Apa ini Tuan Mufti Perak?
- Jan 04, 2014
- Zahid Naser
Nah, tiba-tiba di Malaysia pasca himpunan aman Turun yang dikelola oleh NGO dan disertai parti-parti politik sewaktu malam tahun baru. Digelar oleh seorang mufti sebagai bughah, atau pemberontak yang boleh dihukum bunuh. Nampak, Identikal sekali!!
Namun menjadi mufti tidaklah menyebabkan semua apa yang dikatakan boleh diikut. Baik orang awam atau kerajaan. Ya, orang awam dan kerajaan boleh memilih untuk mengikut fatwa ‘ulama’ itu atau tidak. Dan penulis memilih tidak mengikutnya!
Budaya mem’bughah’kan orang
Bughah dan tidak bughah. Sudah lama isunya. Budaya membughahkan orang ini selalu menjadi pilihan orang-orang agama. Dan selalunya, ia adalah demi untuk memenangkan pihak mereka yang diiktikad sebagai 100 persen benar. Dan pendapat serta jalur lain adalah menyimpang dari agama dan syariat Allah ta’ala.
Tidak tahu bagaimana pendalilan dan istinbat tuan mufti itu, kita dihidangkan satu hukum yang berat. Ya, siapa yang membuat perhimpunan aman, dibolehkan pancung!!
Dan satu lagi, pastilah. Anda akan menjadi pemberontak!!
Berhati dalam mengeluarkan fatwa
Di dalam fiqh Islam, bughah adalah sekumpulan atau individu yang keluar dari kepimpinan dengan senjata.
Dalam sejarah beberapa kali kita melihat bahawa bughah di zaman khilafah Islam berbeza sekali dengan terma yang diberikan kepada orang Malaysia yang berhimpun secara aman yang menuntut hak-hak mereka yang dirogol secara rakus oleh golongan-golongan yang tidak punyai rasa belas dan kasihan terhadap peri permasalahan mereka.
Walaupun, boleh mufti-mufti dan orang-orang agama cuba membuat justifikasi-justifikasi dan membuat qiyas-qiyas untuk menyamakan ‘bughah’ di Dataran Merdeka dengan bughah-bughah yang pernah ada di sepanjang zaman sejarah Islam.
Tetaplah, jiwa dan akal yang sihat tidak boleh menerima penjelasan yang amat berat sebelah, dan pro kepada pihak yang menentang peserta-peserta perhimpunan. Apakah Malaysia ini sudah menjadi negara komunis, atau paling tidak menjadi Arab Saudi?
Ironinya, Mesir yang lebih tegar sekularnya, pun sekarang ini cuba menjustifikasi fiqh-fiqh dan fatwa-fatwi dari Arab Saudi. Lantas di Malaysia, ‘ulama-ulama’ kita ingin juga tidak ketinggalan mahu menunjukkan mereka juga up-to date dengan apa yang dihadapi oleh ‘ulama-ulama’ Mesir.
Sebagai orang agama, fatwa haruslah dikeluarkan dengan berhati-hati. Jangan sampai ia menjadi garam yang ditabur ke dalam luka. Rakyat yang terluka kemudian diasak dengan provokasi seperti ini akan mendatangkan kemarahan yang bukan kecil! Apa tidak takutkah akan azab Allah kepada mereka yang mengapi-apikan permusuhan? Apa tidak terasakah bibit-bibit kehuru-haraan dari fatwa-fatwa anda?
Negara Malaysia tidak harus mengikut Negara Arab
Negara Malaysia ini memang negara rakyatnya. Bukan negara orang lain. Rakyat yang membinanya, dan meneruskan legasi perjuangan para pejuang kemerdekaannya dari British. Mana sanggup hati ini tiba-tiba ada usaha ingin merubah negara Malaysia ini menjadi negara lain pula. Bermodelkan Saudi, bermodelkan Mesir atau bermodel Amerika atau Eropah. Atau mungkin mahu berkiblat Cuba dan Iran. Seperti mufti itu yang mahu kerajaan menjadi seperti British-bertindak keras kepada mereka yang tidak bersetuju dengan kuasa orang berbahasa Inggeris itu!
Kelakar sekali jika difikirkan. Negara bukan milik penguasa-penguasa itu, tetapi milik rakyat. Ia bukan milik Sultan, tetapi milik rakyat. Ya, rakyatlah yang membentuknya. Pemimpin hanya mengikut aspirasi rakyat bukan aspirasi keinginan dan nafsu sendiri(hanya kerana mereka dipilih oleh sebahagian rakyat). Tiba-tiba ada yang cuba ingin memilikkan Malaysia ini kepada sang penguasa. Kelakar dan kelakar.
Apa ada udang di sebalik batu, atau ada harta yang takut hilang? Jika kita mengeluarkan fatwa yang benar.
Yang benar itulah. Yang memberikan solusi kepada ketegangan. Merapatkan jurang permusuhan antara rakyat dan pemimpin. Dan dekat dengan hati rakyat bukan dekat kepada hati pemimpin(yang sedari awal kononnya khadam kepada rakyat!).
Yang benar itulah. Yang membuat rakyat dapat menarik nafas lega. Dan sang kapitalis-pengaut untung besar menjadi kelemasan. Yang membuat rakyat aman dan harmoni- dapat hidup dalam suasana selamat dan persekitaran berakhlak dan bermoral!
Tuan Mufti Perak, insaf dan muhasabahlah!
Saat ini, sewaktu melihat ulah dan fe’el agamawan Malaysia. Tidak hairanlah. Ramai yang senang hendak murtad menjadi ateis atau masuk ke dalam agama lain. Kerana fatwa pelik dan berat sebelah boleh menjadi antara sebabnya. Begitulah kira-kiranya.
Betapa asing agama yang tuan mufti tawarkan. Membuat jiwa tak tenteram lagi dengan agama. Sedang tuan mufti antara orangnya.
Janganlah sampai nanti, tuan mufti digelar orang, Mufti El-Hukumah (Mufti pendukung kerajaan). Atau lebih teruk Mufti El-Zibalah (Mufti sampah)!
Penulis ialah penterjemah buku-buku yang sekarang ini menemani isteri yang sedang belajar dan menjaga anak di Mesir.
Sumber HD - 4-1-2014
Mufti bukan pada gelaran Tan Sri tapi kejujuran diri
- Jan 03, 2014
- Muhammad Ikram Ab Rahman
1. Saya menyeru diri saya, teman-teman dan semua untuk mohon ampun pada Ilahi di atas dosa dan silap yang lalu dan keampunan untuk yang mendatang. Bimbang jari yang laju menari untuk menaip sepotong komen sehingga berlebihan dari yang sepatutnya. Juga bimbang akan lisan yang pantas melontar kata yang tidak semena-mena. Jangan diserang peribadi, kelak memakan diri. Merenung firman Allah:
Maksudnya: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaf: Ayat 18)
2. Saya tidak berhasrat untuk mengulas soal bagaimana menetapkan hukum bughah terhadap seseorang. Serahkan sahaja pada yang punya ilmu dan ada autoriti ilmunya. Tulisan ini sekadar sedikit teguran seimbas buat Dato’ Mufti. Kenyataan Dato’ Mufti tidak ubah seolah-olah jawab Saidina Ali terhadap golongan Khawarij sebagaimana berikut:
كلمة حق أريد بها باطل
3. Menghukum bughah ini bukan lagi perkara baru di Malaysia, kerana pada 1985 tindakan kerajaan UMNO-BN menembak mati As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dalam Tragedi Memali. Ini berlaku atas dakwaan Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai bughah. Dihalalkan darah mereka. Sungguh jahat dan khianat. Juga menghukum dengan hukuman seperti khawarij sebelum ini oleh seorang ulama' muda UMNO juga sangat keterlaluan.
4. Saya sejujurnya amat tidak bersetuju di atas kenyataan Dato' Mufti yang menggelarkan demonstran sebagai bughah. Saya kira terlalu ramai tidak setuju. Tindakan itu menggambarkan sikap double standard seorang mufti dalam isu-isu yang berlaku. Jika benar, Dato' Mufti jujur dan amanah, seharusnya fatwa atau kenyataan terhadap pembaziran kerajaan BN mesti dinyatakan sama.
5. Matlamat Himpunan TURUN adalah kerana tekanan kos sara hidup yang tinggi bukan untuk menggulingkan kerajaan. Secara prinsip dan asasnya, hanya himpunan aman dan demonstrasi menuntut hak sebagai civil society. Secara perlembagaannya ia sah. Maka tindakan para demonstran tidak boleh dianggap bughah semberono begitu tanpa menilai realiti mereka. Tindakan demonstran sejajar dengan sepotong hadis:
Maksdudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik jihad adalah menyatakan kalimah benar di hadapan pemerintah yang zalim”.
6. Saya kira kenyataan demikian boleh mengundang sesuatu yang kurang senang terhadap rakyat. Menghukumkan demonstran sebagai bughah, ertinya telah menghalalkan darah mereka untuk ditumpahkan. Pandangan ini amat ekstrem dan boleh menimbulkan huru-hara jika pihak berkuasa bertindak demikian. Di sini saya memohon huraikan penjelasan secara terperinci sebagai cara paling beretika. Kemudian buka kepada kritikan dan teguran andai ada ketidaksetujuan.
7. Saya mohon supaya Datuk Mufti dengan serta mertamenarik semula kenyataan yang telah dibuat. Jika Datuk Mufti untuk kekal dengan pendirian tersebut maka ia dilihat seakan menodai kesucian sebuah agama, Islam yang membawa mesej kedamaian melalui konsep “Rahmatan lil ‘Alamin”. Contohilah sikap dan prinsip ulama' terdahulu seperti Imam Ahmad bin Hanbal saat berdepan kezaliman pemuka Muktazilah. Juga Imam Nawawi saat memberi fatwa kepada sang pemerintah Al-Maliku Az-Zahir.
8. Saya menyahut positif usaha proaktif PAS Negeri Perak yang telah mengambil tindakan drastik mengaturkan pertemuan dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Mungkin tidak bisa didengari di laman sosial, usaha membumi sebegini saya ucapkan tahniah. Moga ada hasil yang baik melalui tindakan bersemuka. Selesaikan secara dialog tika amarah rakyat belum reda.
9. Tuntas, saya berharap mana-mana individu mufti, ulama' dan lain-lain yang memikul amanah agama berwaspadalah kalian. Jangan mudah menutur kata dan menghukum. Adillah dalam menilai dan menghukum. Supaya golongan agamawan tidak dilihat sebagai terompah kayu dan boneka kerajaan yang zalim. Atau perumpamaan ulama' su'. Sebagaimana kata Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali:
إنمافسدتالرعيةبفسادالملوك،وفسادالملوكبفسادالعلماء،فلولاالقضاةالسوءوالعلماءالسوءلقلّفسادالملوك
خوفاًمنإنكارهم.
Maksudnya: “Sesungguhnya hancur rakyat dengan kerosakan pemerintah. Rosak pemerintah dengan kerosakan ualma’. Maka apabila para qadhi dan ulama’ jahat, akan sedikitlah pemerintah yang takut dengan kemungkaran mereka”.10. Akhirnya, ingatlah bahawa ulama’ dalam Surah Faatir, ayat 28 diumpamakan seorang yang takut kepada Allah. Juga digambarkan sebagai anjing, berdasarkan ayat 176, Surah Al-A’raaf. Ulama’ antara haq dan batil. Antara amanah dan khianat. Doa supaya Allah pelihara Malaysia dari bala dan musibah. Impian hendaknya keadilan tertegak dan kezaliman berkubur satu hari nanti. Pasti. Percayalah! Insya Allah.
Penulis ialah pelajar Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sumber HD - 3-1-2014
Apabila mahasiswa bersuara
- Dec 30, 2013
- MOHD SOLIHIN CHE ROZALI
Secara positifnya, berkaitan dengan kenaikan harga barang, apabila dilihat dengan teliti dari satu sudut ia amat perlu untuk ekonomi negara, akan tetapi dari satu sudut yang lain pastinya ia cukup membebankan rakyat. Dalam konteks ini, supaya ekonomi negara tidak terbeban dan kos sara hidup rakyat juga tidak terbeban, wajar kos elektrik dan harga barang yang hendak dinaikkan itu dinaikkan. Akan tetapi bukan dengan kadar yang diumumkan sekarang. Pengumuman kadar yang amat tinggi sebegitu merupakan satu senario baru dalam politik negara kita. Kalau dahulu, selepas merdeka, kerajaan boleh memberikan subsidi kepada rakyat, mengapa hari ini subsidi itu perlu dirasionalisasikan semula dengan begitu drastik sehingga rakyat menjadi begitu terbeban. Ini adalah satu sikap ketidakprihatinan kerajaan kepada rakyat.
Kerajaan juga seharusnya memberikan penjelasan kepada rakyat dengan sejelas-jelasnya. Ini tidak. Yang keluar daripada mulut sesetengah menteri kita pada hari ini hanyalah memperkotak-katikkan dan memperkecilkan rakyat sahaja. Sehinggakan ada yang mengatakan “kalau tidak suka dengan kerajaan, boleh pindah ke negara yang lebih disukai”. Ada juga mengatakan “kalau tidak mahu bayar tol, boleh lalu jalan biasa”. Ini adalah ungkapan yang meremeh-temehkan tahap kebebanan rakyat. Ini juga menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka ingat negara ini bapak mereka yang punya.
Kini, hanya tinggal beberapa jam lagi di mana 2014 akan muncul. Saat itu tibalah saat yang mana digelar Tahun Kesengsaraan Rakyat. Dan hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi di mana tibanya Tahun Kesedaran Rakyat mulai bangkit. Dan hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi di mana penantian saat-saat getir dan cemas oleh seluruh rakyat Malaysia bermula. Adakah kita mahukan ini terjadi kepada negara kita. Adakah kita mahu melihat sahaja kuasa sang diktator memerintah negara dengan zalim tanpa berbuat apa-apa. Atau ada lagi segelintir mahasiswa berhempas pulas siang dan malam hari menadah buku memikirkan apa yang harus aku jawab di dewan peperiksaan esok hari tanpa memikirkan langsung nasib negara dan rakyat.
Kita mahasiswa. kita anak muda. Kita hanya cintakan negara yang dianugerah Tuhan. Kita juga mahukan kekayaan yang dikurniakan sampai ketangan rakyat bawahan, bukan hanya berputar dalam kalangan atasan.
Kita anak muda mengimpikan perubahan. Anak muda yang berani menyatakan pendirian. Kita amat benci dengan keangkuhan menjadikan negara ini bagaikan milik warisan.
kita cintakan keadilan. Kita cintakan kebebasan. Yang bertali dengan kejujuran, dari kepimpinan yang beriman, yang mendengar kalam Tuhan.
Justeru, mari kita berganding bahu, berpaut pada tali yang satu, demi mencapai satu matlamat, bebaskan Malaysia daripada sang penjahat.
Ayuh zahirkan suaramu, tuntutlah hakmu, jangan sampai dimakan sang perakus. Ayuh menentang habis-habisan kenaikan kos sara hidup menjelang 2014. Ayuh sama-sama TURUN 31.12 di dataran merdeka tanda protes kita sebagai rakyat marhaen. Demi rakyat, demi Negara. TURUN. 31.12.13.
Kerana kita mahasiswa. Kita anak muda!
Mohd Solihin Che Rozali
Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Sumber HD - 30-12-2013
Himpunan guling k’jaan: Menteri hina intelek mahasiswa
- Dec 30, 2013
- HARAKAHDAILY
Pengerusi Wufi, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Muhammad Najib Abdurrahim berkata, Razali sepatutnya mendapatkan maklumat sebenar tentang perhimpunan yang bakal berlangsung pada 31 Disember ini dan tidak semata-mata bergantung kepada laporan media yang dikawal BN.
“Saya kira, sudah cukuplah para menteri mengeluarkan kenyataan yang menghina nilai intelektual dan daya berfikir rakyat, kerana setiap kenyataan yang keluar daripada mulut menteri-menteri ini langsung tidak menggambarkan mereka itu layak memangku jawatan mereka sekarang.
“Adakah sememangnya menteri-menteri daripada kerajaan hanya menjadikan RTM, TV3 dan Utusan serta media-media yang dikawal oleh mereka sebagai bahan bacaan harian mereka?” soal beliau.
Menurut Najib, perhimpunan anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) pada 31 Disember ini bertujuan membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang menghimpit rakyat.
“Ia mengumpulkan rakyat dari pelbagai latar belakang ekonomi yang merentas fahaman politik, yang rasa tertekan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini,” katanya.
Beliau menambah, segala dakwaan tidak berasas yang dicanangkan para pemimpin BN terhadap tujuan perhimpunan itu telah pun dijawab oleh pihak penganjur.
“Saya melihat ia seakan telah menjadi suatu “trend” bagi menteri untuk merendah-rendahkan nilai daya fikir mahasiswa apabila kami dilihat tidak bersama dengan kerajaan di dalam satu-satu isu bahkan dituduh sebagai dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan ataupun pihak pembangkang,” tegasnya.
Najib mengingatkan bahawa penglibatan mahasiswa dalam perhimpunan rakyat adalah bagi menunaikan hak demokrasi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Mahasiswa juga ingin menghantar mesej kepada pihak kerajaan bahawa sebagai sebahagian daripada gerakan masyarakat sivil, mahasiswa sedang memerhati dengan serius setiap gerak geri kerajaan.
“Mahasiswa ingin menurunkan kerajaan? Ya! Kami bersedia dan tidak sabar untuk menantikan detik itu pada PRU14 nanti!” tegasnya.
Sumber HD - 30-12-2013
Omongan melangit, sengsara kami
- Dec 29, 2013
- SYAHMI SYAZERIL AZMI (UIAM)
Sungguh, ingin sekali saya berlapang dada untuk menerima kaedah ini. Malangnya, hakikat dalam hati merasakan bahawa ini tidak lain tidak bukan merupakan suatu penghinaan, ini bagaikan menuang minyak ke atas api.
Barangkali inilah dia secebis perasaan orang yang tinggal di zaman feudal; alangkah malangnya nasib apabila dicukai (mungkin lebih tepat lagi ditol?) kerana menggunakan sesuatu yang sepatutnya merupakan hak kami sendiri.
Malang sekali golongan pekerja yang saban hari memerah keringat, hanya untuk melihat haknya yang merupakan kurnia Tuhan dirampas di depan mata. Dan penyangak-penyangak ini, perompak siang hari, tanpa malu malah penuh megah memperagakan harta-harta milik orang lain, menaiki kenderaan-kenderaan mewah mereka sambil bersiar-siar di pasar-pasar, kononnya mereka ambil peduli.
Dan bila mereka merasakan tubuh dan pendapatan mereka terancam, tanpa ragu-ragu, tanpa berpada-pada habis segala otot-otot dari surat khabar ke televisyen, dari FRU ke “ulama’ muda”, semuanya dikerahkan untuk menghalalkan tindakan mereka; begitulah ragamnya, hari-hari yang dilalui rakyat Malaysia.
Saya yang merupakan pelajar universiti, mungkin masih lagi bernasib baik kerana tidak merasakan bahang penuh kerakusan kerajaan Malaysia. Mungkin. Barangkali kami masih lagi terpelihara kerana usia kami, yang datang bersamanya kesihatan dan bantuan dari keluarga. Kerana komitmen kami, yang hanya perlu berulang-alik dari bilik ke kelas.
Mereka yang paling terkesan barangkali golongan pekerja bawahan, tambah-tambah yang sudah berkeluarga. Tidak kiralah ada BR1M atau tidak.
Meskipun begitu, hari-hari kami mahasiswa makin sukar terutamanya yang tidak punya biasiswa. Hari ini, pelajaran merupakan pelaburan yang amat mahal, walaupun hanya untuk sekalung ijazah. Dan saya tidak begitu optimis dengan nasib ini usai bergraduasi. Kami yang saban hari ditakutkan perihal pengangguran dan tekanan kewangan.
Adakah masih ada esok untuk kami, yang dulu hingga sekarang dijanjikan cuaca cerah, dikatakan kami rakyat bertuah, rakyat sebuah Negara yang dikatakan makin hari makin gah?
Andainya omongan itu benar, mengapa perlu ditarik subsidi, mengapa perlu dinaikkan tol, mengapa perlu dicukai lagi? Apabila tindakan bertentangan dengan omongan yang digula-gulakan pada kami, saya terpaksa mengandaikan bahawa ini perbuatan yang tidak waras.
Dilema ini yang suatu hari mungkin bertukar menjadi sengsara terus-menerus memenuhi fikiran saya. Saya, seorang, tidak akan sekali-kali mampu menggerakkan sesuatu yang boleh menjana perubahan.
Setinggi mana pun idealisme saya, saya hanya budak hingusan yang baru keluar dari zaman remajanya. Perasaan lemah longlai yang mengiringi tekanan-tekanan fizikal ini membuatkan saya rasa punah, hilang dan kalah. Mahu saja saya mencari motivasi namun malang sungguh malang, ia memakan diri.
Saya yang lemah dan tidak mampu ini, saya yang hilang dan kalah ini, ingin sekali berbuat sesuatu, sekecil manapun agar bisa saya sampaikan pada yang sudi, ataupun pada yang tidak sudi, sebuah mesej; bahawa sesuatu harus dibuat, sebelum masalah ini bertukar menjadi tragedi.
Mari kita bersama-sama; pinjamkan komitmen dan ayuh kita satukan keinginan. Keinginan melihat Malaysia bebas dari sengsara. Kita bersama untuk menzahirkan suara, demi menjaga hak-hak kita, moga-moga ada yang tergerak, ada yang terasa, dan meskipun kita gagal, sekurang-kurangnya kita sudahpun melakukan apa yang kita bisa. Adat hidup apabila bertemu cabaran, selagi tubuh masih mampu mari kita bangkit dan lawan.
“31.12.13 – TURUN”
Sumber HD - 29-12-2013
Malaysia, Mesir dan mahasiswa
- Dec 28, 2013
- FARAH ‘AQILAH ABD HAMID
Hal ini dapat dibuktikan dengan hasil kajian dari Pusat Kajian Demokrasi dan Kajian Pilihanraya Universiti Malaya (UMcedel) terhadap 1,676 responden di Semenanjung Malaysia pada 6 hingga 8 Disember 2013.
Kajian tersebut mendapati 42% responden beranggapan kenaikan harga minyak memberikan kesan kepada kehidupan mereka diikuti 34% kenaikan harga barang, dan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 24%.
Tambahan pula jawapan serta respon tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh menteri-menteri seakan menampakkan kurang cerdiknya mereka terhadap kenaikan kos sara hidup ini.
Keadaan ini telah membangkitkan satu gelombang protes rakyat yang seumpama Reformasi yang berlaku pada 1998. Mungkin isu yang berbeza, tapi nada yang sama iaitu ketidakadilan kerajaan terhadap kepentingan rakyat.
Antara gelombang yang berlaku ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) yang dipelopori mahasiswa seterusnya diikuti dengan satu street protest yang akan berlaku pada malam 31 Disember 2013.
Yang pasti,kerajaan Malaysia sememangnya khuatir gelombang ini akan menggugat pemerintahan mereka dengan cubaan tangkapan terhadap pengerusi TURUN yang disabitkan kesalahan berniat untuk menggulingkan kerajaan. Tidak kurang media negara dijadikan budak upahan bagi memaparkan berita dan ancaman bertujuan menakutkan rakyat untuk bersama-sama dalam protes pada 31 Disember ini.
Terlalu besar pengkhianatan kerajaan Malaysia lakukan menerusi kenaikan kos sara hidup ini walaupun mereka baru sahaja menang dalam Pilihanraya Umum ke-13 pada Mei yang lalu.
Saya tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku kepada negara Malaysia sepanjang 5 tahun pemerintahan Barisan Nasional. Golongan kaya terus hidup dalam timbunan kemewahan dan marhaen terus mengemis untuk sesuap nasi. Di benak saya adakah Malaysia akan diisytiharkan bankrap seperti yang digembar-gemburkan?
Mesir dan nasib ummah
Kekalutan kita berhadapan dengan isu kenaikan kos sara hidup ini telah membuatkan kita leka dengan isu yang lebih bersifat global iaitu isu Mesir yang semakin parah.
Saban hari semakin ramai rakyat yang tidak berdosa dibunuh, fatwa ulama’ yang membenarkan nyawa rakyat Mesir dikorbankan, Parti Nur dan Dakwah Salafiah cawangan Iskandariah yang bersubahat dengan pihak tentera, kerjasama yang diberikan oleh Saudi dan UAE kepada kezaliman As-Sisi serta banyak lagi mewarnai politik Mesir.
Kekejaman As-Sisi kepada rakyat Mesir lebih teruk jika hendak dibandingkan kekejamaan Israel terhadap rakyat Palestin.
Jika kita menentang kezaliman kerajaan Malaysia yang terus-terang menggunakan wang rakyat dengan salah, rakyat Mesir menentang kezaliman As-Sisi yang membunuh rakyatnya dengan sewenang-sewenangnya.
Malangnya isu kezaliman pemerintah ini tidak akan berhenti dan kezaliman ini akan berterusan selagi mana keadilan Islam tidak ditegakkan atas muka bumi ini. Lagi isu kezaliman yang melatari krisis kemanusiaan yang berlaku.
Di mana pedulisme mahasiswa?
Di tengah kemelut berpanjangan kezaliman pemerintah itu, sautu krisis yang kita hadapi adalah mahasiswa yang semakin kurang sikap peduli. Ada antara mereka yang sibuk untuk mengejar ‘first class owner’ semasa graduasi dan juga yang leka dengan berhibur dengan budaya hedonism.
Mahasiswa yang kurang sifat empati terhadap masyarakat sekeliling sehinggakan mereka lupa peranan dan amanah mereka pada negara masa mendatang.
Mahasiswalah yang bakal memimpin negara di pelbagai varsiti masyarakat serta bakal mendidik anak bangsa seterusnya. Tugas ini amatlah berat dan mesti dimulakan dengan pembinaan diri seorang mahasiswa.
Oleh itu, mahasiswa semestinya mempunyai sikap kritis serta peduli terhadap perkara-perkara yang berlaku sekelilingnya juga terhadap masyarakat.
Bangkitlah mahasiswa, keluarlah dari kepompong pentingkan diri, pedulilah pada dunia sekelilingnya dan beranikanlah dirimu untuk menentang ketirisan kerajaan kerana kau harapan negara suatu hari nanti.
Penulis ialah pelajar Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sumber HD - 28-12-2013
Majistret tolak permohonan polis reman Pengerusi Turun
- Dec 24, 2013
- MUHAMMAD FAIZAL
Peguam Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi ketika dihubungi Harakahdaily menjelaskan pihaknya telah berhujah bagi membantah permohonan pihak polis itu kerana alasan yang tidak munasabah.
"Sebentar tadi kita telah berhujah di hadapan majistret apabila pihak polis memohon untuk menahan reman Azan selama tujuh hari.
"Hujah yang kita berikan adalah penahanan tersebut tidak munasabah dan kita meminta agar pihak polis membebaskan tahanan tersebut.
"Majistret telah menerima alasan yang kita berikan dan membenarkan pihak polis melengkapkan proses mengambil keterangan sebelum Azan dibebaskan," katanya.
sebelum itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) telah bertindak bagi membantu Azan.
Azan telah ditahan oleh pihak polis kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru.
Beliau ditahan di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Sumber HD - 24-12-2013
Malaysia perlu proaktif dalam isu Selatan Thai
- Dec 23, 2013
- MOHAMMAD SYAZWANNUDDIN SHAHARUDDIN
Adalah tidak adil untuk melihat Selatan Thai sebuah tempat konflik yang kronik seperti Syria. Hakikatnya kehidupan sehari-hari penduduk adalah sangat aman. Walaupun berlaku sekatan tentera di setiap jalan namun jarang sekali mereka berfungsi kerana tujuannya hanya sebagai kawalan.
Jarang mereka memeriksa lalu lintas. Mereka seperti rakyat Thailand yang lain juga menuntut untuk diberi layanan yang adil oleh kerajaan. Mereka juga mahukan kekayaan Thailand itu sampai ke Selatan supaya boleh dinikmati bersama. Peluang ekonomi dan pendidikan juga perlu diratakan tanpa mengira kaum dan agama.
Inilah penyelesaian yang terbaik kepada konflik di selatan Thai. Bukan menambah lebih banyak tentera atau melakukan penahanan tanpa bicara dan prejudis terhadap mana-mana orang Islam yang berkelulusan agama. Kehadiran tentera hanya menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap layanan ‘double standard’ kerajaan. Tentera hadir kerana perintah darurat, oleh itu perlulah perintah darurat itu ditarik balik supaya pemerintahan awam dapat dikembalikan di Selatan Thai.
Namun begitu, sering kali hasrat rakyat dikhianati kerana keadaan politik di Bangkok kurang stabil.
Akhirnya Selatan dilupakan dan dibiarkan kerana konflik politik Thailand yang tidak sudah-sudah.
Sepatutnya negara Islam seperti Malaysia perlu lebih proaktif dalam membantu saudara seagama Gagasan Kesederhanaan Global anjuran Perdana Menteri Najib Razak perlu dirasakan dahulu di negara jiran sebelum disebarkan sekuruh dunia. Malaysia perlu keluar dari polisi berdiam diri apabila melibatkan negara-negara ASEAN kerana kita dilihat sebagai masyarakat contoh oleh rakyat negara lain. Kejayaan kita dalam melahirkan masyarakat majmuk perlu menjadi model kepada negara seperti Thailand yang mempunyai masalah apabila melibatkan keharmonian antara kaum dan agaman.
