Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus
- Jan 08, 2014
- IDRIS HJ AHMAD
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, mampu menyumbang pertambahan 0.3 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan eksport sebanyak 0.5 peratus pada 2015/2016.
Kerajaan menjangkakan negara akan mengumpul pendapatan bersih hasil GST sebanyak RM3.7 bilion pada 2015 dan RM9.09 bilion pada 2016. Jika dinisbahkan dengan ketirisan dan salah laku ketika berbelanja hampir RM10 bilion setiap tahun seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara, pertambahan itu tidak bermakna.
Menurut Ahmad, negara membangun seperti Malaysia mempunyai kadar peratusan wang gelap atau aktiviti pengelakan cukai, yang tinggi iaitu sekitar 30 peratus daripada keseluruhan KDNK, berbanding negara maju sekitar 10 hingga 15 peratus.
Ertinya akibat kelemahan kerajaan mengawal penyeludupan wang haram dan mengelak cukai, rakyat pula dibebankan. Sebenarnya pemimpin BN sudah tepu otak mereka untuk menjana kewangan negara sehingga terpaksa dibebankan kepada rakyat dengan dikenakan GST.
Sebenarnya kantung negara kosong kerana ketirisan, rasuah, penyeludupan, pengaliran wang haram. Ketika hasil Petronas melimpah ruah, kerajaan tidak beringat dan berbelanja dengan tidak berhemah. Jika kerajaan BN berwibawa dan bijak, tidak timbul masalah negara mengalami krisis kewangan.
Cuba bayangkan ketika GST belum bermula, kehidupan rakyat di ambang tahun 2014 di dalam keadaan muram durja akibat kenaikan kos sara hidup. Tahun 2015 rakyat akan tercekik dengan bebanan GST. Pemimpin BN masih bermewah, tidak pula merasa bersalah dengan apa yang berlaku. Teguran pembangkang dibakul sampahkan sahaja.
Sumber HD - 8-1-2014
Pertahan kalimah Allah, judi pertahan juga
- Jan 08, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Ahli awatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Kerajaan BN bermati-matian mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan orang bukan Islam tetapi dalam masa yang sama menggalakkan perjudian di negara ini.
"Kerajaan pertahankan penggunaan kalimah Allah, nak pertahankan kesucian kalimah Allah tapi dalam masa yang sama pertahankan juga judi.
"Ini sikap yang sangat kontradiks yang ditunjukkan kerajaan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Baru-baru ini kerajaan meluluskan tambahan permit kepada Syarikat Magnum, Damacai dan Sports Toto.
Ketiga-tiga syarikat perjudian ini akan mengadakan cabutan khas melibatkan 22 hari Selasa sepanjang tahun 2014.
Ini bermaksud terdapat tambahan sebanyak 66 kali cabutan nombor ekor untuk diperjudikan di Semenanjung Malaysia untuk tahun ini sahaja. Untuk Sabah dan Sarawak, jumlah cabutan adalah lebih banyak kerana terdapat 3 lagi syarikat perjudian NFO yang hanya beroperasi di Sabah dan Sarawak.
Menurut Idris lagi, kerajaan seolah-olah sangat bergantung kepada hasil perjudian untuk menampung pendapatan negara.
"Ini merupakan petunjuk bahawa Malaysia merupakan salah satu pusat judi yang hebat seperti Las Vegas.
"Kerajaan seolah-olah menggalakkan rakyat Malaysia termasuk orang Islam sendiri berjudi.
"Pendapatan dari hasil judi ini cukup tinggi tetapi kerajaan perlu fikirkan sensitiviti agama dan ada di kalangan orang bukan Islam sendiri tidak setuju dengan judi termasuk judi bola," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Tambah beliau lagi, walaupun kerajaan mengutip pendapatan yang tinggi daripada hasil judi, kerajaan harus bermuhasabah terhadap segala bencana alam yang terjadi.
"Banyak perkara-perkara aneh berlaku di Malaysia akhir-akhir ini. Banjir besar, jenayah meningkat, ini semua mungkin pembalasan dan peringatan dari Allah akibat perbuatan kita," katanya yang juga Pengarah Jabatan Tarbiyah PAS Pusat.
Mengikut satu jawatan Menteri Kewangan di Parlimen, jumlah cukai pertaruhan daripada 6 syarikat operator nombor ramalan bagi tahun 2008 hingga 2012 ialah sejumlah RM6.3 billion.
Sumber HD - 8-1-2014
Barang naik, salahkan tangan memangkah BN
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Katanya, mereka cuba mengalihkan isu untuk dibeban kepada peniaga kerana barang menjadi mahal kononnya beberapa siri tangkapan dan serbuan dilakukan kerana peniaga menaikkan harga barang.
“Pada hal peniaga tidak ada pilihan, kerana dengan kenaikan petrol, tol, letrik memberi kesan kepada peniaga dan peningkatan modal. Akhirnya mereka tidak ada pilihan, barang mesti dinaikkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Fenomena yang berlaku, kata beliau pengundi BN di dalam PRU13 tidak boleh melepaskan diri kerana mengundi parti itu.
“Angkara merekalah menyebabkan telah memberi lesen kepada pemimpin BN yang menaikkan keperluan asas sehingga memberi kesan kepada peningkatan kos walau pun pemimpin BN, terutama yang membodohkan orang Melayu yang tidak bermaklumat kononnya kenaikan harga minyak, tol, elektrik tidak memberi kesan kepada mereka, cuma memberi kesan kepada pengguna yang kaya sahaja,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Menurutnya lagi, malahan mereka diumpan, jangan bimbang, harga barang akan diimbang dengan pemberian BRIM nanti.
“Pengundi BN yang separuh sedar termakan dengan hujah tersebut. Sekarang mereka cukup tertekan dengan kenaikan harga barang,” ujarnya.
Sumber HD - 5-1-2014
Ahli PAS perlu bertindak sebagai Muslim Haraki
- Dec 30, 2013
- Idris Ahmad
Cukupkah kita hanya menjadi Muslim yang baik dengan Allah, tetapi membiarkan kefasadan terus melanda dalam masyarakat.
Orang Islam mempunyai tanggungjawab terhadap Islam dan membela Islam di atas muka bumi ini.
Haram kita membiarkan Islam dipermainkan dan dihina. Islam tidak iktiraf manusia yang membisu seribu bahasa dan beriktikaf di dalam masjid tanpa mengambil peduli apa yang berlaku sekelilingnya.
Kehadiran kita sebagai manausia, bukan diminta, tetapi semuanya adalah takdir Allah SWT yang Maha Mengetahui apakah hikmah yang tersurat dan tersirat.
Yang jelas kewujudan manusia di atas muka bumi ini sebagai khalifah Allah SWT untuk memakmur dan menguruskan bumi ini dengan agama.
Tidak ada siapa yang terlepas daripada tanggungjawab di hadapan allah SWT. Mungkin di dunia, dia dapat melepas lari, tetapi tidak di akhirat.
Sabda Rasulullah SAW " Semua kamu adalah pemimpin, dan semua kamu adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya"
Hadis ini sebagai satu penyataan umum kepada kita bahawa semua manusia yang mukallaf bertanggungjawab atas kehidupannya ketika berada di dunia.
Mereka boleh memberi berjuta alasan ketika berada di atas dunia, tetapi di akhirat medannya sudah berlainan. Waktu itu amalan yang menjadi saksi atas perbuatan mereka.
Muslim Haraki ialah ahli PAS yang telah berjanji setia dan akur kepada Perlembagaan Parti dan disiplin parti selagi tidak bertentangan dengan syariat.
Mereka bersedia untuk melaksanakan amanah parti yang produktif dan mempunyai nilai tambah kepada parti.
Mereka bukan ahli yang jumud dan tidak memberi manfaat kepada orang ramai di dalam rangka untuk membina masyarkat Islam dan negara yang berpandukan kepada syariat Allah SWT.
Kita mesti menjadi Muslim Haraki, kerana ini merupakan sunnah para Rasul yang terdahulu sehingga terpaksa mengorbankan diri mereka semata-mata untuk melihat dakwah subur di atas muka bumi ini.
