VAT69 tidak mampu kawal seluruh Kg Tanduo
- Jan 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Superintenden Mancha Anak Laga, ketua kumpulan satu daripada lima pasukan yang menjalankan operasi itu berkata setiap pasukan ditempatkan agak jauh antara satu sama lain.
"Pasukan-pasukan tidak dapat mengawal kawasan itu sebagai satu kumpulan kerana kawasan itu agak besar.
"Ia (kawasan) juga berpaya, berbelukar dan berhutan," katanya kepada Mahkamah Tinggi yang bersidang di Jabatan Penjara Sabah di sini.
Beliau berkata demikian semasa diperiksa balas peguam Rowiena Rasad pada perbicaraan 30 individu yang dituduh dengan pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan keganasan di Sabah tahun lepas.
Mancha tidak bersetuju dengan cadangan Rowiena bahawa sebagai anggota komando VAT69 yang berpengalaman setelah berkhidmat 28 tahun dengan unit itu, beliau sepatutnya mampu mengawal seluruh kawasan di bawah tanggungjawabnya.
Beliau menjelaskan keberkesanan operasi di setiap sektor atau kawasan tanggungjawab bergantung kepada bentuk muka bumi dan penilaian ke atas kawasan itu oleh anggota.
Sebanyak 22 daripada 30 individu itu dibicarakan bersama, termasuk dua lelaki warga Malaysia, terhadap pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, jika sabit kesalahan membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan menjadi anggota kumpulan pengganas, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda.
Seorang daripada mereka turut berdepan dua pertuduhan tambahan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.
Lima individu daripada lapan tertuduh lagi berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala seorang lagi, iaitu satu-satunya wanita dan merupakan warganegara Malaysia, didakwa melindungi individu yang diketahuinya anggota kumpulan pengganas.
Dua lagi berdepan pertuduhan cuba melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.
Sejumlah 27 tertuduh merupakan warga Filipina manakala bakinya adalah warga tempatan. Mereka dituduh melakukan kesalahan masing-masing antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung bersambung hari ini.
Kesemua tertuduh ditangkap selepas insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo di Lahad Datu pada Februari tahun lepas.
Pencerobohan itu mengakibatkan lapan anggota polis dan dua anggota tentera terbunuh. - Bernama
Sumber HD - 16-1-2014
VAT69 tak sempat kumpul maklumat untuk lancar serang balas
- Jan 11, 2014
- HARAKAHDAILY
"Ketika itu, kami belum mengumpul maklumat yang cukup berhubung lokasi penceroboh bersenjata itu kerana ia perlu dilakukan secara taktikal," kata Supt Mancha Anak Laga di Mahkamah Tinggi di sini yang bersidang di Penjara Sabah semalam.
Beliau berkata demikian pada perbicaraan 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti keganasan di Sabah tahun lepas.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh, Mancha berkata sebahagian tugasan beliau dalam operasi tinjau rapat di kampung itu ialah menilai kekuatan penceroboh, lokasi kubu dan pondok sentri mereka.
Ketika ditanya apa maksud "Tiger! Keluar Kau dari sini. Ini bumi kami" yang dilaungkan penceroboh ketika berdepan pasukan VAT69, Mancha berkata ia membawa maksud mereka mencabar pasukannya agar meninggalkan kawasan itu.
"Adakah kesemua penceroboh berlari ke arah kamu dan pasukan kamu ketika mereka melaungkan perkataan itu?" tanya Ram dan Mancha menjawab: "Ya."
Mancha berkata tujuan penceroboh berkenaan berlari ke arah pasukannya ialah untuk menyerang kerana beliau nampak pihak musuh mengacukan senjata masing-masing ke arah mereka.
Terdahulu, ketika disoal balas peguam Datuk N.Sivananthan, Mancha berkata beliau nampak beberapa penceroboh lari ke arah Kampung Tanduo apabila kejadian berbalas tembakan berakhir, namun pasukannya tidak mengejar mereka.
"Saya sudah berkhidmat dalam pasukan VAT69 selama 28 tahun dan seorang yang berpengalaman.
"Jika saya mengejar penceroboh berkenaan, ada kemungkinan saya akan diserang hendap oleh penceroboh yang bersenjata," katanya.
Mancha juga berkata selain senjata dan parang yang ditemui di lokasi kejadian berbalas tembakan selepas itu, turut ditemui ialah sebuah beg namun beliau tidak membuka untuk melihat isi kandungannya.
Tiga puluh individu berdepan pertuduhan melakukan pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan keganasan di Sabah antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.
Tertuduh terdiri 27 rakyat Filipina dan tiga rakyat tempatan.
Antara pertuduhan yang mereka hadapi ialah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, menganggotai kumpulan pengganas, merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.
Bagi kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup manakala bagi pertuduhan menganggotai dan melindungi anggota kumpulan pengganas, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup serta denda.
Bagi kesalahan merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas pula boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun.
Perbicaraan di depan Hakim Stephen Chung bersambung 15 Jan depan. - Bernama
Sumber HD - 11-1-2014
Saksi kisahkan pertempuran 1 Mac dengan pengganas Sulu
- Jan 09, 2014
- Nur Adika Bujang
Superintenden Mancha Anak Laga dari Pasukan Operasi Am (GOF) Komando VAT69 memberitahu Mahkamah Tinggi, yang bersidang di Jabatan Penjara Sabah di sini bahawa pada kira-kira 10 pagi hari berkenaan, pasukannya bertembung dengan sekumpulan antara 35 dan 40 orang, yang memakai pakaian celoreng dan menjerit pada mereka dalam Bahasa Malaysia, "Tiger! Berambus kau dari sini. Ini bumi kami!" dan kemudian mula menembak anggota pasukannya.
Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed tentang jarak masa ketika penceroboh itu menjerit dan bila tembakan meletus, beliau berkata: "Kira-kira tiga hingga empat saat."
"Selepas mereka mula menembak berterusan, pasukan saya dan saya sendiri mencari perlindungan dan mula membalas tembakan ke arah mereka. Ia berlarutan kira-kira sejam.
"Semasa berbalas tembak, seorang daripada orang saya Korporal Sabaruddin Daud, terbunuh akibat beberapa kecederaan di kepala selepas ditembak oleh penceroboh," kata beliau.
Mancha adalah saksi ketiga pendakwa dalam perbicaraan 30 orang yang dituduh melakukan pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti pengganas di Sabah tahun lepas.
Beliau berkata telah memberitahu komander taktikalnya Datuk Abdul Rashid Harun, tentang pertempuran itu dan kemalangan jiwa, menerusi walkie-talkie.
Beliau juga mendengar bahawa satu lagi pasukan mengalami seorang terkorban, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat, menerusi walkie-talkie.
Selepas pertempuran berhenti, Mancha dan pasukannya keluar memeriksa lokasi serangan dan menemui mayat 12 orang pengganas yang mereka tembak, dan beberapa laras senjatapi.
Ditanya oleh Abdul Wahab sama ada beliau tahu maksud perkataan 'tiger', yang digunakan oleh penceroboh, Mancha berkata ia merujuk kepada dirinya dan anggota pasukannya.
Terdahulu, seorang anggota polis bantuan di Felda Sahabat, Lahad Datu memberitahu mahkamah beliau nampak sekumpulan lelaki memakai uniform celoreng di Kampung Tanduo selepas keluar memancing pada pagi 12 Feb.
Mohd Ali Asmadi, 40, berkata beliau menganggarkan terdapat lebih 100 orang di kampung itu.
"Saya yakin mereka bukan anggota Tentera Malaysia kerana saya belum pernah melihat askar Malaysia memakai uniform jenis itu," katanya.
Mohd Ali berkata beliau dan rakan memancingnya, Saharizan Shardik berada di muara sungai kampung itu dan berada antara 15-20 meter dari surau kampung itu di mana beberapa orang telah berkumpul.
Menurut Mohd Ali, kira-kira 2 pagi 12 Feb, beliau terdengar bunyi enjin yang kuat dan nampak imej samar sebuah kapal melintas depan botnya dari laut terbuka ke tepi pantai Kampung Tanduo.
"Selepas beberapa ketika, bunyi enjin terhenti. Tetapi 15 minit kemudian, kami mendengar semula bunyi enjin dan dari bunyi itu, kapal itu semacam menuju semula ke laut terbuka.
"Ketika ini, ia (kapal itu) berada agak jauh dari bot kami," kata beliau.
Mohd Ali berkata beliau dan rakannya menunggu beberapa ketika sebelum meninggalkan kampung itu untuk menentukan mereka tidak dikesan dan ditangkap oleh penceroboh.
Tengah hari itu, Mohd Ali membuat laporan berhubung pencerobohan itu di balai polis Cenderawasih di Felda Sahabat.
Daripada 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan keganasan di Sabah antara 12 Feb dan 10 April, 22 termasuk dua rakyat Malaysia, didakwa menganggotai kumpulan pengganas, dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup dan denda.
Mereka turut berdepan pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup.
Seorang daripada mereka turut berdepan dua pertuduhan tambahan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.
Lima individu daripada lapan tertuduh lagi berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala seorang lagi, iaitu satu-satunya wanita dan merupakan warganegara Malaysia, didakwa melindungi individu yang diketahuinya anggota kumpulan pengganas.
Dua lagi berdepan pertuduhan cuba melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.
Sejumlah 27 tertuduh merupakan warga Filipina manakala bakinya adalah warga tempatan.
Perbicaraan di depan Hakim Stephen Chung bersambung hari ini. - Bernama
Sumber HD - 9-1-2014
Saksi imbau insiden cemas serangan Kg Tanduo
- Jan 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Maklumat itu disalur menerusi walkie-talkie daripada tiga ketua lima sektor di mana penembak tepat VAT69 ditempatkan.
Abdul Rashid, bekas Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerak Khas) Bukit Aman, berkata seorang daripada ketua sektor itu memaklumkan bahawa lokasi mereka diserang dan beliau mendengar bunyi tembakan menerusi walkie-talkie.
"Ketika itu kira-kira pukul 10 pagi dan saya dimaklumkan oleh seorang daripada ketua sektor, Superintenden Macha, bahawa berlaku serangan.
"Kemudian seorang lagi ketua sektor, DSP Anwar, turut memaklumkan berlaku serangan di tempat beliau dan saya mendengar bunyi tembakan.
"Sejurus kemudian (komunikasi dengan Anwar), saya dimaklumkan oleh ketua sektor ketiga, DSP Rani, bahawa seorang anggota pasukannya terkorban dan selepas itu, saya dimaklumkan seorang lagi maut oleh Superintenden Macha," katanya ketika memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan 30 individu yang didakwa dengan pelbagai pertuduhan berkaitan keganasan di Sabah di Mahkamah Tinggi, yang bersidang di penjara negeri di sini semalam.
Abdul Rashid, yang kini Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Lahad Datu, juga berkata beliau dimaklumkan bahawa anggota yang terbunuh ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud manakala tiga lagi cedera.
Beliau turut dimaklumkan bahawa kumpulan penceroboh itu yang memulakan serangan dan ketika itu, Abdul Rashid berada di Pangkalan Taktikal VAT69 di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Terdahulu, Abdul Rashid memberitahu mahkamah beliau bertemu seorang daripada tertuduh iaitu Datu Amirbahar Hushin Kiram dan dua lelaki yang menyertainya dalam lawatan kedua ke Kampung Tanduo pada pagi 16 Feb.
Katanya, beliau tidak tahu siapa mereka dan tidak mempersoal tujuan kedua-dua individu pada lawatan itu kerana perhatiannya tertumpu pada tugas untuk menilai kawasan berkenaan apabila tiba di kampung tersebut.
Daripada 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan keganasan di Sabah antara 12 Feb dan 10 April, 22 termasuk dua rakyat Malaysia, didakwa menganggotai kumpulan pengganas, dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup dan denda.
Mereka turut berdepan pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup.
Seorang daripada mereka turut berdepan dua pertuduhan tambahan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.
Lima individu daripada lapan tertuduh lagi berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala seorang lagi, iaitu satu-satunya wanita dan merupakan warganegara Malaysia, didakwa melindungi individu yang diketahuinya anggota kumpulan pengganas.
Dua lagi berdepan pertuduhan cuba melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.
Sejumlah 27 tertuduh merupakan warga Filipina manakala bakinya adalah warga tempatan.
Perbicaraan di depan Hakim Stephen Chung dibantu pasukan pendakwaan tujuh anggota diketuai Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail manakala sejumlah 10 peguam mewakili tertuduh termasuk pasukan pembelaan enam anggota diketuai peguam Datuk N. Sivananthan bagi 28 tertuduh.
Perbicaraan bersambung hari ini. - Bernama
Sumber HD - 8-1-2014
Perbicaraan penceroboh Sulu bermula
- Jan 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Saksi pertama pendakwaan iaitu bekas Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerak Khas) Bukit Aman Datuk Abdul Rashid Harun memaklumkan beliau menyedari terdapat perbezaan dalam bilangan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu selepas dua kali ke sana.
"Majoriti mereka adalah individu berbeza daripada yang saya lihat sehari sebelum itu. Namun mereka memakai uniform yang sama dengan corak kamoflaj dan bersenjata," katanya.
Beliau berkata jumlah penceroboh bukan sahaja menurun malah terdapat muka baharu berbanding mereka yang dilihatnya dalam lawatan pertama ke kampung itu.
Abdul Rashid, yang kini Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Lahad Datu, berkata dalam lawatan pertamanya pada 15 Feb, beliau menyamar sebagai seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar.
Abdul Rashid kemudian membantu membawa bekalan dari kenderaan polis ke dapur sebuah rumah yang diduduki dan selepas melakukan kiraan, beliau mendapati 79 penceroboh berkenaan memiliki bersenjata dan lima daripada mereka adalah wanita serta berpakaian seperti askar.
Bagaimanapun, dalam lawatan kedua, beliau mendapati jumlah penceroboh ialah 63 orang dan majoriti mereka bukanlah individu yang dilihatnya sebelum itu.
