Syariat Islam: Brunei sudah kita bila lagi?
Syed Abdullah Syed Osman , |
Saya sangat terharu dan terlalu gembira saya apabila mendapat berita bahawa DYMM Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei Darussalam mengisytiharkan bahawa negara Brunei akan melaksanakan syariat Islam sepenuhnya mulai bulan April tahun hadapan. Pelaksanaan ini turut memberi jaminan bahawa perundangan Islam itu hanya diperuntukkan kepada umat Islam yang bermastautin dan rakyat Brunei itu sendiri.
Bertuahnya rakyat Brunei mempunyai Raja dan juga sebagai Pemimpin yang benar-benar mahukan Islam ditegakkan mengikut apa yang diperintahkan sebagaimana yang termaktub dalam ajaran al-Quran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Pelaksanaan syariat Islam termasuklah hudud, qisas dan takzir akan menjadi kenyataan dan Baginda akan memastikan undang-undang Islam itu dilaksanakan dengan adil serta yakni tanpa mengira sesiapa sahaja. Perbicaraan di mahkamah syariah dilakukan teliti sebelum hukuman dijatuhkan.
Sebelum ini pun negara Brunei Darussalam telah dengan jayanya dapat menghapuskan kemasukan minuman arak kenegara tersebut. Sesiapa didapati meminum arak di khalayak ramai termasuk di lobi hotel dan seumpamanya akan dikenakan hukuman. Di negara itu juga tidak ada pusat hiburan saperti kelab malam dan begitu juga boleh dikatakan 99 peratus wanitanya yang beragama Islam menutup aurat. Setiap hotel dan resort akan dipastikan tiada pelacuran dan setiap pasangan untuk menginap dibilik hotel juga diperiksakan kedudukan status mereka.
Masjid dan Surau dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk ceramah, amalan berzikir, bacaan al-Quran dan sebagainya demi memberikan kesedaran kepada umat Islam tanpa apa-apa selindung di sebaliknya.
Sultan Brunei itu sendiri bertitah bahawa dengan mempraktikkan segala hukum hakam Islam itu nanti akan terlaksanalah tanggungjawab untuk menjalankan amanah sebagai Pemerintah sebagaimana yang dikehendaki oleh agama Islam sapertimana yang dituntut. Kami mendoakan semoga negara Brunei Darussalam akan bertambah makmur dan diberkati.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-10-2013
Perlaksanaan syariat adalah hak asasi umat Islam
Mohammad Faizal Che Yusof, | 16 Okt 2013 |
Ketika dua juta umat Islam siap sedia untuk melakukan ibadat melontar untuk 1434H, mari kita renung sejenak dan panjatkan doa untuk kita diberi kekuatan, memerah keringat dan mampu berkorban apa saja demi mendaulatkan Islam di bumi ini. Sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS bukan sekadar untuk diperdengar dan dinikmati halwa telinga. Bukan juga ia sekadar untuk dikenang-kenang tika tibanya Aidiladha.
Yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS adalah contoh agung yang perlu kita pasak dalam jiwa, mengumpul iltizam, mengorak langkah berjihad di tanah air sendiri. Apa-apa yang dilakukan oleh baginda bukan perkara biasa-biasa.
Yang jelas, terbelanya Islam dan tertegaknya syariat hanya mampu dicapai dengan ikhtiar yang luar daripada kebiasaan dan keupayaan menaakul di luar kotak.
Apabila kita perhatikan apa yang disebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri DUN Kelantan 7-9 Oktober 2013, melaksanakan syariat Allah kini perlu melangkah tahap yang lebih progresif. Apatah lagi ia dituruti pula dengan ingatan dan sentuhan dua Tuan Guru semasa berucap dalam program “56 tahun Merdeka: Ke Mana Hala Tuju Syariah Islam di Malaysia”, di Unisel, Shah Alam pada 12 Oktober 2013.
