UMcedel dedah rahsia PAS menang di Sg Limau
Harakahdaily, | 15 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) telah mendedahkan rahsia kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau.
Pendedahan itu dibuat semasa Seminar Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Semasa membentangkan kajiannya, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata kejayaan PAS pada PRK Dun Sungai Limau berkait rapat dengan pemilihan calon yang kena dengan cita rasa penduduk setempat.
“Pemilihan calon memainkan peranan yang penting bagi kawasan ini. Calon mestilah memiliki ciri-ciri seperti berkelulusan agama, rapat dengan penduduk setempat dan anak tempatan.
Berdasarkan rekod pilihan raya sejak merdeka, kesemua calon yang menang memiliki ciri-ciri tersebut. Tidak kiralah mereka daripada PAS mahupun Umno.” ujar Dr Shaharuddin.
Seseorang calon juga mestilah merakyatkan dirinya dan boleh melayan penduduk kampung walau di mana sahaja, selain mengekalkan imej kampung iaitu berkopiah dan berkain pelikat.
Dr Shaharuddin turut menceritakan pengalamannya mengikut Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak suatu ketika dahulu.
Menurut beliau, di dalam bonet kereta Ustaz Azizan sentiasa ada pisang, ubi dan lain-lain keperluan asas yang dijadikan 'buah tangan' ketika berkunjung ke rumah-rumah penduduk yang dilawatinya.
"Oleh itu, jika mana-mana parti mahu menang di kawasan ini mereka mestilah mempunyai pakej tersebut," jelas beliau.
Dr Shaharuddin turut mendedahkan bahawa BN masih tidak berupaya mengubah budaya mewahnya walaupun berkempen di kawasan kampung.
Menurut beliau calon Umno iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan juga Mukhriz telah mengikut rentak penduduk Sungai Limau apabila turut berkopiah dan berkain pelikat ketika berkempen, namun langkah itu tidak dituruti pemimpin yang datang dari luar.
Sebelum itu, semasa membentangkan keseluruhan dapatan keputusan di Sungai Limau, Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menyebut tentang peri pentingnya pemilihan calon yang tepat khususnya di kawasan kedua-dua pihak sama kuat – seperti yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu, Permatang Pasir dan Galas.
Dalam seminar ini tetamu jemputan iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim, calon Umno di Sungai Limau turut berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh berkempen.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-11-2013
Pakatan tidak perintah selagi rakyat sokong politik wang
Harakahdaily, | 10 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketika mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkeyakinan bahawa wang dan hadiah tidak akan membantu BN untuk menang pilihan raya, lain halnya dengan pandangan badan penyelidik bebas, Ilham Centre yang menyarankan kepada Pakatan Rakyat supaya mendidik pengundi menolak politik wang sekiranya mahu memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.
Berdasarkan penemuan kajian terkini semasa pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Limau baru-baru ini, Ilham Centre mendapati pengundi tidak kisah mengenai politik wang ataupun habuan gula-gula yang diberikan semasa proses demokrasi sedang berjalan.
"Di Sungai Limau, kita tanya mengenai kewajaran pengundi menerima habuan politik dan 63% kata wajar dan boleh diterima," kata Pengerusi Ilham Center Muhamad Hisommudin Bakar kepada The Malaysian Insider.
Muhamad Hisommudin berkata, sikap sedemikian adalah sesuatu yang membimbangkan kerana menunjukkan satu corak demokrasi yang tidak sihat di kalangan pengundi.
"Ini maksudnya mentaliti orang kita ini yang menerima rasuah politik, perkara ini termasuklah pembangkang. Sepatutnya mereka gagaskan menolak politik wang ini.
"Tapi mereka ini beritahu pengundi apabila diberi duit, ambil tetapi jangan pangkah," katanya.
Beliau menggesa PR sekiranya mahu memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan perlu mendidik pengundi tentang politik wang.
"Sebenarnya dalam iklim demokrasi sebenar, jika kita nak mendidik rakyat menolak rasuah politik, kita kena mula sejak awal.
"Kalau dengan peratusan ini, sampai bila-bila pun pembangkang tidak boleh menang," katanya.
Sebelum PRU13 yang berakhir 5 Mei lalu, parti pemerintah BN berbelanja besar dengan pelbagai pemberian yang dianggap oleh pengkritik sebagai "gula-gula politik".
Pengkritik dan pemerhati tidak menolak berbilion ringgit dihabiskan oleh BN sepanjang tempoh berkempen, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan berbelanja lebih besar semasa berkempen berbanding perdana menteri sebelumnya.
Bagaimanapun, Najib masih gagal untuk merampas kembali majoriti dua pertiga di Parlimen malah kehilangan undi popular buat kali pertama dalam sejarah kepada PR semasa PRU13 lalu.
Berdasarkan penemuan kajian terkini semasa pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Limau baru-baru ini, Ilham Centre mendapati pengundi tidak kisah mengenai politik wang ataupun habuan gula-gula yang diberikan semasa proses demokrasi sedang berjalan.
"Di Sungai Limau, kita tanya mengenai kewajaran pengundi menerima habuan politik dan 63% kata wajar dan boleh diterima," kata Pengerusi Ilham Center Muhamad Hisommudin Bakar kepada The Malaysian Insider.
Muhamad Hisommudin berkata, sikap sedemikian adalah sesuatu yang membimbangkan kerana menunjukkan satu corak demokrasi yang tidak sihat di kalangan pengundi.
"Ini maksudnya mentaliti orang kita ini yang menerima rasuah politik, perkara ini termasuklah pembangkang. Sepatutnya mereka gagaskan menolak politik wang ini.
"Tapi mereka ini beritahu pengundi apabila diberi duit, ambil tetapi jangan pangkah," katanya.
Beliau menggesa PR sekiranya mahu memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan perlu mendidik pengundi tentang politik wang.
"Sebenarnya dalam iklim demokrasi sebenar, jika kita nak mendidik rakyat menolak rasuah politik, kita kena mula sejak awal.