Kita sebagai umat Islam di Malaysia juga perlu berusaha dengan lebih keras lagi dalam memastikan keamanan di Selatan Thai tercapai. Berdosalah kita sekiranya sibuk membantu rakan di Timur Tengah namun terlupa memastikan jiran tetangga juga mendapat hak kehidupan yang lebih baik.
Berdoalah semoga umat Islam di Selatan Thai juga berjaya mencapai keharmonian. Mungkin suatu hari nanti kita pula yang akan mencari rezeki di sana!
Mohammad Syazwannuddin Shaharuddin
Naib Presiden PKPIM
Sumber HD - 23-12-2013
Datuk Wahid jangan jadi macam menteri lain
- Dec 17, 2013
- AHMAD AFIF ZULKIPLI
Memetik laporan bajet 2011, kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib pernah mengumumkan kenaikan harga tol tidak akan berlaku dalam tempoh 5 tahun. Lalu kita ingin bertanya kepada Datuk Wahid, adakah Datuk lupa untuk merujuk kenyataan Perdana Menteri dalam laporan ini dengan terus mengumumkan kenaikan harga tol tahun depan?
Perkara ini seolah-olah dilihat sebagai agenda menguntungkan kroni semata-mata tanpa mengambil kira nasib rakyat yang makin tertekan di negara sendiri. Sepatutnya kadar tol semakin rendah berikutan syarikat konsesi mendapat pulangan yang lumayan melalui pertambahan bilangan kenderaan yang menggunakannya.
Kita sekali lagi menegaskan kepada beliau selaku orang baru dalam kabinet untuk lebih mementingkan nasib dan kesusahan rakyat daripada kepentingan agenda pihak-pihak tertentu. Jika beliau gagal untuk berbuat demikian, kita fikir beliau mungkin boleh melepaskan jawatan sebagai menteri dan kembali berkhidmat bersama Maybank Berhad. Hal ini demi menjaga nama baik beliau melalui reputasi dan kecemermelangan beliau mengurus tadbir Maybank.
Kita melihat kenaikan harga tol ini merupakan siri penderaan seterusnya kepada rakyat Malaysia oleh sebuah kerajaan yang menggunakan tema “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Bermula dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, peningkatan tariff elektrik tahun 2014, kenaikan tambang LRT serta monorel dan paling terbaru kenaikan harga tol yang seolah-olah menjadi pelengkap kepada kempen ‘melaksana’ janji Najib.
Anak muda dan mahasiswa komited untuk terus bersama memperjuangkan nasib rakyat khususnya melalui gerakan yang baru dilancarkan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup yang juga turut memuatkan salah satu agenda perjuangan TURUN iaitu untuk mendesak kerajaan mendedahkan perjanjian konsesi tol.
Ahmad Afif bin Zulkipli
Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS
Sumber HD - 17-12-2013
Gamis Sabah kutip derma bantu mangsa banjir
- Dec 16, 2013
- MOHD KHAIRUDDIN DAUD
KOTA KINABALU: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Sabah bersama kumpulan anak muda Gegar telah mengadakan kutipan derma dan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Kutipan itu telah diadakan di Gaya Street Kota Kinabalu bermula 9.00 pagi tadi dan berakhir pada tengah hari ini, semalam.
Presidennya, Mohd Fatihie Daimin berkata, umum mengetahui akan penderitaan yang dialami mangsa-mangsa banjir apabila kediaman dan kemudahan awam rosak teruk akibat banjir.
Katanya, ditambah lagi musim persekolahan yang bakal menjelang tidak lama lagi pastinya menambahkan lagi bebanan yang dialami mangsa apabila tidak mampu untuk membeli peralatan persekolahan untuk anak-anak nanti.
“Justeru, atas dasar keprihatinan ini, kami mahasiswa dan anak muda mengambil inisiatif ini bagi membantu mangsa banjir.
“Diharapkan dengan bantaun ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para mangsa banjir,” katanya.
Selain itu, ujarnya mahasiswa menggesa agar pihak kerajaan dapat melipat gandakan lagi bantuan kepada rakyat yang dilanda bencana dan lebih bersedia menghadapi bencana seumpama ini pada masa akan datang, bak kata pepatah melayu, 'sediakan payung sebelum hujan'.
“Usahlah isu bantuan kebajikan ini menjadi modal politik kepada mana-mana parti politik sehingga melambatkan usaha-usaha penyampaian bantuan kepada para mangsa banjir,” katanya lagi.
Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang bantuan itu atas sokongan yang diberikan.
“Mahasiswa dan anak muda mendoakan agar bencana ini berakhir dan rahmat Tuhan bersama-sama mangsa banjir,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 16-12-2013
Black 505: 4 Aktivis siswa dibicara hari ini
- Dec 11, 2013
- HARAKAHDAILY
Mereka adalah Adam Adli Abdul Halim, Safwan Anang, Ehksan Bukharee dan Mohd Bukhari Sofian didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman dan dibicarakan bermula jam 9 pagi tadi di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta.
Mereka didakwa dibawah Seksyen 4(2b) atas tuduhan berhimpun di tempat larangan di perkarangan Masjid Abdul Rahman, Universiti Malaya.
Kesemua mereka yang diwakili pasukan peguam Lawyers For Liberty sebelum ini mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Sebelum ini ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan ahli parlimen Seremban, Anthony Loke antara tujuh yang didakwa mengikut akta sama berikutan perhimpunan Black 505 di Padang Merbok 22 Jun lalu.
Rafizi, Anthony dan petugas Sekretariat Pakatan Rakyat, Mohamad Adib Ishar dituduh gagal mematuhi syarat yang ditetapkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad untuk memperoleh kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berhimpun di Padang Merbok.
Sumber HD - 11-12-2013
Tangisan Muslim Rohingya, Malaysia terus membisu
- Dec 02, 2013
- ABDUL MALIK AB RAZAK
Satu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah diadakan akhir tahun lepas bagi mencapai kata sepakat berhubung isu penghapusan etnik Muslim Rohingya di Myanmar. Hasil dari perhimpunan tersebut, satu resolusi telah berjaya dipersetujui dengan menggesa kerajaan Myanmar mengambil tindakan memperbaiki situasi dengan melindungi hak asasi manusia dan memberi hak kewarganegaraan masyarakat Islam.
Namun, reaksi cukup negatif telah ditunjukkan oleh masyarakat Buddha Rakhine. Di saat Muslim Rohingya diperintah berkurung, mereka telah menyerang dengan ganas Pasaraya Utama Maungdaw di Arakan dengan membakar 7 kedai yang dimiliki oleh orang Islam dan membuat rompakan sebanyak 12 kedai. Mereka juga telah membakar sebuah masjid tertua di Arakan yang telah didirikan dari abad ke-19 yang dikenali sebagai ‘Hakim Ali’.
Pada bulan November 2013, satu delegasi OIC telah membuat lawatan ke Myanmar bagi meninjau nasibMuslim Rohingya yang terpaksa hidup dalam keadaan terancam. Ekmeleddin Ihsanoglu, Setiausaha Agung OIC dan anggota delegasi yang lain telah menghabiskan masa selama 4 hari berhasrat untuk bertemu dengan presiden, menteri, kumpulan agama dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tetapi, Aung San Suu Kyi enggan menemui mereka.
Reaksi dari lawatan delegasi OIC tersebut, satu demonstrasi telahdilancarkan oleh puak sami-sami Buddha esktrimis sebagai tanda protes dan bantahan. Demonstrasi yang telah mendapat cop ‘halal’ dari pihak berkuasa kerajaan Myanmar dengan jelas membawa mesej ingin mengisyiharkan perang ke atas Islam dan kaum muslimin.
Tidak cukup dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai, membakar hidup-hidup mangsa, membakar masjid, memusnahkan kubur, menyeksa kanak-kanak dan merogol gadis-gadis tanpa sifat kemanusiaan, mereka dengan berani mengangkat sepanduk yang membawa mesej melabelkan Islam sebagai agama haiwan. Dengan jelas, mereka mahu melenyapkan Islam di bumi Myanmar dengan meneruskan penindasan dan penghinaan terhadap umat Islam.
DiMalaysia, satu tindakan diambil diperingkat NGO dengan menubuhkan Koaliasi Menentang Ekstrimisme Agama di Myanmar (Coaliation Against Extremism in Myanmar-CAREM)bagi mengutuk sekerasnya terhadap penghinaan Islam yang dipamerkan dalam demonstrasi tersebut.
Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid bertindak sebagai Koordinator CAREM telah mendesak semua penganut agama di dunia yang cintakan kedamaian, keharmonian dan saling hormat antara agama supaya menyatakan sikap dan pendirian mengecam tindakan kelompok esktrimis Buddhadi Myanmar.
Tindakan kejam yang dilakukan oleh esktrimis Buddha telah melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB apabila bertindak melakukan keganasan antara agama. Dalai Lama sebagai ketua kerohanian penganut Buddha seluruh dunia perlu bersuara agar kerajaan Myanmar menghentikan penindasan terhadap penganut agama lain.
Anggota negara-negara Asean juga tidak boleh berdiam diri dengan sikap ‘lepas tangan’dan membisu dengan terusmemberi tekanan kepada kerajaan Myanmarsupaya menghentikan polisi penindasan terhadap agama lain. Jika Myanmar terus bersikap ekstrim dan menjadikan masyarakat Islam Rohingya dalam suasana ketakutan, maka kedudukan Myanmar sebagai Pengerusi Asean 2014 juga perlu dikaji semula.
Negara-negara OIC juga perlu sebulat suara dalam menyatakan bantahan terhadap kebiadapan ekstrimis Buddha yang secara hakikatnya disokong oleh kerajaan Myanmar. OIC perlu mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Myanmar dan menuntut supaya semua kedutaan Myanmar di negara-negara OIC di‘halau’ keluar jika kempen membenci Islam tidak dihentikan serta-merta.
Pendirian kerajaan Malaysia juga masih dinanti-nantikan di saat Kejohanan Sukan Sea kali ke 27 yang bakal berlangsung di Myanmar bermula 11 Disember ini. Kerajaan Malaysia sewajarnya membatalkan penyertaan olahragawan dan olahragawati Muslim dari Malaysia ke Sukan Sea tahun ini atas alasan kerajaan Myanmar bersikap anti Islam dan kehadiran atlet Islam yang tidak selamat dan tidak terjamin.
Seterusnya, kerajaan Malaysia secara bijaknya digesa untuk menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan Myanmar agar kerajaan Myanmar menghormati agama Islam dengan memberi kebebasan kepada orang Islam untuk hidup aman dan tenang sebagaimana penganut agama Buddha merasai kebebasan beragama di Malaysia.
Rakyat juga masih menunggu di mana suara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sinonim dengan membawa aspirasi anak muda agar memberi respons dengan penglibatan atlet Islam dalam Kejohanan Sukan Sea di Myanmar kali ini.
Penulis ialah mahasiswa tahun 3 di Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sumber HD - 2-12-2013
Bekas pelajar Kolej Islam Klang nafi murtad
- Nov 28, 2013
- Harakahdaily
Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.
"Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang," katanya.
Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat.
Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi “cerita dari hati” bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.
Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.
Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.
“Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.
"Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja," kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.
Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang 'termakan' dengan kandungan artikel berkenaan.
“Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.
"Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan,” kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.
Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalahertikan.
"Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.
"Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya," katanya.
Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ.
Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.
“Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.
"Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.
“Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu,” katanya.
Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.
Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.
Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon.
“Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa,” ujar Adila. - Bernama
Sumber HD - 28-11-2013
Surat terbuka kepada TNC HEPA UMP
- Nov 27, 2013
- Published Date
- Fazli Halim
Surat terbuka kepada TNC HEPA UMP
Datuk,
Sebelum saya meneruskan penulisan saya ini, baik kiranya saya memperkenalkan terlebih dahulu latar belakang diri saya. Saya merupakan mahasiswa tahun akhir bagi jurusan Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan. Anak jati negeri Selangor kelahiran Sabak Bernam dan menetap di Serendah, Hulu Selangor. Pernah terlibat secara langsung dalam badan kepimpinan pelajar dengan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012. Demikian serba sedikit biodata ringkas yang dapat saya kongsikan berkaitan diri saya dan saya yakin dan percaya pihak datuk secara peribadi sudah sedia mengenali diri saya.
Suka untuk saya perjelaskan disini bahawa tujuan surat ini dikemukakan bukan bermatlamat untuk mengaibkan serta memburukkan mana-mana pihak, tetapi ia adalah satu bentuk respons spontan yang hadir atas rasa penuh amanah dan tanggungjawab untuk memberi pandangan, kritikan serta tindak balas dengan melontarkan kritikan membina demi keadilan semua pihak. Saya mengenali datuk secara lebih dekat semasa bergelar sebagai YDP MPP UMP sesi 2011/2012, mengikut maklumat yang saya miliki datuk berpindah ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) sekitar tahun 2010 dan dimaklumkan juga datuk merupakan rakan karib Prof Dato’ Daing Nasir semasa di Universiti Sains Malaysia (USM).
Tujuan utama surat ini dikongsikan adalah hasil tindak balas terhadap peristiwa hitam dalam sejarah PRK UMP kali ini yang berlaku sepanjang proses penamaan calon semalam yang bertarikh 25/11/2013, bertempat di Astaka UMP Gambang. Adalah satu perkara yang amat dikesali apabila terhebahnya berita beberapa orang calon yang tidak dibenarkan bertanding atas alasan yang tidak munasabah daripada pihak datuk. Menurut keterangan yang saya peroleh secara terus daripada calon yang terlibat antara alasan yang dikemukakan adalah masalah pointer yang tidak konsisten (hal ini tidak tercatat dan digariskan secara bertulis dalam mana-mana peraturan tatacara pemilihan MPP) walaupun terdapat calon yang memang rendah tetapi atas kuasa budi bicara, calon tersebut diperkenankan percalonannya, calon merupakan mahasiswa yang terlalu aktif berpersatuan dan diarah untuk bertanding pada sesi hadapan, calon tersebut merupakan calon diploma, dan bermacam-macam lagi alasan yang tidak masuk akal dan didatangkan dengan justifikasi yang jelas dan kukuh. Hal sebegini cukup menimbulkan pelbagai keraguan, persoalan yang tidak berkesudahan oleh segenap mahasiswa yang menuntut jawapan secara bertulis dan terbuka.
Berdasarkan pengalaman saya dalam PRK UMP, sesi penamaan calon kali ini menyaksikan begitu ramai calon yang tidak dibenarkan bertanding akibat tidak diperkenankan oleh pihak TNC HEPA mahupun pihak dekan fakulti. Adalah satu malapetaka besar kepada seluruh mahasiswa UMP apabila hak mereka untuk memilih sendiri pemimpin pilihan mereka disusun-atur dan dimanipulasi oleh pihak JHEPA bagi memastikan calon-calon mesra, patuh dan tunduk kepada JHEPA diberi laluan mudah untuk bertanding. Secara peribadi saya cukup menghargai keberanian sebilangan mahasiswa yang menawarkan diri untuk mencurah khidmat dan bakti kepada mahasiswa, ini memperlihatkan komitmen, iltizam serta kesediaan mereka untuk menggalas amanah dan tangunggungjawab yang diberikan, tetapi adalah satu kerugian kepada semua mahasiswa dan universiti apabila bakat serta potensi diri yang mampu digilap serta diketengahkan terus disekat dan dipancung tanpa belas kasihan sebelum sempat bertarung serta berpencak dalam medan manifesto bagi meraih sokongan serta undian daripada seluruh mahasiswa kampus.
Selaku individu yang berpengalaman melalui proses PRK bagi sesi lepas, satu kekecewaan yang tidak mampu saya gambarkan melihat kepada situasi yang semakin parah dan buruk berlaku saban tahun. Saya menuntut pihak yang diberi amanah menjalankan amanah dengan penuh rasa tanggungjawab serta mengamalkan budaya kerja secara profesional. Kadang-kadang terlintas dibenak pemikiran saya, memikirkan siapa sebenarnya memilih dalam PRK kali ini? JHEPA atau mahasiswa? Saya juga kecewa dengan pihak Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UMP sesi 2013/2014 apabila gagal memainkan fungsi dengan baik, peristiwa hitam dalam sesi penamaan calon menjadi bukti wujud tangan-tangan ghaib yang cuba campur tangan dalam proses pemilihan MPP kali ini, untuk makluman rakan-rakan sekalian secara tradisinya pengerusi JIPMPP akan disandang oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) iaitu Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz yang saya yakini ketelusan serta prestasi yang telah dibuktikan sepertimana perjalanan sesi-sesi PRK yang lepas. Tetapi saya baru sahaja dimaklumkan bahawa Prof Bad sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai TNC AA, dengar khabar hal ini juga berlaku akibat permainan politik dalam pengurusan universiti yang semakin membarah. Jadi tanpa diduga saya dimaklumkan bahawa pada sesi kali ini JIPMPP UMP 2013/2014 disandang oleh Datuk Profesor Dr Yuserrie Bin Zainuddin yang merupakan Timbalan Naib Canselor HEPA.
Secara peribadi, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, jawatan pengerusi JIPMPP 2013/2014 adalah tidak wajar disandang oleh TNC HEPA, hal ini kerana ia akan mewujudkan campur tangan yang tidak berkesudahan sepanjang proses PRK berlansung. Akibat MPP adalah entiti yang akan berhubungan secara langsung dengan pihak TNC HEPA. Maka sudah pasti wujud pelbagai ruang dan peluang manipulasi oleh pihak TNC HEPA untuk memastikan calon-calon pilihan mereka yang patuh serta setia pada arahan serta suruhan mereka akan diberi laluan mudah untuk berada di kerusi MPP, menteliti pihak JHEPA adalah mereka mahukan calon yang mesra pengurusan agar urusan kerja mereka menjadi mudah, dengar membiarkan MPP nanti adalah pihak yang setia pada mereka dan tidak mesra mahasiswa, dan itu memang sudah pasti cita-cita tertinggi mereka. Pada pengamatan saya sikap serta tindak tanduk datuk semenjak mengepalai jentera JHEPA UMP benar-benar merosakkan imej serta reputasi UMP terutamanya dalam segenap hal yang berlaku sepanjang siri Pilihan Raya Kampus (PRK) semenjak kehadiran pihak datuk di UMP tercinta ini. Pendapat ini bersandar kepada keadaan PRK UMP yang telah dirosakkan oleh pihak Datuk secara tersusun dan terancang sejak beberapa tahun ini dengan bantuan penasihat-penasihat 20 % yang tidak berapa cerdik di sekeliling datuk yang sebenarnya hanya pandai mengipas dan menjadi parasit dengan melontarkan idea-idea lapuk yang ketinggalan zaman.
PRK 2011: Jentera PRK Mahasiswa Dimansuhkan
Secara kebetulan PRK 2011 adalah tahun saya melibatkan diri sebagai MPP UMP. Untuk makluman sebelum ini sepanjang PRK UMP berlangsung wujud satu jentera mahasiswa yang terdiri daripada mantan MPP, persatuan fakulti dan kolej kediaman yang berkerjasama secara bebas dan telus untuk memastikan PRK berjalan secara lancar dan teratur, tetapi satu tragedi hitam berlaku apabila dalam keadaan PRK yang semakin hampir berlangsung dengan persiapan yang telah disusunatur oleh pihak jentera mahasiswa yang pada ketika itu diketuai oleh Saudara Aedlan Ahmad telah dimansuhkan secara serta merta tanpa melibatkan perbincangan secara bersama dengan memberikan alasan yang tidak munasabah, dan di sinilah bermulanya sejarah hitam dalam sistem PRK UMP, demokrasi kampus kian retak.
Semasa saya diberi kepercayaan dan amanah memimpin mahasiswa universiti ini, isu air adalah antara isu yang paling sukar untuk diselesaikan kerana hal tersebut berada dalam luar bidang kuasa kami dan pihak pengurusan universiti. Krisis gangguan air yang dihadapi seringkali berlaku semasa musim peperiksaan yang menambah tekanan dan menggangu urusan hidup seharian mahasiswa di sini. Atas rasa tanggungjawab dan menyedari kesukaran menyelesaikan kemelut tersebut, satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat mahasiswa yang menggabungkan beberapa badan kepimpinan mahasiswa yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar serta perwakilan kolej kediaman dan persatuan fakulti yang dinamakan dengan nama Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (GEMPAK). Pertambahan kapasiti mahasiswa secara mendadak mengakibatkan bekalan air sedia ada tidak mampu menampung keperluan semasa warga kampus dan masyarakat sekitar yang berkongsi sumber air yang sama.
PRK 2012: Bengkel Wajib Hadir Bakal Calon MPP
Isu ini adalah isu hangat yang menjadi salah satu poin penting yang dimainkan sepanjang tempoh kempen berjalan. Ramai tertanya-tanya apa masalah dengan penganjuran bengkel sebegini? Baguslah bengkel tu kan boleh melatih dan beri pendedahan awal kepada bakal calon sebelum mereka bergelar ‘Yang Berhormat’ mahasiswa. Tetapi saya tiada masalah dengan hal sebegitu, kerana saya secara peribadi menyokong usaha tersebut dan memang itu satu langkah yang baik. Tetapi terma ‘Wajib Hadir’ itu satu langkah yang tidak berapa cerdik.
Saya kira lebih baik saya kongsikan serba sedikit kronologi dan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus? Siapa yang terlibat? Di mana salah dan silapnya? dan sebagainya. Secara ringkas selepas kejutan pemansuhan jentera PRK Mahasiswa semasa era kepimpinan Saudara Aedlan bagi PRK 2011, pihak JHEPA melakukan sekali lagi ‘transformasi’ dengan membuat peraturan baru kepada setiap bakal calon MPP yakni ‘Bengkel Wajib Hadir’ yang akan dianjurkan oleh pihak JHEPA. Skrip lama berulang kembali keputusan diambil tanpa ada wakil mahasiswa khususnya MPP dalam proses membuat keputusan tersebut. Selepas jentera PRK Mahasiswa dimansuhkan dalam PRK 2011 kemudian diteruskan lagi pada PRK 2012 dengan mewujudkan peraturan wajib menghadiri bengkel bakal calon MPP yang menjadikan PRK UMP semakin hilang seri dan sambutan daripada seluruh mahasiswa.
Semasa saya bergelar YDP MPP UMP sesi 2011/2012 serta ‘Executive Caretaker’, tiada sebarang pemakluman secara rasmi sama ada secara bertulis, lisan dan sebagainya berkaitan hal tersebut. Saya melihat ini adalah satu tindakan membelakangkan kami selaku wakil yang terpilih secara sah untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama dalam isu yang berkaitan dengan mahasiswa seperti sebarang hal yang melibatkan sebarang sistem serta peraturan di dalam Pilihanraya Kampus. Tujuan baik dengan niat yang tidak baik tidak menatijahkan hasil yang baik. Sejak dari peringkat awal lagi caranya sudah tempang tidak hairanlah hasilnya pun sebegitu !
Bukan sahaja MPP tidak dilibatkan dalam proses membuat keputusan tetapi fasa pelaksanaan bengkel juga langsung tidak menjemput kami untuk turut serta menjadi pembentang mahupun urusetia dalam bengkel bakal calon MPP tersebut. Pihak JHEPA lebih bersungguh untuk membayar wakil dari luar untuk membuat perkongsian, walhal sepatutnya mantan MPPlah yang paling berautoriti untuk berkongsi pengalaman serta arif tentang masalah serta isu dalaman kampus. Untuk makluman, bengkel bakal calon MPP secara tradisinya akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak mantan MPP, merekalah yang akan menyiapkan kertas kerja program, menyusun modul, aktiviti dan sebagainya, dan saya dan beberapa teman yang lain juga pernah menghadiri bengkel bakal calon MPP dibawah kendalian saudara Aedlan. Tetapi ia pilihan, bukan wajib!
Modus Operandi Konspirasi PRK UMP
1. Mengurangkan calon bertanding dengan mewujudkan pelbagai peraturan serta kerenah birokrasi yang melampau agar calon pilihan mahasiswa yang vokal, agresif dan mesra mahasiswa mampu dicantas awal.
2. Manipulasi media massa sama ada melalui media cetak serta media elektronik dengan menonjolkan calon-calon tajaan JHEPA
3. Pancing mahasiswa mengundi dengan menawarkan mata merit yang tinggi bukan mambantu memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa untuk rasa bertanggungjawab dalam memilih pemimpin mereka serta memberi pengalaman sebenar realiti sistem demokrasi yang diamalkan di dalam negara.
4. Rekrut secara senyap calon-calon tajaan dengan memberi latihan serta tajaan kewangan demi memastikan calon pilihan JHEPA menang mudah.
Akhir kata daripada saya, saya menuntut pihak datuk agar berlaku adil kepada semua pihak tanpa wujud sebarang bentuk diskriminasi serta menjaga dan melunaskan amanah yang diberikan secara baik dan profesional. Dengan rasa rendah diri saya amat menganjurkan pihak datuk untuk membaca kiriman surat saya ini dan mengharapkan pihak datuk sudi untuk menjawab segala persoalan serta keraguan yang berlaku secara terbuka dan telus agar semua pihak mendapat keadailan yang sewajarnya. Sekian,Terima Kasih.
Mahasiswa UMP Kecewa,
Fazli Halim
26 November 2013
Sumber HD - 27-11-2013
PRK: Apa dan bagaimana selepas menang?
Ahmad Lutfi Othman, |
Gambar: Calon-calon Pro-M (Transformasi Mahasiswa) di UUM menang besar untuk kerusi Umum tetapi dinafikan jawatan kanan dalam pembentukan kabinet majlis perwakilan pelajar (MPP).
Kontroversi proses pilihan raya kampus masih jauh daripada penyelesaian. Sebelum hari mengundi, pelbagai kaedah dan taktik licik digunakan Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi memberikan kemenangan mudah kepada calon Aspirasi pro-BN.
Bermula dengan tarikh-tarikh penting PRK yang dipilih HEP untuk menyukarkan kempen kumpulan Pro-Mahasiswa, diikuti peraturan karut-marut dan kaedah e-voting yang boleh dimanipulasi. Peruntukan kerusi, sama ada untuk Umum atau Fakulti, juga dibuat dengan motif untuk memenangkan Aspirasi.
Malah apabila keputusan rasmi diumumkan, HEP masih berpeluang untuk menaja calon yang dikehendakinya bagi mengisi jawatan strategik, khususnya presiden, seperti berlaku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Walaupun Pro-M menang dengan majoriti besar di UIAM, melalui muslihat Timbalan Rektor HEP, Dr Mizan Hitam, calon Pro-M (Wufi) tidak berpeluang dilantik presiden SRC. Mujur, Rektor, Prof Zaleha Kamarudin, menunjukkan jalan keluar, dan diharap pemilihan baru dapat dibuat secara demokratik dan telus.
Merujuk kategori kerusi, agak pelik juga apabila pemenang kerusi Umum, iaitu yang dipilih oleh semua mahasiswa tidak kira fakulti, langsung tidak mempunyai keistimewaan untuk menduduki posisi kanan, seperti presiden, timbalan atau naib presiden, setiausaha dan bendahari.
Anggapan bahawa kerusi Umum seumpama Parlimen dan kerusi fakulti seperti Dewan Undangan Negeri ternyata salah.
Selalunya majoriti pemenang kerusi Umum adalah calon-calon mewakili Pro-M. Dalam kes di UUM misalnya, lima daripada lapan kerusi Umum yang dipertandingkan telah dimenangi Pro-M, walaupun mereka belum berjaya meraih majoriti daripada semua kerusi yang dipertandingkan.
Namun begitu, semasa proses pembentukan kabinet majlis perwakilan pelajar UUM dibuat, yang dikendalikan oleh HEP, tiada seorang pun wakil Pro-M (Transformasi Mahasiswa), termasuk lima calonnya yang menang kerusi Umum, yang dipilih ke jawatan kanan.
Sepatutnya rundingan dan penyelarasan awal dibuat, terutama dalam kes tiada pemenang yang nyata seperti di UUM, agar semua pihak (Aspirasi, Pro-M mahupun selain daripada kedua-dua kelompok ini) diberi kedudukan sewajarnya dalam jawatan strategik.
(Saya sendiri berpengalaman dalam kes serupa itu di UTM pada sesi 1984/85 apabila tiada kumpulan menang dengan majoriti dua pertiga. Pada mulanya mesyuarat pertama tidak dapat dijalankan kerana kumpulan minoriti tidak bersedia hadir, bimbang keputusan menentukan jawatan penting dibuat dengan suara majoriti, yang tentunya menyebabkan mereka tidak mendapat tempat. Persetujuan dibuat di luar mesyuarat supaya kedua-dua kumpulan berpuas hati. Saya masih ingat, jawatan presiden diserahkan kepada kumpulan Pro-PAS dan timbalannya kepada Pro-Umno!)
Malah ada kampus tertentu yang tidak menyediakan langsung kerusi Umum disebabkan HEP merasakan calon Aspirasi sukar memenanginya. Dari segi populariti, jelas calon Pro-M jauh ke depan.
Secara peribadi, saya gembira dengan trend politik kampus yang lebih terbuka apabila mahasiswa semakin berani bersuara, tidak gentar untuk meluahkan pendapat, berinovasi tinggi menggerakkan persatuan dan bersedia untuk bertembung pentadbiran universiti jika mereka yakin berada di pihak yang benar.
Malang sekali apabila HEP masih bermentaliti lapuk, ketinggalan zaman dan hanya mencetuskan suasana permusuhan sesama pelajar apabila mengamalkan pilihan kasih yang keterlaluan.
Cuma, kepada pihak yang menang, jangan hanya bertungkus-lumus semasa kempen PRK tetapi mengabaikan amanah selepas dipilih. Ataupun hanya aktiviti kemahasiswaan hanya tertumpu kepada skop kebajikan yang sempit dan kurang peduli dengan lingkungan.
