Pecah dominasi undi Melayu dalam tembolok Umno BN
- Dec 04, 2013
- ARIF ATAN
"DAN tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."
Mengambil makna dan roh terjemahan Surah al-Anbiya, ayat 107 tersebut, PAS dalam Muktamar Tahunannya ke-59 lalu meneruskan warisan perjuangan Islam dengan gandingan erat tarbiyah, dakwah dan siasah.
Tema "Rahmat Untuk Semua" memberi gambaran tepat status PAS pasca PRU13 sebagai rakan aktif dalam Pakatan Rakyat bagi menjayakan iltizam bersama menukar parti pemerintah yang dicengkam rejim Umno-BN.
Bagi melaksanakan intipati tema itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggariskan 10 arahan penting untuk dipraktik segenap sektor kepimpinan termasuk ahli parti.
Merangka perancangan dan strategi pelaksanaan menjadi mesej jelas pada arahan pertama buat pucuk pimpinan parti.
Tanggungjawab besar yang diamanahkan Presiden kepada semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan supaya menjadikan makna tema itu merakyat dan difahami seluruh anggota masyarakat.
Arahan kedua Presiden pula memberi fokus kepada aspek sasaran kerja dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang mesti ditangani Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan.
Hal ini melibatkan proses pengukuhan dalaman parti antaranya menambah ahli berkualiti termasuk merancakkan peranan Institut Latihan dan Perkaderan Dakwah (Ilham).
Oleh itu, Presiden menyarankan modul pembinaan jati diri ahli di pelbagai peringkat dimantapkan. Sasaran minimum 50 peratus program bagi ahli baharu dan masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah pula tidak harus diabaikan.
Tugas menghilangkan gejala takut tidak bertempat pengundi terhadap PAS pula, digalas seluruh jentera parti di Sabah dan Sarawak.
Arahan ketiga Presiden PAS tepat dengan tindakan "gila" yang mahu menenggelamkan ratusan ribu hektar hutan hujan tropika di Sarawak sekaligus melenyapkan penempatan kaum pribumi terutama Penan untuk projek 12 empangan mega.
Di Sabah pula, jurang luas sosio-ekonomi serta lambakan pendatang asing menjadi isu kritikal yang harus dihadam PAS negeri itu demi merealisasikan makna "Rahmat Untuk Semua".
Arahan selanjutnya tertumpu pada gerak kerja Dewan Ulamak dalam menangani kefasadan dalam kehidupan masyarakat terutama berkisar tentang hal maqasid syariah dan siasah syariah.
Bagi Presiden, diskusi ilmiah dan seminar berkaitan aspek tersebut perlukan kesinambungan dengan menawarkan penyelesaian yang relevan.
Seterusnya, inovasi baharu dakwah yang bersifat inklusif atau merangkumi semua pihak bukan terbatas pada kelompok tertentu sahaja perlu tangkas diterokai Dewan Pemuda.
Cabaran pada arahan kelima Presiden itu pastinya memandu kepimpinan Ketuanya yang baharu, Suhaizan Kaiat yang mendapat 320 undi pada pemilihan 21 November lalu.
Menginsafi kaum Hawa berperanan sebagai pentakrif kepada jati diri umat di tanahair ini, Presiden turut menyeru agar Dewan Muslimat mendepani isu masyarakat di dalam dan luar negara.
Tiada masalah besar barangkali untuk arahan keenam itu dijalankan sepanjang penggal 2013 hingga 2015 nanti tambahan rekod cemerlang dua calon Dewan Muslimat mendapat majoriti tertinggi pada PRU13 lalu berbanding semua calon PAS.
Kejayaan Dr Siti Mariah Mahmud mengaut majoriti 29,395 undi bagi Parlimen Kota Raja manakala majoriti 16,251 undi dijaring oleh calon Dun Sri Serdang, Nor Hanim Ismail bukti Dewan Muslimat mempunyai signifikan besar untuk menterjemahkan gagasan "Rahmat Untuk Semua" itu.
Hasrat Pengarah Pilihanraya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), K Deepakaran a/l Karuppiah ketika berucap pada sesi penggulungan di muktamar lalu pula merupakan respons positif untuk pelaksanaan arahan ketujuh Presiden.
Keinginan Deepakaran sebagai mewakili suara ribuan ahli DHPP di seluruh negara yang mahukan program usrah bagi membimbing mereka harus diisi dengan modul latihan khusus.
Selanjutnya, target kerja yang jelas bagi program tarbiah atau aktiviti Kawasan dan Cawangan serta tuntutan sifat amanah bagi ahli PAS yang dilantik daripada jawatan setinggi Ahli Dewan Negara sehingga peringkat Ketua Kampung terkandung dalam arahan kelapan dan kesembilan.
Paling penting di peringkat akar umbi, Ustaz Abdul Hadi mengingatkan kepada seluruh ahli PAS untuk berakhlak dan mengukuhkan nilai muafakat.
Seruan yang terakam dalam arahan terakhir Presiden itu juga serentak merangkumi perlunya ahli PAS menekuni majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya.
Perjuangan PAS sebagai gerakan islah dan tajdid hanya bermakna apabila melaksanakan apa yang dikata.
Kesemua arahan Presiden itu pastinya menuntut kerja keras mulai sekarang dan paling mendesak pada PRU14 akan datang ialah memecahkan dominasi undi Melayu yang tersumbat dalam tembolok Umno BN.
Sumber HD - 4-12-2013
Pasca Muktamar: Kabinet rahmat untuk semua
- Dec 01, 2013
- WAN NIK WAN YUSSOF
Sementara jawatan utama yang lain diputuskan melalui pertandingan.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, keputusan muktamar telah mengekal penyandang Haji Mohamad Sabu dan Naib Presiden turut mengekalkan Haji Salehuddin Ayub dan Haji Husam Musa di samping menyaksikan kembalinya Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ke jawatan Naib Presiden.
Sementara untuk pemilihan 18 anggota jawatankuasa kerja, muktamar turut memutuskan tokoh baru turut terpilih iaitu Ustaz Nasrudin Hassan dan Ustaz Nik Mohamad Abduh serta Dr. Ridhuan Mohd Nor. Mereka bertiga adalah bekas ketua dan timbalan ketua serta ketua penerangan Pemuda PAS Pusat.
TAHNIAH
Sementara sekalung tahniah untuk Dewan Ulama PAS Pusat kerana berjaya sebulat suara mengekalkan kesemua pimpinan tanpa bertanding. Di samping menyaksikan penglibatan ulama pelapis seperti Ustaz Mohd Asri Daud yang merupakan penerima anugerah tokoh ulama muda Negeri Kelantan.
Tidak ketinggalan, tahniah juga untuk Dewan Pemuda kerana mendapat pimpinan baru menerusi ketuanya Suhaizan Kaiat. Sementara Dewan Muslimat telah membuktikan kemantapan Siti Zailah Mohd Yusoff selaku ketua bersama-sama timbalan dan naib ketuanya telah dikekalkan mandate oleh perwakilan muktamarnya.
Tinggal lagi, akan berlaku perlantikan beberapa jawatan eksekutif untuk pasukan presiden dan ketua dewan-dewan membina saf yang padu menjalankan amanah parti. Ia sedang dirundingkan di kalangan penjawatan utama (yang terpilih di dalam muktamar) bagi memastikan siapa yang bakal menggalas tugas setiausaha dan penolong setiausaha, ketua penerangan, bendahari dan ketua pengarah atau pengarah pilihan raya.
Menurut fasal 25 (4) perlembagaan PAS untuk PAS Pusat, Presiden berkuasa melantik mana-mana pimpinan PAS bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut, dan perlantikan itu hendaklah dipersetujui oleh mesyuarat. Demikian pula di peringkat dewan-dewan (fasal 45 (3) – Ulama, fasal 55 (3) – Pemuda, fasal 65 (3) – Muslimat) juga memperuntukkan kuasa untuk ketua melantik mana-mana pemimpin di dalam mesyuarat.
KUASA KHAS
Oleh kerana ini, presiden dan ketua-ketua dewan mempunyai kuasa khas, sementara ahli mesyuarat pula mempunyai kuasa terhormat untuk bersetuju di atas nama-nama yang dicadangkan oleh presiden atau ketua dewan. Berbekalkan semangat berjamaah, persetujuan perlantikan adalah amalan syura yang matang (tuntas) demi membuktikan misi ucapan dasar presiden dalam muktamar lalu diterima baik demi ‘rahmat untuk semua’ ahli PAS dan pelbagai lapisan masyarakat.
Sebagaimana diucapkan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam menyampaikan ucapan dasar muktamar lalu, “Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS.
Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.”
Justeru kandungannya merupakan disilplin jamaah dan suatu pengarahan jitu demi meletakkan perjuangan PAS di terima masyarakat. Hasrat ini bagi memastikan PAS berwadah Islam terus mara sebagai pembicara ummah dalam meraih rahmat Allah untuk segenap lapisan masyarakat. Di atas asas inilah, pembentukan saf kepimpinan PAS Pusat bagi menggalas tugasan sesi 2013 sehingga 2015 pastinya membutuh nilai-nilai berkepimpinan yang berupaya memenuhi citra perjuangan yang sebenar. Terutama dalam memperdanakan PAS dalam Pakatan Rakyat. Sekaligus memenuhi sikap Tuan Guru Presiden yang mahukan PAS berperanan besar bukan sekadar penumpang dalam arena politik tanah air mahu pun Pakatan Rakyat.
BERKONGSI KUASA
Komitmen politik (mencapai kuasa) dan pendekatan dakwah (memastikan rahmat) adalah serasi dengan misi meletakkan PAS mampu bersaingan dalam kuasa yang ada di Kelantan dan berkongsi kuasa di Pulau Pinang dan Selangor. Di samping terus membina keyakinan bagi merapatkan jurang dengan pengundi Islam dan Melayu, terutama di Johor dan Pahang serta berupaya mengembalikan dominasi di Kedah serta beberapa negeri lain termasuk di Sabah dan Sarawak.
Demikian pula, peranan pengimbang gerakan politik dakwah PAS adalah Ulama, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong sewajarnya memantapkan matalamat dan strategi masing-masing dengan pembinaan saf yang berpaksikan akhlak baik dan ilmu yang cukup. Semoga PAS terus kekal pembawa sinar Islam yang sentiasa merahmati ummah.
______________________
Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.
Sumber HD - 1-12-2013
Muktamar ke-59 dan 5 agenda baru IT PAS
- Nov 28, 2013
- Suhaimi Embong
Muktamar pada kali ini meriah dan kehadiran pengunjung juga ramai termasuk rakan-rakan media juga diluar jangkaan pihak penganjur mungkin kerana pada tahun ini dibuat di sekitar Lembah Kelang dan juga ada pemilihan kepimpinan.
Sebagai orang diamanahkan mengendalikan persiapan prasarana IT, pihak Jabatan IT PAS (JITP) sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik kepada pihak perwakilan dan juga media yang bertugas. Pihak kami juga berusaha dengan sebuah syarikat telekomunikasi terkenal untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan ‘Wifi’ disekitar stadium tersebut secara sementara untuk tempoh muktamar ke-59 tersebut.
Agak mendukacitakan, disaat-saat akhir muktamar ke-59 hendak bermula syarikat telekomunikasi tersebut menarik diri dan pihak kami tidak sempat untuk berunding dengan syarikat telekomunikasi lain pada masa tersebut.
Ada kita orang Melayu, kerbau di pegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Mengikut persetujuan awal secara lisan, syarikat tersebut pada mulanya bersetuju dengan syarat diberikan secara ekslusif kepada pihaknya sahaja tanpa ada syarikat telekomunikasi lain.
Disebabkan signal telekomunikasi yang lemah didalam dan luar stadium, pihak kami telah memasukkan 20MB Unifi daripada Telekom Malaysia dan membuat pendawaian dalaman sementara untuk membekalkan perkhidmatan internet bagi kegunaan Jabatan IT PAS bagi ‘live streaming’ dan lain-lain perkhidmatan IT semasa muktamar serta pihak media yang lebih daripada mencukupi untuk menapung keperluan tersebut.
Apa yang saya nak sebutkan di sini, Selangor negeri maju yang mendendangkan kempen ‘Wifi Selangorku’ tetapi prasarana wifi Selangorku tersebut tidak ada disekitar stadium Malawati,. Diluar jangkaan kami kami tak ada ‘wifi Selangorku’ disitu.
Kami minta pihak kerajaan Selangor melihat kembali kenapa tak boleh diadakan ‘wifi Selangorku’ disekitar stadium, tempat orang muda berkunjung untuk sukan dan sebagainya kerana kerajaan Selangor difahamkan mengidamkan Selangor menjadi negeri pertama mempunyai Wifi percuma ke seluruh pelusuk negerinya tetapi di Shah Alam, ibu negeri pun tak selesai lagi.
Kita tinggalkan dulu kisah persediaan IT semasa muktamar ke-59 baru-baru ini. Kita fokus pula apa yang hendak dibuat oleh Jabatan IT PAS (PAS) bagi penggal yang baru ini. Sebagai Pengarah Jabatan IT PAS, saya telah menggariskan lima (5) misi baru untuk memperkasakan IT pada sesi 2013/2015 akan datang ini;
Pertama; meneruskan perancangan strategik lima (5) Tahun IT dan Media Baru PAS pada tahap ketiga setelah‘blue print’ dimulakan sejak tahun 2001 yang digariskan dalam ISP (Perancangan Strategik IT) JITP3.0 2011-2015 yang meliputi Sistem Aplikasi, Infastruktur dan Infostruktur serta Pembangunan Organisasi/Sumber Manusia secara terancang dan bersepadu di semua peringkat meliputi pusat, negeri, kawasan/MTD dan dewan-dewan.
Kedua; Mendokong pendekatan pembudayaan IT ‘ikut trend’ semasa teknologi terkini dalam membangunkan Sistem Aplikasi, Infastruktur dan Infostruktur serta Pembangunan Organisasi/ Sumber Manusia bagi membolehkan PAS terus berada dihadapan dalam bidang ICT dan Media Baru melalui kursus dan latihan dengan mewujudkan Makmal IT (MIT) dan Akademi Latihan IT (ALIT) untuk melatih pimpinan, kakitangan pejabat dan penggerak serta petugas sukarelawan IT (volunteers) secara profesional.
Ketiga; Berusaha menyelesaikan masalah perkhidmatan ICT dan pengurusan maklumat di’hujung jari’ yang diberikan berkualiti dan memenuhi syarat-syarat CIA, iaitu Confidentiality (keselamatan dan kerahsiaan data dan maklumat), Integriti (ketelusan, ketepatan data dan maklumat) dan Availability (ketersediaan data dan maklumat yang diperlukan dengan cepat dan luas).
Keempat; Mempertingkatkan program penerangan berkonsepkan, “Meng’IT’kan Penerangan, Mem’Penerangan’kan IT” dengan komunikasi maya atau siber melalui komuniti IT dan ePAS (komITeP) seperti radio dan tv internet PAS serta media baru seperti FB, Twitter, blog, aplikasi touch n get yang dilancarkan pada muktamar tahun lepas dan sebagainya bagi memastikan penyaluran maklumat yang cepat dan tepat disamping membudayakan keselamatan data dan kerahsiaan maklumat parti dikalangan pemimpin dan penggerak PAS di semua peringkat.
Kelima; Berusaha mempertingkatkan program ‘pemutihan’ keahlian PAS dalam SPOKAS (Sistem Pengurusan Organisasi dan Keahlian PAS) dan mengkaji semula keberkesanan kemaskini data keahlian supaya kemasukkan (key-in) data dan maklumat ahli boleh dibuat diperingkat negeri atau kawasan melalui konsep decentralize dan membangunkan Sistem Informasi Strategik Kajian Awal Pilihanraya (SISKAP) di samping mengemaskini dan mempertingkatkan fungsi Sistem Semakan Daftar Pemilih (SSDP) dan Sistem Informasi Sepadu Pemilih, Penduduk dan Organisasi (SisPRO) yang telah dibangunkan oleh Jabatan IT PAS (JITP) secara inhouse sebelum ini.
Perlaksanaan 5 misi tersebut akan mengambil kira perkembangan teknologi terkini seperti teknologi mobil, Cloud Computing dan Big Data yang bakal terus memperkasa dan memantapkan gerakerja PAS melalui penggunaan IT.
Adalah diharapkan pertimbangan harus diberikan oleh bukan sahaja ahli tetapi juga pemimpin PAS dalam memartabatkan IT dalam gerakerja PAS bukan sahaja dalam pentadbiran, penerangan dan pilihan raya tetapi selepas ini meliputi bidang-bidang yang lain seperti pendidikan, pertanian dan sebagainya.
Terimakasih kepada Harakah kerana memberikan ruang kepada saya berkongsi pengalaman dalam kolum Gerbang IT yang baru diadakan ini.
Sumber HD - 28-11-2013
AJK PAS PUSAT SESI 2013 - 2015:
UCAPAN PENANGGUHAN PRESIDEN:
YBDSHH 1: http://bm.harakahdaily.net/index.php/127-remaja-wanita/23800-surat-terbuka-kepada-tnc-hepa-ump
YBDSHH 2 : http://www.youtube.com/watch?v=ZXREOxf0SqQ&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
YBDSHH 3 : http://www.youtube.com/watch?v=xxUsnCVYsTA&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
YBDSHH 4 : http://www.youtube.com/watch?v=W4AMgJ50FMg&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Semuanya molek, tiada yang luah berbaik dengan Umno
- Nov 25, 2013
- RIZAL TAHIR
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik, berkata ahli PAS perlu memberi peluang kepada saf kepimpinan yang baru itu menjalakan tugas mereka dalam tempoh dua tahun ini.
“Kewajiban ahli untuk menerima keputusan. Jangan sesekali apabila setelah keputusan dibuat, ada pihak mengada-adakan kumpulan-kumpulan dalam parti.
