FACE TO FACE:
1. https://www.youtube.com/watch?v=i28Y2014Mhc
Tuduhan Syiah macam kemuncup melekat di seluar
- Dec 19, 2013
- Zulkifli Yahaya
"Saya sedar apa yang dilakukan oleh mereka adalah bertujuan untuk menyibukkan kita (PAS) dengan kerja menjawab tuduhan atau membuat penafian.
"Dengan itu pemimpin Umno/ BN berharap usaha kita menggerakkan penentangan rakyat terhadap kenaikan harga barang, tarif elektrik, tol dan sebagainya akan dilupakan," ujarnya.
Sedangkan, katanya, 10 tuduhan yang dibuat KDN untuk mengaitkannya dengan ajaran Syiah langsung tidak berasas dan hanya menjadi bahan gelak ketawa rakyat.
Mohamad yang ditemui di majlis Taklimat dan Dailog Menuntut Kenaikan Harga Padi anjuran Belatani di sini berkata, beliau tidak akan melayan atau menjawab semua tuduhan tersebut sebaliknya menyerahkan kepada peguam untuk menguruskan dakwaan Menteri Dalam Negeri mengikut saluran keadilan.
"Saya akan teruskan kerja saya membela rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga minyak, elektrik, tol... isu peningkatan kos hidup, isu GST, TPPA, walaupun pemimpin Umno/BN cuba untuk mengalih fokus saya," tegasnya.
Sumber HD - 19-12-2013
Jawapan Gred A Mat Sabu
- Dec 18, 2013
- http://bloglist-malaysia.blogspot.com
MAT SABU: Saya tidak kisah orang mahu burukkan nama saya. Tetapi hari ini apabila saya berdepan orang ramai, saya tidak nampak semakin buruk sebaliknya semakin ‘harum’.
Jika dahulu hanya segelintir sahaja yang datang bersalam dengan saya, tetapi hari ini ramai datang bersalam tidak kira Melayu, Cina, India, orang tua, muda budak kecil juga datang kepada saya.
Saya berharap perjuangan untuk membawa Islam untuk semua yang cuba dibawakan akan berjaya.
Sejauh mana berjaya atau tidak, saya cuba.
SINAR HARIAN: Boleh disimpulkan, bahawa mengagumi seseorang itu tidak semestinya terikut aliran yang dibawa pemimpin berkenaan, boleh tuan sahkan yang tuan berpegang teguh dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah?
MAT SABU: Ya, ya... ya saya Ahlul Sunnah.
SINAR HARIAN: Bagaimana ahli keluarga berhadapan dengan kontroversi ini termasuk yang terbaru, isu Syiah?
MAT SABU: Apabila timbul isu Syiah, media elektronik hentam saya di dalam berita mereka. Pada malam kejadian (7 Disember lalu) saya hubungi isteri saya kira-kira jam 11 malam. Dia sudah tidur.
Maknanya isteri saya tidak ambil kisah pun dan menganggap cerita yang berlaku pada suaminya sebagai siaran ulangan dan tidak susah hati dengan kontroversi itu.
Sumber HD - 18-12-2013
Syiah: Peguam Mohd Sabu beri tempoh 3 hari kepada Zahid
Isu Mat Sabu Syiah: Semua bukti diserah kepada Jakim
- Dec 15, 2013
- .
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.
"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh di sini, hari ini.
Beliau berkata sebarang tindakan berhubung kes berkaitan Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.
KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.
Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.
Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim.
Beliau yakin tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa agama terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan fahaman syiah. - Bernama
Sumber HD - 15-12-2013
Dunia sudah terbalik, Mat Sabu pula diminta kemuka bukti
- Dec 14, 2013
- SHAHBUDIN HUSIN
"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, melalui youtube atau akhbar," kata Dr Zamihan yang namanya turut disebut dalam pendedahan bukti oleh KSU KDN dua hari lalu.
Dalam masa yang sana, beliau juga mengakui 10 bukti (sebenarnya hanya maklumat) yang didedahkan oleh KDN mengenai Mat Sabu hanya boleh dikategorikan sebagai gred B tetapi dalam masa yang sama masih mempunyai bukti gred A yang disimpan dan hanya akan didedahkan jika keadaan memerlukan.
Terlihat ada yang pelik dalam hal ini. Sepatutnya yang perlu mengemukakan bukti adalah pihak yang menuduh, bukannya pihak yang kena tuduh. Jika Zahid Hamidi dan KDN begitu yakin dengan bukti yang mereka ada, mereka seharusnya tidak perlu berlengah lagi untuk menyerahkan bukti yang ada kepada Jakim supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Hanya setelah Mat Sabu ditahan dan didakwa secara rasmi, barulah beliau boleh mengemukakan pembelaan secara rasmi untuk menafikan penglibatannya dalam menganut fahaman Syiah.
Lagi pun, bukankah dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, yang digegak-gempitakan oleh Zahid Hamidi ialah untuk menahan Mat Sabu dengan memberi arahan kepada Jamil Khir supaya segera berbuat demikian?
Jadi apa tunggu lagi?
Kenapa pula sekarang, KDN melalui Dr Zamihan meminta Mat Sabu mengemukakan buktinya? Tanggungjawab mengemukakan bukti adalah pada KDN, bukannya pada Mat Sabu.
Lebih pelik lagi ialah kenyataan Dr Zamihan bahawa Mat Sabu boleh mengemukakan bukti-bukti penafiannya itu sama ada melalui bersemuka dengan KDN, melalui youtube atau akhbar. Setelah 10 maklumat yang didedahkan sebelum ini disifatkan longgar dan tidak kukuh, kenyataan Dr Zamihan ini seakan-akan mengesahkan bahawa KDN tidak berniat sama sekali untuk menahan Mat Sabu, sama ada dengan kerjasama Jakim atau sebaliknya.
Apa yang sebenarnya dimahukan Zahid Hamidi, tetapi menggunakan KDN untuk tujuan tersebut ialah mahu menjadikan Syiah ini sebagai isu politik semata-mata. Jika tidak, masakan Mat Sabu dibenarkan mengemukakan bukti walau melalui akhbar atau youtube sekali pun!
Sudah tentulah jika Mat Sabu melayan permintaan Dr Zamihan ini dengan mengemukakan bukti melalui akhbar atau youtube, Zahid dan KDN akan membalasnya dengan kaedah yang sama juga. Akhirnya meriahlah aktiviti berbalas-balas ini melalui media saja, tidak lebih dari itu.
Dalam masa yang sama, KDN, Ketua Setiausahanya dan Dr Zamihan terlihat sedang dipapan-caturkan untuk mencapai tujuan itu sedangkan isu keselamatan dan akidah yang kononnya menjadi pokoknya sebelum ini, semakin diketepikan. Dalam masa yang sama, jika isu Syiah ini berjaya dimainkan dan digembar-gemburkan melalui media, ia juga diharapkan menjadi pemangkin untuk melonjakkan lagi karier politik Zahid Hamidi yang kebelakangan ini dilihat seperti tidak sabar-sabar ke arah itu.
Ternampak juga bahawa dengan memberi keistimewaan kepada Mat Sabu berhujah mengenai Syiah ini melalui akhbar atau youtube, apa yang diinginkan sebenarnya hanyalah menjadikan ianya ssbagai mainan di media dan perbualan umum sahaja supaya akhirnya Pas diharap dapat dilumpuhkan dan kerjasama dalam PR dapat dikuburkan.
Dengan pengakuan Dr Zamihan bahawa ada bukti gred A dan gred B dalam simpanan KDN, mengukuhkan lagi bahawa isu Syiah ini bukan saja untuk mainan politik, tetapi boleh dilanjutkan lebih masa permainannya dengan mengeluarkan satu demi satu bukti untuk dijawab.
Percubaan menyerang Pas dengan mengaitkan isu Syiah ini juga dilihat untuk mewajarkan lagi tindakan UMNO meminda perlembagaan dengan memasukkan perkaraan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta untuk mengekalkan penguasaan politiknya terhadap kelompok Melayu luar bandar yang telah memberi talian hayat kepada pengekalan kuasanya dalam PRU 13 lalu.
Hanya itu tujuan Zahid membangkitkan isu Syiah ini sebenarnya sedangkan Syiah-Syiah lain hanya dibiarkannya saja sebebas-bebasnya. Jika benar Syiah itu bahawa dari segi akidah dan keselamatan, tindakan seharusnya lebih menyeluruh. Penyebaran fahaman Syiah di pusat-pusat pengajian tinggi tidak pernah diambil tindakan. Jika Zahid sebelum ini membanggakan dirinya di Perhimpunan Agung UMNO bahawa KDN telah menolak permohonan untuk menubuhkan Majlis Syiah Malaysia, tetapi apa tindakannya kepada penganjurnya? Kenapa mereka dibiarkan bebas?
Begitu juga kepada surau dan madrasah yang dipercayai menyebarkan fahaman Syiah, kenapa tiada tindakan selama ini jika benar sudah ada bukti mengenainya.
Sebaliknya Mat Sabu dan Pas juga disasarkan dalam isu Syiah ini. Tentulah sebabnya kerana ada untung lumayan di sebaliknya, bukan saja kepada UMNO tetapi juga kepada masa depan politik Zahid Hamidi sendiri. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 14-12-2013
Syiah: KDN minta Mohamad Sabu tampil kemuka bukti
- Dec 14, 2013
- .
Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.
"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di Wisma Bernama di sini, Jumaat malam.
Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.
"Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod.
"Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.
Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.
"KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.
Terdahulu semasa ditemu bual dalam program itu, Zamihan berkata KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini.
"Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.
Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak.
"Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya.
Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'.
Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini.
Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah. - Bernama
Sumber HD - 14-12-2013
Isu Mat Sabu Syiah: KDN hanya bawa cakap-cakap orang
- Dec 12, 2013
- http://greenboc.blogspot.com
Kedua, GB tertunggu-tunggu apa yang disebutkan "bukti" (evidences) dari KDN terhadap tuduhan Mat Sabu seorang Syiah.
Ternyata tiada lansung bukti kukuh yang disediakan. Yang ada cuma hasil wawancara dengan beberapa orang yang memang tidak sebulu dengan Mat Sabu.
Selawat Syiah? Bagaimana bunyinya? Bila Mat Sabu melafazkannya? Ada atau tidak rakamannya? Dituduhnya juga Mat Sabu pernah dilihat menunaikan solat menggunakan sebiji batu leper. Berapa biji batu leper yang digunakan? Mana batu leper itu sebagai bahan bukti?
Pergi membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011. KDN sendiri yang men yatakan itu program "majlis ramah mesra". Bukan program Mat Sabu sertai Syiah.
Dituduhnya Mat Sabu menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah. Kenapa tak tangkap guru-guru berkenaan jika benar mereka mengajar ajaran Syiah?
Kalau memuji Ayotollah Khomeini & Hassan Nasrullah, apakah sudah menjadi Syiah lantarannya?
Sungguh mengarut. Menjatuhkan imej dan integritinya sebagai sebuah kementerian. Tidak memenuhi syarat paling asas pun untuk membuat sebarang pertuduhan di mahkamah. Lakukan pelbagai fitnah TANPA sebarang bukti.
Ayuh Mat Sabu, heret segera Zahid Hamidi dan KDN ke mahkamah!