Abdul Rashid berkata pada hari pertama, beliau melihat tiga lelaki memegang senapang M16 manakala seorang lagi meletakkan pistol semi automatik jenis .45 di pinggangnya.
Sehari kemudian, beliau melihat lebih banyak senjata dibawa penceroboh berkenaan seperti raifal Garand, pistol Colt G45, revolver dan karbin serta parang.
"Seorang lelaki meletakkan dua pelancar bom tangan pada kit tali pinggang yang dipakainya di bahagian dada, satu pelancar di sebelah kiri manakala satu lagi di sebelah kanan," katanya.
Abdul Rashid berkata beliau tidak mengambil bahagian dalam rundingan antara ACP Zulkifli Abd Aziz, yang juga Timbalan Ketua Cawangan Khas 1 di Sabah, dengan ketua penceroboh berkenaan Datu Agbimuddin Kiram.
Katanya, tujuan beliau menyertai lawatan ke Kampung Tanduo ialah bagi menjalankan risikan untuk mengumpul maklumat berhubung penceroboh termasuk menilai kekuatan serta senjata yang mereka miliki.
Terdahulu, pendakwaan meminda tarikh dalam semua pertuduhan daripada 9 Feb kepada 12 Feb tahun lepas.
Daripada 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan keganasan di Sabah antara 12 Feb dan 10 April, 22 termasuk dua rakyat Malaysia, didakwa menganggotai kumpulan pengganas, dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup dan denda.
Mereka turut berdepan pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Seorang daripada mereka turut berdepan dua pertuduhan tambahan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui adalah anggota kumpulan pengganas.
Lima individu daripada lapan tertuduh lagi berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala seorang lagi, iaitu satu-satunya wanita dan merupakan warganegara Malaysia, didakwa melindungi individu yang diketahuinya adalah anggota kumpulan pengganas.
Dua lagi berdepan pertuduhan cuba melindungi individu yang diketahui adalah anggota kumpulan pengganas.
Sejumlah 27 tertuduh merupakan warga Filipina manakala bakinya adalah warga tempatan.
Perbicaraan di depan Hakim Stephen Chung dibantu pasukan pendakwaan tujuh anggota diketuai Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail manakala sejumlah 10 peguam mewakili tertuduh termasuk pasukan pembelaan enam anggota diketuai peguam Datuk N. Sivananthan bagi 28 tertuduh.
Perbicaraan bersambung hari ini. - Bernama
Sumber HD - 7-1-2014
Ketua Pengarah Esscom wajar diberi kuasa tambahan
- Jan 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata ini kerana setiap kali isu keselamatan dibangkitkan, Esscom menjadi sasaran sedangkan peranan Esscom hanya tertumpu kepada menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone).
"Persepsi rakyat ialah Ketua Pengarah Esscom mempunyai kuasa perintah atau command untuk semua operasi keselamatan dan pertahanan di pantai timur Sabah.
"Dalam hal ini, kami di Pengasah menyokong agar bidang kuasa Esscom diperjelaskan kepada umum, dan berharap ketua pengarahnya diberi kuasa tambahan untuk tujuan memantapkan kawalan dan pemantauan keselamatan di Esszone," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Jaini berkata demikian bagi mengulas kenyataan Aktivis Sosial Sabah Datuk Patrick Sindu semalam yang meminta kerajaan persekutuan, khususnya Jabatan Peguam Negara, menjelaskan secara terperinci bidang kuasa Esscom, terutama berkaitan keselamatan di Esszone.
Patrick juga dipetik sebagai mencadangkan agar Peguam Negara segera mengkaji kemungkinan memberi kuasa tambahan yang sesuai kepada Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek bagi meningkatkan keberkesanan kawalan dan pemantauan keselamatan di Esszone.
Jaini berkata Pegasah turut mengulangi cadangannya agar ibu pejabat Esscom dipindahkan ke Sandakan yang lebih strategik dari segi kedudukan geografi iaitu di tengah-tengah kawasan Esszone yang merangkumi 10 daerah dari Kudat hingga ke Tawau.
Bagaimanapun, katanya, Pengasah mahu pejabat Esscom sedia ada di Lahad Datu dikekalkan.
"Kita juga mahu Esscom menimbang agar pejabat Esscom diwujudkan di setiap 10 daerah terbabit. Kerjasama erat pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan itu seharusnya bukan sahaja wujud di peringkat pengurusan pusat Esscom tetapi di setiap peringkat termasuk pengurusan keselamatan di daerah terbabit," katanya.
Jaini juga berharap agar persatuan yang mewakili masyarakat nelayan Sabah itu dilibatkan dalam apa juga aktiviti yang dianjurkan oleh Esscom dan juga lebih banyak rakyat tempatan Sabah diberi peluang menganggotai pasukan keselamatan dan pertahanan Esscom.
Penubuhan Esscom diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melawat Lahad Datu pada 7 Mac lepas bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada Februari tahun lepas.
Esscom adalah ejen penguat kuasa Esszone yang meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna. - Bernama
Sumber HD - 3-1-2014
20 pelajar terima sumbangan PAS Sepanggar
- Dec 28, 2013
- MOHD KHAIRUDDIN DAUD
KOTA KINABALU: PAS Kawasan Sepanggar telah menyampaikan sumbangan berbentuk beg dan peralatan sekolah kepada 20 orang murid sekolah rendah bertempat di Kampung Likas, Sepanggar, semalam.
Majlis tersebut merupakan siri pertama penyampaian sumbangan dalam jelajah Program Back To School anjuran PAS Kawasan Sepanggar.
Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Sepanggar, Asfar Akbar, beg dan peralatan sekolah yang disampaikan itu adalah hasil sumbangan daripada orang ramai.
"Alhamdulillah, program siri pertama telah berjaya kita laksanakan. Sumbangan dana daripada orang ramai amat menggalakkan sejak kita melancarkan tabung sumbangan dana pada 20 Disember lalu. Terima kasih saya ucapkan kepada para penyumbang.
Menurutnya lagi, penerima sumbangan terdiri daripada murid-murid yang kurang berkemampuan di sekitar Kampung Likas.
"Kita dapati, masih ramai anak-anak kita yang kurang berkemampuan di sini dan sangat memerlukan sumbangan. Maka, kita di peringkat PAS mèngambil inisiatif ini bagi meringankan beban ibu bapa,” tambahnya.
Turut menyampaikan sumbangan ialah Ketua Pemuda PAS kawasan, Abdillah Matlin.
“Jelajah Program Back to School selepas ini akan ke Kampung Padas dan berakhir di Kampung Unngun. Insya Allah program ini akan berakhir dengan satu mini karnival pada hari ahad ini," kata Abdillah.
Sumber HD - 28-12-2013
Ikan terdampar di Lahad Datu bukan kerana gempa bumi
- Dec 25, 2013
- BERNAMA
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah Abdul Malek Tussin berkata berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa.
Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit, katanya kepada Bernama di sini Rabu.
Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah.
"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai," katanya.
Beliau berkata pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam.
Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami.
Sumber HD - 25-12-2013
Menteri Kerja Raya diminta tinjau jalan di Tawau
- Dec 23, 2013
- HARAKAHDAILY
Ini kerana katanya keadaan jalan di kedua-dua daerah itu amat daif dan memerlukan perhatian segera daripada kerajaan pusat.
Menurutnya jalan yang runtuh di Km 30 Jalan Apas-Balung sejak setahun lalu juga masih belum dibaik pulih.
Jangan tunggu dibangkitkan di Parlimen, baru hendak diambil tindakan, katanya kepada Bernama di sini.
Mengulas pembangunan di Kalabakan, Abdul Ghapur yang juga Ketua Umno Kalabakan berkata beberapa kawasan di daerah itu akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan.
Ini termasuk pembinaan kemudahan rehat dan rawat di persimpangan Luasong, Jalan Kalabakan-Keningau, katanya. - Bernama
Sumber HD - 23-12-2013
Kronologi pembunuhan & penculikan warga Taiwan di Sabah
- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Berikut ialah kronologi pembunuhan dan penculikan dua warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah bulan lepas.
15 Nov - Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar sahkan seorang pelancong Taiwan, Hsu Li Min, 57, mati ditembak manakala rakan wanitanya, An Wei Chang, 58, dikhuatiri diculik sekumpulan lelaki bersenjata, dipercayai dari selatan Filipina.
16 Nov - KPN syaki kumpulan pengganas Al-Qaeda Abu Sayyaf terlibat dalam kes itu yang dipercayai bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang dengan menaiki bot pam dan menculik mangsa untuk tebusan.
17 Nov - Polis percaya An Wei Chang (gambar) masih hidup dan usaha menjejaki kumpulan yang menculiknya giat dijalankan oleh pasukan keselamatan.
18 Nov - Polis Sabah menegaskan pihaknya tidak tahu menahu tentang laporan media Taiwan kononnya keluarga An Wei Chang, sudah dihubungi pihak tertentu untuk meminta bayaran tebusan.
19 Nov - Polis Sabah memberitahu bedah siasat mayat Hsu Li Min, yang ditembak mati dalam kejadian itu akan dilakukan pada 20 Nov di Hospital Tawau.
20 Nov - Keluarga Hsu Li Min berharap laporan lengkap bedah siasat mayat mangsa dapat dikeluarkan segera.
21 Nov - Mayat Hsu Li Min dibakar di pusat pembakaran mayat Foo Kui Memory Park di Tawau kira-kira 12 tengah hari.
25 Nov - Polis sahkan belum terima sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak berhubung kes culik An Wei Chang.
30 Nov - Polis beri jaminan keselamatan An Wei Chang, dan kes sedang diuruskan kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Filipina.
1 Dis - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar minta pengusaha dan operator pusat pelancongan di Pulau Pom Pom beri kerjasama penuh, tidak menghalang tugas pasukan polis membuat rondaan di kawasan itu.
2 Dis - Polis tahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an tanpa dokumen pengenalan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 3 pagi, 1 Dis yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan itu.
20 Dis - KPN sahkan An Wei Chang berjaya diselamatkan pihak berkuasa Filipina. Wanita itu kini berada di Hospital Merin, Sulu dan diterbangkan ke Zamboanga City. - Bernama
Sumber HD - 21-12-2013
JHEAINS disaran perkukuh bekalan buku sekolah agama
- Dec 20, 2013
- HARAKAHDAILY
Pengerusi lajnah Dakwah dan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Sabah, Zaiem Al Hilmee berkata, sistem perbekalan buku agama yang dibekalkan oleh JHEAINS kepada sekolah agama rakyat yang beroperasi menggunakan sistem pendidikan jabatan agama negeri agak sedikit bermasalah terutama kepada sekolah agama rakyat (SAR) bagi tahun 2014.
“Pemuda PAS memahami langkah JHEAINS untuk mengadakan transformasi sistem perbekalan buku sekolah agama menggunakan konsep skim pinjaman buku teks secara menyeluruh pada tahun 2015,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Namun, kata beliau pihak JHEAINS sewajarnya melakukan transisi perubahan ke arah itu dengan lebih baik dan tidak mengalami masalah untuk membekalkan buku kepada semua sekolah agama di negeri Sabah.
Menurutnya, menjelang sesi persekolahan tahun 2014, ada beberapa buah SAR yang mengeluh dengan kehabisan stok buku agama untuk tahun 2014.
Ini, ujar beliau kerana bekalan yang tidak mencukupi untuk menampung permintaan beberapa buah sekolah agama di Sabah.
“Kita cukup khuatir ia akan menjejaskan aspek pengajaran di sekolah agama yang menjadi satu medium dalam mengilmukan masyarakat Islam di Sabah,” ujarnya lagi.
Tambahnya, Pemuda PAS negeri juga percaya bahawa masalah itu akan menjejaskan aspek pengajaran mutu di sekolah agama.
Menruutnya, permasalahan terhadap perbekalan buku ini akan menimbulkan masalah yang lain dalam aspek pengajaran di dalam kelas terutama kepada guru-guru agama dan ianya lebih kronik jika kesannya akan dihadapi oleh pelajar terutama dalam aspek pemahaman terhadap teks dan ilmu agama.
“Justeru itu, Pemuda PAS menyarankan JHEAINS untuk mengemaskini sistem perbekalan buku sekolah agama dan diharapkan segala permasalahan berkaitan hal ini akan selesai sebelum sekolah dibuka bagi sesi 2014 tahun hadapan,” kata beliau.
Sumber HD - 20-12-2013
Pn Hjh Zaiton Ahmad, Ketua Dewan Muslimat Pas Sabah ketika berucap merasmikan sambutan hari guru tahun 2012 lalu peringkat negeri Sabah di sebuah hotel di Tawau.
Tiada cubaan ceroboh pantai timur Sabah
- Dec 17, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata keadaan keselamatan di kawasan itu yang dikenali sebagai Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) adalah terkawal dan terjamin.
Zon tersebut merangkumi 10 daerah meliputi jarak 1,733.7 kilometer dari Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Sehubungan itu Mohammad meminta orang ramai, bertenang dan tidak sesekali percaya kepada khabar angin yang boleh mengeruhkan keadaan.
"Berdasarkan risikan yang diperoleh ESSCOM, setakat ini tiada cubaan untuk menceroboh masuk oleh kumpulan Abu Sayyaf atau MNLF seperti didakwa. Oleh itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak berasas termasuk melalui media sosial," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing.
Khalid berkata demikian kepada pemberita di Kuala Lumpur ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan MNLF mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan).
Mohammad berkata kawalan keselamatan di ESSZONE diperketatkan termasuk bilangan rondaan pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin.
"Kita juga meningkatkan pengawasan dan kawalan di pos-pos keselamatan bukan sahaja di pos kawalan di pulau tetapi juga di pos kawalan daratan," katanya.
Selain itu, Mohammad berkata ESSCOM, yang dipertanggungjawab menyelaras agensi pertahanan dan keselamatan di ESSZONE, mewujud dan menempatkan Pasukan Tindakan Pantas di beberapa tempat strategik bagi memintas bot atau kumpulan tertentu yang cuba memasuki perairan negara ini untuk melakukan jenayah penculikan.
