Kisah Khalid Al Walid diberikan makanan beracun
http://mselim3.blogspot.com, | 12 Sep 2013 |
Abu Ya'al,Baihaqi dan Abu Nu'aim pernah mendengar Abu Safar berkata: Waktu Khalid bin Walid berjaya menawan Kota Hira di Parsi , para sahabatnya menasihati dia supaya berhati-hati ketika makan, kerana orag-orang di Hira sering memberi racun kepada musuh mereka.
Tetapi Khalid bin Walid terus juga makan apa jua makanan yang diberikan kepadanya oleh musuh, walaupun makanan itu memang telah diracuni , tetapi Khalid bin Walid tidak mati akibatnya.
Khalid bin Walid hanya membaca "bismillah" sebelum makan. Al Kulbi bercerita: Ketika Khalifah Abu Bakar mengutus Khalid bin Walid ke Hira, dan pasukan islam berjaya menawannya, seorang ketua suku kaum di situ bernama Abdul Masih membawa makanan beracun untuk Khalid.
Walaupun beliau tahu adanya racun dalam makanan itu Khalid terus juga memakannya dengan membaca "Bismillah la yadhurru ma'as-mishi daak".
Abdul Masih tercengang melihat perbuatan Khalid itu, lalu dia pulang kepada kaumnya dan berkata: Hai kaumku, berdamailah dengan mereka. Aku sendiri lihat, ketua mereka makan racun tetapi tidak binasa.'
Ibnu Saad meriwayatkan dari Muharrib bin Dathar bahawa Khalid pernah diberitahu ada seorang lelaki di tengah tenteranya yang membawa khamar (arak) sebagai bekal.
Bila Khalid mencari dan bertemu dengan orang itu, dia bertanya :
"Apakah yang kamu bawa dalam bekas airmu?"Orang itu menjawab:"Cuka".
Khalid pun berdoa: Ya Allah jadikanlah ia cuka ! Bila orang itu membuka tempat airnya dia melihat khamar (arak) di dalamnya telah menjadi cuka.
Sumber :
Buku "Siapa Wali"
Halaman 78-79
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau .
Sumber HD - 12-9-2013
Sultan Qutuz dan kenaikan harga minyak
Majdan Dagang, | 12 Sep 2013 |
Nama Sultan Qutuz atau Sultan Muzaffar Saifuddin al-Qutuz tidaklah sepopular Sultan Salahuddin al-Ayubi atau Sultan Muhamad al-Fateh. Namun, sumbangannya terhadap Islam tidak kurang hebatnya.
Secara umumnya, ramai yang biasa mendengar dan membaca tentang empayar Mongol, kehebatan tentera Tartar dan kejatuhan kota raya Baghdad. Tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang peperangan Ain Jalut yang mengakhiri kemaraan tentera tartar di wilayah Islam.
Pemimpin utama di pihak Islam yang berjaya menyekat tentera tartar tersebut ialah Sultan al-Qutuz. Lebih jauh lagi, ramai yang tidak tahu suatu kisah penting yang berlaku dalam kerajaannya sebelum peperangan berlaku.
Ketika itu kota Baghdad telahpun jatuh ke tangan Tartar. Mesir yang diperintah oleh Sultan Qutuz turut berasa bahangnya. Jika baginda tidak bersiap sedia dari awal, nescaya Mesir akan mengalami nasib yang sama dengan wilayah Islam yang lain.
Oleh hal yang demikian Sultan Qutuz membuat keputusan untuk memungut cukai tambahan daripada rakyat untuk digunakan mempersiapkan bala tentera. Namun, keputusan itu ditentang oleh seorang ulama iaitu `al-`Izz ibn `Abdis Salam.
Al-Izz berpendapat bahawa sebelum sebarang cukai dipungut daripada rakyat mestilah terlebih dahulu segala harta di perbendaharaan negara digunakan. Jika tidak cukup, barang-barang dan harta baginda hendaklah digunakan atau dijual. Kemudian segala harta menteri dan pembesar negara turut digunakan. Jika itu juga tidak mencukupi barulah rakyat dikenakan cukai bagi membiayai peperangan tersebut.
Sultan Qutuz akhirnya akur dengan nasihat yang diberikan dan baginda akhirnya berjaya menewaskan tentera tartar daripada meneruskan niat menakluki wilayah Islam yang lain. Demikianlah, bagi saya kejayaan Sultan Qutuz ini ada kaitannya dengan sikap hormatnya kepada ulama yang jujur dan ikhlas dan sokongan padu daripada rakyat jelata.
Berbalik kepada situasi kita di Malaysia pada hari ini, adakah apa-apa pengajaran yang dapat kita kutip daripada kisah Sultan Qutuz? Bukankah kisah ini sering dijadikan bahan kuliah dan ceramah oleh para agamawan? Jika tiada apa-apa iktibar yang boleh dipelajari amatlah malang bagi umat Islam di Malaysia khusus para pemimpin.
Hal ini kerana, kisah sejarah ini menunjukkan kepada kita bahawa dalam suasana perang sekalipun, bukan semudah itu kerajaan dan pemerintah boleh mengenakan dan menaikkan cukai atas alasan kemaslahatan negara. Dibimbangi, pemungutan cukai atau kenaikan harga itu menjadi haram pula!
Apatah lagi kita di Malaysia pada hari ini tidak berperang dengan sesiapapun dan mendakwa ekonomi Malaysia dalam suasana yang kondusif. Maka amatlah tidak wajar mengurangkan subsidi rakyat pula dan menaikkan harga minyak atas alasan harganya lebih rendah berbanding negara jiran!
Hakikatnya, kerajaan Malaysia tiada alasan untuk menaikkan harga minyak dalam suasana harga minyak dunia yang tidak naik dan pada masa yang sama negara kita dikurniakan oleh Allah dengan pelbagai sumber alam seperti petroleum, gas, emas, bijih besi dan berbagai lagi. Pendapatan negara hasil daripada eksport semua bahan-bahan tersebut sepatutnya tidak menjadikan Malaysia sebuah negara yang tinggi hutangnya dan miskin rakyatnya.
Bahkan, saya yakin jika semua hasil bumi dan pendapatan negara diuruskan dengan penuh amanah harga minyak petrol mungkin tidak sampai RM1 pun bagi setiap liter! Yang berlaku hari ini ialah ketirisan dan pemborosan terhadap hasil mahsul negara.
Janganlah merendah-rendahkan pemikiran rakyat dengan mencipta alasan yang remeh-temeh. Harga minyak boleh dinaikkan jika atas sebab-sebab darurat dan selepas elaun dan gaji segala menteri dipotong!
Masalahnya, adakah pemimpin Malaysia hari ini tahu tentang kisah Sultan Qutuz tersebut. Jika tahu, adakah mereka sanggup mengikutinya? Tepuk dada tanya Selera!
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-9-2013
Pak Samad: Jalur Gemilang harus hormati Sang Saka
Hazayani Zakaria, | 11 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Tujuan pertemuan di OldTown White Coffee LRT Bangsar petang tadi pada asalnya hanyalah mahu berbual santai mengenai program bedah buku yang akan diadakan Sabtu ini.
Namun dalam suasana politik sekarang, saya percaya sesiapa pun yang bertemu dengan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tidak akan melepaskan peluang bertanya tentang kisah beliau ditahan polis pada tengah malam untuk disoal siasat.
Beliau yang biasa dipanggil Pak Samad ditahan di rumahnya di Bangsar jam 12 tengah malam 4 September lalu, bagi membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan.
