Projek Pembangunan Taman Dusun Bandar gagal?
Hazayani Zakaria, | 18 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Projek Pembangunan Taman Dusun Bandar di Kampung Delima, Jalan Bellamy, dekat sini masih belum lengkap sepenuhnya walaupun ia dikatakan siap pada 30 April 2010, lewat 181 hari dari tarikh yang ditetapkan.
Hasil lawatan Institut Pemikiran Ustaz Fadzil Noor semalam mendapati kebanyakan pokok buah-buahan yang ditanam di atas tanah berkeluasan 19 ekar tidak berbuah malah berada dalam keadaan yang tidak sihat.
Menurut penasihat info institut tersebut Kamaruzaman Mohamad, pihaknya juga mendapati ada pokok-pokok yang sudah mati manakala dua bangunan utama yang terdapat dalam taman dusun ini iaitu bangunan retails dan bangunan kafeteria masih kosong dan terdapat beberapa kecacatan.
"Dari sudut idea memang bagus untuk mewujudkan dusun dalam bandar tapi dari sudut pelaksanaan ia gagal dan tidak ada penyelenggaraan yang baik," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Projek Pembangunan Taman Bandar ini adalah lanjutan arahan daripada belas Perdana Menteri kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.
Kos projek ini bernilai RM17.25 juta dan kontrak diberikan secara runding terus kepada Tetuan Zikhtar Associates Sdn Bhd (ZASB) menggunakan peruntukan DBKL sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Kamaruzaman tidak menolak kemungkinan ZASB mempunyai 'keistimewaan di kalangan pihak tertentu' sehingga membolehkan syarikatnya mendapat projek ini.
"Kami mengesyaki ada sesuatu yang istimewa dengan ZASB yang dapat projek ini sedangkan ZASB tidak mempunyai kepakaran khusus dalam pembangunan dusun.
"Hanya 18 peratus sahaja daripada projek kendalian ZASB melibatkan taman rekreasi, namun hanya terhad kepada kerja menanam dan memotong rumput di kawasan rizab jalan," katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menuntut penjelasan terperinci daripada DBKL berhubung kegagalan projek ini.
"Mengapa kontrak bernilai RM17.25 juta diberikan secara rundingan terus kepada ZASB sedangkan berdasarkan rekod dan profil syarikat ia tidak mempunyai kredibiliti untuk mendapat kontrak tersebut.
"Apakah justifikasi yang membenarkan kontrak ini diberikan secara runding terus sehingga ia dilihat bercanggah dengan Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus?" soalnya.
Beliau juga meminta DBKL mendedahkan kontraktor-kontraktor yang membekalkan pokok-pokok, lanskap, peralatan taman permainan dan pihak yang mengubahsuai pejabat pentadbiran sehingga semua kos yang diberikan tidak munasabah, tidak pruden dan melebihi spesifikasi yang ditetapkan.
"Apakah status syor-syor Jabatan Audit Negara yang telah dilaporkan serta tindakan yang diambil terhadapnya?
"Kami mendesak agar tuntutan-tuntutan ini dijawab secara telus dan bertanggungjawab kerana ia melibatkan duit pembayar cukai dan hasil projek ini tidak menepati hasrat pembinaannya," katanya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-11-2013
Lebih 200 hadiri syarahan Datuk Fadzil Noor
Anis Nazri | Foto: Nasir Sudin, | 25 Ogs 2013 |
AMPANG: Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) berjaya menganjurkan majlis makan malam amal dan syarahan perdana Datuk Fadzil Noor, bertempat di Hotel De Palma, malam tadi.
Syarahan perdana bertajuk Malaysia Pasca PRU-13 – Masa Depan Politik Melayu, Ekonomi Rakyat & Toleransi Agama itu disampaikan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Ia bertujuan untuk menjadi medium kepada pimpinan PAS, wakil NGO dan masyarakat awam untuk membincangkan dan mengupas polisi-polisi atau dasar-dasar negara serta cabaran-cabaran yang bakal dihadapi PAS pada masa akan datang.
