PPSMI: Sampai bila Mahathir mahu berhenti merungut?
Harakahdaily, | 16 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), program baru sudah pun diperkenalkan dan tidak mungkin ia akan dikembalikan.
Tetapi Mahathir seolah-olah sengaja membangkitkan isu PPSMI ini untuk mengetahui sejauh mana rakyat menyokong dan bersamanya, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, walaupun ada segelintir yang menyokong agar PPSMI ini dikembalikan, majoriti rakyat, termasuk pejuang bahasa nampaknya telah menyatakan pendirian menyokong tindakan kerajaan memansuhkannya.
Mahathir jelas disokong dingin dalam isu PPSMI ini.
Begitu juga rungutannya mengenai Wawasan 2020, turut disambut dingin. Sehingga ini tidak ada mana-mana pihak yang bersuara menyokong atau membantah rungutannya itu.
Bagi Shahbudin, sebenarnya tidak ada penyisihan mengenai Wawasan 2020 ini, ia masih lagi menjadi maltamat kerajaan, cumanya ia kelihatan agak tenggelam kerana Najib memperkenalkan pelbagai dasar dan perkara baru dalam pentadbirannya.
Mungkin ini yang menyebabkannya terasa hati dan bersungut seolah-olah Wawasan 2020 diketepikan.
Tetapi jika Mukhriz menang Naib Presiden Umno, semuanya akan nampak elok di mata bekas Perdana Menteri itu, kata ramai orang-orang lama dalam Umno.
“Sementara Mahathir dijangka akan terus bersuara dan merungut lagi dan lagi, sampai bilakah sebenarnya beliau akan berbuat demikian?” tulisnya lagi.
Baca di sini

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-11-2013
Bantahan SPPBS memuncak di laman sosial
Harakahdaily, | 14 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Masalah dihadapi para guru dalam mengakses pangkalan data Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) menyebabkan sebahagian warga pendidik melepaskan rasa tidak puashati mereka di laman sosial.
Ada di antara warga pendidik yang menggunakan kemahiran audiovisual memuat turun klip video berhubung SPPBS di laman Youtube.
Satu klip video yang dimuat turun di Youtube dan dikongsi secara meluas di laman facebook menunjukkan bagaimana paparan imej SPPBS di skrin komputer dimusnahkan peluru berpandu Exocet.
Ada juga guru yang kreatif berkarya menulis gurindam berhubung SPPBS. Karya bertajuk "SPPBS tak siap lagi" berbunyi:
Masuk kelas sebelah pagi
ikut jadual waktu sendiri
SPPBS tak siap lagi
perut belum diisi kopi.
Ada kerja sedia menanti
SPPBS tak siap lagi
hulur tangan nak buka lappy
mulut penuh mengunyah roti.
Masa makan masa free
SPPBS tak siap lagi
habis sejam masa berlari
satu apa pun tak menjadi.
SPPBS tak siap lagi
server lembab siput babi
masuk kelas lagi sekali
cuba lagi di rumah nanti.
SPPBS tak siap lagi
cuba lagi di petang hari
mujur ada broadband sendiri
tapi nasib tidak menyebelahi.
Sebelah kanan dengkur suami
si anak kecil di sebelah kiri
malang nasib jadi begini
SPPBS tak siap lagi.
Dingin malam hampiri pagi
bahang panas di dalam hati
SPPBS tak siap lagi
nak buat macam mana ni?
Pelbagai aduan berhubung SPPBS telah disuarakan para guru sejak ia mula dilaksanakan Kementerian Pelajaran.
Antara rungutan yang kerap dikemukakan adalah 'bandwidth' laman KPM yang terhad mengakibatkan sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk diakses ratusan ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama.
"Ramai guru terpaksa bangun pukul 2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di masuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru," ujar seorang guru yang mahu dikenali sebagai Guru IT kepada Harakahdaily
Beliau mencadangkan supaya 'bandwidth server' untuk para guru mengakses sistem di tambah.
"Fikirkan berpuluh ribu guru seluruh Malaysia akses pada masa yang sama terpaksa membuang masa terlalu lama memasukkan data, tidur lewat malam, bangun awal pagi semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian mengajar pada waktu siang pula. Pernah orang KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) mengambil kira perkara ini?" kesal beliau.
Dalam perkembangan berkaitan KPM menerusi laman web sppbs.moe.gov.my menyiarkan pengumuman dua perenggan bagi menjawab rungutan warga guru berhubung SPPBS.