"Kalau dengan peratusan ini, sampai bila-bila pun pembangkang tidak boleh menang," katanya.
Sebelum PRU13 yang berakhir 5 Mei lalu, parti pemerintah BN berbelanja besar dengan pelbagai pemberian yang dianggap oleh pengkritik sebagai "gula-gula politik".
Pengkritik dan pemerhati tidak menolak berbilion ringgit dihabiskan oleh BN sepanjang tempoh berkempen, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan berbelanja lebih besar semasa berkempen berbanding perdana menteri sebelumnya.
Bagaimanapun, Najib masih gagal untuk merampas kembali majoriti dua pertiga di Parlimen malah kehilangan undi popular buat kali pertama dalam sejarah kepada PR semasa PRU13 lalu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-11-2013
Wang dan hadiah gagal menangkan BN - Dr Mahathir
Harakahdaily, | 08 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan kepada BN seperti dibuktikan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Sungai Limau dan pilihan raya umum (PRU) lalu, ujar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).
Menulis di laman blognya, Che Det, Dr Mahathir menegur kaedah kempen BN yang banyak menggunakan wang dan hadiah.
"Kempen sekarang ini berbeza dari dahulu. Banyak wang diguna. Diadakan karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti T-shirt BN, PAS yang belum memerintah terpaksa jual T-shirt. Apabila jadi Kerajaan T- shirt tentu percuma.
"Ada jabatan kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian saya fikir, mereka yang datang melihat pameran diberi sepuluh ekor anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.
"Saya tak tahu samada pameran ini adalah sebahagian dari kempen BN. Jika ia (ya), amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – samada berbentuk duit atau anak ayam," tulis Dr Mahathir.
Menurut beliau, pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan kepada mana-mana calon malah wang yang diberi adalah pembaziran, sama ada wang milik kerajaan atau bukan kerajaan.
Dr Mahathir menambah, sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya dan tingkah laku pemimpin dan calon.
"Kalau datang dengan Mercedes atau motorsikal 1000 c.c., saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati. Ada pengundi yang tidak arif yang berkata ini rasuah. Ini sangkaan buruk mereka. Tetapi sangkaan ini walaupun mungkin bukan rasuah mungkin mempengaruhi tindakan mereka," ujarnya.
Dr Mahathir juga mendapati keadaan di Sungai Limau sudah berubah berbanding ketika beliau menjadi wakil rakyat apabila banyak rumah batu berbumbung genting dibina penduduk.
"Nampak sejak saya jadi wakil rakyat dahulu keadaan banyak berubah. Ramai dari orang kampung yang sudah berjaya dan ada duit, walaupun tidak kaya," tulis beliau.
Bagaimanapun beliau mengakui masih ramai penduduk yang miskin dan amat miskin.
"Kalau mereka diberi peluang dan bantuan mungkin mereka akan berhijrah... Inilah politik semasa. Duit lebih banyak tetapi pengaruh masih belum cukup," ujarnya.
Menulis di laman blognya, Che Det, Dr Mahathir menegur kaedah kempen BN yang banyak menggunakan wang dan hadiah.
"Kempen sekarang ini berbeza dari dahulu. Banyak wang diguna. Diadakan karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti T-shirt BN, PAS yang belum memerintah terpaksa jual T-shirt. Apabila jadi Kerajaan T- shirt tentu percuma.
"Ada jabatan kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian saya fikir, mereka yang datang melihat pameran diberi sepuluh ekor anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.
"Saya tak tahu samada pameran ini adalah sebahagian dari kempen BN. Jika ia (ya), amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – samada berbentuk duit atau anak ayam," tulis Dr Mahathir.
Menurut beliau, pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan kepada mana-mana calon malah wang yang diberi adalah pembaziran, sama ada wang milik kerajaan atau bukan kerajaan.
Dr Mahathir menambah, sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya dan tingkah laku pemimpin dan calon.
"Kalau datang dengan Mercedes atau motorsikal 1000 c.c., saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati. Ada pengundi yang tidak arif yang berkata ini rasuah. Ini sangkaan buruk mereka. Tetapi sangkaan ini walaupun mungkin bukan rasuah mungkin mempengaruhi tindakan mereka," ujarnya.
Dr Mahathir juga mendapati keadaan di Sungai Limau sudah berubah berbanding ketika beliau menjadi wakil rakyat apabila banyak rumah batu berbumbung genting dibina penduduk.
"Nampak sejak saya jadi wakil rakyat dahulu keadaan banyak berubah. Ramai dari orang kampung yang sudah berjaya dan ada duit, walaupun tidak kaya," tulis beliau.
Bagaimanapun beliau mengakui masih ramai penduduk yang miskin dan amat miskin.
"Kalau mereka diberi peluang dan bantuan mungkin mereka akan berhijrah... Inilah politik semasa. Duit lebih banyak tetapi pengaruh masih belum cukup," ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-11-2013
Sg Limau: PAS menang tanda SPR adil?
Dr Azman Ibrahim, | 07 Nov 2013 |
Apabila PAS diumumkan berjaya mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau walaupun dengan penurunan majoriti dalam PRK Sungai Limau, 4 November 2013 lepas, maka bergemalah suara-suara yang menyatakan, “Bila PAS menang maknanya SPR adil!”
Saya kata, walaupun PAS menang, hakikatnya SPR tetap bukan referee yang adil! Kalau SPR adil, saya yakin keputusannya akan jauh berbeza. Sebab apa saya menyatakan begitu?
Adil apa, kalau PRK atau PRU dengan makna yang sebenarnya adalah PAS/PR lawan Kerajaan Malaysia bukannya lawan Umno/BN. Cuba BN lawan PAS dengan hanya berbekalkan kekuatan jentera parti sendiri supaya kita boleh berlawan di atas padang yang sama rata dengan SPR menjadi referee yang adil, polis dan majlis perbandaran serta agensi penguatkuasa yang lain bertindak sebagai penjaga garisan. Apa pun keputusan perlawanan, kita tak akan pertikaikan.