Yang diimpikan oleh Tuan Guru Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melihat undang-undang syariat dilaksanakan harus juga menjadi impian bersama umat Islam. Sebagaimana disebut oleh Tuan Guru Presiden, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, perlaksanaan syariat amat bergantung kepada kuasa politik. Dalam mengamati politik itu sendiri, kita harus faham bahawa politik adalah perkara-perkara yang berkait rapat dengan kehendak rakyat.
Sebagai umat Islam, tiba masanya kini untuk kita menyedari bahawa pimpinan politik bukan hanya menentukan apa yang mereka inginkan, bahkan mereka perlu melaksanakan apa yang diinginkan rakyat.
Berbalik kepada penerimaan rakyat kepada Parti Islam Semalaysia (PAS), ia bermakna telah ada sekelompok besar dari rakyat Malaysia menerima dan bersedia untuk taat kepada perlaksanaan syariat Islam. Bukan sekadar itu, mandat yang cukup kuat di Kelantan sesungguhnya telah meletakkan perlaksanaan syariat Islam kini berada pada dimensi baru untuk dikuatkuasakan. Ia bukan lagi berada pada tahap sebagaimana PAS mula memerintah sejak 1990 dan kemudian meluluskan Kanun Jenayah Syariah 2 di Kelantan.
Saya akui betapa usaha memberi kefahaman yang cukup, mengadakan hubungan dan penerangan berterusan kepada pelbagai pihak berkenaan syariat Islam adalah perlu. Selanjutnya usaha tersebut tidak boleh bermusim ketika ia hangat menjadi isu semasa sahaja. Selain itu, para pendokong Islam perlu juga keluar dari perangkap secular yang kini menjerat bidangkuasa kita untuk melaksanakan syariat Allah.
Secara tradisinya, kita utuh dengan pendirian untuk melaksanakan syariat sebaik menguasai Dewan Rakyat dan berupaya mendapat sokongan mejoriti untuk meluluskan undang-undang Islam. Untuk sampai ke tahap itu, kita berhadapan dengan cabaran yang bukan mudah di samping kehilangan tenaga yang cukup banyak.
Pada pengamatan saya, itulah jerat secular yang kini telah mengena. Kita dibatasi dengan pemikiran yang lebih menjurus kepada mengecilkan perlaksanaan syariat berbanding melebarkan peluang bagi melaksanakan syariat Islam.
Saya cukup sedar pada waktu ini undang-undang yang telah mantap mengatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular sebagaimana disebut dalam banyak kes olah Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan. Pun begitu, segalanya belum berakhir. Saya berpegang kepada kepercayaan politik demokrasi iaitu kehendak rakyat menentukan hala tuju pemerintahan.
Bumi Malaysia yang dahulunya dikenali Tanah Melayu telah ada di dalamnya tamadun undang-undang Islam yang cukup ampuh. Bahkan di sebalik berjayanya penjajah memisahkan Islam kepada hal-ehwal awam dan peribadi, mahkamah-mahkamah tertinggi negara masih memperakui bahawa Islam itu bukan sekadar dogma agama bahkan ia adalah suatu kaedah cara hidup.
Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan termasuklah Perkara 3 berkaitan Islam sebagai agama persekutuan dan Perkara 11 berkaitan hak rakyat menganuti dan mengamalkan kepercayaan agamanya bukan peruntukan-peruntukan yang kaku dan terbatas sebagai hiasan semata-mata. Bukan juga peruntukan-peruntukan tersebut sekadar pengisytiharan tanpa nilai yang amat kukuh. Ia cukup membuka ruang untuk rakyat yang telah memilih PAS sebagai kerajaan di Kelantan dan meletakkan kemenangan calon-calonnya di tempat-tempat lain, menyatakan pendirian bagi menyokong perlaksanaan syariat Allah SWT.
Benar apa yang diucapkan oleh Naib Presiden PAS YB Datuk Paduka Husam Musa dalam sidang DUN Kelantan, perlaksanaan syariat kini perlu melangkah ke suatu tahap yang bukan sekadar kempen politik semasa pilihan raya. Justeru seluruh rakyat yang terdiri dari penyokong dan pengundi PAS, juga seluruh umat Islam kini perlu lebih terbuka dan menyiapkan diri berdiri teguh di belakang kerajaan Kelantan bagi melaksanakan syariat di bumi ini.
