CAP bimbang air Sungai Sari tercemar
- Dec 12, 2013
- SM MOHAMED IDRIS Presiden CAP
CAP bimbang masalah yang berlarutan sejak setahun yang lalu ini jika dibiarkan bukan saja menjejaskan penggunaan air oleh penduduk-penduduk Kampung Ban Lok Koi di situ tetapi juga boleh mengancam kesihatan mereka pada masa akan datang.
Sebelum kejadian ini berlaku air Sungai Sari jernih dan digunakan oleh penduduk-penduduk kampung tersebut untuk minum,membasuh dan memasak tetapi sekarang akibat kegiatan mengorek pasir di kawasan itu air sungai berkenaan bertukar warna menjadi merah, keruh serta berbau lumpur.
CAP percaya jika masalah ini berterusan ia akan mencetuskan keadaan yang lebih serius ketika musim kemarau nanti kerana sumber bekalan air untuk penduduk-penduduk di sini ketika itu amat diperlukan.
Di samping mencemarkan bekalan air penduduk, kegiatan mengorek pasir ini juga boleh mengancam pelbagai spesies hidupan terutama ikan di dalam sungai tersebut sekali gus menggugat hasil pendapatan sampingan mereka.
Justeru CAP meminta pihak berkenaan mengambil tindakan undang-undang yang tegas termasuk menarik balik permit yang diberikan kepada pengusaha atau syarikat terbabit supaya kejadian ini tidak berulang. CAP kesal walau pun masalah itu telah lama berlaku dan menjejaskan kehidupan penduduk tempatan tetapi tidak ada tindakan yang diambil.
CAP mencadangkan semua pejabat tanah daerah dan lain-lain jabatan yang terlibat memantau dengan kerap setiap operasi serta lokasi kuari pasir di negeri ini supaya mematuhi segala peraturan yang termaktub dibawah undang-undang berkaitan. CAP mendapat tahu sejak kebelakangan ini banyak aktiviti mengorek pasir di Kedah mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk setempat.
CAP akan menghantar surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Badrul Hisham Hashim meminta beliau menyiasat serta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu ini.
Sumber HD - 12-12-2013
Harga makanan dijangka meningkat 10 peratus
- Dec 12, 2013
- HARAKAHDAILY
Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kadar kenaikan itu dijangka melibatkan jenis makanan siap di restoran-restoran dan kedai makan.
“Ada sesetengah kedai makan di Kuala Lumpur yang menaikkan harga makanan panas seperti Nasi Goreng sehingga RM7 sepinggan.
“Ini kerana harga bahan masakan seperti gula yang dibeli secara runcit oleh pemilik restoran telah meningkat,” katanya dipetik Keadilandaily.
Selain kenaikan harga gula, turut mendorong kepada kenaikan harga barangan selepas ini adalah kenaikan harga petrol dan terbaru pengumuman kerajaan menaikkan kadar tarif elektrik yang akan berkuatkuasa tahun hadapan.
Menurut Mohd Yusof harga barangan yang dipek dan bertin juga semestinya akan turut naik kerana gula merupakan kandungan utama bahan makanan dan minuman.
“Kelompok paling terkesan akibat kenaikan ini sudah tentu golongan muda dan mereka yang tinggal di bandar.
“Ini kerana mereka bekerja sepanjang hari dan berada di pejabat. Mereka bergantung dan menjadi pengguna tetap ,” tambahnya.
Semalam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) membayangkan tambang pengangkutan awam LRT dan monorel pula bakal naik tahun depan.
Mereka memberi alasan kenaikan tersebut wajar memandangkan sudah 10 tahun tiada kenaikan.
Namun 'jaminan' diberikan bahawa satu kajian terperinci akan dibuat bagi memastikan ia adil dan tidak membebankan rakyat.
Sementara itu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz baru-baru ini berkata, beliau menjangkakan kadar inflasi negara kemungkinan meningkat daripada 2.8 kepada 3.0 peratus tahun hadapan ekoran kenaikan tarif elektrik yang diumum kerajaan.
Sumber HD - 12-12-2013
Elektrik naik: Kaji semula pembelian tenaga IPP
- Nov 29, 2013
- Anis Nazri
Pengarah Komunikasi Fomca, Yusof Abdul Rahman berkata kadar pembelian tenaga dari IPP itu mungkin boleh diturunkan apabila IPP terbabit sudah mendapat keuntungan dan mampu membayar balik pinjaman mereka.
Bercakap kepada Harakahdaily, Yusof menegaskan kerajaan boleh mengkaji semula kadar pembelian tersebut yang dikenalpasti antara punca menyebabkan kos pengurusan tenaga meningkat dan seterusnya tarif elektrik perlu dinaikkan.
"Jika IPP sudahpun mendapat keuntungannya, malah sudah mampu membayar balik pinjaman mereka, kadar pembelian tenaga itu boleh dikurangkan. Ia akan membantu mengurangkan kos pengurusan yang tinggi dan mengelakkan kenaikan tarif berkenaan," tegas beliau.
Malah, katanya kerajaan juga boleh mengkaji semula dasar untuk menetapkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar menjana tenaga secara sendiri pada masa akan datang.
Tambah Yusof, memang diakui TNB terpaksa menanggung kos pengurusan yang sangat tinggi, tetapi adalah lebih baik jika TNB sendiri menjana tenaga, sekaligus membekalkan kepada pengguna.
"Dasar yang ada sekarang, penjanaan tenaga dibuat oleh IPP, TNB hanya membekalkan kepada pengguna. Pada masa akan datang, mungkin TNB boleh jana tenaga sendiri, sekaligus membekalkan tenaga. Biarpun kosnya masih tinggi, ia masih mampu menjimatkan kadar pembelian tenaga dari IPP," tegas beliau lagi.
Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili mengumumkan Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan.
Bagaimanapun, Ongkili berkata, kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.
"Kerajaan masih mengkaji kadarnya. Ia mungkin antara 10 dan 20 peratus. Angka di bawah 20 peratus adalah munasabah.
"Kadarnya adalah munasabah. Ia merupakan semakan minimum bagi Tenaga Nasional Bhd yang memastikan ia mencerminkan kos modal, pengurusan dan gaji," kata Ongkili.
Sumber HD - 29-11-2013
Insinerator: Audit sahkan kebimbangan, bantahan CAP
Harakahdaily, | 10 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah mendedahkan kelemahan dan prestasi yang kurang memuaskan insinerator-insinerator yang dibina oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mengemukakan bantahan kami apabila kerajaan mencadangkan loji insinerator demikian yang menggunakan teknologi pembakaran secara autogenous (ACT) yang dibangunkan oleh XCN Technology Sdn Bhd.
“Pada tahun 2009, CAP telah memberi ulasan dan mengetengahkan kebimbangan kami ke atas Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling Terperinci (DEIA) empat buah projek insinerator yang dicadangkan iaitu di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan Cameron Highlands,” kata Presidennya, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.
Berikut adalah kenyataan beliau.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah mendedahkan kelemahan dan prestasi yang kurang memuaskan insinerator-insinerator yang dibina oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada tahun 2009, CAP telah memberi ulasan dan mengetengahkan kebimbangan kami ke atas Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling Terperinci (DEIA) empat buah projek insinerator yang dicadangkan iaitu di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan Cameron Highlands.
Pertama, dari laporan-laporan DEIA tersebut kami mendapati bahawa teknologi yang dicadangkan adalah hasil dari satu eksperimen makmal dan tidak terbukti dalam skala besar atau keadaan sebenar.
Kajian bebas untuk menunjukkan bahawa teknologi itu selamat juga merupakan suatu kekurangan.
Walaupun tiada data sebenar prestasi pelepasan, feasibiliti dan keberkesanan kos untuk insinerator berkapasiti yang sama seperti loji insinerator yang dicadangkan, bagaimanakah boleh diberi jaminan bahawa insinerator itu dapat diselenggara untuk mematuhi standard pelepasan?
CAP telah menyuarakan kebimbangan kami tentang bagaimana penilaian teknologi boleh dibuat berdasarkan kepada andaian dan tanpa sebarang petunjuk sebenar sama ada sistem kawalan pencemaran udara akan beroperasi dengan berkesan.
Kami menegaskan bahawa penilaian hanya berdasarkan andaian akan membawa kesan negatif kepada kesihatan awam dan alam sekitar. Tetapi, pandangan kami tidak diendahkan.
Di samping itu, ACT dilengkapi tanur berputar (rotary kiln) dilaporkan telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengurusan Sisa Pepejal dan Alam Sekitar.
Ringkasan eksekutif DEIA tidak menyatakan rasional bagi Jawatankuasa Kabinet dalam membuat keputusan itu.
CAP percaya bahawa sejak keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet, pilihan insinerator ini telah dipromosikan tanpa menimbangkan alternatif lain yang lebih selamat.
CAP juga menegaskan bahawa insinerator tidak selamat mahupun beroperasi dengan suhu yang tinggi atau dengan peralatan kawalan pencemaran.
Peralatan kawalan pencemaran tidak menghapuskan pencemaran. Ia kebanyakannya memerangkap dan menumpukan bahan pencemar, mengalih sebahagian besar tetapi tidak semua daripada pencemaran dari gas ekzos ke lain-lain media alam sekitar.
Sisa yang dijana dalam kawasan-kawasan projek ini kebanyakannya sisa organik yang sepatutnya dikompos. Memang terdapat cabaran untuk mencapai kadar lencongan sisa yang tinggi terutama di pulau-pulau dan tanah tinggi dari segi pelaksanaan kaedah pengumpulan sisa baru, memastikan penyertaan awam, mencari pasaran bagi bahan-bahan yang dikumpul, dan lain-lain.
Negara-negara dan pihak berkuasa tempatan lain telah menghadapi cabaran yang sama dan telah menyelesaikannya.
Oleh itu tidak ada alasan mengapa usaha-usaha pengurangan sisa tidak boleh dilakukan di Malaysia.
Kerajaan perlu mengambil kira masalah yang berkaitan dengan projek-projek insinerator yang gagal ini.
CAP berpendapat bahawa Ketua Audit Negara sepatutnya mengecam insinerasi supaya kerajaan Malaysia tidak mencadangkan pembinaan insinerator.
Memandangkan keadaan tempatan, model alternatif bagi pengurusan sisa yang menimbulkan kesan minimum kepada alam sekitar ialah ke arah pendekatan sisa sifar (zero waste), menggalakkan sistem pengurusan sisa yang mampan dan pengeluaran bersih.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-10-2013
Atasi segera pencemaran habuk besi
SM Mohamed Idris Presiden SAM, |
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran habuk besi dan bunyi bising yang di hadapi oleh 200 penduduk Kampung Padang Lalang dekat Nibong Tebal daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini.
Masalah yang berpunca dari operasi sebuah kilang berhampiran kampung itu sudah lama berlaku tetapi tidak ada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkenaan. Akibatnya penduduk-penduduk yang terlibat mengalami gatal kulit, lelah dan batuk. Habuk besi dari kilang ini juga mengotori rumah mereka dan mencemarkan makanan yang dihidang.
Di samping pencemaran habuk besi penduduk-penduduk di kampung ini turut mengalami gangguan bunyi bising kerana pengusaha kilang itu menggunakan generator untuk mengayak bahan tersebut.
SAM kesal walau pun kejadian itu telah lama mengancam kehidupan penduduk-penduduk di sini namun tidak ada tindakan tegas yang diambil oleh pihak berwajib. Baru-baru ini sekumpulan penduduk yang terlibat telah mengadakan bantahan di hadapan kilang agar masalah pencemaran ini tidak berlarutan.
SAM percaya jika keadaan ini dibiarkan kesihatan penduduk terbabit terutama kanak-kanak akan terjejas dengan lebih serius lagi pada masa akan datang.
SAM turut menggesa pihak-pihak yang terlibat seperti Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan menyiasat serta mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha kilang di sini.
SAM mendapat tahu kilang tersebut beroperasi secara haram dan pernah dirobohkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) namun kegiatannya masih diteruskan hingga sekarang. SAM menegaskan tindakan undang-undang perlu diambil jika kilang ini melanggar peraturan-peraturan yang termaktub dibawah akta berkaitan.
SAM mencadangkan supaya penduduk-penduduk yang terjejas kesihatan atau mengalami kerugian akibat kesan pencemaran yang berlaku diberi pampasan bagi meringankankan beban dan penderitaan hidup yang di alami selama ini.
Masalah yang berpunca dari operasi sebuah kilang berhampiran kampung itu sudah lama berlaku tetapi tidak ada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkenaan. Akibatnya penduduk-penduduk yang terlibat mengalami gatal kulit, lelah dan batuk. Habuk besi dari kilang ini juga mengotori rumah mereka dan mencemarkan makanan yang dihidang.
Di samping pencemaran habuk besi penduduk-penduduk di kampung ini turut mengalami gangguan bunyi bising kerana pengusaha kilang itu menggunakan generator untuk mengayak bahan tersebut.
SAM kesal walau pun kejadian itu telah lama mengancam kehidupan penduduk-penduduk di sini namun tidak ada tindakan tegas yang diambil oleh pihak berwajib. Baru-baru ini sekumpulan penduduk yang terlibat telah mengadakan bantahan di hadapan kilang agar masalah pencemaran ini tidak berlarutan.
SAM percaya jika keadaan ini dibiarkan kesihatan penduduk terbabit terutama kanak-kanak akan terjejas dengan lebih serius lagi pada masa akan datang.
SAM turut menggesa pihak-pihak yang terlibat seperti Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan menyiasat serta mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha kilang di sini.
SAM mendapat tahu kilang tersebut beroperasi secara haram dan pernah dirobohkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) namun kegiatannya masih diteruskan hingga sekarang. SAM menegaskan tindakan undang-undang perlu diambil jika kilang ini melanggar peraturan-peraturan yang termaktub dibawah akta berkaitan.
SAM mencadangkan supaya penduduk-penduduk yang terjejas kesihatan atau mengalami kerugian akibat kesan pencemaran yang berlaku diberi pampasan bagi meringankankan beban dan penderitaan hidup yang di alami selama ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-10-2013
CAP gesa tubuh 'task force' halang keracunan makanan
Mohd Sabri Said, | 04 Okt 2013 |
GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesa Kementerian Kesihatan segera menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menjalankan pemeriksaan secara tetap di samping memberikan kuasa tambahan kepada Pegawai Kesihatan bagi membasmikan kejadian keracunan makanan yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Presiden CAP, SM Mohamad Idris dalam kenyataannya kepada Harakah berkata, risiko keracunan makanan terjadi berikutan pengendali makanan tidak menghiraukan kebersihan, termasuk tempat penyediaan makanan, bahan mentah yang digunakan dan seumpamanya.
