Nak suruh ke surau atau Hard Rock Cafe, tanya Husam
- Jan 12, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, pendirian Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan membenarkan Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya dengan bersyarat, bertentangan dengan nasihat Najib sewaktu berucap di Perhimpunan Agung Umno November tahun lalu.
"Berkenaan dengan Hard Rock Cafe, saya ambil nasihat Presiden Umno, ahli Umno kena pergi surau.
"Jadi kalau kena pergi surau kenapa nak buka kelab hiburan di tempat yang tak ada kelab? Kalau nak berhibur pergi Kuala Lumpurlah. Bayar tol sikit.
"Hard Rock dah ada di Jalan Sultan Ismail, dan masih kosong lagi tempat-tempat itu, pergilah ke sana," kata beliau dalam sidang media selepas program minum petang dan sembang santai bersama warga Putrajaya di medan selera Presint 9, dekat sini petang tadi.
Terdahulu, berdialog di hadapan kira-kira 50 orang yang hadir, calon PAS di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 itu berkata, PAS mencadangkan pembinaan sekolah tahfiz di Putrajaya untuk anak-anak Putrajaya dan ramai yang menyetujuinya.
"Dulu kita cadang nak bina tahfiz di Putarajaya untuk ibu bapa hantar anak-anak mereka.
"Tak ada pun orang telefon atau sms minta dibuka Hard Rock Cafe. Sekarang kerajaan nak buka kelab pula. Kenapa ini terjadi? Kerana PAS tak berjaya kuasai Putrajaya," katanya.
Tambah beliau juga, cadangan Tengku Adnan agar Hard Rock Cafe Putrajaya tidak menghidangkan minuman keras dan menyediakan persembahan nasyid sangat tidak logik.
"Dua ciri utama Hard Rock Cafe ialah mesti ada persembahan artis dan hidangan minuman keras. Macam mana pula nak jadikan versi Islamik," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pusat.
Sumber HD - 12-1-2014
Najib perlu contohi ketegasan Tayyip Erdogan
- Jan 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Ahmad Al His berkata, banyak perkara yang wajar dicontohi Najib bukan sahaja dari sudut ketegasan prinsip Edorgan itu, tetapi juga kejayaan pentadbiran beliau.
Dunia melihat bagaimana lantangnya Erdogan mengutuk keras kerajaan kudeta Mesir sewaktu tumbangnya Dr Morsi ditangan rejim As Sisi.
Beliau juga lantang mengutuk malah mengirimkan bantuan terhadap rakyat Syria ketika Basyar Asad membunuh rakyatnya sendiri.
"Erdogan adalah satu-satunya pemimpin negara yang begitu lantang mengkritik Amerika Syarikat dan sekutunya Israel dalam dasar luar mereka yang begitu zalim.
"Erdogan juga tanpa gentar mengisytiharkan mahu mengembalikan pemerintahan Uthmaniyyah di negaranya yang masih berkarat dengan fahaman sekularisme," katanya.
Dari aspek itu katanya, Malaysia di bawah pimpinan Najib dilihat jauh ketinggalan malah sering menikus bila berhadapan isu antarabangsa yang melibatkan kepentingan Amerika dan Israel.
Beliau berkata demikian mengulas kehadiran Erdogan ke Malaysia sejak kelmarin dalam misi mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Dari aspek lain pula ujar Raja Iskandar , Erdogan berjaya mengubah landskap politik dan ekonomi negaranya dari negara yang ketinggalan menjadi negara maju yang disegani di dunia.
Kejayaan beliau memimpin kerajaan dan negaranya didorong oleh sifat amanah, telus, bertanggungjawab, mengutamakan rakyat serta memerangi rasuah dan pembaziran.
Erdogan begitu berani mengambil tindakan terhadap pegawai dan menteri kabinetnya yang menyeleweng termasuk memencat mereka.
"Kita perlu mengkaji sejarah Turki lama dan moden, di mana demografi Turki yang terletak antara Asia dan Eropah berjaya berdiri dengan sendirinya tanpa bergantung kepada mana mana kuasa besar.
"Kerana itulah nama Erdogan dijulang sebagai antara pemimpin moden paling hebat dan berjaya dan tidak mustahil Najib juga mampu mencapai kehebatan seperti Erdogan," jelasnya.
Sumber HD - 12-1-2014
Rahmat yang hilang
- Jan 10, 2014
- Dr Mujahid Yusof
Tidak mungkin kerahmatan ini dihargai jikalau tidak terasas dalam diri kita sebagai seorang muslim sifat Insaniah yang dianjurkan oleh Islam.
Mukadimah di atas membuka ruang untuk saya menyinggung perkembangan terkini rampasan beberapa ratus naskhah Injil dari premis Persatuan Injil Selangor oleh unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
MEMBETULI SALAH TANGGAP
Adalah jelas di sini pertikaian betul atau tidak tindakan JAIS boleh dibahaskan dari sudut perundangan dan kebijaksanaan bertindak dan inilah yang berlaku kepada setiap penguatkuasaan yang dilaksanakan.
Saya tidak berminat untuk membahas aspek itu kerana JAIS pasti akan mempertahankan tindakannya dan terserahlah kepada pihak pengamal undang-undang untuk membuat penilaiannya.
Saya lebih cenderung untuk melihat dalam artikel ini dari sisi prinsip yang memantulkan sifat rahmatan Islam yang mencakupi keseluruhan alam ini termasuk kepada penganut agama lain.
Apa yang saya nyatakan sebelum ini dalam kenyataan saya selepas peristiwa rampasan kitab injil itu berpandukan kepada prinsip Islam dalam konteks hubungannya dengan penganut agama lain supaya kejelasan kita kepada isu tidak diheret dengan sentimen dan emosi buta yang boleh mencemarkan nama baik Islam.
Saya bimbang dengan sesetengah pihak dari kita yang memandang serong kepada saya sehingga mereka tidak dapat membezakan apa yang saya katakan dari kerangka prinsip dan kemarahan mereka yang tidak berasas.
Kita dididik untuk berpegang kepada prinsip, walaupun dalam keadaan marah sekalipun, kita memerlukan prinsip untuk memandukan kita dan Islam sarat dengan prinsip khususnya dalam memahami hubungan Islam dengan agama lain.
Semoga prinsip yang saya akan jelaskan di bawah difahami oleh mereka yang kenyataan dan tindak-tandok mereka telah mencemarkan nama baik Islam.
PRINSIP PERTAMA: RAHMATAN LIL ALAMIN
Prinsip Rahmatan diambil dari kenyataan Al Quran yang mengasaskan و ما ارسلناك الا رحمة للعالمين iaitu, "Tidak kami utuskan dikau wahai Muhammad melainkan untuk membawa rahmat ke alam ini." (Al Anbiya' 107)
Sebarang tindakan ataupun undang-undang mestilah tidak bercanggah dengan sifat Rahmatan yang diasaskan oleh Islam. Demikianlah kita menentang ISA dan lain-lain akta yang tidak bersandarkan prinsip utama Syariat. Bagi sesebuah autoriti yang bertindak atas nama Islam prinsip ini lebih-lebih lagi hendaklah diutamakan kerana walaupun bertindak atas nama Islam tetapi apabila tidak memantulkan makna Rahmatan maka ia bukanlah dari Islam.
Makna Rahmatan bagi hubungan sesama manusia membawa maksud berlembut dan bersantun dalam memelihara hak Allah kepada manusia walaupun manusia tidak dapat menerimanya.
Hak Allah ke atas hamba-hamba-Nya tanpa mengira keturunan dan agama adalah menghormati kebebasan mengamalkan agama masing-masing termasuklah upacaranya dan kitab sucinya. Islam hanya menentang dan tidak dapat menerima aspek teologinya (akidah) dan caranya adalah dengan menjelaskan kepada mereka melalui dakwah dan berdebat dengan cara yang terbaik.
Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 33 yang bermaksud:
"Dan apakah yang lebih baik dari seseorang yang menyeru kepada jalan Allah dan mengatakan bahawa aku adalah dari kalangan muslimin."
Para mufassirin (ahli tafsir) berpendapat bahawa kerana ayat ini turun di Makkah maka ia adalah ayat tentang tugas Nabi yang besar dalam menerangkan kebenaran Tauhid melalui hujah dan keterangan dari Allah. Kecuali Aisyah (r.a.h) menyatakan ayat ini adalah pujian kepada para muazzin yang menyeru untuk mendirikan solat (sedangkan azan hanya disyariatkan selepas hijrah).