Kita ingin melihat dan merasai suasana PRK tanpa ada program agihan anak ayam tajaan Kementerian Pertanian, milo dan gula berharga RM1 tajaan KPDNKK, gimik pecah tanah untuk projek itu dan ini, van dan bas Jabatan Kebajikan Masyarakat ada merata-rata di segenap ceruk kampung, pemimpin-pemimpin BN ke sana ke mari dengan diiringi polis trafik, penggunaan premis milik rakyat seperti sekolah, masjid, balairaya dan dewan orang ramai untuk program kempen BN dan banyak lagi kalau nak disenaraikan.
Apatah lagi dengan fenomena mi segera dimasak di sana-sini. Ratusan juta ringgit projek diluluskan walaupun akhirnya hanya tinggal habuk dan angin. Tak percaya? Pergilah ke Kuala Besut! Silakan anda semua melihat dan menikmati kehebatan pembangunan yang sedang rancak mencacak naik sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen PRK Kuala Besut baru-baru ini!
Rutin perjalanan harian saya dari Kota Bharu ke Jabi yang sebelum ini selalu menggunakan jalan pantai yang melalui Pekan Kuala Besut telah saya ubah kepada laluan biasa melalui jalan Kota Bharu–Pasir Puteh–Jerteh–Jabi, selepas PRK Kuala Besut. Bukan apa, sekadar nak mengelakkan kesesakan lalu lintas yang meningkat secara mendadak ekoran kepesatan pembangunan yang sedang berlaku di Pekan Kuala Besut!
Kalau sedikit dari tempiasnya merebak ke Jabi, saya yakin, rakyat Jabi akan sangat bersyukur. Untuk makluman semua, di pekan Jabi, kita tak mengimpikan wujudnya gerbang pelancongan antarabangsa, kereta kabel untuk menaiki Gunung Tebu, masjid bernilai RM40 juta, rumah pangsa bernilai berjuta-juta. Kita tak mengimpikan semua itu walaupun tak dinafikan, apa yang diperolehi oleh rakyat Kuala Besut akan turut menerbitkan rasa iri hati masyarakat Jabi!
Kita ingin melihat media milik rakyat seperti TV dan radio tidak dimanipulasi atau jika nak dimanipulasi, ruang yang sama mesti diberikan untuk kedua-dua parti yang bertanding. Tak kan bila Umno/BN ada ruang di kaca TV dan di corong radio dari pagi sampai ke malam, adilkah kalau tak ada sikit pun ruang walaupun hanya satu jam untuk pimpinan PAS/PR sepanjang 10 hari tempoh kempen? Jangan salah faham, saya hanya membangkitkan isu penggunaan media elektronik milik rakyat. Yang dimiliki syarikat swasta, atas cerdik kamulah nak pusing macam mana pun. Itu pun kalau masih berbaki lagi sisa-sisa kecerdikan dalam pemikiran mereka yang menguruskan dan menentukan polisinya.
Perlu jelas juga, saya hanya mempertikaikan salahguna dan monopoli penggunaan media milik rakyat seperti TV1, TV2 serta stesen-stesen radio milik Kementerian Penerangan dan Komunuikasi. Adapun kalau Umno merasakan media swasta seperti TV3 adalah milik mereka, lantaklah! Biasa saya dengar ungkapan orang ramai apabila berlaku PRK di mana-mana tempat, “kalau kita tengok TV3, seolah-olah dalam PRK ini, BN adalah parti tunggal yang menyertainya!” Siaran dia pun percuma saja. Kalau kita tak nak tengok, boleh off saja. Persetankan segala etika penyiaran dan kewartawanan. Semua itu adalah teori-teori lapuk semata yang dah ketingalan zaman.
Juga saya tak mempertikaikan kalau BN merasakan akhbar seperti Berita Harian, Utusan Malaysia adalah milik mereka. Lantaklah kamu nak siar apa pun kalau semuanya dibiayai dari duit Umno! Tetapi kalau saham dalam kedua-dua akhbar fanatik Umno ini, ada bahagiannya dari wang rakyat, tolong nilaikan semula apa yang kamu buat itu betul atau tidak.
Adil apa kalau hari mengundi jatuh pada hari bekerja kemudian pandai pula Pengerusi SPR buat sidang media kelmarin (Selasa, 5 Nov 2013) antaranya memaklumkan bahawa SPR akan membuat kajian untuk mengenal pasti punca kenapa peratusan keluar mengundi menurun. Memang lawak macam Pak Pandir!
Kita mengimpikan suasana pilihanraya yang penuh kedamaian dan kematangan. Kalau main bola, orang panggil ‘bermain dengan semangat kesukanan’. Tapi kalau pintu gol pun tak sama besar, padang tak sama rata, peraturan offside tak sama, pemain tak sama ramai, pemain lawan berkasut sementara kita berkaki ayam, masa kita PR dikasari, referee buat tak tahu saja, tetapi time lawan kita dicuit sikit, terus referee tiup wisel. Kalau inilah yang sedang berlaku sekarang, maka hanya pemain yang benar-benar mempunyai semangat kesukanan yang tinggi akan mampu bersabar dan meneruskan permainan tanpa berlaku kekasaran dan pergaduhan.
Kalau dalam permainan bola sepak, ada seorang berjawatan penilai pengadil akan bertugas untuk menilai dan melaporkan prestasi pengadil sama ada ianya menepati mutu yang dikehendaki atau tidak seterusnya diambil tindakan maka referee pilihan raya yang bernama SPR ini, siapa pula yang menilainya dan boleh mengambil tindakan?
Walaupun referee bola berat sebelah, biasa berlaku team yang kena tekan dan aniaya tetap mencapai kemenangan kerana team itu memang kuat betul di segenap posisi. Cuba kalau referee yang bertugas itu benar-benar adil, tentunya lawan akan kena belasah lebih parah lagi.

Sumber HD - 7-11-2013
Sg Limau: Umno kalah teruk, MCA menang besar?
