Ini baru betul .. jawapan yang betul dikatakan betul .. jenis guru tidak terikat dengan anutan politik .. jenis pendidik gred A yang cukup profesional.
Murid ini memberi jawapan kepada soalan yang berbunyi ... Senaraikan 3 Organisasi yang ditubuhkan di Malaysia untuk tujuan dakwah.
Jawapan yang diberikan murid berkenaan ialah 1) JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) 2) JAKIM (Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia) dan 3) PAS (Parti Islam SeMalaysia).
Sekurang-kurangnya anak murid dan guru ini akui akan peranan PAS sebagai suatu organisasi yang ditubuhkan secara sah di negara ini sebagai suatu badan yang bergiat untuk gerak kerja dakwah.
Sumber HD - 16-1-2014
- Jan 14, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Meluangkan masa beriadah dan bersukan sekurang-kurangnya 30 minit tiga kali seminggu menjadi antara kaedah terbaik yang boleh diamalkan guru bagi mengurangkan tekanan kerja.
Aktiviti seumpama itu juga dapat memastikan mereka sentiasa kekal cergas, cerdas dan sihat, kata Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Prof Madya Dr Mohd Ali Hassan.
Beliau berkata melakukan pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara berkala mampu membantu guru mengoptimumkan penjagaan kesihatan, apatah lagi mereka kini berdepan pelbagai cabaran dunia pendidikan yang menuntut mereka untuk terus bermotivasi dan meningkatkan produktiviti.
"Sekiranya guru 'cuai' menjaga kesihatan, ini menyebabkan mereka tidak bermaya, tidak bertenaga atau tidak sihat...Apabila kurang sihat mereka ambil cuti sakit dan ini menjurus kepada proses pembelajaran tergendala," katanya ketika dihubungi
Bernama.
Menurutnya, apabila seorang guru memberi contoh penjagaan kesihatan yang baik, amalan mereka itu secara tidak langsung boleh dicontohi pelajar.
Berkongsi pandangan sama, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan yakin guru sememangnya memikirkan soal kesihatan, namun risau dan prihatin terhadap prestasi murid menyebabkan ada yang terlepas pandang kerana bertungkus-lumus menyiapkan segala tugasan.
Peka akan pentingnya penjagaan kesihatan dalam kalangan guru mendorong Koperasi Yayasan Guru Malaysia Bhd (KYGMB) menawarkan kad perubatan komprehensif dikenali sebagai MediSihat bagi memudahkan golongan itu mendapatkan rawatan.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah KYGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata produk yang akan diperkenal dalam masa terdekat itu menawarkan polisi insurans perubatan bagi penghospitalan dan pembedahan sehingga RM450,000, selain perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM150,000.
Untuk tujuan itu, pihaknya baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan Pathlab Health Management Sdn Bhd, sebuah makmal patalogi dan klinikal.
"Kesihatan adalah aspek penting yang harus diberi perhatian oleh guru, dan kami berharap dengan adanya kemudahan seperti ini mereka sentiasa menjaga kesihatan mereka selain mendapat perlindungan kos rawatan sewajarnya," katanya.
Keunikan kad MediSihat ini termasuk faedah menjalani pemeriksaan darah komprehensif di hampir 50 cawangan Pathlab.
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu berkata pihak koperasi bersedia memberi pinjaman sehingga 10 tahun kepada ahlinya untuk membiayai premium insurans secara keseluruhan, manakala bayaran balik kepada koperasi dilaksanakan melalui potongan gaji.
Justeru, guru-guru digalakkan berdaftar sebagai anggota koperasi bagi memudahkan mereka menikmati keistimewaan kad itu, katanya.
- Bernama
Sumber HD - 14-1-2014
- Jan 10, 2014
- CIKGU VETERAN
Sejak diperkenalkan tiga tahun yang lalu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menimbulkan pelbagai polemik terutamanya dalam kalangan guru. Hal ini kerana merekalah pihak yang paling terbeban dengan pelaksanaan sistem ini.
Sehingga kini masih banyak perkara yang berbangkit dan tidak selesai. Malah suara dan pandangan para sering ditolak ke tepi dan setiap kelemahan sistem ini tidak diselesaikan dengan sewajarnya.
Oleh itu, ada 10 sebab UTAMA Mengapa PBS jadi dasar caca-marba dan WAJIB DIMANSUHKAN:
PERTAMA:
Arahan berbeza antara KPM, JPN, PPD dan sekolah dan guru. Masalah ini dihadapi tiga tahun berturut-turut tanpa ada penambahbaikkan daripada pihak KPM.
*Alasan KPM - Kecairan maklumat.
KEDUA:
Pemahaman berbeza antara JU Kebangsaan, JU Negeri, JU Sekolah dan guru-guru.
*Tiga tahun juga tiada perubahan.
KETIGA:
Penggubalan soalan berbeza antara negeri-negeri, daerah-daerah dan sekolah-sekolah.
*Terdapat pula jualan BUKU EVIDEN untuk PBS sedang ia menyalahi sistem PBS ini.
KEEMPAT:
Pelaksanaan PEPERIKSAAN DALAMAN bagi membuat penilaian kepada murid dan PBS tidak berfungsi.
*Peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun tetap dijalankan.
KELIMA:
Pemarkahan yang berbeza mengikut suka hati guru tanpa ada rujukan penilaian.
Contoh: Ada guru mahu pelajar memberikan tiga contoh, manakala ada yang lain cukup satu contoh sahaja.
KEENAM:
Dalam tempoh 15 hari, KPM boleh menggubal dasar yang tiada hasil percubaannya. Tiada 'Pilot Project' atau dikenali projek perintis.
*KPM mahu jadikan murid Tingkatan 3 tahun 2014 sebagai percubaan.
KETUJUH:
Murid yang pandai akan diberi soalan susah untuk mendapat BAND 6. Murid yang kurang cerdik akan diberi soalan mudah bagi mencapai BAND 6.
KELAPAN:
Garis panduan Dokumen Standard Prestasi yang berbeza dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) atau dikenali sebagai SILIBUS.
*DSP kena habiskan, Silibus wajib habiskan? Pertindanan.
KESEMBILAN:
Sistem Online yang lemah dan tidak mampu diatasi TIGA TAHUN berturut-turut. Terlalu banyak eviden yang perlu dimasukkan. Tidak efektif.
Contoh: Dalam sistem peperiksaan contohnya SAPS. Hanya markah akhir sahaja perlu dimasukkan.
KESEPULUH:
SPPBS dibangunkan oleh DUA SYARIKAT berbeza dan kos yang dikeluarkan tidak berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan. Pembaziran sangat besar berlaku.
KESIMPULAN:
Sistem baru yang diperkenalkan oleh KPM dengan nama PPMR bagi menggantikan PMR sebenarnya adalah SISTEM BIDAN TERJUN.
Sumber HD - 10-1-2014
- Dec 30, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Menjelang sesi persekolahan 2014, ibu bapa berhadapan dengan cabaran kewangan yang agak kritikal ekoran daripada impak kenaikan harga petrol dan gula beberapa bulan lalu.
Harga barang-barang keperluan seperti makanan dan minuman meningkat secara purata 20% hingga 50%.
“Rentetan siri kenaikan itu, ia turut memberi kesan rantaian kepada input-input persekolahan,” ujar Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan
Katanya, antara yang ketara ialah yuran pendaftaran dan bulanan, kadar tambang bas, set pakaian, buku-buku serta alat tulis.
“Pakej kenaikan ini sukar ditampung oleh pendapatan isi rumah semasa memandangkan terdapat beberapa faktor luaran yang berlaku antaranya adalah bencana banjir, sambutan perayaan krismas dan kelewatan pembayaran bonus tahunan yang dijangka pada 2 Januari 2014 bagi pekerja sektor awam,” ujarnya lagi.
Awal Disember lalu, katanya Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) telah memberi kata dua kepada kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sama ada mengumumkan kenaikan kadar baru tambang bas sekolah atau mereka sendiri yang akan menaikkannya sehingga 40% bagi mengelak menanggung kerugian.
Walaubagaimanapun, kata beliau menurut dapatan sekitar Kuala Lumpur, terdapat pengusaha bas telah menaikkan kadar tambang baru antara 30% hingga 60% bagi tahun 2014.
Beliau berkata, beberapa hari sebelum pendaftaran, operator prasekolah dan sekolah-sekolah turut melakukan semakan baru terhadap bayaran pendaftaran dan yuran bulanan.
Menurutnya, majoriti menaikkan caj perkhidmatan disamping mengenakan beberapa tambahan lain seperti yuran keraian, baju t tambahan dan peralatan alat tulis. Pembayaran wajib terpaksa dibuat bagi memastikan sesi persekolahan baru berjalan lancar.
Sehubungan dengan itu, ujarnya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mewakili suara rakyat Malaysia ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan sebagaimana berikut:
1. Berikutan harga minyak mentah dunia menurut ukuran Dated Brent berlegar sekitar AS$ 108 setong akhir-akhir ini, maka kerajaan wajar mempertimbangkan penurunan harga petrol dan diesel sekarang.
2. SPAD wajar meningkatkan rebat semasa daripada RM 10,000 dan skim penggantian komponen bas sekolah bagi mengatasi masalah penggunaan bas sekolah yang telah melebihi 30 tahun.
3. KPDNKK, KPWKM dan Kementerian Pendidikan mesti mengawasi kenaikan tidak munasabah terhadap barang-barang keperluan sekolah dan kadar baru bulanan perkhidmatan pra sekolah serta caj pendaftaran di sekolah-sekolah agar tidak terlalu membebankan ibu bapa.
Justeru, ujarnya DPPM berharap agar tindakan drastik mesti segera dilakukan supaya rakyat terus dipelihara kebajikan di samping dapat meningkatkan kualiti hidup mereka.
Sumber HD - 30-12-2013
- Dec 30, 2013
- SUHAIMI EMBONG
Sekolah akan dibuka beberapa hari sahaja lagi. Kali ini Gerbang IT, cuba menyelami sedikit kehidupan kalangan mereka yang menjadi guru atau dipanggil cikgu. Di sana sini saya mendengar rungutan daripada kalangan yang menjadi guru.
Walaupun mereka kerja separuh hari sahaja secara rasmi (sama ada sesi persekolahan sebelah pagi atau petang) tetapi pada hakikatnya guru-guru ini dibebani bukan sahaja dengan kerja mengajar yang menjadi tugas hakiki mereka tetapi mereka juga dibenani dengan kerja-kerja perkeranian yang terlalu banyak.
Dua tiga tahun kebelakangan ini, guru-guru disibukkan dengan satu sistem yang dinamakan Penaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Penaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Setelah banyak rungutan diperkatakan oleh khalayak guru, Kementerian Pendidikan dikatakan membuat keputusan menangguhkan capaian terhadap SPPBS sehingga 31hb Disember ini untuk dibuat penambahbaikan.
