Nahas bas: MB K'tan cadang bantuan kepada keluarga
Salmiyah Harun, | 22 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas kemalangan yang berlaku semalam wajar menerima bantuan dan sokongan bagi meringankan bebanan ekoran musibah yang dihadapinya.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, ia memandangkan angka kematian ekoran nahas terbabit lebih daripada 30 orang dan paling buruk dalam sejarah negara.
Beliau berkata demikian sebagaimana dipetik dalam laman sosial Facebooknya yang turut mendapat respons orang ramai dan mempersetujui cadangan beliau itu.
Sehubungan itu, beliau berharap agar siasatan punca nahas dapat dilakukan secepat mungkin agar ia menjadi iktibar dan pengajaran di masa akan datang.
Di kesempatan itu juga beliau merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat di dalam insiden kemalangan bas henti-henti yang terjunam ke dalam gaung sedalam 150 meter dari Genting Highlands.
Kemalangan yang melibatkan bas henti-henti pada 2.25 petang semalam yang meragut 37 nyawa antara kemalangan yang paling buruk dalam sejarah negara ini sejak 17 tahun yang lalu.
Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) lima, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.
Bas yang membawa 53 penumpang dikatakan hilang kawalan 100 meter sebelum melanggar tebing dan jatuh ke dalam gaung.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-8-2013
Kelantan agresif penerangan ke pedalaman
Aslani M, | 22 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Mengambil kira kawasan pedalaman di Kelantan kurang mendapat info mengenai kerajaan negeri, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) merancang memperkasakan lagi peranannya.
Antaranya memberi tumpuan melalui program penerangan, aktiviti pemimpin bersama rakyat dan ramah mesra secara lebih agresif di kawasan terbabit.
Selain itu UPKN juga merancang mewujudkan Unit Hubungan Serantau dan membuka pejabat cawangan di luar Kelantan.
Pengarahnya, Wan Yusoff Wan Mustapha (gambar) berkata, Unit Hubungan Serantau diwujudkan bagi membolehkan anak-anak Kelantan yang tinggal di merata tempat mendapat info lebih tepat mengenai kerajaan negeri.
“Anak-anak perantau tinggal di seluruh pelusuk negara. Dengan ada unit khas membolehkan pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan. Pejabat cawangan dirancang diwujudkan di Kuala Lumpur.
“UPKN dengan kerjasama sama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) menyalurkan lebih banyak maklumat dan menganjurkan pelbagai program,” katanya di sini.
Menurutnya unit tersebut akan diketuai seorang Penolong Pengarah dengan dibantu pegawai dan pembantu.
UPKN sekarang mempunyai tiga unit iaitu Penerangan, Penerbitan dan Multimedia dengan bilangan pegawai dan kakitangan seramai 29 orang. Ia diwujudkan sejak 1990.
Selain itu kerajaan negeri juga mempunyai Urusetia Pembangunan Belia, Sukan dan NGO serta Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.
Wan Yusoff juga berkata, UPKN memberi fokus lebih kepada kawasan di pedalaman memandangkan penduduk di kawasan berkenaan didapati belum mendapat maklumat mendalam mengenai kerajaan negeri.
“Program turun ke bawah akan diberi tumpuan di kawasan berkenaan terutamanya Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Machang.
“Penduduk di kawasan terbabit tidak mendapat pendedahan lengkap mengenai kerajaan negeri disebabkan keupayaan penebusan internet di kawasan tersebut masih terkebelakang.
“Tumpuan sekarang mengadakan majlis-majlis penerangan, dialog, pameran dan ramah mesra pemimpin bersama penduduk,” ujarnya.
Selain itu UPKN juga merancang melihat sejauh mana maklum balas rakyat terhadap program dianjurkan kerajaan negeri melalui kajian yang akan dilakukan.
Menurutnya, maklum balas rakyat di peringkat bawah terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman cukup penting bagi membolehkan kerajaan negeri merancang agenda bertindak.
Menurutnya juga kerajaan negeri merancang memperluaskan akses internet di kawasan pedalaman dengan mewujudkan rangkaian internet percuma di kawasan pusat bandar, masjid dan pusat khidmat wakil-wakil rakyat.
“Kemudahan internet cukup penting terutamanya bagi membolehkan penduduk mendapat gambaran lebih jelas mengenai sesuatu isu yang berlaku.
“Petugas unit multimedia akan menyalurkan maklumat melalui media baru termasuk facebook bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat segera,” ujarnya.
Sebelum ini Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menjelaskan antara faktor PAS gagal bertapak kukuh di Gua Musang dan Jeli memandangkan banyak maklumat tidak sampai ke pengetahuan rakyat.

Kelantan sasar 5,000 rumah mampu milik
Aslani M, | 21 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Kelantan mensasar menyediakan kira-kira 5,000 rumah mampu milik kepada penduduk berpendapatan rendah di negeri dalam tempoh lima tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Insan, Belia, Sukan & NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, bagi mencapai sasaran tersebut sebanyak 2,000 unit dijangka dapat disiapkan tahun ini.
“Sasaran itu dibuat dengan mengambil kira sehingga kini terdapat kira-kira 6,000 permohonan memiliki rumah kos rendah diajukan kepada kerajaan,” katanya di sini.
Projek berkenaan akan dilaksana melalui tiga kaedah iaitu dibina sendiri Bahagian Perumahan SUK, kedua kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Selain itu kata beliau projek dilaksana dengan kerjasama pemaju swasta.
Rumah mampu milik kos rendah ditetapkan berharga RM42,000 hingga RM99,000.
“Projek pertama rumah mampu milik dikendalikan kerajaan negeri di Taman Ubudiah Labok, Machang sebanyak 30 unit kini siap sepenuhnya.
“Sekarang kerajaan negeri sedang meneliti senarai pemohon yang layak memiliki rumah tersebut, di mana keutamaan diberi kepada penduduk tempatan,” ujarnya.
Pemohon yang layak perlu menepati beberapa kriteria ditetapkan termasuk pendapatan bulanan bawah RM1,500.
Abdul Fattah juga berkata, kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada pemohon yang ingin memiliki rumah sendiri, namun tidak layak mendapat pembiayaan institusi kewangan.
Bagi kumpulan sasar tersebut katanya, kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Jajahan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (Maik) membina rumah melalui bantuan zakat.
“Maik sejak beberapa tahun lalu giat membina rumah bagi membantu penduduk miskin memiliki rumah sendiri melalui sumber zakat.
“Selain itu kerajaan negeri juga sejak tujuh tahun lalu mewujudkan skim bantuan rumah dhuafat bagi membantu penduduk yang benar-benar miskin memiliki rumah sendiri.
“Sejak 2011 peruntukan sebanyak RM100,000 setahun diberi kepada 45 kawasan Dun bagi membina rumah berkenaan. Ini bermakna setiap tahun sebanyak 135 rumah bernilai RM35,000 sebuah dibina di seluruh Kelantan,” katanya.
Dan tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM9 juta bagi membina projek rumah mampu milik.

Sumber HD - 21-8-2013
Kapten pasukan Kelantan pamer simbol #R4BIA
http://omakkau.blogspot.com, | 21 Ogs 2013 |
GELAGAT KETUA PASUKAN BOLASEPAK KELANTAN YANG MEMPAMIRKAN SIMBOL #R4BIA BAKAL MENGUNDANG KEMARAHAN PENYOKONG KERAJAAN JENERAL AS-SISI DI NEGARA INI!!!!
Inilah gelagat dan perangai ketua pasukan bolasepak Kelantan Darul Naim The Red Warriors Mohd Badhri Radzi atau nama sinonimnya Piya.
Gelagat dan telatah ini dipamirkan oleh Piya semasa pasukan The Red Warriors dalam Perlawanan Piala Malaysia berjaya menyumbat gol pertama menentang pasukan Pahang Darul Makmur di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang malam tadi.
Mempamirkan simbol #R4BIA sebagai tanda sokong penderitaan rakyat Mesir yang kini dizalimi dan ditindas secara amat kejam sekali oleh pemerintah tentera yang diketuai Jeneral As Sisi.
Sudah pasti gelagat dan gaya Piya ini mengundang kemarahan dan amukkan ganas dari pendokong dan penyokong Kerajaan Haram Mesir As- Sisi.
Tabik spring kepada Piya!!!
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-8-2013
Kelantan ikut Pusat bawa pulang pelajar dari Mesir
Salmah Mat Husain, | 21 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Kelantan menunggu arahan daripada Kerajaan Pusat melalui Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan berhubung usaha membawa pulang pelajar negeri ini dari Mesir.
Menurut Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, kerajaan negeri akan menguruskan perkara itu bersama dengan kerajaan Pusat demi menjaga keselamatan pelajarnya sepanjang pergolakan berlaku.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, urusan membawa seramai 3,300 orang pelajar Mesir pulang ke Malaysia bermula malam tadi menggunakan pesawat komersil.
Urusan penempahan tiket akan dilakukan bermula malam tadi dan penerbangan akan melalui Amman (Jordan) dan Istanbul (Turki) serta beberapa tempat lain.
Ketika memberitahu Harakahdaily, Ahmad berkata, kerajaan Kelantan bersedia membantu kerajaan Malaysia membawa pulang pelajar ke negeri ini.
“Lebih 1,000 orang pelajar Kelantan berada di sana untuk belajar,” ujarnya.
Pada masa yang sama Kelantan turut menangguhkan pelajarnya untuk meneruskan pengajian masing-masing di negara itu.
Sambungnya, pelajar yang telah tamat pengajian masing-masing ada yang telah pulang.
Kecuali tambahnya, yang sedang mengikuti pengajian kedoktoran yang akan tamat September ini.
Pada masa yang sama beliau memberitahu, OIC seharusnya mengambil peranan penting untuk mengekang kejadian yang berlaku di bumi anbia itu.
Bagaimanapun, menurutnya ia tidak berlaku sedemikian.
Menurut Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, kerajaan negeri akan menguruskan perkara itu bersama dengan kerajaan Pusat demi menjaga keselamatan pelajarnya sepanjang pergolakan berlaku.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, urusan membawa seramai 3,300 orang pelajar Mesir pulang ke Malaysia bermula malam tadi menggunakan pesawat komersil.
Urusan penempahan tiket akan dilakukan bermula malam tadi dan penerbangan akan melalui Amman (Jordan) dan Istanbul (Turki) serta beberapa tempat lain.
Ketika memberitahu Harakahdaily, Ahmad berkata, kerajaan Kelantan bersedia membantu kerajaan Malaysia membawa pulang pelajar ke negeri ini.
“Lebih 1,000 orang pelajar Kelantan berada di sana untuk belajar,” ujarnya.
Pada masa yang sama Kelantan turut menangguhkan pelajarnya untuk meneruskan pengajian masing-masing di negara itu.
Sambungnya, pelajar yang telah tamat pengajian masing-masing ada yang telah pulang.
Kecuali tambahnya, yang sedang mengikuti pengajian kedoktoran yang akan tamat September ini.
Pada masa yang sama beliau memberitahu, OIC seharusnya mengambil peranan penting untuk mengekang kejadian yang berlaku di bumi anbia itu.