Harakahdaily, | 06 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Jika kita berpegang dengan dakwaan pemimpin MCA, Umno telah kalah teruk dan MCA pula menang besar dalam pilihan raya kecil Sungai Limau, Isnin lalu.
Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.
“Namun apakah kita boleh percaya kepada dakwaan para pemimpin MCA?” tanya beliau.
Katanya, pemimpin MCA, termasuk Dr. Leong Yong Kong yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah, telah memberitahu media berbahasa Cina bahawa Barisan Nasional berjaya meraih 75.27% undi kaum Cina, iaitu 892 dari 1,185 undi daripada kaum Cina dan bahawa BN gagal meraih walau satu undi tambahan daripada Melayu dalam pilihanraya kecil tersebut.
Ini, ujarnya bererti terdapat peningkatan 732 undi Cina untuk BN berbanding dalam pilihanraya umum ke-13, memandangkan sebelum ini MCA mendakwa BN mendapat hanya 10% dari 1,600 undi Cina pada 5 Mei 2013, iaitu hanya sekitar 892 hingga 160 undi.
Walaupun BN telah berbelanja lebih RM15 juta, calon Barisan Nasional, Ahmad Sohaimi Lazim hanya berjaya menambah 465 undi untuk BN dalam pilihanraya kecil kali ini berbanding piihanraya umum yang lalu, iaitu 10,985 undi dalam pilihanraya kecil, berbanding 10,520 undi dalam PRU13.
“Jika kita berpegang dengan dakwaan pemimpin MCA yang menyebut bahawa BN mendapat tambahan lebih 732 undi Cina dalam pilihanraya kecil kali ini berbanding PRU13, ertinya BN kehilangan sekurang-kurangnya 267 undi Melayu.
“Apakah ini bermakna dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, pihak yang kalah paling teruk adalah Umno dan pemenang paling besar adalah MCA?” tanya Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Justeru, beliau menyerahkan kepada para pemimpin Umno dan Barisan Nasional untuk memutuskan sama ada hendak menerima atau tidak analisis MCA ke atas trend pengundian dalam pilihanraya kecil Sungai Limau kerana mungkin ada tafsiran yang lain dalam keadaan tiadanya maklumat terperinci tentang pengundian (memandangkan undi adalah rahsia) dan melihat kepada peratusan pengundi Cina yang rendah di Sungai Limau.
Namun, katanya perkara yang nyata dan jelas adalah pilihanraya kecil Sungai Limau merupakan ujian besar buat PAS dan Pakatan Rakyat serta Umno dan BN enam bulan selepas PRU13.
Tambahnya, ternyata PAS dan Pakatan Rakyat telah menempuh ujian ini dengan baik sehingga mencapai kejayaan penting, apatah lagi mengambil kira faktor politik wang dan pembohongan yang disebarkan sewaktu kempen pilihanraya kecil tersebut.
“PAS dan Pakatan Rakyat perlu meraikan kemenangan dalam pilihanraya kecil Sungai Limau sambil tidak lupa untuk belajar daripada kelemahan yang dilihat dalam pilihanraya kecil ini, agar PAS dan Pakatan Rakyat menjadi lebih kuat dan ampuh untuk menempuh pilihanraya di masa depan, sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar, sama ada untuk memenangi hati pengundi Melayu mahu pun Cina, India, Kadazan atau Iban,” ujarnya lagi.

Sumber HD - 6-11-2013
Umno menang, Mukhriz kalah?
Majdan Dagang, | 06 Nov 2013 |
Kehangatan Pilihan Raya Kecil Sungai Limau masih terasa khususnya yang terlibat secara langsung dalam perjalanan PRK tersebut. Sudah ramai yang mengulasnya sama ada yang positif mahupun negatif.
Antara yang menarik ialah ungkapan “menang dalam kalah” oleh Umno BN sebaik keputusan PRK diumumkan. Dakwaan Umno bahawa kemenangan mereka disandarkan kepada kejayaan mengurangkan majoriti kemenangan PAS daripada 2,774 Pada PRU13 kepada 1,080 sahaja.
Tidak kisahlah apapun yang mahu diperkatakan, yang penting PAS berjaya mempertahankan kerusi tersebut buat kesekian kalinya. Tahniah Ustaz Azam. Apatah lagi dalam suasana pilihan raya kecil – jelas pertarungan di gelanggang yang tidak sama rata dan pengadil yang diketahui umum memihak kepada Umno-BN. Oleh itu kejayaan mempertahankannya amat manis.
Berbalik kepada soal siapa menang dan siapa kalah. Sudah tentu menjadi adat dalam mana-mana pertandingan, ada kalah dan ada menang. Kali ini giliran PAS untuk menang setelah Umno-BN menang di dalam PRK Kuala Besut.
Bagi saya, dalam PRK Sungai Limau ini ada dua pihak yang menang sebenarnya. Yang pertama ialah pemenang hakiki iaitu rakyat dan pengundi Sungai Limau. Mereka telah membuktikan bahawa maruah mereka tidak mudah dibeli dengan wang ringgit dan kebendaan. Mereka mengundi kerana mahu memilih pemimpin yang berintergriti bukan kerana disogok wang dan sebagainya.
Kita sedia maklum, pelbagai habuan dan projek dijanjikan agar rakyat memberi kemenangan kepada Umno-BN. Namun pengundi Sungai Limau tidak mudah terpedaya dengan rasuah yang ditawarkan. Saya berpandangan, kita wajar mendidik pengundi menjadi lebih bijak dalam membuat pilihan. Mereka wajar disedarkan akan hak mereka sebagai pembayar cukai.
Pengundi juga sepatutnya sedar bahawa pembangunan sesebuah kawasan memang tanggungjawab pemerintah – tidak perlu tunggu waktu pilihan raya sahaja. Kerajaan yang baik tidak sewenang-wenangnya menabur wang rakyat sesuka hati. Hakikatnya wang itu bukan milik mereka. Apapun, tahniah pengundi Sungai Limau – anda pemenangnya!
