Kumpulan petani, nelayan desak kerajaan batal TPPA
- Dec 18, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Perhimpunan aman kira-kira satu jam itu disertai 30 aktivis Pengupayaan Insan, Bela Tani Negeri Kedah, Jaringan Nelayan Pantai Semenanjung, Jaringan Suara Rakyat Perak dan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah.
Mereka berhimpun sambil membawa bahan-bahan mentah seperti ikan, sayur-sayuran dan beras sebagai simbolik mempertahankan hak untuk kedaulatan makanan negara.
Jurucakap kumpulan tersebut, Nor Fitri Amir Mohamad yang juga Pengerusi Api berkata, jika TPPA dilaksanakan, tarif dan subsidi bagi produk pertanian akan dihapuskan dan kemungkinan akan berlaku lambakan hasil pertanian dari negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia lalu membunuh industri pertanian tempatan.
Sedangkan katanya, tarif dan subsidi bagi produk pertanian dan perikanan adalah bertujuan untuk melindungi kebajikan petani, penternak dan nelayan tempatan dan bagi menjamin hak kedaulatan makanan negara.
"Tanpa industri pertanian tempatan yang kukuh, Malaysia perlu bergantung sepenuhnya kepada produk makanan dari luar. Industri beras tempatan ketika ini masih boleh bertahan dengan tarif 40 peratus ke atas beras import.
"Apa yang lebih membingungkan, Amerika mahu subsidi produk pertanian negara lain dihapuskan sedangkan produk pertanian Amerika masih disubsidi di bawah TPPA," katanya.
Selain itu katanya, Sukma melihat TPPA ini merupakan satu jerat ekonomi.
Hal ini kerana kononnya produk pertanian Malaysia juga boleh dipasarkan keluar namun langkah-langkah bukan tarif contohnya standard kebersihan dan fitosanitasi yang berubah-ubah seringkali digunakan oleh negara maju untuk menghalang kemasukan produk pertanian dari negara lain.
Justeru tegasnya, Sukma menuntut menuntut agar kerajaan menolak perjanjian TPP ini melainkan jika TPPA tidak menjejaskan subsidi pertanian Malaysia semasa dan masa depan dalam apa jua cara.
"TPPA tidak boleh dilaksanakan melainkan kalau ia tidak mengurangkan tarif ikan dan produk pertanian Malaysia dalam apa-apa cara dan mengekalkan hak Malaysia untuk mengambil apa-apa langkah yang berkaitan dengan pertanian diatas kepentingan Sekuriti Makanan Negara dan kedaulatan makanan negara," tegasnya.
Himpunan bertemakan kekalkan Kemerdekaan Tolak TPPA itu turut dihadiri Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj.
Sumber HD - 18-12-2013
Malaysia: Negara kaya, rakyat papa
Anas Alam Faizli, | 24 Okt 2013 |
Struktur semasa sosio ekonomi Malaysia boleh disimpulkan dalam empat perkataan, “Negara Kaya, Rakyat Miskin.” Malaysia dirahmati dengan sumber alam semulajadi yang pelbagai dengan petroleum sebagai sumber yang paling bernilai. Diberkati dengan tanah subur, hasil mahsul, dan populasi golongan belia yang besar, Malaysia mempunyai semua ramuan penting yang diperlukan untuk jauh maju kehadapan. Bagaimanakah sebuah negara kecil dengan rakyat sekecil 30 juta orang akhirnya mempunyai jurang pendapatan antara paling lebar di rantau ini? Beza kaya dan miskin paling luas! Inilah persoalannya. Apakah yang telah berlaku?
DEB: Niat Yang Mulia, Awalnya
DEB ialah dasar gah yang digerakkan oleh dua iltizam: tindakan proaktif kita untuk mula membangunkan sebuah negara yang baru merdeka, dan reaksi kita kepada sistem pecah dan perintah British.
Buku teks mencatatkan yang DEB mempunyai strategi serampang dua mata: penghapusan kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat. Tetapi budaya popular dan artikulasi massa tidak boleh mengelak dengan mengaitkan DEB dengan agenda Bumiputera yang sangat mendalam terbenam dalam terasnya, yang mana menyasarkan pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam ekonomi Malaysia.
Tetapi “perkongsian ekonomi” di sini rupa-rupanya mempunyai konotasi dan implikasi yang lebih luas. Ia merentasi daripada aset dan pemilikan ekuiti, sehinggalah kepada perolehan kontrak, kuota pendidikan, dan dasar pekerjaan. Bumiputera ialah kumpulan etnik termiskin. Maka ideanya ialah untuk melakukan diskriminasi positif untuk Bumiputera, meletakkan mereka dalam landasan yang sepatutnya, seterusnya menjayakan pemilikan ekuiti yang lebih tinggi dalam ekonomi. Dan kita memulakan perjalanan yang memilukan dalam perjuangan sebuah tindakan afirmatif.
Seiring dengan masa dan pelbagai rancangan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia yang telah dilaksanakan, perubahan yang menakjubkan telah berlaku. Bumiputera dan semua rakyat Malaysia, secara umumnya, pada masa kini memiliki lebih banyak aset daripada ibubapa mereka. Kelas pertengahan muncul dan berkembang. Tahap kemiskinan, diukur daripada ukuran tersendiri, telah jatuh daripada 49.1% kepada 1.7% seperti yang dilaporkan dalam Kajian Pendapatan Isirumah 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini.
Bencana “Trickle-Down”
Malangnya, pada tahun 1990 sasaran ekuiti masih jauh untuk dicapai. Masa sudah semakin suntuk dan Malaysia mengambil jalan mudah dengan rancangan kesan “trickledown” yang tidak di rancang dengan sempurna. Malaysia melakukan cara mudah dengan mengkayakan dan memperkasakan beberapa orang Bumiputera yang akan menjadi usahawan berjaya dan pemilik aset dan percaya kesan penggandaan berterusan, yang akan mengalir dan memberi kesan kepada keseluruhan komuniti Bumiputera. Ketika itu dipercayai, falsafah untuk kesan “trickledown” tidak akan dapat dielakkan.
Kesan “trickledown” tidak berkesan dahulu dan tidak juga berkesan pada masa sekarang dan akan datang. Malah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sendiri mengakuinya dalam temu bual baru-baru ini dengan Martin Soong daripada CNBC. Hakikatnya, ia memperluaskan lagi jurang kaya dan miskin dalam strata rakyat Malaysia. Ia telah menjadi sesuatu yang kita berpaut kepadanya sekuat mungkin dan masih mempercayainya sebagai kebenaran.
Belum lagi berjaya dengan matlamat lama, kita mengorak langkah dengan mimpi baru, iaitu sebuah “Impian Malaysia” yang baru. Sudah tentu, secara semula jadi langkah seterusnya adalah untuk memperkembang dan memperbesarkan saiz kelas menengah yang sudah ada. Soalnya, adakah ini benar berlaku?
Satu Lagi Sasaran Tidak Tercapai?
Impian baru ini adalah mimpi dan cita-cita supaya Malaysia mencapai status Negara Berpendapatan Tinggi. Ini akan menjadi kenyataan dengan mencapai pendapatan per kapita USD$15,000 menjelang tahun 2020. Untuk mereka yang tidak terlatih dalam bidang ekonomi, jangan khuatir. Ia hanya bermakna yang Pendapatan Negara Kasar (GNI) negara ini, yang diukur daripada pengeluaran dalam negara dijumlahkan dengan pendapatan tetap daripada luar negara, yang apabila dibahagikan dengan jumlah penduduk negara ini, mestilah bernilai USD$15,000. Buat masa ini, Malaysia berada pada tahap USD$9,970 dan kita telah dijamin yang sasaran ini boleh dicapai sekitar tahun 2017-2018.
Abaikan sahaja yang kebanyakan isi rumah yang relatifnya berpendapatan rendah masih menemukan diri mereka dalam situasi yang tidak banyak berubah. Abaikan sahaja yang isi rumah Bumiputera masih berada dalam kelompok 40 peratus terbawah dalam strata isi rumah di Malaysia. Abaikan sahaja yang walaupun kebanyakkan pendapatan negara ini pada tahun 2020 berkelompok dan berfokus hanya kepada 100 orang di negara ini, kita masih boleh mencapai sasaran USD$15,000 per kapita kerana ia dibahagikan secara kasar dengan keseluruhan populasi. Sasaran ini hanyalah satu nombor yang tiada makna jika relatifnya rakyat susah!
Indikator yang digunakan untuk mengukur konsep Negara Berpendapatan Tinggi sangat bermasalah. Banyak pihak dalam komuniti penyelidikan dan gerakan awam sudah menyuarakan kebimbangan mereka kepada kaedah yang digunakan untuk mengukur pendapatan menggunakan Dollar Amerika. Ia bukanlah matawang yang majoriti rakyat Malaysia perolehi dan gunakan. Jadi, apabila Ringgit lebih kukuh daripada Dollar Amerika tahun lepas, kita mempunyai seribu alasan untuk mempersoalkan adakah GNI per kapita yang diukur dalam terma Dollar Amerika benar-benar melambangkan pertumbuhan sebenar per kapita, dan sama ada sasaran ini sebenarnya dapat dicapai.
Sungguhpun begitu, walaupun kita meletakkan soal pertukaran matawang ini ditepi, di sini izinkan saya buktikan mengapa sasaran USD$15,000 per kapita tidak boleh menjadi “impian” bersama yang dapat dibanggakan sepenuhnya, jika dicapai kelak.
Di bawah ialah di antara sebab-musababnya:
Negara Kaya Raya, Rakyat Papa Kedana
Pertamanya, majoriti isi rumah rakyat Malaysia, yakni hampir 90 peratus pendapatan mereka hanya bersumberkan daripada upah dan gaji, termasuklah yang bekerja sendiri. Malah kepada sebahagian yang mampu memiliki sedikit aset, hakikat ini masih benar. Apatah lagi bagi mereka yang langsung tidak memilik aset, dan seterusnya tidak memperolehi pendapatan daripada aset yang dimiliki.
