samping menyedari keperluan 'matchmaking' sama ada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau IPTS (swasta) tidak hanya tertumpu kepada sektor yang sama.
"Kerana kita mendapati longgokan graduan yang tidak ada kerja lantaran tidak ada sesuatu yang dicari oleh pasaran," katanya ketika ditemui selepas perasmian Parlimen hari ini.
Beliau yang akan turut membahaskan ucapan titah Yang di-Pertuan Agong berpendapat sistem pendidikan yang ada khususnya pengajian tinggi bukan sahaja mempunyai pendidikan yang bagus tetapi boleh menguasai bidang-bidang strategik yang ada perkongsian dengan syarikat besar supaya apa yang diselidikkan dapat dikomersialkan.
"Itu antara garis pengukur universiti yang ada, IPTS tumbuh seperti cendawan tetapi tidak memenuhi kehendak pasaran kerja dan inilah yang menjadi persoalan yang dibangkitkan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar kerajaan melipatgandakan usaha bagi memartabatkan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi di IPTA ke tahap antarabangsa termasuk memperbanyakkan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang strategik.
Baginda turut bertitah Agenda Pembangunan Holistik Pelajar pula akan diteruskan dengan fokus kepada Program Keusahawanan dan Program Kesukarelawanan Siswa.
Dalam masa yang sama jelas Mujahid, universiti-universiti yang ada dapat memenuhi keperluan-keperluan teknologi dan penyelidikan yang terkini.
Katanya, aspek ini penting di samping menyedari keperluan 'matchmaking' sama ada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau IPTS (swasta) tidak hanya tertumpu kepada sektor yang sama.
"Kerana kita mendapati longgokan graduan yang tidak ada kerja lantaran tidak ada sesuatu yang dicari oleh pasaran," katanya ketika ditemui selepas perasmian Parlimen hari ini.
Beliau yang akan turut membahaskan ucapan titah Yang di-Pertuan Agong berpendapat sistem pendidikan yang ada khususnya pengajian tinggi bukan sahaja mempunyai pendidikan yang bagus tetapi boleh menguasai bidang-bidang strategik yang ada perkongsian dengan syarikat besar supaya apa yang diselidikkan dapat dikomersialkan.
"Itu antara garis pengukur universiti yang ada, IPTS tumbuh seperti cendawan tetapi tidak memenuhi kehendak pasaran kerja dan inilah yang menjadi persoalan yang dibangkitkan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar kerajaan melipatgandakan usaha bagi memartabatkan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi di IPTA ke tahap antarabangsa termasuk memperbanyakkan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang strategik.
Baginda turut bertitah Agenda Pembangunan Holistik Pelajar pula akan diteruskan dengan fokus kepada Program Keusahawanan dan Program Kesukarelawanan Siswa.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-6-2013
Makkah: Segalanya bermula di sini
Dr Mujahid Yusor Rawa, | 12 Jun 2013 |
Kisah Ibrahim
Makkah dan Madinah tidak dapat dipisahkan, jikalau Madinah adalah tempat berhijrah Nabi maka Makkah adalah tempat bermulanya dakwah. Kedua-duanya mempunya tabiat mukabumi yang berbeza dan sekaligus mempengaruhi tabiat penduduknya.
Madinah terkenal dengan sifat ramah dan lembutnya kerana mukabuminya yang lebih subur dan dipenuhi dengan telaga-telaga yang menyejukkan mukabuminya. Makkah pula terdiri dari bukit-bukau batu yang kering kontang dan permukaanya yang berbukit menjadikan hidup penduduknya sukar.
Hanya telaga zam-zam yang menghidupkan kota padang pasir ini dan demikianlah sejarah Nabi Ibrahim telah membuktikan kehebatan Makkah. Saya kini berada di lembah yang kering kontang ini seperti yang disebut dalam sejarah.
Kaabah adalah Makkah
Sejarah juga telah membuktikan Kaabah sebagai perhatian utama Makkah. Tanpa Kaabah tidak nada Makkah yang menjadi tumpuan. Ia adalah bangunan pertama atas mukabumi ini bagi menandakan pemusatan seluruh alam sebagai tanda kebesaran Allah.
Ia tidak disembah tetapi sebagai pusat tanda supaya manusia tertumpu kepadanya untuk menyembah Allah, Pencipta Alam Semesta. Sejarah Kaabah adalah panjang merentasi semua kisah para Anbiya dari Adam, Ibrahim, Ismail dan akhirnya Muhammad s.a.w.
Malah hikmah kedatangan Nabi yang dibangkitkan di Makkah adalah simbol penyatuan jalur para Anbiya ditemukan melalui Ibrahim a.s melalui Nabi Ismail dan Nabi Ishak menandai kesatuan Risalah Tauhid dari Ahlul Kitab sebelumnya. Saya terasa kagum berada di pusat penyatuan risalah para anbiya dan Kaabah berdiri megah menjadi saksi kepada sejarah agung ini.
Masjid dan Tanah Haram
Dengan semua penghayatan sejarah ini, Masjidil Haram telah meyimpulkannya dan justeru itu saat pandangan pertama kepada Kaabah akan pasti menyentuh kalbu siapa yang memandangnya.