Baca lagi
Sumber HD - 12-12-2013
- Dec 12, 2013
- http://www.wasukalu.com
MAHARAJA KOMEDI TERHEBAT 2013 - NAK DAKWA MAT SABU DENGAN BUKTI HAPRAK MACAM NI?... wakaka
Inilah bukti untuk mendakwa Mat Sabu penganut syiah. Yang beriya-iya benar Zahid Hamidi kompang di suratkhabar.
Wakaka... ayam kat reban pun tergelak dengan bukti macam ni. Nak bawak masuk mahkamah bagi mendakwa Mat Sabu?
Buang karan saja la... Penguamcara pun gelak terkentut-kentut.
Peguam syarie yang bakal bela Mat Sabu akan sengeh panjang sepanjang perbicaraan. Apa taknya... kes dah tentu menang. Duit dah tentu masyuk... wakaka.
Inilah antara bukti yang dicanangkan media petang tadi.
1. Pernah gesa contohi pimpinan politik berdasarkan cara Imam Khomeini.
2. Kagum dengan kepimpinan dan perjuangan Khomieni yang banyak mencorakkan kepimpinannya.
3. Gunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk penganut kristian sambut krismas.
4. Terumarah AntaraPos dengan Aidid Ghazali, Timbalan Presiden Jati yang kata Mat Sabu ikon syiah.
5. Secara terang-terang puji Satiausaha Agung Syiah Lubnan dan mengaku selalu bersama isteri dia jumpa Sayyed Hassan Nasrallah.
boleh kita anggap Najib Kristian kerana dia mengunjungi Pope? |
7. Beberapa kali hadir kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah oleh dua orang ustaz Syiah yang mengajar di sebuah sekolah agama di Gunung Semanggol.
Sekadar kagum dengan Kohmeini dianggap syiah. Baik punya kepala wotak diorang ni. Bagaimana dengan orang-orang yang mengkagumi tokoh pemimpin lain seperti Ghandi? Hindukah orang itu?
Bukti nombor 4 paling bangsat. Sekadar dengar cakap orang pun boleh jadi bukti. Hebat punya bukti!!!!
Masa sekolah, cikgu diorang ni kompom pening dengan bangang 1st class anak muridnya.
wakaka
MAHARAJA KOMEDI 2013
Sumber HD - 12-12-2013
- Dec 12, 2013
- http://omakkau.blogspot.com
MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... NANTI UMNO MALU!!!! ..MAT SABU DIKATAKAN PENGANUT SYIAH SEBAB DIA KAGUM DENGAN AYATOLLAH KHOMEINI..
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menyatakan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.
Baca lagi
Sumber HD - 12-12-2013
KDN fitnah, saya akan ambil tindakan - Mohamad Sabu
- Dec 12, 2013
- HARAKAHDAILY
Tindakan serupa juga kata Mohammad akan diambil terhadap Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang didakwa mengemukakan 'bukti' yang memfitnahnya.
Menurut Mohamad, beliau melihat bukti yang didedahkan KDN hari ini sebagai fitnah terhadapnya dan merupakan lanjutan dari kenyataan Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
"Kenyataan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggungjawab.
"Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat'," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau lagi, kenyataan berulang kali Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri itu juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara Malaysia.
"Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden Umno dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya," katanya yang kini sedang berprogram di Langkawi.
Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap pendedahan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim yang mengemukakan 10 bukti kononya Mohammad terlibat dengan ajaran Syiah.
Antara lain, Abdul Rahim mendakwa Mohamad pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini.
Dakwa beliau lagi, Mohamad juga secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.
Sumber HD - 12-12-2013
Syiah: PAS sifatkan bukti KDN terlalu dangkal
- Dec 12, 2013
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, bukti-bukti itu bukan sahaja dangkal, malah jauh sekali untuk mengaitkan Mohamad dengan akidah Syiah.
"Melawat Iran contohnya, ramai orang pergi lawat Iran. Saya sendiri beberapa kali pergi ke sana.
"Adakah orang yang pergi melawat China dikira menganut ajaran Komunis?
"Bagaimana pula dengan Umno yang menjalin hubungan kerjasama dengan Parti Komunis China (CPC), adakah Umno juga Komunis," soal Mustafa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan 'bukti' Mohamad Sabu terlibat ajaran Syiah oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini.
Antara lain, Abdul Rahim mendakwa Mohamad pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini.
Dakwa beliau lagi, Mohamad juga secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.
"Puji khomeini perkara biasa. Saya pun kagum dengan Khomeini sebab pada waktu itu dia selaku ketua negara Islam yang berani berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat.
"Mengkagumi seseorang adakah kita dianggap berakidah sama dengan orang itu?
"Adakah salah untuk kita mengkagumi Nelson Mandela atas ketegasannya menentang apartheid," soal Mustafa lagi.
Menurut Mustafa, beliau melihat pendedahan oleh KDN hari ini tidak lebih dari usaha terdesak pemimpin Umno untuk memburukkan PAS.
"Saya lihat ini langkah terdesak ( Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri) untuk mengelak diri dari tuduhan yang dia lemparkan sebelum ini.
"Kita ingatkan bukti yang mahu didedahkan ini sesuatu yang kukuh. Tapi kalau macam ini, memang sangat dangkal," katanya lagi.
Tambah Mustafa, Ahmad Zahid seharusnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan apatah lagi menuduh tanpa bukti yang kukuh.
"Jangan sampai keceluparan beliau itu memakan diri sendiri," katanya.
Sumber HD - 12-12-2013
- Dec 12, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata pemimpin nombor dua PAS yang dikenali sebagai 'Mat Sabu' itu didapati menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara ulama Syiah Iran Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf Khomeini" dalam ruangan Fikrah, akhbar Harakah halaman 16 pada 5 hingga 15 Julai 2008.
"Selain itu, beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011 turut menyatakan kekaguman dengan kepemimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikiran beliau," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seorang pemimpin PAS cenderung dan terlibat fahaman syiah.
Abdul Rahim juga berkata Mohamad semasa mengulas perutusan Hari Krismas pada 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, turut menggunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan di mana kenyataan itu dimuatkan dalam Harakah Daily pada 25 Dis 2008.
Kenyataan itu ialah: "Imam Khomeini telah menghantar mesej kepada penganut Kristian melalui siaran agensi-agensi berita. Para penyokong yang mengiringi Khomeini ketika dalam buangan di Neaupe Le Chateau, Perancis menceritakan mereka diminta oleh Imam Khomeini supaya membahagi-bahagikan hadiah kepada penduduk di situ pada Hari Krismas".
Selain itu Abdul Rahim berkata temuramah dibuat oleh agensi berita 'Antara Pos' dengan Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mohamad merupakan ikon Syiah dan gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.
"Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali," katanya.
Menurut Abdul Rahim, berdasarkan maklumat Mohamad juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, selatan Thailand pada 2011 untuk mengunjungi pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana.
Menurutnya berdasarkan maklumat, pemimpin PAS itu juga didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011, dan kelas pengajian itu dikendalikan dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sebuah daripada sekolah agama di Gunung Semanggol.
"Berdasarkan temuramah pegawai KDN Ustaz Zamihan Mat Zin bersama C.N Afghani (sahabat Mat Sabu selama hampir 20 tahun) di Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 9 Dis 2013 yang menjelaskan Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran," kata beliau.
Selain itu menurut temuramah Ustaz Zamihan bersama Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi (tokoh ulama) semalam, Abdul Aziz menjelaskan Mohamad pernah melafaz selawat seperti diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005, kata Abdul Rahim.
"Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sg Jagung, Pendang, Kedah juga menjelaskan Mohamad merupakan salah seorang penganut Syiah kerana beliau sendiri beberapa kali pernah melihat Mohamad menunaikan solat menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.
"Amalan ini sinonim dengan golongan Syiah," katanya.
Sehubungan itu Abdul Rahim berkata segala fakta dikemukakan jelas menunjukkan pemimpin PAS itu mempunyai kaitan dengan fahaman dan aktiviti Syiah.
"Secara kesimpulan, Mohamad juga menggesa umat Islam Malaysia mencontohi pemikiran dan corak pemerintahan Imam Khomeini yang jelas berasaskan Syiah.
"Selain itu keterangan beliau sendiri melalui kata-kata, penulisan, rakaman ceramah dan aktiviti yang disertainya sama ada di dalam atau luar negara tidak dapat sama sekali menyembunyikan kaitan beliau dengan Syiah," kata Abdul Rahim.
Selain itu, keterangan daripada rakan-rakan Mohamad yang pernah bersama-sama berjuang dalam lapangan politik yang sama turut memperakui kaitan beliau dengan Syiah, katanya.
Abdul Rahim berkata menerusi maklumat-maklumat yang disampaikan itu, ia jelas menunjukkan KDN dan agensi-agensi kerajaan yang lain sentiasa memantau dan peka dengan ancaman kegiatan dan fahaman Syiah.
Katanya fahaman itu boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam termasuk perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah. - Bernama
Sumber HD - 12-12-2013
- Dec 12, 2013
- Harakahdaily
KDN hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Ruhollah Khomeini.
Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.
"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?
"Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulis bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.
Seorang lagi bekas anggota Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim juga menyatakan rasa hairan dengan alasan KDN tersebut, yang disifatkannya sebagai "karut".
"Apa dah jadi? Apa salah kalau saya kagumi Khomeini? Atau (pejuang hak sivil golongan kulit hitam) Martin Luther (King Jr) atau (tokoh falsafah Cina) Confucius.
"Bukan berti saya tukar agama atau akidah. Karut," tulisnya.
Turut hairan dengan alasan KDN itu ialah Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh yang berpendapat sumber yang digunakan untuk siasatan tersebut sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah.
"Tentulah lebih baik jika sumber dan masa mereka digunakan untuk memerangji jenayah dan bukannya Mat Sabu," kata ADUN DAP itu di laman sosial tersebut.
KDN menyenarai bukti ke atas dakwaan berkenaan, dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini.
Ketua setiausaha kementerian tersebut Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi antara lainnya menyatakan bekas tahanan ISA itu juga pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.
Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.
Menurutnya, Mohamad juga pernah memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.
Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.
Sumber HD - 12-12-2013
Dulu komunis, sekarang syiah, akan datang...?
- Dec 11, 2013
- MOHAMAD SABU
Melawan komunis adalah merupakan satu jihad, kerana pada waktu itu British dan kuasa barat mengahadapi komunis “insurgent” di Eropah, di Russia dan di Malaya. Komunis dan rangkaiannya bangun menentang penjajah British dan juga berusaha untuk menghalau British daripada Malaya dan tanah jajahannya.
Selepas merdeka, kerajaan Malaya yang merdeka menghadapi serangan atau pun penentangan daripada komunis yang berterusan. Di luar daripada Malaya pula berlaku peperangan Vietnam. Vietnam Utara dengan ideologi komunis, manakala Vietnam Selatan didokong oleh Amerika dan negara-negara barat. Malaya atau Malaysia bersama dengan rangkaian Amerika dan negara-negara barat menentang kemaraan regim komunis di Vietnam pimpinan Ho Chin Minh.
Mao Tze Tung yang berjaya membentuk kerajaan melalui “long march” yang dibuat pada tahun 1949 memang menggegarkan kuasa-kuasa serantau, khasnya Britain dan Amerika yang menguasai rantau Pasifik dan Asia Tenggara.
