Wanita Kelantan menutup aurat, tergerak hati saya’
KOTA BHARU: "Saya menghantar anak saya ke Pasti kerana saya merasakan bahawa pendidikan agama yang menjamin masa depan anak saya," kata Maria Solastri, seorang warga negara Indonesia beragama Kristian yang menghantar anak lelakinya di sebuah Pasti dalam kawasan Kota Bharu.
Beliau dijemput berucap berkongsi pengalaman dalam Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' Kampung Puteh, dekat sini yang dirasmikan oleh Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat. Suami Maria berbangsa Tionghua berasal dari Johor dan sekarang menetap di Kelantan. Menurut beliau lagi, kehidupannya sebelum ini seperti penganut Kristian lain yang hidup dalam keadaan sosial dan berpakaian tidak menutup aurat. "Tetapi apabila saya datang ke Kelantan dan melihat wanita Kelantan menutup kepala dan aurat sempurna, tergerak hati saya untuk melakukannya. "Apabila saya berpakaian seperti ini saya dapat merasa suatu ketenangan yang belum pernah saya rasa," ujarnya yang memukau perhatian yang hadir. Sebelum itu Dr Ramli dalam ucapannya berkata bahawa kurikulum yang digubal dan digunakan oleh Pasti mendapat pengiktirafan antara kurikulum pendidikan pra sekolah yang terbaik dalam negara. Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' yang berusia setahun itu turut diserikan dengan pertandingan mewarna hampir 50 orang kanak-kanak, pelbagai persembahan, pertandingan fesyen dan cabutan bertuah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-11-2013
Mantan musuh Islam diri parti Islam di Eropah |
Di Belanda, seorang yang sangat memusuhi Islam dan menghina Rasulullah s.a.w., dan terlibat dalam filem yang menghina Nabi Muhammad s.a.w., kini mendirikan parti politik Islam di Eropah. Ini adalah parti Islam pertama di Kesatuan Eropah, nampaknya akan menjadi perubahan sikap orang Eropah terhadap Islam dan Nabi s.a.w. Parti Islam ini akan fokus melayani kepentingan Islam dan Muslimin, dan tidak hanya di Belanda, tetapi di seluruh Eropah, kata Arnoud van Doorn. Sebelum ini Arnoud van Doorn terlibat dalam memproduksi kontroversial "Fitna". Film “Fitna” ini telah menimbulkan aksi demo di seluruh dunia, terutama di dunia Islam. Muslim di seluruh dunia sangat marah dan menentang penghinaan terhadap Nabi s.a.w.. Tidak ada manusia di muka bumi ini, di mana namanya setiap disebut dan didoakan jutaan setiap saat, kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia, Asia Tenggara, Eropah dan Amerika, setiap Muslim sangat marah dengan penghinaan terhadap Nabi s.a.w. Bahkan, di Mesir, aksi massa daripada kalangan Muslim, nyaris membakar Kedutaan Amerika, kerana salah satu daripada pelakon dalam filem itu adalah seorang Koptik, yang berkewarganegaraan Amerika. Di Libya, Kedutaan Amerika dihancurkan oleh perusuh, dan Duta Besar Amerika terbunuh, akibat kemarahan atas filem yang menghina Nabi s.a.w. Tetapi, kemudian yang terjadi Van Doorn memeluk Islam kirakira setahun lalu dan melakukan haji tahun itu. Ini perubahan yang sangat luar biasa. Apalagi, pengalamannya selama melaksanakan ibadah haji, begitu mendalam, saat melakukan tawaf di Kaabah, dan mengingat tentang kebesaran Allah Rabbul Alamin. Van Doorn seperti tak pernah puas, lalu di bulan Februari pergi melakukan umrah kembali ke Tanah Suci. Selanjutnya, Van Doorn mengatakan, bahawa "Parti ini akan menjadi wadah bagi Muslim di Eropah, meskipun tidak dilarang anggota daripada 'non-Muslim' yang bersimpati dengan Islam dan Muslim," katanya dalam wawancara dengan media Saudi. Van Doorn sangat menyesal ikut mengambil bahagian dalam filem "Fitna", di mana dalam filem litu banyak berisi