DBKL terima 166,000 bantahan kenaikan cukai pintu
- Jan 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata bantahan itu diterima dalam pelbagai bentuk termasuk melalui surat, faks dan daripada anggota Parlimen berkenaan.
Daripada jumlah itu, ada juga bantahan berulang yang diterima daripada pemilik sama, katanya pada sidang media di sini hari ini.
"Proses bantahan akan berterusan sehingga 31 Mac. Jika bantahan itu masih berterusan, DBKL akan memikirkan kewajaran untuk ia (tempoh) dilanjutkan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan cukai pintu itu dinaikkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) setelah 21 tahun tiada kenaikan dibuat.
Susulan pengumuman kenaikan cukai itu yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Jan lalu, pelbagai bantahan diterima dan DBKL bertindak menangguhkan kenaikan tersebut dengan memberi tempoh bantahan sehingga Mac ini.
Ahmad Phesal berkata panel yang meneliti bantahan itu dianggotai lapan individu mewakili Lembaga Penasihat DBKL, juruukur profesional, peguam dan penilai swasta.
Terdahulu, beliau mengumumkan Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dilantik sebagai Ketua Pengarah DBKL yang baharu berkuat kuasa hari ini, menggantikan Datuk Salleh Yusup yang bersara wajib, Ahad lepas.
Mohd Amin Nordin, 59, dari Negeri Sembilan, sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sosio-Ekonomi) DBKL sejak 2011.
"Pelantikan ini satu cabaran dan amanah buat saya untuk terus meningkatkan kecemerlangan DBKL dan memastikan warga kota mendapat perkhidmatan lebih baik lagi," katanya.
Antara fokus ketua pengarah baharu itu ialah isu perumahan, penguatkuasaan, dan lalu lintas. - Bernama
Sumber HD - 15-1-2014
'Takkanlah Ku Nan tak tahu Hard Rock Cafe macam mana'
- Jan 09, 2014
- ANIS NAZRI
Kenyataan itu juga dianggap sekadar untuk menutup kesilapan beliau dengan kenyataannya sebelum ini yang akan mempertimbangkan permohonan Hard Rock Cafe di pusat pentadbiran negara itu.
"Takkanlah Tengku Adnan tak tahu macamana Hard Rock Cafe sehinggakan mahu menetapkan syarat tiada sebarang penjualan minuman keras, serta hanya menyediakan hiburan versi nasyid.
"Beliau sebenarnya saja mengatakan demikian bagi meredakan kemarahan orang ramai dan menutup kesilapan beliau ekoran kenyataannya sebelum ini," tegas Yang Di Pertua PAS (YDP) Putrajaya, Kamaruzzaman Mohamad.
Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Kamaruzzaman berkata pihaknya akan menentang sebarang usaha untuk menubuhkan Hard Rock Cafe di pusat pentadbiran negara itu yang dianggapnya tidak perlu.
Bagaimanapun, Pengerusi Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, sebelum ini menyatakan tiada sebarang permohonan yang diterima perbadanan daripada pihak Hard Rock Cafe untuk mewujudkan kelab hiburan tersebut.
Justeru, Kamaruzzaman berkata pihaknya menyambut baik kenyataan tersebut dan mengharapkan tiada sebarang permohonan untuk tujuan sedemikian.
"Kami harap biarlah tiada permohonan seperti itu kerana tidak nampak sebarang keperluan untuk Putrajaya ini untuk sebuah kelab hiburan begitu. Jika selepas ini ada permohonan dan akan dipertimbangkan, kami di Putrajaya akan menentang usaha tersebut," tegas beliau.
Sebelum ini, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya.
Sumber HD - 9-1-2014
BR1M: Semak semula paras kemiskinan bandar, luar bandar
- Jan 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Naib ketuanya Mohd Farkhan Md Zain berkata, ia ekoran lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baru yang layak menerima bantuan itu masih belum mendaftar.
"Cadangan ini juga mengambil kira kemungkinan kesukaran pemohon yang terlibat dengan bencana banjir yang berlaku dan perubahan syarat yang belum diketahui oleh mereka yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan," katanya dalam satu kenyataan.