"Amat menyedihkan sejak kebelakangan ini kejadian keracunan menjadi- jadi di beberapa majlis termasuk rumah kenduri dan lain-lain majlis keramaian, " tambahnya mengulas kematian enam orang dan ratusan yang lain dimasukkan ke hospital akibat sakit perut setelah menjamah hidangan kenduri di Kedah.
Di Amerika Syarikat jelas beliau, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) di Atlanta berfungsi menangani kes bawaan penyakit berpunca dari makanan dan dianggarkan 325,000 individu dimasukkan ke hospital dan 5,000 daripadanya menemui ajal.
Di Malaysia ujar SM Mohamad Idris, 8,000 kes dilaporkan dalam masa lima tahun menandakan peningkatan sudah mula dirasai tambahan lagi tiadanya kawalan yang serius.
Sebelum parah katanya, Kementerian Kesihatan wajar merangka sesuatu termasukan menubuh segera Pasukan Petugas Khas dan memberikan kuasa tambahan kepada mereka supaya kes keracunan makanan ditangani dengan berkesan.
Presiden CAP, SM Mohamad Idris dalam kenyataannya kepada Harakah berkata, risiko keracunan makanan terjadi berikutan pengendali makanan tidak menghiraukan kebersihan, termasuk tempat penyediaan makanan, bahan mentah yang digunakan dan seumpamanya.
"Amat menyedihkan sejak kebelakangan ini kejadian keracunan menjadi- jadi di beberapa majlis termasuk rumah kenduri dan lain-lain majlis keramaian, " tambahnya mengulas kematian enam orang dan ratusan yang lain dimasukkan ke hospital akibat sakit perut setelah menjamah hidangan kenduri di Kedah.
Di Amerika Syarikat jelas beliau, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) di Atlanta berfungsi menangani kes bawaan penyakit berpunca dari makanan dan dianggarkan 325,000 individu dimasukkan ke hospital dan 5,000 daripadanya menemui ajal.
Di Malaysia ujar SM Mohamad Idris, 8,000 kes dilaporkan dalam masa lima tahun menandakan peningkatan sudah mula dirasai tambahan lagi tiadanya kawalan yang serius.
Sebelum parah katanya, Kementerian Kesihatan wajar merangka sesuatu termasukan menubuh segera Pasukan Petugas Khas dan memberikan kuasa tambahan kepada mereka supaya kes keracunan makanan ditangani dengan berkesan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-10-2013
Wahai Jabatan Perikanan & APMM...
SM Mohamed Idris, |
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyiasat kegiatan bot ikan bilis dan bot pukat tunda yang mengancam sumber perikanan di perairan Langkawi ketika ini.
Masalah yang sudah lama berlaku itu bukan saja menyebabkan berbagai jenis hidupan laut terutama ikan dan udang semakin berkurangan malah lebih 2,000 nelayan pantai di sekitar pulau berkenaan turut terjejas hasil tangkapan dan sumber pendapatan mereka.
Setiap hari bot ikan bilis yang berpengkalan di Bukit Malut dan bot pukat tunda yang berpengkalan di Kuala Kedah menjalankan aktiviti mereka dan menceroboh kawasan tangakapan nelayan pantai (Zon A) antara 1 batu nautika hingga 2 batu nautika dari pantai. Akibat dari kegiatan itu berbagai jenis ikan bersaiz kecil dan besar ditangkap oleh nelayan bot ikan bilis dan bot pukat tunda menyebabkan sebahagian besar hasil laut dikaut secara rakus oleh bot-bot berkenaan.
Nelayan bot ikan bilis tidak lagi menangkap ikan bilis sebaliknya menangkap berbagai jenis ikan bersaiz kecil dan besar dengan menggunakan alat pengesan ikan (Sonar) ketika beroperasi.
Tindakan itu bukan saja bercanggah dengan permit yang diberikan oleh Jabatan Perikanan tetapi juga membunuh benih-benih ikan di perairan Pulau Langkawi di sini. Hasil tangkapan oleh nelayan bot ikan bilis dijual di laut bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.
CAP meminta Jabatan Perikanan menarik balik permit yang dikeluarkan kepada pengusaha-pengusaha bot ikan bilis yang terlibat agar aktiviti ini tidak berterusan dan sumber perikanan tidak terancam pada masa akan datang. CAP kesal walau pun masalah yang sama pernah berlaku di perairan Kuala Sanglang sebelum ini tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil.
Mengenai pencerobohan bot pukat tunda Kuala Kedah di Zon A di sini, CAP menggesa APMM melakukan pemantauan yang lebih kerap di samping menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dengan tegas supaya aktiviti ini dapat dikawal dengan berkesan dan masalah kemerosotan hasil pendapatan nelayan pantai Pulau Langkawi dapat dipulihkan.
Masalah yang sudah lama berlaku itu bukan saja menyebabkan berbagai jenis hidupan laut terutama ikan dan udang semakin berkurangan malah lebih 2,000 nelayan pantai di sekitar pulau berkenaan turut terjejas hasil tangkapan dan sumber pendapatan mereka.
Setiap hari bot ikan bilis yang berpengkalan di Bukit Malut dan bot pukat tunda yang berpengkalan di Kuala Kedah menjalankan aktiviti mereka dan menceroboh kawasan tangakapan nelayan pantai (Zon A) antara 1 batu nautika hingga 2 batu nautika dari pantai. Akibat dari kegiatan itu berbagai jenis ikan bersaiz kecil dan besar ditangkap oleh nelayan bot ikan bilis dan bot pukat tunda menyebabkan sebahagian besar hasil laut dikaut secara rakus oleh bot-bot berkenaan.
Nelayan bot ikan bilis tidak lagi menangkap ikan bilis sebaliknya menangkap berbagai jenis ikan bersaiz kecil dan besar dengan menggunakan alat pengesan ikan (Sonar) ketika beroperasi.
Tindakan itu bukan saja bercanggah dengan permit yang diberikan oleh Jabatan Perikanan tetapi juga membunuh benih-benih ikan di perairan Pulau Langkawi di sini. Hasil tangkapan oleh nelayan bot ikan bilis dijual di laut bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.
CAP meminta Jabatan Perikanan menarik balik permit yang dikeluarkan kepada pengusaha-pengusaha bot ikan bilis yang terlibat agar aktiviti ini tidak berterusan dan sumber perikanan tidak terancam pada masa akan datang. CAP kesal walau pun masalah yang sama pernah berlaku di perairan Kuala Sanglang sebelum ini tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil.
Mengenai pencerobohan bot pukat tunda Kuala Kedah di Zon A di sini, CAP menggesa APMM melakukan pemantauan yang lebih kerap di samping menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dengan tegas supaya aktiviti ini dapat dikawal dengan berkesan dan masalah kemerosotan hasil pendapatan nelayan pantai Pulau Langkawi dapat dipulihkan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-9-2013
Rugi 1.6 bilion jika tidak cekap urus air
Piarapakaran S., |
Bekalan air terawat berasaskan komuniti merupakan asas untuk pembangunan sistem bekalan air bersepadu. Dengan peningkatan penduduk dan pembangunan yang berterusan, permintaan bagi air terawat sentiasa meningkat. Di samping itu, zon permintaan tidak lagi berasaskan komuniti. Sesetengah zon permintaan meletakkan jauh dari sumber air itu sendiri. Dengan kemajuan dalam teknologi, ini menjadi kemungkinan melalui kejuruteraan.
Infrastruktur dan sistem operasi yang digunakan untuk jangkamasa panjang akan usang serta menyebabkan proses perawatan dan bekalan air menjadi tidak cekap. Tambahan pula, anda akan membayar melalui tarif bagi ketidakcekapan ini. Negara membangun menangani ketidakcekapan serta peningkatan dalam permintaan air terawat dengan membina loji-loji perawatan air yang baru. Ini bukan satu penyelesaian kejuruteraan yang mampan. Adakah Malaysia jatuh di bawah kategori yang sama? Pada tahun 2012, terdapat 473 loji perawatan air di Malaysia dengan jumlah kapasiti reka bentuk 17,901 Juta Liter Sehari (JLH).
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan penyelidikan dan pemodelan secara berterusan untuk memastikan dasar dan kemajuan teknikal yang betul dilaksanakan. Kami telah membangunkan Model 3C50. Melalui alat perancangan ini, AWER dapat memastikan dan membantu agensi-agensi kerajaan dalam pelaksanaan dasar yang betul.
Kejayaan pertama kami dalam melaksanakan model 3C50 untuk pengurusan permintaan adalah pembentukan Pasukan Petugas Pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW) Kebangsaan untuk melaksanakan Pelan Tindakan Pengurangan NRW Kebangsaan terperinci di Malaysia. Selepas perjuangan yang lama, kabinet meluluskan penubuhan pasukan petugas di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Anggaran kehilangan pendapatan setiap tahun disebabkan oleh NRW adalah melebihi RM 1.6 bilion. Untuk memastikan kerajaan serius dalam pengurangan NRW, model kewangan telah dicipta oleh AWER untuk membolehkan negara melihat kuantiti air terawat yang terbazir dalam bentuk Ringgit. Kini, Pelan Tindakan Pengurangan NRW Kebangsaan hampir selesai dan memberikan pendekatan yang menyeluruh untuk mengurangkan NRW di Malaysia. Sebagai contoh, pengurangan 30 peratus dalam tahap NRW semasa di seluruh negara secara berterusan selama 5 tahun adalah bersamaan dengan membina Loji Perawatan Air Langat 2 lebih besar dengan kapasiti tambahan melalui penjimatan ini.
Di Perlis, tahap NRW meningkat daripada 59.8 peratus pada tahun 2011 kepada 66.4 peratus pada tahun 2012. Nilai ini bukan disebabkan oleh kegagalan pihak berkuasa untuk mengurangkan NRW. Ini adalah disebabkan peningkatan tekanan dalam sistem bekalan air akibat tambahan loji perawatan air yang baru. Hal ini juga menunjukkan bahawa pembinaan loji perawatan yang banyak tidak akan menyelesaikan peningkatan permintaan. Sebaliknya, ia akan meningkatkan nilai NRW secara mendadak disebabkan oleh infrastruktur yang usang. Ini adalah satu contoh klasik mengapa AWER mendesak pelan tindakan pengurangan NRW yang ketat dengan mekanisme terperinci termasuk pembiayaan (funding).
Isu pembiayaan membawa kepada pelan kedua di bawah model 3C50, iaitu menyiapkan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara menjelang akhir tahun 2013. Proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air sepatutnya telah siap pada akhir Rancangan Malaysia Ke-9 pada tahun 2010. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) adalah lewat tiga tahun dan ini melambatkan rancangan untuk industri perkhidmatan air di dalam Rancangan Malaysia ke-10. Pada awal suku kedua tahun ini, AWER telah bertemu dengan Ketua Setiausaha dan pegawai-pegawai beliau di KeTTHA untuk membincangkan perkara ini dengan terperinci. Keputusan perbincangan memihak kepada proses penstrukturan semula dan ia telah dipersetujui bahawa menjelang akhir tahun 2013, proses penstrukturan semula bagi Selangor, Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan akan selesai. Ini adalah Indeks Pencapaian Utama (KPI) yang kita semua perlu pantau secara bersama-sama bagi KeTTHA.
Di Malaysia, 2/3 daripada air terawat digunakan oleh pengguna domestik dan strategi-strategi pengurusan permintaan (demand side management) yang sesuai adalah penting untuk membantu mereka mengurangkan penggunaan air secara berkesan. Berdasarkan proses konsultasi, kajian pasaran dan ujian yang telah dijalankan oleh AWER dalam tempoh 18 bulan lepas, satu peranti atas talian, Tangkap si Hydro (Catch d' Hydro), telah dibangunkan di bawah model 3C50 yang sama melalui pembiayaan Dana Inovatif Komuniti (Community Innovative Fund - CIF) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Peranti ini akan membantu pengguna domestik mengukur penggunaan air untuk pelbagai aktiviti di rumah serta mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang mempunyai penggunaan air yang tinggi. Kalkulator ini boleh dilayari secara terus melalui www.water.org.my atau www.awer.org.my (di bawah Seksyen H2O tool).
AWER telah menggunakan kaedah "pintu ke pintu" (gate to gate) daripada pendekatan Kajian Kitar Hayat (Life Cycle Assessment - LCA) untuk menghasilkan Tangkap si Hydro dan mendapatkan kadar penggunaan air (water footprint) bagi sebuah isi rumah. Tambahan pula, ia juga boleh digunakan oleh pengguna antarabangsa. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesyorkan penggunaan air harian sebanyak 165 liter/kapita/hari dan berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh SPAN, purata penggunaan air kebangsaan adalah 212 liter/kapita/hari bagi tahun 2012. Ini adalah peningkatan daripada 210 liter/kapita/hari pada tahun 2011. Melalui pengurangan penggunaan air kepada 180 liter/kapita/hari, Malaysia akan mempunyai tambahan kapasiti air terawat hampir 1000 Juta Liter Sehari (JLH). Ini boleh dilakukan oleh pengguna domestik tanpa sebarang perbelanjaan.
Dengan melaksanakan ketiga-tiga komponen ini, fasa pertama strategi Pengurusan Permintaan bagi air terawat oleh AWER boleh berjaya dilaksanakan. Setelah beberapa parameter terpilih dicapai, kami akan mendedahkan fasa kedua strategi Pengurusan Permintaan. Sekarang, KeTTHA dan kerajaan-kerajaan negeri perlu memastikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air lengkap pada tahun ini. Ini adalah satu elemen penting untuk maju ke hadapan dalam pengurusan permintaan dan menambahbaik industri perkhidmatan air kita.
Berdasarkan anggaran konservatif dalam mengurangkan NRW dan mengekalkan penggunaan air domestik pada tahap yang cekap, kita akan dapat menjimatkan lebih daripada RM9.09 bilion antara tahun 2015 dan 2025. Secara komersial, ia boleh mencapai 2 atau 3 kali penjimatan yang dianggarkan. Maka, menjadi cekap air lebih bermakna dalam Ringgit. Apa yang kita sedang tunggu?
Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Sumber HD - 19-9-2013
CAP gesa Kedah atasi pencemaran Pantai Merdeka
Harakahdaily, | 17 Sep 2013 |
Parit di Pantai Merdeka kotor dan menjijikan.
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Kedah memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kebersihan dan kemudahan asas di kawasan perkelahan Pantai Merdeka dekat Sungai Petani.
“Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati kawasan ini bukan saja dicemari air kumbahan dan berbagai jenis sisa buangan malah peralatan di taman permainan kanak-kanak di sini juga terbiar dan berbahaya,” ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, di samping kelihatan jijik oleh sisa kotoran yang terdapat di dalam parit di situ, keadaan itu menjadi lebih buruk apabila sistem saliran yang dibina agak sempit dan kurang sempurna menyebabkan pengaliran air tersekat serta mudah bertakung.
Menurutnya lagi, manakala di Medan Selera pula lantainya licin dan kotor kerana beberapa sinki telah bocor dan tidak dibaiki oleh pihak berkenaan.
Keadaan tersebut, kata beliau bukan saja menjejaskan selera makan para pengunjung gerai makanan di tempat itu malah ia juga boleh menjejaskan keselamatan mereka yang melalui kawasan itu.
“CAP berpendapat masalah ini tidak sepatutnya berlaku kerana para peniaga di sini dikenakan bayaran sewa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) antara RM50 hingga RM150 sebulan,” katanya lagi.
Tambahnya, amat mendukacitakan CAP terdapat banyak peralatan di taman permainan kanak-kanak di Pantai Merdeka telah rosak dan berkarat.
Katanya, CAP bimbang dan percaya jika keadaan itu dibiarkan keselamatan kanak-kanak yang bermain akan terancam pada masa akan datang kerana besi-besi peralatan mainan yang pecah, berkarat dan tajam boleh mencederakan mereka.
“CAP kesal walau pun Pantai Merdeka merupakan salah satu tempat perkelahan terkenal di negara ini dan menjadi tumpuan ramai pengunjung namun alam sekitar dan kemudahan asas di kawasan ini terabai dan tidak diberi perhatian secukupnya,” ujarnya.
Sehubungan itu, kata beliau CAP meminta kerajaan Kedah, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dan Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku.
Lantai besi berlubang dan berkarat yang boleh mencederakan kanak-kanak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-9-2013
Pastikan semua pusat PLKN bersih dan selamat
Harakahdaily, | 17 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat terkejut dan kesal apabila mendapati pelatih lelaki dan wanita yang sedang menjalani latihan khidmat negara di salah sebuah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang berada di dalam keadaan sangat kotor dan amat buruk.
Presidennya, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan berkata, pendedahan akhbar tempatan berhubung keadaan pelatih khidmat negara yang tinggal di dalam keadaan yang kotor itu amat dikesalkan sekali.
“Melalui pendedahan itu juga jelas menunjukkan kepada kita bahawa budaya penyelenggaraan dan penjagaan kebersihan terhadap segala kemudahan yang disediakan di negara kita oleh pihak yang dipertanggungjawabkan tidak begitu diambil berat,” ujarnya.
Kenyataan penuh beliau seperti berikut.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat terkejut dan kesal apabila mendapati pelatih lelaki dan wanita yang sedang menjalani latihan khidmat negara di salah sebuah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang berada di dalam keadaan sangat kotor dan amat buruk.
Pendedahan akhbar tempatan berhubung keadaan pelatih khidmat negara yang tinggal di dalam keadaan yang kotor itu amat dikesalkan sekali, melalui pendedahan ini juga jelas menunjukkan kepada kita bahawa budaya penyelenggaraan dan penjagaan kebersihan terhadap segala kemudahan yang disediakan di negara kita oleh pihak yang dipertanggungjawabkan tidak begitu diambil berat.
Keadaan ini jelas terbukti melalui pendedahan akhbar tempatan berhubung tahap kebersihan premis makanan di negara ini yang masih lagi tidak memuaskan, begitu juga dengan tahap kebersihan di kawasan perumahan, taman awam malah tempat ibadat.
Daripada apa yang didedahkan oleh media cetak dan media elektronik sejak akhir-akhir ini, jelas sekali menunjukkan sikap rakyat Malaysia yang masih lagi tidak mementingkan soal kebersihan apabila bersikap tidak mengambil berat terhadap kebersihan tempat-tempat makan.
CAP memuji langkah pihak berkuasa kesihatan di negara ini kerana mengambil langkah dan tindakan tegas dengan menutup mana-mana premis makanan yang kotor dan tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan.
Bagaimanapun CAP merasakan pihak berkuasa perlu juga menyiarkan nama-nama premis makanan kotor ini dalam semua media cetak dan elektronik sebagai langkah pencegahan terhadap pengendali makanan yang degil daripada melakukan kesalahan yang sama.
Setiap tahun lebih daripada beribu kesalahan direkodkan. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi. Kita perlu mensasarkan kesalahan sifar.
Untuk langkah yang lebih berkesan ke arah premis makanan bersih, CAP menggesa pihak berkuasa supaya mewajibkan semua pengendali makanan menghadiri kursus pengendalian makanan setiap tahun.
Mewujudkan talian 24 jam untuk orang ramai menghubungi dan mengadu jika mereka mendapati mana-mana premis atau pengendali makanan yang kotor.
CAP juga turut merasa kesal dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih belum mencapai tahap yang memuaskan dalam soal menjaga kebersihan dan penyelenggaraan kemudahahan yang disediakan.
Dengan pendedahan terhadap apa yang berlaku di PLKN itu juga menunjukkan tahap kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan yang disediakan untuk kegunaan pelatih khidmat negara oleh pihak yang dipertanggungjawabkan itu juga tidak begitu memuaskan dan tidak mencapai tahap yang sepatutnya.
Apa yang menyedihkan lagi ialah pihak yang dipertanggungjawabkan itu bukan sahaja menerima kontrak penyelenggaraan kemudahan yang disediakan dengan bayaran yang lumayan tetapi tidak melaksanakan kerja itu dengan memuaskan malah tahap kebersihan makanan juga turut dipersoalkan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia melibatkan kesihatan dan kesejahteraan pelatih itu.
Selain itu, CAP juga ingin menarik perhatian berhubung penempatan pelatih lelaki dan wanita di pusat latihan khidmat negara di negara ini memandangkan terdapat negara lain yang hanya menempatkan para pelatih lelaki sahaja.
Sehubungan itu, CAP menggesa pihak berkuasa yang berkenaan terutama sekali Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahananan dan Kementerian Kesihatan menjalankan siasatan dan pemeriksaan segera ke atas semua Pusat Latihan Khidmat Negara di seluruh negara agar tahap kebersihan dan kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.
CAP juga turut menggesa kerajaan agar mengkaji semula pengambilan pelatih dengan hanya mengambil pelatih lelaki sahaja untuk menjalani latihan khidmat negara dan mengecualikan pelatih wanita ekoran pelbagai masalah yang timbul dan dihadapi oleh pelatih wanita sebelum ini.
CAP juga turut menyarankan kepada kerajaan agar bertindak tegas dengan membatalkan segera kontrak syarikat yang menyediakan perkhimatan pembekalan makanan dan khidmat penyelenggaraan di kem-kem PLKN di seluruh negara yang tidak menepati syarat yang ditetapkan terutama sekali dari segi tahap kebersihan dan penyelenggaraan kemudahan.

Fomca: Kenaikan harga rumah 10 peratus tak wajar
Hazayani Zakaria, | 12 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) mahu kerajaan melakukan pemantauan serius berhubung pengumuman Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda) mengenai kenaikan harga rumah sehingga 10 peratus.
Pengarah Komunikasi Kumpulan Gabungan Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, Rehda harus memberikan penjelasan berhubung kewajaran menaikkan harga rumah yang disifatkan sebagai tinggi dan akan membebankan pengguna.
"Walaupun Rehda kata peningkatan harga rumah itu disebabkan oleh kenaikan harga minyak, tapi kerajaan harus kaji dan pantau sejauh mana kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen itu memberikan kesan yang menyeluruh kepada peningkatan harga rumah.
"Kita faham kos operasi pembinaan rumah akan meningkat kerana melibatkan kos pengangkutan untuk mengangkut barang-barang dan sebagainya tapi kerajaan perlu juga lihat rasional kenaikan harga rumah sebanyak itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut Yusof juga, Fomca bimbang ada pihak mengambil kesempatan di atas kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan secara melampau.
Katanya, ada pihak penyedia perkhidmatan dan barangan mewujudkan pakatan antara mereka untuk menaikkan harga barang dengan menjadikan kenaikan harga minyak sebagai alasan.
"Kita bimbang ada pihak yang mengambil kesempatan kerana pernah berlaku ada pakatan antara para pengusaha barangan dan perkhidmatan untuk menaikkan harga selepas kenaikan harga minyak.
"Kita tidak mahu ada pemaju pemaju perumahan, berpakat dengan sektor lain untuk menaikkan harga barang dengan menggunakan alasan kenaikan harga minyak.
"Rumah merupakan aspek yang penting dalam kehidupan dan pengguna pun masih dibelenggu dengan masalah tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana harga yang mahal, kalau harga rumah dinaikkan, masalah akan bertambah," katanya.
Justeru ujarnya, kerajaan harus memanfaatkan sepenuhnya Suruhanjaya Persaingan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2011.
Suruhanjaya ini berperanan seperti mahkamah dalam membicarakan kes yang membabitkan penyalahgunaan kuasa monopoli atau kartel apabila mendapat aduan sama ada daripada orang ramai, atau daripada pihak menteri atau pihak suruhanjaya sendiri boleh menentukan mana-mana syarikat yang dianggap menyalahguna kuasa.
"Dengan adanya suruhanjaya ini, semua pihak boleh membuat aduan dan tindkan boleh diambil ke atas mana-mana pihak yang mengadakan pakatan untuk mengawal harga sesuatu barangan," katanya.
Kelmarin, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan akan berjumpa dengan Rehda dalam masa terdekat ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-9-2013
Beli rumah: Bayaran muka 10% perlu dihapus
Muhammad Arif Ismail, | 09 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusuf Abdul Rahman (gambar) mencadangkan kepada kerajaan supaya bahan binaan seperti simen dan keluli dijadikan barangan kawalan.
Ujar beliau, bagi mengelakkan kenaikkan harga rumah yang semakin meningkat, kerajaan perlu mengawal dua bahan tersebut seperti yang pernah dilakukan sehingga tahun 1998.
Selain itu katanya lagi, bayaran muka sebanyak 10 peratus juga perlu dihapuskan kerana ia tidak memberi jaminan bahawa golongan itu terutamanya yang baru menempuh alam pekerjaan dapat membeli sebuah rumah yang sempurna.
"Downpayment sebanyak 10 peratus cukup membebankan pembeli untuk mendapatkan rumah," kata beliau ketika membentangkan kerja kerjanya di Seminar Forum Kesedaran Rakyat (Fikir) dengan tema 'Perumahan Untuk Rakyat' di sini, kelmarin.
Pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk isu perumahan masa kini turut mencadangkan kepada kerajaan agar setiap pemaju dikenakan levi beberapa peratus untuk diberikan kepada agensi kerajaan.
Katanya lagi, akta pemjau perumahan yang digubal pada tahun 1996 lebih memanjakan pemaju daripada pembeli iaitu rakyat dengan pelbagai kos yang membebankan mereka seperti kos guaman, bayaran muka 10 peratus dan sebagainya.
"Sedangkan pemaju tidak dikenakan sebarang bayaran, sekatan atau peraturan dan kerajaan juga perlu mengawal agensi hartanah yang menjadi punca kenaikan harga rumah," tegas beliau.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad turut hadir.
Ujar beliau, bagi mengelakkan kenaikkan harga rumah yang semakin meningkat, kerajaan perlu mengawal dua bahan tersebut seperti yang pernah dilakukan sehingga tahun 1998.
Selain itu katanya lagi, bayaran muka sebanyak 10 peratus juga perlu dihapuskan kerana ia tidak memberi jaminan bahawa golongan itu terutamanya yang baru menempuh alam pekerjaan dapat membeli sebuah rumah yang sempurna.
"Downpayment sebanyak 10 peratus cukup membebankan pembeli untuk mendapatkan rumah," kata beliau ketika membentangkan kerja kerjanya di Seminar Forum Kesedaran Rakyat (Fikir) dengan tema 'Perumahan Untuk Rakyat' di sini, kelmarin.
Pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk isu perumahan masa kini turut mencadangkan kepada kerajaan agar setiap pemaju dikenakan levi beberapa peratus untuk diberikan kepada agensi kerajaan.
Katanya lagi, akta pemjau perumahan yang digubal pada tahun 1996 lebih memanjakan pemaju daripada pembeli iaitu rakyat dengan pelbagai kos yang membebankan mereka seperti kos guaman, bayaran muka 10 peratus dan sebagainya.
"Sedangkan pemaju tidak dikenakan sebarang bayaran, sekatan atau peraturan dan kerajaan juga perlu mengawal agensi hartanah yang menjadi punca kenaikan harga rumah," tegas beliau.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad turut hadir.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-9-2013
Pelajar diancam pencemaran sisa kilang
Harakahdaily, | 04 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah 640 murid Sekolah Kebangsaan Bukit Kiara yang diancam pencemaran sisa buangan kilang di kawasan tersebut.
Pengerusi SAM, S.M. Mohamed Idris berkata, SAM kesal walaupun kejadian itu sudah lama berlaku dan menjejaskan keselesaan serta kesihatan murid-murid di sekolah berkenaan namun hingga kini tidak ada tindakan berkesan yang diambil bagi menanganinya.
"Pencemaran bau busuk dari kolam takungan sisa buangan kilang yang berlaku di kawasan berkenaan telah menyebabkan murid-murid di sekolah tersebut merasa loya, pening kepala, mengalami muntah-muntah dan demam.
"SAM meminta JAS dan MPSPK bukan saja memantau kolam sisa buangan di sini dengan lebih kerap malah kilang-kilang yang terlibat menyalurkan sisa buangan ke dalam kolam di sini juga perlu disiasat dan dikaji jenis bahan buangan yang mereka gunakan," kata dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, mana-mana kilang yang didapati melanggar peraturan yang termaktub di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 perlu diambil tindakan tegas agar kejadian serupa tidak berulang.
"SAM bimbang dan percaya jika bau busuk yang mencemarkan udara di kawasan itu mengandungi bahan kimia serta toksik yang tinggi ia boleh mengancam kesihatan murid-murid serta penduduk sekitarnya dengan lebih serius lagi pada masa akan datang," katanya.
Bagi meredakan kebimbangan para ibu bapa dan orang ramai mengenai isu ini, SAM mahu JAS, MPSPK dan Jabatan Kesihatan mendedahkan kepada umum hasil kajian mengenai tahap pencemaran tersebut dan kesannya ke atas alam sekitar serta kesihatan murid-murid sekolah terbabit.