"Pewujudan Pasukan Tindakan Pantas ini juga bertujuan untuk memastikan tidak berlaku atau mengelak sebarang pencerobohan.
"Bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di kawasan maritim kita, aset pertahanan dan keselamatan seperti kapal terbang dan helikopter turut digunakan," katanya.
Justeru, Mohammad memberi amaran kepada mereka yang cuba bersekongkol dengan pihak musuh, termasuk memberi maklumat kepada kumpulan yang ingin atau cuba menceroboh masuk untuk tujuan aktiviti penculikan, supaya tidak berbuat demikian kerana tindakan tegas akan dikenakan. - Bernama
Sumber HD - 17-12-2013
Sabah: Di balik tirai kemiskinan, ada rintihan rakyat tak berdosa
- Dec 17, 2013
- ROKETKINI
KATA orang, rezeki, maut dan jodoh ketentuan tuhan. Kita tidak mahu menolak kenyataan itu. Cuma yang ingin kita timbulkan ialah persoalan apabila rezeki mencurah-curah kurniaan tuhan kepada negeri cuma berlegar di sekitar tangan pemimpin tertentu, malah mereka yang dimenangkan oleh orang miskin! Ironi, tetapi itu sudah cukup mendukacitakan.
Tidak dapat kita bayangkan bagaimana bapa kepada satu keluarga tiga atau lima anak hanya memperoleh pendapatan RM400 hingga RM500 sebulan hasil kerja memungut sawit atau pemandu lori.
Tidak juga kita dapat bayangkan bagaimana kehidupan tanpa bekalan air bersih dan elektrik dan terpaksa manakung air hujan atau mengangkut air berjam-jam dari sungai.
Dua, tiga perkara ini sudah cukup untuk melunyaikan warga kota yang sudah lama menikmati kemudahan asas. Tanda tanya terbesar yang timbul ialah bagaimana mungkin keadaan ini masih berlarutan di sebuah negeri yang kaya hasil bumi malah terkenal seantero dunia?
Malangnya nasib Kampung Kinadaan
Apa yang saya katakan ini adalah satu daripada realiti, hakikat yang masih berlaku di Sabah. Pada 27 Julai lalu, saya mengetuai sepasukan Pemuda DAP mengadakan ziarah ke Kampung Kinadaan di Sugut, sebuah kawasan di utara Sabah. Kawasan ini dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan 2,535 undi menewaskan calon PKR dan dua calon bebas lainnya.
Kebanyakan keluarga di sini hidup dalam keadaan serba sederhana dan kekurangan tanpa kemudahan air, tanpa bekalan elektrik dan tanpa jalan penghubung yang sempurna. Mereka hanya mampu memperoleh pendapatan bulanan rata-ratanya RM500 sebulan dan tidak terbayang oleh kita bagaimana pula keperitan yang ditanggung keluarga yang mempunyai anak ramai. Sudahlah mereka dibiarkan hidup susah, anak-anak pula masih ramai yang tidak mempunyai dokumen kelahiran dan pendidikan yang menjadi asas dan hak setiap anak. Bolehkah anda menyalahkan keluarga ini yang tidak mempunyai maklumat, pengetahuan dan miskin supaya mengundi apabila diberi sejumlah wang?
Sudah tentu, apa yang kami lihat ini adalah manifestasi politik wang dan salah guna kuasa melampau. Kemiskinan dan kemelaratan negeri yang mempunyai rakyat miskin teramai ini merupakan senjata utuh BN untuk terus mengekalkan status quo Sabah sebagai negeri “Deposit Tetap BN”.
Dua generasi tanpa pendidikan
Tragedi terhadap penduduk di sini terus bertimpa-timpa setelah anak-anak mula membesar. Dengan kemiskinan, kemelaratan, pengasingan dan rantai masalah sosial yang berlaku merupakan faktor terbesar kesukaran ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah. Kita akui, pendidikan percuma di peringkat awal bagi anak-anak ini mungkin percuma tetapi dengan pelbagai masalah yang dihadapi, anak-anak ini tidak mampu ke sekolah.
Saya ingin mengambil contoh bagaimana Tugak Ungong, 48, tidak pernah ke sekolah begitu juga dengan tujuh anaknya yang kini berusia 9 hingga 21 tahun. Bukan sekadar itu, mereka malah tidak pernah merasa keriangan kanak-kanak belajar di tadika.
Bagi Rimlan Kusin, 42, pula, beliau terpaksa berhijrah ke bandar untuk bekerja bagi menampung keluarga dan pendidikan anak-anaknya.
Walaupun kehidupan di bandar agak sukar bagi beliau, tetapi beliau berpuas hati bila mana dua anaknya paling bongsu itu boleh bersekolah memandangkan dua anaknya sebelum ini tidak berkesempatan untuk belajar.
Ada juga ibu bapa yang cuba belajar sendiri daripada bahan bacaan seperti surat khabar lama tetapi tanpa bimbingan, mereka tidak mampu untuk membaca biar pun satu perenggan yang mudah.
Apa yang menyedihkan saya, walaupun sekolah kerajaan, Sekolah Kebangsaan Matanggal siap dan lengkap dibina, ia terbiar begitu sahaja. Penduduk kampung amat berharap agar sekolah itu beroperasi kembali. Percubaan kami menghubungi Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap tidak berjaya.
Keluar dari zon selesa
Penelitian yang dibuat Profesor Bridget Welsh membenarkan jangkaan kita selama ini. Beliau menyimpulkan bahawa tindakan pihak berkuasa atau kerajaan menutup mata atas kemelut kemiskinan rakyatnya tanpa usaha memperkasakan rakyat keluar daripada kemelut kemiskinan hanya semata-mata bertujuan agar undi akan terus memihak kepada mereka, parti pemerintah.
Malaysia Timur adalah elemen terpenting dalam menentukan perubahan kerajaan dalam Pilihn Raya Umum ke-14. Kunci paling mustahak adalah bagaimana rakyat di Malaysia Timur mampu untuk mengalami “pencerahan pemikiran”, untuk mencapai tujuan ini, Sabah mesti bebas daripada kemiskinan.
Bagi kemenangan Pakatan Rakyat (PR) sama ada di Sabah atau Sarawak, gerak kerja tersusun meliputi pelbagai elemen pendidikan, kesukarelawan harus dijalankan di kawasan pedalaman.
Pembinaan infrastruktur seperti sekolah, bekalan air dan sebagainya amat penting dalam mencetuskan semangat untuk berubah. Hanya melalui pengetahuan dan pendidikan, kesedaran rakyat mampu dibentuk dan laungan perubahan bukan lagi mitos yang hanya ditertawakan.
Menggegar negeri “deposit tetap”
Penduduk kampung mengakui bahawa mereka telah memberikan undi kepada BN sejak 20 tahun lalu termasuk pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lalu. Bagaimanapun, mereka mula sedar bahawa kerajaan BN seperti menutup mata dan memekakkan telinga di atas kemelut kehidupan yang mereka deritai. BN terbukti tidak membawa apa-apa perubahan baik daripada segi pembangunan mahupun kebajikan.
Saya percaya bahawa DAP dan PR perlu berfikir melangkau “politik urban” dan perlu aktif dan bersungguh-sungguh berjuang demi kemaslahatan masyarakat di pedalaman. Kita perlu menunjukkan kesungguhan membela mereka dengan menjalankan lebih banyak aktiviti turun padang bagi menyelesaikan apa jua masalah semampu yang boleh lebih-lebih lagi membabitkan keperluan dan kemudahan asas. Hanya dengan langkah demikian, PR mampu memperoleh kepercayaan penduduk kampung.
Ini hanya sebahagian kisah penduduk di Kampung Kinadaan. Sukar dibayangkan bagaimana pula nasib penduduk kampung di kawasan pedalaman lain. Tanpa usaha keras, sebahagian masyarakat ini akan terus terpinggir, malah terus menjadi mangsa kerakusan kuasa politik BN. - Roketkini.com
Sumber HD - 17-12-2013
Kadar jangkitan TB di Labuan tinggi
- Dec 11, 2013
- HARAKAHDAILY
Pengarah Kesihatan Labuan Dr Zaini Hussin berkata perbandingan itu berdasarkan jumlah penduduk di negeri lain yang jauh lebih ramai namun bilangan kes TB adalah rendah.
"Atas faktor itulah pelbagai kempen diadakan bagi memaklumkan kepada orang ramai kerana mentaliti masyarakat menganggap simptom batuk kering sebagai batuk biasa.
"Penyakit tuberculosis boleh menjangkiti semua peringkat usia serta berisiko tinggi kerana boleh dijangkiti menerusi sebaran udara dan sentuhan anggota badan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Katanya usaha mencegah dan mengawal jangkitan TB memerlukan kerjasama semua pihak selain tindakan bersepadu daripada pihak berkuasa yang berkenaan.
Mengenai HIV/AIDS pula, Dr Zaini berkata dalam tempoh 2011 hingga kini sebanyak lapan kes dilapor di Labuan termasuk dua kematian.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan angka itu mungkin lebih tinggi jika lebih ramai tampil menjalani saringan dan pengesanan awal.
"Kita juga boleh mengelak jangkitan baharu jika melakukan pengesanan awal," katanya dan menambah dijangka 300,000 rakyat Malaysia dijangkiti virus berbahaya itu menjelang 2015. - Bernama
Sumber HD - 11-12-2013
Tarif elektrik: Rakyat Sabah tanggung beban berganda
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
Malah, kata ketuanya, Lahirul Latigu kenaikan terbaru yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili adalah mendadak iaitu 16.9 peratus berbanding 14.89 peratus di Semenanjung.
“Kenaikan ini sudah pasti akan membebankan. Pengguna akan terpaksa membayar bil yang lebih tinggi bagi setiap penggunaan elektrik,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Dewan Pemuda PAS Sabah memandang serius terhadap pengumuman kenaikan tarif elektrik akibat daripada semakan terhadap subsidi elektrik dan gas oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.
Kenaikan tersebut adalah sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowatt kepada 38.53 sen/kwj di Semenanjung manakala kenaikan 16.9 peratus atau 5 sen KW kepada 34.52 sen/kwj yang akan berkuatkuasa pada 1 Jan 2014.
Pemuda PAS Sabah membantah kenaikan tersebut kerana penstrukturan kenaikan 15 peratus iaitu dari 25.50 sen/kwj kepada 29.25sen/kWj tarif elektrik di Sabah dan Labuan baru saja dilakukan pada 15 Julai 2011.
Malah kenaikan terbaru yang diumumkan oleh menteri terbabit adalah mendadak iaitu 16.9 peratus berbanding 14.89 peratus di Semenanjung.
Kenaikan ini sudah pasti akan membebankan. Pengguna akan terpaksa membayar bil yang lebih tinggi bagi setiap penggunaan elektrik.
Walaupun dimaklumkan 62 peratus tidak berada dalam kategori penyelarasan tersebut, tetapi ada baki 38 peratus atau 158,000 pengguna adalah mereka yang akan terkesan secara langsung. Ditambah kos hidup yang tinggi, terutamanya di bandar-bandar utama kenaikan tarif letrik ini sudah pasti akan tambah menyukarkan kehidupan.
Namun apa yang dibimbangi ialah, kenaikan ini pasti akan menyebabkan tekanan kos pengeluaran terhadap pemain industri. Sebarang kenaikan kos sudah pasti akan mendorong kepada kenaikan harga.
Dan, pada tahap ini seluruh rakyat di Sabah akan menerima kesan daripada kenaikan tersebut. Malah yang amat dibimbangi ialah rakyat Sabah akan menanggung beban berganda akibat dari kenaikan tersebut.
Sepatutnya, kementerian perlu memberi fokus terhadap pembaikan servis terlebih dahulu. Di Sabah, penyedia bekalan elektrik SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd) lebih sinonim dengan panggilan "Sabah Electricity Sure Blackout" kerana masalah gangguan bekalan elektrik masih menjadi masalah utama.
Indeks Sistem Purata Gangguan (SAIDI) masih tinggi pada 557 minit/pengguna pada 2012 walaupun terdapat penurunan berbanding 2867 minit pada tahun 2009. Ini cukup jauh dibandingkan di Semenanjung yang telah mencapai kecekapan tahap bawah 100 minit iaitu 66 minit pada 2009 lagi.
Keadaan ini lebih kritikal apabila 23% kawasan pedalaman di Sabah masih tidak mempunyai liputan bekalan elektrik menurut Laporan Rancangan Malaysia Ke-10.
Kenaikan ini sudah pasti memberi lebih keuntungan kepada Syarikat IPP atau Penyedia Tenaga Bebas. Pergantungan masih tinggi terhadap IPP ini dengan daripada 785MW keseluruhan keupayaan penjanaan SESB, 314MW adalah dijana oleh IPP bermakna kerajaan terpaksa membayar sumber subsidi yang tinggi untuk menampung syarikat-syarikat ini.
Alasan kenaikan gas asli tidak boleh diterima kerana Sabah adalah antara pengeluar petroleum yang utama. Data yang diperolehi pada tahun 2011 mencatatkan hasil petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Sabah adalah sebanyak RM16.24 billion. Kenapa tidak dikembalikan manfaat hasil dari bumi Sabah ini kepada rakyat Sabah walau sedikitpun?
Rakyat di Sabah sudah lama terbeban dengan kos hidup yang tinggi akibat dasar dan polisi berat sebelah UMNO dan Barisan Nasional. Polisi Kabotaj umpamanya telah lama menekan harga barang lebih tinggi berbanding di Semenanjung.
Menerusi polisi inilah rakyat Sabah akan merasai kesan berganda kerana barang-barang terpaksa menghadapi tekanan kos akibat kenaikan tarif elektrik di semenanjung, seterusnya tekanan kos akibat kenaikan tarif di Sabah juga berlaku setelah sampai di sini.