Meskipun BR1M bukanlah jalan penyelesaian yang tepat, namun bantuan tersebut katanya sewajarnya dihargai.
Selain itu beliau juga menggesa kerajaan mengagihkan bantuan itu secara berperingkat bermula Februari 2014 bagi tujuan meringankan beban kewangan berikutan kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat menjelang tahun baru 2014 ini.
Farkhan juga mahu kerajaan menyemak semula paras garis kemiskinan bandar dan luar bandar memandangkan ia satu ketetapan yang subjektif.
Menurutnya, faktor penetapannya mestilah mengambil kira kondisi sosio ekonomi semasa termasuk tindakan kerajaan yang melaksanakan rasionalisasi subsidi secara berperingkat sehingga mengecilkan pendapatan boleh guna isi rumah bermula pada tahun 2014 ini.
Ujar beliau lagi, sekiranya paras garis kemiskinan ini dianjakkan, maka pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri dan institusi zakat akan dapat mengunjurkan sasaran baru penerima bantuan yang layak disamping dapat membantu golongan yang benar-benar memerlukan.
Sebagai contoh katanya, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan paras baharu iaitu sehingga RM1,500.
"Dengan menggunakan paras ini, dianggarkan 30 peratus rakyat Selangor hidup di bawah garis kemiskinan berbanding 0.7 peratus menurut ukuran lama," katanya.
Sumber HD - 8-1-2014
Kepimpinan baru Pemuda Wilayah kunjungi Harakahdaily
- Jan 07, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Saf kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini mengadakan kunjungan ke pejabat operasi Harakahdaily di Jalan Pahang di sini.
Deligasi mereka diketuai ketuanya Ir Khairil Nizam Khirudin, tiba di sini tengah hari tadi bersama tujuh yang lain termasuk timbalannya Nurul Islam Mohamed Yusoff.
Kehadiran mereka disambut Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya serta kakitangan yang lain.
Dalam pertemuan hampir sejam itu, beberapa perkara turut dibincangkan termasuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua pihak.
"Harakahdaily mempunyai pembacanya yang tersendiri khususnya golongan muda dan warga kota.
"Jadi kita mengharapkan bantuan dari Harakahdaily untuk menyampaikan suara kita dari pemuda wilayah ini dalam isu-isu yang kita perjuangkan khususnya berkait dengan masyarakat di KL ini," katanya.
Dalam pada itu, mereka juga turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak editorial termasuk bersedia menyalurkan bahan berita kepada Harakahdaily.
Sementara itu, dalam responnya, Taufek berkata, pihak Harakahdaily sangat mengalu-alukan cadangan serta kesediaan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantu menyalurkan maklumat.
Menurutnya, Harakahdaily biarpun media organ parti, namun sentiasa mengambil pendekatan inklusif dengan memaparkan laporan berkaitan isu rakyat disamping kenyataan-kenyataan rasmi parti.
Sumber HD - 7-1-2014
Elektrik naik: Pemuda PAS serah memo kepada TNB, KeTTHA
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarikh elektrik pada tahun 2014 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di ibu pejabatnya di Bangsar.
Memorandum tersebut mendesak TNB, dan Penjana Tenaga Bebas (IPPs) menarik semula pengumuman semakan tarif elektrik yang akan diimplementasikan ke atas rakyat bermula pada 1 Januari 2014 ini memandangkan tiada sebarang faktor kritikal yang mewajarkan kenaikan tersebut.
Selain itu, memorandum turut mendesak agar pihak Kerajaan Malaysia mengkaji semula penstrukturan industri tenaga domestik di negara ini yang bermula dengan keberkesanan polisi penswastaan TNB sehinggalah kepada pendedahan intipati Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) bersama IPPs.
