PNB perlu batal hasrat jual saham Kesas kepada Gamuda
- Jan 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketuanya, Syarhan Humaizi Halim, berkata selaku syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bertindak untuk tidak menandatangani perjanjian jual beli itu demi memastikan hak dan kebajikan rakyat terpelihara, lapor Selangor Kini.
Beliau berkata, jika kerajaan pusat ikhlas untuk menjaga kebajikan rakyat, maka tindakan PNB itu perlu dihalang kerana ia dilihat ‘green light’ kepada syarikat konsesi menaikkan kadar tol sewenang-wenangnya.
“PNB bertindak menerima tawaran daripada Gamuda itu sebagai cubaan mengaut keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat.
“Kami berpandangan kerajaan pusat melalui PNB harus bekerjasama dengan kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghalang kenaikan harga tol.
“Jika PNB di pihak PKNS, maka pegangan 50 peratus saham mereka mampu menghalang kenaikan harga. Jika PNB jual, ini menjadikan Gamuda memiliki 70 peratus saham berbanding PKNS 30 peratus,” katanya dalam laman Facebook.
Syarhan berkata, tindakan PNB itu menunjukkan kerajaan pusat tidak prihatin dengan masalah peningkatan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung rakyat dan lebih mementingkan keuntungan kroni.
“Keperitan rakyat khususnya pengguna lebuh raya bakal menjadi lebih parah lagi selepas Gamuda memuktamadkan tawaran pembelian pegangan lain dalam Kesas Holding Bhd,” katanya.
Baru-baru ini, Amcorp Properties Bhd dan PNB bersetuju untuk menjual keseluruhan pegangan 20 peratus masing-masing kepada Gamuda dan menjadikan komposisi sahamnya 70 peratus dan PKNS 30 peratus.
Hal itu, menunjukkan PKNS akan memiliki saham minoriti, sekali gus mengurangkan kuasa untuk menghalang kenaikan kadar tol oleh Kesas.
Menurut laporan Maybank Investment Bank Research November 2013, Kesas mencatatkan peningkatan kenderaan lima peratus setiap tahun membabitkan 490,000 penguna setiap minggu dengan menyumbangkan keutungan berganda 121 peratus antara tahun 2008 hingga 2012.
Sebelum ini, Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat Selangor akan menggunakan pegangan saham di lebuh raya Kesas, Sprint dan Damansara-Puchong untuk menolak kenaikan tol seperti yang diumumkan Barisan Nasional.
Sumber HD - 4-1-2014
'Flash mob' bantah kenaikan kos hidup
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini mengadakan 'flash mob' bantahan kepada kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang bakal dihadapi rakyat menjelang esok, 1 Januari 2014.
Flash mob tersebut diadakan di Tol Rasau di sini bermula jam 5.30 hingga jam 6.30 petang tadi diketuai Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi.
Kira-kira 200 orang majoritinya anak muda menyertai flash mob yang berlangsung secara aman itu dengan kawalan pihak polis.
Selain mempamerkan poster bantah, mereka juga turut mengedarkan kalender 2014 yang berlatarbelakangkan barangan dan perkhidmatan yang dinaikkan harga oleh kerajaan BN.
Flash mob itu turut mendapat maklumbalas positif daripada pengguna jalan raya yang turut membunyikan hon ketika melalui tol tersebut.
"Kita menyeru seluruh rakyat terutama anak muda untuk bangkit bersama-sama dengan Pemuda PAS bagi membantah kenaikan kos hidup yang menghimpit.
"Flash mob ini akan berterusan ke semua daerah negeri Selangor," katanya.
Sumber HD - 31-12-2013
150 anak yatim Gombak Setia terima bantuan persekolahan
- Dec 29, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Sekumpulan 150 orang anak yatim sekitar Dun Gombak Setia gembira apabila diraikan dengan pemberian sumbangan beg dan peralatan sekolah sempena pembukaan sesi persekolahan 2014 minggu hadapan.
Selain sumbangan beg dan peralatan sekolah, anak-anak yatim itu turut menerima sumbangan kewangan dari tabung anak yatim sekitar masjid Gombak Setia.
Antara masjid yang terlibat, Masjid As-Syakirin, Masjid Lama Batu 6, Masjid Simpang 3, Masjid Sg. Chincin dan Masjid Zakaria Batu 9.
Sumbangan beg sekolah itu adalah daripada peruntukan Kerajaan Negeri Selangor, dan disampaikan Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan dalam satu majlis di Masjid Zakaria Batu 9 kelmarin.
“Walaupun sumbangan ia tidaklah besar bagi sesetengah orang, tapi bagi orang tidak berkemampuan menjadi sumbangan besar di musim pembukaan sekolah ini,’ ujar Hasbullah.
Turut hadir dalam majlis ‘Back to School’ itu, pegawai-pegawai dari Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia dan ketua-ketua kampung serta penjaga anak-anak tersebut.