Pengumuman itu antara lain menyebut:
KPM mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai.
Mohon kerjasama semua pengguna agar menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) versi 7 hingga 9 sahaja untuk kemasukan prestasi NON-AKADEMIK bagi mengelakkan isu TAHAP PENCAPAIAN yang tidak dapat ditanda di SPPBS.

Sumber HD - 14-11-2013
PPSMI bukan penentu kedudukan universiti
Salmiyah Harun, | 01 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menegaskan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak memainkan peranan bagi menentukan kedudukan (ranking) sesebuah universiti.
Pengerusi GMP Dr Shaharir Mohamad Zain berkata, bahasa pengantar universiti tidak pernah menjadi faktor penilaian asana atau ranking universiti antarabangsa oleh mana-mana pihak penilainya seperti ranking QS World University Ranking atau THES yang diikuti universiti negara ini.
Katanya, universiti di Asia yang berada pada ranking pertama hingga ke-50 daripada 300 buah universiti yang dinilai oleh QS dalam tahun 2013 tidak mengamalkan PPSMI.
Universiti tersebut dari negara Arab Saudi, Iran, Israel, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Tiongkok (dan Hong Kong) dan Turki.
"Walaupun universiti di Singapura berasana ke-2 dan ke-11 yang mungkin suka dijadikan contoh negara yang mahukan PPSMI tetapi universiti-universiti di Hindia yang juga melaksanakan PPSMI, asana tertingginya ialah yang ke-30," katanya dalam satu kenyataan.
Perlu diingatkan juga, katanya, PPSMI di Malaysia yang dilaksanakan sejak 2002 manakala bermula tahun 2004 universiti pula menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar malangnya ia tidak memberi kesan positif terhadap ranking universiti negara ini.
"Bahkan UIAM yang memang berpengantar Bahasa Inggeris sejak penubuhannya 1983 lagi mendapat ranking ke bawah 50," tegasnya.
Beliau berkata demikian sebagai menyangkal pandangan Tun Mahathir Mohamad yang menegaskan PPSMI boleh membantu menaikkan ranking universiti di Malaysia.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu menyatakan tindakan kerajaan tidak memasukkan dasar Pengajaran dan PPSMI dalam pelan pendidikan negara adalah satu kesilapan kerana ia boleh membantu menaikkan ranking universiti di Malaysia yang dilihat terus menurun.
Beliau berkata, lebih banyak penekanan perlu diberikan kepada penggunaan bahasa itu terutama bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah untuk menaikkan ranking universiti di negara ini.
Pengerusi GMP Dr Shaharir Mohamad Zain berkata, bahasa pengantar universiti tidak pernah menjadi faktor penilaian asana atau ranking universiti antarabangsa oleh mana-mana pihak penilainya seperti ranking QS World University Ranking atau THES yang diikuti universiti negara ini.
Katanya, universiti di Asia yang berada pada ranking pertama hingga ke-50 daripada 300 buah universiti yang dinilai oleh QS dalam tahun 2013 tidak mengamalkan PPSMI.
Universiti tersebut dari negara Arab Saudi, Iran, Israel, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Tiongkok (dan Hong Kong) dan Turki.
"Walaupun universiti di Singapura berasana ke-2 dan ke-11 yang mungkin suka dijadikan contoh negara yang mahukan PPSMI tetapi universiti-universiti di Hindia yang juga melaksanakan PPSMI, asana tertingginya ialah yang ke-30," katanya dalam satu kenyataan.
Perlu diingatkan juga, katanya, PPSMI di Malaysia yang dilaksanakan sejak 2002 manakala bermula tahun 2004 universiti pula menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar malangnya ia tidak memberi kesan positif terhadap ranking universiti negara ini.
"Bahkan UIAM yang memang berpengantar Bahasa Inggeris sejak penubuhannya 1983 lagi mendapat ranking ke bawah 50," tegasnya.
Beliau berkata demikian sebagai menyangkal pandangan Tun Mahathir Mohamad yang menegaskan PPSMI boleh membantu menaikkan ranking universiti di Malaysia.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu menyatakan tindakan kerajaan tidak memasukkan dasar Pengajaran dan PPSMI dalam pelan pendidikan negara adalah satu kesilapan kerana ia boleh membantu menaikkan ranking universiti di Malaysia yang dilihat terus menurun.
