Urusan negeri-pusat melalui KSN, bukan JPP
- Jan 15, 2014
- ASLANI M
Perkara itu dipertegaskan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada satu majlis di sini, baru-baru ini.
Mengulas isu tersebut bekas Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, kerajaan negeri tidak mengiktiraf kewujudan JPP memandangkan kewujudannya tidak selaras dengan perlembagaan.
Katanya, kewujudan JPP seumpama kerajaan dalam kerajaan di Kelantan.
“JPP dikuasai sepenuhnya pemimpin Umno, di bawah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan. Malah dengan adanya JPP lahir pula JKKK yang sama peranan dengan penghulu di kampung.
“JKKK sebelum ini dikenali sebagai Penyelia Pembangunan Mukim, namun sekarang ditukar pula kepada JKKK. Di peringkat kampung juga ada dua kerajaan kecil,” katanya di sini.
Baru-baru ini ketika merasmikan Baitul Hikmah, Menteri Besar memberitahu pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Disember lalu, langsung tidak disentuh peranan JPP.
Menurutnya pada pertemuan itu beliau menyebut kepada Perdana Menteri, kalau ada apa-apa masalah akan dirujuk terus kepada KSN.
Zainuddin yang juga Penasihat Baitul Hikmat berkata, sudah sampai masanya kerajaan melihat semula peranan JPP ketika kerajaan sedang berjimat cermat ekoran kenaikan kos hidup sekarang.
Katanya, segala peruntukan daripada pusat sepatutnya disalur terus kepada Jabatan Pembangunan Negeri tanpa perlu disalur terlebih dahulu kepada JPP.
Sebelum ini isu peranan JPP seringkali diperdebatkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Dalam perkembangan lain katanya, Baitul Rahmah memperkenalkan rawatan acupuncture, refleksologi, perubatan tradisional dan Islam.
Kata beliau, pusat perubatan alternatif tersebut mengenakan kadar harga perkhidmatan berpatutan bagi membantu pesakit.
Baitul Hikmat terletak bersebelahan Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh boleh dihubungi melalui talian 09 786 0376 atau 019 9009 957.
Sumber HD - 15-1-2014
Kelantan tubuh pasukan khas banteras pembalakan haram
- Jan 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya mempunyai maklumat tidak rasmi berkaitan aktiviti itu di Hutan Simpan Lebir dan akan segera mengambil langkah sewajarnya bagi membendung kegiatan berkenaan.
"Pasukan ini ditugaskan untuk membantu kerja menyelia, menyiasat dan memantau aktiviti pembalakan di kawasan Hutan Simpan Lebir sebab kita ada maklumat tetapi tidak ada bukti yang jelas," katanya kepada pemberita selepas Program Watikah Penyampaian Pelantikan Penghulu Peringkat Kelantan semalam.
Beliau berkata kerajaan negeri akan sentiasa mencari pendekatan terbaik bagi mengawal dan menghalang tindakan pihak tertentu menjalankan aktiviti pembalakan.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata Kelantan berharap kerajaan pusat meluluskan peruntukan membina tebatan banjir di Sungai Golok dan Sungai Kelantan bagi mengurangkan risiko yang dialami negeri itu saban tahun.
Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mewujudkan sistem Profil Mukim, yang dikendali oleh semua penghulu yang dilantik tahun ini.
Menerusi sistem ini, penghulu perlu membuat pendaftaran dan semakan terhadap anggota mukim di kampung mereka bagi membantu exco membuat perancangan gerak kerja, terutama exco pembangunan masyarakat, katanya. - Bernama
Sumber HD - 14-1-2014
Tokoh Anak Muda Kelantan dapat pakej umrah
- Jan 14, 2014
- RIZAL TAHIR
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melalui Urusetia Belia dan sukan (U-Bes) telah menganugerahkan pakej umrah kepada empat orang tokoh Anak Muda Kelantan 2013.
Penyerahan cek yang ditaja penuh oleh kerajaan negeri kepada mereka telah dilakukan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Majlis santai yang penuh ceria itu diadakan di Bilik Mesyuarat Menteri Besar, Kota Darulnaim, semalam.
Mereka dijangka akan berlepas pada jam 4.30 petang ini di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Dr Ramli Mamat.
Empat Tokoh Anak Muda Kelate 2013, Mohd Asri Mat Daud (Ulama’ Muda), Dr Irfan Mohamad (Akademik).
Turut menerima pakej umrah Syeikh Kyairder Syamzarey Wan Idris (usahawan) dan ketua pasukan bolasepak Kelantan, Mohamad Badri Mohd Radzi (Piya) yang menerima anugerah Tokoh Sukan.
Selain menerima sijil dan plak, keempat tokoh ini menerima wang tunai RM2,000.
Piya bagaimanapun menunda pemergiannya ke tanah suci kali ketiga itu kerana ada perlawanan pada 18 Januari ini menentang Sime Darby Piala Liga Super.
Ahmad, ketika berucap pada majlis itu berharap mereka menjadi contoh dan teladan yang baik pada masyarakat sama ada sebagai daei, akademik, usahawan atau sukan.
Menurutnya, masyarakat sering melihat golongan yang hebat itu sebagai idola mereka.
“Kerana itu sentiasa mempamerkan contoh teladan yang baik, apa lagi masyarakat kini dilanda masaalah sosial yang kronik,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana rakyat Kelantan sentiasa berpandukan pada tuntutan Islam yang menjadi benteng aqidah mereka.
Turut hadir pada majlis itu Pengarah U-Bes, Abdul Aziz Yunus, penolong-penolong pengarah dan lain-lain pegawainya.
Sumber HD - 14-1-2014
Kelantan sedia bantu bina semula kedai terbakar
- Jan 09, 2014
- RIZAL TAHIR
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, untuk membina semula kedai yang terbakar itu, kerajaan negeri akan menunggu laporan lengkap berhubung status kedai tersebut.
“Ini kerana kita mendapati sebahagian besar unit kedai tersebut milik individu,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini semalam.
Menurutnya, pada masa yang sama kerajaan negeri juga akan fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah peniaga yang hilang tempat mencari rezeki.
“Sebelum ini Bazaar Siti Fatimah telah dibina dan mampu memuatkan seramai 150 orang penjaja,”ujarnya.
Tegasnya, memandangkan ianya terletak di kawasan bebas cukai popular, kerajaan negeri akan membantu agar ianya lebih proaktif.
Pada Isnin malam lalu sebanyak 74 deretan kedai di Rantau Panjang hangus terbakar kira-kira jam 11.00 malam.
Kerugian dianggarkan bernilai RM2 juta apabila premis yang mempamerkan jualan peralatan dapur, pakaian dan alas tidur itu hangus terbakar.
Bagaimanapun tiada kematian dilaporkan berlaku memandangkan semua peniaga telah pulang selewat-lewatnya jam 7.00 malam.
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Hanifa Ahmad dan lain-lain pimpinan turut melawat tempat kejadian.
Sumber HD - 9-1-2014
Serunding daging antara keunikan makanan Kelantan
- Jan 09, 2014
- RIZAL TAHIR
KOTA BHARU: Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, negeri Kelantan antara yang bakal dikunjungi oleh pelancong sama ada dalam atau luar negara.
Keunikan negeri itu sama ada kawasan pelancongan, kraftangannya, makanannya antara yang menarik minat orang ramai ke negeri itu.
Sambal daging atau serunding antara produk yang dihasilkan oleh pengusaha di negeri itu bakal menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.
Pasar Besar Siti Khadijah tempat jualan pelbagai produk penduduk setempat, turut memasarkan serunding sama ada dari daging tempatan atau import.
Harga yang ditawarkan RM50 untuk daging import, manakala daging tempatan RM60 sekilogram.
Hasnah Lohman, 45, antara peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah yang menjual serunding disamping keropok, dodol, belembung buaya dan lain-lain lagi.
Beliau yang tinggal di Kampung Terial Bunut susu berkata bukan sahaja pelancong dalam negeri, sebaliknya luar negara seperti dari Amerika, Indonesia, Singapura dan beberapa buah negara lagi sering mengunjungi kedainya untuk mendapatkan produk berkenaan.
“Sempena Tahun Melawat Malaysia, saya bersedia menyambut kedatangan pelancong luar negara terutama tempatan khususnya cuti perayaan Cina nanti dengan bekalan yang mencukupi.
“Semua peniaga di sini khususnya dit tingkat satu ini akan mendapat pulangan yang agak tinggi berbanding biasa diwaktu cuti umum,”ujarnya.
Hasnah yang memulakan perniagaan ketika masih belum berkahwin kira-kira 23 tahun lalu, kini dibantu suami Che Ilias Che Daud, 51.
Beliau mengakui pada hari biasa jualannya hanya mencecah RM100 hingga RM150.
Bagaimanapun, tambahnya bila cuti umum atau persekolahan jualannya meningkat RM350 sehari.
“Walaupun ianya jarang berlaku, namun ianya dapat menampung kehidupan kami sekeluarga,”ujarnya.
Sumber HD - 9-1-2014
Saya kerugian hampir RM100,000, kata peniaga
- Jan 07, 2014
- Rizal Tahir
RANTAU PANJANG: Pengarah Bomba Dan Penyelamat Kelantan, Azmi Othman, melahirkan rasa simpati terhadap peniaga di Pekan Rantau Panjang apabila 74 buah premis perniagaan hangus terbakar.
Ketika memberitahu media beliau berkata, Pekan Rantau Panjang merupakan tumpuan pelancong dan merupakan tempat masyarakat setempat mencari rezeki terutama di musim perayaan.
Bagaimanapun, semuanya hangus dijilat api dalam kejadian yang berlaku pada Isnin kira-kira jam 11.30 malam itu.
Beliau memberitahu, sebanyak empat buah kenderaan bomba masing-masing dari Pasir Mas, Rantau Panjang, Kota Bharu terlibat membantu memadam api dari merebak.
“Sebarang masaalah atau maklumat rujuklah pada Ketua Balai Rantau Panjang, Nashuha Fahd,”ujarnya.
Seorang peniaga, Hamzah Mohammad, 58, ketika ditemui memohon pihak yang berkenaan membantu meringankan bebanan peniaga yang terlibat.
Beliau yang berniaga di situ sejak tahun 1989, berkata akibat kejadian itu beliau kerugian kira-kira RM100,000.
“Barang perniagaan saya semuanya dari almunium seperti peralatan dapur, periuk, kuali dan sebagainya,” ujarnya.
Sambungnya, semoga dengan bantuan itu ianya dapat menampung modal yang bakal dikumpul untuk memulakan semula perniagaan selepas ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Nashuha Fahd Ahmad Mijai ketika memberitahu Harakahdaily turut mencadangkan supaya peniaga menyediakan alat pemadam api sendiri.
Katanya, ia penting bagi mengurangkan kebakaran sekurang-kurangnya dari merebak ke premis berdekatan.
“Saya juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri untuk memadamkan kebakaran.
“Kami menerima panggilan sudah agak lewat, mungkin mereka cuba memadam api sendiri terlebih dahulu, bila tidak begitu berjaya baru menghubungi pihak kami,”ujarnya.
Katanya, ingin memadam api sendiri boleh dengan syarat berhati-hati bagaimanapun pada masa yang sama hubungi pihak Bomba dan Penyelamat terlebih dahulu.
Sumber HD - 7-1-2014
Peniaga terlibat kebakaran diharap tabah hadapi ujian
- Jan 07, 2014
- SALMIYAH HARUN
RANTAU PANJANG: Para peniaga Pasar Besar Rantau Panjang yang kehilangan punca rezeki mereka akibat terbakar tengah malam tadi diharap banyak bersabar dengan musibah yang berlaku.
Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang Siti Zailah Yusuf antara yang terawal turun ke tempat kebakaran pagi tadi mengucapkan takziah kepada peniaga-peniaga yang menerima musibah itu.
"Kita kena terima musibah ini, dan insyallah akan digantikan dengan rezeki lain selepas ini," katanya.
Zailah turut menasihati para peniaga yang kehilangan peniagaan mereka agar membuat laporan polis dengan segera bagi memudahkan mereka memohon bantuan sama ada dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri dan Jabatan Pembangunan Persekutuan.
Beliau juga akan melancarkan tabung kebakaran terutama bagi mereka yang kehilangan modal dan tinggal sehelai sepinggang.
"Kita berharap orang ramai boleh menyalurkan derma kepada mereka kerana ada di kalangan para peniaga yang masih berhutang dengan tauke-tauke besar.
"Iaitu kebanyakan mereka ambil barang dahulu dan bayar kemudian selepas dapat untung," katanya yang turut bersimpati dengan mereka.
Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang dan Pemuda Pas Dun Gual Periok akan melancarkan derma kilat bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.
Insiden kebakaran yang berlaku pada 11.30 malam tadi berjaya dipadamkan oleh pihak bomba kira-kira dua jam selepas itu. Namun nilai kerugian masih lagi disiasat.
Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang turun melawat tempat kejadian pagi ini.
Sumber HD - 7-1-2014
- Jan 07, 2014
- HARAKAHDAILY
RANTAU PANJANG: Kerajaan Negeri Kelantan memberi jaminan akan menghulurkan bantuan kepada pemilik kedai yang terlibat dalam kebakaran di sini lewat malam tadi.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan itu akan dihulurkan melalui Tabung Serambi Mekah.
"Takziah saya rakamkan kepada mangsa yang terlibat. Saya memberikan komitmen untuk menghulurkan bantuan melalui Tabung Serambi Mekah sebagaimana amalan biasa.
"Bantuan ini akan disampaikan sebaik sahaja selesai kerja-kerja menyenaraikan mangsa yang terlibat," katanya.
