Popularkan jihad daripada hijrah
Ahmad Baei Jaafar, | 07 Nov 2013 |
Hijrah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW suatu yang unik semata-mata untuk menyelamatkan Iman dan Islam pada diri orang Islam. Pada hijrah pertama ke Habsyah mereka berhijrah kerana tidak tahan dengan gangguan akidah oleh orang Quraisy. Maka dengan hijrah itu mereka dapat mempertahankan iman mereka daripada digugat oleh fahaman lama.
Hijrah pada kali kedua ke Madinah masih atas sebab yang sama tetapi di sana sudah ada tapak yang selamat bagi mengembangkan Islam. Maknanya mereka yang berhijrah ke Madinah terdiri daripada orang yang sudah teguh imannya dan bersedia mempertahankan Islam sekali gus menyebarluaskan ajaran Islam kepada umum.
Ternyata, selepas hijrah itu Islam semakin dikenali dan diminati oleh orang ramai sama ada orang tempatan mahupun orang luar Madinah. Kejayaan besar dalam hal ini ialah apabila semua orang Quraisy Makkah memasuki Islam secara berduyun-duyun. Maka sebab itulah selepas pembukaan kota Makkah tidak lagi dianjurkan berhijrah. Lihatlah hadis Rasulullah SAW, maksudnya:
“Daripada Ibn ‘Abbas r.ahuma, katanya: sabda RasululLah SAW: “Tiada hijrah selepas pembukaan kota Makkah, sebaliknya jihad dan niat. Apabila kamu diminta keluar berjihad maka keluarlah”. (Riwayat al-Bukhari 1986M: 3/1025)
Jelas daripada hadis ini, tiada lagi anjuran hijrah kerana iman para sahabat sudah tidak mudah digugat oleh sesiapapun. Pada masa yang sama Islam sudah boleh diterima oleh dunia kerana sudah ada model yang boleh dicontohi.
Kenapa Masih Hendak Hijrah?
Islam bertambah baik pada setiap zaman kekhalifahan bermula dari Zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Bertambah meluas tamadunnya pada zaman Umaiyah dan Abbasiah. Hal ini kerana umat Islam pada setiap zaman itu berjihad mengikut bidang masing-masing terutama ilmu.
Kemuncak Islam adalah pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah yang umat Islam sudah berada di seluruh dunia. Semua umat Islam ketika itu menjadi pendakwah secara tidak langsung. Malah mereka tidak lagi digugat oleh sesiapa meski pun berada dalam kelompok pengamal agama lain.
Melihat perkembangan itu maka amat munasabahkan mengapa Rasulullah melarang umat Islam berhijrah selepas pembukaan kota Makkah itu. Memang tidak ada alasan lagi bagi umat Islam untuk lari daripada perjuangan masuk ke dalam hutan. Apatah lagi kita kini sudah berada pada kurun 21, semuanya sudah berubah ke arah yang lebih baik.
Oleh sebab itu kerja dakwah kepada orang bukan Islam tidak boleh ditinggalkan. Maka setiap orang ada peranan dalam dakwah mengikut bidang masing-masing. Jadi, sesuai dengan semangat hadis di atas, istilah hijrah sepatutnya tidak dipopular lagi pada hari ini. Sebaliknya, kita perlu popularkan jihad dan niat untuk merubah dunia kepada Islam.
Kalau begitu, apakah niat yang harus dibuat oleh umat Islam? Ya, niat kita bukan lagi untuk menyelamatkan iman tetapi lebih daripada itu untuk menyelamatkan akidah manusia lain. Oleh sebab itu hijrah dalam konteks ini tidak boleh disamakan dengan berpindah lagi.
Jadi, umat Islam perlu berazam untuk merubah fizikal atau iklim dunia ke arah Islam. Maka, ubah di sini bukan sekadar ubah peribadi daripada jahat kepada baik, daripada akhlak buruk kepada akhlak comel. Malah bukan ubah tempat tinggal ke suatu penempatan yang lebih selesa. Semua itu tidak ada kena mengena dengan hijrah selepas pembukaan kota Makkah.
