Kajian: Rasuah sebati dalam perniagaan di M'sia
- Jan 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Naib ketuanya, Khairil Nizam Khirudin berkata kegagalan itu boleh dirujuk antaranya laporan Transparency International terhadap Indeks Persepsi Korupsi (CPI) Disember lalu yang hanya meningkat satu tangga daripada 54 ke 53.
Selain pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang sarat dengan ketirisan dam pengurusan kewangan kerajaan, terbaru, pihak KPMG Malaysia pula membuat pendedahan yang juga memeranjatkan.
Laporan menerusi dapatan kajian Fraud, Bribery and Corruption Survey 2013 itu mendapati bahawa 90 peratus daripada respondennya menyatakan, penipuan atau penyelewengan adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan dalam menjalankan operasi perniagaan di negara ini.
Selain daripada penipuan, 70 peratus daripada responden pula mengakui bahawa budaya rasuah dan korupsi merupakan kebimbangan utama dalam perniagaan di Malaysia.
Malah, 59 peratus responden tidak bersetuju bisnes boleh dijalankan di Malaysia tanpa melakukan rasuah.
Melihat profil mereka yang biasanya terlibat dengan penipuan, 58 peratus daripadanya merupakan golongan belia di bawah 40 tahun dan mempunyai pendapatan tahunan sekitar RM 25,000 hingga RM 40,000 atau RM 2,000 hingga RM 3,300 sebulan.
"Faktor utama menunjukkan bahawa sikap atau gaya hidup peribadi yang menyumbang ke arah atitud negatif ini dan disusuli dengan desakan tekanan kewangan.
"Jika inilah tanggapan rakyat Malaysia terhadap sektor perniagaan di negara ini, maka DPPM melihat ini satu tren yang sangat bahaya dan membimbangkan," katanya.
Menurut beliau lagi, meskipun sukar untuk digeneralisasikan, namun keboborkan ini mencerminkan sebahagian sisi gelap masyarakat kelas menengah yang berada dalam lingkungan usia muda.
"Tiada erti sebuah kemajuan jika pemimpin dan rakyatnya mundur dalam nilai integriti," katanya lagi.
Dalam pada itu beliau juga mendesak kerajaan menjelaskan sejauhmana keberkesanan Ikrar Integriti Korporat 2011 (Corporate Integrity Pledge) yang telah dilaksanakan.
Ikrar Integriti Korporat 2011 adalah sebagai satu dokumen yang menzahirkan komitmen badan korporat untuk mewujudkan iklim perniagaan yang bebas daripada penyelewengan, rasuah dan korupsi.
"Sehingga kenyataan ini dibuat, hanya 284 syarikat sahaja yang telah menandatangani ikrar tersebut.
"Apa lagi mahu diharapkan kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional dalam usaha untuk memerangi rasuah di Malaysia?," soal beliau.
Sumber HD - 15-1-2014
Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?
- Jan 10, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, pemimpin BN seharusnya memahami bahasa rakyat bahawa 'setiap kenaikan adalah membebankan'.
Menurutnya, pada rakyat tiada istilah 'kenaikan yang tidak membebankan' dan kenyataan itu hanya keluar dari mulut-mulut menteri BN sejak sekian lama, sedangkan rakyat yang menanggung beban.
"Kita masih ingat, sebelum pilihan raya dahulu mereka janji akan menurunkan tol secara berperingkat.
"Tapi hari ini, mereka tidak menunaikan janji itu apabila bertindak mahu menaikkan lagi kadar tol tersebut," katanya kepada Harakahdaily.
Perdana Menteri semalam menegaskan bahawa kerajaan belum membuat keputusan mengenai kenaikan kadar tol dan pertimbangan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas kajian makmal secara mendalam dilakukan.
Najib berkata, kajian makmal itu penting kerana kerajaan mahu pendekatan terbaik bagi memastikan 'pengguna tidak terbeban' jika pengumuman kadar baharu tol terpaksa dibuat kerana penangguhan kenaikan seperti dituntut konsesi telah dilaksanakan sejak 2008 lagi.
Mengulas lanjut perkara itu, Suhaizan berkata, jika BN sebuah kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, langkah yang sewajarnya diambil adalah mengkaji untuk menurunkan harga sekaligus menghapuskan tol pada masa akan datang dan bukannya mengkaji untuk terus dinaikkan.
"Inilah yang kita lihat kelemahan ketara kerajaan BN hari ini. Semua benda yang dibuat kajian oleh makmal kajian adalah untuk tujuan dinaikkan harga.
" Petrol naik, tol naik, gula naik, elektrik naik, gas memasak naik, ais naik dan kita jangka beberapa barangan lagi akan naik.
"Ini tidak termasuk kesan berantai dari kenaikan itu yang menyebabkan kos perkhidmatan, barangan keperluan harian serta harga makanan meningkat mendadak," katanya.
Beliau juga menegaskan,jika pemimpin BN sukar baham bahasa keluhan rakyat, maka rakyat bersedia untuk menggunakan bahasa 'jalan raya' untuk membuat bantahan.
