Bertemu rumah gelap gelita di malam merdeka
Harakahdaily, | 20 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Di sebalik sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-80 yang diadakan semalam, terselit nasib bekas tentera yang hidup dalam keadaan daif.
Memetik tulisan daripada blog moniermatdin, beliau bukan sahaja punya keperibadian yang terpuji tetapi juga semangat patriotik yang tinggi.
“Memang tinggi sungguh semangat patriotism Pak Long kita ini,” tulis blogger itu.
Berikut petikan tulisan beliau.
Bersemangat sungguh beliau sewaktu meriwayatkan kepada kami kisah beliau dan platunnya memburu gerombolan komunis di Banjaran Bintang berdasarkan kesan titisan darah seorang musuh yang berjaya ditembak, 15 hari 15 malam lamanya hingga ke Ijok, Perak.
Perkara biasalah bagi tentera hidup bergelap di dalam hutan belantara waktu itu tapi tak sangkalah pula selepas pencen beginilah pula nasib diri yang menimpanya.
Walaupun jiwa patriotiknya begitu menebal mengalahkan majoriti ahli-ahli politik kita di luar sana, namun sebagai manusia biasa, antara rasa semangat yang membuak itu terselit juga rasa kesal yang mendalam.
Saya agak terkesima dan sedikit rasa terkedu bila dengan nada suara yang agak perlahan Paklong Lazim cakap: “Kita dah tolong negara, takkan negara tak boleh tolong kita pula kot?”
Baca di sini
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-9-2013
No comments:
Post a Comment