"Sekalipun bantuan ini mungkin tidak menanggung keseluruhan kos, saya harap ia mampu meringankan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang rata-ratanya terdiri daripada peniaga kecil-kecilan," ujar beliau lagi.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas meninjau keadaan Pasar Besar Rantau Panjang pagi tadi yang hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Dalam kejadian itu, kira-kira 74 buah kedai milik peribadi musnah sama-sekali termasuk barangan perniagaan masing-masing.
Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Disamping itu, Ustaz Ahmad turut mengucapkan syabas kepada pihak bomba yang telah bertungkus lumus memadam api dari terus merebak.
Sumber HD - 7-1-2014
60 unit kedai zon bebas cukai Rantau Panjang musnah terbakar
- Jan 07, 2014
- HARAKAHDAILY
RANTAU PANJANG: Kira-kira 60 unit kedai di Kompleks Zon Bebas Cukai Rantau Panjang yang terkenal di kalangan pelancong musnah dalam kebakaran pada kira-kira 11.30 malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Abdul Jalil Ishak berkata jentera bomba bersama 33 anggota yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian berjaya mengawal api sepenuhnya dalam tempoh sejam.
"Bomba terpaksa mendapatkan sumber air dari Sungai Golok yang terletak berhampiran selepas air dari pili bomba berdekatan tidak mencukupi," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, tengah malam tadi.
Abdul Jalil berkata kesemua kedai berkenaan dengan binaan kayu, yang beroperasi lebih 20 tahun di kawasan zon bebas cukai itu, terletak sebelah menyebelah menyebabkan api cepat merebak.
"Sebahagian besar kedai berkenaan menjual pakaian dan selimut menyebabkan api lagi cepat marak," katanya.
Beliau berkata punca kebakaran dan nilai kerugian belum dapat dipastikan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Terdapat lebih 300 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan di kompleks itu yang menjadi tumpuan pelancong pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah.
Tinjauan Bernama mendapati rata-rata peniaga mengetahui kedai mereka terbakar kira-kira setengah jam kebakaran itu berlaku.
Seorang peniaga Suhaida Shafie, 25, berkata dia kerugian kira-kira RM50,000 apabila semua pakaian dan selimut di kedainya musnah.
"Keluarga saya dah berniaga di sini sejak 20 tahun lalu dan saya pilu melihat kedai milik kami musnah sama sekali," katanya.
Seorang lagi peniaga Shamsiah Mohamad, 30, berkata dia kini buntu memikirkan masa depannya apabila kedainya musnah dalam kebakaran itu.
"Saya dah berniaga 15 tahun dan saya sedih memikirkan masa depan saya kerana ini adalah satu-satunya punca pendapatan saya sekeluarga," katanya. - Bernama
Sumber HD - 7-1-2014
Halal darah: Pemuda PAS Kelantan lapor polis
- Jan 06, 2014
- Salmah Mat Husain
KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan turut membuat laporan polis ke atas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan peserta Himpunan Turun 31 Disember 2013 lepas sebagai 'bughah' dan halal darah mereka.
Laporan polis tersebut dibuat serentak di seluruh negeri Kelantan oleh semua Dewan-Dewan Pemuda PAS Kawasan di negeri itu petang semalam.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, ketika ditemui berkata, laporan polis itu dibuat bertujuan memohon polis menyiasat dakwaan Mufti Perak itu yang disifatkan boleh menyebabkan huru-hara dan menghasut.
Bahkan katanya, jika dibiarkan tidak mustahil fatwa 'halal darah' yang dikeluarkan itu akan digunakan oleh pihak tertentu untuk mencetuskan kejadian yang tidak diingini.
"Hari ini sahaja, 6 kawasan di seluruh negeri Kelantan membuat laporan polis iaitu Pasir Mas, Rantau Panjang, Kuala Krai, Machang, Kota Bharu dan Pengkalan Chepa.
“Laporan polis ini dibuat di kawasan masing-masing. manakala selebihnya akan membuat laporan hari ini, katanya ketika mengetuai rombongan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rantau Panjang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas semalam.
Beliau berharap, dengan laporan polis yang dibuat di seluruh negeri itu, pihak keselamatan mengambil serius dan melakukan siasatan segera.
Katanya, sebarang kelewatan di dalam menyelesaikan siasatan itu akan menyebabkan rakyat beranggapan fatwa 'halal darah' itu diterima dan tidak merupakan satu kesalahan.
“Ianya juga akan mengelirukan rakyat berhubung perkara itu," ujarnya lagi.
Sumber HD - 6-1-2014
Keperibadian TG Nik Aziz tarik minat pelancong ke Kelantan
- Jan 03, 2014
- Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir
RANTAU PANJANG: Ketokohan dan kepribadian mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, merupakan antara tarikan pelancong untuk mengunjungi negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman, berkata walaupun tidak lagi memegang jawatan Menteri Besar, namun ‘popularitinya’ terus menyerlah.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas merasmikan acara sambutan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di ICQS Rantau Panjang, di sini baru-baru ini.
Menurutnya, sejak melepaskan jawatan menteri besar Tuan Guru sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong dari dalam dan luar negara.
“Tidak kira sama ada di Masjid Pulau Melaka atau Pejabat Institut Pemikiran Tok Guru, Tuan Guru sentiasa dikunjungi orang luar untuk mencari ilmu dan bertanya khabar,”ujarnya.
Hadir sama pada majlis pelancaran itu, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, Penolong Pengarah Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan, Kamal Azam Kamaruddin.
Ketua Pengarah Imigresen Rantau Panjang, Tuan Maliki Zariman Deraman dan lain-lain pegawai dari Pejabat Pelancongan Malaysia Kelantan dan Imigresen.
Selain itu katanya, tarikan Kelantan yang lebih menyerlah ke arah Islam menyebabkan negeri itu semakin dikenali khususnya menerusi Qaryah Ramadan.
Sambungnya, kerana tarikan itu Kelantan bakal dikunjungi oleh peserta dari 72 buah negara dunia untuk mengikuti Forum Pelancongan Kelantan.
“Turut menjadi tarikan Masjid Beijing, pondok dan tahfiz serta tarikan yang lain,”ujarnya.
Sementara itu, Kamal Azam mengucapkan terima kasih pada kerajaan negeri kerana bekerjasama dengan pihak pelancongan untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Menurutnya, bukan itu agensi kerajaan negeri seperti Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam, sebaliknya agensi-agansi kerajaan Pusat, Matta dan sebagainya turut memberi kerjasama.
“Program Ambang 2014 turut mendapat kerjasama kerajaan negeri yang diadakan di Dataran Menara Tinjau dengan kehadiran hampir 5000 masyarakat di negeri ini,”ujarnya.
Sehubungan itu, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dan pihak lain dalam usaha untuk menarik lebih ramai lagi pelancong mengunjungi negeri itu.
Sumber HD - 3-1-2014
Hanya budaya tidak bercanggah syariat dibenarkan
- Jan 01, 2014
- ZAMANI MD ZAIN
KOTA BHARU: Biar pelbagai usaha dilakukan bagi menarik pelancong ke Kelantan, namun budaya yang dipertonton dipastikan tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Begitu juga persembahan kebudayaan atau permainan tradisional yang tidak berpijak di bumi nyata seperti wayang kulit dan permainan melibatkan unsur pemujaan tidak dibenarkan.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri telah menetapkan garis panduan sama ada sesuatu persembahan kebudayaan itu boleh diadakan atau sebaliknya.
“Mana-mana kebudayaan yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam dibenarkan, manakala kebudayaan yang bercanggah namun kalau boleh diubah dengan menerap unsur kebaikan dan kesedaran ia diterima.
“Misalnya wayang kulit ada versi baru yang disembahkan. Kalau boleh ubah kita boleh terima. Kita mahu rakyat selamat dunia dan akhirat,” katanya kepada pemberita pada acara sambutan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di sini hari ini.
Program tersebut diadakan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Program serupa turut diadakan di Rantau Panjang dan pintu sempadan lain.
Kerajaan Kelantan sebelum ini mengubal Enakmen Kawalan Hiburan 1998 bagi memperincikan garis panduan persembahan kebudayaan dan hiburan di negeri ini.
Menteri Besar bagaimanapun berkata, persembahan menora yang menjadi tradisi masyarakat Siam dibenarkan di kawasan wat mereka.
“Kita tidak halang persembahan tersebut diadakan di kawasan wat Siam,” ujarnya.
Menurutnya juga persembahan pentas bagi wanita hanya dibenarkan bagi mereka yang berusia bawah 12 tahun sahaja.
Selain itu kata beliau kerajaan negeri sentiasa mengawal tidak berlaku pergaulan bebas di tempat-tempat program yang diadakan.
Program tersebut dianjurkan Tourism Malaysia dengan kerjasama Pusat Pelancongan Negeri Kelantan.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Hassan Mohamood dan pegawai Tourism Malaysia.
Sumber HD - 1-1-2013
Faudzi Che Mamat dilantik SUK Kelantan baru
- Dec 31, 2013
- Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU: Kehadiran tahun baru 2014 membawa makna tersendiri kepada kerajaan negeri apabila turut mendapat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.
Datuk Faudzi Che Mamat sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri dilantik sebagai SUK menggantikan Datuk Dr Zainuddin Ibrahim yang bersara mulai esok.
Faudzi berkata, pelantikan beliau merupakan satu tanggungjawab yang berat dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kepimpinan kerajaan dan kakitangan awam.
“Insya-Allah hasil kerja yang ditinggalkan Datuk SUK akan diteruskan. Saya juga junjung kasih kepada Tuanku yang memperkenankan pelantikan saya dengan restu Menteri Besar,” katanya pada ucapan sulung sempena majlis persaraan SUK di Dewan Teratai petang ini.
Majlis persaraan dan penyerahan tugas itu disaksikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco dan ketua-ketua jabatan.
Dr Zainuddin ketika berucap di majlis sama memberitahu dapat menimba pengalaman yang amat berharga di bawah kepimpinan ulama di Kelantan.
Katanya, beliau bertugas selama 30 tahun sebagai penjawat awam akan mengikut jejak rakan-rakan lain yang sudah bersara dalam perkhidmatan awam.
“Saya gembira kerana dapat membantu kerajaan negeri membawa misi Membangun Bersama Islam dan penerapan pentadbiran berteraskan konsep Ubbudiyah, Masuliyyah dan Itqan.
“Saya berharap usaha-usaha itu dapat diteruskan sepanjang masa. Saya akan cuba menikmati keseronokan sebagai pesara bermula esok,” ujar beliau.
Beliau turut merakamkan ucapan junjung kasih kepada Sultan Kelantan kerana dapat berkhidmat sebagai SUK selama dua tahun enam bulan.
Beliau juga turut merakamkan penghargaan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penggantinya sekarang.
Sumber HD - 31-12-2013
Mayat pelajar Singapura hilang di Gunung Stong ditemui
- Dec 30, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Lee Jun Jie, 23, pada 9.50 pagi di dalam sebuah lubuk di kawasan Air Terjun Stong, kira-kira 100 meter dari Kem Baha yang dijadikan tempat perkhemahan mangsa bersama 22 lagi rakannya.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu, Lee, yang sedang melihat pemandangan waktu senja semasa berhenti untuk berkhemah di Kem Baha, tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan lalu terjatuh ke dalam Air Terjun Stong.
Mangsa bersama rakan-rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di situ.
Lapan belas anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Jeli dan Kuala Krai serta polis (10), Jabatan Pertahanan Awam (7), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (7) dan Renjer Hutan (3) terlibat dalam operasi mencari mangsa.
Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,422 meter dan Air Terjun Jelawang yang terletak di gunung tersebut merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.
Kem Baha terletak kira-kira 400 meter dari kaki Gunung Stong merupakan kem pertama yang perlu disinggahi pendaki sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Ayam yang terletak di Gunung Stong. - Bernama
Sumber HD - 30-12-2013
Anak perantau pertahan Kerajaan Kelantan
- Dec 29, 2013
- MOHD NOR YAHYA
KOTA BHARU: Kesungguhan anak Kelantan yang bertugas di perantauan balik mengundi biar pun tinggal di rantau orang, menjadi antara faktor kepemimpinan ulama terus utuh.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sokongan padu mereka membolehkan kerajaan yang diteraju ulama sejak 1990 bertahan sehingga sekarang.
“Kerajaan negeri amat menghargai jasa mereka yang sama-sama berperanan mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13,” katanya ketika meraikan kunjungan anak Kelantan yang bertugas di Sabah dan Sarawak di Kota Darulnaim hari ini.
Hadir sama pada pertemuan tersebut anggota-anggota Exco, Datuk Nassuruddin Daud, Dr Ramli Mamat, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof dan Presiden Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan), Ir Hamzah Abd Rahman.
Ahmad juga berharap anak-anak Kelantan yang berada di perantauan bertindak sebagai duta bagi menyalurkan pelbagai maklumat kepada masyarakat di tempat mereka tinggal.
Sementara itu wakil Perakan Sabah, Zaidi Mustafa berkata, kerajaan di bawah kepimpinan baru hendaklah mempertingkatkan lagi hubungan dengan anak-anak Kelantan di perantauan.
“Saya juga berharap sebarang maklumat dan isu yang berlaku di Kelantan dapat disalurkan segera kepada Perakan di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.
Sumber HD - 29-12-2013
Pelajar Singapura hilang di Gunung Stong
- Dec 29, 2013
- HARAKAHDAILY
KOTA BHARU: Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang sedang berkhemah di Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, hilang selepas tergelincir dari tebing gunung itu malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam, Lee Jun Jie dikatakan sedang melihat suasana pemandangan waktu senja ketika berhenti berkhemah di Kem Baha.