Kerahmatan Islam juga terserlah dalam menegakkan keadilan tanpa mengira bulu atau agama dan salah satu keadilan yang dibela oleh Islam adalah hak untuk beragama malah segala keperluan ibadat mereka adalah hak yang tidak boleh dirampas dan hendaklah diperuntukkan kepada mereka.
PRINSIP KEDUA: MELARANG KUTUK AGAMA LAIN
Nabi menunjukkan contoh kepada kita bahawa seorang muslim hanya bertanggungjawab menyampaikan kebenaran tetapi tidak boleh mengecam tuhan-tuhan golongan yang tidak beriman kerana balas membalas kecaman hanya akan mengheret pihak lain akan memaki hamun Allah pula sebagai tindak balas.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-An'am ayat 108 yang bermaksud:
"Jangan kamu memaki hamun tuhan mereka yang menyeru selain daripada Allah, kelak mereka akan membalas memaki Allah dengan permusuhan sedangkan mereka tidak ada pengetahuan tentang-Nya (Allah). Demikianlah dihiaskan pada setiap umat (yang menganuti sesuatu agama, mereka amat menyukainya dan akan mempertahankan apa yang mereka ada) perbuatan mereka, dan kemudian kepada Tuhan mereka akan dikembalikan dan diberitakan kepada mereka (apa kesesatan yang mereka lakukan, dan kebenaran yang dibawa oleh Muhammad s.a.w.)."
Ayat sebelum 108, iaitu 107, dengan tegas menyebut bahawa Muhammad s.a.w bukan penjamin dan boleh memaksa mereka untuk beriman kerana hakikatnya Allah SWT menyatakan bahawa Dia berkuasa untuk menjadikan mereka beriman tetapi Allah tidak berbuat demikian. Nabi dan orang Islam hanya dituntut dengan penuh hikmah menyeru mereka.
"Jikalau dikehendaki Allah, pasti mereka tidak akan mensyirikkan diri dengan Allah, Kami tidak jadikan engkau wahai Muhammad sebagai penjaga mereka (untuk beriman) dan engkau bukanlah penjamin mereka ( supaya beriman)."
PRINSIP KETIGA : TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA
Islam tersebar ke seluruh dunia bukan dengan kekerasan dan pemaksaan. Telah terbukti bahawa penerimaan Islam berlaku secara pilihan dan pemerintahan Islam tidak pernah memaksa mana-mana bangsa yang dikuasainya untuk memeluk Islam. Malah rumah ibadat dan kitab suci mereka dibiarkan untuk penganut masing-masing tanpa ada urusan campurtangan dalam urusan agama orang lain.
Sebenarnya umat Islam dipandu dengan prinsip 'Tiada Paksaan dalam memeluk Islam' Ia diasaskan oleh firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 256 yang bermaksud:
"Tiada paksaan dalam agama, telah jelas petunjuk dari kesesatan, barang siapa yang kufur dengan Thagut (selain dari Allah) dan beriman dengan Allah maka dia telah berpegang dengan ikatan yang kuat, tiada tercerai daripadanya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Ayat ini turun di Madinah di kalangan ibu-ibu yang Islam bertanya kepada Rasulalah s.a.w apakah dizinkan mereka memaksa anak-anak mereka yang beragama Yahudi untuk peluk Islam?
Menjadi amalan kepada ibu-ibu yang susah mendapat anak untuk bernazar dengan berkata: "Jikalau aku dapat anak akan kujadikan anak ini nanti memeluk agama Yahudi".
Apabila mereka mendapat anak, mereka memenuhi nazar ini lalu setelah mereka menerima Islam, mereka mahukan anak -anak mereka dipaksa supaya memeluk Islam.
Dalam riwayat yang lain apabila Bani Nadhir dihalau dari Madinah, anak-anak mereka berada dalam kota itu lalu untuk menyelamatkan anak mereka, mereka mahu memaksa anak -anak mereka memeluk Islam. Maka turunlah ayat menerangkan prinsip besar ini iaitu "tiada paksaan dalam agama".
Prinsip ini konsisten hatta semasa Nabi di Makkah apabila Allah menegaskan bahawa jika dikehendaki semua orang akan beriman. Sifat Nabi yang ambil berat kepada kaumnya menyebabkan dia bimbang keengganan mereka untuk tidak beriman lalu Allah SWT menegur nabi-Nya dalam surah Yunus ayat 99 yang bermaksud:
"Jika Tuhan mu kehendaki maka akan berimanlah semua yang di bumi, apakah engkau mahu memaksa mereka sehingga mereka beriman?"
Kaedah tiada paksaan menerangkan kepada kita juga tentang perlunya umat Islam menghormati agama lain termasuk rumah ibadatnya dan segala apa yang mereka anggap suci termasuklah kitab mereka.
Hormat bukan bererti mengiktiraf mereka tetapi akur kepada realiti kepelbagaian dan bersikap terbuka lewat interaksi dakwah dan mendorong mereka ke arah menghayati keindahan Islam. Abu Bakar As-Siddiq menulis surat kepada pemuka Kristian Najran dengan berkata:
" Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyang, ini adalah surat dari hamba Allah Abu Bakar, pengganti Muhammad sebagai pemimpin kamu untuk penduduk Kristian Najran bahawa Aku melindungi mereka dengan perlindungan Allah dan jaminan Muhammad, Rasulallah ke atas diri mereka dan tanah mereka, agama mereka, harta mereka, binatang ternakan mereka, ibadat mereka dan semua yang ada serta uskop mereka, rahib mereka dan jual beli mereka dan apa yang ada dalam milikan mereka sedikit pun tidak dikurangkan atau diambil dari mereka, tiada uskop yang ditukar dan rahib yang ditukar." (dalam Kitab Kharaj)
Abu Bakar selaku Khalifah Islam pertama meletakkan asas hubungan atas prinsip "tiada paksaan" menjadi ikutan sepanjang sejarah Islam dalam hak orang bukan Islam khususnya Ahlul Kitab yang perlu dilindungi oleh pemimpin Islam. Tidak pernah dalam sejarah Islam mana-mana kitab suci dirampas atas apa juga alasan kerana ia mencemari prinsip tiada paksaan.
"Tiada paksaan" juga bermakna bahawa setiap penganut mempunyai caranya tersendiri memahami keperluan agamanya tanpa ada hak untuk kita mencampuri urusan agama dan kitab suci mereka; apatah lagi menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh untuk mereka kerana mereka mempunyai undang-undang dan cara mereka tersendiri.
Dalam surah al-Maidah ayat 48, Allah SWT menegaskan dengan maksud:
"Pada setiap umat kami jadikan mereka undang undang dan cara masing-masing, jikalau dikehendaki Allah dijadikan kamu atas satu agama tetapi adalah untuk menguji kamu apa yang diberikan maka berlumbalah berbuat baik."
Kitab suci Taurat dan Injil ada undang-undangnya dan caranya walaupun Islam merangkumi kitab sebelumnya, tetapi hakikatnya Injil dan Taurat masih ada hari ini dan tiada hak untuk kita menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dipakai dalam keperluan kitab mereka kerana itu juga adalah satu bentuk paksaan.
PRINSIP KEEMPAT : BERDIALOG
Keindahan Islam dan rahmatnya kepada agama lain terserlah dengan jambatan dakwah dan dialog sebagai interaksi Islam dengan bukan Islam. Walaupun kebenaran Islam tidak diragui lagi, Allah SWT tetap menyatakan prinsip berdialog dan berbincang dengan cara yang baik seperti firman-Nya dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud:
"Serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan penuh bijaksana dan hikmah dan jika berdebat maka berdebatlah dengan cara yang terbaik (lembut); maka Tuhanmu mengetahui siapa yang sesat dan siapa yang mendapat petunjuk."
Prinsip dialog menuntut supaya dalam apa jua hal maka rundingan dan dialog adalah lebih baik dalam menentukan hubungan dengan agama lain, apatah lagi jika berlaku kekeliruan ataupun sesuatu yang sensitif yang boleh menjejaskan hubungan antara agama di negara ini.