informasi yang menyesatkan dan tidak benar tentang Nabi s.a.w. Namun, Doorn membantah dirinya ikut memproduksi atau mengarahkan "Fitna". Saya hanya ikut memasarkan filem itu, sementara dalam pembuatan filem itu, saya hanya bertindak sebagai penggerak dalam Parti Kebebasan Belanda yang dipimpin Geert Wilders yang memproduksi filem “Fitna," katanya. Sejatinya, Geert Wilders, seorang tokoh sayap kanan yang sangat rasis, dan berdarah Yahudi, dan mendirikan Parti Kebebasan, tujuannya melakukan kebencian dan permusuhan terhadap Islam serta para imigran yang sekarang sangat berpengaruh di seluruh daratan Eropah. Selanjuntya, Van Doorn mengatakan parti politik baru ini akan memprojekkan kebajikan Islam di seluruh Eropah dan di tempat lain di dunia Van Doorn mengatakan, "Saya telah berjanji berkhidmat siang dan malam bekerja guna memperjuangkan Islam, dan ini sebagai cara menebus dosa saya sebelumnya, dan berharap Allah akan menerima taubat dan memaafkan saya." Van Doorn mengatakan dia akan memproduksi sebuah filem berjudul "Muhammad: Manusia Agung", dan bekerjasama dengan Canadian Da’wa Society, yang mengundangnya melakukan ibadah haji. "Kami juga akan menghasilkan serangkaian cerita pendek berdasarkan kisah hidup Nabi s.a.w. dalam lima bahasa, dan akan disebarkan ke seluruh Eropah," katanya. Lebih jauh, Van Doorn mengatakan, dia juga akan memproduksi sebuah filem tentang sejarah Madinah yang disebutnya, sebagai "Madinah, Cahaya Islam.” Di tengah-tengah kekacauan di seluruh daratan Eropah, dan begitu hebatnya Islamophobia yang menghentak setiap kesedaran, orang-orang yang sangat memusuhi dan membenci Islam dan Nabi s.a.w., kemudian masuk Islam dan mendakwahkan Islam ke seluruh daratan Eropah. Inilah hidayah daripada Allah Rabbul Alamin kepada siapa saja. Doorn mengatakan dia menyusun sebuah buku tentang hal-hal yang dilihatnya selama musim haji. "Aku tidak akan pernah lupa melihat seorang anggota polis di Masjidil Haram, dia menolong wanita tua yang sedang menunaikan haji di punggungnya, dan berjalan bersama anggota polis itu, sampai ke tempat Jumrah, melempar syaitan di Mina, " katanya. Doorn mengatakan Haji memberinya pengalaman yang sangat luar biasa bagi kehidupannya, dan mendorong keinginannya mengetahui lebih dalam lagi tentang Islam dan Muslim, dan dia bermaksud untuk menulis buku tentang pengalamannya. "Saya menyesal atas dosa yang pernah saya lakukan sebelumnya. Seluruh hidup saya, sebelum masuk Islam adalah kekosongan atau kehampaan, dan penuh dengan perbuatan dosa," tambahnya. Van Doorn mengatakan dia telah menjelaskan Islam kepada ibunya, isteri dan tiga anaknya, dan mereka sudah mulai memahami agama yang mulia ini, iaitu al- Islam. Berbahagialah wahai Van Doorn kelak engkau di akhirat. Wallalhu'alam. -voa-islam.com Sumber - http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=29696 |
Syarikat serpihan Arqam mohon maaf, patuhi fatwa
Harakahdaily, | 17 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Selepas 45 tahun penubuhan Al-Arqam, syarikat serpihan ajaran itu, Global Ikhwan Sdn Bhd Holding (GISB) semalam mengakui ajaran Aurad Muhamadiah yang yang diamalkan ahli kumpulan itu sebelum ini terpesong dari ajaran Islam sebenar, lapor Selangorku.
Menurut Pengerusi Eksekutif GISB, Hatijah Aam, beliau mula menyedari kesalahan itu selepas berdoa di hadapan Kaabah memohon agar diberi pentujuk dan mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Maka pada hari ini hari pertama Tasyrik di Raya Haji 1434 Hijrah bersamaan 16 Oktober 2013, saya Hatijah Binti Aam mengisytiharkan di depan Tuan Pengarah Jais bahawa kami GISB menerima fatwa dengan sepenuh hati.