Nabi SAW tidak akan berhijrah ke Madinah jika baginda merupakan orang yang mempunyai kepentingan diri. Baginda boleh selamatkan diri jika baginda mahu. Sebagaimana tawaran dunia yang cukup lumayan, bukan Jusa A atau Turus.
Pembesar Quraish menawarkan "Wahai Anak Saudaraku jika kamu bawa agama ini kerana hendak harta kekayaan, maka kami akan mengumpul kekayaan sehingga engkau menjadi orang yang paling kaya di kalangan kami. Jika engkau bawa agama ini untuk hendak menjadi ketua, Maka kami akan tabal kamu menjadi pembesar di Makkah". Kesemuanya ini ditolak oleh Nabi. Kerana apa? Semuanya ialah kerana baginda bukan hendak menjaga kepentingan diri, tetapi untuk maslahah umum.
Jika baginda mempunyai kepentingan diri, baginda tidak perlu meninggalkan kampung halaman baginda. Baginda boleh melepaskan diri dengan membiarkan pengikutnya terseksa. Baginda juga boleh menyelamatkan diri sendiri, kerana keluarga baginda adalah golongan kenamaan. Kerana menjadi adat di dalam masyarakat jahiliah cukup menghormati darjat dan keturunan. Mereka malu untuk membuat sembarangan terhadap batang tubuh baginda.
Muslim Haraki mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam masyarakat. Kehadiran mereka dirasai dan ketiadaan mereka dirindui. Mereka mengembelingkan tenaga mereka di tengah- tengah masyarakat dengan menjual produk Islam kepada orang lain sehingga terasa Islam itu rahmat untuk semua.
Sabda Rasulullah SAW:
"Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang kuat daya hidupnya (sensitif) di tengah-tengah manusia"
Mereka mesti menjadi juara kepada ummah, bukan sahaja kepada kelompok tertentu sahaja. Mereka begitu sensitif terhadap perkembangan semasa yang membabitkan akidah, ekonomi, politik dan moral.
Muslim Haraki bukan sahaja pandai berbicara tetapi tidak melaksanakan. Bukan Muslim Haraki jika hanya pandai mengkritik tetapi tidak membawa penyelesaian. Muslim haraki bukan sahaja pandai menghukum, tetapi mesti menjinakkan mad'u ( sasaran).
Di dalam dunia hari ini orang sudah tidak mahu "talk no action" ( bercakap tetapi tidak bertindak). Jangan kita marah jika masyarakat jauh dengan perjuangan kita jika kita hanya berteori tetapi tidak melaksanakan.
Jangan kita rasa pelik masyarakat akan mendekatkan diri dengan ideologi lain lantaran kita tidak menjadi Muslim haraki yang menunjukkan suri teladan yang baik.
Muslim Haraki mesti buktikan mereka adalah amanah kepada harta rakyat apabila diberi amanah.
*Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga AJK PAS Pusat
Sumber HD - 30-12-2013
Umno guna ustaz sebagai ayam sabung lawan PAS
- Nov 30, 2013
- HARAKAHDAILY
KEPALA BATAS: Perlantikan individu berlatarbelakangkan agama ke dalam Umno bukan bertujuan sebagai penegur atau pemandu perjalanan parti Melayu itu tetapi dilihat lebih kepada sebagai 'ayam sabung' untuk melawan PAS.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata sejarah membuktikan betapa teguran, pandangan dan suara ahli agama terhadap Umno tidak menjadi keutamaan oleh parti itu malah hanya dipandang sepi.
"Umno bukan impikan orang beragama. Mereka hanya memperkudakan golongan terbabit untuk berhadapan dengan hujah PAS semata-mata. Lepas tu dibuang bagaikan sampah," katanya ketika berceramah di Markaz PAS Pongsu Seribu, di sini semalam.
Ceramah semalam diadakan sempena kemenangan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Limau yang turut dihadiri Adun baru Sungai Limau Ustaz Mohd Azam Abd Samat.
Terdahulu beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mengulas perlantikan pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam.
Katanya, perkara itu bukan sesuatu yang pelik malah sudah dijangka kerana Ustaz Kazim dalam ceramahnya sebelum ini banyak kali tampil dipentas ceramah anjuran Umno dan mengkritik PAS secara terbuka.
"Sudah terang lagi bersuluh apa yang Ustaz Kazim buat. Kita tidak payah bersusah meneka siapa dirinya, " katanya lagi.
Mengulas lanjut beliau berkata, kemasukan Ustaz Kazim ke dalam Umno itu langsung tidak memberi kesan kepada PAS sebaliknya lebih menyenangkan PAS untuk meneruskan siri dakwahnya kepada Ummah tanpa diganggu oleh 'individu yang mengakui PAS'.
Menurut beliau lagi, hakikatnya individu berlatarbelakang agama apabila menyertai Umno akan hilang serinya dan akan tenggelam dibawa arus.
Sumber HD - 30-11-2013
PRK Sg Limau: Projek dijanji macam air sejuk
Harakahdaily, | 06 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau layak diberikan ucapan tahniah dan pujian kerana walaupun ditabur dengan pelbagai habuan material dan janji projek bernilai lebih RM15 juta, 12, 069 daripada mereka masih memberikan undi untuk calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad ketika mengulas keputusan PRK Sungai Limau menyifatkan mereka sebagai "pengundi kaya jiwa walaupun miskin harta" meskipun ditawar pelbagai habuan termasuk kambing dan anak ayam.
Ustaz Idris mengakui 'amat gerun' menunggu keputusan pilihan raya apabila waktu pembuangan undi tamat berdasarkan serangan kempen dan umpan BN pada PRK Dun Sungai Limau .
"Sehingga dalam hati saya mengatakan jika menang dengan majoriti satu undi pun tidak mengapa. Kerana PAS bukan melawan BN, tetapi melawan jentera kerajaan negeri dan pusat.
"Projek dijanji macam air sejuk. Menteri dan Exco keluar masuk kampung menaburkan janji sehingga rakyat lupa harga gula baru sahaja naik 34 sen dan minyak 20 sen. Paling kelakar ada Karnival Lelong Mesra Barang Rakyat setiap satu RM1.
"Gula, tepung berharga RM1. Malangnya harga itu tamat setakat malam pilihan raya sahaja. Alangkah baiknya jika pilihanraya kecil setiap hari, maka dapatlah gula, tepung berharga RM1. Ini semua umpan untuk menolak dakwaan pembangkang yang mengatakan harga barang naik di bawah BN," ungkapnya sinis.
Beliau sekali lagi mengucapkan tahniah kepada 12, 069 pengundi di Dun Sungai Limau yang terbukti dan teruji tidak termakan dengan janji-janji BN.
"Mereka tahu beza antara 'janji ditepati' dengan 'janji manis di bibir sahaja, di hati lain bicara'. Mereka sudah kenal batang tubuh pemimpin Umno, kerana mereka ialah golongan yang berfikir dan ada harga diri. Mereka tidak boleh dibeli dengan harga gula RM1. Biar pun mereka miskin harta tetapi kaya jiwa," tegasnya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-11-2013
Berjuang Melayu di dua musim
Idris Ahmad, | 18 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Orang Melayu khususnya pemimpin dan penyokong Umno perlu merenung mengapa bangsa Melayu masih ketinggalan di sudut ekonomi walaupun dasar yang dirancang seperti Dasar Ekonomi baru (DEB) adalah baik dan mampu mengangkat taraf hidup golongan bumiputera.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, dasar yang dilaksanakan kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup bumiputera dan orang Melayu khususnya digubal oleh pegawai yang profesional namun dilaksanakan oleh pemimpin politik yang tidak amanah.
"Pegawai tidak boleh buat apa-apa. Mereka hanya menerima arahan sahaja," jelas beliau.
Kemiskinan orang Melayu, ujarnya hanya menjadi umpan untuk memperkayakan pemimpin dan penyokong Umno sedangkan projek yang dipohon atas dasar Melayu banyak dibolot oleh pemimpin Umno.
"Pemimpin Umno dan penyokong Umno kena renung kenapa orang Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi walau pun dasar yang dirancang adalah baik.