Dia kemudian dilaporkan tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan dan dikhuatiri terjatuh ke dalam Air Terjun Stong yang terletak kira-kira 18 meter di bawah Kem Baha, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli dan Kuala Krai ditugaskan untuk mencari dan menyelamat mangsa sejak malam tadi.
Operasi disambung semula 7.30 pagi ini dengan bantuan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Kuala Krai dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia Kuala Krai.
Difahamkan, mangsa bersama 23 rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkemah di situ.
Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,422 meter dan Air Terjun Jelawang yang terletak di gunung tersebut merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.
Kem Baha terletak kira-kira 400 meter dari kaki Gunung Stong merupakan kem pertama yang perlu disinggahi pendaki sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Ayam yang terletak di Gunung Stong. - Bernama
Sumber HD - 29-12-2013
R lelong kalendar 2014 isi tabung bantuan banjir
- Dec 29, 2013
- HARAKAHDAILY
Kalendar tersebut mengandungi tandatangan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Menurut NGO itu, bidaan dibuka kepada semua masyarakat Malaysia prihatin dengan harga kadar permulaan bidaan RM500 setiap keping.
"Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan Kalendar tersebut sebagai kenang-kenangan dan pada masa yang sama dapat memberikan sumbangan derma kepada mangsa-mangsa banjir tersebut bulehlah menghubungi pihak kami dengan kadar segera," kata NGO itu dalam satu kenyataan.
Pihak mereka boleh dihubungi di talian 016 9354743 atau 09 7478394.
Bagi sumbangan kewangan pula, ianya boleh dibuat atas nama Pertubuhan R Kelantan di nombor akaun Bank Islam 03120010000318.
NGO R sebelum ini telah menghantar Misi Bantuan Banjir ke Kemamam (Terengganu), Kuantan (Pahang) dan Rantau Panjang (Kelantan).
Misi terbaru yang merupakan kali ke-5 adalah pada 27 hingga 28 Disember lalu.
Menurut mereka, walaupun telah banyak misi bantuan seumpamanya telah dianjurkan oleh pelbagai pihak, namun ianya masih tidak dapat lagi mengatasi masalah penyediaan keperluan asas mangsa banjir yang terjejas teruk khususnya di Kemamam, Terengganu.
"Berdasarkan pemerhatian yang baru sahaja pihak R lakukan semasa misi terbaru ini, penduduk di sana masih memerlukan perhatian dari kita semua yang masih bernasib baik berbanding mereka.
"Mereka kebanyakkannya mengalami kerugian besar dengan kemusnahan hampir kesemua peralatan, kelengkapan dan perabot rumah. Umpama memulakan kehidupan sebuah tumahtangga baru dengan segala keperluan tersebut perlu disediakan semula," katanya.
Sumber HD - 29-12-2013
Kelantan komited contohi Brunei laksana Kanun Jenayah Syariah II
- Dec 28, 2013
- Ratu Syahadah
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob menegaskan kerajaan negeri akan terus berusaha untuk membolehkan perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah II di negeri itu.
Mengambil contoh Brunei katanya, Kelantan akan menggunakan semua saluran termasuk berbincang dengan kerajaan pusat bagi merealisasikan perkara itu.
Katanya, Brunei merupakan sebuah kerajaan yang paling tepat untuk dijadikan contoh dalam perlaksanaan undang-undang Islam itu.
Menurut beliau, sejak mengumumkan perlaksaan undang-undang itu baru-baru ini, kadar jenayah di negara itu dikatakan telah menurun 50 peratus.
Pada masa yang sama ujarnya, beberapa lagi telaga minyak baru telah ditemui sekaligus menambah hasil petroleum negeri itu untuk tempoh ratusan tahun lagi.
“Setelah kerajaan Brunei mengistiharkan untuk menjalankan kanun tersebut, negara mereka semakin dilimpahkan rezeki, contohnya penemuan telaga minyak yang baru, kadar jenayah yang semakin berkurangan.
“Jelas membuktikan kepada kita, walaupun hukuman itu belum dilaksanakan namun kadar jenayah secara sendirinya berkurangan dan rezeki melimpah ruah diberikan Allah,” ujarnya ketika menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Medan Ilmu, semalam.
Menurutnya, apabila manusia berpegang teguh kepada hukum Allah serta beriman, maka Allah akan melimpahkan rahmat kepada hambanya, sebagaimana yang berlaku di negera Brunei.
Baru-baru ini Ustaz Ahmad bersama beberapa orang anggota exco kerajaan negeri turut mengunjungi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiahi untuk mendapat gambaran jelas berhubung perlaksanaan hukum hudud yang bakal dilaksanakan di negara itu.
Sumber HD - 28-12-2013
378 pelajar Yik dapat 9A PMR
- Dec 27, 2013
- Salmah Mat Husain
Dari pencapaian itu, seramai 190 pelajar Maahad Muhammadi Perempuan memperolehi 9A, 79 orang pelajar pula mendapat 8A dan 36 pelajar mendapat 7A.
Manakala di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah pula, seramai 51 pelajarnya mendapat 9A, 27 pelajar (8A) dan 16 pelajar (7A).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, jumlah pelajar yang memperolehi 9A meningkat kepada 63 orang berbanding 315 orang tahun lalu.
Beliau berkata demikian selepas majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan Kali Ke-4, di Balai Islam Lundang, di sini, semalam.
Katanya lagi, seramai 1,407 calon PMR memperolehi keputusan 5A hingga 9A, bertambah 76 pelajar berbanding tahun 2012.
“Sekolah terbaik bagi maahad pilihan adalah Maahad Muhammadi Pasir Pekan (96.67 peratus), Maahad Amir Indera Petra (89.73 peratus) dan Maahad Ahmadi Tanah Merah (82.56 peratus),” ujarnya.
Fadzli seterusnya memberitahu, bagi kategori sekolah bantuan kerajaan, sekolah terbaik adalah SMU(A) Syukuriah Lubok Setol (66.67 peratus), SMU(A) Sullamiah Bunut Payong (53.85 peratus) dan SMU(A) Tarbiah Diniah Tok Uban, Pasir Mas (53.06 peratus).
Menurutnya, sejumlah lima sekolah mencapai TPM 100 peratus dengan nilai gred purata sekolah masing-masing iaitu Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah; Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas; Maahad Tahfiz Sains Bustanul Ariffin, Tumpat; Maahad Muhammadi Perempuan; dan Maahad Tahfiz Sains Al Muhammadi, Kampung Nipah.
Sehubungan itu, beliau mewakili kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada semua pelajar, guru serta ibu bapa yang telah bekerjasama membantu mencapai kecemerlangan sekolah di bawah Yik.
Sumber HD - 27-12-2013
Medan Ilmu jadi 'rahmat' kepada peniaga kecil
- Dec 26, 2013
- RATU SYAHADAH
KOTA BHARU: Jalan Dato’ Pati dekat sini yang diisytiharkan sebagai Medan Ilmu oleh kerajaan negeri semakin hidup dengan orang ramai yang hadir untuk mendengar kuliah mingguan agama pada setiap hari Jumaat yang disampaikan bekas Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada masa yang sama ianya juga ‘hidup’ dengan aktiviti perniagaan yang menjadi antara tempat rakyat Kelantan mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup.
Pelbagai hasil perniagaan diniagakan di situ seperti keperluan dapur, kuih muih, peralatan ibadat, sayur sayuran, pakaian, selipar dan lain-lain lagi.
Salah seorang daripada peniaga yang ditemui Rahimah Dolah, 60, (gambar, kiri) mempunyai pengalaman berniaga dari tahun 2011.
Beliau menjalankan perniagaan di situ pada setiap pagi Jumaat.
“ Majlis Ilmu yang dianjurkan kerajaan negeri ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada saya dan peniaga lain untuk mencari rezeki.
“ Selain berniaga, kami juga dapat mendengar kuliah agama yang di sampaikan tenaga pengajar, terutama Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, “ kata Rahimah.
Beliau memperolehi pendapatan bersih RM50 hasil jualan telur itik dan sayur- sayuran.
Beliau menggunakan wang hasil jualan itu untuk membiayai kos perubatan jantung yang berjumlah RM50 setiap kali rawatan saringan sebulan.
“ Dengan wang itu juga mak cik gunakan untuk kos pengangkutan dari Tumpat ke Kota Bharu,” ulasnya lagi.
Rahimah bagaimanapun mengakui mendapat sumbangan daripada kerajaan negeri melalui Skim Bantuan Armalah (ibu tunggal).
Jawahir Abdullah, 75, (gambar, kanan) pula mengakui berniaga di situ dapat memberi pulangan yang agak memberangsangkan walaupun sekali dalam seminggu.
Katanya, kehadiran orang ramai untuk mendengar kuliah memberi harapan yang tinggi untuk peniaga mencari rezeki yang lebih pada hari tersebut.
Beliau yang berniaga ulam-ulaman sejak berbelas tahun mengakui berniaga di Dataran Ilmu berbeza dengan berniaga di tempat lain.
Menurutnya, di Dataran Ilmu beliau boleh mendengar kuliah agama selama hampir sejam untuk dua sesi.
“Ketika kuliah agama disampaikan, urusan perniagaan dihentikan seketika dan selepas itu kami sambung semula sehingga jam 11.00 pagi,”ujarnya.
Menurutnya, jika kerajaan Kelantan tidak mengadakan majlis ilmu seperti ini dan ruang niaga tidak disediakan, sudah tentu para peniaga tidak akan berpeluang untuk berniaga di tempat tersebut.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di atas ruang yang diberikan.
Peniaga pakaian bayi, Nazirul Raseli, 22, (gambar, kiri) gembira dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang hadir untuk mendengar kuliah agama.
Selain Medan Ilmu, anak muda ini juga berniaga di Pasar Uptown, Bandar Kota Bharu.
“Saya juga amat menyokong jika kerajaan negeri meneruskan majlis ilmu seperti ini di tempat lain dengan menyediakan ruang niaga yang sama.
“Kelantan memang terkehadapan dalam memberikan contoh yang baik untuk diteladani oleh pihak lain,”ujar Nazirul.
Bagi Mohd Hasif Izuddin Mansor, 18, (gambar, kanan) berniaga di situ memberi ruang kepada orang ramai mendekatkan diri dengan ulama di samping mengetahui perkembangan isu semasa.
Menurutnya, dengan kesibukan urusan dunia masyarakat kurang mendapat pendedahan ilmu.
“Tetapi bila hadir pada majlis ilmu ini dapat mengetahui sedikit sebanyak berhubung perkara itu,” ujarnya yang membantu perniagaan bapa.
Mereka memperolehi pendapatan bersih sekitar RM300 dengan menjual pakaian dan peralatan ibadat.
“Selain dapat bergaul dengan orang ramai, pembeli termasuk peniaga lain dapat juga mencari rezeki sekali seminggu sambil mendengar kuliah agama,”ujarnya yang mengakui seronok dengan kemeriahan di situ.
Sumber HD - 26-12-2013
Kelantan tetap segar Membangun Bersama Islam
- Dec 24, 2013
- Wan Nik Wan Yussof
MINGGU lepas (21 Disember) berlangsung Konvensyen Intelek dan Graduan Kelantan. Penganjur utamanya adalah Persatuan IGrad yang diketuai Zamakhshari Muhammad. Pejabat Menteri Besar Kelantan turut memberi kerjasama menjayakan konvensyen yang julung kali diadakan itu.
Ia membincangkan secara serius persoalan dasar Kerajaan Negeri Kelantan, iaitu Membangun Bersama Islam. Sifatnya julung kali kerana persoalan dasar kerajaan itu sebenarnya telah meninta sejarah unik politik pentadbiran negeri Serambi Mekah dan dibicarakan secara terbuka sejak berlalunya musim pilihan raya umum ke-13.
Meskipun sebelum ini (21 Oktober), Kerajaan Negeri Kelantan telah menyambut genapnya 23 tahun Kelantan Membangun Bersama Islam, tetapi di situ tidak berlakunya konteks penilaian yang boleh dirincikan untuk menjadi titik muhasabah.
Forum memenuhi harapan
Walaupun begitu, pihak Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) sebelumnya telah mengadakan satu forum sulung seawal penubuhannya (ditubuhkan pada Jun 2013). Forum tersebut membincangkan "Kelantan Pasca Tok Guru: Harapan dan Halatuju".
Forum yang telah menghasilkan perkongsian antara moderatornya Ketua Eksekutif KTD, Dr. Abdullah Sudin dengan tiga figur cendiakawan, iaitu pertama mewakili Kerajaan Negeri Kelantan ialah Datuk Dr Mohamad Fadzli Datuk Hassan, keduanya pensyarah USM dan mantan Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zanal Abidin dan ketiga pensyarah media UMK, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah.
Hasilnya banyak maklumat dihidangkan kepada audiens yang terdiri daripada ketua jabatan, para pentadbir dan kakitangan kerajaan negeri. Justeru, pihak Pengarah IPTG, Dr. Che Samsudin Mohamed Nor bertanggungjawab mengangkat semua maklumat yang berguna itu kepada pihak Menteri Besar untuk diteliti demi memenuhi harapan dan halatuju yang lebih baik dalam pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam.
Sokongan Menteri Besar
Sementara Konvensyen Intelek dan Graduan pula menyasarkan audiensnya adalah terbuka kepada wakil NGO. Ia menampilkan pengisian bermakna menerusi ucapan perasmian oleh Menteri Besar Kelantan yang dibacakan oleh Ahli Exco merangkap Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Mohd Nassuruddin Daud. Ucapan yang sarat dengan penghebahan maklumat baru dan nada sokongan tinggi Kerajaan Negeri Kelantan atas usaha IGrad tersebut. Tahniah untuk semua aktivis IGrad.
Selanjutnya konvensyen sehari itu disusuli dengan pembentangan pengalaman mantan Speaker (juga mantan Ahli Exco Negeri Kelantan) Datuk Omar Mohamed berhubung pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam.