Sebelum bercerita mengenai penahanannya, telinga saya terlebih dahulu didengarkan dengan pendapatnya yang jujur, yang masih tabu bagi sesetengah orang.
"Bagi saya, bendera Sang Saka itu kita harus luhur, kita harus hormati, kita harus jiwai bahawa itu adalah tanda bahawasanya satu ketika dalam sejarah, ada wira yang berjuang untuk kemerdekaan dan bendera itu adalah panjinya.
"Kita tidak boleh menghina panji itu hanya kerana ada Jalur Gemilang. Jalur Gemilang harus hormati Sang Saka sebab Sang Saka yang berjuang melahirkan Jalur Gemilang," ujarnya bagi mengulas kewujudan bendera Sang Saka yang dinafikan kewujudannya.
Pada malam ambang kemerdekaan 30 Ogos lalu, Pak Samad sedang membaca puisi di Dataran Merdeka sambil beberapa orang aktivis mengibarkan bendera Sang Saka, sebelum seorang lelaki tiba-tiba bertindak merampas Sang Saka.
Mengimbau sejarah kemerdekaan negara, lelaki 81 tahun itu berkata, rakyat harus sedar pejuang-pejuang seperti Rashid Maidin, Abdullah Sidi, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Al-Helmy bersungguh-sungguh mahu memerdekakan tanah air dari jajahan British.
"Kita harus hormat orang-orang itu. Mereka telah memberikan nyawanya. Kita harus hormat kerana merekalah mempercepatkan kemerdekaan tanah air," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan bahawa bendera Sang Saka yang mewakili parti Komunis, Pak Samad berkata, Sang Saka mewakili semangat dan perjuangan pihak yang turut berjuang memerdekaan negara, sebelum ada pihak yang 'menikmati kemerdekaan', sambil menyifatkan orang yang tidak menghormati bendera Sang Saka sebagai buta sejarah.
"Itu bagi saya ikut sedap mulut sahaja. Orang yang tak tahu sejarah memang buta sejarah, memang begitu sikapnya. Takkan bendera (Sang Saka) itu timbul begitu sahaja. Tentu ia mewakili satu semangat, perjuangan, pengorbanan, bendera itu simbolik kepada perjuangan.
"Cuba buktikan bendera itu adalah songsang, negatif, tidak. Dia adalah wakil kepada semangat perjuangan. Walaupun tempatnya sekarang tak sepenting Jalur Gemilang tapi jalur gemilang harus hormat, harus faham bahawa dengan ada Sang Saka ia berkembang menjadi Jalur Gemilang dan kita tidak harus ikut suka-sukaan mengata atau mencemuh.
"Saya fikir orang yang menikmati kemerdekaan yang mencipta Jalur Gemilang. orang yang berjuang untuk kemerdekaan mencipta Sang Saka. Banyak latar sejarahnya yang barangkali kita tidak tahu," jelasnya panjang lebar sebelum menghirup secangkir kopi panas yang dipesan.
Tinggal pesan pada pengawal keselamatan
Walaupun sudah membaca laporan media lain mengenai penafian Pak Samad bahawa beliau menyembunyikan diri dari polis, saya tidak dapat menahan hati yang mahu mendengar perkara itu dari mulut Pak Samad sendiri.
Sambil ketawa mendengar soalan saya, Pak Samad berkata beliau sudah meninggalkan pesan kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahannya sebelum ke Masjid Negara untuk beriktikaf, rutin beliau setiap Selasa dan Khamis.
"Hari yang dia (polis) nak tangkap, saya beritahu dekat guard rumah saya. Saya jangka polis akan datang. Saya bilang dengan guard itu, bilang dengan polis saya hari ini beriktikaf di Masjid Negara dan ada beberapa kumpulan wartawan yang tunggu sama saya sebab mereka pun percaya yang polis akan datang (tapi)dia tidak datang. Kemudian IGP umum saya lari.
"Malam itu memang dia datang dan memang dia datang dengan hormat. Dia kata; Pak, kami mahu mengambil bapak hanya untuk satu setengah jam untuk record (kenyataan) dan kami akan hantar balik. Dia cakap dengan ibu (isteri).
"Saya anjurkan begini;anda pulang dulu, esok jam 10 saya datang tapi dia kata kena malam juga sebab esok kami kena laporkan. "Sekarang kadang-kadang saya jumpa polis atau polis jumpa saya, kadang-kadang dia segan, saya pun segan. Ada yang biasa kalau di KLCC, Pak, tegurnya. Ada yang tahu tapi memalukanlah tindakan itu," ceritanya.
Apabila ditanya pandangannya mengenai sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Pak Samad berkata sambutan itu suatu yang baik bagi memperingati Sabah dan Sarawak.
"Bapak fikir itu hak kita untuk sambut, memang kita harus meraikan sebab biasanya kemerdekaan itu kita fikirkan hanya Semenanjung sahaja. Kita lupa Sabah, Sawarak tapi saya fikir seharusnya ada satu (sahaja) hari kemerdekaan sebab kalau ada dua hari kemerdekaan itu membayangkan perpecahan, bukan perdamaian. Kita harus berani untuk membetulkan, pilih hanya satu," ujarnya.
Berkongsi pengertian kemerdekaan bagi dirinya pula, Pak Samad berkata kemerdekaan itu harus selari dengan rasa mahukan perdamaian.
"Kita meraikan kemerdekaan, kita menghormati pejuang-pejuang kemerdekaan dan kita meluhuri persatuan, bukan perceraian dan ia tentu sahaja kita mahu bahawasanya segala apa yang berada di bumi kita ini dinikmati bersama.
"Kita merindukan iklim perdamaian, persatuan. Tidaklah sampai sekarang, sebelum pilihan raya sudah ada Tanda Putera," ujarnya sinis sebelum perbualan kami bertukar kepada hal-hal seputar kesusasteraan dan kehidupan.

Sumber HD - 11-9-2013
Sayyid Qutb selepas 47 tahun kesyahidannya
Dakwahinfo, | 28 Ogs 2013 |
Pada 29 Ogos ini, genaplah 47 tahun syahidnya Sayyid Qutb, salah seorang pejuang dan pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir. Walaupun jasadnya telah lama meninggalkan kita, namun perjuangannya terus disambung oleh generasi Ikhwan di Mesir pada hari ini. Sebagai mengenang pengorbanan dan jasanya, wajarlah kita menelusuri serba sedikit sejarah beliau.
Syed Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di sebuah kampung di wilayah Assyut, Mesir. Beliau mendapat didikan awal di rumah daripada kedua ibu bapanya yang kuat beragama. Sewaktu berusia 6 tahun, beliau dihantar ke sekolah rendah di kampungnya. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau mula menghafal al-Qur’an. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah berjaya menghafalnya.
Kehidupan Awal di Kaherah
Sewaktu berusia 15 tahun, Syed Qutb mulai berhijrah ke kota Kaherah. Di sini beliau telah memasuki Sekolah Perguruan Abdul Aziz. Setelah menamatkan pengajian, beliau segera bertugas mengajar di sebuah sekolah rendah. Walaupun hatinya memberontak untuk meneruskan pengajian, namun beliau terpaksa memendamkan hasrat hatinya kerana terpaksa menyara hidup keluarganya, lantaran bapanya telah meninggal dunia semasa Syed Qutb sedang menuntut di sekolah perguruan.