Dalam satu temubual dengan satu akhbar online, Mohd Nor Izzat Mohd Johari selaku Ketua Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mendakwa tidak melihat jalan penyelesaian kerana setelah tiga tahun dilaksanakan sistem PBS itu sendiri sudah sampai ketahap kemuncak memberi kesan kepada guru dan pelajar kerana masalah yang sama berulang-ulang.
“Ia semakin memuncak apabila kebanyakkan guru disekolah ditekan oleh pentadbir dan pentadbir pula ditekan oleh pihak atasan, antaranya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPN untuk menyiapkan proses kemasukkan ‘band’ kepada murid dalam sistem online”, kata Izzat dalam wawancara tersebut.
Saya diberitahu oleh seorang guru yang terlibat, SPPBS memaksa guru menggunakan browser Internet Explorer versi 7-9 yang tidak lagi digunakan oleh kebanyakan komputer dewasa ini, Walaupun disaran oleh helpdesk supaya guru-guru mengisi data antara jam 3 hingga 5 pagi, nama sistem gagal berfungsi dengan pantas dan mengambil masa yang lama juga untuk loading pada waktu ketika semua orang sedang nyenyak tidur.
Pengisian data pada waktu tersebut juga sukar dilakukan kerana kegagalan capaian kepada url SPPBS. Ini tidak termasuk lagi dengan login ID dan kata kunci yang banyak serta sukar diingati.
Bila guru gagal key in ikut ikut deadline yang diberikan kerana masalah sistem yang tiada pemantauan, guru pula dikenakan’warning’ oleh Pengetua. Ini tidak termasuk lagi guru kena buat kerja dua kali, iaitu secara manual dan online.
Jadi guru terpaksa fokus kepada kerja perkeranian untuk key in data, bukan lagi fokus kepada kualiti pendidikan. Dimanakan Transformasi Pendidikan yang diwar-warkan sebagai satu yang menakjubkan Sistem Pendidikan Negara?
Di sinilah perlunya peranan Menteri Pendidikan untuk melihat tujuan setiap Sistem IT yang diperkenalkan adalah makin memudahkan kerja guru, bukan sebaliknya makin menyusahkan kerja guru di sekolah. Lihatlah apa yang terjadi kepada Projek MSC flagship Sekolah Bestari? Projek SchoolNet? Projek Makmal Komputer Sekolah? Projek IT PPSMI? Dan berbagai lagi projek IT kerajaan dalam pendidikan.
Jika ada kesempatan, saya cuba bincangkan isu Sekolah Bistari, SchoolNet dan lain-lain ini satu persatu dengan lebih lanjut dalam siri yang lain. Terimakasih.
Sumber HD - 30-12-2013
- Dec 22, 2013
- HARAKAHDAILY
TEKA TEKI mengenai masa depan graduan ijazah sarjana muda pendidikan IPTA dan IPTS masih lagi menjadi tanda tanya.
Walaupun mendapat tempat ketiga paling tinggi bagi kategori paling setuju dalam semua kategori isu yang diketengahkan dalam laman web bajet 2014, namun masalah ini belum lagi mendapat perhatian daripada pihak pemerintah khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyelesaikan isu penempatan graduan ISMP ini.
Ada dalam kalangan daripada kami yang tamat pada Januari 2013 dan Jun 2013 kini masih belum lagi diberi penempatan dan terus dibiarkan menganggur ibarat digantung tidak bertali.
Keresahan graduan semakin bertambah apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyatakan bahawa hanya 30 peratus graduan pendidikan terbaik sahaja yang akan diambil untuk menjadi guru.
Menjadi tanda tanya ke manakah halatuju graduan yang selebihnya itu? Inilah yang menjadi punca keresahan ramai graduan apabila sehingga kini tiada panggilan temuduga diadakan untuk graduan ISMP.
Lebih menyinggung perasaan kami apabila terdapat graduan DPLI-KPLI yang tamat pada Jun 2013 dipanggil terlebih dahulu untuk sesi ditemuduga berbanding kami yang menunggu setahun tanpa ada panggilan temuduga dijalankan.
Untuk pengetahuan semua, graduan ISMP telah menghabiskan masa selama 4 tahun untuk pengajian yang berorientasikan pendidikan di sekolah menengah dan rendah. Kebanyakan daripada kami yang memasuki bidang ini adalah berasaskan unjuran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jadi apabila kerajaan melaksanakan dasar pendidikan yang baharu graduan ISMP seolah-olah menjadi mangsa keadaan terhadap perubahan dasar yang dilakukan.
Kami tidak mempertikaikan dasar baharu itu dilaksanakan sekiranya kerajaan tidak membelakangkan hak graduan ISMP ini.
Namun apabila dasar baharu diperkenalkan dan terus dilaksanakan tanpa melihat kesannya kepada graduan ISMP ianya menyebabkan graduan ISMP menjadi mangsa keadaan.
Dengan bebanan yang terpaksa ditanggung ekoran dengan pelbagai kenaikan yang berlaku adakah adil kepada kami yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan untuk bekerja di kedai serbaneka mahupun pasar malam bagi menolong keluarga dan menampung kehidupan kami sendiri.
Malah, rata-rata dalam kalangan kami perlu untuk melunaskan hutang PTPTN sebanyak RM 26-30 ribu dan belum lagi dikira dengan tambahan kadar faedah yang tertunggak sekiranya kami tidak memulakan pembayaran secepat mungkin.
Kami berharap pihak pemerintah dapat menyelesaikan masalah ini segera yang mungkin bagi memastikan kami mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Untuk makluman, graduan ISMP sukar untuk mendapatkan pekerjaan di sektor lain selain daripada sektor pendidikan kerana kami terpaksa bersaing dengan graduan pasaran terbuka.
Permasalahan mengenai penempatan graduan ISMP ini telah pun dibahaskan di Dewan Rakyat namun sehingga kini masih lagi tiada apa-apa tindakan susulan bagi memastikan graduan ISMP diberi penempatan.
Sehubungan itu, kami berharap pihak KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP) dapat menyegerakan urusan temuduga dan penempatan graduan ISMP kerana kami sememangnya ingin berbakti pada anak bangsa dan seterusnya kepada negara yang tercinta.
Mohon untuk pihak pemerintah mendengar keluhan rakyat bawahan dan tidak hanya menabur janji menyelesaikan segala hal berkaitan dengan rakyat tatkala musim pilihanraya .
Jasa baik dan kerjasama serta sifat toleransi daripada pihak kerajaan amat kami hargai.
Pengerusi
Jawatankuasa 3rd Batch
Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM)
Sumber HD - 22-12-2013
- Dec 20, 2013
- HAMBALI AKRAM
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang baru menerima keputusan PMR semalam. Apa pun keputusan yang anda peroleh, anda sebenarnya berjaya – tidak kiralah berapa A yang anda peroleh atau tiada langsung itu bukanlah suatu isu yang wajar diperbesar-besarkan.
Saya bimbang, suasana meraikan pelajar yang memperoleh semua A atau banyak A ini memberi kesan psikologi kepada pelajar lain yang kurang A nya atau tiada langsung. Tidak salah untuk meraikan mereka namun perlulah ada hadnya.
Semua ibu bapa mahukan anak mereka memperoleh semua A, namun hanya sebahagian kecil sahaja yang berjaya mendapatnya. Pihak media khususnya perlu memainkan peranan agar membentuk suatu sifat bahawa A bukanlah ukuran mutlak kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar.
Semua mereka perlu disedarkan bahawa perjalan hidup ini masih jauh. Selepas ini mereka akan menghadapi banyak lagi peperiksaan seperti SPM, STPM, matrikulasi, diploma, ijazah, sarjana, ijazah doktor falsafah dan sebagainya. Juga, yang lebih mencabar – alam pekerjaan, perkahwinan dan sebagainya.
Kita wajar mempersiapkan rohani dan jasmani mereka untuk tahun-tahun yang mendatang. Kejayaan ini hanyalah suatu titik kecil dalam kehidupan. Harapan dan tekanan untuk memperoleh banyak A dibimbangi memberikan kesan buruk – bahawa inilah matlamat hidup mereka.
Ibu bapa, guru, media dan kerajaan wajar juga mempersiapkan rohani dan jasmani anak-anak ini bagi menghadapi cabaran jangkan pendek dan jangka panjang.
Sumber HD - 20-12-2013
- Dec 20, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 yang diumumkan semalam.
“Tahniah buat adik-adik yang berjaya cemerlang dalam PMR, semoga terus berjaya dalam memanjat tangga kejayaan di masa depan agar kecemerlangan itu turut dibawa ke akhirat,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.
Sementara kepada yang belum berjaya, beliau berkata ia bukanlah sebuah kegagalan sebaliknya tabahkan hati serta kuatkan semangat.
Beliau menggesa agar mereka berusaha lagi dan jangan kecewa kerana masih ada esok untuk diperjuangkan.
“Saya doakan agar semua beroleh kebaikan di dunia dan akhirat,” ujarnya.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, sebanyak 30,988 atau 7.33 peratus daripada lebih 462,940 calon PMR 2013 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.
Ketika mengumumkan keputusan itu semalam, katanya keputusan itu lebih baik berbanding 30,474 orang pada 2012 iaitu meningkat 0.41 peratus atau 514 calon.
Sumber HD - 20-12-2013
PUTRAJAYA: Sebanyak 30,988 atau 7.33 peratus daripada lebih 462,940 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, berdasarkan keputusan yang diumumkan Khamis.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata keputusan itu lebih baik berbanding 30,474 orang pada 2012 iaitu meningkat 0.41 peratus atau 514 calon.
Beliau berkata prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam menunjukkan peningkatan dari segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).
"Bagaimanapun, GPMP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkan sedikit penurunan 0.03 mata kepada 2.35 mata pada 2013 berbanding 2.32 tahun lepas," katanya pada sidang media bagi mengumumkan keputusan PMR 2013 di sini hari ini.
Khair berkata penurunan prestasi subjek Bahasa Melayu adalah kecil dan menunjukkan perubahan yang tidak signifikan.
Menurut Khair, jumlah calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 307 calon (0.07 peratus) tahun ini daripada 241 calon (0.05 peratus) tahun 2012.
Keputusan itu turut menunjukkan pencapaian calon bandar dan luar bandar hampir setara dengan gred purata masing-masing 2.56 dan 2.81.
Bagi calon berkeperluan khas pula, ia mencatatkan penurunan sebanyak tiga calon apabila sebanyak 11 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran daripada 2,300 pelajar yang menduduki peperiksaan berkenaan berbanding 14 calon mencatatkan gred A pada 2012, katanya.
"Bilangan calon berkeperluan khas yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum dalam semua mata pelajaran meningkat daripada 22 calon (1.27 peratus) pada 2012 kepada 49 calon (2.13 peratus) bagi tahun 2013, jumlah peningkatan sebanyak 27 calon (0.86 peratus).
Dalam pada itu, Khair berkata mulai tahun depan (2014), peperiksaan PMR bukan dalam bentuk peperiksaan tetapi dalam bentuk penaksiran membabitkan pentaksiran physcometric, sukan, kokurikulum dan beberapa perkara lain.