"Macam mana Melayu hendak maju, kerana dasar Umnoputera masih berjalan. Projek diberi kepada orang yang bukan ahlinya. Jika sikap ini berterusan diamalkan oleh Umno, nescaya Melayu tidak akan maju. Jawabnya tunggu ikan keli tumbuh sisik baru Melayu boleh maju," ujarnya sinis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan program untuk Memperkasa Ekonomi Bumiputera yang merangkumi lima fokus utama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, 14 September lalu.
Idris menambah, program yang diumumkan Najib itu sebenarnya meneruskan tradisi Umno yang hanya bercakap tentang ekonomi Melayu pada musim pilihan raya dan Persidangan Agung Umno guna meraih undi orang Melayu dan perwakilan Umno.
"Slogan hidup Melayu berdegar-degar berkumandang ketika musim ini untuk menarik sokongan undi walaupun kita ketahui bahawa ini hanya sandiwara Umno sahaja. Sebab itu Melayu gagal dimertabatkan walaupun sudah 56 tahun merdeka," katanya.
Dalam kenyataan medianya, beliau memberi contoh diskriminasi terhadap Kelantan yang majoriti rakyatnya orang Melayu.
"Selama 23 tahun Kelantan dinafikan hak sebagai sebuah negeri yang sah. Pada hal Kerajaan Kelantan dipilih secara demokrasi, tetapi royalti (minyak) dinafikan.
"Apa dosa Kelantan? Bukankah Kelantan negeri Melayu. Apakah pemimpin Umno anggap Melayu hanya selamat di bawah Umno?" soal beliau.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, dasar yang dilaksanakan kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup bumiputera dan orang Melayu khususnya digubal oleh pegawai yang profesional namun dilaksanakan oleh pemimpin politik yang tidak amanah.
"Pegawai tidak boleh buat apa-apa. Mereka hanya menerima arahan sahaja," jelas beliau.
Kemiskinan orang Melayu, ujarnya hanya menjadi umpan untuk memperkayakan pemimpin dan penyokong Umno sedangkan projek yang dipohon atas dasar Melayu banyak dibolot oleh pemimpin Umno.
"Pemimpin Umno dan penyokong Umno kena renung kenapa orang Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi walau pun dasar yang dirancang adalah baik.
"Macam mana Melayu hendak maju, kerana dasar Umnoputera masih berjalan. Projek diberi kepada orang yang bukan ahlinya. Jika sikap ini berterusan diamalkan oleh Umno, nescaya Melayu tidak akan maju. Jawabnya tunggu ikan keli tumbuh sisik baru Melayu boleh maju," ujarnya sinis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan program untuk Memperkasa Ekonomi Bumiputera yang merangkumi lima fokus utama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, 14 September lalu.
Idris menambah, program yang diumumkan Najib itu sebenarnya meneruskan tradisi Umno yang hanya bercakap tentang ekonomi Melayu pada musim pilihan raya dan Persidangan Agung Umno guna meraih undi orang Melayu dan perwakilan Umno.
"Slogan hidup Melayu berdegar-degar berkumandang ketika musim ini untuk menarik sokongan undi walaupun kita ketahui bahawa ini hanya sandiwara Umno sahaja. Sebab itu Melayu gagal dimertabatkan walaupun sudah 56 tahun merdeka," katanya.
Dalam kenyataan medianya, beliau memberi contoh diskriminasi terhadap Kelantan yang majoriti rakyatnya orang Melayu.
"Selama 23 tahun Kelantan dinafikan hak sebagai sebuah negeri yang sah. Pada hal Kerajaan Kelantan dipilih secara demokrasi, tetapi royalti (minyak) dinafikan.
"Apa dosa Kelantan? Bukankah Kelantan negeri Melayu. Apakah pemimpin Umno anggap Melayu hanya selamat di bawah Umno?" soal beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-9-2013
Menteri dicabar buka kedai jika barang hanya naik 0.1%
Salmiyah Harun, | 04 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek membuka kedai sendiri sekiranya beliau yakin kenaikan harga barang hanya 0.1 peratus selepas kenaikan harga minyak semalam.
"Elok beliau buka kedai sendiri, kerana dia boleh tentukan harga barang naik 0.1 peratus. Kami akan pergi membeli di kedai dia," tegas Idris kepada Harakahdaily.
Malah Idris (gambar) menyangkal kenyataan menteri berkenaan dan menyifatkan ianya tidak logik dengan kenaikan harga barang hanya 0.1 peratus.
"Kalau harga barang bernilai RM1.00, takkan penjual hendak naikkan RM1.01 paling kurang mereka akan naikkan kepada RM1.10 atau RM1.20. Kenyataan menteri ini sangat tidak logik," katanya.
Beliau yang dipertanggungjawabkan menjaga Kementerian Pengguna dalam PAS, berkata, dalam kes kenaikan harga ayam baru-baru ini kerajaan masih gagal mengawal kenaikan itu akhirnya harga ayam masih mahal daripada biasa.
"Mengawal harga ayam pun kerajaan tidak berjaya, inikan pula dalam suasana harga minyak naik yang memberi kesan berantai sudah tentu sukar untuk mengawal.
"Harga ayam semasa bulan puasa lalu, dari RM6.50 naik kepada hampir RM9.00 akhirnya kerajaan menetapkan harga siling kepada RM7.50, bukankah berlaku kenaikan harga juga. Ini belum diumumkan harga minyak naik," bidas Idris.
Justeru beliau percaya kenaikan harga barang bukan 0.1 peratus sebagaimana jaminan diberikan oleh menteri sebaliknya lebih daripada itu memandangkan kos bahan api yang menjadi input utama kepada pengangkutan dan perkhidmatan dalam negara.
"Kerajaan ambil jalan mudah, naikkan harga minyak untuk mendapat pulangan kemudian hendak menutup mulut rakyat dengan memberi bantuan BR1M, dan saya yakin kali ini BR1M akan dinaikkan," katanya.
Semalam Datuk Hasan Malek memberi jaminan kenaikan harga barang hanya 0.1 peratus sahaja selepas harga minyak naik.
Ekoran kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) telahpun mula menggesa kos tambang dinaikkan sejajar dengan peningkatan harga minyak.
Sebuah syarikat kontena, Taipanco Sdn Bhd pula dilaporkan akan menaikkan kadar surcharge bahan api.
"Elok beliau buka kedai sendiri, kerana dia boleh tentukan harga barang naik 0.1 peratus. Kami akan pergi membeli di kedai dia," tegas Idris kepada Harakahdaily.
Malah Idris (gambar) menyangkal kenyataan menteri berkenaan dan menyifatkan ianya tidak logik dengan kenaikan harga barang hanya 0.1 peratus.
"Kalau harga barang bernilai RM1.00, takkan penjual hendak naikkan RM1.01 paling kurang mereka akan naikkan kepada RM1.10 atau RM1.20. Kenyataan menteri ini sangat tidak logik," katanya.
Beliau yang dipertanggungjawabkan menjaga Kementerian Pengguna dalam PAS, berkata, dalam kes kenaikan harga ayam baru-baru ini kerajaan masih gagal mengawal kenaikan itu akhirnya harga ayam masih mahal daripada biasa.
"Mengawal harga ayam pun kerajaan tidak berjaya, inikan pula dalam suasana harga minyak naik yang memberi kesan berantai sudah tentu sukar untuk mengawal.
"Harga ayam semasa bulan puasa lalu, dari RM6.50 naik kepada hampir RM9.00 akhirnya kerajaan menetapkan harga siling kepada RM7.50, bukankah berlaku kenaikan harga juga. Ini belum diumumkan harga minyak naik," bidas Idris.
Justeru beliau percaya kenaikan harga barang bukan 0.1 peratus sebagaimana jaminan diberikan oleh menteri sebaliknya lebih daripada itu memandangkan kos bahan api yang menjadi input utama kepada pengangkutan dan perkhidmatan dalam negara.
"Kerajaan ambil jalan mudah, naikkan harga minyak untuk mendapat pulangan kemudian hendak menutup mulut rakyat dengan memberi bantuan BR1M, dan saya yakin kali ini BR1M akan dinaikkan," katanya.
Semalam Datuk Hasan Malek memberi jaminan kenaikan harga barang hanya 0.1 peratus sahaja selepas harga minyak naik.