“Cuma perhati kepimpinan yang baru ini dalam masa dua tahun. Jika ada kesilapan kita tegur,” katanya kepada Harakahdaily ketika di temui di pejabatnya tengah hari tadi.
Kata beliau, sekiranya ada ahli PAS yang ingin menegur kepimpinan, mereka hendaklah menggunakan saluran yang betul.
“Nak tegur jangan tegur terbuka. Itu bukan orang tak panggil tegur. Itu orang panggil mengumpat. Tegur sewaktu dalam mesyuarat,” tegasnya.
Tuan Guru juga menyampaikan rasa gembira dengan perjalanan muktamar kali ini.
“Alhamdulillah, apa yang saya tengok semuanya teratur molek. Yang paling utama sepanjang muktamar kali ini tiada seorang pun perwakilan meluahkan cadangan untuk berbaik semula dengan Umno,” ujarnya.
“Ini satu perkembangan yang baik bahawa penyokong-penyokong PAS tidak terfikir dah untuk berbaik dengan Umno,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai senarai kepimpinan PAS yang terbaru, Tuan Guru berkata, saf kepimpinan ini adalah amat bertepatan dengan slogan PAS Untuk Semua.
“Pelbagai latar belakang kepimpinan PAS menunjukan memang tepat dengan slogan PAS Untuk Semua,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 25-11-2013
Siapa terjun dari bahtera, dia tak selamat - Presiden
- Nov 25, 2013
- HARAKAHDAILY
Menganalogikan serangan tersebut sebagai 'gelombang dari luar, yang menghentam bahtera PAS', beliau mahu pemimpin dan ahli PAS semua peringkat tidk terjun dari bahtera ini sekalipun mabuk dilanda gelombang tersebut.
"Gelombang dari luar itu cukup kuat, kayuh sama-sama hingga penghujung. Kadang-kadang saya bimbang orang kita mabuk dengan gelombang. Lebih malang yang mabuk itu sampai terjun bahtera.
"Jangan terjun bahtera ini. Sesiapapun yang terjun dia tidak akan selamat, termasuk juga ulama," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membuat ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 semalam.
Terdahulu, beliau turut menafikan kewujudan pelbagai aliran pemikiran yang ada dalam PAS yang didakwa sesetengah pihak sebagai membawa kepada perbezaan akidah.
Sebaliknya, kata Ustaz Abdul Hadi tuduhan seperti itu hanya ditimbulkan oleh Umno, sedangkan di kalangan ahli PAS hanya berbeza dari segi latar belakang dan bukannya dari segi akidah.
"Tiada dalam PAS, Islam liberal, Islam ortodoks atau Islam protestan. Jangan dengar pandangan orang luar," katanya membuat penegasan.
Tambahnya, PAS melihat kepelbagaian latar belakang ini sebagai satu kekuatan kepada parti itu dengan berperanan secara kolektif.
Sumber HD - 25-11-2013
Wala' dan siqah kepada kepimpinan baru
- Nov 25, 2013
- Hazayani Zakaria
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, kepimpinan parti sangat berhati-hati apabila berhadapan dengan media arus perdana dan meminta ahli juga tidak sewenang-wenangnya mempercayai laporan mereka berkaitan PAS.
"Ada pandangan dari perwakilan tentang kenyataan pimpinan. Kita tegaskan bahawa kita banyak siri perbincangan apa yang berlaku dan harus kita fahami bahawa sumber yang perlu kita rujuk ialah sumber rasmi parti, bukan merujuk kepada sumber lain.
"Ada di kalangan kita yang marah pada pimpinan berapi-api, dengan berkata, bukankah kita sudah beritahu jangan beri kenyataan kepada Utusan Malaysia. Ini lidah Umno kenapa pimpinan buat juga kenyataan keluar suratkhabar dalam Utusan Malaysia muka depan, keluar TV3.
"Saya tanya dia, pak cik baca di mana? Dia jawab, ini Utusan Malaysia sebut. Rupa-rupanya dia yang percaya Utusan malaysia. Pimpinan kita tak buat kenyataan kepada media musuh tetapi kenapa kita percaya kepada media musuh?
"Kita harus akui media perdana berjaya membentuk pemikiran rakyat, membentuk pusingan yang paling bahaya. Apabila kita termasuk dalam kitaran tersebut lalu kita bercakap dengan suara yang disebut media musuh dan kita bawa dalam pemikiran kita.
"Saya harap muktamar kita ini marilah kita tutup semua label yang diberi oleh musuh kepada kita. Biduk berlalu kiambang bertaut," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.
Bekas Ketua Penerangan PAS Pusat itu juga mengingatkan bahawa sumber rasmi parti ialah akhbar Harakah dan portal Harakahdaily yang harus dijadikan rujukan pimpinan dan ahli PAS.
"Saya jelaskan bahawa media rasmi PAS ialah Harakah dan Harakahdaily dan kita telah berjaya buat peningkatan dalam Facebook Harakahdaily.
"Mungkin sebahagian tak menyedari dalam masa 2 tahun setengah follower Harakahdaily daripada 40,000 meningkat kepada 42,414 satu peningkatan yang luar biasa," katanya.
Beliau turut mengingatkan ahli agar menerima keputusan perwakilan yang memilih pimpinan baru bagi sesi 2013-2015 dan perlu memberikan kerjasama kepada pimpinan baru.
"Kita telah buat keputusan, kita kena wala' kepada keputusan perwakilan. Suka atau tidak suka, terima atau tidak terima setelah keputusan dibuat mari kita taat kepada pimpinan kita dan siqah kepada pimpinan yang ada," ujarnya.
Sumber HD - 25-11-2013
- Nov 25, 2013
- Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga Naib Presiden PAS sesi 2013-2015 yang dipilih pada Muktamar Tahunan ke-59 yang berakhir semalam tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dengan kegagalan Datuk Mahfuz Omar mempertahankan jawatan itu.
Hasrat Mahfuz yang dicalonkan semula untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar kali ini tidak kesampaian apabila meraih 504 undi berbanding Salahuddin Ayub yang memperolehi 917 undi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (849) dan Datuk Husam Musa (520). Seorang lagi calon, Datuk Abu Bakar Chik mengutip 364 undi.
Salahuddin, Tuan Ibrahim dan Husam meluahkan perasaan itu ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan ucapan dasar semalam.
Bagi Tuan Ibrahim, beliau merasa sedih dengan kemenangannya yang menyebabkan Mahfuz terlepas jawatan.
"Saya sedih di atas kemenangan saya kerana seorang Naib Presiden (Mahfuz) terpaksa melepaskan jawatan itu kepada saya," ujarnya yang juga Ketua Pnenerangan PAS Pusat sesi lepas.
Begitupun, beliau yang pernah diamanahkan sebagai Naib Presiden PAS pada sesi 2009-2011 menganggap para perwakilan meletakkan gandingan yang dipilih kali ini daripada kalangan aktivis, ulama dan profesional.
Namun, beliau menegaskan, tanggungjawab pendukung PAS adalah untuk memperkemaskan dan memantapkan jentera parti dalam semua sudut untuk melihat ke depan iaitu cabaran besar Pilihan raya Umum ke-14 nanti.
Husam pula melihat Mahfuz yang ‘tergelincir’ mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS sebagai seorang yang banyak idea.
Berbeza pula dengan Mahfuz yang tidak berasa kecewa dengan kegagalan mempertahankan jawatan kerana sudah bersedia dengan jangkaan tewas pada pemilihan kali ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau menyiapkan ritual kepada dirinya kalah dalam pertandingan sama ada dalam pilihan raya mahupun parti.
Sumber HD - 25-11-2013
PAS sudah sedia ambil alih tempat Umno
- Nov 24, 2013
- Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Apa maknanya pemilihan kepimpinan PAS kali ini kepada Umno, tanya Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz.
“Ianya menandakan PAS mempunyai pasukan pimpinan yang boleh menggantikan Umno,” tulis beliau di dalam blognya.
Menurutnya, menjelang PRU14, 75% daripada pengundi adalah pengundi yang sudah dibandarkan atau separuh dibandarkan.
Katanya, jenerasi baru ini terdedah kepada pendekatan media dan cara berinteraksi yang baru.
“Kita telah lihat anak-anak muda enggan menerima indoktrinasi yang dilakukan melalui cara berpesta-pestaan ala Umno. Mereka tidak mahu penghinaan ke atas intelijens mereka” tulisnya lagi.
Baginya, jika PAS bekerjasama dengan parti PR yang lain, PRU14 ialah kita yang punya.
Baca di sini
Sumber HD - 24-11-2013
Unit Audit Syariah pandu pemimpin patuhi syarak
- Nov 24, 2013
- Salmiyah Harun
Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) berkata, unit itu berperanan untuk mengaudit individu di dalam kepimpinan parti di semua peringkat.
Katanya, unit itu akan memandu kepimpinan parti supaya terus berada di landasan agama yang diizinkan Allah.
"Kita akan ambil perhatian terhadap kenyataan, tindakan dan keputusan pimpinan parti di segenap peringkat agar mematuhi hukum syarak," katanya ketika sesi penggulungan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Malawati, di sini
Bagaimanapun, katanya unit itu bertujuan mengharmonikan apa yang berlaku di dalam jemaah Islam dan ini tidak akan bercanggah dengan jawatankuasa disiplin di bawah kelolaan PAS Pusat.
Unit Audit Syariah itu diputuskan dalam usul Muktamar Dewan Ulamak yang sebelum ini telah bersidang sebanyak tiga kali bagi membincangkan perkara itu.
Jelasnya, para panitia unit itu terdiri daripada pakar yang berwibawa daripada pelbagai sektor iaitu ekonomi, siasah syar’iyyah dan falsafah Islam yang diberi autoriti yang kuat oleh Majlis Syura.
Sumber HD - 24-11-2013
Presiden PAS nafi ulama dipinggir
- Nov 24, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, perkara itu tidak sewajarnya berbangkit kerana komposisi ulama dan profesional dalam saf kepimpinan baru PAS adalah seimbang.
"Perkara ini tak timbul. Saya kira dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja ada 9 orang ulama daripada 18 orang," katanya pada sidang media terakhir selepas Muktamar Tahunan PAS ke-59 ditangguhkan kira-kia jam 3 petang ini.
Beliau turut menambah bahawa, bukan jumlah mana-mana kelompok sama ada ulama atau profesional yang perlu dipersoal, tetapi PAS lebih melihat kepada peranan yang akan dimainkan.
"Kita tak mahu macam ulama dalam Umno (tiada peranan). Yang penting kita melihat peranan yang dimainkan nanti," jelas beliau lagi.
Terdahulu beliau diminta memberi komentar oleh wartawan media arus perdana berhubung jumlah ulama dalam saf kepimpinan baru yang didakwa mereka menyaksikan kumpulan ulama tidak mendominasi AJK PAS Pusat.
Sumber HD - 24-11-2013
Muslimat terbukti berperanan Exco, MP dan Adun
- Nov 24, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Justeru, beliau mengingatkan ahli-ahli supaya jangan ada golongan label melabel sebaliknya mesti merapatkan ukhuwah untuk menghadapi PRU14.
"Kita ada exco di Selangor; Dr Halimah Ali di Kelantan, Mumtaz Md Nawi dan Kedah ketika memerintah, Datuk Aisah Ghazali," katanya dalam sesi penggulungan ucapan dasar Presiden.
Menurut beliau, pada PRU lalu muslimat bertanding tujuh kerusi Parlimen dan 18 Dun di mana pencapaian calon muslimat di Parlimen Kota Raja serta Dun di Seri Serdang mengatasi calon muslimin.
Beliau berharap ramai lagi muslimat yang diberi peluang untuk menjadi calon dan jangan menganggap muslimat memberi saingan kepada muslimin kerana muslimat merupakan kakak dalam perjuangan.
Menurut beliau, muslimat tidak mengharapkan jawatan atau gelaran tinggi tetapi kerjasama yang mantap menjadi penentu kepada wajah ummah dan negara.
Katanya, PAS kawasan mesti memastikan setiap jentera muslimat berperanan dan bekerja keras untuk menangkan calon PAS yang bertanding bagi memastikan matlamat ke Putrajaya tercapai pada PRU14 nanti.
"Saya mengharapkan sokongan dan dokongan semua peringkat kepada muslimat melalui Briged Amal, Ameerah, Nisa’ kerana golongan ini bekerja mendekatkan hati kepada masyarakat," katanya.
Ini kerana, tambah beliau PAS menghadapi cabaran besar apabila lebih 35 peratus wanita Melayu masih belum memberi sokongan kepada PAS.
Sumber HD - 24-11-2013
Syariah: PAS sedia muzakarah dengan Umno
- Nov 24, 2013
- ANIS NAZRI
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pelawaan itu ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Stadium Malawati, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.
Berucap di hadapan para perwakilan, Ustaz Hadi menegaskan PAS bersedia dengan barisan pakar untuk tujuan muzakarah itu seperti ulama, mahupun peguam.
"Kita ada ramai ahli. Ada yang tua, ada yang muda. Kita ada Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Harun Taib. Kalau yang muda, kita ada Nik Abduh, Nik Zawawi. Kalau peguam, kita ada Tun Salleh Abbas atau Wan Mutalib Embong. Yang muda, ada Asmuni Awi, Hanipa Maidin," kata beliau.
Dalam pada itu, Ustaz Hadi menegaskan PAS sudah beberapa kali berbincang dan bermuzakarah berkaitan hukum Islam, termasuk dengan DAP dan juga badan-badan agama lain.
Malangnya, kata beliau yang paling kuat menentang Islam ialah Umno, bukannya DAP, malah Umno tidak pernah menghadiri majlis penjelasan berkaitan hukum Islam walaupun dipelawa PAS.
"DAP memang tidak setuju dengan Islam. Kalau dia setuju, dia dah lama masuk Islam. Tapi DAP bercakap dengan kita jika tidak setuju dengan hukum Islam. Pernah tahun 90-an kita adakan perbincangan mengenai hudud. DAP datang, persatuan kristian, buddha, sikh datang, Umno yang tidak datang," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Ustaz Hadi berkata Umno tidak mampu mengikut hukum Islam kerana ia berbeza dengan ideologi perjuangan yang dibawa parti Melayu terbesar itu.
"Kalau Umno ikut, mereka akan tersangkut. Sebab itu bukan ideologi perjuangan mereka," kata beliau lagi.
Sumber HD - 24-11-2013
Tiada jawatan tak halang saya bantu parti - Mahfuz
- Nov 24, 2013
- Harakahdaily
Bercakap kepada lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati, ketika sesi penggulungan ucapan dasar pagi ini, beliau berkata, ruangan baginya untuk berjuang membantu PAS luas terhidang walaupun bergelar ahli biasa selepas ini.
"Jawatan ini sekadar ranking susunan dalam parti.
"Ini bukan soal jawatan, tetapi kemahuan untuk terus berjuang untuk memartabatkan Islam di bumi Allah ini," katanya yang memberi ucapan sejurus pengumuman keputusan jawatan Naib Presiden PAS dibuat pihak Jawatankuasa Pemilihan pagi ini.
Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi mengumumkan keputusan bagi tiga Naib Presiden dimenangi oleh Salahuddin Ayub (penyandang) dengan memperoleh 917 undi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (bekas Ketua Penerangan) dengan 849 undi dan Datuk Husam Musa (penyandang) dengan 520 undi.
Mahfuz dan Datuk Abu Bakar Chik bagaimanapun masing-masing berada di tangga keempat dan kelima dengan jumlah undi sebanyak 504 dan 364.
YB DMO - http://www.youtube.com/watch?v=NsjFW-d6jgU&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 24-11-2013
- Nov 24, 2013
- Hazayani Zakaria
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Mohd Omar berkata, isu alam sekitar memerlukan kajian dan penyelidikan yang teliti serta mengambil masa yang panjang.
Justeru katanya, kerja-kerja lajnah alam sekitar banyak berbentuk perbincangan dan pertemuan dengan badann bukan kerajaan (NGO).
"Kita bukan sahaja memperjuangkan isu Lynas seperti yang didakwa perwakilan Kedah tetapi kita juga pernah perjuangkan isu sampah di Batu Pahat Johor dan dahulu kita perjuangan isu insenarator di Broga dan kes itu menang di mahkamah.
"Cuma lajnah alam sekitar memang tida banyak berceramah atau mengeluarkan kenyataan media kerana kita mengambil masa yang agak manjang untuk kajian dan penyelidikan sebelum bercakap kepada umum," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati hari ini.
Justeru katanya, PAS perlu meneruskan perjuangan dalam isu Lynas termasuk isu-isu alam sekitar di kawasan lain.
Beliau juga menjelaskan, isu alam sekitar dikategorikan kepada tiga iaitu nasional, negeri dan kawasan.
Katanya, hasil perjuangan isu sampah di Bukit Pelandok, Batu Pahat, PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kawasan tersebut.
Sumber HD - 24-11-2013
- Nov 24, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Menurut beliau, ziarah ukuhwah perlu dipertingkatkan kerana ramai penggerak veteran yang sudah tidak mampu bergiat cergas dalam parti dan mereka rasa terpinggir jika tidak diambil tahu hal kebajikan mereka.
"Mereka adalah insan yang sangat sensitif apabila kita tidak ambil tahu hal mereka," katanya.
Beliau menyarankan supaya setiap negeri menubuhkan seketariat orang kurang upaya (OKU) kerana mereka mempunyai banyak cabaran dan perlu dikedepankan masalah mereka.
Menyentuh program tahunan Semarak Kasih Ramadan perlu diberi perhatian kerana ia memberi satu imej yang tinggi bahawa PAS begitu prihatin terhadap kebajikan.
Katanya, setiap kawasan mesti tubuhkan skuad Prihatin untuk menggerakkan kerja-kerja kebajikan kerana kebajikan menjadi nombor dua terpenting selepas program tarbiyah.
Beliau mengakui sejak PAS mengangkat slogan Negara Berkebajikan semua kawasan begitu prihatin dengan soal kebajikan.