Selain itu, majlis yang bermula jam 8 malam itu turut bertujuan mengutip dana bagi melancarkan gerak kerja PPP dalam mendepani pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang itu disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Tambah memeriahkan suasana, hasil seni seorang pelukis turut dilelong pada majlis tersebut, di mana potret terbaru Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya dijual dengan harga RM1,200. (Gambar atas).
Turut serta pada majlis yang berakhir jam 11.30 malam itu Pengarah Eksekutif PPP, Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat; Pengasas bersama NGO Bantah TPPA, Anas Alam Faizli; dan wakil Juham.
Program tersebut adalah anjuran Pusat Penyelidikan PAS (PPP) dengan kerjasama Persatuan Graduan United Kingdom & Eire, Malaysia (iPro).
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-8-2013
Jenayah manusia: Kembali kepada hukum Allah
Harakahdaily, | 05 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: Meskipun pihak pemerintah dan badan berwajib telah berusaha melakukan pelbagai inisiatif untuk membendung jenayah, namun jelas ianya tidak berhasil malah semakin memberikan kesan negatif.
Menurut Pengarah Operasi Institut Pemikiran Fadzil Noor (INFO), Muhammad Hafiz Mansor, Allah SWT telah menarik rasa aman dan selamat yang ada pada diri manusia, kehidupannya dan negaranya, akibat perbuatan manusia itu sendiri yang membelakangi perintah-Nya.
“Manusia jika tidak disirami dengan cahaya keimanan akan dikuasai oleh hawa nafsu yang rakus,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.
Sejak akhir-akhir ini kedengaran kes-kes jenayah berat yang melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api mahupun senjata-senjata lain yang merbahaya.
Antara kes yang terbaru melibatkan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch yang cedera parah ditembak di sekitar Bahau, Negeri Sembilan.
Ini bukan kes yang pertama berlaku di negara kita malah di sana terdapat banyak lagi kes-kes jenayah manusia yang telah berlaku di dalam negara kita.
Meskipun pihak pemerintah dan badan berwajib telah berusaha melakukan pelbagai inisiatif untuk membendung jenayah ini namun jelas ianya tidak berhasil malah semakin memberikan kesan negatif.
Allah SWT telah menarik rasa aman dan selamat yang ada pada diri manusia, kehidupannya dan negaranya, akibat perbuatan manusia itu sendiri yang membelakangi perintahNya. Manusia jika tidak disirami dengan cahaya keimanan akan dikuasai oleh hawa nafsu yang rakus.
Usaha yang betul-betul sahaja tidak cukup jika kaedahnya tidak betul. Jenayah rogol, buang bayi, merompak, bunuh, zina, sumbang mahram dan lain-lain merupakan jenayah yang tidak ada penyelesaiannya melainkan dengan kembali kepada Penciptanya.
Kita sering diingatkan tentang firman Allah SWT yang menyebut tentang kewajipan umat Islam untuk berpuasa sepertimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 183, maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu sebelum kamu agar kamu bertaqwa".
Maka, kita bertungkus lumus berpuasa di siang hari, tidak tinggal meskipun kadang-kadang ada dikalangan kita yang sakit dan musafir (walaupun diberi keringanan oleh Allah SWT untuk berbuka) tetap juga meneruskan puasa, memperlihatkan kesungguhan kita dalam melaksanakan perintah puasa dari Allah SWT.
Namun, bagaimana kita boleh terlupa akan perintah Allah SWT beberapa ayat sebelum itu yang bermaksud: "Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu hukum qisas dalam pembunuhan iaitu orang merdeka dengan merdeka, hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan. Sesiapa yang mendapat kemaafan daripada saudaranya (mangsa) dengan pembayaran yang sesuai maka hendaklah ia mengikutnya secara baik dan membayar (diyat) kepadanya dengan cara yang baik. Demikian itu suatu keringanan dan rahmat daripada Tuhan kamu. Sesiapa yang melampau batas sesudah itu maka baginya azab yang sangat pedih."