Bagaimanapun, menurutnya ia tidak berlaku sedemikian.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-8-2013
Lebih 3,300 ulama, pendakwah kutuk As-Sisi
Muhammad Yusri Amin, | 20 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: “Kami mengecam keras tindakan kejam Jeneral Abdul Fattah As-Sisi merampas kuasa rakyat dan membunuh mereka tanpa peri kemanusiaan.
“Perdana Menteri Malaysia wajar mengambil langkah segera memprotes tindakan zalim rejim tentera Mesir,” kata Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak.
Menurutnya lebih 3,300 ulama, pendakwah dan ustaz di bawah Dakwah Halaqat mengecam keras tindakan luar perikemanusiaan dilakukan As Sisi.
Dakwah Halaqat mempunyai seramai 3,377 pegawai dan kakitangan. Mereka terdiri daripada pegawai Halaqat, pembantu Halaqat, guru-guru al-Quran dan guru Fardhu Ain.
Menurutnya juga sebahagian pegawai Dakwah Halaqat adalah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir.
Oleh itu beliau berharap Malaysia perlu segera menghantar nota bantahan terhadap tindakan zalim tentera Mesir.
“Agenda terkutuk tentera Mesir tidak dinafikan kerana campur tangan kuasa besar asing bertujuan menangguk di air keruh bagi kepentingan ekonomi politik mereka,” tambahnya.
Beliau juga meluahkan rasa ducita negara-negara Arab memberikan sokongan kepada rejim tentera bagi menghalang Presiden Mesir Dr Mohammad Morsi melaksanakan perundangan Islam di Mesir.
Malah negara Arab yang kaya dengan minyak juga bimbang Dr Morsi membantu pelarian dari Syria dan Palestin.
“Perdana Menteri Malaysia wajar mengambil langkah segera memprotes tindakan zalim rejim tentera Mesir,” kata Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak.
Menurutnya lebih 3,300 ulama, pendakwah dan ustaz di bawah Dakwah Halaqat mengecam keras tindakan luar perikemanusiaan dilakukan As Sisi.
Dakwah Halaqat mempunyai seramai 3,377 pegawai dan kakitangan. Mereka terdiri daripada pegawai Halaqat, pembantu Halaqat, guru-guru al-Quran dan guru Fardhu Ain.
Menurutnya juga sebahagian pegawai Dakwah Halaqat adalah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir.
Oleh itu beliau berharap Malaysia perlu segera menghantar nota bantahan terhadap tindakan zalim tentera Mesir.
“Agenda terkutuk tentera Mesir tidak dinafikan kerana campur tangan kuasa besar asing bertujuan menangguk di air keruh bagi kepentingan ekonomi politik mereka,” tambahnya.
Beliau juga meluahkan rasa ducita negara-negara Arab memberikan sokongan kepada rejim tentera bagi menghalang Presiden Mesir Dr Mohammad Morsi melaksanakan perundangan Islam di Mesir.
Malah negara Arab yang kaya dengan minyak juga bimbang Dr Morsi membantu pelarian dari Syria dan Palestin.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-8-2013
10 Adun Kelantan angkat sumpah Timbalan Exco
Aslani M | Foto Zamani Mohd Zain, | 20 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Seramai 10 Adun hari ini mengangkat sumpah sebagai Timbalan Exco kerajaan negeri, berperanan membantu anggota-anggota Exco melaksanakan tugas harian.
Mereka mengangkat sumpah dan menandatangani akuan pelantikan di hadapan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di pejabat Menteri Besar hari ini.
Adun Kadok, Azami Mohd Noor dilantik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli.
Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat.
Abdul Rahman Yunus (Demit) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.
Hassan Mahmood (Tawang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan.
Abdul Azziz Kadir (Jelawat) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau.
Muhammad Awang (Gual Periuk) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.
Dr Md Yusnan Yusof (Melor) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau.
Mohd Zaki Ibrahim (Kelaboran) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat.
Wan Ubaidah Omar (Kijang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.
Mohd Nazlan Mohamad Hasbulah (Limbongan) – Timbalan Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO.
Selain itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan.
Manakala Wan Nik Wan Yussof pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar.
Hadir sama menyaksikan majlis berkenaan Mohd Amar, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Faudzi Che Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.
“Pelantikan Timbalan Exco dapat membantu meringankan tugas-tugas anggota Exco terutamanya mewakili Exco pada program-program tertentu.
“Melalui persefahaman kerja membolehkan anggota-anggota Exco menumpukan perhatian kepada tugas-tugas yang memerlukan penyelesaian segera,” kata Menteri Besar ketika ditemui selepas majlis berkenaan.
Menurutnya Timbalan Exco akan disediakan kemudahan pejabat di Kota Darulnaim atau mana-mana agensi yang berkaitan dengan portfolio masing-masing.
Oleh itu beliau berharap tugas-tugas pentadbiran kerajaan berjalan lebih lancar terutamanya bagi menyelesaian masalah rakyat dengan kehadiran timbalan-timbalan Exco.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-8-2013
Kemerdekaan sebenar bila Islam didaulat - MB
Rizal Tahir, | 16 Ogs 2013 |
(Ustaz Ahmad Yakob menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Datuk Makhtar)
KOTA BHARU: Masih banyak negara walau pun ditadbir bangsa sendiri, namun hakikatnya masih dijajah kerana Islam tidak mendapat kedudukan sepatutnya dalam pentadbiran kerajaan.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, mereka tidak menjadikan Allah yang Khaliq itu sebagai tempat pengabdian sebenar bagi umat manusia.
“Pengertian pembebasan daripada penjajahan sebenar apabila manusia dapat membebaskan diri dari mengabdikan diri sesama manusia.
"Inilah sebenarnya erti kebebasan atau kemerdekaan yang sebenar menurut Islam," ujarnya pada majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Padang Adat Istiadat, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, anggota-annggota Exco, pegawai kerajaan negeri dan persekutuan, wakil kaum dan NGO.
Ahmad berkata, Makkah contohnya antara negeri yang pernah dijajah di awal kebangkitan Islam.
Bagaimanapun ia dapat dibebaskan setelah kelahiran baginda Rasulullah saw dengan membawa ajaran Islam yang syumul.
"Inilah sebenarnya matlamat yang dibawa Rasul kepada umat manusia agar tidak lari daripada landasan sebenar iaitu kehendak Allah SWT.
"Mencintai negara dan patuh kepada pelaksanaan syiar dalam pentadbiran negara adalah wajib," ujarnya.
Beliau juga berkata, bendera atau jalur gemilang merupakan lambang kemegahan negara yang wajar dihormati.
Oleh itu beliau menyarankan rakyat di negeri itu tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama termasuk badan-badan NGO hendaklah sama-sama mengibarkan jalur gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-8-2013
Ribuan rakyat Kelantan hadir munajat untuk Mesir
Aslani M, | 16 Ogs 2013 |
(Ribuan mengaminkan doa Qunut Nazilah mendoakan tindakan zalim dihentikan terhadap rakyat Mesir)
KOTA BHARU: Sejak Maghrib lagi selepas mendapat info program malam tadi melalui media baru ribuan anak muda hadir. Program berkenaan dirancang secara mengejut Pemuda PAS Kelantan berikutan tentera Mesir bermaharajalela membunuh ribuan penyokong Dr Muhamad Morsi.
Ribuan penduduk Kelantan terutamanya anak-anak muda menyertai solat hajat, munajat dan membaca qunut nazilah sebagai simpati mereka terhadap nasib umat Islam di Mesir yang menjadi mangsa kerakusan tentera Mesir sekarang.
Solat hajat dan munajat diketuai anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat.
Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.
Selain itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Presiden Alumni Keluarga Pelajar Kelantan Mesir, Ustaz Zulkifli Mat Yusoff dan Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Ustaz Abdul Malek Abdul Karim.
Program terbabit diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhamamd Ke IV.
Abdul Malek yang baru pulang dari Mesir berkata, beliau cukup kagum melihat kehadiran jutaan penyokong Dr Morsi termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) membantah rampasan kuasa dilakukan tentera.
Katanya, biar pun rakyat berhimpun secara aman namun tentera menggempurkan mereka menggunakan kereta perisai, jentolak dan peluru hidup sehingga 5,000 menjadi korban dan 10,000 lagi cedera dalam masa sehari.
“Lebih tragik lagi apabila rakyat yang cedera dirawat di hospital didatangi polis dan terus ditembak sehingga pecah jantung mereka. Malah keluarga yang datang menuntut mayat anggota keluarga mereka juga ditembak.
“Tentera dan polis juga membakar hospital dan masjid sehingga ramai lagi menjadi korban,” katanya pada program berkenaan.
Malah dakwa beliau menteri kerajaan kudeta mengumpah militia yang dianggar berjumlah 500,000 orang di Mesir membunuh penyokong Dr Morsi dengan bayaran yang mahal.
Menurutnya tindakan zalim lebih daripada apa yang berlaku di Syria semata-mata bagi melumpuh sepenuhnya gerakan Ikhwan Muslimin.
*Ikuti maklumat lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-8-2013
Mesir: Rakyat Kelantan diseru ke munajat malam ini
Salmah Mat Husain, | 15 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Rakyat Kelantan malam ini diseru hadir pada program ‘Solat Hajat, Munajat dan Ceramah Perdana’ bagi memohon keamanan di Mesir yang kini sedang bergolak.
Program berkenaan anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dengan kerjasama Alumni Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM).
Majlis yang bermula solat Maghrib berjemaah itu akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke V malam ini.
Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa antara yang bakal berucap malam ini.
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.
Pada masa yang sama Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan hari ini melahirkan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasknya tindakan tentera Mesir di bawah Presiden Interim Adly Mansour.
Ketua Penerangannya, Mohd Fadhli Shaari berkata, tindakan tentera itu yang menceroboh medan berhimpun kumpulan pro legitimasi di Kaherah khususnya di Medan Raba'ah dan di Madinah Nasr amat tidak berperikemanusaan.
Sehubungan itu Dewan Pemuda juga menggesa agar kepimpinan negara mengeluarkan kenyataan yang keras dan mengutuk serangan tentera Mesir ini yang jelas bertentangan dengan prinsip nilai-nilai kemanusiaan.
Bukan itu sahaja, menurutnya kerajaan Morsi yang digulingkan ditubuhkan melalui pilihanraya.
“Mesej perlu segera disampaikan melalui Kedutaan Mesir di Malaysia bagi membuktikan kebersamaan negara Islam di seluruh dunia dengan nasib yang sedang menimpa rakyat Mesir pada hari ini.
“Sewajarnya semua pihak perlu sedar bahawa tragedi yang sedang menimpa rakyat Mesir ialah tragedi kepada demokrasi,”ujar Fadhli lagi.
Pada masa yang sama beliau turut menyarakan umat Islam di negara ini mengadakan qunut nazilah di dalam solat waktu serta solat hajat berterusan memohon pertolongan Allah supaya memberikan penyelesaian yang terbaik terhadap konflik di Mesir.
Jelas Fadhli lagi, mereka kini dikhabarkan mula digempur tentera semenjak pagi tadi selepas rancangan serangan ke atas mereka Sabtu lalu ditangguhkan sebelum ini.
“Sehingga ke saat ini, dilaporkan telah lebih 400 orang rakyat Mesir terkorban dan beribu-ribu lagi cedera,”ujarnya.