Diikuti pula, pembentangan kertas kerja tentang prestasi 23 tahun dasar itu dan ulasan menuju masa depan oleh Ahli Exco selaku Pengerusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Datuk Hassan.
Pengisian terakhir adalah sesi wacana yang meneliti persoalan realiti, isu dan cabaran dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan. Wacana itu dijayakan bersama-sama moderatornya, Ketua Kerusi Tok Kenali KIAS, Dr. Yaacob Yusof dan tiga panelis yang terdiri daripada pensyarah sains politik UKM Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Agus Yusoff, ahli korporat Haji Ahmad Zakie Ahmad Shariff, dan Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof.
Kesemua pengisian dalam konvensyen kali ini dianggapkan amat bermanfaat, lebih-lebih lagi idea (baca: cadangan) dan teguran serta kritikan daripada dua figur ‘luar’ iaitu Datuk Dr. Mohamad Agus dan Haji Ahmad Zakie.
Realiti berjaya
Sepintas lalu, persoalan pokok yang dihasil daripada konvensyen dasar Membangun Bersama Islam ini sememangnya sesuatu realiti yang berjaya. Di sebaliknya banyak isu kejayaan telah diutarakan dan tidak boleh tidak sentiasa berdepan dengan cabaran. Misalnya Dr Mohamad Agus banyak mengulas dan mencadang peri pentingnya Kelantan menguruskan pendidikan rakyat secara cekap dan cemerlang serta berkebajikan. YIK antara paling diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan.
Sementara Ahmad Zakie amat mengharapkan ketelusan dan kemurnian sistem nilai Islam dapat dihayati dan diamalkan secara terbaik demi mencipta budaya kerja (ahli pentadbir) dan pembangunan negeri (ahli korporat) yang benar-benar Islamik.
Tinggal lagi, hasil perjalanan forum itu perlu dibutirkan dalam bentuk butiran untuk muhasabah, dijadikan maklumat perancangan dan jalan penyelesaian ke arah memastikan dasar Membangun Bersama Islam sedia diurus secara tuntas oleh Menteri Besar dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Semoga Zamakhshari dan rakan sepasukan IGrad dapat menyediakan butiran konvensyen sebaiknya. Tahniah untuk kalian.
Bagi Kerajaan Negeri Kelantan, sesungguhnya sentiasa mengalu-alukan penyertaan dan perkongsian sumbangan mana-mana NGO bagi memesra masing-masing kelompok berkepentingan (interest gorup) kepada memahami dasar negeri. Justeru strategi ini dibina sekian lama sejak 1990.
Sebagaimana tercatat di dalam Program PAS Kelantan 2013 ketika mengemukakan sembilan tawaran pilihan raya untuk rakyat kekal memilih PAS dan PKR, iaitu tawaran ketujuh - "Meningkatkan mutu taraf hidup ke arah Masyarakat Madani" - merupakan pendekatan masyarakat sivil yang sedia memberi ruang kepada semua pihak NGO mengemukakan apa-apa sumbangan demi kebaikan masyarakat dan negeri.
Atas komitmen inilah, Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob telah bersetuju menubuhkan portfolio Hubungan Seranta bagi menggandingkan peranan portfolio NGO yang diasaskan oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz yang sudah terserlah bukti kejayaannya. Semoga Kelantan dan rakyatnya terus Membangun Bersama Islam.
______________
Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
Sumber HD - 224-12-2013
Rakyat perlu semak kegagalan BN urus negara
- Dec 24, 2013
- Salmah Mat Husain
Kenyataan Presiden Perkasa yang bersedia untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada Umno sebenarnya mengiktiraf Pakatan Rakyat yang lebih mendapat sokongan rakyat, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Muhammad Hafiz Musa.
Hafiz mengulas kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang memberi amaran pertubuhan yang dipimpinnya akan menggantikan Umno jika parti Melayu itu gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Berucap dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Ibrahim menyifatkan Umno sebagai lemah dan "tidak bertaring" dalam mempertahankan hak Melayu.
Hafiz seterusnya berkata, sudah tiba masanya rakyat menyemak kembali dimensi berterusan siri-siri kegagalan BN menjalankan amanah kerajaan sehingga menyusahkan rakyat.
"Dengan kenaikan harga barang, pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan termasuk tarif letrik dan tol tahun hadapan, rakyat perlu membuat pilihan bermula dari sekarang," ujarnya.
Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS negeri memohon jasa baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyemak tadbir urus perbelanjaan negara.
Pemuda PAS Kelantan turut mempersoalkan sayap parti Umno yang tidak produktif mempertahankan rakyat.
"Tidak hairanlah jika tanpa malu, Perkasa menawarkan diri untuk menggantikan Umno bagi membela nasib rakyat," ujarnya.
Sumber HD - 24-12-2013
Kanun syariah: MB Kelantan mengadap Sultan Brunei
- Dec 24, 2013
- ASLANI M
KOTA BHARU: Sultan Brunei baru-baru ini menerima mengadap Menteri Besar Kelantan bagi merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan kerajaan Brunei melaksanakan Kanun Perintah Jenayah Syariah 2013.
Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pada hari pertama kunjungan itu Sultan Brunei memberi peluang rombongan dari Kelantan mengadap baginda.
“Ini satu penghormatan besar yang diberi kepada kerajaan Kelantan. Malah Tuanku bertitah kepada beberapa jabatan supaya memberi penjelasan kepada rombongan dari Kelantan.
“Kita berkesempatan mengunjungi Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pejabat Peguam Negara, Mahkamah Syariah dan Pejabat Mufti Brunei.
“Di Kementerian Hal Ehwal Agama diadakan perbincangan dari hati ke hati. Manakala di Jabatan Peguam Negara pula kita bersempatan mendengar taklimat bagaimana pelaksanan panel code seiring dengan Kanun Jenayah Syariah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Rombongan dari Kelantan seramai 10 orang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, anggota Exco, Mufti, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhamad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.
Kunjungan selama empat hari itu bermula pada 16 Disember lalu. Penginapan dan segala keperluan di Brunei dibiayai kerajaan Brunei.
Ahmad berkata, hasil perbincangan tersebut memperlihatkan kehebatan negara Brunei di bawah pemerintahan Sultan sekarang, menggunakan kuasa yang ada pada baginda.
“Pelaksanaannya tidak perlu melalui parlimen seperti di Malaysia. Ini kerana setiap titah sultan akan menjadi sebahagian undang-undang,” ujarnya.
Pelaksanaan kanun tersebut dibuat melalui tiga peringkat, fasa pertama bermula selepas enam bulan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 diwartakan.
Fasa kedua selepas 12 bulan daripada tarikh Perintah Kanun Peritah Jenayah Mahkamah Syariah diwartakan.
Dan fasa ketiga, selepas 24 bulan tarikh Perintah Kanun Perintah Jenayah Mahkamah Syariah diwartakan.
“Maklumat itu cukup penting bagi kita di Kelantan. Ini memberi ransangan kepada kerajaan Kelantan lebih bersedia untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri pada 1993,” katanya.
Menurutnya juga rakyat Brunei pelbagai kaum dan agama menerima perundangan itu tanpa ada sebarang bantahan.
“Cuma ada kedutaan asing datang untuk mendapatkan pencerahan,” katanya.
(Ikuti tembual ekslusif dalam Harakah cetak akan datang)
Sumber HD - 24-12-2013
Kelantan realisasi 50 program baru penggal ke-13
- Dec 22, 2013
- ASLANI M
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, lebih 50 program yang ditawarkan kepada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 lalu diusahakan supaya dapat dilaksanakan.
“Sebab itulah kita adakan konsensus dengan Ikatan Ilmuan Islam bagi memastikan program yang ditawarkan tersebut dapat dilaksanakan.
“Hasil beberapa siri perbincangan sebelum ini telah merumuskan pelan pembangunan negeri dikenali Sistem Perancangan dan Pemantauan Projek Kelantan (S3PK),” katanya ketika merasmikan Konvensyen Intelek dan Graduan Kelantan (i-Grad) di sini semalam.
Teks ucapannya dibaca Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Seranta, Datuk Nasuruddin Daud. Hadir sama anggota-anggota Exco, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman dan Dr Ramli Mamat serta Presiden i-Grad, Zamakhshari Muhamad.
Ahmad berkata, pelan rangka kerja itu bagi tempoh 2013-2018 bagi membolehkan rakyat menikmati hasil daripada program kebajikan yang dilaksanakan.
Selain itu ujarnya meneruskan program yang dirancangkan mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini termasuk membina lebuh raya rakyat, meningkatkan bekalan air dan membina stadium.
Bagi mencapai matlamat tersebut katanya, penjawat awam negeri hendaklah memikul amanah yang dipertanggungjawab oleh kerajaan sebaik mungkin.
“Biar satu zarah pun kerja buat kita akan diaudit di akhirat kelak. Kalau ada yang tidak menepati prosedur ditetapkan mereka akan berhadapan dengan pendakwaan di hadapan Allah Taala,” katanya.
Menurutnya juga kerajaan negeri akan memastikan setiap keluarga di Kelantan memiliki rumah kediaman sendiri.
Bagi merealisasikan matlamat tersebut slogan Satu Keluarga Satu Rumah dilancarkan.
Manakala tanggungjawab membina rumah tersebut diamanahkan kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Sumber HD - 22-12-2013
Program berbasikal tarik pelancong ke Kelantan
- Dec 22, 2013
- HARAKAHDAILY
Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK Ismail Shauki Ibrahim berkata program berbasikal dapat membantu memperkenalkan tempat-tempat pelancongan terkenal di negeri itu.
Selain dapat membantu mempromosikan produk pelancongan di negeri ini, aktiviti ini juga dapat menyihatkan tubuh badan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Berbasikal 2013 di sini, semalam.
Menyentuh program hari ini, beliau berkata mereka akan berkunjung ke beberapa tempat menarik seperti Pulau Kundur dan Pantai Mek Mas yang kaya dengan pelbagai produk pelancongan, serta bergotong-royong memulih kawasan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan.
Program itu disertai 40 anggota Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK serta Photo Cycling. Kayuhan bermula dari pekarangan PKINK dan berakhir di Pantai Mek Mas, Pantai Cahaya Bulan di sini. - Bernama
Sumber HD - 22-12-2013
Kelantan sasar 6 juta pelancong tahun depan
- Dec 20, 2013
- Rizal Tahir
Dari jumlah itu, 30 peratus daripadanya ialah pelancong luar negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.
Md Anizam merasmikan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Pertandingan Pelekat Kereta Peringkat Negeri Kelantan di perkarangan KB Mall, di sini, semalam.
Program itu turut mendapat kerjasama Pejabat Tourism Malaysia Kelantan dan KB Mall.
Menurutnya, Kerajaan Kelantan akan bersama Kerajaan Persekutuan dalam usaha menarik pelancong bagi menyemarakkan lagi industry pelancongan di negeri itu.
“Pelbagai tempat menarik, makanan tradisional Kelantan, kraftangan dan lain-lain lagi yang menarik menanti kedatangan pelancong,” ujarnya.
Katanya, masyarakat luar khususnya pelancong luar negara tidak perlu risau dengan penginapan memandangkan lebih 4,000 bilik tersedia untuk pelancong.
Anizam berkata, tahun lalu Kelantan dikunjungi lebih 5 juta pelancong.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata peraduan pelekat kereta dianjurkan serentak di seluruh negara bagi memeriahkan TMM 2014 termasuk di Kelantan.
Rakyat Kelantan, ujarnya berpeluang memenangi pakej pelancongan dan penginapan dengan menyertai pertandingan pelekat kereta bermula 1 Januari hingga Disember tahun hadapan.
“Setiap tiga bulan sekali ada cabutan hadiah untuk pemenang seperti pakej pelancongan dan penginapan di hotel. Caranya bergambar di tempat menarik di negeri ini di samping memperlihatkan stiker TMM 14 yang ditampal di kereta,” ujarnya.
Penyertaan, jelas beliau boleh dibuat melalui facebook CCIM dengan memuat naik gambar tersebut dan dikongsi bersama 10 rakan.
Sumber HD - 20-12-2013
Mundur 40 tahun, Kamaruddin tidak kenal Kelantan
- Dec 19, 2013
- Muhammad Faizal
Jelas Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Ramli kepada Harakahdaily, kenyataan Kamaruddin itu turut menunjukkan beliau tidak mendapat maklumat serta statistik yang lengkap mengenai kejayaan Kelantan berbanding negeri-negeri lain.
Menurutnya lagi, Kamaruddin perlu melawat Sabah dan Sarawak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang tidak berasas.
"Saya tidak tahu dari mana beliau mendapat maklumat tersebut dan bagi saya kenyataan sedemikain menunjukkan beliau tidak pernah menjejak kaki ke Kelantan atau mengenali negeri itu.
"Nasihat saya cuba melawat Sabah dan Sarawak, lihat negeri yang berada di bawah BN dari segi kemajuan lepas itu baru boleh bandingkan dengan Kelantan.
"Baru kita tahu negeri mana yang lebih mundur, jangan menuduh tanpa bukti serta fakta yang kukuh," jelasnya.
Dr Hatta menambah, Kelantan selama ini telah melahirkan pelajar yang mempunyai pendidikan terbaik serta golongan profesional serta usahawan yang berjaya.
Malah turut menjadi tumpuan kepada mereka yang ingin mendalami pendidikan Islam sehinggakan dapat menghantar lebih ramai pelajar ke luar negara dalam bidang pendidikan Islam.
"Selama ini kita melihat Kelantan telah melahirkan ramai pelajar yang terbaik dalam segala bidang termasuk pendidikan agama dan mampu melahirkan ilmuwan dalam pendidikan Islam.