Sumber HD - 10-1-2014
Bughah: Harussani 'tidak sedia' bertemu Pemuda PAS
- Jan 03, 2014
- MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Perak bagi merealisasikan hasrat untuk bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Ia bertujuan untuk mendengar penjelasan berhubung 'fatwa' yang mendakwa peserta Himpunan Turun sebagai 'bughah' (penderhaka) dan halal darah mereka.
Rombongan tersebut diketuai oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss bersama Timbalannya, Ustaz Akmal Kamaruddin, Penolong Setiausaha, Ustaz Hafez Sabri dan barisan Exconya iaitu Ustaz Anuar Morad dan Ustaz Syakirin Hussain.
Hadir sama dalam rombongan Pemuda PAS itu ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki.
Walau bagaimanapun Harussani menyatakan bahawa beliau tidak bersedia untuk bertemu walaupun pada awalnya menyatakan persetujuan dengan hasrat murni Pemuda PAS Perak bagi merungkai permasalahan itu.
Namun begitu, Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim telah mewakili Harussani bagi meraikan kehadiran rombongan Pemuda PAS tersebut. (Gambar atas)
Pertemuan yang berlangsung dengan penuh harmoni itu telah membincangkan tentang isu fatwa dikeluarkan oleh Harussani yang telah menimbulkan kemarahan serta ketidakpuasan hati pelbagai pihak termasuk PAS.
Raja Iskandar ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata, mufti adalah adalah satu istitusi yang mulia bagi menyelesaikan permasalahan ummah, bukannya menjadi satu platform untuk mewujudkan permasalahan.
Kata beliau, jika benar laporan media tentang kenyataan mufti itu, bermakna Harussani telah mengamalkan satu institusi yang tidak kondusif dan menyalahi di sisi perlembagaan.
"Dakwaan keterlaluan itu juga boleh dan telah menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat khususnya orang Islam dan persepsi negatif bukan Islam terhadap agama Islam," katanya.
Pemuda PAS Perak mendesak supaya Harussani menarik balik 'fatwa' beliau jika kenyataannya itu benar kerana merbahaya kepada umat Islam dan masyarakat sejagat.
Tegasnya, jika kenyataan itu dimanipulasi, sudah tiba masanya Mufti Perak itu menegur etika kewartawanan.
Sumber HD - 3-1-2014
Harussani ambil nas mana ‘halal darah’ peserta Turun
- Jan 03, 2014
- AHMAD FADHLI SHAARI
Beliau di dalam kenyataannya menyatakan bahawa peserta-peserta Himpunan TURUN pada 31 Disember 2013 yang lepas sebagai bughah (penderhaka) bahkan lebih jauh lagi menjatuhkan hukum ‘halal darah’ kepada peserta himpunan itu.
Saya menyifatkan kenyataan ini sebagai kenyataan yang sangat tersasar dan tidak syak lagi Mufti Perak telah bertindak sebagai seorang mufti yang sangat pro Barisan Nasional. Ingin saya tegaskan bahawa perhimpunan aman ialah salah satu hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, Mufti Perak saya kira sengaja mengabaikan Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut dengan terang dan jelas bahawa rakyat Malaysia boleh berhimpun secara aman tanpa senjata dan ia dianggap sebagai hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini.
Mufti Perak dan kerajaan Barisan Nasional perlu faham Perlembagaan Persekutuan adalah undang undang tertinggi negara ini di mana semua undang undang dan tindakan pihak berkuasa adalah berasal dari Perlembagaan. Perlembagaanlah yang mengarah hala tuju undang undang dan perilaku pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman termasuk pihak polis.
Apabila Mufti Perak mengeluarkan kenyataan bahawa peserta himpunan adalah Bughah dan ‘halal darah’, saya ingin mengetahui dari nas mana hukum ini diambil? Para imam dari pelbagai mazhab dan para mujtahid majoritinya menyatakan bahawa keluar menentang pemerintah dengan senjata dan atau disebut memiliki kekuatan tempur (syaukah) sahaja boleh dianggap sebagai penderhaka.
Kaedah menangani golongan inipun masih dibincangkan secara panjang lebar di dalam kitab-kitab Fiqh dan bukannya terus dibunuh atas asas ‘halal darah’. Dari mana sumber nas yang digunakan oleh Mufti Perak yang tiba-tiba mengeluarkan kenyataan ‘halal darah’ ini? Atau dengan ayat yang lebih jelas, berapakah harga yang dibayar oleh Barisan Nasional untuk membeli ‘fatwa murahan’ sang mufti?