Undang-undang kini kian hidup dalam memelihara prinsip-prinsip hak asasi manusia. Apatah lagi menikmati indahnya Islam dengan terlaksana syariatnya di sisi undang-undang adalah suatu hak asasi setiap rakyat yang menganuti Islam. Setiap individu Islam berhak untuk menantikan syariat Allah dilaksanakan,seterusnya disaksikan oleh rakyat lain keseluruhannya. Moga ia mambuka ruang yang seluasnya untuk setiap rakyat menerima dan mematuhi syariat Allah di bumi Malaysia. – 11 Zulhijjah 1434H.

Sumber HD - 16-10-2013
Selangor disaran mula pelaksanaan syariah Islam
Saidah Hairan , | 12 Okt 2013 |
SHAH ALAM: Isu tahaluf siyasi menjadi bahan utama ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi ia senyap apabila Pakatan Rakyat dapat mengekalkan kemenangan di Selangor.
Menurut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, begitu juga dengan isu perlaksanaan syariah Islam yang ditimbulkan akan selesai apabila Selangor memulakan langkah melaksanakan syariah Islam.
"Selangor negeri orang cerdik pandai, ada pakar-pakar duduk di sini, banyak universiti di sini, buat perlaksanaan Islam ini, Insya Allah berjaya," katanya ketika menutup Seminar Syariah Islam, di sini, petang ini.
Beliau turut menyentuh tentang kewajiban umat Islam perlu melaksanakan syariat Islam kerana ia menjadi `pasport' manusia untuk duduk di bumi ini.
"Mana-mana orang yang tidak redha dengan hukuman Allah, boleh pergi ke bumi Amerika, bumi Jepun tetapi semua bumi itu milik Allah," tegasnya.
Beliau menegaskan bahawa perlaksanaan syariat Islam itu wajib, mereka yang tidak melaksanakan hukum itu amat bertentangan dengan hukum Allah.
"Susah nak jaga undang-undang ini sama juga nak jaga agama. Mana lebih baik jaga undang-undang buatan manusia dengan jaga syariat Allah," tegasnya.
Menurut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, begitu juga dengan isu perlaksanaan syariah Islam yang ditimbulkan akan selesai apabila Selangor memulakan langkah melaksanakan syariah Islam.
"Selangor negeri orang cerdik pandai, ada pakar-pakar duduk di sini, banyak universiti di sini, buat perlaksanaan Islam ini, Insya Allah berjaya," katanya ketika menutup Seminar Syariah Islam, di sini, petang ini.
Beliau turut menyentuh tentang kewajiban umat Islam perlu melaksanakan syariat Islam kerana ia menjadi `pasport' manusia untuk duduk di bumi ini.
"Mana-mana orang yang tidak redha dengan hukuman Allah, boleh pergi ke bumi Amerika, bumi Jepun tetapi semua bumi itu milik Allah," tegasnya.
Beliau menegaskan bahawa perlaksanaan syariat Islam itu wajib, mereka yang tidak melaksanakan hukum itu amat bertentangan dengan hukum Allah.
"Susah nak jaga undang-undang ini sama juga nak jaga agama. Mana lebih baik jaga undang-undang buatan manusia dengan jaga syariat Allah," tegasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-10-2013
Pinda Perlembagaan tetapi tidak ikut syariat Islam
Saidah Hairan, | 12 Okt 2013 |
SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berkata, Perlembagaan negara sering dipinda melalui Rang Undang-undang yang diluluskan di parlimen tetapi penggubalan tersebut tidak menjurus kepada syariah Islam yang menyeluruh.
Menurut beliau, walaupun kerajaan negeri diberi kuasa melaksanakan syariat Islam di negeri masing-masing tetapi ia tidak boleh mengatasi kekuatan Perlembagaan negara.
Sehingga katanya, Kelantan dan Terengganu (ketika memerintah) telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah bagi membolehkan hukuman itu dilaksanakan, namun ia terhalang dengan adanya sekatan dari kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan Persekutuan menggunakan alasan Enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan negeri tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan," tegasnya ketika merasmikan Seminar Perlaksanaan Syariah Islam 56 Tahun Merdeka', di Unisel, Shah Alam.
