Unit Amal: Pegawai polis terharu, kesal belasah semasa Bersih 3
- Dec 11, 2013
- http://www.wasukalu.com
PEGAWAI POLIS PEKAN TERHARU SUMBANGAN UNIT AMAL KESAL BELASAH MEREKA SEMASA BERSIH 3
Sampai masanya, kebaikan itu akan dihargai...Saya mempunyai seorang teman, pegawai polis berasal dari Kelantan bertugas di satu IPD di negeri asal Perdana Menteri.
Sudah lama beliau dan keluarga adalah pengunjung tetap klinik saya setiap kali pulang ke kampungnya di Kelantan walaupun dia tahu tuan punya klinik yang merawatnya dan keluarganya adalah bekas calon PAS dalam pilihanraya umum.
Biasa kami berbual dalam banyak perkara termasuk isu-isu politik semasa negara. Kami berdua bersikap terbuka dalam perkara ini. Pandangan saya dihormati dan pandangannya juga saya hormati.
Sejurus sebelum Himpunan BERSIH 2.0 dulu, beliau bertandang ke klinik saya. Secara terbuka saya maklumkan kepadanya bahawa saya akan turut hadir ke himpunan tersebut. Sebagai seorang pegawai polis, beliau menunjukkan riak wajah tak bersetuju dengan tindakan saya sambil memaklumkan bahawa beliau juga turut diarahkan bertugas semasa himpunan tersebut. Sempat saya bergurau, "jangan katok saya deh..."
Melalui perbualan dan persahabatan untuk suatu jangka yang agak lama, saya tahu beliau seorang pegawai polis yang bukan pro pembangkang, juga bukan pro Umno.
Hari ini, kebetulan balik bercuti, beliau singgah di klinik. Kebetulan ketika lalu di hadapan Masjid Kubang Kerian, ada tergantung banner ceramah Dr Azam Tamimi. Soalan pertama yang beliau tanya selepas bersalaman, "Dr Azam Tamimi tu siapa?"
"Pemimpin HAMAS Palestin." Jelas saya ringkas.
"Saya nak cakap ko Dr satu perkara, masa banjir di Kuantan baru ni, saya cukup respect dengan sumbangan Unit Amal PAS! Sayu bila teringat balik, anggota saya belasah mereka masa Himpunan Bersih dulu..." ujarnya berbaur kesal dengan apa yang telah berlaku.
Saya hanya mendiamkan diri sambil hati kecil saya berkata, "sampai masanya kebaikan itu akan dihargai..." Dr Azman Ibrahim.
Sumber HD - 11-12-2013
Banjir: Senator terkilan menteri perlekeh Unit Amal
- Dec 11, 2013
- Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Khairiah Mohamad terkilan dengan sikap seorang menteri yang memperkecilkan peranan dan bantuan yang dihulurkan Unit Amal Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan.
Beliau ketika berucap membahaskan Bajet 2014 berkata, menteri terbabit sepatutnya menggalakkan sikap yang ditunjukkan oleh sukarelawan Unit Amal yang menjalankan tugas penuh kerelaan tanpa pernah meminta-minta bayaran.
"Saya terkilan apabila menteri ketika menjawab soalan ahli Dewan Negara telah memperkecilkan peranan dan bantuan yang diberikan oleh badan sukarela seperti apa yang disebut Jabatan Amal.
"Saya maklumkan di sini Unit Jabatan Amal ini dianggotai oleh anak-anak muda kita daripada pelbagai peringkat umur. Mereka ini adalah sukarelawan yang dikerah pada bila-bila masa dan tidak dibayar," katanya.
Katanya, atas semangat inilah datangnya pertolongan cemas dari seluruh negara yang membawa wang, air mineral, lampin pakai buang, makanan, tilam, tikar dan kain selimut, pakaian dan sebaginya.
Sikap inilah, katanya perlu disanjung dan mengucapkan penghargaan terima kasih bukannya memperkecil-kecilkan mereka.
"Saya kira pengorbanan mereka cukup besar dan kehadiran mereka tanpa dipanggil sedar-sedar mereka sudah ada apabila pertolongan cemas diperlukan," katanya.