Dalam pada itu Hasbullah juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai SMS pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya kerajaan negeri akan memberikan sumbangan RM200 kepada semua anak-anak Selangor.
Sumber HD - 29-12-2013
Gerakan 'Kita Bantah' Pemuda PAS Gombak dapat sambutan
- Dec 24, 2013
- HARAKAHDAILY
GOMBAK: Berikutan siri pengumuman kenaikan harga barangan dan perkhidmatan oleh Kerajaan BN, Pemuda PAS Gombak mengambil inisiatif mengajak warga Malaysia khususnya di daerah ini untuk menunjukkan rasa tidak puas hati melalui beberapa siri kempen 'Kita Bantah'.
Siri pertama kempen 'Kita Bantah' berlangsung dengan flash mob di simpang lampu isyarat Greenwood, 22 Disember jam 5.00 petang.
Flash mob yang berlangsung selama 45 minit itu berlangsung secara aman.
Para pengguna jalanraya memberikan sokongan dengan membunyikan hon kenderaan sepanjang program itu berlangsung.
Kempen 'Kita Bantah' siri kedua diadakan pada malam 23 Disember.
XPDC Kita Bantah itu diisi dengan pengedaran risalah penerangan kepada para pengunjung kedai makan sekitar Gombak dan Uptown Sri Gombak.
Ia disertai 50 pemuda dan dilancarkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Riduan Mohd Nor.
Penyelaras kempen 'Kita Bantah', Mohamad Azizul Abu Bakar berkata, siri-siri kempen penerangan akan dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai medium termasuk facebook dan blog.
"Dengan medium facebook PemudaGombak.Com, ia akan merancakkan lagi usaha untuk bantah kenaikan harga barang sekaligus menolak BN dalam PRU-14 akan datang.
"Untuk maklumat lanjut mengenai gerakan 'Kita Bantah' boleh mengikuti perkembangan di facebook, PemudaGombak.Com," ujar beliau.
Sumber HD - 24-12-2013
Umno Selangor tidak prihatin kepayahan rakyat
- Dec 20, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut Iskandar, Noh tidak sepatutnya menempelak usaha Kerajaan Negeri untuk menghalang kenaikan ini tetapi sama-sama memikirkan cara-cara untuk memastikan kenaikan tol tidak berlaku.
“Kenaikan tol ini sepatutnya dibantah oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik kerana yang akan terbeban dengan kenaikan tersebut adalah seluruh rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli Umno.
“Dengan kenaikan ini kos barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan lebuhraya sudah tentu akan meningkat. Contohnya kos barangan yang dihantar melalui lebuh raya sudah tentu akan naik dan ini bermakna kenaikan tol ini akan juga memberi kesan kepada rakyat yang tidak menggunakan lebuh raya,” ujar Iskandar dalam satu kenyataan media.
Beliau menambah, sebagai kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor komited untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin.
Ini katanya terbukti dengan pelbagai program jangka pendek dan jangka panjang untuk membantu rakyat.
“Oleh yang demikian arahan Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghalang kenaikan tol bagi lebuhraya di mana ia mempunyai pegangan saham adalah konsisten dengan pendirian Kerajaan Negeri selama ini.
“Walaupun jika Datuk Seri Noh hendak mempertahankan kenaikan ini sekurang-kurangnya beliau mencadangkan cara-cara bagaimana beban rakyat dapat dikurangkan,” tegas beliau.
Menurut Iskandar, walaupun pemimpin Umno sering mengajak PAS bermuzakarah demi kepentingan ummah namun sikap yang ditunjukkan Pengerusi Umno Selangor ini menunjukkan para pemimpin Umno hanya mementingkan keuntungan politik.
“Sehubungan itu, saya berpandangan adalah lebih baik Umno mencari pemimpin lain yang lebih prihatin kepada kebajikan rakyat untuk memimpin Umno Selangor.
“Pada saya, terdapat pemimpin-pemimpin lain seperti YB Dato' Shamsuddin Lias, Ahli Dewan Negeri Sg Burung yang lebih layak memimpin Umno Selangor,” saran Iskandar.
Sumber HD - 20-12-2013
Tol naik: Umno Selangor carilah pemimpin lebih prihatin
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
“Beliau tidak sepatutnya menempelak usaha kerajaan negeri untuk menghalang kenaikan ini tetapi sama-sama memikirkan cara-cara untuk memastikan kenaikan ini tidak berlaku,” ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar Abdul Samad.
Katanya, kenaikan tol sepatutnya dibantah oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik kerana yang akan terbeban dengan kenaikan tersebut adalah seluruh rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli Umno.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata, dengan kenaikan ini kos barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan lebuh raya sudah tentu akan meningkat.
Contohnya, kata beliau kos barangan yang dihantar melalui lebuh raya sudah tentu akan naik dan ini bermakna kenaikan tol akan juga memberi kesan kepada rakyat yang tidak menggunakan lebuh raya.
“Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sebagai kerajaan negeri berkebajikan komited untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Ini, jelasnya terbukti dengan pelbagai program-program jangkapendek dan jangka panjang untuk membantu rakyat.