"Malah ramai golongan profesional dan korporat yang juga berasal dari negeri ini termasuk mereka yang memegang jawatan tinggi di sektor awam.
"Bukti ini jelas menunjukkan Kelantan bukan sebuah negeri yang mundur jika dibandingkan negeri lain, malah lebih maju lagi. Kalau mundur mana mungkin kita dapat melahirkan individu yang hebat," sambungnya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat meminta Kamaruddin lebih berhati-hati dalam percakapannya dan jika ingin membuat perbandingan dari segi fizikal perlu membandingkan Sabah dan Sarawak yang sejak dahulu di bawah pentadbiran BN.
Katanya lagi, Kamaruddin tidak perlu bercakap seperti ‘tong kosong’ hanya semata-mata ingin mendapat tempat dalam BN.
Sumber HD - 19-12-2013
Mohd Amar, Husam kekal Timbalan P’jaya PAS Kelantan
- Dec 15, 2013
- SALMAH MAT HUSAIN
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, Timbalan Pesuruhjaya 2, Senator Datuk Dr Johari Mat (gambar) dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Datuk Husam Musa.
Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pada masa yang sama Badan Perhubungan PAS negeri telah melantik Zulkifli Mamat sebagai setiausaha, penolong setiausaha satu dan dua, masing-masing Nasir Daud dan Ustaz Asri Mohd Zain.
Katanya lagi, Bendahari pula, Datuk Hanifa Ahmad, Pengarah Pilihanraya, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan, Datuk Nasaruddin Daud.
“Kita telah melantik tujuh orang anggota jawatankuasa, Datuk Dr Fadzli Hassan, Wan Nik Wan Yussof, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Nik Bahrum Nik Abdullah, Mumtaz Md Nawi, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Datuk Abdullah Yacob.,” ujarnya.
Mesyuarat perhubungan kali pertama itu telah diadakan di Pejabat Perhubungan PAS negeri, Jalan Datuk Pati dekat sini petang ini.
Sumber HD - 15-12-2013
Budaya dan seni tarik pelancong ke Kelantan
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di setiap pintu masuk ke Kelantan mulai 1 Jan.
Selain itu beliau berharap pembukaan Balai Seni Lukis Kelantan juga dapat menarik pelancong ke negeri itu.
"Balai seni lukis ini merupakan muzium kelapan di negeri ini dengan harapan Kelantan dikenali melalui pelbagai seni budaya masyarakatnya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Balai Seni Lukis Kelantan di sini hari ini.
Majlis perasmian itu disempurnakan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Md Anizam berkata aspek kebersihan dan mesra pelancong turut diutamakan untuk memastikan negeri itu sentiasa menjadi tarikan pelancong. - Bernama
Sumber HD - 10-12-2013
Kelantan belanja RM6 juta tingkat kebersihan bandar
- Dec 09, 2013
- SALMAH MAT HUSAIN
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Kelantan membelanjakan sebanyak RM6 juta membeli 23 lori pelupusan sisa pepejal bagi kegunaan 12 PBT di di negeri ini.
Katanya, langkah tersebut diambil bagi memastikan operasi memunggah sampah ke tempat pelupusan dapat dipertingkatkan lagi.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kunci kenderaan terbabit kepada ketua-ketua jajahan pada program diadakan di pekarangan Kota Darulnaim petang ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan anggota-anggota Exco.
Menteri Besar juga berkata, PBT terbabit perlu membayar semula kepada kerajaan negeri secara berperingkat.
Menurutnya juga kerajaan negeri merancang memperkenalkan peraturan baru bagi orang ramai membuang sampah di tong sampah milik PBT iaitu pada sebelah petang hingga malam.
“Cara berkenaan juga tidak akan membiarkan sampah begitu lama terperap dalam tong sampah sehingga mempamerkan pandangan yang kurang enak serta bau yang tidak menyenangkan,” ujarnya.
Sumber HD - 9-12-2013
Pinda Akta Penjara kurangkan kadar jenayah
- Dec 09, 2013
- Aslani M
Begitu juga kes jenayah lain, di mana statistiknya semakin meningkat setiap hari.
Jalan keluar bagi mengatasi kemelut tersebut sebenarnya sudah lama ada dalam perundangan Islam, namun tidak ramai yang menghiraunya.
Dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang dilulus pada 1993 disebut qisos dan diyat yang dikenakan terhadap kesalahan yang menyebabkan kematian manusia.
Hukuman terhadap kesalahan tersebut diperincikan di bawah kesalahan qisos.
Pensyarah Jabatan Al-Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Hamidi Abdul Ghani berkata, kerajaan juga boleh meminda Akta Penjara sebagai langkah alternatif bagi mengekang gejala sosial sekarang.
Katanya, Akta Penjara boleh dipinda bagi memberi laluan cara pelaksanaan hukuman sebat secara terbuka.
“Cara sebatan yang dilakukan sekarang secara tertutup. Sedangkan dalam Islam sebatan perlu dibuat secara terbuka.
“Misalnya hukuman sebat kepada penzina hendaklah disaksikan kepada orang ramai. Kalau dibuat di tempat tertutup ia tidak memberi kesan kepada masyarakat,” katanya di sini.
Menurutnya dalam Islam orang ramai perlu diberi peluang menyaksikan hukuman sebat yang dijalankan.
“Kita tengok sekarang biar pun hukuman sebat sudah lama dilakukan namun tidak nampak keberkesanan hukuman tersebut, malah kadar jenayah semakin bertambah.
“Biarlah orang nampak pelaksanaan hukuman sebat dijalankan,” katanya yang memiliki ijazah sarjana dalam bidang syariah di UKM.
Ijazah pertamanya juga dalam bidang syariah di Universiti Islam Madinah. Selain itu memiliki Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam dari UIAM.
Oleh itu Hamidi berkata, kerajaan pusat dicadang meminda Akta Penjara sebagai salah satu cara mengurangkan kadar yang berlaku sekarang.
“Keberkesanan hukuman dalam Islam kerana hukuman yang dijatuh dipertontonkan kepada umum.
“Sekarang di Malaysia hukuman bunuh balas telah ada iaitu hukuman gantung, namun ia tidak memberi kesan di jiwa rakyat,” ujarnya.
Kata beliau hukuman dalam Islam mesti mengerunkan orang awam.
Beliau juga berkata, kesalahan seseorang dalam Islam bukan dihukum penjara, sebaliknya perlu disebat.
Hukuman sebat yang dijalankan di Malaysia sekarang bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Dadah Merbahaya, Akta Senjata Api dan Akta Pencolekan.
Sumber HD - 9-12-2013
Rakyat Thai rakam ucap selamat Raja Bhumipol
- Dec 05, 2013
- M ZIN
Sebahagian yang hadir termasuk pelajar-pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Mereka beratur panjang di dewan Konsulat Diraja Thai di sini untuk menandatangani ucapan tersebut.
Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, pemimpin politik, pegawai-pegawai kerajaan dan warga Thailand yang bekerja di sini.
Sebelum ini dalam satu surat jemputan Konsul Jeneral Thai di sini, Jackrid Kanjanasoon mempelawa orang ramai hadir merakamkan ucapan selamat kepada Raja Bhumipol sempena hari keputeraan baginda.
Katanya, pejabat Konsul Jeneral Thai di sini memberi peluang kepada rakyat Kelantan dan Thailand merakam ucapan tersebut bermula jam 11 pagi hingga 1 tengahari semalam.
Orang ramai yang hadir diraikan pegawai Pejabat Konsul Jeneral, Paoyee Waesahmae.
Program tersebut juga dimeriahkan dengan tarian kebudayaan Thai oleh anak-anak pegawai dan kakitangan Konsul Jeneral di sini. Selain itu persembahan gubahan bunga juga diadakan.
Difahamkan program serupa di Bangkok dan seluruh Thailand diadakan hari ini.
Sumber HD - 5-12-2013
'R' Kelantan pertemuan MB, PM positif buat rakyat
- Dec 04, 2013
- SALMAH MAT HUSAIN
Pengerusinya, Nazri Deraman berkata rakyat menyambut baik pertemuan itu dengan perasaan penuh syukur.
Katanya, paling penting pertemuan antara keduanya dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
“Kami berharap soal politik kepartian tidak menjadi agenda utama, sebaliknya kepentingan rakyat yang perlu diutamakan demi menjaga kesejahteraan rakyat,” ujarnya.
Menurutnya, rakyat telah menyerahkan amanah itu kepada semua pimpinan untuk melaksanakan pelbagai program, projek untuk mereka.
Pada masa yang sama R Kelantan berharap beberapa perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu dilaksanakan seperti tuntutan royalti petroleum 1975.
Jelasnya, selain itu cadangan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang telah dibincangkan juga sewajarnya dilaksanakan setelah pelaksanaan yang dicadangkan melebihi 25 tahun sudah.
“Berdasarkan masalah sosial dan jenayah yang makin berleluasa sekarang ini, diharapkan kerajaan Pusat juga turut memberi laluan pada kerajaan Kelantan untuk melaksanakannya menerusi Enakmen Kanun Jenayah Syariah II,” ujarnya.
Sehubungan itu, Nazri turut mencadangkan kedua pihak melalui agensi pelaksana masing-masing mengambil inisiatif yang proaktif sebagai memenuhi kejayaan pertemuan itu.
Sumber HD - 4-12-20113
MP PAS, BN tuntut Pusat naik taraf lapangan terbang
- Dec 03, 2013
- SALMIYAH HARUN
Mereka mengakui bahawa satu-satunya lapangan terbang di negeri itu wajar dinaik taraf segera kerana keperluan mendesak dengan aliran keluar masuk para pelancong ke negeri Kelantan.
Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary (gambar) melahirkan rasa kecewa apabila cadangan ini telah dibangkitkan beberapa kali di dalam Dewan Rakyat, malangnya kerajaan memberi jawapan yang mengecewakan.
"Ahli Parlimen Kelantan beberapa kali membangkitkan persoalan ini namun sehingga ini tidak ada apa-apa tercatat dalam bajet ini.
"Sudah sampai masanya lapangan terbang ini dijadikan lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Jumlah pelancong keluar masuk terlalu ramai," katanya ketika berbahas di dalam dewan.
Beliau juga mempersoalkan mengapa peruntukan kali ini hanya memperuntukkan kepada Lapangan Terbang Sarawak dan Sabah sahaja.
"Saya minta tambah peruntukan untuk Lapangan Terbang di Pengkalan Chepa ini," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub juga mengakui lapangan terbang itu antara yang tertua dan wajar ianya diperbesarkan sebagai penerbangan di peringkat antarabangsa.
Bahkan katanya, dengan menaik taraf lapangan terbang itu sekali gus menjadikan Kelantan sebagai pintu masuk utama pelancong dari luar negara.
"Dan yang paling penting, terutama bagi jemaah haji daripada Kelantan agar mereka boleh terus ke Arab Saudi, inilah keperluan mendesak yang perlu disegerakan," katanya ketika mencelah memohon penjelasan daripada Marzuk.
Dalam jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Karpawi menegaskan lapangan terbang sudah dinaik taraf dengan memanjangkan landasan lapangan terbang itu.
"Menaik taraf akan ada dalam perancangan supaya dapat memenuhi keperluan masa akan datang," katanya.
Sumber HD - 3-12-2013
- Dec 03, 2013
- Aslani M
Ini kerana sejak tempoh itu banyak kemudahan yang sepatutnya dinikmati rakyat Kelantan dinafikan termasuk projek rumah awam kos rendah, lebuh raya, pembesaran landasan kapal terbang dan pelabuhan.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, pelbagai alasan yang dicipta sebelum ini bagi menghalang hak tersebut membuatkan rakyat menjadi muak.
“Oleh itu kami berharap kunjungan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dapat menyelesaikan masalah yang belum selesai.
“Rakyat Kelantan ternanti-nanti apakah tindakan susulan daripada pertemuan tersebut terutamanya melibatkan pembangunan bagi manfaat rakyat,” katanya di sini.
Baru-baru ini Ahmad mengunjungi hormat Perdana Menteri di Putrajaya. Turut sama pada kunjungan tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan anggota-anggota Exco, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Datuk Hanifa Ahmad.
Antara isu utama dibincangkan termasuk pembinaan lebuh raya, menaik taraf lapangan terbang, isu royalti dan pelaksanaan undang-undang syariah di Kelantan.
Nor Azariza berkata, isu yang dibincangkan pada pertemuan tersebut sebenarnya bukanlah perkara baru.
Sumber HD - 3-12-2013
Penasihat Petronas: Ku Li layak ganti Mahathir
- Dec 03, 2013
- SALMAH MAT HUSAIN
Setiausahanya, Muhammad Hisyamuddin Ghazali, berkata Tengku Razaleigh amat wajar menggantikan kekosongan yang ditinggalkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai Penasihat Petronas, memandangkan beliau begitu berpengalaman berhubung Petronas.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily bagi mengulas peletakan jawatan Mahathir sebagai Penasihat Petronas atas sebab kesihatan.
Semalam Tun Mahathir mengesahkan beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Penasihat Petronas berkuatkuasa 1 Disember.
Beliau berkata, masalah kesihatan antara sebab berbuat demikian.
Hisyamuddin berkata, antara sebab kenapa Tengku Razaleigh layak diberikan jawatan itu kerana beliau adalah pengasas Petronas sejak zaman Allahyarham Tun Abdul Razak.
“Pada masa yang sama, beliau adalah wakil Petronas yang menandatangani perjanjian dengan negeri-negeri di Malaysia.
“Dalam isu royalti beliau adalah satu satunya pimpinan BN yang konsisten bahawa royalti 5 peratus adalah hak negeri,” ujarnya.