Unit Amal antara anggota sukarelawan yang turut bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di Kuantan, mereka bukan sahaja berusaha mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mangsa banjir bahkan kini mereka sedang giat menjalankan aktivti membersihkan rumah mangsa banjir.
Sumber HD - 11-12-2013
Biar gambar berbicara, antara Unit Amal dengan Pemuda Umno
- Dec 10, 2013
- http://omakkau.blogspot.com/
Biar gambar menjadi saksi berbicara ... lihat dengan mata kepala sendiri sambil kita mencuit akal untuk berfikir dan menilai.
Baca lagi
Sumber HD - 10-12-2013
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Moto 'Beramal Kerana Allah menjadi asas kekuatan anggota Jabatan Amal Malaysia di bawah Pemuda PAS Malaysia (PPM) untuk memberikan perkhidmatan apabila diperlukan.
Terkenal dengan gelaran 'tentera merah', anggota Unit Amal ini sering muncul menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan disaat ditimpa musibah.
Kemunculan mereka membantu mangsa banjir di Johor, Pahang dan Terengganu ketika ini sekali lagi menjadi sebutan masyarakat khususnya mereka yang terlibat dengan banjir sendiri.
Ketua PPM, Suhaizan Kaiat berkata, anggota Unit Amal tidak pernah mengharapkan pujian masyarakat dalam setiap khidmat bantuan yang diberikan sebaliknya menghulurkan bantuan secara sukarela.
"Bukan pujian manusia yang kita cari. Bukan publisiti yang kita mahu. Bagi Unit Amal, niat kita membantu orang yang memerlukan dan semoga ia dikira sebagai amal ibadah.
"Usaha ini sangat murni dan bagi Pemuda PAS, memang kita tidak mampu balas dengan wang ringgit," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, sudah terbiasa dalam keadaan yang sentiasa bersedia, ada anggota Unit Amal yang rata-ratanya berkerja makan gaji, sanggup memohon cuti untuk turun membantu mangsa banjir tanpa diarahkan.
"Unit Amal bekerja secara sukarela, dari pagi sampai ke lewat malam dan kadang-kadang tanpa henti.
"Mereka mengagih sumbangan, tolong angkut barang dan jadi tukang masak, mengikut keperluan dan situasi.
"Tidur pula kadang-kadang dalam khemah, surau atau masjid," katanya.
Tambah beliau juga, kerja lebih berat menanti Unit Amal iaitu operasi pembersihan rumah mangsa banjir selepas banjir surut.
"Kerja paling berat adalah selepas banjir, iaitu kerja-kerja pembersihan. Kadang-kadang lumpur paras betis dalam rumah kena dicuci dan sudah tentu menggunakan tenaga yang banyak," katanya lagi.
Namun tegasnya, dalam kesibukan dan kepenatan membantu orang yang memerlukan, anggota Unit Amal tidak sesekali meninggalkan ibadah wajib di samping mengamalkan perkara-perkara sunat.
"Dalam sibuk tolong orang, solat zikir kita tak tinggal. Semua ibadah yang wajib kita laksanakan dan kita jaga betul-betul kerana itu kewajipan kita," katanya.
Justeru Suhaizan sangat berharap agar lebih ramai anak muda yang akan menyertai Unit Amal dan sanggup menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan material.
"Pemuda PAS sangat mengalu-alukan orang ramai khususnya anak-anak muda yang masih kuat bertenaga untuk menyertai unit amal bagi memberi khidmat ketika diperlukan," katanya.
Sumber HD - 10-12-2013
Banjir: 25 lori, kontena Amal S'gor berlepas pagi ini
- Dec 07, 2013
- HRAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama dari Jabatan Amal Selangor yang membawa misi bantuan barangan kepada mangsa banjir berlepas ke Pahang tengah hari tadi.
Pelepasan kumpulan hampir 200 orang yang terdiri daripada Jabatan Amal Selangor, Briged Muslimat dan sukarelawan itu disempurnakan Pesuruhjaya PAS Selngor Iskandar Abdul Samad dalam satu majlis di Gombak pagi tadi.