Pada tahun 1928, sewaktu berusia 22 tahun, Syed Qutb menyambung semula pengajiannya. Beliau memasuki sekolah persediaan untuk memasuki Darul Ulum, Universiti Kaherah. Pada tahun 1930 beliau diterima memasuki Darul Ulum mengikuti pengajian Bahasa Arab dan Ulum al-Syari’ah.
Setelah menamatkan pengajian di Darul Ulum, beliau bertugas sebagai Nazir di Kementerian Pendidikan Mesir. Sebagai seorang pegawai kerajaan, beliau serius dalam menjalankan tugasnya. Beliau merancang berbagai pembaharuan di Kementerian Pendidikan. Oleh itu, beliau melakukan kajian demi kajian serta mengemukakan cadangan tanpa menghiraukan risikonya. Selain terlibat dalam bidang pendidikan, beliau juga berminat dengan politik dan dunia penulisan. Beberapa pandangan politiknya yang tidak selari dengan polisi kerajaan telah dimuatkan di dalam beberapa majalah. Hal ini menimbulkan kemarahan kepada Menteri Pelajaran, lantas mengarahkan agar Syed Qutb dihantar “berkursus” di Amerika Syarikat.
Sementara dalam bidang penulisan, pada peringkat awalnya beliau lebih berminat dengan bidang kesusasteraan sehingga menjadi salah seorang sasterawan Mesir yang terkenal.
Bagaimanapun, semenjak awal dekad 1940-an, satu era baru telah bermula dalam kehidupan Syed Qutb. Era ini boleh dikatakan sebagai era kesedarannya kembali kepada Islam. Namun pada peringkat ini beliau masih bergerak secara peribadi dalam usahanya menegakkan nilai-nilai Islam. Di dalam penulisan, beliau mula menulis suatu rencana bersiri, kemudian dibukukan dengan tajuk “At-Taswir Fanni Fil Qur’an” pada tahun 1939. Tulisan ini mengupas keindahan dan kesenian yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Qur’an. Pada tahun 1945 beliau menulis sebuah buku bertajuk “Masyahidul Qiamah Fil Qur’an”. Kedua-dua penulisan itu telah menemukan semula dirinya dengan didikan asas agama oleh kedua orang tuanya sewaktu kecil dahulu.
Seterusnya pada tahun 1948, Syed Qutb telah menghasilkan sebuah buku kemasyarakatan Islam berjudul “Al-Adalah Al-Ijtima’iyyah Fil Islam”. Menerusi buku ini, Syed Qutb menyatakan dengan jelas bahawa keadilan masyarakat sejati hanya akan tercapai apabila melaksanakan sistem Islam.
Syed Qutb Bersama Ikhwan Al-Muslimin
Peringkat terakhir daripada perjalanan hidup Syed Qutb bermula daripada tahun 1951, tahun penyertaannya ke dalam Ikhwan al-Muslimin, sehingga ke tahun kesyahidannya tahun 1966. Bagi Syed Qutb, tempoh itu sangat penting. Beliau sendiri menganggap tahun 1951 sebagai tahun kelahirannya semula.
Syed Qutb menyertai Ikhwan al-Muslimin, dua tahun sesudah kematian pengasasnya Imam al-Syahid Hassan al-Banna pada tahun 1949. Mereka berdua tidak pernah bertemu walaupun dilahirkan di tahun yang sama 1906, dan dididik di tempat yang sama, di Darul Ulum.
Namun di antara mereka mempunyai kesatuan jiwa dan wahdatul-fikr. Bagi Hassan al-Banna setelah membaca buku “Al-’Adalah Al-Ijtima’iyyah Fil Islam”, karangan Syed Qutb, beliau menganggap pengarangnya (Syed Qutb ) adalah sebahagian daripada kita (Al-Ikhwan). Seterusnya Imam al-Banna telah menyakinkan para pemuda Ikhwan bahawa “orang ini” (Syed Qutb) akan menyertai al-Ikhwan tidak lama lagi.
Syed Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan al-Banna. Malah kematian al-Banna sangat terasa kepadanya walaupun beliau belum pernah bersama dengan al-Banna. Berita kematian al-Banna diterimanya dengan perasaan tragis sewaktu berada di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Berbeza dengan sikap orang-orang Amerika yang bergembira dan bagaikan berpesta menyambut berita tersebut.
Sekembalinya dari Amerika Syarikat, Syed Qutb terus mengkaji kehidupan al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Beliau akhir menemui suatu “kebenaran” yang wajib diperjuangkan. Seterusnya beliau berjanji dengan Allah untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.
Oleh itu, pada tahun 1951 Syed Qutb dengan rasminya menyertai Ikhwan al-Muslimin. Pada tahun 1952, beliau dipilih menganggotai Maktab Irsyad dan dilantik mengetuai Lujnah Dakwah. Selepas peninggalan al-Banna, Ikhwan masih bertenaga kerana memperoleh saf kepimpinan yang berwibawa untuk meneruskan kepimpinan. Mereka adalah Hasan Hudhaibi sebagai Mursyidul Am, Abdul Qadir Audah sebagai Setiausaha Agung dan Syed Qutb sendiri yang mengetuai Lujnah Dakwah, dianggap sebagai “ideolog” kepada Ikhwan al-Muslimin.
Sepanjang tempoh memimpin Lujnah Dakwah, Syed Qutb telah menghasilkan beberapa karya yang berasaskan dakwah dan pemikiran Aqidah Islam. Antaranya ;
1- Hadha al-Din.
2- Al-Mustaqbal li hadha al-Din.
2- Khasa’is al-Tasawwur al-Islamiyy.
3- Maalim fi al-Tariq.
5- Tafsir Fi Zilal al-Qur’an.
Mesej utama yang ditekankan oleh Syed Qutb di dalam penulisannya ini ialah konsep al-Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah. Menurutnya kemuncak kepada Tauhid Uluhiyyah Allah SWT ialah hak-Nya dari sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri’. Menurutnya lagi bahawa ikrar Lailaha ilalLah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumi-Nya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hak-Nya.
Pada bulan Julai 1952, satu peristiwa bersejarah berlaku di Mesir iaitu “Revolusi Julai 1952. Revolusi ini menggulingkan pemerintahan beraja Mesir, dijayakan oleh gerakan “Dubbat al-Ahrar” pimpinan Kolonel Jamal Abdul Naser dengan kerjasama Ikhwan al-Muslimin.
Sesudah revolusi, Syed Qutb telah ditawarkan dengan jawatan Menteri Pelajaran Mesir. Syed Qutb terlebih dahulu meminta jaminan daripada pemimpin Majlis Revolusi yang diketuai oleh Jamal Abdul Naser dan Anwar Sadat, bahawa Kerajaan Revolusi Mesir akan melaksanakan pemerintahan berdasarkan syariat Islam. Bagaimanapun kerajaan revolusi menolak untuk melaksanakan pemerintahan Islam. Berdasarkan kepada penolakan tersebut, Syed Qutb merasakan perkara tidak baik akan berlaku.
Sejarah membuktikan apa yang dibimbangkan oleh Syed Qutb memang terjadi. Pada13 Januari 1954, Kerajaan Revolusi Mesir telah mengharamkan Ikhwan Muslimin dan para pimpinannya telah ditangkap di atas tuduhan gerakan Ikhwan sedang merancang hendak menggulingkan kerajaan revolusi, satu tuduhan yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Ekoran daripada itu tujuh orang pimpinan tertingginya dijatuhi hukuman mati, termasuk Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Mohamad Farghali,ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan al-Muslimin di dalam Perang Suez 1948. Bagaimanapun hukuman terhadap Hasan Hudhaibi dipinda kepada penjara seumur hidup dan Syed Qutb pula dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat.