Sedangkan gerakan pelajar yang terkenal dengan "tradisi mencabar" sentiasa dikaitkan dengan isu-isu kritikal dalam masyarakat, tidak terkecuali pergolakan dunia antarabangsa. Mereka menjadi jurubicara umat, yang resah dengan gelodak rasa golongan bawahan atau kelompok yang dipinggirkan.
Sebenarnya isu-isu kemiskinan seperti Telok Gong (1967), Tasik Utara (September 1974) dan Baling (Disember 1974) masih wujud pada hari walaupun dalam versi berbeza. Apakah isu bahasa kebangsaan (1966-70) sudah dianggap selesai?
Tentu sekali siri demonstrasi isu global, seperti pengeboman Amerika ke atas Hanoi (1966), pencerobohan Soviet ke atas Czechoslavakia (1968), membantah lawatan PM Thailand Thanom Kittikachorn (1971) cukup relevan dengan situasi kacau dunia hari ini.
Malah, tanpa terlalu merujuk dengan dokumen lama, segala konflik dan krisis mutakhir, termasuk yang membungkus dunia kampus sendiri sudah terlalu mendesak untuk ditangani mahasiswa, dengan kebulatan tekad dan kesepaduan suara.
Ya, sekurang-kurangnya, Pro-M sudah menang di UKM dan UIAM; saya amat mengharapkan mereka dapat menunjuk jalan bagaimana majlis perwakilan pelajar kedua-dua kampus ini dapat diuruskan sebaiknya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-11-2013
E-Voting: Apakah ada plot tumbangkan Pro-M?
Mohd Fadhil Ghani , | 16 Nov 2013 |
Pendahuluan
Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kaedah Undi Elektronik atau E-Voting. Untuk mengundi, mahasiswa perlu mengakses akaun pengundian dengan menggunakan kata laluan khas. Kata laluan tersebut akan diberikan oleh petugas Pilihanraya setelah mahasiswa mendaftar diri pada senarai daftar pemilih.
Setiap mahasiswa perlu memilih 2 orang bagi kerusi umum dan 2 orang bagi fakulti masing-masing. PRK UMSKAL menetapkan sebanyak 6 kerusi dipertandingkan iaitu 2 bagi kerusi umum, 2 bagi Sekolah Peniagaan Dan Kewangan Antarabangsa (SPKAL) dan 2 bagi Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL).
Pro Mahasiswa, pilihan mahasiswa UMSKAL
Untuk rekod, calon Pro Mahasiswa UMSKAL (Pro-M UMSKAL) telah berjaya mendapat undi tertinggi sejak Pilihanraya kampus 2006 sehingga 2012. Daripada 6 kerusi yang dipertandingkan, Pro-M UMSKAL juga berjaya menguasai paling kurang tiga kerusi dan menguasai jawatan Naib Presiden selama selama 5 tahun berturut-turut. Naib Presiden merupakan posisi tertinggi dalam Majlis Perwakilan Pelajar bagi UMS Cawangan Labuan. Namun pencapaian Pro-M UMSKAL mula merosot pada Pilihanraya Kampus 2009. Oleh itu pada tahun berkenaan, Pro-M UMSKAL telah memulakan bantahan terhadap sistem E-Voting kerana telah menghidu seperti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem berkenaan. Namun bantahan ketika itu tidak terlalu garang memandangkan E-Voting merupakan satu sistem baru yang belum dikaji secara menyeluruh. Pada tahun 2010, Pro-M UMSKAL telah menghantar memorandum kepada pihak Timbalan Naib canselor UMS bagi membantah E-Voting, walaupun pada ketika itu Pro-M UMSKAL masih menguasai Majlis Perwakilan Pelajar.
Namun pada Pilihanraya Kampus 2013, Pro-M UMSKAL bukan sahaja gagal mempertahankan calon dengan undian tertinggi, malah kesemua calon Pro-M UMSKAL tewas. Kekalahan ini amat mengejutkan kerana culaan awal yang dibuat oleh pihak Pro-M UMSKAL terhadap 1000 sampel mendapati 47 % mahasiswa cenderung untuk memilih Pro-M, 26 % cenderung memilih calon Pro Pentadbiran Universiti dan 27 % mahasiswa tidak pasti.
E-Voting, masalah sama berulang setiap tahun
Setiap tahun, E-Voting sering menimbulkan masalah sekaligus mengganggu kelancaran Pilihanraya kampus. Pro-Mahasiswa merasa sangat hairan bagaimana pihak Universiti boleh membiarkan masalah ini berterusan sedangkan Pilihanraya Kampus merupakan proses penting sebagai pendidikan demokrasi mahasiswa.
Bahkan sekiranya dilihat dari skop yang lebih luas, Pilihanraya Kampus merupakan hak mahasiswa seperti juga Pilihanraya Umum yang menjadi hak asasi setiap rakyat Malaysia. Sangat memalukan apabila almameter tertinggi Negara gagal mengendalikan Pilihanraya Kampus secara cekap justeru merencatkan pendidikan demokrasi kepada mahasiswa.
Antara masalah yang direkodkan semasa Pilihanraya Kampus UMSKAL 2013 adalah seperti terdapat sebilangan pelajar tidak dapat mengakses masuk ke akaun pengundian kerana kata laluan yang diberikan oleh petugas pilihanraya ditolak oleh sistem. Hal ini menyebabkan pelajar tersebut gagal untuk mengundi dan kehadiran pelajar tersebut dikira sebagai undi rosak.
Terdapat juga kejadian pelajar berjaya mengakses akaun pengundian, namun tidak dapat mengundi kerana skrin paparan komputer menjadi kaku dan mereka tidak dapat menekan apa-apa butang untuk mengundi. Setelah beberapa saat, sistem tersebut secara automatik akan terdaftar keluar (Log Out) menyebabkan mahasiswa gagal mengundi.
10 minit sebelum pengundian berkahir, proses pengundian tiba-tiba terhenti dan mengakibatkan pengundi terpaksa beratur panjang menunggu giliran di luar dewan. Semua komputer pada ketika itu tidak dapat digunakan kerana sistem tergendala (Server Down). Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana perisian yang terdapat di dalam CPU tersebut hanyalah perisian E-Voting dan tidak dicampur dengan perisian lain.
Masalah yang paling mencurigakan ialah terdapat kesilapan pada jumlah undian yang disiarkan dalam keputusan rasmi Pilihanraya. Sistem E-Voting mewajibkan setiap mahasiswa untuk mengundi dua orang wakil daripada fakulti masing-masing dan dua orang wakil daripada kerusi umum. Oleh itu, jumlah keseluruhan bagi undi fakulti seharus sama dengan jumlah keseluruhan bagi kerusi umum. Namun setelah keputusan dikeluarkan, terdapat lebihan undi pada jumlah keseluruhan undi fakulti berbanding jumlah keseluruhan undi umum. Undi fakulti mencatat jumlah keseluruhan sebanyak 3,038 sedangkan jumlah kerusi umum mencatatkan 3036 undi. Hal ini menunjukkan seolah-olah terdapat seorang mahasiswa yang hanya mengundi bagi kerusi fakulti tetapi tidak mengundi untuk kerusi umum. Walhal dalam sistem E-Voting perkara itu tidak boleh berlaku kerana sudah ditetapkan oleh sistem.
Surat bantahan tidak berjawab
Pro M UMSKAL telah menyerahkan satu surat bantahan dan memohon penjelasan daripada pihak Pengarah Kampus UMSKAL mengenai segala masalah yang berlaku. Surat bertarikh 2 November itu telah diterima oleh Setiausaha Pengarah Kampus kerana Pengarah dilaporkan tidak berada di kampus pada ketika itu.
Namun sehingga ke hari ini, Pro-M UMSKAL masih tidak menerima sebarang perkembangan positif mengenai surat tersebut.
Rentas Laut Cina Selatan, serah memo kepada Menteri Pendidikan 2
Kecewa dengan sikap ambil lewa pihak pentadbiran UMSKAL, maka Pro-M UMSKAL meluaskan horizon perlawan E-Voting ke semenanjung. Memorandum Bantah Keputusan Pilihanraya Kampus telah diserahkan kepada Menteri Penidikan 2, Dato Seri Idris Jusoh pada 13 November lalu di Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya. Memorandum tersebut telah diterima oleh En. Baharuddin bin Mohd Shairi, Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohon sokongan ahli parlimen untuk lawan E-Voting
Tidak banyak respons yang diterima daripada pihak KPM selain daripada janji memorandum tersebut akan diserahkan kepada Menteri. Pada 14 November, Pro-M UMSKAL telah datang ke Parlimen dan menyerahkan memorandum kepada YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan. Dalam memorandum tersebut, Pro-M UMSKAL telah mencadangkan agar YB Rafizi Ramli mengusulkan penubuhan suatu Jawatankuasa Khas Parlimen bagi menyemak proses Pilihanraya Kampus seterusnya mengeluarkan syor yang perlu dilaksanakan bagi memperkemas sistem Pilihanraya Kampus. Memorandum tersebut juga memohon sokongan YB Rafizi Ramli untuk mendesak Menteri Pendidikan 2 menyelesaikan segala masalah yang diutarakan dalam Memorandum yang telah diserahkan kepada KPM.
Selain daripada YB Rafizi Ramli, memorandum tersebut juga telah diserahkan kepada beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu YB Zairil Khir Johari, YB Ong Kian Ming, dan YB Steven Sim. Kesemua YB yang ditemui berjanji akan cuba sedaya mampu untuk mengetengahkan memorandum tersebut melalui dewan legislatif.
Bertemu Suhakam, mohon siasat kecelaruan E-Voting
Pada jam 2 petang, 14 november, Pro-M UMSKAL telah bertemu dengan Tuan James Nayagam, Pesuruhjaya SUHAKAM di Maju Junction Kuala Lumpur. Dalam pertemuan tersebut, Pro-M UMSKAL telah menyerahkan sebuah memorandum yang antara lain menuntut pihak SUHAKAM menjalankan siasatan secara komprehensif terhadap Pilihanraya Kampus UMSKAL 2013. Pro-M UMSKAL juga memohon pihak SUHAKAM membuat penarafan terhadap Pilihanraya Kampus UMSKAL samada sistem yang digunakan menepati standard universal.
Tuan James Nayagam nyata amat terkejut apabila mengetahui Pilihanraya Kampus dikendalikan sendiri oleh pihak Universiti tanpa ada pemantauan daripada badan berkecuali. Pro-M UMSKAL juga menjelaskan amat sukar untuk pihak mahasiswa mengemukakan bukti kukuh mengenai maslah E-Voting memandangkan mahasiswa tidak dibenarkan membuat rakaman di dalam bilik pengundian.
Oleh sebab itu, Pro-M UMSKAL mencadangkan agar SUHAKAM mengadakan sebuah inkuiri terbuka bagi menyiasat segala kepincangan yang berlaku akibat E-Voting. Hanya dengan cara ini semua bukti yang disimpan oleh pihak universiti dapat diketengahkan.
Tuan James Nayagam berjanji akan mengemukakan surat kepada pihak UMSKAL bagi menuntut penjelasan mengenai segala permasalahan yang diutarakan oleh pihak Pro-M UMSKAL. Beliau juga mengatakan sudah tiba masanya semua universiti di Malaysia memiliki Code of Conduct Pilihanraya Kampus yang seragam.
Sistem korup terus dibiarkan, ada plot jatuhkan Pro M UMSKAL
Selain bergiat aktif dalam mempromosikan idealisme mahasiswa yang progresif dalam kampus, Pro-M UMSKAL juga aktif menjalankan aktiviti pemberdayaan demokrasi dalam kalangan masyarakat Labuan. Pada 23 Mac 2013, 5 orang aktivis Pro-M UMSKAL ditahan Polis ketika mengadakan Sudut Pidato dan edaran risalah di Bandar Labuan. Sudut Pidato itu diadakan bersempena dengan pelancaran Gerakan Mahasiswa Pru 13 peringkat W.P Labuan. Pro-M UMSKAL juga sering bertindak sebagai badan semak dan imbang terhadap pihak Universiti dalam banyak isu yang melibatkan kepentingan mahasiswa.
Jika pihak Kerajaan Barisan Nasional dan pihak Pentadbiran UMSKAL tidak berusaha untuk mereformasi sistem Pilihanraya Kampus, maka Pro-M UMSKAL percaya ada kongkalikung tersembunyi yang cuba mematikan pengaruh Pro-Mahasisawa di UMSKAL dan juga di Labuan secara umumnya. Pro-M UMSKAL yakin ada pihak yang berasa tidak selesa dengan kemaraan Pro-Mahasiswa di UMSKAL yang dilihat mampu memecah doktrin pembodohan yang sudah sekian lama membelengu mahasiswa.
Pro-M UMSKAL tekad lawan E-Voting sampai mansuh
Pro-M UMSKAL bertekad untuk terus melawan E-Voting sehingga sistem ini dimansuhkan. Selain masalah yang diutarakan, sistem ini juga terdedah kepada jenayah atas talian yang menyebabkan hak mahasiswa boleh dirompak oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.
Amat menyedihkan jika pihak Universiti sanggup mempermainkan pilihan mahasiswa hanya kerana ingin menjaga status quo dan mematikan pengaruh Pro-M UMSKAL yang dilihat sebagai kumpulan anti-establishment.
Pro-M UMSKAL sedar pihak Pentadbiran Universiti akan menjawab dengan mengatakan segala yang dilemparkan oleh Pro-M UMSKAL adalah tuduhan dan persepsi semata-mata. Oleh itu Pro-M UMSKAL mencabar pihak UMSKAL untuk melantik suatu badan bebas seperti Suhakam dan Mafrel bagi menyiasat segala yang dikatakan sebagai tuduhan tersebut.
Pro-M UMSKAL sedia memohon maaf kepada pihak universiti sekiranya keputusan siasatan menunjukkan sistem E-Voting sememangnya cekap dan bebas daripada risiko disalah guna.
Tulisan di atas adalah kandungan memorandum yang telah diserahkan kepada Ahli Parlimen.

Sumber HD - 16-11-2013
Pro M menang: Apakah pengisiannya?
Tarmizi Anuwar, |
Pilihan raya kampus merupakan wadah politik anak muda yang berjiwa besar (sewajarnya) dalam mendepani warga kampus dan masyarakat. Sehinggakan ramai juga yang menduduki dunia politik tanah air hari ini adalah hasil didikan politik kampus.
Bulan Oktober dan November adalah merupakan “Demam PRK” (barangkali) bagi seluruh kampus tanah air. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan tarikh akhir November sebagai tarikh terakhir melaksanakan pilihan raya kampus di seluruh IPT.
Kebiasaannya di kampus akan berlaku pertentangan antara pihak Pro Mahasiswa dengan Aspirasi, cuma baru-baru ini berlaku kelainan apabila Pembina berpendirian akan menghantar calon untuk bertanding.
Sedia maklum, Pro Mahasiswa akan diwakili oleh mereka yang berfikiran dan berpandangan islamik berdasarkan pembawakan imej calon mereka.
Saya ingin mengajak kita berfikir berkaitan satu pemikiran yang beranggapan sekiranya Pro Mahasiswa menang maka Islam telah menang atau bakal menang. Seperti suatu ketika apabila pilihan raya umum Mesir dimenangi oleh pihak Ikhwan al Muslimin, maka telah tersebar ke serata dunia bahawa Islam telah menang.
Seperti biasa apabila menangnya Pro Mahasiswa gegak gempita mereka adalah bertakbir; Allahulakhbar! Juga tidak terlupa laungan keramat; Student Power! Laungan atau kalimat ini tidaklah bermasalah cumanya permasalahan pada pemikiran yang beranggapan Islam menang sekiranya Pro Mahasiswa di kampus menang.
Islam bukanlah milik hakiki Pro Mahasiswa atau persatuan Islam universiti. Benar, mereka yang menggerakkan persatuan tersebut tetapi bukanlah milik mereka secara keseluruhan kerana mereka punyai tanggungjawab menyantuni warga kampus dan masyarakat. Yang mana warga kampus dan masyarakat bukanlah semata-mata menganuti agama Islam; Hindu, Buddha, Kristian, Konfusius, Sikh dan pelbagai lagi.
Tanggungjawab tersebut adalah sebenar-benar Islam yang perlu ditonjolkan dan dilaksanakan. Bukan hanya laungan tetapi berhenti selepas fasa pilihan raya kampus. Kumpulan atau individu yang memenangi kerusi hilang dalam arus budaya ketidakilmiahan kampus. Menang dihebohkan tetapi gagal menjiwai dan memaknai apa itu warga kampus dan masyarakat. Lalu setahun berlalu pergi tanpa mendidik warga kampus dan masyarakat secara ilmiah dan terancang.
Gegak gempita tidak diterjemahkan dengan gerak kerja yang berstruktur dan sistematik. Perancangan untuk mengubah budaya politik wajah kepada politik intelek atau kesedaran politik matang gagal direncanakan dengan baik. Akhirnya, setiap kali pilihan raya kampus yang akan distrategikan adalah muka yang cantik dan hensem.
Saya berpendirian bahawa agama mampu membawa manusia ke arah yang lebih baik, atas dasar agama yang sebenar (rahmat sekalian alam) tetapi kerisauan saya adalah manusia menggunakan agama demi melariskan kepentingan kelompok mereka. Tanpa sedari pengundi atau yang memilih mereka bukan hanya individu yang seagama dengannya tetapi wujud juga daripada yang berlainan agama.
Pilihan raya kampus bukan hanya milik individu yang beragama Islam tetapi merupakan milik seluruh warga kampus yang berbilang agama. Tanggungjawab yang diberikan hasil kepercayaan merentasi dinding atau tembok agama dan bangsa.
Muhammad SAW, Martin Luther, Nelson Mandela, dan Mahatma Gandhi antara nama besar yang berjuang meruntuhkan tembok persempadanan yang membezakan warna kulit atau perkauman sehingga terdapat yang mendapat ancaman bunuh dan dibunuh serta dipenjara. Nilai yang diperjuangkan mereka telah merentasi geografi dan zaman sehingga menyebabkan nilai itu kekal dipegang dan diamalkan.
Islam adalah merupakan sebuah agama yang mementingkan ketelitian dan kepintaran dalam merangka strategi untuk memakmurkan alam. Surah as-Saff ayat empat menyuruh hambanya agar membela agamanya dalam keadaan yang teratur (berbaris) dan banyak ayat menyuruh manusia berfikir menunjukkan betapa pentingnya perancangan dan strategi untuk memelihara alam.
Penyelesaian kepada masalah umat manusia pada hari ini, bukanlah semata-mata berpidato kita perlulah kembali kepada al-Quran dan sunnah. Perlu mempunyai kumpulan yang merancang, merencana dan melaksanakan seterusnya membudayakan aktiviti atau program ke arah mencapai matlamat.
Islam tidaklah akan menang hanya semata-mata kemenangan Pro Mahasiswa yang majoriti dianggotai oleh umat Islam. Pro Mahasiswa sewajarnya menzahirkan dan mengangkat nilai-nilai dalam Islam; amanah, integriti, tepati masa, bersangka baik atau nilai yang sarwajagat boleh fahami dan terima.
Islam akan tetap menang tanpa wujudnya Pro Mahasiswa atau pertubuhan Islam universiti (sekiranya yakin) tetapi bukan dengan haru biru melainkan secara terancang dan bermatlamat. Bukanlah semata-mata memenangi pilihan raya kampus sudah layak mengatakan Islam menang. Sesungguhnya kemenangan Islam itu perlu dibayar dengan harga yang tinggi.

Sumber HD - 13-11-2013
Rumusan mahasiswa terhadap Bajet 2014
Muhammad Muzakkir, | 12 Nov 2013 |
Dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang terus mapan, berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara, pada hari Jumaat bertarikh 25 Oktober 2013, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2014) dengan bermatlamatkan Memakmurkan Negara dan Mensejahtera Rakyat. Bagi mengekspresikan rangkaan Bajet 2014 yang bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji” dengan menggagaskan lima teras utama iaitu, merancakkan aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengunggul modal insan, mempergiat pembangunan Bandar dan luar Bandar serta mensejahtera kehidupan rakyat.
Dari sudut prestasi ekonomi pada tahun 2013, dalam tempoh separuh pertama tahun ini, ekonomi negara berkembang sebanyak 4.2 peratus manakala ekonomi dunia berkembang perlahan dengan kadar 2.9 peratus. Malaysia sememangnya tidak terkecuali daripada tempias kelembapan ekonomi global. Seterusnya, peruntukkan bagi Bajet 2014 ialah sebanyak RM264.2 billion yang lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk perbelanjaan iaitu RM217.7 billion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM46.5 billion bagi perbelanjaan pembangunan. Daripada peruntukkan tersebut, ia disediakan untuk sektor ekonomi, sektor sosial dan pelbagai lagi perbelanjaan. Kerajaan Persekutuan menjangkakan kutipan hasil sebanyak RM224.1 billion pada tahun 2014 dan memperoleh tambahan sebanyak RM4 billion berbanding tahun 2013.
Seterusnya, dalam teras pertama iaitu merancakkan aktiviti ekonomi, menarik untuk saya ulas mengenai pelaburan awam dan swasta. Dalam bajet ini Kerajaan Persekutuan telah menetapkan sebanyak RM189 billion bagi pelaburan swasta sementara RM106 billion bagi pelaburan awam. Bagi pelaburan swasta, insentif tersebut akan disalurkan ke bidang minyak dan gas, industry tekstil, kelengkapan pengangkutan serta pembangunan hartanah.
Manakala, antara projek yang bakal dilaksanakan bagi pelaburan awam ialah pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping, pembinaan landasan keretapi berkembar Ipoh ke Padang Besar dan kemudiannya dari Gemas ke Johor Bahru. Menurut bajet yang dibentangkan tempoh hari, jarak Lebuh Raya Pantai Barat ialah sepanjang 316 kilometer. Dalam perihal ini saya ingin membangkitkan persoalan mengenai apakah tindakan kerajaan dalam membantu untuk memudahkan perhubungan antara penduduk yang berada di Pantai Timur dan Pantai Barat khususnya bagi negeri yang seringkali berhadapan dengan kesesakkan lalu lintas dan struktur jalan yang kurang baik.
Jika sebelum ini kerajaan Negeri Kelantan telah melaksanakan projek Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan antara Kota Bharu dan Kuala Krai, tetapi proses perlaksanaannya masih kurang efektif bahkan di dalam bajet 2014, tiada peruntukkan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Pada pandangan sisi, saya mengharapkan agar pihak kerajaan daripada mana-mana blok parti politik dapat berkhidmat dan membantu rakyat merentasi jurang perbezaan politik dan bertindak secara profesional.
Bagi teras kedua pula ialah mengukuh pengurusan fiskal dan semestinya umum ketahui bahawa dalam teras ini terkandungnya perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang kini menjadi topik hangat diskusi bagi ahli-ahli akademik dan pakar-pakar ekonomi serta turut juga menjadi bahan kempen bagi sesetengah ahli politik. Walaupun tarikh perlaksanaannya bermula pada 1 April 2015 tetapi perlaksanaannya dan perancangannya mendapat kritikan dan ulasan daripada banyak pihak.
Pelaksanaan GST akan memberikan implikasi terhadap golongan pertengahan ke bawah dan menambah beban rakyat berpendapatan rendah, khususnya dalam soal kenaikkan harga barang. Namun, pelaksanaan GST ini tidak semestinya akan membebankan golongan pertengahan ke bawah, kerana pelaksanaan cukai ini adalah penggantian cukai yang sedia ada dan mungkin dapat menstabilkan harga barang bahkan ada sesetengah harga barang akan turun.
Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.“Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain.“Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai,” katanya.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa pelaksanaan GST juga akan menaikkan harga sebahagian barang dan pastinya membawa impak kepada golongan bawahan sama ada positif ataupun negatif.
Selain dapat mengenalpasti pengelak cukai dan menyumbang kepada pengutipan cukai dan duti yang lebih cekap di masa depan. Pendapat saya, jika pelaksanaan GST ini lebih menguntungkan rakyat dan dapat menambah hasil mahsul kerajaan sememangnya pelaksanaan ini perlu diteruskan tetapi kerajaan perlulah meyakinkan rakyat terlebih dahulu jika pelaksanaan GST mampu memberi kebaikan. Dalam pada itu juga, penetapan gaji minimum juga sangat penting bagi menguatkan keyakinan rakyat terhadap perlaksanaan cukai baru ini serta dalam pada itu juga pihak kerajaan secara serius perlulah menghapuskan segala gejala-gejala negative dan ketirisan dalam sektor awam.
Selain itu, teras ketiga dan teras keempat pula ialah mengunggul modal insan dan mempergiat pembangunan Bandar dan luar Bandar. Saya lebih ingin fokuskan pada teras yang ketiga iaitu mengunggul modal insan, yang mana elemen-elemen yang diletakkan antaranya ialah meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan latihan, bantuan persekolahan dan baucar buku, pendidikan tertiari dan memperkukuh latihan kemahiran. Pada elemen kecemerlangan pendidikan dan latihan, Kerajaan Persekutuan akan melancarkan Tabung Khas Pembinaan Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah. Berdasarkan bajet yang dibentangkan beberapa minggu lepas, peruntukkan bagi tabung khas ini adalah sebanyak RM450 juta dan agihan peruntukkan masih samar. Adalah lebih baik Kerajaan Persekutuan dapat memberikan agihan peruntukkan khas kepada sekolah dan institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak agar saluran peruntukkan lebih terfokus seterusnya kebajikan rakyat lebih tertumpu.
Dan seterusnya, teras yang terakhir bagi Bajet kali ini ialah Mensejahtera Kehidupan Rakyat. Elemen-elemen yang diketengahkan dalam teras ini antaranya ialah pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber, pembangunan wanita dan keluarga, kesihatan, keistimewaan bumiputra, kebajikan golongan OKU, bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, pembangunan sukan dan lain-lain lagi.Bantuan Rakyat 1 Malaysia juga terkandung dalam teras yang kelima ini, yang mana pemberian ini akan dipertingkatkan dan diperluaskan. Namun begitu, adakah pemberian ini lebih efektif dan mampu mengubah kelas kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik berbanding daripada penambahan pemberian subsidi daripada kerajaan.
Akhir Kalam, sebagai mahasiswa yang prihatin dan cakna terhadap isu semasa, bagi saya tidak salah untuk saya memberikan sedikit lontaran kata dan kritikan terhadap bajet yang dibentangkan tempohari. Menjadi harapan buat saya agar bajet kali ini dapat direalisasikan dengan sepenuhnya dan berjaya mengubah tahap ekonomi Malaysia kearah yang lebih baik, terkehadapan serta yang paling penting dapat menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang dicintai.
Muhammad Muzakkir ialah Setiusaha Agung Ikatan Studi Islam UKM.

Sumber HD - 12-11-2013
MPP: Gamis kecam kebiadapan HEP UIAM
Harakahdaily, | 06 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengecam dan membantah terhadap kebiadapan HEP UIAM, Dr. Mizan Hitam yang melakukan pencabulan demokrasi ke atas perjalanan Pilihanraya Kampus (PRK) UIAM dan dalam proses pemilihan Presiden MPP UIAM yang telah diadakan pada 4 November) lalu.
Timbalan Presiden Gamis, Eikhwan Ali berkata, tahun lalu, PRK UIAM yang juga di bawah seliaannya telah dicemari dengan peristiwa pembatalan keputusan PRK sehingga terpaksa diadakan semula PRK buat kali kedua.

Kata beliau, sebelumnya lagi dan sejak dia berkhidmat di UIAM, telah banyak kali berlaku tragedi malang yang menjatuhkan maruah dan wibawa UIAM dan seluruh warganya sehinggakan UIAM yang dikenali dengan jolokan Taman Ilmu dan Budi bertukar kepada Taman Tangguh dan Batal.
Ini, katanya kerana banyak acara utama yang mendapat sambutan mahasiswa UIAM dibatalkan secara 'adhoc' dan tanpa sebab munasabah.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Saya, mewakili Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dahulukan kenyataan ini dengan kecaman dan bantahan terhadap kebiadapan HEP UIAM, Dr. Mizan Hitam yang melakukan pencabulan demokrasi ke atas perjalanan Pilihanraya Kampus (PRK) UIAM dan dalam proses pemilihan Presiden MPP UIAM yang telah diadakan pada Isnin (4 November) lalu.
Tahun lalu, PRK UIAM yang juga di bawah seliaannya telah dicemari dengan peristiwa pembatalan keputusan PRK sehingga terpaksa diadakan semula PRK buat kali kedua. Sebelumnya lagi dan sejak dia berkhidmat di UIAM, telah banyak kali berlaku tragedi malang yang menjatuhkan maruah dan wibawa UIAM dan seluruh warganya sehinggakan UIAM yang dikenali dengan jolokan Taman Ilmu dan Budi bertukar kepada Taman Tangguh dan Batal kerana banyak acara utama yang mendapat sambutan mahasiswa UIAM dibatalkan secara 'adhoc' dan tanpa sebab munasabah.
Tahun ini pula, 'shock news' yang 'diumumkan' oleh Dr. Mizan Hitam ialah dia berkuasa menentukan Presiden, tatacara pemilihan empat jawatan utama MPP UIAM adalah atas budi bicaranya, Timb. Presiden 1 (Antarabangsa) hanya boleh dipilih oleh calon antarabangsa dan dia mengendalikan pengiraan undi membelakangkan MPP yang hadir. Perbuatan-perbuatan ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan UIAM dan bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi. Dari aspek akhlak Islamiyyah pula, dia tidak amanah bahkan khianat terhadap tanggungjawab yang telah dipikulkan ke atasnya. Dia tiada integriti dalam melaksanakan tugasnya.