Ditambah pula dengan kenaikan harga minyak dan terbaru cukai GST yang bakal menyusul, nampaknya kehidupan di Sabah akan menjadi bertambah sukar..!
Inilah mungkin 'hadiah' kepada rakyat Sabah setelah memberi undi yang besar mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya ke-13 lepas.
Menteri, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili selaku Ahli Parlimen Sabah dari Kota Marudu sepatutnya berasa malu kerana tidak berupaya menjalankan tugasnya menjaga kepentingan rakyat Sabah.
Pemuda PAS Sabah menasihatkan agar beliau berundur jika tidak mampu lagi mempertahankan hak rakyat yang diwakilinya.
Sumber HD - 3-12-2013
Polis tiada maklumat tuntutan pampasan mangsa culik
Bernama, | 18 Nov 2013 |
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya tidak tahu menahu berhubung laporan media Taiwan kononnya keluarga mangsa culik di Pulau Pom Pom, Semporna, sudah dihubungi pihak tertentu bagi meminta bayaran pampasan.
Hamza berkata siasatan yang dijalankan setakat ini mendapati keluarga mangsa culik berkenaan belum dihubungi mana-mana pihak (untuk sebarang tuntutan).
Katanya pihaknya juga tidak pernah dihubungi pihak media Taiwan berhubung perkara itu namun menegaskan siasatan pasukan khas yang ditubuhkan bagi mengendalikan kejadian Jumaat lepas itu masih berjalan.
"Jika mereka nak buat tuntutan pampasan, mereka mahu menuntutnya dari siapa. Anda pun tahu bahawa wanita berkenaan bukan isteri mangsa yang mati. Kami sudah dapatkan pengesahan daripada pihak sebelah sana (pihak berkuasa Taiwan). Disahkan bahawa mereka bukan suami isteri tetapi hidup bersama," katanya.
Hamza berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rasid di sini hari ini.
Menurut Hamza polis Sabah menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut prosedur dan sehingga kini merakamkan lebih 20 keterangan berhubung insiden itu bagi membantu siasatan seterusnya.
Katanya polis Sabah juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Taiwan malah beberapa pegawainya sudah berada di Semporna untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Bagaimanapun, Hamza berkata ada perkara yang tidak boleh didedahkan kepada media kerana ia mungkin boleh mengganggu siasatan memandangkan keutamaan pihak berkuasa ialah keselamatan mangsa culik agar dapat pulang dengan selamat.
Mengenai kemungkinan ada individu yang tinggal di Sabah terlibat dalam insiden itu, Hamza berkata perkara itu masih disiasat. - Bernama

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-11-2013
Kedaifan setinggan Kampung Karamunting Laut
Hilmi, | 15 Nov 2013 |
Hampir satu ribu orang menetap di situ dan semuanya bragama Islam. Akibat kelemahan sistem dokumentasi dan desakan kemiskinan, sebahagian mereka tidak mempunyai kad pengenalan, tiada sijil kahwin dan yang menjadi mangsa adalah anak-anak kecil yang gagal mendapat surat beranak.
Implikasinya sangat besar, sebahagian besar anak di situ gagal mengikuti sistem persekolahan yang menjadi hak asasi seorang warganegara.
Setinggan kayu itu hanya dibina di atas pesisir laut Sulu, menanti roboh jika diserang ombak kuat.
Sebahagian lantai laluan jalan kaki sudah reput dan hanya menanti mangsa yang terjerlus jatuh di dalam laut.
Apabila air pasang, air laut akan melimpah hampir mencecah lantai dan lambakan sampah bertebaran. Kedaifannya sangat di luar jangkaan.
Hanya terdapat satu sambungan sumber eletrik untuk semua keluarga dan disalurkan melaui wayar extension yang bersambung-sambung.
Sistem saluran air bersih sangat teruk dan sisa kumbahan hanya jatuh ke dalam laut. Penduduk sudah kebal dengan bau busuk dan sampah yang melimpah.
Satu perkara paling merisaukan, kawasan setinggan itu terletak hanya beberapa meter bersebelahan dengan depot tangki miyak Petron yang dipisahkan dengan selapis pagar zink.
Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini di depot minyak itu, penduduk tiada pilihan lain melainkan terjun ke laut kerana laluan utama ke sana sangat sempit dan hanya dipisahkan dengan pagar zink dan tebing laut.
Pada sabtu 9 november yang lepas, Pemuda PAS Sandakan turun padang membaiki sebuah sekolah untuk anak-anak setinggan yang tidak dapat ke sekolah kebangsaan termasuk sumbangan buku-buku, kerusi meja, dan lain-lain.
Sekolah itu masih memerlukan banyak lagi bantuan samada berbentuk material ataupun program pendidikan.
Keprihatinan aktivis masyarakat dan orang awam sangat dialu-alukan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-11-2013
Resolusi Tanah: Orang Asal mahu kerajaan mohon maaf
Jaringan Orang Asal, | 08 Nov 2013 |
PENAMPANG: Lebih 400 peserta persidangan nasional berkenaan tanah telah menghasilkan Resolusi Tanah Orang Asal di Dewan Tun Fuad, di sini.
Persidangan anjuran oleh Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) yang diadakan pada 6 dan 7 November itu melibatkan peserta Orang Asal dari seluruh Malaysia, serta wakil-wakil dari kerajaan, syarikat-syarikat, pelajar-pelajar dan ahli akademik.
43 perkara dalam resolusi itu bertujuan untuk menangani pelanggaran hak tanah adat Orang Asal, yang pada akhir-akhir ini telah diburukkan lagi oleh pindaan undang-undang dan tindakan kerajaan.
"Kami mahu kerajaan memohon maaf untuk segala kesalahan terhadap Orang Asal," kata kebanyakan peserta.
Perbincangan semasa persidangan itu bertemakan 18 syor dari laporan Suhakam khususnya penubuhan sebuah Suruhanjaya Nasional Orang Asal yang bebas, pengiktirafan hak tanah adat Orang Asal, menangani ketidakseimbangan pembangunan tanah, mencari remedi tanah yang hilang, mencegah kehilangan tanah pada masa hadapan dan menangani isu pentadbiran tanah.
Salah satu perkara utama dalam resolusi tersebut termasuk menggesa kerajaan untuk menyiarkan dan merealisasikan Deklarasi Antarabangsa terhadap Hak Orang Asal (UNDRIP) dalam urusan-urusan, program-program dan dasar-dasar yang melibatkan Orang Asal dan tanah mereka.
UNDRIP, yang disokong oleh Malaysia, memerlukan proses izin berasaskan Makluman Awal, Bebas dan Telus (Izin-MABT) dalam semua urusan yang melibatkan Orang Asal.
Seruan untuk Izin-MABT adalah dipersetujui sebulat suara, terutamanya dengan projek empangan mega yang tidak memperolehi Izin-MABT serta sokongan daripada Orang Asal.
"Bantahan di Murum dan sekatan di Baram Sarawak, sekatan di Ulu Papar yang membantah empangan Kaiduan di Sabah tidak berlaku secara kebetulan,” kata Setiausaha Agung JOAS, Mary Giun.
Katanya lagi, rakyat telah merasai bencana akibat pembinaan empangan Bakun, bukan sahaja terhadap kehidupan Orang Asal yang kini menjadi lebih teruk, tetapi juga kemusnahan alam sekitar.
Mereka tidak mahu melihat kesilapan yang sama berulang," jelasnya.
"Kerajaan telah menganiayai Orang Asal dengan meminggirkan kami, mengetepikan pemilihan demokratik pemimpin tradisional kami, mengkategorikan kami sebagai miskin dan kini atas nama pembangunan dan pembasmian kemiskinan, tanah dan sumber-sumber kami telah dirampas," kata Jannie Lasimbang, Pengarah Sekretariat JOAS yang juga ahli Mekanisme Pakar Hak Orang Asal di PBB menjelaskan mengapa Orang Asal menuntut permohonan maaf daripada kerajaan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-11-2013
Pasti: PAS Sabah hargai kepercayaan masyarakat
Khairuddin Daud, | 07 Nov 2013 |
KOTA KINABALU: Majlis Konvokesyen Pasti Kota Kinabalu ke-23 yang diadakan pada tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana sambutan yang begitu menggalakkan daripada para ibu bapa.
"Konvo kali ini agak berbeza dengan sebelumnya, lebih meriah dan kehadiran ibu bapa sungguh menggalakkan. Dan kita harapkan perkara sebegini berterusan,” ujar Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Aminuddin Aling ketika ditemui selepas merasmikan majlis tersebut.
Sehubungan itu, beliau merakamkan jutaan tahniah kepada para murid Pasti yang telah berjaya menamatkan pengajian.
Beliau turut mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada para ibu bapa di atas kepercayaan mereka dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak.
Pasti menjayakan majlis itu terdiri daripada Pasti Sepanggar, Putatan, Tuaran dan Kinarut.
Seramai 213 orang pelajar daripada 17 buah Pasti telah menerima sijil pada konvokesyen yang diadakan di Dewan Sabah Trade Centre, di sini, kelmarin.
Turut diadakan aktiviti-aktiviti lain seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma, derma darah, gerai jualan dan fotografi.
Majlis turut diserikan dengan persembahan-persembahan kreatif, bacaan ayat suci al-Quran dan deklamasi sajak daripada pelajar-pelajar Pasti.
"Konvo kali ini agak berbeza dengan sebelumnya, lebih meriah dan kehadiran ibu bapa sungguh menggalakkan. Dan kita harapkan perkara sebegini berterusan,” ujar Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Aminuddin Aling ketika ditemui selepas merasmikan majlis tersebut.
Sehubungan itu, beliau merakamkan jutaan tahniah kepada para murid Pasti yang telah berjaya menamatkan pengajian.
Beliau turut mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada para ibu bapa di atas kepercayaan mereka dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak.
Pasti menjayakan majlis itu terdiri daripada Pasti Sepanggar, Putatan, Tuaran dan Kinarut.
Seramai 213 orang pelajar daripada 17 buah Pasti telah menerima sijil pada konvokesyen yang diadakan di Dewan Sabah Trade Centre, di sini, kelmarin.
Turut diadakan aktiviti-aktiviti lain seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma, derma darah, gerai jualan dan fotografi.
Majlis turut diserikan dengan persembahan-persembahan kreatif, bacaan ayat suci al-Quran dan deklamasi sajak daripada pelajar-pelajar Pasti.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-11-2013
Gazet pesisir tebing sungai Kota Klias jejas penduduk
Harakahdaily, | 11 Okt 2013 |
BEAUFORT: Kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah digesa membatalkan hasrat untuk mewarta dan menggazet pesisir tebing Sungai Kota Klias sebagai Hutan Simpan kerana ia bakal menjejaskan sosioekonomi penduduk tempatan, kata Pemangku Ketua Cabang PKR Beaufort, Taufick Ruschi (gambar).
Menurut beliau, cadangan menggazetkan pesisir sungai Kota Klias sebagai hutan simpan akan menyusahkan penduduk kampung yang rata-rata mengunakan sungai Kota Klias sebagai laluan dan tempat mencari makan dengan menangkap ikan secara tradisional.
"Penduduk kampung sekitar sejak sekian lama dari nenek moyang mereka telah mengunakan sungai Kota Klias sebagai sebahagian daripada kehidupan harian, tetapi kenapa hari ini kerajaan mahu menggazetkan nya," soal beliau.
Dalam pada itu Taufick yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR Sabah telah menghantar emel kepada Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Samm Mannan meminta dialog dengan penduduk kampung berkenaan diadakan.
Samm Manan dalam jawapannya berjanji akan menjalankan siasatan namun sehingga kini maklumat berhubung hasil siasatan itu belum dimaklumkan kepada Taufick.
Taufick berharap kerajaan negeri mengkaji hasrat menggazet kawasan tersebut dan membatalkannya demi kepentingan penduduk.
Difahamkan ketika ini pengguna sungai Kota Klias dikenakan bayaran RM2.00 seorang bagi rakyat tempatan dan RM5.00 seorang bagi pelancong asing.
Taufick bagaimanapun menyokong kerajaan negeri mengenakan yuran kepada pelancong asing kerana ia membantu perolehan negeri.
Menurut beliau, cadangan menggazetkan pesisir sungai Kota Klias sebagai hutan simpan akan menyusahkan penduduk kampung yang rata-rata mengunakan sungai Kota Klias sebagai laluan dan tempat mencari makan dengan menangkap ikan secara tradisional.
"Penduduk kampung sekitar sejak sekian lama dari nenek moyang mereka telah mengunakan sungai Kota Klias sebagai sebahagian daripada kehidupan harian, tetapi kenapa hari ini kerajaan mahu menggazetkan nya," soal beliau.
Dalam pada itu Taufick yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR Sabah telah menghantar emel kepada Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Samm Mannan meminta dialog dengan penduduk kampung berkenaan diadakan.
Samm Manan dalam jawapannya berjanji akan menjalankan siasatan namun sehingga kini maklumat berhubung hasil siasatan itu belum dimaklumkan kepada Taufick.
Taufick berharap kerajaan negeri mengkaji hasrat menggazet kawasan tersebut dan membatalkannya demi kepentingan penduduk.
Difahamkan ketika ini pengguna sungai Kota Klias dikenakan bayaran RM2.00 seorang bagi rakyat tempatan dan RM5.00 seorang bagi pelancong asing.
Taufick bagaimanapun menyokong kerajaan negeri mengenakan yuran kepada pelancong asing kerana ia membantu perolehan negeri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-10-2013
Madraza daif Karamunting Laut perlu bantuan
Teks dan foto: Azamin Amin, | 23 Sep 2013 |
Tak mungkin. Getus hati tatkala Haris, seorang peguam muda menceritakan kisah daif penduduk Kampung Karamunting Laut, Batu Sapi.
Saya pujuk Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman yang sedang rancak bersembang dengan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah, untuk berpisah seketika, mengikuti Haris bersama dua orang sahabat ke kampung atas air itu.