Ubah Hijrah Kepada Jihad
Jihad senonim dengan perang tetapi pada hari ini kita perlu perluaskan pengertiannya kepada selain perang bersenjata. Perang bersenjata cukuplah kita serah kepada tentera dan polis, kerana mereka pakar dalam soal kawal keselamatan negara dan Islam. Tetapi perang melawan musuh tanpa senjata lebih luas malah melibatkan semua orang termasuk tentera.
Kalau begitu siapa musuh umat Islam? Islam mengkategori musuh Islam kepada tiga iaitu nafsu, orang bukan Islam dan syaitan. Untuk jihad melawan nafsu ialah dengan mujahadah; mengekang kehendak nafsu dengan menggantikan kehendak itu kepada kehendak yang lain. Jika nafsu mendorong kita supaya tidak berderma, maka mujahadah yang patut dibuat ialah segera mengeluarkan wang dan mendermakan wang itu kepada pihak yang memerlukan.
Manakala berjihad melawan orang bukan Islam ialah dengan mendekati mereka dengan dakwah sama ada dengan berdialog atau mempromosikan akhlak yang baik agar mereka dapat tertarik kepada Islam. Dengan cara itu, kalaupun mereka tidak memeluk Islam, mereka tidak lagi memusuhi orang Islam.
Adapun berjihad melawan syaitan, cukuplah dengan membiarkan gelagat syaitan tanpa melayani bisikannya. Ketahuilah jika kita melayan bisikan syaitan, lambat laun kita akan terpengaruh dengannya dan akhirnya kita akan melakukan dosa dan maksiat. Sebenarnya, antara sifat syaitan apabila kita melayan bisikannya, dia akan gemuk. Tetapi kalau kita tidak melayannya, syaitan akan kurus kering.
Kalau Semua Umat Islam Berjihad
Percayalah apabila semua umat Islam bangun berjihad, umat Islam dan negara Islam akan maju dan membangun. Umat Islam akan menjadi ketua yang dihormati oleh musuhnya. Pada masa yang sama umat Islam akan bergerak pantas dalam memajukan diri dan negara. Hal ini kerana syaitan sudah malas menggoda manusia.
Negara kita sudah 56 tahun merdeka, dan negara sedang menuju kemuncak jaya. Di kesempatan ini kalau umat Islam benar-benar bangun berjihad dalam tiga perkara di atas sudah tentu pembangunan yang kita kecapi kini menepati kehendak Islam. Ketika itu bukan sahaja orang Islam dapat menguasai ekonomi tetapi orang bukan Islam pun akan turut mendapat manfaatnya.
Tetapi realiti yang dapat kita lihat hari ini, kebanyakan umat Islam tidak benar-benar berjihad melawan kehendak nafsunya. Kesannya, sesama umat Islam saling bercakaran walaupun dalam soal yang remeh temeh. Manakala sesama umat Islam yang berniaga misalnya sering berdengkian. Oleh sebab itu ekonomi umat Islam masih di tahap yang lemah.
Selain itu umat Islam juga tidak berjihad dengan betul dalam melawan orang bukan Islam, malah orang Islam sendiri menjadi seperti orang bukan Islam mengabaikan ajaran Islam. Kesannya, kita tidak mendapat apa-apa kebaikan daripada orang bukan Islam sedangkan kita sentiada bersama dengan mereka. Meskinpun kita boleh bergaul dengan mereka, namun mereka masih curiga terhadap Islam dan kita juga curiga terhadap mereka.
Saya percaya kalau umat Islam boleh berperanan seperti yang dijelaskan di atas, umat Islam boleh menguasai dunia ini dengan bantuan dan kerjasama orang bukan Islam yang telah kita jinakkan. Inilah yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan khalifah selepasnya.