Beliau menegaskan, pakar-pakar perundangan berselisih pendapat dalam isu tersebut namun sehingga kini tidak ada jalan penyelesaian bagi membolehkan kerajaan negeri diberi kuasa melaksanakan undang-undang syariah Islam.
Menurut beliau, alasan rakyat berbilang bangsa dijadikan punca utama untuk tidak melaksanakan undang-undang Islam sehingga menimbulkan ketakutan pada undang-undang tersebut.
Katanya, ada pihak yang sengaja membesar-besarkan masalah berbilang kaum sehingga menimbulkan kegerunan di kalangan orang bukan Islam untuk menerima perlaksanaan syariat Islam.
Menyedari hakikat itu, beliau berkata, kerajaan Selangor mengambil pendekatan sepadu dan berjangka panjang dengan misi mengilmukan rakyat iaitu bukan sekadar berpuashati dengan ilmu di kalangan cerdik pandai.
Katanya, kerajaan telah mengoptimakan segala aset institut pendidikan yang sedia ada termasuk Unisel dan PPAS bagi memberi akses maksima kepada rakyat melalui misi merakyatkan ilmu.
Beliau berkata, di bawah Jawatankuasa Pendidikan telah mewujudkan satu Jawatankuasa Khas menangani gejala sosial (GEMS) yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta NGO.
Menurut beliau, sudah sampai masa rakyat diajak memahami syariat Islam yang lebih adil untuk memelihara agama, harta dan maruah berbanding undang-undang ciptaan manusia.
Menurut beliau, walaupun kerajaan negeri diberi kuasa melaksanakan syariat Islam di negeri masing-masing tetapi ia tidak boleh mengatasi kekuatan Perlembagaan negara.
Sehingga katanya, Kelantan dan Terengganu (ketika memerintah) telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah bagi membolehkan hukuman itu dilaksanakan, namun ia terhalang dengan adanya sekatan dari kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan Persekutuan menggunakan alasan Enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan negeri tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan," tegasnya ketika merasmikan Seminar Perlaksanaan Syariah Islam 56 Tahun Merdeka', di Unisel, Shah Alam.
Beliau menegaskan, pakar-pakar perundangan berselisih pendapat dalam isu tersebut namun sehingga kini tidak ada jalan penyelesaian bagi membolehkan kerajaan negeri diberi kuasa melaksanakan undang-undang syariah Islam.
Menurut beliau, alasan rakyat berbilang bangsa dijadikan punca utama untuk tidak melaksanakan undang-undang Islam sehingga menimbulkan ketakutan pada undang-undang tersebut.
Katanya, ada pihak yang sengaja membesar-besarkan masalah berbilang kaum sehingga menimbulkan kegerunan di kalangan orang bukan Islam untuk menerima perlaksanaan syariat Islam.
Menyedari hakikat itu, beliau berkata, kerajaan Selangor mengambil pendekatan sepadu dan berjangka panjang dengan misi mengilmukan rakyat iaitu bukan sekadar berpuashati dengan ilmu di kalangan cerdik pandai.
Katanya, kerajaan telah mengoptimakan segala aset institut pendidikan yang sedia ada termasuk Unisel dan PPAS bagi memberi akses maksima kepada rakyat melalui misi merakyatkan ilmu.
Beliau berkata, di bawah Jawatankuasa Pendidikan telah mewujudkan satu Jawatankuasa Khas menangani gejala sosial (GEMS) yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta NGO.
Menurut beliau, sudah sampai masa rakyat diajak memahami syariat Islam yang lebih adil untuk memelihara agama, harta dan maruah berbanding undang-undang ciptaan manusia.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-10-2013
Perlaksanaan undang-undang Islam tidak halang kerjasama PAS - PR
Saidah Hairan, | 12 Okt 2013 |
SHAH ALAM: Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, perlaksanaan undang-undang Islam tidak menghalang kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat termasuk rakan bukan Islam kerana mereka tidak terlibat dengan undang-undang tersebut sebaliknya mereka harus melihat undang-undang itu dilaksanakan terlebih dahulu.