Pemenang yang kedua ialah orang Umno sendiri yang tidak sehaluan dengan Mukhriz. Bagi mereka, kegagalan ini dapat dijadikan modal untuk menekan Mukhriz agar tidak terlalu “berkuasa” mencaturkan orang-orangnya dalam politik Kedah. Kegagalan Mukhriz adalah kemenangan bagi mereka. Sebelumnya, Mukhriz telah berjaya disekat daripada menduduki kerusi Naib Presiden Umno.
Dan kejayaan kedua menyekat Mukhriz di laman sendiri tentunya lebih manis. Mungkin ini adalah andaian saya semata-mata, namun ia tidak mustahil. Hal ini kerana, dalam politik “musuh kepada musuh adalah kawan kita”.
Perkara ini tidak mustahil kerana Mukhriz ialah anak Mahathir, orang yang pernah berkuasa selama 22 tahun sebagai perdana menteri. Dalam tempoh tersebut Mahathir mencipta ramai kawan dan juga lawan. Walalupun jasa Mahathir boleh dianggap besar bagi sesetengah orang, namun kita tidak menolak bahawa bukan semua orang Umno suka kepadanya. Tidak sedikit yang dicantasnya atau yang teraniaya.
Bagi orang yang tidak sukakan Mahathir, menyekat Mukhriz juga umpama menyekat Mahathir. Kekalahan Mukhriz juga bermakna kekalahan Mahathir.
Kita juga perlu tahu bahawa kejayaan Mukhriz menduduki kerusi Menteri Besar Kedah juga atas kapasitinya sebagai anak Mahathir. Jika beliau bukan anak bekas PM, adakah pemimpin Umno Kedah akan bagi laluan dengan mudah? Sudah tentu tidak. Dalam Umno untuk mendaki dari satu kedudukan ke suatu kedudukan yang lain bukan perkara mudah. Tiada karpet merah menanti anda. Lainlah jika anda, anda bekas PM!
Untuk naik ke kedudukan itu berapa ramai yang terkorban, dipintas dan dicantas! Politik kadang-kadang agak kejam dan ganas. Jadi tidak mustahil kekalahan ini adalah kemenangan bagi sesetengah orang.
Jadi, memang benarlah ada “menang dalam kalah”.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-11-2013
Sg Limau: Mengapa majoriti PAS merosot?
Analisis|Nazri Abdullah, | 05 Nov 2013 |
Penantian terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau telahpun berakhir dengan PAS mengekalkan kemenangan kali keenam berturut-turut.
Seperti yang dijangkakan, calon PAS Ustaz Mohd Azam Abd Samat menang mengatasi calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazin dengan majoriti 1,084.
Ustaz Azam mendapat 12,069 undi manakala Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.
Apa yang menarik dengan keputusan ini, BN turut mengaku mereka sebenarnya tidak kalah, atau dengan kata lain, "kalah dalam menang".
Ini disandar kepada kejayaan mereka mengurangkan jumlah undi majoriti yang diperolehi Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Allahyarham pada PRU13 lalu menang dengan majoriti 2,774 undi.
Apapun justifikasi yang dibuat, ia sekadar alasan klise bagi menampakkan kejayaan yang diperoleh parti masing-masing dan sikap itu adalah biasa bagi parti-parti politik bertanding yang tidak mahu dilihat kalah dan lemah.
Tapi ada menariknya juga bila Umno BN mengaku mereka tidak kalah, dengan kata lain mereka juga menganggap mereka menang.
Apa kesannya? Kesannya adalah terhadap janji Datuk Mukhriz Mahathir yang mahu mengambil Sungai Limau Sebagai Dun angkat Menteri Besar.
Jadi dengan mendakwa mereka juga menang, maka ia telah mengikat janji Mukhriz itu. Lalu rakyat Sungai Limau berhak menuntut janji itu dari BN dan Mukhriz perlu segera mengisytiharkannya.
Saya tidak mahu mengulas panjang soal Dun angkat itu kerana ia soal tanggungjawab pemimpin untuk "menepati janji", tetapi saya mahu memberi sedikit pandangan atas isu jumlah majoriti yang diperdebatkan.
Bagi saya, post-mortem PAS yang akan dibuat sedikit masa lagi tentu sekali akan merungkai faktor penurunan jumlah majoriti itu.
Sebelum mereka melakukan bedah siasat itu, izinkan saya memberi sisi pandang saya berdasar 10 hari saya berkampung dalam membuat liputan di sana.
Ia sekadar analisis ringkas, tetapi dirasakan boleh menjadi asas dalam perdebatan penurunan jumlah majoriti yang diperolehi PAS kali ini.
Bagi saya, asas kepada penurunan jumlah majoriti ini adalah faktor calon itu sendiri.
Jika diimbau kembali, PRU13 lalu adalah penyertaan kali kelima Allahyarham Ustaz Azizan bertanding mempertahan Dun Sungai Limau (dahulu dikenali Dun Sala) yang dimenanginya sejak PRU ke-9 pada tahun 1995.
Hakikatnya ketika mula bertanding pada 1995, Allahyarham Ustaz Azizan hanya menang dengan majoriti 196 undi sahaja.
Pada waktu itu beliau mendapat 8,367 undi menewaskan calon BN yang mendapat 8,171 undi.
Majoriti itu meningkat sehingga yang tertinggi pada PRU2008 iaitu dengan 3,212 undi sebelum menurun pada PRU ke-13 lalu dengan 2,774 undi.
Jika itu faktanya, maka apakah adil untuk menjustifikasi penurunan majoriti PRK Sungai Limau dengan penampilan kali partama Ustaz Azam? Itu persoalan awal yang harus dijawab.
Fakta kedua, pada PRU13 lalu, pengundi Sungai Limau tentunya mengambil kira faktor jawatan Ustaz Azizan ketika itu yang sudah sepenggal menjadi Menteri Besar Kedah untuk terus memilih beliau.