Misi yang diketuai Pengarah Jabatan Amal Selangor Khairil Anuar Ismail ini membawa barangan keperluan dengan 15 buah lori 5 tan, 10 buah lori 3 tan, sebuah lori kontena, 25 buah kenderaan pacuan empat roda dan 20 buah kereta.
Antara barangan yang dibawa termasuk makanan, selimut, telekung, pakaian baru dan terpakai, pampers dan pelbagai barangan keperluan lain.
Ini merupakan trip pertama dari Amal Selangor, dan trip berikutnya dijadual sepanjang minggu depan.
Dalam pada itu, Jabatan Amal Selangor masih memerlukan sukarelawan dan juga sumbangan berterusan bagi membantu misi ini.
Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Bank islam Amal Selangor 12010010035434.
Sumber HD - 7-12-2013
Banjir: Jabatan Amal gerakkan misi, rayu bantuan
- Dec 05, 2013
- HARAKAHDAILY
Bagaimanapun, ekoran banjir kali ini dikatakan antara paling besar, khsususnya di Pahang, Terengganu dan Johor sehingga puluhan ribu terpaksa dipindahkan, maka pihak mereka merayu sumbangan dari rakyat prihatin.
Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Rashidi Abdul Razak berkata sumbangan boleh diberikan dalam bentuk kewangan mahupun barangan.
"Sumbangan berbentuk barangan seperti makanan kering, makanan dalam tin, ubat gigi, sabun, teh dan kopi, gula, beras, minyak masak, pampers kanak-kanak, serta tuala wanita," katanya.
Bagi warga Kuala Lumpur yang mahu membuat sumbangan barangan, bolehlah menghantar terus ke Markaz Operasi Banjir Jabatan Amal Wilayah Persekutuan dialamat No 21, Jalan Pria, Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Sementara itu, bagi sumbangan wang tunai pula, boleh dimasukkan ke dalam mana-mana berikut.
Akaun Bank Islam: 14014010133695 atas nama Jabatan Amal Malaysia DPPWP
Akaun Maybank: 564025400100 atas nama Tabung Kemanusiaan Pemuda
Untuk maklumat lanjut dan sebarang persoalan boleh diajukan kepada Saudara Rashidi (012 242 8942), Saudara Umar (014 239 8247) dan Saudara Adam (011 1646 7711).
Sumber HD - 5-12-2013
Jabatan Amal digesa lebih kreatif tarik anak muda
Harakahdaily, | 20 Nov 2013 |
PETALING JAYA: Jabatan Amal yang mendapat jolokan 'Tentera Merah' adalah pasukan beruniform yang tidak perlu diperkenalkan lagi, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan.
Katanya, hampir seluruh negara mengenali malah senantiasa merindui kehadirannya terutama di saat mereka memerlukan khidmat bakti Jabatan Amal.
Beliau berkata, pasukan yang siap dan sedia mengerahkan khidmat bakti kepada masyarakat berasaskan prinsip al-'amalulillah (beramal kerana Allah).

“Namun saya mengharapkan Jabatan Amal Malaysia tidak berpada dengan pencapaian yang telah diperolehi, sebaliknya Jabatan Amal Malaysia mesti lebih kreatif mendekati dan menarik anak muda agar lebih ramai menyertai skuad beruniform ini yang menjadi wadah pemuda berjiwa sukarelawan dan berkebajikan,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan DPPM ke-54, di sini malam ini.
Muktamar dengan tema Infiru itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan syabas kepada Jabatan Amal yang telah berjaya mendaftarkan Kelab Amal 4x4 dan Amal Bikers Group [ABG] sebagai satu lagi produk baru DPPM menerusi Jabatan Amal untuk mendekati dan memenangi hati satu lagi segmen kecenderungan anak-anak muda masa kini.
Menurutnya, penganjuran Jambori Amal ke-20 tempoh hari di Negeri Kelantan Darul Naim merupakan satu penghormatan DPPM untuk Kerajaan Negeri Kelantan yang sudah melewati usia 23 tahun pentadbiran di bawah dasar Membangun Bersama Islam.
Di samping itu, katanya peranan Lajnah Sukan, Seni dan Kebudayaan (DACS) dalam menyesuaikan gerak dakwah dengan tempo gaya hidup anak muda perlu dipergiatkan.