Kaedah pentaksiran itu merupakan tindakan penambahbaikan dalam sistem pelajaran negara oleh kementerian, katanya.
Di KUALA LUMPUR, 1,683 daripada 19,440 calon mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil, kata Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus.
Katanya GPMP bagi 10 daripada 14 subjek yang ditawarkan di WPKL juga mengatasai gred purata di peringkat nasional.
Empat sekolah mencatatkan kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Dua calon berkeperluan khas turut mendapat keputusan cemerlang Gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki iaitu daripada kategori buta dan seorang dari kategori rabun.
Di ALOR SETAR, jumlah calon yang mendapat A bagi semua mata pelajaran di Kedah meningkat kepada 6.8 peratus, peningkatan sebanyak 0.14 peratus berbanding pencapaian tahun 2012 iaitu 5.94 peratus. -
Bernama
Sumber HD - 19-12-2013
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan didesak untuk mendapatkan referendum bagi menimbang kekecewaan yang dialami sebahagian tenaga pendidik terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).
“Prinsipnya kita bersetuju dengan sistem pentaksiran yang holistik bagi menggambarkan kualiti para pelajar, namun dari aspek operasi dan pelaksanaannya ia dilihat lemah serta membebankan malah mengganggu tumpuan para pendidik kepada tugas asas mereka,” ujar Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.
Beliau berkata, sejak pelaksanaannya pada tahun 2011 dan 2012, kita melihat ramai pihak mengeluh dengan sistem berkenaan sehingga wujud beberapa task force yang membantah pelaksanaan tersebut.
Katanya, PBS sangat menyusahkan sehingga kemudaratannya jauh lebih banyak dari manafaat yang dijangka.
Oleh yang demikian, kata beliau perlu wujud satu mekanisme seperti referendum bagi mendapatkan pandangan dalam usaha menambahbaik pelaksanaan tersebut.
Justeru, tegasnya jangan menafikan pandangan golongan pendidik kerana mereka merupakan pihak pelaksana sistem dan pastinya tindakan mereka akan mencerminkan keberkesanan sistem berkenaan.
“Kita tidak mahu pihak kerajaan mengusulkan dasar yang tidak matang sehingga akhirnya akan berlaku 'flip flop' dan merugikan banyak perkara,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.
Sumber HD - 19-12-2013
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Dis ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.
Dalam satu kenyataan di sini Khamis, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama.
"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," menurut kenyataan itu.
Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. -
Bernama
Sumber HD - 12-12-2013
Harakahdaily, | 16 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik Malaysia)akan menganjurkan Wacana & Sumbang Saran Kedudukan Pendidikan Islam Dalam Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pada malam ini, 16 November 2013.
Program dengan kerjasama Majlis kebajikan Pendidikan Malaysia (Makpen) itu akan diadakan di Dewan Seminar Horizon Garden Seksyen 8, Bandar Baru Bangi ini dan dijangka bermula seawal jam 8.30 malam.
Antara tetamu dan jemputan yang bakal hadir untuk berkongsi pandangan adalah Datuk Abu Bakar Chik (Mustasyar NGO Pendidik), Datuk Adnan Ibrahim (Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Perak), Hj. Abas Awang (Mantan Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan) dan juga golongan akademik dari universiti tanah air.
“Majlis Wacana & Sumbang Saran Kedudukan Pendidikan Islam Dalam Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dianjurkan untuk berdiskusi dan berkolaborasi tentang kedudukan ‘Pendidikan Islam’ dalam arus perdana pendidikan Negara” Kata Presiden Pendidik Normala Sudirman.
Katanya, selain dari menjadi wadah dan wahana untuk saling bertukar-tukar pandangan tentang masa depan pendidikan anak bangsa, warga pendidik dapat mengeratkan silaturrahim dan menyimpul ukhuwwah sesama teman seperguruan di Malaysia dalam dunia pendidikan masa kini.
“Kedudukan dan status masa depan ‘Pendidikan Islam’ semakin terhakis tanpa disedari kerana kurangnya keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia ketika pengumuman Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia baru-baru ini.
"Seolah-olah tiada usaha secara serius oleh kerajaan dalam mengarusperdanakan pendidikan Islam di Malaysia dalam persada pendidikan Negara," ujarnya lagi.
Program kali ini dijangka menarik perhatian ramai warga pendidik dan golongan professional pendidikan untuk berkongsi diskusi ilmu yang boleh dimanfaatkan bagi terus mengalas tugas suci dan amanah dalam mendidik anak bangsa.
Normala dalam pada itu mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Tn Hj. Md. Zai Bin Mustaffa, Ketua Eksekutif Makpen yang sudi menjadi penganjur bersama.
Bagi sesiapa yang masih berminat untuk mengikuti program ini sila hubungi talian
019 726 8937 (Cikgu Mala) seberapa segera kerana penyertaan adalah terhad.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-11-2013
Harakahdaily, | 16 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik
(gambar) mengajak semua pihak menyokong kempen memansuhkan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).
Beliau berkata, para guru kini sudah berani tampil menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung sistem tersebut.
Menurutnya, kesedaran guru kini terserlah apabila mereka tampil melalui media sosial dan massa menyuarakan ketidakpuasan terhadap pelaksanaan PBS yang sangat membebankan mereka.
“Keputusan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK – NUTP) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan PBS seharusnya disokong segera oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau lagi, para guru memerlukan sokongan dengan melancarkan kempen pemansuhan itu agar kerajaan mengambil serius berhubung perkara itu.
Sehubungan itu, Abu Bakar menyeru semua pihak yang prihatin terhadap isu pendidikan dan pembangunan insan melancarkan kempen tersebut.
“Lajnah Pendidikan PAS Pusat menyeru termasuk KPPK, ibu bapa dan orang ramai yang prihatin terhadap pendidikan dan pembangunan insan melancarkan kempen pemansuhan PBS yang nyata didapati membebankan guru di negara ini,” katanya.
Pada 9 November lalu, Presiden KPPK, Hashim Adnan menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan pelaksanaan PBS yang didapati amat membebankan 400,000 guru di negara ini.
Beliau berkata, guru yang selama ini dibebani tugasan yang banyak kini terpaksa berdepan pula dengan PBS sekali gus menjadikan bebanan golongan itu terus meningkat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-11-2013
Normala Sudirman, | 15 Nov 2013 |
NGO Pendidik ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada calon UPSR yang menerima keputusan peperiksaan UPSR semalam. Kepada ibu bapa dan warga pendidik ,juga diucapkan jutaan terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan dengan penuh kegigihan dan ketabahan selama ini. Sudah pasti jasa dan pengorbanan ini akan ‘membekas di hati’ dan dikenang oleh anak–anak yang melalui detik pertama menempuh ujian selama 6 tahun berada di alam sekolah rendah.
Walau apa pun keputusan UPSR yang diterima, syabas dan tahniah diucapkan atas kegigihan menuntut ilmu pengetahuan tanpa jemu di samping ingin memenuhi cita-cita beroleh kejayaan yang cemerlang.Pastinya,ibu bapa,guru dan warga pendidik akan gembira sekiranya keputusan 5A yang diterima. Jika sasaran untuk memperolehi keputusan tidak menepati sasaran, terimalah ia dengan hati terbuka dan redha atas qada’ qadar yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT.
Sesungguhnya, keputusan UPSR adalah akronim untuk klausa ‘Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah ‘ yang merupakan permulaan dan bukanlah penamat bagi segala- galanya dalam meraih bagi kejayaan dalam kehidupan. Apa yang penting ,jangan mudah berputus asa dan kecewa jika tidak berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR. Juga jangan berasa terlalu gembira jika matlamat untuk memperolehi keputusan 5A telah tercapai kerana ia hanya permulaan bagi sebuah laluan dalam meniti sebuah kejayaan yang masih panjang dan jauh di hadapan. Bukanlah ia bermakna ,kecemerlangan akan terus dicapai jika akhirnya pelajar leka dengan kejayaaan yang diterima.Ini adalah kerana peperiksaan SPM ,STPM dan laluan ke IPT menanti usaha yang gigih dan berterusan untuk menggapai sebuah kejayaan.
Kebimbangan saya adalah hilangnya keyakinan pelajar dalam hidup jika apa yang diimpikan tidak tercapai. Contohnya, tidak berjaya mendapat 5A dalam UPSR hinggakan mengambil keputusan nekad untuk menamatkan riwayat dengan membunuh diri. Ini pernah terjadi kepada segelintir pelajar akibat rasa kecewa dengan keputusan yang diterima hingga mengambil keputusan nekad seperti itu. Lebih-lebih lagi, mereka beranggapan hidup di dunia dunia seolah olah tiada erti kerana gagal memenuhi impian keluarga dan pihak sekolah. Sedangkan masih banyak lagi langkah kejayaan yang akan dilalui jika kita sabar dan bangkit untuk menggapai cita-cita dan kejayaan menuju ke gerbang jaya. Semoga tiada kes seperti ini berlaku pada tahun ini dan pada masa akan datang.
Akhir kata, “Selamat Maju Jaya”. Teruskan perjuangan untuk menuntut ilmu ke gerbang jaya!
Mutiara kata : Kejayaan tidak pernah berakhir.Kegagalan tidak pernah termusnah. Yang penting adalah sebuah KEYAKINAN !Teruskan usaha sepanjang masa..
*Penulis adalah Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-11-2013
Harakahdaily, | 14 Nov 2013 |
Normala menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pelajaran II, P. Kamalanathan di parlimen.
KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik), mahu keputusan kerajaan menjadikan matapelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus SPM menjelang 2016, dikaji semula.
Presidennya, Normala Sudirman berkata, keputusan terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia itu dilihat tidak wajar untuk dilaksana.
"Kami berpendirian bahawa Matapelajaran Bahasa Inggeris tidak sewajarnya dijadikan ‘penanda aras’ bagi kemajuan anak- anak Malaysia sehingga menyebabkan ianya perlu menjadi ‘syarat wajib lulus’ dalam peperiksaan SPM.
"Kami juga ingin menarik perhatian bahawa syarat kemasukan di universiti atau IPTA, telah disyaratkan agar peperiksaan MUET telah diiktiraf sebagai kelayakan khusus untuk diterima mengikuti pengajian di IPTA atau IPTS selain subjek Bahasa Inggeris itu sendiri di universiti .
"Pengumuman syarat baru Bahasa Inggeris menjadi syarat lulus dalam peperiksaan SPM dalam Pelancaran Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (2013- 2025) yang dilancarkan baru-baru ini ,dibimbangi akan mengulangi kesilapan Dasar PPSMI yang telah merugikan wang negara lebih dari RM5 billion," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam masa yang sama katanya, kenapa mata pelajaran Pendikan Islam tidak pula menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan bermula UPSR ,PMR dan SPM sebelum ini kepada pelajar yang beragama Islam.
Menurutnya, tidakkah ini menafikan ‘roh pendidikan’ agama dalam jiwa 5 juta orang pelajar yang berada dalam arus perdana pendidikan di saat gejala sosial semakin meruncing dan masalah semakin membarah dalam masyarakat?