RUMUSAN PRINSIP
Prinsip-prinsip di atas membentuk "rahmat Islam kepada seluruh alam" khususnya dalam hubungan Muslim dan non-Muslim.
Kita diajar bahawa setiap apa yang kita lakukan tidak boleh bercanggah dengan prinsip di atas selagi tidak ada apa-apa keadaan dan situasi yang membolehkan orang Islam bertindak sebaliknya seperti mempertahankan diri ataupun apabila terbukti sesuatu ancaman itu berlaku.
Adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip juga apabila Islam cuba mencampuri urusan agama orang lain dengan menentukan mana yang boleh dan mana yang tidak boleh lalu bertindak ke atas mereka.
Premis hubungan muslim dengan bukan Islam diasaskan oleh kedamaian dan situasi sebaliknya seperti permusuhan adalah sesuatu yang mendatang atas sebab-sebab yang jelas dan bukti yang nyata.
Dakwaan kristianisasi jika benar hendaklah ditangani dengan bukti kerana itu bertentangan dengan semangat negara ini yang terbina atas Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Apa yang berlaku hari ini adalah hubungan dengan bukan Islam seolah-olah berada atas premis permusuhan manakala kedamaian adalah pengecualian. Asas fahaman ini amat bahaya dalam konteks membina negara bangsa dan perpaduan nasional kerana ia rapuh, dan perpaduan yang dibina selama ini boleh dirampas oleh pihak-pihak yang sempit gagasan negaranya pada bila-bila masa.
Saya menyeru kepada mereka yang tidak setuju dengan pandangan saya bahawa berhujahlah atas prinsip yang saya kemukakan dan jangan berhujah atas emosi dan amarah apatah lagi tuduhan pro-Kristian dan malah ada yang mempersoalkan keIslaman saya.
Apakah sebahagian kita ini sudah hilang kewarasannya dengan menyebarkan kejahilan dan kebodohan dan menyerang prinsip dan menidakkannya atas nama Islam?
_________________
Penulis ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.
Sumber HD - 10-1-2014
Logo halal: Jangan terlalu taksub sebar maklumat
- Jan 10, 2014
- SALMIYAH HARUN
Timbalan Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi PAS Pusat Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin tidak menafikan peranan media sosial kini menjadi medium utama dalam menyampaikan maklumat dan berita.
Namun, katanya kebanyakan rakyat negara ini terlalu taksub untuk menyebarkan maklumat walaupun maklumat itu adalah tidak benar.
Beliau yang juga pimpinan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) berkata, Islam menuntut supaya umatnya melaporkan berita dan menyebarkan maklumat dengan berhati-hati untuk tidak menyebabkan sesiapa terkena fitnah.
"Dalam masyarakat, kesejahteraan umat harus ada, dan inilah perlu menjadi keprihatinan masyarakat.
"Kalau kita sudah tersiar berita yang tidak betul, segera tarik balik dan inilah dasar dan etika Islam supaya kita tidak menyebabkan orang lain teraniaya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Tambahnya, pelbagai maklumat palsu yang disebarkan akan mengundang dendam kesumat antara kumpulan tertentu yang ada dalam masyarakat antaranya seperti Syiah, Kristian dan banyak lagi.
Ekoran ini, katanya pendirian serta sikap 'errogant' dan tidak bertanggungjawab akan menuduh kumpulan tertentu akan menyebabkan masyarakat sengsara.
"Akhirnya sesama sendiri akan bergaduh, senanglah musuh. Kita pula tidak dapat apa-apa, yang buruk akan menjadi lebih buruk.
"Budaya kebencian dibawa oleh iblis dan syaitan agar kita dihalang mengingati Allah padahal apa yang dituntut oleh Islam ialah kasih sayang dan harga menghargai bukannya kebencian. Sesuai dengan Islam itu rahmat untuk semua.
"Ini semacam, usaha untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap masalah ekonomi yang semakin mendesak. Bertembung kerana agama ianya sangat bahaya untuk rakyat," jelas beliau.
Abdul Ghani berkata demikian mengulas beberapa maklumat yang disebarkan melalui media sosial antaranya logo halal di tin minuman keras 'Carlsberg'.
Bagaimanapun, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman keras.
Pengarah Hab Halal jabatan itu Hakimah Mohd Yusoff berkata Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya hari ini berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
Sumber HD - 10-1-2014
Tabayyun maklumat sebelum cerna
- Jan 10, 2014
- NASRUDIN BIN HASSAN
2. Maklumat yang disebar dan disampaikan tanpa mengetahui kesahihannya adalah menjejaskan kredebiliti perjuangan dan merosakkan integriti pejuang. Tambahan maklumat yang mencetuskan pertelingkahan dan salah faham dikalangan penerima gara-gara salah fakta dan tidak diketahui sumber atau punca. Ia menjadi fitnah yang memusnahkan keutuhan perjuangan dan kesejahteraan hubungan. Hayati firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat : Ayat 6)
3.Teknologi maklumat adalah anugerah Allah SWT yang mesti disyukuri dengan manafaatkannya secara amanah dan penuh tanggungjawab. Jangan jadikan teknologi tersebut sebagai saluran pantas mencipta dosa dan noda. Kelak murka Allah SWT tidak tertanggung oleh kita. Memanglah mudah untuk copy paste sesuatu maklumat sebagaimana mudah juga untuk share dan foward maklumat tersebut, tetapi ingatlah bahawa Malaikat Allah SWT tetap berupaya menerobos masuk ke segenap talian digital. Jaringan cyber jua bukan zon bebas dari pemantauan Malaikat Allah SWT. Bukankah Allah SWT itu Maha Mengetahui? Maka jangan cipta dosa dalam keghairahan kita berfacebook, twitter dan mengendali website.
4.Penerangan dan penyampaian maklumat jalur konvensional seperti ceramah, kuliah, forum, wacana, maqalah, majallah, kenyataan media dan sebagainya juga mesti dielakkan dari fitnah, salah fakta dan sumber yang kabur. Demikian juga maklumat "hear say" kerana pastinya ia mencalar reputasi kita sebagai penyampai kebenaran. Bagaimanalah kita layak digelar pejuang kebenaran jika maklumat yang kita sampaikan itu pun tidak pasti kebenarannya ? Dalam masa yang sama kita juga mesti menolak gaya maki hamun dan pendekatan caci nista dalam penyampaian kita. Kemukakan pandangan, komen, kritikan, nasihat dan sebagainya dengan fakta yang benar dan betul serta membawa pendekatan yang harmoni dan cool.
5.Sebagaimana kita dilarang syarak menyebarkan maklumat yang salah dan berbaur fitnah, demikianlah kita diajar supaya tidak menelan bulat-bulat sebarang maklumat yang diterima atau yang disampaikan kepada kita. Sebaliknya siasat (tabayyun) kebenaran maklumat itu terlebih dahulu dengan teliti dan berhemat sebelum mengambil sikap dan menentu keputusan terhadap maklumat yang diterima. Langkah ini adalah "firewall" yang akan menyelamatkan kita dari tersalah langkah dan tersilap arah didorong oleh maklumat yang salah.
Pastikan setiap kita sebagai pejuang kebenaran ini selamat dari virus yang dibawa oleh maklumat yang salah sama ada di salur input atau dijalur output.
*Nasrudin bin Hassan, Timbalan Pengerusi 1, Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Sumber HD - 10-1-2014
Kalau Islamik, tak payahlah Hard Rock Cafe - Aishah
- Jan 08, 2014
- SAIDAH HAIRAN
Ini kerana katanya, Hard Rock Cafe dikenali sebagai sebuah restoran tempat berhibur tanpa batasan dengan hidangan minuman keras serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Menurut beliau, suasana dalam Hard Rock Cafe itu biasanya gelap dan ada sudut yang menyediakan minuman keras serta muzik rancak.
Jika kerajaan BN bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan muzik berteraskan Islam tidak payah menggunakan nama Hard Rock Cafe, tegasnya.
"Cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya, saya tidak nampak siapa lagi selain umat Islam yang menjadi pelanggan sasarannya.
"Adakah orang asing akan mengunjungi Hard Rock Cafe jika ia berlandaskan Islam?" tegas beliau.