Saya tidak bermaksud untuk mengajar Mufti Perak kerana saya maklum ketinggian ilmunya itu. Namun saya ragu-ragu dengan kefahaman beliau terhadap pengertian Bughah. Saya difahamkan bahawa beliau merupakan seorang yang kuat berpegang dengan Mazhab Syafie yang sangat kontra dengan fahaman kaum muda. Justeru, tentulah di dalam sulur galur pengajiannya akan terserempak dengan kitab Nihayatul Muntaj karangan Syeikh Syamsuddin Al-Ramli yang menjadi antara rujukan asas Fiqh di dalam Mazhab Syafie. Definisi Bughah menurut beliau ialah:
هُمْ مُخَالِفُو الْإِمَامِ بِخُرُوجٍ عَلَيْهِ وَتَرْكِ الِانْقِيَادِ أَوْ مَنْعِ حَقٍّ تَوَجَّهَ عَلَيْهِمْ بِشَرْطِ شَوْكَةٍ لَهُمْ وَتَأْوِيلٍ
Yang bermaksud : ‘orang-orang Islam yang menentang pemimpin secara kekerasan dan meninggalkan ketaatan atau enggan menunaikan hak yang wajib ke atas mereka, dengan syarat mereka (al-Bughah) itu memiliki kekuatan senjata, mempunyai alasan penentangan dan mempunyai ketua.’ – Kitab Nihayatul Muntaj Ila Syarhil Manhaj, Jilid 25, halaman 381.
Sedarkah Mufti Perak bahawa rakyat yang keluar ke Himpunan TURUN tidak membawa sebilah senjata pun untuk menjatuhkan pemimpin? Jika adapun hanya bilah-bilah parang yang ditunjuk tanpa tuan punya sebagaimana himpunan-himpunan sebelum ini. Himpunan TURUN berlangsung dengan aman tanpa gangguan pihak polis dan para peserta kemudiannya bersurai tanpa sebarang insiden ganas.
Saya hairan, tokoh agama seperti Mufti Perak tidak pula terasa kecenderungan untuk menegur konsert yang menampilkan pelbagai aksi melanggar syarak secara jelas dan menelas belanja RM15 juta itu. Barangkali gula-gula yang sedang dinikmati oleh Mufti Perak dibimbangi jatuh sekiranya mengeluarkan kenyataan begini? Bertakwalah kepada Allah wahai sang mufti. Ketika kerajaan Perak dirampas daripada jalan pintu belakang dan tidak melalui pintu demokrasi yang menjadi undang-undang negara, tuan mufti sibuk berlindung di dalam jubah. Hari ini apabila anak muda menggunakan hak yang dijamin di dalam perlembagaan, tuan mufti bangkit mengeluarkan hukum ‘halal darah’.
Saya menganggap kenyataan Mufti Perak ini ialah kenyataan yang bahaya dan bukan satu kenyataan yang waras. Dengan rendah diri, saya suka mencabar Mufti Perak untuk berdialog di dalam mana-mana pentas terbuka di atas tajuk Bughah dan Halal Darah ini. Debat ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah Mufti Perak yang tentunya sangat dihormati dan disegani, tetapi ia lebih bertujuan untuk mencari kebenaran. Jika kebenaran dan nas berpihak di sebelah Mufti Perak, nah halalkanlah darah jika tuan Mufti hauskannya.
Tanpa menafikan adanya para mufti dan ulama yang ikhlas, saya suka ingatkan mufti yang lain juga, tidak perlulah menumpang memberi kenyataan yang karut dan tidak bersandarkan nas semata-mata kerana ingin mendapatkan habuan sementara. Kerusi empuk yang anda duduki itu bukan milik anda selama-lamanya. Jika ilmu menjadi ukuran, barangkali bukan di situ kedudukan anda.
Sekian, wassalam.
2 Januari 2013
* Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Dakwah Islamiah Universiti al-Azhar, Mesir. Di dalam politik, beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan dan juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia. Tulisan ini merupakan pandangan peribadinya semata-mata
Sumber HD - 3-1-2014
Pemuda PAS sokong Protes Pensil Merah
- Jan 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Menyifatkan himpunan tersebut dibuat atas yang kukuh, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat berkata, Geramm berhak menyatakan sikap mereka apatah lagi ia berhubung kait dengan hak dan kebebasan rakyat.
"DPPM menyokong apa juga langkah membela masyarakat atau golongan yang tertindas, dizalimi serta menghambat mereka yang zalim dan bertindak keterlaluan.
"Dalam hal ini, Geramm ada asas yang kukuh mengadakan demonstrasi tersebut dan mereka berhak menyatakan sikap mereka apatah lagi ia berhubung kait dengan hak dan kebebasan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.
Protes Pensel Merah Sabtu ini akan diadakan di hadapan bangunan Majlis Peguam, Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur bermula jam 2 petang.
Himpunan ini adalah untuk mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam negeri (KDN) agar segera mengembalikan hak penerbitan kepada akhbar mingguan The Heat yang digantung.
Geramm sebelum ini turut membidas alasan dangkal KDN kononnya penggantungan ini hanya bersifat sementara.
Bagi mereka, tindakan kerajaan itu telah menyekat kebebasan akhbar dan ia amat tidak demokratik.
Suhaizan berkata, hak penerbitan adalah hak asasi sebagaimana dijamin perlembagaan dan masyarakat bertamadun dan moden hari ini mengiktiraf kebebasan akhbar dalam ruang lingkup yang dibenarkan perlembagaan Malaysia, dan menolak kaedah rakus dan keterlaluan.
Menurut beliau lagi, KDN perlu memberi alasan kukuh atas sebab apa penerbitan The Heat digantung supaya rakyat boleh menilainya sama ada ia benar-benar melanggar etika pemberitaan serta berunsur fitnah.