Kerajaan Malaysia juga diminta mendedahkan rezab kapasiti elektrik yang sedia ada untuk mengelakkan pembayaran yang tidak adil antara TNB dan IPPs. Ini bertujuan bagi memastikan keefisyenan pembayaran syarikat awam terhadap pihak yang berkepentingan tinggi dalam industri ini. Sehubungan dengan itu, DPPWP juga mendesak agar pihak kerajaan mendedahkan jumlah keseluruhan pembayaran pembelian tenaga yang telah dibuat daripada generasi pertama IPPs sehingga ke generasi ketiga.
Menurut Penyelaras Kempen Bantah Kenaikan Tarif Elektrik Nurul Islam Mohamaed Yusoff, rombongan DPPWP disambut baik pihak TNB yang diwakili Pengarah komunikasi Korporat, Omar Sidek.
"Bagi pihak kempen bantah kenaikan tarif elektrik, kita faham bahawa bukan TNB yang bertanggungjawab terhadap kenaikan.
"Kerajaan yang putuskn untuk menarik subsidi. Persoalan kita kenapa kerajaan buat keputusan tarik subsidi rakyat sedangkan itu hak rakyat. Sedangkan subsidi kepada pemimpin umno dan kroni yang saban tahun dilaporkan dalam Laporan Audit Negara yang sepatutnya diambil tindakan," katanya.
Memorandum yang sama turut diserahkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia di Putrajaya petang ini.
Memorandum diterima Ketua Komunikasi Korporat dan Hubungan Publik Noraini Kassim.
Menurut DPPWP, peningkatan tarif elektrik ini adalah berpunca daripada pengurangan subsidi gas yang dilakukan oleh kerajaan terhadap TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPPs) sehingga mengakibatkan kenaikan tarif elektrik dan seterusnya membebankan pengguna.
Daripada maklumat yang diperolehi, Kerajaan Malaysia melalui Petronas telah memberi subsidi (revenue foregone) kepada sektor tenaga pada tahun 2012 sebanyak RM 15.6 bilion, 51.5% lebih tinggi berbanding RM 10.3 bilion pada tahun 2011.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 4.9 bilion (2011:RM 3.9 bilion) diberikan kepada Tenaga Nasional Berhad manakala RM 6.7 bilion (2011:RM 6.4 bilion) kepada Penjana Tenaga Bebas (IPPs).
Laporan kewangan tahunan mendedahkan sejak tahun 2011 hingga 2013, TNB telah mencatat keuntungan berturut-turut. Pada tahun 2011, TNB memperoleh RM 964.5 juta manakala pada tahun 2012 pula telah mencecah sebanyak RM 4.4 bilion. TNB terus mencatatkan keuntungan pada tahun 2013 sebanyak RM 4.6 bilion. Ini menunjukkan subsidi yang diberikan oleh kerajaan contohnya pada tahun 2011 dan 2012 telah meningkatkan keuntungan kepada TNB.
Perkara yang sama juga turut berlaku kepada IPPs. Daripada maklumat yang diperoleh, sebanyak 14 IPPs yang beroperasi di Semenanjung Malaysia, 7 IPPs di Sabah dan sebuah IPP bersekutu di Sarawak.
"Sehubungan itu, rakyat terpaksa menanggung beban akibat daripada ‘perjanjian perniagaan’ yang termeterai antara kerajaan, TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPPs). Walaupun langkah perlindungan sosial diperkenalkan iaitu pengecualian kenaikan terhadap kira-kira 71% pengguna domestik, namun ia tetap akan memberi kesan rantaian yang tinggi terutama dalam kos pengeluaran barang dan perkhidmatan," katanya.
Sumber HD - 31-12-2013
2014 tahun yang diwarnai mega kesengsaraan
- Dec 31, 2013
- Nazmi Nik Din
Pada tahun 2013 ini, berlakunya pilihanraya umum yang ke-13 dengan rekod ketelusan yang amat memdukacitakan namun begitu dengan kuasa rakyat pilihanraya umum kali ini menyaksikan undi popular berpihak kepada Pakatan Rakyat sebanyak 52%.
Ini membuktikan bahawa rakyat kebanyakkan, sebenarnya tidak lagi mampu untuk bersama dengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional. Setelah tipudaya demi tipudaya dijayakan oleh mereka, akhirnya mereka memegang tampuk kepimpinan negara. Hasil daripada itu, mereka menekan rakyat demi kepentingan mereka dan kroni-kroni mereka dengan dibebankan keatas kita kenaikkan harga petrol dan gula.