"Bukankah adalah lebih baik mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diberi penekanan terhadap pelajar dalam usaha melahirkan modal insan gemilang?," soalnya.
Pendidik juga ujarnya berasa kecewa kerana selain tidak mendapat kelulusan Kabinet di Parlimen Malaysia, tiada satupun ‘sekolah perintis’ diwujudkan untuk mengkaji sesuatu keberkesanan pelaksanaan dasar seperti ini dalam soal pendidikan masa depan anak bangsa.
"Kami bukan menolak kemajuan, sekaligus tidak menafikan kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu , tetapi mensyaratkan agar matapelajaran Bahasa Inggeris akan menjadi syarat wajib lulus SPM menjelang 2016 adalah tidak wajar kerana dasar wajib lulus Bahasa Inggeris dalam SPM tidak menepati matlamat memperkukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara," katanya.
Tambahnya, apa yang membimbangkan Pendidik katanya, adalah tindakan terburu- buru bermula 2016 ini seolah- olah ada ‘agenda projek tersembunyi ’untuk mengaut keuntungan melalui perbekalan tender kepada mana-mana individu syarikat tertentu yang berselindung di sebalik retorik pelaksanaan atas dasar kononnya ‘demi masa depan pendidikan negara ‘ .
Menurut beliau lagi, cukuplah dasar PPSMI yang tidak konsisten dan bercelaru hinggakan pelajar dan guru menjadi ‘eksperimen’hingga merugikan dan mengorbankan masa depan anak bangsa.
Implikasinya, terdapat jurang perbezaan ketara antara pelajar bandar dengan di luar bandar atau pendalaman.
Masalah semakin meruncing dengan tiadanya kemudahan prasarana seperti akses internet dan perbekalan elektrik di kawasan luar bandar walaupun pebagai teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan ICT disediakan, tambah beliau lagi.
"Kami ingin mendesak agar harus dikaji secara menyeluruh dan holistik sejauh mana kesediaan guru dan pelajar juga prasarana pendidikan dalam membuat keputusan terbaru ini kerana mereka adalah ‘pelaksana dasar ‘ yang akan melaksanakan apa jua keputusan dari kerajaan .
"Jangan mereka yang duduk di ‘kerusi empuk pejabat' hanya tahu membuat keputusan terburu- buru tanpa turun meninjau permasalahan golongan pelaksana dasar ini .Yang akan menjadi mangsa adalah guru dan pelajar serta pentadbir sekolah yang pastinya ‘akan terbeban’ dengan dasar yang tidak diteliti sebelum dilaksanakan pada tahun 2016," tegasnya.
Terdahulu beliau menyerahkan memorandum berhubung perkara itu kepada Timbalan Menteri Pelajaran II, P. Kamalanathan serta ahli parlimen Pakatan Rakyat agar membangkitkannya di parlimen.
Presidennya, Normala Sudirman berkata, keputusan terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia itu dilihat tidak wajar untuk dilaksana.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-11-2013
http://omakkau.blogspot.com, | 22 Okt 2013 |
CONTOH SOALAN BODEK KERTAS PEPERIKSAAN!!!
Macam ini punya soalan untuk kertas peperiksaan pun ada .... betul-betul membantutkan kesuburan keintelektualan para pelajar...TIADA CLASS LANGSUNG.
SALAM BODEK 1M'SIA.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-10-2013
Ahmad Tajdid, | 18 Okt 2013 |
SHAH ALAM: Percayakah anda jika diberitahu ada pelajar Melayu di sebuah sekolah rendah di ibu kota Kuala Lumpur terpaksa mencari cicak untuk dimakan semasa waktu rehat kerana terlalu lapar sedangkan beliau tidak dibekalkan wang dan makanan ke sekolah lantaran kesempitan hidup keluarga
(atas, gambar hiasan).
"Ketika pelajar lain ke kantin, pelajar malang ini mencari cicak untuk dimakan," kata Yang Dipertua PAS Pandan, Iskandar Abdul Samad.
Kisah ini diceritakan Iskandar kepada Harakahdaily tatkala diminta mengulas entri beliau di laman blognya baru-baru ini.
Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor diwawancara Harakahdaily di pejabatnya, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.
Menurut Iskandar, menyedari kejadian tersebut, guru di sekolah berkenaan segera memasukkan nama pelajar terbabit dalam senarai Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah.
"Hanya setelah peristiwa itu, barulah guru-guru sekolah tersebut tahu betapa melaratnya keluarga pelajar tersebut. Memang ada keluarga yang hidup susah tetapi tidak mahu meminta-minta," ujarnya.
Sehubungan itu Iskandar menggesa para petugas parti supaya turun ke tengah masyarakat untuk melakukan tinjauan seterusnya mengenal pasti keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan.
"Mereka (aktivis parti) perlu menyedari bahawa mereka bukan sahaja pemimpin parti tetapi juga pemimpin masyarakat," ujarnya.
Sehubungan itu beliau mahu aktivis parti lebih prihatin dengan masalah rakyat setempat dan keluar daripada kepompong surau dan masjid.
Dalam entri di laman blognya baru-baru ini, Iskandar berkata cabaran utama dalam menyampaikan bantuan bukanlah jumlah wang yang diperuntukkan tetapi untuk mencari orang yang benar-benar layak dibantu.
"Kita gagal kalau kita menyampaikan bantuan kepada mereka yang tidak layak walhal mereka yang layak ditinggalkan.
"Saya juga percaya mereka yang betul-betul layak atau betul-betul melarat hidupnya tidak mempunyai kemampuan untuk datang berjumpa YB, nazir masjid, pengerusi surau, penghulu atau ketua kampung.
"Adalah menjadi tugas kita untuk turun padang cari 'dari pintu ke pintu'," tegasnya.
Beliau menceritakan pengalaman berjumpa sekeluarga yang berbuka puasa dengan nasi dan kicap di kawasan yang diwakilinya.
Sehubungan itu, Iskandar menyeru aktivis parti untuk sentiasa 'turun ke bawah' bagi mengetahui hal kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-10-2013
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan tidak memasukkan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai teras dalam menilai peperiksaan berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) dianggap diskriminasi moral dan intelektual Islam.
Lajnah Pendidikan PAS Pusat beranggapan tindakan itu sebagai halangan untuk membentuk keperibadian dan membina kemahiran dalam diri seseorang, walhal mata pelajaran tersebut memberi input kepimpinan dan keperibadian para pelajar.
Pengerusinya, Datuk Abu Bakar Chik, berkata mata pelajaran Pendidikan Islam itu membantu seseorang pelajar agar dapat memimpin dan mengurus alam dan kehidupan yang menepati fitrah kejadian insan itu sendiri adalah menjadi tugas perancang pendidikan itu sendiri.
"Sayangnya, kerajaan tidak mengambil kira keadaan tersebut, yang mana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah kerajaan yang memenuhi keperluan rakyat negara ini yang majoritinya beragama Islam," kata beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa kurikulum Pendidikan Islam penting dalam melahirkan rakyat yang berpengetahuan ilmu agama dan dapat membendung gejala-gejala tidak bermoral.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-10-2013
Pengenalan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) memberikan reaksi yang pelbagai khususnya dalam kalangan guru. Sejak diperkenalkan, antara perkara yang sering menjadi rungutan ialah masalah yang berkaitan dengan teknologi. Bayangkan, dengan jumlah guru yang mencecah setengah juta, jika sistem teknologi yang digunakan tidak dapat menampung keperluan yang sepatutnya, tentulah lebih banyak masalah bakal timbul.
Oleh itu ramai kalangan guru yang meluahkan perasaan dan memberi saranan agar sistem ini dipertingkatkan. Yang berikut adalah salah satu daripada luahan hati guru yang terbabit.
Pengenalan Aduan penggunaan Internet Explorer dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Assalamualaikum,
Saya ingin membuat aduan berkenaan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Berikut adalah aduan saya:
1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi 7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia mengandungi banyak 'holes' dan masalah security pada browser yang berbahaya dan terdedah kepada pengguna sebab boleh disalah guna untuk penyebaran virus dan malware ketika user online. Takkan beratus-ratus pegawai IT di KPM tidak boleh mengenalpasti perkara asas seperti ini?
2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang. Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tidak compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang mewakili hampir 80 peratus pengguna komputer di seluruh dunia.
3. Kenapa semasa proses development sistem TIDAK mengambil kira perkara ini yang menyusahkan ramai pengguna sistem tersebut? Adakah penggunaan Microsoft Server yang mahal tersebut berbaloi dengan kos sistem tersebut yang jauh lebih murah menggunakan open sources seperti Linux, Redhat dan sebagainya. Berapa banyak pembaziran oleh KPM membangunkan sistem yang berpuluh juta ini.
4. Ia juga menyebabkan beribu-ribu pengguna Mac (Apple) langsung tidak boleh menggunakan sistem ini kerana ia hanya boleh menggunakan Internet Explorer.
5. Selain itu, disebabkan bandwidth laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. Ramai guru terpaksa bangun pukul 2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di masuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru.
Saranan saya :
1. Penambahbaikan sistem dalam stage akan datang yang membolehkan sistem di access oleh semua browser (compatibility). Semua orang yang develop sistem benci dan mengelakkan menggunakan Internet Explorer (versi 10 dan ke bawah) yang developer tahu kelemahannya yang ketara. Tetapi kerajaan menggunakan juga sistem ini. Semua orang mengelakkan sistem ketinggalan zaman yang masih menggunakan Internet Explorer pada tahun 2013.
2. Bandwidth server untuk access ke dalam sistem perlu di tambah. Fikirkan berpuluh ribu guru seluruh Malaysia access pada masa yang sama terpaksa membuang masa terlalu lama memasukkan data, tidur lewat malam, bangun awal pagi semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian mengajar pada waktu siang pula. Pernah orang KPM mengambil kira perkara ini?
Harap dapat membuat penambahbaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua. Idea KPM dalam SPPBS ini amat dipuji dan sepatutnya perkara begini tidak berlaku sebab skala penggunakan sistem yang meliputi beratus ribu pengguna.
Ia hanya menyebabkan matlamat utama penggunaan sistem ini sukar di capai dan ia hanya menyusahkan guru-guru yang semakin terbeban. Bukan terbeban memasukkan data tetapi terbeban menunggu sistem loading dan tak compatible yang memakan masa terlalu lama untuk di access.
Wassalam
Guru IT
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-10-2013
Hazayani Zakaria, | 14 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Lajnah Pendidikan PAS Pusat mempersoal tindakan kerajaan yang dilihat tergesa-gesa ingin menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR).
PBSMR akan menggantikan PMR di bawah satu dasar yang dikenali dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mendapat banyak kritikan daripada guru kerana sistemnya yang sukar untuk dilaksanakan dengan lancar disebabkan oleh kekurangan prasarana serta isu-isu lain yang berkaitan seperti nisbah guru dan pelajar.
Menurut Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Datuk Abu Bakar Bin Chik, perubahan besar yang dilakukan dalam keadaan tidak bersedia ini akan menjejaskan masa depan pelajar.