Ekoran kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) telahpun mula menggesa kos tambang dinaikkan sejajar dengan peningkatan harga minyak.
Sebuah syarikat kontena, Taipanco Sdn Bhd pula dilaporkan akan menaikkan kadar surcharge bahan api.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-9-2013
Umno pun pernah cuba haramkan PAS - Idris
Selangorku, | 20 Ogs 2013 |
SHAH ALAM: Cubaan kerajaan sementara Mesir yang merampas kuasa untuk mengharamkan parti Ikhwanul Muslimin yang memenangi pilihanraya di negara itu sebelum ini pernah dilakukan oleh Umno terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negara ini.
Pengarah Jabatan Tarbiah dan Pengkaderan PAS, Ustaz Idris Ahmad, berkata Umno ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sedaya upaya untuk mengharamkan penggunaan nama Islam dalam pertubuhan termasuk PAS.
“Namun usaha buruk Umno tersebut gagal disebabkan Majlis Raja-Raja yang bersidang menolak usaha Umno dan Dr Mahathir,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Menurut Idris, tragedi rusuhan yang sedang berlaku di Mesir tidak mungkin berlaku di Malaysia sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara ini.
“Senario penggulingan Mantan Presiden Mesir Dr Morsi oleh tentera negara itu agak sukar berlaku di negara ini kerana Malaysia mempunyai sistem pemerintahan yang agak unik.
“Sistem demokrasi berpelembagaan di negara ini dengan Raja merupakan sebahagian daripada sistem demokrasi akan menghalang perkara sedemikian.
“Dari sudut negara ini penggulingan tentera seperti itu agak rakus, cara kekerasan yang berlaku seperti di Mesir mungkin tidak akan berlaku,” kata beliau ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan jikalau PAS berjaya mentadbir Malaysia apakah senario di Mesir akan berlaku di negara ini.
Kata beliau, tindakan kekerasan tentera Mesir seperti yang berlaku itu tidak sesuai dalam konteks negara ini dalam pelbagai segi.
Tambah beliau apa yang boleh berlaku adalah seperti pertukaran kerajaan di Perak melalui ‘lompat parti’.
Dalam pada itu Idris berharap kerajaan Malaysia membuat pendirian berhubung tragedi yang berlaku di Mesir.
“Kita juga menyeru semua pertubuhan Islam untuk mempunyai jatidiri yang kuat dan istiqamah dan kita yakin akan menang akhirnya,” kata beliau.
Pengarah Jabatan Tarbiah dan Pengkaderan PAS, Ustaz Idris Ahmad, berkata Umno ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sedaya upaya untuk mengharamkan penggunaan nama Islam dalam pertubuhan termasuk PAS.
“Namun usaha buruk Umno tersebut gagal disebabkan Majlis Raja-Raja yang bersidang menolak usaha Umno dan Dr Mahathir,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Menurut Idris, tragedi rusuhan yang sedang berlaku di Mesir tidak mungkin berlaku di Malaysia sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara ini.
“Senario penggulingan Mantan Presiden Mesir Dr Morsi oleh tentera negara itu agak sukar berlaku di negara ini kerana Malaysia mempunyai sistem pemerintahan yang agak unik.
“Sistem demokrasi berpelembagaan di negara ini dengan Raja merupakan sebahagian daripada sistem demokrasi akan menghalang perkara sedemikian.
“Dari sudut negara ini penggulingan tentera seperti itu agak rakus, cara kekerasan yang berlaku seperti di Mesir mungkin tidak akan berlaku,” kata beliau ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan jikalau PAS berjaya mentadbir Malaysia apakah senario di Mesir akan berlaku di negara ini.
Kata beliau, tindakan kekerasan tentera Mesir seperti yang berlaku itu tidak sesuai dalam konteks negara ini dalam pelbagai segi.
Tambah beliau apa yang boleh berlaku adalah seperti pertukaran kerajaan di Perak melalui ‘lompat parti’.
Dalam pada itu Idris berharap kerajaan Malaysia membuat pendirian berhubung tragedi yang berlaku di Mesir.
“Kita juga menyeru semua pertubuhan Islam untuk mempunyai jatidiri yang kuat dan istiqamah dan kita yakin akan menang akhirnya,” kata beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-8-2013
Mahathir ingat Umno saja boleh majukan negara
Salmiyah Harun, | 19 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Mana-mana kerajaan yang mentadbir Malaysia termasuk Umno sekalipun adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membangunkan rakyat dan negara ini, demikian tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad.
"Selama 57 tahun Umno memerintah Malaysia takkanlah mereka langsung tidak boleh membuat perubahan, tidak gunalah Umno menjadi kerajaan yang memerintah," katanya kepada Harakahdaily.
Idris berkata demikian sebagai mengulas kepada surat terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang berkata tidak mungkin rakyat dapat menikmati kesenangan hidup seperti sekarang tanpa bantuan dari parti pemerintah Umno.
Namun, Idris cukup sedih dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu seolah-olah tidak ada kelas pemikiran kerana bercakap seperti itu.
"Umno sebagai kerajaan ada pelbagai sumber kewangan untuk mentadbir negara termasuk pelbagai bentuk cukai, kerana rakyat tidak bayar cukai kepada pembangkang.
“Kalau pembangkang yang keluarkan kenyataan seperti beliau itu tidaklah berasa pelik. Memberi pembangunan dan kesenangan kepada rakyat sudah menjadi tugasnya," jelas beliau.
Malah katanya, dengan sumber yang ada melalui cukai khazanah negara menjadi perkara biasa dan tidak menjadi pelik kerajaan Umno membangunkan negara kerana cukai yang diperoleh daripada rakyat perlu dikembalikan semula kepada rakyat.
"Keadaan berbeza di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, nama sahaja memerintah tetapi banyak kekangan yang dibuat oleh kerajaan Pusat. Kerajaan negeri mempunyai sumber yang terhad, tetapi Kelantan berjaya membayar hutang kerajaan sebelum ini satu kejayaan yang baik," katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam surat terbukanya kepada ahli parti itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata setiap orang Melayu dan penyokong Umno pasti mendapat sesuatu bagi diri mereka.
Beliau juga turut membandingkan kerajaan diperintah Umno dengan negara lain apabila tidak ada kerajaan yang mampu menawarkan seperti mana yang parti itu beri.
"Pergilah ke negara lain yang sama miskin seperti kita dulu, sama dijajah dan sekarang merdeka, lihat keadaan mereka masih miskin, masih tidak bersekolah sehingga rakyat di negara mereka terpaksa berhijrah ke Malaysia demi mencari rezeki kerana kerajaan mereka tidak berjaya memajukan negara,"kata beliau lagi.
"Selama 57 tahun Umno memerintah Malaysia takkanlah mereka langsung tidak boleh membuat perubahan, tidak gunalah Umno menjadi kerajaan yang memerintah," katanya kepada Harakahdaily.
Idris berkata demikian sebagai mengulas kepada surat terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang berkata tidak mungkin rakyat dapat menikmati kesenangan hidup seperti sekarang tanpa bantuan dari parti pemerintah Umno.
Namun, Idris cukup sedih dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu seolah-olah tidak ada kelas pemikiran kerana bercakap seperti itu.
"Umno sebagai kerajaan ada pelbagai sumber kewangan untuk mentadbir negara termasuk pelbagai bentuk cukai, kerana rakyat tidak bayar cukai kepada pembangkang.
“Kalau pembangkang yang keluarkan kenyataan seperti beliau itu tidaklah berasa pelik. Memberi pembangunan dan kesenangan kepada rakyat sudah menjadi tugasnya," jelas beliau.
Malah katanya, dengan sumber yang ada melalui cukai khazanah negara menjadi perkara biasa dan tidak menjadi pelik kerajaan Umno membangunkan negara kerana cukai yang diperoleh daripada rakyat perlu dikembalikan semula kepada rakyat.
"Keadaan berbeza di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, nama sahaja memerintah tetapi banyak kekangan yang dibuat oleh kerajaan Pusat. Kerajaan negeri mempunyai sumber yang terhad, tetapi Kelantan berjaya membayar hutang kerajaan sebelum ini satu kejayaan yang baik," katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam surat terbukanya kepada ahli parti itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata setiap orang Melayu dan penyokong Umno pasti mendapat sesuatu bagi diri mereka.