Pada tahun 1964, Syed Qutb telah dibebaskan di atas permintaan peribadi Abdul Salam Arif, Presiden Iraq. Kerajaan Revolusi Mesir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pembebasan tersebut. Apabila Presiden Abdul Salam Arif terkorban dalam satu kemalangan udara, Syed Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya. Tangkapan kedua ini dibuat berdasarkan tuduhan beliau merancang satu rampasan kuasa baru untuk menggulingkan kerajaan.
Pertuduhan ke atas Syed Qutb di Mahkamah Revolusi dibuat berdasarkan buku-bukunya terutama Maalim Fi al-Tariq. Ia berdasarkan kenyataannya mengenai seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan syariat Allah.
Bersama Syed Qutb kali ini, turut juga ditahan ialah seluruh anggota keluarganya. Syed Qutb seorang yang bermaruah. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan ke atasnya, Presiden Naser menghantar wakil menemui Syed Qutb. Melalui wakil itu, Presiden Naser meminta agar Syed Qutb menulis kenyataan meminta ampun daripadanya agar Syed Qutb dibebaskan. Namun Syed Qutb dengan tegas menjawab;
“Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad Rasulullah, tidak akan aku menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan”.
Pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, Syed Qutb telah digantung sampai mati bersama-sama sahabat seperjuangannya, Mohamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail. Berita hukuman mati yang dilaksanakan ke atas Syed Qutb telah mengejutkan Dunia Islam. Kebanyakan tokoh dan pimpinan umat Islam sedih dan kecewa dengan peristiwa tersebut.
http://dakwah.info
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-8-2013
TG Abdul Hamid Seligi, pemergianmu penuh husnul khatimah
http://pondoktauhid.blogspot.com, | 05 Ogs 2013 |
Tuan Guru Haji Abdul Hamid Pondok Seligi, pemergian mu penuh HUSNUL KHATIMAH
Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha PenyanyangPERKONGSIAN cerita pemergian tokoh ulama Ahli Sunnah Tuan Guru Hj Abdul Hamid Pondok Seligi yang penuh mengembirakan , pemergian yang dicita -citakan oleh seluruh orang beriman iaitu Husnul Khatimah ... SUBAHANALLAH .
Moga Allah satukan roh beliau dengan roh Anbia , Solihin , Syuhada dan bersama roh orang beriman . Moga roh kita bersama dihimpunkan bersama roh mereka amin Ya Rabb.
4.7.2013
Sejarah kembalinya seorang aulia iaitu Tuan Guru / Baba Haji Hamid Pondok Seligi ke Rahmatullah , pada 4.7.2013 hari Khamis malam Jummat ,Jumaat terakhir Syaban .
Saya ( Helmi Assyafie) mendapat sms berkaitan nazak Baba Mid ( Tuan Guru Hj Abdul Hamid Seligi ) dari siang hari Khamis 4.7.2013 itu , saya sangka tiada apa-apa berlaku dan hanya berdoa agar Allah panjangkan usia baba Mid , saya pun rasa biasa sahaja la sebab baba dah lama sakit (strok) .
Takdir Allah , Allah lebih menyanyangi Tuan Guru Hj Hamid Seligi , maka saya mendapat berita pemergian Baba Mid Seligi dari setiausaha pondok Seligi iaitu Usta Shah . Setelah mendapat sms selepas solat maghrib hari Khamis malam Jumaat maka saya terus tersa sebak hati , sedih teramat sangat dengan pemergian tokoh ulama ahli sunnah wal jamaah yang sangat kuat berjuang demi Islam dan ahli sunnah .
Saya terus hebahkan berita pemergian baba ke Rahmatullah melaluai blog , facebook dan sms kepada sahabat-sahabat .
Saya terus ke Majlis Lantunan Mahabbah semperna menjelang Ramadhan anjuran PAKSI dan Darul Hadis , setelah saya hebahkan berita ini dalam internet saya ke majlis Lantunan Mahabbh bersama keluarga mertua .Alhamdulillah saya menulis surat kepada penganjur agar para hadirin yang hadir hadiahkan Al Fatihah kepada roh Baba Mid . Alhamdulillah pihak penganjur menunaikan hasrat itu , ribuan orang sedekah Fatihah kepada baba Mid pada malam itu di Stadium Suka Menanti .
PEMERGIAN YANG INDAH.
Menurut cerita setiuasaha Pondok Seligi , Ustaz Shah semasa saya dan sahabat pondok ziarah pusara Allahyarham Tuan Guru / Baba Hj Abdul Hamid , Baba mula tenat pada waktu asar hari khamis . Ahli keluarga dan murid terdekat berkumpul dan bersama baba . Apabila diajar talkin " LA ILAH HA ILALLAH " maka baba akan sebut lengkap " LA ILAH HAILALLAH MUHAMADUR RASULULLAH " siap dengan huraikan maksud , ini pemberian ALLAH kepada baba , walaupun lama telantar di atas katil disebabkan strok tetapi Allah jaga akal baba dan Allah beri kekuatan fikiran kepada baba hingga masa sakit dan nazak baba masih mampu mengajar orang lain .
Ini semua pemberian ALLAH berkat Istiqamah baba dengan ilmu dan perjuangan .
Pada petang itu juga isteri Tuan Guru Haji Hamid Seligi lebih dikenali dengan panggilan Mama dari kalangan pelajar pondok menceritakan ,BABA kata kepada Mama " Mek nampak tak RASULULLAH mari jumpa (ziarah) ba (Baba Abdul Hamid ) ni" dua tiga kali baba ulang perkataan itu . Mama ingin menjaga perasaan baba masa nazak itu kat " eemmmm ya la " sebab yang nampak baba bukan mama - kata isteri Guru
SUBAHANALLAH ......RASULULLAH hadir dipenghujung hayat pemergian Tuan Guru Haji Abdul Hamid Seligi .Semasa itu Baba minta supaya mama angkat badan baba sebab tak sampai tanggan nak bersalaman dengan Rasulullah ....ALLAH , baba sahaja yang nampak orang lain tak nampak kata mama dan mama yakin baba cakap tidak pernah dusta pada mama memeng sahih itu Rasulullah seperti dakwaan baba semasa nazak .
Gambar BABA serta MAMA (isteri Baba Mid )
Semasa masuk waktu Maghrib , azan dikumandang maka murid rapat dan sebahagian ahli keluarga ke surau di hadapan rumah baba untuk solat Maghrib berjemaah , baba tengah nazak teruk ,semasa itu disisi baba ada mama (isteri baba ) dan anak baba , semasa jemaah sedang solat maghrib maka malaika datang jemput roh baba dengan keadaan baba sangat tenang dan sempurna mengucap kalimah mulia LA ILAH HAILALLAH ......maka nafas baba keluar dengan tenang . Masyallah......pergilah seorang aulia menemui tuhan yang mengasihinya . AL FATIHAH
Serba Ringkas mengenai Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Hamid Pondok Seligi
dari maklumat yang saya(Helmi Assyafie) kenali Baba dari jauh .
Tuan Guru / Baba Mid berasal dari Fathoni Darussalam
dan merupakan perjuang Fathoni , Baba tidak boleh balik Fathoni disebabkan baba diburu dan dikehendaki oleh kerajaan Thailand .