Ini, kata beliau khususnya dalam menyambut dan membentuk penghijrahan artis dan ahli sukan untuk diketengahkan sebagai duta menyantuni anak muda di samping turut dibimbing dengan corak fikrah Islamiyah syamilah (pemikiran Islam yang syumul) dalam usrah Musika(Majlis Usrah Seniman, Karyawan dan Artis), ARC (Alternatif Riding Club), APC (Alternatif Photographer Club), ABC (Alternatif Band Club] dan seumpamanya yang telah berjaya DPPM tubuhkan sebelum ini dan selayaknya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-11-2013
Taufan Yolanda: Jabatan Amal Sabah siap-siaga
Harakahdaily, | 08 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Sabah diletakkan dalam keadaan bersiap-siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan ramalan Taufan Yolanda akan menuju ke kepulauan Visayas dan Mindanao hari ini.
Taufan dengan kelajuan antara 195 hingga 230 kilometer sejam itu dikatakan lebih kuat daripada taufan Pablo yang melanda akhir tahun yang lalu, telah meragut sebanyak 1000 nyawa di Filipina.
Kerajaan Filipina telah mengeluarkan amaran taufan tahap 1 yang tertinggi terhadap kawasan laluan yang terlibat.
Jabatan Kaji Cuaca Malaysia telah mengeluarkan amaran taufan terhadap kawasan timur laut Kinabatangan, Sabah.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan, Sulu dan Sulawesi.
Perkembangan taufan Yolanda ini amat merisaukan penduduk di perairan Sabah kerana bakal menyaksikan kejadian hujan yang luar biasa.
Kejadian hujan lebat luar biasa selama dua jam pada bulan November yang lalu telah menyebabkan banjir kilat di beberapa pekan di sekitar Kota Kinabalu.
Banjir yang setinggi 0.5 meter berlaku di kawasan seperti Luyang, Likas, Kolombong, Inanam, Menggatal dan Penampang.
Banjir kilat juga berlaku beberapa bulan sebelumnya pada bulan April yang melihat hujan lebat selama enam jam dimana kawasan yang sama juga dilanda banjir.
Perkembangan taufan Yolanda Ini telah menyebabkan kebanyakan penduduk di sekitar perairan Sabah risau akan tempat kediaman mereka.
Kekuatan taufan Yolanda yang tinggi pada kali ini akan pasti meninggalkan kemusnahan yang lebih teruk di sekitar laluannya.
Walaupun taufan Yolanda tidak melalui kawasan Sabah, ia mampu memberi kesan kepada penduduk Sabah sekiranya awan padat dengan hujan menuju ke arah sini.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis.
Sumber HD - 8-11-2013
Amal Malaysia diminta bantu program air bersih
Sazali Mohd Nor, | 21 Okt 2013 |
JUBA, Selatan Sudan: Gabenor wilayah Equatoria Tengah (Central Equatoria ) Republik Selatan Sudan menyokong penuh usaha khidmat sosial dan kemanusiaan yang dilaksanakan Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) dan meminta badan bukan kerajaan (NGO) terbabit membantu program air bersih untuk rakyat di wilayah tersebut.
"Kami bagi pihak Gabenor dan rakyat wilayah Equatorial Tengah menyokong penuh usaha Yayasan Amal Malaysia bersama Majlis Umat Islam (Islamic Council) mengadakan program menyembelih lembu korban untuk Aidiladha.
"Kami juga mendengar Yayasan Amal berjaya menggali perigi tiub untuk bekalan air bersih di Kassala (Sudan). Oleh itu kami sangat-sangat memerlukan projek bekalan air bersih untuk rakyat di sini," ujar Timbalan Gabenor Equatoria Tengah, Malase Rimoulue.
Menurut Malase, pemerintah Equatoria Tengah bukan sahaja memberikan sepenuh kerjasama dalam soal kebajikan dan kemanusiaan bahkan menawarkan bidang-bidang perusahaan dan pengeluaran serta pembinaan infrastruktur.
Katanya, Sudan Selatan adalah negara baru yang belum mempuyai kemudahan awam seperti jalan raya dan jambatan serta tidak ada kilang-kilang pegeluaran barangan dan makanan.