Meneliti peristiwa ini, saya mendesak supaya:
1. Rektor dan Majlis Senat (Senate Council) UIAM menubuhkan tribunal khas bagi menyiasat salah laku yang dilakukan oleh Dr. Mizan Hitam serta menggantung semua jawatan yang sedang disandangnya.
2. Rektor mengumumkan kebenaran diadakan semula syura pemilihan Presiden dan jawatan lain yang berkaitan serta menyerahkan proses itu sepenuhnya kepada MPP sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan UIAM.
3. Pentadbiran UIAM memulihkan perjalanan PRK UIAM dengan cara melibatkan wakil pelajar yang terdiri daripada bekas MPP sebagai anggota dalam Election Committee (EC) dan menyerahkan EC untuk dipengerusikan oleh individu yang dicadangkan namanya oleh bekas MPP.
Apa yang memusykilkan saya ialah, berdasarkan 'track record' buruk yang dimilikinya, mengapakah dia masih dipilih mempengerusikan EC untuk PRK kali ini? Siapakah Dr. Mizan Hitam ini sehingga Rektor selaku orang nombor satu UIAM tidak berani campur tangan dalam urusannya? Kenapa dia bebas pula untuk lakukan apa juga misinya tanpa halangan? Apa juga jawapannya, integriti dan kredibilitinya sudah jelas tiada dan punah ranah. Keberadaannya di UIAM merosakkan nilai ilmu dan budi yang telah dibina oleh warganya sekian lama.
Satu penyelesaian sahaja, "NO MIZAN, NO CORRUPTION". Ayuh, saya seru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia, untuk gerakkan dan sebarluaskan kempen ini sebagai desakan kepada Dr. Mizan Hitam supaya meletak jawatan dan juga sebagai simbolik bantahan terhadap penyelewengan yang berlaku dalam PRK di semua kampus. Ayuh kempen! "NO MIZAN, NO CORRUPTION" sehingga pemilihan Presiden MPP UIAM kembali diadakan secara telus.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-11-2013
HEP UIAM campur tangan pemilihan MPP
Harakahdaily, | 05 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Walaupun menang besar dalam pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini, usaha kumpulan pelajar pro-Mahasiswa, WUFI UIAM untuk membentuk kabinet dihalang oleh pihak pentadbiran.
Sehubungan itu, kumpulan pelajar terbabit membantah keras campur tangan pihak Hal Ehwal Pelajar [HEP] yang diketuai Timbalan Rektor HEP, Prof. Datuk Dr Mizan Hitam dalam mengendalikan sesi syura pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar [MPP] UIAM yang berlangsung petang semalam.
Menurut Pengerusi WUFI UIAM, Muhd Najib Abd Rahim campurtangan HEP UIAM dalam pelantikan MPP adalah bertentangan dengan fasal 49 [5] Perlembagaan UIAM yang memberi kuasa melantik Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan Bendahari dari kalangan anggota Majlis Perwakilan Pelajar yang terpilih dalam pilihan raya kampus.
“Di dalam peruntukan ini jelas menyebut bahawa hanya MPP UIAM mempunyai kuasa penuh dalam menentukan perjalanan proses pemilihan “office-bearers” (mainboard) dalam kalangan mereka melainkan dengan adanya kebenaran bertulis daripada pihak Rektor.
“Namun apa yang berlaku sekarang adalah, jelas sekali terdapat campur tangan oleh pihak HEP apabila proses perjalanan pemilihan dikendalikan serta dikawal sepenuhnya oleh mereka di dalam menentukan perlantikan Presiden dan Timbalan Presiden 1 MPP,” kesal beliau.
Sehubungan itu, Muhd Najib menuntut agar syura dijalankan semula dengan telus dan tiada campur tangan dari pihak pentadbiran.
“Kami akan menghantar satu memorandum kepada SUHAKAM pada hari Rabu ini bagi menyatakan bantahan dan mendesak agar siasatan segera dijalankan di atas isu yang berlaku ini,” tegas beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-11-2013
SMM serah ‘baton’ kepada kepimpinan sesi 2013/2014
Harakahdaily, | 04 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: “Pasca Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu telah genap setahun saya dan pimpinan lain memegang tampuk kepimpinan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bagi sesi 2012/2013,” ujar Safwan Anang.
Pengerusi SMM sesi 2012/2013berkata, kenyataan media itu dibuat bagi mengumumkan peralihan jawatan kepimpinan SMM kepada tampuk kepimpinan yang baru.
Katanya, umum perlu mengetahui bahawa SMM adalah gabungan daripada beberapa kesatuan mahasiswa bagi menghasilkan suatu ketumbukan mahasiswa yang lebih fokus terhadap sesuatu yang bersifat isu nasional malahan turut juga kepada isu global.
Beliau berkata, hasilnya keputusan kepimpinan SMM adalah diputuskan melalui kesepakatan semua ketua-ketua kesatuan mahasiswa yang bergabung ini.
Maka tidak hairanlah, jelasnya pemilihan SMM tidak melalui undi ahli-ahlinya.
“Uniknya pula SMM ini adalah apabila ia menjadi sebuah gabungan yang merentasi fahaman ideologi, agama, bangsa, bahkan fahaman politik sekalipun,” ujarnya.
Biarpun begitu, tambah beliau SMM adalah sebuah gerakan mahasiswa yang lebih mementingkan prinsip gerakan iaitu apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan rakyat lebih-lebih lagi mahasiswa dan anak muda maka SMM akan turut serta dalam isu berikut.
Sebagai contoh, katanya SMM adalah sebahagian daripada gabungan Bersih dalam menuntut pilihanraya yang bersih adil (walaupun diletak label agenda pembangkang) dan SMM juga terlibat dalam gabungan Bantah TPPA yang gabungannya adalah turut melibatkan NGO-NGO pro-kerajaan.
Terbaru pula, ujar beliau SMM dijemput untuk satu sidang meja bulat bersama Datuk Saifudin Abdullah selaku CEO-GMM (bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi).
Baginya, biarlah polemik itu terus berlaku tanpa henti asalkan kepentingan rakyat diutamakan.
Tambahnya, tugas berat dan mencabar pastinya menanti rakan-rakan aktivis kepimpinan SMM yang baru bahkan lebih-lebih lagi rakyat sedang bergelut dalam pelbagai isu terbaru seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, pengenalan GST dan sebagainya.
“Sedang suasana di kampus pula berdepan dengan bahang pilihanraya kampus yang menyaksikan kebangkitan mahasiswa di beberapa kampus yang telah melalui fasa pilihanraya kampus lebih kurang seminggu yang lalu,” katanya.
Justeru, beliau kira masa ini adalah tepat untuk menyerahkan baton kepimpinan kepada kepimpinan baru SMM yang sudah semestinya akan lebih mengerti berkenaan situasi semasa yang memerlukan corak dan orientasi yang tersendiri.
“Kami berkeyakinan penuh terhadap kepimpinan baru ini akan dapat melunasi kehendak rakyat termasuk mahasiswa dalam jangka masa terdekat ini,” katanya lagi.
Pengerusi SMM bagi sesi 2013/2014 ialah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, Bukhairy Sufian; setiausaha, Tarmizi Anwar (Pro-Mahasiswa UPM); bendahari, Khair Sujud (Naib Presiden PKPIM) dan Setiausaha Media, Edikoup Lakip Sediyanto (Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional).

Sumber HD - 4-11-2013
PRK UIA: Pro-M menang 22 daripada 25 kerusi
Harakahdaily, | 31 Okt 2013 |
GOMBAK: Wufi meneruskan momentum kemenangan Pro Mahasiswa di seluruh Malaysia apabila memenangi sebanyak 22 daripada 25 buah kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan raya Kampus (PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2013.
“Walaupun kami berjaya mengekalkan kemenangan di dalam PRK kali ini, namun kami telah mendapat tamparan apabila berlaku kemerosotan undi di beberapa kuliah,” kata Pengerusi Wufi, Muhd Najib.
Walaupu begitu, ujar beliau pihaknya berjaya memenangi kerusi yang sengit di kuliah undang-undang.
Sehubungan itu, pihaknya mengucapkan tahniah dan takziah kepada semua calon yang telah memenangi PRK kali ini.
“Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak, khususnya para pengundi dan tenaga jentera yang telah bertungkus lumus berkempen demi memberi kemenangan kepada calon-calon kami,” ujarnya.
Beliau menambah, walaupun memenangi pilihan raya kali ini, Wufi tetap tidak akan mendiamkan isu-isu yang berbangkit sepanjang perjalanan PRK ini.
Katanya, di pihak Wufi mengumpulkan semua isu ini dan membawanya ke peringkat tertinggi untuk diberi perhatian yang serius.
PRK kali ini memperlihatkan 25 buah kerusi kuliah telah dipertandingkan di kampus Gombak dan Kuantan.
Proses pengundian bermula sejak jam 9.00 pagi dan berakhir 5.00 petang dengan peratusan sebanyak 62.68% mahasiswa menunaikan tanggungjawab mereka.
Keputusan rasmi PRK telah diumumkan pada jam 9.30 malam di tempat penjumlahan undi.
“Walaupun kami berjaya mengekalkan kemenangan di dalam PRK kali ini, namun kami telah mendapat tamparan apabila berlaku kemerosotan undi di beberapa kuliah,” kata Pengerusi Wufi, Muhd Najib.
Walaupu begitu, ujar beliau pihaknya berjaya memenangi kerusi yang sengit di kuliah undang-undang.
Sehubungan itu, pihaknya mengucapkan tahniah dan takziah kepada semua calon yang telah memenangi PRK kali ini.
“Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak, khususnya para pengundi dan tenaga jentera yang telah bertungkus lumus berkempen demi memberi kemenangan kepada calon-calon kami,” ujarnya.
Beliau menambah, walaupun memenangi pilihan raya kali ini, Wufi tetap tidak akan mendiamkan isu-isu yang berbangkit sepanjang perjalanan PRK ini.
Katanya, di pihak Wufi mengumpulkan semua isu ini dan membawanya ke peringkat tertinggi untuk diberi perhatian yang serius.
PRK kali ini memperlihatkan 25 buah kerusi kuliah telah dipertandingkan di kampus Gombak dan Kuantan.
Proses pengundian bermula sejak jam 9.00 pagi dan berakhir 5.00 petang dengan peratusan sebanyak 62.68% mahasiswa menunaikan tanggungjawab mereka.
Keputusan rasmi PRK telah diumumkan pada jam 9.30 malam di tempat penjumlahan undi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 31-10-2013
Hebat, kubu kuat Aspirasi 22 tahun di UUM runtuh
http://kachipemas.blogspot.com, | 29 Okt 2013 |
Hebat !!! Kubu Kuat "ASPIRASI" SELAMA 22 TAHUN DI UUM "RUNTUH" DITANGAN PRO-M, I!!!
LISTEN, LISTEN, LISTEN!!! Kejutan Berlaku Di PRK UUM Yang Terkenal Dengan Kubu Kuat "Aspirasinya" Apabila "Kalah Banyak Kerusi" Malam Ini Setelah Tranformasi Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (PRO-MAHASISWA) Memenangi 14 Kerusi (Termasuk 5 Kerusi Umum Dari 8 Kerusi,). Dan Yang Paling Menggembirakan, Tokoh Pelajar "LISTEN" Yang Pernah Menciptakan Fenomena Tempohari, Miss BAWANi Turut Memenangi Kerusi Umum Yang Dipertandingkan... Tahniah Buat Siswa UUM Yang Berani Membuat "Perubahan"... ::.kikiki.::
BERIKUT KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SESI 2013/2014
KERUSI UMUM
TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 5 KERUSI
PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 2 KERUSI
BEBAS : 1 KERUSI
KERUSI PUSAT PENGAJIAN
TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 7 KERUSI
PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 3 KERUSI
KESELURUHAN :
TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 12 KERUSI
PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 5 KERUSI
BEBAS : 1 KERUSI
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-10-2013
GMUKM menang bergaya Pilihan raya Kampus UKM
Harakahdaily, | 24 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menang besar pada pilihan raya kampus kali ini.
Kerusi yang dimenangi adalah sebanyak 22 kerusi, manakala 4 Aspirasi dan 1 Bebas.
Pengumuman ini telah dibuat secara rasmi oleh TNC HEPA UKM, Prof Othman Karim selaku ketua jawatankuasa pemilihan pelajar di Pusat Teknologi Maklumat di UKM.
Walaubagaimanapun, peratus pelajar yang keluar mengundi pada pilihan raya kampus kali ini sedikit merudum, iaitu sebanyak 60% berbanding sebelum pada ini melebihi 80%.
“Hal ini mungkin disebabkan oleh kesediaan pelajar UKM dalam menghadapi suasana pilihanraya kampus dalam keadaan terkejut, kerana selepas cuti hari raya Aidiladha,” ujar Pengerusi GMUKM, Abdullah Sani Hashim.
Katanya, antara faktor kekuatan GMUKM adalah dengan kehadiran rakan baru seperjuangan Student Unity Front (SUF) yang mewakili kaum Chinese di UKM.
Selain itu, ujarnya ruang media social facebook juga antara penyumbang terbesar kemenanangan GMUKM .
Katanya, video ‘UKM & Darah’ dan ‘video stylo calon-calon fakulti’ antara cetusan menarik kempen GMUKM kerana mencapai sehinggga ribuan ‘like’ hanya dengan beberapa hari.
Selain itu, kata beliau antara kekuatan lain adalah slogan ‘Moving Forward’ sebagai tagline GMUKM pada kali ini.
“Selain memberi impak besar kepada mahasiwa slogan ini diterjemahkan lagi dengan dengan perspektus ‘Moving Forward‘ iaitu tawaran manifesto GMUKM kepada mahasiswa andai PMUKM dimenangi sekali lagi,” ujarnya.
Katanya, walaupun GMUKM terpaksa menghadapi musibah rumah penginapan calon wanita dilempar sejenis bom buatan yang hampir membakar rumah, termasuklah disertakan ugutan ‘Tarik diri atau mati‘ sehari sebelum pengundian.
“Namun, ini bukan kali pertama kita diugut bunuh, hal ini berlaku dari tahun sebelum pada ini lagi. Calon-calon GMUKM tetap mengorak langkah walaupun diugut bunuh.
“Akhir, Alhamdulillah kemenangan besar Pro Mahasiswa di UKM kali ini, saya harapkan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada seluruh Pro Mahasiswa yang berada di Malaysia, bahawa kita mampu menewaskan aspirasi seteru utama kita,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua mahasiswa di seluruh universiti di Malaysia, memulakan politik mahasiswa kelas pertama.
“Di UKM kita semai politik matang dan nilai, ‘debat presiden’, ‘debat manifesto calon’, ‘kreativiti kempen’ antara yang diutamakan , semuanya adalah suasana baru politik kampus yang diadakan di UKM.
“Saya sarankan kepada rakan-rakan yang akan menghadapi Pilihan raya Kampus, wujudkan suasana ini dan kita mestilah bersedia mengubah suasana politik keji yang berlaku hari ini,” katanya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-10-2013
Pemilihan Umno: Pro-M minta penjelasan UMS
Khairuddin Daud, | 24 Okt 2013 |
KOTA KINABALU: Seramai 15 orang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) daripada Pro-Mahasiswa, semalam menghantar memorandum menuntut penjelasan pihak universiti berhubung isu kebenaran yang diberikan kepada Umno untuk menggunakan kemudahan universiti untuk kepentingan parti tersebut.
Memorandum tersebut ditujukan kepada Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Harun Abdullah.
Pada 12 Oktober lalu Umno telah mengadakan Mesyuarat Wanita Umno dan pada 19 Oktober, sekali lagi Umno mengadakan program di UMS iaitu Majlis Perwakilan dan Pemilihan Umno Sepanggar. Kedua-dua program tersebut diadakan di Dewan Resital UMS KK.
Memorandum diserahkan oleh Pengerusi Pro-Mahasiswa UMS KK, Kamal Abdul Rahim kepada Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Sharil Yusof berikutan ketiadaan Naib Canselor.
Menurut Kamal, penyerahan memorandum itu berjalan lancar meskipun hanya 3 orang mahasiswa sahaja dibenarkan masuk untuk menghantar memorandum dan mengadakan perbincangan.
"Semua berjalan lancar, hanya kami bertiga dibenarkan masuk dan berbincang. Rakan-rakan lain, hanya dibenarkan menunggu di foyer bangunan canselori,” ujarnya.
Menurutnya lagi, Pro-Mahasiswa UMS KK tidak menghadapi sebarang masalah dengan penganjuran kedua-dua program tersebut kerana menghormati parti politik adalah pertubuhan yang berdaftar di Malaysia.
"Kita tiada masalah Umno atau mana-mana parti, masuk dan guna universiti kita. Mereka pertubuhan berdaftar yang harus kita hormati. Cuma kita minta, mereka masuk bukan atas kapasiti kepentingan parti, tetapi atas dasar keilmuan," ujarnya.
Menurutnya lagi, Pro-Mahasiswa turut menggesa agar tidak wujud 'double standard' dalam membenarkan parti politik menggunakan kemudahan di universiti.
"Dalam kerangka negara demokrasi, kita berharap dalam isu ini UMS tidak double standard. Benarkan Umno, maka benarkan juga parti yang lain agar mahasiswa matang dalam membuat pemilihan pada masa akan datang. Dan jangan ada agenda tersembunyi untuk mahasiswa," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Pro-Mahasiswa UMS KK memberikan tempoh masa 7 hari kepada pihak pentadbiran universiti memberi respons terhadap memorandum tersebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-10-2013
PRK; Selamat berkempen
Muhamad Zikri Jinal, |
Pilihan raya kampus (PRK) kembali mewarnai sesi pemilihan barisan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pemilihan yang diadakan sekali dalam setahun ini umpama suatu perayaan kepada mahasiswa untuk melihat sejauh mana wibawa dan berkualitinya calon yang bertanding untuk dijadikan pemimpin mereka. Ketika ini, sudah pasti proksi yang bertanding pasti sibuk untuk menamakan calon-calon yang bakal bertanding untuk mewakili mereka untuk memenangi hati bakal pengundi mereka.
Mahasiswa adalah insan yang terdidik dan kaya secara akademik dan harus juga peka terhadap persekitaranya. Kualiti semulajadi dalam diri mahasiswa ini harus dikekalkan agar identiti mahasiswa bitara terus disegani oleh masyarakat sebagai insan yang berilmu. Oleh itu, politik kampus harus diwarnai dengan perdebatan idea dan pandangan yang berasaskan ilmu yang benar.
Menurut Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang sarjana Islam tersohor masa kini, “Ilmu adalah ketibaan makna kepada diri dan ketibaan diri kepada makna”. Oleh itu, perdebatan yang dianjurkan ketika berlangsungnya tempoh berkempen harus berasaskan kepada perdebatan yang bermakna dan memberi manfaaat kepada pendengarnya. Mahasiswa harus mempunyai kemampuan sebagai human transformer kepada mahasiswa di dalam kampus mahupun masyarakat sekitarnya.
Universiti harus menjadi tempat lahirnya pemimpin yang bercita-cita tinggi. Manifesto yang dicipta dan dirangka perlu melebihi isu memperjuangkan kebajikan pelajar. Isu sosio-masyarakat harus juga dimainkan oleh para calon yang bertanding. Mahasiswa seharusnya memainkan peranan mereka sebagai the conscience of the majority bagi membalas kepercayaan dan sanjungan tinggi masyarakat terhadap mereka selama ini.
Isu global seperti pembersihan etnik di Rohingya, penjajahan rejim Yahudi terhadap masyarakat Islam di Palestin serta ketidakadilan yang berlaku kepada rakyat di Syria adalah antara isu yang boleh diangkat oleh mereka sebagai memperlihatkan kemampuan mereka untuk mengarap isu-isu antarabangsa. Andai kita mahu melihat pemimpin masa depan negara, maka pilihanraya kampus adalah antara tempatnya untuk melihat antara calon-calonnya.
Memetik kata-kata Pak Natsir, seorang pemimpin profilik dari Indonesia, “Pemimpin tidak akan lahir di bilik-bilik kuliah tetapi ia akan lahir di tengah-tengah kancah masyarakat”. Calon-calon yang bertanding harus mempunyai visi dan misi untuk membawa mahasiswa dekat dengan masyarakat dengan memberi khidmat dan pencerahan kepada mereka.
Keakraban mahasiswa dan masyarakat pernah menjadi sebahagian coretan manis dalam sejarah aktivisme mahasiswa ketika lewat 1960-an. Mahasiswa ketika itu bertindak sebagai mobilizing force untuk memberi ceramah kesedaran dan membantu membangunkan kualiti hidup masyarakat desa. Mahasiswa bersatu sebagai sebuah gerakan kesedaran besar-besaran turun ke masyarakat demi membalas budi atas sumbangan rakyat yang membayar cukai untuk pembiayaan pelajaran mereka dan pembinaan universiti.
Sesungguhnya, politik pilihanraya kampus era kini harus kembali dibina dengan asas ilmu dan rasa ingin berbakti kepada masyarakat. Inilah antara pra-syarat ke arah melahirkan pemimpin berjiwa rakyat di masa hadapan. Selamat berkempen kepada calon yang bertanding!
MUHAMAD ZIKRI JINAL
Exco Penerangan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
muhdzikri.jinal@gmail.com
Mahasiswa adalah insan yang terdidik dan kaya secara akademik dan harus juga peka terhadap persekitaranya. Kualiti semulajadi dalam diri mahasiswa ini harus dikekalkan agar identiti mahasiswa bitara terus disegani oleh masyarakat sebagai insan yang berilmu. Oleh itu, politik kampus harus diwarnai dengan perdebatan idea dan pandangan yang berasaskan ilmu yang benar.
Menurut Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang sarjana Islam tersohor masa kini, “Ilmu adalah ketibaan makna kepada diri dan ketibaan diri kepada makna”. Oleh itu, perdebatan yang dianjurkan ketika berlangsungnya tempoh berkempen harus berasaskan kepada perdebatan yang bermakna dan memberi manfaaat kepada pendengarnya. Mahasiswa harus mempunyai kemampuan sebagai human transformer kepada mahasiswa di dalam kampus mahupun masyarakat sekitarnya.
Universiti harus menjadi tempat lahirnya pemimpin yang bercita-cita tinggi. Manifesto yang dicipta dan dirangka perlu melebihi isu memperjuangkan kebajikan pelajar. Isu sosio-masyarakat harus juga dimainkan oleh para calon yang bertanding. Mahasiswa seharusnya memainkan peranan mereka sebagai the conscience of the majority bagi membalas kepercayaan dan sanjungan tinggi masyarakat terhadap mereka selama ini.
Isu global seperti pembersihan etnik di Rohingya, penjajahan rejim Yahudi terhadap masyarakat Islam di Palestin serta ketidakadilan yang berlaku kepada rakyat di Syria adalah antara isu yang boleh diangkat oleh mereka sebagai memperlihatkan kemampuan mereka untuk mengarap isu-isu antarabangsa. Andai kita mahu melihat pemimpin masa depan negara, maka pilihanraya kampus adalah antara tempatnya untuk melihat antara calon-calonnya.
Memetik kata-kata Pak Natsir, seorang pemimpin profilik dari Indonesia, “Pemimpin tidak akan lahir di bilik-bilik kuliah tetapi ia akan lahir di tengah-tengah kancah masyarakat”. Calon-calon yang bertanding harus mempunyai visi dan misi untuk membawa mahasiswa dekat dengan masyarakat dengan memberi khidmat dan pencerahan kepada mereka.
Keakraban mahasiswa dan masyarakat pernah menjadi sebahagian coretan manis dalam sejarah aktivisme mahasiswa ketika lewat 1960-an. Mahasiswa ketika itu bertindak sebagai mobilizing force untuk memberi ceramah kesedaran dan membantu membangunkan kualiti hidup masyarakat desa. Mahasiswa bersatu sebagai sebuah gerakan kesedaran besar-besaran turun ke masyarakat demi membalas budi atas sumbangan rakyat yang membayar cukai untuk pembiayaan pelajaran mereka dan pembinaan universiti.
Sesungguhnya, politik pilihanraya kampus era kini harus kembali dibina dengan asas ilmu dan rasa ingin berbakti kepada masyarakat. Inilah antara pra-syarat ke arah melahirkan pemimpin berjiwa rakyat di masa hadapan. Selamat berkempen kepada calon yang bertanding!
MUHAMAD ZIKRI JINAL
Exco Penerangan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
muhdzikri.jinal@gmail.com
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-10-2013
Pinda Auku, lantik badan bebas pantau p'raya kampus
Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, | 17 Okt 2013 |
Adakah menjadi pengetahuan umum bahawa pilihanraya yang dijalankan di kampus-kampus Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi memilih peneraju Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sentiasa dijalankan secara berat sebelah dan tidak adil bagi memberi kelebihan kepada kumpulan ASPIRASI, iaitu sebuah pertubuhan politik mahasiswa yang pro-Barisan Nasional.
Bayangkan bagaimana di kebanyakan kampus IPTA, meskipun peraturan pilihanraya tidak membenarkan calon-calon bertanding secara berkumpulan dan parti-parti politik pelajar tidak dibenarkan untuk wujud di dalam kampus, parti ASPIRASI ditubuhkan secara rasmi sebagai sebuah persatuan berdaftar di dalam kampus. Bahkan pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan pengetua-pengetua kolej kediaman biasanya dilantik menjadi penasihat kepada ASPIRASI dalam keadaan pegawai-pegawai HEP dan pengetua-pengetua tersebut pada masa yang sama merupakan petugas-petugas yang dilantik untuk mengendalikan pilihanraya kampus. Hal ini samalah seolah seolah-olah Ketua Umno Bahagian dilantik sebagai Pengerusi atau Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)! Pegawai-pegawai universiti khususnya yang bertugas di HEP ini giat menjalankan peranan untuk memastikan ASPIRASI menang di dalam pilihanraya kampus.
Bagi menjayakakan hasrat tersebut, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) (sekarang Kementerian Pendidikan) melalui Jabatan HEP di IPTA-IPTA sejak beberapa tahun yang lalu telah memperkenalkan beberapa peraturan baru yang amat berat sebelah dan amat tidak munasabah serta menjadikan pilihan raya kampus lebih rendah martabatnya daripada proses memilih pengawas atau pun ketua darjah di sekolah rendah.
Penguatkuasaan secara selektif peraturan-peraturan ini sentiasa menimbulkan pertikaian di samping memberikan banyak advantage kepada calon-calon ASPIRASI, antaranya :
1. Rapat umum dan kempen pidato terbuka bagi calon memperkenalkan dirinya dan manifestonya telah dimansuhkan dan diganti dengan kempen pidato melalui rakaman video yang mana kandungan ucapan calon hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh HEP. Tetapi pada masa yang sama calon-calon ASPIRASI dibenarkan berkempen secara terbuka di kolej-kolej kediaman melalui majlis-majlis kempen yang dianjurkan secara rasmi oleh pengetua kolej kediaman.
2. Pusat pembuangan undi yang selama ini diletakkan di fakulti-fakulti di mana dekan-dekan fakulti bertindak selaku pegawai pengurus pilihan raya (returning officer) telah dipindahkan ke kolej-kolej kediaman di bawah seliaan pengetua-pengetua kolej yang berkebetulan turut menjadi penasihat kepada parti ASPIRASI di peringkat kolej kediaman. Sedangkan tindakan memindahkan pengendaliaan pilihan raya ke kolej kediaman di bawah seliaan pengetua kolej adalah jelas bertentangan dengan Artikel 48 (2)(a) Jadual Pertama, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
3. Proses pengundiaan dan pengiraan undi menimbulkan persoalan dari segi ketelusan di mana terdapat kampus-kampus yang menjalankan pengundian secara online (E-Voting) dan terdapat juga aduan oleh mahasiswa di mana agen mengira undi (counting agent) calon-calon tidak dibenarkan lagi untuk memeriksa kertas undian mengikuti pengiraan undi dari dekat sebagaimana yang dibenarkan sebelum ini. Di kebanyakan universiti pengiraan undi dijalankan oleh kakitangan kolej dan HEP dengan cara yang tergesa-gesa dan penuh kerahsiaan dan menimbulkan banyak persoalan dari segi ketelusannya.
4. Poster-poster dan kain rentang calon-calon yang bertanding telah diseragamkan bentuk dan saiznya dan diuruskan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pilihanraya yang berada di bawah HEP.
5. Proses pengisian borang penamaan calon telah diperketatkan prosedurnya dengan calon-calon perlu mendapatkan pengesahan dari pengetua kolej dan pegawai-pegawai HEP. Terdapat banyak kes calon-calon bukan ASPIRASI dinafikan hak untuk mendapatkan tandatangan pengesahan oleh pegawai-pegawai HEP dan Pengetua Kolej atas pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Terdapat juga IPTA-IPTA tertentu yang mewajibkan bakal-bakal calon untuk menghadiri kursus-kursus tertentu yang berunsur brainwash ala-BTN yang sarat dengan propaganda politik perkauman dan pro-BN.
6. Tempoh kempen telah disingkatkan kepada hanya dua hari setengah sahaja berbanding dengan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum ini. Tempoh singkat ini tidak mencukupi bagi calon-calon yang bukan dari kumpulan ASPIRASI. Sedangkan calon-calon ASPIRASI yang dibantu kempen mereka oleh pentadbir universiti telah mula berkempen sejak dari permulaan semester lagi melalui Minggu Orientasi.