Sehubungan itu, SAM akan menghantar surat rasmi kepada jabatan-jabatan berkaitan dan pihak kerajaan negeri Kedah bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kejadian ini dan tindakan-tindakan yang telah diambil bagi mengatasi masalah itu.
Pengerusi SAM, S.M. Mohamed Idris berkata, SAM kesal walaupun kejadian itu sudah lama berlaku dan menjejaskan keselesaan serta kesihatan murid-murid di sekolah berkenaan namun hingga kini tidak ada tindakan berkesan yang diambil bagi menanganinya.
"Pencemaran bau busuk dari kolam takungan sisa buangan kilang yang berlaku di kawasan berkenaan telah menyebabkan murid-murid di sekolah tersebut merasa loya, pening kepala, mengalami muntah-muntah dan demam.
"SAM meminta JAS dan MPSPK bukan saja memantau kolam sisa buangan di sini dengan lebih kerap malah kilang-kilang yang terlibat menyalurkan sisa buangan ke dalam kolam di sini juga perlu disiasat dan dikaji jenis bahan buangan yang mereka gunakan," kata dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, mana-mana kilang yang didapati melanggar peraturan yang termaktub di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 perlu diambil tindakan tegas agar kejadian serupa tidak berulang.
"SAM bimbang dan percaya jika bau busuk yang mencemarkan udara di kawasan itu mengandungi bahan kimia serta toksik yang tinggi ia boleh mengancam kesihatan murid-murid serta penduduk sekitarnya dengan lebih serius lagi pada masa akan datang," katanya.
Bagi meredakan kebimbangan para ibu bapa dan orang ramai mengenai isu ini, SAM mahu JAS, MPSPK dan Jabatan Kesihatan mendedahkan kepada umum hasil kajian mengenai tahap pencemaran tersebut dan kesannya ke atas alam sekitar serta kesihatan murid-murid sekolah terbabit.
Sehubungan itu, SAM akan menghantar surat rasmi kepada jabatan-jabatan berkaitan dan pihak kerajaan negeri Kedah bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kejadian ini dan tindakan-tindakan yang telah diambil bagi mengatasi masalah itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-9-2013
Jangan kata kenaikan tidak beban pengguna - Fomca
Anis Nazri, | 03 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kesan berganda ekoran kenaikan harga petrol RON95 dan diesel, hari ini memang tidak dapat dielakkan apabila kebanyakan sektor perkhidmatan berhubung kait antara satu sama lain.
Bukan sahaja perkhidmatan berkaitan petrol seperti tambang bas akan meningkat naik, segala perkhidmatan lain turut terkesan dengan kenaikan ini, tegas Timbalan Presiden Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah.
Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini Sha'ani berkata industri petroleum dan diesel merupakan satu sumber yang berkait rapat dengan setiap rangkaian perkhidmatan.
"Tentunya kenaikan ini menyebabkan berlakunya rantaian limpahan berganda kepada setiap perkhidmatan apabila kosnya dinaikkan. Ia satu fenomena yang tidak dapat dielakkan," tegas beliau.
Namun, katanya kerajaan tidak boleh menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna dengan mengatakan kenaikan ini tidak memberi kesan dan tidak membebankan pengguna.
Alasan tersebut, katanya ibarat memperbodohkan pengguna, sedangkan pengguna yang terpaksa menghadapi bebanan terhadap kos sara hidup yang meningkat.
Sebaliknya, kata Sha'ani kerajaan boleh mewujudkan situasi menang-menang, sama ada kepada pengusaha dan pengguna.
Kerajaan juga, katanya boleh memberi penjimatan yang berterusan dalam urusan tadbir negara, sebelum meminta rakyat melakukan penjimatan.
"Apa guna kita bercakap tiada peruntukan mencukupi untuk biasiswa, tetapi dalam masa sama kita bermewah-mewah mengadakan rumah terbuka. Jika mahu rakyat berjimat, kerajaan perlu tunjukkan contoh terlebih dahulu," tegas beliau.
Bukan sahaja perkhidmatan berkaitan petrol seperti tambang bas akan meningkat naik, segala perkhidmatan lain turut terkesan dengan kenaikan ini, tegas Timbalan Presiden Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah.
Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini Sha'ani berkata industri petroleum dan diesel merupakan satu sumber yang berkait rapat dengan setiap rangkaian perkhidmatan.
"Tentunya kenaikan ini menyebabkan berlakunya rantaian limpahan berganda kepada setiap perkhidmatan apabila kosnya dinaikkan. Ia satu fenomena yang tidak dapat dielakkan," tegas beliau.
Namun, katanya kerajaan tidak boleh menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna dengan mengatakan kenaikan ini tidak memberi kesan dan tidak membebankan pengguna.
Alasan tersebut, katanya ibarat memperbodohkan pengguna, sedangkan pengguna yang terpaksa menghadapi bebanan terhadap kos sara hidup yang meningkat.
Sebaliknya, kata Sha'ani kerajaan boleh mewujudkan situasi menang-menang, sama ada kepada pengusaha dan pengguna.
Kerajaan juga, katanya boleh memberi penjimatan yang berterusan dalam urusan tadbir negara, sebelum meminta rakyat melakukan penjimatan.
"Apa guna kita bercakap tiada peruntukan mencukupi untuk biasiswa, tetapi dalam masa sama kita bermewah-mewah mengadakan rumah terbuka. Jika mahu rakyat berjimat, kerajaan perlu tunjukkan contoh terlebih dahulu," tegas beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-9-2013
Kos bahan api perlu penyelesaian jangka panjang
Harakahdaily, | 03 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri telah mengumumkan rasionalisasi subsidi untuk memastikan kedudukan kewangan negara adalah dalam keadaan baik.
Pengumuman itu dan rasionalisasi subsidi selanjutnya boleh dilihat sebagai penyelesaian kewangan untuk mengurangkan defisit negara kita.
“Akan tetapi, adakah kita benar-benar menangani implikasi-implikasi bagi rakyat dan perniagaan dalam jangka masa panjang?” tanya Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), Piarapakaran S dalam satu kenyataan.
Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.
Perdana Menteri telah mengumumkan rasionalisasi subsidi untuk memastikan kedudukan kewangan negara adalah dalam keadaan baik.
Pengumuman ini dan rasionalisasi subsidi selanjutnya boleh dilihat sebagai penyelesaian kewangan untuk mengurangkan defisit negara kita. Akan tetapi, adakah kita benar-benar menangani implikasi-implikasi bagi rakyat dan perniagaan dalam jangka masa panjang?
Berdasarkan Imbangan Tenaga Kebangsaan 2011, permintaan tenaga akhir direkodkan sebanyak 17070 kilo tan bersamaan minyak (ktoe) bagi sektor pengangkutan.
Ini adalah 39.3% daripada jumlah permintaan tenaga akhir bagi tahun 2011. Dari tahun 2009, permintaan tenaga dalam sektor pengangkutan telah meningkat dengan kadar yang tinggi daripada sektor industri.
Ini bukanlah satu penggunaan sumber tenaga yang bijak. Negara-negara berpopulasi tinggi seperti Amerika Syarikat telah merekodkan 27.8% (2011), Jepun merekodkan 25% (2009) dan Eropah merekodkan 31.7 % (2010) dalam penggunaan tenaga bagi sektor pengangkutan.
Dalam aspek ini, peruntukan penggunaan tenaga bagi sektor pengangkutan di Malaysia adalah tidak betul dan tidak selaras dengan negara-negara maju seperti yang kita ingin capai.
Secara teknikal, dua perkara yang sebenarnya boleh mengurangkan kesan rasionalisasi subsidi dengan lebih berkesan sentiasa ditinggalkan. Penyelesaian-penyelesaian ini juga akan membantu dalam peruntukan guna sumber tenaga yang betul.
Pertama sekali, pengangkutan awam adalah cara yang paling berkesan untuk menangani kenaikan harga bahan api dan penggunaan tenaga untuk sektor pengangkutan. Pada masa ini, kita jauh dari mencapai satu sistem yang diingini.
Keduanya, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) melihat keperluan untuk Piawaian Minima Prestasi Tenaga (MEPS ) dan pelabelan kecekapan tenaga mandatori untuk kenderaan bagi kedua-dua kegunaan peribadi dan komersial.
Isu ini telah dibangkitkan oleh pihak AWER banyak kali. Malangnya, ia tidak diendahkan sehingga kini.
Kesatuan Eropah, Jepun dan Korea Selatan telah memulakan sistem ini (pelaksanaan MEPS dan pelabelan kecekapan tenaga) sekian lama untuk memastikan rakyat mereka hanya membeli kenderaan yang cekap tenaga.
Mekanisme pelabelan ini akan membolehkan rakyat Malaysia membeli kenderaan yang cekap dalam penggunaan bahan api dan membantu mereka menjadi lebih mesra alam.
Kaedah ini juga akan membantu rakyat dalam mengurangkan impak kos bahan api yang tinggi dalam jangka masa panjang. Ini juga akan membantu untuk mengurangkan penggunaan tenaga dalam sektor pengangkutan.
Berdasarkan kajian kami, kebanyakan negara yang mempunyai MEPS atau pelabelan kecekapan tenaga akan meningkatkan keperluan pelabelan secara berkala.
Apabila ini berlaku, negara-negara seperti Malaysia akan menerima produk yang kurang cekap tenaga kerana ia tidak boleh dijual di negara mereka. Jadi, kita akan menjadi ‘tapak pelupusan’ (dumping ground) produk-produk teknologi lapuk.
Pada masa yang sama, beberapa agensi kerajaan juga begitu asyik dalam mempromosikan kenderaan hibrid dan elektrik tanpa melakukan Penilaian Kitar Hayat (LCA) yang teliti untuk mengenal pasti sama ada produk-produk yang dikatakan 'hijau' ini adalah benar-benar mesra alam dan cekap tenaga. Jika kita melaksanakan kedua-dua MEPS dan pelabelan kecekapan tenaga, persoalan ini akan dapat diselesaikan dengan mudah.
Untuk memastikan proses pelabelan seperti ini boleh dilaksanakan, Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM boleh menggunakan (adopt) mekanisme pensijilan kenderaan yang sedia ada untuk memulakan ujian.
Suruhanjaya Tenaga telah membangunkan satu sistem Penilaian Bintang untuk peralatan yang menggunakan tenaga elektrik. Sistem ini mempunyai penarafan 1 Bintang (yang terendah) sehingga penarafan tertinggi 5 bintang yang meliputi produk-produk elektrik terpilih.
Kebelakangan ini, dengan tekanan yang berterusan daripada AWER, Suruhanjaya Tenaga akhirnya telah menyediakan dokumen undang-undang untuk melaksanakan MEPS bagi produk elektrik yang terpilih.
Kerajaan Persekutuan boleh melanjutkan peranan Suruhanjaya Tenaga untuk melaksanakan pelabelan kecekapan tenaga bagi kenderaan dalam Belanjawan 2014.
Disebabkan tiada agensi yang mengawal selia penggunaan sumber tenaga dalam sektor pengangkutan, AWER menggesa kerajaan untuk memberikan bidang kuasa ini kepada Suruhanjaya Tenaga dalam Belanjawan 2014 dengan kadar segera supaya langkah-langkah meningkatkan kecekapan tenaga dalam sektor ini dapat dipercepatkan apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi.
Dengan ini, ia dapat membantu mengurangkan beban kepada rakyat dan perniagaan secara berterusan.
Adakah kita bersedia untuk anjakan paradigma untuk menjadi cekap tenaga?

Masalah sisa: Insinerator mahal, bukan pilihan bijak
Harakahdaily, | 29 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang setelah membaca penyelesaian yang dicadangkan oleh kerajaan Malaysia untuk menguruskan jumlah sisa pepejal yang semakin meningkat di negara ini.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris menytakan demikian sebagai mengulas kepada cadangan kerajaan untuk membina tiga insinerator berskala besar dengan kapasiti 1,000 tan sampah sehari di Taman Beringin, Kuala Lumpur; Bukit Payung, Johor dan Sungai Udang, Melaka.
Dilaporkan bahawa rakyat Malaysia menghasilkan 33,000 tan sisa pepejal setiap hari pada tahun lepas berjumlah kira-kira 12 juta tan metrik setahun dan sekurang-kurangnya 95 - 97 peratus daripada semua sisa pepejal di Semenanjung Malaysia berakhir di tapak pelupusan, manakala tiga hingga lima peratus diproses dalam kilang-kilang kitar semula.
“Ini adalah kadar kitar semula yang sangat mengecewakan dan pembaziran sumber-sumber berharga yang sebaliknya boleh dipulihkan untuk diguna semula,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, Kerajaan Malaysia telah berlengah-lengah dalam mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan penjanaan sisa sebaliknya memilih penyelesaian yang mahal dan kurang bijak dengan insinerator yang akan menunu sisa yang boleh ditukar menjadi sumber.
Malangnya, kata beliau Malaysia telah membina beberapa insinerator kecil di Langkawi, Tioman, Pangkor dan Cameron Highlands walaupun ia tidak merupakan satu strategi yang baik.
“Sumber kami di Cameron Highlands memaklumkan bahawa insinerator di tanah tinggi tersebut yang telah disiapkan setahun yang lalu tidak beroperasi, mungkin kerana ia terlalu mahal untuk dioperasi sebab bahan api yang lebih diperlukan untuk menunu sisa organik yang banyak dijana di kawasan ini,” jelasnya.
Beliau berkata, bahan-bahan yang tinggi kandungan kelembapan seperti sisa organik biasanya terlalu basah untuk diinsinerasi dan memerlukan input bahan api lain, ini akan meningkatkan kos operasi dan menimbulkan beban kewangan.
CAP, jelas beliau telah membantah beberapa cadangan untuk membina insinerator di negara ini kerana ianya berpotensi menjejaskan kesihatan awam, alam sekitar, ekonomi dan iklim.
Selain itu, ujarnya bahan buangan adalah sangat sesuai untuk diasingkan disumber janaan, dikompos dan dikitar semula.
Menurutnya, pengkomposan sering diabaikan dalam program pengurusan sisa pepejal perbandaran kita walaupun ia boleh dilakukan dalam skala yang sangat kecil dan berteknologi rendah, dan boleh dijalankan di peringkat rumah atau di peringkat kejiranan.
Katanya, pemilihan insinerator akan membawa kepada peningkatan kos pengurusan sisa pepejal.
Menurut beliau lagi, rakyat Malaysia yang tidak menentang pembinaan insinerator akhirnya akan terpaksa membayar untuk penggunaan teknologi usang yang mahal manakala menghalang usaha dan sistem baru dalam pengurusan sisa atau sumber yang boleh mengurangkan kos dalam jangka pendek dan panjang.