Katanya, PAS menyatakan dasarnya secara terbuka manakala DAP turut menyatakan perjuangannya secara terbuka dengan berdialog maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa menghalang dalam perkara yang berbeza.
Beliau turut menegaskan untuk melaksanakan undang-undang Islam kuasa politik merupakan syarat utama untuk menggubal undang-undang dalam perlembagaan negara.
Katanya, undang-undang merupakan salah satu rukun dalam negara mengikut kaedah politik dan undang undang sebuah negara tidak boleh diikhtiraf kecuali mempunyai lima syarat.
"Sebuah negara mesti mempunyai pemimpin iaitu kerajaan yang memerintah, negeri atau negara, rakyat, ada perlembagaan dan kedaulatan sebuah negara mesti bebas sepenuhnya," katanya dalam ucaptama `56 tahun Merdeka: Ke Mana Hala Tuju Syariah Islam di Malaysia', di Unisel, Shah Alam.
Beliau menegaskan sebab itu negeri Kelantan, Terengganu ketika memerintah bahkan Selangor mempunyai bidang kuasa yang terhad untuk melaksanakan undang-undang Islam.
Menurut beliau, penjajah telah meminggirkan undang-undang Islam setelah mereka gagal untuk memurtadkan penduduk supaya meninggalkan ajaran Islam kerana melaksanakan konsep sekularisma memisahkan agama dengan urusan dunia.
Undang-undang Islam itu katanya telah dipinggirkan secara halus dengan cara mewujudkan Jabatan Agama Islam sedangkan Islam itu lebih besar dan tidak perlu berada di bawah satu jabatan.
"Mengapa Islam ada pejabat seperti pejabat haiwan, pejabat hutan dan bermacam-macam pejabat lagi. Islam ditadbirkan bukan Islam dikongkong," tegasnya.
Beliau berkata, undang-undang Islam bukan sekadar undang-undang keluarga, pusaka serta berkait dengan wakaf bahkan undang-undang keluarga tidak boleh diasingkan daripada undang-undang lain.
Mengulas tentang Suruhanjaya Reid katanya, PAS bersama NGO Islam pernah menghantar memorandum mendesak supaya Islam diletakkan dalam perlembagaan kerana umat Islam merupakan majoriti besar selepas kemerdekaan.
Katanya, tekanan itu menyebabkan Suruhanjaya Reid meletakkan Perlembagaan Fasa 3 Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain boleh diamalkan.
Menurut beliau, selepas 56 tahun negara mencapai kemerdekaan pemikiran pimpinan negara masih jumud kerana mereka tidak mengikut ajaran Islam.
PAS mendesak supaya syariat Islam yang sempurna dilaksanakan secara umum malangnya ada kalangan yang menentang kerana menganggap syariat Islam lemah sehingga mereka menghentam undang-undang Islam, katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengimbas sejarah PAS menyertai kerajaan campuran pada tahun 1970-an yang tegas dengan pendirian sehingga menegaskan majlis tari menari bercampur lelaki dan perempuan.
"PAS membantah minuman arak dihidangkan dalam jamuan negara menuntut laungan azan di radio dan TV di adakan," katanya.
Begitu juga tambah beliau, iklan arak dan judi dihapuskan dalam media kerajaan dan PAS minta supaya ada hak untuk menyebarkan kefahaman Islam di Kementerian.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-10-2013
Jenayah: Negara perlu syariat Islam, bukan PCA
Anis Nazri, | 09 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan satu undang-undang Islam bagi menangani masalah jenayah di negara ini, bukannya dengan penggubalan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) seperti yang berlaku hari ini.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, berkata dengan undang-undang Islam, kerajaan boleh mengajak para alim ulama dan pakar undang-undang khususnya di dalam perundangan Islam untuk memulakan suatu penggubalan undang-undang baru yang lebih mendekati kehendak syarak.