Dalam suasana ianya dilaksanakan dengan tidak memenuhi standard asas sebuah pilihanraya yang bersih dan adil, pilihanraya kampus tidak lagi dilihat sebagai medan memperkenalkan dan mendidik mahasiswa kepada perjalanan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Pilihanraya kampus sekarang ini tidak lebih dari sekadar formaliti tahunan untuk mengesahkan penguasaan kumpulan politik mahasiswa yang pro Barisan Nasional bagi membolehkan Barisan Nasional khususnya Umno mendabik dada mendakwa kononnya mahasiswa dan generasi muda menyokong mereka. Meskipun saban tahun aktivis-aktivis mahasiswa membangkitkan ketidakadilan dalam perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan HEP kampus-kampus IPTA, tetapi keadaan tetap tidak berubah dan setiap kali berlangsung pilihanraya kampus, kita akan mendengar aduan terhadap penglibatan langsung KPT dan juga pegawai-pegawai kanan universiti dengan kerjasama Umno bagi memastikan pilihanraya kampus dimenangi sepenuhnya oleh ASPIRASI.
Hakikatnya, pilihan raya kampus di Malaysia tidaklah menyaksikan pelajar bertanding sesama pelajar, tetapi ianya adalah perlawanan di antara satu kumpulan pelajar yang serba daif melawan seluruh jentera universiti dan juga kementerian yang sudah tentulah satu pertembungan yang amat tidak adil dan tidak seimbang. Mungkin seluruh dunia akan memperlecehkan Malaysia jika mereka mengetahui beginilah caranya kita membentuk dan mengajar barisan pelapis kepimpinan negara untuk menang pilihan raya dengan cara menipu dan menekan lawan.
Dalam keadaan berlaku ketempangan di dalam pengendalian perjalanan pilihanraya kampus, maka tidaklah mengejutkan sekiranya KPT ataupun pihak pengurusan IPTA-IPTA begitu berkeras untuk tidak membenarkan proses pilihanraya kampus yang dikendalikan dipantau atau diaudit oleh mana-mana badan bebas. Untuk rekod, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pernah menerbitkan suatu laporan bertajuk "Report on the Allegations of Unfair Practices in Relation to University Elections" pada penghujung tahun 2004 di mana laporan tersebut telah memuatkan berbagai senarai laporan 18 salah laku dan penyelewengan yang di dakwa berlaku semasa pilihan raya kampus sesi 2003/2004. Laporan tersebut juga menyebut bahawa SUHAKAM telah menulis surat kepada 11 buah IPTA untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan salah laku dan penyelewengan semasa pilihan raya tersebut, tetapi malangnya, hampir kesemua IPTA terbabit tidak mempedulikan langsung surat yang dihantar oleh SUHAKAM.
Logik yang dapat disimpulkan, sekiranya kesemua 18 salah laku tersebut adalah tidak benar dan hanya rekaan, maka sudah tentulah kesemua IPTA terbabit akan menafikan sekeras-kerasnya. Ataupun tindakan yang paling bijak ialah membenarkan SUHAKAM memantau sendiri perjalanan pilihan raya kampus bagi sesi-sesi seterusnya. Tetapi jelaslah bahawa IPTA-IPTA tersebut cuba menyembunyikan sesuatu dan amat takut sekiranya segala bentuk ketidakadilan yang dilakukan semasa mengendalikan pilihanraya kampus diketahui dan didedahkan oleh SUHAKAM.
Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, JUHAM merasakan HEP sudah hilang wibawa dan integriti untuk mengendalikan pilihanraya kampus. Justeru, JUHAM mendesak supaya pilihanraya kampus bermula pada sesi depan tidak lagi dikendalikan oleh HEP yang terbukti selama ini hanya berperanan melaksanakan pilihanraya kampus yang mudah untuk dimenangi oleh ASPIRASI. JUHAM mencadangkan AUKU dipinda bagi mewajibkan setiap kampus menubuhkan suatu jawatankuasa atau badan bebas khusus untuk mengendalikan pilihanraya kampus di mana badan bebas terdiri dari kalangan mahasiswa dan ahli akademik yang berkecuali. Selain itu, pihak IPTA juga wajib membenarkan pilihanraya kampus dipantau perjalanannnya oleh pemantau pilihanraya samada dari dalam atau luar negara. JUHAM melihat hanya dengan cara ini maka pilihanraya kampus benar-benar dapat dijalankan secara adil, telus dan bersih.
*Penulis adalah Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 17-10-2013
Konspirasi dalam pilihan raya kampus UKM?
Harakahdaily, | 11 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mempersoal sikap Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang dilihat cuba menyembunyikan tarikh Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM kepada mahasiswa.
Pengerusi GMUKM Abdullah Sani Bin Hashim berkata, jelas terbukti wujudnya konspirasi HEP apabila pengumuman dibuat dalam suasana kebanyakan pelajar pulang ke kampung sempena cuti semester dan cuti Hari Raya Aidiladha.
HEP UKM hari ini mengumumkan hari pengundian pada 23 Oktober manakala penamaan calon pada 18 Oktober.
“Pembelian borang bermula serta merta sedang kebanyakan pelajar sudah pulang ke kampung.
“Kejutan mengadakan PRK sebaik tamat cuti Aidil Adha untuk mengelakkan persediaan di peringkat mahasiswa,” katanya dala kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau juga turut mempersoal syarat bahawa setiap calon yang ingin bertanding mesti mempunyai sijil Bengkel Kepimpinan Pelajar HEP yang hanya diadakan sebaik habis cuti iaitu pada 17 Oktober sedangkan keesokannya sudah penamaan calon.
Waktu yang singkat tersebut ujarnya akan menyukarkan pihak calon yang ingin bertanding untuk membuat persiapan.
Abdullah berkata, perkara ini berbeza dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang boleh membuat pengumuman seminggu lebih awal.
Katanya, walaupun tarikh membuang undi berbeza sehari dengan UKM tetapi UIAM sudah membuat pengumuman rasmi walaupun membuang undi hanya pada 30 Oktober nanti.
“Kita bukan tak tahu Aspirasi Mahasiswa turun Kursus Penampilan Kepimpinan Siri II hujung minggu lepas.
“Inilah proses pilihan raya yang paling dangkal dan senget di dalam sejarah PRK UKM.
Namun kita tahu Aspirasi terpaksa bergantung kepada sistem berat sebelah ini sebagai talian hayat terakhir mereka,” katanya.
Pengerusi GMUKM Abdullah Sani Bin Hashim berkata, jelas terbukti wujudnya konspirasi HEP apabila pengumuman dibuat dalam suasana kebanyakan pelajar pulang ke kampung sempena cuti semester dan cuti Hari Raya Aidiladha.
HEP UKM hari ini mengumumkan hari pengundian pada 23 Oktober manakala penamaan calon pada 18 Oktober.
“Pembelian borang bermula serta merta sedang kebanyakan pelajar sudah pulang ke kampung.
“Kejutan mengadakan PRK sebaik tamat cuti Aidil Adha untuk mengelakkan persediaan di peringkat mahasiswa,” katanya dala kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau juga turut mempersoal syarat bahawa setiap calon yang ingin bertanding mesti mempunyai sijil Bengkel Kepimpinan Pelajar HEP yang hanya diadakan sebaik habis cuti iaitu pada 17 Oktober sedangkan keesokannya sudah penamaan calon.
Waktu yang singkat tersebut ujarnya akan menyukarkan pihak calon yang ingin bertanding untuk membuat persiapan.
Abdullah berkata, perkara ini berbeza dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang boleh membuat pengumuman seminggu lebih awal.
Katanya, walaupun tarikh membuang undi berbeza sehari dengan UKM tetapi UIAM sudah membuat pengumuman rasmi walaupun membuang undi hanya pada 30 Oktober nanti.
“Kita bukan tak tahu Aspirasi Mahasiswa turun Kursus Penampilan Kepimpinan Siri II hujung minggu lepas.
“Inilah proses pilihan raya yang paling dangkal dan senget di dalam sejarah PRK UKM.
Namun kita tahu Aspirasi terpaksa bergantung kepada sistem berat sebelah ini sebagai talian hayat terakhir mereka,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-10-2013
UM masih berteka-teki tarikh p'raya kampus
Harakahdaily, | 10 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Pihak pentadbiran Universiti Malaya didakwa masih berteka-teki berhubung tarikh pilihan raya kampus (PRK) itu biarpun secara tak rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan ianya kan berlangsung pada 23 Oktober ini.
Pro Mahasiswa Universiti Malaya (ProM UM) dalam satu kenyataan berkata, pihak pentadbiran sehingga kini enggan mengesahkan tarikh tersebut biarpun didesak berbuat demikian.
Kumpulan itu mendakwa, dalam satu jawapan kepada mereka, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya, Datuk Dr Rohana Yusof juga tidak menjawab persoalan berhubung perkara itu malah menyifatkan tarikh PRK bukan sesuatu yang penting kepada pelajar.
Menurut mereka, Dr Rohana juga turut menasihatkat mereka untuk menumpukan kepada hal akademik berbanding dengan pilihan raya kampus.
Jawapan itu didakwa dihantar melalui emel kepada jurucakap Pro Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin yang sebelum itu meminta penjelasannya mengenai tarikh pilihan raya kampus.
"Apa yang pasti, pengumuman untuk tarikh Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UM akan dilakukan bila sampai masanya nanti.
"Nasihat saya lebih baik saudara dan rakan-rakan menumpukan perhatian kepada perkara hal ehwal akademik yang mana merupakan hal yang lebih penting berbanding pemilihan MPP ini" katanya seperti dilapor mahasiswakini.net.
Minggu lalu Pro Mahasiswa Nasional dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) pergi sendiri ke pajabat Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya bagi mendapatkan tarikh PRK.
Dalam jawapannya, KPM memaklumkan PRK bagi kampus Universiti malaya akan diadakan pada 23 Oktober.
Bagaimanapun sehingga kini, Pro M mendakwa tiada sebarang pengesahan atau makluman daripada pihak universiti berkenaan berhubung paerkara itu.
Pro Mahasiswa Universiti Malaya (ProM UM) dalam satu kenyataan berkata, pihak pentadbiran sehingga kini enggan mengesahkan tarikh tersebut biarpun didesak berbuat demikian.
Kumpulan itu mendakwa, dalam satu jawapan kepada mereka, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya, Datuk Dr Rohana Yusof juga tidak menjawab persoalan berhubung perkara itu malah menyifatkan tarikh PRK bukan sesuatu yang penting kepada pelajar.
Menurut mereka, Dr Rohana juga turut menasihatkat mereka untuk menumpukan kepada hal akademik berbanding dengan pilihan raya kampus.
Jawapan itu didakwa dihantar melalui emel kepada jurucakap Pro Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin yang sebelum itu meminta penjelasannya mengenai tarikh pilihan raya kampus.
"Apa yang pasti, pengumuman untuk tarikh Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UM akan dilakukan bila sampai masanya nanti.
"Nasihat saya lebih baik saudara dan rakan-rakan menumpukan perhatian kepada perkara hal ehwal akademik yang mana merupakan hal yang lebih penting berbanding pemilihan MPP ini" katanya seperti dilapor mahasiswakini.net.
Minggu lalu Pro Mahasiswa Nasional dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) pergi sendiri ke pajabat Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya bagi mendapatkan tarikh PRK.
Dalam jawapannya, KPM memaklumkan PRK bagi kampus Universiti malaya akan diadakan pada 23 Oktober.
Bagaimanapun sehingga kini, Pro M mendakwa tiada sebarang pengesahan atau makluman daripada pihak universiti berkenaan berhubung paerkara itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-10-2013
Pro-M dedah Umno campur tangan pilihan raya kampus
Hazayani Zakaria, | 09 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Pro Mahasiswa (Pro M) Universiti Malaya (UM) mendedahkan wujud campur tangan Hal Ehwal Pelajar UM dan Umno dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) UM.
Pro M UM mengesan Timbalan Naib Cancelor (TNC) HEP memberikan surat perlepasan kuliah kepada 43 mahasiswa dan mahasiswi untuk menghadiri kursus Transformasi Minda pada 18 hingga 20 September di Negeri Sembilan.
Menurut Pengerusi Pro M UM, Abdul Muqit Muhammad, selang beberapa hari selepas kursus tersebut, sumber dalaman HEP mendedahkan beberapa dokumen penting dalam program transformasi minda.
Katanya, ternyata dalam tentatif program tersebut bukanlah program transformasi yang dijangka tetapi hanya kursus pemantapan jentera dan calon PRK UM.
"Persoalan yang timbul mengapa program tersebut tidak ada hebahan umum kepada mahasiswa yang lain?
"Selain itu, mengapa hanya 43 orang yang terlibat dan ini seolah-olah signifikan dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus.
"Mengapa pihak bertanggungjawab tidak maklum mengenai program ini? Kita merasakan wujud satu onspirasi dalam program ini," kata beliau pada sidang media di UM siang tadi.
Tambah Abdul Muqit, sumber dalaman itu mendedahkan, pihak penganjur menjemput Mohd Fairuz iaitu calon pembangkang yang lompat parti kepada Umno dan merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1.
"Terdapat juga slot yang membincangkan mengenai post mortem PRK 2012. Apakah kaitan transformasi minda dengan analisis PRK 2012?" soalnya.
Selain itu katanya, peserta program turut diberikan beberapa dokumen seperti 50 dalil mengapa perlu menolak DAP dan dokumen Aku Janji Barisan Nasional.
"Ternyata program ini bukanlah kursus untuk transformasi minda dan ia adalah program perancangan untuk pilihan raya kampus yang akan berlangsung.
"TNC HEP perlu bertanggungjawab atas komplot antara HEP dan penggerak mahasiswa dan salah guna kuasa yang dilakukan," katanya.
Justeru Pro M UM meminta pihak pentadbiran melakukan siasatan serius berhubung perkara ini dan mengenakan tindakan yang sewajarnya ke atas mereka.
"Pro Mahasiswa dengan tegas tidak akan membiarkan penipuan dan konspirasi ini terus berlaku dala pilihan raya kampus UM.
"Perkara ini menjadi bukti membenarkan konspirasi OPS 2020 yang berlaku dalam PRK yang lepas," katanya.
Pro M UM mengesan Timbalan Naib Cancelor (TNC) HEP memberikan surat perlepasan kuliah kepada 43 mahasiswa dan mahasiswi untuk menghadiri kursus Transformasi Minda pada 18 hingga 20 September di Negeri Sembilan.
Menurut Pengerusi Pro M UM, Abdul Muqit Muhammad, selang beberapa hari selepas kursus tersebut, sumber dalaman HEP mendedahkan beberapa dokumen penting dalam program transformasi minda.
Katanya, ternyata dalam tentatif program tersebut bukanlah program transformasi yang dijangka tetapi hanya kursus pemantapan jentera dan calon PRK UM.
"Persoalan yang timbul mengapa program tersebut tidak ada hebahan umum kepada mahasiswa yang lain?
"Selain itu, mengapa hanya 43 orang yang terlibat dan ini seolah-olah signifikan dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus.
"Mengapa pihak bertanggungjawab tidak maklum mengenai program ini? Kita merasakan wujud satu onspirasi dalam program ini," kata beliau pada sidang media di UM siang tadi.
Tambah Abdul Muqit, sumber dalaman itu mendedahkan, pihak penganjur menjemput Mohd Fairuz iaitu calon pembangkang yang lompat parti kepada Umno dan merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1.
"Terdapat juga slot yang membincangkan mengenai post mortem PRK 2012. Apakah kaitan transformasi minda dengan analisis PRK 2012?" soalnya.
Selain itu katanya, peserta program turut diberikan beberapa dokumen seperti 50 dalil mengapa perlu menolak DAP dan dokumen Aku Janji Barisan Nasional.
"Ternyata program ini bukanlah kursus untuk transformasi minda dan ia adalah program perancangan untuk pilihan raya kampus yang akan berlangsung.
"TNC HEP perlu bertanggungjawab atas komplot antara HEP dan penggerak mahasiswa dan salah guna kuasa yang dilakukan," katanya.
Justeru Pro M UM meminta pihak pentadbiran melakukan siasatan serius berhubung perkara ini dan mengenakan tindakan yang sewajarnya ke atas mereka.
"Pro Mahasiswa dengan tegas tidak akan membiarkan penipuan dan konspirasi ini terus berlaku dala pilihan raya kampus UM.
"Perkara ini menjadi bukti membenarkan konspirasi OPS 2020 yang berlaku dalam PRK yang lepas," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
UKM gagal umum tarikh pilihan raya kampus
Harakahdaily, | 09 Okt 2013 |
BANGI: Di kala hampir keseluruhan kampus sudah mendapatkan tarikh pilihanraya kampus masing-masing, malangnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khususnya bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) masih gagal untuk mengumumkan tarikh pilihanraya kampus untuk seluruh mahasiswa.
Minggu lepas, Pro Mahasiswa Nasional bersama Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) telah menyerahkan memorandum tuntutan Pilihanraya Kampus Bersih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Antara kandungan memorandum tersebut adalah untuk mendesak pihak universiti mengumumkan tarikh pilihanraya dengan segera dan terus meletakkan tarikh tersebut dalam takwim tahunan universiti.
Pihak kementerian telah memberikan keseluruhan tarikh pilihanraya untuk semua kampus termasuk UKM yang dijangkakan bakal berlangsung pada 23 Oktober ini.
Namun, sebarang perubahan tetap tertakluk kepada keputusan daripada HEP universiti.
Andai mereka bersetuju dengan tarikh yang telah diputuskan oleh KPT, seharusnya tarikh tersebut perlu dikeluarkan segera.
Ini kerana mahasiswa akan mula bercuti dari 12 Oktober sehingga 16 oktober bersempena sambutan Aidil adha dan akan memulakan kembali pengajian pada 17 Oktober.
Berdasarkan pengalaman pilihanraya yang lepas, kita menjangkakan tarikh penamaan calon akan berlaku pada 18 Oktober sehari sejurus mahasiswa kembali dari cuti Aidil adha.
Jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), Azim Fitri Zainal Abidin berkata, apa yang berlaku kepada pihak HEP UKM sebelum dan kali ini jelas menggambarkan kegagalan pengurusan mereka.
“Ianya bagi kami jelas satu tindakan yang terdesak dan berkepentingan,” tegasnya.
Katanya, GMUKM berpendirian tragedi yang berlaku itu merupakan agenda tersirat mereka untuk membunuh semangat demokrasi dan kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa.
“Ianya jelas satu tindakan yang zalim,” ujar beliau.
Justeru, ujarnya GMUKM menuntut kepada pihak HEP khususnya Prof Ir Dato Othman Karim, TNC HEPA UKM untuk bertindak lebih progresif dan bijak dengan mengumumkan tarikh pilihan raya segera kepada seluruh mahasiswa,” sambung beliau lagi.
Pilihanraya kampus UKM yang lepas menyaksikan kemenangan kepada pihak Gabungan Mahasiswa dengan majoriti kerusi yang besar.
Minggu lepas, Pro Mahasiswa Nasional bersama Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) telah menyerahkan memorandum tuntutan Pilihanraya Kampus Bersih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Antara kandungan memorandum tersebut adalah untuk mendesak pihak universiti mengumumkan tarikh pilihanraya dengan segera dan terus meletakkan tarikh tersebut dalam takwim tahunan universiti.
Pihak kementerian telah memberikan keseluruhan tarikh pilihanraya untuk semua kampus termasuk UKM yang dijangkakan bakal berlangsung pada 23 Oktober ini.
Namun, sebarang perubahan tetap tertakluk kepada keputusan daripada HEP universiti.
Andai mereka bersetuju dengan tarikh yang telah diputuskan oleh KPT, seharusnya tarikh tersebut perlu dikeluarkan segera.
Ini kerana mahasiswa akan mula bercuti dari 12 Oktober sehingga 16 oktober bersempena sambutan Aidil adha dan akan memulakan kembali pengajian pada 17 Oktober.
Berdasarkan pengalaman pilihanraya yang lepas, kita menjangkakan tarikh penamaan calon akan berlaku pada 18 Oktober sehari sejurus mahasiswa kembali dari cuti Aidil adha.
Jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), Azim Fitri Zainal Abidin berkata, apa yang berlaku kepada pihak HEP UKM sebelum dan kali ini jelas menggambarkan kegagalan pengurusan mereka.
“Ianya bagi kami jelas satu tindakan yang terdesak dan berkepentingan,” tegasnya.
Katanya, GMUKM berpendirian tragedi yang berlaku itu merupakan agenda tersirat mereka untuk membunuh semangat demokrasi dan kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa.
“Ianya jelas satu tindakan yang zalim,” ujar beliau.
Justeru, ujarnya GMUKM menuntut kepada pihak HEP khususnya Prof Ir Dato Othman Karim, TNC HEPA UKM untuk bertindak lebih progresif dan bijak dengan mengumumkan tarikh pilihan raya segera kepada seluruh mahasiswa,” sambung beliau lagi.
Pilihanraya kampus UKM yang lepas menyaksikan kemenangan kepada pihak Gabungan Mahasiswa dengan majoriti kerusi yang besar.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
Pengalaman bersama Pro-Mahasiswa UM
Samsualam Halim, |
Sejak menuntut di UM semasa semester pertama, tidak tefikir langsung untuk menggiatkan diri dalam politik kampus. Hanya banyak fokus kepada 3K (Kuliah, Kafe & Kolej). PRK UM yang berlangsung semasa berada di tahun pertama, tidak kisah pun siapa yang bertanding sama ada dia calon Pro-M atau Penggerak Mahasiswa. Apa yang penting calon itu dikenali atau yang sangat penting calon itu adalah seorang lelaki kerana lelaki sememangnya Allah anugerahkan dirinya sebagai pemimpin. Langsung tidak mengambil tahu apa itu erti sebuah PRK, kempen dan suasananya di UM. Tetapi, sewaktu berada di tahun kedua, baru mengetahui serba sedikit apa yang sebenarnya berlaku di kampus UM kerana telah terlibat secara langsung ketika itu sebagai calon Pro-M. Ia satu perkara yang tidak dirancang ketika itu.
Menjadi calon Pro-M bukanlah satu permintaan peribadi tetapi ditawarkan oleh seorang kakak senior di jabatan yang sama iaitu di Jabatan Sejarah UM. Dahulu di sekolah sememangnya aktif dalam kegiatan ko-k sehingga keperingkat negeri dalam unit beruniform dan sukan. Tetapi, ketika di UM tidaklah seaktif di sekolah semasa berada di tahun pertama kerana banyak fokus kepada carian bahan untuk siapkan tugasan yang diberi dan hanya melibatkan diri dalam kegiatan sukan di kolej kediaman. Kegiatan itu pun sekadar untuk mendapat tempat kediaman di kampus. Yala, negeri kita berada jauh (SABAH) yang berada di tempat baru dan jauh daripada keluarga dan suasananya pun berbeza. Duduk di kolej merupakan satu pilihan yang terbaik walaupun yuran kolejnya begitu tinggi jika dibandingkan dengan IPTA-IPTA yang lain.
Bidang sejarah merupakan satu subjek yang diminati sejak di tingkatan satu lagi. Alhamdulillah Allah beri rezeki untuk menuntut di UM. Tidak kira sejarah dunia atau sejarah Malaysia itu sendiri, kebanyakannya adalah berkaitan dengan sistem pemerintahan dan perkembangan sesebuah masyarkat di sesuatu tempat. Skopnya boleh dikategorikan sebagai Sistem Politik. Sistem Politik ini amat penting dalam kehidupan masyarakat kerana dapat mempengaruhi perkembangan aktiviti Sosial dan juga ekonomi di sesebuah tempat. Jika seseorang itu tidak mengambil berat terhadapt sesuatu perkara yang berlaku dan hanya memandang sebelah mata setiap tindakan yang diambil oleh seseorang pemerintah, maka seseorang itu mudah tertipu jika pemerintah ketika itu seorang yang pendusta lagi penipu.
Satu orang yang tinggal di kawasan luar bandar dan pergi menuntut di bandar terutamanya di Universiti Malaya, sudah semestinya akan terkesan dengan pemikiran dan suasananya yang berbeza. Dalam diri ini sering kali ingin tahu sesuatu, kenapa berlaku? kenapa begitu? Sebab apa yang ia berlaku? Persoalan-persoalan ini penting ditanyakan untuk diri sendiri agar dapat tahu jawapanya apa yang telah berlaku. Ia juga penting untuk setiap ahli-ahli sejarawan dalam mengkaji sesuatu sejarah yang telah berlaku. Sejarawan juga pelopor Sejarah Moden iaitu Von Ranke pernah mengatakan sejarah adalah Sains kerana ada kajian-kajian yang tersendiri dan teliti "sejarah perlulah ditulis dan dikaji sepertimana ia berlaku".
Oleh sebab itu, peluang yang diberikan oleh kakak senior itu tidak ditolak dan terus diterima. Sebab apa? sebab dalam hidup ini peluang hanya datang sekali sahaja dan mustahil akan berulang kedua kalinya. Jika ia berulang pun, pasti dan pasti tidak akan sama dengan peluang yang pertama. Sejak menjadi calon dan turun berkempen merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Bagi pandangan peribadi, pentadbiran UM hanya pandai teori semata-mata dan praktikalnya ntah kemana terutamanya dalam politik kampus yang berlangsung. Turun berkempen di kolej kediaman yang keempat satu tempat yang tidak pernah dilupakan. Adakah diberi peluang untuk berucap di dekat parking kenderaan dan tidak dibenarkan rakan-rakan sekuliah untuk turun mendengar ucapan. Satu keadaan yang pelik dan tidak masuk akal sistem apakah ini? Saya yang tidak tahu apa-apa pun diperbuat sebegitu. Semakin menarik untuk mengetahui keadaan politik kampus UM.
Alhamdulillah, tidak disangka akhirnya PRK 2010/2011 kemenangan berada di pihak Pro-Mahasiswa. Walaupun banyak kengkangan yang dihadapi dalam mengharungi PRK, teori lebih dan praktikalnya ntah ke mana. Satu perkara yang tidak dilupakan juga, kemenangan saya sebagai calon Pro-M untuk FSSS tidak mendapat tempat untuk menginap di kolej kediaman. Terpaksa menginap diluar kampus dan kehidupan dluar kampus sebenarnya lagi mencabar tapi tidak perlu diulas panjang kerana ditakuti terlalu panjang untuk artikel ini. Sekian...
"Satu orang yang mengambil kos kejuruteraan, guru dan lain2, tetapi tidak melakukan praktikal sudah pasti teori yang dipelajari itu tidak ada gunanya. Begitu juga satu orang yang ambil berkaitan kos politik tetapi tidak mengambil tahu keadaan yang berlaku dan tidak bergiat dalam politik maka buang masa saja apa yang dipelajarinya itu".
Penulis ialah mantan Exco Pembangunan Modal Insan MPMUM 2010/2011.

Sumber HD - 7-10-2013
GMUKM mulakan kempen PRK, bawa isu air
Harakahdaily, | 05 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) dilihat telah memulakan kempen berdepan Pilihan Raya Kampus (PRK) itu yang dijadual 23 Oktober ini.
Dalam satu kenyataan semalam, gabungan itu dilihat membawa isu gangguan air di kampus mereka yang didakwa berlarutan sejak beberapa tahun lalu namun tiada sebarang penyelesaian konkrit dari pihak bertanggungjawab.
Mereka juga sedang mengumpul tandatangan daripada mahasiswa kampus itu sebagai referendum untuk mendesak pihak pengurusan menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.
"Masalah air yang berlaku di UKM saban tahun ini tidak pernah ada penyelesaian jangka panjang oleh pihak bertanggungjawab sebaliknya ia akan berulang dan terus berulang.
"Mahasiswa UKM kini tidak tahan lagi berdepan masalah seperti ini saban tahun dan sampai bila mahasiswa UKM terpaksa menanggung kesulitan ini," soal mereka.
Bagaimanapun kenyataan itu tidak memperincikn secara jelas kawasan mana yang terlibat dengan gangguan bekalan air tersebut.
Menurut mereka, masalah air ini perlu ditangani dalam jangka masa yang panjang kerana ianya berlaku berulang kali.
Tindakan pihak pengurusan yang menyediakan lori tangki air bila berlaku masalah air menurut mereka, bukan satu penyelesaian jangka masa panjang.
"Harapan kami mahasiswa, agar pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan segera masalah air yang dihadapi sekarang untuk rutin harian yang lancar tanpa sebarang masalah," kata mereka.
Dalam satu kenyataan semalam, gabungan itu dilihat membawa isu gangguan air di kampus mereka yang didakwa berlarutan sejak beberapa tahun lalu namun tiada sebarang penyelesaian konkrit dari pihak bertanggungjawab.
Mereka juga sedang mengumpul tandatangan daripada mahasiswa kampus itu sebagai referendum untuk mendesak pihak pengurusan menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.
"Masalah air yang berlaku di UKM saban tahun ini tidak pernah ada penyelesaian jangka panjang oleh pihak bertanggungjawab sebaliknya ia akan berulang dan terus berulang.
"Mahasiswa UKM kini tidak tahan lagi berdepan masalah seperti ini saban tahun dan sampai bila mahasiswa UKM terpaksa menanggung kesulitan ini," soal mereka.
Bagaimanapun kenyataan itu tidak memperincikn secara jelas kawasan mana yang terlibat dengan gangguan bekalan air tersebut.
Menurut mereka, masalah air ini perlu ditangani dalam jangka masa yang panjang kerana ianya berlaku berulang kali.
Tindakan pihak pengurusan yang menyediakan lori tangki air bila berlaku masalah air menurut mereka, bukan satu penyelesaian jangka masa panjang.