“Oleh yang demikian arahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghalang kenaikan tol bagi lebuhraya di mana ia mempunyai pegangan saham adalah konsisten dengan pendirian kerajaan negeri selama ini,” katanya lagi
Iskandar menambah, walaupun jika Noh hendak mempertahankan kenaikan itu sekurang-kurangnya beliau mencadangkan cara-cara bagaimana beban rakyat dapat dikurangkan.
Katanya, Umno sering mengajak PAS bermuzakarah demi kepentingan ummah secara khusus dan rakyat secara am tetapi sikap yang ditunjukkan oleh Pengerusi Umno Selangor itu menunjukkan pemimpin-pemimpin Umno hanya mementingkan keuntungan politik.
“Sehubungan itu, saya berpandangan adalah lebih baik Umno mencari pemimpin lain yang lebih prihatin kepada kebajikan rakyat untuk memimpin Umno Selangor.
“Pada saya, terdapat pemimpin-pemimpin lain seperti YB Datuk Shamsuddin Lias, Ahli Dewan Negeri Sungai Burung yang lebih layak memimpin Umno Selangor,” katanya.
Sumber HD - 19-12-2013
Berbakti di mana jua
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
MARAN: Tanpa mengenal sempadan, aktivis PAS Gombak memerah keringat membantu membersihkan Masjid Kampung Sekara, Chenor dekat sini yang ditenggelami air dalam kejadian banjir besar baru-baru ini.
Usaha gotong royong membersihkan rumah Allah itu diketuai Ahli Dewan Negeri (Adun) Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Ridzwan.
Bersama-sama empat petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia dan 20 anggota Jabatan Amal Gombak, Hasbullah turut membantu membersihkan kawasan yang ditenggelami air di Chenor.
Menurut Pengurus PKM Dun Gombak Setia, Ramli Talib, usaha kebajikan ini perlu dicontohi pusat khidmat yang lain kerana khidmat kepada masyarakat bukan sahaja perlu dilaksanakan di kawasan sendiri malah di tempat lain yang ditimpa musibah.
Sumber HD - 19-12-2013
Sumbang tenaga, gembleng kepakaran pacu PAS Selangor
- Dec 18, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau berucap sedemikian ketika membuat lawatan ke Klang malam tadi untuk bertemu dengan pimpinan dan ahli-ahli PAS.
Iskandar yang baru dilantik sebagai Pesuruhjaya pada 1 Disember lepas berkata terdapat ramai yang bersedia menyumbang tenaga dan kepakaran, maka ia seharusnya digemblengkan untuk memacu PAS ke hadapan.
"Mereka seharusnya diberi peranan sesuai dengan kemampuan masing-masing kerana masih terdapat banyak ruang di dalam PAS untuk semua," katanya.
Menurut beliau juga, ahli-ahli PAS hendaklah mengamalkan sikap bersangka baik dan mengenepikan budaya label melabel yang sengaja diwujudkan oleh musuh.
Iskandar juga menasihatkan pimpinan PAS di Selangor agar memandang ke luar dengan menganjurkan program-program bukan sahaja untuk ahli-ahli PAS tetapi untuk seluruh masyarakat sesuai dengan tema Muktamar PAS tahun ini "Rahmat Untuk Semua".
Majlis telah berlangsung di Pejabat PAS Cawangan Palm Grove dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Klang, Ustaz Ahmad Nazri Nawi selaku tuan rumah.
Iskandar yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan bahawa beliau sedang mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan Parlimen di Selangor untuk bertemu pimpinan dan ahli-ahli PAS.
Sumber HD - 18-12-2013
Contohi cara Ustaz Azhar tarik generasi muda - Exco
- Dec 17, 2013
- HARAKAHDAILY
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi, berkata pendekatan Ustaz Azhar wajar dijadikan contoh kerana penceramah itu bijak mengatur strategi seiring dengan kemahuan dan selera anak-anak muda, namun masih berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Katanya, dalam dunia serba mencabar pada hari ini, kreativiti dalam menjalankan usaha berdakwah juga perlu agar segala mesej penting dapat disampaikan dengan cara yang berkesan.
“Ada yang tanya Ustaz Azhar, boleh atau tidak saya bawa ‘awek’ saya naik motor, Ustaz (Azhar) jawab boleh, tetapi ayah ‘awek’ awak kena duduk di tengah-tengah.
“Ini strategi Ustaz (Azhar) sebab dia tahu bahawa anak muda tidak mahu mendengar perkataan ‘tidak boleh’, maka dia bagi jawapan yang anak muda hendak dengar tetapi diselitkan syarat di sebalik ‘boleh’ itu,” kata Sallehen dipetik Selangor Kini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian program Simposium Pendakwah Muslimah yang diadakan di Dewan Auditorium Jubli Perak di SUK, semalam.
Selain itu, Sallehen turut menggesa agar para pendakwah memanfaatkan kecanggihan teknologi dan aplikasi terkini untuk menyampaikan maklumat atau ilmu dakwah dengan lebih menyeluruh dan meluas.