Perlu diingatkan bahawa KDNK Malaysia (jika diukur menggunakan kaedah pendapatan) akan dipecahkan kepada beberapa bahagian: 28 peratus upah dan gaji, 67 peratus keuntungan perniagaan (termasuklah pendapatan bersama) dan 5 peratus cukai dan subsidi. Apakah yang dimaksudkan dengan ini? Ia bermakna daripada keseluruhan KDNK, hanya 28 peratus terhasil daripada sumbangan upah dah gaji populasi Malaysia yang bekerja. Ini adalah sangat rendah!
Sepanjang 15 tahun yang lepas, sumbangan daripada upah dan gaji kepada KDNK Malaysia berolak-alik di antara 26 hingga 32 peratus dan satu-satunya sebab ia mencapai 32 peratus ialah kerana kegawatan ekonomi 2008 apabila keuntungan syarikat berkurangan. Di Singapura, angka upah dan gaji yang menyumbang kepada KDNK sudah setinggi 42 peratus pada tahun 1997.
Di negara-negara maju seperti Korea, Kanada, UK dan Jepun, jumlah upah dan gaji masing-masing ialah sebanyak 46 peratus, 51 peratus, 55 peratus dan 52 peratus. Rakyat Malaysia tidak memperolehi pecahan besar daripada pengeluaran negara yang masuk ke dalam poket mereka! Perkara ini menjadi lebih buruk; dokumen ETP (A Roadmap for Malaysia: Chapter 2) sendiri meletakkan ukuran yang meramalkan upah di dalam KDNK untuk NKEA akan jatuh sehingga 21 peratus pada tahun 2020! Apa yang kita cuba hebahkan dan apakah keutamaan kita yang sebenarnya?
Malah, sepanjang 15 tahun lepas, gaji untuk pekerja di Malaysia telah terkebelakang dengan pengeluaran kita. Kadar pertumbuhan pengeluaran adalah selari dengan kadar pertumbuhan upah sekitar 1998, tetapi selepas itu perlahan-lahan ia jatuh ketinggalan di belakang. Sehingga tahun lepas, pengeluaran dalam sektor pembuatan ialah 45 peratus melebihi upah. Ia boleh diterjemahkan secara kasar yang pekerja kita menerima gaji kurang daripada sepatutnya dalam kadar 45 peratus. Semua ini menunjukkan yang GNI per kapita tidak mewakili dengan baik pendapatan majoriti rakyat Malaysia yang menikmatinya sebagai upah dan gaji. Malah tiada makna apa-pun yang relevan dengan rakyat umum.
Keduanya, lebih daripada 90% tenaga kerja penerima upah tidakpun menerima gaji yang banyak. Hanya 11.0 peratus daripada pendapatan negara diterima daripada cukai pendapatan individu dan hanya 1.0 juta daripada 10.8 juta tenaga kerja layak untuk membayar cukai. KWSP melaporkan yang 78.6% daripada penyumbangnya memperolehi RM 3,000 sebulan atau kurang. Ini sekali lagi menunjukkan betapa rendahnya pendapatan majoriti rakyat Malaysia pada tahap individu. Jadi apakah Negara Berpendapatan Tinggi yang kita ingin capai dalam masa beberapa tahun akan datang? Adakah sebuah Negara Berpendapatan Tinggi dengan majoriti rakyatnya berpendapatan rendah?
Ketiganya, satu lagi isu besar ialah kuasa membeli rakyat. Pendapatan tinggi semata-mata tidak semestinya diterjemahkan ke dalam kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik sekiranya pendapatan tinggi tidak boleh memberi rakyat kuasa membeli yang tinggi. Analisis mudah akan menunjukkan bagaimana seorang graduan pada 1980 mempunyai kuasa membeli lebih tinggi dibandingkan dengan graduan pada hari ini. Dengan anggaran gaji asas RM1,000 seorang graduan boleh memiliki sebuah Opel Gemini berharga RM12,400 atau 12 bulan gajinya dan membeli sebuah rumah yang baik, mungkin di Taman Tun, berharga RM62,000 atau 56 bulan gajinya.
Hari ini, dengan bayaran pokok sebanyak RM2,500 atau hanya 2.5 peratus tinggi daripada graduan tahun 1980, sebuah Mazda 6 sekarang berharga RM178,000 atau lebih kurang 71 bulan gaji bulanannya dan sebuah rumah yang baik jauh di luar Kuala Lumpur, katakan di Nilai yang berharga RM 350,000 atau 140 bulan gaji bulanannya. Kos sara hidup telah meningkat dengan sangat tidak masuk akal dan kuasa membeli seorang pekerja secara puratanya telah berkurangan dengan sangat nyata.
Keempat ialah isu jurang kaya dan miskin, dan sehingga kini isu ini ialah hujah terkuat untuk menentang sasaran Negara Berpendapatan Tinggi USD $15,000. Ada sebab mengapa ahli akademik, kumpulan masyarakat sivil dan rakyat melaungkan sepanduk ketidaksamarataan; Malaysia antara negara yang tinggi jurang kaya dan miskin di rantau ini. Pada 3 Ogos 2013, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni mengakui perkara ini.
Pertumbuhan pendapatan diukur daripada tahun 1970 telah menunjukkan yang 20 peratus kelompok teratas jauh meninggalkan kelas pertengahan yang mewakili sebanyak 40 peratus dan 40 peratus selebihnya tergolong dalam kelompok terbawah isi rumah, sementara jurang pendapatan antara mereka secara puratanya membesar. Pekali GINI, yang mengukur darjah jurang antara pendapatan tertinggi dan pendapatan terendah, kekal tinggi di antara 0.43 sehingga 0.44 tanpa perubahan sepanjang 20 tahun di Malaysia.
Memperolehi RM10,000 sebulan dalam sebuah isi rumah sudah pun meletakkan anda dalam kedudukan 4 peratus teratas dalam isi rumah Malaysia, dan secara asasnya tergolong dalam kumpulan yang sama dengan kelompok hartawan Malaysia seperti Ananda Krishnan. 73 peratus isi rumah memperolehi kurang daripada RM 5,000, dengan purata dua orang dewasa yang bekerja untuk setiap isi rumah. Ini sahaja sudah menunjukkan betapa luasnya jurang yang wujud. Keadaan ini, walaupun membolehkan sasaran USD $15,000 Negara Berpendapatan Tinggi dicapai, ia hanyalah dalam bentuk angka kuantiti terpilih, tetapi mempunyai kualiti yang sangat lemah dalam semangat perkongsian kekayaan dan isi keadilannya.
Bagaimana ketidaksamarataan yang tinggi dan berterusan ini berlaku? Sumbangan terbesar ialah kegagalan “kesan trickledown”. Pengayaan berterusan kepada beberapa pihak terpilih secara berterusan meluaskan lagi jurang dalam kitaran yang panjang dan berulang. Ketidaksamarataan dalam sistem pendidikan kita juga menyumbang kepada 77 peratus tenaga kerja Malaysia hanya berkelulusan SPM dan ke bawah, seterusnya menyebabkan kadar gaji yang rendah.
Hanya kerana keuntungan, sektor perniagaan tidak bersedia untuk melabur dalam produktiviti dan latihan orang tempatan. Kita memuaskan komunti peniaga dengan membenarkan kemasukan besar-besaran pekerja asing, terutama di kilang, untuk menggantikan pekerja tempatan yang relatifnya lebih mahal. Mitos bahawa orang tempatan memilih pekerjaan dan tidak bersedia untuk bekerja di kilang kemudiannya dibesar-besarkan, walaupun orang tempatan bersedia untuk bekerja di kilang sekiranya di upah sewajarnya. Ini terbukti benar dalam industri minyak dan gas; pekerja yang bekerja keras semuanya orang Malaysia, walaupun terpaksa membanting tulang di bawah bahang terik matahari, kerana ganjarannya besar.
Jadi Apakah Sebenarnya Impian Rakyat Malaysia?
Kita tidak ada satupun! Tetapi jika kita merancang untuk mempunyai satu impian bersama, kita tidak boleh meninggalkan pekerja biasa di belakang, kelompok yang membentuk lebih 80 peratus daripada populasi Malaysia. Kita memerlukan impian yang merangkumi dan menyeluruh serta menitik beratkan kualiti kehidupan kepada semua rakyat Malaysia, bukan hanya kelompok terpilih.
Ketidaksamarataan pendapatan ialah ancaman serius kepada harapan kita untuk membentuk sebuah negara maju. Satu ironi yang besar sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak merasai pengalaman status pendapatan tinggi, secara nyata, sebaik sahaja kita mencapai sasaran USD$15,000. Bagaimana kita hendak mengisytiharkan diri sebagai berpendapatan tinggi apabila kesan ketidaksamarataan seperti jenayah, penggangguran, kesihatan dan kebejatan sosial serta penurunan kebajikan sosial menjadi lebih ketara? Malah jika kita memang mencapai tahap pendapatan tinggi, masalah yang timbul daripada ketidaksamarataan menghasilkan persoalan serius tentang kemandirian status pendapatan tinggi.
Selagi mana kita tidak bersatu, bersama-sama mengatakan tidak kepada ketidaksamarataan secara menyeluruh, dan membantu meningkatkan kelompok 60 peratus terbawah yang berpotensi menjadi penjana ekonomi yang signifikan, masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya dan akan kembali menghantui kita semua. Bergerak ke hadapan, dasar kita sewajarnya dibentuk dan dibina berasaskan pemahaman ini. Kita tidak akan mencadangkan GST yang menekan rakyat untuk meningkatkan sumber pendapatan jika kita memahami fakta ini. Sebaliknya kita akan cuba meningkatkan pendapatan daripada sumber lain yang tidak akan menyakiti majoriti rakyat seperti cukai warisan, cukai progresif dan cukai laba modal.
Tetapi hujahan perkara-perkara itu, ialah untuk hari yang lain.
"Perlu ada dalam warga bukannya kemiskinan melata tidak juga kekayaan menggunung, kerana keduanya adalah usaha keras kejahatan." (Plato)
*Anas Alam Faizli ialah profesional dalam industri minyak dan gas. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat kedoktoran, pengasas bersama BLINDSPOT dan BANTAH TPPA, tweet di @aafaizli

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-10-2013
Lawan TPPA hingga Malaysia tarik diri - SAMM
Harakahdaily, | 17 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Walaupun telah berlangsung dua aksi penting, Pentas Perdana Anti-TPPA di Kg Baru dan Demonstrasi Bantah TPPA di hadapan KLCC minggu lalu, ia bukan bermakna penentangan terhadap Perjanjian TPPA sudah berakhir.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru semua pihak agar meneruskan bantahan terhadap Perjanjian TPPA sehingga Malaysia sah menarik diri dari perangkap yang mampu menggadai kedaulatan negara.