Baba berjuang bersama perjuang kemerdekaan Fattani lebih kurang hampir tiga tahun dalam hutan menentang Siam . Baba merupakan murid kepada Syeikh Hj Sulong Fathoni yang mati syahid dibunuh siam dan dihumbankan jasad beliau ke dalam laut .
Semasa berjuang dalam hutan Baba pernah ditembak siam tetapi ALLAH memelihara baba peluru yang kena serban baba jatuh titepi badan baba , peluru tidak masuk dalam kepala Baba , SUBAHANALLAH
Semasa di Malaysia baba membuka pondok dan berjuang dalam medan dakwah seumur hayat beliau .
Baba kuat memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah terutamanya didalam bidang Tauhid .
Baba dihujung hayat berpesan kepada murid-murid yang ziarah beliau " Belajar tauhid sungguh-sungguh , belajarlah tauhid dengan Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah"
Baba Hj Abdul Hamid juga kuat memperjuangkan PAS di Kelantan bagi memstikan pemerintahan negeri dan negara diterajuai oleh perjuangan Islam . Manhaj Pondok Seligi Kelantan sealiran dengan Pondok Sik Kedah .
Beberapa wasiat baba Mid Seligi
1. Masa baba meninggal kebumikan baba di dalam kawasan pondok berhadapan pintu gerbang pondok
2. Tuan Guru Nik Aziz sebagai imam solat jenazah beliau
Sewaktu saya ziarah baba kali terakhir pada bulan November 2012( saya bersama 3 buah bas dari Kedah ziarah baba) http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/11/kembara-ilmu-mendekati-ulama-tahun-ke-3.html, saya bertanya soalan kepada baba " apa pendapat baba tentang Tuan Guru Nik Aziz , ada segelintir ulama pondok yang tentang beliau " , maka baba jawab " jangan kira sangat lah sedikit sebanyak tu (masalah selisih pandapat) payah (susah ) nak cari serupa (seperti ) nik Aziz tu , pemimpin soleh , baik , adil lagi , wali lagi " kata beliau .
GAMBAR KENANGAN TUAN GURU / BABA HAJI ABDUL HAMID PONDOK SELIGI r.a.
Tuan Guru Nik Aziz semasa menjadi MB Kelantan sering ziarah Tuan Guru Hj Abdul Hamid
KENANGAN ZIARAH PUSARA ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI ABDUL HAMID SELIGI
Pada 23.7.2013
Bersamaan 14 Ramadhan 1434
Asar hari Selasa
dalam rangka turun Kempen PRK Kuala Besut
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-8-2013
Almarhum Ustaz Fadzil Noor mujaddid politik
Muhammad Faeez Azahar, | 05 Jul 2013 |
IPOH: Mantan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor mempunyai pemikiran yang sangat menakjubkan, kata Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak, Fakhrulrazi Mokhtar.
Beliau berkata, Almarhum telah menjadikan PAS sebagai satu wadah perjuangan yang sangat mantap dan menjadi pilihan rakyat.
Kata beliau, idea Ustaz Fadzil iaitu konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional tertanya memberi kekuatan kepada PAS setelah beliau melihat betapa pentingnya peranan kedua-dua golongan itu yang masih-masing bermanfaat kepada umat Islam dan ummah.
Fakhrulrazi berkata, Almarhum sedaya upaya untuk memastikan kedua-dua golongan ini bergerak seiring di dalam jemaah untuk mewujudkan satu kekuatan yang tiada di dalam jemaah serta parti lain.
Jelas beliau, Ustaz Fadzil telah berjaya memimpin PAS yang berkonsepkan kepimpinan ulama di samping menyedari keperluan besar golongan profesional bagi menjayakan misi parti.
“Pemikiran Almarhum untuk memperkuatkan kerjasama pelbagai profesion dan bidang di dalam PAS telah berjaya menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan yang kuat dan hasilnya PAS semakin diterima masyarakat pelbagai lapisan sehingga hari ini.
Almarhum melihat, kerjasama ini adalah sangat penting untuk menarik masyarakat agar menerima misi serta perjuangan PAS iaitu Islam sebagai dasar,” katanya kepada Harakahdaily.
Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Perak itu menjelaskan, Ustaz Fadzil meninggalkan PAS dengan penuh kematangan dan memecahkan pemikiran masyarakat yang sebelelum ini melihat PAS adalah ‘parti pak lebai’ mahupun ‘parti pondok’.
Ujarnya, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga timbalan kepada Ustaz Fadzil ketika itu telah mengambil alih amanah yang ditinggalkan dengan penuh bersedia sehingga menjadikan PAS ketika ini antara parti Islam yang masyhur di kalangan masyarakat di seluruh dunia.
Beliau menganggap, Ustaz Fadzil adalah seorang mujaddid politik yang mempunyai pemikiran menakjubkan sehingga berjaya merubah landskap politik di negara ini termasuklah PAS itu sendiri.
Beliau berkata, Almarhum telah menjadikan PAS sebagai satu wadah perjuangan yang sangat mantap dan menjadi pilihan rakyat.
Kata beliau, idea Ustaz Fadzil iaitu konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional tertanya memberi kekuatan kepada PAS setelah beliau melihat betapa pentingnya peranan kedua-dua golongan itu yang masih-masing bermanfaat kepada umat Islam dan ummah.
Fakhrulrazi berkata, Almarhum sedaya upaya untuk memastikan kedua-dua golongan ini bergerak seiring di dalam jemaah untuk mewujudkan satu kekuatan yang tiada di dalam jemaah serta parti lain.
Jelas beliau, Ustaz Fadzil telah berjaya memimpin PAS yang berkonsepkan kepimpinan ulama di samping menyedari keperluan besar golongan profesional bagi menjayakan misi parti.
“Pemikiran Almarhum untuk memperkuatkan kerjasama pelbagai profesion dan bidang di dalam PAS telah berjaya menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan yang kuat dan hasilnya PAS semakin diterima masyarakat pelbagai lapisan sehingga hari ini.
Almarhum melihat, kerjasama ini adalah sangat penting untuk menarik masyarakat agar menerima misi serta perjuangan PAS iaitu Islam sebagai dasar,” katanya kepada Harakahdaily.
Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Perak itu menjelaskan, Ustaz Fadzil meninggalkan PAS dengan penuh kematangan dan memecahkan pemikiran masyarakat yang sebelelum ini melihat PAS adalah ‘parti pak lebai’ mahupun ‘parti pondok’.
Ujarnya, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga timbalan kepada Ustaz Fadzil ketika itu telah mengambil alih amanah yang ditinggalkan dengan penuh bersedia sehingga menjadikan PAS ketika ini antara parti Islam yang masyhur di kalangan masyarakat di seluruh dunia.
Beliau menganggap, Ustaz Fadzil adalah seorang mujaddid politik yang mempunyai pemikiran menakjubkan sehingga berjaya merubah landskap politik di negara ini termasuklah PAS itu sendiri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-7-2013
Ustaz Fadzil tiada duanya
Ahmad Lutfi Othman, | 05 Jul 2013 |
Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor pergi meninggalkan kita ketika mana parti dan negara begitu memerlukannya. Pandangan dan sentuhan politiknya cukup memukau, penuh hikmah, jauh ke depan, dan kadang-kadang agak sukar diterima penyokong dan pendokong PAS di peringkat awalnya.