Dan Allah SWT sendiri telah meletakkan jaminan keamanan pada hukumNya sepertimana disebutkan pada ayat seterusnya: "Dan didalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah: 178-179)
Justeru, di mana kesungguhan kita untuk melaksanakan hukum Allah SWT dalam ayat di atas sepertimana bersungguhnya kita melaksanakan ayat kewajipan berpuasa? Apakah di sana ada hukum yang boleh menjamin keselamatan manusia setaraf dengan hukum daripada Allah SWT?
Ayuh, jadikan Ramadhan kali ini lebih bernilai dengan penghayatan untuk kembali tunduk menyerah diri kepada hukum Allah SWT.
Semoga Allah SWT menetapkan hati kita atas jalan iman dan perjuangan insya Allah.

Sumber HD - 5-8-2013
TPPA dan masa depan negara
Muhammad Hafiz Bin Mansor, | 02 Ogs 2013 |
Isu perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPP) semakin mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Malah, perhatian yang sama dikongsi dengan beberapa kumpulan sosial di negara-negara terlibat.Antaranya ialah The Awareness Party yang berpengkalan di New Zealand, senada dalam memberikan pandangan mereka terhadap TPP. Dalam suatu sumber menyebutkan;
"This TPPA threatens the future of New Zealand as an independent nation, and yet we are not allowed to know what is on the table for discussion. That is correct; the text of the agreement will only be released after it is done and dusted."
Kebimbangan utama yang disuarakan di negara-negara yang terlibat dengan rundingan TPP hampir sama iaitu tentang kerahsiaan kandungan perjanjian, apatah lagi kandungannya hanya boleh didedahkan selepas 4 tahun.
Gary Horlick, seorang peguam dari AS menyebutkan;
"This is the least transparent trade negotiation I have ever seen."
Perunding yang mewakili negara masing-masing perlu menandatangani 'Memorandum of Understanding' yang menegah mereka untuk mendedahkan isi kandungan perjanjian sehinggalah 4 tahun berikutnya selepas perjanjian ini dimeterai.
Selepas kegagalan AS dalam menentukan hala tuju agenda dalam perjanjian perdagangan World Trade Organization (WTO) dan North American Free Trade Agreement (NAFTA) pada era 1990, AS sebagai kuasa besar dunia menggunakan 'jalan' TPP ini untuk meluaskan pengaruh ekonominya.
Saya tidak menolak kemungkinan ini adalah antara usaha AS untuk memperluaskan kuasa ekonomi kapitalisnya yang sudah terjejas teruk sama ada datang dari kelemahan sistem kapitalis itu sendiri mahupun dari persaingan ekonomi sosialis-komunis dan kemudian dengan gelombang kebangkitan ekonomi Islam (selepas era pendemokrasian Gerakan Islam).
Justeru, tidak mustahil mengapa kandungan perjanjian ini tidak boleh didedahkan kepada umum. Banyak perkara yang berada di luar kerangka perbincangan TPP ini yang perlu diteliti dan diperhalusi, bukan hanya melihat kepada isi kandungan perjanjian semata-mata. Siapa yang tidak kenal dengan kelicikan AS dalam menggerakkan agenda sulitnya?
Meskipun keterangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tentang ketelusan kerajaan untuk memastikan masa depan negara lebih terjamin dengan TPP, ia tidak cukup untuk melegakan hati rakyat Malaysia.
Selagi mana isi kandungan perjanjian tidak dibahaskan hingga ke akar umbi, selagi itu tidak ada ruang untuk rakyat menerima perjanjian TPP.
Muhammad Hafiz Bin Mansor,
Pengarah Operasi,
Institut Pemikiran Fadzil Noor (INFO).
"This TPPA threatens the future of New Zealand as an independent nation, and yet we are not allowed to know what is on the table for discussion. That is correct; the text of the agreement will only be released after it is done and dusted."