Beliau juga turut membandingkan kerajaan diperintah Umno dengan negara lain apabila tidak ada kerajaan yang mampu menawarkan seperti mana yang parti itu beri.
"Pergilah ke negara lain yang sama miskin seperti kita dulu, sama dijajah dan sekarang merdeka, lihat keadaan mereka masih miskin, masih tidak bersekolah sehingga rakyat di negara mereka terpaksa berhijrah ke Malaysia demi mencari rezeki kerana kerajaan mereka tidak berjaya memajukan negara,"kata beliau lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-8-2013
SB sibuk tanya YB Idris Ahmad berbuka di masjid
http://sisibukit.blogspot.com, | 12 Ogs 2013 |
Changkat Jering-12 Ogos: PAS Kawasan Bukit Gantang berasa kesal dengan pihak SB (Cawangan Khas) yang bertanya pergerakan Ahli Parlimen Bukit Gantang untuk berbuka puasa (iftar),dalam bulan Ramadhan lalu bersama penduduk di masjid-masjid dalam Parlimen Bukit Gantang.
PAS Kawasan Bukit Gantang mengharapkan pihak polis lebih baik bekerja keras menangkap penjenayah atau suspek yang telah membunuh beberapa orang penduduk dalam Bukit Gantang. Setakat ini dalam tempoh sebulan dua ini kerap benar berlaku kejadian pembunuhan menggunakan senjata api di sekitar Simpang dalam DUN Changkat Jering.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-8-2013
Kuala Besut: Miskin senjata memenangkan BN
Harakahdaily, | 26 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: “Jika kita melihat masyarakat Kuala Besut, kita tidak percaya ia merupakan sebuah daerah di negeri yang kaya minyak, telahan lagi Ketua Umno Bahagian pula bekas Menteri Besar Terengganu,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Baginya, memang benarlah selagi rakyat miskin, maka mereka akan menjadi makanan Umno.
Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, walaupun kajian daripada Ilham Center menunjukkan 77 peratus pengundi kenal Che Long sebagai calon PAS dan puji peribadi beliau, namun mereka akan pilih BN kerana BN boleh menjanjikan benda dan projek.
Katanya, Umno sedar, rakyat yang mempunyai taraf hidup yang baik tidak akan bersama dengan Umno.
“Oleh itu usaha mengekang rakyat menjadi miskin adalah satu agenda yang terancang. Buktinya walaupun negara sudah 57 tahun merdeka, masih kedapatan rumah yang daif.
“Di atas keringat kemiskinan inilah Umno membina kekayaan atas nama Melayu, kebetulannya majoriti yang merempat ialah orang Melayu,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, agensi yang membantu orang miskin menjadi lubuk emas orang kaya dan kroni, ia tidak mengalir kepada orang yang memerlukan, contohnya wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap.
Ini, katanya bukti bagaimana tidak amanahnya pemimpin Umno untuk menguruskan rakyat yang miskin.
Baginya, memang benarlah selagi rakyat miskin, maka mereka akan menjadi makanan Umno.
Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, walaupun kajian daripada Ilham Center menunjukkan 77 peratus pengundi kenal Che Long sebagai calon PAS dan puji peribadi beliau, namun mereka akan pilih BN kerana BN boleh menjanjikan benda dan projek.
Katanya, Umno sedar, rakyat yang mempunyai taraf hidup yang baik tidak akan bersama dengan Umno.
“Oleh itu usaha mengekang rakyat menjadi miskin adalah satu agenda yang terancang. Buktinya walaupun negara sudah 57 tahun merdeka, masih kedapatan rumah yang daif.
“Di atas keringat kemiskinan inilah Umno membina kekayaan atas nama Melayu, kebetulannya majoriti yang merempat ialah orang Melayu,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, agensi yang membantu orang miskin menjadi lubuk emas orang kaya dan kroni, ia tidak mengalir kepada orang yang memerlukan, contohnya wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap.
Ini, katanya bukti bagaimana tidak amanahnya pemimpin Umno untuk menguruskan rakyat yang miskin.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-7-2013
Manusia pelik akhir zaman
Idris Hj Ahmad, | 22 Jul 2013 |
Setiap kali Ramadan datang maka isu tazkirah akan menjadi polimik oleh pihak yang tertentu seolah-olah tazkirah ialah virus yang merbahaya kepada orang Islam. Seolah-olah tazkirah menyebabkan pahala puasa hilang.
Bukankah kita digalakkan untuk ingat-mengingati di antara satu sama lain sebagaimana diajar di dalam al-Quran. Bermaksud "Sesungguhnya peringatan itu dapat memberi manfaat kepada orang yang beriman."
Jika kita tidak memberi peringatan sesama mukmin, maka siapa lagi yang akan melakukannya? Kita mesti mempunyai keazaman untuk memberi peringatan kepada saudara seagama untuk memastikan mereka juga merupakan ahli syurga.
Begitu juga Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian melainkan orang beriman. Dan orang yang berpesan dengan kebenaran dan orang yang berpesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr : ayat 1-3)
Para sahabat tidak akan berpisah melainkan setelah membaca ayat ini untuk mengingat sesama dengan mereka. Oleh itu, bagi orang lelaki yang beriman diwajibkan untuk hadir mengerjakan solat Jumaat dan mendengar dua khutbah Jumaat. Salah satu rukun khutbah ialah nasihat supaya bertaqwa kepada Allah. Khutbah bertujuan untuk memberi tazkirah kepada sidang jamaah yang hadir. Inilah tazkirah mingguan yang disampaikan oleh khatib kepada ahli kariahnya. Harapannya sekurang-sekurang daripada Jumaat ke Jumaat akan ada peringatan daripada khatib. Supaya peringatan sentiasa segar di dalam jiwa pendengar dan menjadi perangsang untuk dekat kepada Allah dan menjauhkan larangannya.
Apa masalahnya apabila Tazkirah diadakan pada malam Ramadhan. Ini peluang yang terbaik untuk memberi peringatan kepada mereka yang hadir. Terutama kepada mereka yang hanya hadir setahun sekali yakni dalam bulan Ramadan. Hari biasa mereka tidak pernah datang ke majlis ilmu yang diadakan di surau atau masjid.
Satu tindakan yang bijak dilakukan oleh pihak surau untuk menganjurkan tazkirah dengan harapan untuk memberi kesedaran agama dan motivasi cintakan Iman dan Islam kepada hadirin yang hadir. Pendakwah yang bijak ialah mengambil kesempatan di majlis yang mana manusia ramai yang hadir untuk menyampaikan bingkisan dakwah. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dengan mengumpul saudara mara yang terdekat dengan membuat jamuan kemudian baginda menyampaikan risalah Islam.
Atas semangat inilah juga yang dilakukan oleh pihak penganjur untuk melebar luas dakwah kepada masyarakat. Pada pemerhatian saya ramai yang mula berubah setelah mendengar tazkirah yang disampaikan sempena dengan kehadiran mereka sewaktu bulan Ramadan. Selama ini mereka tidak pernah mendengar majlis yang menyuburkan Iman dan melembutkan hati. Mereka meneruskan datang ke surau atau masjid selepas Ramadan berlalu.
Cuma apa yang penting ialah pemberi tazkirah (Muzakkir) perlu bijak dan mengolah Islam dengan penuh hikmah dan bijaksana. Berikan motivasi untuk berubah dengan berpaksikan kepada agama. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Yakinlah mereka yang hadir ke majlis ilmu ialah merupakan orang yang berpotensi besar untuk menyokong perjuangan Islam apabila mereka faham agama.
Masjid atau surau yang tidak menganjurkan tazkirah, kebiasaannya kosong setelah Ramadan. Mereka yang datang hanya bermusim, tanpa ada ilmu dan kesedaran Iman. Apakah ini yang kita hendak? Sehingga sanggup mengatakan tazkirah menganggu tarawih. Sepatutnya usaha ini perlu disokong bukan dihalang. Mereka tidak pernah kecewa melihat masjid menjadi usang tidak berpenghuni, tetapi mereka resah melihat manusia berduyun-duyun hadir ke majlis tazkirah. Inilah manusia yang pelik pada akhir zaman.