Beliau berkata, Hard Rock Cafe di Kuala Lumpur pada kebiasaannya beroperasi sampai pagi dan mereka yang mengunjungi tempat itu untuk berhibur minum arak serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Jika kerajaan BN boleh menyediakan garis panduan selari dengan sistem pentadbiran Islam, katanya apakah cawangan Hard Rock Cafe itu dibenarkan tidak menjual minuman keras.
Bekas penyanyi itu berkata, jika kerajaan BN mahu memperjuangkan hiburan Islamik kenapa ia mesti bermula dengan Hard Rock Cafe kerana biasanya tempat tersebut dikunjungi orang asing.
Manakala orang Melayu yang berkunjung ke Hard Rock Cafe semata-mata mahu berhibur dan minum arak, tegasnya.
Beliau berkata, jika kerajaan meletakkan syarat tidak ada penjualan arak bagaimana dengan penonton apakah kerajaan juga menggunakan peraturan tempat penonton perempuan berbeza dengan lelaki.
"Saya percaya syarat untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe tidak mudah dan tidak boleh ditukar sesuka hati. Saya tahu apa yang berlaku di situ," katanya.
Beliau menegaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap tentang pelaksanaan tetapi beliau tidak fikir bagaimana hendak melaksanakan Hard Rock Cafe berlandaskan Islam.
"Saya harap jika kerajaan BN mahu melakukan satu permulaan yang baik biarlah rancang betul-betul. Letak siapa golongan sasaran kerana kita tidak mahu timbul isu pergaulan walaupun tiada hidangan arak," tegasnya.
Sumber HD - 8-1-2014
Jumaat: Hari ilmu dan ibadah dalam seminggu
- Jan 06, 2014
- NASRUDIN HASSAN
2. Pasti sahaja ummat Islam dapat fokus kepada usaha menuntut ilmu dan memperbanyak ibadah.
Sudahlah hari-hari lain sibuk dan padat dengan pelbagai komitmen terhadap kerjaya dan lainnya.
Maka hari Jumaat adalah hari yang sangat sesuai dan terbaik bagi ummat Islam rehat dari segala kesibukan dan menumpukan kepada kebajikan diri dengan mendalami ilmu Islam dan menekuni aktiviti ibadah yang sememangnya digalakkan oleh Nabi s.a.w. agar ianya dilakukan terutama pada hari Jumaat.
2. Sebagai contoh, Nabi saw pernah menyaran aktiviti ibadah berikut pada hari Jumaat. Antaranya:
a} Dari Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma; Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ
“Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (An-Nasa’i dan Baihaqi; Al-Albani mengatakan bahwa hadis ini adalah sahih)
b} Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu; Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bercerita mengenai hari Jumaat, kemudian beliau bersabda:
فيه ساعة لا يوافقها عبد مسلم وهو قائم يصلي يسأل الله تعالى شيئا إلا أعطاه إياه
“Di hari Jumaat, ada satu waktu, apabila ada seorang muslim melakukan shalat dan dia memohon sesuatu kepada Allah, pasti Allah tunaikan.”
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengisyaratkan dengan tangannya untuk menunjukkan bahwa waktu itu hanya sebentar. (Bukhari dan Muslim)
3. Hari Jumaat disifatkan sebagai hari raya bagi ummat Islam. Jika hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha kita bercuti pada setiap tahun, maka hari Jumaat adalah hari raya yang wajar diberi cuti pada setiap minggu.
Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ يَوْمَ الْجُمْعَة يَوْمُ عِيدٍ ، فَلَا تَجْعَلُوا يَوْم عِيدكُمْ يَوْم صِيَامكُمْ , إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْله أَوْ بَعْده
“Sesungguhnya, hari Jumaat adalah hari raya. Juateru itu, janganlah kalian jadikan hari raya kalian ini sebagai hari untuk berpuasa, kecuali jika kalian berpuasa sebelum atau sesudah hari Jumaat.” (Ahmad dan Hakim; dinilai sahih oleh Syu’aib Al-Arnauth)
4. Tidak selayaknya ada pihak yang merendahkan kemuliaan dan kelebihan hari Jumaat di sisi ummat Islam. Sementelah dengan niat menghina dan memperlekeh Islam dan ummatnya. Sikap sedemikian sangatlah tidak wajar apatah lagi datang dari seorang yang mengaku Islam. Kelebihan hari Jumaat bukan suatu yang karut. Memberi cuti kepada ummat Islam pada hari tersebut memberi peluang kepada mereka merebut segala kelebihan yang ada. Bayangkan betapa indahnya hidup sebagai hamba Allah swt ini. Setelah sibuk sepanjang minggu memburu kelebihan dunia untuk hidup selesa, maka diperuntukkan sehari dalam seminggu paling tidak, untuk mengejar kelebihan dan memperbanyakkan ibadah.
5. Bermula pagi Jumaat, solat subuh berjamaah membaca surah as-Sajdah, kemudian disudahi dengan kuliah subuh selepas solat. Tanpa perlu tergesa-gesa kerana hari Jumaat adalah hari cuti.
Waktu Dhuha, setelah rukuk dan sujud kepada Allah, bersila pula mendengar tazkirah dan kuliah sebelum rehat di waktu qailulah sementara menjelang detik yang afdhal untuk datang awal ke masjid menunggu solat Jumaat. Bila petang bertandang, surah al-Kahfi dibaca berulang kali serta memperbanyakkan selawat dan munajat, suatu yang sudah tentu luput peluangnya pada hari-hari lain yang padat dengan schedule masing-masing. Inilah yang telah diisytiharkan oleh Negeri Kelantan sejak lama dulu oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa Jumaat adalah hari ilmu dan ibadah sementara Sabtu pula adalah hari untuk keluarga. Maka hari-hari lain adalah untuk kerja dan mencari rezeki. Hakikatnya, jika semua dilakukan kerana Allah, segalanya adalah ibadah dan amal yang soleh.
Penulis ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Sumber HD - 6-1-2014
Tanggungjawab PAS kepada ahli
- Jan 06, 2014
- USTAZ IDRIS AHMAD
Pas sebagai jamaah Islam mempunyai malamat untuk Membentuk Peribadi Muslim. Ini adalah asas yang perlu ada kepada ahli Pas. Menjadi tugas Pas mendidik ahli supaya mempunyai peribadi Muslim yang unggul. Kerana ini adalah asas kepada Gerakan Islam. Mengambil manhaj yang dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat pada peringkat permulaan dakwah baginda di rumah al Arqam bin Abi Arqam. Penekanan kepada kefahaman akidah yang benar, menjadi tunjang kepada manhaj tarbiah. Apa makna perjuangan jika tidak ada kefahaman akidah yang benar. Penilaian amal bermula daripada akidah yang benar.Akidah sebagai penggerak utama dalam segala perkara. Keyakinan untuk menentang kezaliman kerana akidah yang merupa tuntutan agama. Perjuangan tidak boleh berpaksi kepada kebendaan terlebih dahulu. Benda datang kemudian, jika benda yang didahulukan sampai bila kita tidak boleh berjuang. Mana ada sejarah Nabi Muhammad SAW memulakan dakwah dan perjuangan bila kaya. Kekayaan dan kebendaan datang kemudian apabila kemantapan akidah dan keyakinan perjuangan telah dilaksanakan. Ada orang berpandangan biar kaya baru hendak berjuang. Kalau kaya, akidah tidak mantap tetap tidak berjuang juga kerana takut hendak tinggal kekayaan, akhirnya bertemu Allah dalam keadaan tidak berjuang.
Pas mesti memastikan ahlinya mempunyai akhlak dan keperibadian yang tinggi dan unggul. Biarlah ketika ahli Pas berada di mana-mana tempat, kehadiran mereka dirasai dan kehilangan mereka dikenang. Kita mahu ahli Pas ketika berada dengan orang ramai, seolah-olah mereka ialah individu yang berjalan menaiki bukit sedangkan orang lain berada di tanah rata. Ertinya akhlak mereka dikagumi dan diikuti kerana ada kelainan. Ahli Pas ketika bekerja di mana- mana sektor sama ada awam atau swasta mesti menunjukkan profesional mereka sebagai penjawat yang baik. Selesaikan tugas dan amanah dengan baik.
Jangan curi tulang. Jangan biarkan fail bertimbun di atas meja, sehingga menjejaskan kepentingan orang ramai yang berurusan dengan kita. Walaupun mereka tidak melilit bendera di kepala, tetapi tingkah laku mereka boleh diperhati dan dinilai oleh orang lain.