Kebimbangan utama yang disuarakan di negara-negara yang terlibat dengan rundingan TPP hampir sama iaitu tentang kerahsiaan kandungan perjanjian, apatah lagi kandungannya hanya boleh didedahkan selepas 4 tahun.
Gary Horlick, seorang peguam dari AS menyebutkan;
"This is the least transparent trade negotiation I have ever seen."
Perunding yang mewakili negara masing-masing perlu menandatangani 'Memorandum of Understanding' yang menegah mereka untuk mendedahkan isi kandungan perjanjian sehinggalah 4 tahun berikutnya selepas perjanjian ini dimeterai.
Selepas kegagalan AS dalam menentukan hala tuju agenda dalam perjanjian perdagangan World Trade Organization (WTO) dan North American Free Trade Agreement (NAFTA) pada era 1990, AS sebagai kuasa besar dunia menggunakan 'jalan' TPP ini untuk meluaskan pengaruh ekonominya.
Saya tidak menolak kemungkinan ini adalah antara usaha AS untuk memperluaskan kuasa ekonomi kapitalisnya yang sudah terjejas teruk sama ada datang dari kelemahan sistem kapitalis itu sendiri mahupun dari persaingan ekonomi sosialis-komunis dan kemudian dengan gelombang kebangkitan ekonomi Islam (selepas era pendemokrasian Gerakan Islam).
Justeru, tidak mustahil mengapa kandungan perjanjian ini tidak boleh didedahkan kepada umum. Banyak perkara yang berada di luar kerangka perbincangan TPP ini yang perlu diteliti dan diperhalusi, bukan hanya melihat kepada isi kandungan perjanjian semata-mata. Siapa yang tidak kenal dengan kelicikan AS dalam menggerakkan agenda sulitnya?
Meskipun keterangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tentang ketelusan kerajaan untuk memastikan masa depan negara lebih terjamin dengan TPP, ia tidak cukup untuk melegakan hati rakyat Malaysia.
Selagi mana isi kandungan perjanjian tidak dibahaskan hingga ke akar umbi, selagi itu tidak ada ruang untuk rakyat menerima perjanjian TPP.
Muhammad Hafiz Bin Mansor,
Pengarah Operasi,
Institut Pemikiran Fadzil Noor (INFO).
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-8-2013
Kerahsiaan TPPA mengancam rakyat
M Hafizuddin Muhamed Noor, | 30 Jul 2013 |
Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dijadualkan akan ditandatangani pada bulan Oktober 2013 ini. Pada 15 hingga 24 Julai baru-baru ini, rundingan yang memasuki pusingan ke-18 itu telah disertai oleh 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Jepun yang baru sahaja menyertai TPP baru-baru ini. Malaysia telah menjadi tuan rumah dalam pusingan ke-18 ini yang telah diadakan di Sabah.
Dalam isu TPPA ini, tidak ramai yang mampu untuk menyatakan persetujuan terhadap rundingan tersebut seperti Dr Sufian Jusoh daripada UKM. Menurut beliau daya tahan perjanjian TPP dalam perdagangan dan industri sangat penting, peluang-peluang yang meningkat bagi pelaburan langsung asing, daya saingan yang lebih tinggi dan kebolehan membina perniagaan dan kapasiti teknikal mampu memberi lonjakan dalam ekonomi Malaysia. Malaysia juga akan menikmati tarif yang lebih rendah atau kadar sifar bagi barangan dan akses pasaran bagi perkhidmatan.