"Dengan undang-undang Islam ini, ia akan mampu menjaga kepentingan asasi manusia iaitu agamanya, nyawanya, akalnya, keturunannya dan harta bendanya. Tentulah tidak dapat dinafikan bahawa undang-undang hudud dan qisas serta takzir atau pun undang-undang berdasarkan Syariat Islam telah dijamin keadilannya oleh Allah SWT yang mencipta alam ini," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Menyifatkan PCA itu mirip kepada ISA dan Ordinan Darurat yang mengembalikan kuasa penahanan tanpa bicara, Abu Bakar turut menegaskan kuasa itu sama sekali tidak sesuai dengan kebebasan individu dan merampas hak-hak asasi seseorang manusia.
Tambah beliau, undang-undang seperti EO memberi kuasa kepada menteri untuk menahan seseorang atas budi bicara menteri, manakala PCA dianggotai oleh lima orang yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan perintah.
"Bagaimanapun, badan pencegahan jenayah tersebut tiada kuasa untuk menyiasat, memeriksa semula ketepatan siasatan kepada apa-apa penemuan oleh pegawai penyiasat, yang membolehkan badan itu mengeluarkan perintah tahanan secara efektifnya tertakluk kepada laporan oleh pegawai siasatan," kata beliau yang pernah ditahan di bawah ISA pada 1984-1986.
Lebih mendukacitakan, tegas Abu Bakar, sebarang keputusan oleh badan pencegahan jenayah tersebut tidak boleh dicabar di mahkamah melainkan ketidakpatuhan prosedur.
Ekoran itu, katanya PAS sentiasa waspada terhadap usaha kerajaan mengongkong rakyat sehingga mereka tidak bebas mempraktikkan hak-hak mereka, sebaliknya PAS juga ingin menyaksikan bahawa kerajaan telah membuka luas pintu jenayah negara ini melalui dasar liberal mereka dan mendiskriminasikan Islam dan penganutnya di negara ini.
"Kita memberi amaran kepada kerajaan janganlah menggunakan kuasa dan menjadi taghut (tuhan kebendaan) bagi menguasai rakyat negara ini. Kerajaan dan rakyat yang prihatin perlulah kembali kepada penghayatan syariat Islam kerana seperti kata para ugama kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada kekal dalam kebatilan," tegas beliau lagi.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, berkata dengan undang-undang Islam, kerajaan boleh mengajak para alim ulama dan pakar undang-undang khususnya di dalam perundangan Islam untuk memulakan suatu penggubalan undang-undang baru yang lebih mendekati kehendak syarak.
"Dengan undang-undang Islam ini, ia akan mampu menjaga kepentingan asasi manusia iaitu agamanya, nyawanya, akalnya, keturunannya dan harta bendanya. Tentulah tidak dapat dinafikan bahawa undang-undang hudud dan qisas serta takzir atau pun undang-undang berdasarkan Syariat Islam telah dijamin keadilannya oleh Allah SWT yang mencipta alam ini," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Menyifatkan PCA itu mirip kepada ISA dan Ordinan Darurat yang mengembalikan kuasa penahanan tanpa bicara, Abu Bakar turut menegaskan kuasa itu sama sekali tidak sesuai dengan kebebasan individu dan merampas hak-hak asasi seseorang manusia.
Tambah beliau, undang-undang seperti EO memberi kuasa kepada menteri untuk menahan seseorang atas budi bicara menteri, manakala PCA dianggotai oleh lima orang yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan perintah.
"Bagaimanapun, badan pencegahan jenayah tersebut tiada kuasa untuk menyiasat, memeriksa semula ketepatan siasatan kepada apa-apa penemuan oleh pegawai penyiasat, yang membolehkan badan itu mengeluarkan perintah tahanan secara efektifnya tertakluk kepada laporan oleh pegawai siasatan," kata beliau yang pernah ditahan di bawah ISA pada 1984-1986.
Lebih mendukacitakan, tegas Abu Bakar, sebarang keputusan oleh badan pencegahan jenayah tersebut tidak boleh dicabar di mahkamah melainkan ketidakpatuhan prosedur.