Katanya, kesempatan bulan Syawal umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa enam, disaran berdoa untuk rakyat Mesir yang sedang berdepan dengan keganasan tentera negara mereka sendiri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-8-2013
3 penempatan baru diwujudkan di Gua Musang
Aslani M, | 15 Ogs 2013 |
GUA MUSANG: Mengambil kira masalah penduduk setinggan di bandar ini, kerajaan negeri mewujudkan tiga penempatan baru bagi memindahkan mereka.
Biar pun parlimen Gua Musang merupakan kubu paling kuat Umno di Kelantan, namun tidak menghalang kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyat.
Penempatan awal diwujudkan di Kampung Sungai Kundur pada 1992. Selepas itu dibuka pula penempatan baru di Tanah Putih dan Sungai Kepa.
Ramai penduduk sebelum ini tinggal di tepi Sungai Galas, Kampung Baru dan Kampung Lama di Bandar Gua Musang serta kawasan industri mendapat lot di penempatan tersebut.
Penyelia Dun Galas, Abdullah Husain berkata, usaha itu dilakukan kerajaan negeri bagi membolehkan penduduk memiliki lot kediaman dan membina rumah sendiri.
“Sebelum ini mereka tinggal di kawasan-kawasan setinggan di mana setiap akhir tahun berdepan dengan banjir.
“Dan sekarang sebahagian besar mereka sudah berpindah ke penempatan baru dan membina rumah di atas lot sendiri yang diberi kerajaan negeri,” katanya di sini.
Menurutnya penempatan di Sungai Kepa yang terakhir diwujudkan mempunyai 170 lot dan sehingga sekarang 60 rumah sudah dibina. Setiap lot seluas 60 kaki x 90 kaki.
Abdullah juga berkata, pertambahan bilangan rumah menyebabkan anak Sungai Kepa menjadi semakin sempit ekoran penduduk menambung tanah di kawasan rendah berhampiran anak sungai.
Katanya, setiap kelulusan bagi membina rumah pada peringkat awal dipantau Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) bagi mengelakkan aliran anak sungai menjadi semakin sempit.
Malah dua tahun lepas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyelenggara anak sungai tersebut bagi mengelakkan aliran air tersekat.
Bagaiamanapun katanya sikap penduduk yang suka membuang sampah sarat ke dalam sungai menyebabkan alirannya tersekat sehingga menyebabkan berlaku banjir kilat baru-baru ini.
Sebanyak lapan rumah di Sungai Kepa ditenggelami banjir kilat sedalam empat kaki terutamanya rumah di bina di tempat rendah.
Air bercampur lumpuh naik mendadak dan surut selepas lima jam menyebabkan banyak harta benda milik penduduk rosak.
“Kerajaan negeri dan Majlis Tindakan Dun menimbangkan bantuan segera kepada mangsa terbabit,” ujarnya.
Oleh itu Abdullah berharap MDGM perlu lebih kerat turun padang memastikan tidak ada rumah-rumah baru yang dibina menimbus anak sungai.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-8-2013
Kelantan beri sokongan padu projek pertanian
Aslani M, | 15 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Usaha awal Kelantan memperkembang industri penernakan kambing kini ternyata berbaloi apabila permintaan daging kambing sekarang semakin meningkat.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (gambar) berkata, Kelantan juga negeri pertama di Malaysia mewujudkan Persatuan Penternak Kambing, 2009.
Kemudian diikuti pula penubuhan Persatuan Jihad Ternak sehingga terus berkembang kepada kewujudan Koperasi Jihad Ternak.
“Program Jihad Ternak dikembangkan ke setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di Kelantan. Kambing yang diternak jenis Jamnapari dan Boer.
“Kerajaan negeri juga bercadang memperkenalkan kambing baka dari Arfika Selatan memandangkan saiz badannya lebih besar,” katanya di sini.
Baru-baru ini penganalisis politik dari UKM, Prof Madya Datuk Dr Muhamad Agus Yusoff menganggap tidak ada idea baru kerajaan Kelantan di bawah kepemimpinan sekarang.
Dalam komentarnya baru-baru ini beliau menulis masuk pejabat jam 8 pagi dan balik jam 5 petang? Beliau juga menganggap program penternakan kambing jamnapari dan padi organik di Kelantan juga tidak kedengaran lagi.
Che Abdullah menganggap Dr Agus tidak mendapat maklumat tepat mengenai perkembangan bidang pertanian di Kelantan.
Katanya, biar pun sumber kewangan agak terhad namun setiap tahun sebanyak RM200,000 diperuntukkan kepada program Jihad Ternak bagi melahirkan lebih ramai penternak yang berjaya.
Menurutnya juga pemilihan baka kambing dipelbagai dan tidak hanya semata-mata jenis jamnapari bagi memberi pulangan hasil kepada penternak.
“Apa yang lebih membanggakan sekarang permintaaan daging kambing di Kelantan sekarang semakin tinggi antara hasil usaha kerajaan negeri sebelum ini,” katanya.
Beliau juga memberitahu projek tanaman padi organik di bendang Tunjung dilaksana sebuah badan bukan kerajaan, Sunnah Tani di kawasan seluas lebih sehektar.
Katanya, biar pun diusahakan NGO, namun kerajaan negeri memberi sokongan padu terhadap projek berkenaan dengan memberi bantuan kewangan.
Oleh itu beliau menjelaskan projek padi organik terbabit dikendalikan sepenuhnya NGO dan bukan di bawah perancangan Jabatan Pertanian.
“Biar pun dikendalikan NGO namun kerajaan negeri tetap membantu dengan menyalur bantuan kewangan sejak 2010 sehingga tahun lepas berjumlah lebih RM100,000,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-8-2013
Warga emas di Kelantan dapat pampasan RM54 juta
Aslani M, | 13 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Sejak diwujudkan pada Febuari 2007 sehingga akhir Jun lalu sebanyak RM54 juta pampasan dibayar Kerajaan Negeri Kelantan kepada lebih 29,000 warga emas yang meninggal dunia.
Mereka berusia 60 tahun ke atas didaftar di bawah skim Takaful Kifaalah, merupakan program berkebajikan dikendalikan kerajaan negeri.
Kini program tersebut yang memberi manfaat besar kepada penduduk miskin turut dilaksanakan di Selangor dan Kedah.
Keluarga warga emas yang meninggal dunia akan menerima pampasan sebanyak RM1,500 di mana sebanyak RM500 dibayar pada hari kematian.
Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie berkata, pampasan tersebut dibayar berdasar kepada tujuh polisi ditetapkan kepada peserta berumur 60 hingga 76 tahun ke atas.
“Tuntutan pampasan kematian sehingga 30 Jun lalu membabitkan seramai 29,220 orang warga emas berjumlah RM54.3 juta,” katanya di sini.
Menurutnya sehingga pertengahan tahun ini seramai 148,196 warga emas berdaftar di bawah skim berkenaan.
Kata beliau 50 peratus daripada jumlah peserta yang meninggal dunia dalam tempoh tersebut berusia lebih 76 tahun.
Kumpulan tersebut merupakan 24 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli yang berdaftar.
Manakala kumpulan usia paling ramai berdaftar iaitu berumur antara 66 hingga 75 tahun iaitu sebanyak 41 peratus.
Abdul Shakur juga berkata, pada Ramadhan lalu Takaful Kifaalah memperuntukkan sebanyak RM388,000 dibayar kepada waris keluarga warga emas yang meninggal dunia.
“Peruntukan tersebut merupakan fasa ketiga tahun ini sebagai pampasan kepada peserta yang meninggal dunia,” ujarnya.
Menurutnya juga sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini Takaful Kifaalah Sdn Bhd memberi saguhati sebanyak RM300 kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Katanya, pemberian itu sebagai penghargaan Kifaalah Sdn Bhd terhadap kerjasama pihak pengurusan Dun bagi memperkasakan skim Takaful Kifaalah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-8-2013
MB Kelantan gesa polis segera buru dalang
Harakahdaily, | 13 Ogs 2013 |
(YAB Menteri Besar ketika melawat lokasi kejadian dan mendengar penjelasan dari seroang pegawai PDRM semalam)
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Ustaz Ahmad Yakob melahirkan kebimbangan terhadap kes jenayah tembak dan bunuh yang hampir setiap hari berlaku sejak kebelakangan ini.
Menurut beliau, kes demi kes yang berlaku setiap hari ini telah menyebabkan rakyat semakin bimbang dan menimbulkan ketakutan di kalangan mereka.
"Dengan suasana mutakhir ini yang menyaksikan jenayah tembakan menjadi-jadi, kes letupan bom ini semakin membimbangkan kita semua.
"Saya yakin, ini merupakan kerja-kerja pihak yang tidak bertanggungjawab yang bertujuan untuk menimbulkan suasana yang tidak harmoni selain mempunyai motif peribadi yang tersendiri," katanya di Facebook.
Terdahulu beliau semalam menziarahi keluarga mangsa dan lokasi kejadian letupan bom di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat kelmarin yang menyebabkan seorang pemuda, Mohd Yusrizal Mat Zain terbunuh.
Allahyarham Mohd Yusrizal maut ketika cuba mengambil bungkusan di atas bumbung MPV kereta abang iparnya apabila bungkusan tersebut meletup.
Jenazah Mohd Yusrizal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenor kira-kira jam 1 pagi kelmarin.
"Saya merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Yusrizal Mat Zain. Saya telah melawat lokasi dan keluarga mangsa sejurus selepas kejadian tersebut berlaku.
"Sesungguhnya ini merupakan ujian yang sangat besar kepada mereka di saat umat Islam sedang berada di dalam suasana sambutan Idulfitri 1434H.
"Harapan saya agar siasatan dapat dijalankan secepat mungkin dan mengenalpasti dalang yang terlibat," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-8-2013
Kelantan kutuk keras kudeta tentera di Mesir
Aslani M, | 06 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Ketika kerajaan Malaysia masih membisu rampasan tentera ke atas kerajaan pimpinan Dr Muhammad Morsi di Mesir, kerajaan Kelantan sekali lagi mengutuk keras pihak yang melanggar batasan demokrasi.
“Kerajaan Kelantan mengutuk pihak yang tidak menghormati demokrasi. Sedangkan kita tahu ketua tentera yang dilantik Morsi sendiri dilaporkan merampas kuasa,” kata Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Sedangkan katanya, Presiden pilihan majoriti rakyat di Mesir itu telah berjaya menyelamatkan Mesir daripada kejatuhan moral secara berterusan di bawah kepemimpinan lama.
Menurutnya juga di mana-mana sahaja musuh sentiasa bekerja keras bagi menghalang kebangkitan Islam dengan melakukan pelbagai cara dan tindakan.
“Saya sebagai mewakili kerajaan Kelantan mengutuk keras rampasan kuasa yang dilakukan tentera Mesir sehingga mengundang konflik yang berterusan sekarang.
“Keadaan serupa juga boleh menimpa negara-negara Islam lain. Musuh tidak pernah berdiam diri bagi melemahkan pengaruh Islam,” katanya pada himpunan Solidariti Mesir – Syria di Qaryah Ramadan malam tadi.
Hadir sama anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Presiden Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM), Zulkfili Yusof, wakil Dewan Ulama PAS Kelantan, Asri Mat Daud dan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.
Program diadakan selepas selesai solat tarawih. Pada sebelah petang KPKM mengadakan pertemuan dengan kira-kira 500 pelajar Kelantan di Mesir yang baru pulang bercuti.