Manakala Russia pula, semakin hari semakin kuat menguasai negara-negara yang sekarang disebut CIS, dan pada tahun 1978 telah menguasai Afganistan. Oleh itu komunis, sosialis dan ideologi negara yang didokong oleh mereka menjadi musuh yang amat sangat kepada Malaya (Malaysia) negara British, Amerika dan sekutu Eropah Barat.
Ribuan menjadi mangsa, bahkan ratusan ribu telah menjadi mangsa hasil pertarungan komunis dan non-komunis, sama ada di Malaya atau di negara-negara lain. Bahkan di Vietnam sehingga jutaan rakyat telah terkorban.
Di Malaya (Malaysia) polis dan tentera dan orang ramai terkorban, begitulah juga di pihak yang mendokong komunis terkorban begitu banyak dalam pertarungan ideologi, pertarungan negara, pertarungan kuasa (adi-kuasa) di atas muka bumi ini.
Pada tahun 1975, peperangan di Vietnam telah tamat, Vietnam Utara berjaya mengalahkan Amerika dan juga sekutunya di Vietnam Selatan. Richard Nixon telah melawat China dan membuat satu hubungan diplomatik baru di dunia ini. Russia pula membuat pembaharuan di atas konsep “glasnost (openness) and perestroika (restructuring)” menarik keluar tentera dan kuasa politiknya di Afganistan dan di negara-negara CIS yang lain.
Malaysia menandatangani perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya pada tahun 1989 iaitu Rundingan Damai Haadyai. Pemimpin-pemimpin Parti Komunis Malaya boleh pulang ke tanah air jika mereka mahu, kecuali Cin Peng dan abunya tidak dapat kebenaran pulang, tetapi yang lain-lain boleh pulang atau diusahakan untuk pulang.
Selepas peristiwa Demontrasi Baling pada tahun 1974, aktivis jalanan dan juga penunjuk perasaan yang membela tunjuk perasaan di Baling diburu di bawah ISA, puluhan pelajar dan juga pensyarah ditahan di bawah ISA termasuk Anwar Ibrahim, Syen Husin Ali, Kamaruzaman Yaakob dan ratusan para pelajar dikejar di bawah buruan ISA. Aktivis pelajar berhaluan kiri iaitu Hishamudin Rais melepaskan diri ke luar negara hasil daripada buruan ISA. Selepas perjanjian damai pada tahun 1991, aktivis pelajar dan juga pemimpin kesatuan pelajar serta pemimpin Kelab Sosialis Universiti Malaya pulang ke tanah air, dan kemudiannya menjalankan aktiviti sosial dengan begitu hebat sekali.
Pada tahun ini, apabila timbul cerita Aishah yang kononnya di rekrut oleh komunis dan menganut fahaman Mao Tze Tung diberitakan ingin dibawa pulang ke Malaysia. Aktivis sosialis dan menjadi buruan ISA iaitu Hishamudin Rais ke England, dan beritanya ke England disiarkan oleh berbagai media di Malaysia, bahkan beliau dikatakan bersama dengan pihak kedutaan Malaysia mencari Aishah dan berusaha menemubual Aishah, dan diberi publisiti tentang aktiviti Hishamudin Rais di London untuk membawa pulang Aishah ke Malaysia.
Apa yang hendak saya tekankan di sini, ialah komunis yang menjadi buruan di tahun 50-an, 60-an, 70-an dan 80-an, sekarang boleh pulang, bahkan dipelawa pulang ke tanah air. Ertinya sesuatu ideologi yang diperangi itu bukanlah kekal, di mana ia hanyalah sementara. Apakah giliran memerangi ideologi Syiah ini berpanjangan atau sementara? Kita ikutilah perkembangan seterusnya.
Oleh itu permusuhan kepada komunis, sudah menjadi reda. Sekarang China telah muncul sebagai negara ekonomi, bahkan dua ke tiga tahun lagi akan menjadi kuasa ekonomi nombor satu dalam dunia mengatasi Amerika Syarikat dan sekaligus Eropah Barat.
Perdagangan dengan China sudah menjadi rebutan, bahkan setiap negara menunjukkan peningkatan angka “billion dollar” dalam urusan berdagang dengan China. Presiden China ialah seorang komunis telah datang ke Malaysia dan disambut dengan hamparan permaidani merah. Begitulah juga Russia muncul sebagai negara yang kuat dengan ekonomi, dengan hasil minyaknya yang begitu tinggi menguasai pasaran Eropah sekarang ini. Dan dianggap satu negara yang kukuh dalam bidang ekonomi dan ketenteraan.
Maka permusuhan kepada komunis, seolah-olah tidak ada lagi, walaupun hanya ada sentimen di sudut sejarah, apabila saya cuba menimbulkan isu Mat Indera pejuang kemerdekaan, telah dimarahi oleh pemerintah di atas sentimen lama, bukan pembaharuan untuk membenci dan menentang komunis seperti yang berlaku di tahun 50-an, 60-an atau 70-an dahulu.
Pada tahun 1979, berlaku Revolusi Islam di Iran. Revolusi ini dianggap mengancam kuasa barat dan kuasa Amerika di Timur Tengah. Yang dijatuhkan ialah kerajaan Shah yang disokong dan didokong oleh Amerika dan Israel. Oleh sebab Iran ialah sebuah negara Islam, maka pengaruh revolusi itu boleh tersebar ke mana-mana dunia Islam yang lain, untuk rakyat membuat penentuan supaya mereka tidak dikuasai oleh Amerika dan British. Maka untuk menyekat kemaraan itu isu Syiah ditimbulkan.
Sebelum itu rakyat Malaysia, khasnya ketika zaman saya di peringkat persekolahan rendah, menengah dan dikampus, tidak tahu apa itu Syiah. Datuk Mahfuz Omar apabila dituduh atau ditanya “Adakah beliau seorang Syiah..?” Beliau mengatakan “Syiah itu sejenis kuih kah?” Ertinya rakyat Malaysia umumnya tidak tahu apa dia itu Syiah? Apa dia itu mazhab yang lain? Mereka hanya tahu hanyalah Islam, dan bukan Islam.
Kita tahu hal mengenai Iran ialah kerana ia mempunyai atau memiliki permaisuri yang jelita, iaitu Farah Diba, yang popularnya seperti Lady Diana di England. Kita tahu Iran kuat dalam pasukan bola sepak. Kita tahu juga Iran selalu menang dalam pertandingan ratu cantik di peringkat Asia dan di peringkat dunia. Selain daripada itu kita tidak tahu.
Tetapi digelombangkan isu Syiah selepas revolusi pada tahun 1979, kemudiannya diikuti oleh peristiwa-peristiwa yang berlaku di Teluk, khasnya apabila kemunculan Hizbullah untuk menghadapi Israel dan kancah politik di Lubnan. Maka isu Syiah itu disemarakkan lagi.
Berlaku pula pertembungan di Syria, di mana munculnya kumpulan FSA yang disokong oleh pemain utamanya iaitu Saudi, Qatar, dan negara-negara barat seperti Amerika, Perancis, British dan sebagainya. Kebetulan Basyar al-Asad telah dikatakan bermazhab Syiah Alawi yang kita pun tidak tahu soal-soal mazhab di Syria itu. Maka isu Syiah menggantikan tempat komunis yang telah reda beberapa tahun kebelakangan ini.
Jikalau pertarungan hal komunis itu menyebabkan jutaan dan ribuan rakyat di kedua-dua pihak terkorban dan menjadi mangsa, kita tidak tahu hal isu Syiah ini pula, iaitu golongan yang pro dan yang menentangnya apa pula yang akan dihadapi oleh pemerintah dan juga rakyat. Saya yakin peristiwa ini tidak berpanjangan seperti isu komunis.
Iran berusaha untuk menjadikan negaranya, salah satu negara nuklear, di mana hujahnya untuk tenaga, untuk penyelidikan kesihatan pada masa sekarang dan pada masa yang akan datang. Barat cuba untuk memboikot perdagangan dengan Iran, sehingga rakyat Iran yang berada di luar, yang berada di atas sekatan yang mana mereka tidak boleh membuka akaun di mana-mana bank. Mereka hadapi tekanan yang begitu dahsyat. Inflasi di dalam negara mereka naik seperti roket. Tetapi kegigihan rakyatnya, akhirnya mereka berjaya mencapai pengkayaan nuklear melebihi 20 peratus.
Melebihi tahap 20 peratus, adalah satu tahap pada bila-bila masa boleh pergi kepada membuat bom nuklear dan sebagainya. Yang sukar ialah daripada 5 peratus sehingga kepada 20 peratus. Itulah yang diberitahu oleh IEAE kepada masyarakat dunia.
Mahu atau tidak mahu, Iran telah menjadi sebuah negara nuklear. Pada dua minggu yang lalu, satu kejutan telah berlaku di mana negara 5+1 bersetuju membuat perdamaian. Secara ringkasnya dengan Iran, dan mengizinkan Iran meneruskan pengkayaan uraniumnya (nuklear) tetapi tidaklah sampai kepada peringkat untuk menghasilkan bom nuklear.
Oleh itu, dalam masa 5 bulan lagi, jikalau perundingan ini berterusan maka “sanctions” atau sekatan ekonomi, teknologi, peralatan kepada Iran akan berkurangan ataupun akan beransur-ansur pulih. Maka dianggarkan Iran akan muncul sebagai negara yang kuat dengan ekonomi, kerana kekuatan minyak dan teknologinya yang ada sekarang ini. Dan dengan Iran sekarang ini menjadi pemain utama di rantau Timur Tengah sama ada di Iraq, di Syria, di Lebnon dan di Afganistan, sudah tentunya ia akan muncul sebagai satu kuasa baru di Timur Tengah.
Gendang anti Syiah pada waktu itu akan berkurangan, Amerika dan sekutu baratnya akan mengubah haluan serangan entah ke mana pula. Ideologi “Awang Liku” mana pula akan menjadi ancaman pada waktu itu.
Oleh sebab itulah, saya berkeyakinan penuh isu Syiah yang dimainkan termasuk saya sendiri yang menjadi mangsa dalam isu ini. Bagi pandangan peribadi saya, ini hanyalah isu sementara, dan akan lebih cepat padam daripada isu komunis yang berlarutan secara hebatnya iaitu jikalau di Malaya ini semenjak dari tahun 1948 di zaman “emergency” sehinggalah perjanjian damai pada tahun 1989, yang memakan masa yang panjang iaitu hampir 41 tahun. Tetapi isu Syiah ini akan berkurangan tidak lama lagi, apabila negara barat mula bersahabat semula dengan Iran. Dan propaganda anti Syiah ini akan berkurangan.
Walau bagaimanapun dalam setiap pertarungan ideologi ada yang akan menjadi mangsa, sama ada tuduhan itu palsu, rekaan dan sebagainya untuk memperkuatkan sesebuah kerajaan itu, atau sebuah parti politik itu, demi menunjukkan yang mereka “concern” terhadap keselamatan negara, ataupun sebagai propaganda untuk mereka meneruskan kuasa di suatu tempat. Pertarungan ideologi ini akan berterusan.