“Kita kena pandai posisikan diri dan jangan biar diri kita tertinggal dengan arus kemodenan teknologi yang saban hari muncul kerana kita tidak boleh tahan kecanggihan maklumat ini dari terus berkembang.
“Maka, lebih banyak unsur negatif yang boleh tersebar, lebih banyak juga usaha kita perlu lakukan untuk membendung perkara ini,” katanya yang juga Adun Sabak.
Sumber HD - 17-12-2013
Kempen sedarkan rakyat mampu tumbang Umno BN
- Dec 16, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Ketua Penerangan PAS negeri, Zaidy Abdul Talib (gambar) menegaskan, rakyat berkuasa untuk menghentikan tindakan kejam kerajaan BN menaikkan pelbagai keperluan rakyat bermula tahun 2014.
Menurut beliau, walaupun ada tekanan daripada parti politik tetapi ia tidak akan menggugat kerajaan BN melainkan suara rakyat yang secara berterusan menekan BN.
"Dalam isu pelbagai kenaikan ini, pertama sekali rakyat perlu disedarkan. Ini kerana rakyat kita tidak seperti rakyat di luar negara. Walaupun harga petrol sebelum ini sudah dinaikkan namun sebilangan besar rakyat kita masih hidup selesa," katanya.
Beliau yang juga Adun Taman Templer berkata, kenaikan harga barang dan keperluan rakyat sudah sinonim dengan BN.
Menurut beliau, ketika kempen pilihan raya umum ke-13 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengakui kesilapan beliau dan meminta maaf dengan rakyat untuk tidak mengulangi kesilapan.
Bagaimanapun, PAS sudah menjangkakan pengakuan tersebut hanya `sandiwara' untuk memujuk rakyat supaya terus mengundi calon Umno dan BN serta mengekalkan kuasa memerintah negara.
"Kami sudah jangka jika BN menang pelbagai kenaikan akan dilakukan. Bermula dengan naik harga gula; elektrik dan terkini pengumuman kenaikan tol ekoran perjanjian konsesi antara kerajaan dengan syarikat terlibat," tegasnya.
Tambah beliau, bagi pimpinan BN rakyat memang mudah diperdaya dan perkara itu akan terus dilakukan selagi mereka berkuasa di negara ini.
Sehubungan itu, PAS Selangor tidak akan berdiam diri dan akan terus berjuang untuk keadilan rakyat menentang tindakan kejam menaikkan pelbagai keperluan rakyat dalam masa terdekat.
Beliau mendesak rakyat seluruh negara khususnya di Selangor mesti bangun membantah kenaikan pelbagai harga keperluan hidup dan jangan terus rela diperdaya oleh kerajaan BN.
Sumber HD - 16-12-2013
Dr Mariah dilantik Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor
- Dec 12, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar A Samad berkata, gandingan pelbagai kepakaran dan latar belakang dalam saf kepimpinan PAS Selangor dilihat bertambah mantap untuk meyakinkan rakyat memilih PAS menerajui kerajaan negeri pada PRU14.
Beliau berkata, saf kepimpinan bagi sesi 2013-2015 melibatkan gandingan ulama, doktor, peguam, peguam syarie, arkitek, pendidik, ahli perniagaan dan aktivis masyarakat.
Menurut beliau, harapan rakyat terhadap PAS di Selangor begitu tinggi dan saf kepimpinan yang baru dilantik perlu memastikan agar harapan tersebut dapat direalisasikan.
Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor telah melantik Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Sallehen Mukhyi sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1.
Adun Bangi yang juga YDP PAS Kawasan Serdang, Mohd Shafie Ngah sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2.
Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dikekalkan sebagai Setiausaha Perhubungan sejak tahun 2010 manakala Exco Belia dan Infrastruktur Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Bendahari.
Jawatan Pengarah Pilihanraya kekal kepada Cikgu Jaafar Shamsuddin manakala Ketua Penerangan, Adun Templer, Zaidy Abdul Talib.
Badan Perhubungan PAS Selangor turut melantik Muhd Azeman Muhd Yunus sebagai Penolong Setiausaha 1; Khairulfahmi Matsom sebagai Penolong Setiausaha 2 dan Azri Mohd Arish sebagai Penolong Setiausaha 3.
Sumber HD - 12-12-2013
Fitnah: Khalid minta Hamidah akur keputusan mahkamah
- Dec 11, 2013
- Salmiyah Harun
Walaupun Hamidah boleh membuat rayuan terhadap kes itu namun Khalid percaya ketiga-tiga hakim telah berjaya membuktikan beliau difitnah.
"Perkara sudah jelas dan diputuskan, ketiga-tiga hakim sudah menilainya memang fitnah. Mungkin ianya sukar untuk Hamidah kemukakan rayuan selepas ini," katanya kepada Harakahdaily.