Beliau menjelaskan, insinerator dan lain-lain teknologi pelupusan sisa yang mencemar adalah tidak logik untuk menyelesaikan krisis sisa Malaysia.
“Kita perlu bergerak ke arah ‘Sisa Sifar’ yang merupakan satu pendekatan sistem keseluruhan yang bertujuan untuk mengubah cara bahan-bahan mengalir melalui masyarakat, dan bermatlamat sisa sifar.
“Kita perlu kurangkan sisa melalui pengurangan penggunaan, pemulihan sumber, pengkomposan, kitar semula dan memastikan bahawa produk dihasilkan untuk digunakan semula, dibaiki atau dikitar semula kembali ke alam semula jadi atau pasaran,” ujarnya.
Justeru, ujar beliau CAP menggesa kerajaan Malaysia untuk melabur dalam amalan sisa sifar dan melenyapkan semua idea-idea pembinaan insinerator.

Sumber HD - 29-8-2013
Obesiti: Setelah Malaysia jadi juara Asia Tenggara
SM Mohamed Idris, | 26 Ogs 2013 |
Malaysia telah berjaya menjadi juara dalam carta obesiti negara-negara di Asia Tenggara dan berada pada kedudukan keenam Asia! Dalam keadaan Malaysia perlu menghadapi realiti yang menyakitkan ini, kami di Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyambut dengan sokongan sepenuh hati sebarang baik kerajaan untuk mengatasi masalah ini.
Melalui Ikrar Pengiklanan Bertanggungjawab yang telah dimeterai dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA) dan Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM) Bahagian Pengeluaran Makanan, terdapat sepuluh syarikat yang mengeluarkan makanan dan minuman telah bersetuju untuk tidak mengiklankan produk mereka melalui media elektronik dan media cetak; terutamanya yang mensasarkan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah. Syarikat- syarikat tersebut ialah Coca Cola, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, F&N Dairies ( Malaysia) Sdn Bhd, Guan Chong Cocoa Manufacturer Sdn Bhd, Mars Food Malaysia Sdn Bhd, McDonald’s Malaysia, Mondelez Sales Sdn Bhd, Nestle Products Sdn Bhd, PepsiCo (Malaysia) Sdn Bhd dan Unilever(Malaysia) Holdings Sdn Bhd.
Tindakan ini kelihatan seperti satu usaha yang murni apabila badan kerajaan bekerjasama dengan syarikat-syarikat ini untuk melindungi kanak-kanak daripada pengiklanan yang tidak bertanggungjawab. Berdasarkan ikrar yang ditandatangani, syarikat-syarikat yang terlibat tidak akan mengiklankan produk mereka yang tidak memenuhi garis panduan nutrisi seimbang antarabangsa dan piawaian keselamatan.
Mereka juga komited untuk tidak terlibat dalam sebarang promosi di sekolah-sekolah, kecuali atas jemputan sekolah dengan tujuan pendidikan. Tujuan pendidikan yang bagaimana? Pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah tidak patut dicemari dengan sebarang unsur-unsur perniagaan dan memberi kepentingan kepada syarikat-syarikat terbabit. Jika pendidikan untuk memilihan makanan berkhasiat, pasti ada organisasi yang lebih berkredibiliti untuk menjalankan tugas ini, iaitu bahagian pendidikan dalam Kementerian Kesihatan sendiri.
Kami mengharapkan lebih daripada sekadar ikrar, iaitu penggubalan polisi dan undang-undang tegas yang melindungi kanak-kanak daripada pengiklanan yang menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran. Kami mendapati usaha ini ada sedikit kelompongan – tiada maklumat berkenaan dengan mekanisme pelaksanaan dan pihak yang bakal melakukan pemantauan. Tiada salahnya juga, menyekat terus publisiti melalui media, sepertimana yang telak dilaksanakan di Norway, Sweden, UK, Belgium, Greece dan Denmark.
Pelaksanaan tegas, sepenuh hati dan menyeluruh
Sweden dan Norway telah menyekat penyiaran iklan mensasarkan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun kerana mereka tidak dapat memahami mesej-mesej pengiklanan dan berkemungkinan menerima mesej pengiklanan sebagai tepat, benar dan tidak bias.
Malaysia juga telah mengambil tindakan yang hampir sama pada tahun 2011 dengan menyekat iklan makanan segera dan yang tidak menyihatkan, pada waktu-waktu yang menjadi pilihan kanak-kanak untuk menonton rancangan televisyen.Syarikat makanan segera juga tidak boleh memberi tajaan untuk rancangan kanak-kanak. Di sebalik usaha ini, satu persoalan yang harus difikirkan semula ialah – adakah kanak-kanak tidak menonton iklan-iklan ini di waktu lain siaran televisyen?
Usaha untuk menyekat pengiklanan di televisyen ini baik,tetapi kurang berkesan. Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun patut dlindungi daripada menjadi mangsa pengiklan yang tidak bertanggungjawab.Kita patut mencontohi Sweden dan Norway yang menyekat terus semua usaha pengiklanan yang mensasarkan kanak-kanak. Sekatan tersebut termasuklah melalui usaha pengiklanan di surat khabar, radio, majalah, papan iklan dan internet.
Kerajaan juga perlu melarang penggunakan khidmat selebriti, ahli sukan dan karakter kartun untuk mempromosikan produk-produk yang tidak memanfaatkan kesihatan.
Pelaksanaan di peringkat mikro
Sejak tahun 1980-an, CAP konsisten dengan pendirian – tiada mesin layan diri (vending machine) yang mempromosikan minuman yang tinggi kandungan gula dan berkarbonat patut disediakan di sekolah-sekolah. Kami juga sedar bahawa kawasan sekolah menjadi pusat lambakan makanan rapu, makanan segera, minuman yang mengandungi pewarna tiruan, pemanis tiruan, dan bahan pengawet yang membahayakan. Adakah Kementerian Kesihatan ada membuat pemantauan di sekolah-sekolah? Seperti mana kempen susu kotak yang dipromosikan kerajaan di sekolah-sekolah, kami berharap kerajaan juga peka dengan usaha untuk menggalakkan sekolah menyediakan buah-buahan segar (terutamanya buah-buahan tempatan), hidangan berasaskan sayur-sayuran, jus buah-buahan asli dan pastikan para pelajar peka dalam pemilihan makanan – kami maksudkan “MAKANAN”.
Ibu bapa turut bertanggungjawab untuk menyelamatkan anak-anak daripada terperangkap dalam budaya makan kerana iklan. Kami faham, ada masanya ibu bapa menuruti kehendak anak-anak sebagai tukar ganti dengan masa terhad yang mereka dapat luangkan dengan anak-anak. Namun, ibu bapa juga harus sedar yang anak-anak mereka tidak memahami kaedah pemujukan di dalam iklan. Selalunya, produk yang mensasarkan kanak-kanak ialah gula-gula, bijirin yang tinggi kandungan gula, minuman berkarbonat dan makanan segera. Iklan-iklan ini mampu mempengaruhi tabiat makan yang tidak sihat - sepanjang hayat.
Jika ada iklan yang mempromosikan makanan segera atau gula-gula, terangkanlah tujuan pengiklanan dalam bahasa yang paling mudah. Ajar anak-anak untuk mencintai masakan daripada rumah. Masak, budayakan membawa bekalan makanan daripada rumah ke sekolah, dan biar anak-anak gembira berkongsi bekalan makanan dengan kawan-kawan mereka.
Mudah dan susah
Saranan-saranan ini saling berkait. Pilihan untuk memasak atau membeli makanan segera boleh menceritakan pelbagai realiti; ekonomi, politik dan sosial. Keputusan untuk terus menayangkan dan menyokong publisiti makanan rapu dan makanan segera atau mempromosikan makanan seimbang, berkhasiat dan selamat juga boleh menceritakan pelbagai perkara – negara pentingkan kesihatan rakyat atau keuntungan syarikat-syarikat perusahaan besar.
Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Sumber HD - 26-8-2013
Banteras pencerobohan bot pukat tunda – CAP
Harakahdaily, | 19 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan mengambil tindakan segera membanteras pencerobohan bot pukat tunda di kawasan tangkapan nelayan pantai di perairan barat Selangor ketika ini.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, kegiatan tersebut bukan saja menjejaskan sumber pendapatan 300 nelayan pantai di sekitar Sungai Haji Dorani dan Sungai Burong di sini tetapi juga turut memusnahkan alat tangkapan mereka.
Mengulas laporan akhbar tempatan mengenai kejadian itu, ujarnya CAP kesal walaupun masalah itu berlarutan sejak tiga tahun yang lalu namun hingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil sehingga pendapatan nelayan terbabit merosot hampir 70% setiap kali turun ke laut.
“CAP meminta pihak berkenaan menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dengan tegas supaya kegiatan pencerobohan tersebut dapat dikawal dengan berkesan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, CAP mencadangkan supaya nelayan-nelayan pantai yang mengalami kerugian akibat kerosakan jaring kerana dilanggar oleh bot pukat tunda diberi pampasan atau bantuan bagi meringankan beban hidup mereka.
Katanya lagi, CAP percaya jika masalah itu dibiarkan bukan sahaja kehidupan nelayan pantai yang terlibat akan terancam dengan lebih serius lagi pada masa depan malah sumber perikanan di kawasan pantai juga akan mengalami kepupusan.
Menurutnya, sebuah bot pukat tunda memerangkap dan membunuh lebih 60% anak ikan (benih) yang tidak boleh dimakan dan dipasarkan.
“Keadaan ini amat membimbangkan CAP jika penggunaan alat tangkapan moden itu terus disalahgunakan dan tidak mengikut peraturan-peraturan yang termaktub di bawah undang-undang yang ada,” ujarnya.
Katanya, demi masa depan sektor perikanan negara dan bekalan makanan yang mencukupi untuk rakyat di sini, CAP menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan pukat tunda dengan segera.
Tambah beliau, tinjauan CAP mendapati lebih kurang 50,000 nelayan pantai di seluruh negara terjejas kehidupan mereka akibat kegiatan pencerobohan bot pukat tunda yang gagal dikawal dengan berkesan serta pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang yang lemah.
Sekarang, jelas beliau lebih kurang 150 spesies hidupan laut telah dan sedang diancam kepupusan.
“CAP menjangkakan 20 tahun akan datang perairan Malaysia akan ketandusan sumber perikanan jika keadaan ini gagal ditangani dan penggunaan pukat tunda tidak diharamkan,” ujarnya.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, kegiatan tersebut bukan saja menjejaskan sumber pendapatan 300 nelayan pantai di sekitar Sungai Haji Dorani dan Sungai Burong di sini tetapi juga turut memusnahkan alat tangkapan mereka.
Mengulas laporan akhbar tempatan mengenai kejadian itu, ujarnya CAP kesal walaupun masalah itu berlarutan sejak tiga tahun yang lalu namun hingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil sehingga pendapatan nelayan terbabit merosot hampir 70% setiap kali turun ke laut.
“CAP meminta pihak berkenaan menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dengan tegas supaya kegiatan pencerobohan tersebut dapat dikawal dengan berkesan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, CAP mencadangkan supaya nelayan-nelayan pantai yang mengalami kerugian akibat kerosakan jaring kerana dilanggar oleh bot pukat tunda diberi pampasan atau bantuan bagi meringankan beban hidup mereka.
Katanya lagi, CAP percaya jika masalah itu dibiarkan bukan sahaja kehidupan nelayan pantai yang terlibat akan terancam dengan lebih serius lagi pada masa depan malah sumber perikanan di kawasan pantai juga akan mengalami kepupusan.
Menurutnya, sebuah bot pukat tunda memerangkap dan membunuh lebih 60% anak ikan (benih) yang tidak boleh dimakan dan dipasarkan.
“Keadaan ini amat membimbangkan CAP jika penggunaan alat tangkapan moden itu terus disalahgunakan dan tidak mengikut peraturan-peraturan yang termaktub di bawah undang-undang yang ada,” ujarnya.
Katanya, demi masa depan sektor perikanan negara dan bekalan makanan yang mencukupi untuk rakyat di sini, CAP menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan pukat tunda dengan segera.
Tambah beliau, tinjauan CAP mendapati lebih kurang 50,000 nelayan pantai di seluruh negara terjejas kehidupan mereka akibat kegiatan pencerobohan bot pukat tunda yang gagal dikawal dengan berkesan serta pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang yang lemah.
Sekarang, jelas beliau lebih kurang 150 spesies hidupan laut telah dan sedang diancam kepupusan.
“CAP menjangkakan 20 tahun akan datang perairan Malaysia akan ketandusan sumber perikanan jika keadaan ini gagal ditangani dan penggunaan pukat tunda tidak diharamkan,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-8-2013
Tidak cukup: CAP syor selaras tanah kubur
Harakahdaily, | 12 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan agar diwujudkan satu kawasan tanah perkuburan khusus di mana setiap kawasan itu dirancang untuk jangka panjang bagi beberapa generasi berdasarkan hukum dan cara yang betul mengebumikan mayat, bukan cara pengebumian yang penuh dengan kemegahan khurafat, dengan batu-batu nisan dan tembok kekal.
Justeru, Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan berkata, cara pengurusan pengebumian di tanah suci seperti di Ma’ala atau Perkuburan Baqi’ di Madinah patut dijadikan contoh.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Pada masa akan datang, apabila seseorang itu meninggal dunia, pihak pengurusan mayat mungkin akan bertanya pihak keluarga: “Nak ditanam di mana? Atau di mana kuburnya?
Kini sudah terbukti, isu tanah perkuburan bagi orang Islam semakin ketara menghadapi kekurangan ruangnya, malah ada kariah masjid yang tidak lagi membenarkan kariah luar menghantar mayat mereka ke tanah perkuburan mereka atas alasan tanah perkuburan tidak ada ruang lagi.
Laporan akhbar tempatan mendedahkan tanah kubur yang semakin tidak mencukupi yang dihadapi oleh penduduk Jelutong, Pulau Pinang sehingga ada yang sanggup menyimpan awal tanah perkuburan untuk diri mereka sendiri.
Di Kepala Batas, Pulau Pinang pula kekurangan tanah kubur menjadi salah satu masalah yang perlu dihadapi oleh penduduk setempat. Lokasi tanah perkuburan yang semakin sempit dan dipenuhi jenazah yang dikebumikan di lokasi yang sama lebih dari 100 tahun.
