TETAMU DARI NGO IRAQ:
Menerima kunjungan wakil ngo Iraq , Mr Walid Abd Hafiz Yunus.
Kini lebih 5juta anak yatim,lebih 2.5juta janda.
Dari dulu negara kaya kini paling miskin&paling daif.
Saya minta hari ini supaya semua masjid dapat buat kutipan derma untuk ummat islam iraq.
InsyaAllah akan menyerahkan sumbangan itu pada sabtu 9 nov ini di Kuala Lumpur.
Sumber :
https://www.facebook.com/abdulhadiawang?directed_target_id=0#!/photo.php?fbid=540716542680135&set=pb.146911248727335.-2207520000.1383953851.&type=3&theater
Ikhwan hargai PAS beri penerangan kepada rakyat
Abu Marwan, | 10 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Jurucakap Ikhwan Muslimin Mesir, Dr. Ahmed Fahmy telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Turut serta adalah Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad.
Beliau dalam lawatan singkat ke Malaysia telah menjadi tetamu kepada PAS dalam sidang meja bulat 'Krisis Mesir' yang telah diadakan di Kuala lumpur pada minggu lepas.
Dr. Ahmed Fahmi yang juga merupakan pakar jantung yang terkenal di seluruh rantau Arab telah menerangkan tentang perkembangan krisis yang sedang berlaku di Mesir kepada Tuan Guru Abdul Hadi serta implikasi kudeta tentera yang berlaku di sana.
Beliau juga telah menceritakan secara terperinci tentang pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan oleh rejim tentera dan polis di Dataran Rabaa dan Dataran Nahdah yang telah mengorbankan lebih 3,000 orang awam termasuk ibu-ibu dan kanak-kanak yang tidak berdosa.
Begitu juga dengan siri tangkapan terhadap kepimpinan Ikhwan Muslimin termasuk Mursyid Am Ikhwan, Dr. Mohamed Al-Badie'.
Beliau juga melahirkan setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh pimpinan PAS yang telah bertungkus lumus memberi maklumat kepada rakyat Malaysia bagi membela dan mempertahankan kerajaan yang sah yang dipimpin oleh Presiden Mohamed Morsi yang telah diguling secara kejam oleh rejim tentera yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar barat.
Sementara itu, Tuan Guru Abdul Hadi melahirkan rasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Mesir yang sanggup mempertaruhkan segala-galanya termasuk nyawa bagi mempertahankan sebuah kerajaan yang sah yang telah dipilih oleh rakyat secara demokratik.
Beliau menegaskan, PAS akan sentiasa memberi sokongon padu kepada rakyat Mesir bagi mengembalikan keadilan dan demokrasi yang kini berhadapan dengan kezaliman rejim junta tentera yang telah melakukan pelbagai pelanggaran hak asasi kemanusiaan.
Dr. Ahmed Fahmy juga telah memohon agar seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan kemenangan kuasa rakyat di Mesir bagi kembali kepada pentadbiran yang dipilih secara demokratik oleh rakyat.
Beliau juga dijangka berkunjung ke Jakarta dan beberapa buah negara lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-9-2013
No comments:
Post a Comment