Pas kena mendidik ahlinya supaya jangan bersikap adu domba dan menyebarkan fitnah sesama ahli. Mereka jangan berlakon menjadi ahli Pas, tetapi tidak berakhlak sebagai mana tuntutan seorang ahli. Kita sebagai ahli Pas kena awas jika ada yang mengaku ahli Pas, tetapi mengadu domba di dalam jamaah. Mereka ini kita kena hazar, mungkin ini adalah talibarut yang hendak musnah daripada dalam. Jika ahli Pas yang tulin mereka tidak tergamak berkelakuan demikian rupa.
Pas mesti mendidik ahlinya memelihara aurat dan pergaulan sesama sendiri. Memakai pakaian yang menurut syariat bukan adat adalah asas utama yang mesti diberi keutamaan. Perkara ini tidak perlu tunggu ada negara Islam. Tidak perlu tunggu hukum hudud, kerana ia menjadi tanggungjawab kepada semua ahli walaupun kita tidak ada negara. Pakaian ialah cermin keperibadian seorang, di dalam hati Allah SWT sahaja yang tahu. Kita tidak boleh biarkan ahli Pas melakukan dosa sepanjang ia mendedahkan aurat apabila berhadapan dengan bukan mahramnya. Lebih malang lagi kita telah melakukan dosa kering, kerana membiarkan orang lain turut berdosa kerana memerhati aurat kita. Biarlah pakaian menjadi "lisanul hal" kepada orang ramai untuk medekati perjuangan Pas. Biarlah pakaian menjadi pembeza antara ahli Pas dengan orang lain. Jika pakaian ahli Pas tidak menepati syarak macama mana orang lain mahu mendekati Pas. Mereka akan mendakwa jika perkara mudah seperti ini pun orang Pas gagal laksanakan, macam mana perkara yang lebih besar hendak diharapkan.
Pas mesti mendidik ahlinya bersikap benar di dalam urusan hidup mereka. Jangan sama sekali menipu di dalam muamalat. Mesti jujur di dalam berurusan. Tidak boleh kita membiarkan diri memungkiri janji dengan orang ramai. Akhlak ini menjadi tinjauan orang ramai kepada kita.
Sekiranya perlakuan ini dilakukan ia akan tersebar keburukan akhlak ahli Pas kepada orang ramai.
Akhirnya, Pas jua yang terpalit. Ingatlah Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Bercakap benar itu akan membawa kepada kebaikan dan bahawasanya kebaikan itu membawa kepada syurga, bahawa seorang itu sentiasa bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai seorang ang benar, dan bahawa pembohongan itu membawa kepada kecelakaan dan kecelakaan ini membawa ke dalam api neraka, seorang itu sentiasa berbohong, sehingga ditulis di sisi Allah sebagai pembohong".
Pas mesti mendidik ahlinya untuk menjauhkan diri daripada beramal dengan amalan ribawi. Tidak sepatutnya kita sebagai anggota Harakah Islamiah yang membawa cita-cita suci di negara ini terlibat dengan amalan riba. Sekarang tidak boleh menjadi alasan kepada kita untuk mengelak daripada terlibat dengan muamalat riba. Wajib kita berurusan dengan bank yang melaksanakan perbankan Islam dan takaful. Ahli dan pimpinan Pas wajib membeli kereta, motor menggunakan sistem perbankan Islam. Wajib mengambil takaful dalam semua urusan kereta bermotor. InsyaAllah di sana ada keberkatan hidup jika kita mengamalkan muamalat selaras dengan Islam.
Allah telah menyebut di dalam al-Quran yang bermaksud: "Allah menghapuskan keberkatan riba dan memelihara sedekah".
Amat tidak molek jika sebagai pejuang Islam bergelumang dengan amalan riba. Sebenarnya untuk membentuk peribadi Muslim ahli Pas tidak perlu menunggu adanya negara. Cukuplah perkara ini mesti diamalkan dahulu, sebelum kita mendapat negara. Sebagaimana yang pernah disebut oleh Hasan Hudhaibi pemimpin Ikhwan Muslmin"Tegakkan Islam di dalam diri kamu, sebelum kamu tegakkan Islam di negara kamu".
Penulis ialah Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat.
Sumber HD - 6-1-2014
Kos naik: Nak 'ubah gaya hidup' macam mana lagi?
- Jan 03, 2014
- SALMIYAH HARUN
Ubah cara hidup! Jika ayam naik harga jangan makan ayam. Jika tidak mahu bayar tol yang mahal jangan guna tol.
Itulah saranan mudah pak menteri apabila rakyat merungut tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Malahan tahun 2014 yang baru membuka tirai hari ini bakal menjadi tahun rakyat mengikat perut.
Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Malaysia Anuar Tahir (gambar) menyelar tindakan kerajaan yang hanya tahu mengarahkan rakyatnya berjimat cermat sedangkan kerajaan sendiri tidak ada langkah konkrit mengatasi masalah kewangan negara. Ikuti temubual ringkas Harakahdaily bersama beliau.
Apakah dengan cara rakyat mengubah cara hidup sebagaimana disarankan kerajaan dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang?
Seruan kerajaan tidak setimpal dengan perlakuan kerajaan selama ini. Kerajaan sendiri tidak mahu ubah pentadbiran dan pengurusan ke arah lebih telus dan teratur. Kerajaan tidak dilihat memberi kesan dalam krisis ekonomi hari ini apabila mereka hanya tahu menyuruh rakyat untuk berjimat cermat atau ubah gaya hidup mereka. Saya percaya separuh daripada rakyat negara ini yang sebahagian besarnya adalah golongan miskin dan sederhan sudah habis daya untuk berjimat-cermat. Selama ini saban tahun mereka sudah mengikat perut kerana kenaikan harga barang sekian lama berlaku. Rakyat sudah tidak ada ruang untuk berjoli atau berhibur semata-mata.
Saya juga melihat di pasar-pasar minggu sambil perhatikan sebahagian besar ibu-ibu membeli pakaian dan peralatan sekolah anak-anak, mereka berkira-kira sebab mereka akan habis beratus-ratus ringgit untuk keperluan anak-anak sekolah. Tidak usah hendak nasihatkan rakyat? Mereka sudah lama berjimat. Hendak suruh mereka naik basikal ke? Kalau mereka tidak berjimat saya percaya rakyat bawahan ini sudah lama kebulur. Berbelanja RM7 untuk makan tengahari ianya cukup besar bagi rakyat bawahan ini.
Kerajaan hendak macam mana lagi? 11 perkara yang kononya diwar-warkan untuk langkah berjimat cermat adalah cerita lama langkah itu untuk kurangnya pengurusan kerajaan tetapi harga barang tetap macam biasa juga ia seperti 'snow bowling effect'.
Apakah yang harus dilakukan oleh rakyat dalam keadaan berdepan harga barang semakin naik?
Rakyat kena tunjuk secara jelas amarah mereka. Tunjukkan rasa marah atau kesal atau tidak puas hati dalam bentuk apa jua yang ada. Antaranya jumpa wakil rakyat BN, nyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Buat pertemuan, wujudkan dialog jelaskan sebab apa mereka (kerajaan) tidak berperanan untuk mengawal harga barang. Rakyat pula jangan selamanya takut jangan jadikan alasan suasana aman dan sejahtera untuk mereka tidak bersuara.
Apakah cukup dengan pemberian BR1M kerana apabila lepas PRU akan tetap berlaku kenaikan harga barang?
Pemberiann BR1M bukan boleh mengubah ekonomi rakyat, ianya sekadar untuk tempoh masa tertentu sahaja. Saya melihat BR1M ini adalah langkah kerajaan untuk meredakan rungutan rakyat sebaik sahaja berhadapan dengan kenaikan harga barang. Kita kena sedar setiap kali selepas PRU harga barang akan naik walaupun kerajaan berjanji tidak akan melakukannya. Rakyat kena sedar pemberian BR1M tidak akan boleh menghalang kenaikan harga barang. Sebab itulah saya setuju jika kerajaan memberi wang 'cola' RM300 khas kepada pekerja swasta sebagai usaha menangani kenaikan harga barang, sekurang-kurangnya untuk setahun ini.