Lebih dari itu katanya, KDN sepatutnya membawa The Heat ke mahkamah jika benar akhbar tersebut bersalah.
"Jika tiada alasan lain boleh diberikan selain alasan teknikal, kembalikan semula hak penerbitan kepada The Heat dan kementerian serta pemimpin negara perlu belajar menghormati hak yang diberikan kepada rakyat di negara ini.
"Menggantung akhbar berkenaan bukanlah kaedah demokrasi, malah ia mirip tindakan rejim diktator yang tersepit," tegasnya.
Sumber HD - 2-1-2013
Banjir: Keperluan persekolahan sangat diperlukan
- Dec 14, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat berkata, ini kerana sesi persekolahan 2014 akan bermula tidak lama lagi dan mereka memerlukan bantuan tersebut bagi keperluan anak-anak mereka.
"Dalam keadaan sesi persekolahan baru akan dibuka sikit masa lagi, mangsa banjir sangat-sangat memerlukan bantuan persekolahan. Ini sangat mendesak.
"Bagi Dewan Pemuda PAS, kita menyeru rakyat Malaysia dan warga perihatin untuk memberi sumbangan dalam bentuk pakaian sekolah, beg dan kasut," katanya kepada Harakahdaily.
Selain itu katanya, ramai dikalangan mangsa banjir kini mengalami trauma akibat bencana itu.
Ini kerana ada yang pertama kali mengalami banjir besar sebegitu tanpa sempat membuat persediaan sehingga kediaman dan barangan mereka rosak sepenuhnya.
"Satu lagi yang juga sangat diperlukan ketika ini adalah khidmat sokongan dan kaunseling.
"Mereka memerlukan suntikan semangat dan sokongan kita semua," katanya lagi.
Bagaimanapun katanya, bantuan kewangan masih juga diperlukan dan bagi mereka yang mehu menyumbang, boleh menyalurkannya melalui akaun Maybank: 564025400100 atas nama Tabung Kemanusiaan Pemuda.
Bagi bantuan selain kewangan, boleh menghubungi Ketua Bilik Gerakan Banjir DPPM yang diketuai oleh Pegawai DPPM, Yusapiza Ya’acob di talian hotline: 017 2692944.
Sumber HD - 14-12-2013
Syiah: Pemuda PAS pastikan tekanan kuat kepada Umno BN
- Dec 14, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan memastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini.
“Saya ingin menyatakan keazaman Pemuda PAS Malaysia untuk menggembleng tenaga seluruh pemuda Pakatan Rakyat dan aktivis anak-anak muda dari pelbagai bangsa, jalur fikrah dan latar belakang untuk bersatu memberikan tekanan yang sama ke arah Umno BN yang telah menekan rakyat Malaysia dengan seribu satu bebanan,” ujar ketuanya, Suhaizan Kaiat.
Katanya, GST, pengurangan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan awam dan umumnya seluruh harga barang yang bakal menyaksikan peningkatan; merupakan 'hadiah' kerajaan Umno BN kepada rakyat menjelang tahun baru.
“Pemuda PAS Malaysia bertekad mengenepikan segala perbezaan-perbezaan kecil dikalangan pelbagai lapisan aktivis anak muda dan memberikan fokus kepada persamaan bersifat sepunya iaitu amarah anak muda yang muak dan benci dengan tekanan kos sara hidup dikenakan pemerintah Umno BN,” ujarnya.
Menurutnya, Umno BN hakikatnya sedang berkerja keras untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.
Tambahnya, tuduhan Syiah dalam PAS cuba didendangkan tanpa pembuktian yang kukuh.
“Lojikkah menteri kanan membuat tuduhan syiah terhadap Timbalan Presiden PAS sekadar berasaskan 'Abang Mat mengkagumi revolusi Iran dan Khomeini'? Ini gila namanya,” katanya.
Sedangkan, katanya satu dunia sudah tahu Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah bertemu Pope tidak lama dahulu.
“Apakah menteri yang sama boleh mendakwa Najib sebagai Kristian? Apa maknanya semua ini?” tanya beliau lagi.
Tambahnya, tidak lain hanyalah untuk mengaburi rakyat dari isu sebenar iaitu 'pemerkosaan' Umno BN terhadap kantung rakyat menerusi pelbagai dasar baru yang memiskinkan.
“Saya amat yakin rakyat semakin bijak. Bahkan rakyat menjadi bertambah-tambah bijak dengan melihat tindakan Umno BN yang semakin hari mentadbir negara menggunakan 'akal tiga suku'!” katanya.
Justeru, katanya sayap-sayap pemuda Pakatan Rakyat, mahasiswa, aktivis dari kalangan NGO/NGI, aktivis seni dijalanan, professional, akademia dan seluruh anak muda dari apa jua latar belakang akan digembleng bagi memastikan kesedaran rakyat serta arus penentangan terhadap polisi tidak menyebelahi rakyat yang dibuat Umno BN akan terus mendapat tekanan.