Walau bagaimanapun kita akan konsep keadilan sejagat, ada jenayah universal yang tetap dianggap jenayah, seperti membunuh orang tanpa sebab, memukul isteri, memukul anak, memukul menantu, memukul bakal menantu yang tak jadi, menggunakan kuasa untuk melindungi kesalahan, rasuah, mencuri wang rakyat, menindas rakyat, memakan riba. Semuanya itu adalah merupakan kesalahan-kesalahan walau apapun ideologi, ia akan tetap dianggap satu jenayah.
Begitulah juga mereka yang menolong anak yatim, membantu orang miskin, melawan rasuah, menentang penindasan, menjaga dan kasihan kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan, alam sekitar, menggalakkan kehijauan, mewujudkan keharmonian antara kaum, memperjuangkan kebenaran sejagat, ideologi apa yang berkuasa, kumpulan apa yang naik, diterima umum sebagai perkara yang baik, yang perlu ada.
Oleh itu perjuangan hak dan batil akan berterusan “Ila Yaumil Qiamah…” tidak kira samada ideologi apa, keadaan apa yang berlaku di suatu tempat atau di sesuatu negara.
Saya berpegang di atas konsep perjuangan berdasarkan Islam, iaitu menegakkan yang ma’aruf dan menentang yang mungkar, dan beriman kepada ALLAH dan berusaha untuk mewujudkan keharmonian semua kaum di atas sifat apa yang diberitahu oleh kitab suci Al-Quran.
“Wama Arsalnaka ‘illa Rahmatal Lil Aalamin..” ,
“…Dan tidaklah Kami utuskan Engkau Muhammad kecuali untuk membawa kesejahteraan kepada sekelian alam…”. Itulah pandangan saya untuk kali ini.
Sumber HD - 11-12-2013
Karpal minta bantuan Mohd Sabu kesan anak guam
- Dec 11, 2013
- HARAKAHDAILY
Ianya salah satu rangkaian politik yang terpaksa digunakan Karpal bagi mengesan Bazli yang masih terikat dengan kes tuntutan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menyerangnya.
Amir Bazli, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, gagal menghadirikan diri di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Disember lalu untuk prosiding kesnya di hadapan hakim hingga menyebabkan peguamnya bimbang di mana ahli perniagaan itu berada kini.
Kehadiran Amir Bazli penting untuk memaklumkan kepada Hakim Vernon Ong mengenai terma penyelesaian kes membabitkan dirinya dan Ahmad Zahid.
Karpal yang juga Pengerusi DAP dipetik berkata, beliau mendapatkan bantuan Mohamad atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu kerana ahli politik itu mempunyai rakan dan ahli parti yang mungkin tahu di mana anak guamnya berada.
“Beliau berjanji untuk menghubungi beberapa rakannya dan ahli parti untuk mengesan anak guam saya yang perlu hadir di mahkamah hujung bulan ini,” katanya dipetik berkata.
Menurut Karpal, beliau ada menghantar surat surat berdaftar menerusi Pos Malaysia dan satu lagi nota menerusi firma kurier namun tidak mendapat balasan dari Amir Bazli.
Beliau juga mendakwa telah dimaklumkan bahawa Amir Bazli tiada di alamat itu dan juga tidak boleh dihubungi menerusi telefon, lapor portal itu lagi.
Peguam veteran itu berkata, sebelum 18 Julai, Amir Bazli boleh dihubungi dengan mudah menerusi telefon bimbit dan akan datang ke firma guamannya dalam tempoh singkat apabila diberitahu.
Karpal memohon penangguhan terakhir dan mahkamah membenarkannya. Hakim menetapkan 31 Disember ini dan berharap Amir Bazli akan hadir di mahkamah.
Sumber HD - 11-12-2013
Adakah Zahid faham apa itu ahli sunnah wal jamaah?
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata demikian sebagai mengulas berita-berita yang dilaporkan sejak kebelakangan ini khususnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menggambarkan seolah-olah hanya Umno sahaja yang mempejuangkan akidah ASWJ di negara ini sedangkan realiti sebenarnya adalah berbeza.
"Saya ingin bertanya kepada Zahid, adakah beliau faham apa yang dimaksudkan dengan ahli sunnah wal jamaah yang berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah?" soal beliau lagi.
Jelasnya, akidah ahli sunnah wal jamaah ialah akidah yang memandu sesiapa sahaja yang percaya kepadanya untuk memperjuangkan ajaran agama Allah s.w.t , termasuklah memperjuangkan hukum hakam-Nya yang wajib dilaksanakan dalam negara ini.
"Mereka yang memperjuangkan ASWJ hendaklah wajib menentang segala apa bentuk tindakan yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang berlaku di dalam negara ini," tegas beliau ketika dihubungi.
Sumber HD - 10-122-2013
Jika Mat Sabu itu Syiah, Umno itu komunis, Rosmah itu Wahabi
- Dec 10, 2013
- AHMAD TAJDID
“Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua',” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS.
Ketika diasak wartawan bahawa ‘orang nombor dua’ PAS itu ialah Mohamad Sabu, Ahmad Zahid yang baharu diwawancara sebuah stesen TV Indonesia ketika menziarahi kampung halamannya di Jawa, Indonesia bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa.
Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti kononnya ‘orang nombor dua’ itu berfahaman Syiah.
Tambahnya, tindakan penahanan itu boleh dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama negeri, kata Zahid cuba mengalihkan beban tuduhannya itu kepada agensi lain.
Ketika ditanya pemberita, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata, agensi di bawah kementeriannya akan berbincang dengan KDN sebelum menyiasat pemimpin PAS yang didakwa terlibat dengan ajaran Syiah.
Menurut Jamil Khir, pihaknya perlu mendapatkan dan meneliti bukti sebelum memulakan penyiasatan dan mengambil tindakan undang-undang Syariah.
“Kita jumpa KDN dulu, dapatkan semua maklumat. Nak buat tuduhan perlu bukti,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan dan Ijtimak Amil Zakat Kebangsaan 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Selasa lalu.
Dolak dalih Zahid ini berpunca daripada kenyataan Mohamad yang ingin membawa menteri BN itu ke mahkamah kerana menuduh beliau secara terbuka di pentas Umno sebagai penganut mazhab Syiah. Mohamad menafikan dakwaan rambang Zahid itu dan menegaskan bahawa beliau berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Walau apa pun dolak dalih Zahid, sebilangan penyokong fanatik Umno berkeyakinan teguh bahawa dakwaan beliau terhadap Mohamad disandarkan bukti kukuh.
Malah ada di kalangan mereka mahukan polis dan Jakim segera menyiasat dakwaan Zahid berhubung pembabitan pemimpin tertinggi PAS dalam gerakan Syiah.
Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang terkenal dengan senaman punggung dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, berhubung perkara tersebut.
Presiden PVTM yang juga pelopor senaman punggung, Mohd. Ali Baharom berharap pihak-pihak berkuasa mengambil tanggungjawab untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan tersebut.
"Perkara ini serius dan perlu siasatan segera kerana kami bimbang ajaran sesat ini akan terus berleluasa memesongkan akidah umat Islam di negara ini sekali gus mengancam keselamatan dan keharmonian masyarakat.
"Kami percaya Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri membuat dakwaan tersebut berasaskan risikan serta maklumat yang diperoleh pihaknya, jadi adalah penting siasatan terperinci dilakukan demi kesucian agama Islam di negara ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis itu.
Mohd. Ali juga berharap Zahid berani mengambil tindakan dan bertanggungjawab atas dakwaan yang dilakukan.
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah dilaporkan Utusan Online mempercayai bulat-bulat dakwaan Zahid.
Menurutnya, dakwaan Zahid tidak akan timbul sekiranya tanpa bukti dan beliau percaya Menteri Dalam Negeri mempunyai asas sebelum membuat sebarang dakwaan.
Begitulah yakinnya pemimpin NGO pro-Umno terhadap Zahid seperti mana keyakinan mereka bahawa kononnya hanya Umno sahaja yang mampu membela nasib Melayu.
Menjawab dakwaan Zahid, Mohamad tidak gentar dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu yang mahu mendedahkan bukti secara terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dalam fahaman Syiah.
Mohamad mengakui sudah biasa dengan tuduhan seumpama itu termasuk ketika pemilihan PAS baru-baru ini.
“Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa-sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi,” katanya dipetik The Malaysian Insider.
Nampaknya Zahid tidak punyai pilihan selain membuktikan tuduhannya itu. Beban bukti dakwaan kini terpikul di bahu Zahid dan para pegawai KDN nampaknya terpaksa bekerja lebih masa untuk mengumpulkan bukti bagi menyelamatkan ‘air muka’ Zahid.
Di saat Mohamad dan masyarakat umum ternanti-nanti bahan bukti yang ingin dipersembahkan Zahid, suka diingatkan agar Zahid tidak secara mudah menganggap Mohamad sebagai bermazhab Syiah semata-mata bersandarkan ucapan Mohamad dalam ceramah-ceramah umum beliau sebelum ini.
Mohamad memang dikenali umum sebagai pengkagum revolusi Islam Iran – revolusi rakyat yang berjaya menumbangkan regim Shah Iran dokongan Amerika Syarikat. Bagaimanapun kekaguman Mohamad terhadap Iran tidak boleh dijadikan hujah untuk mengaitkan beliau dengan Syiah seperti mana kita tidak boleh menuduh Dr Mahathir Mohamad sebagai penganut Shinto semata-mata kerana kekaguman beliau dengan nilai-nilai masyarakat Jepun.
Apa juga kurangnya dengan Umno yang kini punyai hubungan rapat dengan Parti Komunis China (PKC)? Wakil PKC dan wakil parti-parti komunis Vietnam dan Cuba pernah menghadiri perhimpunan agung Umno. Paling akhir delegasi PKC mengunjungi Perdana Menteri yang juga Presiden Umno di bangunan Parlimen November lalu.
Malah hubungan erat Umno-PKC itu diwar-warkan dalam Umno Online dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor begitu berbangga dengan kerjasama erat dua parti itu dalam aspek perkaderan anggota.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pula diketahui umum mempunyai hubungan baik dengan isteri kerabat Diraja Arab Saudi dan beberapa negara Arab.
Ketika memberikan ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 lalu, Najib memberikan dua contoh hubungan akrab Rosmah dengan isteri bekas diktator Mesir Hosni Mubarak, Suzanne Mubarak dan kerabat Diraja Saudi yang sering dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Rosmah juga dibenarkan kabinet menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk berkunjung ke sebuah negara Timur Tengah dan bertemu isteri pemimpin negara tersebut yang juga berfahaman Wahabiah.
Kesimpulannya jika hubungan dan kekaguman Mohamad dengan Iran boleh dijadikan alasan mendakwa beliau sebagai Syiah, apa halangan untuk kita mendakwa Umno itu komunis dan Rosmah itu Wahabi?
Sumber HD - 10-12-2013
Syiah: Mohamad Sabu tunggu pendedahan Zahid
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
Mohamad berkata, beliau sudah biasa dengan tuduhan seumpama itu termasuk ketika pemilihan PAS baru-baru ini.
“Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa-sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi,” katanya dipetik The Malaysian Insider.
Mohamad berkata, sejak menyertai PAS pada awal 1980-an, beliau sudah biasa dipenjarakan termasuk dua kali ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1984 dan semasa Operasi Lalang pada 1987.