“Isu TPPA ini bukanlah satu isu yang mudah untuk disampaikan kepada umum, ia agak teknikal dan tidak terjangkau imiginasi keburukannya kerana TPPA belum menjadi kenyataan,” ujar Pengarah propagandanya, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.
Walaupun telah berlangsung dua aksi penting, Pentas Perdana Anti-TPPA di Kg Baru dan Demonstrasi Bantah TPPA di hadapan KLCC minggu lalu, ia bukan bermakna penentangan terhadap Perjanjian TPPA sudah berakhir.

Isu TPPA ini bukanlah satu isu yang mudah untuk disampaikan kepada umum, ia agak teknikal dan tidak terjangkau imiginasi keburukannya kerana TPPA belum menjadi kenyataan. Malah pihak kerajaan tidak menjalankan amanah apabila terus berahsia ketika perbincangan TPPA memasuki fasa terakhir sebelum perlaksanaan. Rakyat telah diketepikan dalam soal menentukan masa depan negara.
Justeru itu, sejak dua bulan lalu SAMM menjalankan peranan membangkit kesedaran rakyat betapa isu TPPA perlu dihangatkan merentasi bidang warna politik. Dengan kerjasama sekutu mahasiswa dan Gabungan BantahTPPA, SAMM telah menggerak jentera di seluruh negara dalam aksi Jelajah #TolakTPPA di mana setiap negeri tidak terkecuali menganjur ceramah umum. Penceramah dari pelbagai parti politik dan NGO khususnya dari Bantah telah menyertai jelajah ini. Sebanyak enam puluh ribu risalah kesedaran bahana TPPA telah diedar sepanjang jelajah.
Kemuncak jelajah menyaksikan Pentas Perdana di Kelab Sultan Sulaiman pada 10 Oktober lalu menghimpun tokoh politik dan aktivis, termasuk dua tokoh ternama tanahair telah diundang naik sepentas melawan TPPA, iaitu DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad. Namun hanya DS Anwar sahaja yang muncul pada malam tersebut manakala Tun Mahathir tidak memberikan jawapan positif.
SAMM menjemput Tun Mahathir kerana kelantangannya menghalang TPPA dimetrai. Namun sejauh mana keikhlasan Tun Mahathir? Apakah hanya demi menyelamatkan perniagaan monopoli anak dan kroni yang bertaraf konglomerat dari jatuh tersungkur di kaki konglomerat antarabangsa? Kerana mahu merungkai persoalan rakyat, SAMM memberi ruang kepada Tun Mahathir bagi menjelaskan sesuatu. Ternyata Tun tidak berani seperti yang dikenali.
Di sebelah pihak lagi, DS Anwar walaupun dituduh ejen Amerika dan didakwa punya hubungan istimewa dengan US namun beliau berani tampil dengan tegas menolak Perjanjian TPPA yang penuh agenda tersembunyi. DS Anwar mengulangi pendiriannya sejak awal menolak TPPA, ketegasan dan keberanian ini wajar diberi pujian.
Malah DS Anwar turut menyuarakan tujuan Mahathir menolak TPPA adalah sebagaimana Mahathir yang sama menolak IMF, demi untuk terus memastikan urusan kewangan negara boleh diperlakukan sesuka hatinya ketika menjadi Perdana Menteri. Ia bukan demi rakyat, tetapi demi kepentingan diri dan kuasa.
Kehadiran orang ramai pada malam Pentas Perdana Anti-TPPA tidaklah mengecewakan walaupun hujan lebat bermula sejak awal petang hingga ke malam. Lebih seribu memenuhi segelinap padang dan juga menerusi siaran langsung yang dibawa oleh TV Selangor menyaksikan lebih 10 ribu audiens.
Tanggal 11 Oktober, sempena kehadiran wakil Presiden Barack Obama ke Malaysia, SAMM bersama Gabungan Bantah TPPA membuka gelanggang demonstrasi di depan KLCC. Berarak dari Masjid As-syakirin terus ke depan KLCC, rakyat khussunya golongan anak muda menyatakan bantahan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian TPPA. Ini jelas.
SAMM dengan pelbagai usaha dan kerjasama, bertekad memastikan tanahair ini tidak dijual melalui skim TPPA. Oleh demikian, proses kesedaran umum amatlah penting. Syukurlah sejak akhir-akhir ini soal TPPA sudah mula dibicarakan di media dan rata-rata rakyat kelas pertengahan telah mula mengambil tahu tentang TPPA, tidak seperti dua bulan yang lalu.
Soal TPPA kini semakin popular memberi tekanan yang besar hingga menyebabkan langkah kerajaan kian kendur, malah Perdana Menteri turut bermain jalan selamat mengutarakan kebimbangan. Kebimbangan Perdana Menteri juga dilihat tidak 'menjamin', dan membimbangkan. Najib Razak sememangnya tidak punya ketegasan.
Ayuh terus lawan, rakyat bersatu pasti tidak akan dikalahkan. Menyelamatkan kedaulatan tanahair harus jadi keutamaan setiap anak bangsa Malaysia!

Sumber HD - 17-10-2013
Dedah kandungan TPPA, biar rakyat nilai
Muhammad Faizal, | 11 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS mengesa agar kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) agar ia dapat diteliti oleh rakyat.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika berucap pada himpunan bantah TPPA di hadapan Masjid Al-Syakirin, KLCC hari ini mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil serius dengan desakan rakyat agar menolak TPPA.
"Kita berada di sini sebagai mewakili rakyat Malaysia untuk menentang perjanjian TPPA dan seterusnya menentang pelaksanaannya di negara ini.
"Kita gesa agar kerajaan di bawah kepimpinan Najib membuat pendedahan kesemua perjanjian dan ini penting untuk rakyat teliti serta mengetahui apa kandungan mahupun muslihat disebaliknya," ucap beliau.
Beliau turut melahirkan kekesalan apabila pimpinan Umno terus berdiam diri dalam soal TPPA walaupun ia secara langsung dilihat mengugat ekonomi negara.
"Saya tidak tahu sama ada pemimpin Umno ini sedar atau tidak, mahupun takut untuk bersuara sehinggakan tidak ada sepatah pun keluar dari mulut mereka bercakap tentang TPPA.
"Umno bercakap soal maruah negara, ekonomi tetapi dalam soal ini mereka membisu tanpa sebarang desakan walaupun untuk mengetahui isi kandungan perjanjian," jelas beliau
Tambah beliau lagi, pimpinan Umno perlu mengambil ruang sempena dengan perhimpunan agung mereka nanti untuk mengesa presiden mereka membatalkan hasrat untuk mengikut serta dalam pelaksanaan TPPA.
Salahuddin turut meminta kerajaan menyediakan satu kertas putih mengenai perjanjian serta dibahaskan segala apa kandungan di dalamnya.
"Kita nak lihat kertas putih mengenai perjanjian TPPA, kita nak tengok segala kelemahan yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
"Ini hak yang perlu rakyat ketahui, apa jua kelemahan mahupun muslihat sulit dalam perjanjian tersebut kita ingin teliti serta bahaskan," sambung beliau.
Salahuddin juga memberitahu isu TPPA bukannya isu satu pihak sahaja tetapi melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia, dan perkara ini perlu ditentang habis-habisan agar kedaulatan serta ekonomi negara terjamin.
Sementara itu, Pakar Ekonomi PAS Dr Rosli Yaakob meminta agar Najib meninggalkan segera meja rundingan TPPA dan menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap Amerika Syarikat untuk menolak terus pelaksanaan tersebut.
Himpunan yang dianjur oleh Badan Bertindak Bantah TPP (Bantah) hari ini bermula di hadapan Masjid Al-Syakirin selepas solat Jumaat sebelum berarak dan berhimpun di hadapan KLCC.
Himpunan aman itu telah disertai hampir 700 orang dari pelbagai latar belakang termasuk wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga parti-parti politik.
1. THJ SA : http://www.youtube.com/watch?v=VaVXi4k7Ca8&feature=youtu.be
2. Para Demontran : http://www.youtube.com/watch?v=S-Wco-GDeRg&feature=youtu.be
3. Wakil BANTAH : https://www.youtube.com/watch?v=E9fDYNW82cs
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-10-2013
Tolak TPPA, fikir tindakan seterusnya - Husam
Hazayani Zakaria, | 11 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak harus berakhir dengan himpunan di KLCC hari ini sahaja.
Sebaliknya kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, semua pihak harus berfikir mengenai tindakan seterusnya bagi memastikan Malaysia menolak TPPA yang akan menjejaskan kedaulatan negara.
"PAS menyokong sepenuhnya usaha anak muda yang menggerakkan himpunan untuk membantah TPPA dan PAS minta semua ahli turun ke himpunan esok
"Tapi langkah kita tak harus berhenti esok. Saya tak suka buat sesuatu benda di mana ia tak siap, tak sempurna.
"Kita hanya bantah kemudian ia (TPPA) berjalan. kita kena berfikir secara kreatif, di luar kotak bagaimana nak tamatkan apa yang kita tak kehendaki. Kalau hanya bantah tapi tak ada keputusan yang konkrit pun tak guna," katanya sewaktu berucap di Pentas Perdana Anti TPPA di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.
Pentas malam tadi merupakan acara kemuncak kepada siri jelajah Bantah TPPA ke seluruh negara yang bermula 19 September lalu sebelum himpunan besar-besaran jam 2 petang ini di KLCC.
SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mengadakan siri jelajah tersebut bagi memberikan penerangan kepada rakyat berhubung bahaya TPPA kepada kedaulatan negara.
Husam juga menegaskan, Islam menggalakkan perdagangan kerana perdagangan menghasilkan kemakmuran dan keharmonian kepada negara.