Republik Selatan Sudan mendapat kemerdekaan daripada Sudan ekoran referendum yang dilaksanakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) beberapa tahun lalu.
"Bukan sahaja bidang kemanusiaan dan khidmat sosial seperti khidmat kesihatan yang diberikan Amal Malaysia di Hospital Kanak-kanak al-Sabah, saudara-saudara yang hadir sudah mendengar ucapan dari menteri-menteri saya.
"Kami memerlukan rakan kongsi untuk membangunkan wilayah ini dan mengalu-alukan pihak saudara dan rakan-rakan lain dari Malaysia yang sekiranya mahu mengusahakan projek-projek dan cadangan untuk pengeluaran dan pemindahan teknologi," jelasnya.
Malase berkata demikian ketika menutup ucapannya dalam kunjungan hormat delegasi Amal Malaysia atas jemputan pejabat Gabenor di Kompleks Pejabat Gabenor, dekat sini, 17 Oktober lalu.
Sebelum itu ketika berucap, Presiden Amal Malaysia, Hussin Ismail berkata, selain menyembelih haiwan korban sempena Aidiladha di wilayah Equatorial Tengah dan Barat, Yayasan Amal turut memberikan khidmat kesihatan dan ubatan percuma.
Pasukan perubatan Amal Malaysia turut mengadakan program perubatan di kawasan kejiranan Malakia di tengah bandar Juba.
Hussin ketika ditemui berjanji akan cuba mendapatkan sumbangan rakyat Malaysia bagi membantu umat Islam di Selatan Sudan khususnya bagi membina masjid-masjid baru dan menjalinkan usahasama mendapatkan bantuan pembiayaan bagi para pelajar yang mahu melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung Majlis Umat Islam, Salah Rajab Bunduki dan seluruh ahli-ahlinya serta koordinator Misi Amal Malaysia di Sudan Selatan, Alison Barabas Yacub yang memberikan kerjasama bagi menjayakan misi khidmat sosial dan kemanusiaan di negara itu.
Misi Yayasan Amal bersama 18 sukarelawan pelbagai bidang ke Republik Selatan Sudan bermula pada 13 Oktober lalu dan berakhir 20 Oktober lalu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-10-2013
Ibadah korban Amal Malaysia di Republik Sudan Selatan
Harakahdaily, | 28 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) akan meneruskan program ibadah korban di kawasan-kawasan kritikal dengan memilih Juba, Republik Sudan Selatan (RSS) sebagai lokasi projek untuk tahun ini.
Menurut Presidennya, Husin Ismail, RSS dipilih Amal Malaysia sebagai lokasi program korban kerana keadaan dan keperluan bantuan lebih kritikal dan memerlukan bantuan segera.
RSS mencapai kemerdekaan daripada Sudan hasil referendum inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai 2011.
“Umat Islam membentuk 17 peratus komposisi penduduk di RSS, Kristian 15 peratus manakala selebihnya penganut animisme,” jelas Husin.
Hasil perbincangan Amal Malaysia dengan pemimpin Islam RSS, Dr Gassim Barnaba, misi Yayasan Amal akan berada di negara bekas wilayah selatan Sudan itu dari 13 hingga 19 Oktober.
Sehubungan itu, Husin mempelawa umat Islam yang berminat untuk menyertai program korban supaya menghubungi beliau di nombor 019 951 1860 atau boleh terus menyumbang ke akaun Yayasan Amal Malaysia 5530 1012 2090 (Maybank).
Slip pembayaran boleh juga di wassup, SMS ke nombor di atas atau emel kepada amalpresident@gmail.com .
Satu bahagian lembu korban adalah RM300 manakala kambing RM350 seekor. Sumbangan untuk akikah juga diterima.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Oktober hadapan.
“Moga usaha kita membantu mereka dan menyelamatkan akidah umat diterima dan mendapat keredaan Allah SWT. Insya Allah,” kata Husin.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-9-2013
Unit AMAL dicadang bantu cegah jenayah
Dr Nazrul Izzuan bin Dr Mohamad Idris, | 30 Jul 2013 |
Mutakhir ini, saban hari kita melihat dan mendengar pelbagai kes jenayah berlaku di seluruh negara, daripada kes rompakan bersenjata, ragut, samun, pergaduhan, samseng jalan raya, jenayah rogol, bunuh dan terbaru tembakan ala mafia.
Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan supaya PAS selaku parti Islam, jemaah Islam, harakah Islamiyah atau gerakan Islam bertindak proaktif dalam mencegah jenayah yang sangat menggerunkan di Malaysia ketika ini.
Walaupun kKekuatan anggota polis telah dipertingkatkan, namun kita lihat masih banyak berlaku jenayah seolah-olah kekurangan anggota. Walaupun rondaan dibuat, namun kes jenayah masih berlaku dengan statistik yang sangat tinggi. Malaysia bukan lagi negara yang selamat.
Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tidak kira bangsa, agama, tempat dan masa.
Oleh itu, sudah tiba masanya PAS sebagai gerakan Islam, mempamerkan Islam yang syumul dan sama-sama menggembleng tenaga mewujudkan pasukan rondaan dan cegah jenayah kelolaan PAS sendiri.
PAS sudah ada unit AMAL. Kecekapan dan keberkesanan mereka telah terbukti berkali-kali terutama bertindak semasa menjaga dan membantu anggota polis mengawal lalu lintas semasa siri demonstrasi, ceramah politik, menjaga keselamatan pimpinan PAS, terlibat dalam operasi membantu mangsa bencana seperti banjir, tanah runtuh dan pelbagai lagi.
Cadangan supaya PAS mewujudkan unit rondaan cegah jenayah mampu dilaksanakan. Apatah lagi dengan kekuatan ahli PAS yang berjumlah satu juta ahli - belum termasuk penyokong PAS dan juga penyokong parti lain dalam pakatan rakyat, PAS mampu tampil ke hadapan dalam menjuarai isu ini dalam membantu menjaga kestabilan dan keamanan Malaysia.
Saya berpendapat, PAS dengan setiap markas dan unit peti undi (UPU) mereka di cawangan-cawangan, masjid-masjid, pondok, sekolah agama di mana-mana sahaja di Malaysia malah kehadiran meraka di seluruh negara menerusi sistem tersusun organisasi parti mampu membawa gerakan Islam PAS kehadapan dalam isu kenegaraan.
Ini merupakan serampang dua mata yang bukan hanya membantu polis mencegah jenayah dan mengembalikan keamanan pada negara malah melatih ahli / anggota PAS untuk bersedia berkorban jika suatu hari negara kita diserang anasir luar, malah menaikkan imej jemaah Islam sebagai menterjemahkan konsep negara berkebajikan, menunjukkan Islam itu syumul dan praktikal, bukan sekadar mengajar di kelas dan masjid-masjid malah turut terjun untuk bersama-sama masyarakat, dekat di hati, mewujudkan jaringan sosial dan membantu PAS untuk lebih 'berjaya' dalam plihan raya akan datang.
Rakyat di Venuezela sudah menggerakkan pasukan rondaan jenayah mereka sendiri secara berkumpulan dengan menaiki motosikal dan mengadakan kawalan keselamatan di tempat - tempat kadar jenayah yang sangat tinggi.
Ikhwanul Muslimin teguh dengan jaringan sivil mereka dengan membina sekolah, hospital, kempen kebajikan dan kemasyarakat, maka dengan itu kita lihat hari ini penyokong Ikhwanul Muslimin terus bertahan walau hampir sebulan selepas kudeta oleh As Sisi.
PAS juga saya yakin dengan jaringan Unit AMAL dan lain-lain Badan Bukan Kerajaan (NGO) di bawahnya dan kerja - kerja kebajikan seperti menyantuni penghuni di Lorong Haji Taib, majlis iftar dan pemberian Harakah percuma mampu menterjemahkan konsep Islam yang syumul, kamil dan mutakkamil melalui penubuhan unit cegah jenayah dan unit rondaan ini.
Sesebuah parti politik itu mampu melakukannya kerana mereka punya ahli dan penyokong yang ramai, apatah lagi PAS sebagai sebuah harakah Islamiyah, mampu untuk menterjemahkan teori dan laungan negara Islam, negara berkebajikan ke arah yang masyarakat boleh lihat kesannya, ke arah penambahbaikan negara ini dan memikat hati semua msyarakat di negara ini.