“Peguam masih lagi kaji tindakan susulan yang akan dilakukan. Kita tunggu dulu pendedahan dia,” katanya merujuk kepada Ahmad Zahid.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti sama ada Ahmad Zahid memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu.
“Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din,” katanya.
Semalam, Ahmad Zahid berkata, beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat dengan fahaman Syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.
Katanya, sidang akhbar itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya.
Sehubungan itu, katanya, pemimpin yang didakwa terlibat itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah.
"Kenapa dia takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti dia nak cakap apa?
“Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di Putrajaya, semalam.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak mahu umat Islam berpecah-belah seperti negara lain hanya kerana fahaman mazhab berbeza.
Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.
"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS.
"Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama.
Jamil Khir berkata, pembuktian kukuh perlu dibuat untuk menuduh seseorang itu penganut Syiah.
Katanya, ajaran Syiah bukan melibatkan parti semata-mata, kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang penganut fahaman berkenaan.
Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Jakim sudah ada bukti untuk menahan Mohamad, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis.
"Elok tanya Zahid. Elok tanya polis,” katanya.
Sumber HD - 10-12-2013
- Dec 10, 2013
- MOHD NASIR ZAKARIA
Kepada
Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiNaib Presiden Umno Malaysia
Pejabat Umno
Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur
TUDUHAN SYIAH TERHADAP PEMIMPIN PAS: INGATLAH KEPADA ALLAH DATUK SERI
Datuk Seri,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengecam sikap tidak konsisten Datuk Seri selaku Naib Presiden Umno dan seorang muslim berkenaan isu tuduhan syiah kepada pemimpin nombor dua PAS dalam ucapan penggulungan Datuk Seri di dalam Perhimpunan Agung Umno 2013.
Datuk Seri mengatakan. "Kita tahu siapa pemimpin syiah dalam PAS, PAS ketepikan perbezaan politik, ini soal akidah dan soal masa depan negara, Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin syiah itu untuk menjadi orang kedua dalam PAS". Video. http:// www.youtube.com/ watch?v=G5bp_BocXWE
Pada hari berikutnya Datuk Seri bersilat lidah mengatakan Datuk Seri tidak menyebut nama individu tertentu. Sedangkan ia boleh ditafsirkan dengan jelas bahawa bayangan (innuendo) yang digunakan sangat jelas bahawa tiada orang yang dirujuk selain Tuan Haji Mohamad Sabu yang dipilih menjadi orang kedua dalam PAS.
Datuk Seri,
1. DPPNK menyeru agar kita semua bertaqwa kepada Allah dalam segala urusan kita. Sama ada ucapan dan perbuatan kita. Semua itu akan dipertanggungjawab di hadapan Allah.
2. DPPNK berpendapat tuduhan itu adalah amat berat. Tuduhan itu yang ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia dan boleh ditonton oleh jutaan yang lain di dalam talian termsuk laman Youtube adalah amat besar dosanya sekiranya tidak disertakan dengan bukti. Pada masa yang sama si yang dituduh tidak berupaya membela diri di dalam majlis yang besar seperti itu.
3. Sekiranya ia adalah satu fitnah, maka Datuk Seri ingatlah firman Allah SWT di dalam Surah al-Buruj ayat ke 10, "Sesungguhnya orang yang memfitnah orang mukmin dan mukminat dan kemudiannya tidak bertaubat, maka bagi mereka neraka jahannam dan dan bagi mereka azam dari api yang membara."
4. Seterusnya di dalam sidang akhbar, Datuk Seri telah menafikan ucapan itu ditujukan kepada Haji Mohamad Sabu. Datuk Seri, kami tidak tahu apa yang ada di dalam hati Datuk Seri. Hanya Allah Yang Maha mengetahui. Namun begitu ingatlah akan Hadis Nabi SAW. "Abdullah bin Amr mengatakan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Empat yang barangsiapa terdapat pada dirinya keempat sikap itu, maka dia adalah seorang munafik yang tulen. Barangsiapa yang pada dirinya terdapat salah satu dari sifat sifat itu, maka pada dirinya terdapat salah satu sikap munafik itu, sehingga dia meninggalkannya. Iaitu, apabila dipercaya dia berkhianat (dan dalam satu riwayat: apabila berjanji dia ingkar), apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia menipu, dan apabila bertengkar dia curang." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
5. Datuk Seri, DPPNK menyeru agar kita berpegang kepada ajaran Islam. Kemukakanlah bukti. Cakaplah di tempat yang sepatutnya. Berilah keadilah kepada semua. Semoga Allah beri keadilan kepada kita di Mahkamah Keadilan Rabbul Jalil. Janganlah Datuk Seri ikat tangan orang yang tidak mampu pertahan diri, kemudian Datuk Seri pukul dan sorak lawan Datuk Seri. Lekeh sangatlah Datuk Seri.
6. Datuk Seri, DPPNK merasakan ucapan ini hanyalah sekadar sandiwara Datuk Seri bagi mengalih perhatian rakyat dari isu-isu negara yang lebih penting. Dengan kenaikan tarif eletrik yang tidak serius disentuh, kenaikan kos hidup, isu tol dan lain-lain yang membebankan rakyat.
7. Datuk Seri, yang lebih lawak ialah, Datuk Seri adalah seorang Menteri Kabinet, tetapi memberi arahan kepada Datuk Seri Jamil Khir yang juga Menteri Kabinet. Adakah ini caranya arahan dan gaya pengurusan negara kita. Ini bukan Kabinet dapur Datuk Seri. Adakah ia bermakna Datuk Seri Jamil Khir tak tahu bekerja? Lemah sangatkah beliau sehingga perlu diberi arahan dan diajar secara terbuka? Bagi kami ini adalah satu penghinaan kepada Datuk Seri Jamil Khir.
8. Datuk Seri, surat ini adalah pandangan ikhlas kami kepada Datuk Seri. Semoga surat ini Datuk Seri baca dengan tenang dan jauh dari prasangka. Sesungguhnya tiada seorangpun dari kita yang mampu menongkat langit.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar. Akhukum fillah
Mohd Nasir Zakaria
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Sumber HD - 10-12-2013
Alahai Zahid Hamidi...
- Dec 08, 2013
- SHAHBUDIN HUSIN
Zahid Hamidi telah berbuat sesuatu yang luar biasa dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan rakan sejawatannya dalam kabinet, Jamil Khir Baharom untuk menahan orang nombor dua dalam Pas, Mohamad Sabu kerana dipercayai mengamalkan fahaman Syiah.
Walaupun tidak menyebut secara langsung tetapi apabila beliau menyebut pemimpin nombor dua Pas, ia sangat jelas ditujukan kepada Mat Sabu yang menjadi Timbalan Presiden parti itu.
Tindakan Zahid memberi arahan untuk menangkap seseorang di pentas umum dan secara terbuka dalam Perhimpunan Agung UMNO terlihat luar biasa, bukan saja kerana tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini tetapi juga menyalahi etika sebagai seorang yang ada kuasa.
Jika benar, beliau mempunyai bukti bahawa Mat Sabu mengamalkan fahaman Syiah, beliau tidak perlu menjerit secara terbuka untuk menangkapnya tetapi terus saja menahannya berdasarkan peraturan undang-undang sedia ada. Lagi pula, tidak perlu memberi arahan secara terbuka kepada Jamil Khir kerana sebagai sesama anggota kabinet, mereka berjumpa dan bermesyuarat setiap minggu dalam mesyuarat mingguan kabinet.
Cara Zahid memberi arahan kepada Jamil Khir juga seolah-olah beliau sedang mengajar menteri yang bertangggungjawab kepada hal-ehwal agama itu untuk bertindak dan bekerja. Dengan memberi arahan juga seperti beliau merasakan dirinya sudah berjawatan lebih tinggi daripada menteri dan tidak sabar-sabar untuk meningkatkan lagi taraf dirinya sebagai pemimpin.
Tetapi jika tidak mempunyai bukti dan asas yang kukuh, beliau tidak seharusnya membuat tuduhan secara terbuka kerana tindakan itu memperlihatkan dirinya tidak jauh bezanya dengan pencacai UMNO yang bersepah-sepah di setiap majlis keramaian UMNO. Zahid seharusnya tahu membezanya dirinya adalah Naib Presiden UMNO yang sudah dua kali mendapat undi tertinggi dan kini berjawatan Menteri Dalam Negeri.
Apatah lagi, jika selepas memberi arahan dan kebenaran kepada Jamil Khir untuk menahan Mat Sabu, tetapi tangkapan tidak juga dilakukan. Ia bukan saja memalukan dirinya, bahkan meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang retorik dan cakap tak serupa bikin. Sudah tentu rakyat akan melihat tindakannya bercakap tentang penahanan Mat Sabu itu sekadar untuk meraih populariti di kalangan perwakilan UMNO dan mahu menunjuk-tunjuk ketegasannya di depan khalayak.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, ketegasan yang dituntut oleh rakyat ialah dalam tindakan, bukannya percakapan.
Sehingga ini, tiada siapa tahu apa bukti yang Zahid ada mengenai dakwaannya terhadap Mat Sabu. Sementara Jamil Khir sendiri dalam respons awalnya menyatakan pembuktian kukuh adalah diperlukan untuk menahan seseorang yang disyaki berfahaman Syiah kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang dan bukannya berdasarkan fahaman parti semata-mata, Mat Sabu pula menafikan beliau berfahaman Syiah.
Saya adalah orang Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, jelas Timbalan Presiden Pas itu.
Dalam masa yang sama, selain tindakan Zahid membuat dakwaan melulu dan terbuka kepada Mat Sabu yang bakal mendedahkannya kepada tindakan undang-undang, serangannya kepada Pas dengan menjadikan orang nombor duanya sebagai sasaran juga, adalah percubaan paling jelas menghalang muzakarah UMNO dengan Pas yang sedang diperkatakan sekarang.
Di sebalik semua pemimpin UMNO bersikap terbuka kepada muzakarah itu dan melihat kepentingan ummah sebagai keutamaan dan Pas sendiri melalui Presidennya, Haji Hadi Awang turut bersedia ke arah itu, Zahid yang dilihat sebagai antara pemimpin yang berimej Islam dalam UMNO, dengan jelas bersikap sebaliknya dan menolak muzakarah itu.
Tindakannya membuat dakwaan tanpa bukti terhadap Mat Sabu sehingga Jamil Khir sendiri masih keberatan untuk menuruti arahan menahan pemimpin Pas itu, seperti telah menghancurkan impian muzakarah yang diimpikan selama ini.
Walaupun berjaya mendapat undi tertinggi dalam dua pemilihan UMNO dan sedang mengintai kedudukan lebih tinggi untuk dirinya, Zahid ternyata telah membuat kesilapan dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Beliau bukan saja merosakkan reputasi dirinya sebagai pemimpin dan menteri yang tahu mengendalikan kuasa tetapi juga menjadi penghalang kepada agenda perpaduan dalam UMNO.
Apakah ini pemimpin yang diharapkan untuk masa depan UMNO dan negara?
Alahai Zahid Hamidi... - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 8-12-2013
Syiah: PAS sokong Mohamad Sabu saman Zahid Hamidi
- Dec 08, 2013
- HARAKAHDAILY
Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, beliau berkata sehingga kini PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung tuduhan yang dikaitkan ke atas Mohamad itu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC semalam yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.