“Kami akan patuhi fatwa dan kembali kepada Kerajaan Malaysia khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jais dan Majlis Fatwa,” kata isteri pengasas Al-Arqam di Malaysia, Ashaari Muhammad itu di Majlis Pelupusan Bahan Dilarang Fatwa di Bandar Country Homes pagi semalam.
Justeru itu pihak beliau memohon maaf kepada pihak berkuasa khususnya Jais, Majlis Fatwa, Jakim dan semua semua penganut agama Islam di negara ini.
Turut mengikuti pengakuan Hajijah itu, Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad dan kira-kira 200 kakitangan GISB yang majoritinya bekas pengikut Al-Arqam.
Menurut Pengerusi Eksekutif GISB, Hatijah Aam, beliau mula menyedari kesalahan itu selepas berdoa di hadapan Kaabah memohon agar diberi pentujuk dan mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Maka pada hari ini hari pertama Tasyrik di Raya Haji 1434 Hijrah bersamaan 16 Oktober 2013, saya Hatijah Binti Aam mengisytiharkan di depan Tuan Pengarah Jais bahawa kami GISB menerima fatwa dengan sepenuh hati.
“Kami akan patuhi fatwa dan kembali kepada Kerajaan Malaysia khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jais dan Majlis Fatwa,” kata isteri pengasas Al-Arqam di Malaysia, Ashaari Muhammad itu di Majlis Pelupusan Bahan Dilarang Fatwa di Bandar Country Homes pagi semalam.
Justeru itu pihak beliau memohon maaf kepada pihak berkuasa khususnya Jais, Majlis Fatwa, Jakim dan semua semua penganut agama Islam di negara ini.
Turut mengikuti pengakuan Hajijah itu, Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad dan kira-kira 200 kakitangan GISB yang majoritinya bekas pengikut Al-Arqam.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-10-2013
Penyanyi rap Amerika tinggal kemewahan kerana Islam
http://gigitankerengga.blogspot.com, | 07 Okt 2013 |
Afriza Hanifa
"Aku mempunyai segalah hal, kemasyhuran, wang, wanita, rumah mewah dan semua yang diinginkan dalam hidup. Tapi aku masih saja tidak senang. Aku tak dapat mencari kedamaian jiwa," ujar Mutah Beale Wassin Shabazz, seorang anggota kumpulan hip-hop Outlaw binaan rapper ternama Amerika, Tupac Shakur.
Kemasyhuran dan kekayaan tak membuat rapper dengan nama panggung Naopleon itu bahagia. Islam lah yang kemudian menjadi kunci kebahagiannya.
Mutah sebenarnya lahir di tengah keluarga muslim. Sang ayah merupakan Amerika-Afrika Muslim bernama Salek Beale. Ibunya, Aquilleh Beale, merupakan muslimah asal Poerto Rico. Namun keduanya meninggal saat Mutah baru berusia tiga tahun. Nahas, Mutah dan seorang adiknya menyaksikan kematian ibu bapa mereka yang ditembak mati kumpulan garis keras. Mutah pun seketika menjadi yatim piatu yang kemudian dibesarkan oleh sang nenek dalam lingkungan nasrani.
Bersama keluarga besar, Mutah hidup dalam kemiskinan. Tak adanya pendidikan yang mencukupi membuat Mutah menjadi pemuda liar. Ia bahkan pernah menghisap dadah dan sepat ditangkap aparat. Hingga kemudian Mutah ingin merubah nasibnya kerana merasa iba dengan sang nenek yang mengurus banyak cucu dengan membanting tulang.
Ia pun mengejar kerjayanya menjadi penyanyi rap. Bermula menjadi rapper jalanan selama bertahun-tahun, Mutah kemudian dipertemukan dengan Tupac Shakur. "Tupac mengajakku untuk menyertai kumpulan Outlawz dan dari kumpulan itulah aku langsung menjadi seleb," ujarnya dipetik dari Majalah Weekend Trust.