"Harapan kami mahasiswa, agar pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan segera masalah air yang dihadapi sekarang untuk rutin harian yang lancar tanpa sebarang masalah," kata mereka.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-10-2013
ProM gesa badan bebas pantau p'raya kampus
Hazayani Zakaria, | 04 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Pro Mahasiswa Universiti Malaya (ProM-UM) menuntut badan bebas diwujudkan bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) di setiap universiti.
Pengerusi ProM-UM, Abdul Muqit bin Muhammad berkata, badan ini penting bagi memastikan PRK berjalan secara bersih, telus dan berintigriti tanpa ada pihak lain yang boleh memanipulasi PRK untuk kepentingan peribadi.
Antara badan yang dicadangkan ialah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) dan Institute for Democracy and Economic Affairs(Ideas).
"Pilihanraya kampus boleh diukur tahap standard ketelusannya jika ada badan pemantau yang menjalankan tugas secara profesional.
"Pilihanraya kampus dapat berjalan secara bersih, telus dan berintegriti tanpa ada pemanipulasian oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab dan menunjukkan nilai politik ahli akademik yang mampu berpilihanraya secara dipantau," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Pada PRK yang lepas, mahasiswa mendapati wujudnya konspirasi terancang tangan-tangan asing yang digunakan untuk mematikan aktivisme mereka yang dikenali sebagai OPS 2020.
Sebuah jentera yang dirancang oleh Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk menyekat kemaraan mahasiswa sebelum Pilihanraya Umum ke-13 ini telah dibongkarkan oleh mahasiswa sehingga isu ini dibicarakan oleh parlimen pada 20 jun 2012 yang lepas.
OPS 2020 menggunakan jentera kerajaan seperti Biro Tata Negara, Kementerian Pengajian Tinggi, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain institusi kerajaan untuk mematikan aktivisma mahasiswa menyebabkan mahasiswa terpaksa berdepan dengan jentera kerajaan dalam PRK mereka.
Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan tarikh PRK seperti berikut:
23 Oktober: UM, UKM, UPNM
24 Oktober: USM, UNIMAS, UMS, USIM
29 Oktober: UUM
30 Oktober: UIAM
21 November: UNISZA
27 November: UPM, UTM, UMT, UTHM, UITM, UNIMAP, UMK, UTEM, UMP
28 November: UPSI
Walaubagaimanapun ia masih tertakluk kepada perubahan universiti sekiranya ada, tetapi semuanya mesti diselesaikan sebelum berakhir November.
Pengerusi ProM-UM, Abdul Muqit bin Muhammad berkata, badan ini penting bagi memastikan PRK berjalan secara bersih, telus dan berintigriti tanpa ada pihak lain yang boleh memanipulasi PRK untuk kepentingan peribadi.
Antara badan yang dicadangkan ialah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) dan Institute for Democracy and Economic Affairs(Ideas).
"Pilihanraya kampus boleh diukur tahap standard ketelusannya jika ada badan pemantau yang menjalankan tugas secara profesional.
"Pilihanraya kampus dapat berjalan secara bersih, telus dan berintegriti tanpa ada pemanipulasian oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab dan menunjukkan nilai politik ahli akademik yang mampu berpilihanraya secara dipantau," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Pada PRK yang lepas, mahasiswa mendapati wujudnya konspirasi terancang tangan-tangan asing yang digunakan untuk mematikan aktivisme mereka yang dikenali sebagai OPS 2020.
Sebuah jentera yang dirancang oleh Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk menyekat kemaraan mahasiswa sebelum Pilihanraya Umum ke-13 ini telah dibongkarkan oleh mahasiswa sehingga isu ini dibicarakan oleh parlimen pada 20 jun 2012 yang lepas.
OPS 2020 menggunakan jentera kerajaan seperti Biro Tata Negara, Kementerian Pengajian Tinggi, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain institusi kerajaan untuk mematikan aktivisma mahasiswa menyebabkan mahasiswa terpaksa berdepan dengan jentera kerajaan dalam PRK mereka.
Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan tarikh PRK seperti berikut:
23 Oktober: UM, UKM, UPNM
24 Oktober: USM, UNIMAS, UMS, USIM
29 Oktober: UUM
30 Oktober: UIAM
21 November: UNISZA
27 November: UPM, UTM, UMT, UTHM, UITM, UNIMAP, UMK, UTEM, UMP
28 November: UPSI
Walaubagaimanapun ia masih tertakluk kepada perubahan universiti sekiranya ada, tetapi semuanya mesti diselesaikan sebelum berakhir November.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-10-2013
Kementerian umum tarikh pilihan raya kampus
Harakahdaily, | 04 Okt 2013 |
PUTRAJAYA: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Pro-M Nasional menghantar memorandum kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, semalam menuntut tarikh pilihan raya kampus (PRK) dan pilihanraya kampus yang adil dan bersih.
Pengerusi Pro-M Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto dalam kenyataannya menyebut mereka hanya diberikan ruang hanya empat orang sahaja untuk bertemu wakil KPM, Abdul Hadi Omar yang merupakan Setiausaha politik Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh walaupun yang hadir bersama dalam rombongan tersebut lebih 30 orang mahasiswa dari pelbagai kampus.
“Memorandum yang dihantar kepada KPM hari ini mengandungi 6 tuntutan, ia termasuklah pertama iaitu penetapan tarikh PRK, kebebasan berkempen, mahasiswa terlibat dalam jawatankuasa PRK,” katanya.
Selain itu, kata beliau pihaknya menuntut juga pemantauan dari badan pemantau bebas, sistem pengundian telus dan akhir sekali ialah peruntukan dana khas calon.
“Sudah saban tahun kita menghantar tuntutan kita kepada KPM untuk penambahbaikan dalam sistem pilihanraya kampus, dan terima kasih KPM kerana memberi respons lansung terhadap tuntutan penetapan tarikh PRK pada kali ini, namun dalam tuntutan yang lain kita mengharapkan ia dilayan dengan rasa tanggungjawab,” kata wakil Gamis, Farhannaim.
“Selepas apa yang telah diumumkan oleh wakil KPM tadi berkaitan tarikh PRK, kita sangat kesal kepada pihak universiti kerana dalam keadaan tarikh yang sudah ada di atas kertas tapi sehingga sekarang universiti tidak mengumumkan tarikh tersebut secara umum kepada mahasiswa,” kata Ketua Pro-M Universiti Malaya, Abdul Muqit.
Tarikh PRK yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia semalam seperti berikut:
23 Oktober: UM, UKM, UPNM
24 Oktober: USM, UNIMAS, UMS, USIM
29 Oktober: UUM
30 Oktober: UIAM
21 November: UNISZA
27 November: UPM, UTM, UMT, UTHM, UITM, UNIMAP, UMK, UTEM, UMP
28 November: UPSI
Walaubagaimanapun ia masih tertakluk kepada perubahan universiti sekiranya ada, tetapi semuanya mesti diselesaikan sebelum berakhir November.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-10-2013
Universiti wajib umum awal tarikh pilihan raya
Harakahdaily, |
Kuala Lumpur: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dalam kenyataannya hari ini mendesak supaya Institiut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengumumkan tarikh pilihanraya kampus lebih awal supaya ia menjadi langkah kepada seluruh mahasiswa untuk bersedia berhadapan dengan pilihanraya kampus nanti.
Malangnya sehingga kini kebanyakan IPTA masih belum mengumumkan bila sebenarnya tarikh pilihan raya kampus akan berlaku walaupun sebahagian daripada MPP di universiti masing-masing sudah melangkaui setahun tempoh kepimpinan.
Preisden GAMIS, Muhamad Azan Bin Safar (Gambar) berkata perkara yang biasa berlaku untuk universiti mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam keadan yang tergesa-gesa dan sudah hampir dengan tarikh penamaan calon. Budaya sebegini tidak membantu untuk memberikan pendidikan politik kepada mahasiswa termasuk mengurangkan partisipasi mahasiswa di dalam proses pemilihan kepimpinan pelajar.
“Universiti harus menjadi contoh dan bukannya terikut-ikut dengan budaya politik di luar yang mana tarikh pilihan raya hanya dalam pengetahuan Perdana Menteri, dan tarikh hanya akan diumumkan apabila parti daripada kerajaan sedia ada sudah bersedia. Kebimbangan yang serupa juga berlaku di universiti apabila satu pihak yang mungkin ingin dimenangkan oleh HEP universiti dibiarkan bersedia terlebih dahulu daripada kumpulan mahasiswa yang lain ,” Katanya lagi.
“Bahkan pengumuman awal akan memudahkan urusan MPP sedia ada yang bekerja dan berkhidmat tetapi tidak tahu bila tarikh tamat perkhidmatan, sedangkan kepimpinan MPP makin mengecil dikala ada sebahagian daripada mereka sudahpun tamat belajar,” Tambahnya lagi.
“GAMIS mendesak pihak universiti selewat-lewatnya mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam minggu ini sebelum kita akan menyerahkan memorandum seterusnya kepada Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya Khamis ini,”
Peristiwa yang sama juga sudah berlaku sebelum ini sewaktu menjelang PRU-13 yang lalu apabila tarikh pilihan raya dianjak tanpa notis daripada bulan Februari ke bulan Oktober menyebabkan kepimpinan pelajar hanya terdiri daripada ‘Care Taker Student’ lebih daripada setengah tahun.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-9-2013
ProM ikrar pertahan kampus Lembah Klang
Harakahdaily, | 25 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kumpulan Pro Mahasiswa Nasional (ProM) semalam menyatakan ikrar mereka untuk berusaha mengekalkan penguasaan kumpulan itu di semua kempus sekitar Lembah Klang pada Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang.
Pengerusinya Edikoup Lakip Sediyanto berkata, pihaknya juga sedang bersedia untuk membuat kejutan di beberapa kampus di seluruh Malaysia.
"Kami telah memulakan beberapa siri kempen kesedaran dan aktiviti-aktiviti lain bagi memperkenalkan calon-calon Pro Mahasiswa kepada para pelajar.
"Kami yakin, berdasarkan rekod kerja cemerlang yang ditunjukkan selepas memenangi pilihanraya lepas, para pelajar akan terus memilih Pro Mahasiswa sebagai wakil mereka bagi menyuarakan pandangan dan idea mereka kepada pihak pentadbiran universiti," katanya pada satu sidang media semalam.
Mengulas soal manifesto, beliau berkata ProM, akan memfokuskan tawaran kepada tiga teras utama iaitu Akademik, Kebajikan serta Autonomi Mahasiswa.
Dalam pada itu, ProM mendesak pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengumumkan tarikh pilihanraya kampus segera bagi memenuhi tuntutan sebuah demokrasi dan memudahkan perjalanan pilihanraya kampus.
"Kami juga menuntut pilihanraya pada kali ini telus dan bersih serta bebas dari campurtangan politik luar.
"Sepertimana yang semua sudah maklum, pada tahun lepas Umno menggunakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melancarkan Ops 2020 bagi menawan semua 20 kampus IPTA seluruh Malaysia.
"Kami kesal dengan penyalahgunaan institusi kerajaan untuk kepentingan parti-parti politik dan campurtangan parti politik dalam perjalanan pilihanraya kampus ini," katanya.
Pengerusinya Edikoup Lakip Sediyanto berkata, pihaknya juga sedang bersedia untuk membuat kejutan di beberapa kampus di seluruh Malaysia.
"Kami telah memulakan beberapa siri kempen kesedaran dan aktiviti-aktiviti lain bagi memperkenalkan calon-calon Pro Mahasiswa kepada para pelajar.
"Kami yakin, berdasarkan rekod kerja cemerlang yang ditunjukkan selepas memenangi pilihanraya lepas, para pelajar akan terus memilih Pro Mahasiswa sebagai wakil mereka bagi menyuarakan pandangan dan idea mereka kepada pihak pentadbiran universiti," katanya pada satu sidang media semalam.
Mengulas soal manifesto, beliau berkata ProM, akan memfokuskan tawaran kepada tiga teras utama iaitu Akademik, Kebajikan serta Autonomi Mahasiswa.
Dalam pada itu, ProM mendesak pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengumumkan tarikh pilihanraya kampus segera bagi memenuhi tuntutan sebuah demokrasi dan memudahkan perjalanan pilihanraya kampus.
"Kami juga menuntut pilihanraya pada kali ini telus dan bersih serta bebas dari campurtangan politik luar.
"Sepertimana yang semua sudah maklum, pada tahun lepas Umno menggunakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melancarkan Ops 2020 bagi menawan semua 20 kampus IPTA seluruh Malaysia.
"Kami kesal dengan penyalahgunaan institusi kerajaan untuk kepentingan parti-parti politik dan campurtangan parti politik dalam perjalanan pilihanraya kampus ini," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-9-2013
Al-Azhar menara ilmu sepanjang zaman
Siti Sarah Bushari, | 23 Sep 2013 |
Al-Azhar telah menghasilkan ribuan ulama yang terkenal selama hampir lebih seribu tahun. Saban tahun, Al-Azhar tetap menjadi pusat kepada pemeliharaan ilmu turathi dan muasoroh yang menjadi warisan Islam bahkan mengukuhkan lagi identiti agama Islam.
Pusat pengajian terkemuka dunia ini juga diiktiraf sebagai kiblat keilmuan Islam, dan gudang segala macam jenis ilmu, merangkumi pelbagai jenis dimensi sama ada hukum-hakam Islam, sosial, ekonomi dan politik.
Al-Azhar juga menjadi benteng keilmuan Islam, tempat para pemuda dari segenap bangsa penjuru dunia untuk menuntut ilmu.
Ketika imperialis cuba untuk meluaskan kuasa mereka ke benua Afrika, terutamanya negara Mesir, dapat disaksikan bahawa antara golongan yang berkobar melawan para imperialis ini terdiri dalam kalangan ulamak Al-Azhar.
Begitu juga dengan negara-negara luar, keadaan yang sama mereka hadapi ketika mana negara dijajah, ulamak mendominasi barisan hadapan menentang penjajahan.
Al-Azhar merupakan universiti yang tertua di dunia berbanding pusat pengajian lain. Universiti di Eropah mula didirikan pada abad kedua setelah Al-Azhar, contohnya Paris didirikan pada abad ke-12 dan Universiti Oxford pada abad ke-13.
Namun pada awal tahun 1960-an Al-Azhar mengalami perubahan yang besar dalam penambahan fakulti baru serta bidang yang lebih meluas merangkumi aspek akademik.
Sejak itu , fakulti perubatan dan kejuruteraan telah ditubuhkan dan pelajar wanita telah mula diterima pada tahun 1962.
Mesir dan peralihan suasana politik
Sebagaimana yang diketahui umum, perhimpunan, perarakan dan demonstrasi aman di Mesir bermula pada 30 Jun yang lalu masih lagi berterusan sehingga ke hari ini dan berkemungkinan besar akan berlanjutan sehinggalah Kerajaan Sementara Mesir pada hari ini mengembalikan semula tiga tuntutan utama rakyatnya iaitu mengembalikan presiden mereka yang sah Dr.Muhammad Mursi, menarik-balik penggantungan perlembagaan yang telah dipersetujui oleh rakyat dan memulangkan semula Majlis Syura berserta peranannya.
Ekoran daripada peristiwa yang berlaku, peraturan keselamatan yang digariskan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) yang dikeluarkan perlu dipandang serius oleh seluruh pelajar yang masih berada di sini dan prihatin dengan pekeliling keselamatan yang di war-warkan oleh PMRAM selaku suara mahasiswa dan mahasiswi di Mesir.
Nasihat dan harapan Hewi PMRAM
Buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di bumi Anbiya, teruskan cita-cita murni untuk menggali ilmu sebanyak mungkin. Justeru, langkah ini bakal melahirkan profesional Islam yang akan sering menggegarkan dunia jahiliyyah. Antaranya contoh yang tidak asing lagi ialah Syeikh Dr.Yusuf al-Qaradhawi, merupakan seorang ulamak yang berperanan dalam memastikan Islam berada di tempatnya.
Pelbagai ancaman menimpa Al- Azhar, namun keutuhan teras ilmu ini tetap teguh di persada dunia. Ianya sangat digeruni oleh pelbagai pihak. Seiring dengan itu, dalam usaha memastikan kelangsungan generasi berilmu keluaran bumi anbiya’ ini, kami barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (Hewi PMRAM) 2013 sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dalam pelbagai aspek dan mendoakan agar mahasiswa dan mahasiswi yang bakal menyambung pengajian di Mesir diberikan kemudahan dan kelancaran dalam urusan menyambung pengajian ke sini. - http://pmram.org/v2/index.php
Penulis ialah Timbalan Pengerusi Hewi PMRAM 2013.

Sumber HD - 23-9-2013
Mediu buka pendaftaran pelajar dari Mesir
Harakahdaily, | 18 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) mengadakan ‘Hari Pendaftaran Terbuka’ kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir bagi bidang Pengajian Islam dan Pengajian Bahasa Arab yang merangkumi Syariah Islamiah, Usuluddin, Dakwah, Dirasat Islamiah, Qiraat dan Bahasa Arab.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi dalam satu kenyataan memberitahu, Hari Pendaftaran Terbuka diadakan bermula hari ini hingga 20 September berpusat di Kampus Mediu, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Katanya, pelajar diminta membawa dokumen pengajian semasa di Universiti Al-Azhar bagi memudahkan kerja-kerja pendaftaran beserta pemindahan kredit pengajian.
Sebelum ini, pihak Mediu menyatakan kesediaan untuk menempatkan pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar Mesir bagi menyambung pengajian mereka seramai 600 pelajar bagi pengajian secara konvensional (conventional learning).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi dalam satu kenyataan memberitahu, Hari Pendaftaran Terbuka diadakan bermula hari ini hingga 20 September berpusat di Kampus Mediu, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Katanya, pelajar diminta membawa dokumen pengajian semasa di Universiti Al-Azhar bagi memudahkan kerja-kerja pendaftaran beserta pemindahan kredit pengajian.
Sebelum ini, pihak Mediu menyatakan kesediaan untuk menempatkan pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar Mesir bagi menyambung pengajian mereka seramai 600 pelajar bagi pengajian secara konvensional (conventional learning).
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-9-2013
Taklimat pelajar Mesir: Ibu bapa anggap buang masa
Harakahdaily, | 12 Sep 2013 |
PUTRAJAYA: “Buang masa kita je hari ni,” kata seorang bapa yang datang dari Terengganu ke sesi taklimat dan perjumpaan pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir bersama pihak institusi pengajian tinggi (IPT) dan badan-badan profesional di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.
Bukan seorang dua ibu bapa atau penjaga pelajar yang bersungut demikian, bahkan rata-rata menyatakan rasa tidak puas hati dengan taklimat yang diadakan itu.
Antara luahan mereka, “tak selesai masalah, kalau macam ni tak payah datang, kita dah tahu kalau macam ni, sia-sia saja datang,” dan lain-lain lagi yang membayangkan kekesalan mereka yang datang dari seluruh negara.
Tempat taklimat dan perjumpaan yang diadakan di Dewan Zaaba mencetuskan rasa kekecewaan pertama mereka kerana tidak dapat menampung ribuan para hadirin.
Ini menyebabkan sebahagian besar mereka mendengar taklimat di luar dewan melalui pembesar suara yang diletakkan di situ dalam keadaan berdiri, tidak kurang juga ibu bapa dan pelajar berada di tempat lain.
Bagi mereka, sepatutnya pihak KPM yang menyedari ribuan pelajar yang pulang dari Mesir menyediakan tempat yang lebih selesa seperti Pusat Konvenyen Antarabangsa Putrajaya.
Bagaimanapun, kekesalan besar para hadirin apabila masalah yang dihadapi oleh para pelajar ekoran konflik di Mesir yang masih belum reda tidak mendapat penjelasan lanjut daripada pihak KPM.
Perkara utama yang mereka mahu tahu ialah apakah penyelesaian kepada para pelajar berkenaan terutama untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.
Walaupun taklimat dan perjumpaan itu terpaksa diadakan dua sesi kerana saiz dewan yang tidak boleh menampung jumlah hadirin, namun pada sesi kedua juga ramai yang terpaksa berada di luar.
Kementerian dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan taklimat dan perjumpaan tersebut bagi menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam sebagai satu platform bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat jika mereka berminat untuk meneruskan pengajian di negara ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-9-2013
Ribuan pelajar dari Mesir ikuti taklimat di KPM
Harakahdaily, | 12 Sep 2013 |
PUTRAJAYA: Sesi taklimat dan perjumpaan pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir bersama pihak institusi pengajian tinggi (IPT) dan badan-badan profesional di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini terpaksa diadakan dalam dua sesi.
Ini kerana ribuan para pelajar terbabit dari seluruh negara yang sebahagiannya diiringi ibu bapa membanjiri bangunan kementerian untuk mengikuti taklimat yang diadakan di Dewan Zaaba bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kementerian dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan taklimat dan perjumpaan tersebut bagi menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam sebagai satu platform bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat jika mereka berminat untuk meneruskan pengajian di negara ini.
Antara pihak yang mengambil bahagian ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mara, Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Perubatan Malaysia (MDC), Lembaga Farmasi Malaysia (LFM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dan Al-Madinah International University (Mediu).
Pihak instusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan pengajian perubatan, pergigian dan farmasi turut menyertai taklimat dan perjumpaan itu.
KPM sebelum ini memaklumkan hasil perundingan delegasinya dengan pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir baru-baru ini, persetujuan telah dicapai iaitu sesi pengajian baru ditangguhkan dan hanya akan bermula pada 19 Oktober depan bagi semua universiti. Manakala semua peperiksaan akan bermula pada 21 September ini bagi semua universiti.
Ini tertakluk sekiranya keadaan di Mesir berada dalam keadaan stabil dan kondusif untuk pelajar Malaysia meneruskan pengajian di sana.
Ini kerana ribuan para pelajar terbabit dari seluruh negara yang sebahagiannya diiringi ibu bapa membanjiri bangunan kementerian untuk mengikuti taklimat yang diadakan di Dewan Zaaba bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kementerian dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan taklimat dan perjumpaan tersebut bagi menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam sebagai satu platform bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat jika mereka berminat untuk meneruskan pengajian di negara ini.
Antara pihak yang mengambil bahagian ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mara, Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Perubatan Malaysia (MDC), Lembaga Farmasi Malaysia (LFM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dan Al-Madinah International University (Mediu).
Pihak instusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan pengajian perubatan, pergigian dan farmasi turut menyertai taklimat dan perjumpaan itu.
KPM sebelum ini memaklumkan hasil perundingan delegasinya dengan pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir baru-baru ini, persetujuan telah dicapai iaitu sesi pengajian baru ditangguhkan dan hanya akan bermula pada 19 Oktober depan bagi semua universiti. Manakala semua peperiksaan akan bermula pada 21 September ini bagi semua universiti.
Ini tertakluk sekiranya keadaan di Mesir berada dalam keadaan stabil dan kondusif untuk pelajar Malaysia meneruskan pengajian di sana.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-9-2013
2 pelajar UM dibuang kolej
Harakahdaily, | 11 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Pro-Mahasiswa (Pro M) Universiti Malaya (UM) menyifatkan tindakan membuang dua mahasiswa dari kolej tanpa diberi peluang membela diri sebagai melanggar hak asasi mahasiswa.
Dua mahasiswa yang menjadi pemudah cara mahasiswa sepanjang Minggu Haluan Siswa (MHS) Amir Aiman dan Safinatunnajah dibuang dari Kolej Kediaman Keempat serta-merta dan dilucutkan jawatan sebagai pemudah cara, Jumaat lalu.
Hukuman itu ekoran kedua-duanya disyaki menyokong dan membantu Pro M sewaktu MHS sepanjang MHS apabila mereka memohon bantuan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Bukhairy Sufian merawat seorang mahasiswi yang histeria.
Bukhairy ketika itu hadir bersama Pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Abdul Muqit bin Muhammad dan mereka disyaki dan dibimbangi merancang kejadian histeria bersama dengan dua orang pemudah cara ini.
Akibatnya, kesemua PM di KK4 termasuk Amir Aiman dan juga Safinatunnajah dipanggil oleh Ketua PM KK4, Alia Syamin untuk menyerahkan semua telefon bimbit.
Bagaimanapun hanya telefon bimbit mereka berdua sahaja yang diperiksa termasuklah hak peribadi seperti mesej,email dan juga facebook telah diceroboh tanpa kebenaran.
Amir Aiman meminta penjelasan sebab telefonnya dirampas namun tiada jawapan yang diberikan. Amir Aiman juga mengesyaki laptopnya telah diceroboh dan kata laluan emelnya telah ditukar.Mereka telah menuduh Amir Aiman dan Safinatunnajah telah bersubahat untuk dengan Pro-Mahasiswa merancang isu histeria.
Petangnya dalam pukul 3 petang, Amir Aiman telah menerima satu surat dari pihak kolej mengatakan beliau telah dilucutkan tugas sebagai Pemudahcara Mahasiswa dan dibuang kolej serta-merta. Sebab yang diberikan oleh pihak kolej ialah Amir Aiman telah membocorkan maklumat sulit kepada pihak luar.
Tidak lama kemudian, Safinatunnajah pula menerima surat yang sama tetapi atas sebab yang berlainan. Safinatunnajah dibuang kolej kerana dituduh membawa masuk orang luar (Bukhairy dan Muqit) ke dalam kolej sedangkan mereka masih lagi mahasiswa UM .
Akibat daripada peristiwa itu, Amir Aiman bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Pantai atas penyalahgunaan kuasa pihak atasan dan menceroboh maklumat peribadi tanpa kebenaran dalam menangani isu ini. Keputusan kolej itu dilihat berat sebelah dan begitu kejam terhadap mahasiswa.
Menurut Abdul Muqit, Pro M Amir Aiman dan Safinatunnajah tidak diberikan hak untuk membela diri dan notis peringatan awal sebelum dibuang kolej kediaman dengan serta-merta.
Sedangkan tegasnya, pihak kolej tiada bukti yang kukuh untuk menyokong hukuman tersebut. Andai sekalipun terdapat bukti, mereka berdua mesti diberikan hak untuk membela diri.
"Bagaimana satu keputusan yang besar dapat dibuat dalam tempoh masa yang begitu singkat?
"Untuk itu, kami di peringkat Pro-Mahasiswa tampil membela Amir Aiman dan Safinatunnajah dan mendesak pihak pentadbiran terutamanya pihak Kolej Kediaman Keempat, TNC HEP, Datuk Rohana dan juga NC, Tan Sri Ghauth Jasmon untuk memohon maaf secara terbuka kepada kedua-dua mahasiswa ini dan menerima mereka semula ke dalam kolej kediaman.
"Hukuman yang dijatuhkan kepada mereka juga tidak masuk akal dan melanggar hak asasi manusia kerana tidak diberi peluang untuk membela diri. Kami juga mendesak supaya siasatan lebih lanjut dijalankan terhadap penyalahgunaan kuasa oleh pihak pentadbiran supaya kes seperti ini tidak berulang lagi," katanya.
Selain itu, beliau berkata wujud diskriminasi dalam pemilihan pemudah cara apabila mahasiswi yang berpurdah tidak layak untuk menjadi pemudah cara atas alasan tidak menepati etika berpakaian yang ditetapkan.
"Ini merupakan alasan yang tidak munasabah sedangkan mahasiswa bebas berpakaian selagi ia masih bersopan dan menepati etika pemakaian yang tidak menjolok mata ketika di dalam UM," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-9-2013
PMIUM: Penggabungan fakulti menghina mahasiswa
Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, |
Universiti Malaya memulakan langkah baru apabila membuat polisi dengan menggabungkan 16 fakulti menjadi 6 fakulti sahaja. Tindakan ini harus dipuji untuk menuntut perubahan secara dinamik yang berlaku di universiti. Namun tidak semua perubahan itu mempunyai nilai kebaikan yang tersendiri. Kadangkala perubahan itu dilakukan untuk kepentingan tertentu daripada kepentingan bersama. Perlu kita teliti kembali apakah rasionalnya untuk digabungkan fakulti kepada 6 fakulti. Apakah Universiti Malaya tidak mampu melahirkan mahasiswa yang produktif dalam menyumbang sesuatu kepada negara? Ke manakah hala tuju universiti kita yang sebenar dalam melahirkan ilmuwan yang memenuhi pasaran kerja semasa? Atau untuk mengejar kedudukan (ranking) dengan cepat dan mengambil model universiti di luar negara sebagai acuan?
Kita perlu akui bahawa keterlibatan di dalam ranking universiti di peringkat dunia adalah sesuatu yang sangat mencabar, demi menjadikan Universiti dikenali dan mempunyai prestij tinggi. Banyak perkara dan perubahan perlu dilakukan sama ada melibatkan pensyarah, pentadbiran, kewangan dan sebagainya. Tetapi impaknya belum dapat dipastikan lagi. Dalam keadaan sekarang ini, banyak pensyarah asing yang dibawa masuk untuk mengajar, akan tetapi mahasiswa merungut tidak faham dengan pensyarah tersebut. Perkara ini sudah pastinya memberikan kesan buruk pada mahasiswa. Ramai pensyarah yang ditukar apabila dilihat mengganggu dan tidak sealiran dalam idea penggabungan fakulti ini.
Keputusan penggabungan ini adalah keputusan yang telah diputuskan di peringkat Senat universiti dan akan mula dikuatkuasakan. Persoalannya, mengapakah mahasiswa tidak diberikan penerangan mengenai hal ini? Mengapa pentadbiran universiti banyak membuat spekulasi yang dimainkan di akhbar, dengan menafikan isu penggabungan ini akan berlaku (rujuk sinar harian). Di manakah martabat mahasiswa diletakkan apabila keputusan ini dibuat tanpa wakil mahasiswa diajak berbincang dan dirunding. Tidak disebut universiti jika tiada mahasiswa dan penuntut ilmu di dalamnya. Tindakan ini seolah-olah menghina dan mencabul hak mahasiswa yang diiktiraf di dalam universiti untuk memberikan pandangan dan idea serta meraikan kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan. Mungkinkah bagi mereka mahasiswa ini hanya robot dan hanya perlu menerima sahaja apa-apa yang diputuskan oleh pihak atasan?