“Pemuda PAS serius. Bahkan kami sudah menyusun beberapa siri pertemuan dengan beberapa kumpulan mewakili anak-anak muda untuk merancang strategi.
“Kami akan pastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini,” katanya.
Sumber HD - 14-12-2013
Pemuda PAS bentuk jawatankuasa sesi 2013-2015
- Dec 12, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, hasil dari mesyuarat DPPM semalam, beberapa portfolio penting berjaya diisi.
Mohd Nasaie Ismail dilantik sebagai Setiausaha DPPM, Ustaz Yussaine Yahya (Bendahari), Ustaz Zaharuddin Mohamad (Ketua Penerangan) manakala Pengarah Pilihanraya adalah Mohd Sany Hamzan.
Jawatan Penolong-penolong Setiausaha DPPM serta pelantikan beberapa jawatankuasa tambahan dan pembentukan lajnah serta jabatan pula akan dilantik selepas Pelan Strategik DPPM.
Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015:
Pengerusi tetap: Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi tetap: Dr Ustaz Riduan Mohd Nor
Ketua Pemuda: Suhaizan Kaiat
Timbalan Ketua Pemuda: Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
Naib Ketua Pemuda: Ir Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Setiausaha: Mohd Nasaie Ismail
Bendahari: Ustaz Yussaine Yahya
Ketua Penerangan: Ustaz Zaharuddin Mohamad
Pengarah Pilihanraya: Mohd Sany Hamzan
Ahli jawatankuasa DPPM yang dipilih dalam Muktamar DPPM:
1. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joffre
2. Mohd Fadli Ghani
3. Ustaz Mohd Fadhli Shaari
4. YB Ustaz Ahmad Yahya
5. Mohd Shahir Che Sulaiman
6. Mohd Faizul Salleh
7. Ustaz Afnan Hamimi bin Taib Azzamudden
8. YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
9. Nurul Islam Mohd Yusoff
10. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Ketua Pemuda PAS negeri-negeri:-
Perlis: Ustaz Yussaine Yahya
Kedah: Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Pulau Pinang: Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Perak: Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss
Selangor: Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim
Wilayah Persekutuan: Ir Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Negeri Sembilan: Ustaz Nor Azman Mohamad
Melaka: Jauhar Mohd Dawi
Johor: Mohd Faizul Saleh
Pahang: Ustaz Nazri Ahmad
Terengganu: Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Kelantan: Ustaz Mohd Fadli Shaari
Sabah: Lahirul Latigu
Sarawak: Mohd Arifiriazul Paijo
Sumber HD - 12-12-2013
Perjuangan membela maruah wanita yang belum tercapai
- Dec 06, 2013
- ZAHARUDIN MUHAMMAD
Akhirnya terbantut justeru kekangan waktu tenaga dan tangungjawab lain yang lebih penting.
Sememangnya dada merasa sempit apabila mendengar rintihan dan luahan wanita yang menitikberatkan aurat dan maruah mereka justeru semuanya tergadai apabila mereka terpaksa pasrah menyerahkan kepada lelaki ketika menerima rawatan bersalin di hospital. Kadang kala bukan ketika bersalin, tetapi kadang kala ia berlaku ketika pemeriksaan rutin lagi.
Sekalipun mereka ada hak, tetapi sukar bagi kebanyakan masyarakat kita memahami hak mereka di samping hak yang diberikan adalah terhad. Mereka terus merintih dan merintih tanpa pembelaan.
Mereka terus tertekan tanpa pujukan. Memang dada merasa sempit apabila mendengar rintihan-rintihan ini.
Sememangnya saya terpaksa meninggalkan usaha kempen ini justeru kekerdilan dari segi masa, ekonomi dan manpower. Pada waktu itu, saya rasa sangat keseorangan kerana memperkatakan perkara sangat asing justeru ramai memahami bahawa ianya adalah darurat dan bla-bla blaaa... sedangkan darurat itu ada batasnya dan ada garis panduannya.
Akhirnya saya akhiri usaha tersebut dengan harapan ada penyambungnya melalui coretan hasil kajian dan survey di dalam buku bertajuk "Sakit Puan Dan Perbidanan: Fardhu Kifayah Yang Terabai" bagi cetakan pertama ulang cetakan kedua. Kemudian ianya ditambah baik dengan diberikan kata pengantar oleh pakar perubatan yang sayangkan Islam, sahabat saya Dr Afendy (Dublin) dan seorang insan yang juga doktor yang enggan namanya disiarkan.
Tanpa sedar, hari ini ramai yang sudah memperjuangkan hak maruah mereka di hospital apabila saya search di internet.
Saya pernah all out membantu golongan miskin, menyelami masalah kemiskinan masyarakat, golongan yang dinafikan hak penempatan (setinggan), golongan miskin yang merempat, Cina yang bergelandangan (merempat). Saya dapati bahawa semua ini tidak boleh selesai dengan saya terus menggerakkan NGO. Semua ini akan diselesaikan dengan satu kunci yang besar sebagaimana Nabi juga pernah menyebut: 'kuasa politik'.