"Saya sebagai Setiausaha Agung PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung pembabitan Mohamad Sabu seperti yang disebut itu.
"Maka bagi saya, wajarlah Mohamad Sabu mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid," kata Mustafa.
Dalam ucapannya semalam, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bertindak mengumumkan memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu.
Dalam pada itu, Mohamad dalam reaksinya semalam berkata, beliau akan berbincang dengan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid ekoran tuduhan terhadapnya itu.
“Saya tak dengar sendiri apa dia kata, jadi kena bincang dengan peguam dulu,” kata Mohamad.
Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat.
"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," tegas Mohamad.
Sumber HD - 8-12-2013
- Dec 07, 2013
- http://darisungaiderhaka.blogspot.com
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
Baca di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 7-12-22013
Syiah: Mat Sabu kaji tindakan saman Ahmad Zahid
- Dec 07, 2013
- HARAKAHDAILY
Ianya berhubung kenyataan Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC hari ini yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.
Dalam ucapan itu juga, Zahid mengumumkan memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu.
“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” kata Mohamad.
Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat.
"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.
PAS sebelum ini telah beberapa kali menafikan tuduhan ini dengan penegasan bahawa tiada ahli PAS berfahaman Syiah.
Malah PAS mengalu-alukan jika ada pihak yang boleh membawa bukti ada dikalangan ahlinya mengamalkan ajaran Syiah.
Sumber HD - 7-12-2013
Mat Sabu ziarah mangsa banjir di tengah malam
- Dec 07, 2013
- HARAKAHDAILY
Sebaik sahaja tiba di Kuantan beliau terus menghadiri taklimat perkembangan semasa di Pusat Tarbiah PAS Indera Mahkota pada jam 12.30 malam disampaikan oleh Pengarah Pusat Khidmat Adun Beserah Mahmud Yaakub serta petugas giliran malam.
Selepas itu beliau ditemani 12 petugas Skuad Bencana Alam Indera Mahkota bergerak ke Bilik Gerakan Banjir PAS Kuantan yang berpusat di Darul Fikri, Seri Damai Kuantan dan mendengar taklimat di berikan oleh Komander Jabatan Amal Pahang.
Beliau melahirkan penghargaan PAS yang tidak terhingga terhadap kerja keras tanpa mengira penat lelah oleh jentera parti.
Mohamad turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada kedua-dua bilik gerakan tersebut sebelum mengakhiri sesi tinjauan pada jam 3 pagi.
Sumber HD - 7-12-2013
Jangan buat kenyataan rugikan PAS, renggang PR
- Dec 03, 2013
- MOHD SABRI SAID
Demikian ingatan sulung Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sekembalinya ke Pulau Pinang selepas Muktamar Tahunan ke-59, agar semua ahli menjaga persefahaman dan tidak terjebak dalam permainan musuh yang sengaja mengatur strategi untuk melihat PAS terpisah dalam perkembangan arena politik tanahair.
Baginya, parti politik mana pun sememangnya ada perselisihan pendapat tetapi jangan sampai diketahui oleh musuh yang mahukan perpecahan.
Justeru itu, beliau mengingatkan ahli parti agar berwaspada dengan kenyataan media terutamanya yang proUmno BN.
"Sebagai sebuah organisasi yang didukungi bersama, kita jangan keluarkan kenyataan yang merugikan perjuangan tetapi biar kenyataan yang mematahkan musuh.
"Apatah lagi kenyataan yang berbaur ancaman kepada kerajaan negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat. Kalau nak menegur pun biar cara yang baik atau bersemuka bukan melalui media," tegasnya pada program anjuran PAS Cawangan Kampung Baru iaitu tempat beliau dilahirkan.
Turut memberikan ucapan di majlis yang menyediakan bubur lambuk itu ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.
Katanya, kenyataan akhbar yang tidak munasabah serta mencetuskan kontroversi memberikan keuntungan kepada musuh yang akhirnya boleh menggugat kestabilan dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.
"Apa salahnya bersemuka dan berbincang dengan penuh berhemah kerana jalan penyelesaian terlalu banyak. Lagipun di Pulau Pinang ruang terbuka luas untuk PAS menunjukkan kesungguhan bukan angka," katanya.
Sehubungan itu, beliau menambah, sampai masanya ahli-ahli merapatkan saf kembali kerana yang paling utama hendak diserang ialah Umno dan konco-konconya bukan jamaah yang menaiki kapal yang sama.
Sumber HD - 3-12-2013
Yang lepas biarkan berlalu, kita pandang ke hadapan
- Dec 02, 2013
- HARAKAHDAILY
Mohamad Sabu terpilih sekali lagi menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS buat penggal kedua. Beliau mendapat 588 undi pada Muktamar Tahunan PAS ke-59, 22 November lalu di Stadium Melawati, Shah Alam. Apakah misi dan langkah yang akan diambil beliau dalam memperkasa parti dan membantu Presiden PAS. Butiran lanjut bersama AHMAD LUTFI OTHMAN, Editor, TARMIZI MOHD JAM serta wartawan, HARIS ZALKAPLI dan ARIF ATAN.
HARAKAH: Bagaimana Saudara melihat kempen sebelum berlangsungnya pemilihan yang luar biasa berbanding tahun-tahun dulu?
MOHAMAD SABU: Telah pun ditegur banyak pihak termasuk Presiden PAS sendiri. Kempen-kempen melabel ini tidak elok. Ini suatu perkara yang perlu diperbaiki pada masa akan datang.
Sikap melabelkan seseorang dengan pemikiran liberal membawa padah yang teruk pada orang itu untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Tetapi, apabila kita muhasabah, saya yakin label-label ini akan reda selepas ini sebaliknya kembali bersatu menjadi satu pasukan untuk menghadapi Umno-BN pada PRU14 akan datang.
Bagaimana pun, mereka yang disenaraikan sebagai parasit dan liberal semuanya dipilih semula oleh perwakilan untuk menduduki jawatankuasa tertinggi PAS Pusat.
Tidak tertinggal, mereka yang berpendidikan agama juga dipilih untuk duduki Jawatankuasa Pusat. Lapan orang berpendidikan agama yang dipilih ke Jawatankuasa PAS Pusat. Empat orang ialah muka baru.
Ini menunjukkan perwakilan PAS matang untuk memilih iaitu pelbagai golongan atau latar belakang berada dalam satu pasukan untuk mengurus parti. Bagi saya ini satu keadaan yang baik untuk parti.
Bukan hanya satu golongan mentadbir parti, sama ada berpendidikan biasa dan mempunyai pendidikan khusus dalam bidang agama.
Adakah ini trend perwakilan sejak dahulu?
Ya. Ustaz Abu Bakar Chik pun bertanding untuk jawatan Naib Presiden PAS. Saya nampak perwakilan memilih di antara orang baharu yang masuk Jawatankuasa PAS Pusat dengan latar belakang pendidikan agama seperti Ustaz Nasruddin Hassan, Nik Abduh (Nik Abdul Aziz) dan Ustaz Zawawi (Salleh).
Saya nampak perwakilan mahu seimbangkan hal itu. Sebab itu golongan agamawan dan dikenali sebagai ustaz terpilih seperti Ustaz Riduan Mohd Nor. Jadi, komposisi dalam PAS Pusat itu tidak banyak berubah.
Langkah awal atau strategi Saudara membantu Presiden?
Saya akan berbincang dengan Presiden PAS dan lain-lain yang dipilih di dewan harian iaitu Presiden, Timbalan, tiga Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Ulama dan Ketua Muslimat dan akan mengesyorkan kepada jawatankuasa penuh untuk dipertimbangkan bagi perlantikan pegawai-pegawai parti iaitu seperti Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihanraya, Bendahari dan dua Penolong Setiausaha.
Ini akan dibincang dalam mesyuarat awal yang akan berlangsung pada 1 Disember nanti. Daripada sudut politik pula, untuk hadapi PRU14, nampaknya setiap perwakilan yang berucap mahu kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat dikekalkan termasuk Dewan Ulama sendiri kata, mesti dikekalkan. Perkemaskan Pakatan Rakyat.
Pandangan-pandangan yang diberi terutama sangat baik terutama untuk meningkatkan undi orang Melayu. Peningkatan itu sangat diperlukan bagi membolehkan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
Oleh itu, tumpuan dalam masa empat tahun ini ialah mendapatkan sokongan tambahan dalam kalangan orang Melayu dan bagi mencapai tujuan itu sokongan mesti disepakati bersama pemimpin PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat lain.
Tidak mengeluarkan sebarang pandangan yang boleh dieksploitasi pihak musuh dalam usaha untuk mendapatkan sokongan umum termasuk orang Melayu dan Bumiputera.
Perbincangan dengan DAP perlu diadakan daripada semasa ke semasa sebab tanpa perubahan undi Melayu PAS tidak dapat mengambil-alih Putrajaya.
Jadi, Majlis Presiden mesti perkuatkan hal ini dan perbincangan retreat bersama-sama Pakatan Rakyat mesti dilakukan untuk melihat segala bentuk kelemahan dan memperbaikinya terutama dalam kerangka mendapatkan sokongan Melayu dan Bumiputera.
Tumpuan turut mesti dicari untuk mendapatkan sokongan penduduk Sabah dan Sarawak kerana itu menjadi deposit kepada BN dalam PRU13 lalu.
Sepanjang muktamar banyak isu dalaman contohnya seperti siapa kepala Pakatan Rakyat, soal PAS dipinggirkan dan rasa tidak puas hati dengan rakan komponen. Apa tindakan parti?
PAS boleh claim untuk memimpin Pakatan Rakyat jika PAS kuat. Misalnya, Presiden menyebut dalam sidang media berkali-kali. Di Pulau Pinang, kita hanya menang satu kerusi tetapi diberi pelbagai tanggungjawab termasuk dalam menerajui Jabatan Agama Islam, majlis bandaran, penghulu dan jawatan-jawatan yang lain.
PAS kalau hendak menjadi dominan mesti menang banyak kerusi. Sebab itu, siapa bakal Perdana Menteri tidak boleh diputar sebarangan. Kita bercakap soal siapa Perdana Menteri sedangkan kalau PAS memang pilihanraya umum hanya 20 kerusi tetapi rakan yang lain menang 40 kerusi, sudah tentu PAS tidak setimpal untuk menuntut kedudukan itu.
Kalau PAS menang banyak dan kemenangan itu terserlah, saya rasa mahu tidak mahu orang akan melihat PAS yang lebih berpotensi untuk mengetuai Kerajaan Persekutuan.
Nampaknya ada masalah berbangkit di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Yang menang dominan akan berkuasa penuh sehingga mencetuskan rasa tidak puashati. Perbincangan atau persefahaman antara parti pula longgar...
Ini perlu dibendung macam di Kedah. DAP menang satu kerusi. Apa yang DAP dapat dengan satu kerusi, kurang dengan apa yang PAS dapat di Pulau Pinang. Begitu jugalah di Kelantan. Apa yang KeADILan dapat kurang lagi daripada apa yang PAS dapat di Pulau Pinang.
Itu sebab parti-parti di Pulau Pinang perlu bertemu dan berbincang selalu. Saya diberitahu, sudah lama tidak diadakan mesyuarat.