Tahun baru 2014, hadiah sudah pun dijanjikan dengan kenaikkan tarif elektrik, tol dan didatangi GST.
Kenaikkan kos ini pasti akan lebih menjerut leher rakyat seluruhnya tanpa mengenal siapa merentasi batasan politik kepartian, bangsa dan fahaman agama.
Semua tidak terkecuali daripada terkesan dengan polisi zalim yang diperkenalkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional ini.
Adalah sangat tepat apabila Presiden PAS mengulas mengenai GST dengan menyatakan “perlu difahami konsep adil dalam Islam bukan semua kena, tetapi konsep adil mengikut Islam adalah mereka yang mampu mengikut kemampuan masing-masing. GST semua kena bayar. Ini konsep yang salah. Ini konsep yang zalim dalam Islam".
Oleh yang demikian, bersempena tahun baru 2014 kita sebagai rakyat Malaysia perlu menentang polisi kezaliman ini supaya tahun baru ini menjadi tahun berakhirnya kesengsaraan rakyat bukan menjadi tahun mega kesengsaraan rakyat.
Demi merealisasikan “negara yang baik dan mendapat keampunan daripada Allah SWT” mestilah segalanya berlandaskan dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Selamat tahun baru 2014.
" Rahmat Untuk Semua "
*Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan.
Sumber HD - 31-12-2013
Tahun baru: Polis sambut baik saranan DPPWP
- Dec 27, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) sesi 2013-2015 telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam dengan diketuai oleh ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin.
Delegasi DPPWP telah disambut oleh ACP Rasdi, Ketua Turus Pentadbiran IPK sendiri.
Selepas muktamar yang lalu, pihak DPPWP telah mengadakan beberapa siri political engagements untuk mengukuh dan membina jambatan diplomasi bersama dengan pihak-pihak tertentu.
“Ini merupakan siri yang ketiga selepas lawatan ke pejabat media The Star mengenai isu Memali dan pejabat editorial Harakah pada 23 Disember lalu,” kata Khairil Nizam.
Tambahnya, tujuan kunjungan hormat kali ini diadakan adalah untuk mengemukakan kertas cadangan bagi merangka kerjasama dalam operasi bersepadu sempena sambutan malam tahun baru yang sering diadakan pada malam 31 Disember sehingga awal pagi.
Beliau berkata, seperti kebiasaannya, pihak DPPWP akan mengadakan program ekspedisi dakwah di beberapa lokasi tumpuan seperti di lingkungan ‘Segi Tiga Emas Kuala Lumpur’, sekitar Kuala Lumpur City Centre, kawasan rekreasi Putrajaya, Sri Hartamas dan Mont Kiara.
Katanya, DPPWP melihat krisis moral semakin bejat.
Menurutnya, pada bulan September lalu, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Batu Gajah serta mendedahkan sebanyak 417 kes pembuangan bayi telah direkodkan dalam tempoh 2009 hingga bulan Ogos 2013. Ini bermakna secara purata sebanyak 7 kes sebulan.
Dalam dapatan statistik yang lain juga, ujarnya pihak Jabatan Pendaftaran Negara telah mendedahkan seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tidak sah taraf direkodkan dalam tempoh 2008 hingga 2010.
Wilayah Persekutuan telah mencatatkan seramai 12,095 orang iaitu yang kelima selepas Sabah (41,490), Selangor (18,983), Sarawak (17,570) dan Johor (16,298).
“Maka, pada kali ini DPPWP melihat perlu wujudkan satu operasi bersepadu antara pihak-pihak berautoriti dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bagi membendung aktiviti-aktiviti tidak bermoral khususnya di kalangan anak muda,” ujarnya.
Menurutnya lagi, laporan-laporan yang didedahkan oleh pihak media sebelum ini telah membuktikan berlakunya aktiviti-aktiviti mungkar secara berleluasa.