Sebelum itu ribuan yang hadir di Qaryah Ramadan menunaikan solat hajat untuk rakyat Mesir dan Syria diimamkan Sheikh Hesham Abdul Bary Mohamed Rageh. Imam dari Mesir terbabit membaca doa hampir setengah jam ketika rakaat kedua.
Malam tadi juga diadakan program sejuta zikir diketuai Dr Azhar Abdullah dari KIAS. Ahli-ahli Jemaah turut dibekalkan tasbih dan doa Sayyidul Istighfar.
Qaryah Ramadan terus menjadi tumpuan ramai, lebih-lebih lagi anak-anak perantau yang balik bercuti sempena Aidilfitri. Jemaah juga dibekalkan bugger oleh petugas sebagai pengalas perut.
Sebaik sahaja selesai program berkenaan, hujan lebat mencurah-curah sehingga ramai menunggu awal pagi untuk pulang ke rumah.
Menteri Besar juga berkata, kerajaan dan rakyat Kelantan membantu sekadar termampu bagi meringankan penderitaan rakyat di Syria dan Mesir yang dilanda konflik sekarang.
“Kerajaan Kelantan mengutuk pihak yang tidak menghormati demokrasi. Sedangkan kita tahu ketua tentera yang dilantik Morsi sendiri dilaporkan merampas kuasa,” kata Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Sedangkan katanya, Presiden pilihan majoriti rakyat di Mesir itu telah berjaya menyelamatkan Mesir daripada kejatuhan moral secara berterusan di bawah kepemimpinan lama.
Menurutnya juga di mana-mana sahaja musuh sentiasa bekerja keras bagi menghalang kebangkitan Islam dengan melakukan pelbagai cara dan tindakan.
“Saya sebagai mewakili kerajaan Kelantan mengutuk keras rampasan kuasa yang dilakukan tentera Mesir sehingga mengundang konflik yang berterusan sekarang.
“Keadaan serupa juga boleh menimpa negara-negara Islam lain. Musuh tidak pernah berdiam diri bagi melemahkan pengaruh Islam,” katanya pada himpunan Solidariti Mesir – Syria di Qaryah Ramadan malam tadi.
Hadir sama anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Presiden Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM), Zulkfili Yusof, wakil Dewan Ulama PAS Kelantan, Asri Mat Daud dan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.
Program diadakan selepas selesai solat tarawih. Pada sebelah petang KPKM mengadakan pertemuan dengan kira-kira 500 pelajar Kelantan di Mesir yang baru pulang bercuti.
Sebelum itu ribuan yang hadir di Qaryah Ramadan menunaikan solat hajat untuk rakyat Mesir dan Syria diimamkan Sheikh Hesham Abdul Bary Mohamed Rageh. Imam dari Mesir terbabit membaca doa hampir setengah jam ketika rakaat kedua.
Malam tadi juga diadakan program sejuta zikir diketuai Dr Azhar Abdullah dari KIAS. Ahli-ahli Jemaah turut dibekalkan tasbih dan doa Sayyidul Istighfar.
Qaryah Ramadan terus menjadi tumpuan ramai, lebih-lebih lagi anak-anak perantau yang balik bercuti sempena Aidilfitri. Jemaah juga dibekalkan bugger oleh petugas sebagai pengalas perut.
Sebaik sahaja selesai program berkenaan, hujan lebat mencurah-curah sehingga ramai menunggu awal pagi untuk pulang ke rumah.
Menteri Besar juga berkata, kerajaan dan rakyat Kelantan membantu sekadar termampu bagi meringankan penderitaan rakyat di Syria dan Mesir yang dilanda konflik sekarang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-8-2013
Kelantan ketengah muka baru Penyelia Dun
Aslani M, | 05 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Bagi memudahkan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan dimenangi BN pada pilihan raya umum lalu, kerajaan negeri melantik penyelia Dun dan Parlimen di kawasan terbabit.
BN dan Umno juga melantik penyelaras di 33 Dun dan sembilan kawasan parlimen di Kelantan yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Mesyuarat Exco kerajaan negeri baru-baru ini meluluskan pelantikan tersebut bagi membolehkan mereka berkhidmat kepada rakyat, sebagai wakil kerajaan negeri.
Mereka terdiri daripada calon-calon yang tewas PRU lalu dan muka baru.
Bekas-bekas calon yang dikekalkan sebagai penyelia Dun iaitu Wan Hassan Wan Ibrahim di Dun Semerak, Ku Mohd Zaki Ku Hussin (Dabong), Abdullah Hussin (Galas).
Selain itu Nik Mahadi Nik Mahmood (Kok Lanas), Sufely Abdul Razak (Bukit Bunga) dan Ramlan Mat (Kuala Balah).
Manakala tokoh baru yang ditampilkan Nik Yusof Nik Abdullah (Selising), Razali Yusoff (Gual Ipoh), Mustapha Deris (Air Lanas), Syed Azhari Syed Alwi (Nenggiri) dan Noraini Hussin (Paloh).
Dun Pengkalan Kubur mengekalkan bekas penyelia penggal lepas iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim.
Penyelia peringkat parlimen pula iaitu Abdul Aziz Ab Kadir (Ketereh), Amran Abdul Ghani (Tanah Merah), Mohd Apandi Mohamad (Jeli) dan Ahmad (Gua Musang).
Bagaimanapun parlimen Machang belum lagi dinamakan penyelia baru.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, pelantikan penyelia peringkat Dun dan parlimen dibuat bagi memudahkan urusan kerajaan dengan rakyat.
Katanya, pelantikan penyelia di kawasan terbabit dibuat memandangkan pada pilihan raya umum lalu dimenangi BN.
“Dengan adanya penyelia membolehkan urusan rakyat termasuk berkaitan tanah dan pelbagai lagi di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dapat dipermudahkan,” ujarnya di sini.
BN dan Umno juga melantik penyelaras di 33 Dun dan sembilan kawasan parlimen di Kelantan yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Mesyuarat Exco kerajaan negeri baru-baru ini meluluskan pelantikan tersebut bagi membolehkan mereka berkhidmat kepada rakyat, sebagai wakil kerajaan negeri.
Mereka terdiri daripada calon-calon yang tewas PRU lalu dan muka baru.
Bekas-bekas calon yang dikekalkan sebagai penyelia Dun iaitu Wan Hassan Wan Ibrahim di Dun Semerak, Ku Mohd Zaki Ku Hussin (Dabong), Abdullah Hussin (Galas).
Selain itu Nik Mahadi Nik Mahmood (Kok Lanas), Sufely Abdul Razak (Bukit Bunga) dan Ramlan Mat (Kuala Balah).
Manakala tokoh baru yang ditampilkan Nik Yusof Nik Abdullah (Selising), Razali Yusoff (Gual Ipoh), Mustapha Deris (Air Lanas), Syed Azhari Syed Alwi (Nenggiri) dan Noraini Hussin (Paloh).
Dun Pengkalan Kubur mengekalkan bekas penyelia penggal lepas iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim.
Penyelia peringkat parlimen pula iaitu Abdul Aziz Ab Kadir (Ketereh), Amran Abdul Ghani (Tanah Merah), Mohd Apandi Mohamad (Jeli) dan Ahmad (Gua Musang).
Bagaimanapun parlimen Machang belum lagi dinamakan penyelia baru.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, pelantikan penyelia peringkat Dun dan parlimen dibuat bagi memudahkan urusan kerajaan dengan rakyat.
Katanya, pelantikan penyelia di kawasan terbabit dibuat memandangkan pada pilihan raya umum lalu dimenangi BN.
“Dengan adanya penyelia membolehkan urusan rakyat termasuk berkaitan tanah dan pelbagai lagi di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dapat dipermudahkan,” ujarnya di sini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-8-2013
Pegawai khas pantau kebajikan pelajar di Mesir
M Faqih, | 05 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Melihat laporan media pergolakan di Mesir begitu mencemaskan, namun bagi 1,500 pelajar Kelantan di sana, kehidupan sepanjang Ramadan dijalani seperti biasa.
Yang Dipertua Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM), Mukhlis Hashim memberitahu pelajar dapat menjalani kehidupan seperti biasa, biar pun berlaku pergolakan politik di Mesir.
“Belum lagi berlaku masalah krisis bekalan makanan, gangguan urusan perbankan atau akses internet. Keadaan masih seperti biasa biar pun kita lihat di media suasana agak tegang.
“Pelajar masih mampu pergi kuliah dan membeli keperluan harian tanpa sebarang masalah. Malah perjalanan ke Lapangan Terbang di Kaherah lebih lancar,” katanya ketika ditemui di Kota Darulnaim semalam.
Sebelum itu beliau bersama Pengerusi Alumni Keluarga Pelajar Kelantan Mesir, Ustaz Zulkifli Yusoff mengunjungi Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menjelaskan situasi semasa yang berlaku di Mesir.
Dan hari ini beliau bertolak ke Kaherah selepas pulang bercuti di Kelantan sejak 15 Julai lalu.
Sebelum ini kerajaan Kelantan mengumumkan melantik pegawai khas bagi memantau kebajikan pelajar Kelantan di Mesir ekoran pergolakan politik yang berlaku sekarang.
Pegawai di Yayasan Islam Kelantan, Ustaz Azhar Salleh kini berada di Kaherah sejak tahun lalu bagi memantau keadaan dan kebajikan pelajar.
Pelajar Kelantan juga bertuah kerana dapat mendiami Wisma Sultan Muhammad V setinggi 11 tingkat yang dibeli kerajaan negeri melibatkan kos RM17 juta.
Seramai 350 pelajar Kelantan mendiami wisma berkenaan sekarang, selepas siap dibina lebih setahun lalu. Sebuah lagi asrama setinggi sembilan tingkat akan dibina kerajaan Kelantan di tapak asrama sedia ada.
Mukhlis berkata, ibu bapa pelajar tidak perlu bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Mesir sekarang memandangkan pelajar-pelajar Malaysia dinasihat menjauhi kawasan perhimpunan rakyat.
“Kerajaan negeri juga meminta pelajar tidak mendekati kawasan perhimpunan bagi mengelakkan masalah berlaku kepada mereka,” katanya, merupakan pelajar tahun tiga jurusan Syariah di Universiti al Azhar.
Menurutnya pelajar Kelantan belajar di beberapa universiti di Mesir termasuk al Azhar, Universiti Cairo, Universiti Ain Shams, Universiti Iskandariah dan Universiti Massoroh.
Zulkifli pula berkata, kerajaan negeri turut menyumbang sebanyak RM25,000 sebagai bantuan kecemasan sekiranya berlaku sesuatu keadaan lebih gawat.
Sementara itu malam ini akan berlangsung program Solidariti Mesir-Syria anjuran Alumni KPKM bertempat di Qaryah Ramadan.
Program yang dijangka dihadiri Menteri Besar dan anggota-anggota Exco diadakan selepas solat tarawih.

R rayu sumbangan bantu 33 aktivis
Rizal Tahir, | 05 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) akan melancarkan kutipan derma untuk membantu 33 orang aktivis Malaysia yang didakwa di mahkamah.
Presidennya, Nazri Deraman berkata, R melancarkan kutipan derma di peringkat negeri Kelantan untuk membantu mencari dana untuk 33 orang aktivis berkenaan sepanjang tempoh kes tersebut berjalan.