Menyedari keadaan ini umat perlu berazam untuk berjihad mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Tetapi jika umat Islam tidak mahu menyahut seruan jihad ini nescaya gelaplah masa depan umat Islam dan umatnya. Firman Allah SAW yang bermaksud:
“Jika kamu tidak berangkat untuk berjihad nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksaan yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, sedangkan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah at-Taubah : 39)
Maka sebelum kita dipanggil Allah buatlah sesuatu demi menyelamatkan Islam dan umatnya di dunia ini. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang mati dan tidak berjihad dan tidak berniat di dalam hatinya untuk berjihad maka dia akan mati dalam keadaan mati jahiliyyah."
http://baei.blogspot.com/

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-11-2013
Asabiyah: PAS gesa ambil kira titah Agong
Anis Nazri, | 06 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Sebagaimana yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah agar tidak membawa budaya asabiyah, begitu juga yang diamalkan PAS sejak dua atau tiga dekad lalu.
Malah, PAS juga pernah mengajak ahli-ahlinya agar meninggalkan budaya tersebut bersesuaian dengan ucapan dasar Presiden PAS yang bertemakan 'Menggempur Pemikiran Asabiyah' satu ketika dahulu.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata amalan asabiyah ini sememangnya tidak diajar dalam Islam, dan PAS sendiri menyedari perjuangan yang dilaksanakan atas semangat asabiyah ini bertentangan dengan syariat Islam.
"Dan PAS juga percaya, agama lain turut tidak mengizinkan semangat ini, lebih-lebih lagi jika ia dilandaskan dengan ciri-ciri kezaliman, yang jelas tidak akan mendatangkan manfaat kepada rakyat berbilang kaum di negara ini," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Tuanku Abdul Halim semasa merasmikan sambutan Maal Hijrah 1435H, di Putrajaya, semalam.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang masih mengamalkan semangat assabiyah ini agar mengambilkira penekanan yang dititahkan Agong, lebih-lebih lagi semangat ini bertentangan dengan Islam.
Katanya, dalam suasana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, semangat asabiyah atau perkauman ini hanya akan menjadikan perpaduan negara ini tidak mampu dicapai dalam erti kata yang sebenar.
YB DMO : https://www.youtube.com/watch?v=f7qRaF970Zg
Malah, PAS juga pernah mengajak ahli-ahlinya agar meninggalkan budaya tersebut bersesuaian dengan ucapan dasar Presiden PAS yang bertemakan 'Menggempur Pemikiran Asabiyah' satu ketika dahulu.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata amalan asabiyah ini sememangnya tidak diajar dalam Islam, dan PAS sendiri menyedari perjuangan yang dilaksanakan atas semangat asabiyah ini bertentangan dengan syariat Islam.
"Dan PAS juga percaya, agama lain turut tidak mengizinkan semangat ini, lebih-lebih lagi jika ia dilandaskan dengan ciri-ciri kezaliman, yang jelas tidak akan mendatangkan manfaat kepada rakyat berbilang kaum di negara ini," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Tuanku Abdul Halim semasa merasmikan sambutan Maal Hijrah 1435H, di Putrajaya, semalam.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang masih mengamalkan semangat assabiyah ini agar mengambilkira penekanan yang dititahkan Agong, lebih-lebih lagi semangat ini bertentangan dengan Islam.
Katanya, dalam suasana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, semangat asabiyah atau perkauman ini hanya akan menjadikan perpaduan negara ini tidak mampu dicapai dalam erti kata yang sebenar.
YB DMO : https://www.youtube.com/watch?v=f7qRaF970Zg
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-11-2013
Pasangan 16 anak Tokoh Keluarga Mithali 1435H
Selangorku, | 05 Nov 2013 |
SHAH ALAM: Pasangan suami isteri, Mohd Dawam Dollah dan Noraisah Hassan dianugerahkan Tokoh Keluarga Mithali dalam Majlis Ambang Hijrah dan Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1435H di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, malam tadi.
Mohd Dawam, 64, pesara guru agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menetap di Sungai Nibong, Sekinchan masih berkhidmat sebagai ketua kampung Sungai Nibong Batu 23, Sekinchan dan dilantik sebagai Pengerusi Ketua-Ketua Kampung Daerah Sabak Bernam.