YB DR SMM - http://www.youtube.com/watch?v=oLdY1NAqz8c&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 24-11-2013
- Nov 24, 2013
- Harakahdaily
Salahuddin memperolehi 917 undi, Tuan Ibrahim (849) dan Husam (520).
Dua calon lagi, Datuk Mahfuz Omar memperolehi 504 undi dan Datuk Abu Bakar Chik (364).
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi jam 10.50 pagi ini.
Jelasnya, jumlah perwakilan yang berdaftar ialah 1,129 sementara yang mengudi 1,086 dengan enam undi rosak.
AA- http://www.youtube.com/watch?v=RYD4GfoMx74
Sumber HD - 24-11-2013
- Nov 24, 2013
- Harakahdaily
Sambil mengucapkan terima kasih kepada para perwakilan, beliau berkata amanah yang telah dipertanggungjawab ini akan digunakan untuk terus membantu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengukuhkan PAS dan Pakatan Rakyat.
"Tidak ada nak celebrate apa-apa (atas kemenangan ini) sebab pertandingan ini pertandingan persahabatan.
"Saya akan terus buat kerja, banti presiden untuk perkukuhkan PAS dan perkukuh Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media sejurus diumum menang.
Dalam keputusan yang diumumkan Jawatankuasa Pemilihan PAS petang semalam, Mohamad menang dengan 588 undi manakala pencabarnya Datuk Nik Mohd Amar Abdullah mendapat 490 undi.
Kemengan ini adalah kali kedua buat Mohamad yang telah menyandang jawatan tersebut sejak sesi 2011 lalu.
Bagi jawatan Naib Presiden pula, keputusan pemilihan hanya akan diumumkan pada pagi ini ekoran terpaksa dikira untuk kali kedua.
Sumber HD - 24-11-2013
Hargai kelompok seni bersama PAS
- Nov 24, 2013
- Hazayani Zakaria
Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam berkata, tujuan PAS menarik artis, seniman, budayawan, dan karyawan untuk melakukan perubahan.
Justeru, katanya PAS perlu menghargai kesediaan kelompok ini bersama-sama parti dengan meraikan kepelbagaian mereka.
"Kita bawa artis, seniman, budayawan, karyawan bersama kita untuk melakukan perubahan. Mereka sudah bersedia bersama kita, mengapa kita masih banyak berkira-kira?
"Jangan terlalu ghairah untuk 'mengePASkan' mereka, mengenakan uniform atau jubah PAS, dari pemuzik menjadi ustaz, dari menyanyi menjadi penceramah. Aulanya adalah fikrah dan nilai, tasawur perjuangan.
"Biarkan mereka sebagai pemuzik, pelukis, penyanyi, pelakon, penulis dan sang karyawan lain-lain menghasilkan karya yang dapat membangunkan umat, menghidupkan jiwa yang mati, menyuntik semangat juang.
“Kita masih mengharapkan Bob Lokman dapat menghasilkan lirik-lirik berbisanya seperti ‘Isabela’, ‘Taman Rashidah Utama’ dengan nafas perjuangan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati hari ini.
Sementara itu, mengulas tema muktamar iaitu ‘Rahmat Untuk Semua’, beliau berkata ia hanya akan menjadi retorik kosong jika PAS masih terperap dalam tempurung markaz dan kelompok masing-masing.
"Rahmat daripada perjuangan kita bukan sekadar ahli PAS sahaja tapi untuk seluruh alam termasuk bintang di langit, gunung, laut membiru, jalanraya, bangunan, beburung, serangga, ikan di kali, keretapi, kapal korek, kelapa, buah mempelam, penarik beca, petani, penyanyi, pelancong, penoreh getah, pelacur, pengemis, orang Cina, Iban, India, Kadazan, ibu mengandung, wanita bekerjaya, OKU, penganggur, pelukis, pesakit di hospital," katanya kepada Harakahdaily.
Tambah beliau juga, daerah pembudayaan adalah sangat luas, bukan sekadar aktiviti kesenian seperti baca puisi, menyanyi, berlakon dan sebagainya sebaliknya termasuk idea, sistem sosial dan karya-karya yang dihasilkan.
"Prof. Dr. Koentjaraningrat, bapa Anthropologist Indonesia mengatakan bahawa konsep kebudayaan wujud dalam tiga keadaan. Pertama wujud kebudayaan sebagai idea, gagasan, nilai atau norma.
"Kedua wujud kebudayaan sebagai aktiviti atau pola tindakan manusia dalam masyarakat yang lebih dikenali sebagai sistem sosial. Ketiga adalah wujud kebudayaan sebagai karya-karya yang bersifat konkrit, fizikal seperti muzik, puisi, ukiran, lukisan dan sebagainya.
"Dalam pemikiran kita, barang kali yang menjadi tumpuan adalah wujud kebudayaan ketiga berbanding dengan kebudayaan yang pertama dan kedua," katanya.
Beliau juga berkata, PAS perlu lebih banyak menghasilkan karya yang mewakili pemikiran mereka daripada terus mengkritik karya orang lan tanpa sebarang tindakan.
"Di mana lagi ulama seperti Pak Hamka dalam PAS yang mampu menulis novel roman cinta seperti Tenggelamnya Kapal Van der Wijc dan Di bawah Lindungan Kaabah? Islam bukan sekadar diungkapkan dengan kalimah al Quran dan Hadis semata-mata tetapi yang lebih penting bagaimana Islam diterjemahkan dalam nilai wahyu," katanya lagi.
Justeru beliau menyeru agar para budayawan tidak hanya diundang pada musim pilihan raya sahaja namun kewujudan mereka perlu disedari sepanjang waktu.
"Kerana itu, besarlah harapan saya untuk tidak melihat para budayawan sekadar pengisi waktu menjelang musim-musim pilihanraya. Mereka adalah pelukis langit zaman, pelakar bumi Tuhan. Para karyawan, seniman, artis dan budayawan bukan askar upahan tetapi adalah pejuang sepanjang zaman," katanya.
Dr MS - http://www.youtube.com/watch?v=xTg9bu-f65E&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 24-111-2013
PAS tegas pendirian isu antarabangsa
- Nov 24, 2013
- Muhammad Faizal
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar) yang berucap mewakili Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar pada penggulungan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 menjelaskan penglibatan PAS di peringkat antarabangsa sentiasa berterusan sehingga sekarang.
Katanya, walaupun PAS bergerak aktif dalam hubungan tersebut namun tiada laporan media dilakukan bagi menjaga sensitiviti sesebuah negara.
"Kita tekankan di sini PAS tidak pernah lari dengan pendirian yang dibawa sejak dari dulu lagi dalam hubungan dengan masyarakat antarabangsa.
"Kita sentiasa bertegas dalam soal yang membabitkan kemanusiaan, tidak kira apa jua peringkat lapisan kaum," ucap beliau.
Jelasnya, PAS sentiasa berkongsi pengalaman antara satu sama lain dalam hal-hal antarabangsa dan juga hubungan dengan pimpinan negara-negara luar.
"Kita kongsi pengalaman antara satu sama lain, isu-isu antarabangsa dan menjaga baik hubungan dengan pimpinan setiap negara.
"Sebab itu apa yang berlaku di Mesir atau Timur Tengah kita tegas menentang dan kita apa terus beri sokongan tentang apa yang berlaku," katanya yang juga Adun Batu Burok.
Syed Azman yang turut memberitahu insiden di Syria menjadi perhatian serius PAS yang merupakan tragedi yang tidak dapat digambarkan.
Namun, apabila PAS berdepan dengan isu-isu ini secara meluas maka PAS akan terus dilabelkan dengan istilah membantu kelompok pemberontak.
"Isu Syria kita jelas, kita membantu dan tidak sangguh melihat insiden tragedi yang berlaku tetapi kita tidak menceritakan apa kita lakukan itu melalui publisiti yang meluas.
"Jika ini yang kita lakukan maka kita akan mendapat label sebagai membantu golongan pemberontak. Atas alasan tersebut mungkin tidak semua tahu apa yang telah PAS lakukan," jelasnya.
Beliau yakin dengan sumbangan yang dilakukan PAS di peringkat antarabangsa menjadikan parti itu terus berada di hadapan dalam pola politik dunia baru.
YB Dr SASAN : http://www.youtube.com/watch?v=0hjG-X5EqBw&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 24-11-2013
Usrah: Utamakan wehdatul fiqh, amal dan qulub
- Nov 24, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Justeru, beliau mengingatkan lajnah tarbiyah seluruh kawasan perlu memberi tumpuan kepada program ijtimak dalam tempoh dua tahun tetapi masuk tahun keempat mesti ditumpukan gerak kerja pilihan raya.
Katanya, kawasan yang aktif terutama dari segi program tarbiyah khususnya dalam usrah agar masalah dalaman menjadi kurang kerana mereka dapat bertemu dan memberi maklumat dengan tepat dan tidak bertelingkah sesama sendiri.
"Zaman hari ini zaman media baru, orang lebih percaya dengan maklumat dari media baru dan tidak sukar untuk menerima penjelasan," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan ucapan dasar Presiden.
Beliau berharap Muslimat, Pemuda di setiap kawasan, negeri dan pusat mesti sering mengadakan pertemuan atas nama usrah dan liqa fikri barulah merasakan kesatuan fikrah itu wujud.
Mengulas pertanyaan daripada perwakilan Muslimat berkenaan Ilham katanya, Ilham bertujuan memberi pendidikan formal kepada mereka yang sebelum ini tidak mendapat pendidikan formal dalam pendidikan Islam.
Tambah beliau, program Ilham yang baik dari Perak ada tiga cawangan iaitu Ipoh, Parit Buntar dan Taiping manakala Sarawak di Bintulu dan Kuching.
Beliau mengingatkan seluruh ahli dan pimpinan supaya jangan melupakan hubungan dengan Allah seperti amalan membaca al-Quran; puasa, solat kerana program itu memastikan perjalanan gerak kerja yang dapat dinilai oleh Allah.
Dalam pada itu beliau menjelaskan tentang laporan liqa fiqri yang tidak dimaklumkan di Harakah dan Harakahdaily kerana masalah teknikal.
Sumber HD - 24-11-2013
Perwakilan terlepas pandang bahas akta zalim
- Nov 24, 2013
- SALMIYAH HARUN
Timbalannya Hanipa Maidin berkata ramai yang tidak sedar bahawa tiga undang-undang yang dibuat kerajaan seperti SOSMA, Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Jenayah.
"Udang-undang khususnya Akta Pencegahan Jenayah sebenarnya adalah undang-undang yang kembalikan roh ISA.
"Walaupun kerajaan telah memansuhkan ISA tetapi kembalikan roh ISA dalam udang-undang ini," katanya dalam ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.
Tegasnya, para perwakilan yang gagal memahami apa itu dakwah sebenarnya menunjukkan mereka juga tidak faham kepada seruan dan ajakan.
"Dakwah paling mudah untuk kita fahami adalah seruan dan ajakan. Ahli-ahli Parlimen kita jalankan dakwah juga di parlimen di mana mereka membahaskan polisi dan dasar kerajaan yang menzalimi rakyat," katanya.
Bahkan katanya, dalam menyampaikan dakwah PAS janganlah terlalu memberi fokus kepada hudud sahaja.
"Yang penting tonjol Islam dalam erti kata lebih luas. Syariat perlu kuasai ilmu Islam ini dan ilmu duniawi supaya orang tidak rasa Islam itu hanya hukum sahaja. Hukum sahaja tidak membantu kita dalam menerangkan Islam kepada orang bukan Islam," katanya.
YB MHM - http://www.youtube.com/watch?v=uc_ja5P6MiI&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD -24-11-2013
DPPM: Gandingan mantap depani isu anak muda
- Nov 23, 2013
- SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang diterajui Suhaizan Kaiat.
Ketua Penerangannya, Ustaz Nur Azariza Mohd Alawi, berkata ucapan tahniah yang diterima bukan sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi ia adalah harapan bagi seluruh pemuda dan anak muda Malaysia yang menantikan bagaimana kepimpian baru berperanan mendepani masalah mereka.
Menurutnya, perwakilan Muktamar DPPM Ke-54 telah membuat pemilihan yang terbaik di samping gandingan yang terbaik untuk memantapkan jentera parti.
“Ustaz Khalil Abdul Hadi dan Mohd Khairil Nizam Khiruddin sebagai timbalan ketua dan naib masing-masing gandingan mantap yang tentunya bersedia untuk mendepani golongan belia.
“Mereka merupakan antara gandingan terbaik yang telah ditentukan oleh seluruh pewakilan anak muda Islam yang kasihkan jemaah,” ujarnya.
DPPNK juga, ujarnya turut mengingatkan kepada mana-mana yang tidak terpilih baru-baru ini supaya terus istiqamah dalam perjuangan.
Katanya, mereka yang tidak mendapat tempat dalam pemilihan baru-baru ini bukan bermakna mereka ditolak dan bukan menjadi alasan untuk mereka hilang semangat serta daya juang.
“Kita pemuda Islam telah lama diajar oleh pimpinan, istilah kecewa tiada dalam kamus perjuangan PAS. Pemuda Kelantan yakin kepimpinan Pemuda Malaysia mempunyai formula terbaik untuk mencantumkan semula bulu-bulu ayam yang mungkin tercarik,” ujarnya lagi.
Pemuda PAS Kelantan juga katanya merakamkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan DPPM yang lalu di atas sumbangan dan jasa besar mereka dalam meneruskan mata rantai perjuangan pemuda yang terus berkesinambungan.
Sumber HD - 23-11-2013
Himpunan besar-besar bantah GST, TPPA
- Nov 23, 2013
- Salmiyah Harun
Mewakili PAS Pusat, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menyatakan himpunan itu akan digerakkan dengan penggemblengan parti-parti Pakatan Rakyat, NGO dan semua pihak bagi membongkar segala termasuk penyelewengan sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara.
Mohamad berkata, bebanan baru dipaksakan ke atas rakyat seperti cukai GST yang akan membebankan, kenaikan harga barangan, pemotongan subsidi dan lainnya telah mendedahkan rakyat kepada bebanan ekonomi yang serius serta peningkatan kadar inflasi negara.
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) yang menjelaskan usul itu berkata, cukai GST adalah bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan membawa kepada kezaliman.
Tegasnya, kegagalan kerajaan BN mencegah kebocoran, pembaziran, rasuah dan salah guna kuasa tidak seharusnya diletakkan bebannya ke atas rakyat.
Tambahnya, TPPA yang jelas akan meletakkan negara kepada satu bentuk penjajahan ekonomi oleh kuasa besar, sedang negara akan berhadapan dengan pelbagai peraturan yang merugikan rakyat.
Usul itu disokong PAS Kawasan Bandar Tun Razak yang menerusi, Dr Rosni Adam, perwakilan Johor, Zulkifli Ahmad dan Negeri Sembilan, Khairul Azidi.
Usul ekonomi yang diterima dalam muktamar itu dikemukakan oleh Jawatankuasa PAS Pusat dan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Berikut ialah kandungan usul tersebut.
Menyedari bahawa Laporan Audit Negara setiap tahun mendedahkan pelbagai penyelewangan dan salahlaku yang sangat serius, melibatkan dana billion ringgit,
Menyedari pelbagai bebanan baru dipaksakan ke atas rakyat seperti cukai GST yang akan membebankan, kenaikan harga barangan, pemotongan sabsidi dan lainnya telah mendedahkan rakyat kepada bebanan ekonomi yang serius serta peningkatan kadar inflasi negara.
Menyedari juga bahawa cukai GST adalah bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan membawa kepada kezaliman
Menyedari Kegagalan kerajaan BN mencegah kebocoran, pembaziran, rasuah dan salahguna kuasa tidak seharusnya diletakkan bebannya ke atas rakyat.
Menyedari bahawa TPPA yang jelas akan meletakkan negara kepada satu bentuk penjajahan ekonomi oleh kuasa besar, sedang negara akan berhadapan dengan pelbagai peraturan yang merugikan rakyat,
Menyedari betapa gagalnya kerajaan mengambil sebarang langkah bagi mengatasi segala penyelewengan tersebut,
Maka muktamar yang diadakan hari ini mencadangkan agar satu himpunan rakyat diadakan secara besar-besaran dengan pengembelingan semua parti-parti PR, NGO dan semua pihak bagi membongkar segala penyelewengan sebagaimana laporan audit serta membantah dan mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA.
Dr MS - https://www.youtube.com/watch?v=J3Qp-9Z4c3c
Sumber HD - 23-11-2013
Hukum Islam: PAS tidak perlu berdiam diri
- Nov 23, 2013
- Anis Nazri
Cadangan tersebut dikemukakan perwakilan Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohammad ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.
Tegas Kamaruzaman, PAS sebagai sebuah gerakan massa yang memperjuangkan hukum Islam tidak perlu berdiam diri dalam soal memperkasakan hukum Islam yang menjadi perjuangan PAS selama ini.
"Suara kita makin kendur, sehingga ada yang mengatakan sudah dekat pilihan raya jangan sebut tentang hukum hudud kerana bimbang orang Cina tidak memberi undi.
"Namun, UMCedel pada 2002 telah membuat kajian mengatakan peningkatan 12 peratus daripada pengundi Tionghua meyakini keadilan sistem Islam," tegas beliau.
Sehubungan itu, katanya PAS perlu mengemukakan gagasan baru agar PAS cukup dikenali sebagai gerakan Islam yang hebat, yang melahirkan amilin dari sistem tarbiyah.
Beliau turut meminta PAS agar bersatu dengan beberapa konflik yang dikatakan memberi kesan kepada pengundi Melayu secara signifikan iaitu isu kalimah Allah dan tuduhan yang mengatakan PAS sebagai pembonceng Pakatan Rakyat.
"Untuk isu ini, PAS dan pemimpin pusat yang bakal dilantik nanyi perlu memikirkan bagaimana untuk membuktikan PAS bukan pembonceng Pakatan Rakyat.