Saya tertarik dengan pendedahan yang dibuat oleh Prof Mohammad Agus Yusoff tentang perjanjian TPP ini. Teks perjanjian yang bakal dimaterai oleh negara-negara TPPA ini akan dirahsiakan selama 4 tahun. Contohnya, jika perjanjian ini ditandatangani pada Oktober 2013, maka isi kandungan perjanjian ini akan diketahui dan mampu disebarkan seawal November 2017 akan datang. Ia mengundang ketidakpuasan hati banyak pihak apabila perjanjian yang akan dipersetujui oleh kerajaan adalah berkenaan masa depan rakyat sedangkan perjanjian ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
Kebanyakan rakyat yang berasa terancam dengan isu TPPA ini sangat bimbang terhadap kedudukan syarikat bumiputera dalam industri farmaseutikal. Kini ia bersaing sengit dengan syarikat milik kerajaan (GLC). Lebih parah lagi apabila perjanjian TPP ditandatangani, syarikat farmaseutikal tempatan yang mengeluarkan ubat generic dikhuatiri tidak lagi mampu bersaing di pasaran. Akibatnya, harga ubat akan menjadi mahal dan membebankan rakyat.
Dengan rundingan TPPA ini juga, pelabur dan syarikat asing boleh untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan Malaysia ke tribunal antarabangsa Investor-State Dispute Settlement (ISDS) sehingga ke tahap mengenakan sekatan ekonomi kepada kita sekiranya mereka terhalang untuk berdagang atau terpaksa menanggung kerugian dengan sebab ketidakselarasan undang-undang di peringkat kerajaan Malaysia, kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.
Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama kita menilai kebimbangan pada dua aspek sepertimana yang diutarakan oleh Pakar Ekonomi Islam PAS, Ustaz Zaharudin Muhammad:
1.Jika kita negara pengguna, produktiviti di dalam negara kita akan terjejas akibat tidak mampu bersaing dengan barangan import yang dibawa masuk oleh kuasa-kuasa ekonomi luar. Akibatnya, pengeluar tempatan akan mati.
2.Jika kita boleh mengeksport barangan kita, maka permintaan modal oleh korporat-korporat yang seramai sekitar 1 peratus rakyat akan semakin bertambah. Bagi memenuhi permintaan golongan 1 peratus ini, cukai-cukai dan hasilan negara akan semakin ditompokkan kepada golongan ini. Kesannya, golongan 99 peratus rakyat akan terbeban dengan kenaikan kepelbagaian cukai termasuk yang terbaru ialah dikenakan GST. Jika kerajaan takut rakyat bangkit akibat dikenakan cukai pelbagai, maka hasilan negara seperti Petronas mungkin akan dialihkan salurannya banyak kepada golongan 1 peratus ini.
Dua kelemahan besar yang mesti menjadi cakna umum dalam proses rundingan perjanjian TPP ini adalah;
1.Tidak Telus
Negara-negara TPP tidak mengeluarkan atau menerbitkan sebarang teks dan hitam putih rundingan perjanjian kepada umum. Sehingga kini, sumber yang digunakan untuk mengetahui isi kandungan TPPA hanyalah daripada draf cadangan Amerika Syarikat yang telah bocor pada Februari 2012.
2.Tidak Mengambil Pandangan Awam
Perjanjian TPP ini bukan semata-mata terhad kepada perniagaan dan tariff, bahkan ia adalah satu perkara yang melibatkan polisi dan undang-undang yang akan memberi kesan sepenuhnya kepada para pengguna, syarikat teknologi dan juga pembekal. Maka, rakyat berhak dibawa langsung dalam perbincangan rundingan TPPA untuk membawa satu keputusan yang sepakat.
Justeru, saya mendesak kerajaan supaya mendedahkan kandungan rundingan dan menangguhkan dahulu perjanjian TPP tersebut. Saya juga berharap kempen kesedaran dan penerangan dipertingkat di setiap lapangan masyarakat. Insya-Allah INFO akan menganjurkan wacana khas TPPA yang bertajuk ‘Kesan & Ancaman Kepada Ekonomi Negara Dan Ummah’ yang akan diadakan pada 3 Ogos ini.
Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor
Pengarah
Institut Pemikiran Fadzil Noor (INFO)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-7-2013
Muhasabah Kuala Besut: Survival PAS di luar bandar
Muhammad Hafiz Mansor, | 27 Jul 2013 |
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan menewaskan calon PAS, Azlan Yusof dengan majoriti 2,952 undi.