Ia kekal di situ berhadapan dengan cabaran zaman dan pertukaran masa dan sejak itu tidak ada saat ia tidak diagungkan dengan berjuta manusia bertawaf dan beriktikaf di dalamnya semenjak manusia mengenalinya.
Walaupun dalam sesuatu zaman ia dicemari dengan berhala yang digantung di sekelilingya, Kaabah tetap dihormati malah tanah haram sekelilingya dipelihara dari pertumpahan darah yang boleh mencemarinya.
Dengan itu Makkah mendapat nama tanah haram, iaitu haram bagi pengunjungnya menumpahkan darah manusia mahupun binatang. Di atas nama ini ia dianggap suci dan diagungkan kerana mengikuti perintah Allah supaya ia di sucikan untuk para pengunjung yang mempunyai niat suci menyembah Allah di dalamnya.
Makkah era kini
Seseorang akan terbayang Makkah adalah bandar suci yang kekal dengan cara hidup lama dengan bangunan yang lama. Jawapannya adalah Makkah memiliki status bandar moden tetapi mengekalkan sejarahnya melalui pemeliharaan Masjidil Haram.
Adalah mudah untuk seseorang menikmati gaya hidup moden di celah bandar suci ini. Jam terbesar dan tertinggi disaluti emas di hadapan pintu masuk King Abdul Aziz menjadi bukti kemewahan Makkah.
Bangunan wakaf King Abdul Aziz adalah satu bangunan berbagai dari hotel, kompleks beli-belah dan gerai-gerai kecil ala bazar. Bangunan Safwah bersebelahannya juga hebat dengan berbagai keperluan moden untuk dinikmati oleh para pengunjung.
Makanan dunia terdapat di mana-mana di Makkah, bolehlah dikatakan Makkah adalah adalah Bandaraya Antarabangsa terhebat di dunia. Tetapi tidak ada yang dapat dibandingkan dengan aura Kaabah dan bersolat di Masjidil Haram.
Labaikallahumma Labaika
Berpakaian ihram serba putih tanpa sebarang alat yang berjahit sememangnya membuatkan kita tiada memiliki apa-apa, ia mengingatkan kita semasa kita dilahirkan hanya dibalut kain.
Berihram sendiri telah mengeluarkan segala kesombongan kita selama ini dan kita lakukannya semua kerana Allah. Pada suhu yang mencecah 30′C hanya Allah sahaja tempat kita memohon perlindungan semasa menyempurnakan tugas umrah.
Saya mengajar anak-anak saya talbiyah beberapa kali semasa van kami memasuki Makkah, sambil mata saya mencuri melihat bangunan jam besar yang boleh dilihat dari setiap sudut kita memasuki Makkah.
Namun tumpuan utama ialah untuk melakukan ibadat umrah di mana kami akan bertawaf, bersaie setelah berihram di Zulhulaifah. Kami dipandu oleh mutawwif dari Patani bernama Ustaz Lotfi seoarang pelajar di sini.
Semasa kami mendekati pintu besar King Abdul Aziz, saya sekali lagi mengingatkan anak-anak saya supaya benar-benar mengikhlaskan diri dengan penuh sifat kehambaan apabila memasuki Masjidil Haram.
Sebaik sahaja Kaabah mula menunjukkan dirinya semua kami terpegun sambil berdoa supaya Allah memelihara Kaabah dan menambahkan padanya penghormatan dan kehebatan. Selesai urusan umrah kami kembali ke hotel keletihan sambil mengharapakan dapat menjalankan solat subuh berjemaah di masjid.
Membina kekuatan
Saya amat memahami selama ini bahawa kekuatan hakiki ialah kekuatan dalaman yang memberikan bekalan untuk setiap manusia melalui perjalanan di dunia yang fana ini. Ujian terlalu besar, ombaknya ganas, perhentiannya entah di mana, jadi hanya keyakinan pada Allah dan kekuatan diri menjadi teman ketika semua manusia tidak akan memberikan apa -apa faedah untuk kita.
Perjalanan umrah kali ini cukup bermakna untuk saya mencari erti kekuatan dan ketenangan jiwa. Semasa saya bersendirian di tempat saie bahagian Bukit Safa, saya merasai ketenangan itu, walaupun beribu manusia dengan suara zikir yang tinggi lalu lalang di hadapan saya, saya seolah berada sendirian,mengenangkan perjuangan Nabi Ibrahim dan isterinya Hajar bersama anaknya Ismail yang masih bayi meronta-ronta dahaga dan kelaparan.
Siti Hajar berlari-lari dari Safa ke bukit Marwa sekitar 1 km pergi balik mendapatkan pertolongan suaminya Ibrahim yang meninggalkannnya kerana perintah Allah. Namun kehendak Allah menentukan sejarah zam-zam bermula di sini apabila berbuak dari bawah tanah air zam-zam yang masih dinikmati hingga saat ini oleh berjuta kaum muslimin yang datang ke Makkah.
Saya tidak mengendahkan hiruk pikuk orang ramai yang bersaie, waktu itu adalah waktu saya mengimbau dalam ketenangan waktu saya dan apabila saya sedar membuka mata, bibir saya spontan menyebut ALLAHU AKBAR, segalanya bermula di sini… http://drmujahid.com/
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-6-2013
No comments:
Post a Comment