Sumber HD - 22-7-2013
Ramadhan gamit pejuang Islam
Ustaz Idris Ahmad, | 13 Jul 2013 |
FIRMAN Allah SWT bermaksud: "Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti orang yang sebelum daripada kamu diwajibkan, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." (al- Baqarah:183)
Ramadhan bulan dinanti-nanti oleh orang beriman, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat di dalam jemaah Islam. Ini kerana ia merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan daripada Allah. Bulan yang memberi peluang ada nafsu jahat dan nafsu buruk. Ini adalah fitrah yang ada di dalam diri manusia. Nafsu ini sering bertarung antara satu dengan lain. Ada kalanya nafsu buruk menang, dan ada kalanya nafsu baik menang.
Puasa merupakan mekanisme berkesan untuk membersihkan nafsu yang kotor dengan diganti dengan nafsu yang baik.
Ramadhan bulan penyucian jiwa. Jiwa yang lapar agak mudah mengingati Allah. Inilah hikmahnya Allah mewajibkan kita berpuasa supaya hati menjadi ingat kepada Allah.
Penyucian ini perlu terutama kita yang menjadi ahli gerakan Islam seperti PAS. Puasa merupakan satu cara untuk mentarbiyah diri manusia supaya menjadi hamba yang sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah.
Manusia yang berpuasa sentiasa menjadi hamba yang patuh dan taat kepada Allah tanpa berbelah bagi. Mereka sedar bahawa ibadat yang dikerjakan benar-benar kerana Allah. Tidak ada siapa yang mengetahui perihal ibadah puasa seorang, melainkan Allah sahaja. Ibadah lain manusia akan ketahui sama ada kita laksanakan atau tidak.
Contohnya solat, orang lain akan tahu, jika seorang tidak menunaikan solat. Misalnya jika seorang itu daripada sebelum waktu Zuhur hingga Maghrib asyik bermain catur, maka sahlah dia seorang yang tidak menunaikan solat. Tetapi berbeza dengan ibadah puasa, tidak ada manusia yang tahu, hatta isteri kita pun tidak mengetahui sama ada kita berpuasa atau tidak.
Di sinilah melatih diri kita sebagai ahli PAS untuk mentarbiyah diri supaya mengikhlaskan diri kepada Allah dalam semua urusan. Kerana ini adalah asas kepada gerakan Islam. Keikhlasan kunci kepada kejayaan kepada jemaah kita.
Puasa melatih diri kita sebagai anggota jemaah Islam supaya cakna kepada fakir miskin yang kebiasaan mereka orang yang sering lapar dan dahaga. Dengan adanya kewajipan puasa maka menjadikan diri kita sebagai anggota PAS yang akan memberi perhatian yang lebih kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Orang miskin merupakan orang yang akan melakukan apa sahaja, sehingga membahayakan akidah. Seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Hampir kefakiran menjadi seorang itu menjadi kafir." Waliyazubillah.
Mereka yang lemah iman akan buat apa sahaja, asalkan perut mereka terisi, hatta sehingga meninggal agama.
Orang yang lapar juga sering mengingati orang yang susah.
Sebab itu para nabi, mereka merupakan hamba Allah yang sering berlapar. Oleh itu para nabi cukup prihatin terhadap orang yang susah. Rasulullah s.a.w. merupakan hamba Allah yang sering mengikat perut kerana baginda lebih mengutamakan orang susah yang datang meminta kepada baginda.

Sumber HD - 13-7-2013
Jaga kebajikan guru, tak perlu jadi pembodek Umno
Harakahdaily, | 01 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS menngingatkan Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor Ghani agar tidak bercakap yang boleh menampakkan beliau seperti seorang ketua cawangan Umno.
"En Mohd Nor Ghani jangan jadi seperti ketua cawangan Umno Tampoi untuk hendak membela dan membodek Umno.
"Apa masalahnya, guru juga seorang warga negara dan bebas untuk mengulas hal ehwal politik," katanya AJK PAS Pusat Idris Ahmad.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd Nor bahawa semua aktiviti guru dan guru besar di media sosial akan dipantau oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Mohd Nor juga berkata sebuah pasukan pemantau khas juga akan ditubuhkan untuk tujuan itu supaya tidak mengeluarkan kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia mempengaruhi pelajar.
Mengulas lanjut Idris berkata, sebagai seorang pengarah Mohd Nor sewajarnya memberi keutamaan kepada kebajikan guru dan bukan sibuk menjadi 'pembodek Umno'.
Apatah lagi ujarnya, negara ini sebuah negara demokrasi di mana rakyatnya berhak menyatakan pandangan politik mereka.
"Amat malang guru-guru di Johor mempunyai seorang pengarah yang jumud dan tidak memahami geopolitik negara ini.
"Jika ada guru-guru yang menulis di dalam facebook yang berbentuk fitnah, hasutan, maka bolehlah diambil tindakan terhadap guru tersebut, bukan kerana mereka kritik kerajaan. Ini baru adil dan profesional," katanya.
"En Mohd Nor Ghani jangan jadi seperti ketua cawangan Umno Tampoi untuk hendak membela dan membodek Umno.
"Apa masalahnya, guru juga seorang warga negara dan bebas untuk mengulas hal ehwal politik," katanya AJK PAS Pusat Idris Ahmad.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd Nor bahawa semua aktiviti guru dan guru besar di media sosial akan dipantau oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Mohd Nor juga berkata sebuah pasukan pemantau khas juga akan ditubuhkan untuk tujuan itu supaya tidak mengeluarkan kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia mempengaruhi pelajar.
Mengulas lanjut Idris berkata, sebagai seorang pengarah Mohd Nor sewajarnya memberi keutamaan kepada kebajikan guru dan bukan sibuk menjadi 'pembodek Umno'.
Apatah lagi ujarnya, negara ini sebuah negara demokrasi di mana rakyatnya berhak menyatakan pandangan politik mereka.
"Amat malang guru-guru di Johor mempunyai seorang pengarah yang jumud dan tidak memahami geopolitik negara ini.
"Jika ada guru-guru yang menulis di dalam facebook yang berbentuk fitnah, hasutan, maka bolehlah diambil tindakan terhadap guru tersebut, bukan kerana mereka kritik kerajaan. Ini baru adil dan profesional," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-7-2013
Isu dakwat, skrip BN tidak menjadi
Idris Hj Ahmad, | 28 Jun 2013 |
Walaupun PRU 13 sudah berlangsung hampir dua bulan. Isu perjalanan pilihan raya tidak terhenti setakat itu sahaja. Ahli Parlimen BN cuba mempertahankan SPR, jika PRU tidak telus macam mana 89 ahli parlimen boleh menang dan tiga negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat. Jawapan spontan, fasal tipu kami hanya menang tiga negeri. Jika tidak tipu, PR menang 13 negeri.
Isu dakwat kekal adalah bukti terbaru, bagaimana jawapan pemimpin BN yang flip flop. Seolah-olah skrip drama tidak menjadi, kerana pengarah mati menyebabkan pelakon hilang arah. Kenapa? Ini yang menjadi tanda tanya.
Memang daripada mula lagi, soal penggunaan dakwat ini SPR berdolak dalik. Mula-mula hendak kena tanya Majlis Fatwa, boleh atau tidak, apabila Majlis Fatwa kata boleh. Pihak SPR kata tahan tujuh hari. Apabila terbukti dakwat tidak kekal dan boleh dihilangkan dengan mudah pada hari mengundi awal. Maka SPR mengatakan, sepatutnya dakwat perlu digoncang 30 saat setiap dua jam.
Semua pengundi terkejut apabila dakwat yang digunakan tidak kekal. Maka, mulalah pemimpin BN berpantun, mengatakan dakwat kekal ada Silver Nitrat yang boleh merbahaya kesihatan. Oleh itu kandungannya dikurangkan, inilah yang menyebabkan dakwat tidak kekal seperti kenyataan Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno.
Rakyat lagi pening dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia silver nitrat.