Namun katanya, perundingan dalam TPPA tidak seimbang dan akan mengongkong negara yang sedang membangun.
"Perdagangan itu syaratnya bebas dan menghasilkan kemakmuran bersama. Yang kita bincang hari ini kongkongan perdagangan bebas walaupun namanya bebas.
"Bagaimana kongkongan itu berlaku iaitu dalam pertandingan yang tidak seimbang di mana syarikat gergasi dunia akan menguasai perdagangan dan menghimpit pedagang kecil yang tidak mampu bersaing.
"Dengan cara ini rakyat sesuatu negara akan jadi lebih miskin. Bila rakyat miskin negara juga akan miskin. Bila miskin negara akan lemah mereka tidak ada hak untuk demand," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau menolak TPPA tetapi dalam masa yang sama tidak mahu pemimpin negara menguasi ekonomi negara melalui kroni mereka.
"Saya menentang TPPA atas prinsip keadilan kepada rakyat. Saya tak menentang TPPA supaya Amerika tak kuasai ekonomi supaya anak-anak saya boleh kuasai minyak.
"Kita menentang kerana rundingan TPPA ini sudah menunjukkan ketidakadilan," tegasnya.
Pentas malam tadi turut menampilkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, R Sivarasa (Subang), Tian Chua (Batu), Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat Aiman Athirah Al Jundi, wakil Ikram Syed Ibrahim Syed Noh, aktivis Hishamuddin Rais serta aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim.

Ahli PAS diseru sertai himpunan Bantah TPPA esok
Muhammad Faizal, | 10 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS meminta ahlinya turut sama hadir memberi sokongan kepada himpunan Bantah Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) esok.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, komitmen perlu ditunjukkan oleh semua rakyat negara ini dengan membantah pelaksanaan perjanjian TPPA bagi menyelamatkan ekonomi negara.
"Saya hari ini menyeru ahli PAS untuk hadir turut sama berhimpun bantah TPPA sebagai tanda sokongan penentangan kita kepada pelaksanaannya.
"Sebagai rakyat Malaysia kita perlu hadir dan memberi komitmen tanpa belah bagi membantah perjanjian tersebut sebagai jalan untuk menyelamatkan ekonomi negara," ujarnya kepada Harakahdaily.
Selain Salahuddin, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga dijangkakan turut sama dalam himpunan yang berlangsung selepas solat Jumaat di Masjid Al-Syakirin, KLCC.
Sebelum itu himpunan yang dianjur oleh Badan Bertindak Bantah TPP (Bantah) memberi jaminan bahawa pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa ketika mengadakan himpunan secara aman #BantahTPPA itu.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, komitmen perlu ditunjukkan oleh semua rakyat negara ini dengan membantah pelaksanaan perjanjian TPPA bagi menyelamatkan ekonomi negara.
"Saya hari ini menyeru ahli PAS untuk hadir turut sama berhimpun bantah TPPA sebagai tanda sokongan penentangan kita kepada pelaksanaannya.
"Sebagai rakyat Malaysia kita perlu hadir dan memberi komitmen tanpa belah bagi membantah perjanjian tersebut sebagai jalan untuk menyelamatkan ekonomi negara," ujarnya kepada Harakahdaily.
Selain Salahuddin, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga dijangkakan turut sama dalam himpunan yang berlangsung selepas solat Jumaat di Masjid Al-Syakirin, KLCC.
Sebelum itu himpunan yang dianjur oleh Badan Bertindak Bantah TPP (Bantah) memberi jaminan bahawa pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa ketika mengadakan himpunan secara aman #BantahTPPA itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-10-2013
TPPA: Malaysia terdedah gejala ‘pak turut’
Harakahdaily, | 09 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tidak menerima pendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata Malaysia bukan 'pak turut' dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
“Kami berpendapat memang Malaysia akan terdedah kepada gejala menjadi pak turut selagi mana ia akan terus turut berunding dengan kuasa ekonomi besar seperti Amerika Syarikat yang akan mengguna seluruh pengaruhnya untuk mendominasi ekonomi dunia ketiga termasuk Malaysia,” kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam saatu kenyataan.
Menurutnya, sejak dari awal perundingan itu lagi, ia dilakukan dalam keadaan penuh rahsia.
Katanya, ini sendiri adalah suatu tanda semua negara anggota yang berunding dalam TPPA adalah ‘pak turut’.
Katanya lagi, sifat kerahsiaan dalam perundingan ini menunjukkan kepentingan rakyat umum tidak diambilkira dan kepentingan rakyat tidak menjadi keutamaan berbanding kepentingan untuk syarikat besar.
Apa yang jelas, ujarnya menyertai perundingan itu sahaja sudah cukup memerangkap Malaysia untuk menerima syarat perdagangan yang nantinya dimeterei atas alasan kononnya ‘menang menang’.
“Pernyataan PM adanya kebimbingan terhadap kedaulatan negara boleh terjejas dalam TPPA itu sendiri sepatutnya menyebabkan Malaysia tidak perlu meneruskan penyertaannya dalam proses perundingan tersebut,” ujarnya.
Beliau menegaskan, jika benar Malaysia mahu mempengaruhi proses perundingan TPP itu, kenapa teks penuh perundingan itu tidak didedahkan dari awal lagi kepada Parlimen untuk dibahas.
“Kenapa pihak kerajaan tidak menjelaskan dari awal lagi siapa yang menderaf teks perjanjian itu dan kenapa ia perlu dirahsiakan?” tanya beliau.
Menurutnya, manipulasi kuasa ekonomi Barat seperti AS dalam pelbagai perundingan perdagangan antarabangsa sudah cukup untuk memberi dalil kenapa perundingan dalam TPPA mengundang risiko yang besar.
Justeru, ujarnya jika pengalaman perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-AS sebelum ini tidak dimeterai, kenapa kerajaan mahu meneruskan perundingan dalam perjanjian yang lebih besar implikasinya.
Katanya, tidak dapat dinafikan TPPA adalah sebuah perjanjian yang sangat berpaksikan kepentingan Amerika Syarikat.
Katanya, ukuran potensi dan saiz perdagangan adalah berlegar pada kepentingan perdagangan dengan Amerika Syarikat.
Jelasnya, semua penganalisis bersetuju TPPA mempunyai unsur hegemoni geo-ekonomi Amerika Syarikat di rantau ini.
“Kami mendapati kerajaan mengumumkan proses dalaman iaitu menerangkan perjanjian berkenaan kepada kabinet, rakyat Malaysia serta perbahasan di Parlimen, akan dilaksanakan sebelum membuat keputusan, hanya setelah pelbagai reaksi kritikan disuarakan oleh rakyat melalui NGO,” katanya.
“Kami berpendapat memang Malaysia akan terdedah kepada gejala menjadi pak turut selagi mana ia akan terus turut berunding dengan kuasa ekonomi besar seperti Amerika Syarikat yang akan mengguna seluruh pengaruhnya untuk mendominasi ekonomi dunia ketiga termasuk Malaysia,” kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam saatu kenyataan.
Menurutnya, sejak dari awal perundingan itu lagi, ia dilakukan dalam keadaan penuh rahsia.
Katanya, ini sendiri adalah suatu tanda semua negara anggota yang berunding dalam TPPA adalah ‘pak turut’.
Katanya lagi, sifat kerahsiaan dalam perundingan ini menunjukkan kepentingan rakyat umum tidak diambilkira dan kepentingan rakyat tidak menjadi keutamaan berbanding kepentingan untuk syarikat besar.
Apa yang jelas, ujarnya menyertai perundingan itu sahaja sudah cukup memerangkap Malaysia untuk menerima syarat perdagangan yang nantinya dimeterei atas alasan kononnya ‘menang menang’.
“Pernyataan PM adanya kebimbingan terhadap kedaulatan negara boleh terjejas dalam TPPA itu sendiri sepatutnya menyebabkan Malaysia tidak perlu meneruskan penyertaannya dalam proses perundingan tersebut,” ujarnya.
Beliau menegaskan, jika benar Malaysia mahu mempengaruhi proses perundingan TPP itu, kenapa teks penuh perundingan itu tidak didedahkan dari awal lagi kepada Parlimen untuk dibahas.
“Kenapa pihak kerajaan tidak menjelaskan dari awal lagi siapa yang menderaf teks perjanjian itu dan kenapa ia perlu dirahsiakan?” tanya beliau.
Menurutnya, manipulasi kuasa ekonomi Barat seperti AS dalam pelbagai perundingan perdagangan antarabangsa sudah cukup untuk memberi dalil kenapa perundingan dalam TPPA mengundang risiko yang besar.
Justeru, ujarnya jika pengalaman perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-AS sebelum ini tidak dimeterai, kenapa kerajaan mahu meneruskan perundingan dalam perjanjian yang lebih besar implikasinya.
Katanya, tidak dapat dinafikan TPPA adalah sebuah perjanjian yang sangat berpaksikan kepentingan Amerika Syarikat.
Katanya, ukuran potensi dan saiz perdagangan adalah berlegar pada kepentingan perdagangan dengan Amerika Syarikat.
Jelasnya, semua penganalisis bersetuju TPPA mempunyai unsur hegemoni geo-ekonomi Amerika Syarikat di rantau ini.
“Kami mendapati kerajaan mengumumkan proses dalaman iaitu menerangkan perjanjian berkenaan kepada kabinet, rakyat Malaysia serta perbahasan di Parlimen, akan dilaksanakan sebelum membuat keputusan, hanya setelah pelbagai reaksi kritikan disuarakan oleh rakyat melalui NGO,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-10-2013
Forum TPPA: Anwar setuju, Tun M belum jawab
Harakahdaily, | 04 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju naik ke Pentas Perdana Anti-TPPA yang akan berlangsung pada malam 10 Oktober ini di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Solidariti Mahasiswa (SMM) dengan kerjasama Badan Bertindak Bantah TPPA menganjurkan pentas perdana mempertahan kedaulatan negara menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Seorang lagi tokoh ternama yang diundang ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kedua-dua tokoh ini diundang ekoran kedua-duanya mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi perdagangan antarabangsa selain punyai hubungan agak istimewa dengan Amerika yang menjadi dalang Perjanjian TPPA.