Dengan Ustaz Azizan sebagai menteri besar, dan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS, sudah tentu dua faktor berkembar ini mempengaruhi pengundinya yang yakin kemenangan Ustaz Azizan akan memberi kebaikan kepada mereka di Sungai Limau.
Cuma nasib tidak menyebelahi PAS Kedah pada PRU13, terpaksa akur bahawa rakyat mahukan perubahan kerajaan, walaupun di Sungai Limau Ustaz Azizan mengekalkan kemenangan.
Lalu sekali lagi persoalan sama timbul, maka apakah adil untuk menjustifikasi penurunan majoriti PRK Sungai Limau kali ini dengan penampilan kali partama Usta Azam?
Secara jujurnya saya melihat bahawa faktor besar kemenangan Ustaz Azam adalah faktor dirinya sendiri, tanpa tidak menafikan bayangan Ustaz Azizan juga membantu kemenangannya.
Dengan mendapat majoriti 1084 undi (biarpun menurun dari yang diperoleh Ustaz Azizan pada PRU13 lalu), sudah cukup besar menampakkan penerimaan rakyat terhadap beliau untuk mewakili mereka.
Selaku seorang anak muda, kali pertama pula bertanding, dan kemudiannya menang, menggambarkan betapa pemilihan beliau sebagai calon oleh PAS adalah tepat.
Kepada Ustaz Azam, persetankan jumlah majoriti yang dipolemikkan, rakyat telah menunaikan hak mereka dengan memberi mandat kepada anda, maka tunaikanlah pula hak rakyat Sungai Limau selepas ini.
Pada saya, dengan majoriti 1,084 undi untuk penampilan pertama, dan naik melalui pilihan raya kecil (di mana seluruh jentera BN turun bertumpu untuk berkempen) anda sudah boleh dianggap wira.
Penulis adalah Pengarang Berita Harakahdaily.

Sumber HD - 5-11-2013
Dakwat 'tak kekal' cemarkan PRU13 - UMcedel
Nazri Abdullah, | 20 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang dibentangkan semalam turut mendapati bahawa rata-rata responden bersetuju isu dakwat kekal yang tidak kekal telah mencemarkan imej Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Pada soalan "Adakah penggunaan dakwat kekal yang diragui dan pengundi hantu mencemarkan PRU13?", 52 peratus daripada 1546 responden mengatakan 'ya' dan bersetuju dengan argumen itu, manakala yang mengatakan 'tidak' dan 'tidak pasti', berkongsi peratusan sama iaitu masing-masing 24 peratus.
Selain itu, hasil kajian dibawah tajuk kecil 'Persepsi terhadap pejalanan PRU13' itu juga merekodkan sebanyak 46 peratus responden bersetuju bahawa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh BN untuk terus mengekalkan kuasa mereka, manakala 33 peratus lagi tidak bersetuju dan 21 peratus tidak pasti.
Dalam pada itu, kajian juga menunjukkan 69 peratus menyandarkan harapan kepada Pakatan Rakyat agar terus berusaha gigih untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Merumuskan paten keputusan mengikut kaum, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, kajian yang dibuat kira-kira tiga bulan selepas PRU13 ini, kaum Cina masih lagi kekal bersama Pakatan Rakyat.
Semalam UMcedel membentangkan hasil kajian terbarunya berhubung 'Politik Malaysia Pasca PRU13' kepada media.
Kajian tersebut dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu yang dibuat secara bersemuka dengan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia.
Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut semalam adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-9-2013
Kajian: Rakyat mahu Najib letak jawatan?
Nazri Abdullah, | 19 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Pembentangan hasil kajian 'Politik Malaysia Pasca PRU13', oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) hari ini menarik perhatian para wartawan terhadap satu slide yang tidak disertakan peratus keputusannya.
Slide yang hanya diletakkan tanda soal itu adalah keputusan survey yang diperolehi terhadap soalan "Adakah Datuk Seri Najib perlu melepaskan jawatan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13?"
Ketika diasak wartawan untuk mendedahkan angka peratusan tersebut, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sukar baginya untuk mendedahkannya kerana ianya boleh menyebabkan hidup beliau bermasalah.
"Cuma saya mahu kata, result ini tidak mengembirakan dan boleh meletakkan saya dalam masalah kalau saya dedahkan," katanya.
Memberi penjelasan lanjut berhubung slide yang penuh persoalan itu, beliau berkata, harapan rakyat termasuk ahli Umno cukup tinggi terhadap Najib untuk mendapatkan kembali 2/3 penguasaan BN di parlimen selepas jatuh teruk pada 2008.
Rakyat juga katanya yakin bahawa Najib boleh "deliver" dengan baik.
"Sudah ada precedent zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu ya, beliau meletak jawatan (perdana menteri) kerana gagal dapat 2/3 majoriti.
"So you boleh jangka apa rakyat mahu," katanya sambil menunjuk kepada slide tersebut.
Sementara itu, hasil yang dibentang UMcedel hari ini adalah kajian yang dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu iaitu kira-kira tiga bulan selepas PRU13 berlalu.
Kajian yang dibuat secara bersemuka itu melibatkan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia.
Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah.
Lanjut menyusul.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-9-2013
Minyak naik: BR1M bukan penyelamat
Yin Shao Long, | 07 Sep 2013 |
Naik harga minyak bukan pendekatan terbik pembaharuan fiskal. Pada bulan Februari tahun ini, Perdana Menteri Najib Razak menyatakan bahawa harga RON95 akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia meningkat.
Pada bulan April, Ismail Sabri Yaakob, bekas menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan bahawa “Petrol merupakan bahan asas yang utama dan jika kerajaan menaikkan harga minyak, ia akan mengakibatkan para peniaga menaikkan harga barangan dan membebankan rakyat.”
Pada bulan yang sama, Najib meyakinkan rakyat Malaysia bahawa subsidi akan diteruskan di bawah pentadbiran beliau di mana beliau akan memastikan kos kehidupan terkawal. Pada bulan Mei, Barisan Nasional menang dalam pilihanraya umum, namun janji yang dibuat sebelum ini telah dimungkiri.