Sumber HD - 3-12-2013
Pusat perlu hormati rakyat Kelantan - Riduan Tee
- Dec 02, 2013
- ASLANI M
KOTA BHARU: Kerajaan pusat hendaklah menghormati kehendak majoriti rakyat Kelantan yang memilih PAS terus menerajui negeri ini, kata pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Riduan Tee Abdullah.
“Janganlah diskriminasi mereka kerana Kelantan juga berada di bawah pentadbiran orang Islam.
“Begitu juga kalau ada hak ke atas royalti petroleum hendaklah diberi. Kelantan didiami lebih 90 peratus penduduk Islam hendaklah diberi hak, kalaulah integriti yang diambil kira.
“Hak orang Islam di atas muka bumi untuk melaksanakan syariat Islam juga hendaklah diberi,” katanya pada ceramah khas sempena Hari Integriti Peringkat Negeri di Kota Darulnaim hari ini.
Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan.
Oleh itu Dr Riduan menyarankan pemimpin Umno menerima pelawaan PAS untuk bermuzakarah bagi membincangkan hubungan antara kedua-dua parti orang Melayu tersebut.
“Jumpa dahulu untuk membolehkan duduk bersama. Itu merupakan satu pendekatan terbaik seperti diambil Menteri Besar Kelantan bertemu Perdana Menteri baru-baru ini,” ujarnya.
Beliau turut memberitahu berasa tenang ketika berada di Kelantan kerana tulisan jawi masih dimartabatkan biar pun tulisan itu dihapus di sekolah-sekolah sejak 1978.
“Masih ada identiti Islam yang dipertahankan di sini. Di tempat lain termasuk Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sudah tidak ditemui tulisan jawi di tempat-tempat awam,” katanya.
Menteri Besar sebelum itu berkata, dalam Islam budaya integriti bukan perkara baru memandangkan Islam sudah lama memperkatakan mengenai amanah, jujur, ikhlas, bertanggungjawab serta adil.
Kata beliau menurut Ibn Manzur dalam kitabnya Lisanul Arab, akhlak yang baik ialah cerminan kepada nilai terbit daripada diri dan naluri manusia.
“Himpunan nilai baik menjadi suatu tuntutan dan syarat bagi sesuatu kerja itu diterima sebagai ibadat di sisi Allah SWT.
“Ia sekali gus menjadi imej dan standard kualiti Islam bagi setiap amalan,” katanya.
Menurutnya juga tanpa integriti dalam melakukan tugas, negara pastinya akan berdepan dengan kehancuran.
Kata beliau pemimpin, pentadbir dan korporat yang tidak berintegriti hanya bekerja untuk memastikan poket mereka penuh.
Sementara itu pada majlis berkenaan, Penolong Pengarah Urusetia Integriti Negeri Kelantan, Wan Mohd Azam Wan Hassan menerima anugerah integriti disampaikan Menteri Besar.
Sumber HD - 2-12-2013
Ustaz Ahmad teruskan kecemerlangan TG Nik Aziz
- Dec 02, 2013
- ASLANI M
Setiausaha Pemuda PAS Kelantan, Borhanuddin Ahmad berkata, bekas pesuruhjaya terbabit banyak menyumbang jasa, tenaga, idea malah seluruh kehidupannya untuk memperkuatkan PAS.
“Namun semestinya realiti kehidupan yang perlu diterima. Biar apa pun Ustaz Ahmad juga merupakan sosok peribadi paling layak meneruskan legasi yang ditinggalkan Tok Guru.
“Semoga Allah merahmati Tok Guru Dato' Bentara Setia dan mudah-mudahan pelantikan Ustaz Ahmad sebagai Pesuruhjaya PAS yang baru akan meneruskan kecemerlangan PAS di Tanah Serendah Sekebun Bunga,” katanya di sini.
Pada mesyuarat kali pertama jawatankuasa PAS Pusat malam tadi, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Ustaz Ahmad dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan.
Selain itu Menteri Besar Kelantan juga dilantik Bendahari PAS Pusat, manakala Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah pula dilantik sebagai anggota jawatankuasa PAS Pusat.
“Pemuda PAS Kelantan merakamkan kalungan tahniah kepada Ustaz Ahmad Yakob atas keputusan mesyuarat tersebut. Pelantikan berkenaan merupakan suatu penghargaan besar buat rakyat negeri ini,” ujarnya.
Borhanuddin juga berkata, kehadiran beberapa nama besar dalam jawatankuasa PAS Pusat sebagai suatu amanah bagi mengekalkan kemenangan Islam di Kelantan.
Menurutnya juga model negeri berkebajikan dan Membangun Bersama Islam perlu dilebarluaskan dengan penyertaan tokoh-tokoh baru yang ada kewibawaan masing-masing.
“Semoga Allah merahmati semua pimpinan dan Pemuda PAS Kelantan akan teguh berdiri mempertahankan negeri ini, seiring Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, Insya Allah,” katanya
Sumber HD - 2-12-2013
"23 tahun baru kami boleh jumpa PM"
- Nov 30, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pertemuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu yang luar biasa.
Mantan Menteri Besar Kelantan itu berkata, ketika beliau menerajui pentadbiran negeri selama 22 tahu sebelum ini, pertemuan rasmi sebegitu tidak pernah berlaku.
“23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu.
“Insya-ALLAH, kita minta doa minta Allah buka pintu hati jangan menjadi syaitan merosakkan hati manusia, ingatkan syurga dan neraka, ingat apa yang kita buat apa sahaja akan mendapat balasan,” katanya semasa kuliah Mingguan di Dataran Ilmu semalam yang dipetik Sinar Harian Online.
Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya.
Turut serta pada pertemuan dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hanifa Ahmad dan Datuk Dr Fadzli Hassan.
Pertemuan 45 minit itu membawa kepada perbincangan berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.
Bagaimanapun, pertemuan itu tidak membincangkan soal kerjasama politik, sebaliknya lebih memfokuskan isu infrastruktur negeri termasuk royalti minyak dan pelaksanaan undang-undang Syariah.
Sumber HD - 30-11-2013
Pertemuan MB dengan PM bincang agenda rakyat - Exco
- Nov 28, 2013
- ASLANI M
Anggota Exco, Datuk Dr Mohammad Fadzli Hassan yang menyertai sama pertemuan tersebut berkata, perbincangan menyentuh kerjasama untuk faedah rakyat di Kelantan.
Antaranya keperluan asas termasuk rumah, lebuh raya, bekalan air, lapangan terbang, ECER, permohonan menaik taraf KIAS kepada kolej universiti dan pelaksanaan perundangan Syariah di Kelantan.
“Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan tertib. Perjumpaan tersebut antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, bukan antara Umno dan PAS.
“Sebagaimana Menteri Besar jelaskah ia adalah lawatan mahabbah antara ketua kerajaan negeri dengan ketua kerajaan di peringkat pusat,” katanya dalam laman sosialnya.
Turut hadir pada pertemuan itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan anggota Exco, Datuk Hanifa Ahmad.
Selain itu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Difahamkan sebelum ini, Menteri Besar Kelantan menghantar beberapa pucuk surat bagi mengunjungi hormat Perdana Menteri dan ia akhirnya menjadi kenyataan hari ini.
Dr Fadzli berkata, pertemuan bersejarah itu tidak dapat diadakan tanpa kedua-dua pihak mengambil tanggungjawab secara bersama dan ikhlas.
Sumber HD - 28-11-2013
Kelantan buka tender lebuh raya Machang-Kuala Krai
- Nov 28, 2013
- Attif Idris
Kerajaan persekutuan melaksanakan projek bermula dari Pasir Hor ke Kadok sejauh 7 km membabitkan kos RM200 juta, difahamkan sudah dikeluarkan tendernya.
Manakala laluan Machang-Kuala Krai sepanjang kira-kira 30 kilometer akan dilaksanakan kerajaan negeri. Anggaran membabitkan kos RM550 juta.
Mungkinkah ini dinamakan sebagai wajah politik baru yang menyerap nilai-nilai kemanusiaan. Sedangkan sebelum ini demokrasi di Malaysia dipenuhi politik dendam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan, Datuk Hanifa Ahmad berkata, projek lebuh raya rakyat Machang-Kuala Krai akan dibina pertengahan tahun hadapan.
Katanya, tender akan dibuka Januari 2014 dan syarikat yang berminat boleh menghantar permohonan dengan syarat ditetapkan dan mempunyai sumber kewangan kukuh.
“Tempoh pembinaan selama tiga tahun, manakala tahun keempat pihak kerajaan akan membayar tunai kos pembinaan kepada pemaju terlibat,” ujarnya selepas mesyuarat Exco di sini semalam.
Lebuh raya Rakyat Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 68 km dirancang kerajaan negeri ekoran projek berkenaan dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986.
Sebelum ini sebuah syarikat dari Korea Selatan berminat melaksanakan projek berkenaan, bagaimanapun menarik diri kemudiannya.
Selepas itu sebuah konsultan tempatan, Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group juga berminat untuk melaksanakan projek tersebut dengan cadangan pembiayaan daripada Bank Pembangunan Asia.
Hanifa juga berkata, hasil perlombongan dan pembalakan akan digunakan bagi menampung kos pembinaan lebuh raya rakyat.
Sumber HD - 28-11-2013
Kelantan bertemu PM pagi tadi
- Nov 28, 2013
- Harakahdaily
Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku menteri besar Kelantan yang baru dilantik.
Beliau berkata antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.
"...contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal-hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.
Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira pukul 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri.
Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lepas, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun. - Bernama
Sumber HD - 28-11-2013
Hutang negara sekarang hampir di paras siling
- Nov 27, 2013
- Aslani M
Jumlah itu menyumbang kepada 68.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sedangkan paras hutang ditetapkan Akta Pinjaman Tempatan (1959) iaitu 55 peratus.
Jaminan kerajaan bermaksud hutang yang perlu dilangsaikan kerajaan sekiranya badan berkanun atau syarikat milik kerajaan gagal melunaskannya.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, situasi sekarang hutang negara berada hanya kurang 1.4 peratus lagi daripada paras siling di bawah Akta Pinjaman Tempatan (1959).
“Perlu diingatkan sekiranya angka hutang melebihi kadar 55 peratus berbanding KDNK, ia telah melebihi angka maksimum yang ditetapkan Akta Pinjaman Tempatan 1959.
“Jika ia berlaku, negara sebenarnya sudah di ambang bankrap,” katanya di sini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini memberitahu parlimen, kadar hutang negara meningkat kepada 53.6 peratus berbanding KDNK sehingga September tahun ini.
Menurutnya, hutang negara sekarang berjumlah RM529.6 bilion, yang disifatnya masih lagi dalam keadaan terkawal.
Sebelum ini kerajaan juga memberitahu badan berkanun dan syarikat kerajaan berhutang sebanyak RM147.3 bilion, yang dikategori sebagai tanggungan dan bukan hutang kerajaan.
Sumber HD -28-11-2013
Hubungan dagang Indo China melalui Tok Bali
- Nov 26, 2013
- ASLANI M
Jarak rentas Laut China Selatan tersebut jauh lebih dekat berbanding laluan darat antara Kota Bharu-Kuala Lumpur.
Pengerusi Eksekutif Portokbali, Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad berkata, kedudukan Pelabuhan Tok Bali ternyata begitu strategik bagi hubungan perdagangan dengan negara Indo China.
Katanya, perdagangan wilayah China, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan dengan negara Asia Tenggara bernilai ratusan bilion.
“Rakan dagangan terbesar dengan China sahaja bernilai RM180 bilion. Oleh itu kemunculan Portokbali akan merancakkan lagi perhubungan antara negara Asean melalui jalan laut.
“Portokbali bakal muncul sebagai kawasan kondusif untuk industri, pelancongan, perdagangan dan pendidikan berasaskan maritim,” katanya ketika membentang kertas kerja pada seminar anjuran Jabatan Perancang Bandar dan Desa di sini kelmarin.
Portokbali dirancang berkonsep pembangunan bandar maritim bakal dilengkapi pelabuhan kargo, feri dan kapal persiaran.
Selain itu sebagai pangkalan dan perkhidmatan lapangan industri minyak dan gas luar persisir.
Zaheed berkata, biar pun pembinaan sedang berjalan namun pelabuhan tersebut sudah digunakan bagi mengeksport bijih besi dan magnesium ke China dan Vietnam.
“Bijih tersebut dihantar ke lapan pelabuhan di China dan sebuah pelabuhan di Vietnam,” tambahnya.
Fasa pertama pembinaannya bermula Mac 2012 siap bulan lepas. Manakala fasa kedua 2014-2015 dan fasa ketiga 2016-2020.
Pembangunannya meliputi kawasan seluas 38,000 ekar merangkumi pelabuhan kargo seluas 1,200 ekar.
Menurutnya juga kelebihan Kelantan terkenal dengan ciri-ciri pembangunan berteraskan Islam boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi.
Katanya juga pembangunan Portokbali turut memberi memberi manfaat kepada pelabuhan di negeri-negeri lain dengan konsep saling membantu.
“Misalnya bijih besi dilombong di sini dihantar untuk diproses di Vietnam kerana kosnya lebih murah, kemudian produk yang siap dihantar pula ke negara lain.
“Atau bahan mentah lain yang terdapat di Kelantan boleh dihantar ke Sarawak untuk diproses memandangkan kos elektrik di negeri tersebut lebih rendah,” tambahnya.
Sumber HD - 26-11-2013
Pemuda PAS disaran aktif perjuang tuntutan royalti
- Nov 26, 2013
- SALMAH MAT HUSAIN
Presidennya, Nazri Deraman (gambar) berkata, rakyat Malaysia khususnya golongan muda berharap Pemuda PAS berupaya memainkan peranan paling berkesan dalam memperjuangkan hak tanpa mengira fahaman politik.