Keadaan ini menggambarkan betapa tanah-tanah di kawasan bandar kini semakin tidak mempunyai ruang untuk dijadikan kawasan perkuburan, sedangkan kawasan yang masaih ada dibolehkan pula untuk membina bangunan bertingkat, kawasan perumahan, bangunan kedai dan kilang.
Persoalan kita sekarang ialah apa akan jadi dalam tempoh sepuluh atau dua puluh tahun akan datang dalam pengurusan mayat di negara ini sekiranya tanah perkuburan yang ada semakin sempit atau kehabisannya?
Mengikut hierarki penempatan, keluasan tanah perkuburan setiap satu kawasan kejiranan ialah 5,000 ke 10,000 orang, memerlukan tanah seluas 1-2 hektar.
Oleh yang demikian, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan agar diwujudkan satu kawasan tanah perkuburan khusus di mana setiap kawasan itu dirancang untuk jangka panjang bagi beberapa generasi berdasarkan hukum dan cara yang betul mengebumikan mayat, bukan cara pengebumian yang penuh dengan kemegahan khurafat, dengan batu-batu nisan dan tembok kekal.
Cara pengurusan pengebumian di tanah suci seperti di Ma’ala atau Perkuburan Baqi’ di Madinah patut dijadikan contoh.
Membina makam dengan konkrit simen, dengan ruang yang dibeli, perhiasan batu tanda dan lain-lain bukanlah perkara betul. Begitu jugalah apabila dibuat upacara memuja keramat dan wali.
Di seluruh negara sekarang ini tanah perkuburan berselerak, tidak teratur, tidak tersusun. Ada kariah-kariah yang tidak seimbang keluasan tanah perkuburan dengan bilangan anak kariah, sama ada terlampau sedikit atau banyak.
Pengurusan kawasan tanah perkuburan hendaklah dirancang, diurus dengan betul agar dapat mewujudkan satu pengurusan mayat bertaraf nasional yang dapat mengatasi masalah jarak antara kawasan serta menjimatkan pembinaan kawasan perkuburan.
Dengan adanya satu kawasan perkuburan khusus bagi peringkat negeri dan daerah, ia dapat diselaraskan dalam semua urusan, misalnya dari segi pengurusan mayat sehingga tapak perkuburan. Ia juga dapat menjimatkan tanah.
Untuk jangka panjang, kita dapat membentuk masyarakat ke arah pengebumian yang betul mengikut sistem dan hukum. Antara salah satu syarat, di tanah perkuburan itu tidak boleh dibina tembok atau batu nisan yang melampau.
Ia juga dapat mengelak daripada berlakunya penyembahan khurafat, nazar dan perbuatan bidaah dan juga pemujaan, kerana ia diawasi oleh badan yang diamanahkan.
Selain itu ia juga dapat melenyapkan sikap berkasta, status dan darjat daripada kaum keluarga atau waris. Ia juga dapat mengembalikan satu kaedah hukum pengurusan jenazah yang betul bagi peringkat negara.
Sehubungan itu, CAP menggesa pihak berkuasa yang berkenaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kawasan tanah perkuburan yang semakin tidak mencukupi agar tidak lagi menimbulkan masalah di masa akan datang.

Sumber HD - 12-8-2013
Jangan buang botol racun dalam saliran - SAM
Harakahdaily, | 29 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa kesal sikap pesawah di Kedah yang membuang bekas racun termasuk beg baja ke dalam saliran dan sungai-sungai di kawasan sawah di negeri itu.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, tindakan tersebut bukan saja mencemarkan sistem saliran dan sumber air di situ malah turut mengancam pembiakan ikan air tawar di kawasan berkenaan.
“Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati terdapat banyak botol-botol racun dan beg plastik baja terapung di permukaan air di beberapa saliran dan sungai di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) serta luar Mada,” ujarnya dalam satu kenyataan. (Gambar atas)
Katanya, selain jenama racun keluaran tempatan terdapat juga racun yang diharamkan penggunaannya di negara ini digunakan oleh para pesawah terbabit.
Menurutnya lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan penggunaan racun di kalangan pesawah di kawasan Mada dan luar Mada di negeri itu begitu aktif dan ketara berikutan berlakunya ancaman makhluk perosak yang serius seperti tikus, siput gondang dan juga pembiakan rumput sambau.
Keadaan itu, ujarnya amat membimbangkan SAM kerana amalan tersebut gagal dikawal dengan berkesan oleh pihak berkenaan.
Menurut beliau, masalah pencemaran air di kawasan sawah di situ menjadi lebih serius apabila terdapat juga pihak yang menggunakan bahan toksik itu bagi membunuh rumpai untuk membersihkan saliran dan sungai di negeri itu.
Katanya, sisa rumput yang mati mendap menyebabkan saliran dan sungai menjadi cetek, manakala tebingnya pula runtuh dan mengalami hakisan.
Keadaan itu, katanya lama kelamaan boleh mencetuskan ancaman banjir.
Sehubungan itu, katanya SAM menggesa pihak Mada, Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengawal masalah itu dari berterusan.
“SAM percaya jika keadaan ini dibiarkan bukan saja alam sekitar akan terjejas dengan lebih teruk lagi pada masa akan datang tetapi juga kesihatan pesawah akan terancam, ikan air tawar yang menjadi sumber pendapatan dan sumber protein penduduk luar bandar akan pupus serta ancaman banjir yang lebih buruk mungkin berlaku,” katanya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-7-2013
Iklan tidak sopan dalam papan iklan elektronik
SM Mohamed Idris, |
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak segera untuk menarik balik iklan yang dipaparkan oleh sebuah kelab malam di papan iklan elektronik yang terletak di Jalan Burma, Pulau Pinang.
Iklan di papan iklan elektronik itu memaparkan gambar wanita berpakaian yang mendedahkan tubuh mereka. Kandungan iklan itu termasuklah pengumuman persembahan oleh sebuah kumpulan muzik dan gambar ‘Hot Girls’. Pemaparan kepada awam wanita berpakaian yang mendedahkan tubuh telah menjatuhkan martabat mereka dan gambaran stereotaip wanita.
Lebih buruk lagi kelab malam itu terletak di Lebuh Union yang merupakan sebahagian daripada tapak warisan dunia.
Iklan ini juga telah mencabuli Garis Panduan Penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang menyatakan:
1) Iklan bagi barangan atau perkhidmatan yang mungkin memudaratkan kepada ketenteraman awam, keselamatan, moral, mengejutkan pendapat awam, bertentangan kepada mana-mana undang-undang, menjejaskan kepentingan awam dan kepentingan negara adalah tidak dibenarkan;
2) Iklan mengandungi sensitiviti agama, menjatuhkan maruah budaya atau cara hidup oleh perbezaan kaum dan mengancam nilai dan norma masyarakat Malaysia;
3) Bagi gambar yang tidak berniat untuk mengiklankan pakaian dalam, hanya gambar di samping kolam dan pantai dibenarkan selagi gambar itu tidak mengghairahkan.
Menurut Garis Panduan bagi Papan Iklan Luar, iklan itu gagal untuk mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
1) Kandungan yang memaparkan gambar wanita atau lelaki berpakaian dalam atau menunjukkan aksi tidak sopan adalah tidak dibenarkan;
2) Temanya mestilah sesuai dengan kandungan iklan dengan perkara yang ingin diiklankan. Kandungan yang mengeksploitasikan tubuh dan muka seseorang terutama sekali wanita dan tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang ingin diiklankan adalah tidak dibenarkan. Begitu juga dengan elemen eksploitasi terhadap lelaki, kanak-kanak dan mereka yang kurang upaya juga tidak dibenarkan.
Kami menggesa pihak berkuasa yang berkenaan supaya mengambil tindakan segera dengan menarik balik iklan yang telah melanggar garis panduan itu. CAP juga menggesa Kerajaan supaya menggubal peraturan yang lebih lengkap bagi mengawal industri pengiklanan dan menguatkuasakannya.
Presiden CAP
Iklan di papan iklan elektronik itu memaparkan gambar wanita berpakaian yang mendedahkan tubuh mereka. Kandungan iklan itu termasuklah pengumuman persembahan oleh sebuah kumpulan muzik dan gambar ‘Hot Girls’. Pemaparan kepada awam wanita berpakaian yang mendedahkan tubuh telah menjatuhkan martabat mereka dan gambaran stereotaip wanita.
Lebih buruk lagi kelab malam itu terletak di Lebuh Union yang merupakan sebahagian daripada tapak warisan dunia.
Iklan ini juga telah mencabuli Garis Panduan Penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang menyatakan:
1) Iklan bagi barangan atau perkhidmatan yang mungkin memudaratkan kepada ketenteraman awam, keselamatan, moral, mengejutkan pendapat awam, bertentangan kepada mana-mana undang-undang, menjejaskan kepentingan awam dan kepentingan negara adalah tidak dibenarkan;
2) Iklan mengandungi sensitiviti agama, menjatuhkan maruah budaya atau cara hidup oleh perbezaan kaum dan mengancam nilai dan norma masyarakat Malaysia;
3) Bagi gambar yang tidak berniat untuk mengiklankan pakaian dalam, hanya gambar di samping kolam dan pantai dibenarkan selagi gambar itu tidak mengghairahkan.
Menurut Garis Panduan bagi Papan Iklan Luar, iklan itu gagal untuk mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
1) Kandungan yang memaparkan gambar wanita atau lelaki berpakaian dalam atau menunjukkan aksi tidak sopan adalah tidak dibenarkan;
2) Temanya mestilah sesuai dengan kandungan iklan dengan perkara yang ingin diiklankan. Kandungan yang mengeksploitasikan tubuh dan muka seseorang terutama sekali wanita dan tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang ingin diiklankan adalah tidak dibenarkan. Begitu juga dengan elemen eksploitasi terhadap lelaki, kanak-kanak dan mereka yang kurang upaya juga tidak dibenarkan.
Kami menggesa pihak berkuasa yang berkenaan supaya mengambil tindakan segera dengan menarik balik iklan yang telah melanggar garis panduan itu. CAP juga menggesa Kerajaan supaya menggubal peraturan yang lebih lengkap bagi mengawal industri pengiklanan dan menguatkuasakannya.
Presiden CAP
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-7-2013
Pastikan makanan di pasar Ramadhan selamat
Harakahdaily, | 12 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Dalam beberapa tahun yang lepas, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyuarakan kebimbangan berhubung laporan sampel makanan yang diambil secara rambang oleh pihak berkuasa kesihatan dan CAP di beberapa gerai-gerai di Pasar Ramadhan didapati mengandungi bakteria patogenik berbahaya seperti E. Coli dan Salmonella.
“Kita dapat melihat banyak gerai sementara didirikan di seluruh negara untuk menjual pelbagai masakan dan juadah untuk berbuka puasa,” ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris (gambar) dalam satu kenyataan.
Katanya, sesetengah gerai ini didirikan di kawasan terbuka di mana makanan terbiar dalam keadaan terdedah kepada debu jalanan dan lalat.
Justeru, ujarnya CAP sekali lagi mengulangi gesaan terhadap Kementerian Kesihatan agar memaklumkan kepada orang ramai apa yang perlu dilakukan untuk memastikan makanan yang dijual di gerai makanan sementara ini adalah selamat untuk dimakan.
Beliau mempersoalkan bagaimanakah pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara untuk memastikan ia mematuhi undang-undang makanan.
“Adakah pengendali gerai makanan sementara ini dihantar untuk menjalani kursus pengendalian makanan sebelum memulakan perniagaan mereka dan adakah mereka juga telah menjalani inokulasi terhadap penyakit tertentu seperti tifoid?” tanya beliau.
Beliau berkata, bakteria E.Coli dan Salmonella boleh menyebabkan penyakit yang serius, dan malah boleh membawa kematian terutama sekali kanak-kanak amat berisiko.
“CAP berharap risiko keracunan makanan tidak diambil mudah pada masa ini dan langkah yang lebih ketat perlu diambil untuk memastikan hanya makanan yang bersih dan sihat sahaja yang dijual,” katanya.
CAP juga, kata beliau menggesa umat Islam supaya tidak berbelanja dengan boros dan membazir pada bulan Ramadhan yang mulia ini tetapi bersederhanalah dalam berbelanja dan penggunaan mereka.
“Kita dapat melihat banyak gerai sementara didirikan di seluruh negara untuk menjual pelbagai masakan dan juadah untuk berbuka puasa,” ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris (gambar) dalam satu kenyataan.
Katanya, sesetengah gerai ini didirikan di kawasan terbuka di mana makanan terbiar dalam keadaan terdedah kepada debu jalanan dan lalat.
Justeru, ujarnya CAP sekali lagi mengulangi gesaan terhadap Kementerian Kesihatan agar memaklumkan kepada orang ramai apa yang perlu dilakukan untuk memastikan makanan yang dijual di gerai makanan sementara ini adalah selamat untuk dimakan.
Beliau mempersoalkan bagaimanakah pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara untuk memastikan ia mematuhi undang-undang makanan.
“Adakah pengendali gerai makanan sementara ini dihantar untuk menjalani kursus pengendalian makanan sebelum memulakan perniagaan mereka dan adakah mereka juga telah menjalani inokulasi terhadap penyakit tertentu seperti tifoid?” tanya beliau.
Beliau berkata, bakteria E.Coli dan Salmonella boleh menyebabkan penyakit yang serius, dan malah boleh membawa kematian terutama sekali kanak-kanak amat berisiko.
“CAP berharap risiko keracunan makanan tidak diambil mudah pada masa ini dan langkah yang lebih ketat perlu diambil untuk memastikan hanya makanan yang bersih dan sihat sahaja yang dijual,” katanya.
CAP juga, kata beliau menggesa umat Islam supaya tidak berbelanja dengan boros dan membazir pada bulan Ramadhan yang mulia ini tetapi bersederhanalah dalam berbelanja dan penggunaan mereka.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-7-2013
Siar nama pemilik premis makanan kotor
SM Mohamed Idris, Presiden CAP, |
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memuji langkah pihak berkuasa kesihatan kerana mengambil langkah tegas menutup premis makanan yang kotor di negeri ini.
Bagaimanapun CAP merasakan pihak berkuasa perlu juga menyiarkan nama-nama premis makanan kotor ini dalam semua media cetak dan elektronik sebagai langkah pencegahan terhadap pengendali makanan yang degil daripada melakukan kesalahan yang sama.
Setiap tahun lebih daripada beribu kesalahan direkodkan. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi. Kita perlu mensasarkan kesalahan sifar.
Untuk langkah yang lebih berkesan ke arah premis makanan bersih, CAP menggesa pihak berkuasa supaya:
- Mewajibkan semua pengendali makanan menghadiri kursus pengendalian makanan setiap tahun.