Katanya, dia dan Noraisah, 60, mempunyai 16 orang anaknya dan 10 daripadanya sudah bekerja, manakala enam lagi masih menuntut dalam pelbagai bidang di universiti dan sekolah menengah.
“Biarpun sibuk membesarkan dan mendidik anak, tenaga dan keringat tetap saya dan isteri sumbangkan dalam mengurus dan mentadbir masjid, koperasi guru serta aktiviti kemasyarakatan,” katanya.
Pada majlis sama, Tokoh Saudara Kita 1435H/2013M dianugerahkan kepada Lim Jooi Soon, 44, yang memeluk Islam ketika berusia 28 tahun, pada 9 Januari 1997.
Katanya, dia pernah menuntut di Islamic Education Trust di Nigeria selama 12 tahun dan di Australia selama empat tahun dalam Bible student dengan niat untuk mendalami ilmu agama.
Jooi Soon bertugas sebagai pendakwah bebas, selain banyak menyumbangkan tenaga, idea dan pengalaman dengan menyampaikan ceramah di dalam serta luar negara, malah kini masih aktif sebagai pelatih kader dakwah kepada muallaf juga bukan Islam selain menguruskan kes murtad.
Selain itu, beliau turut terbabit dalam menganjurkan kursus ‘Training The Trainer’ anjuran Nuruddin Lemu dan Aisyah Rodrigo daripada Islamic Trust Nigeria, selain berperanan sebagai penganjur bagi Kursus Interaktive Dakwah Training, di samping menjadi panel dalam forum perbandingan agama.
Bagi Anugerah Badan Dakwah Sukarela Terbaik 1435H dianugerahkan kepada Pertubuhan Sukarelawan Islam Hospital Selangor (SAHABAT) yang banyak menjalankan aktiviti dakwah kepada pesakit dan keluarga mereka ketika dirawat di hospital.
Semua anugerah disampaikan Tengku Panglima DiRaja Selangor, Tengku Sulaiman Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang turut dihadiri, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; pembesar negeri, Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan lebih 1,000 hadirin.
Mohd Dawam, 64, pesara guru agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menetap di Sungai Nibong, Sekinchan masih berkhidmat sebagai ketua kampung Sungai Nibong Batu 23, Sekinchan dan dilantik sebagai Pengerusi Ketua-Ketua Kampung Daerah Sabak Bernam.
Katanya, dia dan Noraisah, 60, mempunyai 16 orang anaknya dan 10 daripadanya sudah bekerja, manakala enam lagi masih menuntut dalam pelbagai bidang di universiti dan sekolah menengah.
“Biarpun sibuk membesarkan dan mendidik anak, tenaga dan keringat tetap saya dan isteri sumbangkan dalam mengurus dan mentadbir masjid, koperasi guru serta aktiviti kemasyarakatan,” katanya.
Pada majlis sama, Tokoh Saudara Kita 1435H/2013M dianugerahkan kepada Lim Jooi Soon, 44, yang memeluk Islam ketika berusia 28 tahun, pada 9 Januari 1997.
Katanya, dia pernah menuntut di Islamic Education Trust di Nigeria selama 12 tahun dan di Australia selama empat tahun dalam Bible student dengan niat untuk mendalami ilmu agama.
Jooi Soon bertugas sebagai pendakwah bebas, selain banyak menyumbangkan tenaga, idea dan pengalaman dengan menyampaikan ceramah di dalam serta luar negara, malah kini masih aktif sebagai pelatih kader dakwah kepada muallaf juga bukan Islam selain menguruskan kes murtad.
Selain itu, beliau turut terbabit dalam menganjurkan kursus ‘Training The Trainer’ anjuran Nuruddin Lemu dan Aisyah Rodrigo daripada Islamic Trust Nigeria, selain berperanan sebagai penganjur bagi Kursus Interaktive Dakwah Training, di samping menjadi panel dalam forum perbandingan agama.
Bagi Anugerah Badan Dakwah Sukarela Terbaik 1435H dianugerahkan kepada Pertubuhan Sukarelawan Islam Hospital Selangor (SAHABAT) yang banyak menjalankan aktiviti dakwah kepada pesakit dan keluarga mereka ketika dirawat di hospital.