Hidup glamor di dunia hiburan pun menjadi rutin Mutah. Inilah cita-cita Mutah sejak merintis kerjaya dari jalanan. Ia pu tak lagi diliputi kemiskinan dan dapat memberikan hidup layak bai sang nenek. Namun apa yang terjadi, Mutah justru tak merasa bahagia. "Apakah ini adalah tujuan akhir hidupku," soalan yang selalu menjadi beban benak lelaki kelahiran New Jersey tersebut.
Hingga suatu hari, sang nenek yang mengurusnya dari kecil meninggal dunia. Mutah diliputi kesedihan yang sangat. Tak lama kemudian, Tupac yang menaungi kumpulan rapnya pun meninggal dunia dengan targis. Makin berlipat gandalah kesedihan Mutah. "Aku bertanya-tanya, mengapa segala sesuatu pergi satu per satu? Mengapa semua orang yang memberiku harapan pergi satu per satu. Aku bertanya pada diri sendiri, Adakah ini benar-benar kehidupan? Apakah semua kekerasan dan sakit yang kurasa selalu ada dalam hidup? " ujar Mutah mengenang masa lalunya saat dilanda kegalauan hidup yang sangat.
Setelah berbagai peristiwa pilu, hidup Mutah tak karuan. Ia pergi dari kelab malam satu ke kelab lain. Ia kehilangan semangat hidupnya. Hingga suatu hari ia pernah memukul adiknya hingga nyaris tewas. Saat itu Mutah dalam keadaan mabuk berat. Saat itulah terdapat seorang muslim berada di lokasi.
"Suatu hari aku terlibat pergaduhan dengan adikku. Aku terus memukul kepalanya hingga darah tak berhenti mengucur. Lalu kami ditarik berasingan dan salah seorang bertanya, bagaimana jika saat aku sedar esok hari, aku mendapati adiikku terbunuh dengan tanganku sendiri. Sontak aku pun sedar dan sedih . Orang itu lah yang kemudian mengenalkan saya pada Islam, "kisah Mutah.
Itulah awal Mutah mengenal Islam. Ia pun kemudian mempelajari Islam dengan rasa penasaran yang sangat. "Aku tak tahu apa-apa tentang agama. Tapi aku penasaran dan mencari tahu tentang Islam. Menariknya, saat mempelajarinya, aku menyedari bahawa Islam adalah cara hidup yang saya inginkan selama ini," ujar Mutah menceritakan manisnya hidayah yang ia dapat.
Mutah pun kemudian bersyahadat. Tak tanggung-tanggung, ia ingin menjdi muslim sejati, seorang muslim yang kaffah. Tak hanya perkara wajib yang ia taati. Namun Sunnah Rasulullah pun ia jalani. Mutah begitu semangat berislam. Sejak mengenal Islam, ia mendapati ketenangan hidup yang selama ini ia inginkan.
Pencen dan Menuntut Ilmu ke Haramain
Setelah berislam, Mutah meninggalkan profesinya sebagai rapper. Tentu pilihannya tersebut merupakan perkara yang berat. Namun dengan mengikhlaskan diri kepada Allah, Mutah pun meninggalkan dunia muzik.
"Cabaran paling sukar yang harus aku hadapi adalah meninggalkan industri (muzik). Bagiku, industri muzik adalah way of life. Ini adalah cara hidup dan aku tahu ini adalah cara saya mendapatkan wang. Namun atas rahmat Allah, Dia membuatnya mudah bagi saya untuk pergi meninggalkan ini semua, "ujarnya.
Kemudahan itu didapatkan Mutah saat ia menunaikan ibadah haji untuk kali pertama. Saat itu ia merasa hidupnya hanya bersama Allah. Sepulang haji, Mutah pun amat kehilangan perasaan dekat itu. Ia kemudian enggan kembali ke kehidupan lamanya. Ia ingin hidupnya dipenuhi kedamaian jiwa sebagaimana saat menunaikan ibadah haji. Itulah yang benar-benar ia inginkan.