Sebab itu hari ini, saya mula menjejakkan kaki di dalam arena politik supaya apa yang saya perjuangkan sebelum ini akan dapat direalisasikan melalui kuasa politik. Sebab semua masalah itu, berpunca daripada polisi-polisi politik.
Semoga Allah membantu.
Penulis ialah AJK Pemuda PAS Malaysia. Tulisan di atas diambil daripada facebook beliau
Sumber HD - 6-12-2013
Banjir: Pemuda PAS tubuh JK Khas, tabung dana
- Dec 04, 2013
- Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengarahkan Dewan Pemuda PAS negeri-negeri membentuk satu jawatankuasa bancana alam bagi membantu mangsa banjir di beberapa negeri yang terlibat.
Menurut ketuanya Suhaizan Kaiat, pihaknya memandang serius perkembangan banjir di beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Johor.
"Atas keprihatinan itu, DPPM mengarahkan Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri terutama di negeri terlibat membentuk Jawatankuasa Bencana Alam yang diketuai oleh seorang Ketua Operasi Bencana Alam Pemuda Negeri.
"Peranannya adalah untuk menerima maklumat banjir seluruh negeri, menyusun gerakerja membantu mangsa banjir, menjadi penghubung di antara pihak pemuda dengan pihak luar dan mengambil tindakan yang perlu berkaitan banjir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mengarahkan pemuda negeri untuk membuka bilik gerakan banjir dengan sesegera mungkin dan jawatankuasa yang dibentuk perlu mengadakan kerjasama dengan Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri bagi mengoptimumkan tindakan dan gerak kerja.
Bagi tujuan itu juga, DPPM juga melancarkan Tabung Derma untuk membantu mangsa banjir dan ianya boleh disalurkan melalui Tabung Kemanusiaan Pemuda melalui akaun Maybank: 564025400100.
Selain wang ringgit, sumbangan dalam bentuk peralatan dapur, selimut, bantal serta pakaian juga dialu-alukan.
Dalam pada itu Jabatan Amal Malaysia bersama Jabatan Amal Negeri-negeri juga diarahkan mengadakan kerjasama dengan Jawatankuasa Bencana Alam DPPN dan diminta menurunkan anggotanya ke lokasi banjir bagi memantau dan membantu mangsa terlibat.
DPPM juga telah melantik Ketua Bilik Gerakan Banjir DPPM yang diketuai oleh Pegawai DPPM, Yusapiza Ya’acob.
Segala maklumat semasa daripada Ketua Operasi Bencana Alam seluruh negara perlu di laporkan melalui nombor talian hotline: 017 2692944.
Sumber HD - 4-12-2013
Pemuda PAS mesyuarat semula 5 Dis, lantik SU
- Nov 30, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan mesyuarat sekali lagi bagi melengkapkan perlantikan anggota Dewan Harian sayap itu.
Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, mesyuarat pertama yang diadakan Khamis lalu, telah berjaya membuat perlantikan bagi jawatan Bendahari, Ketua Penerangan dan juga Pengarah Pilihan Raya.
Bagaimanapun bagi jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha, mereka masih belum mencapai keputusan konsensus.
"Perbincangan belum selesai sepenuhnya. Jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha belum diputuskan.
"InsyaAllah kita akan sambung mesyuarat tersebut pada 5 Disember ini untuk melengkapkan jawatan Dewan Harian ini," katanya kepada Harakahdaily.
Mengulas lanjut beliau berkata, pada peringkat awal hanya satu nama dicadangkan untuk mengisi jawatan Setiausaha namun bertambah menjadi empat semuanya menjelang akhir perbincangan.
Bagaimanapun katanya, kesemua nama-nama itu akan dibincang semula pada mesyuarat akan datang ini.
"Berilah kepercayaan kepada ketua pemuda untuk melantik setiausaha atas kesesuaian dan keserasian yang dirasakan munasabah," katanya.
Dewan Harian Pemuda PAS terdiri daripada ketua, timbalan ketua, naib ketua, setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan ketua pengarah pilihan raya Pemuda.
Fasal 53(3) Perlembagaan PAS 2011 memperuntukkan bahawa “Setiausaha, Penolong-Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya Pemuda dan satu per tiga daripada jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) fasal ini hendaklah dilantik oleh Ketua daripada pemuda-pemuda ahli PAS yang berumur empat puluh tahun ke bawah di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu".
Sumber HD - 30-11-2013
DEWAN HARIAN PPM :
Ketua - Sdr Suhaizan Kayat
Timbalan Ketua - Ustaz Mohd Khalil Hj Abdul Hadi
Naib Ketua - Ir Khirul Nizam Khiruddin
Setiausaha - Dilantik kemudian
Penolong SU 1 - sama
Penolong SU 2 - sama
Bendahari - Ustaz Yusaini Yahya
Ketua Penerangan - Ustaz Zaharuddin Muhammad
Pengarah Pilihanraya - Sdr Mohd Sany Hamzan
Sumber MI - 29-11-2013
Sumber MI - 29-11-2013
Pemuda mesyuarat 28 Nov, lantik anggota Dewan Harian
- Nov 26, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata mesyuarat tersebut akan memfokuskan kepada pelantikan jawatan-jawatan rasmi Dewan Harian sayap itu iaitu Setiausaha, Penolong-penolong setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihan Raya.