Kenapa selepas kenaikan harga barang berlaku dan terus berlaku pada tahun-tahun berikutnya, sedangkan dengan kenaikan itu kerajaan sudah peroleh kewangan tambahan. Kemanakah duit itu agaknya menghilang?
Kegagalan kerajaan uruskan ekonomi. Guna pakai penasihat ekonomi malangnya penasihat ini hanya menghabiskan beras, gagal untuk membawa ke arah meringankan beban rakyat. Kegagalan kerajaan ini kerana rasuah dan pembaziran yang berleluasa. Misalnya DBKL membelanjakan RM15 juta untuk sambutan tahun baru dalam masa yang sama mereka hendak menaikkan cukai pintu. Sikap seperti inilah yang wajar diubah, selagi ada duit selagi itulah mereka hendak belanja. Saya menyeru supaya kerajaan mengubah sikap bukannya rakyat sebab rakyat sendiri sudah 'parah'. Kalau kerajaan masih terus dengan sikap mereka ini, kerajaan tidak perlu digulingkan mereka akan terguling sendiri.
Pada pandangan Tuan, apakah sebab kerajaan terpaksa naikkan harga barang dalam masa yang sama rakyat terpaksa menanggungnya?
Sebabnya, kegagalan kerajaan itu sendiri. Mereka telah gagal menguatkuasakan peraturan dan dasar yang mereka gariskan hanya tinggal di atas kertas sahaja. Misalnya kerajaan memberi amaran kepada peniaga jangan naikkan harga barang tetapi kerajaan tidak ada kuasa untuk menghalang kenaikan bermakna kerajaan sendiri tidak ada taring sekadar 'mengaum' sahaja. Seolah-olah sesiapa sahaja yang boleh naikkan harga barang sesuka hati. Sekali lagi kerajaan dilihat cenderung dan mesra kepada industri bukannya rakyat.
Sumber HD -3-1-2014
2014, turning point untuk berubah
- Jan 02, 2014
- NASRUDIN HASSAN
2. Terpulanglah pada setiap individu bagaimana mereka mencongak tahun 2014 untuk melangsungkan baki sisa hidup ini. Namun memulakan denyut nadi, hembus nafas dan langkah kaki di tahun baru ini, suka saya menyeru semua agar menghayati peringatan Rasulullah saw.
أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ فَدُورُوا مع الْإسلام حَيْثُ دَارَ أَلا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ فَلا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ أَلا إنه سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لأَنْفُسِهِمْ ما لا يَقْضُونَ لَكُمْ إن عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ قالوا يا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ نَصْنَعُ قال كما صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى بن مَرْيَمَ نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ وَحُمِلُوا على الْخَشَبِ مَوْتٌ في طَاعَةِ اللَّهِ خَيْرٌ من حَيَاةٍ في مَعْصِيَةِ اللَّهِ
Ketahuilah, sesungguhnya Islam bergerak dalam satu pusingan, maka berpusinglah bersama Islam sekira–kira ia berpusing. Ketahuilah sesungguhnya al kitab dan pemerintah akan berpisah maka jangan kamu memisahkan al kitab, ketahuilah sesungguhnya akan berlaku ke atas kamu ( zaman kamu ), pemimpin yang memutuskan ( sesuatu ketetapan ) untuk kepentingan diri mereka bukan untuk kamu . Jika kamu mengingkari mereka , mereka membunuh kamu dan jika kamu mentaati mereka, mereka menyesatkan kamu. Lalu mereka berkata
Ya Rasulallah, apakah ( sewajarnya ) kami lakukan ? Rasul saw menjawab: ( jadilah ) sebagaimana pengikut Nabi Isa ibnu Maryam as. , mereka dikelar dengan pengelar besi dan mereka disalib di atas palang kayu. Mati dalam mentaati Allah adalah lebih baik daripada hidup mendurhakai Allah swt.
Rujuk Majma’ az Zawaai’d. Juzuk 5 /muka surat 238
Oleh : Ali bin Abi Bakar al Haithami ( w. 807 )
Cetakan Darul Rayyan Lit Turath , Qaherah
3. Hidup ini akan sejahtera, harmoni, tenang, selamat dan bahagia apabila kita kekal bersama petunjuk Allah swt. Tidak ada maknanya kita hidup di dunia ini dalam keadaan derhaka kepada Allah swt. kerana kelak kita akan berdepan dengan azab Allah swt. Kalau pun kita nak berpolitik, jangan sampai politik kita membawa kita langgar hukum Allah. Jangan kerana ekonomi kita lacurkan agama dan membenarkan perkara haram menerjah masuk ke setiap rongga maai'dah kita. Jangan memburu pengaruh dan kuasa sehingga kita tergamak melakukan penindasan. Sebaliknya jadikan politik, ekonomi dan pengaruh sebagai jejantas untuk lebih dekat dengan Allah swt.
4. Taatilah Allah dan RasulNya saw meskipun kita keseorangan dan lemah, apalagi kalau kita ramai dan kuat. Letakkan diri dalam keadaan siap sedia untuk pertaruhkan apa sahaja termasuk darah dan nyawa demi agama Allah swt. Jangan sekali - kali kita enak mengurus kehidupan kita, sedang agama Allah swt dipersenda dan diperlekeh secara terbuka. Bukankah kita hanya menumpang di bumi bertuah ini ? Ya ... , Bila - bila masa kita akan diundang mengadap Allah swt. Tidak selamanya kita menghuni dunia ini. Justeru itu janganlah walau sedetik cuma , kita abai dan sia - siakan waktu melainkan kita mendekatkan diri kepada Allah swt. dan usaha sehabis tenaga bagi mentaati semua titah perintah Allah swt.
5. "Mati dalam keadaan taat kepada Allah swt adalah jauh lebih baik dari hidup menderhakai Allah swt." adalah ungkapan yang perlu dihayati dan sayugianya menjadi motto hidup kita. Sentiasalah berpaut sandar pada Al Quranul Karim wahyu Allah swt Tuhan yang mencipta langit dan bumi ini.
Al Quran adalah cahaya yang memandu kita keluar dari kegelapan jahiliyah moden ini sekaligus melayakkan kita sampai ke pintu syurga Allah swt. Semoga tahun 2014 menjadi turning point untuk kita lakukan perubahan besar dalam diri kita seiring dengan semangat dan azam baru, guna meletakkan diri kita sebagai hambaNya yang soleh amalan dan keperibadiannya. Juga sebagai turning point untuk kita mendidik dan menggerakkan masyarakat lakukan perubahan ke arah mendaulatkan syariat Allah swt di atas tanahair tercinta ini.
Penulis ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Sumber HD - 2-1-2013
Siasat himpunan: Juham gesa polis kemuka bukti kukuh
- Jan 02, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Pengarahnya, Noorazmir Zakaria berkata, polis harus menunjukkan bukti yang kukuh berhubung dakwaan peserta himpunan yang membantah kenaikan kos sara hidup menimbulkan huru-hara.
Ini kerana katanya, sepanjang pemantauan Juham malam kelmarin, perhimpunan bermula dan berakhir dengan aman dengan semua peserta memberi fokus kepada isu kenaikan kos sara hidup yang diprotes.
"Juham minta polis cari bukti yang kukuh jika benar terdapat peserta himpunan yang menimbulkan kekacauan dan huru-hara pada malam itu.
"Sepanjang pemerhatian Juham, perhimpunan berlangsung aman dari awal sampai akhir dan peserta memang duduk dan bantah dan fokus kepada isu kenaikan harga barang.
"Ucapan-ucapan malam itu memang mengenai isu kenaikan kos sara hidup dan tidak ada kena-mengena langsung dengan usaha menggulingkan kerajaan seperti yang didakwa," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat kes berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka malam kelmarin.
Polis mendakwa perhimpunan tersebut mengganggu acara sambutan malam tahun baru.
Noorazmir juga berkata, Juham bersedia memberikan khidmat guaman jika terdapat peserta perhimpunan yang dipanggil untuk membantu siasatan polis atau didakwa berhubung himpunan itu.
"Jika ada sebarang permohonan daripada pihak polis untuk membantu siasatan atau peserta himpunan dipanggil soal siasat, kami bersedia memberikan kerjasama dan mengiringi peserta yang dipanggil polis," katanya.