Bagaimanapun katanya, jumlah yang perlu dibayar oleh Hamidah sebanyak RM50,000 itu hanya merangkumi kos guaman tidak termasuk pampasan fitnah yang belum ditetapkan lagi.
Khalid turut bersyukur beberapa kes mahkamah yang dihadapinya selesai dengan memihak kepadanya dan kini hanya satu kes sahaja yang belum selesai iaitu kesnya dengan Datuk Dr Hasan Ali.
Semalam, Mahkmah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Mohd Ariff Yusof bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara memutuskan bahawa, kandungan artikel yang bertajuk 'Umat Islam Perlu Bersatu' yang diterbitkan di laman blog Hamidah, http://hamidahosman.blogspot.com memfitnah Khalid.
Artikel tersebut turut memaparkan gambar "super impose" Khalid memakai pakaian paderi kristian yang mengandungi lambang salib dan juga memegang staff yang juga mengandungi lambang salib.
Khalid diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin.
Manakala Hamidah diwakili oleh Wan Azmir Wan Majid dan Nor Emelia Iszeham daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Writ Saman difailkan pada 23 Disember 2011 lalu manakala keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 Julai 2013.
Mahkamah Rayuan juga memutuskan tuduhan tuduhan di perenggan 8, 12 dan 16 artikel Hamidah adalah fitnah ke atas Khalid dan Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan ianya tidak memfitnah Khalid.
Sumber HD - 11-12-2013
Nota untuk Amal - Sahabat yang dikasihi...
- Dec 10, 2013
- ZUKRI AHMAD
2. Kehadiran para petugas Amal silih berganti dan berterusan sudah pasti memberi sedikit kelegaan kepada petugas tempatan serta diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana ujian Allah SWT ini.
3. Para petugas amal diingatkan agar sentiasa menjaga adab dan nama baik Jabatan Amal ketika berurusan dengan mangsa. Pengurusan emosi amat penting dalam saat-saat genting seperti ini. Jangan mengharapkan apa-apa balasan daripada mereka, walaupun senyuman. Ingat, mereka dalam kesusahan!
4. Dalam keghairahan "Beramal Kerana ALLAH", semua diingatkan agar berhati-hati semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan. Binatang berbisa di mana-mana. Paku-kaca berteraburan. Pastikan sahabat semua berkasut dan mempunyai kelengkapan yang baik.
5. Setelah penat mengerah keringat pasti sahabat perlu memulihkan tenaga. Awas! Sebelum menjamah makanan, suka diingatkan agar sahabat semua mencuci tangan dengan cara yang betul dan bersih. Bimbang nanti leptospirosis (kencing tikus) dan diarrhea (cirit-birit) pula datang menyerang. Tenaga antum masih diperlukan!
6. Akhir kata, kami mengharapkan sahabat semua dapat menjalankan tugasan amal ini dengan baik. Walau di mana atau bagaimana keadaan kita, solat lima waktu jangan diabai. Sama-samalah berdoa agar kita semua terus istiqamah dalam menjalankan amanah yang cukup besar ini.
"Beramal kerana Allah"
"RAHMAT UNTUK SEMUA"
Zukri Ahmad
Setiausaha
Jabatan Amal Selangor
Sumber HD - 10-12-2013
Iskandar tekad teruskan kecemerlangan yang dirintis Abd Rani
- Dec 09, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Exco Negeri Selangor Iskandar Abdul Samad bertekad akan meneruskan kerja cemerlang yang telah dirintis oleh Mantan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.
Sambil mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan oleh Presiden dan pimpinan tertinggi PAS yang telah melantik beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, Iskandar berkata tugas berat kini menanti beliau.
Tugas tersebut adalah untuk memastikan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri dan empat kerusi Parlimen yang dimenangi PAS di negeri itu dapat dipertahankan, selain dari kerusi-kerusi yang belum lagi dimenangi dapat dirampas daripada Barisan Nasional.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Abdul Rani Osman, yang telah menyediakan tapak yang kukuh bagi PAS di Selangor.
"Sebagai Pesuruhjaya saya akan memastikan kecemerlangan PAS Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke 13 lalu akan dapat dikekalkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ini merupakan kenyataan pertama beliau selepas dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru menggantikan Abdul Rani yang sebelum ini memohon untuk tidak dilantik semula ke jawatan itu bagi sesi ini.
Menurut Iskandar lagi, PAS Selangor akan berusaha untuk terus memantapkan kerjasama dan persefahaman di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat berlandaskan konsep saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
PAS Selangor juga katanya akan memastikan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan terus kukuh dan mendapat sokongan rakyat.
"PAS Selangor juga akan menjadikan tema Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS tahun ini, "Rahmat Untuk Semua" sebagai panduan kepada perancangan dan gerakerja pada sesi ini," katanya lagi.
Untuk mencapai hasrat tersebut katanya, PAS Selangor akan membuka seluas-luas ruang kepada mana-mana pihak yang berhasrat menyumbang kebolehan dan bakat mereka selagi mana ianya tidak lari dari prinsip-prinsip perjuangan PAS.