Ini kesempatan yang akan diambil Umno-BN.
Kalau mereka nak bina imej Najib Tun Razak sebagai PM, mereka boleh guna duit sebanyak RM46 bilion menurut kajian yang dibuat seorang Profesor di Singapura menjelang PRU13 lalu. Jadi, apakah mereka tidak boleh habis RM2 atau RM3 bilion untuk memecahkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai cara dan strategi?
Sebab itu semua pihak terutama ahli-ahli PAS, KeADILan dan DAP mesti belajar banyak bertemu dan bermesyuarat. Kalau kita berlawan dengan cara membuat "sidang akhbar" akhirnya yang untung Umno-BN.
Bagi BN pecahnya Pakatan Rakyat itu beri keuntungan kepada mereka. Kita harap rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, bertemulah lebih kerap, berbincang.
Tentang Tahaluf Siasi. Sebelum muktamar hangat dibincangkan soal ikatan kerjasama ini. Ada yang nak perkukuh dan ada yang nak nilai semula. Tapi dalam perbahasan atau usul tidak ada perbincangan atau syor untuk mengukuhkan Tahaluf Siasi. Apa tindakan yang PAS akan lakukan selepas ini?
Pemimpin Pakatan Rakyat perlu ada 'retreat'. Duduk, sidang dua hari, tiga hari dan bincang secara serius bagaimana hendak menguatkan Pakatan Rakyat.
Memanglah dalam muktamar perwakilan bercakap secara umum tetapi yang gembiranya, walau di peringkat awal ada beri pandangan dilihat mahu mengajak Pakatan Rakyat "berpecah" tetapi akhirnya semua bersetuju utnuk perkukuh Pakatan Rakyat termasuk perlunya mengurus perbezaan pendapat.
Soal tidak setuju itu ini, perkara yang tidak sepakat memang ada dalam mana-mana organisasi.
Namun, kita nampak hujah yang mahu pengukuhan dalam Pakatan Rakyat itu lebih kuat suaranya.
Kalau ada yang mengajak kepada perpisahan itu tidak menonjol. Begitulah senario Muktamar PAS 22 November lalu.
Bagaimana dengan cadangan protes besar-besaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti usul yang Saudara bawa dalam muktamar?
Sekali lagi kita lihat, ini isu yang rakyat boleh faham.
Kalau TPPA, rakyat tak faham. Kadang-kala orang yang hendak memberikan penerangan pun kurang faham. Kita perlukan pandangan pakar untuk fahamkan TPPA.
Cara kita memberikan penerangan itu penting iaitu rakyat dibebankan dengan cukai. Subsidi akan ditarik satu demi satu, pendapatan rakyat tidak bertambah, cukai akan dikenakan, maka rakyat akan mudah faham.
Tambahan pula, di tengah-tengah keadaan begini, Rosmah (Mansur) menggunakan jet kerajaan untuk pergi Timur Tengah yang menelan belanja ratusan ribu. Urusan peribadi.
Saya baru makan tengah hari sebentar tadi di Restoran Kayu, Subang Jaya. Kami makan tujuh orang. Hanya lauk ikan, ayam berkongsi dan air kosong. Tapi bila dikira semuanya lebih RM14 seorang. Nasi putih sahaja RM2 sepinggan. Kalau nasi kosong sahaja RM2 maka kita lihat makan tengah hari sekarang secara purata sudah cecah RM10.
Siapa yang akan ke depan kepalai himpunan ini?
Saya amat berharap ulama-ulama boleh ke hadapan menentang GST sebab mereka yang memberitahu kita, dalam sejarah, Imam Nawawi lah yang telah bangun menentang sistem percukaian yang membebankan rakyat.
Kali ini, kalau ulama kehadapan saya yakin orang Islam dan Melayu yang majoritinya masih naif dalam isu-isu ini tidak seperti masyarakat Tionghoa, akan lebih sedar. Lebih peka.
Saya harap ulama betul-betul dapat mainkan peranan bersama-sama rakyat untuk PAS sama-sama berhimpun dan membantah GST. Kita bukannya sekadar menentang GST sahaja tetapi apa yang lebih penting PAS menentang kerana dasar pencukaian ini menindas. GST tidak boleh lagi dilaksanakan selagi isu pendapatan rakyat tidak ditangani.
Sekarang ini gaji minimum buruh am baru RM900 dan jika pendapatan setakat kurang RM1,500 sekarang, terlalu parah bagi seorang individu yang tinggal di Lembah Kelang.
Kalau nasi kosong sahaja sudah RM2 sepinggan, rakyat akan mengalami masalah kewangan parah jika terus dikenakan lagi dengan cukai GST. Perdana Menteri sebut semalam (24 November 2013), bahawa "tiris" juga terjadi di negara lain. Ya! Tiris di negara lain itu ada tapi sedikit.
Tapi di negara kita, bukan "tiris" lagi. Sudah tahap "rabak" atau 'jereluih' kata orang Utara. Kalau jam dinding harga RM100 dibeli RM3,000. Itu bukan tiris. Kalau harga RM300 tapi beli RM350, itu baru betul tiris. Jadi, di Malaysia ini perbelanjaan dana awam sudah sampai tahap 'jereluih'.
PAS akan mempelopori himpunan besar-besaran ini tapi himpunan ini mungkin lambat lagi sehingga mencapai pertengahan tahun depan. Apa pengisian kepada rakyat untuk mereka faham bahaya GST ini?
'Lead' mesti NGO kerana lebih memberi kesan. Kalau parti politik dalam Pakatan Rakyat yang mengetuai, itu akan dengan mudah dimanipulasi. "Memang pembangkang, semua dasar kerajaan mahu bantah".
PAS akan membantu bahkan Pemuda PAS juga sama berjanji dan kita mahu ulama kali ini lebih terkehadapan. PAS jangan jadikan isu ini dalam konteks sekular. Ini isu pihak itu atau pihak ini. GST ini isu ekonomi yang kena pada Islam kerana agama kita menentang penindasan.
Isu antarabangsa. Banyak kali Presiden PAS ingatkan tentang konflik di Syria agar tidak tumpukan soal perbezaan mazhab. Apa reaksi Saudara?
Saya sejak awal bila saya melawat Syria bersama Pesuruhjaya PAs Melaka, Adly Zahari, ia menjadi bahan kecaman yang hebat dalam banyak laman web, Facebook.
Bagi saya apa yang berlaku di Syria ialah pertarungan merebut kuasa. Tiada kena mengena dengan mazhab sehingga menyebabkan saya mendiamkan diri tidak membalas dalam ceramah atau membuat apa-apa kenyataan.
Sampailah berlaku Tragedi Berdarah Mesir baru orang boleh faham apa yang berlaku di Syria itu akibat perebutan kuasa dengan dalang utamanya ialah Arab Saudi dan Amerika Syarikat.
Bahkan di Syria, Kerajaan Bashar tidak sempurna demokrasinya. pilihanrayanya tetapi di Mesir, demokrasi dan pilihanrayanya bersih tiada penyelewengan. Dr Morsi dipilih secara sah.
Bagaimana mereka menafikan peranan sehingga tumbangnya Kerajaan Morsi dan Arab Saudi menyokong secara terangan pemerintahan As-Sissi dan ribuan sudah mati padahal mereka daripada mazhab yang sama.
Di Somalia juga pertarungan sejak zaman Mohamad Aidid sampai sekarang. Mati sudah lebih 200,000 ketika penduduk Somalia hampir 100 peratus Muslim dan satu mazhab.
Tapi di Syria, Amerika cepat memainkan isu mazhab kerana ia strategi berkesan sebagai "isu cepat laku" untuk mengelirukan umat Islam sehingga rakan-rakan kita dalam gerakan Islam banyak melakukan kesilapan dalam hal ini.
Hamas misalnya berpindah ke Qatar sebab mereka anggap mungkin Kerajaan Syria akan jatuh, kemudian ke Mesir bersama Dr Morsi danakhirnya Qatar bersekongkol dengan As-Sissi. Hari ini Hamas tersepit.
Tiada jalan lain melainkan Hamas sekarang ini kena balik bersama Iran dan inilah usaha yang sedang dilakukan termasuk oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau antara orang yang memainkan peranan supaya Hamas dan Iran berbaik semula bersama Hizbullah. Ini kerana ia pasukan terbaik menghadapi dominasi Amerika dan Israel di rantau itu.
Kerapkali umat Islam cepat keliru apabila diputarkan isu mazhab. Ini kerana ia cepat menimbulkan emosi tetapi sekarang ini baru dapat dilihat dengan jelas.
Bahkan majalah Cresent International bulan ini, muka depannya paparkan gambar pemimpin Hamas, Khaled Meshaal. Dia dedahkan bagaimana gerakan Islam kini terperangkap dalam permainan kuasa besar yang melibatkan Arab Saudi, Qatar dan negara Arab lain. Sedangkan katanya, Arab Saudi dan Qatar ialah bibit-bibit keturunan yang menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah Turki.
Soal psiko-politik masyarakat Melayu yang mudah terpukau dan tersilau dengan mainan isu-isu membabitkan kepentingan Melayu. Ini dibangkitkan oleh Presiden dalam ucapan dasar. Itu cabaran besar bagi PAS...
Politik ini melalui cara indoktrinasi. Macam kita ketahui komunis itu anti agama, tidak percayakan Tuhan, melakukan kezaliman. Saya sendiri awalnya pun anggap perkara sama tetapi saya ada keinginan untuk melawat apa kem-kem komunis ini.
Apabila saya pergi ke Kem Komunis di Betong, Kem Kampung Balak, Weng diketuai oleh Rashid Maidin. Saya juga pergi ke Kem Shukirin dekat Golok yang diketuai Abdullah CD.
Daripada sudut amalan agama, ada surau dan solat jemaahnya. Ada nikah kahwin berjalan. Saya ketika itu baru tahu (Allahyarhamah) Shamsiah Fakeh kahwin empat kali. Kahwin cerai.
Maksudnya, dia hidup ikut syariah. Kalau tidak berpuluh tahun dalam hutan apa perlu berkahwin.
Orang Islam dalam Rejimen 10 bila berkahwin dengan bukan Islam, orang itu akan peluk Islam.
Isteri Rashid Maidin dan Abdullah CD (Chet Dat) seorang Tionghua. Seorang gerila bernama Hendon juga bersuamikan Cina yang mengucap syahadah.
Saya lihat amalan agama mereka jauh lebih baik daripada pemimpin Umno yang kata mempertahankan agama, bangsa dan negara. Perkara yang disebut "khurafat" ini sedang dihakis sedikit sebanyak pada tahun 1999 apabila Allahyarham Ustaz Fadzil Noor kata khurafat percaya hanya Umno boleh memerintah negara dan membela Melayu mulai terungkai.
Namun, Umno bina semula rangkaian ini melalui Biro Tatanegara (BTN) dan PLKN, Jabatan Penerangan, SB dalam kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan. Kononnya kalau Umno kalah dalam pilihan raya, maka siapa nak jaga Melayu. Ini terlekat.
Apa tugas PAS dalam kes ini?
Tugas PAS berat untuk memecahkan dominasi khurafat ini. Bukan mudah. Jangan kata orang kampung. Di Shah Alam sendiri tempat elit Melayu, ramai pensyarah UiTM dan Melayu kira kelas satu, peti undi di sana, PAS kalah dalam PRU13 lalu.
