Bob Lokman daei Oley, doakan kesembuhan beliau
- Jan 15, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Bekas pelawak pelakon dan komposer, Bob Lokman kini terlantar di hospital ekoran masalah paru-paru berair dan jantungnya yang lemah.
Sejak berita keadaan kesihatannya tersebar di media sosial dan juga portal berita, tidak putus-putus warga perihatin termasuk rakan dan kenalan datang mengunjungi beliau di Hospital UiTM Sungai Buloh .
Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman merupakan antara artis yang melakukan hijrah dalam hidupnya.
Dari seorang artis dan selebriti, beliau berhijrah menumpukan sepenuh masa kepada kerja-kerja dakwah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau menyertai PAS di pentas Himpunan 30K Pemuda PAS di Kota Sarang Semut Kedah Darul Aman pada tahun 2011.
Bagi anak muda, filem pendek Oley 1 dan Oley 2 terbitan Dewan Pemuda PAS Malaysia sebelum ini tentunya mengingatkan mereka kepada susuk tubuh ini.
Beliau antara pelakon dalam filem tersebut yang sering memberi sentuhan berkesan melalui kata-katanya.
Dalam pada itu, Lajnah Dakwah PAS Pusat kelmarin turut meluangkan masa mengunjungi beliau yang sedang mendapat rawatan di hospital tersebut.
Kunjungan tersebut diketuai Timbalan Pengerusi 1 lajnah itu, Nasrudin Hassan.
"Semangat perjuangannya terus kental dan meminta supaya saya mendoakannya agar beliau kembali mampu meneruskan usaha dakwahnya seperti biasa.
"Pastinya beliau memerlukan doa dari semua agar kembali sembuh seperti biasa. Saya mewakili Lajnah Dakwah mengambil kesempatan menyeru semua ummat Islam agar mendoakan kesihatan beliau.
Bagi mereka yang budiman dan ingin menyumbang untuk meringankan beban beliau boleh salurkan sumbangan anda ke akaun isteri beliau bernombor 4416206406 (Public Bank) atas nama Relawati Daud.
Sumber HD - 15-1-2014
RM15 juta DBKL sambut 2014, gila dan menghina - Wardina
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014.
Wardina menambah: “Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014”.
Berikut ialah komen beliau.
Entahlah saya bersependapat dengan rakan saya...hati ni tak boleh terima 15 juta "dibazir" begitu saja Ye lah'Celebrate'lah...suka hati lah..di saat rakyat tenat.. tenat dari banyak segi..fizikal, kewangan, spiritual, moral... in my opinion we shouldn't be "celebrating" ... (you don't have to agree)
A future full of struggles and uncertainty for me.. Happy new Year 2014...
Dari FSS: "15 JUTA diperuntukkan oleh DBKL untuk perayaan tahun baru!
Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan.
Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014.
Gila dan menghina! Di saat program menangani gejala sosial langsung tiada bajet!"
Video kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur
Sumber HD - 31-12-2013
Abby Abadi dengan mangsa banjir, biar video berbicara
- Dec 09, 2013
- http://pakat-pakatkalih.blogspot.com
Mangsa Dendam Politik Disekat Bantuan Banjir
Rumah separuh tenggelam. Ceritanya lagi. Ada jiran yang datang mintak baju selai untuk dipakai. Apa pun kami sampaikan sekadar yang mampu. Atas sumbangan kalian2 semua beliau diucapkan terima kasih.
Inilah antara bukti temubual kami apabila kami bertanya sudah dapat bang bantuan banjir?
Hanya sebab fahaman politik berbeza. Bantuan yang gunakan wang pembayar cukai tidak sampai kepada yang sepatutnya.
Ini videos bukti sedutan kisah sedih yang sempat kami rakamkan. Akan menyusul lagi video's yang lain lepas ni.
Sumber HD - 9-12-2013
AA / MF : https://www.youtube.com/watch?v=AfvTQ9PwBJE
[GAMBAR] Kahwin Abby Abadi Dan Suami Barunya Farhan Yang Awesome!!