Namun, Allah lebih menyayanginya. Dan kunjungan lebih 100,000 rakyat yang mencintainya ketika majlis pengkebumian adalah bukti nyata Almarhum dekat di hati rakyat. Biarpun memimpin sebuah parti Islam terulung di rantau ini, Almarhum tetap merendah diri, mudah ditemui, begitu akrab menyantuni tetamu dan membuatkan sesiapa saja yang ingin menemuinya terasa senang sekali.
Almarhum Ustaz Fadzil adalah lambang pemimpin gerakan Islam dan ketua parti politik yang bijak mengatur langkah dan memanfaatkan senario sekeliling. Biarpun menderitai sakit sejak sekian lama, namun beban tugas seharian dipikul penuh bijaksana.
Almarhum disayangi pemimpin, pendokong, aktivis dan penyokong parti. Beliau bagaikan seorang ayah yang sabar mengasuh anak-anak berdepan seribu satu gugatan. Dan muktamar PAS yang terakhir di Kota Bharu menyaksikan wajahnya penuh ceria melihat anak-anak yang diasuhnya kian matang dan teruji untuk menyahut cabaran.
Kehilangannya cukup terasa. Pemergiannya begitu meninggalkan bekas, bukan saja dalam PAS tetapi juga buat ummat sejagat. Almarhum telah meletakkan batu asas yang menjulang nama PAS ke persada perdana politik negara.
PAS di bawahnya adalah parti arus perdana yang tidak boleh dipinggirkan lagi. Dan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen melakar sejarah tersendiri. Biarpun hanya baru separuh penggal, namun isu-isu yang dikemukakannya mencakupi segenap aspek dan ini mengejutkan parti lawan. PAS bukan lagi menjuarai isu-isu agama tetapi berjaya mengungkapkan segala permasalahan negara seutuhnya. Justeru, ia dihormati semua pihak, termasuk pemimpin Umno dan parti komponen BN lainnya.
Sesiapa yang mengenali Almarhum pasti tidak akan lupa bidasan tajamnya, lawak jenaka berbisanya. Seorang teman berkata, tanpa bidasan dan jenaka bermakna, itu bukan Ustaz Fadzil namanya. Dalam keras mengkritik, Almarhum menyulaminya dengan nada seloroh yang memukau. Tatapilah kembali VCD yang merakamkan ucapannya di Parlimen, bagaimana Almarhum memberi respons segera kepada gangguan ahli-ahli Parlimen Umno.
Pendekatannya sederhana, berhati-hati, tetapi meninggalkan impak berkesan. PAS bertuah kerana dapat meneruskan aspirasi perjuangan Almarhum apabila landasannya kukuh dibina sehingga pendekatan Ustaz Fadzil adalah pendekatan yang akan digunapakai PAS dalam tempoh yang agak lama.
Namun dalam kesederhanaan, Almarhum cukup tegas menghadapi pancaroba durja parti pemerintah. Berdepan larangan ceramah umum terhadap parti pembangkang, Ustaz fadzil adalah pemidato yang tidak akan menolak undangan berceramah walaupun majlis itu tidak mendapat permit polis. Di kala ramai lagi pemimpin pertengahan PAS yang mungkin teragak-agak berdepan FRU dan gas pemedih mata, Almarhum menunjukkan model teladan unggul.
Sekurang-kurangnya dua peristiwa besar politik negara berjaya ditangani dengan penuh berhikmah. Pertama, konflik dalaman Umno yang membuatkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Team B terkeluar, yang membentuk Semangat 46. Pandangan jauh Ustaz Fadzil terserlah bila gagasan Angkatan Perpaduan Ummah dibentuk. Sebenarnya tidak mudah untuknya berdepan pelbagai kritikan, termasuk dari dalam parti sendiri, sebelum Angkatan dapat dibentuk.
Kedua, pemecatan Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 2 September 1998. Almarhum diberitakan terus mengunjungi Anwar di rumahnya -- ketika mana Anwar masih Timbalan Presiden Umno -- tanpa merujuk terlebih dulu dengan parti. Namun kesan dua peristiwa besar itu begitu memberansangkan, sekali gus membawa PAS ke dalam aliran perdana percaturan politik negara.
Apa pun, tiada kata dapat menggambarkan kepiluan dan kekosongan ini. Sentuhan kasih sayangnya terhadap ahli-ahli parti tiada taranya. Masih tergambar bagaimana mudahnya Ustaz ditemui di gerai-gerai makan ketika muktamar PAS berlangsung oleh orang kebanyakan, dan mudahnya menyambut sapaan rakyat bawahan di mana saja.
Benar, dan benar sekali, Ustaz Fadzil adalah pemimpin berjiwa rakyat, menyelami denyut jantung kepedihan rakyat dan bersedia memberi tunjuk ajar bagi ahli-ahli parti parti mengharungi perjuangan yang masih panjang ini.
Kesederhanaan Ustaz Fadzil banyak diperkatakan bukan saja oleh pendokong jamaah Islam tetapi juga seteru politiknya. Sikap ramah dan kebapaannya membuatkan bukan saja pimpinan PAS yang mendapat asuhan terus darinya sebak mengenangnya, tetapi rakyat biasa yang sesekali dapat berjumpanya pun tidak dapat melupakan.
Seorang pembantu rapatnya memberitahu, dalam keadaan sakit sekalipun, sewaktu membuat pemeriksaan di hospital, Almarhum tetap beratur panjang, seperti pesakit lain juga, untuk mendapatkan ubat. Malah seorang kerani Telekom di Alor Setar, melihatkan Almarhum berdiri dalam deretan untuk membayar bil telefon, langsung mengisi borang keahlian PAS.
Bagi petugas di Pejabat Agung PAS, menyantuni Ustaz Fadzil adalah pengalaman berharga yang akan menjadi lipatan kenangan sampai bila-bila. Sebelum menyewa rumah khas, Almarhum kerap tidur di ibu pejabat parti ataupun pejabat Harakah. “Selalu sangat Ustaz Fadzil tidur di atas sofa di pejabat agung. Dia tak mahu menyusahkan orang lain,” kata seorang aktivis parti.
Bagi sesiapa yang sering berkunjung ke Jalan Pahang Barat, tidak sukar untuk menyapa Ustaz Fadzil di Restoran Haslam ataupun gerai Kak Ros (tapak Hospital Tawakal sekarang) di depan Harakah. Dengan nada suaranya yang agak perlahan, namun gurau senda dan cerita lucunya mudah mencetuskan keceriaan berpanjangan. Kita tidak merasa terasing atau kekok meskipun baru pertama kali berdepan dengannya. Kemesraan cukup mudah berputik.
Jika menerima undangan, Almarhum pasti tidak mengecewakan meskipun dalam keadaan uzur. Misalnya, ketika saya melangsungkan majlis perkahwinan di Kampung Raja, Kubang Pasu, tahun 1991, walaupun dalam keadaan sakit dan saya langsung tidak mengharapkannya datang, namun, pada petang hari kenduri, Almarhum tiba-tiba muncul.
Wajahnya menggambarkan keuzuran yang ditanggungnya. Bersama dua tiga orang lagi dari Pejabat PAS Kedah, Ustaz Fadzil langsung terus ke dalam rumah. Rupanya untuk duduk bersila pun Almarhum tak mampu, tetapi jamuan tetap dijamahnya walaupun saya kira menu juadah pantang bagi penyakit kroniknya.