Jenayah melibatkan semua, tidak kira mereka yang liberal, atheis, sekular, tradisionalis, konservatif, Islamis, kristian, buddha, hindu, pagan, Melayu, Cina, India, kakitangan kerajaan, ahli politik, ahli perniagaan, rakyat marhaen, lelaki, wanita, kanak-kanak, remaja.
Maka di sini Islam mampu memikat mereka apabila gerakan Islam yang menonjol dengan aktifnya di medan masyarakat, bukan sekadar retorik berteriak laungan bercakaran di parlimen dan ceramah politik yang tidak berkesudahan.
Era baru, politik cara baru.
Normal 0 false false false EN-MY X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4
Unit AMAL dicadang bantu cegah jenayah
Dr Nazrul Izzuan bin Dr Mohamad Idris
Mutakhir ini, saban hari kita melihat dan mendengar pelbagai kes jenayah berlaku di seluruh negara, daripada kes rompakan bersenjata, ragut, samun, pergaduhan, samseng jalan raya, jenayah rogol, bunuh dan terbaru tembakan ala mafia.
Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan supaya PAS selaku parti Islam, jemaah Islam, harakah Islamiyah atau gerakan Islam bertindak proaktif dalam mencegah jenayah yang sangat menggerunkan di Malaysia ketika ini.
Walaupun kKekuatan anggota polis telah dipertingkatkan, namun kita lihat masih banyak berlaku jenayah seolah-olah kekurangan anggota. Walaupun rondaan dibuat, namun kes jenayah masih berlaku dengan statistik yang sangat tinggi. Malaysia bukan lagi negara yang selamat.
Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tidak kira bangsa, agama, tempat dan masa.
Oleh itu, sudah tiba masanya PAS sebagai gerakan Islam, mempamerkan Islam yang syumul dan sama-sama menggembleng tenaga mewujudkan pasukan rondaan dan cegah jenayah kelolaan PAS sendiri.
PAS sudah ada unit AMAL. Kecekapan dan keberkesanan mereka telah terbukti berkali-kali terutama bertindak semasa menjaga dan membantu anggota polis mengawal lalu lintas semasa siri demonstrasi, ceramah politik, menjaga keselamatan pimpinan PAS, terlibat dalam operasi membantu mangsa bencana seperti banjir, tanah runtuh dan pelbagai lagi.
Cadangan supaya PAS mewujudkan unit rondaan cegah jenayah mampu dilaksanakan. Apatah lagi dengan kekuatan ahli PAS yang berjumlah satu juta ahli - belum termasuk penyokong PAS dan juga penyokong parti lain dalam pakatan rakyat, PAS mampu tampil ke hadapan dalam menjuarai isu ini dalam membantu menjaga kestabilan dan keamanan Malaysia.
Saya berpendapat, PAS dengan setiap markas dan unit peti undi (UPU) mereka di cawangan-cawangan, masjid-masjid, pondok, sekolah agama di mana-mana sahaja di Malaysia malah kehadiran meraka di seluruh negara menerusi sistem tersusun organisasi parti mampu membawa gerakan Islam PAS kehadapan dalam isu kenegaraan.
Ini merupakan serampang dua mata yang bukan hanya membantu polis mencegah jenayah dan mengembalikan keamanan pada negara malah melatih ahli / anggota PAS untuk bersedia berkorban jika suatu hari negara kita diserang anasir luar, malah menaikkan imej jemaah Islam sebagai menterjemahkan konsep negara berkebajikan, menunjukkan Islam itu syumul dan praktikal, bukan sekadar mengajar di kelas dan masjid-masjid malah turut terjun untuk bersama-sama masyarakat, dekat di hati, mewujudkan jaringan sosial dan membantu PAS untuk lebih 'berjaya' dalam plihan raya akan datang.
Rakyat di Venuezela sudah menggerakkan pasukan rondaan jenayah mereka sendiri secara berkumpulan dengan menaiki motosikal dan mengadakan kawalan keselamatan di tempat - tempat kadar jenayah yang sangat tinggi.