"Selagi dua isu ini tidak diselesaikan, maka pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, kita masih tidak mampu ke Putrajaya," tegas beliau.
Sumber HD - 23-11-2013
Desak kerajaan tidak tandatangani TPPA
- Nov 23, 2013
- Hazayani Zakaria
Perwakilan Negeri Sembilan, Fareedah Abd Samad berkata, demi menjaga masa hadapan rakyat dan kedaulatan negara daripada penjajahan bentuk baru oleh Amerika Syarikat, PAS Negeri Sembilan menggesa Kerajaan Malaysia meninggalkan meja rundingan TPPA serta-merta.
"Peranan PAS dalam isu antarabangsa seharusnya menjangkaui isu di uar kerangka negara Islam dan masyarakat ISlam.
"Isu ancaman terhadap krisis ekonomi negara dan dunia misalnya merupakan isu penting yang kini masih gagal diberi perhatian oleh Kerajaan Malaysia dan hakikatya PPAS mampu berperanan dalam hal ini," katanya sewaktu berucap pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati hari ini.'
Selain itu, PAS Negeri Sembilan mencadangkan PAS Pusat memainkan peranan dalam menjadi basan pendesak utama kepada Pertubuhan Negara Islam (OIC) dengan merancakkan hubungan langsung melalui kunjung hormat delegasi, perutusan rasmi dan penghantaran memorandum atas isu-isu penting.
"Dalam memperjuangkan isu kemanusiaan seperti pemanasan global, bencana alam, krisis sumber makanan, krisis sumber tenaga dan isu pelarian antarabangsa, PAS Negeri Sembilan melihat perlunya campur tangan proaktif OIC," katanya.
Beliau turut menggesa PAS mengambil langkah proaktif dengan membentangkan model Unit Amal dan Briged Muslimat yang telah menjadi kebanggan PAS kepada pihak OIC supaya ditubuhkan PAsukan Penyelamat Khas sebagai agensi khusus di bawah OIC.
"Model Unit Amal berskala besar boleh kita bentangkan supaya Pasukan Penyelamat Khas OIC ini mempersiapkan prasarana yang diperlukan seperti kapal, helikopter dan pasukan perubatan terbaik agar mereka mapu menjadi pihak pertama yang menghantar bantuan dalam mana-mana misi kemanusiaan," katanya.
Sumber HD - 23-11-2013
Muktamar terima usul laksana undang-undang syariah
- Nov 23, 2013
- Harakahdaily
Usul yang dikemukakan oleh PAS Kuala Krau dan Dewan Muslimat PAS Pusat itu diterima sebulat suara agar undang-undang syariah ini menjadi sebahagian daripada undang-undang negara dan mana-mana kerajaan negeri yang ingin melaksanakannya tidak disekat.
Shahril Azman Abdul Hamid yang membentangkan usul itu, turut disokong oleh wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi serta wakil PAS Klang, Mohd Prasad Hanif.
Sementara itu, wakil PAS Jerlun, Abdul Ghani Ahmad mencadangkan sedikit penambahan, dengan meminta Majlis Syura Ulamak dan PAS Pusat sendiri menyerahkan usul yang dipersetujui di muktamar kali ini kepada Perdana Menteri dalam pertemuan hati ke hati.
Berikut ialah kandungan usul berkenaan.
Menyedari bahawa hak untuk hidup aman, sejahtera dan selamat adalah menjadi impian kepada semua manusia. Manusia memiliki naluri semulajadinya sayang kepada harta dan sangat memerlukan kepada perlindungan diri dalam meneruskan hidup dalam suasana aman dan tenteram.
Menginsafi bahawa kadar kes jenayah di dalam negara semakin hari semakin meruncing dengan kadar jenayah bersenjata api dan pembunuhan sentiasa meningkat seolah-olah rakyat Malaysia tidak takut kepada undang–undang penguatkuasaan dalam negara.
Menginsafi bahawa angka 74,127 kes jenayah dari bulan Januari hingga Jun 2013 semakin membimbangkan keselamatan rakyat yang tidak lagi terjamin
Menginsafi bahawa dapatan kajian yang diperolehi oleh My Watch (sebuah badan pemerhati bebas anti jenayah) adalah berbeza serta meningkat dari masa ke semasa walaupun statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) menunjukkan penurunan indeks jenayah dari tahun 2009 – 2013.
Menginsafi juga masyarakat kini hidup dalam situasi penuh ketakutan dan tahap kebimbangan yang sangat tinggi.Setelah operasi khas bergelar “cantas” dilakukan sehingga berjaya memberkas lebih lapan ribu yang disyakki sebagai anggota kongsi gelap dan penjenayah berat namun kes-kes berprofail tinggi masih terus berlaku dan ianya menampakkan jalan buntu untuk dibendung jauh sekali untuk dihapuskan.
Menyedari bahawa pelbagai cara dibuat oleh kerajaan dalam membendung jenayah barat ini semakin gagal sekalipun modul penguatkuasaan undang-undang turut menekankan aspek agama, nilai murni dan moral bagi mewujudkan kawalan sosial.
Menyedari bahawa hanya Islam melalui perlaksanaan Syariatnya secara menyeluruh sahaja yang mampu membendung gejala ini, maka PAS Kawasan Kuala Krau besama Dewan Muslimat PAS Pusat mengusulkan dalam Muktamar ini mendesak Kerajaan Malaysia menggubal serta meminda Perlembagaan Negara bagi membolehkan Undang-undang Jenayah Islam menjadi sebahagian daripada Undang-undang Negara serta tidak menyekat perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di negeri-negeri yang ingin melaksanakannya.
Sumber HD - 23-11-2013
Mohamad Sabu dipilih semula Timbalan Presiden PAS
- Nov 23, 2013
- Harakahdaily
Mohd Amar mengucapkan tahniah kepada Mohamad. (Foto: Nasir Sudin)
SHAH ALAM: Mohamad Sabu dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.
Mohamad mendapat 588 undi sementara Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendapat 490 undi.
Manakala bagi jawatan Naib Presiden PAS sedang dikira semula.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi sebentar tadi.
Ahli-ahli Jawatankuasa yang dipilih:
1. Idris Ahmad - 927 undi
2. Mazlan Aliman - 840
3. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - 688
4. Datuk Amiruddin Hamzah - 679
5. Dr Mohd Hatta Ramli - 649
6. Nasrudin Hassan - 645
7. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - 627
8. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa - 628
9. Dr Dzulkefly Ahmad - 610
10. Mohamed Hanipa Maidin - 604
11. Datuk Kamarudin Jaffar - 562
12. Khalid Abdul Samad - 547
13. Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh - 518
14. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 476
15. Dr Riduan Mohd Nor - 469
16. Datuk Dr Mahfodz Mohamed - 455
17. Dr Siti Mariah Mahmud - 437
18. Nuridah Salleh - 424
Keputusan bagi jawatan Naib Presiden PAS akan diumumkan pagi esok.
Pengerusi JKP - AA : http://www.youtube.com/embed/l-ssZfZ5Gfs?wmode=transparent&modestbranding=1&rel=0&showinfo=0
Sumber HD - 23-11-2013
- Nov 23, 2013
- Hazayani Zakaria
Memetik pepatah Cina zhi ji zhi bi yang bermaksud 'kalau mengenali parti lawan, mengenali diri sendiri maka akan sentiasa menang', pengerusinya, Hu Phang Chaw mahu PAS menubuhkan pasukan pemikir dan pasukan perang saraf untuk melawan Umno BN.
"Kalau tak ada strategi, segala rancangan kita akan jadi perbualan kedai kopi.
"Pasukan pemikir penting dan pelu ditubuhkan bawah Pusat Penyelidikan PAS.
"PAS juga perlu tubuhkan satu unit perang saraf menggunakan kepakaran daripada bekas pasukan keselamatan untuk lawan Umno," katanya sewaktu berucap pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-59.
Selain itu beliau turut mencadangkan setiap kawasan iaitu sebanyak 186 diwajibkan membeli akhbar Harakah untuk diedarkan ke setiap rumah bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang benar berkaitan isu-isu semasa.
"PAS ada 186 kawasan di seluruh negara jadi kita wajibkan setiap kawasan beli 50 naskah Harakah setiap bulan.
"Setipa bulan kita akan dapat naskah Harakah untuk edar ke setiap keluarga," katanya.
Tambah beliau juga, nama PAS bukan sahaja dikenali dalam Malaysia tetapi juga tuurt dikenali di luar negara.
Katanya, beliau menerima undangan untuk berdialog dengan NGO di luar negara untuk mengenali PAS secara lebih dekat.
"Nama PAS bukan sahaja dalam negara namun turut diketahui negara luar.
"Saya sendiri terima undangan untuk berdialog dengan orang di luar negara untuk kenal apa itu PAS," katanya.
Sdr KD - http://www.youtube.com/watch?v=sAmofaJulz0&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 23-11-2013
- Nov 23, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Perwakilan DMPP, Ustazah Dr Asiah Ali menegaskan, kempen memburuk-burukkan calon itu amat bahaya jika tidak dibendung segera ia akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam PAS.
Hal ini kerana kata beliau, menjelang pemilihan penyebaran sms di `whatsapp dan facebook' mengenai kempen untuk Jawatankuasa telah dilakukan secara tidak sihat.
Dalam perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden katanya, jika ahli dan pimpinan PAS ingin menjadi sebahagian daripada mata rantai perjuangan maka wajib mereka mencerna Perlembagaan dan merencana gerakan selari dengan usaha-usaha yang dinyatakan dalam Perlembagaan PAS.
Beliau menegaskan AJK PAS Pusat juga harus mengawal dan menjaga diri daripada mengeluarkan ucapan atau pandangan peribadi termasuk melabel calon tertentu agar tidak melepasi batasan yang boleh mengeruhkan hubungan berjemaah.
"Kita mahu sistem tabbayyun dan mekanisme pengesahan isu dan info diwujudan serta penerangan sepatutnya menjadi rujukan pusat info sepadu segera di peringkat pusat dan negeri untuk mengelakkan kekeliruaan," katanya.
Beliau mengakui peranan jentera Halwa dan JPRM Pusat dalam membantu kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat adalah suatu yang tidak boleh dipertikai.
Katanya, keupayaan Halwa khususnya menguasai parti dalam program ziarah dan kempen dari rumah ke rumah bertemu pengundi adalah bukti kejayaan pentarbiyahan individu secara langsung.
Sumber HD - 23-11-2013
- Nov 23, 2013
- Salmiyah Harun
Menurut perwakilannya, Hishamuddin Abdul Karim (gambar), Mr. Arrogant inilah yang telah muncul di dalam PAS dan menguasai diri dalam pimpinan parti itu sehingga merasai diri merekalah yang terbaik.
"Tetapi sebenarnya pimimpin parti dan ahli PAS telah melahirkan Mr. Arrogant dalam diri. Bolehkah kita setia dan sayangkan jemaah mengatasi kepentingan diri sendiri.
“Ya, saya menaruh keyakinan Arrogant telah menguasai sebilangan diri kita pada hari ini," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-59, hari ini.
Demi memantapkan kekuatan parti, beliau mencadangkan agar semua pihak berusaha untuk memperkukuhkan wehdatul fikr di kalangan seluruh ahli.
"Berakhirnya muktamar ini, segala konflik dalaman hendaklah ditamatkan segera dan kebumikan terus di stadium ini bagi mengorak langkah yang lebih padu memartabatkan Islam," katanya yang juga Adun Tepoh.
Katanya, penyertaan ke dalam PAS hendaklah berasaskan penyertaan dalam sebuah jemaah Islam yang menuntut ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.
"Walaupun kita datang dari pelbagai jemaah yang lain, kepimpinan jamaah yang mesti ditaati dan diberikan sepenuh kepercayaan hanyalah kepada tunggak kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang," jelasnya.
Justeru, PAS Terengganu berharap agar Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden dapat memberikan tumpuan untuk memperkasakan parti dan jamaah dan demikian juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang bakal dipilih selepas ini.
"Binalah kembali kekuatan jamaah yang dicintai ini, kembalikan semangat persaudaraan dan kesetiaan tinggi di kalangan semua ahli jamaah," ujarnya.
YB Hishamuddin Abd Karim : http://www.youtube.com/embed/riouYaZs0m0?wmode=transparent&modestbranding=1&rel=0&showinfo=0
Sumber HD - 23-11-2013
- Nov 23, 2013
- MUHAMMAD FAIZAL
Naib Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam Khiruddin dalam ucapan beliau menjelaskan, kajian yang dilakukan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2012 mendapati masih ramai pelajar gagal untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Jelasnya, pendedahan ini amat merisaukan dan perlu ditangani dengan segera agar remaja lebih celik kepada ajaran agama Islam.
"Kita ingin menekankan agar PAS memperkukuhkan pendidikan sebagai hak asasi rakyat, kajian Jakim di Sekolah Rendah di Kuala Lumpur dari lima kelas mendapat dua pelajar masih tidak tahu mengucap syahadah.
"Malah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut mendapati kalangan remaja Islam, 72 peratus tidak tahu solat.
"Malah yang paling merisaukan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, kajian 2010 mendapati 2,260 responden mengaku mengamalkan seks bebas," ucapnya ketika berbahas ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.
Tambah beliau, kajian tersebut memperlihatkan status negara maju tidak menjamin peningkatan kesedaran dan penghayatan rakyat terhadap Islam.
Sumber HD - 23-11-2013
- Nov 23, 2013
- Harakahdaily
Wakil Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo (gambar) ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden hari ini berkata, tekad itu diasaskan kepada sokongan rakyat terhadap PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya pada PRU13 lalu, PAS buat kali pertama menambah jumlah kerusi bertanding daripada satu kerusi pada 2008 kepada lima kerusi pada 2013.
Dari jumlah lima kerusi itu ujarnya, PAS Sarawak berjaya mendapat kembali wang deposit dari empat kerusi yang ditandingi.
"Sebab itu kita telah pilih slogan "Iltizam Untuk Sarawak".
"Kalau bukan satu kerusi, Insya Allah dua kerusi Dun kita akan hadiahkan kepada PAS pada pilihan raya negeri yang dijangka paling awal Disember 2015 nanti," katanya disambut laungan takbir oleh para perwakilan.
Selain itu, pengaruh PAS di Sarawak katanya makin melebar dengan kejayaan mewujudkan 16 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di seluruh negeri.
Menurutnya, Pasti ini telah berjaya menempatkan dakwah PAS di kawasan-kawasan bandar dan daerah besar di negeri itu.
Dalam pada itu, PAS Sarawak ujarnya sedang berusaha mewujudkan pusat tahfiz sulung di negeri itu menjelang 2015.
Menurutnya, pusat itu akan dibina di atas tanah seluas 10 ekar yang diwakafkan oleh pihak tertentu.
Sumber HD - 23-11-2013
- Nov 23, 2013
- ANIS NAZRI
Perwakilan Perak, Dr Ahmad Nuri al-Amin, ketika membahaskan ucapan dasar presiden, menegaskan strategi dalam menguruskan isu yang berkesan mampu melonjakkan pertambahan pengundi Melayu, khususnya di Perak.
Selain perlu bersifat 'offensive', Dr Nuri turut menggesa PAS mengatur strategi bagi memenangi hati pengundi Melayu yang merupakan pengundi teras kepada PAS.
"Melihat kembali perkembangan politik di Perak pada pilihan raya umum ke-13 lalu, peningkatan undi orang cina terhadap PAS sebanyak 20 peratus. Namun, kita perlu terima hakikat, kita hilang sebanyak lima peratus undi orang Melayu di kerusi yang ditandingi PAS," tegas beliau.
Suasana itu, tambah beliau menunjukkan PAS masih belum berjaya berhadapan dengan dakyah BN dalam memenangi hati pengundi Melayu, sedangkan sejarah membuktikan pemerintahan Islam terbina dari kelompok teras yang menjadi 'core' kepada perjuangan PAS.
Maka, beliau menegaskan dalam usaha memastikan kemenangan Pakatan rakyat di Perak pada pilihan raya umum ke-14 akan datang, PAS perlu berusaha untuk untuk menarik lebih ramai pengundi melayu.
"Jika kita boleh kekalkan perpaduan Pakatan rakyat kita, boleh menarik pengundi bukan Islam dan berusaha untuk lima peratus pengundi melayu tadi, Insya-Allah, pada pru14 nanti kita boleh menang," tegas beliau.
Sumber HD - 23-11-2013
- Nov 23, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Perwakilan Pahang, Salamiah Mohd Nor berkata, keputusan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus merupakan 'malapateka' kepada anak Melayu di luar bandar.
"Apabila PAS ingin menampilkan diri sebagai pemerintah, PAS mesti ke hadapan isu pendidikan.
"Kerajaan akan menjadikan Bahasa Inggeris wajib lulus untuk lulus SPM. Ini merupakan malapetaka kepada anak-anak Melayu luar bandar dan peluang mereka sangat terbatas.
"Apa yang ingin kita timbulkan sistem pendidikan hari ini gagal mewujudkan generasi yang cinta kepada al-Quran dan Islam," katanya sewaktu berucap pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati hari ini.
Beliau juga berkata, PAS perlu bersedia menerima kepelbagaian dalam keahlian parti untuk menunjukkan PAS sebagai parti untuk semua.
"PAS sebagai organsiasi yang besar yang semakin diterima umum kita mesti bersedia menerima kepelbagaian golongan dan fikrah yang menyertai PAS.” Ujarnya lagi.
Sumber HD - 23-11-2013
- Nov 23, 2013
- Salmiyah Harun
Datuk Abdul Fattah Mahmud berkata, keputusan atau kenyataan daripada pimpinan parti perlu disampaikan segera ke peringkat bawahan sekali gus dapat membantu Pakatan Rakyat.
"PAS menyumbang dalam Pakatan Rakyat, jadi sesuatu perlu diperkasakan supaya ia dapat membantu Pakatan Rakyat," katanya.
Kelantan juga mendesak PAS agar memberi penekanan ekonomi dan kebajikan wanita khususnya peringkat negeri dan kawasan.