Perjalanan setengah jam, terasa sedikit terentak dengan jalan turap yang pecah dan lopak, hasil kualiti bahan yang murah.Tiba-tiba kelihatan sesuatu yang aneh.
Kawasan loji minyak syarikat terkemuka, dibina berhampiran kediaman penduduk dan sebuah kem Polis Gerak Am, dibezakan jarak hanyak 200 meter. Tiada kawalan keselamatan yang ketat, seperti di Kerteh, Terengganu.
Sampai di Kampung Karamunting Laut, berjalan kaki pula menyelusuri jalan tepi, dibatasi pagar zing dan kawat duri yang menjadi penghadang antara sebuah lagi loji penapis minyak syarikat terkemuka, milik anak seorang pemimpin veteran BN dengan perkampungan atas air itu.
Ngerinya untuk membayangkan, sedikit nyalaan api, pasti makhluk alam dan penduduk di situ tidak sempat menyelamatkan nyawa.
Akhirnya sampai ke destinasi, yang saya asalnya seperti tidak percaya dan hampir tidak masuk akal. Haris menunjukkan kelas daif lagi menyedihkan. Di hadapan pintu, tertulis 'Madraza Untuk Pelajaran Budak'.
Berhabuk dan ruangnya cukup sempit. Kayu buruk dijadikan meja kecil untuk pelajar menulis sambil duduk bersila. Papan hitamnya sudah ada tulisan jawi, rumi dan arab. Kekal lama di situ, akibat ketiadaan kapur dan pemadam. Lebih uzur, berbanding suasana kelas 'Sekolah Buta Huruf' dalam filem Pendekar Bujang Lapok.
Namun, kelas usang ini telah melorongkan cahaya masa depan kepada kanak-kanak Sandakan, yang tercicir pelajaran kerana tidak dapat masuk ke sekolah kerajaan. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa itu makna dan warna, sekaligus memudahkan mereka mendapatkan kerja.
Itu, hasrat murni Harun Latif, 70 yang telah membina kelas di perkampungan ini sejak lima tahun lalu, selain menjadi pendinding kanak-kanak daripada terjebak kegiatan tidak bermoral, tatkala masa terluang begitu sahaja.
"Saya risau masa depan kanak-kanak dan agama mereka. Tidak terurus dan terabai tanpa bimbingan.
"Ada 60 pelajar, umur enam sampai 15 tahun. Semua dalam satu kelas. Yang penting mereka boleh baca dan dapatkan kerja," luahnya kepada saya yang menung seketika.
Tenaga pengajarnya, hanya seorang iaitu isterinya yang boleh berbahasa Inggeris. Tiada bayaran dikenakan, cuma sumbangan ikhlas bagi yang berkemampuan. Ada membayar RM10.00 sebulan untuk kelas yang diadakan setiap hari, dari jam 8 sehingga petang kecuali hari minggu.
Harun kemudian menunjukkan kami empat kerusi plastik yang disumbangkan oleh individu prihatin, sambil meminta jasa baik rakan-rakan Haris sudi meluangkan masa, mengajar pula orang dewasa.
Rasa seperti ingin menangis dalam ketawa bila membayangkan lebih 3,000 kanak-kanak Sandakan yang tercicir pendidikan dengan ucapan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dubai tahun ini.
"Meningkatkan kualiti sistem pendidikan dan menjadikannya bertaraf dunia sentiasa menjadi keutamaan kerajaan Malaysia dalam mengemudi negara ke arah kejayaan lebih besar," ucap Muhyidin di Sidang Kemuncak Transformasi Pendidikan (TES) 2012.
Bahang mentari dan loji minyak, mula mencengkam tubuh kami berempat. Saya keluar daripada kelas itu, bersama Haris menuju ke kedai runcit berhampiran.
Kelihatan beberapa plastik kecil, aneka warna tergantung. Mungkin aiskrim ataupun minuman perisa, teka saya. Muncul, seorang wanita, si peruncit kedai menerangkan kekeliruan.
"Bukan ... bukan, yang itu sabun, itu minyak dan yang itu cuka ...," kata si peruncit itu. Semuanya dijual dengan harga 20 sen!
Kerana kemiskinan tegar, penduduk sekadar membeli dengan harga itu sahaja, malah peruncit yang miskin ini hanya mampu membeli setengah kilogram beras, untuk dijual semula dengan bungkusan kecil.
Setiap hari, ada penduduk membeli sebiji telur ayam, sebungkus beras dan minyak 20 sen, untuk dimasak dan dimakan kongsi bersama lima orang anak. Sudahlah susah setiap hari kemudian diselubungi mimpi ngeri, andai loji minyak menyala api, terbakar kampung rentung sendiri.
Jika ada yang boleh mengeja dan mampu membeli senaskah akhbar New Sabah Times untuk memahami berita Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman, yang mendabik dada tentang negerinya pasti mereka tersenyum sumbing.
"Meskipun berdepan pelbagai cabaran, Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan yang kukuh tahun ini," kata Musa.
Apatah lagi jika penduduk miskin tegar ini boleh menekan butang untuk melayari perutusan Hari Malaysia, 16 September oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di laman blog www.1Malaysia.com.my.
Najib yang menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinannya tidak akan meminggirkan Sabah dan Sarawak, malah sentiasa berusaha memastikan pembangunan sama rata. Kenyataan umpama itu boleh membuatkan penduduk hampir 'pitam'.
Saya, kemudian tinggalkan Harun, bungkusan 20 sen dan loji minyak yang bakal menyambar nyawa dengan harapan, ada secubit jiwa dalam benak hati manusia sambil bertanya, kesimpulan Haris dan empat anak muda yang masih bertenaga untuk meneruskan usaha mulia.
Berangkat pulang dan berpisah sementara untuk kembali ke pangkuan keluarga dan kerjaya saya, 8 September lalu, mereka berjanji berusaha mengumpulkan dana dan tenaga, membantu mana yang terdaya di samping saya dipinta untuk menajamkan lagi pena.
Di atas pesawat menuju KLIA, Ahmad Lutfi memberi komitmen untuk berusaha membantu -- bersama rakan-rakan aktivis PAS Batu Sapi -- kelompok yang cukup memerlukan di negeri yang kaya khazanah alamnya itu tetapi miskin majoriti warganya.
Salurkan sumbangan terus ke dalam akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM 5640 7000 0336.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-9-2013
Bakar rumah taktik halau setinggan Batu Sapi?
Teks dan foto: Azamin Amin, | 17 Sep 2013 |
PADANG JARAK...lebih 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
SANDAKAN: Setiap kali penduduk setinggan atau tanah teroka diarah berpindah akan berlaku insiden kebakaran misteri yang menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa.
Kejadian ini lazimnya terjadi selepas keengganan penduduk menuruti arahan kerana tidak berpuas hati dengan tempat tinggal baru yang disediakan termasuk pampasan rendah yang dijanjikan.
Demikian kata pengasas PAS Sabah yang juga Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Hamzah Abdullah, 7 September lalu kepada kami -- saya dan Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman -- ketika berkunjung ke tempat kejadian, dekat Sandakan baru-baru ini.
Harakah dibawa melihat sebahagian rumah atas air Kampung Cenderamata, Batu Sapi, yang musnah dijilat api pada hari pertama Syawal lalu. Rombongan kami, yang kebetulan lewat tiba, ketika azan Maghrib hampir berkumandang, disambut penuh harapan.
Jelas sekali impian besar mereka mahu masalah yang menghimpit dapat diberi liputan meluas oleh pihak media, khususnya Harakah, agar penyelesaian tuntas dapaty disegerakan.
Seorang maut susulan kebakaran besar itu manakala lebih 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan terpaksa menetap di khemah sementara dan garaj kereta yang dibina berhampiran tempat kejadian.
Kata Hamzah, beberapa kes sama telah berlaku membabitkan setinggan, namun sehingga kini masih tidak ada tindakan daripada pihak berkuasa dan agensi kerajaan.
Bagi seorang penduduk, Edi Sumardi Jaffar, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.
Pada hari kejadian katanya, sepasang suami isteri dilaporkan bergaduh dan si suami dikatakan bertindak membakar rumahnya sendiri.
Namun yang menimbulkan kemusykilan lelaki yang dipercayai suami pasangan, telah mengeluarrkan seluruh isi barang dalam rumah terlebih dahulu, kemudian bertindak membakar menyebabkan api marak, melibatkan rumah kejiranan yang lain.
"Saya lihat percikan api yang jatuh ke dalam air disambar dengan cepat ... seolah-olah ada minyak yang telah disimbah di seluruh kawasan air dan sekitar rumah.
"Kita telah buat tiga laporan polis dibuat di Balai Polis Sandakan tetapi tiada dimaklumakan hasilnya.Ini termasuk siasatan pasukan bomba yang tidak mendedahkan punca kebakaran," kata Edi kepada Harakah.
Beliau memberitahu bahawa sebilangan besar penduduk yang menjadi mangsa sudah sebulan tinggal di dalam khemah dan garaj kereta sejak Aidilfitri lepas.
"Lebih sedih, dalam susah begini, mereka suruh kami pindah ke Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan membayar deposit...mana kami ada duit," katanya.
Wakil Rakyat kawasan Sekong Dato' Samsudin Yahya pernah dilaporkan berkata beliau bersama Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen akan berbincang dengan Ketua Menteri, Dato' Seri Panglima Musa Haji Aman mengenai cadangan pembinaan PPRT itu.
Dalam bencana itu, dengan segera PAS Sabah bersama anggota Jabatan Amal Malaysia, berusaha membantu meringan beban mereka, jelas Hamzah.
"Antara sumbangan yang disalurkan ialah berupa keperluan harian seperti beras, roti, baldi dan sebagainya serta pakaian terpakai dan duit raya kepada kanak-kanak," katanya.
Rata-rata mangsa kebakaran, termasuk Edi, melahirkan rasa kecewa sehingga sebulan lebih, insiden yang menimpa masih belum mendapat perhatian serius serta bantuan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan.
Edi berkata penduduk sebelum kejadian itu telah lama mencuba untuk mengemukakan permohonan kepada pihak kerajaan untuk mendapatkan status kampung bagi mewujudkan perkampungan.
Keputusannya ialah arahan berpindah dan ianya dibuat sebelum kejadian kebakaran menimpa.
Selepas kebakaran, pihak Barisan Nasional telah meminjamkan dua buah khemah sebagai tempat teduh sementara, bagi lebih 98 keluarga.
"Tiba-tiba tanpa penjelasan BN telah mengambil dua khemah itu semula.
"Kami terpaksa tidur di garaj kereta beratap zing tapi malam tak boleh, panas," luahnya.
Salurkan sumbangan terus ke dalam akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM 5640 7000 0336. Bantuan akan diagihkan melalui PAS Kawasan Batu Sapi.

Keadaan penginapan mangsa di dalam khemah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-9-2013
Jimat: Selesaikah masalah potong elaun menteri?
Muhammad Faizal, | 09 Sep 2013 |
KOTA KINABALU: Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin mempersoalkan adakah cadangan memotong elaun menteri mahupun pemimpin Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat sebagai satu langkah terbaik untuk penjimatan ekoran kenaikan harga minyak sebelum ini.
Beliau ketika ditemui Harakahdaily di pejabatnya memberitahu Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk mengambil tindakan tersebut tetapi tidak yakin ia dapat menyelesaikan masalah tersebut.
"Kita tidak ada masalah untuk turut sama memotong elaun, tetapi kita perlu persoalkan adakah ia dapat menyelesaikan masalah penjimatan berhubung dengan kenaikan harga minyak.
"Kerajaan perlu memikirkan satu pendekatan jangka panjang, bukannya berfikir untuk tempoh singkat. Perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut," jelasnya.
Katanya lagi, apabila timbul kenaikan harga barangan akibat kemaikan harga minyak, maka elaun akan dipotong dan adakah apabila ada kenaikan lain selepas ini cadangan yang sama diutarakan.
"Harga minyak naik kita cadangkan potong elaun, tapi saya dengar kertas kerja cadangan menaikkan harga tarif elektrik sudah ada, hanya menunggu kelulusan, adakah kita akan potong elaun lagi.
"Sampai bila kita nak potong elaun, memang kita hendak turut sama merasai penderitaan rakyat tetapi tindakan untuk merasai beban rakyat bukan dengan memotong elaun sebaliknya mencari jalan lain untuk menambah pendapatan negara, bukan cara mengurangkan subsidi dan mengambil dari poket rakyat," sambung beliau.
Lajim yang meminta agar kerajaan lebih peka dalam soal bebanan yang ditanggung rakyat.
Katanya, banyak perbelanjaan sektor ataupun subsidi yang boleh dikurangkan melibatkan syarikat-syarikat besar serta menangani ketirisan dalam projek mega dan bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa.
YB DSPLU : https://www.youtube.com/watch?v=-3YY89IMZ-4
Beliau ketika ditemui Harakahdaily di pejabatnya memberitahu Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk mengambil tindakan tersebut tetapi tidak yakin ia dapat menyelesaikan masalah tersebut.
"Kita tidak ada masalah untuk turut sama memotong elaun, tetapi kita perlu persoalkan adakah ia dapat menyelesaikan masalah penjimatan berhubung dengan kenaikan harga minyak.
"Kerajaan perlu memikirkan satu pendekatan jangka panjang, bukannya berfikir untuk tempoh singkat. Perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut," jelasnya.
Katanya lagi, apabila timbul kenaikan harga barangan akibat kemaikan harga minyak, maka elaun akan dipotong dan adakah apabila ada kenaikan lain selepas ini cadangan yang sama diutarakan.
"Harga minyak naik kita cadangkan potong elaun, tapi saya dengar kertas kerja cadangan menaikkan harga tarif elektrik sudah ada, hanya menunggu kelulusan, adakah kita akan potong elaun lagi.
"Sampai bila kita nak potong elaun, memang kita hendak turut sama merasai penderitaan rakyat tetapi tindakan untuk merasai beban rakyat bukan dengan memotong elaun sebaliknya mencari jalan lain untuk menambah pendapatan negara, bukan cara mengurangkan subsidi dan mengambil dari poket rakyat," sambung beliau.