Ikhwanul Muslimin teguh dengan jaringan sivil mereka dengan membina sekolah, hospital, kempen kebajikan dan kemasyarakat, maka dengan itu kita lihat hari ini penyokong Ikhwanul Muslimin terus bertahan walau hampir sebulan selepas kudeta oleh As Sisi.
PAS juga saya yakin dengan jaringan Unit AMAL dan lain-lain Badan Bukan Kerajaan (NGO) di bawahnya dan kerja - kerja kebajikan seperti menyantuni penghuni di Lorong Haji Taib, majlis iftar dan pemberian Harakah percuma mampu menterjemahkan konsep Islam yang syumul, kamil dan mutakkamil melalui penubuhan unit cegah jenayah dan unit rondaan ini.
Sesebuah parti politik itu mampu melakukannya kerana mereka punya ahli dan penyokong yang ramai, apatah lagi PAS sebagai sebuah harakah Islamiyah, mampu untuk menterjemahkan teori dan laungan negara Islam, negara berkebajikan ke arah yang masyarakat boleh lihat kesannya, ke arah penambahbaikan negara ini dan memikat hati semua msyarakat di negara ini.
Jenayah melibatkan semua, tidak kira mereka yang liberal, atheis, sekular, tradisionalis, konservatif, Islamis, kristian, buddha, hindu, pagan, Melayu, Cina, India, kakitangan kerajaan, ahli politik ,ahli perniagaan, rakyat marhaen, lelaki, wanita, kanak-kanak, remaja.
Maka di sini Islam mampu memikat mereka apabila gerakan Islam yang menonjol dengan aktifnya di medan masyarakat, bukan sekadar retorik berteriak laungan bercakaran di parlimen dan ceramah politik yang tidak berkesudahan.
Era baru, politik cara baru.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-7-2013
Yayasan Amal lancar dana mangsa perang Ahad ini
Khairil Abdul Rahim, | 12 Jul 2013 |
KUANTAN: Yayasan Amal Malaysia akan menganjurkan pelancaran kutipan dana untuk membantu mangsa perang di Syria dan Arakan pada 14 Julai ini di Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya selepas solat tarawih.
Menurut kenyataan Pengerusi Tabung Syria-Arakan, Nasrun Amir Abdullah, pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Lembaga Pengarah Al-Quds Internasional.
Sehubungan dengan itu orang ramai yang mempunyai kesempatan dijemput hadir dan bertarawih bersama Tuan Guru Presiden PAS.
“Turut berucap pada malam itu adalah wakil Syria, Dr Mohd Yunus dan wakil Rohingya yang berpangkalan di Dubai. Tabung untuk tujuan tersebut akan disediakan pada malam tersebut.
“Kami mengalu-alukan bantuan orang ramai dalam bentuk makanan, pakaian serta ubat-ubatan,” jelasnya.
Orang ramai juga boleh menderma melalui akaun bank Yayasan Amal Malaysia CIMB 14680000191108.
Sebarang pertanyaan boleh menghubung beliau di talian 013-9359898, Dr Rosli Allani 016-9356555, Ust Soud 019-9879332 dan Ust Fauzan: 019-3855634.
Menurut kenyataan Pengerusi Tabung Syria-Arakan, Nasrun Amir Abdullah, pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Lembaga Pengarah Al-Quds Internasional.
Sehubungan dengan itu orang ramai yang mempunyai kesempatan dijemput hadir dan bertarawih bersama Tuan Guru Presiden PAS.
“Turut berucap pada malam itu adalah wakil Syria, Dr Mohd Yunus dan wakil Rohingya yang berpangkalan di Dubai. Tabung untuk tujuan tersebut akan disediakan pada malam tersebut.
“Kami mengalu-alukan bantuan orang ramai dalam bentuk makanan, pakaian serta ubat-ubatan,” jelasnya.
Orang ramai juga boleh menderma melalui akaun bank Yayasan Amal Malaysia CIMB 14680000191108.
Sebarang pertanyaan boleh menghubung beliau di talian 013-9359898, Dr Rosli Allani 016-9356555, Ust Soud 019-9879332 dan Ust Fauzan: 019-3855634.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-7-2013
No comments:
Post a Comment