Beliau mengambil contoh di Kelantan yang telah menubuhkan Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) yang sedang mengusahakan aktiviti jahitan dan kuih muih sehingga kini negeri itu mempunyai 45 pusat PPWK.
Fattah juga, meminta seluruh perhubungan negeri dengan panduan PAS Pusat agar meraikan pengundi luar yang balik membantu Dun-Dun mereka kerana usaha berterusan ini akan menjamin kemenangan dalam pilihan raya akan datang.
"Dun yang kemas akan dapat kemenangan, kalau Dun tanpa ada jentera anak tempatan yang kuat dan kemas amat sukar menang dalam pilihan raya," katanya.
Justeru, beliau merayu seluruh ahli PAS memanjatkan doa kepada Allah kerana perjuangan parti mereka semakin hari semakin mantap dan hebat dan percaya PAS akan terus mendapat sokonan dan dukungan daripada rakyat khususnya bukan ahli PAS.
Sumber HD - 23-11-2013
- Nov 23, 2013
- SAIDAH HAIRAN
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini telah meluangkan masa melawat beberapa buah gerai yang ada di sekitar stadium Melawati sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.
Beliau turut bersiaran secara langsung di Hijau.fm menjelaskan tentang perjalanan Muktamar yang banyak peningkatan terutama dalam ucapan perbahasan perwakilan dari negeri-negeri.
Katanya, muktamar kali ke-59 berlaku penambahbaikan dengan penyertaan ahli daripada pelbagai pengalaman dan latarbelakang.
"Kita lihat mutu persembahan perwakilan dari negeri-negeri amat baik." katanya ketika ditemubual oleh juruacara Hijau.fm.
Beliau menyokong kewujudan media alternatif untuk menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh media arus perdana kerana media tidak memberi liputan yang menyeluruh dan adil.
Menurut beliau kewujudan media alternatif memberi kesan yang cukup baik terutama pada Pilihan raya Umum ke-13.
Radio Hijau.fm bersiaran secara langsung di 20 buah negara selama Muktamar Tahunan PAS berlangsung.
Beliau turut menandatangai buku lawatan yang ada di setiap gerai antaranya menjual barang makanan dari Pulau Pinang.
Turut mengiringi beliau melawat gerai Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmood; Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat dan pimpinan negeri.
Sumber HD - 23-11-2013
- Nov 23, 2013
- Muhammad Faizal
SHAH ALAM: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) meminta agar PAS Pusat memberi peluang dan yakin kepada kemampuan DHPP dalam menguruskan program melibatkan masyarakat bukan Islam.
Berkata kepada Harakahdaily, Timbalan Ketua DHPP, N. Balasubramaniam, PAS sebelum ini dilihat kurang memberi perhatian kepada DHPP.
Malah, PAS lebih terjurus kepada DAP dan PKR dalam urusan membabitkan kaum bukan Islam.
"Saya meminta PAS memberi perhatian kepada DHPP dalam segala urusan membabitkan kaum bukan Islam, kita juga mampu mengurus program-program yang membabitkan kaum bukan Islam.
"Sebelum ini kita dilihat kurang diberi perhatian khususnya dalam urusan melibatkan kaum lain, bukan tidak ada, tetapi tidak banyak.
"Kalau dalam urusan Pakatan Rakyat bolehlah berurusan dengan DAP atau PKR tetapi kalau program PAS bagi pada DHPP untuk uruskannya," jelasnya.
N. Balasubramaniam yang turut menyambut baik ucapan dasar Presiden PAS pada perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 yang membawa tema 'Rahmat Untuk Semua' yang meliputi semua konsep dari segi pendidikan, pembangunan dan sosial.
"Ucapan dasar yang cukup bernas telah lafazkan oleh Presiden PAS, saya melihat ia satu dasar yang meliputi semua konsep dari segi pendidikan, pembangunan dan sosial.
"Begitu juga pandangan ke luar negara yang amat kita hargai, selain itu juga DHPP melihat manfaat kepada semua kaum di negara ini yang bukan hanya tertumpu kepada orang Islam sahaja tetapi kepada keseluruhan kaum yang ada," sambung beliau.
Beliau yang turut menghargai dan berterima kasih peluang yang diberi PAS Pusat kepada DHPP yang mengemukakan calon kepada kelab penyokong pada pilihan raya umum yang lalu.
Sumber HD - 23-11-2013
Sembang Dapur tarik perhatian pengunjung
- Nov 23, 2013
- Anis Nazri
Program yang dislotkan dalam Karnival PAS For All bersempena Muktamar Tahunan PAS Pusat itu bukan sahaja mempersembahkan demonstrasi memasak, namun turut diserikan dengan celoteh selebriti, Leman Raja Lawak dan Ustaz Fauzan.
Chef Sabri, yang pernah muncul dalam rancangan Spice Route's di TV3 itu menunjukkan demonstrasi empat jenis menu, iaitu kambing masak Khasmir, sup cendawan, spaghetti oleo oleo dan teh pudina.
Diselang-selikan dengan panduan memasak oleh Chef Sabri dan nasihat agama berkaitan pemakananan daripada Ustaz Fauzan, celoteh-celoteh yang dilemparkan Leman juga menjadikan para hadirin tidak kering gusi.
Malah, program Sembang Dapur yang bertajuk 'Membina Ummah Melalui Masakan' itu turut membabitkan penyertaan Leman dan Ustaz Fauzan untuk bersama-sama menyediakan hidangan.
Ternyata, program masakan tersebut bukan sahaja menarik perhatian hadirin wanita yang begitu sinonim dengan masakan, malah mampu membuatkan hadirin lelaki turut bersama menyertainya.
Menariknya, selepas empat menu itu berjaya disiapkan dalam tempoh tidak sampai dua jam, Chef Sabri turut menjemput para hadirin untuk merasai hasil masakannya yang begitu menyelerakan.
Sementara program Sembang Dapur berlangsung, sesi cabutan bertuah untuk para pengunjung muktamar turut diadakan, yang menyediakan pelbagai hadiah menarik seperti kupon diskaun sebanyak RM300, kupon diskaun separuh harga bagi pakej umrah dan lain-lain.
Sumber HD - 23-11-2013
PRK Sg Limau, wakil Kedah rakam terima kasih
- Nov 23, 2013
- Harakahdaily
Wakil Kedah, Mohd Nasir Zakaria ketika membahaskan ucapan dasar presiden berkata, kemenangan di Sungai Limau sedikit sebanyak menjadi pengubat kesedihan bagi PAS Kedah selepas tidak berjaya mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri.
"Kami ucapkan tahniah dan terima kasih atas sokongan dan bantuan semasa kempen PRK Sungai Limau yang lalu.
"Kemenangan ini menjadi pengubat kesedihan kepada kami yang kehilangan kerajaan negeri," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Kedah.
Dalam pada itu, nengambil rujukan dari kemenangan itu, beliau mencadangkan satu badan kajian diwujudkan secara berterusan bagi membantu PAS berdepan pilihan raya selepas ini.
Dalam pada itu, beliau mengakui antara faktor kekalahan PAS Kedah pada PRU-13 lalu adalah kerana masalah dalaman.
"Masalah anak-anak kadang-kadang tak boleh nak selesai peringkat anak-anak. Kena ada campurtangan untuk diselesai oleh ibu bapa.
"Sebab itu Kedah cadangkan Jawatan Kuasa Pemandu diaktifkan sesegera mungkin.
"Jawatankuasa ini boleh memberi pandangan kepada badan perhubungan negeri (dalam menyelesaikan masalah dalaman)," katanya.
Sumber HD -23-11-2013
Mudah-mudahan lahir anak sulung di Sabah, Sarawak
- Nov 23, 2013
- Anis Nazri
Justeru, tegas beliau PAS perlu mewujudkan satu portfolio khas berhubung Sabah dan Sarawak bagi memastikan isu-isu di negeri itu dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Beliau turut mengaitkan cadangan beliau itu dengan arahan kesembilan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, yang menyeru agar maklumat disampaikan dari peringkat ahli parlimen sehingga ketua kampung.
"Malangnya, yang sedih apabila ada maklumat yang disalurkan kepada rakyat, dari rakyat, apabila minta ahli parlimen membangkitkan isu Sabah, ia tidak berlaku di parlimen," kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar presiden.
Sehubungan itu, PAS Sabah menggesa ahli parlimen PAS yang terpilih agar tidak meminggirkan isu-isu Sabah memandangkan tiada wakil Sabah dan Sarawak, sama ada di dewan undangan negeri, mahupun parlimen.
Dalam masa sama, Dr. Ali turut meminta agar kesepakatan dalam Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan, khususnya bagi memastikan calon yang diletakkan rakan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya bagi mengelakkan berlaku isu lompat parti.
"Mudah-mudahan, dengan persepakatan ini, maka akan lahirlah anak sulung dari Sabah dan Sarawak, sama aada di dewan undangan negeri mahupun parlimen," tegas beliau.
Sumber HD - 23-11-2013
Cuti Jumaat: Muktamar junjung kasih Sultan Johor
- Nov 23, 2013
- Hazayani Zakaria
Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengemukakan usul tergempar tersebut.
Berikut merupakan usul penuh yang dikemukakan beliau:
"PAS Negeri Johor ingin mencadangkan usul tergempar dalam Muktamar PAS Kali Ke-59 pada pagi ini.
"PAS Negeri Johor dengan ini menyampaikan ucapan menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Johor pagi ini di Muar, Johor sempena Hari Keputeraan Baginda Kali Ke-55.
"Baginda Sultan bertitah bahawa cuti mingguan di Negeri Johor dikembalikan semula kepada hari Jumaat mulai Januari, 2014.
"PAS Negeri Johor menyokong sepenuhnya titah Sultan Johor untuk mengembalikan cuti mingguan ke hari jumaat kerana semenjak zaman penjajah sehingga 1994, cuti mingguan adalah pada hari Jumaat namun telah ditukar ke hari Ahad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin, sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor.
"Sebagai tanda sokongan kita minta semua perwakilan dan pemerhati untuk berdiri," katanya.
Sejurus usul dibacakan, para perwakilan bangun dan melaungkan takbir sebanyak tiga kali sebagai menandakan sokongan dan menjunjung kasih kepada Sultan Johor.
Dato' Dr MM : http://www.youtube.com/watch?v=FQiiXF5wY1U&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 23-11-2013
Konflik tahaluf siyasi diselesai secara dalaman
- Nov 23, 2013
- Anis Nazri
Tuan Guru Abdul Hadi ditemubual Hijau.fm.
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan segala perkara berkaitan tahaluf siyasi akan diselesaikan berdasarkan maklumat, bukan dari media perdana, elektronik mahupun alternatif.
Dalam masa sama, segala masalah yang timbul hasil tahaluf siyasi akan diselesaikan secara dalaman setelah mendapat maklumat terperinci.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung isu tahaluf siyasi di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya di Pulau Pinang.
"Kita sangat menghargai Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang memberi banyak tanggungjawab kepada PAS, walaupun hanya ada kerusi," kata beliau pada satu sidang media, di Stadium Malawati, hari ini.
Dalam pada itu, Ustaz Hadi turut menjelaskan PAS negeri tidak mempunyai hak berkaitan jawatan Ketua Pakatan Rakyat, sebaliknya ia terpulang kepada seluruh pimpinan dalam Pakatan Rakyat.
"PAS tiada hak, tetapi berhak dan tidak bersendirian. Perkara itu perlu dibincangkan dengan semua parti dalam Pakatan Rakyat," tegas beliau.
Dalam sidang media yang sama, Ustaz Hadi mengatakan PAS sudah terkehadapan dalam urusan melantik wakil Sabah dan Sarawak dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat.
"Kita tidak pernah mengabaikan wakil dari Sabah dan Sarawak dalam jawatankuasa pusat, walaupun jawatankuasa pusat dipilih oleh muktamar. Kita pernah melantik wakil Sabah dan Sarawak bagi menganggotainya, sebelum ini," kata beliau.
DSTGHH : http://www.youtube.com/watch?v=Og-U7oQWJwM&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 23-11-2013
Segerakan pendaftaran Pakatan Rakyat
- Nov 23, 2013
- Salmiyah Harun
Dalam ucapannya juga beliau mengingatkan agar insiden yang berlaku dalam proses pemilihan PAS Pusat semalam tidak lagi berulang pada masa akan datang.
Ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS beliau berkata, walaupun insiden semalam telah mencalarkan imej PAS Pusat bagaimanapun para perwakilan menerima permohonan maaf daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat yang diketuai Asmuni Awi.
"Perwakilan menerima permohonan maaf jawatankuasa pemilih tadi, tetapi berharap insiden ini tidak seharusnya berlaku.
"Rakyat lihat bagaimana hendak ambil alih Putrajaya tetapi SPR kita sendiri yang dipersoalkan, kita hentam SPR tetapi SPR kita sendiri buat hal,"katanya di hadapan kia-kira 1300 perwakilan yang hadir di Stadium Malawati.
Firdaus juga meminta PAS Pusat menjelaskan siapakah Pengerusi Pakatan Rakyat sebenarnya sama ada PAS, PKR atau DAP.
Sumber HD - 23-11-2013
Siapa sebenarnya Pengerusi Pakatan Rakyat?
- Nov 23, 2013
- Salmiyah Harun
Ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS beliau berkata, walaupun insiden semalam telah mencalarkan imej PAS Pusat bagaimanapun para perwakilan menerima permohonan maaf daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat yang diketuai Asmuni Awi.
"Perwakilan menerima permohonan maaf jawatankuasa pemilih tadi, tetapi berharap insiden ini tidak seharusnya berlaku.
"Rakyat lihat bagaimana hendak ambil alih Putrajaya tetapi SPR kita sendiri yang dipersoalkan, kita hentam SPR tetapi SPR kita sendiri buat hal," katanya di hadapan kira-kira 1,200 perwakilan yang hadir di Stadium Malawati, di sini.
Dalam ucapan itu juga beliau menggesa agar pendaftaran Pakatan Rakyat disegerakan bagi.memudahkan untuk Pakatan Rakyat menjadi kerajaan selepas PRU14 nanti.
Firdaus juga meminta PAS Pusat menjelaskan siapa Pengerusi Pakatan Rakyat sebenarnya sama ada PAS, PKR atau DAP.
Sumber HD - 23-11-2013
Letak jawatan: Tahniah, JK Pemilihan bertanggungjawab
- Nov 23, 2013
- Hazayani Zakaria
SHAH ALAM: PAS Pusat menolak keputusan jawatankuasa pemilihan untuk meletakkan jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam kertas undi bagi pemilihan ahli jawatankuasa PAS Pusat semalam.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, selepas perbincangan, Presiden Datuk Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memutuskan peletakan jawatan tidak perlu dilakukan kerana proses pengundian masih berjalan.
Ustaz Hadi juga mahu proses pengundian diteruskan sehingga selesai.
"Pasukan pemilihan berasa bertangungjawab terhadap apa yang berlaku, mereka menemui pimpinan dan mengakui kegagalan dan bersedia meletakkan jawatan.
"Pihak pimpinan khususnya presiden berasa peletakan jawatan tidak perlu dilakukan kerana kita dalam proses melakukan pengundian.
"Saya mewakili pimpinan dengan pandangan presiden merasakan bahawa kesilapan teknikal ini akan dihadapi manusia sepanjang zaman," kata beliau dalam ucapan di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati hari ini.
PAS juga katanya menerima prmohonan maaf Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi dan pasukan kerjanya serta merakamkan ucapan tahniah atas sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan.
"Pihak pimpinan menerima permohonan maaf dan presiden menasihatkan pimpinan terus beri kepercayan dan teruskan proses pengundian.
"Tahniah atas rasa tangungjawab yang kita tak temui dalam organsisai lain terutamanya Umno BN.
"Tapi jawatankuasa kita mengakui kesilapan," katanya.
Kenyataan DSA : http://www.youtube.com/watch?v=1YXADlCwm-8&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 23-11-2013
Jawatankuasa Pemilihan umum letak jawatan
- Nov 23, 2013
- Muhammad Faizal
Perletakan itu diketuai Pengerusinya Asmuni Awi diikuti oleh seluruh anggotanya.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Asmuni pada jam 11.11 pagi ini selepas sesi pengundian tamat.
"Atas kesilapan berlaku semalam, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2013-2015 bersama seluruh ahli jawatankuasa berasa kesal dan kecewa atas kesilapan teknikal yang berlaku.
"Maka kami sebulat suara menghukumkan meletakkan jawatan kerana berasa sangat kesal dan tidak berjaya melakukan tugas seperti yang diharapkan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat," katanya ketika mengumumkan perkara itu.
Bagaimanupun ujarnya, proses pemilihan mesti diteruskan bagi mengelakkan sebarang keraguan timbul selepas ini.
Ujar Asmuni, pihaknya telah mengambil langkah yang perlu membetul kesilapan tersebut dan alhamdulillah pegundian pagi ini dapat berjalan dengan lancar.
Semalam, Jawatankuasa Pemilihan hanya melakukan pengundian bagi calon-calon yang melibatkan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Manakala bagi pemilihan 18 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pula ditunda pada pagi ini, yang bermula pada jam 8.15 pagi tadi.
Ia ekoran berlaku kesilapan teknikal pada kertas undi bagi Ahli Jawatankuasa iaitu terdapat nama calon yang tiada dalam kertas undi.
Keputusan penuh pemilihan akan diumumkan selewat-lewat petang nanti.
Seramai 1,129 perwakilan membuang undi.
Kenyataan AA : http://www.youtube.com/watch?v=rnjPEBuAwAg&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 23-11-2013
Ucapan dasar Presiden, jawab tohmahan musuh
- Nov 22, 2013
- Muhammad Faizal
SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pagi tadi disifatkan menjawab segala tohmahan musuh selama ini terhadap PAS.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu paling besar yang dijawab presiden adalah terhadap tohmahan kononnya PAS sudah terpesong dari perjuangan asal.