Katanya, pihak polis Wilayah Persekutuan telah menyambut baik semua cadangan tersebut dan menggalakkan pertemuan-pertemuan seperti itu dapat diadakan pada masa akan datang.
Sumber HD - 27-12-2013
Kenaikan melampau cukai taksiran menekan warga kota
- Dec 13, 2013
- HARAKAHDAILY
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menggesa diadakan dialog dan sesi perbincangan dua hala antara pihak kementerian mahupun DBKL dengan seluruh persatuan peniaga-peniaga dan persatuan penduduk di ibu kota bagi memahami masalah yang dialami oleh warga kota sebelum melaksanakan sesuatu dasar yang menjerut pendapatan rakyat.
“Kecekapan mengurus dan mentadbir kewangan DBKL perlulah ditingkatkan dan lebih efisien bagi memastikan setiap warga kota merasai dan memperoleh hak mereka sebagai rakyat dengan mengelakkan segala ketirisan, kebocoran dan penyelewengan dalam urus tadbir sumber kewangan yang kita maklum milik rakyat yang membayar cukai,” ujar Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khairudin dalam memorandum bantahan, sebagaimana di bawah.
Pengenalan
Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan kenaikan cukai taksiran yang dipungut melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia diumumkan akan berkuatkuasa pada tahun 2014 dengan kenaikan sebanyak 100% hingga 250% setelah 21 tahun cukai tersebut tidak dinaikkan mahupun dikaji semula mengapa ia tidak dinaikkan.
Rentetan daripada pengumuman tersebut, banyak reaksi negatif dapat dilihat samada di media perdana mahupun media alternatif. Ini menunjukkan pengumuman tersebut dalam keadaan tergesa-gesa tanpa sebarang kajian mendalam bagi impak kenaikan cukai taksiran tersebut.
Kewangan semasa dan keuntungan DBKL
Antara fakta perbandingan yang kita perlu akui bahawa, Bajet Selangor ditujukan untuk menangani penduduk yang jumlahnya 3.2 kali lebih besar daripada penduduk Kuala Lumpur, dan perkhidmatannya menjangkaui daerah yang 33 kali lebih luas daripada ibu kota.
DBKL dijangka memperoleh pendapatan RM1.69 bilion iaitu lebih kurang sama dengan Selangor, RM1.63 bilion. Kenaikan pendapatan RM511juta daripada tahun 2010. Namun, DBKL ingin membelanjakan RM2.19 bilion sebagai perbelanjaan keseluruhan, 34% lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan hanya RM1.63 bilion. Ia membelanjakan RM1.406 bilion untuk perbelanjaan operasi, 41% lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM996.68 juta. Emolumen dan perbelanjaan lebih masa mencecah RM442.1 juta bagi DBKL, 19% lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM370.5 juta.
Mengenai asas perkapita, DBKL membelanjakan RM907 bagi perbelanjaan operasi bagi setiap penduduk, empat kali lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM201. Bagi perbelanjaan operasi untuk setiap kediaman, DBKL membelanjakan RM3,348, hampir lima kali lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM738.
Melihat kepada perbelanjaan operasi mengikut keluasan, Selangor membelanjakan RM122,986 bagi satu kilometer persegi berbanding DBKL RM5.79 juta. Dari sudut perbelanjaan pembangunan, Selangor membelanjakan RM633 juta berbanding DBKL RM782.6 juta. Selangor mempunyai bajet yang berimbang, malah dana dalam kantungnya meningkat daripada RM400 juta dalam 2008 kepada RM2.7 bilion.
Adalah jelas berdasarkan statistik di atas, DBKL kurang cekap berbanding Selangor. Daripada meminta lebih banyak wang, DBKL sepatutnya mencari jalan untuk meningkatkan kecekapannya, mengurangkan kos dan pembaziran. Dan ia juga perlu bersikap telus dan bertanggungjawab dalam menunjukkan bagaimanakah wang warga kota dibelanjakan.