Beliau berkata, lebih banyak penekanan perlu diberikan kepada penggunaan bahasa itu terutama bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah untuk menaikkan ranking universiti di negara ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-10-2013
Pendidikan berubah, anak-anak jadi tempat ujian
Salmiyah Harun, | 17 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru agar kerajaan kembali kepada asas pendidikan mengikut acuan pembangunan manusia yang mempunyai fitrah dan roh sebagai hamba Allah.
Katanya, sistem pendidikan yang ada pada hari ini malangnya tidak sebegitu menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.
"Sistem pendidikan yang dibuat kerajaan sentiasa berubah, anak-anak kita dijadikan tempat ujian sahaja. Selepas gagal, buat yang lain puncanya tidak guna acuan yang ditetapkan oleh Allah Taala.
"Akhirnya dengan sistem yang diamalkan ini melahirkan manusia yang bodoh tidak boleh diajar cerdik tidak boleh diikut," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, banyak yang disalahgunakan kerana tidak beramanah ekoran acuan pendidikan yang salah.
"Pelan pendidikan masih mengulangi acuan yang sama bermula Penyata Razak Penyata Rahman Talib. Tidak memberi apa-apa makna," katanya.
Beliau berkata demikian selepas memberi Ucaptama dalam Majlis Konvokesyen kali Pertama Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) di Taman Melewar hari ini.
Sementara itu, seramai 30 graduan Kuizm menerima anugerah yang disampaikan oleh Abdul Hadi Awang dan Ahli Lembaga Pengarah Kuizm Datuk Dr Mahfodz Mohamed dalam Majlis Konvokesyen yang berlangsung di Dewan Datuk Fadzil Noor, di sini.
Turut bersama dalam majlis ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Kuizm Datuk Mahfodz Mohamed, Ahli Lembaga Pengarah Kuizm Datu Mohd Amar Nik Abdullah, Rektor Kuizm Dr Shahbudin Ngah dan beberapa pimpinan Muslimat PAS.
Konvokesyen buat pertama kalinya berjaya melahirkan graduan cemerlang peringkat diploma dan sijil.
Seramai 10 graduan berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma Dakwah dan Komunikasi dan Muamalat dan Kewangan Islam dan 20 graduan lagi diperingkat sijil antaranya Pensijilan Asas Pengajian Islam (KPAPI).
Konvokesyen ini turut menyaksikan pelajar daripada Kelantan iaitu Nurul Izzati Mohhamd Sanadi merangkul anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan manakala Rahimah Noraakmal Muhammad diberikan anugerah Graduan Cemerlang Akademik.
Sebahagian mereka yang menerima anugerah ini akan menyambung pengajian di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang pada 23 September ini untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda.
Kuizm ditubuhkan pada 6 Disember 2009 atas cetusan idea dan usaha Dewan Ulamak PAS Pusat, kini Kuizm mempunyai 78 mahasiswa yang mengikuti dua program pengajian yang ditawarkan iaitu Diploma Dakwah dan Komunikasi dan Diploma Muamalat Kewangan Islam.
Katanya, sistem pendidikan yang ada pada hari ini malangnya tidak sebegitu menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.
"Sistem pendidikan yang dibuat kerajaan sentiasa berubah, anak-anak kita dijadikan tempat ujian sahaja. Selepas gagal, buat yang lain puncanya tidak guna acuan yang ditetapkan oleh Allah Taala.
"Akhirnya dengan sistem yang diamalkan ini melahirkan manusia yang bodoh tidak boleh diajar cerdik tidak boleh diikut," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, banyak yang disalahgunakan kerana tidak beramanah ekoran acuan pendidikan yang salah.
"Pelan pendidikan masih mengulangi acuan yang sama bermula Penyata Razak Penyata Rahman Talib. Tidak memberi apa-apa makna," katanya.
Beliau berkata demikian selepas memberi Ucaptama dalam Majlis Konvokesyen kali Pertama Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) di Taman Melewar hari ini.
Sementara itu, seramai 30 graduan Kuizm menerima anugerah yang disampaikan oleh Abdul Hadi Awang dan Ahli Lembaga Pengarah Kuizm Datuk Dr Mahfodz Mohamed dalam Majlis Konvokesyen yang berlangsung di Dewan Datuk Fadzil Noor, di sini.