Semua anugerah disampaikan Tengku Panglima DiRaja Selangor, Tengku Sulaiman Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang turut dihadiri, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; pembesar negeri, Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan lebih 1,000 hadirin.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-11-2013
1435H: Jangan biarkan kerajaan terus tipu rakyat
Ahmad Marzuk Shaary, | 05 Nov 2013 |
Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kepada Allah yang maha tinggi. Sesudah memuji tuhan pencipta, tentunya membuat kita sedar, dari mana kita memperolehi peluang menguak jendela baru tahun hijrah 1435.
1435H disambut selepas hampir seminggu Perdana Menteri Malaysia membentangkan ‘Bajet Menghukum Rakyat’. 1435H disambut dalam keadaan sebahagian daripada kita masih belum hilang kejutan keputusan penipuan raya PRU13. 1435H disambut dengan dilatari kenaikan harga minyak, harga gula, harga makanan dan ketidaktentuan GST dan TPPA.
Manakala Hijraturrasul adalah merupakan permulaan sebuah negara Islam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. disambut dan diangkat oleh penduduk Madinah sebagai pemerintah mereka. Hijraturrasul menampilkan kepada dunia, bagaimana penerimaan sebuah masyarakat terhadap kepimpinan seorang rasul, tanpa apa-apa penipuan, pemaksaan mahupun apa-apa yang boleh dikaitkan dengan kejahatan.
Tapi tahun 1435H, di Malaysia, kita terpaksa menghadapi pemerintah yang lahir daripada penipuan pilihan raya dan kita tidak keseorangan dalam hal ini. Saudara kita di Mesir juga mengalami nasib yang sama, menyambut 1435H di bawah pemerintah zalim, yang bukan pilihan rakyat.
Hijraturrasul, menampilkan bagaimana Rasulullah tiba di Madinah, bukan dituju rumah mana-mana pembesar Madinah, sebaliknya rumah penduduk termiskin di Madinah menjadi pilihan, Abu Ayub Al Ansari. Di situ keberkatan seorang nabi memancar. Seluruh penduduk Madinah berhijrah daripada mengagungkan rumah yang penuh kemewahan, kepada berlumba-lumba melakukan kebaikan, melalui pencarian mereka yang memerlukan pertolongan, iaitu orang-orang miskin.
Tapi tahun 1435 hijrah, di Malaysia, di saat ibu bapa menghadapi cengkaman ekonomi bagi membeli kasut-kasut persekolahan anak-anak mereka, laporan Ketua Audit Negara 2012, mendedahkan 7,659 pasang kasut Jabatan Kastam Diraja Malaysia bernilai RM602,089 terpaksa dilupuskan. Lebih daripada setengah juta duit rakyat dibazirkan.
Apa ada pada sambutan Hijraturrasul 1435H, jika kita tidak terus melawan kutipan cukai GST, dalam keadaan masih ramai rakyat termasuk golongan penerima BRIM dan zakat, sebagaimana dibentang dalam Bajet 2014.
Apa ada pada sambutan Hijraturrasul 1435H, jika kita tidak terus melawan penipuan pilihan raya, padahal perkara 114 Perlembagaan negara menyatakan, anggota SPR hendaklah dilantik di kalangan mereka yang mendapat kepercayaan awam, sudah jutaan rakyat turun ke jalan raya melawan penipuan pilihan raya, namun Bajet 2014 terus menyerahkan duit rakyat kepada SPR yang tidak mendapat kepercayaan rakyat.
Apa ada pada sambutan Hijraturrasul 1435H, jika kita tidak terus melawan kerajaan BN yang lahir daripada penipuan. Jangan biarkan bajet negara 2014 yang berjumlah RM264.2 billion diserahkan begitu sahaja kepada kerajaan BN. Setiap daripada kita perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjaga harta negara sebagaimana sabda masyhur baginda Rasulullah ’Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya.’
Salam Hijraturrasul dan Selamat Berhijrah. Tahniah juga kepada pengundi PRK Sungai Limau kerana memulakan sunnah yang baik.