"Ucapan Presiden PAS cukup jelas bahawa beliau menegaskan PAS tidak pernah berganjak dari Islam yang menjadi dasar perjuangannya.
"Ini harus difahami oleh semua pihak, bagi saya apa yang diucapnya dan segala tohmahan yang dilempar terhadap kita telah terjawab," jelasnya.
Menurut Mahfuz, Tuan Guru Abdul Hadi juga secara jelas menekankan kita tetap meletakkan Islam sebagai dasar sepertimana yang terkandung di dalam perlembagaan parti.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga turut berpendapat, ucapan tersebut telah menghilangkan semua keraguan permainan politik kotor pihak musuh.
"Saya kira bahawa suatu yang harus diterima dan jangan lagi ada keraguan terhadap dasar perjuangan PAS," sambung beliau.
Komen Sdr Balasubramaniam - http://bm.harakahdaily.net/
Sumber HD - 22-11-2013
Ada ahli PAS 'terkejut' konsert Gig Green Zone
- Nov 22, 2013
- Hazayani Zakaria
Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS, Dr Muhaimin Sulam berkata, PAS sudah kerap kali menganjurkan konsert bagi menarik anak muda.
Namun katanya, mungkin ada ahli PAS yang 'terkejut' dengan program sedemikian yang disifatkan sebagai 'keras'.
"PAS bukan baru sekali menganjurkan konsert melibatkan artis-artis namun pertama kali diadakan menjelang muktamar dan mungkin ada yang terkejut dengan perkara 'baru' sebegini," kata beliau pada sidang media di Stadium Malawati petang tadi.
Terdahulu, seorang perwakilan dari Kedah membangkitkan perkara tersebut sewaktu pembentangan laporan di Muktamar PAS Ke-59 hari ini.
Beliau mendakwa konsert malam tadi yang menampilkan kumpulan heavy metal Heart Attack tidak menepati budaya PAS.
Penyelaras Program Karnival PAS For All, Mohd Farhan Mazlan bagaimanapun menjelaskan kumpulan tersebut ditampilkan bersama artis yang sudah berhijrah, Sham Kamikaze dan Ustaz Nazmi Karim.
Program tersebut turut dimulakan dengan solat Isyak berjemaah dan tazkirah berhubung adab berhibur.
Bekas Ketua Pemuda PAS yang sekarang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut memukul drum sebagai simbolik kepada persembahan.
"Program malam tadi bukan sahaja melibatkan konsert malah turut disertakan dengan alunan selawat. Jadi tidak timbul isu konsert malam tadi tidak sesuai dengan budaya PAS.
"Untuk menarik anak muda, kita perlu berani melakukan pembaharuan selagi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan," katanya.
Dr MS : http://www.youtube.com/watch?v=xTg9bu-f65E
Sumber HD - 22-11-2013
Terima sistem pendidikan Islam dalam arus perdana negara
- Nov 22, 2013
- Harakahdaily
SHAH ALAM: Kerajaan Pusat digesa memperakui hak asasi umat Islam dalam pendidikan dengan menerima sistem pendidikan Islam sebagai salah satu sistem pendidikan arus perdana dalam negara, sekaligus membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR), kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ketika membentangkan ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, dekat sini pagi ini, beliau juga mahu hak rakyat pelbagai kaum di negara ini untuk mendalami bahasa ibunda diperkukuhkan supaya wujud ruang terbuka bagi menambah kemahiran berbahasa di negara ini.
"PAS tidak mahu dasar pembangunan pendidikan yang dilakukan terpisah daripada tradisi budaya bangsa kerana matlamat pendidikan adalah untuk kebaikan manusia melalui sifat ihsan mereka di samping menolak sifat melakukan kerosakan," tegasnya.
Beliau turut menyarankan ahli-ahli PAS supaya mendokongi institusi-institusi pendidikan PAS daripada peringkat PASTI, sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi bahkan pusat-pusat kemahiran vokasional dan teknikal.
"Pembangunan pendidikan hendaklah digarap secara lebih serius bagi mencapai matlamat memberikan pendidikan yang bermutu kepada semua ahli PAS dan anggota masyarakat.
"Dalam masa yang sama, usaha PAS untuk membantu pembangunan sekolah-sekolah agama rakyat melalui Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan (MAKPEN) hendaklah disokong sepenuhnya," jelas beliau.
Ustaz Abdul Hadi turut mengkritik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang tidak memperlihatkan kesungguhan usaha kerajaan dalam menyelesaikan isu pendidikan secara umum khususnya pendidikan Islam.
Malah tindakan kerajaan mengupah konsultan luar negara dengan kos RM20 juta bagi menggubal pelan pendidikan itu memberikan gambaran bahawa kerajaan pimpinan BN tidak yakin dengan kebolehan anak bangsa.
"Menggunakan makhluk asing untuk mengatur pendidikan kita adalah menempah kegagalan lagi, di mana anak-anak kita hanya sekadar menjadi bahan ujian mereka sahaja," ujarnya.
Sumber HD - 22-11-2013
PAS tetap pilih pendekatan demokrasi
- Nov 22, 2013
- Harakahdaily
"Kita percaya bahawa demokrasi yang adil secara menyeluruh, adalah mampu untuk menyelesaikan masalah dalaman umat Islam yang jahil agamanya, serta tidak sabar dalam menyampaikan risalah dakwah.
"Sebarang kecacatan yang berlaku terhadap sistem demokrasi, adalah akibat dari pencabulan dan campurtangan pihak yang menggunakan demokrasi untuk mengekalkan kuasa politik dan ekonomi mereka," ujar beliau.
Ketika membentangkan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati dekat sini sebentar tadi, beliau berkata memperjuangkan demokrasi bukan bermakna melunturkan cita-cita Islam PAS, malah parti Islam itu akan terus bertegas mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan mengikut tafsiran yang sebenar seperti termaktub dalam perlembagaan.
PAS juga tambahnya, menyeru kerajaan supaya tidak menandatangani sebarang persetujuan yang bercanggah dengan Islam di peringkat antarabangsa termasuk menerusi sesi pendengaran Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kerajaan juga mestilah menolak mana-mana cadangan yang bertentangan dengan status quo undang-undang persekutuan mengenai kedudukan agama Islam dalam negara dan sebarang usaha untuk membawa rakyat dalam negara kita ini untuk mengamalkan gaya hidup bebas songsang yang terbabas dari tabii kehidupan penciptaan manusia," tegasnya.
Ustaz Abdul Hadi menambah, PAS secara konsisten memperjuangkan demokrasi yang lebih telus dan adil, kerana demokrasi tempang adalah senjata bagi Umno-BN untuk mengekalkan kuasa.
" Lihatlah sahaja bagaimana Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno-BN telah menghukum rakyat Kelantan apabila menafikan pilihan suara hati rakyat Kelantan selama 23 tahun dengan memilih kita sebagai kerajaan yang memerintah di Kelantan.
"Rakyat Kelantan dinafikan hak royalti petroleum, setelah merompak hak rakyat Terengganu dengan usul dalam Perhimpunan Agung Umno," kesalnya.
Kerajaan Persekutuan juga, ujar beliau telah mewujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat yang boleh dianggap sebagai "menubuhkan kerajaan lain dalam sebuah kerajaan yang sah".
Tindakan kerajaan BN ini, ujarnya telah mencabuli hak memilih rakyat dan mencemari konsep federalisme dalam Perlembagaan.
Bagi mengatasi masalah ini, PAS jelasnya akan terus merangka strategi khusus dalam memberikan kefahaman dan pendidikan demokrasi kepada umum guna melahirkan rakyat yang berjiwa.
Sumber HD - 22-11-20113
Karnival PAS For All sempena Muktamar ke-59
- Nov 22, 2013
- Salmiyah Harun
SHAH ALAM: Bersempena Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-59 yang sedang berlangsung hari ini, PAS menganjurkan Karnival PAS For All bermula hari ini hingga 24 November ini.
Karnival yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati menghidangkan pelbagai acara menarik untuk orang ramai bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah malam.
Berikut adalah aturcara Karnival PAS For All
22 November 2013 (Jumaat)
12.00 tengah hari: Tanyalah Ustazah bersama Ustazah Nuridah Salleh dan Aisyah (artis) dengan tajuk Bidadari Syurga.
2.30 petang: Parenting forum With Teh Izanuri (personaliti TV) dan Zaid Mohamad (Pakar Keibubapaan) dengan tajuk Oh! Anakku Generasi Gajet.
5.00 petang: Usrah Musika bersama Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree (Personaliti TV) dan artis Musika Bob Lokman, Muaz dan lain-lain.
7.00 malam: Munajat Perdana dan kuliah Maghrib bersama Ustaz Khairuddin At-Takiri dan penampilan khas iaitu Ustaz Azam.
9.00 malam: Sembang Dapur bersama seorang ustaz dan Chef Sabri Hassan dengan tema 'Membina Ummah daripada dapur'.
Pihak penganjur menyediakan cabutan bertuah hanya dengan menyertai program karnival.
23 November (Sabtu)
8.00 pagi: Pertandingan Basketball street,Pertandingan memanah dan pertandingan Shoot Hole.
9.00 pagi: Kids Got Talent dengan juri jemputan iaitu Harun Salim Bachik (Maharaja Lawak) dan Pn Nurul Iman.
9.00 pagi: Pertandingan Mewarna kanak-kanak.
2.00 petang: Pertandingan dekorasi kek
5.00 petang: Walk The Talk; Sumpahan 20 sen. Ahli Panel MP Pandan Rafizi Ramli dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi.
7.00 malam: Majlis Tahnik bersama ulama.
24 November (Ahad)
8.00 pagi: Fun Ride bersama Acc Selangor, Pertandingan Pocket Bike, Pertandingan Street Soccer dan Pertandingan Paint Ball (Shooting Target).
8.00 malam: Ceramah Perdana Pimpinan PAS tertinggi kepimpinan PAS Pusat.
Sumber HD - 22-11-20113
- Nov 22, 2013
- Salmiyah Harun
SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai satu arahan untuk semua pimpinan PAS supaya berganjak daripada pemikiran lama kepada pemikiran dinamik dan progresif.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, pemikiran seperti ini perlu sebagaimana yang diharapkan PAS agar medan politik yang diperjuangan terjamin pada masa akan datang.
"Apa yang ditekankan oleh Presiden ini bukan sekadar ucapan tetapi ia adalah arahan kepada perwakilan yang harus ditunaikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas mendengar ucapan dasar Presiden yang bertema 'Rahmat untuk Semua'.
Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah tersentuh hati dengan ucapan Presiden yang mengetengahkan tema Rahmat Untuk Semua sesuai dengan agama Islam itu sendiri.
Katanya, Presiden turut menyentuh perkara berkaitan dengan peranan Muslimat yang melahirkan tenaga pelapis untuk meneruskan perjuangan PAS di masa akan datang.
"Peranan ini termasuklah bagaimana muslimat perlu melibatkan diri dengan ilmu untuk mendepani dakwah yang semakin berat.
"Sentuhan Presiden dengan Rahmat Untuk Semua tepat pada masa di mana orang masih lagi curiga dengan Islam, masih berpandangan dengan Islam jadi sesuai dengan masa ini," katanya.
Juster katanya, dalam program 'PAS For All' sebelum ini sudah membuktikan PAS merentasi kaum, budaya dan agama.
"Islam adalah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi kepada masyarakat," katanya.
Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Vincent Lee yang ditemui berpendapat para perwakilan perlu memastikan setiap usul dan cadangan dalam Ucapan Dasar Presiden PAS dapat dipraktikkan.
Tambahnya, DHPP antara yang wajar mempraktikkan apa yang diketengahkan oleh Presiden sebagai satu jambatan terutama menghubungkan PAS dengan bukan Islam.
"Jadi saya berharap Muktamar kali ini DHPP dapat diperkasakan dan melaksanakan tanggungjawab yang baru dalam PAS," katanya.
Sumber HD - 22-11-2013
Ambil ucapan dasar Presiden sebagai arahan
- Nov 22, 2013
- Salmiyah Harun
SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai satu arahan untuk semua pimpinan PAS supaya berganjak daripada pemikiran lama kepada pemikiran dinamik dan progresif.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, pemikiran seperti ini perlu sebagaimana yang diharapkan PAS agar medan politik yang diperjuangan terjamin pada masa akan datang.
"Apa yang ditekankan oleh Presiden ini bukan sekadar ucapan tetapi ia adalah arahan kepada perwakilan yang harus ditunaikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas mendengar ucapan dasar Presiden yang bertema 'Rahmat untuk Semua'.
Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah tersentuh hati dengan ucapan Presiden yang mengetengahkan tema Rahmat Untuk Semua sesuai dengan agama Islam itu sendiri.
Katanya, Presiden turut menyentuh perkara berkaitan dengan peranan Muslimat yang melahirkan tenaga pelapis untuk meneruskan perjuangan PAS di masa akan datang.
"Peranan ini termasuklah bagaimana muslimat perlu melibatkan diri dengan ilmu untuk mendepani dakwah yang semakin berat.
"Sentuhan Presiden dengan Rahmat Untuk Semua tepat pada masa di mana orang masih lagi curiga dengan Islam, masih berpandangan dengan Islam jadi sesuai dengan masa ini," katanya.
Juster katanya, dalam program 'PAS For All' sebelum ini sudah membuktikan PAS merentasi kaum, budaya dan agama.
"Islam adalah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi kepada masyarakat," katanya.
Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Vincent Lee yang ditemui berpendapat para perwakilan perlu memastikan setiap usul dan cadangan dalam Ucapan Dasar Presiden PAS dapat dipraktikkan.
Tambahnya, DHPP antara yang wajar mempraktikkan apa yang diketengahkan oleh Presiden sebagai satu jambatan terutama menghubungkan PAS dengan bukan Islam.
"Jadi saya berharap Muktamar kali ini DHPP dapat diperkasakan dan melaksanakan tanggungjawab yang baru dalam PAS," katanya.
DSTGHH 1 : http://www.youtube.com/embed/VrBjOUx5ikA?wmode=transparent&modestbranding=1&rel=0&showinfo=0
DSTHH 2 : http://www.youtube.com/embed/03IWAY2Ezgo?wmode=transparent&modestbranding=1&rel=0&showinfo=0
DSTGHH 3 : https://www.youtube.com/watch?v=xaSreTei7Oo
DSTGHH 4 : https://www.youtube.com/watch?v=dAh2lzOZxIQ
DSTGHH 5 : https://www.youtube.com/watch?v=GIFjgz5Bm3M
Sumber HD - 22-11-2013
- Nov 22, 2013
- Muhammad Faizal
Jelasnya lagi, Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 hari ini tepat dengan matlamat perjuangan PAS dalam konteks politik negara yang perlu difahami oleh seluruh ahli PAS.
"Saya melihat ucapan Ustaz Hadi adalah yang terbaik dan menjurus kepada penyelesaian umah secara keseluruhan dan penyurai kepada penyelesaian parti dalam menghadapi suasana politik negara," katanya.
Muhammad berharap apa yang disampaikan ini akan menjadikan PAS sebuah parti yang mampu mendominasi kecermalangan dalam politik Malaysia dan terus memperkukuhkan organisasi parti itu.
Tuan Guru Abdul Hadi ketika dalam ucapan dasar yang bertema 'Rahmat Untuk Semua' hari ini menggesa PAS di semua peringkat mempunyai kefahaman yang jelas tentang dasar PAS dan turun kepada masyarakat bagi menjelaskan dasar Islam yang dibawa oleh PAS.
Dalam ucapan tersebut juga beliau meminta agar ahli-ahli PAS secara keseluruhan perlu mempunyai displin, akhlak yang tinggi dan sentiasa mendalami ilmu dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi' dan keupayaan masing-masing.
Sumber HD - 22-11-2013
- Nov 22, 2013
- Hazayani Zakaria
Bagaimanapun, seramai 15 Adun PAS Selangor diberi laluan untuk membuang undi awal kerana mereka perlu menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung.
Pengundian bagi semua Adun Selangor bermula jam 3.00 petang ini.
Pemilihan petang ini bagi mengisi jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi tetap, timbalan dan naib presiden serta 12 ahli jawatankuasa.
Pengarah Muktamar PAS Ke-59 Datuk Takiyudin meminta agar semua wakil calon hadir ke bilik pengundian bagi memantau proses pengundian.
Hampir 1300 perwakilan layak mengundi pada pemilihan kali ini.
Sumber HD - 22-11-2013
- Nov 22, 2013
- Harakahdaily
Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim menyambut baik saranan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-59, pagi tadi.
Katanya, ahli-ahli PAS terutama yang memegang jawatan di dalam masyarakat perlu melaksanakan tugas dengan penuh amanah bagi memenuhi tuntutan tiga tonggak PAS itu.
Begitu juga, ujarnya mereka yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan di negeri ini hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas kepada rakyat.
Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS negeri akan memberi penekanan dalam pendidikan bagi memastikan aspek jujur dan amanah dapat dilaksanakan.
Tuan Guru Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan dasar menekankan ahli dan kepimpinan PAS yang memikul amanah sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan semua yang berkaitan perlulah melaksanakan amanah dengan sepenuhnya mengikut adab dan batas-batas akhlak kerana peranan mereka yang telah dipilih oleh rakyat ini adalah sebagai wajah depan PAS.
Katanya, prestasi mereka akan dipantau, dinilai dan akan dibantu oleh jemaah sekiranya terdapat kelemahan dalam melaksanakan tugas mereka.
Bagi Syarhan, apa yang ditekankan oleh Tuan Guru Abdul Hadi itu menunjukkan PAS prihatin dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.
Justeru, kata beliau pendukung parti hendaklah mengambil berat gesaan Presiden PAS itu bagi membuktikan khidmat yang diberikan itu memenuhi tema muktamar kali ini iaitu ‘
Sumber HD - 22-11-2013
- Nov 22, 2013
- Hazayani Zakaria
(Gambar: Presiden PAS memasukkan kertas undi kedalam peti undi lut sinar)
SHAH ALAM: Proses pembuangan undi bagi pemilihan kepimpinan PAS sesi 2013-2015 bermula jam 4.00 petang tadi selepas sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.