Justeru Pengasa SAMM, Badrul Hisham Saharin berkata, pentas perdana ini harus menjadi satu ruang dan peluang yang penting untuk Anwar dan Tun Mahathir menjelaskan segala persoalan khususnya mengenai Perjanjian TPPA yang disifatkan seabagai penuh dengan agenda tersembunyi.
"Pihak kami masih menunggu jawapan dari pihak Tun Mahathir dan optimis bahawa Tun Mahathir akan mempertimbangkan kehadirannya di pentas perdana ini.
"Anwar Ibrahim telah buktikan betapa segala persengketaan lalu wajar diketepikan demi memastikan tanahair ini tidak dijual melalui skim perjanjian TPPA," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
SAMM katanya, yakin kedua-dua tokoh yang mempunyai pengaruh tersendiri ini mampu disatukan di atas pentas yang sama dengan masing-masing mengenepikan permusuhan politik domestik seterusnya merealisasikan aspirasi rakyat demi masa depan negara.
Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) sedang mengadakan jelajah Bantah TPPA yang bermula 17 September lalu.
Berikut merupakan jadual Jalajah TPPA sehingga 10 Oktober:
4 Oktober : Pusat Komuniti Bakri-Bentayan, Muar, Johor
5 Oktober : Taman Asean, Bandar Melaka, Melaka
6 Oktober : Taman Tasek Jay, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan
8 Oktober : Dewan Seri Sekinchan, Selangor
10 Oktober : Grand Finale, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Solidariti Mahasiswa (SMM) dengan kerjasama Badan Bertindak Bantah TPPA menganjurkan pentas perdana mempertahan kedaulatan negara menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Seorang lagi tokoh ternama yang diundang ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kedua-dua tokoh ini diundang ekoran kedua-duanya mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi perdagangan antarabangsa selain punyai hubungan agak istimewa dengan Amerika yang menjadi dalang Perjanjian TPPA.
Justeru Pengasa SAMM, Badrul Hisham Saharin berkata, pentas perdana ini harus menjadi satu ruang dan peluang yang penting untuk Anwar dan Tun Mahathir menjelaskan segala persoalan khususnya mengenai Perjanjian TPPA yang disifatkan seabagai penuh dengan agenda tersembunyi.
"Pihak kami masih menunggu jawapan dari pihak Tun Mahathir dan optimis bahawa Tun Mahathir akan mempertimbangkan kehadirannya di pentas perdana ini.
"Anwar Ibrahim telah buktikan betapa segala persengketaan lalu wajar diketepikan demi memastikan tanahair ini tidak dijual melalui skim perjanjian TPPA," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
SAMM katanya, yakin kedua-dua tokoh yang mempunyai pengaruh tersendiri ini mampu disatukan di atas pentas yang sama dengan masing-masing mengenepikan permusuhan politik domestik seterusnya merealisasikan aspirasi rakyat demi masa depan negara.
Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) sedang mengadakan jelajah Bantah TPPA yang bermula 17 September lalu.
Berikut merupakan jadual Jalajah TPPA sehingga 10 Oktober:
4 Oktober : Pusat Komuniti Bakri-Bentayan, Muar, Johor
5 Oktober : Taman Asean, Bandar Melaka, Melaka
6 Oktober : Taman Tasek Jay, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan
8 Oktober : Dewan Seri Sekinchan, Selangor
10 Oktober : Grand Finale, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-10-2013
TPPA: Obama tak hadir, himpunan diteruskan
Hazayani Zakaria, | 02 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Perhimpunan membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan tetap diteruskan pada 11 Oktober ini di KLCC walaupun tanpa kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Jurucakap gabungan NGO Bantah TPPA, Badrul Hisham Shahrin yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, segala gerakan mobilisasi yang disusun berjalan seperti biasa termasuklah Jelajah #BantahObama #TolakTPPA.
SAMM tegasnya, tetap menggesa agar wakil Obama iaitu Setiausaha negara John Kerry 'disambut' oleh rakyat Malaysia dengan simbol-simbol penolakan.
"Tidak kira siapa pun wakil Amerika Syarikat yang datang ke Malaysia, negara yang berpaksikan fahaman zionisme dengan sikap imperialis, kapitalis yang menindas ini adalah pembuli masyarakat dunia khususnya mewujudkan kecelaruan Islamiphobia, juga merupakan perancang utama Perjanjian TPPA yang penuh agenda tersembunyi.
"Ketidakhadiran Obama bukan bermakna Malaysia terkeluar dari rundingan menyertai Perjanjian TPPA, maka rakyat harus bersatu menunjukkan kekuatan bagi menghalang perjanjian 'rahsia' ini dimetrai," tegas beliau dalam satu kenyataan.
Menurut beliau juga, impian menjadikan ekonomi Malaysia lebih baik dengan mengikat janji bersama Amerika umpama meletakkan lembu sihat ke dalam kandang harimau yang luka.
"US sedang mengalami kejatuhan ekonomi teruk, Obama dan pentadbirannya sedang bergelut untuk menaikkan kadar hutang negaranya. Maka apakah wajar kita membenarkan negara ini diheret bergelumang dengan masalah ekonomi Amerika?" soalnya.
SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) sedang mengadakan jelajah Bantah TPPA yang bermula 17 September lalu.
Gabungan itu juga akan menganjurkan pentas perdana sebagai kemuncak jelajah pada 10 Oktober iaitu sehari sebelum himpunan di KLCC.
Meeka akan menjemput ramai tokoh negarawan termasuklah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berada sepentas menjelaskan betapa TPPA ini harus ditolak rakyat dan surat jemputan telah disahkan terima oleh kedua pihak.
Sementara itu, satu perjumpaan penting melibatkan banyak pihak terdiri dari perbagai NGO dan parti politik akan diadakan esok sebagai persediaan akhir menggandakan mobilisasi demonstrasi 11 Oktober.
Manakala pengumuman penting akan dibuat dalam satu sidang media yang akan diadakan pada hari Jumaat ini.

Sumber HD _ 2-10-2013
Pelaksanaan TPPA boleh gadaikan negara
Harakahdaily, | 29 Sep 2013 |
BACHOK: Ceramah penerangan isu kenaikan harga minyak Dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) menarik ribuan pengunjung di perkarangan Pusat Khidmat masyarakat Ahli Parlimen Bachok.
Ceramah anjuran Urusetia penerangan kerajaan negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) serta SAMM itu telah menampilkan tokoh seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar, YB Ahmad Marzuk yang juga merupakan ahli parlimen Bachok, Che Bard Pengerusi SAMM, Dato Omar Mohamad YDP Pas Bachok, Encik Azlan Ibrahim Pengerusi MTEM (Gambar atas)
Isi utama ceramah yang berkisar kepada kenaikan harga minyak dan bahaya kesan buruk sekiranya kerajaan melaksanakan TPPA, telah menarik minat hadirin terutamanya penduduk kawasan Bachok walaupun topik membicarakan tajuk berkaitan ekonomi yang biasanya kurang diminati rakyat marhaen.
Sementara itu ahli parlimen Bachok ketika dihubungi menyatakan puas hati atas kehadiran yg ramai pada ceramah tersebut. Ini menandakan tahap intelektual rakyat makin tinggi dan bukan mudah untuk diperbodohkan oleh pemimpin Umno dan BN, sesuatu yang sangat menarik pada malam ini Kita lihat rakyat terkesan dengan penjelasan penceramah dan tidak berganjak sehinggalah ceramah tamat.
Apabila mengulas isu TPPA beliau menyimpulkan bahawa kalau kerajaan meneruskan juga TPPA ini maka negara dan rakyat akan berada dalam keadaan yang sangat bahaya kerana negara kita belum sampai tahap yang mampu untuk bersaing dengan 12 negara lain yang ada dalam kumpulan TPPA, sebab itu banyak negara membantah TPPA ini termasuklah negara Jepun yang kalau dikira jauh lebih bersedia daripada Kita Malaysia .
Beliau juga membuat kesimpulan dan sangat bersetuju dengan pandangan tokoh veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang yang mengatakan bahawa rakyat terpaksa menanggung harga dan kos kenaikan harga minyak dan pengurangan subsidi minyak adalah kerana gejala rasuah dan penyelewangan yang di lakukan oleh pemimpin negara, maka rakyat yang terpaksa menanggung semua kos itu.
Terdahulu, dalam ucapan beliau menyatakan bahawa parlimen sedang bersidang dan akan meluluskan bajet tambahan untuk tahun 2013 berjumlah 14 bilion lebih yang sepatutnya rakyat mendapat nikmat dan manfaat daripadanya namun apa yang menyedihkan rakyat terpaksa tanggung kenaikan harga minyak dan barangan.
Mengulas lanjut tentang TPPA beliau mengatakan bahawa ada lima perkara asas mengapa rakyat perlu Tolak TPPA
Perkara pertama berkaitan dengan soal KESELAMATAN MAKANAN NEGARA yang mana bila perjanjian ini ditandatangani maka tiada lagi kawalan terhadap produk pertanian yang masuk dari luar. Dalam masa lima tahun, memang seronok ada banyak jenis bahan pertanian luar. Negara besar seperti US dan Jepun ada modal yang lebih besar untuk hasilkan makanan dengan murah, exsport ke Malaysia. Lama kelamaan petani kita tidak ada kerja, semua kerja kilang. Makanan tidak lagi di hasilkan dalam negara tapi di import dari luar dan kita bergantung pada makanan ini. Apa akan jadi jika nanti US dan Jepun buat hal, halang bekalan makanan. Petani-petani kita pula semakin berkurang. Kebuluran boleh berlaku seperti di Colombia dan Mexico dalam perjanjian NAFTA.
PIAWAIAN HALAL untuk umat Islam sekarang ini pengeluar makanan, pengeluar barangan penguna atau restoran tidak boleh suka-suka hati meletakkan logo Halal pada produk mereka. Di Malaysia semua logo Halal mesti standard dan mendapat pengiktirafan JAKIM setelah diperiksa dan di kaji. Jika TPPA ditandatangani, standard JAKIM ini bakal dilongarkan kerana mengikut standard US, tempat operasi makanan Halal dan tidak Halal boleh bercampur. Ikut standard Malaysia tidak boleh. Maka sesukalah sesebuah Syarikat itu mahu letak tanda Halal sendiri atau tidak. JAKIM tidak boleh memeriksa kandungan bahan sebab rahsia Syarikat. Dalam perjanjian ini, kandungan bahan adalah rahsia walaupun untuk kepentingan umat.