"Persoalannya, bagaimana satu perubahan yang besar melibatkan masa depan pelajar boleh dilakukan mungkin dengan keadaan tergesa-gesa tanpa persediaan yang mencukupi?" kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau juga mempersoal hanya empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dilibatkan dalam peperiksaan PBSMR.
"Persoalannya, kenapa PBS telah diputuskan di peringkat PMR dan bukannya UPSR malah kenapa empat subjek teras tersebut peperiksaannya dilakukan secara berpusat seolah-olah pentaksiran berasaskan sekolah itu tidak diyakini.
"Berdasarkan pelaksanaan sedia ada, PMR adalah peperiksaan peringkat menengah rendah yang membolehkan penilaian diambil ke atas pelajar bagi mengagihkan mereka sama ada kepada aliran Sains, sains sosial atau sastera. Walaubagaimanapun, kerajaan dilihat sangat beria-ria hendak menghapuskan PMR dan menggantikan dengan PBSMR," katanya.
Tambah beliau juga, adalah lebih baik sekiranya dalam pelaksanaan PBS pentaksiran ialah di peringkat UPSR iaitu peringkat yang paling asas supaya kelemahan pelajar dapat dikesan di peringkat awal.
"Dengan itu kelemahan dapat di atasi dan keraguan terhadap kemampuan guru dan sekolah dalam PBS di peringkat UPSR tidak menjadi persoalan yang terlalu besar berbanding di peringkat PMR," katanya.
Selain itu, beliau juga kesal apabila subjek Agama Islam tidak diwajibkan lulus dan tidak termasuk di dalam subjek yang wajib dinilai di peringkat tertinggi seperti Bahasa Inggeris.
"Seharusnya subjek Agama Islam dipandang serius bagi mendidik pelajar berakhlak mulia serta beramal dengan ajaran Islam," katanya.
Beliau juga mengingatkan kerajaan BN supaya tidak menjadikan sekolah sebagai bahan uji kaji dan menjadikan pendidikan sebagai produk perniagaan kepada mana-mana pihak untuk mengaut keuntungan seperti yang telah berlaku dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
"Di samping itu, Lajnah Pendidikan PAS Pusat juga memberi peringatan agar kerajaan tidak merencanakan bidang pendidikan negara ini untuk membaratkan rakyat dan melemahkan jati diri umat Islam," ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-10-2013
Hazayani Zakaria, | 10 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Isu pemerkasaan Bahasa Melayu di seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) disifatkan sebagai retorik Umno menjelang Pemilihan Agung Umno (PAU) minggu hadapan.
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Prof Shahrir Md Zin berkata, tiada guna kerajaan menyarankan IPT meluaskan penggunaan Bahasa Melayu selagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) masih dilaksanakan.
"PPSMI tiada perubahan, tetap dilaksanakan dan kononnya akan betul-betul dimansuhkan pada tahun 2020.
"Tinggal lagi menjelang pemilihan Umno memang digembar-gemburkan semua isu Melayu termasuk soal Bahasa Melayu.
"Setiap kali pemilihan Umno, sudah menjadi tradisi isu-isu Melayu akan diperbesar dan ini bukan perkara baru. Isunya Melayu, dan memang Umno parti Melayu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan menyarankan supaya kursus-kursus yang diajar di institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan bahasa Melayu secara lebih meluas memandangkan pelaksanaan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di IPT belum berhasil sejak dilancarkan tiga tahun lalu.
Mengulas lanjut, Prof Dr Shahrir berkata, semua universiti termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya sejak PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003.
"Bermula PPSMI diperkenalkan universiti mengambil tafsiran bahawa kerajaan mahu Bahasa Inggris digunakan di IPT.
"Dalam masa yang agak singkat semua universiti menggunakan Bahasa Inggeris. Ini kerana kalau di sekolah guna PPSMI, universiti juga akan meneruskan pelaksaannya. Perkara ini rakyat tak berapa tahulah sebab sibuk dengan PPSMI.
"Mengapa menjelang pemilihan Umno, isu ini ditimbulkan," katanya.
Justeru tegasnya, kerajaan harus serius memartabatkan Bahasa Melayu di semua peringkat, bukan hanya menggunakan isu ini untuk kepentingan parti mereka sahaja.
"Jangan bila waktu pemilihan, isu bahsa ditimbulkan, lepas pemilihan umno, kembali senyap dan PPSMI terus berjalan," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-10-2013
Suara rintihan atau isu para guru sering kedengaran sejak berpuluh tahun tetapi sehingga kini tidak pernah selesai. Memang tidak dinafikan ada tindakan penyelesaian diambil tetapi ianya banyak yang bersifat ad hoc dan political. Berbagai kajian telah dijalankan oleh KPM sendiri misalnya tentang beban kerja guru tetapi penyelesiannya bukan mereka meringankan beban malah ditambahkan lagi beban kerja hingga lebih berganda. Lebih ironi lagi ialah tidak ada satu badan atau kesatuan pun yang bertindak atau mewakili semua guru. Sebagai contoh NUTP dan KGLM selaku kesatuan yang disertai oleh ramai guru hanya memperjuangkan guru-guru lepasan maktab sahaja. Oleh kerana projek pensiswazahan guru, maka lulusan maktab telah dinaikkan status mereka secara ‘magic’ dan automatic kepada siswazah. Laluan kenaikan pangkat bagi golongan mereka lebih mudah dan pendek iaitu formula 8: 8: 5 berbanding dengan guru siswazah dengan formula ‘time-based’ 8: 8: 6: 3. Mereka juga berjaya’melangkah kepala’ guru-guru berijazah tulen walaupun yang ‘super senior’ dalam urusan kenaikan pangkat seperti menjadi GPK, pegawai di PPD, JPN, KPM dan menjadi Pengetua. Lalu kesatuan-kesatuan ini terus menuntut keistimewaan mereka sebagai siswazah pula dengan ‘mengabaikan’ lulusan siswazah yang sebenar.
Terlalu banyak isu keguruan yang tidak selesai dan scenario ketidakadilan yang berlaku dalam profesion ini tidak pernah disuarakan oleh mana-mana pihak secara pro aktif. Akibatnya golongan-golongan ini berterusan teraniaya tanpa pembelaan. Kita ingin mengenengahkan beberapa isu yang berkaitan. Antaranya ialah masa kerja guru, beban kerja yang semakin bertambah, Pengetua/Guru Besar yang tidak kompeten, sistem kenaikan pangkat yang tidak adil, Kursus Upskilling guru, situasi tempat kerja yang tidak kondusif dan kekurangan peralatan ICT dan ABM .
Dalam semua profesion, hanya keguruan sahaja yang tidak ada ditetapkan masa kerjanya. TIDAK ADA SATU PIHAK pun yang memperjuangkan hak-hak guru dalam hal ini. Pada November 2012 kerajaan telah mengumumkan sistem waktu bekerja 9 jam untuk para guru dimana Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak telah menjadi negeri perintis selama enam bulan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh Malaysia. Oleh kerana mendapat tentangan dari komponen Pakatan Rakyat dan dari Kesatuan Guru, pada 28hb November 2012, Timbalan, Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah membatalkan perlaksanaan sistem ini.
Sebagaimana kerajaan pernah mengumumkan penghapusan yuran sekolah dalam bajet 2008, para ibubapa terpaksa membayar sejumlah wang yang berkali ganda dari jumlah yuran sekolah itu sendiri. Perkara yang sama berlaku pada masa kerja guru. Sebelum 2012, kebanyakan guru sekolah menengah harian biasanya balik pada jam 2.30 petang. Sejak awal 2012, terdapat pengetua yang mengarahkan guru bekerja sehingga jam 3 petang. Malangnya guru hanya balik pada jam 3 petang Itu hanya untuk satu atau kadang-kadang 2 hari sahaja dalam seminggu. Selebihnya mereka pulang sehingga lewat jam 6.00 petang . Di bawah ini dipaparkan jadual untuk menjelaskan pernyataan kami.
MASA KERJA GURU SELEPAS TAMAT WAKTU PERSEKOLAH JAM 2.30 PM
Perkara
Hari | Aktiviti selepas tamat sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ) pada 2.30pm dari Isnin hingga Khamis | Waktu | Nota |
Isnin | Mesyuarat dengan Pengetua setiap Isnin dengan agenda yang karut marut dan salahguna kuasa memaksa guru hadir hingga lewat petang. | 3.00-5.00pm (atau 5.45 pm) | Pembelajaran bermula pada jam 7.30 tapi guru datang seawal jam 7.00am |
Selasa | Kokurikulum (1 Sukan 1 Pelajar) @ Mesyuarat Guru. | 3.00- 5.00pm | Bergantung kepada sekolah. Ada sekolah yg melaksanakannya pada hari lain. |
Rabu | Kokurikulum (Badan Beruniform @ Kelab dan Persatuan) | 1.50pm – 3.30pm | Ada sekolah melaksanakan nya pd 1.50 – 4.30pm |
Khamis | Mesyuarat hal ehwal sekolah seperti mesyuarat pantia, AJK kecil, koperasi dll | 3.00 – 4.30 | Hampir setiap minggu sehingga Oktober |
Jumaat | Perjumpaan dgn pelajar/kelas tambahan | 3.00 – 4.00 | Sekurang2nya 1 kali dalam sebulan. |
Sabtu | Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), Kelas Tambahan, Sukan, Gotong Royong, Aktiviti In-House Training, Taklimat, Perjumpaan dengan PPD @J PNP dll. | 8.00am -12.00 @ 1.00pm | Sekurang2nya 1 kali sebulan dan ada sekolah yang memaksa guru datang sehingga 3 kali sebulan. |
Jadi secara puratanya guru bekerja selama 10 jam dari Isnin hingga Khamis. Ini belum diambilkira kerja yang dibawa pulang ke rumah. Kita boleh rumus sendiri dari jadual kerja bagi pengendalian PBS dalam jadual seterusnya.
Kesan-kesan kepada pertambahan waktu kerja antaranya ialah:
Secara teorinya minda para guru akan lega sebaik sahaja mereka keluar dari pintu pagar sekolah. Oleh kerana pulang lebih lewat, mereka akan berfikir tentang banyak perkara khususnya guru perempuan iaitu tanggungjawab pada suami dan anak-anak. Ini mengakibatkan gangguan psikologi kepada guru dalam bentuk stress atau tension kerana beban kerja yang makin bertambah dan tekanan kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami/isteri secara normal.
Guru terpaksa berbelanja lebih membayar kepada ‘baby sitter’ setinggi RM15 bagi setiap tambahan 1 jam selepas jam 3 petang sebagaimana hari-hari biasa.
Apabila pulang sama (malah lebih lewat) dari waktu pejabat, jalanraya yang sesak pada ‘peak hour’ menyebabkan guru lewat sampai ke rumah. Solat Asar dilakukan di penghujung waktu.
Oleh kerana kami tiba lewat ke rumah, rutin kehidupan di luar kami hampir musnah. Jogging, bawa anak makan angin petang, berkebun dan sebagainya sudah sukar untuk dilakukan.