Turut bersama dalam majlis ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Kuizm Datuk Mahfodz Mohamed, Ahli Lembaga Pengarah Kuizm Datu Mohd Amar Nik Abdullah, Rektor Kuizm Dr Shahbudin Ngah dan beberapa pimpinan Muslimat PAS.
Konvokesyen buat pertama kalinya berjaya melahirkan graduan cemerlang peringkat diploma dan sijil.
Seramai 10 graduan berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma Dakwah dan Komunikasi dan Muamalat dan Kewangan Islam dan 20 graduan lagi diperingkat sijil antaranya Pensijilan Asas Pengajian Islam (KPAPI).
Konvokesyen ini turut menyaksikan pelajar daripada Kelantan iaitu Nurul Izzati Mohhamd Sanadi merangkul anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan manakala Rahimah Noraakmal Muhammad diberikan anugerah Graduan Cemerlang Akademik.
Sebahagian mereka yang menerima anugerah ini akan menyambung pengajian di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang pada 23 September ini untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda.
Kuizm ditubuhkan pada 6 Disember 2009 atas cetusan idea dan usaha Dewan Ulamak PAS Pusat, kini Kuizm mempunyai 78 mahasiswa yang mengikuti dua program pengajian yang ditawarkan iaitu Diploma Dakwah dan Komunikasi dan Diploma Muamalat Kewangan Islam.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-9-2013
Bahasa Inggeris: Jangan ulangi kegagalan PPSMI
Salmiyah Harun, | 13 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan agar membuat persediaan rapi termasuk guru-guru yang benar-benar akomodasi terhadap kemudahan rakyat sekiranya mahu menjadikan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2016.
Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak Datuk Adnan Ibrahim berkata, tidak dinafikan penguasaan Bahasa Inggeris amat penting untuk masa depan pelajar namun usaha kerajaan itu hendaklah memberi manfaat bukannya mahu gimik politik semata-mata.
Memandangkan katanya, dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan kerajaan pun tidak mencapai apa yang dikehendaki kerana ia dibuat untuk menjaga kepentingan kelompok tertentu.
"Orang yang rancang dasar ini ada kepentingan masing-masing seperti memberi projek kepada mereka menerbitkan buku, yang mana syarikat pula cenderung kepada kronisma," katanya kepada Harakahdaily.
Malah katanya, dahulu kerajaan pernah mengambil guru-guru daripada luar negara untuk membantu proses pembelajaran Bahasa Inggeris bagaimanapun usaha itu hanya untuk kepentingan ganjaran semata-mata.
Akhirnya kata beliau, kerajaan menggelapkan padangan umum dengan merendahkan gred markah supaya dasar yang dibuat itu memberi kesan yang hebat kepada pelajar.
"Misalnya, purata markah adalah 55 markah dinaikkan gred menjadi A2, atau C3 supaya banyak pelajar lulus dan akhirnya memberi kredit pada kerajaan," katanya.
Justeru katanya, penyediaan prasarana untuk pembelajaran Bahasa Inggeris harus lengkap khususnya kepada murid-murid di luar bandar yang jauh ketinggalan.
Syarat wajib lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kemungkinan besar akan mula dikuatkuasakan pada 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, tahun itu juga adalah permulaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan negara.
Bagaimanapun, 61,000 guru Bahasa Inggeris yang sedia ada kini tidak mencapai piawaian yang ditetapkan untuk membantu pelajar-pelajar menguasai Bahasa Inggeris.
Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak Datuk Adnan Ibrahim berkata, tidak dinafikan penguasaan Bahasa Inggeris amat penting untuk masa depan pelajar namun usaha kerajaan itu hendaklah memberi manfaat bukannya mahu gimik politik semata-mata.
Memandangkan katanya, dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan kerajaan pun tidak mencapai apa yang dikehendaki kerana ia dibuat untuk menjaga kepentingan kelompok tertentu.
"Orang yang rancang dasar ini ada kepentingan masing-masing seperti memberi projek kepada mereka menerbitkan buku, yang mana syarikat pula cenderung kepada kronisma," katanya kepada Harakahdaily.
Malah katanya, dahulu kerajaan pernah mengambil guru-guru daripada luar negara untuk membantu proses pembelajaran Bahasa Inggeris bagaimanapun usaha itu hanya untuk kepentingan ganjaran semata-mata.