Ekoran itu, katanya PAS sentiasa waspada terhadap usaha kerajaan mengongkong rakyat sehingga mereka tidak bebas mempraktikkan hak-hak mereka, sebaliknya PAS juga ingin menyaksikan bahawa kerajaan telah membuka luas pintu jenayah negara ini melalui dasar liberal mereka dan mendiskriminasikan Islam dan penganutnya di negara ini.
"Kita memberi amaran kepada kerajaan janganlah menggunakan kuasa dan menjadi taghut (tuhan kebendaan) bagi menguasai rakyat negara ini. Kerajaan dan rakyat yang prihatin perlulah kembali kepada penghayatan syariat Islam kerana seperti kata para ugama kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada kekal dalam kebatilan," tegas beliau lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
Seminar Syariah Islam 56 Tahun Merdeka 12 Okt
Saidah Hairan, | 08 Okt 2013 |
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi pembentang utama 'Ke Mana Hala Tuju Syariah Islam di Malaysia' dalam Seminar Pelaksanaan Syariah Islam di Malaysia 56 Tahun Merdeka Halangan Dan Penyelesaian.
Program sehari anjuran Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (Mappis) bersama Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri akan diadakan di dewan Unisel, seksyen 7 di sini pada 12 Oktober (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi.
Pembentangan kertas kerja 1 ‘Hikmah Pelaksanaan Undang-undang Jenayah lslam' oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahtodz Mohamad manakala pengulas oleh pendakwah bebas, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, peguam Muhammad Buruk dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Aman Razali.
Kertas kerja 2 bertajuk `Perlaksanaan Syariat dalam Konteks Perlembagaan Negara' oleh bekas pensyarah UIA, Dr Abdul Aziz Bari manakala pengulas oleh peguam Sulaiman Mohammad, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong dan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.
Seminar yang akan dirasmikan Exco Pendidikan negeri, Dr Halimah Ali itu bertujuan memberi kefahaman mengenai syariah Islam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara.
Seminar itu juga memberi penekanan perlaksanaan syariah Islam bagi memelihara agama, keturunan, akal, maruah dan harta serta memberi penjelasan terhadap persoalan yang mengelirukan rakyat berhubung syariah Islam.
Peserta seminar akan didedahkan kenapa 55 tahun merdeka Syariah lslam masih tidak dilaksanakan secara menyeluruh sebagai satu sistem dalam perundangan negara serta kegagalan undang-undang sedia ada dalam usaha membanteras jenayah.
Seminar itu juga memberi kefahaman mengenai Syariah lslam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara serta penekanan hikmah perlaksanaan syariah lslam bagi memelihara agama, keturunan, akal maruah dan harta.
Program itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat orang Islam dan bukan Islam.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Setiausaha Mappis iaitu Azmi Abdul Talib melalui emel hjazami@yahoo.com atau hubungi talian 03-55447150.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-10-2013
Seminar Islam Penyelesaian Jenayah Manusia 21 Sept
Harakahdaily, | 18 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Institut Pemikiran Fadzil Noor akan menganjurkan Seminar Islam Penyelesaian Jenayah Manusia pada 21 September ini di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam bermula jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang.
Dua kertas kerja dibentangkan iaitu Penyelesaian Jenayah Manusia, Retorika Undang-undang Manusia oleh Penganalisis Jenayah Malaysia, Kamal Afendi Hashim dan Syariat Islam: Antara Keadilan, Prinsip dan Keluasan Hukum oleh Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Zaharudin Muhamad.
Forum bertajuk Mengapa Mesti Kembali Kepada Islam turut diadakan yang membariskan Ustaz Nasrudin Hassan (Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia/Ahli Parlimen Temerloh), Wong Kah Woh (Ketua Pemuda DAP Perak/Adun Canning) dan Syahredzan Johan (Pengerusi Majlis Peguam/Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan) sebagai ahli panel.
Orang ramai boleh menghubungi Hafiz Mansor (013-4062729) atau Nurul Haini (013-5944327) untuk mendapat keterangan lanjut berhubung seminar itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-9-2013
No comments:
Post a Comment