Pengetua-pengetua yang berkursus di Institut Aminudin Baki (IAB) seolah-olah di ‘brainwash’ oleh IAB agar melaksanakan perjumpaan satu hari dalam seminggu dengan guru-guru semata-mata mahu mendengar celoteh KATUN mereka yang membosankan dan tidak berfaedah. Ironinya perjumpaan ini mengambil masa sehingga 3 jam. Kandungan perjumpaan berkisar sekadar mendengar motivasi dungu yang tidak bermutu dan meminta para guru berkongsi ilmu yang tidak kami minta dan hargai sama sekali. Perjumpaan/mesyuarat ini hanya boleh berakhir dalam masa 15 – 30 minit sahaja. Tetapi aduan rakan-rakan dari sekolah-sekolah yang lain adalah senada iaitu pengetua banyak cakap merapu dan tidak ada walaupun ‘basic skill’ dalam mengendalikan mesyuarat.Oleh itu para guru merasa tertekan duduk berjam-jam dalam mesyuarat.
Bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula, guru memperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam bagi menyelesaikan tugasan mereka setiap minggu. Ini tidak diambilkira masa yang digunakan oleh mereka dirumah. Di bawah ini adalah jadual masa kerja guru dalam pengendalian PBS bagu satu (1) kelas. Seorang guru biasanya diberi dua (2) sehingga empat(4) kelas PBS.
PERUNTUKAN MASA GURU DALAM PENGURUSAN PBS BAGI SATU KELAS
(PURATA 30 PELAJAR)
Perkara
| Menggubal/Menyiapkan/ Mengetip (stapler) dan Menyusun Soalan | Menanda/Memeriksa soalan dan mengesahkan penglibatan pelajar dalam PBS( 10minit untuk setiap kertas/pelajar) | Memasukkan Eviden Pelajar ke dalam fail | Mendaftar /Key-In
Pencapaian Pelajar Ke dalam Sistem SPPBS |
Masa | 2 jam | 30 x 10 = 300min / 5 jam | 5minit x 30 = 150 minit / 2 jam 30 minit. | Sepanjang 2012, kami mengambil masa sehingga 2 hari utk 1 kelas kerana capaian internet yang lemah. |
Nota | Jika guru itu mengajar 4 kelas, darabkan 30 org pelajar (30x4 = 120 org pelajar) |
5. Kelemahan-kelemahan PBS yang tidak didedahkan ialah:
Kemudahan ICT sekolah amat mendukacitakan. Dalam sebuah sekolah yang purata bilangan gurunya ialah 80 orang, hanya ada dua(2) atau tiga (3) desktop sahaja. Oleh itu hampir SEMUA guru menggunakan laptop/harta mereka sendiri untuk menjalankan kerja kerajaan. Malangnya kerajaan sanggup bagi laptop percuma pada pelajar dan membiarkan guru dalam kerumitan mereka sendiri. Hanya profesion guru sahaja di mana mereka terlalu banyak menggunakan wang dan harta sendiri untuk buat kerja kerajaan.
Oleh kerana guru tidak dibenarkan mencari pendapatan sampingan, mereka terpaksa meminjam untuk membeli laptop bagi melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka. Harga laptop RM1500- RM2000., guna kad kredit atau hutang dan bayaran bulanan sehingga RM60 sebulan.
Capaian internet/schoolnet yang amat lemah menyebabkan guru terpaksa guna streamyx atau broadband. Bayaran sebulan ialah dari RM48 hingga RM148 sebulan.
Peruntukan masa yang terlalu lama oleh guru untuk mendaftar pencapaian pelajar secara online (kerana capaian internet yang lemah) dan pengurusan PBS yang lainnya menyebabkan mereka terpaksa melaksanakan sebahagian kerja ini di rumah. Sebagaimana yang pernah didedahkan dalam akhbar, kami terpaksa berjaga sehingga jam 3 atau 4 pagi untuk menyelesaikan kerja-kerja PBS.
Kesan kepada situasi ini ialah terjejasnya sistem rumahtangga dan hubungan suami isteri sehingga membawa kepada pertengkaran. Masa yang selama ini dihargai dengan membelai anak-anak sudah berkurangan dan berlaku pertelingkahan suami isteri kerana isteri (guru) terpaksa tidur lewat dan mengabaikan anak/suami kerana PBS.
Kami pernah menghantar email kepada pihak Kementerian dan NUTP tetapi respon mereka sekadar menyiasat sahaja dan tiada tindakan. Nampaknya seolah-olah ada agenda yang tersirat dari KPM yang memang berhasrat untuk melaksanakan sistem kerja 9 jam secara senyap-senyap. Malangnya tidak ada mana-mana badan yang berani menyuarakan keadaan ini. Sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku di Kuantan malah seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, kami amat berharap pihak tuan dapat melakukan sesuatu bagi kebaikan semua guru yang selama ini tidak mendapat perhatian serius dari pihak yang berkenaan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
Harakahdaily, | 04 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan diminta mendedahkan angka sebenar jumlah kekosongan guru di semua sekolah berikutan ada sikap "melengah-lengah" dari pihak kementerian dalam urusan mengisi kekosongan tersebut.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata, pada bulan Januari 2012, Kementerian Pendidikan telah membuka kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Namun katanya, graduan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah tamat pengajian tersebut pada bulan Mei tahun ini masih belum mendapat penempatan sehingga sekarang.
Menurutnya, dalam jawapan lisan Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan pada September 30 memaklumkan bahawa graduan GSTT-DPLI adalah sebanyak 6,020 orang di mana sebanyak 2,017 orang di bawah kategori Sekolah Rendah dan 4,003 orang di bawah kategori Sekolah Menengah.
Senarai calon juga kata timbalan menteri itu telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan temuduga dijangka akan dijalankan pada bulan Oktober dan lantikannya akan bermula pada bulan Januari tahun depan.
"Akan tetapi, laman web Kementerian Pendidikan atau SPP masih belum ada sebarang maklumat tentang temuduga tersebut sehingga sekarang.
"Apabila graduan-graduan menelefon Jabatan berkenaan, pegawai-pegawai tersebut tidak dapat memberi tarikh temuduga seperti yang dikatakan oleh Timbalan Menteri," katanya yang juga Ahli Parlimen Kulai.
Apa yang menyukarkan katanya, kesemua graduan tersebut telah menandatangani kontrak perkhidmatan selama dua tahun dengan kementerian maka ini telah menjadi halangan kepada mereka untuk mencari pekerjaan alternatif terutamanya di sektor swasta.
"Pernahkah Kementerian mengambil berat terhadap mereka apabila mereka perlu menunggu penempatan selama 7 bulan dan menghadapi masalah pengangguran serta menanggung kos sara hidup yang tinggi," soal beliau.
Selain itu, survey yang tidak rasmi juga katanya menunjukkan bahawa sebanyak 100-120 kekosongan guru-guru di sekolah rendah.
"Jikalau kekurangan tersebut sudah lama berlaku, mengapakah temuduga dan penempatan graduan GSTT-DPLI masih lagi ditangguh-tangguhkan,"soalnya lagi.
Mengulas lanjut beliau berkata, pengajian DPLI telah melahirkan 6,000 tenaga pengajar yang masih menunggu penempatan, perkara ini telah menimbulkan satu keraguan besar sama ada betulkah kita mempunyai 6,000 kekosongan guru di semua sekolah supaya graduan ini dapat menampung keperluan ini.
"Maka, Kementerian Pendidikan perlu memberi penjelasan atau statistik terhadap kekosongan guru di semua sekolah agar kita dapat menilai sama-ada Kementerian membuat perancangan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini.
"Jikalau tidak, perkara ini sekali lagi menunjukkan kegagalan Kementerian dalam membuat perancangan yang sempurna lalu membazirkan sumber negara," jelasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-10-2013
Saya merupakan suami kepada salah seorang guru j-Qaf ambilan Januari 2012. Baru-baru ini penempatan bagi guru-guru j-Qaf ini telah pun dikeluarkan termasuklah isteri saya. Isteri saya telah ditempat di Johor. Sebelum ini isteri saya telah menjalani praktikum di Sabah dan belajar di salah sebuah IPG di sana. Saya sekarang bekerja dan menetap di salah sebuah sekolah swasta di Semenanjung.
Isu di sini ialah urusan penempatan yang dilakukan amat tidak memuaskan hati saya. Untuk makluman usia perkahwinan kami baru mencecah setahun. Selama setahun setengah kami terpaksa berjauhan kerana isteri belajar di Sabah. Kini kami bakal dipisahkan lagi oleh sikap pihak-pihak yang mengatur penempatan guru j-Qaf ini khususnya isteri saya.
Untuk makluman tuan, pada bulan Julai yang lalu (dalam bulan Ramadhan) kami telah ke JPN negeri, kami diberitahu supaya menyiapkan surat dan dalam surat itu dikehendaki menyatakan hasrat untuk mengikut suami dan kenyataan dikeluarkan oleh pegawai di situ menyatakan bahawa untuk batch 2012 pelajar ini akan ditempatkan berhampiran tempat suami bertugas.
Pada bulan Ramadhan juga kami pergi sendiri ke Cyberjaya sektor pendidikan Islam. Pegawai di situ menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai bidang kuasa lagi dan yang mempunyai bidang kuasa ialah sektor sekolah rendah KPM. Kami teruskan ke sana untuk menyerahkan surat kepada Ustaz Adnan. Kami difahamkan Ustaz Adnan mempunyai hal di luar lain dan surat kami hanya diterima pembantu beliau.
Namun, pada 17 September yang lalu, keputusan penempatan telah diumumkan. Amat mengejutkan juga, kenyataan mereka yang menyatakan bahawa isteri akan ditempatkan berhampiran tempat suami bertugas meleset sama sekali. Kami diletakkan di suatu jarak yang jauh utara dan selatan iaitu Johor. Apa guna pulang ke Semenanjung jika masih berjauhan. Sedangkan yang tidak memohon atau membuat sebarang surat permohonan pulang ke Semenanjung diletakkan di negeri Pulau Pinang, ada juga yang diletakkan di negeri berhampiran suami mereka, ada yang terpaksa berpisah walaupun suami isteri itu sama-sama j-Qaf, ada yang mengandung sudah berkahwin dihantar ke Sarawak sedang suami di Perlis.
Persoalannya adakah ini tindakan perikemanusiaan? Apakah saya dan isteri terpaksa berjauhan untuk kali kedua? Apakah kami terpaksa merancang keluarga kami setelah setahun setengah berpisah dan sekarang perlu berpisah lagi? Ini bukan masalah saya seorang tapi masalah kebajikan majoriti guru j-Qaf...
Selepas sahaja keputusan penempatan dikeluarkan di laman web KPM, ratusan guru j-Qaf yang tidak berpuas hati pergi ke putrajaya dan saya serta isteri tidak berkesempatan kesana kerana sukar mendapatkan cuti. Rayuan ditutup hanya selang dua hari selepas keputusan diumumkan..