Akhirnya kata beliau, kerajaan menggelapkan padangan umum dengan merendahkan gred markah supaya dasar yang dibuat itu memberi kesan yang hebat kepada pelajar.
"Misalnya, purata markah adalah 55 markah dinaikkan gred menjadi A2, atau C3 supaya banyak pelajar lulus dan akhirnya memberi kredit pada kerajaan," katanya.
Justeru katanya, penyediaan prasarana untuk pembelajaran Bahasa Inggeris harus lengkap khususnya kepada murid-murid di luar bandar yang jauh ketinggalan.
Syarat wajib lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kemungkinan besar akan mula dikuatkuasakan pada 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, tahun itu juga adalah permulaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan negara.
Bagaimanapun, 61,000 guru Bahasa Inggeris yang sedia ada kini tidak mencapai piawaian yang ditetapkan untuk membantu pelajar-pelajar menguasai Bahasa Inggeris.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-9-2013
Ada perjanjian ambil guru dari India ajar BI?
Harakahdaily, | 13 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Dengan keyakinan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Inggeris (BI) sebagai subjek wajib, PAS ingin bertanya apakah langkah mengambil guru India mengajar BI solusi yang dirahsiakan.
“Apakah kerajaan telah membuat perjanjian dengan kerajaan India sebelum NEB diumumkan lagi?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.
Ini berikutan pada 20 Disember 2012, semasa lawatan ke India, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah “bawa untuk pertimbangan kepada Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh” untuk Malaysia menerima sejumlah guru-guru dari India yang mahir dalam bahasa Inggeris untuk mengajar pelajar-pelajar kita.
Najib berkata Manmohan menyambut baik cadangan itu dan akan mengarahkan menteri yang berkenaan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk merealisasikan hasrat itu.
“Apakah langkah membuat Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib sekadar untuk kepentingan komisyen golongan tertentu yang dipertanggungjawabkan untuk mengimport guru-guru India ini?” tanya Tuan Ibrahim lagi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (NEB) berkata Kementerian Pendidikan telah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM bermula pada 2016.
Namun, tiada pelan khusus dinyatakan untuk menaiktaraf mutu guru-guru Bahasa Inggeris di negara kita ke arah merealisasikan matlamat tersebut.
Hari ini, pula Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata 70 peratus daripada 60,000 guru Bahasa Inggeris, yang menduduki peperiksaan, English Language Cambridge Placement Test, mencatatkan keputusan yang rendah.
Ini bermakna kira-kira dua pertiga guru Bahasa Inggeris di negara ini telah diklasifikasikan sebagai 'tidak berupaya' atau 'tidak layak' untuk mengajar subjek berkenaan di sekolah.
Mungkinkah perkara ini boleh diselesai menjelang 2016? Bagaimana pula dengan para pelajar, terutamanya mereka di luar bandar untuk menyediakan diri menghadapi subjek Inggeris wajib lulus dari sekarang ke 2016 dengan kualiti guru bahasa Inggeris yang ada kini?
Apakah kerajaan sudah ada penyelesaian kepada masalah ini, tapi masih dirahsiakan kerana pemilihan Umno yang semakin dekat?
Pada 20 Disember 2012, semasa lawatan ke India, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah “bawa untuk pertimbangan kepada Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh” untuk Malaysia menerima sejumlah guru-guru dari India yang mahir dalam bahasa Inggeris untuk mengajar pelajar-pelajar kita.
Beliau berkata Manmohan menyambut baik cadangan itu dan akan mengarahkan menteri yang berkenaan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk merealisasikan hasrat itu.
Dengan keyakinan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib, PAS ingin bertanya apakah langkah mengambil guru India ini solusi yang dirahsiakan?
Apakah kerajaan telah membuat perjanjian dengan kerajaan India sebelum NEB diumumkan lagi?
Apakah langkah membuat bahasa Inggeris sebagai subjek wajib sekadar untuk kepentingan komisyen golongan tertentu yang dipertanggungjawabkan untuk mengimport guru-guru India ini?
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa 1.4 juta warga Bangladesh akan dibawa masuk bagi mengisi peluang pekerjaan di negara ini.
Sekarang, berapa ramaikah guru-guru India akan dibawa masuk sekiranya perjanjian dengan kerajaan India sudah dimeterai? Bagaimana skim gaji mereka? Berapa lama kontrak mereka? Apakah mereka akan diberi kerakyatan selepas tempoh tertentu? Apakah kemasukan mereka akan menindas guru-guru yang ada?