Institut Rakyat berpendirian keputusan Barisan Nasional menaikkan harga minyak merupakan pendekatan “bertindak dahulu, menangani masalah kemudian” yang akan menimbulkan beberapa masalah:
1. BR1M bukan penyelamat golongan miskin
Jika niat membantu golongan yang berpendapatan RM3000 ke bawah adalah ikhlas, kenapa meletakkan hidup mereka dalam kesusahan akibat kenaikan harga minyak dan barang dalam tempoh sebelum Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) dilaksanakan?
Berdasarkan pelaksanaan yang lepas, kebiasaannya kerajaan akan mengambil masa sebulan ke tiga bulan sebelum BR1M diberikan, maka bagaimana golongan miskin hendak mengatasi beban hidup dalam tempoh ini?
Malahan, pemberian BR1M adalah berbentuk ad hoc manakala penggunaan petrol merupakan perbelanjaan harian bagi setiap rakyat. BR1M bukan satu penyelesaian bagi mereka yang mengalami kenaikan kos hidup ekoran kenaikan harga minyak. Tambahan pula, ramai rakyat juga telah banyak berbelanja sepanjang musim Hari Raya.
Jika kita mengandaikan bahawa pemberian tunai secara ad hoc adalah berkesan bagi golongan fakir miskin, maka pendekatan yang sederhana seharusnya mengurangkan subsidi minyak selepas pemberian tunai diadakan. Namun begitu, kaedah ini juga akan meninggalkan kesan di mana hidup golongan miskin akan terus tertekan sehingga pemberian tunai yang baru disalurkan.
Pada bulan Julai, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan mengakui bahawa “Penambahan bantuan tunai dari RM500 kepada RM1200 akan dapat bantu mengurangkan beban hidup isi rumah golongan miskin selama dua bulan. Maka bagi 10 bulan yang seterusnya, seseorang itu perlu mencari jalan sendiri."
Kebergantungan ke atas pemberian tunai tidak akan mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan. Najib membelanjakan RM2.9 bilion dana awam untuk BR1M 2.0, maka dengan penambahan BR1M jumlah akan meningkat kepada RM6.96 bilion. Penambahan RM4 bilion dalam BR1M ini sudah pasti melebihi RM1.1 bilion yang dijimatkan oleh kerajaan melalui pemotongan subsidi.
Sesungguhnya, hasil daripada keputusan BN ini akan meningkatkan inflasi dan perbelanjaan subsidi kerajaan.
2. Golongan kelas menengah turut merasai impak inflasi
BN sedia maklum tentang perlunya wujud dasar untuk mengurangkan impak inflasi ke atas golongan kelas menengah. Golongan ini telah mengalami pendapatan yang tetap sepanjang satu dekad. Harga rumah dan makanan telah meningkat sejak beberapa tahun yang lepas, malah dengan peningkatan 10% dalam harga minyak pasti akan menambah beban mereka. Meskipun kerajaan telah memberi amaran kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga melebihi 1%, kos inflasi tetap akan dirasai oleh para pengguna.
3. Sejauhmanakah pengurangan subsidi semestinya mengurangkan belanjawan defisit?
Pembaziran dan korupsi harus dihapuskan terlebih dahulu dan dasar meningkatkan pendapatan harus dilaksanakan sebelum subsidi ke atas barang asas dikurangkan.
Belanjawan defisit yang wujud dalam beberapa tahun yang lalu merupakan akibat perbelanjaan tidak terbatas Najib untuk tujuan pilihanraya. Perbelanjaan BR1M dan pengiklanan di bawah Jabatan Perdana Menteri mencecah 21% daripada belanjawan defisit 2013 iaitu RM14.9 bilion. Sekarang Najib telahpun menang dalam pilihanraya, mengapakah perbelanjaan ini masih dikekalkan?
Penganalisa yang berpendirian bahawa kerajaan perlu memperbaiki sistem percukaian sebenarnya mengelak daripada isu sejauhmanakah kerajaan membelanjakan pendapatan cukai secara berhemah dan bertanggungjawab. Hakikatnya, defisit dan hutang yang kita alami hari ini sebenarnya digunakan untuk menanggung korupsi kerajaan.
Maka Institut Rakyat mencadangkan pendekatan yang lebih sesuai adalah dengan memperbetulkan prinsip dan kesinambungan pembaharuan fiskal:
1. Taraf hidup rakyat seharusnya menjadi keutamaan;
2. Perbelanjaan dana awam harus kos efektif dan berlandaskan pembangunan;
3. Memberi sebelum mengambil. Subsidi tersasar seharusnya dilaksanakan sebelum subsidi umum dihapuskan.
*Penulis adalah Pengarah Penyelidik, Institut Rakyat (IR).

Sumber HD - 7-9-2013
Mengapa undi PAS merosot dalam PRK K Besut
Wan Nik Wan Yusof , | 02 Ogs 2013 |
(Calon PAS dan BN di Kuala Besut....pengundi kedua-dua pihak jatuh mendadak)
PILIHAN raya kecil Kuala Besut yang lalu telah membuktikan masih ada kelemahan pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Kelemahan itu adalah kerana menetapkan hari mengundi jatuh pada hari bekerja, 24 Julai. Meskipun begitu SPR masih berbangga kerana perjalanan pengundian agak lancar.
Sementara pihak Barisan Nasional (BN) telah memuji SPR yang berjaya menguruskan proses pengundian sehingga memenangkan calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dengan majoriti meningkat.
Ikuti analisa penuh Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Yusof dalam Harakah edisi Isnin ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-8-2013
Slogan 'ubah', 'ini kalilah' pengaruhi pengundi - UMcedel
Anis Nazri, | 25 Jul 2013 |
PETALING JAYA: Kempen 'Ubah', dan 'Ini Kalilah' dilihat mempengaruhi pengundi untuk memilih calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, selain undi golongn muda dan kebangkitan kaum Cina yang beralih undi daripada Barisan Nasional (BN).