Tengku Adnan pula mengatakan dakwat kekal tidak perlu kerana Malaysia bukan negara dunia ketiga. Ertinya negara sudah maju. Maju apa? Maju penipu?
Sebanyak RM7.1 juta dibelanjakan untuk dakwat kekal, malangnya nama syarikat yang membekal tidak diberi tahu apabila disoal di dalam Parlimen. Atas alasan keselamatan. Rakyat tidak kisah walau pun habis RM1 bilion untuk dakwat asalkan buat kerja dengan betul. Jika macam ini punya keadaan, RM1 pun rakyat tidak redha untuk dibelanja membeli dakwat yang tidak kekal. Rakyat Malaysia bernasib malang kerana mendapat pemimpin yang sering menipu. Terbaru dakwat yang dibeli dengan harga yang begitu mahal, tiba-tiba tidak mencapai hajat rakyat.
Isu dakwat kekal adalah bukti terbaru, bagaimana jawapan pemimpin BN yang flip flop. Seolah-olah skrip drama tidak menjadi, kerana pengarah mati menyebabkan pelakon hilang arah. Kenapa? Ini yang menjadi tanda tanya.
Memang daripada mula lagi, soal penggunaan dakwat ini SPR berdolak dalik. Mula-mula hendak kena tanya Majlis Fatwa, boleh atau tidak, apabila Majlis Fatwa kata boleh. Pihak SPR kata tahan tujuh hari. Apabila terbukti dakwat tidak kekal dan boleh dihilangkan dengan mudah pada hari mengundi awal. Maka SPR mengatakan, sepatutnya dakwat perlu digoncang 30 saat setiap dua jam.
Semua pengundi terkejut apabila dakwat yang digunakan tidak kekal. Maka, mulalah pemimpin BN berpantun, mengatakan dakwat kekal ada Silver Nitrat yang boleh merbahaya kesihatan. Oleh itu kandungannya dikurangkan, inilah yang menyebabkan dakwat tidak kekal seperti kenyataan Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno.
Rakyat lagi pening dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia silver nitrat.
Tengku Adnan pula mengatakan dakwat kekal tidak perlu kerana Malaysia bukan negara dunia ketiga. Ertinya negara sudah maju. Maju apa? Maju penipu?
Sebanyak RM7.1 juta dibelanjakan untuk dakwat kekal, malangnya nama syarikat yang membekal tidak diberi tahu apabila disoal di dalam Parlimen. Atas alasan keselamatan. Rakyat tidak kisah walau pun habis RM1 bilion untuk dakwat asalkan buat kerja dengan betul. Jika macam ini punya keadaan, RM1 pun rakyat tidak redha untuk dibelanja membeli dakwat yang tidak kekal. Rakyat Malaysia bernasib malang kerana mendapat pemimpin yang sering menipu. Terbaru dakwat yang dibeli dengan harga yang begitu mahal, tiba-tiba tidak mencapai hajat rakyat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-6-2013
Eratkan ukhwah kukuhkan jamaah
Ustaz Idris Ahmad, | 14 Jun 2013 |
Apabila Baginda Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, tiga perkara asas yang baginda lakukan iaitu mendirikan masjid, mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar, menegakkan syariat Allah. Ukhwah diberi perhatian yang lebih kerana ia adalah tonggak kepada pembinaan sebuah negara. Negara goyang jika ukhwah longgar, begitu juga di dalam jamaah. Oleh sebab itu jika perkara ini diabaikan ia mendatangkan musibah yang tidak baik kepada perjalanan jamaah.
Pentingnya ukhwah di dalam jamaah
Boleh merapatkan saf kepimpinan di dalam jamaah. Bila ukhwah renggang banyak kerja jamaah akan terencat. Sebab itu ikatan ukhwah mesti dipelihara demi kelangsungan perjuangan. Perjalanan jamaah bergerak secara sukarela, bukan dengan paksa. Bagaimana jamaah hendak bergerak jika perasaan mahabbah tidak ada di kalangan anggota.
Hilang perasaan buruk sangka sesama sahabat, kerana syaitan gagal menghasut. Sebarang keraguan terus mendapat penjelasan dan penerangan. Kerana punca hubungan renggang berpunca daripada sangka buruk. Maksud firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain”. (Al-Hujurat: 12)
Mengelak daripada musuh jamaah dapat bertapak di dalam parti. Mereka gagal untuk berlakon dan menjadi virus pemusnah di dalam jamaah, kerana segala tingkah laku mereka sentiasa diperhati di kalangan ahli. Semua ahli akan mengawal daripada semua sudut menjadi SB jamaah untuk melaporkan kalau ada pengkhianat dalam parti.
Sebab ukhwah musnah
Tidak ada program yang disusun oleh jamaah. Akhirnya ahli membawa cara fikir dan tindakan menurut kehendak masing-masing. Maka jadilah kapal yang banyak nakhoda.
Mendengar pandangan orang lain, tanpa mengambil kira pandangan sesama jamaah. Seorang itu lebih percaya orang luar daripada ahli sendiri. Maka akan berlakulah jamaah dalam jamaah.
Zaman media baru, pandangan jamaah tidak dipedulikan. Kadang-kadang ahli lebih percaya kepada persepsi yang berjaya dibentuk. Maklumat yang diperolehi kadang-kadang daripada ejen musuh yang berlakon ahli PAS. Mereka inilah yang membuat adu domba sehingga kita berselerak dan ukhwah hancur. Inilah dilema gerakan Islam seluruh dunia ketika menghadapi zaman langit terbuka. Ia juga menimpa kepada Gerakan Islam di dunia hari ini. Rujukan mereka ialah Facebook, portal dan blog. Akhirnya musuh bertepuk tangan.
Ahli tidak sedia untuk mengikuti program khusus seperti usrah, tamrin, liqa al-fikri. Mereka lebih selesa ikut program umum daripada program khusus.
Apabila jarang bertemu dan bersua mata, maka banyak maklumat diambil daripada media baru, akhirnya membentuk persepsi negatif kepada jamaah dan pimpinan.
Pimpinan tidak turun ke peringkat akar umbi untuk memberi pengisian dalaman dan dialog terbuka bersama ahli.
Masalah ahli yang tidak suka dirinya ditarbiah. Puncanya kerana merasa dirinya sudah hebat. Akhirnya timbul sikap ego di dalam jamaah. Sinilah bibit ukhwah rosak di dalam jamaah.
Cara hendak atasi
Bacalah kisah-kisah sahabat yang menunjukkan ukhwah yang mantap melalui madrasah Rasulullah SAW terutama orang Ansar dan Muhajirin, sehingga Allah merakamkan di dalam al-Quran. Firman Allah SWT (maksudnya): “Dan orang-orang (Ansar) dan telah beriman sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (Muhajirin) , atas dirinya sendiri meski pun mereka juga memerlukan”( Al-Hashr 59:9)
Mesti tanamkan di dalam diri ahli PAS di semua peringkat bahawa perpecahan di dalam jamaah akan menguntungkan pihak musuh. Maksud firman Allah SWT “Janganlah kamu bertelingkah, nanti akan hilang kehaibatan kamu”.
Kita mesti mengelak untuk mewujudkan faktor-faktor yang boleh merenggangkan ukhwah di kalangan ahli. Contohnya di dalam mesyuarat kalau tidak bersetuju biarlah dengan bahasa yang beradab. Jangan menghina pandangan ahli mesyuarat. Tidak bersetuju tidak mengapa tetapi jangan menghina. Biarlah mesyuarat dengan suasana penuh ukhwah bukan ‘adawah (permusuhan). Jadikan mesyuarat tempat untuk subur kasih sayang. Biarlah ahlinya seronok untuk datang mesyuarat, bukan bosan apabila hadir mesyuarat.
Segera mendapat maklumat daripada batang tubuh sahabat jika beliau adalah orang yang dituduh. Supaya penjelasan ini akan menamatkan tuduhan dan fitnah kepada setiap ahli.
Program kerohanian mesti dirancakkan di dalam organ parti. Kerana manhaj tarbiah PAS merangkumi pembinaan akal, jasmani dan rohani. Kadang-kadang terlepas pandang, sehingga sudut tarbiah ruhiah dikesampingkan akhirnya bibit-bibit perpecahan mudah menyerap masuk di dalam jamaah.