Teman rapatnya, Allahyarham Cikgu Mustafa Long menceritakan bagaimana dia dan Ustaz Fadzil menghadiri 21 kenduri di Bukit Raya -- kerusi Dun yang diwakilnya bermula pada 1982 -- dalam masa satu hari! "Ustaz, kalau nak pi lagi kenduri di Bukit Raya, tak payah ajak saya lagi, penat sungguh, tak laratr betoi," kata Cikgu Pa kepada Ustaz Fadzil, yang menyambutnya dengan gelak saja.
Mengimbas beberapa peristiwa besar yang dilalui PAS di zamannya, jelas Almarhum tidak takut untuk "bereksperimen" dan tidak gopoh berdepan kesulitan. Sememangnya dalam konteks gerakan Islam sejagat, pengalaman Malaysia adalah unik dan tersendiri jika mahu dibandingkan dengan harakah Islam yang lebih berpengalaman, misalnya Ikhwanul Muslimin di Tanah Arab ataupun Jamaat Islami di India, Pakistan.
Almarhum bijak mengatur rentak dan tempo, menggauli pengalaman dan sejarah silam, bersama rencah real politik yang serba mencabar. Sesungguhnya tidak mudah PAS mahu keluar ke persada arus perdana politik negara setelah hampir berjaya cuba dipinggirkan pada 1986, selepas hanya menang satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa. Tok Guru Nik Aziz yang berpindah ke Bachok turut kecundang. Sebuah majalah di Indonesia meletakkan tajuk yang agak sinis buat PAS: “Menang satu kerusi untuk tubuh Negara Islam.”
Lebih awal dari itu, selepas Dato' Asri Muda meletakkan jawatan, tanda bermulanya era kepemimpinan ulamak, Almarhum merupakan antara arkitek utama mengemudi “PAS baru”. Pada hemat saya, seolah-olah berlaku satu revolusi dalam PAS, apabila bukan sahaja kepimpinan bertukar, tetapi penekanan dan pendekatan perjuangan, malah roh jamaah Islam itu dimantapkan dengan idealisme baru yang lebih suci. Dan tonggak utama PAS era baru ini, di belakang Yang Dipertua Agung, Almarhum Yusuf Rawa adalah Ustaz Fadzil.
Pengalamannya berdepan cabaran besar semasa mengemudi PAS Kedah juga cukup menarik, terutama dalam kes Lubuk Merbau yang mengakibatkan seorang petugas pilihan raya kecil PAS terbunuh, dan juga peristiwa berdarah Memali.
Pada 1982, Ustaz Fadzil menunjukkan hemah yang tinggi ekoran perpecahan dalam PAS. Walaupun PAS Pusat mencadangkan Almarhum menjadi Pesuruhjaya Negeri menggantikan Dato' Abu Bakar Umar (yang berada bersama Dato' Asri), Ustaz Fadzil mengunjunginya meminta mengambil semula jawatan itu. Sebaliknya Allahyarham Abu Bakar menolak dan memberi restu kepada Ustaz Fadzil sebagai pesuruhjaya baru.
Dalam kesederhanaan dan gurau sendanya, Almarhum cukup serius dengan agenda perubahan. Saya cuba mahu mengungkapkan bagaimana beberapa pendekatannya berdepan real politik negara kadang-kadang disalah tanggap, misalnya ketika menghulur persahabatan dengan Tengku Razaleigh selepas pengharaman Umno 1988 dan episod pemecatan Anwar, sepuluh tahun selepas itu, 1998.
Berbeza dengan tanggapan sesetengah pihak yang mengandaikan Almarhum tidak merujuk terlebih dahulu dengan pimpinan parti ketika membuat keputusan penting, termasuk untuk menghadiri syarahan perdana isu Palestin bersama Dr Mahathir Mohamad, lebih kurang sebulan sebelum kematiannya, saya dalam diam mengharapkan agar Ustaz Fadzil lebih banyak bertindak atas kapasiti dan kebijaksanaannya sebagai Presiden. Ada kalanya, aksi-aksi politik memerlukan langkah proaktif yang tangkas dan segera.
-----
Artikel ini pertama kali disiarkan selepas beberapa hari Ustaz Fadzil meninggal dunia pada 23 Jun 2003.

Ustaz Fadzil pencetus keterbukaan PAS
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 03 Jul 2013 |
Sebelas tahun telah berlalu sejak kepergian bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggalkan kita. Tidak sedar waktu berlalu begitu pantas dengan pelbagai peristiwa telah berlaku selama itu. Namun, PAS - yang pernah dipimpinnya - kini terus subur dan berkembang.
Bayangkan bahawa PAS kini telah dianggotai lebih dari sejuta ahli dan tentunya di dalam jumlah itu wujud pelbagai watak dan pemikiran yang berbeza. Namun yang berbeza hanya dari segi pendekatan, bukan dari segi memperjuangkan dasar PAS yang sudah sangat mantap dan tidak ada perselisihan atau perbezaan pendapat di kalangan ahli.
Pendekatan yang yang berbeza disebabkan ahli yang lebih sejuta orang itu datang dari pelbagai latar belakang pendidikan, keluarga dan suasana sekeliling di mana ahli PAS itu berada, serta pengaruh pembacaan dan pemahaman serta pendedahan yang berbeza.
PAS telah mengambil masa yang lama untuk memantapkan perjuangannya. Sejarah perjuangannya yang ditandai pelbagai peristiwa selepas berundurnya Dato’ Asri Haji Muda sebagai Yang Dipertua PAS. Di bawah kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa yang mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dengan slogan ‘Kepimpinan Ulama’.
Saya sendiri menyertai PAS setahun setengah kemudian atas dorongan Haji Subky Latif serta disebabkan dasar PAS yang memperjuangkan Islam yang syumul dan tidak lagi berpaut pada fahaman kebangsaan seperti masa lalu.
Juga saya terdorong, antara lain, bahawa dengan jenama barunya ‘Di bawah kepimpinan ulama’, saya merasakan perjuangan PAS akan lebih mantap di mana dilihat PAS mampu mendukung konsep tersebut dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Kehadiran Almarhum Ustaz Fadzil memimpin PAS menggantikan Almarhum Tuan Guru Haji Yusof Rawa yang telah meninggal dunia telah memperkukuh lagi konsep ‘Kemimpinan Ulama’. Namun dalam masa yang sama Almarhum Ustaz Fadzil dilihat membuat pendekatan baru terhadap konsep tersebut, apabila beliau menyarankan apa yang dipanggilnya ‘Memprofesionalkan ulama dan mengulamakkan profesional’ – suatu pendekatan yang kelihatannya dapat diterima baik oleh semua pihak dan sesuai dengan keadaan.
Namun Almarhum Ustaz Fadizl tetap mempertahankan konsep kepimpinan ulama di mana saja beliau berucap dengan keyakinan bahawa pendekatan barunya itu dapat meluaskan interaksi PAS sesuai dengan perkembangan baru di dunia politik, tanpa mengorbankan dasar-dasar kepimpinan ulama.
Maka sejak zamannya, PAS menerima kemasukan pelbagai golongan masyarakat, di antaranya para tokoh Islam yang selama ini berada di luar PAS, kalangan profesional dengan pelbagai latar belakang pendidikan, pendedahan dan sebagainya dan pelbagai golongan lagi. Semuanya berada dan berganding bahu dengan golongan agama yang ada di dalam PAS selama ini.