Sumber HD - 2-1-2013
Turun: Kerajaan hanya ada dua pilihan
- Dec 31, 2013
- Nasrudin Hassan
2. Namun kita semua tahu bahawa :
الغاية لا تبرر الوسيلة
Matlamat (yang baik) tidak menghalalkan cara (yang salah).
Maka semua bentuk cara berhimpun yang salah dan tidak menepati syara' mestilah dihindari agar matlamat yang suci itu tidak dicemari dengan cara yang salah. Sebalik para peserta himpunan mestilah menunjukkan satu sikap dan akhlak yang baik.
3. Perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah :
a) Para peserta yang beragama Islam mestilah jaga waktu solat. Sebaiknya solat jamaah di tapak himpunan tersebut atau di masjid berdekatan. Seterusnya diiringi doa dan munajat mohon Allah buka pintu hati para pemimpin negara untuk laksanakan Islam dan juga mohon ekonomi dan politik negara stabil dan rakyat sejahtera.
b) Elakkan sama sekali pergaulan bebas dan keadaan bersesak - sesak lelaki dan perempuan kerana ini akan mencetuskan fitnah pada agama dan diri kita semua. Pada setiap kali perhimpunan, muslimah atau kaum wanita wajib berjalan dalam kelompok mereka sendiri dan jangan sekali - kali masuk berhimpit di kelompok kaum lelaki.
c) Oleh kerana Himpunan kali ini diadakan pada waktu malam, selayak muslimah tidak keluar menyertai himpunan tersebut kecuali ditemani atau diiringi mahram. ( Bahkan himpunan di siang hari pun sayugianya muslimah ditemani mahram atau bergerak dalam kumpulan mereka yang ramai sekira - kira diri mereka selamat dari pelbagai fitnah). Awasi fitnah malam. Pelihara maruah dan kesucian wanita muslimah. Saya kira memadai dengan kaum lelaki keluar beramai - ramai di malam hari sebegitu untuk nyatakan sikap, perasaan dan suara mewakili rakyat agar kerajaan segera TURUN kan kos sara hidup yang kian tinggi.
d) Muslimah boleh menyertai semangat himpunan TURUN ini dengan menganjurkan solat dan munajat di rumah atau markaz masing - masing agar TURUN berjaya mencapai objektif dan kerajaan pula segera berbuat sesuatu untuk kebaikan rakyat.
e) Peserta hadir dengan aman tanpa sebarang provokasi. Jangan membawa sebarang alat merbahaya. Jangan rosakkan harta awam dan jangan mengganggu ketenteraman awam. Sebaliknya jaga kebersihan, berikan hak lalu lintas dengan tertib dan gembirakan masyarakat sekitar dengan memberi salam dan melemparkan senyuman termasuk kepada pihak polis yang diarah berkawal. Saya harap pihak polis juga jangan keterlaluan dan mencetus provokasi seperti menggunakan gas pemedih mata dan water canon. Benarkan lah rakyat dengan aman secara tertib dan harmoni.
4. Alhamdulillah tajuk akhbar hari telah mula menampakkan kesan langsung dari kebangkitan rakyat apabila kerajaan mengumumkan pelbagai langkah penjimatan termasuk memotong elaun keraian menteri. Tahniah TURUN. Tahniah kepada pengerusi atau penyelarasnya adinda saya Sdr Azan Safar. Meskipun baru - baru beliau ditangkap polis, namun pengorbanan beliau menarik perhatian dan membuka mata sebahagian besar rakyat agar berani bertindak dan bangkit mendesak kerajaan agar tidak menindas rakyat.
5. Hanya ada dua pilihan bagi kerajaan dalam mendepani kemelut ini dan ia sangat penting.
Pertama : TURUNkan harga barang juga pelbagai keperluan asas rakyat supaya rakyat tidak sengsara dengan kos yang mencanak naik
Kedua : Jika kerajaan bertegas dengan sikap terus NAIKkan segalanya sehingga rakyat terbanyak terus dibebani kos sara hidup yang tinggi maka pilihan yang ada ialah kerajaan mesti TURUN atau bersedia untuk diTURUNkan (bukan diGULINGkan) dalam pilihanraya umum yang akan datang Insyaallah.
*Penulis adalah Ahli Parlimen Temerloh merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Sumber HD - 31-12-2013
Ugut perhimpunan aman canggah perlembagaan
- Dec 29, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Lajnah Undang Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat menyifatkan tindakan pihak berkuasa mengugut peserta perhimpunan aman 'Turun', 31 Disember ini sebagai bercanggah dengan peruntukan perlembagaan.
Pengerusinya, Hanipa Maidin berkata, perhimpunan aman tanpa senjata adalah hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini yang dijamin oleh Perkara 10 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan.
"Apa guna wujudnya Akta Perhimpunan Aman jika polis dan BN terus melaungkan mentera Akta Perhimpunan Aman bagi menggagalkan mana mana perhimpunan aman.
"Jika keadaan ini terus berlaku maka nama Akta Perhimpunan Aman elok ditukar kepada Akta Larangan Perhimpunan Aman ," katanya dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Lajnah Undang Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat memandang serius ancaman pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana mana peserta perhimpunan aman yang ingin diadakan pada 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup .
Tidak perlu ditegaskan di sini bahawa hak rakyat kepada perhimpunan aman tanpa senjata adalah hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini yang dijamin oleh Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Polis dan Barisan Nasional perlu faham Perlembagaan Persekutuan adalah undang undang tertinggi negara ini di mana semua undang undang dan tindakan pihak berkuasa adalah berasal dari Perlembagaan.
Perlembagaan adalah kompas yang mengarah hala tuju undang undang dan perilaku pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman termasuk pihak polis.
Amat malang hasrat rakyat prihatin yang ingin mengguna pakai hak dan kebebasan yang diberikan oleh Perlembagaan tersebut bagi menyatakan bantahan secara aman menerima pelbagai respon dan reaksi aneh dari pihak polis . Begitu aneh ke tahap mengarut apabila dimomokan bahawa kononnya perhimpunan aman tersebut ingin jatuhkan Kerajaan.
Adakah pihak polis sudah kekeringan modal atau alasan baru sehingga terus menerus terpaksa mendedangkan lagu lagu basi seperti ini setiap kali perhimpunan aman ingin diadakan?
Polis yang turut menerima bahana dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup sudah tentu tahu bahawa perhimpunan aman yang ingin diadakan tersebut bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau menurunkan takhta Kerajaan BN yang menerima undi popular hanya 47 peratus sebaliknya perhimpunan aman itu adalah untuk JATUHKAN DAN TURUKAN harga barang dan kos sara hidup rakyat.
Polis seharusnya sedar bahawa peranan mereka bukan untuk mengancam atau mengugut atau melarang mana mana perhimpunan aman sebaliknya peranan dan fungsi polis adalah sekadar mengawal mana mana perhimpun aman yang ingin diadakan. Polis akan dihormati jika mereka tahu peranan sebenar mereka dan polis akan terus dikeji jika mereka dilihat bercakap seolah olah sebagai rakan sekutu BN !
Luham juga ingin menegaskan bahawa apa guna wujudnya Akta Perhimpunan Aman jika polis dan BN terus melaungkan mentera Akta Perhimpunan Aman bagi menggagalkan mana mana perhimpunan aman. Jika keadaan ini terus berlaku maka nama Akta Perhimpunan Aman elok ditukar kepada Akta Larangan Perhimpunan Aman !!!
Sejarah perhimpunan aman di negara ini menunjukkan bahawa jika polis hormati hak rakyat berhimpun maka mana mana perhimpunan aman di negara ini akan dapat dilaksanakan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Jika sebaliknya berlaku perhimpunan aman juga akan bertukar sebaliknya. Ini menunjukkan aman atau tidak aman perhimpunan bergantung kepada bagaimana polis mempamerkan profesionalisme mereka.
Akhirnya kita menyeru pihak polis supaya bersikap rasional dan betul betul profesional dalam isu ini. Ingatlah mengancam atau mengugut rakyat yang ingin melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman adalah ibarat " jenayah rogol" ke atas hak dan kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagan Persekutuan.
Untuk polis dan BN hentilah jadi " perogol bersiri" hak rakyat sebaliknya jadilah polis yang berintegriti dan dihormati.
Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi PAS Pusat.
Sumber HD - 29-12-2013
a
IT atau ICT : Sama atau berbeza?