Penulis ialah Ahli Parlimen Bachok merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bachok.

Sg Limau: Hadiah Tahun Baru 1435 Hijriah
Harakahdaily, | 05 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menganggap kemenangan Ustaz Mohd Azam Abd Samat adalah hadiah Tahun Baru 1435 Hijriah buat seluruh rakyat Sungai Limau khasnya dan kepada jamaah amnya.
“Alfun Mabruk buat YB Ustaz Mohd Azam Abd Samad di atas kemenangan dalam pilihan raya kecil N20 bagi menggalas amanah jamaah dan rakyat di Dun Sungai Limau,” tulis beliau menerusi facebook.
Sehubungan itu, beliau mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat berbesar hati atas kepercayaan parti kepada calon anak muda dan kini ia menjadi pilihan yang telah dimuktamadkan oleh rakyat Dun Sungai Limau untuk menobatkan Ustaz Mohd Azam Abd Samad sebagai Adun yang menyambung legasi Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
Katanya, Ustaz Mohd Azam juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai dan Pengarah Pasti Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dilihat mampu menggalas amanah yang diberi dengan baik dan cemerlang.
Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua jentera pemuda yang datang dari segenap pelosok tanahair membantu jamaah membawa pulang kemenangan ini.
“Tahniah juga buat seluruh saf pimpinan jamaah yang pastinya banyak berkorban masa, tenaga dan harta,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
“Alfun Mabruk buat YB Ustaz Mohd Azam Abd Samad di atas kemenangan dalam pilihan raya kecil N20 bagi menggalas amanah jamaah dan rakyat di Dun Sungai Limau,” tulis beliau menerusi facebook.
Sehubungan itu, beliau mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat berbesar hati atas kepercayaan parti kepada calon anak muda dan kini ia menjadi pilihan yang telah dimuktamadkan oleh rakyat Dun Sungai Limau untuk menobatkan Ustaz Mohd Azam Abd Samad sebagai Adun yang menyambung legasi Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
Katanya, Ustaz Mohd Azam juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai dan Pengarah Pasti Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dilihat mampu menggalas amanah yang diberi dengan baik dan cemerlang.
Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua jentera pemuda yang datang dari segenap pelosok tanahair membantu jamaah membawa pulang kemenangan ini.
“Tahniah juga buat seluruh saf pimpinan jamaah yang pastinya banyak berkorban masa, tenaga dan harta,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-11-2013
Perutusan Maal Hijrah Presiden PKR
Harakahdaily, | 05 Nov 2013 |
Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1435H.
Setahun berlalu dengan pelbagai peristiwa dan sejarah telah kita catatkan. Sebagai manusia pastinya setiap kali tahun baharu muncul akan ada pengharapan untuk kebaikan.
Begitulah gambaran Hijrah yang tercatat di zaman khalifah Islam ke 2 waktu itu, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab.
Seorang pemimpin yang berperibadi tinggi, berhemah dalam pentadbiran yang mengutamakan kebajikan rakyat. Tegas dan adil menjalankan tanngungjawab.
Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab semasa pentadbirannya menekankan dan menggalakkan kegiatan keilmuan dan pendidikan, mengukuhkan perundangan, ekonomi dan sosial. Baginda adalah wajar dijadikan contoh kepimpinan dalam kerangka memartabatkan agama dan membina bangsa di Malaysia. Insya Allah.
Ayuhlah kita semua menerapi semangat kepimpinan baginda yang mengutamakan hak dan kebajikan rakyat. Kita laksanakan tatakelola pentadbiran yang adil dan amanah. Justeru semangat Hijrah ini dapat dimaknai dan dinilai dengan keikhlasan dalam menjalankan tugas harian. Maka tidak akan timbul pengkhianatan kepada semua pemegang amanah.
Oleh yang demikian, KEADILAN menyeru kepada seluruh warga Malaysia sempena tahun baharu Hijrah ini agar kita semua terapkan dalam kehidupan dengan semangat politik nilai yang menzahirkan kepimpinan yang dihormati.