Bagaimanapun pengundian petang ini hanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS.
Sementara bagi pemilihan 12 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang sepatutnya diadakan petang ini ditangguhkan esok bermula jam 8.15 pagi.
Pengundian dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Petang ini, perwakilan dewan-dewan dari Negeri Selangor, Melaka dan Perlis membuang undi pada jam 4.30 petang.
Perwakilan Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang pada jam 5.30 petang.
Perwakilan Perak, Kelantan, Terengganu pada jam 6.00 petang manakala perwakilan Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pada jam 6.30 petang.
Menurut Asmuni juga, keputusan penuh akan diumumkan selewat-lewatnya petang esok.
Bagi jawatan timbalan, ketua dan naib presiden, pengiraannya akan dibuat malam ini namun akan diumumkan bersekali dengan keputusan pemilihan ahli jawatankuasa.
Seramai 1,129 perwakilan membuang undi.
Susana Pengundian - https://www.youtube.com/watch?v=ovqUe_8Vyrw
Sumber HD - 22-11-2013
Semua dalam pemuda anak saya - Presiden
- Nov 22, 2013
- Anis Nazri
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan kemenangan anak dan menantunya dalam kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Malaysia dipengaruhi oleh kedudukannya.
Sebaliknya menurut beliau, kemenangan anaknya, Khalil Abdul Hadi dan menantunya, Zaharuddin Mohamad dipilih berdasarkan penilaian para perwakilan pada muktamar dewan itu semalam.
"Saya tak kempen sepatah pun. Bagi saya semua dalam pemuda itu anak-anak saya," katanya.
Beliau menjawab demikian ketika ditanya berkaitan kemenangan anak beliau dan menantunya pada barisan kepimpinan DPPM yang dipilih muktamar pemuda, semalam.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas selesai menyampaikan ucapan dasar presiden, di Stadium Malawati, pagi tadi.
Pada muktamar DPPM semalam, Khalil memenangi jawatan Timbalan Ketua Pemuda setelah menewaskan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob. Manakala, Zaharuddin turut terpilih sebagai ahli jawatankuasa kerja DPPM.
DSTGHH - https://www.youtube.com/watch?v=Ubr_tUmMS84
Sumber HD - 22-11-2013
Kuasa rakyat sekat kemaraan kuasa besar dunia
- Nov 22, 2013
- Harakahdaily
SHAH ALAM: “Kuasa rakyat dan kebenaran” akan terus bangkit dan tidak akan dapat disekat lagi walaupun dengan segala kepakaran dan persenjataan yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat serta sekutunya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Berucap membentangkan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, dekat sini, sebentar tadi, beliau berkata dunia umat Islam kini berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran apabila maruah serta nyawa umat Islam bagaikan tidak mempunyai apa-apa harga dan nilai seperti berlaku di bumi Syria, Mesir, Myanmar, Kashmir, Afghanistan, Bangladesh dan Palestin.
”PAS amat tersentuh dengan apa yang berlaku di bumi Syria dan Mesir. Pertumpahan berdarah yang sedang berlaku di Syria mesti dihentikan segera. Konflik kemanusiaan yang amat meruncing ini berlaku berikutan kebangkitan rakyat Syria untuk menumbangkan rejim zalim Bashar al-Assad.
”Apa yang kita sedang lihat adalah amat tragis dan memilukan. Kini lebih 100,000 orang rakyat Syria yang kebanyakannya rakyat awam yang terbunuh dan lebih dari 3 juta rakyatnya terpaksa menjadi pelarian di negara-negara jiran,” ujarnya.
Mengulas perkembangan itu, beliau menyatakan pendirian tegas PAS agar pertumpahan berdarah itu dihentikan segera manakala sebarang usaha campur tangan asing mestilah dihalang.
Konflik di Syria, ujarnya secara jelas didalangi percaturan dua blok kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Rusia yang masing-masing menjadikan bumi Syria sebagai medan perebutan hegemoni kuasa dan kepentingan strategik.
”Biarlah rakyat Syria sendiri yang menentukan masa depan negara mereka sendiri. Apa yang pasti ialah rejim Bashar al-Assad mesti diturunkan segera, dan kekejaman yang berlaku disiasat oleh Tribunal Bebas Antarabangsa,” tegas beliau.
Menyentuh perkembangan di Mesir, beliau menyifatkan peristiwa rampasan kuasa tentera serta pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Dataran Raba’ah Adawiah, Mesir sebagai tragedi yang menyentuh hati.
” Kekejaman rejim tentera pimpinan General Abdul Fatah as-Sisi seolah-olah dibiarkan sahaja oleh masyarakat dunia kononnya untuk menghapuskan kumpulan ‘terroris’ ataupun ‘pengganas Islam’; walaupun yang di bunuh adalah terdiri dari kanak-kanak, ibu-ibu dan orang awam yang tidak berdosa.
”Walaupun Morsi telah berjaya digulingkan, dan ramai pimpinan Ikhwan yang kini di seksa di penjara,rakyat Mesir akan terus bangkit dan menyemarakkan tuntutan ‘hak serta kebebasan mereka’. Bagi saya, apa yang sedang berlaku di Mesir lambat laun akan tetap merubah pola politik dunia Islam dan antarabangsa,” katanya.
Ustaz Abdul Hadi turut mempersoalkan definasi serta kayu-ukur digunakan Amerika Syarikat dan sekutu rapatnya bagi melaksanakan ”keadilan antarabangsa” terutama terhadap negara-negara umat Islam seperti Mesir.
”Faktor terpenting bagi mereka terus menguasai negara – negara umat Islam adalah dengan memastikan
kepentingan strategik Amerika bagi melindungi sumber tenaga dan keselamatan negara haram Zionis Israel.
”Pemerintah yang ‘adil’ seperti rejim tentera as-Sisi sekarang adalah pemerintah yang tunduk kepada arahan Amerika Syarikat dan negara haram Zionis Israel, manakala kerajaan yang ‘demokratik’ menurut tafsiran Amerika Syarikat adalah negara yang tidak menggugat keselamatan negara haram Israel, serta mempunyai polisi minyak yang akan memastikan kepentingan hegemoni Amerika Syarikat di negara-negara umat Islam,” tegas beliau.
Ustaz Abdul Hadi turut menegaskan komitmen PAS untuk terus memperjuangkan isu Palestin serta pembebasan Masjid Al-Aqsa akan kekal menjadi agenda terpenting parti di peringkat antarabangsa.
Sumber HD . 22-11-2013
Kecurangan ekonomi negara berulang saban tahun
- Nov 22, 2013
- Harakahdaily
SHAH ALAM: Kecurangan terhadap ekonomi negara berulang saban tahun dan bukti kelemahan serius pengurusan kerajaan BN didedahkan berulang ganti melalui Laporan Ketua Audit Negara, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"PAS berpandangan bahawa perkara sebegini berlaku kerana wujudnya tangan-tangan ghaib yang lebih tinggi dan lebih berkuasa, yang bertindak mengatur segala operasi perolehan dan pengurusan kerajaan, lantas membenarkan penyelewangan dan pembaziran berterusan berlaku dengan terang dan nyata," ujarnya ketika membentangkan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59, dekat sini, pagi tadi.
Beliau memberi contoh penurunan penarafan Malaysia sebagai A minus (A-) dari ‘Stabil’ pada bulan Julai kepada ‘Negatif ‘ oleh Fitch Rating, sebuah Badan Penarafan Antarabangsa di Hong Kong.
Implikasi penurunan ‘penarafan’ itu, ujarnya akan menekan kos pinjaman seperti bon dan negara kehilangan tarikan sebagai destinasi pelaburan.
"Penyakit ini adalah secara khususnya berpunca dari tadbir-urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan BN khasnya di bawah pentadbiran sekarang mesti bertanggungjawab," tegasnya.
Menyentuh pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Ustaz Abdul Hadi berkata tiada tindakan menyeluruh dalam membaiki ‘kedudukan fiskal-kewangan’ negara yang semakin kritikal.
Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memaksa rakyat menanggung beban kemelesetan ekonomi sedangkan pada masa yang sama kerajaan terus mengamalkan penyelewengan dan pembaziran.
"Mengapa rakyat yang perlu menanggung beban sedangkan kerajaan langsung tidak sensitif. Malah dalam ruang lingkup yang lebih besar, lebih banyak faedah yang boleh direalisasikan oleh kerajaan dan rakyat sekiranya kerajaan bersungguh membasmi penyelewengan dan rasuah.
"Ini kerana mengikut perangkaan Bank Dunia, rasuah dan penyelewengan boleh menjejaskan 30% daripada KDNK sesebuah negara.
"Jesteru, inilah yang sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan dan bukannya menekan rakyat terlebih dahulu," ujarnya.
Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan BN pada 2015 sebagai cukai yang "berselindung di bawah takrif keadilan yang sarat dengan kezaliman".
PAS ujarnya, konsisten menentang perlaksanaan GST kerana ia boleh melemahkan masa depan ekonomi negara melalui cukai dan melemahkan kuasa beli rakyat sedangkan ketirisan dan penyalahgunaan dana negara masih berleluasa.
Beliau turut mendesak kerajaan supaya tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Negara-Negara Rentas Pasifik (TPPA) memandangkan perjanjian perdagangan bebas pelbagai hala yang dianggotai 12 negara rantau Pasifik itu lebih menjaga kepentingan Amerika Syarikat.
"PAS melihat bahawa jika sekiranya kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian TPPA ini, maka ianya bakal mengundang mudarat yang jauh lebih besar daripada manfaat kepada rakyat.
Sumber HD - 22-11-2013
Sepuluh arahan Presiden simpulkan ucapan dasar
- Nov 22, 2013
- Harakahdaily
SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS Pusat ke-59 kali ini mencatat kelainan apabila Tuan Guru Abdul Hadi Awang di fasa akhir ucapannya menyebut sepuluh arahan yang patut dilaksanakan aktivis PAS di setiap peringkat organisasi.
Sepuluh arahan itu menyentuh peranan yang perlu dilaksanakan oleh Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan bagi merealisasikan tema “Rahmat Untuk Semua”.
Sepuluh arahan yang terkandung dalam ucapan dasar Presiden itu adalah:
- Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS. Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.
- Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan juga perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Penentuan petunjuk prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah. Kukuhkan organisasi parti dengan berbagai ilmu pengurusan, kepimpinan perlu dibajai dengan tarbiyah untuk membentuk diri seterusnya mengikhlaskan niat perjuangan. Usaha yang berterusan untuk mengaktifkan ILHAM, dan modul-modul pembinaan diri ahli di berbagai peringkat mestilah diperkukuhkan dengan menjadikannya sebagai salah satu sasaran tahunan.
- Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut sama dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak ini. Maka seluruh jentera PAS di medan ini perlulah berusaha gigih untuk menyedarkan rakyat tentang hak mereka ini supaya tidak dibuli oleh UMNO-BN disetiap masa dan ketika. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak pula perlulah melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap PAS, dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka.
- Dewan Ulama pula merupakan nadi denyutan jamaah yang perlu bertindak pantas menjadi jurubicara jamaah dan menjelaskan isu di sekitaran dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, ijma dan qiyas. Bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai rupa dan bentuk yang bersesuai dengan masyarakat perlu lebih dinamik dan bertenaga menjelaskan pendirian jamaah khususnya menterjemahkan Islam bagi menangani masalah semasa, juga membantu kerajaan negeri melaksanakan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Perbincangan ilmiah dan seminar khusus dalam memahami persoalan maqasid syariah, siyasah syari’yyah, perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk menangani ketidakfahaman dalam masyarakat kita ini dan seterusnya menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk sepanjang zaman.
- Dewan Pemuda pula mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam dan kefahamannya, serta bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga mampu untuk melakukan islah di dalam masyarakat Malaysia yang masih sarat dengan berbagai fikrah yang berlawanan dengan Islam. Inovasi baharu dakwah perlu diterokai. Pemuda juga perlu mendepani isu semasa nasional, tempatan dan antarabangsa; dan mampu mengenengahkan permasalahan ummah dan mencadangkan penyelesaiannya dengan menonjolkan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam. Program siyasah yang bersifat inklusif perlulah diterokai untuk mendekatkan diri kepada masyarakat awam di luar sana.
- Dewan Muslimat perlulah mendepani berbagai isu dalam bahasa yang mudah dan menyentuh hati nurani masyarakat dalam negara kita ini, bahkan menerokai isu-isu antarabangsa. Program dalaman seperti tarbiyah wajar dimantapkan lagi, sejajar dengan keperluan semasa terutamanya untuk berdepan dengan zaman penggunaan pelbagai media supaya Dewan Muslimat berperanan besar dalam masyarakat terkini yang meletakkan kaum wanita menjadi penentu kepada wajah umat dan negara.
- Dewan Himpunan wajar untuk diperkembangkan peranan mereka dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya. Modul ini perlu dibangunkan, untuk melahirkan ahli Dewan Himpunan yang mampu bergerak dengan lebih baik lagi sebagai satu dari sayap parti yang penting, menjadi jambatan atau pintu yang menghubungkan rahmat Islam perjuangan PAS kapada kaum bukan Islam.
- Kawasan dan Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas yang dan dipantau oleh pimpinan negeri. Zaman mesyuarat tanpa fail dan tidak berkala itu adalah sudah berlalu. Program dalaman seperti program tarbiyah dan latihan mestilah menjadi agenda yang penting dalam aktiviti Kawasan dan Cawangan.
- Ahli dan kepimpinan PAS yang memikul amanah sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan semua yang berkaitan perlulah melaksanakan amanah dengan sepenuhnya mengikut adab dan batas-batas akhlak, kerana peranan mereka yang telah dipilih oleh rakyat ini adalah sebagai wajah depan PAS. Prestasi mereka akan dipantau, dinilai dan akan dibantu oleh jemaah sekiranya terdapat kelemahan dalam melaksanakan tugas mereka. Semua dari kalangan mereka ini akan dijemput menyertai forum, perbincangan meja bulat, bengkel dan sesi latihan yang bersesuaian supaya lebih mahir dan dapat membantu dalam menjalankan tugas masing-masing.
- Ahli – ahli PAS secara keseluruhannya perlulah mempunyai disiplin dan akhlak yang tinggi, merapatkan saf ahli, mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat, berada dalam suasana sentiasa dahagakan ilmu, dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi’ dan keupayaan masing-masing.
Sumber HD - 22-11-2013
Presiden PAS: Agama bukan barang dagangan
- Nov 22, 2013
- Harakahdaily
SHAH ALAM: PAS menegaskan bahawa isu-isu agama tidak wajar menjadi barang dagangan yang dijaja ke sana sini apatah lagi dijadikan senjata politik oleh Umno dan kerajaan BN untuh meraih sokongan rakyat yang semakin menipis.
Serentak dengan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihati ahli-ahli parti agar tidak mudah terpengaruh dengan permainan media fasik yang tidak mengira soal dosa dan pahala, dan memahami peringatan Allah SWT tentang berita yang disampaikan oleh orang fasik melalui surah al-Hujurat, ayat 9.
Ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, dekat sini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal dengan rentetan serangan membabitkan isu-isu berkaitan Islam oleh sesetengah pihak disamping suasana tidak harmoni yang cuba dicetuskan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
"Rakyat awam di jalanan pula diajak untuk memberikan ulasan, pandangan malah kritikan, walaupun kadangkala melangkaui sempadan hukum Islam yang jelas sumber rujukannya.
"Maka timbullah isu 'kalimah Allah', isu mazhab, hudud dan sebagainya yang diulas di tepi-tepi jalan oleh mereka yang bukan ahlinya. Perkara ini sebenarnya pernah berlaku sejak ribuan tahun yang lalu," jelas beliau.
Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi menyarankan Lajnah Penerangan dan Dakwah dengan dibantu Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat digerakkan sepenuhnya untuk membawa mesej dakwah ke dalam masyarakat Islam secara berkesan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul.
Usaha ini, ujarnya perlu bagi membentuk masyarakat Islam yang berilmu dan memahami agama menurut sumber yang sahih.
"Semua Dewan dalam organisasi PAS adalah sama penting dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dalam menggerakkan usaha dakwah – tarbiyah dan siyasah ke dalam masyarakat kita.
"Oleh yang demikian, semua Dewan ini mestilah digerakkan aktivitinya dengan mewujudkan budaya kerja inter-Dewan, supaya objektif yang ingin dicapai akan lebih mendalam kesannya.
Sumber HD - 22-11-2013
- Nov 22, 2013
- Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Kekalahan PAS di Kedah perlu menjadi iktibar kepada aktivis parti dan tidak melemahkan semangat mereka sehingga melupai erti sebenar perjuangan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu, beliau menyarankan aktivis parti agar bermuhasabah diri dan tidak menjadikan faktor lawan semata-mata sebagai penyebab kekalahan.
"Kita masih menjadi pilihan rakyat di Dun Sungai Limau Kedah, dalam pilihan raya kecil yang baharu sahaja berlalu. Kita wajib muhasabah diri sendiri secara dalaman, bukan hanya menjadikan lawan sahaja sebagai penyebab kekalahan kita. Semua itu wajar menjadi sempadan dalam lipatan sejarah dalam kita bergerak ke hadapan," ujarnya ketika membentangkan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-59, di Stadium Melawati, dekat sini, sebentar tadi.
Tuan Guru Abdul Hadi bagaimanapun bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada jentera parti, rakan–rakan dalam Pakatan Rakyat dan rakyat kerana memberikan 'benih sulung' PAS di kerusi Dun Bukit Baru, Melaka dan kerusi-kerusi baharu pilihan raya yang dimenangi di seluruh negara.
Beliau turut menasihati anggota parti yang diberikan amanah kepimpinan di peringkat negara (senator), negeri, daerah, kampung dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan supaya bersabar dengan ujian, melakukan persiapan rapi, bermaklumat, mendampingi rakyat dan ikhlas dalam melaksanakan amanah.