Mengulas kemenangan Suhaizan, beliau seterusnya turut mencadangkan supaya saf kepimpinan Pemuda turut memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan tuntutan royalti yang dinafikan.
“Walaupun ianya hak kerajaan Kelantan, namun Pemuda PAS perlu menyatakan kebersamaan kerana isunya adalah masalah rakyat di negara ini seluruhnya, khususnya berhubung ketidakadilan,” ujarnya.
Jelasnya, sebelum ini telah ada beberapa pihak yang menyatakan sokongan kepada perjuangan menuntut royalti untuk negeri pengeluar petroleum.
“Namun apa yang pihak kami harapkan ianya diperjuangkan secara bersungguh-sungguh dan konsisten,” ujarnya.
Katanya lagi, memandangkan Suhaizan amat terkenal dengan seorang tokoh yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi, R Kelantan berharap Pemuda PAS menubuhkan Jawatankuasa Khas Perjuangan Menuntut Royalti di peringkat mereka.
“Ianya bertujuan untuk membela nasib rakyat yang berjumlah lebih 9.79 juta rakyat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak,” ujarnya.
Tegasnya lagi, perjuangan ini sinonim dengan moto yang dibawa Suhaizan ‘peduli’.
“Memperjuangkan royalti di peringkat Pemuda PAS juga seumpama peduli kepada rakyat di negeri tersebut,” ujarnya.
Nazri seterusnya berharap Pemuda Pusat turut bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan NGO lain seperti Royalti, Lynas, Bersih, Anak dan lain-lain.
Sumber HD - 26-11-2013
Cuti mingguan: Kelantan ucap tahniah kepada Johor
- Nov 25, 2013
- SALMAH MAT HUSAIN
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob ketika ditemui pada satu majlis turut merakamkan ucapan tahniah pada Kerajaan Johor yang bakal menguatkuasakan cuti mingguan bermula Januari tahun hadapan.
“Saya mengucapkan tahniah pada kerajaan Johor kerana akan menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti mingguan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman pengisytiharan cuti oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena keputeraan baginda ke-55 baru-baru ini.
Titah baginda, keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman.
Sebelum ini Johor pernah menjadikan cuti Jumaat dan Sabtu cuti mingguan, sehingga ditukar kepada hari Ahad pada tahun 1994.
Sementara itu, bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berharap dengan cuti mingguan itu membuatkan umat Islam dapat menunaikan solat Jumaat dengan cukup selesa tanpa sebarang ikatan tugas.
“Ianya sangat baik dan saya ucapkan tahniah pada kerajaan Johor di atas tindakan itu.
“Kelantan sendiri tetap berpegang hari Jumaat iaitu penghulu hari sebagai cuti mingguan, bahkan saya pernah memberi amaran jangan sekali-kali menukar cuti mingguan ini pada hari lain,” ujarnya.
Katanya, hari Jumaat merupakan hari umat Islam berhimpun di masjid ramai-ramai yang juga merupakan hari mencari ilmu akhirat, termasuk kuliah Jumaat di Jalan Dato’ Pati Kota Bharu.
Namun, jelasnya Kelantan menambah lagi hari Sabtu sebagai hari keluarga untuk ziarah atau bersantai dengan keluarga.
Sumber HD - 25-11-2013
Takraw: Kelantan syaratkan pemain tutup aurat
- Nov 25, 2013
- Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU: Kelantan sekali lagi merintis pembaharuan, dan kali ini dalam sukan sepak takraw di mana pemain perlu mematuhi peraturan menutup aurat dengan memakai sarung kaki.
Peraturan tersebut diperkenalkan sempena Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan dianjurkan Urusetia Belia, Sukan dan NGO (U-Bes).
Pengarahnya, Abdul Aziz Yunus berkata, pemain telah dimaklumkan lebih awal peraturan tersebut sebagai syarat penyertaan.
Katanya, sehingga kini 36 regu dari negara-negara Asean termasuk Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura akan menyertai kejohanan tersebut.
Selain itu turut disertai Skuad Malaysia Junior, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan pasukan U-Bes.
“Kejohanan tersebut julung kali diadakan menekankan konsep ‘yang menang menghormati yang kalah’,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengarah U-Bes, Mohd Ridza Zain dan Pengerusi Akademik Sepak Takraw Kelantan, Mohd Din Ismail.
Kejohanan sepak takraw Piala Timbalan Menteri Besar peringkat negeri sebenarnya bermula pada 2005.
Bagaimanapun tahun ini diperluaskan ke peringkat antarabangsa dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000.
Kejohanan berkenaan akan diadakan pada 29 November sehingga 1 Disember ini bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI.
Perasmian penutup dijangka disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk NIk Amar Abdullah.
Sumber HD - 25-11-2013
Kelantan: Negeri sejahtera, kaya limpah kurnia Allah
- Nov 25, 2013
- Aslani M
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, perancangan mengikut kehendak Islam lebih menyeluruh bagi melahirkan kesejahteraan kehidupan manusia.
“Cendikiawan dan perancang bandar perlu mencari kaedah terbaik berpandukan konsep Islamic city yang telah ada dalam Islam.
“Perancangan juga hendaklah mengambil kira keperluan penduduk miskin. Misalnya keperluan pengangkutan awam hendaklah disediakan dengan lebih teratur dan efisen,” katanya pada perasmian sambutan Jubli Emas Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) di Hotel Perdana, semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.
Hadir sama Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah JPBD, Dr Dahlia Rosli dan Kamaruddin Samsuddin serta Pengarah JPBD Kelantan, Mohd Fauzi Zin.
Beliau berkata, perancangan mewujudkan Bandar Sejahtera Masa Depan berasaskan prinsip Islam perlu diteroka dan diintegrasi secara menyeluruh.
Katanya juga, pembangunan mapan hendaklah mengambil kira nilai sosial, ekonomi dan alam sekitar bagi membangunkan bandar-bandar di negara ini.
“Usaha JPBD menjadikan Kelantan sebagai negeri yang sejahtera kaya dengan limpah kurnia Allah SWT hendaklah disokong,” katanya.
Sebanyak lima kertas kerja dibentang pada seminar tersebut termasuk Pengurus Projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Raju; Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru, Dr Che Samsuddin Mohd Noor dan Pengerusi Eksekutif Portokbali Malaysia, Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad.
Sumber HD - 25-11-2013
BN tambah beban rakyat, had kereta 12 tahun
Aslani M, | 19 Nov 2013 |
KOTA BHARU: Rakyat seumpama sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas bebanan hidup meningkat gara-gara kenaikan harga minyak baru-baru ini, kini rakyat pula bakal berdepan larangan kereta berusia lebih 12 tahun berada di jalan raya.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan akan menambahkan lagi bebanan rakyat.
Katanya, sekarang rakyat miskin bergelut dengan kenaikan harga minyak, gula serta beberapa barang keperluan asas lain.
“Ini belum lagi dikira beban cukai GST sebanyak enam peratus yang bakal diperkenalkan tahun hadapan,” katanya di sini.
Semalam Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dilaporkan berkata, kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan.
Beliau mengulas kenyataan Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang berpendapat kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.
Nor Azariza berkata, kesan segera polisi tersebut tentunya akan menyebabkan hutang rakyat semakin bertambah.
Katanya, memaksa rakyat membeli kenderaan baru ketika bebanan hidup meningkat menyebabkan mereka terpaksa berhutang lagi dengan institusi kewangan.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan akan menambahkan lagi bebanan rakyat.
Katanya, sekarang rakyat miskin bergelut dengan kenaikan harga minyak, gula serta beberapa barang keperluan asas lain.
“Ini belum lagi dikira beban cukai GST sebanyak enam peratus yang bakal diperkenalkan tahun hadapan,” katanya di sini.
Semalam Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dilaporkan berkata, kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan.
Beliau mengulas kenyataan Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang berpendapat kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.
Nor Azariza berkata, kesan segera polisi tersebut tentunya akan menyebabkan hutang rakyat semakin bertambah.
Katanya, memaksa rakyat membeli kenderaan baru ketika bebanan hidup meningkat menyebabkan mereka terpaksa berhutang lagi dengan institusi kewangan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-11-2013
Gangguan bekalan air di Tumpat esok
Harakahdaily, | 18 Nov 2013 |
KOTA BHARU: Penduduk di Wakaf Baharu, Tumpat dan kawasan berdekatannya, dinasihat menyimpan bekalan air mencukupi esok, berikutan kerja pembaikan pada tangki air bersih Loji Rawatan Air Wakaf Baharu.
Penyelia Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Wan Yusniazyanti Wan Jusoh berkata kerja pembaikan itu akan bermula dari 10 malam dan berakhir pada 4 pagi keesokannya.
Kawasan lain yang turut terjejas adalah Kutan, Pasir Pekan, Kampung Delima, Kampung Laut, Pohon Tanjong, Palekbang, Morak, Kampung Mesira, Kebakat, Sungai Pinang, Bunut Sarang Burung, Kulim, Wakaf Delima, Taman SBJ, Padang Rokma dan Pulau Teluk Renjuna.
Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan gangguan tersebut boleh menghubungi PINTAS di talian 1300-88-2572. - Bernama
Penyelia Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Wan Yusniazyanti Wan Jusoh berkata kerja pembaikan itu akan bermula dari 10 malam dan berakhir pada 4 pagi keesokannya.
Kawasan lain yang turut terjejas adalah Kutan, Pasir Pekan, Kampung Delima, Kampung Laut, Pohon Tanjong, Palekbang, Morak, Kampung Mesira, Kebakat, Sungai Pinang, Bunut Sarang Burung, Kulim, Wakaf Delima, Taman SBJ, Padang Rokma dan Pulau Teluk Renjuna.
Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan gangguan tersebut boleh menghubungi PINTAS di talian 1300-88-2572. - Bernama
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-11-2013
Kota Bharu layak status lapangan terbang antarabangsa
Rizal Tahir, | 18 Nov 2013 |
PENGKALAN CHEPA: Kerajaan Kelantan telah menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Pusat untuk memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini supaya boleh dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.
“Kerajaan negeri telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk menambah panjang landasan kapal terbang supaya kapal terbang yang lebih besar boleh mendarat dan menjadikan lapangan terbang Kota Bharu sebagai lapangan terbang antarbangsa,” kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis menyambut penerbangan pertama AirAsia untuk laluan Kota Bharu ke Kota Kinabalu.
“Lapangan terbang Kuantan telah diluluskan untuk dinaik taraf kepada lapangan terbang antarabangsa.
“Tetapi sekiranya dibandingkan jumlah penerbangan antara lapangan terbang Kota Bharu dengan Kuantan lebih banyak di Kota Bharu,” ujarnya.
Menurut beliau, tiada sebab kenapa lapangan terbang Kota Bharu tidak boleh dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Sementara itu, Mohd Amar mengharapkan agar cadangan AirAsia untuk menjadikan Kota Bharu sebagai pintu masuk ke Pantai Timur Malaysia dari pelbagai destinasi dipercepatkan.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri mengalu-alukan keputusan AirAsia mewujudkan penerbangan lalulan Kota Bharu ke Kota Kinabalu.
“Ramai rakyat Kelantan yang berada di Sabah sama ada berlajar mahupun berkerja. Dengan adanya pernerbangan terus ini akan memudahkan mereka bergerak dari Kelantan ke Sabah,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata, pihaknya sedang merancang menambah lagi destinasi penerbangan ke Kota Bharu.
“Selain destinasi domestik, destinasi luar negara juga telah dikenal pasti bagi laluan ke Kota Bharu.
"Antaranya ialah laluan ke negara China, Indonesia dan Australia. Kami bercadang untuk menjadikan Kota Bharu sebagai hab bukan hanya untuk penerbangan domestik tetapi juga antarabangsa," jelasnya lagi.
Menurut Aireen, AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan negara ini yang menghubungkan Malaysia Timur dengan Pantai Timur Semenanjung.
Sempena laluan baru penerbangan Kota Bharu ke Kota Kinabalu, AirAsia menawarkan promosi istimewa bagi laluan ini.
Tambang serendah RM106 sehala ditawarkan sehingga 24 November ini bagi perjalanan dari 1 Disember 2013 hingga 30 April 2014.
Hadir sama pada majlis itu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Nor Aida Ismail dan Timbalan Exco, Ustaz Abdul Rahman Yunus.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-11-2013
Petronas: NGO R sokong pendedahan MTEM
Rizal Tahir, | 17 Nov 2013 |
KOTA BHARU: NGO R Kelantan (Royalti) menyokong pendedahan yang dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berkenaan dasar petronas yang tidak membela ekonomi Bumiputra.
Presidennya, Nazri Deraman berkata, R sudah lama memperjuangkan hak ekonomi orang Melayu yang dinafikan Petronas.
Menurutnya lagi, Kelantan adalah satu-satunya negeri contoh yang populasinya lebih 95 peratus orang Melayu tetapi dinafikan hak mendapat bayaran royalti.
“Petronas melanggar perjanjian petroleum dengan Kelantan yang ditandatangani pada bulan Mei 1975,” jelas Nazri lagi.
Menurutnya, Petronas tidak membayar Royalti 5 peratus, sebanyak dua kali setahun kepada Kerajaan Kelantan.
Akibat penafian itu tunggakan kini mencecah RM12 bilion.
“Terbaru Petronas dengan syarikat Carigali Hess akan melabur RM16 bilion bagi mendaratkan gas di North Malay Basin dalam perairan Kelantan ke Kerteh , Terengganu dan Pekan, Pahang.
Akibatnya, ujar Nazri lagi, hasil 1.7 trilion kaki padu gas dari bumi Kelantan didaratkan ke negari lain.
“Kami menuntut agar gas di daratkan ke bumi Kelantan majoritinya Melayu,” ujarnya.