Kepincangan ini berlaku kerana sistem AUKU yang masih membelenggu mahasiswa. Walaupun pindaan demi pindaan dibuat namun, ia masih membantutkan pemikiran dan idealism mahasiswa. Halatuju universiti kian bercelaru, tradisi ilmu tercalar dan tercabar akibat dasar yang dilihat tidak demokratik. PMIUM membantah isu penggabungan ini, selagi belum dibawa bincang dengan mahasiswa dan mendapat cause and benefit yang tepat serta mengambil kira implikasi yang akan di hadapi di masa depan. PMIUM juga menuntut supaya kajian penggabungan ini dihebahkan kepada umum supaya masyarakat dalam membuat penilaian terhadap polisi baru ini.
Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
(PMIUM)
Kita perlu akui bahawa keterlibatan di dalam ranking universiti di peringkat dunia adalah sesuatu yang sangat mencabar, demi menjadikan Universiti dikenali dan mempunyai prestij tinggi. Banyak perkara dan perubahan perlu dilakukan sama ada melibatkan pensyarah, pentadbiran, kewangan dan sebagainya. Tetapi impaknya belum dapat dipastikan lagi. Dalam keadaan sekarang ini, banyak pensyarah asing yang dibawa masuk untuk mengajar, akan tetapi mahasiswa merungut tidak faham dengan pensyarah tersebut. Perkara ini sudah pastinya memberikan kesan buruk pada mahasiswa. Ramai pensyarah yang ditukar apabila dilihat mengganggu dan tidak sealiran dalam idea penggabungan fakulti ini.
Keputusan penggabungan ini adalah keputusan yang telah diputuskan di peringkat Senat universiti dan akan mula dikuatkuasakan. Persoalannya, mengapakah mahasiswa tidak diberikan penerangan mengenai hal ini? Mengapa pentadbiran universiti banyak membuat spekulasi yang dimainkan di akhbar, dengan menafikan isu penggabungan ini akan berlaku (rujuk sinar harian). Di manakah martabat mahasiswa diletakkan apabila keputusan ini dibuat tanpa wakil mahasiswa diajak berbincang dan dirunding. Tidak disebut universiti jika tiada mahasiswa dan penuntut ilmu di dalamnya. Tindakan ini seolah-olah menghina dan mencabul hak mahasiswa yang diiktiraf di dalam universiti untuk memberikan pandangan dan idea serta meraikan kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan. Mungkinkah bagi mereka mahasiswa ini hanya robot dan hanya perlu menerima sahaja apa-apa yang diputuskan oleh pihak atasan?
Kepincangan ini berlaku kerana sistem AUKU yang masih membelenggu mahasiswa. Walaupun pindaan demi pindaan dibuat namun, ia masih membantutkan pemikiran dan idealism mahasiswa. Halatuju universiti kian bercelaru, tradisi ilmu tercalar dan tercabar akibat dasar yang dilihat tidak demokratik. PMIUM membantah isu penggabungan ini, selagi belum dibawa bincang dengan mahasiswa dan mendapat cause and benefit yang tepat serta mengambil kira implikasi yang akan di hadapi di masa depan. PMIUM juga menuntut supaya kajian penggabungan ini dihebahkan kepada umum supaya masyarakat dalam membuat penilaian terhadap polisi baru ini.
Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
(PMIUM)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-9-2013
Mengapa TPPA perlu dibantah (2)
Anas Alam Faizli, | 02 Sep 2013 |
Masalah Cukai Ekport
Cukai ekport dikenakan kepada pengekport barangan utama. Cukai ini berfungsi melalui dua cara; menaikkan pendapatan kerajaan dan membangunkan industri perantara tempatan. Cukai ekport menaikkan harga bahan mentah dalam pasaran ekport menyebabkan produk akhir yang dihasilkan oleh pasaran tempatan lebih murah dan kompetitif berbanding produk yang dihasilkan oleh pasaran luar. TPPA mahu mengubah perkara ini.
Dengan mengurangkan atau menghapuskan cukai ekport, negara seperti Malaysia yang sebahagian besar eksportnya masih barangan mentah, akan menyaksikan negara-negara rakan TPPA menikmati sumber-sumber kita dengan harga yang jauh lebih murah, seterusnya membunuh pengeluar industri perantara tempatan seperti pembekal kelengkapan teknologi dan perabot, industri penapisan kelapa sawit dan pengeluar produk tani dan makanan. Tidak keterlaluan jika saya katakan potensi kesan ini hampir sama dengan tindakan penjajah mengambil segala sumber kekayaan asli kita satu ketika dahulu!
Mitos Perdagangan dan FDI
Kembali kepada isu perdagangan, jangkaan manfaat yang diperoleh daripada menandatangani FTA dengan Amerika akan terlihat melalui pendapatan yang tinggi dalam faedah perdagangan. Bagaimana sebuah negara yang secara relatifnya mempunyai kekuatan ekonomi yang lebih kuat seperti Singapura, menyaksikan peningkatan pula dalam defisit perdagangan bermula dengan USD 1.4 bilion pada 2003 apabila mereka menandatangani perjanjian, kepada USD 4.3 bilion pada 2004, USD 6.9 bilion pada 2006 kepada USD 10.5 bilion pada 2012.
Menurut laporan United Nations, tiada bukti atau korelasi yang menunjukkan peningkatan pelaburan asing (FDI) yang berkualiti daripada perjanjian-perjanjian perdagangan dua-hala selama ini. Benar, jika kita tidak menyertai TPPA, kemungkinan trade diversion atau perdagangan yang ‘lari’ daripada Malaysia kepada negara-negara TPPA tidak dapat dinafikan. Namun kerugian daripada trade diversion ini haruslah jelas dan dipastikan mempunyai manfaat yang lebih besar berbanding pelbagai musibah dan kerugian yang dibawa oleh TPPA kepada aspek-aspek lain ekonomi negara.
Protes Dunia kepada FTA Amerika
Bukan asing negara seluruh dunia memprotes perjanjian FTA dengan Amerika. Di Guatemala, dua orang mati berdemonstrasi, dan rakyat Guatemala mengheret kerajaan ke mahkamah kerana dakwaan FTA terbabit mencabuli hampir 130 akta dalam perlembagaan Guatemala. Di Ecuador pula, darurat diisytiharkan kerana demonstrasi besar-besaran. Ketua rundingan Thailand dan Colombia pernah meletakkan jawatan kerana protes hasil rundingan dengan Amerika. Di Korea Selatan, seorang membakar dirinya sendiri sehingga mati bagi memprotes FTA dengan Amerika, yang hanya diluluskan oleh Parlimen selepas kerajaan pemerintah mengurung pihak pembangkang.
Negara seperti Argentina, Bolivia, Brazil, Paraguay, Uruguay, Venezuela, Afrika Selatan, Botswana, Lesotho, Namibia dan Swaziland juga sebelum ini terlibat dalam rundingan dengan Amerika untuk FTA tetapi kesemua rundingan itu gagal tanpa ditandatangani.
Di Malaysia, Third World Network (TWN) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bergerak di hadapan menentang isu FTA Amerika-Malaysia sejak 2008, dan melanjutkan penentangan terhadap TPPA. Usaha lebih menonjol juga muncul kebelakangan ini untuk menyentuh isi rundingan TPPA melalui sebahagian bab yang tertiris kepada pengetahuan orang awam. Pada 6 Jun 2013, YB Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan akhbar mempersoalkan kerahsiaan rundingan TPPA dan bertanyakan soalan penting; adakah Malaysia merancang untuk menggadaikan kedaulatan negara hanya untuk tujuan perdagangan bebas? Mewakili Pakatan Rakyat, beliau secara konsisten dan gigih telah memberikan tekanan yang membawa kepada penubuhan parliamentary caucus dan peningkatan penglibatan daripada MITI.
Pada masa yang sama, momentum penentangan terus dibina oleh badan bukan kerajaan seperti BLINDSPOT, MTEM, MAC, MTUC, GBM, IKRAM yang terus-menerus mengadakan forum awam untuk meningkatkan kesedaran awam. Usaha ini menggalakan orang awam untuk menuntut hak bersama daripada kerajaan dalam rundingan. Profil ternama seperti Tun Mahathir dan Liow Tiong Lai juga secara terbuka memberikan penentangan kepada TPPA yang menuntut perhatian rakyat dalam isu ini.
Badan Bertindak Bantah TPPA (BANTAH TPPA)
Badan Bertindak Bantah TPPA, atau dikenali dengan nama ringkas BANTAH TPPA, ialah gabungan 52 badan bukan kerajaan dan tujuh Jawatankuasa Bersama yang dibentuk untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap TPPA bagi memastikan Malaysia memperoleh manfaat terbaik daripada TPPA. Kami berpendapat TPPA ini wujud di tengah-tengah harapan sebilangan kecil syarikat multinasional yang mencari keuntungan komersial hasil daripada bab-bab dalam rundingan, dan juga kebimbangan besar organisasi-organisasi masyarakat sivil yang mewakili rakyat 12 buah negara dalam TPPA. Hakikatnya, TPPA bukanlah suatu FTA yang mempromosikan perdagangan bebas semata-mata, kerana ia memelihara kepentingan syarikat gergasi dalam industri terpilih. TPPA bertujuan memastikan perlindungan dan kepentingan korporat yang mengatasi kebajikan awam, keselamatan dan kepentingan sosio-ekonomi negara-negara yang ekonominya jelas lemah berbanding gergasi ekonomi dalam rundingan ini, yakni Amerika.
Perlu diingatkan bahawa Amerika dibantu oleh jawatankuasa penasihat khas terdiri daripada 1,000 orang pakar. Kami menuntut yang sama untuk Malaysia. Satu kajian oleh UNDP tidak mencukupi untuk meyakinkan orang awam bahawa kehidupan kami dan anak cucu kami tidak terancam. Melihat kepada rekod, Malaysia bukanlah pakar yang mahir dalam rundingan, kehilangan Blok L dan M, perjanjian berat sebelah air dengan Singapura, dan Pulau Batu Putih, sekadar menjadi contoh. Pasukan perunding daripada MITI semata-mata tidak boleh dibiarkan menentukan nasih seluruh rakyat Malaysia.
Akhirnya, BANTAH TPPA menuntut supaya Kerajaan Malaysia menggantungkan rundingan atau keluar daripada TPPA sehinggalah sebuah kajian menyeluruh analisis kos dan faedah serta kajian perbandingan dilakukan, dihebahkan kepada umum dan dibincangkan oleh semua pihak di Malaysia, teks rundingan dibentangkan, dianalisis dan dinilai oleh parlimen untuk memastikan bahawa rundingan TPPA yang dijalankan memihak kepada kedudukan dan kepentingan Malaysia, dan kebimbangan mengenai pelbagai isu dimasukkan dalam pendirian dan dibincangkan dalam rundingan TPPA; serta akhirnya satu referendum popular dilakukan untuk menentukan sejauh mana rakyat Malaysia menyokong kerajaan mereka untuk menandatangani dan meratifikasikan TPPA.
Kami menuntut supaya kerajaan mengamalkan pendirian telus dalam hal ini dan semua kebimbangan pelbagai pihak berkepentingan dalam kalangan rakyat Malaysia dipertimbangkan dalam pusingan rundingan. Jika tidak, tarik diri daripada rundingan TPPA secara berhemah. Garis panduan tentang faedah-faedah perjanjian FTA yang hanya teori-teori buku teks tidak mencukupi; TPPA mungkin kelihatan seperti perjanjian FTA di atas kertas, tetapi hakikat pelaksanaannya menunjukkan impak lebih besar kepada kedaulatan negara.
Perhatian dan empati diperlukan daripada masyarakat sivil, ahli akademik, pakar dan pengamal industri malah orang awam yang prihatin terhadap masa depan Malaysia mesti mencari maklumat, cuba memahami, bersuara dan menulis bagi menyumbang kepada usaha kita untuk menuntut yang terbaik daripada rundingan. Jika tidak, lebih baik ucapkan selamat tinggal kepada Amerika dan cabut lari sebelum terlambat.
*Anas Alam Faizli ialah profesional dalam industri minyak dan gas. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat kedoktoran, pengasas bersama BLINDSPOT dan BANTAH TPPA, tweet di @aafaizli
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-9-2013
Mengapa TPPA perlu dibantah (1)
Anas Alam Faizli, | 01 Sep 2013 |
Pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah menghentikan perundingan perjanjian FTA Amerika-Malaysia yang sudah berlangsung selama dua tahun, dengan 58 “isu tidak selesai”. Antara penentang utama FTA ketika itu ialah Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam isu kesejahteraan hidup petani tempatan. Malah, beliau dilaporkan pernah mengatakan ‘langkah mayat saya dahulu.’ YB Khairy Jamaludin, yang ketika itu sehinggakan turun protes, berpendapat bahawa FTA akan mengancam kedaulatan Malaysia dengan perlindungan paten, lantas menghalang akses kepada industri perubatan generik. Jadi mengapakah kerajaan beria-ia kini untuk menyertai TPPA? Apakah yang telah berubah selepas lima tahun? Yang pasti, kandungan ala FTA yang bakal mengisi TPPA masih kekal sama.
Kenapa Trans-Pasifik?
Kita boleh membuat andaian bahawa TPPA dikenali sebagai Trans-Pasifik kerana faktor lokasi geografi kedudukan negara-negara yang terlibat dalam rundingan. TPPA ialah unik kerana ia adalah perjanjian terbuka. Semua negara yang berminat boleh menyertainya selagi mana mereka bersetuju dengan apa yang telah dirundingkan pada waktu kemasukan itu, dan negara-negara lain bersetuju dengan penyertaan negara tersebut.
Negara-negara yang menyertai TPPA, kebanyakkannya sudah mempunyai perjanjian FTA dengan Amerika kecuali Jepun, New Zealand, Malaysia dan Brunei. Jepun dan New Zealand merupakan negara maju yang mempunyai antara jaringan hubungan perdagangan yang terbesar di dunia, manakala Brunei ialah sebuah negara yang sangat kaya sumber, walaupun perdagangan yang kecil. Hal ini menjadikan Malaysia, sebagai sebuah negara yang paling terancam dengan status sebagai negara membangun dan pihak baru dalam perjanjian TPPA dengan Amerika ini.
Bagi negara yang sudahpun mempunyai perjanjian dua-hala sedia ada FTA dengan Amerika, TPPA mungkin hanya melibatkan perubahan kecil kepada status perjanjian sedia ada. Tetapi untuk sebuah negara yang skala ekonominya kecil, TPPA bakal meninggalkan kesan yang lebih besar.
Rundingan pertama TPPA diadakan pada March 2010 melibatkan lapan buah negara, Malaysia menyertainya pada Disember 2010, di ikuti oleh Mexico dan Kanada pada Disember 2012. Baru-baru ini, Jepun menyertai rundingan pusingan di Kota Kinabalu.
Perjanjian FTA antara Amerika dan Singapura, Korea Selatan dan Chile boleh disandarkan sebagai panduan untuk kita melihat apa yang boleh diharapkan daripada TPPA. FTA ini juga tidak banyak berbeza antara satu sama lain, dengan perbezaan kurang daripada 5 peratus secara puratanya. Hal ini membawa kepada kita merumuskan bahawa Amerika melihat TPPA ini sebagai hanya satu daripada perjanjiannya yang menggunakan kerangka ‘standard’. Mereka kelihatan tidak akan melayan “kerenah” dan kehendak negara-negara yang lebih kecil ini (dikenali sebagai ‘pengecualian’) di meja rundingan.
Kandungan teks TPPA juga sulit dan rundingan dijalankan secara tertutup. Hanya lima bab yang ketirisan secara tidak sengaja kepada orang awam iaitu Pelaburan, Harta Intelek, Perdagangan dan Sekatan, dan Garis Panduan Kawal Selia. MITI melaporkan hampir 14 bab daripada 29 bab yang dibincangkan sudahpun dipersetujui dan disimpulkan.
Tentang Pelaburan dan Kedaulatan
Isu ini boleh dikatakan isu terpenting, kerana berkait dengan hampir semua bab yang dibincangkan. Bab ini akan menyekat ruang pembuatan dasar oleh kerajaan melalui klausa ‘Investor-To-State Dispute Settlement (ISDS)’ dan ‘State-To-State Dispute Settlement’ (SSDS). ISDS ialah peruntukan dibawah Bab Pelaburan, yang secara asasnya membenarkan mana-mana syarikat untuk mengheret kerajaan Malaysia ke mahkamah bagi tuntutan kerosakan dan ganti rugi. TPPA bakal memperkuat “keadilan korporat” merentasi semua negara atas alasan “kesaksamaan dan kesama rataan”.
Apakah kesaksamaan dan sama rata yang dimaksudkan di sini? Pendek kata, syarikat multinasional boleh selesa dengan kefahaman bahawa tiada perubahan ke atas undang-undang domestik yang akan melibatkan mereka secara buruk, sebaik sahaja mereka memulakan operasi di negara rakan TPPA mereka. Hakikatnya, hal ini menjadi tiket kepada syarikat gergasi multinasional untuk melangkah sistem undang-undang sebuah negara, melalui sebuah tribunal pengadilan antarabangsa yang dianggotai oleh tiga orang hakim; dua orang hakim antarabangsa dan seorang hakim tempatan.
Misalnya, jika Malaysia tiba-tiba mendapati bahawa terdapat kandungan kecil di dalam tembakau yang merbahaya dan membuat keputusan untuk mengharamkan kandungan tersebut, seterusnya menjejaskan keuntungan syarikat multinasional tembakau, syarikat itu mempunyai hak untuk menyaman kerajaan Malaysia berdasarkan potensi kerugian yang mereka alami sepanjang tempoh permit mereka beroperasi di Malaysia, beserta faedah. Itulah yang terjadi dalam kes Philip Morris, apabila syarikat itu menyaman kerajaan Australia atas pembentukan undang-undang baru tentang pembungkusan rokok. Perkara yang sama boleh terjadi ke atas Malaysia sekiranya negara kita hendak mengenakan undang-undang yang lebih ketat, ke atas pengusaha Lynas, misalnya.
Malah, tidak melampau jika kita menjangkakan bahawa penggubal undang-undang dan Parlimen akan dibiarkan tidak berfungsi; mereka tidak boleh menggubal undang-undang yang memberi kesan kepada keuntungan syarikat multinasional dan kelangsungan perniagaan! Kita masih ingat bagaimana Mexico di saman Dollar AS16 juta kerana tidak membenarkan pembuangan sisa toksik merbahaya ke dalam alam sekitarnya oleh syarikat Amerika.
Satu lagi hal yang diketahui umum ialah negara maju seperti Amerika dan Jepun sedang berusaha untuk melaksanakan ISDS melalui TPPA dan juga apa-apa yang dilihat sebagai kekurangan di bawah perjanjian Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Walaupun kita hanya boleh mengandaikan klausa ini tidak diratifikasikan kerana potensi kesan negatif, kebimbangan yang wujud ini ada asasnya.
Tentang Perolehan Kerajaan dan Program Pembangunan Vendor Petronas
Dalam bahagian ini, semua perolehan kerajaan termasuklah berkaitan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Petronas tidak boleh dalam apa jua cara memihak kepada kontraktor tempatan dalam kaedah yang boleh disifatkan sebagai tidak adil kepada perusahaan asing lain daripada negara-negara rakan TPPA. Ada paras lantai dalam peraturan ini; daripada perjanjian-perjanjian lepas FTA Amerika, kita boleh menganggarkan iaitu sekitar RM23 juta dan ke atas. Jelas hanya kontrak sampingan kepada kontraktor tempatan yang tinggal. Sementara itu, kita melihat saiz perolehan kerajaan Malaysia sebanyak RM130 bilion, atau 25 peratus daripada KDN Malaysia.
Bukti empirikal menunjukkan bahawa 94 peratus daripada perolehan kerajaan Amerika diperoleh oleh syarikat tempatan Amerika (Khor, 2008) dan hanya 6 peratus diberikan kepada 170 syarikat di seluruh dunia. Betapa terhadnya potensi yang diperoleh daripada sebuah usaha yang sepatutnya membuka peluang kita di Amerika! Apakah yang akan terjadi kepada kontraktor tempatan kita terutamanya kontraktor minyak dan gas? Mampukah walau syarikat besar milik tempatan seperti Sapura Kencana dan MMHE sekalipun, bertahan menghadapi persaingan yang tidak bersimpati daripada negara maju? Apatah lagi nasib pemain-pemain industri kecil sederhana (SME). Program Pembangunan Vendor Petronas yang telah banyak membantu membangunkan industri gas dan minyak tempatan juga nampaknya bakal tersingkir daripada persaingan ini.
Tentang SME dan Pertanian
TPPA bertujuan untuk membebaskan perdagangan dan mengurangkan tarif, yang mana boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan yang drastik dalam banyak sektor. Kesan langsung ialah tekanan terus kepada gaji pekerja lantas meluaskan lagi jurang pendapatan yang sudah sedia besar sekarang. Mexico ialah contoh terbaik; hasil daripada pemeteraian Perjanjian Perdagangan Besar Amerika Utara (NAFTA) dengan Kanada dan Amerika, tiga juta daripada sepuluh juta rakyat Mexico kehilangan pekerjaan.
Pengurangan tarif akan memberikan kesan langsung terutama kepada produk pertanian.Walau bagaimana mulia pun niat TPPA mempromosikan keberkesanan dan persaingan sihat, niat itu menjadi tidak adil apabila kita melihat hakikat bahawa lebih 90 peratus syarikat Malaysia yang terlibat dalam sektor pertanian ialah syarikat kecil dan sederhana (SME). Mereka akan menghadapi persaingan yang tidak seimbang daripada syarikat gergasi pertanian daripada negara seperti Amerika, Kanada dan Jepun, yang mana kerajaan tidak menurunkan pun subsidi yang besar kepada petani mereka. Kajian oleh UNCTAD menunjukkan bahawa subsidi telah merendahkan kos pengeluaran beras Amerika sebanyak 45 peratus, kacang soya 32 peratus dan kapas sebanyak 52 peratus. Pengiraan kasar menunjukkan bahawa hasil beras mereka mampu memenuhi pasaran Malaysia serendah RM 1.40/ kg- apakah yang akan terjadi kepada Bernas, dan nasib pengeluar tempatan yang lebih kecil?
Tentang Harta Intelek- Paten Perubatan dan Hak Cipta
Syarikat farmasi gergasi akan mendapat hak ke atas paten ubat-ubatan dan mengekalkan pegangan hak cipta lebih lama dengan cara yang lebih mudah. Hal ini akan melewatkan pengeluaran ubat generik dan penggunaan ubat-ubatan penyakit kronik dan melewatkan akses kepada ubat-ubatan untuk penyakit seperti kanser, HIV dan penyakit kronik lain. Sebagai contoh, Herceptin, yang digunakan untuk kanser pada masa kini memerlukan RM8,000 setiap rawatan dan memerlukan kepada 17 pusingan rawatan. Purata kos untuk rawatan pesakit kanser paru-paru boleh mencecah RM 44,725 (Dollar AS14,455) setiap tahun untuk seorang pesakit. Peluang untuk mendapatkan rawatan ubat-ubatan ini semakin berkurang, terutamanya bagi mereka yang tidak mampu kerana harga yang terlalu tinggi, apabila akses kepada ubat-ubatan generik akan dilewatkan melalui TPPA kerana negara maju akan menambah jangka hayat paten lebih daripada tempoh 20 tahun.
Bahagian Hak Cipta dalam TPPA akan mengakibatkan rawatan perubatan bertambah mahal untuk kebanyakan rakyat Malaysia, aktiviti penyelidikan dan pendidikan juga akan menerima musibah dan kosnya meningkat disebabkan oleh undang-undang hak cipta yang lebih ketat dicadangkan. Ini termasuklah ‘digital commons’ atau harta umum digital seperti sumber maklumat daripada internet. Undang-undang hak cipta kini akan dipanjangkan hayatnya daripada 50 kepada 120 tahun. Maksudnya, 70 tahun lagi akses kepada pelajar dan dunia akademik diterhadkan, kerana harga buku rujukan dan sumber maklumat yang begitu tinggi.
Tentang kawalan Tembakau dan Kesihatan Awam
Tembakau bukanlah produk biasa yang profil permintaannya seperti produk-produk biasa- sebagaimana mahal pun tetap akan ada pembelinya. Rokok membunuh sekurang-kurangnya 50 peratus daripada penggunanya. Malaysia dan juga negara-negara lain dalam TPP kecuali Amerika, ahli kepada ‘WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) yang mensyaratkan supaya negara-negara ahli meregulasikan industri tembakau, mengurangkan penggunaannya dan menyekat insentif kepada industri tembakau. FCTC merupakan perjanjian antarabangsa yang mengikat Malaysia sebagai ahli yang bermaksud untuk mewujudkan dasar kebangsaan yang bermatlamat mengurangkan penggunaan tembakau dan meregulasikan industri tembakau.
Banyak syarat dalam banyak bab-bab TPPA bertentangan dengan FCTC. Hal ini menimbulkan kebimbangan terutamanya mengenai potensi konflik di masa depan. Isu ini menjadi lebih penting apabila kita menimbangkan kesan negatif kepada kesihatan awam dalam masyarakat yang tinggi penggunaan tembakaunya.
Tentang Kemampuan Kawalan Modal (Capital Control)
Salah satu kesan utama TPPA ialah pengehadan kemampuan kita untuk melaksanakan kawalan modal. Menurut Reinhart & Roghoff (2009), situasi pergerakan kapital antarabangsa yang tinggi selalunya menimbulkan krisis perbankan antarabangsa, seperti yang berlaku kepada Malaysia dan rantau sebelah sini pada tahun 1997, yang juga telah banyak kali berlaku dalam sejarah perbankan. Apabila sistem kewangan diregulasikan dengan baik, kemungkinan untuk kitaran kegawatan kewangan dapat dikawal, atau sekurangnya melindungi situasi ekonomi daripada terdedah kepada kitaran kegawatan kewangan yang banyak kali kita saksikan kerana persekitaran ekonomi yang bebas tanpa kawalan.
Hal ini bukanlah bertujuan untuk menentang usaha meliberalisasikan ekonomi demi mweujudkan persekitaran ekonomi yang lebih berkesan, malah bukan juga untuk merosakkan peluang Malaysia untuk menarik pelaburan asing. Tetapi, ia bertujuan untuk bertindak sebagai “shock absorber” atau penyerap hentakan akibat daripada krisis-krisis ekonomi yang cenderung kepada ekonomi-ekonomi yang lebih liberal. Hal ini penting terutamanya untuk perniagaan-perniagaan dan perusahaan-perusahaan Malaysia yang masih lagi setahun jagung untuk menghadapi saingan asing. Bukanlah satu kebobrokan pun untuk kita menyiapkan diri dengan satu sistem kawalan modal sementara seperti yang kita laksanakan ketika Krisis Kewangan Asia. Malah IMF sendiri mengakui keberkesanan kawalan modal dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia berbanding Indonesia dan Thailand.
Tentang Telekomunikasi
Bahagian telekomunikasi dalam FTA yang juga dibincangkan dalam TPPA merupakan antara bahagian yang wajar diberikan perhatian. Rancangan telekomunikasi adalah untuk mempromosikan persaingan ke atas pembekal telekomunikasi dalam kalangan negara anggota TPPA. Perusahaan telekomunikasi daripada negara-negara rakan TPPA akan diberikan akses kepada jaringan kemudahan telekomunikasi awam sedia ada melalui jaringan kemudahan dan akses kemudahan fizikal. Dalam kes Malaysia, kita prihatin terhadap keupayaan TM Berhad yang selama ini telah membangunkan infrastruktur fizikal telekomunikasi di Malaysia dan menghubungkan negara dengan jaringan kabel fiber optik kelajuan tinggi melalui skim Perkongsian Awam-Swasta (PPP). Apabila pesaing asing dibekalkan akses untuk menggunakan infrastruktur sedia ada, tentu sekali tekanan hebat ke atas prospek keutungan TM menyusul, malah mungkin mengheret syarikat gergasi telekomunikasi ke dalam krisis dan tutup kedai.
*Anas Alam Faizli ialah profesional dalam industri minyak dan gas. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat kedoktoran, pengasas bersama BLINDSPOT dan BANTAH TPPA, tweet di @aafaizli
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-9-2013
Ulasan Peserta : https://www.youtube.com/watch?v=dtMHsibubrE
CCRIS: Masa depan anak muda Malaysia terus kelam
Harakahdaily, | 21 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan mula gundah dengan sistem pendidikan yang dirasakan gagal dalam melahirkan modal insan yang sewajarnya memberikan pulangan kepada hasil produktiviti negara.
Maka pendidikan akhirnya diniagakan, pekerjaan terus diswastakan kepada tenaga kerja asing, sementara peminjam bagi sebuah keperluan pendidikan terpaksa hidup dalam beban hutang dan diancam masa depan dengan CCRIS.
“Kehidupan mereka daripada dulu tidak pernah terjamin. Masa depan anak muda Malaysia akan terus kelam,” ujar Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhamad Azan Safar (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Saya meneliti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II berkaitan peminjam PTPTN ingkar disenarai dalam CCRIS dan saya melihat bahawa ini adalah bukan satu usaha yang baik diperingkat kerajaan untuk menggalakkan pembayaran hutang oleh peminjam PTPTN.