Para pemimpin dan pendukung PAS perlu bermuhasabah, menilai semula gerak kerja, mencari di mana titik kekuatan dan kelemahan yang masih ada dan memperbaikinya demi kelansungan perjuangan Islam terutamanya di kawasan luar bandar.
Beberapa perkara yang saya cuba coretkan sebagai suatu muhasabah dan penilaian bersama mengenai survival parti Islam di kawasan luar bandar:
1. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian oleh PAS ialah memeriahkan majlis-majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau di sana sepertimana meriahnya majlis-majlis ilmu di kawasan bandar kerana ilmu Islamlah asas kekuatan kepada PAS. Inilah yang juga dibimbangi Umno BN sejak sekian lama.
Mesej Islam perlu disampaikan kepada masyarakat luar bandar, bukan hanya ketika musim pilihanraya. Kita harus mengubah pola pemikiran masyarakat supaya tidak menghala ke aspek kebendaan semata-mata.
Sirah Rasulullah SAW ketika berdakwah kepada musyrikin Mekah memberikan pengajaran yang penting kepada PAS, iaitu mengembalikan urusan dan tumpuan hidup manusia kepada sifat uluhiyyah dan rububiyyah Allah SWT bukan kepada sifat materialistik kebendaan.
PAS tidak selamanya mampu melawan 'material' yang dimiliki oleh Umno BN. Maka, jalan yang ada ialah ubah 'mindset' mereka.
2. Apabila PAS berkempen dengan memburuk-burukkan Umno BN sebenarnya tidak memberikan keuntungan kepada PAS malah sebaliknya memberikan kredit yang besar kepada Umno BN. Keadaan ini berlaku kerana mereka menerima bantuan langsung dari Umno BN setiap bulan (ada yang setiap tahun) walaupun pada jumlah yang tidak setimpal dengan apa yang mereka sepatutnya dapat.
Bantuan ini menyebabkan mereka merasa terhutang budi pada Umno BN. Inilah 'batu keras' yang sukar dipecahkan PAS. Masyarakat luar bandar tidak memahami bahasa politik Umno BN yang hanya untuk memerangkap mereka supaya kekal di bawah telunjuknya.
Gunakan 'air' untuk membentuk batu yang keras. Yakinkan mereka tentang apa yang PAS perjuangkan. Itu sudah memadai dan lebih berkesan.
3. Jentera mahasiswa dilihat lebih strategik untuk 'penetrate' masuk ke rumah-rumah Umno BN. Program-program seperti baktisiswa dan anak angkat adalah merupakan program-program yang sepatutnya dilaksanakan dengan lebih kerap di kawasan luar bandar.
Jika kita perhatikan sepintas lalu kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre yang mendapati 77.2% pengundinya lebih melihat soal parti calon yang bertanding berbanding keperibadian calon itu sendiri. Sebab itu tidak mustahil Che Long kalah meskipun lebih dikenali di sana.
Oleh yang demikian, PAS tidak hanya boleh bergantung harap kepada ceramah-ceramah politik semata-mata sebagai proses penerangan isu semasa. Ianya kurang berkesan untuk menarik minat mereka yang menyokong Umno BN. Tugasan ini perlu dipikul oleh mahasiswa. Mahasiswa berperanan menjadi agen penerangan secara tidak langsung melalui program-program bersama masyarakat luar bandar.
Secara kesimpulannya, perjalanan PAS dalam mendekati masyarakat luar bandar masih panjang namun tidak mustahil sinar Islam akan sampai suatu hari nanti dengan syarat PAS terus istiqamah bekerja, tidak hanya musim pilihanraya, mendekati dan memberi penerangan kepada masyarakat luar bandar.
Semoga Allah SWT istiqamahkan kita atas jalan perjuangan ini, insya Allah.
Sekadar pandangan.
Penulis ialah Pengarah Operasi Institut Pemikiran Almarhum Fadzil Noor (INFO)

Sumber HD - 27-7-2013
No comments:
Post a Comment