Kaki Sembang, | 22 Jul 2013 |
Barakallah lakuma,wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fie khair. Tahniah diucapkan ke atas Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan atas pernikahan beliau baru-baru ini di Thailand dengan jejaka bernama Farhan atau nama penuhnya Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang berusia 24 tahun jauh lebih muda darinya.
Klik untuk baca penuh.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-7-2013
Abby Abadi ke Kuala Besut dengan suami ‘orang jamaah’
Harakahdaily, | 20 Jul 2013 |
BESUT: Selebriti Abby Abadi mengumunkan bahawa beliau datang berkempen pada PRK Dun Kuala Besut bersama suami tersayang, Farhan dari Kelantan yang merupakan 'orang jamaah'.
Perkara itu dimuatkan dalam laman http://prkkualabesut.pas.org.my malam tadi seperti di bawah.
Malam ini di UPU Seberang Barat, Kuala Besut, Abby Abadi secara rasminya mengumunkan bahawa beliau datang bersama suami tersayang, sdr Farhan dari Kelantan dan 'orang Jamaah' didalam ceramah beliau bersama sama Ust Zulkifli Yaakob untuk mengajak semua pengundi DUN Kuala Besut memangkah PAS dalam PRK 24 Julai nanti.
Abby yang aktif dengan dunia politik Islam turut serta berkempen bagi membantu kemenangan calon PAS, Endot@Azlan Yusof atau mesra dengan paggilan Che Long.
Ketika program Bicara Keluarga Bahagian di pentas “Jom Bersama Che Long” anjuran Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, Abby Abadi turut mengajak rakyat terutama pengundi pilihan raya kecil N1 Kuala Besut memilih Islam.
Ini kerana, katanya sama ada seseorang yang beragama Islam itu suka atau tidak mesti bersama-sama dengan dasar dan perjuangan Islam.
Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana kenal dengan perjuangan Islam setelah bersama-sama dengan PAS.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-7-2013
Abby Abadi lelong baju, tudung untuk dana PRK
Khairul Azlam Mohamad, | 20 Jul 2013 |
BESUT: Selebriti Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan membuat lelongan amal terhadap sepasang baju kurung berwarna hijau dari butiknya serta sehelai tudung moden milik peribadinya.
Lelongan amal itu dibuat bagi mengisi dana Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut pada satu majlis Karnival “Jom Bersama Che Long” di Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, semalam.
Baju kurung cekak musang berwarna hijau dengan hiasan berkilauan di bahagian leher dan dada serta bersulam di bahagian lengan itu dibida dengan harga permulaan RM200 dan terjual dengan harga RM1,010 pada majlis tersebut.
Pembidanya ialah bekas Exco Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Alani Abd Kadir setelah mengatasi 'pencabarnya' seorang muslimat PAS dengan harga tertinggi RM1,010.
Selain itu, sehelai tudung berwarna ungu yang dipakai oleh Abby Abadi turut dilelong setelah diminta secara spontan oleh pengerusi majlis bagi memeriahkan aktiviti karnival tersebut.
Majlis kemudiannya melakukan bidaan tudung ungu Abby dengan harga permulaan RM70 dan akhirnya berjaya ditawarkan dengan harga RM100 oleh Asri Husin.
Sebelum itu, Abby sebagai salah seorang ahli panel Bicara Keluarga Bahagia kepada pengunjung khususnya muslimat PAS serta menceritakan pengalaman pahit manis penglibatannya dalam dunia glamour sebagai artis.
Antara pengisian programnya seperti khidmat kesihatan percuma, gunting rambut dan bertindik percuma, tukar minyak hitam kenderaan, gerai jualan, pertandingan melukis dan bayi sihat serta Ceramah Pentas Pemuda.
Kehadiran Che Long yang juga calon PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Besut turut memeriahkan suasana kerana popularitinya mewakili parti.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-7-2013
No comments:
Post a Comment