"Semoga seluruh tenaga dapat digembelingkan untuk mengukuhkan PAS Selangor di dalam usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat di negeri ini," tegasnya.
Sumber HD - 9-12-2013
Fokus Putrajaya, musuh kita Umno - Dr Rani
- Dec 04, 2013
- Timmy Say
Namun tanggapan itu jauh sekali dan tersasar.
Malah semalam, beliau mengadakan kenduri di Markas PAS Bukit Kapar untuk melahirkan rasa syukur kerana tidak perlu lagi memikul amanah berat sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang disandangnya sesi lalu.
Kenduri dengan menu istimewa kambing bakar itu turut dihadiri Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali selaku tetamu khas pada majlis itu.
Mustafa dalam ucapannya berkata, biarpun Dr Rani 'bebas' dari jawatan pesuruhjaya, namun PAS masih menagih sumbangannya untuk membantu parti selaku Adun Meru.
“Saya tanya Dr Rani sebelum datang majlis ini, apakah majlis petang ini. Dr Rani jawab, majlis kesyukuran selepas berjaya dibebaskan oleh pesuruhjaya.
“Dr Rani ini dikira naik jawatan. Daripada penjara ke bebas. Tapi kami tak akan bagi Dr Rani bebas daripada Dun Meru,” kata Mustafa sambil berseloroh semalam.
Pada mesyurat pertama AJK PAS Pusat sesi 2013/15, 1 Disember lalu, Exco Selangor Ir Iskandar Abdul Samad dinamakan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru menggantikan Dr Rani.
Perkara itu diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media berhubung perlantikan Anggota Dewan Harian, Jawatankuasa Tambahan dan Pesuruhjaya Negeri.
Ketika Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Shah Alam November lalu, Dr Rani dalam ucapan penangguhannya turut menggesa agar tempatnya sebagai Pesuruhjaya Negeri Selangor diganti oleh orang lain yang lebih layak.
Sementara itu, dalam ucapan semalam juga Mustafa memberitahu, Dr Rani sebelum ini telah menghantar surat kepada Presiden PAS untuk memohon memilih orang yang lebih layak ke jawatan itu.
Malah Dr Rani juga ada memintanya menyatakan sebab kenapa beliau harus dikekalkan ke jawatan itu.
“Biasanya orang yang nak kena pecat ini baru minta sebab. Ini nak kekal jawatan pun nak minta sebab. Ini lainnya Dr Rani ini,” kata Mustafa.
Dr Rani dalam ucapannya pula berkata, beliau telah dihubungi Iskandar selepas perlantikan baru dibuat oleh Presiden PAS.
"Dia (Iskandar) tanya saya, bolehkah beliau menolak pelantikan pesuruhjaya itu.
"Saya kata mana boleh,” katanya sambil ketawa.
Dalam pada itu, mengulas kerjanya dalam parti selepas ini, Dr Rani berkata perjuangan beliau masih belum selesai.
"Kita kena fokus kepada usaha mahu ke Putrajaya. Musuh kita sekarang adalah Umno. Kita kena ingat itu," katanya.
Sumber HD - 4-12-2013
Umno hanya lempar senyum ketika lemah
Saidah Hairan, | 18 Nov 2013 |
PETALING JAYA: Ahli dan pemimpin PAS diingatkan jangan mudah tergoda dengan pujukan Umno untuk bekerjasama kononnya bagi memastikan hak orang Melayu dan agama Islam terus terbela.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan Umno hanya melemparkan senyuman ketika parti itu berada dalam keadaan lemah tetapi apabila kembali kuat, ia tidak lagi peduli kepada pihak yang menghulurkan tangan untuk membantu survival politiknya.
Katanya, jika BN sanggup menghabiskan wang sebanyak RM46 bilion untuk membina imej Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak adalah tidak mustahil bagi parti itu memperuntukkan dua atau tiga bilion ringgit untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat.
"Segala propaganda yang dilakukan BN selama ini adalah untuk melihat perpecahan di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat. Jika berlaku perpecahan maka itulah yang ditunggu BN," katanya ketika merasmikan Ijtimak PAS Selangor, di Dewan Sivik, dekat sini, semalam.
Sehubungan itu beliau yakin, jika propaganda Umno-BN dapat dipatahkan tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14.
Katanya, PAS perlu menanamkan persepsi bahawa jika Pakatan Rakyat menang dan memerintah Putrajaya maka Malaysia dan agama Islam akan menjadi lebih baik berbanding era pemerintahan Umno-BN.
Menurut beliau, PAS telah melakukan 11 kali percubaan dalam pilihan raya umum tanpa menjalinkan kerjasama secara terbuka dengan DAP bagi menarik sokongan orang bukan Melayu, namun mereka masih tidak berani mengundi calon PAS.
Namun apabila PAS berada dalam Pakatan Rakyat dan melakukan tahalluf siyasi, parti-parti gabungan itu berjaya memerintah lima buah negeri pada PRU ke-12 dan pada PRU ke-13, PAS berjaya menang di 15 kerusi Dun Selangor.