Contoh kes projek sakit yang cukup menyedihkan pembayar cukai ialah sebagaimana dibentangkan oleh Laporan Audit Negara berkenaan projek Taman Dusun Bandar di Jalan Bellamy. Projek itu sepatutnya sudah siap sepenuhnya pada tahun 2007 bagi merancakkan Tahun Melawat Malaysia 2007.
Namun, pelaburan lebih RM17juta itu gagal memberikan hasil terbaik kepada industri pelancongan Kuala Lumpur apabila projek 'sakit' itu tidak membuahkan hasil apabila pokok-pokok buah yang ditanam tidak menjadi dan tidak banyak buah-buahan dan tumbuhan herba hidup subur di taman tersebut.
Projek 'sakit' ini telah didedahkan oleh mantan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan yang lepas menyatakan projek ini telah diberikan kepada sebuah firma dengan kontral runding terus yang sememangnya menyalahi amalan pemberian kontrak yang sepatutnya dilakukan melalui kontrak tender terbuka. Lebih malang lagi, firma yang memperoleh kontrak ini pula tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan projek berkaitan pertanian.
Inilah amalan pengurusan tidak cekap dan sambil lewa yang diamalkan oleh pihak Kementerian Wilayah Persekutuan melalui DBKL. Hasil cukai sepatutnya diurus dengan lebih cermat, berdisiplin dan berhemah bagi menguntungkan warga kota. Namun, perkara sebaliknya berlaku.
Maka, adakah masih perlu atau wajar dibebankan warga kota dengan kenaikan cukai jika DBKL masih cuai mengurus sumber kewangan yang diperoleh?
Pandangan pemimpin Umno Wilayah Persekutuan
Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, pelarasan tersebut perlu dibuat dalam kadar yang kecil agar warga kota tidak terasa dengan kenaikan itu.
Beliau mengandaikan jika kadar 10 peratus amat memadai kerana jika mengambil contoh seorang pemilik rumah membayar RM200 pada tahun lalu, tahun ini mungkin mereka hanya perlu bayar antara RM220 atau RM230.
Sekiranya jumlah itu dibahagikan dengan 12 bulan, ia hanya kira-kira RM2 sebulan, tetapi jika tahun lepas bayar RM200 dan tahun hadapan RM600, kenaikan itu memang sangat dirasai oleh warga kota.
Manakala, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee pula berkata, DBKL tidak wajar menaikkan kadar cukai secara mendadak selepas kadar itu kekal selama 21 tahun.
DBKL juga perlu bertanggungjawab untuk mengatur cara dan tempoh kenaikan cukai kerana tidak semua warga kota terdiri daripada golongan senang.
Berlainan pula bagi Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Beliau berpendapat langkah pemberian rebat boleh disifatkan sebagai penghargaan kepada warga emas yang telah bersara dan warga kota berpendapatan rendah yang memiliki hartanah di ibu kota. Malah, pemilik rumah kos rendah yang tidak menyewakan kediaman mereka kepada orang lain juga perlu menerima rebat tersebut.
Nyatalah mereka pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan tidak setuju dengan kenaikan ini dan mengharap adanya alternatif bagi membantu golongan miskin dan berpendapatan sederhana untuk diberi bantuan seperti rebat bagi mengelak mereka tertekan dengan situasi ekonomi semasa.
Kesan kenaikan cukai taksiran
Sebagaimana kita maklum, kenaikan ini bersifat menyeluruh iaitu dikenakan kepada setiap kediaman dan premis perniagaan. Hal ini menyebabkan beberapa kesan berangkai yang memberi kesan kepada ekonomi rakyat Wilayah Persekutuan.
1. Inflasi. Jangkaan ini mendapat perhatian ramai ahli ekonomi di Negara kita. Ia bukan hanya berkaitan kenaikan cukai taksiran semata-mata, ia juga berkaitan pemotongan subsidi gula, minyak dan kenaikan tariff letrik. Kenaikan tol juga dijangkakan berlaku juga pada tahun 2014 dan kita sedia maklum tol paling banyak adalah di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Kelang. Maka, inflasi yang berlaku ini akan memberi tekanan ekonomi kepada warga kota yang rata-rata pendapatan bertambah 3-8% sahaja setahun berbanding inflasi yang dijangka antara 12-15%. Bayangkan kenaikan gaji yang tidak setara dengan peningkatan harga barang dan sebagainya, bagaimana pula pihak kementerian begitu tega melihat rakyat membayar cukai taksiran yang dinaikkan secara mendadak?