Lajim yang meminta agar kerajaan lebih peka dalam soal bebanan yang ditanggung rakyat.
Katanya, banyak perbelanjaan sektor ataupun subsidi yang boleh dikurangkan melibatkan syarikat-syarikat besar serta menangani ketirisan dalam projek mega dan bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa.
YB DSPLU : https://www.youtube.com/watch?v=-3YY89IMZ-4
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-9-2013
Balai raya macam kandang kambing
http://dialograkyat.blogspot.com, | 08 Sep 2013 |
Jurle Sagayong
Permohonan untuk membina balai raya baru telah dibuat tetapi malang sehingga ini tiada respon daripada pihak berkuasa.
KOTA BELUD: Gambar apa ini? Kandang kambing? Oh tidak, ini merupakan balai raya Kampung Tinata, sebuah kampung terpencil di Kadamaian, Kota Belud.
Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-9-2013
Pelihara ketulenan perjuangan, nusratullah datang beriringan
., | 05 Sep 2013 |
Petikan ucapan Ustaz Qamarullah Wahba pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sandakan yang diadakan di Pasti Zaid Bin Harithah, Taman Airport, Sandakan pada 1 September lalu.
Kita semua telah menyatakan tekad dalam muktamar yang lalu untuk mengembelingkan usaha dan daya untuk membangunkan hidup berjemaah. Kita menyatakan tekad berjuang untuk membantu kemenangan Islam menerusi wadah yang kita sama-sama meladeninya. Kita telah melakukan apa yang kita mampu lakukan dan kita juga telah lalai pada bahagian yang telah pun kita lalai. Apa yang dapat kita laksanakan untuk Jemaah, kita panjatkan syukur.
Dengan rahmat Allah juga kita diberikan kekuatan untuk melaksanakannya. Apa yang kita lalai, kita mohon ampun daripada Allah SWT. Semoga Allah tidak mempersoalkan di akahirat kelak apayang tidak dapat kita lakukan sementara kita pun telah menginsafinya.
Marilah kita kembali menginsafi pentingnya hidup berjemaah. Tuntutan hidup berjemaah bukanlah sekadar manis di bibir. Hendaknya kita benar-benar memahami kedudukannya dalam Islam. Jika kita melaksanakan konsep berjemaah dalam pelbagai aspek kehidupan dunia kita, maka terlebih aulauntuk kehidupan agama. Kalau kita solat berjemaah, maka kita berjuang untuk agama juga hendaklah secara berjemaah. Para musuh Islam bersepakat dan berkerjasama untuk menjahanamkan Islam. Apakah patut kita secara bersendirian berjuang untuk Islam?
Betapa hebat pun keperibadian kita, beban Islam itu lebih berat. Nabi SAW pun memerlukan parahawari untuk melonjakkan Islam di mata dunia. Maka, apakah kita tidak memerlukan hawari? Membina hawari itulah tuntutan hidup berjemaah.
Jangan hendaknya kalangan kita masih lagi ragu-ragu mengenai betapa perlunya kita kepada hidup berjemaah. Tanpa Jemaah, jadilah kita kambing “qasiah” yang menunggu masa dibaham serigala. Kita mencari hidup berjemaah untuk menyelamatkan diri dan bukannya untuk menunjukkan betapa terbilangnya kita dalam memperjuangkan Jemaah. Jauh sekali untuk merebut pamrih dunia di atas jalan perjuangan.
MALU MENGAKU BERJUANG
Pemuda perjuangan hendaklah sentiasa menyedari betapa kerdilnya sumbangannya kepada kebangkitan Islam. Malah, tanamkanlah dalam diri bahawa diri sendiri belum berjuang. Saya titipkan sebuah sajak buat membujuk hati sahabat sekalian:-
Aku belum berjuang!
Mari sedarkan diri
katakan aku belum berjuang
kalau perjuangan itu sebuah gelanggang
aku di luar masih berlenggang.
mereka telah melakar sejarah
aku cuma menghampar sejadah
mereka telah tumpah darah
aku cuma menggenggam amarah
mereka telah melontar panah
aku cuma menyebar risalah
penjara rumah kedua mereka
rumah pertamaku suka-suka
rumah keduaku pula senda loka
mereka menemui tali gantung
aku masih dikir rambung
Aku cuma bicara hukum
mereka telah pun dihukum
aku bersemangat tegakkan syariat
mereka terkorban menegakan syahadat
aku mimpi kerajaan khilafah
aku hafal manhaj nubuwwah
mereka lesi penat lelah
tidak banyak mada berhelah.
Kalau berdiri di muka gerbang
usah diumpat nista pejuang
jika di medan sebagai hulubalang
baru layak mengajar burung terbang
Mari sedarkan diri
aku bukan pejuang
aku cuma tunggul sebatang
bermimpi dahan pohon rendang.
PERJUANGAN ISLAM MEMERLUKAN NUSRAH ALLAH
Allah menjanjikan bantuannya bagi mereka yang berjuang demi agamanya. Firman Allah SWT:
إِنَّا لَنَنصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ
Sesungguhnya kami menolong rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat).
(Surah Mukmin: Ayat 51)
Perjuangan Islam tidak akan menempa kemenangan jika tiada nusrah Allah. Sepanjang sejarah, kemenangan pejuang agama Allah sentiasa diwarnai oleh nusrah Allah SWT. Melalui nusrah Allah SWT, pasukan pejuang Islam menang walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan serba kekurangan.
Tentera Talut yang sedikit dapat mengalahkan tentera Jalut yang lebih ramai berkali ganda. Allah menyebutkan perihal kemenangan tentera Talut tersebut sebagaimana firmanNya:
كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ
Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah
(Surah Al-Baqarah: Ayat 249)
Perkara yang sama terjadi kepada tentera Islam di bawah kepimpinan Rasulullah SAW. Dalam perang badar, tentera Islam hanya 314 orang dapat mengalahkan tentera musyrikin yang berjumlah 1000 orang. Dalam perang Khandak, pasukan Ahzab yang berjumlah 10000 orang dikalahkan dengan pertolongan Allah SWT. Kita saksikan kemenangan Islam berlaku dalam situasi kontradiksi jumlah yang tidak berpihak kepada Islam. Ironinya, dalam perang Hunain, apabila tentera Islam lebih ramai daripada tentera kafir, tentera Islam pula dipukul kekalahan.
Mengamati peristiwa kemenangan dan kekalahan Islam dalam sejarah, yakinlah kita bahawa Islam hanya boleh menang dengan nusrah Allah SWT. Justeru, para pejuang agama Allah hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menggarap perjuangan agar nusrah Allah SWT tidak menyisih pergi.
Para pejuang agama Allah hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada aspek menjana nusrah di samping meneliti pembinaan tenaga manusia, kelengkapan serta strategi. Gabungan semua itu hanya akan berhasil menatijahkan kemenangan jika nusrah datang beriringan.
LURUSKAN NIAT PERJUANGAN
Menerjuni perjuangan perlu dipandu niat yang betul. Niat yang menyimpang membawa amal Islami bertukar menjadi amal insani. Ketika menyerahkan diri untuk menjadi soldadu perjuangan, tanyakan diri, apakah tujuannya.
Adakah untuk mendapat ramai kawan?
Nanti, bila berselisih faham dengan kawan, perjuangan akan ditinggalkan.
Apakah untuk mengisi masa yang ketika itu lapang?
Kelak bila sibuk, dengan perjuangan menjadi renggang.
Apakah untuk mengejar habuan dunia?
Bila habuan dunia tiada, perjuangan pun dilupa.
Orang yang ikhlas disebut sebagai mukhlis. Memiliki sifat mukhlis akan membawa kepada digolongkan Allah SWT sebagai kalangan mukhlasin. Hanya orang mukhlas selamat daripada tipudaya syaitan. Untuk mendapat kedudukan mukhlas, dakilah tangga orang mukhlis. Hanya perjuangan yang dikendali oleh orang-orang yang ikhlas sahaja akan mendapat nusrah daripada Allah SWT.
SABAR MENEMPUH MASA YANG PANJANG
Perjuangan Islam akanmenempuh jalan panjang. Begitulah apa yang kita amati dalam sejarah. Dahulu, sebelum Kota Kostantinaple mahu ditawan tentera jihad Islam, beratus tahun rancangan diatur untuk menawannya. Tahun 1453,kota itu jatuh ke tangan khalifah Islam Muhammad Al-Fateh. Kisah gemilang ini hanya bertahan sekitar 471 tahun apabila pemerintahan Islam ranap diinjak sekularisma bikinan Mustapha Kamal Attarturk. Masa panjang mendaki kemenangan dan tempoh singkat menikmati buahnya adalah antara asam garam perjuangan Islam.
Kepanjangan masa yang perlu ditempuh sebelum meraih kemenangan hendaklah dinilai secara positif. Tujuan meletakkan diri dalam perjuangan Islam bukanlah untuk mendakap titik akhir kemenangan. Kemenangan menewaskan musuh Islam bukanlah kemenangan yang sejati. Bagi pendokong perjuangan Islam, kemenangan yang sejati ialah apabila dia boleh istiqamah di atas perjuangan sehingga dia mati sementara dia kekal dengan perjuangan.
Panjangnya masa sedangkan tidak juga menang hendaklah dilihat sebagai cara Allah memberikan limpah kurnia para pejuang agamanya meraih ganjaran sebanyak mungkin. Oleh itu, kesabaran menempuh jalan perjuangan akan membezakan pejuang sebenar dengan pejuang palsu. Pejuang sebenar akan bertahan, sementara pejuang palsu akan rebah tersungkur.
Para Rasul Allah dan orang beriman yang terdahulu menempuh pelbagai dugaan dan cabaran dengan sabar sehingga sampai ke klimaks getir cobaan perjuangan. Allah berfirman:
حَتَّى إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جاءَهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاءُ وَلا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ القَوْمِ المُجرِمِينَ
Sehingga apabila para Rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan mereka) dan telah meyakini bahwa mereka telah didustakan, datanglah kepada para Rasul itu pertolongan kami, lalu diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. dan tidak dapat ditolak siksa kami dari pada orang-orang yang berdosa.
(Surah Yusuf: Ayat 110)
Justeru, kita para pemuda tidak perlu merintih kecewa dengan kekalahan dalam PRU13 baru-baru ini. Kita mungkin belum layak dikatakan sudah sampai ke klimaks getir cubaan perjuangan. Kita masih mampu tersenyum dan ketahanan untuk meneruskan perjuangan masih banyak. Biarlah liku-liku perjuangan panjang asalkan kita tetap istiqamah dan anggaplah kita diberi peluang oleh Allah untuk meraih pahala perjuangan berterusan dengan kekalahan tersebut.
PELIHARA KETULINAN PERJUANGAN
Ketulinan perjuangan hendaklah berdiri di atas manhaj perjuangan yang betul dan terpelihara daripada anasir yang merosakkannya. Semua anggota jamaah mesti peka dalam menilai antara manhaj perjuangan yang tulen berasaskan sirah perjalanan nabi kita Muhammad SAW atau manhaj perjuangan palsu yang meniti di atas jalur kepentingan politik dan peribadi.
Ketulenan manhaj perjuangan dapat dikenal pasti melalui pengambilan skema amal tarbawi yang mantap melalui silibus perjuangan yang ditinggalkan oleh baginda Rasul SAW dan diperkemas kini oleh ulama al-a’milin al- mujahidin yang memimpin ummah.
Suatu pencabulan terhadap manhaj perjuangan andai ia dipimpin atau digerakkan oleh individu atau mereka yang bukan sahaja jahil terhadap manhaj perjuangan an-nabawi tetapi juga bersikap negatif terhadap amal tarbawi. Lebih malang apabila perjuangan ini dipacu berlandaskan teori politik untuk mencapai matlamat tanpa berteraskan akhlak Islami.
Demi memburu kemenangan dalam pilihan raya sebagai contoh, walaupun tiada siapa menafikan kemenangan itu penting namun sekali-kali kita tidak boleh meminggirkan akhlak Islami dalam percaturan politik.
Tentu sahaja perjuangan Islam tidak sama dengan gerakan nasionalis atau lainnya yang tidak memiliki kamus dosa dan pahala dalam teori politik mahupun perjuangan mereka. Justeru itu kita jangan terjebak atau terpedaya dengan cara dan gaya mereka berpolitik.
Politik Islam kaya dengan akhlak, moral dan prinsip yang tidak memungkinkan ia dibeli apalagi dirasuah lantaran paksinya ialah Iman dan Islam.
Ketulenan manhaj perjuangan jua tidaklah dinilai semata-mata dipentas politik pilihan raya tetapi juga melihat bagaimana kita membuat keputusan jamaah, bagaimana kita memimpin jamaah dan menangani ahli, bagaimana kita beraksi di medan dakwah, bagaimana kita mendepani musuh, bagaimana kita bertahaaluf dan sebagainya.
Pasti sahaja adab dan akhlak berjamaah seperti syura, dengar dan taat, thiqah, istiqamah, wala’, ukhuwwah, ikhlas dan lainnya mewarnai diri, sikap dan aksi kita sebagai seorang pejuang.
Kita adalah “Sebuah Gerakan Islam”. Ini satu realiti yang mesti direalisasikan terutama kepada mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin jamaah walau di mana posisinya. Bahkan apa pun kepentingan yang kita mahu capai dalam strategi berpolitik dan bergerak memimpin perjuangan ini, kita tidak boleh mencairkan nilai atau nilai standard bagi sebuah gerakan Islam.
Strategi itu benar dan wajar sebagaimana berpolitik itu adalah hak dan amanah perjuangan. Tetapi, ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara. Jangan kita abaikan ketulenannya semata-mata mahu melihat strategi kita berjaya dan politik kita menang.
Menang tidak bererti benar dan kalah tidak bermakna salah. Justeru itu awas jangan palsukan manhaj perjuangan suci ini. Pemalsuan manhaj perjuangan adalah satu jenayah!Ia menghalau nusrah Allah SWT.