Perkara itu dapat dilihat berdasarkan kajian yang dilakukan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), khususnya ke atas pengundi-pengundi di Parlimen Temerloh, beberapa bulan selepas PRU13 berakhir.
Menurut Pengarah UMcedel, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman, keputusan pilihan raya di kerusi parlimen Temerloh yang memihak kepada PAS itu merupakan satu keputusan mengejutkan memandangkan kajian awal pasukannya mendapati calon BN, Datuk Saifuddin Abdullah menjadi pilihan pengundi.
Namun, menurut Dr. Redzuan faktor 'Ubah' itu berjaya mengubah pilihan rakyat dari memilih Saifudin untuk mengundi calon PAS, Ustaz Nasrudin Hasssan.
"Kami buat kajian yang menunjukkan Saifuddin menjadi pilihan utama pengundi, berbanding Nasrudin. Namun, kajian kami selepas keputusan rasmi juga menunjukkan kekalahan Saifuddin juga cukup mengecewakan sebahagian pengundi Cina yang tidak memilih Saifuddin pada pilihan raya lalu," kata beliau pada satu sidang media, di UM, petang semalam.
Namun, bagi merungkai persoalan tersebut, kata Dr. Redzuan, pihaknya menjalankan kajian semula ke atas sebilangan pengundi yang kecewa dengan kekalahan Saifuddin, dan mendapati kempen 'Ubah' yang menyebabkan mereka tidak memberi undi kepada Saifuddin.
"Kebanyakan daripada mereka ditanya, mengapa mereka tidak memberi undi kepada Saifuddin, dan kemudiannya kecewa dengan kekalahan Saifuddin? Jawapan mereka, mereka tidak memilih Saifuddin kerana ingin ubah kerajaan, Malah, mereka menurut kata anak-anak mereka yang pulang ke kampung ketika pembuangan undi yang meminta mereka agar memilih calon PAS bagi tujuan tersebut.
"Namun, apabila Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya, mereka berasa kecewa dengan kegagalan Saifuddin kerana mereka berfikir.
hanya Saifuddin yang boleh memberikan khidmat terbaik dalam membangunkan Temerloh memandangkan kerajaan persekutuan masih diterajui BN," tambah beliau.
Kajian awal menyaksikan Saifuddin menjadi pilihan pengundi di parlimen Temerloh dengan melebihi 60 peratus yang dianggap sudah cukup baik bagi seseorang calon, berbanding Nasruddin yang hanya tidak melebihi 50 peratus, melainkan faktor imej sebagai pendakwah.
Dr. Redzuan turut menyatakan faktor kekalahan Saifuddin bukan disebabkan sosok tubuh Saifuddin itu sendiri, tetapi kerana parti yang diwakilinya mempunyai masalah integriti yang menyebabkan pengundi Temerloh memilih untuk tidak memberi undi kepada calon BN.
PDDrMRO : http://www.youtube.com/watch?v=oxaznnCYeus&feature=youtu.be
Perkara itu dapat dilihat berdasarkan kajian yang dilakukan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), khususnya ke atas pengundi-pengundi di Parlimen Temerloh, beberapa bulan selepas PRU13 berakhir.
Menurut Pengarah UMcedel, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman, keputusan pilihan raya di kerusi parlimen Temerloh yang memihak kepada PAS itu merupakan satu keputusan mengejutkan memandangkan kajian awal pasukannya mendapati calon BN, Datuk Saifuddin Abdullah menjadi pilihan pengundi.
Namun, menurut Dr. Redzuan faktor 'Ubah' itu berjaya mengubah pilihan rakyat dari memilih Saifudin untuk mengundi calon PAS, Ustaz Nasrudin Hasssan.
"Kami buat kajian yang menunjukkan Saifuddin menjadi pilihan utama pengundi, berbanding Nasrudin. Namun, kajian kami selepas keputusan rasmi juga menunjukkan kekalahan Saifuddin juga cukup mengecewakan sebahagian pengundi Cina yang tidak memilih Saifuddin pada pilihan raya lalu," kata beliau pada satu sidang media, di UM, petang semalam.
Namun, bagi merungkai persoalan tersebut, kata Dr. Redzuan, pihaknya menjalankan kajian semula ke atas sebilangan pengundi yang kecewa dengan kekalahan Saifuddin, dan mendapati kempen 'Ubah' yang menyebabkan mereka tidak memberi undi kepada Saifuddin.
"Kebanyakan daripada mereka ditanya, mengapa mereka tidak memberi undi kepada Saifuddin, dan kemudiannya kecewa dengan kekalahan Saifuddin? Jawapan mereka, mereka tidak memilih Saifuddin kerana ingin ubah kerajaan, Malah, mereka menurut kata anak-anak mereka yang pulang ke kampung ketika pembuangan undi yang meminta mereka agar memilih calon PAS bagi tujuan tersebut.
"Namun, apabila Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya, mereka berasa kecewa dengan kegagalan Saifuddin kerana mereka berfikir.
hanya Saifuddin yang boleh memberikan khidmat terbaik dalam membangunkan Temerloh memandangkan kerajaan persekutuan masih diterajui BN," tambah beliau.
Kajian awal menyaksikan Saifuddin menjadi pilihan pengundi di parlimen Temerloh dengan melebihi 60 peratus yang dianggap sudah cukup baik bagi seseorang calon, berbanding Nasruddin yang hanya tidak melebihi 50 peratus, melainkan faktor imej sebagai pendakwah.
Dr. Redzuan turut menyatakan faktor kekalahan Saifuddin bukan disebabkan sosok tubuh Saifuddin itu sendiri, tetapi kerana parti yang diwakilinya mempunyai masalah integriti yang menyebabkan pengundi Temerloh memilih untuk tidak memberi undi kepada calon BN.
PDDrMRO : http://www.youtube.com/watch?v=oxaznnCYeus&feature=youtu.be
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-7-2013
No comments:
Post a Comment