Usrah yang menjadi tunggak kepada gerakan PAS perlu diaktifkan daripada peringkat Pusat hingga ke cawangan. Usrah merupakan siri pertemuan di kalangan ahli dengan skala kecil, tetapi mempunyai impak yang besar. Seboleh mungkin pertemuan mesti dibuat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Usrah akan mengikat talian ukhwah yang tinggi di kalangan ahli yang hadir. Komunikasi dua hala akan berlaku dengan mudah. Tidak bosan, kerana ia boleh berpeluang tukar pandangan, bertanya, berdialog. Segala kekusutan dalam jamaah akan dapat diatasi dengan mudah. Sebagai mana kita maklum, permasalahan di dalam jamaah berlaku akibat daripada kekusutan kecil tidak diselesaikan di peringkat awal sehingga merebak besar. Usrah adalah satu daripada mekanisme yang boleh mengurangkan ketegangan dalam jamaah.
Usah gunakan media untuk mengkritik sesama ahli, walaupun kita rasakan pandangan kita betul. Orang awam melihat dan menilai kenapa sesama ahli PAS bergaduh. Mereka tidak melihat permusuhan itu bersifat peribadi antara si Mamat dengan si Dolah, tetapi mereka menempelak kenapa sesama ahli pun bergaduh. Perlu diingat jika kita menggunakan media, maka rakan kita satu jamaah juga akan menggunakan media. Hasilnya orang awam akan menghukum kita.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-6-2013
Mahathir masih belum puas jadi PM 22 tahun
Harakahdaily, | 14 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: “Inilah watak kerakusan kuasa Tun Mahathir yang tidak pernah kenyang,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu sentiasa lapar dengan kuasa, tidak seperti Perdana Menteri yang lain, apabila bersara tidak banyak hendak campur tangan dalam pentadbiran negara.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang telah ‘berwasiat’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jangan memberi muka kepada pembangkang.
Ayah kepada Menteri Besar Kedah itu dilaporkan menyatakan demikian selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di ibu negara semalam.
Bagi Idris, selama 22 tahun Mahathir mentadbir negara, hancur segala-galanya daripada sistem kehakiman, demokrasi, hak asasi, ekonomi, rasuah, penghinaan pada hukum agama, ulamak dan politik.
“Rakyat jangan terkejut tindakan yang akan diambil oleh Najib apabila beliau mengikut skema yang telah dicadang oleh Tun. Beliau di dalam keadaan yang goyang, sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sebagai Perdana Menteri, ujarnya Najib terpaksa berhadapan dengan Pakatan Rakyat dan kemarahan rakyat, manakala di dalam Umno sudah ada gelombang untuk mencabar presiden.
Tambahnya, situasi yang ada kepada Najib, maka beliau akan ikut apa sahaja yang diperkatakan oleh Mahathir.
“Najib terpaksa ikut, kalau dia mahu hayatnya panjang di dalam Umno. Kenyataan Tun sebelum pilihan raya yang mengatakan jika Najib gagal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PRU 13 mesti meletak jawatan.
“Amaran inilah sedang menghantui Najib. Oleh itu apa sahaja Tun suruh mesti ikut, seolah-olah seperti ‘wali mujbir’,” katanya lagi.
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu sentiasa lapar dengan kuasa, tidak seperti Perdana Menteri yang lain, apabila bersara tidak banyak hendak campur tangan dalam pentadbiran negara.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang telah ‘berwasiat’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jangan memberi muka kepada pembangkang.
Ayah kepada Menteri Besar Kedah itu dilaporkan menyatakan demikian selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di ibu negara semalam.
Bagi Idris, selama 22 tahun Mahathir mentadbir negara, hancur segala-galanya daripada sistem kehakiman, demokrasi, hak asasi, ekonomi, rasuah, penghinaan pada hukum agama, ulamak dan politik.
“Rakyat jangan terkejut tindakan yang akan diambil oleh Najib apabila beliau mengikut skema yang telah dicadang oleh Tun. Beliau di dalam keadaan yang goyang, sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sebagai Perdana Menteri, ujarnya Najib terpaksa berhadapan dengan Pakatan Rakyat dan kemarahan rakyat, manakala di dalam Umno sudah ada gelombang untuk mencabar presiden.
Tambahnya, situasi yang ada kepada Najib, maka beliau akan ikut apa sahaja yang diperkatakan oleh Mahathir.
“Najib terpaksa ikut, kalau dia mahu hayatnya panjang di dalam Umno. Kenyataan Tun sebelum pilihan raya yang mengatakan jika Najib gagal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PRU 13 mesti meletak jawatan.
“Amaran inilah sedang menghantui Najib. Oleh itu apa sahaja Tun suruh mesti ikut, seolah-olah seperti ‘wali mujbir’,” katanya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-6-2013
Najib, cakap biar serupa bikin
Idris Hj Ahmad, | 11 Jun 2013 |
Menatap ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu merasmi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan memang lunak. Seruan beliau supaya mencari titik persamaan walaupun berlainan ideologi politik hendaklah dilaksanakan dengan tindakan. Semuanya terletak kepada beliau selaku pemimpin kerajaan Pusat.
Rakyat tidak mahu ia hanya manis kata tetapi di hati lain bicara. Politik pilih kasih dan tidak menghormati keputusan rakyat Kelantan sejak 1990 masih berterusan. Bermula dengan perlantikan Pegawai Persekutuan yang membazir wang berpuluh juta setahun untuk pembayaran gaji dan perbelanjaan pengurusan, seolah-olah tidak iktiraf kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Hampir RM12 bilion wang royalti minyak masih disekat.
Apa dosa Kelantan sehingga sanggup berbuat demikian? Bukankah banyak ayat-ayat di dalam al-Quran yang melarang hambanya melakukan kezaliman, walaupun kepada musuh. Mungkin Datuk Najib terlepas pandang ayat-ayat tersebut, atau pun ulama pengampu tidak memberi tahu kepada beliau.
Setiap kali musim pilihan raya, maka datang janji manis daripada pemimpin Umno untuk rakyat Kelantan. Seolah-olah jika Kelantan diperintah oleh Umno, maka semua perkara akan selesai seperti isu air. Pada hal kawasan Parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri pun menghadapi masalah air. Pemimpin BN sengaja mendera rakyat Kelantan dengan harapan rakyat akan tolak PAS dalam pilihanraya, sebaliknya tidak.
Rakyat Kelantan yang sudah terdidik dengan ilmu agama amat memahami isi kandungan al-Quran, dan kenal pula peribadi Datuk Najib yang bercakap di majlis perasmian Tilawah al-Quran.
Rakyat tidak mahu ia hanya manis kata tetapi di hati lain bicara. Politik pilih kasih dan tidak menghormati keputusan rakyat Kelantan sejak 1990 masih berterusan. Bermula dengan perlantikan Pegawai Persekutuan yang membazir wang berpuluh juta setahun untuk pembayaran gaji dan perbelanjaan pengurusan, seolah-olah tidak iktiraf kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Hampir RM12 bilion wang royalti minyak masih disekat.
Apa dosa Kelantan sehingga sanggup berbuat demikian? Bukankah banyak ayat-ayat di dalam al-Quran yang melarang hambanya melakukan kezaliman, walaupun kepada musuh. Mungkin Datuk Najib terlepas pandang ayat-ayat tersebut, atau pun ulama pengampu tidak memberi tahu kepada beliau.
Setiap kali musim pilihan raya, maka datang janji manis daripada pemimpin Umno untuk rakyat Kelantan. Seolah-olah jika Kelantan diperintah oleh Umno, maka semua perkara akan selesai seperti isu air. Pada hal kawasan Parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri pun menghadapi masalah air. Pemimpin BN sengaja mendera rakyat Kelantan dengan harapan rakyat akan tolak PAS dalam pilihanraya, sebaliknya tidak.
Rakyat Kelantan yang sudah terdidik dengan ilmu agama amat memahami isi kandungan al-Quran, dan kenal pula peribadi Datuk Najib yang bercakap di majlis perasmian Tilawah al-Quran.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-6-2013
No comments:
Post a Comment