Ketika memberitahu Harakahdaily semalam beliau berkata, 33 aktivis itu dituduh atas menyertai perhimpunan haram di mana 17 orang daripadanya turut didakwa cuba membuat rusuhan.
Menurutnya, memandangkan kos keseluruhan RM66,000 dan setiap seorang dikenakan sebanyak RM2,000, R cukup merasakan ianya begitu terbeban bagi mereka yang terlibat.
Menurut Nazri sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 55504111324 dan memaklumkan melalui SMS kepada nombor 012 6937908 sebagai pengesahan.
33 aktivis sebelum ini ditahan ketika cuba menyerahkan memorandum bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Parlimen pada hari pertama persidangan penggal ke-13 yang berlangsung, 24 Jun lalu.
Aktivis berkenaan menyerahkan memorandum itu memandangkan SPR selaku badan bebas didakwa telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
Presidennya, Nazri Deraman berkata, R melancarkan kutipan derma di peringkat negeri Kelantan untuk membantu mencari dana untuk 33 orang aktivis berkenaan sepanjang tempoh kes tersebut berjalan.
Ketika memberitahu Harakahdaily semalam beliau berkata, 33 aktivis itu dituduh atas menyertai perhimpunan haram di mana 17 orang daripadanya turut didakwa cuba membuat rusuhan.
Menurutnya, memandangkan kos keseluruhan RM66,000 dan setiap seorang dikenakan sebanyak RM2,000, R cukup merasakan ianya begitu terbeban bagi mereka yang terlibat.
Menurut Nazri sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 55504111324 dan memaklumkan melalui SMS kepada nombor 012 6937908 sebagai pengesahan.
33 aktivis sebelum ini ditahan ketika cuba menyerahkan memorandum bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Parlimen pada hari pertama persidangan penggal ke-13 yang berlangsung, 24 Jun lalu.
Aktivis berkenaan menyerahkan memorandum itu memandangkan SPR selaku badan bebas didakwa telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-8-2013
MB, exco santuni pesakit dan kakitangan HUSM
Salmah Mat Husain Foto: Zam & Rizal, | 05 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyantuni 100 orang pesakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Cawangan Kelantan pagi ini.
Program tahunan itu diketuai Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Datuk Che Abdullah Md Nawi dan Dr Ramli Mamat.
Eempat wad dikunjungi oleh pimpinan kerajaan negeri itu antaranya, 4 Selatan, 3 Selatan dan 1 Selatan yang menempatkan pesakit barah, orthopedik dan perubatan.
Amar ketika ditemui memberitahu, kunjungan itu merupakan program kebajikan kerajaan negeri yang diadakan setiap tahun sejak 23 tahun yang lalu.
Menurutnya, ianya bertujuan untuk mengeratkan hubungan pimpinan kerajaan negeri dengan kakitangan HUSM dan pesakit itu sendiri.
Menurutnya lagi, bukan hanya pimpinan kerajaan negeri sahaja, sebaliknya isteri-isteri mereka di bawah Purnama yang diketuai isteri Menteri Besar, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid, turut menziarahi pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab ll.
“Pada masa yang sama kita membawa ‘buah tangan’ untuk pesakit tanda ingatan kerajaan negeri pada mereka bagi berkongsi kesedihan kerana tidak dapat berhari raya bersama keluarga,”ujarnya.
“Bayangkanlah seorang pesakit mendapat rawatan di hospital selama 31 tahun dan saya sendiri akui tidak pernah dengar perkara itu sebelum ini.
“Kita mendoakan semoga Allah menyembuhkan penyakit mereka, bersabar menghadapi ujian yang diberikan pada mereka,”ujarnya.
Tambahnya, sewajarnyanya mereka yang dianugerahkan kesihatan yang baik perlu bersyukur kepada Allah SWT.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-8-2013
MB doa anak Kelantan pulang dengan selamat
Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir, | 05 Ogs 2013 |
TUMPAT: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, mengucapkan selamat pulang pada anak Kelantan di perantauan yang kini telah mula pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri.
Katanya, kepada masih yang bersiap untuk pulang diharap mereka berhati-hati di jalan raya serta memandu dengan penuh berhemat.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri daripada kerajaan negeri, sumbangan badan korporat dan sumbangannya sendiri kepada 200 orang penerima.
Katanya, semoga anak rantau pulang dengan selamat dan jangan sekali-kali ikut perasaan ketika memandu.
“Masing-masing jaga diri, kalau mengantuk rehat seketika kerana perjalanan yang jauh macam-macam hal boleh berlaku,”ujarnya.
Pada masa yang sama Ahmad turut memberitahu beliau akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama bermula jam 10.30 pagi hingga jam 5.00 petang.
“Saya mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Kelantan tidak kira di mana sahaja berada, moga Aidilfitri ini lebih membawa seribu erti buat kita umat Islam,”ujarnya.
Sehubungan itu beliau turut menjemput rakyat Kelantan tanpa mengira faham politik, kaum, hadir ke rumahnya.
Aidilfitri tahun ini merupakan kali pertama beliau menyambutnya sebagai menteri besar.
Sementara itu, Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga akan mengadakan rumah terbukanya sebagaimana biasa pada hari raya pertama Aidilfitri.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu menjemput semua rakyat Kelantan menginjungi rumah terbukanya bermula jam 10.30 pagi dan berakhir pada sebelah petang.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan pada semua umat Islam di seluruh negara,”ujarnya.
Katanya, kepada masih yang bersiap untuk pulang diharap mereka berhati-hati di jalan raya serta memandu dengan penuh berhemat.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri daripada kerajaan negeri, sumbangan badan korporat dan sumbangannya sendiri kepada 200 orang penerima.
Katanya, semoga anak rantau pulang dengan selamat dan jangan sekali-kali ikut perasaan ketika memandu.
“Masing-masing jaga diri, kalau mengantuk rehat seketika kerana perjalanan yang jauh macam-macam hal boleh berlaku,”ujarnya.
Pada masa yang sama Ahmad turut memberitahu beliau akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama bermula jam 10.30 pagi hingga jam 5.00 petang.
“Saya mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Kelantan tidak kira di mana sahaja berada, moga Aidilfitri ini lebih membawa seribu erti buat kita umat Islam,”ujarnya.
Sehubungan itu beliau turut menjemput rakyat Kelantan tanpa mengira faham politik, kaum, hadir ke rumahnya.
Aidilfitri tahun ini merupakan kali pertama beliau menyambutnya sebagai menteri besar.
Sementara itu, Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga akan mengadakan rumah terbukanya sebagaimana biasa pada hari raya pertama Aidilfitri.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu menjemput semua rakyat Kelantan menginjungi rumah terbukanya bermula jam 10.30 pagi dan berakhir pada sebelah petang.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan pada semua umat Islam di seluruh negara,”ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-8-2013
Kelantan umum 11 Ogos cuti peristiwa
Harakahdaily, | 05 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 11 Ogos 2013 ini sebagai hari cuti peristiwa sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dalam satu entri ringkas melalui laman Facebook beliau pagi ini.
"Sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan menyambut Hari Raya Idulfitri 1434H pada tahun ini, kerajaan negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad 11 Ogos 2013 sebagai hari cuti peristiwa.
"Harapan kerajaan ialah dengan pengisytiharan ini, kakitangan kerajaan Kelantan dapat menyambut hari raya dengan lebih selesa bersama sanak saudara masing-masing, Insya-Allah," tulisnya.
Umat Islam dijangka menyambut hari raya Aidil Fitri pada Khamis 8 Ogos ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dalam satu entri ringkas melalui laman Facebook beliau pagi ini.
"Sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan menyambut Hari Raya Idulfitri 1434H pada tahun ini, kerajaan negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad 11 Ogos 2013 sebagai hari cuti peristiwa.
"Harapan kerajaan ialah dengan pengisytiharan ini, kakitangan kerajaan Kelantan dapat menyambut hari raya dengan lebih selesa bersama sanak saudara masing-masing, Insya-Allah," tulisnya.
Umat Islam dijangka menyambut hari raya Aidil Fitri pada Khamis 8 Ogos ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-8-2013
Gambar Ustaz Azhar Iftor Maei Qiam With Me 1434H
http://www.kakisembang.com, | 05 Ogs 2013 |
Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan | Iftor Maei Qiam With Me 1434H/2013
Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan | Iftor Maei Qiam With Me 1434H/2013 | Bangga sungguh aku dengan Sultan Kelantan dan Pimpinan kerajaan negeri kerana menganjurkan program berbentuk ilmiah dan ibadat seperti ini, aku sebagai rakyat Terengganu begitu mencemburui negeri Kelantan bukan kerana kayanya negeri mereka tetapi tingginya akhlak Pimpinan dan Sultan mereka..
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
Huraian Hadith:
Pengajaran hadith:
i) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.
ii) Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.
iii) Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama' dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-8-2013
Pemimpin Kelantan bersama perantau 2 Syawal
Salmah Mat Husain, | 04 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Anak Kelantan di perantaun dijemput hadir pada program Aidilfitri pimpinan kerajaan dengan anak Kelantan di perantauan.
Program yang dianjurkan setiap tahun untuk meraikan anak perantau itu akan diadakan pada 2 Syawal bertempat di Dewan Jubli Perak, di sini bermula jam 8.00 malam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassuruddin Daud berkata, majlis berkenaan akan dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ustaz Ahmad Yakob.
"Inilah masanya peluang untuk kita beramah mesra dengan beliau memandangkan Aidilfitri tahun ini buat julung kalinya beliau memegang jawatan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan rakan media anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan.
Program itu juga dianjurkan urusetia penerangan dengan kerjasama Anak Kelantan di perantauan.
"Saya berharap anak anak Kelantan diperantau dapat mengambil peluang untuk hadir dan beramah mesra bersama pimpinan," ujarnya.
Program yang dianjurkan setiap tahun untuk meraikan anak perantau itu akan diadakan pada 2 Syawal bertempat di Dewan Jubli Perak, di sini bermula jam 8.00 malam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassuruddin Daud berkata, majlis berkenaan akan dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ustaz Ahmad Yakob.
"Inilah masanya peluang untuk kita beramah mesra dengan beliau memandangkan Aidilfitri tahun ini buat julung kalinya beliau memegang jawatan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan rakan media anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan.
Program itu juga dianjurkan urusetia penerangan dengan kerjasama Anak Kelantan di perantauan.
"Saya berharap anak anak Kelantan diperantau dapat mengambil peluang untuk hadir dan beramah mesra bersama pimpinan," ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-8-2013
Syarikat Abu Dhabi minat projek lebuh raya rakyat
Aslani M, | 04 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Menjelang sambutan Aidilfitri Khamis ini, jalan utama menghala ke Kota Bharu sekali lagi menjadi sendat. Kesesakan begitu ketara sejak semalam.
Dan hari ini aliran trafik ke pusat bandar dari Jalan Kuala Krai begitu ketara sehingga kenderaan terpaksa bergerak perlahan.
Kenderaan bertali arus memasuki Kelantan melalui Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh. Paling ketara di laluan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu.
Mengambil kira masalah tersebut kerajaan negeri merancang membina lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 68 km, sebagai laluan alternatif selepas projek berkenaan dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986.
Anggota Exco kerajaan negeri, Hanifa Ahmad berkata, kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan.