JAGALAH MAIZAH (ميزة) SEORANG AHLI GERAKAN
Maizah adalah ciri istimewa. Para pemuda gerakan Islam perlu mempunyai maizah kerana Rasulullah SAW sering menekankanpentingnya memiliki maizah. Maizahakan membezakan seorang muslim dengan seorang kafir. Dalam keluarga besar Islam, maizah gerakan akan membezakan antara seorang anggota gerakan dengan seorang muslim biasa yang menyisih dari gerakan.
Seharusnya, seorang anggota gerakan memiliki ciri-ciri tersendiri yang tidak dimiliki oleh orang yang tidak terlibat dengan gerakan. Seorang pemuda gerakan akan menanggung amanah besar buat ummat ini. Selain tugasnya memperjuangkan Islam untuk diletakkan pada maqam yang tinggi, pemuda gerakan juga mempunyai tanggungjawab mempamirkan sifat seorang muslim sejati yang istimewa.
Saya mencadangkan setiap anggota gerakan ini membina maizah diri dengan mempertingkatkan hal-hal berikut:
1) Mangamalkan zikir dan wirid ma’thur dari bimbingan sunnah baginda Rasulullah SAW. Dalam hal ini, ahli gerakan sudah lama diajar agar mengamalkan wirid-wirid ma’thurat yang disusun oleh As-Shahid Imam Hasan Al-Banna
2) Istiqamah menjaga solat lima waktu berjemaah.
3) Menjadi pendamping Al-Quran dengan selalu membacanya dan mentadabburnya.
4) Sentiasa bangun solat tahajjud.
5) Komited dengan agenda tarbiah Jemaah seperti usrah, tamrin, kuliah, jaulah dan sebagainya.
6) Mudawamah solat subuh berjemaah di masjid.
7) Menguasai ilmu-ilmu Islam melalui talaqqi, membaca, mendengar ceramah, berdiskusi dan sebagainya
8) Menjaga kesihatan jasmani untuk berjuang dengan tangkas.
9) Sentiasa peka dengan perkembangan semasa sama ada dalam Negara atau luar Negara.
10) Lemah lembut dalam tutur kata dan menjaga akhlak perilaku.
11) Memperkukuhkan ekonomi diri agar lahir sebagai anggotak gerakan yang mempunyai izzah melalui sumbangan kepada jemaah.
12) Menjalani gaya hidup orang soleh; berkawan dengan kawan yang soleh, jauhi perbuatan merokok, melepak berbual kosong dan individualistic.
Banyak lagi maizah yang boleh kita tampilkan sebagai seorang anggota gerakan Islam. Apa yang penting, janganlah antara seorang ahli gerakan dilihat sama sahaja dengan yang tidak berada dalam gerakan. Paling malang kalau ahli gerakan Islam dilihat lebih lekeh dan leceh berbanding mereka yang tidak terlibat dalam jemaah dan gerakan. Apakah layak bahtera perjuangan dipacu oleh orang-orang yang lekeh?
PERJUANGAN ISLAM SENTIASA MENANG
Perjuangan untuk memenangi pilihanraya menurut pencak demokrasi kelihatannya tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan. Gerakan Pas bukan sahaja mengalami kekecewaan di peringkat negara tetapi juga di peringkat entiti kecil melibatkan Parlimen dan Dun. Bagi Dewan Pemuda Pas Sandakan, kekalahan dalam PRU baru-baru ini ketika membantu calon PAS di Batu Sapi adalah sebuah hakikat yang memang diakui. Tidak menang. Itulah ungkapan damai untuk menggambarkannya. Tetapi, lebih tepat lagi untuk menggambarkannya ialah dengan mengatakan Gerakan Pas belum menang. Kemenangan itu akan datang dan itu perlu diyakini seperti meyakini datangnya siang ketika tenggelam dalam kegelapan di malam hari.
Semua warga pemuda perlu memahami bahawa kemenangan dalam perjuangan itu pasti. Allah SWT telah pun menegaskan dalam Al-Quran bahawa para pendekarNya adalah kelompok yang menang. Maka, bagaimana kita mahu menguruskan kekalahan yang disifatkan orang agar menjadi kemenangan dalam keyakinan kita.
Kerana itu, penglibatan dalam pilihanraya, selama-lamanya hendaklah berada di atas landasan yang betul dan dengan tujuan yang betul. Jika kita terjun ke arena pilihanraya dengan cara dan niat yang betul, kita tidak akan merasa kecewa dengan kakalahan nisbi yang kita alami. Kita sebenarnya menikmati buah kemenangan sejati.
Untuk apa lakukan semua? Untuk apa kita berhempas pulas terjun ke medan semasa PRU. Apakah hanya untuk menangkan calon pilihan kita? Atau apakah untuk memungkinkan parti junjungan kita meraih kuasa pemerintahan. Kalau itu tujuan kita, memang wajar kita kecewa. Namun, kalau tujuan kita lebih daripada itu, untuk mencapai redha Allah, meraih pahala daripadaNYa, berkerja untuk menangkan agamanya, kita akan tetap tersenyum gembira. Kekalahan itu kita tafsirkan sebagai lanjutan sungai pahala buat kita.
PERJUANGAN PINTUNYA SERIBU
Jangan berputus asa dalam mengemudi bahtera perjuangan. Jika satu jalan tertutup ada beribu jalan lagi sedang menanti. Para pejuang agama Allah bukan manusia naif yang kontang idea, tandus cara untuk memenangkan Islam. Nabi Yaakob A.S ketika mengarahkan anak-anaknya masuk ke Mesir, baginda menitipkan pesan sebagaimana firman Allah SWT:
وَقَالَ يَا بَنِيَّ لَا تَدْخُلُوا مِنْ بَابٍ وَاحِدٍ وَادْخُلُوا مِنْ أَبْوَابٍ مُتَفَرِّقَةٍ وَمَا أُغْنِي عَنْكُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَعَلَيْهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُتَوَكِّلُونَ
Dan Ya’qub berkata: “Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lain; namun demikian Aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun dari pada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nya-lah Aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakkal berserah diri”.
(Surah Yusuf: Ayat 67)
Pesanan nabi Yaakob buat anak-anaknya ini menggambarkan buat kita jalan perjuangan yang laluan masuknya berbagai-bagai. Dalam kontek gerakan kita sendiri, dalam menjayakan misi, kita mempunyai pelbagai cara. Semua cara itu ada harganya dalam perjuangan. Jika anda mahir dalam perniagaan, gunakan kemahiran itu membantu bangunkan sistem pengukuhan ekonomi gerakan.
Jika anda lumayan dengan ilmu, janakan penyebaran ilmu yang digabungjalin dengan kesedaran menyertai gerakan. Jika anda pandai menulis, gunakan tulisan anda. Jika anda punya hubungan yang baik dengan masyarakat, mengapa tidak gunakan kedudukan itu untuk gerakan? Anda boleh menggunakan semua pintu perjuangan yang terbentang di depan anda.
Kita boleh membahaskan metod kumpulan lain tetapi kita tidak perlu larut dalam membahaskannya. Kerja kita ialah melakukan apa yang kita yakini dan tinggalkan apa yang kita ragui.
IKHTIBAR PERISTIWA DI MESIR
Tela’ah Sunnatullah Tenangkan Gundah
Kita menelan kegundahan hati ketika mendapat khabar duka tumbangnya kerajaan pimpinan Dr. Mursi daripada Ikhwanul Muslimin di Mesir.Umur kerajaan Mesir pimpinan Mursi masih sangat pendek sebelum datang bencana coup d’état oleh tentera Mesir. Harapan yang sedang berbunga, tiba-tiba layu tidak bermaya. Bukan sedikit manusia seluruh dunia yang menyimpan harapan buat Mursi mengembalikan kegemilangan Mesir yang bersejarah. Namun, nampaknya sesuatu yang hebat jalan berganda-ganda payah.
Namun, memang demikianlah sunnatullah. Perjuangan itu satu sangat payah. Apa yang kita bicarakan di Malaysia ini barangkali sekelumit cuma daripada apa yang telah dipugar dan dikobarkan di Mesir bumi yang bertuah. Korban pewaris semangat nabi Musa dan kebijaksanaan Amru bin Al-Ass di Mesir bukan alang kepalang. Jemari tangan dan kaki sudah tidak mampu menjadi alat pembilang lagi.
Dulu, sebelum nabi Yusuf berkuasa di Mesir, petualang penjajah Romawi menghisap kekayaan Mesir. Qibti bukan apa-apa walau bumi tumpah darah sendiri yang dipijak. Nabi Yusuflah yang dikatakan mengangkat harkat peribumi. Maka, hasil pengorbanan nabi Yusuf, dapatlah bangsa Bani Israel menumpang tuah. Namun, di kala Firaun mengambil kekuasaan, Bani Israel menjadi hamba suruhan.
Allah tumbangkan Firaun. Pelbagai kuasa bertukar ganti di Mesir. Yang datang menjarah dan kemudian pergi atau dipaksa pergi. Berapa tahun pun masa berkuasa, tetap ada hujungnya.
Mubarak sahaja berkuasa sekitar 30 tahun. Pendahulunya juga punya dosa yang serupa. Kezaliman mereka ke atas pemuda-pemuda Ikhwan bukan lagi rahsia. Tetapi, kekuasaan mereka tetap ada akhirnya. Memerintah 30 tahun bukan satu tempoh masa yang panjang buat Mubarak. Memerintah tidak sampai 2 tahun buat Mursi bukanlah satu masa yang panjang buat para fulul yang gelisah itu.
Allamah Iqbal pernah bermadah:
Umur bukan hitungan tahun,
Hidup bukan bilangan masa.
Sehari hidup singa di rimba,
Seribu tahun hitungan domba.
Usah tenggelam dan karam dalam kesedihan. Memang sudah sunnatullah begitu. Allah menciptakan pusingan roda dalam negeri untuk menjadikan tanah subur dalam negeri menumbuhkan bunga mekar yang akan mengharumkan syurgawi. Mungkin kita menderita kerana kehilangan sebuah kerajaan harapan buat ummat. Tetapi, penderitaan yang ditanggung oleh mereka yang benci melihat fajar Islam bersinar itu adalah lebih parah. Derita kita berbayar pahala sedang derita mereka menambah sengsara.
Setelah tersengguk seketika dalam rasa terpukul, kita kembali sedar dan berserah serta yakin dengan seni takdir Allah SWT. Jangan terpedaya dengan kembalinya berkuasa soldadu syaitan kerana itu hanyalah sebuah “ghurur”.
Allah berfirman:
مَا يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللَّهِ إِلاَّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَلا يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلادِ
Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah kamu terpedaya kerana melihat mereka berulang-lang menjarah di dalam negeri.
كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَالْأَحْزَابُ مِن بَعْدِهِمْ وَهَمَّتْ كُلُّ أُمَّةٍ بِرَسُولِهِمْ لِيَأْخُذُوهُ وَجَادَلُوا بِالْبَاطِلِ لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ فَأَخَذْتُهُمْ فَكَيْفَ كَانَ عِقَابِ
Sebelum mereka, kaum Nuh dan golongan-golongan yang bersekutu sesudah mereka telah mendustakan (rasul) dan tiap-tiap umat Telah merencanakan makar terhadap Rasul mereka untuk menawannya dan mereka membantah dengan (alasan) yang batil untuk melenyapkan kebenaran dengan yang batil itu. Karena itu Aku azab mereka. Maka betapa (pedihnya) azab-Ku?
(Surah Ghafir: Ayat 4-5)
Menela’ah jatuh bangun soldadu kesyaitanan sepanjang zaman memberikan kita ketenangan. Ia menghilangkan duka nestapa dan mengembalikan semula kita ke persada perjuangan dengan siasat baru dan seni lenggok silat perjuangan yang lebih kekar. Insya Allah, sebelum puas sang algojo menghirup selesa keberhasilannya, akan datang pusingan ke atasnya.
MOTIVASI BUAT GEROMBOLAN ABABIL
Kami gerombolan Ababil
di tangan kami batu dari Sijjil
akan kami gempur Ashabul Fil
hancur Abrahah tegakkan Islam nan adil
Kami bukan banjingan ditunggang
bawalah harta penuh segudang
mata kami tidak nyalang
perjuangan kami tidak menyimpang.
kami berimam kandil agung
Al-Quran Hadis sentiasa disenandung
Kami ikhlas menabur peluh
mengharap pahala akan tumbuh.
Lillahi Ta’ala berlagu zikir
terbenam kemas di dasar dhamir
liriknya meniti menghias bibir
azam teguh tidak mungkir
Kami zuriat putera Habil
Walau berdepan bengisnya Qabil
Kami rela menerjuni Mu’tah
walau musuh banyak jumlah
Sungguh kami dihasut tewas
kami teguh tidak cemas.
Jika hilang satu peluang
kami percaya seribu yang datang
berjuang kami bukan sekangkang
kami menanti bulan mengambang
biar beribu tahun bersilang.
Akan hancur dedaun jahiliah
dihambur lontaran Sijjil Allah
kamilah Ababil tidak akan menyerah
Menumbang Abrahah merata jalan Fathul Makkah!
Sebelum menutup bicara, marilah kita sama merafakkan doa buat saudara seperjuangan kita di Mesir dan negeri Syria yang bergolak serta wilayah-wilayah Islam yang tertindas.