KESAN ALAM SEKITAR dan saman-menyaman. Contohnya, ada sebuah kilang yang telah di benarkan beroperasi di Malaysia. Ikut perjanjian, kilang tersebut boleh beroperasi selama 20 tahun. Tapi selepas beroperasi, didapati kilang tersebut mengeluarkan sejenis bahan yang merosakan alam sekitara, masyarakat marah dan bawa ke Wakil Rakyat. Setelah dibuat kajian terperinci, pengunaan bahan tersebut diharamkan menurut undang-undang. Kilang terbabit tidak boleh lagi beroperasi. Maka dengan perjanjian TPPA kilang ini boleh menyaman kembali Kerajaan Tempatan atau Kerajaan Pusat kerana mereka telah mengalami kerugian akibat undang-undang yang baru ini. Mereka bukan saja boleh saman kepada kerugian mereka alami tapi termasuk keuntungan yang mereka tidak pasti akan dapat untuk masa depan pun mereka boleh tuntut, Mereka boleh minta pampasan kerugian untuk 20 tahun. Contoh sebelum ini dalam Perjanjian FTA-FTA terdahulu antara lain Chevron lawan masyarakat tempatan Ecuador. Dalam kes ini, hutan amazon telah dicemari oleh sisa minyak Chevron. Walaupun Chevron telah di denda oleh Mahkamah dalam Negara, mereka tidak mahu bayar dan bawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa. Di Mahkamah Antarabangsa Perjanjian ini adalah lebih tinggi tarafnya daripada Mahkamah Ecuador Dan Ecuador didapati bersalah menyebabkan kerugian kepada Chevron dan perlu membayar kembali RM80 Juta kepada Chevron.
UBATAN MAHAL apabila telaksananya perjanjian ini. Tahu kah anda mengapa kita pelu membayar RM1 jika ke Hospital Kerajaan walaupun mendapat pelbagai ubatan (bukan ubatan khas). Hal ini kerana ubat tersebut dihasilkan di dalam negara dan di negara-negara membangun secara murah melalui ramuan generik. Ramuan generik adalah ubat yang menggunapakai ramuan asal atau hampir sama dengan ubat asal tetapi tidak ada kos-kos lain seperti kos jenama syarikat, kos penyelidikan dan sebagainya atau dengan kata lain tiada lagi hak paten (hak monopoli) oleh Syarikat pengeluar. Jadi ubat ini di hasilkan oleh kilang-kilang lain dengan murah. Ubat adalah bahan penting kepada manusia, maka mengikut undang-undang sekarang, monopoli pengeluar ubat oleh syarikat-syarikat tertentu hanya di benarkan selama 20 tahun (sudah cukup untuk mendapat untung yang besar). TPPA mencadangkan tempoh paten ini dilanjutkan kepada 25 tahun. Hal ini bermakna harga-ubatan untuk penyakit kronik akan naik kerana dimonopoli oleh syarikat tertentu sahaja selama lima tahun lagi. Pesakit barah (kanser) yang tidak mampu membeli ubatan mahal dan bergantung hanya kepada ubat generik perlu menunggu 5 tahun lagi, jika mereka masih hidup.
NASIB GOLONGAN PEKERJA. Golongan ini merupakan golongan yang paling ramai di Malaysia. Mereka adalah nadi ekonomi. Menurut perundangan sekarang, latihan/per pindahkan kemahiran dan teknologi, piawaian kesihatan, piawaian keselamatan dan kebajikan pekerja perlu di jaga oleh majikan dan dipantau oleh perundangan negara. Menurut perjanjian TPPA, kerajaan perlu memberi lebih kebebasan kepada syarikat untuk menetapkan standard mereka sendiri. Kita juga tidak boleh memperkenalkan undang-undang pekerja baru termasuk undang-undang untuk menjaga kebajikan pekerja, menaikkan gaji minima dan sebagainya. Hal ini boleh menyebabkan eksplotasi pekerja berlaku. Gaji yang diterima tidak setimpal, kerja banyak, Keselamatan dan kesihatan terabai. Pekerja juga akan menerima kesan-kesan lain daripada pelbagai bab dalam TPPA termasuk Kehilangan perkerjaan jika syarikat Malaysia terpaksa di tutup kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat luar, apabila cukai eksport Malaysia dihapuskan dan barang kita jadi lebih mahal daripada syarikat asing, harga ubat dan pendidikan naik dan banyak lagi. TPPA tidak benarkan kita letak syarat pekerja tempatan untuk jadi pekerja. Jadi selepas ini semua pekerja boleh diambil dari luar. Pekerja peringkat bawahan dibawa masuk dari Bangladesh, Vietnam, Nepal sementara pekerja atasan diambil dari negara kaya TPP seperti US, Singapora dan lain-lain.
Kesimpulannya, TPPA lebih banyak mendatangkan keburukan kepada negara dan rakyatlah yang bakal menerima akibatnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-9-2013
Bantah lahir daripada NGO celik ancaman TPPA
Anis Nazri, | 25 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: NGO yang bertanggungjawab memberikan penerangan tentang kesan Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA), Bantah TPPA menjelaskan gabungan itu ditubuhkan bukan atas kepentingan politik, perniagaan mahupun mewakili mana-mana kaum.
Sebaliknya, gabungan yang ditubuhkan pada Jun 2013 lalu itu hidup di atas kebimbangan serius dan objektif melihat bahayanya perjanjian TPPA yang bakal ditandatangani kerajaan Malaysia.
"Bantah juga lahir dari kesedaran individu-individu dan NGO yang celik pada bahaya dan ancaman TPPA yang diusulkan NGO, Blindspot, majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Jawatankuasa Anti FTA.
"Malah, ia menjadi gabungan anti-TPPA terbesar negara yang dianggotai 60 NGO dan sembilan majlis gabungan seperti MAC, MCTC, MTUC, MPM yang setiap satu diwakili lebih dari 50 NGO masing-masing," kata Bantah TPPA dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, semalam.
Kenyataan itu dikeluarkan apabila Bantah menyedari terdapat beberapa kesalahan dan kenyataan bercanggah berkaitan organisasi Bantah.
Malah, Bantah turut mengeluarkan video untuk memperjelaskan objektif, aktiviti-aktiviti dan keanggotaan gabungan tersebut yang boleh dicapai melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=hddtqrLeji8.
Gerakan menentang TPPA juga bukanlah sesuatu yang baru, tetapi telah bermula semenjak awal tahun lepas, dengan turut dianggotai SAMM, SMM,dan juga PKPIM serta gerakan Islam seperti IKRAM, ABIM dan MAPIM.
Biarpun Bantah menolak TPPA, Bantah tetap menyerahkan 75 garis merah, iaitu perkara-perkara yang memudaratkan negara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika kerajaan tetap mahu meneruskan perjanjian TPPA.
"Walaupun konotasi nama Bantah itu sendiri mungkin berbunyi negatif, Bantah bukan hanya membantah semata-mata, tetapi dalam masa sama menawarkan penyelesaian dan alternatif untuk memastikan kepentingan negara terpelihara," kata kenyataan itu lagi.
Katanya, Bantah yang terdiri daripada ahli akademik, pakar perdagangan, perundangan, kesihatan, alam sekitar, mahasiswa dan profesional dari semua segmen lapisan industri dan masyarakat itu sentiasa merujuk kepada pakar-pakar tersebut.
Malah, Bantah juga akan terus bertemu dengan semua pihak dari semua lapisan masyarakat seperti nelayan, petani, pe;adang, golongan profesional serta parti politik, serta Perdana Menteri sendiri.
Dalam pada itu, Bantah turut mengalu-alukan parti-parti politik dari kedua belah pihak untuk turut mengemukakan bantahan mereka bersama-sama badan NGO ini.
"Bantah akan terus mengadakan forum serta roadshow untuk kesedaran umum kepada rakyat, di samping menyeru semua rakyat Malaysia untuk bangun dan ambil peduli mengenai perundingan TPPA yang akan menentukan nasib dan masa depan anak bangsa dan negara," kata kenyataan itu lagi.
Sebaliknya, gabungan yang ditubuhkan pada Jun 2013 lalu itu hidup di atas kebimbangan serius dan objektif melihat bahayanya perjanjian TPPA yang bakal ditandatangani kerajaan Malaysia.
"Bantah juga lahir dari kesedaran individu-individu dan NGO yang celik pada bahaya dan ancaman TPPA yang diusulkan NGO, Blindspot, majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Jawatankuasa Anti FTA.
"Malah, ia menjadi gabungan anti-TPPA terbesar negara yang dianggotai 60 NGO dan sembilan majlis gabungan seperti MAC, MCTC, MTUC, MPM yang setiap satu diwakili lebih dari 50 NGO masing-masing," kata Bantah TPPA dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, semalam.
Kenyataan itu dikeluarkan apabila Bantah menyedari terdapat beberapa kesalahan dan kenyataan bercanggah berkaitan organisasi Bantah.
Malah, Bantah turut mengeluarkan video untuk memperjelaskan objektif, aktiviti-aktiviti dan keanggotaan gabungan tersebut yang boleh dicapai melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=hddtqrLeji8.
Gerakan menentang TPPA juga bukanlah sesuatu yang baru, tetapi telah bermula semenjak awal tahun lepas, dengan turut dianggotai SAMM, SMM,dan juga PKPIM serta gerakan Islam seperti IKRAM, ABIM dan MAPIM.
Biarpun Bantah menolak TPPA, Bantah tetap menyerahkan 75 garis merah, iaitu perkara-perkara yang memudaratkan negara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika kerajaan tetap mahu meneruskan perjanjian TPPA.
"Walaupun konotasi nama Bantah itu sendiri mungkin berbunyi negatif, Bantah bukan hanya membantah semata-mata, tetapi dalam masa sama menawarkan penyelesaian dan alternatif untuk memastikan kepentingan negara terpelihara," kata kenyataan itu lagi.