Katanya, langkah itu dibuat memandangkan konsultan sebelum ini mengundur diri.
“Syarikat Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group sebuah syarikat berpangkalan di Abu Dhabi sedang menyiapkan cadangan lengkap projek tersebut.
“Konsultan berkenaan diberi tempoh tiga bulan bagi menyediakan kertas cadangan projek secara menyeluruh untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri,” katanya di sini.
Pecah tanah projek lebuh raya rakyat diadakan pada 28 Mei 2012 dengan mengambil kira keperluan mendesak di Kelantan, selepas diketepikan kerajaan pusat sejak sekian lama.
Kerja-kerja meratakan laluan sudah dilakukan di tapak projek berhampiran Bukit Bakar, Machang awal tahun ini. Bagaimanapun projek berkenaan terhenti berikutan kontraktor menarik diri.
Hanifa berkata, syarikat dari United Arab Emirates tersebut juga mendapat kerjasama Islamic Development Bank (IDB) sebagai sumber kewangan membiayai projek lebuh raya raya.
“Projek tersebut dibina menggunakan kaedah wakaf di mana orang ramai turut membiayai bagi membina infrastruktur projek terbabit.
“Dan sehingga sekarang lebih RM2.6 juta dana wakaf dikumpul daripada orang ramai. Dan kita jangka dana itu meningkat sehingga RM6 juta.
“Dana wakaf tersebut belum lagi diusik dan ia akan digunakan bagi membina jambatan di sepanjang laluan Kuala Krai ke Kota Bharu,” ujarnya.
Sementara itu difahamkan tender bagi membina lebuh raya berkenaan dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang tujuh km di bawah projek ECER telah ditutup.
Projek tersebut melalui jajaran sama dengan lebuh raya rakyat difahamkan membabitkan kos RM200 juta.
Oleh itu Hanifa berkata, kerajaan negeri merakam ucapan terima kasih di atas kesediaan kerajaan pusat membina sebahagian pakej lebuh raya berkenaan.
“Kerajaan negeri juga telah menulis kepada Menteri Kerjaraya bagi mengadakan pertemuan untuk membincang lebih lanjut projek lebuh raya di Kelantan,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-8-2013
Kelantan sedia RM2.2 juta untuk bonus raya
Rizal Tahir, | 01 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Dengan kemampuan yang begitu terhad, kerajaan Kelantan dapat menunaikan tanggungjawab untuk memberikan bonus Aidilfitri tahun ini kepada kakitangannya dengan kos keseluruhan RM2.2 juta.
Sumbangan Aidilfitri di bawah Skim Bantuan Khas itu bakal diagihkan sebelum Aidilfitri ini bagi memberi keselesaan pada kitangannya untuk menyambut hari raya.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata sumbangan itu juga selaras dengan kerajaan Pusat yang telah mengumumkan untuk memberikan bonus Aidilfitri pada kakitangannya beberapa hari lalu.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim, di sini semalam.
Beliau menambah, sumbangan itu juga bakal dinikmati oleh kakitangannya yang telah pencen, sebanyak RM250 seorang.
Pada masa yang sama beliau berkata, kerajaan negeri turut meluluskan penubuhan majlis penempatan pelantikan dan pertukaran kakitangan awam kerajaan negeri Kelantan.
Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju meletakkan kakitangan awamnya bertugas berdekatan di kediaman masing-masing demi untuk mewujudkan suasana kekeluargaan.
“Kita tidak mahu isteri bekerja di Kuala Krai, suami di Kota Bharu, suami terpaksa keluar awal pagi sekiranya tinggal di Kuala Krai.
“Kerajaan negeri sedar ianya bukan suatu perkara yang mudah, tetapi akan cuba diusahakan untuk kebaikan keluarga contohnya pertukaran suka sama suka atau wujudkan tugas baru,” ujarnya.
Sumbangan Aidilfitri di bawah Skim Bantuan Khas itu bakal diagihkan sebelum Aidilfitri ini bagi memberi keselesaan pada kitangannya untuk menyambut hari raya.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata sumbangan itu juga selaras dengan kerajaan Pusat yang telah mengumumkan untuk memberikan bonus Aidilfitri pada kakitangannya beberapa hari lalu.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim, di sini semalam.
Beliau menambah, sumbangan itu juga bakal dinikmati oleh kakitangannya yang telah pencen, sebanyak RM250 seorang.
Pada masa yang sama beliau berkata, kerajaan negeri turut meluluskan penubuhan majlis penempatan pelantikan dan pertukaran kakitangan awam kerajaan negeri Kelantan.
Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju meletakkan kakitangan awamnya bertugas berdekatan di kediaman masing-masing demi untuk mewujudkan suasana kekeluargaan.
“Kita tidak mahu isteri bekerja di Kuala Krai, suami di Kota Bharu, suami terpaksa keluar awal pagi sekiranya tinggal di Kuala Krai.
“Kerajaan negeri sedar ianya bukan suatu perkara yang mudah, tetapi akan cuba diusahakan untuk kebaikan keluarga contohnya pertukaran suka sama suka atau wujudkan tugas baru,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-8-2013
Negeri ditadbir PAS jadi mangsa diskriminasi
Aslani M | Foto Zamani Mohd Zain, | 30 Jul 2013 |
KOTA BHARU: Berbeza layanan diterima Kelantan berbanding negeri-negeri lain di bawah Pakatan Rakyat apabila terus menjadi mangsa politik dendam Umno dan BN.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan BN dilihat lebih menekan negeri-negeri yang ditadbir PAS berbanding parti lain.
“Kita melihat amalan itu dilakukan kerana ada hubung kait dengan Islam. Kerajaan yang ditadbir PAS terus didiskriminasi, sedangkan negeri-negeri lain di bawah Pakatan mengalami situasi sedikit berbeza.
“Projek lebuh raya di Kelantan sepatutnya sudah lama dibuat, namun di Pulau Pinang biar pun ditadbir DAP namun jambatan Pulau Pinang kedua tetap diteruskan,” katanya pada ceramah Badar Qubra di Qaryah Ramadan malam tadi.
Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Dr Ramli Mamat dan Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus.
Orang ramai memenuhi ruang dalam khemah berhawa dingin, manakala sebahagian lagi terpaksa menunai solat di ruang luar.
Qaryah Ramadan dikendalikan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menjadi tumpuan ramai sejak 1 Ramadan lalu.
Solat tarawih diimamkan qari jemputan dari Mesir iaitu Sheikh Ahmad Tamim Ahmed Almaraghi dan Sheikh Hisham Abd Bari Rajih.
Ustaz Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata, Kelantan dihentam dari segenap penjuru sejak 1990 sehingga sekarang.
Menurutnya juga apabila Islam dapat ditegakkan, bangsa dan negara akan lebih selamat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-7-2013
20 pelantar minyak dalam perairan Kelantan - Maritim
Harakahdaily, | 25 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Penguat Kuasa Maritim Kelantan, Kepten Maritim Wan Burhanuddin Wan Jusoh mendedahkan terdapat 20 Pelantar Petroleum di Perairan Negeri Kelantan.
Dalam pada itu beliau juga mengesahkan bahawa Pelantar Minyak Bunga Raya yang berada kira-kira 107 batu nautika dari Tok Bali juga adalah antara Pelantar Petroleum yang berada dalam perairan negeri itu.
Pendedahan tidak sengaja itu dibuat beliau kepada media kelmarin ketika mengulas kawalan di perairan Kelantan dan sepanjang Sungai Golok pada hari raya nanti.
Beliau berkata, cuti 145 anggotanya pada seminggu sebelum dan seminggu selepas hari raya dibekukan bagi membolehkan operasi di perairan Kelantan seluas 20,000 kilometer persegi berjalan seperti biasa.
Menurutnya, nelayan asing bertindak berani menghampiri kawasan larangan iaitu 50 meter dari pelantar minyak tanpa memikirkan risiko bahaya di sebalik penggunaan bahan api untuk memasak di atas bot-bot mereka.
Beliau berkata, hampir 20 pelantar minyak di perairan Kelantan menjadi tumpuan nelayan asing.
Katanya, menerusi Ops Perkasa Timur baru-baru ini, dua bot nelayan Vietnam yang menyamar sebagai nelayan tempatan ditahan KM Jujur berhampiran Pelantar Minyak Bunga Raya, pada jam 4.36 pagi kira-kira 107 batu nautika dari Tok Bali.
Bayar royalti kami
Mengulas pendedahan terbaru itu, Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti - R), Hisyamudin Ghazali berkata, ianya telah mengesahkan bahawa kelantan mempunyai pelantar minyak dan berhak untuk mendapat bayaran royalti.
"Hal ini mengesah bahawa perairan Kelantan adalah seluas 20,000 km persegi dan hujah yg mengatakan perairan Kelantan hanya 3 batu Nautika seperti mana yang dimanipulasikan oleh pemimpin Umno BN dan Kerajaan Malaysia adalah hujah dangkal.
"Ini adalah satu pengkhianatan yang jelas kepada rakyat Kelantan yang mahukan royalti 5 peratus daripada pengeluaran petroleum Kelantan, yang tunggakan kini berjumlah RM12 bilion. Sila bayar royalti kami," tegasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-7-2013
Jejantas bertingkat Pasir Hor-Kubang Kerian retak
Salmah Mat Husain, | 20 Jul 2013 |
KOTA BHARU: Tahukah anda penyambung Jejambat Pasir Hor-Kubang Kerian, didapati tidak selemat apabila ianya didapati retak dan tergelincir sebanyak 54 cm di laluan menghala ke Pasir Hor.
Bagi mendapat gambaran yang jelas, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaki telah meninjau aduan yang dikemukakan Aktivis Kelantan (AK03) berkenaan perkara itu.
Dalam tinjauan itu, penyambung jejambat dengan jalan, retak dan tergelincir sebanyak 54 sentimeter di laluan menghala ke Pasir Hor dan ianya cukup membahayakan keselamatan pengguna.
Baihaqi ketika ditemui dalam tinjauan itu mengakui keretakan yang tergelincir itu kelihatan sudah ditampal, tetapi tampalan itu tetap pecah dan retak.
“Ini menunjukkan berlaku pergerakan serius di jejambat berkenaan,”ujarnya.
Sehubungan itu, Baihaki menggesa pihak yang bertanggungjawab menyiasat tahap keselamatan jejambat tersebut kerana terlalu banyak kes keruntuhan infrastuktur awam berlaku dalam negara ini.
Beliau berharap perkara itu tidak berlaku di Kubang Kerian sebagaimana keruntuhan yang telah berlaku di negeri-negeri lain.
Sebelum ini keretakan yang sama telah berlaku di Jambatan Sultan Yahya Petra 2, berhampiran KB Mall.
Sementara itu, Penyelaras Aktivis Kelantan, Aduka Taruna berkata, dalam tandaan garis lurus yang dibuat oleh aktivis pada 6 Julai lepas, berlaku pergerakan 3mm dalam masa 13 hari pada tarikh 19 Julai.
Turut hadir meninjau keadaan keselamatan jejambat tersebut ialah NGO ROYALTI, Ambang 13, SAMM Kelantan dan AMBO.
Mereka turut menggesa pihak berwajib menyiasat segera perkara ini kerana ianya melibatkan pengguna.
Bagi mendapat gambaran yang jelas, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaki telah meninjau aduan yang dikemukakan Aktivis Kelantan (AK03) berkenaan perkara itu.