Bagaimana pula dengan nasib 42,000 guru Bahasa Inggeris yang lemah kini?
Kerajaan sepatutnya melabur untuk meningkatkan kualiti guru Inggeris tempatan dan bukannya melabur pada negara India dan memberikan pekerjaan pada warga asing tatkala rakyat disuruh berjimat dengan pengurangan subsidi.
Jika tidak benar bahawa guru-guru India akan diimport masuk, kementerian pendidikan harus mengemukakan satu pelan untuk mengatasi kekurangan guru bahasa Inggeris berkualiti yang dihadapi kini.
PAS menuntut kerajaan memberikan penjelasan segera dalam hal ini.

45 pelajar Aspa sedia khidmat di offshore
Harakahdaily, | 12 Sep 2013 |
PUTRAJAYA: Seramai 45 orang pelajar yang telah menamatkan kursus kursus sesi pertama anjuran Syarikat Asian Private Aerodrome Sdn.Bhd (Aspa), sedia untuk menawarkan kepakaran mereka.
Semalam kesemua mereka yang merupakan pengambilan kali pertama diraikan dalam satu majlis konvokesyen di sebuah hotel di sini.
Aspa merupakan syarikat milik bumiputera yang berkecimpung dalam bidang’ Penerbangan Awam’ di sektor ‘Minyak dan Gas’ terutama berkaitan dengan latihan operasi helideck dan helicopter serta pemeriksaan helideck.
Aspa diberi mandat untuk mendedahkan serta memberi latihan jangka pendek kepada golongan belia tentang peluang untuk membina kerjaya di offshore.
Antara kursus yang ditawarkan seperti Helideck Radio Operator, Helideck Landing Officer, Helideck Inspection Awareness, Weather Observation Training, Dangerous Goods dan Flight Operation Officer.
Majlis konvokesyen semalam telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.
Aspa ditubuhkan pada tahun 2010 bertujuan untuk menjadi Pakar Runding Aviation dan Pemeriksa Helideck dan juga mengawal selia helideck di Malaysia.
Syarikat ini juga adalah syarikat Malaysia pertama berkerjasama dengan Malaysia Aviation Academy (MAvA) melaksanakan latihan dan kursus Aviation Offshore.
Semalam kesemua mereka yang merupakan pengambilan kali pertama diraikan dalam satu majlis konvokesyen di sebuah hotel di sini.
Aspa merupakan syarikat milik bumiputera yang berkecimpung dalam bidang’ Penerbangan Awam’ di sektor ‘Minyak dan Gas’ terutama berkaitan dengan latihan operasi helideck dan helicopter serta pemeriksaan helideck.
Aspa diberi mandat untuk mendedahkan serta memberi latihan jangka pendek kepada golongan belia tentang peluang untuk membina kerjaya di offshore.
Antara kursus yang ditawarkan seperti Helideck Radio Operator, Helideck Landing Officer, Helideck Inspection Awareness, Weather Observation Training, Dangerous Goods dan Flight Operation Officer.
Majlis konvokesyen semalam telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.
Aspa ditubuhkan pada tahun 2010 bertujuan untuk menjadi Pakar Runding Aviation dan Pemeriksa Helideck dan juga mengawal selia helideck di Malaysia.
Syarikat ini juga adalah syarikat Malaysia pertama berkerjasama dengan Malaysia Aviation Academy (MAvA) melaksanakan latihan dan kursus Aviation Offshore.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-9-2013
Ranking: Universiti perlu suntik nilai keilmuan Islam
Anis Nazri, | 12 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS berharap semua pihak yang berkaitan pembangunan pendidikan di negara ini meneroka kemampuan Islam dan peradabannya dalam melahirkan manusia yang berketrampilan dalam semua bidang, sekaligus mampu membangunkan tamadun yang memakmurkan negara.
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, berkata dalam tradisi ilmu Islam, kejayaan bukan sahaja pada segi produk yang bersifat benda, bahkan kejayaan membangunkan tamadun dunia dengan akhlak yang terpuji.
"Kita percaya bahawa tokoh-tokoh zaman seperti Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, al Farobi dan lain-lainnya adalah lahir daripada institusi pendidikan yang hebat di bawah bimbingan mahaguru yang hebat.