Katanya, Bantah yang terdiri daripada ahli akademik, pakar perdagangan, perundangan, kesihatan, alam sekitar, mahasiswa dan profesional dari semua segmen lapisan industri dan masyarakat itu sentiasa merujuk kepada pakar-pakar tersebut.
Malah, Bantah juga akan terus bertemu dengan semua pihak dari semua lapisan masyarakat seperti nelayan, petani, pe;adang, golongan profesional serta parti politik, serta Perdana Menteri sendiri.
Dalam pada itu, Bantah turut mengalu-alukan parti-parti politik dari kedua belah pihak untuk turut mengemukakan bantahan mereka bersama-sama badan NGO ini.
"Bantah akan terus mengadakan forum serta roadshow untuk kesedaran umum kepada rakyat, di samping menyeru semua rakyat Malaysia untuk bangun dan ambil peduli mengenai perundingan TPPA yang akan menentukan nasib dan masa depan anak bangsa dan negara," kata kenyataan itu lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-9-2013
Menteri kata jangan tapi 'sambut' Obama diteruskan
Hazayani Zakaria, | 25 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan NGO membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak peduli terhadap gesaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar menghentikan siri jelajah anti Obama dan anti TPPA.
Sebaliknya jurucakap gabungan, Badrul Hisham Shahrin yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, mobilasi rakyat bagi 'menyambut' kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama ke Malaysia pada 11 Oktober depan akan diteruskan mengikut jadual.
Beliau berkata, mereka mahu Obama melihat sendiri aksi rakyat yang tidak bersetuju dengan TPPA.
"Menteri (Mustapa) bukan sahaja keliru dan tak faham tujuan kita tapi cuba mengelirukan dewan.
"Kita bantah TPPA yang masih dalam rundingan kerana orang Umno sendiri pun tak tahu isi kandungan perjanjian sebaliknya selepas empat tahun baru boleh dedah isi kandungan perjanjian.
"Jadi siri mobilisasi dan himpunan akan diteruskan bagi menunjukkan bantahan kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily semalam.
Bercakap di Dewan Rakyat pagi semalam, Mustapa meminta supaya kehadiran Obama tidak disambut dengan protes besar-besaran sepertimana yang sedang disusun melibatkan pelbagai pihak.
Beliau turut berkata, siri jelajah juga tidak wajar diteruskan memandangkan Malaysia masih berunding dengan negara-negara yang terlibat dengan TPPA.
SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) sedang mengadakan jelajah Bantah TPPA yang bermula 17 September lalu.
Berikut merupakan jadual Jalajah TPPA sehingga 10 Oktober:
26 September: Kompleks Pendidikan Islam, Badak, Bachok, Kelantan
27 September: Jalan Gong Pasir, Dungun, Terengganu
28 September: Padang Balok Makmur, Kuantan, Pahang
1 Oktober : Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau, Parit Buntar
4 Oktober : Pusat Komuniti Bakri-Bentayan, Muar, Johor
5 Oktober : Taman Asean, Bandar Melaka, Melaka
6 Oktober : Taman Tasek Jay, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan
8 Oktober : Dewan Seri Sekinchan, Selangor
10 Oktober : Grand Finale, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Kemuncak Jelajah #BantahOBAMA #TolakTPPA di Kelab Kg Baru, memberi ruang kepada dua tokoh ternama iatu Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berada sepentas bersama menentang Perjanjian TPPA.
Petisyen jemputan telah diserahkan kepada kedua-dua belah pihak melalui serahan tangan dan faks.
Sebaliknya jurucakap gabungan, Badrul Hisham Shahrin yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, mobilasi rakyat bagi 'menyambut' kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama ke Malaysia pada 11 Oktober depan akan diteruskan mengikut jadual.
Beliau berkata, mereka mahu Obama melihat sendiri aksi rakyat yang tidak bersetuju dengan TPPA.
"Menteri (Mustapa) bukan sahaja keliru dan tak faham tujuan kita tapi cuba mengelirukan dewan.
"Kita bantah TPPA yang masih dalam rundingan kerana orang Umno sendiri pun tak tahu isi kandungan perjanjian sebaliknya selepas empat tahun baru boleh dedah isi kandungan perjanjian.
"Jadi siri mobilisasi dan himpunan akan diteruskan bagi menunjukkan bantahan kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily semalam.
Bercakap di Dewan Rakyat pagi semalam, Mustapa meminta supaya kehadiran Obama tidak disambut dengan protes besar-besaran sepertimana yang sedang disusun melibatkan pelbagai pihak.
Beliau turut berkata, siri jelajah juga tidak wajar diteruskan memandangkan Malaysia masih berunding dengan negara-negara yang terlibat dengan TPPA.
SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) sedang mengadakan jelajah Bantah TPPA yang bermula 17 September lalu.
Berikut merupakan jadual Jalajah TPPA sehingga 10 Oktober:
26 September: Kompleks Pendidikan Islam, Badak, Bachok, Kelantan
27 September: Jalan Gong Pasir, Dungun, Terengganu
28 September: Padang Balok Makmur, Kuantan, Pahang
1 Oktober : Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau, Parit Buntar
4 Oktober : Pusat Komuniti Bakri-Bentayan, Muar, Johor
5 Oktober : Taman Asean, Bandar Melaka, Melaka
6 Oktober : Taman Tasek Jay, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan
8 Oktober : Dewan Seri Sekinchan, Selangor
10 Oktober : Grand Finale, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Kemuncak Jelajah #BantahOBAMA #TolakTPPA di Kelab Kg Baru, memberi ruang kepada dua tokoh ternama iatu Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berada sepentas bersama menentang Perjanjian TPPA.
Petisyen jemputan telah diserahkan kepada kedua-dua belah pihak melalui serahan tangan dan faks.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-9-2013
Mudah faham kenapa bantah TPPA
http://bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com, | 20 Sep 2013 |
Nasib Golongan Pekerja
APA DIA TPPA ?
Trans Pacific Partnership Agreement atau Perjanjian Perkongsian Trans Pasific adalah salah satu cara lain untuk US mengongkong negara-negara yang penting kepada mereka dari sudut Geo-politik. Dalam hal ini, di kawasan Pasifik. Sebenarnya, Apa saja cadangan dari Amerika Syarikat dalam perjanjian ini akan menguntungkan Amerika Syarikat, dan akan merugikan kita. Apa yang dikehendaki dari persefahaman ini adalah supaya mereka dapat akses pada sistem perolehan kerajaan. Apa saja projek dan tender dari pihak Kerajaan Malaysia mestilah terbuka kepada mereka. Malah, Amerika yang dikuasai oleh gergasi-gergasi korporat ingin meletakkan kepentingan syarikat-syarikat pelabur lebih tinggi daripada kepentingan rakyat dari pelbagai aspek kehidupan. Sebagai contoh, hak untuk kesihatan dan hak untuk akses kepada maklumat.
Dalam hal perolehan kerajaan (projek-projek awam seperti sekolah dan jalan raya) bukan sahaja terbuka kepada mereka (US), malah sekiranya kita membuat sesuatu keputusan atau tindakan yang tidak memihak kepada mereka, mereka boleh menubuhkan suatu badan kehakiman khas yang boleh memutuskan dan mengadili samada Kerajaan kita telah menepati atau tidak TPPA yang dimeterai dengan mereka, dimana hukuman dan denda pampasan yang bernilai ratusan juta USD boleh dikenakan sekiranya mereka mendapati kita melanggar syarat TPPA (yang secara tersembunyi adalah tidak adil).
Ini boleh dibuat oleh syarikat-syarikat transnasional mereka sendiri bukan kerajaan Amerika Syarikat. Kalau syarikat mereka masuk sesuatu tender, dan mungkin kita tolak tender itu atas sesuatu sebab kepentingan negara dan dasar-dasar yang diperkenalkan, mereka boleh mendakwa ini tidak adil kepada mereka kerana sebagai pelabur, mereka mesti dilayan sama taraf seperti rakyat Malaysia dan mengambil tindakan untuk mendapat pampasan pada amaun yang sangat tinggi.
Malangnya, kita antara 12 negara yang dengan sewenang-wenangnya bersetuju untuk menerima dasar-dasar TPPA ini. 12 negara tersebut adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun dan Malaysia. Ia masih terbuka kepada negara-negara lain untuk sertai. US sedang giat berkempen untuk ini.
Ada 29 bab yang berasingan, yang digubal secara penuh kerahsiaan, tidak telus, dan tidak dibuka kepada pengetahuan orang awam malahan kepada wakil rakyat dan menteri-menteri yang lain.
Hanya Kementerian Perdagangan sahaja yang mempunyai akses penuh. Namun kita boleh jangkakan 80% daripada perjanjian ini adalah sama seperti perjanjian antara US dengan negara-negara lain begitu juga ada banyak persamaan dengan NAFTA (north america free trade agreement) dan CAFTA (central america free trade agreement). Perjanjian-perjanjian ini sedah terbukti GAGAL dan hanya menguntungkan negara kaya. Yang kaya akan lebih kaya dan yang miskin akan terus dihimpit kemiskinan.
Ia akan terus menjadi rahsia selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai. Kita hanya akan tahu rupa bentuk sebenar perjanjian itu hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017, setelah kesan-kesan perjanjian ini dirasai. WALAUPUN TELAH DIMETERAI pada tahun 2013.
KITA PERLU BANGKIT MENEGAKKAN HAK KITA SEBAGAI KUMPULAN YANG AKAN MENERIMA KESAN SECARA LANGSUNG DARI PERJANJIAN INI 4 - 5 TAHUN LAGI... HAKIKATNYA PIHAK PERUNDING BUKAN BERUNDING DEMI KEPENTINGAN KITA JIKA MEREKA TERUS BERAHSIA. MEREKA SEBENARNYA BERUNDING UNTUK PIHAK US DAN SEKUTU KORPORATNYA... KERANA MEREKA HANYA BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN PUAK-PUAK INI, BUKAN DENGAN RAKYAT SENDIRI...
SEBARKAN BERITA INI, KUMPULKAN KEKUATAN, KITA PERLU LAWAN !!!