- Mewujudkan talian 24 jam untuk orang ramai menghubungi dan mengadu jika mereka mendapati mana-mana premis atau pengendali makanan yang kotor.
Bagaimanapun CAP merasakan pihak berkuasa perlu juga menyiarkan nama-nama premis makanan kotor ini dalam semua media cetak dan elektronik sebagai langkah pencegahan terhadap pengendali makanan yang degil daripada melakukan kesalahan yang sama.
Setiap tahun lebih daripada beribu kesalahan direkodkan. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi. Kita perlu mensasarkan kesalahan sifar.
Untuk langkah yang lebih berkesan ke arah premis makanan bersih, CAP menggesa pihak berkuasa supaya:
- Mewajibkan semua pengendali makanan menghadiri kursus pengendalian makanan setiap tahun.
- Mewujudkan talian 24 jam untuk orang ramai menghubungi dan mengadu jika mereka mendapati mana-mana premis atau pengendali makanan yang kotor.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-7-2013
CAP gesa kawal ketat penjualan steroid
Harakahdaily, | 12 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin sekali mempersoalkan definisi kecantikan dan keyakinan diri daripada kaca mata masyarakat masa kini.
“Adakah gaya hidup kini melihat kecantikan dan keyakinan diri itu hanya suatu bentuk komoditi, fizikal dan material semata?” tanya Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris dalam satu kenyataan.
Hal ini, ujarnya kian meruncing apabila masyarakat mengambil jalan pintas untuk kekal menarik- menggunakan steroid sebagai tambahan kepada regim kecergasan di pusat kecergasan.
Oleh itu, katanya CAP menggesa kerajaan untuk membuat kawalan ketat terhadap penjualan steroid tanpa pengawasan dan penggunaan steroid tanpa perskripsi daripada doktor.
Katanya, menurut laporan khas daripada akhbar Bahasa Malaysia baru-baru ini, lebih 18,000 golongan belia terdedah kepada ancaman kesihatan yang serius dan boleh membawa kepada kematian kerana penggunaan steroid untuk mendapatkan susuk badan yang tegap dan berotot.
Beliau berkata, lebih mengejutkan, pengguna boleh mendapat akses dengan mudah kepada steroid di pusat-pusat kecergasan, runner, klinik dan secara online.
Jika tidak ditangani, kata beliau fenomena ini akan makin berleluasa disebabkan terdapatnya permintaan daripada pengguna yang tegar untuk memiliki susuk tubuh bergaya.
Jelasnya, penggunaan steroid akan menyebabkan kebergantungan – otot dalam badan perlu terus dibekalkan dengan steroid.
Segelintir masyarakat yang mengimpikan susuk tubuh yang sasa dan berotot kerana ia menawarkan kepuasan diri, menarik perhatian, dan meningkatkan keyakinan diri. Jika mengikut rutin kecergasan yang rapi, berat badan mampu dikurangkan.
Namun, ujarnya ada sebahagian daripada mereka percaya terdapatnya cara yang mudah dan cepat untuk mencapai impian mereka ini.
Beliau menjelaskan lagi, penggunaan steroid tanpa disedari boleh menyebabkan penyakit darah tinggi, masalah hati dan kemandulan.
Bagi wanita, katanya ia mampu mengubah bentuk fizikal mereka, tumbuh misai dan bulu kaki, selain suara menjadi garau.
“Pengambilan steroid tanpa perskripsi doktor dan pengedarannya sewenang-wenangnya di pusat kecergasan komersial dan pusat kecergasan rakyat menunjukkan kontradiksi nyata – nampak sihat dalam sakit,” ujarnya.
Beliau menambah, CAP percaya, untuk mendapatkan bentuk tubuh dan keyakinan diri yang diimpi-impikan, boleh dicapai melalui cara yang lebih sihat, lestari, dan tidak memberi bebanan kewangan kepada pengguna.
Katanya, bersenam bersama teman-teman di padang dan kawasan perumahan, bercucuk tanam di kawasan lapang sekitar rumah, mengamalkan pemakanan seimbang dan memberi nutrisi kepada tubuh merupakan alternatif yang lebih menyihatkan.
“Apalah ertinya mendapatkan bentuk tubuh idaman dalam keadaan meracun tubuh badan sendiri.
“Adakah untuk mencapai makna kecantikan, kesihatan diri perlu digadaikan?” ujarnya lagi.

Parlimen mesti memastikan SEDA ditutup
Piarapakaran S., | 11 Jul 2013 |
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengutarakan pelbagai isu yang berkaitan dengan pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) dan kaedah yang digunakan di Malaysia. Agenda Teknologi Hijau yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan diikrarkan oleh YAB Perdana Menteri diganggu-gugat oleh peningkatan kelemahan dan pengaburan kebenaran (whitewashing) serta tuduhan salah laku dalam sistem Tarif Galakan (Feed-in-Tariff / FiT).
Mekanisme Tarif Galakan (Feed-in-Tariff / FiT) telah diterima pakai oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan bukannya dibangunkan secara tempatan untuk pelaksanaan projek-projek Tenaga Diperbaharui (RE). Sehingga kini, formula untuk menetapkan kos unit FiT tidak diketahui. Kerajaan Persekutuan langsung tidak telus dalam proses mengira Perbelanjaan Modal (capex), Perbelanjaan Operasi (opex), Keuntungan Terkawal (Regulated Profit) dan Faedah Kecekapan (Efficiency Perks). FiT dibiayai oleh rakyat dan rakyat mesti mengetahui mekanisme dan butir-butir pengiraannya.
Di samping itu, pelaksanaan RE melalui mekanisme FiT masih boleh dipersoalkan. Model ini tidak menjamin pertumbuhan industri RE yang mapan dan berterusan. Apa yang akan berlaku selepas 'tahun-tahun menguntungkan'? Adakah pelabur akan terus melabur? Agensi-agensi kerajaan bukan sahaja tidak membalas keraguan AWER terhadap FiT secara profesional, malahan telah memberi beberapa jawapan disalin dari Wikipedia. Pada masa ini, Jerman sendiri sudah menghadapi isu-isu serius dengan mekanisme FiT berdasarkan perundingan AWER dengan beberapa pakar dari Jerman dan laporan-laporan yang diterbitkan. Oleh itu, penggunaan Jerman sebagai contoh yang utama oleh Kerajaan Persekutuan bagi justifikasi pelaksanaan RE melalui mekanisme FiT boleh dipersoalkan.
Tahun lepas (2012), maklumat mengenai bagaimana FiT solar PV telah dimonopoli oleh individu-individu tertentu telah diketengahkan oleh beberapa Ahli Parlimen. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority of Malaysia atau ringkasnya SEDA) yang terdiri daripada (Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan kakitangan) telah menuding jari dengan sewenang-wenangnya kepada objek mati seperti sistem komputer bagi semua masalah dan menyatakan ia adalah mekanisme yang 'telus'. Komputer hanya boleh menjadi mekanisme kawalan kerana manusia masih mengawal input dan output. Perkara ini perlu disiasat secara terperinci dan bebas oleh Kerajaan Persekutuan dengan segera bagi memastikan integriti dan ketelusan yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri ditegakkan.
Kami menggesa Kerajaan Persekutuan dan semua Ahli-ahli Parlimen (MP) yang baru dipilih untuk menubuhkan Panel Bebas bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 di bawah Suruhanjaya Tenaga secara langsung untuk mengelakkan pertindihan tugas dan pembaziran dana operasi. Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 dengan jelasnya telah menetapkan bidang kuasa untuk membangunkan RE adalah di bawah Suruhanjaya Tenaga. Ini juga bermakna Akta SEDA 2011 perlu dimansuhkan disebabkan pertindihannya dan SEDA mesti ditutup. Ia adalah penting untuk membina industri RE yang berkembang tetapi model masa kini akan gagal dengan teruk kerana ia tidak mampan dan Malaysia langsung bukanlah pemilik teknologi. Panel ini juga perlu menyiasat individu yang telah memperdaya Parlimen dalam meluluskan pelaksanaan mekanisme FiT yang cacat ini melalui SEDA dan mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu ini untuk mengelakkan kesilapan sebegini daripada berulang.
Pegawai kerajaan yang tidak kompeten dan rasuah serta orang-orang yang mempunyai kepentingan tertentu telah menyebabkan banyak kerajaan gagal. Sejarah memberikan contoh yang baik untuk masa depan dan ironinya, sejarah sentiasa berulang. Pemimpin yang bijak akan belajar daripada kesilapan dan membuat perubahan. Kita memerlukan Kabinet dan Ahli-ahli Parlimen yang berani untuk memadamkan SEDA supaya RE boleh berkembang semula.
Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-7-2013
Khidmat pembentungan perlu distruktur semula
Piarapakaran S, |
Industri Perkhidmatan Air dibahagikan kepada Perawatan Air, Bekalan Air dan Perkhidmatan Pembentungan. Tiga komponen ini adalah perlu mengikuti proses Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Isu-isu yang berkaitan dengan struktur industri, ketelusan, kekurangan pembangunan infrastruktur, kegagalan dalam penswastaan (perjanjian konsesi) dan struktur kos (tarif) adalah sebab utama Kerajaan Persekutuan meyakinkan Majlis Raja-raja untuk meneruskan dengan pelaksanaan model Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). Akhirnya WSIA telah diluluskan oleh Parlimen
Indah Water Konsortium (IWK), sebuah syarikat swasta yang telah menandatangani perjanjian konsesi dengan Kerajaan Persekutuan pada 9 Disember 1993 untuk menguruskan perkhidmatan pembetungan 'bersambung'. Walau bagaimanapun, syarikat swasta ini tidak mampu menguruskan hutang dan memerlukan 'bailout' pada tahun 1999. Kerajaan Persekutuan telah 'bailout' IWK dan mengambil alih keseluruhan IWK.
Penstrukturan semula Indah Water Konsortium (IWK) sepatutnya siap seawal tahun 2008. Apakah yang melambatkan Kementerian Kewangan (MOF) daripada berbuat demikian? Tambahan pula, IWK juga memohon kenaikan tarif dan akan menerima peruntukan bagi projek-projek pemulihan infrastruktur pembetungan secara berterusan. AWER ingin menggesa Kerajaan Persekutuan supaya tidak membenarkan apa-apa kenaikan tarif IWK sebelum menstruktur semula IWK mengikut model WSIA. Kami berharap Kerajaan Persekutuan akan memimpin melalui teladan dengan memastikan MOF memansuhkan perjanjian konsesi ini. Dalam jangka masa panjang, IWK akan dipecahkan kepada entiti-entiti peringkat negeri untuk digabungkan dengan syarikat-syarikat bekalan air di peringkat negeri bagi meningkatkan kemampanan ekonomi industri perkhidmatan air. Ini adalah model WSIA yang lengkap.
Kami menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menutup Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP). JPP mengulangi operasi SPAN, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan dalam beberapa kes dengan IWK dari segi pengawalseliaan, pengurusan projek dan pelaksanaan projek. Mereka sebenarnya menduplikasi dan merunsingkan tugas-tugas dan fungsi-fungsi yang sepatutnya dijalankan oleh SPAN, PAAB dan IWK. Pertindihan sebegini ini bukan sahaja akan memperlahankan keberkesanan pengawalselia (SPAN) untuk melaksanakan tugasnya tetapi juga membuka ruang untuk penyalahgunaan kuasa dan salah urus daripada pegawai-pegawai JPP. Sebagai contoh, JPP telah memberikan sokongan (recommendation) untuk projek yang melibatkan IWK dan sebuah syarikat swasta untuk dilaksanakan dan JPP tidak mempunyai sebarang KUASA KAWALSELIA. Kuasa pengawalseliaan untuk perkhidmatan pembetungan adalah di bawah SPAN mengikut WSIA. Oleh itu, JPP perlu ditutup dan pegawai-pegawainya boleh diserap ke dalam SPAN, PAAB dan IWK sebagai pilihan atau memilih kekosongan jawatan kerajaan yang lain.
Mengapa penambahbaikan perkhidmatan pembetungan sangat penting? Anda perlu ingat bahawa pencemaran kumbahan kepada air adalah satu isu yang serius. Lembangan Sungai Langat mempunyai lebih daripada 30,000 tangki septik individu dan merupakan penyumbang terbesar kepada tahap ammonia di dalam air sungai ini. Tidak termasuk lain-lain loji rawatan kumbahan di sepanjang lembangan sungai ini yang masih melepaskan pencemar. Sungai ini merupakan salah satu punca utama pengambilan air mentah. Ya, kita menggunakan air sungai dengan pencemaran sisa pembetungan sebagai air minuman selepas rawatan.
Walau bagaimanapun, WSIA juga mewajibkan industri untuk menjadi telus, termasuk proses penetapan tarif. AWER telah berjaya mendesak Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan proses penetapan tarif secara telus. Proses ini akan memastikan setiap butiran Perbelanjaan Modal (Capex), Perbelanjaan Operasi (Opex), pendapatan yang dikawal selia dan bukan dikawal selia untuk dimasukkan ke dalam proses penetapan tarif dengan penglibatan semua pihak yang berkepentingan termasuk orang ramai .
Jika kita meneliti tarif pembentungan, adakah adil bagi mereka yang kurang menggunakan air terawat dan kurang melepaskan air sisa ke sistem pembetungan bersambung untuk membayar jumlah yang sama dengan orang-orang yang melepaskan air sisa yang banyak. Oleh itu, sistem bil berdasarkan isipadu (volumetric billing system) adalah penting. AWER telah bertemu dengan pegawai-pegawai kanan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk membincangkan dan membuat kesimpulan bahawa sistem bil berdasarkan isipadu akan diperkuatkuasakan bagi semua pengguna dalam masa terdekat.
Untuk menjadikan industri pembetungan lebih baik dan mapan, kawasan berpenduduk padat dengan tangki septik individu dan sistem simbah terus (pour flush) perlu ditukar kepada sistem bersambung. Dengan peningkatan kepada perkhidmatan yang diberikan, kos operasi keseluruhan dapat dikurangkan. Ini adalah satu konsep operasi besar-besaran. Tetapi bagi kawasan berpenduduk tidak padat, mesti mempunyai tangki septik individu yang dikosongkan (enapan disedut keluar) setiap 2 hingga 3 tahun sekali. Hal ini adalah kerana menukarkan tangki-tangki septik di kawasan tidak berpenduduk padat melibatkan kos yang tinggi.