"Mesyuarat tersebut akan membuat pelantikan Setiausaha, tiga orang Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihan Raya," katanya kepada Harakahdaily.
Bagaimanapun menurut beliau, mesyuarat tersebut mungkin tidak akan membincangkan soal pelantikan ahli jawatankuasa tambahan seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
"Kita akan draf perancangan dan keperluan kita untuk sesi ini. Biar ia selesai dahulu perancangan ini baru kita tengok siapa yang sesuai.
"Kita ukur baju dulu bagi siap, lepas tu baru kita cari kain," katanya.
Pada pemilihan dewan itu Khamis lalu, Suhaizan dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia, Mohd Khalil Abdul Hadi sebagai Timbalan Ketua, Ir Khairil Nizam Khirudin sebagai Naib Ketua dan 12 lagi sebagai ahli jawatankuasa.
Sumber HD - 26-11-2013
Royalti: Pemuda PAS janji realisasi gesaan R
- Nov 26, 2013
- Harakahdaily
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata memang menjadi hasrat beliau dan juga pemuda PAS untuk memberi fokus kepada isu-isu rakyat termasuk dalam isu royalti ini.
"Isu royalti ini termasuk dalam rakyat yang dewan pemuda akan mendepaninya secara berkesan.
"Kita akan sama-sama dengan NGO Royalti (R) untuk memperjuangkan hak rakyat ini sehingga ianya dikembalikan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden R, Nari Deraman mencadangkan supaya saf kepimpinan pemuda yang baru turut memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan tuntutan royalti yang dinafikan pusat.
Nazri berkata, pemuda PAS perlu bersama dalam isu ini dan mahu dewan itu memperjuangkannya secara bersungguh-sungguh dan konsisten.
Beliau juga menggesa Pemuda PAS agar menubuhkan Jawatankuasa Khas Perjuangan Menuntut Royalti di peringkat dewan itu.
Selain itu Nazri juga mencadangkan agar dewan itu menjadi penghubung kepada NGO lain seperti Royalti, Lynas, Bersih, Anak dan lain-lain.
Sumber HD - 26-11-2013
Tarbiah bukan agenda utama Pemuda PAS
- Nov 26, 2013
- Zaharudin Muhamad
Saya ditanya oleh seorang wartawan semalam tentang agenda utama Dewan Pemuda PAS Malaysia. Mungkin memandangkan saya ni seorang ustaz, maka ia lebih memfokuskan soalan
kepada saya tentang agenda tarbiah.
Saya jawab "program tarbiah bukan agenda utama" tetapi agenda "utama ialah memobilasi gerakan menuntut keadilan untuk rakyat". Memang wartawan tersebut agak kebingungan dengan jawapan saya, kerana jarang kedengaran seorang ustaz tidak meletakkan agenda utama ialah tarbiah.
Kenapa?
Apabila disebut sebagai agenda utama, maka itulah yang akan dihighlightkan kepada masyarakat dalam bentuk penerangan dan mobilasi. Adapun apabila disebut sebagai bukan agenda utama, ia tidak bermaksud membelakangkan tarbiah atau mengkesampingkannya.
Bila disebut agenda utama, common understanding ialah ianya akan menjadi fokus utama di dalam mesyuarat dan perkara yang selalu diucapkan oleh DPPM bagi menarik sokongan orang ramai.
Maka tarbiah bukan untuk itu, ajakan orang ramai supaya bersama kita namanya dakwah, bukan tarbiah. Semua kerja PAS adalah dakwah dan mesti bertepatan dengan kaedah-kaedah dan garis panduan dakwah yang telah ditinggalkan oleh rasul-Nya S.A.W.
Kiasnya seperti kereta
Tarbiah seperti kereta. Service rutin seperti penukaran minyak hitam, oil filter dan lain adalah agenda rutin yang menjadi kewajipan semua ahli jemaah PAS. Itulah kedudukan usrah yang sepatutnya menjadi agenda rutin bulanan, bermula daripada DPPM, DPP negeri sehingga ke semua DPP kawasan.
Kadang kala perlu dibuat major service seperti penukaran gasket dan lain-lain khususnya apabila kereta terlalu lasak digunakan. Itulah ibarat kepentingan Ijtima' Tarbawi bagi pengukuhan keseluruhan jentera.
Tarbiah adalah agenda dalaman parti bagi memperkukuhkan jentera. Adalah tidak praktikal mengajak semua rakyat mengikut agenda ini. Kereta orang, tuannya punya pasal nak service atau tidak, nak pakai minyak apa, oil filter jenis apa.
Agenda utama kita mengajak semua kereta-kereta yang ada bersama kita menuju matlamat. Atau dengan kata lain, mengajak semua parti politik yang ada, termasuk juga NGO dan semua lapisan bersama kita di dalam sesuatu agenda utama. Bagi saya isu keadilan ekonomi dan bantahan GST adalah agenda yang perlu diutamakan, dihighlightkan dan diajak semua parti politik, NGO dan lain-lain supaya bersama kita.