"Bagi membawa mesej 'Rahmat Untuk Semua' ini, PAS akan terus menjadi rakan aktif dalam Pakatan Rakyat (PR). Ingatlah, bahawa kita bukan penumpang semata-mata, rakan-rakan kita juga bukan penumpang, tetapi semua parti-parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap yang lebih maju dan seterusnya memikul.
Sumber HD - 22-11-2013
- Nov 22, 2013
- Salmiyah Harun
SHAH ALAM: Pemilihan PAS pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 kali ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang laporan salah laku oleh mana-mana calon yang bertanding.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, suasana pemilihan PAS ini membuktikan calon-calon PAS bukan sahaja beretika bahkan berintegriti sebagai entiti penting dalam jemaah.
"Laporan salah laku calon tidak ada, laporan dari orang bukan calon memang ada, kadang-kadang ada fitnah dan kita akan ada proses yang akan kita lakukan selepas ini," katanya ketika memberi ucapan aluan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 di Stadium Malawati.
Mustafa percaya pemilihan PAS pada kali ini mendapat liputan media yang luar biasa kerana pengaruh media sosial yang memainkan peranan setiap hari.
"Tidak ada media yang tidak ada berita PAS, walaupun di tengah-tengah berlaku kekalutan dalam pemberitaan," katanya.
Katanya, walaupun PAS mengadakan muktamar pada hujung tahun namun parti itu tidak pernah tangguh untuk mengadakan pemilihan setiap dua tahun sekali.
"Tahun ini kita lambat bermuktamar tetapi kita tetap membuat pemilihan," katanya di hadapan kira-kira 5,000 pewakilan, pemerhati serta tetamu khas.
Sumber HD - 22-11-2013
- Nov 22, 2013
- Harakahdaily
Sehubungan itu, PAS ujar Prresidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan terus memperjuangkan rahmat Allah daripada ajaran Islam yang membawa keadilan sejagat.
Ketika membentangkan ucapan dasar bertajuk "Rahmat Untuk Semua" pada majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, dekat sini, beliau berkata, untuk mencapai tujuan itu organisasi parti perlu menyediakan rangka kerja yang berstruktur, mempunyai objektif dan sasaran kerja yang konstruktif, pejabat yang lengkap, sistem pengurusan konflik dan melaksanakan petunjuk prestasi dalam mencapai sasaran jamaah.
"Sebagaimana yang selalu saya pertegaskan, bahawa PAS bukanlah parti politik semata-mata, tetapi kita adalah sebuah gerakan Islam yang bergerak dalam jalur tarbiyah – dakwah – siyasah mewarisi cita-cita perjuangan yang menjadi tugas kita sebagai khilafah di atas muka bumi ini yang meletakkan politik menjadi agenda penting yang tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam," ujarnya.
Sehubungan itu, jelas beliau, adalah menjadi satu kesilapan sekiranya PAS disamakan dengan parti-parti dan kumpulan Islam yang lain.
Menyentuh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung Mei lalu, beliau berkata PAS dan Pakatan Rakyat telah turun ke gelanggang demokrasi berhadapan BN di padang yang tidak sama rata.
Demokrasi pilihan raya, ujarnya bukanlah tertumpu kepada aktiviti berkempen, membuang undi dan menabur janji, malah adalah medan rakyat memilih parti untuk memimpin negara.
"Kita terus berdepan dengan media arus perdana yang tidak berlaku adil, betapa parahnya rasuah wang ringgit dan projek segera yang dijanjikan kepada rakyat, sedangkan projek terdahulu ada yang belum pun nampak tandanya, penggunaan jentera dan agensi kerajaan dalam aktiviti berkempen, dan berbagai lagi bentuk penyalahgunaan serta kepincangan yang merendahkan taraf pemikiran rakyat malah mengancam sistem demokrasi di negara kita," tegasnya.
Beliau bagaimanapun bersyukur kerana dalam keadaan serba kekurangan, PAS dan Pakatan Rakyat masih mampu bertahan dan meraih undi popular menjadikan kerajaan BN yang dibentuk sebagai 'kerajaan minoriti'.
"(BN) hanya mempunyai majoriti jumlah kerusi parlimen, disebabkan sistem first past the post yang diamalkan dalam sistem pilihan raya. Kita kekal di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
" Kerajaan Persekutuan BN minoriti rakyat ini pula hanya mampu memperolehi 46.53% sokongan pengundi, berbanding Pakatan Rakyat yang mencapai sokongan 49.96% melalui jumlah.
Sumber HD - 22-11-2013
- Nov 22, 2013
- Harakahdaily
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mula membentangkan ucapan dasar bertemakan "Rahmat Untuk Semua" pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-59, di Stadium Melawati, dekat sini.
Sambil mengalu-alukan kehadiran sidang muktamirin, rakan taulan, para tetamu dan pemerhati, beliau menjelaskan tema "Rahmat Untuk Semua" adalah berpaksikan kepada keyakinan bahawa perjuangan Islam yang dibawa PAS membawa rahmat kepada seluruh alam.
PAS, ujarnya menyampaikan mesej Islam melalui wadah tarbiyah, dakwah dan siyasah (politik).
Mesej Islam yang dibawa para rasul dan disempurnakan Nabi Muhammad s.a.w. ini, ujarnya membawa rahmat kepada ke seluruh alam sesuai dengan firmah Allah SWT dalam Surah al-Anbiya', ayat 107.
"Marilah sama-sama kita memahami, bahawa apa yang kita bawa ini bukan bersifat retorik dan bukannya suatu janji-janji indah yang ingin mengaburi pandangan manusia atau mengelirukan kefahaman.
"Maudu’ kita adalah Islam yangberteraskan kepada keyakinan yang dipahat dengan tegasdalam Fasal 3 Perlembagaan PAS. Inilah Islam yang yang nyatakan oleh Rasulullah s.a.w. membawa rahmat adil kepada masyarakat majmuk yang bersaudara di atas kemanusiaan," ujarnya.
Seramai 1,120 perwakilan termasuk pemimpin PAS Pusat akan berhimpun di Stadium Malawati, Shah Alam sehingga 24 November pada muktamar pemilihan kali ini.
Proses pemilihan jawatan dalam parti akan berjalan petang ini dan keputusan pemilihan dijangka akan diketahui kira-kira jam 8.45 pagi 23 November (Sabtu).
Perbahasan ucapan dasar dan perbahasan usul berlangsung esok manakala hari ke-3 muktamar pula akan diisi dengan ucapan penggulungan oleh pemimpin PAS Pusat dan ucapan penangguhan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.
Perjalanan muktamar juga disiarkan secara langsung melalui webtv PAS (http://webtv.pas.org.my) dan juga radio internet hijau.fm.
Sumber HD - 22-11-2013
Cadangan serap ramai wakil Sabah, Sarawak wajar
Harakahdaily, | 21 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Cadangan agar lebih ramai wakil PAS Sabah dan Sarawak diangkat ke peringkat tertinggi PAS Pusat turut disokong seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Menurut beliau, tidak boleh dinafikan bahawa wakil Sabah dan Sarawak sangat penting lebih-lebih lagi dalam usaha menempatkan PAS di persada politik kedua-dua negeri Borneo itu.
"Ini sangat penting untuk kita (PAS) lebih dekat dengan masyarakat di sana.
"Dengan keterlibatan di peringkat pusat, keputusan berkaitan negeri menjadi lebih mudah dan cepat," katanya kepada Harakahdaily.
Semalam Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa membuat cadangan dan seruan agar lebih ramai pemimpin Sabah dan Sarawak menyertai PAS di peringkat pusat termasuk dewan-dewan.
Cadangan itu dilontar beliau ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat di Shah Alam malam tadi.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata dalam keadaan negeri Sabah berdepan saman dalam isu royalti, tentu sekali suara wakil Sabah sangat penting untuk didengari.
Sehubungan itu, apabila suara wakil Sabah ini berada di pusat, ia mudah mencetus muafakat untuk menggerakkan sokongan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-11-2013
Siti Zailah dipilih semula Ketua Muslimat PAS
Saidah Hairan, | 21 Nov 2013 |
SHAH ALAM: Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sesi lalu dipilih semula untuk menerajui kepimpinan dewan itu bagi sesi 2013-2015.
Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) mendapat 468 undi; timbalan, Dr Siti Mariah Mahmod mendapat 429 undi dan naib, Mumtaz Md Nawi mendapat 457 undi.
12 orang Ahli Jawatankuasa telah dipilih iaitu Dr Halimah Ali 476 undi; Aiman Athirah Al-Jundi (457), Khairiah Mohamad (454), Normala Sudirman (446), Dr Asiah Ali (449), Aida Yusof Rawa (409), Wan Ubaidah Wan Omar (393), Mastura Mohamad (392), Datuk Asiah Ghazali (372), Ustazah Azizah Khatib Mat (360), Wan Hasrina Wan Hassan (331) dan Kartini Ahmad (306).
Pengerusi Tetap, Norhasimah Deraman mendapat 387 undi manakala Timbalan Pengerusi Tetap Norazlin Samsudin.
Pemeriksa kira-kira ialah Basmatul Uyun dan Siti Norfatiya Daud.
Seramai 681 orang perwakilan layak mengundi tetapi hanya 665 orang sahaja yang mengundi.
Bagi jawatan Ketua DMPP lapan undi rosak, timbalan (tujuh) dan naib (tujuh), manakala 49 undi rosak untuk jawatan AJK DMPP.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi telah mengumumkan keputusan itu.
Ucaputama YB SZMY : https://www.youtube.com/watch?v=NmDuvExaRaY
Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) mendapat 468 undi; timbalan, Dr Siti Mariah Mahmod mendapat 429 undi dan naib, Mumtaz Md Nawi mendapat 457 undi.
12 orang Ahli Jawatankuasa telah dipilih iaitu Dr Halimah Ali 476 undi; Aiman Athirah Al-Jundi (457), Khairiah Mohamad (454), Normala Sudirman (446), Dr Asiah Ali (449), Aida Yusof Rawa (409), Wan Ubaidah Wan Omar (393), Mastura Mohamad (392), Datuk Asiah Ghazali (372), Ustazah Azizah Khatib Mat (360), Wan Hasrina Wan Hassan (331) dan Kartini Ahmad (306).
Pengerusi Tetap, Norhasimah Deraman mendapat 387 undi manakala Timbalan Pengerusi Tetap Norazlin Samsudin.
Pemeriksa kira-kira ialah Basmatul Uyun dan Siti Norfatiya Daud.
Seramai 681 orang perwakilan layak mengundi tetapi hanya 665 orang sahaja yang mengundi.
Bagi jawatan Ketua DMPP lapan undi rosak, timbalan (tujuh) dan naib (tujuh), manakala 49 undi rosak untuk jawatan AJK DMPP.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi telah mengumumkan keputusan itu.
Ucaputama YB SZMY : https://www.youtube.com/watch?v=NmDuvExaRaY
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-11-2013
Suhaizan dipilih Ketua Pemuda PAS
Anis, Hazayani dan Muhammad Faizal, | 21 Nov 2013 |
PETALING JAYA: Suhaizan Kaiat (gambar) yang mendapat 320 undi dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bagi sesi 2013-2015, sementara Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai timbalannya diumumkan sebentar tadi.
Dua lagi calon Ketua Pemuda ialah Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif yang masing-masing mendapat 304 dan 7 undi.
Khalil mendapat 355 undi sementara Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula 282 undi.
Ir Khairil Nizam Khirudin yang mendapat 411 undi dipilih sebagai Naib Ketua manakala Ahmad Zamri As'ad khuzaimi pula memperoleh 226 undi.
Ahli-ahli Jawatankuasa yang dipilih sebagaimana di bawah:
1. Syed Abdul Kadir Al Jofree (433)
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden (433)
3. Ahmad Fadhli Shaari (417)
4. Syahir Sulaiman (415)
5. Abang Ahmad Kerdee (404)
6. Zaharudin Muhammad (379)
7. Ahmad Yahya (377)
8. Wan Faizul Salleh (371)
9. Fadhli Ghani (359)
10. Zawawi Hassan (358)
11. Nurul Islam Mohamed Yusoff (355)
12. Mohd Sany Hamzan (340)
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan DPPM, Zulqarnain Lukman.
Pengerusi SPR : https://www.youtube.com/watch?v=BfxGJOoFRaI
Dua lagi calon Ketua Pemuda ialah Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif yang masing-masing mendapat 304 dan 7 undi.
Khalil mendapat 355 undi sementara Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula 282 undi.
Ir Khairil Nizam Khirudin yang mendapat 411 undi dipilih sebagai Naib Ketua manakala Ahmad Zamri As'ad khuzaimi pula memperoleh 226 undi.
Ahli-ahli Jawatankuasa yang dipilih sebagaimana di bawah:
1. Syed Abdul Kadir Al Jofree (433)
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden (433)
3. Ahmad Fadhli Shaari (417)
4. Syahir Sulaiman (415)
5. Abang Ahmad Kerdee (404)
6. Zaharudin Muhammad (379)
7. Ahmad Yahya (377)
8. Wan Faizul Salleh (371)
9. Fadhli Ghani (359)
10. Zawawi Hassan (358)
11. Nurul Islam Mohamed Yusoff (355)
12. Mohd Sany Hamzan (340)
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan DPPM, Zulqarnain Lukman.
Pengerusi SPR : https://www.youtube.com/watch?v=BfxGJOoFRaI
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-11-2013
Siaran langsung Muktamar PAS ke-59
Harakahdaily , | 21 Nov 2013 |
90 Petugas IT, Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat disiar secara langsung
SHAH ALAM: Perasmian muktamar Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Malaysia yang diadakan di dua tempat yang berbeza malam tadi telah disiarkan secara langsung oleh rangkaian webtv PAS. Perasmian muktamar Dewan Ulama pada pagi ini dan muktamar penuh dewan-dewan Pemuda dan Muslimat hari ini pun disiarkan secara langsung juga oleh rangkaian webtv PAS
Pengarah Jabatan IT PAS Pusat (JITP), Suhaimi Embong memberitahu pihaknya ditugaskan mengendalikan urusan yang berkaitan siaran siber dan media baru ini bagi pihak panitia muktamar ke-59 selain daripada tugas-tugas lain berkaitan dengan multimedia dan IT.
Siaran langsung Muktamar Dewan Ulama boleh diikuti menerusi webtv Terengganukini (www. terengganukini. net), Muktamar Dewan Pemuda menerusi Ehsantv (www.youtube.com/ ehsantv) dan Muktamar Dewan Muslimat pula menerusi KelantanTV (www.kelantantv. my)
Manakala bagi muktamar penuh mulai esok, 22hb November, siaran langsung boleh diikuti melalui webtv PAS Pusat (webtv.pas.org.my).
“Selain siaran langsung melalui webtv, radio internet hijau.fm juga membuat lintas langsung ke beberapa lokasi muktamar dewan-dewan sejak semalam dan juga menyiarkan langsung terutamanya pada hari perasmian muktamar penuh PAS pada jumaat, 22hb November, 2013” kata Suhaimi yang juga Ketua IT Panitia Muktamar ke-59
Selain iu, JITP membantu Pejabat Setiausaha Agung PAS dengan membuka kaunter SPOKAS (Sistem Pengurusan Organisasi dan Keahlian PAS) dan Penerangan dengan membuka konti hijau.fm untuk bersiaran dari tapak pameran PAS for All bermula hari ini.
Seramai 90 orang petugas sukaralewan IT telah diberikan tugas-tugasan khusus berkaitan dengan multimedia dan IT bagi memastikan kelicinan muktamar pada kali ini sepanjang 5 hari bermuktamar sejak semalam.
SHAH ALAM: Perasmian muktamar Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Malaysia yang diadakan di dua tempat yang berbeza malam tadi telah disiarkan secara langsung oleh rangkaian webtv PAS. Perasmian muktamar Dewan Ulama pada pagi ini dan muktamar penuh dewan-dewan Pemuda dan Muslimat hari ini pun disiarkan secara langsung juga oleh rangkaian webtv PAS
Pengarah Jabatan IT PAS Pusat (JITP), Suhaimi Embong memberitahu pihaknya ditugaskan mengendalikan urusan yang berkaitan siaran siber dan media baru ini bagi pihak panitia muktamar ke-59 selain daripada tugas-tugas lain berkaitan dengan multimedia dan IT.
Siaran langsung Muktamar Dewan Ulama boleh diikuti menerusi webtv Terengganukini (www. terengganukini. net), Muktamar Dewan Pemuda menerusi Ehsantv (www.youtube.com/ ehsantv) dan Muktamar Dewan Muslimat pula menerusi KelantanTV (www.kelantantv. my)
Manakala bagi muktamar penuh mulai esok, 22hb November, siaran langsung boleh diikuti melalui webtv PAS Pusat (webtv.pas.org.my).
“Selain siaran langsung melalui webtv, radio internet hijau.fm juga membuat lintas langsung ke beberapa lokasi muktamar dewan-dewan sejak semalam dan juga menyiarkan langsung terutamanya pada hari perasmian muktamar penuh PAS pada jumaat, 22hb November, 2013” kata Suhaimi yang juga Ketua IT Panitia Muktamar ke-59
Selain iu, JITP membantu Pejabat Setiausaha Agung PAS dengan membuka kaunter SPOKAS (Sistem Pengurusan Organisasi dan Keahlian PAS) dan Penerangan dengan membuka konti hijau.fm untuk bersiaran dari tapak pameran PAS for All bermula hari ini.
Seramai 90 orang petugas sukaralewan IT telah diberikan tugas-tugasan khusus berkaitan dengan multimedia dan IT bagi memastikan kelicinan muktamar pada kali ini sepanjang 5 hari bermuktamar sejak semalam.
Sambungan daripada - http://jombersamapas.blogspot.com/2013/07/muktamar-dan-mesyuarat-agung-pas_9.html
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-11-2013
No comments:
Post a Comment