Sekarang, pembiayaan untuk melakukan penambahbaikan ini boleh diperolehi melalu Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah badan yang ditubuhkan untuk melancarkan proses penstrukturan semula bagi membantu pembiayaan pembangunan infrastruktur. Bagaimana anda menyalurkan kos ini kepada tarif? Ia perlu dilakukan melalui proses penetapan tarif yang telus dan semua kos IWK perlu diaudit dan ditanda aras.
Menutup kebocoran di dalam sistem (IWK) sebelum mengenakan tarif kepada pengguna. Ini adalah WSIA yang dipermudahkan untuk anda.
Pada masa ini, air sisa kumbahan yang dirawat ini boleh digunakan semula untuk penyejukan mesin dan pemprosesan bukan makanan di kilang, menyiram taman di bawah seliaan kerajaan tempatan, dan lain-lain lagi. Paip khusus boleh disambungkan ke kawasan permintaan yang tinggi dengan permintaan khas. Di samping itu, lori-lori tangki air yang menyiram taman-taman di bawah kerajaan tempatan boleh mengisi air sisa yang dirawat di loji pembetungan yang ditetapkan dengan mudah. Ini akan meningkatkan hasil kepada industri pembetungan melalui perkhidmatan yang dikawal selia.
Banyak lagi juga boleh dilakukan untuk menuai gas metana (gas rumah hijau) secara lestari daripada sistem pembetungan untuk mengurangkan kebergantungan loji rawatan kumbahan kepada tenaga elektrik. Ini juga bermakna bahawa, sistem pembetungan boleh menjadi satu lagi sumber tenaga boleh diperbaharui yang lestari dengan bekalan sumber bahan api yang berterusan dari kita (kita melepaskan jumlah sumber/najis yang banyak setiap hari).
Hampir terlupa satu maklumat penting, apa-apa pendapatan yang dibuat dalam melupuskan perkakas lama (melalui kitar semula), menghasilkan baja daripada pencemaran, penggunaan semula air sisa kumbahan dan lain-lain bentuk perniagaan (papan iklan) melalui perkhidmatan pembetungan, IWK perlu menyalurkan pendapatan ini kembali kepada tarif . Ia bukan pendapatan bagi syarikat ini. Ini juga merupakan satu lagi pendekatan penting dalam WSIA. Jadi, IWK perlu lebih telus dalam kos dan operasi untuk mendapatkan semula kepercayaan orang ramai dan perniagaan. Ini juga merupakan satu lagi perkara yang dipersetujui semasa mesyuarat antara AWER dan KeTTHA.
Jadi, MOF apa yang anda tunggu? Mansuhkan perjanjian konsesi IWK untuk membolehkan IWK distruktur semula. Berhenti menjadi penghalang kepada penambah baikan industri perkhidmatan air negara. Semua kebaikan ini hanya akan direalisasikan jika MOF bersetuju untuk menstruktur semula IWK. Tidak ada keperluan untuk membentuk Syarikat Pembetungan Negara (NASCo) yang menelan perbelanjaan sangat tinggi (melampaui kemampuan Malaysia), dahulukan penstrukturan semula! Ia senada dengan Rakyat Didahulukan.
Ke arah melengkapkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara menjelang akhir tahun 2013.
Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

Sumber HD - 8-7-2013
Hukum dan senaraihitam pemaju yang rosakkan tanah bukit
SM Mohamed Idris, |
Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan laporan akhbar yang menyebut bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah menerima lampu hijau daripada pejabat timbalan pendakwaraya awam untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang membersihkan tanah secara haram di Bukit Relau.
SAM dan CAP mengalu-alukan langkah tersebut dan memohon pihak pendakwa supaya mendapatkan hukuman yang berat misalnya denda maksimum iaitu hukuman penjara terhadap tertuduh sekiranya terbukti bersalah. Tindakan ini akan menjadi contoh dan mencegah pihak lain daripada memulakan projek sebelum mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa yang berkenaan.
Pemaju terbabit bukan sahaja telah memusnahkan persekitaran bukit di kawasan itu tetapi secara terang-terangan membelakangkan pihak berkuasa dan undang-undang. Sekadar mengenakan denda tidak memadai kerana ia hanya merupakan hukuman yang ringan bagi pesalah.
Kami juga menyarankan agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyenaraihitamkan pemaju yang mencabuli undang-undang. Langkah tegas ini boleh memastikan pemaju mematuhi peraturan dan undang-undang serta menghalang eksploitasi seperti yang berlaku di Bukit Relau, Pulau Pinang di masa depan.
Sementara keputusan untuk mendakwa mereka yang melakukan kesalahan dialu-alukan, kami bimbang kenapa aktiviti haram itu dibiarkan berterusan tanpa pihak MPPP, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Kemusnahan bukit boleh dilihat dari jarak beberapa batu.
Kami menyokong gesaan yang dibuat oleh wakil majlis MPPP, Encik Lim Mah Hui agar pihak majlis membentuk sebuah jawatankuasa bebas untuk mengkaji kealpaan di pihak berkuasa untuk mencegah aktiviti haram yang dilakukan di kawasan bukit dan membuat saranan untuk mempertingkatkan jentera penguatkuasaan undang-undang.
Kita mesti melindungi kawasan bukit kita yang mudah terjejas daripada pembangunan yang boleh memusnahkannya, memulihara ciri-ciri keindahan Pulau Pinang dan memastikan pembangunan tidak dijalankan di kawasan yang persekitarannya sensitif dan mudah mengalami kerosakan.
SM MOHAMED IDRIS
Presiden
Sahabat Alam Malaysia & Persatuan Pengguna Pulau Pinang
SAM dan CAP mengalu-alukan langkah tersebut dan memohon pihak pendakwa supaya mendapatkan hukuman yang berat misalnya denda maksimum iaitu hukuman penjara terhadap tertuduh sekiranya terbukti bersalah. Tindakan ini akan menjadi contoh dan mencegah pihak lain daripada memulakan projek sebelum mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa yang berkenaan.
Pemaju terbabit bukan sahaja telah memusnahkan persekitaran bukit di kawasan itu tetapi secara terang-terangan membelakangkan pihak berkuasa dan undang-undang. Sekadar mengenakan denda tidak memadai kerana ia hanya merupakan hukuman yang ringan bagi pesalah.
Kami juga menyarankan agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyenaraihitamkan pemaju yang mencabuli undang-undang. Langkah tegas ini boleh memastikan pemaju mematuhi peraturan dan undang-undang serta menghalang eksploitasi seperti yang berlaku di Bukit Relau, Pulau Pinang di masa depan.
Sementara keputusan untuk mendakwa mereka yang melakukan kesalahan dialu-alukan, kami bimbang kenapa aktiviti haram itu dibiarkan berterusan tanpa pihak MPPP, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Kemusnahan bukit boleh dilihat dari jarak beberapa batu.
Kami menyokong gesaan yang dibuat oleh wakil majlis MPPP, Encik Lim Mah Hui agar pihak majlis membentuk sebuah jawatankuasa bebas untuk mengkaji kealpaan di pihak berkuasa untuk mencegah aktiviti haram yang dilakukan di kawasan bukit dan membuat saranan untuk mempertingkatkan jentera penguatkuasaan undang-undang.
Kita mesti melindungi kawasan bukit kita yang mudah terjejas daripada pembangunan yang boleh memusnahkannya, memulihara ciri-ciri keindahan Pulau Pinang dan memastikan pembangunan tidak dijalankan di kawasan yang persekitarannya sensitif dan mudah mengalami kerosakan.
SM MOHAMED IDRIS
Presiden
Sahabat Alam Malaysia & Persatuan Pengguna Pulau Pinang
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-7-2013
Pengendalian sisa elektronik; cadangan AWER
Piarapakaran S, | 01 Jul 2013 |
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah melaksanakan kajian kes penghasilan sisa kesan daripada menghentikan penggunaan produk tidak cekap tenaga secara berperingkat. Kajian ini memfokus dalam menetapkan mekanisme yang sesuai supaya pelaksanaan dasar kecekapan tenaga tidak memberikan impak kepada alam sekitar. Kajian ini adalah sebahagian daripada Projek Pembuatan dan Penggunaan Lestari (Sustainable Production and Consumption) yang ditaja oleh Suruhanjaya Tinggi British, Kuala Lumpur dan Kerajaan British.
Sisa Elektronik (E-waste) ditakrifkan sebagai sisa daripada pemasangan peralatan elektrik atau elektronik (E&E) yang dikategorikan sebagai SW110 mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Terjadual) 2005 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (EQA). Lampu kalimantang dan lampu kalimantang mampat (CFL) yang mengandungi merkuri (raksa) dikelaskan sebagai SW109. Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS), penjanaan e-waste pada tahun 2008 adalah kira-kira 688,000 tan metrik dan diramal menjadi 1.11 juta tan metrik pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, kesan peningkatan penghasilan sisa daripada pelaksanaan program menghentikan penggunaan produk tidak cekap tenaga secara berperingkat tidak termasuk dalam anggaran ini.
Semasa proses perundingan dengan orang ramai, kebanyakan pengguna tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada e-waste atau sisa terjadual (dengan merkuri) selepas di pungut oleh pihak-pihak tertentu. Apabila mereka membeli produk yang baru, pemborong enggan mengambil semula produk yang lama atau rosak. Syarikat pengendali sisa domestik juga enggan mengambil produk-produk ini. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah untuk membuangnya atau menyimpan peralatan lama ini. Kami juga telah bertemu dengan pihak industri dan juga Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) serta JAS untuk mengkaji semula situasi terkini.
Cadangan-cadangan berikut adalah penting untuk memastikan pelaksanaan dasar-dasar kecekapan tenaga tidak memudaratkan alam sekitar.
Cadangan 1: Pendekatan 'Buaian ke Buaian' (Cradle to Cradle Approach)
Membangunkan kitar hayat bagi produk-produk E&E adalah penting untuk menyelesaikan masalah pengurusan sisa. Pada masa ini, pendekatan 'Buaian ke Kubur' iaitu daripada pengekstrakan sumber sehingga pelupusan sisa biasa dipraktikan. Kita perlu menukarkannya untuk mencapai proses Pemulihan Sumber. Ini akan 'mengepam semula' sumber-sumber kepada sektor pembuatan dan mengwujudkan satu kitar. Kita perlu beralih dari model penggunaan linear seperti pendekatan 'Buaian ke Kubur' kerana ia akan menghabiskan sumber asli.
Cadangan 2: Sistem PENGAMBILAN SEMULA Bersepadu Mesti Diperkenalkan
Sistem Pengambilan Semula Bersepadu (Inclusive Take Back System) mesti dilaksanakan untuk merangkumi semua jenis aliran sisa yang telah dikenal pasti oleh AWER. Aliran masuk sisa yang utama adalah pemborong dan pengeluar, kontraktor sisa pepejal, pusat-pusat kitar semula, peniaga barangan terpakai dan juga pembuangan haram. Sebagai contoh, pemborong dan pengeluar boleh memperkenalkan sistem rebat (rebate system) kepada pelanggan yang memulangkan produk lama untuk membeli produk baru. Ini boleh membantu untuk mengumpul jumlah besar e-waste dan sisa terjadual (dengan merkuri).
Cadangan 3: Struktur Kos Sistem PENGAMBILAN SEMULA Mesti Dibangunkan
Kos untuk menguruskan e-waste dan sisa terjadual (dengan merkuri) hendaklah diuruskan bersama oleh industri, kerajaan dan orang ramai. Kawalan keuntungan melalui Perbelanjaan Modal (Capex) dan Perbelanjaan Operasi (Opex) yang telah diaudit perlu ditetapkan. Tambahan pula, untuk memastikan jumlah pengumpulan e-sisa atau buangan terjadual (dengan merkuri) yang tinggi, loji-loji peringkat serantau dan penyelarasan serantau adalah langkah wajar. Penyelarasan antara Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand boleh dilihat sebagai satu langkah segera yang perlu dipertimbangkan. Jumlah aliran sisa yang lebih tinggi untuk pemulihan sumber akan memastikan kos yang rendah dan kejayaan yang baik untuk sistem Pengambilan Semula.
Cadangan 4: Pengawal Seliaan dan Penguat Kuasaan Sistem PENGAMBILAN SEMULA
E-waste dan sisa terjadual (dengan merkuri) mesti dikendalikan dengan betul untuk mengelakkan pencemaran dan larut lesap (leaching) di keseluruhan proses pengumpulan, pengangkutan, penyimpanan, pemulihan separa serta premis pemulihan penuh yang boleh mencemarkan alam sekitar dengan serta merta. Prosedur asas mesti dibangunkan dan pemantauan berkala adalah penting. AWER juga telah memantau beberapa lokasi pengumpulan dan mengenal pasti banyak perbuatan yang salah serta kekurangan kesedaran daripada pihak-pihak berkepentingan. JPSPN dan JAS perlu memastikan maklumat yang mencukupi boleh didapati untuk membantu kedua-dua pengguna domestik dan perniagaan.
Cadangan 5: Daftar Peniaga Barangan E&E Terpakai Serta Hadkan Hayat Produk-produk
Peniaga produk-produk E&E terpakai mesti didaftarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Peniaga-peniaga ini akan memainkan peranan dalam 'penggunaan semula' produk-produk E&E atau bahagian-bahagiannya. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan terhadap apa yang sebenarnya berlaku seperti isu-isu keselamatan, pelabelan, bahagian-bahagian yang tidak digunakan, dan lain-lain. Produk-produk ini sekurang-kurangnya mesti memenuhi standard keselamatan asas dan direkodkan. Satu sistem pendaftaran juga akan dapat mengawal para peniaga barangan terpakai untuk memastikan tiada pembuangan sisa secara haram yang dilakukan selepas mengambil bahagian-bahagian yang boleh digunakan semula Di samping itu, terdapat juga keperluan untuk menghadkan hayat produk atau bahagian-bahagian yang boleh dijual sebagai barangan terpakai. Langkah ini adalah penting untuk memastikan golongan berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan produk-produk yang tidak cekap tenaga dan boleh menyebabkan bil elektrik yang tinggi dalam tempoh masa panjang. Memperkenalkan produk E&E terpakai yang tidak cekap tenaga ke dalam pasaran adalah bertentangan dengan objektif untuk meningkatkan kecekapan tenaga di Malaysia.
Hasil-hasil kajian kami ini juga akan di kongsi bersama-sama dengan kedua-dua JPSPN dan DOE yang telah memberikan kerjasama penuh semasa proses konsultasi. Marilah kita berusaha untuk pelaksanaan dasar kecekapan tenaga yang lebih baik dan menyeluruh di Malaysia.
Piarapakaran S ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-7-2013
No comments:
Post a Comment