MALAYSIA BUKAN UNTUK DIJUAL. JANGAN LAKUKAN PERUNDINGAN RAHSIA, INI BUKAN ZAMAN PERJANJIAN PANGKOR...
Fb Bantah TPPA
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-9-2013
Himpunan bantah TPPA, 'sambut' Obama diteruskan
Hazayani Zakaria, | 20 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan NGO membantah Perjanjian Perkongsiaan Trans-Pasifik (TPPA) akan meneruskan rancangan 'menyambut' kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama ke Malaysia pada 11 Oktober depan.
Jurucakap gabungan, Badrul Hisham Shahrin yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, himpunan tersebut mesti diteruskan bagi menunjukkan isyarat yang jelas kepada Obama bahawa rakyat Malaysia menolak TPPA.
Tegasnya, soal Obama akan menandatangani TPPA di Kuala Lumpur atau tidak bukan isu utama namun rakyat harus sedar perjanjiaan TPPA akan diteruskan walaupun kerajaan mendakwa ia masih dalam perbincangan.
"Semua pihak harus faham bahawa himpunan 11 Oktober ini untuk menunjukkan kepada Obama bahawa kita memang menolak TPPA dan kita juga mahu kerajaan sedar tindakan nekad gabungan ini.
"Soal Obama tandatangan TPPA di Kuala Lumpur atau tidak bukan isunya kerana TPPA boleh ditandatangani di mana-mana sahaja, tak semestinya di Kuala Lumpur.
"Tapi rundingan kerajaan dengan AS itu tanpa pengetahuan rakyat hatta tidak dibawa ke Parlimen itu merupakan satu pengkhianatan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kedatangan Obama ke Malaysia Oktober ini untuk menandatangani TPPA.
Che'gu Bard juga menegaskan, rakyat harus sedar proses menandatangani TPPA hanyalah satu penangguhan dan akan tetap berlaku setelah pasukan perunding mencapai kata sepakat yang disembunyikan daripada pengetahuan umum.
Justeru beliau menyeru rakyat agar turun bersama-sama pada 11 Oktober ini sebagai tanda bantahan ke atas TPPA.
"Plan kita tidak akan berubah dan kita akan cba seday-upaya untuk bertemu dengan Obama pada hari tersebut bagi menyatakan bantahan kita," katanya.
SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) sedang mengadakan jelajah Bantah TPPA yang bermula Selasa lalu.
Berikut merupakan jadual Jalajah TPPA sehingga 10 Oktober:
20 September: Dewan Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah
21 September: Dataran Rakyat Dun Indera Kayangan, Kangar, Perlis
24 September: Meru, Ipoh, Perak
26 September: Kompleks Pendidikan ISlam, Badak, Bachok, Kelantan
27 September: Jalan Gong Pasir, Dungun, Terengganu
28 September: Padang Balok Makmur, Kuantan, Pahang
1 Oktober : Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau, Parit Buntar
4 Oktober : Pusat Komuniti Bakri-Bentayan, Muar, Johor
5 Oktober : Taman Asean, Bandar Melaka, Melaka
6 Oktober : Taman Tasek Jay, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan
8 Oktober : Dewan Seri Sekinchan, Selangor
10 Oktober : Grand Finale, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Jurucakap gabungan, Badrul Hisham Shahrin yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, himpunan tersebut mesti diteruskan bagi menunjukkan isyarat yang jelas kepada Obama bahawa rakyat Malaysia menolak TPPA.
Tegasnya, soal Obama akan menandatangani TPPA di Kuala Lumpur atau tidak bukan isu utama namun rakyat harus sedar perjanjiaan TPPA akan diteruskan walaupun kerajaan mendakwa ia masih dalam perbincangan.
"Semua pihak harus faham bahawa himpunan 11 Oktober ini untuk menunjukkan kepada Obama bahawa kita memang menolak TPPA dan kita juga mahu kerajaan sedar tindakan nekad gabungan ini.
"Soal Obama tandatangan TPPA di Kuala Lumpur atau tidak bukan isunya kerana TPPA boleh ditandatangani di mana-mana sahaja, tak semestinya di Kuala Lumpur.
"Tapi rundingan kerajaan dengan AS itu tanpa pengetahuan rakyat hatta tidak dibawa ke Parlimen itu merupakan satu pengkhianatan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kedatangan Obama ke Malaysia Oktober ini untuk menandatangani TPPA.
Che'gu Bard juga menegaskan, rakyat harus sedar proses menandatangani TPPA hanyalah satu penangguhan dan akan tetap berlaku setelah pasukan perunding mencapai kata sepakat yang disembunyikan daripada pengetahuan umum.
Justeru beliau menyeru rakyat agar turun bersama-sama pada 11 Oktober ini sebagai tanda bantahan ke atas TPPA.
"Plan kita tidak akan berubah dan kita akan cba seday-upaya untuk bertemu dengan Obama pada hari tersebut bagi menyatakan bantahan kita," katanya.
SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) sedang mengadakan jelajah Bantah TPPA yang bermula Selasa lalu.
Berikut merupakan jadual Jalajah TPPA sehingga 10 Oktober:
20 September: Dewan Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah
21 September: Dataran Rakyat Dun Indera Kayangan, Kangar, Perlis
24 September: Meru, Ipoh, Perak
26 September: Kompleks Pendidikan ISlam, Badak, Bachok, Kelantan
27 September: Jalan Gong Pasir, Dungun, Terengganu
28 September: Padang Balok Makmur, Kuantan, Pahang
1 Oktober : Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau, Parit Buntar
4 Oktober : Pusat Komuniti Bakri-Bentayan, Muar, Johor
5 Oktober : Taman Asean, Bandar Melaka, Melaka
6 Oktober : Taman Tasek Jay, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan
8 Oktober : Dewan Seri Sekinchan, Selangor
10 Oktober : Grand Finale, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-9-2013
Gimik bakar Obama tanda bantah TPPA
Harakahdaily Foto SK, | 19 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Sekumpulan aktivis yang bergabung dalam NGO Bantah TPPA malam tadi membakar patung Presiden Amerika, Barack Obama sebagai gimik pelancaran program Jelajah #BantahObama #TolakTPPA anjuran mereka.
Pada majlis yang berlangsung di Taman Melati, Wangsa Maju malam kelmarin itu mereka turut membakar bendera Amerika Syarikat di hadapan ratusan hadirin yang hadir.
Aksi itu dibuat menjelang kehadiran Obama pada 11 Oktober ini di KLCC, di mana mereka telah menyatakan pendirian akan "menyambut" presiden AS itu pada hari tersebut.
Barack Obama dijadualkan ke Kuala Lumpur untuk menjadi saksi tandatangan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian TPPA, namun tekanan yang hebat dari rakyat dan pelbagai NGO telah menyebabkan kerajaan Malaysia menangguhkan tandatangan metrai perjanjian tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, aksi "bakar Obama" itu sebagai satu amaran penting simbolik penolakkan terhadap perjanjian penuh kerahsiaan TPPA dan juga kehadiran Obama ke Kuala Lumpur.
"Jelajah #BantahObama #TolakTPPA akan merentasi seluruh negara merangkumi 13 lokasi dari setiap negeri.
"Hari ini, jelajah siri kedua akan menyusul ke utara tanahair di Bayan Baru, Pulau Pinang bertempat di Tapak bekas Astaka Bukit Gedung bermula jam 8.30 malam, sebelum ke Kangar dan Alor Setar pada hari berikutnya," katanya.
Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut malam semalam termasuk pemimpin parti politik seperti Tian Chua, Dr Hatta Ramli serta aktivis Che'Gu Bard, Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Safwan Anang.
Wakil dari NGO pula termasuk Syed Ibrahim (IKRAM), Azlan Awang (Blindspot), Sivarajan (JERIT).
Harakahdaily
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-9-2013
Jelajah bantah TPPA dilancar malam ini
Harakahdaily, | 17 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Pelancaran Jelajah Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Bantah TPPA) akan berlangsung jam 9.00 malam ini di Taman Melati, Wangsa Maju.
Pelancaran ini sebagai permulaan kepada siri Jelajah Bantah TPPA ke seluruh negara sebagai mobilisasi rakyat bagi membantah TPPA dan membantah kehadiran Presiden Obama ke Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Oktober depan.
Jelajah Bantah TPPA adalah anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Badan Bertindak Bantah TPPA (Bantah) yang turut dibarisi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).
Pentas pelancaran malam ini akan digegarkan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Hatta Ramli yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR, Penyelaras SAMM che'GuBard, aktivis Hishamuddin Rais, wakil mahasiswa Safwan Anang dan Adam Adli.
Turut bersama-sama ialah wakil NGO Bantah TPPA antaranya Nizam Mahshar (MTEM), Cikgu Azmi (Mapem), Syed Ibrahim (Ikram), Azlan Awang (Blindspot), Anas Alam Faizli (Blindspot), Sivarajan (Jerit).
"SAMM menjemput seluruh warga kota untuk hadir bersama menghadam maklumat mengenai bahana perjanjian TPPA dan isu semasa yang menghangat. Pesta kesedaran akan terangkan semula biarpun sekadar berbentuk ceramah sebagai pemula, ia cukup menjadikan api kemarahan rakyat dinyalakan sebaiknya. Cukuplah waktu rehat, kini tiba masanya bersama menggerak massa menyelamatkan tanahair," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.
Jelajah Bantah TPPA akan bergerak ke 13 negeri sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur dalam satu pentas kemuncak yang mungkin mempertemukan dua tokoh terbesar tanah air.
Jelajah ini juga akan memastikan orang ramai dari seluruh negara akan bergerak dan sampai ke Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2013 demi satu perhimpunan di KLCC 'menyambut' Presiden Amerika, Barrack Obama dengan cara tersendiri.
"Maka bermula hari ini, SAMM bersama rakan sekutu akan menjengah ke seluruh negara dalam satu siri jelajah mobilisasi menentang perjanjian TPPA dan membantah kehadiran Presiden Obama ke Kuala Lumpur pada 10-11 Oktober ini.
"Siri jelajah juga akan dipanaskan dengan beberapa isu semasa termasuklah isu kesan kenaikkan harga petrol dan pemenjaraan 13 pejuang demokrasi," kata Edy.

Sumber HD - 17-9-2013
No comments:
Post a Comment