Beza dengan orang Cina sebenarnya. Misalnya pada tahun 1995, isu negara Islam dan hudud dimainkan. Yang saya sebut Karpal Singh dan Lim Kit Siang pakai serban. Ditunjukkan dengan propaganda sebegitu rupa.
Hasil daripada pilihanraya itu, DAP hanya mampu menang satu kerusi saja di Pulau Pinang. Kit Siang kalah lebih 7,000 undi di Dun Tanjung Bungah. Karpal Singh kalah teruk di parlimen.
Selepas 18 tahun, propaganda sama diguna BN. "1 undi untuk DAP 1 Undi Untuk Hudud" dimainkan di suratkhabar, edar risalah, pacak tepi jalan.
Tapi masyarakat Cina sudah tidak makan dengan sentimen kaum dan agama itu. Mereka tetap mahu ubah sehingga ada saluran undi di tempat majoriti kaum Tionghoa undi calon PAS sampai lebih 90 peratus.
Sebagai Timbalan Presiden PAS, apa langkah akan dibuat untuk menyatukan semua ukhwah dalam parti?
Pemimpin kena turun di peringkat negeri-negeri. Panggil semua pihak dan terangkan dasar perjuangan parti PAS. Kepelbagaian idea perlu diterima. Saya sebut sebelum ini tentang meraikan kepelbagaian terutama peranan Presiden.
Kehadiran ustaz-ustaz muda yang balik dari Pakistan, Mesir dan Jordan perlu diberi penerangan jelas oleh Tuan Guru Presiden sendiri, atau orang-orang lama seperti Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, Ustaz Hashim Jassin dan lain-lain. Sebab keruncingan yang berlaku ini disebabkan ustaz-ustaz muda yang baru tamat pengajian melihat negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat tidak Islamik. Sejarah susur galur perjuangan PAS, jatuh bangkit itu mesti difahami dengan jelas.
Juga kepayahan PAS menjalinkan persefahaman antara parti berlainan dasar, patut diketahui.
Bagaimana trend segelintir pimpinan PAS yang mendapat ruang dalam media yang PAS boikot sehingga hari ini? Presiden PAS juga sentuh hal ini semasa penggulungan.
Jika tidak dieksploitasi, teruskan tetapi pemboikotan PAS terhadap Utusan Malaysia, TV3, RTM misalnya, tidak ditarik lagi sehingga hari ini. Kalau Utusan Malaysia petik ceramah PAS, itu lain.
Tapi kalau diwawancara itu, diminta respons, realitinya PAS masih tidak menarik pemboikotan itu.
Saya sendiri pernah mahu ditemubual TV3 dan RTM menjelang muktamar baru ini, tapi saya tidak mahu ditemubual kerana sifat pemberitaan yang ada padanya dan PAS memboikot mereka. Kenapa hanya dekat muktamar baru mahu temubual saya? Tentu ada muslihatnya sebab dasar media Kerajaan Umno-BN ini tidak berubah.
Begitu juga Bernama TV memanggil saya untuk diwawancara bersama Dato' Nik Amar. Saya menolak sebabnya mengapa masa PRU13 yang lepas, PAS tidak dipanggil untuk bercakap soal pilihan raya atau demokrasi? Saya nampak agenda media perdana masih tidak berubah. Itu alat Umno.
Harapan Saudara untuk sesi 2013-2015 ini?
Saya berharap kepimpinan PAS bagi penggal 2013 hingga 2015 akan dapat memberi idea-idea baharu yang baik kepada parti. Satu kombinasi yang mantap dan harap tidak timbul isu pertembungan golongan ulama dan profesional seperti pesanan Tuan Guru Presiden. Yang lepas biarkan berlalu, kita pandang ke hadapan.
Bekerja sebagai satu pasukan. Melihat seseorang bukan daripada segi latar belakang saja kerana orang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa.
Saya mahu ustaz-ustaz semua jangan bertenggek di atas kelulusan agama semata-mata. Marilah menjadi pemimpin yang dihormati, jadilah seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sumber HD - 2-12-2013
Saman Tim. Pengerusi SPR diputus 30 Dis
- Nov 23, 2013
- Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Dis depan untuk memutuskan kes saman fitnah Timbalan Pengerusi Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan tiga lagi berhubung artikel yang diterbitkan dalam akhbar Harakah pada Februari lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menetapkan tarikh itu selepas peguam Azhana Mohd Khairuddin, yang mewakili kesemua defendan, memaklumkan semua saksi kes berkenaan iaitu empat bagi pihak plaintif dan seorang bagi pihak defendan, selesai memberi keterangan.
Terdahulu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu, memaklumkan mahkamah bahawa beliau bersetuju tiada bukti lain yang menunjukkan Wan Ahmad terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah.
Bagaimanapun, katanya, atas dasar jawatan yang disandang plaintif ketika itu, iaitu sebagai setiausaha SPR, Wan Ahmad secara tidak langsung terlibat dalam projek berkenaan.
"Saya hanya tahu mengenai penglibatan Wan Ahmad dalam 'Projek IC' atas kapasitinya sebagai setiausaha SPR tetapi tiada rangka masa sehingga bila Wan Ahmad menyandang jawatan itu," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wan Azmir Wan Majid, yang mewakili plaintif.
Bagaimanapun, Mat Sabu tidak bersetuju kenyataan dalam dua artikel yang didakwa memfitnah Wan Ahmad dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan plaintif.
Kepada soalan lain, Mat Sabu berkata beliau tidak dapat memastikan sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ada membuat pendedahan berkaitan penglibatan Wan Ahmad dalam 'Projek IC' kerana tidak pernah melihat atau membaca laporan suruhanjaya itu.
Sementara itu, penyataan saksi beliau menafikan kata-kata yang diterbitkan dalam akhbar Harakah adalah satu fitnah terhadap Wan Ahmad.
"Kata-Kata itu melibatkan isu kepentingan awam, termasuk isu salah urus tadbir SPR dalam mengendalikan pilihan raya di negara ini secara adil, bersih dan telus, dan juga penglibatan SPR dalam mengendalikan pilihan raya di Sabah yang melibatkan pengundi-pengundi yang diragui status kewarganegaraan mereka," katanya.
Pada 5 Mac lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mohamad mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Jan lepas.
Selain Mat Sabu, Wan Ahmad turut menamakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defendan.
Penyataan tuntutan Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam 'Projek IC' di Sabah seperti didedahkan RCI. - Bernama
Sumber HD - 23-11-2013
Pasti, Unit Amal aset berharga PAS
Mohd Sabri Said, | 15 Nov 2013 |
TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru semua ahli PAS di setiap peringkat supaya menghargai dan menjaga pasukan Unit Amal dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebaik mungkin kerana ia merupakan aset penting kepada PAS.
Menurutnya, sejarah membuktikan masyarakat mula 'celik mata' terhadap PAS selepas mengenali pengorbanan pasukan Unit Amal dan menyukai sistem pendidikan dan pendekatan yang diguna pakai di Pasti.
Justeru itu, kejayaan PAS hari ini ada kaitan dengan keaktifan Unit Amal dan Pasti kerana ada setengah pihak mengenali keduanya dahulu sebelum berjinak dengan PAS.
"Jagailah pasukan Unit Amal dan Pasti dengan baik, jangan hampakan rakyat yang telah menaruh harapan terhadapnya. Unit Amal dan PASTI merupakan aset PAS yang berharga," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan 25 tahun Pasti Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang, Tasek Gelugor baru-baru ini.
Unit Amal dan Pasti katanya, bukan sahaja terkenal di kalangan orang Islam ataupun penyokong PAS, malah kini sudah menjadi buah mulut masyarakat termasuk bukan Islam kerana sumbangan besar kedua-duanya.
"Ini bererti nama PAS sudah melekat di hati rakyat maka situasi sebegini harus dijagai sebaik mungkin agar tidak berlaku masalah yang akhirnya menjejaskan nama PAS itu sendiri," katanya.
Menurutnya, sejarah membuktikan masyarakat mula 'celik mata' terhadap PAS selepas mengenali pengorbanan pasukan Unit Amal dan menyukai sistem pendidikan dan pendekatan yang diguna pakai di Pasti.
Justeru itu, kejayaan PAS hari ini ada kaitan dengan keaktifan Unit Amal dan Pasti kerana ada setengah pihak mengenali keduanya dahulu sebelum berjinak dengan PAS.
"Jagailah pasukan Unit Amal dan Pasti dengan baik, jangan hampakan rakyat yang telah menaruh harapan terhadapnya. Unit Amal dan PASTI merupakan aset PAS yang berharga," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan 25 tahun Pasti Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang, Tasek Gelugor baru-baru ini.
Unit Amal dan Pasti katanya, bukan sahaja terkenal di kalangan orang Islam ataupun penyokong PAS, malah kini sudah menjadi buah mulut masyarakat termasuk bukan Islam kerana sumbangan besar kedua-duanya.
"Ini bererti nama PAS sudah melekat di hati rakyat maka situasi sebegini harus dijagai sebaik mungkin agar tidak berlaku masalah yang akhirnya menjejaskan nama PAS itu sendiri," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-11-2013
Mohamad bantu Presiden lebar pengaruh PAS
Salmiyah Harun, | 11 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini sebagai usaha bagi membantu Presiden mengembangkan pengaruh PAS kepada bukan ahli PAS.
Katanya, usaha ini termasuklah membantu mendekatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan badan bukan kerajaan di kalangan bukan Melayu seperti kaum Cina, India dan sebagainya.
"Kita bantu Presiden kembangkan pengaruh PAS kepada orang yang bukan ahli PAS, terutama di kalangan orang Melayu dan Ngo seperti Suaram, Aliran, MTUC, Kesatuan Sekerja, dan banyak lagi.
"Secara tidak langsung, ia membawa pengaruh PAS ke dalam masyarakat supaya mereka terus menyokong PAS dan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Bahkan katanya, usaha menarik orang Melayu untuk terus menyokong PAS disifatkan sebagai kerja yang berterusan.
Pemilihan PAS pada Muktamar Tahunan Ke-59 yang akan berlangsung pada 22 November ini menyaksikan pertandingan dua penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden PAS.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah bertanding jawatan itu selepas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub menarik diri bertanding jawatan itu.
Katanya, usaha ini termasuklah membantu mendekatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan badan bukan kerajaan di kalangan bukan Melayu seperti kaum Cina, India dan sebagainya.
"Kita bantu Presiden kembangkan pengaruh PAS kepada orang yang bukan ahli PAS, terutama di kalangan orang Melayu dan Ngo seperti Suaram, Aliran, MTUC, Kesatuan Sekerja, dan banyak lagi.
"Secara tidak langsung, ia membawa pengaruh PAS ke dalam masyarakat supaya mereka terus menyokong PAS dan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Bahkan katanya, usaha menarik orang Melayu untuk terus menyokong PAS disifatkan sebagai kerja yang berterusan.
Pemilihan PAS pada Muktamar Tahunan Ke-59 yang akan berlangsung pada 22 November ini menyaksikan pertandingan dua penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden PAS.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah bertanding jawatan itu selepas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub menarik diri bertanding jawatan itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-11-2013
No comments:
Post a Comment