Saya juga difahamkan oleh pegawai JPN negeri bahawa tidak ada kekosongan di negeri saya. Persoalan saya ialah mengapa guru-guru j-Qaf tidak ditempatkan ikut zon. Contoh guru j-Qaf dari utara ditempatkan di sekolah-sekolah di sebelah utara, selatan di selatan? Kenapa saya dan isteri perlu menanggung perpisahan kedua kalinya?
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-9-2013
Dr Nazrul Izzuan Mohamad Idris, | 06 Sep 2013 |
Dulu sekitar pertengahan dan penghujung tahun 90-an, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan satu siri ujian yang dikenali sebagai Penilaian Tahap Satu (PTS).
Siri ujian ini adalah siri ujian IQ bagi menilai kepintaran dan kemampuan pelajar Malaysia ketika itu. Ujian ini dijalankan kepada pelajar darjah 3 di sekolah kebangsaan. Bagi yang berjaya dan lulus ujian PTS ini, mereka diberikan kelebihan untuk masuk ke darjah 5 terus pada sesi akademik seterusnya tanpa perlu mengikuti pelajaran di darjah 4.
Mereka perlu belajar sendiri silibus darjah 4 dan mempunyai masa hanya 2 tahun sahaja untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pendek kata, mereka yang lulus ujian IQ ini boleh ‘lompat’ kelas dari darjah 3 ke darjah 5. Konsep soalan-soalan yang dikemukakan dalam PTS ini lebih kepada soalan menguji IQ, kepintaran pelajar menerusi soalan berkonsepkan ujian minda, kebolehan menilai dan membaca ‘pattern’ susunan nombor dan lain-lain.
Saya adalah salah seorang yang menduduki PTS tersebut pada tahun 1998. Alhamdulillah, hari ini tahun 2013 , 15 tahun telah berlalu dan saya akhirnya menjadi seorang doktor perubatan. Ada rakan seangkatan yang memilih untuk sama-sama menggapai peluang dengan memasuki terus darjah 5 masa itu berjaya di bidang masing-masing. Ada yang dalam proses untuk menjadi akauntan bertauliah, peguam dan juga saintis.
Ada juga yang memilih untuk bersama rakan-rakan lain di darjah 4, memilih untuk tidak ‘lompat’ kelas juga berjaya di bidang masing-masing.
Cuma yang menjadi persoalan saya dan juga rakan-rakan ketika kami berbual menceritakan kisah lama tatkala ketika bercuti musim semester, projek PTS ini seolah-olah projek tergendala di pertengahan jalan.
Apakah objektif kerajaan melalui Kementerian Pendidikan ketika itu menjalankan ujian saringan memilih pelajar tertentu untuk dijalankan penilaian / ujian PTS ini? PTS ini berjalan selama beberapa generasi termasuk generasi adik saya (beliau juga lulus PTS dan sekarang melanjutkan pelajaran di Australia) dan kemudian dihentikan sebagaimana kerajaan juga mahu memansuhkan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Sepatutnya sebagai salah satu usaha untuk membangunkan negara dan mentransformasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang 2020, ‘review’ terhadap projek PTS ini perlu dijalankan dari masa ke semasa.
Seharusnya pelajar yang lulus dan berjaya ujian PTS ini diberikan keistimewaan dalam menyumbang kepada negara, diberikan kuota khas istimewa yang tertentu, diserapkan ke dalam ‘think tank’ agensi kerajaan, GLC, membantu membuat dasar dan polisi, penasihat kepada majlis dan badan-badan tertentu dalam negara malah tidak keterlaluan jika kami diberikan peruntukan / elaun khas dan diberikan keistimewaan dalam kenaikan pangkat, jawatan dan ‘horonary title’.
Saya percaya ramai pelajar yang dulunya lulus dan berjaya PTS kini menjadi insan yang berjaya dalam bidang profesional sepeti peguam, doktor, saintis, akauntan, jurutera, pakar ekonomi dan banyak lagi. Salah satu usaha untuk mengekang ‘brain drain’ adalah dengan mengiktiraf dan menberikan peluang kepada kami, produk hasil projek PTS ini untuk menyumbang pada negara. Amat rugi sekiranya kerajaan membiarkan golongan bijak pandai ini dibazirkan bakat dan kepintaran mereka begitu sahaja malah lebih teruk lagi mereka terus berkhidmat di luar negara yang lebih mengiktiraf dan menghargai potensi yang ada pada mereka.
Pelajar pintar dan genius ini patut diberikan lebih peranan dalam jawatan penting dan struktur tinggi hierarki negara. Negara yang maju adalah negara yang banyak membuat penyelidikan dan membangunkan harta intelek dan memperkembangkan produk sendiri. Salah satu cara untuk Malaysia ke arah ini boleh dicapai melalui penglibatan pelajar genius produk PTS ini. Saya berharap kerajaan memberi perhatian terhadap hal ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-9-2013
BESUT: Guru-guru yang didapati tidak cenderung kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu baru-baru ini dipanggil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Pelajaran Negeri (JPN).
Beberapa guru ketika ditemui di sini mendakwa ketika dipanggil memberi keterangan kepada pegawai di PPD dan JPN, mereka dituduh memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.
Kata mereka ada bukti bergambar yang ditunjukkan kononnya guru tertentu berada di tempat kempen pembangkang.
“Malah ada guru yang diugut untuk ditukar ke Sabah dan Sarawak kerana menyokong Pakatan Rakyat. Harapan mereka dengan ugutan itu dapat mengelakkan guru-guru terbabit memberi sokongan kepada Pakatan.
“Namun ramai guru yang hadir memilih tidak berdiam diri kerana mereka peliknya mengapa guru-guru yang berkempen secara terang-terangan menyokong calon BN tidak diambil tindakan serupa,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya juga ada guru yang sebelum ini diketahui ramai menyokong kuat Umno di kampungnya juga dipanggil kerana didakwa kelihatan calon Pakatan Rakyat datang ke rumahnya.
Sedangkan kata beliau calon terbabit adalah anggota keluarga guru terbabit.
Seorang lagi guru berkata, biar pun ditekan namun rata-rata guru di seluruh negara boleh dibilang dengan jari yang menyokong Umno.
Kata beliau biar pun ditekan dengan pelbagai gangguan politik, guru-guru tidak berminat lagi untuk menyokong BN kerana mengetahui banyak penyelewengan dan masalah kepimpinan parti itu.
BESUT: Guru-guru yang didapati tidak cenderung kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu baru-baru ini dipanggil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Pelajaran Negeri (JPN).
Beberapa guru ketika ditemui di sini mendakwa ketika dipanggil memberi keterangan kepada pegawai di PPD dan JPN, mereka dituduh memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.
Kata mereka ada bukti bergambar yang ditunjukkan kononnya guru tertentu berada di tempat kempen pembangkang.
“Malah ada guru yang diugut untuk ditukar ke Sabah dan Sarawak kerana menyokong Pakatan Rakyat. Harapan mereka dengan ugutan itu dapat mengelakkan guru-guru terbabit memberi sokongan kepada Pakatan.
“Namun ramai guru yang hadir memilih tidak berdiam diri kerana mereka peliknya mengapa guru-guru yang berkempen secara terang-terangan menyokong calon BN tidak diambil tindakan serupa,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya juga ada guru yang sebelum ini diketahui ramai menyokong kuat Umno di kampungnya juga dipanggil kerana didakwa kelihatan calon Pakatan Rakyat datang ke rumahnya.
Sedangkan kata beliau calon terbabit adalah anggota keluarga guru terbabit.
Seorang lagi guru berkata, biar pun ditekan namun rata-rata guru di seluruh negara boleh dibilang dengan jari yang menyokong Umno.
Kata beliau biar pun ditekan dengan pelbagai gangguan politik, guru-guru tidak berminat lagi untuk menyokong BN kerana mengetahui banyak penyelewengan dan masalah kepimpinan parti itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-7-2013
Salmiyah Harun, | 19 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Insiden guru mati ditembak mutakhir ini semakin membimbangkan seolah-olah nyawa mereka tiada nilai dan terlalu murah sehingga guru boleh ditembak ketika masih berada di sekitar kawasan sekolah.
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) Normala Sudirman
(gambar) mengesa Kementerian Pendidikan mengambil perhatian serius atas kejadian seperti ini dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.
"Kita tidak mahu suatu hari nanti murid pula mati ditembak di bilik darjah ketika guru mengajar jika isu ini tidak diambil perhatian serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia," tegasnya.
Katanya yang turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan skim insurans sebagaimana yang diperuntukan kepada setiap pelajar untuk semua guru di samping bantuan kepada mana-mana ahli keluarga mangsa yang ditimpa musibah seperti ini.
Sebelum ini, katanya guru tidak dilindungi oleh sebarang skim insurans ketika membawa pelajar menyertai aktiviti ko-kurikululm atau pertandingan mewakili sekolah di peringkat negeri atau daerah.
Akibatnya, kata beliau sekiranya berlaku kemalangan terhadap guru dan pelajar, dan berlaku kematian terhadap pelajar maka ibu bapa pelajar boleh menyaman guru sedangkan guru ini tidak bersalah kerana kenderaan lain yang melanggar mereka.
"Isu kebajikan guru seperti ini perlu diambil perhatian segera terutama apabila berlaku kejadian di mana guru pula mati ditembak ketika pergi dan balik bertugas.
"Suatu mekanisme penyelesaian bagi menjaga kebajikan guru perlu diberi perhatian sewajarnya di saat warga pendidik dan ibu bapa serta pelajar berasa tidak selamat walaupun berada di bangunan sekolah," katanya kepada Harakahdaily.
Semalam, K. Shanmugam, 45, memandu dari rumahnya di Taman Bidara dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berapit, Bukit Mertajam Pulau Pinang, mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki yang tidak dikenali.
Kurang dua minggu sebelum ini seorang guru penolong kanan juga mati ditembak di Bachok, Kelantan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang.
Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.
Empat hari sebelum kejadian itu, seorang lagi guru Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan juga cedera di bahagian leher juga selepas terkena tembakan daripada mereka yang tidak dikenali.
Guru tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Justeru Normala berharap insiden ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar keprihatinan dari aspek kebajikan dan soal keselamatan guru dan pelajar adalah suatu perkara yang penting dan tidak boleh dipandang remeh jika mahu meletakkan dunia pendidikan dipandang mulia di persada pendidikan negara.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-7-2013
Mohamad Zamzuarie Bin Mohamad Noor, | |
Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) telah dilaksanakan dan untuk mengetahui tahap keberkesanan sistem ini pelajar tingkatan 2 pada tahun ini tidak akan lagi mengambil peperiksaan Penilaian Menegah Rendah (PMR) pada tahun hadapan. Sama ada ibu bapa sedar atau tidak dengan perkara ini saya kurang pasti. Yang pastinya, tiada PMR lagi pada tahun 2014.