Ia kemudian pindah ke Arab Saudi dan belajar Islam disana. Sejumlah ulama dan masyayikh Saudi menjadi gurunya. Mutah bahkan seringkali menjadi motivator untuk para mualaf. Kisahnya juga difilemkan dalam sebuah dokumentari bertajuk "The Life of an Outlaw". Saat ini Mutah sangat bahagia menjadi muslimin dan hidup di tanah kelahiran Islam. "Saudi merupakan rumah saya sekarang," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-10-2013
Ini sebabnya duta besar Paraguay masuk Islam
Amri Amrullah, | 27 Sep 2013 |
(Duta besar Paraguay untuk lima negara Asia, Cecar Estebon Grillon (bersongkok hitam kanan) membaca doa usai membaca dua kalimat syahadat didampingi Menteri Agama RI, Suryadharma Ali saat memutuskan untuk menjadi muallaf di masjid Istiqlal, Jakarta, Jumaat 27/9)
Hidayah adalah rahasia Allah, tidak ada yang mampu menghalanginya. Setidaknya itulah yang diyakini setiap umat Islam.
Hidayah inilah yang dirasakan Duta Besar Republik Paraguay untuk lima negara ASEAN, Cecar Estebon Grillion setelah rasmi menjadi muallaf ketika mengucapkan dua kalimat syahadat usai Sholat Jumat di Masjid Istiqlal, Jakarta, Jumaat, 27 September 2013.
Beliau mengungkapkan bahawa, Islam itu ternyata agama yang indah, mengatur segala sendi kehidupan dan jauh dari seperti yang digambarkan oleh kelompok tertentu.
Ketertarikannya terhadap Islam muncul begitu saja dan tidak pernah disangka-sangka. Awalnya Cecar hanya berpendapat, kalau memang Tuhan itu ada, bagaimana mungkin nama-nama Tuhan itu berbeza-beza.
Cecar pun mulai mempelajari dan membaca bahawa sebenarnya ada kesamaan nama-nama Tuhan dari agama yang diturunkan dari keluarga Nabi Ibrahim AS.
Sejak awal dia berpendapat bahwa Tuhan itu maha kuasa dan esa. Ini sesuai dengan konsep asli agama-agama keturunan Ibrahim. Dan itu terlihat bagaimana nama-nama Tuhan dalam agama Ibrahim.
"Dalam Yahudi Tuhan disebut Elohim, dalam Kristien disebut Alah dan di Islam disebut Allah," ujarnya yang di dampingi calon istrinya Yulie Setyohadi, sebagai penterjemah.
Belakangan ini Cecar benar-benar memahami hanya Islam yang secara tegas mendeklarasikan bahwa Allah itu satu dan tidak ada tandingan atau keturunan yang dapat menandinginya.
"Dari sinilah ketertarikannya terhadap Islam," ujar Yulie kepada Republika. Setelah menyampaikan ketertarikannya tersebut, Cecar pun memutuskan untuk mempelajari Islam lebih mendalam.
Yulie memastikan keinginan calon suaminya mencari hidayah itu bukan kerana paksaan dari dirinya atau hanya kerana alasan pernikahan.
Keseriusan Cecar mendalami Islam ini terlihat ketika dia memutuskan mengenal Islam dari tokoh besar Islam Indonesia, Profesor KH Quraisy Shihab dan dibimbing juga oleh Imam Besar Masjid Istiqlal, KH Ali Mustafa Yaqub.
Imam Besar Masjid Istiqlal, KH. Ali Mustafa Yaqub mengatakan, sejak awal sudah terlihat keseriusan Cesar untuk memperdalam Islam. Keseriusannya ini pun ditunjukkan dengan menghafal bacaan dua kalimat syahadat. "Dia sebenarnya sudah bersyahadat, dengan berusaha menghafal berkali kalimat syahadat itu," katanya.
Ini terlihat ketika pengucapan syahadat di Istiqlal, Cecar tidak menghadapi masalah dalam pengucapan. Menurut Ali, inilah hidayah Allah yang diberikan kepada Cecar, Duta Besar Republik Paraguay untuk Indonesia dan lima negara ASEAN lain. "Hidayah ini tidak mampu ditolak dan dihalangi, kerana ini keajaiban yang diberikan Allah," tegasnya.
http://www.republika.co.id
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-9-2013
No comments:
Post a Comment