Salam Maal Hijrah 1435.
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti KEADILAN Rakyat
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-11-2013
Muharram 1435H: Jangan sampai tersasar
Dr Abdul Basit Abdul Rahman, | 04 Nov 2013 |
Muharram tiba lagi, tahun silih berganti dengan cepatnya, kita semakin menghampiri kiamat. Sudah bersediakah kita dengan bekalan amalan? Dalam persediaan itu jangan pula kita tersalah jalan tersasar dari yang sahih sehingga merugikan.
Ramai daripada kalangan masyarakat yang bertanya:
Benarkah sebaran mengenai catatan amalan ditutup pada akhir tahun, dibuka pada awal Muharram, dan ganjaran orang memperingatkan tentang muharram?
Ada beberapa perkara yang agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram. Antaranya, hijrah Rasulullah SAW dikatakan berlaku pada 1 Muharram, doa awal tahun dan buku catatan amalan ditutup dan dibuka yang baru.
Hijrah:
Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala sahabat-sahabat lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum Baginda. Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi'ulAwwal. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri) Bukan bulan Muharram.
Jadi, ada sedikit kekeliruan pada lirik nasyid yang kita dendangkan semenjak kecil dahulu..."Satu Muharram detik permulaan....perpindahan nabi dan umat Islam..."
Agak pahit untuk menyampaikan, apatah lagi hendak ditelan, tetapi kebenaran bukan untuk terus disimpan.
Muharram adalah bulan pertama dari 12 bulan dalam perkiraan orang-orang Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang. Maka khalifah Umar al-Khattab RA memutuskan, selepas perbincangan dengan para sahabat yang lain, perkiraan tahun bagi umat Islam ialah bermula pada tahun hijrah Rasulullah SAW. Pada tahun Rasulullah berhijrah itu, Baginda berhijrah dari tempoh Safar hingga Rabiul Awwal, bukan dalam 1 Muharram.
Doa awal tahun (dan berangkai dengan doa akhir tahun)
Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah doa kita contohnya, "Ya Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku."
Namun doa awal tahun dan akhir tahun, yang dibaca dengan kaifiyyat tertentu dikritik oleh para ulama, kerana ia disandarkan kepada sebuah riwayat yang antaranya; ‘Menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa tidak dapat menggodanya pada tahun itu.'
Riwayat ini tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad dan sumber. Tiada dalam kitab-kitab hadis mu'tabarah, dan diputuskan sebagai riwayat yang batil. Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa ia adalah anjuran dalam agama Islam.
Catatan amalan
Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi SAW.
Hadis yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. -Hadis palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)
Hadis sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba-hamba-Nya: 'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba-hamba-Ku itu?' Jawab para malaikat: 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.”
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.
2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Amalan manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan.
Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadis Sahih.-
3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
Usamah bin Zaid RA melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah SAW, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan.
Ia adalah bulan yang diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-
Benarkan anjuran memperingatkan?
Tentang hadis anjuran supaya memperingatkan bulan Muharram, dengan ganjaran tidak dibakar api neraka, tidak dapat dikesan dari mana datangnya hadith itu. Agak pelik apabila lafaz yang sama juga disebarkan untuk bulan-bulan lain.
"Barangsiapa yang memperingatkan bulan syaaban...."
"Barangsiapa yang memperingatkan bulan zulhijjah...."
"Barangsiapa yang memperingatkan bulan rejab..."
Berdasarkan panduan para ulama dalam mengenali hadis palsu, dan jika kita biasa dengan hadis yang sahih, hadis ini perlu kita tawaqquf (jangan sebar, jangan beramal kerana hadis itu). Sebarkanlah penjelasan tentangnya.
Kesimpulan :
Sedaya upaya yang mungkin, kita cuba pastikan sebaran yang dibuat menepati saranan hadis sahih:
Nabi SAW bersabda, maksudnya, "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya). Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka biar dia sediakan tempatnya dalam neraka."
(Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira Bani Israil.)

Sumber HD - 4-11-2013
No comments:
Post a Comment