Adakah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ada menerangkan dan menghebahkan kepada ibu bapa tentang perkara ini.? Saya tahu ibu bapa ada dimaklumkan tentang SPPBS ini semasa taklimat murid baru, tetapi berapa peratus ibu bapa yang mengambil cakna dan faham terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar? Sebabnya sehingga kini masih ada lagi ibu bapa yang masih tidak sedar dan tahu secara terperinci perlaksanaan sistem ini. Sepatutnya makluman dan hebahan perubahan sistem ini dibuat bukan setakat di sekolah malah perlu juga dibuat melalui iklan di media cetak mahupun media elektronik. Saya amat yakin dan percaya bahawa ramai ibu bapa yang tidak mengetahui kaedah perlaksanaan sistem ini. Sistem penyampaian maklumat harus dipertingkatkan untuk memastikan semua maklumat sampai kepada golongan sasar.
Saya agak kuatir dan was-was dengan tahap ketelusan, integriti dan kebolehpercayaan sistem SPPBS ini. Yang saya ketahui penilaian ini dilakukan oleh guru-guru yang mengajar murid masing-masing. Setakat yang saya ketahui, standard soalan ujian yang dilaksanakan oleh semua sekolah bergantung kepada guru yang mengajar mereka. Bagi pelajar yang tidak dapat menjawab soalan semasa dibuat ujian, pelajar ini akan dibenarkan mengulangi semula soalan bab yang diuji berulang kali sehingga pelajar tersebut dapat menguasai bab yang diuji. Maka terdapat kemungkinan akan wujudnya ”manipulasi” oleh sekolah-sekolah yang mempunyai rekod yang kurang baik untuk meningkatkan prestasi murid-murid mereka. Janganlah nanti kita terkejut bila pencapaian sekolah harian lagi tinggi dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mahupun Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) disebabkan perlaksanaan SPPBS ini.
Sistem SPPBS ini diwujudkan pada masa tersebut adalah bagi menutup isu yang menyatakan sistem pendidikan Malaysia hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata. Sepatutnya pelbagai kaedah boleh dilaksakan, sebagai contohnya dengan melihat sistem pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di mana mereka menjalankan sistem peperiksaan dan kerja kursus. Dalam kerja kursus mahasiswa diberikan markah oleh pensyarah melalui tugasan, kuiz, ujian berkala dan sebagainya bergantung kepada IPT. Peperiksaan akhir semester tetap dilaksanakan dan biasanya mewakili 60 peratus-70 peratus daripada markah keseluruhan bergantung kepada subjek dan IPT masing-masing. Dalam SPPBS tiada peperiksaan untuk pelajar tingkatan 3 dan 100 peratus dinilai berasaskan sekolah.
Saya merasakan sistem ini terdapat banyak kelemahan dan memerlukan kajian yang lebih terperinci, janganlah hanya ”indah khabar dari rupa” disebabkan untuk transformasi pendidikan langkah ini dibuat secara tergesa-gesa. Saya amat percaya dan yakin sekiranya dibuat soal-selidik dalam kalangan guru persoalan yang diutarakan oleh saya ini ada benarnya. Saya juga amat percaya masih ada lagi pelaksana dasar ini iaitu guru masih lagi ada yang kabur dan kurang jelas tentang perlaksanaan sistem ini. Ini belum lagi mengambilkira sistem online yang masih lagi bermasalah hingga kini. Usahlah menafikan kebenaran semata-mata untuk ”menjaga kerusi” masing-masing.
Sebagai contohnya, sekiranya ada pelajar yang dimanipulasikan keputusan ini berjaya memasuki SBP mahupun MRSM di tingkatan 4, apa yang akan terjadi kepada generasi ini bila menghadapi SPM? Akhirnya negera yang akan rugi disebabkan kesilapan kita sendiri sekiranya kita tidak melihat balik kepada komen-komen dan ulasan-ulasan yang diutarakan oleh warga pendidik mahupun masyarakat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-7-2013
Harakahdaily, | 10 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Secara prinsipnya, tiada dasar jaminan pekerjaan dalam melaksanakan pelantikan dan penempatan graduan yang telah tamat latihan perguruan di IPTA dan IPGM.
Sebaliknya, pelantikan dan penempatan guru baharu berdasarkan kekosongan jawatan yang mencukupi bagi membolehkan setiap graduan yang tamat pengajian dengan jayanya dan memenuhi syarat pelantikan skim dilantik berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran
Demikian jawapan bertulis kementerian itu kepada soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam soalannya, Nurul Izzah meminta Menteri Pendidikan menyatakan:-
(a) rasional penghapusan jaminan kerja bagi graduan perguruan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan
(b) perancangan jangka panjang untuk graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah.
Walau bagaimanapun, kementerian itu menjelaskan pelaksanaan dasar perjawatan ketat yang diputuskan oleh kerajaan mulai 2010, dan keputusan melanjutkan had umur persaraan kepada 60 tahun telah memberi kesan kepada jumlah kekosongan perjawatan yang terhad dan tidak dapat menampung bekalan graduan yang bakal bergraduat mulai tahun 2013.
Justeru, walaupun sebahagian graduan adalah ditaja oleh kementerian, pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.
“Perkara ini jelas dinyatakan dalam perjanjian biasiswa yang ditandatangani antara kementerian dan graduan yang terlibat,” ujar kementerian itu lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-7-2013
Laporan tentang tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Johor membentuk pasukan khas untuk memantau aktiviti guru dan guru besar di media sosial sangat melucukan. Tidak disangka masih wujud lagi pemikiran dan tindakan kolot sebegitu yang sangat kontradik dengan tamadun hari ini yang menyanjung tinggi kebebasan bersuara masyarakat.
Tindakan ini mengingatkan saya pada peristiwa pada 2003 lalu di Terengganu yang melibatkan ibu bapa saya selaku warga guru. BN Terengganu telah menganjurkan himpunan Gelombang Biru di Besut untuk kempen PRU 2004 dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dijemput sebagai tetamu. BN menggunakan kuasanya untuk mewajibkan semua kakitangan kerajaan termasuk warga guru supaya hadir dan tindakan akan diambil bagi yang ingkar. Lebih daripada itu, pelbagai syarat dikenakan sebelum ke program itu, seperti guru lelaki dilarang berkopiah dan digalakkan bersongkok dan berbaju biru, dilarang berbaju warna hijau, guru wanita dilarang berjubah. Sebagai anak, saya merasakan kerajaan telah menjatuhkan martabat ibu bapa dan guru-guru saya. Guru-guru juga pernah diwajibkan menandatangani surat aku janji untuk tidak terlibat dengan aktiviti parti pembangkang. Ugutan seperti ditukar tempat kerja sering menghantui para guru sehinggakan ada yang takut ke masjid kerana ada ustaz PAS yang menyampaikan kuliah di situ. Sampai bilakah ugutan tolol ini akan berterusan?
Pada saat Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dipinda dan membenarkan mahasiswa terlibat secara langsung dalam politik, mengapa para guru masih lagi disekat walaupun hanya menzahirkan sokongan, apatah lagi terlibat secara terus. Kerajaan BN perlu ingat, dalam PRU13 baru-baru ini mereka banyak kalah di kawasan Bandar dan undi dari golongan intelektual. Warga guru adalah golongan intelektual yang wajib diberi kebebasan, bukan seperti bani Israil dahulu yang menjadi mangsa untuk Firaun menunjukkan taring kuasa.
Hilmi Hamdan, graduan UIAM
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-7-2013
Bapa Guru, Pulau Pinang., | |
Minggu ini bermula daripada 24hb Jun 2013 adalah minggu pendaftaran pelajar-pelajar baru lepasan SPM 2012 ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Apa yang menyedihkan ialah bilangan pelajar yang mendaftar turun dengan mendadak di kebanyakan IPG Kampus. Sebagai bukti hanya 25 orang pelajar daripada 60 orang yang dipanggil mendaftar di salah sebuah IPG. Ini bermakna hanya 7-8 orang pelajar sahaja dalam satu kelas.
Kenapa ini berlaku?
Umum sudah mengetahui bahawa pelajar-pelajar IPG dikatakan tiada lagi jaminan kerja pada masa hadapan. Maklumat-maklumat ini disalurkan oleh pegawai dari IPGM sendiri kepada umum.
Mereka kononnya perlu bersaing dengan pelajar-pelajar dari IPTA dan IPTS lain dalam pasaran terbuka. Untuk mendapatkan pekerjaan mereka perlu mendaftarkan diri dalam Job Malaysia dan berbagai lagi ancaman terdedah ke atas mereka. Fenomena ini sudah pasti menjadi kerisauan kepada ibubapa dan pelajar itu sendiri. Kenapa mereka perlu melabur dalam satu urusniaga yang tidak menjanjikan pulangan yang diharapkan? Kenapa mereka perlu bersusah payah memenuhkan IPGM yang tidak memberikan keyakinan terhadap peluang kerjaya? Sebagai ibubapa saya akan pastikan anak saya yang cemerlang tidak memohon IPGM jika benar apa yang sedang berlaku.
Lebih melucukan lagi apabila syarat kemasukan ke IPGM sangatlah ketat. Hanya pelajar yang mendapat 7A ke atas sahaja layak memohon. Manakala pelajar yang tidak sampai ke tahap itu hanya gigit jari dan meleleh air liur. Siapa yang merangka syarat-syarat sebegini rupa? Mereka adalah pegawai-pegawai di IPGM yang merasakan diri mereka orang-orang yang cerdik dan berpengalaman dalam pendidikan kononnya. Sebenarnya pegawai-pegawai ini adalah mereka yang tamak, gelojoh dan pendek akal atau kurang cerdik. Mereka lupa siapa diri mereka yang sebenarnya.
Kenapa dikatakan begitu kepada mereka?
Bagaimana mereka boleh meletakkan syarat “straight A” atau sekurang-kurangnya 7A hanya layak memohon. Sedangkan dalam masa yang sama mereka gagal menjanjikan kerjaya kepada produk mereka? Inilah yang sangat melucukan dan melambangkan kelembapan tahap pemikiran pegawai-pegawai pembuat dasar ini. Bagaimana mereka menilai kemampuan pelajar-pelajar ini? Apakah statusnya sama dengan kelulusan pangkat 3 SPM pada zaman mereka dahulu?
Pelajar-pelajar yang cerdik dan cemerlang sudah pasti tidak akan terpanggil untuk ke IPGM. Banyak lagi kerjaya lain yang lebih menarik dan glamor berbanding dengan perguruan. Kenapa mereka perlu mengorbankan masa, tenaga dan peluang untuk mencapai sesuatu yang tidak berdaya saing dan tidak menjanjikan masa depan yang lebih yakin? Inilah sebab utama kenapa pendaftaran pelajar ke IPGM merudum. Ia juga satu jawapan istimewa bagi para pembuat dasar di Kementerian Pelajaran dan IPGM khususnya. Akhirnya IPGM hanya akan dipenuhi oleh pelajar-pelajar kelas ketiga iaitu mereka yang tidak ada peluang ke mana-mana sama seperti yang berlaku sebelum ini. Wal asal balik asal….
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-6-2013