Justeru tegas beliau, Umno-BN berusaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat supaya Pakatan Rakyat tidak berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-14 nanti.
Beliau mengakui wujud kelemahan dan pergeseran dalam Pakatan Rakyat (seperti mana biasa berlaku dalam mana-mana pakatan politik), namun ahli PAS perlu menyahut cabaran dengan memperbaiki Pakatan Rakyat dengan mencari kekuatan dan memperbaiki kelemahan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-11-2013
Haram ikut permainan media musuh – Presiden PAS
Saidah Hairan , | 18 Nov 2013 |
PETALING JAYA: Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan haram bagi ahli PAS yang mengikut permainan media luar konon berlaku pertembungan dalam PAS antara golongan ulama dengan profesional.
Katanya, dakwaan mengatakan dalam PAS bertembung golongan ulama dan profesional merupakan permainan media dan tidak seharusnya ahli PAS terpengaruh dengan permainan media tersebut.
"Ini mainan media, gendang yang dipalu oleh mereka tidak seharusnya diikuti. Haram bagi kita menari mengikut gendang itu," katanya ketika menutup perasmian Ijtimak PAS Selangor, di dewan Sivik, Ahad lalu.
Beliau menegaskan tanggungawab semua ahli dan pimpinan PAS mesti menyatukan semua pendokong parti bukan memecahbelahkan mereka.
Katanya, PAS bukan sahaja telah berjaya menarik golongan muda tetapi telah berjaya memecahkan paradigma kalangan orang bukan Islam yang menjadi sebahagian masyarakat majmuk untuk memberi sokongan kepada PAS.
"Kita berjaya memecahkan benteng yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam," tegasnya.
Menurut beliau, orang bukan Islam mahu menjadi ahli PAS dan tidak mahu menjadi ahli lain walaupun mereka tahu PAS itu parti Islam, mereka mengkaji dan memahami perjuangan PAS.
Katanya, orang bukan Islam atau ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) jika mereka tidak setuju dengan PAS mereka akan berhujah dan selepas itu berlaku satu anjakan paradigma dalam kalangan orang bukan Islam.
Dalam hal itu kata beliau, PAS perlu menunjukkan ahklak Islam sebelum melakukan perkara yang lain walaupun PAS tidak berupaya melaksanakan pemerintahan Islam kerana sistem federalisma yang tidak berakhlak.
Beliau berkata, sebab itu PAS menjalin hubungan dengan DAP bukan berbaik dengan Umno sebab tahun 1978 PAS menyertai kerajaan campuran dan bekerjasama dengan BN.
Namun katanya, BN mahu PAS masuk kerajaan tetapi dilemahkan PAS dengan menghalang PAS masuk ke negeri Johor serta menentang syariat Islam yang mahu dilaksanakan oleh PAS.
Katanya, kerajaan BN telah melaksanakan sistem pemerintahan yang tidak berakhlak berbanding PAS yang menunjukkan akhlak yang baik walaupun memperolehi sedikit keberkesanannya.
Pada akhir ucapan, beliau mengingatkan seluruh ahli dan pimpinan PAS Selangor supaya menjadikan Ijtimak sebagai medan muhasabah untuk merangka kerja selepas Muktamar Tahunan nanti.
Katanya, dakwaan mengatakan dalam PAS bertembung golongan ulama dan profesional merupakan permainan media dan tidak seharusnya ahli PAS terpengaruh dengan permainan media tersebut.
"Ini mainan media, gendang yang dipalu oleh mereka tidak seharusnya diikuti. Haram bagi kita menari mengikut gendang itu," katanya ketika menutup perasmian Ijtimak PAS Selangor, di dewan Sivik, Ahad lalu.
Beliau menegaskan tanggungawab semua ahli dan pimpinan PAS mesti menyatukan semua pendokong parti bukan memecahbelahkan mereka.
Katanya, PAS bukan sahaja telah berjaya menarik golongan muda tetapi telah berjaya memecahkan paradigma kalangan orang bukan Islam yang menjadi sebahagian masyarakat majmuk untuk memberi sokongan kepada PAS.
"Kita berjaya memecahkan benteng yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam," tegasnya.
Menurut beliau, orang bukan Islam mahu menjadi ahli PAS dan tidak mahu menjadi ahli lain walaupun mereka tahu PAS itu parti Islam, mereka mengkaji dan memahami perjuangan PAS.
Katanya, orang bukan Islam atau ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) jika mereka tidak setuju dengan PAS mereka akan berhujah dan selepas itu berlaku satu anjakan paradigma dalam kalangan orang bukan Islam.
Dalam hal itu kata beliau, PAS perlu menunjukkan ahklak Islam sebelum melakukan perkara yang lain walaupun PAS tidak berupaya melaksanakan pemerintahan Islam kerana sistem federalisma yang tidak berakhlak.