Saya menyedari hakikat setiap hutang mestilah dilangsaikan oleh mereka yang berhutang namun dalam konteks hutang PTPTN ia perlu diklasifikasikan dalam kategorinya yang tersendiri.
Ini adalah kerana hutang yang terpaksa mereka iaitu rakyat tanggung ialah hutang untuk menunaikan sebuah kewajipan dan keperluan yang kerajaan tidak mampu berikan kepada mereka.
Pendidikan sewajarnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan ia dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat dalam sesebuah negara.
Bahkan saya tegaskan pendidikan merupakan agenda kebajikan terbesar yang harus dilunaskan oleh pihak pemerintah kerana pendidikan pasti akan mendatangkan pulangan yang baik kepada kerajaan dan meningkatkan produktiviti negara.
Menyenaraikan peminjam PTPTN ke dalam CCRIS di kala pekerjaan yang tidak pernah dijamin kepada lepasan IPTA/IPTS, apatah lagi keperluan sara hidup yang makin tinggi oleh pihak kerajaan hanya menjadikan kerajaan sebagai ‘along berlesen’ bahkan memberikan tekanan kepada anak muda lepasan universiti dari sudut mental dan perasaan.
Mereka baru ingin memulakan kehidupan baru sebagai graduan universiti tetapi dikejar pula oleh pemiutang dengan ancaman CCRIS.
Kerajaan harus memandang pendidikan ialah sebuah pelaburan jangka panjang yang bakal dinikmati negara.
Hasil produktiviti negara akan semakin meningkat seiring dengan ramainya mahasiswa yang bergraduasi daripada universiti.
Gamis sentiasa berpendirian bahawa pendidikan ialah kebajikan yang harus diberikan percuma kepada rakyat kerana setiap yang bergraduasi tidak akan pernah mendatangkan kerugian kepada negara.
Apa bezanya, kerajaan sanggup membelanjakan jutaan ringgit bagi setiap projek untuk meningkatkan mutu tenaga kerja profesional dan atlet sukan kerana yakin ia akan memberikan pulangan kepada produktiviti negara dengan mereka yang mengikuti sistem pendidikan yang disusun kerajaan Malaysia hari ini yang juga bertujuan meningkatkan hasil produktiviti negara melalui aset modal insan yang dilahirkan dari universiti tanah air?
Melainkan kerajaan sendiri sudah tidak lagi meyakini dengan sistem pendidikan yang dirangkanya sendiri.
Kerajaan mula gundah dengan sistem pendidikan yang dirasakan gagal dalam melahirkan modal insan yang sewajarnya memberikan pulangan kepada hasil produktiviti negara.

Kehidupan mereka daripada dulu tidak pernah terjamin. Masa depan anak muda Malaysia akan terus kelam.

Sumber HD - 21-8-2013
Surat terbuka kepada pemandu bas ekspres
Muhamad Azan Bin Safar, |
Saya mulakan tulisan ini dengan merakamkan jutaan penghargaan saya kepada seluruh pemandu bas di tanah air kita yang rela berkorban masa dan tenaga mereka demi menghubungkan jutaan rakyat Malaysia ke mana-mana destinasi yang dituju. Saya juga masih berfikir tentang betapa besarnya pengorbanan mereka yang kerap meninggalkan keluarga di rumah demi mencari rezeki dan sesuap nasi bukan hanya untuk diri sendiri tetapi isteri dan anak-anak di rumah.
Umum mengetahui hari perayaan yang akan menjelang tiba, kesibukan rakyat Malaysia yang ingin pulang ke kampung halaman pasti akan menjadikan pemandu bas untuk bekerja lebih masa daripada waktu kebiasaan sehinggakan kadang-kadang terpaksa mengisi masa separuh hari dalam kehidupannya hanya di dalam bas sahaja. Namun para pemandu tetap menawarkan khidmat terbaiknya kepada para pelanggan agar sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Jutaan rakyat Malaysia yang mendapatkan khidmat mereka harus menghargainya.
Namun ada kegusaran yang bermain di hati saya selama hampir 10 tahun menjadi pelanggan kepada banyak syarikat bas ekspres, iaitu sifat sebahagian para pemandunya yang dilihat agak tidak cakna dengan waktu solat yang sedang berlalu khususnya waktu Subuh yang tiada istilah jamak baginya. Kesungguhan mereka untuk sampai cepat ke akhir destinasi dengan pengabaian terhadap waktu solat yang sekejap itu sedikit sebanyak merisaukan pelanggan muslim yang saya yakin mereka adalah majoriti dalam menggunakan perkhidmatan bas ekspres.
Bagi mereka yang memulakan perjalanan seawal jam 8.00 - 9.30 malam mungkin boleh tiba ke destinasi pada waktu yang lebih awal, namun bagi perjalanan jam 10 malam ke atas adalah berisiko untuk sampai ke destinasi sebelum waktu Subuh. Bahkan kalau dikira pada musim perayaan sekarang, mana-mana perjalanan pun pasti akan mengundang masa yang agak panjang untuk sampai ke destinasi.
Isu solat ialah isu yang besar bagi umat Islam. Kadang-kadang orang-orang berumur mahupun orang wanita yang menjadi penumpang tidak berdaya atau segan untuk memohon kepada pemandu bas untuk berhenti solat ketika masih dalam waktu. Ada juga yang akan diberikan alasan ‘sikit lagi nak sampai’ oleh pemandu bas dan akhirnya meleret ke luar waktu. Justeru saya mengharapkan syarikat bas dan pemandu-pemandu bas yang budiman sekalian cakna akan hal ini bahkan para pelanggan juga harus mengetahui hak mereka untuk pastikan solat mereka terjaga.
Apapun, hal ini hanyalah untuk segelintir pemandu bas yang kurang cakna tanpa menafikan ada juga dalam kalangan mereka yang sungguh-sungguh menjaga dalam urusan agama mereka. Namun teguran ini adalah untuk menyelamatkan lebih ramai rakyat Malaysia agar tidak terkorban solat mereka hanya kerana berada di dalam bas ekspres. Mohon isu solat yang mungkin hanya dua rakaat, tetapi dipandang besar oleh semua masyarakat Islam di Malaysia.
Muhamad Azan Bin Safar
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
Umum mengetahui hari perayaan yang akan menjelang tiba, kesibukan rakyat Malaysia yang ingin pulang ke kampung halaman pasti akan menjadikan pemandu bas untuk bekerja lebih masa daripada waktu kebiasaan sehinggakan kadang-kadang terpaksa mengisi masa separuh hari dalam kehidupannya hanya di dalam bas sahaja. Namun para pemandu tetap menawarkan khidmat terbaiknya kepada para pelanggan agar sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Jutaan rakyat Malaysia yang mendapatkan khidmat mereka harus menghargainya.
Namun ada kegusaran yang bermain di hati saya selama hampir 10 tahun menjadi pelanggan kepada banyak syarikat bas ekspres, iaitu sifat sebahagian para pemandunya yang dilihat agak tidak cakna dengan waktu solat yang sedang berlalu khususnya waktu Subuh yang tiada istilah jamak baginya. Kesungguhan mereka untuk sampai cepat ke akhir destinasi dengan pengabaian terhadap waktu solat yang sekejap itu sedikit sebanyak merisaukan pelanggan muslim yang saya yakin mereka adalah majoriti dalam menggunakan perkhidmatan bas ekspres.
Bagi mereka yang memulakan perjalanan seawal jam 8.00 - 9.30 malam mungkin boleh tiba ke destinasi pada waktu yang lebih awal, namun bagi perjalanan jam 10 malam ke atas adalah berisiko untuk sampai ke destinasi sebelum waktu Subuh. Bahkan kalau dikira pada musim perayaan sekarang, mana-mana perjalanan pun pasti akan mengundang masa yang agak panjang untuk sampai ke destinasi.
Isu solat ialah isu yang besar bagi umat Islam. Kadang-kadang orang-orang berumur mahupun orang wanita yang menjadi penumpang tidak berdaya atau segan untuk memohon kepada pemandu bas untuk berhenti solat ketika masih dalam waktu. Ada juga yang akan diberikan alasan ‘sikit lagi nak sampai’ oleh pemandu bas dan akhirnya meleret ke luar waktu. Justeru saya mengharapkan syarikat bas dan pemandu-pemandu bas yang budiman sekalian cakna akan hal ini bahkan para pelanggan juga harus mengetahui hak mereka untuk pastikan solat mereka terjaga.
Apapun, hal ini hanyalah untuk segelintir pemandu bas yang kurang cakna tanpa menafikan ada juga dalam kalangan mereka yang sungguh-sungguh menjaga dalam urusan agama mereka. Namun teguran ini adalah untuk menyelamatkan lebih ramai rakyat Malaysia agar tidak terkorban solat mereka hanya kerana berada di dalam bas ekspres. Mohon isu solat yang mungkin hanya dua rakaat, tetapi dipandang besar oleh semua masyarakat Islam di Malaysia.
Muhamad Azan Bin Safar
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-8-2013
Perunding TPPA pinggir suara rakyat Malaysia
Harakahdaily, | 30 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) mendesak supaya kandungan perjanjian didedahkan kepada umum.
“Jika Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indsutri (Miti) dan kerajaan masih berkeras dan berahsia, kita mohon pihak Mahkamah Tinggi agar mengeluarkan keputusan menghentikan perbincangan tersebut,” kata Presidennya, Dr Awisul Islah Ghazali dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Umum mengetahui bahawa perbincangan Perjanjian Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement - TPPA) yang telah dan bakal berlangsung sekitar Oktober nanti menjadi suatu rahsia yang menimbulkan pelbagai persepsi yang mencurigakan. Ianya didedahkan melalui pelbagai media samada media cetak mahupun media maya. Terbaru, pendedahan yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar melalui siaran RTM1, yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan dalam isu TPPA ini. Beliau menyuarakan betapa ianya rahsia sehingga perjumpaan yang dibuat dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya menjadi perbualan kosong sedangkan MITI mewar-warkan bahawa mereka telah bersepakat. Wakil MTEM juga dengan jelas menyatakan ketidakyakinan mereka kepada wakil Malaysia ke perundingan tersebut. Pendedahan secara telus tidak dinyatakan oleh pihak kerajaan.
Telahan dan jangkaan kami, terutama berkenaan bidang perubatan, kos ubat yang bakal dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar berpusat di Amerika akan meningkat berganda-ganda. Melalui TPPA ini tempoh hak cipta paten sesuatu ubat mungkin mencecah 50 ke 120 tahun. Justeru membolehkan kos ubat dimanipulasi dan kos penjualannya mencanak naik. Kesannya adalah rakyat terpaksa membayar kos yang meningkat tersebut. Peningkatan kos ini akan menganiaya pesakit secara khusus dan rakyat negara ini secara umumnya. Pengubatan terpilih akan berlaku kerana sesetengah pesakit tidak dapat menanggung pertambahan kos tersebut.
Sebagai sebuah NGO berteraskan kesihatan, kami kesal dan sedih jika sekiranya terdapat di kalangan rakyat yang tidak mendapat rawatan yang terbaik akibat daripada ketidakmampuan menyara kos perubatan. Perkara sebegini akan semakin parah jika pelan transformasi kerajaan yang akan dilaksanakan bagi mewajibkan insuran kesihatan menjadi kenyataan.
Perjanjian TPPA ini juga tidak selari dengan saranan International Labour Office Geneva melalui tulisan Health Insurance in Developing Countries pada 1991 supaya kerajaan bertekad mengawal harga kos perubatan jika ingin memperkenalkan insuran kesihatan. Kerahsiaan yang dicurigai ini bakal merugikan rakyat dan negara.
Marilah kita pelajari dari sejarah kesultanan Melayu yang dijajah hasil dari adanya orang Melayu yang berpakat secara senyap dengan British dalam mencampuri urusan istana. Apakah kita masih belum sedar? Sedarlah juga, kerahsiaan yang dicurigai ini merupakan agenda Amerika dalam era Neocolonialisasi. Ia tidak lain dan tidak bukan, adalah agenda besar memberi sokongan kepada Israel dan Zionis. Janganlah kerana keuntungan beberapa golongan elitis negara, kita gadaikan seluruh rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) mendesak supaya kandungan perjanjian didedahkan kepada umum. Jika MITI dan kerajaan masih berkeras dan berahsia, kita mohon pihak Mahkamah Tinggi agar mengeluarkan keputusan menghentikan perbincangan tersebut.

Sumber HD - 30-7-2013
Banjir idola kemarau teladan
Ahmad Fahmi Bin Mohd Samsudin, |
Umat Islam ketika ini melalui dasawarsa kedua abad 21 dengan mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi. Peperangan saudara, pergolakan politik, konflik umat Islam minoriti, bencana alam sehinggalah kepada ancaman budaya dan serangan hedonisme yang menyebabkan keruntuhan moral generasi muda secara massa, ditambah pula dengan serangan pemikiran yang menggesa agar umat Islam berfikiran secara liberal ala Barat.
Generasi hari ini memerlukan persiapan yang rapi untuk menghadapi cabaran luar yang semakin ruwet dan mencabar. Sekiranya persiapan ini tidak diatur dengan baik dan kemas, maka generasi muda akan kehilangan panduan dan seterusnya hanyut dibawa arus cabaran yang mengganas. Natijahnya segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral akan menyelaputi diri mereka sepertimana yang disebutkan al-Quran sebagai Zurriyatan du’afa (zuriat yang lemah), generasi lesu dan tidak berwawasan.
“Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi) yang lemah.” (Surah an-Nisa : ayat 9)
Sebaliknya jika kehidupan mereka diasaskan kepada kehidupan beragama yang kukuh, nescaya akan terbinalah “generasi” sepertimana yang diungkapkan oleh Profesor Dr Yusuf al-Qaradhawi sebagai golongan al-jil al-nasr (generasi kemenangan). Generasi ini dibina oleh kekuatan roh dan jasad, lalu menjadi binaan yang tidak boleh dirungkaikan. Mereka merupakan barisan pemuda yang mempunyai kekukuhan iman sambil mendapat petunjuk daripada Ilahi.
Sejujurnya, generasi muda yang baru mengenali dunia sudah dihidangkan dengan pelbagai masalah dunia yang menyebabkan mereka turut terpalit dengan fitnah dunia dan menyebabkan mereka juga menjadi tua sebelum waktunya. Sewajarnya, dalam usia muda ini, generasi muda diberikan ruang dan peluang, masa, tenaga dan pendedahan yang baik, yang seterusnya akan menghasilkan benih-benih generasi muda yang baik kelak.
Malah,cabaran globalisasi dunia tanpa sempadan dan persaingan abad ini sangat pantas dan banyak membawa perubahan nilai kepada diri manusia. Sekali lagi, generasi muda terhakis dengan cepatnya oleh nilai-nilai negatif yang diimport melalui rancangan hiburan dan sukan. Kebanjiran fenomena rancangan realiti TV, budaya parody, K-Pop dan konsert pesta-pestaan yang berbentuk permisif penuh berserakan. Situasi cultural schizophrenia menurut seorang sarjana, Daryush Shayegan, merupakan keadaan mental distortion yang mampu memusnahkan tamadun. Hal ini secara tidak langsung boleh mengancam masa depan ummah. Suasana ini berlaku ketika mana generasi muda kehilangan paradigmanya dan keliru antara Barat dan Moden lantas dimensi moden yang dipegang diambil daripada acuan Barat.
Lantaran itu, budaya popular (popular culture) yang kini seolah-olah menjadi budaya massa (mass culture) turut mempengaruhi gaya hidup dan pemikiran kalangan generasi muda Islam. Budaya ini yang lebih mementingkan gaya dan imej daripada nilai dan makna secara tidak disedari semakin diterima umum oleh masyarakat yang semakin keliru. Kesannya, mereka tidak lagi dapat membezakan antara populariti dan substance, antara imej dan nilai, antara yang palsu dan yang benar. Keadaan ini berlaku apabila wabak ketidakpekaan terhadap nilai hidup dan sebenarnya berleluasa.
Tatkala dunia Islam memerlukan ramai generasi muda yang boleh memimpin umat, telah muncul kecenderungan mereka untuk menjadi selebriti dan bintang pujaan. Inilah yang dirisaukan oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil yang mengungkapkan bahawa hari ini kita melalui situasi 'banjir idola, kemarau teladan'. Barangkali tepat telahan beliau. Jika hari ini kita tanyakan kepada generasi muda, siapakah idola mereka dalam banyak-banyak 'idola' yang dilahirkan? Barangkali hanya ada satu dalam seribu. Fikir-fikirkanlah.
Lantaran itu, penekanan betapa pentingnya budaya ilmu wajib dibugarkan. Hal ini kerana kesan daripada budaya hedonisme yang menggasak hebat menyebabkan generasi muda sudah hilang upaya dan minat terhadap penghayatan budaya ilmu. Lebih parah, kita hari ini berhadapan dengan ketidakyakinan dengan budaya kita sendiri. Sebagai contoh, ramai yang tidak lagi berbangga dengan adat dan tradisi budaya kita yang telah terbukti berjaya membentuk umat Melayu di Malaysia menjadi umat yang kental dengan agamanya, setelah lebih 500 tahun dijajah, terbukti Islam masih kukuh di dalam sanubari umat Melayu.
Tambahan pula, nilai-nilai budaya ini semakin dikikis dan digantikan pula dengan nilai Barat yang sememangnya sudah hilang panduan agama dan tidak mampu membentuk manusia yang baik. Dalam erti kata yang lain, Siddiq Fadzil (2009) sekali lagi dengan tepat menyebutkan bahawa umat yang bermartabat adalah masyarakat yang religious dan berbudaya ilmu. Andainya iman tidak diperkuat, malah sebaliknya dilemahkan dengan budaya hedonistik dan hiburan berunsur maksiat melampau-lampau; andainya kekuatan keintelektualan umat dilumpuhkan dengan menumpulkan daya kritisnya; maka cakap-cakap besar dan gagasan-gagasan ambitious pemartaban bangsa pada hakikatnya tidak akan lebih daripada sekadar lipur lara, sandiwara dan slogan-slogan.
Justeru, generasi muda yang dilahirkan haruslah mempunyai kualiti diri yang cemerlang, cerdas dan berkeperibadian mulia, lantas bangsanya akan menempa kemajuan dan kemakmuran. Hal ini bukanlah satu andaian kosong yang tidak punyai nilai dan makna. Berbekalkan semangat inilah, keyakinan bahawa usaha untuk melakukan islah (pembaikan) dalam masyarakat harus dimulakan dengan membina keperibadian individu dalam masyarakat itu terlebih dahulu. Sebuah masyarakat yang tidak mempunyai individu yang terdidik jiwa dan mindanya tidak akan mampu untuk membawa apa-apa perubahan ke arah kebaikan. Sebuah masyarakat yang melahirkan individu yang lemah, hanya akan menghasilkan sebuah masyarakat yang lemah. Sebaliknya, masyarakat yang terdiri daripada individu yang berkualiti akan mampu melakukan islah dalam ertikata yang sebenar. Inilah sebagaimana yang digambarkan oleh Allah SWT dalam firmannya:
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Rad’u : ayat 11)
Cita-cita ini hanya akan tercapai sekiranya generasi muda ditanam sifat-sifat yang mulia dan terpuji serta dibangunkan potensi minda, jiwa dan jasmani secara menyeluruh. Yang paling utama, mereka harus mempunyai kekuatan keimanan dan idealisme yang tinggi. Ciri-ciri inilah yang merupakan benteng dan kekuatan utama generasi muda untuk menghadapi pelbagai cabaran semasa.
Sekiranya tidak ada usaha untuk membimbing dan membentuk generasi abad 21 yang benar-benar mantap keperibadian dan sahsiahnya, maka perancangan yang diatur akan terpinggir dan sekali gus terbengkalai. Sebagai generasi Islam yang mempunyai tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara, maka nilai-nilai Islami harus benar-benar menjiwai kehidupan ini. Selaras dengan tanggungjawab ini, maka generasi muda perlu bijak mengatur agenda- agenda yang berencana dan memberi keutamaan.
Setiap pemuda pemudi Islam harus membulatkan iltizam perjuangan untuk membina keunggulan keperibadian dan kepemimpinan ummah. Abad ini dan mendatang adalah abad generasi muda. Sebagai umat yang mempunyai keyakinan akidah, pemuda Islam akan mara dengan penuh yakin untuk mengimarahkan muka bumi Allah SWT ini dan sekali gus melaksanakan tanggungjawab istikhlaf, iaitu tanggungjawab memenuhi tuntutan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini.
Justeru, tanggungjawab membina insan yang seimbang dari segi akal, rohani, jasmani dan emosi merupakan keutamaan yang harus diberi perhatian serius. Tanggungjawab mendidik manusia ini tidak harus dijadikan tanggungjawab musim-musiman yang hanya dilaksanakan ketika wujudnya tekanan sosial yang memaksa. Sebaliknya, pelaksanaan tanggungjawab ini mesti lahir dari kesedaran mendalam dan semangat yang jitu. Sebagai generasi pelapis kepimpinan Negara, generasi muda Islam sewajarnya mengimpikan erti kemenangan yang tulen. Namun kemenangan itu tidak akan datang dengan sendirinya tanpa mengetahui syarat-syaratnya. Generasi muda Islam perlu akur bahawa kemenangan dan kecemerlangan adalah datang daripada Allah SWT. Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan memberikan kemenangan kepada mereka yang tidak menolong-Nya. Justeru, dalam upaya kita untuk membina generasi cemerlang yang penuh dengan kemenangan, pemuda Islam hendaklah benar-benar menjadi mukmin yang sejati.
Ahmad Fahmi Bin Mohd Samsudin ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Sumber HD - 10-7-2013
Mahasiswa sedia gempur PRK Kuala Besut
Harakahdaily, | 09 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini menyatakan kebersediaan untuk mengerahkan sepenuh kekuatan mahasiswa untuk turun ke PRK Kuala Besut yang bakal diadakan pada 24 Julai ini.
Pengerusinya, Mohd Azan Safar berkata, Gamis yang merupakan satu badan mahasiswa akan turun bersama dengan masyarakat Kuala Besut untuk memberikan pendidikan politik dan pencerahan yang matang kepada mereka.
Selain itu, ujarnya Gamis ingin memastikan pilihan raya kecil kali ini berjalan dengan lancar dan telus.
“Kita turun dalam PRK kali ini bukan atas kepentingan mana-mana parti politik, tetapi sedar dengan peranan kami sebagai agen penerangan kepada masyarakat,” ujarnya.
Menurutnya, masyarakat Kuala Besut perlu mendapat penerangan yang adil dan baik untuk membuat keputusan pada 24 Julai nanti.
“Selain itu, kami tidak mahu tragedi penyelewengan pilihanraya berlaku seperti 5 Mei yang lalu dalam PRK kali ini,” tegasnya.
Katanya, pilihanraya kecil kali ini bakal menyaksikan persaingan sengit di antara dua parti yang bertanding kerana ia bakal menentukan masa depan dan tampuk pemerintahan negeri Terengganu.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.
Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.
Pengerusinya, Mohd Azan Safar berkata, Gamis yang merupakan satu badan mahasiswa akan turun bersama dengan masyarakat Kuala Besut untuk memberikan pendidikan politik dan pencerahan yang matang kepada mereka.
Selain itu, ujarnya Gamis ingin memastikan pilihan raya kecil kali ini berjalan dengan lancar dan telus.
“Kita turun dalam PRK kali ini bukan atas kepentingan mana-mana parti politik, tetapi sedar dengan peranan kami sebagai agen penerangan kepada masyarakat,” ujarnya.
Menurutnya, masyarakat Kuala Besut perlu mendapat penerangan yang adil dan baik untuk membuat keputusan pada 24 Julai nanti.
“Selain itu, kami tidak mahu tragedi penyelewengan pilihanraya berlaku seperti 5 Mei yang lalu dalam PRK kali ini,” tegasnya.
Katanya, pilihanraya kecil kali ini bakal menyaksikan persaingan sengit di antara dua parti yang bertanding kerana ia bakal menentukan masa depan dan tampuk pemerintahan negeri Terengganu.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.
Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-7-2013
TPPA bakal ancam peluang pekerjaan graduan
Harakahdaily, | 08 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Adalah lebih baik sekiranya Malaysia keluar dari Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) sebelum terikat dalam perjanjian yang bakal mengancam generasi masa hadapan.
Justeru, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam satu kenyataan menggesa kerajaan menilai kembali penglibatan negara dalam TPPA.
“Ini adalah untuk melindungi kepentingan graduan dan anak muda. Ianya juga dapat mengelakkan berlakunya gejala sosial yang meruncing kerana pengangguran anak muda,” tambah kenyataan itu, sebagaimana di bawah.
PKPIM mengikuti secara minat mengenai penglibatan Malaysia dalam TPPA.
Penglibatan negara sejak tahun 2010 bakal melalui siri rundingan yang ke-18 di Sabah dan dijangka akan ditandatangani seawal bulan Oktober ini.
Kami melahirkan kebimbangan kerana perjanjian yang penting ini tidak dibincangkan isi kandungannya kepada masyarakat awam. Kami tidak bersetuju dengan pendekatan ‘kerajaan sentiasa betul’ dan memaksakan kepada rakyat Malaysia satu perjanjian yang sangat diragui.
Ini kerana kami sudah menyelidik pelbagai bantahan baik dari dalam atau luar dan ternyata TPPA ini lebih banyak mendatangkan keburukan baik dari sudut ekonomi, politik dan sosial.
PKPIM mahu kerajaan memberi perhatian berkenaan klausa dalam perjanjian di mana rakyat negara asing yang juga terlibat dalam TPPA boleh bekerja di Malaysia tanpa sekatan.
Malah syarikat antarabangsa juga boleh mengambil pekerja asing tanpa perlu memenuhi kuota pekerja tempatan seperti yang dikenakan kepada mereka sebelum ini.
Perjanjian ini bakal memburukkan lagi situasi pengangguran di Malaysia di kalangan graduan universiti. Ini kerana sukar bagi mereka bersaing dengan pekerja asing yang sanggup dibayar gaji yang lebih murah.
Malah pekerja asing yang lebih mahir dan berpengalaman dari negara maju dalam TPPA juga bakal merampas peluang pekerjaan daripada pekerja mahir tempatan.
Kami juga tidak bersetuju dengan pandangan bahawa orang Malaysia juga boleh bekerja di negara lain kerana hakikatnya majoriti graduan mahu bekerja di dalam negara dan mahu berkhidmat demi kemajuan negara tercinta ini.
Oleh itu, PKPIM menggesa kerajaan menilai kembali penglibatan negara dalam TPPA. Ini adalah untuk melindungi kepentingan graduan dan anak muda. Ianya juga dapat mengelakkan berlakunya gejala sosial yang meruncing kerana pengangguran anak muda.
Adalah lebih baik sekiranya Malaysia keluar dari TPPA sebelum terikat dalam perjanjian yang bakal mengancam generasi masa hadapan.
Justeru, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam satu kenyataan menggesa kerajaan menilai kembali penglibatan negara dalam TPPA.
“Ini adalah untuk melindungi kepentingan graduan dan anak muda. Ianya juga dapat mengelakkan berlakunya gejala sosial yang meruncing kerana pengangguran anak muda,” tambah kenyataan itu, sebagaimana di bawah.
PKPIM mengikuti secara minat mengenai penglibatan Malaysia dalam TPPA.
Penglibatan negara sejak tahun 2010 bakal melalui siri rundingan yang ke-18 di Sabah dan dijangka akan ditandatangani seawal bulan Oktober ini.
Kami melahirkan kebimbangan kerana perjanjian yang penting ini tidak dibincangkan isi kandungannya kepada masyarakat awam. Kami tidak bersetuju dengan pendekatan ‘kerajaan sentiasa betul’ dan memaksakan kepada rakyat Malaysia satu perjanjian yang sangat diragui.
Ini kerana kami sudah menyelidik pelbagai bantahan baik dari dalam atau luar dan ternyata TPPA ini lebih banyak mendatangkan keburukan baik dari sudut ekonomi, politik dan sosial.
PKPIM mahu kerajaan memberi perhatian berkenaan klausa dalam perjanjian di mana rakyat negara asing yang juga terlibat dalam TPPA boleh bekerja di Malaysia tanpa sekatan.
Malah syarikat antarabangsa juga boleh mengambil pekerja asing tanpa perlu memenuhi kuota pekerja tempatan seperti yang dikenakan kepada mereka sebelum ini.
Perjanjian ini bakal memburukkan lagi situasi pengangguran di Malaysia di kalangan graduan universiti. Ini kerana sukar bagi mereka bersaing dengan pekerja asing yang sanggup dibayar gaji yang lebih murah.
Malah pekerja asing yang lebih mahir dan berpengalaman dari negara maju dalam TPPA juga bakal merampas peluang pekerjaan daripada pekerja mahir tempatan.
Kami juga tidak bersetuju dengan pandangan bahawa orang Malaysia juga boleh bekerja di negara lain kerana hakikatnya majoriti graduan mahu bekerja di dalam negara dan mahu berkhidmat demi kemajuan negara tercinta ini.
Oleh itu, PKPIM menggesa kerajaan menilai kembali penglibatan negara dalam TPPA. Ini adalah untuk melindungi kepentingan graduan dan anak muda. Ianya juga dapat mengelakkan berlakunya gejala sosial yang meruncing kerana pengangguran anak muda.
Adalah lebih baik sekiranya Malaysia keluar dari TPPA sebelum terikat dalam perjanjian yang bakal mengancam generasi masa hadapan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-7-2013
No comments:
Post a Comment