اللهم أنا نسألك باسمك الأعظم الذي إذا سألت به أعطيت
وإذا دعيت به أجبت وإذا استنصرت به نصرت يا سميع يا قريب
يا واحد يا أحد يا فرد صمد يا حي يا قيوم يا مجيب دعوة المضطر
أن تجعل مصر آمنا مطمئنة مستقرة وجميع بلاد المسلمين
اللهم من أرادها بسوء فاجعل كيده في نحره واجعل تدبيره تدميرا علية
اللهم اجمع كلمتهم على كلمة سواء على الحق والإيمان والتوحيد
اللهم أعز بها الإسلام وانصر بها وبأهلها الدين وجميع بلاد المسلمين
اللهم آمين آمين آمين
اللهم فرج عن إخواننا في سوريا – في فلسطين -
في اليمن – في السودان – في بورما ، في كشمير في الفلبين ، في كل مكان
وجميع بلاد المسلمين ، وجميع المستضعفين في كل مكان
اللهم انصرهم اللهم أعنهم، اللهم اكفهم، اللهم أيدهم، اللهم أغثهم
اللهم احفظهم، اللهم قوهم، اللهم نجهم، اللهم أطعمهم، اللهم تولهم
اللهم أعزهم ، اللهم اهدهم
اجمع كلمتهم على الحق والإيمان والتوحيد
اللهم آمين آمين
اللهـم وفق قادة المسلمين إلى
نصرة كتابك وسنة نبيك
إلى نصرة دينك وتطبيق شرعك
إلى توحــيد الكلمة وجمع الأمة
إلى كل ما يرضيك، وما فيه خير العباد والبلاد
اللهم ألهمهم رشدهم وخذ بنواصيهم للبر والتقوى
اللهم آمين آمين آمين
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-9-2013
PAS Batu Sapi prihatin bantu mangsa kebakaran
Muhammad Faeez Azahar, | 14 Ogs 2013 |
BATU SAPI: PAS Kawasan Batu Sapi bersama Dewan Pemuda PAS Sabah prihatin membantu mengurangkan beban mangsa kebakaran di Kampung Cenderamata, Batu Sapi yang sehingga hari ini masih belum mendapat perhatian serta bantuan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan.
Kebakaran besar yang telah mengorbankan 93 buah rumah itu berlaku pada 1 Syawal lalu dan turut mengakibatkan seorang warga tua kurang upaya maut.
Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Hamzah Abdullah berkata, ke semua mangsa kebakaran itu tinggal sehelai sepinggang dan mereka tidak dapat menyelamatkan apa-apa harta benda kerana api sangat marak.
Katanya, PAS bersama anggota Jabatan Amal Malaysia telah membantu meringankan beban mangsa yang melahirkan rasa duka cita dengan pihak bertanggungjawab termasuklah pemimpin tempatan yang tidak mengambil perhatian akan nasib mereka.
Namun katanya sebaliknya kejadian ini seakan-akan cuba disenyapkan daripada diketahui oleh rakyat di seluruh negara.
"Kami melahirkan rasa dukacita dengan kejadian ini dan PAS kawasan dengan rasa simpati dan tanggungjawab telah sedaya upaya menyalurkan sumbangan disamping kudrat daripada ahli parti serta Jabatan Amal Malaysia untuk membantu mengurangkan beban mereka.
"Antara sumbangan yang disalurkan ialah berupa keperluan harian seperti beras, roti, baldi dan sebagainya serta pakaian terpakai dan duit raya kepada kanak-kanak.
"Pihak Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah telah melancarkan misi sumbangan berperingkat kepada semua mangsa kebakaran," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Jelas beliau, pihak parti DAP juga turut bersama-sama PAS membantu mangsa kebakaran yang sangat memerlukan bantuan dan keprihatinan daripada mana-mana pihak.
Ujar Hamzah, mangsa kebakaran terpaksa mendirikan khemah di tepi-tepi jalan sebagai tempat berlindung keluarga masing-masing.
"Kami berharap pihak yang lebih berautoriti iaitu kerajaan dapat menyalurkan dalam kadar segera kepada mangsa kebakaran ini kerana mereka dalam keadaan yang memerlukan.
"Kami juga mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak untuk membantu mereka dan kepada yang ingin membantu bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah 560232000360," jelasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-8-2013
Lajim Ukin buat persiapan pertahan Dun Klias
Selangorku, | 07 Ogs 2013 |
SHAH ALAM: Tiada peruntukan mewajibkan nama pencetak dan penerbit dipapar pada risalah kempen pilihan raya berdasarkan Akta Pilihan Raya, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias di Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.
Mengikut peguamnya, beliau berkata, alasan yang membawa kepada satu-satunya perbicaraan dalam permohonan petisyen pilihan raya setakat ini, berkaitan risalah yang tidak tertera nama pencetak dan penerbit.
“Kalau setakat calon poster, semua kita ada cetak (nama pencetak dan penerbit) sebab itu ada dalam bawah Akta Pilihan Raya tetapi kalau lain-lain risalah itu, tidak perlu,” katanya ketika dihubungi TV Selangor di sini, hari ini.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan keputusan PRU-13 bagi kerusi DUN Klias yang dimenangi Lajim dengan majoriti 179 undi, dicabar.
Ia susulan calon Barisan Nasional (BN), Isnin Aliasnih memfail petisyen bagi mencabar keputusan PRU 13 bagi kerusi DUN Klias yang dimenangi Lajim dengan majoriti 179 undi.
Pada pertandingan empat penjuru itu, bekas Menteri Kabinet itu memperoleh 6,324 undi, Isnin (6,145 undi), Mohd Sanusi Taripin (SAPP) 182 undi manakala Aliapa Osman (STAR) 71 undi.
Menyifatkan alasan berkaitan nama pencetak dan penerbit itu sebagai tidak konkrit, Lajim berkata, peguamnya sedang membuat persediaan untuk menghadapi pendengaran perbicaraan pada September depan.
Mengikut peguamnya, beliau berkata, alasan yang membawa kepada satu-satunya perbicaraan dalam permohonan petisyen pilihan raya setakat ini, berkaitan risalah yang tidak tertera nama pencetak dan penerbit.
“Kalau setakat calon poster, semua kita ada cetak (nama pencetak dan penerbit) sebab itu ada dalam bawah Akta Pilihan Raya tetapi kalau lain-lain risalah itu, tidak perlu,” katanya ketika dihubungi TV Selangor di sini, hari ini.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan keputusan PRU-13 bagi kerusi DUN Klias yang dimenangi Lajim dengan majoriti 179 undi, dicabar.
Ia susulan calon Barisan Nasional (BN), Isnin Aliasnih memfail petisyen bagi mencabar keputusan PRU 13 bagi kerusi DUN Klias yang dimenangi Lajim dengan majoriti 179 undi.
Pada pertandingan empat penjuru itu, bekas Menteri Kabinet itu memperoleh 6,324 undi, Isnin (6,145 undi), Mohd Sanusi Taripin (SAPP) 182 undi manakala Aliapa Osman (STAR) 71 undi.
Menyifatkan alasan berkaitan nama pencetak dan penerbit itu sebagai tidak konkrit, Lajim berkata, peguamnya sedang membuat persediaan untuk menghadapi pendengaran perbicaraan pada September depan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-8-2013
14 ditahan demo bantah TPPA
Harakahdaily, | 20 Jul 2013 |
KOTA KINABALU: 14 aktivis Gerakan Bertindak Bantah TPPA Sabah ditahan ketika berhimpun membuat bantahan terhadap Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) di sini hari ini.
Mereka termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu yang ditahan ketika berhimpun di hadapan Sutera Harbour iaitu tempat berlangsungnya perbincangan pusingan ke-18 perjanjian itu.
Menurut Lahirul, 11 dari mereka ditahan di Sutera Harbour manakala tiga lagi ditahan kemudian ketika berada di hadapan ibu pejabat polis di Karamunsing untuk menyatakan sokongan kepada yang ditahan lebih awal.
"Kami diberitahu ditahan dibawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan semua kami dipaksa melakukan ujian air kencing dan semuanya negatif.
"Ketika soal siasat, satu pun tiada soalan berkaitan dadah. Kita yakin ini hanya cubaan untuk menyekat kita dari membuat bantahan terhadap TPPA ini," katanya kepada Harakahdaily.
Daripada 14 itu menurut Lahirul, dua adalah dari kalangan aktivis wanita.
Himpunan pagi tadi itu menurut Lahirul, berlangsung dalam keadaan aman dengan mereka merentang sepanduk membantah TPPA.
Mereka termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu yang ditahan ketika berhimpun di hadapan Sutera Harbour iaitu tempat berlangsungnya perbincangan pusingan ke-18 perjanjian itu.
Menurut Lahirul, 11 dari mereka ditahan di Sutera Harbour manakala tiga lagi ditahan kemudian ketika berada di hadapan ibu pejabat polis di Karamunsing untuk menyatakan sokongan kepada yang ditahan lebih awal.
"Kami diberitahu ditahan dibawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan semua kami dipaksa melakukan ujian air kencing dan semuanya negatif.
"Ketika soal siasat, satu pun tiada soalan berkaitan dadah. Kita yakin ini hanya cubaan untuk menyekat kita dari membuat bantahan terhadap TPPA ini," katanya kepada Harakahdaily.
Daripada 14 itu menurut Lahirul, dua adalah dari kalangan aktivis wanita.
Himpunan pagi tadi itu menurut Lahirul, berlangsung dalam keadaan aman dengan mereka merentang sepanduk membantah TPPA.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20- 7 - 2013
Pemuda PAS Sabah desak Malaysia batalkan TPPA
Harakahdaily, | 14 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menggesa kerajaan Malaysia tidak meneruskan menandatangani rundingan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).
“Dari penelitian kami, ternyata TPPA akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara seperti mana yang pernah diingatkan oleh pelbagai NGO apabila Malaysia hampir menandatangani perjanjian Free Trade Agreement (FTA) dengan USA,” ujar ketuanya, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan.
Katanya, kesan TPPA sudah diteliti oleh pelbagai pakar ekonomi dari kalangan penyelidik serta NGO yang jelas mendapati ia akan berakhir dengan kerugian yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta membebankan kualiti hidup rakyat keseluruhannya.
Kenyataan penuh sebagaimana di bawah.
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah memandang serius terhadap isu Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA) yang sehingga ke hari ini masih menjadi ‘perjanjian misteri’ ekoran banyak maklumat dan penerangan mengenai TPPA masih belum diperolehi oleh masyarakat awam.
Malah, penyertaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam rundingan TPPA yang memasuki pusingan ke-18 bersama 11 negara lain iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam itu juga tidak pernah dibincangkan sama sekali di dalam Parlimen Malaysia sedangkan perkara ini melibatkan kepentingan awam dan negara.
Kedaulatan ekonomi dan industri negara
Oleh kerana perjanjian ini mempunyai kaitan dengan persoalan kedaulatan ekonomi dan kesan kepada pelbagai industri negara, maka ia wajar diusulkan sebagai isu yang sangat serius, kerana ia akan mendedahkan pelbagai industri negara terutamanya industri kecil dan sederhana yang bermodal kecil yang banyak di Negeri Sabah ini kepada persaingan yang tidak adil dengan syarikat-syarikat gergasi asing.
Apa yang lebih membimbangkan ialah, pelbagai dasar-dasar negara terpaksa dipinda dan dirombak serta dimansuhkan kerana akan dianggap sebagai penghalang kepada pelaksanaan pasaran bebas tersebut. Natijahnya, kedaulatan dan kebebasan kita untuk membuat peraturan, undang-undang dan dasar yang melindungi kepentingan rakyat dan negara akan tergadai.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menuntut agar satu kajian terhadap kesan penyertaan Malaysia dalam TPPA terutamanya kesan yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan peratusan pelaburan langsung asing (FDI). Kajian tersebut juga perlulah menyentuh secara langsung terhadap kesan yang akan dihadapi oleh rakyat Sabah dan Sarawak terutamanya melibatkan Isu tanah adat atau Native Customary Rights (NCR) dan kedaulatan Negeri Sabah untuk melaksanakan isi kandungan Perjanjian Malaysia 1963.
Kami juga mengingatkan bahawa selama ini rakyat Sabah dan Sarawak telah sekian lama ditindas melalui polisi dan dasar yang tidak adil seperti Polisi Kabotaj, justeru persoalan adakah sekiranya perjanjian ini ditandatangani nanti nasib rakyat Sabah dan Sarawak akan terbela atau bertambah melarat perlu dijawab dengan cermat oleh pihak MITI dan Kerajaan Malaysia.
Kenapa Sabah menjadi lokasi perbincangan?
Satu yang menjadi tanda tanya, ialah kenapa Negeri Sabah dipilih menjadi lokasi perbincangan kali ke-18 bagi TPPA? Sebagai anak negeri ini, kita mahukan kepastian apakah kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman telah jelas dan sedia maklum tentang isi kandungan serta matlamat perundingan tersebut sehingga bersedia untuk menjadi tuan rumah.
Juga, sekiranya Kerajaan Negeri Sabah sudah memiliki maklumat tentang TPPA ini, adakah ia telah dibincangkan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) dan sejauh mana wakil-wakil DUN itu jelas dan faham berkenaan perjanjian ini kerana perlu diingat kesannya akan dideritai oleh rakyat negeri ini bergenerasi lamanya.
Adalah satu tindakan yang pelik dan kurang wajar apabila perundingan sebesar ini terutamanya melibatkan kepentingan dan kedaulatan negara dilakukan di luar Ibu Negara. Seolah-olah wujud satu tindakan untuk menghalang atau menutup perundingan sepenting ini daripada pengetahuan dan penglibatan rakyat umum di negara ini.
Mungkinkah juga wujud cubaan Kuala Lumpur untuk mengelak daripada bertanggungjawab dan meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Negeri Sabah sekiranya isi perjanjian tersebut terbukti merugikan negara dan mengkhianati kepentingan awam sekiranya ditandatangani pada Oktober nanti?
Malaysia perlu batalkan perjanjian TPPA
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menggesa kerajaan Malaysia tidak meneruskan menandatangani rundingan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). Dari penelitian kami, ternyata TPPA akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara seperti mana yang pernah diingatkan oleh pelbagai NGO apabila Malaysia hampir menandatangani perjanjian Free Trade Agreement (FTA) dengan USA.
Kesan TPPA sudah diteliti oleh pelbagai pakar ekonomi dari kalangan penyelidik serta NGO yang jelas mendapati ia akan berakhir dengan kerugian yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta membebankan kualiti hidup rakyat keseluruhannya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-7-2013
No comments:
Post a Comment