Beliau berkata, sebab itu PAS menjalin hubungan dengan DAP bukan berbaik dengan Umno sebab tahun 1978 PAS menyertai kerajaan campuran dan bekerjasama dengan BN.
Namun katanya, BN mahu PAS masuk kerajaan tetapi dilemahkan PAS dengan menghalang PAS masuk ke negeri Johor serta menentang syariat Islam yang mahu dilaksanakan oleh PAS.
Katanya, kerajaan BN telah melaksanakan sistem pemerintahan yang tidak berakhlak berbanding PAS yang menunjukkan akhlak yang baik walaupun memperolehi sedikit keberkesanannya.
Pada akhir ucapan, beliau mengingatkan seluruh ahli dan pimpinan PAS Selangor supaya menjadikan Ijtimak sebagai medan muhasabah untuk merangka kerja selepas Muktamar Tahunan nanti.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-11-2013
Hala tuju PAS Selangor depani politik negara
Saidah Hairan, | 15 Nov 2013 |
SHAH ALAM: PAS Selangor akan memberi tumpuan mengenai hala tuju PAS sebagai parti politik Islam yang kukuh dan berperanan penting dalam mendepani politik arus perdana dalam ijtimak yang akan diadakan, Ahad ini.
Menurut Pesuruhjaya PAS, Dr Abdul Rani Othman, perkara itu perlu ditekankan kepada semua ahli dan pimpinan PAS yang akan menyertai ijtimak itu nanti.
Katanya, ini kerana senario dalam PAS sekarang berlaku tuduhan atau melabel individu atau kumpulan tertentu dengan niat untuk menjatuhkan reputasi pimpinan.
Beliau berkata, sikap melabel pimpinan dengan kelompok tertentu itu sebenarnya hasutan daripada pihak luar tetapi tanpa disedari ahli PAS sendiri yang membawa masuk ke dalam parti.
"Dalam ijtimak nanti kita hendak bagi tahu pimpinan cawangan, kawasan dan negeri supaya jangan bergaduh antara kita kerana ia akan merugikan parti," katanya kepada Harakahdaily.
Tambah beliau, menjelang pemilihan pada Muktamar Tahunan PAS kempen memang boleh dilakukan tetapi biar secara sihat dan jangan ada sikap memburuk-burukkan calon lain.
"Kita tidak boleh halang kempen di facebook walaupun sudah beberapa kali ditegur oleh pimpinan. Ada yang kempen menyerang secara terang-terangan dan ada juga secara lembut tetapi mempunyai agenda tersembunyi," tegasnya.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijadualkan menutup ijtimak sehari di Dewan Sivik Petaling Jaya itu yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.
Manakala forum melibatkan ahli panel Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub; Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad dan Ustaz Ahmad Awang.
FBPS : https://www.facebook.com/pas.selangor
Menurut Pesuruhjaya PAS, Dr Abdul Rani Othman, perkara itu perlu ditekankan kepada semua ahli dan pimpinan PAS yang akan menyertai ijtimak itu nanti.
Katanya, ini kerana senario dalam PAS sekarang berlaku tuduhan atau melabel individu atau kumpulan tertentu dengan niat untuk menjatuhkan reputasi pimpinan.
Beliau berkata, sikap melabel pimpinan dengan kelompok tertentu itu sebenarnya hasutan daripada pihak luar tetapi tanpa disedari ahli PAS sendiri yang membawa masuk ke dalam parti.
"Dalam ijtimak nanti kita hendak bagi tahu pimpinan cawangan, kawasan dan negeri supaya jangan bergaduh antara kita kerana ia akan merugikan parti," katanya kepada Harakahdaily.
Tambah beliau, menjelang pemilihan pada Muktamar Tahunan PAS kempen memang boleh dilakukan tetapi biar secara sihat dan jangan ada sikap memburuk-burukkan calon lain.
"Kita tidak boleh halang kempen di facebook walaupun sudah beberapa kali ditegur oleh pimpinan. Ada yang kempen menyerang secara terang-terangan dan ada juga secara lembut tetapi mempunyai agenda tersembunyi," tegasnya.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijadualkan menutup ijtimak sehari di Dewan Sivik Petaling Jaya itu yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.
Manakala forum melibatkan ahli panel Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub; Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad dan Ustaz Ahmad Awang.
FBPS : https://www.facebook.com/pas.selangor
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-11-2013
SAMBUTAN 60 TAHUN PERINGKAT NEGERI SELANGOR
https://www.youtube.com/watch?v=Klh9en0anow
UCAPAN PERASMIAN OLEH YB DATO' MAHFUZ OMAR (NAIB PRESIDEN) - 31/12/2011 DI STADIUM MINI SABAK BERNAM.
SAMBUTAN 60 TAHUN PERINGKAT NEGERI SELANGOR
https://www.youtube.com/watch?v=Klh9en0anow
UCAPAN PERASMIAN OLEH YB DATO' MAHFUZ OMAR (NAIB PRESIDEN) - 31/12/2011 DI STADIUM MINI SABAK BERNAM.
No comments:
Post a Comment