"Ketika barat masih dalam kegelapan, dunia Islam mempunyai universiti dan perpustakaan yang besar seperti yang terdapat di Darul Hikmah, Baghdad ketika zaman khalifah al-Makmun Abbassiyah), juga di Mesir pada zaman Salahudin al-Ayubi," kata beliau kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu kemerosotan ranking universiti awam di Malaysia bagi 2013.
Tambah beliau, pihak kerajaan dan universiti-universiti hendaklah mengambil kira kelebihan yang ada pada universiti yang ada, dalam mencapai hasrat membangunkan sumber dan manusia, khususnya dalam konteks penyenaraian ranking universiti terbaik dunia.
Katanya, biarpun Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon mengatakan universiti di Malaysia belum bersedia bagi memasuki universiti terbaik dunia, syarat untuk disenaraikan di bawah QS adalah lebih terbuka dan lebih munasabah.
Katanya, kita seharusnya berusaha mencapai tahap kemajuan yang tinggi dalam bidang keilmuan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia bersesuaian dengan kelebihan yang ada di universiti awam negara.
Justeru, katanya semua pihak perlu melihat kembali sejarah kegemilangan Islam dalam melahirkan ilmuan-ilmuan yang berketrampilan dalam pelbagai bidang seperti astronomi, kedoktoran dan juga saintis.
"Dalam mengejar ranking terbaik, kemajuan dalam bidang keilmuan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia itu perlu ditumpukan dengan menyuntik kembali nilai-nilai keilmuan Islam yang gemilang, yang mampu membentuk tamadun gemilang," tegas beliau lagi.
Baru-baru ini, dalam kedudukan 'QS World University Rankings 2013/14', universiti terbaik di Malaysia iaitu UM jatuh 11 anak tangga dari kedudukan 156 pada 2012 kepada 167 pada tahun ini.
Selain UM, universiti lain ternyata masih jauh ketinggalan dan dilihat tidak berdaya saing dan maju untuk menempatkan diri dalam senarai universiti terbaik dunia.
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, berkata dalam tradisi ilmu Islam, kejayaan bukan sahaja pada segi produk yang bersifat benda, bahkan kejayaan membangunkan tamadun dunia dengan akhlak yang terpuji.
"Kita percaya bahawa tokoh-tokoh zaman seperti Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, al Farobi dan lain-lainnya adalah lahir daripada institusi pendidikan yang hebat di bawah bimbingan mahaguru yang hebat.
"Ketika barat masih dalam kegelapan, dunia Islam mempunyai universiti dan perpustakaan yang besar seperti yang terdapat di Darul Hikmah, Baghdad ketika zaman khalifah al-Makmun Abbassiyah), juga di Mesir pada zaman Salahudin al-Ayubi," kata beliau kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu kemerosotan ranking universiti awam di Malaysia bagi 2013.
Tambah beliau, pihak kerajaan dan universiti-universiti hendaklah mengambil kira kelebihan yang ada pada universiti yang ada, dalam mencapai hasrat membangunkan sumber dan manusia, khususnya dalam konteks penyenaraian ranking universiti terbaik dunia.
Katanya, biarpun Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon mengatakan universiti di Malaysia belum bersedia bagi memasuki universiti terbaik dunia, syarat untuk disenaraikan di bawah QS adalah lebih terbuka dan lebih munasabah.
Katanya, kita seharusnya berusaha mencapai tahap kemajuan yang tinggi dalam bidang keilmuan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia bersesuaian dengan kelebihan yang ada di universiti awam negara.
Justeru, katanya semua pihak perlu melihat kembali sejarah kegemilangan Islam dalam melahirkan ilmuan-ilmuan yang berketrampilan dalam pelbagai bidang seperti astronomi, kedoktoran dan juga saintis.
"Dalam mengejar ranking terbaik, kemajuan dalam bidang keilmuan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia itu perlu ditumpukan dengan menyuntik kembali nilai-nilai keilmuan Islam yang gemilang, yang mampu membentuk tamadun gemilang," tegas beliau lagi.
Baru-baru ini, dalam kedudukan 'QS World University Rankings 2013/14', universiti terbaik di Malaysia iaitu UM jatuh 11 anak tangga dari kedudukan 156 pada 2012 kepada 167 pada tahun ini.
Selain UM, universiti lain ternyata masih jauh ketinggalan dan dilihat tidak berdaya saing dan maju untuk menempatkan diri dalam senarai universiti terbaik dunia.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-9-2013
No comments:
Post a Comment