Dalam tinjauan itu, penyambung jejambat dengan jalan, retak dan tergelincir sebanyak 54 sentimeter di laluan menghala ke Pasir Hor dan ianya cukup membahayakan keselamatan pengguna.
Baihaqi ketika ditemui dalam tinjauan itu mengakui keretakan yang tergelincir itu kelihatan sudah ditampal, tetapi tampalan itu tetap pecah dan retak.
“Ini menunjukkan berlaku pergerakan serius di jejambat berkenaan,”ujarnya.
Sehubungan itu, Baihaki menggesa pihak yang bertanggungjawab menyiasat tahap keselamatan jejambat tersebut kerana terlalu banyak kes keruntuhan infrastuktur awam berlaku dalam negara ini.
Beliau berharap perkara itu tidak berlaku di Kubang Kerian sebagaimana keruntuhan yang telah berlaku di negeri-negeri lain.
Sebelum ini keretakan yang sama telah berlaku di Jambatan Sultan Yahya Petra 2, berhampiran KB Mall.
Sementara itu, Penyelaras Aktivis Kelantan, Aduka Taruna berkata, dalam tandaan garis lurus yang dibuat oleh aktivis pada 6 Julai lepas, berlaku pergerakan 3mm dalam masa 13 hari pada tarikh 19 Julai.
Turut hadir meninjau keadaan keselamatan jejambat tersebut ialah NGO ROYALTI, Ambang 13, SAMM Kelantan dan AMBO.
Mereka turut menggesa pihak berwajib menyiasat segera perkara ini kerana ianya melibatkan pengguna.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-7-2013
Persada teruskan program rai anak yatim, ibu tunggal
Salmiyah Harun, | 12 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis berbuka puasa Amal anjuran Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA) merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali tibanya bulan Ramadhan.
Tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut program seumpama ini diadakan dengan mendapat kerjasama penuh tokoh-tokoh koperat dan para penderma yang budiman.
Seramai 30 orang anak yatim dan 15 orang ibu tunggal terdiri dari warga Kelantan yang menetap di sekitar Lembah Kelang bakal diraikan didalam program Iftar Amal Persada tahun ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 27 Julai ini.
Dalam pada itu, Persada mempelawa semua yang berminat untuk bersama-sama memeriahkan majlis dapat mendaftar awal bagi mengelakkan kesulitan disaat akhir.
(Persada meraikan anak yatim dan ibu tunggal ketika Ramadan tahun lalu)
Menurut Presiden Persada, Ali Hanafiah Mohammad program ini bertujuan bagi menggembirakan anak-anak yatim agar mereka juga berasa gembira seperti mana kanak-kanak biasa yang mempunyai ibu bapa, lebih-lebih lagi menjelang hari raya.
Sebelum ini, anak-anak yatim dan armalah seperti ini diraikan dalam majlis berbuka puasa di Hotel Vistana, Kuala Lumpur selain itu turut disumbangkan “duit raya “ untuk perbelanjaan membeli keperluan hari raya.
Katanya, sumbangan bantuan persekolahan dan keperluan harian turut diagihkan kepada anak-anak yatim begitu juga sedikit sumbangan diberikan kepada armalah bagi meringankan beban mereka menyambut kedatangan Aidilfitri nanti.
“Melalui pendekatan seperti ini, masyarakat terutamanya anak Kelantan di Lembah Kelang dapat mengenali Persada dengan lebih dekat dan bersama-sama kita melakukan amal jariah. Di samping itu juga kita mahu dikenali sebagai persatuan yang mengutamakan kebajikan dan kemasyarakatan sebagai agenda utama kita.” ujarnya lagi.
Justeru, Persada memohon para dermawan untuk sama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan dan boleh menghubungi wakil Persada iaitu Zainuha (Bendahari) 0123619259, Razali (017-6242252) dan penyelaras Program Alex (019-6001728).
Tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut program seumpama ini diadakan dengan mendapat kerjasama penuh tokoh-tokoh koperat dan para penderma yang budiman.
Seramai 30 orang anak yatim dan 15 orang ibu tunggal terdiri dari warga Kelantan yang menetap di sekitar Lembah Kelang bakal diraikan didalam program Iftar Amal Persada tahun ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 27 Julai ini.
Dalam pada itu, Persada mempelawa semua yang berminat untuk bersama-sama memeriahkan majlis dapat mendaftar awal bagi mengelakkan kesulitan disaat akhir.
(Persada meraikan anak yatim dan ibu tunggal ketika Ramadan tahun lalu)
Menurut Presiden Persada, Ali Hanafiah Mohammad program ini bertujuan bagi menggembirakan anak-anak yatim agar mereka juga berasa gembira seperti mana kanak-kanak biasa yang mempunyai ibu bapa, lebih-lebih lagi menjelang hari raya.
Sebelum ini, anak-anak yatim dan armalah seperti ini diraikan dalam majlis berbuka puasa di Hotel Vistana, Kuala Lumpur selain itu turut disumbangkan “duit raya “ untuk perbelanjaan membeli keperluan hari raya.
Katanya, sumbangan bantuan persekolahan dan keperluan harian turut diagihkan kepada anak-anak yatim begitu juga sedikit sumbangan diberikan kepada armalah bagi meringankan beban mereka menyambut kedatangan Aidilfitri nanti.
“Melalui pendekatan seperti ini, masyarakat terutamanya anak Kelantan di Lembah Kelang dapat mengenali Persada dengan lebih dekat dan bersama-sama kita melakukan amal jariah. Di samping itu juga kita mahu dikenali sebagai persatuan yang mengutamakan kebajikan dan kemasyarakatan sebagai agenda utama kita.” ujarnya lagi.
Justeru, Persada memohon para dermawan untuk sama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan dan boleh menghubungi wakil Persada iaitu Zainuha (Bendahari) 0123619259, Razali (017-6242252) dan penyelaras Program Alex (019-6001728).
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-7-2013
MB Kelantan ziarah keluarga guru mati ditembak
Zamani Mohd Zain , | 11 Jul 2013 |
BACHOK: Kesedihan keluarga Allahyarham Hashim Mat Zain yang ditembak di Bachok tiga hari lepas turut mendapat perhatian kerajaan negeri apabila dilawati Menteri Besar hari ini.
Ustaz Datuk Ahmad Yakob meluangkan masa menziarahi keluarga guru terbabit di Kampung Sungai dekat ini. Hadir sama Adun Perupuk, Huzaimi Che Hussin.
Pada kejadian Isnin lalu arwah dilaporkan ditembak sebaik sahaja keluar dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Tawang tempat beliau mengajar.
Tembakan sebanyak tiga das menyebabkan kereta dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan terhenti di hadapan rumah seorang penduduk. Beliau mati di tempat kejadian.
Arwah meninggalkan seorang balu dan enam anak. Beliau berasal dari Kampung Tok Dosah, Perupok.
Pada kunjungan tersebut Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kepada balu mangsa, Nur Haziani Deraman.
Beliau berharap keluarga mangsa bersabar menempuh dugaan tersebut, lebih-lebih lagi sekarang umat Islam sedang menjalani ibadat puasa.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-7-2013
Mesir: Kelantan ambil langkah seiring Wisma Putra
Rizal Tahir, | 11 Jul 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengambil langkah keselamatan seiring dengan Wisma Putra dan kedutaan Malaysia di Mesir berhubung pelajarnya di sana.
Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri tidak bertindak sendirian bagi menangani perkara itu, sebaliknya akan mengambil langkah yang sama dengan Wisma Putra atau kedutaan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini semalam.
Menurutnya, ramai ibu bapa yang menghubungi kerajaan negeri khususnya melalui Yayasan Islam Kelantan (Yik) untuk bertanyakan perkembangan itu.
“Kerajaan Kelantan telah melantik pegawai khas di Mesir untuk memantau keselamatan pelajar sepanjang tempoh pergolakan berlaku.
“Pegawai kita juga sentiasa meneliti perkembangan dari semasa ke semasa untuk memastikan keselamatan pelajar kita terjamin,” ujarnya.
Sehubungan itu, Fadzli juga mengingatkan para pelajar supaya tidak keluar dari kediaman masing-masing.
Tegasnya, pada masa yang sama mereka dinasihatkan menerima maklumat dari pegawai keselamatan yang dilantik di sana.
Katanya, sekiranya keadaan bertambah buruk, Kelantan juga akan mengambil langkah yang sama sebagaimana Wisma Putra.
“Kalau mereka menasihati pelajar Malaysia pulang, kita juga akan mengambil langkah yang sama.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur memandangkan kesemua pelajar Kelantan yang melebihi 2,000 orang berada dalam keadaan selamat.
Tegasnya, kerajaan negeri juga menasihati mereka supaya tidak menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan kedua belah pihak yang bertelagah.
Pada masa yang sama, pegawai yang bertugas telah menyediakan stok makanan bagi menghadapi kemungkinan yang berlaku.
Sambungnya, paling membimbangkan keselamatan pelajar di Kaherah atau Iskandariah.
Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri tidak bertindak sendirian bagi menangani perkara itu, sebaliknya akan mengambil langkah yang sama dengan Wisma Putra atau kedutaan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini semalam.
Menurutnya, ramai ibu bapa yang menghubungi kerajaan negeri khususnya melalui Yayasan Islam Kelantan (Yik) untuk bertanyakan perkembangan itu.
“Kerajaan Kelantan telah melantik pegawai khas di Mesir untuk memantau keselamatan pelajar sepanjang tempoh pergolakan berlaku.
“Pegawai kita juga sentiasa meneliti perkembangan dari semasa ke semasa untuk memastikan keselamatan pelajar kita terjamin,” ujarnya.
Sehubungan itu, Fadzli juga mengingatkan para pelajar supaya tidak keluar dari kediaman masing-masing.
Tegasnya, pada masa yang sama mereka dinasihatkan menerima maklumat dari pegawai keselamatan yang dilantik di sana.
Katanya, sekiranya keadaan bertambah buruk, Kelantan juga akan mengambil langkah yang sama sebagaimana Wisma Putra.
“Kalau mereka menasihati pelajar Malaysia pulang, kita juga akan mengambil langkah yang sama.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur memandangkan kesemua pelajar Kelantan yang melebihi 2,000 orang berada dalam keadaan selamat.
Tegasnya, kerajaan negeri juga menasihati mereka supaya tidak menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan kedua belah pihak yang bertelagah.
Pada masa yang sama, pegawai yang bertugas telah menyediakan stok makanan bagi menghadapi kemungkinan yang berlaku.
Sambungnya, paling membimbangkan keselamatan pelajar di Kaherah atau Iskandariah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-7-2013
PAS cadang rayu petisyen Dun Selising
Aslani M, | 10 Jul 2013 |
KOTA BHARU: Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Zamani Abdul Rahim hari ini menolak petisyen difailkan PAS bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selising.
Ekoran itu peguam Hanipa Maidin (gambar) berkata, PAS bercadang mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan hakim tersebut.
Manakala bantahan awal dikemukakan PAS terhadap petisyen kawasan parlimen Bachok, Dun Gaal dan Dun Jelawat juga ditolak dengan kos kerana dianggapnya tidak ada merit.
Hakim menetapkan kos sebanyak RM30,000 bagi setiap satu petisyen.