- Jan 06, 2014
- SUHAIMI EMBONG
Sebelum itu, perkataan IT dan ICT semenangnya saling digunakan dalam industri pengkomputeran dan akdemik. Perkataan IT lebih popular digunakan dalam industri, manakala ICT pula lebih dominan digunakan dalam akademik dan pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti.
Sepanjang ingatan saya, saya telah terlibat dan melalui berbagai-bagai peringkat bermula dengan EDP (Elektronik Data Processing), kemudian MIS (Management Information System), IS (Information System), IT (Information Technology) dan sekarang pula ICT (Information Communication Technology).
Sebelum kita ‘pening kepala’ dengan istilah-istilah ICT atau IT, lebih baik kita kembali melihat perkembangan ia digunakan sebelum ini. Cuba kita fokus kepada tiga perkataan disebalik perkataan ICT;
- INFORMATION- COMMUNICATIONS- TECHNOLOGY
Secara asasnya, IT merujuk kepada Teknologi Maklumat (Information Technology). Manakala ICT pula merujuk kepada Information Communication Technology. Keduanya saling berkaitan antara satu sama lain.
Bezanya adalah pada perkataan Communication, bermaksud ada dua, iaitu merujuk kepada Teknologi Maklumat (Information Technology) dan satu lagi Teknologi Komunikasi (Communication Technology).
Perbezaannya adalah pada komunikasi data secara elektronik melalui jarak yang jauh selalunya boleh dibuat secara rangkaian (network) dengan perhubungan peralatan, pendawaian dan satelite.
Teknologi komunikasi (CT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat untukpenghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut seperti penggunaan fiber optik, satelit, telegraf dan sebagainya.
Teknologi Maklumat (IT) lebih dirujuk kepada kepada perkara khusus untuk menggambarkan hal-hal persekitaran dalaman teknologi digital melibatkan pemprosesan data dan pengurusan maklumat yang tiada kena mengena dengan komunikasi seperti computer hardcoding, sofware development, hadware development, scripting dan seumpamanya.
Teknologi Maklumat (IT) ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya.
Saya tidak bercadang untuk membincangkan perkara ini secara akademik, cukup sekadar pembaca dapat memahami IT dan ICT itu hampir sama tetapi tidak serupa.
Kita biasa guna kedua-dua perkataan ICT atau IT ini dalam konteks hari ini. Biasanya perkataan ICT lebih dominan digunakan dalam pendidikan tetapi perkataan IT pula lebih popular dalam bidang industri.
Sebagai contoh, terdapat perjawatan seperti Guru ICT, IT Network Manager, IT Manager, IT Specialist, IT Consulatant, IT Security Officer, IT Operator dan sebagainya.
Seseorang yang mengaku “I am an ICT guru” bermakna dia seorang yang tahu bagaimana untuk mencari, menilai dan mengeksploitasi apa yang orang lain dan bina pada peringkat penggunaan.
Sekiranya seseorang itu berkata, “ I’am an IT specialist” bermakna dia seorang yang berpengetahuan tentang fungsi bagaimana web tersebut bekerja dan boleh menulis ‘source code’ dan lain-lain kerja teknikal seperti operasi server dan sebagainya.
Sekiranya ada masa dan peluang, kita akan membincangkan hal berkaitan dengan IT atau ICT dan yang berkaitan dengannya pada masa yang lain dengan isu yang lain pula.
Sebagai kesimpulan, secara ringkasnya, bila sebut tentang ICT, umumnya terbahagi kepada dua kumpulan yang melibatkan perkara berikut;
1.Teknologi Pengkomputeran yang tradisi seperti PC sama ada di rumah atau pejabat.
2.Teknologi komunikasi digital yang cepat dan pesat berkembang yang membolehkan orang dan organisasi berhubung dan berkongsi maklumat secara digital.
Perbahasan ini tidak akan habis dan boleh berlarutandalam masa yang panjang tetapi saya ingin mengambil pendekatan berikut;
1.ICT atau Information Comunication Technology dirujuk lebih kepada teknologi komunikasi yang melibatkan aspek sosial kehidupan dalam dunia digital sekarang ini seperti media sosial, web 2.0 dan sebagainya.
2.IT atau Teknologi Maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Sumber HD - 6-1-2014
Ir Nizar, Pengerusi ICT PAS 2013-2015
- Dec 20, 2013
- SUHAIMI EMBONG
Dalam laporan tahunan PAS disebut misi Lajnah ICT PAS Pusat adalah memperkasa dan memperkukuhkan PAS melalui pengunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) demi memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-hilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, dimana;
i.Lajnah ICT PAS Pusat (LICTPP) bertanggungjawab merangka dasar, hala tuju/polisi PAS untuk jangka panjang dan memastikan pembudayaan ICT serta memantau pengunaan ICT dalam PAS
ii.Jabatan IT PAS (JITP) bertangungjawab membangun aplikasi dan sistem serta pengunaan prasarana IT dalam PAS diperingkat pusat serta menyokong perlaksanaan IT diperingkat negeri dan dewan-dewan
Di hujung catatan Gerbang IT minggu lepas, saya ada menulis cadangan daripada rakan-rakan, apa salahnya kalau Presiden jadi Pengerusi “Majlis” IT. Berdasarkan bebanan yang ada, iaitu telah menjadi Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan dan Pengerusi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) selain Pengerusi Lajnah Politik dan Pilihan raya, tidak memungkinkan Presiden dibebani dengan satu lagi portfolio IT buat masa ini.
Mungkin disebabkan tulisan analogi yang saya berikan dalam tulisan yang lepas, Perdana Menteri atau Menteri Besar di peringkat kerjaaan Pusat atau negeri mungkin menyebabkan Presiden melantik Datuk Ir Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak (2008-2009) menjadi Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang baru bagi penggal 2013-2015 menggantikan Ustaz Abdul Gani Samsuddin yang dilantik pula sebagai Timbalan Pengerusi di samping mengekalkan Pengarah Jabatan IT PAS (JITP) kepada penyandang sedia ada bagi memastikan operasi harian IT berjalan lancar tanpa tergendala.
Sebelum ini pada penggal 2011-2013, kedua-dua exco yang berkaitan portfolio ICT YB Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan dan YB Datuk Ismail Salleh dari Kerajaan Kelantan dan Kedah telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat.
Amalan melantik Exco ICT Kerajaan Negeri dibawah pimpinan PAS dalam Lajnah ICT Pas Pusat ini telah dimulakan seawal tahun 2001 (sebelum itu Lembaga Penasihat JITP sehingga 2005). Pada penggal lepas pun, apabila YB Datuk Haji Hanipa Ahmad dilantik sebagai EXCO ICT selepas PRU ke-13, beliau juga dilantik ke dalam Lajnah ICT PAS Pusat bagi memenuhi amalan dan ‘guideline’ awal anggota Lajnah ICT PAS Pusat.
Pada sesi sebelum ini, Lajnah ICT dan Jabatan IT PAS (JITP) dengan kerjasama Lajnah Penerangan telah mengadakan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) pada 22 Oktober, 2011 telah berjaya merumuskan 5 resolusi penting melibatkan sumber manusia, infostruktur dan kandungan/aplikasi (rujuk http://pimb2011.pas.org.my) bagi memperkemaskan resolusi sebelum ini; SBIT2000 di Kuala Terengganu, KITP2003 di Kota Bharu dan PICT2007 di Gombak.
Dua perkara penting yang diterima oleh LICTPP dalam sesi lepas adalah kewujudan MarkazPAS FB dan Hijau.fm yang kedua-duanya berkongsi booth JITP untuk bertemu dengan pelanggan semasa Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam bulan lepas.
Perkara penting yang diputuskan dalam mesyuarat terakhir LICTPP adalah berhubung dengan rebranding LICTPP ini kepada satu nama yang sesuai dengan peranannya yang sedang berkembang ekoran kepada berkembangnya bidang ICT ini yang melibatkan integrasi bidang teknologi maklumat, telekomunikasi, broadcasting dan multimedia.
Saya merasakan inilah cabaran terpenting kepada Lajnah ICT pada penggal 2013-2015 ini di samping program roadshow sambutan 15 Tahun JITP ke negeri-negeri pada 2014.
Tahniah kepada Ir Nizar dan selamat berkhidmat memimpin lajnah ICT 2013-2015.
Sumber HD - 20-12-2013
No comments:
Post a Comment