Tentukan agenda utama, plan tindakan dan jentera
Apabila kereta sudah diservice, keadaannya baik, baru kita boleh tentukan matlamat yang diletakkan sebagai agenda utama. Adakah kereta ini (DPPM) akan membawa kita ke Terengganu? Ke Singapore? Ke Bukit Kayu Hitam? Ke Alor Star? Jika kita kereta kita maintenancenya dalam keadaa baik, maka kita boleh pandu ke mana sahaja. Jika minyak hitam (tarbiah) tak pernah dibuat, minyak enjin tak pernah ditukar, maka menentukan destinasi yang jauh agak berisiko khususnya posibiliti kerosakan kereta di tengah jalan adalah besar.
Justeru itu, agenda tarbiah adalah agenda rutin yang wajib diteruskan. Untuk agenda rutin ini, saya berterima kasih dan berbangga dengan usaha YB Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi Ketua Pemuda yang lalu dan YB Ustaz Nik Abduh, pengerusi Tarbiah DPPM yang lalu yang telah memperkasakan tarbiah di zaman mereka khususnya menghidupkan Ijtima' Tarbawi di peringkat kebangsaan.
Dengan sebab usaha mereka, maka DPPM pada sesi baru mampu berfikir untuk menggerakkan jentera yang 'telah diservice baik' ini untuk menuju ke sesuatu destinasi yang akan ditetapkan sebagai agenda utama DPPM sesi 2013-2015.
Agenda utama?
Secara peribadi, saya berhasrat untuk meletakkan agenda utama DPPM ialah memperjuangkan keadilan ekonomi rakyat. Hari ini, rakyat tertekan dengan ekonomi dan kewangan, kerja dari pagi sehingga ke petang, hampir separuh hidup mereka di tempat kerja berbanding dengan keluarga. Seteruk itu kerja, pendapatan mereka tidak mencukupi, dapat gaji akhir bulan bulan depan dah habis.
Hidup dikelilingi hutang sekeliling pinggang. Lepas pencen tiada harta yang dapat dibuat. Kereta yang dibayar oleh 1/4 gaji sudah buruk sewaktu pencen. Yang tinggal mungkin hanya rumah yang pada waktu itu mungkin belum habis installmentnya. Wang simpanan seperti lantai disapu penyapu dan dilap air, licin bersih.
Alternatif kepada masalah rakyat ini adalah kerja dakwah yang saya berhasrat menjadikan agenda utama DPPM sesi ini. Bukan sahaja mengajak orang ramai mengubah sistem ekonomi korup, tetapi kerja yang lebih besar ialah mempamerkan tawaran sistem ekonomi Islam yang adil.
Bergantung kepada persetujuan mesyuarat
Walau bagaimanapun, ini adalah lontaran awal idea dan hasrat saya. Hasrat ini yang menyebabkan saya tidak menolak pencalonan saya di dalam AJK Pemuda dan AJK Pusat. Kalah adalah pertandingan adalah impian saya supaya tidak disoal di hadapan Allah kelak. Sebab itu saya tidak menyatakan perkara ini sebelum muktamar kerana takut ia bersifat kempen diri sendiri yang dilarang oleh Nabi S.A.W.
Walau bagaimanapun, menang adalah peluang untuk saya memperjuangkan perkara ini melalui DPPM kerana ia adalah instrument yang terbaik di dalam negara demokrasi untuk membuat perubahan kepada negara yang tercinta.
Final kepada idea dan cadangan ini bergantung kepada keputusan mesyuarat DPPM. Jika dipersetujui, maka insya Allah ia akan dilaksanakan, jika tidak, insya Allah saya akur kepada keputusan mesyuarat.
Apapun, insya Allah agenda utama ini saya akan kemukakan di dalam mesyuarat DPPM untuk akhirnya memobilasi rakyat Malaysia ke arah keadilan ekonomi seterusnya membentuk sebuah negara Malaysia yang kuat.
Saya yakin di dalam lapisan DPPM ramai kepakaran dalam bidang ekonomi dan pengurusan bisnes. Saya ada bersama saya, Saudara Syahir Sulaiman yang saya anggap seperti adik saya sendiri. Saya ada ustaz-ustaz berkaliber dalam bidang syariah ekonomi seperti Ustaz Syed Kadir, Ustaz Fadhli Shaari dan termasuk aktivis yang rajin berusaha, iatu KP sendiri. Alhamdulillah, pakej DPPM sesi ini lengkap dan insya Allah bersedia menuju ke arah membentuk Malaysia Yang Kuat.
Saya menyeru kepada semua jentera, daripada DPPM, DPP negeri dan DPP kawasan sehingga ke cawangan untuk memberikan sokongan kepada KP yang baru, dan seterusnya menggerakkan DPP di semua peringkat bagi mengorak langkah ke arah keadilan dan membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang kuat.
Sekian.
Penulis ialah AJK Pemuda PAS Malaysia sesi 2013-2015. Tulisan di atas dipetik daripada facebook beliau.
Sumber HD -26-11-2013
No comments:
Post a Comment