Bagaimanapun Hanipa meminta dikurangkan jumlah tersebut, lebih-lebih lagi sekarang sempena bulan Ramadan dan hakim terbabit juga pertama kali mengendalikan kes petisyen.
Ekoran itu hakim menetapkan 12 hingga 15 dan 18 hingga 22 Ogos bagi pembicaraan petisyen parlimen Bachok dan Dun Jelawat.
Manakala bagi Dun Gaal pula ditetapkan perbicaraan pada 1 hingga 5 September.
Sebelum ini PAS memfailkan petisyen bagi Dun Selising, Air Lanas dan Kok Lanas, manakala PKR bagi parlimen Machang dan Ketereh.
BN pula memfailkan petisyen bagi Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Dun Gaal, Dun Mengkebang dan Dun Manek Urai.
Pada pilihan raya umum lalu Dun Selising dimenangi BN dengan majorit1 104 undi. Dun Air Lanas juga dimenangi BN majoriti 47 undi dan Dun Kok Lanas (BN) 169 undi.
Parlimen Machang dan Ketereh pula dimenang BN. Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manek Urai dimenangi PAS.
Barisan peguam PAS diketuai Hanipa turut disertai beberapa lagi peguam termasuk Hisham Fauzi, Zulkifli Alawi, Rashid Mohamad, Firdaus Mohd Yusof, Ahmad Mustaki, Sharuddin Mohamad dan Mumtaza Mohd Mokhtar.
Manakala Datuk Mohd Hafarizam Harun, Abu Bakar, Nor Azli Ahmad, Alias Mohd Nor dan Rohana Ariffin mewakili Umno.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula diwakili Azizan Arshad.
Perbicaraan hari ini juga menyaksikan perdebatan antara Hisham dan peguam mewakili Umno. Hafarizam membantah kehadiran Sivarasa, Latefa Koya dan Hafeez sebagai peguam PKR bagi petisyen parlimen Machang.
Hafarizam menyifatkan tiga peguam terbabit tiada autoriti kerana tidak dilantik pada peringkat awal ketika petisyen dikemukakan.
Namun hujah itu dibantah Hisham yang menyifatkan Sivarasa sepatutnya diberi peluang berhujah memandangkan pempetisyen ada hasrat melantik mereka.
Hakim kemudian membuat keputusan menerima bantahan tersebut dan Sivarasa tidak ada hak untuk mewakili pempetisyen.
Hakim juga menetapkan pada 8 hingga 12 September bagi mendengar bantahan awal petisyen parlimen Machang dan perbicaraan kes berkenaan sekiranya bantahan awal ditolak.

Sumber HD - 10-7-2013
Guru ditembak mati di Bachok, apa komen isterinya?
http://duniacacamarba.blogspot.com, | 10 Jul 2013 |
Komen isteri arwah yang dipetik dari sebuah laman FB.
P/s: Al fatihah. Biarlah polis menyiasat motif pembunuhan ini. Semoga negara paling selamat di Asia Tenggara ini terus selamat seperti dicanangkan oleh pihak polis.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD _ 10-7-2013
Program ihya' di Qaryah Ramadhan ada kelainan
Muhammad Yusri Amin, | 05 Jul 2013 |
Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima cenderahati daripada wakil Majlis Agama Islam
Narathiwat sambil disaksikan Menteri Besar.
KOTA BHARU: Pengisian program Ihya’ Ramadhan tahun ini khususnya di Qaryah Ramadhan, Dataran Stadium di sini selain solat tarawih dan tilawah Al-Quran, akan dipenuhi juga dengan aktiviti membabitkan pelajar Pasti negeri.
Bahkan, kelainan sambutan Ihya’ Ramadhan di Kelantan tahun ini ialah penggemblengan anak muda, ‘Mat Rempit’ dengan galakan bertadarus di masjid dan surau di negeri ini khususnya di Qaryah Ramadhan pada awal malam selepas solat tarawih dan waktu dinihari sebelum bersahur.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata dalam konteks menyebarkan Islam kepada rakyat, penambahbaikan kepada sambutan Ihya’ Ramadhan sentiasa dilakukan setiap tahun.
“Puluhan tahun kita berada di Medan Ilmu ini, telah banyak ilmu Islam disebar dan dipungut rakyat.
“Bahkan inilah rahsia sebenarnya kejayaan kita di Kelantan mempertahankan pemerintahan dan pentadbiran Islam, selama 23 tahun," ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan 1434 Hijriah di Medan Ilmu di sini hari ini.
Turut hadir Mursyidl Am PAS yang juga mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Dr Ramli Mamat serta imam solat tarawih Qaryah Ramadhan, Syeikh Hisham Abdul Bari dan Syeikh Ahmad Tamim dari Mesir.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-7-2013
Kelantan optimumkan penggunaan tanah
Aslani M, | 02 Jul 2013 |
JELI: Kelantan bercadang meluaskan konsep penggunaan tanah yang lebih efisyen bagi meningkatkan pulangan hasil kepada kerajaan negeri.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, konsep penggunaan tanah oleh Perbadanan Ladang Rakyat memberi dua bentuk pulangan hasil iaitu ladang dan perlombongan secara serentak.
Katanya, Ladang Rakyat Lubuk Bongor dan Ladang Rakyat Kuala Balah yang ditanam sawit turut diberi kelulusan untuk penjelajahan mineral.
"Kawsan seluas 8,000 ekar dikedua-dua ladang dijalankan penjelajahan mineral.
"Ini bermakna di atas bumi ditanam.pokok sawit, manakala dalam tanah dijalankan penjelajahan mineral," katanya selepas melawat projek Ladang Rakyat di Kuala Balah hari ini.
Hadir sama pada lawatan Speaker Dun Kelantan, Abdullah Yakub, Pengerusi Syarikat Ladang Sungai Terah, Datuk Omar Mohamad, Yang Dipertua PAS Jeli Apandi Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi.
Pada lawatan itu, menteri besar mendengar taklimat Perkembangan Ladang Rakyat Lubuk Bongor yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perladangan PKINK, Zazali Japar.
Selain itu rombongan juga mendengar hasil penjelajahan mineral disampaikan pengurus lojistik OME Resources Sdn Bhd, Jimmy Ooi Hoon Jin.
Ladang Rakyat Lubok Bongor seluas 17,000 ekar sejak tiga tahun lalu mengeluarkan hasil.
Zazali berkata, pihaknya bercadang membina kilang sawit melibatkan kos RM42 juta.
"Kilang tersebut dijangka beroperasi pada Julai tahun depan," katanya.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, konsep penggunaan tanah oleh Perbadanan Ladang Rakyat memberi dua bentuk pulangan hasil iaitu ladang dan perlombongan secara serentak.
Katanya, Ladang Rakyat Lubuk Bongor dan Ladang Rakyat Kuala Balah yang ditanam sawit turut diberi kelulusan untuk penjelajahan mineral.
"Kawsan seluas 8,000 ekar dikedua-dua ladang dijalankan penjelajahan mineral.
"Ini bermakna di atas bumi ditanam.pokok sawit, manakala dalam tanah dijalankan penjelajahan mineral," katanya selepas melawat projek Ladang Rakyat di Kuala Balah hari ini.
Hadir sama pada lawatan Speaker Dun Kelantan, Abdullah Yakub, Pengerusi Syarikat Ladang Sungai Terah, Datuk Omar Mohamad, Yang Dipertua PAS Jeli Apandi Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi.
Pada lawatan itu, menteri besar mendengar taklimat Perkembangan Ladang Rakyat Lubuk Bongor yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perladangan PKINK, Zazali Japar.
Selain itu rombongan juga mendengar hasil penjelajahan mineral disampaikan pengurus lojistik OME Resources Sdn Bhd, Jimmy Ooi Hoon Jin.
Ladang Rakyat Lubok Bongor seluas 17,000 ekar sejak tiga tahun lalu mengeluarkan hasil.
Zazali berkata, pihaknya bercadang membina kilang sawit melibatkan kos RM42 juta.
"Kilang tersebut dijangka beroperasi pada Julai tahun depan," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-7-2013
Sultan Muhammad V rasmi Masjid Beijing RM8.8 juta
Aslani M, | 02 Jul 2013 |
RANTAU PANJANG: Masjid Beijing yang diilhamkan bekas Menteri besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menonjolkan seni bina Cina pada 2005, dirasmikan Sultan Muhammad V malam tadi.
Masjid berharga RM8.8 juta itu dinamakan secara rasmi Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, kelihatan dari jauh seperti tokong cina.
Siap dibina pada 2009, kini ia menjadi tumpuan pelancong, memandangkan kedudukannya di pintu masuk dari selatan Thailand.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, kewujudan masjid seni bina Cina mencerminkan Islam milik pelbagai kaum dan bukan milik orang Melayu semata-mata.
"Ini sesuai kerana Kelantan dikenali dengan imej Islam zaman lampau yang bermula daripada sultan-sultan sebagai payung agama kepada rakyat.
"Malah tuanku sultan menjadi pemangkin kepada rakyat ," katanya ketika berucap pada majlis perasmian masjid berkenaan.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Mufti Datuk Shukri Mohamad dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah. Acara perasmian berlangsung di pekarangan masjid selepas itu.
Program perasmian yang dihadiri ramai penduduk tempatan berakhir dengan solat Isya.
Ahmad juga berkata kerajaan negeri berjaya menyiapkan pembinaan Masjid Jubli Perak di Paloh, Gua Musang membabitkan kos sebanyak RM3 juta.
Selain itu, Masjid Jubli Perak di Lojing sedang dalam pembinaan pula melibatkan kos sebanyak RM3.8 juta.
Manakala masjid di Kampung Chenulang, Kuala Krai pula yang dijangka siap tidak lama lagi melibatkan kos sebanyak RM500,000.
"Tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi membina dan membaiki masjid," katanya.
Masjid berharga RM8.8 juta itu dinamakan secara rasmi Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, kelihatan dari jauh seperti tokong cina.
Siap dibina pada 2009, kini ia menjadi tumpuan pelancong, memandangkan kedudukannya di pintu masuk dari selatan Thailand.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, kewujudan masjid seni bina Cina mencerminkan Islam milik pelbagai kaum dan bukan milik orang Melayu semata-mata.
"Ini sesuai kerana Kelantan dikenali dengan imej Islam zaman lampau yang bermula daripada sultan-sultan sebagai payung agama kepada rakyat.
"Malah tuanku sultan menjadi pemangkin kepada rakyat ," katanya ketika berucap pada majlis perasmian masjid berkenaan.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Mufti Datuk Shukri Mohamad dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah. Acara perasmian berlangsung di pekarangan masjid selepas itu.
Program perasmian yang dihadiri ramai penduduk tempatan berakhir dengan solat Isya.
Ahmad juga berkata kerajaan negeri berjaya menyiapkan pembinaan Masjid Jubli Perak di Paloh, Gua Musang membabitkan kos sebanyak RM3 juta.
Selain itu, Masjid Jubli Perak di Lojing sedang dalam pembinaan pula melibatkan kos sebanyak RM3.8 juta.
Manakala masjid di Kampung Chenulang, Kuala Krai pula yang dijangka siap tidak lama lagi melibatkan kos sebanyak RM500,000.
"Tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi membina dan membaiki masjid," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-7-2013
No comments:
Post a Comment