Almarhum Ustaz Fadzil membawa PAS dari sebuah parti yang bersifat exclusive (tertutup) kepada parti yang bersifat inclusive (terbuka). Walau bagaimanapun, dasar terbuka ini sudah mula di ketengahkan di zaman Almarhum Tuan Guru Haji Yusof Rawa iaitu berbaik-baik dengan parti lain, tetapi bukan dengan Umno.
Di zaman Almarhum Ustaz Fadzil, ditubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (Singkatan: APU) atau Angkatan Ummah iaitu satu jenama perikatan politik di Malaysia yang bergiat dari tahun 1990 hingga tahun 1996 tetapi tidak berdaftar. Oleh itu parti-parti komponennya bertanding di bawah nama masing-masing. Angkatan Ummah terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA). Perikatan ini pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995.
Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990, mereka bekerjasama dengan Gagasan Rakyat yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Semangat 46 juga menyertai Gagasan Rakyat pada masa yang sama.
Angkatan Perpaduan Ummah ini dibubarkan pada tahun 1996.
Kini PAS berada dalam gabungan Pakatan Rakyat, bersama PKR dan DAP. Dalam PRU yang lalu, Pakatan Rakyat terus menguasai Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, tetapi tewas di Kedah.
Kini setiap pendukung PAS dan mereka yang bersimpati akan terus mengingati Almarhum Ustaz Fadzil, sebuah legasi dan tokoh yang telah berjaya mengenengahkan PAS sebagai parti Islam kontemporari, malah menjadi model di rantau ini sebagai parti dan gerakan Islam yang berjaya di tengah masyarakat majmuk.
Kini kepimpinan PAS diteruskan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Presiden, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dan saf pimpinan yang di dalamnya adalah gabungan ulama, profesional dan tokoh pelbagai golongan.
Pada pendapat saya, dalam mengenang 11 tahun kepergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor ini, PAS semua peringkat sangat wajar mengadakan muhasabah untuk melihat kelemahan di samping kekuatannya supaya dengan itu dapat diperbaiki dan diperkasakan.
Antara perkara yang sangat mendesak ialah bahawa PAS mestilah merapatkan diri dengan generasi baru yang menjadi harapan masa depan negara. Ia mestilah dilihat sebagai parti harapan generasi baru dan mampu menawan hati mereka.
Jika ini berjaya dilakukan, saya kira, langkah ini bermakna melanjutkan salah satu ciri keterbukaan PAS yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Fadzil. Justeru masa depan PAS banyak bergantung kepada sokongan generasi baru di samping sokongan generasi lama.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-7-2013
Ustaz Fadzil Noor: Kata-katanya mendepani arus masa
Harakah, | 01 Jul 2013 |
(Mohamad Sabu berucap di seminar pemikiran Ustaz Fadzil Noor)
ALOR SETAR: "Setiap keputusannya, kata-katanya dalam mendepani arus massa ketika hayatnya tidak pun dibukukan, namun pemikirannya segar sehingga kini hingga dapat dirasai pendekatannya itu.”
Itulah kata-kata Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu terhadap Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden PAS.
Kata-kata itu diluahkan beliau di Seminar pemimkiran Ustaz Fadzil Noor yang berlangsung di Alor Setar baru-baru ini.
Ikuti laporan penuh mengenainya dalam Harakah mulai Rabu ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-7-2013
Almarhum Ustaz Fadzil Noor - 11 tahun berlalu
http://pondoktauhid.blogspot.com, | 26 Jun 2013 |
Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam Kenangan - 11 Tahun telah berlalu
Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor (1937-2002)
Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.
Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir. Beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.
Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah.
Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanpa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.
Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah Illahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.
Latar belakang keluarga
Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.
Takdir Illahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah.

Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.
Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.
Pendidikan
Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.
Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.
Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu. Beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.
Perkahwinan
Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab.
Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Bakat Kepimpinan
Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas.
Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. (Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu ).
Perkhidmatan
Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.
Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.
Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.
PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh.
Aktiviti Kemasyarakatan
Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.
Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin.
Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.
Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran.
Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.
Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM.

Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.
Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini: kata beliau:
"Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasullullah S.a.w itu mendapat sambutan dari kalangan muda.

Rasulullah menyebut dalam hadisnya : "Golongan mudalah yang membantu perjuangan dakwah"
Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berpoya-poya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan, mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan.
Inilah cita-cita kaum Quraisy, dalam kebingungan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda mereka boleh meneruskan kezaliman dan kejahatan.
Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan islam inilah yang menyebabkan mereka tidur tidak lena, makan tak lalu. Yang menyebabkan mereka tidak senang dengan Islam dan kebangkitannya di akhir abad ke 14 dan di awal abad ke15 ini, ialah keran Islam mendapat sambutan golongan muda. Inilah menyebabkan Amerika tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang dan Khadam-khadam mereka pun tidak senang. Bila Tuan mereka tidak senang maka khadam ikut tidak senang juga. Menjadi satu perkara biasa khadam ini ikut tuan. Kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan.
Russia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin Afghanistan walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat Mujahidin Afghanistan itu sendiri dari golongan ummat Islam Afghanistan, dari mereka yang berumur 15 tahun hingga ke 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin di Afghanistan."
Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam, berdadad dengan kezaliman pemerintahan seperti Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.
" Peranan ulama seperti yang diterangkan oleh sumber-sumber itu ialah menyampaikan Islam, melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam.
Peranan ‘ulama’ dalam kehidupan ialah memikul tanggungjawab dakwah Islamiyyah dengan menyeru manusia kepada Islam. Mereka juga wajib menerangkan hukum Allah bagi semua persoalan hidup yang dihadapi oleh masyarakat dalam semua peristiwa yang berbangkit dan diantara kewajipan dan peranan ‘ulama’ juga ia menjelaskan kepada pemerintah, menegur dan mengkritik pemerintah dan melaksanakan Al-Amru Bil-Makruf dan Nahyu Anil-Munkar.
Tanggunjawab Ulama, seperti menegur, mengkritik pemerintah dan memberi penjelasan kepada pemerintah merupakan "kerja politik" yang mesti dipikul dan disedari ‘ulama’. Oleh yang demikian tidak boleh sama sekali membiarkan adanya ‘Ulama’ (juhhal) yang sanggup menyatakan bahawa Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik atau politik tidak ada kene mengena dengan Islam."
Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian.

Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi
Penglibatan dalam Politik
Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).
Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.
PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.
Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dimana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.
Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.
Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.
Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.
Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).
Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.
Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, almarhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.
Ustaz menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mangsa kezaliman ISA, beliau semasa memimpin PAS sentiasa peduli kepada keluarga mangsa ISA, tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan dan menyuarakan isu ini disemua peringkat. Beliau turun naik ke Bukit Aman merudingkan pembebasan mangsa ISA, terrmasuk meminta pihak berkuasa membatalkan waran tangkap terhadap ustaz Ibrahim Libya. Semasa menjadi ketua Pembangkang di Parlimen, ustaz Fadzil menyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA.
Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.
Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu.
Segala kenangan dengan lelaki berhati emas ini sangat mengesankan , beliau mampu mengingati nama-nama anak buah dengan baik, bertanya khabar, mengambil berat, seolah ayah kepada sebuah keluarga besar.

Perjalanan akhir yang memilukan
Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjan zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh ummat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan , melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan . Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat,didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.
Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.
Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata mengalir air mata kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am, sarat dengan makna yang mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.
Dicatat oleh AL FAKIR Muhammad Fazilul Helmi Raidzan di 5:12 PM
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-6-2013
No comments:
Post a Comment