Sehubungan itu, R meminta Petronas mendaratkan Gas Kelantan ke Bachok, bukan Pahang atau Terengganu atau Thailand sebelum berpatah semula ke Gurun, Kedah.
Pada masa yang sama, R mendesak daratkan Gas Kelantan di North Malay Basin yang ingin didaratkan ke Tanjung Agas, Pekan, Pahang.
Katanya lagi, pelaburan RM16 Billion Petronas dan Carigali Hess untuk membina infrastruktur baru di Terengganu dan Pahang bagi menyokong industry pengeluaran gas milik Kelantan yang sepatutnya didaratkan dan diproses di Kelantan.
“Polisi Petronas yang menindas Melayu Kelantan ini diburukan lagi dengan kehadiran syarikat minyak milik keluarga Mahathir, Petron. Mereka merampas kerja-kerja petronas sebelum ini,” ujarnya lagi.
Presidennya, Nazri Deraman berkata, R sudah lama memperjuangkan hak ekonomi orang Melayu yang dinafikan Petronas.
Menurutnya lagi, Kelantan adalah satu-satunya negeri contoh yang populasinya lebih 95 peratus orang Melayu tetapi dinafikan hak mendapat bayaran royalti.
“Petronas melanggar perjanjian petroleum dengan Kelantan yang ditandatangani pada bulan Mei 1975,” jelas Nazri lagi.
Menurutnya, Petronas tidak membayar Royalti 5 peratus, sebanyak dua kali setahun kepada Kerajaan Kelantan.
Akibat penafian itu tunggakan kini mencecah RM12 bilion.
“Terbaru Petronas dengan syarikat Carigali Hess akan melabur RM16 bilion bagi mendaratkan gas di North Malay Basin dalam perairan Kelantan ke Kerteh , Terengganu dan Pekan, Pahang.
Akibatnya, ujar Nazri lagi, hasil 1.7 trilion kaki padu gas dari bumi Kelantan didaratkan ke negari lain.
“Kami menuntut agar gas di daratkan ke bumi Kelantan majoritinya Melayu,” ujarnya.
Sehubungan itu, R meminta Petronas mendaratkan Gas Kelantan ke Bachok, bukan Pahang atau Terengganu atau Thailand sebelum berpatah semula ke Gurun, Kedah.
Pada masa yang sama, R mendesak daratkan Gas Kelantan di North Malay Basin yang ingin didaratkan ke Tanjung Agas, Pekan, Pahang.
Katanya lagi, pelaburan RM16 Billion Petronas dan Carigali Hess untuk membina infrastruktur baru di Terengganu dan Pahang bagi menyokong industry pengeluaran gas milik Kelantan yang sepatutnya didaratkan dan diproses di Kelantan.
“Polisi Petronas yang menindas Melayu Kelantan ini diburukan lagi dengan kehadiran syarikat minyak milik keluarga Mahathir, Petron. Mereka merampas kerja-kerja petronas sebelum ini,” ujarnya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-11-2013
Bersatu kita daulat hukum Allah di Kelantan – Annuar
Harakahdaily, | 15 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: “Jom bersatu kita utk mendaulatkan hukum Allah di Klate kita...” tulis Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar menerusi facebook.
Beliau menulis demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Datuk Daud Muhammad bahawa Jabatan Kehakiman Syarie negeri itu telah siap sedia sepenuhnya untuk melaksanakan hudud yang baginya merupakan sesuatu yang menggembirakan.
“Setelah Brunei kita harap Klate kita pula menyusul segera pelaksanaannya...lagi pun urusan agama adalah terletak bawah bidang kuasa negeri sepenuhnya,” tulisnya lagi.
Pada 18 September 2011, media melaporkan, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan hasrat Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.
Beliau berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika PAS Kelantan melaksanakannya.
“Kerajaan negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya, rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. Hudud ini perlu disegerakan, PAS Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, PAS atau Umno sokong 100 peratus,” katanya.
Dun Kelantan meluluskan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) pada 1993.
Sementara itu, mengikut laporan media, Najib menegaskan undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.
"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.
"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah, pada 24 September 2011.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-11-2013
Terima kasih: Negeri sedia tanah, peruntukan Pusat
Salmah Mat Husain|Foto Rizal Tahir, | 14 Nov 2013 |
KOTA BHARU: Sultan Muhammad Ke-V telah merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan yang bernilai RM25.8 juta, semalam.
Mahkamah yang dibina di atas tanah seluas 2.4 hektar itu dimulakan pembinaan pada 24 Mei 2010 dan siap sepenuhnya pada 8 Julai lepas.
Kompleks tujuh tingkat mula diduduki dan beroperasi pada 1 Ogos lepas dengan menempatkan pejabat pentadbiran, Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Kelantan, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Kelantan.
Pada masa yang sama ia turut menempatkan Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dan Mahkamah Rendah Syariah Kota Baharu.
Turut hadir pada majlis bersejarah itu Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Selain itu, Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Muhammad, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan lain-lain jemputan.
Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Datuk Daud Muhammad, ketika berucap pada majlis itu mengucapkan terima kasih pada kerajaan negeri dan Persekutuan.
Katanya, kerana jalinan hubungan antara kedua belah pihak iaitu kerajaan negeri dan Persekutuan akhirnya mahkamah tersebut dapat dibina dengan sempurna.
“Kerajaan negeri menyediakan tanah, manakala kerajaan Persekutuan pula menyediakan peruntukan, terima kasih banyak-banyak,” ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau berharap dengan siapnya kompleks tersebut kes-kes tertunggak sebelum ini dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-11-2013
R difitnah guna facebook Listen Basikal Tua
Salmah Mat Husain, | 13 Nov 2013 |
KOTA BHARU: Pertubuhan R Kelantan (R) atau Royalti akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang cuba memburukkan nama R di mata rakyat dan pihak istana.
Presidennya, Nazri Deraman berkata pihaknya telah difitnah oleh golongan yang tidak bertanggungjawab menggunakan akaun facebook Listen Basikal Tua pada 11 November lalu.
Katanya, pihak R langsung tiada kaitan berhubung kenyataan ‘buruk’ berkaitan institusi istana dalam facebook tersebut walaupun ianya dimiliki oleh salah seorang aktivis R.
“Pemilik akaun facebook tersebut telah membuat laporan polis pada awal pagi semalam berikutan tersebarnya di internet kenyataan yang tidak sopan hingga menjejaskan institusi istana,” ujarnya lagi.
Katanya, dalam laporan polis pemilik akaun facebook tersebut telah diceroboh.
“Pada masa yang sama Listen Basikal Tua juga turut mendakwa beliau telah lama tidak membuka facebooknya berikutan telefon bimbit hilang semasa menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Shah Alam lalu,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, pihaknya membuat laporan polis bertujuan untuk membersih nama NGO R dan beberapa tokoh gambar yang mereka masukkan dalam facebook tersebut.
“Sehubungan itu, saya mengecam segala tindakan yang berniat jahat dan cuba merosakkan nama baik R dengan istana.
“R mempunyai hubungan yang amat baik dengan Sultan Kelantan, malah semua rakyat tahu tuanku telah menandatangani plak yang disediakan pihak kami,” ujarnya.
Presidennya, Nazri Deraman berkata pihaknya telah difitnah oleh golongan yang tidak bertanggungjawab menggunakan akaun facebook Listen Basikal Tua pada 11 November lalu.
Katanya, pihak R langsung tiada kaitan berhubung kenyataan ‘buruk’ berkaitan institusi istana dalam facebook tersebut walaupun ianya dimiliki oleh salah seorang aktivis R.
“Pemilik akaun facebook tersebut telah membuat laporan polis pada awal pagi semalam berikutan tersebarnya di internet kenyataan yang tidak sopan hingga menjejaskan institusi istana,” ujarnya lagi.
Katanya, dalam laporan polis pemilik akaun facebook tersebut telah diceroboh.
“Pada masa yang sama Listen Basikal Tua juga turut mendakwa beliau telah lama tidak membuka facebooknya berikutan telefon bimbit hilang semasa menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Shah Alam lalu,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, pihaknya membuat laporan polis bertujuan untuk membersih nama NGO R dan beberapa tokoh gambar yang mereka masukkan dalam facebook tersebut.
“Sehubungan itu, saya mengecam segala tindakan yang berniat jahat dan cuba merosakkan nama baik R dengan istana.
“R mempunyai hubungan yang amat baik dengan Sultan Kelantan, malah semua rakyat tahu tuanku telah menandatangani plak yang disediakan pihak kami,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-11-2013
Kerajaan, rakyat syukur pendekatan Sultan Kelantan
Salmah Mat Husain, | 12 Nov 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan negeri dan rakyat melahirkan rasa syukur dengan pendekatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang meletakkan Islam sebagai satu nilai yang utama di dalam menaungi pentadbiran kerajaan negeri.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata baginda sangat cakna dan prihatin terhadap program-program pengisian rohani bagi mendekatkan rakyat kepada Allah.
Ahmad berkata demikian ketika berucap menyembahkan ucapan taat setia kepada baginda di majlis pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-44, di Istana Adat Istiadat, di sini.
”Alhamdulillah, patik dan seluruh rakyat melahirkan rasa syukur memandangkan program-program seperti Qiyam With Me dan sebagainya merupakan satu bukti tuanku prihatin terhadap perkembangan Islam.
”Insya Allah apabila kasih dan doa rakyat sentiasa berpanjangan buat tuanku, ia akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT kelak bahawa tuanku telah melaksanakan dasar yang terbaik demi kebaikan bersama,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau yang mewakili seluruh jentera pentabdiran kerajaan negeri Kelantan melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.
Turut berangkat pada majlis berkenaan Tengku Mahkota Kelantan.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, pemimpin kerajaan negeri dan Persekutuan, pemimpin masyarakat dan lain-lain kenamaan.
Terdahulu baginda berkenan memeriksa kawalan kehormatan yang dianggotai Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Amal Malaysia Kelantan dan badan beruniform yang lain.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata baginda sangat cakna dan prihatin terhadap program-program pengisian rohani bagi mendekatkan rakyat kepada Allah.
Ahmad berkata demikian ketika berucap menyembahkan ucapan taat setia kepada baginda di majlis pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-44, di Istana Adat Istiadat, di sini.
”Alhamdulillah, patik dan seluruh rakyat melahirkan rasa syukur memandangkan program-program seperti Qiyam With Me dan sebagainya merupakan satu bukti tuanku prihatin terhadap perkembangan Islam.
”Insya Allah apabila kasih dan doa rakyat sentiasa berpanjangan buat tuanku, ia akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT kelak bahawa tuanku telah melaksanakan dasar yang terbaik demi kebaikan bersama,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau yang mewakili seluruh jentera pentabdiran kerajaan negeri Kelantan melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.
Turut berangkat pada majlis berkenaan Tengku Mahkota Kelantan.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, pemimpin kerajaan negeri dan Persekutuan, pemimpin masyarakat dan lain-lain kenamaan.
Terdahulu baginda berkenan memeriksa kawalan kehormatan yang dianggotai Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Amal Malaysia Kelantan dan badan beruniform yang lain.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-11-2013
TG Nik Aziz: Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate
Rizal Tahir, | 07 Nov 2013 |
KOTA BHARU: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate oleh kerajaan negeri.
Anugerah julung kali diadakan itu sempena program Penganugerahan Tokoh Anak Muda Kelate 2013 yang diadakan dua tahun sekali.
Majlis yang penuh bersejarah itu diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim di sini tengah hari tadi.
Anugerah berkenaan diberikan kepadanya memandangkan beliau sentiasa menjadi idola pada anak muda tanpa mengira bangsa di negara ini.
Sementara itu, pemain berbisa pasukan The Red Warriors, Mohammad Badri Mohd Radzi, atau lebih dikenali sebagai ‘Piya’ dianugerahkan Tokoh Sukan.
Penyerang di posisi ‘attacking midfielder’ itu juga turut mendapat jolokan ‘Kapten Marvel’.
Sementara itu Tokoh Ulama Muda pula dianugerahkan kepada pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ustaz Mohd Asri Mat Daud, Tokoh Akademik pula Prof Madya Dr Irfan Mohammad.
Selain itu Tokoh Usahawan, Syeikh Kyairder Syamzarey Wan Idris dan Anugerah Khas Murabi Anak Muda Kelate pula dianugerahkan kepada allahyarham Datuk Yahya Othman.
Kerajaan Kelantan turut menghadiahkan wang tunai RM2,000, pakej umrah, plak dan sijil yang ditanda tangani oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob kepada empat orang tokoh tersebut.
Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi dan wakil-wakil rakyat.
Ustaz Ahmad ketika berucap pada majlis perasmian itu, berkata kerajaan negeri menganugerahkan beberapa tokoh kepada golongan muda dengan harapan mereka menjadi contoh pada masyarakat khasnya anak muda.
“Kehebatan anak muda dalam beberapa kategori telah dicungkil untuk diberi anugerah khas pada mereka semoga anak muda yang lain ingin menjadikan contoh yang sama,” ujarnya.
Sambungnya, kerajaan negeri tidak akan membiarkan golongan itu bersendirian tanpa memandu arah pada jalan kebaikan kerana mereka adalah bakal pentadbir negeri dan negara.
Tegasnya, apa lagi golongan ini mudah dibentuk, ke arah mana mereka ingin dibawa.
“Sejarah Islam di zaman Rasulullah telah membuktikan anak-anak muda sebagai perisai kekuatan Islam seperti Saidina Ali, Saidina Omar, Abu Bakar dan sebagainya.
“Sahabat baginda ini sewajarnya menjadi contoh bagaimana kehebatan darah muda mereka dimanfaatkan untuk Islam dan masyarakat,” ujarnya.
Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Dr Ramli Mamat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-11-2013
No comments:
Post a Comment