2. Kos sara hidup yang meningkat. Apabila inflasi meningkat pastinya kos sara hidup sesebuah keluarga akan meningkat. Ini berlaku apabila pemotongan subsidi gula dan pengurangan subsidi beberapa keperluan asas seperti petrol, gas, tepung dan sebagainya menyebabkan pendapatan rakyat mengecil. Ini menyulitkan warga kota yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk meneruskan survival kehidupan.
3. Ini sekali gus memberi tekanan psikologi kepada masyarakat ibu kota. Maka tidak pelik dan tidak hairan jika jenayah berleluasa dan masalah sosial semakin menjadi-jadi dikalangan remaja. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah rentetan masalah tekanan jiwa yang dialami apabila dihimpit kesusahan dan kemiskinan. Maka pihak kementerian wajar ambil serius kesan berangkai ini kepada pembinaan tamadun Malaysia.
Tuntutan dan cadangan
Justeru, DPPWP ingin membuat beberapa tuntutan dan cadangan kepada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk isu ini.
Tuntutan-tuntutan kami mewakili warga kota:
1. Kenaikan cukai taksiran ini dibatalkan pelaksanaannya dengan pihak kementerian membuat kajian menyeluruh terhadap impak kenaikan terutama kepada miskin bandar yang majoritinya berbangsa Melayu.
2. Adakan dialog dan sesi perbincangan dua hala antara pihak kementerian mahupun DBKL dengan seluruh persatuan peniaga-peniaga dan persatuan penduduk di ibu kota bagi memahami masalah yang dialami oleh warga kota sebelum melaksanakan sesuatu dasar yang menjerut pendapatan rakyat.
3. Kecekapan mengurus dan mentadbir kewangan DBKL perlulah ditingkatkan dan lebih efisien bagi memastikan setiap warga kota merasai dan memperoleh hak mereka sebagai rakyat dengan mengelakkan segala ketirisan, kebocoran dan penyelewengan dalam urus tadbir sumber kewangan yang kita maklum milik rakyat yang membayar cukai.
Selain itu, DPPWP mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bagi menangani isu ini:
1. Jangan ada sebarang kenaikan cukai taksiran kerana DBKL memperolehi lebihan keuntungan setiap tahun walaupun kenaikan yang minimum.
2. Jika DBKL terdesak untuk menaikkan cukai ini, kenaikan hendaklah minimum iaitu lebih rendah daripada 6% yang dicadangkan bersesuaian dengan kos sara hidup meningkat ekoran kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi.
3. DPPWP mencadangkan jangka masa bantahan hendaklah dipanjangkan lebih lama bagi membolehkan orang awam memahami hak mereka sebagai pembayar cukai.
4. Meningkatkan mutu perkhidmatan dan infrastruktur awam di ibu kota supaya warga kota dapat menikmati kemudahan tersebut dengan lebih selesa bersesuaian dengan cukai yang dibayar setiap tahun.
5. Menaikkan cukai taksiran kepada golongan berpendapatan tinggi atau individu/syarikat yang mempunyai nilai hartanah yang tinggi sahaja supaya kekayaan mereka dapat digunakan untuk meningkatkan infrastruktur awam.
Penutup
DPPWP berharap memorandum ini diterima dengan baik dengan mempertimbangkan segala cadangan dan tuntutan rasional yang dikemukakan. Ini penting bagi menjaga kebajikan dan kepentingan warga kota yang mempunyai pelbagai latar belakang pendapatan khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Sumber HD - 13-12-2013
Himpunan bantah kenaikan cukai taksiran DBKL 16 Dis
- Dec 13, 2013
- HARAKAHDAILY
PAS Wilayah Persekutuan melihat ini sebagai satu tindakan yang tidak melihat kepada realiti sebenar warga WP yang sememangnya telah dihimpit dengan pelbagai masalah ekoran hambatan ekonomi yang semakin mencabar pada masa sekarang.
“PAS Wilayah Persekutuan yakin tindakan ini pasti akan memberikan kesan kepada cukai pintu yang terpaksa ditanggung oleh warga KL.
“Persoalan yang lebih besar yang mahu kami bangkitkan di sini, adakah DBKL sedar ataupun tidak bahawa rakyat sekarang sedang dihimpit dengan tekanan kehidupan dengan kenaikan harga barang yang membebankan?” ujar Pesuruhjayanya, Mohd Noor Mohamad dalam satu kenyataan.
Katanya, GST sahaja sudah cukup untuk memeningkan warga WP bagaimana untuk meneruskan survival kehidupan sekarang dengan kos hidup yang semakin meningkat kesan kenaikan harga barang keperluan yang tidak terkawal, kenaikan harga minyak, bakal kenaikan tarif elektrik, tol dan tambang pengangkutan awam .
Sekarang, ujarnya warga WP dibebani pula dengan cukai taksiran hartanah oleh pihak DBKL.
Beliau berkata, ia satu tindakan yang diluar jangkaan kita dan luar jangkaan sebagai seorang warga WP yang terpaksa berhempas pulas untuk mencari sesuap rezeki.
Tambah beliau, ianya juga amat bertentangan dengan slogan kerajaan BN yang dilaungkan selama ini 'Rakyat diutamakan'.
Menurutnya, melihatkan ianya adalah satu kezaliman kepada warga WP, maka menjadi satu tanggungjawab kepada PAS Wilayah Persekutuan melancarkan kempen membantah kenaikan cukai taksiran hartanah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Maka dengan itu kami menyeru kepada seluruh ahli PAS khususnya ahli PAS di Wilayah Persekutuan dan seluruh warga kota untuk hadir menyatakan bantahan pada 16 Disember ini di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut jam 11.00 pagi, insya Allah.
“Ini bukannya isu untuk agenda kepentingan parti-parti tertentu tetapi ianya merupakan agenda rakyat yang mesti diutamakan dan diperjuangkan. Jangan lupa insya Allah kita bertemu di sana,” katanya.
Sumber HD - 13-12-2013
Dr Rosni dilantik Timbalan Pesuruhjaya PAS WP
- Dec 12, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Bandar Tun Razak, Dr Rosni Adam dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3 dalam saf kepimpinan baru PAS Wilayah Persekutuan.
Selain beliau, Badan Perhubungan PAS wilayah Persekutuan juga melantik dua lagi wanita dalam organisasi iaitu Kartini Ahmad sebagai Penolong Setiausaha dan Salbiah Wahab sebagai ahli jawatankuasa tambahan.
Manakala Mohd Noor Mohamad masih kekal sebagai Pesuruhjaya.
Berikut merupakan senarai penuh saf kepimpinan Wilayah Persekutuan bagi sesi 2013-2015:
Pesuruhjaya: Mohd Noor Mohamad
Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 1: Kamaruzaman Mohamad, YDP Putrajaya
TPJ 2: Dr Azhar Yaakob
TPJ 3: Dr Rosni Adam
Setiausaha (SU): Khairul Anuar Abdul Manaf
Penolong SU 1: Amran, YDP Kepong
PSU 2: Kartini Ahmad (SU kepada Bendahari)
PSU 3: belum ada calon
Bendahari: Mohd Najib Ahmad, YDP Bandar Tun Razak
Penolong Bendahari: Ahmad Saidu, Cheras (AJK tambahan)
Ketua Penerangan: Nazmi Nik Din, YDP Seputeh
Pengarah Pilihan raya: Abu Bakar, Kawasan Batu
AJK tambahan
1. Salbiah Wahab, Dewan Muslimat
2. Kamisan Sujak, Setiawangsa
3. Zulkifli Ismail, Lembah Pantai
4. Adnan Mohd NYDP Labuan
5. Ahmad Saidu
Sumber HD - 12-12-2013
No comments:
Post a Comment